MAIS News 09/2014

Page 1

SEPTEMBER 2014 • ZULKAEDAH 1435 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Derhaka Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin

Membentuk Fikrah Ummah

Hukum keluar rumah tanpa izin suami ia tetap haram dan berdosa dan mereka yang berbuat demikian dianggap derhaka (nusus) dan apabila berlaku nusus tersebut maka ia boleh menggugurkan nafkah daripada pihak suami.

>7

MAIS Agih Kuih Raya Kepada Pesakit Hospital Serdang

SERDANG 20 Julai – Sebanyak 200 balang kuih raya sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). >10

Kepentingan Berwasiat Cabaran & Pelaksanaannya

Pengurusan Wasiat Orang Islam yang mula dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor pada tahun 2005 merupakan suatu langkah proaktif dalam membantu umat Islam mengurus dan merancang harta mereka.. Artikel ini ditulis bagi menjelaskan kronologi yang berlaku dan faktorfaktor yang membawa kepada terbentuknya Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999. Ia turut menjelaskan sejarah pewujudan Unit Wasiat Dan Amanah, MAIS yang telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan wasiat serta isu dan cabaran yang dihadapi...... >3

WASIAT

Seksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 “Majlis Hendaklah Mempunyai Kuasa Sebagai Wasi Atau Pentadbir Harta Pusaka Seseorang Simati Atau Sebagai Pemegang Amanah Mana-Mana Amanah”.

ANDA....... • Berharta tetapi tiada waris • Mempunyai anak angkat • Ingin membuat kebajikan selepas mati • Lanjut usia tetapi banyak harta • Berhutang tetapi tidak yakin akan selesai masa hidup • Kurang arif menguruskan harta

LZS Raikan 120 Orang Usahawan Dan Anak Asnaf Cemerlang

SHAH ALAM, 11 Oktober 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan 120 orang usahawan asnaf. >12

Bual Bicara Wakaf Bersama Neelofa

SELAYANG – Pada 28 Ogos 2014 yang lalu, bertempat di ruang solat utama Masjid At-Tayyibin, telah diadakan Program Bual Bicara anjuran Masjid At-Tayyibin bersempena program Wakaf Khas masjid tersebut untuk mendapatkan dana pembesaran ruang solat. >11

Hanya RM300 A nda Kini Boleh Be rwasiat

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN MAIS: Pengurusan Hibah & Amanah, Penerima Harta Luqatah, Faraidh, Penerima Wang Tidak Patuh Syaiah, Penerima Wang Orang Berhutang, Sewaan Tanah dan Bangunan dan Lain-lain

BAHAGIAN HARTA BAITULMAL, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5,40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5514 3400 samb. 3756/3570/2190/2196 Faks: 03-5512 4042 Laman Web: www.mais.gov.my


Sertailah Perkhidmatan Mais

WAKAF | WASIAT | FARAID | HIBAH | SEWAAN | LUQATAH | AR-RIQAB | WANG TIDAK PATUH SYARIAH | MUALAF | PELINDUNGAN WANITA | PEMURNIAN AKIDAH | PERPUSTAKAAN WAKAF | SAHAM WAKAF SELANGOR ZAKAT |

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

AMANAH | PRIHATIN | MESRA w w w. m a i s . g o v. m y

Sidang Redaksi EDISI Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Wartawan • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Nurhelmi Bin Ikhsan • Halim Bin Mokhtar • Mohd Helmi Bin Mohd Nuri © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my

Fakta:

Interaktif:

Amal pada Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah paling dicintai Allah melebihi daripada orang yang berjihad. “Tidak ada satu amal shaleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal shaleh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi S.A.W. menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Aplikasi Waktu Solat Malaysia, Kiblat Paparan Waktu Solat Malaysia disertakan dengan arah kiblat, lokasi masjid terdekat, panduan Ramadhan, Doa doa harian, Asma Ul Husna, Nama nama Malaikat, 25 Rasul serta tasbih digital dan lain-lain. Satu aplikasi yang merangkumi pelbagai informasi berguna dalam menjadi muslim yang profesional.

Dakwah dan Kerohanian:


FOKUS Edisi • September 2014 • 3

Kepentingan Berwasiat Cabaran & Pelaksanaannya Susunan Semula Oleh: Sri hartini Md Noh Daripada Kertas Kerja Pengurusan Wasiat MAIS Kronologi Isu Dan Cabaran

Peruntukan Dan Pemakaian Undang-undang Berkaitan Wasiat Bidangkuasa MAIS untuk melaksanakan pengurusan wasiat orang Islam disebutkan secara jelas di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pada seksyen 5 (4) : “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.� Pewujudan Unit Wasiat & Amanah, Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor Penubuhan unit ini diputuskan berdasarkan Kertas Cadangan Pemerkasaan MAIS yang dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor bil.1/2005 pada 14 hb April 2005. Walaubagaimanapun, penubuhan Unit Wasiat & Amanah MAIS yang mengendalikan pengurusan wasiat orang Islam ini dianggap agak lewat jika dibandingkan dengan penggubalan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 yang telah lama wujud. Namun, apa yang menarik adalah MAIS telah mencetuskan suatu peranan yang boleh dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) untuk menjadi sebuah badan pengurusan harta umat Islam yang yang selama ini telah dipelopori oleh agensi swasta seperti Amanah Raya Berhad (ARB), firma guaman, syarikat trustee dan sebagainya. Oleh itu, pelaksanaan pengurusan wasiat orang Islam MAIS harus dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik. Kewujudannya juga harus mampu memberi impak dan manfaat yang jelas kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor yang memerlukan perkhidmatan wasiat betulis

Pengurusan Wasiat Orang Islam yang mula dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor pada tahun 2005 merupakan suatu langkah proaktif dalam membantu umat Islam mengurus dan merancang harta mereka.. Artikel ini ditulis bagi menjelaskan kronologi yang berlaku dan faktor-faktor yang membawa kepada terbentuknya Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999. Ia turut menjelaskan sejarah pewujudan Unit Wasiat Dan Amanah, MAIS yang telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan wasiat serta isu dan cabaran yang dihadapi.

dan perlantikan wasi. Kejayaan yang dicapai oleh MAIS pasti akan mendorong dan membuka mata Majlis Agama Islam Negeri yang lain untuk turut serta melaksanakan pengurusan wasiat orang Islam. Persaingan Dengan Syarikat Pengurusan Harta & Amanah Pengurusan Harta Orang Islam telahpun dilaksanakan oleh institusi samada badan berkanun, firma guaman ataupun syarikat swasta. Pengurusan yang dilaksanakan oleh agensiagensi tersebut telah mencapai tahap profesionalisme dan kredibiliti yang amat tinggi. Sebagai contoh, Amanah Raya Berhad (ARB) di bawah seksyen 11-14 Public Trust Corporation Act, 1995 (akta 532) telah diberi kuasa untuk bertindak sebagai pemegang amanah, wasi, pentadbir, penjaga, sahabat wakil, ejen, penerima, boleh diberi probet atau suratkuasa mentadbir dan sebagainya. ARB juga boleh dilantik sebagai ganti wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang sediada. Begitu juga syarikat-syarikat amanah lain yang ditubuhkan di bawah akta syarikat 1965, dan didaftarkan di bawah akta syarikat Amanah 1949, seperti as-Salihin Trustee Bhd. yang turut mempunyai kuasa-kuasa wasi, pentadbir pusaka dan pemegang amanah bagi harta orang-orang Islam.

Kewujudan agensi-agensi seperti di atas sudah pasti menjadi satu cabaran buat MAIS untuk bersaing dalam bidang perkhidmatan wasiat khususnya kepada orang Islam. Walaubagaimanapun, objektif utama pengurusan wasiat orang Islam MAIS diwujudkan bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana agensi tersebut. Matlamat utama yang disasarkan adalah untuk menzahirkan peranan MAIS sebagai badan yang menjaga kebajikan dan menguruskan harta umat Islam. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran serta melakukan penyebaran maklumat mengenai wasiat kepada umat Islam di negeri Selangor melalui kaedah yang bersistematik dan berkesan. Beberapa punca telah dikenalpasti mengapa kesedaran masyarakat Islam berkaitan wasiat masih berada pada tahap yang amat rendah antara faktor seperti berikut : Kurang Pendedahan, Penerangan, Penulisan Artikel Berkaitan Wasiat. MAIS telah mengambil beberapa langkah dengan merancang dan melaksanakan program-program seperti taklimat, ceramah, forum perdana, khutbah jumaat, penerangan, dan pembukaan kaunter bergerak bagi memberi kefahaman

dan kesedaran kepada masyarakat Islam berkaitan kepentingan wasiat. Program ini telah dilaksanakan di jabatan-jabatan kerajaan, swasta, NGO masjid dan surau di seluruh negeri Selangor secara berjadual dan berkala. Salah Faham Masyarakat Terhadap Wasiat Terdapat sebilangan masyarakat Islam yang menganggap bahawa wasiat hanya bersangkutan dengan orang yang hampir mati sahaja. Ada juga individu yang beranggapan bahawa wasiat hanya untuk orang yang kaya dan berharta sahaja dan tidak perlu dilakukan oleh mereka yang bukan dari golongan kaya. Ada juga yang fobia bila disebutkan wasiat dan memberikan pelbagai ragam dan alasan apabila diajukan persoalan tentang wasiat. Berdasarkan stastistik yang diperolehi, setakat ini hanya 100,000 sahaja orang yang menulis wasiat di Malaysia berbanding 10 juta individu yang layak menulis wasiat. Daripada jumlah tersebut hanya 20 % sahaja terdiri dari kalangan orang Islam. Ini menggambarkan bahawa kesedaran orang Islam tentang kepentingan wasiat masih berada di tahap yang rendah berbanding orang bukan Islam. Penutup Pengurusan wasiat yang dilaksanakan oleh MAIS mempunyai prospek perkembangan yang sangat tinggi lantaran kesedaran masyarakat Islam dalam aspek perancangan harta dilihat semakin meningkat dan mendapat sambutan. Justeru, keberkesanan sistem pengurusan serta pengetahuan dan kemahiran pegawai yang melaksanakan perkhidmatan ini perlu diambil berat oleh MAIS. Kejayaan MAIS dalam pengurusan ini sudah pasti akan membuka mata MAIN yang lain untuk turut serta mengorak langkah melaksanakan pengurusan ini demi menjamin dan menjaga kemaslahatan harta umat Islam. Edisi


ISU 4 • Edisi • September 2014

Wasiat Harta Pusaka

Bukan Waris Tak Lebih 1/3 Pentadbir dilantik kenal pasti aset, tentukan penerima berhak mengikut undang-undang Jika siri lalu membincangkan perkara berkaitan pentadbiran harta pusaka, akaun amanah dan wasiat, kali ini AmanahRaya menjelaskan secara ringkas mengenai pentadbiran harta pusaka supaya umum dapat mengingat kembali isu telah dibincangkan sebelum ini. Harta pusaka ialah segala peninggalan si mati yang meliputi harta alih dan harta tak alih selepas ditolak hutang serta kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak berhak menurut undang-undang.

Sumber: Berita Harian Online

H

arta alih adalah harta boleh dialih dari satu tempat ke satu tempat yang lain contohnya kereta dan wang tunai, manakala harta tak alih pula, harta i tidak boleh dialih atau kekal di tempatnya seperti rumah, tanah atau sawah bendang. Menurut jumhur ulama, hak berkaitan harta pusaka terbahagi kepada 5 iaitu: • penyelenggaraan dan pengebumian jenazah; • pembayaran hutang si mati iaitu hutang dengan Allah dan hutang sesama manusia; • pelaksanaan wasiat; • tuntutan harta sepencarian; dan • pengagihan baki harta kepada waris berhak. Selain itu, sebelum pembahagian harta pusaka dijalankan, jika ada tuntutan harta sepencarian, harta si mati tidak boleh dibahagikan sehingga keputusan mengenai tuntutan harta sepencarian diperoleh. Pentadbiran harta pusaka terbahagi kepada dua iaitu harta pusaka berwasiat dan harta pusaka tidak berwasiat. Bagi harta pusaka berwasiat, si mati ketika hidupnya telah menulis wasiat dan melantik pentadbir bagi harta pusakanya, mengenal pasti hartanya serta menentukan siapa menerima harta itu. Menurut Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan tidak lebih daripada 1/3 jumlah hartanya kepada bukan waris sama ada untuk amal jariah, anak angkat, cucu kematian bapa dan sebagainya. Manakala bagi pentadbiran harta

pusaka tidak berwasiat pula, waris perlu melantik pentadbir harta pusaka. Jika waris melantik AmanahRaya sebagai pentadbir, sebagai pentadbir harta pusaka, AmanahRaya akan mewakili waris di mahkamah dan menguruskan harta pusaka bagi pihak waris. AmanahRaya juga akan meneliti senarai harta, liabiliti dan mengenal pasti penghutang dan pemiutang si mati, melunaskan segala hutang si mati kepada pihak berkaitan, mengeluarkan suratkuasa bagi Seksyen 17(1) dan 17(2). Pengagihan harta pusaka berdasarkan hukum faraid (bagi yang beragama Islam) atau Akta Pembahagian 1958 (bagi bukan Islam). Waris perlu membawa dokumen penting bagi membantu melaksanakan pentadbiran harta pusaka seperti sijil kematian, sijil faraid (bagi yang beragama islam), dokumen berkaitan harta dan hutang (contohnya buku simpanan bank, geran kereta, geran tanah dan lain-lain). Bagi pentadbiran harta pusaka orang Islam, sijil faraid akan memperuntukkan bahagian yang akan diterima waris dan pembahagian dibuat mengikut hukum faraid. Sijil faraid dikeluarkan Mahkamah Syariah adalah dokumen penting digunakan sebagai asas kepada pembahagian harta pusaka. Ada juga kes penolakan harta pusaka oleh waris berhak atas faktor tertentu. Selain isu penolakan, ada juga pembahagian mengikut pakatan atau persetujuan waris, tolak ansur yang mengikut konsep takharuj. Pembahagian mengikut pakatan ini boleh dilaksanakan jika semua waris

berhak sudah bersepakat dan bersetuju untuk membuat pembahagian mengikut apa yang mereka fikirkan adil dan dapat melindungi hak setiap waris berhak. Oleh demikian, jika ahli waris membuat persetujuan dan mengemukakan Surat Persetujuan Penolakan atau Surat Pakatan Keluarga dalam pembahagian harta pusaka, pembahagian akan dibuat mengikut Surat Persetujuan atau Surat Pakatan berkenaan. Dalam hal pentadbiran harta pusaka bagi bukan Islam pula, jika si mati ada menulis wasiat, pembahagian pusaka dibuat mengikut wasiat. Tanpa dokumen wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958 atau Surat Persetujuan Penolakan atau Surat Pakatan Kelu-

arga. AmanahRaya yang dilantik sebagai pentadbir bertanggungjawab untuk menyediakan penyata akaun harta pusaka bagi menyenaraikan aset dihasilkan, liabiliti yang dibayar berserta perincian nama waris, bahagian dan jumlah diterima. Selepas harta pusaka diagihkan kepada waris yang berhak, kes pusaka akan didaftarkan sebagai pusaka yang telah selesai dan ditutup. Bagi waris berumur 18 tahun dan ke bawah, orang kurang upaya dan cacat akal, bahagiannya akan dimasukkan ke akaun amanah di AmanahRaya dan boleh dituntut mengikut keperluan. Selepas berusia 18 tahun atau usia dipersetujui seperti dalam Suratikatan Amanah, baki wang yang ada dalam akaun amanah akan diserahkan kepadanya. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu); dan di sisi Allah pahala yang besar.” (Surah AtTaghabun, ayat 15) Daripada Abi Bazrah al-Aslami, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan melangkah kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga ditanyakan mengenai umurnya pada apa ia habiskan, mengenai ilmunya pada apa ia lakukan, mengenai hartanya dari mana ia diperoleh dan ke mana ia dibelanjakan dan mengenai tubuhnya pada apa ia dihabiskan.” Edisi


GENERASI•Q Edisi • September 2014 • 5

Ikhlas Kerana-Nya “Ikhlas itu jiwa yang murni, rahsia Allah di dalam hati, terlalu sembunyi tapi dapat dikesan, jika disuluh dengan saksama, nista dan puji tiada berbeza.” Itulah antara bait-bait lagu nasyid oleh salah satu kumpulan nasyid popular yang menggambarkan tentang keunikan sifat ikhlas.

Sumber: Laman sesawang JAKIM

S

ifat ikhlas sangat istimewa. Walaupun sulit untuk diberikan pengertian yang tepat dan tiada tanda-tanda jelas yang menggambarkan kehadirannya, namun ia memberikan pengaruh yang besar dan bermakna terutamanya dalam amalan dan perbuatan setiap yang bergelar Mukmin. Jika keikhlasan yang mendahului setiap gerak-geri insan, akan lahir keluhuran dan membuahkan keberkatan Allah SWT dalam setiap amalannya. Ia amat berkait rapat dengan persoalan hati seperti yang dimaksudkan oleh hadith Rasulullah SAW : “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya.”(Riwayat Bukhari & Muslim) Al-Imam asy-Syahid Hasan AlBanna menyatakan, “Ikhlas adalah setiap kata-kata, amalan dan jihad setiap Muslim hanya kerana Allah SWT, untuk mencari keredhaan dan ganjaran baik dari-Nya, tanpa memandang kepada imbuhan duniawi, kemewahan, kemegahan atau gelaran. Justeru, insan itu menjadi pengikut kerana akidah dan fikrah bukan kerana kebendaan atau sebarang kepentingan peribadi.” Daripada katakata Imam Hasan al-Banna, dapat difahami bahawa sifat ikhlas ialah melakukan sesuatu amalan sematamata kerana mencari keredhaan Allah SWT. Amalan yang dilakukan tidak dicampuri oleh keinginan dunia, keuntungan untuk diri sendiri, mencari pangkat dan darjat, inginkan kemasyhuran, pujian dan dikenali seluruh dunia kerana sesuatu perkara yang ada pada dirinya.

Sebagaimana solat lima waktu yang menjadi tiang untuk meneguhkan dan sebagai perlambangan bagi seseorang yang bergelar Muslim, membezakan dirinya dengan penganut agama lain, sifat ikhlas menjadi penanda aras kepada amalan setiap insan. Justeru, ikhlas disebut di awal solat sebagai pembukaan kepada kesedaran minda bahawa apa yang sedang dilaksanakan ini hanya kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am, ayat 162 yang bermaksud :“Katakanlah olehmu, “sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.” Sifat ikhlas di dalam diri insan boleh diumpamakan seperti akar tunjang bagi sebatang pokok. Walaupun tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat oleh pandangan mata, namun ia menjadi penguat dan menyokong pokok itu tumbuh tegak dan teguh walaupun dirempuh oleh angin kencang dan ribut yang melanda. Keteguhan peribadi seperti ini akan melahirkan seorang Mukmin yang mampu bertahan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan. Keistimewaan Sifat Ikhlas Kehadiran sifat ikhlas dalam diri individu memberikan pengaruh yang sungguh besar terutamanya ke arah pembentukan peribadi yang syumul dan berkualiti sejajar dengan syariat. Antaranya: a. Menjauhkan Sifat Berpura-pura Sememangnya menjadi lumrah manusia jika melakukan kebaikan mereka inginkan pujian, dipandang hebat oleh manusia, mendapat gan-

jaran keduniaan seperti pangkat, darjat malahan harta benda. Diri akan merasa bangga dan puas jika mendapat ganjaran keduniaan yang diimpikan. Alangkah ruginya golongan yang hanya mendapat kelebihan dunia, di sisi manusia. Namun di sisi Allah SWT semuanya kosong dan tidak bermakna. Setiap amalan yang dilaksanakan, jika tiada keikhlasan hanyalah sesuatu yang hipokrit dan berpura-pura. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka”. (Riwayat Baihaqi). b. Membunuh Sifat Riya’ Sifat riya’ boleh memusnahkan pahala amalan yang dilakukan. Sekiranya melaksanakan sesuatu perkara di hadapan orang lain, perkara tersebut dilakukan dengan sebaik mungkin supaya nampak cantik pada pandangan manusia. Namun, bila bersendirian dan tidak diketahui oleh orang lain, perbuatannya hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga”, tidak bersungguh-sungguh dan tidak sempurna. Sifat suka menunjuk-nunjuk ini dapat dihapuskan sekiranya disertai dengan keihklasan niat kerana Allah SWT. c. Membentuk Jiwa yang Kental Seorang yang ikhlas, terselit dalam setiap amalannya niat melakukan kerja kerana Allah SWT. Dalam setiap detik kehidupan pula tidak semua perkara yang dilaksanakan meraih kesempurnaan. Ada cacat cela dan kekurangan yang boleh menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati di kalangan pelakunya. Justeru, dengan keikhlasan akan terbentuk jiwa yang kental, tidak mudah mengalah dengan ujian dan kepayahan. Sekiranya kecewa pada sesuatu masa, jiwa yang ikhlas akan segera terubat kerana yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Secara tidak langsung, individu yang ikhlas akan kembali bangkit untuk melaksanakan yang terbaik kerana Allah SWT tanpa terus menerus

terkurung dengan kekecewaan yang telah berlaku. d. Memupuk Sifat Redha dan Tenang Dunia adalah pentas ujian. Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “ Kami beriman” sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?”. Bagi insan yang ikhlas menjalani kehidupannya, sudah pasti mereka akan sentiasa tenang walaupun terpaksa melalui kepayahan dan dugaan yang hebat. Mereka akan tetap meneruskan kehidupan dengan hati yang lapang dan redha dengan ketentuan-Nya di samping sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kesimpulan Keikhlasan adalah suatu sifat mahmudah yang patut disemai dalam setiap sanubari insan yang mengaku beriman. Sememangnya bukan mudah untuk menjadi seorang yang benar-benar ikhlas dalam kehidupannya kerana ia berkait rapat dengan persoalan hati manusia yang sentiasa berbolak-balik dan tidak nampak tandanya dengan jelas. Apa yang boleh dilakukan, berusahalah dengan sebaik mungkin dalam melaksanakan amalan di dunia ini dan niatkan segala-galanya kerana Allah SWT. Hanya Dia yang selayaknya memberikan ganjaran yang benar-benar setimpal atas apa yang diusahakan. Bagi sesiapa yang telah beramal dengan penuh keikhlasan, tiba-tiba dipuja dan dipuji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, sedangkan itu semua tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan keikhlasan kepada Allah SWT, mereka itulah yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “ Rasulullah SAW telah ditanya berkenaan seseorang yang telah berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?” Jawab Baginda, “Itulah khabar gembira yang didahulukan buat para Mukmin” (Riwayat Muslim) *Artikel ini telah diterbitkan dalam Majalah Dian, isu 3. Edisi


BICARA MUFTI 6 • Edisi • September 2014

Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah. Muzakarah menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka. Oleh itu, Muzakarah berpandangan bahawa dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia

O

leh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3. Pelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: 1. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima Wasiat Wajibah. 2. Hendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan. 3. Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta’sib maka mereka tidak layak untuk mendapat Wasiat Wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding Wasiat Wajibah. 4. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat

dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah daripada harta pusaka datuk. 5. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut. 6. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain. 7. Pembahagian Wasiat Wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang. 8. Pembahagian Wasiat Wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.

hawa hokum wasiat adalah sunat dan umat Islam digalakkan untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi 1/3. 2. Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Menurut Ibn Hazm, penurunan ayat pusaka yang menerangkan hak faraid bagi waris-waris tidak menasakhkan kewajipan berwasiat bahkan penurunan ayat wasiat tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris yang tidak mendapat pusaka disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Dalam hal ini Ibn Hazm menegaskan bahawa kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas kematian seorang muslim dan menjadi kewajipan kepada waris atau pentadbir harta untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut menurut kadar yang berpatutan tanpa menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang ditinggalkan. 3. Wasiat Wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta

Keterangan/Hujah: 1. Majoriti fuqaha’ berpendapat ba-

bagaimana pelaksanaannya kerana wasiat wajibah dilihat dapat mengatasi isu kematian serentak yang berlaku terhadap datuk atau nenek bersama anak yang masih mempunyai anak-anak (cucu) yang masih hidup. 4. Dalam sistem pembahagian pusaka Islam, cucu tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara dan ibu saudara. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan cucu-cucu ini terutama sekali sekiranya mereka masih kecil. Lebih memburukkan lagi keadaan sekiranya ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak meninggalkan harta untuk diwarisi oleh anak-anak bagi meneruskan kehidupan. 5. Dalam melaksanakan Wasiat Wajibah, harus mengambil pandangan Ibn Hazm az-Zahiri demi kepentingan keluarga terutamanya anakanak yang menjadi yatim piatu. 6. Sebahagian negeri tidak mengkanunkan pelaksanaan Wasiat Wajibah kerana ia tidak mengikut pandangan Mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya negeri-negeri memfatwakan kerana asas pelaksanaannya adalah maslahah dan kebajikan insan. Dalam situasi hidup pada hari ini, maslahah ahli-ahli waris yang dalam keadaan memerlukan tetapi terhalang daripada mendapat bahagian pusaka, perlu ditentukan mengikut Maqasid Syariyyah. 7. Wasiat Wajibah boleh dianggap sebagai badal atau ganti kepada faraid. Oleh itu, pelaksanaannya juga perlu didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang. Edisi

Fatwa Negeri Berkaitan: Tajuk

Negeri

Penwartaan

Tarikh Keputusan

1

Kajian Semula Mengenai Fatwa Wasiat Wajibah

Kelantan

Tidak Diwartakan

14 Dec, 2008

2

Fatwa Draf UndangUndang Wasiat Wajibah

Kelantan

Tidak Diwartakan

30 Apr, 2008

3

Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah

Negeri Sembilan

Tidak Diwartakan

27 Aug, 2013

4

Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah

Johor

Tidak Diwartakan

17 Jan, 2012

Bil


ARTIKEL KHAS Edisi • September 2014 • 7

Derhaka Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin Hukum keluar rumah tanpa izin suami ia tetap haram dan berdosa dan mereka yang berbuat demikian dianggap derhaka (nusus) dan apabila berlaku nusus tersebut maka ia boleh menggugurkan nafkah daripada pihak suami. Ia dibenarkan keluar kerana tujuan tertentu seperti untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan sebarang ancaman yang lain. Demikian juga dibenarkan isteri keluar rumah untuk mempelajari ilmu yang wajib (fardu ain) dalam agama sedangkan di rumahnya tidak disediakan kelas tersebut sama ada oleh suaminya sendiri atau dengan memanggil orang lain ke rumahnya yang merupakan tugas dan tanggungjawab suami terhadap isterinya sendiri.

Sumber: Majalah Dakwah www.dakwah.com.my

A

dapun tujuan yang tidak perlu seperti keluar menziarah kawan atau ke pasar atau bersiar-siar ia adalah dilarang keras oleh agama. Begitu juga membawa orang lain ke dalam rumah tanpa kebenarannya (suami). Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini tanpa disedari. Perbuatan kurang sopan ini dilarang keras oleh agama kita yang maha suci, tetapi dipandang remeh oleh orang kita yang mana ia banyak menyebabkan keruntuhan rumah tangga dalam masyarakat hari ini dan ini patut menjadi renungan kita semua. Penderhakaan dan kufur nikmat ini banyak sangat berlaku dalam masyarakat kita. Sebab itu apabila baginda dibawa melawat ke neraka pada malam mikraj, baginda melihat ramai kaum wanita di dalam neraka sehingga

mereka (wanita) bertanya Rasulullah, kenapa ramai kaum wanita berada di dalam neraka? Jawab baginda: “Kerana mereka mengingkari pergaulan dan jasa suaminya serta tidak bersyukur.� Dan apabila baginda ditanya bagaimana sebenarnya kufur nikmat itu? Sabda baginda: Seseorang kamu sudah lama membujang, akhirnya dikurniakan suami dan lama hidup bersamanya dan serta memperoleh cahaya mata dengannya. Tetapi bila berlaku sebarang ketegangan dalam rumah tangga terus sahaja isteri tadi bersumpah serta mengungkit mengatakan suami tidak pernah melakukan sebarang kebaikan dan berjasa terhadapnya. Sikap seperti itulah kata Rasulullah kufur nikmat yang diulanginya sampai tiga kali. Demikian juga kaum lelaki yang sudah lama hidup bersama isterinya dan mempunyai ramai anak dengan isteri tersebut, tetapi bila sekali sekala isteri melakukan kesilapan, maka terus ditempeleng atau dit-

erajangnya. Maka sikap mudah hilang pertimbangan seperti inilah yang menyebabkan ramai manusia masuk ke neraka di akhirat nanti tanpa mengira lelaki atau perempuan. Dalam hal ini sesiapa saja yang mudah hilang sabar dan pertimbangan maka dia akan dimasukkan ke neraka. Kaum wanita tidak perlu bimbang sekiranya mereka tidak terlibat dengan sikap negatif tadi, kerana bukan kerana jenis kejadiannya (lelaki atau perempuan) seseorang itu dimasukkan ke neraka, tetapi kerana sikap buruk tadi, iaitu mudah meradang dan hilang kesabaran. Tetapi kaum lelaki selalu membawa cerita ini untuk menggambarkan kaum wanita itu jahat dan ramai dalam neraka. Sedangkan mereka tidak sedar sebab dan puncanya seseorang itu ke neraka ialah bukan kerana lelaki atau wanita tetapi disebabkan tabiat buruk tadi. Dalam sesuatu keadaan, kita harus menggunakan akal kewarasan sewajarnya, agar tidak mudah terkeluar dari

batasan manusia. Malah darjatnya sudah jatuh ke peringkat haiwan, inilah maksud firman Allah s.w.t. : Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu dalam bentuk kejadian yang terbaik tetapi kemudian akan Kami tolak turun manusia ke peringkat yang paling rendah sampai jatuh ke peringkat haiwan, melainkan orang beriman dan beramal saleh untuk mereka pahala yang melimpahruah tapa putus-putus. (surah Attin: 4-6). Pertimbangan akal itulah garis pemisah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Sebab itu setiap individu hendaklah berhati-hati agar tidak jatuh martabatnya ke peringkat haiwan, cuma Islam sajalah yang dapat mempertahankan darjat manusia ini malah mengangkat martabatnya ke peringkat yang lebih tinggi hatta lebih tinggi daripada malaikat. Buktinya adalah Rasulullah. Baginda adalah semulia-mulia makhluk tanpa pengecualian lagi. Edisi


ARTIKEL KHAS 8 • Edisi • September 2014

Sultan Itu Bukanlah Sahaja Dalam Adat Istiadat dan Majlis Rasmi Tetapi Adalah Untuk Melihat Negeri dan Rakyat Negeri Selangor Hidup Dalam Aman dan Maju Jaya. Titah D.Y.M.M Sultan Selangor Di Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor Pada 26 September 2014 Di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang

A

ssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini. Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini. Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu

Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah. Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Disini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar. Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta. Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat. Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya. Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa

mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain. Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959. Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni. Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Tidak lupa juga Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana. Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat. Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran. Kemanakah hala tuju, dan ke-

manakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri. Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuantuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan. Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya. Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin. Sekian. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. Edisi


BERITA DUNIA Edisi • September 2014 • 9

Israel Halang Bahan Pembinaan Masuk Ke Gaza Sumber: Aqsa Syariff

7

Okt, Gaza - Pihak zionis Israel menghalang kemasukan 60 buah trak yang penuh dengan bahan-bahan pembinaan daripada masuk ke Gaza. Semasa 51 hari Gaza ‘disembelih’, Is-

rael memusnahkan 15,671 unit rumah di sepanjang Gaza, termasuk 2,276 yang musnah teruk. Lebih 2,150 orang penduduk Gaza, kebanyakannya penduduk awam terbunuh, dan 11,000 orang cedera semasa serangan membabi-buta tersebut. Edisi

Masjidil Aqsa Diceroboh Zionis Israel! Sumber: Aqsa Syariff

8

Okt - Pegawai Perubatan melaporkan berdozen warga Palestin yang cedera diserang secara tibatiba oleh askar-askar Israel bersama penduduk haram Yahudi. Sumber memberitahu bahawa askar Israel melontar bom gas, menembak grenade dan peluru rubber-coated metal. Sekumpulan askar dikerah terutamanya di pintu Al-Magharba, dan serangan berlaku sekitar pukul 7.30 pagi. Serangan berlaku secara tiba-tiba semasa para jemaah sedang beribadah di dalamnya. Ada di kalangan para jemaah diikat,

dan dihalau keluar dengan kasar. Serangan itu seterusnya menyebabakn pertempuran berlaku di antara warga Palestin dan zionis Israel. Edisi

Taliban Mengaku Taat Setia Terhadap IS

Ukraine Pecat Menteri Pertahanan

Sumber: Sinar Harian

K

IEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memecat menteri pertahanannya menjelang rundingan pelan damai dengan Rusia. Poroshenko dalam kenyataan rasminya berkata, beliau akan melantik menteri baharu bagi menggantikan Valeriy Heletey.

Menurut AFP, Heletey dilantik sebagai menteri pertahanan, Julai lalu. Pemecatan itu susulan kegagalan Heletey menangani konflik yang berlanjutan selama hampir enam bulan di timur Ukraine. Sehingga kini, angka kematian akibat pertempuran antara tentera Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia mencecah 3,400 orang. Edisi

Sumber: Sinar Harian

I

SLAMABAD - PAKISTAN. Lima komander Taliban di Pakistan dan jurucakap mereka semalam mengumumkan kesetiaan rasmi terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS), sekali gus memberi tamparan hebat kepada Al-Qaeda yang menguasai rantau ini. Jurucakap Shahidullah Shahid berkata, beliau telah menerima kepimpinan ketua IS iaitu Abu Bakr al-Baghdadi, di mana kumpulan terbabit telah mengambil alih sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria. Menurutnya, Komander Taliban dari daerah puak Orakzai, Kurram dan Khyber, ketua Taliban di daerah Hangu di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa serta ket-

ua militan wilayah Peshawar juga telah melafazkan ikrar kesetiaan terhadap alBaghdadi. “Pengumuman kesetiaan bukan daripada kumpulan Taliban Pakistan atau ketua kami Maulana Fazlullah, tetapi ia hanya dilafazkan oleh saya dan lima komander lain,” katanya dalam laporan Press TV. Katanya lagi, Fazlullah menyokong IS namun, tidak mengumumkan kesetiaan secara rasmi terhadap kumpulan berkenaan. Sementara itu, pegawai perisikan memberitahu, keputusan taat setia itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa Al-Qaeda yang sebelum ini berpecah dengan IS semakin kehilangan kuasa di Pakistan, manakala IS dilihat sebagai kumpulan sedang meningkat naik. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • September 2014

MAIS Agih Kuih Raya Kepada Pesakit Hospital Serdang Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

Hospital Serdang daripada Kolej Universiti Islam An-

tarabangsa Selangor (KUIS). Edisi

MAIS Terima Kunjungan MAIJ Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

S

HAH ALAM 3 September - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Kunjungan yang diketuai oleh Tuan Haji Mustafabin

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS HAH ALAM 7 Ogos – Satu majlis Exit Conference Pengauditan Penyata Kewangan MAIS bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 yang dipengerusikan oleh Y.A.D Tan Sri Dato’

S

ERDANG 20 Julai – Sebanyak 200 kuih raya sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diberikan kepada pesakit-pesakit di Hospital Serdang sebagai sumbangan hari raya dalam menyambut bulan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Pesakit-pesakit yang diberikan sumbangan terdiri daripada Wad Kronik iaitu di Wad Oftamologi (Pembedahan Mulut), Pembedahan Sakit Puan, Kardiotorasik dan di Wad Rehab. Sumbangan disampaikan oleh Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Turut serta Ahli Sukarelawan

Exit Conference Pengauditan Penyata Kewangan MAIS

Omar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Baitulmal MAIJ dan beberapa wakil pegawai –pegawai MAIJ disambut baik oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan pegawai-pegawai MAIS. Kunjungan selama setengah hari ini bertujuan melihat pelaksanaan Modul

Wasiat dan Hibah di negeri Selangor untuk digunapakai di pentadbiran MAIJ di samping mengalakkan percambahan idea serta meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan. Kunjungan tersebut juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara agensi-agensi antara negeri-negeri. Edisi

Setia Haji Ambrin bin Buang, Ketua Pengarah Audit Negara telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah. Turut hadir Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin Setiausaha MAIS. Edisi

Sambutan Hari Raya MAIS Bersama Orang Asli

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat MAIS

G

OMBAK 24 Ogos - MAIS melalui Unit Pembangunan Muallaf Daerah Gombak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bersama penduduk orang asli di Batu 12. Program ini merupakan program ramah mesra di samping meraikan bulan syawal bersama penduduk orang asli yang muslim dan non muslim. Selain itu, program ini juga dapat memberi manfaat yang berguna kepada pegawai di Unit Pembangunan Muallaf mendekati muallaf di kalangan orang asli. Selain beramah mesra, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah Tazkirah Syawal, Sesi Santapan Raya, Persembahan Nasyid dan Sesi Penyerahan Duit Raya kepada Kanak-Kanak Orang Asli. Program ini turut diraikan oleh Pegawai Tadbir Agama Gombak dan Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • September 2014 • 11

Bual Bicara Wakaf Bersama Neelofa Sumber: PWS

S

ELAYANG – Pada 28 Ogos 2014 yang lalu, bertempat di ruang solat utama Masjid At-Tayyibin, telah diadakan Program Bual Bicara anjuran Masjid AtTayyibin bersempena program Wakaf Khas masjid tersebut untuk mendapatkan dana pembesaran ruang solat. Program Bual Bicara telah dimoderatorkan oleh Imam Masjid At-Tayyibin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor, Encik Abu Bakar Bin Yang telah dijemput sebagai panel bersama selebriti yang telah berhijrah, Neelofa. Pada program tersebut juga, Neelofa turut berkongsi pengalaman penghijrahan beliau agar menjadi iktibar dan tauladan kepada semua. Pihak PWS telah membuka kaunter wakaf untuk memberi peluang kepada ahli kariah untuk berwakaf. Edisi

Majlis NOU Antara KUIS Dan Jabatan Pengajian Politeknik

Disediakan oleh: Bahagian Pemasaran dan Komunikasi

B

ANDAR SERI PUTRA, 2 September 2014 - YBhg. Dato Hj. Mokhlis bin Jaafar (Director General, Jabatan Pengajian Politeknik) dan YBhg. Prof Madya Dato’ Dr. Ab Halim bin Tamuri (Rektor

KUIS)) memaparkan Note of Understanding (NoU) yang telah ditandatangani pada hari ini, 2 September 2014 bertempat di Dewan Majlis Senat, KUIS. Pihak KUIS sedia menerima graduan dari Politeknik untuk melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD. Edisi

Majlis Hi-Tea Alumni Kisdar - KUIS 2014 Disediakan oleh: Seksyen Alumni & Rundingcara

6

September 2014, Majlis Hi-Tea Alumni KUIS 2014 telah diadakan di Pusat Konvensyen KUIS anjuran Seksyen Alumni dan Rundingcara dengan kerjasama Persatuan Alumni KUIS. Tujuan utama majlis ini dianjurkan adalah untuk menjalinkan rangkaian ukhuwah dan silaturrahim antara Alumni bermula tahun 1998 sehingga 2014 dengan bertemakan Bertemu untuk sebuah persahabatan telah berjaya dilaksanakan dengan menemukan seramai 200 orang Alumni beserta keluarga dalam suasana majlis yang santai, mesra dan ceria. Majlis ini turut dihadiri oleh Rektor KUIS Ybhg Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Halim Tamuri dan isteri, Dr Mukmin Basri Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni serta Pengerusi Per-

satuan Alumni Ustaz Sapie Sabilan. Ucapan Rektor di dalam majlis ini menekankan tentang usaha memperkasakan peranan Alumni menjadi platform utama di dalam membantu KUIS ke arah menjadi sebuah Universiti Wakaf dan berharap Alumni kembali menyumbang kepada KUIS dalam apa juga bentuk sumbangan khususnya Dana Wakaf ilmu KUIS. Majlis ini turut diserikan

dengan tazkirah 10 minit bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan cabutan bertuah sepanjang majlis berlangsung serta diakhiri dengan perlawanan bolasepak persahabatan di antara Alumni KUIS dan Pilihan KUIS. Detik pertemuan ini diharapkan dapat melahirkan satu suasana mahabbah sepanjang hayat di antara Alumni yang saling mendoakan di antara satu sama lain di dalam mencari keredaan Allah di dunia dan akhirat. Edisi

Skuad Prihatin LZS Jejaki Golongan Gelandangan Disediakan oleh: LZS

K

LANG, 22 Ogos 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) di bawah Skuad Prihatin dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID) turun padang bagi menjejaki dan mendekati golongan gelandangan di sekitar daerah Klang. Aktiviti yang dijalankan pada waktu tengah malam ini bertujuan mendapatkan maklumat mengenai golongan tersebut, di samping melihat keperluan yang boleh disalurkan kepada mereka. Pada masa yang sama juga, LZS telah mengenal pasti individu yang layak untuk dibantu dan menawarkan bantuan mengikut keperluan mereka. Untuk makluman, Skuad Prihatin diwujudkan sebagai inisiatif LZS dalam menan-

gani isu-isu semasa seperti bencana alam, kebakaran dan sebagainya. Ia turut mendapat mendapat kerjasama daripada agensi yang berkaitan. Melalui pendekatan proaktif ini, bantuan segera

dapat disalurkan terutamanya bagi kes-kes kecemasan. Orang ramai disarankan untuk menyalurkan maklumat dan aduan kepada LZS dengan menghubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • September 2014

LZS Raikan 120 Orang Usahawan Dan Anak Asnaf Cemerlang

Sumber: LZS

S

HAH ALAM, 11 Oktober 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan 120 orang usahawan asnaf yang berjaya dalam perniagaan dan anak-anak asnaf yang cemerlang dalam peperiksaan di Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2014 bertempat di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini hari ini. Majlis anugerah ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan atas kejayaan para asnaf zakat di LZS. Pada masa yang sama, ia dapat memberikan motivasi kepada mereka untuk mengekalkan kejayaan tersebut, di samping menjadi contoh kepada asnaf yang lain.

Sebanyak empat anugerah utama Usahawan Cemerlang mengikut kategori diberikan kepada penerima bantuan modal LZS yang dipilih berdasarkan ketekunan dalam perniagaan, selain dapat meningkatkan pendapatan. Mereka ialah Norhayu Othman yang mendapat Anugerah Usahawan Cemerlang kategori makanan, sementara Usahawan Cemerlang kategori makanan (mobile) dianugerahkan kepada Rasman Nordin. Pengusaha van sekolah, Omar Muhammad Noor pula mendapat anugerah Usahawan Cemerlang kategori perkhidmatan dan Asri Kemin yang menjalankan perniagaan menjual hasil tani mendapat anugerah Usahawan Cemerlang kategori Pe-

runcitan. Manakala, seramai 28 orang usahawan asnaf berdaya saing turut menerima anugerah Usahawan Wawasan sebagai penghargaan atas usaha mereka, di samping menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya. Bagi Anugerah Keluarga Harapan diberikan kepada Azmi Zain yang merupakan asnaf orang kelainan upaya (OKU) dan juga penerima bantuan modal perniagaan. Beliau yang mengusahakan perniagaan baik pulih peralatan OKU mempunyai anakanak cemerlang dalam akademik. Sementara itu, seramai 87 orang anak-anak asnaf fakir dan miskin yang berjaya memperoleh keputusan ce-

Program Sembang Santai ‘Cemerlang Dunia & Akhirat’ Dapat Sambutan Sumber: LZS

P

ETALING JAYA, 23 Ogos 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Kelab Usahawan Selangor (KUSEL) dan Lembaga Perempuan Islam Selangor (LPIS) menganjurkan program Sembang Santai ‘Cemerlang Dunia Dan Akhi-

rat’ bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di sini. Program setengah hari ini mendapat sambutan dengan kehadiran 200 orang peserta terdiri daripada usahawan wanita di Selangor dan ahli LPIS. Ia turut menampilkan penceramah terkenal, Ustaz Badli Shah Alauddin, Tokoh

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan Eksekutif Dakwah LZS, Ustazah Syaharina Abdullah. Hadir sama, Ketua Unit Seketariat Shariah dan Pengurusan Zakat Maybank Islamic Berhad, Tuan Haji Azhar Alias, wakil-wakil dari Maybank2U dan Maybank Islamic.

Edisi

merlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Ahmad Shauqi Johara yang memperoleh keputusan 11 A dalam SPM lalu, turut menerima Anugerah Pelajar Bestari. Beliau kini sedang menyambung pengajian di Universiti Teknologi Petronas dalam program asasi. Manakala Nursyuhada Mohamad yang baru sahaja menamatkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan memperoleh Ijazah Ekonomi dan Kewangan diberikan Anugerah Mahasiswa Bestari. Buat pertama kali pada tahun ini, LZS menyediakan

dua anugerah khas bagi mengiktiraf golongan asnaf OKU. Anugerah tersebut diserahkan kepada Mohd Izhar Abdullah@Saidon dan Siti Nor Aishah Jamhari. Izhar merupakan asnaf miskin yang pernah menerima bantuan modal perniagaan, sementara Aishah merupakan pelajar asnaf IPT yang sedang melanjutkan pengajian program Asasi Perkaunan di Management and Science University. Hadir sama dalam majlis ini ialah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Siti Maslamah Osman dan Timbalan Setiausaha MAIS, Ahmad Shahir Makhtar. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof. Edisi

Anak Syarikat QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd Tunai Zakat Perniagaan RM491 Ribu Sumber: LZS

B

ANGI, 2 September 2014 – Dua buah anak syarikat QSR (M) Holdings Sdn Bhd hari ini mengeluarkan zakat perniagaan berjumlah RM491,541.00 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam program Halal Negeri Selangor bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di sini. KFC Peninsular Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan zakat perniagaannya sebanyak RM409,950, manakala Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd sebanyak RM81,591. Cek tersebut diserahkan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Kamaruldzaman Salleh kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • September 2014 • 13

Wacana Isu Semasa : Keharmonian Masyarakat Melalui Media Sosial Sumber: Unit Perhubungan Awam JAIS

P

enggunaan media sosial seperti televisyen, radio, whatsapp, facebook, Twitter dan sebagainya jika digunakan dengan baiknya akan memberi manfaat kepada masyatakat. Namun begitu, perkembangan media tersebut yang begitu pesat hingga dapat dikuasai dengan pantas oleh

anak muda termasuk yang berusia seawal 4 tahun amat membimbangkan dan harus dikekang seawal dan serapi mungkin agar gejala ini dapat dibendung Oleh itu, masyarakat termasuk ibubapa harus bekerjasama dalam usaha mengekang budaya ini dengan cara mengambil tahu serta mengawal pergerakan anak-anak semasa melayari internet. Usaha menyedarkan masyarakat ini dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dengan mengadakan Wacana Isu Semasa : Keharmonian Masyarakat Melalui Media Sosial yang telah diadakan pada 14 Ogos 2014 bertempat di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan bagi mencapai objektif antaranya ceramah bertajuk “Komumikasi Keluarga Yang Berkesan Di Zaman Kecanggihan Gajet” yang telah disampaikan oleh Ybhg Dr Hamisah Zaharah bt Hasan, Pensyarah Kanan,

Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Manakala ceramah kedua dengan tajuk “Kebahagian Keluarga Cabaran Media Sosial Melalui Petunjuk alQuran” telah disampaikan Ybhg. Prof. Madya Dr. Hasnan bin Kasan, Timbalan

Pengarah (Akademik), Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai hampir 300 orang hadir mengikuti program tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Dakwah, JAIS. Turut hadir mengikuti program tersebut adalah Tuan Haji Basori bin Omar, Ketua

Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, JAIS, Ustazah Salwana Ahmad Dahalan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS dan Ustaz Abdul Halem Hafiz bin Salihin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAIS. Edisi

Muzakarah Huffaz Negeri Selangor Sumber: Unit Perhubungan Awam JAIS

S

eramai hampir 200 orang huffaz negeri Selangor telah menghadiri Muzakarah Huffaz Negeri

Selangor yang telah diadakan pada 14 Oktober 2014 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), Shah Alam. Muzakarah kali ini adalah kali ketiga penganjurannya

diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan ilmu tajwid dan taranum dalam pembacaan al-Quran serta mempertingkatkan mutu hafazan di kalangan peserta khususnya para peserta Isbat Hafazan Negeri Selangor Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan dengan pembentangan pertama oleh Ustaz Sazali bin Yaacob dengan tajuk “Ilmu Tajwid dan kepentingan dalam Penghayatan al-Quran” kemudian disusuli dengan pembentangan kertas kerja II oleh Sheikh Abdul Karim bin Maaseng, Imam Masjid Negeri Selangor dengan tajuk “Tarannum : Pengajian Penting Kepada Umat Islam”. Sementara itu, AF Tuan Haji Mohd Basori bin Umar, Ketua Penolong Pengarah

Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor berkata semasa merasmikan penutupan muzakarah berharap agar para huffaz dapat menpertingkatkan mutu hafazan dari masa ke semasa sebagaimana imisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memartabatkan ilmu al-Quran seperti program Isbat Hafazan. Isbat Hafazan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2007 adalah pemberian elaun kepada huffaz agar terus konsisten dalam penghafalan serta mendalami serta memahami ilmu al-Quran. Sehingga kini seramai hampir 450 orang huffaz telah menerima elaun ini dalam tiga kategori iaitu hafal 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk yang masing-masing menerima RM200, RM300 dan RM500 sebulan.

Beliau juga menambah, JAIS akan menambahbaik sistem temuduga isbat agar kualiti hafazan para huffaz yang mendapat elaun Isbat akan bertambah baik serta meningkat dari masa ke semasa. Seterusnya memberi semangat kepada mereka untuk meningkat serta mengekalkan hafazan. Selain itu, beliau juga mengalu-alukan kepada mana-mana huffaz yang berkebolehan agar menyertai isbat agar kuantiti huffaz yang menyertai Isbat Hafazan di Negeri Selangor akan bertambah dan secara tidak langsung akan memeriahkan lagi aktiviti hafazan di Negeri Selangor. Mereka yang berminat bolehlah berhubung dengan Bahagian Dakwah, JAIS di talian 03-55143590. Edisi


IKON ASNAF 14 • Edisi • September 2014

Terima Kasih Bantu Kami Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

H

akikatnya, Hassan Md. Jidin, 79 dan isterinya, Salmiah @ Safiah Taib, 74 tidak mampu melakukan sesuatu yang bisa dilakukan oleh orang lain. Ini kerana, kedua-duanya kini sudah tidak mampu lagi berdiri dan berjalan seperti selalu. Mereka hanya mampu duduk di atas kasur, paling tidak hanya mampu mengensot dalam kepayahan apabila perlu melakukan sesuatu pekerjaan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) “Isteri saya ini dahulu masih boleh berjalan. Satu hari dalam tahun 2011, dia terjatuh dan terus lumpuh. Hingga kini, dia hanya mampu mengensot sahaja.”

Bagi Salmiah pula, biar pun dalam keadaan sedemikian dia masih perlu menjalani rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu. Memang sukar baginya bergerak; namun jika dia tidak mencuci darahnya, akan lebih bertambah parah jadinya. Kebetulan kala kami bertandang, kami sempat bertemu dengan salah seorang cucu lelaki mereka, Muhammad Farid Farhan Mohd. Rizwan, 21 yang baru sahaja menamatkan pendidikannya di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis, dalam bidang Kejuruteraan Marin. Cucunya juga ada merancang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Di pihak LZS sendiri sebenarnya, adalah sesuatu yang perlu untuk terus membantu Farhan menyambung citacitanya. Tawaran agar dia melanjutkan pendidikannya di Universiti Selangor (Unisel) tidak akan dibiarkan sia-sia. Ditanya bagaimana mereka mulai dibantu oleh LZS, Hassan menjelaskan bahawa ia bermula apabila anak perempuan mereka yang terlebih dahulu men-

Zakat Bantu Kami Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

D

ahulu, Yahuza bin Hamzah, 53 adalah seorang askar yang sangat gagah. Di bahunya, dia memikul amanah menjaga kemananan negara dengan penuh keazaman di dada. Tahun 1985 dia menamatkan perkhidmatannya, setelah lebih kurang 10 tahun berkhidmat sebagai tentera. Kini, dia hanya mampu terdampar di rumah, setelah dirinya terlibat dalam sebuah kemalangan. “Satu hari dalam tahun 2000, betulbetul di bulatan Persiaran Kayangan, berdekatan Istana Bukit Kayangan Shah Alam, saya menghadapi kemalangan. Ketika itu, saya menunggang sebuah motosikal. Apa yang peliknya, ketika mula-mula kemalangan itu, saya masih boleh bangun, boleh berjalan ke sana sini malah masih

boleh bekerja. Sehinggalah menjelang tiga bulan selepas kemalangan berkenaan, saya tiba-tiba sahaja tidak boleh bangun dan berjalan lagi.” “Doktor kata, ada urat yang bertindih dan untuk mengalihkannya ke tempat asal, saya mestilah menjalani pembedahan dengan segera. Masalahnya, kos yang dikenakan ketika itu ialah RM20,000, suatu jumlah yang hampir mustahil untuk saya mampu penuhi.” Jelas Yahuza, sambil mengingati kembali kisah silamnya. Maklumlah, di bahunya sudah tersedia beban membesarkan enam orang anak, dua lelaki dan empat perempuan. Maka, ia bukanlah satu pilihan yang mampu ditanggungnya waktu itu. Mujurlah yahuza mempunyai seorang anak lelaki yang sanggup bekerja keras demi menyangga keperluan keluarga. Anaknya itu bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam, dan pendapatan-

gajukan permohonan kepada LZS. Kisahnya, dia dahulu menjaga kami, ditambah pula dengan keadaan dirinya yang juga memerlukan, maka mulai tahun 2010 kami pun disantuni oleh LZS sehingga kini. Menurut Hassan dan Salmiah, mereka telah menerima beberapa jenis bantuan daripada LZS, seperti bantuan menyambut lebaran, bantuan kewangan bulanan dan sebagainya lagi. “Waktu cucu kami menyambung pelajaran di IKBN Perlis pun, LZS terus menyalurkan bantuan. Malah, dalam kondisi kami yang serba terbatas pada hari ini pun, LZS terus menyantuni kami. Bantuan perubatan bulanan hampir RM3,000 sebulan ditanggung oleh LZS, termasuklah

rawatan hemodialisis untuk isteri saya ini.” “Jujurnya, kami amat bersyukur dengan segala macam bantuan yang LZS telah hulurkan kepada kami selama ini. Di akhir pertemuan, mereka juga tidak lupa untuk mendoakan kepada semua pembayar zakat, agar hidup mereka dipermudahkan Allah SWT di dunia dan akhirat. “Kami berdoa semoga semua pembayar zakat dimurahkan rezeki mereka oleh Allah SWT, juga dipanjangkan usia oleh Allah SWT dan dengan itu, mereka dapat terus melakukan kebaikan. Itulah yang mampu kami ucapkan buat semua.” Tuntas pakcik Hassan menamatkan bicara sambil melepaskan kami untuk ke destinasi seterusnya. Edisi

nya juga agak lumayan. Namun, takdir Allah SWT mengatasi segalanya apabila satu hari, anak lelakinya itu juga disahkan mengalami kerosakan di kedua-dua belah buah pinggangnya. “Sebenarnya, ketika Yusmiza anak kami disahkan sakit buah pinggang, dia baharu berusia 20 tahun. Masih sangat muda dan kami pun tidak menyangka sama sekali. Akibatnya, dia terpaksa menjalani rawatan dialisis sepanjang usianya. Memang benar, begitu besar ujian yang terpaksa ditanggung oleh Yahuza dan keluarganya. Malah, anaknya Yusmiza yang selama ini ligat bekerja dan menjadi tulang belakang keluarga, terpaksa menerima kenyataan untuk bersara awal dari pekerjaannya yang boleh disifatkan mempunyai pendapatan yang besar. lalu mulai tahun 2005, Yusmiza pun menerima pencen ilat daripada pihak Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso). “Bukan anak saya itu tidak mahu bekerja, masalahnya dia sudah tidak mampu. Tulang-tulangnya juga sudah tidak kuat, seperti semakin mereput dan mudah patah, maka dia memang tidak dibenarkan lagi bekerja demi menjaga kesihatan dan keselamatan dirinya.” Sesungguhnya, kemelut kehidupan pasti akan meningkat apabila isteri Yahuza, Manissia binti Omar, 51 juga terpaksa berhenti kerja demi membolehkannya menguruskan kedua-dua orang yang amat memerlukan santunannya itu. Saranan kawan-kawan telah membuka hatinya untuk meminta bantuan melalui LZS pada tahun 2013. Hakikatnya, antara bantuan yang disalurkan oleh LZS kepada mereka ialah, bantuan persiapan menyambut Ramadan dan raya, bantuan

kerusi roda dan juga bantuan kewangan bagi menjelaskan tunggakan bayaran rumah kepada pihak bank yang mereka duduki selama ini. “Sejujurnya, kami juga menerima bantuan berupa kewangan bulanan dan juga makanan bulanan daripada LZS. Segala macam jenis bantuan ini, biar pun kecil atau besar jumlahnya, namun ia tetap meringankan beban kami sebenarnya.” Kini, demi kelancaran hidup, Yahuza bersama isterinya benar-benar bergantung kepada bantuan zakat yang disediakan oleh LZS. Mujurlah anakanak mereka yang kini sudah dewasa, dapat juga menyumbang sedikit sebanyak kewangan bulanan ibu bapa mereka. Ditampung lagi dengan pencen ilat yang diterima oleh Yusmiza berjumlah RM750, maka itulah yang menjadi sandaran untuk mereka meneruskan kehidupan. “Saya memang harap sangat dengan bantuan zakat ini, dan terima kasih sangat kepada semua pihak yang telah membantu kami selama ini. Bagi kalangan pembayar zakat, semoga kehidupan mereka lebih dipermudahkan Allah SWT dalam segenap urusan, dunia dan akhirat. Doakan juga semoga urusan kami dipermudahkan-Nya, amin” Nota: Maklumat terkini, Yusmiza baharu sahaja dikeluarkan dari wad ICU di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah pihak doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di hatinya, sehingga ia bernanah dan hempedunya juga membengkak. Semoga Allah SWT membantu keluarga ini dalam menghadapi segalaujian, dan diberikan kesabaran dan kemudahan menghadapinya. Edisi


ANDA TANYA KAMI JAWAB Edisi • September 2014 • 15

Zakat Mas Kahwin SOALAN: Saya ada beberapa persoalan mengenai zakat dan mohon pencerahan pihak ustaz. Pertama, mengenai mahar atau ‘mas kahwin’ yang diberikan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita yang dinikahinya, adakah ia wajib dizakatkan? Kedua, adakah seorang wanita yang menerima elaun bulanan daripada suaminya juga wajib mengeluarkan zakatnya? Ketiga, adakah seorang wanita yang kematian suami dan telah diwasiatkan oleh suaminya untuk mengelolakan harta tertentu bagi pihak anak-anaknya yang masih di bawah usia baligh, wajib mengeluarkan zakat bagi pihak anak-anaknya? Harap penjelasan ustaz, terima kasih. JAWAPAN: Alhamdulillah, sesungguhnya persoalan-persoalan yang dikemukakan ini amat baik sebenarnya bagi memberikan pencerahan kepada kalangan majoriti umat Islam yang mungkin selama ini masih kabur mengenai persoalan zakat seperti di atas ini. Mudah-mudahan, Allah SWT membantu saya dalam menyajikan jawapan yang terbaik, amin. Baiklah, mari kita telusuri satu persatu soalan yang dikemukakan. Pertama, mengenai mahar atau mas kahwin yang diberikan kepada seorang wanita, maka adakah ia wajib dizakatkan? Ada beberapa pandangan fuqaha dalam hal ini, namun majoriti fuqaha berpandangan bahawa mahar yang diberikan itu, maka ia wajib dizakatkan. Cumanya, apakah bentuk mahar berkenaan? Ini kerana, mahar tidak semestinya dalam bentuk emas, kerana ia juga boleh dalam bentuk wang, harta yang bernilai yang lain hatta boleh juga dalam bentuk bukan harta, seperti mana diriwayatkan oleh Imam Muslim, ada sahabat nabi yang bernikah hanya membayar maharnya dengan beberapa surah daripada al-Quran kerana kemiskinannya tidak memungkinkan dia memberikan hartanya. Maka, fuqaha menyatakan jika ia diberikan dalam bentuk emas, hendaklah disandarkan kepada zakat emas. Jika diberikan dalam bentuk wang, maka ia boleh dicampurkan dengan lain-lain harta perolehan (pendapatan) dan dikeluarkan zakatnya sebagai zakat pendapatan. Jika dalam bentuk harta lain yang tidak berkembang, misalnya diberikan sebuah kereta atau rumah atau tanah, maka tidaklah wajib dizakatkan, kecuali harta itu berubah sifatnya menjadi harta yang berkembang (mendatangkan wang seperti disewa atau dijualkan). Jika maharnya dalam bentuk bukan harta (seperti sepotong surah), maka tidak adalah zakat ke atasnya (rujuk Dr. Amir Said az-Zahari, Tanya Jawab Tentang Zakat, hal. 21). Kedua, mengenai zakat ke atas wang elaun bulanan yang diberikan oleh seorang suami kepada isternya? Hakikatnya, bukan sahaja wang elaun bulanan daripada seorang suami kepada isteri, malah ia juga boleh dikembangkan lagi kepada semua jenis pemberian daripada orang-orang yang lain, misalnya daripada anak-anak, daripada saudara-mara hatta sesiapa sahaja. Ini kerana, setiap pemberian itu hakikatnya bersifat harta perolehan kepada si penerima. Berdasarkan fatwa zakat pendapatan di Selangor, semua jenis harta perolehan termasuklah pemberian daripada seseorang, maka ia dikategorikan sebagai pendapatan dan wajib dizakatkan sebagai zakat pendapatan. Maka, di sini jelaslah pemberian elaun daripada suami kepada isterinya itu, wajib dizakatkan. Cuma, hendaklah diperhatikan terlebih dahulu apakah elaun bulanan itu diberikan oleh suami, sebagai elaun khusus buat isteri atau perbelanjaan asasi bagi rumahtangga. Misalnya, jika si suami memberikan RM4,000 dan diberi tahu kepada isterinya, RM2,000 adalah untuk keperluan rumahtangga, misalnya untuk belanja dapur, bayaran bil elektrik dan air serta sebagainya lagi, dan RM2,000 lagi ialah khusus untuk isterinya, maka hanya RM2,000 itu sahajalah yang wajib dizakatkan oleh isterinya sebagai zakat pendapatan. Ketiga, apabila seseorang ibu atau wanita itu menerima wasiat suaminya untuk mengelolakan sebahagian harta bagi pihak anak-anaknya, maka di sini

Nota: Jawapan disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan boleh diemailkan kepada hamizul@e-zakat.com. my atau sila layari www.ezakat.com.my atau http:// blog.e-zakat.com.my/ untuk maklumat lanjut.

pengelolaan tersebut termasuklah juga kewajipan menjaga hak zakat ke atasnya. Ini kerana, wasiat mengelolakan harta tersebut bermaksud menjaga agar harta itu tidak binasa, dan berzakat adalah salah satu cara agar harta tidak binasa, yakni disejahterakan oleh Allah SWT daripada sebarang mara bahaya. Hadis Nabi Muhammad SAW: “Lazimnya habuan (bahagian) zakat (yang tidak dikeluarkan dan dibiarkan) bercampur dengan mana-mana harta, (maka tidak memberikan kebaikan) melainkan ia akan membinasakan harta itu.” (Hadis riwayat Imam Syafie) Dan sebuah hadis lagi: “Peliharalah hartamu dengan zakat dan ubatilah penyakitmu dengan sedekah.” (Hadis riwayat Imam Tabrani) Manakala, kewajipan zakat kepada harta yang dikendalikan bagi anak-anak sememangnya ada dalil khusus baginya, seperti mana yang disebutkan di dalam suatu hadis: “Berniaga, labur atau usahakanlah harta-harta anak yatim, semoga ia tidak surut (semakin berkurang) dengan (sebab) zakat (dizakatkan setiap tahun sehingga harta terus menjadi sedikit).” (Hadis riwayat Imam Baihaqi) Maka, berdasarkan hadis di atas, jelas bahawa nabi sendiri memerintahkan agar harta milik anak-anak yatim yang dipelihara oleh penjaganya, maka hendaklah dizakatkan dan dalam masa yang sama juga, harta itu perlu dikembangkan, agar ia tidak menyusut kerana zakat yang dikeluarkan ke atasnya saban tahun. Dengan menggunakan konsep qiyas di dalam hukum Islam, hal ini juga bolehlah dikembangkan kepada sesiapa sahaja yang diamanahkan menjaga harta bagi pihak orang lain. Misalnya harta bagi orang yang dipenjara, dibuang negeri dan sebagainya. Maka, kewajipan zakat ke atasnya juga masih terlaksana, yakni ditunaikan oleh si penjaga, sesuai dengan mafhum hadis di atas. Hal ini sesuai dengan konsep ibadah zakat itu sendiri yang berbentuk ibadah maliyyah atau harta benda, dan kewajipan ke atasnya harus terlaksana apabila ada orang yang dipertanggungjawabkan mengendalikannya secara sepenuhnya, bagi pihak pemilik asalnya. Ia juga menepati kehendak Allah SWT di dalam al-Quran: “Dan hendaklah kamu bertolong bantu dalam perkara baik dan ketakwaan.” (al-Maidah: 2) Apabila penjaganya mengeluarkan zakat bagi harta berkenaan, maka akan terlepaslah beban zakat kepada pemiliknya yang mungkin terpenjara. Hal ini samalah seperti kes, orang yang mati dan dia mempunyai qada zakat, maka kewajipan menunaikan qada zakat itu terbeban atas bahu warisnya dan sebahagian fuqaha menyatakan, warisnya wajib mengeluarkan zakatnya walaupun tidak diwasiatkan oleh si mati (rujuk Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensaiklopedia Fiqh Wanita Jilid 2, hal. 28). Kesimpulannya, kewajipan zakat itu adalah sesuatu yang wajib diperhatikan kerana ia bukanlah kewajipan seperti solat atau puasa dan haji yang lebih bersifat ibadah badaniyyah, melainkan ia kewajipan harta yang boleh diwakilkan kepada orang lain untuk dilaksanakan sehingga terlepaslah diri seseorang daripada tanggungan dosa kerana mengingkarinya. Wallahua’lam. Edisi


ULASAN BUKU 16 • Edisi • September 2014 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

AMALAN IBU MENGANDUNG: MENURUT AL-QURAN, ASSUNNAH & PENGALAMAN CALL NO : 618.24 SIT Buku ini memberikan panduan kepada setiap wanita dan bakal ibu tentang apa yang perlu dilakukan ketika hamil berpandukan dari Al-Quran, As-Sunnah dan pengalaman peribadi Ustazah Siti Nor Bahyah dan ibu-ibu yang lain. Anda akan didedahkan dengan pengetahuan dari proses kejadian manusia (janin), memilih pasangan, adab-adab ketika berjima’, pendidikan anak ketika di dalam kandungan, permakanan dan persediaan dari segi emosi dan fisikal. Buku ini juga memberikan panduan tentang penampilan diri ketika hamil, apa yang perlu dilakukan ketika bersalin, teknik penyusuan anak, rawatan selepas bersalin dan banyak lagi. Tak lupa juga disertakan senarai nama-nama indah untuk dipilih bagi bayi lelaki dan juga perempuan serta ayat-ayat dan doa yang boleh dibaca ketika hendak bersalin dan selepas bersalin bagi mengurangkan rasa sakit dan lemah badan. Antara topik menarik di dalam adalah seperti pendidikan sejak awal kandungan, petua ketika mengandung, penampilan ketika mengandung serta senaman semasa dan selepas mengandung. Edisi

FORMULA SOLAT SEMPURNA CALL NO : 297.382 ZAH Formula Solat Sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan mengabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. buku ini menggunakan pendekatan yang lebih mudah, ringkas dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa. Edisi

JIN : HAKIKAT DAN PENGUBATAN CALL NO : 297.217 ISM Walapun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. Malah ia sentiasa berlegar di sekeliling kehidupan kita. Ada yang dalam bentuk asalnya dan ada juga dalam bentuk jelmaan atau samaran. Paling hampir ialah qarin iaitu jin pendamping diri kita sendiri. Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin. Antaranya sihir, santau dan sesetengah perubatan tradisional yang menggunakan kaedah “menurun”. Kebanyakan penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor dikatakan disebabkan oleh jin. Begitu juga masalah histeria dan kerasukan yang sering terjadi pada kaum wanita dikatakan disebabkan jin yang masuk ke dalam jasad wanita tersebut. Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia? Apakah gejala yang dikatakan berpunca daripada jin tanda permusuhan mereka dengan kita? Apa pula senjata pertahanan kita untuk berhadapan dengan mereka? Banyak perkara yang anda perlu tahu tentang jin yang dipaparkan dalam buku ini. Edisi

HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN 2 CALL NO : 297.12809 ZUL HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN 2 adalah sambungan dari HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jilid 2 ini memaparkan 25 hadis lagi (Hadis 26-50) merangkumi 4 aspek kehidupan: Membentuk peribadi dan sahsiah insan: Modal insan, mengenali diri, kemanisan iman, muhasabah diri, sifat-sifat Mahmudah seperti sabar, sifat-sifat Mazmumah seperti panjang angan-angan dan ujub. Bidang pekerjaan dan kerjaya: Mengenal kekuatan diri, kekuatan hakiki, berhikmah, senyum, diam, jauhi melepak dan gopoh gapah. Perhubungan sesama manusia: Membalas jasa, menjaga maruah saudara, menjauhi prasangka, isteri solehah, memuliakan tetamu dan kebahagiaan hakiki. Bidang ekonomi: Mohon rezeki. Edisi

Buku berikut boleh didapati di Perpustakaan Wakaf MAIS yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan Ru 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116


MUALLAF CARE Edisi • September 2014 • 17 Disediakan oleh: Mohd Helmi Bin Mohd Nuri (helmi@mais.gov.my)

“Amal yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah yang terus menerus meskipun hanya sedikit”

Satu Program Qurban di Kampung Orang Asli Sepang telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Oktober 2014 lalu.

Satu Program Qurban oleh kelas muallaf telah berlangsung pada 6 Oktober lalu di Rawang.

Pada 26-28 September 2014 telah diadakan Program Tahsin Solat Muallaf Dearah Gombak anjuran Unit Pembangunan Muallaf Gombak di Hotel Impian Morib. Seramai 50 peserta telah menghadiri program ini.

Telah berlangsung satu Kursus Pengurusan Jenazah di Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak pada 6 September 2014.


FOTO MAIS 18 • Edisi • September 2014

1

2

3

1. Sebanyak 200 hamper kuih raya sumbangan MAIS telah diberikan kepada pesakit-pesakit di Hospital Serdang pada 20 Julai lalu. 2. Majlis Exit Conference Pengauditan Penyata Kewangan MAIS bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 yang berlangsung pada 7 Ogos lalu telah dipengerusikan oleh Y.A.D Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin bin Buang, Ketua Pengarah Audit Negara. 3. MAIS telah menerima kunjungan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada 3 September lalu.


FOTO MAIS Edisi • September 2014 • 19

4

5

6

7

4. Majlis Hi-Tea Alumni KUIS 2014 telah diadakan di Pusat Konvensyen KUIS pada 6 September lalu. 5. Pada 2 September lalu telah berlangsung Majlis Note of Understanding (NoU) antara KUIS dan Jabatan Pengajian Politeknik bertempat di Dewan Majlis Senat, KUIS. 6. Lawatan Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam Brunei ke rumah-rumah Pemulihan Ar-Riqab MAIS di Kuang & Merbau Sempak pada 27 September 2014 7. Program Wakaf Khas anjuran Masjid At-Tayyibin pada 28 Ogos lalu.


SEPTEMBER 2014 • ZULKAEDAH 1435 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Terkini Membentuk Fikrah Ummah

• MAKLUMAN • Kepada pewakaf yang telah membuat transaksi melalui eMais bagi sumbangan Saham Wakaf Selangor (SWS) bermula 9 Mei 2014 sehingga kini, mohon email kepada wakaf@wakafselangor.gov.my maklumat seperti di bawah bagi urusan pengeposan resit rasmi dan sijil SWS: Nama: No. Kad Pengenalan: Alamat Surat Menyurat: No. Telefon: dan lampirkan Slip Transaksi Bayaran eMais Kerjasama daripada pewakaf didahului dengan ucapan terima kasih.

Kuota Haji Tahun Depan Kekal Sumber: Harian Metro Online

J

eddah: Arab Saudi akan kekalkan pengurangan kuota 20 peratus terhadap jemaah haji asing dan 50 peratus jemaah tempatan untuk musim haji tahun depan. “Langkah mengekalkan kuota akan diteruskan sehingga fasa ketiga kerja meluaskan kawasan tawaf sekeliling Kaabah siap sepenuhnya,” kata Menteri Haji, Bandar Hajjar ketika memberi taklimat kepada pegawai kanan kementerian serta agensi dan jabatan berkaitan. Projek pembesaran yang dilakukan adalah yang terbesar dalam sejarah Masjidilharam. Arab Saudi mula mengurangkan kuota jemaah itu pada 2013. Tempoh untuk visa umrah juga dikurangkan kepada 14 hari sebagai usaha untuk mengurangkan kesesakan di Masjidilharam. Dalam pada itu, Bandar berkata, pelaksanaan laluan elektronik secara menyeluruh bagi jemaah haji sudah bermula. Menurutnya, semua jemaah dikehendaki menggunakan sistem itu untuk menunaikan haji tahun depan. Beliau menggesa agensi perkhidmatan haji dan pelancongan serta agensi berkaitan mengambil kesempatan terhadap projek berkenaan yang bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk jemaah haji. AFP Edisi EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my

Saya men penc Pert atau dibe kepa dini diza

>15


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.