Edisi bil 50 mac18 10 04 18 2 43pm

Page 1

BIL: 3/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Ibrah Kisah Isra’ Mi’raj Nabi

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

PERISTIWA Isra’ Mi’raj yang berlaku ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW bertujuan mengajar erti kehambaan kepada Allah SWT. Menerusi segmen Ibrah yang ke udara di IKIMfm Isnin minggu lalu jam 5.15 petang, Ustaz Muhammad Syaari Abd Rahman... >4

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

Sumber gambar: http://www.indahnyaislam.my/2018/02/keutamaan-solat-tahiyatul-masjid/

Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Selangor BANGI 27 Februari 2018- Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Selangor “Ahli Sunnah Wal Jamaah: Mendepani Isu-Isu Khilafiah”....

>11

Jabatan Mufti giat laksana program Memasyarakatkan Fatwa Shah Alam – 22 Februari 2018, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor telah berjaya menganjurkan program Bicara Fatwa...

>13

Mesyuarat Pindaan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 2 Mac 2018 - Mesyuarat Pindaan Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 telah diadakan pada 28 Februari 2018 -2 Mac 2018 di Pusat Info JAKESS, Petaling Jaya, Selangor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YA Puan Noor Huda bt Roslan...

>12

KALAM PUJANGGA Jika diam saat agamamu dihina, Gantilah bajumu dengan kain kafan, Jika ghairah telah hilang dari hati, Gantinya hanya satu, Iaitu kain kafan 3 lapis, Sebab kehilangan ghairah sama dengan mati. Menjelaskan bahawa akidah dan keyakinan harus tetap digenggam jangan sampai dihancurkan oleh pihak lain. Petikan kata-kata hikmah dari Prof. Dr. Hamka Sumber: Buku Renungan Tasawuf

Amanah Dari Langit

Suatu malam hening. Dia sedang sendirian. Kala itulah. Dua malaikat datang. Dibelah dadanya. Dikeluarkan hatinya. Disirami air zam-zam, lalu dibawa pergi. Jauh, jauh sekali. Merentas malam bukat, menuju Palestin, Baitul Muqaddis dan Masjid al-Aqsa. Di sana dia mengimami solat. Diikuti seluruh nabi dan rasul. Lalu diiring ke langit. Di sanalah berlakunya peristiwa agung itu.

LIHAT MUKASURAT

3


JOM AMAL BILAKAH WAKTU SESUAI UNTUK QADA SOLAT? Qada bagi solat fardu yang telah luput boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ْ‫ص ِْلْإِ َذا‬ َْ ‫َمنْ​ْنَ ِس‬ َ ُ‫صالَةْ​ْفَلي‬ َ ْ‫ي‬ َْ‫لْ َذ ِلك‬ َّْ ِ‫ارْة َْلَ َهاْإ‬ ْ ْ،‫َذك َ​َرهَا‬ َ َّ‫لَْ َكف‬ Maksudnya: Barangsiapa yang terlupa menunaikan solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila teringat, tiada kaffarah baginya melainkan demikian itu. (HR Bukhari dan Muslim)

Sidang Editorial EDISI Ketua Pengarang Rohana Binti Hassan Pengarang Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Penolong Pengarang Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi Editor Sri Hartini Binti Md Noh Subeditor/Pruf Sitti Nadhirah Binti Ahmad Zabidi Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat Wartawan • Halim Bin Mokhtar • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hasal Bin Senin Kolumnis • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Hamizul bin Abdul Hamid © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apaapa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Redaksi berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www. mais.gov.my


FOKUS 3/2018 | Edisi

3

Sumber gambar: http://www.indahnyaislam.my/2018/02/keutamaan-solat-tahiyatul-masjid/

Amanah Dari Langit

Suatu malam hening. Dia sedang sendirian. Kala itulah. Dua malaikat datang. Dibelah dadanya. Dikeluarkan hatinya. Disirami air zam-zam, lalu dibawa pergi. Jauh, jauh sekali. Merentas malam bukat, menuju Palestin, Baitul Muqaddis dan Masjid al-Aqsa. Di sana dia mengimami solat. Diikuti seluruh nabi dan rasul. Lalu diiring ke langit. Di sanalah berlakunya peristiwa agung itu. Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Pengurus Dakwah, Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

K

isah ini sudah masyhur. Seantero manusia sudah tahu. Ia kisah kekasih bertemu kekasih. Lalu dititipkan amanah. Natijahnya, agar sang kekasih terus mengingat Kekasihnya. Itulah namanya solat. Buat Nabi Muhammad SAW menumpahkan rasa cinta dan rindu kepada al-Khalik. Sehari semalam, lima waktu, rukuk dan sujud, berbisik penuh kasih. Memuja dan memuji. Memohon dan merayu. Itulah saatnya kita berkomunikasi dengan Allah SWT. Sesiapa yang mahu berkomunikasi dengan Allah SWT, maka solatlah. Setiap patah bicara, didengari oleh-Nya. Lantas akan dibalas. Satu persatu. Pujian diberi. Doa didengari. Itu janji, pasti. Pesan hukama. Jika kamu mahu Allah SWT pula berkata-kata kepadamu, maka bacalah al-Quran. Malang. Mutakhir ini, solat kian terpinggir. Terabai. Amanah agung dari langit yang terlalai. Meninggalkannya sudah menjadi ‘trend’. Tidak ditimpa rasa bersalah. Tidak timbul rasa gundah. Tiada wujud keluh dan kesah. Kata orang, “ada aku kisah?” Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak, peratusan muslim yang

meninggalkan solat membimbangkan. Sangat bimbang sebenarnya. Bermula dari tahap sekolah rendah lagi, anak-anak tidak menjaga solat. Ia berlanjutan sehingga ke kolej dan universiti. Membarah ketika dewasa. Membusuk setelah berumah tangga. Hingga menularkan keculasan solat kepada anak-anak. Aduhai oh aduhai. Amanah yang terus terabai. Benarkah begitu? Benarkah meninggalkan solat tidak mendatangkan apa-apa? Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku hari ini, disumbang oleh kelalaian menjaga solat. Anakanak yang mendurhakai ibu ayah. Mencalari hati guru-guru. Membuli sesama sendiri. Menjadi samseng jalanan. Menjadikan rasuah darah dagingnya. Tidak kisah menzalimi orang lain. Melakukan kerosakan demi kerosakan. Itulah dampak mengabaikan solat. Solat adalah benteng. Paling hadapan sebenarnya. Ibarat musuh menyerang negara, tembus benteng maka rosaklah semua. Kala Jepun mendarat di Tanah Melayu tahun 1941, benteng Tentera Bersekutu goyah. Dengan asakan bertalu-talu, robek dan roboh. Orang Melayu

bertukar penjajah. Inggeris lari. Jepun memerintah. Itulah dampak benteng yang rapuh. Mudah benar diterobos musuh. Solat adalah benteng iman dan takwa. Solat menjadikan manusia, berhati manusia. Bukan berhati haiwan. Lebih parah, berhati syaitan. Solat melentur kemalasan. Menjaga waktu demi waktunya. Agar manusia belajar hidup berperaturan. Berdisiplin. Patuh dengan arahan. Tidak melakukan semuanya semberono. Membuta tuli penuh kekerasan. Orang yang solat, dirinya berkat. Solat menjadikan dirinya berjaya (al-falah). Menepati waktu. Mendengar arahan dengan baik. Tidak berkata dusta. Tidak berkata palsu. Tidak mengkritik tidak tentu. Terjaga makan minumnya. Terjaga aurat dengan pakaiannya. Terjaga dan terjaga semuanya. Solat Jemaah, menjadi keutamaannya. Di sana dia menyuburkan iman. Menebarkan mekar ukhuwah. Ber sosial mengikut syariah. Memastikan hak Allah dan hak manusia diberikan saksama. Tidak menjadi manusia pendengki. Hanya menjaga perut sendiri. Bersikap pentingkan diri sendiri. Tidak kisah orang lain. Hingga lupa, nanti dia akan dikebumikan. Oleh orang lain yang dia tidak endahkan. Ajarkan anak solat. Pastikan ajaran nabi ditunaikan dengan taat.

Usia tujuh tahun, garis permulaan mendirikan solat. Serulah dan serulah. Biar anakmu malas, tetaplah terus menyeru. Jangan kamu memindaminda arahan nabi. Konon tujuh tahun, anakmu masih kecil. Lalu dibiarkan. Solat dipinggirkan. Hingga usianya menjadi lapan dan sembilan, belum lagi dipraktikkan. Lalu kala usia anakmu 10 tahun, engkau pun bertegas. Engkau sanggup memukul anakmu jika mereka tidak solat. Alasanmu, nabi memerintahkan begitu. Pukul anakmu, jika enggan solat di usianya 10 tahun. Wahai oh wahai. Ibu dan ayah. Ingatlah. Serulah anakmu solat ketika mereka berusia tujuh tahun. Istiqamahlah hingga masuk 10 tahun. Bayangkan. Tiga tahun kamu menyeru, ia menjadi seruan yang melekat di hati dan minda mereka. Usianya tujuh tahun dia culas. Semakin rajin di usia lapan. Mulai istiqamah kala sembilan. Maka, baharulah logik di akal, di angka 10 tahun bisa dirotan. Jika ibu ayah sendiri mengabaikan seruan nabi. Jangan dipukul anakmu itu di saat usianya 10 tahun. Pukullah, tapi dirimu sendiri. Kerana, dirimu ayah ibu terlebih dahulu mensiasiakan amanah. Amanah dari langit. Yang menjadi kunci pembuka pintu rahmat Allah. Asbab utama masuknya ke syurga. Menjauhkan diri dari neraka. Wallahua’lam. Edisi


4

ISU Edisi | 3/2018

Ibrah Kisah

Isra’ Mi’raj Nabi Oleh: Haji Faiz Hj. Othman Sumber: http://ikimfm.my/ibrah-kisah-isra-Mi’raj -nabi/

P

ERISTIWA Isra’ Mi’raj yang berlaku ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW bertujuan mengajar erti kehambaan kepada Allah SWT. Menerusi segmen Ibrah yang ke udara di IKIMfm Isnin minggu lalu jam 5.15 petang, Ustaz Muhammad Syaari Abd Rahman berkongsi kisah Isra’ Mi’raj dan bagaimana kita perlu sentiasa bermotivasi dan mengambil pengajaran daripadanya. Perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ Mi’raj mengajar kita semua sebagai pendakwah, ada masa dan ketikanya kita perlu berehat sejenak daripada berdakwah serta berikan pengisian buat diri kita dengan kisahkisah yang mampu memotivasikan diri. Allah SWT telah merehatkan seketika Rasulullah SAW dalam satu malam untuk Allah SWT berikan hiburan kerohanian yang akan memajukan motivasi Rasulullah SAW ke hadapan. Persoalan yang perlu kita fikirkan, dalam peristiwa Isra’ Mi’raj ini mengapa sepanjang perjalanan untuk bertemu Allah SWT, Nabi singgah di Masjid AlAqsa serta bertemu dengan para nabi. Dalam peristiwa ini, Rasulullah SAW

diperlihatkan dengan kehadiran para nabi yang menurut ulama’, roh 124 ribu para nabi dihadirkan ke Masjid Al-Aqsa bagi menantikan kehadiran penghulu segala nabi, Nabi Muhammad SAW. Apabila Nabi SAW tiba di Masjid AlAqsa dengan menaiki buraq, Nabi SAW kemudiannya dipertontonkan dengan Nabi Musa AS, Nabi ‘Isa AS dan Nabi Ibrahim AS bersolat. Pasti satu perasaan gembira hadir dalam jiwa Rasulullah SAW saat mana diperlihatkan dengan sejumlah besar para nabi yang dahulunya turut berjuang seperti Baginda. Perhentian Rasulullah SAW di Masjid Al-Aqsa sebagai simbolik meneruskan perjuangan para anbiya’ yang majoritinya dari Palestin. Ianya bukan semata-mata masjid itu, tetapi diperlihatkan dengan situasi para nabi yang mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa dengan penuh kerehatan dan kegembiraan. Ini mengajarkan kepada Rasulullah SAW, solat akan menjadikan Baginda kuat. Baginda juga mengimamkan para nabi yang berkumpul di Masjid Al-Aqsa. Dalam keadaan duka Baginda ketika di Mekah, ditolak dakwah Baginda serta dicaci dan

dicemuh. Allah SWT hadirkan motivasi pertama buat Baginda SAW ketika di Masjid Al-Aqsa iaitu mengimamkan para nabi. Hal ini mengajar kita, sekuat manapun ujian dan musibah yang menimpa kita, jadikan solat sebagai kekuatan sepertimana yang dilakukan oleh para nabi yang terdahulu. Jangan biarkan diri kita diperhambakan oleh emosi dan syaitan dengan ujian-ujian yang melemahkan kita. Sekiranya perasaan kehambaan kepada Allah SWT sentiasa menebal dalam diri kita, maka akan datang kekuatan untuk kita menghadapi apa juga ujian. Rasulullah SAW tidak sekadar diperlihatkan dengan para anbiya yang solat ini ketika di Masjid Al-Aqsa semata-mata, bahkan ketika Mi’raj sekali lagi Rasulullah SAW dipertemukan dengan para nabi ini. Nabi SAW diperjalankan ke langit yang pertama. Timbul persoalan, mengapa perlu bertemu lagi dengan Nabi Adam AS. Bahkan terdapat adegan saling memberi salam antara Nabi SAW dan Nabi Adam AS. Motivasi dan kegembiraan kedua buat Baginda Nabi SAW adalah saat bersua dengan Nabi Adam AS. Dahulunya Nabi SAW hanya mendengarkan tentang Nabi Adam AS melalui Jibril AS, kini dapat bersua dengan Nabi Adam AS bersemuka. Pasti suatu yang sangat menggembirakan Nabi SAW. Di langit yang kedua, Nabi SAW sengaja dipertemukan oleh Allah SWT dengan Nabi Yahya AS dan Nabi ‘Isa AS. Ucapan daripada Nabi ‘Isa AS yang sangat memberi kesan motivasi kepada Nabi SAW dengan lafaz “Marhaban Bi Akhi As-Soleh Wa Nabi As-Soleh”. Kemudian diperjalankan Nabi SAW ke langit yang ketiga dan bertemu dengan insan yang paling indah rupa parasnya. Saat bersua dengan Nabi Yusuf AS, Baginda SAW teringatkan surah Yusuf dan kisah bagaimana Nabi Yusuf AS diusir oleh saudara-sadaranya sendiri. Menjadi kekuatan buat Baginda Rasulullah SAW saat Nabi Yusuf AS

mengukirkan senyuman dan melafazkan salam kepada Baginda SAW. Di langit keempat, Nabi SAW bersua dengan Nabi Idris AS yang Allah SWT sebut di dalam Surah Maryam ayat 57 yang bermaksud : Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. Manakala di langit yang ketujuh, Allah SWT pertemukan Nabi SAW dengan Nabi Harun AS. Inilah nabi yang fasih tutur bicaranya yang menyokong perjuangan Nabi Musa AS. Kemudian, Nabi Muhammad SAW dipertemukan dengan Nabi Musa AS di langit yang keenam. Adegan pertemuan itu diakhiri dengan salam beserta tangisan Nabi Musa AS. Lantas Baginda Rasulullah SAW bertanya kepada Nabi Musa AS, mengapa menangis?. Nabi Musa AS kemudian berkata “ Ya Muhammad, aku menangis kerana akan ada seorang pemuda yang bangkit selepas aku, yang mana pengikutnya lebih ramai masuk ke syurga berbanding pengikutku”. Mendengarkan itu, bertambah motivasi Baginda SAW meneruskan dakwah Baginda. Di langit yang ketujuh, alangkah gembiranya Nabi Muhammad SAW dipertemukan dengan moyangnya sendiri, Nabi Ibrahim AS sedang bersandar berehat di Bait Al-Ma’mur. Nabi SAW diberikan kekuatan dengan lafaz-lafaz daripada nabi-nabi terdahulu termasuk penjaga pintu langit. 7 petala langit memuliakan dan mengenali Baginda Nabi Muhammad SAW. Beruntunglah kita umat Nabi Muhammad SAW. Apabila kita berada dalam keadaan diuji oleh Allah SWT, jangan biarkan telinga kita tidak mendengar ucapan-ucapan motivasi. Kuatkan diri kita dengan kuasa perkataan. Saat kita lemah kerana ujian, datangkanlah kata-kata positif yang mampu membangkitkan semangat kita. Tidak lain tidak bukan, lafazkan pada diri “aku hamba Allah”. Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 17 Mei 2016 Edisi

Sumber gambar : https://blogwillis-zippykid.netdna-ssl.com/wp-content/uploads/2013/08/resilient-sprout-in-drought_645x400.jpg


gen-q 3/2018 | Edisi Sumber gambar: http://stat.ks.kidsklik.com)

Oleh: Sri Hartini Binti Md. Noh (sri@mais.gov.my) Eksekutif Komunikasi Korporat, MAIS

g n a Y t a l o S

i a b a r Te

Amalan pertama yang ditanya oleh Allah SWT di hari pengadilan nanti adalah amalan solat. Nabi bersabda : Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah SWT akan berkata: “Lihatlah adakah hamba ku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain. (HR al-Tirmizi)

W

alaupun menyedari hakikat itu masih ramai yang leka dalam menyempurnakan tuntutan wajib ini. Solat tidak boleh diganti dengan amalan-malan lain atau ditokok tambah dengan unsur-unsur yang merosakkan dan melalaikan. Kelalaian-kelalaian yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh urusan kerja, jadual tugasan yang padat, sikap dan sebagainya. Syaitan akan menghasut dengan ingatan-ingatan yang indah dan melalaikan tetapi

5

ianya perlu ditangkis supaya apa jua urusan dapat disempurnakan dalam keadaan yang sempurna dan penuh keikhlasan. Firman Allah dalam surah AlMu’minun ayat 1-2 yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.’’ (Surah AlMu’minun: 1-2) Dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji

dan mungkar.’’. (Surah Al-ankabut: 45) Maka berhubung ayat ini memperlihatkan bahawa solat itu merupakan satu perisai bagi umat Islam kerana ia boleh menghalang daripada melakukan kemungkaran. Kelalaian dalam solat boleh di atasi dengan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, seperti memulakan dengan ta`awwuz (a`uzubillah) sebelum memulakan solat, seterusnya membaca 3 Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kita juga diajarkan agar memahami maksud surah Al-Fatihah dan surah-surah yang lain dengan baik kerana ia akan menguatkan kekhusyukan kita semasa solat. Sehubungan itu menunaikan solat pada awal waktu adalah lebih afdal dan berikut merupakan huraian antara hadis-hadis fadilat solat pada awal waktu: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat pada awal waktu dari awalnya mendapat keredhaan Allah SWT dan akhirnya mendapat keampunan Allah.” (HR al-Tarmizi) Nabi pernah ditanya tentang amalan yang terbaik (untuk dilakukan), maka jawab nabi yang bermaksud : “Solat pada awal waktu”. (HR al-Tirmizi dan Abu Daud) Rasullullah SAW bersabda yang

bermaksud “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga sebab selainnya.” (HR Abu Daud). “Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang.” (Surah Al Mudathsir:42,43) Adakah kita mahu tergolong dalam kumpulan orang-orang yang lalai dalam meninggalkan solat, sedangkan amaran Allah sudah jelas. Paling menyedihkan, hasil dari solat yang terabai ini, keberkatan rezekinya akan hilang dalam setiap apa yang diusahakan. “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyianyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh.” (Surah Maryam : 59) Dalam ayat ini, Allah menjadikan bahagian neraka yang paling dasarsebagai tempat bagi orang yang mengabaikan solat dan mengikuti syahwat (hawa nafsu). Justeru itu, dalam mengukukan solat supaya tidak terabai, tanggungjawab mendidik nafsu supaya takut pada azab Allah SWT adalah tanggungjawab yang perlu dididik dari awal dalam diri setiap jiwa seorang muslim. Edisi


6

MIMBAR MUFTI Edisi | 3/2018

TARIKAT NAKSYABANDIAYAH

KADIRUN YAHYA

NEGE RI SEL A

Warta

Susunan oleh: Sri Hartini Binti Md. Noh (sri@mais.gov.my) Eksekutif Komunikasi Korporat, MAIS Sumber: Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa Dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor.(2016).JAIS.

DITER

Jil. 48 No. 19 Sel. P.U

NGOR

Keraja

an

BITKA N DEN GAN K GOVE UASA RNME N PUBLIS T OF SELAN GOR G HED B A Y AUT HORIT ZETTE Y

. 22.

ENAK MEN P EN

14hb S

eptemb

er 199

5

TADB IRAN PERUN DANG 1989 AN ISL A TEN AM TANG T En. 2/19 A RIKAT 89. K NAQS ADIRU PADA Y N A m BAND YAHY seksyen enjalankan k IAH A u Negeri 32, Enakmen asa yang d iberikan Pentad Selang b or sele Hukum pas ber iran Perundan oleh seksyen Syara’ bin g membu at fatw cang dengan an Islam 198 31(1) dan 9, Muft a seper Jawat ti yang i dinyatak ankuasa Peru bagi ndin an dalam (1) A J A Jadual. g DUAL malan unsur-u Tarikat Naq n syaban daripad sur amalan diah K y a Islam d ajaran Islam ang membaw adirun Yahy a mem ilarang a mengam yang sebenar syirik dan punyai . O men (2) O alkan aj rang-ora aran itu leh yang dem yeleweng . ik n g ia n mengam , umat Islam mana alkan Tarikat yang telah ju keamp a berada hen Naqsyabandia mengambil unan k epada A daklah seger h Kadirun Y ijazah dan ah LLAH a Dibuat Subhan bertaubat se ya di manapada 2 ahu W 1hb Og ata’alla rta memoho os 199 n . 5 . Made th [JAI. S e 21st August el. 801 1 9 9 5 . 4/7 Jili d IV; P .U. sel. 2780.] DATO ’ HAJI ISHAK BIN H AJI BA Mu HARO Negeri fti M Selang or

LATAR BELAKANG

TAMBA H PERUN AN No.15 DANG AN

FATW

1. Nama sebenar ialah Prof.Dr.Hj.Sidi Syeikh Kadirun Yahaya. Nama asalnya ialah Mohd Amin dan gelaran rasminya Patuan Baleo Rahmatsah Harahap. Beliau diberi gelaran “Yang Mulia Ayahanda Guru” atau “Ayah Guru” 2. Lahir pada 20 Jun 1917 di Pengkalan Brandan Daerah Langkat, Sumatera Timur, Indonesia. Nama bapanya Ompung Sutan Sari Alam dan tinggal di Pancabumi Medah, Jalan KM 4 1/2 Medan. 3. Beliau mempunyai pendidikan dari beberapa institusi berikut: a. H.I.S Negeri 1924 – 1931 (tamat) b. MULO-B Negeri 1931-1935 (tamat) c. AMS-B Negeri 1935-1938 d. Kuliah Ilmu kebatinan 1938-1940 e. Kuliah ilmu Jiwa Amsterdam 1940-1942 f. Kuliah Agama Islam (Bahagian Tasawuf/sufi) 1947-1942 g. Kuliah Ideologi dan Bahasa Inggeris 1951-2953 h. M.O Bahasa Inggeris Gedeelte 1 1953 (Bandung) i. Lulus ujian Sarjana Lengkap (Drs) dalam ilmu Falsafah Kerohanian dan Metapfiysika) 1962 j. Drs dalam ilmu Falsafah Kerohanian dan Metapfiysika 1968 k. Lulus Ujian Sarjana Lengkap (Drs) dalam Ilmu Fizik Kimia 1974 4. Tarikat ini mula dikesan di Malaysia sekitar tahun 1970an dan antara Pusat kegiatan yang utama ialah Madrasah Darul Amin, Batu 17 ½ Rawang, Selangor. 5. Tarikat ini dipercayai telah berkembang di Malaysia di tempat seperti berikut: a. Kempas, Johor Bharu b. Kota Bharu, Kelantan c. Kota Kinabalu, Sabah d. Kuching, Sarawak e. Kemaman, Terengganu f. Jerantut, Pahang g. Seremban, Negeri Sembilan.

CIRI-CIRI KESALAHAN 1. Tarikat ini didakwa diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda menjadi rasul. Melalui tarikat ini Allah SWT menurunkan Nur Muhammad ini kepada Salsilah hingga Prof. Kadirun Yahya sendiri. 2. Pengikut-pengikut ajaran ini dikehendaki menggambarkan/membayangkan wajah guru ajaran ini semasa beribadat supaya segera dikabulkan Allah. 3. Tawasul dan rabitah dengan guru mursyid. 4. Penyelewengan tentang mentafsir ayat-ayat al-Quran 5. Kalimah Allah mampu menggagalkan kiamat. 6. Syafaat guru 7. Roh mereka yang tidak memperolehi nur di awang-awangan dan entah di mana. 8. Tiada jaminan masuk syurga tanpa frekuensi tak terhingga.

TINDAKAN 1. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia pada 15 dan 16 November 1981 di Bilik Gerakkan Negeri Terengganu telah memutuskan bahawa tarikh ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya dan mengamalkan ajaran ini adalah sesat maka hendaklah diharamkan. Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah membuat keputusan yang sama pada 10 Oktober 1986. 2. Negeri-negeri yang telah mengharamkan tarikat ini ialah Melaka pada 20 Oktober 1985, Selangor pada 3 Ogos 1985, Johor pada 17 Disember , Negeri Sembilan pada 4 Mac 1983 dan Kedah pada Tahun 1985. 3. Majlis Raja-raja dalam mesyuarat ke 139 pada 6 November 1986 (hari yang kedua) telah menerima syor Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang berbunyi: “Kesalahan daripada segi akidah merupakan satu perkara besar di dalam Islam dana mat merbahaya kepada umat. Oleh itu mana-mana aspek yang salah yang terdapat di dalam Tarikat Naqsyabandiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya ini mestilah diberi penjelasan dan diperbetulkan mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penerangan mengenai perkara ini hendaklah diberi kepada masyarakat umum di Malaysia termasuk perkara yang terlibat dengan tarikat tersebut dan Majlis bersetuju supaya perkembangan tarikat tersebut sentiasa diawasi.” Edisi


ARTIKEL KHAS 3/2018 | Edisi

Isra’ dan Mi‘raj

7

Sumber gambar langit angkasa: https://www.walldevil.com/heart-shapedstar-in-the-universe-wallpaper-715862/

Mitos ? Oleh: Mohd. Khafidz bin Soroni Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, KUIS

Peristiwa luar biasa Isra’ dan Mi‘raj menjadikan orang yang tidak beriman menganggapnya sebagai mitos sahaja. Seolahnya perjalanan baginda Nabi SAW dari Makkah ke Baitul Maqdis, seterusnya merentasi alam dunia menerobos ke alam ghaib sehingga tiba ke Sidratul Muntaha dan seterusnya pulang semula ke muka bumi dalam tempoh yang singkat itu, menyalahi hukum fizik!

K

emungkinan, ini pandangan agama lain terhadap peristiwa Isra’ dan Mi‘raj, sebagaimana kita sendiri memandang peristiwaperistiwa yang disambut dalam agama lain itu sebagai mitos belaka. Namun, perlu dibezakan antara peristiwa Isra’ dan Mi‘raj dan peristiwa-peristiwa yang disambut agama lain itu dari sudut kesahan data-data empirikal yang hakikatnya hanya wujud pada peristiwa Isra’ dan Mi‘raj sahaja. Data-data riwayat secara dokumentasi mengenai hadis-hadis Isra’ dan Mi‘raj ini didapati telah diriwayatkan oleh ramai ulama hadith daripada 45 orang sahabat Nabi SAW. (Lihat Nazm al-Mutanathir Min alHadith al-Mutawatir oleh al-‘Allamah Muhammad bin Ja’far al-Kattani alIdrisi w. 1345H) Jumlah periwayat sahabat RA yang ramai ini membuktikan bahawa hadis Isra’ dan Mi‘raj adalah mutawatir, iaitu mempunyai bilangan perawi yang ramai pada setiap peringkat sanad sehingga akal menolak kemungkinan mereka bersepakat untuk berdusta atau boleh berlaku pendustaan terhadap hadis yang diriwayatkan. Para ulama turut bersepakat, hadis mutawatir perlu diterima tanpa sebarang keraguan tentang kebenaran sandarannya kepada Nabi SAW dan ia menghasilkan ilmu yang benar-benar pasti. Bagaimanapun, musuh-musuh Islam, terutama Yahudi dan Nasrani sentiasa cuba menggoyahkan pegangan umat Islam dengan berbagai cara, antaranya dengan menafikan sebarang mukjizat dan keluarbiasaan pada diri Rasulullah

SAW. Usaha-usaha ini gigih dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis Barat seperti Gustav Lobon, August Comte, Ignaz Goldzieher dan lain-lain. Mereka sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah dan pegangan umat Islam melalui hujah-hujah dan fakta-fakta yang didakwa sebagai ilmiah bagi mengelirukan pemikiran umat Islam. Antaranya mendakwa bahawa hadis merupakan rekaan dan ciptaan para periwayat hadis dan bukannya datang daripada Rasulullah SAW sendiri. Mereka mendakwa hadis-hadis Isra’ dan Mi‘raj merupakan riwayat palsu dan tidak dapat dipercayai. Penolakan mereka berdasarkan teori dan akal semata-mata, melalui kaedah-kaedah ilmu yang lemah dan mengetepikan kaedah-kaedah ilmiah yang kukuh yang telah dibina oleh ulama Islam. Namun sayangnya, terdapat juga segelintir daripada kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan dakwaandakwaan tersebut kerana kelemahan dan kejahilan mereka tentang disiplin pengajian Islam yang cukup mantap. Bagaimanapun, selain dalil ilmiah, kemungkinan bukti sains mampu memberikan hujah alternatif. Peristiwa Isra’ dan Mi‘raj boleh dikatakan berkait dengan alam metafizik (alam ghaib). Metafizik ini melampaui hukum fizik kerana kegagalan kita untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku secara emperikal, mantik dan bersistem yang telah menjadi asas kepada pembentukan sains moden. Dimensi metafizik ini telah melahirkan pula perbincangan mengenai fizik

kuantum. Fizik kuantum, atau juga dikenali sebagai mekanik kuantum, merupakan suatu penyelidikan sains fizik yang melibatkan interaksi antara jirim-jirim atau zarah-zarah yang wujud dalam alam mikroskopik, seperti electron, proton, quark, meson, positron, foton (cahaya) dan sebagainya. Penerokaan fizik kuantum kini mula mendapat tempat dalam kalangan ahli sains Barat. Dalam fizik kuantum, banyak perkara yang membingungkan ahli sains. Antaranya objek cerapan yang sama boleh bersifat zarah atau bersifat gelombang dalam waktu yang berbeza. Berdasarkan pandangan Morris Berman, terserah kepada kehendak kita bagaimana mahu menerangkan sifat sesuatu objek yang sedang dicerap, sama ada ia bersifat zarah atau ia bersifat gelombang. Davies & Brown dalam The Ghost in the Atom menyatakan bahawa pencerap tidak mungkin dapat memahami alam ini sehinggalah perilaku zarah dapat dirungkaikan terlebih dahulu. Menerusi fizik kuantum juga telah membuktikan kegagalan ahli fizik untuk menghuraikan secara matematik bagaimana berlakunya keruntuhan fungsi gelombang. Lebih bingung lagi, fizik kuantum sekadar membuktikan tingkat-tingkat tenaga sahaja, bukannya magnitud tenaga pada keadaan-keadaan tertentu. (lihat Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik oleh Aqil Fithri) Misalnya dalam fizik harian atau klasik, tiada objek berjisim yang boleh menembusi dinding konkrit atau kayu, tetapi dalam fizik kuantum,

elektron boleh menembusi dinding, malah elektron boleh berada di dua tempat dalam satu masa (Rujuk: http://rootofscience.com/blog/2017/ sains-fizikal/fizik-teoretikal/apa-itumekanik-kuantum-secara-ringkas/). Dalam mekanik kuantum juga penerowongan oleh jirim dibenarkan, malah kebolehan perjalanan melebihi kelajuan cahaya menjadi kajian yang telah menarik kalangan ahli fizik sub-bidang, fizik tachyon dan isyarat superluminal. (lihat Mekanik Kuantum dan Kesufian oleh Prof. Dr. Shahidan Radiman) Jelasnya, fenomena fizik kuantum membuktikan wujudnya Maha Kuasa yang memiliki hakikat realiti dan kemampuan tadbir urus yang bersifat infiniti di luar kefahaman akal manusia. Peristiwa Isra’ dan Mi‘raj hanyalah satu bukti fenomena di luar jangkauan akal fikiran yang tidak akan didedah sepenuhnya sebelum tiba masanya. Justeru, apakah penemuan fizik tersebut juga mitos?! Peristiwa Isra’ dan Mi‘raj sebenarnya dapat menjadi pembatas antara keimanan dan kekufuran dalam menguji akal manusia untuk meyakini perkara-perkara ghaib. Umat Islam yang meyakininya bermakna telah mengikut jejak langkah Saidina Abu Bakar asSiddiq RA yang menerimanya tanpa rasa curiga sedikit pun. Sebaliknya, mereka yang enggan mempercayainya bermakna telah mengikut jejak langkah kaum kafir Quraisy yang menolaknya sehingga dicela oleh Allah SWT. Wallahu a‘lam. Edisi


8

SOLUSI ISLAM Edisi | 3/2018

SOLAT SEMPURNA,

PERIBADI TERPELIHARA Oleh: Halim Bin Mokhtar Pensyarah, Jabatan Dakwah Dan Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam KUIS

Menyorot peristiwa agung Isra’ dan Mikraj yang menyaksikan keimanan yang sempurna tanpa prejudis dan penganugerahan ibadah solat yang maha hebat kepada Rasulullah saw berbanding dengan rukun Islam yang lain. Pastinya Bulan Rejab bulan yang terbaik untuk sesi refresh dan sesi muhasabah agar ibadah solat yang dilaksanakan mencapai visi dan misi serta menepati piawaian serta penanda aras yang dikehendaki oleh Islam yang menduduki raking yang kedua dalam Rukun Islam seterusnya menjadi tiang agama sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud” Asas semua urusan adalah Islam, tiangnya ialah solat dan puncak tertingginya ialah jihad (HR At-Tirmidzi) Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata-mata kerana ALLAH Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya. (Al-An’am: 162)

Sumber gambar: http://www.indahnyaislam.my/wp-content/uploads/2017/07/ o-US-MUSLIMS-MODERATE-facebook1-768x504.jpg

I

a juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani) Solat merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap Muslimin yang tiada uzur syar’i pada waktunya. Asasnya tiada pengecualian, WAJIB TUNAIKAN dalam apa pun keadaan sehingga akhir nyawa selepas itu pula akan disolatkan jenazah sebagai tanda penghormatan. Ada individu yang berjaya melaksanakan solat SEPENUHNYA dengan SEMPURNA, ada yang melaksanakan solat tetapi TIDAK SEMPURNA dan ada juga yang melakukan solat TIDAK SEPENUHNYA tetapi SEMPURNA. Maka adalah penting bagi setiap individu untuk melaksanakan solat SEPENUHNYA dengan cara yang SEMPURNA. Ke s e m p u r n a a n bukanlah

2. Menyuci Toksid Sifat Mazmumah Solat mempunyai pelbagai hikmah, baik dari sudut kerohanian, emosi dan fizikal. Antara yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran ialah solat sebagai pembentuk akhlak yang baik.Firman Allah : “ Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. “ (Surah al-Ankabut, 29 : 45) Solat merupakan ibadah didikan Allah dalam membentuk akhlak seseorang muslim. Penghayatan ibadah dan kesempurnaan solat akan membentuk keperibadian yang mulia. Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah serta benteng pertahanan daripada nafsu yang mendorong untuk berbuat maksiat.

paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji dan memperbaiki diri, dimulakan dengan menyempurnakan wuduk, niat yang jelas, setiap gerakan solat memiliki jiwa dan roh, memahami setiap kalimah yang diucapkan serta fokus penyerahan mutlak kepada Allah untuk 3. Menjaga dan Menepati Masa memantulkan impak dan aura yang Solat adalah suatu ibadah yang positif yang dapat membentuk peribadi ditetapkan pada waktunya. yang soleh dan solehah. Sebagaimana Firman Allah yang Oleh yang demikian solat wajib bermaksud: ‘Maka dirikanlah solat, dilaksanakan dengan SEMPURNA dan sesungguhnya solat itu difardhukan kepada sepenuh jiwa kerana ianya merupakan orang-orang beriman mengikut ketetapan talian direct line dengan Allah. Antara waktunya’ (Surah An-Nisa, 4:103) perkara yang mesti diberikan perhatian Allah telah menetapkan waktudimana solat yang sempurna dapat waktu tertentu bagi melakukan melahirkan peribadi yang terpelihara solat. Justeru kepatuhan masa iaitu : dengan niat yang khusus terhadap solat yang dilakukan merupakan 1. Ikrar Akujanji Muslim perkara yang penting dalam Solat merupakan lambang mendirikan solat. Seseorang pengabdian teragung kepada Allah, Muslim perlu menepati masa dilakukan semata-mata kerana Allah. dalam kehidupannya. Baik dalam Membaca doa iftitah 5 kali sehari melaksanakan tugas, menunaikan iaitu mengucapkan ikrar akujanji amanah, tanggungjawab sesama bahawa solat dan seluruh kehidupan manusia dan sebagainya, ia perlulah ini adalah kerana Allah. “Katakanlah: dilakukan dalam konteks masa

yang telah ditetapkan. Falsafahnya sesuatu tugasan perlu disiapkan pada masanya, biarpun apa halangannya. 4. Menjaga Kehormatan Antara syarat sah solat ialah diwajibkan menutup aurat. Tidak pernah berlaku ketika seseorang yang ingin menunaikan solat tidak menutup aurat khususnya ketika solat di masjid. Semuanya akan menutup aurat. Ia merupakan satu cara Allah mendidik kita supaya menjaga kehormatan diri samada dari sudut berpakaian dan perlakuan. Seorang muslim perlu memelihara aurat dan kehormatannya sebagai mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka tidak mudah diganggu dan supaya menunjukkan akhlak yang baik, begitulah juga cara berpakaian yang diwajibkan ketika berada diluar solat. Ia melambangkan manusia yang bermaruah. Namun amat dukacita sebahagian individu selesai solat atau apabila keluar dari masjid aurat tidak dipelihara. Seolah-olah Allah hanya berada ditempat tertentu dan disiplin solat tidak memberi kesan kepada jiwa dan peribadi. Kenapa jadi begitu? 5. Menyucikan Diri Dari Dosa Berwuduk dan mandi adalah lambang penyucian diri. Apabila hendak mengerjakan solat, disyaratkan mengambil wudhu sebagai lambang penyucian lahir dan batin. Dari sudut lahir, kita membersihkan anggota zahir tetapi dari sudut batin ianya sebagai isyarat menyucikan diri daripada dosa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan. (Muttafaqa Alaih) Ke s i m p u l a nya s o l at ya n g SEMPURNA akan melahirkan natijah keperibadian yang terpelihara dan terpuji. Tiada alasan untuk meninggalkan solat sebaliknya melaksanakan dengan sempurna adalah satu kemestian, kerana solat memiliki falsafah yang tersendiri di dalam melahirkan individu yang berakhlak mulia yang dapat mewarnai kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Laksanakan solat selagi nyawa dikandung badan, selagi akal masih waras. Solatlah dengan sepenuh jiwa dimana sahaja kita berada kerana kematian adalah pasti. #solatontime Edisi


JAKESS 3/2018 | Edisi

9

Undang-undang Keluarga Islam – Tuntutan Nafkah Tertunggak - Sama ada Defendan Telah Memberi Nafkah Sepatutnya Kepada Plaintif – Seksyen 70 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS)

[Mahkamah Tinggi (Rayuan) Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal No.: 10500-023-0023- 2015 (Y.A Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin, HMTS)] [5 Muharram 1437H bersamaan 6 Oktober 2016M] Fakta Kes [1] Pemohon dan Responden telah bernikah pada 23 April 2005 dan telah bercerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah pada 12 Oktober 2009 dan telah disahkan bercerai pada 25 November 2009. Pemohon mendakwa telah ditinggalkan Responden sejak Oktober 2008 sehinggalah diceraikan di luar Mahkamah oleh pada Oktober 2009. Dalam tempoh tersebut (Oktober 2008 hingga September 2009) tiada sebarang nafkah zahir yang diberikan Responden kepada Pemohon. [2] Kes ini merupakan rayuan Pemohon terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat yang telah menolak tuntutan tunggakan nafkah isteri yang telah difailkan Pemohon dengan alasan tiada pembuktian dan qarinah dalam kes tersebut. Hakim Bicara mengatakan Pemohon telah gagal mengemukakan apa-apa bayyinah kesaksian di pihak yang menuntut untuk menyokong dakwaanya. [3] Pemohon telah membuat tuntutan berhubung tunggakan nafkah isteri bermula Oktober 2008 sehingga Januari 2009 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat melalui Saman No: 10005-023-0003-2009. Namun Pemohon telah memanjangkan dakwaan tersebut sehingga bulan September 2009. Pemohon menuntut tunggakan nafkah tertunggak selama 12 bulan selama dalam tempoh proses penceraian yang berjumlah RM6,000.00. Responden menjawab dakwaan Pemohon melalui Penyataan Pembelaan yang difailkan namun gagal hadir untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding perbicaraan. Responden di dalam pembelaannya jelas mengakui serta tidak menafikan dakwaan Pemohon dimana berlakunya tunggakan nafkah isteri tersebut namun tidak bersetuju terhadap jumlah tuntutan sahaja dan menyatakan tawaran balasnya dalam pembelaan tersebut. [4] Pemohon dalam alasan rayuannya menyatakan sebagaimana berikut: (a) Pemohon tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Arif Hakim Bicara apabila menolak tuntutan tersebut dengan alasan bahawa Pemohon tidak mengemukakan bayyinah dalam pembuktian kes tersebut. (b) Pemohon tidak berpuas hati apabila Yang Arif Hakim Bicara tidak mengambil perhatian terhadap pendirian Responden yang dinyatakan melalui Pernyataan Pembelaannya sebagai bayyinah. (c) Pemohon tidak berpuashati apabila Yang Arif Hakim Bicara tidak mengambil kira bahawa tiada sebarang penafian oleh Responden melalui Penyataan Pembelaannya yang menafikan dakwaan Pemohon bahawa tiada nafkah diperuntukkan dalam tempoh dakwaan tersebut adalah sebagai salah satu bayyinah. (d) Pemohon seterusnya menyatakan terkilan dengan pendirian Yang Arif Hakim Bicara apabila tidak mengambil kira kedudukan dan pendirian Responden yang langsung tidak menafikan dakwaan Pemohon

sebaliknya menyatakan hanya tidak bersetuju dengan jumlah yang dituntut sahaja sebagai salah satu bayyinah. (e) Pemohon juga terkilan dengan Yang Arif Hakim Bicara kerana tidak mengambil kira keseluruhan kandungan pembelaan Responden sebagai salah satu sumber keterangan dalam memutuskan kes tersebut. [5] Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya pada muka surat 93 menyatakan “Mahkamah menolak tuntutan Pemohon disebabkan kegagalan Pemohon mengemukakan apa-apa bayyinah kesaksian di pihak menuntut”. Dalam kes ini Pemohon mendakwa Responden kebiasaannya memberikannya sebanyak RM500.00 sebulan sebagaimana dalam Rekod Rayuan pada muka surat 38. [6] Bagi kes ini, tidak terdapat persetujuan berkenaan dengan tamlik nafkah di dalam tempoh perkahwinan Pemohon dan Responden. Sepanjang prosiding kes tiada sebarang perkara yang dibangkitkan mengenai isu ini. Secara asasnya, tiada kenyataan daripada Pemohon atau Responden yang menunjukkan wujudnya sebarang perjanjian yang berlaku semasa akad nikah antara Pemohon dan Responden mengenai nafkah ini dan juga tiada perjanjian yang dibuat selepas itu. Oleh yang demikian, sekiranya isu ini ditimbulkan maka beban bukti untuk membuktikan bahawa telah berlaku perjanjian antara Pemohon dan Responden berkenaan nafkah ini adalah terletak di tangan Pemohon. Justeru itu, di dalam isu sebegini, Pemohon adalah mudda’a alaih yang bertanggungjawab membuktikan berlaku perjanjian antara Pemohon dan Responden berkenaan nafkah. Oleh yang demikian, nafkah berbentuk tamkin adalah bersesuaian dengan kes ini. [7] Nafkah berbentuk tamkin tidak menetapkan kadar, masa dan tempoh sesuatu nafkah itu perlu diberikan. la bergantung sepenuhnya kepada kemampuan suami. Mahkamah juga sekali lagi menyatakan bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dengan hanya memberikan alasan Pemohon gagal mengemukakan apa-apa kesaksian bayyinah namun Hakim Bicara dalam Alasan Penghakimannya tiada sebarang hujahan dan alasan lain yang mempertikaikan tentang jumlah tunggakan nafkah dan dakwaan nafkah yang telah tertunggak yang sepatutnya menjadi tanggungjawab Responden. Diputuskan Setelah Mahkamah meneliti Hujahan Perayu bertarikh 26 April 2016 dan Hujahan Responden bertarikh 24 Mei 2016 bersama dokumen dan autoritiautoriti yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI MEMUTUSKAN DAN MEMERINTAHKAN seperti berikut ; 1. Mahkamah menerima rayuan Perayu. 2. Mahkamah memutuskan tuntutan tunggakan nafkah isteri terhadap Perayu adalah sebanyak RM300.00. Edisi


10

NGO-i Edisi | 3/2018

INTERNATIONAL MUSLIM WOMEN’S UNION (IMWU) Susunan oleh: Unit Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan Sosial MAIS

Pengenalan/latar belakang pertubuhan (sejarah ringkas)

Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila hubungi Ustaz Mohammad Mahyuddin Bin Ma’arof (Unit Penyelaras NGO-i MAIS, Bahagian Khidmat Pengurusan Sosial MAIS) ditalian 03-3361 4064/4066 atau emelkan kepada jpngoimais@gmail.com

Pada 31 Julai 1996, wanita Islam daripada 65 buah negara telah bertemu di sudan dan menubuhkan pertubuhan wanita Islam antarabangsa sebagai salah satu wadah untuk wanita Islam dari segenap pelusuk dunia untuk mencapai visi dan aspirasi yang sama. Imwu dianggotai oleh wanita-wanita Islam dan pertubuhan-pertubuhan wanita Islam dari negara-negara majoriti Islam dan juga dari negara-negara di mana mereka merupakan minoriti. Mereka mempunyai aspirasi untuk melihat wanita Islam lebih berperanan di dalam kebajikan dan kemajuan umat Islam terutamanya di kalangan wanita Islam. Mereka sedar bahawa meraka harus mengambil peranan aktif di mana mereka berada dan pada masa yang sama juga prihatin dan mengambil peduli nasib wanita Islam di seluruh dunia. Mereka berazam untuk menghayati nilai-nilai Islam, membentuk identiti wanita Islam, mendidik wanita Islam untuk mengenali hak-hak mereka, meningkatkan komitmen wanita Islam untuk mempertahankan kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat, membantu wanita Islam membebaskan diri daripada sebarang bentuk penindasan atau pencabulan hak mereka dan menyokong usaha memperkukuhkan ekonomi wanita Islam. Imwu-Malaysia, dilancarkan pada 3 April 2003 dan didaftar secara rasmi pada 21 Julai 2005.

Visi pertubuhan Memartabatkan wanita islam sejagat

Misi pertubuhan Meningkatkan pembangunan intelek, kerohanian dan emosi wanita tempatan dan antarabangsa melalui : 1. Jalinan kerjasama yang bermanfaat 2. Ilmu dan kemahiran yang relevan 3. Pengurusan organisasi yang mantap

Objektif pertubuhan 1. Mengembeling tenaga wanita islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk melaksanakan kerja-kerja sosial dan kebajikan 2. Memberi kesedaran terhadap nilai dan prinsip islam di kalangan wanita islam dan membimbing mereka untuk membentuk identiti islam. 3. Membantu wanita islam membebaskan diri daripada sebarang penindasan dan pencabulan hak yang bercanggah dengan nilai islam. 4. Mengukuhkan jalinan kasih sayang dan kerjasama sesama wanita islam di segenap pelusuk dunia. 5. Mendidik dan membantu wanita islam mengenal pasti hak-hak dalam usaha mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan. 6. Berusaha ke arah mewujudkan masyarakat yang adil, bertimbang rasa dan berakhlak dengan memadamkan unsur perpecahan, diskriminasi, penindasan dan peperangan serta menggalakkan dialog di antara budaya dengan mengutamakan kesejagatan , kasih sayang dan persaudaraan. 7. Menjadi wahana utama dalam mencetus dan mencadang idea dan buah fikiran wanita islam tentang pelbagai isu dan mewakili mereka di peringkat nasional mahupun antarabangsa di mana relevan. 8. Memberi sokongan kepada pengukuhan ekonomi , kerohanian dan sosial wanita islam.

Strategi pertubuhan 1. Pengukuhan sistem kekeluargaan islam 2. Kerjasama dan perkongsian pintar dengan ngo wanita islam tempatan dan antarabangsa 3. Masyarakat berilmu, beriman dan berakhlak 4. Penyelidikan dan pengkajian dalam hal berkaitan wanita dan masyarakat 5. Memantapkan kecekapan dan keberkesanan berorganisasi

Motto pertubuhan Budaya hidup islam

Golongan sasaran program pertubuhan 1. Golongan fakir miskin 2. Gelandangan / pelarian 3. Mualaf

Bidang kepakaran/kemahiran pertubuhan 1. 2. 3. 4. 5.  

Program pendidikan Program sosial dan kebajikan Program rundingcara Program tadbir urus dan pengurusan perubahan Program pembangunan kemampuan dan kebolehupayaan.

Kluster ngo-i pertubuhan Dakwah muslim dan non-muslim

Fokus kluster ngo-i pertubuhan Dakwah muslim

Maklumat penyelaras kluster ngo-i pertubuhan Penyelaras kluster Nama penyelaras Jawatan

Dakwah Muslim Dan Non Muslim Tn. Hj. Mohd Shahzihan Bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Bhgn Dakwah Jais


BERITA MAIS 3/2018 | Edisi Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat (MAIS)

11

Pusat Pengurusan Pengetahuan Mais Program Ramah Mesra Sumbang Buku Kepada Sekolah Kebangsaan Sambutan Tahun Baru Cina, Surau Saujana Impian Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam

K

AJANG 4 Mac 2018Program Ramah Mesra Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2018 dengan bertemakan “MENUJU KE ARAH KOMUNITI HARMONI” telah diadakan di Surau Saujana Impian anjuran bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan beberapa NGO Islam iaitu MACMA dan PERKIM. Antara pengisian program

adalah persembahan gendang cina, persembahan yoyo cina, persembahan orkestra, pertandingan kaligrafi cina, pameran kaunter dan lain-lain aktiviti. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah JAIS, SS Dato’ Haris bin Kasim dan majlis ini dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat, YDH Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, To’ Engku Abdul Jalil bin Abdul Rani. Edisi

Sesi pukulan gendang cina oleh tetamu VIP.

Seminar Mahasiswa Melawan Ekstremisme Peringkat Negeri Selangor

G

OMBAK 24 Februari 2018Seminar Mahasiswa Melawan Ekstremisme Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2018 telah diadakan di Experimental Hall, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Seminar tersebut anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Persatuan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan yang berdaftar dengan MAIS iaitu PEPIAS, ABIM dan PKPIM. Turut memberi sumbangan iaitu

Lembaga Zakat Selangor, Polis Diraja Malaysia dan UIAM. Objektif seminar tersebut adalah memberi kefahaman dan kesedaran kepada pimpinan pelajar pengajian tinggi di Negeri Selangor akan isu dan cabaran ancaman keselamatan Negara serta menerangkan bahaya fahaman esktremisme dalam agama dan ancamannya pada kehamonian Negara. Barisan panel seminar terdiri daripada YBhg. Abdul Halem Hafiz bin Salihin, Ketua Penolong Mufti Selangor, YBhg. Dato’ Ayuub Khan bin Mydin Pitchay Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas dan YBhg. Thomas Koruth Samuel Director of the Sesi bergambar kenangan. Research and Publications Division

S

HAH ALAM 22 Februari 2018 – Pusat Pengurusan Pengetahuan, Sektor Penyelidikan MAIS telah menyumbangkan sebanyak 141 buah buku berbentuk bacaan ilmiah kepada Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4 baru-baru ini. Sumbangan buku disampaikan oleh Encik Mohd Zharip bin Maarop, Eksekutif Pusat Pengurusan Pengetahuan MAIS kepada Puan Noor Nisriah bt Ibrahim Naib Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4.

Sumbangan buku ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai melalui “Program Wakaf Buku Perpustakaan Wakaf ” yang telah dilancarkan oleh Semoga sumbangan buku oleh MAIS Setiausaha MAIS dapat memberi manfaat kepada murid pada 23 April 2013. Sekolah KebangsaanRaja Muda, Seksyen 4, Shah Alam. Program ini telah berjalan sepanjang tahun dalam mengumpulkan ini juga diharap dapat sebanyak mungkin bahanmembantu pihak sekolah dalam bahan bacaan sumbangan menyediakan bahan-bahan orang ramai yang bermanfaat bacaan kepada pelajar-pelajar kepada masyarakat. serta dapat dikongsi untuk Sumbangan buku-buku manfaat semua. Edisi

Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Selangor

B

ANGI 27 Februari 2018- Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Selangor “Ahli Sunnah Wal Jamaah: Mendepani Isu-Isu Khilafiah” telah diadakan bertempat di Auditorium Dr Zainuddin Jaafar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan KUIS. Objektif konvensyen tersebut adalah bagi memberi pendedahan dan kefahaman with the Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Pahlawan CP (B) Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan. Seminar tersebut telah dihadiri lebih daripada 150 orang melibatkan mahasiswa-mahasiswa dan lain-lain. Edisi

Panel Jemputan berucap semasa konvensyen berlangsung.

kepada masyarakat tentang akidah dan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia. Selain itu, konvensyen ini juga membuktikan tentang istiqamahnya agensi agama dalam memberi penjelasan dan kefahaman kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar. Antara panel yang terlibat dalam konvensyen tersebut adalah YBhg. Dato’ Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah MAIS, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat Pensyarah Universiti Malaya, YBhg. Dr. Abdul Rahman bin Mahmood Pensyarah Jabatan Usuluddin & Falsafah, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Anhar bin Opir Timbalan Mufti Selangor dan YBhg. Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni Pensyarah KUIS. Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. Penglibatan peserta konvensyen seramai lebih 100 orang daripada pelbagai latar belakang agama Islam turut menyinari konvensyen tersebut. Resolusi konvensyen tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Basori bin Umar, Timbalan Pengarah JAIS. Edisi


12

BERITA MAIS Edisi | 3/2018

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

MAIS Agih Sumbangan Kepada Pesakit Dialisis

Program Penyampaian Hadiah Bulan Membaca Mais

ANTING 28 Februari 2018 – Bagi menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan sumbangan kepada pesakit dialisis Pusat Hemodialisis Felina anjuran bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pesakit-pesakit telah diberi sumbangan berbentuk hamper bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung oleh pesakit serta menyuburkan budaya ziarah yang digalakkan dalam Islam yang kini semakin hari semakin dilupakan. Sumbangan disampaikan

HAH ALAM 9 Mac 2018 – Satu Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Membaca MAIS bagi tahun 2017 telah diadakan di Pusat Pengetahuan, Wisma MAIS, Seksyen 3. Program Bulan Membaca MAIS ini diadakan bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2017 yang lalu. Sebanyak 2 kategori pertandingan yang dijalankan iaitu kategori dewasa dan kategori kanak-kanak. Antara jenis pertandingan kategori dewasa adalah Pertandingan Fotografi, Pertandingan Review Buku, Pertandingan Silangkata dan Pertandingan

B

Sesi bergambar kenangan.

oleh Ustaz Ramli bin Sidom, Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat dan Cik Nur Fatin bt Amiruddin, Penolong Pengurus MAIS Daerah. Edisi

Mesyuarat Pindaan KaedahKaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008

2

Mac 2018 - Mesyuarat Pindaan K aedahkaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 telah diadakan pada 28 Februari 2018 -2 Mac 2018 di Pusat Info JAKESS, Petaling Jaya, Selangor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YA Puan Noor Huda bt Roslan (Ketua Pendaftar JAKESS) serta dihadiri oleh Penasihat Undangundang Negeri Selangor,

Bahagian Undang-undang Majlis Agama Islam Selangor serta wakil dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Mesyuarat ini membincangkan mengenai pindaan terhadap Kaedahkaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 untuk penambahbaikan peruntukan Undang-undang berkaitan dengan profesion guaman Syarie. Edisi

Suasana semasa mesyuarat.

S

Pinjaman Buku Terbanyak, Hafiz bin Abdul Salam, manakala bagi kategori kanakPengurus Pusat Pengurusan kanak adalah Pertandingan Pengetahuan. Edisi Mewarna (7-9 tahun), Pertandingan Puzzle (7-9 tahun), Pertandingan Pantas Membaca Ja w i (10-12 tahun) dan Pertandingan Penanda Buku Kreatif (10-12 tahun). Penyampaian hadiah kepada p e m e n a n g disampaikan oleh Encik Mohd Farid bin Baharon, Pengarah Sesi penyampaian hadiah kepada Penyelidikan diiringi salah seorang pemenang. oleh Encik Mohd

Kunjungan Hormat Dari Yb. Senator Dr. Muhammad Nor Bin Manuti Dan Yb Zuraida Binti Kamaruddin.

2

2 Februari 2018 - Pejabat Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, YAA Tuan Mohammad Adib bin Husain telah menerima kunjungan hormat dari YB. Senator Dr. Muhammad Nor Bin Manuti, Pegawai Dasar Agama, Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Zuraida binti Kamaruddin, Ahli Parlimen Kawasan Ampang serta empat orang wakil yang lain. Per jumpaan tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA KHS dan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut. YB. Senator kemudian

telah menyatakan ucapan penghargaan dan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan hormat tersebut dan telah menyampaikan ucapan tahniah kepada YAA di atas pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor. Kemudian perbincangan telah diteruskan dengan beberapa isu termasuklah isu pengislaman kanak-kanak rentetan dari kes M. Indira Gandhi dan juga beberapa isu yang lain. Selain itu, kunjungan tersebut juga telah membincangkan beberapa cadangan program yang ingin dilaksanakan di bawah Institut Wanita Berdaya (IWB).

Sebelum perbincangan berakhir, ada juga sesi soal jawab dengan YAA KHS mengenai beberapa isu seperti kes pembubaran perkahwinan yang dilangsungkan menurut Akta Memperbaharui Undang-undang (Perceraian dan perkahwinan) 1976, isu perkahwinan kanak-kanak dan penerimaan Mahkamah Syariah terhadap keterangan oleh individu yang bukan beragama Islam. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi di atas kunjungan tersebut dan mengakhiri perjumpaan dengan sesi bergambar. Edisi

Bengkel Modul Latihan Pendidikan Islam Jakess

2

7 Februari 2018, Klang - Bengkel Modul Latihan Pendidikan Islam JAKESS bagi keperluan MS 1900:2014 (berasaskan Syariah) telah diadakan pada 27/2/2018-28/2/2018 di Masjid Di Raja Sultan Suleiman, Klang. Bengkel

ini disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Unit Pematuhan Syariah. Pihak Unit Pematuhan Syariah turut menjemput Fasilitator bagi bengkel ini iaitu YBhg. Ustaz Abdul Halem Hapiz, Penolong Mufti, Ketua Bahagian

Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor, bagi menyemak modul yang telah dirangka. Diharapkan agar modul ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Jabatan untuk memperkukuhkan ilmu pengetahuan dalam ilmu fardu ain. Edisi

Bengkel sedang berlangsung.


BERITA MAIS 3/2018 | Edisi

13

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

Replika Jenjarom Arah Yang Satu

2

3 - 24 Februari 2018, Program 3K Kuala Langat telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Program turun padang agensi kerajaan di bawah Exco Agama kerajaan Negeri Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Kg Jenjarom. Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak terkecuali dijemput hadir membuka ruangan pameran dan berkongsi info dengan rakyat setempat. Turut berkunjung di booth JMNS adalah artis dan penceramah jemputan Ustaz Don Danial telah menjadi tumpuan pada malam tersebut. Di saat manusia masih hidup, kiblat ke arah kaabah adalah menjadi pedoman dalam kesatuan rakyat seluruh dunia disaat mendirikan solat. Begitu juga setelah kematian menjemput, arah yang sama dihadap ketika jenazah dikebumikan.

Pihak Masjid Kg Jenjarom atau Pengurusan Tanah Perkuburan telah menyediakan replika arah kiblat yang dipacakkan oleh YB Dato’ Dr Yunus Hairi di atas tanah perkuburan. Replika ini penting untuk menjadi panduan kepada pengali kubur agar tidak tersasar arah yang salah semasa pengebumian dilaksanakan. Jabatan Mufti Negeri

Selangor berharap manamana tanah perkuburan yang masih belum ada replika kubur adalah menjadi tanggungjawab pihak masjid atau pengurusan tanah perkuburan untuk menyediakannya. Sebarang permohonan arah kiblat boleh hubungi Jabatan Mufti Negeri Selangor ini atau layari link berikut bit.ly/ semakkiblat. Edisi

Program Semak Kiblat membantu untuk membetulkan kesilapan arah kiblat.

Teraju Generasi Celik Falak

S

UNGAI LANG, 13 – 15 Mac 2018 : Seramai 42 orang peserta dari kalangan Guru-Guru Kelab Falak Sekolah, pimpinan organisasi dan masyarakat berjaya menamatkan program Ilmu Falak Lanjutan anjuran Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor. Program kursus selama tiga hari tersebut bermula pada 13 hingga 15 Mac 2018 dengan kerjasama Institut Latihan dan Dakwah Selangor

(ILDAS) memberi keselesaan kepada para peserta dalam mendalami ilmu astronomi. Ditambah nilai kualiti kepada para peserta dengan pelbagai aktiviti praktikal bermula jam seawal 4.00 pagi. Para peserta dibimbing untuk membuat kajian berkaitan terbitnya matahari untuk mencerap fajar khazib dan fajar sodik. Pengalaman yang berharga ini dapat membantu para peserta mengetahui bilakah waktu masuknya solat

Pendedahan asas kepada generasi muda berkenaan ilmu Falak.

fardhu subuh. Selain itu, para peserta juga dapat menentukan masuknya waktu syuruk dan waktu solat sunat dhuha. Tatkala teriknya bahang cahaya matahari, para peserta berpeluang untuk menggunakan Alat Tedolite, Kompas Magnet dan Sun Compass untuk membuat semakkan arah kiblat di atas tanah lapang. Para peserta diuji bagi mendapatkan kiblat yang tepat ke arah 292° iaitu ke arah Kaabah. Pada akhir program para peserta diberikan sijil atas kejayaan yang dikecapi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta. Pada 8 hingga 10 Mei 2018 Program Kursus Pengimejan Astronomi (Astrofotografi) akan diadakan. Pada yang berminat boleh whatsapp di nombor 0108030641 untuk tempah tempat duduk anda. Digalakkan kepada mereka yang memliki Kamera DSLR untuk aktiviti praktikal nanti. Edisi

Jabatan Mufti giat laksana program Memasyarakatkan Fatwa

S

hah Alam – 22 Februari 2018, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor telah berjaya menganjurkan program Bicara Fatwa Selangor Guru-guru JAIS Daerah Petaling bertempat di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat kefatwaan kepada peserta seterusnya memberi kesedaran agar setiap fatwa yang diputuskan dapat dipatuhi. Program ini dimulakan dengan pembentangan oleh Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin selaku Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Selangor yang membentangkan fatwafatwa ajaran sesat. Sesi kedua pula membicarakan fatwafatwa syariah dan sosial disampaikan oleh Tuan Hj. Mat Jais bin Kamos selaku Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor. Penyelaras program Ustaz Rizal Ramli berkata program Bicara Fatwa Selangor ini

merupakan siri yang pertama untuk tahun 2018. “Kita cadang untuk laksanakan program ini dengan penglibatan guru-guru JAIS daerah. Petaling, Gombak, Klang, dan Hulu Langat.” Beliau menambah program yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Daerah Petaling menyasarkan Guruguru Sekolah JAIS sebagai maklumat tambahan dalam sesi pembelajaran di sekolah. Sementara itu Ustaz Abdul Halem Hapiz, Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Selangor memaklumkan bahawa program Bicara Fatwa Selangor ini merupakan salah satu mekanisme penyebaran fatwa di Selangor. “Pelbagai pendekatan telah dan sedang dilaksanakan untuk memasyarakatkan fatwa melalui program Bicara Fatwa, Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti, hebahan di akhbar, perkhidmatan SMS, Banner Fatwa dan yang terkini melalui Billboard”. Edisi

Program MEMASYARAKATKAN FATWA mendapat sambutan menggalakkan oleh hadirin yang hadir.


14

CELIK JAWI Edisi | 3/2018

Ringkasan Khutbah Jumaat

Rasulullah SAW bersabda: “Dan sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dalam kalangan kamu selepasku, dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka berpegang teguhlah dengan sunnah-Ku dan Sunnah Khulafah ar-rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi geraham (pegang sunnah dengan kuat).”. (HR al-Baihaqi).

Susunan Oleh: Unit Komunikasi Korporat MAIS Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor Sumber: e-masjid.gov.my

Antara prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah: 1. Berpegang teguh kepada 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. 2. Berpegang teguh kepada pengertian Iman yang sebenar iaitu mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkan dengan anggota. 3. Tidak menyamakan Allah dengan makhluk seperti beranggota dan bertempat. Ini kerana Allah berlainan dan tidak sama dengan semua makhluk sebagaimana firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 11: “…tiada sesuatupun yang menyamai-Nya dengan (zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”. 4. Tidak mengkafirkan seseorang Muslim selagi ia tidak melakukan atau menuturkan perkara yang menafikan akidah sebagai seorang Muslim. 5. Wajib patuh kepada pemerintah kaum Muslim, selagi mereka tidak menyuruh ke arah melakukan maksiat atau kemungkaran. 6. Tidak sesekali mencerca dan mengkafirkan para sahabat. Amaran ini dijelaskan melalui sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu sekali-kali mencela sahabat-sahabatku, jikalau seseorang mendermakan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, nescaya ia tidak dapat menyamai dengan segenggam atau separuh genggam (emas yang didermakan oleh para sahabat)”. (HR al-Bukhari). 1. Umat Islam mestilah beriman kepada Allah dan berpegang teguh dengan aqidah ahli Sunnah wal Jamaah. 2. Umat Islam dilarang mengkafirkan sesama Muslim selagi ia tidak mensyirikkan Allah SWT dan perkara-perkara yang membatalkan syahadah. 3. Umat Islam dilarang mencela dan mengkafirkan para isteri Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda Ridwanullahi Alaihim Ajmain. Edisi

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH PEGANGAN KITA

I

slam adalah agama yang benar, Islam adalah agama ilmu dan Islam adalah agama perpaduan. Cabaran utama yang dihadapi umatnya ialah penyelewengan dan kesesatan, kejahilan dan ketaksuban serta perpecahan dan permusuhan dalam kalangan umat Islam. Hadis daripada Abdullah Bin Amru Radiallahu Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kaum Yahudi telah berpecah kepada 72 golongan, sedang umatku kepada 73 golongan. Semua akan masuk neraka kecuali satu. Mereka pun bertanya, siapa yang satu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Sesiapa yang berada pada apa yang aku dan para sahabatku jalani kehidupan”. (HR al-Tirmizi). Berdasarkan hadis ini, umat Baginda akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang akan selamat, iaitu mereka yang mengikuti jalan kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang dikenali sebagai ahli Sunnah wal Jamaah. Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang beriktikad seperti Iktikad Rasulullah SAW dan para sahabatnya, seperti yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana menurut du orang tokoh ulama Usuluddin Imam Abu Hasan al Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi yang telah mengumpul dan menyusun prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Inilah akidah yang soheh lagi benar serta mendapat jaminan selamat oleh Nabi SAW, sepertimana dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada al-‘Irbad bin Sariah Radiallahu Anhu bahawa


IKON ASNAF 3/2018 | Edisi

KHATIRA KAW

CETUS IDEA

Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Pengurus Dakwah, Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). putus berkunjung ke gerai tersebut. Kagum dengan sambutan yang diterima, telah memberi ilham kepadanya untuk mengusahakan perniagaan yang sama. Tanpa membuang masa, beliau segera mencari seberapa banyak maklumat yang Taufiq kini mampu memperoleh pendapata lumayan. ada berkaitan produk air Khatira. Setelah semua isah kali ini memaparkan maklumat diperoleh, seorang usahawan asnaf Zakat beliau mula mengusahakan perniagaan Selangor, Mohd Taufiq Md berbekalkan modal yang ada. Idris, 35 yang berasal dari Gombak, Bermula dengan berniaga di tapak bazar Selangor. Dikurniakan dua cahaya mata Ramadan dengan sebalang air, sambutan iaitu Mohd Iman Aqeef, 7 dan Cahaya yang diterima amat menggalakkan Zara, 4 hasil perkongsian hidup bersama sebagaimana yang diharapkan. “Mulaisteri tercinta Merysona Edyson, 32. mula saya masuk berniaga di tapak bazar, Berperwatakan ceria dan sentiasa murah kemudian disusuli dengan karnival. Tidak dengan senyuman. Bibirnya tidak lekang sangka pula sambutan yang diterima amat melontarkan kata-kata motivasi. Namun memberangsangkan,” katanya lagi. siapa sangka, disebalik keceriaannya itu, Alhamdulillah, perniagaan yang Taufiq diduga dengan pelbagai dugaan diusahakannya itu mula meningkat naik dan ujian untuk ditanggung. sehingga sudah mempunyai pelanggan Meniti perjalanan hidupnya, Taufiq tetap. Ketika itu, sekitar tahun 2010 sedang sebelum ini berkhidmat di Kilang Perodua menjadi tren dalam kalangan rakyat yang terletak di Rawang, Selangor. Malaysia menikmati produk air jenama Hampir lapan tahun mencurahkan bakti Chatime dan Coolblog. Oleh itu, Taufiq cuba sebagai juruteknik mesin, timbul minat mengadaptasi strategi perniagaan jenama untuk berniaga. “Semasa bekerja di kilang terkenal itu dalam perniagaannya. dahulu, saya selalu bawa barang untuk Hampir setahun berniaga, Taufiq telah dijual. Tengoklah kadang-kadang saya mendaftarkan perniagaannya di bawah bawak kuih-muih. Sebenarnya, kalau jenama ‘First Cup’ dan menjadi pembekal hendak diikutkan berniaga ini lebih dengan membuka sebuah kilang kecil. untung berbanding makan gaji,” ujar Bagi mengukuhkan operasi perbelanjaan Taufiq. syarikat, Taufiq menarik pelabur yang Bermula dengan berniaga kecil-kecilan, terdiri daripada rakan-rakanya menjadi akhirnya Taufiq nekad untuk berhenti rakan kongsi dalam perniagaan yang kerja lantaran selesa berniaga. Dalam diusahakan. Makin hari perniagaannya masa yang sama, bagi menambah makin maju, hingga beliau membuat pendapatan keluarga, beliau turut menjadi keputusan untuk membuka sebuah premis. perunding insurans. Bagi melebarkan sayap perniagaan lagi, Walaupun Taufiq telah membulatkan Taufiq turut memperkenalkan konsep hatinya, namun sewaktu itu beliau masih francais dan kiosk untuk memudahkan samar-samar lagi dengan perancangan para pelanggannya mendapatkan stok perniagaannya. Sehinggalah pada satu produk terbaru. ketika, usai menunaikan solat Jumaat, Namun, langit tidak selalunya cerah. Taufiq singgah di sebuah kedai yang Ketika sedang menelusuri puncak menjual air Khatira bagi menghilangkan kejayaan, beliau diuji dengan masalah dahaga. Sambil beratur menunggu dalaman syarikat. giliran membeli air tersebut, Taufiq leka Berlaku konflik antara pelabur-pelabur memerhati pelanggan yang tidak putus- dan pecah amanah wang syarikat.

K

Produknya juga difitnah kononnya tidak halal oleh pesaing-pesaing terdekat. Hari demi hari, masalah menjadi makin parah hingga menjejaskan perniagaan. Akhirnya beliau terpaksa akur dan menarik diri daripada perkongsian perniagaan lantaran tidak sehaluan lagi dengan rakan kongsi. Beliau juga hampir muflis dek dibebani hutang yang terpaksa ditanggung. Setahun berlalu, merajuk membawa diri mengenangkan masalah perniagaan dahulu, Taufiq meneruskan kehidupan dengan melakukan kerja sampingan seperti memotong rumput, menghantar orang dan macam-macam lagi demi kelangsungan hidup. “Waktu saya merajuk dulu, saya memang tidak buat apa-apa. Terkesan betul dengan rakan-rakan dahulu. Maklumlah, saya ditipu mereka. Untuk teruskan hidup, saya buat la kerja sedikit, ada la duit sedikit. Namun, kadang-kadang langsung tidak ada duit sehingga terpaksa meminjam,” ceritanya lagi. Dek kerana kehidupan Taufiq yang semakin menghimpit, menyebabkan birasnya mencadangkan untuk ke Lembaga Zakat Selangor bagi memohon bantuan. Memikirkan masalah yang terbeban, beliau menggagahkan diri untuk ke Zakat Selangor bagi mencuba nasib. Menceritakan segala yang dihadapi kepada pegawai bertugas, ternyata masih ada ruang untuk beliau menghela nafas lega. Setelah dibanci beliau layak menerima bantuan zakat dan diserapkan sebagai usahawan asnaf zakat di bawah anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu Teraju Ekonomi

15

Usahawan Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) memandang beliau berpengalaman dan berpotensi dalam perniagaan. Alhamdulillah, di bawah bimbingan TERAS Taufiq diajar dan diberikan latihan mengenai selok-belok perniagaan. Akhirnya, pada tahun 2010 beliau telah disantuni dengan bantuan zakat berupa lori bergerak untuk memulakan perniagaan yang baru. Berbekalkan pengalaman lalu, beliau bertatih semula mengusahakan perniagaan. Tidak hanya itu, keluarga Taufiq juga disantuni dengan bantuan bulanan, bantuan persekolahan dan bantuan hari raya. Serba sedikit meringankan bebanan yang ditanggung. Sehingga satu masa beliau ditemukan dengan seorang hamba Allah yang mahu membantu mempromosi perniagaannya di media sosial. Akhirnya perniagaannya menjadi tular di laman sosial facebook dan menjadi bualan masyarakat di Malaysia. “Hampir satu Malaysia respon pasal produk ini. Malah ada juga pelanggan dari Brunei datang menikmati air Khatira saya ini, sampai tak menang tangan saya layan satu-satu pelanggan,” ceritanya penuh teruja. Hari demi hari perniagaannya makin maju dan kini menjadi pembekal dan membuka peluang kepada orang lain untuk membuka francais dengan jenama Khatira Kaw. Berkat daripada bantuan zakat yang diterima, Taufiq kini mampu meraih pendapatan sekitar RM9,000 sebulan. Manakala ketika bulan Ramadan beliau mampu menjana melebihi mereka yang makan gaji. Berkat kegigihannya kini beliau mampu tersenyum bangga dengan perniagaan yang dijalankan. Taufiq juga menyediakan pakej bagi yang mahu memulakan perniagaan. Hubungi beliau di alamat: C-14-06, Block C, Magna Ville Condiminium, Lebuhraya Selayang Kepong, 68100 Batu Caves, Selangor. FB: Pati Khaira Kaw, Email: khatirakaw@gmail.com, Phone: 010-9826635/01112359588 Edisi


KEMUSYKILAN UMAT

SOAL JAWAB AGAMA

16

Edisi | 3/2018

1

Hukum hudud dalam menghisap dadah dan minum arak. Saya ingin meminta bantuan kepada sesiapa yang berkenaan. Jika tidak keberatan untuk menolong saya, saya ingin tahu hukum-hukum hudud dalam menghisap dadah dan meminum arak. Saya memerlukannya untuk membuat ‘presentation’ di kolej saya dan saya perlu bahan yang lebih untuk memantapkan isi saya. Saya harap permintaan saya ini dapat dipertimbangkan. Sekian, terima kasih. Jawapan: Untuk makluman tuan, hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama’ berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam sesebuah negeri. Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman (had) terhadap orang yang meminum arak ialah : Orang yang sudah mukallaf; Dengan kemahuan sendiri; Mengetahui haram hukum meminumnya; Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil. Tidak terdapat nas keterangan di dalam al-Quran dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah. Ini ialah kerana dadah belum terkenal dalam zaman mereka. Apabila masalah ini timbul pada akhir abad keenam hijrah, para ulama’ fiqh telah berijtihad untuk mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan kepada arak, iaitu dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh mana wujud persamaan antara arak dengan dadah dalam alasan hukum tersebut. Dadah adalah haram hukumnya dari segi syara’. Dalil pengharaman itu berdasarkan kepada keterangan nas kerana ia termasuk dalam pengertian umum “benda-benda yang memabukkan’ atau dengan berqias kepada “arak” kerana kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama, iaitu “memabukkan’ atau kerana terdapat dalam dadah keburukan-keburukan terhadap individu dan masyarakat. Dalam hal ini, ulama’ berpendapat hukuman (had) bagi kesalahan menagih dadah juga turut diqiaskan kepada hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan meminum arak.

2

Suami memfitnah isteri berzina. Assalamualaikum Ustaz, saya ada seorang kakak, sudah berkahwin selama 4 tahun. masalahnya, suami kakak saya ini telah memfitnah kakak saya, mengatakan kakak saya telah berzina dengan lelaki lain. Tanpa bukti, dan sememangnya saya mengenali kakak saya ni. Kakak saya tidak pernah melakukan pun. soalan saya, apakah hukumnya suami memfitnah isteri berzina dengan lelaki lain tanpa bukti dan si isteri tidak pernah langsung berniat @ melakukan perkara tersebut, minta ustaz huraikan. Jawapan: Seorang suami yang membuat tuduhan isterinya berzina, dia perlu membawa 4 orang saksi bagi membuktikan tuduhannya. Jika tidak ia perlu bersumpah dengan nama Allah sebanyak 4 kali dan sumpah ke 5 bersedia menerima laknat dari Allah SWT. Jika tidak dapat membawa 4 orang saksi, ia dinamakan hukuman Qazaf 80 rotan. Rujuk ayat 6 & 7 Surah An Nur. Pelaksanaan perkara ini hendaklah dirujuk kepada pihak berwajib. Jika suaminya sanggup bersumpah seperti di atas, isteri boleh bersumpah sebanyak 4+1 seperti di atas untuk menafikannya. Jika ini berlaku, putuslah hubungan suami isteri dan tidak boleh berkahwin sampai bila-bila. Perlu diingat pihak yang membuat tuduhan palsu, ia boleh lepas daripada hukuman dunia, tetapi tidak daripada hukuman akhirat. Islam memelihara maruah seseorang daripada tuduhan yang sangat berat ini (zina).

3

Cara ibu bapa memohon kepada Allah agar mengampunkan dosa anaknya yang bunuh diri. Bagaimanakah cara pihak ibu bapa yang masih hidup hendak menebus dosa atau meminta supaya Allah SWT mengampunkan dosa dan tidak diazabkan ke atas anaknya yang mati akibat bunuh diri? Terima kasih. Jawapan: Rasulullah SAW bersabda : Yang bermaksud: dan daripada Abi Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : Apabila mati anak Adam terputusnya segala amalannya kecuali tiga perkara sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak-anak soleh yang mendoakannya. Secara ringkasnya hadis dan ayat al-Quran di atas ini jelas maksudnya, perkara di atas merupakan antara perkara penting untuk dijadikan bekalan bagi setiap Muslim, namun apa yang boleh diikhtiarkan untuk mereka yang membunuh diri ialah mendoakan si mati semoga mendapat keampunan dari Allah SWT serta bersedekah atas nama si mati semoga dengan amalan ini Allah AWT akan mengampunkannya. Ini kerana dosa tidak boleh ditebus oleh orang lain melainkan pelakunya dengan memohon keampunan daripada Allah SWT serta memohon kemaafan sekiranya dosa tersebut melibatkan hak orang lain. Wallahu Ta’ala A’lam

4

Susunan oleh: Sri Hartini Binti Md. Noh (sri@mais.gov.my) Eksekutif Komunikasi Korporat, MAIS Sumber: http://www.muftiselangor. gov.my/

Tahnik Bilakah hari dan waktu yang sesuai untuk melakukan tahnik? Bolehkah dilewatkan sehingga hari dan waktu yang sesuai? Siapa yang afdal untuk melakukan tahnik? Apakah bacaan doa untuk melakukan tahnik? Jawapan: Tahnik ialah membelah mulut bayi baru lahir dengan buah tamar atau sesuatu yang manis seperti madu. Hukumnya adalah sunat. Cara melakukan tahnik ialah dengan mengunyah buah tamar dan diletakkan dihujung jari, kemudian digosokkan ke lelangit bayi. Jika tiada buah tamar, boleh digantikan dengan sesuatu yang manis seperti madu. Waktu paling afdhal adalah selepas kelahiran dan setelah dibersihkan tubuh badan bayi. Orang yang afdal melakukan tahnik adalah orang soleh, ahli ibadah atau orang yang bertakwa. Namun boleh melewatkan amalan tahnik dan dituntut dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari selepas waktu kelahiran anak tersebut. Diriwayatkan daripada Abu Musa RA berkata yang bermaksud: Saya telah mendapat seorang anak lelaki, kemudian saya membawanya kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, dan melakukan tahnik dengan sebiji kurma. Baginda juga telah mendoakannya semoga diberkati Allah SWT. Selepas itu barulah baginda berikan balik kepada saya. (HR al-Bukhari) Bacaan semasa bertahnik (bagi lelaki): Ya Allah SWT kurniakanlah kepadanya kefahaman yang mendalam dalam agama dan ajarkanlah kepadanya takwil. Manakala selepas tahnik dan pengisytiharan nama bayi, digalakkan berdoa: Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaan-Mu, jadikanlah menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai Tuhan kami, berkatilah usianya dalam ketaatan kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikanlah ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabi-Mu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebajikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmat-Mu, Ya Allah yang Maha Pengasih.


ULASAN BUKU 3/2018 | Edisi

17

KOLEKSI PUSAT PENGETAHUAN MAIS DAKWAH TAREKAT TASAWUF DI MALAYSIA: RELEVANSI DAN CABARAN CALL NO : 297.7409595 DAK Buku ini menerangkan berkaitan dakwah tarekat tasawuf di malaysia berkaitan relevan serta cabarannya. Ilmu tasawuf dan tarekat kurang mendapat pendedahan kepada masyarakat secara mendalam. Isu ini selalu menjadi kekeliruan dan menjadi salah faham sejak sekian lama dalam masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan ilmu tasawuf dan tarekat ini sebagai ajaran sesat. Kehadiran buku ini, adalah salah satu usaha dalam membetulkan salah faham dan tanggapan negatif terhadap ilmu ini supaya masyarakat dapat memahami secara asas apa itu ilmu tarekat tasawaf dan tiada lagi suara-suara negatif keatas masyarakat sekeliling mereka yang mengamalkannya.

40 STRATEGI PERNIAGAAN CARA RASULULLAH SAW CALL NO : 297.273 TRI Buku ini menerangkan 40 strategi perniagaan cara Rasulullah yang telah digarap dengan sempurna dengan bahasa yang mudah difahami. Melalui perniagaan kita akan beroleh keuntungan, tetapi jangan kita sesekali leka dengannya. Perniagaan itu juga sebagai ikhtiar, bahkan Rasulullah SAW menempatkan orang yang berniaga demi memenuhi keperluan keluarganya dianggap sama dengan orang yang berjihad di jalan Allah SWT. Nabi Muhammad SAW dalam usia yang muda dikenali sebagai al-Amin kerana memiliki integriti yang tinggi. Oleh itu, unsur kejujuran dan kepercayaan dititikberatkan dalam perniagaannya. Dalam usia yang sangat muda, Rasulullah SAW telah menjadi seorang peniaga profesional yang disegani di Tanah Arab. Buku ini juga menghuraikan secara praktis, khusus dan dalam bahasa yang ringkas. Ia juga menerangkan jawapan kepada setiap persoalan semasa berkaitan perniagaan yang juga patut diteladani oleh sesiapa sahaja terutama kaum Muslimin. Sungguh luar biasa jika kita dapat menggunakan perniagaan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

AURATKU MARUAHKU: MENJAWAB KEMUSYKILAN SI GADIS BERKAITAN PENGHIJRAHAN DAN SYARIAT BERHIJAB CALL NO : 297.570835 SIT Buku ini membincangkan secara ilmiah berkaitan persoalan aurat di kalangan Muslimah terutamanya yang sering menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita dalam berpakaian mengikut syariat Islam. Kaedah dan keperluan menutup aurat sempurna semakin dikaburi oleh arus fesyen dan gaya hidup masyarakat Islam itu sendiri. Buku ini bakal merungkai semua keraguan dan kemusykilan anda. Persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat. Setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis, rujukan kitab dengan ilustrasi yang menarik.

10 ASAS AQIDAH: SEBAHAGIAN DARIPADA KITAB 40 ASAS DALAM AGAMA CALL NO : 297.382 GHA Buku 10 asas aqidah ini adalah sebahagian daripada kitab 40 asas dalam agama. Agama Islam merupakan agama yang berintikan iman dan amal. Akidah adalah pokok yang di atasnya berdiri syariat. Sedangkan amal atau perbuatan adalah syariat dan cabang-cabangnya sebagai buah dari keimanan. Iman, Islam, dan Ihsan merupakan tiga pondasi keislaman seseorang yang ketiganya tidak dapat dipisahkan satu di antara yang lainnya. Buku ini juga sangat istimewa kerana dilengkapi dengan pedoman dan memudahkan pembaca dalam memahami beberapa istilah dalam bahasa Arab. Buku ini juga membawa pembaca dalam menjadikan peribadi yang berakhlak mulia dalam mempraktikkan pesanan yang telah digariskan.

Disediakan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan. Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi, Pengurus Pusat Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.


18

TOKOH ISLAM Edisi | 3/2018

AL-JURJANI

Doktor yang Juga Ahli Falsafah, Penyusun Ensiklopedia Kedoktoran Pertama Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS Sumber: Ilmuan Islam (2014)

Nama lengkapnya adalah Ismail bin Husayn Zaynuddin Abu’I Fada’il al-Husayni al-Jurjani, seorang ningrat dari keluarga terhormat yang menguasai ilmu kedoktoran. Ia biasa dipanggil as-Sayyid Ismail. Di Barat ia lebih terkenal dengan nama Gurgan. Ia dianggap sebagai pelanjutan ilmu kedoktoran Ibnu Sina. Ia menyusun sebuah kamus besar yang berjudul Qamus al-Thib. Kerana lengkap kamusnya itu, ia digelar sebagai “Bapa Kamus” dan kamusnya itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu, Ibrani, Latin dan bahasa-bahasa Eropah lainnya.

B

uku karangan al-Jurjani yang paling bersejarah bertajuk Dakhira-i Khwarizm Shahi boleh jadi merupakan ensiklopedia kedoktoran pertama yang ditulis dalam bahasa Parsi dan memuat tidak kurang dari 450,000 kata. Bahkan ini baru salah satu karya terpenting di bidangnya. Ensiklopedia diterjemahkan ke dalam bahasa Turki serta diterjemahkan pula dalam bentuk ringkasan ke bahasa Yunani. Buku Dakhira-i Khwarizm Shahi ini merupakan gudang modal bukan hanya untuk teori kedoktoran abad pertengahan tapi juga bagi farmakologi. Bahkan untuk bidang yang terakhir ini ia menarik kerana memuat nama-nama

tumbuhan dan ubat dalam bahasa Parsi. Meskipun belum dicetak kala itu, karya al-Jurjani ini telah popular sekali di Parsi dan India serta telah diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani, Turki dan Urdu. Satu lagi karya ilmiahnya berjudul Al-Khuffi al-Ala’i. Ada sekitar sedozen tulisan yang berjaya mengangkat namanya ke atas pentas sejarah pengumpulan keilmuan “tingkat atas”, dengan pengaruh yang tidak disangsikan lagi. Beberapa diantaranya bersifat pengisian penting, terutama berkaitan dengan dunia kedoktoran dan falsafah. Kebanyakan karya-karya tulisannya tersebut dilestarikan dalam bentuk manuskrip-manuskrip. Disamping itu,

sebuah risalah ringkas berbahasa Arab yang membicarakan masalah-masalah kepanasan dan kesia-siaan dunia ini, al-Risalah al-Munabbiha telah ditemukan sekali gus digabungkan oleh al-Bayhaqi dengan biografinya. Buku-buku karangannya ditulis balik dalam bahasa Arab mahupun bahasa Parsi. Pakar tabib itu berangkat ke Khwarizm pada tahun 504H/1110M dan bermukim lama di sana. Menurut beberapa sumber dan literature diketahui bahawa al-Jurjani amat akrab dengan Khwarizanshah Qutb al-Din Muhammad (490-521H/10971127M). Bahkan kepada Khalifah tersebut ia persembahkan karya

pilihannya iaitu Dakhiri. Doktor pakar yang tersohor pula sebagai ahli falsafah ini pun bersahabat karib dengan Afsiz bin Muhammad (521-551H/11271156M) yang pada gilirannya menjadi Maecenas dan manaja untuk menulis ikhtisar singkatnya al-Khuffi al-Ala’a (disebut demikian kerana jilidnya tidak cukup besar untuk dibawa ke mana-mana oleh sang pemerintah dalam pengembaraannya dengan mengenakan sepatu). Setelah itu, doktor bangsawan ini pergi ke Marw, Kota Kerajaan Sultan Sanjar bin Malikshah dan wafat di sana pada 531H/1136M. Edisi


ZOOM MAIS 3/2018 | Edisi

Seminar Mahasiswa Melawan Ekstremisme Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2018 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Pahlawan CP (B) Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan pada 24 Februari 2018.

19

Pertandingan kaligrafi cina mendapat penyertaan menggalakkan daripada hadirin semasa Program Ramah Mesra Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2018 dengan bertemakan “MENUJU KE ARAH KOMUNITI HARMONI” yang telah diadakan di Surau Saujana Impian pada 4 Mac 2018.

Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Selangor “Ahli Sunnah Wal Jamaah: Mendepani Isu-Isu Khilafiah” telah diadakan bertempat di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 27 Februari 2018.

Beberapa penerima bantuan bergambar kenangan selepas majlis sumbangan program Kasihku Zakat Selangor daripada wang zakat Puncak Niaga Holdings yang berlangsung pada 28 Februari 2018.

Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin membentangkan fatwa-fatwa ajaran sesat dalam satu program Bicara Fatwa Selangor Guru-guru JAIS Daerah Petaling bertempat di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Februari 2018.


BIL: 3/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

AL-JURJANI

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

PERKHIDMATAN

MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah

BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

17

Syariah “Sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan Hukum Syarak” KLASIFIKASI WANG TIDAK PATUH SYARIAH ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

LIHAT MUKA SURAT

Wang Tidak Patuh

Wang Orang Berhutang

Wasiat

Doktor yang Juga Ahli Falsafah, Penyusun Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Riba atau faedah Judi atau pertaruhan Pengeluaran dan penjualan barang tidak halal Insurans konvensional Jual beli sekuriti yang tidak halal Aktiviti lain yang tidak selaras dengan syariah

Penyaluran wang boleh dibuat secara tunai ke akaun Bank Islam No. Akaun 12-038-01-009567-6 atau cek atas nama “Majlis Agama Islam Selangor”

BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042

www.mais.gov.my

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.