CITRA BUDAYA JKKN BIL. 2/2019 - PERCUMA

Page 32

AMIRULAZAM IBRAHIM

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia sebagai Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body - ILB) Seni Budaya pada tahun 2018. ILB merupakan program di bawah JPK yang bertanggungjawab dalam MEMPERKASAKAN BIDANG KEMAHIRAN. 31 buah ILB telah dilantik oleh JPK yang turut melibatkan Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.

AKTIVITI UTAMA ILB SENI BUDAYA

31

01

PEMBANGUNAN OCCUPATIONAL FRAMEWORK (OF)

02

PEMBANGUNAN / KAJIAN SEMULA NATIONAL OCCUPATIONAL SKILLS STANDARD (NOSS)

03

SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

04

PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) MELALUI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

05

PROMOSI LATIHAN KEMAHIRAN

06

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

CITRA BUDAYA 2/2019

JKKN telah melaksanakan bengkel dan sesi libat urus bersama 436 orang Penggiat Industri Seni Budaya pada tahun 2018-2019 untuk pelaksanaan Pembangunan Occupational Framework (OF) yang bertujuan mengenalpasti struktur pekerjaan dalam sesuatu bidang mengikut kompetensi berdasarkan Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC) Section R: Arts, Entertainment and Recreation, Division R90 Creative Arts and Entertainment Activities. Pembangunan OF turut melibatkan bidang tari, teater, muzik, seni visual dan jurnalis. Sesi penyerahan dokumen OF kepada pihak JPK telah dilaksanakan pada 8 November 2018 bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur. National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut. JKKN telah membangunkan NOSS Pengurusan Pentas (Tahap 2 dan 3) yang melibatkan 9 orang panel pembangun daripada penggiat industri seni budaya dan para akademik serta pelaksanaan Kajian Semula NOSS Nyanyian (Tahap 3) melibatkan 11 orang panel pembangun pada tahun 2018-2019. Pelaksanaan Jelajah (Road Show) Siri Promosi ILB Seni Budaya dan Libat Urus


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.