CITRA BUDAYA JKKN BIL. 2/2019 - PERCUMA

Page 6

Jasmin Zahariman

Bangunan

Sultan

Abdul samad Menyimpan

1001 Cerita

Bangunan bersejarah merupakan sebuah bangunan tinggalan sejak dari zaman ke zaman. Bangunan tinggalan atau dikenali sebagai monumen bermaksud sesuatu yang dibina, didirikan, atau digali yang mempunyai kepentingan awam dari sudut agama, sejarah, dan kaji purba. Kebiasaanya, ia dibina untuk urusan pentadbiran kerajaan, sekolah serta bangunan awam. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah bangunan kolonial sejarah yang tersergam indah di kawasan Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Lokasinya sangat strategik, di tengah bandar dan mempunyai nilai yang sangat berharga kerana masih mengekalkan u n s u r - u n s u r kesenian serta

5

CITRA BUDAYA 2/2019

sejarah. Sebelum tahun 1978, ia hanya dikenali sebagai “bangunan�, kemudian barulah diberi nama Bangunan Sultan Abdul Samad yang diambil sempenna nama Sultan Selangor yang keempat iaitu Sultan Abdul Samad Ibni Al-Marhum Raja Abdullah yang memerintah bermula pada tahun 1857. Dapat dilihat bahawa keaslian bangunan ini masih terpelihara sehingga ke hari ini dan ia juga telah diiktirafkan sebagai salah satu bangunan warisan kolonial oleh pihak Jabatan Warisan Negara. Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dengan tujuan yang tertentu. Bangunan ini direka oleh arkitek British iaitu Arthur Charles Norman da juga AB Hubbock pada tahun 1894 dan berjaya disiapkan Fungsi utama bangunan ini semasa zaman pemerintahan British ialah sebagai bangunan dalam menjalankan pentadbiran bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Selepas merdeka pula, ia menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor dan seterusnya digunakan pula Jabatan Peguam Negara. Fungsi bangunan ini akan berubah mengikut zaman dan kesesuaiannya. Reka bentuk asal bangunan yang direka oleh Charles Norman hanya sebuah bangunan yang menumpukan kepada konsep Classical Renaissance sebelum ia ditambah baik dengan stail dan idea-idea yang lebih sesuai. Kebanyakkan reka bentuk bangunan kerajaan yang telah dibina pada peringkat awal p e r k e m b a n g a n perbandaran Kuala Lumpur ialah berasaskan kepada gaya senibina


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.