DISEMBER 2016 • RABIULAWAL 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X
Meneladani
AKHLAK RASULLULLAH “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Q.S al-Ahzab)
Membentuk Fikrah Ummah
>5 Gambar hiasan
Pengerusi Mais Sambut Baik Kunjungan Ulama’ Imam Al-Habib Umar Ben Hafidz
SHAH ALAM 28 Oktober 2016 YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS telah menyambut baik kunjungan Ulama’... >10
MUKADIMAH
CINTA RASULULLAH Pepatah Melayu ada menyatakan, ‘tak kenal maka tak cinta, dari mata jatuhnya ke hati’. Maka, kita perlu mengenali seseorang atau sesuatu perkara, melihat sosok penampilannya, maka dari situlah tumbuhnya cinta dalam dada..... >3
Kunjungan Hormat Dari Hakim Shamlan, Dubai ke JAKESS
Pada 7 Oktober 2016- Pejabat Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor yang diterajui oleh... >11
Program Pemeliharaan & Pembuangan Abu Al-Quran
Pulau Indah, Pelabuhan Klang, 22 Ogos 2016 – Seramai 30 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Al-Sunnah dan Komunikasi, KUIS semester 7 dengan gabungan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Al-Qiraat, KUIS semester 4 yang mengambil subjek Sejarah Mashaf... >11
FAKTA BIODATA RASULULLAH SAW NAMA: Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim TARIKH LAHIR: Mekah, Arab Saudi KETURUNAN: Quraisy AYAH: Abdullah Bin Abdul Muttalib IBU: Aminah Binti Wahab Ibu Susuan: Halimatus Sa’adiah
Daulat Tuanku
DIPUTERAKAN DI: Mekah WAFAT DI: Madinah
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
INTERAKTIF
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-71 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Pada 11 Disember 2016 Bersamaan 11 Rabiulawal 1438H SEMBAH TAKZIM DARIPADA
PENGERUSI, AHLI-AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, ANAK SYARIKAT SERTA WARGA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Al Quran MP3 - Quran Reading Aplikasi android ini menyediakan keseluruhan bacaan surah 114 surah alQuran yang boleh dimuat turun untuk bacaan pada bila-bila masa. Rakaman Audio bacaan alQuran beserta ejaan dan sebutan membolehkan pengguna membaca dan mempelajari tajwid dengan betul dan mudah dalam masa yang singkat.
Sidang Redaksi EDISI Penasihat: • Daud Lin Bin Abdullah Ketua Editor: • Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Anak Syarikat Milik Majlis Agama Islam Selangor
32cm x 8col - SHarian (Color)
Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my
FOKUS Edisi • Disember 2016 • 3 Gambar hiasan
MUKADIMAH
CINTA RASULULLAH Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Pepatah Melayu ada menyatakan, ‘tak kenal maka tak cinta, dari mata jatuhnya ke hati’. Maka, kita perlu mengenali seseorang atau sesuatu perkara, melihat sosok penampilannya, maka dari situlah tumbuhnya cinta dalam dada.
N
amun, bagaimana menumbuhkan dan menyuburkan rasa cinta kepada seseorang yang telah lama pergi. Nabi Muhammad SAW wafat ribuan tahun silam. Apa yang tinggal bagi kita hanyalah segugus kenangan yang diwariskan oleh para sahabat dan juga untaian-untaian indah kalam al-Quran yang mengisahkan siapa baginda. Benar, Allah SWT menyatakan bahawa pada diri Nabi SAW itu adalah akhlak mulia paling istimewa. Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (al-Qalam: 4) Para isteri nabi yang 12 orang itu juga menzahirkan keagungan akhlak seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Para sahabat yang ratusan ribu orang juga menzahirkan perihal yang sama. Pada diri baginda, ada sesuatu yang bisa menjadikan orang jatuh cinta. Bukan semata-mata keindahan rupa paras, keelokan wajah dan sumringah ceria bibirnya. Tetapi, ia dirangkum rapi sebagai akhlak seorang nabi.
Maka, untuk mencintai nabi, belajarlah perihal akhlak baginda. Pernah seorang lelaki Badui yang datang dari perbukitan, mencari baginda dengan matlamat mahu mempelajari akhlaknya. Sayangnya, saat itu nabi baharu saja pergi, dijemput Ilahi. Seluruh Kota Madinah sepi, kerana diselubungi rasa kesedihan. Si Badui yang malang menemui Umar al-Khattab, mohon diajari akhlak nabi. Namun, Umar dengan halus meminta agar si Badui menemui Bilal, muazin pertama nabi. Kala di hadapan Bilal, dengan rasa sedih Bilal meminta agar si Badui menemui sahaja isteri nabi. Bukan kerana Umar dan Bilal tidak mengenali nabi, namun kesedihan menjadikan mereka tidak sanggup untuk bercerita perihal nabi. Di hadapan Aisyah RA, si Badui diminta menjelaskan akhlak Nabi SAW. Aisyah paling wajar menceritakan siapa nabi, kerana baginda di sisinya bukan sekadar seorang nabi, tetapi juga suami. Akhlak seorang lelaki, budiman atau tidak, perungus atau tidak, peramah
atau tidak, santun atau tidak, terserlah di hadapan mata isteri. Tidur sebantal, makan sedulang, jadi isteri lebih kenal siapa suami. Aisyah menyatakan, al-Quran itulah akhlaknya nabi. Sekali lagi, peninglah si Badui. Masakan dia harus membaca seluruh al-Quran dan baharu bisa mengenali dan mempelajari sosok mulia seorang nabi bagi meneladani akhlaknya. Aisyah pun lantas memberikan panduan. Bukalah Surah al-Mukminun, dan hayatilah ayat satu hingga 11. Di sana, kata Aisyah yang bijaksana, akan dapat diketahui bagaimana akhlaknya nabi. Maka, kita wajar menelaah dan mengkaji, apakah isinya 11 ayat itu? Rupa-rupanya, ia memaparkan ciri-ciri manusia yang berjaya dan pasti berjaya di sisi Allah SWT. Ringkasannya, mereka yang berjaya itu mempunyai lapan ciri pasti, iaitu (1) beriman, (2) khusyuk dalam solat, (3) menjauhi perkara lalai, (4) mengeluarkan zakat, (5) menjaga kemaluan, (6) menjaga amanah, (7)
menunaikan janji dan (8) menjaga solatnya. Rupa-rupanya, inilah inti pati akhlaknya nabi. Jika kita mahu mensyarahkan kesemua perkara di atas, maka tidak cukuplah halaman ini. Namun ia boleh dirumuskan, nabi tidak mempunyai amalan yang pelikpelik untuk menjadikan dirinya dicintai, disukai dan disayangi. Nabi SAW hanya mempraktikkan lapan perkara di atas. Maka, baginda menjadi manusia terbaik sepanjang zaman. Mukadimah cinta kita kepada nabi, harus bermula dengan segera. Kini kita disapa lagi bayu kedatangan tahun baharu hijrah, malulah kita jika masih tidak mengenali siapa nabi. Siapakah yang akan membimbing tangan kita mencicip segarnya air telaga al-Kautsar jika bukan nabi? Siapakah yang akan memberi syafaat kepada kita jika bukan nabi? Maka, siapalah kita jika sehingga saat ini, masih belum boleh mengenali lalu mencintai nabi. Wallahua’lam. Edisi
Gambar hiasan
ISU 4 • Edisi • Disember 2016
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL:
SEJARAH & HUKUM Susunan oleh: Sri Hartini Binti Md Noh, (sri@mais.gov.my), Eksekutif Komunikasi Korporat (MAIS) Rujukan: mufti.johor.gov.my/images/.../albayan
SEJARAH MAULIDUR RASUL Pada zaman tabiin umat Islam sudah semakin jauh dengan Mekah dan Madinah dan sebahagian mereka sudah semakin lupa untuk mengamalkan Islam dan semakin jauh dengan roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah pada ketika itu lahir sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran hingga kewafatannya. Kisah itu telah dibacakan kepada orang ramai dan dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Bagi membangkitkan rasa cinta pada Rasulullah SAW dengan jumlah yang lebih ramai maka diadakan Majlis Maulidur Rasul.
TUJUAN MAULIDURRASUL 1. Mengingati peranan baginda yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada umat manusia. 2. Melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana mengutus akan rasul membawa ke jalan yang benar dan lurus. 3. Mengagungkan nabi Muhammad SAW atas kelahiran baginda 4. Mengingati sirah kehidupan dan perjuangan baginda dan memperbanyakkan selawat SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI BULAN RABIUL AWAL Dapatan daripada sebuah risalah berkaitan Sambutan Maulidur Rasul Bid’ah Dhalalah diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor antaranya : Dr. Omar Abdullah Kamil, penulis Kalimah Hammah Fi Al-Ihtifal Bi Al-Maulid: Bahawa asal sambutan Maulidur Rasul itu ialah orang ramai berkumpul untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, mendengar kisah sirah Nabawi dari awal kelahiran, sejarah kehidupan, kenabian dan dakwahnya menegakkan agama Allah SWT, kemudian menikmati jamuan makan dan akhirnya bersurai, tidak lebih daripada itu. Ia daripada bid’ah yang baik yang diberikan ganjaran ke atas mereka yang melakukannya kerana di dalamnya mengandungi unsur mengagungkan Nabi SAW, melahirkan kegembiraan dengan keputeraan baginda. Syiekh Al-Islam Hafiz Ibn Hajar telah ditanya mengenai sambutan Maulidur Rasul dan dijawab seperti berikut: Asal sambutan Maulidur Rasul itu adalah bid’ah kerana tidak diambil daripada ulama’ salaf al-salih sepanjang tiga kurun yang lalu (dari zaman Nabi SAW hingga tahun 300 Hijrah selepas baginda), tetapi walaupun begitu sambutan ini mengandungi kebaikan, maka sesiapa yang melakukan sambutan dengan pengisian yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang, ia merupakan bid’ah hasanah. Ibnu Hajar berhujah mengenainya berdasarkan hadis sahih bahawa Nabi SAW apabila tiba di Madinah mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asura, lalu Nabi berpuasa dan menyuruh para sahabat berpuasa pada hari ‘Asyura. .... sebagaimana yang telah dijelaskan dalam membicarakan dalil mengenai Maulidur Rasul. Ibn Al-Qaiyim dalam kitabnya Madarij As-Salikin berkata: Mendengar suara yang merdu di majlis sambutan Maulidur Rasul atau apa juga majlis keagamaan yang lain akan memberikan rasa ketenangan ke dalam jiwa, memberikan
cahaya ke dalam hati para pendengarnya dan mendapat rahmat dan keberkatan daripada baginda. Imam Al-Sakhawai berkata: Maulidur Rasul bermula selepas tiga dekad wafatnya baginda Rasulullah SAW, semua umat Islam mengadakan sambutan Maulidur Rasul sebagaimana ia nya diterima oleh semua ulama sebagai beribadah kepada Allah SWT sahaja dengan banyak bersedekah dan membaca sirah Nabi SAW. Ibn Taimiyah mempunyai pendapat yang menarik mengenai sambutan Maulidur Rasul sebagaimana dalam kitab Al-Fatawa katanya: Berhimpun untuk melakukan
ketaatan dan ibadat ada dua jenis, pertamanya sunat rawatib, sama ada wajib atau sunat seperti solat lima waktu, solat Jumaat dan dua hari raya, solat gerhana, solat minta hujan, solat Tarawih, ini sunat rawatib yang seharusnya dipelihara dan berterusan. Keduanya, sunat yang bukan sunat rawatib seperti berhimpun menunaikan solat sunat seperti Qiamullail, membaca Al-Quran, zikrullah atau berdoa, ia tidak mengapa kerana biasanya bukan dilakukan sebagai sunat rawatib. Nabi SAW solat sunat kadang-kadang berjemaah dan tidak dilakukan secara berterusan. Para sahabat Nabi SAW bila berkumpul mereka meminta salah seorang daripada mereka membaca dan yang lain mendengar.... dalam hadis yang terkenal diriwayatkan bahawa para malaikat mengelilingi mereka yang mengikuti majlis zikir. Maka sekiranya satu kaum berhimpun pada satu malam untuk solat sunat bukan dijadikan sebagai kebiasaan rawatib menyerupai sunat rawatib tidaklah dilarang... demikian juga halnya dengan malam sambutan Maulidur Rasul dan lainnya. BUKU-BUKU YANG DIKARANG OLEH PARA ULAMA MENGENAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Keharusan menyambut Maulidur Rasul banyak disokong oleh ulama-ulama tersohor yang diakui keilmuan dan kesolehannya. Antara hujah-hujah yang mengharuskan dan turut menyambut Maulidur Rasul adalah Al-Hafiz Abi Al-Khattab bin Dahyah, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, AlHafiz Jalaluddin Al-Sayuti, Al-Hafiz Syamsuddin bin Al-Jaziri, Al-Hafiz Abu Taib Muhammad Ibn Ibrahim Al-Sabti Al-Maliki dan lain-lain lagi ulama Islam. Ramai di antara mereka menulis kitab yang dinamakan dengan Sambutan Maulid di mana ia merupakan kitab yang berkaitan dengan Sirah Nabi yang mulia. Antaranya ialah: • Al-Syeikh Ibn Taimiyah – al-Maulid • Al-Hafiz Syamsuddin bin Al-Jaziri – ‘Urfu At-Ta’rif Bil Maulid Al-Syarif. • Imam Al-Sayuti – Husnul Maqshadi Fi ‘Amali Al-Maulid. Edisi
FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’ Fatwa Selangor Mempertahankan Amalan-Amalan Ulama’ Dan Umat Islam Yang Sering Dihukum Bid’ah Dan Wahhabi
GENERASI•Q Edisi • Disember 2016 • 5
Meneladani AKHLAK RASULLULLAH Oleh: Sri Hartini Binti Md Noh, (sri@mais.gov.my), Eksekutif Komunikasi Korporat (MAIS) Sumber: Indahnya Akhlak Rasulullah Menurut Bukhari dan Muslim, Pengarang Abdul Munim Al-Hashimi
1.
INSPIRASI
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Q.S al-Ahzab)
3.
KELUARGA
• Melindungi, mencintai dan menyayangi keluarga. • Berperanan sebagai seorang ayah, suami dan pemimpin rumah tangga. • Menangani wanita dengan tenang, menjadi kekasih hati mereka dan pembimbing fikiran mereka, serta sangat unggul dari segala aspek kehidupannya.
5.
NEGARA
• Rasullullah SAW mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang diperlukan oleh seorang pemimpin. • Yang paling dipercayai dan digelar dengan gelaran “alAmin” bermaksud yang amanah. • Menjadi pemimpin tentera. • Sebagai seorang pengatur strategi yang terancang dan teliti.
Gambar hiasan
2.
PERIBADI
“Solatlah kalian sebagaimana aku solat.” (H.R Bukhari) • Menutup aurat • Sopan & indah • Makan makanan yang halal • Bersih & bergizi • Makan tak sampai kenyang • Tidak makan kecuali setelah dalam keadaan lapar
4.
MASYARAKAT
• Berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat dan sering mengunjungi rumah-rumah para sahabatnya. • Sifat “siddiq”(benar) adalah sifat Rasullullah SAW yang dijamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali sama ada dia itu seorang alim atau seorang yang berkuasa atau seorang saudagar sama ada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak-kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara seorang dengan yang lain.
6.
KEPIMPINAN POLITIK & ANTARABANGSA
• Sebagai perancang ekonomi iaitu memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. • Menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat sokongan yang baik dari orang Aus dan Khuzraj. • Seorang yang menyelesaikan masalah kerana dapat meletakkan semula Hajar dan Aswad ke tempat asal Kaabah. • Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan pentadbiran Madinah yang berteraskan wahyu. • Di peringkat antarabangsa, baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir dan Parsi untuk memperkenalkan ajaran Islam. • Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang politik dan ekonomi.
MIMBAR MUFTI 6 • Edisi • Disember 2016
MUTIARA KHUTBAH TERAKHIR Dari Kekasih Allah Oleh: Dr. Zulkefli bin Aini, (zulaini@ukm.edu.my) Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah SAW tergambar melalui khutbah yang baginda SAW sampaikan kepada sejumlah umat Islam yang menyertai Baginda SAW dalam ibadah haji pada tahun 10 hijrah. Ia disampaikan dalam suasana misi risalah kenabian sudah berada di ambang kesempurnaan. Tambahan pula, khutbah agung itu diucapkan di perhimpunan raksasa di Padang `Arafah dalam musim haji yang dikenali sebagai hijjah al-wada` atau haji perpisahan atau hijjah al-balagh atau haji penyampaian mesej utama.
S
ecara umumnya, inti pati khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW itu adalah seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Safiyyu alRahman al-Mubarakfuri dalam kitabnya al-Rahiq al-Makhtum, dan Syeikh Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti dalam kitabnya Fiqh al-Sirah, iaitu: 1. Pernyataan perpisahan baginda dengan umatnya yang telah bersamasama dengan baginda selama enam puluh tiga tahun. 2. Penyelewengan dan penyimpangan yang akan dilakukan oleh sebahagian umat manusia sepanjang zaman, iaitu melakukan kezaliman dan menceroboh hak orang lain seperti membunuh dan mencuri harta orang lain. Kezaliman tersebut menyebabkan mereka kehilangan pedoman yang sebenar seperti yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan menuruti “pedoman” yang salah dalam kehidupan mereka. 3. Pernyataan tegas tentang amalan jahiliah yang tidak relevan sampai bila-bila pun, iaitu semenjak Allah
SWT mengutus baginda sebagai nabi dan rasul-Nya seperti berbangga dengan kesukuan dan perkauman, berbangga dengan perbezaan bahasa dan bangsa, perhambaan sesama manusia, pembunuhan dan amalan riba’. 4. Wasiat tentang berlaku baik terhadap kaum wanita dan meninggalkan sebarang perlakuan kejam terhadap mereka. Ini merupakan suatu ketetapan penting bahawa Islam mengangkat martabat kaum hawa dan hak mereka tetap dijamin dalam Islam. Mereka bukan kumpulan yang hanya dijadikan sasaran untuk memuaskan keserakahan nafsu oleh sesetengah manusia. 5. Sumber pedoman yang penting bagi manusia iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Ini merupakan satu jaminan daripada kekasih Allah SWT bahawa kejayaan umat terletak kepada sejauh mana mereka berpegang kepada dua sumber ini dalam mengemudi kehidupan demi kebahagiaan abadi di akhirat.
6. Penjelasan tentang perhubungan antara pemimpin dengan rakyat dalam konteks tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh mereka yang diberi amanah kepimpinan. Ketaatan mutlak kepada pemimpin diambil kira daripada segi sejauh mana pemimpin menjalankan hukum dan peraturan Ilahi di atas muka bumi. 7. Penegasan tentang kedudukan baginda sebagai utusan Allah SWT yang terakhir. Kewujudan nabi dan rasul selepas baginda merupakan suatu pengkhianatan dan kezaliman terhadap Allah SWT. 8. Jaminan syurga oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam yang melaksanakan tuntutan agama Islam seperti mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat harta dengan penuh tulus ikhlas, menunaikan fardu haji dan mentaati pemimpin yang membantu menguruskan kehidupan rakyat.
9. Pernyataan penting tentang tanggungjawab dakwah dan penyampaian ajaran agama Islam yang diamanahkan kepada baginda sudah pun selesai disempurnakan. Di hujung khutbah, Rasulullah SAW bertanya kepada sejumlah umat Islam yang hadir “tentu ada yang kamu ingin tanyakan tentang aku, maka sebutlah apa yang ingin kamu katakan? Mereka menjawab: “Kami mempersaksikan bahawa engkau benar-benar telah menyampaikan, menunaikan dan menasihati”. Lalu sambil menunjukkan jari telunjuknya yang mulia ke langit dan sesekali menghalakannya kepada orang ramai seraya berkata: “Ya Allah saksikanlah”. Diulanginya kata-kata tersebut sebanyak tiga kali. Selesai Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya, Allah mentanzilkan ayat alQuran daripada surah Al-Ma’idah ayat 3 yang bermaksud: “Pada hari ini, Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”. Satu keanehan yang berlaku kepada diri Abu Bakar al-Siddiq apabila beliau menangis mendengar ayat yang dibaca oleh Rasulullah SAW itu. Lalu orang bertanya kepada beliau: “Mengapa tuan menangis? Jawabnya: “Tidak ada selepas kesempurnaan melainkan akan datanglah kekurangan”. Ketajaman Abu Bakar al-Siddiq memahami bilah-bilah kata dari khutbah tersebut dan turunnya wahyu tersebut seolah-olah membisikkan secara halus bahawa itulah mutiara yang perlu dihargai di kala seorang insan yang menjadi kekasih Allah SWT awal dan akhir sudah sampai ke penghujung kehidupan setelah sekian lama mengabdikan diri kepada-Nya dengan menyampaikan dakwah dan ajaran agama Islam kepada umat. Sesungguhnya, khutbah tersebut tetap relevan sampai bila-bila walaupun Rasulullah SAW telah lama meninggalkan kita. Edisi
Gambar hiasan
ARTIKEL KHAS Edisi • Disember 2016 • 7 Gambar hiasan
Di Sebalik
SURAH AL-FIl Oleh: Dr. Saifulah Samsudin Nazir Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Surah al-Fil merupakan surah Makkiyyah (diturunkan sebelum hijrah). Ia memerihalkan tentang kehancuran tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah al-Asyram, pemerintah Yaman, dalam misinya untuk menghancurkan Kaabah di Mekah. Peristiwa serangan tentera bergajah ini sangat masyhur dan dimaklumi oleh penduduk Semenanjung Tanah Arab.
A
I-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan para ulama berbeza pandangan dalam menentukan bilakah berlakunya peristiwa ini. Namun, pandangan yang masyhur menunjukkan peristiwa ini berlaku pada tahun yang sama dengan tahun kelahiran Rasulullah SAW. Menurut para ulama, peristiwa agung ini mempunyai beberapa pengajaran yang besar yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam. Ibnu alQayyim al-Jauziyyah menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan satu kemuliaan kepada kelahiran Rasulullah SAW dan kota Mekah. Agama tentera bergajah merupakan agama Kristian yang merupakan agama samawi dan agama yang lebih baik daripada agama penduduk Mekah yang menyembah berhala. Namun Allah SWT memberikan bantuan kepada mereka dengan menewaskan tentera bergajah. Bantuan ini juga menunjukkan keistimewaan yang diberikan kepada penduduk Mekah yang mana dengan keistimewaan ini sepatutnya mendorong mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Namun yang berlaku, penduduk Mekah (Quraisy) tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Bahkan lebih teruk mereka menjadi penentang perjuangan Rasulullah SAW. Pemeliharaan ini juga dengan tujuan menjadikan Mekah sebagai pusat perhimpunan manusia yang aman sesuai sebagai tempat perkembangan akidah baharu yang benar. Sayyid Qutb menyatakan pemeliharaan ini menjadi isyarat agar agama yang baru dapat berkembang tanpa kongkongan oleh sebarang kuasa dan tanpa dikuasai oleh mana-mana
pemerintah yang zalim, sesuai dengan sifat Islam yang tinggi dan tiada yang mengatasi ketinggiannya. Sheikh Wahbah Al-Zuhaili juga mengulas bahawa penghantaran burung-burung kecil membawa ketulan-ketulan batu yang juga bersaiz kecil untuk menghancurkan sekawan gajah yang bersaiz lebih besar merupakan satu peristiwa yang luar biasa (alIrhas) serta isyarat kepada kebangkitan Rasulullah SAW. Peristiwa luar biasa menunjukkan kepada kebangkitan manusia agung yang luar biasa membawa akidah dan syariat yang benar daripada tuhan seluruh alam. Peristiwa kehancuran tentera bergajah juga menjadi peringatan kepada mereka yang menentang agama Allah SWT, dalam konteks kisah Ashab al-Fil, penentangan kepada agama Allah SWT terdapat pada cubaan untuk meruntuhkan syiar agama Allah SWT (Baitullah). Ia juga menunjukkan betapa Allah SWT pasti membantu agamaNya. Tentera bergajah yang hebat fizikalnya dihancurkan oleh Allah SWT hanya dengan makhluk yang jauh lebih kecil iaitu sekumpulan burung yang membawa batu-batu kecil. Ini merupakan satu herdikan dan penghinaan kepada penentang agama yang bersifat ego dan besar diri. AlSyaukani membawa riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa tentera bergajah yang ditimpa batu-batu kecil itu hancur dengan setiap anggota badannya terputus dan dagingnya gugur ke tanah. Balasan ini cukup hina menunjukkan kehinaan akidah golongan ini serta kehinaan mereka berbanding kekuasaan Allah SWT. Namun janji Allah SWT untuk membantu agamaNya bukanlah satu alasan kepada umat Islam
untuk tidak berusaha dan berjihad untuk menegakkan dan mempertahankan agamanya yang suci. Khususnya pada hari ini, tribulasi ke atas umat Islam adalah begitu besar. Keperluan agar umat Islam mempersiapkan diri dengan asas agama yang mendalam adalah amat perlu. Edisi
Gambar hiasan
SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • Disember 2016
Bagaimana Mencintai KELUARGA RASULULLAH SAW? Oleh: Mohd. Khafidz Bin Soroni Pensyarah Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam (KUIS)
Wasiat Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam agar berpegang dengan al-Quran dan sunnah sudah semestinya maklum diketahui semua. Namun, dalam sebuah hadis sahih yang lain turut memerintahkan agar kita berpegang dengan al-Quran dan ahli bait Nabi Muhammad SAW. Iaitu hadis daripada Jabir RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan pada kamu sekalian sesuatu yang jika kamu sekalian mengambilnya kamu tidak akan sekali-kali tersesat, iaitu kitabullah dan keturunanku ahli baitku”. (HR at-Tirmizi. Hadis sahih kerana banyak jalan riwayatnya)
Gambar hiasan
A
pakah yang dimaksudkan dengan ahli bait? Secara ringkasnya, ahli bait adalah bermaksud isi atau penghuni rumah yang dalam hadis ini merujuk kepada ahli keluarga Nabi Muhammad SAW. Selain istilah ahli bait (Ahl al-Bait), juga disebut dengan Al al-Bait, al-‘Itrah, al-Asyraf dan asSadah. Kesemuanya membawa maksud yang sama. ahli bait yang hidup di zaman baginda SAW mempunyai dua kemuliaan, iaitu kemuliaan sebagai sahabat dan kemuliaan sebagai ahli bait. Berdasarkan pelbagai pandangan ulama, penulis merumuskan bahawa istilah ahli bait adalah mencakupi isteri-isteri, zuriat serta semua kaum kerabat Nabi Muhammad SAW yang diharamkan untuk menerima zakat. Mereka yang diharamkan untuk menerima zakat menurut mazhab Syafii dan lain-lain ialah Bani Hasyim dan Bani al-Muttalib. Daripada kalangan mereka pula diistimewakan secara khusus Ali RA, Fatimah RA, Hasan RA dan Husain RA, sepertimana hadis daripada ‘Umar bin Abi Salamah RA ketika turun ayat 33 Surah alAhzab beliau berkata: Nabi Muhammad SAW telah memanggil Fatimah, Hasan dan Husain, lantas menaungi mereka dengan satu kain (al-kisa’), manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu baginda juga
menaunginya dengan kain itu, kemudian bersabda: “Ya Allah, mereka ini adalah Ahli Baitku, maka hilangkanlah daripada mereka kekotoran dan sucikanlah mereka sebersihbersihnya” (HR at-Tirmizi. Hadis ini turut disokong oleh hadis ‘A’isyah RA dalam Sahih Muslim). Mereka diistimewakan kemungkinan kerana merekalah yang menyambung zuriat keturunan baginda SAW yang wujud hingga ke hari ini melalui cucunya, Hasan RA dan Husain RA. Dalil yang menjelaskan kekalnya ahli bait baginda SAW dan tidak terputus hingga ke akhir zaman amat banyak, seperti hadis-hadis yang menjelaskan Imam al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman adalah daripada keturunan ahli bait. Justeru itu, banyak hadis yang menggalakkan kita supaya mencintai ahli bait seperti sabda nabi: “Cintailah Allah kerana Dia mengurniakan kepada kamu akan nikmat-nikmat-Nya dan cintailah aku kerana cinta Allah kepadaku dan cintailah Ahli Baitku kerana cintaku kepada mereka” (HR at-Tirmizi dan al-Hakim dengan sanad sahih). Mencintai dan mengasihi ahli bait adalah antara pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang utama. Namun, mereka berada di antara dua aliran melampau yang saling bertentangan, iaitu antara aliran Syiah yang melampau
dalam mendewa-dewa dan memuja mereka sehingga menganggap mereka bersifat amat suci dan maksum dan aliran Nawasib yang menganggap tiada sebarang kelebihan buat mereka kerana sama sahaja seperti orang Islam yang lain serta membenci mereka hingga sanggup mencaci maki dan memerangi mereka dengan sedaya upaya. Makanya, tuntutan mencintai mereka perlu ditunaikan oleh umat Islam berdasarkan landasan syarak yang betul. Antaranya; 1. Berselawat ke atas mereka, di samping berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sebagaimana dalam Selawat Ibrahimiyyah yang masyhur dibaca dalam tasyahhud. 2. Memuliakan dan menghormati mereka. Daripada Zaid bin Arqam RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda sebanyak tiga kali: “Aku memperingatkan kamu sekalian akan Allah terhadap Ahli Baitku” (HR Muslim). Kata al-Hafiz Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam al-Mufhim: “Wasiat dan pengulangan secara bersungguh ini menunjukkan wajib menghormati ahli keluarga Nabi Muhammad SAW dan ahli baitnya, serta berbuat baik, memuliakan dan mengasihi mereka sepertimana kewajipan fardu-fardu yang amat dituntut yang tiada
sebarang keuzuran bagi sesiapa pun untuk melengahkannya”. 3. Berbuat ihsan dan membantu mereka yang dalam kesusahan. Seorang keturunan ahli bait, ‘Abdullah bin Hasan bin Husain telah datang menemui Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz kerana suatu keperluan, namun beliau telah berkata: “Jika kamu mempunyai sesuatu hajat, kirimlah seseorang kepadaku atau tulislah surat kepadaku kerana aku malu kepada Allah yang melihatmu di muka pintuku”. (rujuk kitab as-Syifa oleh al-Qadhi ‘Iyadh) 4. Membela dan mempertahankan mereka. Ini termasuk tidak reda dengan kezaliman dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Abu ‘Uthman an-Nahdi merupakan seorang tabiin yang duduk di Kufah, namun setelah al-Husain bin ‘Ali RA dibunuh, beliau berpindah ke Basrah dan berkata: “Aku tidak mahu lagi tinggal di negeri tempat cucu Rasulullah SAW dibunuh”. (rujuk Tabaqat Ibn Saad) 5. Tidak membenci, menyakiti dan merendah-rendahkan mereka. Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Demi yang jiwaku di tangan-Nya, tidaklah seseorang itu membenci kami Ahli Bait melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam neraka”. (HR Ibn Hibban dan al-Hakim dengan sanad hasan) 6. Meneladani dan mengikuti jalan orang-orang yang soleh di kalangan mereka. Keturunan ahli bait yang perlu diteladani dan diikuti mestilah yang jalannya bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai menggabungkan antara hadis-hadis wasiat baginda agar berpegang dengan al-Quran, sunnah dan ahli baitnya. Kata al-Hasan bin al-Hasan bin ‘Ali RA kepada orang yang melampaui batas terhadap mereka: “Cis kamu sekalian, cintailah kami kerana Allah. Sekiranya kami mentaati Allah, maka cintailah kami dan sekiranya kami menderhakai-Nya, maka bencilah kami... Katakanlah terhadap kami yang benar, sesungguhnya itu lebih dari memadai bagi apa yang kamu kehendaki dan kami akan redha terhadap kamu dengannya”. (rujuk Tabaqat Ibn Saad) Jelasnya, mencintai dan mengasihi ahli bait Nabi Muhammad SAW merupakan tuntutan syarak terhadap semua umat Islam. Bagaimanapun, caranya mestilah betul tanpa ada sikap melampaui batasan sehingga terkeluar daripada landasan dan lingkungan syariat Islam. Wallahu a‘lam. Edisi
INFO KHAS Edisi • Disember 2016 • 9
BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Disember 2016 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
Ziarah Pasca Istitabah Abdul Kahar
A
MPANG 7 OKTOBER 2016 - Bahagian Pemulihan al-Riqab, Sektor Sosial MAIS telah mengatur ziarah pasca istitabah ke kediaman Abdul Kahar di Kemensah. Lawatan diwakili oleh Ustaz Mohd Daruddin Bin Taib@Hasan, Unit Khidmat Nasihat di Jabatan Mufti Selangor, dan Ustaz Izhar Bin Ismail Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. Pertemuan hampir dua jam itu disambut baik oleh Abdul Kahar dan keluarga. Perbualan berkisar penyesuaian diri bersama masyarakat setempat dan amalan harian muslim khususnya selepas pembebasan parol serta majlis istitabah (pengisytiharan taubat) pada 16 Mei yang lalu. Sepanjang tahun 2015, Abdul Kahar telah berjaya mengikuti
K
Abdul Kahar menerima kunjungan Ustaz Mohd Daruddin Bin Taib@Hasan, dengan hati terbuka.
program pemulihan akidah atau istitabah dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan MAIS. Pada 16 Mei 2016 yang lepas, Abdul Kahar telah mengisytiharkan taubatnya serta menyeru ke semua bekas pengikutnya untuk segera bertaubat. Abdul Kahar juga telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan
Pengerusi Mais Sambut Baik Kunjungan Ulama’ Imam Al-Habib Umar Ben Hafidz
Sesi bergambar kenangan bersama Al-Habib Umar Ben Hafidz
S
HAH ALAM 28 Oktober 2016 - YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS telah menyambut baik kunjungan Ulama’ dari negara Yaman, Imam Al-Habib Umar Ben Hafidz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menjalinkan hubungan silaturahim serta berkongsi pandangan dan pengalaman sesama umat Islam. Kunjungan ini merupakan salah satu perjalanan dakwah Imam Al-Habib Umar ke negeri
Lawatan MAIS ke Tabung Haji Properties Sdn Bhd
Selangor yang dikendalikan oleh pihak Majlis Muwasolah Baina Ulama’ Ul-Muslimin, Malaysia. Imam Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz merupakan seorang ulama’ dunia era moden yang dilahirkan di Yaman pada tahun 1963 dan beliau bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah agama Islam ke pelbagai negara di seluruh dunia demi melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah terutama di beberapa negara Islam lain. Edisi
Selangor selaku Ketua Agama Islam dan juga kepada seluruh umat Islam yang terguris hati dan terkeliru dengan ajaran salah yang dirujuk kepada beliau. Beliau juga turut memohon agar masyarakat dan media tidak lagi merujuk dan menggunakan istilah ‘Rasul Melayu’ terhadap dirinya demi menjaga kesucian Islam dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Edisi
UALA LUMPUR – Satu lawatan ke Tabung Haji Properties Sdn Bhd telah diadakan pada 25 Oktober 2016 di Platinum Plaza, Persiaran Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. Lawatan ini melibatkan Tuan Haji Ahmad Apandi bin Haji Samsudin, Pengarah Pengurusan Korporat dan Encik Shukri bin Ishak, Pengarah Hartanah MAIS. Lawatan ini disambut oleh Tabung Haji Properties Sdn Bhd yang diwakili oleh Encik Zaidi Baharudin, GM Business Development, Marketing & Sales, Sr. Mohd Sukor Nasir, GM Special Project dan Encik Nur Adlan Taib, GM Corporates Services. Dalam lawatan ini turut membincangkan pelaksanaan dan pengurusan projek yang telah dilaksanakan oleh Tabung Haji Properties Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Tabung Haji untuk meningkatkan pendapatan
Sesi perbincangan.
syarikat dan seterusnya menjadikan sebuah syarikat yang berjaya dalam bidang pembangunan projek pada masa kini. Selain itu, cadangan dan pandangan yang dilontarkan oleh ahli-ahli dalam perbincangan tersebut dapat menghasilkan keputusan dan tindakan pelaksanaan yang terbaik bagi melaksanakan projek yang bertaraf antarabangsa. Diharapkan lawatan ini dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturahim antara MAIS dan Tabung Haji Properties Sdn Bhd pada masa akan datang. Edisi
Sign Off Pembangunan Pelan Strategik ICT MAIS (PSICT) 2016-2019
S
HAH ALAM – Satu Mesyuarat Sign Off Pembangunan Pelan Strategik ICT MAIS (PSICT) 2016-2019 telah diadakan pada 2 November 2016 di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Mesyuarat ini dihadiri Dato’ Dr. Zahari bin Othman, Ketua Pasukan Perunding Strategik ICT dan beberapa wakil pasukan pelan strategik daripada MAMPU. Selain itu, turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Apandi bin Haji Samsudin, Pengarah Pengurusan Korporat merangkap Ketua Pasukan Pelan Strategik ICT MAIS bersamasama ahli-ahli pasukan pelan strategik ICT MAIS. Dalam mesyuarat ini turut diadakan sesi pembentangan rumusan dokumen Pelan Strategik ICT MAIS bagi tahun 2016 – 2019 yang dibentangkan oleh Encik Nor Faizal bin Paiman, Pengurus Teknologi Maklumat, MAIS
dan turut diadakan sesi sign off bagi pembangunan pelan strategik ICT MAIS di antara MAIS dan MAMPU. Dalam mesyuarat ini telah membuktikan pihak MAIS telah berjaya menyediakan satu pembangunan pelan strategik dengan menghasilkan 4 teras strategik, 8 strategi dan 29 program bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi mengikut trend ICT yang terkini di samping menggalakkan penggunapengguna awam untuk menggunakan teknologi masa kini selaras dengan matlamat pembangunan Gerbang Islam Selangor. PSICT MAIS 2016 – 2019 merupakan satu usaha proaktif MAIS dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan MAIS agar lebih dinamik dan tersusun merentasi kepesatan teknologi. Ia bersesuaian dengan peranan Bahagian Teknologi Maklumat MAIS selaku penyumbang kecemerlangan
organisasi dalam aspek ICT. MAIS juga mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Perunding Strategik ICT MAMPU yang diketuai oleh Dato’ Dr. Zahari bin Othman di atas tunjuk ajar dan selaku pemudah cara dari awal fasa perancangan sehinggalah dokumen ini di zahirkan.
Sesi sign off bagi pembangunan pelan strategik ICT MAIS di antara MAIS dan MAMPU.
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Disember 2016 • 11 Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Shah Alam ke JAKESS
S
HAH ALAM, 11 Oktober 2016: Kerjasama erat berjaya dicapai antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Shah Alam dengan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi melicinkan lagi pengurusan pentadbiran kehakiman khususnya di daerah Shah Alam dan negeri Selangor amnya. Hasil ini dicapai menerusi pertemuan dan perbincangan yang penuh muhibah semasa sesi Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Bin Haji Mamat kepada Ketua Hakim Syarie Selangor, Yang Amat Arif Prof. Adjung, Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar. Pertemuan berlangsung hampir 2 jam di Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Syarie, JAKESS tertumpu kepada pengurusan dan penyelarasan pelaksanaan waran tangkap mal kes-kes Bahagian Sokongan Keluarga, penempatan anggota bertugas di Mahkamah dan juga hal-hal berkaitan Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara yang bakal berlangsung awal November ini. Dalam pertemuan itu, pihak IPD Shah Alam mengambil maklum beberapa perkara berkaitan pengurusan waran tangkap dan memberi reaksi serta sokongan positif bagi mengatasi sebarang permasalahan yang timbul berhubung perkara itu di samping akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada JAKESS bagi menjayakan persidangan. YAA Dato’ Dr. Na’im berkata, kerjasama antara JAKESS dan IPD Shah Alam amat mustahak dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuhkan perjalanan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di daerah Shah Alam. Edisi
Sesi bergambar kenangan.
& Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Kunjungan Hormat Dari Hakim Shamlan, Dubai ke JAKESS
P
ada 7 Oktober 2016Pejabat Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor yang diterajui oleh Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im Bin Mokhtar telah menerima kunjungan hormat dari Hakim Shamlan Al Sawalehi dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) diiringi oleh Timbalan Pendaftar Bahagian Undang-undang Wilayah Persekutuan, Encik Abdullah Siddiq bin Nasir. Tujuan utama pertemuan itu diadakan bagi merapatkan silaturahim antara kedua Negara di samping berkongsi perkembangan undangundang syariah di Negara Malaysia dan UAE YAA Dato’ Dr. memulakan perkongsian dengan menerangkan jurisdiksi Mahkamah Syariah di Malaysia di samping menerangkan
Sesi perkongsian ilmu antara Hakim Shamlan Al Sawalehi dan YAA Dato’ Dr. Mohd Na’im Bin Mokhtar
kedudukan Mahkamah Syariah di setiap Negeri. Hakim Shamlan seterusnya membincangkan isu penamaan wasiat sebelum pemberi wasiat meninggal dunia, sama ada dibenarkan atau tidak di Malaysia. Walau bagaimanapun YAA Dato’ telah memberi penerangan bahawa penamaan bagi wasiat hanya akan berkuat kuasa setelah pemberi wasiat meninggal dunia dan telah
Taklimat Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
U
nit Integriti dengan kerjasama Seksyen Latihan JAKESS telah mengadakan Taklimat AKPK pada 14 Oktober 2016 (Jumaat) bertempat di Pusat Info, JAKESS. Para peserta yang hadir adalah seramai 47 orang yang terpilih daripada Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah seluruh Selangor.
Penceramah pada hari tersebut telah diundang khas dari AKPK iaitu Puan Sazlin binti Zainal Abidin, Manager of Financial Education yang telah memberikan taklimat berkenaan pengurusan kewangan dan kredit yang bertajuk ‘Starting and Raising Family’. Sebahagian inti pati taklimat beliau adalah berkenaan Penyediaan Penyata Aliran
Program Pemeliharaan & Pembuangan Abu Al-Quran
P
ulau Indah, Pelabuhan Klang, 22 Ogos 2016 – Seramai 30 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Al-Quran AlSunnah dan Komunikasi, KUIS semester 7 dengan gabungan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Al-Qiraat, KUIS semester 4 yang mengambil subjek Sejarah Mashaf Kontemporari (IBQQ 2203), turut disertai oleh Ustazah Rohana Binti Zakaria selaku penasihat program dengan kerjasama 2 pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) telah menjalankan satu program pembuangan abu alQuran yang bertempat di Pulau Indah Pelabuhan Klang. Proses membuang abu al-Quran di laut sejauh 15 batu nautika merupakan peringkat terakhir pelupusan abu ayat suci al-Quran setelah selesai pembakaran abu al-Quran. Program ini diadakan bertujuan bagi mendedahkan kepada masyarakat khususnya kepada para pelajar supaya mengetahui kaedah-kaedah yang lebih beradab dalam pelupusan al-Quran yang tidak boleh digunakan atau yang telah rosak.
menerangkan opsyen yang kita miliki antaranya Hibah Amanah yang semakin berkembang di Malaysia. Perbincangan berlangsung selama lebih kurang satu jam sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan lawatan ke Kamar Bicara YAA Dato’ Dr. Semoga pertemuan tersebut mendapat keredaan Allah SWT dan manfaat secara keseluruhannya. Edisi
Majlis telah berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati beserta sesi bergambar bersama para petugas dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah
Hulu Langat dan kesemua pelajar yang terlibat. Sekalung tahniah bagi semua yang terlibat dalam program ini, diharapkan program ini dapat diteruskan sebagai program khidmat ummah mahasiswa KUIS kepada komuniti. Edisi
Sesi bergambar kenangan.
Sesi bergambar kenangan.
Tunai, Tips untuk membeli Rumah dan Kereta, Asas Meminjam, Nisbah hutang kepada pendapatan serta kepentingan mendapatkan Penyata CCRIS daripada Bank Negara. Objektif kursus adalah untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada peserta berkaitan pengurusan kewangan dan kredit supaya para peserta dapat menguruskan kewangan dengan baik. Selain itu, peserta juga mendapat khidmat nasihat berkaitan masalah kewangan yang sering berlaku disebabkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat yang boleh menjejaskan institusi keluarga dan prestasi kerja serta pengambilan rasuah. Edisi
BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Disember 2016 Sumber: Lembaga Zakat Selangor
LZS Terima Zakat Perniagaan Rm2.3 Juta
Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Mahmud Abbas menyerahkan cek zakat kepada DYMM Sultan Selangor.
S
HAH ALAM, 11 November 2016 – Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) hari ini menyerahkan cek zakat perniagaannya berjumlah RM2,304,953.92 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu upacara yang diadakan di Istana Bukit Kayangan di sini. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Mahmud Abbas. Zakat yang ditunaikan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 2015. Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa. Turut hadir, Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali. Edisi
LZS Bantu Keluarga Maniseh
S
HAH ALAM, 27 Oktober 2016 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan berita yang tersiar di Sinar Harian bertajuk ‘Hilang Tempat Bergantung’. Untuk makluman, keluarga Maniseh Abu Bakar, 43 tahun merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS di daerah Gombak. Keluarga ini telah disantuni oleh LZS melalui bantuan pendidikan dan bantuan Hari Raya yang disalurkan atas nama arwah suami Mohd Aris Andak.
LZS amat prihatin dengan ujian menimpa keluarga Maniseh yang kehilangan ketua keluarga. Buat permulaan bantuan zakat sebanyak RM3,000 disalurkan bagi meringankan beban keluarga ini. Manakala bantuan kewangan bulanan akan disalurkan kepada keluarga bermula tahun depan. Sementara bantuan lain akan disalurkan dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan keluarga dan syarat kelayakan. LZS berharap dengan bantuan zakat yang akan disalurkan ini dapat membantu meringankan bebanan Maniseh sekeluarga. Edisi
Keratan akhbar Sinar Harian.
Ziarah Dan Bantu Keluarga Anak Tidur Di Lantai
S
HAH ALAM, 28 Oktober 2016 – Maklum balas viral kisah keluarga Mohd Hairolnizam Mohd Yusof, 33 yang dikongsikan oleh Page Brainy Bunch pada 27 Oktober 2016. Menurut page berkenaan, anak-anak Hairolnizam hanya tidur di lantai kerana panas akibat tiada bekalan elektrik. Keprihatinan masyarakat amat dituntut dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Usaha page ini juga harus dipuji bagi mengumpul dana membantu membiayai tunggakan bekalan elektrik dan sewa rumah keluarga tersebut. Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) turut menziarahi keluarga ini dan menyalurkan bantuan kepada mereka. Hasil siasatan
Sumbangan segera telah diberikan sebanyak RM500 kepada keluarga Hairolnizam.
dan semakan LZS, keluarga yang tinggal di PPR Kota Damansara ini dikategorikan sebagai asnaf miskin berdasarkan kepada haddul kifayah. Untuk permulaan, sumbangan segera telah diberikan sebanyak RM500. Cadangan bantuan bagi keluarga ini adalah pendidikan, kewangan dan makanan bulanan. Manakala bantuan
lain akan disalurkan dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan keluarga dan syarat kelayakan. Hairolnizam yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berpendapatan RM1,100 sebulan dan mempunyai enam orang anak. Tiga orang daripadanya bersekolah rendah dan isterinya tidak bekerja. Edisi
Status 15,789 Keluarga Asnaf Fakir Dan Miskin Lzs Dikemas Kini
K
UALA LANGAT, 9 November 2016 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) giat menjalankan program ‘Task Force’ bagi menyemak semula bantuan zakat bagi 15,789 keluarga asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali yang ditemui sewaktu program berlangsung, operasi turun padang ini bertujuan untuk menyemak status terkini keluarga asnaf fakir dan miskin agar bantuan zakat yang disalurkan bertepatan dengan keperluan sesebuah keluarga. Operasi ini memfokuskan kepada penerima bantuan LZS bagi kewangan dan makanan bulanan, sewa rumah, perubatan dan Hari Raya. Ia telah diadakan sejak awal bulan September lalu dan mendapat kerjasama daripada penolong amil kariah. Melalui operasi ini, semakan dan siasatan terus ke rumah asnaf yang telah dikenal pasti dijalankan di setiap lokasi. “Siasatan yang dilaksanakan
ini berdasarkan maklumat pada borang asnaf fakir dan miskin. Semakan status terkini akan dikemas kini bagi menilai sama ada pendapatan seisi keluarga asnaf ini masih di bawah haddul kifayah (garis minimum kecukupan). Ini bagi memastikan penyaluran bantuan zakat untuk tahun 2017 mengikut keperluan dan syarat kelayakan sesebuah keluarga.”
Pro g r a m task f o rc e dijangka akan berakhir pada 24 November 2016 ini membabitkan 89 siri di seluruh Selangor. Dalam perkembangan sama, LZS membawa pihak media mengikuti operasi task force yang diadakan di daerah Kuala Langat. Operasi yang melibatkan 168 keluarga asnaf fakir dan miskin ini diadakan selama dua hari bermula 8 November. Edisi
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali bersama salah seorang asnaf semasa program ‘Task Force’ pada 9 Nov 2016.
BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Disember 2016 • 13 Sumber: Lembaga Zakat Selangor
‘Wheel 4 Ummah’: Konvoi Sambil Beramal
S
HAH ALAM, 17 November 2016 – Seramai 50 peserta terdiri daripada selebriti kumpulan nasyid tanah air, kumpulan permotoran dan pengeluar zakat menyertai konvoi pacuan empat roda ‘Wheel 4 Ummah’ anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di sini hari ini. Konvoi yang bermula dari Shah Alam menuju ke Hulu Selangor ini bertujuan memberi pendedahan tentang ibadah zakat dengan lebih santai,
di samping menyampaikan maklumat tentang aktiviti agihan zakat secara langsung kepada pengeluar zakat. Dalam program tersebut, para peserta konvoi dibawa meninjau Majlis Penyerahan Agihan Bantuan Pendidikan bagi asnaf fakir dan miskin di daerah Hulu Selangor. Majlis ini merupakan program pertama diadakan bersempena dengan Program Agihan Bantuan Pendidikan, yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam
Kenderaan yang terlibat dengan konvoi mula keluar dari perkarangan pejabat Lembaga Zakat Selangor.
Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa. Dalam majlis tersebut, seramai 257 orang asnaf fakir dan miskin di daerah Hulu Selangor menerima bantuan pendidikan bagi sesi persekolahan 2017 melibatkan agihan zakat sebanyak RM146,320. Konvoi kemudian diteruskan ke rumah dua keluarga asnaf LZS di Hulu Bernam bagi projek amal gotong-royong dan ubah suai rumah. Mereka ialah keluarga Abas Anjong dan Muhammad Zairul Angus, masing-masing merupakan asnaf miskin di daerah Hulu Selangor yang telah disantuni oleh LZS. Konvoi ‘Wheel 4 Ummah’ ini merupakan antara aktiviti yang diadakan bersempena dengan Kempen Zakat Di Hati yang berlangsung selama sebulan bermula 15 November hingga 15 Disember ini. Edisi
2,349 Keluarga Asnaf Fakir Dan Miskin Daerah Hulu Selangor Terima Bantuan Pendidikan Rm1.6 Juta
H
ULU SELANGOR, 17 November 2016 – Seramai 2,349 keluarga asnaf fakir dan miskin daerah Hulu Selangor menerima bantuan pendidikan bagi membiayai sesi persekolahan 2017 dengan jumlah agihan sebanyak RM1,591,935. Daripada jumlah itu, sebanyak RM270,320 diagihkan kepada 804 keluarga asnaf fakir, manakala RM1,321,615 lagi diagihkan kepada 1,635 keluarga asnaf miskin di daerah ini. Bantuan persiapan persekolahan tersebut diagihkan setiap tahun bagi meringankan bebanan asnaf fakir dan miskin terutamanya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka. Ia diberikan bagi menampung kos pembelian kelengkapan dan yuran persekolahan. Bantuan ini melibatkan anak-anak asnaf di peringkat pra persekolahan sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Melalui peruntukan agihan tersebut, setiap anak asnaf
100 Peserta Sertai Bicara Dua Mufti
S
HAH ALAM, 16 November 2016 – Lebih 100 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta yang menyertai skim potongan gaji di Lembaga Zakat Selangor (LZS), hadir dalam Majlis Hi-Tea Bicara Dua Mufti yang diadakan di sini hari ini. Majlis ini merupakan kesinambungan program yang diadakan pada tahun lepas, dengan menampilkan dua tokoh berwibawa iaitu Timbalan Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dr. Hj. Anhar Hj. Ophir dan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Tn. Hj. Nor Azamir Hj. Alias bagi membicarakan isu-isu semasa berkaitan pengurusan zakat khususnya. Edisi
Sesi perbincangan.
Lzs Sedia Rm10.9 Juta Biayai Persiapan Persekolahan Anak-Anak Asnaf Fakir & Miskin
YAD Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa menyampaikan bantuan Pendidikan kepada asnaf yang terlibat.
akan menerima bantuan yuran sebanyak RM75 seorang bagi semua peringkat persekolahan. Manakala bagi kelengkapan persekolahan, setiap pelajar sekolah rendah kebangsaan menerima bantuan sebanyak RM170 dan pelajar sekolah rendah agama menerima sebanyak RM150 seorang. Sementara bagi pelajar sekolah menengah kebangsaan pula menerima sebanyak RM200. Bagi pelajar pra persekolahan, masing-masing akan menerima sebanyak RM75 seorang. Kelengkapan persekolahan ini boleh didapati di Pasar Raya Sakan, Mydin dan Jakel
yang terpilih di sekitar Selangor dengan menggunakan MyKad ketua keluarga sebagai rujukan. Dalam perkembangan yang sama, seramai 257 orang asnaf fakir dan miskin di daerah Hulu Selangor menerima bantuan pendidikan bagi sesi persekolahan 2017 melibatkan agihan zakat sebanyak RM146,320. Majlis penyampaian ini disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali Edisi
Salah seorang asnaf menerima bantuan Persiapan Persekolahan daripada pegawai LZS.
H
ULU SELANGOR, 17 Nove m b e r 2016 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM10,916,555 kepada 94,391 orang anak-anak asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bagi membiayai persiapan persekolahan sesi 2017. Bantuan persiapan persekolahan ini diagihkan
setiap tahun bagi meringankan bebanan asnaf fakir dan miskin terutamanya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka. Ia diberikan bagi menampung kos pembelian kelengkapan dan yuran persekolahan. Bantuan ini melibatkan anak-anak asnaf di peringkat pra persekolahan sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Edisi
IKON ASNAF 14 • Edisi • Disember 2016
BINA INSAN DI BAITUL EHSAN: Di Sini Zakat Dimanfaatkan Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Perjalanan menuju ke Baitul Ehsan, Sabak Bernam memang agak melelahkan. Jarak dari Shah Alam melebihi dua marhalah, solat boleh dijamak-qasarkan. Namun di sanalah berdirinya sebuah institusi ummah yang dijana seratus peratus menggunakan dana zakat di bawah asnaf ar-Riqab. Bahagian Pembangunan ar-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjadi pihak yang bertanggung jawab sepenuhnya mengendalikan institusi ini. Ruangan Jejak Asnaf kali ini ingin membawa para pembaca menjejaki pusat ini, yang sudah pun berdiri sejak tahun 2001 lagi.
“B
aitul Ehsan ini merupakan tempat pemulihan akhlak bagi wanita dan gadis yang terjebak dalam masalah sosial. Mereka masuk ke sini melalui dua cara, pertama atas arahan mahkamah syariah dan keduanya, atas permohonan yang mesti disalurkan ke Bahagian Pembangunan arRiqab, MAIS di Shah Alam.” Ujar Ustaz Mohd. Makhi bin Adnan, 38 yang sejak tahun 2005 diamanahkan sebagai Penguasa di Baitul Ehsan. “Saya menerapkan elemen kekeluargaan kepada para pelatih. Saya meminta mereka memanggil saya abah, bukannya ‘Tuan’ atau panggilan lain yang menjarakkan. Tetapi ketegasan tetap ada. Perkara paling pokok yang saya aplikasikan di sini ialah suasana sekeliling mesti soleh. Bi’ah solehah atau suasana yang soleh sebenarnya mampu membawa perubahan yang positif kepada pelatih. Maka di Baitul Ehsan saya terapkan elemen tersebut.” Jelas Ustaz Makhi lagi. Menurut Ustaz Makhi, Baitul Ehsan ditubuhkan pada tahun 2001 dan awalnya dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) sebelum diserahkan kepada MAIS. Kini, pusat ini mempunyai kakitangan tetap seramai 27 orang, dengan sokongan guru pengajar dan pembimbing luar berjumlah kira-kira 23 orang. Jumlah pelatih wanita pula dalam satu-satu masa bisa mencecah sehingga 80 orang. Sejak ditubuhkan dari tahun 2001, pusat ini sudah melakukan pemulihan kepada lebih dari 1,200 orang. “Asalnya Baitul Ehsan hanya dikhususkan kepada warga Selangor, namun pada tahun 2011 MAIS melakukan Perjanjian Persefahaman dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), dan sejak itu kami telah menerima kira-kira 60 orang anak Terengganu untuk dilatih di sini.” Ujarnya lagi. Ustaz Makhi menerangkan, kebanyakan gadis yang dirujuk ke Baitul Ehsan adalah mereka yang terlibat dengan salah laku dan jenayah syariah yang melibatkan zina dan mukaddimah ke arahnya. “Mereka ini terjebak dengan kesalahan jenayah syariah, iaitu mengikut Seksyen 25, Seks Luar Nikah dan Seksyen 29, Khalwat. Selain itu, ada yang melibatkan kes luar mahkamah atau sukarela, yakni
atas permintaan ibu bapa. Namun ia mesti dirujuk kepada Bahagian Pembangunan arRiqab, MAIS terlebih dahulu. Biasanya kes sukarela ini melibatkan kehamilan luar nikah, lari dari rumah dan cubaan murtad.” Terang Ustaz Makhi lanjut. Bagi Ustaz Makhi dan semua warga kerja di Baitul Ehsan, menguruskan anak-anak gadis yang majoritinya berusia sekitar belasan tahun itu sebenarnya merupakan satu amanah yang sangat besar. Ramai daripada kalangan mereka yang ketika dimasukkan ke Baitul Ehsan, merupakan individu yang jauh dari Tuhan. Amalan agama tidak diendahkan, jahil hukumhakam malah ada yang bersifat memberontak dan melawan. “Alhamdulillah, yang memberontak itu tidak ramai, hanya sekitar lima peratus sahaja. Selebihnya mereka cuba menjalani kehidupan di sini dengan sabar. Mereka sedar ini pusat pemulihan akhlak, maka sudah pasti ada peraturan dan disiplin yang wajib dipatuhi. Tidak kurang juga yang merasa bersyukur kerana dimasukkan ke sini. Mereka kembali menghayati agama, mendirikan solat, belajar al-Quran dan memupuk kemahiran diri.” Terang Ustaz Makhi lanjut. Di Baitul Ehsan, semua warganya diterapkan budaya mematuhi disiplin. Mereka diwajibkan bangun seawal jam 5.00 pagi dan hanya akan tidur pada jam 11.00 malam setiap hari. “Pada jam 5.00 pagi mereka bangun, dan bersiap mendirikan solat Subuh berjemaah di surau. Masa akan diisi dengan membaca al-Quran dan zikir al-Ma’thurat. Jam 7.00 pagi diadakan senaman pagi dan sarapan. 8.30 pagi dimulai dengan kelas agama dan fardu ‘ain. Jam 11.00 pagi mereka diminta mendirikan solat sunat Dhuha dan qailullah (tidur sekejap). Sebelah petang dilanjutkan dengan kelas-kelas kemahiran, seperti masakan, jahitan dan kraftangan. Pihak Kolej Komuniti membantu kami dan peserta diberikan sijil rasmi.” Ustaz Makhi menjelaskan serba ringkas jadual harian pelatih di Baitul Ehsan. Disiplin yang tegas kepada para pelatih juga dibentuk melalui aktiviti fizikal. Untuk itu, setiap Selasa mereka akan melalui rutin khas, iaitu Terapi Disiplin, Kawad Kaki dan Motivasi Diri. Selain itu, demi
menyeimbangkan rohani, para pelatih diwajibkan untuk mengikut kursus Smart Solat, qiyamullail, tilawah al-Quran, halaqah muhasabah dan usrah. Mereka yang suka berkebun juga diajar berbudi kepada tanah dengan tunjuk ajar Jabatan Pertanian. “Saya dan semua kakitangan menerapkan tujuh elemen utama yang kami namakan sebagai ‘Model Transformasi Ehsan.’ Dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan seluruh warga kerja, kami telah membangunkan model tersebut. Tujuh model itu ialah, kerohanian, akademik, kemahiran, disiplin, bimbingan dan kaunseling, jasmani dan kemasyarakatan.” Terang Ustaz Makhi lebih lanjut. Ternyata, Baitul Ehsan telah berjaya memodulkan model berkenaan dalam bentuk buku yang sangat kemas. Semasa Ustaz Makhi mempelawa penulis ke pejabatnya, beliau malah mempamerkan modul tersebut yang sudah dibukukan. “Semua pelatih di sini akan diberikan modul ini. Kami ada dua versi, satu versi pelatih dan satu lagi versi jurulatih.” Terang Ustaz Makhi lanjut. Salah satu kejayaan terbesar Baitul Ehsan ialah, apabila semua pelatih akan dipastikan mempunyai nilai tambah sebelum mereka melangkah keluar dari pusat berkenaan dan kejayaan mereka diberikan penghargaan. “Sejak tahun 2008, Baitul Ehsan mengadakan Hari Kecemerlangan dengan memberikan anugerah kepada semua pelatih, dan anugerah khas kepada yang cemerlang. Di sini mereka diberikan merit atau markah, dan mereka akan dinilai berdasarkan jumlah merit atau markah di akhir pelatihan. Dengan cara itu mudah bagi kita menilai siapa yang cemerlang dan siapa yang perlu diberikan teguran.” Cerita Ustaz Makhi lagi. Kebetulan semasa penulis tiba di Baitul Ehsan, Hari Kecemerlangan sedang berlangsung. Tidak melepaskan peluang itu, penulis sempat menemubual beberapa orang pelatih yang diberikan Anugerah Khas. Nurul Fazurah bt. Ali, 25 (bukan nama sebenar) yang merupakan anak jati Selangor menyatakan, dia sangat bersyukur kerana dimasukkan oleh ibu bapanya ke Baitul Ehsan. Dia menerima Anugerah Khas Siti Khadijah. “Awalnya saya memberontak, kenapa keluarga masukkan saya ke sini. Namun tidak sampai dua minggu, perasaan itu berubah. Saya rasa bertuah sangat, kerana di sini saya kembali belajar Islam. Saya kembali mengaji al-Quran dan mendirikan solat. Pendeknya berlaku perubahan besar selepas saya masuk ke Baitul Ehsan. Terima
kasih buat yang membantu saya, sehingga saya kembali kenal Tuhan.” Ujar gadis yang memiliki Ijazah Pengurusan Perkhidmatan Makanan dari Universiti Teknologi MARA ini. Seorang lagi penerima anugerah, Zulaikha bt. Zakwani, 29 (bukan nama sebenar) yang ditemui turut melahirkan rasa syukurnya kerana telah dihantar oleh pihak MAIDAM ke Baitul Ehsan. “Saya mulanya rasa tidak adil, kenapa hanya saya yang mesti masuk ke pusat pemulihan ini. Sedangkan lelaki yang ditangkap bersama saya hanya perlu membayar denda. Waktu itu saya rasa sangat sedih, terkilan malah rasa rendah diri sangat. Namun kemudiannya ternyata, di sini saya temui apa yang saya cari. Saya diberikan didikan agama dan bimbingan. Para jurulatih sangat memahami dan sering memotivasi. Alhamdulillah hari ini saya mendapat anugerah khas Fiqh Wanita.” Ujar beliau yang amat meminati subjek Fiqh Wanita dan kini menceburi bidang perniagaan perlancongan di sebuah syarikat. Tidak dinafikan, kekuatan yang diperolehi oleh para pelatih di Baitul Ehsan adalah dengan sokongan bi’ah solehah dan juga dokongan kuat para pembimbing. Atas dasar itulah, sokongan dan dokongan itu perlu dilanjutkan di luar sana oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat. Pelatihpelatih yang keluar juga hendaklah mencari punca kekuatan itu dan menghindari segala anasir yang boleh menjebak kembali mereka ke lembah noda. “Sebagai mewakili seluruh warga Baitul Ehsan Selangor, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan para pembayar zakat, kerana secara keseluruhannya pusat ini memang dijana dengan dana zakat 100 peratus. Hanya Allah SWT yang Maha Tahu betapa besarnya sumbangan zakat dalam membantu usaha murni di sini. Memulihkan kembali anak-anak orang Islam yang sudah jauh daripada agama. Tidak terucap sebenarnya, hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalasnya.” Tuntas Ustaz Makhi kala menamatkan bicaranya. Nota: Baitul Ehsan merupakan institusi kelolaan MAIS sepenuhnya. Semua pelatih dan pengurusan pusat ini disantuni di bawah asnaf ar-Riqab (hamba mukatab) sesuai dengan ketetapan Fatwa Agihan Zakat Selangor yang menyatakan, mereka yang terbelenggu dengan masalah akhlak, sosial dan akidah boleh dibebaskan dengan dana ar-Riqab. Jika mahukan info lanjut boleh menghubungi Ustaz Makhi di talian 03-3216 1286 atau 016-281 0072. Edisi
KEMUSYKILAN UMAT Edisi • Disember 2016 • 15
Adakah Masih Wajib Tunaikan Zakat Di Negara Kafir?
Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@ zakatselangor.com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com.my, http://blog.e-zakat.com. my atau Facebook.com/ lembagazakatselangor.MAIS.
SOALAN: Saya dan suami bekerja di luar negara. Mufti di tempat kami tinggal menyatakan kami tidak perlu mengeluarkan zakat, memandangkan kami sudah pun diwajibkan membayar cukai yang tinggi oleh pihak kerajaan (sehingga 50 peratus) dan cukai itu digunakan kepada rakyat di negeri berkenaan. Adakah saya masih wajib mengeluarkan zakat atau hanya cukup sekadar membayar cukai kepada pemerintah? JAWAPAN: Tahniah di atas kesedaran puan dan suami terhadap kewajipan zakat. Walau bagaimanapun, justeru puan bekerja di luar negara dan negara itu pula mewajibkan cukai yang tinggi sehingga 50 peratus, maka pastilah ia memberi kesan secara langsung kepada pendapatan dan kehidupan puan sekeluarga. Secara dasarnya, Islam tidak mengiktiraf cukai untuk dikenakan kepada umat Islam. Bahkan Islam sama sekali tidak mengenakan cukai dan menegah ia dilaksanakan, dan inilah pandangan fuqaha seperti Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, dan juga Syaikh al-Albani berdasarkan banyak dalil daripada hadis Nabi Muhammad SAW (misalnya hadis daripada Fatimah binti Qais, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada kewajiban dalam harta kecuali zakat,” dan hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah, nombor 1779). Cukai di dalam Negara Islam hanyalah dikenakan kepada non-
muslim sahaja dan kadarnya tidaklah sehingga mencecah 50 peratus. Di antara cukai yang diperkenalkan kepada non-Muslim di dalam Negara Islam ialah jizyah atau cukai individu (2.5 peratus), kharaj atau cukai tanah (2.5 peratus) dan usyur atau cukai perdagangan (10 peratus). Sekali imbas, cukai ini adalah adil kerana ia sejajar dengan nilai zakat yang dikenakan kepada umat Islam, iaitu 2.5 peratus sehingga 10 peratus juga. Jika dilihat kepada polisi Islam, maka wajiblah puan membayar zakat kendati pun puan sudah membayar cukai. Ini kerana, zakat itu hukum Allah SWT yang sudah qatie (mutlak) manakala cukai pula adalah suatu yang mendatang dan dikenakan pun hanya kepada non-muslim. Dalam Islam, pemerintah hanya diizinkan mengutip dharibah, yakni sejenis ‘cukai’ yang hanya dikenakan kepada orang-orang Islam yang kaya, pada saat Baitul Mal sudah kekeringan
sedangkan pada saat itu negara amat memerlukan dana demi masalah ummah dan negara (misalnya membeli kelengkapan perang). Wa l a u bagaimanapun, memandangkan puan tidak juga menyatakan, negara itu negara umat Islam atau sebaliknya, maka saya mengandaikan bahawa negara itu bukanlah Negara Islam yang meraikan kewajipan umatnya. Di sini, saya berpandangan bahawa puan hendaklah menilai kembali keberadaan puan di negara berkenaan. Adakah ia sesuatu yang perlu atau puan mempunyai alternatif untuk keluar dari negara berkenaan dan bekerja di Negara Islam atau negara lain yang meraikan keperluan umat Islam dalam hal-ehwal zakat. Ini bersesuaian dengan pandangan ulama’, bahawa adalah ditegah seseorang Islam untuk sengaja mengambil jalan untuk tinggal di dalam negara kufur tanpa keperluan, kerana ia boleh merosakkan dirinya.
Melainkan, ada tujuan tertentu seperti mahu menyebarkan dakwah Islam kepada non-Muslim dan lain-lain tujuan yang makruf, maka baharulah dibolehkan. Itu pun dengan syarat, dia dapat menjamin keimanannya tidak rosak. Hal ini boleh puan rujuk dalam fatwa ulama’ di dalam Fatawa Lajnah daimah lil buhuth ilmiyah wal ifta. (2/69) berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 97-98 dan juga hadis Nabi Muhammad SAW riwayat daripada Abu Daud (nombor 2645) dan riwayat at-Tirmidzi nombor 1604 dan 1605. Kesimpulannya, daripada aspek hukum, saya tidak melihat puan telah terlepas daripada kewajipan zakat, kerana ia masih merupakan kewajipan ke atas harta seseorang Muslim dengan syarat harta itu mencapai syarat wajib zakat, iaitu dimiliki oleh seorang muslim, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haulnya. Wallahua’lam. Edisi
ULASAN BUKU 16 • Edisi • Disember 2016 Disediakan Oleh: Mohd Hafiz Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)
THE ETHICS OF DISAGREEMENT IN ISLAM
FOR MEN OF UNDERSTANDING
CALL NO : 297.05 ISL
CALL NO : 297.242 HAR
This book is written by Dr. Taha Jabir al-Alwani, prepared by Abdul Wahid Hamid, and edited by A.S. al Shaikh-Ali. This book may be perceived as an explanation of the etiquette envisioned by Islam for all those engaged in discourse and intellectual dialogue. This book also is an explosion of the higher principles and purposes of the Shari’ah which provide Muslims with perspectives far vaster than those afforded by pedantic debate over points of law and procedure, or fine distinctions between conflicting theological arguments. The example of topic discussed in this book is like: 1. The Malaise of Discord 2. The Spectrum of Disagreement 3. Juristic Perspectives 4. Reasons for Differences 5. Knowledge and Refinement 6. After the Illustrious Age 7. The Way Forward
This book is written by Harun Yahya. In this book, it is stated as follows in the 164th verse of Surah al-Baqarah that one of the purposes of the Qur’an’s revelation is to think, “In the creation of the heavens and earth, and the alternation of the night and day, and the ships which sail the seas to people’s benefit, and the water which Allah sends down from the sky – by which He brings the Earth to life when it was dead and scatters about in it creature of every kind-- And varying directions of the winds, and the clouds subservient between heaven and earth, there are signs for people who use their intellect”. Hundreds of similar verses in the Qur’an summon people to think on those being that created. When a person examines his own body or any other living thing in nature, in it he sees design, art, plan, and intelligence. This book is written to indicate some of the numerous signs of Allah. In this book, the author discussed about: 1. The Four Animals Emphasis in the Qur’an 2. The Human Being 3. The Signs in Living Things 4. The Earth 5. Recent Scientific Findings and the Qur’an 6. The Evolution Deceit 7. The Real Essence of Matter
CERITA-CERITA MOTIVASI UNTUK IBADAH HAJI DAN UMRAH CALL NO : 297.352 KHA Buku ini menghimpunkan cerita-cerita dan kisah teladan menarik berkaitan ibadah haji dan umrah bagi tatapan bakal jemaah haji dan umrah. Cerita–cerita dan kisah teladan ini digarap sebaik mungkin bagi menimbulkan keghairahan, semangat, motivasi, rasa cinta dan rasa rindu kepada tanah suci sejak dahulu sehingga kini dibongkar dan dihidangkan dalam satu kompilasi yang berada di tangan pembaca ini. Selain itu, kelebihan yang boleh pembaca boleh dapati di dalam buku ini adalah: • Cerita-cerita dan kisah teladan menarik berkaitan ibadah haji dan umrah. • Khazanah cerita-cerita berkaitan tanah suci sejak dahulu sehingga kini. • Penghayatan dan pengertian dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah. • Hikmah mengerjakan ibadah haji dan umrah. • Coretan kisah orang bukan Islam yang berkunjung ke Mekah bagi menghayati ibadah haji dan umrah.
INDAHNYA SAAT BERSAMA-MU PANDUAN PRAKTIKAL QIAMULLAIL CALL NO : 297.382 NAR Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Selain itu, buku ini juga telah menggariskan secara terperinci kaifiat dan kaedah solatsolat ketika qiamullail antaranya: Solat Tahajud, Tasbih, Taubat, Istikharah, Hajat dan Witir. Di dalam buku mempunyai beberapa bab yang menarik untuk di baca seperti: 1. Bab 1: Qiamullail dan Persoalannya 2. Bab 2: Ibadat-ibadat dalam Qiamullail 3. Bab 3: Solat Tarawih dan kelebihannya 4. Bab 4: Doa-doa mengiringi Qiamullail 5. Bab 5: Penutup - Qiamullail dijamin syurga
Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi Encik Mohd Hafiz, Pengurus Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.
TOKOH ISLAM Edisi • Disember 2016 • 17
Tuan Haji Mohd Talha Bin Haji Abd. Rahman Tuan Hj. Mohd Talha Bin Hj. Abd. Rahman dilahirkan pada 5 Disember 1932 di Kampung Sungai Kandis, Klang. Beliau merupakan anak yang keenam daripada sepuluh adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Menegun sehingga darjah tiga sahaja kerana ayah beliau menghantar beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Arab Marta al’Ulum al-Diniyyah di Bandar Klang sehingga darjah empat. Kemudian ayah beliau bercadang menghantar beliau meneruskan persekolahan peringkat menengah di Madrasah al-Huda alDiniyyah di Pulau Pinang. Hasrat ayah beliau untuk terus beliau mendalami pengajian agama tidak tercapai disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Jepun beliau sempat bersekolah di Sekolah Jepun selama 6 bulan, iaitu di Sekolah Kebangsaan Klang. Susunan oleh: Mohd Hafiz Bin Abdul Salam, (hafizsalam@mais.gov.my) Pengurus Pusat Pengurusan Pengetahuan (MAIS) Rujukan: Tokoh-Tokoh Ulama Selangor Terbitan: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
S
etelah Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu, beliau telah memasuki sekolah Inggeris swasta iaitu Jubilee School Klang kerana beliau tidak diterima masuk ke Sekolah Inggeris Kerajaan kerana umurnya telah melebihi had yang ditetapkan, berkat kesungguhannya beliau telah berjaya melayakkan diri masuk ke High School dalam tahun 1948 dalam masa yang begitu singkat. Dalam tahun 1951 beliau telah menamatkan pendidikan menengah Inggeris di peringkat School Certificate.
Pada awal 1952, beliau telah memasuki tingkatan enam di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Beliau berhenti belajar di MCKK setelah mendapat tawaran mengikuti latihan perguruan di Malayan Teacher Training College Kirkby Liverpool, England. Beliau tamat kursus pada tahun 1954 dan kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru. Dalam tahun 1961 beliau telah lulus Higher School Certificate. Semasa bertugas sebagai Pegawai Tadbir beliau juga telah lulus peperiksaan Undang-
undang Perkhidmatan Awam Malaysia (Malaysia Sivil Service Law). Pada tahun 1973 beliau dilantik pula sebagai Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Di samping itu, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang iaitu Majlis Mesyuarat bagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan DatukDatuk Undang Yang Empat. Setelah tiga tahun di Negeri Sembilan beliau berkhidmat di negeri kelahirannya sebagai Pengarah JAIS dan telah memikul amanah tersebut dalam tempoh lima tahun. Pada tahun 1980, beliau berhijrah pula ke Biro Pencegah Rasuah (BPR) sebagai Pengarah Pentadbiran dan Kewangan. Selepas lima belas bulan, beliau dilantik
sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Percetakan Negara. Lapan bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pengarah Pendidikan, Pentadbiran dan Pelaburan Yayasan Dakwah Islamiah sehingga beliau bersara pada tahun 1983. Dengan itu sempurnalah perkhidmatan kerajaan beliau selama 31 tahun 7 bulan. Beliau adalah seorang aktivis masyarakat dan telah memegang beberapa jawatan seperti AJK dan YDP Kesatuan Pelajar-pelajar Selangor (KPPMS), YDP Persatuan Ulama Selangor dan Timbalan YDP Jam’iyyah al-Da’wah al-Islamiyyah Selangor/Wilayah Persekutuan. Beliau juga merupakan YDP Persatuan Imam Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor. Edisi
Uruskan Harta Anda Di Mais + WasiaT
+ Tebus Pusaka
+ Wang Tidak Patuh Syariah
+ Wang Orang Berhutang
+ Harta Luqatah
+ Hibah
Hubungi kami:
BAHAGIAN HARTA BAITULMAL
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel.: 03-5514 3400 Samb. 3756/3570/2190/2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my
ZOOM MAIS 18 • Edisi • Disember 2016
1
2
3
4
1. Satu Mesyuarat Sign Off Pembangunan Pelan Strategik ICT MAIS (PSICT) 2016-2019 telah diadakan pada 2 November 2016 di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah. 2. Bahagian Pemulihan al-Riqab (MAIS) ,yang diwakili oleh Ustaz Mohd Daruddin Bin Taib@Hasan telah mengatur ziarah pasca istitabah ke kediaman Abdul Kahar di Kemensah. 3. Satu lawatan Korporat MAIS ke Tabung Haji Properties Sdn Bhd telah diadakan pada 25 Oktober 2016 di Platinum Plaza, Persiaran Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. 4. Imam Al-Habib Umar Ben Hafidz telah membuat kunjungan ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menjalinkan hubungan silaturahim serta berkongsi pandangan dan pengalaman sesama umat Islam.
ZOOM MAIS Edisi • Disember 2016 • 19
5
6
7
5. Pertemuan dan perbincangan yang penuh muhibah antara Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Bin Haji Mamat dan Ketua Hakim Syarie Selangor, Yang Amat Arif Prof. Adjung, Dato’ Dr Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar telah berlangsung pada 11 Oktober 2016. 6. YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar memulakan perkongsian dengan menerangkan jurisdiksi Mahkamah Syariah di Malaysia di samping menerangkan kedudukan Mahkamah Syariah di setiap Negeri kepada Hakim Shamlan Al Sawalehi dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam kunjungannya ke JAKESS pada 7 Oktober 2016. 7. Program Pemeliharaan & Pembuangan Abu Al-Quran telah berlangsung di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, 22 Ogos 2016 yang bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat khususnya kepada para pelajar tentang kaedah yang lebih beradap dalam pelupusan al-Quran.
DISEMBER 2016 • RABIULAWAL 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my
Terkini Membentuk Fikrah Ummah
Tuan Haji Mohd Talha Bin Haji Abd. Rahman Tuan Hj. Mohd Talha Bin Hj. Abd. Rahman dilahirkan pada 5 Disember 1932 di Kampung Sungai Kandis, Klang. Beliau merupakan anak yang keenam daripada sepuluh adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Menegun...
>17
PERKHIDMATAN
MAIS
Wang Tidak Patuh Syariah
Wang Orang Berhutang
Wasiat Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR BAHAGIAN HARTA BAITULMAL Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3400 samb. 3756 / 3570 / 2190 / 2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my