GENERASI MUDA CABARAN DAN DAKWAH
Cetakan Pertama 2016 Š Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Agama Islam Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia Penerbitan
Penerbitan: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tingkat 9, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah Seksyen 5 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5514 3752 Faks: 603-5512 4042 E-Mel: pro@mais.gov.my Laman web: mais.gov.my Dicetak oleh:
Data Pengkatalogan-dalam-
Kandungan PRAKATA
vii
MUKADIMAH BAB 1
BAB 2
xi
GENERASI MUDA : PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN PERANAN.
1
Pandangan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan Kamus Dewan
2
Pandangan Islam Mengenai Istilah Generasi Muda
3
Perbezaan Antara Istilah Remaja Dan Belia Menurut Pandangan Ahli Psikologi Barat Dan Timur
4
Had Umur Generasi Muda
6
Kepentingan Dan Peranan Generasi Muda Terhadap Ummah
7
GENERASI MUDA MENURUT PANDANGAN SARJANA BARAT
9
Memahami Keperibadian Generasi Muda Berdasarkan Teori Generasi
12
iii
GENERASI MUDA: CABARAN DAN DAKWAH
BAB 3
BAB 4
BAB 5
iv
Perkaitan Teori Pembangunan Generasi Dan Hikmah Daripada Pengkelasan Generasi
17
Prioriti Gaya Kehidupan Harian Antara Generasi
21
GENERASI MUDA MENURUT PANDANGAN ISLAM
39
Al-Qur’an Dan Generasi Muda
40
As-Sunnah Dan Generasi Muda
43
Pandangan Para Ulama Dan Sarjana Islam
46
Perkaitan Konsep Baligh Dengan Kefahaman Belia Dalam Islam
49
CABARAN GENERASI MUDA MASA KINI
53
Generasi Muda Islam: Antara Dua Pilihan
55
Antara Dua Pilihan: Cabaran Dan Ancaman Masa Kini
57
MEMBANGUN SEMULA GENERASI YANG DIIMPIKAN UMMAH
85
Impian Ummah: Ciri-Ciri Generasi Muda Musleh
86
Sorotan Sejarah: Generasi Musleh Yang Diakui Dalam Ketamadunan Islam
92
Generasi Musleh: Manhaj Al-Fateh Antara Fantasi Dan Realiti
94
KANDUNGAN
BAB 6
BAB 7
WAHANA PEMBANGUNAN DAN PEMERKASAAN GENERASI MUDA
99
Pemerkasaan Akal
100
Pemerkasaan Emosi
102
Pemerkasaan Rohani
103
Pemerkasaan Jaringan Sosial
104
Pemerkasaan Fizikal
107
Pemerkasaan Kecerdikan Bicara Solehah
111
Pemerkasaan Penguasaan Sains Dan Teknologi
112
Pemerkasaan Kecintaan Alam Semula Jadi
113
Pemerkasaan Pengurusan Diri
117
Pemerkasaan Pengurusan Organisasi Dan Kepemimpinan Mithali
118
METODOLOGI PEMERKASAAN GENERASI MUDA
121
Menyelami Kaedah Dinamika Dakwah Dan Pendekatan Para Ulama
121
Kepentingan Komunikasi Dalam Mempertingkatkan Keberkesanan Dakwah
125
Memanfaatkan Ilmu Dan Kemahiran Konsep Jualan Dan Pemasaran Dalam Pendekatan Dakwah
129
v
GENERASI MUDA: CABARAN DAN DAKWAH
Pendekatan Berasaskan Pecahan Dan Kategori Umur, Keperluan Hidup Dan Kematangan Berfikir
135
Pendekatan Berasaskan Perubahan Dan Perkembangan Teknologi
142
KHATIMAH
159
BIBLIOGRAFI
163
vi
PRAKATA Segala puji bagi Allah SWT, Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Dengan limpah dan kurniaNya maka dapatlah buku Generasi Muda: Cabaran Dan Dakwah ini diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dengan pembiayaan sepenuhnya daripada peruntukan zakat yang disumbangkan oleh umat Islam khususnya di Selangor. Terbitan buku ini adalah bertujuan untuk mengembalikan semula manfaatnya kepada umat Islam melalui penjagaan aqidah yang sering diancam oleh pelbagai pihak. Gelombang kerancakan dakwah di Malaysia yang bermula sekitar awal tahun 1970-an telah mengubah pola pemikiran dan landskap sosiopolitik dan sosioekonomi negara. Ternyata dengan usaha gigih dan istiqomah oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan sokongan gerakan dakwah badan bukan kerajaan (NGO), ia telah menyemarakkan lagi misi ISLAM sebagai Rahmatan Lil’Alamin. Buku ini menggarap dan membincangkan secara khusus isu yang berkaitan dakwah dan generasi muda. Antara intipati penting yang dibahaskan termasuklah kepentingan dan peranan generasi muda, perbandingan teori antara Barat dan Islam dalam memahami keperibadian serta pengkelasan dan prioriti gaya hidup antara generasi.
vii
GENERASI MUDA: CABARAN DAN DAKWAH
Sorotan sejarah Islam dalam membangunkan tamadun yang unggul di mana bermulanya kedinamikan generasi Musleh yang mampu merealisasikan sebuah impian besar dalam membentengi di antara dua paradoks iaitu Barat dan pembaratan yang merupakan cabaran dan ancaman kepada generasi muda, turut diketengahkan sebagai satu iktibar dan istinbat kepada ummah. Pemerkasaan yang diperlukan oleh generasi muda segi rohaniah dan jasmaniah serta rangkaian metodologi dakwah yang holistik merupakan solusi yang diketengahkan bertepatan dengan konsep P.A.R.L.I (Problem-Action-Result-Lessons-Innovation) yang menjadi teras pada penulisan buku ini. Kita harus mengakui bahawa kekuatan dan kesinambungan misi dakwah berkait rapat dengan pendekatan dan metodologi yang digunakan supaya sesuai dengan tuntutan generasi, peringkat umur, taraf pendidikan dan lokaliti. Sudah pasti pendekatan kepada remaja dan belia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tahap umur berbeza dengan pendekatan kepada golongan yang sudah berumur dan kanakkanak. Kelesuan, sindrom kurang bermaya dan sikap penolakan akan dihadapi oleh para da’i dan badan dakwah jika keperluan, cita rasa, trend kehidupan dan kehendak tidak dititikberatkan ketika penyampaian dakwah. Faktor-faktor inilah yang diketengahkan dan menjadikan buku ini cukup relevan untuk tatapan dan bacaan umat Islam, khususnya para penegak dan pejuang agama Allah, pendidik, aktivitis dan segenap lapisan masyarakat yang cintakan ISLAM Rahmatan Lil- ’Alamin. Sayyidina Umar Al-Khattab RA pernah berpesan, “Khatibul an-nasa ala kadara u’qulihim” (Berbicaralah dengan manusia berdasarkan tahap pemikirannya). Justeru, idea penulisan buku ini mendukung saranan Sayyidina Umar Al-Khattab RA tersebut supaya mampu memenuhi kehendak dan cita rasa generasi muda. Perkara ini jelas kerana kupasannya turut menekankan kesalingan antara konsep viii
PRAKATA
terdahulu dan kontemporari dalam metodologi dakwah kepada generasi muda. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ingin mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada semua pihak yang sama-sama terlibat bagi menyiapkan buku yang amat berharga ini untuk kemaslahatan umat Islam. Semoga dengan usaha yang kecil ini, akan memberi manfaat yang besar kepada umat islam di samping memberi kesedaran untuk mengeluarkan zakat bagi kemaslahatan ummah melalui lapan asnaf yang diwajibkan. Hasil ganjaran yang diperolehi melalui penerbitan buku ini akan dikongsi pahala dan manfaatnya oleh pengeluar zakat di akhirat kelak. Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa Pengerusi MAIS
ix
MUKADIMAH Apabila berbicara tentang generasi, persoalan yang seringkali timbul ialah bagaimanakah cara dan kaedah untuk merapatkan jurang antara generasi. Perkara yang amat membimbangkan adalah kita tidak mahu menghasilkan zuriat dan jil (generasi) yang lesu, layu dan tidak mampu mendepani cabaran alaf gajet, multimedia dan teknologi serta kehidupan semasa yang semakin rumit dan moden. Adalah menjadi keperluan yang mendesak kepada masyarakat dan negara agar dapat membina jil yang mempunyai kekuatan rohaniah dan jasmaniah. Kekuatan keimanan yang diperkukuhkan dengan petunjuk dari Ilahi. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Kami ceritakan kepadamu ( wahai Muhammad ) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk." (Surah Al-Kahfi; 18 : 13)
xi
GENERASI MUDA: CABARAN DAN DAKWAH
Kita bertanggungjawab agar tidak mewariskan negara, agama dan bangsa kepada jil (generasi) yang lemah dan lesu, lebihlebih lagi dalam hal berkaitan dengan kepemimpinan. Rasulullah SAW pernah menolak permohonan Abu Dzar Al-Ghifari yang menawarkan diri untuk menyandang jawatan. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Abu Dzar, anda seorang yang lemah, sedang tugas ini adalah suatu amanah, ia akan menyusahkan dan menjadi penyesalan pada hari kiamat nanti, kecuali bagi orang yang mengambilnya secara hak dan menunaikan tanggungjawab yang terpikul di bahunya." (Hadis Riwayat Muslim) Inilah gambaran dan kehebatan uslub kepemimpinan Rasulullah SAW dalam menentukan siapakah yang selayaknya memikul amanah kepemimpinan. Sejarah Islam juga telah merakamkan sumbangan generasi muda dalam mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan, keamanan, perpaduan dan reformasi atau islah. Nama-nama besar seperti Usamah bin Zaid yang berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang Kerajaan Rom, Muhammad AlQasim, pemuda yang telah menerangi tanah India dengan nur Islam pada zaman Khilafah Umawiyah, Imam Asy-Syafie menjadi ilmuwan ulung ketika usia mudanya, bahkan telah menjadi mufti ketika beliau berusia sembilan tahun, Muaz bin Jabal, komander perang yang menawan Kota Andalus daripada Kristian, Sultan Muhammad Al-Fateh yang membebaskan kota Konstantinople ketika berusia 21 tahun dan ramai lagi tokoh-tokoh muda Islam yang telah memahat kejayaan besar dalam lipatan sejarah ketamadunan Islam. Apakah pilihan yang kita ada untuk merapatkan jurang antara generasi hari ini? Apakah manhaj dan uslub yang paling xii
MUKADIMAH
sesuai? Adakah manhaj dan uslub yang kita warisi daripada ulama dan ilmuwan silam masih relevan kepada generasi muda pada hari ini? Justeru, penulisan ini bertujuan untuk merungkaikan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu-isu cabaran dan dakwah kepada generasi muda pada masa kini, sebagai satu alternatif kepada para ibu bapa, guru, dai’e, pemimpin masyarakat dan negara dalam mendepani isu zurriyyatun dhu’afa’ (keturunan yang lemah) yang menjadi bualan dan kebimbangan umum masyarakat pada hari ini.
xiii