MAIS News 12/2014

Page 1

DISEMBER 2014 • SAFAR 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Peranan Ibubapa Dalam Pendidikan AnakAnak

Membentuk Fikrah Ummah

Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik anak-anak. Peranan ini bukan semata-mata memberi nafkah secara zahir seperti memberi makan atau minum

>13

Kunjungan Hormat Pengerusi MAIS Ke Kedutaan Besar Qatar KUALA LUMPUR - Delegasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang diketuai oleh Pengerusi MAIS iaitu YAD Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa.... >13

MAIS Sampaikan Bantuan Bina Rumah Kepada Muallaf Orang Asli

MAULIDURRASUL

Antara Sambutan Dan Cabaran Maulidurrasul, satu lagi sambutan yang menjadi tradisi di dalam masyarakat Islam di Malaysia sejak zaman berzaman. Saban tahun dapat disaksikan ketibaan bulan Rabi’ul Awwal dipenuhi dengan berbagai aktiviti dan pengisian program, yang berlangsung samada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, mukim dan kawasan setempat, hinggalah secara persendirian dengan tema yang khusus sebagai tunjang inspirasi masyarakat, dan pada tahun 1436H ini bersempena tahun 2015M, tema sambutan adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”............ >3

SEPANG 16 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).... >10

KUIS Antara Pasukan Terbaik Pertandingan MUT Syariah

Bandar Seri Putra - Pasukan Mut Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), telah dinobatkan sebagai Pasukan Kedua dan Pasukan Ketiga Terbaik Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan 2014. >12


WANG ORANG BERHUTANG WANG DARIPADA PENGHUTANG YANG GAGAL MEMULANGKAN ATAU MEMBAYAR HUTANGNYA KEPADA PEMIUTANG OLEH SEBAB PEMIUTANG ATAU WARISNYA TIDAK DAPAT DIKESAN

PERKHIDMATAN KAMI : Menerima wang orang berhutang sebagai amanah Memulangkan kepada pemiutang atau warisnya sekiranya ditemui atau dituntut Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Bahagian Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor

Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042 www.mais.gov.my

Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Wartawan • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Nurhelmi Bin Ikhsan • Halim Bin Mokhtar • Mohd Helmi Bin Mohd Nuri © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my

Fakta: Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

Interaktif: Islamic Calendar (Hijri) Aplikasi ini memaparkan Kalendar Hijrah terkini beserta peristiwa penting dalam tahun Hijrah tersebut. Paparan Kalendar Hijrah turut disertakan dengan Kalendar Masihi. Aplikasi ini sangat berguna untuk mereka yang merancang untuk persediaan Ramadhan dan Haji serta tarikh penting dalam bulan Hijrah tersebut.

Dakwah & Kerohanian:


FOKUS Edisi • November 2014 • 3

MAULIDURRASUL Antara Sambutan Dan Cabaran Maulidurrasul, satu lagi sambutan yang menjadi tradisi di dalam masyarakat Islam di Malaysia sejak zaman berzaman. Saban tahun dapat disaksikan ketibaan bulan Rabi’ul Awwal dipenuhi dengan berbagai aktiviti dan pengisian program, yang berlangsung samada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, mukim dan kawasan setempat, hinggalah secara persendirian dengan tema yang khusus sebagai tunjang inspirasi masyarakat, dan pada tahun 1436H ini bersempena tahun 2015M, tema sambutan adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, satu tema yang menggambarkan pentingnya perpaduan untuk memastikan kelangsungan masyarakat dalam meneruskan langkah kehadapan dan menghadapi cabaran yang mendatang, kerana sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan dan muafakat, bangsa yang maju pun akan mudah hancur binasa.

Oleh: Mohd Mustaffa Bin Jusoh@Yusoff Jabatan Syariah Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

D

alam kemeriahan sambutan ini juga, minda kita diusik dengan persoalan negatif, lahir dari beberapa pendapat yang mempertikaikan hukum dan cara sambutan maulidurrasul, dengan mempamerkan hujah dan sandaran yang dangkal, dan dakwaan yang kurang berasas. Penulisan ini bukanlah untuk mencari salah atau memburukkan pihak tertentu, tapi cuba untuk membawa minda kita dalam mengenali dan memahami pengertian di sebalik sambutan maulidurrasul secara santai dan mendidik. Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kelahiran Rasul yang merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. yang jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah. Memang tidak dinafikan, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tidak pernah menyambut tarikh kelahiran Baginda s.a.w. secara khusus, sebagaimana yang ada pada hari ini, kerana tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah dan sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu, setiap hari mereka boleh bertemu Baginda s.a.w. terutama apabila berasa rindu. Pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan semakin jauh dengan suasana dan budaya seperti Makkah dan Madinah, bahkan sebahagiannya mula lalai dan

lupa dengan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar alBarzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya, dibacakan dipersembahkan kepada orang ramai dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Sambutan maulidurrasul dalam bentuk perayaan secara besar-besaran hanya bermula pada awal kurun ketujuh Hijriah oleh seorang raja di Irbil, Iraq bernama Sultan Muzaffaruddin Abu Sa’ed al-Kukibri al-Turkamani (wafat 630 H) dan beliau adalah ipar kepada al-Sultan Salahuddin al-Ayyub. Para ulamak Islam di zaman itu tidak menolak bahkan dilihat bersama-sama menggalakkan masyarakat untuk turut serta dengan sambutan tersebut. Antaranya Ibnu Kathir dalam kitab Tarikh mencatatkan bahawa Sultan Muzhaffar merayakannya secara besar-besaran dengan mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya. Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A’yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah dari Moroco ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, mendapati Sultan Muzaffar sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi, lalu kemudiannya menulis sebuah buku tentangnya yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-

Nadzir”, dan beliau menghadiahkan karya tersebut kepada Sultan Muzaffar. Imam as-Suyuthi juga pernah menulis karya khusus tentang maulidurrasul yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”, bahkan Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya “Iqtidha al-Shirot al-mustaqim” mukasurat 621 dan ramai lagi ulamak Islam yang selepasnya hingga sekarang ini melihat bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik kerana matlamatnya adalah untuk mendidik umat Islam untuk mengenali dan menghayati agamanya dengan mengenali dan mengingati perjuangan Rasulullah. Kalau dikatakan bahawa sambutan ini adalah bid’ah, maka jawapannya adalah YA, namun demikian, ini tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri, para ulamak bahkan menjelaskan bahawa ianya termasuk dalam bid’ah hasanah, ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan alQur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya, bahkan tiada sebarang nas yang melarangnya. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 58, mafhumnya “Katakanlah (wahai Muhammad) dengan anugerah Allah dan rahmat-Nya, maka hendaklah mereka bergembira dengan anugerah dan rahmat itu kerana ia lebih baik daripada perkara yang mereka himpunkan”, bahkan Rasulullah sendiri

pernah bersabda tentang puasa hari Isnin; mafhumnya: “Itulah hari aku dilahirkan dan diturunkan wahyu padanya” (Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan al-Bayhaqi). Para sahabat ketika menyambut kedatangan Baginda ke Madinah juga pernah berarak sambil memukul gendang dan melafazkan kata-kata yang memuji Saidina Rasul s.a.w. dan tidak pernah dilarang Baginda. Bentuk dan cara sambutan mungkin berbeza mengikut peredaran zaman, pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. , ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu yang dilihat baik dan boleh membawa minat untuk mencontohi Rasulullah, dan selagimana tidak menjurus kepada perkara yang diharamkan dan melanggar syariat maka tiada sebab bagi kita untuk menghalangnya, selagi tujuan dan maltamat berikut tercapai, antaranya: 1- Menzahirkan kegembiraan kita terhadap Nabi Muhammad sebagai rahmat untuk sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah Yunus ayat 58 tadi. 2- Mengukuhkan hati dan jiwa terhadap Islam berdasarkan firman Allah; mafhumnya: “Dan semua kisah dari rasul-rasul kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya kami teguhkan hatimu” (Surah Hud, ayat 120). 3- Menyuburkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah. Nabi bersabda ; mafhumnya: “Seseorang di kalangan kamu bukanlah seorang yang beriman sehingga aku menjadi orang lebih dicintai dari dirinya sendiri, anaknya, isterinya dan seluruh manusia” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]. Kesimpulannya, menegah dan mengharamkan sambutan maulidurrasul pada hari inilah yang nyata bid’ah dholalah kerana menghalang umat Islam dari mencintai dan mengingati Rasulullah s.a.w. dan melarang dari melakukan kebaikan, firman allah dalam surah al-Hajj ayat 77 mafhumnya,”dan berbuat baiklah, moga kamu beruntung”. Bukankah menzahirkan cinta kepada Allah dan Rasul Nya itu adalah amalan baik yang perlu direbut. Moga tulisan yang sederhana ini dapat memberikan semangat dan menguatkan tekad untuk terus mempertahankan maulidurrasul dan seumpamanya demi meninggikan syirar Islan dan moga amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah dan diberkati, InsyaAllah. Edisi


ISU 4 • Edisi • November 2014

Peranan Ibubapa Dalam Pendidikan Anak-Anak Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik anak-anak. Peranan ini bukan semata-mata memberi nafkah secara zahir seperti memberi makan atau minum, bahkan peranan mereka melebihi perkara tersebut sehingga mewujudkan kehidupan yang diredai oleh Allah s.w.t. ini berasaskan bahawa anak merupakan amanah dari Allah s.w.t dan kedua-dua ibu bapa bertanggungjawab melaksanakan amanah tersebut. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi” Fitrah bermaksud Islam oleh itu setiap anak-anak dilahirkan sebagai seorang Muslim maka ibubapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya. Maka tanggungjawab ibu bapa memastikan anak-anak dibesar, dibimbing dan diberikan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, rohani, akhlak dan sosial agar mereka mampu dalam menangani cabaran tersebut dengan baik.

Oleh: Mohamad Fuad Bin Haji Ishak, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan KUIS

U

mumnya ulama bersetuju bahawa pendidikan anak-anak mestilah bermula dari zaman awal kelahiran mereka. Segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya . Oleh itu, Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak melalui teladan ibu bapanya. Sheikh Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Awlad fil Islam menyenaraikan beberapa tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak .Antaranya ialah Pendidikan Keimanan. Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Anak-anak mesti diajar kefahaman jelas tentang Islam, diajar mengenal Tuhan dan Rasul diajar supaya menerima Islam sebagai satusatunya agama yang benar dan sistem kehidupan yang dapat menjamin kebahagian dan kesempurnaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Selain itu, Pendidikan Akhlak. Ibu bapa ber-

tanggungjawab memberi pendidikan akhlak kepada anak-anak. Pendidikan akhlak ialah himpunan nilai-nilai murni atau sifat yang terpuji diajarkan kepada anak-anak sebaik sahaja mereka boleh memahami dan mencapai umur mumayiz. Konsep akhlak dalam Islam ialah ianya mencerminkan kualiti iman yang ada pada seseorang individu yang menyedari bahawa segala perbuatannya akan mendapat balasan hari kemudian. Anak-anak mesti diajar akhlaq individu seperti berpuas hati, sabar, bersyukur dan diajar akhlaq bermasyarakat seperti benar, penyantun, amanah, toleransi, merendah diri dan menepati janji. Sabda Nabi yang bermaksud: “Keajaiban bagi seorang Muslim dalam urusannya, sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka. Ini hanyalah untuk mukmin sahaja. Jika berada di dalam kegembiraan dia bersyukur, jika ditimpa musibah dia bersabar” (Riwayat Muslim) Pendidikan Jasmani, Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kesihatan jasmani kepada anak-anak, bahkan mereka wajib memberikan pendidikan jasmani yang baik kepada anak-anak. Imam al-Ghazali berpendapat kanak-kanak perlu dibenarkan bermain selepas belajar untuk

menghilangkan penat. Mencegah mereka dari bermain dan memaksa mereka belajar sepanjang hari akan menyebabkan hati mereka mati dan akan mengganggu kecerdasan akal mereka. Seterusnya ialah Pendidikan Akal. Ia bermaksud mengajarkan anak-anak mengenai ilmu-ilmu bermanfaat dan dibenarkan oleh Islam. Anak-anak perlu dibekalkan dengan dua cabang ilmu: ilmu agama dan ilmu duniawi. Ilmu agama sebagai tuntutan seorang Muslim dan ilmu duniawi sebagai memenuhi tuntutan kehidupan. Dalam proses pendidikan ini ibu bapa perlu mengambil kira ilmu yang dianggap fardu ain dan fardu kifayah dan mengamalkan pendekatan awlawiyyat atau keutamaan dalam pengajaran kepada mereka. Pendidikan Kemasyarakatan diperlukan dalam diri anak-anak . Antara nilai-nilai kemasyarakatan tersebut seperti kasih sayang, berlaku adil, bertaqwa, menghubungkan silaturahim dan lemah lembut. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak untuk menjaga hak-hak orang lain. Hak-hak yang perlu dijaga ialah hak-hak kedua-dua ibu bapa, hak kaum kerabat yang terdekat, hak-hak jiran, hak-hak guru, hak-hak sahabat atau rakan dan hak-hak orang-orang yang lebih tua dari mereka. Selain menyempurnakan hak-hak orang lain, ibu bapa bertanggungjawab mengajar-

kan anak-anak adab-adab dalam pergaulan.Pendidikan emosi (jiwa) juga penting untuk membiasakan anakanak dengan sifat-sifat terpuji dan memastikan mereka terpisah dari sifatsifat buruk yang boleh mempengaruhi emosi mereka. Terdapat lima perkara ibu bapa perlu awasi dan hindarkan dari anak-anak berkaitan pendidikan emosi ini iaitu malu bukan pada tempatnya, takut bukan pada yang hak, rendah diri sehingga menghilangkan motivasi, dengki dan marah. Secara kesimpulannya, Pendidikan anak-anak merupakan satu usaha yang memerlukan pengorbanan dari ibu bapa. Ibu bapa terlebih dahulu perlu menjadi tauladan yang baik supaya menjadi ikutan anak-anak. Anak-anak adalah cermin kepada ibu bapa. Al-Qur’an mengingatkan ibubapa akan tugas mereka yang amat penting seperti yang disebut dalam surah al-Tahrim ayat 6 “Wahai orang-orang yang beriman perliharalah diri-diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka” dan di dalam surah al-Anfal ayat 28 ibubapa juga diingatkan supaya berwaspada dengan keluarga dengan firmannya “Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah ujian” ujian yang menguji ibubapa adakah mereka menunaikan tanggungjawab dan memberikan kepada anak-anak hak mereka yang sepatutnya. Edisi


GENERASI•Q Edisi • November 2014 • 5

Semarak Cinta Kasih Rasulullah SAW Oleh: halim@kuis.edu.my

A

lhamdulillah, kecintaan umat terhadap Rasulullah SAW sangat tinggi, setiap orang mengaku mencintainya, ada pelbagai cara dilakukan demi untuk menunjukkan cinta dan kasih mereka terhadap Rasulullah SAW, namun apakah semua yang dilakukan itu bertepatan dengan arahan Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( al Imran: 31). Seseorang yang sedang jatuh cinta, biasanya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari jalan bagaimana caranya agar yang kita cintai itu membalas cinta kita. Kita pasti akan berusaha apa yang disukai oleh yang kita cintai. Setelah kita tahu tentu saja kita akan berusaha sekuat tenaga untuk memenuhinya sehingga yang kita cintai itu membalas cinta kita hingga hujung nyawa. Oleh yang demikian bagi menyemarakkan cinta kasih kepada Rasulullah SAW beberapa perkara yang mesti menjadi dimensi kepada mewujudkan cinta kasih kepada Rasulullah SAW antaranya: 1) Memahami dan Menghayati sirah Rasulullah SAW. Bersedia mengikuti Rasulullah SAW dan berjalan di atas manhaj Rasulullah SAW serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda SAW adalah tanda pertama cintakan Rasulullah SAW. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW adalah orang

Maulidur Rasul diraikan pada setiap tahun dan menjadi suatu kemestian yang tidak boleh tidak untuk dilaksanakan secara rutin dalam semua peringkat umur khususnya para remaja. Hal ini kerana tarikh Maulidur Rasul telah siap tercatat dalam kalendar dan sudah menjadi agenda kebiasaan pada setiap tahun. Hari kelahiran insan yang paling bermakna dalam diri umat Islam, iaitu Rasulullah SAW disambut dengan meriah oleh umat Islam di negara ini dengan pelbagai program dan slogan yang memuji Rasulullah SAW sebagai contoh teladan sepanjang zaman.

yang mengikuti Rasulullah SAW secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah SAW. Remaja harus memahami dengan sepenuh hati mengenai penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutamanya sebagai remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hidup. Dengan keyakinan yang jelas terhadap kepentingan penghayatan sirah ini, ia mampu menyuburkan kecintaan dan usaha dari dalam diri mereka sendiri untuk terus mencari dan menghayati sirah agung sepanjang hayat mereka. Sebagai remaja Islam, perjalanan sirah akan lebih dihargai jika pengajarannya dihayati. Remaja akan berasa lebih dekat dengan sirah apabila mereka ditunjukkan dengan pesanan-pesanan penting yang tersirat di sebalik faktafakta sirah dan ianya dihayati bukan sekadar dihafal semata-mata. 2) Memperbanyakkan Berselawat kepada Rasulullah SAW.

Bila hati teringat, mulut akan menyebut. Berselawat adalah tanda kenal cinta. Tanda cinta, kita ingat dan tanda ingat, banyak menyebut. Semakin banyak ingatan, semakin banyak pula sebutan. Semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada hari Maulidur Rasul atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.Rasulullah bersabda:”Barangsiapa yang mencintai sesuatu,nescaya dia banyak menyebut yang dicintainya”.(HR Dailami) 3) Mencontohi Sunnah Rasulullah SAW Dalam Kehidupan Seharian Remaja sentiasa mencari-cari seseorang untuk dijadikan contoh. Dalam hal ini, ternyata remaja hari ini lebih mengagumi tokoh-tokoh

popular, yang menonjol barangkali kerana rupa paras, ilmu atau kelebihan yang dimiliki dan remaja lebih suka menjadikan mereka idola atau pujaan hati mereka.Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sifat-sifat Nabi terserlah daripada peribadinya yang mulia, kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara, berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berhikmah dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah sentiasa mempamerkan budi pekerti yang baik dan terpuji kepada umatnya. Orang yang mencintai Rasulullah SAW adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada tuntutan hawa nafsu. Sebagai kesimpulan marilah para remaja mengamalkan sunnah dan mengikuti Rasulullah SAW dalam setiap langkah kehidupannya dengan penuh ketaatan sebagai bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW dan juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sepertimana firman Allah SWT: DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (alAhzab: 21). Edisi


BICARA MUFTI 6 • Edisi • November 2014

Hukum Pelaksanaan Jualan Semula Hartanah Wakaf Untuk Tujuan Pelaburan Hartanah Sumber: Warta Kerajaan. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

1. Tidak harus menjual semula harta wakaf untuk tujuan pelaburan, kerana tujuan wakaf adalah member manfaat yang berterusan kepada pewakaf. 2. Penggunaan kumpulan wang wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hanya dibelanjakan untuk pembelian atau pembiyaan asset kekal sahaja dan bukan untuk pelaburan. FATWA DASAR PENGURUSAN AGIHAN MANFAAT SEWAAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) Dasar pengurusan agihan manfaat sewaan Perbadanan Wakaf Selangor adalah harus seperti berikut: BIL.

PERKARA

1. 2.

15% Yuran Pengurusan 50% Tabung Pembiyaan Aset

3.

50% Tabung Akaun Asas

4.

50% Pengurusan Hartanah

5.

50% Penerima Manfaat

JUSTIFIKASI Merangkumi yuran pentadbiran di dalam mengurus tadbir asset kekal tersebut. Sebanyak 50% dari baki hasil sewaan setelah ditolak yuran pengurusan akan digunakan bagi perbelanjaan pembiyaan hayat asset kekal tersebut yang merangkumi: i. Perbelanjaan hartanah -Cukai tanah dan taksiran -Penilaian hartanah -Guaman -Kos keselamatan -Perkhidmatan professional -Konsultan ii. Perbelanjaan Penyelenggaraan -Penyelenggaraan bangunan jangka pendek dan panjang -Keceriaan bangunan -Utiliti bangunan Kerosakkan fizikal bangunan Sebanyak 50% dari baki hasil sewaan setelah ditolak yuran pengurusan akan dimasukkan semula kedalam tabung/akaun asas. Sebanyak 20% dari hasil sewaan akan ditolak bagi perbelanjaan pembiyaan hayat aset kekal tersebut yang merangkumi: i. Perbelanjaan Penyelenggaraan -Penyelenggaraan hartanah jangka pendek dan panjang -Keceriaan hartanah -Utiliti hartanah -Kerosakan fizikal hartanah Sebanyak 15% dari baki hasil sewaan akan diambil bagi perbelanjaan hartanah seperti berikut: i. Perbelanjaan hartanah -Cukai tanah dan taksiran -Penilaian hartanah -Guaman -Kos keselamatan -Perkhidmatan profesional -Konsultan Sebanyak 50% daripada baki hasil sewaan akan diserahkan kepada penerima manfaat yang berhak.


ARTIKEL KHAS Edisi • November 2014 • 7

Senarai Hotel & Resort Di Selangor Yang Mendapat Sijil Halal Malaysia Untuk JAKIM Sijil Masih Sah Sumber: Laman Sesawang JAKIM

BIL

1

2

3

4

5

6

7

8

9

NAMA HOTEL @ RESORT (NAMA PREMIS/ DAPUR) Amverton Cove Golf & Island Resort Sdn Bhd Pt673 Jalan Pulau Carey Pulau Carey 42960, Telok Panglima Garang Selangor Nama Premis / Dapur : Rabbit Room Bangi Hotel Sdn. Bhd. (Hotel Bangi-Putrajaya) Off Persiaran Bandar 43650, Bandar Baru Bangi Selangor Nama Premis / Dapur : Main Kitchen Malay Kitchen Cold Kitchen Butchery Bangi Hotel Sdn. Bhd. (Hotel Bangi-Putrajaya) Off Persiaran Bandar 43650, Bandar Baru Bangi Selangor Nama Premis / Dapur : Harmoni Kitchen Pastry Kitchen Lavista Xpress Barateguh Sdn Bhd (Nouvelle Hotel Sdn Bhd) Nouvelle Hotel (Kl) Sdn Bhd. Kl-Seremban Highway Sg Besi, 43000, Seri Kembangan, Selangor Nama Premis / Dapur : M3 Station (Main Kitchen) Pastry Kitchen Bbt Hotel Sdn Bhd (Premier Hotel) Bandar Bukit Tinggi, Jalan Langat 1/Ks6, 41200, Klang Selangor Nama Premis / Dapur : Banquet Kitchen (Main Kitchen) Buzz Kitchen Butcher Kitchen Bgr Restaurant Sdn Bhd (Bangi Golf Resort Restaurant) No. 1 Persiaran Bandar 43650, Bandar Baru Bangi Selangor Nama Premis / Dapur : Bgr Restaurant Sdn Bhd Bgr Restaurant Sdn Bhd (Bangi Golf Resort Restaurant) No. 1 Persiaran Bandar 43650, Bandar Baru Bangi Selangor Nama Premis / Dapur : Bgr Restaurant Sdn Bhd C180 Hotel Sdn Bhd Jalan C180/1, Dataran C180 43200, Cheras, Selangor Nama Premis / Dapur : Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur Cheras Carlton Holiday Hotel & Suites [Carlton Holiday (Shah Alam) Sdn Bhd] No. 1, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100, Shah Alam Selangor Nama Premis / Dapur : Main Kitchen Pastry Kitchen Cold Kitchen

10

TARIKH SAH SIJIL

11 16/07/2014 15/07/2016

Concorde Inn Klia Jalan Klia 1/60 Klia Sepang 43900 Selangor Nama Premis / Dapur : Melting Pot Cafe Kitchen

13

Crystal Crown Hotel Harbour View, Port Klang (A.r. Bahan Bina Sdn. Bhd) No. 217, Jalan Persiaran Raja Muda Musa 42000, Pelabuhan Klang Selangor Nama Premis / Dapur : Brass Cafe Kitchen

14

01/07/2013 30/06/2015

15 01/07/2013 30/06/2015

16/12/2014 15/12/2016

16/03/2013 15/03/2015

16

17

01/05/2013 30/04/2015

18 01/06/2014 31/05/2016

Concorde Hotel Shah Alam 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor 40000, Shah Alam Selangor Nama Premis / Dapur : Melting Pot Cafe Kitchen Main Kitchen Pastry Kitchen

12 01/02/2013 31/01/2015

01/05/2014 30/04/2016

Ch Resort Sdn Bhd No.53-2, Jalan Usj 10/1G Uep Subang Jaya Selangor Darul Ehsan 47620, Subang Jaya Selangor Nama Premis / Dapur : 3 Dapur & Gelugor Garden Cafe

Cyberview Lodge Sdn Bhd (Cyberview Resort & Spa) Cyberview Resort & Spa Persiaran Multimedia Cyberjaya 63000, Cyberjaya, Selangor Nama Premis / Dapur : - Verandah Kitchen Cyberview Lodge Resort & Spa Persiaran Multimedia Cyberjaya - Pastry Kitchen Cyberview Lodge Resort & Spa Persiaran Multimedia Cyberjaya Damansara Indah Sdn Bhd (Eastin Hotel) Eastin Hotel, Petaling Jaya 13 Section 16/11 Jalan Damansara, Petaling Jaya Selangor Nama Premis / Dapur : Banquet Kitchen Garde Manger (Cold Kitchen) Pastry Kitchen Poolside Restaurant Swez Kitchen Dorsett Grand Subang (Subang Jaya Hotel Development S/B) Jalan Ss12/1 Subang Jaya Selangor, Malaysia 47500, Subang Jaya, Selangor Nama Premis / Dapur : Pastry Bakery Kitchen Dorsett Grand Subang (Subang Jaya Hotel Development S/B) Jalan Ss12/1 Subang Jaya Selangor Malaysia 47500, Subang Jaya Selangor Nama Premis / Dapur : Banquet Kitchen (Malay, Western, Chinese,Butchery & Gardemanger) Terazza Brasserie Kitchen Flamingo Management Sdn Bhd (Flamingo Hotel) 5 Tasik Ampang Jalan Hulu Kelang 68000, Ampang Selangor Nama Premis / Dapur : Malay Banquet Kitchen, Ground Floor Chinese Banquet Kitchen Western Banquet Kitchen

19 01/10/2013 30/09/2015

01/08/2014 31/07/2016

20

01/07/2013 30/06/2015

21 01/02/2013 31/01/2015

22

16/05/2013 15/05/2015

23

16/07/2014 15/07/2016 24

01/06/2014 31/05/2016

25 01/06/2014 31/05/2016 26

16/01/2013 15/01/2015

Future World Avenues Sdn. Bhd. (Commonwealth Forest Park & Resort) 81A, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100, Shah Alam Selangor Nama Premis / Dapur : Bamboo Cafe Gold Coast Morib International Resort Sdn Bhd (Formerly Known As : Gold Coast Morib Resort Sdn Bhd) Pt294, Kawasan Kanchong Laut,Mukim Morib 42700, Banting Selangor Nama Premis / Dapur : Endah Kopitiam Cold Kitchen Main Kitchen/Banquet Pastry Kitchen Butcher Kitchen Goldcourse Hotel (Goldcourse Management Sdn Bhd) Tingkat 8-14 No. 9, Jalan Pasar Klang 41400 Selangor Nama Premis / Dapur : Central Kitchen / Kafe Seri Emas Pastry Kitchen Grand Bluewave Hotel Shah Alam (Kuala Synergy Sdn Bhd) Persiaran Perbandaran Seksyen 14 Shah Alam 40000 Selangor Nama Premis / Dapur : - Chinese Kitchen (Level 1) Grand Bluewavehotel Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam - Main Kitchen (Level B1) - Pastry Kitchen (Level B1) Grand Bluewavehotel Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Grand Bluewave Hotel Shah Alam (Kuala Synergy Sdn Bhd) Persiaran Perbandaran Seksyen 14 Shah Alam 40000 Selangor Nama Premis / Dapur : Dapur Agehan (Dapur Jepun) Grand Bluewave Hotel Shah Alam (Kuala Synergy Sdn Bhd) Persiaran Perbandaran Seksyen 14 Shah Alam 40000 Selangor Nama Premis / Dapur : - Malay Kitchen Grand Bluewave Hotels Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam. - Royale Songket Kitchen Holiday Villa (Erms Sdn. Bhd.) 9, Jalan Ss 12/1 Subang Jaya 47500 Selangor Nama Premis / Dapur : Chinese Kitchen - Inn Of Four Seasons Hotel Armada Petaling Jaya Lorong Utara C, Section 52 P.o Box 691, Pejabat Pos Jalan Sultan Petaling Jaya 46200 Selangor Nama Premis / Dapur : -Utara Coffee House Kitchen/ Dapur Utama -Malay Kitchen/Dapur Melayu Level 3 Hotel Armada Petaling Jaya Lorong Utara C Section 52, Po Box 691 Pejabat Pos Jalan Sultan

27 16/06/2013 15/06/2015 28

01/03/2014 28/02/2016

16/04/2013 15/04/2015

29

16/11/2014 15/11/2016 30

01/04/2013 31/03/2015

01/07/2014 30/06/2016

31

32

33 16/12/2014 15/12/2016

34

16/11/2014 15/11/2016

Hotel De Palma Ampang (De Palma Management Services Sdn Bhd) Jalan Selaman 1/2 Palm Square Ampang Point Jalan Ampang 68000 Selangor Nama Premis / Dapur : Main Kitchen Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Mohamed Shukor Bin Mohd Zakaria Enterprise (Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang) Lot 979 & 980 Pantai Bagan Lalang Sg Pelek Sepang Selangor Nama Premis / Dapur : Cafe D’ Bagan Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang ( Sepang ) Lot 979 & 980, Pantai Bagan Lalang 43950 Sungai Pelek Selangor Darul Ehsan Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Mohamed Shukor Bin Mohd Zakaria Enterprise (Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang) Lot 979 & 980 Pantai Bagan Lalang Sg Pelek Sepang Selangor Nama Premis / Dapur : Cafe D’ Bagan Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang ( Sepang ) Lot 979 & 980, Pantai Bagan Lalang 43950 Sungai Pelek Selangor Darul Ehsan Kalumpang Resort And Training Centre Lot 426 & 427, Jalan Sungai Inki Kg Pasir Puteh, Kerling Hulu Selangor 44100, Kalumpang Selangor Nama Premis / Dapur : Gerai Kompleks Sukan Lasak Lot 426 & 427 Ksb Requirements & Rest Sdn Bhd (Empress Hotel Sepang) Empress Hotel Sepang, Jalan St 1C/7 Medan 88, 43900, Bandar Baru Salak Tinggi Selangor Nama Premis / Dapur : Main Kitchen Laju Jaya Sdn Bhd( Presscott Metro Inn Hotel) Prescott Metro Inn Wisma Metro Kajang Jalan Semenyih 43000, Kajang, Selangor Nama Premis / Dapur : Banquet Kitchen(Prescott Metro Inn) Mines Wellness Hotel Jalan Dulang Mines Resort City Seri Kembangan Selangor 43300, Seri Kembangan Selangor Nama Premis / Dapur : Abdul And Charlie Banquet Kitchen Oriental Crystal Hotel Sdn. Bhd Lot 13, Jalan S10/3, Section 10 Off Jalan Bukit Kajang 43000, Kajang Selangor Nama Premis / Dapur : - Cafe Kitchen -Citrarasa Restaurant, Oriental Crystal Hotel, Level G, Lot 13, Jalan S10/3, Section 10, Off Jalan Bukit, 43000 Kajang. Selangor -Banquet Kitchen

01/07/2013 30/06/2015

01/05/2014 30/04/2016

01/05/2014 30/04/2016

01/05/2013 30/04/2015

16/06/2014 15/06/2016

16/05/2013 15/05/2015

01/07/2013 30/06/2015

01/08/2013 31/07/2015


SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • November 2014

Muhasabah Tahun Baharu Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, yang menjadikan peredaran malam dan siang dengan teratur yang memungkinkan setiap makhluk menikmatinya dengan aman dan tenang. Kekuasaan-Nya jualah yang memungkinkan kita bernafas setiap hari sehingga dapat menelurusi perjalanan kita sampai ke destinasi tahun baharu. Detik-detik yang telah kita lalui pada tahun 2014 menyaksikan pelbagai peristiwa yang mewarnai kehidupan kita sebagai makhluk dan hamba Allah, Rabb al-Jalil. Panorama yang singgah dalam diari kita ada yang manis dan pahit, suka dan duka, rahmat dan ujian, semuanya mengandungi hikmah tersendiri yang hanya boleh dirungkai dengan keimanan kepada Allah SWT. Ini kerana masa yang berlalu samada ia menguntungkan atau sebaliknya bergantung kepada sejauh mana kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan mengerjakan amal soleh. Inilah yang diperingatkan oleh Allah SWT dalam surah al-`Asr yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka berpesan-pesan dalam kebenaran dan berpesanpesan dalam kesabaran”.

Oleh: Dr. Zulkefli bin Haji Aini Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

M

asa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Walau bagaimanapun sekiranya kita mengambil iktibar di atas apa yang berlaku, insyaAllah, kita tidak akan mengulanginya lagi sekiranya perkara yang telah kita lakukan mengandungi unsur-unsur kerugian apatah lagi ia berkaitan dengan kualti keimanan dan kesolehan kita. Jika kita hanya menyesali apa yang telah berlaku tanpa melakukan perancangan untuk memperbaikinya pada masa akan datang, tidak memberi sebarang makna. Justeru, Islam memberikan panduan agar kita terus merenung masa hadapan dengan penuh ketaqwaan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 18 yang bermaksud: “Wahai orangorang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. Oleh itu, dalam rangka kita membuat perancangan di tahun baharu ini, sekurang-kurangnya ada lima perkara yang perlu diambil perhatian, iaitu: 1. Menetapkan falsafah kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah SWT dan mahkluk-Nya (yang tu-

juan penciptaan kita adalah untuk mengabdikan dirinya kepada-Nya), sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi (untuk memakmurkan, membangunkan dan mengimarahkan bumi ini berlandaskan acuan dan peraturan Allah supaya pembangunan dan tamadun yang beradab dapat ditegakkan) dan sebagai pendakwah (untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT, melaksanakan tugas sebagai sebagai hamba dan khalifah-Nya, menunaikan hak Allah SWT, hak Rasul-Nya, hak sesama manusia dan hak alam). 2. Menetapkan prinsip-prinsip kehidupan berlandaskan iman, Islam dan ihsan. Justeru apabila al-ustaz Fathi Yakan dalam tulisannya “Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam” mengingatkan kita betapa pentingnya kita mempunyai prinsip dalam kehidupan supaya kita benar-benar menjadi muslim, mukmin dan muhsin sejati. 3. Menetapkan jejak-jejak perjalanan kita supaya selari dengan matlamat penciptaan kita sebagai hamba Allah SWT samada kita melangkah ke arah syurga atau neraka. Ini kerana kita terikat dengan nilai-nilai pahala dan dosa dalam kehidupan kita. 4. Menetapkan prosedur kehidupan kita berdasarkan hukum hakam Allah SWT sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan al-Hadith. Oleh itu, ilmu sangat penting dalam kehidupan kita agar kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan panduan kedua-dua sumber tersebut.

5. Menetapkan proses kehidupan kita yang berlandaskan prinsip akhlak islamiyyah. ini kerana kehidupan beragama yang kita miliki tidak akan bermakna sekiranya akhlak yang baik tidak dapat kita zahirkan dalam pergaulan kita. Oleh itu, tahun baharu yang baru menjelang tiba ini dalam rangka kita melakar azam dan perancangan, kita juga tidak lupa dengan menyedari tugas dan tanggungjawab kita sebagai

hamba Allah SWT dan mahklukNya supaya kita dapat mempertingkatkan kualiti keimanan kita kepada-Nya. Namun dalam masa yang sama, kita juga adalah khalifah-Nya di atas muka bumi yang diberi amanah untuk merealisasikan tugas-tugas kekhalifahan sebagai pentadbir dan pengurus alam ini agar pembangunan dan ketamadunan dapat dilaksanakan dengan baik. Di samping itu, kita juga adalah pendakwah yang mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT dan melaksanakan tugasan sebagai khalifah-Nya. Akhirnya, siapa pun diri kita, samada kita ini pemimpin dalam pelbagai peringkat dan kedudukan, rakyat biasa,

penjawat awam atau swasta, peniaga, petani mahupun pelajar, kita mempunyai kesungguhan dan keazaman untuk melakukan muhasabah di tahun baharu, bukan sekadar di awal-awal tahun sahaja, tetapi terus melakukannya dari sehari ke sehari, agar kita tidak menjadi orang yang rugi tanpa melakukan lonjakan keimanan dan kesolehan dalam tindakan kita. Kepada Allah SWT kita berazam dan kepadaNya kita bertawakkal. Edisi


BERITA DUNIA Edisi • November 2014 • 9

Rakyat Malaysia Parah, Belon Udara di Turki Jatuh Sumber: BH online

C

APPADOCIA – TURKI. Seorang pelancong China maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kemalangan belon udara panas yang membawa pelancong dari China dan Malaysia di Turki, awal hari ini, lapor BBC. Belon tersebut jatuh ketika melalui Lembah Gubercinlik, di wilayah Nevsehir kira-kira 8.15 pagi waktu tempatan ketika sekumpulan pelan-

Hosni Mubarak Nafi Bunuh Penunjuk Perasaan

cong tersebut sedang bersiar-siar. Namun, punca kejadian masih belum diketahui. Pihak berkuasa dan paramedik dikejarkan ke tempat kejadian selepas saksi melihat kejadian itu. Menurut laporan media Turki, pelancong China yang maut dikenali sebagai Tang Yi, sementara rakyat Malaysia yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal. Kesemua mangsa dirawat di hospital berdekatan. Edisi

Sumber: BH online

K Perkuburan Mumia Terbesar Ditemui Sumber: BH online

F

AIYUM, Mesir – Sebuah tanah perkuburan terbesar yang mempunyai satu juta mumia telah ditemui di tengah Mesir oleh sekumpulan ahli sains Amerika Syarikat (AS), lapor ahli arkeologi. Kerja-kerja menggali tanah perkuburan itu menemui lebih 1,700 mumia yang masih dalam keadaan sempurna disebabkan faktor cuaca padang pasir yang panas dan kering di Faiyum, kirakira 96 kilometer di selatan Kaherah. Bagaimanapun, ahli sains percaya jumlah keseluruhan mumia itu boleh mencecah sehingga satu juta yang ditanam di kawasan batu kapur pada kedalaman 23 meter. “Kami pasti terdapat hampir satu juta mayat mumia yang dikebumikan di satu tanah perkuburan yang besar dan padat,” kata Profesor Kerry Muhlestein yang merupakan pengarah

projek cari gali dari Universiti Brigham Young, di Utah. Ahli sains mengandaikan usia mumia yang ditemui itu sekitar 1,500 tahun yang dikebumikan antara abad pertama hingga abad ketujuh sebelum Masihi semasa Mesir berada di bawah pemerintahan Rom dan empayar Byzantine. Semasa ditemui, mumia-mumia itu tidak seperti mumia yang biasa ditemui di Mesir kerana diletakkan dalam kubur besar. Mumia itu kelihatan seperti rakyat biasa dan bukannya golongan diraja atau tokoh-tokoh penting yang lain. Ahli arkeologi mendedahkan mereka turut menemui mumia dalam keadaan pelik seperti mayat seorang lelaki yang memiliki ketinggian mencecah sehingga 2.13 meter selain mumia yang memiliki warna rambut berbeza seperti merah dan perang yang diasingkan di lokasi berbeza. – Agensi Edisi

aherah: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam di mahkamah menafikan membunuh penunjuk perasaan ketika pemberontakan pada tahun 2011 yang menjatuhkan pentadbiran 30 tahunnya. Mubarak dijatuhi penjara seumur hidup pada 2012 berkaitan kematian penunjuk perasaan ketika demonstrasi selama 18 hari, tetapi mahkamah rayuan mengarahkan perbicaraan semula. Dia dibebaskan daripada tuduhan itu tetapi menjalani hukuman penjara tiga tahun berhubung penggelapan wang di hospital tentera di Maadi, Kaherah. Mubarak, yang dibicarakan bersama anak-anaknya dan beberapa pegawai kanan, juga menafikan tuduhan rasuah

dengan berkata beliau telah berkhidmat sepenuh jiwa raga kepada negara selama 62 tahun, bermula sebagai pegawai tentera dan kemudian presiden. “Hosni Mubarak, yang berada di depan anda hari ini, tidak mengarahkan sama sekali pembunuhan penunjuk perasaan atau menumpahkan darah rakyat Mesir,” katanya kepada mahkamah melalui kenyataan yang dibacanya. “Dan saya tidak mengeluarkan atau mengarahkan untuk menyebabkan huru hara dan saya tidak mengarahkan untuk mewujudkan lompang keselamatan.” Ramai rakyat Palestin yang hidup di bawah pentadbiran tiga dekad Mubarak menyifatkan sebagai kejayaan apabila melihat beliau dipenjarakan. REUTERS Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • November 2014

MAIS Sampaikan Bantuan Bina Rumah Kepada Muallaf Orang Asli Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

EPANG 16 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyerahkan sumbangan bantuan bina rumah kepada muallaf di Kampung Orang Asli, Bukit Bangkong. Seramai 26 orang penerima sekitar daerah Sepang telah menerima bantuan bina rumah yang disampaikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Bantuan bina rumah ini merupakan salah satu bantuan yang diberikan oleh MAIS berdasarkan permohonan mualaf yang layak dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antara syarat pemohonan untuk

mendapatkan bantuan bina rumah ini ialah pengIslaman di bawah 5 tahun, mempunyai tanah sendiri dan perlu mendapatkan surat sokongan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA). Bantuan ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial MAIS bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh muallaf di samping menyediakan kediaman yang selesa kepada muallaf yang baru memeluk Islam. Sumbangan yang menggunakan asnaf muallaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini memperuntukkan sebanyak RM45,000.00 bagi setiap permohonan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,170,000.00. Penerima terdiri daripada penduduk Daerah Sepang

(15 Orang), Daerah Kuala Langat (5 Orang) dan Hulu Selangor (6 Orang). Turut hadir Encik Bakar bin Unos, Pengarah Ja-

7 Agensi Agama Bertanding Dalam KASUMAS 2014 Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

cang, satu Majlis Cabutan Undi Permainan dan Taklimat Pertandingan telah diadakan di pejabat Kumpulan MAIS Corporation Sdn. Bhd (KMC) . Acara cabutan undi telah dimulakan dengan wakil setiap agensi sebanyak 15 cabutan yang melibatkan pertandingan bola sepak, bola jaring, ping pong, badminton, bola tampar, sepak takraw dan pelbagai acara sukan yang lain. Sementara itu, pada majlis yang sama turut diadakan penyampaian sumbangan oleh penaja KASUMAS 2014 iaitu syarikat Censof Sdn. Bhd. Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Apandi bin haji Samsudin, Pengarah Pengurusan Korporat. Turut hadir wakil setiap agensi agama yang terlibat. Edisi

Muallaf MAIS dan Encik Fadhli bin Yohman, Pengurus Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Sepang. Edisi

Jabatan Mufti Melaka ke Baitul Iman Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

K

S

HAH ALAM 29 OKTOBER – Karnival Sukan MAIS (KASUMAS) 2014 merupakan program sukan tahunan MAIS yang kelima dan mula dilaksanakan pada tahun 2009 serta dihoskan secara bergilir-gilir antara MAIS dan anak syarikat. Pada tahun ini, Kumpulan MAIS Corporation Sdn. Bhd (KMC) telah dilantik sebagai penganjur tuan rumah dan turut dimeriahkan dengan penglibatan agensi Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS). Sebanyak tujuh agensi agama bertan­ ding dalam KASUMAS 2014 pada 15 dan 16 November lepas antaranya adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Kumpulan MAIS Corporation Sdn. Bhd (KMC), MAIS Zakat Sdn. Bhd., dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Bagi melancarkan program yang diran-

batan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA) Negeri Selangor, Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengurus Bahagian Pengurusan dan Pembangunan

UALA KUBU BHARU 3 Nov - Dr. Haji Mohd Mohadis bin Haji Yasin, Timbalan Jabatan Mufti Melaka bersama 9 orang ahli rombongan telah datang melawat ke Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan dan fungsi Baitul Iman dari sudut operasi, sumber manusia dan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Baitul Iman. Rombongan diraikan oleh Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Timbalan Setiausaha MAIS bersama

pegawai-pegawai MAIS dan Baitul Iman. Turut serta pegawai di Jabatan Mufti Selangor. Taklimat Baitul Iman disampaikan oleh Penguasa Baitul Iman, Ustaz Izhar Bin Ismail. Rombongan turut beramah mesra dengan para pelatih Baitul Iman dan turut meninjau persekitaran bangunan Baitul Iman. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • November 2014 • 11

Karnival Sukan MAIS 2014 (KASUMAS) Disambut Meriah Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

Seminar Memahami Agama Buddha-Antara Ajaran Agama Dan Tradisi

B

ANGI 16 Nov – Karnival Sukan MAIS 2014 (KASUMAS) disambut meriah dengan penglibatan agensi Islam iaitu Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) serta penglibatan pegawai MAIS dan Anak Syarikat yang mengambil bahagian dalam acara sukan tahunan MAIS anjuran Kumpulan MAIS Corporation (KMC), bertempat di Perkarangan Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS). Program yang diadakan setiap tahun ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai MAIS, JAIS dan Anak Syarikat disamping menggalakkan daya saing yang sihat. Agensi yang terlibat selain Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah Jabatan Aga-

ma Islam Selangor ( JAIS), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kumpulan MAIS Corporation (KMC), MAIS Zakat Sdn. Bhd dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Aktiviti sukan seumpama ini juga memberi peluang dan ruang terbaik kepada semua warga MAIS, JAIS dan Anak Syarikat untuk berjumpa serta mengenali antara satu sama lain dan seterusnya membina persefahaman dan semangat

kerjasama berpasukan. Pada tahun ini, sebanyak 12 acara yang dipertandingkan antaranya ialah sukan bola sepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, ping pong dan pelbagai acara sukan yang lain. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS), tempat kedua disandang oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) manakala tempat ketiga oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS diiringi oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan KetuaKetua Anak Syarikat. Edisi

Lawatan Kerja Jabatan Agama Islam Kedah Ke Selangor Sumber: PRO JAIS

S

eramai 12 orang pegawai kanan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Agama Islam Selangor pada 3 September 2014 di Bilik Mesyuarat Fateh Akhir, Jabatan Agama Islam Selangor. Lawatan bertujuan membincangkan isu berkaitan program pemulihan pengikut Global Ikhwan Sdn., Bhd., agar meninggalkan fahaman lama kepada fahaman Ahli Sunnah

wal Jamaah. Di samping itu, Jabatan Agama Islam Kedah juga dapat mempelajari serta pengalaman JAIS bagi dalam menangani serta mendepani isu GISB. Seramai 12 orang pegawai telah hadir yang telah diketuai oleh Ybhg Tuan Syeikh Zakaria bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, manakala di pihak JAIS pula diketuai oleh Ybhg Tuan Haji Basori bin Umar, Ketua Penolong Pen-

garah Bahagian Dakwah, JAIS. Program dimulakan dengan taklimat GISB oleh Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS, Bahagian Penguatkuasaan, JAIS dan Bahagian Dakwah, JAIS dan disusuli dengan sesi soaljawab. Edisi

Sumber: PRO JAIS

J

abatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Seminar Memahami Agama Buddha : Antara Ajaran Agama Dan Tradisi pada 25 Ogos 2014 bertempat di Bilik Seminar Mawaddah, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Tingkat Satu, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Seminar yang bertujuan memberi kefahaman tentang perkara yang berkaitan dengan agama Buddha dari aspek doktrin mahupun tradisi. Selain itu, seminar ini diadakan memberi penjelasan berkaitan aspek perundangan terhadap isu berkaitan di samping memberi panduan umum pihak berautiriti dalam berdepan menangani isu berkaitan Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar tersebut termasuklah pembentangan oleh Ybhg Encik Abdul Naser Abdul Rahman @ Xifu Naser, Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), merangkap Timbalan Presiden, Persatuan Saudara Baru Darul Fitrah dengan tajuk : “Amalan Agama Buddha:satu perkongsian Pengalaman”.

Kemudian disusuli dengan pembentang kedua yang membicarakan berkaitan aspek perundangan dengan tajuk “Rumah-rumah Ibadat Bukan Islam Dari Sudut Perundangan Dan Penguatkuasaan” yang telah disampaikan oleh Ybhg. Encik Mohd Sofian bin Abdul Rahman, Pengarah, Jabatan UndangUndang, Majlis Bandaraya Shah Alam. Pembentang terakhir dalam seminar ini adalah Ybhg Encik Raj Ali bin Zahid Elley, Pensyarah, Fakulti Pengurusan & Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dengan tajuk “Memahami Agama Buddha : Antara Ajaran Agama & Tradisi Seramai 100 orang peserta telah menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan & Pembangunan JAIS dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor, Ybhg Tuan Haji Ahmad Zaki bin Arsad. Turut mengikuti seminar tersebut adalah Ustazah Salwana Binti Ahmad Dahalan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • November 2014

Seminar Penjelasan Modul Akidah Negeri Selangor Sumber: PRO JAIS

S

eramai hampir 250 orang warga kerja Pangkalan TUDM, Subang yang terdiri daripada anggota tentera dan kakitangan awam telah menghadiri Seminar Penjelasan Modul Akidah Negeri Selangor yang telah diadakan 16 Oktober 2014, bertempat di Dewan Ababil, TUDM Subang. Program yang diadakan bagi memberi kesedaran masyarakat ke arah memahami dan menghayati ajaran Islam sebenar iaitu fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah telah dirasmikan oleh Brigedier Jeneral Abdul Manaf bin Md Zain, Komander Pangkalan Udara, Subang adalah anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS), TUDM Subang dan Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor (TAPIS), yang turut dihad-

iri oleh Ustaz Abdul Halem Hafiz bin Salihin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS. Sebanyak tiga modul akidah telah dibentangkan di program tersebut bagi mencapai objektif yang disasarkan iaitu mendedahkan bentuk-bentuk penyelewengan yang berlaku terhadap akidah, syariah dan

akhlak yang sekaligus akan memperkukuhkan kerjasama semua pihak yang mahu mencapai hasrat ke arah kesejahteraan ummah. Di samping itu, program ini juga bagi membuktikan tentang konsistensinya agensi agama dalam membenteras penyelewengan terhadap ajaran Islam yang akan membawa kesedaran di kalangan masyarakat dan seterusnya akan memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar. Antara pembentangan modul adalah “Prinsip-prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)” yang telah dibentangkan oleh Ustaz Nik Bakri bin Nik Mat, seorang pendakwah bebas. Pembentangan kedua telah dilakukan oleh Tuan Haji Mashadi bin Masyuti, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Negeri Selangor dengan tajuk “Bid’ah : Satu Pe-

nilaian Semasa”, sejurus selepas itu pembentangan ketiga dengan tajuk “Simptom-simptom Penyelewengan Terhadap Akidah, Syariah dan Akhlak” telah disampaikan oleh Ustaz Eizzul A’ala bin Bajuri, Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan & Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). Untuk rekod, JAIS juga

telah menjalin kerjasama dengan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Selangor bagi menganjurkan program seumpama ini khusus bagi pegawai dan kakitangan PDRM pada 26 Ogos, 2014 yang lalu. Program ini adalah kendalian Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS. Edisi

KUIS Antara Pasukan Terbaik Pertandingan MUT Syariah Sumber: KUIS

B

andar Seri Putra - Pasukan Mut Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), telah dinobatkan sebagai Pasukan Kedua dan Pasukan Ketiga Terbaik Pertandingan Mahkamah Mut

Syariah Peringkat Kebangsaan 2014 pada 1 dan 2 November lalu. Kemenangan ini begitu bermakna kepada pasukan KUIS yang buat julung kalinya berjaya ke pusingan akhir pertandingan dengan menewaskan satu pasukan dari Universiti Malaya (UM) dan dua pasu-

kan juara bertahan dan tuan rumah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta menewaskan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di peringkat saringan. Namun pasukan UM yang dinobatkan sebagai juara Pasukan Terbaik hanya dipisahkan dengan dua mata dengan pa-

sukan KUIS yang diwakili oleh mahasiswa Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang KUIS iaitu Muhammad Imran Razali, Nurul Atikah Abdul Rashid, Shaminah Nawar, Nur Fatima Iqlima Mailon, Ahmad Walid, Shahbudin, Mohammad Hariz Shah Mohammad Hazim Shah, Muhammad Hashlinsyah Halimansyah, Nurul Izzati Mohd Nor, Nurul Husna Mohamad dan Mohamad Hafifi Hassim dibawah bimbingan pensyarah Ustaz Hammad Mohamad Dahalan, Ustaz Mohd Farok Mat Noor dan Ustazah Azizah Mat Rashid. Lebih membanggakan Penghujah Terbaik yang telah dinobatkan kepada Sharina Zakaria dari UM adalah merupakan Alumni Diploma Syariah dan Perundangan Islam KUIS. Penghujah kedua dan keempat terbaik juga telah dianugerahkan kepada Muhammad Imran Razali dan Muhammad Hashlinsyah Halimansyah daripada pasukan KUIS. Sebanyak sepuluh pasukan

yang mewakili lima buah Institusi Pengajian Tinggi terdiri daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pertandingan ini adalah kali ketiga diadakan anjuran Fakulti Syariah dan Undang–Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ( JKSM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Turut hadir semasa majlis penyampaian hadiah Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni Ybhg Dr. Mokmin bin Basri. Seluruh warga KUIS merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada mahasiswa dan pensyarah yang telah mengharumkan nama KUIS di atas kejayaan ini. Tahniah KUIS. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • November 2014 • 13

Kunjungan Hormat Pengerusi MAIS Ke Kedutaan Besar Qatar Sumber: KUIS

K

UALA LUMPUR - Delegasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang diketuai oleh Pengerusi MAIS iaitu YAD Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa dan turut diiringi oleh Rektor KUIS iaitu YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri, Pengarah Yayasan KUIS Ustaz Khairul Anuar dan juga Ustaz Ikmal Zaidi telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Qatar di Malaysia pada 29 September 2014 yang lalu. Kunjungan ini telah disambut baik oleh Duta Besar Qatar iaitu Tuan Yang Terutama Essa Mohamed Al Mannai. Tujuan utama pertemuan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan dua hala antara Qatar dan Malaysia khususnya yang melibatkan bidang akademik dan pendidikan dan juga memaklumkan tentang hasrat KUIS melalui Yayasan KUIS untuk mengadakan kunjungan ke Negara Qatar pada 22-28 November 2014 yang akan datang. YAD Dato’ Setia sendiri akan mengetuai kunjungan tersebut selaku Pengerusi MAIS merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KUIS. Lawatan tersebut juga membincangkan tentang hasrat KUIS melalui Yayasan KUIS untuk bertukar-tukar idea dan pandangan dalam pengurusan dana wakaf, zakat dan yayasan dalam usaha merealisasikan impian KUIS untuk menjadi universiti wakaf. Lawatan yang dijadualkan pada bulan November juga akan turut disertai oleh Rektor KUIS dan beberapa orang pegawai yang mana akan membuat kunjungan ke Universiti Qatar dan Universiti Hamad bin Khalifa untuk mengadakan kerjasama akademik dan penyelidikan. Selain itu pihak Yayasan KUIS akan mengadakan kunjungan ke beberapa buah badan kebajikan untuk turut menimba ilmu dan bagaimana mentadbir sesebuah organisasi berorientasikan wakaf dan zakat. Semoga dengan lawatan ini menjadi titik tolak kepada terjalinnya hubungan baik antara KUIS dan Kedutaan Besar Qatar di Malaysia demi kemajuan pendidikan. Edisi

Kunjungan Hormat Imam Besar Masjid Negeri Selangor Sumber: KUIS

B

andar Seri Putra : Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr Abd. Halim Tamuri menerima kunjungan hormat Sahibul Fadilah Ustaz Muhammad Farhan Bin Wijaya, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama rombongan baru-baru ini. Majlis berlangsung di Pejabat Rektor dengan perbincangan mengenai jaringan kerjasama yang khusus melibatkan bidang pengajian akademik dan kecemerlangan ilmu. Disamping itu perbincangan juga menumpukan kepada program pembangunan insan dan perlaksanaan seminar diperingkat kebangsaan dan antarabangsa yang

akan diadakan di KUIS dan di Masjid Negeri Selangor. Pertemuan berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan mahabbah yang pastinya dapat menjalinkan hubungan kerjasama di antara KUIS dan Masjid Negeri Selangor

terus dibina dan diperkasa demi kebaikan Ummah. Pertemuan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan. Semoga pertemuan ini sentiasa di rahmati Allah SWT. UKHUWAH ITU INDAH. Edisi

Kunjungan Hormat Rektor KUIS Bertemu MB Selangor Sumber: KUIS

S

hah Alam : Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri telah mengadakan kunjungan hormat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin bin Ali di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor di Shah Alam barubaru ini. Kunjungan Rektor KUIS bertujuan memantapkan hubungan antara KUIS dan Kerajaan negeri Selangor dan perlantikan YAB Tuan Muhammed Azmin Ali sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS yang baharu. Hadir sama, Timbalan Rektor Pengurusan Korporat Pembangunan & Pengantarabangsaan, Dr. Zulkifli Abd. Hamid, Timbalan Rektor Pengurusan Akademik dan Penyelidikan Dr. Mohd Shukri, Dr. Mokmin Basri Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni dan Halim Mokhtar

Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai isu khususnya mengenai perkembangan pendidikan KUIS, hala tuju dan kerjasama di dalam memantap serta memperkasa sistem pendidikan yang berkualiti dan membantu rakyat mendapatkan pendidikan bersesuai dengan penekanan

Kerajaan negeri mengenai kepentingan agenda pendidikan di dalam Belanjawan Kerajaan negeri. Pertemuan ini telah mengeratkan hubungan mahabbah di antara KUIS dan Kerajaan Negeri Selangor dan satu lawatan khas YAB Tuan Mohamed Azmin bin Ali akan diadakan ke KUIS untuk sesi pertemuan bersama mahasiswa dan mahasiswi KUIS.

Edisi


IKON ASNAF 14 • Edisi • November 2014

Zuraidah Yang Gigih Pagi yang damai, cuaca cerah dan semilir berpuput tenang. Di sebuah pinggiran jalan kecil, di bawah rendang pohon mangga yang ghairah meluruhkan dedaunnya, di situ terdiri sebuah gerai kecil yang monggel. Di situlah Zuraidah bt. Anuar, 38 melabuhkan sauhnya dalam mencari sesuap rezeki yang halal. Dia sabar menongkah arus kehidupan, gigih menebar layar merencana sebuah harapan. Di situ jugalah Jejak Asnaf kali ini ingin berlabuh buat sementara waktu, berkongsi cerita penuh impian.

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Di mata zahir, orang mungkin tidak tahu saya pernah menjalani kehidupan yang sukar. Semuanya gara-gara pelaburan yang tidak menjadi. Namun, sebelum itu pun kehidupan saya dan keluarga, tidaklah sesenang mana. Ala kadar sahaja. Sudah nasib, jatuh ditimpa tangga, ditipu dalam perniagaan ‘jualan langsung’ tambah memudaratkan lagi suasana. Itulah permulaan kisah berat yang menekan jiwa.” Patah demi patah terbit dari lidah Zuraidah, penuh petah. Kedatangan saya dan Hafiz Salimun, Eksekutif Agihan Gombak, dilayan dengan baik di anjung rumah ibunya di Taman Amaniah, Selayang, Batu Caves Selangor. Sempat juga Zuraidah menghidangkan teh panas di dalam cangkir, sementara kami pun meneruskan perbualan. Zuraidah memang berasal dari Selayang dan mendirikan rumahtangga bersama Rosli bin Mat Ladon, 43 dan kini mereka dikurniai lima orang anak, berusia dari enam hingga 15 tahun. Setelah melalui fasa yang agak menjerakan, Zuraidah mengambil keputusan diam bersama ibunya di Selayang, biar pun sebelum ini mereka menyewa di rumah berasingan. “Suami saya dahulu semasa menamatkan pekerjaan di sebuah syarikat, ada menerima sedikit wang pampasan. Tanpa berfikir sesuatu yang buruk bakal berlaku, beliau mengambil keputusan melaburkan kesemua wang itu di dalam sebuah perniagaan. Ternyata, kami kecundang dan wang itu habis begitu sahaja. Bukan senang menerima kenyataan, malah suami saya amat sedih dengan insiden berkenaan.” Zuraidah menambah.

Sebelum itu, Zuraidah sendiri sebelum ini dari tahun 1994 hingga 2010 pernah bekerja makan gaji, telah mengambil keputusan untuk berdikari. Dia cuba memulakan sebuah perniagaan berasaskan makanan, apatah lagi dia sendiri dahulu bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Puteri, Temerloh, Pahang dalam bidang masakan. “Akibat ditipu dalam pelaburannya, suami saya bagaikan terpukul dan menahan perasaan yang dalam. Dia agak tertekan, sehingga dua tahun dia tidak mampu bekerja. Ketika itu, memang kehidupan kami agak haru-biru. Sewa rumah tertunggak, malah ada waktunya kami bergelap kerana bekalan elektrik dipotong. Setelah dua tahun, baharu sekarang ini dia pulih dan kembali bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun pendapatannya tidaklah sebesar mana.” Ujar Zuraidah lanjut. Dalam kondisi yang gawat itulah, kata Zuraidah mereka menerima kunjungan daripada pihak masjid di kediamannya. Pihak masjid yang prihatin, termasuk pemilik rumah sewanya telah meminta agar dia mengunjungi Lembaga Zakat Selangor (LZS), bagi mengadu masalahnya. “Ia berlaku pada tahun 2011, dan itulah buat kali pertama saya disantuni dengan zakat. LZS telah memberikan bantuan segera berupa wang untuk menjelaskan tunggakan bil elektrik. Namun saya segan untuk meminta lebih banyak, maka bagi tunggakan sewa rumah saya mengaggahi melunasinya sedikit demi sedikit sendiri-sendiri.” Namun kehidupan Zuraidah dan keluarganya tetap tidak berubah, sehinggalah pada tahun 2013 dia kembali bertemu dengan LZS. Pada kali ini, dia cuba untuk memohon bantuan bagi anaknya yang mesti bersekolah. Dari situlah, Zuraidah langsung dibanci dan akhirnya ditawarkan menjadi asnaf di

bawah LZS. “Dengan kedudukan sebagai asnaf itulah, saya menerima bantuan yang lebih sempurna. LZS memberikan saya, lebih dari bantuan persekolahan anak-anak, kerana kami juga turut menerima bantuan hari raya, bantuan kewangan bulanan, modal menjalankan perniagaan di bulan Ramadan berjumlah RM3,000 dan juga modal pusingan perniagaan sebanyak RM2,000.” Jelas Zuraidah lebih lanjut. Tampak cahaya cerah kian menerangi wajahnya yang tadi sempat dinaungi gemawan kelam. Kendatipun sudah ada cahaya yang kian terang di sebalik awan hitam, namun masih ada saki-baki kisah silam yang terus menghantui dirinya. Itu semua lantaran dia pernah terjebak dengan jaringan hutang yang bukan senang untuk dilangsaikan. Namun, dia tetap gigih dan dengan penuh kesungguhan, dia sabar menjalankan kehidupan, mencari rezeki semampunya dan dalam masa yang sama melunaskan hutang berkenaan sehingga habis akhirnya. “Bukan senang ustaz, kadang-kala dalam keadaan sakit pening pun, saya gagahi juga berjualan. Alhamdulillah, bila laku, dapatlah duit. Dengan jualan itulah saya dapat wang untuk membayar hutang. Sebab itulah, saya sesekali tidak akan berhenti berniaga.” Tokok Zuraidah. Kini, di rumah ibunya Zuraidah cekal meneruskan usaha berniaga. Di samping membuka warung nasi lemak, dia juga turut mengambil pesanan daripada pihak masjid, surau atau sesiapa sahaja untuk tujuan mesyuarat dan majlis kecil-kecilan. Dia boleh membekalkan nasi lemak, bihun goreng dan sebagainya untuk majlis sedemikian. Dia akui, itu juga dapat menokok pendapatannya. “Saya juga bersedia menerima tem-

pahan berupa kek, seperti Chocolate Moise, Brownies, buttercake dan muffin. Malah bila musim perayaan, saya juga mengambil tempahan menyiapkan kuih dan biskut raya, seperti Almond London, biskut Kelapa, cornflakes dan samprit. Malah ada masanya jika saya dijemput membuka gerai jualan di mana-mana lokasi pameran, alhamdulillah, ia juga dapat meningkatkan jualan.” Demikianlah kegigihan seorang wanita mendepani kehidupannya. Zuraidah sedar, dia mesti tangkas dan tegar meneruskan perjuangan. Kini, berkat adanya sokongan zakat, menjadikan perjuangannya kian mudah. Zuraidah berharap, bantuan zakat sama ada modal pusingan dan sebagainya, mampu menjadikan langkahnya lebih mudah. Malah dia turut bersyukur, kerana suaminya juga sudah berkirakira untuk berganding bahu membantu perniagaannya dalam waktu yang terdekat, kerana Zuraidah sedar tenaganya sendiri tidak akan selarat mana mengusahakannya. “Syukur yang amat sangat dengan apa yang telah LZS salurkan selama ini. Sesungguhnya ia tidak mampu untuk saya luahkan dengan kata-kata, banyak sangat ertinya bagi saya. Sebelum ini, saya tidak terfikir akan ada pihak seperti LZS yang boleh meringankan bebanan ini. Saya berdoa, moga setiap kebaikan zakat ini, maka mereka yang menghulurkannya dibalas kebaikan di dunia dan akhirat. Doakan juga agar saya berjaya, amin.” Zuraidah menamatkan bicara sambil menyeka air mata kesyukuran di pelupuk matanya. Nota: Sesiapa yang berminat membuat pesanan kek dan muffin, nasi lemak, lontong dan sebagainya, maka boleh menghubungi Zuraidah di talian 019-6168284. Edisi


ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • November 2014 • 15

Apa Beza Di Antara Zakat Dan Wakaf SOALAN: Mutakhir ini umat Islam di Malaysia digalakkan untuk menunaikan ibadah wakaf, malah di kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri, turut menerima wakaf bagi pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Bolehkah ustaz perjelaskan perbezaan dan kelebihan di antara dua jenis ibadah ini, demi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada umat Islam semasa melakukannya, terima kasih. JAWAPAN: Alhamdulillah, semoga dengan jawapan yang diberikan ini mampu memberikan pencerahan kepada umat Islam mengenai ibadah maliyyah (harta) ini. Sesungguhnya, ibadah harta memang sangat dituntut dalam Islam, kerana ia mencerminkan iltizam sebenar umat kepada agamanya. Di dalam al-Quran, dianggarkan terdapat kira-kira 160 ayat yang menyentuh mengenai harta, dan ia sudah pastilah menggambarkan betapa perlunya orang-orang yang beriman sentiasa menguruskan hartanya di jalan yang Allah SWT redha. Di antaranya Allah SWT berfirman: “Dan kamu (orang yang beriman) berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu, dan yang demikian itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (as-Saff: 10) Baiklah, memang ada orang yang agak keliru dengan dua jenis ibadah ini, iaitu ibadah zakat dan wakaf. Malah, pengalaman penulis sendiri semasa menjaga kaunter zakat di LZS, memang ada orang yang mahu menunaikan wakaf tanpa terlebih dahulu menyemak status zakatnya, wal hal kita mestilah terlebih menyedari keutamaan (hierarki atau awlawiyat) di antara dua jenis ibadah berkenaan.

ZAKAT

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.

Sebagai umat Islam, sudah sepatutnyalah kita mengetahui perbezaan di antara keduanya, agar apabila kita melakukannya, maka kita benar-benar diberikan pahala oleh Allah SWT. Maka, untuk mempermudahkan kita semua dalam memahami dan menyelami perbedaan di antara kedua-duanya, di sini penulis paparkan dalam bentuk jadual. Demikianlah beberapa perbedaan yang nyata di antara ibadah zakat dan wakaf, ia melibatkan status fardu atau sunatnya, melibatkan siapakah penerimanya, jenis hartanya, batas kepada pengeluarnya dan juga beberapa perkara lain yang perlu sangat diperhalusi. Walau bagaimanapun, keluarkan zakat terlebih dahulu jika kita sudah sampai syarat wajibnya dan kemudian, baharulah dikeluarkan wakaf jika kita masih mempunyai harta yang melebihi keperluan demi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Ini kerana dari segi hukum wajiblah mendahulukan ibadah yang fardu dan kemudian diikuti ibadah yang sunat. Inilah keutamaan beribadah di dalam Islam, wallahua’lam.

WAKAF

Hukumnya adalah wajib, malah berstatus fardu kerana ia merupakan rukun Islam yang ketiga. Maka menunaikan zakat adalah wajib, berpahala menunaikannya dan haram jika ditinggalkan, serta berdosa besar.

Hukumnya adalah sunat dan termasuk salah satu urusan muamalat Islam (sama seperti jual beli). Maka, menunaikannya adalah sunat, diberikan pahala melakukannya dan tidak berdosa jika tidak dilaksanakannya.

Zakat bererti, mengeluarkan harta tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu dan diagihkan kepada golongan atau mustahiq atau asnaf yang tertentu.

Wakaf bererti, menyalurkan harta tertentu dengan niat untuk dimanfaatkan oleh orang ramai demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semua orang boleh menikmatinya.

Zakat hanya boleh dikeluarkan apabila pemilik harta itu sudah mempunyai harta yang melebihi keperluan dirinya dan tanggungannya yang wajib, dan harta itu juga melebihi atau mencapai paras nisab.

Wakaf tidak ditentukan syarat mesti mencapai paras nisab, melainkan ia hanyalah sekurangkurangnya melebihi keperluan diri sendiri dan tanggungannya sahaja, kerana tidak boleh memberikan sedekah (termasuklah wakaf) sehingga menzalimi diri sendiri dan tanggungan wajib.

Zakat juga ada lima syarat asas yang wajib dipatuhi, iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Tidak boleh mengeluarkan zakat tanpa cukup syaratnya.

Wakaf mempunyai syarat lebih longgar, termasuklah dalam berwakaf, orang non-muslim juga boleh berwakaf, dengan syarat harta itu memang sempurna milik atas dirinya dan tidaklah ada syarat cukup nisab dan haul atasnya.

Kanak-kanak yang di bawah usia akil dan baligh masih wajib mengeluarkan zakat hartanya, yakni dikeluarkan oleh penjaga atau ibu bapa mereka.

Disyaratkan mereka yang mahu berwakaf, mestilah sudah sampai usia baligh dan berakal, dan inilah pandangan di sisi Syafie. Maka, anak-anak kecil tidak boleh berwakaf.

Menunaikan zakat mesti dengan harta tertentu, misalnya disyaratkan ada unsur pengembangan (an-nama’) ke atasnya, baharu wajib zakat. Maka, tanah atau rumah yang tidak berkembang (tidak mendatangkan hasil), tidak wajib zakat.

Tidak disyaratkan jenis harta tertentu, maka seseorang boleh mewakafkan apa sahaja hartanya, sama ada dalam bentuk hartanah, harta beku mahu pun wang tunai, asal sahaja harta itu halal dan membawa faedah.

Penerima harta zakat (mustahiq atau asnaf) juga sudah tertentu, iaitu lapan golongan sahaja, fakir, miskin, amil, mualaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Tidak boleh sama sekali menyalurkan harta zakat kepada bukan mustahiqnya, malah boleh membawa kepada tidak sah zakat berkenaan.

Penerima manfaat harta wakaf tidak disyaratkan muslim atau golongan tertentu sahaja, maknanya semua pihak boleh menerima manfaat atas harta wakaf.

Harta zakat mestilah didahulukan pengagihannya kepada mereka yang terdekat dan berada di sekitar tempat di mana ia diperolehi, maknanya ditegah daripada membawa keluar harta zakat melainkan dengan syarat yang ketat, misalnya ada keperluan terdesak di tempat lain.

Tidak dikenakan sebarang syarat dalam menyampaikan manfaat wakaf, kerana ia memang diniatkan untuk semua orang bagi mendapatkan kebaikannya, maka semua pihak termasuklah di luar negara boleh menikmati hasilnya.

Harta zakat yang dikeluarkan oleh seseorang individu hendaklah disalurkan kepada orang yang di luar tanggungan wajibnya, misalnya tidak boleh anak dan isterinya memakan harta zakatnya.

Harta wakaf sebaliknya boleh diwakafkan secara wakaf ahli, yakni untuk ahli keluarga atau keturunannya sendiri, dan mereka berhak menikmatinya.

Zakat turut dikenakan kepada harta milik individu atau organisasi perniagaan yang bersifat perniagaan (syaksiyyah i’tibariyyah). Maka, jika harta yang diniatkan kepentingan umum, misalnya harta milik persatuan penduduk, masjid dan sebagainya, ia tidaklah dikenakan zakat.

Zakat masih dikenakan kepada harta wakaf ahli, kerana ia masih bersifat ‘satu harta’ dengan disandarkan kepada konsep harta bercampur (harta khultah). Namun, zakat tidaklah dikenakan ke atas harta yang diwakafkan untuk wakaf khairi (kebajikan orang luar dari ahlinya atau wakaf umum).

Zakat boleh diwakilkan kepada orang lain untuk ditunaikannya. Namun, tidak boleh bagi seseorang itu mengeluarkan zakat bagi pihak orang lain dengan hartanya sendiri, melainkan dengan izin si pengeluar zakat. Malah, jika ditunaikan zakat dengan harta orang lain, ia dikira sudah menambahkan jumlah harta pemilik harta asal dan sekaligus meningkatkan jumlah zakatnya.

Wakaf juga boleh diwakilkan kepada orang lain, malah boleh juga bagi seseorang itu untuk menunaikan ibadah wakaf bagi orang lain tanpa diketahui pun oleh orang berkenaan. Misalnya, si A mewakafkan hartanya atas nama si B, maka ia dianggap sah tanpa sebarang halangan di sisi syarak.

Contoh: Si B kena zakat pendapatan RM1,000 daripada jumlah pendapatannya yang berjumlah RM40,000; tiba-tiba si A membayarkannya dengan izin si B daripada harta si A sendiri, maka hakikatnya harta si B bukan lagi RM40,000 tetapi sudah menjadi RM41,000 dan zakatnya bukan lagi RM1,000 tetapi RM1,025.00. RM40,000 + RM1,000 X 2.5 % = RM1,025.00


ULASAN BUKU 16 • Edisi • November 2014 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

URUS HARTA SEBELUM MATI Call No : 297.14 MGI Pada masa kini terlalu ramai Umat Islam di malaysia yang mengalami masalah berkaitan dengan Harta Pusaka. Mengikut sumber, terdapat hampir 38 Billion nilaian Harta Pusaka Umat Islam yang masih dibekukan dan tidak dapat di agihkan kepada waris-waris yang berhak menerimanya. Kenapa ini terjadi? Jawapannya adalah kerana ramai umat Islam yang Jahil mengenai Ilmu faraid. Buku ini memberi panduan dan asas kepada Umat Islam mengenai: 1. Bagaimana Kaedah Merancang Harta Pusaka Mengikut Ilmu Faraid 2. Bagaimana Waris si mati untuk Menguruskan Harta Pusaka Peninggalan. Di selitkan juga kisah benar yang berlaku akibat tidak merancang dan mengurus harta pusaka buat iktibar dan pengajaran serta contoh-contoh Pembahagian Harta Pusaka. Juga Fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengannya.

KANSER WANITA : PENCEGAHAN DAN RAWATAN Call No : 616.9940082 MRM Ia adalah salah satu buku Kanser Wanita yang paling lengkap memperkatakan semua aspek kanser wanita daripada kaedah pencegahan, pengesanan awal, rawatan dan penjagaan selepas rawatan. Jenis-jenis kanser yang dibincangkan di dalam buku ini adalah Kanser Serviks (Kanser Pangkal Rahim), Kanser Payudara, Kanser Ovari, Kanser Rahim, Kanser Vulva, Kanser Vagina dan Koriokarsinoma. Insyaallah, buku ini amat bermanafaat kepada semua golongan. Apabila pembaca menbaca buku ini, pembaca akan memahami apakah yang akan dilalui oleh setiap penghidap kanser wanita daripada saat dikesan menghidap kanser, menjalani rawatan dan juga rawatan susulan. Buku ini juga memaparkan kaedahkaedah pencegahan. Di beberapa bab terakhir buku ini terdapat juga bab-bab yang memperkatakan kaedah rawatan paliatif dan juga bagaimana menghadapi masalah psikologi akibat dari menghidap kanser wanita. Pembaca juga boleh mendapat maklumat berkenaan dengan ujian-ujian khusus seperti CT Scan, MRI dan juga PET scan. Buku ini adalah setebal 376 mukasurat dan mengandungi sekurang-kurangnya 130 imej-imej serta gambar-gambar berkualiti berkaitan dengan kanser amnya dan kanser wanita khasnya.

MENJADI IBU BAPA GENIUS: BERDASARKAN NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM Call No : 297.57 SYA Luqman seorang ayah yang penyayang dan bijak. Ketokohannya terserlah dalam mendidik si permata hati. Beliau melihat anaknya dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Semua itu dilakukannya supaya si anak tidak jatuh ke dalam jurang kesesatan dan penyelewengan. Luqman selalu menasihati puteranya dengan nasihat yang berstrukturkan integrasi dan antisipasi. Percikan kata-katanya yang penuh hikmah meluncur dari lubuk hatinya menuju ke hati insan yang dinasihati. Ini merupakan sebuah nasihat dari hati ke hati. Tidak ada penjelasan yang boleh menandingi gaya bahasa berhikmah yang dimodifikasi oleh Quran. Akal juga tunduk pada keindahan gaya bahasa yang susunannya diperindahkan oleh Quran. Sebuah gaya bahasa artistik yang patut direnungkan dan diambil pengajaran. Buku ini mengupas dengan lebih mendalam siapa Luqman Hakim sebenarnya di dalam bab identtiti dan biografi Luqman Hakim. Dalam bab ini diceritakan dengan lebih mendalam mengenai nama, keturunan, nama julukan, masa hidup, tempat lahir dan kewafatan, kerjaya beliau, ciri-ciri fizikal dan identiti beliau. Bab seterusnya ialah berkenaan dengan mengenali Luqman Hakim dengan lebih dekat. Beliau merupakan tokoh sebenar bukan tokoh fiksyen. Nama Luqman masih disebut orang ramai sehingga sekarang. Setiap kali disebut namanya, pasti ia dikaitkan dengan hikmah. Hal ini menunjukkan keperibadian yang teguh dan kehadirannya yang sebenar di suatu masa. Inilah yang mengharuskan seluruh manusia menghormati dirinya, menerima dan menganggap baik apa yang dikatakannya. Seterusnya dibincangkan mengenai Luqman Hakim: Nabi atau orang bijak? Menurut Ibnu Katsir, berlaku kontroversi di kalangan ulama salaf mengenai Luqman ini, apakah dia seorang nabi ataupun seorang hamba soleh yang tidak membawa gelaran nabi? Namun, pada umumnya ulama lebih memilih pendapat yang kedua. Kesimpulannya, buku ini memang banyak memberi nasihat dan manfaat kepada ibu bapa yang ingin mendidik anak supaya menjadi anak yang berguna kelak. Hikmah dan nasihat yang telah diberikan oleh Luqman kepada anak-anaknya penuh bermakna dan boleh dijadikan panduan hidup untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia dan akhirat kelak.

KEMURUNGAN : PUNCA DAN RAWATAN Call No : 616. 8527 MHN Kemurungan: Punca dan Rawatan menghuraikan sindrom kemurungan mental dan kaedah rawatan untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Untuk maksud itu, buku ini mengutarakan contohcontoh pesakit berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah kemurungan. Kesemua perbincangan diadun dan disesuaikan dalam konteks menangani penyakit ini di Malaysia.

Buku berikut boleh didapati di Perpustakaan Wakaf MAIS yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan Ru 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116


MUALLAF CARE Edisi • November 2014 • 17 Sumber: FB MAIS

“Amal yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah yang terus menerus meskipun hanya sedikit” Program Barakah Hidayah anjuran MAIS, LZS dan PKNS pada Isnin lalu di Masjid Bukit Jelutong Shah Alam. Kontinjen Gombak telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi program KAMIL MUALLAF 2014 diikuti dengan Hulu Langat dan Kuala Langat

Antara acara yang dipertandingan dalam KAMIL MUALLAF 2014 ialah Azan dan iqomah, Amalan bersuci dan Bacaan Iqra’

Aktiviti luar kelas semasa program Kursus Intensif Muallaf Lanjutan

Sekitar program Le Tour D’Masjid dan Ziarah Mesra


FOTO MAIS 18 • Edisi • November 2014

1

2

3

1. Majlis telah menyampaikan bantuan pembinaan rumah kepada 26 asnaf sekitar daerah Sepang. 2. Cabutan undi Karnival Sukan MAIS KASUMAS 2014 telah diadakan pada 29 Okt lalu di KMC Sdn. Bhd. 3. Timbalan Jabatan Mufti Melaka bersama 9 orang ahli rombongan telah datang melawat ke Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan dan fungsi Baitul Iman.


FOTO MAIS Edisi • November 2014 • 19

4

5

6

7

4. Karnival Sukan MAIS 2014 (KASUMAS) disambut meriah di Perkarangan Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS). 5. Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Seminar Memahami Agama Buddha: Antara Ajaran Agama Dan Tradisi pada 25 Ogos 2014 bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. 6. Lawatan kerja Jabatan Agama Islam Kedah ke JAIS bertujuan membincangkan isu berkaitan program pemulihan pengikut Global Ikhwan Sdn.Bhd., agar meninggalkan fahaman lama kepada fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. 7. Seramai hampir 250 orang warga kerja Pangkalan TUDM, Subang yang terdiri daripada anggota tentera dan kakitangan awam telah menghadiri Seminar Penjelasan Modul Akidah Negeri Selangor yang telah diadakan 16 Oktober 2014, bertempat di Dewan Ababil, TUDM Subang.


DISEMBER 2014 • SAFAR 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Terkini Membentuk Fikrah Ummah

Apa Beza Di Antara Zakat Dan Wakaf

SOALAN: Mutakhir ini umat Islam di Malaysia digalakkan untuk menunaikan ibadah wakaf, malah di kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri, turut menerima wakaf bagi pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)........

>15

Obama Pelawa Presiden Baharu Tunisia Ke Washington Sumber: BH Online

W

ASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menjemput presiden pertama Tunisia yang dipilih secara demokrasi untuk melawat Washington, demikian menurut Rumah Putih hari ini. Beji Caid Essebsi menang dalam pilihan raya bebas pertama Tunisia bulan lalu. Revolusi politik di negara itu menyaksikan penyingkiran bekas presiden, Zine El Abidine Ben Ali menerusi apa yang dinamakan sebagai ‘Arab Spring’, empat tahun lalu. Obama menelefon Essebsi semalam untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya dan melahirkan keyakinan AS terhadap semangat rakyat Tunisia untuk keamanan. Rumah Putih berkata, tarikh lawatan itu bagaimanapun belum ditetapkan untuk ketua negara Tunisia itu melawat Washington. - AFP EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.