Edisi615

Page 1

JUN 2015 • RAMADHAN 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Ucapan Kemaafan Bukan Sekadar Tempelan Iklan

Membentuk Fikrah Ummah

RAMADHAN dan SYAWAl, dua bulan yang begitu sinonim dalam taqwim kehidupan umat Islam di seluruh dunia. Dua bulan yang penuh dengan barakah dan rahmah dari Allah SWT, ketibaannya dinantikan, perpisahannya dirindui, keberadaannya disambut.....

>4

616 Asnaf Terima Bantuan

SHAH ALAM 19 Jun- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 616 orang fakir, miskin, saudara baru dan anak yatim.... >10

Program Tautan Ukhuwah MAIS Eratkan Hubungan Kakitangan

Meraikan

Kemenangan Sebenar Allah SWT menjadikan Ramadhan, sebagai bulan pendidikan. Ia disebut ‘madrasah Ramadhan.’ Maka, dalam madrasah ada ujian. Akhir semester, ada pelajar yang lulus dan ada yang cukup makan...... >3

PERAK 22 Mei - Program Tautan Ukhuwah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 2015 menyajikan pelbagai.... >11

Jaringan Kerjasama Antara PWS dan SYABAS

KUALA LUMPUR – Pada 2 April 2015, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Delegasi PWS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWS. >12


Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar

© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my

Fakta: Jantung memiliki sebuah sistem istimewa dalam mengolah info yang datang dari seluruh tubuh dan di dalam jantung juga terdapat lebih 40,000 neuron yang berfungsi mengendalikan degup jantung, hormon dan penyimpanan informasi. Sumber: Science of the heart, Institute of HeartMath

Interaktif:

Dakwah & Kerohanian: Maccah Window

Satu aplikasi visual yang memaparkan keadaan sebenar gambar panorama sekitar Makkah dan Madinah serta beberapa tempat bersejarah yang lain. Mampu membangkitkan keinginan untuk ke sana dan merasai sendiri pengalaman sebenar beribadah di Tanah Haram.


FOKUS Edisi • Jun 2015 • 3

Meraikan Kemenangan Sebenar MUQADDIMAH Jika ditanya kepada Jenderal Napoleon Bonaparte, si maharaja Peranchis, apakah detik paling manis baginya? Pasti jawapannya ketika dia dapat menakluki sebahagian dunia. Napoleon pernah menjajah sebahagian besar tanah Eropah. Dia malah pernah berkata, sesiapa yang dapat menakluki Konstantinopel (Istanbul hari ini), bermakna dia menguasai dunia. Ini kerana, Turki adalah negara dua benua. Benua Asia dan benua Eropah. Maka, kemenangan bagi manusia berbeza-beza. Orang yang ghairah meluaskan empayar, kemenangan baginya dengan luasnya negara yang dia jajah. Orang yang suka dengan jawatan, kemenangan baginya apabila menjawat puncak kedudukan. Orang yang suka dengan harta kekayaan, kemenangan baginya apabila harta di gedung menggunung tidak terhabiskan.

Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul.ah@gmail.com) SIKAP MUKMIN Maka, bagaimana pula sikap orang yang beriman? Islam, meletakkan kemenangan bukan sekadar dunia. Tetapi, kemenangan sebenar ialah akhirat. Allah SWT menyatakan, semasa hidup silalah cari sebanyak mana pun kebaikan dunia, tetapi awas, akhirat perlu diutamakan. Di sisi Allah SWT, akhirat itu lebih utama. Akhirat itu kekal, dunia akan binasa. Maka, dalam menegaskan hal itu, Allah SWT telah memberikan perbandingan yang sangat indah. Firman Allah SWT: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerah­­­ kan Allah ke­­padamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia.” (al-Qasas: 77) Ramai orang beranggapan, ayat di atas menunjukkan dunia juga penting untuk dikejar. Namun, hakikatnya kepentingan dunia hanya sebesar zarah jika mahu dibandingkan dengan akhirat. Jika tidak, masakan Allah SWT menyatakan: “Dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahuinya.” (al-Ankabut: 64)

RAMADHAN BULAN KEMENANGAN Benarkah demikian? Nyatanya di hadapan mata kita, Ramadhan juga berbeza-beza kepada semua orang. Ahli perniagaan, ini masanya mencari keuntungan. Ahli ibadah, ini masanya mencari pahala. Ahli maksiat, ini masanya mereka tersiksa kelaparan. Allah SWT menurunkan Ramadhan, sebagai bulan pendidikan. Ia disebut ‘madrasah Ramadhan.’ Maka, dalam madrasah ada ujian. Akhir semester, ada pelajar yang lulus dan ada yang cukup makan. Tidak kurang juga, ada yang terlungkup di tepi jalan atau gagal, lalu menangis tersedu sedan. Itulah dia hakikatnya manusia. Gagal atau berjaya, kalah atau menang? Di sesebuah madrasah atau sekolah, ia menjadi lumrah kehidupan. Maka, jika demikian sifatnya kenapa harus membiarkan diri kalah. Kalah dengan nafsu. Padahal di bulan Ramadhan, nafsu yang buas sudah lemah, lembik dan longlai. 12 jam, hati menjadi lembut, fikiran pun damai, fokus sewajarnya hanya untuk Allah SWT. Ibadah dilakukan, tanpa teringat untuk berhenti makan. Tidak teringat pun kafetaria atau rokok yang berasap. Boleh segalanya, selama 12 jam.

RIAK-RIAK KEMENANGAN Jadi, itulah riak-riak kemenangan. Sepatutnya riak-riak itu dipertahankan hingga ke penghujungnya, yakni di saat takbir raya bergema. Ini kerana, takbir raya itu adalah takbir kemenangan. Bukan takbir gemalai penuh syahdu, hingga menitis air mata sendu. Itu takbir raya versi Melayu, bukan versi asli dari Tanah Arab. Apatah lagi takbir yang dilaungkan oleh nabi dan para sahabat. Tetapi, mengekalkan momentum kemenangan sangat sukar. Teringat sebuah perumpamaan seorang sahabat, memasuki Ramadhan umpama menyertai larian jarak jauh. Awalnya biarlah sedikit perlahan, pertengahannya sedikit laju dan akhirnya pecutan penghabisan. Bukan sebaliknya. Awalnya pecutan terlaju, pertengahannya semakin mengah dan akhirnya terjelepuk keletihan. Budaya orang kita, maaf kata, awal Ramadhan demikianlah. Surau dan masjid melimpah-limpah. Tunggulah pertengahannya, surut hingga ke tengah. Di akhir Ramadhan menjelang Syawal, silap hari bulan sunyi bagaikan

malam Jumaat, tinggal imam, bilal dan juga jawatankuasa yang hanya mampu bertahan. Jemaah lebih ramai di bazaar Ramadhan, mencari kuih raya dan busana tercantik, atau ralit membakar mercun dan bunga api, hingga bunyinya mengganggu khusyuk si tuan imam. INILAH MUSLIM YANG MENANG Jadi, sama ada kita setuju atau tidak, kita mesti menjadi muslim yang menang. Kemenangan sebenar, apabila sehabisnya Ramadhan, kita pun lahir sebagai muslim yang baharu. Jika dibandingkan sebelum Ramadhan, ada bezanya. Boleh dilihat orang. Boleh dinilai, boleh diberikan markah. Barulah ada nilai signifikan. Jika sehabis Ramadhan, kita masih kekal dengan momentum Ramadhan, masih setia berjemaah di masjid, bertadarus membaca al-Quran saban malam, berpuasa Sunnah dengan senang, rajin bersedekah pagi petang, menyintai tazkirah dan senang dengan amalan soleh, ya hakikatnya itulah tandanya kita sudah mencapai kemenangan. Tanhiah diucapkan! Edisi

Sekadar gambar hiasan


ISU 4 • Edisi • Jun 2015

Ucapan Kemaafan Bukan Sekadar Tempelan Iklan RAMADHAN dan SYAWAl, dua bulan yang begitu sinonim dalam taqwim kehidupan umat Islam di seluruh dunia. Dua bulan yang penuh dengan barakah dan rahmah dari Allah SWT, ketibaannya dinantikan, perpisahannya dirindui, keberadaannya disambut dan dialu-alukan dengan berbagai agenda dan pengisian duniawi dan ukhrawi. Kelebihan dan keistimewaan Ramadhan dan Syawal sering menjadi bahan bicara, terutamanya menjelang ketibaan keduanya, samada melalui media massa, penulisan, ceramah dan berbagai wasilah penyampaian maklumat semenjak dari mula ianya memasuki fasa pensyariatan sehingga hari ini.

Oleh: Mohd Mustaffa Bin Jusoh @ Yusoff Jabatan Syariah, Akademi Islam (KUIS)

D

i kesempatan yang terbatas ini, penulis cuba untuk melihat dan membicarakan secara santai satu lagi elemen pengisian kehidupan yang samada disedari atau tidak, sering menjadi viral di kalangan umat Islam, terutamanya di Malaysia yang tercinta ini. Ianya adalah Kemaafan. Bila Ramadhan hampir menjelang, antara mesej dan ucapan yang kerapkali diterima, melalui sms, whatsapp dan berbagai saluran media sosial yang ada adalah permohon kemaafan. Kita mungkin pernah menerima mesej yang dihantar melalui bahasa whatsapp seperti: “ Salam, sy yang bernama …………………. dengan rendah diri ingin memohon maaf andai tersalah kate, tergurau kasar, terkutuk, mengate, terguris hati”, “Sy btol2 mntx maaf dr hjug rambut hgg hujun kki”, “bt kskian klinya sye mntx maaf dr hjung rmbut hgge hjg kaki” dan bermacam lagi, walau tulisannya slangga, tapi maksud yang dapat difahami adalah memohon kemaafan. Ada juga yang kreatif dan mengirim dalam Bahasa jawa, seperti “sempeno nyambut Romodhon kie kulo are’ njalo ngapuro seng akeh2 nek ono salap silap ae kulo maneh karosampeyan khabeh…..” dan sebagainya. Begitu juga, antara kandungan ucapan yang mengiringi aidil fitri di bulan syawal, selain lafaz maaf zahir batin, terserlah gaya ucapan maaf dalam bentuk yang kreatif seperti pantun, seloka dan petikan kata-kata seperti: Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini,

Sekadar gambar hiasan

Salah dan silap harap dimaaf, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf sekiranya ada tersilap, terkerek, terover, terkurang, terpoyo dan semua ter lagi. 0-0 aaa. Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN” Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”. Katak kenyang lalu tertidur, Gajah pitam lantas terjatuh, Andai tak sampai tangan menghulur, Ku pohon keampunan dari jauh. Dalam Islam, konsep kemaafan sering dikaitkan dengan sifat yang mulia seperti kesabaran dan ianya dilihat sebagai nilai akhlak yang baik bagi seorang muslim, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah asy-Syuraa ayat 43: maksudnya, (dan barang siapa yang bersabar dan bersedia memberi kemaafan, maka ianya

adalah sesuatu yang terpuji), sebagaimana di dalam surah Ali ‘Imran ayat 134, ianya adalah satu manifestasi kepada sifat ihsan, keindahan dalam kebaikan, firman Nya: maksudnya (Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orangorang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orangorang yang berbuat perkara-perkara yang baik). Kemaafan juga merupakan sifat istimewa bagi para nabi dan rasul, saidina Rasulullah SAW semasa peristiwa bersejarah pembukaan kota Mekah telah memaafkan semua penduduknya termasuk mereka yang memusuhi baginda sebe­lumnya, termasuklah al-Wahsy yang pernah membunuh bapa saudaranya saidina Hamzah RA. Perkataan maaf agak mudah diucapkan apabila melakukan kesilapan kecil dalam perjalanan hidup sehari-hari, seperti bila terlewat, terlupa pesanan rakan, atau sekadar tersalah sebut perkataan. Ada ketikanya di pasar raya, kita dan pelanggan lain mencapai barang yang sama atau bertembung troli, dengan segera perkataan maaf terkeluar daripada

mulut masing-masing. Kita juga tidak teragak-agak menyebut maaf sekiranya hendak mencelah perbualan sekumpulan orang kerana perlu menyampaikan sesuatu perkhabaran kepada salah seorang daripada mereka. Begitu juga, tidak sukar kita melafazkan kata-kata maaf zahir batin kepada sesiapa sahaja ketika bersua pada musim raya, kadangkala kita tidak kenal pun orangnya. Hal ini tidak menjadi masalah kerana kita dilatih dan dididik sejak kecil agar bersalaman dan mengeluarkan kata-kata keramat itu, terutama kepada orang lebih dewasa. Sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, tanpa sedar atau tanpa niat, kita mungkin menyakitkan hati ibu, bapa, suami, isteri, anak, kawan atau rakan sekerja. Kemaafan bukan sekadar ucapan, lantaran memberi maaf bukan perkara yang senang dalam hidup ini. Hakikatnya, ungkapan ‘maaf ’ amat mudah diucapkan, tetapi sebenarnya amat sukar untuk dipraktikkan, Senang saja menyuruh orang memberi maaf, tapi pasti sukar bila diri sendiri yang perlu memaafkan orang lain. Tidak dinafikan, ada kalanya kemaafan sukar diberi, menuntut rasa rendah diri dan pengorbanan ego, andai lukanya mendalam. Namun demikian, hanya kemaafan menjadi penawar yang dapat meredakan gelora kemarahan dan mengembalikan ketenangan. Kesediaan memohon maaf dianggap sifat yang mulia, manakala kesanggupan memberi kemaafan dengan hati terbuka tanpa menyimpan sekelumit dendam adalah lebih mulia, bersedia bermaafan petanda orang bertakwa dan beriman. Kesediaan memaafkan bererti kita berjaya mengawal perasaan dan tidak membenarkan dendam menguasai diri. Dengan demikian jiwa kita dapat bertenang, fikiran lapang dan membuka ruang menuju kecemerlangan. Sudah pasti orang yang paling bahagia adalah orang yang memberi maaf. Firman Allah SWT di dalam surah al-‘Araf ayat 199: maksudnya (Terimalah kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil ) jelas memberi petunjuk tentang terpujinya sifat saling bermaafan ini. Lantaran itu, sewajarnya sifat kemaafan ini dijadikan satu budaya di dalam kehidupan kita sebagai umat Islam, yang lahir dari keikhlasan hati dan kemurniaan peribadi, dan tidak hanya sebagai ucapan kosong semata dalam rutin hidup tanpa pemahaman atau pengertian yang sebenarnya. Jadikan ianya satu hiasan akhlak dan personaliti kita sebagai bangsa yang bermaruah, punya integriti dan cemerlang, bukan hanya sekadar tempelan iklan yang bermusim. Edisi


GENERASI•Q Edisi • Jun 2015 • 5 Sekadar gambar hiasan

Hari Raya Dan Duit Raya Apabila Syawal menjelang tiba maka ada di kalangan kita akan sentiasa membicarakan berapakah duit raya akan diberikan kepada anak-anak atau kepada mereka yang datang beraya ke rumah. Rata-rata sibuk menukarkan duit baharu di bank setiap kali menjelang Syawal. Maka berbondong-bondonglah ke bank atau mencari duit baharu untuk dijadikan duit raya disamping sibuk mencari sampul yang cantik untuk diisi duit raya. Oleh: Halim Mokhtar (halim@kuis.edu.my)

P

ersoalannya mengapa kita terlalu kalut dengan duit raya, adakah kita bimbang tiada yang akan datang beraya atau sambutan raya akan menjadi suram tanpa duit raya. Begitulah senario yang selalu berlaku apabila menyambut Syawal di Malaysia yang menyaksikan budaya memberi duit raya memang sudah lama diamalkan sejak dulu lagi walaupun ia bukanlah sesuatu yang wajib ataupun satu kemestian tetapi menjadi satu tradisi untuk memeriahkan suasana hari raya khususnya kanak-kanak dan remaja. Pemberian duit raya ini tidak perlu di fatwakan. Bahkan tiada siapa perlu menyalahkan orang lain atas perbuatan memberi duit raya, tidak salah sekiranya ada segelintir orang yang tidak bersetuju dengan aktiviti ini asalkan jangan menuduh orang yang melakukannya sebagai satu kesalahan yang tidak boleh diampun Tuhan. Asasnya jangan terlalu mudah menghukum dan bertelagah atas perkara yang kecil. Amalan memberi duit raya ini boleh mencacatkan konsep amalan ziarah menziarahi sesama kita. Anak-anak dan remaja hanya mahu pergi ziarah ke rumah tertentu sahaja, rumah yang menjanjikan duit raya. Pokoknya no money no raya…Jika ada rumah yang dikenalpasti tidak akan memberi duit raya, mereka tidak mahu pergi. Akhirnya kita gagal memupuk dan mendidik anak-anak dan remaja bahawa

ziarah itu atas niat silaturrahim dan kerana Allah, bukan kerana duit raya. Tujuan berziarah adalah untuk bermesra bersama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar. Kerap berlaku apabila beraya tetapi tidak makan, tidak minum mahupun berbual, tetapi hanya duduk semata-mata menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah untuk bergaul dan mengeratkan lagi hubungan. Mahukah kita jadikan duit raya dijadikan sandaran untuk berziarah, bukan kerana Allah? Rumah yang memberikan duit raya paling banyak akan mendapat kunjungan lebih ramai. Individu pertama adalah individu yang utama yang akan memberikan informasi yang akan di viral kepada group whatsapp bagi mendapatkan duit raya yang lumayan. Itulah keadaannya beraya dikalangan kanak-kanak dan remaja adalah penyeri yang memeriahkan lagi sambutan hari raya. Kalau dilihat dari perspektif positif, pemberian duit raya mampu memberikan senyuman kepada anak-anak atau anak yatim, keluarga berpendapatan rendah atau miskin dan beberapa golongan lain. Maka sewajarnya kita mendidik kanak-kanak dan remaja tentang tujuan asas menyambut Aidil fitri antaranya: 1. Memuji kebesaran Allah kerana

telah berjaya dalam kemenangan Ramadhan. “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185]. 2. Keutamaan beraya adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara keluarga dan rakan taulan, maka harus diingatkan agar jangan terlalu memilih hanya berhari raya di rumah orang tertentu sahaja. 3. Keutamaan mengetahui adab-adab ziarah ke rumah orang agar tidak merosakkan dan mencemarkan tujuan ziarah itu sendiri. 4. Beraya bersama keluarga atau secara berkumpulan demi keselamatan diri. Meletakkan keutamaan beraya di rumah saudara mara, jiran dan rakan-rakan yang dikenali. Kebimbangan mengenai gejala jenayah seperti penculikan dan sebagainya yang boleh diambil kesempatan oleh pihak tertentu. 5. Sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang diperolehi contohnya jumlah nilaian duit raya yang berbeza di antara rumah yang di ziarahi, maka ianya bukan topik utama yang perlu dibahaskan tetapi yang utama ialah mengeratkan silaturahim bukan menilai berapa jumlah duit raya yang berjaya diku-

tip. Inilah beberapa perkara yang sewajarnya diberikan perhatian oleh ibu bapa atau penjaga terhadap konsep menyambut hari raya dan pemberian duit raya supaya syawal tidak dicacatkan dengan duit raya yang menyebabkan berlaku kecelaruan dapat menyambut syawal. Duit raya yang dihulur mungkin merupakan suatu ‘paksaan’ bersedekah. Elakkan berniat untuk menunjuk-nunjuk semasa memberi duit raya. Niat perlu betul, sebaiknya dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat oleh orang lain bagi mengelakkan sebarang perasangka. Maka akhirnya remaja dan kanakkanak lebih suka datangnya bulan Ramadhan bukan kerana datangnya bulan ibadah yang dijanjikan pakej pahala berganda, tetapi mereka menunggu datangnya Ramadhan kerana wujudnya Syawal selepas itu. Apabila berlaku perkara ini saban tahun, sedar tidak sedar kita sedang melahirkan anak-anak dan remaja dengan jiwa yang materialistik. Kesimpulanya kanak-kanak dan remaja perlu diingatkan semarakkan Aidilfitri dengan membesarkan Allah swt dan menyuburkan kasih sayang dengan ziarah menziarahi kerana ia dapat memupuk sifat mengenali antara satu sama lain dan bukannya sekadar mengutip duit raya. Edisi


BICARA MUFTI 6 • Edisi • Jun 2015

Puasa 6 Hari dalam Bulan Syawal Dalil puasa sunat enam Syawal Dari Abu Ayyub r.a: “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164] Riwayat lain: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.” (H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Oleh: Sri Hartini Md Noh, (sri@mais.gov.my)

P

ada hadits ini terdapat dalil dianjurkannya puasa enam hari di bulan Syawal dan pendapat inilah yang dipilih oleh madzhab Syafi’i, Ahmad dan Abu Daud serta yang sependapat dengan mereka. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah menyatakan makruh. Namun pendapat mereka ini lemah karena bertentangan dengan hadits yang tegas ini. (Lihat Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 8/56) Dalam sebuah riwayat berbunyi: “Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari

bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun.” (H.R An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih AtTarghib).Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh: “Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Manakala puasa enam hari dibulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah maksud berpuasa setahun penuh.” Para ulama menghuraikan bahawa berpuasa seperti setahun penuh kerana setiap kebaikan manusia akan mendapapt ganjaran 10 kali ganda: Bulan Ramadhan (puasa sebulan penuh) sama dengan (berpuasa) selama sepuluh bulan (30 x 10 = 300 hari = 10 bulan) dan puasa enam hari di bulan Syawal sama dengan (berpuasa) selama dua bulan (6 x 10 = 60 hari = 2 bulan).

Sekadar gambar hiasan

(Lihat Syarh Muslim, 4/186, Mawqi’ Al Islam, Asy Syamilah) Jadi seolah-olah jika seseorang melaksanakan puasa Syawal dan sebelumnya berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, maka dia seperti melaksanakan puasa setahun penuh. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih AlBukhari] Kelebihan Puasa Enam hari bulan Syawal Menutupi kekurangan puasa wajib pada

bulan Ramadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Selain itu amalan berpuasa enam mendatangkan magfirah atas dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal, maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci untuk meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal. Edisi

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1 SYAWAL 1436H DARIPADA

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR


INFO HALAL Edisi • Jun 2015 • 7

Makanan Bukan Sahaja Sekadar Halal, Tapi… Oleh: Norakmal Bin Mohamad Pegawai Teknologi Makanan JAIS

D

aripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.) Di sepanjang bulan Syawal, kita terutamanya disaran untuk mengeratkan ukhuwah sesama muslim dengan berkunjung, bermaafan serta memuliakan tetamu yang datang ke rumah. Penganjuran atau kunjungan kita ke majlis rumah terbuka adalah sebagai satu jambatan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita selain mencari keberkatan, pahala dan keredhaanNya. Sebagai tanda menzahirkan kesyukuran, maka kesempurnaan ibadah Ramadhan perlu diteruskan dengan memastikan Aidilfitri disambut dengan tidak mencampur adukkan perkara-perkara yang haram dan syubhah. Kuasa memilih adalah terletak di tangan kita dan tidak seharusnya penganjuran rumah terbuka membuka ruang kepada amalan dan pemakanan haram atau yang meragukan terutamanya dalam penyediaan hidangan. Makanan merupakan sesuatu juadah santapan dan seterusnya akan menjadi darah daging manusia. Sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk memilih dan bagi seorang Muslim adalah wajib bagi kita untuk mengenal pasti setiap bahan yang dibeli adalah halal. Adalah menjadi suatu tanggungjawab bagi tuan rumah untuk memastikan segala makanan dan juadah yang dihidangkan kepada para tetamu adalah makanan halal yang terjamin kualitinya, bersih lagi selamat serta tidak menyebabkan berlakunya pembaziran. Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir. Pembaziran merupakan perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah s.w.t. Larangan mengenai pembaziran telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Al Israa’ ayat 26: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir (membelanjakan harta pada jalan yang salah) itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.” Firman Allah tersebut jelas mengingatkan kita supaya mengelakkan diri dari menjadi seorang pembazir kerana sifat pemboros dan pembazir sama sekali tidak disukai Allah sehingga menganggap mereka yang boros dan membazir itu sebagai saudara syaitan. Sebaiknya rancanglah terlebih dahulu perbelanjaan

Penganjuran rumah terbuka merupakan wadah yang sangat sinonim bagi masyarakat Malaysia untuk memupuk semangat persaudaraan dan toleransi; terutamanya apabila tiba musim-musim perayaan tanpa mengira latarbalakang agama, bangsa dan budaya. Konsep rumah terbuka yang memudahkan tuan rumah untuk menjamu para jemputan di dalam sebuah majlis tidak kira besar atau kecil sememangnya menjadi suatu trend di dalam masyarakat kini.

serta berbelanja secara sederhana sebagaimana tafsiran yang dinyatakan firman Allah dalam Surah Al Furqaan ayat 67: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana.” Sebagai pengguna, kita hendaklah bijak mengurus perbelanjaan. Kita harus membuang sikap boros berbelanja, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah. Sebaiknya kita membanteras amalan pembaziran dan pemborosan yang keji itu dengan menggalakkan amalan berkebajikan seperti bersedekah. Di sini dikongsikan beberapa tips serta panduan berguna mengenai beberapa perkara yang perlu diberi penekanan kepada mereka yang ingin menganjurkan rumah terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai pedoman bersama bagi mereka yang ingin mengadakan rumah terbuka yang lebih sihat tanpa pembaziran: 1. Sebelum memikirkan menu atau masa yang sesuai untuk mengadakan rumah terbuka, fikir dulu peruntukan anda. Peruntukan ini termasuk kos penyediaan makanan, bilangan tetamu yang diundang termasuk juga peralatan menyajikan hidangan. Pastikan peruntukan tersebut sesuai dengan kemampuan kewangan anda. 2. Senaraikan jumlah tetamu yang bakal hadir serta kemaskini senarai kehadiran tersebut apabila hampir dengan tarikh pelaksanaan. Bilangan tetamu jemputan

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9. Sekadar gambar hiasan

adalah penting dalam perancangan menu untuk membuat anggaran keperluan bahan mentah atau tempahan makanan yang akan dihidangkan supaya tidak berlakunya pembaziran. Pastikan menu yang hendak disajikan sesuai dengan jemputan, terutamanya dari segi jenis makanan serta jumlah yang disediakan. Hal ini perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi di dalam menyantuni sahabat handai di kalangan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan latarbelakang agama kerana keperluan makanan mereka yang berbeza. Sediakan juga makanan yang bersesuaian untuk kanak-kanak seperti makanan yang kurang pedas serta tekstur yang lembut. Elak menyediakan gula-gula atau makanan ringan yang tinggi lemak, gula dan garam kepada kanak-kanak. Pilih menu yang mempunyai set lengkap dalam piramid makanan bagi memastikan ianya berkhasiat. Pelbagaikan menu rumah terbuka dengan menyediakan pilihan buah-buahan segar, salad sayur-sayuran, kacang rebus serta hidangan yang lebih sihat seperti mihun sup, bubur nasi dan sebagainya. Pelbagaikan kaedah masakan dan utamakan makanan yang dimasak dengan kaedah yang lebih sihat seperti bakar, panggang, kukus dan rebus. Kurangkan menyedia makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak. Gantikan penggunaan santan dalam hidangan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang atau kuah masak lemak. Pilih makanan yang rendah kalori dan tinggi serat seperti buah-buahan dan ulam-ulaman yang pelbagai warna untuk menyerikan lagi meja hidangan anda, pelbagai jenis sayur juga dapat disajikan bersama hidangan utama. Kurangkan menghidang makanan yang mengandungi pewarna tiruan dengan memilih buahbuahan segar sebagai snek atau pencuci mulut. Pastikan bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan yang dipilih daripada bahan yang berkualiti kerana makanan yang enak dan berkhasiat hanya diperoleh jika menggunakan bahan yang baik kualitinya. Bahan mentah yang rendah mutu kualitinya akan mengakibatkan berlakunya pembaziran sekiranya makanan tersebut tidak dijamah oleh tetamu. Kesegaran juadah perlu diberi perhatian kerana rumah terbuka boleh menjangkau hingga ke malam jadi makanan perlu dipastikan selamat dan tidak cepat basi. Persediaan awal dapat menjimatkan

masa, amalan memasak secara berperingkat dapat dipraktikkan dengan menyimpan sebahagian bahan-bahan mentah yang telah siap dipotong dan disimpan di peti sejuk serta masak apabila perlu sebagai langkah persediaan jika makanan yang disediakan tidak mencukupi. 10. Makanan yang disediakan perlu dihidangkan di dalam bekas yang tertutup agar tidak dihinggapi lalat yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran silang serta mengakibatkan masalah kesihatan. Gunakan bekas hidangan bertutup seperti chauffing dish yang mempunyai penutup dan pemanas di bawahnya bagi memastikan makanan dihidang sentiasa berada pada suhu yang sesuai. 11. Pastikan segala keperluan tetamu sewaktu mereka datang berkunjung ke tempat anda telah disediakan. Keperluan seperti tandas, tempat solat dan ruang menukar lampin bagi mereka yang mempunyai anak yang masih kecil penting bagi memastikan keselesaan mereka. Selain itu, sediakan juga air minuman mineral atau air masak jika ada tetamu yang tidak mengemari minuman manis. 12. Rumah terbuka boleh dianjurkan secara bersama contohnya di kalangan adik beradik, jiran atau rakan setugas yang tinggal berhampiran; dengan ini semangat gotong royong dan kerjasama dapat dipupuk di samping dapat menjimatkan wang, tenaga dan masa. 13. Adalah suatu yang sangat baik sekiranya anda dapat mengundang orang yang kurang berkemampuan seperti keluarga ibu tunggal, anak-anak yatim serta orang tua yang tinggal berhampiran sebagai memanjangkan sedekah dan mengeratkan silaturrahim kerana mereka ini tidak akan rasa terpinggir serta akan berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan tuan rumah. Kesedaran untuk menjaga diri daripada perkara yang dilarang adalah bergantung kepada hati. Hanya orang yang bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya apakah ianya halalan toyyiba. Adapun orang yang fasik, baginya tidak penting sama selagimana ianya memenuhi kehendak selera dan nafsunya. Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidaklah seorang anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap sahaja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Jika terpaksa dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk bernafas” Hadis riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad Pokoknya bukan senarai juadah yang disediakan oleh tuan rumah menjadi keutamaan tetapi tujuan mengadakan rumah terbuka dan seterusnya niat para tetamu menerima jemputan selaras dengan ajaran Islam yang sentiasa suka kepada sesuatu yang sederhana dalam apa jua yang dilakukan di samping menjalin silaturahim sempena Aidilfitri. Dalam suasana kemeriahan rumah terbuka yang dapat menghubungkan tali silaturrahim yang sebenarnya melambangkan keindahan agama Islam itu sendiri, ia dapat menarik rahmat dan keberkatan yang datang bersama dengan kunjungan tetamu dan jiran tetangga sekalipun bukan seagama. Sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima dan direstui Allah dan tidak tercemar oleh keghairahan kita menyambut Syawal. Edisi


SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • Jun 2015

Elak Sengsara Lepas Raya Syawal menjelang lagi, bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam yang telah berjaya mengharungi bulan Ramadhan, bulan yang penuh ujian dan keberkatan. Namun timbul persoalan adakah kita benar-benar berjaya mengharungi tarbiyah Ramadhan atau sebaliknya. Jika kita imbas kembali, Ramadhan menuntut agar umat Islam mempertingkatkan amalan dan kebajikan, menahan nafsu serta tidak mengikut amalan syaitan seperti membazir. Gagal di dalam mengawal nafsu terutamanya nafsu berbelanja menyebabkan kita sering terjebak dengan krisis hutang selepas sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri.

Oleh: Dr. Zaini Jamaludin Pensyarah Kanan, Open University Malaysia

H

akikatnya amalan berbelanja melebihi kemampuan atau pendapatan terutama di musim perayaan dipercayai menjadi penyebab utama ramai antara kita yang terjerat di dalam krisis kewangan pasca perayaan. Tambahan pula negara kita tidak pernah sepi dengan perayaan disebabkan oleh komposisi masyarakat majmuk seperti Tahun Baru Cina, Depavali dan juga Hari Raya. Di sinilah sebenarnya prinsip pengurusan kewangan sangat penting untuk diamalkan di samping perubahan sikap masyarakat untuk lebih berdisiplin dalam berbelanja. Lambaian Promosi Umum mengetahui prinsip asas

dalam pengurusan kewangan peribadi adalah belanjawan bulanan berdasarkan pendapatan sebenar. Selain itu, saranan 30% daripada pendapatan diasingkan untuk simpanan juga merupakan satu kaedah yang sangat baik. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kepakaran pihak penjual merangka program jualan dan promosi akan mengganggu emosi kita untuk menerima tawaran promosi yang dibuat. Rata-rata peniaga menyatakan inilah masanya untuk mendapat jumlah jualan dan keuntungan yang berlipat kali ganda. Bukan sekadar peniaga pakaian dan kuih muih malah barang perhiasan seperti emas, peralatan rumah dan kereta juga turut mengadakan promosi menjelang Aidilfitri. Di sinilah disiplin ketika berbelanja dituntut agar kita hanya membeli barang keperluan dan tidak berbelanja mengikut kemahuan dan nafsu. Kesedaran kita untuk menjadi pengguna yang bijak penting

Sekadar gambar hiasan

dalam menangani “lambaian promosi” yang diadakan menjelang setiap perayaan. Raya Setahun Sekali Biasanya untuk menyedapkan hati kita, slogan “Raya Hanya Setahun Sekali” akan menjadi seumpama katalaluan untuk membolehkan kita berbelanja melebihi had kemampuan. Tambahan pula, kebanyakan organisasi termasuk badan kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan seperti bonus, duit raya, pendahuluan atau sebagainya kepada pekerja sebagai persiapan untuk sambutan Aidilfitri. Tidak cukup dengan itu, kemudahan kad kredit dipergunakan sepenuhnya bagi memenuhi nafsu berbelanja. Ada juga syarikat yang memasukkan gaji lebih awal yang menambah keseronokan berbelanja sehinggakan ada yang tersilap langkah dengan membelanjakan kesemuanya tanpa menyedari komitmen bulanan seperti ansuran kereta, rumah dan keperluan lain untuk bulan hadapan ”digadaikan” semata-mata untuk membuat persiapan Aidilfitri. Berbalik kepada persoalan asal ada-

kah Ramadhan telah benar-benar mendidik kita untuk mengekang hawa nafsu tercapai sedangkan kita sedang mengikut jalan syaitan? Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” AlIsraa’ Ayat 27. Islam sangat menekankan amalan bersederhana dalam setiap tindakan. Sambutan Aidilfitri secara berserdahana sangat banyak manfaatnya terutama dalam kita merancang perbelanjaan. Adalah lebih baik rezeki yang diperolehi dikongsi bersama dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, keluarga miskin dan golongan yang lebih memerlukan. Inilah amalan yang dituntut oleh Islam agar sama-sama dapat merayakan hari kemenangan umat Islam dalam suasana kekeluargaan sesama Muslim. Selain itu, amalan bersederhana dapat mengelakkan kita sengsara selepas menyambut hari Raya Aidilfitri kerana bebas dari bebanan hutang dan terlebih berbelanja disebabkan oleh keborosan kita. Edisi


NGO-i Edisi • Jun 2015 • 9

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Gandingan kerjasama MAIWP dan PERKIM menyampaikan makanan berbuka puasa kepada golongan gelandangan di hadapan Bangunan PERKIM dalam salah satu program kebajikan pada Julai 2015.

Sumber: Laman Sesawang PERKIM Latar belakang

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai Penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989. PERKIM di Peringkat Negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah Bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian. PERKIM juga mempunyai Bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-Bahagian. Di peringkat Bahagian pula wujud Entiti Cawangan di setiap Daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.

Lencana & lambang

Lencana & lambang PERKIM ialah rajah mengandungi kubah dan menara masjid berwarna hijau tua dengan bintang berbucu lima di atas kubah dan menara itu. Kesemuanya terletak dalam lingkungan bulan sabit yang diatasnya tertulis dengan jawi perkataan “Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia” dan “PERKIM” dibawahnya.

Cogankata

Cogankata PERKIM iaitu, “Islam Itu Persaudaraan” menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya.

Visi

Menjadikan PERKIM sebagai ngo dakwah sejajar dengan Wawasan 2020

Misi

Menjadikan PERKIM sebuah ngo

penggerak dakwah terunggul untuk memberi sokongan kepada Institusi Islam di Malaysia dan Antarabangsa Lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM adalah : 1. Dakwah Menjalankan Dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan. • Aktiviti dakwah • Pengislaman • Fardhu ain 2. Pendidikan Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta pendidikan Islam menerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang. Antara usaha PERKIM untuk aktiviti pendidikan adalah penubuhan surau, kelas, tadika dan Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP). 3. Kebajikan Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif. • Perkampungan Orang Asli Antara aktiviti yang dilakukan adalah majlis berkhatan dan serahan zakat kepada golongan orang asli. • Pusat Pemulihan Kesihatan PERKIM Pusat Pemulihan Kesihatan PERKIM [ppkp] telah ditubuhkan pada 26 Mei 1990 dan diwujudkan untuk mempraktikkan pendekatan memenuhi keperluan pesakit. Ianya terletak di tingkat bawah, Ppr Sri Perak, Blok 37 , Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dan ianya telah disumbangkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (dbkl). Pusat ini juga memberi perkhidmatan kepada orang – orang yang lanjut usianya, mangsa serangan ‘stroke’ dan masalah urat saraf, juga pesakit yang baru keluar daripada rumah sakit dan perlukan khidmat terapi dan sosial. Pusat ini menggunakan satu pendekatan baru untuk memenuhi keperluan mereka iaitu dengan menggabungkan elemen kemasyarakatan, khidmat sukarela dan kemudahan terapi. Prinsip utama pusat ini ialah adding life to years atau ‘meningkatkan nikmat hidup kepada usia’.

Pusat pemulihan kesihatan PERKIM menyediakan: • penjagaan dan bantuan harian • khidmat pemulihan • rawatan cara asuhan – jati diri pesakit • urut tradisional • senaman menggunakan alatan untuk pergerakkan pesakit seperti basikal, treadmill, shoulder wheel, shoulder pulley, air-walker. • pemeriksaan tekanan darah. • pemeriksaan paras gula darah. • khidmat nasihat oleh pegawai atau kakitangan bertugas. • khidmat pengangkutan (van) • makan tengahari secara percuma • mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil pada hari Khamis setiap bulan • Asrama Darul Falah asdaf Mula ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 di mana pengambilan pertama adalah 6 orang pelajar terdiri 4 lelaki dan 2 perempuan dari suku Semelai di Negeri Sembilan. Sekarang, bangunan asdaf telah didiami lebih kurang 60 orang pelajar dari suku Semai, Bateq, Mahmeri, Semelai, Temuan dan Temiar. Kebanyakan daripada mereka adalah anak yatim dan datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. • Asrama Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra (datar) Bangunan ini siap dan mula beroperasi pada tahun 1993 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Januari 1994 ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Sempena dengan pengorbanan AlMarhum Yang

Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu, asrama anak yatim ini dinamakan Darul Aitam Walmasakin Tunku Abdul Rahman atau nama ringkasnya datar. Ianya terdiri daripada bangunan asrama, kelas, pejabat, surau, dewan dan taman permainan. Seramai 40 hingga 50 orang boleh ditempatkan di rumah ini. Sehingga sekarang seramai 147 orang telah diambil tinggal dan dididik disini. Mereka yang diambil adalah dari keluarga miskin sahaja dari umur 9 tahun. • Tasputra PERKIM (taman asuhan untuk anak-anak cacat) • Foster Home • Sumbangan zakat 4. Kerjasama dalam bidang Agama Islam Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang lain demi kemajuan Agama Islam. Antara ngo yang terlibat adalah Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), United Sabah Islamic Association (Usia), Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia. 5. Lain-lain Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Islam. Dalam merealisasikan objektif penubuhannya, PERKIM mempraktikkan penyebaran Syiar Dakwah Islamiah berdasarkan kerja-kerja kebajikan yang terbukti telah memberi manfaat kepada semua kelompok masyarakat, sekaligus dapat meningkatkan Imej Islam serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam. Edisi

PERKIM UniKL, UIAM Ziarah Pesakit Hospital Tung Shin dalam salah satu program dakwah yang pernah dilakukan pada April 2015.

Majlis penyerahan zakat daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Komuniti Cyberjaya (KKRKC), Cyberview Sdn. Bhd kepada golongan mualaf yang berlangsung di Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2015 lalu dengan kerjasama PERKIM.


BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Jun 2015 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

dan Lembaga Zakat Selangor

616 Asnaf Terima Bantuan Sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor bersama Rakyat Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM 19 JunSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 616 orang fakir, miskin, saudara baru dan anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat yang diadakan di Masjid Negeri. Penerima asnaf zakat menerima RM500 seorang, manakala anak yatim menerima sumbangan berjumlah RM100 seorang.

Baginda juga turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah RM5.14 juta, PLUS Malaysia Berhad (RM3.13 juta) dan UMW Holdings Berhad (RM2.95 juta). Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Permodalan Negeri Selangor Berhad (RM1.24 juta). Hadir sama dalam majlis itu, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Setia Haji Mohamed Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, dan Dato’

Kunjungan Hormat MAIS ke JAWHAR

Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya mengingatkan nazir-nazir masjid dan pengerusi-pengerusi surau supaya tidak bergantung kepada khidmat imam import bagi mengimamkan solat Tarawih. Beliau berkata, negeri Selangor kini sudah mempunyai para hufaz yang boleh diketengahkan selain menyarankan semua pihak mengutamakan pelaksanaan solat sunat Tarawih berbanding program tazkirah. Edisi

S

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

P

U TRAJAYA 4 Jun - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji ( JAWHAR) diketuai oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Kunjungan MAIS disambut mesra oleh Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan pegawai-pegawai lain bertu-

Suasana semasa perbincangan

juan bagi mengetahui status kedudukan terkini Wang Tak Dituntut (WTD) selain menjalin hubungan silaturrahim sesama agensi. Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati supaya Wang Tak Dituntut (WTD) dapat disalurkan ke Baitulmal, MAIS demi kemaslahatan ummah. Edisi

Sesi bergambar kenangan

Jom Sertai Pertandingan Bulan Membaca MAIS 2015 (1 JUN – 28 Ogos 2015) Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

Sesi bergambar kenangan

DYMM Sultan Selangor menerima hamper aidilfitri sumbangan MAIS.

HAH ALAM 1 Jun – Bermula pada 1 Jun sehingga 28 Ogos ini, Perpustakaan Wakaf MAIS akan menganjurkan aktiviti dan program khas sempena Bulan Membaca MAIS 2015 yang terbuka kepada semua ahli perpustakaan wakaf MAIS. Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Haji Hussin, Setiausaha MAIS. Sebanyak enam jenis pertandingan yang akan dijalankan seperti Pertandingan Fotografi (Ragam Membaca), Pertandingan Review Buku, Pertandingan Silangkata dan Slogan (Saya suka membaca kerana…..), Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak Sepanjang Bulan Membaca dan Pertandingan Teka Jumlah Buku dan Berat Keseluruhan. Setiap penyertaan bagi kesemua pertandingan ini dikenakan bayaran sebanyak RM0.20 sahaja. Selain itu, sepanjang bulan membaca MAIS juga turut diadakan program Le Tour De MAIS iaitu terbuka kepada pegawai MAIS yang menjadi ahli perpustakaan sahaja. Program yang diadakan pada setiap hari Isnin ini merupakan perkhidmatan troli bergerak kepada setiap bahagian di MAIS bagi menggalakkan pinjaman buku kepada setiap pegawai MAIS.

Melalui aktiviti ini juga turut diadakan program Friendly Library Card yang mana setiap ahli yang berminat akan diberikan kad friendly ini yang mengandungi 12 kolum untuk dicop dengan smiley face sebanyak 12 kali untuk setiap buku yang dipinjam. Ahli hanya perlu mengumpul ke semua cop tersebut dan akan diberikan hadiah setelah cop tersebut dikumpul. Program ini terbuka sepanjang tahun. Sebarang pertanyaan dan informasi berkaitan program ini bolehlah menghubungi Encik Zharif dan Puan Shahirah di talian 03-55108631 atau bolehlah melayari laman web http://libmais.gov.my atau www. perpustakaanwakaf.blogspot.com. Edisi

Dato’ Setiausaha melihat beberapa buku di perpustakaan wakaf

Sesi penyampaian cenderamata


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Jun 2015 • 11

Program Tautan Ukhuwah MAIS Eratkan Hubungan Kakitangan

Detik perasmian Program Tautan Ukhuwah

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

P

ERAK 22 Mei - Program Tautan Ukhuwah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 2015 menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk kakitangan dan pegawai yang telah diadakan di Hotel

Grand Kampar selama 3 hari 2 malam. Program yang bermula pada 22 Mei hingga 24 Mei ini merupakan salah satu program yang diadakan pada setiap tahun bertujuan memperkukuhkan nilainilai budaya murni dalam MAIS di samping mengeratkan hubungan sesama

Maklum Balas Berkenaan Berita ‘Demi Beri Keluarga Sesuap Nasi’ Sumber: LZS

S

HAH ALAM, 2 Jun 2015 – Berikut maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan berita yang tersiar di Harian Metro bertajuk Demi Beri Keluarga Sesuap Nasi. Berdasarkan kepada rekod LZS didapati keluarga Norzulaini Mat Ali, 42 tahun tidak pernah memohon bantuan zakat sebelum ini. Be-

pegawai. Program ini disempurnakan perasmiannya oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS disertai oleh semua pegawai dan kakitangan MAIS seramai 200 orang ini dilibatkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah Aktiviti Kembara Gua Tempurung, Ceramah Motivasi, Sukaneka, Cabutan Bertuah, dan Makan Malam Mahabbah. Aktiviti sedemikian ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka. Edisi

liau yang pernah bekerja sebagai jurubahasa Mahkamah Perusahaan terpaksa berhenti kerja sejak setahun lalu akibat masalah saraf bahagian tulang belakang selepas mengalami tekanan kerja. Kesusahan yang dihadapi oleh keluarga ini telah mendapat perhatian dari LZS. Hasil siasatan, keluarga ini telah didaftarkan sebagai asnaf fakir di LZS. Untuk permulaan, LZS telah menyalurkan bantuan kecemasan

sebanyak RM500. Manakala bantuan kewangan dan makanan bulanan serta sewa bulanan turut akan disalurkan bagi meringankan beban keluarga ini bermula Jun ini. Sementara itu, LZS turut akan membantu melunaskan tunggakan sewa rumah dan bil utiliti keluarga tersebut. Manakala bantuan pendidikan akan disalurkan bagi membolehkan kedua-dua anaknya menyambung kembali persekolahan. Edisi

SJK: 500 Keluarga Dibanci Dan Siasat

Pekerja LZS membuat bancian penduduk mukim Dengkil

Sumber: LZS

D

Sesi bergambar kenangan

ENGKIL, 3 Jun 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus menjejaki individu dan keluarga yang memerlukan melalui program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) yang diadakan di sekitar Taman Putra Perdana bagi mukim Dengkil di sini hari ini.

Operasi kali ini melibatkan 500 buah keluarga di mana siasatan secara terus dari rumah ke rumah dijalankan bagi menentukan haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan) mereka. Ia turut mendapat kerjasama 15 orang pemimpin setempat dan penolong amil kariah beserta 20 tenaga kerja LZS. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Jun 2015 Sumber: Perbadanan Wakaf Selangor

Lawatan Kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor

S

K Sesi bergambar kenangan

Selangor. Sesi lawatan diteruskan lagi dengan sesi penerangan berkenaan pengurusan, fungsi dan pentadbiran PWS oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Penerangan dirancakkan lagi dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh pihak PTD Hulu Selangor semasa sesi penerangan berlangsung.

Lawatan kerja diakhiri dengan acara penyampaian cendehati daripada keduadua belah pihak. Melalui lawatan ini, satu jaringan kerja yang baik dapat diwujudkan antara PWS dan PTD Hulu Selangor. Semoga kerjasama ini dapat memperkemaskan lagi pengurusan wakaf di Selangor. Edisi

Jaringan Kerjasama Antara PWS dan SYABAS

K

UALA LUMPUR – Pada 2 April 2015, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Delegasi PWS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif

PWS, Encik Abu Bakar Bin Yang bersama empat orang pegawai. Delegasi PWS disambut oleh Ketua Pengarah Bahagian Perancangan, Encik Sanusi Suleiman beserta tiga orang pegawai. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk mengwujudkan

Sesi penyampaian cenderahati.

jaringan kerjasama antara PWS dengan SYABAS selain untuk mempromosikan produkproduk PWS kepada warga SYABAS. PWS juga berhasrat untuk mengajak kakitangan SYABAS berwakaf melalui Skim Infaq (Potongan Gaji). Hasil kunjungan ini, pihak SYABAS telah bersetuju untuk memberi peluang kepada kakitangan SYABAS untuk berwakaf melalui Skim Infaq dan memberi kebenaran kepada PWS memberikan sesi penerangan Saham Wakaf Selangor di 10 cawangan SYABAS termasuk ibu pejabat. Di akhir sesi kunjungan, telah diadakan sesi bergambar dan penyerahan cenderamata. Edisi

ELANA JAYA – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat Sahabat Wakaf Korporat ke Syarikat PUMONTHEGO SDN. BHD. pada 10 Februari 2015. Syarikat yang telah diusahakan oleh sepasang suami isteri yang beroperasi di Dataran Glomac, Kelana Jaya menyediakan perkhidmatan membekal alatan untuk penyusuan anak disamping memberi khidmat nasihat kepada ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan anak selepas bersalin. Syarikat ini adalah salah sebuah syarikat yang berwakaf secara konsisten melalui keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan yang dijalankan. Kunjungan Hormat ini telah dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS bersama beberapa orang pegawai daripada Bahagian Pemasaran dan Dakwah. Pihak syarikat pula diwakili oleh Pengarah Urusan syarikat Encik Mior Ahmad Azlan dan isteri beliau Puan Nur Zuain Abdul Ghani. Pertemuan ini telah membuka ruang untuk kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat dalam membangunkan Institusi Wakaf serta berkongsi pengalaman manis setelah mengamalkan ibadah wakaf. Menurut pemilik yang juga Pengarah Urusan syarikat memaklumkan bahawa, sejak mula mengamalkan ibadah wakaf secara konsisten, pendapatan syarikat mula naik berganda. Seterusnya dimaklumkan juga bahawa, syarikat kini telah menunjukkan perkembangan yang positif dengan berjaya membuka cawangan terbaharu di Putrajaya. Pengarah Urusan syarikat juga menjemput manamana Ahli Korporat atau mana-mana syarikat yang beroperasi di Negeri Selangor supaya melaksanakan ibadah wakaf untuk melipatgandakan keuntungan syarikat di samping mencari keredhaan Allah SWT. Edisi

Sesi penyampaian cenderahati.

SIAM hawhkU natuaT margorP

HAH ALAM – Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 7 April 2015. Lawatan kerja tersebut dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan PTD Hulu Selangor bertujuan untuk mengetahui tentang pengurusan dan operasi PWS. Seramai 28 orang Pegawai dan Kakitangan terlibat, diketuai oleh Puan Nor Uyuni Hamdi Ahmad Kamal Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan dan Encik Kamil Hafith Halim Penolong Pegawai Daerah Unit Pendaftaran PTD Hulu Selangor. Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan aluan daripada pihak PTD Hulu

Kunjungan Hormat ke PumpOnTheGo Sdn. Bhd.


nagnatikaK nagnubuH naktarE

BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Jun 2015 • 13 Sumber: Kolej Universiti Islam Selangor

Persidangan Pertama Meja Bulat Rektor IPTIM & AIUA 2015 Sumber: Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat

P

ekanbaru, Riau - Rektor KUIS Ybhg Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim bin Tamuri dan Dr. Mokmin bin Basri Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni telah menghadiri Persidangan Pertama Meja Bulat Rektor-Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) Dan Persatuan Pengajian Tinggi Islam Asia (AIUA) 2015 bermula pada 24 – 26 April di Labersa Grand Hotel and Convention Centre, Pekanbaru, Riau, Indonesia. Dalam Persidangan ini Ybhg Prof Dato’ Dr. Abdul Halim bin Tamuri telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pembangunan

Mahasiswa Islam Melalui Kerangka Da’i, Ulama & Umara. Seramai 15 rektor university Islam di seluruh negara menghadiri persidangan ini yang terdiri IPT Islam Malaysia yang terlibat seperti UIAM, USIM, KUIS, KUIN, KUISAS, KUIPs, KUIM, KIAS, KIPSAS, IIC dan MARSAH, IPT daripada Negara Indonesia diwakili Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim ,Institut Agama Islam Negeri Antasari Banjarmasin, Universiti Fatoni Thailand dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei. Fokus persatuan adalah untuk merangka pelan strategik lima tahun pembangunan pendidikan Islam yang realistik supaya perlaksanaan dapat dilakukan dengan berkesan dengan memastikan pengik-

Sumber: Bahagian Teknologi Maklumat

Rektor KUIS membentangkan kertas kerja semasa persidangan berlangsung.

tirafan akreditasi yang lebih flexisbel, pertukaran kakitangan akademik dan pelajar fakulti antara negara ahli termasuklah perkongsian maklumat serta kemudahan, kolaborasi dalam projek R&D, menggalakkan pengajian antara sempadan, dan membangunkan kerjasama antara universiti di peringkat antarabangsa. Edisi

Lawatan Kerja Ke Jabatan Pendidikan Tinggi KPM YBhg Prof Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri bersama Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman, Dr Zulkifli Sesi bergambar kenangan Abd Hamid, En ZulhizSumber: Pejabat Timbalan zam Hamzah , Puan AlaRektor Pengurusan wiyah Tengah, En Hasim Korporat Abdullah dan En. Halim Mokhtar. utrajaya, 7 Mei Manakala Jabatan PendiKUIS telah men- dikan Tinggi diwakili YBhg gadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia. Lawatan ini bertujuan bagi membincangankan cadangan naiktaraf KUIS kepada Universiti penuh dan perkara-perkara yang berkaitan mengenai syarat yang perlu dipenuhi. Delegasi KUIS di ketuai

P

Lawatan Kerja Institut Profesional Baitulmal

Datuk Prof Dr. Rodziah bt Omar Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBrs. Encik Rusli bin Harun Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Piawaian Jabatan Pendidikan Tinggi. Perbincangan berjalan dengan penuh harmoni dan lancar yang memberikan impak yang positif kepada KUIS dalam usaha mencapai status universiti penuh dalam masa yang terdekat. Semoga Allah sentiasa memberkati KUIS. Ameen.

B

andar Seri Putra Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan kerja daripada Institut Profesional Baitulmal (IPB) pada 10 Jun 2015 yang lalu. Bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan KUIS, delegasi seramai 7 orang yang merupakan wakil bahagian pentadbiran IPB diketuai oleh Ketua Unit Teknologi Maklumat, Puan Wan Aitun Aishah Zainuddin telah disambut oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) KUIS.

Tujuan lawatan adalah bagi bertukar-tukar pandangan dan perkongsian pengalaman tentang pentadbiran Sistem Pengurusan Kampus (Campus Management System). Pihak BTM amat berbesar hati berkongsi segala pengalaman yang ada dalam menguruskan sistem E-Kampus yang sentiasa berkembang selari dengan pembangunan KUIS. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Semoga kerjasama dan ukhuwah yang terjalin diteruskan bagi kelangsungan jihad pendidikan di keduadua Institusi Pengajian Tinggi Islam ini. Edisi

Sesi bergambar kenangan

Edisi

Sesi penyampaian cenderahati.


IKON ASNAF 14 • Edisi • Jun 2015

AZAM SI IKON ASNAF “Jangan lepaskan peluang. Azam juga mesti kuat. Mesti tabah, dan mesti kuat berusaha. Jangan sesekali berhenti berusaha.”

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

I

tulah antara frasa utama yang menjadi anak-anak kunci kejayaan Azmi bin Zain, 48, lelaki istimewa yang penulis temui lewat siri Jejak Asnaf kali ini. Dia bukan seperti orang lain, lantaran diserang demam panas ketika usianya Sembilan tahun, dia mengalami masalah polio sehingga menggagalkan fungsi kedua belah kakinya. Kini, ke mana-mana dia hanya berkerusi roda. Namun, di sebalik halangan itulah dia membina harapan dan peluang. Ya, tepat seperti katanya, jangan sesekali melepaskan peluang. “Saya ini sejak muda susah, namun saya tidak pernah berhenti berusaha. Masa muda dahulu, saya pernah bekerja kilang kira-kira dua tahun. Namun, azam saya untuk berjaya sangat kuat, sehingga mendorong saya untuk membuka sebuah kedai jahitan. Tahun 1991, berbekalkan ilmu jahit-menjahit yang saya perolehi dari Pusat Latihan Orang Kelainan Upaya (OKU) Cheras, dan juga dengan bantuan isteri saya memulakan perniagaan. Saya dapat bertahan sehingga lima tahun dalam bidang jahitan.” Demikian Azmi berkongsi cerita. Dia dan isterinya, Azizah bt. Mat, 48 juga seorang OKU dan mereka bertemu jodoh kala sama-sama belajar di pusat latihan yang

sama di Cheras. Mereka juga sama-sama gigih mengasah bakat buat memulakan perniagaan. Azmi terus ghairah membugar kembali ingatan silamnya. “Saya dan isteri, biar pun sudah bertatus OKU namun masih tidak terlepas daripada ujian. Jika nak diikutkan, kepada kamilah Allah SWT sepatutnya lebih merasa kasihan belas; namun Allah SWT berikan juga ujian. Lalu saya cuba melihat hikmah di sebaliknya, kerana dengan cara itulah saya boleh memperbaiki kehidupan.” Tokok Azmi lanjut. Kisah sedih pernah melanda Azmi dan keluarganya. Kala itu sekitar tahun 1996, setelah lima tahun bergelut siang dan malam mengusahakan kedai jahit, mereka diuji Allah. Kediaman dan kedai jahit mereka musnah dalam satu tragedi kebakaran yang melanda kejiranan setinggan yang turut didiami oleh Azmi. Kebakaran itu bukan sekadar meluluhkan rumahnya, malah turut merenggut modal usahanya. Habis, kedai jahitnya berserta isinya turut terbakar. “Semua mesin jahit, pakaian dan apa sahaja yang menjadi milik saya musnah. Kami anak-beranak hanya tinggal sehelai sepinggang. Insiden itu amat menekan perasaan, kerana ia bermakna kami mesti memulakannya semua dari kosong.” Jela Azmi yang pada ketika itu sudah pun mempunyai tiga orang anak. Lalu demi mencari rezeki, Azmi berdikit-dikit mengusahakan pen-

Azmi di samping beberapa Anugerah yang diterimanya.

jualan serbuk teh ke restoran-restoran dan banyak kedai makan. Dia membeli serbuk teh dari kilang dan mengadunnya semula mengikut resepi rahsia yang diciptanya sendiri. Azmi juga mulai berjinak-jinak menjual alat-alat bantu kepada pesakit, dan dari situ dia diberikan imbuhan dalam bentuk komisen jualan. Namun ternyata hasil jualannya tidaklah sebesar mana buat menampung lima orang anaknya. “Sebenarnya saya dan keluarga sudah menerima bantuan zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2003 lagi. Saya masih ingat, ketika itu LZS beri kami bantuan raya dan bantuan pendidikan buat anak saya. Mula-mulanya saya tidak menyangka yang LZS boleh menyuntik modal yang cukup besar buat perniagaan ini. LZS hanya beri saya RM2,000 sebagai modal mengusahakan serbuk teh berkenaan.” Ujar Azmi lanjut. “Sejujurnya, saya tidak berminat menerima ikan, tetapi saya lebih suka menerima kail dan umpan. Saya mahu membina kehidupan saya, kerana dengan cara itu lebih bermakna. Saya pun mengajukan niat saya ini kepada pihak LZS, dan alhamdulillah mereka menyambut baik dan menyarankan agar saya mengikuti Kursus Asas Keusahawanan. Malah di dalam kursus itu saya turut diberikan borang untuk memohon dana perniagaan.” Azmi bercerita lanjut. Sebenarnya pada tahun 2013 itu jugalah dia sudah memulakan perniagaan menjual alatan bantu pesakit, tetapi masih berdikit-dikit. Maklumlah, dia tidak punya modal yang besar. “Awal tahun 2014, LZS suntik modal tambahan sebanyak RM3,000 dan ia membolehkan saya membeli lebih banyak alatan di kedai saya ini. Malahan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) juga turut mendokong usaha saya, kerana JKM juga telah meluluskan bantuan hampir RM3,000 kepada saya pada tahun 2014. Semua ini memberikan saya kekuatan untuk terus bertahan dalam perniagaan.” Hakikatnya Azmi memanfaatkan setiap sen modal yang diterima dengan membeli peralatan demi peralatan, agar para pelanggan yang datang mempunyai lebih banyak pilihan. Dia juga tidak duduk diam, sebaliknya melakukan kerja-kerja pemasaran secara aktif untuk mencari pelanggan. “Saya sering ke hospital dan melihat jika ada pesakit yang memerlukan bantuan peralatan, lalu saya akan dekati dan memberikan katalog atau paling tidak kad nama saya. Selain itu, saya sering ke klinik-klinik

kerajaan demi memasarkan produk saya. Bila ada peluang menyertai pameran di mana-mana, saya sanggup menghadirinya. Ternyata, usaha saya berbaloi kerana banyak pihak sama ada individu mahu pun institusi yang menerima tawaran saya. Apatah lagi demi melihat saya adalah seorang OKU, maka ia lebih menggamit hati mereka.” Jelas Azmi. Bagi Azmi, bidang membekalkan alatan keperluan pesakit yang diceburinya sangat jarang diambil oleh golongan Bumiputera, apatah lagi OKU sepertinya. Maka dia berazam untuk terus melagang usaha ini dengan lebih cemerlang pada masa hadapan. Dia sudah pun menyiapkan proposal untuk memohon dana tambahan bagi memodali perniagaannya kepada LZS. Ketika mengenang kembali saat susahnya, Azmi hanya membayangkan yang satu masa dahulu dia dan isterinya sering mengikat perut demi membolehkan anak-anaknya makan dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Bagi Azmi, kesusahan amat berkait rapat dengan pendidikan. Dia tidak mahu anaknya susah kerana kandas dalam pendidikan. “Alhamdulillah, anak-anak saya semuanya berada di landasan yang betul. Malah sejak dari bangku sekolah rendah saya menyekolahkan mereka di sekolah beraliran Cina sehinggalah ke sekolah menengah. Sekarang ini mereka semua sedang melanjutkan pendidikan dalam pelbagai bidang, ada di bidang telekomunikasi, elektronik dan kesihatan. Malah mereka amat ringan tulang membantu kerja-kerja di kedai, khususnya dalam menyiapkan proposal, sebut harga dan juga urusan pembelian. Saya amat gembira memiliki keluarga seperti ini.” Keceriaan jelas terpamer di wajah Azmi. Maka, sebagai tanda penghargaan kepada dirinya, pihak LZS telah menganugerahkan Keluarga Asnaf Harapan 2014 kepadanya, dan pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji ( Jawhar) turut memberikan Anugerah Ikon Asnaf Cemerlang (Khas) 2014 kepada Azmi baru-baru ini. Kedua-dua anugerah ini adalah pembakar semangat buat dirinya untuk terus melangkah maju. “Saya mahu jadi pembayar zakat, itu cita-cita saya. Saya juga tidak lupa kebaikan semua pihak, sama ada LZS, JKM mahu pun semua pembayar zakat yang telah memberikan yang terbaik kepada orang-orang seperti saya. Insya-Allah, satu masa nanti saya juga akan berjaya.” Tuntas Azmi menamatkan bicara. Nota: Azmi menjalankan perniagaan membekalkan peralatan bantu pesakit termasuk OKU seperti kerusi roda, katil pesakit dan pelbagai peralatan lain di Pasar Taman Dato Harun, Petaling Jaya, setiap hari dari jam 9.00 – 5.00 petang (termasuk Sabtu dan Ahad) dan dia boleh dihubungi di talian 012-2664579 atau azmirehabilitationtools@gmail.com. Edisi


ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • Jun 2015 • 15

Beberapa Perkara Yang Membatalkan Pahala Zakat SOALAN: Ibadah zakat adalah rukun; namun saya khuatir di sebalik perlaksanaannya ia tidak diterima Allah SWT. Apakah ada perkara-perkara yang boleh membatalkan pahala ibadah zakat kita? Harap ustaz bantu jelaskan. JAWAPAN: Alhamdulillah, semoga dengan soalan yang dikemukakan oleh saudara ini mampu memberikan jawapan kepada ramai orang yang mungkin sebelum ini, turut berkongsi persoalan yang sama, insya-Allah. Apa yang kita harapkan sangat-sangat, biarlah ibadah zakat diterima dan menjadi bekalan ke syurga, amin. Memang tidak dinafikan, ibadah zakat hakikatnya adalah sama sahaja dengan ibadah khususiyah yang lain, seperti solat, puasa dan haji yang mempunyai syarat wajib, sah dan batalnya. Namun, mungkin kerana ibadah zakat lebih kepada ibadah maliyyah (harta) dan bukannya badaniyyah (diri atau badan), maka jarang diperhatikan apakah perkara yang boleh mencacatkannya. Oleh itu insya-Allah, jawapan yang cuba dirungkaikan ini diharap dapat mengupas beberapa elemen yang boleh merosakkan ibadah zakat yang mungkin selama ini kurang diberikan perhatian. Pertama, ibadah zakat boleh rosak jika ia dikeluarkan tidak kepada asnaf yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran (rujuk surah at-Taubah, ayat 60). Memang fuqaha khilaf dalam isu ini; namun sebahagiannya menyatakan bahawa sesuai dengan roh zakat untuk menyantuni mereka yang berhak (mustahiq), maka memberikan zakat kepada yang bukan haknya, telah menyebabkan pemberian itu tidak menjadi zakat di sisi Allah SWT. Apatah lagi jika zakat itu jatuh ke tangan orang yang bukan sahaja tidak berhak (bukan asnaf ), tetapi mereka yang berperangai buruk dan bangga melakukan maksiat kepada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita: “Dan jangan ada yang memakan hartamu, kecuali orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Termizi dan Ibn Hibban) Kedua, zakat dikeluarkan dalam kondisi keperluan diri sendiri dan tanggungan nafkah yang wajib juga belum dilepasi. Hal ini kerana, Allah SWT menegaskan di dalam firman-Nya (al-Baqarah, ayat 219) bahawa zakat atau infak hanya boleh dilakukan bagi harta yang sudah berlebih daripada keperluan. Ia menunjukkan, adalah tidak boleh (haram) jika seseorang yang mahu berzakat; padahal pada masa yang sama diri dan tanggungannya yang wajib sendiri pun masih serba tidak cukup. Adakah logik seseorang memberikan wang kepada anak orang lain untuk membeli makanan, sedangkan anaknya sendiri hampir mati kelaparan? Umar al-Khattab ada menyatakan: “(Berikan hakmu demi) memberi manfaat bagi orang lain, jika tidak ada kerugian yang akan timbul bagi si pemilik (dirimu).” (Rujuk Drs. D. Cahyono Nurdin, Harta dan Jaminan Sosial Menurut Syariat Islam, hal. 20, Pustaka al-Mizan) Keempat, zakat yang dikeluarkan dengan penuh rasa takbur, sombong dan menyakiti penerimanya (hati dan perasaannya). Orang seperti ini, amat dibenci dan dimurkai oleh Allah SWT, malah ia boleh melupuskan pahala amalannya sama sekali. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti (penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).” Kelima, berzakat tetapi diiringi perasaan ujub dan riak (antara sifat mazmumah yang bermakna merasa hairan dengan diri sendiri akan ibadah yang dilakukannya dan perasan akan dirinya lebih baik daripada orang lain serta mahu menunjuk-nunjuk), sedangkan ujub dan riak adalah syirik yang terse-

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat. com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.

mbunyi dan ulama menyatakan, ia boleh merosakkan amalan seseorang, sehingga kala dia pulang ke sisi Allah SWT di hari akhirat, kantung amalannya kosong tanpa pahala. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riak. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, “Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Ingatlah, Allah SWTjuga berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” (Luqman:18) Keenam, zakat yang dikeluarkan dengan rasa penuh keterpaksaan, misalnya kerana takut dengan ancaman pemerintah atau atas paksaan seseorang atau niat mencari nama, dibimbangi rosak pahalanya. Ini kerana, keikhlasan adalah pra-syarat bagi seseorang beroleh pahala. Maka, apabila zakat dikeluarkan kerana terpaksa, ia menghapuskan elemen ikhlas sebagaimana yang dituntut oleh Allah SWT. Firman-Nya: “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesuatupun dalam beribadah kepada-Nya (niat 100 peratus hanya kerana Allah).” (al-Kahfi : 110) Mufassirin Imam Ibn Kathir mengatakan: “Ini adalah dua rukun amalan agar diterima (di sisi Allah Ta’ala), iaitu ihklas kerana Allah dan sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW.” Allah SWT menyatakan lagi: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. (as-Syuura: 20) Daripada Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Imam Bukhari). Edisi

Sekadar gambar hiasan


ULASAN BUKU 16 • Edisi • Jun 2015 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

A SURVEY OF INSTITUTION OF ZAKAH: ISSUES, THEORIES AND ADMINISTRATION CALL NO : 252.4 SAD Zakah is an obligatory lbadah and a Rukn (pillar) of Islam ordained in the Qur’an along with prayer. Zakah is an important institution in the socio economic framework of Islam. Its importance is revealed in its being one of the five pillars on which the Islamic code of life is founded and in the fact that the injunction of Salah is frequently followed by that of Zakah in the Qur’an. Zakah has not been made obligatory for this Ummah alone, it was ordained during previous prophets as well.’ This is an institution which was effectively introduced during the golden era of Islamic history. This book discuss the major issues related zakah are economic dimensions of Zakah, Fiqhi issues on Zakah and Zakah administration that accumulated by the survey.

AJAIBNYA SEDEKAH: SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA CALL NO : 297.54 MUH Bagaimana kita boleh menjadi kaya dengan bersedekah kerana secara logiknya, bila bersedekah, sudah pasti barang atau wang kepunyaan kita akan berkurangan tetapi buku ini membawa satu perspektif lain yang cukup berbeza. Buku ‘Ajaibnya SedekahSemakin Bersedekah Semakin Kaya’ ini membawa kita untuk meneroka dan memahami sedekah serta seni bersedekah yang betul agar ibadah kita ini diterima oleh Allah swt dan membawa manfaat kepada orang lain. Ibadah sedekah ini bukan untuk diri kita sendiri tetapi ianya membawa kebaikan ke seluruh alam. Ianya mengajar kita untuk lebih memahami dan mengerti erti kesusahan. Yang pasti, sedekah yang benar-benar ikhlas menjadikan kita kaya. Kaya yang hakiki iaitu jiwa yang lebih tenteram dan pahala yang berlipat kali ganda. Buku Muhammad Muhyiddin yang ditulis dalam Bahasa Indonesia ini telah diolah semula dalam Bahasa Malaysia dan agak mudah difahami.

AIR MATA GAZA CALL NO : Buku ‘Air Mata Gaza’ ini memaparkan secara ringkas latar belakang, fakta dan pandangan mengenai isu serangan Zionis Israel ke atas bumi Gaza yang bermula pada hujung Disember 2008 sehingga 23 Januari 2009 yang lalu yang diutarakan oleh tiga orang penulis. Buku ini menggabungkan tulisan Ust. Mazslee Malek, Ir Megat Syarifuddin dan Dr Hafidzi Mohd Noor.

AKIDAH : PENGHAYATAN TAUHID AL-QURAN CALL NO : 297.2 RAM Buku ini menjelaskan tentang akidah tauhid menurut konsepnya yang dikemukakan oleh kitab Suci al–Quran. Akidah Tauhid yang ingin disampaikan oleh al–Quran adalah untuk dihayati dan dimantapkan dalam jiwa. Akidah Tauhid bukannya untuk diperdebatkan dalam pemikiran seperti dalam falsafah Ilmu Kalam sehingga memberi kesan yang menyimpang. Akidah Tauhid hanya cukup dengan memahami konsep wujudnya Tuhan dalam akal semata–mata. Buku ini turut membincangkan metod al–Quran dalam membentangkan akidah tauhid dan sikap serta penyesalan tokoh ulama salaf terhadap Ilmu Kalam. Buku ini sesuai sebagai rujukan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi dan pembaca yang ingin memahami dan menghayati konsep tauhid mengikut saranan al–Quran.

Buku berikut boleh didapati di Perpustakaan Wakaf MAIS yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan Ru 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116


TOKOH ISLAM Edisi • Jun 2015 • 17

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI (470-561H / 1077-1166M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.

B

eliau merupakan seorang tokoh sufi dan pendakwah yang terkenal kerana kesarjanaannya dalam pelbagai bidang ilmu agama. Nama sebenar beliau ialah Abd Qadir tapi beliau lebih dikenali sebagai Abdul Qadir al-Jilani. Beliau dilahirkan di sebuah daerah di Iraq yang dinamakan sebagai jilan. Dari segi latarbelakang keluarga, beliau mempunyai pertalian saudara dengan Rasulullah SAW. Hal ini kerana bapanya iaitu Musa merupakan cicit kepada Ali bin Abu Talib. Manakala ibunya Fatimah merupakan keturunan Ali Zayn Al-Abidin yang merupakan anak kepada Hussain bin Ali bin Abu Talib. Keluarganya sangat taat beragama dan menjalani kehidupan sebagai seorang sufi. Oleh itu, semenjak kecil Syeikh Qadir al-Jilani telah dididik untuk menjadi seorang individu yang alim dan juga warak. Kesan daripada asuhan dan didikan sufi yang diterimanya menjadikan beliau membesar sebagai seorang kanak-kanak yang

“The imam of his time who acquired an encyclopedic knowledge of fiqh and its branches, and mastered hadith also”. Muhib al Din Muhamad

berakhlak mulia serta luar biasa kecerdasannya dan kecintaannya kepada ilmu pengetahuan. Oleh kerana kepintarannya, ketika beliau berumur 10 tahun, pada setiap kali beliau menghadiri kelas pengajian semua guru akan memastikan beliau mendapat tempat di dalam kelas. Beliau juga dikatakan begitu komited dalam menuntut ilmu sehingga dapat menguasai sesuatu pelajaran dalam masa satu hari sahaja. Apabila beliau mencecah umur 18 tahun beliau telah berhijrah ke Baghdad untuk menimba ilmu. Di Baghdad beliau menekuni ilmu al-Quran, Hadith dan Bahasa Arab. Beliau juga telah mempelajari ilmu Fiqah sehingga beliau dapat menguasai asas, pecahan dan perbezaan dari sudut Fiqah. Beliau telah berguru den-

Buku karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani

gan beberapa ulama terkenal seperti Abu Said Al-Mukharrimi, Abu AlWafa’ Ibn Aqil, Abu Al-Khattab, Abu

Ghalib al-Baqullani, Abu Zakariyya al-Tabar dan lain-lain. Menurut Abdullah Mohd Zin, kesungguhan dan kepintaran Syeikh Abd Qadir al-Jilani amat dikagumi. Hal ini kerana, walaupun beliau terpaksa belajar dalam kesusahan kerana kemiskinan namun beliau berjaya menguasai ilmu al-Quran, Fiqah, Hadis, Bahasa Arab dan segala cabang ilmu yang berkaitan sehingga beliau diiktiraf sebagai ulama pada zamannya. Kesarjanaannya dalam semua bidang ilmu tersebut amat dikagumi sehingga seorang penulis sejarah bernama Muhib al Din Muhamad menggambarkan beliau sebagai “as the imam of his time who acquired an encyclopedic knowledge of fiqh and its branches, and mastered hadith also.” Semasa di Baghdad juga pertemuannya dengan Hammad bin Dabas seorang tokoh Sufi pada masa itu, telah membawanya meneroka dan mengamalkan cara hidup dan disiplin sebagai seorang Sufi. Ketekunannya dalam mempraktikkan disiplin sufisme dan mujahadah diri yang amat kuat dalam melawan hawa nafsu telah membawanya menjalani kehidupan sebagai seorang abid yang zuhud. Edisi

PERKHIDMATAN KAMI: Menerima wang orang berhutang sebagai amanah Memulangkan kepada pemiutang atau warisnya sekiranya ditemui atau dituntut.

BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat. 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5514 3400 Samb. 3756/3570/2190/2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

Wang daripada penghutang yang gagal memulangkan atau membayar hutangnya kepada pemiutang oleh sebab pemiutang atau warisnya tidak dapat dikesan


FOTO MAIS 18 • Edisi • Jun 2015

1

2

3

4

5

6

1. DYMM Sultan Selangor, berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 616 orang fakir, miskin, saudara baru dan anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat yang diadakan di Masjid Negeri pada 19 Jun lalu. 2. Setiausaha MAIS menyampaikan plak cenderamata kepada Ketua Pengarah JAWHAR dalam satu Majlis Kunjungan Hormat MAIS ke JAWHAR pada 4 Jun lalu. 3. Program Bulan Membaca MAIS 2015 yang berlangsung pada 1 Jun lalu telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Haji Hussin, Setiausaha MAIS. 4. Kakitangan MAIS membuat senaman ringan sebelum berangkat ke Gua Tempurung semasa program Tautan Ukhuwah MAIS yang berlangsung selama 3 hari di Perak. 5. Rektor KUIS Prof Dato’ Ab. Halim bin Tamuri telah menandatangani memorandum Persefahaman MoU bersama Universiti Darul Salam (UNIDA) Gontor. 6. Mahasiswa EKUITAS mengambil gambar kenangan bersama pelajar KUIS dalam Program Pertukaran Pelajar yang telah berlangsung pada 23 Februari 2015 sehingga 3 Mac 2015 lalu.


FOTO MAIS Edisi • Jun 2015 • 19

7

8

9

10

11

12

7. Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena 25 Tahun Worldwide Holding yang telah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah turut dihadiri oleh YB Dato’ Noordin bin Sulaiman, YB Dato’ Emran Bin Kadir, Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri dan Dr. Zulkifli Abd Hamid 8. Para kakitangan KUIS dan pelajar KUIS berkumpul dalam sesi bergambar kenangan dalam satu program Syarahan Pengenalan Blended Learning pada 30 April 2015 lalu. 9. Rektor KUIS Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim bin Tamuri membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pembangunan Mahasiswa Islam Melalui Kerangka Da’i, Ulama & Umara pada 24 & 26 April di Labersa Grand Hotel and Convention Centre, Pekanbaru, Riau, Indonesia. 10. Seramai 28 orang Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor terlibat dalam lawatan kerja ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 7 April 2015 lalu. 11. Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Abu Bakar Bin Yang . 12. Syarikat PUMONTHEGO SDN. BHD. telah menerima satu kunjungan hormat dari PWS atas komitmen tinggi yang diberi oleh mereka dalam mewakafkan keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan yang dijalankan.


JUN 2015 • RAMADHAN 1436 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Terkini Membentuk Fikrah Ummah

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI (470-561H / 1077-1166M)

Beliau merupakan seorang tokoh sufi dan pendakwah yang terkenal kerana kesarjanaannya dalam pelbagai bidang ilmu agama. Nama sebenar beliau ialah Abd Qadir tapi beliau lebih dikenali sebagai Abdul Qadir al-Jilani.

>17

KKRKC Serah Zakat Kepada Mualaf Sumber: Laman Sesawang PERKIM

B

aru-baru ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan mengadakan suatu majlis sederhana penyerahan zakat daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Komuniti Cyberjaya (KKRKC), Cyberview Sdn. Bhd kepada golongan mualaf yang berlangsung di Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2015 lalu. Majlis itu telah menghimpunkan seramai 51 Saudara Muslim yang terdiri daripada kaum Cina, India, Sikh, Murut dan Siam yang menetap di sekitar Lembah Klang. Suariza Hidayah MuhammadsPegawai Pembangunan dan Aset, Suariza Hidayah Muhammad mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan KKRKC mengadakan majlis penyerahan zakat kepada mualaf yang juga merupakan kali kedua program ini dilaksanakan. PERKIM sentiasa membuka ruang serta peluang kepada syarikat korporat mahu pun agensi kerajaan untuk menyumbang tidak kira dalam apa jua bentuk sama ada wang, makanan, pakaian atau barangan kepada mualaf kerana mereka ini adalah termasuk dalam golongan asnaf zakat. Syarikat korporat perlu mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti kebajikan untuk disampaikan kepada golongan asnaf sebagai salah satu tanggungjawab sosial. “Kita mendoakan agar pihak terbabit mendapat keberkatan Allah bukan sahaja dalam membantu Saudara Muslim malah turut membantu ibu tunggal, warga emas, gelendangan dan orang kelainan upaya (OKU) serta mereka yang memerlukan,” ujar Suariza. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian wang zakat oleh Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Komuniti Cyberjaya (KKRKC), Cyberview Sdn. Bhd, Mohd. Najib Ibrahim kepada 51 Saudara Muslim. Najib dalam ucapannya berkata, sumbangan kecil itu merupakan tanggungjawab dan keprihatinan pihak syarikat kepada golongan Saudara Muslim. “Apa jua bentuk rezeki yang datang kepada kita sebenarnya bukanlah daripada manusia tetapi ianya datang daripada Allah SWT dan kami cumalah asbab atau penyebab sahaja untuk mengagihkan kepada penerima,” ujarnya. Kelab KKRKC berperanan menjaga kebajikan kakitangan syarikat Cyberview dan juga mengambil inisiatif mengasingkan sebahagian daripada wang zakat yang dibayar kepada pusat zakat untuk diagihkan sendiri dan diberikan terus kepada golongan asnaf. Semoga majlis seumpama ini dapat membawa keberkatan serta dapat merapatkan lagi ukhwah sesama Islam sekali gus mengukuhkan lagi tali persaudaraan. Edisi

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR merupakan penerima wang tidak patuh syariah untuk digunakan bagi maslahah umum seperti Penyelenggaraan Jalan, Jambatan, Tandas dan Seumpamanya. Penyaluran wang boleh dibuat secara tunai ke akaun Bank Islam No. Akaun 12-038-01-009567-6 atau cek atas nama “Majlis Agama Islam Selangor” BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat. 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5514 3400 Samb. 3756/3570/2190/2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

KLASIFIKASI WANG TIDAK PATUH SYARIAH • Riba’ atau faedah • Judi atau pertaruhan • Pengeluaran dan penjualan barang tidak halal • Insurans Konvensional • Jual beli sekuriti yang tidak halal • Aktiviti lain yang tidak selaras dengan syariah

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.