8 minute read
AZAHA HAJI OTHMAN PENGGIAT TEATER SERBA BOLEH
AZAHA
HAJI OTHMAN Penggiat Teater Serba Boleh
Advertisement
Ditulis oleh: Rosmadi bin Abdul Rahim (JKKN Terengganu)
AZAHA HAJI OTHMAN ialah seorang anak seni yang begitu komited dalam kerjayanya. Beliau bercita-cita menjadi seniman negara serta seorang pemain boneka yang telah bermula sebagai seorang penulis dan akhirnya melibat diri dalam kesenian teater bermula sejak tahun 1996 hingga ke hari ini.
Beliau yang memegang prinsip ‘teater mengajar menjadi manusia’ serta falsafah ‘teater sebagai ruang berdakwah melalui seni hiburan’ pernah dicalonkan kategori anugerah Pendakwah Seni Hiburan dalam Anugerah Dakwah Negara anjuran YADIM pada 6 Mac 2015. Beliau yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak telah mendapat pendidikan awal di:
(1979-1984)
SK Pagar Besi, Batu Rakit Kuala Nerus
(1985-1989)
SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Nerus
(1990-1991)
Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu dalam Jurulektrik (Peringkat Asas)
(1995/1996)
Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dalam Sijil Seni Kreatif; dan
(1996-2000)
Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dalam Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Penulisan Kreatif).
MEMINATI KESENIAN TEATER
Bermula tahun 1996, setelah menyambung pelajaran di ASK kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA), Azaha telah melibatkan diri dengan dunia lakonan teater bawah bimbingan ramai tokoh teater besar. Antaranya termasuklah Marzuki Ali, Kamarul AR, Dr. Hatta Azad Khan, Putu Wijaya, Zakaria Ariffin, Zaifri Husin, Mohamed Adnan Hamzah, Rosminah Tahir, Rohayah Atan, Ahmad Yatim, Dr. Ghouse Nasiruddin, Rahman B, Khatijah Awang, Hamzah Awang Amat, Rosli Mansor, Faziah Sulaiman, Wan Ahmad Ismail dan Giegie Hj. Marzuki.
Menerusi teater, beliau telah pun menekuni dunia lakonan teater menerusi pelbagai kategori termasuklah monolog, moden, pantomim dan dekon, eksperimental, bangsawan serta tradisional.
Azaha telah berlakon dalam teater Monolog Boneka sempena Pesta Pantai Terengganu 2016 pada 2 - 4 September 2016 bertempat di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Teater Monolog Tamu Bukit Kenny pada 1 Mei 2018 bertempat Hotel Pacific Regency Kuala Lumpur, Teater Monolog Dalang anjuran UniSZA &
SELAMPIT pada 13 - 15 September 2018 bertempat di Dewan Recital, Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA dan Teater Monolog Merdekakah Aku? anjuran PIBG P’BesT dan SELAMPIT pada 29 September 2018 bertempat di SK. Pagar Besi, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.
Dalam kategori teater moden pula, beliau turut berlakon dalam pementasan teater Julius Caesar anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP) pada 4 - 8 Julai 1997 bertempat di Panggung ET, Kompleks Budaya Negara (KBN), Kuala Lumpur, Teater Kota Lukut anjuran KKKP & TEMA pada 7 - 12 Ogos 1997 bertempat di MaTiC, Teater Moden Asy-asyura anjuran ESTETIKA pada 25 Julai 1999 bertempat di MaTiC, Teater Kanak-kanak Durian Gergasi anjuran Pejabat Kebudayaan dan Kesenian WPKL pada 6 hingga 10 Ogos 1999 bertempat di MaTiC KL, Teater Apresiasi JM Aziz anjuran Kerajaan Negeri Terengganu pada 21 hingga 22 Oktober 2016 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
Menerusi teater pantomim dan dekon pula, Azaha turut berlakon menerusi Dekon Ayuhlah Bangsaku anjuran SMK. Bukit Sawa & TESDEC pada 24 Mei 2017 bertempat di SMK Bukit Sawa, Marang, Terengganu, Dekon Patung Yang Ditinggalkan anjuran PIBG & JKKN Terengganu pada 26 April 2018 bertempat di Dataran P’BesT, Batu Rakit, Kuala Nerus, Pentomin Padang Kachung Berdarah anjuran SPRM, RTM, Dapo Pata & SELAMPIT pada 30 Ogos 2018 bertempat di Dapo Pata Kg. Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu serta Pantomim Merdeka anjuran Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu pada 31 Ogos 2018 bertempat di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Bagi lakonan teater eksperimental pula, Azaha telah tampil sebagai pelakon dalam Teater Buku anjuran SELAMPIT pada 4 Mac 2018 bertempat di Dewan Serbaguna PDM Mengabang Lekor, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu, Teater Seruling Ajaib anjuran JKKN pada 3 Mei 2018 bertempat di Hotel Pacific Regency Kuala Lumpur dan Teater MAIN anjuran SELAMPIT pada 1 Januari 2019 bertempat di Tabika KEMAS Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.
Seterusnya, beliau turut terlibat sebagai pelakon melalui teater Bangsawan Haris Fadillah anjuran ASK pada 16 - 19 Mei 1997 bertempat di MaTiC, Bangsawan Bendahara Garang Perak anjuran ASK pada 10 - 12 April 1998 bertempat di MATIC dan Bangsawan Shamsir Alam anjuran ASK & DBP pada 29 - 30 April 2000 juga di MATIC. Kesemua bangsawan ini bawah bimbingan Seniman Negara Rahman B.
Azaha turut pernah berlakon dalam pementasan teater tradisional Mak Yong Raja Tangkai Hati anjuran ASK pada 2 - 3 April 1999 bertempat di Panggung ET, KBN bawah bimbingan Seniman Negara Khatijah Awang serta terlibat juga sebagai pemain Selampit Dalang Tua anjuran JKKN Terengganu pada 6, 13, 20, 27 Ogos 2018 bertempat di Rumah Baitul Sakinah Kuala Terengganu, Terengganu.
Gambar 2: Azaha ketika persembahan boneka di Pesta Pantai Terengganu 2016 berlangsung
TEKUN MENULIS SKRIP DAN MENGARAH
TEATER
Selain terlibat dalam bidang lakonan, Azaha yang mesra dipanggil Pak Alang di kalangan anak muridnya juga turut tekun menulis skrip dan mengarahkan teater samada untuk kanak-kanak, remaja atau golongan dewasa. Di antaranya karyanya termasuklah;
Penulis skrip dan pengarah dramatari kanak-kanak Raja Iskandar di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (1997).
Pengarah lakon teater kanak-kanak Durian Gergasi di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (6 - 10 Ogos 1999). Pengarah lakon bangsawan kanak-kanak pertama di Malaysia Cermin Sapura di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (19 - 23 April 2000). Penulis skrip dan pengarah pementasan dramatari Raja Indera Sakti di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (2000). Penulis skrip dan Pengarah pementasan Mak Yong kanak-kanak pertama di Malaysia Raja Pencil (asalnya Dewa Pechil) di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (8,10 dan 11 Oktober 2000). Penulis skrip dan pengarah pementasan teater ‘Api Timur’ sempena Seminar Tokoh Penulisan Yang Mulia Tengku Dalam Kalthum Tengku Wok Khazaki Peringkat Kebangsaan di Taman Budaya Negeri Terengganu (3 - 5 Oktober 2003). Penulis skrip dan pengarah pementasan teater kanak-kanak Tunas Budaya kali pertama Negeri Terengganu ‘Megat Bidong Lima Saudara’ di Taman Budaya Negeri Terengganu (17 - 19 Oktober 2003). Penulis skrip dan pengarah teater ‘Di Pentas Ini, Anna’ dipentaskan sebagai persembahan selingan pada Pertandingan Drama Sekolah Menengah Negeri Terengganu sempena Festival Kesenian Negeri Terengganu 2004 di Taman Budaya Negeri Terengganu (24 Julai 2004). Penulis skrip dan pengarah teater kanak-kanak Tunas Budaya kali kedua ‘Raja Rimba’ di Taman Budaya Negeri Terengganu (8 - 9 Oktober 2004). Penulis skrip dan pengarah teater adaptasi dari cerpen ‘Kehendak-Nya Jua’ sebagai persembahan selingan pada Pertandingan Drama Antara Sekolah Menengah Negeri Terengganu sempena Festival Kesenian Tunas Cemerlang 2005 di Taman Budaya Negeri Terengganu (20 Jun 2005). Penulis skrip pementasan teater ‘Kehendak-Nya Jua’ oleh KGB sempena Manifestasi Teater Negeri Terengganu 2005 di Taman Budaya Negeri Terengganu (3 Ogos 2005). Penulis skrip dan pengarah pementasan bangsawan kanak-kanak kali pertama di Terengganu bertajuk ‘Naga Chini’ sempena Manifestasi Tunas Budaya Negeri Terengganu 2005 di Taman Budaya Negeri Terengganu (30 September – 1 Oktober 2005). Penulis skrip dan pengarah pementasan teater kanak-kanak ‘Mencari Pedoman’ sempena Manifestasi Tunas Budaya Negeri Terengganu 2006 di Taman Budaya Negeri Terengganu (15 - 16 September 2006). Penulis skrip teater ‘Rumah’ yang dipentaskan oleh Kelab Seni Pujangga, Unit Kebudayaan Bahagian HEP & Alumni UiTM Terengganu sempena Bengkel Lakonan Asas (Teater) 2007 Peringkat IPT Negeri Terengganu di Kompleks Dewan Gemilang, UiTM Cawangan Dungun, Terengganu Darul Iman (2 Februari 2007). Penulis skrip teater ‘Di Pentas Ini, Anna’ yang dipentaskan oleh Kelab Seni Pujangga, Unit Kebudayaan Bahagian HEP & Alumni UiTM Terengganu sempena Bengkel Lakonan Asas (Teater) 2007 Peringkat IPT Negeri Terengganu di Kompleks Dewan Gemilang, UiTM Cawangan Dungun, Terengganu Darul Iman ( 3 Februari 2007). Penulis skrip teater ‘Kehendak-Nya Jua’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif (AK2), UDM Kampus KUSZA sempena Festival Teater Malaysia 2007 Negeri Terengganu di Taman Budaya Negeri Terengganu (7 Julai 2007). Penulis skrip bangsawan ‘Pak Pandir’ yang dipentaskan oleh Persatuan Kesenian D’Anjung Ibai Kuala Terengganu kerjasama JKKN Terengganu sempena Siri Semarak Bangsawan 2013 pada 29 - 30 Mac 2013 bertempat di Auditorium
Gambar 3: Azaha gembira dicalon dalam Anugerah Dakwah Negara kategori Anugerah Pendakwah Seni Hiburan (6 Mac 2015)
Kompleks JKKN Terengganu dan pada 12 - 14 April 2013 bertempat di Panggung Bandaraya DBKL, Kuala Lumpur. Penulis skrip teater ‘KehendakNya Jua’ yang dipentaskan oleh CUTE UiTM Machang, Kelantan sempena Festival Teater Negeri Kelantan bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Kelantan (17 November 2013). Penulis skrip teater monodrama ‘Dalang’ yang dipentaskan oleh Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Setiu sempena Festival Teater Negeri Terengganu bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu (18 November 2013). Penulis skrip teater monodrama Betalah Perempuan Itu yang dipentaskan oleh Is Nur Teater sempena Festival Teater Negeri Terengganu bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu (18 November 2013). Pegawai penyelidik dan Penulis skrip teater tradisional Terengganu ‘Nong Sakti’ yang dipentaskan oleh KK JKKN Terengganu setelah kali terakhir dipentaskan lebih 40 tahun lalu sempena Program Perantisan bertempat di Auditorium JKKN Terengganu (4 Disember 2015, 4 November 2016 dan 24 November 2017). Pengarah dan penulis skrip fragmen teater ‘Padang Kachung Berdarah’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif, UniSZA dalam Bengkel Pengurusan Pentas sempena Festival Teater Negeri Terengganu 2017 bertempat di Dewan Ulek Mayang, JKKN Terengganu (29 - 30 September 2017). Pengarah dan Penulis skrip Monodrama ‘Dalang’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif (AK2), UniSZA Kampus Gong Badak sempena Bengkel Asas Lakonan di Dewan Recital, Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA (7 Julai 2018). Pengarah dan Penulis skrip Teater Kanak-kanak ‘Bintang JSBN’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif (AK2), UniSZA Kampus Gong Badak sempena Bengkel Asas Lakonan di Dewan Recital, Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA (7 Julai 2018). Pengarah dan Penulis skrip teater ‘Padang Kachung Berdarah’ yang dipentaskan oleh Kelab Anjung Kreatif (AK2), UniSZA Kampus Gong Badak sempena Bengkel Asas Lakonan di Dewan Recital, Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA (7 Julai 2018). Penulis skrip Pentomin ‘Padang Kachung Berdarah’ dan memenangi Johan Pertandingan Pentomin melalui arahan Mohd Raziff Rosman sempena Sambutan Ambang Merdeka anjuran SPRM dengan kerjasama RTM serta Uptown Kontena, Dapo Pata pada 30 Ogos 2018 bertempat di Dapo Pata, Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu. Penulis skrip teater tradisional Terengganu ‘Nong Sakti’ yang dipentaskan oleh Kelab Kerabat Kebudayaan UiTM Cawangan Terengganu sempena Program Perantisan 2018 bertempat di Dewan Aspirasi UiTM Kampus Dungun pada 2 November 2018. Penulis skrip dan pelakon teater tradisional Terengganu ‘Nong Sakti’ yang dipentaskan oleh Kumpulan Kesenian JKKN Terengganu sempena Program Perantisan 2019 bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu pada 22 November 2019.