Mengenali ajaran sesat melalui soal jawab

Page 1

mengenali ajaran sesat melalui soal jawab


Cetakan Pertama 2015 Š Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Agama Islam Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia Penerbitan

Penerbitan: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tingkat 9, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah Seksyen 5 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5514 3752 Faks: 603-5512 4042 E-Mel: pro@mais.gov.my Laman web: mais.gov.my Dicetak oleh:

Data Pengkatalogan-dalam-


Kandungan vii

PRAKATA

1

MUKADIMAH SOALAN 1:

Apakah definisi bagi istilah ajaran sesat?

2

SOALAN 2:

Apakah pengertian ajaran sesat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab?

3

SOALAN 3:

Apakah jenis atau bentuk ajaran sesat?

4

SOALAN 4:

Apakah ciri-ciri ajaran sesat?

9

SOALAN 5:

Apakah sesat?

ajaran

26

SOALAN 6:

Apakah sumber ajaran sesat di Malaysia?

28

SOALAN 7:

Apakah yang dimaksudkan dengan tasawuf teosofi?

29

SOALAN 8:

Apakah yang dimaksudkan dengan tasawuf Wahdatul Wujud dan dari mana sumbernya?

30

SOALAN 9:

Bagaimanakah ajaran sesat?

31

kriteria-kriteria

punca

lahirnya

iii


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

SOALAN 10:

Bagaimanakah penyusupan dan ajaran sesat bermula?

cara-cara penyebaran

34

SOALAN 11:

Bagaimanakah berlakunya kekeliruan dalam masyarakat mengenai pengilmuan secara batin?

36

SOALAN 12:

Siapakah yang menjadi mangsa ajaran sesat?

37

SOALAN 13:

Bagaimanakah cara kumpulan Batiniyyah memikat dan mendekati mangsa?

38

SOALAN 14:

Apakah faktor-faktor utama dalam perkembangan ajaran sesat di Malaysia?

41

SOALAN 15:

Adakah terdapat pengaruh lain yang membantu perkembangan ajaran sesat di Malaysia selain faktor-faktor utama tersebut?

43

SOALAN 16:

Bagaimanakah untuk membezakan antara amalan Batin Tasawuf dengan amalan Batin Batiniyyah?

49

SOALAN 17:

Siapakah yang biasanya menjadi mangsa ajaran sesat?

51

SOALAN 18:

Apakah faktor-faktor berlakunya ajaran sesat?

52

SOALAN 19:

Apakah motif sebenar penyebaran ajaran sesat?

54

iv


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL DAN JAWAB

SOALAN 20:

Apakah kesan daripada ajaran umat Islam?

dan implikasi sesat terhadap

55

SOALAN 21:

Adakah hanya dengan menganuti fahaman ajaran sesat sahaja, baharulah dikatakan sesat dan membawa pada pembatalan syahadah?

59

SOALAN 22:

Bagaimanakah bermulanya sejarah kemunculan ajaran sesat di Malaysia?

59

SOALAN 23:

Apakah tindakan pemerkasaan yang boleh dilaksanakan untuk menangani ajaran sesat terutamanya di Malaysia?

62

SOALAN 24:

Apakah persediaan yang diperlukan untuk menangani ajaran sesat?

64

SOALAN 25:

Apakah contoh-contoh ajaran sesat serta huraiannya yang telah diwartakan sebagai sesat?

68

RUJUKAN

99

v



PRAKATA Segala puji bagi Allah SWT, Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Dengan limpah dan kurniaNya maka dapatlah buku, Mengenali Ajaran Sesat Melalui Soal Jawab ini diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dengan pembiayaan sepenuhnya daripada Lembaga Zakat Selangor. Terbitan buku ini adalah bertujuan mengembalikan semula manfaatnya kepada umat Islam melalui penjagaan akidah yang sering diancam oleh pelbagai pihak. Umat Islam di Malaysia sering diancam dengan pembawa aliran dan ajaran yang menyimpang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan peribadi dengan mengumpul pengikutnya semata-mata bagi mendapatkan sesuatu yang dihajati melalui pelbagai pendekatan yang licik. Kebanyakan ajaran sesat yang ada di Malaysia berasal dari luar yang rata-ratanya telah ditolak kefahamannya di negara asal yang kemudiannya dibawa ke tempat lain. Tujuan memperluaskan ajaran tersebut ke tempat lain adalah bagi mengukuhkan jaringan kedudukan mereka. Bagi umat Islam yang lemah pegangan akidahnya maka akan mudah dipesongkan dengan tipu daya yang mereka lakukan. Kewujudan kumpulan dan fahaman ajaran sesat tidak boleh dipandang remeh kerana mereka akan sentiasa mencari jalan bagi memesongkan akidah umat Islam. Walaupun telah banyak kumpulan ajaran sesat yang dibanteras dan difatwakan sebagai menyimpang daripada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi kewujudannya tidak pernah pudar. Justeru, umat Islam hendaklah mengambil tanggungjawab bagi menjaga diri dan keluarga mereka daripada terjerumus ke arah kesesatan yang akan membawa mereka ke neraka di akhirat kelak. vii


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Buku ini diolah dengan pendekatan soal dan jawab bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Ia diedarkan secara percuma bagi membantu umat Islam untuk mengenali apakah yang dimaksudkan dengan ajaran sesat, sejarah kemasukannya di Malaysia, ciri-cirinya dan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu begitu mudah diperdaya oleh kumpulan ajaran sesat serta pelbagai informasi yang berguna untuk mengelakkan kita daripada terjebak dan terpengaruh dengan dakyah mereka. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ingin mengucapkan “Jazakumullahu Khairan Kathira” kepada semua pihak yang samasama terlibat bagi menyiapkan buku yang amat berharga ini untuk kepentingan akidah umat Islam. Semoga dengan usaha yang kecil ini, akan memberi manfaat yang besar kepada umat Islam di samping memberi kesedaran untuk mengeluarkan zakat bagi kemaslahatan ummah melalui lapan asnaf yang diwajibkan. Hasil ganjaran yang diperolehi melalui penerbitan buku ini akan dikongsi pahala dan manfaatnya oleh pengeluar zakat di akhirat kelak. Sekian, saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa Pengerusi MAIS

viii


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

mukadimah Ajaran sesat sudah sekian lama bertapak di Malaysia dan masih berkesinambungan sehingga ke hari ini. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat namun wabak ajaran sesat masih terus menular dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia. Apakah ia tidak boleh dibendung dan sukar untuk ditangani? Ajaran sesat adalah sebahagian ancaman besar terhadap akidah umat Islam kerana ia boleh membawa seseorang individu Muslim terkeluar dari landasan Islam sehingga menjadi murtad. Jika diteliti sejarah ajaran sesat di Malaysia, pihak berwajib di Malaysia sering membuat pemantauan dan telah menangani lebih daripada berpuluh-puluh ajaran sesat. Namun, kumpulan ajaran sesat yang telah difatwakan sesat dan telah diambil tindakan kembali aktif dan tidak kurang juga kumpulan ajaran sesat baharu yang tumbuh bagaikan cendawan, cuba memesongkan umat Islam di Malaysia dengan membawa pelbagai fahaman dan ajaran yang terbukti terkeluar dari landasan syariat Islam yang sebenar. Kemasukan fahaman asing dari luar, kebiasaannya menjadi punca pada pembawaan kumpulan ajaran sesat di Malaysia. Dengan terbitnya buku soal jawab yang bertajuk, Mengenali Ajaran Sesat Melalui Soal Jawab di Malaysia, InsyaAllah sedikit sebanyak akan memudahkan umat Islam untuk memahami hakikat dan kebenaran penularan ajaran sesat di Malaysia di samping untuk memperkuatkan kembali akidah umat Islam agar tidak terpengaruh serta terpedaya dengan sebarang ajaran sesat. 1


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 1: Apakah definisi bagi istilah ajaran sesat? Jawapan: Istilah ajaran sesat adalah istilah yang bersifat relatif kerana terdapat banyak takrifan dan definisi yang diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus Dewan, “ajaran” ditakrifkan sebagai segala perkara yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakala “sesat” pula ditakrifkan sebagai tidak mengikut jalan yang betul, tersalah atau tersilap jalan, terkeliru (dari sudut perbuatan mahupun kepercayaan) dan menyimpang dari jalan yang benar. Secara dasarnya, ajaran sesat dari segi bahasa ialah suatu perbuatan atau amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam, baik secara terang-terangan atau tersembunyi sama ada melibatkan iktikad atau amalan. Apabila sesuatu ajaran itu diyakini dan diamalkan, maka ia akan memberikan implikasi terhadap diri seseorang sama ada murtad, tidak sempurna keIslamannya dan tidak sah ibadatnya. Dalam penggunaan bahasa Melayu, ajaran sesat adalah ilmu yang diajar dan disebarkan sama ada secara rahsia mahupun secara meluas kepada orang lain yang didapati menyimpang daripada kebenaran asal. Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula mentakrifkan ajaran sesat sebagai sebarang ajaran ataupun amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam ataupun bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan itu berdasarkan ajaran Islam. Hakikatnya, ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islam serta bertentangan dengan AlQur’an, As-Sunnah, mazhab yang muktabar dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). 2


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Profesor Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim mendefinisikan ajaran sesat sebagai ajaran dan amalan yang bertentangan dengan Islam. Di samping itu, Prof. Dr. Abdul Fatah turut menghubungkaitkan ajaran sesat dengan tasawuf (tarekat). Ini kerana dewasa ini, masyarakat Islam meletakkan tasawuf (tarekat) bukan pada tempat yang sebenar. Natijahnya, ilmu tasawuf (tarekat) bertukar wajah sebagai ajaran sesat akibat penglibatan masyarakat awam yang bukan dalam kalangan ahli falsafah khususnya berkaitan dengan permasalahan ilmu falsafah. Berdasarkan definisi yang dinyatakan, segala ajaran sama ada daripada aspek akidah, ibadat dan tasawuf yang terjelma dalam anutan dan pegangan hidup yang diresapi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah Islam seperti Batiniyyah, Hinduisme, Neoplatonisme, pentafsiran menyeleweng terhadap Al-Qur’an dan Al-Hadis serta menggunakan Al-Hadis palsu. Hasilnya, segala ramuan yang teradun dan teranyam rapi menjadi citra pada apa yang diungkapkan sebagai ajaran sesat.

Soalan 2: Apakah pengertian ajaran sesat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab? Jawapan: Dalam bahasa Inggeris, ajaran sesat dikenali dengan istilah cult yang merujuk pada kumpulan agama yang patuh kepada seorang pemimpin yang dihormati yang membawa ajaran baharu atau amalan rohani yang luar biasa. Istilah lain yang popular digunakan dalam kalangan ahli akademik barat yang merujuk pada ajaran sesat adalah New Religion Movement. Dalam

bahasa

Arab

pula,

ajaran

sesat

diterjemahkan 3


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

kepada beberapa istilah. Antaranya Al-Falsafah Al-Dahriyyah iaitu aliran yang mendukung fahaman mengingkari wujudnya Tuhan Maha Pencipta, Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Mereka menganggap alam ini wujud dengan sendiri tanpa ada pencipta dan mereka adalah golongan Zindiq. Perkataan sesat dalam bahasa Arab diterjemahkan kepada dalla yadillu dalalan. Ia merujuk pada kehilangan sesuatu yang jauh daripada kebenaran, menyimpang, terkeluar dan menyeleweng dari jalan yang lurus. Perkataan lawannya ialah hudan yang bermaksud hidayah atau petunjuk. Menurut tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama yang betul kerana mempelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya. Orang yang sesat ialah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengetahuan agama tetapi ilmu tersebut tidak betul kerana dipelajari tanpa peraturan dan mengikut jalan yang salah. Allah SWT telah menjelaskan kepada umat manusia bahawa hanya jalan Allah SWT sahaja yang benar.

Soalan 3: Apakah jenis atau bentuk ajaran sesat? Jawapan: 1.

Bentuk Ajaran Baharu

Menurut Muhammad Uthman el-Muhammady, ajaran baharu yang mengancam kemurnian akidah umat Islam terbahagi pada dua bentuk iaitu; (i) Ancaman Fahaman dan Kepercayaan Berbentuk Tradisi dan, (ii) Ancaman Fahaman dan Kepercayaan Moden. 4


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

i.

Ancaman Fahaman dan Kepercayaan Berbentuk Tradisi

Fahaman dan kepercayaan yang berbentuk tradisi antaranya adalah fahaman Zindiq iaitu yang mempunyai ajaran Tuhan dalam diri atau tubuh manusia. Istilah zindiq merujuk kepada individu atau golongan yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keIslamannya. Ia juga merujuk kepada orang atau golongan yang mengingkari kewujudan Allah SWT dan mengatakan alam ini qadim dan juga mengingkari kepastian berlakunya hari kiamat. Fahaman yang seterusnya ialah fahaman Jabariah iaitu yang mengajar manusia supaya tidak perlu berusaha apa-apa. Fahaman ini diasaskan oleh Al-Ja’d Bin Darham pada permulaan zaman pemerintahan Umayyah. Ia berpendapat bahawa manusia tiada pilihan, bahkan terpaksa melakukan sesuatu perbuatan. Ini bermakna bahawa apa yang berlaku kepada manusia telah ditakdirkan segalanya oleh Allah SWT sejak azali lagi. Selain itu, fahaman Muktazilah yang mendukung pegangan manusia berkuasa sepenuhnya bagi segala perbuatan. Muktazilah merupakan satu aliran mazhab yang terkenal dalam akidah Islam dan ia diasaskan oleh Wasil Bin Atha’ pada awal kurun ke-2H. Manakala fahaman Wahdah Al-Wujud adalah fahaman yang menyalahi konsep keesaan Allah SWT. Ia ditafsirkan sebagai kesatuan di antara Tuhan, alam dan manusia serta golongan sesuatu yang terdapat di dalam alam ini ataupun ia merupakan golongan yang menyatukan di antara manusia, alam dan Tuhan. Aliran falsafah ini memperakui ada satu sahaja iaitu ada Allah SWT, selain daripada Allah SWT hanyalah alam ini. Keseluruhan benda adalah manifestasi daripada ilmu dan kehendak Allah SWT. Proses limpahan terhasil daripada Tuhan sama ada secara langsung atau melalui perantaraan yang kewujudannya adalah proses pengembangan daripada Tuhan.

5


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

ii.

Ancaman Fahaman dan Kepercayaan Moden

Manakala ancaman fahaman dan kepercayaan moden pula kebanyakannya dicipta oleh manusia sendiri. Antaranya fahamanfahaman tersebut adalah: a. Sekularisme yang memisahkan urusan agama daripada kehidupan dunia. b. Materialisme iaitu fahaman atau falsafah yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan ada dan terjadinya segala sesuatu dalam dunia ini. c.

Saintisme iaitu kepercayaan dan keyakinan kepada sesuatu perkara berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata menurut kaedah atau prinsip sains seperti fizik, kimia, biologi dan lain-lain lagi.

d.

Komunisme iaitu fahaman politik yang hendak menjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat.

2.

Bentuk Ajaran Tarekat

Hampir seluruh ajaran sesat berselindung di sebalik ajaran tarekat dan tasawuf sehingga menyalahgunakan nama tarekat-tarekat seperti Tarekat Ahmadiah, Tarekat Naqsyabandiyah, Tarekat Syadhiliyah, Tarekat Qadiriyah, Tarekat Samaniah dan sebagainya dengan cara yang bertentangan dengan hukum syarak. Tarekat menurut huraian ulama tasawuf mempunyai beberapa pengertian iaitu umum, khusus dan lebih khusus. Pengertian umum bagi tarekat itu merujuk pada jalan agama Allah SWT iaitu jalan Islam itu sendiri. Ibnu Khaldun menjelaskan asal ilmu tasawuf itu ialah tarekat kaum sufi itu di sisi golongan terdahulu daripada umat dan pemuka-pemukanya daripada kalangan sahabat, para tabi’in dan golongan selepas mereka merupakan tarekat kebenaran dan hidayah. 6


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Taksub Dan Memuja Orang Yang Telah Meninggal Dunia 3.

Bentuk Ajaran Melalui Kepercayaan Dan Amalan Tradisi Yang Berhubung Kait Dengan Perkara-Perkara Mistik Dan Budaya Hidup

Ajaran sesat juga dapat dikesan melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang menjadi kepercayaan karut, khurafat, bidaah dan syirik. Ia mempunyai kaitan dengan perkara-perkara mistik dan budaya hidup. Jenis ketiga ini adalah ajaran yang sudah menjadi lumrah dan berakar umbi dalam masyarakat Islam. Ia diwarisi secara turun temurun daripada satu generasi ke generasi lain. Khurafat ialah perkara yang belum diketahui kesahihannya. Ini bermakna, rekaan ataupun khayalan, ajaran, pantang larang, 7


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

adat istiadat, ramalan, pemujaan ataupun kepercayaan yang belum diketahui kesahihannya dan menyimpang daripada ajaran Islam. Ia banyak terhasil daripada pengaruh agama lain seperti Hindu, Buddha, Animisme dan Dinamisme. Di Malaysia, amalan dan kepercayaan ini dicampur aduk dengan ajaran Islam seperti yang berlaku dalam amalan bomoh, pemujaan dan kesaktian. Beberapa contoh amalan khurafat dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah ilmu kebal dalam sesetengah amalan persilatan. Sebahagian pengamal persilatan mendakwa hanya melalui amalan silat sahaja individu itu dapat menjadi kebal. Semasa memulakan persembahan seni silat, upacara yang mempunyai unsur-unsur meditasi dan pemujaan roh dilakukan. Amalan dukun dan mengurut dengan menggunakan jampi serapah dengan memanggil orang halus juga didapati masih menebal dalam kalangan dukun dan bomoh di Malaysia. Selain daripada amalan yang dilakukan dalam ilmu persilatan, bomoh dan ilmu batin, adat istiadat yang terdapat dalam masyarakat Islam Malaysia juga tidak terlepas daripada amalan-amalan sesat. Dari sudut etimologi, perkataan adat berasal daripada bahasa Arab al-‘adah. Ia bermaksud perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan yang tetap dan diamalkan oleh orang ramai. Dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia, kebiasaan yang diamalkan oleh orang Melayu akhirnya berkembang menjadi adat.

8


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 4: Apakah ciri-ciri ajaran sesat? Jawapan: Ciri-ciri ajaran sesat yang terdapat di Malaysia. Antaranya: 1.

Memperakui guru mereka menerima wahyu.

Terdapat segelitir dalam kalangan umat Islam yang masih jahil dengan agama dan mudah terpengaruh dengan dakwaan yang dibuat oleh pembawa ajaran sesat, sedangkan jika seseorang itu mempunyai asas-asas agama yang kukuh, dia akan mengetahui dan memahami serta tidak mudah tertipu kerana wahyu telah lama terputus setelah wafatnya Baginda Rasulullah SAW. 2.

Mengaku guru mereka sebagai nabi atau malaikat.

Kebiasaannya seseorang pendukung ajaran sesat akan memperlihatkan sesuatu yang luar biasa dengan bantuan dan pertolongan jin di hadapan pengikutnya sehingga dapat menarik perhatian dan mempengaruhi mereka yang agak jahil dengan agama. Sedangkan tidak ada lagi nabi setelah Nabi Muhammad SAW. 3.

Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.

Pengikut sesuatu ajaran sesat yang begitu mudah dipengaruhi akan juga mudah mempercayai segala yang diperkatakan oleh gurunya. Sedangkan tujuan utama gurunya adalah semata-mata untuk mengumpul kekayaan hasil daripada penipuan yang dilakukan terhadap pengikut-pengikutnya. Ini adalah antara tujuan utama kebanyakan kumpulan ajaran sesat di Malaysia.

9


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Pluralisme Dalam Agama 4.

Mempercayai semua agama adalah sama.

Fahaman yang mempercayai bahawa semua agama adalah sama merupakan fahaman yang telah dipengaruhi oleh Pluralisme Agama. Ia sangat merbahaya dan boleh menyeleweng dan memesongkan akidah umat Islam, kerana hanya agama Islam sahaja yang diredai oleh Allah SWT dan merupakan agama yang tertinggi dan tidak boleh dibandingkan atau disamakan dengan agama lain. 5.

Mempercayai ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW.

Kepercayaan bahawa akan adanya lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW menunjukkan kejahilan umat Islam terhadap agamanya sendiri sehingga boleh dipengaruhi dengan begitu mudah. 6.

Mengaku bahawa Allah SWT menjelma dalam dirinya.

Ketaksuban dalam mengamalkan sesuatu ajaran yang terpesong akan menyebabkan seseorang lebih mudah berdampingan dengan 10


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

syaitan yang menjelmakan diri dalam pelbagai bentuk rupa sehingga ia menganggapnya sebagai Tuhan yang menjelma dalam dirinya. 7.

Mendakwa bahawa mereka ialah wakil nabi dan boleh memberi syafaat kepada muridnya.

Apabila minda dapat dipengaruhi dan disulami dengan kejahilan dalam agama, ia akan menyebabkan seseorang terlalu yakin dengan kata-kata yang dilontarkan oleh gurunya walaupun dari segi logik, apa yang diperkatakannya sangat bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Kalaulah sekiranya seseorang boleh diwakilkan untuk memberi syafaat, maka para Sahabat; Sayidina Abu Bakar RA, Sayidina Umar RA dan para Sahabat yang lainnya lebih utama dijadikan oleh Rasulullah SAW sebagai wakilnya. 8.

Mempercayai bahawa wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW.

Sepatutnya setiap umat Islam memahami asas-asas agama Islam sejak dari kecil agar tidak terpesong dari landasan sebenar yang disyariatkan oleh Islam. Umat Islam sepatutnya tahu bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi wahyu yang akan diturunkan sehinggalah berlakunya kiamat. Jika kedengaran atau diberitahu bahawa ada wahyu yang diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW, maka secara automatiknya kita tidak perlu mempercayai atau menerimanya dan boleh menganggapnya sebagai sesat.

11


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Meminta-minta Dari Kubur 9.

Mempercayai bahawa orang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

Banyak dalam kalangan kumpulan ajaran sesat yang mendakwa mampu untuk memanggil balik roh orang yang telah meninggal dunia sedangkan mereka menggunakan bantuan jin untuk melaksanakan misi penipuan mereka. 10. Mengakui dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah SWT melalui Nur Muhammad yang berada dalam dirinya. Kumpulan ajaran sesat yang terlampau taksub dengan gurunya akan menyebabkan gurunya merasakan dirinya berkuasa dan pada masa yang sama akan mendapat bantuan syaitan yang memang tugasnya menyesatkan manusia sehinggakan gurunya mampu untuk menunjukkan sesuatu yang di luar jangka di hadapan muridnya mengenai kelebihan yang ada pada dirinya. Apabila sampai ke tahap begitu maka mulalah syaitan memainkan peranan untuk menghasut sehingga gurunya sanggup menyatakan bahawa kononnya ia boleh berhubung terus dengan Allah SWT. 12


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

11. Mendakwa boleh memanggil roh orang mati dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir. Ramai di antara umat Islam tertipu oleh bomoh atau tukang sihir yang mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kejahilan untuk menipu orang lain bagi tujuan mendapatkan wang dengan segera. Sedangkan Islam telah melarang dan menganggap orang yang melakukan perbuatan sedemikian termasuk mempercayai tilikan bomoh yang menggunakan bantuan syaitan untuk melaksanakan sesuatu agenda mereka telah mensyirikkan Allah SWT. 12. Memansuh syariat Islam dan mencipta syariat baharu. Kebiasaannya, kumpulan ajaran sesat melanggar syariat Islam yang telah ditetapkan sama ada dengan menambah-nambah sesuatu yang sedia ada ataupun mengada-adakan sesuatu yang baharu mengikut kesesuaian hawa nafsu mereka sendiri. Contohnya, boleh meninggalkan solat, bernikah batin dan sebagainya yang bertentangan dengan syariat Islam. 13. Meninggalkan Solat Jumaat kerana melakukan suluk. Terdapat sesetengah kumpulan ajaran sesat yang mengajar pengikut mereka agar tidak perlu untuk mengerjakan Solat Jumaat, cukup sekadar berzikir atau melakukan sesuatu amalan tertentu seperti suluk (mengasingkan diri) dan sebagainya. 14. Mempercayai bahawa amalan haji tidak semestinya dilakukan di Makkah, bahkan ia juga boleh dilakukan di tempat lain. Terdapat segelintir dalam kalangan kumpulan ajaran sesat yang menganggap bahawa Rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji tidak semestinya dilakukan di Makkah sahaja tetapi ada tempattempat tertentu yang dianggap tempat suci yang menyamai pelaksanaan menunaikan ibadah haji sepertimana di Makkah. 13


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Sedangkan, umat Islam sepatutnya yakin bahawa hanya Makkah sahaja merupakan satu-satunya tempat untuk melaksanakan ibadah haji. 15. Mengaku diri sebagai Nabi Isa AS. Terdapat juga ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya sebagai Nabi Isa AS dan nabi-nabi yang lain semata-mata untuk mengaburi mata pengikutnya agar disanjung dan dipuja bagi mengukuhkan kedudukannya. Sedangkan Nabi Isa AS. hanya akan diturunkan semula pada akhir zaman setelah keluarnya Dajjal. 16. Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib. Kebiasaannya majoriti daripada ketua ajaran sesat mengakui bahawa mereka mengetahui dan ada hubungan dengan perkaraperkara ghaib sehingga ramai antara pengikutnya terpedaya dan terpesong akidah mereka. 17. Mengaku dirinya atau guru mereka maksum. Kedangkalan dan kejahilan tidak sepatutnya ada pada umat Islam apabila mendengar atau mendapati bahawa ada orang yang mengaku dirinya sebagai maksum kerana sesungguhnya hanya para nabi dan rasul sahaja yang maksum serta terpelihara daripada melakukan dosa terhadap Allah SWT. 18. Mendakwa kepadanya.

bahawa

tugas-tugas

rasul

diamanahkan

Terdapat sebahagian ketua ajaran sesat yang mendakwa bahawa tugas-tugas rasul telah diamanahkan kepadanya sehingga dirinya disamatarafkan dengan para nabi dan rasul. Dakwaan sebegini jelas menunjukkan bahawa syariat yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW masih lagi belum sempurna, sedangkan Allah SWT berfirman: 14


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Maksudnya: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu, dan aku telah lengkapkan buat kamu nikmatKu, dan Aku reda Islam menjadi agamamu� (Surah Al-Maa’idah; 5 : 3)

19. Mendakwa bahawa amalan tarekatnya daripada Rasulullah SAW secara jaga.

diterima

terus

Dakwaan sesuatu amalan tarekat yang diterima terus daripada Rasulullah SAW sering kedengaran daripada ketua ajaran sesat yang cuba mempengaruhi pengikutnya untuk lebih menyakini ajaran yang dibawanya. Jika sekiranya amalan yang dibawa oleh sesuatu ajaran tarekat tidak bertentangan dengan amalan yang dilaksanakan oleh kesepakatan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) maka amalan tersebut boleh diterima. Namun, kebiasaannya amalan sesebuah kumpulan ajaran sesat tidak bertepatan dengan pengamalan sebenar yang dibawa melalui sunnah Rasulullah SAW dan diamalkan oleh umat Islam, inikan pula mendapat terus daripada Rasulullah SAW secara jaga. Sedangkan ajaran Islam itu telah lengkap dan Rasulullah SAW telah menyampaikannya kepada umatnya tanpa ketinggalan apa-apa pun amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT.

15


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

20. Mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak akan mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi. Kepercayaan terhadap kelahiran semula akan memesongkan akidah seseorang kerana sesungguhnya orang yang telah meninggal dunia tidak akan dilahirkan semula sepertimana yang diyakini dalam agama Buddha yang mempercayai konsep kelahiran semula. Sesungguhnya Imam Mahdi melalui Al-Hadis yang sahih menjelaskan bahawa Imam Mahdi adalah daripada manusia biasa yang dipilih oleh Allah SWT apabila tiba masanya nanti di akhir zaman beserta penurunan Nabi Isa AS. 21. Mempercayai bahawa bacaan seseorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain-lain boleh memberi kesan baik atau buruk. Apabila seseorang pengikut terlampau taksub kepada gurunya, maka ia akan mempercayai apa sahaja yang dilakukan oleh gurunya akan membawa keberkatan dan boleh juga membawa keburukan jika dikehendakinya. Mereka yakin dengan ketinggian keramat yang ada pada gurunya sehingga percaya ia mampu untuk mengubah dan mendatangkan kesan kepada sesiapa sahaja. Kecenderungan yang ditunjukkan oleh guru sesuatu ajaran sesat menyebabkan pengikutnya akan bertambah sesat dan jauh dari kebenaran Islam. 22. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum yang baik dan perlu dicontohi. Sikap mengagung-agungkan bangsa lain seperti Yahudi adalah satu bentuk kejahilan yang sepatutnya diatasi. Allah SWT telah memuliakan Bani Israel pada waktu pengutusan rasul-rasul terdahulu, tetapi kaum Yahudi telah melampaui batas kerana telah melakukan banyak kerosakan di muka bumi termasuk membunuh ramai nabi-nabi terdahulu sehinggalah Allah SWT telah melaknat bangsa Yahudi. Allah SWT juga telah berfirman bahawa, 16


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

bangsa Yahudi dan Nasrani tidak akan reda dengan umat Islam sehinggalah mengikuti agama mereka. 23. Mengaku sebagai Imam Mahdi. Terdapat juga antara ketua ajaran sesat yang mengaku sebagai Imam Mahdi, sedangkan tidak terdapat ciri-ciri Imam Mahdi pada diri mereka sepertimana yang dijelaskan melalui sunnah Rasulullah SAW. Mereka mengambil kesempatan atas kelemahan sebahagian umat Islam dari segi ilmu agama untuk mengaburi dan menipu mereka. 24. Mendakwa sebagai wali bergelumang dengan maksiat.

sedangkan

kehidupannya

Bagi ketua ajaran sesat yang menganggap dirinya sebagai wali, mereka merasakan bahawa setiap perkara atau perbuatan yang dilakukan sama ada maksiat yang kecil mahupun yang besar, telah diampunkan oleh Allah SWT. Mereka berpendapat bahawa tidak perlu solat dan melakukan ibadah yang lain. Inilah kemungkaran yang besar dilakukan oleh ramai ketua ajaran sesat dan pengikutnya, mereka menganggap sebagai kekasih Allah SWT tetapi pada masa yang sama melakukan maksiat secara terangterangan. 25. Menghalalkan pernikahan adik-beradik. Alangkah jahilnya pengikut dan ketua ajaran sesat apabila syariat Islam yang telah mengharamkan pernikahan antara mahram dihalalkan oleh kumpulan ajaran sesat. Umat Islam sepatutnya dapat menilai baik buruknya, halal dan haramnya kerana pernikahan antara adik-beradik memang telah diketahui sejak sekian lama sebagai haram, termasuklah juga dalam ajaran agamaagama yang lain.

17


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

26. Mematuhi secara membuta tuli ajaran guru walaupun gurunya melakukan kesalahan dan dosa. Pengikut ajaran sesat, kebiasaannya akan mengikut dan mengamalkan ajaran yang dibawa oleh guru mereka secara membuta tuli walaupun ia secara terang-terangan salah di sisi Islam. Inilah yang selalu menjadi masalah kepada pengikut ajaran sesat walaupun mereka mengetahui ianya salah tetapi masih lagi berdegil untuk meninggalkan ajaran tersebut disebabkan hawa nafsu yang inginkan keseronokan. 27. Menuntut setiap murid menyerahkan diri, anak, isteri dan adik-beradik serta harta benda kepada guru. Antara penyelewengan dan kesesatan yang dilakukan oleh sesetengah kumpulan ajaran sesat adalah menyerahkan diri, keluarga dan harta mereka dengan sepenuh hati kepada ketua ajaran sesat, sehinggakan ketua mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap anak-anak perempuan dan isteri mereka. Kesempatan ini selalu diambil bagi mencapai keinginan nafsu jahatnya. Terdapat kes-kes yang menunjukkan isteri atau anak pengikut ajaran sesat tersebut telah dirogol disebabkan mempercayai bahawa penyerahan kepada ketua mereka akan menambahkan keberkatan dan sebagainya. 28. Mendakwa bahawa Islam seseorang itu tidak sah jika tidak diIslamkan oleh gurunya. Kesyumulan dan kemudahan yang ada pada Islam memudahkan sesiapa sahaja yang ingin memeluk Islam dengan mudah tanpa ada paksaan kerana Islam itu agama fitrah. Sah atau terbatalnya Islam seseorang bukanlah bergantung kepada individu tertentu kerana hanya Allah SWT yang menentukan sahnya keIslaman atau terbatalnya syahadah seseorang. Manusia tidak akan tahu isi hati seseorang yang memeluk Islam. Justeru, tiada siapa yang mampu untuk mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah SWT. 18


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

29. Menegaskan bahawa semua manusia boleh melihat Allah SWT di dunia ini. Kenyataan bahawa semua manusia boleh melihat Allah SWT di dunia ini adalah satu kenyataan yang boleh menyeleweng akidah dan pegangan umat Islam, sedangkan menurut pegangan ASWJ, Allah SWT hanya akan dapat dilihat di syurga kelak dan bukannya di dunia ini. 30. Mendakwa mukjizat.

bahawa

dirinya

atau

gurunya

mempunyai

Mukjizat adalah perkara di luar kebiasaan yang dinugerahkan oleh Allah kepada para nabi dan rasulnya bagi membuktikan kenabian dan kebenaran risalah yang mereka sampaikan. Ia merupakan kejadian di luar akal manusia serta tidak dimiliki oleh sesiapa pun kerana mukjizat hanya dianugerahkan kepada para nabi dan rasul sahaja. Sekiranya seseorang mengaku memiliki mukjizat sudah tentu ia tidak benar dan satu pembohongan semata-mata. 31. Mendakwa dirinya sebagai jelmaan para Sahabat Nabi Muhammad SAW. Dakwaan yang mengatakan dirinya sebagai jelmaan para Sahabat Nabi Muhammad SAW hanyalah rekaan dan penipuan yang cuba dilakukan oleh kumpulan ajaran sesat agar dipandang tinggi oleh pengikutnya. Ini kerana sesungguhnya orang yang telah meninggal dunia tidak akan kembali lagi dan tidak akan menjelma dalam diri sesiapapun. Sekiranya penjelmaan itu berlaku maka ternyata ia mendapat bantuan daripada jin ataupun syaitan.

19


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

32. Melarang murid berbincang sesama sendiri sebaliknya perlu merujuk kepada guru jika ada sebarang kemusykilan mengenai ajaran. Dalam sesebuah kumpulan ajaran sesat, kebiasaannya jika terdapat sesuatu kemusykilan antara pengikutnya, maka individu tersebut tidak dibenarkan untuk menanyakan soalan kepada orang lain melainkan gurunya sendiri kerana dibimbangi persoalan yang ditanya akan berlawanan dengan jawapan yang sepatutnya diberikan dan boleh menggugat imej kumpulan tersebut. Pada masa yang sama, dibimbangi juga ia akan menyebabkan perselisihan pendapat dalam sesebuah kumpulan ajaran sesat kerana kebiasaan soalan yang ditanya walaupun ada jawapannya yang sebenar tetapi akan diselewengkan oleh guru berkenaan untuk kepentingan dirinya. 33. Mempunyai kemampuan meramal kedatangan Imam Mahdi dan hari kiamat. Tiada siapa yang boleh meramalkan kedatangan Imam Mahdi dan berlakunya hari kiamat kerana sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri mengaku bahawa Baginda tidak mengetahui bila berlakunya hari kiamat melalui Al-Hadis sahih yang diriwayatkannya. Adakah seseorang ketua ajaran sesat lebih mulia dan afdhal daripada Nabi Muhammad SAW yang merupakan kekasih Allah SWT? Jika kita memahami hakikat ini, maka sudah tentu kita tidak mudah terpedaya dengan dakwaan yang mengatakan bahawa akan berlakunya hari kiamat pada waktu dan tarikh tertentu. Begitu juga dengan ramalan tentang kedatangan Imam Mahdi. Hanya yang jelas, kedatangan Imam Mahdi merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat besar.

20


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Minum Air Basuhan Kaki 34. Mendakwa bahawa pengikut boleh menerima kuasa luar biasa daripada guru. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang boleh memberikan apa-apa kuasa kepada sesiapa sahaja termasuk para nabi dan rasulNya yang terdahulu. Manusia tidak berkuasa dan tiada kemampuan untuk menunjukkan atau menghasilkan kuasa luar biasa kecuali dengan izin Allah SWT. Bagi mereka yang mengatakan kononnya mampu untuk memberikan dan mengijazahkan kuasa luar biasa kepada orang lain, sudah tentunya mereka menggunakan bantuan jin atau syaitan kerana jin atau syaitan akan merasa lebih berkuasa dan berbangga jika manusia meminta pertolongan daripadanya. Ia akan menyebabkan jin atau syaitan semakin takabbur. 35. Menetapkan syarat kepada pengikut-pengikut (lelaki dan perempuan) mengikuti ujian di dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapa apa yang terjadi dengan guru tersebut di dalam bilik berkenaan. Kejadian kes salah laku seks termasuk rogol yang berlaku di antara ketua ajaran sesat dengan pengikutnya disebabkan 21


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

kejahilan dan desakan amalan sesuatu ajaran sesat menyebabkan mereka terpaksa merelakan diri untuk dicabuli atau diperkosa. Pada masa yang sama mereka disuruh untuk bersumpah agar tidak menceritakan kepada sesiapapun mengenai apa yang terjadi. Akibat dari peristiwa tersebut, ramai yang menjadi mangsa tanpa kerelaan masing-masing. Justeru, umat Islam sepatutnya berhatihati dengan kumpulan ajaran sesat yang melakukan sesuatu di luar batasan dan ajaran Islam yang sebenarnya. 36. Menetapkan peraturan tidak membenarkan pengikut berkahwin dengan individu di luar kumpulan mereka. Terdapat kumpulan ajaran sesat yang tidak membenarkan ahli atau pengikut kumpulan mereka berkahwin dengan orang lain kecuali dari kalangan ahli kumpulan mereka sendiri. Ia bertujuan untuk memastikan kumpulan mereka berada di bawah kawalan ketua mereka tanpa ada gangguan dari luar dan sebaran pemahaman ajaran hanya dalam kalangan kumpulan mereka sahaja. 37. Mengancam pengikut akan ditimpa bala jika mereka tidak menjaga rahsia ajaran yang diikuti. Pengikut ajaran sesat seringkali diugut dan ditakutkan dengan pelbagai ancaman dan bala yang akan menimpa sekiranya mereka memberitahu orang lain mengenai rahsia ajaran kumpulan mereka. Ugutan tersebut menyebabkan para pengikutnya merasa takut dan terancam sama ada terhadap diri sendiri mahupun keluarga mereka. Inilah yang biasanya berlaku sehingga ramai yang takut untuk membuat laporan kepada pihak berwajib. 38. Mendakwa bahawa solat tidak perlu berjemaah dan tidak perlu menghadap kiblat. Golongan yang telah dipengaruhi dan mempercayai serta menyakini ketua mereka, akan mengikuti dan melakukan apa22


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

apa sahaja arahan yang keluar daripada mulut ketua mereka. Ini termasuklah ajaran yang mengatakan tidak perlu solat berjemaah dan boleh menghadap ke mana-mana sahaja untuk menunaikan solat. Maka, umat Islam sepatutnya memperlengkapkan diri dan keluarga mereka dengan asas agama yang kukuh bagi menjauhkan diri dari fahaman sesat yang cuba menggugat kesucian Islam. 39. Mendakwa bahawa pernikahan mengikut syariat hanyalah mengikut adat dan menuntut supaya pernikahan diulangi secara pernikahan batin. Wujud dalam kalangan kumpulan ajaran sesat yang menganggap bahawa pernikahan yang dilakukan mengikut syariat sebenar Islam, kononnya merupakan adat semata-mata dan pasangan diminta untuk dinikahkan semula oleh ketua ajaran sesat melalui pernikahan batin yang sebenarnya tidak pernah ada dalam syariat Islam. Kesemua ajaran yang diada-adakan merupakan penipuan semata-mata dan menurut hawa nafsu serta cuba memperlekehkan syariat Islam yang sebenar. 40. Mempercayai makhluk-makhluk seperti kayu, batu dan seumpamanya mempunyai kuasa ghaib. Terdapat antara kumpulan ajaran sesat yang mempercayai makhluk-makhluk seperti kayu, batu, pokok dan sebagainya yang mempunyai kuasa ghaib, sedangkan hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa atas segala-galanya dan mencipta setiap kejadiannya. Kepercayaan sebegini akan merosakkan akidah seseorang yang mempercayai ada kuasa lain selain daripada kuasa Allah SWT. Inilah tujuan jahat yang dilakukan oleh ketua kumpulan yang telah disesatkan oleh syaitan untuk menyesatkan orang lain.

23


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

41. Mendakwa bahawa perbuatan-perbuatan maksiat seperti berjudi, minum arak, berzina serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarekat dan boleh mendapat jaminan keampunan daripada Allah SWT termasuk dosa para pengikutnya. Terdapat satu pengakuan daripada pengikut ajaran sesat sebuah kumpulan ajaran sesat yang menyatakan bahawa ketua mereka boleh melakukan apa sahaja bentuk maksiat yang diharamkan oleh Islam kerana mendakwa telah mendapat jaminan keampunan daripada Allah SWT. Jika seseorang yang berfikiran waras dan mempunyai asas Islam yang kukuh, sudah tentu akan menjauhi orang sebegini yang boleh dianggap sangat sesat dari ajaran Islam yang sebenar. Sedangkan tidak ada sesiapapun yang boleh menjamin keampunan bagi orang lain kecuali Allah SWT. 42. Menganggap huruf-huruf dua kalimah syahadah hanyalah sebagai lambang sahaja. Ucapan dua kalimah syahadah telah membuktikan bahawa seseorang itu telah menjadi seorang Muslim dengan bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT. Tanpa kesaksian tersebut maka seseorang belum dianggap sebagai Muslim. Justeru, bagi mereka yang menganggap hurufhuruf dua kalimah syahadah hanyalah sebagai lambang sahaja, ia adalah tidak benar dan menyalahi rukun syahadah tersebut. 43. Melarang pengikut daripada mengahwini wanita-wanita yang diminati oleh guru. Bagi seseorang wanita yang disukai dan diminati oleh ketua sesebuah ajaran sesat, pengikutnya tidak dibenarkan untuk mengahwininya dan jika ketuanya ingin mengahwini seseorang wanita walaupun wanita tersebut telah berkahwin, maka si suami diminta untuk menceraikan isterinya dan berkahwin 24


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

dengannya. Alangkah jahilnya dan dayusnya seseorang suami yang membenarkan perkara sebegini berlaku serta pengikutpengikutnya yang menjadi sanggup menjadi “Pak Turut�. 44. Meyakini bahawa ibadah solat berpada dengan memasang niat sahaja. Terdapat pengikut ajaran sesat yang mengaku bahawa kewajiban bersolat memadai dengan niat sahaja dan tidak perlu pada pergerakan fizikal sepertimana yang diamalkan oleh umat Islam. Jika inilah pandangan sesat yang diutarakan oleh sesebuah kumpulan ajaran sesat maka sudah sepatutnya seseorang itu meninggalkannya kerana sepanjang Rasulullah SAW diutus menjadi rasul, tidak pernah Nabi Muhammad SAW melakukan solat dengan memasang niat sahaja. Adakah ini merupakan ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda SAW? Jelas bahawa fahaman dan ajaran seumpama ini telah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar. 45. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT atau sebaliknya. Kebanyakan pelaksanaan sesuatu ibadat oleh kumpulan ajaran sesat adalah melangkaui syariat Islam yang sebenar. Mereka dengan begitu berani melanggar syariat Islam yang telah ditetapkan dengan melakukan sesuatu yang telah diharamkan seperti minum arak, berzina, meninggalkan solat dan sebagainya. Mereka menghalalkan sesuatu yang diharamkan dan begitulah sebaliknya. Ciri-ciri tersebut adalah antara yang menjadi kebiasaan dan amalan dalam kalangan kumpulan ajaran sesat. Kemungkinan banyak lagi yang tidak didedahkan melalui penulisan buku ini. Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam, setiap orang perlulah berhati-hati daripada terjebak dalam kumpulan ajaran sesat dengan memastikan diri sendiri dan ahli keluarga mengikut jalan Islam yang sebenar. 25


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 5: Apakah kriteria-kriteria ajaran sesat? Jawapan: Menurut keputusan yang telah dibuat oleh MABIMS (MenteriMenteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura), kriteria-kriteria berikut boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menghukum sesuatu ajaran itu sebagai ajaran sesat; 1.

Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah yang bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci Al-Qur’an serta mempercayai adanya kiblat lain selain daripada Kaabah.

2.

Mempertikaikan kebenaran Al-Qur'an atau Al-Hadis.

3.

Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendakwa dirinya sendiri atau orang lain sebagai nabi terakhir, Nabi Isa AS, Imam Al-Mahdial Muntadzar atau lainlain istilah yang seumpamanya.

4.

Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama tersebar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.

5. Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran sesat tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih daripada empat. 6. 26

Mengadakan bidaah atau pendapat baharu yang bertentangan


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat’i dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, menghapuskan kewajipan berjihad, Solat Jumaat, puasa bulan Ramadan, menunaikan fardhu haji ke Makkah dan seumpamanya. 7.

Mentafsir dan menghuraikan Al-Qur’an atau Al-Hadis mengikut sesuka hati.

Ajaran Sesat

27


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 6: Apakah sumber ajaran sesat di Malaysia? Jawapan: Hasil daripada penelitian, Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati bahawa secara umumnya, ajaran sesat mucul bertitik tolak daripada ajaran Wahdatul Wujud dan Batiniyyah yang telah tumbuh mulai kurun ke-7 selepas wafatnya Baginda Rasulullah SAW. Ia dipelopori oleh Ibnu ‘Arabi. Wahdatul Wujud telah menyerap ke alam tasawuf Islam, manakala Batiniyyah menyelinap masuk ke dalam ajaran Islam untuk meruntuhkannya. Lalu, kedua-duanya bertemu dan bersefahaman dengan kesesatan yang didukungi lantas bergabung dan berselindung di sebalik kemurnian ajaran Islam. Umat Islam di negara ini sentiasa terdedah pada ajaran sesat yang berkembang hasil daripada faktor-faktor berikut: 1.

Tasawuf falsafah atau teosofi.

2.

Ajaran Batiniyyah.

3.

Ajaran Syiah.

4.

Khurafat, amalan bomoh tradisi dan silat tradisional.

5.

Usaha menjauhkan umat Islam daripada Al-Qur’an dan AsSunnah.

28


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 7: Apakah yang dimaksudkan dengan tasawuf teosofi? Jawapan: Ia menjadi punca utama pada penyelewengan dalam ilmu tasawuf dan kemunculan ajaran-ajaran sesat yang mana ia dipengaruhi oleh pengaruh Greek, Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu-Buddha. Faktor ini mengandungi berbagai-bagai konsep yang bermula dengan konsep Wahdatul Wujud dan seterusnya diserap kepada ajaran Martabat Tujuh daripada karangan Syeikh Mohammad Bin Fadhullah Al-Burhanipuri (w. 1029 H/1619 M) melalui bukunya, Al-Tohfah Ila-Mursalah Ila Ruh Al-Nabi, yang diterjemahkan ke bahasa Jawa pada tahun 1680 M. Kemudiannya pula disalurkan oleh beberapa tokoh Nusantara seperti Syeikh Syamsuddin AlSumatrani (w. 1690 M) yang mengarang buku, Jauhar Al-Haqa’iq dan Abdul Rauf Singkel dengan kitab, Daqa’iq Al-Huruf. Beliau dikatakan menuntut di Makkah selama 19 tahun dan kembali ke Acheh tahun 1661 M dan Syeikh Hamzah Fansuri (w. 1606 M) menerusi buku-bukunya dalam bidang tasawuf ketuhanan terutama buku Asrar Al-Arifin, Syarb Al-Syikin, Al-Muntahi serta Al-Durr Al-Nafis oleh Syeikh Mohammad Nafis Al-Banjari (w. 1778 M) yang ditulis pada tahun 1200 H serta dianggap pula oleh beberapa tokoh penyelidikan sebagai mewarisi kitab, Al-Tohfah Al-Mursalah yang dikatakan telah ditemui di Ceribon tidak lewat dari tahun 1668 M oleh Abdul Muhyi seorang wali dari Jawa, yang menjadi guru kepada Bagus Norjan dari Ceribon. Kitab ini juga tersebar di Sumatera pada abad ke-17 M. Buku ini dikatakan mempengaruhi kelanjuran buku Serat Wirid Hidayat Jati karangan Rengka Warsita (w. 1873 M). Pada asasnya faktor tasawuf teosofi ini banyak mempengaruhi ajaran yang dibawa oleh guru-guru ajaran sesat ditambah pula oleh ajaran yang terkandung di dalam buku, Kasyr Al-Asrar oleh Syeikh Mohammad Salleh Bin Abdullah Al-Mengkabu yang ditulis pada tahun 1922 M. 29


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 8: Apakah yang dimaksudkan dengan tasawuf Wahdatul Wujud dan dari mana sumbernya? Jawapan: Menurut Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim, tasawuf Wahdatul Wujud dalam Islam dapat dikesan sumbernya daripada Hindu dan Neoplatonisme atau seumpama kedua-duanya. Menurut Ustaz Haji Abdul Hamid Bin Yunus, kebanyakan ajaran sesat di Malaysia adalah berpandukan fahaman Wahdatul Wujud yang dipelopori oleh Ibnu A’rabi. Manakala menurut Haji Abdullah Fahim Bin Haji Ab. Rahman pula, buku Bahr AlLahut iaitu kitab adunan antara kandungan Al-Tohfah Al-Mursalah dengan Serat Wirid dan kandungan Bahr Al-Lahut inilah yang terdapat dalam kitab Hidayah Anwar (Ajaran Taslim) dan Hakikat Insan (1985 M) serta Tajalli Ahmad Laksamana (lihat Sejarah Kemunculan Ajaran Menyeleweng, hal. 55-56). Menurut Dr. Abdul Fatah Haron bahawa Martabat Tujuh juga bukan daripada Al-Qur’an dan Al-Hadis sahih, tetapi daripada falsafah Neo Platonisme yang dikenali dengan teori imaginasi atau Al-Sudur (lihat Beberapa Masalah Utama Dalam Tasawuf (199 3M) BAHEIS, KL H. 25). Dari kitab Al-Durr Al-Nafis, Maktabah Wa Matba’ah Darul Ma’arif, Pulau Pinang terdapat huraian Martabat Tujuh (halaman 21-23). Fahaman Wahdatul Wujud menganggap alam ini adalah pernyataan Allah SWT Yang Qadim Azali Lagi Abadi. Alam ini seperti ombak dan Tuhan seperti laut. Ombak itu kekal ada selagi laut itu kekal.

30


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 9: Bagaimanakah punca lahirnya ajaran sesat? Jawapan: Jika dikaji latar belakang mesyarakat Islam di negara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawa kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca daripada dua faktor utama: i.

Faktor Dalaman

ii.

Faktor Luaran

1.

Faktor Dalaman

Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dan tersembunyi di daerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori ajaran ini adalah terdiri daripada tokoh-tokoh tempatan (kampung) yang berpengaruh dan sangat disegani oleh masyarakat sekitar. Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ia diperkembangkan secara sulit dan rahsia. Oleh itu, setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu kepada orang lain. Sebaiknya mestilah dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi. Untuk menguatkan lagi ikatan perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah SWT dan mengangkat Al-Qur’an 31


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

sebagai saksinya. Di samping penggunaan ayat-ayat suci Al-Qur’an sebagai menambahkan lagi keyakinan terhadap ilmu ini, maka akan ditambah dengan bacaan-bacaan lain yang dianggapkan sebagai kunci terhadap mujarabnya ilmu tersebut. Namun, bacaan-bacaan tambahan itu dirahsiakan kepada umum. Manakala penganjur ilmu-ilmu batin atau kebal pula telah membawa suatu fahaman kepada masyarakat umum bahawa ayat-ayat suci Al-Qur’an boleh dipergunakan untuk mendapatkan kekuatan batin, kebal dan sebagainya. Oleh itu, jenis-jenis ilmu kebatinan pada keseluruhannya menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan petikan Al-Hadis yang ada kaitannya dengan perkara mengingatkan Allah SWT atau zikrullah, kerana apa yang ditekankan oleh ilmu ini ialah konsep pendekatan serta penyerahan diri secara total (keseluruhan) kepada kekuasaan Allah SWT untuk mendapatkan perlindungan atau pertolongan daripada Allah SWT. 2.

Faktor Luaran

Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan sebuah masyarakat yang terbuka. Justeru, pelbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi masyarakat Islam. Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain daripada anak tempatan adalah datang dari negara luar. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang awam sama ada dari segi paras rupa, bentuk pakaian dan tingkah laku. Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkali golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu 32


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

sebagai khalifah atau mahaguru. Oleh itu, manifesto ilmu yang dikembangkan itu disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana. Dengan cara ini pihak penganjur ilmu-ilmu ini dapat menyakinkan mesyarakat bahawa ilmu yang dikembangkan itu telah direstui oleh pemimpin negara. Khalifah atau mahaguru acap kali mendakwa diri mereka sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Tetapi hakikat sebenar mereka tidak mempunyai pengetahuan Islam yang luas dan mendalam. Mereka hanya bijak bertutur dan berbicara. Pada umumnya jenis-jenis ilmu ini adalah berpandukan kepada sesebuah kitab tertentu. Segala isi kandungan kitab tersebut dimuatkan dengan berbagai-bagai bentuk amalan zikir yang dikaitkan dengan petikan ayat suci Al-Qur’an dan Al-Hadis Rasulullah SAW. Ayat-ayat suci Al-Qur’an telah diekploitasikan bagi menunjukkan bahawa penjelmaan “kuasa luar biasa� itu datangnya daripada Allah SWT. Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan ini adalah terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat dalam aspek akidah Islam, di samping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya, lebih-lebih lagi bagi golongan belia yang mudah tertarik untuk menuntut ilmuilmu batin yang ada hubungannya dengan seni mempertahankan diri.

33


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 10: Bagaimanakah cara-cara penyusupan dan penyebaran ajaran sesat bermula? Jawapan: Cara-cara penyusupan dan penyebaran ajaran sesat bermula, antaranya: 1.

Melalui Ajaran

Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir daripada guru-guru yang membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri. Mereka mengemukakan ajaran dan amalan yang kononnya beramal dengan ajaran atau amalan tersebut akan mendapat sesuatu yang “ghaib” seperti, “kasyaf” dan “laduni” iaitu mengetahui “alam ghaib” dan mendapat limpahan ilmu Allah SWT dan “tajalli” penjelmaan hakikat zat, sifat dan “af’al” (perbuatan) Allah kepadanya. Kemudian mereka sogokkan pula kepada muridmurid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudah mendapat ketinggian darjat, pangkat dan kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai. Ajaran Sesat

34


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

2.

Melalui Tarekat

Cara tarekat ini selalunya menggunakan nama tarekat yang masyhur seperti Naqsyabandiyah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi, dengan ditokok tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang mendakwa sebagai “Guru Mursyid� yang mendapat tauliah daripada guru asalnya serta boleh mentauliahkan orang lain. 3.

Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi

Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat Melayu Islam di negara ini kerana ia bersifat: i.

Kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang dan penunggu sesuatu tempat. Upacara tradisinya bertujuan menghalau jin, jembalang dan penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk di sesuatu tempat itu, maka dilakukan upacara perpawangan, kedukunan, penyembelihan binatang tertentu, penyembahan bertih, kemenyan dan peralatan-peralatan lain yang digunakan oleh dukun atau pawang tempatan.

ii.

Pemujaan ke atas roh para wali dan keramat iaitu, menziarahi kubur orang yang dianggap wali dan keramat serta melakukan upacara tradisional, seperti melepaskan ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan di atas kubur itu serta menyeru roh para wali dan keramat itu agar dapat memberi pertolongan dan menyampaikan apa-apa hajat mereka dan apakala beroleh kejayaan, mereka akan membayar nazar di atas kubur orang yang dianggap wali dan keramat atau mereka membayar nazar di tempat yang menjadi pujaan mereka.

iii. Pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diri di tempat yang sunyi seperti di bukit atau gunung atau gua tertentu dengan 35


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

tujuan untuk mendapat ilmu ghaib, sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain seumpamanya bagi tujuan kehebatan diri dan kepentingan diri mereka untuk mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat.

Soalan 11: Bagaimanakah berlakunya kekeliruan mengenai pengilmuan secara batin?

dalam

masyarakat

Jawapan: Kumpulan Batiniyyah menyebarkan tentang perkara batin dan menolak zahir syariat, manakala tasawuf pula adalah ilmu batin tetapi tetap menghayati zahir syariat. Kumpulan Batiniyyah bijak menggunakan kesempatan ini, lalu mereka menggunakan ‘batin’ yang sekali pandang adalah ilmu tasawuf. Sebab itu semua pengikut Batiniyyah di Nusantara tidak berniat hendak membuang Islam, tetapi tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka terjebak dalam perangkap Batiniyyah. Hakikat ini bertambah rumit jika disedari bahawa tasawuf itu sendiri agak seragam. Terdapat tasawuf yang bergelar tasawuf sunni iaitu tasawuf yang berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan ada tasawuf falsafah terutama Wahdatul Wujud. Golongan tasawuf di Alam Melayu mendabik dada merasakan diri mereka sufi, menganggap mereka sahaja yang betul kerana mereka ahli tarekat, hakikat dan makrifat, manakala orang yang bukan dalam kalangan mereka dianggap, ‘orang syariat kulit’ sahaja.

36


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 12: Siapakah yang menjadi mangsa ajaran sesat? Jawapan: Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. Mereka turut didorong oleh kawan supaya berguru menerusi orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit. Mereka ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan terutama menerusi unsur kerohanian dengan cara jalan singkat tanpa mengikut sunnah Nabi yang mempunyai susur galur dan jaringan-jaringan ulama muktabar sehingga sampai sanadnya kepada Baginda Rasulullah SAW. Golongan yang menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul syariah. Hal ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mereka mengenai usul syariah dan tunjangnya. Kekurangan ilmu pengetahuan tersebut menyebabkan mereka tidak ikhlas untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tersebut kepada masyarakat dan bagi menutup kelemahan tersebut golongan ini mendakwa diri mereka sudah sangat hampir dengan Allah SWT dan berada di makam yang tertinggi. Dalam keadaan ini terdapat orang yang suka mengeksploitasi kejahilan dan kedahagaan masyarakat kepada kesempurnaan kerohanian, lalu digunakan untuk kepentingan tertentu seperti untuk mendapat kekayaan, pangkat, kuasa dan seks bebas. Di samping itu, terdapat golongan yang berpegang pada konsep kebebasan intelektualisme iaitu golongan yang mengagungkan rasionalisme dan pendekatan apa yang dikatakan secara sainstifik dan logik akal semata-mata dalam soal agama. Golongan ini membawa fahaman modenisasi dalam Islam yang bertentangan dengan akidah serta fahaman yang diiktiraf dan diterima oleh 37


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

masyarakat di negara ini. Mereka ini dengan sengaja telah mencanangkan buah fikiran serta pemikiran yang baharu. Itu sudah pasti akan menggugat akidah orang yang kurang kukuh pegangannya tentang agama Islam, maka akhirnya akan menimbulkan ajaran-ajaran sesat yang membawa perpecahan dalam masyarakat.

Soalan 13: Bagaimanakah cara mendekati mangsa?

kumpulan

Batiniyyah

memikat

dan

Jawapan: Terdapat berbagai-bagai cara untuk menjerat individu tertentu di dalam masyarakat untuk menariknya sebagai anggota dan penganut ajaran mereka. Mereka juga mempunyai langkahlangkah tertentu yang tersusun rapi bagi menjamin keberkesanan dan kerahsiaan mereka. Antara yang telah digariskan oleh para ulama seperti: 1.

Al-Zauq Wa Al-Tafarrus (Tilik dan Perhati)

Agen Batiniyyah akan memerhati sama ada seseorang itu dapat dipengaruhi ataupun tidak. Kalau mereka merasakan sasaran itu tidak boleh dikuasai atau dipengaruhi, maka mereka akan meninggalkannya. Jika boleh dipengaruhi, mereka akan menjadikannya sebagai kawan dan akan meneruskan langkah yang kedua. Jika sasaran mereka termasuk dalam golongan warak, mereka akan menunjukkan sifat-sifat yang kuat berpegang dengan ajaran agama. Sebaliknya, jika sasaran mereka suka melakukan perkara-perkara yang melalaikan dan perkara-perkara maksiat, maka mereka akan turut sama melakukannya.

38


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

2.

Al-Ta’nis (Beramah Mesra)

Mereka akan cuba mendekati dan mendampingi orang yang hendak dipengaruhinya. Umpamanya, bermalam di rumah orang yang hendak dipikatnya dengan tujuan untuk mengadakan majlis membaca Al-Qur’an. Maka dari situlah mereka mengambil kesempatan untuk menyebarkan ajaran seperti membaca ayat-ayat Al-Qur’an dengan membuat takwilan secara Batiniyyah. 3.

Al-Tasykik (Meragukan)

Pada tahap ini mereka akan menimbulkan keraguan. Contohnya, kenapa kita sembahyang Zuhur empat rakaat? Apakah rahsia di sebalik huruf Mim, Ha, Mim, Dal? Persoalan seperti ini akan menimbulkan keraguan dengan mengajukan pertanyaan mengapakah alim ulama sebelum ini tidak menyebut perkara ini? Lalu mereka menuduh ulama menyembunyikan ilmu sebenar. 4.

Al-Ta’liq (Tergantung-gantung)

Mereka akan tangguhkan terlebih dahulu persoalan yang ditimbulkan itu. Apabila mereka menangguhkan jawapannya, maka semakin kuat keraguan dan akan menguatkan lagi perasaan ingin tahu daripada mereka yang terlibat dan merasa berminat untuk terlibat sama. 5.

Al-Rabt (Ikat)

Apabila keadaan ini telah wujud, maka mereka akan disuruh bersumpah. Mereka mengatakan bahawa itu adalah rahsia waliwali dan ahli-ahli sufi sahaja, tersorok daripada orang awam. 6.

Al-Tadlis (Penipuan)

Guru mereka akan bercakap tentang nasib orang ramai yang tertipu dan sia-sia mengamalkan ilmu kulit syariat yang zahir dan tidak masuk kepada isinya atau tidak sampai kepada hakikat. 39


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Tetapi penyebar Batiniyyah berpura-pura tidak menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Contohnya, sembahyang orang hakikat berpada dengan niat sahaja. Mereka akan berkata kepada mangsanya: i.

Kebatilan itu nyata dan jelas, manakala kebenaran itu pula halus dan tersembunyi hingga terkadang ia sukar diterima umum.

ii.

Kejahilan berpunca daripada kelemahan akal memahami nas Al-Qur’an. Tiada yang terselamat daripadanya, termasuklah para khulafa’, para rasul dan sesiapa saja yang mendakwa Batiniyyah itu sesat.

iii. Penyebarnya akan berkata, “aku menyampaikan rahsia, maka engkau mesti menjaganya”. Maka akan dijawabnya, “ya” sebagai tanda iltizam kepada Mazhab Batiniyyah. iv. Hendaklah berwaspada dan menyebarnya secara sulit (mencari ahli baharu) sehingga disatukan kebahagiaan dunia dan akhirat. 7.

Al-Talbis (Pemalsuan)

Sebelum meninggalkan mangsa itu, penyebar Batiniyyah tersebut meninggalkan kata-kata yang berat dan kabur. Hanya yang kabur lagi mengelirukan sahaja benar pada zahirnya sahaja. Seperti kata manusia itu ada bermacam-macam pendapat yang bertentangan di antara satu sama lain. Masing-masing mengaku pihaknya sahaja yang benar. Tetapi mereka menegaskan, dengan mengenal diri, kita akan mengenal Allah SWT, dan Allah SWT itu ada dalam diri. Bila kita sudah jadi Allah SWT, maka Allah SWT itulah yang benar dan betul.

40


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

8.

Al-Khalu’ (Mencabut)

Mangsa akan membuang segala taklif syarak yang telah diyakininya sebagai syariat kulit zahir yang sia-sia dilakukan. 9.

Al-Salakh (Terlepas)

Mangsa akan menyeleweng daripada akidah yang sebenar. Orang yang tertipu dengan Batiniyyah ini akan melepaskan dirinya dari akidah Islamiah yang sebenarnya tanpa menyedari kekufurannya. Apabila mereka telah mengenali diri dan rahsianya maka gugurlah kewajiban zahir, segala taklif dan terlepas hukum-hakam Islam. Haruslah baginya segala yang haram dan menghinakan.

Soalan 14: Apakah faktor-faktor utama dalam perkembangan ajaran sesat di Malaysia? Jawapan: Antara faktor-faktor utama dalam perkembangan ajaran sesat di Malaysia adalah: 1.

Mereka yang tamak haloba, ingin menjadi terkenal dan disebut-sebut dalam sejarah Islam kononnya merekalah manusia pilihan Tuhan dan merekalah pewaris nabi dan rasul. Ini menyebabkan dalam kalangan individu seperti itu cuba menonjolkan diri sebagai orang yang arif dalam ilmuilmu agama dan perubatan (tradisional) yang semata-mata bertujuan untuk kepentingan diri, dengan gelaran-gelaran seperti syeikh, mahaguru, tok wali dan pelbagai gelaran lain. Selain itu, kebebasan akal tanpa batas (mengutamakan penggunaan akal) juga telah menyumbang pada berkembangnya ajaran-ajaran sesat. 41


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

2.

Kelemahan juga berlaku dari aspek undang-undang di mana hukuman yang diperuntukkan terhadap mereka yang didakwa terlibat dengan ajaran sesat juga adalah terlalu ringan berbanding dengan kemudaratannya kepada umat Islam. Di samping itu, kelewatan tindakan pihak berkuasa daripada pelbagai agensi menangani hal ini juga adalah faktor penyumbang berkembangnya ajaran sesat ini.

3.

Mereka yang sengaja sesat dan ingin pula menyesatkan orang lain. Faktor-faktor ini telah menjadi cabaran kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam usaha membanteras gejala ajaran sesat yang menjadi punca utama berkembangnya jenayah penyelewengan akidah di negeri ini.

Oleh yang demikian ternyata bahawa ajaran sesat telah dipelopori oleh golongan-golongan tertentu untuk mencapai tujuan dan matlamat keduniaan. Ia berkisar di sekitar perkaraperkara yang berhubung dengan mengkhianati Rukun Iman, menghina dan mencabar kekuasaan Allah SWT, menyelewengkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, mengubah ibadat-ibadat tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak, menyelewengkan maklumat yang berhubung dengan perkara-perkara ghaib yang sudah diakui kebenarannya oleh Allah SWT dan membuat dakwaan palsu terhadap urusan perkahwinan Islam.

Keratan Akhbar Berkaitan Ajaran Sesat

42


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 15: Adakah terdapat pengaruh lain yang membantu perkembangan ajaran sesat di Malaysia selain faktor-faktor utama tersebut? Jawapan: 1. Faktor Kepercayaan Naluri beragama dan percaya kepada perkara ghaib telah wujud semenjak manusia dicipta oleh Allah SWT. Percaya kepada perkara ghaib merupakan perkara teras dalam Islam dan hanya diketahui melalui perkhabaran Al-Qur’an dan Al-Hadis Rasulullah SAW. Antara ayat yang sering digunakan ialah firman Allah SWT:

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (Surah Al-Baqarah; 2 : 3) Segelintir umat Islam mudah terpengaruh dengan sesuatu aliran ajaran sesat melalui cara penyampaian guru-guru mereka berkenaan perkara ghaib. Penggunaan ayat Al-Qur’an dan AlHadis Rasulullah SAW yang telah diselewengkan bertujuan menutup kesesatan daripada dikesan oleh para pengikutnya. Masyarakat Islam juga seringkali terpengaruh dan mempercayai dengan janji-janji yang memberi jaminan kemanfaatan dunia dan akhirat. Kemanfaatan dunia seringkali 43


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

dikaitkan dengan kesenangan harta, pangkat dan keseronokan seks. Manakala kemanfaatan akhirat pula dikaitkan dengan balasan syurga. Kebanyakan ajaran sesat merahsiakan sebahagian daripada isi kandungan ajarannya. Rahsia dalam erti kata tidak diberitahu kepada golongan luar daripada kelompok mereka. Ini akan menyebabkan seseorang yang telah tersesat akan terus sesat kerana di samping ia yakin dengan ajaran ini, mereka juga tidak menceritakannya kepada orang lain. Mereka telah bersumpah di hadapan guru bahawa mereka tidak akan memecahkan rahsia tersebut. Disebabkan oleh perasaan ingin tahu tentang ilmu rahsia yang dimiliki oleh sesuatu aliran kepercayaan sesat, maka ramai yang telah melibatkan diri dalam aliran seumpama ini yang akhirnya mengheret mereka ke dalam kesesatan. Unsur yang paling penting sekali dalam aliran ajaran sesat ini adalah memasukkan unsur-unsur mitos dan juga magis. Aspek kerahsiaan ini akan menyebabkan ahli kumpulan merasakan kumpulan mereka adalah istimewa berbanding orang lain. Malahan ketua kumpulan akan menunjukkan atau berhujah betapa mereka ini terpilih. Ada di antara mereka menggunakan sihir mahupun kuasa psikik untuk menunjukkan kelebihan mereka. Pengikut menjadi terpaku melihat kehebatan ketua mereka. Selain itu, modal yang selalu digunakan ialah dakwaan bahawa kiamat semakin hampir dan mereka perlu bersedia menghadapinya. 2. Faktor Kecetekan Ilmu dan Iman Dalam aliran kepercayaan sesat, kongkongan fikiran seolah-olah menjadi satu inti pati yang paling penting dalam gerakan mereka. Ini kerana pemimpin aliran ajaran sesat akan memastikan bahawa segala apa yang diajarkan kepada pengikut diikuti secara total. Ini bermakna mereka juga menyekat segala cetusan-cetusan intelektual dan mereka akan menyekat segala pandangan alim ulama atau 44


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

pakar keagamaan. Pemimpin akan mula mengumumkan kepada para pengikut bahawa mereka adalah pakar rujuk setaraf dengan ulama dan akhirnya mereka menjadi lebih tinggi daripada nabi dan rasul. Terdapat ramai dalam kalangan masyarakat awam mengakui bahawa mereka memiliki kepakaran dalam bidang ilmu agama hingga ke taraf ulama dan mula menghimpunkan sejumlah pengikut. Ada juga yang menggolongkan diri mereka sebagai sebagai guru tarekat sedangkan ia masih jahil dari segi akidah mahupun ibadat. Golongan umpama ini hanya berjaya menarik sebilangan pengikut yang nyata jahil dari segi agama mahupun cetek pengetahuannya. Kekurangan ilmu di pihak guru merupakan salah satu unsur terpenting menyebabkan lahirnya kepercayaan-kepercayaan sesat. Kekurangan guru dalam ilmu Al-Qur’an, memungkinkan timbulnya ajaran yang menolak Al-Qur’an. Kekurangan ilmu dalam fiqh misalnya, akan menyebabkan timbulnya ajaran yang meringankan syariat. Manakala kurangnya ilmu agama pula boleh menyebabkan timbulnya ajaran yang keseluruhannya bergantung pada akal dan nafsu. Umat Islam di Kelantan contohnya, mempunyai ruang yang cukup banyak untuk menimba ilmu agama. Walau bagaimanapun, peluang ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh sebahagian golongan muda dan cerdik pandai. Penekanan sistem pendidikan hari ini yang lebih menjurus pada kesepaduan ilmu sains dan teknologi dengan meletakkan ilmu agama dalam kelas kedua. Justeru, tidak hairanlah sekiranya berlaku sinkretisme dalam ajaran Islam bahkan ramai daripada golongan cerdik pandai hari ini menganggap semua agama itu sama. Perbezaannya hanya dari sudut bagaimana Tuhan itu disembah. Fenomena ini lahir disebabkan kurangnya pemahaman mereka terhadap Islam. Sikap menyamaratakan persoalan uluhiyyah Allah SWT dengan 45


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

kepercayaan lain adalah batil dan perlu dihindari oleh umat Islam. Boleh dikatakan kesemua kumpulan-kumpulan ajaran sesat menonjolkan ciri-ciri mudah dan amalan yang ringan sebagai daya tarikan kepada masyarakat. Antaranya, dengan mengatakan sesuatu ibadah itu memadai dilaksanakan dengan niat. Selain itu, bagi mereka yang mendakwa sudah mencapai makam tertinggi dan bersatu dengan Allah SWT maka dihalalkan baginya segala yang diharamkan oleh Allah SWT selama ini seperti berzina (melalui nikah batin), minum arak dan lain-lain. Keghairahan seseorang untuk memperolehi kelebihan yang terdapat dalam ilmu-ilmu Islam jika tidak disandarkan kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis boleh membawa pada kesesatan. Mereka mudah diperdayakan dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh para nabi dan rasul serta para aulia Allah SWT yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang awam. Dengan demikian, para pengikut ajaran ini akan merasakan ajaran yang mereka ikuti amat bernilai berbanding dengan ajaran Islam yang sedia ada. 3. Faktor Psikologi Antara keperluan psikologi manusia ialah keinginan kepada kehidupan beragama yang lebih mendalam. Setiap peringkat kehidupan manusia bermula dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa mempunyai peringkat keperluan psikologi yang berbeza antara satu sama lain. Bagi golongan remaja, keterlibatan mereka dalam ajaran sesat disebabkan kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa di rumah. Akibatnya, mereka mencari sesuatu yang boleh mengisi kekosongan hidup yang bersesuaian dengan minat mereka. Justeru, aliran ajaran sesat berjaya mempengaruhi mereka melalui penonjolan sifat kebal serta kekuatan luar biasa dalam ilmu seni mempertahankan diri. Melalui penglibatan dalam seni mempertahankan diri, ahli 46


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

kumpulan ini melantik pemimpin-pemimpin tertentu sebagai khalifah atau mahaguru. Seterusnya, khalifah atau mahaguru akan mendakwa dirinya sebagai orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sedangkan pada hakikatnya mereka tidak mempunyai asas Islam yang luas lagi mendalam. Bagi golongan dewasa pula, kehidupan lalu yang disaluti dosa membuatkan seseorang individu itu merasa insaf dan kesal serta cuba menebusnya. Mereka sering diingatkan bahawa konsep taubat dalam Islam adalah suatu yang sukar dan susah untuk dilakukan. Kepada golongan ini, sebahagian daripada aliran golongan ajaran sesat ini menawarkan cara menebus dosa menggunakan kaedah mudah dan cepat iaitu dengan berniat serta mengorbankan wang dan harta kepada kumpulan berkenaan di samping mengabdikan diri kepada ketuanya. Ajaran-ajaran sesat ini juga seringkali melemahkan psikologi ahlinya dengan menanamkan sifat kebergantungan ahli kepada pertubuhan mereka. Ia bukan sekadar kebergantungan dalam mendapatkan nafkah seharian tetapi juga dalam membuat keputusan untuk masa depan. Kedudukan mereka semakin terhimpit apabila kesalahan mereka pada masa lampau dimanipulasikan demi meraih ketaatan bagi mengukuhkan status pemimpin mereka. 4. Faktor Seks Kebanyakan ajaran yang terdapat dalam sesebuah aliran ajaran sesat berasaskan logik akal semata-mata. Ia disusun dan ditokok tambah sesuai dengan selera serta ikutan hawa nafsu manusia berdasarkan hujah-hujah yang menarik lagi mempersonakan pengikut ajaran ini. Seringkali faktor seksual ini dibicarakan menggunakan hujah ‘istimewa’ dan ilmu rahsia oleh sesuatu kumpulan tersebut. Misalnya, huruf pada kalimah ‘Allah SWT’ digambarkan sebagai 47


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

lambang zakar yang tegang. Ilmu ini hanya diketahui oleh segelintir individu kerana ia adalah ilmu rahsia. Justeru, di sinilah letak keistimewaan ilmu yang diajarkan. Selain itu, terdapat beberapa kumpulan ajaran sesat yang mengamalkan cara hidup berpoligami bagi pengikut lelakinya (kononnya mengikut sunnah Rasulullah SAW), sedangkan pada masa yang sama berlaku pengeksploitasian ke atas kaum wanita. Mereka dikehendaki taat secara taklid dan dijanjikan syurga Allah SWT. Di samping itu, untuk memenuhi nafsu guru dan murid, dicipta satu ajaran yang dikenali dengan konsep “nikah batin”. Dalam konsep nikah batin, guru akan “menggauli’ setiap pasangan (isteri) terlebih dahulu sebelum isteri “digauli” oleh suami sendiri. Sekiranya nikah batin ini tidak dilakukan, maka nikah syariat dianggap tidak sah. Bagi anggota yang telah berkahwin, kemudian menjadi pengikut ajaran sesat ini, mereka dianggap ‘berzina’ sekiranya tidak menjalani proses nikah batin oleh gurunya. Terdapat anggota ajaran seperti ini berpendapat nikah batin yang sebenar ialah nikah yang dilaksanakan oleh Allah SWT dan malaikat Kiraman Katibin menjadi saksi. Mereka menguatkan pendapat dengan mempertikaikan, “siapa yang menikahkan Adam dan Hawa sekiranya tidak dilakukan oleh Allah SWT”. Pengalaman nikah batin kononnya bertujuan mendapatkan anak yang soleh seringkali berlaku dalam sesebuah ajaran sesat. Penganiayaan ini berlaku ke atas kaum wanita yang cetek ilmu pengetahuan agamanya dan ingin memperolehi ilmu agama dengan jalan pintas tanpa menyelidiki terlebih dahulu. 5. Faktor Ekonomi Makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh setiap manusia. Justeru, jalan singkat untuk memperolehi wang dan harta, guru-guru ajaran sesat yang rata-rata tidak mempunyai pekerjaan telah mengeksploitasi kebanyakan pengikut mereka supaya menyerahkan harta serta 48


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

pendapatan bulanan kononnya sebagai syarat ke syurga. Ia bertujuan bagi menampung perbelanjaan harian mereka. Dalam erti kata lain, guru-guru ini hidup hasil wang ihsan murid atau anggota jemaahnya. Justeru, guru-guru ini akan meminta pengikutnya menyumbang kepada jemaah sebagai tanda kesetiaan dan kezuhudan. Bahkan, terdapat beberapa aliran ajaran sesat yang mewajibkan anggotanya menyerahkan sepuluh peratus daripada hasil pendapatan mereka sebagai bayaran zakat kepada guru. Bagi murid yang mengikut ajaran-ajaran ini mereka akan bekerja keras mengumpulkan harta dan wang ringgit untuk diserahkan kepada guru mereka. Bagi mereka, ia merupakan tunjang kebaktian murid kepada gurunya dan merupakan satu ibadat kepada mereka dengan harapan mendapat syafaat daripada gurunya. Selain akan memperolehi syurga Allah SWT, para pengikut juga percaya bahawa segala hajat mereka akan dikabulkan oleh Allah SWT kerana ia dilakukan melalui perantaraan guru. Fenomena ini berlaku hampir dalam kesemua kumpulan ajaran sesat.

Soalan 16: Bagaimanakah untuk membezakan antara amalan Batin Tasawuf dengan amalan Batin Batiniyyah? Jawapan: Keadaan ini sukar dibezakan oleh masyarakat umum sekalipun para ulama disebabkan maklumat mengenainya tidak tersebar secara meluas. Sejak kemasukan Islam ke Nusantara, pendidikan Islam mempunyai kurikulum formal dan tidak formal tetapi sedikit pun tidak menyentuh tentang Batiniyyah. Hal ini 49


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

menyebabkan para ulama sukar untuk membezakan ancaman Batiniyyah. Umum hanya mengetahui bahawa tasawuf ialah ilmu batin yang tidak menampakkan mereka (Batiniyyah) menyusup masuk tanpa disedari. Mereka cukup berpengalaman mencampuradukkan tasawuf dengan Batiniyyah sehingga apabila berlaku penentangan terhadap mereka, ahli tasawuf juga akan terasa seperti mereka juga diperangi. Sepatutnya, ahli tasawuflah yang mesti melakukan sesuatu yang dapat membezakan mereka dengan ahli Batiniyyah dan mengisytiharkan perang terhadap Batiniyyah sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali. Imam Al-Tusi menegaskan bahawa pengukur yang tepat lagi asasi tentang kebenaran orang yang dianggap telah mencapai khalwas atau dianggap telah termasuk manusia pilihan (ahli AlSafwah) ialah tiga perkara: 1.

Menjauhi segala yang haram dan ditegah, sama ada yang besar atau kecil.

2.

Menyempurnakan segala yang difardukan samada yang senang atau susah.

3.

Membiarkan dunia kepada ahlinya melainkan kadar yang diperlukan.

Jika terdapat orang-orang yang dianggap sedemikian tetapi tidak berpegang teguh dengan tiga asas tadi maka kesalahan lebih hampir kepadanya daripada kebenaran pada apa yang dikatakan, atau pada apa yang didakwanya, atau pada apa yang dilakukannya.

50


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 17: Siapakah yang biasanya menjadi mangsa ajaran sesat? Jawapan: Golongan yang mudah terpengaruh menjadi mangsa ajaran sesat adalah terdiri daripada: 1.

Golongan yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup dan mendapat dorongan kawan-kawan supaya berguru atau belajar melalui orang-orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit.

Logo Black Metal 2.

Golongan yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan beragama terutama melalui unsur kerohanian dengan cara jalan pintas tanpa mengikut sunnah.

3.

Golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul. Hal ini terjadi kerana mereka kurang mantap dalam usul syariah dan tunjangan serta pengetahuan mereka yang lemah dalam hal sadiq dan ikhlas. Mereka mendakwa diri mereka hampir dengan Allah SWT dan berada di maqam tertinggi.

Dalam keadaan ini terdapat orang yang suka mengeksploitasikan kejahilan dan kedahagaan masyarakat kepada 51


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

kesempurnaan kerohanian dan lalu digunakan untuk kepentingan tertentu, seperti untuk mendapat kekayaan, pangkat, kuasa dan seks bebas. Di samping itu terdapat golongan yang berpegang kepada konsep kebebasan intelektualisme. Golongan ini mengagungkan rasionalisme dan pendekatan apa yang dikatakan secara saintifik dan imperial dalam soal agama. Golongan ini membawa fahaman modenisasi dalam Islam yang bertentangan dengan akidah dan fahaman yang diiktiraf dan diterima masyarakat di negara ini. mereka ini dengan fikiran-fikiran baharu itu menggugat akidah orang yang kurang kukuh pegangannya. Dengan itu, akhirnya telah menimbulkan ajaran-ajaran sesat yang membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.

Soalan 18: Apakah faktor-faktor berlakunya ajaran sesat? Jawapan: Antara faktor-faktor perkembangan ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut: 1. Faktor Kepercayaan Percaya kepada perkara-perkara ghaib yang melampau serta melanggar akidah adalah salah satu faktor tersebarnya ajaran sesat. Ini disebabkan perkara ghaib itu adalah sesuatu yang sememangnya diasaskan oleh Al-Qur’an dan Al-Hadis kerana akidah, syarak dan akhlak Islam itu sendiri adalah perkara ghaib yang hanya dapat diketahui melalui Al-Qur’an dan AlHadis. Justeru, penganut-penganut ajaran sesat amat mudah sekali percaya kepada sesuatu perkara ghaib yang dikemukakan oleh guru-guru ajaran sesat apabila perkara-perkara ghaib 52


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

itu disandarkan kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis yang telah diputarbelitkan sehingga pengikut-pengikut ajaran sesat itu tidak lagi dapat melihat kesesatan yang disampaikan. 2. Keghairahan Mencari Kelebihan Ilmu-Ilmu Islam Keghairahan untuk mencari kelebihan ilmu-ilmu Islam adalah juga merupakan faktor perkembanagan ajaran sesat. Keghairahan yang sedemikian rupa boleh menyebabkan seseorang mudah percaya dan tertipu dengan ajaran-ajaran yang menarik yang dikeluarkan oleh tok guru, tok syeikh dan tok ayah mereka. Mereka selalu ditipu dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh rasul-rasul dan wali-wali yang dirahsiakan daripada orang ramai. Sebab itulah, ajaran sesat menurut pendangan penganutnya begitu bernilai sekali, sedangkan ajaran Islam yang ada adalah sama seperti barang yang dijual lelong di kaki lima yang tidak berharga dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. 3. Amat Logik Dan Bersesuaian Dengan Selera Mereka Ajaran sesat juga biasanya amat logik dan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak bagi mereka yang ingin mencari ilmu yang lebih, seterusnya ajaran itu pula ditokok-tambah dengan kesesuaian dan logik yang dapat diterima oleh akal mereka, maka pada pandangan mereka secara sepintas lalu inilah ajaran Islam yang sebenarnya, padahal itulah ajaran songsang lagi sesat. Ajaran sesat itu juga diadun dan diolah sedemikian rupa dengan hujah-hujah yeng sungguh menarik sekali sehingga mempersonakan pengikut-pengikut ajaran tersebut, seperti penjual ubat batuk yang mengambil tahi kambing goreng dan diperah serta dijual ubat itu, oleh kerana terlalu pandai bercakap dan berhujah menyebabkan ramai penonton yang tidak mengetahui rahsia bagaimana ubat itu dihasilkan, sedangkan ia diperbuat daripada bahan najis dan sebagainya. 53


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 19: Apakah motif sebenar penyebaran ajaran sesat? Jawapan: Mereka sentiasa merasakan bahawa ajaran merekalah yang benar dan betul, sedangkan mereka hanya bergantung pada akal mereka semata-mata. Banyak perkara yang direka-reka dan bercanggah dengan syariat Islam. Pada hakikat yang sebenarnya, merekalah orang-orang jahil yang didorong oleh nafsu dan hasutan syaitan. Antara motif utama mereka, adalah untuk mendapatkan wang dan mengumpul kekayaan dengan jalan yang mudah daripada pengikut-pengikutnya. Menurut Ustaz Abdul Hamid Bin Yunus, mereka mempunyai banyak motif yang terselindung dan ia sukar untuk dipastikan kerana tiada dalam bentuk bertulis dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, setakat ini pihak JAKIM telah mengesan beberapa motif utama yang amat merbahaya dan membahayakan akidah umat Islam dan keselamatan negara. Antaranya: 1.

Menghina ulama.

2.

Meruntuhkan syariat Islam.

3.

Memperkecil Al-Qur’an dan As-Sunnah.

4.

Membentuk kumpulan ma’rifat yang berhubung “secara langsung” dengan Tuhan tidak sebagaimana Rasulullah SAW yang berhubung melalui perantaraan Jibril AS.

54


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 20: Apakah kesan dan implikasi daripada ajaran sesat terhadap umat Islam? Jawapan: Semua umat Islam hendaklah mengetahui dengan penuh tanggungjawab dan keinsafan bahawa penyelewengan dalam akidah mempunyai risiko yang amat berat dan besar sekali. Jika tindakan membanterasnya tidak diberi tumpuan yang bersungguh-sungguh, kumpulan ajaran sesat akan sentiasa muncul dan merebak dari satu negeri ke negeri yang lain atau ke seluruh negara. Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa negeri terhadap kumpulan ajaran sesat tertentu tidak memberi kesan yang positif kerana ia akan berpindah ke negeri-negeri lain. Antara akibat-akibat ancaman itu ialah meluasnya kesesatan akidah dan penyelewengan dari segi ibadah umat Islam. Ini dapat digambarkan melalui ajaran-ajaran sesat yang disebutkan di atas. Ajaran sesat mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat Islam di Malaysia. Ajaran sesat ini merosakkan akidah dan ibadah umat Islam hingga mendorong mereka kepada; syirik, kufur dan murtad, sesat dalam beragama, perpecahan dalam masyarakat dan ancaman terhadap keselamatan negara. 1.

Menyebabkan Syirik, Kufur Dan Murtad

Syirik diambil daripada perkataan Arab yang bererti berkongsi atau bersepakat. Mensyirikkan Allah SWT bermakna menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu benda atau makhluk. Dalam kata lain, syirik dilihat daripada sudut taraf dan kedudukan antara Allah SWT dengan makhluk. Jika berlaku persamaan dan percampuran, maka berlakulah syirik. Contohnya, pemujaan kubur yang dianggap keramat dan mempercayai kesaktian yang ada pada para wali serta bomoh merupakan perkara khurafat 55


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

yang sering diamalkan dalam sesebuah aliran ajaran sesat sehingga mengheret pengikutnya menyekutukan Allah SWT. Si pelakunya telah melakukan dosa besar yang tidak boleh mendapat keampunan (maghfirah) dari Allah SWT. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukannya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An-Nisaa’; 4 : 116) Peringatan Allah SWT menerusi Al-Qur’an perihal menyekutukanNya adalah jelas. Barangsiapa yang mensyirikkanNya nescaya akan terhapus segala amalannya. Tidak ada suatu kuasa yang mampu mengatasi kuasa Allah SWT dan segala amalan yang dilakukan hendaklah untuk Allah SWT semata-mata. Besar kemungkinan seseorang itu boleh tergelincir akidahnya dan menjadi murtad disebabkan telah mensyirikkan Allah SWT mahupun dengan menyalahi prinsip utama ajaran Islam. Ia boleh menyebabkan seseorang Muslim itu terkeluar daripada agama Islam (menjadi murtad), segala urusan dan amal kebajikannya gugur dan binasa serta dimasukkan ke dalam neraka dan kekal di dalamnnya buat selama-lamanya. Sebagaimana firman Allah SWT: 56


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Maksudnya: “...dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (buat selama-lamanya).� (Surah Al-Baqarah; 2 : 217) 2.

Mewujudkan Perpecahan Dalam Masyarakat

Melalui ajaran yang dianuti, mereka memupuk persefahaman hidup dan jika dapat, cuba mewujudkan kumpulan atau masyarakat mereka sendiri. Sebagaimana yang telah diketahui, ahli-ahli kumpulan masyarakat tersebut tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan dari pada ahli kumpulan mereka.

57


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

3.

Menimbulkan Berbagai-Bagai Bentuk Keganasan Dalam Masyarakat

Keganasan yang timbul bukan sahaja sekadar mencedera dan membunuh orang lain, malah boleh membunuh diri mereka sendiri. Malah, menyebabkan berlakunya keretakan dalam keluarga. Apabila terdapat salah seorang daripada anggota keluarga itu, khususnya si suami yang memasuki satu-satu ajaran sesat, maka berlakunya keretakan dalam keluarganya, terutama apabila isteri tidak menyertai atau tidak menyokongnya suaminya. 4.

Membuatkan Manusia Sesat Dalam Beragama

Sesat dalam beragama termasuklah cenderung melaksanakan sesuatu amalan atau doktrin ajaran yang nyata bertentangan dengan Islam. Antara perkara yang membawa umat Islam sesat dalam beragama termasuklah meyakini dan mengamalkan sesuatu ajaran yang difatwakan sesat. 5.

Mengancam Keselamatan Negara

Hubungan langsung antara kelompok ajaran sesat dengan gerakan subversif dan antinasional yang cuba menimbulkan huru-hara dalam negara dapat dikesan oleh pihak berkuasa sejak akhir tahun 1970an lagi. Di samping meluasnya kesesatan akidah dan penyelewengan syariah Islamiah dalam kalangan umat Islam, ajaran sesat juga membawa perpecahan serta pertumpahan darah dalam masyarakat.

58


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 21: Adakah hanya dengan menganuti fahaman ajaran sesat sahaja, baharulah dikatakan sesat dan membawa pada pembatalan syahadah? Jawapan: Menurut Said Hawa, termasuk dalam kategori sesat dan menyeleweng ialah membenci atau tidak bersetuju terhadap salah satu hukum atau sistem Islam seperti ibadah, sistem ekonomi, mualamat, politik dan undang-undang Islam sama ada undangundang masa damai atau pada masa perang atau benci terhadap akhlak, peraturan masyarakat, ilmu-ilmu Islam dan sebagainya. Apa sahaja corak kebencian dan penentangan terhadap apaapa yang terkandung di dalam Al-Qur’an atau Al-Hadis, atau menentang konsep As-Sunnah sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan (taqrir) atau sifat-sifatnya. Maka, ia boleh membawa pada pembatalan syahadah. Pengertian sesat pada iktikad terbahagi kepada dua iaitu sesat daripada ajaran agama Islam yang sebenar dan sesat dari jalan menuju ke syurga. Manakala menurut Ibnu Abbas pula, semua hawa nafsu yang jahat itu adalah sesat.

Soalan 22: Bagaimanakah bermulanya sejarah kemunculan ajaran sesat di Malaysia? Jawapan: Ajaran sesat di Malaysia bukanlah perkara yang baharu. Bahkan, ia telah bermula sejak 1870 di Pulau Pinang setelah dikesan oleh pihak penyelidikan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 59


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Tarikh 1870 diambil sempena tarikh Masjid Kampung Seronok yang dibina pada tahun tersebut walaupun ajaran ini berkembang lebih awal. Sejak tarikh tersebutlah, bermulanya perbincangan yang semakin hangat tentang ajaran sesat di Malaysia dengan berbagai-bagai jenis nama ajaran yang lahir selepasnya. Munculnya ajaran-ajaran dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara yang baharu. Ia mulai bergerak secara senyap-senyap semasa Islam mula bertapak di Semenanjung pada abad ke-15 iaitu melalui konsep Animisme, Dinamisme dan ajaran-ajaran Hindu-Buddha. Tetapi yang ketaranya adalah datang daripada pengaruh Syiah melampau seperti Saba’iyyah, Kaysaniyyah dan Ismailiyyah Batiniyyah serta juga aliran teosofi. Menurut sejarah, ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia adalah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain. Sementara di Kelantan wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud yang disebarkan dalam tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh. Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup, bukan sahaja di Kelantan tetapi di negerinegeri lain. Hari demi hari ajaran sesat telah bertambah dan hingga akhir tahun 1999 jumlahnya menjangkau lebih daripada 100 ajaran yang diadukan ke Jabatan Agama seluruh Malaysia. Sehingga kini, setiap negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap-senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan. Jumlah ajaran sesat telah bertambah dari masa ke semasa. Beberapa peristiwa yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam berlaku berikutan daripada ajaran sesat. Pada 19 Oktober 1974, seorang ahli dari kumpulan ajaran sesat Empat 60


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan. Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi telah mencederakan Imam Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak (Tuan Haji Damanhuri Bin Haji Abdul Wahab, 68 tahun). Pada 19 Ogos 1979 pula peristiwa di Kerling, Selangor menyebabkan seramai empat orang pengikut Ilmu Kasyaf pimpinan Hj. Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang telah mati terbunuh apabila mereka sedang melakukan pemecahan kuil Hindu di Kerling, Selangor. Satu peristiwa besar di Batu Pahat telah berlaku pada 16 Oktober 1980 di mana lapan orang dari kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir Bin Ismail (Kemboja) telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat dan mencederakan ramai anggota polis, kakitangan balai dan orang awam. Pada 1 Februari 1996, dua orang lelaki warga Indonesia cedera ditembak selepas mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah. Lelaki berkenaan menyebarkan ajaran sesat yang berpusat di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Pada 18 Mac 1996, pengikut ajaran Tabarani bertindak keterlaluan memukul Sidek Mohamad, Ketua Kampung, Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang kerana mendakwa beliau menghalang kegiatan mereka.

61


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 23: Apakah tindakan pemerkasaan yang boleh dilaksanakan untuk menangani ajaran sesat terutamanya di Malaysia? Jawapan: Untuk menangani gejala ajaran sesat dalam masyarakat, perlu dinilai bagaimanakah pendekatan yang diambil oleh pihak berwajib. Terdapat tiga pendekatan utama yang perlu diberi perhatian untuk mencapai hasil tindakan yang terbaik. Tiga pendekatan itu adalah pembanterasan, pendakwaan dan pemulihan yang perlu berorientasikan output. Walaupun, ketigatiga aspek itu seperti sudah ada, namun ia wajar diperkemaskan dan hubungan kerjasama di antara pihak-pihak berkenaan perlu dipertingkatkan lagi secara rasmi misalnya, dengan penubuhan unit tindakan khas menangani gejala ajaran sesat di peringkat Persekutuan. JAKIM telah memulakan inisatif tersebut namun penambahbaikkan perlu dilakukan agar lebih proaktif dan dinamik dalam menyegerakan penyelesaian penyebaran ajaran sesat. Secara umum, didapati bahawa kesalahan-kesalahan berkaitan akidah didapati terus berlaku hingga kini dan masyarakat suka mengandaikan bahawa ia gagal dibanteras oleh pihak berkuasa agama. Hakikatnya, kegagalan tersebut disifatkan berlaku kerana masalah berkaitan ajaran salah dan yang berkaitan dengannya, serta bukannya mudah untuk dibanteras secara total. Penyelesaian isu berkaitan ajaran sesat di negara ini sebenarnya bukan terletak pada aspek perundangan sahaja, sebaliknya ia berbalik kepada kesedaran beragama seseorang. Umat Islam seharusnya sedar tentang pentingnya menjaga akidah masing-masing agar tidak tergelincir dari segi iktikad, amalan atau tindakan. Meningkatkan kefahaman ilmu agama mestilah menerusi kaedah yang formal yang membabitkan institusi agama seperti masjid dan tenaga pengajar yang mempunyai tauliah dan latar belakang agama yang diketahui. Semua pihak 62


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

berwajib terutama di bawah Jabatan Agama seperti Bahagian Dakwah, Bahagian Pendidikan, Bahagian Masjid dan Bahagian Penguatkuasa Agama perlu menjadikan agenda pembanterasan penyelewengan akidah sebagai keutamaan mereka.

Ayah Pin Dan “Kerajaan Langit�

63


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 24: Apakah persediaan yang diperlukan untuk menangani ajaran sesat? Jawapan: 1.

Kemantapan Iman

Iman mempunyai kaitan yang padu dengan kualiti insan. Ia adalah asas atau permulaan bagi setiap perilaku dan tindakan manusia yang akan menghasilkan kesempurnaan seseorang yang benar-benar bersyahadah dengan keimanannya. Oleh kerana itulah Al-Qur’an tidak memisahkan antara iman dan amal seseorang itu. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang percaya kepada Allah SWT dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah SWT; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)�. (Surah Al-Hujuraat; 49 : 15) Melalui konsep iman, tonggak kekuatan seseorang Muslim akan menjadi teguh, berupaya melaksanakan titah perintah Allah SWT, meninggalkan segala larangan dengan cekal hati serta 64


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

mampu menghindari belenggu kejahilan dan penyelewengan. Iman juga akan menyelamatkan manusia daripada sebarang ancaman sama ada yang datang dari luar mahupun runtunan hawa nafsu yang muncul dari dalam diri. Mereka tidak akan tunduk terhadap ancaman-ancaman tersebut kerana telah dibentengi oleh iman yang teguh. Beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya akan memberi kepuasan dan kebersihan hati dan fikiran. Ia akan melahirkan sifat takwa dan dapat memandu seseorang itu menjalani kehidupan ini dengan mengikut jalan yang lurus, mengawal perbuatan daripada segala macam kelemahan kemungkaran dan penyelewengan serta mengeluarkan dirinya daripada segala perkara yang menyusahkan. Firman Allah SWT;

Maksudnya: â€œâ€ŚDan (ingatlah!) sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT nescaya Allah SWT memudahkan baginya segala urusan.â€? (Surah At-Talaaq; 65 : 4) Iman membolehkan seseorang itu dapat mengenal dan membezakan antara yang benar dengan yang salah dan tidak mudah terpengaruh serta terikut dengan dakyah penyelewengan yang disampaikan kepada mereka. 2.

Bertepatan Kehendak Syariah

Ukuran yang tepat untuk memastikan sesuatu ajaran, pemikiran, istiadat dan tindakan itu betul atau salah, benar atau sesat, sesuai atau bercanggah dengan Islam adalah sejauh mana ia bersesuaian dan serasi dengan Islam serta bertepatan dengan kehendak syariah dan mutabaqah dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah. 65


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Pada kebiasaannya ajaran salah atau sesat ini dihubungkan dengan perjalanan tasawuf dan tarekat demi untuk menarik minat masyarakat Islam. Jika diperhatikan dengan teliti berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap beberapa ajaran salah dan sesat, ternyata ia terpengaruh dengan oleh ajaran Batiniyyah yang cuba meruntuhkan Islam dan akidah umatnya, menggugurkan taklif syarak, menafikan Muhammad Rasulullah SAW dan syariat Islam, dengan mendakwa kesempurnaan dirinya kerana adanya ‘hakikat Muhammad yang batin’ dalam dirinya. Ada yang menafikan ketuhanan Allah SWT dengan idea bertuhankan diri sendiri iaitu mengaku dirinya Tuhan bertujuan untuk membebaskan diri daripada larangan dan tuntutan syarak supaya dapat memenuhi kepuasan hawa nafsu terutama berhubung tentang seks dan wang. Demikianlah inti pati ajaran Batiniyyah yang banyak mempengaruhi ajaran sesat di negara ini. Dalam hubungan ini, ulama Sufiyyah telah menegaskan bahawa jika kamu melihat seseorang berjalan di atas air sedangkan dia melakukan larangan dan tegahan syarak, ketahuilah bahawa dia adalah syaitan. Kata-kata ini dibenarkan oleh Imam AlGhazali. 3.

Berilmu

Mencari dan menuntut ilmu pengetahuan adalah suruhan yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Seseorang yang jahil tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kebenaran dan kebatilan amat berbeza. Untuk mengenal pasti mengenainya, seseorang itu mesti mempunyai ilmu dan menghayati kebenaran itu. Di samping dapat mengenal pasti kebenaran, seseorang itu hendaklah juga mengetahui ciri-ciri kesesatan supaya tidak tergelincir ke dalamnya. Allah SWT telah menyatakan Islam sebagai agama kebenaran, jalan yang lurus dan jalan yang boleh menyampaikan kepada keredaanNya. Jalan ini mestilah dilalui oleh setiap hamba 66


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Allah SWT yang ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Allah SWT juga menerangkan bahawa selain Islam, semua jalan lain adalah sesat belaka dan membawa kecelakaan di dunia dan di akhirat. Bagi membezakan antara jalan yang benar dan sesat ini, seseorang itu hendaklah melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan mengkaji mengenainya dengan penuh keinsafan. Baginda Rasulullah SAW telah mengajarkan umatnya satu doa supaya menetapkan hati dan pegangan terhadap ajaran Islam dan menjauhi diri daripada kesesatan. Doa Baginda Rasulullah SAW; Maksudnya: “Wahai Tuhan yang berkuasa memalingkan hati, palingkanlah hati-hati kami untuk mentaatiMu.” (Hadis Riwayat Muslim) Dalam hal ini, ilmu yang benar adalah penting untuk diikuti di samping meninggalkan segala ilmu yang mengeliru lagi meragukan. Pengertian ilmu dalam konteks ini dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali sebagai berikut: “Ilmu yang sesungguhnya ialah tersingkapnya sesuatu yang jelas, sehingga tidak ada lagi ruang untuk ragu-ragu, tidak mungkin salah atau keliru, tidak ada tempat di hati untuk itu. Keamanan dari bahaya salah atau keliru harus diperkuat dengan keyakinan demikian rupa sehingga andai kata disangkal oleh seorang yang mempunyai kesaktian, yang misalnya dapat merubah tongkat menjadi ular, namun demikian itu tidak akan menimbulkan ragu-ragu sedikit pun juga terhadap keyakinan tadi. Apa yang diketahui, bila tidak seyakin itu maka yang demikian bukanlah ilmu yang patut menjadi pegangan dan tidak ada rasa aman di dalamnya. Dan setiap ilmu yang tidak memberi rasa aman bukanlah ilmu yang yakin.” 67


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Soalan 25: Apakah contoh-contoh ajaran sesat serta huraiannya yang telah diwartakan sebagai sesat? Jawapan: 1.

FAHAMAN DAN AJARAN SYIAH

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989 FATWA TENTANG FAHAMAN SYIAH PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dibawah pada 24hb September 1998.

Puak Syiah Memperingati Hari Asyura

i.

Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

ii.

Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain iaitu:

a.

Penyelewengan Dari Sudut Akidah (i) Imam adalah maksum (lihat kitab ‘Aqaid Al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al- Muzaffar, halaman 72).

68


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Imam Dua Belas Yang Diimami Oleh Golongan Syiah (ii) Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan (lihat kitab ‘Aqaid Al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha AlMuzaffar, halaman 83). (iii) Berpura-pura (lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi, Juzuk 2 oleh Abu Ja’afar Muhamad Bin Ya’kub Bin Ishak AlKulaini Al-Razi, halaman 217). (iv) Sayidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT (lihat kitab Al-Usul Min Al-Sira’ Kafi oleh Al-Kulaini, Jilid 1, halaman 197). (v) Menghalalkan Nikah Mutaah (lihat kitab Man La Yahduruhu Al-Fiqih oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Ali Bin Al-Husain Babawaih Al-Qummi, Juzuk 1, halaman 358).

69


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

(vi) Khalifah diwasiatkan secara nas (lihat kitab ‘Aqaid AlImamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, halaman 78). (vii) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini, Juzuk 1, halaman 146). (viii)Muhammad Bin Hassan Al-Askari ialah Iman Mahdi AlMuntazar (lihat kitab As-Syiah Wa Al-Tasbih Al-Sira’ Baina Al-Syiah Wa Al-Tasyayyu, oleh Doktor Musaal-Musawi, halaman 61). (ix) Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW (lihat kitab Al-Anwar Al-Nu’maniah oleh Syed Nikmatullah AlMusawi, halaman 81). (x) Menambah syahadah (lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini, Juzuk 1, halaman 441). (xi) Menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis mutawatir (lihat buku Aslu AlSyiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al-Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, halaman 149). b.

Penyelewengan Dari Sudut Syariat (i) Menolak ijmak ulama (lihat kitab Mukhtasar Al-Tuhfah Al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz Al-Imam Wilayullah Ahmad Abdul Rahim Al-Dahlawi, halaman 51). (ii) Menolak qias (lihat kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Bin Al-Husain Ali Kasyif Al-Ghita, halaman 149). (iii) Mengamalkan nikah mutaah (lihat kitab Al-Nihayah

70


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Fi Mujarrad Al-Fiqh Wa Al-Fatawa Muhammad Bin Hassan Bin Ali 489-491. Kitab Tahzib Al-Ahkam Muhammad Bin Al-Hassan Al-Tusi, 266).

oleh Abu Ja’afar Al-Tusi, halaman oleh Abu Ja’afar halaman 254, 259,

(iv) Menolak aul dan mendahulukan qurabah daripada asabah dalam masalah pusaka (lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 100101). (v) Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikutpengikutnya adalah musuh Allah SWT (lihat kitab AlTafsir oleh Abu Al-Nadhar Muhammad Bin Mas’ud Bin ‘Iyasy Al-Salami Al-Samarqandi, Juzuk 1, halaman 116). (vi) Hanya Ali menghimpun Al-Qur’an dengan sempurna (lihat kitab Al-Usul Min Al- Kafi oleh Al-Kulaini, Juzuk 1, halaman 228). c.

Pelbagai Penyelewengan Umum (i) Menziarahi Kubur Sayidina Husain mendapat ganjaran syurga (lihat Al-Irsyad oleh Muhammad Bin Muhammad Bin Nu’kman Al-Askibri Al-Baghdadi Al-Mulaqqap Bin Al-Syeikh Al-Mufid, halaman 252). (ii) Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram (lihat kitab Al-Syiah Wa Al-Tashih Al-Sira’, Baina Al-Syiah Wa Al-Tasyayyu’, oleh Dr. Musa Al-Musawi, halaman 98). (iii) Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi SAW iaitu Sayidatina Aishah dan Sayidatina 71


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Hafsah (lihat kitab Tuhfah Al-Awam Maqbul oleh Al-Syed Manzur Husain, halaman 330). (iv) Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan (lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara NAS Dan Ijtihad) oleh Hassan Bin Yusuf Al-Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, tahun 1993, halaman 36). (v) Sembahyang dhuha adalah haram (lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara NAS Dan Ijtihad) oleh Hassan Bin Yusuf AlMuntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31). (vi) Menetapkan prinsip khumus (1/5) sebagai kadar zakat (lihat kitab Tahzib Al-Ahkam oleh Ja’afar Muhamad Bin Al-Hassan Al-Tusi, halaman 122). (vii) Imamah dan khalifah daripada Rujuk Islam dan ia berlaku melalui nas. (lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan Bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 145146). (viii)Islam bukan syarat wajibnya haji (lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan Bin Yusuf AlMuntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31). (ix) Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya (lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan Bin Yusuf Al- Muntahhar AlHulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim). 72


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

iii. Oleh itu, mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman tersebut kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi: a.

Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran atau fahamanfahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah kecuali untuk amalan individu itu sendiri; atau

b.

untuk menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apaapa bahan publisiti atau apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau

c.

untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.

2.

RASUL MELAYU

Pada 2009, Abdul Kahar Ahmad yang dikenali sebagai “Rasul Melayu� dibicara dan disabitkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pelbagai kesalahan berkenaan aktiviti beliau selama ini. Secara tidak langsung, satu lagi anasir kekeliruan akidah dalam masyarakat Islam di negara ini khususnya di Selangor akhirnya berjaya dibanteras. Abdul Kahar telah mengaku salah di atas kelima-lima pertuduhan berkenaan iaitu kesalahan mengajar doktrin palsu, membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sebagai rasul, menghina agama Islam, mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan memberi pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Namun hakikatnya, usaha penyiasatan dan penangkapan beliau memakan masa yang panjang iaitu sejak sebelum tahun 2005 lagi, tahun di mana fail 73


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

kes terhadapnya dibuka di Mahkamah Syariah Shah Alam. Fatwa status haram terhadap ajarannya iaitu Ajaran Salah Haji Kahar Bin Haji Ahmad Jalal pula telah difatwakan pada 3 Januari 2007, manakala buku karangannya bertajuk, Al-Furqaan-Pembeda telah pun diharamkan di Selangor kerana menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. 3.

AYAH PIN

Di Besut, Terengganu, gelagat Arifin Muhamad yang lebih dikenali sebagai “Ayah Pin� yang membina perkampungan ibadat di kawasan kediaman beliau menarik perhatian awam. Pihak berkuasa tempatan akhirnya merobohkan binaan-binaan pelik yang dibinanya atas alasan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, ajarannya yang dikenali sebagai Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin sememangnya telah diketahui bertentangan dengan hukum syarak dan difatwakan haram di hampir kesemua negeri sejak tahun 1992 lagi. Namun, cubaan untuk menangkap dan membawa Ayah Pin ke muka pengadilan seringkali menemui jalan buntu, biarpun markasnya pernah diserbu pihak berkuasa beberapa tahun lepas. Setakat ini tindakan yang telah diambil terhadap pengikutnya adalah didakwa dan disabitkan di bawah seksyen 101 iaitu berkaitan kesalahan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama dan seksyen 142 iaitu memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak. Sebelum itu pun, beberapa orang pengikut Ayah Pin di Kelantan telah pun didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan atas kesalahan membuat istiadat atau perkara yang berlawanan dengan hukum syarak atau fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). 1.

Bagi Negeri Selangor boleh disabitkan di bawah seksyen 12 bagi kesalahan berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

2.

Bagi Negeri Selangor boleh disabitkan di bawah seksyen 16 bagi memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

74


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

4. CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT LAIN YANG TELAH DIFATWAKAN SEBAGAI MENYELEWENG DARIPADA AGAMA ISLAM DI NEGERI SELANGOR Pindaan Fatwa Tentang Ajaran Ahmadiah/Qadiani Tarikh Keputusan: 29 Ogos 1999. Keputusan: Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar dari agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan Undang-Undang Sivil ialah: (a) Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984; (b) Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya; (c) Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan keluarganya yang Islam; dan (d) Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembangaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuat kuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan, mengikut mana yang berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 17 Ogos 2001. Nombor Rujukan: MUFTI. Sel. 500-2; PU. Sel. AG.

75


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Fatwa Tentang Ajaran Haji Banuar Bin Roslan Tarikh Keputusan: 20 Jul, 2000. Keputusan: (1) Ajaran Haji Banuar Bin Roslan didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati: (a) Mencampuradukkan antara amalan kebatinan dengan agama untuk menarik perhatian seperti ilmu sihir; (b) Haji Banuar Bin Roslan mendakwa tidak perlu sembahyang Jumaat jika ada urusan yang lebih penting dan semua sembahyang fardhu boleh dijamakkan; (c) Haji Banuar Bin Roslan mengaku telah menerima Ilmu Laduni terus dari Allah SWT di Kaabah semasa mengerjakan haji; dan (d) Mengeksploitasikan agama untuk kepentingan peribadi seperti menggunakan kuasa sihir seluruh pengikut diminta patuh dan mengeluarkan harta benda seperti wang ringgit kepada guru sebagai satu pengorbanan.

Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan ajaran Haji Banuar Bin Roslan hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 5 Jul, 2001. Nombor Rujukan: MUFTI.Sel. 500-2; PU. Sel. AGM. Akta/Enakmen: Sel.P.U.17.

76


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Fatwa Tentang Ajaran Mohd Nordin Bin Putih Tarikh Keputusan: 15 Sep, 1995. Keputusan: (1) Ajaran Mohd Nordin Bin Putih didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. (2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Mohd Nordin Bin Putih di manamana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 28 Sep, 1995. Nombor Rujukan: [JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U. Akta/Enakmen: Sel.P.U.32. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) Tarikh Keputusan: 12 Feb, 1998. Huraian Tajuk/Isu: Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor telah menerima laporan mengenai Ajaran Sulaiman Bahtera Nabi Noh yang didapati meragukan umat Islam. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta untuk memberi respon dan membuat keputusan yang sewajarnya mengenai ajaran ini. Keputusan: Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut:

77


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

‘Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) adalah bertentangan dan menyeleweng dari akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar'. Keterangan/Hujah: 1.

Kumpulan ini telah diasaskan oleh Sulaiman Bin Mohd Said pada tahun 1989 dengan nama Syarikat Shah W.T.C Enterprise Sdn. Bhd. dengan modal RM2.5 juta beralamat di Lot 3734, Jalan Jambu, Meru Barat, 42200 Kapar, Klang, Selangor. Tujuan awal penubuhannya ialah untuk menubuhkan satu syarikat bagi membangunkan ekonomi Islam sedunia yang didakwa akan mengembangkan perniagaannya di dalam dan luar negeri meliputi Timur Tengah, Indonesia, India dan Thailand.

2.

Bentuk perniagaan yang dikendalikan ialah membuat barang kraftangan daripada bahan-bahan terbuang seperti tempurung kelapa, tunggul-tunggul kayu, membuat bantal dan minyak wangi. Namun begitu, sehingga kini barangan tersebut belum lagi diedar hanya sebagai contoh sahaja untuk dipamerkan. Terdapat 3 buah bangunan dalam pengeluaran barang tersebut iaitu di: (i) Rantau Panjang, Klang - Bengkel peralatan. (ii) Teluk Kapas, Pelabuhan Klang - Bengkel Kraftangan. (iii) Jalan Jambu, Meru, Klang - Bengkel Kraftangan.

78

Namun, dua daripada tiga bengkel tersebut telah ditutup dan yang tinggal hanya di Jalan Jambu, Meru, Klang sahaja. Ini berlaku kerana tuan tanah tidak yakin dengan bentuk perniagaan tersebut.


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

3.

Sulaiman pada awalnya mempunyai isteri bernama Wasitah dan dikurniakan dua orang anak. Kemudian, Wasitah diceraikan kerana beliau ingin berkahwin dengan kakaknya Hawa. Oleh kerana Sulaiman telah meninggal dunia pada Januari 1995, kumpulan ini telah diambil alih oleh isterinya, Hawa Bt. Hasan, seorang guru sekolah rendah. Kumpulan ini telah membina sebuah bangunan berbentuk kapal yang mempunyai 52 bilik bagi tujuan menyelamatkan diri bila banjir besar berlaku di Daerah Klang.

Isi Ajaran Sulaiman (Allahyarham) sebenarnya tidak ada asas pengajian agama secara formal dan beliau tidak tahu membaca Al-Qur’an. Beliau menggunakan khadam (jin) yang diberi nama Mr. Programmer yang membantunya dalam setiap tindakan. Setelah beliau meninggal dunia, Mr. Programmer ini telah diambil alih oleh isterinya Hawa Bt. Hasan untuk berkhidmat dengannya. Sulaiman juga pernah belajar dengan guru ajaran sesat dari Pasir Mas, Kelantan yang dipanggil Syed Ahmad/Syeikh Ahmad. Di antara butir-butir ajaran Sulaiman ialah: 1.

Beliau telah menggunakan terjemahan Al-Qur’an karangan A. Hassan sebagai rujukan. Beliau mendakwa karangan A. Hassan (Bandung) itu sahaja yang menepati kehendak Islam dan diakui oleh Nabi Ibrahim AS. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa AS.

2.

Mendapat ajaran terus daripada Allah SWT. Beliau juga mendakwa semua ulama di Malaysia tidak betul dan hanya kumpulannya sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang betul dan benar.

3.

Akan diadakan pertemuan Muhammad SAW iaitu:

empat

kaum

umat

ahli

79


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

(i) Nabi Ibrahim AS (orang Arab) (ii) Nabi Nuh AS (orang Melayu) (iii) Ali Imran AS (Orang Inggeris dan Jerman) (iv) Nabi Musa AS (orang Israel) 4.

Cara sembahyang umat Islam di Malaysia adalah salah, hanya cara yang diamalkan oleh kumpulan ini sahaja yang betul.

5.

Mengarahkan ahli kumpulan boleh sembahyang jamak ketika membuat kerja-kerja bangunan di Rantau Panjang dan Teluk Kapas. Sembahyang Zuhur dan Asar boleh dijamakkan kerana segala kerja itu adalah urusan Allah SWT. Dalam bulan puasa, kumpulan ini telah membuat dodol dan ahlinya boleh sembahyang jamak kerana mengacau dodol adalah urusan Allah SWT.

6.

Setelah Sulaiman meninggal dunia, jawatan ketua kumpulan ini secara automatik diambil alih oleh isterinya Hawa Bt. Hasan sehingga sekarang. Mereka mendakwa segala urusan projek yang dijalankan adalah projek Allah SWT. Mereka juga mendakwa mendapat petunjuk di langit dan mimpi-mimpi melalui ahli-ahli bahawa kumpulan ini sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

7.

Kumpulan ini juga mengamalkan beberapa zikir seperti:

80

i.

Lafaz sebelum menunaikan solat (ketika berdiri tegak):

"Demi Engkau Tuhan kami, Ya Allah, izinkan aku melaksanakan persembahan perintah sembahyang fardhu... kerana menyembahMu, serta tunduk sujud, berserah menyerah diri kepadamu, dengan maksud berlafazan kami, dan mencontohi sunnah Rasulullah SAW.�


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

ii. Selepas sembahyang diucapkan pula terima kasih, kemudian beristighfar memohon keampunan atas kesilapan diri.

iii. Doa dan zikir adalah persembahan. Sebelum persembahan mesti ada pembukaan, iaitu dengan membaca Al-Qur’an Surah Ali-‘Imran, ayat 18.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan.

Ajaran Syed Mohd Al Masyor Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970. Huraian Tajuk/Isu: Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (FATWA) Negeri Selangor untuk mendapatkan pandangan dan keputusan mengenai ajaran Syed Mohd AlMasyhor. Keputusan: Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut: 'Jawatankuasa Fatwa kali 1/8 memutuskan bahawa Ajaran Syed Mohd Al-Masyor adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar' Keterangan/Hujah: Syed Mohd Al-Masyhor seorang rakyat Singapura yang meninggal dunia pada 16 Julai 1974 beralamat No 13, Panlee 81


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Road, Singapura, bekerja sebagai buruh pelabuhan Singapura. Pada masa mudanya suka berjudi bermain kuda, tetapi akhirnya bertukar corak kehidupannya dengan keagamaan dengan membawa ajaran kumpulan Ikhwan atau lebih dikenali dengan ajaran Syed Mohd Al-Masyhor. Ajaran beliau juga diberi nama Tarekul Islam Muhammad SAW Habibullah Al-Hashim. Sekarang ajaran ini dipimpin oleh anak saudaranya Syed Ali Al-Masyhor. Ciri-Ciri Ajaran 1. Mengaku Rasul

Kumpulan ini berpendapat bahawa hanya Rasullulah SAW sahaja yang mengIslamkan manusia. Setelah Baginda wafat maka seorang demi seorang akan menggantikan Baginda iaitu daripada keturunan Syed. Justeru, Syed Mohd AlMasyhor mengaku bahawa dirinya adalah rasul. Beliau juga mengaku boleh memberi syafaat kepada pengikutnya yang mempunyai kesalahan maksiat seperti minum arak, berjudi, tidak menunaikan sembahyang dan kesalahan-kesalahan lain.

2.

Rasulullah Bercantum Dengan Allah

Rasul pengganti adalah Rasulullah SAW. Pada zahirnya sahaja manusia, dari segi hakikatnya adalah bercantum dengan Allah SWT. Segala kata-kata dan gerak-gerinya adalah Allah SWT itu sendiri.

3.

Al-Qur’an Sebenar Ialah Nur Hikmah

Syed Mohd Al-Masyhor berkata bahawa Al-Qur’an yang ada sekarang bukan Al-Qur’an yang sebenarnya. Al-Qur’an sebenar berada dalam tubuh kita yang diberi nama "Nur Hikmah". Al-Qur’an yang ada sekarang menjadi mansuh dengan Nur Hikmah.

82


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

4.

5.

6.

Pengikut Ditegah Berimamkan Orang Luar Pengikut-pengikut ajaran ini ditegah sama sekali menjadi makmum daripada mana-mana orang bukan ahli kumpulan ini. Menegah Berkahwin Dengan Bukan Ahli Pengikut-pengikut ajaran ini adalah ditegah sama sekali berkahwin dengan orang bukan ahli, kerana mereka beranggapan bahawa orang yang tidak menjadi ahli mereka adalah bukan Islam. Mengamal Nikah Batin Upacara pernikahan yang dilakukan oleh jurunikah yang bertauliah adalah tidak sah, bagi mereka tiap pasangan perlu melakukan nikah batin. Ajaran ini telah menetapkan lima rukun nikah batin: a.

Perempuan yang dinikahi itu bernama Maknikam.

b.

Maharnya adalah air mani.

c.

Walinya ialah Allah.

d. Yang menikahkan itu ialah Muhammad SAW. e.

Saksinya Malaikat Kiraman Katibin.

7.

Pengikut Ajaran Ini Dijamin Masuk Syurga

Ajaran kumpulan ini tidak mengambil berat tentang perkaraperkara fardhu dan begitu juga dengan perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Ini adalah disebabkan pengikutnya dijamin akan dimasukkan ke dalam syurga melalui syafaat Syed Mohd Al-Masyhor.

83


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

8.

Menerbitkan Buku Bertajuk "Mengikut Jejak Rasulullah SAW"

Kumpulan ajaran ini telah menerbitkan sebuah buku berjudul, "Mengikut Jejak Rasulullah SAW" yang menyentuh tajuk berikut: a.

Al-Islam agama yang diredhai Allah

b.

Islam bukan warisan

c.

Makna Islam

d. Al-Wasilah e.

Kalimah Syahadatain

f.

Akibat Menentang Rasulullah SAW

g.

Satu Perpaduan

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan. Fatwa Tentang Ajaran Haji Ghazali Bin Othman Tarikh Keputusan: 15 Sep, 1995. Keputusan: (1) Ajaran Haji Ghazali bin Othman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. (2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Haji Ghazali Bin Othman di manamana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 28 Sep, 1995. Nombor Rujukan: JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Akta/Enakmen: Sel.P.U.33. 84


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Fatwa Tentang Aurad Ismailiah Ajaran Mahmud Bin Haji Abd Rahman Tarikh Keputusan: 25 Okt. 1995. Keputusan: (1) Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud Bin Abd. Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. (2) Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud Bin Abd. Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 23 Nov, 1995. Nombor Rujukan: [JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Akta/Enakmen: Sel.P.U.48.

85


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Fatwa Tentang Ajaran Martabat Tujuh Pimpinan Hamzah Bin Embi Tarikh Keputusan: 25 Oktober 1995. Keputusan: (1) Ajaran Martabat Tujuh yang diajar oleh Hamzah Bin Embi didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. (2) Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Martabat Tujuh yang diajar oleh Hamzah Bin Embi di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 7 Dec, 1994. Nombor Rujukan: [JAI.Sel.8014/7 Jilid V; P.U.S. Akta/Enakmen: Sel.P.U.53. Fatwa Tentang Ajaran Zamree Bin Ab. Wahab Tarikh Keputusan: 22 Mei 2001. Keputusan: Merujuk kepada subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Agama Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam jadual. (1) Ajaran Zamree Bin Ab. Wahab adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati: 86


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

(a) Mendakwa boleh menunaikan haji hanya dengan mengerjakannya di Sungai Congkak, Hulu Langat sahaja; (b) Mendakwa dirinya sebagai Rasulullah SAW; (c) Menukar nama pengikutnya dengan nama sahabatsahabat bagi lelaki dan dengan nama isteri-isteri Nabi bagi pengikut wanita; dan (d) Mengamalkan nikah batin dengan 6 orang termasuk pelajar dan seorang pegawainya. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. (2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan ajaran Zamree Bin Ab. Wahab hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Status Penwartaan:Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 30 Ogos 2001. Nombor Rujukan: Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM Akta/Enakmen: Sel. P.U. 16.

87


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Pindaan Fatwa Tentang Fahaman Dan Ajaran Yang Dipegang Oleh Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad (Selangor) Tarikh Keputusan: 9 Ogos 1994. Keputusan: (1) Bahawa: (a) Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz Ashaari Muhammad; dan (b) “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah AS Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi.

Didapati kedua-dua buku dan manaqib tersebut di atas mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Oleh yang demikian kedua-dua buku dan manaqib tersebut adalah diharamkan.

(2) Bahawa kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan dan kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah AsSuhaimi adalah diharamkan. (3) Bahawa pengharaman ini meliputi: (a) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran yang tersebut dalam butiran (1) dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi atau falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang 88


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;

(b) Apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam, termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuklah suatu gambar, foto, poster, rajah, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberikan publisiti kepada terbitan tersebut, yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan pegangan di butiran (1);

(c) Apa-apa terbitan ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa apa bentuk keluaran ulangannya; dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, pita rakaman atau rekod, walau bagaimanapun jua dibuat, daripada suatu imej berdasarkan penglihatan yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat untuk menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat yang mana dirakamkan rakaman suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di butiran (1).

89


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

(d) Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran pegangan dan fahaman kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini.

Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda tanda yang boleh dikaitkan dengan Kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam pada mana-mana harta alih atau tak alih.

(e) Dan semua pihak dilarang memberikan kemudahan dan membantunya. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 11 Ogos 1994. Nombor Rujukan: JAI.Sel.8014/7Jld3;P.U.Sel2780. Akta/Enakmen: Sel.P.U.105.

Logo Al-Arqam 90


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Fatwa Tentang Ajaran Syed Muhamad Al-Masyhor Tarikh Keputusan: 19 Apr, 1998. Keputusan: 1. Ajaran dan amalan Syed Muhamad Al-Masyhor (Tarekatul Islam Muhamad SAW Habibullah Al-Hashimi) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu. 2.

Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Syed Muhamad Al-Masyhor (Tarekatul Islam Muhamad SAW Habibullah Al-Hashimi) di manamana berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

Antara ciri-ciri ajaran itu: (a) Mengaku diri sebagai Rasul. (b) Mendakwa boleh memberi syafaat kepada pengikut yang melakukan kesalahan. (c) Pada hakikatnya Rasul (Syed Muhamad Al-Masyhor) pengganti Rasulullah SAW itu telah bercantum dengan Allah SWT. Kata-kata dan gerak-gerinya adalah Allah SWT sendiri. (d) Mendakwa Al-Qur’an yang sebenar ialah Nur Hakim. (e) Mengamal nikah batin. (f) Pengikut ditegah bernikah dengan orang luar. (g) Menegah berkahwin dengan bukan ahli.

91


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

(h) Pengikut ajaran ini dijamin masuk syurga. (i) Menyalahtafsirkan ayat Al-Qur’an. (j) Menerbitkan buku bertajuk “Mengikut Jejak Rasulullah SAW”. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 24 Sep, 1998. Nombor Rujukan: [JAL. Set. 8072/7; PU, Set. AG. Akta/Enakmen: Sel.P.U.14. Fatwa Tentang Ajaran Tijah @ Khatijah Bt. Ali Tarikh Keputusan: 7 Feb, 1998. Keputusan: 1. Ajaran dan amalan Tijah @ Khatijah bt. Ali didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu. 2.

Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

Antara ciri-ciri ajaran itu: (a) Membawa ajaran Wahdatul Wujud dan Martabat Tujuh. (b) Menganggap ungkapan tokoh tasawuf sebagai Al-Hadis. (c) Membawa konsep Nur Muhammad SAW. (d) Berzikir tidak sedarkan diri.

92


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

(e) Sesiapa yang menangis dalam solat dianggap syirik kerana yang wujud ialah Ahmad. (f) Mendakwa roh serupa dengan manusia, berwarna putih tetapi tidak mempunyai rongga yang bernama Ahmad. (g) Mengunakan kitab yang mengelirukan untuk pengajian. (h) Menambah Sayidatina Fatimah Bt. Rasulullah dalam Dua Kalimah Syahadah. (i) Mendakwa rahsia manusia di antara huruf Alif dan Ya. (j) Menghuraikan pecahan kalimah Lailahaillallah. (k) Memberi tafsiran mengelirukan mengenal Israk dan Mikraj. (l) Menyatukan watak Allah SWT, Malaikat, Adam dan Iblis sebagai Allah SWT mengikut keadaan. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 24 Sep, 1998. Nombor Rujukan: [(JAL. Se. 8070/99: PU. Sel. A. Akta/Enakmen: Sel. P.U. 8. Ajaran Ahmadiah/Qadiani Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970. Huraian Tajuk/Isu: Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor untuk perakuan dan pengesahan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang/Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 25 November 1975 mengenai ajaran Ahmadiah/Qadiani. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta mengeluarkan keputusan untuk mewartakan golongan ini berdasarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. 93


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Keputusan: Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut: Jawatankuasa Fatwa kali 4/98 memutuskan dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Undang-Undang / Fatwa 1975 iaitu: Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh para ulama Islam serata dunia. Jabatan Agama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa orang alim ulama di Negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka telah Murtad (keluar dari Agama Islam) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah dibunuh akan dia oleh Imam yakni Raja. Mayatnya tiada boleh dimandikan, tiada boleh disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orangorang Islam. Lihat Khasyiah Bajuri ala Ibni Qasim juzuk (2) muka 258. Oleh kerana hukuman Islam ini tidak dapat dilaksanakan maka Jawatankuasa Fatwa ini mengesyorkan : (i) Lucutkan mereka dari segala hak-hak Melayu kerana mereka sudah keluar dari erti Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan di bawah fasal 160 tafsir. (ii) Tarik semula daripada mereka segala hak-hak Melayu yang telah diperolehinya seperti tanah 'Rizab Melayu' yang telah dimilikinya. Melayu ertinya seorang yang menganut 94


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat melayu. Keterangan/Hujah: Latar Belakang 1. Ajaran Qadiani diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Di Malaysia ia dipercayai bertapak pada tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam. 2. Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa dan penerbitan risalah. 3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah: a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa: (i) Sebagai Nabi menerima wahyu (ii) Imam Mahdi (iii) Isa Al-Masih (iv) Mempunyai mukjizat (v) Para Nabi menyaksikan dirinya (vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan 95


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

b) Ibadah Haji di Qadiani, India c) Menafikan Jihad d) Mengubah ayat-ayat al-Qur’an Status Penwartaan: Tidak Diwartakan.

Fatwa Tentang Ajaran Mohd Nordin Bin Putih Tarikh Keputusan: 15 Sep, 1995. Keputusan: (1) Ajaran Mohd Nordin Bin Putih didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. (2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Mohd Nordin Bin Putih di manamana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 28 Sep, 1995. Nombor Rujukan: [JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U. Akta/Enakmen: Sel.P.U.32.

96


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Pindaan Fatwa Tentang Ajaran Ahmadiah/Qadiani Tarikh Keputusan: 29 Ogos 1999. Keputusan: Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar dari Agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan Undang-Undang Sivil ialah: (a) Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984; (b) Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya; (c) Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan keluarganya yang Islam; dan (d) Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembangaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuat kuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan, mengikut,mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Status Penwartaan: Diwartakan. Tarikh Diwartakan: 17 Ogos 2001. Nombor Rujukan: MUFTI. Sel. 500-2; PU. Sel. AG.

97



MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

RUJUKAN Abdullah Hj. Abd Wahab. (1985). Tentangan dan cabaran kepada Islam di sepanjang zaman. Selangor: AWAS. Abdul Fatah Haron Ibrahim. (1999). Pengaruh kebatinan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM. Abdul Haris Bin A. Ahmad. (2002). Sejarah perkembangan ajaran sesat di Hulu Terengganu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abdul Shukor Hussein. (1998), Ahli sunnah wal jamaah: Pemisahan semula. Bangi: Penerbitan UKM. ------------.(1999). Ahli sunnah dan wujudiah-batiniyyah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ahmad Hidayat Buang. (Cetakan 1). (2004). Fatwa di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Azhar Abu Samah dan Mohd Yusof Sulaiman (2000). Jahil agama punca akidah terpesong. Dalam Berita Harian, 13 Oktober 2000. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2007). Ajaran sesat, mengenali jalan yang terpesong. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Farahwahida Mohd Yusof. (2011). Fatwa keberkesanannya memerangi ajaran sesat di Malaysia. Cetak Ratu Sdn. Bhd. Ibn Hajr Al-Haitami, La-Makki Ahmad Shihab Al-Din. (Cetakan 2). (1970). Al-Fatawa al-hadithiyah. Kaherah: Maktabah Wa Matba’ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi Wa Auladuh. Jasri Bin Jamal (2008). Peruntukan undang-undang bagi menangani ajaran sesat di Malaysia. Dalam Isu-Isu dalam dakwah, tarekat tasawuf ajaran sesat di Malaysia. Disunting oleh Abdul Ghafar Don. Bangi: UKM. Kamus Dewan. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 99


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Ku Muhammad Asmadi Bin Ku Mohd Saad. (2010). 20 hujjah akidah ahli sunnah wal jamaah vs akidah sesat. Selangor: Pustaka Al-Ehsan. M. As’ari Bin Hj. Tiba’. (2000). Ajaran sesat dan pengaruhnya di Johor. Johor Bharu: Jabatan Agama Islam Johor. Mahmud Abd Al-Halim. (1988). Qadiyyah al-tasawuf: Al-Munqidh min al-dalal. Kaherah: Dar Al-Ma’rif. Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. (1994). Kriteria dalam ajaran sesat. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Sdn. Bhd. Malaysia, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Risalah isu semasa: Fenomena ajaran sesat di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (1999). Garis panduan perbomohan menurut Islam. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Malaysia, Pusat Penyelidikan Islam.(1980). Ajaran sesat dan langkahlangkah mengatasinya. Kertas Kerja Persidangan Ketua-ketua Jabatan Ugama Islam Malaysia kali Ke-16. Nawi@Mohd Nawi Bin Haji Ismail. (2011). Pembasmian ajaran sesat di negeri Kelantan: Kajian terhadap usaha yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (JAHEAIK), Latihan Ilmiah, Universiti Malaya. Othman Ishak. (Cetakan 1). (1981). Fatwa dalam perundangan Islam. Selangor: fajar bakti Sdn. Bhd. Syeikh Al-Maqari Hj. Othman Bin Hamzah. (Cetakan 1). (2007). Mencari ketenangan dan menyuci jiwa. Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abdul Majid.

100


MENGENALI AJARAN SESAT MELALUI SOAL JAWAB

Zanirah Mustafa, Maznah Wan Omar, Ahmad Yumni Abu Bakar, Amir Husin Mohd Nor. (1995). Ajaran sesat satu ancaman terhadap keselamatan negara di Malaysia. Kuala Lumpur: Kor Agama Angkatan Tentera. Zanirah Mustafa, Maznah Wan Omar, Ahmad Yumni Abu Bakar, Amir Husin Mohd Nor. (2013). Fenomena ajaran sesat dan peruntukan undang-undang. Shah Alam: Penerbit Press Universiti Teknologi MARA.

101



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.