Edisi MAIS April 2018

Page 1

BIL: 4/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

PEMBAZIRAN Terancang

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

“Kiah nak serba baru. Jika abang sayang Kiah, abang beli tau. Ala, gaji abang besar. Setakat sekali setahun, apalah salahnya. Anak kita pun seorang tu ajelah. Jadi, tak akan habisnya duit abang tu. Janji tau…” >4

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

Dymm Sultan Selangor Rasmikan Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri SHAH ALAM 16 Mac 2018– DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah sudi mencemar duli...

>11

Ramadhan Yang Dinanti

Alhamdulillah pada kesempatan ini, kita berpeluang lagi untuk menyusuri kenikmatan beribadah dalam bulan Ramadhan.....

Persidangan Pendaftar-Pendaftar Muallaf Dan Pusat Pengurusan Pengislaman Mais SHAH ALAM 27 Mac 2018 – Satu Majlis Persidangan Pendaftar-pendaftar Muallaf...

>12

Lzs Terima Zakat Perniagaan Lima Syarikat Korporat Rm23.7 Juta KLANG, 22 Mac 2018 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM23,727,929.28 yang diserahkan dalam satu upacara di Istana Alam Shah di sini... >13

KALAM PUJANGGA Air mata berasa Masin itu kErAna air mata adalah garam kehidupan Kiasan yang menjelaskan tentang peranan air mata yang turut memberi erti dalam berbagai warna kehidupan Petikan kata-kata hikmah dari Prof. Dr. Hamka Sumber: Buku Renungan Tasawuf

LIHAT MUKASURAT

3


JOM AMAL Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa

Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Huraian Hadith: 1. Orang yang berpuasa disunatkan bersegera berbuka setelah diyakini masuk waktu maghrib, sebaliknya, makruh jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa ada keuzuran syarie. 2. Hukum sunat disegerakan berbuka puasa ini, tentulah mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah supaya orang yang berpuasa dapat bersegera menunaikan ibadah lain seperti sembahyang maghrib, membaca al-Qur’an dan sebagainya. Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Sidang Editorial EDISI Ketua Pengarang Rohana Binti Hassan Pengarang Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Penolong Pengarang Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi Editor Sri Hartini Binti Md Noh Subeditor/Pruf Sitti Nadhirah Binti Ahmad Zabidi Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat Wartawan • Halim Bin Mokhtar • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hasal Bin Senin Kolumnis • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Hamizul bin Abdul Hamid © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apaapa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Redaksi berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www. mais.gov.my


FOKUS 4/2018 | Edisi

3

Ramadhan

Yang Dinanti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mariam binti Abd. Majid (mariam@kuis.edu.my), Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), KUIS

Ramadhan yang dinanti…... Alhamdulillah pada kesempatan ini, kita berpeluang lagi untuk menyusuri kenikmatan beribadah dalam bulan Ramadhan.

R

amadhan dari segi harfiah bermaksud “panas terik” dan merupakan salah satu bulan yang tersusun dalam takwim Islam iaitu bulan ke 9 setelah kehadiran bulan Muharram, Safar, Rabi`ul `awwal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab dan Sya’ban. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 185 maksudnya: “Bulan Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasanpenjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang ba-til). Karena itu, barang siapa di antara kalian hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu; dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kalian, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kalian. Hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur (Surat Al-Baqarah Ayat 185) Mengapakah Ramadhan begitu istimewa? Bukankah bulan Ramadhan juga sama seperti bulan-bulan Islam yang lain dan kita sebagai hamba Allah SWT diwajibkan untuk taat serta beribadah kepada Allah SWT tanpa terikat dengan masa dan tempat? Ramadhan istimewa kerana kewajipan berpuasa adalah di sepanjang bulan Ramadhan,

pelaksanaan solat terawih pada malam Ramadhan, berlakunya lailatul qadar satu malam dalam bulan Ramadhan, digalakkan beriktiqaf, berpeluang meningkatkan amalan, diturunkan al-Quran pada bulan Ramadhan, beroleh ganjaran sedekah yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan, bulan keampunan, sembahyang digalakkan solat tahajjud dan memperbanyakkan solat sunat taubat, memperkukuhkan tali silaturrahim sesama manusia, istiqamah melaksanakan amal ibadah dan kebajikan serta digalakkan bersahur sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Semasa berpuasa, kita tidak boleh makan dan minum dalam jangka waktu tertentu. Antara hikmah puasa ialah melatih diri kita daripada makan makanan yang tidak perlu, dalam jangka masa tertentu sehingga seorang perokok yang tegar turut akur dengan jangka waktu berpuasa pada waktu siang dengan tidak merokok dalam bulan Ramadhan sesudahnya masuknya waktu subuh sehingga menjelangnya waktu maghrib. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) Ramadhan membawa hikmah yang besar apabila kita berlapar pasti ianya mengingatkan kita tentang nikmat makan. Berpuasa baik untuk kesihatan

malahan keadaan kesihatan kita lebih terkawal pada bulan Ramadhan. Kita mampu melaksanakan beribadat lebih daripada biasa seperti menunaikan solat terawih secara berjemaah dengan 8, 10, 12 atau 20 rakaat diiringi solat witir 3 rakaat seperti amalan umum di Malaysia. Pada bulan Ramadhan, kita dikelilingi dengan pelbagai santapan amalan kebaikan seperti Al Quran diperdengarkan di merata-rata tempat iaitu di radio, televisyen, media sosial. Organisasi atau majikan lazimnya mengurangkan waktu bekerja setengah jam atau sejam lebih awal bagi memberi peluang kepada kita untuk pulang daripada pejabat untuk persediaan berbuka puasa dan bersolat pada malamnya. Lazimkan diri mengurangi kata-kata yang tidak baik dan membuat umpatan (mengumpat bermakna bercakap tentang sesuatu yang melibatkan seseorang, dan seseorang itu tidak suka cerita berkenaan meskipun ianya perkara yang benar) terutama di bulan Ramadhan yang mulia. Kadangkala, kita sering bercakap tentang sesuatu yang kita rasakan adalah benar. Meskipun cerita itu betul, namun kerap juga kita terbicara tentang aib orang lain. Seorang Muslim dan Mukmin, kita wajib menutup keaiban saudara kita dan membantunya untuk kembali kepada kebaikan kerana kadangkala keburukan yang dilakukan

itu dilakukan tanpa niat, tanpa ilmu atau juga mungkin tanpa pemahaman yang betul. Ramadhan merupakan bulan tarbiah sebagai bekalan kita menjalani kehidupan selama 11 bulan berpandukan panduan yang diperolehi dan dilaksanakan di bulan mulia ini. Kasih Allah SWT dibuktikan dengan pelbagai kebaikan, keseronokan, kepuasan diri dan kasih sayang dinikmati. Namun pada masa yang sama, kita harus sentiasa ingat bahawa kita punya tanggungjawab kepada Allah SWT, kepada Rasul, Ibubapa, jiran, saudara, masyarakat dan alam dan sentiasa menguji siapakah di antara kita orang yang paling bertakwa. Surah Al Hujurat, ayat 13: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenalmengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Surah Al Hujurat Ayat 13) Marilah sama-sama kita mengambil peluang keemasan pada bulan yang mulia ini melakukan ibadah kepada Allah SWT, memohon keampunan serta mendekati diri kepada Allah SWT. Hayatilah tarbiah Ramadhan yang akan menjelang tiba. Jadilah insan yang lebih baik dari sebelumnya. Edisi


4

ISU Edisi | 4/2018

Gambar hiasan

PEMBAZIRAN Terancang

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Ketua Jabatan Perundingan Kutipan, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

“Kiah nak serba baru. Jika abang sayang Kiah, abang beli tau. Ala, gaji abang besar. Setakat sekali setahun, apalah salahnya. Anak kita pun seorang tu ajelah. Jadi, tak akan habisnya duit abang tu. Janji tau…”

S

alman membaca kiriman mesej WhatsApp daripada isterinya. Dia menarik nafas. Panjang. Sambil teringat kembali perbualan isterinya beberapa minggu sudah. Saat isterinya menarik muka masam. Muncung mulutnya sampai seinci. Semuanya garagara Salman tidak bersetuju dengan idea isterinya. “Tahun ini kita beraya di Melbourne.” Masakan Salman bersetuju. Tidak pernah seumur hidupnya menyambut hari raya di luar negeri. Ibu bapa di kampung. Sanak saudara menanti. Masakan mereka sekeluarga pula sengaja melarikan diri. “Abang, Kiah rindukan Melbourne. Masa Kiah belajar di Australia dulu, dua kali Kiah sambut aidilfitri di Melbourne. Bolehlah abang. Bolehlah…” Norkiah memujuk. Sebenarnya Norkiah sudah merancang. Bersama beberapa orang teman seuniversiti di Melbourne dahulu, mereka mahu berhari raya di Melbourne. Masakan Salman setuju. Jauh panggang dari api.

“Tidak pernah dibuat orang sayang…” Ulas Salman. Sepintas. Dia tahu, isterinya memang juara memujuk dan merayu. Namun dalam bab ini, dia bertegas. Masakan mereka beraya di Melbourne. Oh tidak! “Abang, bukan selalu abang. Sejak kita kahwin, ni masuk tahun ke 14. Baru sekali Kiah ajak kita berhari raya di Melbourne…” Norkiah terus menggunakan jurus memujuknya. Wajah Norkiah memelas, memohon belas. Terbayang sudah tempat-tempat menarik di Melbourne. Indahnya. Kesimpulannya, gagal. Salman kalis pujukan. Dari situlah, Norkiah mula menunjukkan ragam. Hari ke tujuh Ramadan, Norkiah memaksa suaminya membawa dia dan anak tunggal mereka, Alif berbuka puasa di hotel. Kemudian, berbuka puasa di restoran mahal. Kemudian dan kemudiannya, berbuka lagi di luar. Pendek kata, banyak lagi berbuka puasa di luar daripada di rumah. Salman malas bertengkar. Diikutkan

sahaja. Namun, di hatinya dia merungut. Masakan tidak. Berbuka di hotel dan restoran berbintang, banyaklah wang melayang. Bagi Salman, dia lebih suka berjimat. Berbuka puasa ala kadar. Bersedekah ke masjid, lebih baik. Menaja orang lain berbuka. Di samping mereka juga berbuka bersama. Pahala dapat. Seronok pun dapat. Bukan sekadar itu. Norkiah menuntut agar Salman membelikan baju raya untuk mereka anak-beranak empat pasang setiap seorang. Raya pertama, Baju Melayu dan kurung moden hendaklah sedondon. Raya kedua, baju kemeja warna biru air laut dipadankan dengan jubah moden juga sedondon. Raya ketiga, baju-T berbelang merah dan putih, dipadankan blous ranggi fesyen terkini. Raya keempat, baju Melayu moden dipadankan dengan kebarung nyonya, warna pucuk pisang. Ingat, empat pasang! Menung Salman. Tidak setakat itu. Norkiah terus menuntut. Sofa baru untuk menggantikan sofa lama. Padahal,

baru masuk tiga tahun diganti. Langsir senada dengan warna sofa. Dinding rumah ditampal kertas dinding baru. Permaidani dari Jalan TAR berharga ribu-ribu. Perhiasan dinding dari Nilai Utama. Dan itu dan ini. Pening Salman. Mula-mula Salman gagahi. Namun apabila semakin berleluasa permintaan Norkiah, mengalahkan si Alif yang lebih banyak menurut daripada membantah, Salman mula terasa dia terkena ‘getah’. Salman perasan, pembaziran sudah mulai berlaku. “Norkiah, jika benar sayang teringin sangat mahu beraya di Melbourne, pergilah.” Satu hari Salman sengaja memancing. Bagaikan orang terkena gigitan semut api, cepat sahaja Norkiah bereaksi. “Apa bang? Apa Kiah tidak salah dengar?” Dia mengulangi. Wajahnya merona merah. Gembira. Norkiah yakin, Salman sudah penat melayan karenahnya menjelang raya. Salman mulai mengalah. “Ya, pergilah. Dengan syarat…” “Aik, abang ni. Ada syarat-syaratlah pula.” “Sayang nak beraya di Melbourne ke tidak?” Pintas Salman. Norkiah terdiam. “Abang nak Kiah senaraikan perbelanjaan ke Melbourne, juga perbelanjaan atas segala yang Kiah minta abang siapkan menjelang raya, dan nyatakan berapa jumlahnya. Kemudian, dari jumlah itu, apa yang kita boleh buat untuk membeli akhirat.” Salman menerangkan syaratnya. Mudah. Namun ‘bergetah’. Norkiah terpaku. Tidak lama. Raya menjelang. Norkiah meraih tangan Salman. Dia memohon maaf. Ternyata, Salman benar. Mereka keluarga berada. Gaji Salman sebagai CEO syarikat milik kerajaan memang besar. Norkiah sendiri bergaji tinggi. Tanggungan mereka juga cuma Alif. Namun itu bukanlah tiket untuk mereka bermewah-mewah. Seminggu menjelang raya, Salman, Norkiah dan Alif menaja tujuh buah rumah kebajikan berbuka puasa. Memberikan sedekah kepada madrasah yang daif. Menyantuni anak-anak yatim. Menyisihkan wang buat ahli keluarga yang kurang bernasib baik di kampung. Menunaikan zakat demi pahala yang berganda. “Semuanya, RM20,000 bang. Terima kasih. Moga ia menjadi modal buat kita ke syurga ya bang.” Ternyata, itulah punca kebahagiaan buat mereka. Menyemai benih keberkatan. Membuang jauh bibit pembaziran. Pembaziran yang terancang! Edisi


gen-q 4/2018 | Edisi

Sukarnya Beribadah Di Waktu Malam

5

Gambar hiasan

Susunan oleh: Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info

Ibadah pada waktu malam merupakan amalan yang dapat meningkat rohani seseorang Islam. Seseorang itu hendaklah niat bangun malam untuk beribadah sebelum tidur. Dalam hadis riwayat an-Nasaiy dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda: Barang siapa berniat ketika berada di tempat pembaringan untuk sembahyang pada malam hari, lalu dikuasai oleh tidur sehingga subuh, dicatatkan baginya pahala seperti niatnya. Tidurnya adalah sedekah daripada Tuhannya azza wa jalla.

M

enurut an-Nawawi dalam Majmu, disunatkan bagi mereka yang terjaga dari tidur untuk beribadah menyapu mukanya, kemudian bersiwak dan memandang ke langit dan membaca ayat-ayat yang terdapat pada akhir surah ali Imran: 190-200. Beribadah pada waktu malam hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang dan cergas. Dalam hadis daripada Anas, Rasulullah ada bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk ketika sembahyang, ia hendaklah tidur sehinggalah dia tahu apa yang dibaca akan dia : riwayat Bukhari. Beribadah pada waktu malam bukan mudah untuk dilaksanakan. Ia memerlukan pengorbanan. Tidak berjaya seseorang itu melakukannya kecuali mereka yang dipermudah dan ditolong Allah SWT. Ada beberapa perkara yang perlu difahami dalam usaha melakukan ibadah, di antaranya ialah jangan melakukan dosa pada siang dan malam hari, kerana dosa itu mengeraskan hati yang menghalang daripada memperoleh rahmat Allah. Seorang lelaki telah berkata kepada Hasan, menyatakan yang dia tidur dalam keadaan sihat sejahtera dan terlalu berkeinginan beribadah pada waktu malam, tetapi tidak berupaya. Al-Hasan menjawab, menyatakan dosa-dosanya menghalangnya daripada berbuat demikian. Ath-Thuri berkata, dia tidak berupaya bangun pada waktu malam untuk beribadah selama lima bulan akibat daripada dosa yang dilakukan, beliau berkata: “Aku telah melihat seorang

lelaki sedang menangis. Aku berkata dalam diri, lelaki itu menangis untuk menunjuk-nunjuk.” Dosa melibatkan banyak perkara, berkaitan dengan makanan, pemandangan mata, tingkah laku dan sebagainya, semuanya boleh mencegah atau menghalang seseorang itu daripada melakukan ibadah waktu malam. Tidur sebentar pada siang hari itu penting, yang dinamakan gaylulah, iaitu tidur untuk merehatkan badan. Ia adalah sunah. Dalam hadis daripada Ibn Abbas dijelaskan bahawa Rasulullah ada bersabda: Bantu untuk puasa siang hari dengan makan sahur dan gaylulah tidur sebentar di siang hari. Petua lain ialah jangan makan dan minum banyak, kerana ini boleh menyebabkan mengantuk dan berat melakukan ibadah, jangan kerja terlalu kuat pada waktu siang, yang menyebabkan badan sakit ataupun letih. Tidur mengiringkan badan sebelah kanan memudahkan bangun selain daripada memberi manfaat untuk kesihatan jantung. Tidur mengiring ke sebelah kiri menyebabkan seseorang itu nyenyak tidur. Allah menjelaskan seperti termaktub dalam banyak ayat al-Quran, juga hadishadis tentang pahala besar dan ganjaran yang tidak ada bandingan bagi mereka yang berupaya berbuat demikian. Sesungguhnya sembahyang yang lebih afdal, selepas sembahyang fardu ialah sembahyang malam. Demikianlah yang dimuafakati ijmak ulama. Dalam surah al-Isra: 79 dijelaskan suruhan Allah agar setiap orang itu mendirikan ibadah pada waktu malam

dengan bertahajud kepada-Nya sebagai ibadah tambahan dan Allah akan mengangkat makam mereka ini. Dalam sebuah hadis daripada Asma’ binti Yazid beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila Allah mengumpulkan manusia pada hari kiamat kelak, datang penyeru dengan suara yang dapat didengar oleh semua makhluk. Ketika itu manusia akan tahu siapa yang lebih utama untuk mendapat kemuliaan. Kemudian suara yang menyeru itu berkata: Hendaklah bangun mereka “yang lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harapan dan mereka membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”(as-Sajdah: 16),maka mereka semua bangun, tetapi bilangan mereka adalah sedikit. - Riwayat Abu Ya’li. Rasulullah adalah hamba maksum dijanjikan Allah SWT syurga, tetapi baginda tetap mendirikan ibadah pada malam hari sehingga pecahpecah kedua-dua telapak kakinya. Demikianlah gambaran hamba yang mampu bersyukur ke atas nikmat Allah kepadanya. Hadis daripada Abi Said menyatakan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: Barang siapa terjaga dari tidur pada waktu malam dan mengejutkan keluarganya, lalu sembahyang semuanya dua rakaat, ditulis bagi mereka itu dalam golongan orang yang mengingati Allah, lelaki dan perempuan. Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah.

Abdullah bin Salam menyatakan kata-kata yang mula-mula sekali beliau dengar daripada Rasulullah SAW ialah sabdanya: Wahai manusia berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturrahim dan sembahyang malam ketika orang ramai tidur, kamu semua masuk syurga dengan selamat sejahtera: riwayat Tarmizi. Sesungguhnya mendirikan ibadah pada waktu malam itu amalan para solihin dan muqarrabin. Ia memberi kesan pada pembentukan peribadi, menyumbang kebahagiaan di dunia dan akhirat, menghindarkan penyakit, meraih ketenangan. Rasulullah SAW menggesa agar setiap orang melakukannya. Sesungguhnya rasulullah tidak pernah meninggalkannya, ketika sakit atau terasa malas, baginda sembahyang dalam keadaan duduk. : Riwayat Abu Daud. Tiga perkara, sekiranya seseorang itu memperolehnya, ia menunjukkan bahawa orang berkenaan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Berupaya berdoa ketika dalam keadaan hidup mewah, reda terhadap qadak dan qadar Allah, juga sabar terhadap bala. Kebanyakan manusia mengingati Allah atau insaf ke pangkal jalan apabila ia kecewa dalam keadaan susah, lagi dalam keadaan derita. Apabila seseorang itu reda, dia akan menyedari bahawa segala-galanya dari Allah tidak ada sesuatu pun yang berupaya menghalangi ketentuan Allah. Sesungguhnya balasan bagi orang yang sabar itu amat besar. Kesabaran tidak akan diperoleh kecuali dengan ketentuan Allah. Edisi


6

MIMBAR MUFTI Edisi | 4/2018

Golongan

ANTI HADIS Susunan oleh: Sri Hartini Binti Md. Noh (sri@mais.gov.my) Eksekutif Komunikasi Korporat, MAIS Sumber: Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa Dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor.(2016).JAIS.

NEGERI SELANGOR

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

23hb November 1995

Jil. 48 No. 24 Sel. P.U. 46.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989 FATWA TENTANG GOLONGAN ANTI-HADITH

En. 2/1989.

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 31(1) dan seksyen 32, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

LATAR BELAKANG 1. Isu Anti Hadis bermula pada tahun 1986 yang dipelopori oleh Kassim Ahmad yang mendokong idea Dr. Rashad Khalifa. Mereka bukan di kalangan ahli ilmuan Islam tetapi sengaja membahaskan di kalangan Islam dengan berpandukan akal dan kaedah saintifik. 2. Akibat terpengaruh dengan buku-buku Dr. Rashad Khalifa, beliau memperkenalkan idea berkenaan kepada umat Islam ini dengan menulis beberapa artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar” akhbar Watan. 3. Peningkatan beliau terlihat dengan penganjuran majlis diskusi mengenai “Teori hadis” di Pejabat ALIRAN, Pulau Pinang dan rumah beliau di No.8, Jalan Ayah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang dihadiri para kenalan dan ahli Parti Sosial Rakyat Malaysia (PSRM). 4. Pada Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku bertajuk “Hadis satu penilaian semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. yang mana antara kandungannya ialah menolak hadis secara total sebagai sumber hukum Islam. 5. Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali menulis buku “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama iaitu menolak hadis. 6. Usaha golongan ini menolak hadis sebagai sumber hukum dibuat dalam pelbagai bentuk seperti penulisan (Risalah Iqra’), artikel dalam media cetak, diskusi, forum, ceramah dan sebagainya.

JADUAL (1)

1. Penyelewengan dari sudut akidah: a. Menolak hadis secara total sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam. b. Menolak dua kalimah syahadah. c. Menolak Qada’ dan Qadar. d. Memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Quran. e. Mempertikaikan kesahihan ayat-ayat Al-Quran. f. Mendakwa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M. g. Menolak berlakunya seksaan kubur selepas mati. h. Menafikan kedudukan Nabi Adam sebagai manusia pertama ciptaan Allah S.W.T. i. Menolak kemaksuman para Nabi. 2. Percanggahan dari sudut syariah: a. Menolak pensyaritan sembahyang. b. Menolak ketetapan Hukum Fiqh Islam Tentang Aurat Wanita.

BAHAWA(a) buku(i) “Hadis Satu Penilaian Semula”; dan (ii) “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang ditulis oleh Kassim Ahmad; (b) buku(i) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu” dan (ii) “Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman; (c) buku “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali,

(d) Buku “The Computer Speaks-God’s Message to The World” yang ditulis oleh Dr.Rashad Khalifa; dan (e) risalah “Iqra” terbitan Jemaah al-Quran Malaysia. adalah mengandungi antara lain, ajaran dan fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah s.a.w.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina AlQuran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran. Oleh yang demikian, bukubuku dan risalah itu adalah mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan ‘aqidah, Syariah dan akhlak Islam. (2)

CIRI-CIRI KESALAHAN

TAMBAHAN No.23 PERUNDANGAN

OLEH YANG DEMIKIAN(a) mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam perengan (1) adalah murtad; (b) percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) termasuk(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya; (ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa; (iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu, pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya, atau melalui apa-apa media, adalah haram; (c) pengajaran, pembelajaran, pengamalan dan penyebaran ajaranajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam manamana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) adalah haram; (d) adalah haram bagi orang Islam menjadi anggota atau memimpin atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan mana-mana kumpulan yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1).

Dibuat pada 19hb Oktober 1995

3. Percanggahan dari sudut akhlak: a. Menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah. b. Mencerca dan memfitnah para Ulamak. c. Mencabar dan mempertikaikan kewibawaan pihak berkuasa agama. d. Tidak mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam.

Made the 19th October 1995 [JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007.] DATO’ HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM Mufti Negeri Selangor


ARTIKEL KHAS 4/2018 | Edisi

7

Jadual Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.y.m.m. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H/ 2018M Serta Perasmian Masjid Susunan oleh: Salawati Binti Hamid (wawa@mais.gov.my) Eksekutif Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

NAMA PROGRAM

BIL

1

2

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Sabak Bernam)

3

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Kuala Selangor)

4

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Hulu Selangor)

5

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Hulu Langat)

6

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Sepang) Sambutan Nuzul Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1439/ 2018M;

7

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Gombak)

8

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Petaling)

9

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Kuala Langat)

10

Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1439H serta Perasmian Masjid (Daerah Klang)

TARIKH PELAKSANAAN

TEMPAT PELAKSANAAN

18 Mei 2018 2 Ramadhan 1439 (Jumaat)

Ø Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam

22 Mei 2018 6 Ramadhan 1439 (Selasa)

Ø Masjid Taman Padu Permai, Sungai Besar

23 Mei 2018 7 Ramadhan 1439 (Rabu)

Ø Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Terap, Tanjong Karang

28 Mei 2018 12 Ramadhan 1439 (Isnin)

Ø Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya, Rawang

29 Mei 2018 13 Ramadhan 1439 (Selasa) *Cuti Umum Sempena Hari Wesak 31 Mei 2018 15 Ramadhan 1439 (Khamis) 2 Jun 2018 17 Ramadhan 1439 (Sabtu)

Ø Masjid Taman Taming Jaya, Jalan Taming Sari, Seri Kembangan

Ø Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya

Ø Masjid Zakaria, Batu 8 ½, Gombak

*Cuti Umum Sempena Sambutan Nuzul Quran 5 Jun 2018 20 Ramadhan 1439 (Selasa)

Ø Masjid Al-Quddus, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan

7 Jun 2018 22 Ramadhan 1439 (Khamis)

Ø Masjid Nurul Iman, batu 10, Kebun Baharu, Kuala Langat

8 Jun 2018 23 Ramadhan 1439 (Jumaat)

Ø Masjid Al-Falah, Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam


8

SOLUSI ISLAM Edisi | 4/2018

TIPS KEKAL SIHAT Sepanjang Ramadhan Susunan semula: Salawati Binti Hamid (wawa@mais.gov.my), Eksekutif Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat dinantikan oleh warga Malaysia khususnya yang beragama Islam. Sepanjang bulan ini, pelbagai ibadah dapat dijalankan dengan lebih tekun bagi mereka yang beragama Islam. Namun, dalam menjalani ibadah puasa, jangan abaikan kesihatan fizikal.

B

erikut merupakan beberapa tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk golongan yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Minum air yang mencukupi Kepentingan air kepada tubuh memang tidak dapat disangkal. 70% kandungan badan manusia adalah terdiri daripada air. Dehidrasi adalah sangat merbahaya terutama kepada ibu hamil, memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu, gangguan kepada fungsi-fungsi badan dan banyak lagi. Ketika berpuasa, memang sukar untuk memastikan seseorang individu itu untuk minum 2-3 liter air setiap hari. Sekiranya pengambilan air sebanyak 3 liter pada sekali waktu, ia memang sesuatu jumlah yang banyak. Namun, bagi 3 liter per hari, ia merupakan nisbah yang sangat ideal untuk badan di bulan Ramadhan ini. Kementerian Kesihatan telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia mengikuti pembahagian air sebanyak 8 gelas per hari dengan mengikuti langkah berikut: Bermula dengan sebaik sahaja bangun untuk bersahur, mulakan dengan pengambilan segelas air mineral atau air kosong sebelum mengambil apa-apa hidangan. Kemudian, selepas menikmati sahur, akhiri dengan minum segelas air kosong lagi sebagai minuman yang terakhir sebelum azan subuh berkumandang. Seterusnya iaitu selepas waktu maghrib, ambil segelas lagi air mineral sebelum dan selepas menjamah hidangan berbuka puasa. Manakala, selepas menunaikan solat Maghrib, ambil segelas air mineral lagi. Dan bagi melengkap 3 gelas yang terakhir, individu boleh mengambil segelas air samada sebelum atau selepas Isyak, selepas solat terawih dan akhir sekali sebelum tidur.

Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Sahur dan Berbuka Puasa Sahur merupakan perkara yang dituntut di dalam bulan puasa kerana bukan sahaja sebagai penambah stamina dan alas perut sepanjang hari berpuasa malahan ia sebagai satu konsep ibadah. Namun, penyediaan hidangan yang bagaimana harus dipraktikkan oleh individu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat? Pertama, sediakan hidangan yang seimbang untuk sahur. Contohnya, hidangan nasi kosong bersama lauk dan sayur serta buah. Kedua, sediakan makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks nasi, roti atau oat. Jika boleh, utamakan makanan yang mengandungi tinggi serat seperti roti mil penuh. Seterusnya, pastikan penyediaan makanan yang segar dan baru dimasak. Sekiranya makanan yang dihidangkan adalah makanan lebihan berbuka puasa, pastikan makanan itu disimpan dengan cara yang betul dan dipanaskan dengan sempurna. Bukan sahaja perlu menjaga pemakanan ketika bersahur, individu juga perlu memastikan juadah yang diambil ketika berbuka puasa juga turut sihat. Berikut pula merupakan tips penyediaan makanan semasa berbuka puasa. Mulakan dengan makanan yang ringan dan mudah di hadam seperti kurma, buahbuahan segar dan jus buah-buahan. Ini kerana bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada perut selepas itu. Minum air kosong yang mencukupi juga merupakan tips yang sangat bagus. Elakkan mengambil air teh dan kopi kerana ia akan menyebabkan rasa ingin membuang air kecil dengan kerap. Minuman berkarbonat juga boleh menyebabkan perut kembung dan berangin. Selain itu, elak makanan yang pedas dan berempah juga kerana ia tidak sesuai diambil secara terus sewaktu perut masih kosong. Edisi


JAKESS 4/2018 | Edisi

9

PERMOHONAN

PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN Susunan oleh: Salawati Binti Hamid (wawa@mais.gov.my) Eksekutif Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

A lwn. B [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar, S.M.S, HMTS)] [17 Sya’ban 1437H bersamaan 24 Mei 2016] Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan Penguatkuasaan Penghakiman – Kebenaran Perintah Pengkomitan - Notis Tunjuk Sebab – Seksyen 151 (1) (b) (aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Tatacara Mal – Tatacara Permohonan Penguatkuasaan Penghakiman – Seksyen 151 (1) (b) (aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Pemohon (P) dan Responden (R) telah bernikah pada 30 Julai 2009 di Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Selangor dan telah bercerai pada 12 Februari 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Pemohon dan Responden telah dikurniakan dua (2) orang cahaya mata di sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Anak yang pertama bernama XXX bin XXX adalah anak yang tidak sah taraf kerana telah dilahirkan pada 7 Oktober 2009 manakala anak kedua bernama XXX bt XXX adalah anak yang sah taraf kepada Pemohon dan Responden yang telah dilahirkan pada 11 Januari 2011. Mahkamah ini telah mengeluarkan suatu Penghakiman berhubung hak jagaan anak pasangan ini berdasarkan persetujuan bersama melalui Saman No.: XXXX-XXX-XXXX-2012 pada 22 Julai 2012. Pada 25 April 2013, Pemohon telah memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan suatu kebenaran daripada Mahkamah untuk mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab terhadap Responden dan seterusnya menguatkuasakan perintah tersebut melalui suatu prosiding pengkomitan berdasarkan peruntukan subperenggan 151 (1) (b) (aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. [2] Pemohon mendakwa Responden dengan sengaja engkar melaksanakan dan mematuhi Perintah Persetujuan tersebut berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan oleh Pemohon di dalam Afidavitnya. Pemohon mendakwa dengan tindakan itu, Responden telah melanggar terma di Perenggan 1 (1.1) dan 2 (2.1) perintah tersebut sebagaimana berikut: 1. Mahkamah memerintahkan hak hadhanah anak yang bernama seperti berikut: 1.1XXX BIN XXX (No. Sijil Kelahiran/My Kid: XXXX) (selepas ini disebut sebagai “anak lelaki tersebut”) hendaklah diserahkan kepada Defendan (bapa) manakala anak yang bernama iaitu:

2. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan hendaklah diberikan hak untuk lawatan dan bersama anak lelaki tersebut dan anak perempuan tersebut sebagaimana berikut: 2.1 Plaintif diberikan hak untuk melawat dan bersama anak lelaki tersebut manakala Defendan diberikan hak untuk melawat dan bersama anak perempuan tersebut sebanyak dua (2) kali dalam sebulan bermula jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang tanpa mengganggu kebajikan anak tersebut. Plaintif dan Defendan bersetuju untuk menjadikan Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah sebagai tempat pertemuan bagi melaksanakan hak lawatan masing-masing dan/atau di mana-mana tempat yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 2.2............................................................................................. 2.3.............................................................................................. 2.4.......................................................................................... 3....................................................................................................... 4....................................................................................................... 5....................................................................................................... [3] Pada 8 Oktober 2013, Mahkamah telah memberi kebenaran kepada Pemohon untuk memulakan prosiding pengkomitan dan mengarahkan suatu Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan kepada Responden. Notis tersebut telah berjaya diserahsampaikan secara kediri Peguam Syarie Responden yang telah mengesahkan penerimaan Notis tersebut semasa sesi sebutan pada 4 Disember 2013. Seterusnya, Mahkamah telah memberi peluang kepada Responden untuk membela diri. Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh untuk memberikan keputusan berhubung permohonan ini. Diputuskan KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam Syarienya, dan kehadiran Responden bersama Peguam Syarienya. SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti berikut: 1. Permohonan Pengkomitan Pemohon ditolak. Peguam Syarie Peguam Pemohon : XXX daripada Tetuan XYZ. Peguam Responden : XXX daripada Tetuan XYZ.

1.2 .................................

Gambar hiasan


10

NGO-i Edisi | 4/2018

Pertubuhan

mawaddah Malaysia Susunan oleh: Unit Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan Sosial MAIS

PENGENALAN/LATAR BELAKANG PERTUBUHAN (SEJARAH RINGKAS)

P

ertubuhan Mawaddah Malaysia (mawaddah) merupakan sebuah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan berdaftar di bawah MAIS. Segala kegiatan yang dilaksanakan oleh Mawaddah merupakan gerak kerja Islam di mana fokus utamanya adalah dakwah dan tarbiah kepada semua lapisan masyarakat, memberi kesedaran dan mempertingkatkan kefahaman tentang Islam sebagai addin. Mawaddah juga mempunyai harapan tinggi untuk menyumbang secara aktif dalam pembinaan sebuah masyarakat madani yang beraspirasikan ilmu, kesejahteraan dan kemakmuran. Bagi meningkatkan daya pengetahuan & kefahaman Islam, mawaddah mengadakan kelas-kelas pengajian Islam dan ceramah terutama bagi golongan kaum ibu khususnya di sekitar Shah Alam. Pada tahun 2012 pula, Mawaddah telah menggerakkan agenda kemasyarakatan secara lebih meluas melalui gabungan dengan beberapa NGOi termasuk majlis perwakilan penduduk setempat. Selain itu, Mawaddah giat menjalankan aktiviti kemanusiaan, menyampai bantuan ehsan kepada yang tertindas, teraniaya termasuk mereka yang ditimpa musibah dan bencana di dalam dan luar negara seperti Gaza, Syria, Rohingya dengan cara yang terbaik. VISI PERTUBUHAN Menjadi sebuah organisasi contoh yang disenangi, dapat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat ke arah membangunkan potensi insan dengan penekanan kepada pembinaan sahsiah diri dan penyuburan sifat kasih sayang. MISI PERTUBUHAN Memupuk sahsiah diri umat dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi membangun sebuah masyarakat yang prihatin, progresif dan dinamis berteraskan nilai-nilai Islam. OBJEKTIF PERTUBUHAN 1. Mendukung cita-cita dan aspirasi kesejahteraan dan kemakmuran. 2. Melaksanakan kegiatan tolong menolong kepada semua lapisan masyarakat. 3. Menggembleng tenaga masyarakat dalam rangka membentuk masyarakat yang prihatin, progresif dan dinamis dalam semua aspek kehidupan (sosial, ekonomi, keusahawanan, alam sekitar, keagamaan dan kekeluargaan). 4. Mendukung konsep keamanan berdasarkan prinsip persaudaraan dan nilai keamanan sejagat. STRATEGI PERTUBUHAN 1. Memantapkan penerapan Islam berdasarkan Quran dan sunnah, budaya ilmu dan nilai kekeluargaan di kalangan masyarakat.

2. M e l a k s a n a k a n program pembangunan keluarga dan masyarakat melalui kerjasama erat antara NGOi dan kumpulan sasar. 3. Memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan NGOi lain bagi tujuan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran. 4. M e n u b u h k a n mekanisma pemantauan untuk menambahbaik perlaksanaan program. MOTTO PERTUBUHAN Kasih Sayangnya Dirasai Kebaktiannya Disaksi Perjuangannya Diberkati GOLONGAN SASARAN PROGRAM PERTUBUHAN Semua lapisan masyarakat. B I DA N G K E PA K A R A N / KEMAHIRAN PERTUBUHAN 1. Kepakaran dalam bidang dakwah fiqh dan kefahaman Islam 2. Kemahiran dalam bidang latihan, etika dakwah, motivasi, dan bimbingan agama. 3. Penulisan artikel dan penerbitan ilmiah sebagai bahan rujukan. 4. Khidmat nasihat dan kaunseling. KLUSTER NGO-i PERTUBUHAN Kluster Dakwah Muslim dan Non Muslim

FOKUS KLUSTER NGO-i PERTUBUHAN Kluster Dakwah Sektor Dakwah Keluarga/ Industri/ Korporat MAKLUMAT PENYELARAS KLUSTER NGO-i PERTUBUHAN Penyelaras Kluster: Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor Nama Penyelaras: Ustaz Mohd Shahzihan bin Ahmad Jawatan: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah No. Telefon : 03-55143515 Edisi

Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila hubungi Ustaz Mohammad Mahyuddin Bin Ma’arof (Unit Pembangunan NGO-i MAIS, Bahagian Khidmat Pengurusan Sosial MAIS) ditalian 03-3361 4064/4066 atau emelkan kepada jpngoimais@gmail.com


BERITA MAIS 4/2018 | Edisi Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Dymm Sultan Selangor Rasmikan Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri

S

HAH ALAM 16 Mac 2018– DYMM Sultan S e l a n g o r, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah sudi mencemar duli merasmikan Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam dan Menaik Taraf Kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam ini mampu memberikan keselesaan dan manfaat kepada umat Islam di negeri Selangor, selain sebagai kemudahan untuk majlis ilmu tanpa mengganggu jemaah untuk beribadat di dalam masjid berkenaan. Baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Sementara itu, dalam titah Baginda, Baginda menzahirkan rasa dukacita apabila media sosial dan portal berita disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menyebarkan berita palsu

sehingga boleh mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat. Baginda turut mengingatkan

kepada rakyat Selangor agar tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu dan berunsurkan fitnah. Edisi

Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2018

K

UALA LUMPUR 13 Mac 2018– Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2018 telah diadakan di Pusat Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

11

Penganjurannya adalah bertujuan menyediakan forum kepada saudara muslim untuk bertukar pengalaman dan maklumat di samping memberikan pendedahan tentang isu-isu semasa selain menjalin hubungan kerjasama di antara pertubuhanpertubuhan NGO Saudara Muslim dengan agensi agama dan kerajaan serta pengembangan potensi diri saudara muslim sebagai da’ei di dalam kalangan mereka. Antara ahli panel yang terlibat di dalam konvensyen ini adalah Haji Ahmad Fitri (PERKIM), Dr. Nur Athirah (MACMA) dan Bro Lim Jooi Soon (AJK Mualaf MAIS) yang dimoderatorkan oleh Brother

Shah Kirit Kalkulal Govidji. Pada majlis yang sama turut diadakan pelancaran Portal E-Muallaf yang berperanan sebagai pusat rujukan utama khususnya kepada golongan saudara baru dan penyampaian Anugerah Tokoh Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan yang telah dimenangi oleh Ustaz Amran Anbarasu bin Abdullah. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Zainal Abidin bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Dr. Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Edisi

Program ‘Mahabbah Walk 2018’ Anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide)

S

hah Alam 25 Mac 2018Larian amal ‘Mahabbah Walk 2018’ anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS yang bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat’ telah diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam dengan penglibatan seramai 600 orang peserta. Program ini turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Pelepasan Larian Mahabbah Walk 2018 telah disempurnakan oleh YAD Dato’ Setia Muhammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS. Program ini diadakan sebagai salah satu usaha dalam memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa pentingnya menjaga buah pinggang bersempena dengan sambutan hari buah pinggang sedunia yang disambut setiap kali bulan Mac. Peserta terdiri daripada orang awam dan juga kakitangan daripada agensi-agensi agama dan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS), Bakti Suci

Holdings Sdn. Bhd (BSHSB) serta agensi-agensi korporat. Turut hadir dalam program tersebut ialah Orang Kelainan Upaya (OKU), Muallaf dan rumah anak-anak yatim bagi memeriahkan lagi program ini. Dalam program tersebut, YIDE telah menerima sumbangan daripada Worldwide Holdings Berhad, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. dan KPJ Tawakkal Specialist Hospital. Hasil daripada penajaan dan yuran, YIDE berjaya mengumpulkan sebanyak RM 45,000.00 dan akan terus disalurkan ke Pusat Dialisis MAIS bagi membiayai pembelian mesinmesin hemodialisis bagi menggantikan mesin yang lama. Mahabbah Walk 2018 turut diserikan kehadiran pemain bola sepak pasukan PKNS FC iaitu Safee Sali dengan rakan sepasukannya yang lain. Turut hadir sama dalam program ini adalah YDH Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling, YBhg. Dato Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE. Edisi


12

BERITA MAIS Edisi | 4/2018

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Program Tanam Pokok Negeri Selangor 2018

S

EPANG 18 Mac 2018 – Program Tanam Pokok Negeri Selangor 2018 anjuran Kerajaan Negeri Selangor telah diadakan di Hutan Simpan Sepang Kechil, Pantai Bagan Lalang, Sepang. Dalam program tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri berkenan mencemar duli menyempurnakan acara penanaman pokok bakau bersama YAB Dato’ Seri Menteri Besar Selangor. Antara objektif program berkenaan adalah menjadikan hutan sebagai peranan penting terhadap sosio-ekonomi, alam sekitar dan keselamatan selain menjadi habitat kepada

pelbagai spesies flora dan fauna serta hidupan laut. Selain itu, hutan tersebut memainkan peranan penting dalam menjamin kawasan persisiran pantai termasuk berfungsi sebagai benteng semula jadi untuk menahan daya kekuatan pukulan ombak, hakisan tanah dan penahan semula jadi kepada tiupan angin kencang. Program ini dihadiri oleh berbagai wakil Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, Agensi-agensi dan Institut Pengajian Tinggi Awam. Program ini juga turut dihadiri seramai 2,500 orang peserta yang mengambil bahagian untuk menanam pokok bakau sebanyak 3,000 pokok di sekeliling pantai tersebut. Edisi

Persidangan Pendaftar-Pendaftar Muallaf Dan Pusat Pengurusan Pengislaman Mais

S

HAH ALAM 27 Mac 2018 – Satu Majlis Persidangan Pendaftarpendaftar Muallaf dan Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS telah diadakan pada 27 Mac 2018 di Geno Hotel, Shah Alam. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmian oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS. Majlis tersebut juga telah dihadiri lebih daripada 30 orang peserta terdiri daripada Ahliahli Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf, Pendaftaran Mualaf Daerah, wakil Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi), wakil Pengurusan Masjid. Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf merangkap Anggota MAIS bersama Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Program ini bertujuan untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor. Sektor Pembangunan Sosial yang menguruskan Pengurusan

Muallaf adalah merupakan salah satu daripada menjalankan kewajipan MAIS. Majlis tersebut juga mengharapkan supaya pendaftar-pendaftar

yang dilantik MAIS bertanggungjawab membimbing, menjaga kebajikan dan mengambil tahu hal saudara muallaf di Negeri Selangor. Edisi

Majlis Penyerahan Resolusi Konvensyen Keluarga Islam Selangor

S

HAH ALAM 30 Mac 2018 - Majlis Penyerahan Resolusi Konvensyen Keluarga Islam Selangor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pateh Akhir, Bangunan Sultan Idris Shah. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyerahkan hasil resolusi Konvensyen Keluarga Islam Selangor yang telah diadakan pada Disember tahun lalu anjuran MAIS dengan kerjasama Bahagian Dakwah JAIS dan Gabungan NGO-I Kluster Dakwah Muslim & Non Muslim. Penyerahan Resolusi ini telah disampaikan oleh Saudara Ahmad Loqman Izzat bin Mat Pozi, Wakil Sekretariat Konvensyen Keluarga Islam Selangor kepada YDH CP (B) Dato’

Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan. Antara resolusi yang terkandung dalam Konvensyen Keluarga Islam Selangor ini adalah ‘Agensi Agama Islam di negeri ini dapat mengemaskini dan memantapkan program berkaitan ilmu pembinaan rumahtangga yang sakinah dan mawaddah terutama perkara yang menepati kehidupan dalam zaman mutakhir ini’ selain ‘Program ilmu sebelum dan selepas perkahwinan perlu diperkasakan dengan memasukkan elemen penting seperti pendidikan agama, pengurusan kewangan dan kesihatan’. Edisi


BERITA MAIS 4/2018 | Edisi

13

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

1,115 Komputer Riba Untuk Mahasiswa Tajaan Lzs

S

HAH ALAM, 24 Mac 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan 1,115 buah komputer riba bernilai RM2,241 setiap satu kepada mahasiswa daripada keluarga asnaf fakir dan miskin yang mendapat bantuan LZS dalam Program Agihan Pendidikan Pelajar Asnaf LZS 2018. Majlis p e n ye r a h a n disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Profesor Emeritus Dr. Muhamad Awang bertempat di Dewan Canselor, Management & Science University (MSU) di sini. Mahasiswa ini terdiri daripada mereka yang mendapat tajaan LZS dan sedang mengikuti pengajian di

institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) di seluruh negara. Bagi melayakkan menerima bantuan komputer riba itu, mereka perlu memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.5 ke atas dan keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan teknologi maklumat. Untuk makluman, bantuan komputer riba merupakan bantuan tambahan kepada pelajar selain menerima bantuan sara diri bulanan dan pembiayaan yuran pengajian. Sementara itu, dalam majlis yang sama menyaksikan Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional (PTPTN) yang diwakili oleh Pengurus Besar Kanan Pejabat PTPTN Negeri, Wan Zabiah Wan Abu Bakar menyerahkan sumbangan ‘Kasihku Zakat Selangor’ berjumlah RM115,750.00. Sumbangan tersebut adalah agihan semula zakat PTPTN yang disalurkan bagi pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan deposit RM50 setiap seorang kepada 2,315 murid tahun satu dalam kalangan keluarga asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS. Pada masa sama kesemua murid tersebut turut akan menerima insentif geran sepadan RM50 lagi dari PTPTN. LZS memperkenalkan program ‘Kasihku Zakat Selangor’ bagi memberi ruang kepada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat bersamasama menyantuni keperluan penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat. Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Kewangan LZS, Rapizah Muhammad Sharif dan Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf, Zaharuddin Salim. Edisi

Wakalah Agihan Zakat: Peluang Pengeluar Zakat Santuni Asnaf

S

HAH ALAM, 28 Mac 2018 – Seramai 150 wakil daripada pelbagai syarikat korporat yang menunaikan zakat

di Lembaga Zakat Selangor (LZS) hadir dalam Bengkel Bicara Wakalah Agihan Zakat bertempat di Hotel Grand Bluewave di sini hari ini. Bengkel ini bertujuan memberi penerangan kepada pengeluar zakat korporat, individu dan majikan mengenai Wakalah Agihan Zakat yang diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pengeluar zakat untuk mendapatkan pengembalian semula agihan zakat bagi diagihkan kepada asnaf yang layak. Melalui Wakalah Agihan

Lzs Terima Zakat Perniagaan Lima Syarikat Korporat Rm23.7 Juta

K

LANG, 22 Mac 2018 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM23,727,929.28 yang diserahkan dalam satu upacara di Istana Alam Shah di sini. Lembaga Tabung Haji (LTH) diwakili Pengerusi LTH, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim mendahului senarai syarikat pembayar dengan jumlah zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017 sebanyak RM17,132,475.58, diikuti Pe r b a d a n a n Ta b u n g Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diwakili oleh Pengerusi PTPTN, Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah dengan jumlah zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2016 sebanyak RM2,770,500.00. Manakala Northport (Malaysia) Berhad menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM1,496,256.00 yang diserah oleh Ketua Pegawai Eksekutif,

Dato’ Azman Shah Mohd Yusof, sementara Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Zamani Abdul Ghani menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017 berjumlah RM1,253,579.15 dan Central Spectrum (M) Berhad yang diwakili Pengarah Urusan, Dato’ Mahmud Abbas menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM1,075,118.55. Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi, Dato Seri’ Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Timbalan Pengerusi LZS, Profesor Dato’ Dr. Aziuddin Ahmad. Hadir sama Officer In Charge merangkap Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Abdul Basith Hamid, Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Sarbini dan Ketua Divisyen Komunikasi Korporat, Datin Setia Norajun Ainun Mohd Hashim. Edisi

Zakat, pengeluar zakat dilantik sebagai wakil bagi pihak LZS untuk mengagihkan sendiri zakat dengan pemantauan LZS berdasarkan kepada prinsip agihan zakat. Antara asnaf yang layak menerima manfaat agihan ini termasuklah asnaf fakir,

miskin, muallaf, fisabilillah dan gharimin (perubatan). Hadir sama, Ahli Jaw at a n k u a s a O p e r a s i Kutipan Zakat LZS, Dato’ Syed Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini. Edisi


14

CELIK JAWI Edisi | 4/2018

‫ري�كاسن ﺧﻄﺒﺔ ﺟﻤﻌﺔ‬

"‫"ڤريستيوا إسراء دان مﻌراج‬ ‫ اونيت كومونيكاسي كورڤورات ماءيس‬:‫سوسونن اوليه‬ ‫ بها�ين ڤ�وروسن مسجد‬،‫ اونيت ﺧﻄﺒﺔ‬:‫سومﺒر‬

‫ﺟابتن ا�ام إسﻼم سﻼ�ور‬

.‫صﻼة مروڤاكن ڤرهوبوڠن كيت دڠن ﷲ سبحان وتعالى‬ ،‫دڠن سبب ايت سواجرڽ صﻼة دﻻكوكن دڠن سمڤورنا‬ -‫منومڤوكن سڤنوه ڤرهاتين كڤد ذات ﷲ سبحان وتعالى سمات‬ .‫مات‬

‫ڤريستيوا اسراء يڠ منعجوبكن اين اياله ڤرجالنن دري َم ﱠكه‬ ‫ك َب ْيتُ ْال َمق ِد ِس يڠ ﻻزيمڽ دﻻكوكن سﻼما دوا بولن ياءيت‬ ‫ تتاڤي برﻻكو هاڽ ڤد ساتو مالم دان منجلڠ‬.‫ڤرڬي دان باليق‬ .‫وقتو صبح سوده سمڤاي سموﻻ ك َم ّكه‬

‫كسيمڤولنڽ‬

‫ڤريستيوا اڬوڠ اين مڠاندوڠي اعتبر دان كانصافن كڤد‬ ‫اومت إسﻼم اونتوق منيڠكتكن ايمان سرتا مڠمبيل ببراڤ‬ .‫ڤڠاجرن يڠ مڠڬمبركن كبسرن ﷲ سبحان وتعالى‬

‫ اومت إسﻼم هندقله برايمان دان ميقيني تنتڠ وجودڽ ادين‬.١ .‫اسراء دان معراج كڤد نبي محمد ساو‬ ‫ اومت إسﻼم هندقله ممڤرايڠتي قيصه اسراء دان معراج‬.٢ ‫ مڠمبيل اعتبار دان ڤڠاجرن درڤد‬،‫اين دڠن مڠكاجي‬ .‫ريستيوا ترسبوت‬ ‫ اومت اسﻼم هندقله ممستيكن ديري دان كلوارڬ تيدق‬.٣ ‫ واﻻو د مان سهاج كيت برادا‬،‫مڠابايكن صﻼة ليما وقتو‬ .‫اونتوق منجامين كجايأن د دنيا دان اخيرة‬ ‫ اومت إسﻼم هندقله ميقيني بهاوا ستياڤ ڤربواتن يڠ باءيق‬.٤ ‫اكن دماسوقكن كدالم شرڬ دان ڤلڠڬارن ڤرينته ﷲ اكن‬ .‫منريما ڤمبالسنڽ ددالم نراك‬ ‫ اومت إسﻼم دأيڠتكن سوڤايا إستقامه دالم ملقساناكن‬.٥ ‫كباجيقن دان عمل صالح اونتوق منداڤت ڬنجرن ﷲ‬ .‫د أخيرة كلق‬

‫ سسوڠڬوهڽ ڤد ڤريستيوا اين‬،‫ﻏي‬ ِ ‫ار‬ َ ‫منوروت تفسير ا َ ْل َم‬ ‫ترداڤت سواتو ڤڠرتين يڠ منونجوقكن بهاو سموا ڤارا رسول‬ ،‫ بهاس دان بوديا‬،‫ زمان‬،‫واﻻوڤون برﻻءينن كتورونن‬ .‫نامون مريك حرمﺔ مڠحرمتي انتارا ساتو سام ﻻءين‬ ‫ڤربواتن اين ڤاتوت دأمبيل اعتيبر اوليه اومﺔ محمد اڬر‬ ‫ حرمﺔ‬،‫ بركاسيه سايڠ‬،‫سنتياس منجالين ڤرسااوداراءن‬ ‫ جاءوهي درڤد ڤركارا يڠ‬،‫مڠحرمتي انتارا ساتو سام ﻻءين‬ ‫بوليه منيمبولكن ڤرڤچهن دان ڤربالهن سسام‬ . ‫سنديري‬ ‫ ﷲ سبحان‬،‫كمونچق درڤد ڤريستيوا اسراء دان معراج‬ .‫ وقتو سهاري سمالم‬50 ‫وتعالى ممفرضوكن عبادة صﻼة‬ ‫تتاڤي ستله رايوان دبوات اخيرڽ ﷲ ممڤركننكن صﻼة هاڽ‬ ‫ نامون ڬنجرنڽ سام دڠن‬،‫ وقتو سهاج‬5 .‫ وقتو‬50

Ringkasan Khutbah Jumaat

“PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ”

Susunan oleh: Unit Komunikasi Korporat MAIS Sumber: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor

P

eristiwa Israk yang menakjubkan ini ialah perjalanan dari Makkah ke Baitul Maqdis yang lazimnya dilakukan selama dua bulan iaitu pergi dan balik. Tetapi berlaku hanya pada satu malam dan menjelang waktu subuh sudah sampai semula ke Makkah. Peristiwa agung ini mengandungi iktibar dan keinsafan kepada umat Islam untuk meningkatkan iman serta mengambil beberapa pengajaran yang menggambarkan kebesaran Allah SWT. Menurut Tafsir al-Maraghiy,

sesungguhnya pada peristiwa ini terdapat suatu pengertian yang menunjukkan bahawa semua Para Rasul walaupun berlainan keturunan, zaman, bahasa dan budaya, namun mereka hormat menghormati antara satu sama lain. Perbuatan ini patut diambil aktibar oleh umat Muhammad agar sentiasa menjalin persaudaraan, berkasih sayang, saling menghormati antara satu dengan lain, jauhi daripada perkara yang boleh menimbulkan perpecahan dan perbalahan sesama sendiri.

Kemuncak daripada peristiwa Israk dan Mikraj, Allah SWT memfardhukan ibadat solat 50 waktu sehari semalam. Tetapi setelah rayuan dibuat akhirnya Allah memperkenankan solat hanya 5 waktu sahaja, namun ganjarannya sama dengan 50 waktu. Solat merupakan perhubungan kita dengan Allah SWT. Dengan sebab itu sewajarnya solat dilakukan dengan sempurna, menumpukan sepenuh perhatian kepada zat Allah SWT sematamata. Kesimpulannya, 1. Umat Islam hendaklah beriman dan meyakini tentang wujudnya kejadian

Israk dan Mikraj kepada Nabi Muhammad SAW. 2. Umat Islam hendaklah memperingati kisah Israk dan Mikraj ini dengan mengkaji, mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa tersebut. 3. Umat Islam hendaklah memastikan diri dan keluarga tidak mengabaikan solat lima waktu, walau di mana sahaja kita berada untuk menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. 4. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa setiap perbuatan yang baik akan dimasukkan ke dalam syurga dan pelanggaran perintah Allah akan menerima pembalasannya di dalam neraka. 5. Umat Islam diingatkan supaya istiqamah dalam melaksanakan kebajikan dan amal soleh untuk mendapat ganjaran Allah di akhirat kelak. Edisi


IKON ASNAF 4/2018 | Edisi

15

“Seribu Simpati Tidak Akan Mampu Untuk Mengubah Nasib Kami‌â€? Susunan oleh: Salawati Binti Hamid (wawa@mais.gov.my) Eksekutif Komunikasi Korporat MAIS Sumber: http://blog.zakatselangor.com.my/

Nama diberi Nurul Hidayah Bt Zainuddin. Saya anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Berasal daripada Kuala Lumpur dan menetap di Selangor sejak berusia lapan tahun. Pada tahun 2015 saya berjaya menamatkan pengajian dengan pointer 3.28/4.0 dalam jurusan Diploma in Business Administration di UNISEL Shah Alam.

S

aya mendapat tajaan belajar daripada Zakat Selangor adalah kerana ibu saya seorang asnaf miskin. Ibu seorang ibu tunggal. Ibu diceraikan ketika saya masih dalam kandungan. Ibu ditinggalkan tanpa sebarang nafkah dan terpaksa membesarkan kami lima orang anakanak yang sedang membesar seorang diri. Kebetulan ketika itu, Zakat Selangor mengadakan program tajaan belajar bagi anak-anak asnaf untuk meneruskan pengajian, di situ saya memohon untuk tajaan bagi meneruskan pengajian selepas SPM.

Pada ketika itu, harapan ibu dan kakak-kakak sangat tinggi kepada saya kerana saya adalah harapan terakhir keluarga untuk mengubah nasib kami. Memandangkan adik-beradik yang lain mungkin tidak mampu untuk meneruskan pengajian yang lebih tinggi kerana kesempitan wang, jadi ibu meletakkan harapan itu atas bahu saya. Pernah satu ketika, saya hampir berputus asa untuk meneruskan pengajian dan ingin bekerja bagi membantu keluarga. Tetapi ibu dan kakak-kakak melarang kerana mereka ingin saya melanjutkan pelajaran bagi mengubah nasib kami sekeluarga. Seribu simpati tidak akan mampu untuk mengubah nasib kami jika bukan kami sendiri yang berusaha. Sampai bila kami harus hidup atas belas kasihan orang? Daripada situ saya mendapat semangat dan teruskan juga pengajian hingga tamat. Perjalanan saya di kampus sama seperti graduan yang lain. Saya bangun pagi, pergi ke kelas, makan, dan pulang ke hostel. Perbezaannya cuma saya hanya berbelanja sederhana dan sekadar mampu sahaja. Melihat kawankawan keluar makan, saya mampu telan air liur sahaja. Rezeki Allah SWT mungkin saya dikatakan bertuah kerana selepas tamat belajar, saya diserap masuk ke dalam

syarikat semasa saya jalani praktikal. Alhamdulillah dengan gaji yang boleh dikatakan agak tinggi sebagai seorang fresh-grad diploma walaupun pointer saya hanya cukup-cukup makan. Selepas tamat pengajian, saya terus mendapat tawaran bekerja dan sampai sekarang saya masih bekerja di syarikat yang sama. Lama kelamaan, saya mendapat gaji berlipat kali ganda oleh syarikat ini hasil usaha selama ni. Saya berjaya membeli sebuah kereta baru pada usia awal 21 dan deposit yang dikeluarkan adalah dengan hasil titik peluh saya sendiri dan juga sebuah kereta untuk kegunaan khas ibu saya. Alhamdulillah saya berjaya membawa keluarga saya keluar daripada zaman kepahitan. Daripada sehelai sepinggang sekarang ibu bukan lagi seorang asnaf zakat dan Insya Allah dengan izinNya

saya dalam perancangan untuk membuka perniagaan sendiri. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Zakat Selangor kerana memberi peluang untuk saya meneruskan pengajian dan membantu kami sekeluarga. Kepada pengeluar zakat, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik mereka. Saya sedar jika tanpa dorongan ibu, kakak-kakak dan Zakat Selangor sendiri, tidak mungkin saya akan jumpa jalan keluar daripada kesempitan dan tidak mungkin saya akan berada di mana saya berada sekarang. Insyallah suatu hari nanti saya juga akan menjadi pengeluar zakat dan berharap untuk membantu mereka yang memerlukan seperti saya dan keluarga pada suatu masa dahulu. Edisi


KEMUSYKILAN UMAT

SOAL JAWAB AGAMA

16

Edisi | 4/2018

1

Assalamualaikum saya merujuk kepada satu laman internet yang berunsurkan ajaran sesat. Laman internet tersebut adalah www.banimasrek.com. Masalahnya, orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi ini telah ditemuramah oleh pihak akhbar dan telah pun disiarkan pada hari jumaat yang lalu. Mengapakah pihak JAIS tidak mengambil sebarang tindakan terhadap orang-orang seperti ini? Ini bukan saja menyeleweng dari ajaran Islam, malah merosakkan minda mereka yang terlibat dengan perkaraperkara seperti ini. Walaupun saya kurang arif tentang perkara sedemikian, adakah boleh manusia mengaku sebagai pemimpin kepada Kerajaan Allah Ta’ala? Bukankah ini sama dengan mengatakan bahawa diri dia adalah Tuhan? Ini amat melampau dari pandangan seorang Islam. Mohon diambil tindakan sewajarnya. Jawapan : 1. Terima kasih atas perhatian tuan, saranan tuan akan dipanjangkan ke pengetahuan JAIS untuk kajian dan tindakan. 2. Mengikut sejarah Islam, Nabi Muhammad S.A.W. adalah berasal dari orang arab Qurish Mekah. Keturunan Bani Hashim. Kalau seseorang yang berada di Indonesia yang dikatakan Raja Jawa sejati sebagai keturunan Nabi, kita perlu mengetahui salasilahnya. Walaupun begitu kemuliaan seseorang itu bukan terletak kepada keturunan, tetapi terletak kepada ketaqwaannya. 3. Ada perkara yang mengelirukan dalam kenyataan anda. Dibawah ini sukacita saya menjelaskan : a. Sunnah - sama dengan hadith b. Bacaan - “Subhana Rabbial a’ala”. Maksud Rabbi ialah Allah. c. Al-quran memberi panduan secara umum tidak terperinci. Contoh : Al-Quran menerangkan perintah solat. Bagaimana cara solat perlu melihat hadis atau sunnah Nabi. Seorang Islam wajib beriman dengan quran dan hadis.

2

3

Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, bolehkah kita berdoa kepada Allah S.W.T. supaya kita dimatikan dengan segera? Jawapan: Sebenarnya berdoa meminta mati itu adalah dilarang kerana ia merupakan sikap orang yang putus asa dari rahmat Allah S.W.T. Bagaimanapun dalam konteks ini, marilah kita sama-sama memahami sebuah hadis Rasulullah S.A.W. seperti berikut : Maksudnya : “Jangan bercita-cita oleh seseorang kamu akan mati lantaran kesusahan yang menimpa dengannya, maka seandainya tidak dapat tidak dari bercita-cita untuk mati maka hendaklah ia berdoa: “Ya Allah hidupkanlah aku selagi mana hidup itu lebih baik bagi aku dan matikanlah aku selagi mana kematian itu lebih baik bagi aku”. Assalamualaikum.. Saya daripada Kota Kinabalu. Isteri saya baru saja melahirkan anak 10 bulan lepas melalui pembedahan dan pada 2.12.05 kami telah mengetahui isteri saya telah mengandung lagi (sudah 2 bulan). Menurut isteri saya dia sering mengalami sakit-sakit pada bahagian perut dan masih belum bersedia untuk mengandung lagi. Kemusykilan saya ialah adakah kami boleh menggugurkan kandungan itu atas sebab kesihatan isteri saya?. Segala jawapan daripada saudara/i amat diucapkan terima kasih. Jawapan: Hukum menggugurkan anak : Haram, kecuali dengan sebab-sebab berikut : 1. Dr. Pakar beragama Islam, mengesahkan bahawa ibu yang mengandung ini akan menghadapimasalah dari segi keselamatan dirinya, sekiranya ia terus mengandung. 2. Janin dalam kandungan itu akan menghadapi kecacatan apabila lahir. Kecacatan yang menyulitkan ibubapanya. 3. Pengguguran itu tidak membahayakan ibu tersebut.

4 5

6

Apakah hukum menghias kubur menurut pandangan Islam?. Jawapan: Hukum menghias kubur dengan sesuatu tanpa hajat dan keperluan adalah makruh, tetapi jika ada sesuatu hajat umpama membuat benteng kerana khuatir tanah akan runtuh tanpa berlebihan-berlebihan mengikut keperluan adalah di haruskan. Bolehkah kita memberi salam kepada orang-orang kafir dan bagaimana pula sekiranya kita diberi salam oleh mereka? Jawapan: Tidak harus memberi salam terhadap orang kafir. Ini adalah berdasarkan hadis daripada Imam Muslim : Maksudnya : “Janganlah kamu memulakan orang-orang yahudi dan kristian dengan memberi salam”. Sebaliknya jika mereka yang memberi salam kepada kita, maka perlulah kita menjawab “wa’alaikum” sahaja. Jika terjumpa wang / barang berharga di jalanraya atau di tempat awam, adakah ianya boleh digunakan? Jawapan: Wang / barang tersebut boleh digunakan dengan syarat hendaklah diisytiharkan terlebih dahulu di tempat awam dalam tempoh satu tahun dengan tujuan mencari pemiliknya. Dalam hal ini, wang / barang berharga yang dijumpai tercicir di jalanan dinamakan barang. Jika pemiliknya tidak dijumpai maka wang tersebut boleh digunakan dengan niat kalau ada pemiliknya yang menuntut orang yang menggunakan sedia menggantinya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W : Maksudnya: “ ( Serahkan barang tercicir kepada pemiliknya ) kalau ia datang menuntut, kalau tidak ada yang menuntut, barang itu menjadi amanah di tangan engkau”. (Riwayat Bukhari) Edisi

Susunan oleh: Salawati Bt Hamid (wawa@mais.gov.my) | Sumber: http://www.muftiselangor.gov.my/


ULASAN BUKU 4/2018 | Edisi

17

KOLEKSI PUSAT PENGETAHUAN MAIS A-Z SOAL JAWAB : PUASA, SOLAT TERAWIKH, ZAKAT FITRAH DAN HARI RAYA

RAHSIA PUASA DAN ZAKAT

CALL NO : 297.3 AAF

Puasa dan Zakat merupakan dua antara lima Rukun Islam. Amal dan kewajipan melaksanakan Puasa dan menunaikan Zakat termasuk yang mesti dikerjakan dan dilaksanakan sepanjang hayat setiap individu Muslim. Hal ini akan lebih sempurna kita lakukan bila mana kita tahu akan Rahsia dan Fadhilat-Puasa dan Zakat itu. Buku ini telah dihasilkan penuh dengan petunjuk-petunjuk, selokbelok dan panduan-panduan bagi mencapai kesempurnaan amal dalam menunaikan kewajipan agama serta mensucikan ibadah kita itu. Bagi menguatkan isi buku ini, dalil hadis dan ayat suci al-quran juga dimuatkan bagi menunjukkan betapa pentingnya perintah puasa dan zakat sekaligus menggambarkan betapa pentingnya memahami keduanya. Tanpa pemahaman yang benar, dikhawatirkan amal ibadah kita menjadi sia-sia. Buku ini juga telah membahas tentang puasa dan zakat baik dari segi hukum maupun hikmahnya. Buku ini menjadi istimewa karena penulisnya, Al-Ghazali adalah seorang yang faqih sekaligus sufi termasyhur yang telah membahaskan dari sudut pandang zahir dan batin. Bukan hanya menguraikan rukunrukun, sunnah-sunnah, syarat-syarat puasa dan zakat sahaja, ia juga ada membahas makna dan nilai batiniah serta niat dan perilaku yang harus disertakan agar kedua-dua ibadah itu sempurna. Buku ini sangat sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan kategori pembaca.

CALL NO. : 297.362 GHA

Buku “A–Z Soal Jawab Puasa, Tarawih, Zakat dan Hari Raya” ini adalah buku berkaitan soal jawab bagi permasaalahan yang biasa berlaku dikalangan masyarakat. Ia adalah soal jawab yang berkaitan Puasa, Terawih, Zakat dan Hari Raya. Buku ini juga ada menggariskan beberapa kaedah sebagai persiapan yang perlu ada bagi melaksanakan ibadah tersebut. Ia dipersembahkan dalam bentuk soalan dan jawapan yang sering menjadi permasalahan. Ia juga dapat merungkai setiap permasalahan yang timbul dalam ibadah yang berkaitan puasa, tarawih, zakat dan hari raya secara lengkap serta mudah difahami. Penyediaan jadual, gambar rajah dan carta untuk membantu kefahaman para pembaca. Menyelesaikan persoalan yang berlaku dengan mengutamakan pandangan mazhab asy-Syafi‘i dan berserta dalil.

KISAH INSPIRASI ORANG YANG MELAKUKAN PUASA NABI DAUS A.S CALL NO. : 297 SAL Puasa yang paling disukai di sisi Allah SWT adalah puasa Nabi Daud A.S iaitu beliau biasanya berpuasa sehari dan berbuka sehari. Kenapa puasa Nabi Daud A.S paling disukai Allah SWT? sudah tentu ianya mempunyai banyak keistimewaannya. Dan buku ini amat menarik dan penuh inspirasi serta menghimpunkan kisah-kisah mereka yang mengamalkan puasa Nabi Daud ini yang berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku yang dikutip dari pelbagai sumber. Dengan lenggok bahasa yang mudah, pembaca akan dapat menghayati kandungan lautan hikrnah yang dibentangkan. Kisah-kisah ini mampu menggetarkan semangat pembaca. Sungguh banyak sekali keajaiban yang diraih oleh para pengamal puasa Daud, Secara rasional dan dari sudut perubatan sains puasa adalah cara untuk awet muda, menyembuhkan berbagai penyakit dan banyak lagi. Dan lebih dari itu keajaiban-keajaiban lain yang tidak mampu kita fikirkian secara logik seperti peristiwa yang tidak kita sangka tetapi benar-benar berlaku. Buku ini sangat bermanfaat untuk semua.

KEAJAIBAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS CALL NO. : 297.53 DYN Puasa isnin dan khamis adalah termasuk amalan sunat yang biasa dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ia juga adalah merupakan manifestasi janji seorang muslim terhadap Rabbnya bahawa ketaatan berpuasa itu akan terus berlangsung dan tidak hanya berlaku pada bulan ramadhan sahaja. Buku ini juga menceritakan kesan pengaruh puasa terhadap diri manusia dari segi fizikal mahupun rohaninya. Ia juga ada membincangkan secara jelas kesan puasa terhadap manusia iaitu dapat menguatkan fungsi otak, mencegah penyakit-penyakit dan dapat mengeluarkan racun dari dalam badan. Penerangan didalam buku ini juga dikuatkan dengan dalil-dalil bagi menguatkan hujah penulis. Kesan berpuasa juga diterangkan secara menyeluruh bagi kebaikan kepada manusia bukan sahaja didunia bahkan diakhirat kelak. Secara amnya, buku ini sangat sesuai untuk bacaan semua kategori dan semua peringkat umur.

Disediakan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan. Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi, Pengurus Pusat Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.


18

TOKOH ISLAM Edisi | 4/2018

Abu Qasim az-Zahrawi: Doktor Bedah Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS Sumber: Ilmuan Islam (2014)

Namanya yang umum disebut adalah Abu Qasim atau az-Zahrawi tapi di Eropah lebih dikenal dengan sebutan Abulcasis. Ia dikirakan hidup pada abad ke-10 Masihi iaitu pada masa ketika khalifah Abdul Rahman II sedang berkuasa di Cordova, Sepanyol. Abu Qasim atau lengkapnya Abu al-Qasim Khalaf Ibnu Abbas az-Zahrawi terkenal sebagai seorang doktor dan pakar bedah Muslim Sepanyol yang ilmunya dikembangkan pada masa pemerintahan Abduh Rahman III (912-961 Masihi).

D

i kalangan kedoktoran Muslim sendiri ia dikenal baik sebagai perintis ilmu pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga. Ia pula orang yang telah merintis dilakukannya pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan jalan memperhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus (endons). Tidak hanya sampai di situ, ia pun dikenal sebagai pelopor pengembangan ilmu penyakit kulit (dermatologi). Prestasi terbesar Ibnu Qasim di bidang ilmu kedoktoran dan ilmu bedah adalah ketika ia mengarang sebuah ensiklopedia paling bersejarah yang pernah dikarang iaitu buku tentang kedoktoran dan peralatan-peralatannya dalam bentuk ensiklopedia kedoktoran. Judulnya At-Tashrifliman Arjaza at-Ta’lif (Buku Pedoman Kedoktoran atau Medical Vedemecim) di mana di dalamnya

ia membahaskan ilmu kebidanan dan kelahiran anak di samping teknik-teknik bedah termasuk teknik pembakaran, pengubatan retak tulang yang ringan mahupun parah, perawatan luka dan teknik melebar saluran kencing untuk pembedahan rongga tubuh. Ia juga merancang banyak alat bedah yang menjadi prototaip bagi peralatan bedah kedoktoran Barat. Bahkan ia juga menerangkan sekali gus melukiskan dengan jelas tentang diagram-diagram yang jumlahnya tidak kurang dari 200 buah peralatan pembedahan selain yang disebut diatas. Selain itu ia juga dikenal sebagai doktor gigi. Melalui gambaran yang digambarkan, buku-buku yang ditulisnya dapat diketahui bahawa dia telah menggunakan pelbagai jenis peralatan untuk keperluan pengubatan gigi. Pada bahagian akhir bukunya yang terdiri dari 30 bab itu, ia membahaskan tentang luka, cara pembedahan dan

pengubatannya serta membahaskan pula di dalamnya tentang pembakaran luka dan pembersihan kotoran darah di dalam rahim selepas bersalin. Buku inilah yang kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran gigi di Eropah. Beberapa bahagian penting dari isi buku tersebut dikutip oleh seorang pakar bedah berbangsa Perancis yang amat terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Bahkan bahagian pembedahan dalam buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerad dari Cremona pakar penterjemah Arab ke Latin. Pelbagai edisi buku ini kemudiannya diterbitkan pula di Venetia pada tahun 1497, di Basel pada tahun 1541 dan di Oxford pada tahun 1778. Di Eropah, terutama di universitiuniversiti di Salerno dan Muenchen, buku tersebut cukup lama digunakan. Dan pada abad ke-12 Masihi, secara umum dapat dikatakan bahawa perawatan kesihatan yang terbaik adalah di Negeri-negeri Islam. Baghdad misalnya pada tahun 1160M terdapat lebih dari 60 buah hospital. Doktordoktor dan pakar farmasi harus menjalani ujian lebih dahulu sebelum turun terus ke padang bagi melakukan praktik dan mereka mendapat pengawasan yang cermat dan ketat. Buah fikiran Abu Qasim yang menyangkut bidang kepakarannya di kemudian hari banyak berpengaruh kuat terhadap sistem pengubatan di Barat. Hal ini diakui oleh Dr. Donalld Campbell dalam bukunya Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages (Pengubatan Arab Serta

Pengaruhnya Pada Abad-abad Pertengahan). Bahkan di Eropah pada masanya ia mempunyai reputasi dan populariti lebih besar daripada Galen dan Hipporeatets yang telah dikenal lebih dahulu pada abad ke-15 Masihi. Sukatan pelajaran peralatan kedoktoran di Universiti Tubingnen masih memasukkan salah satu karya Abu Qasim ke dalamnya iaitu Kitab al-Mansur dan dalam buku-buku karya yang lain, ia juga banyak membahaskan tentang pembuatan ubatan-ubatan dengan cara yang menakjubkan. Sebahagian daripada karyanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Latin dengna judul Liber Theorical nec non Practicae as-Saharavi (Augsbugr pada 1519M). Buku terlengkapnya yang membahaskan tentang pembedahan juga telah diterbitkan di Venice pada tahun 1479M, di Basla pada tahun 1541M dan di Oxford pada tahun1778M. Judul buku tersebut adalah Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine Cura Johannis Channing sebanyak 2 jilid. Sedang karyanya yang lain dapat dijumpai dalam buku History of Medicine, jilid 1 oleh M. Neuberger (1910M) juga dalam Geschicte der Arabischen Literatur, jilid 1 oleh Carl Brockelmann (Weimar-1898M). Edisi


ZOOM MAIS 4/2018 | Edisi

19

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam dan Menaik Taraf Kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 16 Mac 2018.

Larian amal Mahabbah Walk 2018 anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), yang bertemakan Gaya Hidup SihatĂ­ telah diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam turut mendapat penglibatan DYTM Raja Muda Selangor.

Penganjuran Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2018 adalah bertujuan menyediakan forum kepada saudara muslim untuk bertukar pengalaman dan maklumat di samping memberikan pendedahan tentang isu-isu semasa.

Antara Barisan Jemputan VIP yang terlibat dalam Program Tanam Pokok Negeri Selangor 2018 anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Hutan Simpan Sepang Kechil, Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Penyerahan Resolusi Konvensyen Keluarga Islam Selangor telah disampaikan oleh Saudara Ahmad Loqman Izzat bin Mat Pozi, Wakil Sekretariat Konvensyen Keluarga Islam Selangor kepada Ybhg. CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan.


BIL: 4/2018 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Abu Qasim az-Zahrawi: Doktor Bedah M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

LIHAT MUKA SURAT

17

PERKHIDMATAN

MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Orang Berhutang

Wasiat Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.