Edisi 05/2018

Page 1

BIL: 5/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Pemimpin HARAPAN RAKYAT

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menjadikan seseorang itu menjadi pemimpin yang adil adalah untuk meluruskan sesuatu yang bengkok di dalam suatu negara, juga untuk menghilangkan segala kebatilan, memperbaiki sesuatu yang telah rosak dalam negara yang dipimpinnya.... >7

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

MAIS Salur Bantuan RM2.8 Juta Untuk Rumah Pemulihan Riqab Di Selangor KLANG 3 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan bantuan Geran Sukuan 2018... >11

MAIS Perkenal Sistem Wasiat Atas Talian Atau eWASIAT MAIS SHAH ALAM 18 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuat transformasi bagi mengajak masyarakat... >12 LZS Hargai Ejen Kutipan Dan Pengeluar Zakat Korporat Selangor SHAH ALAM, 6 April 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini meraikan ejen kutipan dan penolong amil LZS

yang telah memberikan komitmen dan sumbangan dalam menyebarkan dakwah zakat serta membantu meningkatkan kutipan zakat... >13

KALAM PUJANGGA Agama tidak melarang sesuatu perbuatan Kalau perbuatan itu tidak merusak jiwa Agama tidak menyuruh Kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa Kerana Agama adalah pedoman dan petunjuk hidup bahagia dunia dan akhirat Petikan kata-kata hikmah dari Prof. Dr. Hamka Sumber: Buku Renungan Tasawuf

UKHUWWAH Lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad mendayu-dayu. Gemersik sekali. Menangkap kuping. Membikin hati gerimis. Bulu roma meriding. Perasaan terhiris. Emosi terpanggil. Sayu. Gelora. Membuncah bersama. Dalam tasik hati yang bening. Bagaikan tak sabar rasanya. Menyambut hari raya.........

LIHAT MUKASURAT

3


JOM AMAL Bersederhana dengan Harta Benda Daripada Abu Musa al-Asy‘ari RA katanya Aisyah RA telah menunjukkan sehelai selimut dan sehelai kain yang kasar, katanya, “Rasulullah SAW diambil nyawanya dengan memakai pakaian ini.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Huraian Hadith : 1. Islam menyuruh umatnya supaya bersederhana dengan harta benda dunia dan menggunakannya kepada perkara-perkara kebaikan sahaja. 2. Setiap umat Islam dikehendaki supaya bersabar menghadapi kesempitan hidup kerana kesusahan itu adalah sementara dan gunakanlah peluang ini untuk memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah SWT. 3. Setiap umat Islam hendaklah lebih mementingkan beribadah kepada Allah SWT semasa hidupnya kerana amalan-amalan itu akan memberi kebahagiaan kepadanya di akhirat. Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Sidang Editorial EDISI Ketua Pengarang Rohana Binti Hassan Pengarang Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Penolong Pengarang Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi Editor Salawati Binti Hamid Subeditor/Pruf Sitti Nadhirah Binti Ahmad Zabidi Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat Wartawan • Halim Bin Mokhtar • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hasal Bin Senin Kolumnis • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Hamizul bin Abdul Hamid © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apaapa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Redaksi berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www. mais.gov.my


FOKUS 5/2018 | Edisi

Gambar hiasan

UKHUWWAH

Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Ketua Jabatan Perundingan Kutipan tubir jendela berjeriji besi. Menatap Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bolong ke jalan raya. Sering tersengih bangga melihat anak cucu pulang dari Lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad mendayu- kota dengan kenderaan baru. Aroma dayu. Gemersik sekali. Menangkap kuping. bau badan ayahnya masih lagi tercium. Membikin hati gerimis. Bulu roma meriding. Malah hangatnya pelukan ayah masih terasa. Sayang, itu hanya mimpi. Mat Perasaan terhiris. Emosi terpanggil. Sayu. Gelora. masih terasa, ada air membasahi pipi. Membuncah bersama. Dalam tasik hati yang Mat malah lebih terharu dengan ibu. Wajah tua yang tabah di kampung. bening. Bagaikan tak sabar rasanya. Menyambut Setelah ayahnya pergi, mak enggan hari raya. berganjak. Mana mungkin Mat akan lupa. Enak sungguh masakan emak. ita tidak bisa dan tidak akan paling hangat. Juga titisan air mata kasih Di saat lebaran, ketupat palas emak tiada tandingan. Serunding daging pernah mampu menipu paling tulus. diri. Ya, tipulah, andai saat “Kamu beruntung Mat. Aku, aku…” emak, waduh bikin kecur liurnya. mendengar lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf Hening. Seketika terasa sepi. Hanya Rendang ayam emak, sambal bilis emak, atau Balik Kampung, hati keras membatu. dengung kipas menguasai pengapnya dodol emak, baulu emak. Semuanya, Pasti di sana ada riak gejolak. Rasanya, ruang. Aula masjid kosong. Jemaah membuat Mat terasa sendu yang seperti mahu melayang terbang. Merentas masjid sudah berhamburan pulang pasca pilu. Sering dia tergugu di pagi hari. apa sahaja halangan. Mahu segera tiba tarawih. Menyisakan dua insan. Mat dan Sambil menghadiahkan al-Fatihah, dia menyabarkan diri. di desa. Bersua wajah dengan insan- Abu di ruang solat. Senario di atas, adalah lumrah. insan tersayang. Menyalami mereka. “Eh, apa maksud kamu Abu?” Mengucapkan rasa kecintaan. Juga “Ya, kamu beruntung Mat. Masih Setiap yang bernyawa, hatta ikan laga kemaafan! punya ibu ayah di kampung. Masih punya di dalam balang juga akan mati. Namun Kita tidak pernah bisa, dan tidak ramai saudara mara di desa. Kamu kesannya apa? Kesepian dan kerinduan akan pernah mampu menafikan. pulang dengan sejuta kasih-sayang. Aku, yang membekas. Hati yang bergetar. Sejauh mana kita berlari, meninggalkan tahun ini sudah masuk tahun ke tujuh Ungkapan sayang yang tertahan. kampung halaman, maka segalanya Mat. Sepi. Tahun ke lima ibu meninggal Sayang sekali, semua itu tidak mampu akan berubah. Kerana di sanalah, cinta dunia. Tahun ke tujuh ayah aku pergi. lagi diulang tayang dalam kenyataan. Hanya tinggal puing-puing kenangan. pertama kita tertumpah. Rasa sayang Terasa bagaikan mimpi, Mat…” kita terpaut. Pada wajah-wajah yang Mat masih terbayang wajah-wajah Mungkin juga akan kian kelam seiring setia. Menyambut kepulangan paling indah penuh kesyahduan itu. Ayahnya, pertambahan usia. Maka, bagi anak-anak di perantauan, bermakna. Merekahkan senyuman sering menunggu kepulangan anakpaling ikhlas. Rangkulan peluk cium anak menjelang raya. Melongok di inilah kita. Jangan terlambat. Tidak

K

3

perlu sampai mengeluh. Kesal dan sebal. Sebelum semuanya menjadi klise, mari kita perbaiki perhubungan. Silaturrahim wajib dibenahi sebaiknya. Apatah lagi dengan ibu bapa (termasuk mertua) dan sesama anggota keluarga. Jika ada yang terguris, balutlah segera. Jika ada yang terluka, tampal segera. Jangan biarkan bernanah. Menjadi kudis yang menyakitkan. Hari raya, medan melestarikan ukhuwwah. Mungkin selama ini ada juga yang berdendam. Bukan orang lain, tetapi kepada ibu bapa sendiri. Malah kepada adik-beradik kandung. Maka, lebaran ini, leraikanlah. Ingat, air yang keruh akan menjadi jernih jika tidak dikocakkan. Maka, jangan kocakkan hati dengan keluh kesah. Biarkan kisah lama menjadi sejarah. Biarkan ia mendap ke bawah. Menjadi keladak hidup. Pandanglah wajah-wajah itu dengan penuh kasih. Hari ini mereka masih ada. Masih mampu menguntum senyum. Andai esok mereka telah pergi. Hilanglah separuh nikmat hidup ini. Sumpah, manakan sama mereka yang pergi dengan yang tinggal. Kala itu, tiada guna lagi tangisan darah. Hanya kerana menyesali diri. Mengeji bodohnya diri. Walhal kehidupan ini, amat singkat untuk saling membenci. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan. Wallahua’lam. Edisi


4

ISU Edisi | 5/2018

Mengahwini Yang Bukan Islam

wanita Muslimah. Terjaminkah keluhuran, kadaulatan dan maruah agama kelak. Oleh yang demikian, kebanyakkan ulama hanya mengharuskan wanita-wanita bukan Islam adalah perkahwinan dengan wanita ahli mengharuskan pergaulan bebas kitab mestilah yang ada perjanjian yang berkemungkinan besar atau yang akur kepada kepimpinan terdedah kepada gejala seks bebas. Islam (ahli Zimmah) Pendapat Perkara ini yang amat dibimbangi ini didokong oleh Ibnu Abbas, berbanding dengan wanita-wanita Qatadah, Ibrahim al-Nakha`ie, Islam. Ibn Jarir dan Zaid Bin Ali, aliii. Tidak menjadi musuh dan seteru Razi dan lain-lain. Dalam konteks kepada umat Islam. Allah SWT semasa, tidak harus bagi Muslim menjadikan ikatan perkahwinan mengahwini bangsa Yahudi yang sebagai suatu jambatan merampas dan menjajah tanah mempereratkan silaturahim dan Palestin. memperkukuhkan persaudaraan. iv. Tidak membawa kemudharatan Ikatan tersebut tertegak di dan mengundang fitnah. Secara atas dasar saling percaya asasnya perkara yang harus mempercayai dan berkasih dibolehkan selagimana tidak sayang. Firman Allah Maksudnya: mendatangkan mudharat. “dan Dialah Tuhan Yang Andaian membenarkan menciptakan manusia dari air, perkahwinan dengan wanita lalu dijadikannya (mempunyai) ahli Kitab boleh menyebabkan titisan baka dan penalian terabainya wanita Muslimah. keluarga (persemendaan); dan Lebih-lebih lagi dalam konteks sememangnya Tuhanmu berkuasa wanita Muslimah yang ramai (menciptakan apa jua Yang jumlahnya dan beban tanggungan dikehendakiNya (al-Furqan: 54) yang tinggi bagi melangsungkan Akan wujudkah kasih sayang urusan perkahwinan. Oleh dan perasaan cinta mencintai itu, mendahulukan wanita sedangkan mereka menyembah Muslimah perlu diutamakan. tuhan yang lain, dan sentiasa Bagi menyimpulkan perbincangan, memusuhi umat Islam. Apakah terdapat tiga noktah penting yang perlu akan terjamin anak cucu yang dipertegaskan semula iaitu; dilahirkan? Apakah mereka Keharusan mengahwini wanita ahli akan memayungi dan sentiasa Kitab adalah bersandarkan persamaan mempertahankan hak anak cucu keyakinan dan keyakinan Allah sebagai mereka yang Muslim. Mungkinkah pencipta. anak dan cucu dilahirkan bebas Keharusan tersebut juga merujuk mengamalkan adab, budaya dan kepada persekitaran agama Islam yang ajaran Islam tanpa sebarang mendominasi masyarakat. Sudah pasti sekatan dan ganguan? Sudah mereka yang mempunyai keyakinan dan pasti jawapan mungkin tidak. kepercayaan serta kepatuhan kepada Allah Kalau begitulah situasinya apakah akhirnya akan menganut agama fitrah mungkin kita boleh memastikan dan benar iaitu Islam. Berbeza dengan generasi yang dilahirkan menjadi realiti sekarang, di mana Islam tidak Muslim dan mukmin kepada Allah, mendominasi malah sering di pandang memelihara dan melaksanakan asing dari realiti kehidupan sebenar. suruhan dan tuntutan agama. Pendapat ini berasaskan situasi dan Terjaminkah generasi kita neraca pada masa kini dan ia boleh dengan memilih wanita yang berubah mengikut perkembangan dan bukan Islam berbanding dengan realiti semasa. Edisi

Disusun oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Bolehkah seseorang lelaki dan wanita Islam Rujukan : al-Qardhawi, Fatawa Muasarah, m.s : 462 , Darul Qalam: Beirut Sumber: http://muis.org.my/2011/05/mengahwini-wanita-bukan-islam/ mengahwini yang bukan Islam?

Soalan:

Jawapan:

:

Hukum mengahwini wanita dan lelaki bukan Islam adalah haram secara Ijma` berasaskan firman Allah SWT; Maksudnya: “dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuanperempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuanperempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keteranganketerangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (al-Baqarah: 221) Firman Allah lagi; Maksudnya :”dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir.” (alMumtahanah: 10) Namun, persoalan yang kerap menjadi kekeliruan umat Islam iaitu berhubung keharusan mengahwini wanita-wanita yang dikatakan sebagai ahli kitab. Keharusan ini merujuk kepada firman Allah SWT; Maksudnya :”Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal

bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuanperempuan yang menjaga kehormatannya – di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuanperempuan simpanan. dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi” (al-Maidah : 5). Ustaz Dr. Ridzuan Ahmad merumuskan beberapa panduan penting yang dikemukakan oleh Profesor Dr. Yusuf alQardhwi di dalam fatwanya: 1. Secara prinsipnya Islam mengharuskan makan dan minuman serta kahwin mengahwini di antara Muslim dan ahli Kitab sebagaimana keterangan ayat 5 daripada surah al-Maidah di atas. 2. Walau pun begitu, keharusan tersebut terikat kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya; i. Mengimani agama samawi yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani. Secara umumnya mereka ini dianggap beriman kerana mempunyai asas keimanan yang sama dari sudut ketuhanan, kerasulan dan hari akhirat. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada agamanya dan bukanlah seorang yang ingkar atau murtad dari agamanya. ii. Wanita yang suci dan bukan wanita jalanan atau penzina. Dalam ayat di atas Allah meletakkan syarat wanita berkenaan adalah “ ”. Satu perkara yang harus diberi perhatian adalah trend dan gaya hidup


gen-q 5/2018 | Edisi

5

Tips Trending Raya Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Ketua Jabatan Perundingan Kutipan Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

# 1 Balik Kampung

Apa ertinya raya tanpa kampung. Anak-anak pasti pulang. Ibu ayah keriangan. Jadikan budaya balik kampung sebagai ibadah, bukan adat. Betulkan niat. Mahu mendapatkan keredhaan Allah. Di kampung ada ibu bapa, sanak-saudara, sahabat handai, rakan dan taulan. Moga ukhuwwah kian menyala.

# 2 Saling Berkunjung

Bawalah anak-anak ke mana-mana. Biar mereka kenal saudara. Jangan habiskan masa di depan TV sahaja. Gunakan peluang untuk saling berkongsi kisah. Biar suasana berjalan raya meriah. Dipenuhi kenangan-kenangan terindah.

# 3 Serba Baru

Tidak salah, andai tidak membazir dan boros. Berhiaslah kerana Allah dan bukan kerana yang lain. Awasi perangkap riak dan takbur. Rumah baharu, sofa baharu, kereta baharu dan serba baharu. Bimbang timbul sombong. Pahala habis dimakan nyalaan sendiri. Juga mengundang rasa dengki. Akhirnya pahala hilang, dosa terganti.

# 4 Rumah Terbuka

Tidak namanya Syawal tanpa pesta makan. Pesta makan selalunya adalah ‘Rumah Terbuka.’ Maka, sebulan Syawal diisi dengan Rumah Terbuka. Ingat, Ramadan mendidik diri agar sabar. Tahun berlapar. Menghargai makanan. Maka, jauhi sifat berlebihan. Jauhkan perbuatan melampau. Sehingga membazir. Dosa juga yang dapat di garisan akhir.

# 5 Bermaafan

Bulan Syawal masa terbaik merapatkan kembali hubungan. Juga saat terbaik saling bermaafan. Jika dulu hubungan mungkin retak. Mungkin dingin. Maka hangatkan kembali. Tidak ada rasa marah kala menyambut tamu di pagi raya. Apa yang ada ialah rasa ceria. Juga cinta. Maka, mohonlah maaf apa adanya.

# 6 Duit raya

Sudah menjadi adat, tiada raya tanpa duit raya. Walhal ia hanya sedekah. Sunat sahaja. Jangan sampai terpaksa. Jangan pula hingga memaksa. Duit raya menyerikan Syawal, itu sahaja. Berkongsi rezeki apa yang berlebihan. Kesinambungan dari rohnya Ramadan.

# 7 Kuih Raya

Semua harus sedap. Jika perlu biar berbalang-balang. Hakikatnya, tidak perlu sampai membazir. Buat sendiri jika mampu. Boleh pesan jika perlu. Kata kuncinya, tidak membazir. Kuih raya akan menjadi lebih sedap jika diadun penuh keimanan, juga ketakwaan.

# 8 Puasa Enam

Ia sunat, namun besar manfaat. Jika mahu, lakukan seawal dua Syawal. Namun, jangan sampai terlupa kerana sibuk beraya. Jangan sampai hanya dapat berpuasa lima hari, kerana Syawal tidak lagi berbaki. Beribadah penuh insaf. Puasa enam itulah pelengkap segalanya.

# 9 Lagu Raya

Hiburan raya sudah banyak. Rancangan di TV dan radio bertali arus. CD pun dibeli. Apa pun situasinya, jangan sampai hilang pahala puasa kerana berhibur. Tenggelam mendengar lagu-lagu raya. Hingga lupa natijah puasa.

# 10 Ucapan raya

Berilah ucapan. Tahniah dan penghargaan. Jadikan raya sebagai medan saling menghargai. Ucapan yang baik adalah doa. Juga menjadi jambatan jiwa.

# 11 Doa

Tiada yang terbaik, melainkan keindahan Syawal akan kekal. Maka, jangan lupa berdoa. Moga Allah SWT akan terus menitipkan izin buat kita. Meneruskan hidup. Menyambut datangnya Ramadan yang mendatang. Juga doa buat mereka yang dilanda musibah. Kerana kita semua adalah sama. Satu ummah dan satu agama. Wallahua’lam. Edisi


6

MIMBAR MUFTI Edisi | 5/2018

Gambar hiasan

NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

31hb Julai 2014

Jil. 67 No.16

TAMBAHAN No.14 PERUNDANGAN

Sel. P.U. 26. NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

DITERBITKAN DENGAN KUASA

FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.

PUBLISHED BY AUTHORITY

7hb Oktober 2004

Jil. 57 No. 21

TAMBAHAN No. 10 PERUNDANGAN

Sel. P.U. 17.

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 FATWA DI BAWAH SESKYEN 47 En. 2/1989.

Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu. ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003 FATWA UNDER SECTION 47

En. 2/1989.

PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment. JADUAL/SCHEDULE PENETAPAN KADAR HAD UMUR ANAK YATIM DI NEGERI SELANGOR BAGI PELAKSANAAN PEMBERIAN SUMBANGAN HARI RAYA

(1) Peruntukan wang telah diberikan kepada anak yatim oleh MAIS.

FATWA UNDER SECTION 47 PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment. JADUAL/SCHEDULE

HUKUM PENJUALAN AIR ZAM ZAM Harus menjual air zam zam dengan syarat tidak bercanggah dengan hukum syarak. Bertarikh 17 Julai 2014 Dated 17 July 2014 [MAIS/SU/BUU/01- 2/002/2013 - 2(4); P.U. Sel. (ADV) PS 05/4/12] Dengan Titah Perintah/ By Command DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/ Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

(2) Peruntukan wang tersebut diambil dari Baitulmal bukan zakat. (3) Sebagai sumbangan untuk menyambut Hari Raya. (4) Bantuan/sumbangan ini diberikan kepada anak-anak yatim di Negeri Selangor. (5) Anak yatim lelaki dan perempuan yang berumur 15 tahun dan belum mencapai umur 16 tahun layak mendapat pemberian sumbangan Hari Raya. Bertarikh 21 September 2004 Dated 21 September 2004 [Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM. 0007 Jld. 2] Dengan Titah Perintah/ By Command DATO’ HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/ Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

Gambar hiasan


ARTIKEL KHAS 5/2018 | Edisi

Pemimpin

7

Gambar hiasan

HARAPAN RAKYAT Oleh: Halim Bin Mokhtar (halim@kuis.edu.my) Pensyarah Jabatan Dakwah & Usuluddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam KUIS

Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menjadikan seseorang itu menjadi pemimpin yang adil adalah untuk meluruskan sesuatu yang bengkok di dalam suatu negara, juga untuk menghilangkan segala kebatilan, memperbaiki sesuatu yang telah rosak dalam negara yang dipimpinnya, dan menguatkan orang yang lemah, membela orang yang tertindas, dan menggembirakan orang yang menderita dan sedih�.

D

emikian sebahagian nasihat Hassan al-Basri kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz yang sangat bermakna buat seorang pemimpin. Sesungguhnya kewajipan melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang sangat utama. Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan. Bertugas sebagai pekerja kepada rakyat dan bukannya mencari kepentingan diri tetapi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Pemimpin seringkali dianggap sebagai penanda aras kepada faktor kejayaan atau kegagalan negara dan rakyatnya. Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan seterusnya akan menularkan kemungkaran, kerosakan dan kehancuran. Menukilkan karya Prof. Hamka yang bertajuk Pemimpin dan Pimpinan yang sangat signifikan dalam membicarakan tentang kepentingan kepimpinan pada hari ini. Di antara perbahasan ialah mengenai sifat yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin iaitu : 1. Sifat Amanah (jujur). Makna amanah untuk pemimpin lebih tinggi daripada makna amanah yang dimiliki orang biasa, oleh sebab itu, para pemimpin janganlah membelanjakan harta awam untuk kepentingan diri sendiri, pemimpin juga dilarang mengkhianati kawan-kawannya. Mereka wajib jujur, ikhlas, tidak terlalu banyak menabur janji yang tidak dapat dipenuhi serta mereka hendaklah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka bukanlah seorang yang jujur jika keadaan yang sebenarnya disembunyikan kepada pengikutnya. Kejujuran seorang pemimpin terletak pada keberaniannya dalam meninjau kembali pendirian yang akan berubah

kerana perubahan waktu atau tempat. 2. Sifat Berani amat penting pada saat-saat genting, sebaliknya keraguan adalah permulaan kepada kekalahan. Para pemimpin hendaklah mempunyai takut pangkatnya akan diturunkan serta sifat berani berterus terang untuk takut akan diberhentikan secara paksa meluruskan kembali pendapat umum yang akan menyebabkan anak-anak yang salah dan menyeleweng walaupun mereka kelaparan. Mereka tidak akan mereka akan marah terhadap tindakan berhenti setakat itu saja, malah mereka pemimpin tersebut. telah melakukan perbuatan yang sama 3. Sifat Bijaksana ialah pandangan terhadap para pengganti pemimpin jauh menampakkan sesuatu yang tersebut, mereka sebenarnya adalah belum jelas kelihatan oleh orang lain. golongan yang amat pengecut. Para pemimpin wajib mempunyai 2. Ketidakadilan Pemimpin. sifat bijaksana tersebut kerana Terdapat daripada kalangan para sesebuah negara banyak memeterai pemimpin yang ingin merdeka perjanjian dengan negara-negara daripada garis panduan yang yang luar. Kebijaksanaan pemimpin diukur telah ditentukan oleh Allah, mereka bukan sahaja dalam menjalankan menurut kehendak hawa nafsu, tugas-tugas dalam negara, malah memakan rasuah, mengambil harta ia merangkumi hal-hal luar negara. orang lain dengan bukan jalan yang Pemimpin yang bijaksana disebabkan betul, mengaut harta kekayaan negara banyak pengalaman adalah amat untuk kepentingan peribadi. Orangpenting dan pemimpin yang bijaksana orang yang beriman yakin bahawa kian dapat mengukur kekuatannya. memuncak ketidakadilan pemimpin 4. Sifat Timbang rasa hendaklah seperti ini, kian dekatlah masa mempunyai sikap timbangrasa atau kejatuhannya. setia kawan, iaitu keteguhan hubungan 3. Tidak Menegur Kesalahan Pemimpin. Setiap manusia pemimpin dengan rakyat terutamanya mempunyai kelemahan, bagi mengatasi dengan rakan-rakan mereka yang kelemahan pemimpin, hendaklah terdekat. Para pemimpin sejati merasai ditegakkan amalan nasihat-menasihati apa yang dirasai oleh rakyat, menyelami atau tegur-menegur, bukan sahaja apa yang dideritai oleh rakyat jelata dan nasihat pemimpin kepada rakyat, tetapi hati mereka sentiasa terbuka menerima apa yang lebih penting ialah nasihat rakyat. rakyat kepada pemimpin. KawanDisebalik itu juga, Prof. Hamka dalam kawan yang suka bermuka-muka karyanya Tafsir Al Azhar juga telah seringkali menyebabkan kejatuhan menggariskan beberapa faktor yang pemimpin kerana menyembunyikan menyebabkan kejatuhan seseorang kelemahan pemimpin serta tidak pemimpin, antaranya; mahu mengatakan kesalahan dengan 1. Sikap Memuja Pemimpin. terus terang kerana dikhuatiri hati dan Terdapat daripada kalangan rakyat fikiran pemimpin menjadi kusut serta yang memuja secara berlebihan dan akan menimbulkan kemarahannya. memohon pangkat kepada pemimpin, Jika sesuatu bahaya menimpa negara, perbuatan seperti ini dilakukan adalah kawan-kawan seperti inilah yang akan kerana mereka takut akan dimurkai,

lari terlebih dahulu meninggalkan pemimpin tersebut. 4. Hubungan Ulama Dengan Pemerintah. Ulama ibarat pelita ketika keadaan gelap gelita, mereka adalah penunjuk ke arah jalan kebenaran serta mereka merupakan penentang terhadap penyelewengan kuasa dan kezaliman. Kebesaran dan kehebatan mereka terletak di dalam jiwa, bukan pada pakaian yang kemas dan segak. Mereka menjadi kuat kerana mereka tidak pernah memohon pertolongan kepada sesama makhluk. Para pemimpin negara sentiasa berhatihati terhadap kekuasaan ulama ke atas jiwa umat. Oleh yang demikian, para pemimpin tersebut terpaksa mengambil muka kepada ulama lantaran kerana kuat serta teguhnya semangat mereka. Kesimpulannya dalam melahirkan pemimpin harapan rakyat, kewibawaan pemimpin adalah sangat penting untuk menangani watak manusia yang cenderung kepada pertikaian, permusuhan dan penguasaan. Oleh itu tanggungjawab memilih pemimpin yang adil adalah sangat utama untuk menjaga dan memelihara rakyat dan negara supaya mendapat keredaan Allah swt. Kepimpinan tidak hanya mementingkan ’output’ sahaja tetapi ‘input’ melibatkan soal kebajikan dan prinsip keadilan menuju Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur selaras dengan Firman Allah S.W.T dalam surah An Nisa ayat 48 yang bermaksud: ...Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia maka hendaklah kamu menetapkannya dengan adil... Edisi


8

SOLUSI ISLAM Edisi | 5/2018

Kenali WASIAT

Gambar hiasan

hukum syarak. Ada yang berpendapat wasiat boleh dibuat kepada sesiapa sahaja termasuk di kalangan ahli waris dengan tujuan harta tersebut tidak mengalir kepada waris yang tidak diingininya atau hanya waris tertentu sahaja berhak mewarisi harta.

Kenapa wasiat itu penting?

Disusun oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: wasiat.com.my

Apakah itu wasiat?

Wasiat telah lama diamalkan dalam tamadun manusia. Dalam masyarakat Rome dahulu, ketua keluarga mempunyai kuasa ke atas harta dengan cara wasiat memberikan harta kepada sesiapa sahaja dan menghalang anaknya daripada menjadi pewaris. Manakala dalam masyarakat Arab Jahiliah pula mereka membuat wasiat sebagai satu kebanggaan dan membiarkan kerabat dalam kefakiran. Islam telah memperbetulkan keadaan tersebut dengan meletakkan asas kebenaran dan keadilan dalam membuat wasiat. Pada permulaan Islam, berwasiat adalah suatu kewajipan untuk ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat berdasarkan Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiatlah untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara ma’ruf (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah:180) Kemudian, kewajipan berwasiat telah dimansuhkan hukumnya apabila turunnya ayat mawarith dalam surah Al-Nisa, iaitu yang menerangkan hak-hak dan pembahagian pusaka melalui hukum faraid contohnya melalui ayat yang bermaksud: “Bagi orang laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan”. (Surah Al-Nisa’: 7) Manakala Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak wajar bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan, membiarkan dua malam berlalu tanpa menulis wasiatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Melalui hadis di atas, jelas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan wasiat dibuat bila mana telah terlintas di hati untuk membuat sesuatu wasiat.

Siapakah yang layak membuat wasiat?

Semua umat Islam layak membuat wasiat asalkan anda berumur lebih 18 tahun, sempurna akal, sukarela dan tidak dipaksa, tidak dihalang mengurus hartanya dan jika pewasiat sedang sakit, dia hendaklah waras fikiran, baik ingatan dan memahami wasiat dibuat. Dari segi harta yang boleh diwasiatkan adalah harta alih seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan, barang kemas, saham, insurans, hutang dan lain-lain dan harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain. Jika anda orang yang berharta, orang yang lanjut usia, orang yang tidak berkahwin, orang yang mempunyai anak angkat, orang yang berhutang, orang yang tiada waris dan muallaf adalah sangat digalakkan membuat wasiat. Bermakna semua kita adalah digalakkan membuat wasiat.

Sudahkah anda menulis wasiat?

Ramai dalam kalangan anda tentu menganggap menulis wasiat adalah perkara yang tidak begitu penting dalam menguruskan perancangan harta di masa hadapan. Maka, tidak hairanlah dilaporkan ramai orang Islam tidak membuat persiapan menulis wasiat kerana beranggapan urusan harta diletakkan di bawah faraid sahaja. Penulisan wasiat seharusnya perlu dilakukan mulai dari sekarang iaitu semasa hayat anda masih ada dan semasa tubuh anda masih sihat. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat orang lain buat atau tangguh untuk beberapa waktu. Ia kelak boleh merugikan anda sendiri. Ada yang mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai harta yang hendak diwasiatkan. Harta yang ada berupa sebuah kereta dan sebuah rumah dianggap hanya hal yang kecil dan remeh untuk difikirkan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab dan selagi anda mempunyai hutang, anda mestilah menyediakan satu penulisan berbentuk

pesanan untuk waris anda menjelaskan hutang yang bakal ditinggalkan. Kecenderungan masyarakat kini pula yang sibuk mengumpul kekayaan buat diri dan ahli keluarga seringkali menimbulkan polemik bila mana si pemilik harta meninggal dunia tanpa membuat apa-apa persediaan ke atas harta-harta mereka. Acapkali berlaku pergeseran di kalangan ahli keluarga terutama yang membabitkan harta pusaka. Kesannya, ikatan silaturrahim yang terbina selama bertahun-tahun lamanya terlerai oleh sebab perebutan harta di kalangan mereka. Lebih buruk dari itu, hubungan ibu bapa dan anakanak terputus begitu sahaja kerana sikap tamak haloba dan dendam kesumat di dalam diri anggota keluarga. Oleh kerana itu, persediaan mengurus harta secara bijaksana perlu dilakukan bagi mengelakkan pergeseran di kalangan ahli keluarga dan kaum kerabat. Namun, tidak kurang juga, terdapat umat Islam yang tidak memahami konsep wasiat dan pelaksanaannya mengikut

Berwasiat merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup. Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian. Menulis wasiat adalah sangat berfaedah kerana pelantikan wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian. Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda. Pada masa yang sama, ia juga akan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh wariswaris yang ditinggalkan. Dari segi undang-undang, di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.” Menepati hasrat peruntukan di atas, maka MAIS telah memperluaskan fungsinya untuk menerima permohonan wasiat dan melaksanakan wasiat daripada seluruh umat Islam di negeri Selangor. Fungsi MAIS sebagai agensi yang mengurusan wasiat orang Islam telah menjadi tulang belakang kepada perjalanan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 yang dijadikan sebagai panduan dan amalan melaksanakan pengurusan wasiat orang Islam dalam negeri Selangor. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 merupakan pelopor kepada perjalanan pengurusan wasiat orang Islam di negara ini. Ia memperuntukkan beberapa perkara berkaitan pelaksananan wasiat, penarikan balik wasiat, penerimaan dan penolakan wasiat dan beberapa peruntukan penting yang memandu perjalanan sistem wasiat orang Islam berdasarkan hukum syarak. Bagi melancarkan perjalanan pengurusan wasiat di MAIS, maka satu kaedah yang dinamakan sebagai KaedahKaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 telah digubal dan diwartakan berdasarkan peruntukan Seksyen 29, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999. Edisi


JAKESS 5/2018 | Edisi

9

Perayu lawan Responden Disusun oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) [Dalam Mahkamah Tinggi (Rayuan) Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Rayuan Mal No.: 10500-006-0013-2016 (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar, S.M.S., HMTS)] [03 Zulhijjah 1437H bersamaan 05 September 2016] Undang-Undang Keluarga Islam – Pengesahan Taraf Anak – Anak Lahir 8 Bulan Selepas Sabit Perceraian Talak 3 – Sama ada Anak Tersebut Anak Sah Taraf atau Sebaliknya - Seksyen 116 (d) - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam - Bidangkuasa Mahkamah Tinggi mendengar rayuan - Seksyen 63 (1) (b) (ii) dan (2) (b) EPAIS 2003 - Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) Tahun 2003. Undang-Undang Tatacara Mal - Notis Rayuan – Seksyen 139 - Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes 1. Kes ini merupakan kes rayuan terhadap keputusan yang telah diputuskan oleh Tuan Hakim MRS Petaling Jaya pada 25 November 2016 melalui Saman No.: XXXXX-XXX-XXXX-XXXX. Kes ini telah ditetapkan untuk sebutan pertama pada 05 Jun 2014 dan Hakim Bicara telah mendengar keterangan pihak-pihak pada beberapa siri sebutan dan perbicaraan sehingga pada 25 November 2015, Hakim Bicara telah memutuskan dan membuat perintahperintah seperti berikut-

1. Mahkamah memutuskan bahawa anak bernama NZ (No K/P: XXX) merupakan anak sah taraf hasil daripada pernikahan antara pihak Plaintif dan pihak Defendan. 2. Mahkamah berpuashati bahawa anak tersebut boleh dinasabkan atas nama Plaintif dan pihak Defendan. 3. Mahkamah memerintahkan sebarang urusan pendaftaran hendaklah dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Perayu tidak berpuashati terhadap keputusan itu dan telah memfailkan Notis Rayuan pada 27 November 2015 dan kemudiannya telah memfailkan Alasan Rayuan pada 30 Mac 2016. Rekod Rayuan pula telah difailkan pada 27 April 2016 di Mahkamah ini. Responden di dalam kes ini membantah terhadap rayuan Perayu dan telah memfailkan hujahnya pada 29 Julai 2016 manakala Perayu telah memfailkan hujahnya pada 09 Ogos 2016.

Keputusan KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Perayu bersama Peguam Syarienya, dan Responden hadir bersama Peguam Syarienya SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut: 1. Rayuan Perayu ditolak; dan 2. Keputusan Hakim Bicara melalui Saman No.: XXXXX-XXX-XXXX-XXXX dikekalkan. Peguam Syarie 1. Peguam Perayu : XXX daripada Tetuan XYZ. 2. Peguam Responden : XXX daripada Tetuan XYZ. Edisi


10

NGO-i Edisi | 5/2018

HIDAYAH

Centre Foundation Disusun oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan Sosial MAIS

PENGENALAN/LATAR BELAKANG PERTUBUHAN (SEJARAH RINGKAS)

Hidayah Centre telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat membina hubungan antara pelbagai komuniti yang berbeza etnik dan latar belakang agama di Malaysia. Ia juga merupakan sebuah pusat sokongan kepada saudara baru. HCF memfokuskan aktiviti dan capaian objektifnya kepada kumpulan masyarakat daripada pelbagai etnik dan kepercayaan di Malaysia, saudara baru yang memerlukan bimbingan dalam pelbagai aspek dan juga mereka yang memerlukan tempat perlindungan sementara. Pada 29 Februari 2012, Hidayah Centre telah didaftarkan secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang Undang, Jabatan Perdana Menteri sebagai Hidayah Centre Foundation. VISI PERTUBUHAN Hidayah Centre Foundation(HCF) menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang unggul dalam dakwah dan sokongan saudara baru di Asia Pasifik menjelang 2019 MISI PERTUBUHAN Hidayah Centre Foundation wujud untuk berkongsi mesej Islam yang sejagat kepada seluruh lapisan masyarakat, memperbetulkan salah faham terhadap Islam dan juga memberi sokongan kepada saudara baru sebagai tanggungjawab kemanusian. Hidayah centre foundation berjuang untuk mencapai misi ini dengan menjalinkan hubungan baik, memimpin dan membantu individu muslim dan organisasi Islam dalam usaha memperkasa usaha yang sama di Malaysia dan rantau Asia Pasifik. OBJEKTIF PERTUBUHAN 1. Menyebar mesej sejagat tentang keindahan dan kebenaran Islam kepada rakyat Malaysia 2. Menjadi penghubung di antara pelbagai komuniti agama dan etnik di Malaysia 3. Memperbetul salah tanggapan dan prejudis agama Islam ke arah pembentukan masyarakat yang lebih harmoni 4. Memberi sokongan dan bantuan kepada mereka yang disisihkan disebabkan kepercayaan agamanya 5. Meraih sokongan dan sumbangan daripada masyarakat

STRATEGI PERTUBUHAN 1. Melatih lebih ramai pendakwah dan sukarelawan dalam mendokong usaha-usaha HCF 2. Membina hubungan dengan tokohtokoh dan pertubuhan non-muslim 3. Membina hubungan dengan semua NGO yang terlibat dalam menyampaikan mesej Islam dan menyantuni mualaf 4. Membuat program kerjasama dengan pelbagai pihak 5. Membuat Perancangan Strategik dalam mensasarkan pencapaian 6. Memperkemaskan sistem pentadbiran ibu pejabat dan memantapkan kemahiran dan kecekapan kakitangan MOTTO PERTUBUHAN Sampaikan Islam Santuni Muallaf GOLONGAN SASARAN PROGRAM PERTUBUHAN 1. Muslim / Pendakwah 2. Non-Muslim 3. Muallaf BIDANG KEPAKARAN/ KEMAHIRAN PERTUBUHAN 1. Latihan Pendakwah 2. Aktiviti Outreach 3. Pembangunan muallaf KLUSTER NGO-i PERTUBUHAN Muallaf

FOKUS KLUSTER NGO-i PERTUBUHAN Pembangunan Muallaf MAKLUMAT PENYELARAS KLUSTER NGO-i PERTUBUHAN Penyelaras Kluster: Divisyen Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor Nama Penyelaras: Encik Zaharudin Bin Salim Jawatan: Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS No. Telefon: 014-9200356

Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila hubungi Ustaz Mohammad Mahyuddin Bin Ma’arof (Unit Pembangunan NGO-i MAIS, Bahagian Khidmat Pengurusan Sosial MAIS) ditalian 03-3361 4064/4066 atau emelkan kepada jpngoimais@gmail.com


BERITA MAIS 5/2018 | Edisi Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Program Peralihan Data Pusat Pengetahuan MAIS Bersama Pelajar UNISEL

S

HAH ALAM 30 Mac – Program Peralihan Data Pusat Pengetahuan MAIS telah diilhamkan oleh pensyarah dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dengan gabungan daripada kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian) dan Diploma Sains dan Perpustakaan, UNISEL yang bertujuan mendedahkan para pelajar kepada dunia sebenar pengurusan perpustakaan dengan mengaplikasikan teori MARC 21 yang dipelajari ke dalam sistem perpustakaan iaitu V Lib Pro. P ro g r a m ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 29 dan 30 Mac 2018 yang melibatkan 16 orang

11

pelajar UNISEL termasuk seorang pensyarah iaitu Puan Fadliah Binti Darini. Program peralihan data ini bermula daripada proses awalan iaitu mengkatalog buku secara manual, mengimbas dan menyunting gambar buku, mengkatalog ke dalam sistem (Sistem V-Lib) sehingga menyusun buku di atas rak mengikut nombor panggilan buku tersebut. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi pegawaipegawai Pusat Pengetahuan MAIS disamping perkongsian ilmu pengetahuan yang baru bersama pensyarah dan para pelajar UNISEL dalam program tersebut. Edisi

MAIS Salur Bantuan RM2.8 Juta Untuk Rumah Pemulihan Riqab Di Selangor

K

LANG 3 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan bantuan Geran Sukuan 2018 kepada 17 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPA) berjumlah RM996,000.00 dan sumbangan bantuan Geran Tahunan 2018 kepada 10 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPA) berjumlah RM852,000.00. MAIS juga turut memberi sumbangan Geran Tahunan untuk Rohingya Education Centre (REC) yang beroperasi di Klang dan Gombak berjumlah RM960,000.00. Bantuan ini merupakan sumbangan dana bagi tahun 2018 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,808,000.00 bertujuan membantu golongan asnaf riqab yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain pelbagai bantuan lain agar golongan terbabit kembali ke pangkal jalan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YAD Dato’ Setia Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS diiringi oleh YDH Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS. Antara Rumah Pemulihan Riqab (RPA) yang

menerima sumbangan bagi Geran Sukuan 2018 adalah Rumah Safiyyah, Baitul Islah dan Sahabat PERKID. Manakala bagi sumbangan bagi Geran Tahunan 2018 adalah Rumah Penjagaan Damai, Rumah Solehah dan PROKIM Malaysia. Sumbangan ini disampaikan dalam Majlis Konvensyen Rumah Pemulihan Riqab dan Penyerahan Geran Rumah Pemulihan Riqab 2018 yang diadakan di Hotel Aliya, Klang. Dalam konvensyen ini sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya kaunseling dan khidmat nasihat kepada asnaf riqab sepanjang proses dilaksanakan selain memastikan proses pemulihan dan rawatan dilaksanakan dengan hukum syarak. Antara pembentangnya adalah Prof. Madya Dr. Jahit bin Sidek, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor yang menyampaikan kertas kerja bertajuk “Perawatan Islam Satu Kaedah Pemulihan Mengikut Hukum Syarak”. Turut hadir Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Edisi

Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Lawat Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS

S

ABAK BERNAM 2 April – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS telah dikunjungi oleh delegasi daripada Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS). Delegasi lawatan diketuai oleh Hajah Masnah bt Mat Salleh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Lawatan selama setengah hari disambut baik oleh Ustaz Mohd Makhi bin Adnan Pengurus Baitul Ehsan dan Ustaz Izhar bin Ismail Pengurus Baitul Iman serta beberapa pegawai MAIS yang lain. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung operasi dan penubuhan Baitul Ehsan terutama melibatkan proses

penubuhan, kaedah pewartaan, khidmat kaunseling dan aktiviti yang dijalankan. Di samping itu juga para delegasi dapat mengenali dengan lebih dekat lagi fungsi-fungsi Baitul Ehsan dan peranannya dalam menangani masalah sosial,keruntuhan moral dan akidah di kalangan remaja dan belia Islam yang kini semakin membimbangkan.

Program berakhir dengan lawatan sekitar Baitul Ehsan

dan lawatan pameran jahitan pelatih pusat ini. Edisi


12

BERITA MAIS Edisi | 5/2018

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

NGO-i MAIS Perlu Pro Aktif Tangani Isu Akidah Dan Masalah Sosial Masyarakat Islam

S

HAH ALAM 16 April – Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor disaran sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran berdakwah kepada Non Muslim dan juga Muslim dalam mendepani isu akidah dan masalah sosial masyarakat Islam pada masa kini seperti isu ajaran sesat, Kalimah Allah, anak luar nikah (bapa biologi) dan tuntutan Sister In Islam perlulah dititikberatkan. Menurut Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, NGO-i juga perlulah konsisten serta lebih fokus kepada sesuatu isu dan golongan sasaran tertentu dalam pelaksanaan program dakwah dengan menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi awam ataupun swasta bagi menghadapi ancaman sedia ada seperti ancaman pemikiran Liberalisme, Pluralisme, Ekstremisme, Atheist dan Agnostik. “Dalam mendepani isu dan cabaran masa kini, NGO-i MAIS perlulah bersatu dalam apa juga tindakan supaya ikatan tali silaturrahim dapat dijaga dengan baik di samping mengambil pendekatan nilai kesatuan ummah supaya tindakan dapat dilaksanakan secara bersepadu”, katanya. Beliau berkata demikian

selepas menyampaikan Amanat di dalam Persidangan NGO-i MAIS Negeri Selangor 2018 di Dewan Syarahan & Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dalam Per sidang an NGO-i MAIS, sebanyak 2 slot utama kepada peserta antaranya adalah Ceramah Khas dan Forum bertujuan memberi pendedahan kepada peserta bagi berkongsi cabaran dakwah dan islah kontemporari serta gerakan dakwah yang berkesan. Antara tajuk Ceramah Khas Adalah ‘Peranan NGO-i Mendepani Cabaran Dakwah dan Islah Dalam Masyarakat Kontemporari’ yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani binti Mohd Safian, Anggota MAIS merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa NGO-i MAIS. Pada majlis yang sama, turut diadakan Penyampaian Sijil Pendaftaran NGO-i MAIS kepada 78 buah N G O -i M A I S ya n g disampaikan oleh Pengerusi MAIS. Turut hadir YBhg Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa NGO-i MAIS dan Sahibus Saadah Dato’ Haji Haris bin Kasim Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Edisi

MAIS Perkenal Sistem Wasiat Atas Talian Atau eWASIAT MAIS

S

HAH ALAM 18 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuat transformasi bagi mengajak masyarakat untuk mengurus harta dengan segera dengan memperkenalkan Sistem Wasiat Atas Talian atau eWASIAT MAIS. Sistem ini boleh dilayari melalui laman web www.wasiat.com.my bagi memudahkan masyarakat membuat wasiat untuk kebajikan dan melantik MAIS selaku wasi kepada wasiat yang dibuat selaras dengan bidang kuasa di bawah Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. MAIS juga mengajak semua Majlis Agama Islam Negeri agar mewujudkan perkhidmatan ini secara talian dan meluaskan kepada seluruh umat Islam di negeri-negeri. MAIS turut memperkenalkan satu permainan yang dikenali sebagai BIJAK PUSAKA GAME yang dibangunkan hasil kerjasama Bahagian Harta Baitulmal MAIS dengan Fakulti Syariah Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) BIJAK PUSAKA GAME adalah sebuah inisiatif baru bagi memudahkan masyarakat

mempelajari ilmu faraid dan wasiat secara santai dengan konsep permainan dan didik hibur yang interaktif. Pelancaran Sistem eWASIAT MAIS dan BIJAK PUSAKA GAME ini dilancarkan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS di dalam Seminar Transformasi Pengurusan Wasiat dan Hibah Negeri Selangor 2018 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC). Dalam seminar ini, sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang instrumen pengurusan harta orang Islam di Malaysia. Antara pembentangnya adalah YAD Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti Selangor

yang menyampaikan kertas kerja yang bertajuk ‘Hibah Mekanisme Terbaik Pembahagian Harta Semasa Hidup’. Pada majlis yang sama, turut diadakan Majlis Menandatangani MOU Rakan Strategik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam usaha memartabatkan ilmu pengurusan harta dengan menawarkan perkhidmatan wasiat secara percuma kepada pegawai PKNS dan pembelipembeli hartanah PKNS. MOU ini telah ditandatangani oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan YBhg Datin Paduka Dr Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pengerusi MAIS. Edisi

MAIS Rai Pegawai Dalam Majlis Apresiasi MAIS 2018

S

HAH ALAM 27 April – Seramai 24 pegawai MAIS diraikan dalam Majlis Apresiasi MAIS 2018 yang diadakan di Hotel Concorde sebagai tanda penghargaan dan terima kasih MAIS atas pencapaian cemerlang bagi tahun 2017. Majlis Apresiasi MAIS merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan MAIS kepada pegawai MAIS yang

telah menghasilkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang di samping memenuhi keperluan stakeholder dan golongan sasaran. Antara Anugerah kepada pegawai MAIS yang layak adalah Anugerah Perkhidmatan 15 Tahun; Anugerah Pegawai Cemerlang Keseluruhan Tahun 2017; Anugerah Pegawai Cemerlang Sektor; Anugerah Kumpulan Inovatif Dan

Kreatif; Anugerah Persaraan dan Sumbangan-sumbangan kepada pegawai yang layak. Penerima anugerah menerima hadiah berupa sijil serta wang tunai yang disampaikan oleh YAD Dato’ Setia Pengerusi MAIS diiringi oleh Setiausaha MAIS. Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah, semoga dengan penghargaan kepada pegawai terbabit akan menambah motivasi kepada pegawai MAIS yang lain untuk memberikan prestasi yang cemerlang pada masa hadapan di samping merealisasikan matlamat menjadikan MAIS sebagai sebuah institusi agama yang cemerlang dan dihormati. Edisi


BERITA MAIS 5/2018 | Edisi Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

13

Lembaga Zakat Selangor

Program Tafaqquh Pegawai Syariah JAKESS

Simposium Keluarga Bahagia

S

imposium Keluarga Bahagia: Harapan dan Cabaran di Era Siber yang diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Antara topik yang diketengahkan: 1. Retak Menanti Belah

Disampaikan oleh Tuan Muhamad Hisyam Zakaria (Hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam) 2. Cabaran Dunia Siber Disampaikan oleh En Zamri Mohd Shapik (Pengarah Jab Pengawasan Rangkaian Media SKMM) 3. Forum Cabaran Kehidupan Pe r p i s a h a n Demi Kebahagian

Panel 1. YA Puan Noor Huda Roslan (Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor) Panel 2. En Abd Halim Salihin (Ketua Penolong Mufti Selangor) Panel 3. Puan Yuhaniz Mohd Yusop (Pegawai Runding Cara Paid Klang) Moderator : En Zulkhairi Jaid (Paid Gombak). Edisi

LZS Hargai Ejen Kutipan Dan Pengeluar Zakat Korporat Selangor

S

HAH ALAM, 6 April 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini meraikan ejen kutipan dan penolong amil LZS yang telah memberikan komitmen dan sumbangan dalam menyebarkan dakwah zakat serta membantu meningkatkan kutipan zakat bersempena Majlis Penghargaan LZS 2017 yang diadakan bertempat di Hotel Grand BlueWave di sini. Mereka yang diraikan ini terdiri daripada daripada wakil firma audit dan percukaian, ejen syarikat, bank, pejabat pos dan penolong amil

institusi pengajian tinggi (IPT) yang dilantik oleh LZS bagi membantu mengutip zakat di Selangor. Turut diraikan, syarikatsyarikat korporat yang merupakan pengeluar zakat perniagaan dan majikan yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji di LZS. Sebanyak 15 anugerah termasuk tiga anugerah khas disampaikan dalam majlis tersebut. Universiti Putra Malaysia yang merupakan penolong amil IPT LZS, menerima Anugerah Muaz bin Jabal

sebagai pengiktirafan atas peningkatan dari segi kutipan zakat dan pembayar baru serta komitmen terbaik sepanjang tahun 2017. Manakala Mimos Berhad menerima pengiktirafan Anugerah Umar Abdul Aziz bagi peningkatan jumlah kutipan zakat melalui potongan gaji dan komitmen dalam pengurusan agihan semula terbaik bagi tahun 2017. Sementara itu, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor) yang merupakan syarikat pengeluar zakat menerima Anugerah Abdul Rahman bin Auf. Anugerah ini diberikan atas komitmen yang ditunjukkan menunaikan zakat perniagaan termasuklah menguruskan wakalah agihan (Pengurusan dan Inisiatif) pada tahun 2017. Hadir sama dalam majlis tersebut, Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Hussin dan Ofifcer In Charge LZS, Abdul Basith Hamid. Edisi

P

rogram Tafaqquh Pe g aw a i S ya r i a h JAKESS Siri 1/2018 telah diadakan pada 14 April 2018 bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS. Seramai 51 orang Pegawai

Syariah JAKESS telah menghadiri program tersebut dan S.S. Dato’ Dr Anhar Bin Opir, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Negeri Selangor telah dijemput sebagai penceramah. Edisi

Program Pengukuhan Pasukan JAKESS 2018

S

eramai 30 orang peserta termasuk urus setia telah menyertai Program Pengukuhan Pasukan JAKESS 2018 yang telah dijalankan pada 24 hingga 25 April 2018 di Pusat Latihan Awam Selangor, Banting. Program tersebut telah dianjurkan dengan kerjasama Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS), Banting dan telah menjemput Jurulatih daripada Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) untuk melatih dan membimbing para peserta.

Tujuan utama penganjuran program tersebut adalah untuk membina semangat kerja berpasukan dan kerjasama yang strategik dan erat antara peserta yang berlainan gred perjawatan. Program tersebut telah diakhiri dengan melaksanakan Program Corporate Social Responsibilities (CSR) di Masjid Al-Azim, Kampung Kelanang dengan bergotong-royong membersihkan Masjid dan kawasan persekitaran Masjid. Edisi


14

CELIK JAWI

Ringkasan Khutbah Jumaat “MENSYUKURI

NIKMAT

USIA” Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor

S -

esungguhnya kehidupan di dunia ini amatlah singkat berbanding kehidupan yang abadi di akhirat, maka sudah pasti kita perlu menyusun langkah supaya dapat memanfaatkan setiap saat kehidupan kita dengan melakukan sebanyak-banyaknya amal soleh untuk mencapai keredhaan Allah.

Edisi | 5/2018

‫رﯾڠﻜﺎﺳﻦ ﺧﻄﺒﺔ ﺟﻤﻌﺔ‬ ‫ﻣﻨﺸﻜﻮري ﻧﻌﻤﺖ اوﺳﯿﺎ‬ ‫ ﻣﺎءﯾﺲ‬،‫ﯿﻦ ﻛﻮﻣﻮﻧﯿﻜﺎﺳﻲ ﻛﻮرﭬﻮرات‬#‫ ﺑﮭﺎ‬:‫ﺳﻮﺳﻮﻧﻦ اوﻟﯿﮫ‬ ‫ﯿﻦ ﭬڠﻮروﺳﻦ ﻣﺴﺠﺪ‬-‫ ﺑﮭﺎ‬،‫ اوﻧﯿﺖ ﺧﻄﺒﺔ‬:‫ﺳﻮﻣﺒﺮ‬ ‫ﺟﺎﺑﺘﻦ ا)ﺎم إﺳﻼم ﺳﻼڠﻮر‬ ‫ ﻣﻚ ﺳﻮده ﭬﺴﺘﻲ ﻛﯿﺖ ﭬﺮﻟﻮ‬،‫ﺳﺴﻮڠڬﻮھڽ ﻛﮭﯿﺪوﭬﻦ د دﻧﯿﺎ اﯾﻦ اﻣﺘﻠﮫ ﺳﯿڠﻜﺖ ﺑﺮﺑﻨﺪﯾڠ ﻛﮭﯿﺪوﭬﻦ ﯾڠ اﺑﺎدي د أﺧﯿﺮة‬ ‫ﻣﭙﻮﺳﻮن ﻟڠﻜﮫ ﺳﻮﭬﺎي داﭬﺖ ﻣﻤﻨﻔﻌﺘﻜﻦ ﺳﺘﯿﺎڤ ﺳﺎﻋﺖ ﻛﮭﯿﺪوﭬﻦ ﻛﯿﺖ دڠﻦ ﻣﻼﻛﻮﻛﻦ ﺳﺒﺎﭘﻖ ﺑﺎﭘﻘڽ ﻋﻤﻞ ﺻﺎﻟﺢ‬ .‫اوﻧﺘﻮق ﻣﻨﭽﺎﭬﺎي ﻛﺮﯾﻀﺎءن ﷲ‬ ‫ ﺑﮭﻜﻦ ﻟﺒﯿﮫ‬،‫ ﺳﮭﺎروﺳڽ ﺑﻮﻛﻦ ھﺎڽ ﻣﻤﯿﻜﯿﺮﻛﻦ اﺳﭭﯿﻚ ﻛﺼﯿﺤﺘﻦ‬،‫ اﭬﺎﺑﯿﻼ ﻣﺎءﻧﺴﻲ ﺑﺮادا دأﻣﺒڠ اوﺳﯿﺎ اﻣﺲ‬،‫اوﻟﯿﮫ اﯾﺖ‬ ‫ﭬﻨﺘﯿڠ درﭬﺪ اﯾﺖ اداﻟﮫ ﻣﻤﺴﺘﯿﻜﻦ ﺑﮭﺎوا ﺗﻮﺟﻮان ﻛﮭﯿﺪوﭬﻦ ﻛﯿﺖ د دﻧﯿﺎ اﯾﻦ اداﻟﮫ اوﻧﺘﻮق ﻣڠﻌﺒﺪﯾﻜﻦ دﯾﺮي ﻛﭭﺪ ﷲ دڠﻦ‬ .‫ﻣﻠﻘﺴﺎﻧﺎﻛﻦ ﺳڬﺎﻻ ﭬﺮﯾﻨﺘﮫ ﷲ دان ﻣﻨﯿڠڬﻠﻜﻦ ﺳڬﺎﻻ ﻻرڠﻨڽ ﺗﻠﮫ ﺗﺮﭼﺎﭬﺎي‬ ‫ ﺟڠﻚ ﺣﯿﺎة ﭬﻨﺪودوق ﻣﻠﯿﺴﯿﺎ دداﭬﺘﻲ‬،2017 ‫ﺑﺮداﺳﺮﻛﻦ ﻛﭭﺪ ﻛﺎﺟﯿﻦ اﯾﻨﺴﺘﯿﺘﻮت ﭬﭙﻠﯿﺪﯾﻘﻦ ﭬﻨﻮاءن ﻣﻠﯿﺴﯿﺎ ﭬﺪ ﺗﺎھﻮن‬ 77.4 ‫ ﻣﺎﻧﻜﺎﻻ اوﺳﯿﺎ ﻗﻮم واﻧﯿﺘﺎ ﻣﻨﺒﯿڠﻜﺖ ﻛﭭﺪ‬،‫ ﺗﺎھﻮن‬72.7 ‫ اوﺳﯿﺎ ﻗﻮم ﻟﻼﻛﻲ ﻣﻨﯿڠﻜﺖ ﻛﭭﺪ‬.‫ﺳﻤﺎﻛﯿﻦ ﻣﻨﯿڠﻜﺖ‬ ‫ﭬﺮاﺗﻮس رﻋﯿﺖ ﻣﻠﯿﺴﯿﺎ دﺟڠﻚ‬15 ٢‫ ﻛﯿﺮا‬،2035 ‫ ﻣﻚ اداﻟﮫ دﺟڠﻜﺎﻛﻦ ﻣﻨﺠﻠڠ‬،‫ ﺟﻚ ﭬﺮﻛﺎرا اﯾﻦ ﺑﺮﺗﺮوﺳﻦ‬.‫ﺗﺎھﻮن‬ ‫ ﭬﻨﯿڠﻜﺘﻦ ﺟڠﻚ ﺣﯿﺎة اﯾﻦ دﻛﺎءﯾﺘﻜﻦ دڠﻦ ﻛﻤﻮدھﻦ ﻛﺼﯿﺤﺘﻦ ﯾڠ‬.‫ ﺗﺎھﻮن ﻛﺄﺗﺲ‬60 ‫ﺗﺮدﯾﺮي درﭬﺪ ورڬ ﺗﻮا ﺑﺮوﺳﯿﺎ‬ .‫ﺳﻤﺎﻛﯿﻦ ﺑﺎءﯾﻖ د ﺳﻤﭭﯿڠ ﺗﯿﻤﺒﻮﻟڽ ﻛﺴﺪرن اوﻧﺘﻮق ﻣڠﻤﺎﻟﻜﻦ ڬﺎي ھﯿﺪوڤ ﺻﯿﺤﺖ داﻟﻢ ﻛﺎﻟڠﻦ رﻋﯿﺖ‬ .‫ اﺟﻞ ﯾڠ داﺗڠ ﺗﯿﺪق ﻣڠﻨﻞ اوﺳﯿﺎ‬،‫واﻻوﺑﺎڬﺎﯾﻤﺎﻧﺎﭬﻮن‬ ‫ﻛﯿﺖ ﺳﺪﯾﺎ ﻣﻌﻠﻮم ﺑﮭﺎواﺳڽ ﺗﺎھﭫ ﻛﺼﯿﺤﺘﻦ ﺑﺎڬﻲ اورڠ ﺗﻮا اﻛﻦ ﻣﺮوﺳﻮت دان ﻛﻮرڠڽ ﻛﻘﻮاﺗﻦ اوﻧﺘﻮق ﻣﻼﻛﻮﻛﻦ‬ ‫ ﻣﻚ اﻧﻖ اﻧﻘﻠﮫ ﯾڠ ﺳﭭﺎﺗﻮﺗڽ ﻣﻤﺒﻨﺘﻮ دڠﻦ ﺳﺪاﯾﺎ اوﭬﺎي اﯾﺒﻮ ﺑﺎڤ ﻣﺮﯾﻚ ﺳﺒﺎڬﺎي ﻣﻤﺒﺎﻟﺲ ﺑﻮدي ﺑﺎءﯾﻖ‬.‫ﺳﺴﻮاﺗﻮ ﭬﺮﻛﺎرا‬ ‫ ﺳﺄورڠ ﻣﺴﻠﻢ ﯾڠ ﺑﺎءﯾﻖ‬.‫ﻛﺪوا اورڠ ﺗﻮا ﯾڠ ﺗﻠﮫ ﺑﺮﺟﺎي ﻣﻤﺒﺴﺮﻛﻦ ﻣﺮﯾﻚ ﺳﮭﯿڠڬ ﻣﻤﭭﻮ ﻣﻨﻌﻤﺘﻲ ﻛﮭﯿﺪوﭬﻦ د دﻧﯿﺎ اﯾﻦ‬ .‫ﻣﺴﺘﯿﻠﮫ ﻣﻨﺸﻜﻮري ﺳڬﺎﻻ ﻧﻌﻤﺖ ﺗﺮﺳﺒﻮت دڠﻦ ﻣﻠﻘﺴﺎﻧﺎﻛﻦ ﺳڬﺎﻻ ﻋﻤﺎﻟﻦ ﻛﺒﺎﯾﻜﻦ دان ﺻﺪﻗﮫ ﺟﺎرﯾﺔ‬ :‫ﻛﺴﯿﻤﭭﻮﻟﻨڽ‬

Oleh itu, apabila manusia berada di ambang usia emas, seharusnya bukan hanya .‫ اوﻣﺖ إﺳﻼم ھﺎروﺳﻠﮫ ﺑﺮﺷﻜﻮر اﺗﺲ ﻧﻌﻤﺖ ﻋﻤﻮر ﯾڠ ﭬﻨﺠڠ ﺳﻮﭬﺎي ﻛﯿﺖ ﺑﻮﻟﯿﮫ ﻣﻨﯿڠﻜﺘﻜﻦ ﻋﻤﺎﻟﻦ ﺻﺎﻟﺢ ﺳﮭﺎرﯾﻦ ﻛﯿﺖ‬.1 memikirkan aspek kesihatan, bahkan lebih penting daripada itu adalah memastikan bahawa tujuan kehidupan kita di dunia ‫اوﻣﺖ إﺳﻼم ﭬﺮﻟﻮﻟﮫ ﺳﺪر ﺑﮭﺎوا ﺗڠڬﻮڠﺠﻮاب ﯾڠ دﭬﯿﻜﻮل ھﺎروس دﻟﻘﺴﺎﻧﻜﻦ دڠﻦ ﺑﺎءﯾﻖ ﻛﺮان ﺗڠڬﻮڠﺠﻮاب اﯾﺘﻠﮫ ﯾڠ اﻛﻦ‬.2 ini adalah untuk mengabdikan diri kepada .‫دﺣﺴﺎب دھﺎدﭬﻦ ﷲ‬ Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala .‫ اوﻣﺖ إﺳﻼم ھﻨﺪﻗﻠﮫ ﺑﺮﻟﻮﻣﺒﺎ ﻟﻮﻣﺒﺎ داﻟﻢ ﻣﻼﻛﻮﻛﻦ ﻋﻤﺎﻟﻦ ﺻﺎﻟﺢ ﺳﺒﻠﻮم روح دﺗﺎرﯾﻚ ﻛﻠﻮار دري ﺟﺎﺳﺪ‬.3 larangannya telah tercapai. Berdasarkan kepada kajian Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia pada tahun 2017, jangka hayat penduduk Malaysia kehidupan di dunia ini. Seorang muslim yang baik didapati semakin meningkat. Usia kaum mestilah mensyukuri segala kurniaan nikmat dan lelaki meningkat kepada 72.7 tahun, manakala usia rahmat Allah SWT dengan tidak bersikap sombong kaum wanita meningkat kepada 77.4 tahun. Jika dan bongkak. Malah kita haruslah merebut segala perkara ini berterusan, maka adalah dijangkakan nikmat tersebut dengan melaksanakan segala amalan menjelang 2035, kira-kira 15 peratus rakyat Malaysia kebaikan dan sedekah jariyah. dijangka terdiri daripada warga tua berusia 60 tahun ke atas. Peningkatan jangka hayat ini dikaitkan dengan Kesimpulannya: kemudahan kesihatan yang semakin baik di samping 1. Umat Islam haruslah bersyukur atas nikmat umur timbulnya kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup yang panjang supaya kita boleh meningkatkan sihat dalam kalangan rakyat. Walaubagaimanapun, amalan soleh seharian kita. ajal yang datang tidak mengenal usia. 2. Umat Islam perlulah sedar bahawa tanggungjawab Kita sedia maklum bahawasanya tahap kesihatan yang dipikul harus dilaksanakan dengan baik bagi orang tua akan merosot dan kurangnya kerana tanggungjawab itulah yang akan dihisab kekuatan untuk melakukan sesuatu perkara. Maka di hadapan Allah SWT. anak-anaklah yang sepatutnya membantu dengan 3. Umat Islam hendaklah berlumba-lumba dalam sedaya upaya ibu bapa mereka sebagai membalas melakukan amalan soleh sebelum roh ditarik budi baik kedua-dua orang tua yang telah berjaya keluar dari jasad. Edisi Gambar hiasan membesarkan mereka sehingga mampu menikmati


IKON ASNAF 5/2018 | Edisi

15

Walaupun Hanya Jari Mampu Bergerak, Namun Syakir Juga Ingin Ke Ipt Oleh: Khairul Izwan Bakeri Sumber: http://blog.zakatselangor.com.my

Ibu tunggal, Norhayati Yaacob, 52 tahun reda dengan suratan takdir. Dikurniakan anak kelainan upaya (OKU), Syakir Zulfair Abdul Manat, 19 tahun bukanlah penamat segalanya. Biarpun Syakir tidak mampu menguruskan diri dan perlu bergantung sepenuhnya kepada kudrat si ibu, bagi Norhayati itulah permata hatinya.

D

ilahirkan normal seperti orang lain, Syakir tidak menunjukkan sebarang keganjilan ketika kecil. Namun ketika usianya menginjak lapan tahun, Syakir mula menunjukkan simptom seperti sakit pada pinggang hingga ke kaki yang adakala menyebabkan dia tidak boleh bertinggung ketika buang air besar. Menyedari perubahan fizikal Syakir ini semakin ketara, membuatkan Hayati segera merujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Selepas beberapa ujian dijalankan, Syakir akhirnya disahkan menghidap penyakit Muscular Dystrophy yang jarang-jarang ditemui dan perlu bergantung dengan ubat seumur hidup. Penyakit ini akan menyebabkan otot Syakir menjadi lemah. “Doktor jelaskan yang keadaan Syakir semakin hari akan menjadi semakin teruk. Lama-kelamaan, hanya jarinya sahaja yang boleh bergerak kerana penyakit ini menyerang semua otot anggota badan Syakir secara perlahan-lahan.” Ternyata ia benar. Kini pada usia 19 tahun, Syakir hanya mampu bergerak dengan bantuan motorized wheelchair semata-mata. Setiap pergerakan terbatas, hanya jari sahaja yang mampu bergerak. Dua tahun kebelakangan ini sejak habis sekolah, dunia Syakir hanya di rumah. Sesekali apabila berasa bosan, Syakir menghabiskan masa melayari internet sementara menunggu adiknya, Mohamad Din Basyar, 13 tahun pulang dari sekolah. Cabaran Saban hari, rutin harian Norhayati sama. Bangun sahaja tidur, Norhayati akan memandikan Syakir dan kemudian

mempersiap pakaiannya. Ubatubatannya juga perlu dipantau mengikut jadual berkala. Segala keperluan disiapkan sebelum Norhayati pergi bekerja. “Alhamdulillah setakat ini dengan kudrat yang ada, saya masih mampu mengangkat Syakir secara berseorangan. Walaupun, hidup kami ini tidaklah sesenang mana, namun saya akan melakukan yang terbaik demi Syakir,” kata beliau lagi. Selain dua orang anak yang perlu ditanggung, wanita ini turut menjaga ibu yang sakit tua dan kakak yang menghidap tiroid. Sebenarnya tidak mudah bagi Norhayati untuk menguruskan keluarga seorang diri setelah berpisah. Dengan pendapatan sebanyak RM900 sebagai pekerja kedai runcit, Norhayati berjimat demi memastikan keperluan keluarga tidak terputus. “Hendak kata cukup itu, memanglah tidak cukup. Tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang diberi ini. Alhamdulillah, Lembaga Zakat Selangor juga membantu menyalurkan bantuan zakat. Sedikit sebanyak ringanlah bebanan yang ditanggung ini,” kata Norhayati. Untuk makluman, keluarga Norhayati ini disantuni dengan bantuan zakat berupa bantuan kewangan dan makanan bulanan serta bantuan perubatan. Malah, Norhayati turut ditawarkan bantuan modal perniagaan untuk membesarkan perniagaan kerepek yang diusahakan kecil-kecilan itu.

“Namun, buat masa ini saya rasa tidak perlu bantuan tersebut. Saya takut nanti, kalau mula berniaga, saya tidak dapat menumpukan perhatian untuk Syakir dan emak. Biarlah saya fokus kepada mereka berdua dulu. Insya Allah, bila keadaan telah stabil, baru saya fikirkan,” jelas beliau. Mahu Belajar Biarpun tidak sesenang orang lain, Norhayati tidak mengambil mudah pendidikan anak-anaknya. Oleh itu, demi memastikan Syakir dapat mengikuti persekolahan, Norhayati sanggup bersusah payah membayar upah orang untuk menghantar anaknya pergi dan balik ke sekolah, lantaran tiada kenderaan. “Syakir ini cukup bersemangat kalau bab sekolah. Dia memang suka sekolah. Mungkin seronok dengan kawankawan,” cerita Norhayati. Ketika mengimbas kembali alam persekolahan Syakir, ada satu peristiwa yang amat mengguris hatinya dan masih tersemat dalam ingatan. “Pernah dahulu, Syakir ditinggalkan keseorangan dalam kelas sepanjang hari. Ini kerana pelajar lain ada kelas tambahan di tingkat atas. Memandangkan keadaannya yang berkerusi roda, guru dan rakan-rakan terpaksa meninggalkan dia di kelas bawah,” ceritanya dengan sedikit getar pada suara. “Mujur hari itu, saya tergerak hati hendak menjenguknya di sekolah. Terkilan rasa apabila sampai sahaja ke kelasnya, saya lihat Syakir tinggal keseorangan. Sampai hati mereka,” ujar Norhayati sebak. Tidak sanggup kejadian yang sama berulang lagi, Norhayati nekad mengambil keputusan menukar Syakir ke sekolah lain yang berhampiran dengan rumahnya. Lebih mudah untuk Norhayati sendiri yang menguruskan anaknya. Kini setelah dua tahun menamatkan persekolahan menengahnya, Syakir banyak menghabiskan masa di rumah. Hari-harinya dihabiskan dengan

melayari Internet, menggali ilmu secara tidak langsung. Seperti remaja lain, Syakir juga memasang angan-angan untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti dalam bidang IT. Namun fizikalnya yang terbatas menyukarkan dia untuk memohon disebabkan kebanyakan kemudahan pusat pengajian tidak mesra OKU. Hal ini membantutkan niatnya untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang yang diminati. Ada ketika Syakir mencemburui rakannya yang sering bercerita pengalaman mereka sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Namun apakan daya, dia sekadar berkongsi luahan perasaan kepada Norhayati. “Melihat pada riak wajahnya, saya pun faham yang dia memang hendak sambung belajar. Tetapi keadaan dia sebegini tidak mungkin ada universiti hendak menerima dia belajar yang hanya mampu menggerakkan kepala dan jari sahaja,” beritahu Norhayati. Tambahnya lagi, “Lagipun berat hati saya hendak lepaskan dia belajar di universiti. Sedangkan buang air besar pun saya yang uruskan, bagaimana dia hendak berjauhan daripada saya. Adakah orang yang sanggup uruskan dia jika dia dapat sambung belajar nanti?” “Nak sambung belajar tak Syakir?” penulis melontarkan soalan kepada Syakir yang ketika itu tekun mendengar setiap butir cerita ibunya. Sambil tersenyum Syakir mengangguk kepala, “Nak, tapi ada ke IPT yang hendak pelajar seperti saya ini? Memang teringin hendak belajar lagi. Cuma keadaan saya ini nanti menyukarkan untuk bergerak.” Bercahaya wajahnya ketika ditanya untuk sambung belajar. Benar, jiwanya meronta-ronta untuk belajar lagi. Tetapi apakan daya dengan keadaan dirinya, Syakir akur dengan kehendak ibunya untuk melupakan hasrat tersebut. Namun, jauh di sudut hatinya Syakir amat berharap ada pihak yang sudi membantu merealisasikan impiannya untuk menyambung pengajian secara dalam talian jika diberi peluang. Edisi


16

KEMUSYKILAN UMAT Edisi | 5/2018

SOAL JAWAB AGAMA

1 2

3

Soalan : Apakah hukum seseorang yang makan ubat untuk menggemukkan atau menguruskan badan? Jawapan : Hukum makan ubat menggemukkan atau menguruskan badan adalah harus sekiranya ubat itu bukan daripada benda-benda yang najis disisi agama serta tidak memudharatkan

Soalan : Apakah hukumnya jika menggunakan kaedah bayi tabung uji untuk mendapatkan anak?. Jawapan : Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sah Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

Soalan : Saya ingin bertanya, apakah hukumnya jika seseorang perempuan itu mencukur bulu kakinya kerana ia agak lebat dan menyerupai lelaki serta mengaibkan sehingga dia berasa kurang keyakinan diri. Jawapan : Sekiranya bulu kaki itu mengaibkan harus hukum mencukurnya.

4

Soalan : Saya telah menyertai senaman zumba yang melibatkan gerakan tarian yang saya sifatkan keterlaluan seperti samba, gelek dan sebagainya. la juga diikuti dengan sorakan dan jeritan keterlaluan walaupun hanya wanita sahaja dan dilakukan dalam dewan. Adakah ia dibolehkan? Jawapan : Sekiranya senaman ini membawa ke arah maksiat yakni perkara-perkara yang dilarang Allah SWT dari segi akidah, syariah dan akhlak maka wajib ia ditinggalkan sekalipun ia dilakukan sesama wanita sahaja. Perlu menjaga sifat semula jadi wanita dan perlu pastikan aktiviti yang dilakukan sesuai serta memelihara maruah wanita. Dalam masa yang sama batasan aurat sesama wanita juga perlu dijaga sekiranya terdapat dalam kumpulan senaman tersebut kalangan mereka yang bukan Islam. Berdasarkan gambaran ringkas yang dinyatakan, ia ternyata bercanggah dengan akhlak dan perlu dielakkan. Selain itu, perlu juga diketahui sejarah ataupun asal usul senaman tersebut serta perlakuan dan pergerakannya, yang mungkin bercanggah dengan akidah.

5

Soalan : Bilakah hari dan waktu yang sesuai untuk melakukan tahnik? Bolehkah dilewatkan sehingga hari dan waktu yang sesuai? Siapa yang afdal untuk melakukan tahnik? Apakah bacaan doa untuk melakukan tahnik? Jawapan : Tahnik ialah membelah mulut bayi baru lahir dengan buah tamar atau sesuatu yang manis seperti madu. Hukumnya adalah sunat. Cara melakukan tahnik ialah dengan mengunyah buah tamar dan diletakkan dihujung jari, kemudian digosokkan ke lelangit bayi. Jika tiada buah tamar, boleh digantikan dengan sesuatu yang manis seperti madu. Waktu paling afdhal adalah selepas kelahiran dan setelah dibersihkan tubuh badan bayi. Orang yang afdal melakukan tahnik adalah orang soleh, ahli ibadah atau orang yang bertakwa. Namun boleh melewatkan amalan tahnik dan dituntut dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari selepas waktu kelahiran anak tersebut. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a berkata yang bermaksud: Saya telah mendapat seorang anak lelaki, kemudian saya membawanya kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, dan melakukan tahnik dengan sebiji kurma. Baginda juga telah mendoakannya semoga diberkati Allah SWT. Selepas itu barulah baginda berikan balik kepada saya. (Riwayat al-Bukhari) Bacaan semasa bertahnik (bagi lelaki):Maksudnya: Ya Allah SWT kurniakanlah kepadanya kefahaman yang mendalam dalam agama dan ajarkanlah kepadanya takwil. Manakala selepas tahnik dan pengisytiharan nama bayi, digalakkan berdoa: Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaan-Mu, jadikanlah menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai Tuhan kami, berkatilah usianya dalam ketaatan kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikanlah ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabi-Mu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebajikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmat-Mu, Ya Allah yang Maha Pengasih.

6

Soalan : Apakah hukum kanak-kanak yang belum baligh bersembahyang jemaah di sebelah orang yang sudah baligh dan bersentuh kulit antara keduanya? Jawapan : Kanak-kanak yang belum baligh diharuskan bersembahyang kerana ia adalah salah satu cara mendidik kanak-kanak untuk bersolat dan mengimarahkan masjid bermula dari kecil lagi. Wuduk juga tidak batal jika bersentuhan kulit antara kedua-duanya kerana menyentuh kulit kanak-kanak yang belum baligh tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk.

Disusun oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS

| Sumber: http://www.muftiselangor.gov.my/


ULASAN BUKU 5/2018 | Edisi

17

KOLEKSI PUSAT PENGETAHUAN MAIS 33 PESAN NABI: JAGA MATA, JAGA TELINGA, JAGA MULUT

40 HADITH KEMULIAAN AKHLAK NABI DAN SYAFA’AT NABI

CALL NO. : 297.57022 VBI

CALL NO. : 297.124 NAB

Buku ini merupakan komik berisi kisah sehari-hari yang berkaitan dengan hadis-hadis riwayat BukhariMuslim. Buku ini merupakan salah satu cara baru belajar Islam yang menyeronokkan. Butir-butir hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim diterjemahkan dalam bentuk dan bahasa komik dalam bahasa yang mudah dan berkisar dengan kisah kehidupan masyarakat sekarang termasuk yang meliputi perkara berkaitan sosial, politik dan juga budaya. Konsep baru ini dijangka sangat berkesan dan menyenangkan. Penjelasan hadis Bukhari-Muslim yang ringan dan sangat seronok untuk dibaca, serta dekat dengan kehidupan sehari-hari. Buku ini juga sangat sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur.

ADAB DAN ILMU: PENGAJARAN KISAH NABI MUSA DAN NABI KHIDIR CALL NO. : 297.44 ZUL Buku ini adalah karangan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan) telah menyusun buku ini dengan ilmu yang begitu padat sekali. Tajuk yang dipilih adalah berkaitan adab dan ilmu yang dikaitkan dengan kisah diantara Nabi Musa dengan Nabi Khidir. Secara asasnya, adab merupakan tunjang utama dalam mencapai dan menghasilkan ilmu. Kita sentiasa mendapati uslub al-Quran jelas menunjukkan kepada kita betapa adab adalah suatu yang penting dalam membentuk keperibadian seseorang pelajar dalam meraih ilmu dengan sebanyak mungkin. Ia perlu disemai dalam jiwa seseorang penuntut ilmu. Dengan menginsafi perlakuan Nabi Allah Musa A.S terhadap Nabi Khidir A.S jelas menunjukkan kepada kita, sifat tawaduk boleh memberi kesan yang besar dalam membentuk sifat insani yang diredhai Allah SWT. Janganlah sekali-kali kita menjadi golongan yang tidak beradab dan muflis akhlak kerana ia sebenarnya menafikan hakikat ilmu. Justeru, marilah sama-sama kita membaiki dan memperbaiki akhlak kita sehingga selaras dengan kehendak Rasulullah SAW. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua kategori pembaca.

Buku ini menceritakan berkaitan 40 hadith yang berkaitan kemuliaan akhlak nabi dan syafa’at nabi yang dikarang oleh Syeikh Yusof Ibn Ismail Al Nabhani. Rasulullah S.A.W adalah susuk tubuh yang mempunyai keperibadian yang luar biasa. Allah S.W.T juga menyebutkan Rasulullah S.A.W sebagai manusia yang berbudi pekerti luhur. Di antara akhlak luhur baginda adalah rendah diri (tawaduk), sabar, berkata baik dan menghormati jiran tetangga, ceria dan riang gembira, berani, jujur, lemah lembut, amanah, malu, zuhud, pemaaf, kasih sayang, menepati janji, cinta perdamaian dan banyak lagi. Akhlak-akhlak mulia Nabi Muhammad S.A.W telah menjadi teladan mulia bagi pengikut baginda. Oleh kerana itu, merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam untuk meneladani akhlakakhlak mulia Nabi Muhammad SAW sama ada untuk bekal kehidupan dunia mahupun keselamatan di akhirat kelak. Justeru, buku ini sesuai dijadikan panduan dan rujukan berkaitan akhlak dan bagaimana bagi mendapatkan syafa’at dari nabi.

KEAJAIBAN SUNNAH-SUNNAH NABI S.A.W CALL NO. : 297.57 MAN Buku ini mengandungi pelbagai sunnahsunnah dari Rasulullah yang terpilih. Rasulullah telah mengingatkan kepada umatnya agar menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan, kehidupan, kisah-kisah, peringatan-peringatan dan banyak lagi. Sebagai contoh, Nabi Muhammad juga telah mengajarkan kepada manusia secara umum agar tidak memenuhi perutnya dengan makanan yang berlebih-lebihan karena itu akan menimbulkan kesan yang berbahaya dan tidak baik untuk kesihatan. Contoh lain, beliau juga melarang minum sambil berdiri, kencing berdiri dan mengajarkan kepada manusia cara tidur yang betul dan bila dikaji ke semua nasihat-nasihat itu setelah dilihat dari segi ilmu kedoktoran sungguh sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. Secara tepatnya, buku ini membincangkan hadith-hadith yang berkaitan taharah, azan, solat, musafir, haji dan doa-doa. Ia sangat bermanfaat sebagai rujukan kepada pembaca dalam memahami hukum hakam dan fadhilat terhadap perlakuan Rasulullah tersebut.

Disediakan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan. Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi, Pengurus Pusat Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.


18

TOKOH ISLAM Edisi | 5/2018

AL-KHARAKI

Gambar hiasan

Ahli Astronomi, Pakar Matematik dan Geografi Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS Sumber: Ilmuan Islam (2014)

Nama lengkapnya adalah Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin Abi Bisyr Baharuddin ath-Thabiti al-Husayni al-Mawarzi al-Kharaki. Tapi sumber lain menyebutkan bahawa nama lengkapnya yang sebenarnya adalah Abu Muhammad Abdul Jabbar bin Abdul Jabbar bin Muhammmad ath-Thabiti al-Husayni al-Mawarzi al-Kharaki. Tempat dan tarikh kelahirannya tidak diketahui secara pasti tetapi ia diketahui meninggal tahun 1138 atau 1139 Masihi. Ia adalah seorang pakar astronomi, pakar matematik dan pakar geografi berbangsa Parsi. Sebahagian besar karya-karyanya banyak ditulis dalam Bahasa Arab. Al-Kharaki juga banyak mencurahkan fikiran dan perhatiannya pada bidang filsafat.

D

iantara karya yang pernah dihasilkan antaranya ArRisalah asy-Syamilah, sebuah buku yang membahaskan arithmetical (Ilmu Hitung) serta Ar-Risalah alMaghribiyyah. Kini kedua-dua karyanya kurang jelas berada di mane. Disamping itu, ia pun banyak mengarang dalam bentuk manuskrip-manuskrip cukup panjang yang mengetengahkan masalah yang menyangkut disiplin ilmu yang dikuasainya iaitu almu astronomi, matematik dan geografi dan sebagainnya. Dalam bidang kosmografi misalnya dapat disebutkan antara lain: Muntaha li Dark fi Taksim al-Falak. Buku ini menurut Haji Khalifa, terdiri dari tiga bahagian yang berkaitan dengan; Struktur sfera-sfera, pergerakaan suatu benda dan lain sebagainya.

Bentuk planet bumi, sekali gus dengan pembahagiannya menjadi dua daerah iaitu daerah yang dapat didiami dan yang tidak dapat diami. Pembahagian itu berdasarkan posisi geografi suatu tempat. Kronologi adanya hubungan khusus antara planet Saturn dan planet Jupiter serta kitaran waktu putaran. Dalam buku ini, juga terdapat sebuah deskripsi tentang lima lautan yang dikutip dari al-jayhani yang di dalamnya menegaskan bahawa Lautan Atlantik berhubungan dengan Lautan Hindi, sebagaimana halnya Laut Hitam berhubungan dengan Laut Baltik. Kitab at-Tabsirs fi ilm al-Haiiah, sebuah karya yang lebih ringkas dari yang pertama di atas yang pada dasarnya menyangkut astronomi. Menurut Haji Khalifa, karya ini mengandungi dua

bahgian berturut-turut iaitu sfera-sfera langit (celestial) dan sfera-sfera bumi. Karangan Khariki ini kemudiannya dipersembahkan kepada Menteri, Abu al-Hasayn Ali bin Nasruddin. Di dalamnya juga ditunjukkan posisi-posisi apogee (titik terjauh dari bumi dalam peredaran suatu satelit) pada permulaan tahun 1444 Mera Seleucid (1 Oktober 1132 Masihi). Dalam kedua karya tersebut, alKharaki mengembangkan suatu teori yang menyatakan bahawa tubuhtubuh langit (the celestial bodies) tidak bergerak sepanjang lingkaran-lingkaran perasaannya melainkan sepanjang yang digambarkan oleh sfera-sfera material. Gagasan-gagasan awal pandangan ini dapat ditemukan dalam buku Planetary Hypothecs-nya Ptolemaios dan

gagasan-gagasan yang sama kemudian dibangunkan pula oleh al-Kazin dan Ibnu Haytsam. Pandangan ini juga dikemukakan oleh Kutu buddin asySyirazi (633-710 Hijrah/1236-1311 Masihi) dalam tulisannya Nihayat al-Idrak fi Dirayat al-Atlak dengan mangacu pada karya al-Kharaki dan Ibnu Haytsam. Sedang di Eropah sendiri, idea tersebut sempat diperkenalkan oleh Roger Bacon (1214-1292 Masihi). Namun sayang, karya-karya asli al-Kharaki tersebut ghaib dan tidak ditemui. Peranan dan pemikiran alKharaki hanya dapat diketemukan pada komentar dan tulisan ilmuan Muslin lain yang secara jujur dan bangga menyanjung al-Kharaki sebagai orang yang memberi inspirasi dan menjadi rujukannya. Edisi


ZOOM MAIS 5/2018 | Edisi

Pelancaran Sistem eWASIAT MAIS dan BIJAK PUSAKA GAME ini dilancarkan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS di dalam Seminar Transformasi Pengurusan Wasiat dan Hibah Negeri Selangor 2018 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

19

Program Peralihan Data Pusat Pengetahuan MAIS telah diilhamkan oleh pensyarah dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dengan gabungan daripada kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian) dan Diploma Sains dan Perpustakaan, UNISEL yang bertujuan mendedahkan para pelajar kepada dunia sebenar pengurusan perpustakaan dengan mengaplikasikan teori MARC 21 yang dipelajari ke dalam sistem perpustakaan iaitu V Lib Pro.

Penyampaian Sijil Pendaftaran NGO-i MAIS kepada 78 buah NGO-i MAIS yang disampaikan oleh Pengerusi MAIS. Turut hadir YBhg. Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa NGO-i MAIS.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Majlis Apresiasi MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan bantuan Geran Sukuan 2018 kepada 17 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPA) berjumlah RM996,000.00 dan sumbangan bantuan Geran Tahunan 2018 kepada 10 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPA) berjumlah RM852,000.00.


BIL: 5/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

AL-KHARAKI

Ahli Astronomi, Pakar Matematik dan Geografi M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

LIHAT MUKA SURAT

17

PERKHIDMATAN

MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Orang Berhutang

Wasiat Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.