Mabrul yang lebur

Page 1

BIL: 7/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Manifestasi IBADAH KORBAN

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

Firman Allah SWT yang bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi apa yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. (al-Hajj 37) >4

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

Raja Muda Selangor Berkenan Merasmikan Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor Musim 1439H SHAH ALAM 30 Jun 2018 - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor... >11

LZS Pindahkan Warga Emas Mualaf PETALING JAYA, 4 Julai 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini membantu seorang warga emas mualaf, Amira Abdullah... >12 Asnaf Dijejaki Melalui Aktiviti Skuad Jejak Kemiskinan Zakat Selangor BUKIT BERUNTUNG, 19 Julai 2018 - Alhamdulillah, Zakat Selangor selesai menjalankan program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) melibatkan keseluruhan 35 buah rumah di sekitar kawasan Bukit Beruntung telah berjaya dilawati dan dibanci untuk... >13

KALAM PUJANGGA Jangan takut jatuh Kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh Yang takut gagal Kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah Jangan takut salah Kerana dengan kesalahan yang pertama Kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua. Motivasi agar terus berusaha, dan semangat mengalahkan ketakutan dalam diri sendiri Petikan kata-kata hikmah dari Prof. Dr. Hamka Sumber: Buku Renungan Tasawuf

MABRUR “Bertuah kamu Chor, dapat kamu ke Mekah tahun ini yea.”

LIHAT MUKASURAT

3


HARTANAH

UNTUK DISEWA

I

LUAS (Ekar)

nta,

2.2

ungai

4.0

m,

4.7

m,

7.1

m.

28.8

TANAH UNTUK DISEWA

Bandar Bukit Mahkota, Sepang GM 1478, Lot 1571 (4.7 ekar) Milik GPS Coordinate: 2° 52' 50.1384'' N 101° 46' 35.6196'' E

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

UNTUK DISEWA KUIS

Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam

Lebuhraya PLUS

1.7

k,

3.0

k,

3.0

kis,

2.5

kis,

3.8

ernam

0.5

ernam

0.6

Tanah MAIS

Tanjong Karang, Kuala Selangor PN 3821 Lot 1, (0.053 ekar) GPS Coordinate: 3° 25’ 28.2468’’ N 101° 10’ 30.7452’’ E

Ke Teluk Intan

Ke Klang

3.7 Tanah MAIS Tanah MAIS

iperlukan:

& Penjamin n & Penjamin

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Hulu Yam, Tingkat 10, Hulu MenaraSelangor Selatan, H.S.(M) 4236, PT 10848, Bangunan Sultan Idris (3.26 Shah, ekar) GPS Coordinate: Persiaran 3° 24’ 23.5908’’ N 101°5 39’ 49.9536’’ E Masjid, Seksyen 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

(3 bulan terkini)

& Penjamin

GST (6%)

gan hartanah dan sedia

NO. LOT

Tel : 03 5514 3400 samb. 2187 Faks : 03 5518 9002 www.mais.gov.my

Zare : 019-230 2040 Arzlan : 019-264 0631 Tanah

Sila layari Laman MAIS Sesawang: www.mais.gov.my/hartanah untuk mendapatkan ‘BORANG PERMOHONAN SEWAAN’

JALAN MAHSURI, SUNGAI BESAR

LOKASI

LUAS (Ekar)

HSM 39394, PT 65050

Kampung Sementa, Klang

2.2

GM 582, Lot 46315

Batu 9, Jalan Sungai Tua, Gombak

4.0

PM 1604, Lot 15804

Plot A2, Ulu Yam, Hulu Selangor

4.7

Plot A2, Ulu Yam, Hulu Selangor

7.1

PN 92801, Lot 15806 Plot A2, Ulu Yam. Hulu Selangor

28.8

GM 3816, Lot 1355

Kg. Selisik, Hulu Selangor

1.7

GM 3662, Lot 2785

Kg. Gesir, Selisik, Hulu Selangor

3.0

GM 4459, Lot 2786

Kg. Gesir, Selisik, Hulu Selangor

3.0

GM 3712, Lot 3001

Sungai Semungkis, Hulu Langat

2.5

GM 3714, Lot 3002

Sungai Semungkis, Hulu Langat

3.8

GM 2808, Lot 1560

Sabak, Sabak Bernam

0.5

GM 2804, Lot 2618

Sabak, Sabak Bernam

0.6

GM 3768, Lot 948

Ulu Bernam, Hulu Selangor

3.7

PM 1605, Lot 15805

Tanah MAIS

HARTANAH

SENARAI TANAH PERTANIAN UNTUK DISEWA

TANAH UNTUK DISEWA

Bandar Bukit Mahkota, Sepang GM 1478, Lot 1571 (4.7 ekar) Milik GPS Coordinate: 2° 52' 50.1384'' N 101° 46' 35.6196'' E

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

UNTUK DISEWA KUIS

Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam

Lebuhraya PLUS

(Permohonan Syarikat) 1. Profil Syarikat 2. Salinan Penyata Kewangan Syarikat (3 bulan terkini) 3. Carian Rasmi Syarikat (SSM) 4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Penjamin * Kadar sewa dinyatakan adalah tidak termasuk caj GST (6%) * Tawaran sewaan adalah tertakluk kepada kekosongan hartanah dan sedia untuk disewa

KOMPLEKS MAIS, KLANG

NO. LOT

LOKASI Kampung Sementa, Klang

2.2

GM 582, Lot 46315

Batu 9, Jalan Sungai Tua, Gombak

4.0

PM 1604, Lot 15804

Plot A2, Ulu Yam, Hulu Selangor

4.7

JOM AMAL Plot A2, Ulu Yam, Hulu Selangor

PN 92801, Lot 15806 Plot A2, Ulu Yam. Hulu Selangor

Tanah MAIS

KELEBIHAN GM 3816, Lot 1355 Kg. Selisik, SOLAT Hulu Selangor BERJEMAAH GM 3662, Lot 2785 Kg. Gesir, Selisik, Hulu Selangor

Daripada Ibn Umar RA bahawa Kg. Gesir, Selisik, SAW bersabda, Selangor “SembahyangHuluberjemaah lebih Sungai utama (baik) GMadalah 3712, Lot 3001 Semungkis, daripada sHulu e mLangat bahyang dua puluh GMbersendirian 3714, Lot 3002 dengan Sungai Semungkis, tujuh darjat”. Hulu Langat (Hadith Riwayat al-Bukhari dan GMMuslim) 2808, Lot 1560 Sabak, Sabak Bernam GMRasulullah 4459, Lot 2786

Tanjong Karang, Kuala Selangor PN 3821 Lot 1, (0.053 ekar) GPS Coordinate: 3° 25’ 28.2468’’ N 101° 10’ 30.7452’’ E

Ke Teluk Intan

Ke Klang

GM 2804, Lot 2618

Sabak, Sabak Bernam

Hadith: GM Huraian 3768, Lot 948 Ulu Bernam, 1. Sembahyang berjemaah Hulu Selangor

Tanah MAIS Tanah MAIS

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Hulu Yam, Hulu Selangor Tingkat 10, Menara Selatan, H.S.(M) 4236, PT 10848, (3.26 ekar) Bangunan Sultan Idris Shah, GPS Coordinate:Persiaran 3° 24’ 23.5908’’ N 101° Masjid, Seksyen 5 39’ 49.9536’’ E 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 5514 3400 samb. 2187 Faks : 03 5518 9002 www.mais.gov.my

Zare : 019-230 2040 Arzlan : 019-264 0631 Tanah

Sila layari Laman Sesawang: www.mais.gov.my/hartanah MAIS untuk mendapatkan ‘BORANG PERMOHONAN SEWAAN’

Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM500.00 hingga RM1,000.00

KOMPLEKS AMANIAH, GOMBAK

Ruang Pejabat & Komersial. Keluasan: 2,000 kps & 103,994 kps Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM1.50/kps hingga RM4.00/kps

Wisma MAIS, Seksyen 3, Alam WISMA MAIS, SEKSYEN 3,Shah SHAH ALAM

Tingkat 1 & 2 (Pejabat). Luas: 800- 968 kps/unit

Unit pejabat / kediaman tingkat atas. Keluasan: 580 hingga 776 kps/unit

Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM800.00 hingga RM1,400.00

Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM800.00 hingga RM1,400.00

SEKSYEN 14, PETALING JAYA

Pengarang Siti Zurinah Binti Zainal Abidin No. 10 - Tingkat Bawah : 1,488 kps Tingkat Satu : 1,608 kps No. 12 - Tingkat Dua : 3,838 kps

Penolong Pengarang Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi

Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM 1,700.00 hingga RM 3,200.00

Editor Salawati Binti Hamid

Tingkat 1, 2 & 3 (Pejabat). Luas: 1,400 kps/unit Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM1,000.00 hingga RM2,500.00

Tingkat 3 (Pejabat). Keluasan: 990 hingga 1,540 kps/unit Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM1,500.00 hingga RM2,500.00

Subeditor/Pruf Sitti Nadhirah Binti Ahmad Zabidi Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat Wartawan • Halim Bin Mokhtar • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hasal Bin Senin Kolumnis • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Hamizul bin Abdul Hamid

Unit kedai & pejabat: No. 56 & 57. Luas: Tingkat Bawah: 1,450 kps, Tingkat Satu: 1,540 kps Anggaran Kadar Sewaan Bulanan: RM 2,000 hingga RM 4,200.00 Persekitaran: Perumahan, Pasaraya, UiTM Puncak Alam dan lain-lain

3.0 3.0 2.5 3.8 0.5 0.6 3.7

* Tawaran sewaan adalah tertakluk kepada kekosongan hartanah dan sedia untuk disewa

Ketua Pengarang Rohana Binti Hassan

PANGSAPURI BESTARI, SEKSYEN 16, SHAH ALAM

1.7

T

* Kadar sewa dinyatakan adalah tidak termasuk caj GST (6%)

PUNCAK BESTARI, PUNCAK ALAM

HILLPARK @ SHAH ALAM NORTH, PUNCAK ALAM

28.8

2. Salinan Penyata Kewangan Syarikat (3 bulan terkini) Kitab Riyadhus 3. CarianSumber: Rasmi Syarikat (SSM) Salihin 4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Penjamin

PREMIS BARU

Persekitaran: Lembaga Tabung Haji, Masjid Puncak Alam, UiTM dan lain-lain

M

7.1

adalah lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan dua puluh tujuh kelebihan. Salinan Dokumen yang diperlukan: 2. Digalakkan sangat oleh (Permohonan Individu) Islam kepada setiap orang 1. Salinan Kad supaya Pengenalan Pemohon & Penjamin Islam menghidupkan 2. Salinan Penyata Kewangan Pemohon & Penjamin sembahyang jemaah walau di mana (3 bulan terkini) mereka berada, sekalipun di rumah, kerana 3. Salinan Bil Elektrik/Air/Telefon pahalanya berganda-ganda (Permohonan Syarikat) daripada sembahyang 1. Profilseorang Syarikat diri.

Sidang Editorial EDISI

Tingkat 1 & 2 (Pejabat). Luas: 1,540 kps/unit

LUAS (Ekar)

HSM 39394, PT 65050

PM 1605, Lot 15805

Tanah MAIS

Salinan Dokumen yang diperlukan: (Permohonan Individu) 1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Penjamin 2. Salinan Penyata Kewangan Pemohon & Penjamin (3 bulan terkini) 3. Salinan Bil Elektrik/Air/Telefon

SENARAI TANAH PERTANIAN UNTUK DISEWA

© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apaapa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Redaksi berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www. mais.gov.my

u


FOKUS 7/2018 | Edisi

3

Gambar hiasan

MABRUR

Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Ketua Jabatan Perundingan Kutipan Zakat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

“Bertuah kamu Chor, dapat kamu ke Mekah tahun ini yea.”

P

ak Lajis melabuhkan punggung. Di atas pangkin kayu, di bawah pohon ceri yang rendang. Burung-burung riang bertandang. Mencicip buah ceri yang meranum. Lalu terbang pergi. Berak merata-rata. Tumbuh lagi pohon-pohon ceri di sini sana. “Alhamdulillah le Pak Lajis. Idak saya menyangka dapat ke Mekah tahun ini. Rancangnya nak pergi lambat lagi.” Balas Azhar. Dia lebih dikenali dengan panggilan Chor. Kerana badannya besar dan dia pula anak lelaki sulong di dalam familinya. Sesuai dengan bahasa daerahnya, Chor adalah panggilan bagi dirinya yang ‘besor’. “Chor, Pak Lajis dulu nak ke Mekah, aduhai. Susahnya bukan main. Terpaksa ngumpul duit. Sikit-sikit. Jenuh menunggu hari. Itu zaman Pak Lajis. Zaman atuk kamu dahulu, lagi payah. Ater…naik kapey laut. Adumak. Berbulan-bulan. Sampey ada yang meninggey di atas kapey.” Ujar Pak Lajis bersungguhsungguh. Mereka terus berbual. Sambil menyaksikan anak-anak kecil bermain di padang. Juga keriuhan

di kedai runcit Pak Lajis yang ramai dengan pelanggan. Beburung terbang bergerombolan. Sepertinya sudah mahu pulang. Iya, awan gemawan kian malap. Matahari kian menyuram. Petang menuju malam. “Pak Lajis, saya ni tak de le baik bebeno. Solat pun masih lintang pukang. Puasa wajib pun baru setahun dua ni penuh. Jenuh dok mengqada yang lepas-lepas ni haa. Isteri saya pun Pak Lajis tengok le, auratnya masih kurang terjaga. Naik motor kadang-kadang nampak juga betisnya. Pendeknya, kami sekelamin ni masih banyak yang kurang. Tuptup, dapat panggilan haji. Hish…sekali memikio (terfikir), mau rasanya kami tolak…” Azhar meluahkan. Sebenarnya sudah lama dia menunggu saat itu. Ya, dia merasakan dia tak layak. Atau lebih tepat, dia masih belum bersedia ke Mekah. Apatah lagi bila ada macammacam cerita. Kononnya orang yang berdosa, sampai di Tanah Suci ada yang jadi gila. Sakit dan entah apaapa lagi. Kecut hatinya. Dia yakin dosanya banyak. Mungkin setinggi Gunung Uhud! “Lajis, elok le kamu sedor diri ghuper (seperti) itu. Maknanya, kamu tidak merasakan diri kamu tu baik. Lebih bahaya orang yang merasakan dirinya baik. Lupa dirilah jadinya Chor.” Pak Lajis membetulkan letak duduk

kaca matanya. Hidungnya agak peset, tipa Melayu asli. “Kamu dah ikuti kursus haji bukan? Maknanya, kamu dah tahu pelbagai persediaan untuk Jemaah haji. Aku tak ada le nak mengajo kami Chor. Tapi, jika belum kamu dengo di mana-mana, maka ini mungkin benda baru bagi kamu…” Kata-kata Pak Lajis meluncur laju. Membuat Azhar tertarik. Dia tidak sabar menunggu butir-butir selanjutnya dari orang tuan berusia hampir 79 tahun itu. “Haji ini adalah ibadah kemuncak bagi seorang muslim. Ada benda besar. Sangat besar malah. Iaitulah pengorbanan. Kita mesti berkorban harta, masa dan tenaga. Bukan sekejap. Berbulan malah. Apa maknanya? Itu tandanya kita bersedia untuk merubah kehidupan selepas kita bergelar haji atau hajah.” Sepi sebentar. Semilir keras menampar wajah mereka. Anak-anak masih berkejaran di padang. Beburung masih melayang bebas. Langit masih merona warna merah. Namun, semuanya makin kelam. Menuju senja. Pak Lajis selalu menghisab diri, itulah usianya. Menuju senja. “Kamu pernah dengar kalimah mabrur? Itu maknanya, haji yang kita lakukan diterima Allah. Orang yang balik haji dengan haji yang mabrur,

maka dapat dilihat perubahan dirinya. Jika asalnya dia liat solat, dia akan berubah. Lima waktu dijaga. Awal waktu. Berjemaah jika dulu kaki judi, dia akan berubah. Membenci judi sebenci-bencinya. Jika dulu kaki arak, dia akan tinggalkannya. Jika dulu sering menayangkan auratnya, dia akan berubah. Jika dulu suka melawan suami dan ibu bapa, dia akan menjadi orang yang taat. Macam-macam lagilah perubahannya Azhar.” Pak Lajis terus menutur bicaranya. Perlahan-lahan, tetapi jelas. Dia menyandarkan badannya yang ringkih ke batang pohon ceri. Azhar melihat wajah tua itu. Nasihat itu ringkas. Pendek amat. Namun menikam hingga ke relung hati. Dia tertegun. Hatinya memelas. Tanpa duga, di matanya ada air yang tergenang. Perlahan-lahan. Namun pasti. Meleleh ke pipi. Azhar tergugu sendiri. “Mabrur Chor. Mabrur yang perlu kamu cari. Jangan sampai ia lebur. Kerana ulahmu sendiri.” Pak Lajis menamatkan bicaranya. Di saat itu senja pun menebar. Sebentar lagi, azan pasti berkumandang. Azhar perlahan-lahan bangun. Menangkap tangan keriput Pak Lajis. Lantas menciumnya. Seperti tangan gemulah ayahnya yang telah pergi. Dia mengharap, hajinya mabrur. Amin. Edisi


4

ISU Edisi | 7/2018

Manifestasi

IBADAH KORBAN Oleh: Halim Mokhtar (halim@kuis.edu.my) Pensyarah Fakulti Pengajian Peradaban Islam KUIS

Firman Allah SWT yang bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi apa yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. (al-Hajj 37)

I

ndahnya kalam Allah SWT itu yang memberikan kita satu petunjuk bahawa keutamaan ibadah korban adalah satu proses mendekatkan diri dengan takwa dan tanda cinta kepadaNya. Medan yang terbaik untuk membentuk budaya hidup untuk berkorban atas segala kenikmatan hidup, sama ada harta, masa, tenaga, mahupun jiwa raga demi mencari keredhaan Allah di samping menjunjung perintah Allah. Ibadah korban bukan hanya dibatasi dengan ibadah ritual setiap tahun dengan menyembelih binatang ternakan sahaja dan mengagihkan pembahagian daging korban, tetapi ia yang tidak kurang penting ialah ia adalah ibadah sosial yang menekankan pengorbanan harta, waktu, pangkat, dan jiwa demi kepentingan dalam kehidupan bermasyarakat. Pengorbanan bermakna kesediaan untuk memilih yang terbaik untuk yang terbaik, kesediaan berkorban untuk menjadikan sentiasa di hadapan untuk terus memimpin dan membawa kebaikan kepada orang lain dan dunia seluruhnya, Dalam menilai ketinggian semangat dan komitmen terhadap makna pengorbanan berdasarkan peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s memperlihatkan betapa tingginya aras keimanan, ketaatan dan kecintaan tanpa syarat di dalam melaksanakan segala perintah Allah tanpa sebarang bantahan dan alasan. Ia juga memperlihatkan bagaimana hubungan dua dimensi iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang menjadi teras utama dalam kehidupan. Aidil Adha mengingatkan kita untuk mengambil iktibar daripada peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang membesarkan

Allah SWT dengan menyembelih binatang korban pada tanggal 10 Zulhijah. Ia adalah perjuangan Baginda a.s untuk menjalankan perintah Allah yang maha berat iaitu menyembelih anaknya dan juga kerelaan Nabi Ismail untuk disembelih dengan mengorbankan dirinya untuk disembelih oleh ayahnya sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran menerusi surah al-Saffat ayat 102-107. Itulah penanda aras nilai ketakwaan dan pembuktian kecintaan kedua-dua Pesuruh Allah SWT itu dalam sebuah episod pengorbanan yang sejati kepadaNya. Momentum daripada peristiwa yang bersejarah ini menghasilkan beberapa manifestasi ibadah korban yang tersirat, antaranya, ialah: 1. Penanda Aras Keimanan. Berkorban dapat menilai dan mengukur tahap keimanan dan kepatuhan kita kepada perintah Allah. Apa sahaja yang dilaksanakan khususnya ibadah korban adalah kerana Allah SWT bukan kerana manusia atau untuk kepentingan yang lain, tetapi untuk mencari keredhaan-Nya. Dalam semua keadaan, umat Islam sememangnya dituntut berkorban apa sahaja demi Islam dalam menguji keimanan seseorang dan tingkat cintanya kepada Tuhan Rabb al-Jalil. 2. Menzahirkan kesyukuran. Perkongsian nikmat Allah SWT yang dikurniakan dengan melaksanakan ibadah korban dan agihan sebahagian daging korban kepada fakir miskin dan kaum kerabat dapat melahirkan rasa kesyukuran kepada-Nya atas

perkongsian rezeki yang diterima. 3. Bersedia berkorban. Setiap muslim harus rela mengorbankan sebahagian harta, fikiran, tenaga, waktu dan bahkan jiwanya di jalan Allah SWT. Semua ini membentuk satu semangat bahawa apa yang Allah kurniakan adalah pinjaman yang bersifat sementara. Apakah harta dan segala yang ia miliki mendekatkan atau menjauhkan dirinya dari Allah. 4. Proses kejayaan hidup. Dengan semangat korban yang dimiliki pastinya menjanjikan natijah untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi yang enggan untuk berkorban maka ia telah memilih untuk kegagalan. Pengorbanan adalah harga sebuah perjuangan. 5. Menjunjung jiwa peduli ummah. Semangat korban membentuk sikap untuk menjadi lebih perihatin dan peduli ummah di kalangan komuniti. Semangat persaudaraan Islam yang jitu menjadikan komuniti sentiasa harmoni dan memiliki rantaian persaudaraan Islam yang sejati serta nilaian kasih sayang yang berpanjangan. Konsep bantu membantu kepada yang memerlukan akan sentiasa bersemi dengan semangat ibadah korban. Sesungguhnya ketinggian darjat seseorang di sisi Allah SWT bergantung kepada pengorbanan yang disumbangkan atas nama-Nya, semakin banyak sumbangan pengorbanannya maka akan semakin tinggi darjatnya di sisi-Nya. Pengorbanan boleh mendatangkan kebaikan kepada orang lain dan dirinya sendiri. Ketika

seseorang rela berkorban segala-galanya untuk kebaikan bersama, maka di saat itu dia telah menjadi orang yang terbaik di sisi Allah. Pengorbanan memberikan hikmah terbesar dan peringatan bahawa Aidil Adha bukan hanya untuk memperingati peristiwa sejarah kemanusiaan itu saja, di samping sebagai momentum untuk membersihkan jiwa dan fikiran kita dari penyakit kronik dalam kehidupan yang bersarang dan meracuni jiwa seperti korupsi, kleoptrasi, penyelewengan, salah gunakuasa dan penyakit jiwa seperti dengki, dendam, sombong dan semua pakej sifat mazmumah yang mesti “dikorbankan� untuk membentuk peribadi yang soleh dan bertaqwa. Ayoh! Marilah kita Bugarkan dan murnikan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam serta kisahkisah hebat para sahabat seperti Uwais al-Qarni, Mus’ab bin Umair r.a, Asma’ binti Abu Bakar r.a, Bilal bin Rabah r.a, Suhaib ar Rumy r.a. Usamah bin Zaid yang akhirnya menjadikan setiap jiwa sentiasa segar dan bersedia untuk berkorban kerana Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT sangat mencintai orang yang sentiasa berkorban untuk membahagiakan orang lain dengan apa yang dimiliki dan Dia mencinta orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kalimah-Nya. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan bayaran syurga. (Al-Taubah : 111). Edisi


gen-q 7/2018 | Edisi

5

Gambar hiasan

Meneladani Pengorbanan Agung

NABI ISMAIL A.S Oleh: Hasal Bin Senin (hasal@mais.gov.my) Pembantu Eksekutif, MAIS

Tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun, kita akan bersama-sama merayakan Hari Raya ‘Eidul Adha atau Hari Raya korban. Peristiwa yang sinonim apabila tibanya bulan Zulhijjah setiap tahun ialah peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS dan fokus kita pada kali ini ialah meneladani pengorbanan agung Nabi Ismail AS.

F

irman Allah SWT dalam Surah As-Shaffat ayat 102 : “Ia (Ismail) menjawab, ‘Wahai bapaku! Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah! Kamu mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar” Mendengar jawaban puteranya, legalah Nabi Ibrahim a.s dan segera bertahmid memuji Allah SWT sebanyak-banyaknya. Untuk melaksanakan tugas ayahnya itu Ismail berpesan kepada ayahnya, “Wahai ayahanda! Ikatlah tanganku agar aku tidak bergerak-gerak sehingga menyusahkan ayahanda. Telungkupkanlah wajahku agar tidak terlihat oleh ayah, sehingga tidak timbul rasa hiba dan simpati. Sinsingkanlah lengan baju ayah agar tidak terkena percikan darahku sedikitpun sehingga boleh mengurangi pahalaku, dan jika ibu melihatnya tentu akan turut berduka.” “Tajamkanlah pedang dan sembelihlah segera dileherku ini agar lebih mudah dan cepat proses matiku. Lalu bawalah pulang bajuku dan serahkan kepada ibu agar menjadi kenangan baginya, serta sampaikan pula salamku kepadanya dengan berkata, ‘Wahai ibu! Bersabarlah

dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Dan pesanku yang terakhir, janganlah ayah mengajak anakanak lain ke rumah ibu sehingga ibu semakin menambah ingatannya padaku, dan ketika ayah melihat anak lain yang sebaya denganku, janganlah dipandang seperti melihatku sehingga menimbulkan rasa sedih di hati ayah,” sambung Ismail. Setelah mendengar pesan-pesan puteranya itu, Nabi Ibrahim AS menjawab, “Sebaik-baik kawan dalam melaksanakan perintah Allah SWT adalah kamu, wahai puteraku tercinta!” Kemudian Nabi Ibrahim AS meletakkan pedangnya sekuat tenaga ke bahagian leher puteranya yang telah diikat tangan dan kakinya, namun beliau tak mampu menggoresnya. Ismail berkata, “Wahai ayahanda! Lepaskan tali pengikat tangan dan kakiku ini agar aku tidak dinilai terpaksa dalam menjalankan perintahNya. Goreskan lagi ke leherku agar para malaikat mengetahui bahawa diriku taat kepada Allah SWT dalam menjalankan perintah semata-mata karenaNya.” Nabi Ibrahim melepaskan ikatan tangan dan kaki puteranya, lalu beliau

hadapkan wajah anaknya ke bumi dan langsung menggoreskan pedangnya ke leher puteranya dengan sekuat tenaganya, namun beliau masih juga tak mampu melakukannya kerana pedangnya seakan-akan tumpul. Tidak puas dengan kudratnya, beliau menghujamkan pedangnya ke arah sebuah batu, dan batu itu pun terbelah menjadi dua bahagian. “Hai pedang! Kau dapat membelah batu, tapi mengapa kau tak mampu menembus daging?” gerutu beliau. Atas izin Allah SWT, pedang menjawab, “Wahai Ibrahim! Kau menghendaki untuk menyembelih, sedangkan Allah penguasa semesta alam berfirman, “jangan disembelih”. Jika begitu, kenapa aku harus menentang perintah Allah?” Allah SWT berfirman dalam Surah As-Shaffat ayat 106: “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata (bagimu). Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” Menurut satu riwayat, bahwa Nabi Ismail AS diganti dengan seekor kibas yang dulunya pernah dikorbankan oleh Habil dan selama itu kibas itu hidup di syurga. Malaikat Jibril datang

membawa kibas itu dan ia masih sempat melihat Nabi Ibrahim a.s menggoreskan pedangnya ke leher puteranya. Dan pada saat itu juga semesta alam beserta seluruh isinya bertakbir mengagungkan kebesaran Allah SWT atas kesabaran kedua hambaNya dalam menjalankan perintahNya. Melihat itu, malaikai Jibril merasa kagum lantas mengagungkan asma Allah, “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar”. Nabi Ibrahim AS menyahut, “La Ilaha Illallahu wallahu Akbar”. Ismail mengikutinya, “Allahu Akbar wa lillahil hamd”. Kemudian bacaan-bacaan tersebut dibaca pada setiap hari raya kurban (‘Eidul Adha). Begitulah antara coretan peristiwa pengorbanan Nabi Ismail AS yang sering kita baca dan dengar apabila tibanya bulan Zulhijjah. Antara contoh teladan yang dapat kita ambil daripada pengorbanan agung Nabi Ismail AS ialah: • Sifat kepatuhan, taat dan berbakti kepada orang tua. • Bersikap sabar dan tabah dalam menghadapi ujian. • Tidak mudah terpengaruh oleh rayuan pihak lain untuk melanggar perintah Allah SWT. • Rela hati melakukan kebaikan, terutama kepada kedua ibubapa. Mudah-mudahan kita dapat mengambil teladan daripada peristiwa pengorbanan agung Nabi Ismail AS dan dapat kita aplikasikan pengorbanan tersebut kepada kita semua yang bergelar anak kepada kedua ibubapa kita. Wallahu a’lam. Edisi


6

MIMBAR MUFTI Edisi | 7/2018

Fatwa HUKUM MEMAKAI MASK (PENUTUP MULUT DAN HIDUNG) BAGI JEMAAH HAJI DALAM IHRAM DAN UMRAH Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: www.muftiselangor.gov.my

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 64 7hb Julai 2011 TAMBAHAN No.15 No.14 PERUNDANGAN Sel. P.U. 43. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 FATWA DI BAWAH SESKYEN 47 MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu. ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003 FATWA UNDER SECTION 47 PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment.

JADUAL/SCHEDULE HUKUM MEMAKAI MASK (PENUTUP MULUT DAN HIDUNG) BAGI JEMAAHHAJI DALAM IHRAM DAN UMRAH Mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah. Jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam. Bertarikh 23 Jun 2011 Dated 23 June 2011 [MAIS/SU/BUU/02/016/12-1; P.U. Sel. AGM. 0007. Jld. 3] Dengan Titah Perintah/ By Command DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/ Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

Gambar hiasan


ARTIKEL KHAS 7/2018 | Edisi

7

Gambar hiasan

Ibadah Korban

Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: http://www.islam.gov.my/images/garispanduan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

I

badah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan al-Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah). Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Harihari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban. HIKMAH IBADAH QURBAN Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagaibagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan

kewajipan, di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.

6 JENIS QURBAN Qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu qurban nazar (wajib) dan qurban sunat.

yang berikut: a. Pembahagian daging qurban wajib atau nazar: Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya. b. Pembahagian daging qurban sunat: Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i: (i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya; (ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin; (iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai ter masuk orang kaya atau jiran-jiran. Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.

PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti

AGIHAN DAGING QURBAN Sebelum melaksanakan pengagihan daging qurban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian qurban wajib

HUKUM BERQURBAN Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah al-Safat ayat 107. Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim. Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.

daripada daging bahagian qurban sunat sebelum diagihkan kepada penerima. Hal ini jika perkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat qurban wajib dengan mereka yang berniat qurban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah. Ini langkah pertama yang amat penting kerana daging qurban wajib, wajib diagihkan kepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian aqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan pengagihan qurban sunat. Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya hendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk memudahkan pengagihan kepada pihakpihak yang telah dikenal pasti seperti yang berikut: 1. Memastikan daging qurban cukup untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang telah disenaraikan; 2. Menyediakan senarai penerima daging qurban mengikut keutamaan; 3. Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka; 4. Mengagihkan daging qurban kepada mereka yang tinggal di kawasan terpencil; 5. Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk menempatkan daging qurban sebelum ia diagih ke kawasan pedalaman; dan 6. Mengagihkan daging qurban kepada golongan yang berada sekiranya terdapat lebihan daging qurban tersebut. Edisi


8

SOLUSI ISLAM Edisi | 7/2018

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: http://www.moh.gov.my

P

enyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa: i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah. ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak. iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL: http://www.moh.gov.my. Edisi


JAKESS 7/2018 | Edisi

9

TUNTUTAN MUT’AH

Di Bawah Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: www.jakess.gov.my ISU 1. Rayuan ini difailkan oleh Perayu ke atas keseluruhan perintah Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam kes no. 10100-0160475-2013 yang telah diberikan pada 26 Ogos 2015. Perintah tersebut sepertimana berikut: i. Mahkamah memerintahkan Defendan ( Re s p o n d e n ) membayar mut’ah sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta (RM 1,000,000.00) kepada Plaintif (Perayu); dan ii. Kos ditanggung masing-masing. 2. Perayu telah menfailkan Notis Rayuan pada 28 Ogos 2015 dan telah memfailkan Alasan Rayuan pada 16 Januari 2017. Responden pula telah memfailkan Notis Rayuan Balas pada 8 September 2015. FAKTA KES 3. Perayu dan Responden telah berkahwin pada 31 Julai 1983 dan telah bercerai dengan talaq satu pada 10 Januari 2013. Tempoh perkahwinan adalah selama lebih 29 tahun. Hasil perkahwinan, Perayu dan Responden telah dikurniakan 3 orang anak.

4. Pada 2 Oktober 2013, Perayu telah menfailkan tuntutan mut’ah terhadap Responden di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di dalam kes no. 10100-016-0475-2013 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 10 Juta. 5. Perayu telah memberikan keterangan dan mengemukakan 3 orang saksi manakala Responden telah memberi keterangan secara bersendirian tanpa memanggil mana-mana saksi. Pada 26 Ogos 2015 Hakim Bicara telah memutuskan tuntutan tersebut sepertimana perintah di perenggan [1] di atas. Diputuskan: SETELAH Kami meneliti AlasanAlasan Rayuan, Rekod Rayuan dan penghujahan bertulis pihak Perayu dan Responden, MAKA Kami sebulat suara memutuskan seperti berikut: i. Rayuan Perayu DITOLAK; ii. Rayuan Balas Responden DITERIMA; dan iii. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes no. 10100016-0475-2013 bertarikh 26 Ogos 2015 diubah berkaitan jumlah mut’ah daripada RM 1 juta kepada RM850,000.00 sahaja.

Kes - kes yang dirujuk Penghakiman oleh XXX, XXXX, XXXX 6. Di dalam kes rayuan ini, Responden telah memfailkan Notis Rayuan Balas. Oleh yang demikian, kami akan mengulas kedua-dua rayuan Pemohon dan Responden ini secara satu persatu. 7. Ringkasnya, tuntutan mut’ah bukanlah bertujuan untuk dijadikan sebagai pampasan, penambahan harta atau keuntungan kepada bekas isteri bahkan ianya hanyalah merupakan saguhati yang diberikan berdasarkan kemampuan bekas suami dengan tujuan tertentu seperti yang dinyatakan di dalam nas di atas.

KEPUTUSAN SETELAH Kami meneliti AlasanAlasan Rayuan, Rekod Rayuan dan penghujahan bertulis pihak Perayu dan Responden, MAKA Kami sebulat suara memutuskan seperti berikut; i. Rayuan Perayu DITOLAK; ii. Rayuan Balas Responden DITERIMA; dan iii. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes no. 10100-016-04752013 bertarikh iv. 26 Ogos 2015 diubah berkaitan jumlah mut’ah daripada RM 1 juta kepada RM850,000.00 sahaja. Edisi

Gambar hiasan


10

NGO-i Edisi | 7/2018

Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS Sumber: http://www.ioacentre.com/ Mengenai Kami Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah tentang pesanan agama Islam dan menghayati Islam sebagai panduan dan cara hidup khususnya kepada golongan Muslim dan bukan Muslim tempatan atau luar negara. Pusat operasinya kini berada di Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Nama asal IOA Centre pada waktu penubuhannya ialah Islamic Outreach ABIM (IOA). Kini, IOA Centre sudah berkembang luas dan sedang ke arah usaha dakwah strategik serantau. Pendekatan IOA Centre lebih menekankan penyampaian dakwah menerusi kelas bimbingan dan perbincangan dua hala. Kelaskelas diadakan bagi pengajian asas Tauhid, Sirah para Nabi, Tafsir, bacaan Quran adan amali solat. Semua kelas ini adalah percuma dan terbuka untuk semua masyarakat, khususnya yang baru menerima Islam melalui IOA Centre. Antara produk utama IOA Centre ialah Masjid Tour Guide (MTG) yang kini telah bertapak di masjid-masjid utama seluruh Malaysia dan telah menjadi badan yang diberi kepercayaan oleh pengurusan masjid dan Majlis Agama Negeri untuk menjadi pemandu pelancong sekali gus mempromosikan Islam kepada mereka. Selain itu, program kebajikan dan pendidikan anak yatim dan orang asli turut menjadi teras utama pergerakan IOA Centre. IOA Centre yakin dengan prinsip dakwah yang dipetik daripada Surah An Nahl 16 ayat 125... “ Serulah

(manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik...\» Sejak penubuhannya, IOA Centre telah memberikan perkhidmatan kepada kira-kira lebih 7000 orang bukan Islam dan saudara baru. Perkhidmatan-perkhidmatan yang IOA Centre tawarkan adalah seperti proses pengislaman, kaunseling, kursus pra perkahwinan dalam bahasa Inggeris dan juga menyediakan beberapa orang \’wakil keluarga\’ sama ada untuk pengantin perempuan atau pengantin lelaki saudara baru ketika majlis perkahwinan mereka. Para saudara baru ini telah mendapat banyak manfaat daripada program-program yang dilaksanakan oleh IOA Centre, malah sebahagian daripada mereka sudah menyambung tugas dakwah di dakwah semasa dari sudut teknologi tempat mereka sama ada bersendirian dan dai’e yang berwibawa. atau bersama IOA Centre. Semoga 3. Mempromosi Islam sebagai agama dengan keberkatan usaha dan keikhlasan pilihan (rahmat sekalian alam) penggerak dan sukarelawan IOA Centre, melalui program yang bersesuaian Allah SWT akan membuka hati ramai dengan keperluan setempat lagi untuk menikmati dan memahami (persekitaran). keindahan Islam dan berupaya mendidik 4. Berusaha memperbetulkan salah pelbagai latar masyarakat untuk faham terhadap Islam. menghayati Islam. 5. Mewujudkan hubungan dakwah yang erat dengan mana-mana VISI badan dakwah yang dirasakan sesuai Menjadi sebuah badan dakwah demi keutuhan agama Islam dan terulung di Malaysia dan serantau. kesejahteraan umatnya di peringkat nasional dan antarabangsa. MISI 1. Sebuah organisasi dakwah yang Objektif cemerlang dan berkesan dalam 1. Pusat pengislaman dan saluran mempromosi Islam kepada maklumat kepada masyarakat bukan masyarakat khususnya saudara baru. Muslim yang berminat dengan 2. Mampu memenuhi keperluan Islam.

2. Menyedia kelas – kelas fardu Ain dan aktiviti berkala kepada saudara baru. 3. Membantu saudara baru dalam pemahaman Islam pada peringkat awal. 4. Membimbing mereka ke arah memahami erti peribadatan yang sebenar. 5. Memberi sokongan moral yang berterusan dalam menjalani kehidupan sebagai saudara baru (mualaf). 6. Menyedia perkhidmatan kaunseling kepada saudara baru (mualaf). 7. Menyedia kelas atau kursus perkahwinan kepada saudara baru sebagai persediaan untuk mendirikan rumah tangga (bahasa Inggeris). Edisi

Hubungi Kami +603 7831 4300 Islamic Outreach - ABIM (IOA) Pusat Dakwah IOA Centre (PDIC), Unit 39B, Jalan Uranus AJ U5/AJ, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No. Tel : 03-7831 4300 No. Faks : 03-7840 0203 Email : outreach@ioacentre.com


BERITA MAIS 7/2018 | Edisi

11

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Sultan Selangor Rasmi Masjid Gombak Utara

G

OMBAK 2 Jun - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Masjid Gombak Utara, Batu 8 dan berbuka puasa bersama rakyat. Baginda diiringi oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Sebelum upacara perasmian masjid berkenaan, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan fakir, miskin serta saudara baru.

Masjid Gombak Utara mula digunakan pada tahun 1931 dan tanah asalnya diwakafkan oleh Tuan Haji Tukun Tanggani Kapur . Pada tahun 2010, Kerajaan

Selangor telah meluluskan peruntukan RM6 juta bagi membina masjid baru dan tambahan peruntukan RM3 juta bagi membeli tanah di sebelah bertujuan untuk tapak baharu. Pada 2018, masjid ini telah siap dibina dan kos pembinaan serta pengubahsuaian menelan belanja RM11 juta. Turut hadir, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Edisi

Raja Muda Selangor Berkenan Merasmikan Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor Musim 1439H

S

HAH ALAM 30 Jun 2018 - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Musim 1439H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Tujuan kursus ini diadakan adalah merupakan platform ulangkaji dan pelengkap kepada proses bimbingan Haji yang dikendalikan oleh Tabung Haji di Malaysia. Pada tahun ini juga, seramai 7,668 orang bakal haji dari Negeri Selangor yang terpilih untuk mengikuti Kursus Perdana Haji. Kursus pada tahun ini berjalan selama dua (2) hari iaitu pada 30 Jun 2018 sehingga 1 Julai 2018. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Prof. Dr. Shaharuddin Bin Badaruddin Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Sains, Teknologi dan Pembangunan Modal Insan, Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Saadah Dato’ Haris Bin Kasim Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, YAA Tuan Mohamad Adib Bin Hussin Ketua Hakim Syarie dan YBhg. Dato’ Bakhtiar Bin Hussin Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor. Edisi

Sultan Selangor Berkenan Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

H

ULU LANGAT 4 Jun - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (DYMM), Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Al-Azhar, KUIS. Turut hadir, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.

Pada majlis itu, DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya ber jumlah RM118,500 kepada 237 penerima yang terdiri di kalangan asnaf fakir, miskin dan muallaf yang juga merupakan pelajar- pelajar KUIS Setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500. KUIS juga merupakan destinasi tumpuan penyerahan sumbangan kepada asnaf setiap kali bulan Ramadhan tiba. Edisi

Lawatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) Ke Majlis Agama Islam Selangor (Mais)

Raja Muda Selangor Berkenan Meraikan AnakAnak Yatim Di Rumah Bakti Dato’ Harun

H

ULU KLANG 3 Jun Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 52 penerima anak yatim Rumah Bakti Dato’ Harun. Sebanyak RM6,600.00 telah diperuntukkan oleh KDEB Waste Management melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi menyalurkan sumbangan aidilfitri kepada

anak-anak yatim dengan setiap penerima sumbangan menerima wang tunai berjumlah RM100 setiap orang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Ramli bin Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management dan YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS. Rumah Bakti Dato’ Harun telah dirasmikan oleh DYMM

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 5 Mac 1977 yang turut menjadi penaung pada peringkat awal penubuhan rumah itu. Edisi

S

HAH ALAM 28 Jun - Bahagian Undangundang MAIS menerima Kunjungan Mahabbah daripada Unit Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Tujuan kunjungan diadakan adalah untuk bertukar pendapat

dalam memperkasakan bahagian perundangan di MAIWP. Semoga dengan kunjungan ini jalinan kerjasama di antara MAIS dan MAIWP dapat dikekalkan dan menjadi di antara MAIN yang berjaya. @ Majlis Agama Islam Selangor Edisi


12

BERITA MAIS Edisi | 7/2018

Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

Lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod 2018

4

& 5 JUN 2018 – Lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod telah diadakan di MRS Sepang pada 4 Jun 2018 manakala di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 5 Jun 2018. Auditor Inspektorat terdiri daripada Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia iaitu Tuan Wan Mohd Najib bin Wan Hamat (Ketua), Encik Ridhwan bin Zainudin, Puan Azlina binti Yahya dan Cik Nur Fatihah binti Shafii. Skop pengauditan adalah melibatkan lima bahagian iaitu Bahagian A: Komitmen Jabatan,

Bahagian B: Prosedur dan Amalan Registri, Bahagian C: Pelupusan Rekod, Bahagian D: Pengurusan Rekod Penting dan Bahagian E: Amalan Terbaik Pengurusan Rekod. Seksyen Rekod merakamkan jutaan terima kasih kepada semua auditee dan auditor yang terlibat secara langsung atau tidak di atas kerjasama dan komitmen ya n g diberikan bagi melancarkan auditan tersebut. Semoga segala penambahbaikan dan teguran dapat diperbaiki bagi memastikan pengurusan rekod dapat dilaksanakan dengan efisyen dan sistematik. Edisi

LZS Pindahkan Warga Emas Mualaf

P

ETALING JAYA, 4 Julai 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini membantu seorang warga emas mualaf, Amira Abdullah, 68 tahun yang tinggal bersendirian untuk ditempatkan di Pusat Perlindungan Mualaf LZS (Baitus Salam), Shah Alam. Amira yang memeluk Islam sejak setahun lepas, sebelum ini menyewa sebuah bilik berharga RM150 sebulan di Apartment Desa Mentari, Petaling Jaya. Beliau yang kematian suami lima tahun lalu, tinggal bersendirian setelah tidak dipedulikan oleh

anak-anaknya. Berikutan usia dan masalah kesihatan yang dihadapi menyebabkan Amira tidak mampu untuk menguruskan diri bersendirian. Prihatin dengan kesulitan beliau, LZS mengambil inisiatif menempakan Amira di Baitus Salam. Selain itu, LZS turut menyalurkan bantuan bulanan berjumlah RM300 sebulan dan bantuan daripada SOCSO. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung di samping dapat mendalami Islam dengan lebih dekat. Edisi

Lembaga Zakat Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Mediation-Arbitration (MED-ARB)

4

Jun 2018- Unit Sulh dari Bahagian Penyelesaian A l t e r n at i f (ADR) JAKESS telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan MediationArbitration (Med-Arb) bagi membincangkan mengenai kaedah penyelesaian keskes di Mahkamah Syariah Selangor melalui proses Med-arb. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YA Tuan Zulfikri bin Yasoa’, hakim kanan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan dihadiri

oleh wakil Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Peguam Syarie dan pegawai Sulh Selangor. Penyelesaian kes-kes di mahkamah Syariah melalui kaedah Mediation-Arbitration adalah sebuah program inovasi Jabatan, yang mensasarkan kemudahan kepada masyarakat dalam m e nye l e s a i k a n pertikaian mereka secara aman damai dan menjimatkan masa, tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang panjang di mahkamah.

Mesyuarat ini telah berjalan mengumpulkan pelbagai pandangan dan kritikan dari pelbagai aspek terutama dari sudut undang-undang bagi memastikan pelaksanaan inisitaif Med-Arb ini menepati hukum Syarak dan tidak bersalahan dengan Undang-Undang Keluarga Islam di Selangor yang sedia ada. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan bagi memartabatkan imej Jabatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Edisi

Myzakat@8: Galakan Kepada Pengeluar Zakat Perniagaan & Saham

S

HAH ALAM, 2 JULAI 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru golongan peniaga terutama dalam kalangan usahawan muda menyertai Myzakat@8 iaitu kempen galakan kepada pengeluar zakat perniagaan dan saham di LZS sepanjang tempoh Mei hingga Julai ini. Kempen yang berlangsung bermula 17 Mei sehingga 17 Julai 2018 ini terbuka kepada pengeluar zakat perniagaan dan saham yang menunaikan

zakat di bawah RM50,000 sepanjang tempoh kempen berlangsung. Para pengeluar zakat hanya perlu membuat taksiran zakat dan seterusnya menunaikan zakat. Bayaran zakat boleh dilakukan melalui 27 cawangan LZS di seluruh Selangor atau bayaran atas talian di onlinefpx.zakatselangor. com.my atau melalui ejen kutipan yang dilantik LZS. Para pengeluar yang telah menunaikan zakat layak menyertai kempen ini dengan

melengkapkan maklumat diri melalui google form di pautan bit.ly/myzakat8 atau menghantar whatsapp maklumat diri seperti nama, nombor pendaftaran SSM ke talian 011-2075 4557. Penyertaan akan dikira berdasarkan maklum balas maklumat diri selepas pembayaran zakat dibuat. Untuk makluman, LZS turut menyediakan perkhidmatan taksiran zakat secara percuma kepada syarikat atau individu. Edisi


BERITA MAIS 7/2018 | Edisi

13

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Sultan Selangor Berkenan Terima Bayaran Zakat Perniagaan Rm1.1 Juta Dan Serah Sumbangan Hari Raya Kepada Fakir, Miskin Dan Mualaf Sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat

S

HAH ALAM, 8 Jun 2018 – DYMM Sultan S e l a n g o r, Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Jakel Trading Sdn Bhd berjumlah RM1,134,537.45 dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Raja Haji Fisabilillah di sini hari. Jakel Trading Sdn Bhd mewakilkan Pengarah Urusan, Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel menunaikan zakat perniagaannya bagi tahun kewangan 2018. Pada majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 275 orang asnaf fakir dan miskin serta 211 orang asnaf mualaf. Kesemua mereka menerima sumbangan zakat

sebanyak RM500 setiap seorang, melibatkan jumlah zakat sebanyak RM243,000. Pada tahun ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM35,084,750 bantuan zakat untuk diagihkan kepada 44,246 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta 5,777 orang asnaf mualaf di seluruh Selangor bagi membantu golongan tersebut membuat persiapan awal menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM9,519,690 diagihkan kepada 12,528 ketua keluarga asnaf fakir, manakala sebanyak RM23,459,640 diagihkan kepada 31,718 ketua keluarga asnaf miskin dan RM2,105,420 diagihkan kepada 5,777 asnaf mualaf dengan masing-masing

menerima antara RM550 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan. Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’

Da’i LZS: Peneraju Dakwah Zakat Selangor

S

HAH ALAM, 19 Julai 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menampilkan 25 orang dai yang dilantik dalam majlis pelancaran Dai LZS bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Dengan tag line ‘Santai Tapi Sampai’, LZS amat komited memastikan masyarakat Islam khususnya di Selangor terdidik dan faham tentang kefardhuan zakat, seterusnya melaksanakan ibadah zakat dengan sempurna. Melalui lantikan dai ini, LZS berhasrat melahirkan barisan pendakwah yang profesional serta kompeten dalam mendepani agenda pemerkasaan ummah melalui aktiviti dakwah dan pembangunan jiwa insan secara sistematik, komprehensif dan berkesan. Selain berperanan sebagai pendakwah utama LZS, dai ini akan menjadi tenaga

pakar dalam kefahaman dan pendidikan zakat. Antara peranan lain termasuklah mengenal pasti peluang dan ruang berdakwah di pelbagai peringkat dan kumpulan sasar, meneroka pelbagai pendekatan program dakwah dan outreach untuk disampaikan kepada

masyarakat. Para dai ini juga akan bergiat aktif sebagai tenaga penceramah dalam aktiviti pemasaran dan dakwah zakat yang dianjurkan LZS. Hadir sama, Officer in Charge LZS, Abdul Basith Hamid yang turut menyampaikan surat lantikan kepada dai terpilih. Edisi

Setia Mohammed Khusrin Munawi, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan

Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim. Hadir sama, Officer in Charge (Ketua Pegawai Penyelaras), Abdul Basith Hamid. Edisi

Asnaf Dijejaki Melalui Aktiviti Skuad Jejak Kemiskinan Zakat Selangor

B

UKIT BERUNTUNG, 19 Julai 2018 Alhamdulillah, Zakat Selangor selesai menjalankan program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) melibatkan keseluruhan 35 buah rumah di sekitar kawasan Bukit Beruntung telah berjaya dilawati dan dibanci untuk penentuan kelayakan sebagai asnaf fakir ataupun miskin. Bagi keluarga yang telah dikenal pasti layak sebagai Asnaf Fakir atau Miskin, mereka akan diberi bantuan

sejajar dengan keperluan semasa keluarga mereka, dan semoga bantuan yang akan diberikan selepas ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi. Rutin program yang kerap dilakukan seperti ini adalah antara usaha pihak Zakat Selangor dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan dan sekaligus membuat siasatan dan bancian segera bagi menentukan kelayakan haddul kifayah sesebuah keluarga tersebut. Edisi


14

CELIK JAWI Edisi | 7/2018

‫ريڠكسن خطبة جمعة‬

"‫"سالمت داتڠ ذوالحجه‬ ‫ بهاڬين كومونيكاسي‬:‫سوسونن اوليه‬ ‫كورڤورت ماءيس‬ ‫ بهاڬين ڤڠوروسن‬،‫ اونيت خطبة‬:‫سومبر‬ ‫مسجد‬ ‫جابتن اڬام اسالم سالڠور‬

‫بولن ذوالحجه اداله انتارا بولن يڠ‬ ‫تريستيميوا دان تراڬوڠ دسيسي هللا‬ ‫ اي مروڤاكن ساله‬.‫سبحان وتعالى‬ ‫ساتو درڤد امڤت بولن حرام ددالم‬ .‫ﺇسالم‬ ‫اومت اسالم هندقله ميقيني بهاوا‬ ‫كبسرن‬ ‫هاري‬-‫هاري‬ ‫ممبسركن‬ ‫ﺇسالم ترماسوقله بولن ذوالحجه‬ ‫اداله تندا كايمانن دان كتقوأن كڤد‬ .‫هللا سبحان وتعالى‬ ‫اومت ﺇسالم جوڬ دسرو سوڤاي‬ ‫مڠيسي كداتاڠن بولن ذوالحجه اين‬ ‫دڠن ڤلباڬاي عمالن صالح كران‬ ‫ڬنجرن ڤاهالڽ برليڤت كالي ڬندا‬ ‫دان كيت هندقله سنتياس ﺇخالص‬ ‫لومبا دالم ملقساناكن‬-‫دان برلومبا‬ ‫سڬاال عمالن صالح اڬر ستياڤ‬ ‫عمالن ترسبوت منداڤت ڬنجرن‬ .‫دان كريضاان هللا سبحان وتعالى‬

SIRI BELAJAR JAWI (SIRI KESEBELAS)

Ringkasan Khutbah Jumaat ‫ نورانيتا ﺑﻨﺖ عبد الرحمن‬: ‫اوليه‬ “SELAMAT DATANG (‫مﻨشي ديوان )جاوي‬ KAEDAH PENULISAN JAWI PADA PERKATAAN KATA JATI MELAYU. ZULHIJJAH” HUKUM E-WA

Pada siri kali ini, kita akan belajar hukum pada E-WA. Maksudnya, perkataan yang

Susunan Komunikasi bermula bunyi oleh: e taling Bahagian pada suku kata pertama, manakala suku kata keduanya, merupakan suku kata tertutup yang bermula dengan huruf ‘w’. Kaedah penulisannya ialah Korporat MAIS dikekalkan alif pada suku kata tertutup yang bermula dengan huruf ‘w’ itu. Contohnya Sumber: Unit Khutbah, Bahagian ialah : Pengurusan Masjid Suku kata pertama bermula Suku kata kedua ialah suku Kaedah penulisan jawi dengan ‘e’Agama taling kata tertutupSelangor dimulai dengan Jabatan Islam De

huruf ‘w’ wan

Re

wang

‫ديوان‬ ‫ريواڠ‬ Le lewat ‫ليوات‬ wah Bulanme Zulhijjah adalah antara ‫ميواه‬ te was ‫تيواس‬ bulanse yang teristimewa dan wang ‫سيواڠ‬ de �‫ديواڠ‬ teragung di sisi wang Allah gaSWT. Ia Hukum ini terpakai juga untuk perkataan ‘i-wa’, contohnya: satu merupakan salah daripada empat bulan haram Giwah - ‫ضيواه‬ iwak - ‫ايواق‬ - ‫جيواغ‬ jiwang di dalam Islam. Sebab kekal alif pada suku kata kedua ialah, fungsi huruf ‘w’ pada suku kata kedua

itu ialah ‘‫ ‘ و‬konsonan, tetapi akan ramai yang tersalah meyakini baca sehingga menganggap ‘‫ ‘ و‬itu Umat Islam hendaklah wau vokal. Maka untuk mengelak salah baca maka alif itu dikekalkan tulisannya. bahawa membesarkan hariKata dasar Ejaan jika digugur Bacaan jika Ejaan yag betul alif pada suku kata digugurkan alif pada dikekalkan alif hari kebesaran Islam kedua suku kata kedua Dewan diun ‫ديون‬bulan Deon/ Zulhijjah ‫ديوان‬ termasuklah Rewang Reong/riong ‫ريوڠ‬ adalah tanda keimanan dan‫ريواڠ‬ Lewat Liut ‫ليوت‬ ‫ليوات‬ mewah Mioh SWT. ‫ميواه‬ ketakwaan kepada Allah ‫ميوه‬

Umat Islam diseru supaya Ringkasan Khutbah 1Jumaat mengisi

kedatangan

bulan

SELAMAT DATANG Zulhijjah ini dengan pelbagai ZULHIJJAH amalan saleh kerana ganjaran

Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS pahalanya kali ganda Sumber: Unit Khutbah,berlipat Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor

dan kita hendaklah sentiasa ulan Zulhijjah adalah antara bulan yang teristimewa dan teragung di sisi Allah SWT.dan Ia merupakan salah satu daripada empat bulan haram di ikhlas berlumba-lumba dalam Islam. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa membesarkan hari-hari kebesaran dalam melaksanakan segala Islam termasuklah bulan Zulhijjah adalah tanda keimanan dan ketakwaan kepada amalan soleh agar setiap Allah SWT. Umat Islam diseru supaya mengisi kedatangan bulan Zulhijjah ini dengan amalan mendapat pelbagai amalan saleh tersebut kerana ganjaran pahalanya berlipat kali ganda dan kita hendaklah sentiasa ikhlas dan berlumba-lumba dalam melaksanakan segala ganjaran dan Allah amalan soleh agar setiap amalankeredhaan tersebut mendapat ganjaran dan keredhaan Allah SWT. Edisi SWT.

B


IKON ASNAF 7/2018 | Edisi

15

AZRUL

Anak Miskin Kini Menjadi Jurutera Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: http://blog.zakatselangor.com.my/

Saya membesar dalam satu keluarga yang besar, mempunyai adik beradik seramai 8 orang dan saya merupakan anak yang ke-enam. Dilahirkan dan membesar di Banting Selangor. Menerima pendidikan awal di sekolah kebangsaan Bandar. Seterusnya ke Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah Kanchong Darat dan Mengambil SPM di sekolah kebangsaan Telok Datok.

M

emperoleh Keputusan peperiksaan yang boleh diklasifikasikan sebagai sederhana dengan UPSR (4B1C), PMR (4A2B4C) dan SPM (5A2B5C). Alhamdulillah selepas keputusan SPM diumumkan saya ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat diploma kejuruteraan awam. Kisah dermasiswa dari Zakat Selangor bermula awal tahun 2011 di mana skim dermasiswa heboh diperkatakan dalam kalangan rakan sebaya yang kebanyakannya menerima bantuan

daripada Zakat Selangor. Alhamdulillah segala urusan permohonan dipermudahkan dan saya mula mendapat dermasiswa daripada Zakat Selangor dari peringkat diploma sehingga ke peringkat Ijazah sarjana Muda. Menamatkan pengajian dalam diploma kejuruteraan awam dengan CGPA 3.60. Manakala, tamat ijazah sarjana muda dengan CGPA 3.15. Setiap ibu bapa mengharapkan anaknya menjadi seseorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, dan agama. Saya pasti sepanjang saya

hidup saya diiringi dengan doa yang mahukan saya sentiasa berjaya di dunia dan akhirat daripada ibu dan ayah saya. Kehidupan saya di kampus sepanjang 5 tahun pengajian berjalan dengan lancar. Bantuan dari Zakat Selangor sememangnya membantu saya menamatkan pengajian. Menerima bantuan komputer riba pada tahun 2013 merupakan saat yang tidak boleh saya lupakan. Bantuan datang pada waktu yang tepat. Yuran pengajian ijazah sarjana muda saya dibiayai sepenuhnya oleh Zakat tanpa ada sebarang kelewatan. Alhamdulillah saya ditawarkan pekerjaan sebelum saya tamat peperiksaan akhir. Selepas dua hari berehat saya mula bekerja dengan NGL

Builders Sdn Bhd sebagai jurutera tapak. Selama 19 bulan sebelum berpindah ke Ground Engineering Malaysia Sdn Bhd. Mula berkhidmat pada Ogos 2017 sehingga sekarang. Berkat daripada pendapatan, saya dapat membantu ibu menguruskan keperluan rumah dan adikadik saya yang masih belajar. Kehidupan saya dan keluarga mula berubah sedikit demi sedikit dan bertambah baik dari hari ke hari. Tiada ucapan yang dapat saya ucapkan melainkan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pembayar zakat di Selangor. Wang yang sedikit dapat merubah dan mencorak kehidupan orang lain. Semoga ALLAH sentiasa merahmati mereka yang membayar zakat. Edisi


16

KEMUSYKILAN UMAT Edisi | 7/2018

GALAKAN KURBAN

Oleh: Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor

MUQADDIMAH

HIKMAH DI SEBALIK IBADAH QURBAN

Sempena kedatangan Hari Raya Idul Adha 1439H, selaku umat Islam kita adalah digalakkan supaya memperbanyakkan amal ibadah, lebih-lebih lagi apabila telah menjelang tanggal 01 Zulhijjah, agar kita sama-sama memperbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir dengan ucapan yang mahsyur “ Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akbar di sepanjang masa, supaya lidah dan diri kita akan sentiasa hampir dengan Allah S.W.T. serta sentiasa mengagungkanNya dengan harapan agar Allah S.W.T. memelihara diri kita daripada sebarang musibah samada kecil atau besar serta menghindarkan diri dari sifat-sifat mazmumah yang mudah terpacul dari lidah kita.

Ibadah qurban yang kita laksanakan ini adalah mengambil contoh tauladan tentang kepatuhan dan ketaatan tanpa berbelah bahagi yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S. terhadap perintah Allah S.W.T. untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail A.S. Kenyataan ini dapat dirujuk dan difahami daripada intisari pengajaran ayat al-Quran surah as-Saffat ayat ke 102. Galakan berqurban juga dapat kita hayati daripada hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud: “ Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah S.W.T dari mengalirkan darah (menyembelih qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang qurban itu mendapat kedudukan di sisi Allah S.W.T. di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berqurban itu. “ (Riwayat Imam at-Tirmizi Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah R.A. Menurut Imam as-Sayuti hadis ini adalah hasan. Lihat , al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949). Di samping itu, ibadah qurban dapat memupuk sikap kepedulian ummah dan keprihatinan fardhu seorang Muslim terhadap saudara seMuslimnya yang lain iaitu dalam konsep pengagihan daging qurban. Para ulama’ menyatakan daging qurban sunat dibahagikan kepada tiga (3) bahagian:

GALAKAN QURBAN Qurban adalah amalan terbaik di dalam bulan Zulhijjah di mana ia menjadi satu syiar agama Islam dan ibadah yang hebat. Maka ibadah yang hebat ini pasti menjanjikan ganjaran dan kelebihan yang hebat juga dari Allah S.W.T. Perkataan qurban berasal dari perkataan bahasa Arab (Al-Qurban). Ianya membawa maksud: 1. Mendekatkan diri 2. Manakala dari segi ilmu fiqh pula membawa maksud penyembelihan binatang ternakan (al-An’am) seperti kambing, lembu, unta dan sejenisnya. Binatang qurban disembelih pada Hari Raya Idul Adha dan pada hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Ibadah qurban adalah sunat mu’akkad (yang amat dituntut). Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas RA yang bermaksud “Adalah Rasulullah S.A.W. menyembelih qurban dua ekor kibash. Anas RA menyatakan: Aku pula menyembelih qurban dua ekor kibash juga.“ Dalil yang lain juga boleh dirujuk kepada Surah al-Kauthar surah 1 dan 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat) (1). Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (sebagai bersyukur) (2).” Dan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan qurban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Majah). Dan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “ Aku diperintah untuk melakukan qurban dan qurban itu Sunnah bagi kamu.” (Hadith riwayat ar-Tirmizi). Namun begitu, ibadah qurban ini boleh menjadi wajib dalam dua keadaan: 1. Mengkhususkan binatang ternakan qurban 2. Bernazar untuk melakukan qurban Dalam kedua-dua situasi ini, hukum Ibadan qurban menjadi wajib. Perlu diberi jaminan / gantian jika hilang atau binasa atau sustnilainya disebabkan kecuaian orang yang qurban wajib dilarang memakannya di mana hilang haknya terhadap sembelihan itu (untuk dimakan, disimpan) dan hak itu berpindah kepada golongan miskin (Al-Minhaj dan Mughni al Muhtaj).

Gambar hiasan

1. Satu bahagian kepada empunya qurban; 2. Satu bahagian kepada Fakir Miskin; dan 3. Satu bahagian dihadiahkan kepada orang kaya atau masyarakat umum Di samping itu sunat binatang qurban itu disembelih sendiri oleh mereka yang berqurban sebagai tuntutan mengikut Sunnah Nabi S.A.W. dan untuk lebih merasai taqarrub kita kepada Allah S.W.T. Kenyataan ini berdasarkan riwayat Anas R.A. yang bermaksud: “Rasulullah S.A.W. menyembelih qurban dua ekor kibash yang berwarna putih dan bertanduk dengan tangan baginda sambil membaca Bismillah dan takbir. Baginda meletakkan kaki baginda di atas bahagian leher kedua-dua haiwan ini.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari: 5/2111 no (5233); Muslim : 13/119 no (1966).

ADAB DAN PANTANG LARANG Menurut pandangan as-Syafie, Maliki dan sebahagian Hambali mengatakan sunat bagi orang yang melakukan qurban itu supaya tidak mencukur rambut, buku di wajah dan di badannya dan memotong kuku sehinggalah ibadah qurban dilakukan. Ini berdasarkan hadith yang bermaksud: “Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan qurban, maka biarkan ( jangan dipotong) rambut dan kukukukunya.” (Hadith diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari). Namun amalan ini bukanlah wajib, tetapi dihukumkan makruh jika dilakukan. Edisi


ULASAN BUKU 7/2018 | Edisi

17

SINOPSIS BAHAN BACAAN DAN RUJUKAN TERPILIH PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS SUBURKAN BUNGABUNGA HATI DEMI MENGECAP CINTA ILAHI Call No.: 297.22 MUH Buku ini memerihalkan amalan hati yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat baginda. Sesungguhnya para tabi’in sentiasa beristiqamah tentang menjaga amalan hati dalam kehidupan mereka demi meraih keredhaan Allah SWT. Buku ini mengandungi tuntutan dan amalan hati sifat mahmudah tentang ikhlas, tawakal, optimis dan takut. Penulis mengetengahkan penerangan definisi, kepentingan dan faedahnya, penyebab, jenis-jenis dan pelbagai perbincangan yang dikaitkan dengan nas-nas al-quran sebagai sumber rujukan beserta hadith-hadith yang turut disertakan sebagai panduan dan rujukan akan kisah-kisah teladan yang dikisarkan dalam buku ini. Penulis berharap agar buku ini dijadikan pedoman hidup demi mencapai kesempurnaan iman dan memperoleh keredhaan Allah SWT. Semoga dengan keteguhan amalan hati ini dapat memimpin kita menuju ke syurga sepertimana setiap insan dambakan.

SELANGOR DARUL EHSAN: SATU PERSEPSI SEJARAH Call No.: 959.5 SEL Buku disunting oleh Prof. Dato’ Khoo Kay Kim, Professor Sejarah Malaysia, dan Paiman Bin Keromo, Pengarah Muzium Negeri Selangor Darul Ehsan. Buku ini mengandungi lima kandungan termasuk Bandar Temasya dan Jugra, Ulu Bernam dan Tanjong Malim 1870-1900, Sejarah Serendah 1880-1940, Kemunculan dan Kemusnahan Kuala Kubu 1883-1931 dan Pelabuhan Swettenham 1945-1963. Selangor bermula pada tahun 1766 sebagai masyarakat maritim atau kelautan telah mengalami perubahan dengan jelasnya pada abad ke-19. Selangor yang bermula dengan negeri Melayu yang banyak mengeksport bijih timah menyaksikan kemunculan Kuala Lumpur sebagai penempatan yang semakin penting. Campur tangan British dan Eropah, naik turun harga kopi dan getah yang menjadi tulang belakang ekonomi Selangor bukan saja pemodal Eropah atau saudagar Cina tetapi pekebun kecil pribumi juga terlibat. Monograf ini bukan hanya memberi perspektif sejarah ekonomi, walaupun perkembangannya merupakan factor utama yang memajukan negeri Selangor pada zaman moden, maysarakat induknya mempunyai keberibadian budaya yang tersendiri. Akan tetapi, dalam sebuah monograf skop sejarah yang dapat dibincangkan amat terbatas.

KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI Call No.: 959.5118 ZAH

MERAIH BERKAT TANPA RIBA

Munsyi Abdullah atau kadangkala dipanggil Abdullah Munsyi, antara nama yang begitu besar dalam korpus sastera, sejarah dan perkembangan Bahasa Melayu di negara kita. Karyakarya Abdullah Munsyi juga bolehlah dianggap sebagai satu catatan tidak rasmi terhadap sejarah bangsa Melayu itu sendiri. Karya-karyanya adalah cerminan kepada gaya kehidupan orang Melayu pada ketika itu dan ia memberikan kita satu medium yang amat berguna dalam memerhatikan kehidupan orang-orang Melayu di zaman-zaman awal penjajahan Inggeris Buku ini merupakan suatu cubaan menggambarkan kehidupan penduduk negeri Melaka dalam tahun 1800 hingga 1840-an yang dipadankan dengan peristiwa-peristiwa yang dilihat, dialami dan didengar sendiri oleh Abdullah Munsyi, iaitu seperti yang ditulis di dalam Hikayat Abdullah. Banyak landskap sejarah social yang digambarkan oleh Abdullah itu yang masih boleh dikesan pada hari ini. Buku yang ditulis oleh Zahari A. Rashid ini terbahagi kepada tujuh belas bab dengan cerita yang berbeza dan tersendiri. Diakhiri dengan biodata penulis dan sumber rujukan, agar penulisannya tidak tersalah tafsir.

Call No.: 297.273 FIR Firdaus Shahidin et al. menulis buku ini untuk kefahaman pembaca tentang riba melalui lampiran gerak kerja. Penulis menggabungkan isi dengan adanya bukti-bukti dari dalil pengharaman riba, cara melupuskan harta riba, kesan pengharaman riba dalam kehidupan, dan akibat dan balasan melakukan riba. Penulis meluaskan isi dengan 10 bab berbeza dari mengenali riba, kisah tentang riba, dalil pengharaman riba, kenali keluarga riba, salah faham tentang riba, amalan semasa riba, bagaimana melupuskan harta riba, kesan pengharaman riba dalam kehidupan, akibat dan balasan melakukan dosa riba, dan balasan bagi orang yang taat kepada perintah Allah SWT. Buku ini sesuai untuk rujukan santai.

Disediakan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan. Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi, Pengurus Pusat Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.


18

TOKOH ISLAM Edisi | 7/2018

Abu Kamil Suja’

Pakar Aljabar Islam Tertua Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS Sumber: Ilmuan Islam (2014)

Nama lengkapnya adalah Abu Kamil Shuja’bin Aslam bin Muhammad bin Shuja’ al-Hisab al-Misri, penerus Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Ia dikenal sebagai pakar aljabar tertua yang karyanya cukup banyak. Ia tergolong sebagai salah seorang pakar matematik terbesar pada abad pertengahan Islam. Melalui Leonard dari Pisa serta pengikut-pengikutnya, Abu kamil telah memberi pengaruh besar pada perkembangan aljabar di Eropah. Tulisannya tentang geometri pun memberikan pengaruh yang besar terhadap geometri Barat terutama huraian-huraian aljabar terhadap soal geometrik. Liku hidupnya tidak berapa jelas namun dapat dikatakan bahawa ia hidup setelah al-Khawarizmi (sekitar tahun 850 Masihi), sebelum Ali bin Ahmad Imrani (344 Hijrah/955-956 Masihi).

S

epanjang hidupnya Abu Kamil telah banyak menulis tentang ilmu aljabar. Al-Fihrist sebuah daftar buku-buku tentang matematik dan astrologi memuat dua bauh karyanya yang berjudul Kitab fi al-Jam wa at-Tafrik (Tentang dua kesalahan). Kedua buku ini telah menjadi bahan perbincangan yang panjang dari pakar. Sejak F. Woopeke pada tahun 1863 Masihi cuba memperkenalkan Kitab al-Jami wa at-Tafrik dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa Latin di bawah judul Augmentum et Diminutio yang terdapat dalam buku Liber Augmenti Diminutionis (editor oleh Libri) dan Histoire des Sciences Mathematiques en Italie, tidak satu pun karya-karya yang tersebut di dalam al-Fihrist dapat bertahan lama dalam Bahasa Arab, hampir dalam waktu yang singkat dapat diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa. Karya atTa’arif misalnya, telah diterjemahkan dan dikomentari oleh H. Suter menjadi Das Buch der Sletenheiten der Rechenkunst von Abu Kamil al-Misri. Buku tersebut berkaitan penyelesaian integral persamaan tidak tentu. At-Ta’arif juga mempunya versi Bahasa Hebrew oleh Mordekhai Finzi dari Montua (1460 Masihi) yang juga menterjemahkan

beberapa risalah Abu Kamil Suja’ tentang aljabar. Selain itu, ada pula karya Abu Kamil yang diterjemahkan oleh G. Scherdote ke bahasa Sepanyol. Dalam risalahnya tentang aljabar, Abu Kamil menekuni suatu Bab mengenai al-Jabar dengan membentuk analisis dan menyusun beberapa kaedah yang menakjubkan. Analisis identifikasi yang disebut dalam bahagian akhir buku al-khawarizmi juga ia berusaha untuk jabbarkan. Ini semua terjadi sebelum penterjemahan Arithmetical karya Diophantes ke dalam Bahasa Arab. Setelah Arithmetical diperkenalkan, berlakulah pentafsiran besar-besaran keatas karya Diophantes tersebut. Aljabar Abu Kamil kelihatan lebih terkenal melalui terjemahannya dari Bahasa Latin dan Hebrew. Keduannya dikomentari oleh al-Istakhri dan alImrani, namun kedua komentar tersebut telah hilang. Hasil kajian terperinci dan mendalam dari L. C. Karpinski, The Algebra of Abu Kamil Shoja’ Bin Aslam didasarkan atas terjemahan bahasa Latin karya Abu Kamil. Pada definisi jazr (radix, akar), mal (census, capital) dan adad mufrad (numerous, angka mutlak), Abu Kamil mengikuti al-Khawarizmi namun

dalam banyak hal ia juga mengungguli para pendahulunya. Bahkan ia berani mengadakan penambahan dan pengurangan dari akar-akar kuadrat yang hanya melibatkan bilanganbilangan rasional yang dilakukan oleh matematik sebelumnya. Dalam istilah On The Pentagon and Decagon terjemahan versi bahasa Latin oleh H. Suter dan versi bahasa Hebrew oleh Sacherdote, semua masalah yang ada diselesaikan dengan cara sederhana dan jelas melalui penerapan aljabar ke dalam geometri. Lewat risalah ini, Abu Kamil menggunakan angka khusus untuk kuantiti tertentu. Dalam hal ini, ia sebenarnya belum terbebas sepenuhnya dengan kaedah alKhawarizmi. Sungguhpun demikian, dengan cara penyelesaian seperti itu ia telah jauh mengungguli pendahulunya dan karyanya menandai satu kemajuan yang amat penting. Sacherdote sendiri telah menunjukkan bahawa leonard dari Pisa tahu akan risalah ini dan menyebarkan penggunaannya melalui karyanya Practica Geometriae atau Practice of Geometry. Seperti diketahui, bahawa Leonard dari Pisa yang lebih dikenali dengan Fibonacci merupakan seorang dari orang Eropah yang berkelana ke

pelbagai pusat ilmu pengetahuan Arab pada abad ke-13 Masihi. Sekembalinya dia kenegaranya, ia menulis dan menterjemahkan bukubuku pengetahuan Arab termasuk Matematik. Fibonacci inilah yang termasuk salah seorang penyebar pengetahuan tentang lembaga bilangan Hindu-Arab ke Eropah lama. Dengan dasar menghitung menurut Abu Kamil Suja’ dan Al-Khawarizmi maka ia berjaya menyusun bukunya Liber Abacai pada tahun 1202 Masihi yang kemudian disempurnakan pada tahun 1288 Masihi. Dalam buku tersebut terkandung antara lainnya: • Pengetahuan tentang perkiraan dengan bilangan bulat dan pecahan • Cara kira akar 2 (kuadrat) dan akar 3 (kubik) • Cara memecahkan persamaan linear dan kuadrat • Cara mengira melalui penjajaan dan jawapan palsu (rules of false position) Pengetahuan matematik yang kemudian disebut barisan Fibonacci iaitu: 1,2,3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144 dan seterusnya. Dalam bilangan ini nantinya akan diperoleh satu segi tiga Pascal dengan penjumlahan bilangan menurut garis lurus. Edisi


ZOOM MAIS 7/2018 | Edisi

19

DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan fakir, miskin serta saudara baru.

DYMM Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 52 penerima anak yatim Rumah Bakti Dato’ Harun.

Sebahagian Pelajar KUIS yang mengalunkan bacaan selawat semasa ketibaan DYMM Sultan Selangor di majlis berbuka puasa bersama rakyat di KUIS.

Pegawai MAIWP sedang mendengar taklimat berkaitan MAIS yang disampaikan oleh Penasihat Undang-undang MAIS.

Majlis Sambutan Aidilfitri Warga Bangunan Sultan Idris Shah diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Pengerusi MAIS, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Setiausaha MAIS dan Dato’ Mufti Selangor.

Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor yang turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Saadah Dato’ Haris Bin Kasim Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan YBhg. Dato’ Bakhtiar Bin Hussin Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.


BIL: 7/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Abu Kamil Suja’ Pakar Aljabar Islam Tertua M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

LIHAT MUKA SURAT

18

PERKHIDMATAN

MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Orang Berhutang

Wasiat Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.