Edisi Oktober 2016

Page 1

OKTOBER 2016 • MUHARRAM 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my • No. ISSN: 2289-635X

MENJUNJUNG SYARIAT Menyantuni Adat Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju dalam era globalisasi, masih wujud kekeliruan antara tuntutan syariat dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat.

Membentuk Fikrah Ummah

>4

tegakkan adat bersendi syariat

Sultan Selangor Rasmi Bait AlMawaddah

Orang Melayu, Cina dan India mempunyai adat resam yang diamalkan sejak turun temurun. Begitu juga kaum-kaum di Borneo, masih banyak adat resam yang diamalkan. Pernahkah terdengar kalimah ‘melenggang perut’, ‘mandi bunga’, ‘mandi safar’, ‘puja pantai’, ‘belah mulut’ dan banyak lagi? Ia adalah adat-adat besar yang sebahagiannya sudah ditinggalkan, kerana bercanggah dengan Islam.... >3

KLANG 28 September - Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah berkenan merasmikan Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor dikenali sebagai Bait Al-Mawaddah di Jalan Kebun. >10

MAIS Anjur Persidangan NGO-i Negeri Selangor 2016 SHAH ALAM - Satu Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) Negeri Selangor 2016... >11

Pusat Pengurusan Pengetahuan (Unit Perpustakaan Wakaf) Anjur Program Bersama Tabika Kemas

Gambar hiasan

SHAH ALAM – Satu program anjuran Pusat Pengurusan Pengetahuan (Unit Perpustakaan Wakaf ) bersama pelajar Tabika Kemas, Seksyen 2 telah diadakan baru-baru ini.... >12

ASASI | DIPLOMA | SARJANA MUDA | SARJANA | PhD

JOM MASUK KUIS DKU002(B)

MOHON ONLINE KEMASUKAN JUN | NOV 2016

+60389117000

www.kuis.edu.my


FAKTA

Semoga Allah swt Memberkati dan Melanjutkan Usia

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah SWT iaitu Muharam, sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” HR Muslim

INTERAKTIF

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K. Raja Muda Selangor Sembah tahniah dan ucap selamat sempena pemasyhuran gelaran sebagai Raja Muda Selangor 8 Oktober 2016 bersamaan 7 Muharram 1438 Sembah takzim daripada:

Quranwebsite. com merupakan laman sesawang yang menjelaskan tentang surah-surah, terjemahan, tafsir di dalam Al-Quran, juga hadis-hadis yang berkaitan. Disamping ucapanucapan syarahan berkaitan Al-Quran , Islam dan hadis yang disampaikan oleh pendakwah Islam tersohor antaranya Zakir Naik, Mufti Menk dan Kamal Al-Awlaki

Sidang Redaksi EDISI Penasihat: • Daud Lin Bin Abdullah Ketua Editor: • Siti Zurinah Binti Zainal Abidin Editor: • Sri Hartini Binti Md Noh Kolumnis • Indera Shahril Bin Mohd Shahid • Mohd Hafiz Bin Abdul Salam • Ahmad Firdaus Bin Muhammad • Hamizul Bin Abdul Hamid • Halim Bin Mokhtar © Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit akhbar MAIS. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Naskhah ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang MAIS di www.mais.gov.my


FOKUS Edisi • Oktober 2016 • 3

tegakkan adat

bersendi syariat Orang Melayu, Cina dan India mempunyai adat resam yang diamalkan sejak turun temurun. Begitu juga kaum-kaum di Borneo, masih banyak adat resam yang diamalkan. Pernahkah terdengar kalimah ‘melenggang perut’, ‘mandi bunga’, ‘mandi safar’, ‘puja pantai’, ‘belah mulut’ dan banyak lagi? Ia adalah adat-adat besar yang sebahagiannya sudah ditinggalkan, kerana bercanggah dengan Islam. Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Perunding Kanan Dakwah Zakat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

N

amun begitu, masih ada sakibaki amalan yang berakar umbi. Contohnya, ‘jangan menjahit baju di badan, jadi miskin’, ‘jangan meniarap sambil mengangkat betis, mak mati’, ‘jangan duduk di atas bantal, tumbuh bisul’, ‘anak dara jangan menyanyi di dapur, dapat suami tua’, ‘orang bertunang darahnya manis, jangan buat sesuatu yang membahayakan nyawa’, ‘budak lelaki bila bersunat jangan melangkah tahi ayam, buruk kemaluan’ dan banyak lagi. Orang-orang Cina juga tidak kalah, banyak adat yang diamalkan. Istilah feng shui (ilmu kuno Cina) sering diwarwarkan, sama ada ketika memilih rumah, kedai dan sebagainya. Dalam perkahwinan pantang-larang juga banyak. Bakal pengantin tidak digalakkan menghadiri majlis pengkebumian, tidak digalakkan hiasan berwarna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dilarang menyusun atur perabot dalam kamar tidur di sudutsudut. Ada juga yang agak ketara, misalnya orang Cina tidak suka dengan nombor empat. Mereka dilarang menyapu sampah pada Tahun Baru Cina. Jangan pecahkan pinggan mangkuk pada hari raya, ia membawa petaka. Dilarang

menggunakan beberapa perkataan seperti ‘mati’, ‘hantu’ atau membawa makna kotor pada hari raya. Warna merah dan terang pula sering membawa ‘ong’ kepada mereka. Demikian jugalah masyarakat India beragama Hindu. Misalnya dalam pernikahan, mestilah mengikut kalendar Hindu atau akan ditimpa kecelakaan. Pernikahan di kuil bermakna hanya sayur-sayuran sahaja boleh dihidangkan kepada tetamu. Wanita yang mengandung ditegah menyembelih haiwan dan ditegah keluar rumah sendirian waktu malam. Malah anak yang lahir tidak boleh dilawati pada hari pertama. Apabila Islam datang ke Nusantara, maka banyak adat resam dan pantanglarang yang bercanggah dengan syariat, terbatal dan ditinggalkan. Masyarakat Cina dan India hari ini yang memeluk Islam, wajib meninggalkan adat resam dan pantang-larang mereka jika ia bertentangan dengan Islam. Ia menjadi polemik, kerana bukan mudah meninggalkan kebiasaan. Jadi, lakukan secara perlahan-lahan. Misalnya amalan ‘mandi safar’ dan ‘puja pantai’ sudah tidak kedengaran lagi. Cuma ada saki-baki yang masih

Gambar hiasan

diamalkan, misalnya bila berlaku kematian, amalan memberikan upah kepada orang yang menyembahyangkan jenazah seperti wajib dilakukan. Ia membebankan keluarga si mati. Malah, nabi dan para sahabat tidak pun melakukannya. Jadi ia hendaklah ditinggalkan. Adat ‘melenggang perut’ hari ini juga kian tenggelam. Adat ‘berendoi’ bagi si anak yang baharu lahir, ‘belah mulut’ dan sebagainya lagi, jika tidak bercanggah dengan syariat maka lakukanlah. Misalnya, ‘melenggang perut’ menurut ilmu kebidanan, bagi memperbetulkan kedudukan bayi agar mudah dilahirkan. Jika sekadar itu, ia harus. Tetapi jika ada elemen khurafat, diiringi bacaanbacaan yang bercanggah dengan Islam, memohon bantuan jin, ia dilarang dan menjadi haram. Silap hari, menjadi syirik, wal’iyazubillah. Manakala adat yang baik, misalnya ‘cukur rambut’ dan ‘belah mulut’ bayi, ia bertepatan dengan sunnah. Hanya nama sahaja berbeza. Jadi, lakukan mengikut sunnah. Cukur semua rambutnya pada hari ketujuh, diakikahkan, diberikan nama dan disedekahkan emas (atau senilaian

dengannya) seberat rambutnya kepada orang miskin. ‘Belah mulut’ pula ialah upacara tahnik. Nabi pernah menyuapkan buah tamar yang telah dikunyah ke dalam mulut bayi milik Anas bin Malik RA. Boleh juga disuapkan air zam-zam dan buahbuahan lain yang manis. Manakala, amalan dan pantanglarang yang lain, fikirkanlah rasionalnya dan jangan diiktikadkan, ia boleh memberikan kesan. Misalnya jika menjahit baju di badan menjadi miskin, hakikatnya ia perbuatan berbahaya. Badan boleh tercucuk jarum, apatah lagi jika tergunting, buruk padahnya. Jangan sesekali meyakini, perbuatan itu yang boleh menyebabkan kemiskinan. Ia telah menyamakan kuasa sebatang jarum dengan Allah SWT, wal’iyazubillah. Kesimpulannya, segala adat-istiadat dan pantang-larang dalam kehidupan, ada yang wajib ditinggalkan dan ada yang masih boleh dilestarikan. Kuncinya hanya satu, selagi ia bertepatan dengan syariat, ia adalah adat yang baik untuk diwariskan. Jika sebaliknya, bak kata orang zaman sekarang, ‘bye-bye’. Wallahua’lam. Edisi


ISU 4 • Edisi • Oktober 2016

MENJUNJUNG SYARIAT Menyantuni Adat Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju dalam era globalisasi, masih wujud kekeliruan antara tuntutan syariat dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam kehidupan.

bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. Kelengkapan yang diperlukan ialah tujuh helai kain berlainan warna, segantang beras, buah kelapa, beberapa urat benang dan lilin, sebatang damar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, satu tepak sirih yang lengkap dengan isinya dan wang pengeras semacam GST sebanyak RM1.25 di dalam tepak sirih. Maka jelas sekali amalan ini tidak pernah wujud dalam Islam, mengandungi kepercayaan karut dan khurafat. Kepercayaan ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah syirik. Hakikatnya adat ini wajib ditinggalkan dan dinyahkan dalam agenda menyambut kelahiran anak. Apa yang perlu dilaksanakan menggantikan acara ini dengan mengadakan majlis berdoa bagi memohon kepada Allah SWT agar segala-galanya dilindungi dan dipermudahkan.

2. Adat Tanam Uri Gambar hiasan

Oleh: Halim Mokhtar (halim@kuis.edu.my) Timbalan Pendaftar KUIS

M

asyarakat Melayu khususnya, punyai pelbagai adat yang kadangkala baik untuk mengharmonikan kehidupan bermasyarakat dan kadangkala sangat bertentangan dengan syariat Islam. Adat-adat ini diamalkan secara turun temurun, sehinggakan boleh menyebabkan kederhakaan tanpa sengaja dan mengkhianati legasi nenek moyang yang tercinta. Namun masih terdapat kelompok masyarakat yang menjadikan adat sebagai perkara wajib hingga melebihi tuntutan syariat. Perkara ini dapat dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata dan kematian. Sebenarnya, Islam tidak pernah menolak adat selagi ia tidak ber tentangan dengan syariat. Kekeliruan antara memahami adat dan tuntutan syariat menjadikan sesuatu perkara dilaksanakan tanpa nas dan dalil yang kukuh.

Artikel kali ini mengambil contoh majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru dalam sesebuah keluarga. Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahnikkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya melakukan aqiqah. Semua ini dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran di atas anugerah mendapat anak. Tetap masih terdapat tindakan sesetengah masyar akat yang menyambut kelahiran anak dengan bermacam-macam adat yang boleh membawa khurafat dan syirik. Antara amalan kebiasaan orang melayu lakukan ialah :

1. Adat Melenggang Perut

Adat ini popular dilakukan ke atas wanita yang yang mengandung anak sulung genap tujuh bulan yang dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal

Kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu, kerana boleh mempengaruhi bayi, bimbang dengan musibah yang tertentu. Kepercayaan yang timbul seperti menanam uri bersama paku dan benda tajam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati ‘benda-benda halus’. Ada perbuatan memasang pelita berhampiran tempat tanam uri kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam. Ada juga yang menanam uri dengan pensil dan buku dengan anggapan bayi pandai belajar. Mungkin selepas ini ada yang akan menanam uri bersama jurnal, tab, laptop, iphone, pendrive, server dan powerbank supaya anak menjadi lebih power dan hebat. Sebenarnya menanam uri tidak ada sebarang adat dan syariat yang tertentu. Cukuplah dengan membasuh uri sehingga bersih dan menanamnya sebagai tanda penghormatan dan adab agar tidak dimakan oleh haiwan. Jangan lagi ditambah-tambah dengan adat yang tak langsung relevan dengan syariat Islam. Yakinlah hanya pendidikan dan doa ibu bapa akan mempengaruhi anak.

3. Cukur Jambul

Biasanya sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan bertih. Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok untuk dijadikan penutup dan dihias. Amalan dan peralatan yang disediakan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan agama Hindu. Adat cukur jambul telah menjadi adat tradisi Melayu, oleh itu ianya mestilah dimurnikan dan ditranformasi sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW iaitu mentahnik, mendoakan keberkatan, akikah, mencukur seluruh rambut bayi ditimbang dengan nilai perak untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Begitu juga dengan peralatan yang digunakan semasa acara cukur jambul. Ini sangat bersesuaian sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad) Apabila masyarakat semakin keliru dan tidak tahu membezakan antara syariat dan adat. Ini akan memberikan ruang kepada syaitan untuk memperdaya manusia dengan amalan-amalan syirik dan khurafat agar manusia terpesong dari jalan yang diredhai Allah SWT. Sentiasalah mencari pencerahan dengan ilmu, bukan ikutan yang boleh menyesatkan. Ingatlah Firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya Allah SWT tiada mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Sesiapa yang mempersekutukan ALLAH SWT, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Surah AnNisa’: 48). Kesimpulanya dengan ledakan ilmu dan informasi dihujung jari, masyarakat Melayu harus bersedia dan berani bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi adat tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan aqidah dan kepercayaan tradisi agama lain. BERANI UNTUK BERUBAH, BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL. Edisi


GENERASI•Q Edisi • Oktober 2016 • 5

Indahnya Remaja & Budaya Menurut

ISLAM Oleh: Sri Hartini Binti Md Noh (sri@mais.gov.my) Eksekutif Komunikasi Korporat (MAIS)

1

MENGUCAPKAN SALAM

Mengucapkan salam itu doa dan mendoakan teman-teman adalah akhlak terpuji dan mengikut sunnah Rasullullah dan ucapan salam juga adalah doa paling baik sesama muslim. Bukan ucapan terkini ‘Hello bro’ atau ‘hai’. Rasullullah SAW bersabda maksudnya: Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara : 1. Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam padanya. 2. Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. 3. Apabila ia minta nasihat engkau menasihatinya. 4. Apabila ia bersin dan memuji Allah SWT hendaklah engkau berdoa untuknya. 5. Apabila ia sakit hendaklah engkau ziarahnya. 6. Apabila ia mati hendaklah engkau hantar jenazahnya (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 2162)

4

BERSIKAP SANTUN DAN TIDAK SOMBONG

Menunjukkan perilaku yang baik dan bersopan serta tidak sombong, sesungguhnya sikap sombong itu dilarang dan merupakan sifat tercela yang dibenci oleh Allah SWT. “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang Agung” (Surah Al-Qalam: 4) “Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan manusia (HR Muslim no.91)

2

YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DISAYANGI

Sebagai seorang remaja Islam menghormati orang tua dan mengambil pengalaman sebagai pedoman hidup adalah sikap yang dituntut. Bagi orang yang lebih tua seharusnya menunjukkan akhlak-akhlak yang boleh dicontohi dan ditauladani. Budaya ini perlu diterapkan bukan sahaja dalam hubungan kekeluargaan malahan dalam hubungan jiran tetangga, saudara mara, dan sahabat handai. Contoh : Mencium tangan ketika bersalaman dan membongkokkan sedikit badan ketika melintasi orang yang lebih tua.

5

TIDAK BOLEH SALING MENGHINA

Menghina orang lain merupakan perbuatan yang dilarang dalam agama Islam malah kita dituntut menjaga kehormatan sesama muslim. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang lelaki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka dan janganlah pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik” (Surah AlHujurat:11)

3

MENGHARGAI MILIK TEMAN

Harus terlebih dahulu meminta izin untuk menggunakan barang milik teman dan tidak boleh merendahrendahkan hak yang bukan menjadi milik kita. Takutlah akan Allah SWT, hormatilah semua orang dan kasihilah saudara-saudaramu, ia adalah cara dan sikap untuk menumbuhkan rasa hormat dan menghargai orang lain. Salah satu cara menghargai milik teman adalah dengan menunjukkan sikap menghargai barang orang lain.

6

PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Adab pergaulan dalam Islam. i- Menjaga pandangan mata dari melihat secara berlebihan ii- Menjaga aurat agar terhindar dari fitnah iaitu lelaki antara pusat ke lutut dan wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. iii- Jangan mendekati diri pada perbuatan zina. iv- Tidak melakukan ikhtilat percampuran antara lelaki dan perempuan.


MIMBAR MUFTI 6 • Edisi • Oktober 2016

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN FATWA

BERKAITAN KUBUR Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

1. Pandangan Membina Binaan Kekal di atas tanah wakaf dan tindakan ke atas binaan kekal sedia ada

Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2010 yang bersidang pada 2 November 2010 telah bersetuju membuat keputusan bahawa haram hukumnya membina binaan kekal di atas tanah wakaf kuburan. Ahli jawatankuasa masjid juga mengikut budi bicaranya boleh merobohkan binaan tersebut jika ada keperluan untuk mengkebumikan jenazah yang baru. (keputusan tidak diwartakan)

2. Hukum pemindahan Kubur Lama Orang Islam Di Atas Tanah Tanah Milik Jabatan Haiwan Sabak Bernam

Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 1/2003 yang bersidang pada 20 Mei 2003 telah memutuskan bahawa adalah harus memindahkan kubur lama orang Islam di atas tanah milik Jabatan Haiwan Daerah Sabak bernam ke tempat lain kerana tanah tersebut adalah milik Jabatan Haiwan sendiri. (keputusan tidak diwartakan)

3. Cadangan Binaan Bangunan Tempat Berteduh/rehat di Tanah Perkuburan

Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 1/2002 yang bersidang pada 19 Februari 2002 telah memutuskan bahawa boleh/ harus membina binaan bangunan tempat berteduh/rehat kepada penziarah kubur dan stor kecil bagi menyimpan peralatan menggali kubur di tanah wakaf perkuburan dengan syarat di tempat-tempat yang bersesuaian malah tidak menjadi gangguan kepada kubur-kubur lain yang ada di tanah perkuburan serta pembinaan tersebut adalah untuk kegunaan dengan perkara yang berkaitan dengan kubur sahaja. Dipinda pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-2/2002 yang bersidang pada 16 April 2002 telah memutuskan bahawa harus membina binaan bangunan tempat berteduh/rehat kepada penziarah kubur dan stor kecil bagi menyimpan peralatan menggali kubur di tanah wakaf perkuburan. Walau bagaimanapun pembinaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut; i. Di tempat-tempat bersesuaian ii. Tidak menjadi gangguan kepada kubur-kubur sedia ada di tanah perkuburan. iii. Kegunaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kubur semata-mata. (keputusan tidak diwartakan)

4. Kawasan Perkuburan Lama

Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2002 yang bersidang pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa kawasan tanah perkuburan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya demi menjaga kehormatannya. Oleh yang demikian sejak pembersihannya, sistem perparitan perlulah dijaga dengan baik, demi menjaga imej Islam dan orang-orang Islam khususnya di kalangan orang-orang bukan Islam. Dipinda Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2002 yang bersidang pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa kawasan tanah perkuburan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya demi menjaga kehormatannya. Oleh yang demikian kebersihan dan perparitan dan sebagainya perlulah dijaga dengan baik, demi menjaga imej Islam. (keputusan tidak diwartakan)

5. Hukum Membina Pondok Di Atas Tanah Perkuburan

Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2002 yang bersidang pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa adalah harus membina pondok sementara di atas tanah perkuburan di kawasan yang masih belum digunakan dengan tujuan untuk; i. Orang ramai berlindung daripada panas dan hujan ketika menziarahi tanah perkuburan. ii. Orang ramai duduk untuk membaca yasin. iii. Orang ramai boleh meletakkan jenazah supaya terlindung daripada panas ketika pengkebumian dilakukan. Sekiranya kawasan itu hendak digunakan sebagai tapak kubur maka bangunan sementara itu hendaklah dipindah atau diruntuhkan. Dipinda Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2002 yang bersidang pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa adalah harus membina pondok sementara di atas tanah perkuburan di kawasan yang masih belum digunakan dengan tujuan untuk: i. Orang ramai berlindung dari panas dan hujan ketika menziarahi tanah perkuburan. ii. Orang ramai duduk untuk membaca yasin. iii. Orang ramai boleh meletakkan jenazah supaya terlindung daripada panas ketika pengkebumian dilakukan. Sekiranya kawasan itu hendak digunakan sebagai tapak kubur maka bangunan sementara itu hendaklah dipindah atau dialihkan.0 (keputusan tidak diwartakan)


INFO HALAL Edisi • Oktober 2016 • 7

Gambar hiasan

KAD KREDIT Yang Halal Penggunaan kad kredit merupakan suatu instrumen kewangan yang menjadi keperluan bagi sesetengah pihak dalam urusan seharian. Namun, masyarakat masih tidak dapat membezakan antara kad kredit yang dibenarkan di dalam Islam dan konvensional. Hal ini disebabkan kaedah pemasaran pegawai-pegawai yang menampakkan bahawa kad kredit konvensional lebih murah berbanding kad kredit Islam. Maka, penjelasan awal perlu diketahui oleh masyarakat tentang perbezaan konsep kedua-dua jenis kad kredit ini berdasarkan firman Allah SWT: Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah Al-Baqarah 2:275).

Oleh: Nazrin Arsraf Bin Zahrin (nazrin@mais.gov.my) Juruaudit Audit Dalam (MAIS)

Definisi kad kredit

Kad kredit ialah suatu kad yang membolehkan pemegangnya memperoleh bar angan atau perkhidmatan dan wang secara tunai melalui kontrak atau perjanjian yang berlaku antara pemegang dan syarikat pengeluar atau bank.

Kad kredit kovensional

Terdapat 2 ciri-ciri asas di dalam menentukan kad kredit konvensional. 1. Konsep yang digunakan di dalam kontrak kad kredit adalah berteraskan pinjaman. Bermakna pemegang kad meminjam wang daripada bank untuk membeli barang atau perkhidmatan dan pemegang dikehendaki membayar balik pinjaman tersebut sama ada secara ansuran atau sekaligus. 2. Terdapat lebihan di dalam pembayaran pinjaman tersebut atau dikenali sebagai faedah atau interest. Di dalam Islam, jelas menyatakan bahawa setiap lebihan pembayaran atau keuntungan yang dikenakan atas dasar pinjaman adalah salah satu daripada jenis riba yang diharamkan.

Kad kredit Islam

Kad kredit Islam menggunakan kontrakkontrak yang berasaskan syariah antaranya : a. Bay’ al-‘inah bermaksud seseorang itu menjual barangan dengan harga tertangguh kepada seseorang dengan suatu tempoh tertentu dan kemudiannya dia akan membeli barangan tersebut secara tunai dengan harga yang lebih rendah dari harga jualan tertangguh tadi. b. Bay’ al-tawarruq bermaksud seseorang itu menjual barangan dengan harga tertangguh kepada seseorang dengan suatu tempoh tertentu dan kemudiannya barangan tersebut dijual kepada pihak ketiga secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Secara perlaksanaan di Bank Islam, terdapat pengolahan kepada proses jual beli Tawarruq yang asal iaitu dengan pelanggan melantik bank sebagai ejen pembelian barangan tersebut atau dikenali sebagai komoditi murabahah dan pelanggan juga akan melantik bank sebagai ejen untuk menjual barangan

tersebut kepada pihak ketiga dan hasil jualan tersebut diletakkan di dalam suatu tempat khas untuk dibayar bagi pihak pemegang kad. Selain itu, terdapat juga kontrakkontrak lain yang menyokong kad kredit antaranya ialah Qard al-Hassan, Hiwalah, Murabahah, Ta’wid dan sebagainya. Manakala dari segi lebihan yang wujud daripada jumlah pembiayaan yang diterima oleh pemegang kad adalah

keuntungan daripada proses jualbeli yang dilakukan dan keuntungan sebegini adalah dibenarkan di dalam Islam berbeza dengan kad kredit konvensional yang berasaskan Riba. Justeru itu, umat Islam diwajibkan menggunakan kad kredit yang patuh Syariah dan sebarang intrumen kewangan lain yang bebas daripada unsur-unsur yang diharamkan oleh Islam seperti Riba, Gharar (ketidakpastian), perjudian dan sebagainya. Edisi

Secara dasarnya dapat disimpulkan seperti berikut: Kad kredit kovensional

Kad kredit Islam

Kontrak

Pinjaman

Bay’ al’inah (jual beli al‘inah)/ Bay’ al-Tawarruq (jual beli al-Tawarruq)

Status Lebihan

Faedah/Riba

Keuntungan

Kadar keuntungan/ faedah

Tidak pasti (mengikut keadaan pembayaran oleh pemegang kad)

Telah ditetapkan jumlah semasa kontrak dilakukan

Rujukan: 1. Al-Quran. 2. Al-Sunnah 3. Bank Negara Malaysia, Kertas Kerja Tawarruq, 17 November 2015. 4. Faddillah Mansor (2004), Produk Kad Kredit Islam Dan Aplikasinya Di Bank Islam Malaysia Barhad, Jurnal Syariah, Jil 12, Bil 1, Januari 2004. 5. Mohd Faisal Mohammad Dan Lain-Lain, Prinsip-Prinsip Syariah Dalam Operasi Kad Kredit Islam: Analisis Dari Perspektif Fiqh Al-Syafi’i, Julnal Pengajian Islam, Akademik Iskam KUIS, Bil 8, Isu 1 :2015.


SOLUSI ISLAM 8 • Edisi • Oktober 2016

KAD KREDIT DAN TANGGUNGJAWAB ANDA

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kad Kredit Dan Bagaimana Pula Tatacaranya? Menurut Bank Negara Malaysia, kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan anda memperolehi barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai. Anda boleh menggunakannya di mana-mana kedai saudagar yang mempamerkan jenama kad kredit anda, baik di dalam mahupun di luar negara. Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membuat pembayaran kepada saudagar terlebih dahulu bagi pihak anda dan menghantar bil kepada anda kemudian nanti. Sebaik sahaja menerima penyata bulanan, anda dikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya amaun pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan memberikan suatu tempoh tanpa faedah (biasanya 20 hari) di mana tiada faedah dikenakan ke atas baki belum jelas. Pengeluar kad kredit akan hanya mengenakan caj kewangan (faedah) ke atas baki belum jelas, jika ada, selepas tarikh tamat tempoh. Oleh: Ahmad Firdaus Bin Muhammad (firdaus@mais.gov.my) Eksekutif Penyelidikan MAIS

K

ad kredit juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai di mesin-mesin ATM (Automated Teller Machine) dan di kaunterkaunter pengeluar kad kredit. Walau bagaimanapun, selain daripada dikenakan caj kewangan, anda akan dikenakan yuran pendahuluan wang tunai setiap kali anda berbuat demikian. Tidak ada tempoh tanpa faedah diberikan bagi pendahuluan wang tunai. Caj kewangan akan dikira bermula dari tarikh pengambilan pendahuluan wang tunai berkenaan dibuat. Pengeluar kad kredit akan menghantar kepada anda penyata bulanan kad kredit yang mencatatkan butir-butir pembelian anda termasuk pendahuluan wang tunai (jika ada), jumlah baki belum jelas, jumlah bayaran minimum dan tarikh akhir untuk membuat pembayaran. Memahami Caj-Caj Yang Berkaitan Dengan Kad Kredit Memahami jenis-jenis caj yang terlibat dalam penggunaan kad kredit adalah penting. Selagi anda menggunakan kad kredit secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, anda tidak perlu risau dengan caj-caj tambahan. Berdasarkan Bank Negara Malaysia, berikut adalah jenis-jenis caj yang lazim dikenakan ke atas anda: 1) Yuran penyertaan: Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran penyertaan kad kredit. Bayaran ini dikenakan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu institusi pengeluar kad kredit dengan yang lain.

2) Yuran tahunan: Ini adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas. 3) Caj kewangan (faedah): Ini adalah caj yang dikenakan kepada anda oleh pengeluar kad kredit ke atas baki yang tidak dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh. Caj ini biasanya dikira berdasarkan baki harian. Anda dinasihatkan supaya meminta pengeluar kad kredit anda memberi penjelasan mengenai kaedah yang digunakan untuk mengira caj kewangan ini kerana jumlahnya akan bertambah sekiranya anda tidak membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan. 4) Yuran pendahuluan wang tunai: Ini adalah yuran yang dikenakan bagi setiap kali pendahuluan wang tunai diperoleh. Yuran ini biasanya 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai yang diambil dan merupakan tambahan kepada caj kewangan yang dikenakan ke atas jumlah pendahuluan yang diberikan kepada anda. Caj kewangan dikira bermula daripada tarikh wang tersebut diambil atau apabila jumlah tersebut tercatat ke dalam akaun kad kredit anda. Jumlah pendahuluan wang tunai ini mungkin dihadkan untuk setiap pelanggan.

5) Caj bayaran lewat: Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal untuk menjelaskan sekurangkurangnya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika pembayaran dibuat selepas tempoh tanpa faedah berakhir, anda bukan sahaja dikenakan caj kewangan ke atas baki belum jelas tetapi juga caj bayar lewat ke atas jumlah bayaran minimum bulanan. Terdapat kelebihan dan manfaat daripada penggunaan kad kredit, namun jika pengguna tidak bijak dalam merancang penggunaannya, maka ia akan memberikan keburukan yang boleh membawa kepada muflis atau gagal dalam membuat pinjaman wang dari bank. Berikut adalah 6 tips yang di kongsikan oleh AZZUNAPEDIA, sebuah laman web celik pengurusan kewangan Islamik yang banyak memberikan penjelasan dan tipstips berkesan dalam pengurusan wang : 1) Guna hanya satu kad sahaja yang bersesuaian supaya pengguna dapat mengawal perbelanjaan. 2) Pengguna hendaklah jelas bahawa penggunaan kad kredit boleh memberikan manfaat untuk mendapatkan kelebihan tertentu (Bonus) yang tidak dapat diperolehi daripada menggunakan pembayaran wang tunai seperti contoh mata ganjaran dan wang tunai. 3) Sentiasa membuat pembayaran penuh dan bukan sekadar hanya membayar jumlah minimum sahaja kerana pengguna boleh dikenakan caj yang lebih mahal dan ianya akan mengakibatkan hutang kad kredit bertambah. 4) Kad kredit juga boleh dijadikan medium mengumpulkan bayaran komitmen seperti contoh segala komitmen hutang dibayar menggunakan kad kredit dan pengguna mudah menyemak data pembayaran melalui rekod transaksi keseluruhan komitmen hutang yang telah dibuat. 5) Guna hanya untuk perbelanjaan tetap iaitu untuk memastikan pengguna tidak terlebih belanja menggunakan kad kredit. Elakkan menggunakan kad kredit pada perbelanjaan yang tidak tetap seperti makan dan minum. 6) Kad kredit boleh menjadi batu loncatan untuk pinjaman bank iaitu dengan menggunakan pembuktiaan pembayaran semula hutang kad kredit secara bulanan yang baik dan menepati masa. Rekod ini boleh didapati di Sistem Maklumat Rujukan Kad Kredit Pusat (CCRIS) di Bank Negara Malaysia. Bagaimana Untuk Mencegah Fraud Kad Kredit Gejala fraud kad kredit adalah satu ancaman kepada pelanggan dalam

menggunakan kad kredit. Fraud kad kredit boleh mengakibatkan anda dan pengeluar kad kredit mengalami kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasa mengambil sikap berwaspada terhadap komplot fraud dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi anda daripada kemungkinan berlakunya fraud sedemikian. Walau bagaimanapun, anda juga harus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa fraud. Berikut adalah panduan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia :A) Jaga kad kredit anda. 1. Tandatangani kad kredit anda sebaik sahaja ianya diterima 2. Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit supaya, jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya. 3. Tidak meminjamkan kad kredit anda kepada sesiapa. 4. Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau Internet. 5. Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang. 6. Simpanlah nombor telefon pengeluar kad kredit anda supaya dapat menghubunginya dengan serta-merta untuk melaporkan sebarang kehilangan/ kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaran atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga. 7. Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru. B) Semak urus niaga kad kredit anda. 1. Sila teliti semua butir-butir pada urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga yang dibuat. 2. Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata kad kredit anda sebaik sahaja ianya diterima. 3. Beritahu pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran berhubung dengan kad kredit atau PIN anda dan diikuti oleh laporan bertulis. 4. Musnahkan semua slip-slip urus niaga anda sebelum anda membuangnya. Edisi


NGOi Edisi • Oktober 2016 • 9

JAM’IYAH

Sumber: http://jamiyah.org.my/

JAM’IYAH atau Pesekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan ialah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dibawah Pendaftaran Pertubuhan dengan no. Pendaftaran PPM54 (Selangor). Sejak ditubuhkan JAM’IYAH bergerak cergas dan memainkan peranan sebagai organisasi dakwah di Selangor dan Wilayah Persekutuan. SEJARAH PENUBUHAN JAM’IYAH JAM’IYAH mula ditubuhkan pada tahun 1932 di Singapura hasil inisiatif seorang ulama yang berasal dari Meerut, India bernama Maulana Shah Muhammad Abdul Aleem Siddiqi Al Qaderi dengan nama asalnya “Persekutuan Seruan Islam seMalaya”. Di peringkat awal ‘Persekutuan Seruan Islam seMalaya’ hanya merupakan cawangan JAMIYAH Singapura yang berpusat di Geylang. JAM’IYAH Selangor didaftarkan secara rasmi pada 12 Jun 1950 dengan menjadikan Masjid Jamek Jalan Mountbatten, Kuala Lumpur sebagai pejabat rasminya. Namun begitu, oleh kerana ahliahlinya ketika itu ramai dari kalangan India Muslim, kegiatan dan perkumpulan para anggotanya diadakan di bangunan Masjid India, Jalan Melayu (ketika itu hanya bangunan kayu); sementara masyarakat Melayu yang terdiri dari kalangan orangorang Jawa dan masyarakat Boyan mengadakan perkumpulannya di masjid Java Road (tapak bangunan stesen LRT Masjid Jamek ketika ini). Hanya pada awal tahun 60an apabila Tuan Haji Abdul Rashid Abdullah menjadi Setiausaha JAM’IYAH dan di masa yang sama beliau menjadi Setiausaha Masjid Jamek Kuala Lumpur semua kegiatan berpindah ke masjid berkenaan. Aktiviti utama ketika itu ialah mengadakan kelas-kelas agama untuk masyarakat India, masyarakat Cina Muslim dan masyarakat Melayu. Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1965, semua cawangan JAM’IYAH bergerak sendiri dengan menggunakan nama negeri masing-masing. Namun terus menjalin hubungan kerjasama dengan JAM’IYAH Singapura. Apabila Wilayah Persekutuan ditubuhkan, JAM’IYAH yang berpusat di Masjid Jamek Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur dikenali sebagai JAM’IYAH Dakwah Islamiah Selangor dan Wilayah Persekutuan atau Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan atau ringkasnya JAM’IYAH. Di era Tun Syed Nasir Ismail menjadi Yang Dipertua ke 10 dan Tuan Haji Mohd Rashid Abdullah menjadi Setiausaha Agung ke-7; dimana penaung JAM’IYAH ketika itu ialah YAB Haji Datuk Harun Idris (Menteri Besar Selangor), JAM’IYAH telah dikurniakan dua bidang tanah di kawasan “segi-tiga emas” iaitu di Lot 6 Jalan Raja Laut dan di Lot 203 Jalan Ipoh (kini Bangunan Darul JAM’IYAH). Ketika Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Haji Muhammad Taib menjadi Menteri Besar Selangor pula, JAM’IY AH telah memperolehi sumbangan sebanyak RM100,000 dari kerajaan Negeri Selangor dan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM10,000 untuk membeli rumah kedai dua tingkat di No 6A, Jalan Niaga 16/3A, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Terletak di lokasi yang strategik, dengan keluasan kira-kira 25,542 kaki persegi di Lot 6 Jalan Raja Laut (bersebelahan bangunan DBKL), beberapa pihak telah pun mengemukakan pelan bangunan kepada JAM’IYAH bagi dibangunkan secara kerjasama.

FALSAFAH Dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab JAM’IY AH berusaha menyambung dakwah Rasullah SAW dengan berdasarkan mafhum nas-nas berikut: “Wahai Rasul-Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika engkau tidak berbuat demikian; maka engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya.” ( alMai’dah ayat 67): Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksama dan memberi nasihat yang baik dan muzakarahlah dengan cara yang sebaik-baiknya. 
(al-Nahlu ayat 165):
 “Sampaikanlah apa yang dariku walau dengan satu ayat … 
(Riwayat Bukhari & Tarmizi). KEAHLIAN Keahlian dibuka kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi wanita dengan kategori seperti berikut: • Ahli biasa – Untuk mereka yang bermukim di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan yuran keahlian RM3.00 setahun; • Ahli Seumur Hidup – Terbuka untuk ahli biasa dengan yuran RM100.00 sekali bayaran; • Ahli Bersekutu – Untuk mereka yang bermukim di luar Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan yuran RM2.00 setahun; • Ahli Kehormat – mereka dilantik khas oleh JAM’IYAH biasanya daripada kalangan tokoh-tokoh Islam. AKTIVITI • Menyediakan modul kursus mubaligh serta menyediakan pendakwah, penceramah dan fasilitator daripada pelbagai kepakaran bagi mengisi program JAM’IYAH sendiri dan program jemputan; • Menyediakan modul pengajian untuk orang-orang dewasa di masjid-masjid atau surau-surau yang berminat menganjurkan kelas pengajian serta pengajian al- Quran untuk kanak-kanak; • Menyediakan modul didik insan untuk para pelajar sekolah; • Menyediakan modul kursus pemahaman undang-undang kekeluargaan Islam, kursus kaligrafi, kraftangan dan sebagainya; • Menyediakan modul kesempurnaan remaja Islam (KESINAR) khusus untuk remaja puteri; • Mengadakan pelbagai lawatan dakwah ke daerah-daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan; • Membantu agensi kerajaan menguruskan pengislaman saudara kita (mualaf) dan seterusnya menjalan kursus untuk mereka bagi memantapkan pengetahuan Islam; • Menjadikan perkampungan orang Asli sebagai kampung angkat; • Menganjurkan program khusus sempena tarikh kebesaran Islam serta peristiwaperistiwa penting dalam Islam dan juga ceramah-ceramah bulanan;

• M e n g a n j u r k a n seminar, ceramah, bengkel yang berkaitan dengan isuisu dakwah, wanita dan remaja; • M e n g a n j u r k a n pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi untuk remaja; • M e n g a n j u r k a n p r o g r a m kebajikan seperti sumbangan Hari Raya Aidilfirtri untuk fakir miskin, lawatan khidmat masyarakat ke hospital dan rumahrumah orang tua serta program kebajikan untuk ahli secara berkelompok melalui dana patriot dan dana takaful; • Menerbitkan Risalah Dakwah (2 minggu sekali), majalah Suara JAM’IYAH (3 bulan sekali) dan buku-buku kecil untuk edaran secara percuma. ANUGERAH JAM’IYAH telah dianugerahkan sebagai ‘Pertubuhan Paling Aktif’ sejak tahun 1950 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri pada 12 Januari 2002. Sementara anugerah kedua ialah ‘Anugerah Badan Dakwah Terbaik’ sempena Sambutan Maal Hijrah tahun 1428H. Pada tahun 1432H/2010M pula, JAM’IY AH menerima anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela Negeri Selangor. WAWASAN JAM’IYAH telah dikurniakan dua bidang tanah di kawasan “segi-tiga emas” iaitu di Lot 6 Jalan Raja Laut dan di Lot 203 Jalan Ipoh (kini Bangunan Darul JAM’IYAH). JAM’IY AH juga telah mendapat sumbangan untuk membeli rumah kedai dua tingkat di No 6A, Jalan Niaga 16/3A, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Setelah berjaya memiliki bangunan setinggi 4 1⁄2 tingkat di Lot 203, Jalan Rahmat, off Jalan Ipoh dengan harga RM1.6 juta (siap pada tahun 2000); ternyata bangunan berkenaan juga tidak dapat menampung berbagai kegiatan JAM’IYAH. Keperluan kepada mega semakin mendesak selaras dengan harta semasa yang dimiliki yang perlu dibangunkan secara seiring dengan persekitaran kota yang serba madani. SEKOLAH INTEGRASI Selain hartanah di “tiga segi emas” di Jalan Ipoh, di Jalan Raja Laut dan di Seksyen 16 Shah Alam, JAM’IYAH juga mempunyai sebidang tanah seluas tiga ekar di Lot 5322 Jalan Dato’ Harun, Kampung Sungai Kembung Pulau Indah, Klang, Selangor. Tanah berkenaan telah diwakafkan oleh Almarhum Tuan Hj. Mohamed Bin Said Hj. Mohd Razi iaitu mantan YDP yang ke 13. Tanah tersebut akan dibangunkan untuk dijadikan Sekolah Menengah Integrasi

Asrama Penuh Swasta (Surat kelulusan No. KP(JPS) 5195/SRM/193(20). Keperluan kepada sekolah integrasi wajar memandangkan Selangor menjadi tumpuan para pelajar dari seluruh dunia yang secara langsung menjadi pusat ilmu dan tamadun di rantau Asia Pasifik. Ia perlu dilaksanakan segera bagi memenuhi keperluan yang mendesak berikutan pertembungan pelbagai budaya dengan prilaku masyarakat madani di persekitaran yang serba hadhari. Sekolah integrasi ini dianggarkan memerlukan dana antara RM10 hingga RM10 1⁄2 juta. Ketika ini dana yang terkumpul ialah RM100,000.00 Justeru Jam’iyah mengalualukan warga korporat yang prihatin bagi merealisasikan falsafah, visi dan misi JAM’IYAH di mana asas infrastrukturnya telah tersedia. VISI Berusaha menjalankan dakwah Islamiah secara dinamik dan progresif bagi mewujudkan umat Islam yang cemerlang. MISI • Berdakwah kepada orang Islam tentang maksud dan ajaran Islam juga kepada orang-orang bukan Islam dengan maksud menyampaikan tabligh melalui pelbagai kaedah secara hikmah dan bijaksana. • Mempertahankan, menegakkan dan seterusnya mengembangkan agama Islam dengan cara yang aman. • Mengembangkan dan memperluaskan kebudayaan Islam kontemporari kepada ahli-ahlinya dan umat Islam seluruhnya. • Mengadakan dan membina bangunan JAM’IYAH sendiri yang boleh dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan aktiviti dakwah. • Mengadakan program-program bantuan kebajikan am kepada pihak yang memerlukan bertujuan untuk menggalakkan umat Islam khususnya ahli-ahlinya meningkatkan amalan kebajikan. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 10 • Edisi • Oktober 2016 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Sultan Selangor Rasmi Bait Al-Mawaddah Seminar Eksklusif Isu-

Isu Teras Agama Islam Bersama Kepimpinan Negeri Selangor

K

LANG 28 September Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah berkenan merasmikan Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor dikenali sebagai Bait Al-Mawaddah di Jalan Kebun. Pusat Perlindungan yang beroperasi sejak 4 September 2014 itu dibina Lembaga Zakat Selangor (LZS) di tanah wakaf seluas 0.6 hektar milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kos RM3 juta. Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, Bait Al-Mawaddah antaranya dilengkapi dengan 26 bilik, surau, pusat fisioterapi,klinik,bilik kaunseling,bilik bacaan dan taman herba. “Ia mampu menampung sehingga 52 penghuni pada

S

Kunjungan DYMM Sultan Selangor disambut mesra oleh penghuni Bait Al-Mawaddah.

satu-satu masa,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat itu. Menurutnya lagi, Bait-AlMawaddah yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Jabatan Kebajikan Masyarakat ini diuruskan sepenuhnya oleh LZS di bawah Jawatankuasa Penasihat Bait Al-Mawaddah yang memberikan khidmat

nasihat berhubung pengurusan pusat perlindungan. Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi MAIS, Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohamad Isa, Pengerusi MAIS dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya. Edisi

Bengkel Pelan Strategik ICT MAIS (PSICT) Siri 3 2016-2019

Sesi bergambar kenangan.

S

HAH ALAM – Seramai 12 orang pegawai MAIS telah melibatkan diri dalam Bengkel Pembangunan Pelan Strategik ICT MAIS 2016 – 2019 Siri 3 di Hotel Bella Vista Waterfront & Spa, Langkawi bermula 21 hingga 23 September 2016. Turut menghadiri bengkel ini ialah Tuan Haji Ahmad Apandi bin Haji Samsudin, Pengarah Pengurusan Korporat selaku Ketua Projek bagi pembangunan Pelan Strategik ICT MAIS serta pegawai Bahagian Teknologi Maklumat, MAIS pada kali ini. Objektif bengkel ini lebih

menekankan kepada penyediaan strategi dan keutamaan program dalam pelan tindakan ICT MAIS, semakan dan pemurnian dokumen ISP serta penyediaan terakhir bagi dokumentasi dan laporan. PSICT MAIS 20162019 merupakan satu langkah proaktif berbanding PSICT MAIS 2013-2015 di mana pelan ini memberi lebih penekanan kepada penggunaan pendigitalan secara keseluruhan

serta praktikalnya di dalam organisasi. Pelaksanaan pelan ini juga dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan kualiti maklumat yang hendak disampaikan kepada stakeholder melalui transformasi digital bagi menyokong teras, operasi harian dan keperluan pihak pengurusan mengikut peredaran arus digital yang semakin membangun. MAIS juga mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Perunding Strategik ICT MAMPU di atas tunjuk ajar dan selaku pemudah cara dari awal fasa perancangan sehinggalah dokumen ini dizahirkan. Edisi

Sesi perbincangan kumpulan.

HAH AL AM 26 September – Seramai 150 orang peserta di kalangan Exco Negeri, PengarahPengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengikuti Seminar Eksklusif Isu-Isu Teras Agama Islam Bersama Kepimpinan Negeri Selangor 2016 telah diadakan di Hotel Grand Bluewaves. Seminar selama setengah hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan pemimpin dalam membendung ajaran sesat khususnya di negeri Selangor di samping menjelaskan serta mengukuhkan pegangan fahaman Ahli Sunnah WalJamaah kepada para paserta. Ahli forum terdiri daripada Y.Bhg. Dato’ Mokhtar bin Shafie, Pengerusi Jawatankuasa Panel Akidah dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, S.S. Dr. Haji Anhar bin Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor serta moderator forum oleh Ustaz Daud Lin bin Abdullah, Pengarah Sektor Penyelidikan. Seminar ini telah dirasmikan oleh YAD Dato’ Setia

YAD Dato’ Setia Hj. Mohamad Adzib B Mohd Isa, menyampaikan ucapan pembukaan.

Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS manakala perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi merangkap Ahli MAIS. Program ini anjuran Sektor Penyelidikan MAIS dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS. Edisi

Suasana semasa seminar berlangsung.


BERITA MAIS & AGENSI Edisi • Oktober 2016 • 11 Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

& Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

MAIS Anjur Persidangan NGO-i Negeri Selangor 2016

S

HAH ALAM 14 Oktober 2016 - Satu Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) Negeri Selangor 2016 telah diadakan di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) anjuran Bahagian Pembangunan Ummah, MAIS. Persidangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (MAIS) dengan melibatkan seramai 9 orang pembentang kertas kerja daripada pelbagai latar bidang kepakaran. Persidangan ini diadakan bertujuan membangunkan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) di negeri Selangor di samping menyampaikan dasar-dasar baru yang telah ditetapkan oleh MAIS. Selain itu, persidangan ini juga untuk memperkenalkan Kluster-Kluster baru yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Pembangunan NGO-i (MAIS) serta membina hubungan baik antara NGO-i dengan MAIS. Antara pembentang kertas kerja yang terlibat adalah Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAIS, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Pengarah Penyelidikan, dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIS. Dalam persidangan ini turut dihadiri oleh seramai 150 orang peserta di kalangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) antaranya ialah Hidayah Centre Foundation, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aman Palestin Berhad dan Muslim Care Malaysia Society. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (MAIS). Edisi

Seminar Kebangsaan Transformasi Harta Pusaka Kebangsaan

S

eminar Kebangsaan Transformasi Harta Pusaka Kebangsaan telah diadakan di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) pada 22 September 2016 bersamaan 20 Zulhijjah 1437. Seminar sehari berkenaan yang dihadiri lebih kurang 1000 peserta dari dalam dan luar negara adalah anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama USIM. Seminar ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom bagi mewakili Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Dalam majlis yang sama beliau turut melancarkan Projek Pembangunan Perisian Sistem e-Faraid. Turut hadir adalah Yang Berhormat Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Datuk Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Hakim Syarie yang juga Ketua Pengarah JKSM, Yang Amat Arif Tan Sri Dr Hj Ibrahim bin Lembut dan Dato’ Prof Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor, USIM. Peserta yang hadir terdiri dari pelbagai latar belakang. Selain Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, KetuaKetua Hakim Syarie NegeriNegeri, Hakim-Hakim Syarie, Mufti, pegawai kanan dari Jabatan

Peserta seminar bergambar kenangan di akhir program.

Peguam Negara, pegawai-pegawai agama, peguam, pakar-pakar kewangan Islam, pensyarahpensyarah dari universiti awam dan swasta serta orang awam juga turut hadir dalam seminar tersebut. Beberapa kertas kerja dibentangkan oleh tokoh-tokoh perundangan Islam di negara ini. Pada sesi pagi, ucap tama telah disampaikan oleh Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Tan Sri Dr Hj Ibrahim bin Lembut dengan tajuk “Pengurusan Kes Harta Pusaka: Transformasi Alaf Madani”. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Yang Arif Tuan Ahmad bin Lakim, Hakim Litar Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, juga merangkap Pengarah Bahagian latihan JKSM bertajuk “Pengurusan dan Bidang Kuasa Kes Harta Pusaka Mahkamah Syariah di Malaysia:

Cabaran dan Transformasi”. Pada sesi petang pula, kertas kerja kedua telah dibentangkan oleh Dr. Mushaddad Hasbullah, Pensyarah FSU, USIM bertajuk “Implikasi Harta Pusaka Dalam Konteks Hukum dan Nasab”. Kertas kerja ketiga pula dibentangkan oleh Tuan Hj Suhaime bin Mahbar, Pengarah Penyelidikan Perancangan dan Dasar, JPA dengan tajuk “Transformasi Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia: Isu-Isu dan Penyelesaian” dan diulas oleh YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Seminar kebangsaan tersebut berakhir pada pukul 5.00 petang. Semoga seminar tersebut akan memberi manfaat dan ilmu kepada semua yang terlibat, Inshaa Allah. Edisi

Ceramah di Masjid Sungai Ramal

1

8 September 2016- Prof Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im Bin Mokhtar telah dijemput sebagai penceramah bagi program ceramah di Masjid Sungai Ramal Luar bertajuk Kekeluargaan dalam Islam dan Cabaran Semasa pada jam 7.45 malam. Tajuk yang dikongsi oleh YAA Dato’ Dr. adalah lebih kepada bagaimana ciri-ciri kekeluargaan yang dituntut di dalam Islam dan apakah faktorfaktor yang boleh membantu mencapai hasrat tersebut.

Perkongsian pada sesi Maghrib itu juga mengupas apakah sebab-sebab yang sering dilaporkan ke Mahkamah yang membawa kepada perceraian dan perpecahan di dalam sesebuah institusi keluarga. Statistik berkaitan jumlah perceraian juga ada di nyatakan bagi menunjukkan bahawa kes perceraian di Negeri Selangor secara khususnya amatlah membimbangkan. Undang-undang sedia ada sudah cukup menerangkan

apakah tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas oleh setiap individu dalam melayari bahtera rumahtangga dan seharusnya permasalahan di dalam rumah tangga dapat dibaiki dengan cara yang lebih baik. Semoga perkongsian YAA Dato’ Dr. bersama penduduk kawasan sekitar Masjid Sungai Ramal dapat mengambil manfaat dan seterusnya membantu mengislahkan lagi institusi keluarga sedia ada. Edisi


BERITA MAIS & AGENSI 12 • Edisi • Oktober 2016 Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

& Perbadanan Wakaf Selangor

Seminar Hak Asasi Manusia

S

eminar Hak Asasi Manusia Kebangsaan 2016 telah diadakah di Hotel Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 7 September 2016. Tiga kertas kerja disampaikan sepanjang seminar sehari tersebut. Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) yang juga mantan Wakil Khas Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan: acuan Malaysia). Ceramah kedua bertajuk “Hak Asasi Manusia: Teori, Realiti dan Penghayatan” disampaikan oleh Yang Arif Datuk Yaacob bin Md Sam, Hakim Mahkamah Rayuan yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Ceramah yang ketiga pula disampaikan oleh YAA Dato’ Dr Hj. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor dengan tajuk “Hak Asasi Manusia Dalam Islam”.

Se m i n a r sehari ini dianjurkan oleh Hazizah & Co, Peguambela dan Peguamcara dengan kerjasama Fakulti Undang-Undang, UKM. Bagi tujuan seminar ini, Hazizah & Co telah dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal UndangUndang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri ( JPM) untuk menjalankan Kajian Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (National Human Right Action Plan) yang juga dikenali sebagai NHRAP. Dianggarkan seramai 150 orang peserta yang terdiri dari pengamal undang-undang,

pegawai-pegawai kanan kerajaan, pensyarah institut pengajian tinggi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang awam telah menghadiri seminar berkenaan dari seluruh negara. Bagi pihak JAKESS kami ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian pihak penganjur di atas jemputan ke SeHAM 2016. Semoga seminar tersebut akan memberi manfaat dan meningkatkan pendedahan berkaitan Hak Asasi Manusia kepada semua yang terlibat dan mendapat keberkatan Allah SWT. Edisi

Sesi bergambar kenangan.

Pusat Pengurusan Pengetahuan (Unit Perpustakaan Wakaf) Anjur Program Bersama Tabika Kemas

S

HAH ALAM – Satu program anjuran Pusat Pengurusan Pengetahuan (Unit Perpustakaan Wakaf ) bersama pelajar Tabika Kemas, Seksyen 2 telah diadakan pada 11 Oktober 2016 bagi mendedahkan pendidikan awal kepada kanak-kanak prasekolah sebagai satu bentuk persediaan

Kunjungan Sekumpulan Penyelidik Daripada Universiti Malaya (Um) Dalam Pembangunan Wakaf Ipt

sebelum memasuki ke alam sekolah rendah. Program yang berlangsung selama setengah hari bermula pukul 8.30pagi hingga 12.00 tengahari ini melibatkan kanakkanak Tabika Kemas seramai 40 orang bersama empat orang guru tabika diketuai oleh Cikgu Rokiah binti Ariffin. P e l b a g a i aktiviti menarik sepanjang program berlangsung antaranya ialah aktiviti mewarna, senaman ice breaking, aktiviti menyambung titik bergambar, aktiviti melukis dan pertandingan

“Musical Chair” yang memerlukan penglibatan semua kanak-kanak tabika. Program ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat Pengurusan Pengetahuan (Unit Perpustakaan Wakaf ) yang terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam di samping menggalakkan kanakkanak untuk mengunjungi perpustakaan sekali gus menjadikan rumah kedua sebagai sumber rujukan utama mereka. Program ini dikendalikan oleh Unit Perpustakaan Wakaf, Sektor Penyelidikan MAIS bersama dua orang pelajar latihan industri daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Edisi

Sesi bergambar kenangan.

S

hah Alam 20 September 2016 - Baru-baru ini, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dihadiri oleh Sekumpulan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) dan rombongan ini diketuai oleh Prof. Dr. Siti Mashitoh Mahamood dan beberapa pegawai penyelidik juga turut hadir. Tujuan kunjungan ini adalah bertujuan untuk Kajian Universiti Wakaf dibawah Projek Kementerian Pengajian Tinggi LRGS (LRGS 2/2013(2) MOHE-UM). Pihak penyelidik memilih PWS adalah merupakan badan institusi wakaf yg terkehadapan dalam mengurus tadbir hartanah wakaf di Negeri Selangor. Kerjasama antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan Universiti Awam (UA) telah lama terjalin. Antaranya Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Berdasarkan Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 perintah 8 dan perintah 11, “PWS mempunyai kuasa melantik atau menggaji ejen dengan mengadakan perjanjian untuk menjalankan kerjasama manamana orang atau kumpulan orang dan PWS juga dengan kebenaran Majlis boleh melantik Jawatankuasa”. Diharapkan sesi ini dapat memberikan manfaat dan idea kepada Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terutamanya Universiti Awam (UA) disamping melaksanakan wakaf di Universiti Malaya (UM). Jika ingin mendapatkan keterangan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran dan Dakwah (Korporat) ditalian 03-55188001 atau emailkan kepada nawal@wakafselangor.gov.my dan nizam@wakafselangor.gov. my. Edisi


ARTIKEL KHAS Edisi • Oktober 2016 • 13

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PERSIDANGAN PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (NGO-i) NEGERI SELANGOR 2016

YDH SP (B) Dato Pahlawan Mohd Shukri Bin Dahlan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Mais)

Oleh: Unit Hal Ehwal Korporat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

P

ersidangan ini diadakan adalah bertujuan untuk membangunkan pertubuhan Islam bukan kerajaan (Ngo-i) bagi negeri Selangor di samping menyampaikan dasar-dasar baru yang telah ditetapkan oleh MAIS. Selain itu, persidangan ini juga untuk memperkenalkan kluster-kluster baru yang diwujudkan di bawah jawatankuasa pembangunan Ngo-i (MAIS serta membina hubungan baik antara Ngo-i dengan MAIS. Ditubuhkan di bawah MAIS iaitu jawatankuasa penyelarasan pertubuhan Islam bukan kerajaan melalui keputusan mesyuarat MAIS bil. 1/2012 yang telah dipinda kepada nama jawatankuasa pembangunan pertubuhan Islam bukan kerajaan dalam keputusan mesyuarat MAIS bil. 1/2016. Justifikasi pindaan ini dilaksanakan adalah untuk memperkasakan fungsi dalam membangunkan peranan Ngo-i sebagai rakan dakwah yang sinergi seiring dengan visi dan misi MAIS. Antara aktiviti pembangunan Ngo-i yang telah dilaksanakan ialah pendaftaran semula Ngo-i MAIS, bengkel memperkasakan pengurusan Ngo-i MAIS, bengkel strategi dakwah Ngo-i MAIS, persidangan pertubuhan Ngo-i MAIS, sumbangan dana dalam bentuk geran tahunan dan bantuan program. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Ngo-i MAIS di dalam ucapannya melahirkan harapan tinggi supaya ngo-i dapat memperkasakan matlamat dan objektif, melaksanakan aktiviti yang memenuhi syarak dan undang-undang serta dasar MAIS dalam membangunkan pertubuhan Ngo-i di negeri Selangor. Di samping itu, Ngo-i hendaklah tidak melibatkan diri dengan mana-mana politik kepartian dan sentiasa mematuhi undang-undang

Kluster Ngo-i telah diwujudkan dengan 8 kluster iaitu:

1. Kluster dakwah muslim dan non muslim 2. Kluster pembangunan ummah (isu ancaman akidah) 3. Kluster pembangunan ummah (pengurusan halal) 4. Kluster pendidikan 5. Kluster kebajikan asnaf fakir, miskin dan warga emas 6. Kluster bimbingan muallaf 7. Kluster pemulihan Ar riqab 8. Kluster kebajikan anak yatim yang telah digariskan oleh pihak MAIS. Beliau juga mengingatkan supaya Ngo-i hendaklah menyokong fahaman ahli sunnah wal jamaah dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan seiring dengan visi dan misi MAIS. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua ngo-i yang telah terlibat dalam memperkasakan syariat islam dan mudah – mudahan kita semua mendapat ganjaran daripada Allah SWT di atas segala usaha yang telah dicurahkan dalam mempertahankan agama islam di negeri Selangor ini. Edisi

Uruskan Harta Anda Di Mais + WasiaT + Wang Tidak Patuh Syariah

+ Tebus Pusaka

+ Harta Luqatah

+ Hibah

+ Wang Orang Berhutang

Hubungi kami:

BAHAGIAN HARTA BAITULMAL

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel.: 03-5514 3400 Samb. 3756/3570/2190/2196 Faks: 03-5512 4042 www.mais.gov.my


IKON ASNAF 14 • Edisi • Oktober 2016

Didik Mahasiswa Asnaf Berdikari Sinergi adalah perlu dalam memantapkan pengurusan. Mungkin masih ada dalam kalangan pembaca yang tidak mengetahui, bahawa universiti awam dan swasta di Selangor telah dilantik menjadi ejen zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak sekian lama. LZS bersinergi dengan mereka. Semua universiti berkenaan bertanggungjawab membuat promosi dan kutipan di dalam kampus masing-masing. Hasil daripada kutipan berkenaan, 50 peratus akan dikembalikan kepada pihak universiti berkenaan, gunanya untuk diagihkan kembali kepada warga kampus yang memerlukan.

Oleh: Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid (hamizul@zakatselangor.com.my) Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

S

etakat ini, seluruh universiti awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi MARA merupakan ejen zakat LZS. Universiti swasta pula yang telah dilantik ialah Universiti Multi Media, Universiti Tenaga Nasional, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Selangor, Management and Science University, Unitar, Cyberjaya University College dan Infrastructure University Kuala Lumpur. Memang Selangor adalah lembah ilmu paling subur dengan tumbuh pelbagai universiti. Kali ini, penulis ingin membawa para pembaca menerokai perjalanan salah sebuah universiti yang telah dilantik menjadi ejen zakat oleh LZS. Kebetulan penulis berkesempatan bertemu mata dengan salah seorang penggerak utama pusat zakat di universiti berkenaan, dan keghairahannya berkongsi pengalaman membangunkan asnaf yang terdiri daripada mahasiswa, amat baik untuk dikongsikan. Marilah samasama kita telusuri cerita di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dan bagaimana zakat berperanan di sana. “Kami tidak mahu para pelajar ini terus memohon bantuan zakat pada setiap semester. Akhirnya mereka menjadi terlalu bergantung kepada zakat. Sebab itu kami di Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, berusaha mencipta peluang bagi pembangunan mahasiswa yang berstatus asnaf ini.” Demikianlah perkongsian awal Zuhaimi bin Abdul Rahim, 38 yang kini merupakan Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf di UPM. “Kami berusaha mencipta ‘Program Khidmat Pelajar’ dengan hasrat menanamkan semangat untuk berkhidmat di kalangan mahasiswa, dan sekali gus

menjauhkan mereka dari suasana ‘comfort zone’.” Jelasnya lagi. Pertemuan tengah hari di awal bulan September itu berjalan santai. “Di seksyen ini kami tidak mempunyai kakitangan tetap yang ramai. Maka ia memberi peluang kepada kami untuk mengambil para pelajar yang berminat untuk bekerja. Syaratnya, ia tidak boleh mengganggu pengajian mereka. Pekerjaan yang mereka lakukan juga tidaklah berat, sesuai dengan kapasiti sebagai pelajar. Malah, dalam aspek yang lain ia dapat memupuk nilai-nilai positif di dalam diri mereka.” Ujar lelaki ini lagi. Mengimbau kembali perjalanan pengurusan zakat di UPM, Zuhaimi memaklumkan bahawa pihaknya menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada asnaf yang terdiri daripada mahasiswa di UPM. “Pengagihan zakat bukan sekadar wang tunai. Sebaliknya, pihak kami menyediakan dalam pelbagai bentuk dengan matlamat, ia dapat memenuhi keperluan mahasiswa. Antaranya, bantuan wang sara diri pelajar, yuran pengajian, bantuan kecemasan, pembelian tiket pesawat khususnya bagi mahasiswa yang berasal dari Sabah dan Sarawak, bantuan pelatihan industri dan juga bantuan khusus yang disediakan sesuai dengan keperluan khusus mahasiswa.” Terang Zuhaimi lanjut. Jujurnya, sejak ditubuhkan pada tahun 2002, Bahagian Zakat UPM telah memainkan peranan yang sangat aktif dalam memenuhi keperluan warga kampus, termasuklah masyarakat di sekitarnya. Mereka menerima zakat dan mengagihkannya kembali dengan secekap yang termampu. “Kami boleh menerima zakat dari semua pihak, syaratnya mereka mesti masuk dan menunaikannya di kaunter zakat di dalam kampus UPM. Untuk pengagihannya,

kami diberikan hak oleh LZS untuk mengagihkan kembali kepada lima asnaf daripada lapan asnaf zakat. Lima asnaf itu ialah fakir, miskin, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.” Terang Zuhaimi lagi. “Alhamdulillah, setakat ini kutipan zakat yang pihak UPM dapat nampaknya terus meningkat dari setahun ke setahun. Sambutan warga kampus juga memberangsangkan. Misalnya pada tahun 2007 hanya sekitar RM800 ribu sahaja dapat dikutip. Namun ia meningkat kepada RM2.4 juta pada tahun 2010, naik lagi kepada RM5.2 juta pada tahun 2013 dan mutakhir tahun 2014 lalu, kutipan zakat UPM mencecah RM5.7 juta.” Jelas beliau lanjut. Zuhaimi malah berkongsi, pihaknya melakukan banyak aktiviti untuk meningkatkan kutipan zakat. “Kami mempunyai unit khas untuk mempromosikan zakat dan mereka memanfaatkan segenap ruang yang ada untuk meningkatkan jumlah pembayar dan kutipan zakat. Misalnya, di semua fakulti diwujudkan gerai zakat, hebahan di buletin dalaman setiap minggu, ceramahceramah berkaitan zakat, siaran menerusi Radio Putra yang dimiliki oleh UPM dan juga memanfaatkan Masjid UPM dengan khutbah khas zakat.” Ujarnya lagi. Apa yang lebih membahagiakan, kini

zakat di UPM bukan sahaja dimanfaatkan oleh para mahasiswa ijazah pertama, malah turut memberikan manfaatnya kepada mahasiswa pasca ijazah. “Setakat ini seramai empat orang pelajar Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang telah dibantu oleh Bahagian Zakat UPM. Malah kita juga merancang untuk memperkasakan Bahagian Zakat agar menjadi Bahagian Filantropik, dan menjadi ‘pusat sehenti’ bagi urusan zakat, infak dan wakaf. Biar manfaatnya melebar kepada semua warga kampus yang memerlukan.” Kongsi Zuhaimi lanjut. Bagi menghadapi masa hadapan, Zuhaimi menggariskan beberapa elemen yang harus mereka depani. “Pertama, kita mesti ubah paradigma zakat hanya untuk membantu dalam tempoh ‘sekali bagi’. Kita perlu menjadikan zakat sebagai ‘batu loncatan’ kepada mahasiswa yang menerimanya, maka kita mesti wujudkan peluang menjana pendapatan menerusi ‘Program Khidmat Pelajar’. Pihak universiti juga mendokong inisiatif ini. “Kedua, menyediakan ‘bank data’ asnaf yang dapat mengumpulkan senarai mahasiswa yang memerlukan pekerjaan. Mereka boleh belajar sambil bekerja, dan pada masa yang sama mampu menjana pengalaman yang berharga untuk masa depan mereka sendiri. “Ketiga, menerokai aktiviti yang bersifat meningkat kemahiran asnaf atau mahasiswa. Misalnya, menerusi aktiviti perniagaan maka mereka dilatih menjadi mahir berniaga. Pihak kami ada menjalinkan hubungan dengan beberapa pihak usahawan luar yang sanggup menyediakan peluang dan ruang untuk menjayakan misi ini. Di UPM ada Pusat Keusahawanan dan mereka dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran di sana, sebelum tamat belajar. “Keempat, penglibatan mahasiswa asnaf dalam aktiviti universiti berskala besar seperti Pesta Konvokesyen dan Minggu Suai Kenal Mahasiswa Baharu. Dahulu pekerja UPM yang akan sibuk, termasuklah menyediakan bunga dan sebagainya untuk dijual kepada para graduan, kini biar mahasiswa asnaf yang terlibat. Secara tidak langsung mereka belajar menjadi usahawan di samping dapat menjana pendapatan.” Terang Zuhaimi lanjut. Demikianlah cita-cita besar dan impian tinggi yang dipasang oleh Bahagian Zakat di UPM. Malah, hal ini sebenarnya boleh dijadikan model oleh semua universiti lain di Malaysia, khususnya di Selangor dalam memperkasakan agihan zakat di kalangan warga kampus. Zakat bukanlah sekadar pemberian ‘one off ’, tetapi ia mampu menjadi modal buat memajukan kehidupan. UPM sudah merintis jalan buat menjadi pencerahan kepada pihak lain di masa hadapan. Sama-samalah kita memanfaatkannya. Tahniah Bahagian Zakat UPM. Edisi


KEMUSYKILAN UMAT Edisi • Oktober 2016 • 15

Audit Zakat Amat Penting SOALAN: Saya amat prihatin dengan isu-isu zakat. Baru-baru ini, saya mendapat khabar bahawa institusi zakat kononnya tidak perlu melalui proses audit. Adakah dakwaan ini betul dan jika boleh, sila jelaskan apakah institusi zakat mempunyai mekanisme kawalan dalaman tersendiri demi mengelakkan ketirisan terjadi? JAWAPAN: Alhamdulillah di atas kesudian pihak saudara mengajukan persoalan. Tidak dinafikan, mutakhir ini banyak bertiup pelbagai khabar angin mengenai pengurusan zakat, misalnya zakat sukar menyalurkan bantuan dan sebagainya. Namun, Islam mengajar umatnya agar terus bertanya kepada sumbernya yang sebenar, demi memperolehi jawapan yang tepat dan mengelakkan mereka daripada terjatuh ke dalam dosa dan fitnah. Allah SWT menegaskan di dalam Surah An-Nahl, ayat 43: “Maka bertanyalah (kamu) kepada ahlinya (orang yang arif ) jika kamu tidak mengetahuinya.” Allah SWT juga menegaskan betapa dahsyatnya perihal syak wasangka, misalnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada kebanyakan syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa.” (Surah Al-Hujurat: 12) Menyentuh mengenai audit, maka institusi zakat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) sememangnya tidak pernah terlepas daripada proses audit. Ini kerana, LZS adalah sebuah institusi kewangan ummah, yang amat berat tanggungjawabnya. Setiap sen zakat yang dikumpul, hendaklah diagihkan secara amanah kepada lapan asnaf yang berhak. Kegagalan melakukan hal yang sedemikian, bukan sahaja menyebabkan pembangunan ummah khususnya asnaf fakir dan miskin terencat; bahkan mengundang dosa yang berat. Nabi Muhammad SAW ada menegaskan: “Apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada utusanku

(amil), maka engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, dan engkau sudah mendapatkan pahalanya, sedang dosanya ditanggung oleh orang yang menyelewengkannya (yakni para amil yang diamanahkan mengurusakannya).” (Hadis riwayat Ahmad) Di LZS, pengawasan dan ketelusan dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat adalah amat diutamakan. Hal ini selaras dengan Fatwa Agihan Zakat 2009 (Kemaskini) yang menjadi dasar dan prinsip kepada pengurusan agihan zakat di Selangor. Fatwa berkenaan menyatakan seperti berikut: “(ke-4, iaitu Prinsip Muraqabah atau) pengawasan, iaitu semua agihan dan penyerahan harta zakat hendaklah dilakukan dengan pengawasan dan kawalan yang paling rapi. Oleh itu, sebarang pengagihan zakat yang meragukan serta memerlukan kepada qias dan ijtihad baru mestilah mendapat persetujuan daripada Mufti Kerajaan Negeri Selangor. Setiap permohonan hendaklah disiasat dan disahkan oleh sekurang-kurangnya dua orang. Peringatan amanah terhadap penggunaan wang zakat hendaklah diberikan kepada penerima. Pihak amil berhak untuk mengawasi dan bertindak terhadap asnaf yang gagal menggunakan bantuan zakat sebaiknya mengikut pandangan syarak.” Oleh itu, berasaskan kepada prinsip muraqabah atau pengawasan di atas, LZS telah pun mula menerima siri-siri pengauditan sejak tahun 1998 lagi dan ia berkesinambungan sehingga kini.Terdapat

enam entiti yang menjalankan audit ke atas LZS, iaitu: 1. Audit Dalaman LZS (MAIS) – yang melibatkan audit ke atas kewangan dan pengurusan 2. Audit Kualiti LZS (MAIS) – yang melibatkan gerak kerja dalaman LZS seperti pematuhan kepada prosedur agihan 3. Audit Kualiti SIRIM-ISO 9002:1994 (1999), ISO 2001: 2000 (2003) dan ISO 2001:2008 (2010) – yakni siri audit oleh SIRIM demi memastikan LZS layak untuk terus menerima Persijilan ISO 4. Audit Syarikat dan Badan Profesional Luar – yang melibatkan audit kewangan LZS 5. Audit Dalaman MAIS – Yakni melibatkan kewangan dan pengurusan LZS 6. Audit Negara – Yakni melibatkan kewangan dan pengurusan LZS Hasil daripada siri-siri pengauditan ini membolehkan LZS terus beroperasi di atas landasan yang tepat dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyelewengan. Bahkan hasil audit ini turut didedahkan kepada umum, sepertimana yang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara. Oleh itu, adalah salah sama sekali jika ada pihak luar yang menyatakan institusi zakat seperti LZS tidak diaudit. Bahkan, pengauditan yang dilakukan itu mampu menambahkan kecekapan LZS dalam memberikan perkhidmatan kepada umat Islam, memperbaiki pelbagai kelemahan

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Perunding Kanan Dakwah Zakat (Strategik), Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emailkan kepada hamizul@ zakatselangor.com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.ezakat.com.my, http://blog.ezakat.com.my atau Facebook. com/lembagazakatselangor. MAIS. dan seterusnya meningkatkan keyakinan ummah untuk terus menunaikan zakat di LZS. Hal ini sejajar dengan apa yang disarankan oleh DYMM Sultan Selangor sewaktu diwawancara oleh akhbar Mingguan Malaysia sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-66 baginda barubaru ini, iaitu: “Zakat diaudit. Oleh kerana audit zakat dan MAIS ini bersih, jadi tidak masuk dalam akhbar. Biasanya jika ada kesalahan dari segi audit, baru disiarkan di surat khabar. Tanya dululah kepada Audit Negara (sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya).” Sebagai tambahan, LZS juga telah dianugerahkan Sijil Ketua Audit Negara 2010 sebagai bukti ketelusan pengurusan kewangan di LZS. Kesimpulannya, diharapkan dengan penjelasan ini maka tidak timbul lagi persoalan bahawa zakat tidak diaudit. Ini kerana, zakat adalah institusi ummah, kekuatan zakat mampu menjadi penyangga ummah, sebaliknya kelemahan zakat akan memudaratkan ummah. Umat Islam juga hendaklah sentiasa berusaha memastikan institusi zakat terus kukuh, demi kebaikan ummah seluruhnya. Wallahua’lam. Edisi


ULASAN BUKU 16 • Edisi • Oktober 2016 PILIHAN EDITOR MUDAHNYA AJAR ANAK SOLAT CALL NO : 297.3822 CHE Buku ini mengisahkan tentang perkongsian tip yang berkesan, khususnya bagi ibu bapa tentang bagaimana hendak mengajak dan mengajar anakanak agar mereka bertambah rajin dan seronok untuk mengerjakan solat bermula dari seawal usia kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa. Ditulis berdasarkan pengalaman penulis sebagai ibu bapa sepanjang menjalani kehidupan berumahtangga dan dikurniakan lapan orang cahaya mata serta melalui pembacaan, pengalaman dan perkongsian daripada para ibu bapa yang lain. Antara yang menarik dalam buku ini: • Kepentingan mendidik anak-anak bersolat • Cara mendidik anak-anak bersolat • Kenapa anak-anak malas untuk bersolat • Mengenali peringkat anak-anak dan ketahui teknik yang sesuai untuk ajar mereka untuk bersolat dan doa-doa amalan agar anak-anak taat dalam beribadah

EMPAYAR MINDA MELAYU ALAF BARU CALL NO : 305.89923 ZUB Buku ini akan mengupas persoalan demi persoalan yang telah lama wujud mengenai kelemahan dan kekurangan bangsa Melayu. Melalui pelbagai contoh nyata di seluruh dunia yang diambil berdasarkan fakta yang sahih dan rujukan yang teliti dan mendalam oleh penulis, buku ini diharapkan dapat membuka minda bangsa melayu untuk bangkit dari lena dan melangkah dengan semangat serta keyakinan. Hanya dengan cara ini sahaja pepatah ‘tak kan melayu hilang di dunia’ akan menjadi nyata. Antara yang dikupas dalam buku ini adalah : 1. Peluang mutlak di alaf baru 2. Ke arah wawasan baru yang cemerlang 3. Semasa pembentukan Amerika Syarikat 4. Semasa pembentukan Israel 5. Semasa pembentukan China moden 6. Semasa pembentukan India moden 7. Evolusi manusia di bumi 8. Pembentukan teknologi pemikiran

PENDUDUK BUMI SEBELUM KITA CALL NO : 297.242 MID

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduaduanya. Dan, daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.” (al-Anbiya: 30). Para ilmuan berpendapat, bumi ini telah wujud lebih daripada 1000 juta tahun lampau. Tapi hal ini tidak bermakna kehidupan manusia di bumi bermula sejak itu, hanya bahagian besar daripada rangkaian kehidupan masa lalu yang hidup dan menguasai planet ini. Kehidupan manusia dikatakan hanya wujud selepas kebinasaan mahkluk yang terdahulu; makhluk-makhluk yang asing dan tidak kita ketahui. Tapi apakah makhluk itu? Hasil penemuan daripada kubur-kubur, artifak, serta batu bertulis beserta gambar, menambah bukti bahawa kehidupan masa lalu sebenarnya pernah menghuni bumi; sebagai penduduk yang bersistem. Ini termasuklah penempatan di sekitar kawasan gunung, lembah sungai dan pesisiran pantai yang membangunkan peradaban. Malangnya, semua itu seperti tenggelam dan lenyap untuk tatapan dan rujukan generasi kita. Jadi, siapakah penghuni bumi sebelum manusia? “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin,sebelum itu,dari api yang sangat panas.” (al-Hijr: 26-27).

RANCANG HIDUP RANCANG WANG REMAJA CALL NO : 297.570835 HAM Buku Rancang Hidup Rancang Wang Remaja ini disusun khusus untuk remaja. 50 tip ringkas yang dimuatkan dalam buku ini bukan sahaja ditulis dengan bahasa yang mudah, bahkan setiap tajuk dimulakan dengan ilustrasi ala komik yang menarik. Buku ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : 1. Rancanglah hidup dengan betul 2. Belajarlah kalau nak senang 3. Rancanglah wang untuk selesa

Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman sila hubungi Encik Mohd Hafiz, Pengurus Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 4106 atau Kaunter Pusat Pengurusan Pengetahuan di talian 03-5510 8631 atau layari sendiri Katalog Online Perpustakaan Wakaf di http://libmais.gov.my untuk carian bahan yang lain.


TOKOH ISLAM Edisi • Oktober 2016 • 17

Tengku Muhammad Al-Fathani Ulama Besar Jambi Rujukan: Tokoh-Tokoh Ulama Selangor Pengarang: Wan Mohd. Shaghir Abdullah Terbitan: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

N

ama lengkapnya ialah Kiyai Haji Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman bin Tuanku Nur bin Raja Belat Ibnu Raja Datu al-Fathani al-Jawi. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 1323 H/1905 M. dan meninggal dunia di Jakarta pada hari Ahad, 5 Muharam 1397 H/26 Disember 1976 M. Jenazahnya diterbangkan ke Jambi dan dikebumikan di Jambi.

PENDIDIKAN

Tengku Muhammad al-Fathani alJambi mendapat pendidikan Islam tiga sistem, iaitu pendidikan Islam tradisional Patani, pendidikan Islam tradisional mengikut tatacara orang Arab Mekah, dan pendidikan Islam persekolahan. Pendidikan Islam tradisional sistem hafalan cara Patani dibimbing oleh ayahnya,Tengku Mahmud Zuhdi sendiri dan beberapa orang ulama Patani yang berada di Mekah pada zaman itu. Sistem pendidikan Islam tradisional Patani adalah secara hafalan matan dan sekali gus menghuraikan setiap perkataan dan baris kalimat dalam matan dengan cermat dan terperinci. Setiap perkataan ditimbang dengan timbangan sharaf, sedang kalimat dirujuk kepada nahwu. Sistem pendidikan Islam tradisional Arab Mekah ialah penekanan hafalan al-Quran dan hadis tanpa huraian yang mendalam. Selain itu mendengar guru membaca kitab, terutama kitab-kitab hadis dengan bacaan cepat, tanpa terikat dengan tanda baca, seperti koma atau pun titik. Sistem ini lebih mementingkan banyak jumlah kitab yang ditamatkan dan mengambil berkat daripada seseorang ulama. Oleh sebab Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani adalah salah seorang guru di Madrasah Shaulatiyah, maka anaknya Tengku Muhammad dimasukkan ke madrasah tersebut. Madrasah Shaulatiyah adalah sebuah sekolah agama Islam di Mekah yang didirikan oleh orang India, dan pada zaman itu ia merupakan sekolah paling popular. Sistem pendidikannya adalah gabungan persekolahan cara moden dan sistem pendidikan Islam tradisional India. Daripada semua yang telah diungkapkan di atas, dapatlah dipastikan bahawa pada diri Tengku Muhammad tergabung pelbagai sistem pendidikan Islam. Oleh itu cara beliau mengajar dan berdakwah mempunyai gaya tersendiri.

AKTIVITI

Pada tahun 1929, Tengku Mahmud Zuhdi berpindah dari Jambi ke Selangor bersama anaknya, Tengku Muhammad. Selain membantu kerja-kerja ayahnya berkhidmat kepada Sultan Sulaiman,

Sultan Selangor, Tengku Muhammad mendapat pendidikan khusus dalam segala bidang, sama ada kepentingan ukhrawi mahu pun duniawi. Oleh itu Tengku Muhammad adalah seorang ulama yang memahami liku-liku pentadbiran. Untuk menjejaki riwayat Tengku Muhammad, penulis telah mewawancara ramai personaliti, dimulai dari Kelang, Selangor menemui Tengku Abdul Hamid, saudara kandungnya (1972), ke Jambi menemui Imam Tengku Haji Ahmad, juga saudaranya dan ramai lagi. Bulan Disember 1985 penulis mula menjelajah dari Tanjung Pinang ke Tembilahan dan ke Kuala Enok. Mulai Tembilahan ke Kuala Enok dan seterusnya ke Jambi, penulis hampir maut dipukul ribut kerana menumpang sebuah bot laju. Di sini penulis sempat berjumpa salah seorang rakan seperjuangan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, Haji Juneid Kasang (tahun 1985, berusia 124 tahun) yang berasal dari Ngabang, Kalimantan Barat. Daripada beliau banyak diperoleh pelbagai maklumat. Sebab-sebab Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi berpindah dari Klang, Selangor ke Jambi ialah kerana masyarakat Islam Jambi memohon kepada Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh al-Islam dan Sultan Sulaiman, Sultan Selangor, agar Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani kembali ke Jambi. Sultan Sulaiman tetap mempertahankan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani tinggal di kerajaan Selangor, namun baginda tidak mahu mengecewakan kehendak rakyat Jambi, maka sebagai gantinya baginda bersetuju agar Tengku Muhammad, anak Tengku Mahmud Zuhdi sahaja yang berangkat ke Jambi. Di Jambi beliau dikenali dengan nama Kiyai Haji Muhammad Mahmud Zuhdi dan digelar dengan Ulama Jubah Hitam. Beliau diberi gelaran demikian kerana mempunyai disiplin tersendiri, iaitu dalam urusan-urusan tertentu dengan pakaian yang rapi dan mencerminkan seorang ulama yang berwibawa dan hebat. Beliau memakai serban dan jubah hitam yang khusus. Dalam upacara biasa atau sewaktu mengajar dan berdakwah, beliau juga memakai jubah hitam tetapi agak berbeza dengan upacara-upacara besar, rasmi dan tertentu. Sekitar tahun 1930,Tengku Muhammad mulai memimpin Madrasah Sa’adatud Darain, Kampung Tahtul Yaman, iaitu sebuah sekolah agama Islam yang diasaskan oleh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani sebelum beliau pindah ke Kelang, Selangor. Sekolah tersebut terpaksa ditutup pada tahun 1941 kerana darurat perang dunia yang kedua (1939 - 1945). Tengku Muhammad pernah mengasaskan satu pertubuhan yang dinamakan Azzuhdiyah di Tanjung Pinang, Jambi (bukan Tanjung Pinang, di Kepulauan Riau). Pertubuhan tersebut ditangani beliau sampai akhir hayatnya. Memperhatikan pada nama Azzuhdiyah,

Bandar Jambi

dapat dipastikan bahawa ada hubungan dengan Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh al-Islam Selangor. Menurut banyak sumber, Tengku Muhammad adalah seorang ulama besar bukan dalam lingkungan Jambi sahaja tetapi termasuk tempat rujukan ulama Sumatera, bahkan ulama Indonesia. Dalam perkara-perkara penting yang melibatkan keislaman, beberapa ulama dan pemimpin Indonesia datang menemui beliau di Jambi atau beliau diterbangkan ke Jakarta. Bukan setakat itu, beliau juga ada hubungan dengan ulama-ulama peringkat antarabangsa terutama ulama Mekah. Oleh itu beliau sering ke Mekah, terutama pada musim haji. Tengku Muhammad seorang yang sangat aktif menyampaikan ceramah dalam kota Jambi, Jakarta dan beberapa tempat lain, termasuk di Mekah. Jika beliau memberikan ceramah di Mekah atau di Asia Barat di kalangan para cendekiawan, beliau menggunakan bahasa Arab. Beliau lebih fasih berbahasa Arab jika dibandingkan dengan bahasa Melayu.

PENULISAN

Walaupun hasil karya Tengku Muhammad tidak sebanyak karya ayahnya, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun dapat dicatatkan bahawa beliau termasuk golongan ulama yang sempat menghasilkan karya yang menjadi tatapan dan mempengaruhi pemikiran para muridnya. Antara risalah untuk amalan dan pegangan peminat-peminat beliau yang disebarkan ketika beliau berceramah ialah: 1. Munajat Sebelum Fajar (14 Mei 1966), 2. I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah (10 Julai 1968), dan 3. Al-Wasilah (Mekah al-Mukarramah, 16 Muharam 1389 H/3 April 1969 M). Selain berupa risalah yang tersebut, terdapat beberapa buah kitab yang diterbitkan oleh Al-Ahmadiah, Singapura, tahun 1930an. Kitab yang dapat dikesan ialah Badi’uz Zuhur. Antara pesanan Tengku Muhammad yang ringkas tetapi mantap, katanya, ``Ingin selamat, bersihkan diri daripada maksiat. Ingin berjiwa luhur, munajatlah waktu sahur.’’

KETURUNAN

Penulis datang ke Jambi menemui keluarga ini dua kali, iaitu pada Disember 1985 dan tahun 1986. Penulis dilayan dengan baik oleh mereka. Beberapa malam penulis tidur di rumah Tengku Muhammad di Kampung Tahtul Yaman. Rumah tersebut dihuni oleh anaknya yang bernama Zakaria bin Tengku Muhammad. Kedatangan penulis yang kedua di Jambi, Zakaria memperoleh seorang cucu daripada anak perempuannya. Menantunya bernama Mirza. Ketika pasangan itu mendapat anak, Mirza dan ayah mentuanya, Zakaria meminta supaya anak yang dilahirkannya itu diberikan kepadanya. Selain Zakaria ada lagi seorang anak Tengku Muhammad yang sempat penulis jumpa. Salah seorang anak perempuan Tengku Muhammad berkahwin dengan seorang pegawai bank kerajaan di Aceh. Sungguhpun penulis banyak mencatat pelbagai sejarah, namun tidak terlepas daripada kelalaian, kerana sibuk mencatat hal-hal lain sehingga nama anak-anak Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani tidak terdapat dalam catatan penulis. Nama Zakaria dan Mirza tersebut itu pun hanya ada dalam ingatan, mohon maaf sekiranya terjadi kekeliruan ingatan.

MENINGGAL DUNIA

Di dalam akhbar Ampera No. 129, Tahun ke-VIII, Selasa 28 Disember 1976 tertulis, ``Seorang Tokoh Agama Islam yang terkenal di Jambi Guru Zuhdy, hari Minggu 26 Disember tutup usia di Jakarta. Almarhum singgah di Jakarta dalam perjalanan kembali ke Jambi dari Tanah Suci Mekah. Jenazah Tokoh Islam Jambi itu, Senin kemaren tiba di lapangan Palmerah dengan pesawat terbang milik National Air Charter. Ribuan masyarakat termasuk sejumlah besar pegawai pemerintah di sini menyambut di lapangan terbang. Dari Palmerah jenazah dibawa ke Mesjid Raya Jambi untuk disembahyangkan`` Beliau meninggal dunia tanpa menghidap sebarang penyakit. Pada malam dan Subuh hari meninggalnya, beliau masih sempat memberi nasihat. Edisi


ZOOM MAIS 18 • Edisi • Oktober 2016

1

2

3

1. DYMM Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah berkenan merasmikan Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor dikenali sebagai Bait Al-Mawaddah di Jalan Kebun, Klang pada 28 September 2016. 2. Program bersama Tabika Kemas telah diadakan di Tabika Kemas Seksyen 2, Shah Alam pada 11 Oktober 2016 yang lalu. 3. Bengkel Pembangunan Pelan Strategik ICT MAIS 2016 & 2019 Siri 3 yang telah berlangsung di Hotel Bella Vista Waterfront & Spa, Langkawi bermula 21 hingga 23 September 2016, turut melibatkan 12 orang pegawai MAIS.


ZOOM MAIS Edisi • Oktober 2016 • 19

4

5

6

7

4. Sektor Penyelidikan MAIS dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS telah menganjurkan Seminar Eksklusif Isu-Isu Teras Agama Islam Bersama Kepimpinan Negeri Selangor di Hotel Grand Bluewaves pada 26 September 2016. 5. Perlawanan bola sepak persahabatan antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah berlangsung pada 21 Oktober 2016 di Stadium Ipoh. 6. Seminar Kebangsaan Transformasi Harta Pusaka Kebangsaan telah berlangsung di Universiti Islam Sains Malaysia(USIM) pada 2 September 2016. 7. Jabatan Akauntan Negara (ANM) Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) pada 15 September 2016.


OKTOBER 2016 • MUHARRAM 1438 • NASKHAH PERCUMA • www.mais.gov.my

Terkini Membentuk Fikrah Ummah

Tengku Muhammad Al-Fathani Ulama Besar Jambi Nama lengkapnya ialah Kiyai Haji Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman bin Tuanku Nur bin Raja Belat Ibnu Raja Datu al-Fathani al-Jawi. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 1323 H/1905 M. dan meninggal dunia di Jakarta pada hari Ahad, 5 Muharam 1397 H/26.

>17

7 Amalan Hebat Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.

INTAKE

Session II NOV 2016 ASASI |

DIPLOMA | SARJANA MUDA |

SARJANA | PhD

Kedua: Membca Al-Quran sebelum matahari terbit, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk mana pun kita, bacalah ayat 3 Qul atau ayat Qursi.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah SWT yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru : Foundation 26/10/2016 Diploma/Degree 15/11/2016

Keempat: Jaga solat dhuha dan yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah SWT selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah SWT berlipat kali ganda.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. “Orang yang selalu berwudhu akan sentiasa merasa dalam solat walaupun dia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampunilah dosa dan sayangi dia ya Allah SWT”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT.

019 - 389 6937

EDISI dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.