Edisi bil 39 apr17

Page 1

| PhD ANA MUDA | SARJ ANA ASAS I | DIPLO MA | SARJ

JOM MASUK KUIS

April 2017 • REJAB 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

n iliha IS p a! U K tam u

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

KAMI PILIH KUIS 21 Tahun Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebuah institusi Pengajian Tinggi Islam menyelusur perjuangan memacu kecemerlangan pendidikan ummah di dalam melahirkan ribuan para Da’i, Ulama dan Umara di peringkat nasional dan seantero dunia. >7

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi • +60389117000

www.kuis.edu.my

Sultan Selangor Titah Mais Dan Jais Adakan Wacana Islam SHAH ALAM 13 Mac - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diseru supaya konsisten membincangkan isu-isu.... >10

Peserta Kursus Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti (Pkksk) Lihat Pengurusan Baitul Ehsan SABAK BERNAM 29 Mac – Seramai 25 orang peserta Kursus bagi Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial... >11 Kunjungan Mais Ke Pkns Erat Hubungan SHAH ALAM 20 Mac – MAIS melalui Bahagian Harta Baitulmal telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diketuai oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS bersama dengan Pengarah Baitulmal, Pengurus Harta Baitulmal.... >10

Meluruskan Salah Faham

AGIHAN ZAKAT

Setelah lebih 22 tahun kewujudan Lembaga Zakat Selangor (LZS), ujian terbesar ialah mengurus agihan zakat. Mengutip zakat satu ujian. Namun, ujian mengagih zakat lebih getir. Sungguh, agihan zakat sering disalah erti. Ramai beranggapan, zakat perlu diagih dengan mudah. Tidak perlu banyak soal. Tidak perlu prosedur. Luluskan secepat yang mungkin.

LIHAT MUKASURAT

3

KALAM PUJANGGA

Petikan kata-kata hikmah dari buya hamka. Dikutip dari buku ‘tasawuf moden’ oleh Prof. Dr. Hamka MANUSIA YANG RUGI (APRIL) “Hairan kita dengan manusia, dia takut rugi dengan hartanya, tetapi dia mudah memperoleh kerugian yang lebih besar, iaitu murka Tuhannya. Dia ubati dengan sepenuh tenaga anaknya yang jatuh sakit; tetapi tidak dicarikannya ubat jika anaknya mendapat sakit batin, iaitu sakit akal.” (hal. 28)

EH BOL DA N IA KIN

Menyumbang Wakaf Tunai (Saham Wakaf Selangor) MELALUI PELBAGAI CARA KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

www.wakafselangor.gov.my


“Mahukah aku beritahu amalan yang dengannya Allah akan bersihkan dosa-dosa dan mengangkat darjat? “Bahkan,ya Rasullullah” “Sempurnakan wuduk, perbanyakkan langkah ke masjid.” (Riwayat Muslim)

Salah satu fakta tentang alam semesta sebagaimana dinyatakan dalam al-Qur’an adalah bahwa langit terdiri atas tujuh lapisan. “Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-nya tujuh langit. Dan dia maha mengetahui segala sesuatu.” (Qs. Al baqarah:29)

Sidang Editorial EDISI Ketua Pengarang Daud Lin Bin Abdullah Pengarang Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Penolong Pengarang Muhammad Syafiq Bin Ahmad Fozi Editor Sri Hartini Binti Md Noh Subeditor/Pruf Sitti Nadhirah Binti Ahmad Zabidi Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat Wartawan • Halim Bin Mokhtar • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hasal Bin Senin Kolumnis • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Hamizul bin Abdul Hamid © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apaapa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Redaksi berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www. mais.gov.my


fokus April 2017 | Edisi Gambar hiasan

Meluruskan Salah Faham

AGIHAN ZAKAT

Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Setelah lebih 22 tahun kewujudan Lembaga Zakat Selangor (LZS), ujian terbesar ialah mengurus agihan zakat. Mengutip zakat satu ujian. Namun, ujian mengagih zakat lebih getir. Sungguh, agihan zakat sering disalah erti. Ramai beranggapan, zakat perlu diagih dengan mudah. Tidak perlu banyak soal. Tidak perlu prosedur. Luluskan secepat yang mungkin.

H

akikatnya, agihan zakat tidak boleh dibuat semberono. Zakat itu ibadah. Bermula dari saat ia dikutip daripada kalangan pembayar sehinggalah sampai ke tangan asnaf, semuanya dalam proses ibadah. Lalu, meletakkan ‘proses ibadah’ dalam neraca ‘kemahuan dan kehendak insan’, adalah salah. Ia mesti berpandukan ‘kemahuan dan kehendak Tuhan’. Inilah menjadi titik mula meluruskan salah faham masyarakat. Cuba lihat, perlaksanaan agihan zakat sejak zaman Nabi Muhammad SAW sehinggalah ke hari ini, ia menjadi urusan pemerintah. Jumhur ulama menyatakan, pemerintah itu berhak atas banyak sebab. Antaranya, urusan agihan zakat adalah sangat berat. Syeikh Mutawally Sya’rawi di dalam bukunya, Al-Fatawa al-Kubra menuturkan, urusan agihan zakat menjadi tugas pemerintah kerana mereka lebih tahu kondisi rakyat. Andai pemerintah menjalankan amanah itu dengan baik, serahkan zakat kepadanya. Jika pemerintah

curang, baharulah ia dilakukan sendiri oleh umat Islam. Maka, perkara pertama yang harus ditanam di dalam minda umat Islam, agihan urusan berat yang tidak boleh dibuat mainan. Kedua, mengagihkan zakat itu sukar. Allah SWT dengan jelas menyebut golongan berkenaan di dalam ayat 60, surah at-Taubah, iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Ertinya, zakat tidak boleh jatuh ke tangan selain dari lapan asnaf ini. Kesalahan dalam mengagih hingga jatuh ke tangan bukan asnaf, implikasinya zakat itu tidak sah (sila rujuk kitab Fiqh al-Manhaji as-Syafie). Bukankah satu perkara besar, apabila zakat diberi tetapi tidak sah? Siapa yang akan dipertanggungjawabkan? Jika diri sendiri yang melakukannya, diri sendirilah yang menanggungnya. Maka, perkara kedua harus diluruskan, kesalahan mengagih, akibatnya di akhirat hutang pula yang ditagih (hutang dengan Allah SWT). Sudah pastilah LZS perlu berhati-

hati, agar tidak menjadi pihak yang akan ‘ditagih’ lantaran salah dalam mengagih. Seterusnya, Umar al-Khattab RA ada menegaskan, apabila memberi zakat kepada asnaf maka kayakanlah mereka. Umar mengiringi perkataannya dengan memberikan sepasang unta kepada orang miskin. Maknanya, ‘kayakan mereka’ adalah dengan memberikan modal untuk berubah. Bukan dikayakan dengan wang mengikut kemahuan mereka. Hal inilah yang dilakukan oleh LZS. Ribuan asnaf daripada kalangan fakir, miskin dan mualaf dan sebagainya, telah diberikan modal. Ada modal berbentuk perekonomian dan juga pendidikan. Alhamdulillah, ramai yang sudah berjaya. Ada yang menjadi doktor perubatan, pensyarah universiti, pegawai kerajaan dan usahawan terbilang. Ini menunjukkan betapa bantuan zakat dalam bentuk modal, mampu memacu perubahan total. Namun, ‘modal’ bukan perkara sederhana. Sebuah perniagaan susah

3

untuk berjaya dengan modal yang kecil. Kerana modal bagi asnaf, bukan sekadar diberikan tunai dalam bentuk wang ringgit dan barangan. Lebih utama adalah modal insan. Diberikan latihan. Diberikan motivasi. Diiringi pemantauan berterusan. Semua ini memerlukan kos. Sumbernya adalah dari zakat. Maka, perkara ketiga wajib disemai di minda adalah, pembangunan asnaf secara holistik hanya dapat dijana dengan agihan zakat yang betul. Jika zakat diagih sendiri-sendiri dengan jumlah yang kecil, mana mungkin asnaf dapat dibantu dengan skala yang besar sehingga mereka berjaya. Akhirnya, diakui bahawa memudahkan urusan asnaf memang dituntut. Rasulullah SAW dalam amalan baginda, tidak menyimpan harta zakat lebih dari dua hari di rumahnya. Namun, apakah itu bermakna nabi bermudah-mudah dalam urusan agihan? Tahukah kita, bahawa nabi juga pernah menolak permohonan dari rakyat baginda? Malah penolakan itu menyebabkan mereka merasa marah. Hal ini ada disebutkan di dalam al-Quran, ayat 58 surah at-Taubah. Disebutkan, jika nabi memberikan kepada mereka harta zakat, maka mereka berpuas hati. Tetapi, bila tidak diberi mereka merasa marah sekali. Ini memberi kita pelajaran, dalam urusan agihan kena ada prosedur atau tatacara. Setiap orang yang datang memohon, adakah semuanya perlu dibantu? Jawapannya, hanya yang layak akan dibantu. Di dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim nabi berpesan, setiap orang yang datang mengadu akan perihal kemiskinannya, hendaklah disiasat terlebih dahulu dengan membuat pengesahan dari tiga orang lelaki yang pintar dari kaumnya sendiri. Hal ini sangat berat. Ternyata mengagihkan zakat tanpa usul periksa itu melanggar perintah nabi. Seandainya agihan zakat jatuh kepada orang yang salah, lalu menafikan pula hak asnaf sebenar, maka yang berdosa ialah pengurus zakat. Sudah pasti LZS tidak mahu sengaja mencampakkan dirinya ke lembah dosa. Dengan itu juga, setiap agihan zakat wajib ada siasatan dan prosedurnya. Inilah perkara keempat yang perlu difahami semua. Kesimpulannya, masih banyak perkara mengenai agihan zakat yang kelam dalam pemahaman masyarakat. Ia termasuklah isu peningkatan kos sara hidup luar biasa, yang memberi tekanan kepada zakat. Termasuk juga ancaman golongan penipu yang mahu mengambil kesempatan ke atas agihan. Semua ini menuntut LZS menjadi lebih berhatihati. Tujuannya hanya satu, memastikan mereka yang benar-benar layak tidak dizalimi. Wallahua’lam. Edisi


ISU

4

Edisi | April 2017

DILEMA PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

2

AGIHAN ZAKAT BANYAK KARENAH, BANYAK PROSEDUR, KENA PERMUDAHKAN. Banyak karenah adalah persepsi yang sengaja dilambak. Hari ini berlaku improvisasi. Di Lembaga Zakat Selangor (LZS), Borang Bancian Fakir Miskin 14 halaman sudah jadi dua halaman. Sistem IT meminimalkan penggunaan borang. Asnaf cukup isi sekali. Tetapi prosedur perlu, untuk memastikan ketertiban. Misalnya, isi borang agar maklumat lengkap. Dokumen sokongan perlu, agar tidak ada yang menipu. Siasatan lapangan perlu, agar tidak ada yang ambil kesempatan. Nabi sendiri arahkan agar prosedur agihan diwujudkan.

4

KUTIPAN BERATUS JUTA, NAMUN ORANG MISKIN TIDAK JUGA HABIS, TAK BERKESAN. Orang-orang miskin tidak akan habis, sehinggalah kiamat menjelma baharu habis. Ini nabi yang kata, bukan kita kata. Dari ‘Adi bin Hatim r.a., katanya: “Perihal kemiskinan, belum akan terjadi kiamat hingga seseorang kamu mengedar ke sana ke mari membawa sedekahnya mencari orang yang akan menerimanya, tetapi tidak menemuinya.” (HR Imam Bukhari)

5

ZAKAT HABISKAN DUIT, TETAPI KEMANA PERGINYA? ORANG TAK TAHU. LZS dah sebar ke mana diagihkan. Ada portal, blog, Facebook, tweeter, Instagram, masuk TV, radio, akhbar, majalah, pasang billboard dan macam-macam cara sebarkan maklumat agihan. Kenapa tidak sedar? Ini adalah sikap manusia, malas cakna benda baik. Benda buruk, setitik noda hitam di atas kain putih, nampak yang hitam. Ini isu sikap. Kecuali LZS sembunyikan maklumat, baharu salah LZS.

6

AGIHAN TIDAK PERLU SIASATAN? PERMUDAHKAN. Siasatan perlu. Jika siasatan tidak dibuat, tersalah agih zakat, siapa nak tanggung dosa? Dari Anas bahwa seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, apabila aku telah menyerahkan zakat kepada utusanmu, maka adakah aku telah bebas atas kewajibanku kepada Allah dan Rasul-Nya?” Rasul menjawab: “Ya, apabila engkau telah menyerahkan zakat kepada utusanku, maka engkau telah bebas dari kewajiban kepada Allah dan Rasul-Nya, bagimu pahalanya, dan dosanya bagi orang yang menyeleweng (zakat)”. (HR Ahmad)

7

NABI DAHULU SEGERA AGIHKAN, HARI INI BAGAIMANA? Memang ada hadis, nabi solat dan lepas tu tergocoh-gacah nabi bangkit. Baginda berkata: “Aku tinggalkan dalam rumah sebatang emas dari harta sedekah. Aku tidak mahu bila sampai bermalam (harta itu masih ada di situ), maka aku bahagi-bahagikan.” (HR Imam Bukhari). Tetapi ikut situasi, menghabiskan agihan zakat sekarang tidak semudah zaman nabi. Faktornya banyak. Antaranya, zaman nabi harta tidak sebanyak sekarang, fakir miskin pun tidak seramai sekarang. Kondisi berbeza, ikut keadaan semasa.

8

AGIHAN DAHULU GUNA HARTA ZAKAT, HARI INI WANG RINGGIT, TAK SUNNAH? Rujuk kepada soalan no. 7.

9

AGIHAN ZAT VS MANFAAT, TAK SUNNAH? Rujuk kepada soalan no. 7. Tambahan: Zaman dulu sahabat kuat iman, tak banyak kes menipu seperti sekarang.

11

AGIHAN ZAKAT PILIH BULU, BETULKAH? Tiada dasar pilih bulu, kerana semuanya ada prosedur yang sama. Jika memang asnaf maka layak dapat zakat.

13

KENAPA ZAKAT TIDAK ADA SOP YANG ‘SAMA’ ANTARA NEGERI-NEGERI? KITAKAN 1 MALAYSIA. Kena lihat semula Perlembagaan Malaysia, Jadual 9 Senarai II Negeri-negeri. Kuasa zakat di bawah bidang negeri. Namun hal ini ditangani dengan adanya SPZN dan JAWHAR.

1

MINTA BANTUAN ZAKAT SUSAH, BAIK MINTA KEPADA GEREJA LAGI MUDAH. Hujah yang selalu digunakan: “Hampir-hampir kefakiran itu mendekati kekafiran.”(HR al’Uqoiliy dalam Adh-Dhu’afa’ dlln, dinisbahkan dhaif oleh Imam al-Albany). Isunya bukan kerana kemiskinan harta, tetapi kemiskinan jiwa. Hal inilah yang paling dikhuatiri oleh nabi. Kefakiran yang membawa kepada kekufuran, kerana fakir iman. Mahu jalan mudah, tidak mahu bersusah payah dalam kehidupan. Maka gereja menjadi tumpuan. Salah pusat zakatkah dalam hal ini?

3

KUTIPAN ZAKAT LAJU, AGIHAN ZAKAT PERLAHAN. Kutipan laju sepatutnya dipuji, kerana ia menjamin dana zakat sentiasa ada untuk diagihkan. Maka sebab itu pusat zakat menyediakan pelbagai kemudahan pembayaran. Matlamatnya agar orang ramai mudah menunaikan zakat. Bila mudah, orang seronok berzakat, dana zakat meningkat. Namun, orang tidak bertanya, kenapa agihan zakat jadi perlahan? Kena tengok banyak aspek. Antaranya: Isi borang lengkap atau tidak? Dokumen sokongan lengkap atau tidak? Jika semua lengkap, insya Allah mudah dan cepat.

10

AGIHAN TIDAK HABIS DALAM SETAHUN, KENAPA TIDAK HABISKAN? Agihan tidak akan dapat dihabiskan, kerana faktor kutipan diluar jangkaan dan faktor kutipan akhir tahun. Namun akan segera dimanfaatkan pada awal tahun berikutnya, ketika ‘dry season’ melanda. Kutipan ada ‘dry season’ tetapi agihan tidak ada ‘dry season.’ Namun dua tiga tahun ini, setiap tahun agihan zakat di Selangor melebihi jumlah kutipan

12

AGIHAN KEPADA ASNAF AMIL KENAPA BANYAK SANGAT? Amil adalah asnaf, layak dapat hak dari harta zakat. Jika ada yang melarang, maknanya mereka menentang Allah SWT. Malah peruntukan amil tidak statik, boleh berubah ikut keperluan. Amil istimewa, kerana mereka dijamin di sisi pemerintah. Jika kutipan zakat merosot, mereka perlu disantuni oleh pemerintah. Nabi SAW berpesan: “Layanilah para amil itu dengan baik”. (HR Imam Muslim)

14

AGIH ZAKAT SENDIRI LAGI BAIK DARIPADA SERAH KEPADA PUSAT ZAKAT. Kena rujuk fatwa. Fahami fatwa betul-betul. Mengagihkan zakat sendiri memang khilaf, tetapi kena faham puncanya? Sejak bila? Siapa beri kebenaran? Kenapa? Zakat isu pemerintah, rujuk al-Hajj: 41. Jika tidak ada campur tangan pemerintah, kenapa Abu Bakar tegas? Apa kesan jika agih sendiri? Mampukah adil? Mampukah mencapai lapan asnaf? Fahamkah tentang agihan zakat?

15

PEGAWAI ZAKAT TIDAK TURUN PADANG, TUNGGU ASNAF DATANG PEJABAT. Kami paparkan di dalam media. Sebab itu ada kerjasama dengan media massa. Masuk akhbar, TV dan radio, bagi tahu apa yang pusat zakat buat. Misalnya Ops Jejak Kemiskinan. Ajak masyarakat turut serta dalam program agihan. Biar mereka tahu serba sedikit liku-likunya. Ia bukan kerja mudah, banyak cabaran. Wallahua’lam.


gen-q April 2017 | Edisi

5

JOM BERSEDEKAH Selagi Nyawa Di kandung Badan Oleh: Halim bin Mokhtar (halim@kuis.edu.my), Bahagian Zakat, Wakaf & Infak, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

“Jadilah Orang Yang Hidup Untuk Memberi Sebanyak-banyaknya dan Bukan Untuk Menerima Sebanyak-banyaknya” merupakan dialog Pak Harfan yang menggetarkan di dalam filem “Laskar Pelangi”. Dialog mudah, tetapi mengandungi mesej yang sarat dengan pengajaran menjadikan kita cuba mengaitkannya dengan kewajipan kita menyempurnakan tanggungjawab sesama muslim. Ini seperti membelanjakan sebahagian harta kepada mereka yang layak menerimanya.

D

i dalam Islam ada beberapa kategori pemberian yang diamalkan iaitu Zakat, Sedekah dan Infak. Ia merujuk kepada bagaimana seseorang Muslim itu membelanjakan harta ke jalan yang diredai oleh Allah SWT. Dalam Islam, harta itu perlu dimanfaatkan ke arah kebaikan sama ada yang hukumnya wajib atau sunat. Pada kali ini penulis akan membicarakan tentang kelebihan sedekah sebagai alatan penting dalam kehidupan seorang muslim yang beriman. Sesungguhnya setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Maka adalah wajar jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Anjuran untuk saling membantu sesama muslim melalui konsep sedekah adalah salah satu cara yang Allah SWT perintahkan kepada umatnya sebagai bentuk kebajikan dan bantuan yang dilakukan yang tidak terikat dengan jumlah, waktu dan bentuk pemberian. Sedekah bukan hanya dengan harta, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiap-tiap perkara yang ma’ruf (perbuatan yang baik) merupakan sedekah”. (HR Bukhari). Pastinya setiap kita terbuka dan berpeluang untuk merebut pahala dengan cara bersedekah iaitu paling asas melakukan perbuatan yang baik. Bagi menjamin kualiti amalan sedekah maka beberapa perkara perlu diambil perhatian seperti barang yang ingin diberikan dalam kondisi yang baik dan boleh digunakan. Sumber yang halal kerana ia akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Barang yang disayangi dan setiap pemberian sedekah mestilah Ikhlas kerana Allah. Bukan untuk mendapat nama, pujian dan balasan. Bagi merangsang motivasi budaya bersedekah beberapa pakej

kelebihan sedekah antaranya: 1. Memudahkan masuk syurga. Firman Allah yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang menafkahkan harta mereka baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang-orang menahan amarah mereka dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran: 133) 2. Terpelihara daripada Azab Api Neraka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah api neraka, meskipun hanya dengan sebiji kurma” (HR Bukhari dan Muslim) 3. Menghapus Dosa. “Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.” (HR Tirmidzi) 4. Menggandakan pahala di sisi Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai menghasilkan seratus biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Baqarah: 261) 5. Keberkatan harta. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sedekah tidak akan mengurangkan harta” (HR Bukhari). 6. Menerima perlindungan Allah di Padang Mahsyar. Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud, “Ada tujuh kelompok yang akan dilindungi Allah, di hari yang tidak ada tempat berteduh kecuali dalam naungannyaNya iaitu seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya” (HR Bukhari dan Muslim) 7. Melembutkan hati yang keras. Rasulullah SAW bersabda yang

Gambar hiasan

bermaksud, “Jika engkau ingin melembutkan hati engkau, maka berilah makan kepada orang miskin, dan usaplah (dengan lemah-lembut dan kasih sayang) kepada anak yatim.” (HR Ahmad) 8. Bertambah rezeki. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Tidak ada suatu hari yang setiap berpagi-pagian di dalamnya kecuali ada dua malaikat yang turun ke dunia. Malaikat pertama berdoa: Ya Allah berilah pengganti kepada orang yang membelanjakan hartanya dijalanMU. Malaikat kedua mengatakan: Ya Allah timpakanlah kebinasaan kepada orang yang kedekut. (HR Bukhari dan Muslim). 9. “Senyummu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah” (HR al-Tarmidzi). Hanya melemparkan senyuman sudah mendatangkan pahala buat kita. Tidak perlu mengeluarkan wang dan keringat. Pastikan senyuman kita dalam situasi yang sesuai! Waspadalah dengan bisikkan syaitan yang menyesatkan dan mengelirukan. Sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Syaitan itu menjanjikan (menakutnakutkan) kamu dengan kemiskinan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang

keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurnia-Nya dan Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah: 268) Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba, kepada semua generasi muda marilah kita mengambil peluang dan bersedia untuk bersedekah bagi merebut tawaran hebat dan dahsyat. Tawaran yang sangat luar biasa yang pastinya menjadi rebutan bagi orang yang bertaqwa. Jadikan Ramadhan kali ini yang paling mantap dan terbaik serta berjaya menawan semua pakej istimewa yang diiklankan oleh AlQuran dan Al-Hadith. Justeru itu bertindak segera, jangan tunggu bila kaya baru nak bersedekah. Bila sudah berjaya baru nak bersedekah. Ekonomi sudah stabil atau nilai Ringgit Malaysia meningkat baru nak bersedekah, sebab kita mudah lupa. Bersedekahlah supaya kita dimurahkan rezeki. Bersedekahlah supaya kita sihat. Bersedekahlah supaya ekonomi kita stabil. Bersedekahlah selagi nyawa dikandung badan kerana kematian boleh berlaku bila-bila masa. Ingatlah THE MORE YOUR GIVE THE MORE YOUR GET. Waallhua’lam. Edisi


6

MIMBAR MUFTI Edisi | April 2017

INDAHNYA ZAKAT: Tool Terbaik Menginsankan Manusia

Ada

Oleh: Sri Hartini Md Noh (sri@mais.gov.my), Eksekutif Komunikasi Korporat MAIS

• Saham yang dilaburkan ke dalam Bursa Saham yang dijual beli sepanjang tahun.

Z

akat merupakan formula oleh Allah untuk mendidik nafsu manusia. Kewajipan berzakat itu mengandungi syarat dan rukunnya yang tersendiri. Zakat juga mempunyai pengaruh yang luas dalam memperkukuhkan ekonomi dan menutup jurang antara golongan kaya dan golongan miskin. Tetapi tidak kurang juga ada mereka yang jahil dan bakhil dalam melaksanakan kewajipan berzakat. Menurut Syeikhul Ummah, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi melalui bukunya yang telah diterjemahkan iaitu Institusi Zakat Peranan dan Tanggungjawab keindahan dan prinsip melaksanakan zakat dijelaskan secara ringkas: Makna-makna yang am dalam alQuran dan as-Sunah mengukuhkan bahawa pada setiap harta terdapat hak sedekah mahupun zakat yang mesti ditunaikan. Allah SWT berfirman; Dan orang yang dalam harta mereka terdapat hak yang tetentu (kadarnya) (Surah al-Ma’arij:24). Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka. (Surah at-Tawbah:103). Sabda Nabi SAW: Beritahu kepada mereka bahawa sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat ke atas harta mereka. Harta itu diambil daripada orang kaya antara mereka untuk diserahkan kepada golongan miskin. Menurut prinsip yang dibahaskan di dalam buku ini tidak ada pemisahan antara jenis harta tertentu dengan jenis yang lain. Dari segi pemahaman al-Sunnah pula yang dimaksudkan dengan al-Amwal (harta-harta) dalam ayat al-Quran dan hadis di atas ialah harta yang berkembang bukan harta yang digunakan oleh seseorang untuk kegunaan peribadi. Justeru itu, semua harta yang berkembang wajib dikenakan zakat dan tidak boleh mengecualikan sejenis harta

1

tertentu daripada dikenakan zakat kecuali berdasarkan dalil yang kuat. Golongan kaya memerlukan proses penyucian dan pembersihan diri. Zakat boleh mensucikan dirinya daripada sifat ego dan kebakhilan dengan cara menginfakkan sebahagian hartanya. Inilah tujuan zakat yang disebutkan Allah SWT dalam firman Nya; Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka. Dengan zakat itulah kamu membersihkan dan mensucikan harta mereka. (Surah at-Taubah:103). Al-‘Alamah al-Kasani al-Hanafi berpendapat zakat merupakan satu proses pembersihan jiwa daripada sifat tamak dan dosa dan mesti dilaksanakan oleh setiap orang yang berharta sebagaimana zakat diwajibkan ke atas petani gandum dan kurma tanpa sebarang perbezaan. Setiap harta perlu penyucian dan pembersihan daripada perkaraperkara syubhat sepanjang dalam proses untuk memperoleh dan mengembangkan harta tersebut. Ini merupakan cara untuk menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya. Harta boleh disucikan dengan cara m e n g e l u a rk a n s e b a h a g i a n daripadanya untuk tujuan zakat, daripada Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pensuci kepada harta.(Riwayat al Bukhari) Keperluan zakat juga adalah bagi memenuhi keperluan golongan fakir miskin khasnya kepada mereka yang dibebani hutang dan para musafir. Zakat juga merupakan tunjang pembelaan asnaf dan ummah seperti berjihad di jalan Allah SWT, sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam serta perkara-

INFO

ZAKAT SAHAM

• Saham yang disimpan hingga ke hujung tahun dan biasanya bersifat Saham Amanah serta penyimpan saham mendapat untung berdasarkan harga saham pada hujung tahun berkenaan.

2

• Saham yang dilaburkan ke dalam syarikat yang mana orang yang melaburkan saham (pemodal) itu dinamakan sebagai ‘share holder’. 1. Bagi saham yang dilaburkan di Bursa Saham maka zakat dikenakan berdasarkan keuntungan yang diperolehi 2. Saham yang disimpan sepanjang haul pula maka hendaklah diambil harga saham pada hujung haul (biasanya hujung tahun) berkenaan. 3. Saham yang dilaburkan dalam syarikat iaitu sebagai pemodal, maka zakat dikeluarkan sebagai pemegang saham berdasarkan kaedah kiraan zakat perniagaan.

3

4

3 jenis saham:

Kesimpulannya, ketiga-tiga jenis saham ini mempunyai kaedah pengiraan yang tersendiri, sama ada disandarkan kepada kaedah keuntungan, harga hujung tahun dan zakat perniagaan. www.zakatselangor.com.my

perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan Negara Islam. Prinsip Islam jelas bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia hanya ditugaskan untuk memegang harta tersebut atau mewakili kehendak pemilik asal kerana di dalam kesenangan yang diberikan oleh Allah ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan terhadap masyarakat. Zakat bukan hanya perkara ibadah semata-mata sebaliknya

5

zakat ialah satu sistem kewangan dan jaminan sosial dalam Islam. Majoriti ulama sepakat mengatakan bahawa qiyas merupakan salah satu prinsip syariah atau kaedah yang digunakan dalam urusan zakat dan telah di praktik sejak zaman para sahabat ra. Lantaran era globlisasi kini juga zakat telah di luas ruang kewajipan berzakat iaitu kepada zakat KWSP dan zakat saham mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. “Semoga zakat dapat dijunjung dalam diri dan harta kita semua.” Edisi


ARTIKEL KHAS

7

April 2017 | Edisi

KAMI PILIH KUIS Oleh: Ani binti Abdul Jalil, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Ph D NA MU DA | SA RJA NA | AS AS I | DIP LO MA | SA RJA

JOM MASUK KUIS

21 Tahun Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebuah institusi Pengajian Tinggi Islam menyelusur perjuangan memacu kecemerlangan pendidikan ummah di dalam melahirkan ribuan para Da’i, Ulama dan Umara di peringkat nasional dan seantero dunia.

P

enyediaan landskap pengajian akademik yang berteraskan tauhid bersesuaian dengan keperluan zaman seiring dengan “niche” Islam yang menepati hala tuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara melalui pembangunan kurikulum dan kokurikulum yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) Sebuah legasi DYMM Sultan Selangor yang bergerak maju dalam memacu pendidikan ummah khususnya di Negeri Selangor Darul Ehsan tekad menjunjung ketinggian ilmu dalam menjulang darjat dan kesantunan peradaban Bangsa, Agama dan Negara ke arah pembinaan negara Baldatun Tayyibatun Wa Rabbul Ghaffur. Menawarkan program pengajian yang ‘employability’ dan ‘marketability’ dalam pelbagai bidang pengajian dan disiplin ilmu bermula daripada Peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dengan jumlah keseluruhan program yang ditawarkan sebanyak 56 program pengajian yang memenuhi standard dan kelulusan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia(KPTM) serta Pensijilan ISO MS 9001 : 2008 sebagai penanda aras kualiti dan piawaian mutu perkhidmatan. Pelajar lepasan SPM, STAM,STPM dan Diploma berpeluang melanjutkan pelajaran dengan memilih program yang ditawarkan melalui fakulti berikut: • Fakulti Pengajian Peradaban Islam(FPPI) • Fakulti Pengurusan Muamalah (FPM) • Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM) • Fakulti Pendidikan(FP) • Fakulti Syariah dan Undangundang(FSU) • Pusat Asasi (PA)

• Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Pada tahun 2017 penubuhan Fakulti Syariah Dan Undangundang KUIS bertekad melahirkan golongan profesional syariah yang beretika dan berinteg riti serta memug ar budaya Ilmu dan mendepani isu kontemporari dengan langkah yang lebih proaktif di dalam melahirkan graduan yang menguasai prinsip syariah dan perundangan. Tawaran Biasiswa Tabung Khas Kuis (TKK) kepada pelajar Asasi dengan kelayakan 5 kredit SPM selama +60389117000 satu tahun pengajian dengan tiga semester sebagai fast track untuk terus ke program Penyediaan kemudahan pembelajaran Sarjana Muda. Manakala pinjaman dan pengajaran(P&P) yang lengkap pendidikan daripada PTPTN atau dan asrama kediaman pelajar yang Kerajaan Negeri untuk pelajar kondusif serta kemudahan pelajar Diploma dan Sarjana Muda juga yang disediakan dalam kualiti dan ditawarkan. kuantiti yang mencukupi di samping Dengan jumlah 8,902 orang yuran pengajian yang berpatutan dan mahasiswa yang sedang berjuang semasa. menuntut ilmu dalam program Pe m e rk a s a a n program pengajian yang telah disediakan pembangunan sahsiah yang holistik, merentasi pelbagai disiplin ilmu prinsip persekitaran (bi’ah) yang berpaksikan moto Pemangkin Tradisi solehah, pembangunan iklim Dini, Ilmu pantas bergerak memacu ikutan yang baik (qudwah hasanah), kecemerlangan secara agresif dan program khidmat ummah dan Masjid proaktif menuju sebuah universiti yang Al-Azhar sebagai nadi kehidupan berkualiti dalam melahirkan graduan pelajar sangat diutamakan di dalam yang kompetitif dan kreatif dalam era memantapkan usaha melahirkan globalisasi. Sehingga kini KUIS telah mahasiswa KUIS yang cemerlang melahirkan seramai 15,179 Alumni dari segi akademik dan akhlak yang yang berjaya di peringkat nasional terpuji. Usaha ini di dokong oleh saf dan antarabangsa. para pensyarah serta warga kerja yang

iliha p IS KU tama! u

n

www.kuis.edu.my

memiliki roh dan jiwa sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid. Justeru itu, KUIS mempelawa dan menawarkan kepada semua calon Pelajar lepasan SPM, STAM,STPM dan Diploma untuk memilih KUIS sebagai destinasi ilmu untuk melanjutkan pelajaran bagi sesi 1, JUN 2017/2018 atau Sesi 2, Nov 2017/2018. Permohonan boleh dibuat secara permohonan atas talian(online) di laman sesawang KUIS www.kuis. edu.my. Untuk informasi terkini sila layari laman sesawang KUIS atau di talian 03 89117072 atau What’s up 0193896937 KAMI PILIH KUIS! Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan jalannya menuju syurga” (HR. Muslim). Edisi


8

SOLUSI ISLAM Edisi | April 2017

Sambungan keluaran MAC

Liabiliti Hak Berkaitan Harta Pusaka (Bahagian 2)

Susunan semula oleh: Sri Hartini Md Noh (sumber artikel daripada laman sesawang JAKIM ditulis oleh Abdul Muhaimin Mahmood)

A

yat ini menunjukkan bahawa hutang perlu dijelaskan dan dilangsaikan sebelum diagihkan harta pusaka kepada para waris. Namun demikian jika dilihat kepada zahir ayat di atas, menunaikan wasiat merupakan perkara yang perlu didahulukan dari pelunasan hutangpiutang si mati. Namun demikian, pelaksanaannya berlaku sebaliknya iaitu melunaskan hutang merupakan perkara yang didahulukan dari melaksanakan wasiat. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib: Maksudnya: Kalian semua membaca bahawa wasiat sebelum hutang, sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w telah memulakan dengan melunaskan hutang sebelum wasiat.(Ahmad alHusori, al- Tarikah Wa al-Wasoya Wa al-Qodoya al-Mutacalik Bihima Fi al-Fiqh al-Islami al-Muqaran, Dar al-Jil Bairu, 1992, hlm 31) Hikmat Allah SWT menyebut wasiat sebelum hutang di dalam ayat al-mawarith 4:11 ialah supaya menjadi peringatan Allah SWT kepada manusia tentang kewajipan melaksanakan wasiat orang yang telah mati. Demikian tersebut, kerana manusia kebiasaannya mengambil mudah, kedekut dan lalai di dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan yang berkaitan dengan harta yang melibatkan pemberian secara altabarrucat semata-mata. Manakala hikmah didahulukan pelunasan hutang daripada perlaksanaan wasiat ialah hutang tetap menjadi beban kepada orang yang berhutang sama ada semasa hidup atau sesudah ia meninggal dunia. Orang yang berhutang masih lagi dituntut oleh pemberi hutang dan apabila dia meninggal dunia maka menjadi tanggungjawab waris untuk menjelaskan hutang tersebut. Manakala wasiat merupakan amal kebajikan semata-mata yang tidak berkaitan dengan pihak yang ketiga (Mohd Zamro Muda dan Mohd Ridzuan Awang, Undang-Undang Pusaka Islam Pelaksanaan Di Malaysia,

Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM, 2006 hlm 31.). Melaksanakan wasiat Wasiat merupakan hak yang ketiga berkaitan dengan harta peninggalan si mati. Wasiat perlu dilaksanakan setelah dilunaskan kesemua hak-hak yang berkaitan dengan mempersiapkan pengebumian jenazah dan setelah dilangsaikan segala hutang piutang si mati. Wasiat juga hendaklah didahulukan perlaksanaannya sebelum diagihkan harta peninggalan si mati kepada ahli waris. Wasiat yang telah ditinggalkan oleh si mati hendaklah dilaksanakan dalam lingkungan 1/3 dari keseluruhan harta peninggalan si mati setelah ditolak kos pengurusan pengkebumian jenazah dan setelah dilunaskan kesemua hutang piutang si mati. Sekiranya wasiat si mati dalam lingkungan 1/3 maka ia hendaklah dilaksanakan tanpa berhajat kepada izin dan persetujuan ahli waris. Sekiranya wasiat yang ditinggalkan si mati adalah melebihi dari 1/3 harta yang ditinggalkan (iaitu 1/3 dari baki harta peninggalan si mati setelah ditolak kos pengurusan pengkebumian jenazah dan setelah dilunaskan kesemua hutang piutang si mati), maka wasiat tersebut hendaklah dilaksanakan setakat lingkungan1/3, manakala yang selebihnya berhajat kepada izin dan persetujuan daripada ahli waris. Sekiranya mereka bersetuju dan mengizinkan maka wasiat itu dapat dilaksanakan sepenuhnya dan sekiranya mereka tidak bersetuju maka wasiat tersebut hendaklah dilaksanakan setakat 1/3 sahaja. Sekiranya setengah dari ahli waris bersetuju (dengan meraikan syarat yang perlu dipenuhi bagi ahli waris yang bersetuju iaitu persetujuan hendaklah setelah berlaku kematian pewasiat, waris merupakan seorang yang boleh membuat al-tabarru’ dan waris merupakan seorang yang mengetahui berkaitan dengan wasiat untuk dilaksanakan wasiat yang melebihi 1/3, sedangkan setengah yang lain tidak bersetuju, maka wasiat tersebut hendaklah dilaksanakan ke

atas ahli waris yang bersetuju setakat mana kadar bahagiannya sahaja, kerana setiap dari mereka mempunyai kuasa untuk mengizinkan dan menolak di dalam kadar bahagian masingmasing. Apabila setengah dari waris mengizinkan atau bersetuju dengan wasiat yang melebih dari 1/3 , sedangkan setengah yang lain menolak maka timbul satu persoalan bagaimana hendak diketahui kadar bagi wasiat tersebut? Cara tersebut adalah dengan membahagikan harta peninggalan (pusaka) dengan dua pembahagian, pertama pembahagian dengan tanggapan semua waris bersetuju dan kedua dengan membuat pembahagian dengan tanggapan mereka semua tidak bersetuju, setelah itu maka mereka yang bersetuju hendaklah mengambil bahagian mereka mengikut bahagian pertama manakala yang tidak bersetuju hendaklah mengambil bahagian mereka dari pembahagian yang kedua(Ahmad Faraj Husin,Nizom al-Irth Fi al-Tashric al-Islami, 2003, hlm 51). Contoh bagi perkara tersebut seperti berikut:N Sekiranya seseorang mati meninggalkan 3 orang waris (seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan) dan meninggalkan harta pusaka RM 12,000. Kemudian itu, didapati separuh dari wang tersebut telah diwasiatkan agar diberikan kepada rumah anak yatim. Oleh sebab itu, maka seorang dari anak perempuan si mati bersetuju dan dua saudaranya tidak bersetuju di atas wasiat tersebut. Untuk mengetahui kadar bagi wasiat dalam permasalahan ini, maka harta pusaka tersebut hendaklah dibuat dua pembahagian seperti berikut: 1. Dibahagikan mengikut andaian semua waris bersetuju. Iaitu di berikan kepada yang diwasiatkan sebanyak RM 6000 iaitu 1/2 harta pusaka. Baki dari wasiat diberikan kepada anak lelaki[1]RM 3000; dan bagi setiap orang anak perempuan mendapat RM1500 2. Dibahagikan mengikut andaian semua tidak bersetuju, iaitu diberikan kepada yang diwasiatkan

sebanyak RM 4000, iaitu kadar 1/3, anak lelaki mendapat RM 4000 dan kemudian setiap orang anak perempuan mendapat RM 2000. Oleh kerana seorang dari anak perempuan bersetuju dan dua saudaranya tidak bersetuju, maka bagi anak perempuan yang bersetuju dilaksanakan wasiat yang melebihi dari 1/3, maka ia hendaklah mengambil haknya mengikut pembahagian yang pertama iaitu sebanyak RM 1,500, manakala dua saudaranya yang tidak bersetuju mendapat bahagian masingmasing dari bahagian yang kedua iaitu bagi anak lelaki mendapat RM 4000 dan yang perempuan mendapat RM 2000. Adapun yang selebih dari bahagian tersebut sebanyak RM 4,500 hendaklah diberikan kepada rumah anak yatim sebagaimana yang diwasiatkan oleh si mati. Mengagihkan harta pusaka kepada para waris. Mengagihkan harta pusaka kepada ahli waris merupakan hak yang keempat dari hak-hak yang berkaitan dengan harta pusaka. Pengagihan ini hendaklah dilakukan seandainya terdapat di sana saki-baki dari harta pusaka si mati setelah dilangsaikan segala kos yang berkaitan dengan pengurusan pengebumian, hutang piutang dan sebarang wasiat yang ditinggalkan oleh si mati. Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati hendaklah diagihkan kepada para waris mengikut apa yang telah dinyatakan oleh Allah SWT didalam al-Quran, alSunnah dan al-Ijma’ menurut turutan kedudukan mereka. Para waris yang berhak menerima harta pusaka tidak kesemuanya berada dalam satu golongan dan martabat yang sama. Mereka mempunyai kriterial dan martabat kedudukan yang berbeza diantara satu sama lain. Dalam undangundang pusaka Islam terdapat tiga jenis golongan waris, iaitu waris ashab al-furud, casabah dandhawi al-arham. Ketiga-tiga golongan waris tersebut mempunyai tafsiran dan implikasi hukum yang berbeza dalam undang-undang pusaka Islam. Edisi


NGO-i April 2017 | Edisi

9

ARISMA

Bekalkan Belia Autisme Kemahiran Kendiri Dan Vokasional Oleh: Sri Hartini Md Noh (sri@mais.gov.my), Eksekutif Komunikasi Korporat MAIS

Menurut kajian The National Autism Society Of Malaysia autisma merupakan kecacatan neurologi yang disebabkan oleh gangguan saraf yang memberi kesan kepada fungsi otak. Autisma memberi kesan kepada perkembangan normal otak dalam bidang interaksi dan komunikasi kemahiran sosial.

K

anak-kanak dan orang dewasa dengan autisma mempunyai masalah dalam komunikasi lisan dan bukan lisan, interaksi sosial dan percutian atau bermain aktiviti. Gangguan ini menjadikan ia sukar bagi mereka untuk berhubung dengan dunia luar. Ia adalah sukar bagi mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tingkah laku agresif atau mencederakan diri sendiri boleh hadir dalam beberapa kes. Mereka boleh mempamerkan pergerakan badan berulang, seperti tangan mengepak atau goyang, maklum balas luar biasa kepada orang atau lampiran kepada objek dan rintangan kepada perubahan dalam rutin. Mereka mungkin akan mengalami sensitiviti dalam tempoh lima deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Golongan autisma juga berhak mendapat peluang dalam menjalani hidup normal serta berdikari dalam

kelompok masyarakat hari ini. Justeru itu Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA) sebuah pertubuhan yang berada dibawah Kluster Pendidikan MAIS ditubuhkan. Objektif penubuhan ARISMA adalah untuk memberi latihan dan bimbingan vokasional bagi golongan yang mengidap penyakit tersebut, sekaligus dikenali sebagai pusat sehenti khusus kepada golongan belia autisma. Tujuan penubuhan akademik ini untuk melatih remaja autisma ini dengan kemahiran kendiri dan vokasional supaya mereka dapat hidup berdikari selain dilengkapi dengan kemudahan yang lain. Pihak ARISMA akan membekalkan belia autisma dengan kemahiran kendiri seperti kemahiran menguruskan diri, berinteraksi dengan persekitaran sekeliling dan bersosial. Antara kemahiran asas yang diajar adalah membaca, menulis, mengira, mengajar konsep duit dan membeli-

belah. ARISMA juga berhasrat untuk mengendalikan program center to workplace, iaitu mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian untuk belia autisme. Tujuannya ialah melatih mereka untuk menjalankan pekerjaan mereka di tempat kerja dan melatih majikan dan rakan sekerja untuk menyediakan sokongan kepada mereka. Ibu bapa digalakkan menyertai sebarang persatuan atau kumpulan sokongan supaya sebarang permasalahan boleh dikongsi bersama. Untuk maklumat lanjut, ARISMA boleh dihubungi melalui e-mel arisma2012@gmail.com atau datang sendiri di 23, Jalan UP3/5A, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor. Edisi


10

BERITA MAIS Edisi | April 2017

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat (MAIS)

Sultan Selangor Titah Mais Dan Jais Adakan Wacana Islam

DYMM Sultan merasmikan pembukaan majlis Wacana Islam.

S

HAH ALAM 13 Mac - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diseru supaya konsisten membincangkan isuisu berhubung kepentingan umat Islam. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, dengan sokongan kerajaan negeri, ia penting bagi mengukuhkan akidah menerusi

institusi-institusi di bawahnya. “Masjid, surau dan sekolah Kafa merupakan institusi penting sebagai benteng pertahanan akidah dan jati diri umat Islam. Melalui institusiinstitusi ini, ajaran Islam dapat disebarkan di kalangan masyarakat dan generasi baru. Jadi, MAIS dan JAIS perlu konsisten adakan wacana,” titahnya.

Titah baginda lagi, guru-guru JAIS yang bertugas terutama guru Kelas Al-Quran Fardu Ain juga perlu menekankan pembelajaran berteraskan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Guru-Guru JAIS perlu menekankan pembelajaran, memahami dan ikuti Mazhab Ali Sunnah Wal Jemaah secara berhemah dan tidak terpesong daripada akidah mereka dan anak-anak didik,” titahnya. Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan titah ucapan perasmian Program Multaqa’ Pegawai Masjid dan Surau, Guru Kafa dan Guru Takmir Negeri Selangor. Dalam program ini, baginda berkenan menyampaikan Watikah Pelantikan kepada Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Negeri Selangor sesi 2017-2019. Baginda juga turut berkenan menyampaikan Anugerah Khas kepada nazir, imam, guru Kafa, sekolah Kafa, dan guru takmir negeri

Program Kemahiran Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Selangor Kali Ke-5 Tahun 2017

K

lang, Mac 12 – Program Kemahiran Amal Islami Muallaf (Kamil Muallaf) Peringkat Negeri Selangor Kali Ke-5 Tahun 2017 telah diadakan pada 12 Mac 2017 di Pusat Perlindungan Muallaf Baitul Salam, Jalan Kebun Klang. Majlis perasmian penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad S h a h i r b i n M a k h t a r, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS merangkap Ketua Pendaftar Muallaf Negeri Selangor. Turut hadir ke program tersebut adalah Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengurus Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf MAIS.

Tn. Hj. Ahmad Shahir Bin Makhtar menyampaikan kata-kata aluan.

Program kali ini telah disertai oleh 54 orang muallaf daripada seluruh daerah di Negeri Selangor. Antara acara yang dipertandingkan bagi kategori lelaki dan wanita adalah Tilawah Al Quran, Hafazan dan Syarahan. Johan keseluruhan program tersebut telah dimenangi oleh Daerah

Gombak dengan pungutan markah tertinggi sebanyak 480 markah. Johan bagi setiap acara akan mewakili Negeri Selangor ke Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan Kali ke-2 yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2017 di Kuching, Sarawak. Edisi

serta menerima ‘mock cheque’ sumbangan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Turut hadir dalam program

ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Besar Selangor dan Pengerusi MAIS. Edisi

Ucapan pembukaan oleh Pengerusi MAIS, YAD Dato Setia Hj. Mohamad Adzib bin Mohd Isa.

Kunjungan Mais Ke Pkns Erat Hubungan

S

HAH ALAM 20 Mac – MAIS melalui Bahagian Harta Baitulmal telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diketuai oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS bersama dengan Pengarah Baitulmal, Pengurus Harta Baitulmal dan Pengurus Perhubungan Korporat. Lawatan MAIS disambut mesra oleh Puan Noraida bt Mohd Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS bersama pegawai-pegawai PKNS bertujuan bagi menjalinkan hubungan kerjasama antara MAIS dan PKNS berhubung cadangan penulisan dokumen wasiat dan pelantikan wasi kepada kakitangan PKNS. Lawatan ini juga secara tidak langsung dapat membantu pegawai-pegawai PKNS dalam mengurus harta-harta mereka sekiranya berlaku kematian. Semoga program ini berjaya dilaksanakan dan memberikan manfaat kepada semua pegawai PKNS. Edisi

Kunjungan Jawhar Ke Mais

S

HAH ALAM 15 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) diketuai oleh Puan Asrul Shuhada binti Mohd Salleh, Pengarah Baitulmal JAWHAR bertujuan mengeratkan hubungan antara Baitulmal JAWHAR dengan MAIS terutama dalam pengurusan khairat di samping memberi taklimat kepada pengurusan MAIS berkaitan penggunaan sistem e-khairat yang dibangunkan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri. Rombongan ini disambut dengan mesra oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut serta dalam lawatan ini adalah Pengarah Baitulmal MAIS dan Pengurus Bahagian Harta Baitulmal MAIS. Lawatan selama setengah hari ini diharap dapat mengeratkan hubungan di antara kakitangan MAIS dan JAWHAR demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor. Edisi


BERITA MAIS April 2017 | Edisi Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat (MAIS)

Peserta Kursus Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti (Pkksk) Lihat Pengurusan Baitul Ehsan

S

ABAK BERNAM 29 Mac – Seramai 25 orang peserta Kursus bagi Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), anjuran Pusat Khidmat Keluarga, Sosial & Komuniti, Bahagian UndangUndang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Lawatan ini dikawalselia oleh Puan Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bertujuan memberi panduan dan pendedahan kepada

peserta mengenai pengurusan rumah perlindungan di samping melihat operasi keseluruhan dan penubuhan Baitul Ehsan. Taklimat Baitul Ehsan disampaikan oleh Ustaz Mohd Makhi bin Adnan, Penguasa Baitul Ehsan. Program berakhir dengan lawatan sekitar Baitul Ehsan bagi mendapatkan gambaran dengan lebih jelas tentang suasana pelatih-pelatih yang ditempatkan di sana. Diharapkan dengan lawatan yang diadakan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin disamping mempertingkatkan mutu kerja dalam organisasi masing-masing. Edisi

Bahagian Perhubungan Korporat (YIDE)

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman Antara MAIS, MSU dan SBI

Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri bin Ab Yajid bersalaman dengan YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa.

S

HAH ALAM 1 Mac – Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman Antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Management Science University (MSU) dan Sekolah Bina Insan (SBI) telah diadakan di Bilik Senat, Tingkat 20, MSU. M e m o r a n d u m perjanjian persefahaman ini merupakan MOU bagi

menyatakan persetujuan bagi pengambilalihan Sekolah Bina Insan (SBI) daripada pihak MAIS di samping mewujudkan persefahaman menyeluruh antara ketiga-tiga pihak berhubung pengurusan dan pentadbiran SBI sebagai sebuah sekolah menengah persendirian yang mempunyai objektif dan hala tuju tersendiri. Majlis ini ditandatangani oleh Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS disaksikan

oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, dan MSU ditandatangani oleh Prof. Puan Sri Datuk Dr. Junainah bt Abd Hamid disaksikan oleh Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri bin Ab Yajid manakala pihak SBI ditandatangani oleh Tuan Haji Imran bin Kamal Basah disaksikan oleh Tuan Haji Abdul Karim bin Noh Shah. Sekolah Bina Insan (SBI) sebelum ini merupakan di bawah Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu anak syarikat MAIS dan kini SBI adalah di bawah pentadbiran MSU dan telah mula beroperasi di Darul Sakinah, Puchong dan kini telah menerima kemasukan pelajar baru seramai 130 orang dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 338 orang. Edisi

Sesi bergambar kenangan.

Para peserta kursus melawat sekitar kawasan Baitul Ehsan.

Yide Beri Sumbangan Kepada Sra Seksyen 3, Shah Alam

S

HAH ALAM 9 Mac - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) iaitu anak syarikat MAIS diwakili oleh Encik Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Sumbangan dan Promosi YIDE telah menyampaikan sumbangan kepada Ustazah Filzah binti Mohd Nor, Guru Besar Sekolah Rendah Agama, Seksyen 3. Lawatan dan sumbangan pihak YIDE ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu

sedikit sebanyak dalam meringankan beban pihak sekolah dan PIBG. SRA Seksyen 3 ini telah dilanda angin ribut dan menyebabkan sebahagian kantin tambahan yang digunakan untuk pelajarpelajar telah diterbangkan oleh angin. Turut bersama dalam lawatan adalah YBhg Prof. Madya Hamdan bin Abd Maad, YDP PIBG SRA Seksyen 3, Shah Alam. Yayasan Islam Darul

11

Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi di bawah MAIS yang d i p e r t a n g g u n g j aw a b k a n menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Aktiviti ini meliputi memberi sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan keperluan diri dan lain-lain keperluan harian. Edisi

Keadaan bumbung Sekolah yang rosak.


12

BERITA MAIS Edisi | April 2017

Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat (MAIS)

Bahagian Pejabat Ketua Hakim (JAKESS)

Hakim-Hakim Syariah Negeri Selangor Lawat Baitul Ehsan

YBhg. Prof. Dato’. Dr. Mujaini bin Tarimin, mewakili MAIS memberikan plak cenderamata kepada YA Tuan Mohammad Adib bin Husain.

S

ABAK BERNAM 3 Mac – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah dikunjungi oleh delegasi Hakim-hakim Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).

Delegasi lawatan diketuai oleh YA Tuan Mohammad Adib bin Husain, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor bersama Hakim-Hakim Syariah Negeri Selangor.

Kunjungan Hormat SPRM

S

hah Alam 1 Mac 2017Bertempat di Bilik Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, YAA Prof Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar telah menerima kunjungan hormat dari Pengarah baru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Negeri Selangor iaitu Dato’ Wan Ramli berserta dua lagi pegawai iaitu Tuan Muhamad Firdaus dan Tuan Amir Hamzah. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah sebagai satu usaha pihak SPRM untuk memastikan kerjasama keduadua jabatan ini dalam usaha pencegahan rasuah akan menjadi lebih efektif. Pihak

SPRM juga bercadang untuk memberikan satu taklimat berserta bacaan ikrar dalam slot perhimpunan bulanan JAKESS yang akan diadakan pada masa akan datang. Selain itu pihak SPRM memuji JAKESS kerana telah berjaya melancarkan satu polisi yang bertepatan dengan usaha mencegah rasuah iaitu NO GIFT POLICY dan berharap agar banyak lagi jabatanjabatan lain akan mengikut langkah JAKESS. Ku n j u n g a n hor mat diakhiri dengan penyampaian cenderahati. Pihak JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran pihak SPRM. Edisi

DYMM Sultan merasmikan pembukaan majlis Wacana Islam.

Lawatan selama setengah hari disambut baik oleh YBhg. Prof. Dato’. Dr. Mujaini bin Tarimin, Pengerusi Jawatankuasa Al-Riqab Negeri Selangor dan Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS serta beberapa pegawai MAIS yang lain. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung operasi dan penubuhan Baitul Ehsan dan Baitul Iman terutama melibatkan proses penubuhan, kaedah pewartaan, khidmat kaunseling dan aktiviti yang dijalankan. Di samping itu juga para delegasi dapat mengenali dengan lebih dekat lagi fungsifungsi Baitul Ehsan dan Baitul

Iman dan peranannya dalam menangani masalah sosial, keruntuhan moral dan akidah di kalangan remaja dan belia Islam yang kini semakin

membimbangkan. Program berakhir dengan lawatan sekitar Baitul Ehsan dan lawatan pameran kraf tangan pelatih pusat ini. Edisi

YBhg. Prof. Dato’. Dr. Mujaini bin Tarimin memberikan sedikit kata-kata ucapan.

Perbincangan bersama SUHAKAM

Sesi bergambar kenangan

S

hah Alam 1 Mac 2017Satu pertemuan antara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah diadakan. SUHAKAM diketuai oleh Prof Dato’ Dr. Aishah Bidin bersama wakilwakil SUHAKAM yang lain iaitu Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Puan Nurul Hasanah Amad Hasain Malim, Encik Ameer Izyanif Hamzah dan Cik Nur Syamimi. Tu j u a n kedatangan SUHAKAM adalah bagi mendapatkan keputusan tentang pelaksanaan watching brief di Mahkamah

Syariah rentetan daripada perbincangan yang pernah dibuat pada April tahun 2016. SUHAKAM juga mencadangkan agar satu slot disediakan oleh JAKESS bagi memberikan peluang kepada SUHAKAM untuk memberikan serba sedikit penerangan kepada pegawai dan kakitangan tentang SUHAKAM dan watching brief yang sering disalahertikan. JAKESS tiada masalah dalam membangunkan kerjasama bersama pihak SUHAKAM dan akan cuba mengatur jadual bagi memberikan ruang kepada pihak SUHAKAM untuk memberikan penerangan

kepada pegawai dan kakitangan JAKESS berkaitan pelaksanaan watching brief. Dalam masa yang sama JAKESS juga percaya hubungan yang baik antara pihak SUHAKAM bersamasama agensi yang lain di Selangor akan membantu dalam memperkenalkan apa itu sebenarnya watching brief. Wakil-wakil SUHAKAM kemudiannya telah dibawa melawat sekitar kawasan Mahkamah, Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Bilik Sulh, Dewan Bicara dan banyak lagi. Pertemuan itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan tengah hari. Edisi


BERITA MAIS April 2017 | Edisi Sumber: Bahagian Perhubungan Korporat (MAIS)

13

Bahagian Pejabat Ketua Hakim (JAKESS)

Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie, Pembentangan Pelan Strategik Dan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Bil 1 Tahun 2017

S

hah Alam 24 Feb 2017– Seluruh warga JAKESS diingatkan agar sentiasa menerapkan nilai-nilai kepimpinan Islam dalam budaya kerja masingmasing serta dalam sasaran kerja tahunan jabatan. Ini sebagaimana yang telah ditekankan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor. YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar semasa berucap dalam Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie,

Pembentangan Pelan Strategik dan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Bil. 1 Tahun 2017 berkata, sebagai penjawat awam yang sentiasa berurusan dengan pelanggan perlulah sentiasa menjaga akhlak dan integriti agar keadilan yang ingin dicapai sekata dengan tindakan. Ia juga bertepatan dengan ‘Polisi Tiada Hadiah’ Jabatan Kehakiman Syariah S e l a n g o r ya n g t u r u t dilancarkan pada majlis yang diadakan di Dewan Muktamar, JAKESS itu. Selain pelancaran ‘Polisi Tiada Hadiah’, turut dilancarkan ‘Vade Macum’

Pe r i n t a h Mahkamah Syariah Selangor di samping pembentangan Pe l a n Strategik Jabatan oleh YA Puan Noor Huda binti Roslan, Ketua Pendaftar JAKESS, penyampaian sijil penghargaan kepada Mahkamah Rendah Syariah yang berjaya menyelesaikan 100% kes KPI Menteri dan MAIS serta penyampaian sumbangan kebajikan BAKEMAS. Turut diadakan Majlis Perpisahan Puan Dayang Nurafni bin Dzolkifli, Penolong Pegawai Tadbir yang telah bertukar ke Jabatan Agama Islam Selangor. Edisi

Kursus Penulisan Alasan Penghakiman

S

hah Alam 2021 Februari 2017 – JAKESS telah mengadakan Kursus Penulisan Alasan Penghakiman untuk semua Hakim-hakim Mahkamah Syariah Selangor yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai Syariah yang diberi tauliah Hakim serta Pegawai Penyelidik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Kursus ini adalah usaha yang diambil oleh Jabatan ini untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme para Hakim Syarie Mahkamah Syariah Selangor dalam penulisan alasan penghakiman. Alasan

penghakiman merupakan salah satu rujukan yang penting dalam keadilan. Ia perlu ditulis dengan tepat dan betul mengikut kaedah dan pendekatan Hukum Syarak, kenyataan pihak-pihak, rujukan kes, Nas Al-Quran dan hadis serta pendapat ulama yang muktabar. Perincian penulisan alasan penghakiman membuktikan kelicinan pentadbiran dan keadilan. Alasan penghakiman boleh dirujuk oleh mana-mana pihak yang berkehendak akannya, justeru ia tidak boleh dipandang sambil lewa kerana ini juga merupakan salah satu amanah yang perlu dibuat dengan bersungguh-

sungguh. S a b d a N a b i S AW ‘Sesungguhnya Allah SWT suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja dia lakukan dengan bersungguhsungguh. (HR Muslim). JAKESS amatlah bertuah apabila YA Tan Sri Idrus bin Harun, YA Datuk Dr. Haji Hamid Sultan bin Abdul Backer dan YA Dato’ Setia Haji Zawawi bin Salleh, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia kerana telah sudi hadir memenuhi jemputan bagi memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada Hakimhakim Syarie Mahkamah Syariah Selangor ini. Edisi

Para tetamu mengaminkan doa sebelum majlis bermula.

4

(‫ﮐﺄﻣﭭﺖ‬ ‫)ﺳﯿﺮي‬ ‫ﺟﺎوي‬ ‫ﺑﻼﺟﺮ‬ ‫ﺳﯿﺮي‬ (‫ﮐﺪوا‬ ‫)ﺳﯿﺮي‬ ‫ﺟﺎوي‬ ‫ﺑﻼﺟﺮ‬ ‫ﺳﯿﺮي‬ ‫اﻟﺮﺣﻤﻦ‬ ‫ﺑﻨﺖﻋﺒﺪ‬ ‫ﻧﻮراﻧﯿﺘﺎﺑﻨﺖ‬ ‫ ﻧﻮراﻧﯿﺘﺎ‬:: ‫اوﻟﯿﮫ‬ ‫اوﻟﯿﮫ‬ ‫ﻋﺒﺪ اﻟﺮﺣﻤﻦ‬ (‫)ﺟﺎوي‬ ‫دﯾﻮان‬ ‫ﻣﻨﺸﻲ‬ (‫ﻣﻨﺸﻲ دﯾﻮان )ﺟﺎوي‬ ‫ء‬

‫ﻗﺎﻋﺪه ﭬﻨﻮﻟﯿﺴﻦ ﺟﺎوي ﭬﺪ ﭬﺮﮐﺎﺗﺎ ن‬ .‫ﻣﻼﯾﻮ‬.‫ﻣﻼﯾﻮ‬ ‫ﺟﺎﺗﻲﺟﺎﺗﻲ‬ ‫ﮐﺎت ﮐﺎت‬ ‫ﭬﺮﮐﺎﺗﺎءن‬ ‫ﻗﺎﻋﺪه ﭬﻨﻮﻟﯿﺴﻦ ﺟﺎوي ﭬﺪ‬ "‫"اﯾﺠﺎءن ﺗﺮادﯾﺴﻲ‬ ‫ ﮐﯿﺖ ﻣﻤﺒﯿﭽﺎراﮐﻦ اﯾﺠﺎءن ﮐﺎت ﺟﺎﺗﻲ ﻣﻼﯾﻮ ﭬﺪ ﺳﻮﮐﻮ ﮐﺎت‬،‫ﻮ اﯾﻦ‬0‫ﭬﺪ ﻣﯿڠ‬ ."a " ‫ﺗﺮﺗﻮﺗﻮڤ ﭬﻮﻻ ۏوﮐﻞ‬ ‫ ﺗﺮداﭬﺖ ﺳﺎﺗﻮ ﺳﯿﺴﺘﻢ اﯾﺠﺎءن ﯾڠ ﺗﺮﮐﭽﻮاﻟﻲ‬،‫داﻟﻢ ﺳﯿﺴﺘﻢ اﯾﺠﺎءن ﺟﺎوي‬ ‫ء‬ ‫ﻣﺎﻧﺎﮐﺎﻻﻣڠﺎﭬﯿﺖ‬ ‫ﮐﻮﻧﺴﻮﻧﻦ‬ ‫زﻋﺒﺎ اﭬﺎﺑﯿﻼ‬ ‫اﯾﺎﻟﮫ‬.‫ﺗﺮﺗﻮﺗﻮڤاد‬ ‫ﮐﺎت‬ ‫ﻣڠﯿﮑﻮتﺳﻮﮐﻮ‬ ‫ﻓﺮاﺗﻮرن‬ ،‫ﺣﺮوفن ﺗﻮا‬ ‫ﻠﺮﮐﻦ اﯾﺠﺎ‬%‫ﻣڠ‬ ‫اﯾﺠﺎءن ﺳﺪﯾﺎ‬ ‫ء‬ ‫ء‬ ‫ﺗﺮﺗﻮﺗﻮڤ ﭬﻮﻻ‬ ‫ ﮐﺎت‬.‫ﻣﺸﮭﻮر‬ ‫ ﺳﻮﮐﻮ‬،‫ﺗﻠﮫ‬ ‫ﺟﺎوي‬ ‫ﻗﺎﻋﺪه‬ ‫ﺣﻤﺪان داﻟﻢ‬ .‫ﺣﺎجۏوﮐﻞ‬ ‫ﺣﺮوف‬ ‫ﺳﺒﺎ&ﺎي اﯾﺠﺎ‬ ‫ﻣﭙﺒﻮت‬ ‫ﺗﻮان‬ ‫اﯾﺴﺘﯿﻠﮫ "اﯾﺠﺎ ن‬ ‫ﭬﻨﻮﻟﯿﺴﻦن ﯾڠ‬ ‫ﺳﭭﺮﺗﻲ‬ ‫ﺣﺮوف‬ ‫ﭬﺎدﻧﻦ‬ ‫ﻗﺎﻋﺪه‬ ‫ﻣڠﯿﮑﻮت‬ ‫ﺗﯿﺪق‬ ‫دأﯾﺠﺎ‬ " a " ‫ۏوﮐﻞ‬ .‫ﺑﯿﻼﮐﮫ ﻻزﯾﻢ‬ ‫ﺳﺠﻖاﯾﺠﺎءن‬ ‫ ﺗﯿﺪق داﭬﺖ دﭬﺴﺘﯿﮑﻦ‬.‫ﺗﺮادﯾﺴﻲ" د<ﻮﻧﺎﭬﺎﮐﺎي اوﻟﯿﮫ ﺧﻼﯾﻖ‬ .‫ﻣﺎس ﮐﯿﻨﻲ‬ ‫ﻣﺸﮭﻮر‬ ‫ﺗﺘﺎﭬﻲ اﯾﺴﺘﯿﻠﮫ‬ ‫اﯾﺴﺘﯿﻠﮫ اﯾﻦ‬ ‫ﺗﺘﺎﭬﻲ ﺣﺮوف اﻟﯿﻒ‬ ،‫ﺮوفﭬﺪاﻟﯿﻒ‬ ‫ﺗﻠﮫ ﺣ‬ ‫دﺗﻮﻟﯿﺲاﯾﻦدڠﻦ‬ ‫ ﺗﯿﺪق‬،‫ﻮﻧﺎﮐﻦ‬8‫د‬ "a" ‫ﺣﺮوف‬ ‫ﭬﺎدﻧﻦ‬ ‫ء‬ ‫اﯾﺠﺎ‬ ‫ﭬﺎﮐﺎي ﺳﯿﺴﺘﻢ ﺑﺎرﯾﺲ ﯾڠ دوارﯾﺜﻲ دري‬ ‫ﻮﻧﺎ‬$‫ﻣڠ‬ ‫ﺗﺮادﯾﺴﻲ‬ ‫ن‬ .‫ﻮرﮐﻦ اﺗﺎو دﺳﻮروق‬,‫ﻮ‬,‫اﯾﺖ د‬ ‫ﺳﯿﺴﺘﻢ‬ ‫ ﺗﺮداﭬﺖ ﺑﺒﺮاڤ ﭬﺮﺗﯿﮑﺎﯾﻦ ﺑﺮﮐﻨﺎءن ﺟﻮﻣﻠﮫ ﺳﺒﻨﺮ‬.‫ﭬﻨﻮﻟﯿﺴﻦ ﻋﺮب‬ : ‫ﭼﻮﻧﺘﻮھڽ‬ ‫و‬،‫ ﺣﺮوف ۏوﮐﻞ )ا‬،‫ اﯾﻦ‬٢‫ﮐﭭﺪ ﭼﻮﻧﺘﻮه‬ ‫ﺟﮏ دﻟﯿﮭﺖ‬vokal .‫ﺗﺮادﯾﺴﻲ اﯾﻦ‬ ‫اﯾﺠﺎءن‬ konsonan konsonan t a r ‫دﺗﻮﻟﯿﺲ ﮐﺮان ﻣﺸﺎرﮐﺖ ﮐﺘﯿﮏ اﯾﺖ ﻣڠ*ﻮﻧﺎﮐﻦ ﻗﺎﻋﺪه‬ ‫دان ي( ﺗﯿﺪق‬ tar :‫ﺑﺎرﯾﺲ‬ َ‫ت ِﻛ ْﯿﺖ‬ ْ‫َدر ِري‬ ‫ي‬ ‫ﻚ‬ ‫ي‬ ‫ااَ َد‬ َ ‫ِﺟ‬ َ ِ‫ا‬ َ ‫ِد‬ َ‫ﺑِ ْﯿﺖ‬ ‫ض‬ ‫د ِﻣ ِﻜﯿَ ْﻦ‬ ‫َد ِرﻓَ َﺪ‬ ‫ﺗﺮﺎ َد‬ ‫ﻟِ ْﯿ َﻢ‬ َ ْ‫ُﺷﺮ‬ َ‫ﺗِﯿ‬ ُ ‫ﯾَﺎ ِءﯾ‬ ُ ْ ْ ‫ﻓَ َﺪ‬ ‫ْﺖ‬ ‫ﻚ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﯾ‬ ‫ا‬ ‫ﺖ‬ ‫ﯾ‬ ‫ا‬ ‫ﺪ‬ َ َ ِ ِ ِ kanta upahَ sawah َ‫ ﻛﻔ‬bantal

‫ﻣﺎﻧﺎﻛﺎﻻ اﯾﺠﺎءن "دان" دأﯾﺠﺎ دڠﻦ ﻣڠﮑﻠﮑﻦ ۏوﮐﻞ اﻟﯿﻒ ﮐﺮان ﻣڠﯿﮑﻮت‬ ‫اوﭬﮫ‬ ‫ﮐﻨﺘﺎ‬ ‫ﺳﺎوه‬ ‫ﺑﺒﺘﻞ‬ ‫ﺳﯿﺴﺘﻢ اﯾﺠﺎءن ﻋﺮب ﯾڠ ﻣڠﮑﻠﮑﻦ اﻟﯿﻒ ﭬﺪ اﯾﺠﺎءن ﺳﺎﺗﻮ ﺳﻮﮐﻮ ﮐﺎت ﺳﭭﺮﺗﻲ‬ ‫ ﺗﺘﺎﭬﻲ ﭬﺎﻋﺪه ﯾڠ ﺗﺮﭬﺎﮐﺎي‬،‫ﻗﺎﻋﺪه ءﭬﻨﻮﻟﯿﺴﻦ اﯾﻦ ﺑﻮﮐﻨﻠﮫ ﻗﺎﻋﺪه ﺑﮭﺎرو ء‬ ،‫ﻣﻼﯾﻮ‬ ‫ اﯾﺠﺎ ن "ﺑﯿﺬا" ﭬﻮﻻ ﻣﭙﺎﻟﮭﻲ ﺳﯿﺴﺘﻢ اﯾﺠﺎ ن ﮐﺎت ﺟﺎﺗﻲ ء‬.(‫)ﺧﺎص‬ ‫رھﺴﯿﺎﻣﺎءاﯾﺠﺎ‬ ‫ﺑﻮﮐﻮ‬."‫"ز‬ ‫ﺑﻮﮐﻨڽ داﻟﻢ‬ ‫ﻣﻨﻮروت زﻋﺒﺎ‬ ‫ﺠﻖ زﻣﺎن‬ ‫ﺳ‬ ،‫ﻧﺴﻲن "ﺟﺎوي‬ ‫ "ذ" دان‬.‫ﻲ‬7‫ﻻ‬ ‫زﻋﺒﺎﺣﺮوف‬ ‫ﻮﻧﺎﮐﻦ‬4‫ﻣڠ‬ ‫ﮐﺮان‬ " ‫اﯾﺠﺎءن‬ ‫ء‬ ‫ﺳﻮﮐﻮ ﮐﺎت‬ ‫اورڠ ﯾڠ‬ ‫"ﺗﺮﺳﺎنڠﺖ‬ ،‫ﻣﭙﺎﺗﺎﮐﻦ‬ 48 ‫ھﻼﻣﻦﭫ‬ ‫ﻧﺎﻣﻮن اﯾﺠﺎ‬ ،‫اوﻧﯿﮏ‬ !‫دأڠ‬ ‫ﻣﻨﻮﻟﯿﺲ ﻣﻨﺘﭫ‬ ‫ﮐﺮان ﺳﻮده‬ ‫ﺳﺎﻟﮭﻠﮫدﮐﮑﻠﮑﻦ‬ ‫ﺗﻮا اﯾﻦ‬ ‫ء‬ ‫ ﭬﻮﻻ زﻋﺒﺎ‬97 ‫ ﭬﺪ ھﻼﻣﻦ‬.‫" دڠﻦ ﻣﻠﺘﻘﮑﻦ اﻟﯿﻒ‬a" ‫ۏوﮐﻞ‬ ‫ﻮﻻ‬ ‫ﭬ‬ ‫ڤ‬ ‫ﺗﺮﺗﻮﺗﻮ‬ .‫ﻮﻧﺎ‬$‫ﻮﻧﺎ ﻧڽ ﭬﺪ ﭬڠ‬$‫ﭬڠ‬

‫ﺎي "اورڠ ﯾڠ ﺗﯿﺎد ﺗﺎھﻮ ﻗﺎﻋﺪه دان ﺗﯿﺎد ﻓﮭﻢ رھﺴﯿﺎ اﯾﺠﺎءن‬#‫ﻣﻼﺑﻠﮑﻦ ﺳﺒﺎ‬ 1 : ‫اﯾﺎﻟﮫ‬.‫ﺗﺮﺗﻮﺗﻮڤ‬ ‫ﮐﺎتﺗﺮدﯾﺴﻲ اﯾﻦ‬ ‫اﯾﺠﺎءن‬ ‫داﻟﻢ‬ ‫ﺮﮐﺎﺗﺎءن ﯾڠ‬ ‫ ﭬ‬،‫ﻛﺴﯿﻤﭭﻮﻟﻨڽ‬ ‫ﺳﻮﮐﻮ‬ ‫ﺗﺮ*ﻮﻟﻮڠﭬﺪ‬ ‫ﻣﻠﺘﻘﮑﻦ اﻟﯿﻒ‬ ‫ﺳﮑﯿﺮاڽ‬ "‫ﺟﺎوي‬

Sesi bergambar kenangan

،‫ ﺑﯿﺖ‬،‫ درﭬﺪ‬،‫ ﺗﯿﺎد‬،‫ ﻟﯿﻢ‬،‫ اي‬،‫ ﺟﮏ‬،‫ دي‬،‫ دري‬،‫ ﺑﯿﺬا‬،‫ اد‬،‫ ﻣﺎءﻧﺴﻲ‬،‫ﮐﯿﺖ‬ .‫ ﭬﺪ‬،‫ ﯾﺎءﯾﺖ‬،‫ﻣﮏ‬ 1 ،‫ اﯾﻦ‬،‫ دان‬،‫ اﯾﺖ‬،‫ ﮐﭭﺪ‬،‫ ﺷﺮݢ‬،‫دﻣﮑﯿﻦ‬ ‫ﻮ ھﺎدﭬﻦ ﮐﯿﺖ ﻟﯿﮭﺖ ﭬﻮﻻ ﺑﺎ'ﺎﯾﻤﺎن اﯾﺠﺎءن ﺗﺮادﯾﺴﻲ ﺑﻮﻟﯿﮫ ﻣﻨﺮﯾﻤﺎ‬4‫ﻣﯿڠ‬ .‫ﺣﺮوف ۏوﮐﻞ‬


14

IKON ASNAF Edisi | April 2017

BERKAT ZAKAT: Asmah Bangkit Lebih Bersemangat Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

“Minta maaf, saya tidak perasaan tuan datang,” ujar Rosly yang terus rancak menggoreng kerepek di bengkel perusahaan kerepak terletak bersebelahan rumah mereka.

S

esekali mata memerhati sekitar ruang bengkel perusahaannya yang dipenuhi dengan kerepek tempahan pelanggan. Cantik teratur kelengkapan memasak disusun, mungkin kerana ruang yang agak terhad. Kehangatan bilik dek haba yang dikeluarkan oleh ketuhar pembakar dapat di rasa. “Cuba dulu tuan kerepek sagun ini,” kata Asmah sambil membuka balang berisi kerepek sagun. Teruja tatkala pertama kali melihat sagun kelapa dijadikan dalam bentuk kerepek. Kebiasaannya sagun kelapa dihasilkan dalam bentuk serbuk yang telah dibungkus. Rasanya pun sedikit berlemak dan mudah untuk dipegang serta makan, berbeza dengan serbuk sagun yang ada di pasaran. Mungkin ini satu inovasi dalam pembuatan kerepek oleh pasangan ini. Sambil menunggu kuih yang dibakar siap, kami memulakan perbualan. “Hampir lima tahun kami jalankan perniagaan ini. Kalau hendak diikutkan ini perniagaan turun-temurun keluarga. Pada mulanya, suami saya bekerja dengan kakaknya, yang juga merupakan pengusaha kerepek dengan jenama Ross Kerepek. Lama-kelamaan minat untuk berniaga datang sendiri. Oleh itu, suami ambil keputusan berhenti kerja untuk mengusahakan perniagaan kerepek ini,“ cerita Asmah, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki yang kini menuntut di tingkatan dua. “Bagaimana boleh mula berniaga ini, kak?” tanya penulis. Asmah kelihatan terdiam seketika. Beberapa ketika sambil tersenyum beliau berkongsi cerita. “Sebenarnya saya segan hendak cerita. Tetapi jujur saya kata, semuanya bermodalkan RM60 sahaja untuk memulakan perniagaan ini. Dengan

modal yang ada inilah saya teruskan usaha mengembangkan perniagaan sehinggalah hari ini. Adatlah… setiap perniagaan ada jatuh bangunnya. Namun saya bersyukur, dengan bantuan dari Lembaga Zakat Selangor saya bangkit untuk teruskan walaupun adakalanya rentak kami agak perlahan,” cerita Asmah lagi. Halangan dan Cabaran Ditanya lagi halangan dan cabaran yang dihadapi, Asmah berkongsi cerita. “Bagi saya, tahun 2013 merupakan tahun yang tidak dapat saya lupakan. Kemalangan sewaktu menghantar anak yang bekerja sambilan, menyebabkan saya mengalami kecederaan serius pada tulang tangan dan kaki.” Hampir dua bulan menanggung azab menahan kesakitan, selain terpaksa berulang-alik ke hospital. Perusahaan kerepaknya sedikit terjejas hingga mengganggu mata pencarian keluarga. Namun Asmah tidak betah melayan rasa sakit berpanjangan. Hidup perlu diteruskan, kerana ada mulut yang perlu ‘disuap’. Dalam keadaan uzur, Asmah menggagahkan diri untuk bekerja meneruskan tempahan kuih. “Dalam keadaan tangan yang masih belum pulih, saya tetap menguli tepung bagi memenuhi permintaan pelanggan. Mahu tidak mahu, saya perlu buat kerana hanya saya sahaja yang pandai mengadun bahan-bahan untuk memasak. Sokongan suami juga memainkan peranan untuk saya bangkit. Kerana dialah saya jadi lebih kuat dan bersemangat,” ujarnya. Akibat kemalangan itu juga, pergelangan tangan Asmah sehingga kini masih lagi tidak berapa kuat. Adakalanya apabila rasa sengal, minyak but-butlah yang menjadi peneman melegakan kesakitan.

Asmah menunjukkan kerepek keluarannya.

Ditipu, mengalami kerugian dan sebagainya menjadi sebahagian asam garam buat Asmah dan suami. Dalam masa yang sama, Asmah turut menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah disebabkan pembekal yang berbeza-beza. Namun itu bukanlah penghalang buat beliau. Kecekalan dan semangat kuat Asmah mengatasi segalanya. Masakan tidak, dalam keadaan sakit dan kerugian beliau tetap tidak berputus asa dan masih bangkit meneruskan cita-citanya. Mengharapkan sebuah perniagaan yang maju, beliau berazam tidak akan sekalikali berundur. Untuk makluman, pasangan ini merupakan asnaf miskin yang mengusahakan perniagaan kerepek di daerah Kuala Langat. Selain menerima suntikan bantuan modal berjumlah RM9,000 untuk pembelian mesin dan peralatan memasak, keluarga Asmah turut disantuni dengan bantuan Hari Raya dan bantuan persekolahan untuk anaknya. “Tidak dinafikan bantuan zakat yang disalurkan ini sangat membantu lebihlebih lagi ketika saya amat memerlukan. Berkat zakat juga, saya dan suami bangkit bersemangat untuk meneruskan perusahaan kami. Tambahan pula ini duit zakat, amanah pengeluar zakat. Saya rasa bersalah, sekiranya saya mensiasiakannya.“ tambahnya lagi. Kehidupan kini Kini Asmah mampu menarik nafas

lega kerana kehidupannya jauh berbeza berbanding dahulu. Perusahaannya kian meningkat naik dan mampu untuk menggaji tiga orang pekerja bagi membantu kerja-kerja di bengkel yang dijadikan sebagai premis sementara. Tempahan juga tidak hanya diterima daripada pelanggan kawasan sekitar, malahan menjangkau luar Selangor. Selain itu, perusahaan suami isteri ini turut menjadi pembekal jenama Ross Kerepek dan Fazz Kerepek. Tempahan akan dibuat berdasarkan permintaan pelanggan. Antara kuih yang dihasilkan termasuklah kuih gunting, kuih tiram, kerepek pisang, rempeyek dan pelbagai lagi bergantung kepada permintaan pelanggan. “Saya sentiasa harapkan perusahaan ini satu hari nanti akan terus berkembang. Di saat tiada sesiapa yang datang membantu, Zakat Selangor tampil dan prihatin dengan kehidupan kami sekeluarga. Sewaktu tiada siapa menjengah melihat kami, Zakat Selangor menghulurkan bantuan yang amat diharap-harapkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengeluar zakat di Selangor kerana berkat zakat tuan puan, saya dapat berada di sini hari ini,” kata Asmah mengakhiri perbualan. Nota: Asmah mengusahakan perniagaan kuih dan kerepek. Tempahan boleh dibuat melalui talian 017 799 5274 atau datang ke premis perniagaannya di alamat: Lot 2990, Lorong Idaman Kg. Sg Lang Baru, Banting. Edisi


KEMUSYKILAN UMAT April 2017 | Edisi

HUKUM ZAKAT MENYEBERANG SEMPADAN SOALAN: Ada pihak tertentu mengutip atau membayar zakat sehingga menyeberang sempadan. Apakah hukumnya tindakan tersebut? Jawapan: Ada beberapa persoalan harus direnungkan. Pertama, apakah hukumnya bagi mereka yang mengutip zakat di luar batas sempadan mereka? Kedua, apakah hukumnya pula bagi orang yang menunaikan zakat kepada mereka? Ketiga, adakah hal ini bercanggah dengan ketetapan syarak dan apakah ketetapan fatwa mengenainya? Adakah ia sah atau tidak? Perbincangan ini bukan bermaksud menafikan hak pembayar. Namun ini melihat daripada aspek hukum fiqh dan juga keutamaannya. Mari kita telusuri satu persatu. 1. Apakah hukumnya bagi orang yang mengutip zakat di luar batas sempadan mereka? Ketika Nabi Muhammad saw mengutuskan Muadz Bin Jabal rA ke Yaman, Nabi saw telah berpesan agar beliau mengutip zakat di sana. Sabda Nabi saw: “Kamu ambil harta dari kalangan orang-orang kaya mereka dan kamu agihkan kembali (harta itu) kepada orang-orang fakir dalam kalangan mereka (penduduk Yaman).” (HR Muslim) Hadis ini jelas menerangkan, zakat itu hendaklah dikutip dari tempat di mana harta itu berada dan diagihkan kembali kepada orang-orang di tempat harta itu berada. Jelas, membawa keluar harta dari tempat asalnya adalah bercanggah dengan hadis ini. Hadis lain pula, Abu Juhaifah meriwayatkan: “Telah datang kepada kami pertugas zakat Rasulullah saw, kemudian mereka mengambil sedekah (zakat) daripada orang-orang kaya kami, dan diberikan kepada orang-orang fakir kami. Aku adalah seorang anak yatim (yang fakir) dan petugas zakat itu memberikanku seekor unta.” (HR Imam Tarmizi) Abu Ubaid di dalam kitabnya al-Amwal meriwayatkan, Umar alKhattab RA berkata: “Hendaklah dia (amil) mengambil (zakat harta) di sekitar harta mereka, untuk kemudian dibahagikan kepada orang-orang fakirnya.” Lalu Dr. Yusuf al-Qaradhawy berpandangan: ‘pemindahan zakat dari satu daerah ke satu daerah lain, dalam keadaan penduduknya (negeri asal) memerlukan, adalah menodai

hikmah zakat yang diwajibkan.’ Ertinya, salah bagi orang dari negeri A mengutip zakat di negeri B, kerana ia telah berusaha memindahkan zakat dari negeri B ke negerinya sendiri. 2. Apakah pula hukumnya bagi orang yang menunaikan zakatnya kepada pihak yang berada di luar kawasannya? Hal ini sebenarnya mempunyai asas dan premis yang sama dengan perkara di atas. Jika memungut di luar kawasan di anggap satu kesalahan, maka samalah hukumnya sengaja mengeluarkan zakat ke luar kawasan. Dr. Yusuf al-Qaradhawy memetik pandangan di dalam kitab al-Mughni: ‘Tujuan zakat adalah memberi kecukupan kepada orang-orang fakir, maka apabila kita memperbolehkan memindahkan zakat (ke luar sempadan atau kawasan asal harta), bererti kita membiarkan golongan fakir di daerah (asal) itu tetap berada dalam keadaan memerlukan (tidak berkecukupan).’ Berlaku di zaman silam, ada orang kaya yang membawa hartanya keluar dari negerinya untuk ditunaikan di negeri lain, namun pihak pemerintah di negeri berkenaan enggan menerimanya. Farqad as-Sabkhi berkata: “Aku membawa zakat hartaku untuk kubahagikan di Mekah, kemudian aku bertemu dengan Said Bin Zubair, lalu dia (Said) berkata, bawa kembali hartamu itu, bahagikanlah ia di negerimu.” Sufyan at-Tsauri pula menukilkan: “Bahawa zakat dibawa dari Ray (sebuah negeri) ke Kufah (di Iraq), kemudian Umar Bin Abdul Aziz RA mengembalikannya ke Ray.” Apakah pula status hukumnya, adakah ia berdosa atau tidak, dan adakah ia sah atau tidak? Abu Ubaid sekali lagi menyatakan: ‘ulama-ulama masa sekarang telah sepakat terhadap semua atsar ini (perakuan dan perlakuan para sahabat), bahawa penduduk setiap negara dari negara-negara yang ada mata air dari air-air yang ada (lembah atau sumber keluarnya harta), lebih berhak terhadap sedekahnya, selama ada orang yang memerlukannya, satu orang atau lebih, dari kalangan mereka sendiri, walaupun dengan itu

menghabiskan semua sedekah (zakat), sehingga petugas (amil) kembali tanpa membawa sesuatu apa pun.’ Jadi, tindakan memindahkan zakat itu sebenarnya telah menyebabkan orang-orang miskin di negeri asal tidak mendapat haknya dan menderita ketidakcukupan. Ia juga boleh menjebakkan mereka ke lembah dosa seperti mencuri dan sebagainya. Maka, jadilah ia satu perbuatan zalim. Dek kerana itu, jadilah perbuatan membayar zakat merentas sempadan itu suatu yang haram. Haramnya itu juga boleh disebabkan, kerana yang pertama mengingkari kehendak nabi, kedua mengingkari perintah Ulil Amri (pemerintah islam), ketiganya menzalimi asnaf di tempat asal dan menganiayai mereka. Maka wajarlah ia menjadi haram dan berdosa. Di samping itu, merujuk kepada k e p u t u s a n k e p u t u s a n f at w a selenggaraan jakim di portalnya e-fatwa.gov.my, pada 11 Mei 1998 telah dikeluarkan satu fatwa seperti berikut: “Wang zakat bagi sesebuah negeri hendaklah dibelanjakan mengikut asnaf yang lapan kepada orang-orang yang berhak di negeri yang tersebut itu”, berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw, yang bermaksud: “Diambil harta-harta itu daripada

15

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@ zakatselangor.com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.zakatselangor.com. my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.

orang-orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan pula kepada golongan-golongan yang miskin di kalangan mereka”. Hadis ini memberi pengertian bahawasanya yang berhak mendapat wang zakat adalah daripada golongan asnaf di dalam negeri tersebut sahaja. Ada pun jika sekiranya selepas diberikan wang zakat itu kepada asnafnya kepada orangorang di negeri tersebut tetapi masih mempunyai lebihan wang zakat yang nyata. Maka barulah boleh difikirkan ke arah memberikan wang zakat itu kepada asnaf yang lapan juga, kepada yang di luar negeri. Namun begitu, sesuai fatwa di Selangor, maka amalan di Lembaga Zakat Selangor (lzs) sendiri, sekiranya wujud keperluan yang mendesak di sesebuah negeri atau negara luar, maka sebahagian kecil wang zakat boleh disalurkan tanpa menzalimi hak rakyat Selangor. Wallahua’lam. Edisi

Gambar hiasan


16

ULASAN BUKU Edisi | April 2017

BUKU TERBITAN MAIS MENCARI JALAN HIDAYAH MENUJU KEREDAAN ILAHI

KISAH-KISAH KEINSAFAN SYIAH DI MALAYSIA Disediakan oleh: Sri Hartini Binti Md Noh (sri@mais.gov.my)

Disediakan oleh: Sri Hartini Binti Md Noh (sri@mais.gov.my) Hasil daripada pemerhatian berkenaan akidah umat Islam yang sering meruncing di ancam oleh pelbagai pihak maka pihak MAIS menerbitkan sebuah buku yang dapat memberi motivasi kepada umat Islam khasnya untuk mengambil pengajaran daripada kisah-kisah yang dinukilkan. Setiap kisah yang ditulis terdapat pengajaran dan iktibar yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran dalam kehidupan. Kisah-kisah yang dinukilkan merupakan kisah kehidupan duniawi yang perlu ditempuh oleh setiap insan. Cabaran dan dugaan yang ditempuhi merupakan jalan-jalan untuk meningkatkan keimanan dan kesabaran dalam kecekalan seorang hamba menerima ujian daripada Allah SWT. Terdapat beberapa pengajaran daripada buku ini yang menarik untuk dikongsi bersama antaranya doa itu senjata, solat itu perisai, hitam hati kerana maksiat dan Allah SWT bersama-sama hambanya yang sabar. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembacanya.

Buku ini diterbitkan bagi menguatkan dan menjelaskan tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkaitan fahaman Syiah yang bertentangan dengan ajaran Islam mengikut pegangan ahli Sunah Wal Jemaah. Fatwa pengharaman Syiah ini juga menjelaskan beberapa ciri fahaman Syiah yang bertentangan dengan Islam termasuk mengamalkan nikah mutaah, mengharuskan solat jamak dan qasar setiap waktu, mempercayai imam-imam Syiah adalah maksum, menyanjungi Sayidina Ali RA secara berlebih-lebihan dan menambah kalimah Syahadah dengan nama Ali. Fatwa ini juga menyatakan bahawa ajaran atau fahaman selain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah adalah bercanggah dengan hukum syarak. Sehubungan itu bagi menjelaskan perkara ini olahan dan gaya persembahan buku telah disusun dengan memaparkan kisah-kisah dengan pelbagai cerita berkaitan fahaman Syiah supaya dapat mengambil iktibar dan ilmu berkaitan ajaran Syiah sebenar. Cerita-cerita yang dihimpunkan ini berkisar tentang penganut Syiah yang telah kembali ke pangkal jalan dan dengan kesedaran itu terpanggil untuk memperlihatkan kepada umat Islam akan kesesatan faham Syiah yang menyeleweng daripada cahaya Islam yang sebenar.

KOLEKSI PUSAT SUMBER MAIS FIQH: EKONOMI ISLAM Disediakan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my) CALL NO : 297.273 YUS Buku ini membahaskan secara terperinci tentang peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam, kedudukan, martabat serta pengaruhnya terhadap berbagai aspek ekonomi seperti pengeluaran, penggunaan, pengedaran dan urus niaga. Ia juga mengemukakan pelbagai alternatif dan petunjuk Ilahi dalam menghadapi pelbagai permasalahan ekonomi pada peringkat individu, masyarakat dan negara. Di dalam buku ini mengandungi beberapa topik menarik seperti berikut: 1. Bab 1: Nilai dan cirri ekonomi islam 2. Bab 2: Nilai dan akhlak dalam bidang pengeluaran 3. Bab 3: Nilai dan akhlak dalam bidang penggunaan 4. Bab 4: Nilai dan akhlak dalam bidang urus niaga 5. Bab 5: Nilai dan akhlak dalam bidang pengedaran 6. Penutup: Peranan Negara dalam menguatkuasakan nilai dan akhlak ekonomi Islam

KITAB WAHYU & AHLI KITAB Disediakan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov. my) CALL NO : 297.283 ARI Buku ini ditulis khusus untuk pengenalan dan pengetahuan kepada orang Islam supaya mendapat gambaran yang jelas mengenai kedudukan kitab-kitab wahyu yang diiktiraf di dalam al-Quran al-Karim. Di samping itu, memberi kefahaman tentang sejarah perkembangan kitab-kitab ini dan dapat mengenal pasti sumber keaslian kitab-kitab ini supaya dapat membuat penelitian antara yang benar dengan yang tidak benar. Buku ini turut memberi sedikit gambaran mengenai tafsiran yang bercanggah dari kitab yang sama sebagai contoh bagaimana sumber kitab wahyu telah diselewengkan hingga terbentuk dua agama yang berlainan iaitu Yahudi dan agama Kristian.

Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi, Pengurus Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.


TOKOH ISLAM NUSANTARA April 2017 | Edisi

17

KIYAI HAJI MUHAMMAD DAHLAN BIN HASSAN MINHAJ Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my), Pengurus Pusat Pengurusan Pengetahuan MAIS Sumber: Tokoh-Tokoh Ulama Selangor Terbitan: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

N

ama beliau ialah Muhammad Dahlan Bin Hassan Minhaj dilahirkan di Masjid Kampung Baru, Singapura pada 26 Rejab 1313H. Ayah beliau bernama Syeikh Hassan Minhaj berasal dari Perumpung (Prembun) Kebumen, Banjar negara Jawa Tengah seorang ulama yang terkenal kemudian berpindah ke Singapura dan menetap di Pendamar Lama, Klang, Selangor. Kemudian berpindah ke Sementa, Kapar untuk bersekolah di sana dan seterusnya ke Pendamar semula sebelum dibawa oleh pakciknya Haji Hassan ke Muar, setelah itu ke Singapura dan pulang semula ke Pendamar Klang sehinggalah akhirnya beliau ke Mekah selama 3 tahun sebelum pulang semula ke Klang. Ibunya Juriah Binti Haji Ilyas manakala ayahnya Syeikh Hassan Minhaj telah meninggal dunia dan dimakamkan di Simpang lima, Klang pada usia beliau 2 tahun. Setelah itu, beliau dijaga oleh pakciknya dan ayah tirinya Haji Nur. KETURUNAN Berdasarkan manuskrip yang ditemui di dalam bahasa Jawa yang berbunyi : “Iki salasilah remeng-remeng kabek”. Ertinya: Ini adalah salasilah yang samar-samar keselurunhannya. Tidak dapat dipastikan dari mana beliau peroleh tersebut tetapi bila diamati dan dihitung keturunan Kiyai Haji Muhammad Dahlan sampai kepada Rasulullah SAW dalam generasi yang ke 43. PENDIDIKAN Secara umumnya proses pendidikan yang dilalui oleh Kiyai Haji Muhammad Dahlan dapat di bahagikan kepada empat peringkat seperti berikut; • Peringkat pertama: Bermula sekolah Melayu Kapar, Klang ketika berusia 5 tahun (1899-1900) • Peringkat kedua: Pada tahun 1900-1910 selama sepuluh tahun di Bandar Maharani Muar, Johor dan Sekolah Melayu Singapura akan tetapi paling lama di Pandamar, Klang. • Peringkat ketiga: Pada tahun 1914-1917 melanjutkan pengajian ke Mekah selama 3 tahun. • Peringkat keempat: Pada tahun 1917-1958 di Pondok Kiyai Muhammad Ali, Sijangkang dengan menaiki basikal. Menurut satu catatan manuskrip yang ditulisnya sendiri menyatakan, sebelum menuntut ilmu di Mekah beliau telah mengkhatamkam lebih 30 buah kitab yang muktabar. Beliau menyebut dalam Bahasa Jawa katanya: “Nuli Ingsun Kawiten Ngaji Kitab Kula Tahun 1913”. Ertinya: Saya mula mangaji kitab-kitab ini pada tahun 1913M (iaitu sebelum ke Mekah). Berdasarkan catatan tersebut menunjukkan kesemua kitab yang dipelajari olehnya adalah sebanyak 30 buah kitab ketika berusia 20 tahun. Bermula pada tahun 1913 semasa beliau tinggal di Pandamar dan Singapura. Setelah beliau mendalami ilmu pengetahuan di Tanah Melayu, beliau pun meneruskan pengajian ke Mekah pada tahun 1014-1917. Semasa di Mekah, terdapat beberapa penuntut lain dari Selangor yang turut sama menimba ilmu iaitu Syeikh Yusuf bin Haji Sahabuddin yang menuntut pada tahun 1911-1917. Syeikh Yusuf bin Haji Sahabuddin tiba di Mekah pada tahun 1911, manakala Kiyai Haji Muhammad Dahlan tiba di Mekah pada tahun 1914 akan tetapi tahun kepulangan beliau

berdua ke Tanah Melayu adalah sama iaitu pada tahun 1917. Berdasarkan tahun tersebut Syeikh Yusuf belajar selama 6 tahun manakala Kiyai Haji Muhammad Dahlan belajar selama 3 tahun dengan Syeikh Muhammad Mukhtar bin ‘Atarid, Syeikh Muhammad Mahfuz Abdullah at-Tarmasi (Wafat 1919M) dan Sayid Muhammad Amin al-Kutbi. Senarai guru tersebut telah disebut oleh Syeikh Yusuf di dalam kitabnya bertajuk Kifayah an-Nasik sebuah kitab tasawuf. Oleh yang demikian guru Syeikh Yusuf adalah sama dengan Kiyai Haji Muhammad Dahlan semasa bersama-sama menuntut ilmu di Mekah. Syeikh Yusuf dilantik menjadi Mufti Pertama Selangor pada tahun 1952 setelah Kiyai Haji Dahlan menolak tawaran tersebut bagi menggantikan Syeikhul Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi yang pulang semula ke Mekah. Pada peringkat awal, Syeikh Yusuf juga menolak tawaran tersebut tetapi atas pujukan Sultan Hisamuddin semasa menunaikan ibadat haji di Mekah bertemu dengan Syeikh Yusuf dan bersetuju menerima jawatan tersebut. Beliau balik ke Selangor dan mula bertugas sebagai Mufti pertama di Negeri Selangor. Pejabat Mufti pada ketika itu terletak di Klang iaitu di Pejabat Agama Islam Selangor. QADHI KLANG YANG PERTAMA Menurut Sejarah Negeri Selangor jawatan Qadhi di daerah-daerah mula diperkenalkan pada tahun 1922. Berdasarkan manuskrip Kiyai Haji Muhammad Dahlan beliau pernah menulis surat kepada Haji Hashim bin Nur semasa beliau menjadi Qadhi Klang pada 22 Oktober 1924 iaitu dua tahun selepas jawatan Qadhi diperkenalkan yang ketika itu beliau baru berusia 30 tahun. Manuskrip itu manyatakan bahawa Qadhi Klang, Kiyai Haji Muhammad Dahlan telah menyerahkan sepucuk surat kepada Haji Hashim Bin Nur, manggantikan Odir Kuala Lumpur pada masa itu. Surat tersebut menyatakan bahawa Haji Hashim telah pun rujuk kepada isterinya Asiah Binti Simah bangsa Melayu di hadapan Kiyai Haji Muhammad Dahlan pada 27 Oktober 1924 setelah beliau di Talaq pada 22 Oktober 1924. Barangkali catatan tersebut sebagai bukti bahawa beliau merupakan Qadhi Klang yang pertama setelah jawatan itu diperkenalkan. Ini kerana Kiyai Haji Muhammad Dahlan telah dilantik menjadi Imam Masjid Sungai Pinang, Klang secara rasmi pada tahun 1922 dan pada tahun itu juga jawatan Qadhi mula diperkenalkan. PENGAJIAN DI RUMAH DAN MASJID Kiyai Haji Muhammad Dahlan tidak membuka pondok kerana terlibat dengan urusan pernikahan, perceraian dan hal-hal kemasyarakatan setelah dilantik menjadi Qadhi. Oleh itu beliau hanya mengajar di rumah dan di masjid sahaja. Beliau akan mengajar di rumah bermula selepas subuh sehingga waktu zohor kemudian mengajar di masjidnya selepas maghrib. Semasa mengajar murid di peringkat rendah beliau hanya mendengar bacaan murid sahaja manakala peringkat tinggi beliau akan membaca kitab dan sekali gus menterjemahkannya. Pengajian bersama Kiyai Haji Muhammad Dahlan di rumah atau di masjid menggunakan bahasa Jawa halus. Biasanya murid-murid baru akan duduk barisan paling hadapan

manakala murid lama di belakang. Kadang kala jarak antara murid dan guru duduk sangat jauh, tidak duduk rapat-rapat. Pada bulan Ramadhan pula, pengajian di masjid akan dilanjutkan selepas solat tarawih sehingga jam 12.00 malam dan pada masa itu muridnya terlalu ramai. Meskipun usia beliau pada waktu itu sudah menjangkau 85 tahun, Kiyai Haji Muhammad Dahlan masih mampu untuk mengerjakan solat berjemaah dan mangimami solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Beliau juga menyarankan ahli jemaah mengerjakan solat tarawih 20 rakaat dan bukan 8 rakaat. Pada waktu itu tiada jemaah atau penduduk setempat yang melakukan solat tarawih 8 rakaat seperti sekarang. KEWAFATAN Pada tahun 1978, Kiyai Haji Muhammad Dahlan menunaikan haji untuk kali ke-dua pada usia 85 tahun. Beliau telah ditemani isteri (Masilah Binti Haji Arshad) dan anaknya Ustaz Noh. Setibanya di Mekah, beliau tidak putus-putus membaca al-Quran serta berzikir ke hadrat Allah SWT. Segala urusan ibadah haji, beliau dipimpin dan ditemani anaknya. Setelah selesai ibadat haji, beliau berangkat ke Madinah untuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan kawasan perkuburan Baqi’. Sejurus memasuki Masjid Nabi, Kiyai Haji Muhammad Dahlan membaca Yasin dengan ditemani anaknya sehingga selesai. Setelah selesai beliau bangun untuk rapat ke makam Rasulullah SAW dan memasukkan tangannya ke dalam lubang besar di maqam tersebut lantas mengucapkan “Assalamualaika Ya Rasulullah”. Beliau pun berkata, kita seharusnya menghulurkan tangan sebagai tanda bersalaman dengan Rasulullah SAW walaupun kita tidak merasa sentuhan baginda. Sejurus selepas itu mereka yang menziarahi maqam Rasulullah SAW juga berpusu-pusu melakukan hal yang sama. Setelah selesai menziarahi maqam Rasulullah SAW, beliau pun pulang ke tempat penginapan dan sekali lagi membaca Surah Yasin. Mungkin sudah tiba masanya beliau dijemput oleh Ilahi. Apabila tiba di ayat yang terakhir iaitu ayat yang ke 83 yang bermaksud: “Hanya urusannya (Allah) bila menghendaki sesuatu, Ia berkata kepadanya, jadilah engkau! Lalu jadilah. Maka maha suci Tuhan yang ditangannya milik tiap-tiap sesuatu dan kepadanya kamu dikembalikan”. Tiba-tiba Kiyai Haji Muhammad Dahlan pun terus senyap seakan-akan tidur dan tidak bergerak, hanya kedengaran Allah... Allah... Allah di bibirnya beberapa kali. Badannya sejuk dan kemudian menghembuskan nafas yang terakhir. Beliau kemudian disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikuburkan di kuburan Baqi’ yang menempatkan 10 ribu orang sahabat Nabi. Edisi


18

ZOOM MAIS Edisi | April 2017

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman Antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Management Science University (MSU) dan Sekolah Bina Insan (SBI) yang berlangsung di MSU pada 1 Mac 2017.

Bahagian Harta Baitulmal MAIS telah mengadakan lawatan ke Kompleks Tabung Haji diketuai oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS pada 20 Februari 2017.

YA Tuan Mohammad Adib bin Husain, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor memeriksa barisan kawad kaki pelatih Baitul Ehsan di Pusat Pemulihan Baitul Ehsan pada 3 Mac 2017.


ZOOM MAIS April 2017 | Edisi

19

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah membuat kunjungan hormat ke Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membincangkan tentang pelaksanaan watching brief di Mahkamah Syariah.

YAA Prof Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar telah menerima kunjungan hormat dari Pengarah baru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Negeri Selangor iaitu Dato’ Wan Ramli bersama pegawai iringan pada 1 Mac 2017.

YIDE hulur sumbangan kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Seksyen 3, Shah Alam dan mangsa kebakaran di Kg. Bukit Kuantan, Klang pada 9 Mac 2017.

Beberapa pemenang sempena Bulan Membaca MAIS 2016 telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Membaca MAIS 2016 yang berlangsung di Pusat Pengurusan Pengetahuan, Seksyen 3 pada 23 Februari 2017.


APRIL 2017 • REJAB 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

M A J L I S

A G A M A

I S L A M

S E L A N G O R

• pencetus minda generasi •

SIRI BELAJAR JAWI (Siri 4) LIHAT MUKA SURAT

13

PERKHIDMATAN

MAIS

Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Orang Berhutang

Wasiat Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR BAHAGIAN HARTA BAITULMAL Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.