Muhajirin Moden

Page 1

BIL: 9/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

ISU-ISU

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

AGIHAN ZAKAT

S E L A N G O R

>4

• pencetus minda generasi •

Gambar hiasan

Program Pre Auditan Sistem Pengurusan Kualiti Ms Iso 9001:2015 Dan Ms 1900:2014 (Syariah) Mais SHAH ALAM 6 Ogos - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjalankan Program Pre Auditan Sistem Pengurusan Kualiti MS... >11

101 Penerima Terima Surat Pelantikan Pendaftar Sekolah Islam Negeri Selangor SHAH ALAM 9 Ogos – Seramai 101 orang penerima di kalangan Pendaftar... >12 Pertubuhan Peladang Serah Zakat Perniagaan SHAH ALAM, 19 September 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) berjumlah RM48,554.55 yang diadakan dalam satu majlis bertempat di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian... >13

KALAM PUJANGGA Jelas sekali bahawasanya rumah tangga yang aman damai, Ialah gabungan di antara tegapnya laki-laki dan halusnya perempuan, Peranan suami dan isteri yang ideal adalah, suami yang berwibawa dan bertanggung jawab, sedangkan isteri begitu lembut dan halusnya dalam mengurus keluarga. Petikan kata-kata hikmah dari Prof. Dr. Hamka Sumber: Buku Renungan Tasawuf

MUHAJIRIN Moden

Muhajirin, orang yang berhijrah. Regu mereka, kaum ansar. Ansar, orang yang memberikan pertolongan. Naratifnya begini. Sekitar tahun 622 Masihi. Kota Mekah. Umat Islam ditindas tanpa belas kasihan. Mereka akhirnya membawa diri. Menuju Madinah. Di sana, Nabi Muhammad SAW mempersaudarakan. Ansar dan Muhajirin menjadi satu. Maka, terciptalah Madinah baru! LIHAT MUKASURAT

3


JOM AMAL SUNAT MENDAHULUKAN ANGGOTA KANAN Daripada Aishah RA katanya, “Bahawa Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota kanan dalam semua perkara yang dibuatnya seperti Baginda bersuci, menyikat rambut dan memakai seliparnya.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Huraian Hadith: 1. Mendahulukan anggota kanan di dalam semua perbuatan yang baik seperti bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dan lainlain adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW. 2. Bersuci, menyikat rambut, memakai selipar dengan mendahulukan sebelah kanan hukumnya sunat. Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Sidang Editorial EDISI Ketua Pengarang Rohana Binti Hassan Pengarang Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Penolong Pengarang Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi Editor Salawati Binti Hamid Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat Wartawan • Halim Bin Mokhtar • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hasal Bin Senin Kolumnis • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Hamizul bin Abdul Hamid

© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apaapa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Redaksi berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www. mais.gov.my


FOKUS 9/2018 | Edisi

MUHAJIRIN Moden

3

Gambar hiasan

Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Ketua Jabatan Perundingan Kutipan Zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Muhajirin, orang yang berhijrah. Regu mereka, kaum ansar. Ansar, orang yang memberikan pertolongan. Naratifnya begini. Sekitar tahun 622 Masihi. Kota Mekah. Umat Islam ditindas tanpa belas kasihan. Mereka akhirnya membawa diri. Menuju Madinah. Di sana, Nabi Muhammad SAW mempersaudarakan. Ansar dan Muhajirin menjadi satu. Maka, terciptalah Madinah baru!

I

tulah hijrah. Atau dalam kata lain perpindahan. Ya, perpindahan agung pada zaman nabi. Perpindahan yang membawa harapan baharu kepada umat Islam. Mencantumkan titiktitik kronologi kejayaan. Takah demi takah menuju keagungan. Hingga Islam yang asalnya dipaksa keluar dari Mekah, akhirnya menjadi agama yang menguasai 2/3 dunia. Demikianlah. Penghijrahan Rasulullah SAW telah lama berlaku. Jadi, apa yang boleh kita pelajari? Cukupkah sekadar kita berulang kali membaca kisah agung itu? Atau sekadar memanggil sang penceramah, lalu berdecap-decap bibir kita mengucapkan, wah‌ wah‌hebatnya nabi, hebatnya Abu Bakar dan hebatnya sahabat. Sekadar itu? Sungguh! Itu semua adalah cetusan segera atau tindakan refleks semata-mata. Harus ada upaya susulan. Ibrahnya wajib menjadi teladan. Ia harus begitu. Jika tidak,

kisah hijrah dan sambutannya bagaikan angin lalu. Berhembus, menyapu wajah tanpa bekas. Paling tidak, ia memberikan sesuatu. Biar pun ia angin yang berhembus, namun sebaik ia menghilang di balik pepohon, ada dedaun yang bergetakan luruh ke bumi. Teman-teman, percayalah. Hijrah atau pindah itu berlaku saban waktu. Kita boleh berhijrah dalam dua bentuk. Hijrah fizikal atau spiritual. Pendek kata, tiada erti berhenti. Hijrah harus terjadi. Manusia yang enggan berhijrah, itu manusia mati. Hilang deria rasa. Hilang rasa teruja. Hilang rasa untuk lebih berjaya. Mendakap kenangan silam tanpa sedar, ia makin jauh ditinggalkan. Muhajirin silam membuktikan, hijrah membawa perubahan. Muhajirin hari ini, harus punya minda yang sama. Maka, jadilah kita sang muhajirin moden. Yang mempunyai sesuatu untuk dikejar. Menjadi fokus kehidupan. Menyebabkan

kita merencana mencapai tujuan. Memaksa kita mengatur langkah dengan berani. Membulatkan tekad tanpa gundah. Cita-cita harus diraih. Biar ia sesulit mencari sebutir intan di pecahan kaca. Ya, kita pasti sering terdengar keluhan. Susahnya hidup ini, aduhai minta ampun. Kata mereka lagi, kos sara hidup meningkat. Gaji statik. Belanja besar. Mata wang merudum. Segala-galanya, berbaur negatif. Sedangkan, kita lupa. Ya, berapa ramai golongan pendatang luar yang menapak di sini. Mereka berhijrah. Meninggalkan segala. Anak isteri. Ibu bapa. Temanteman. Kampung halaman. Mereka berhijrah ke negara kita dengan satu cita-cita. Mereka mahu menjadi kaya! Maka, itulah antara sifat muhajirin moden. Meninggalkan kebiasaan. Keluar dari zon selesa. Onak duri menjadi mainan. Mencapai satu tujuan. Lalu, ada di kalangan mereka sudah berjaya.

Mempunyai rangkaian perniagaan di mana-mana. Mempunyai ramai pekerja. Menjadi idola sesame mereka, untuk terus berjaya. Ingat. Mereka membina semua itu dengan derai air mata. Bermula dari sangat bawah. Merasa getirnya dibentak. Juga dimarah. Menyimpan rasa sakit hati di sebalik sumpah seranah. Hingga ia bertukar menjadi bara semangat. Menjadi bahan bakar yang melonjak mereka ke atas. Ibarat roket yang mahu berlepas. Kesimpulannya? Ya, muhajirin moden, perlu meletakkan matlamat yang jelas. Apa yang mahu diraih, apa yang mahu diusahakan? Apa yang mahu difokuskan? Tanpanya, kita hanya berlagak pandai menceritakan proses hijrahnya Rsulullah SAW. Sedang hati kita sendiri kosong. Sepi. Lengang. Sedangkan kita tahu, hijrah adalah naratif perjuangan. Rantai-rantai pengorbanan. Juga bibit-bibit kejayaan. Wallahua’lam. Edisi

Gambar hiasan


4

ISU Edisi | 9/2018

ISU-ISU AGIHAN ZAKAT Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Ketua Jabatan Perundingan Kutipan Zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Isu 1: Kenapa zakat bantu golongan LGBT?

Isu 3: Kenapa agihan zakat harus ada prosedur?

Jawapan: Asasnya, LGBT dikategorikan sebagai golongan yang ‘terbelenggu’ dengan sesuatu yang menghalang kebebasan akal mereka. Zaman dahulu, manusia terbelenggu dengan sesuatu yang menghalang kebebasan fizikal dan mental. Itulah golongan hamba abdi. Ia juga disebut sebagai riqab. Hari ini, asnaf riqab diperluaskan kepada belenggu bentuk moden. Sesuai dengan keperluan zaman. Namun, ramai salah faham. Pertama, mereka dibantu dengan syarat. Iaitu mereka sedia berubah, bertaubat dan sedia mengikuti program pemulihan yang disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kedua, bantuan disalurkan kepada institusi yang sah. Di sanalah, mereka mengikuti program pemulihan. Wang tidak diberikan kepada mereka walau satu sen, sebaliknya melalui institusi berkenaan. Buat masa ini, antara institusi yang menjalankan program pemulihan arriqab di Selangor ialah, Baitul Ehsan di Sabak Bernam (pemulihan wanita bermasalah), Baitul Islah di Serendah (pemulihan penagih dadah dan HIV) dan Baitul Iman di Hulu Yam (pemulihan akidah).

Jawapan: Prosedur dalam agihan zakat bukanlah satu pilihan. Ini kerana, ada dalil daripada al-Hadis yang mengingatkan, kegagalan zakat sampai kepada asnaf yang berhak, maka dosanya ditanggung oleh pengurus zakat. Misalnya di dalam hadis sahih Imam Muslim ada menyatakan, apabila ada seseorang datang dan mengadu dia miskin, maka pengakuan itu wajib disemak. Caranya, pihak amil hendaklah turun ke lapangan. Lalu menemui tiga orang lelaki dari kaumnya yang bijak demi mengesahkan pengakuan itu. Selepas itu, baharulah zakat boleh disalurkan kepada pemohon. Atas dasar itu, LZS melantik amil kariah yang dapat membantu kerjakerja penyiasatan ini. Ia dapat mengelakkan penipuan wang zakat dan menyelamatkan amil daripada dosa kerana tidak mengurus zakat dengan baik.

Isu 2: Kenapa bantuan zakat selalu lambat? Jawapan: Bantuan zakat mempunyai pelbagai jenis. Jika bantuan kecemasan, kaunter zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) boleh meluluskan permohonan segera dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Malah ada yang diluluskan dalam julat waktu sekitar dua jam sahaja. Namun, jika kes melibatkan bantuan yang besar, harus ada siasatan. Misalnya, memohon bantuan rumah. LZS harus melihat, adakah pemohon mempunyai tanah untuk membina rumah? Jika memohon bantuan perubatan yang kosnya mahal, maka wajib ada dokumen sokongan daripada pihak berwajib. Jika memohon bantuan perniagaan, maka hendaklah beberapa syarat awal dipenuhi, misalnya wajib mengikuti Kursus Asas Keusahawanan. Sebaik-baiknya, pemohon atau asnaf perlu memberikan kerjasama terbaik semasa mengajukan permohonan. Misalnya, memastikan semua dokumen sokongan lengkap dan memberikan informasi terkini yang sahih. Ia dapat mengelakkan pegawai zakat terpaksa berulang kali mendapatkan info sehingga melambatkan proses kelulusan. Sebenarnya LZS mempunyai standard yang wajib dipatuhi dalam memproses permohonan. Jika tempoh proses terlalu lama, ia sudah melanggar prosedur yang ditetapkan. Perkara ini akan diaudit dan LZS akan diberikan teguran.

Isu 4: Apakah benar zakat tidak habis diagihkan? Jawapan: Setiap tahun, LZS berusaha memastikan zakat dihabiskan mengikut sasaran agihan. Ini kerana, salah satu prinsip agihan yang difatwakan di Selangor ialah, zakat hendaklah diagihkan dengan segera. Namun, kenapakah masih wujud lebihan zakat? Jawapannya, kerana setiap tahun LZS sendiri tidak tahu berapakah jumlah kutipan yang dapat dibuat. Katakan LZS meletakkan sasaran RM700 juta pada tahun 2017, namun kutipan sebenarnya RM750 juta. LZS tidak boleh mengelakkan pertambahan itu. Ia berlaku akibat rasa percaya masyarakat terhadap prestasi LZS, lalu mereka menunaikan zakat lebih banyak setiap tahun. Malah, ada pembayar baru yang datang menunaikan zakat. Pada masa yang sama, bagi wang zakat yang tidak habis, maka fatwa telah menggariskan ia wajib segera dihabiskan pada tahun hadapan dalam tempoh enam bulan pertama. LZS tidak menyimpan wang lebihan itu, kerana ia adalah milik asnaf yang wajib segera dibelanjakan.

Isu 5: Kenapa mesti bayar zakat kepada LZS? Jawapan: LZS adalah satu-satunya badan yang berautoriti melaksanakan kutipan dan agihan zakat di Selangor. Ini bagi menjalankan amanah daripada pihak MAIS dan sekaligus, melaksanakan titah Tuanku Sultan sebagai pemerintah agama Islam di negeri ini. Maka, semua umat Islam wajib mentaati perintah tersebut. Sekiranya ada pihak lain yang menjalankan kutipan zakat tanpa tauliah, maka ia sudah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 37 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Manakala, bagi umat Islam yang enggan menunaikan zakat kepada LZS, maka mereka sudah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 21 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, dan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Wallahua’lam. Edisi


gen-q 9/2018 | Edisi

5

Wasiat Anak Muda

KESEDARAN WASIAT UNTUK ORANG MUDA Oleh: Ustaz Salleh Bin Abdul Saha (salleh@mais.gov.my) Penolong Pengurus Harta Baitulmal, MAIS

“Nanti-nanti lah aku buat wasiat, umur masih muda lagi.” “Nanti dah nak pencen barulah aku buat wasiat, selalunya bila rasa nak mati baru buat wasiat”. Itulah dialog-dialog yang sering dibicarakan oleh anakanak muda ketika ini. Sedangkan perancangan dalam menguruskan harta itu sangat penting khusus anak-anak muda yang baru mempunyai kerjaya dan berkeluarga.

R

amai yang tertipu dengan usia yang muda dengan beranggapan bahawa mati itu hanya berlaku pada usia tua, hakikatnya mati tidak mengira usia, apabila sampai ajal dia akan mati. Maka amat malanglah jika yang berkemampuan dalam merancang harta tetapi tidak sempat menguruskan secara baik, maka akan menjadi bebanan atau masalah kepada waris-waris yang tinggal. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Orang yang malang ialah orang yang terhalang (dengan sebab tidak sempat atau sebagainya) daripada berwasiat.” Dalam hadis yang lain pula, “Sesiapa yang mati dalam keadaan telah meninggalkan wasiat, nescaya dia mati atas jalan Allah dan Sunnah Rasul-Nya, mati di atas takwa dan syahadah, serta mati dalam keadaan diampunkan.” Oleh yang demikian, masyarakat perlu memahami maksud wasiat tersebut khususnya golongan muda yang sedang membina kerjaya dan keluarga. Definisi wasiat dari segi syarak bermakna sumbangan sesuatu hak yang hanya dilaksanakan selepas kematian. Dari sudut undang-undang, berdasarkan Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Wasiat merupakan ikrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apaapa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas kematian. Dalilnya disebut di dalam

Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud, “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hamper mati, jika dia meninggalkan harta, (maka wajiblah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.” Walaupun ayat kewajiban berwasiat telah dimansuhkan dengan adanya ayat-ayat pembahagian faraid iaitu di dalam Surah An-Nisa, namun di situ adanya kepentingan juga dalam kita merancang harta melalui instrumen wasiat. Ini ada dinyatakan di dalam Surah An-Nisa ayat 11 yang bermaksud,”(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.” Golongan anak muda masa kini kurang merancang harta melalui instrumen wasiat ini kerana beranggapan tiada keperluan lagi. Beberapa alasan mereka tidak mahu berwasiat kerana tidak mempunyai harta yang banyak sama ada dalam bentuk aset tak alih atau aset alih. Hakikatnya mereka mempunyai harta tersebut seperti kereta, motosikal, duit simpanan, saham dan takaful. Cuba kita bayangkan risiko yang bakal kita hadapi jika menuju ke tempat kerja, lebih-lebih lagi yang menaiki motosikal. Apabila berlaku kemalangan dan kematian semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang kerja. Bagaimana nasib anak-anak kecil kita yang berada di taska, tadika dan sekolah jika kita

tidak merancang atau meninggalkan pesanan. Maka kita bimbang-bimbang hak anak-anak kita dinafikan oleh waris-waris yang lain kerana tiada pelantikan Wasi melalui wasiat. Namun begitu, ada juga yang tidak mahu berwasiat kerana mungkin kosnya yang begitu tinggi. Ini kerana ada agensi-agensi yang menawarkan perkhidmatan wasiat dengan mengenakan kos yang terlalu tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh anakanak muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Bahagian Harta Baitulmal ada menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat dengan harga yang berpatutan dan munasabah iaitu sebanyak RM300. Pihak MAIS tidak mengenakan caj penyimpanan atau komitmen bulanan. MAIS mempunyai bidang kuasa di bawah Seksyen 5 (4), Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah. Maka dengan peruntukkan yang sedia ada, MAIS menongkah arus dalam membantu masyarakat dalam pengurusan harta Islam selepas ketiadaan pewasiat. Kebanyakan masyarakat kita apabila berlaku kematian, waris-waris bimbang bersuara untuk membincangkan harta pusaka simati disebabkan bimbang dituduh sebagai gila harta pusaka. Apabila tiada

waris-waris yang bersuara maka harta pusaka tersebut berlalu begitu sahaja dan akan menyebabkan pewarisan berlapis yang banyak, akhirnya harta pusaka menjadi harta yang terbiar. Oleh yang demikian, betapa pentingnya melantik MAIS sebagai Wasi melalui penulisan wasiat untuk membantu waris-waris dalam menguruskan harta kita selepas ketiadaan kita. Di antara tanggungjawab Wasi iaitu memegang amanah, menjaga kerahsiaan wasiat yang ditulis, melaksanakan tugas sebaik sahaja berlaku kematian pewasiat, memelihara kepentingan pewasiat dan benefisiari, dan menjadi pemudah cara yang menjaga keharmonian antara benefisiari dan ahli waris. Kesimpulannya, anak muda yang baru membina kerjaya dan baru mendirikan rumah tangga perlu merancang harta melalui instrumen wasiat demi memastikan waris yang ditinggalkan tidak dinafikan haknya atau terabai. Pelbagai kes penafian dan perebutan harta pusaka di kalangan waris-waris telah terpapar di media cetak mahupun elektronik. Maka orang muda perlu serius memahami kepentingan wasiat dan mencari maklumat berkenaannya. Amatlah malang jika golongan muda tidak merancang, seolah-olah kita telah merancang kegagalan. Jangan biarkan isteri dan anak-anak kita dinafikan haknya semasa ketiadaan kita. Semoga Allah memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat. Edisi


6

MIMBAR MUFTI Edisi | 9/2018

Fatwa Pemikiran

Liberalisme Dan Pluralisme Agama Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: www.muftiselangor.gov.my

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 67 31hb Julai 2014 TAMBAHAN No.14 No.16 PERUNDANGAN Sel. P.U. 28. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 FATWA DI BAWAH SESKYEN 47 MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu. ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003 FATWA UNDER SECTION 47 PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment.

JADUAL/SCHEDULE FATWA PEMIKIRAN LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA 1. SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. 2. Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas. 3. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak. 4. Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam. Bertarikh 17 Julai 2014 Dated 17 July 2014 [MAIS/SU/BUU/01- 2/002/2013 - 3(4); P.U. Sel. (ADV) PS 05/4/12] Dengan Titah Perintah/ By Command DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

Gambar hiasan


ARTIKEL KHAS 9/2018 | Edisi

7

KE ARAH MEREALISASIKAN MAQASID AL-SHARIAH Yusuf Al-Qaradawi (1926-Sekarang)

Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS Sumber: Kompendium Maqasid Al-Shariah, Institut Darul Ehsan

T

okoh fiqh terkenal, Yusuf al-Qaradawi pula terkenal sebagai salah seorang ilmuwan kontemporari yang sangat mengambil berat akan Maqasid al-Shariah dalam penulisan berkaitan fiqh dan fatwa karangannya. Semasa menyatakan perhatiannya yang diberi sejak sekian lama terhadap perbincangan Maqasid al-Shariah, beliau menyebut antara faktornya ialah perkara berikut: • Penghayatannya terhadap alQuran yang menjelaskan alasan dan hikmah di sebalik ayat-ayat berkaitan penciptaan dan hukumhakam. • Penalaran induktif terhadap hukumhakam yang mengandungi kebaikan di dunia dan akhirat. • Pembacaan karya para tokoh yang memberi perhatian terhadap Maqasid al-Shariah seperti Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, Abu Ishaq al-Shatibi, Waliyullah alDihlawi, Muhammad Ibrahim al-Wazir dan Muhammad Rashid Reda. • Menerusi pembelajaran dan perbincangan dengan para ilmuwan yang memberi perhatian terhadap Maqasid al-Shariah. Antara mereka ialah Mahmud Shaltut, Muhammad Abdullah Diraz, Muhammad Yusuf Musa, Muhammad Abu Zahrah, Abd Al-wahhab Khallaf, Ali alkhafif, Mustafa Shalabi dan lainlain. Beliau seterusnya menyatakan dengan berterus terang bahawa kepercayaannya dengan Fiqh alMaqasid memberi kesan terhadap

pemikiran, ijtihad dan pentarjihan menerusi buku, fatwa dan ucapanucapannya (al-Qaradawi, 13-11: 2008) Kenyataan dan pengakuan tersebut merupakan hujah terkuat untuk menunjukkan bahawa Maqasid alShariah mempunyai kesan besar dalam penulisan dan pemikiran beliau. Selain itu, penyaksian para tokoh lain sezaman dengannya merupakan hujah sokongan untuk menyenaraikan alQaradawi sebagai salah seorang tokoh paling signifikan dalam menerapkan Maqasid al-Shariah dalam penulisan dan karyanya. Abdullah bin Bayyah menyifatkan fiqh Yusuf al-Qaradawi dengan ungkapan ringkas dan padat: “Sebahagian orang menyatakan bahawa Sheikh Yusuf alQaradawi itu sering memberi rukhsah dan meluaskan (mempermudah dalam fatwa dan pandangan fiqh). Ini merupakan bukti akan fiqhnya. Apabila beliau memberi rukhsah dan mempermudah, beliau menyediakan parameter. Apabila beliau menyempit dan mengetatkan (dalam memberi pandangan dan fatwa), beliau menyediakan jalan keluar” (Bin Bayyah, 2004: 1/87). Sementara itu, Abd al-Azim al-Dib yang terkenal sebagai peneliti manuskripmanuskrip karangan al-Juwayni menyatakan: “Al-Qaradawi memberi penekanan kepentingan mengetahui Maqasid alShariah kepada para penuntut dan pengkaji ilmu shariah. Beliau sering memberi penekanan akannya dan menyeru ke arah pemahaman Maqasid al-Shariah. Dalam banyak bicaranya, beliau sering menyebut ungkapan Ibn

Gambar hiasan

al-Qayyim: “Sesungguhnya shariah itu binaan dan asasnya ialah berdasarkan hikmah maslahah para hamba”’ sehinggakan jika aku berkata bahawa kebanyakan orang yang mengulangulang ungkapan ibn al-Qayyim itu pada hari ini dan berhujah dengan unggkapan itu tidak mungkin mengenalinya dan sampai kepada sumbernya kalau bukan kerana mereka mengambilnya dari al-Qaradawi. Kalau aku berkata sedemikian, aku tidaklah berlebihan...” (Bin Bayyah. 2004: 1/433) Pandangan Abd al-Azim al-Dib itu boleh difahami bahawa al-Qaradawi yang amat mengambil berat tentang Maqasid al-Shariah, selain kecintaannya terhadap Ibn al-Qayyim. Ungkapan penuh mendalam dan bijaksana daripada Ibn al-Qayyim itu bukan sahaja sering diungkapkan beliau dalam ucapan dan penghujahannya, malah al-Qaradawi juga kerap berhujah dengan kata-kata tersebut dalam banyak penulisannya. Selain itu, Mustafa al-Zarqa yang juga guru al-Qaradawi semasa menyebut tentang kepentingan Fiqh al-Awlawiyyat (fiqh keutamaan) yang menjadi antara keistimewaan alQaradawi, beliau berkata: Al-Qaradawi, semoga Allah memberkatinya, cemerlang dengan kefahamannya yang mendalam

akan fiqh realiti sosial, ekonomi dan kepolitikan, atau Fiqh al-Awlawiyyat sebagaimana beliau sendiri katakan dalam sebahagian karangannya yang bernilai. Menerusi Fiqh al-Awlawiyyat, seseorang ilmuan yang berdiri dengan tugas membimbing dan memberi fatwa mampu membezakan antara terasteras Islam dan cabang-cabangnya, antara perkara yang bersifat kulliy dan juziy antara perkara yang terpenting dan perkara yang penting...” (Bin Bayyah, 2004: 1/43). Ahmad al-Raysuni pula dalam salah satu eseinya menyatakan bahawa: “Aku tidaklah melampau jika aku berkata bahawa: Ciri utama dan asasi dalam fiqh al-Qaradawi ialah pemeliharaan maqasid dan dominasi sifat yang berasaskan maqasid ke atas fiqhnya” (Bin Bayyah, 2004: 1/111) Perhatian al-Qaradawi juga terhadap Maqasid al-Shariah juga sangat jelas dalam banyak karangannya, bahkan ini diakuinya sendiri dengan menyebut sejumlah karangannya seperti al-Madkhai li dirasah al-Shariah al-Islamiyyah, Kayf Nata’amal ma’a al-quran alAzim, Kayf Nata’amal Ma’a alSunah al-Nabawiyyah, al-Siyasah al-Shariyyah fi Dauw’ Nusus alShariah wa Maqasidiha dan lain-lain (al-Qaradawi, 14-13: 2008). Edisi


8

SOLUSI ISLAM Edisi | 9/2018

Mengenali

AJARAN SESAT

Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Imam al-Shafie (m.204 Hijrah) pernah berkata, “ Jika kamu melihat seseorang boleh terbang di udara, dan boleh berjalan di atas air, jangan kamu tertipu dengannya sehingga kamu mengukur peribadi dan amalannya dengan pertimbangan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah.” Pernyataan Imam al-Shafie menggambarkan bahawa sebilangan manusia sangat mudah terpengaruh dengan keajaiban dan perkara-perkara pelik dan ganjil yang mampu dilakukan oleh seseorang manusia lain, lantas mengangkatnya sebagai guru. Padahal tanpa disedarinya, individu yang diagung-agungkan itu mengamalkan ajaran sesat.

Y

a! Faktor kehebatan dan ‘karamah’ seorang guru mampu mengaburi pandangan mata para pengikutnya lantas membina tembok taksub yang sukar dirobohkan. Sedangkan perkara-perkara ganjil itu tidak semestinya tergolong dalam ‘karamah’ para wali, tetapi juga boleh terjadi dengan perantaraan sihir yang didampingi jin dan syaitan. Justeru, standard piawaian yang diletakkan oleh Imam al-Shafie adalah cukup jelas, iaitu seseorang guru, sehebat mana sekalipun, sekiranya melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak, maka guru tersebut pastinya bukan seorang guru mursyid yang layak untuk diikuti. Contohnya, apabila seorang guru sesuatu kumpulan mengaku dirinya adalah Tuhan! Sudah pastinya, akal yang waras akan menolak dakwaan ini kerana mustahil manusia seperti mereka yang terdedah kepada kesakitan dan kematian boleh menjadi Tuhan. Sesungguhnya, dakwaan pelik ini tertolak dengan mudah tanpa perlu kepada penelitian dan rujukan kepada para alim ulama. Demikian juga, individu yang mendakwa dirinya dilantik oleh Allah sebagai nabi bagi mewakili kelompok tertentu atau negeri tertentu, nescaya dakwaannya itu secara terangterangan adalah suatu pembohongan yang nyata. Ini adalah kerana, dalam ayat 40 surah al-Ahzab, secara jelas menegaskan bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhiwasallam adalah nabi akhir zaman dan tidak ada lagi rasul dan nabi setelah kewafatan Baginda. Dakwaan yang mirip dengan dakwaan ini, adalah dakwaan seseorang tokoh mana-mana kumpulan yang mengaku bahawa kononnya dia menerima wahyu dari Tuhan. Sedangkan wahyu disampaikan oleh malaikat Jibril, dan berakhir setelah kewafatan Rasulullah

sallallahu ‘alayhiwasallam. Para pengikut ajaran ini seharusnya berfikir secara logik, bagaimana guru mereka boleh mendakwa menerima wahyu, sedangkan para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhiwasallam yang jauh lebih mulia serta dijamin syurga, tidak seorang pun mereka mendakwa pernah mendapat wahyu dari Allah. Selain itu, kenyataan yang lazimnya dilakukan oleh tokoh-tokoh kumpulan ajaran sesat adalah mendakwa dirinya Imam Mahdi yang dibangkitkan sebagai penyelamat umat pada akhir zaman. Dakwaan ini dapat dikesan pembohongannya secara jelas apabila kita meneliti ciri-ciri Imam Mahdi yang dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhiwasallam dalam hadis-hadis baginda. Antara ciri-ciri utama Imam Mahdi yang dinyatakan dalam hadis baginda ialah beliau berketurunan Arab Quraisy. Justeru adalah sangat melucukan apabila terdapat individu berbangsa Melayu dan tidak mengerti Bahasa Arab, bahkan jahil dalam asasasas agama tergamak mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Ajaran sesat juga boleh dikesan dengan dakwaan ganjil dari para gurunya. Contohnya seseorang guru mendakwa boleh menguasai jin dan berupaya mengarahkan mereka mengikuti arahannya dan menundukkan binatang buas di hutan belantara. Sedangkan kelebihan ini hanya diberikan kepada Nabi Sulaiman ‘alayhissalam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim menyatakan perkara berikut, di mana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhiwasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jin Ifrit telah muncul di hadapanku secara tiba-tiba pada malam tadi, Allah telah membantuku menguasainya. Aku ingin mengikatnya di salah satu tiang di antara

tiang-tiang masjid sehinggalah menjelang waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Tetapi aku kemudiannya teringat kepada perkataan saudaraku Nabi Sulaiman yang pernah berdoa: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku, dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh sesiapa pun setelahku”. Maka aku pun melepaskan (Jin Ifrit itu) pergi dengan hinanya.” Jelas, hadis ini memberi gambaran bahawa mana-mana invidividu yang mendakwa boleh menguasai jin sebenarnya sedang melakukan pembohongan yang nyata untuk mempengaruhi manusia mengikutinya. Terdapat juga kumpulan ajaran sesat yang mudah dikenali dengan meneliti amalan-amalan yang dilakukan oleh mereka yang jelas bertentangan dengan amalan-amalan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Contohnya terdapat program anjuran sebuah kumpulan supaya berzikir dalam keadaan bertelanjang, kononnya sebagai latihan untuk menghadapi suasana Padang Mahsyar di mana manusia dibangkitkan dalam keadaan tidak berpakaian. Menurut guru ajaran ini, latihan untuk membiasakan diri dengan suasana ini seharusnya dimulakan ketika masih hidup di dunia lagi. Antara contoh lain ialah mendakwa bahawa amalanamalan yang dilakukan oleh umat Islam seperti solat, puasa dan rukun-rukun

Islam yang lain telah dimansuhkan. Dakwaan-dakwaan sebegini jelas bertentangan dengan syariat dan tidak masuk akal, tetapi malangnya, terdapat segelintir umat Islam yang terpengaruh dengan ajaran ganjil seperti ini. Selain itu, antara ciri-ciri ajaran sesat yang boleh dikenalpasti ialah perbuatan ahli kumpulan mereka yang mencerca para ulama dan tokoh-tokoh Muslim terdahulu, khususnya para sahabat radiaallahu ‘anhuma, antaranya Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab radiaallahu ‘anhuma. Bahkan mereka tergamak mencaci-maki isteri-isteri Baginda yang sepanjang hidup berkhidmat dengan seluruh jiwa raga mereka kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhiwasallam. Golongan sebegini sudah pastinya tersesat dari landasan yang benar kerana adalah mustahil Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhiwasallam meredhai dan memperakui mana-mana golongan yang mencela sahabat-sahabat dan isteri-isteri baginda. Justeru, umat Islam di Malaysia perlu memantapkan aqidah masing-masing berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam. Hadirlah ke kelaskelas agama dan dengarlah ceramahceramah agama yang disampaikan oleh penceramah yang telah mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam negerinegeri. Ini kerana, penelitian, proses saringan dan ujian yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sebelum sesuatu tauliah dikeluarkan adalah bagi memastikan penceramah yang ditauliahkan berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak sesat atau menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Seterusnya, kaedah yang dikemukakan oleh Imam al-Shafie adalah sangat penting untuk difahami supaya umat Islam boleh menilai dakwaan-dakwaan batil individuindividu yang memimpin ajaran sesat. Di samping itu, umat Islam di Malaysia seharusnya peka dengan fatwa negerinegeri di Malaysia yang mewartakan ajaran-ajaran yang didapati sesat dan menyeleweng dari pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Edisi

Gambar hiasan


JAKESS 9/2018 | Edisi

9

Gambar hiasan

SS lwn MFA Rayuan Pengesahan Lafaz Cerai di bawah seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 Susunan oleh: Siti Zurinah Binti Zainal Abidin (zurinah@mais.gov.my) Sumber: www.jakess.gov.my

Fakta Kes Responden telah menfailkan tuntutan pengesahan cerai luar mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat melalui kes no. XXXX. Tuntutan Responden adalah berkaitan 2 lafaz berikut: Pada 27/2/2015, Responden melafazkan “Kalau ko keluar dari rumah ini, aku ceraikan ko dengan talak 3”. (Lafaz Pertama) Pada 28/2/2015, Responden melafazkan “ Fine, kita cerai talak 3” (Lafaz Kedua) Perayu di dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) menyatakan bahawa lafaz kedua pada 28 Februari 2015 merupakan respon Responden apabila mendengar jawapan Perayu bila ditanya sama ada Perayu keluar dari rumah pada 27 Februari 2015 ataupun tidak di mana Perayu menjawab ‘ya’. Sedangkan jawapan tersebut adalah bohong dan Perayu sama sekali tidak keluar daripada rumah pada 27 Februari 2015 kerana bimbang melanggar takliq Responden. Perayu juga berhujah di Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) bahawa lafaz pada 28 Februari 2015 bukanlah satu lafaz baru bahkan ianya berkaitan dengan lafaz pada 27 Februari 2015. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di dalam keputusannya memutuskan bahawa lafaz pertama Responden pada 27 Februari 2015 adalah lafaz takliq yang sah, namun talaq tidak berlaku kerana tidak dilanggar oleh Perayu. Manakala lafaz kedua pada 28 Februari 2015 adalah satu

lafaz yang sah dan tidak berkaitan dengan lafaz pertama, justeru sabitnya gugur talak 3 terhadap Perayu melalui lafaz tersebut. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) pula di dalam penghakiman rayuannya memutuskan bahawa lafaz pertama Responden pada 27 Februari 2015 adalah lafaz takliq yang tidak sah dan tidak berlakunya talak melalui lafaz tersebut. Manakala Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) sependapat dengan Hakim MRS Hulu Langat bahawa lafaz kedua adalah sah dan tidak berkaitan dengan lafaz pertama. Oleh itu keputusan sabitnya gugur talak 3 terhadap Perayu adalah dikekalkan. Kitab yang dirujuk 1. Syeikh Muhammad bin Sholeh Al-Uthaimin, Kitab al-Syarh al-Mumthi’, Juzuk 13. Undang - undang yang dirujuk 1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 61 (3) (b) (i). 2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 2, s. 4, s. 57. 3. Arahan Amalan No.8 Tahun 2007 (Amalan Perceraian Takliq) Keputusan Setelah kami meneliti Alasan Rayuan dan Hujahan Perayu, kami sebulat suara memutuskan: 1. Rayuan Perayu diterima.

2. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) di dalam kes no. XXXX pada 3 Mei 2016 dan Perintah Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di dalam kes no. XXXX pada 29 Jun 2015 adalah diketepikan. 3. Mahkamah ini mengesahkan bahawa tidak berlaku perceraian di antara Perayu dan Responden melalui lafaz yang diadukan. ULASAN KES SS lwn MFA (Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai) Permohonan pengesahan lafaz cerai ke Mahkamah Syariah boleh dipohon kerana termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui peruntukan seksyen 61 (3) (b) (i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Suami atau isteri atau kedua-duanya boleh memfailkan permohonan ini. Sekiranya pihak ketiga yang mengetahui berkenaan lafaz tersebut, bolehlah pihak ketiga tersebut mengadu kepada Mahkamah atau memujuk sama ada suami atau isteri yang terlibat untuk datang ke Mahkamah Syariah dan membuat permohonan pengesahan lafaz cerai. Menurut seksyen 57 (1) Enakmen UndangUndang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq (cerai) di luar mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq tersebut, melaporkan ke Mahkamah Syariah. Edisi


10

NGO-i Edisi | 9/2018

Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS Sumber: https://www.amanpalestin.net/ PENGENALAN AMAN PALESTIN Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keprihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. VISI NGO Malaysia yang pertama dalam mendapatkan dana dan menyediakan bantuan kepada Palestin dengan matlamat utama untuk membebaskan Al-Aqsa. MISI 1. Menerapkan kesedaran dan keinsafan di dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai satu rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini. 2. Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin dan sekitarnya untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, di samping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan. 3. Menyokong segala usaha untuk mengembalikan hak syar’ie yang sah bagi rakyat Palestin ke arah mendapatkan semula tanah air mereka yang dirampas.

OBJEKTIF Antara matlamat utama ialah: 1. Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin. 2. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan. 3. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara. 4. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO. 5. Merancang aktiviti secara bersepadu. 6. Menganjurkan siri-siri forum perbincangan. 7. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am. Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh hubungi maklumat berikut: AMAN PALESTIN No.1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan Tel : 03 89267019 Faks : 03 89259963 E-mel : office@amanpalestin.net E-mel : amynadiamohdnor@gmail.com Edisi


BERITA MAIS 9/2018 | Edisi

11

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

MAIS Buka Kaunter Perkhidmatan Harta Baitulmal di PKNS, Shah Alam

S

HAH ALAM 3 Ogos – MAIS telah membuka kaunter perkhidmatan di Pameran Koleksi Hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diadakan di kompleks PKNS. Pameran yang bermula pada 3 hingga 11 Ogos itu memberi peluang kepada pengunjung yang datang untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS antaranya adalah perkhidmatan Wasiat, Hibah, Faraid, Wang Tidak Patuh Syariah dan khidmat runding cara secara percuma berhubung perkhidmatan Harta Baitulmal. Pembukaan kaunter pameran ini melibatkan Bahagian Harta Baitulmal melalui Unit Pemasaran dan Unit Amanah. Diharap dengan adanya pameran seperti ini dapat menjadi medan kepada orang awam untuk mengenali MAIS dengan lebih dekat di samping memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada masyarakat berhubung pengurusan Harta Baitulmal. Edisi

Program Pre Auditan Sistem Pengurusan Kualiti Ms Iso 9001:2015 Dan Ms 1900:2014 (Syariah) Mais

S

HAH ALAM 6 Ogos - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjalankan Program Pre Auditan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 (Syariah) MAIS di setiap Bahagian MAIS bermula pada 6 Ogos 2018 (Mesyuarat Pembukaan) sehingga 13 Ogos 2018 (Mesyuarat Penutup Audit).

Program Pre Auditan selama seminggu ini sebagai langkah persediaan MAIS bagi menghadapi auditan yang sebenar daripada pihak SIRIM yang akan diadakan pada bulan Oktober 2018. Antara skop bahagian MAIS yang terlibat dalam program Pre Auditan ini adalah Pengurusan Hartanah, Pendaftaran Muallaf, Pengurusan Aduan Awam dan

Perolehan. Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 (Syariah) MAIS merupakan tanda aras di peringkat antarabangsa untuk sistem pengurusan kualiti dan diberikan oleh International Organisation for Standardisation (ISO). Ia menetapkan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan menyediakan rangka kerja bagi mewujud, menyimpan dan mengekalkan sistem pengurusan kualiti yang efektif dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan keperluan kualiti. Bagi Mesyuarat Pembukaan Audit dan Mesyuarat Penutup Audit turut dihadiri oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Edisi

MAIS Laksana Ibadah Korban Sempena Aidiladha 1440H

MAIS Terima Bayaran Dividen Dari TERAS

S

HAH ALAM 14 Ogos - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima bayaran dividen daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) iaitu anak syarikat MAIS berjumlah RM16,719.00. Bayaran dividen tersebut adalah sebanyak 10% berdasarkan keuntungan yang diperolehi oleh TERAS. TERAS telah mencatat keuntungan bagi akaun korporat berdasarkan penyata

kewangan TERAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Penyampaian sumbangan cek disampaikan oleh Dato’ Ibrahim bin Md Yusof, Pengerusi TERAS kepada Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Sementara itu, pada majlis yang sama, TERAS juga menyerahkan sumbangan wakaf melalui Sahabat Wakaf Korporat berjumlah RM23,834.00. Edisi

S

HAH ALAM 25 Ogos – MAIS melalui Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS telah melaksanakan ibadah korban dengan mengadakan Program Ibadah Korban di Bangunan Sultan Idris. Dalam prog ram ini menyaksikan sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor (JMS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Negeri Selangor (JAPES) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan agihan daging diberi kepada warga kerja bangunan Sultan Idris Shah dan orang awam. MAIS juga turut menyumbang 5 ekor kambing kepada anakanak pegawai MAIS yang layak bagi yang belum membuat majlis akikah mengikut kuota yang ditetapkan. Ibadah korban ini dilaksanakan secara gotong royong oleh warga kerja

Bangunan Sultan Idris Shah yang terlibat secara langsung dari segi penyembelihan, pemotongan dan juga agihan daging korban. Ibadah korban ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawaipegawai MAIS dengan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah. Melalui program seperti ini, diharapkan warga kerja MAIS dapat menjalankan ibadah korban yang dituntut

dalam Islam dengan sempurna. Selain itu, program ini juga dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dan mewujudkan ukhwah sesama insan di kalangan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah. Majlis telah dihadiri Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Haji Haris bin Kasim, Pengarah JAIS dan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah. Edisi


12

BERITA MAIS Edisi | 9/2018

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

101 Penerima Terima Surat Pelantikan Pendaftar Sekolah Islam Negeri Selangor

Kunjungan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Janm) Ke Majlis Agama Islam Selangor (Mais)

S S

HAH ALAM 9 Ogos – Seramai 101 orang penerima di kalangan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Nazir Sekolah Islam Negeri Selangor telah menerima surat pelantikan pendaftar sekolah-sekolah Islam di negeri Selangor. Daripada 101 penerima, 1 orang adalah Pendaftar, 5 orang penerima adalah

Timbalan Pendaftar dan 95 orang penerima di kalangan Nazir Sekolah Islam negeri Selangor. Surat pelantikan disampaikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS diiringi oleh Dato’ Haris bin Kasim, Pengarah JAIS. Majlis ini merupakan kerjasama antara Bahagian Kawalan Anak Syarikat dan Agensi MAIS, Sektor

Pengurusan Korporat MAIS dengan Bahagian Pendidikan JAIS. Dalam pada itu, pada majlis yang sama turut diadakan Taklimat Bidang Tugas dan Tanggungjawab Pendaftar dan Nazir Sekolah Islam yang disampaikan oleh Cik Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Penasihat Undang-Undang MAIS. Edisi

HAH ALAM 30 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang diketuai oleh Dato’ Zamimi bin Awang, Timbalan Akauntan Negara Malaysia. Dalam kunjungan tersebut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah membentangkan

Pelan Pembangunan Piawaian Perakaunan Islam Wakaf, Zakat dan Baitulmal. Kunjung an ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut hadir wakil daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), wakil Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan wakil Jabatan Mufti Selangor (JMS). Edisi

Program Tafaqquh Pegawai Syariah Siri 3/2018

Program CSR AKRAB - JAKESS

hah Alam, 11 Ogos 2018. Seramai 45 orang Pegawai Syariah JAKESS telah menyertai Program Tafaqquh Pegawai Syariah Siri 3/2018 yang telah diadakan di Dewan Muktamar, JAKESS. S.S. Dato’ Dr Anhar Bin Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor telah dijemput sebagai pembimbing

Ogos 2018 - JAKESS melalui AKRAB telah mengadakan program CSR bertempat di Sekolah Kebangsaan Kluster Kecemerlangan Sri Langat, Banting. Seramai 25 orang ahli AKRAB JAKESS telah berjaya menghadiri program kemasyarakatan bersama pelajar pendidikan khas

S

di dalam sesi bacaan kitab dengan memfokuskan pada perbahasan dan isu-isu yang berkaitan dengan Hibah. Program Tafaqquh Pegawai Syariah JAKESS siri 3/2018 telah ditangguhkan pada jam 1.30 petang dan akan disambung bagi siri yang keempat pada masa yang akan datang. Edisi

Seminar Pengendalian Kes di Mahkamah Syariah yang Melibatkan Gangguan Mahkluk Halus

S

hah Alam, 14 Ogos 2018 - Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) dengan kerjasama JAKESS telah menganjurkan Seminar Pengendalian Kes di Mahkamah Syariah yang Melibatkan Gangguan Mahkluk Halus pada 4 dan 5 Julai 2018 bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS dengan objektif untuk memberikan penjelasan tentang isu-isu pengurusan kes yang melibatkan gangguan makhluk halus terutama kes-kes di Mahkamah Syariah dan memberikan pendedahan umum tentang gangguan makhluk dan kaedah alternatif rawatan perubatan Islam di Malaysia. Edisi

3

sekolah tersebut. Program ini telah memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar tersebut untuk mengenali dan mendekati masyarakat luar seterusnya mendidik ahli AKRAB JAKESS untuk sama-sama memahami pelajar pendidikan khas sekolah tersebut. Tahniah diucapkan kepada AKRAB JAKESS. Edisi


BERITA MAIS 9/2018 | Edisi Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

Majlis Perhimpunan Jabatan Kali Ke-5 & Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2018

Lembaga Zakat Selangor

Lzs Terima Kunjungan Universiti Srnakharinwirot

S S

hah Alam 20 Ogos 2018 - Pada 17 Ogos 2018, JAKESS telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Jabatan kali ke - 5 bagi tahun 2018 di Dewan Muktamar, Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor. Majlis yang telah dihadiri seramai lebih kurang 150 orang warga kerja JAKESS juga dianjurkan sempena Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018 dan Garis

Panduan Etika Berpakaian dan Penampilan JAKESS yang telah disempurnakan oleh YAA Tuan Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor. Dalam majlis yang sama, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah dijemput untuk memberikan ceramah kesedaran bahaya penyakit kanser serta pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta yang hadir. Edisi

Lawatan Dari Delegasi Turki ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

S

hah Alam, 21 Ogos 2018 - Pihak JAKESS telah menerima lawatan dari delegasi Turki bagi melihat dan mengenali dengan lebih dekat mengenai perundangan dan kehakiman Syariah di

Malaysia khususnya di negeri Selangor. Delegasi tersebut terdiri daripada Gabenor Turki, peguam, pelajar serta pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Edisi

13

HAH ALAM, 18 September 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima kunjungan daripada Pusat Kajian Sosial, Universiti Srnakharinwirot, Chiang Mai, Thailand d i k e t u a i o l e h Ke t u a Penyelidik, Dr. Roostum Vansu bersama empat orang wakil pensyarah kanan. Tujuan kunjungan kali ini bagi berkongsi pandangan dan

maklumat berkaitan urus tadbir pengurusan kutipan dan agihan zakat di Selangor khasnya dan Malaysia amnya. Di samping itu, kunjungan tersebut turut meninjau peluang kerjasama ke arah memperkukuhkan lagi institusi zakat di Thailand. LZS merakamkan ucapan

terima kasih kepada pihak PPIM atas keprihatinan mereka mengaturkan pertemuan ini dan berharap kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada institusi zakat di Thailand. Edisi

Pertubuhan Peladang Serah Zakat Perniagaan

S

HAH ALAM, 19 September 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan daripada

Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) berjumlah RM48,554.55 yang diadakan dalam satu majlis bertempat di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri

Selangor (PKPS). PPNS diwakili oleh Pengerusi Ahli Lembaga Jemaah PPK Selangor, Dr. Abdul Razak Kasbollah menyerahkan bayaran zakat per niagaan bagi tahun berakhir 2017 kepada wakil LZS. LZS mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhir kepada PPNS kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam. Edisi

LZS Terima Kunjungan Yayasan Badan Wakaf Sultan Agung

S

HAH ALAM, 25 September 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima kunjungan daripada Yayasan Badan Wakaf Sultan Agung, Universitas Islam, Indonesia (UNISSULA) yang diwakili seramai empat orang pensyarah daripada Jabatan Undang-undang Islam, Fakulti Pengajian Islam. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah diberi taklimat berkaitan pengurusan zakat terutamanya dari segi pengagihan zakat di Selangor. Di samping itu, pertemuan kali ini bagi meninjau peluang

kerjasama untuk tujuan pembangunan pembelajaran di sana. LZS merakamkan ucapan terima kasih dan berharap

kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada pelajarpelajar di Universitas Islam, Indonesia. Edisi


14

CELIK JAWI Edisi | 9/2018

‫ري�كسن خطبة جمعة‬

"�‫"كواجيڤن ممباير هوت‬ ‫ بها�ين كومونيكاسي كورڤورت‬:‫سوسونن اوليه‬ ‫ماءيس‬ ‫ بها�ين ڤ�وروسن مسجد‬،‫ اونيت خطبة‬:‫سومبر‬ ‫جابتن ا�ام اسﻼم سﻼ�ور‬

‫برهوتڠ مروڤاكن ساتو بنتوق معاملة يڠ‬ ‫دسدياكن اوليه شريعة إسﻼم كڤد ڤڠانوتڽ باڬي‬ ‫ ببراڤ‬.‫ممودهكن اوروسن كهيدوڤن مريك‬ ‫شرط دلتقكن اوليه ڤارا علماء كڤد ڤڠهوتڠ دان‬ ‫ڤميوتڠ سوڤاي كموداهن يڠ دبريكن اوليه إسﻼم‬ ‫ إسﻼم مڠڠڬڤ هوتڠ‬.‫اين تيدق دسالهڬوناكن‬ ‫مروڤاكن سواتو عملن يڠ دبنركن كتيك وجود‬ ‫ نامون إسﻼم تيدق‬.‫كڤرلوان دان كڤنتيڠن‬ ‫مڠڬالقكن برهوتڠ جك برتوجوان اونتوق‬ .‫ميواه‬-‫لينڠ دان برميواه‬-‫هيدوڤ برسنڠ‬ ‫ ماريله كيت مپدري تنتڠ ڤنتيڠڽ‬،‫اوليه ايت‬ ‫اونتوق ستياڤ اورڠ ممباير هوتڠ‬ ‫ اينديۏيدو دان‬،‫ باءيق كڤد نڬارا‬،٢‫ماسيڠ‬ ،‫ﻻﺀينڽ دمي منجاڬ كڤنتيڠن مشاركت‬-‫ﻻﺀين‬ .‫اڬام دان نڬارا‬ ‫اومت إسﻼم هندقله ميقيني بهاوا اورڠ يڠ‬ ‫سڠاج تيدق ممباير هوتڠ يڠ دبواتڽ اكن‬ ‫دتونتوت دان دڤرتڠڬوڠجوابكن د هادڤن ﷲ‬ .‫سبﺣانه وتعالى د أخيرة كلق‬

Ringkasan Khutbah Jumaat Ringkasan Khutbah Jumaat

“KEWAJIPAN MEMBAYAR HUTANG” “KEWAJIPAN MEMBAYAR HUTANG”

Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor

B

Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat erhutang merupakan satu bentuk muamalat yang disediakan oleh syariat Islam kepada penganutnya bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. MAIS Beberapa syarat diletakkan oleh para ulamak kepada penghutang dan Sumber: Unit Khutbah, Bahagian pemiutang supaya kemudahan yang diberikan oleh Islam iniPengurusan tidak disalahgunakan. IslamMasjid, menganggap hutang merupakan suatu amalanSelangor yang dibenarkan ketika Jabatan Agama Islam

wujud keperluan dan kepentingan. Namun Islam tidak menggalakkan berhutang jika bertujuan untuk hidup bersenang-lenang dan bermewah-mewah. Berhutang merupakan satuuntukbentuk Oleh itu, marilah kita menyedari tentang pentingnya setiap orang membayar hutang masing-masing, baik kepada negara, individu dan lain-lainnya muamalat yang disediakan oleh syariat demi menjaga kepentingan masyarakat, agama dan negara. Islam kepada penganutnya bagi Umat Islam hendaklah meyakini bahawa orang yang sengaja tidak membayar hutang yang dibuatnya akan dituntut dan dipertanggungjawabkan di hadapan memudahkan urusan kehidupan Allah SWT di akhirat kelak. mereka. Beberapa syarat Umat Islam hendaklah memahami bahawa berhutang diletakkan adalah satu bentuk muamalat dalam Islam yang mempunyai syarat-syarat yang wajib dipatuhi bagi oleh para ulamak kepada penghutang mengelak berlakunya tuntutan di akhirat nanti. Edisi

dan pemiutang supaya kemudahan yang diberikan oleh Islam ini tidak disalahgunakan. Islam SIRI BELAJAR JAWI menganggap (SIRI TIGA BELAS) hutang merupakan suatu amalan yang ‫اﻟﺮﺣﻤﻦ‬ ‫ﻧﻮراﻧﯿﺘﺎ ﺑﻨﺖ ﻋﺒﺪ‬ : ‫اوﻟﯿﮫ‬ dibenarkan ketika wujud keperluan dan (‫دﯾﻮان )ﺟﺎوي‬ ‫ﻣﻨﺸﻲ‬ kepentingan. Namun Islam tidak KAEDAH PENULISAN JAWI PADA PERKATAAN KATA JATI MELAYU. menggalakkan berhutang jika bertujuan DIFTONG ‘OI’ untuk hidup bersenang-lenang dan Setelah mengikuti dua kaedah penulisan bunyi diftong ‘ai’ dan ‘au’, pada siri kali ini bermewah-mewah. kita belajar bunyi diftong ‘oi’. Kaedah penulisan bunyi diftong “oi” boleh terjadi di awal, di tengah dan di akhir perkataan.

Cara penulisan bunyi diftong ‘oi’kita di awalmenyedari perkataan ialah dengan menulis bunyi u Oleh itu, marilah tentang terlebih dahului. Bunyi ‘u’ dipadankan dengan huruf menjadi ‘‫‘ او‬. Kemudian diikuti

pentingnya setiap orang ‫وي‬untuk ‘. Jadi padanan bunyi diftong oi di awal kata ialah “‫اووي‬membayar ’. Kaedah penulisan bunyi ‘oi’ awal katamasing-masing, ini terpakai juga untuk ejaan ‘ui’.baik hutang BIL VOKALnegara, ‘AU’ DI AWAL KATA kepada individu dan lain1. oidium ‫اووﯾﺪﯾﻮم‬ lainnya demi menjaga kepentingan 2. uir ‫اووﯾﺮ‬ 3. uit masyarakat, agama dan negara. ‫اووﯾﺖ‬

padanan bunyi ‘oi’ yang dieja ‘

4.

‫اووﯾﺲ‬

uis

Umat Islam hendaklah meyakini bahawa orang yang sengaja tidak membayar BIL DIFTONG ‘AU’ 1. boikot yang dibuatnya hutang akan dituntut ‫ﺑﻮﯾﻜﻮت‬ 2. doili ‫دوﯾﻠﻲ‬ dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Contoh bunyi diftong ‘oi’ di akhir perkataan ialah:

Contoh bunyi diftong ‘oi’ di tengah perkataan atau didahului oleh huruf konsonan ialah:

BIL DIFTONG ‘AU’

1. sekoi Islam Umat hendaklah memahami ‫ﺳﻜﻮي‬ 2. boroi ‫ﺑﻮروي‬ bahawa berhutang adalah 3. dodoi ‫دودوي‬ satu muamalat 4. bentuk ngongoi ‫ ڠﻮڠﻮي‬dalam Islam yang 5. baloi mempunyai syarat-syarat yang ‫ﺑﺎﻟﻮي‬ wajib dipatuhi bagi mengelak berlakunya tuntutan di akhirat nanti.

‫اومت إسﻼم هندقله ممهمي بهاوا برهوتڠ اداله‬ ‫ساتو بنتوق معاملة دالم إسﻼم يڠ ممڤوپاءي‬ ‫ يڠ واجب دڤاتوهي باڬي مڠيلق‬٢‫شرط‬ .‫برﻻكوڽ تونتوتن د أخيرة ننتي‬

1


IKON ASNAF 9/2018 | Edisi

15

Projek Selangor Prihatin

CERMIN RASA PRIHATIN SULTAN SELANGOR Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS Sumber: http://blog.zakatselangor.com.my/projek-selangor-prihatin-cermin-rasa-prihatin-sultan-selangor/

Lembaga Zakat Selangor (LZS) kekal komited untuk menjayakan projek Selangor Prihatin di Kampung Gong Jenarah Pasir Puteh, di sini merangkumi pembinaan rumah, infrastruktur, surau dan aktiviti penanaman cili sebagai sumber ekonomi.

M

enurut Officer In Charge LZS, Abdul Basith Hamid, projek tersebut yang bernilai RM10 juta adalah cerminan rasa prihatin Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ingin membantu rakyat di luar Selangor yang memerlukan. “Projek yang memakan masa lima tahun dan berakhir 2020 bukan sahaja menumpukan kepada pembinaan rumah untuk asnaf fakir dan miskin terlibat, malahan kita membantu dari sudut ekonomi. “Kita membantu para penerima bantuan untuk menaik taraf ekonomi mereka dengan menanam cili merah (cili untuk membuat sos), ” katanya sempena Lawatan Media & Stakeholder ke Desa Alam Shah Pasir Puteh Kelantan di sini baru-baru ini. Abdul Basith berkata, sebanyak 37 ekar tanah disediakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bagi memastikan Projek Selangor Prihatin menjadi kenyataan. Jelasnya lagi, sebanyak lapan ekar tanah didirikan petempatan dan selebihnya iaitu 28 ekar dijadikan tapak ladang cili. “Seramai 28 penduduk terlibat dan setiap orang diberi seekar tanah untuk diusahakan tanaman cili. “Penduduk juga menjalankan projek ikan puyu secara berkelompok di tapak ke-29 ekar dan ia menjadi projek inkubator yang mana mereka menerima sebuah rumah dan seekar tanah setiap seorang,” katanya. Beliau menambah projek cili tersebut adalah berdasarkan kontrak perladangan dengan Syarikat Nestlé (M) Sdn. Bhd. yang membolehkan hasil ladang dijual terus kepada syarikat tersebut. Mengulas lanjut beliau berkata, seorang pegawai LZS dan MAIK akan memantau perjalanan projek tersebut

dari pelbagai aspek termasuk sosial, pendidikan dan kesihatan. Sementara itu Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Dr. Haji Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi berkata, program Selangor Prihatin di Desa Alam Shah merupakan kerjasama bijak antara LZS dan MAIK dalam meningkatkan taraf hidup asnaf. “Di bawah program untuk asnaf di Desa Alam Shah kita berharap 28 peserta yang terlibat mampu berjaya keluar dari garis kemiskinan. Kita turut menyumbang perabot dan kelengkapan di dalam rumah peserta. “Walaupun setakat ini seorang yang berjaya dalam program tersebut, saya tetap menganggap ia suatu kejayaan. Justeru kita akan membantu mereka dengan memantau prestasi mereka dari masa ke semasa,” katanya dalam satu program berasingan di MAIK di sini. Nik Mohd. Azlan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai

agensi Kerajaan Negeri Kelantan untuk membantu para peserta yang terlibat untuk mendapat tapak bagi membolehkan mereka mengusahakan tanaman cili. Jelasnya lagi, beliau juga mensasarkan

agar selepas lima tahun setiap peserta mempunyai simpanan sebanyak RM100, 000 hasil usaha mereka sewaktu di Desa Alam Shah yang menjadi pusat latihan mereka. Edisi


16

KEMUSYKILAN UMAT Edisi | 9/2018

Perintah Faraid, Harta Pusaka dan Penyelesaian

Gambar hiasan

Oleh: Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, (indera@mais.gov.my) Pengurus Harta Baitulmal, MAIS SOALAN: Kenapa waris perlu mendapatkan perintah faraid? Saya seorang perempuan yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT. Bapa saya meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu kerana sakit kanser yang dialami. Arwah bapa meninggalkan saya, ibu tiri dan anak-anaknya yang masih kecil (perempuan, 7 tahun dan lelaki, 3 bulan). Ibu kandung saya telah meninggal dunia semasa saya berumur 12 tahun. Arwah bapa saya pula telah berkahwin dengan ibu tiri sejak 8 tahun yang lepas. Tetapi bapa saudara saya (abang arwah bapa) sejak dua minggu yang lalu mendesak saya menyerahkan akaun simpanan dan geran-geran tanah kerana dia menyatakan dia berhak ke atas harta arwah bapa saya. Ibu tiri mencadangkan saya supaya merujuk kepada pihak yang boleh membantu. Bagaimana saya perlu lakukan sekarang? Adakah bapa saudara saya berhak ke atas harta pusaka arwah bapa saya? JAWAPAN: Berdasarkan kedudukan di atas, sekiranya kedua-dua adik tiri itu adalah anak-anak kandung daripada arwah bapa dengan ibu tiri, maka mereka juga adalah waris kepada si mati (arwah bapa). Ini bermakna, bapa saudara (abang arwah bapa) adalah bukan waris sungguhpun darah daging kepada si mati. Bapa saudara terhijab oleh kerana si mati semasa meninggal dunia meninggalkan dua orang anak perempuan, seorang anak lelaki dan isteri (ibu tiri). Anak perempuan dan anak lelaki adalah waris asabah kepada si mati dan bapa saudara tidak berhak ke atas harta pusaka si mati. Inilah sebenarnya yang sering terjadi dalam masyarakat kerana: 1. Menganggap dirinya berhak sedangkan tidak berhak kerana tidak mengetahui ilmu faraid. 2. Menafikan anak lelaki yang masih kecil dan mengganggap mereka tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka si mati. 3. Menganggap dirinya lebih berhak kerana jasa dan bakti yang telah dicurahkan semasa si mati masih hidup berbanding dengan anak lelaki si mati yang baru berusia tiga bulan. 4. Menganggap waris-waris boleh dipermainkan dan diperbodohkan semata-mata kerana sikap tamak dan haloba. Kaedah pembahagian Bagaimana untuk mengetahui kaedah pembahagian harta pusaka berdasarkan undang-undang? Di Malaysia, apabila si mati meninggal dunia tanpa membuat sebarang wasiat, hibah atau meletakkan penama bagi harta tak alih dan harta alih seperti wang simpanan di Tabung Haji atau KWSP, maka secara automatik kesemua hartaharta tersebut akan dibekukan. Mana-mana waris atau saudara terdekat si mati tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pengeluaran, pindah milik dan jual beli harta tak alih si mati tanpa terlebih dahulu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) atau Mahkamah Tinggi Sivil mengikut nilaian harta si mati. Bagi si mati yang beragama Islam, sebelum proses permohonan bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir dibuat, permohonan bagi mendapatkan Perintah Faraid hendaklah dilakukan terlebih dahulu di Mahkamah Syariah bagi menentukan waris-waris yang berhak menerima harta si mati serta bahagian-bahagian mereka. Tindakan segera perlu diambil untuk menguruskan harta pusaka si mati tanpa bertangguh. Sikap suka bertangguh akan mengakibatkan pembahagian pusaka tergendala sekaligus memberi implikasi yang besar kepada ahli waris yang berhak khususnya kepada anak-anak kecil (sekiranya ada) yang memerlukan harta pusaka tersebut untuk kelangsungan hidup mereka. Perintah Faraid adalah satu akuan rasmi yang mengandungi maklumat tentang

waris-waris dan bahagian-bahagian yang berhak mereka perolehi ke atas harta pusaka selepas dibuat pengiraan faraid yang telah disahkan dan dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Waris-waris si mati hendaklah terlebih dahulu menunaikan kewajipan-kewajipan si mati mengikut syarak iaitu perbelanjaan penyelenggaraan jenazah, penunaian hutang, pembahagian harta sepencarian, penyempurnaan wasiat dan kemudian pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak. Perintah Faraid mampu untuk meminimumkan perkara-perkara negatif yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka daripada berlaku antaranya penipuan atau penyembunyian waris yang berhak, penganiayaan hak waris, manipulasi sesama ahli waris kerana di dalamnya tercatat butiran waris dan bahagian yang akan diterimanya yang mempunyai kesan dari sudut undang-undang. Justeru, pihak-pihak yang terlibat dengan permohonan Perintah Faraid hendaklah mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dengan teliti dan jujur serta memenuhi keperluan setiap prosedur tersebut untuk mengelak daripada berlaku penganiayaan terhadap waris-waris yang berhak akibat kecuaian, kejahilan dan ketidaktelusan semasa menguruskannya. Berdasarkan Seksyen 65, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan: “Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukana) orang-orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka itu; atau b) bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak, Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya, dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat Mahkamah Syariah itu tentang orang-orang yang berhak atau bahagian-bahagian itu.� Sediakan dokumen Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Perintah Faraid di Mahkamah Syariah 1. Notis Permohonan (Borang MS 3) Dan Afidavit 2. Salinan Kad Pengenalan/Passport Pemohon 3. Salinan Sijil Kematian / Permit Penguburan /Perintah Anggapan Mati Si Mati 4. Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan Waris-waris 5. Salinan Surat Perakuan Nikah / Ruju’ / Cerai 6. Salinan Dokumen Berkaitan Harta / Jumlah harta Edisi


ULASAN BUKU 9/2018 | Edisi

17

SINOPSIS BAHAN BACAAN DAN RUJUKAN TERPILIH PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS DAKWAH TAREKAT TASAWUF DI MALAYSIA: RELEVANSI DAN CABARAN

AURATKU MARUAHKU: MENJAWAB KEMUSYKILAN SI GADIS BERKAITAN PENGHIJRAHAN DAN SYARIAT BERHIJAB

CALL NO. : 297.7409595 DAK Buku ini menerangkan berkaitan dakwah tarekat tasawuf di malaysia berkaitan relevan serta cabarannya. Ilmu tasawuf dan tarekat kurang mendapat pendedahan kepada masyarakat secara mendalam. Isu ini selalu menjadi kekeliruan dan menjadi salah faham sejak sekian lama dalam masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan ilmu tasawuf dan tarekat ini sebagai ajaran sesat. Kehadiran buku ini, adalah salah satu usaha dalam membetulkan salah faham dan tanggapan negatif terhadap ilmu ini supaya masyarakat dapat memahami secara asas apa itu ilmu tarekat tasawaf dan tiada lagi suara-suara negatif keatas masyarakat sekeliling mereka yang mengamalkannya.

40 STRATEGI PERNIAGAAN CARA RASULULLAH SAW CALL NO. : 297.273 TRI Buku ini menerangkan 40 strategi perniagaan cara Rasulullah yang telah digarap dengan sempurna dengan bahasa yang mudah difahami. Melalui perniagaan kita akan beroleh keuntungan, tetapi jangan kita sesekali leka dengannya. Perniagaan itu juga sebagai ikhtiar, bahkan Rasulullah SAW menempatkan orang yang berniaga demi memenuhi keperluan keluarganya dianggap sama dengan orang yang berjihad di jalan Allah SWT. Nabi Muhammad SAW dalam usia yang muda dikenali sebagai al- Amin kerana memiliki integriti yang tinggi. Oleh itu, unsur kejujuran dan kepercayaan dititikberatkan dalam perniagaannya. Dalam usia yang sangat muda, Rasulullah SAW telah menjadi seorang peniaga profesional yang disegani di Tanah Arab. Buku ini juga menghuraikan secara praktis, khusus dan dalam bahasa yang ringkas. Ia juga menerangkan jawapan kepada setiap persoalan semasa berkaitan perniagaan yang juga patut diteladani oleh sesiapa sahaja terutama kaum Muslimin. Sungguh luar biasa jika kita dapat menggunakan perniagaan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

CALL NO. : 297.570835 SIT Buku ini membincangkan secara ilmiah berkaitan persoalan aurat di kalangan Muslimah terutamanya yang sering menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita dalam berpakaian mengikut syariat Islam. Kaedah dan keperluan menutup aurat sempurna semakin dikaburi oleh arus fesyen dan gaya hidup masyarakat Islam itu sendiri. Buku ini bakal merungkai semua keraguan dan kemusykilan anda. Persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat. Setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis, rujukan kitab dengan ilustrasi yang menarik.

10 ASAS AQIDAH: SEBAHAGIAN DARIPADA KITAB 40 ASAS DALAM AGAMA CALL NO. : 297.382 GHA Buku 10 asas aqidah ini adalah sebahagian daripada kitab 40 asas dalam agama. Agama Islam merupakan agama yang berintikan iman dan amal. Akidah adalah pokok yang di atasnya berdiri syariat. Sedangkan amal atau perbuatan adalah syariat dan cabangcabangnya sebagai buah dari keimanan. Iman, Islam, dan Ihsan merupakan tiga pondasi keislaman seseorang yang ketiganya tidak dapat dipisahkan satu di antara yang lainnya. Buku ini juga sangat istimewa kerana dilengkapi dengan pedoman dan memudahkan pembaca dalam memahami beberapa istilah dalam bahasa Arab. Buku ini juga membawa pembaca dalam menjadikan peribadi yang berakhlak mulia dalam mempraktikkan pesanan yang telah digariskan.

Disediakan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan. Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi, Pengurus Pusat Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.


18

TOKOH ISLAM Edisi | 9/2018

Abdul Lathief Doktor Anatomi yang Mengembangkan Pengajian Mengenai Tulang

Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.

A

bdul Lathief al-Baghdadi lahir pada tahun 1162M di Baghdad dan meninggal pada tahun 1231M di kota yang sama. Ia sezaman dengan Maimonides, seorang pakar ilmu kedoktoran dan pengarang buku Aphorisme yang memuat sejumlah kritik terhadap buku Galenus. Abdul Lathief merupakan seorang pengembara serta seorang pakar kedoktoran (pakar anatomi). Riwayat hidupnya dapat diketahui melalui autobiografi yang dikarangnya sendiri yang sehingga kini masih dapat dibaca. Biografi ini sudah ditambah baik oleh Abi Ushaybi’ah, seorang pakar sejarah yang sezaman dengannya. Dari sejarah hidupnya yang sempat tercatat dapat diketahui bahawa Abdul Lathief pernah melakukan perjalanan mengunjungi Mosul. Damsyik dan Mesir kemudian menuju ke Jurussalem, tempat ia bergabung dengan sejumlah penggiat ilmu dalam sebuah kelompok pengajian. Selama beberapa tahun ia mengajar falsafah dan ilmu kedoktoran di Kaherah dan Damsyik. Bahkan sewaktu tinggal di Kaherah, Mesir ia berjaya melakukan pengajian yang baik atas rangka manusia yang di temui kebetulan di al-Maks (Mesir), dan sempat mencatat fakta penting yang dapat disingkapnya dari rangka itu. Sementara itu di Salerno dan Bologna, kajian forensic enggan memberikan reaksi terhadap pelaksanaan pembedahan pada mayat manusia dan dengan demikian memberikan bantuan bagi memperoleh pengetahuan yang benar mengenai anatomi dan pembedahan. Dari sejumlah karya tulisannya yang kebanyakan mengenai ilmu kedoktoran dan dicatat oleh Ushabi’ah hanya terdapat sebuah yang muncul di Eropah

iaitu Account of Egypt yang isinya amat terperinci serta dihiasi dengan sejumlah grafik. Manuskrip tersebut ditemukan oleh Adward Pococke, seorang orientalis di perpustakaan Boldeian. Di dalamnya dimuatkan suatu deskripsi yang ‘hidup’ mengenai bencana kelaparan yang disebabkan sungai Nil ketika sedang dilanda kemarau dan kering-kontang. Ini terjadi di tahun 1200-1202M. Bencana itu disaksikannya sendiri ketika ia meninggalkan Baghdad menuju Mesir untuk mencari orang-orang yang pandai dalam ilmu kedoktoran. Manuskrip di atas telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Profesor While dari Oxford pada tahun 1800M. Juga diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh De Sacy pada tahun 1810M disertai dengan catatancatatan tambahan yang dianggap penting. Selama masa hidupnya,

Abdul Lathief telah menulis karyakarya yang berjumlah tidak kurang dari 116 buah. Namanya masyhur sebagai pakar anatomi terkemuka, bahkan sebagai pakar anatomi pertama yang memberi deskripsi lengkap dan tepat tentang tengkorak kepala manusia dan tulang muka termasuk tulang rahang bawah. Disamping itu, ia banyak mengembangkan kajian berkaitan tulang. Teori Galenus misalnya, mengenai tulang bawah dan tulang yang menghubungkan tulang punggung dan tulang kaki yang berjaya disempurnakan di Mesir. Bukunya, Account of Egypt

dinyatakan oleh beberapa peneliti sebagai “salah satu karya topografi terpenting di abad pertengahan”. Padahal di masa hidupnya itu telah bermunculan para pakar lain yang juga membuat kompilasi dan kamus tentang geografi dan topografi seperti az-Zamaksyari yang menulis buku Kitab al-Amkinah wa al-Libal wa al-Miya serta Yaqat, pengarang buku Mu’jam al-Buldan. Begitu pula dengan al-Khazwini dengan karya yang berjudul al-Aja’ib al-Buldan dan sebagainya. Semua karya ilmiahnya dipuji sebagai suatu contoh karya yang cukup cemerlang. Edisi

Gambar hiasan


ZOOM MAIS 9/2018 | Edisi

19

Pegawai MAIS bersedia memberi khidmat runding secara percuma berhubung perkhidmatan Harta Baitulmal kepada orang awam semasa pembukaan kaunter Pameran Harta Baitulmal di PKNS, Shah Alam.

Surat Pelantikan Pendaftaran Sekolah Islam Negeri Selangor telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan diiringi oleh Ybhg. Dato’ Haris bin Kasim, Pengarah JAIS.

Majlis Agama Islam Selangor menerima bayaran dividen berdasarkan keuntungan yang diperoleh daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS).

YBhg. Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Zamimi bin Awang sempena kunjungan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ke MAIS.

Pusat Permurniaan Akidah Baitul Iman menjalani sesi penggambaran rakaman bagi rancangan ‘Jurnal’ yang disiarkan pada bulan September 2018 di TV Radio Televisyen Malaysia (RTM).


BIL: 9/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Abdul Lathief

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

Doktor Anatomi yang Mengembangkan Pengajian Mengenai Tulang LIHAT MUKA SURAT

18

PERKHIDMATAN

MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Orang Berhutang

Wasiat Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.