MAIS News 08/2014

Page 1

OGOS 2014 • SYAWAL 1435 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Membentuk Remaja Berjiwa Merdeka

Membentuk Fikrah Ummah

Pada tanggal 31 Ogos tahun ini, negara akan menyambut kemerdekaan Malaysia kali yang ke-57 . Kemerdekaan merupakan satu nikmat dan anugerah Allah s.w.t yang paling berharga, malahan bukan semua orang dapat memilikinya. Oleh itu, kemerdekaan sentiasa ditagih.

>5

Anak Yatim dan Asnaf Terima Sumbangan Hari Raya

SHAH ALAM 30 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.... >10

MAIS Serah Bantuan berjumlah RM800 Ribu Bagi Fasa 2 kepada NGO Islam

Nikmat Kemerdekaan Berasaskan Tauhid

Pada tahun ini negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 57 dengan tema “Di sini lahirlah sebuah cinta”. Kemerdekaan yang dicapai setelah negara melalui pelbagai siri perjuangan menentang penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris menyimpan banyak kenangan dan pengajaran. Kita perlu bermuhasabah dan merenung ke dalam diri kita apakah kita benar-benar sudah bebas dari segala kongkongan dan penjajahan walaupun kita sudah merdeka selama 57 tahun........ >3

BUKIT JELUTONG 6 Julai - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan bantuan kepada 39 buah... >10

Pemenang Peraduan ‘Kick-Off’ Zakat Online Terima Hadiah PETALING JAYA, 23 Ogos 2014 – Seramai 14 orang pemenang Peraduan ‘Kick-Off ’ Zakat Online anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz... >12


Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Wartawan • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Nurhelmi Bin Ikhsan • Halim Bin Mokhtar • Mohd Helmi Bin Mohd Nuri © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my

Fakta:

Interaktif:

Berwuduk dapat

di kawasan anggota wuduk

Aplikasi Muslim Pro Kompas kiblat - Ketahui arah kiblat kompas dengan lebih 10 juta pengguna seluruh dunia, Muslim Pro menjadi pilihan umat Islam bagi mendapatkan maklumat pantas seperti arah kiblat, waktu solat, al-Quran dan bacaan dalam MP3, masjid berdekatan dan pelbagai lagi fungsi menarik.

antaranya sebelah dahi, tangan,

Harga: RM0 versi percuma.

dan kaki. - Prof Leopold Werner

Saiz: Berbeza mengikut peranti.

von Ehrenfels, Neurologi dari

Aplikasi sokongan: Android

membangkitkan pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia yang berada

Austria

Pautan Muat-Turun: Muslim Pro untuk Android

Dakwah dan Kerohanian:


FOKUS Edisi • Ogos 2014 • 3

Nikmat Kemerdekaan Berasaskan Tauhid Pada tahun ini negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 57 dengan tema “Di sini lahirlah sebuah cinta”. Kemerdekaan yang dicapai setelah negara melalui pelbagai siri perjuangan menentang penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris menyimpan banyak kenangan dan pengajaran. Kita perlu bermuhasabah dan merenung ke dalam diri kita apakah kita benar-benar sudah bebas dari segala kongkongan dan penjajahan walaupun kita sudah merdeka selama 57 tahun. Sebagai rakyat yang merdeka dalam Negara yang berdaulat, kita patut bersyukur kerana barangkali kitalah antara umat Islam di dunia ini yang bertuah kerana dapat meneguk dan menghirup erti dan nikmat kemerdekaan. Faktor-faktor seperti kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, kepesatan pembangunan insan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya adalah antara pemangkin kepada kelangsungan kemerdekaan.

Oleh: Dr. Zulkefli bin Aini Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

M

enurut Prof. Dr. Yusuf alQaradawi dalam bukunya Ummatuna Baina Qarnaini menyatakan bahawa kejayaan yang paling menonjol dan membanggakan dalam sejarah umat Islam ialah kemerdekaan umat Islam daripada cengkaman penjajah terutama pada abad ke-20. Kemerdekaan di sini bukan sahaja dari sudut pembebasan dari belenggu penjajah secara fizikal, tetapi yang lebih penting ialah kemerdekaan dari sudut tauhid. Islam menerapkan nilai-nilai kemerdekaan ke dalam jiwa seseorang apabila seseorang itu berjaya mengucap dua kalimah syahadah dan seterusnya menterjemahkan tuntutan syahadah tersebut. Dari asas inilah juga umat terdidik dan dididik tentang harga diri yang sebenarnya. Dari prinsip ini juga, umat yang selama ini dipasung dan dibelenggu jiwa serta mindanya dapat menakluki dunia. Barangkali inilah yang diisyaratkan

oleh al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” (Sural al-Baqarah: 257). Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, kita dapati bahawa bagaimana tauhid berperanan membebaskan minda dan jiwa generasi awal umat Islam. Misalnya, dalam peristiwa hijrah ke Habsyah ditonjolkan ketokohan Ja`far bin Abi Talib yang tampil sebagai juru bicara jamaahnya dengan penuh karismatik, tegas dan karismatik menyatakan kepada Raja Najasyi dengan kata-kata yang bermaksud: “kami tidak menyembah selain daripada Allah”. Begitu juga dengan seorang hamba berkulit hitam yang bernama Bilal bin Rabbah dengan berani dan tegas menyatakan keislamannya ketika berhadapan dengan seksaan orang Arab Quraisy. Beliau masih mampu mengungkap-

kan kalimah tauhid “Ahad! Ahad!” yang bermaksud “Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!”. Bilal yang bangkit sebagai seorang insan yang mempertahankan keimanannya merupakan seorang insan yang berani tampil dengan imej tauhid serta mahu mengangkatkat martabat keinsanannya. Dalam konteks sejarah perjuangan umat Islam di negara kita, sinar tauhid telah menerangi rantau ini dengan kedatangan Islam sejak dulu lagi. Islam yang datang berjaya membebaskan penduduknya daripada jiwa hamba menuju jiwa merdeka; dari jiwa animisme kepada jiwa tauhid. Umat dapat dibebaskan daripada unsur-unsur khurafat dan tahyul kepada kepercayaan kepada Allah Maha Pencipta. Dengan kesedaran tauhid inilah, umat bangun menterjemahkannya dalam bentuk penentangan kepada penjajah. Siri kebangkitan umat ini melahirkan pejuang-pejuang kemerdekaan yang tidak putus-putus meniupkan semangat pembentukan jiwa merdeka sehingga ada yang melaungkan lafaz keramat “atas robohan kota Melaka, kita bina jiwa merdeka”. Jiwa merdeka dapat memberi mo-

tivasi kepada umat Islam agar terus mencipta kecemerlangan dalam membina tamadun, peradaban dan persaudaraan. Ia juga dapat membebaskan umat dari belenggu kejahilan kepada sinar keilmuan. Ia juga dapat membangun minda umat sehingga mampu berkarya, berinovasi dan berkreativiti sehingga setanding dengan bangsa lain. Jiwa yang merdeka dapat melahirkan umat yang kaya dengan cita-cita dan usaha. Ia juga dapat membebaskan umat dari sifat rendah diri dan sifat timun yang luka di golek dan menggolek. Jiwa yang merdeka dapat melahirkan umat yang istiqamah melaksanakan tuntutan agama dalam setiap aspek sama ada dari sudut akidah, syariah dan akhlak. Apalah ertinya kita merdeka sekiranya agama tidak dapat dipertahankan. Apalah ertinya kita merdeka sekiranya umat Islam menjadi umat yang mundur dalam segala aspek. Apalah ertinya kita merdeka sekiranya umat Islam masih lagi menjadi juara dalam gejala syirik dan akhlak. Oleh itu, marilah kita pertahankan kemerdekaan ini dengan jiwa merdeka berteraskan tauhid. Sekali kita merdeka, kita perlu pertahankan serta mengisinya dengan agenda pembinaan jiwa merdeka. Andainya kita hanya tahu bersorak MERDEKA, tetapi kita tidak mahu menyumbang ke arah pengisian kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar, maka nikmat kemerdekaan yang diharapkan boleh menjadi pudar. Kita bimbang jika itu berlaku ia seperti apa yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi sebagai kemerdekaan yang belum sempurna, walaupun tarikh dan ulang tahun kemerdekaan sesebuah negara itu sering disambut setiap tahun. Kemerdekaan tanpa jiwa merdeka menjadikan umat tidak berdaya cipta dan tiada kecemerlangan dalam sejarahnya. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 57. Edisi


ISU 4 • Edisi • Ogos 2014

Hutang Mengikut Perspektif Islam Berikut antara ucaptama Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam seminar Maqasid Syariah, Isu-isu Kepenggunaan: Realiti dan Cabaran yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.

i) Hutang dari perspektif Islam Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/28) Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya” (Riwayat al-Bukhari, 2/83) Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: “Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat alBukhari, 1/214) Di dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda: Ertinya: Ya ALLAH, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seseorang bertanya, “Apakah tuan menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?, “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat an-Nasaie, 2/316, Ahmad, 3/38, al-Hakim berkata, sahih dan disepakati oleh az-Zahabi, menurut Albani: Dhaif ) Berhutang dari perspektif Islam adalah perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi, kecuali dalam keadaan kesempitan yang amat sangat. Namun, sekarang kita dapati industri perbankan, termasuk sektor perbankan Islam, amat menggalakkan budaya berhutang. Akibat aktiviti mereka yang ingin berkembang, tahap hutang masyarakat menjadi bertambah.

ii) Peningkatan hutang isi rumah di Malaysia Data menunjukkan tahap dan tren hutang isi rumah di Malaysia sedang meningkat dari setahun ke setahun. Menurut laporan Bank Negara, hutang isi rumah di negara kita telah meningkat selama 10 tahun berturut-turut pada kadar tahunan sebanyak 12.5 peratus pada Disember 2011. Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar negara adalah 76.6 peratus. Malah, hampir 50 peratus daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membiayai bebanan hutang. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan bersih yang tertinggi. Maka, tidak hairanlah jika fenomena permasalahan hutang akan meningkat dalam kalangan orang Islam walaupun mereka peka berkenaan isu halal dan haram. Meskipun sebenarnya hutang mereka adalah halal, namun ianya tetap hutang dan jika bertambah, bahayanya tidak jauh berbeza dengan keadaan hutang haram. Jika masyarakat kita mempunyai sikap konsumerisme yang tinggi, ia akan lebih mudah bagi sektor perbankan Islam mencapai strategi perniagaan untuk menambah jumlah masyarakat yang berhutang. Ini sudah tentu bertentangan dengan matlamat dakwah dan tarbiah Islam. iii) Fenomena kahwin lambat Perkahwinan adalah antara aspek yang melibatkan kebendaan dan kepenggunaan. Soalnya, fenomena kahwin lambat ini berlaku kerana maqasid syariah yang sewajarnya tidak diutamakan. Disebabkan terikut-ikut dengan budaya semasa dan sikap bermegah dalam mengatur majlis perkahwinan menyebabkan kos majlis menjadi terlalu mahal dan membebankan. Ini termasuklah nilai hantaran yang melambung tinggi dan belanja perkahwinan yang melampaui kadar munasabah menyebabkan maqasid syariah untuk mencapai tujuan perkahwinan itu disyariatkan tidak

tercapai. Sebagai jalan mudah untuk keluar dari masalah ini ialah dengan berhutang. Antara faktor utama menyumbang kepada kahwin lambat ialah ketidakstabilan. Selain itu, faktor kepentingan kerjaya yang berkait rapat dengan kebendaan turut mempengaruhi kahwin lewat. Sementara itu, 30 peratus daripada mereka yang belum berkahwin berpendapat kerjaya adalah segala-galanya. Jika kahwin lambat jadi tren, pasti sukar memenuhi tujuan syarak tentang perkahwinan. Sedangkan antara tuntutan perkahwinan dalam maqasid syariah yang dapat dikenalpasti ialah untuk mengelakkan gejala sosial selain mewujudkan halal living. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha mewujudkan halal living: • Menyempurnakan misi kehambaan dan kekhalifahan sepanjang aktiviti kepenggunaan. • Menjadikan aktiviti kepenggunaan sehari-hari sebagai ibadah. • Memanfaatkan sumber kepenggunaan sebaik mungkin. • Menjalani gaya hidup sihat berdasarkan tingkat keperluan dan kemampuan. • Mengutamakan matlamat kepenggunaan jangka panjang berbanding jangka pendek. • Menggiatkan promosi halal living melalui proses bimbingan dan pendidikan. • Menggubal undang-undang mesra pengguna. • Menguatkuasakan akta dan undang-undang sedia ada. Rumusan dan Kesimpulan a. Di peringkat pengguna: Pengguna berhak diberi perlindungan berikut:• Melindungi pengguna daripada bahaya kesihatan dan keselamatan. • Melindungi kepentingan ekonomi pengguna. • Menyalurkan maklumat dan penerangan yang mencukupi agar pengguna dapat buat keputusan secara bertanggungjawab. • Memperoleh ganti rugi yang murah, efektif dan cepat.

• Mendidik pengguna secara meluas dalam isu kepenggunaan. • Memelihara alam sekeliling pengguna • Memberi kebebasan dan kesejahteraan kepada pengguna. b. Di peringkat agensi: • Penguatkuasaan undang-undang sedia ada dan pemantauan ketat Bank Negara terhadap institusi kewangan dalam soal pemberian pinjaman. • Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) harus berperanan lebih agresif dalam meningkatkan khidmat nasihat kewangan dan bantuan penstrukturan semula hutang dalam usaha menggalakkan pengurusan kewangan berhemat dan meningkatkan tahap celik kewangan. • AKPK juga perlu meneruskan usaha menganjurkan taklimat dan pameran di seluruh negara bagi pelbagai kumpulan sasar. • AKPK perlu lebih dinamik dalam memberikan kaunseling kewangan kepada individu dan membantu penstrukturan bayaran balik hutang melalui Program Pengurusan Hutang. c. Lain-lainnya: • Usaha perlu digiatkan untuk mendidik rakyat, umat Islam, khususnya untuk memiliki ilmu perancangan kewangan peribadi. • Peranan sistem perbankan dalam ekonomi perlu diteruskan dengan urus tadbir yang baik, amalan pengurusan risiko yang berkesan dan pembiayaan yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem ekonomi negara keseluruhannya teguh dan mampan. Sebagai kesimpulan, kami ingin menyebutkan langkah utama ke arah memperkasakan masyarakat Islam dalam bidang ekonomi tidak seharusnya dilihat semata-mata dengan memperkukuhkan sektor perbankan Islam. Sebaliknya, kita juga harus menekankan aspek untuk merubah nilai masyarakat Islam supaya tidak terlampau mengejar kebendaan tetapi mengejar kejayaan akhirat dengan menambahkan ketakwaan mereka. Edisi


GENERASI•Q Edisi • Ogos 2014 • 5

Membentuk Remaja Berjiwa Merdeka Pada tanggal 31 Ogos tahun ini, negara akan menyambut kemerdekaan Malaysia kali yang ke-57 . Kemerdekaan merupakan satu nikmat dan anugerah Allah s.w.t yang paling berharga, malahan bukan semua orang dapat memilikinya. Oleh itu, kemerdekaan sentiasa ditagih. Syukurilah nikmat kebebasan yang dimiliki ini.

Oleh: halim@kuis.edu.my

M

erdeka bererti bebas dari penjajahan, bebas dari perhambaan, bebas dari kemiskinan moral, bebas pemikiran dan dari segala perkara yang menghalang diri tidak merdeka. Di dalam dunia serba moden kini, erti kemerdekaan pastinya berbeza. Jika dahulu mereka inginkan kebebasan, tetapi kini adalah bagaimana untuk mengisi kemerdekaan tersebut. Pengisian secara fizikal memang telah berjaya dilakukan namun penjajahan pemikiran al-ghozwul fikr yang menimpa umat Islam sejak ratusan tahun yang lalu memerlukan cara dan pendekatan yang holistik untuk membebaskannya. Beberapa perkara yang perlu di tranformasi oleh para remaja di dalam menghayati erti kemerdekaan bagi memastikan generasi yang dibentuk dapat meneruskan perjuangan ummah. Terdapat 8 perkara yang ditekankan bagi melahirkan remaja yang berjiwa merdeka antaranya: 1. Remaja merdeka mesti memiliki matlamat hidup yang jelas. Memahami dari mana dirinya datang, mengapa dirinya diciptakan dan ke mana dirinya akan kembali. Kefahaman ini bukan sekadar maklumat, tetapi dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Mereka juga mengerti tentang hakikat kehidupan di dunia yang singkat ini harus digunakan untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah dan berusaha mengembalikan dunia dalam ketaatan kepada Allah. 2. Remaja merdeka mesti menjadi bangsa yang cerdas, kreatif dan produktif membantu negaranya menjadi tempat yang lebih baik untuk kehidupan. Remaja yang merdeka adalah remaja yang hidup penuh makna, serta memahami

tujuan agama bangsa dan negara yang lebih dalam, tanpa terjebak dalam wawasan ektreme dan sempit, hiporkrit , jumud, korupsi, dan konspirasi. Kesannya, lahir remaja merdeka yang sentiasa berlumbalumba untuk menjadikan seluruh hidupnya bermakna. Tidak ada satu detik pun yang akan diizin untuk dibazirkan ke jalan tidak berguna. Setiap cabaran adalah peluang dan mereka menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya sekali, maka sebaik-baiknya mereka harus hidup dengan penuh makna sebagai satu tuntutan bukan pilihan. 3. Remaja merdeka mesti bersedia dengan ilmu dan amal. Kompetensi diri untuk menjaga dan juga meningkatkan tahap kesejahteraan dan keamanan hidup dirinya dan orang lain. Membangunkan kekuatan bersama dengan aqal dan hati, serta menjadi energi positif yang terhubung dalam kekuatan produktif dan kreatif. Menemukan cara yang terbaik, untuk bekerja dan hidup dalam tujuan, serta selalu berusaha untuk kecemerlangan ummah. 4. Remaja merdeka mesti memiliki hak ekslusif untuk mengendalikan diri sendiri, artinya merdeka itu pengendalian diri, merdeka bukan untuk “kebebasan� sahaja, tetapi kemampuan mengendalikan diri sebagai seorang muslim dan mukmin yang mutaqi. Jikalau tidak dapat mengendalikan diri bererti kita masih belum merdeka dan masih dijajah dengan erti kebebasan yang retorik. Kerana jiwa merdeka sentiasa mencari kebenaran hakiki, berusaha memperjuangkan dan menyokong dengan sepenuh jiwa disepanjang hayatnya. 5. Remaja merdeka mesti bersedia berdikari, tidak bergantung pada manusia atau makhluk, bertawak-

kal kepada Allah setiap detik dan masa dengan diiringi usaha. Kenyataan seperti itu menggambarkan bahawa kita tidak merdeka jika bergantung pada sesuatu yang bukan seharusnya untuk menentukan keberhasilan dan bahkan kegagalan kita. Menganggap keberhasilan bergantung pada pihak lain menunjukkan keterbatasan dan penanda aras kita masih belum merdeka. Bergantung kepada sesuatu maka akan pasti kehilangan sesuatu. Apabila kita bergantung kepada manusia atau makhluk yang lemah tidak mampu memberi manfaat tanpa izin Allah dan juga tidak boleh memberikan mudarat. Tetapi bergantung kepada Allah, itulah yang pasti karena Allah Maha berkuasa atas segalanya. Remaja merdeka perlu yakin dan percaya bahawa rezeki adalah daripada Allah, bukan makhluk atau manusia yang berlagak seperti tuhan dalam menentukan rezeki dan nasib manusia. 6. Remaja merdeka mesti sentiasa berwaspada dengan cinta dan asmara, jatuh cinta ibarat memasuki sebuah pusaran air, kalau tidak hati-hati semakin cinta semakin membelenggu, semakin hanyut, berkurang rasa malu, dan membara nafsu yang akhirnya merosakkan kehidupan dunia akhirat, kecuali cinta di jalan Allah. Oleh karena itu jauhilah percintaan yang merosakkan dan melalaikan. Rebutlah dan milikilah cinta yang hakiki hanya karena Allah . 7. Remaja merdeka melaksanakan kebebasan menuruti batas agama dan syariah. Merdeka bukan bererti kita bebas segalanya tanpa radar. Kebebasan yang menjadikan budaya luar sebagai ikutan adalah

gambaran di sebalik jajahan dari pemikiran dan kini semakin berleluasa menjajahi mentaliti remaja merdeka. Tidak salah untuk kita mencontohi kemajuan negara asing tetapi janganlah sehingga ianya merobek dan menyentap adab serta sistem kebudayaan. Biar orang kata kita berfikiran sempit dalam memperjuangkan hak dan warisan yang sepatutnya. Budaya kita jangan terus dibiarkan dijajah dengan mudahnya. Jangan terlalu leka dalam menikmati kemerdekaan tanpa menyedari bentuk jajahan yang mendatang mengikut peredaran zaman. 8. Remaja merdeka mesti berani memperjuangkan kebenaran. Kerana jiwa merdeka sentiasa celik sejarah, mencari kebenaran, tidak mengenal takut dan gentar, berusaha memperjuangkannya dan menyokongnya dengan sepenuh jiwa dan sepanjang hayatnya. Hidup dan mati dengan asas kebenaran itu adalah tanggungjawab, ia bukan pilihan, tapi ia juga adalah anugerah yang terindah. Setiap yang maaruf akan sentiasa disokong dan setiap yang mungkar akan sentiasa dikekang dan dibenteras semaksimum mungkin. Kesimpulanya remaja yang memiliki jiwa merdeka akan sentiasa mewarnai pembinaan generasi yang akan menjadi tunggak kepada kesejahteraan negara dan ummah. Kemerdekaan mesti sentiasa dipelihara. Kepada para remaja panjatkan kesyukran kepada Allah dan sambutlah dengan bangga sebagai Anak Malaysia serta kibarkan jalur gemilang kerana disini lahirnya sebuah cinta yang murni , abadi dan sejati , disini tersemai cita-cita bercambah menjadi warisan kepada agama bangsa dan negara. Edisi


UCAPAN KHAS 6 • Edisi • Ogos 2014

Titah DYMM Sultan Selangor:

JAIS Perlu Menjadi Organisasi Yang kukuh Dan Mantap. Sempena Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Dan Kakitangan JAIS pada 8 Ogos 2014 Di Dewan Jubli Perak, Shah Alam

B

eta sedar bahawa JAIS telah melalui pelbagai bentuk rintangan serta tohmahan yang tidak berasas yang dilemparkan terhadap JAIS dan juga pihak MAIS. Namun kita perlu sedar di dalam mengharungi arus permodenan, cabaran untuk memelihara dan menjaga kesucian agama Islam amatlah besar sekali. Ini adalah kerana generasi masa kini sering terdedah dengan pelbagai berita dan maklumat palsu yang mengelirukan yang kadangkala boleh memesongkan akidah umat Islam. Justeru itu setiap warga JAIS perlu memainkan peranan di dalam memelihara kredibiliti institusi agama Islam ini. Tugas dan fungsi utama JAIS adalah penguatkuasaan. JAIS perlu sentiasa memastikan penguatkuasaan terhadap isu-isu berkaitan dengan agama Islam di negeri Selangor ini dilakukan dengan baik dan sempurna dengan mengikut fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah. Setiap penguatkuasaan yang dilakukan mestilah dilakukan secara berhatihati, berhemah, adil serta mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan. Pihak JAIS mestilah mempunyai satu standard operating procedure (SOP) yang lengkap dan kemas dan apabila mereka menjalankan tugas penguatkuasaan mestilah berdasarkan standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan. JAIS perlu mengelak dari bertindak secara kasar serta keterlaluan dan mengenepikan hak seseorang individu di bawah undang-undang. Beta percaya sekiranya penguatkuasaan dilakukan berlandaskan undang-undang dan SOP, ianya akan memastikan hanya mereka yang melakukan kesalahan di bawa ke muka pengadilan. Prosedur yang teratur ini penting bagi memelihara nama baik JAIS kerana terdapat golongan tertentu yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mempertikaikan setiap tindakan dan kredibiliti JAIS dalam melaksanakan tugas. Di dalam melaksanakan sesuatu penguatkuasaan, Beta menyeru agar persiapan yang rapi perlu dilakukan. Persiapan rapi yang Beta maksudkan adalah apabila sesuatu tugas penguatkuasaan dilakukan, pihak JAIS perlu membawa bersama-sama mereka peralatan yang lengkap untuk siasatan dan serbuan seperti kamera, video kamera, buku diari, peralatan-peralatan lain dan saksi-saksi yang boleh dipercayai. JAIS juga perlu bekerjasama denagn pihak Polis Diraja Malaysia, RELA dan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi melicinkan sesuatu operasi dan menjaga keselamatan pegawai yang menjalankan operasi penguatkuasaan.

Beta mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor kerana menjayakan perjumpaan hari ini antara Beta dengan pegawai-pegawai dan kakitangan JAIS. Selain daripada berhari-raya , perjumpaan ini adalah bagi membolehkan Beta mengingatkan dan menasihati semua warga JAIS untuk memperkemas tadbir urus dan operasi Jabatan Agama Islam Selangor agar menjadi satu organisasi yang kukuh dan mantap. JAIS perlu sentiasa mempertingkatkan kualiti terutama dari aspek pengurusan dan pentadbirannya sa,a ada di ibu pejabat mahupun di setiap cawangan di seluruh negeri Selangor. Setiap urusan serta operasi hendaklah dikaji dan ditambah baik dari semasa ke semasabagi menjamin prestasi terbaik bagi memenuhi kehendak dan keperluan masa kini. Beta ingin melihat setiap bahagian di dalam JAIS berfungsi dengan baik dan lancer.

Di dala masa yang sama Beta mahu JAIS sentiasa menjalankan tugas secara profesional, tidak keterlaluan di dalam melaksanakan penguatkuasaan, menghormati penganut agama lain dan sentiasa melakukan sesuatu tindakan secara berhemah. Dalam menguatkuasakan undangundang, pihak JAIS perlu bertindak dalam lingkungan tugas yang melibatkan kesalahan terhadap isu-isu agama Islam sahaja tanpa mengganggu tugas dan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan seperti penguatkuasaan terhadap rumah-rumah urut dan sebagainya. Ini adalah bagi mengelak tohmahan terhadap JAIS yang mengambil tindakan bukan di dalam bidang kuasa mereka dan lebih menumpukan perkara yang remeh sedangkan isu-isu yang lebih besar tidak diberi keutamaan. Oleh itu Beta menasihatkan supaya JAIS member penekanan yang lebih kepada penguatkuasaan terhadap keskes yang lebih berat dan penting seperti kes-kes melibatkan ajaran agama sesat, isu murtad, isu berkaitan ceramah tanpa tauliah dan isu berkaitan ceramah politik di masjid dan surau yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan yang boleh merosakkan akidah serta menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam. Selain dari itu, JAIS juga hendaklah menggerakkan program-program dakwah secara meluas dan konsisten dalam memperkasa kefahaman Islam secara menyeluruh. JAIS perlu memberi penekanan kepada orang ramai mengenai fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan teras aliran

kepercayaan orang Islam di Negara kita. Kegagalan masyarakat Islam memahami, menghayati dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini akan membuka ruang kepada unsur-unsur penyelewengan akidah dan salah faham yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu. JAIS hendaklah merancang pelbagai program-program dakwah untuk membina akhlak dan kefahaman ilmu dikalangan masyarakat Islam di Negeri Selangor dengan bersifat interaktif dan menepati kehendak naluri dan emosi para remaja. Program dakwah secara terbuka dengan melibatkan kerjasama dengan para ulamak, tokoh-tokoh akademik dari universiti-universiti dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO) amatlah beta galakkan. Usaha ini juga boleh dilakukan dengan menerbitkan sebanyak mungkin bahan terbitan informatif Islam dan bacaan Ilmiah yang mampu memberi pencerahan terhadap isu-isu utama semasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Negara ini. Penerbitan bahan-bahan dakwah dalam laman media sosial juga perlu dipertingkatkan oleh JAIS sebagai media baru penyaluran dakwah kepada masyarakat sesuai dengan perubahan terkini di mana media sosial menjadi akses utama pencarian maklumat. Pada masa sekarang terdapat segelintir ahlipolitik yang mahu mengambil kesempatan untuk mempergunakan isu berkaitan agamaIslam dan mempersoalkan tindakan institusi agama Islam seperti MAIS dan

JAIS sebagai agenda politik mereka. Beta tidak mahu perkara ini berlaku di Negeri Selangor. Beta mahu agar semua pihak di MAIS dan juga JAIS mengelakkan diri dari terlibat dalam agenda pilitik mana-mana parti sekali pun. Beta mahu MAIS dan JAIS kekal sebagai institusi yang berkecuali dan menumpukan fungsinya dalam memartabatkan agama Islam di Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Beta mengingatkan agar setiap pegawai dan kakitangan JAIS mengamalkan sikap kesederhanaan didalam penguatkuasaan dan sentiasa bekerjasama, berkomunikasi dengan baik serta membantu antara satu sama lain. Setiap pegawai dan kakitangan hendaklah mematuhi segala arahan yang disampaikan oleh pegawai atasan mereka. Jika ada sebarang kemusykilan, keraguan dan bantahan hendaklah disuarakan dengan cara berhemah seperti perbincangan atau musyawarah. Beta tidak mahu ada pegawai dan kakitangan JAIS yang bertindak bersendirian secara membuta tuli tanpa merujuk kepada pihak atasannya. Ini adalah kerana sekiranya tindakan tersebut member impak yang negetif, Beta khuatir tidak ada pihak yang mahu bertanggungjawab, dan seterusnya akan memburukkan imej institusi agama Islam di mata masyarakat. Sebelum Beta mengakhiri ucapan Beta ini, harapan Beta adalah supaya MAIS, JAIS dan Jabatan Mufti Selangor termasuklah Mahkamahmahkamah Syariah di negeri Selangor mempertingkatkan kualiti kerja mereka dan dapat melaksanakan tugas dengan baik dan bermutu supaya kesucian agama Islam sentiasa terpelihara dan dihormati oleh masyarakat Malaysia bersesuaian dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Beta mendoakan agar Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) akan terus cemerlang dalam menjalankan fungsi dan objektifnya untuk memartabatkan agama Islam di Negeri Selangor ini. Beta harap warga JAIS akan terus bersemangat untuk member perkhidmatan yang terbaik bagi Negeri Selangor yang kita kasihi ini. Hadapilah segala cabaran dan rintangan di masa hadapan dengan hati yang tabah , terbuka dan ikhlas. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan melindungi dan memberkati segala apa yang tuan-tuan dan puan-puan lakukan. Beta mengucapkan selamat menjalankan tugas dan Selamat Maju Jaya kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor. Edisi


ARTIKEL KHAS Edisi • Ogos 2014 • 7

Berpegang Kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan yang dominan di kalangan masyarakat Islam hampir diseluruh dunia khususnya di rantau Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia. Malaysia di antara negara yang menjadikan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan rasmi masyarakat Islam di negara ini berdasarkan keputusan dan pengamalan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan para mufti serta ahliahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah menetapkan bahawa “Umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak”.

Sumber: Bahagian Pengurusan Masjid

I

stilah Ahli Sunnah Wal Jamaah berasal daripada dua patah perkataan iaitu “ahl al-Sunnah” dan “al-Jamaah” yang memberi maksud golongan yang mengikuti pegangan Nabi s.a.w. atau mengikuti jalan hidup Baginda s.a.w. dan jamaah para sahabat terutamanya para khulafa’ al-Rasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w. Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa semenjak zaman Nabi s.a.w. serta para sahabat Baginda s.a.w. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah diambil dan dirumus oleh ulama berdasarkan riwayat hadis. Daripada Abdullah bin Amr R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah berpecah Bani Israil kepada tujuh puluh dua (72) kelompok. Manakala umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (73) kelompok di mana kesemuanya akan ke neraka kecuali satu (1) kelompok. Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: Mereka adalah golongan yang berpegang kepada ajaranku dan para sahabatku”. (Riwayat at- Tirmidzi)

Berdasarkan riwayat hadis tersebut dan riwayat-riwayat lain yang seerti dengannya, para ulama telah membuat kesimpulan bahawa maksud mereka yang mengikut sunnah Rasul dan para sahabat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu pegangan yang berakar umbi dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda. Kemudian, disusun dengan lebih bersistem dan teguh oleh dua tokoh imam Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Abu al-Hassan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah disifatkan sebagai ajaran yang betul, lurus, selamat, jelas dan tiada kekeliruan di dalamnya. Sementara ajaran-ajaran lain disifatkan sebagai ajaran yang keliru, menyeleweng dan mempunyai kecenderungan yang jauh daripada ajaran yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Antara ciri-ciri pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah: Pertama: Berpegang dan mentafsirkan hukum-hukum Islam berdasarkan kepada sumber perundangan utama iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias tanpa menolak atau mengurangkan peranan salah satu darinya. Kedua: Berpegang kepada ajaran

Islam yang meliputi perkara mengenai Iman iaitu akidah, Islam iaitu syarak dan Ihsan iaitu akhlak. Ketiga: Berpegang kepada alQuran yang dihimpunkan oleh para sahabat terutamanya al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani serta berpegang kepada al-Sunnah terutamanya hadis-hadis yang dihimpunkan oleh imam-imam besar hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmidzi, Imam Abu Daud, Imam an-Nasa’ie, Imam Ibnu Majah dan imam-imam lain yang diiktiraf. Keempat: Berkepercayaan bahawa para sahabat kesemuanya bersikap benar dan adil tanpa mengkufurkan salah seorang dari mereka. Terutamanya, para khulafa’ al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Saidina Umar al-Khattab R.A, Saidina Uthman bin ‘Affan R.A dan Saidina Ali bin Abi Talib R.A. Kelima: Percaya dan beriman kepada perkara ghaib terutamanya yang sabit melalui al-Quran dan alSunnah seperti siksaan azab kubur, pembalasan syurga, neraka dan sebagainya. Keenam: Tidak mengkufurkan saudara se-Islam atau yang berkiblatkan Kaabah (ahl al-Qiblah) dengan mudah kecuali dengan pertimbangan ilmu atau hujjah yang kuat dan sikap yang adil. Ketujuh: Kesederhanaan dalam kepercayaan dan pengamalan iaitu tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu cuai. Adapun fahaman-fahaman lain yang dipelopori oleh beberapa golongan seperti Syiah, Rafidhah, Khawarij, Qadariyyah, Murji’ah, Jahmiyyah dan sebagainya telah menyalahi sebahagian atau semua daripada perkara di atas. Seperti menolak alQuran dan al-Sunnah, mentafsirkan Islam berdasarkan akal semata-mata dan kehendak nafsu, mengkufurkan para sahabat, bersikap ekstrem dan sebagainya. Justeru, fahaman dan ajaran seperti yang disebutkan di atas tertolak dan tidak tergolong di dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pendirian pihak berkuasa dan institusi Islam di Malaysia dalam menetapkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan rasmi tidak lain adalah bertujuan untuk dijadi-

kan sebagai panduan dan pegangan hidup serta pengamalan masyarakat Islam di negara ini. Ternyata sikap ini turut memberi impak positif yang berpanjangan dalam menyatupadukan umat dan mengukuhkan perpaduan serta kestabilan negara ini. Oleh itu, sebarang usaha untuk memasukkan ajaran dan fahaman yang berlainanan daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berlainan daripada pengamalan biasa masyarakat Islam di negara ini dianggap sebagai usaha untuk memecahbelahkan masyarakat, mengacau-bilaukan kestabilan serta keharmonian negara. Diharapkan kerjasama daripada seluruh masyarakat Islam di negeri ini untuk sama-sama membenteraskan ajaran dan fahaman yang menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai menyahut seruan Allah SWT selari dengan konsep tolong-menolong dalam membuat perkara kebajikan dan taqwa. Kesimpulan yang dapat diambil ialah: Pertama: Aqidah dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu-satunya akidah dan pegangan yang diyakini danjaminan selamat daripada azab api neraka oleh Rsulullah s.a.w. Kedua: Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangan rasmi institusi dan masyarakat Islam di negara ini yang perlu dipegang dan dipertahankan. Ketiga: Sebarang ajaran, fahaman, pegangan atau ideologi yang bercanggah dan menyeleweng daripada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah dicegah dan dijauhi sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Agama atau Jabatan Mufti negerinegeri seluruh Malaysia. Keempat: Segala ajaran dan fahaman baru yang mengelirukan perlulah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Mufti negeri-negeri dan alim ulama bertauliah serta institusi-institusi Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. “Jika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan engkau daripada jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah menurut sangkaan sematamata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”. (Al-An’am: 116). Edisi


SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • Ogos 2014

Islam Dan Pengurusan Kepimpinan Kepimpinan yang berkesan merupakan satu elemen penting untuk menjadi penggerak utama kepada kejayaan sesuatu organisasi. Kejayaan pengurusan bergantung kepada nilai kepimpinan sesebuah organisasi. Nilai utama sesuatu kepimpinan ialah pencapaian terhadap objektif organisasi yang telah ditetapkan. Ini melibatkan kepentingan kuasa motivasi dalaman dan gaya kepimpinan untuk mencapai objektif. Nilai kepimpinan juga berkait dengan nilai kesukarelaan daripada pihak pengikut yang mempengaruhi usaha untuk mencapai objektif. Oleh: halim@kuis.edu.my

A

jaran Islam menetapkan bahawa kuasa dan perjawatan untuk mengurus merupakan amanah. Keutamaan daripada sudut kemampuan, kecekapan serta keadilan dalam mengawal selia tugasan dan pengikut. Golongan ini mestilah dipilih daripada mereka yang layak untuk menjawat jawatan tersebut. Pemerintah berkewajipan untuk melantik individu yang benar - benar layak berdasarkan dari sudut sahsiah dan sudut akademik bagi jawatan pemimpin. Status jawatan tersebut akan kekal selagi individu yang dipilih berupaya untuk melakukan tanggungjawabnya dengan sempurna. Seseorang pemimpin hanya layak untuk diberhentikan atau dipecat tugasnya jika beliau tidak lagi berkemampuan untuk mengeluarkan idea dengan baik, mempunyai kelemahan fizikal serta melakukan salah laku pentadbiran semasa menjalankan tugasnya dan hilang kepercayaan daripada pengikut yang dipimpin. Perjawatan dalam kepimpinan pada pandangan Islam bukanlah sesuatu yang boleh diminta-minta. Ia juga bukan merupakan suatu hak eksklusif untuk kumpulan tertentu. Pernah diriwayatkan dalam satu hadith ketika Abu Dhar r.a. telah datang kepada Ra-

sulullah s.a.w. lalu bertanya mengapa beliau tidak dilantik menjadi salah seorang pegawai? Maka Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud: Sesungguhnya kamu Abu Dhar adalah seorang yang lemah. Aku sayangkan engkau seperti aku sayangkan diri ku sendiri. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah dan setiap amanah itu akan dipersoalkan di hari kiamat. Ramai orang akan menyesal kerananya kecuali orang yang menjalankan tugasnya secara ikhlas dan jujur. Jawatan yang disandang merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan amanah, jujur dan ikhlas kepada Allah swt. Meminta jawatan dengan tiada kelayakan akan mengundang kerosakan dan malapetaka kepada sesebuah organisasi. Golongan ini dianggap tamak dan rakus oleh Nabi s.a.w. dan Islam sama sekali melarang mengambil pemimpin yang tidak beretika kerana mereka akan mencetuskan kemudaratan terhadap komuniti dan organisasi. Abu Musa al-Ash`ari menceritakan bahawa beliau datang bersama dua orang saudaranya bertemu Rasulullah s.a.w. Lalu salah seorang dari mereka telah berkata: Ya Rasulullah, lantiklah kami untuk memegang sebahagian dari tugas yang telah Allah kurniakan

kepada engkau. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Demi Allah sesungguhnya aku tidak sekali-kali akan menyerahkan tugas ini kepada orang yang datang memintanya dan mereka yang tamak terhadap jawatan ini. Jelas menunjukkan bahawa Islam tidak memberi ruang terhadap segelintir manusia yang cuba untuk memintaminta atau gelojoh bagi mendapatkan sesuatu jawatan. Begitu juga dengan hak untuk mengurus bukanlah berkisar pada sesuatu kumpulan tertentu sahaja. Justeru, hanya yang layak sahaja akan diperakui oleh Islam bagi mengurus mengikut prinsip dan amalan yang diatur oleh Islam itu sendiri. Pemimpin yang jujur, beretika dan ikhlas akan sentiasa untuk memberi ‘input’ yang terbaik kepada pengikutnya. Kebajikan atas prinsip keadilan akan sentiasa dipelihara agar organisasi yang dibentuk mampu berdaya saing dan diberkati Allah swt. Kerjasama dan permuafakatan yang bijak secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Ia seterusnya akan melahirkan organisasi yang cemerlang dan dipercayai oleh komuniti.

Suatu perkara yang ditekan juga oleh syariat Islam ialah prinsip kejayaan dalam pengurusan. Kejayaan di sini bukan sekadar pemimpin berjaya memenuhi tuntutan organisasi semata-mata tetapi juga melibatkan soal penerimaan cara mengurus oleh Allah swt. Wujud atau bersih daripada unsur-unsur syubahat, mementingkan diri sendiri dan salah laku di dalam pengurusan organisasi. Tujuan dan matlamat Islam adalah untuk menjaga dan memelihara organisasi supaya mendapat keberkatan dan keredaan Allah swt. di dunia dan akhirat. Islam tidak hanya mementingkan ’output’ atau keuntungan semata-mata seperti yang diamalkan oleh masyarakat konvensional. Tetapi penekanan Islam melibatkan soal kebajikan ke atas golongan bawahan dan prinsip keadilan yang dilaksanakan dalam pengurusan selaras dengan Firman Allah swt dalam surah An Nisa ayat 48 yang bermaksud: ...Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia maka hendaklah kamu menetapkannya dengan adil... Edisi


BERITA DUNIA Edisi • Ogos 2014 • 9

Kisah Seorang Kanak-kanak Dibutakan Oleh Tentera Israel Sumber: Islampost.com

B

erita ekslusif perang Gaza – Israel 2014 menyaksikan kekejaman terhadap kanak kanak tanpa

batas. Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun bernama Muhamad Badran sedang menanti masa untuk memeluk ibu bapanya dan bermain bersama enam saudara lelakinya selama tiga hari cuti Ramadhan lalu. Walaupun serangan penjajah zionis ‘Israel’ telah menghancurkan harapan yang ada di Gaza, Muhamad tidak memadamkan harapannya untuk berbahagia di hari mulia bulan syawal. Tetapi sehari selepas itu, dia bersama ibu dan bapa saudara yang berdiri di sebelahnya di Hospital Al-Shifa, Muhamad berkata, “Semua mimpiku hancur selepas tembakan dua kereta kebal zionis ‘Israel’ menggelapkan hidupku dan mencederakan semua saudaraku.” Selepas solat Subuh di Hari Raya Aidilfitri, Muhamad dan keluarganya sedang tidur di rumah mereka. Muhamad menyiapkan baju baru dan mainan yang ibunya belikan untuk dipakai di hari raya tersebut. Dia pergi ke tempat tidur, menantikan ibunya untuk membangunkannya esok hari. Dia tidak tahu pada masa itu dia akan menutup mata untuk selamanya. Tanpa belas kasihan, dua kereta kebal penjajah melanggar rumahnya, memusnahkan bilik tidurnya lalu mencederakan bersama enam saudaranya yang lain. “Mereka sedang tidur bagaikan malaikat,” ucap bapa saudara Muhamad kepada MEMO. “Ayah mereka sedang bersiap-siap untuk membawa mereka keluar melawat bapa saudara dan ibu saudara mereka. Akan tetapi, mereka pula dibawa ke hospital. “ Seluruh baju Muhamad telah terbakar dan mainan yang baru beli untuk hari raya telah hancur berkecai. Dia tidak

dapat melihat kejadian itu. Bahkan, dia tidak akan dapat melihat lagi mimpimimpinya, wajah ibu bapanya atau menikmati warna-warni mainan atau baju raya. Muhamad dan salah satu saudaranya menderita luka parah. Walaupun ia tidak kehilangan penglihatannya, ia kehilangan kedua matanya. Doktor mengatakan ada sedikit kesempatan ia mampu melihat cahaya lagi, melalui mata yang didonorkan dari orang lain atau mata buatan. Selepas lima saudaranya meninggalkan hospital, ibunya merasa hatinya terbelah bahagi untuk tinggal bersama Muhamad atau bersama saudarasaudaranya di tempat yang berbeza di hospital. Di hari ke-34 perang Gaza, tentera zionis telah membunuh kira-kira 1900 rakyat Palestin dan dianggarkan 9000 yang tercedera. Sebahagian besar dari mereka berdasarkan statistik dari PBB adalah orang awam. Sekurang-kurangnya di antara yang meninggal ada 400 orang adalah kanak-kanak. Cerita Muhamad menjadi terkenal di kalangan rakyat Palestin dan di luar negera. Ramai doktor dan penyumbang menawarkan rawatan dan bantuan kepadanya, berharap suatu hari nanti Muhamad dapat melihat semula kedua ibu bapanya. Tetapi ketika harapan itu hendak direalisasikan, tentera zionis telah membunuh ayah Muhamad ketika dia sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qassam iaitu di khemah pelarian Al-Nusairat. Sebuah roket F16 milik zionis yahudi menghentam ketika ayahnya sedang solat. Kejadian itu menyebabkan lima orang terbunuh dan sepuluh orang lain tercedera. Nidal Badran iaitu ayah kepada Muhamad adalah di antara orang yang meninggal dunia. Kini, Muhamad telah kehilangan harapan untuk melihat wajah ayahnya. Edisi

Hanya 3 Peserta Misi Kemanusiaan Gaza Dibenar Teruskan Perjalanan Ke Rafah Sumber: mStar online Pasukan sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) memohon doa semoga misi ini berjaya supaya bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Gaza. QANTARA (Mesir): Pihak tentera Mesir hanya membenarkan tiga sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah. Perkembangan itu berlaku apabila konvoi misi berkenaan disekat berhampiran Terusan Suez di sini, kirakira 160 kilometer dari Kaherah. Tiga individu itu ialah Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al-Agha. Ketiga-tiga mereka dibawa untuk menyeberangi Terusan Suez sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta perisai milik tentera Mesir pada 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia). 78 sukarelawan lain termasuk anggota Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tidak dibenarkan berbuat demikian atas faktor keselamatan. Arahan itu diberikan komander pos kawalan tentera di sini selepas kira-kira lima jam konvoi berkenaan terkandas dan perbincangan diadakan. Misi itu merancang untuk mengagihkan 5,000 kotak bekalan makanan kepada 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza. Hampir 2,000 rakyat Palestin ter-

bunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 Julai lalu. Pasukan sukarelawan Malaysia yang dianggotai 83 peserta itu bertolak dari Kaherah pada Sabtu pagi namun terpaksa bermalam di Ismailia disebabkan masalah urusan kargo, sebelum bergerak semula dengan 81 peserta ke sempadan Rafah pada pagi Ahad. Kecuali tiga wakil yang dibenar meneruskan perjalanan, baki peserta misi itu terpaksa berpatah balik ke Kaherah. Peserta misi berkurangan kepada 81 orang pada Ahad selepas seorang doktor yang mengalami masalah kesihatan dinasihati berehat di Ismailia dengan ditemani seorang lagi doktor. Abdul Azeez berkata walaupun kecewa, beliau tetap berterima kasih kepada kerajaan Mesir yang membenarkan Malaysia menjadi negara pertama menghulurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak Gaza melalui pintu sempadan Rafah. Selain tiga peserta misi itu, sebuah lori kontena membawa bekalan bantuan makanan dan perubatan turut dibenar meneruskan perjalanan ke Rafah. Beliau menjelaskan mereka hanya akan dihantar pihak tentera Mesir sehingga ke pintu sempadan Rafah dan pihak kerajaan Palestin, yang dihubungi Dr Anwar, dijangka menyambut mereka. Dr Anwar, yang menitiskan air mata kerana kecewa dengan perkembangan terbaharu itu, berkata beliau bagaimanapun bersyukur kerana bekalan bantuan telah dibenarkan untuk dibawa masuk ke Gaza. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada ketiga-tiga wakil itu, anggotaanggota misi yang lain bertolak ke Kaherah. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Ogos 2014

Anak Yatim dan Asnaf Terima Sumbangan Hari Raya

MAIS Serah Bantuan berjumlah RM800 Ribu Bagi Fasa 2 kepada NGO Islam Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

B

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM 30 Jun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 348 asnaf fakir dan miskin, 150 asnaf mualaf serta 170 anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Negeri. Pada majlis yang sama, bag-

inda turut berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada lima buah syarikat berjumlah RM24.3 juta. Lima syarikat masing-masing yang menunaikan zakat ialah UMW Holdings Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Syarikat Plus Malaysia (Plus), Worlwide Holding Berhad dan Permodalan Negeri Selangor (PNSB). Sebelum itu, Y.A.D. Dato’

Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM23.6 juta dan diagihkan kepada 32, 843 keluarga asnaf fakir dan miskin di Selangor. “Setiap keluarga menerima bantuan zakat antara RM550 hingga RM1000 bergantung kepada jumlah tanggungan. Edisi

Program Ihya’ Ramadhan MAIS Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM 27 Jun - Bagi mengimarahkan lagi ketibaan bulan Ramadan, pelbagai program telah dirancang oleh MAIS melalui Biro Kerohanian Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK). Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah-penceramah luar yang dijemput khas bagi tujuan ini. Ceramah ini diadakan pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Dataran Sakinah, Bangunan SIS bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Selain ceramah, turut diada-

kan Tadarus Al-Quran di kalangan kakitangan MAIS di mana setiap kakitangan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan dipertanggungjawabkan membaca 3 juzuk setiap kumpulan. Sementara itu, di Majlis Pelancaran dan Ceramah Ihya’ Ramadhan dirasmikan oleh Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd

Isa, Pengerusi MAIS dan turut diadakan penyampaian watikah pelantikan naqib dan naqibah di kalangan pegawai-pegawai MAIS. Di akhir majlis, turut diadakan ceramah agama yang bertajuk “Ramadhan Menanti Tetamu Agung” yang disampaikan oleh Dr. Roslan bin Mohamed, Pensyarah Universiti Malaya. Edisi

UKIT JELUTONG 6 Julai - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan bantuan kepada 39 buah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) termasuk Badan Dakwah Daerah di Selangor. Semua NGO-i menerima bantuan antara RM5,000 sehingga RM20,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM800 ribu. Bantuan ini merupakan bantuan bagi fasa 2, tahun 2014 di mana jumlah keseluruhan sumbangan dana bagi fasa 1 dan 2 untuk tahun 2014 sebanyak RM1.5 juta bertujuan menambah dana kepada NGO-i bagi meneruskan usaha dakwah kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor. Sumbangan ini disampaikan oleh Y.D.H. Dato’ Emran bin Haji Kadir, Ahli MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan NGO Islam. Antara NGO-i yang menerima bantuan adalah Persatuan Perubatan Islam Malaysia (RM5,000), Persatuan Ikhwan Al-Hikmah Malaysia (RM10,000), Persatuan Cina Muslim Malaysia MACMA (RM20,000) dan Badan Dakwah Daerah Selangor menerima bantuan sebanyak RM30,000 setiap daerah. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Timbalan Setiausaha MAIS dan Encik Abdul Basith bin Hamid, Timbalan Pengurus Besar Pejabat Agihan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Ogos 2014 • 11

MAIS Sampai Bantuan Ramadhan Kepada Asnaf Riqab dan Rumah Pemulihan Al-Riqab Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan bantuan Ramadhan kepada 6 buah Rumah Pemulihan Al-Riqab, baucer membeli belah kepada 122 asnaf riqab, sumbangan laptop dan projektor kepada 18 buah Rumah Pemulihan Riqab serta sumbangan kepada Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan (FGN). Semua penerima menerima sumbangan antara RM500.00 hingga RM50,000.00 menja-

dikan jumlah keseluruhan sebanyak RM364, 528.00. Bantuan ini disampaikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS di Majlis Tadarus Perdana dan Program Berbuka Puasa Bersama Asnaf Al-Riqab anjuran bersama MAIS dan JAKIM. Antara penerima yang menerima sumbangan adalah Persatuan Jaringan Global Masa Depan (RM86,000), Baucer membeli belah kepada asnaf riqab (RM500), Rumah Penawar Warisan (RM50,000), Penjagaan (RM50,000), Darul Wardah (RM15,0000), Pertubuhan

PROKIM (RM20,000), Wahidayah (RM10,000), Keluarga Besar Norlina Alawi (RM30,000). Majlis Tadarus Perdana kerjasama MAIS dan JAKIM ini menghimpunkan 500 orang asnaf riqab untuk bertadarus disusuli dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunat Tarawikh. Turut hadir dalam majlis ini adalah Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Timbalan Setiausaha MAIS dan Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM. Edisi

Ceramah Perdana Wakaf Ustaz Don Daerah Sepang Sumber: PWS

D

ENGKIL – Kewajipan PWS adalah untuk menggalak, mendorong, membantu, mengusaha dan memajukan harta dan produk wakaf di Negeri Selangor selaras dengan Hukum Syarak. Untuk memenuhi kewajipan itu, Perbadanan Wakaf Selangor dengan kerjasama Masjid As-Syarif, Kg Dato Ahmad Razali, Dengkil telah mengadakan program Ceramah Perdana Wakaf bersama Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid sempena bulan Wakaf Negeri Selangor 2014 pada 13 Jun 2014. Objektif program ini adalah untuk menyampaikan dakwah dan memberi kesedaran kepada masyarakat serta menyuburkan semula amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang dituntut oleh Islam. Alhamdulillah program ceramah berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Ahli kariah sekitar Dengkil, Cyberjaya dan Putrajaya hadir dianggarkan seramai 800 orang. Penceramah yang juga Duta Wakaf, Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal tiba di Masjid AsSyarif pada jam 7.30 dan seju-

rus selesai solat maghrib bermulanya siri ceramah perdana bertajuk “Wakaf : Pelaburan Abadi Dunia Akhirat” yang di moderatorkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor, Al-Fadhil Ustaz Anuar Hamzah bin Tohar. Beberapa intipati penting yang ditekankan antaranya : a. Kepentingan bersedekah khususnya berwakaf sebagai tanda kesyukuran dan pengabdian diri kepada Allah yang menganugerahkan pelbagai nikmat, khususnya nikmat harta. b. Perbadanan Wakaf Selangor beserta kakitangan merupakan akauntan Allah dalam menjaga amanah serta mengembangkan harta & manfaat wakaf. c. Pelbagai produk-produk

wakaf sedang diusahakan dengan kerjasama beberapa organisasi lain seperti Wakaf Airlines, Wakaf Ilmu (KUIS) dan Wakaf Selangor-Muamalat. Seterusnya para pengunjung yang hadir ke kaunter Saham Wakaf Selangor untuk berwakaf secara tunai dan potongan gaji, kutipan tunai yang dikumpul hampir RM6500. Program ini diharapkan akan menjadi titik permulaan kepada salah satu ibadah yang menjanjikan pahala yang berkekalan dan mengalir hingga hari akhirat kepada masyarakat Islam khususnya di Daerah Sepang ini. Di samping itu juga, didoakan semoga program ini dapat memupuk keinginan untuk berwakaf di kalangan masyarakat Islam selain mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Edisi

Lawatan Ilmiah Peserta Kursus Pengurusan Harta Wakaf ke PWS

Sumber: PWS

S

HAH ALAM – Pada 9 Julai 2014, PWS telah menerima satu lawatan ilmiah daripada peserta kursus Pengurusan Harta Wakaf dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Sesi lawatan telah disertai oleh 35 orang peserta dan lima orang pegawai pengiring. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara PWS dan agensi kerajaan dalam membudayakan amalan berwakaf di kalangan kakitangan awam. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada

kakitangan hospital dengan kehadiran lebih kurang 200 orang kakitangan yang memenuhi ruangan auditorium. Hadir sama dalam program ini ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Tengku Ampuan Rahimah iaitu Tuan Haji Othman Bin Embong. Pada program ini juga, PWS telah membuka kaunter wakaf bagi memudahkan kakitangan hospital untuk menyumbang. Di akhir program telah diadakan majlis penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan. Diharapkan semoga program ini dapat membantu masyarakat dalam memahami ibadah wakaf. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Ogos 2014

Ceramah Perdana Wakaf Ustaz Haslin Di Sabak Bernam Sumber: PWS

S

UNGAI BESAR – Pada 11 Julai 2014, bertempat di Ruang Solat Utama Masjid Nurul Falah, Parit 12, Sg. Panjang, Sg. Besar telah diadakan Ceramah Perdana Wakaf bersama Ustaz Haslin Bin Baharim atau lebih dikenali dengan Ustaz Bollywood. Ceramah Perdana ini merupakan salah satu program bersempena Bulan Wakaf Negeri Selangor bagi tahun 1435H. Matlamat ceramah perdana ini diadakan adalah untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW sekaligus menyuburkan kembali amalan berwakaf yang merupakan sedekah jariah yang dituntut dalam Islam terutamanya dalam Bulan Ramadhan al-Mubarak. Program yang julung-julung kali diadakan di masjid ini adalah khusus untuk mengumpul dana bagi pembinaan semula Masjid Nurul Falah dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor. Untuk makluman, pembinaan Masjid Nurul

Falah, Parit 12, Sg. Panjang ini adalah menggunakan prosedur kutipan Saham Wakaf Selangor Khas. Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dengan lancar seawal jam 6.30 petang lagi dengan kehadiran ahli kariah bagi majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid. Al-Fadhil Ustaz Haslin Bin Baharim tiba di Masjid Nurul Falah pada jam 8.30 malam dan sejurus selesai solat fardhu isya’ dan solat sunat terawih bermulanya sesi ceramah perdana tersebut dengan tajuk “Wakaf : Pelaburan Abadi

Dunia Akhirat”. Dianggarkan seramai 250 orang telah menghadiri ceramah tersebut. Program ini diharapkan akan menjadi titik permulaan kepada salah satu ibadah yang menjanjikan pahala yang berkekalan dan mengalir hingga hari akhirat kepada masyarakat Islam khususnya di Daerah Sabak Bernam ini. Di samping itu juga, didoakan semoga program ini dapat memupuk keinginan untuk berwakaf di kalangan masyarakat Islam selain mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Edisi

RM288 Juta Zakat Diagihkan Separuh Tahun Pertama 2014 Sumber: PWS

S

HAH ALAM, 19 Ogos 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan zakat berjumlah RM288.5 juta untuk tempoh enam bulan pertama tahun

2014 meningkat sebanyak 37 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM102.4 juta disalurkan kepada asnaf fakir dan miskin, diikuti RM74.3 juta diagihkan kepada asnaf fis-

abilillah, RM50.6 juta diagihkan kepada asnaf gharimin dan RM25.7 juta untuk asnaf mualaf.Kesemua asnaf di Selangor disantuni menerusi lima program pembangunan asnaf iaitu sosial, pendidikan, ekonomi, insan dan institusi agama. Sementara itu, sehingga Jun 2014 sebanyak 34,815 keluarga asnaf fakir dan miskin telah disantuni melalui bantuan zakat. di seluruh Selangor. Dalam perkembangan yang sama juga, sebanyak RM210.3 juta zakat berjaya dikutip bagi tempoh enam bulan pertama 2014 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013 dengan jumlah pembayar zakat harta sebanyak 197,033 orang. Edisi

Pemenang Peraduan ‘Kick-Off’ Zakat Online Terima Hadiah

Sumber: PWS

P

ETALING JAYA, 23 Ogos 2014 – Seramai 14 orang pemenang Peraduan ‘Kick-Off ’ Zakat Online anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat sini hari ini. Peraduan ini dianjur bagi mempromosikan kaedah pembayaran zakat melalui perbankan internet kepada masyarakat. Ia terbuka kepada pembayar zakat yang menunaikan zakat sama ada zakat fitrah mahupun zakat harta atas talian menerusi Maybank2u, sepanjang bulan Ramadan bermula 29 Jun hingga 27 Julai 2014. Ia ini melibatkan sebanyak 7,497 transaksi sepanjang tempoh peraduan berlangsung. Tempat pertama memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000, manakala tempat kedua sebanyak RM500 dan tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM200. Para pemenang dipilih melalui cabutan bertuah dan hadiah merupakan sumbangan daripada Maybank Islamic Berhad. Dalam masa yang sama juga, seramai 150 orang peserta menghadiri program Sembang Santai ‘Cemerlang Dunia & Akhirat’ anjuran LZS dengan kerjasama Kelab Usahawan Selangor (KuSel) dan Lembaga Kemajuan Islam. Program ini bertujuan untuk mendekati golongan wanita secara amnya dan menyebarkan dakwah zakat secara khusus kepada mereka terutamanya yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Ia turut mengundang tokoh sasterawan, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan penceramah terkenal, Ustaz Badli Shah Alauddin. Hadir sama Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Ogos 2014 • 13

Pemukiman Pengurusan KUIS, 15-17 Ogos 2014 Sumber: Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS

P

ada 15 hingga 17 Ogos 2014, semua ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS telah menghadiri pemukiman pengurusan (management retreat) bertempat di Gold Coast International Morib Resort, Selangor. Pemukiman itu juga turut disertai oleh beberapa orang pegawai KUIS yang berperanan menyediakan maklumat berkaitan bagi memenuhi keperluan semasa pemukiman tersebut. Pemukiman ini merupakan kesinambungan ke-

pada Bengkel Pelan Strategik KUIS 2014-2018 yang telah berlangsung di Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 14 hingga 16 Februari 2014 lalu. Objektif utama pemukiman ialah membincangkan dan membuat keputusan penting mengenai perkara-perkara yang berkait rapat dengan kelangsungan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) berdaya saing ke arah mencapai status universiti penuh pada 2016. Turut disentuh ialah usaha KUIS untuk menjadi sebuah universiti wakaf selepas 2016. Antara perkara utama yang menjadi perhatian, dibincangkan secara panjang lebar dan

Majlis Penghargaan APC Dan Sambutan Hari Raya KUIS

mendalam serta diputuskan kaedah penyelesaian/ pelaksanaannya oleh ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS adalah seperti berikut: 1. Pelan Induk sebagai Universiti Wakaf 2016 2. Strategi Jangka Panjang KUIS 3. Bajet 2015 4. Tatacara Pengurusan Aset 5. Pewakilan Kuasa Rektor 6. Sahsiah, Ketrampilan diri dan Kepimpinan Pegawai / Kakitangan KUIS Pemukiman selama 3 hari ini telah membolehkan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS membuat banyak keputusan penting, melibatkan pelaksanaan se-

B

ANDAR SERI PUTRA, 20 Ogos – Seramai lebih kurang 500 orang yang terdiri daripada barisan pengurusan tertinggi KUIS serta pegawai akademik dan pentadbiran hadir pada Majlis Penganugerahan Khidmat Cemerlang & Khidmat Setia serta Majlis Sambutan Hari Raya peringkat KUIS. Turut hadir bersama pegawai daripada Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Majlis dimulai dengan ceramah oleh YBhg Ustaz Farid Ravi Abdullah dan seterusnya penyampaian amanat oleh YBhg Prof. Madya Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri, Rektor KUIS. Sekalung penghargaan kepada penerima-penerima anugerah yang terdiri daripada

175 orang dan Anugerah disampaikan oleh Pengurusan Tertinggi KUIS. Seramai 43 orang penerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 45 orang penerima Anugerah Emas, 79 orang penerima Anugerah Khidmat Setia dan 8 orang penerima Hadiah PhD. Majlis turut berbesar hati menerima sumbangan zakat pendapatan daripada Takaful Ikhlas sebanyak RM228,540.20 oleh wakil Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Program diteruskan dengan majlis jamuan raya yang berkonsepkan gerai yang disediakan oleh pegawai-pegawai KUIS yang terdiri dari pelbagai menu utama raya dan menu sampingan. Hadiah khas gerai terbaik juga turut disediakan bagi memeriahkan majlis sambutan hari raya ini. Program tamat sekitar jam 1.30 petang. Edisi

kiman ini dapat membantu melancarkan lagi operasi harian KUIS dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian Pelan Strategik KUIS 20142018. Edisi

1610 Graduan KUIS Terima Ijazah & Diploma Sumber: Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS

Sumber: Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS

cara segera dan/ atau berjadual. Adalah menjadi harapan semua ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS agar segala keputusan yang diambil semasa pemu-

B

ANDAR SERI PUTRA, 26 Ogos – Konvokesyen pada kali ini menyaksikan seramai 1,610 orang pelajar daripada empat fakulti layak menerima Ijazah dan Diploma masingmasing. Sidang pertama yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor Merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIS turut ber-

besar hati menyampaikan Ijazah kepada para graduan. Turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut ialah Exco Pendidikan & Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, YB Dr. Halimah Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa YB Tuan Sallehen Mukhyi, YB Tuan Mohd Shafie bin Ngah, ADUN Bangi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS), selain kehadiran beberapa wakil universiti tempatan serta kehadiran keluarga

dan ibubapa graduan. Pada Konvokesyen kali ini turut diberi penghormatan kepada Allahyarham Ahmad Mustafa Bin Mohd Sidin iaitu Imam Besar Masjid Shah Alam yang diwakili balu Nurazira Binti Ahmad Bashir menerima skrol daripada YAD Dato Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Allahyarham merupakan graduan Ijazah Sarjana Syariah (Pengurusan) yang sepatutnya bergraduasi pada konvokesyen kali ini. Sementara itu, konvokesyen kali ini turut menyaksikan KUIS melahirkan seorang graduan orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Nur Firdaus Toh Bin Abdullah, 27, yang mengalami kecacatan anggota. Sebanyak 3 sidang konvokesyen dijalankan di mana sidang kedua yang dipengerusikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, manakala sidang ketiga dipengerusikan oleh Rektor KUIS, YBhg Prof Madya Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri. Edisi


IKON ASNAF 14 • Edisi • Ogos 2014

Mahu Buka Gerai Makan pengesahan cerai secara fasakh daripada pihak pejabat agama. Kini, sudah lapan tahun dia membesarkan anak-anaknya sendirian. Membesarkan empat orang anak yang masih bersekolah meniupkan kekuatan buat dirinya, iaitu Nurulwahida, 21 tahun yang baharu sahaja menghabiskan Diploma Sains dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Mazlan, 19 tahun yang mengambil kursus Kulinari juga dari UiTM, Anissa, 17 tahun masih di Sekolah Menengah Darul Ehsan dan paling kecil Muhammad Sulaiman, 10 tahun yang kini belajar di Ma’ahad Tahfiz Mustaqim, Selayang Baru. Norlaila dikira beruntung, kerana selepas berpisah dengan suaminya dia menetap bersama ibunya di Selayang. Namun untuk menampung kehidupan, Nurlaila juga melakukan beberapa pekerjaan. Nurlaila pernah berniaga di pasar malam menjual Roti John dan membantu orang menjalankan kerja katerer dalam kenduri kendara selain membuat kuih baulu dan diletakkan di kedai kawan. Menurut Norlaila lagi, sejak muda dia minat menjahit dan mengambil kursus jahitan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).Bila ditanya, bagaimanakah dia tergerak hati untuk memohon bantuan zakat, Norlaila menjelaskan ada di antara teman-temannya yang mengesyorkan

agar dia mengajukan permohonan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). kerana ada yang memerlukan biaya yang tinggi seperti di universiti dan ada yang masih di sekolah. Namun, pada tahap awalnya dua kali permohonannya tidak berjaya. Hinggalah pada tahun 2011 baharulah Norlaila menerima bantuan daripada LZS. Ternyata sentuhan zakat ke atas dirinya sekeluarga memang memberikan kesan kepadanya. Norlaila bukan sekadar menerima bantuan untuk keperluan dalam bentuk jangan pendek, tetapi dia juga beroleh peluang untuk membuka perniagaan demi masa hadapan yang lebih baik. Bagi Norlaila, rezeki di bulan Ramadan memang sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja yang suka mencarinya. Ternyata, jualan Lai Chee Kang-nya terus meningkat baik saban tahun. Kini, sudah semakin ramai orang yang mengenalinya dan mencari air Lai Chee Kang-nya setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. Kini Norlaila terus menghitung hari untuk berusaha merealisasikan wawasannya. Dia sedar, untuk menjadi orang yang berjaya maka dia harus berani mencabar dirinya sendiri. Norlaila berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya sekeluarga selama ini. Memang terasa perbezaannya sebelum dan selepas disantuni dengan zakat. Semoga mereka

yang ikhlas berzakat, maka diberkati kehidupan mereka, di dunia dan akhirat. Norlaila menamatkan perkongsiannya menjelang tengah hari, sambil dia juga mulai bergegas sibuk untuk menyediakan bahan jualannya menjelang jam tiga sore nanti. Nota: Norlaila menjalankan perniagaan air Lai Chee Kang di Bazaar Ramadan Selayang Baru (dekat dengan Balai Polis Selayang Baru) pada setiap hari di bulan puasa, dari jam 3.00 petang hingga 7.30 petang. Dia juga sudi menerima tempahan air Lai Chee Kang untuk tujuan majlis hari raya, kenduri dan sebagainya. Sila hubungi di 013-2263623. Edisi

Berkorban Demi Anak

36 dan kini mereka bahagia bersama lima anak. Selain Wan Kubaib (11 tahun), empat lagi anak mereka ialah Wan Khuraim (10), Wan Kurail (8), Wan Kaab (6) dan Wan Kuzai (2 tahun). Sesungguhnya keadaan anak sulong mereka memang memprihatinkan. Dia dikategorikan sebagai orang terlantar oleh pihak hospital kerana hanya dapat mengensot sahaja dalam pergerakannya. Malah, perkembangan otak kanannya juga amat terbatas, sehingga doktor menjangkakan yang dia tidak akan dapat bercakap seperti orang lain. Namun Wan Kubaib rupa-rupanya masih boleh bertutur walaupun tidaklah seperti orang lain. Kata doktor juga, biar pun usianya sudah 11 tahun, namun perkembangan otaknya seperti budak berusia empat atau lima tahun. Melihatkan kesempitan hidup Wan Kolana, khususnya kesibukannya dalam mencari rezeki dan membawa anaknya ke hospital, maka pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Gombak Indah, telah mencadangkannya agar mengajukan masalahnya kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) demi melihat, apakah bentuk bantuan yang boleh diperolehinya. Wan Kolana mula menjadi asnaf zakat sejak tahun 2009. Sejak itu, LZS telah menyalurkan bantuan asas kepada Wan Kolana demi membantu dirinya menyara keluarganya, antaranya termasuklah bantuan untuk pendidikan, perubatan si anak dan juga menyambut hari raya. Sungguh pun sudah dibantu oleh LZS, namun kehidupan Wan Kolana masih belum bebas sepenuhnya daripada belenggu

kewangan. Namun adik-beradiknya banyak membantu meringankan beban perbelanjaan. Setelah kira-kira lima tahun menjadi asnaf di LZS, Wan Kolana sedar bahawa sesuatu harus segera dia lakukan. Dia yakin bahawa perniagaan dalam membekalkan air minuman dengan dispenser dari premis ke premis amat cerah. Maka, dia pun mulai serius menceburi bidang ini. Dia telah pun mengikuti Kursus Asas Keusahawanan anjuran LZS dan kini dalam proses membuat permohonan untuk mendapatkan modal perniagaan yang lebih besar. Antara ialah mendapatkan sebuah van yang lebih besar. Dia akan berbincang dengan pihak LZS, kerana dia hanya mampu menjelaskan ansuran di bawah RM500 sebulan. Wan Kolana sangat obsess dengan perniagaannya, kerana sepanjang dia menceburkan diri di dalam bidang itu, dia tahu bahawa prospeknya tidak pernah mengecut. Malah sehingga kini, dia terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pihak pelanggan, kerana kemampuannya dalam membekalkan air yang sangat terbatas. Di musim lebaran dan Ramadan yang masih berbaki ini, Wan Kolana tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa baik semua pihak yang telah membantunya sekeluarga. “Khususnya kepada pembayar zakat, saya doakan agar rezeki anda menjadi lebih berkat dan mudah-mudahan kita semua bakal mendapat syafaat daripada anak saya yang berstatus OKU ini di akhirat kelak, amin.” Edisi

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

S

iapa yang mahu andai diri menjadi ibu tunggal. Membesarkan anakanak sendirian, tanpa kehadiran seorang suami yang padanya segala urusan bisa diandal. Namun, itulah cabaran dalam kehidupan. Hadirnya orang ketiga menggugat keutuhan dan perhubungan yang dijalin sekian lama, hingga terputus juga akhirnya. Mari ikuti kisah Norlaila bt. Hamzah, 45 yang sudi mengisi ruangan Jejak Asnaf pada kali ini. “Suami tidak memukul saya, namun dia pergi meninggalkan saya dan anak-anak dengan hanya satu pesanan. Pesanan itu rupa-rupanya taklik daripada dia. Katanya, jika dia tidak balik lagi ke rumah selepas tiga bulan, maka saya boleh adukan kepada pejabat agama. Setelah sebulan dia pergi dan tidak balik ke rumah, saya merujuk kepada pihak jabatan agama dan mereka nyatakan, itulah lafaz taklik daripada suami. Maknanya, secara halus dia mahu saya sendiri yang meminta cerai dengan cara mengadukan hal ini kepada pejabat agama.” Tidak lama kemudian, menurut Laila pada tahun 2006, dia pun mendapat

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

W

alaupun dihiasi jambang yang agak panjang, namun wajahnya mudah tersenyum. Dia datang ke pejabat zakat di Selayang sambil menyorong kerusi roda anak sulongnya. Ramah menjawab soalan, langsung penulis jadi tertarik untuk memuatkan kisah kegigihan dan pengorbanannya di ruangan Jejak Asnaf kali ini. Mari sama-sama kita ikuti kisah Wan Kolana bin Wan Muhammad, 41 ini. Memandangkan kesibukannya yang harus membawa anak sulongnya, Wan Kubaib ke hospital, Wan Kolana akhirnya meminta izin daripada majikannya untuk membuat kerja-kerja penghantaran air secara persendirian, yakni diuruskan sendiri olehnya; namun air masih diambil dari tempat bekas majikannya. Menurut Wan Kolana lagi, sebelum dia bekerja dengan orang sebagai pembekal air, sudah lebih 10 tahun dia membawa lori termasuklah membawa lori kilang. Namun, pendapatan ketika itu sangat kecil, kira-kira RM800 hingga RM900 sebulan. Namun, sejak kelahiran Wan Kubaib, isterinya terpaksa berhenti kerja sebagai guru agama demi memberikan tumpuan

kepada anak mereka. Maka, segala bebanan kewangan menjadi lebih besar dan terpaksa dia galas sendiri. Wan Kolana mendirikan rumahtangganya dengan Suhaila binti Zainul Abidin,


ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • Ogos 2014 • 15

Beberapa Perkara Yang Menghalangi Zakat SOALAN: Semua orang maklum bahawa zakat adalah sesuatu yang wajib kepada umat Islam, namun apakah ada galangan atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan terhalangnya kewajipan zakat kepada seseorang muslim itu? Harap ustaz bantu jelaskan. JAWAPAN: Alhamdulillah, semoga soalan yang saudara bangkitkan ini mampu memberikan jawapan yang mencerahkan pemahaman ramai umat Islam mengenai kewajipan terhadap harta kekayaan yang mereka miliki dan apakah halangan yang tidak menyebabkan mereka berdosa jika tidak menunaikan zakat, insya-Allah. Sebelum itu, memang tidak dinafikan bahawa penulis sendiri pernah berhadapan dengan insiden seperti ini. Ada orang yang ingin menunaikan zakatnya; namun keinginan mereka itu terhalang atau dihalangi oleh beberapa kondisi yang membelenggui diri mereka. Penulis teringat kala membuka kaunter zakat potongan gaji di sebuah kilang, ramai operator kilang berkenaan yang mengisi borang tetapi setelah ditaksir, didapati pendapatan mereka masih di bawah paras layak untuk mengeluarkan zakat. Maka, penulis terpaksa menerangkan kondisi tersebut, kerana jika diambil juga dalam kondisi mereka tidak cukup syarat, maka ia tidak akan menjadi potongan gaji itu ibadah zakat. Namun, apabila mereka masih beriya-iya mahu membuat potongan gaji, ia masih boleh diterima dan kala itu, ia sudah berubah menjadi ibadah sedekah yang sunat sahaja hukumnya. Maka, mari kita telusuri apakah perkara-perkara yang boleh menghalangi seseorang itu daripada melaksanakan kewajipan zakatnya. Pertama, zakat hartanya boleh terhalang dek kerana hartanya habis digunakan untuk memenuhi keperluan asasi bagi mereka yang menjadi tanggungan wajibnya di sisi syarak. Ini kerana, sudah menjadi kewajipan bagi seseorang itu untuk terlebih dahulu memberikan nafkah kepada tanggungan yang wajib di sisi agama Islam. Siapakah yang wajib ditanggung itu? Mereka ialah ibu bapa (jika mereka tidak mampu atau tidak mempunyai harta bagi menanggung keperluan sendiri) serta anak dan isteri. Maka, jika seorang suami habis hartanya kerana menanggung anak dan isterinya, ketika itu tidaklah dia berdosa jika dia tidak mengeluarkan zakat. Mutakhir ini, pihak institusi zakat misalnya Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah merekacipta kaedah penentuan kelayakan berzakat yang dikenali sebagai Had al-Kifayah (had minimum kecukupan), dan hanya mereka yang pendapatannya melebihi Had al-Kifayah dan melebihi nisab zakat sahaja wajib mengeluarkan zakat pendapatannya. Kedua, jika harta itu tertahan di pihak yang lain. Misalnya, orang yang hartanya dirampas oleh orang lain (seperti Israel merampas harta umat Islam di Palestin), atau hartanya tertahan kerana sesuatu syarat yang menghalangi dirinya menikmati kekayaannya, misalnya di dalam simpanan KWSP atau LTAT atau di mana-mana institusi yang serupa. Maka, dalam kondisi berkenaan tidaklah berdosa jika seseorang itu tidak mengeluarkan zakatnya, kerana ketiadaan sempurna milik ke atas harta berkenaan telah menggugurkan salah satu syarat wajib zakat ke atas dirinya. Ketiga, jika dia ada memberikan hutang kepada orang dan orang yang berhutang itu tidak menjelaskan kembali hutangnya kepada orang yang memberi hutang (penghutang). Maka, sebahagian fuqaha menyatakan, hal ini boleh melepaskan si penghutang daripada zakatnya sehinggalah dia memperolehi kembali hutangnya. Keempat, zakat boleh terhalang apabila harta yang disiapkan untuk dizakatkan tiba-tiba musnah, walaupun saat itu haulnya sudah sangat hampir. Memang ada khilaf di sini, namun penulis sendiri lebih cenderung menyatakan seseorang itu telah terlepas daripada zakatnya, kerana hartanya rosak sebelum sampai masanya ia dizakatkan. Namun, jika sudah sampai haul dan dia dengan sengaja melewat-lewatkan zakatnya tanpa alasan yang diharuskan syarak sehingga binasa (seperti kecurian), maka tidaklah terlepas kewajipan zakatnya. Maknanya, andai dia masih memiliki

Nota: Jawapan disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan boleh diemailkan kepada hamizul@e-zakat.com. my atau sila layari www.ezakat.com.my atau http:// blog.e-zakat.com.my/ untuk maklumat lanjut.

harta yang mencukupi jumlah zakatnya seperti mana sebelum ia binasa, wajiblah ia dikeluarkan juga dengan segera. Contoh, katakan zakat yang binasa itu bernilai RM1,000 dan Si B masih ada harta sebanyak itu, maka dia wajib menyegerakan gantian zakatnya sebanyak RM1,000. Namun jika tidak memiliki harta yang mencukupi, katakan zakatnya yang binasa itu berjumlah RM10,000, maka wajib bagi dirinya mengusahakan sedikit demi sedikit untuk menggantikannya kembali,. Ini kerana, ia adalah kewajipan zakat yang masih tidak terlepas ke atas dirinya. Kelima, adanya keperluan mendesak sehingga saudara terpaksa menggunakan harta dan akibatnya ia menyusut di bawah paras nisab sedangkan haul sudah sangat dekat. Contohnya, jika isteri saudara tiba-tiba dimasukkan ke hospital untuk bersalin dan ditakdirkan memerlukan biaya yang besar, dan setelah diambil harta itu (katakan wang simpanan), maka ia menyusut di bawah paras nisab. Maka, tidaklah berdosa dan terlepaslah saudara daripada kewajipan zakat. Keenam, hutang yang dijelaskan sehingga mengurangkan hartanya di bawah paras nisab. Hutang yang dimaksudkan di sini, ialah hutang-hutang yang dibuat dalam jangka masa pendek sahaja, misalnya dalam julat waktu setahun atau beberapa bulan dan disayaratkan wajib dilunasi dengan segera. Ia tidak termasuk hutang dari bank atau mana-mana institusi yang berskala besar dan pembayarannya dibuat secara ansuran dan teratur. Katakan saudara meminjam wang RM10,000 daripada Encik A, dan berjanji akan menjelaskannya kembali di hujung tahun ini. Maka, sampai hujung tahun dan saudara pun berkira-kira mahu membayar zakat, dan katakan jumlah wang simpanan saudara hanya berjumlah RM20,000 dan nisab zakat ketika itu ialah RM15,000. Namun, semasa itu juga saudara wajib membayar hutang kepada Encik A sebanyak RM10,000 sehingga dengan itu, kekayaan saudara pun menyusut menjadi RM10,000 sahaja. Maka, jumlah RM10,000 itu sudah di bawah paras nisab dan ketika itu saudara tidak berdosa jika tidak berzakat, kerana saudara lebih wajib menjelaskan hutang yang sudah sampai tempohnya. Demikianlah serba ringkas beberapa perkara yang boleh menghalangi seseorang itu daripada melaksanakan kewajipan zakatnya. Mungkin ada lagi beberapa perkara lain, dan ia mungkin akan disentuh di ruangan ini pada siri yang lain pula, dengan izin Allah SWT. Semoga ada manfaat buat bersama. Wallahua’lam. Edisi


ULASAN BUKU 16 • Edisi • Ogos 2014 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

THE PONDOK & MADRASAH IN PATANI

TRANSFORMING PERFORMANCE MEASUREMENT: RETHINKING THE WAY WE MEASURE AND DRIVE ORGANIZATIONAL SUCCESS

Call No : 371.07709593 HAS Patani, a southern border province of Thailand was once the center of Islamic education and earned the title `cradle of Islam’ for the Malay muslim world. Patani has preserved a unique religious, cultural character and institution which could bot be found in the region. This town, withits well-known pondok and its learned tok guru attracts Muslims from the four southern provinces. Among the well-known pondok of Patani in those days are Pondok Berming, Pondok Dalo, Pondok Haji Mak Dagae, Pondok Babayeh, Pondok Semla and Pondok Mango. The pondok being the center of the traditional islamic education of the Muslims in Thailand became the focal point of attention by the Thai Goverment in the past three decades. During the process of education reform the pondok institution was first changed into the madrasah before transforming into the islamic private schools. The govermant strives to incorporate the Thai language and culture into the islamic religious schools. Teputcome of the government’s effort shows that the students of the Islamic private schools now mastered Thai, Malay and Arabic. Edisi

Call No : 658.4013 SPI Accurately measuring performance of individuals, departments, projects, and initiatives - is the single best way to ensure strong, sustainable results. But many organizations have flawed or inconsistent measurement systems, which can lead to disaster. “Transforming Performance Measurement” helps organizations maximize the value of their performance measurement approaches. Edisi

THE PROBLEMS OF THE ILLEGITIMATE CHILD (WALAD ALZINA) AND FOUNDLING (LAQIT) IN THE SUNNI SCHOOLS OF LAW Call No : 306.87409595 SUJ

THE IMPORTANCE OF THE PROHIBITION OF RIBA IN ISLAM Call No : 297.273 IMR The last revelation to come down in the Qur’an was that in which Allah Most High and His Messenger (peace and blessings be upon him) declared war for the eradication of Riba. Yet around the world of Islam today there is widespread ignorance of the subject and dangerous misconceptions that have resulted in complacency regarding Riba. Indeed the ‘litmus test’ for the recognition of spirituality in the Last Age is located in the capacity to penetrate, understand, and respond appropriately to the awesome challenge of Riba in the modern secular economy and the political Shirk of the modern secular State. Some strange reason even the scholars of Islam have avoided teaching and lecturing on this subject. There is no greater danger facing the Muslim world today than the attack of Riba which has already reduced the best Muslim communities to miserable poverty and destitution. ‘The Prohibition of Riba in the Qur’an and Sunnah’ not only explains the subject of Riba but also goes on to describe the three stages of the Qur’anic method for eradicating Riba from the economy. The book describes both that Riba which takes place when money is lent on interest as well as the other form of Riba which takes place when non-redeemable paper-money loses value and, as a consequence, the masses are ripped off. The book also guides Muslims how to respond to the challenges of Riba in the modern economy. Edisi

This book addresses the views of the Sunni scholars regarding the importance of genealogical relationship (nasab) in Islamic family law and examines the role of legitimacy on the basis of the legal maxim “al-walad li al-firash”, evidence (al-bayyinah), and doubtful intercourse (wat’ shubhah). It also elucidates the views of the Sunni schools of law on how to establish illegitimacy. For the Sunni jurists, there are several situations that determine the illegitimacy of the child. A child is considered illegitimate if its birth is the outcome of adultery (zina) or the result of legitimate union but accompanied with imprecation (li‘an). Other circumstances include the birth of the child taking place in less than six lunar months, the father of the child being categorized as one who is incapable of begetting, or the birth as a result of marital relationship considered unlawful because of consanguinity. The book also deals comprehensively with the moral, religious, legal and other aspects of the illegitimate child and the foundling in the works of the Sunni jurists. The status and rights of the illegitimate child and the foundling in the Islamic family law of Malaysia and Brunei are also discussed by referring to some provisions from Federal Territory Act 1984 (Act 303) and Brunei law. Edisi

Buku berikut boleh didapati di Perpustakaan Wakaf MAIS yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan Ru 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116


MUALLAF CARE Edisi • Ogos 2014 • 17 Disediakan oleh: Mohd Helmi Bin Mohd Nuri (helmi@mais.gov.my)

“Amal yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah yang terus menerus meskipun hanya sedikit” Para pelajar yang akan ke PUSBA Kedah sesi September 2014 bergambar bersama di Bangunan Sultan Idris Shah Shah Alam sebelum berangkat ke destinasi pada 31 Ogos 2014.

Kelas fardhu ain muallaf Masjid Al-Amaniah Batu Caves diserikan lagi dengan Majlis Jamuan Hari Raya bersama pelajar-pelajar Muallaf pada penghujung Syawal 1435H lalu.

Majlis Serahan Bantuan Aidilfitri kepada muallaf di PAID Klang telah diadakan di samping majlis berbuka puasa, tazkirah Ramadhan serta solat terawih berjemaah di dataran pejabat anjuran UNIT MUALLAF KLANG

Majlis berbuka puasa bersama muallaf Kuala Langat berlangsung dengan jayanya pada 12hb Julai lalu.


FOTO MAIS 18 • Edisi • Ogos 2014

1

2

4

3

1. YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS menyampaikan watikah pelantikan naqib kepada Ustaz Muhammad Zulhusni b Abdul Rashid di Majlis Pelancaran dan Ceramah Ihya’ Ramadhan pada 27 Jun lalu 2. DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 348 asnaf fakir dan miskin, 150 asnaf mualaf serta 170 anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Negeri. 3. Y.D.H. Dato’ Emran bin Haji Kadir, Ahli MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan NGO Islam menyampaikan sumbangan kepada NGOi dalam satu Majlis Penyerahan bantuan kepada 39 buah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) termasuk Badan Dakwah Daerah di Selangor pada 6 Julai di Bukit Jelutong. 4. MAIS telah menyerahkan bantuan Ramadhan kepada 6 buah Rumah Pemulihan Al-Riqab, berupa baucer membeli belah kepada 122 asnaf riqab, sumbangan laptop dan projektor kepada 18 buah Rumah Pemulihan Riqab serta sumbangan kepada Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan (FGN).


FOTO MAIS Edisi • Ogos 2014 • 19

5

8

6

7

5. Perbadanan Wakaf Selangor dengan kerjasama Masjid As-Syarif, Kg Dato Ahmad Razali, Dengkil telah mengadakan program Ceramah Perdana Wakaf bersama Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid sempena bulan Wakaf Negeri Selangor 2014 pada 13 Jun 2014. 6. PWS telah menerima kunjungan 35 orang peserta dan lima orang pegawai pengiring di Program Lawatan Ilmiah Peserta Kursus Pengurusan Harta Wakaf yang berlangsung di Shah Alam pada 9 Julai 2014. 7. Satu Program Ceramah Perdana Wakaf bersama Ustaz Haslin Bin Baharim telah diadakan bertempat di Ruang Solat Utama Masjid Nurul Falah, Parit 12, Sg. Panjang, Sg. Besar anjuran PWS bersempena Bulan Wakaf Negeri Selangor bagi tahun 1435H. 8. Majlis Konvokesyen KUIS pada tahun ini menyaksikan seramai 1,610 orang pelajar daripada empat fakulti layak menerima Ijazah dan Diploma masing-masing yang berlangsung pada 26 Ogos 2014 di Bandar Syed Putra.


OGOS 2014 • SYAWAL 1435 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Terkini Membentuk Fikrah Ummah

Beberapa Perkara Yang Menghalangi Zakat Semua orang maklum bahawa zakat adalah sesuatu yang wajib kepada umat Islam, namun apakah ada galangan atau perkaraperkara yang boleh menyebabkan terhalangnya kewajipan zakat kepada seseorang muslim itu? Harap ustaz bantu jelaskan.

>15

Perkongsian Gaza bersama warga Mahkamah Sabah Sumber: Aqsa Syarif

RM300 HANYA

INI ANDA KH BOLE T SIA BERWA

K

OTA KINABALU, 3 Sept 2014 - Aqsa Syarif Sabah dijemput menyampaikan perkongsian Isu Terkini dari Gaza kepada lebih 40 orang staff Mahkamah Sabah yang terdiri dari para pegawai tinggi, peguam bela dan peguam cara serta kakitangan sokongan mahkamah. Ceramah disampaikan oleh Aktivis Aqsa Syarif Sabah iaitu En Fadly Hasbi berkenaan perkembangan terkini dari Gaza dan masa depan Palestin. Aqsa Syarif mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Mahkamah Sabah atas keprihatinan terhadap isu Palestin! Edisi

Perkongsian kemanusiaan di kem PLKN Sumber: Aqsa Syarif

B

ERANANG, 6 Sept 2014 - Kem PLKN Millennium telah menganjurkan Hari Sukarelawan bertujuan untuk menyemai sikap kesukarelawanan di dalam diri para wira dan wirawati. Pihak Aqsa Syarif telah dijemput untuk berkongsi berkenaan pengalaman dalam membantu isu-isu kemanusiaan di serata dunia. Aqsa Syarif telah diwakili oleh Bro Aiman Khairul Azzam untuk berkongsi pengalaman berkenaan volunteerism dan telah menjalankan aktiviti Wall of Solidarity untuk memberikan ruang kepada para pelatih untuk menukilkan kata-kata semangat untuk saudara-saudara di Palestin. Edisi

✓ Berharta Tetapi Tiada Waris

✓ Mempunyai Anak Angkat

✓ Ingin Membuat Kebajikan Selepas Mati

✓ Kurang Arif Menguruskan Harta

✓ Berhutang Tetapi Tidak Yakin Akan Selesai Masa Hidup Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042 www.mais.gov.my EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.