Edisi Bulan 02/2016

Page 1

FEBRUARI 2016 • RABIULAKHIR 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

Sentuhan Dosa Di Skrin Maya?

Membentuk Fikrah Ummah

Membaca di lampu MERAH Orang yang berjaya sedar, buku

Zaman dulu-dulu, mengumpat dalam kumpulan kecil. Dosanya pun berskala kecil. Hari ini, dengan aplikasi canggih gajet, sama ada whatsapp atau apa sahaja namanya, maka mengumpat sudah dalam skala yang besar. Dosanya juga, menjadi lebih besar.

>4

75 Badan NGO-i Terima Sumbangan Dana Dari MAIS

SHAH ALAM, 7 Januari 2016 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan dana kepada 75 badan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang berdaftar di bawah MAIS.... >10

yang baik akan membentuk

lanskap kehidupannya, seperti mana seorang

arkitek lanskap

melakar halaman terbaik di anjung istana...>3

MAIS Bangunkan Lima Projek Pembangunan Hartanah Wakaf

SHAH ALAM - Pengerusi MAIS, Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa telah sudi merasmikan pelancaran projek pembangunan hartanah wakaf bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).... >10

Lawatan Kerja Ketua Pendaftar Difc Courts

Pada 26 Januari 2016, Mr. Mark Beer Ketua Pendaftar DIFC Courts telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ( JAKESS). Turut serta mantan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi... >12


Sidang Redaksi EDISI Penasihat: • Daud Lin Bin Abdullah Ketua Editor: • Rohana Binti Hassan Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis: • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar

WANG ORANG

BERHUTANG

WANG DARIPADA PENGHUTANG YANG GAGAL MEMULANGKAN ATAU MEMBAYAR HUTANGNYA KEPADA PEMIUTANG OLEH SEBAB PEMIUTANG ATAU WARISNYA TIDAK DAPAT DIKESAN.

Fakta: Seorang Oceanografer berbangsa Prancis, Jaques Yves Cousteau menemukan pertemuan dua lautan (pertemuan Samudra Atlantik dan Mediterania) yang tidak bercampur satu sama lain. Terdapat firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampui masing-masing. (Ar-Rahman: 19-20).

Interaktif:

PERKHIDMATAN KAMI : ✓ Menerima wang orang berhutang sebagai amanah ✓ Memulangkan kepada pemiutang atau warisnya sekiranya ditemui atau dituntut

Currency Converter

- Aplikasi yang menukarkan unit matawang bagi kegunaan seharian. -Sangat berguna semasa melancong. -Terbaru dan terkini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

BAHAGIAN HARTA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks : 03-5512 4042

www.mais.gov.my

Dakwah & Kerohanian:


FOKUS Edisi Februari 2016 3 Gambar hiasan

Membaca di lampu MERAH Oleh: Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@e-zakat.com.my) Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

D

ato’ A. Samad Said, Sasterawan Negara mempunyai hobi membaca yang unik. Khabarnya, beliau akan membaca buku-buku tertentu secara berulangulang pada setiap tahun, hingga khatam pun berulang-ulang kali juga. Pernah sebuah TV menemubual Pak Samad di rumahnya, subhanallah, penuh dengan buku. Di atas tangga, bersusun buku. Tidak menghairankan, Pak Samad adalah pencinta buku, beliau ghairah membaca dan menulis. Buku adalah makanan ruji beliau. Namun, keghairahan Pak Samad mungkin tidak mewakili majoriti umat Islam di Malaysia. Kajian yang pernah dibuat lama dahulu (1996), rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Bayangkan, amat jauh ketinggalan dengan rakyat Jepun yang membaca 40 buah buku setahun. Jika sebuah buku tebalnya 200 halaman, ertinya purata membaca rakyat Malaysia hanya satu muka surat sehari. Hari ini mungkin sudah

ada perubahan, namun rasanya masih di belakang rakyat Jepun. Dalam seminar mengenai buku, banyak penulis tersohor bercerita mengenai pengalaman mereka ‘bercinta’ dengan buku. Dr. Faizal Musa misalnya, pernah mengembara ke Turki demi menuntaskan penulisan novelnya. Ia gara-gara kerana beliau mengalami ‘sindrom tepu’ (kekeringan idea) dan novelnya hampir ‘tersadai.’ Begitu juga almarhum Cikgu Azizi Hj. Abdullah, pernah berkurung di bilik hotel demi mengelakkan gangguan luar (isteri dan anak-anak) demi memastikan bukunya siap tepat masa. Dia berpuasa menahan diri menemui keluarga. Namun saya teringat satu cerita luar biasa, iaitu pesanan Pak Samad Said kepada Dr. Faizal ketika dia berangan-angan mahu menjadi penulis. Suatu hari selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur, Dr. Faizal yang kala itu masih muda belia menunggu Pak Samad yang begitu tekun membaca al-Quran. Kata beliau, lama sekali Pak Samad membaca al-Quran. Setelah sabar menunggu, akhirnya baharulah dia bisa berbicara empat mata. “Pak, saya ingin jadi penulis. Apa yang harus saya lakukan?” Tanya Dr. Faizal. “Membaca.” Jawab Pak Samad. “Lagi pak?” Tanya Dr. Faizal. “Membaca…” Dan Pak Samad terus mengulang-ulang ‘membaca’ dan ‘membaca’ sehingga empat kali, sehingga kali yang kelima, baharulah disebutnya ‘menulis.’ Ertinya, syarat penting mahu menjadi penulis yang mapan, produktif dan tidak kekeringan idea dan kehabisan ‘peluru’, mestilah membaca. Inilah yang menjadi bahan untuk renungan kita semua. Sejauh mana kita dan buku menjadi sahabat yang baik, teman seperjalanan dan tempat mencurah perasaan. Buku adalah sahabat paling terpercaya. Jika kita meluahkan isi hati kepada sebuah diari, ia kekal rahsia tanpa dibaca oleh sesiapa. Sebaliknya jika kita mahu, bait-bait tulisan itu boleh dijalin menjadi sebuah novel atau buku motivasi yang paling hebat. Ingat, buku tidak pernah mencebikkan bibirnya, tersenyum sinis dan memerli ‘kenaifan’ kita. Jika kita kesunyian, buku boleh menghiburkan. Penulis dunia sama ada generasi lama atau baharu, mereka berkongsi kedukaan dan kegembiraan melalui buku. Berapa ramai penulis hebat, menuntasi penulisan buku mereka di penjara. Buku menjadi motivasi mereka. Malah, kala

membaca tulisan mereka, kita pun menikmati sama apa yang mereka rasa. Syed Qutb menyelesaikan 30 juzuk tafsirnya di penjara, begitu juga Buya Hamka. Tatkala Buya Hamka bercerita mengenai perjalanan hidupnya, kita rasai denyut nadinya ketika berdepan dengan kemelut dan ragam umat Islam Indonesia. Ketika Pramadoeya Ananta Toer (sasterawan Indonesia) berkisah pergelutan hidup, kita rasai juga denyutnya. Penindasan Belanda yang ‘lapar tanah’. Di Malaysia, Pak Shahnon berkisah mengenai keceriaan orangorang Kampung Banggol Derdap di pedalaman Kedah, juga pengalaman getir masyarakatnya. Lalu kita pun turut terheret sama. Kita ketawa terkekeh-kekeh gelihati apabila Pak Shahnon mengungkapkan kisah orang-orang tua kampung yang suka bersembang di dapur kenduri, yang punya lapisan kedua dan ketiga bila berbicara. Maka kita jadi kenal adat budaya setempat dan cara hidup orang lama. Apabila kita menghayati penulisan Andrea Hirata di Pulau Belitong yang sebelum ini bagaikan terpadam namanya di peta dunia, kita pun sedar kemiskinan bukanlah penghalang kepada cita-cita. Kita pun sedar perangai manusia itu sebenarnya unik, ia terbentuk dengan acuan budaya sekian lama, namun ia tetap boleh diubah jika mereka mahu mengubahnya. Seorang ulama hebat yang buta, Syeikh Abdullah al-Hadad pula, mengabdikan dirinya dengan ilmu dan buku. Di kamarnya bersusun kitab, menghiasi dinding dan dia sendiri rajin menumpahkan tinta demi cinta kepada buku. Dia buta, tetapi bukunya mencelikkan manusia. Akhirnya, dia mati dihempap buku, namun dakwat dan penanya terus hidup menitipkan pahala ke kamar barzakhnya. Jadi kita perlu mencari jalan, agar seluruh generasi kita menjadi pencinta buku yang setia. Cinta yang tidak berubah-ubah sekelip mata, bagaikan air bah merubah tebing dan pantai. Bagaimana cara kita memupuk cinta kepada buku, ia menjadi isyarat bagaimana keadaan kita di hari muka. Itu adalah langkah pertama untuk berjaya. Buku jambatan ilmu dan cita-cita. Orang yang berjaya sedar, buku yang baik akan membentuk lanskap kehidupannya, seperti mana seorang arkitek lanskap melakar halaman terbaik di anjung istana. Ini tipsnya agar kita menjadi manusia pencinta buku yang setia:

1. Kita mesti membaca setiap hari. Letakkan buku di dalam kereta dan semasa menunggu lampu merah yang lama di simpang jalan, ambil buku dan bacalah. Adakalanya lampu merah menyala sehingga satu minit 30 saat, dan kita mampu menghabiskan lebih dari satu halaman. Jika sebuah buku berketebalan 200 muka, dalam setahun mungkin kita sudah menamatkan satu atau dua buah buku. 2. Letakkan juga buku di kamar tidur, sebelum melelapkan mata maka bacalah sehelai dua halamannya. Jika istiqamah maka dalam sebulan kita mampu menghabiskan 60 muka. Jika buku itu setebal 200 halaman, maka dalam tiga bulan setengah, habis sebuah buku. Dalam setahun kita mungkin mampu menghabiskan kira-kira empat buah buku. Dicampur dua kaedah membaca ini, kita sudah mampu membaca lima atau enam buah buku setahun. 3. Tahu cara membaca yang betul agar kita tidak bosan dan kalah membaca. Jika membaca novel atau bahan santai, maka itu tempatnya mungkin di kamar tidur. Tetapi jika buku motivasi, itu boleh jadi sesuai juga semasa menunggu pasangan membeli belah di pasaraya. Jika buku ilmiah yang berat, itu hanya wajar dibaca ketika di meja kerja atau di perpustakaan. Jika bahan rujukan agama, maka kita membacanya ketika mahu memahami sesuatu persoalan dan menambahkan kefahaman. 4. Usahakan agar kita terus perlu membaca. Caranya, berusahalah menjadi penyampai ilmu, sama ada melalui lisan mahu pun tulisan. Pepatah Arab ada menyatakan, ‘jika kita sendiri tidak ada, mahu bagaimana kita mampu memberi apa-apa,’ (faqqidu syai’, la yu’ti). Maka, untuk menjadikan orang lain tahu, kita mesti dahulu tahu. Untuk menjadikan orang lain faham, kita dulu yang mesti faham. Dengan itu, kita akan terus membaca dan berkarya, insyaAllah. 5. Pastikan di rumah kita atau di ruang kerja kita, ada koleksi buku. Sisihkan wang setiap bulan untuk buku. Rajinlah ke toko atau pameran buku. Biar orang yang dekat dengan kita, sama ada pasangan, anak-anak mahu pun teman-teman, turut terpengaruh dengan buku. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mencintai buku, mereka juga akan jadi begitu. Hal ini perlulah disemai, dibajai dan digembur selalu. Ia adalah proses tarbiyyah yang panjang. Namun hasilnya, pastilah membanggakan. Demikianlah, dan kesimpulannya marilah kita membaca. Hari ini juga! Edisi


ISU 4 Edisi Februari 2016

Sentuhan Dosa

Di Skrin Maya?

Oleh: Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@e-zakat.com.my) Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Z

aman dulu-dulu, mengumpat dalam kumpulan kecil. Dosanya pun berskala kecil. Hari ini, dengan aplikasi canggih gajet, sama ada whatsapp atau apa sahaja namanya, maka mengumpat sudah dalam skala yang besar. Dosanya juga, menjadi lebih besar. Sebuah kumpulan whatsapp mampu memuatkan lebih 200 orang, ia juga boleh diviralkan secepat kilat. Hanya sentuh di skrin telefon pintar, kemudian ia pun tersebar. Ingat, dosa pun melebar. Itu baharu whatsapp, masih ada banyak lagi aplikasi canggih buat berkomunikasi jelmaan dunia moden. Ada facebook, ada weechat, ada instagram, ada telegram, ada twitter, ada two, ada linkedin, ada pinterest, ada tumblr, flickr, myspace dan banyak lagi. Demikianlah kita yang hidup di zaman ICT, segalanya di hujung jari. Mahu memesan makanan, memesan tiket pesawat terbang, menempah bilik hotel, mendaftar pengajian di universiti, melakukan ibadah korban, menunaikan wakaf malah membayar zakat jutaan ringgit, semuanya dapat dilangsaikan melalui satu sentuhan. Ia suatu khayalan di zaman silam. Kadang-kadang kita pelik, makin menuju kiamat, makin canggih pula umat. Manusia berlumba-lumba menjadikan dunia atau bumi ini sebagai planet terbaik buat didiami. Jika jalan sesak (jem) dan enggan bersesakan ke pejabat, maka internet membolehkan kita bekerja di rumah. Seorang isteri berkelulusan tinggi, boleh sahaja memanfaatkan kemahiran menjadi pekerja

Gambar hiasan

dan suri rumah dalam masa yang sama. Keluarga dan kerjaya berjalan senada. Sebenarnya, gajet dan aplikasi komunikasi atau apa pun sahaja namanya, bukanlah liabiliti yang kerjanya menarik manusia ke kancah dosa dan neraka. Ingat, setiap penciptaan baharu di atas muka bumi ini, ia adalah kurniaan Allah SWT kepada kita. Ia untuk kita nikmati, agar hidup lebih bahagia. Fitrah manusia suka kepada kebahagiaan, suka kepada keindahan, suka kepada apa yang menyenangkan. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”. (al-Kahfi: 7) Kenderaan canggih sebagai contoh, itu alat. Jika ia digunakan untuk ke tempat yang baik, membawa orang lain bersama kepada kebaikan, kenderaan itu jugalah yang akan membawa kita melintasi lautan neraka mendarat dengan selamat di halaman syurga. Ingat, kenderaan tersebut benda mati, kita yang menghidupkannya dan kita yang menentukan sama ada ia bermanfaat atau menjadi mudarat. Demikian juga gajet dalam kehidupan. Telefon pintar yang canggih, ia adalah alat. Ia benda mati, melainkan kita yang menghidupkannya. Dengan satu sentuhan, ia pun menjadi alat yang paling berkuasa. Jika ia di tangan raja, hukuman pancung mungkin jatuh kepada rakyatnya. Jika ia di tangan presiden negara, mungkin sebutir bom nuklear akan meledak di negara tetang-

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”. (al-Kahfi: 7)

ganya. Bagi sebuah negara, kedamaian mudah terkocak dengan tersebarnya fitnah hasil sentuhan di gajet pintar. Fitnah menjadikan antara kaum saling berprasangka, antara sesama pekerja boleh bermasam muka, sesama jiran tetangga tidak bertegur sapa, dengan pasangan pun boleh bertengkar bagai perang dunia. Dengan anak-anak sendiri pun boleh hilang kasih sayang diganti murka. Demikianlah gambaran kuasa di sebalik sebuah gajet. Ia berkuasa setelah pemiliknya menyalah guna kuasa. Walhal, alangkah moleknya jika ia menjadi pelantar atau pentas buat menyebarkan beribu kebaikan. Biar orang yang menatap dan membacanya, menjadi insaf. Orang yang sebelumnya jauh dari agama, kenal sejadah. Orang yang dahulunya pencandu dosa, menjadi pendamba pahala. Orang yang mungkin sebelum ini anti Tuhan, menjadi pencari cintaNya. Seperkara lagi, mutakhir ini gajet sudah berfungsi dengan terbalik. Manusia memang saling berhubungan. Mereka yang jauh dapat dirapatkan dan muncul wajahnya di pelupuk mata. Namun, dalam masa yang sama, anak isteri dan teman sendiri di depan muka tidak diacuhkan. Itu zalim namanya, sekali lagi mengundang dosa. Awas, dek sentuhan gajet juga, ada rumah tangga dibina berpuluh tahun berkecai sekelip mata. Semuanya garagara cinta lama di alam sekolah, bertunas kembali. Hanya dengan satu sentuhan, lalu diluahkan perasaan kepada mantan Teman Istimewa. Akhirnya

dari sekadar bertanya khabar, berubah menjadi ‘berubah hati’. Sekali lagi, adakah ini hasil yang kita mahukan dari sentuhan di skrin maya? Anak-anak juga, kian jauh dari ‘bidikan mata’ ibu bapa dan mereka juga kian ralit menekap wajahnya di skrin maya. Alam yang luas ada di dalamnya. Internet menjadikan mereka ‘celik, tapi buta’. Ya, mereka celik dengan dunia luar, malah mungkin dunia fantasi. Tetapi buta dengan tanggungjawab kepada keluarga, sehingga ada yang mengabaikan pelajaran dan menipu demi membolehkan diri melepak di CC (Cyber Café). Ingat, internet itu sangat terbuka dan ia mampu menerima apa sahaja. Jika di TV ada tapisannya, tetapi di internet atau di alam maya, semua itu tiada batasnya. Bukan sedikit anak-anak muda terdedah dengan gaya hidup songsang, seks bebas dan perjudian siber. Ia merosakkan, bukan hanya keluarga malahan sebuah negara. Apa yang lebih malang, sentuhan kian berdosa apabila gajet canggih itu jugalah yang menjadi pentas penyebaran dogma palsu dan penyongsangan beragama. Pemalsuan bermaharaja lela, fitnah dan kedengkian bergentayangan dan hinggap di minda. Bukan sedikit yang tertipu, terpengaruh dan memilih untuk percaya. Ajaran Islam agar bersifat ‘tabayun’ atau berhati-hati dibuang jauh, maka rosaklah manusia. Inilah dosa yang hari ini kian mengambil tempat di mana-mana. Di dalam rumah, di atas bas, di tepi jalan, di dalam komuter, di atas katil, di bawah jambatan, di hujung padang, di puncak bangunan hatta di puncak awan gemawan. Dosa di skrin sesentuh sentiasa menjebak manusia. Maka, kita mesti berhati-hati. Waspada, dan tahu batasan diri. Jika sebelum ini ada yang sangat rajin menjadi ‘media bergerak’ dan ‘PRO tidak berlesen’, maka sedarlah diri. Setiap langkahan dan sentuhan, ada ‘kira-kira’ yang akan ‘diaudit’ di sisi Allah SWT. Ia tidak akan terlepas, walaupun kita mungkin bijak berkias. Sesekali terfikir, samalah dengan sentuhan jejari di whatsapp, sekali ia sudah dihantar maka sama sekali tiada ampun maaf buat kita. Wallahua’lam. Edisi


GENERASI Q Edisi Februari 2016 5

Menyantuni Informasi Alaf Baharu Di sebalik semua kecanggihan ini, jika tidak ditangani dengan baik, ianya boleh menjadi racun kehidupan. Banyak keluarga yang renggang kerana sibuk melayani internet, walaupun semasa berada di meja makan.

Gambar hiasan

Oleh: Dr. Mohd Mustaffa Jusoh Pensyarah Jabatan Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

K

ehidupan adalah sunah yang berulang, generasi demi generasi, datang dan pergi, setiapnya punya episod dan peranan mencorak cabaran yang mendatang dalam arus kehidupan yang terus mengalir semenjak awal penciptaan manusia, hinggalah suatu hari nanti bertemu dengan noktah penamatnya. Al-Quran jelas mengajar bahawa kehidupan bukanlah sia-sia dan tidak hanya terhenti perjalanannya di dunia ini sematamata. Tempoh muda dan remaja merupakan episod keemasan yang dilalui dalam frasa kehidupan setiap manusia. Ianya begitu penting dalam membentuk keperibadian dan menentukan halatuju sesuatu generasi secara umumnya. Kita sering mendengar ungkapan generasi X, Y dan Z, yang merujuk kepada tiga peringkat generasi yang terkini, iaitu Gen X yang lahir dari enam puluhan hingga akhir lapan puluhan, Gen Y yang lahir selepas Sembilan puluhan sehingga millennium dan seterusnya Gen Z yang lahir selepas millennium hingga kini.Gen Y lahir seiring dengan era internet mula diperkenalkan, sementara Gen Z pula merupakan generasi yang celik IT dan lebih terdedah kepada aplikasi gajet dan globalisasi. Namun setiap generasi pasti punya cabarannya yang tersendiri, dan semestinya tidak boleh dinafikan bahawa setiap generasi juga punya tanggung jawab dalam memastikan kelangsungan dan kelestarian warna-warna hidup sosial mereka. Satu persamaan yang ada dalam se-

tiap generasi manusia sejak zaman berzaman adalah ilmu dan pengisiannya. Tanpa ilmu, satu bangsa akan mudah sesat dan hancur. Islam telah memfardhukan kewajipan menuntut ilmu ke atas setiap umatnya, bahkan banyak kelebihan yang dijanjikan kepada mereka yang belajar, terutamanya untuk mengetahui akan syariat dan hukum Allah kepada umat manusia sejagat. Dalam era globalisasi ini, informasi dan berita dilihat begitu mudah disebarkan, dengan pelbagai aplikasi dan gajet yang banyak beredar dalam kehidupan masa kini. Sebelum ini, selain interaksi secara berdepan, surat dan telefon dari talian tetap merupakan antara alternatif perhubungan, sekarang kita boleh berhubung samada dengan telefon pintar, aplikasi media sosial melaui internet, bahkan urusan seharian lebih cepat dilakukan secara maya di atas talian sahaja. Umat Islam, terutamanya generasi baru perlu berhati-hati dan tidak mudah leka mengikut arus komunikasi globalisasi ini, kerana sudah terbukti sehingga kini, selain dari manfaat komunikasi dan aplikasi canggih yang begitu mengujakan ini, ianya juga boleh mendatangkan musibah dan merosakkan kehidupan. Berapa kali berita yang palsu serta fitnah menjadi viral melalui media sosial, dan tanpa sedar, ramai pula yang menyumbang kepada penyebarannya. Berapa ramai yang kerugian dan tertipu dengan skim perniagaan palsu yang berlaku atas talian. Antara yang begitu membimbangkan, ramai umat Islam yang terkesan dan terpedaya dengan dakyah dan aliran pemikiran yang menyeleweng, bertopengkan Islam dan syiarnya. Isu-isu sensitif yang menyentuh asas akidah khususnya dan pemahaman

syariat, dibahaskan dengan sewenangwenangnya, seolah-olah ilmuan yang terbilang, menyemai keracuan dan kepalsuan dalam minda muda yang masih hijau dan subur. Ramai generasi muda yang terjebak dengan gejala ektremisme contohnya, lantaran terpedaya dengan retorik pemikiran beracun yang penuh warna kepalsuan. Ramai juga yang dengan bangganya menjadi “keyboard warrior”, mengulas isu yang dieksploitasi dan memanipulasi fakta, tanpa rasa bersalah dan tidak bertanggung jawab, hingga ada pihak yang dihina dan diburuk-burukkan, hanya dengan bersandarkan cetusan persepsi yang tiada asas kebenarannya. Ramai pula yang melatah dan dengan penuh rela menyumbang kearah menambah burukkan lagi keadaan. Tidak kurang juga yang hanyut lantaran terdedah kepada gejala yang negatif dan boleh merosakkan akhlak menerusi aplikasi yang lucah dan menyalahi syariat. Islam mengajar kita, bahawa setiap berita yang datang, terutamanya dari sumber yang kurang sahih, perlu diperjelaskan dahulu, sebelum ianya diterima, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat ayat 6: Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” Demi memastikan kemajuan dan kecanggihan yang mengisi perjalanan agenda kehidupan ini menjadi rahmat dan barakah, bukan mencetuskan musibah dan keburukan kepada generasi kini dan yang akan datang, perlu ada etika yang boleh memandu

terutamanya remaja muslim, antaranya adalah: 1.Berhati-hati dalam menerima dan menilai sesuatu maklumat, jangan mudah menyebarkan sesuatu perkara jika tidak di pastikan kesahihannya, juga semasa memuat turun sebarang aplikasi yang mengandungi unsur-unsur yang menyalahi syariat, kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya. 2.Beradab semasa menggunakan media sosial dalam memulakan bicara atau meninggalkannya, menggunakan bahasa yang sopan dan baik, bagi mencerminkan akhlak kita sebagai seorang muslim. 3.Bertanggungjawab dalam mengambil dan menyebarkan sesuatu maklumat, mengguna pakai sebarang aplikasi dan sebagainya agar tidak menjadi fitnah dan menyesal kemudiannya. 4.Bijaksana dalam mendepani setiap ideologi dan aliran pemikiran yang dipaparkan tanpa sebarang tapisan, jangan mudah menerima bulat-bulat sebarang bentuk pemikiran, kerana musuh Islam sentiasa menanti peluang untuk meracuni pemikiran umat Islam. Kembalilah kepada sumber-sumber yang telah terbukti keesahannya dan diperakukan. 5.Bertaqwa dalam setiap langkah dan jangan mudah melatah atau terpengaruh dengan sebarang maklumat sebelum dipastikan kebenarannya. Moga generasi umat Islam akan menjadi contoh kepada yang lain dan dikenali sebagai generasi Rabbani dan mengenal al-Quran iaitu generasi Q sebagaimana firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 110: Maksudnya: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” Edisi


MIMBAR MUFTI 6 Edisi Februari 2016

GURUKU BUNIAN Oleh: Ahmad Firdaus Bin Muhammad (firdaus@mais.gov.my) Eksekutif Penyelidikan (MAIS)

K

emajuan teknologi pada zaman ini membuatkan manusia mudah untuk mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan di dunia maya. Semuanya hanya dihujung jari dengan hanya perlu memilih dan menekan perkataan yang disukai bagi mendapatkan informasi. Begitu juga dengan bidang percetakan. Banyak buku-buku diterbitkan dengan pelbagai jenis genre dan bidang disiplin. Keghairahan minat membaca dan mendapatkan ilmu pengetahuan melalui sumber-sumber tersebut bukanlah satu larangan dan kesalahan. Namun keadaan itu boleh menjadi tidak baik bagi mereka yang berlebihlebihan dalam menuntut ilmu agama dengan cara tersebut. Dikhuatiri sikap yang sepatutnya dipupuk oleh pencinta ilmu supaya menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman secara langsung dengan para guru yang selayaknya terhakis dengan kehadiran sumber-sumber tersebut. Berguru dengan guru yang wujud adalah menjadi keutamaan kepada para pencari ilmu berbanding usaha-usaha yang lain. Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Perkara ini membawa kepada fitnah yang lebih besar apabila timbul golongan-golongan yang suka berijtihad dengan kefahaman dan ilmu pengetahuan dimiliki melalui guru-guru yang tidak wujud. Mengapa belajar perlu kepada guru Manfaat berguru adalah agar terhindar daripada perkara-perkara yang sesat dan menghindari fitnah. Adapun peranan guru atau fungsi sanad (talaqqi dan musyafahah) adalah mencegah manusia daripada berbicara sesuka hati atau berbicara hanya berdasarkan kerangka fikirannya. Dengan sanad, maka perkara-perkara berkaitan hal agama yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat dan kemudianya di ajar pula oleh sahabat kepada Tabiin dan kemudiannya diajar pula oleh Tabiin kepada Tabi’ Tabiin dan seterusnya sampai kepada kita hari ini ilmu-ilmu yang saling bergantung sanadnya dalam pelbagai lapangan ilmu agama adalah demi supaya ter-

jaga keaslian isinya tanpa ada yang dikurangkan atau ditambah-tambah. Belum ada sejarah para ulamak besar seperti Imam As-Syafie Rahimahullah ataupun imam-imam 3 mazhab yang lain seperti Imam Hanafi, Imam Malik dan Imam Hambali yang lahir dengan hanya membaca buku dan mempelajari ilmu daripada sumber-sumber yang gurunya adalah tidak jelas atau tidak didampingi. Kesemua ulamak 4 mazhab berikut mempunyai sejarah yang panjang dalam menuntut ilmu dan tinggalan tempat-tempat sejarah yang menjadi bukti bahawa mereka juga menggunakan disiplin yang sama dalam menyampaikan ilmu kepada ribuan anak murid. Apakah tidak boleh kita mempelajari ilmu daripada buku atau sumber lain. Imam Syatibi di dalam bukunya al-Muwafaqat telah menjawab persoalan ini. Beliau mengatakan bahawa perlunya guru didalam mendalami sesuatu ilmu itu berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nahl ayat 43 : “Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulamak) seandainya kamu tidak mengetahuinya” . Dan sabda Nabi s.a.w melalui hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan AlTirmizi : “Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mencabut ilmu dengan menghilangkan ilmu daripada manusia, tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan para ulama”. Menurut Imam Syatibi, kedua-dua dalil diatas merupakan hujjah bahawa guru adalah kunci bagi ilmu dan keperluan mempelajari ilmu hendaklah berdampingan dengan guru. Benarlah walaupun setelah meninggal dunia seseorang yang alim itu ada meninggalkan buku-buku tulisannya, tetapi ianya tetap juga tidak sama seperti mempelajari ilmu terus dengan orangnya kerana dengan buku kita hanya boleh menatap dan membaca tulisannya sahaja, sedangkan berdampingan dengannya membolehkan kita bertanya dan mendapatkan penjelasan yang lebih jelas. Kelemahan mempelajari ilmu sendiri tanpa mendampingi guru Sekiranya seorang yang menuntut ilmu mempelajari sesuatu perkara yang baharu tanpa mendampingi guru atau seorang yang mahir dalam ilmu tersebut, maka bersama-samanya akan ada kelemahan seperti berikut : 1. Wujud sifat rasa cukup dan malas bertanya kepada orang yang lebih mahir dalam bidang ilmu tersebut

terutama bagi mereka yang gemar mendapatkan maklumat daripada internet. 2. Merasa tidak perlu menuntut ilmu daripada orang yang alim. Kerana mudahnya mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber seperti internet dan bahan bacaan yang lain menyebabkan keutamaan untuk mendekati ulama’ terhakis. Adalah tidak sama fadhilatnya mendapatkan ilmu secara sendiri dengan mendapatkan ilmu langsung dariapada guru. Kerana berguru ini mempunyai banyak fadhilatnya seperti pahala duduk di majlis ilmu, pahala menyambung silaturrahim dan paling utama adalah keberkatan daripada gurunya. 3. Belajar sendiri menyebabkan kita tidak mengetahui yang mana adalah keutamaan dalam ilmu tersebut. Kerana tiada guru yang membimbing, maka kita akan memilih sendiri pelajaran kita atau tajuk-tajuk yang hanya menurut minat dan keinginan kita untuk dibaca. Akhirnya akan menyebabkan kita tertinggal maklumat-maklumat penting yang ada hubungkaitnya. 4. Dengan keadaan dunia ilmu yang berkembang begitu cepat dan luas pada masa kini, sekiranya tidak ada pembimbing atau guru yang memberikan tunjuk ajar, maka orang Islam terdedah kepada agenda musuh-musuh Islam seperti gerakan Orientalis yang ingin menakluk ideologi orang Islam melalui bahan bacaan ilmiah. Mereka melakukan penyelewengan fakta, menokok tambah cerita dan mereka-reka cerita melalui penerbitan buku, ensiklopedia, jurnal dan bahan bacaan bercirikan ilmiah Islam. Usaha ini bermula setelah persidangan Vienna Church Conference tahun 1312 Masihi iaitu selepas kekalahan mereka dalam Perang Salib. Keburukkan belajar dengan guru yang tidak mempunyai sandaran ilmu yang jelas pada guru yang diiktiraf Kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran dalam pentingnya mencari guru yang ilmunya bersandar pada

Gambar hiasan

guru yang diiktiraf, maka ada segelintir masyarakat Islam di Malaysia yang terjebak dengan ajaran yang salah. Apabila dikaji latar belakang guru ajaran sesat tersebut, kebanyakkannya tidak mempunyai guru yang jelas dan mendapat ilmu yang disandarkan kepada mimpi, ilmu rahsia, ilmu makrifat dan ilmu hakikat iaitu bertemu dengan Rasulullah dan Allah dalam keadaan sedar. Antara contoh ajaran-ajaran sesat yang bercirikan ‘guru ghaib’ ini adalah Ajaran Juruzon Bin Abdul Latif, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit, Ajaran Al-Arqam/Rufaqo’, Ajaran Al-Mansur/Azhar Wahab, Ajaran Mengenal Diri Dan Makrifat Shaari Bin Yusof, Tarikat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya, Tarikat Naqsyabandiah Al-Allah Syeikh Nazim Al-Haqqani, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, Aurad Ismailiah (Ajaran Mahmud Bin Haji Abd. Rahman), Ajaran Syed Mohd Al-Mansyhor (Tarikat Islam Muhammad s.a.w Habibullah AlHashimi), Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah (Md. Aleh Solihin Bin A. Sidiki), Seni Mempertahankan Diri Budi Suci Sejati. Kesimpulannya ilmu dan amalan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah datangnya daripada Allah s.w.t dan disampaikan kepada manusia, Rasulullah tidak pernah menyembunyikan atau mengatakan sesuatu perkara itu rahsia dan tidak boleh dijelaskan melainkan baginda mengajarkan sehingga faham. Perintah dan suruhan Allah s.w.t bukanlah suatu yang rahsia, bahkan segalanya hendaklah dilaksanakan dan bukan hanya kepada orang-orang yang tertentu sahaja. Walaupun terdapat beberapa perkara yang hanya didalam pengetahuan Allah s.w.t seperti azab kubur, syurga dan neraka, tetapi Rasulullah s.a.w memberikan gambaran dan penjelasan mengenai perkara tersebut melalui ilmu yang Allah s.w.t kurniakan. Edisi


ARTIKEL KHAS Edisi Februari 2016 7

ISLAM MELARANG HAKCIPTA? Gambar hiasan

Jumhur ulama kontemporari berpendapat, harta intelek boleh dianggap harta, oleh itu ia boleh dijual beli, boleh dipindah milik dan sebagainya, kerana harta dicipta Allah bagi faedah manusia, demikian juga dengan harta intelek.

Oleh: Daud Lin Bin Abdullah (daudlin@mais.gov.my) Pengarah Penyelidikan (MAIS)

I

slam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi ikutan seluruh manusia dan sebagai panduan untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Teras perundangan Islam adalah wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Namun, hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun bahawa wahyu sudah lengkap dan tiada sebarang perubahan atau tambahan. Isu hakcipta atau harta intelek merupakan isu baru yang timbul di zaman ini. Adakah ianya dilarang dalam Islam? Memang tidak dinafikan pada zaman Nabi Muhammad SAW, sahabat, tabi’in dan zaman imam-imam yang muktabar; Imam Malik, Abu Hanifah, Syafii dan Ahmad, serta zaman salafussoleh, tidak pernah dibincangkan isu ini. Istilah hakcipta mula diperkenalkan di Barat, yang berorientasikan pemikiran ekonomi kapitalis. Hakcipta mula dibincangkan dalam Paris Convention yang telah diadakan pada 20 Mac 1883. Menyelusuri sepintas lalu sejarah perundangan Islam berkaitan amalan ini. Fakta yang kita tidak kesampingkan adalah isu hakcipta atau isu harta intelek ini, mula mendapat perhatian dan tumpuan oleh ulama’-ulama’ semasa dalam Majma’ alFiqh al-Islami yang berlangsung pada tahun 1988 di Jeddah, seterusnya persidangan ‘Nadwah Huquq al-Muallif ’ yang bersidang di Mesir pada tahun 1996 yang antara lain membincangkan permasalahan ‘ Intellectual property’ atau ‘al-milkiyyat al-fikriyyah’ dalam Islam yang kita boleh terjemahkan sebagai harta intelek selain mendapat perlindungan undang-undang oleh Negara.

Resolusi kedua-dua persidangan tersebut menjelaskan, harta intelek adalah termasuk di dalamnya hakcipta diperundangan dalam Islam. Dr. Mustafa Ahmad al-Zarqa’, mengatakan bahawa: “Istilah harta intelek merangkumi hak cipta seperti hak penulis untuk mengambil manfaat daripada bukunya, wartawan dalam keistimewaan surat khabarnya dan seniman dalam kesan seni yang indah. Ia juga merangkumi hak industri seperti hak pencipta alatan, penggubah paten niaga yang berbeza untuk mendapatkan kepercayaan dan pencipta tanda niaga untuk mendapatkan kemasyhuran”. Manakala maksud hakcipta pula ialah, “Hak penguasaan yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll.)” Berdasarkan kajian yang dilakukan, tiada di kalangan ulama’ semasa yang menafikan legaliti hak moral menurut perundangan Islam. Berikut adalah salah satu hujah yang mereka kemukakan: Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad berkata, “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka untuknya pahala seperti pahalapahala orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada pahala-pahala mereka sedikitpun. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada dosa-dosa mereka sedikitpun.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, dan Ibnu Majah). Hadis ini menunjukkan, sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sama sep-

erti pahala-pahala orang yang mengikutnya. Antara cara mengajak kepada kebaikan ialah dengan mengarang buku. Dan pensabitan pahala kepada pengarang buku itu sebahagian daripada menisbahkan karangan itu kepada tuannya, ia dengan jelas menunjukkan akan kepentingan isnad dalam ilmu. Tambah mereka lagi, bahan-bahan yang dianggap harta itupun hanya bernilai kerana faedah dan kegunaannya. Tanpa faedah, bahan-bahan tersebut tidak mempunyai apa-apa makna lagi. Nabi s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki bermaskahwinkan alQuran. Menurut Ibn Hajar, lelaki atau suami itu nanti dikehendaki mengajar al-Quran kepada isterinya, sebagai ganti bayaran mas kahwin. Ini bermakna al-Quran itu tidak dijadikan mas kahwin, tetapi faedah atau ilmu tentang al-Quran itu yang dikira harta dan sekaligus sebagai mas kahwin. Atas dasar ini, harta intelek mempunyai asas yang kukuh untuk dilindungi atas sifatnya sebagai harta, sama ada kepunyaan individu, syarikat atau lainlain. (Dr. Abdul Karim Zaidan, Nazarat fi al-Shariah al-Islamiyyah). Dr. Yusuf al-Qaradawi menambah beberapa alasan lagi yang mewajarkan pengkarya dan empunya harta intelek mengambil faedah daripada hasil kepakarannya, iaitu: 1. Sesebuah buku adalah milik pengarangnya dan dipertanggungjawab sepenuh kepadanya. Hak miliknya diiktiraf undang-undang di seluruh dunia. Pengarangnya mempunyai hak sepenuhnya untuk mengubah, menokok tambah dari semasa ke semasa. Jika seseorang memiliki rumah, ia berhak melakukan apa sahaja ke atas rumahnya, sama ada menjual, menyewa dan mendudukinya, begitu juga

dengan buku karangannya. 2. Tidak mudah untuk menghasilkan sesebuah karya. Pengarang biasanya terpaksa berusaha lebih gigih, ia perlu mengkaji dan menyelidik. Masa yang diambil untuk menyiapkan sesebuah buku, ada yang bertahun-tahun lamanya sebelum ia berjaya dilahirkan di alam nyata. 3. Tidak mudah untuk hidup sebagai seorang ilmuwan yang produktif, ia terpaksa bersusah ketika orang lain berehat, ia memerlukan perbelanjaan yang lebih besar, kerana membeli buku-buku dan alat-alat tulis, berbanding kehidupan orang biasa. 4. Pengarang buku, harus menyemak dan mengubah kandungan bukunya dari semasa ke semasa, kadang-kadang cadangan yang pernah dimajukannya dahulu perlu ditarik balik dan diganti dengan yang lain, pendapat yang dahulunya relevan, mungkin kini tidak relevan lagi dan perlu ditukar dengan idea-idea baru dalam cetakan-cetakan yang berikutnya. Bicara tentang hasil faedah daripada harta intelek atau buku-buku agama karya sendiri, lebih banyak menyamai upah kerana mengerjakan amal kebajikan seperti azan, mengajar al-Quran, khutbah Jumaat, ceramah agama, sembahyang hajat dan amalan yang dahulunya dilakukan secara percuma tanpa sebarang bayaran, tetapi kini dianggap sebagai kegiatan yang memerlukan upah. Kecenderungan ini, tidak kedengaran ada ulama atau mufti membantahnya. Semoga memberi manfaat kepada umat Islam untuk memahaminya walaupun masih ada yang tidak sealiran dan sependapat dengan hukum tersebut. Wallahu A’lam Edisi


SOLUSI ISLAM 8 Edisi Februari 2016

KUIS Menjunjung Tradisi Ilmu Oleh: Halim Mokhtar (halim@kuis.edu.my) Timbalan Pendaftar KUIS

“Allah akan meninggikan orangorang yang beriman diantaramu dan orang-orang berilmu beberapa derajat.” (Al Mujadalah : 11) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang menjunjung tradisi ilmu, mendokong agenda pendidikan Islam dan kecemerlangan ilmu. Meletakkan keutamaan menuntut ilmu merupakan ibadah dan sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu. KUIS berpaksikan motto “Pemangkin Tradisi Ilmu”, bergerak bertunjangkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang berteraskan tauhid bersesuai dengan keperluan zaman serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju gagasan sebuah Universiti. Usaha ini didokong oleh saf

para pensyarah serta warga kerja yang memiliki jiwa dan sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid. KUIS mengutamakan konsep penguasaan ilmu yang akan menjadi prinsip asas di dalam pendidikan KUIS. Memperkasa semangat cintakan ilmu merupakan momentum penting ke arah memahami erti hidup yang sebenar. Setiap ilmu yang dipelajari wajar ditafsir dan difikirkan mengikut kacamata ilmiah yang betul. Hal ini kerana kesanggupan berfikir merupakan penghasilan ke arah pemahaman intelektual, kepimpinan berkesan dan melengkapkan manusia dengan ilmu pengetahuan. KUIS meneruskan langkah yang dinamik bagi merekayasakan budaya keilmuan dan tradisi keintelektualan yang merupakan perkara asas yang diberi perhatian oleh setiap individu muslim dalam pembinaan generasi berilmu dan membentuk ketamadunan Ummah dengan meletakkan keutamaan ilmu melebihi kepentingan lain. KUIS kini mempunyai seramai 8200 mahasiswa yang sedang berjuang menimba ilmu dalam program pengajian yang telah disediakan merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dalam menyelusuri dunia globalisasi.

Sebanyak 49 program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

melahirkan warga KUIS yang memiliki akhlak yang terpuji dan sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan pembentukan negara Baldatun Tayyibatul Wa Rabbul Ghaffor.

KUIS tetap mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk pelajar lulusan SPM, STAM, STPM dan Diploma.

KUIS secara tuntasnya meletakkan mahasiswa sebagai agent of change yang menjadi aset negara yang amat berharga dan menjadi pelapis generasi pemimpin pada masa hadapan. Justeru mahasiswa dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran ke arah pembentukkan mahasiswa yang dinamik, berdaya saing dan berjiwa besar.

KUIS tekal memartabatkan Institusi Masjid al Azhar KUIS sebagai nadi kepada ketinggian rohani, kecemerlangan ilmu, paksi pembangunan insan dan lambang kesatuan ummah melalui solat berjemaah yang membentuk ikatan persaudaraan dan kasih sayang. Pembentukkan sahsiah yang baik hasil daripada penghayatan ilmu yang dipelajari mampu melahirkan para Da’i, Ulama dan Umara. KUIS menyediakan kemudahan fasiliti yang kondusif, mengutamakan program pembangunan sahsiah yang holistik, prinsip persekitaran (bi’ah) yang solehah, pembangunan iklim Dini, ikutan yang baik (qudwah hasanah), kecemerlangan akademik dan program khidmat ummah, ke arah

KUIS dengan penuh rasa tanggungjawab menyediakan pendidikan Islam kepada masyarakat sebagai tuntutan fardhu kifayah dan meletakan ketinggian ilmu sebagai asas pembangunan insan dan kemajuan negara. Sesungguhnya wajah negara pada masa akan datang adalah wajah generasi mudanya pada hari ini. KUIS kini telah bersedia dengan penawaran dan pengambilan pelajar baharu untuk sesi 2016/2017 pada bulan Jun dan November yang sedang rancak dijalankan bagi memastikan peluang melanjutkan pengajian di KUIS akan dapat direalisasikan memacu kecemerlangan pendidikan ummah di dalam melahirkan para Da’i, Ulama dan Umara. Untuk informasi terkini sila layari laman sesawang KUIS www.kuis.edu.my atau ditalian 03 89117000. Jom Masuk KUIS! Edisi


NGOi Edisi Februari 2016 9

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikkan Malaysia (Haluan)- Berbakti Kepada Masyarakat Aspirasi HALUAN – Berakhlak, Mendidik dan Berbakti Oleh itu, ahli-ahli dan aktivis-aktivis HALUAN bersandar kepada moto mereka, iaitu ”berakhlak, mendidik dan berbakti”. Adalah menjadi aspirasi HALUAN untuk bersama masyarakat dalam apa juga bentuk aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan ruanglingkup moto tersebut. Ahli-ahli HALUAN kini bertanggungjawab untuk bergerak ke hadapan, bersedia dan bangga untuk membantu, supaya sentiasa dirasai kehadiran mereka dalam masyarakat, tanpa unsur-unsur kemegahan atau kepentingan diri atau pihakpihak tertentu.

Susunan oleh: Sri Hartini Md Noh sri@mais.gov.my Bahagian Perhubungan Korporat Majlis Agama Islam Selangor

H

aluan adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik, status sosial mahupun geografi. Pada peringkat awal penubuhan, aktiviti HALUAN terbatas kepada usahausaha kebajikan untuk manfaat ahliahli. Di peringkat ini, aktiviti-aktiviti HALUAN tertumpu kepada programprogram seperti seminar dan kaunseling pelajar dan remaja, pendidikan keluarga, kursus-kursus berkaitan ekonomi dan keusahawanan, dan juga kem-kem motivasi dan pengurusan. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut juga melibatkan masyarakat umum bukan dari kalangan ahli, ianya agak terbatas. Sejak tahun 2002, dengan pening-

Secara umumnya, objektif kepada aktiviti-aktiviti HALUAN adalah seperti berikut: • Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutama dalam aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluarga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim. katan keahlian dan kemampuan mereka membantu masyarakat setempat, HALUAN mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan secara lebih meluas. Perkembangan terancang ini melibatkan aktivis-aktivis HALUAN turun membantu mengubati masalah-masalah sosial, di samping bantuan-bantuan kepada masyarakat miskin, golongan terbiar, anak-anak yatim, mereka yang ditimpa bencana dan seumpamanya. Usaha ini juga dapat memberi ruang kepada mereka yang mampu dan ikhlas dari kalangan masyarakat untuk menjadi sukarelawan bersama HALUAN dengan usaha yang kemas dan tersusun. Sebagai perkumpulan aktivis yang terlatih dan prihatin, HALUAN memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk memenuhi tanggungjawab asas kemanusiaan, di samping menunaikan kewajipan kepada Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

• Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat. • Menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma. Antara khidmat yang dilaksanakan oleh HALUAN juga mengurus kebajikan anak yatim dan fakir miskin melalui harta-harta yang diwakafkan oleh dermawan meliputi keperluan asas,pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan. Di samping menyasarkan objektif-objektif berikut: • Memperkukuhkan pendidikan anakanak ini melalui modular latihan motivasi dan kemantapan belajar secara terancang. • Membina tahap keyakinan diri dan minat belajar di kalangan anak-anak ini. • Membina akhlak dan jati diri yang mantap di kalangan anak-anak ini.

Khidmat lain yang diberikan membantu golongan terbiar dan tertindas merangkumi ibu-ibu tunggal, anak yang ditinggalkan dan juga masyarakat Islam yang tertindas di daerah-daerah serantau. Dakwah orang asli juga telah dilaksanakan dengan mengadakan usaha-usaha strategik seperti projek anak angkat dan juga program lawatan berkala, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA). Menyedari kewajipan menyusun dakwah kepada masyarakat bukan Islam dan mualaf secara tersusun, HALUAN telah menubuhkan Kelab Fitrah HALUAN (HALUAN Fitrah.) dalam memberi khidmat melalui dakwah saudara baru dan bukan Islam. Di samping itu antara ketinggalan juga khidmat lain seperti motivasi pendidikkan dan kekeluargaan,bantuan kemanusiaan,kempen membantu Palestin,nasihat kesihatan dan perubatan,kaunseling dan nasihat guaman dan pembangunan professional dan usahawan. HALUAN juga bergiat aktif dalam melaksanakan misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa iaitu membantu umat Islam Somalia yang dalam kebuluran dan masalah kemarau yang kritikal. Isu Palestin turut ditangani dengan mengadakan Kempen Bantuan Kecemasan GAZA dengan menyalurkan bantuan makanan untuk penduduk-penduduk GAZA. Di samping itu biro-biro yang ada di dalam HALUAN juga telah berganding bahu mengadakan program bantuan dan khidmat rawatan kesihatan di Kem Pelarian Tanf dan Hassake di sempadan Syria, Iraq dan Lubnan. Secara umumnya Dr Abdullah Sudin Ab Rahman selaku presiden HALUAN berpandangan bahawa isu-isu kemasyarakatan, perkhidmatan sosial, kesukarelawanan dan kebajikan perlu di gerakan secara kolektif dan bersinergi antara semua pihak sama ada individu perseorangan, agensi kerajaan mahupun badan NGO yang sedia ada. Ini kerana gerak kerja bersinergi ini mampu menjadi alternatif kepada usaha yang dilaksanakan dalam menggembleng tenaga dan kepakaran untuk membangunkan umat, bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 10 Edisi Februari 2016 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

MAIS Bangunkan Lima Projek Pembangunan Hartanah Wakaf Sumber: MAIS

Wakil daripada Syarikat Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd menunjukkan model rumah yang akan dibangunkan untuk projek Hartanah Wakaf.

S

HAH ALAM Pengerusi MAIS, Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa telah sudi merasmikan pelancaran projek pembangunan hartanah wakaf bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) iaitu anak syarikat MAIS barubaru ini. Sebanyak lima projek pembangunan

hartanah wakaf yang akan dijalankan bermula pada pertengahan tahun ini merangkumi pembinaan 164 unit pangsapuri di Seksyen 30, Shah Alam, Pusat Komersial serta perumahan satu dan dua tingkat di Klang, Selangor. Lima projek terbabit dengan kos perbelanjaan RM135 juta adalah UME Teratai Avenue dan UME Ehsan Resi-

75 Badan NGO-i Terima Sumbangan Dana Dari MAIS Sumber: MAIS

Pengerusi MAIS merasmikan pelancaran projek pembangunan hartanah wakaf bersama Perbadanan Wakaf Selangor(PWS) iaitu anak syarikat MAIS.

dence di Shah Alam serta UME Impian Taman Desa Kencana, UME Idaman Taman Desa Kencana dan UME Gemersik, Taman Meru di Klang. Sehingga kini, PWS dan MAIS diamanahkan menguruskan harta tanah wakaf di Selangor dengan anggaran nilai RM433 juta meliputi 72 unit premis wakaf, 24 bazar wakaf rakyat dan 789

lot tanah. Projek pembangunan hartanah wakaf ini akan dilaksanakan oleh Syarikat Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh PWS. Edisi

Perutusan Pengerusi MAIS sempena tahun baru 2016 Sumber: MAIS

S Sesi bergambar kenangan bersama NGOi yang terlibat.

S

HAH ALAM, 7 Januari 2016 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan dana kepada 75 badan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang berdaftar di bawah MAIS. Semua NGO-i menerima sumbangan dana antara RM10,000 sehingga RM20,000 menerusi aktiviti dakwah yang dijalankan. Bantuan ini merupakan bantuan fasa kedua yang melibatkan jumlah sumbangan dana sebanyak RM1,030,000 di mana bantuan fasa pertama berjumlah RM550,000 dan jumlah keseluruhan bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM1,580,000 bertujuan memperkasa

gerakan dakwah pertubuhan dan membangunkan sahsiah umat Islam Sumbangan yang menggunakan dana Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini disampaikan oleh Y.D.H. SP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i). Antara NGO-i yang menerima sumbangan adalah Pertubuhan Ahli Sunah Wal Jemaah Malaysia (RM10,000), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM (RM10,000), Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor PITAS (RM15,000) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (RM20,000). Edisi

HAH ALAM 19 Januari – Tahun 2015 telah melabuhkan tirainya, kini tahun 2016 muncul dengan semangat dan azam yang baru buat kakitangan MAIS supaya menjadikan tahun baru ini sebagai tahun yang lebih bermakna untuk mencapai kecemerlangan. Seramai 200 orang warga MAIS termasuk MAIS Daerah telah hadir ke Dewan Muktamar, JAKESS bagi mengikuti Majlis Perutusan Pengerusi MAIS, sempena tahun baru 2016/1437H yang dikelolakan oleh Bahagian Perhubungan Korporat. Majlis ini diadakan pada setiap awal tahun bagi mendapat semangat dan azam baru buat kakitangan MAIS dalam mencapai visi dan misi MAIS. Majlis disempurnakan dengan Perutusan Tahun Baru oleh Pengerusi MAIS, Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa. Dalam ucapannya, Pengerusi MAIS menegaskan kepada semua warga kerja MAIS, serta anak-anak syarikat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Pengerusi MAIS menerima sijil 5S oleh wakil MPC.

(KUIS) juga agensi Islam Selangor seperti JAIS, Jabatan Kehakiman Syariah ( JAKESS) dan Jabatan Mufti Selangor perlu memikirkan ke arah lebih ke hadapan untuk bersama-sama menggapai misi murni ke arah membangunkan ummah, mengharap keredhaan Allah di samping melaksanakan fungsi masing-masing. Selain itu, beliau menyeru seluruh warga MAIS untuk lebih berdaya saing dalam melaksanakan tugas harian Majlis yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie, Setiausaha MAIS, Ketua Pegawai Eksekutif (LZS), Pengarah JAIS, dan wakil jabatan setiap agensi Agama. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi Februari 2016 11 Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

PZK Menangi Tempat Ke 2 & Ke 3 Kempen Zakat IPT

& Jabatan Mufti Selangor

Perhimpunan Perdana KUIS 2016 Sumber: KUIS

Sesi bergambar kenangan. Amil-amil yang dilantik mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil LZS

Sumber: KUIS

T

ahniah kepada Yayasan KUIS dan Pusat Zakat KUIS kerana memenangi tempat ketiga bagi kempen bulanan insentif berganda Zakat IPT bagi bulan Oktober 2015 dan tempat kedua bagi bulan November 2015. Kempen ini dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah mengambil kira pencapaian dan prestasi 12 penolong amil yang telah dilantik.

Tahniah kepada semua pemenang-pemenang kempen : 1. 2. 3. 4. 5. 6.

UNITAR UKM IUKL KUIS UNITEN UITM

Bengkel Pengenalan Dan Dokumentasi MS ISO 9001:2015 Sumber: Jabatan Mufti Selangor

B

ANDAR SERI PUTRA Perhimpunan Perdana buat kali pertama pada tahun ini telah diadakan pada 22 Januari bertempat di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar anjuran Bahagian Pemasaran dan Komunikasi berkolaborasi dengan Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) dan Masjid Al Azhar, KUIS. Turut hadir, Rektor KUIS Yang berbahagia Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri, Timb. Rektor Akademik dan Penyelidikan Dr. Mohamad Syukri Bin Abd. Rahman, Timb. Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni Dr.

Mokmin Bin Basri serta beberapa barisan pengurusan tertinggi KUIS. Perhimpunan perdana kali ini telah diisikan oleh tazkirah tahun baru yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP). Manakala Taklimat Promosi Tahun 2016 telah disampaikan oleh Encik Mokthar bin Ismail Pengarah Bahagian Pemasaran dan Komunikasi (BPK). Pembentangan kertas kerja hasil kajian Pegawai Akademik PPP turut dibentangkan. Dato’ Rektor KUIS juga turut menyampaikan amanat tahun baru 2016 kepada hadirin yang juga warga kerja KUIS telah mengingatkan agar berjimat cermat dalam segala bidang termasuk penggunaan komoditi KUIS. Kemuncak Perhimpunan memperlihatkan dengan sumbangan dari keuntungan dua buah kafe Yayasan kepada tabung kebajikan Timbalan Rektor Mahasiswa dan Alumni sebanyak RM32,700.00 serta pemberian penghargaan kepada penyumbang-penyumbang terbanyak Wakaf KUIS. Edisi

Program Kembara Falak di Masjid Parit 2 Sungai Dorani Sumber: Jabatan Mufti Selangor

Peserta bengkel dokumentasi berbincang di dalam kumpulan.

Sesi bergambar kenangan.

JMNS telah mengadakan Bengkel Pengenalan Dan Dokumentasi MS ISO 9001:2015 pada 1 hingga 4 Februari 2016 bertempat di Hotel Impian Morib. Bengkel ini dilaksanakan dengan menggunakan khidmat Syarikat DIMASQ Enterprise sebagai konsultan dan Encik Mohd Shazwan Ariff Bin Mohamad Khasim telah menjadi penceramah di sepanjang bengkel ini. Seramai 26 orang pegawai dan kakitangan JMNS telah mengikuti bengkel ini melibatkan Ahli Jawatankuasa MS ISO, Juruaudit Dalam, Pegawai Dokumen serta pemilik proses kerja. Edisi

P

rogram Kembara Falak di Masjid Parit 2 Sungai Dorani yang telah diadakan pada 18 Januari 2016(Isnin) pukul 9 malam .. Kami telah membawa 2 buah teleskop ke Masjid untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat keindahan bulan dan bintang melalui teleskop. InsyaAllah program kembara ini akan diteruskan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak Bernam pada 21 Januari 2016 (Khamis) selepas daripada Solat Isyak. Orang ramai di sekitar Masjid dijemput untuk hadir bagi menyaksikan keindahan bulan dan bintang melalui teleskop. Edisi

Kariah masjid mengambil peluang melihat bulan dan bintang.

Sesi melihat bulan dan bintang.


BERITA MAIS & AGENSI 12 Edisi Februari 2016 Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

& Lembaga Zakat Selangor

Lawatan Kerja Ketua Pendaftar Difc Courts Sumber: JAKESS

P

ada 26 Januari 2016, Mr. Mark Beer Ketua Pendaftar DIFC Courts telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ( JAKESS). Turut serta mantan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi. Dalam pertemuan tersebut, YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor membentangkan mengenai sejarah penubuhan JAKESS, struktur mahkamah serta sistem kehakiman syariah di Malaysia khususnya di Negeri Selangor. Di samping itu, turut dibincangkan mengenai perbezaan antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil serta isu-isu berkaitan kedua-dua mahkamah tersebut.

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im turut menerangkan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi serta langkah-langkah yang diambil khususnya dalam mempercepatkan penyelesaian kes di mahkamah syariah seperti memperkenalkan kaedah Hakam, proses cerai fast track serta penubuhan Unit Sulh dan Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga. Dalam pada itu Tun Zaki menyambut baik dan memuji tindakan proaktif yang diambil JAKESS khususnya di bawah kepimpinan YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im yang dilihat giat memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam membantu menambahbaik perkhidmatan dan penyampaian mahkamah.

Sesi bergambar kenangan.

Edisi

Syarahan “Perdana Pengiraan Kadar Nafkah Anak Berdasarkan Negara Moden”

Sesi bergambar kenangan.

Sumber: JAKESS

P

ada 22 Januari 2016, JAKESS telah mengadakan satu program Syarahan Perdana yang bertajuk “Pengiraan Kadar Nafkah Anak berdasarkan Negara Moden”. Program ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie, JAKESS. Sesi pertama dahulu kita telah didedahkan dengan tajuk khusus berkaitan analisa pendekatan Mahkamah Syariah dalam penetapan nafkah anak. Rentetan daripada itu, JAKESS telah mengadakan siri lanjutan yang mem-

fokuskan kepada pengiraan kadar nafkah anak melibatkan Negara Australia dan United Kingdom dan sedikit perbandingan dengan Negara Kanada. Melalui program tersebut, semua peserta didedahkan dengan amalan negara-negara moden ini dalam isu penentuan kadar nafkah anak dan pendekatan atau penambahbaikan yang boleh dicontohi atau diperbaiki di Jabatan ini. Perkara ini dikongsikan oleh YBhg. Prof Madya Dr. Nurhidayah Binti Mohd Hashim, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, Shah Alam.

Jabatan ini mengucapkan setinggi penghargaan kerana sudi memenuhi jemputan untuk siri ke-2 bagi menyambung sesi pertama yang telah diadakan pada 6 November tahun lepas. Tujuan syarahan perdana ini adalah untuk memudahkan hakim dan pegawai untuk menetapkan kadar yang bersesuaian bagi nafkah anak. Selain itu, semua peserta boleh meningkatkan dan mempelbagaikan ilmu yang dipelajari. Edisi

Seminar Pengurusan Zakat Dan Tahsinul LZS Tingkat Kesedaran Kewajipan Zakat Sumber: LZS Ibadah Didik Remaja Dekati Zakat Sumber: LZS

SABAK BERNAM, 29 Januari 2016 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Seminar Pengurusan Zakat bagi berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan zakat melibatkan kira-kira 200 orang peserta bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah di sini hari ini. Program berbentuk didikan awal oleh LZS kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini bertujuan memberi pendedahan kepentingan pengurusan kewangan agar kita boleh menunaikan zakat. Ia mensasarkan pelajar dalam pengajian Ekonomi Islam sebagai peserta. Antara pengisian seminar adalah perkongsian pengala-

man bersama Eksekutif Dakwah LZS, Hamizul Abdul Hamid dan forum bertajuk Pembangunan Zakat dan Kesannya Terhadap Ekonomi Islam. Program dimulakan dengan mengadakan aktiviti Tahsinul Ibadah pada malam 28 Januari yang mensasarkan kepada anak-anak asnaf yang belajar di sini. Hampir 600 orang peserta menyertai program ini yang berkisar berkaitan peranan remaja Islam. Edisi

SHAH ALAM, 27 Januari 2016 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan sesi ceramah kepada 300 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memberi kefahaman tentang kewajipan berzakat bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang baru-baru ini. Penceramah LZS, Ustaz Hamizul Abdul Hamid menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan menunaikan ibadah zakat dan penerangan ringkas tentang zakat. Hadir sama dalam program tersebut wakil TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan, Leftenan Kolonel Omar Dawami dan wakil LZS, Eksekutif Operasi

Daerah, Fadzli Muji. Sementara itu, LZS turut membuka kaunter sementara bagi memberi peluang kepada anggota TUDM yang ingin membuat taksiran zakat dan potongan gaji. Sambutan daripada audian amat menggalakkan apabila seramai 70 anggota mula mencarum termasuk penambahan caruman melalui Skim Potongan Gaji (SPG). Dengan adanya program sebegini, LZS dapat menyebarluas dakwah zakat kepada seluruh umat Islam terutamanya yang berada di negeri Selangor. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI Edisi Februari 2016 13 Sumber: Lembaga Zakat Selangor

KENYATAAN AKHBAR PENCAPAIAN AGIHAN DAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI SELANGOR 2015 Sumber: LZS 1. PRESTASI KESELURUHAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT 2015 Dalam usaha Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni asnaf dan memudahkan pengeluar zakat, alhamdulillah LZS telah mengagihkan zakat sebanyak RM676.3 juta dan mengutip sebanyak RM626.6 juta pada tahun 2015. 2. KUTIPAN ZAKAT (HARTA DAN FITRAH) Jumlah kutipan zakat di Selangor pada tahun 2015 telah melebihi sasaran, dengan jumlah kutipan sebanyak RM626.6 juta berbanding RM582.3 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (2014). Jumlah ini melebihi kutipan tahun 2014 dengan perbezaan sebanyak RM44.4 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM605.2 juta dikutip daripada zakat harta, manakala RM21.5 juta daripada zakat fitrah. Untuk makluman, LZS telah mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM615 juta pada tahun 2015. Pecahan kutipan zakat adalah seperti berikut:

juta berbanding RM595.7 juta pada tahun sebelumnya (2014). Jumlah pengagihan ini dilihat meningkat sebanyak 14 peratus dengan perbezaan sebanyak RM80.6 juta.

3. JUMLAH PENGELUAR ZAKAT HARTA Jumlah pengeluar zakat harta bagi tahun 2015, ialah seramai 256,540 orang (meningkat 3 peratus) berbanding tahun sebelumnya 2014 iaitu seramai 248,013 orang. 4. AGIHAN ZAKAT Pada tahun 2015 yang lalu, MAIS melalui LZS telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak di selangor sebanyak RM676.3

5. ASNAF FAKIR DAN MISKIN Bilangan asnaf fakir yang menerima bantuan pada tahun lepas (2015) ialah seramai 13,138 keluarga. Manakala bagi asnaf miskin adalah seramai 31,155 keluarga. Oleh itu, jumlah keseluruhan fakir dan miskin pada tahun lepas (2015) adalah seramai 44,293 keluarga. Dalam masa yang sama juga, LZS meneruskan program turun padang bagi mencari fakir dan miskin dikenali sebagai Skuad Jejak Kemiskinan (SJK).

Pecahan agihan zakat mengikut asnaf adalah seperti berikut:

Pengerusi MAIS membuat pembentangan prestasi keseluruhan kutipan dan agihan zakat 2015.

Sebanyak 21 siri SJK telah dilaksanakan di seluruh Selangor sepanjang tahun 2015. Melalui SJK 2015, seramai 477 keluarga telah ditemui dan didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin di Selangor. Pada tahun 2015, seramai 173 orang penerima bantuan zakat telah keluar dari kategori asnaf. Mereka ini terdiri daripada penerima bantuan modal perniagaan yang disediakan oleh lzs. Sementara itu, 340 keluarga yang menjadi penerima zakat pada tahun 2015 turut keluar daripada kategori asnaf hasil daripada siasatan semasa yang dilaksanakan oleh LZS menggunakan garis penentuan fakir dan miskin iaitu haddul kifayah. 6. SASARAN AGIHAN DAN KUTIPAN ZAKAT 2016 Mengambil kira faktor kesedaran mengeluarkan zakat yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat dan peningkatan jumlah asnaf fakir dan miskin serta asnaf-asnaf lain pada saban tahun, maka LZS meletakkan sasaran kutipan dan agihan zakat bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM645 juta. 7. LAIN-LAIN HAL Dalam usaha meneraju perubahan bagi menyantuni asnaf dan memudahkan pengeluar zakat, beberapa inisiatif telah dilaksanakan. Ini termasuklah: a) Penambahan cawangan LZS LZS telah menambah dua cawangannya iaitu di Klang dan Cyberjaya. Ini menjadi-

kan keseluruhan cawangan LZS sebanyak 28 buah di setiap daerah. Penambahan cawangan ini bagi memberi kemudahan kepada asnaf dan pengeluar zakat berurusan dengan LZS. b) Pusat Dialisis Bukit Jelutong LZS dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan membuka Pusat Dialisis MAIS bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. Ia dibina bertujuan memberi perkhidmatan dan rawatan dialisis kepada asnaf fakir, miskin dan gharimin di mana kos rawatan ditanggung oleh LZS. Pusat dialisis ini dijangka akan beroperasi pada bulan April 2016. c) Pembinaan Rumah Kekal Kepada Asnaf Yang Terlibat Banjir Kelantan LZS telah membina penempatan di satu kawasan baru bagi 60 keluarga fakir dan miskin di daerah Kuala Krai yang terbabit dengan banjir besar pada penghujung disember 2014 melibatkan sumbangan wang zakat berjumlah RM10.2 juta. Antara kemudahan asas yang telah dibina ialah stesen TNB, tangki air, jaringan jalan raya, enam buah lot perniagaan, dewan serba guna dan sebuah surau yang boleh menampung jemaah seramai 300 orang. Pembinaan Laman Seri Ehsan bertujuan untuk menyediakan kediaman selesa kepada asnaf fakir dan miskin yang ditimpa musibah banjir melalui manfaat daripada dana zakat di Selangor. Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan menyampaikan kunci rumah di Majlis Perasmian Dan Pengurniaan Kunci Rumah Kepada Mereka Yang Ditimpa Musibah Banjir Di Laman Seri Ehsan, Kampung Telekong pada 26hb Januari yang lalu. Sekian. Edisi


IKON ASNAF 14 Edisi Februari 2016

Mee Kari

Udang Lipan

Said dan Salina menunjukkan Mee Kari Udang lipan keluaran mereka.

Oleh: Hamizul Abdul Hamid Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

“B

ila diberi kepercayaan, cuba dulu.”

Itulah serangkap kata-kata ringkas penuh makna yang dijadikan slogan oleh dirinya. Jejak Asnaf kali ini menjejaki seorang lagi asnaf yang kian cemerlang dalam duniaperniagan makanan. Nun jauh di Sungai Besar, dia memulakan langkah. Gerai makannya nampak sangat sederhana; namun di sebalik kesederhanaan itu ia menjadi tumpuan pelanggan. Menjelang sore hingga malamhari, tidak menang tangan dia melayan permintaan. Untuk itu, pada kali ini penulis bawakan kisah Muhammad Said bin Ahmad, 41 dan pasangannya Salina binti Abdul Hamid, 40 untuk menghiasi ruangan ini. “Saya ini memang tidak reti duduk diam. Saya akan lakukan apa sahaja pekerjaan. Jika tidak turun kelaut menang kapikan, saya akan kekebun. Di kawasan belakang rumah saya ini, ada sebidang kebun kelapa sawit milik saudara-mara, dan mereka amanahkan kepada saya untuk menjaganya.” Ujar Said. Benar, ketika penulis dan krew Jejak Asnaf tiba di rumahnya, Said sedang sibuk menyiang udang lipan. Sebenarnya, dia mempunyai seorang pekerja khas yang akan membantu menyiang udang berkenaan; namun dia yang memang tidak boleh duduk diam, menggunakan masa terluang untuk menyiangnya. “Hari ini saya beli banyak udang lipan, adalah dalam 40 kilo gram. Selalunya kurang sikit. Jadi saya tolonglah siang sebelum pekerja sampai. Lagi pun kerja-kerja menyiang udang lipan ini bukanlah susah sangat, hanya guna gunting bahagian tepinya sahaja. Selepas itu, baharulah isinya mudah ditanggalkan.” Said bercerita.

Tidak sekadar bercerita, Said malahmenunjukkan sendiri kepada penulis caramenyiang udang lipan berkenaan. Jujurnya, melihat kepada rupa bentuk luaran udang lipan, menyebabkan ada orang yang tidaksanggup menjamahnya. Sesuailah dengannama udang lipan, ia agak mirip lipan bara yang amat digeruni itu. Cuma warnanya tidaklah semerah lipan bara, ia berwarna putih seperti udang biasa. “Ini cara saya menyediakan udang lipan kepada pelanggan. Saya tahu kerjanya agak meletihkan dan meremehkan; namunpelanggan akan lebih puas menikmatinya. Apatah lagi jika mereka mendapat udang lipan yang mempunyai telur, lebih sedap rasanya.” Tambah Said, dia ghairah bercerita perihal mee kari udang lipan bikinannya. Kami kemudiannya mengambil posisi di bawah atap yang meredupkan suasana. Hari panas terik, namun terasa redup berada di hadapan rumah Said. Dia membeli jaring hitam dan memasangnya sebagai atap peneduh. Jalan kampung yang lurus terbentang di hadapan rumahnya, di samping pepohon sawit yang turut meredupkan. “Masalah saya apabila hari hujan. Jika cuaca cantik, maka pelanggan boleh menikmati makanan dengan selesa. Jika hujan, tiris dan basah di mana-mana. Waktu itu, saya akan buka meja hingga kedepan pintu rumah yang beratap, atau cadangkan mereka membeli secara bungkus untuk dibawa balik.” Tambahnya lagi. Sebelum ini, Said adalah nelayan yang bergantung rezeki kepada hasil laut sematamata. Dia telah bergelumang dengan lautan sejak usianya 13 tahun. Habis sekolah rendah, dia meninggalkan kampungnya di Sungai Besar menuju ke Pantai Remis, Perak danbekerja sebagai awak-awak bot nelayan. Dia menang kapikan. “Tahun 1980-an, sambil bekerja saya berusaha membeli sampan sendiri. Saya pernah memiliki tujuh buah sampan, kerana saya suka beli dan jual dan beli lagi yang sesuai dengan keperluan. Apabila mahu menikah, saya lebih giat mencari rezeki kelaut. Waktu itu, hampir setiap hari saya akan simpan duit hasil laut di bank. Hing-

gakan pegawai bank pun dah kenal sangat dengan saya. Tahun 1986 saya mendirikan rumahtangga.” Kenang Said akan kisah silamnya. Namun, tidak lama selepas itu Said terpaksa selalu berulang-alik antara Pantai Remis dan Sungai Besar. Ibu dan bapanya di Sungai Besar kian uzur, sedangkan anak isterinya di Pantai Remis. Sedar dan tahu akan peranannya, dia tidak membiarkantanggungjawabnya terabai begitu sahaja. “Hinggalah tahun 2011, emak sayameninggal dunia dan pada tahun itu jugalah, saya membawa kesemua ahli keluarga sayaberpindah ke Selangor. Saya juga bawa kesemua kelengkapan nelayan dari Pantai Remis dan menjadi nelayan di sini pula.” Jelas Said panjang lebar. Sebenarnya, ibu bapa Said sememangnya adalah asnaf di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Ayah Said juga mengidap penyakit kanser prostat dan meninggal dunia pada tahun 2013. “Amil kariah yang melihat keadaan saya, meminta saya memohon menjadi asnaf zakat. Pendeknya, dia kata sayalayak. Saya menjaga sepasang ibu bapa yang uzur, punya empat orang anak, isteri yang tidak bekerja dan kehidupan dengan punca rezeki semata-mata sebagai nelayan memang tidak menjanjikan. Akhirnya ternyata saya layakmenjadi asnaf di LZS.” Said menerangkan. Sebagai asnaf zakat, maka LZS memastikan keperluan asasi bagi Said dan keluarganya diperhatikan. Mereka mendapat layanan saksama, seperti bantuan pendidikan, hari raya dan terkini modal perniagaan. “Sebenarnya resepi mee kari udang lipan ini datangnya dari isteri saya. Semuanya dia yang sediakan. Alhamdulillah, tidak disangka-sangka, ramai orang suka dan sampai tak menang tangan. Mula-mula dulu memanglah kurang laris, tetapi sekarang dalam sehari lebih 150 mangkuk boleh habis.” Jelas Said gembira. Di samping menjual mee kari udang lipan, gerai makan miliknya turut menyediakan beberapa menu lain, seperti nasi ayam, laksa, mee sup dan sebagainya. Said memulakan perniagaannya dari jam 12.00 tengah hari sehingga 12.00 malam. Pagi, dia membuat persiapan. “Sungguh pun kini kami sudah adapunca rezeki baharu, namun saya tetap tidak meninggalkan dunia laut dan nelayan. Saya sangat sayangkan laut. Sampai sekarang,

ada waktu yang sesuai saya tetap akan turun kelaut mencari ikan dan udang.” Said teru ralit berkongsi kisah. Apabila ditanya kehidupannya sebelummendapat sentuhan zakat, terus-terang Said mengatakan yang dia memang payah. Sejakkecil, dia memang sedar keluarganya miskin. Ibu bapanya adalah keluarga kampung pesisir laut yang memang mewarisi kemiskinan. Tidak segan, dia pernah menikmati nasi berlaukkan pucuk paku dicicah garam. “Orang tidak tahu, rezeki pelaut ini tidak sebesar mana. Dalam sebulan, kami para nelayan dapat turun kelaut dalam 10 hari sahaja. Selebihnya, air laut kurang cantik. Ada masanya air laut jadi mati, ikan susah diperolehi. Ada masanya pula, angin tidakbagus, ribut melanda, maka kami tidak sanggup menggadai nyawa. Kadang-kadang, air dari bendang pula dilepaskan dan ia beracun, maka ikan tidak main di tepi laut. Saya harus ketengah lagi menangkap ikan.” Nyata kehidupan pelaut sangat banyak cabarannya. “Paling saya tidak lupa, anak-anak saya dahulu selalu memakai baju lama kesekolah. Pernah anak sulong saya memakai kasutsekolah yang koyak hampir di seluruh bahagian tepinya. Namun mereka sabar sahaja. Alhamdulillah, sejak LZS membantu sudah banyak perkara berubah. Biar pun kami masih merangkak-rangkak mengubah kehidupan, namun sudah banyak yang dapat kami rasai. Paling nyata, keperluan anak-anak sudah mampu saya penuhi.” Said terharu dengan apa yang dikecapinya hari ini. Kini, Said dan isterinya dengan dibantu empat orang pekerja saban hari sibuk menguruskan gerai makan miliknya. Para pelanggan sanggup meredah jarak yang jauh berates kilo meter, semata-mata teruja dengan keenakan mee kari udang lipan hasil tangan isterinya. Said dan isterinya bersyukur, modal yang diberikan LZS membantu merealisasikan hasrat dan cita-cita mereka. “Terima kasih para pembayar zakat. Santunan anda membantu kami yang memerlukan. Semoga Allah SWT menjadikan anda semua berumur panjang, dan mampu terus berzakat, amin.” Tuntasnya di akhir perbualan. Nota: Gerai Said terletak di Lot A 237, Jalan Lama Tebok Marso, Sg. Haji Dorani, 45300 Sg. Besar. Selangor. Nombor untukdihubungi ialah 016-555 2844. Edisi


KEMUSYKILAN UMAT Edisi Februari 2016 15

Beri Zakat Duit Suami

Gambar hiasan

JAWAPAN: Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat yang begitu banyak. Tahniah saya ucapkan kepada puan, justeru telah mendapat seorang suami yang begitu baik, kerana telah meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada puan dalam urusan kewangan. Saya berdoa semoga rumah tangga puan kekal aman hingga ke hujung usia, amin. Baiklah, apabila membaca soalan puan, maka suka saya nyatakan bahawa suami puan sebenarnya memahami peranan seorang isteri di dalam rumahtangganya. Ini kerana, secara dasarnya memang menjadi peranan si suami untuk bekerja di luar rumah untuk mencari rezeki, demi menafkahi anak-anak dan isterinya. Manakala di sisi isteri pula, memang menjadi peranannya untuk bekerja di dalam rumahnya, menguruskan segala keperluan keluarga termasuklah yang paling utama mendidik anak-anak. Atas sebab itulah, kita akan berjumpa dengan banyak hadis yang memerihalkan dua kondisi yang berbeza bagi suami dan isteri ini. Hakim bin Mu’awiyyah bin Hidah al-Qusyairi r.a pernah mendengar yang ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri kami ke atas suami?” Rasulullah bersabda: “Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” (Hadis riwayat Abu Daud) Manakala di dalam hadis yang lain pula, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya.“ (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Kedua-dua hadis di atas menjelaskan bidang tugas lelaki dan perempuan

Soalan: Saya merupakan seorang isteri yang berkelulusan tinggi; tetapi atas kehendak suami saya tidak bekerja dan diminta menguruskan keluarga. Setiap bulan, suami saya hanya mengambil RM1,000 sebulan dari gajinya dan dan telah menyerahkan seluruh baki gajinya kepada saya untuk tujuan perbelanjaan keluarga seperti membayar bil utiliti, pinjaman rumah, kereta dan keperluan rumah lainnya. Soalan saya, bolehkah saya menggunakan wang itu untuk diberikan kepada ibu bapa, dan juga bersedekah kepada orang tertentu dan juga berzakat? Ini kerana, saya rasa seperti tidak amanah pula jika saya melakukannya? dalam rumahtangga, sesuai dengan fitrah kejadian mereka. Maka, apabila puan diamanahkan menguruskan keluarga, ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Malah, dengan kecekapan puan menguruskan keluarga maka membolehkan suami untuk mencari rezeki dengan senang dan mudah. Rumahtangga yang aman dan bahagia, menjadi motivasi terbaik buat suami bekerja. Sebaliknya, jika rumahtangga porak peranda, ia akan menjejaskan kualiti kerja suami di luar. Maka, atas dasar itulah Islam tidak memandang sebelah mata akan peranan seorang ibu dan isteri. Malah, di Malaysia pihak berkuasa agama Islam telah mewujudkan sebuah undang-undang yang mengiktiraf pekerjaan seorang suri rumah apabila pada tahun 1982 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memperkenalkan konsep Harta Sepencarian. Dengan adanya peruntukan ini, maka biar pun si isteri hanya menguruskan keluarga di rumah, namun dia masih berhak mendapat sebahagian daripada harta yang diperolehi selama mana usia perkahwinannya itu didirikan jika ditakdirkan berlaku perceraian. Sekarang, saya ingin mengaitkan isu pemberian harta suami puan ini dengan niat puan sendiri yang mahu menafkahkannya kepada jalan-jalan yang baik, sama ada diberikan kepada ibu bapa, bersedekah dan berzakat.Hakikatnya, semuanya adalah baik di sisi Islam. Memberikan kepada ibu bapa itu lebih dituntut dalam Islam, apatah lagi jika mereka memang termasuk dalam kalangan orang yang memerlukan. Demikian jugalah dalam urusan memberikan sedekah dan zakat, ia adalah suatu suruhan Allah SWT kepada semua orang yang mengaku beriman. Maka, di sini sebenarnya wang itu biar pun asalnya milik suami puan, namun di satu sisi yang lain, ia telah pun diserahkan kepada puan. Ia bermakna, corak

penggunaannya adalah terserah pulalah kepada kebijaksanaan puan dalam mengagihkannya – sama ada untuk keperluan asasi mahu pun memberi sedekah dan zakat. Di sini, kita boleh menyandarkan kepada beberapa dalil sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, misalnya ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah memberitahu, bahawa dia telah datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: “Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain (apa) yang diberikan oleh Zubair (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?” Jawab nabi SAW: “Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Hadis sahih riwayat Imam Muslim) Hadis ini jelas menunjukkan, bahawa seorang isteri boleh memberikan sedekah ataupun melakukan apa sahaja kebaikan dengan harta yang telah diberikan oleh suaminya, dengan syarat hendaklah terlebih dahulu menutupi keperluan asasi keluarganya. Misalnya, adalah ditegah memberikan sedekah dalam keadaan anak-anak sendiri pun tidak mempunyai makanan yang mencukupi. Malah dalam hadis yang lain pula, Amr bin Murrah berkata bahawa beliau mendengar Abu Wa-il menceritakan daripada Aisyah r. ha, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang isteri bersedekah daripada harta suaminya, maka baginya pahala dan bagi suaminya pahala yang sama dan bagi pelayan yang menjaga harta itu juga mendapatkan pahala yang serupa, tanpa mengurangi sedikitpun daripada pahala yang lain. Bagi suami apa yang telah diusahakannya dan bagi isteri apa yang disedekahkan.” (Hadis riwayat Imam an-Nasai)

Namun begitu, dalam bab zakat, apabila suami puan memberikan semua baki gajinya kepada puan, maka hendaklah dipastikan adakah kesemua yang diberikan itu bersifat tanggungan nafkah daripadanya ataupun sebahagiannya adalah dalam bentuk elaun kepada puan. Misalnya, dia memberikan RM4,000 dan dia menyatakan, RM2,000 adalah untuk kegunaan keluarga dan RM2,000 lagi sebagai elaun puan sebagai isteri. Maka di sini, jika hanya sebahagian diberikan sebagai elaun, maka puan hanya perlu menzakatkan ke atas wang elaun suri rumah sebanyak RM2,000 itu sahaja, kerana sebahagiannya lagi adalah duit suami yang mana dia mahu ia dibelanjakan untuk keperluan asasi rumah tangga. Sekian, moga-moga jawapan ini mampu memberikan kelegaan kepada puan dalam menafkahkan sebahagian rezeki kurniaan Allah SWT ke jalanjalan yang diredai oleh-Nya. Semoga pahala yang diperolehi akan dikongsi bersama, seperti mana disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW: “Dan sesuatu yang disedekahkan isteri daripada hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami.” (Hadis sahih riwayat Imam Muslim) dan lagi: “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya reda padanya, maka dia akan masuk syurga”. (Hadis riwayat Imam at-Tirmidzi). Wallahua’lam. Edisi

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@e-zakat.com. my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com.my, http:// blog.e-zakat.com.my atau Facebook.com/lembaga zakat selangor. MAIS.


ULASAN BUKU

16 Edisi Februari 2016 Disediakan oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

DENGAN LAFAZ 2 KALIMAH SYAHADAH CALL NO : 297.574 NGI Mualaf dikenali sebagai seorang saudara baru yang masih hijau lagi dalam mengenali Islam. Pelbagai reaksi dapat dilihat daripada segelintir orang Islam dalam isu mualaf ini. Di dalam buku ini, dicoretkan tentang kisah-kisah yang amat kerap berlaku terhadap golongan mualaf ini. Setiap peristiwa yang dipaparkan agar masyarakat lebih terbuka dan menyedari tentang dorongan dan sokongan yang perlu diberi kepada golongan ini. Pengalaman penulis sendiri sebagai mualaf membantu membuka pemikiran masyarakat tentang isu ini. Terdapat 18 bab dibahagikan di dalam buku ini iaitu, 1. “Surau dalam bilik stor” 2. “Bermulanya perjalanan ibadah puasa” 3. “Di sebalik kata-kata orang” 4. “Mengenal huruf alif ba ta” 5. “Laungan azan masjid” 6. “Adakah saya anak derhaka selepas memeluk Islam” 7. “Mr. Red Hat” 8. “Perkahwinan campur” 9. “Sampaikanlah walau hanya satu ayat” 10. “Daripada ateis bertukar menjadi muslim” 11. “Menemui kebenaran daripada kitab Al-Quran” 12. “Statistik mualaf memeluk Islam” 13. “Underground muslim” 14. “Wahai Abdullah” 15. “Tentang colok (joss stick)” 16. “Surat terbuka kepada Laksamana Cheng Ho” 17. “Mencari apa yang telah hilang” 18. “Another chinese mualaf”

PENGENALAN ZAKAT CALL NO : 297.54 PEN

Zakat ialah salah satu perkara yang wajib dilakukan seperti yang tersenarai di dalam rukun Islam. Setiap umat Islam yang mengeluarkan zakat akan diberikan ganjaran yang tidak ternilai dari Allah SWT seperti jauhnya dari api neraka, rezeki bertambah, memperoleh nikmat syurga dan lain-lain lagi. Zakat hanya dikenakan kepada harta orang yang memiliki kriteria yang ditunjukkan di dalam syarat-syarat zakat. Kepentingan dan pengetahuan zakat perlu diwar-warkan kepada umat Islam agar mereka dapat menyedari yang semua yang dimiliki adalah pinjaman daripada Allah yang telah diamanahkan. Sedikit daripada harta itu mestilah dikongsikan kepada orang yang berhak menerimanya agar mereka tidak terus hidup di dalam kesusahan. Antara kebaikan yang dapat dilihat dari sektor ekonomi dan masyarakat mengenai zakat ialah menghapuskan sifat kedekut dalam diri, merapatkan jurang sosial antara golongan yang mampu dan tidak mampu, satu jalinan ukhuwah dapat dibentuk dan perasaan hasad dengki boleh dikurangkan. Di dalam buku ini, terdapat tiga perkara utama yang disenaraikan iaitu, 1. Bahagian 1 terdiri daripada “Pengenalan zakat”; “Jenis-jenis zakat”; “Pendapat ulama zakat dan cukai”; “Qada’ zakat”; “Orang yang mati belum membayar zakat” dan “Fidyah” 2. Bahagian 2 terdiri daripada “Cara pembayaran zakat” 3. Bahagian 3 terdiri daripada “Lafaz dan doa berzakat”

JEJAK-JEJAK KEJAYAAN ASNAF CALL NO : 297.54 HAM Buku ini berkaitan dengan maklumat yang ditonjolkan tentang pengagihan zakat yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Ia berkenaan dengan para asnaf yang mendapat zakat di negeri ini yang mana rezeki itu digunakan untuk memajukan diri mereka dan keluar dari kelompok penerima zakat. Segelintir daripada mereka pernah menikmati kehidupan yang mewah tetapi mendapat dugaan dan bertukar menjadi penerima zakat. Pelbagai kisah dugaan yang dialami oleh para asnaf ini dapat diketahui dalam buku tersebut. Terdapat 7 bab yang dimuatkan di dalam buku seperti, 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

“Bab 1: Realiti agihan zakat” “Bab 2: Memesrai asnaf zakat” “Bab 3: Melakar tinta kecemerlangan pendidikan asnaf” “Bab 4: Zakat memperkasa ekonomi kami” “Bab 5: Tauladan kejayaan asnaf” “Bab 6: Zakat membugar iman” “Bab 7: Penutup kalam bicara”

NIKMATNYA SAKIT BERSALIN CALL NO : 618.24088297 ISY Nikmatnya Sakit Bersalin merupakan travelog seorang ibu yang melahirkan sembilan anak secara normal sejak mula mengandung hingga tibanya detik kelahiran anak-anaknya. Ia adalah satu pengalaman dan pengetahuan yang amat diperlukan kepada ibu-ibu mengandung terutamanya yang pertama kali ‘detik-detik cemas’ ini. Beberapa petua dan tips bersalin serta penjagaan sebelum dan selepas bersalin, juga sebahagian doa harian turut didedahkan kepada pembaca khususnya kepada bakalbakal ibu. Detik-detik mengandung dan bersalin amat digemari oleh ramai ibu-ibu walaupun mereka tahu yang sesetengah daripada proses itu amat menyakitkan bagi mereka. Di dalam buku ini, terdapat beberapa isi kandungan yang diketengahkan penulis sebanyak 10 bab iaitu, 1. “Bab 1: Pengalaman bersalin normal” 2. “Bab 2: Anak adalah anugerah dan rezeki daripada Allah” 3. “Bab 3: Mengandung sembilan bulan” 4. “Bab 4: Tip bersalin normal” 5. “Bab 5: Menikmati detik-detik bersalin normal” 6. “Bab 6: Penyusuan dan pengurusan bayi” 7. “Bab 7: Berpantang 40 hari” 8. “Bab 8: Doa untuk diamalkan” 9. “Bab 9: Anak... anugerah atau ujian” 10. “Bab 10: Nikmat sakit bersalin”

Buku berikut boleh didapati di Pusat Pengurusan Pengetahuan yang beralamat di No. 2-1-04, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3 40000 Shah Alam. No. Tel: 03-5510 4116


IKON UMMAH

Edisi Februari 2016 17

IBN KHALDUN (1332-1406M) Sumber: Profil Cendekiawan Islam, Terbitan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.

I

bn Khaldun atau nama penuh beliau Abu Zaid Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami adalah berasal dari keluarga Andalus dan dilahirkan di Tunis. Beliau dianggap pelopor dalam pelbagai ilmu khususnya dalam bidang sains sosial. Melalui buku yang di tulis oleh beliau dengan pendekatan ilmiah iaitu Muqaddimah, beliau dianggap bapa atau pengasas ilmu Sosiologi yang mendokumenkan pelbagai aspek kehidupan manusia meliputi aspek sejarah, kehidupan bandar dan desa serta pengaruh cuaca. Keluarga beliau yang memegang pelbagai jawatan penting di Andalusia (Spain) terpaksa berhijrah ke Tunisia selepas kejatuhan Seville di pertengahan abad ke-13 Masihi. Dari segi pendidikan asas, beliau mempelajari dan menghafal al-Quran sejak kecil, menekuni bidang-bidang asas pengajian Islam seperti Feqah, Hadis, Syariah serta menekuni bidang Falsafah, Matematik, Logik dan mempelajari hasil karya tokohtokoh terkenal sebelum beliau seperti Ibn Sina, Ibn Rusd, al-Razi, Tusi dan sebagainya. Ibn Khaldun berkhidmat dalam beberapa jawatan penting kerajaan di Tunis dan Morocco seperti menjadi diplomat (1363) di Granada dengan tanggungjawab menjalinkan hubungan diplomatik dengan King of Castile. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Menteri dalam kerajaan Abu Salem. Dalam tahun 1382, beliau mengembara ke Kaherah, Mesir dan sempat menjadi guru dan pensyarah dan kemudian menunaikan haji ke Makkah pada tahun 1387. Sumbangan Ibn Khaldun digelar sebagai tokoh persejarahan Arab yang ternama. Beliau menyusun ilmu Sejarah menjadi sebuah disiplin ilmu yang sistematik yang kemudian melahirkan ilmu Sosiologi dan juga Politik. • Kitab al-‘Ibar – membicarakan tentang sejarah bangsa Barbar dan kemudian memasukkan sejarah dunia menjadikan buku tersebut. Antara teori terkenal yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun ialah Teori Pusingan (cycling theory) yang merujuk kepada sejarah manusia yang bersilih ganti dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Pusingan itu silih berganti generasi demi generasi. • Muqaddimah – sebuah buku yang dikira besar mempengaruhi pemikiran tokoh-tokoh sarjana barat termasuk Karl Mark. Buku ini dianggap rujukan utama ilmu sains sosial yang menyentuh demografi, etnografi, falsafah sejarah, kebudayaan dan ekonomi. Teori ‘Asabiyah adalah pemikiran besar yang dikemukakan

oleh beliau bagi menjelaskan perilaku manusia yang mempunyai coherence bila berkaitan dengan bangsa dan budaya. Bukan itu sahaja, Muqaddimah juga menyentuh tentang aspek Teologi Islam, Kimia dan Biologi selain dari Sains Politik. Ia menggambarkan bagaimana konsep ilmu Islam yang komprehensif dibina ileh Ibn Khaldun. Muqaddimah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh Franz Rosenthal pada tahun 1958 dalam tiga jilid. • Selain itu beliau juga menulis Lubab al-Muhassal, iaitu sebuah komentar tentang teologi iaitu komen terhadap karya Fakhrudin al-Razi yang ditulis ketika berumur 19 tahun di bawah pengawasan gurunya al-Alibi di Tunis. • Beliau juga dikatakan menulis Sifa’ al-Sa’il, sebuah kitab yang membicarakan hal ehwal sufi yang dihasilkan sekitar tahun 1373 Masehi di Fes Marocco. Kehebatan Ibn Khaldun telah menarik perhatian sarjana Barat apabila biografi mengenai beliau muncul dalam Bibio-

theque Orientale oleh Barthelemy d’Herbelot de Molainville dalam tahun 1697M. Hasil sebahagian karya beliau Muqaddimah diterjemah ke bahasa Latin dengan tajuk Prolegomena diikuti dalam bahasa Perancis dan Inggeris. Antara legasi hasil karya Ibn Khaldun dicatatkan seperti berikut: • British historian Arnold J. Toynbee called the Muqaddimah “a philosophy of history which is undoubtedly the greatest work of its kind that has ever yet been created by any mind in any time or place. Much of his own work on world history was inspired by Ibn Khaldun”. • The British philosopher Robert Flint wrote the following in Ibn Khaldun: “As a theorist on history he had no equal in any age… Plato, Aristotle and Augustine were not his peers”. • Abderrahmane Lakhsassi writes: “No historian of the Maghreb since and particularly of the Berbers can do without his historical contribution”. • The British philosopher-anthoropologist Ernest Gellner considered Ibn

Khaldun’s definition of government, “an institution which prevents injustice other than such as it commits itself ”, the best in the history of political theory. • Egon Orowan, who termed the concept of socionomy, developed the writings of Ibn Khaldun to forecast an eventual failure of market demand. • Arthur Laffer, whom the Laffer curve is named after, noted that, among others, some of Ibn Khaldun’s ideas precede his own. • In 2006, the Atlas Economic Research Foundation launched an annual essay contest for Muslim students named in Ibn Khaldun’s honor. The theme of the contest is “how individuals, think tanks, universities and entrepreneurs can influence government policies to allow the free market to flourish and improve the lives of its citizens based on Islamic teachings and traditions”. • In 2006, Spain commemorated the 600th anniversary of the death of Ibn Khaldun. (http://en.wikipedia.org/ wiki/Ibn_Khaldun) Edisi


ZOOM MAIS

18 Edisi Februari 2016

1

2

3

1. Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan Dana Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah MAIS. 2. Seramai 200 orang warga MAIS termasuk MAIS Daerah telah hadir ke Dewan Muktamar, JAKESS bagi mengikuti Majlis Perutusan Pengerusi MAIS, sempena tahun baru 2016/1437H. 3. Wakil daripada LZS menyampaikan hadiah kepada Pemenang Kempen Zakat IPT bagi bulan November 2015.


ZOOM MAIS

Edisi Februari 2016 19

4

5

6

4. Pelbagai pengisian telah dimuatkan di dalam perhimpunan perdana KUIS yang berlangsung pada 22 Januari lalu antaranya Tazkirah Tahun Baru, Taklimat Promosi Tahun 2016 dan Amanat Tahun Baru 2016 oleh Dato’ Rektor KUIS. 5. JAKESS telah mengadakan satu program Syarahan Perdana yang bertajuk “Pengiraan Kadar Nafkah Anak berdasarkan Negara Moden” dan telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie, JAKESS. 6. Satu Taklimat Kebajikan Masyarakat berkenaan perkhidmatan rawatan bekam klinikal yang dikendalikan oleh Jurubekam, Yayasan Islam Darul Ehsan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah berlangsung pada 22 Februari 2016.


FEBRUARI 2016 • RABIULAKHIR 1437 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Terkini Membentuk Fikrah Ummah

Jauhi

ikhtilat

IBN KHALDUN (1332-1406M)

Ibn Khaldun atau nama penuh beliau Abu Zaid Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami adalah berasal dari keluarga Andalus dan dilahirkan di Tunis. Beliau dianggap pelopor dalam pelbagai ilmu..

>17

Mohon Online

www.kuis.edu.my

KEMASUK AN | JUN | NOV | 2016

DKU002(B)

Bahasa – Meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lainyakni mencampurkannya. Istilah Syariat – Percampuran LELAKI dan WANITA secara fizikal atau secara maya

JOM MASUK KUIS

Definisi

Hukum asal percampuran antara lelaki dan wanita adalah HARAM. Berdasarkan pendapat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, ikhtilaf adalah diHARUSkan dalam beberapa keadaan. Hukum

Syarat atau Adab Ikhtilat 1. Niat - Kerana Allah 2. Matlamat - Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja. 3. Tidak bersentuhan - Tidak berlaku sentuhan sama ada kulit dan kulit atau berlapik 4. Menutup & Menjaga Aurat - Perlu sentiasa terjaga 5. Menjaga adab bercakap - Ringkas, padat dan difahami, tidak meleret dan berlebihan 6. Mengasingkan tempat - Diasingkan dengan pengasingan yang jelas 7. Dibawah pantauan orang yang dipercayai - Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum Islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan Islam (maksiat)

1. Pandangan yang berlebihan 2. Bersentuhan 3. Berkata-kata lembut 4. Khalwat (berdua-duaan) 5. Tidak menutup aurat

Apa yang DILARANG Apa Yang Mengharuskan? Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)

a. Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.

Dalam keadaan keperluan (Hajat)

a. Dalam gerak kerja (mesyuarat & program) b. Dalam pembelajaran (kelas) c. Jual beli d. Kerja kehakiman e. Saksi f. Amal makruf nahi mungkar g. Melayan tetamu h. Dalam kenderaan awam i.Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga

lihan i p S I KU ! utama

ASASI | DIPLOMA | SARJANA MUDA | SARJANA | PhD

+60389117000

www.kuis.edu.my

Rujukan : Karangan Ustaz Azlan bin Che Daud

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.