8 minute read
MENELITI ASAL USUL SENI PERSEMBAHAN MELAYU MENDU DI ASIA TENGGARA
Ditulis oleh: Dr. Rosdeen Suboh Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya
Terdapat beberapa penulisan ilmiah yang fokus kepada pensejarahan Melayu Mendu di Asia Tenggara seperti Syaifuddin 2002; H. Asmui Bakar 2010; H. Syamsul Hilal; Hendri Chambert-Loir 2014; dan beberapa penulisan artikel seperti Ramli Raman 1995; B.M. Syamsudin, 1987; Dewi Juliastuty 2014; Yuliana, syafiral, Hadi Rumadi 2019; Karen Kartomi Thomas (2017) dan Jefrizal (2019). Namun, semua penulisan mengenai sejarah dan perkembangan Mendu yang berkait dengan sosiopolitik dan ekonomi di Riau dan Kalimantan Barat ini umumnya memberi data yang berbeza. Ia bermula dari tahun 1870 sehingga sebelum penjajahan Jepun. Ini menunjukkan variasi data sejarah Mendu sebagai seni persembahan Melayu di Asia tenggara masih perlu dibincangkan asal usulnya secara lebih terperinci.
Advertisement
Mendu dipercayai berasal daripada pengaruh Wayang Parsi di Pulau Pinang, Malaysia sekitar tahun 1870-1880. Ia dibawa ke Daerah Bunguran, Kepulauan Riau Indonesia atau juga disebut Pulau Natuna Besar (B.M Syamsudin, Sindu Galba dan Sita Rohana, 1990). Pendapat ini boleh dipertikaikan kerana terdapat versi yang lain berkenaan dengan asal usul Mendu. Raja Hamzah Yunus (1997) mengutip pendapat daripada Henri Chambert-Loir (1980) yang nama Mendu berkemungkinan besar berasal daripada perkataan Mendurayang berkembang di Asia Tenggara. Nama tersebut mempunyai persamaan dengan seni pertunjukan yang disebut sebagai Mendura (Menora) yang berkembang di Siam, Yunan, Vietnam, dan Kamboja. Kesamaan ini terutama terletak pada pementasannya yang dilakukan dikawasan Tanah terbuka (Tanah lapang). Asal usul Mendu sebenarnya adalah lebih awal lagi wujud di Tanah Malayu sebagaimana Kajian Dewi Juliastuty (2014) mencatatkan terdapat dua versi mengenai asal-usul Kesenian Mendu Kalimantan Barat, Indonesia. Versi pertama menyatakan bahwa Mendu bermula dan dikembangkan pada tahun 1712-1776 di Desa Pontianak, seperti Desa Mengkacak, Sungai Kunyit, Sengkubang hingga ke Mempawah. Versi kedua adalah pada tahun 1871, iaitu dari tiga orang putra Mempawah dari Kampung Malekian Desa Semudun. Ketiga orang pemuda tersebut adalah Ahmad Antu, Ahmad Anta, dan Ali Kapot (ada pelbagai versi nama) yang pulang merantau dari negeri Brunai dan belajar seni pertunjukan Mendu dari Nek Ketol disana. Selama lima tahun iaitu pada tahun 1876 mereka pulang ke Mempawah mengajarkan Mendu kepada kampungnya dan akhirnya tersebar ke seluruh Kawasan sekitarnya (ada versi yang mengatakan lebih awal iaitu 1837). Kemudian Mendu tersebar dan dikembangkan oleh anak Murid Ali Kepot iaitu Abdul Hamid Satoh seperti ke Sungai Jaga, Kabupaten Sambas, daerah Mempawah, Tanjung, dan Mengkacak. Versi kedua adalah lebih dekat dengan andaian Syafarudin (2002) menyatakan bahawa Mendu berasal dari Pulau laut atau Sepempang (Buguran Timur) kemudian ke Buguran Barat dan ke Siantan dan ke Kalimantan Barat. Mendu berasal dari seorang Kaya Buguran yang memiliki kumpulan Bangsawan Lang-Lang Buana. Mahmud sebagai pengikut daripada kumpulan ini
bertanggungjawab mementaskan hikayat Dewa Mendu dengan gayanya sendiri kerana telah belajar dari Mendu di Pelabuhan Persisir Kalimantan Barat. Tahun 1876 Mendu menjadi sebuah persembahan popular di Semudun Kalimantan Barat (Kasim 2006). Meneliti perkembangan Mendu tahun antara 1870 hingga 1900, penjelajahan kumpulan tempatan ini boleh dilihat menjadi faktor perkembangan dan pembentukan corak persembahan di Asia Tenggara pada ketika itu. Ia dilihat saling mempengaruhi antara satu sama lain. Contohnya Seni lakon Mendu juga dinamakan ‘andai-andai’ atau tuak-tuak di bawa masuk pedagang dari Pulau Tujuh, Natuna-Anambas 1870-1880 (Ramli 2017). Menurut Tuanku Luckman Sinar (2005) pula, Mendu adalah dari perkataan ‘Main Hindu’ kemudian mendapat pengaruh dari persembahan Wayang Parsi. Luckman juga mengatakan nama pementasan Mendu adalah nama lain dari Wayang Parsi Indra Sabor. Istilah Mendu sebenarnya berarti “Menghibur Rindu”. Hal ini juga didasarkan pada kisah zaman dahulu ketika para saudagar, nelayan, dan petani, sangat senang menghibur diri ketika malam hari. Mereka menghibur diri dengan memainkan alat musik, bernyanyi, dan menari sembari mengenang kampung halaman mereka. Seiring dengan masa berlalu, kata menghibur rindu, disingkatkan menjadi Mendu. (Yuliana, syafiral, Hadi Rumadi 2019). Dari fakta ini boleh dikatakan bahawa berkemungkinan persembahan Wayang Parsi yang disebut Mendu hanyalah panggilan lain oleh orang tempatan bagi menggantikan nama persembahan kumpulan Teater Parsi tempatan atau sebutan lainnya Indra Sabor (cerita Indra Sabor atau Sabha/Subha). Cerita Indra Sabha (makamah Indra) adalah sebuah drama Urdu yang ditulis oleh Agha Hasan Amanat, dan pertama kali dipentaskan pada tahun 1853 di India. Ia dianggap sebagai drama pentas musikal pertama Urdu lengkap yang pernah ditulis. Ceritanya adalah percintaan antara putera raja dan pari-pari dan dipentaskan dengan gaya Eropah iaitu berbentuk himpunan nyanyian dan muzik yang banyak. Akibat dari pengaruh Teater Parsi, Ediruslan dan Hasan Junus mengatakan Mendu lahir sebagai satu ikhtiar kreatif yang disebut induk Mendu dari Wayang Bangsawan. Mendu adalah sebagai nama lain bagi Wayang Parsi Indra Sabor dan tersebar ke Pontianak Kalimantan Barat. Tokoh Awal Mendu, iaitu Nikmat, yang membawa Mendu ke Kampung Baruk Buguran Timur kemudian tokoh Bujang Susang telah membawa Mendu ke Buguran Barat, Midai, pulau laut dan Siantan. Pertunjukan Mendu yang paling awal tercatat adalah Mendu Tempo Doeloe dari satu keluarga Zahari, Dollah Hitam, Bujang Kepak dan Busu. Kemudian Mendu berkembang dengan pelbagai variasi. Beberapa pendapat lain juga memperlihatkan faktor saling mempengaruhi adalah dari penyataan Skeat (1953). Mendu adalah dari nama kumpulan yang mementaskan pertunjukan dari India. Pada masa itu Mendu dinyatakan sebagai persembahan seperti opera cina. Pendapat ini ada kaitannya dengan pendapat Mendu berasal dari Pulau Anambas dikatakan mendapat pengaruh Wayang Bangsawan yang lebih lengkap. Justeru Mendu selepas itu menjadi sebuah persembahan seperti Bangsawan tetapi lebih sederhana dan menggunakan cerita Hikayat Dewa Mendu sahaja. Persembahan hikayat Dewa Mendu terkenal di kalangan masyarakat ‘suku laut’ di kepulauan tujuh. Setelah menerima pengaruh Wayang Bangsawan, Mendu menambahkan dekorasi layar dan pakaian yang bergemerlapan (Kasim 2006). Mendu pada tahun 1900 bukan sahaja di Pontianak, malah aktif di Melaka, Penang dan Singapura dengan memakai kostum Tiong Hua dengan lakon cerita yang banyak seperti Siti Zubaedah, Ken Tambuhan, Bidasari dan sebagainya (Skeat, 1953). Sehingga tahun 2022, hanya terdapat tiga kumpulan utama yang masih aktif iaitu kumpulan Sanggar Budaya (Mempawah, Kalimantan Barat Indonesia), kumpulan Semadun Dewa (Pulau Sedanau, Natuna Kepulauan Riau Indonesia), Kumpulan Sri Malaya (Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya Malaysia). Antara penggiat yang juga merupakan ketua kumpulan dan pengarah adalah Bapak Syamsi Abdullah (Mempawah), Bapak Abdul Ghani (Pulau Sedanau), Bapak Syafaruddin (Tanjung Pinang, Bintan), Rosdeen Suboh (Kuala Lumpur). Terdapat perbezaan struktur persembahan Mendu di setiap kawasan. Umumnya Mendu di Natuna memperlihatkan percampuran antara elemen ritual, cerita dan komedi. Manakala Mendu di Mempawah tiada Terdapat perbezaan struktur persembahan Mendu di setiap kawasan. Umumnya Mendu di Natuna memperlihatkan percampuran antara elemen ritual, cerita dan komedi. Manakala Mendu di Mempawah tiada mempunyai unsur ritual. Mendu di Kuala Lumpur digelar Mendu Ritual pula yang memperlihatkan hampir 70 peratus persembahan mempunyai babak ritual yang dilakukan oleh bomoh dan melibatkan penyertaan penonton. Beberapa perbezaan struktur adalah hanya susunan perletakan babak pada segmen pembuka persembahan, pembuka cerita, lakonan dan penutup. Walau bagaimanapun ketiga-tiga Mendu mempunyai persamaan jelas iaitu hanya menggunakan cerita Dewa Mendu sahaja (rujuk jadual 1 dan 2).
Elemen/babak persembahan Ucapan pembukaan Ucapan penutup Ritual ‘buka Tanah’ Ritual ‘tambur Peranta’ Ritual ‘memanggil’ Ritual ‘menghantar’ Ritual ‘perarakan’ Ritual ‘mengubat’ Pembacaan sinopsis Komedi khadam Gerak berjalan kunon Berladun Wayat Bermas Nyanyian Tarian Lawak jenaka Peperangan Pesta Istana Hutan Kampung Taman bunga Selingan Mendu Natuna
Mendu Mempawah Mendu Ritual
Jadual 1: Elemen/Babak Persembahan dalam persembahan Mendu
Mendu Natuna Mendu Mempawah Mendu Ritual -watak khalifah Mendu/tuan syeh -ritual buka Tanah -ritual tambur peranta -berladun -wayat -watak pengurus pentas -buka tirai dan tutup tirai -komedi khadam -watak bomoh dan penonton -perarakan masuk semua pelakon dan penonton ke dalam panggung -ritual mengelak gangguan makhluk halus -Ritual memanggil watak Dewa Mendu turun ke bumi -Ritual menghantar watak Dewa Mendu balik ke kayangan
Jadual 2 : Ciri-ciri khas dalam persembahan Mendu mengikut Kawasan.
Cerita Dewa Mendu adalah dari tradisi lisan Hikayat Dewa Mendu. Ia adalah kisah pertualang Dewa Mendu dan adiknya Angkaran Dewa yang turun dari Kayangan (syurga bagi penganut agama Hindu) ingin melihat manusia. Mereka bertemu dan mengubati puteri Siti Mahdewi yang terkena sihir menjadi gajah putih. Dewa Mendu berkahwin dengan Siti Mahdewi. Banyak peristiwa dugaan berlaku dalam perjalanan hidup mereka di dunia dan dapat diselesaikan dengan kehebatan Dewa Mendu. Naskah Dewa mendu sebenarnya ditulis dalam Bahasa Urdu saduran ke Bahasa Jawa dan kemudiannya Bahasa Melayu Champa Akayet Deva mano pada tahun 1777. Cerita Dewa Mendu di Tanah melayu diketahui melalui tradisi lisan menggunakan versi ketiga iaitu ditulis dalam bentuk sastera tinggi seperti syair dan pantun. Kaedah persembahan cerita Dewa Mendu umumnya adalah berdasarkan pembahagian ruang lakon pelakon dan penonton. Ia berteraskan kepada tiga perkara utama iaitu kedudukan pokok pulai/pelaik/Aslstonia dan pondok Istana bagi membezakan ruang lakon umum dan khas. Pohon Pulai adalah penting bagi memanggil sebanyak 3 hingga 44 Dewa agar boleh ‘turun’ ketika persembahan terutamanya dalam persembahan Mendu Ritual. Perkara kedua adalah Pembahagian ruang lakon yang menggunakan set tirai bergambar bagi membezakan antara babak utama/serius iaitu di dalam ruang Istana dengan babak komedi atau babak kecil/selingan di luar istana. Ketiga pula adalah ruang lakon yang mengikut set sebenar di kawasan persembahan tersebut (set dihias mengikut kreativiti kumpulan menggunakan bahan sedia ada). Ruang ini adalah lebih fleksibel dan bebas berkongsi ruang antara pelakon, penonton dan aktiviti lain seperti jamuan makan, ucapan, persembahan pembukaan dan sebagainya. Dari pembahagian ruang lakon dalam panggung Mendu, babak cerita akan dipersembahakan mengikut kesesuaian dengan kepercayaan dan kreativiti kumpulan serta masyarakat kawasan tersebut. Contohnya Ruang lakon 3 dan 4 adalah ruang bebas dan fleksibel tanpa tirai bergambar (digelar tirai utama). Babak yang di buat di ruang ini keseluruhannya adalah komedi yang melibatkan penonton. Antaranya adalah babak orang kampung, tarian, pertemuan orang kampung, pesta kahwin dan peperangan. Manakala Ruang I dan 2, jika menggunakan tirai bergambar (seperti hutan dan jalan), ia adalah babak kecil yang masih berkait dengan cerita (street scene) dan juga adakalanya melibatkan turut serta penonton. Contoh babak dalam cerita Dewa Mendu adalah gajah putih sesat dengan lagu merayu (Tarik nasib), jin menggangu orang kampung dan semua upacara ritual seperti ritual Dewa Mendu mengubat sihir gajah putih. Ruang yang paling utama dan khas adalah ruang istana yang mempunyai set singgahsana. Ia melibatkan Tirai istana, set kerusi sultan dan Menteri
disinggahsana, pintu kiri dan kanan keluar dari ruang persiapan menghadap kepenonton. Ruang dan set ini dikhaskan dan menjadi istimewa kerana mengikut naskah hikayat Dewa Mendu dengan menggunakan konsep pengasingan lima ruang lakon kepada lima bahagian episod cerita naskah hikayat Dewa Mendu iaitu Istana, Hutan, Taman Bunga, kampung, pinggir Jalan (Syaifuddin 2002). Namun mengikut H. Syamsul Hilal dalam Hikayat Dewa Mendu, naskah Mendu terbahagi tujuh bahagian episod, ini bermakna ada tujuh ruang khas iaitu dengan tambahan bilik dan perkarangan Istana. Konsep lima atau tujuh ruang/babak dalam persembahan Mendu jelas diaplikasikan apabila dipentaskan di dalam bangunan tertutup seperti bentuk pentas proscenium telah menggunakan kaedah baru iaitu teknik lukisan tirai, set dan props yang dipelopori Teater Parsi. Ia adalah cara berkesan dalam mementaskan cerita yang mempunyai banyak babak. Ruang dan babak yang berbeza boleh dipersembahkan dalam satu ruang sahaja dengan hanya menggunakan lukisan pada tirai.