HESMEL FAZNEE FAISAL
PERIHAL INDUSTRI
Cybe r
4 TH R
phy s
ical s
EVOL
ystem
s
UTIO
N
REVOLUSI 4.0 DAN MASA DEPAN Os,N I T U OL tem
EcVand IT sys R 3Electronaition RD
Negara kita sekarang sedang melalui episod-episod getir yang agak membungkam. Mereka yang merasainya pasti terasa kegetiran itu manakala mereka yang tidak, akan terus meluncur ke hadapan!
m
auto
2 ND REV
M elecass pr tric odu ity ctio n
OLU
ST n, st zatio hani er Mecter pow wa
N UTIOnd EVOL eam a 1 R
and
SENI BUDAYA TEMPATAN
TIO
N
Perihal ekonomi yang tidak menentu dan terkini (semasa artikel ini ditulis sekitar 5 Oktober, 2019) nilai tukaran RM (Ringgit Malaysia) berada pada paras RM4.19 kepada USD1, sekaligus menimbulkan persoalan tentang isu periuk nasi (bread and butter) dalam kalangan kita semua. Apabila nilai RM semakin rendah, maka semakin gusarlah para peniaga yang bergantung penuh kepada aktiviti pengeksportan barang, khususnya daripada negara Amerika Syarikat.
Namun demikian, Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Yunus dipetik sebagai berkata kesan kejatuhan ringgit itu dilihat hanya kesan sementara dan nilai ringgit yang rendah itu juga mampu menarik para pelabur untuk terus melabur di negara kita. Malaysia juga turut terkesan ekoran perang (perang dingin bab 2 ) dagang dan ekonomi di antara China dan Amerika Syarikat, namun demikian dari satu sudut ianya menjadikan Malaysia sebagai suatu pilihan alternatif untuk para pelabur membuat pelaburan di negara kita. Dari perihal ekonomi jelas sudah ekonomi dunia sedang mengalami krisis dek kerana ehwal dagang antara Amerika Syarikat dan China. Malaysia selaku rakan dagang di antara kedua negara sudah pasti menjadi persis pepatah Melayu dulu kala, “gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah�! Para ekspatriat mempunyai keistimewaan seluas-luasnya kerana ianya sudah pasti persis durian runtuh buat mereka. Masakan tidak, untuk setiap US10 yang dipunyai dalam poket mereka, diterjemahkan dalam bentuk kekuasaan dari segi membeli adalah sebanyak RM41.39 di negara kita! Marilah kita berfikir sejenak. Dari satu sudut dan pada waktu keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, apakah yang boleh dibeli untuk satu pasangan suami isteri yang mempunyai 3 orang anak? Mengikut Profesor Philip Alston, seorang wakil dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat kenyataan tentang keadaan ekonomi Malaysia melalui sebuah laporan yang dikeluarkan pada 23 Ogos 2019 berdasarkan pemerhatian beliau sepanjang 10 hari beliau berada di negara.
39
CITRA BUDAYA 2/2019