CITRA BUDAYA JKKN BIL. 2/2019 - PERCUMA

Page 22

RASFAN ABU BAKAR

Pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA). (Terima kasih atas kebenaran menyiarkan artikel ini)

Bauhaus merupakan sekolah seni moden yang paling berpengaruh pada abad ke-20. Sekolah seni ini menggunakan pendekatan pengajaran, teknologi dan membina hubungan seni kepada masyarakat. Bauhaus berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud "rumah bangunan". Ia merupakan sebuah sekolah yang diasaskan pada tahun 1919 di Weimar, Jerman oleh arkitek bernama Walter Gropius. Walaupun selepas ia ditutup, Walter Gropius

H A L

S

S U

O A K E H

S

U A

B

21

CITRA BUDAYA 2/2019

I N E

kesannya sangat besar buat masyarakat Eropah dan Amerika. Sekolah ini dibentuk berdasarkan trend pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sekolah ini ditubuhkan dengan bermatlamat untuk menemukan titik persamaan di antara seni halus dan seni gunaan serta mengembalikan kreativiti dalam seni pembuatan. Idea di sebalik penubuhan Sekolah Seni Bauhaus ialah untuk memberikan suntikan seni halus dalam rekaan produk dan pembuatan. Ini kerana pada waktu itu bidang rekaan produk dan pembuatan tidak menitikberatkan unsur estetik sebaliknya hanya menghasilkan produk tanpa jiwa dan menghilangkan prinsip seni untuk masyarakat. Justeru, sekolah seni ini memainkan peranan penting dalam memartabatkan seni untuk kehidupan. Sekolah ini menggunakan pendekatan yang baharu dan berbeza dengan kaedah dan tradisi pembelajaran yang lalu. Sungguhpun demikian, ia tetap mengekalkan penekanan kepada kemahiran praktikal, intelektual dan teori sama seperti zaman pertengahan. Kekuatan sekolah ini lebih menjurus kepada kemahiran yang menggabungkan seni halus dan kraf bagi menyelesaikan masalah dalam reka bentuk bagi industri yang moden. Dengan berbuat demikian,


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.