Mengalih Kemiskinan Melalui Pendidikan

Page 1

BIL: 6/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Rancang Awal Pembahagian BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MERANCANG PEMBAHAGIAN HARTA? M A J L I S

A G A M A

I S L A M

“Arwah baru je meninggal, kau dah sibuk tanya-tanya pasal harta arwah.” >4

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

Gambar: Akela Photography dari Pexels

Sultan Selangor Berkenan Melantik Timbalan Pengerusi Dan Anggota Majlis Agama Islam Selangor Yang Baharu SHAH ALAM 30 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.... >11

Sultan Selangor Rasmi Masjid RM9.5 Juta SUNGAI BESAR 22 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj... >12 Raja Muda Selangor Sampai Sumbangan Kepada Anak Yatim TANJUNG KARANG 23 Mei 2018 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Terap... >12

KALAM PUJANGGA “Hairan kita dengan manusia, dia takut rugi dengan hartanya, tetapi dia mudah memperoleh kerugian yang lebih besar, iaitu murka Tuhannya. Dia ubati dengan sepenuh tenaga anaknya yang jatuh sakit; tetapi tidak dicarikannya ubat jika anaknya mendapat sakit batin, iaitu sakit akal.” (Hal. 28) Petikan kata-kata hikmah dari Prof. Dr. Hamka Sumber: Buku Renungan Tasawuf

MENGALIH KEMISKINAN

Melalui Pendidikan Umar al-Khattab pernah berkata: “Apabila kamu memberikan mereka (asnaf) zakat, maka kayakanlah mereka.” LIHAT MUKASURAT

3


JOM AMAL Tuntutlah Ilmu Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga” (Hadith Riwayat Muslim) Huraian Hadith: 1. Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak. 2. Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil. 3. Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara. Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Sidang Editorial EDISI Ketua Pengarang Rohana Binti Hassan Pengarang Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Penolong Pengarang Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi Editor Salawati Binti Hamid Subeditor/Pruf Sitti Nadhirah Binti Ahmad Zabidi Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat Wartawan • Halim Bin Mokhtar • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hasal Bin Senin Kolumnis • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Hamizul bin Abdul Hamid © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apaapa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Redaksi berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www. mais.gov.my


FOKUS 6/2018 | Edisi

3

Gambar: Akela Photography dari Pexels

MENGALIH KEMISKINAN

Melalui Pendidikan Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Ketua Jabatan Perundingan Kutipan Zakat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Umar al-Khattab pernah berkata: “Apabila kamu memberikan mereka (asnaf) zakat, maka kayakanlah mereka.�

K

emiskinan bukan benda baru. Ia sudah wujud sejak dulu. Sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan. Ia berlanjutan. Namun, mengalihkan kemiskinan tidak harus berhenti. Malah ia tidak pernah terhenti. Di Selangor, salah satu caranya adalah melalui pendidikan. Di Selangor, isu pendidikan sangat penting. Setelah diisytihar negeri maju tahun 2005, Selangor tidak menoleh lagi. Selangor perlu kepada sumber tenaga yang mahir, berilmu dan kompeten. Inilah cabaran pendidikan di Selangor. Lalu, kewujudan Lembaga Zakat Selangor (LZS) harus mengisi keperluan ini. Mendanai pendidikan, selaras dengan keperluan zaman. LZS telah melakukan pelbagai upaya pendidikan khususnya bagi mengalihkan kemiskinan. Antaranya, LZS menubuhkan Baitul Hasanah. Ia sebuah asrama khusus bagi menempatkan anak-anak asnaf fakir miskin di Selangor. Disediakan ruang dan peluang pendidikan yang lebih kondusif. Matlamatnya hanya satu, mereka mampu meraih kejayaan. Lalu membuka pintu keluar dari belenggu kemiskinan. Selain itu, LZS turut mengorak langkah berkolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Selangor (JPS). Lalu lahirlah Program Sekolah Angkat atau ringkasnya Prosa. Projek ini melibatkan puluhan buah sekolah rendah dan menengah, dengan ribuan orang murid dari kalangan anak asnaf. Ia memfokuskan kepada pemerkasaan akademik, khususnya dalam peperiksaan utama. LZS juga membuka jalan pendidikan tinggi bagi anak-anak asnaf. Mereka

yang berpeluang ke universiti dan kolej, dalam mahu pun di luar negeri perlu diraikan. Dana yang besar disediakan. Tiada halangan melanjutkan pendidikan dalam bidang apa sekali pun. Malah LZS menyediakan pelbagai insentif tambahan, seperti yuran, komputer riba, wang saku dan sebagainya sebagai galakan. Bagi anak-anak asnaf yang tidak mampu ke universiti, maka kolej-kolej kemahiran dijadikan sebagai medan. LZS memberikan mereka peluang kedua. Malah, LZS turut bekerjasama dengan pelbagai kolej kemahiran ini. Anak-anak asnaf diberikan kemahiran yang pelbagai. Hasratnya, agar mereka mampu merencanakan pembangunan diri dengan kemahiran yang diperolehi. Sehingga 2018, rekod rasmi LZS menunjukkan ribuan anak asnaf telah melalui pelbagai dimensi pendidikan ini. Jujurnya, ada di kalangan mereka hari ini sudah mampu tersenyum megah. Sudah ada yang bergelar doktor perubatan, pegawai kanan kerajaan atau usahawan berjaya. Semuanya, berkat pendidikan yang dilagang secara serius. LZS menyediakan peluang, mereka merebutnya dengan cemerlang. Bukti keseriusan LZS mendepani isu ini, dari Januari sehingga Jun 2018, sebanyak RM43,567,419.00 telah dibelanjakan. Ia melibatkan asnaf fakir, miskin, muallaf, fisabilillah dan ibn sabil. Bantuan pendidikan berkenaan meliputi aspek Bantuan Umum Pelajaran, Dermasiswa Pelajaran dan Huffaz, Dermasiswa IPT (dalam dan luar Negara), tiket perjalanan dan sebagainya lagi. Ia dipaparkan dengan ditil di dalam dua graf berikut. Manakala, bantuan pendidikan berdasarkan keperluan pula adalah

seperti berikut. Kesimpulannya, pendidikan adalah satu cara terpenting dalam mengubah kehidupan asnaf. Pendidikan dapat menyantuni asnaf dalam konteks

mengayakan mereka. Bukan dengan cara memberikan wang semata-mata, tetapi diberikan ilmu dan kemahiran. Ia adalah senjata utama perubahan. Wallahua’lam. Edisi


4

ISU Edisi | 6/2018

Pengajaran Hak-Hak Wanita Muslim Menurut Islam

Susunan Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Buku Hak-Hak Wanita Muslim dan Pendidikan

Rasulullah SAW sangat mengambil berat tentang pendidikan yang diberikan ke atas wanita Muslim. Rasulullah SAW turut mengajar wanita untuk bersedekah dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbās RA: “Rasulullah SAW keluar bersama Bilal dan dia mengira bahawa mereka tidak mendengar, maka Nabi memberi pelajaran kepada wanita dan memerintahkan untuk bersedekah, maka seorang wanita memberikan anting-anting dan cincin emasnya, dan Bilal memasukkannya ke saku bajunya.” (HR al-Bukhari)

A

l-‘Asqalānī (1989: 256) menjelaskan bahawa Rasulullah SAW menuntut agar seorang pemimpin mengajar wanita dalam perkara yang berkaitan dengan Syariat Islam. Bukan sahaja suami yang perlu mengajar isterinya, bahkan seorang pemimpin juga perlu mengajar para wanita di bawah jagaan mereka agar hidup berlandaskan syiar Islam. Dalam hadith di atas, Rasulullah SAW telah mengajar para wanita agar bersedekah sebagai penghapus dosa-dosa yang dilakukan. Hal ini adalah kerana Rasulullah SAW telah diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj bahawa ramai wanita menjadi penghuni neraka disebabkan banyak mengumpat dan derhaka kepada suami. Maka dengan itu, Rasulullah SAW mengajar para wanita agar memperbanyakkan bersedekah dengan harta yang dimiliki untuk menghapus dosa yang telah dilakukan. Wanita mempunyai hak untuk bersedekah tanpa izin suami bagi harta yang mereka miliki (Ibid: 256). Menurut Zaydān (1994: 251), wanita Muslim perlu menguasai dua cabang ilmu iaitu ilmu berkaitan Syariah Islam dan ilmu duniawi. Syariah Islam merangkumi ilmu berkaitan akidah, tafsir, hadith, sirah dan ibadah termasuk ilmu-ilmu yang khusus untuk para wanita seperti hak-hak seorang isteri dalam perkahwinan. Wanita perlu mendalami

dan mempelajari ilmu keagamaan sehingga mencapai tahap al-faqīhah (orang yang pakar dan mendalami ilmu fiqh) supaya dapat mengajar ilmu yang diperolehi kepada wanita Muslim yang lain dan menjadi pendakwah yang mampu membantu dalam menyebarkan Islam. Ilmu duniawi pula merupakan ilmu berkaitan perubatan, bersalin, cara mendidik anak dan ilmu lain yang hanya bersesuaian dengan fitrah wanita. Betapa Rasulullah SAW mengambil berat perihal pengajaran hak-hak wanita kepada para wanita di zamannya. Dalam sebuah hadith lagi yang diriwayatkan oleh Abu Musā al-Ash‘arī RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga orang lelaki yang akan mendapat pahala sebanyak dua kali: seorang dari Ahli Kitab yang beriman kepada Nabinya dan beriman kepada Muhammad SAW, dan seorang hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya, dan seorang yang memiliki hamba wanita lalu dia berbuat baik kepadanya, mendidiknya dengan baik, dan mengajarkan kepadanya dengan sebaikbaik pengajaran, kemudian membebaskannya dan memperisterikannya, maka baginya dua pahala.” (HR al-Bukhari) Al-‘asqalānī menjelaskan bahawa rasulullah saw memberi peneguhan bahawa lelaki yang mengajar hamba wanita dan ahli keluarga dengan sebaik baik pengajaran akan mendapat pahala sebanyak dua kali ganda. Tuntutan dalam

memberikan pendidikan yang baik sekali lagi ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dengan memberi gambaran bahawa, sesiapa yang mengajar wanita sekalipun wanita dari golongan hamba, akan mendapat pahala yang berlipat ganda.

Justeru, pengajaran dalam mendidik para wanita berkaitan hak-hak mereka telah diperkenalkan seawal sirah Rasulullah SAW. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini untuk membimbing dan memberi didikan terbaik kepada para wanita melalui proses pedagogi yang ternyata amat berkesan dan terbukti pada lipatan sejarah pada zaman Rasulullah SAW. Pendidikan merupakan cara untuk menyampaikan maklumat yang terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi dan menjamin sesebuah pengajaran itu memberi kesan dalam diri pelajar. Edisi

Gambar hiasan


gen-q 6/2018 | Edisi

5

Gambar hiasan

Tahfiz

MUDA

Oleh: Hasal Bin Senin Hasal@mais.gov.my Pembantu Eksekutif

Hafiz merupakan sebuah gelaran yang diberikan kepada seorang penghafaz al-Quran. Mereka merupakan insan yang telah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk menjaga ayat suci al-Quran di dalam dada mereka. Orang yang menghafal al-Quran merekalah keluarga Allah dan orang Apakah kelebihan Hafiz di merupakan seorang yang lebih yang istimewa bagi Allah”. (Riwayat dunia dan akhirat? Penghafal al-Quran merupakan satu perbuatan di mana seorang hambaNya ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan ganjaran pahala di dunia dan di akhirat. Justeru, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat. Antara kelebihan seorang penghafal al-Quran di dunia adalah:

Mereka diangkat sebagai pemimpin

Orang yang lebih banyak hafalannya lebih diutamakan untuk dijadikan sebagai pemimpin ataupun imam solat. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a beliau mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian berjumlah tiga orang (dan hendak mengerjakan solat berjamaah) maka hendaklah salah seorang dari kalian memilih orang yang banyak hafalannya menjadi imam”. Mereka dianugerahkan hati dan pemikiran yang tenang dan lapang

dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-syat suci alQuran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk mengekalkannya dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa ‘murojaah’ atau mengulang bacaan alQuran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafalan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mengingati al-Quran, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah AlRa’d ayat ke 28.

Mereka merupakan insan istimewa Allah SWT

Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia”. Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu ahli al-Quran (orang yang membaca atau menghafal alQuran dan mengamalkan isinya)

Ibnu Majah)

Mereka dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga mereka

Mafhum sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka”. (Riwayat alTirmizi dan an-Nasa’i)

yang di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk membawa kesejahteraan kepada umatnya di dunia dan juga di akhirat. Banyak kelebihan bagi orang yang membaca Al Quran. Begitu juga bagi orang yang menghafaz Al Quran, Allah akan memberi 2 ganjaran iaitu ganjaran di dunia dan di akhirat. Oleh itu marilah kita berazam untuk menjadikan ahli keluarga kita sebagai tahfiz muda yang beramal dengan isi kandungan al-Quran, amiin insyaallah. Edisi

Mereka bakal mendapatkan syurga yang tertinggi

Daripada Aisyah r.ha, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu”. (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim) Al Quran merupakan Kalamullah

Gambar hiasan


6

MIMBAR MUFTI Edisi | 6/2018

Fatwa HIZBUT TAHRIR Disusun oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: www.muftiselangor.gov.my

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 68 17hb September 2015 TAMBAHAN No.22 No.19 PERUNDANGAN FATWA DI BAWAH SESKYEN 47 MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu. ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003 FATWA UNDER SECTION 47 PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment. JADUAL/SCHEDULE FATWA KEDUDUKAN HIZBUT TAHRIR 1. Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut: (a) bahawa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur; (b) bahawa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang; (c) menafikan istilah “al-Qadha’ wa al-Qadar”; (d) berpegang kepada fahaman Qadariyyah; (e) bahawa aqidah Siyasiyyah lebih penting daripada aqidah ruhiyyah; (f) menolak sumber aqidah melalui hadith Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadith Ahad itu dalil zanni sedangkan aqidah itu keyakinan; atau (g) bahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul. 2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah:(a) menjadi ahli kumpulan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; (b) berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; (c) mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;

(d) berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsurunsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; (e) melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; (f) mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir; (g) memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih; atau (h) mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di Negeri Selangor. 3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T. 4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru mempunyai persamaan dengan unsur-unsur fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan aqidah ajaran Islam yang sebenar. 5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir atau apaapa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan. 6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor. Bertarikh 11 September 2015 Dated 11 September 2015 [MAIS/SU/BUU/01- 2/002/2014-1(1); P.U. Sel (ADV) PS 05/4/12] Dengan Titah Perintah/ By Command DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/ Chairman of the Fatwa Committee of Selangor


ARTIKEL KHAS 6/2018 | Edisi

7

Ma’ahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)

Membina Generasi Al-Quran Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: http://www.mitstklang.edu.my/

Dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak tahfiz al-Quran di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor MAIS telah menubuhkan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor MITS. Bagi permulaan, MITS hanya dibuka sebanyak 4 cawangan di Selangor antaranya di Klang, Kuala Langat, Sepang dan Sabak Bernam.

P

embukaan MITS amat dinantinantikan oleh ibubapa dan penduduk Selangor yang kini semakin gemar memilih institusi tahfiz sebagai pilihan untuk anakanak mereka. Permintaan yang tinggi terhadap sekolah-sekolah menengah agama sebagai kesinambungan kepada pembelajaran agama di sekolah rendah dan KAFA membawa kepada pembukaan maahad tahfiz ini. Proses pemilihan bagi pengambilan pertama pelajar telah dilakukan barubaru ini,proses ini melibatkan ujian bertulis dan ujian hafazan. Kelayakan akademik untuk memasuki maahad ini ialah pelajar mesti memperoleh keputusan cemerlang 5A di dalam peperiksaan UPSR dan mendapat MUMTAZ di dalam peperiksaan PSRA dengan peratus minima 95% . Pemilihan yang ketat ini adalah bertujuan bagi memastikan pelajar yang benar-benar layak dan berkeupayaan sahaja dapat belajar di maahad ini. Kos pembiayaan makan dan tempat tinggal pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor. Konsep pendidikan Holistik yang digunakan dalam kurikulum Maahad Tahfiz ini membolehkan pelajar dapat mempelajari 3 sistem pendidikan iaitu sukatan al-azhar, sukatan KBSM dan sukatan Tahfiz. Ia akan membantu melahirkan satu generasi ulama’ dan protaz (Profesional dan Ustaz) yang cemerlang dari aspek akademik dan pengetahuan agama. Al-Quran bukan sahaja dapat dibaca dan dihafaz bahkan dapat diamalkan sehingga menjadi darah daging dalam kehidupan seharian.

Syarat Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan Satu (1) Ke Ma’ahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor 1. Ibu bapa mestilah Warganegara Malaysia. - Murid dan ibu / bapa lahir di Negeri Selangor atau ; - Murid dan salah seorang daripada ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor - Murid hendaklah tinggal di Negeri Selangor tidak kurang enam (6) tahun. 2. Berumur dua belas (12) / tiga belas tahun (13) tahun. 3. Pencapaian Akademik : Memperoleh Mumtaz dalam PSRA dan Minima 4A 1B dalam UPSR tahun semasa. 4. Boleh membaca Al-Quran dengan lancar, fasih dan bertajwid. 5. Lulus Praktikal Pemantapan Amali Fardhu Ain (PAFA) JAIS / KPM 6. Murid yang aktif dalam Kokurikulum mempunyai “merit” untuk dipilih. 7. Murid lepasan Sekolah Agama Negeri Selangor dan Mempunyai Sijil PSRA tahun semasa. 8. Bersedia menduduki Ujian kelayakan ke Maahad Integrasi Tahfiz. 9. Borang permohonan mestilah lengkap dan disertakan dengan semua salinan dokumen yang telah disahkan. Kurikulum Tahfiz Mata Pelajaran Tahfiz • Al-Quran Hafazan • Tajwid • Qiraat

Sukatan Hafazan Tingkatan 1 – 7 Juzuk Tingkatan 2 – 8 Juzuk Tingkatan 3 – 7 Juzuk Tingkatan 4 – 8 Juzuk Sistem Hafazan Jadid Usbu’iah Qodimah Ithbat

Visi

Terbaik, bertaraf dunia dan diredhai Allah SWT sepanjang masa

Misi

Mengurus Hal Ehwal Pendidikan Islam dengan ikhlas, amanah, hikmah, ukhuwah dan berkesan BILANGAN NAMA SEKOLAH

ALAMAT

NO. TEL

Jalan Tun Teja 35/7 1. Maahad Integrasi Tahfiz Seksyen 35, Alam Impian, Selangor (MITS) Klang 40470 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

03-5166 7001 03-5166 1024 (faks)

Jalan Istana Lama,Kampung 2. Maahad Integrasi Tahfiz Bandar, 42700 Kuala Langat, Selangor (MITS) Kuala Langat Selangor Darul Ehsan

03-3120 2932

Kampung Bagan Lalang, 3. Maahad Integrasi Tahfiz 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor (MITS) Sepang Selangor Darul Ehsan

011-1076 6760

Jalan Sepintas, Bagan Terap, 4. Maahad Integrasi Tahfiz 45300 Sungai Besar, Selangor Selangor (MITS) Sabak Bernam Darul Ehsan

03-3216 1723

Nota: Calon dipilih berdasarkan kepada pencapaian terbaik dalam PSRA dan UPSR tahun semasa dan lulus ujian kelayakan kemasukan ke Maahad Integrasi Sains dan Teknologi (MITST)


8

SOLUSI ISLAM Edisi | 6/2018

Rancang Awal Pembahagian BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MERANCANG PEMBAHAGIAN HARTA? Oleh: Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengurus Harta Baitulmal, MAIS (indera@mais.gov.my) Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/sinar-islam/ rancang-awal-pembahagian-1.858475#.w1g1itkzn4a.facebook

“Arwah baru je meninggal, kau dah sibuk tanya-tanya pasal harta arwah.” “Nantilah dulu... tanah kubur arwah masih merah lagi..” “Kenapa nak sibuk pasal harta arwah.. selama hidup kau tak pernah ambil tahu pun..” Itulah antara kisah ‘drama’ yang biasa didengar setelah berlaku kematian.

S

epertinya seolah-olah yang bertanya tidak sabar untuk mendapatkan harta si mati. Namun jika difahami secara tersirat, ia bertujuan menyelesaikan liabiliti dan hak si mati seperti belanja pengurusan jenazah yang mungkin telah didahulukan oleh waris, hutang piutang si mati dan waris-waris yang berhak. Kami cuba merungkai situasi di atas yang sungguhpun nampak macam biasa sahaja tapi boleh menimbulkan kesan dan salah tanggap dalam kalangan waris dan masyarakat sendiri. Secara umumnya, kesedaran masyarakat masih rendah sama ada yang tinggal di bandar atau di luar bandar yang menyebabkan banyak harta pusaka masih belum dituntut. Betul ke banyak harta pusaka yang belum dituntut? Nak tahu banyak ke tidak harta pusaka yang telah dituntut atau belum dituntut, cuba anda tanya waris-waris yang telah kematian ibu bapa atau sanak saudara di sekeliling anda. Sejauh mana mereka telah selesaikan pembahagian harta pusaka ibu bapa atau sanak saudara mereka. Cuba tanya lagi apa masalah yang mereka hadapi. Hakikatnya kebanyakan masalah yang dihadapi adalah kerana pemilik harta sebelum kematiannya tidak membuat perancangan harta pusaka. Jika ada sekalipun, hanya pesanan melalui ‘cakap-cakap mulut’ yang sukar untuk dilaksanakan. Sebenarnya, ramai masyarakat tidak mempunyai pemahaman yang jelas untuk merancang harta pusaka mereka sebelum kematian. Lebih malang lagi,

segelintir masyarakat pula memandang ringan aspek perancangan harta dan menganggap ianya suatu yang tidak penting untuk difahami. Masyarakat masih tidak faham apa itu hibah, wasiat, amanah dan apa itu faraid. Jauh sekali untuk memahami apa itu wakaf, harta sepencarian dan lainlain lagi. Lebih memburukkan keadaan, masyarakat juga tidak didedahkan dengan prosedur yang perlu dilalui dan agensi terlibat dalam menguruskan urusan pembahagian harta pusaka. Walaupun pengurusan harta pusaka sering dikaitkan dengan kematian dan ianya dikatakan sebagai perkara yang ‘sensitif ’, tetapi legasi pemilikan harta atau penerusan kesinambungan terhadap harta perlu dirancang dan disusun dengan baik. Ia penting supaya tidak membebankan waris-waris nanti. Adakah kita hanya boleh merancang pembahagian harta pusaka ketika usia memasuki 50 tahun? Adakah semasa kita masih muda dan sibuk mengumpul harta ini, kita tak perlu merancang dari sekarang? Ya jawapannya adalah SEKARANG!! Ketika tubuh badan anda masih sihat dan akal fikiran anda dapat berfikir dengan waras inilah ia saat yang paling sesuai untuk anda merancang pembahagian harta pusaka. Jangan ambil mudah, jangan leka dan jangan bersikap menangguh-nangguh. Buatlah perancangan ke atas harta pusaka anda sekarang. Jika maut menjelma sebelum sempat menyusun perancangan harta pusaka, ia boleh mengundang pelbagai masalah

ke atas harta pusaka anda. Waris-waris hilang tempat bergantung, harta pusaka tidak dapat diagih, waris-waris tak tahu hutang piutang anda, waris-waris tidak maklum harta pusaka anda dan macammacam isu lagi yang boleh timbul. Kenapa perlu merancang harta pusaka daripada sekarang? Harta pusaka anda perlu dirancang daripada sekarang supaya anda mempunyai pilihan untuk mengagih harta anda semasa hidup dengan cara hibah, atau membuat sedekah jariah selepas mati melalui wasiat, atau melantik wasi bagi mentadbir harta pusaka anda, atau menjadikan sebahagian daripada harta anda sebagai wakaf atau mengadakan pesanan kepada mana-mana pihak tentang urusan-urusan kehartaan anda yang belum diselesaikan semasa anda masih hidup ini. Semua perkara di atas jika tidak dibuat perancangan yang bersesuaian alamatnya rugilah kepada anda sendiri. Walhal sebenarnya anda telah berangan-angan sebelum ini untuk mengagihkan harta kepada pihak-pihak yang telah anda kehendaki. Walaupun pengurusan harta pusaka secara faraid mempunyai pengagihan yang tersusun, tetapi jika anda membuat perancangan dengan menghibahkan sebahagian harta anda semasa hidup, ia adalah sebagai bentuk pemberian kasih sayang seorang bapa atau ibu kepada anaknya. Tentunya mereka amat menghargai pemberian tersebut. Walaupun pengurusan harta pusaka secara faraid merupakan pembahagian yang telah ditetapkan dalam Al-Quran,

tetapi tidak salah jika anda membuat wasiat. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 11 antara lain bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.” Dalam wasiat, anda boleh meninggalkan pesanan, hasrat, arahan dan menentukan apa yang dikehendaki dalam wasiat yang bertujuan sebagai sedekah dan boleh mengelakkan pertikaian dan penganiayaan dalam kalangan waris. Sebab itu merancang harta pusaka sangat penting kerana jika harta pusaka yang ditinggalkan tiada perancangan khusus atau melantik mana-mana wasi atau pentadbir, waris-waris boleh lalai dan leka dengan mengambil hak orang lain daripada status pemilikan yang tidak rasmi atau lebih buruk lagi memakan harta anak yatim. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).” (Surah alAn’am: ayat 152) Rancanglah harta pusaka anda dengan bijak daripada sekarang. Perancangan harta ini bukan sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi oleh waris-waris dengan sebaiknya tanpa menimbulkan kesulitan dan kesusahan kepada waris yang berhak menerimanya. Wallahu a’lam. Edisi


JAKESS 6/2018 | Edisi

9


10

NGO-i Edisi | 6/2018

ISMA

Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia Susunan oleh: Unit Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan Sosial MAIS

I

katan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang unggul dan sempurna dalam kehidupan seharian. ISMA merupakan sebuah organisasi berdaftar yang tidak bermotifkan keuntungan. Sesuai dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkannya. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya. ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan institusi keluarga. ISMA menganggap bahawa institusi keluarga yang utuh adalah aset kekuatan dalam pembentukan sebuah masyarakat yang harmoni, seterusnya mampu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing serta mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai sebuah organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat, sama ada dalam aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita. ISMA telah didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor di bawah kluster Pembangunan Ummah (KS2A & KS2B). Fokus utama kluster ini ialah Melaksanakan dakwah fokus membangunkan ummah dalam isu ancaman akidah. Golongan sasaran ISMA adalah masyarakat umum, golongan profesional, remaja dan belia. Semoga ISMA terus teguh dalam berbakti kepada agama dan bangsa seiring dendan moto ISMA iaitu “Membangun Umat Berganda�. Edisi

Sebarang pertanyaan berkenaan NGO: No. Telefon: 03-89123838 Alamat: No. 8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7a, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor E-mel: petugas_isma@yahoo.com Facebook: https://www.facebook. com/isma.malaysia/


BERITA MAIS 6/2018 | Edisi Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

11

Sultan Selangor Berkenan Berbuka Puasa Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Di Masjid Raja Fi Sabilillah, Cyberjaya

C

YBERJAYA 31 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Raja Fi Sabilillah. Turut hadir, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Pada majlis itu, DYMM

Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada penerima sumbangan yang terdiri di

kalangan asnaf fakir, miskin dan muallaf. Setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500.00. Edisi

Sultan Selangor Rasmi Masjid Taman Taming Jaya

S

ERI KEMBANGAN 29 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menyempurnakan upacara perasmian Masjid Taman Taming Jaya pada majlis berbuka puasa bersama rakyat. Baginda menandatangani plak sebagai simbolik perasmian masjid berkenaan. Pembinaan masjid yang menelan kos RM5 juta itu adalah bagi menampung 2500 jemaah di kawasan itu,

yang merupakan projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Majlis perasmian turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi,

Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Baginda juga turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM249,000 kepada 498 fakir dan miskin serta saudara baru di daerah ini. Edisi

Sultan Selangor Berkenan Melantik Timbalan Pengerusi Dan Anggota Majlis Agama Islam Selangor Yang Baharu

S

HAH ALAM 30 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan melantik Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu iaitu YAD Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir dan Anggota MAIS yang baharu iaitu YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusoff berkuat kuasa mulai 1 Mei 2018 hingga 31 Disember 2020. Pelantikan ini juga adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah seksyen 11 (1)(b) dan seksyen 11 (1) (d) di mana Majlis hendaklah terdiri daripada seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang daripada lapan (8) orang anggota lain, sekurang-kurangnya lima (5) daripada mereka hendaklah arif dalam agama Islam. Kuasa pelantikan Timbalan Pengerusi dan Anggota MAIS ini juga adalah terletak pada kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di bawah seksyen 11 (2) enakmen sama yang menerangkan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggotaanggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budi bicara Baginda bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Edisi

Kelab Sukan Dan Kebajikan (Ksk) Mais Edar Bubur Lambuk Di Bangunan Sultan Idris Shah

S

HAH ALAM 24 Mei 2018 - Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS telah mengedarkan lebih 500 bungkusan bubur lambuk secara percuma k e p a d a p e g aw a i d a n kakitangan yang bertugas di Bangunan Sultan Idris Shah. Bubur lambuk ini dimasak sendiri oleh urusetia

sukarelawan KSK MAIS dengan menggunakan 3 kawah di perkarangan Cafe Bangunan Sultan Idris Shah. Prog ram peng agihan bubur lambuk ini merupakan salah satu program KSK MAIS sepanjang bulan Ramadhan. Dalam pada itu, Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS telah sudi

meluangkan masa untuk turut sama mengedarkan bubur lambuk kepada pegawai dan kakitangan Bangunan Sultan Idris Shah yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan Perbadanan Wakaf Selangor. Edisi


12

BERITA MAIS Edisi | 6/2018

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Sultan Selangor Berkenan Rasmi Masjid Sungai Terap

T

ANJUNG KARANG 23 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid AlHidayah Kampung Sungai Terap Dalam majlis yang sama, DYMM Sultan Selangor turut merasmikan Masjid Sungai Terap yang dibina sejak 1985 itu dan mampu memuatkan kira-kira 700 jemaah. Masjid yang dibina dalam kawasan seluas 1.2 hektar ini

mempunyai prasarana yang lebih selesa selepas diubahsuai dan ditambahbaik pada tahun 2016 yang lalu. Baginda yang hadir bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 410 penerima terdiri daripada asnaf, fakir miskin dan mualaf. Turut hadir, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Edisi

Sultan Selangor Rasmi Masjid Rm9.5 Juta

S

UNGAI BESAR 22 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Masjid Taman Padu Permai. Baginda diiringi oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Pada majlis itu, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan hari raya berjumlah RM219,000 kepada 438 penerima yang terdiri di kalangan asnaf fakir, miskin dan muallaf dengan setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500. Dalam pada itu, Baginda turut merasmikan Masjid

Taman Padu Permai yang menelan belanja RM9.5 juta dan mampu memuatkan kirakira 1500 jemaah . Masjid itu, mula beroperasi pada 7 Mac tahun lalu, dan menjadi masjid yang ke-43 dibina di daerah berkenaan.

Turut hadir, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Edisi

Sultan Selangor Berkenan Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Masjid Negeri

S

Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan Kelab Sukan Kebajikan Mais 2018

S

HAH ALAM 18 Mei 2018 - Seperti tahuntahun sebelum ini, MAIS tidak ketinggalan mengadakan program bagi mengimarahkan ketibaan bulan Ramadan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah. Pelbagai program sepanjang bulan Ramadhan telah dirancang oleh MAIS melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MAIS antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Kuliah Tafakkuh Fiddin, Kacau Bubur lambuk, Iftar Perdana, Tahlil Perdana, Pertandingan Video Pendek Syawal dan Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan. Program Ihya’ Ramadhan

Kelab Sukan Dan Kebajikan MAIS dirasmikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Pengarah-pengarah MAIS, Pengurus, Penolong Pengurus dan Pegawai-pegawai MAIS. Edisi

HAH ALAM 18 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah. Baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan zakat sempena menyambut Ramadhan dan Syawal kepada 441 individu yang terdiri dari asnaf fakir dan miskin serta mualaf dengan setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500. Baginda juga turut berkenan menerima sumbangan zakat

bernilai RM14.3 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada empat syarikat antaranya ialah Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), UMW Holdings Berhad dan Kumpulan Worldwide Holdings Berhad. Sementara itu, YAD. Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dalam

ucapannya berkata, LZS mengagihkan RM35.1 juta bantuan zakat untuk keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor sempena Ramadhan ini. “Daripada jumlah itu, RM9.5 juta diagihkan kepada 12,528 keluarga asnaf fakir, RM23.4 juta kepada 31,718 keluarga asnaf miskin dan RM2.1 juta kepada 5,777 penerima asnaf mualaf ”. Edisi


BERITA MAIS 6/2018 | Edisi Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

Raja Muda Selangor Sampai Sumbangan Kepada Anak Yatim

T

ANJUNG KARANG 23 Mei 2018 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-

Hidayah Kampung Sungai Terap Dalam majlis yang sama, DYMM Sultan Selangor turut merasmikan Masjid Sungai Terap yang dibina sejak 1985 itu dan mampu memuatkan kira-kira 700 jemaah. Masjid yang dibina dalam

kawasan seluas 1.2 hektar ini mempunyai prasarana yang lebih selesa selepas diubahsuai dan ditambahbaik pada tahun 2016 yang lalu. Baginda yang hadir bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 410 penerima terdiri daripada asnaf, fakir miskin dan mualaf. Turut hadir, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Edisi

Mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan mediation-arbitration (med-arb)

4

Jun 2018- Unit Sulh dari Bahagian Penyelesaian A l t e r n at i f (ADR) JAKESS telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan MediationArbitration (Med-Arb) bagi membincangkan mengenai kaedah penyelesaian keskes di Mahkamah Syariah Selangor melalui proses Med-arb. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YA Tuan Zulfikri bin Yasoa’, hakim kanan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan dihadiri oleh wakil Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Peguam Syarie dan pegawai Sulh Selangor. Penyelesaian kes-kes di

mahkamah Syariah melalui kaedah Mediation-Arbitration adalah sebuah program inovasi Jabatan, yang mensasarkan kemudahan kepada masyarakat dalam m e nye l e s a i k a n pertikaian mereka secara aman damai dan menjimatkan masa, tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang panjang di mahkamah. Mesyuarat ini telah berjalan mengumpulkan pelbagai pandangan dan

kritikan dari pelbagai aspek terutama dari sudut undangundang bagi memastikan pelaksanaan inisitaif MedArb ini menepati hukum Syarak dan tidak bersalahan dengan Undang-Undang Keluarga Islam di Selangor yang sedia ada. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan bagi memartabatkan imej Jabatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Edisi

Lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod 2018

4

& 5 JUN 2018 – Lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod telah diadakan di MRS Sepang pada 4 Jun 2018 manakala di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 5 Jun 2018. Auditor Inspektorat terdiri daripada Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia iaitu Tuan Wan Mohd Najib bin Wan Hamat (Ketua), Encik

Ridhwan bin Zainudin, Puan Azlina binti Yahya dan Cik Nur Fatihah binti Shafii. Skop pengauditan adalah melibatkan lima bahagian iaitu Bahagian A: Komitmen Jabatan, Bahagian B: Prosedur dan Amalan Registri, Bahagian C: Pelupusan Rekod, Bahagian D: Pengurusan Rekod Penting dan Bahagian E: Amalan Terbaik Pengurusan Rekod. Seksyen Rekod merakamkan

jutaan terima kasih kepada semua auditee dan auditor yang terlibat secara langsung atau tidak di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan bagi melancarkan auditan tersebut. Semoga segala penambahbaikan dan teguran dapat diperbaiki bagi memastikan pengurusan rekod dapat dilaksanakan dengan efisyen dan sistematik. Edisi

13

Lembaga Zakat Selangor

Kunjungan Daripada Delegasi Jksn Sarawak Ke Jakess

4

Mei 2018 - Kunjungan daripada Delegasi JKSN Sarawak ke JAKESS bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Perisytiharan

Seseorang Itu Bukan Lagi Beragama Islam. Turut dijemput hadir wakil daripada MAIS (Bahagian Pendaftaran Muallaf) dan Jabatan Mufti Selangor. Edisi

Kasihku Zakat Selangor: Worldwide Holdings Berhad Dan Sirim Berhad Serah Sumbangan

K

UALA LANGAT, 12 Mei 2018 – Asnaf di Lembaga Zakat Selangor bakal mendapat manfaat daripada wang zakat Worldwide Holdings Berhad dan SIRIM Berhad yang diterima melalui sumbangan program ‘Kasihku Zakat Selangor’ di sini hari ini bersempena Majlis Serahan Bantuan Ramadan & Raya Perdana 2018 serta Penutup Karnival Pendidikan & Kerjaya LZS Replika cek ‘Kasihku Zakat Selangor’ disampaikan oleh Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Worldwide Holding Berhad, Ami Nardin Ishak berjumlah RM127,597.96 dan Head of Engagement & Industrial Relations, Group Human Resources, Rajiah Mohamed Taib yang mewakili SIRIM Berhad berjumlah RM10,000 kepada Ketua P e g a w a i Penyelaras LZS (Officer In Charge), Abdul Basith Hamid. Program ‘Kasihku Zakat Selangor’ ini merupakan inisiatif LZS

yang diperkenalkan bagi meraikan pengeluar zakat terutama syarikat korporat mengagihkan semula 3/8 daripada jumlah zakat yang dikeluarkan untuk disampaikan kepada asnaf fakir, miskin, fisabilillah, muallaf dan gharimin sedia ada di Selangor. Program ini juga memberi ruang kepada syarikat korporat menjalankan tanggungjawab korporat mereka bersama LZS dalam usaha menyantuni asnafasnaf secara langsung. Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Pengerusi LZS, Dato’ Dr. Aizuddin Ahmad dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Profesor Emeritus Dr. Muhamad Awang. Hadir sama, Ketua Pegawai Penyelaras LZS (Officer In Charge), Abdul Basith Hamid. Edisi


14

CELIK JAWI Edisi | 6/2018

‫ري�كسن خطبة جمعة‬ ‫اومت إسﻼم اومت ممباچ‬ ‫ بها�ين كومونيكاسي كورڤورت ماءيس‬:‫سوسونن اوليه‬ ‫ بها�ين ڤ�وروسن مسجد‬،‫ اونيت خطبة‬:‫سومبر‬ ‫جابتن ا�ام اسﻼم سﻼ�ور‬

‫ عمالن ممباچ مروڤاكن عمالن يڠ باءيق دان ڤرلو دﻻكوكن اوليه سموا ڤيهق د ڤلباڬاي‬.‫ممباچ اداله جمبتن علمو‬ .‫ بهكن وحيو ڤرتام يڠ دتورونكن كﺄتس نبي محمد ﷺ اداله بركنﺄن ڤرينته ممباچ‬.‫ڤريڠكت‬ ‫ اين داڤت دليهت كڤد ڤركمبڠن تمدون إسﻼم كتيك كوتا بغداد‬.‫تمدون إسﻼم سميمڠڽ دكنلي دڠن تمدون كعلموان‬ ‫ اكتيۏيتي دان كڬياتن‬.‫دكنلي سباڬاي ڤوست علمو يڠ منجادي تومڤوان دنيا دڠن بركومڤولڽ ڤارا چندكياوان دسان‬ ‫ڤپليديقن دان ترجمهن ڬيات دجالنكن سهيڠڬ دتوبوهكن َبيْتُ ْال ِح ْك َمﺔ سباڬاي اينستيتوسي كعلموان يڠ دأساسكن اوليه‬ ‫ كڬياتن علمو تيدق هاڽ ڤدعلمو اساس إسﻼم سهاج تتاڤي جوڬ دﻻكوكن ڤروسيس إسﻼميساسي‬.‫خليفه هارون الرشيد‬ .‫فلسفه دان ساءين س كدالم بهاس عرب‬٢‫علمو ترهادڤ كريا‬ ‫ إسﻼم بوكن ترسيبر دڠن‬.‫كاياڽ علمو إسﻼم دالم ڤلباڬاي بيدڠ منجاديكن إسﻼم سماكين لواس ڤڠاروهڽ دڠن علمو‬ ‫ اين سجاجر دڠن القرءان سباڬاي‬.‫ إسﻼم ترسيبر دڠن أخﻼق دان كعلموان‬.‫كڬانسان سباڬايمان دعوأن ڤيهق بارت‬ .‫ايبو سڬاﻻ علمو يڠ مڠوبه كهيدوڤن مشاركت جاهليﺔ عرب منجادي قوم يڠ مليا‬ ‫عمالن ممباچ مستيله دڤوڤوق تيدق هاڽ سقدر كڬمرن دان مڠيسي ماس ﻻڤڠ سهاج تتاڤي سباڬايمان يڠ دسبوتكن‬ ‫ اين‬.‫س ْر َجانِي بهاوا ممباچ ايت ساتو كڤرلوان كهيدوڤن‬ ّ ‫اوليه سﺄورڠ ڤاكر سجاره د مصر ياﺀيت دوكتور َر ِﻏ ْيب ا َل‬ ‫ جك ايڠين مڠوبه‬.‫كران كهيدوڤن باڬي اورڠ يڠ باپق دان لواس ڤمباچانڽ اداله بربيذا دڠن اورڠ يڠ كورڠ ممباچ‬ .‫ جك ايڠين مڠوبه مﺄنسي مك بريله علمو كڤداڽ‬.‫ مك اوبهله مﺄنسي يڠ منجادي ڤڠهونيڽ‬،‫دنيا‬ ‫كسيمڤولنڽ اومت إسﻼم واجب ميقيني بهاوا القرءان اداله سباڬاي ڤندوان هيدوڤ يڠ بنر دان مستي دباچ ڤد ستياڤ‬ ‫علميه اونتوق‬٢‫اومت إسﻼم هندقله منجاديكن عمالن ممباچ سباڬاي بودايا دالم كهيدوڤن دان منيڠكتكن باچﺄن‬.‫ماس‬ .‫مڠوكوهكن تاهڤ كعلموان ڤد ديري دان ا ُ ﱠمﺔ‬

Ringkasan Khutbah Jumaat

UMAT ISLAM UMAT MEMBACA Susunan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor

M

embaca adalah jambatan ilmu. Amalan membaca merupakan amalan yang baik dan perlu dilakukan oleh semua pihak di pelbagai peringkat. Bahkan wahyu pertama yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW adalah berkenaan perintah membaca. Tamadun Islam sememangnya dikenali dengan tamadun keilmuan. Ini dapat dilihat kepada perkembangan tamadun Islam ketika Kota Baghdad dikenali sebagai pusat Ilmu yang

menjadi tumpuan dunia dengan berkumpulnya para cendekiawan di sana. Aktiviti dan kegiatan penyelidikan dan terjemahan giat dijalankan sehingga ditubuhkan Baitul Hikmah sebagai institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Kegiatan ilmu tidak hanya pada ilmu asas Islam sahaja tetapi juga dilakukan proses islamisasi ilmu terhadap karya-karya falsafah dan sains ke dalam bahasa Arab. Kayanya ilmu Islam dalam pelbagai

bidang menjadikan Islam semakin luas pengaruhnya dengan ilmu. Islam bukan tersebar dengan keganasan sebagaimana dakwaan pihak Barat. Islam tersebar dengan akhlak dan keilmuan. Ini sejajar dengan al-Quran sebagai ibu segala ilmu yang mengubah kehidupan masyarakat jahiliyyah Arab menjadi kaum yang mulia. Amalan membaca mestilah dipupuk tidak hanya sekadar kegemaran dan mengisi masa lapang sahaja tetapi sebagaimana yang disebutkan oleh

seorang pakar sejarah di Mesir iaitu Dr. Raghib al-Sirjani bahawa membaca itu satu keperluan kehidupan. Ini kerana kehidupan bagi orang yang banyak dan luas pembacaannya adalah berbeza dengan orang yang kurang membaca. Jika ingin mengubah dunia, maka ubahlah manusia yang menjadi penghuninya. Jika ingin mengubah manusia maka berilah ilmu kepadanya. Kesimpulannya umat Islam wajib meyakini bahawa al-Quran adalah sebagai panduan hidup yang benar dan mesti dibaca pada setiap masa. Umat Islam hendaklah menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam kehidupan dan meningkatkan bacaan-bacaan ilmiah untuk mengukuhkan tahap keilmuan pada diri dan ummah. Edisi


IKON ASNAF 6/2018 | Edisi

15

AMAR

Ditawar Sambung Belajar Ke Perth Australia Sumber: http://blog.zakatselangor.com.my/

Nama saya AMAR Nazhan Bin Yusran. Saya Menetap di Sungai Chua Kajang Selangor. Saya adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Saya mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor semasa saya belajar di sekolah menengah. Selepas tamat tingkatan 5 pihak Zakat Selangor menawarkan saya melanjutkan pelajaran ke kursus kemahiran. Alhamdullillah saya diterima masuk ke FIVE BEST SKILL TRAINING CENTRE dalam bidang Penyediaan Makanan. Saya telah Berjaya mendapat Sijil Kemahiran Malaysia dalam kursus Hospitality Management.

S

epanjang saya meneruskan pelajaran, saya mendapat bantuan Biasiswa Pelajaran dan Bantuan Keperluan Pendidikan. Bantuan yang dihulurkan oleh Lembaga Zakat Selangor sangat membantu saya dalam meneruskan kehidupan di kampus. Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan belajar di FIVE BEST selama 1 tahun 9 bulan, saya terpilih melanjutkan pengajian

latihan industri di luar negara iaitu, Perth Australia selama 3 bulan. Saya berangkat ke sana pada bulan November 2016 dan tamat latihan industri pada bulan Januari 2017. Selepas tamat belajar, saya ditawarkan bekerja di Sani Hotel Kuala Lumpur. Saya bertugas sebagai chef sementara di hotel tersebut. Saya sentiasa diberi peluang untuk belajar bersama dengan

chef senior di sini bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang masakan dan sajian. Ibubapa adalah penguat semangat saya untuk meneruskan pelajaran. Mereka sentiasa mendoakan anak-anak mereka Berjaya dunia dan akhirat. Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya mempunyai tanggungjawab kepada adik-adik saya yang masih belajar

Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan belajar di FIVE BEST selama 1 tahun 9 bulan, saya terpilih melanjutkan pengajian latihan industri di luar negara iaitu, Perth Australia selama 3 bulan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor dan pembayar zakat di Selangor kerana telah membantu saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Dengan bantuan yang diberikan telah mengubah kehidupan saya dan keluarga saya menjadi lebih baik. Semoga saya juga diberi peluang oleh Allah untuk menjadi pembayar zakat pula untuk masa akan datang. Syukur alhamdulillah atas segala bantuan daripada pengeluar zakat ini. Edisi


16

KEMUSYKILAN UMAT Edisi | 6/2018

SOAL JAWAB AGAMA Soalan: Apakah hukum seseorang yang makan ubat untuk menggemukkan atau menguruskan badan? Jawapan: Hukum makan ubat menggemukkan atau menguruskan badan adalah harus sekiranya ubat itu bukan daripada bendabenda yang najis disisi agama serta tidak memudharatkan.

Soalan: Apakah hukumnya jika menggunakan kaedah bayi tabung uji untuk mendapatkan anak?.

Jawapan: Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sah Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

Soalan: Saya ingin bertanya, apakah hukumnya jika seseorang perempuan itu mencukur bulu kakinya kerana ia agak lebat dan menyerupai lelaki serta mengaibkan sehingga dia berasa kurang keyakinan diri. Jawapan: Sekiranya bulu kaki itu mengaibkan harus hukum mencukurnya.

Soalan: Saya telah menyertai senaman zumba yang melibatkan gerakan tarian yang saya sifatkan keterlaluan seperti samba, gelek dan sebagainya. la juga diikuti dengan sorakan dan jeritan keterlaluan walaupun hanya wanita sahaja dan dilakukan dalam dewan. Adakah ia dibolehkan?

Jawapan: Sekiranya senaman ini membawa ke arah maksiat yakni perkara-perkara yang dilarang Allah SWT dari segi akidah, syariah dan akhlak maka wajib ia ditinggalkan sekalipun ia dilakukan sesama wanita sahaja. Perlu menjaga sifat semula jadi wanita dan perlu pastikan aktiviti yang dilakukan sesuai serta memelihara maruah wanita. Dalam masa yang sama batasan aurat sesama wanita juga perlu dijaga sekiranya terdapat dalam kumpulan senaman tersebut kalangan mereka yang bukan Islam. Berdasarkan gambaran ringkas yang dinyatakan, ia ternyata bercanggah dengan akhlak dan perlu dielakkan. Selain itu, perlu juga diketahui sejarah ataupun asal usul senaman tersebut serta perlakuan dan pergerakannya, yang mungkin bercanggah dengan akidah.

Susunan semula: Salawati Bt Hamid (wawa@mais.gov.my) Sumber: http://www.mufti Selangor.gov.my/

Soalan: Bilakah hari dan waktu yang sesuai untuk melakukan tahnik? Bolehkah dilewatkan sehingga hari dan waktu yang sesuai? Siapa yang afdal untuk melakukan tahnik? Apakah bacaan doa untuk melakukan tahnik?

Jawapan: Tahnik ialah membelah mulut bayi baru lahir dengan buah tamar atau sesuatu yang manis seperti madu. Hukumnya adalah sunat. Cara melakukan tahnik ialah dengan mengunyah buah tamar dan diletakkan dihujung jari, kemudian digosokkan ke lelangit bayi. Jika tiada buah tamar, boleh digantikan dengan sesuatu yang manis seperti madu. Waktu paling afdhal adalah selepas kelahiran dan setelah dibersihkan tubuh badan bayi. Orang yang afdal melakukan tahnik adalah orang soleh, ahli ibadah atau orang yang bertakwa. Namun boleh melewatkan amalan tahnik dan dituntut dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari selepas waktu kelahiran anak tersebut. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a berkata yang bermaksud: Saya telah mendapat seorang anak lelaki, kemudian saya membawanya kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, dan melakukan tahnik dengan sebiji kurma. Baginda juga telah mendoakannya semoga diberkati Allah SWT. Selepas itu barulah baginda berikan balik kepada saya. (Riwayat al-Bukhari) Bacaan semasa bertahnik (bagi lelaki): Maksudnya:Ya Allah SWT kurniakanlah kepadanya kefahaman yang mendalam dalam agama dan ajarkanlah kepadanya takwil. Manakala selepas tahnik dan pengisytiharan nama bayi, digalakkan berdoa: Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaan-Mu, jadikanlah menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai Tuhan kami, berkatilah usianya dalam ketaatan kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikanlah ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabi-Mu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebajikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmat-Mu, Ya Allah yang Maha Pengasih.

Soalan: Apakah hukum kanak-kanak yang belum baligh bersembahyang jemaah di sebelah orang yang sudah baligh dan bersentuh kulit antara keduanya?

Jawapan: Kanak-kanak yang belum baligh diharuskan bersembahyang kerana ia adalah salah satu cara mendidik kanak-kanak untuk bersolat dan mengimarahkan masjid bermula dari kecil lagi. Wuduk juga tidak batal jika bersentuhan kulit antara kedua-duanya kerana menyentuh kulit kanak-kanak yang belum baligh tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk. Edisi


ULASAN BUKU 6/2018 | Edisi

17

KOLEKSI PUSAT PENGETAHUAN MAIS RAHSIA PELAJAR CEMERLANG CALL NO : 371.30281 TOH Buku ini mengisahkan tentang rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang. Ia telah dikarang khas untuk rujukan para pelajar, guru dan juga ibu bapa bagi proses pembelajaran dan membuatkannya lebih berkesan. Dalam menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai strategi telah digariskan sebagai kaedah dalam proses pembelajaran ini seperti strategi motivasi, strategi berusaha, strategi belajar, strategi pengurusan masa, strategi kesihatan dan strategi peperiksaan. Kesemua strategi ini di terangkan dengan jelas untuk di amalkan dan dilaksanakan oleh pembaca agar segala penat lelah pelajar dapat diterjemahkan untuk mencapai kejayaan.

CERITA-CERITA MOTIVASI UNTUK PELAJAR CALL NO : 153.8 HAM Buku ini adalah himpunan kisah-kisah yang dapat merangsang minda pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Penulisan kisah yang pendek dapat membuatkan pembaca berfikir tentang maksud yang tersirat dalam setiap kisah yang dihidangkan. Secara khususnya ada terdapat 126 ceritacerita pendek dengan pelbagai tajuk bagi merangsang pelajar untuk lebih berjaya di masa hadapan.

MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG CALL NO : 153.8 HMT Buku ini mengisahkan cerita berkaitan imaginasi dan kekuatan akan bagi manusia. Ia mengajar bagaimana untuk menguasai diri dengan mengenali kekuatan dan keajaiban minda yang telah diberikan oleh Allah kepada manusia. Manusia mempunyai minda sedar dan separuh sedar. Dengan menguasai minda separuh sedar, setiap manusia dapat bertindak balas terhadap sesuatu masalah dengan spontan manakala minda sedar bertindak sebagai perisai bagi manusia dalam bertindak balas atas perkara yang memerlukan daya berfikiran yang tajam. Minda yang berfikir, seperti membina angan-angan yang cemerlang adalah perlu bagi mencapai kejayaan. Buku ini juga membimbing pembaca dalam menjadikan angan-angan sesuatu yang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup. Dengan mengetahui kekuatan dan potensi diri sendiri, ia akan dapat membentuk identiti dan jati diri yang sebenar bagi setiap manusia. Secara jelasnya, angan-angan yang terarah dan cemerlang boleh menjadikan manusia berjaya dalam hidupnya.

MODUL MOTIVASI DIRI CALL NO : 153.8 JAM Buku ini dihasilkan dan disusun berdasarkan kepakaran dan pengalaman serta hasil penyelidikan penulis dalam bidang ini. Buku ini lebih berfokus kepada pembinaan aktiviti modul motivasi yang boleh diguna pakai terhadap pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS). Ia juga disertakan beberapa aktiviti dan program yang bersesuaian untuk setiap modul berserta contoh-contoh yang lengkap sebelum modul yang baik dapat dibina. Ianya sesuai untuk rujukan pembuat dasar pendidikan, guru-guru dan para ilmuwan dalam bidang pendidikan dan motivasi.

Disediakan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan. Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi, Pengurus Pusat Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.


18

TOKOH ISLAM Edisi | 6/2018

Abu Ma’shar al-Balkhi

Ahli Astronomi, Astrologi dan Saintis Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS Sumber: Ilmuan Islam (2014)

Nama lengkapnya adalah Abu Masyar Ja’far Ibnu Muhammad ibn Umar. Cendiakawan muslim ini lahir di Balkh sebelah timur Khurasan dan semasa dengan intelektual masyhur al-Kindi iaitu separuh pertama abad ke-3 hijrah yang juga berbangsa Parsi. Al-Balkhi adalah orang yang mencurahkan hampir seluruh hidupnya untuk mendalami dan mengembangkan ilmu astronomi. Karyakaryanya ada yang ditulis dalam Bahasa Arab, namun ada pula yang ditulisnya dalam Bahasa Parsi.

D

i Barat, astronomi dan astronaut besar ini dikenali sebagai Albumasar. Ilmu astrologi yang dimaksudkan di sini tentunya adalah astrologi yang secara umum mempunyai signifikan intelektual dan Cultural. Dalam konteks itulah Abu Ma’shar dianggap sebagai astrologi senior paling berpengaruh dan disegani. Ini adalah kerana penguasaannya terhadap tradisi kuno yang dipelajarinya dari muda. Ajarannya mengenai kesan imej yang nampak di langit bersama dengan 36 “decants” (tanda ketiga dari 12 tanda zodiac)

Yang disebut parantellota digambarkan oleh Teucer, orang Babilonia member pengaruh yang kuat terhadap pelukispelukis renaissance. Sungguhpun demikian, ketika awalnya karya astrologinya banyak dipengaruhi dan berpandu pada prinsip-prinsip dasar dan hukum astronomi yang diwariskan oleh para cendiakawan Muslim sebelumnya. Ilmu astrologi beliau sangat tinggi. Ia diwujudkan dalam bentuk tulisan, teks astrologi kuno dalam bahasa Arab. Ia juga sarat dengan isu sains semasa pada masa tersebut. Saintis Barat, Tycho Brahe dalam bukunya “Progymnastika”

menyebut-nyebut Abu Ma’shar sebagai saintis paling awal yang menyanggah pendapat Aristoteles yang menyatakan bahawa ia telah mengamati kometkomet di sfera Venus. Abu Ma’shar yang juga dikenali sebagai ahli falsafah, wafat di Wasit pada tahun 272-273 Hijrah/886 Masihi setelah mencapai usia hampir 100 tahun. Dalam karyanya dapat diamati pengaruh Arab dan juga Parsi. Beberapa karyanya adalah seperti: Sebuah himpunan jadual astronomi (Zij). Didalamnya terdapat pergerakanpergerakan planet dihitung untuk garis bujur Gangdiz (ganders) dan teori siklus 1/1000 tahun India (Hazaret). Masih diguna hingga sekarang. Al-Madkhali al-Kabir ila Ilm alNujum (Pengantar Besar ke Ilmu Astrologi) sebuah risalah yang terdiri dari 8 buku dan telah diterjemahkan 2 kali ke Bahasa Latin iaitu tahun 1130 Masihi oleh Johannes Hispalensis, dan pada tahun 1150 Masihi oleh Hermanus Secundus. Karya ini mempunya pengaruh di Barat/Eropah. Naskah Latinnya ada beberapa versi terjemahan Hermanus Secundus yang

dicetak di Augsburg pada tahun 1489 Masihi. Dengan judul Indroductorium in Astronomia Albumasaris Abala Chiiocto Continens Libros Perticles. Juga dicetak di Fenice tahun 1495 Masihi dan 1506 Masihi. Perlu juga dicatat bahawa penulisan tentang matematik, geografi, fizik dan astrologi ini mengandungi antara lain iaitu penjelasan yang terperinci tentang teori pasang surut dan boleh dikatakan bahawa Eropah pada abadabad pertengahan mempelajari hukumhukum pasang surut laut dari buku Abu Ma’shar tersebut. Dalam teori itu terdapat beberapa huraian yang benarbenar jelas kerana sesuai dengan hasil cerapan yang benar dan tepat. Karya ini yang juga merupakan bahan rujukan dalam bidang matematik dan geografi fizikal, identity dan sama kualitinya dengan karangan sejenis yang ditulis oleh para astronomi dan falsafah lain yang sebangsa al-Fazari (Ahmad Bin Muhammad bin Kathir al-Farghani – wafat selepas tahun 247 Hijrah/861 Masihi)dan antara lain menulis buku al-Fusul al-Tsalatsin dan al-Madkhalila Ilm Hayat al-Falak). Edisi


ZOOM MAIS 6/2018 | Edisi

19

DYMM Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan daripada Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebanyak RM4,745,578 dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 30 Mei 2018.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bergambar kenangan selepas majlis pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 30 Mei 2018.

DYMM Sultan Selangor menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Masjid Taman Taming Jaya pada 29 Mei 2018.

Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS telah mengedarkan lebih 500 bungkusan bubur lambuk secara percuma kepada pegawai dan kakitangan yang bertugas di Bangunan Sultan Idris Shah.

DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 438 penerima yang terdiri di kalangan asnaf fakir, miskin dan muallaf dengan setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500 di Masjid Taman Padu Permai.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 60 penerima Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSS), Tanjung Kling.


BIL: 6/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Abu Ma’shar al-Balkhi M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

Ahli Astronomi, Astrologi dan Saintis LIHAT MUKA SURAT

18

PERKHIDMATAN

MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Orang Berhutang

Wasiat Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.