MAIS News 07/2013

Page 1

SEMASA TEPAT ILMIAH

J U L A I 2 0 1 3 • R A M A D A N 1 4 3 4 H • w w w. m a i s . g o v. m y • N A S K H A H P E R C U M A

BERITA

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sutan Selangor Bersama Rakyat pada 11 Julai 2013 Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

RAMADAN

YANG KOSONG Berlabuh sudah senja Sya’ban dan kini telah berhembus angin Ramadan. Seluruh manusia yang beriman, sewajibnya menerima kehadiran Ramadan ini sebagai tetamu yang dinanti-nantikan. Ibarat seorang kekasih yang menantikan kehadiran buah hati, terasa lambat sekali waktu berlari. Apabila bersua, terasa gemuruh dan debar memukul dada. Maka, ciciplah Ramadan semahunya, kerana Ramadan yang kita rangkul hari ini, tahun hadapan belum tentu lagi bersua............. Berita Penuh di M/S 3

BANK RAKYAT Serah Zakat Perniagaan Lebih RM4.3 JUTA SHAH ALAM, 24 Jun 2013 – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) hari ini menyerahkan cek zakat perniagaannya untuk .....

10 Tips Ramadan Sempurna

Harta Pusaka Arwah Suami

Q&A

Kenyataan Media KEKESALAN DAN BANTAHAN MAIS TERHADAP TINDAKAN ORANG BUKAN ISLAM MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM

KHAS

KENYATAAN MEDIA

Berita Penuh di M/S 7

M/S 16 Tokoh Pilihan - TENGKU MUHAMMAD AL-FATHANI: Ulama Besar Jambi


SIDANG REDAKSI MAIS NEWS Penaung Y.A.D. Dato Setia Haji Mohammad Adzib Bin Mohd Isa

Penasihat Dr. Zulkifli Bin Abdul Hamid Tuan Hj. Ahmad Apandi Bin Hj. Samsudin

Ketua Editor: Rohana Binti Hassan

Editor: Sri Hartini Binti Md Noh

Wartawan Indera Shahril Bin Mohd Shahid Ahmad Firdaus Bin Muhammad Hamizul Bin Abdul Hamid Ima Syuhada Binti Ismail Yun Rozimah Binti Kushai Nurhelmi Bin Ikhsan Halim Bin Mokhtar Mohd Helmi Bin Mohd Nuri

Jurufoto Shahrul Effendy Bin Md Saat

Š Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lainlain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit MAISNews. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya.


MAIS • www.mais.gov.my

3

KHAS

RAMADAN YANG KOSONG Oleh: Hamizul Abdul Hamid (hamizul@e-zakat.gov.my)

Berlabuh sudah senja Sya’ban dan kini telah berhembus angin Ramadan. Seluruh manusia yang beriman, sewajibnya menerima kehadiran Ramadan ini sebagai tetamu yang dinanti-nantikan. Ibarat seorang kekasih yang menantikan kehadiran buah hati, terasa lambat sekali waktu berlari. Apabila bersua, terasa gemuruh dan debar memukul dada. Maka, ciciplah Ramadan semahunya, kerana Ramadan yang kita rangkul hari ini, tahun hadapan belum tentu lagi bersua.

U

mar al-Khattab r.a pernah menangis teresak-esak di malam raya, lalu kala ditanya kenapa, dia berkata: “Kekasih Umar sudah pergi meninggalkan Umar, dan Umar belum tentu lagi akan menemuinya di tahun hadapan.” Hakikatnya, pelbagai cara manusia menerima kedatangan Ramadan. Ada yang ceria, menyediakan perancangan untuk melipatgandakan ibadah semahunya. Siang diisi dengan puasa yang tertata rapi segala indera, malam disusuli dengan solat tarawih, witir, tadarus dan tahajud. Malah mereka sudah berkira-kira, berapa banyak peruntukan untuk disalurkan sebagai sedekah, menaja majlis iftar dan menyantuni orangorang yang memerlukan. Golongan ini, menjadikan Ramadan sebagai zon pengecas iman dan takwa. Namun, ada yang ceria menyambut Ramadan, justeru mereka sudah ada agenda untuk meraih untung berganda. Lumrahnya, perniagaan di bulan puasa untungnya memang luar biasa. Lalu, di bazaar Ramadan yang sesak, para peniaga menjual apa sahaja walaupun mereka bukanlah juara memasak. Tukang jahit pula, inilah masanya tempahan masuk tidak terkira jumlahnya. Tukang kuih pula jenuh mengira balang hingga mulut berbuih berbusa. Memang murah rezeki kata mereka, walaupun harga jualan tidaklah semurah mana. Pun begitu, adakah semua manusia merasa gembira dengan kehadiran Ramadan? Tidak juga, kerana ada yang merasa susah hati dengan kedatangan bulan setahun sekali ini. Manakan tidak, Ramadan menyebabkan mereka susah, perlu menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu dan menegah diri daripada melakukan perkara yang semuanya sebelum ini sudah terbiasa. Teringat kala penulis membuka kaunter zakat di sebuah kilang beberapa tahun lepas, kebetulan meja

kaunter di beri di kantin pekerja. Menjelang tengah hari, dari kejauhan kelihatan beberapa orang lelaki berwajah Islam membawa bungkusan plastik di tangan, yang gayanya berisi makanan. Lalu, saat ternampak ‘ustaz’ berkopiah di hadapan, secara spontan kaki mereka pun melencong ke lain jalan! Geli hati melihat ulah mereka. Sudah dewasa, sudah pun menjadi bapa orang; tetapi masih berkira-kira untuk ‘auta’ dalam berpuasa. Ruginya, mereka menjadi hamba kepada nafsu yang serakah. Walhal awal-awal lagi Nabi Muhammad SAW menyatakan, di bulan inilah dipermudahkan diri untuk beribadah, seperti mana sabdanya: “Apabila tiba Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu iblis semuanya.” (Hadis sahih Imam Muslim) Apakah maknanya? Tidak lain lagi, di bulan Ramadan inilah kita sudah bebas daripada hasutan iblis durjana. Malah, dengan terbukanya pintu-pintu syurga dan terkatup rapatnya pintupintu neraka, bermakna melimpahruahlah rahmat Allah SWT kepada kita. Satu-satunya makhluk yang bisa mengganggu kita, hanyalah nafsu yang menggila. Maka, andai diri masih malas mentaati Allah SWT, malah masih bebas melakukan dosa, itulah pertanda diri sudah dijajah nafsu di dalam dada, wal’iyazubillah! Fuqaha juga berkata, Ramadan ini ibarat sebuah madrasah atau sekolah. Sebuah sekolah, ada peraturan dan disiplinnya, juga disediakan kurikulumnya dan ada ujian demi menilai prestasi pelajarnya. Maka, demikianlah Ramadan di sisi kita. Ia sekolah yang sudah tersusun rapi segala disiplin, kurikulum dan ujian demi mengukur prestasi kita. Disiplin Ramadan amat mudah, muncul sahaja sang fajar sehingga terbenamnya matahari di ufuk senja, maka kita ditegah daripada makan,

minum dan melakukan semua perkara yang membatalkan puasa. Kurikulumnya, kita dikehendaki juga menjaga semua panca indera dan dikehendaki melakukan beberapa ibadah di siang dan malamnya. Ujian pula diberi dalam bentuk harta, iaitu adakah kita sudah sedia untuk bersegera memberikan zakat fitrah dan memperbanyakkan sedekah di dalamnya. Keputusan akhir, dilihat perubahan diri selepas Ramadan meninggalkan kita, adakah kita makin bertakwa atau kekal di takuk lama. Dalam proses inilah, kita akan merasa sedikit perit dan susah; namun jika bersabar dan tekun berusaha, pastilah hasilnya amat luar biasa. Sebaliknya, amat malang bagi mereka yang tewas dengan nafsu semata-mata. Belum lagi diuji dengan peperangan dan bencana penuh derita, diri sudah mengalah kehilangan punca. Di manakah iman mereka? Maka, Ramadan perlu dihayati sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Di dalam al-Quran, ada dua matlamat difardukan Ramadan kepada kita, iaitu yang pertama, “mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa,” (al-Baqarah: 183) dan yang kedua, “mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bersyukur,” (al-Baqarah: 185). Takwa kata Rasulullah SAW, letaknya di dada (di hati). Ia barang yang tersembunyi; namun terpancar dalam perbuatan dan pertuturan kita sehari-hari. Itulah akhlak yang menghiasi diri dan menjadi budi pekerti. Takwa inilah yang mahu dimunculkan dan sudah pasti ia memerlukan kesungguhan. Manusia bertakwa yang lahir dari lubuk hatinya, semuanya terjadi tanpa direka dan bermuka-muka. Semuanya lahir dengan keikhlasan semata. Sayang sekali, andai musim Ramadan yang menjadi sekolah takwa ini tidak diisi dengan sempurna dan ber-

lalu kosong lagi hampa. Janji Allah SWT, hanya mereka yang berusaha akan mendapat sijil takwa. Tanpa usaha, Ramadan hanya sia-sia. Lalu, kala melihat orang lain bergelut di musim Ramadan, meninggalkan kesedapan dan kesenangan, bersesak di masjid mendirikan solat tarawih, bangun di tengah malam mendekati Tuhan, mengasah diri bertadarus al-Quran, menahan mulut dari percakapan yang bukan-bukan, menahan penglihatan daripada kemaksiatan dan seluruh hati dan fikiran kusyuk kepada Tuhan, ia sepatutnya menjadi motivasi ke arah perubahan. Akhirnya, tidak sukar buat menilai diri, adakah Ramadan ini sudah berbekas di sudut hati dan berkesan kepada diri. Andai kita kini makin ghairah menjadi hamba Allah SWT, lebih ghairah daripada memikirkan persiapan lebaran yang belum tentu bakal menjelma di sisi kita (kerana ajal juga sering mengintai kita), maka itulah tanda-tanda dalam hati sudah terbit benih takwa. Jadi, usah biarkan benih itu layu dan terkulai begitu sahaja. Gemburkan ia dengan ketaatan yang bersungguhsungguh kepada Allah SWT. Peliharalah seluruh anggota daripada kezaliman dan dosa, kurangkan dan tinggalkan perbuatan sia-sia yang tidak membawa pahala, perbanyakkan amal soleh sepanjang masa, panjatkan harapan kepada-Nya, semoga diri benar-benar menjadi orang yang bertakwa. Sungguh, Ramadan ini bakal menjadi bulan yang kosong, andai kita membiarkannya tanpa pengisian. Ramadan ini juga bakal menjadi bulan yang penuh pengertian, andai kita sendiri berusaha mengertikan. Terserah kepada kita, bak kata pepatah, perahu sudah di haluan, dayung juga sudah di tangan, tinggal kemahuan untuk menyudahkan sebuah perjalanan. Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW yang mulia: “Wahai manusia, sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa berkat, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malammalamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam (puasa dengan sempurna) dan membaca Kitab-Nya.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah). Wallahua’lam. MNews


4

KHAS

MAIS • www.mais.gov.my

10 TIPS RAMADAN SEMPURNA Oleh: Halim Bin Mokhtar (halim@kuis.edu.my)

Menuju ibadah puasa yang sempurna ada beberapa tips yang wajar kita perhatikan: 1. Bersahur, afdal jika bersahur itu diakhirkan waktunya, sehingga mengurangi rasa lapar dan haus dan berhenti makan dan minum beberapa minit sebelum terbit fajar. Rasulullah bersabda, “Makan sahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkah.” (H.R. Bukhari dan Muslim). 2. Bersegeralah berbuka setelah pasti masuk waktu Maghrib. Utamakan berbuka dengan buah kurma. Makanan manis dapat menjaga kondisi tubuh dan ucapkanlah Basmallah ketika berbuka dan berdoa, “Ya Allah, karena-Mu aku berpuasa dan atas rezki-Mu aku berbuka. Ya Allah terimalah daripadaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”Rasulullah bersabda, ”Manusia sentiasa dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur .” (HR. Al-Bukhari, Muslim dan At-Tirmidzi). 3. Membanyakkan munajat dan doa terutamanya diwaktu sahur,berbuka dan solat. Firman Allah s.w.t. dalam surah ad-Dzariyyat ayat 18: ( dan ketika waktu sahur itu mereka beristighfar dan memohon keampunan) At-Tirmidzi meriwayatkan dalam Al-Muntaqa: “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” 4. Membaca dan menghayati Al Quran. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: Orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap, dan orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. 5. Memelihara lidah. Rasulullah saw bersabda: “bertutur dengan perkataan yang baik itu sedekah”, dan “Barang siapa tidak meninggalkan ucapan yang haram dan perbuatan haram, maka Allah tidak berhajat darinya yang meninggalkan makan dan minumnya” maknanya puasanya yang hanya meninggalkan makan dan minum sia-sia sahaja di sisi Allah. 6. Bersabar dan bertenang dengan mengawal perasaan marah dan emosi. “Puasa adalah perisai, bila suatu hari seseorang dari kamu beupuasa, hendaknya ia tidak berkata buruk dan berteriak-teriak. Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata ‘Sesungguhnya aku sedang puasa’.” (HR. Al- Bukhari, Muslim) 7. Mengawal syahwat. Sedarilah puasa tidak hanya menahan diri dari makanminum, tapi juga “berpuasa” pendengaran, penglihatan, dan lisan dari halhal yang bertentangan dengan syariat Islam. Jabir bin Abdillah r.a berkata: “Jika kamu berpuasa, hendaknya berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu dari dusta dan dosadosa, tinggalkan menyakiti tetangga, dan hendaknya kamu senantiasa bersikap tenang pada hari kamu berpuasa jangan pula kamu jadikan hari berbukamu sama dengan hari kamu berpuasa.” 8. Menjaga makan dengan bersederhana, baik dan halal, Seorang ulama salaf pernah berkata: ”Apabila engkau puasa, lihat makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat siapa engkau berbuka”. Ini supaya hikmah berpuasa itu dapat dicapai dan orang yang berpuasa merasa dirinya dekat dengan Allah s.w.t., Para Hukamak Islam pernah berkata: “apabila perut menjadi kenyang maka semua anggota tubuh menjadi lapar, dan apabila perut menjadi lapar, maka semua anggota tubuh menjadi kenyang.” Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidaklah anak Adam mengisi wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia tidak mampu menghindarinya, maka sepertiga perut itu untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.”

9. Perbanyaklah bersedekah dan berbuat kebajikan, sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang memberi makan orang puasa, maka ia mendapat pahala seperti orang yang puasa itu tanpa mengurangi sedikitpun”, dalam hadith yang lain riwayat-Tarmidzi Baginda s.a.w. mengajar akan kelebihan bersedekah di bulan Ramadan: “ Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. 10.Merebut sebanyak mungkin kelebihan bulan Ramadan seperti solat tarawikh, beribadat, muhasabah diri dan melatih diri ke arah yang lebih baik. sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan), Segala jalan menuju taqwa sentiasa terbuka luas apabila ibadah puasa ditunai dengan sempurna dan dilindungi daripada tergolong sepertimana hadith riwayat Abu Hurairah r.a.: “Alangkah ramai orang berpuasa,ia tidak memperoleh apa-apa kecuali hanya merasakan lapar dan dahaga saja”. MNews

Kelebihan

BULAN RAMADHAN Riwayat: Riwayat Bukhari & Muslim Kategori: Ibadah Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. Huraian Hadith: Pengajaran Hadis: Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal’, yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa. ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam’ atau ˜Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T. iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut. iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.


MAIS • www.mais.gov.my

5

ISU

Kenyataan Media

KEKESALAN DAN BANTAHAN MAIS TERHADAP TINDAKAN ORANG BUKAN ISLAM MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM

M

utakhir ini berlaku sekali lagi kelancangan tindakan di kalangan orang bukan Islam iaitu Duta Vatican ke Malaysia yang menyuarakan pendapat berhubung penggunaan kalimah Allah sebagai rujukan kepada God di kalangan penganut Kristian. Pendapat beliau yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini bukan sahaja mencampuri urusan dalaman negara malah menghina kedaulatan undang-undang yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu serta menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam yang sedang menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. MAIS amat kesal kerana insiden seperti ini masih dianggap ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama berbangkit semula saban tahun. DYMM Sultan Selangor telah, beberapa kali sekitar tahun 2009, 2010 dan terakhir pada 6 Januari 2013 yang lalu, menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam. Baginda turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan segelintir individu bukan Islam yang bertindak menghina kesucian agama Islam di negara ini. Sehubungan dengan itu, MAIS menggesa pihak-pihak berwajib seperti JAIS, pihak Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan tegas dan menghukum kepada mana-mana individu Islam atau bukan Islam yang dengan sengaja menghina kesucian agama Islam yang merupakan agama Persekutuan menurut Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana tindakan menggunakan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu entiti lain jelas menghina kesucian

zat Allah SWT dan bertentangan dengan Hukum Syarak. Fatwa yang diwartakan di negeri Selangor pada 18 Februari 2010 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 telah berkuatkuasa sekian lama dilihat seperti tidak membawa apa-apa makna di kalangan segelintir orang bukan Islam terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini, walaupun undang-undang tersebut berkuatkuasa hampir di kesemua negeri di Semenanjung Malaysia. MAIS menyokong sepenuhnya kenyataan dan ulasan tokoh-tokoh agama dan ulama’ yang disiarkan dalam media seperti Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kebangsaan (PERKIM) Datuk Nakhaie Ahmad dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad serta beberapa lagi yang mengecam tindakan-tindakan berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam. MAIS juga menyeru agar lebih ramai tokoh-tokoh agama dan ulama tanpa mengambilkira latarbelakang politik untuk tampil menyuarakan bantahan dan mengecam penyalahgunaan kalimah maha suci ini. MAIS turut menyokong desakan gabungan NGO Islam kepada Kementerian Luar Negeri supaya mengusir keluar Duta Vatican ke Malaysia di atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA PENGERUSI MAIS

Sumber daripada Berita Harian

T

MENTERI: Kenyataan wakil Vatican undang gelisah

indakan Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom

berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini. “Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar dislahguna oleh manamana pihak. “Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan oleh mahkamah

kelak,”katanya Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini. MNews Sumber daripada Bernama


6

ISU

MAIS • www.mais.gov.my

MAJLIS BERBUKA PUASA

D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada AnakAnak Yatim, Fakir / Miskin Dan Saudara Kita Serta Perasmian Masjid Tahun 1434H / 2013M BIL

NAMA PROGRAM

1

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat

2

Solat Jumaat D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat

3

TARIKH PELAKSANAAN

Masjid Sultan 11 Julai 2013 Salahuddin Abdul Aziz 2 Ramadhan Shah (Masjid Negeri), 1434 (Khamis) Shah Alam Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur

12 Julai 2013 3 Ramadhan 1434 (Jumaat) Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj

13 Julai 2013 4 Ramadhan 1434 (Sabtu)

4

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Perasmian Masjid

15 Julai 2013 6 Ramadhan 1434 (Isnin)

5

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Perasmian Masjid Anjuran: GAPURNA GROUP

16 Julai 2013 7 Ramadhan 1434 (Selasa)

6

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat

7

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Warga UiTM

8

Solat Jumaat D.Y.M.M.Sultan Selangor Bersama Rakyat Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Warga UPM

TEMPAT PELAKSANAAN

17 Julai 2013 8 Ramadhan 1434 (Rabu)

BIL

18 Julai 2013 UiTM, Shah Alam 9 Ramadhan 1434 (Khamis) Masjid Sultan Abdul Aziz Jalan Templer, Petaling Jaya

19 Julai 2013 10 Ramadhan Masjid UPM, Serdang 1434 (Jumaat)

23 Julai 2013 14 Ramadhan 1434 (Selasa)

Masjid Di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak

12

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Perasmian Masjid

24 Julai 2013 15 Ramadhan 1434 (Rabu)

Masjid Di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang

13

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Perasmian Masjid

25 Julai 2013 Masjid Di Bandar Baru 16 Ramadhan Ampang, Hulu Langat 1434 (Khamis)

14

Solat Jumaat D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2013 Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1434H

15

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Perasmian Masjid

16

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat

17

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Warga TLDM

20 Julai 2013 11 Ramadhan 1434 (Sabtu)

Pengkalan TLDM, Lumut, Perak

10

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat

22 Julai 2013 13 Ramadhan 1434 (Isnin)

Masjid Ar-Raudah, Kg. Sg. Kelambu, Kuala Langat

Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam 26 Julai 2013 17 Ramadhan 1434 (Jumaat)

Masjid Ar-Rahman, Kg. Sungai Apong, Sabak Bernam

29 Julai 2013 20 Ramadhan 1434 (Isnin)

Masjid Di Kg. Parit Mahang, Kuala Selangor

30 Julai 2013 21 Ramadhan 1434 (Selasa)

Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, (KUIS) Bangi

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Perasmian Masjid

31 Julai 2013 22 Ramadhan 1434 (Rabu)

Masjid Di Kampung Felda Bukit Cherakah, Kuala Selangor

18

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Perasmian Masjid

1 Ogos 2013 Masjid Di Kampung 23 Ramadhan Telok Menegon, Klang 1434 (Khamis)

19

Solat Jumaat D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat

Anjuran : UPM, Serdang 9

TEMPAT PELAKSANAAN

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Perasmian Masjid

Masjid Di Kerling, Hulu Selangor

Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang Jaya, Hulu Langat

TARIKH PELAKSANAAN

11

Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang (Jemputan Istana Sahaja)

Masjid Di Bandar Baru Sungai Buloh, Shah Alam, Petaling

NAMA PROGRAM

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat DanPerasmian Masjid 20

Solat Sunat Aidilfitri Bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

2 Ogos 2013 24 Ramadhan 1434 (Jumaat)

Masjid Nurul Ehsan, Kampung Medan, Jalan Kelang Lama, Petaling Jaya Masjid Di Taman Subang Perdana, Shah Alam, Petaling

Masjid Sultan 8 Ogos 2013 Salahuddin Abdul Aziz 1 Syawal 1434 Shah (Masjid Negeri), (Khamis) Shah Alam


MAIS • www.mais.gov.my

7

BERITA

BANK RAKYAT Serah Zakat Perniagaan Lebih RM4.3 JUTA S HAH ALAM, 24 Jun 2013 – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) hari ini menyerahkan cek zakat perniagaannya untuk negeri Selangor berjumlah RM4,301,559.00 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat tersebut yang disampaikan oleh Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dato Sri Sabbaruddin Chik, di Istana Bukit Kayangan di sini.

Zakat yang dibayar adalah bagi tahun kewangan berakhir 2012. Upacara penyerahan zakat Bank Rakyat turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa. Turut hadir, Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, serta Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

MNews

Majlis Menandatangani 80 PESERTA MUALLAF Memorandum Sertai Kamil Muallaf

PERJANJIAN KAJIAN Daerah Petaling PENYELIDIKAN DI MAIS

S

HAH ALAM – Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Kajian Penyelidikan di MAIS telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al- Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah pada 24 Jun yang lalu. Memorandum perjanjian persefahaman ini merupakan MOU dengan Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Akademi Aidit bagi menyatakan persetujuan berkenaan penyedian kajian penyelidikan antaranya ialah Kajian Penglibatan Komuniti Islam Dalam Pengurusan Muallaf Selangor, Kajian Pe-

nyelidikan Pembinaan Indikator Pengukuran Status Muallaf Cina Selangor dan Kajian Penyelidikan Pengurusan Muallaf di Negeri Selangor.

Majlis ini telah ditandatangani oleh Ketua Penyelidik Universiti masing-masing disaksikan oleh Dr. Zulkiflli bin Abd Hamid, Ketua Sektor Sosial MAIS. MNews

S

HAH ALAM – Seramai 80 orang peserta muallaf sekitar Petaling telah menyertai Program Kemahiran Amal Islami Muallaf (Kamil Muallaf) Daerah Petaling di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, bagi mengenalpasti kebolehan mereka mendalami Islam. Dalam program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Petaling

dengan kerjasama Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf, muallaf terbabit turut menyertai acara Tilawah Al-Quran serta Pertandingan Hafazan, Solat Berjemaah, Tayammum, Azan dan Iqamah, Praktikal Wuduk, dan Kuiz Agama. Program yang diadakan pada setiap tahun ini, merupakan latihan bersepadu yang diwujud-

kan untuk mengenal pasti kebolehan muallaf dalam memahami pengetahuan agama Islam dan menentukan keupayaan muallaf dalam melaksanakan ibadah harian sebagaimana yang disyariatkan. Melalui program ini juga secara tidak langsung dapat menilai kemahiran muallaf dari segi pengetahuan Islam melalui acara-acara yang dipertandingkan berdasarkan bimbingan dan latihan yang diperolehi daripada kursus dan kelas fardhu ain muallaf yang dilaksanakan oleh MAIS. Perasmian penutup disempurnakan oleh Y.D.H Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Petaling. Turut hadir Ustaz Muhamad Sujak bin Haji Muhamad Dasuki, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Petaling. MNews


8

BERITA

MAIS • www.mais.gov.my

Bengkel Pelan Strategik Ekonomi MAIS 2014-2017 P ETALING JAYA – Bagi merangka dan memantapkan Pelan Strategik Ekonomi MAIS 2014 2017, satu bengkel penyediaan Pelan Strategik Ekonomi MAIS telah diadakan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya baru-baru ini anjuran Bahagian Penyelidikan, Sektor Perancangan & Penyelidikan, MAIS. Bengkel selama satu setengah hari ini, melibatkan pegawai MAIS

seramai 30 orang termasuk semua Ketua Sektor, Penasihat Undang-Undang, Ketua Audit Dalam, Sektor Iktisad, Bahagian Pengurusan Projek, dan Bahagian Pengurusan & Pembangunan Muallaf. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh tokohtokoh korporat iaitu Prof. Dr. Syed Omar Syed Agil, Professor Tun Abdul Razak School of Government, UNITAR, Prof. Madya Dr. Hailani Bin Muji Tahir, Mantan

Pensyarah UKM dan En. Peer Mohamed bin Ibramsha, Finance Division Executive Vice President (EVP), Bank Muamalat yang sudi berkongsi pengalaman dan menyumbang idea bagi merangka Pelan Strategik Ekonomi MAIS 2014 – 2017 ini. Turut serta dalam bengkel ini ialah Dato’ Aidit Bin Ghazali, selaku Penasihat bengkel dan panel tetap Pelan Strategik ini, En. Roslan Bin Abdul Razak. MNews

MAIS Sertai Pameran LZS Anjur Program

Karnival Mahabbah IKIM. FM 2013

S

HAH ALAM – Bagi mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS kepada masyarakat di sekitar Shah Alam, MAIS telah membuka kaunter berinformasi MAIS meliputi Wang Tidak Patuh Syariah, Wasiat dan Faraid di Karnival Mahabbah IKIM. Fm 2013 anjuran IKIM. Fm dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bermula pada

21-23 Jun 2013 lalu. Karnival ini merupakan salah satu program sempena Bulan Wakaf Selangor dan pembukaan kaunter berinformasi MAIS ini melibatkan Bahagian Harta Baitulmal. Program yang berlangsung selama tiga hari ini menjadi medan kepada pengunjung yang datang ke pameran MAIS untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan Bahagian

Harta Baitulmal terutama yang membabitkan pengurusan wasiat dan faraid. Program ini dirasmikan oleh Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Antara program dan aktiviti semasa karnival ini berlangsung ialah ceramah wakaf, pameran agensi awam dan swasta, jualan amal, serta pertandingan bayi dan kanak-kanak comel. MNews

Bicara Berkat

S

HAH ALAM, 12 Jun 2013 – Seramai 100 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor menghadiri Program Bicara Berkat anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini hari ini. Mereka terdiri daripada ketua-ketua jabatan ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, ketua-ketua polis daerah dan wakil dari unit gaji PDRM. Program ini bermatlamat menyampaikan maklumat terperinci berkaitan taksiran semula zakat pendapatan melibatkan kakitangan PDRM Selangor yang menyertai bayaran zakat melalui potongan gaji atau dikenali Skim Berkat. Selain itu, program ini turut menjadi medan kepada LZS untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan pen-

gurusan zakat di Negeri Selangor. Pada tahun 2012, sebanyak RM1.4 juta dikutip melalui potongan zakat bagi kakitangan PDRM Selangor melibatkan 3,672 kakitangan yang mencarum. Sehubungan itu, LZS mensasarkan peningkatan kutipan zakat serta peningkatan pencarum sebanyak 50

peratus hasil daripada taksiran semula yang dilaksanakan. Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Mohd Adnan Abdullah, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor, SAC Hasanuddin Hassan dan Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia, Amran Zakaria. MNews


MAIS • www.mais.gov.my

9

BERITA

LZS RAI KEJAYAAN ASNAF Dalam Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang

H

AH ALAM, 22 Jun 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan usahawan berjaya dalam perniagaan dan anak-anak asnaf cemerlang dalam peperiksaan di Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2013 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini hari ini. Majlis dihadiri 500 orang asnaf ini bertujuan memberi pengiktirafan atas kejayaan para asnaf zakat di LZS. Pada masa yang sama, pengiktirafan ini

memberikan motivasi kepada mereka untuk mengekalkan kejayaan tersebut, di samping menjadi contoh kepada asnaf yang lain. Sebanyak lima anugerah utama Usahawan Cemerlang daripada pelbagai kategori diberikan kepada penerima bantuan modal LZS, berdasarkan ketekunan dalam perniagaan selain peningkatan pendapatan. Bagi anugerah Usahawan Cemerlang kategori makanan, diberikan kepada Noraliza Mohd

Ghani yang mengusahakan perniagaan karipap besar, sementara Usahawan Cemerlang kategori makanan (mobile) dianugerahkan kepada Nor Zaiton Hassan. Pengusaha taska, Ahmad Safari Tauran pula mendapat anugerah Usahawan Cemerlang kategori perkhidmatan dan Shamsiah Tuah yang menjalankan perniagaan kedai cermin mata mendapat anugerah Usahawan Cemerlang kategori Peruncitan. Mohammad Ali Othman yang meru-

Pengumuman

ZAKAT FITRAH & HAL EHWAL ZAKAT NEGERI SELANGOR Pengerusi MAIS mengumumkan kadar zakat fitrah 1434H/2013M di Selangor adalah RM7 sewaktu Sidang Media Pengumuman Zakat Fitrah dan Hal Ehwal Zakat Negeri Selangor di Bangunan Zakat Selangor.

pakan seorang nelayan pula menerima anugerah Usahawan Cemerlang kategori asas tani. Manakala, 32 orang usahawan asnaf berdaya saing turut menerima anugerah Usahawan Wawasan sebagai pengiktirafan atas usaha mereka. Bagi Anugerah Keluarga Harapan diberikan kepada Suhana Ahmad yang merupakan penerima bantuan modal yang gigih berusaha mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan serta mempunyai anak-

anak cemerlang dalam akademik. Dalam pada itu, seramai 72 orang anakanak asnaf fakir dan miskin yang berjaya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia menerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Sementara Anugerah Pelajar Bestari, diberikan kepada Muhammad Asyraf Mahat yang

memperoleh keputusan 10A dalam SPM lalu. Beliau kini sedang menuntut di Universiti Malaya dalam kursus kejuruteraan. Pada majlis yang sama, LZS turut menerima pembayaran zakat perniagaan daripada tiga usahawan asnaf zakat, iaitu Shamsul Kamal Mohamed (pengusaha bengkel kereta), Ahmad Safari Tauran (pengusaha taska) dan Shamsiah Tuah (perniagaan kedai cermin mata). Hadir sama dalam majlis ini ialah, Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar dan Dato’ Siti Maslamah Osman. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof. MNews


10

BERITA

Kursus PENGURUSAN TATATERTIB

S

HAH ALAM – Dewan Muktamar, JAKESS. Satu Kursus Pengurusan Tatatertib telah diadakan selama dua hari iaitu pada 26 hingga 27 Jun 2013. Kursus ini diadakan untuk semua Ketua pejabat Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Seksyen dan semua kakitangan Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, JAKESS. Penceramah daripada Bahagian Sumber Manusia, SUK dari Cawangan Tatatertib iaitu Encik

Muhamad Siddiq bin Masror telah dijemput bagi memberikan ceramah berhubung pengurusan tatatertib ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai atasan khususnya ketua pejabat dan ketua unit terhadap peraturan dan prosedur yang perlu dipatuhi bagi menguruskan sebarang pemasalahan pelanggaran tatatertib di lokasi masing-masing. Selain daripada itu,

kursus ini turut mengingatkan para penyelia bahawa sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kakitangan bawahan yang melakukan kesalahan, maka tindakan akan di ambil terhadapnya. Disamping itu, kursus ini memberi peluang kepada para peserta bersoaljawab semasa taklimat oleh penceramah agar mereka lebih memahami sekiranya terdapat pelanggaran tatatertib berlaku di lokasi mereka. MNews

MAIS • www.mais.gov.my

Lawatan Delegasi UNISEL ke KUIS K UIS menerima kunjungan delegasi Universiti Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Hjh. Khafilah binti Hj. Din (Naib Presiden/ Timb. Canselor (Akademik). Turut hadir adalah Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd Noor bin Nawawi (Dekan Pengajian Pasca Siswazah), Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Mohd Nazil bin Salleh (Dekan Fakulti Bio Perubatan & Sains Kesihatan), Dr. Raja Mohd Tariqi bin Raja Lope Ahmad (Dekan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat), En. Mohd Razaki bin Abdullah (Pengarah Bahagian Hal Ehwal Akademik), Pn. Hjh. Rosniza binti Mohamad Rasol (Pengarah Bahagian Komunikasi & Korporat) dan Pn. Hjh. Fauziah binti Abd. Rahman (Ketua Pustakawan) dan beberapa orang pegawai kanan UNISEL. Delegasi UNISEL tersebut di sambut oleh wakil daripada KUIS yang diketuai oleh Y.Bhg. Ust. Imran Kamal Basah, Pe-

mangku Rektor KUIS/ merangkap Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni). KUIS juga di wakili oleh Y.Bhg. Dr. Nor ’Adha Abd. Hamid (Timbalan Rektor(Akademik & Penyelidikan), Tuan Hj Abdul Karim Noh Shah (Pendaftar), En. Mazlan Zolkifli (Bendahari), Cik Hajjah Noorlia Ramli (Ketua Pustakawan), En. Noor Azli Mohamed Masrop (Nazir Masjid Al-Azhar), Dekan-Dekan dan Pengarah-Pengarah. Lawatan dan pertemuan yang mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak ini juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti usaha sama akademik, kajian termasuk dalam bentuk perkhidmatan kakitangan dan sebarang

kepakaran berkaitan yang boleh dikongsi bersama oleh kedua-dua belah pihak. Pihak UNISEL juga menawarkan peluang melanjutkan pengajian pasca siswazah kepada kakitangan KUIS yang berminat. Di dalam sesi pertemuan juga, KUIS turut menerangkan hala tuju KUIS menerusi ‘Transformation of KUIS’, selain dari menerangkan perkembangan Fakulti termasuk pelan pendidikan menerusi Sekolah Bina Insan sebagai ‘feeder’ insan beradab ke program di KUIS. Pihak delegasi UNISEL juga menjemput delegasi dari KUIS untuk berkunjung ke UNISEL. Majlis berakhir pada jam 12:00 tengahari dengan sesi pertukaran cenderamata dan sesi fotografi. MNews

KURSUS E-SYARIAH MODUL E-BICARA Siri ke 2/2013

S

hah Alam Kursus E-Syariah Modul E-Bicara Siri 2/2013 telah diadakan dengan jayanya pada 21hb Jun 2013 di Makmal Latihan Komputer, Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah. Kursus ini telah dihadiri oleh 23 orang yang terpilih daripada Pembantu Syariah

LS17 dan Pembantu Setiausaha Pejabat N17 di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua pengguna E-Syariah dalam mengendalikan Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah. Selain itu, kursus ini

juga diharap dapat menambahkan kemahiran peserta dalam menggunakan sistem berdasarkan modul-modul yang telah ditetapkan berdasarkan jadual tugas masing-masing. Peserta-peserta juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menggunakan sistem ini. MNews


MAIS • www.mais.gov.my

11

ARTIKEL PILIHAN

VAN SEKOLAH Jadi Rezeki Azmi Oleh: Hamizul Abdul Hamid (hamizul@e-zakat.gov.my)

Azmi bin Wahab, 52 memang sibuk orangnya. Beberapa kali penulis dengan dibantu Ustaz Syahril Ritin, Eksekutif Agihan Daerah Petaling cuba mengaturkan pertemuan; namun sering kandas di pertengahan. Akhirnya, Allah SWT mengizinkan kami bertemu. Di suatu pagi yang cerah di sebuah bangku batu di tepi sebuah rumah di Seksyen 8, Shah Alam, kami menghabiskan masa dengan sedikit tergopoh-gapah, kerana dia memang perlu segera bergegas untuk melunaskan kewajipannya selepas itu – sebagai pemandu van sekolah!

Saya ini berasal dari Johor dan tahun 1984 saya pindah ke Selangor. Dahulu saya pernah menjawat jawatan pegawai kerajaan, tetapi saya tidak betah makan gaji dan kemudiannya dua tahun sahaja, saya berhenti. Selepas itu, bermulalah episod jatuh dan bangun saya dalam dunia perniagaan yang saya ceburi sehingga ke saat ini.” Berdasarkan kisah yang dipaparkan, penulis melihat bahawa Azmi mempunyai latar belakang perniagaan yang rencam. Maklumlah, sejak tahun 1989 sehingga sekarang, dia telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan. “Saya pernah menjual barangan elektrik dengan membuka kedai barangan elektrik, pernah menjual gas, kemudian saya meniaga makanan di kantin sebuah kilang, dan ia memang

menguntungkan dan pada masa yang sama, saya juga cuba mengembangkan cabang perniagaan saya dalam dunia pembinaan dengan mengambil kerja-kerja kontrak pembinaan di Kuala Lumpur.” Selalunya begitulah, adat orang berniaga tidak akan duduk diam demi mencari sebanyak mungkin laba. Bagi Azmi, keputusannya berhenti makan gaji dan penat lelah menceburi dunia perniagaan, memang telah mendatangkan hasil yang amat lumayan. “Sewaktu itu, pendapatan saya pernah mencecah RM50 ribu sebulan!” Tegasnya. Namun, Azmi menyedari bahawa dalam tindak-tanduknya, sentiasa ada ruang-ruang yang memungkinkan dia terjerlus dan melakukan kekhilafan. Bagi Azmi, beberapa kali mendapat teguran daripada Allah SWT, dengan

diberikan musibah demi musibah ke atas dirinya, adalah suatu peringatan agar dia tidak boleh sama sekali merasa reda dengan sebarang elemen ‘dosa’ yang meresap masuk dalam perniagaannya. “Saya masih ingat, dulu sewaktu menjalankan perniagaan gas, saya telah didatangi seseorang dan menawarkan kepada saya untuk membeli tong-tong gas kosong pada harga yang murah, kira-kira separuh harga daripada tong gas yang ada di pasaran. Saya membeli banyak sekali tong gas itu, dua lori. Akibatnya, tidak lama kemudian saya kemalangan. Saya sedar, ini adalah teguran daripada Allah SWT, sebabnya dari awal lagi saya sudah mengesyaki bahawa tong gas yang saya beli itu adalah tong gas curi, kerana harganya amat murah dan tidak masuk akal.” Beberapa pengalaman lain mengukuhkan lagi kepercayaan di minda dan hati Azmi, bahawa dia memang tidak boleh sama-sekali bertoleransi dengan sebarang anasir tidak baik, seperti menipu dan sebagainya. Natijahnya, sehingga kini Azmi amat menjaga agar dirinya tidak terjebak lagi dengan sebarang keraguan dalam urusan perniagaan. “Namun, adakalanya saya diuji dengan kejahatan di pihak lain dan juga tiadanya persefahaman dengan rakan kongsi. Ini juga perkara yang tidak baik untuk sesebuah perniagaan, kerana ia akan memberikan kesan negatif. Saya sendiri sudah melaluinya.” Azmi juga masih ingat, sekitar awal tahun 2000 dia mendapat peluang menceburi bidang pembinaan dengan terlibat secara langsung dalam pembinaan sebuah kompleks besar di Kuala Lumpur. “Mula-mula, saya hanya diberikan projek sekadar puluhan ribu sahaja. Lama-kelamaan, ia meningkat sehingga ratusan ribu. Saya melihat, peluang untuk saya menjadi jutawan bagaikan sudah terbuka, sehinggalah saya mendapat tahu di dalam transaksi yang berlaku, wujudnya elemen rasuah dan menzalimi orang lain. Dari situ saya sedar, saya tidak akan bertahan lama kerana Allah SWT pasti

Nota: Azmi bin Wahab boleh dihubungi di talian 013-6212131.

akan ‘memperingatkan’ saya.” Benar telahan Azmi, tidak lama kemudian dia jatuh terduduk. Bisnesnya luluh dan dia mencari peluang lain menjana kehidupan. Daripada berniaga ratusan ribu, dia akhirnya menjalankan perniagaan apam balik di tepi jalan. “Sehinggalah satu hari pada tahun 2004, ada pihak yang meminta saya menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Itulah permulaannya saya menjalankan perniagaan ini.” Pada tahun 2006, kesusahan hidup yang membelit telah mendorong seorang temannya menyarankan Azmi meminta bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). “Saya sebetulnya malu mahu meminta bantuan. Namun, mengenangkan saya memang memerlukan bantuan, maka saya gagahkan. LZS memberikan bantuan seperti persekolahan untuk tiga orang anak saya. Namun, saya tidak pernah meminta untuk bantuan kewangan, kerana saya fikir saya masih mampu bekerja.” LZS yang sentiasa menyediakan ruang dan peluang bagi membina kehidupan kepada semua asnaf, memberikan peluang yang sama kepada Azmi. “LZS mempelawa saya menyertai pelbagai kursus keusahawanan dan saya banyak menyertainya. Sehinggalah tiba tahun 2008, saya memohon bantuan membeli sebuah van sekolah dan akhirnya LZS meluluskannya dengan jumlah RM23 ribu.” Kini, Azmi sudah memiliki tiga buah van sekolah dan dia turut menggajikan pembantu. Salah seorang pembantunya adalah asnaf zakat juga. “Saya menggesa, mereka yang menerima bantuan zakat jangan sesekali mensesiakan bantuan yang telah diberikan. Semuanya adalah daripada wang zakat, jadi jika berniaga buatlah dengan betul-betul dan majukanlah diri kita.” Azmi berpesan sambil sibuk menjawab panggilan telefon yang bertalutalu masuk dan mengusik kelancaran perbualan kami. Ternyata, dia berbakat menjadi seorang usahawan dan semoga kejayaan akan terus menjadi miliknya. MNews


12

ARTIKEL PILIHAN

MAIS • www.mais.gov.my

ZAMRI Bangkit Selepas Jatuh Oleh: Hamizul Abdul Hamid (hamizul@e-zakat.gov.my)

“Dahulu, kira-kira tahun 2007, selepas berhenti kerja daripada sebuah kilang, saya mendapat wang pampasan yang boleh tahan juga banyaknya. Dengan wang itu, saya buka perniagaan sebagai stokis kepada suatu produk jualan langsung. Mula-mula memanglah kencang; kemudian apabila pelanggan mula berubah arah, perniagaan saya pun jatuh.”

M

ungkin inilah pengalaman yang pernah dilalui oleh segelintir orang; khususnya bagi mereka yang pernah menceburi dunia perniagaan jualan langsung. Ada yang sanggup berhutang dengan pihak bank demi mencari modal, kemudian jatuh terduduk apabila produk tidak terjual. Insiden inilah yang turut dilalui oleh Zamri bin Kassim, 50 dan pasangannya, Asmah binti Salleh, 45 yang sudi diwawancara untuk ruangan Jejak Asnaf pada kali ini. “Bukan sedikit yang kami laburkan untuk perniagaan itu, kira-kira RM100 ribu jumlahnya. Sebelum rugi, memanglah kami mampu meraih pendapatan lebih RM2 ribu sebulan. Namun, bila sudah berlaku; maka apa lagi yang hendak dikata. Kira-kira dua tahun jugalah kami mampu bertahan sebelum menemui kegagalan.” Tokok Zamri lagi. Kemudian, pada tahun 2009 sehingga 2010, demi menampung keperluan keluarga yang kini mulai terumbang ambing dek kegagalan berniaga, menyaksikan Asmah mulai membuat dan menjual nasi lemak di tepi jalan. Kala itu, mereka sekeluarga tinggal di kawasan perumahan Seksyen 24, Shah Alam. “Bagaimana saya tidak menjual nasi lemak, jika jualan sebagai stokis sudah menurun hanya tinggal RM500 sebulan. Sedangkan, sewa premis sahaja sudah melebihi daripada itu. Saya memang menyesal, kerana semua wang pampasan persaraan sudah dilaburkan ke situ. Maka, mahu atau tidak, saya sanggup mencari

jalan bagi menampung pendapatan.” Celah Asmah pula yang sudah pun mulai berhenti daripada alam pekerjaan dan menjaga anak-anak sejak tahun 2003 lagi. Menurut mereka lagi, berniaga nasi lemak memanglah zahirnya boleh memberikan keuntungan; namun amat kecil marginnya. Dalam situasi seperti itu pun, diam tak diam setahun jugalah lamanya mereka menjual nasi lemak. Kemudian, mereka mulai berjinak-jinak membuka gerai kecil menjual jambu batu dan air dalam balang di tepi jalan. “Kewangan semasa itu kami kian menyusut, simpanan pun kami keluarkan. Akhirnya, apa yang kami takutkan pun terjadi, apabila rumah dan kenderaan kami akhirnya ditarik oleh pihak bank. Malah, apa yang saya tidak akan dapat lupakan, ialah apabila di hadapan gerai tempat kami berniaga, kereta saya ditarik, tanpa kami dapat berbuat apa-apa.” Zamri mengimbas kembali kenangan silam yang amat mengguris hatinya yang berlaku pada tahun 2010 itu. “Sejak itu, saya hanya menggunakan motorsikal sahaja untuk membawa segala kelengkapan dan bahan jualan ke gerai. Jika air atau jambu batu, saya masukkan ke dalam plastik dan saya bawa ke gerai. Memanglah susah; tapi itu sahajalah caranya.” Ujar Zamri lagi. Kesusahan yang mereka alami akhirnya mendorong Zamri untuk mengunjungi pejabat Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Shah Alam.

“Semua itu berlaku pada tahun 2011. Saya ke pejabat zakat di Bangunan Sultan Idris Shah, berhadapan Masjid Negeri Shah Alam. Semasa itu, malunya saya tidak terkata. Namun, saya gagahkan diri kerana niat saya hanya satu, saya mahu mendapatkan bantuan modal perniagaan. Jika ada, saya memang mahu memperolehinya.” “Di pejabat zakat berkenaan, pegawai itu memaklumkan kepada saya bahawa untuk mendapatkan bantuan zakat bagi perniagaan, maka saya mesti didaftarkan terlebih dahulu sebagai asnaf. Alhamdulillah, hasil bancian dan siasatan pihak LZS, ternyata saya layak disenaraikan sebagai asnaf dan ia juga membolehkan saya menapat bantuan modal.” Kemudian, ternyata peluang untuk Zamri dan Asmah menjana potensi diri kian terbentang luas, apabila LZS meluluskan permohonan mereka untuk mendapatkan modal perniagaan. “Tahun 2012, LZS memberikan kami modal berupa sebiji lori berharga RM38 ribu yang telah dibayar sebahagian harganya oleh LZS. Kami hanya perlu menjelaskan baki bulanan sebanyak RM300 selama tiga tahun sahaja lagi. LZS juga memberikan modal tunai dan peralatan kirakira RM4,500.00. “ “Bukan sekadar itu, malah keperluan lain untuk persekolahan anak-

anak juga LZS bantu. Berkat semua bantuan ini, kami dapat rasai perubahan dalam hidup kami. Malah, dengan berdikit-dikit jugalah, hari ini saya sudah pun mampu memiliki sebuah kereta terpakai.” “Alhamdulillah, berkat rekomendasi daripada LZS jugalah, maka pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah sudi meluluskan lesen peniaga bagi kami. Kini, di sini kami meniaga saban hari. Datanglah, kami ada menyediakan menu enak seperti mee jawa, mee kari, cakoi, pau goreng, buah jambu dan air buah-buahan. Harganya, jangan bimbang kerana kami jamin, ia berbaloi dengan keenakannya.” Tenyata, Zamri dan Asmah menjadikan bantuan zakat yang dihulurkan kepada mereka sebagai alat yang mampu melonjak kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik. Kini, dengan kelengkapan serba baru, sebuah lori yang lebih sempurna, telah membantu mereka menjana kehidupan dengan lebih berjaya. Malah, mereka sudah berkira-kira bilakah masanya untuk mereka pula menjelaskan zakat perniagaan. “Kami ingin mendoakan kesejahteraan buat semua pihak, yang sudi membantu orang-orang yang memerlukan dan peniaga kecil seperti kami. Semoga Allah SWT sahajalah yang akan membalasnya, amin.” Jelas Zamri menamatkan perbualan.MNews

Nota: Zamri dan Asmah menjalankan perniagaan setiap hari di Seksyen 7, Shah Alam (berhadapan sebuah pasar raya besar) dan jika mahu memesan makanan, mereka boleh dihubungi di talian 013-332 7358.


MAIS • www.mais.gov.my

13

ULASAN BUKU

Ulasan oleh: Mohd. Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

ATLAS HADITS : URAIAN LENGKAP SEPUTAR NAMA, TEMPAT DAN KAUM YANG DISABDAKAN RASULULLAH S.A.W Memetakan Sabda Rasulullah S.A.W. untuk menjadi rujukan dengan menyelusuri berbagai kejadian, tempat, kaum dan bangsa yang pernah disebut oleh Rasullullah S.A.W didalam hadithhadith nabi. Jalanjalan yang dilalui oleh Rasullullah S.A.W dan sahabat-sahabatnya semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah dan lain-lain. Menggambarkan semuanya melalui peta yang disokong dengan beberapa gambar supaya jelas dan mudah difahami. MNews

AHMAD SARJI : ATTAINING EMINENCE As a wide-eyed schoolboy in the early 1950s, Ahmad Sarji was enchanted by the fanfare and grandeur of a parade marking the arrival of a British District Officer at his school in Tapah. It must be absolutely fabulous to be a District Officer, he daydreamed. This event planted the seed of ambition that started with his admission to the University of Malaya. It started sprouting when he joined the Malayan Civil Service in 1961 and blossomed into fulfillment when he was appointed District Officer of Rembau, Negeri Sembilan in 1963. With systematic and hard work in his civil service career he be promoted to setting up Farmer Organization Authority and culminated in his appointment as Chief Secretary to the government from 1990 to 1996. It was the highest civil service position in term of honors and trust. At an age when most people retire into their golden years, Ahmad Sarji was still branching out into numerous position of trust as president of the Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM), as Chairman of PNB and many of its companies, as founding Chairman of the Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM), as President of Heritage of Malaysia Trust, As president of the Malaysia Lawn Bowls Federation and as Chairman Professional Golf of Malaysia. This book his memoirs to their principle of live , value and achievement for reminder younger generations of Malaysia that they too may inspired to dream of eminence and strive for its fulfillment. MNews

AMALANAMALAN SEMASA MENGANDUNG DAN PANDUAN MENYAMBUT CAHAYA MATA No. Panggilan : 297.1978358 TAI Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, bukan sahaja bertanggungjawab terhadap “kesihatan lahiriah” kandungannya sahaja, malah ibu juga berperanan ke arah kesejahteraan dan kesucian rohiyah anak yang bakal lahir, agar dengan itu dapat melahirkan bayi yang sihat tubuh badan dan juga sihat rohiyah. Keduadua inilah yang akan mempercepatkan terhasilnya tujuan sebagai “Anak Yang Soleh”. Penulisan buku ini tidak lain semata-mata untuk mendedahkan para pembaca dan masyarakat muslim di negara ini umumnya yang cintakan kepada kedamaian dan kesejahteraan kekuarga berlandaskan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah SAW. Kandungannya menyingkap ikhtiar dan usaha ke arah membantu para muslimin sekalian memperolehi “Anak Yang Soleh” yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air. Semua usaha dan ikhtiar ini hendaklah dimulai sejak awal kandungan lagi. MNews

KHALIFAH GANTI SUPERMAN Jihad Bisnes dan Waqaf Korporat terbukti berwibawa apabila penulis berserta barisan Intrapreneur JCorp (melalui Kulim Malaysia Bhd) berjaya mengambil alih QSR Brands Bhd dan KFC Holdings Malaysia Bhd dan KFC Holdings Malaysia Bhd pada 2006-2007. Kejayaan ini dicapai sekalipun terdapat halangan dan tentangan hebat dan setelah hampir setahun bertempur di medan perang korporat. Strategi dan senjata paling penting ialah menjadikan bisnes satu Jihad yang bertujuan mentransformasikan sistem ekonomi, pada jangka panjangnya menjadikan umat Islam “Khalifah Ekonomi” iaitu memperkasa ekonomi umat Islam dengan menerapkan nilai universal Islam. Teras sistem ekonomi khalifah ialah menjana kekayaan, membasmi kemiskinan dan membanteras kebergantungan serta membersih dan mensucikan semula sistem ekonomi ciplakan Superman. MNews


14

Q&A

MAIS • www.mais.gov.my

HARTA PUSAKA Arwah Suami Assalamualaikum wbt. ustaz, Semoga ustaz sihat walaďŹ at. Saya ingin mohon bantuan ustaz. Suami saya telah meninggal dunia pada hari raya kedua tahun lepas. Arwah suami telah meninggalkan saya (isteri) dan 3 org anak iaitu 2 lelaki dan 1 perempuan yang masing-masing berusia 12,9 dan 8 tahun. Saya telah pun membuat surat kuasa dan telah mendapat surat kuasa pembahagian harta pusaka arwah suami seperti rumah, wang simpanan dan lain-lain di Seksyen Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Ibu bapa arwah juga telah dimaklumkan berkenaan perkara ini. Oleh itu saya mohon jasa baik pihak ustaz untuk membantu saya bagi menyelesaikan masalah berikut : 1. Sekiranya harta peninggalan simpanan suami saya dlm RM 10,000. Bagaimanakah pengiraan pecahan untuk saya dan anakanak? 2. Baru-baru ini saya menerima faedah ganjaran kematian dari pejabat arwah suami yang tidak sempat dimasukkan semasa permohonan ke pejabat pusaka. Sekiranya wang tersebut dalam RM 100,000.00, bagaimanakah pecahan secara faraid untuk dibahagikan antara bapa mertua, ibu mertua, saya dan anak-anak? Mohon jika ustaz dapat berikan agihan pecahan dalam bentuk peratus. Terima kasih ustaz atas bantuan, saya amat harapkan agar saya dapat selesaika hutang-hutang suami dan bakinya difaraidkan. Terima kasih. Nor Afizah binti Mohd Noor Kuala Selangor Waalaikumussalam wbt, Terima kasih kerana mengajukan soalan kpd saya. Melalui soalan yang dikemukakan, saya dapat fahami bahawa suami puan meninggal dunia meninggalkan puan sebagai isteri, 2 anak lelaki, 1 anak perempuan, ibu arwah dan bapa arwah. Semua ini adalah waris yang berhak mengikut hukum syarak.

Semestinya sebelum pembahagian harta pusaka dilaksanakan, hutangpiutang arwah suami sama ada hutang dengan Allah atau hutang dengan manusia hendaklah dilangsaikan terlebih dahulu. MNews

Pengiraannya adalah seperti berikut: Isteri 1 anak perempuan 1 anak lelaki 1 anak lelaki Bapa arwah Ibu arwah

12.5% 10.83% 21.66% 21.66% 16.66% 16.66%

Oleh yang demikian, sekiranya harta peninggalan simpanan suami adalah RM 10,000 maka pembahagiannya adalah: Isteri 1 anak perempuan 1 anak lelaki 1 anak lelaki Bapa arwah Ibu arwah

RM 1,250 RM 1,083 RM 2,166 RM 2,166 RM 1,666 RM 1,666

Berkenaan ganjaran kematian yang diperolehi, ganjaran kematian adalah tidak termasuk dalam kategori harta pusaka yg wajib dibahagikan secara faraid kepada ahli waris. Oleh kerana itu puan bebas mentadbir dan menggunakan wang tersebut mengikut budi bicara pihak puan.

Nota: Disediakan oleh Indera Shahril Mohd Shahid, Pengurus Harta Baitulmal, MAIS. Sebarang pertanyaan berhubung Harta Baitulmal sila hubungi Ustaz Salleh Bin Mohd Saha di talian 012 363 7671 atau hantarkan emel ke salleh@mais.gov.my. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mais.gov.my


MAIS • www.mais.gov.my

15

Q&A

ZAKAT SUAMI ISTERI Yang Dicampurkan SOALAN Saya ingin mendapatkan penjelasan bagi harta sepasang suami isteri yang bercampur. Pertamanya, jika pendapatan kami asalnya adalah berasingan, maka adakah ia perlu dicampurkan? Keduanya, jika saya dan isteri menjalankan perniagaan sampingan dan pendapatannya kami satukan, adakah ia masih dikira zakat pendapatan persendirian (individu)? Atau, adakah apabila pendapatan saya dan isteri itu sudah dicampurkan, maka kami wajib mengeluarkan zakat ke atasnya secara bersama (sebagai harta perkongsian), sedangkan ia masih zakat pendapatan? Saya keliru, kerana ada yang menyatakan zakat pendapatan itu asalnya zakat persendirian; namun ada yang menyatakan jika sudah bercampur, maka kami juga masih wajib mengeluarkannya secara bersama. Harap penjelasan pihak ustaz, terima kasih. JAWAPAN

Terima kasih kerana bertanya. Semoga Allah SWT membantu saya dalam meraih jawapan yang benar dan saya berharap jawapan yang disediakan ini juga mampu memberikan pencerahan kepada saudara dan juga isteri saudara dalam kemelut zakat tersebut. Mudah-mudahan juga, berkat kesungguhan saudara berdua mahu menunaikan zakat, maka Allah SWT kelak sudi menambahkan keberkatan dalam pendapatan dan perniagaan sampingan yang saudara berdua jalankan, amin. Baiklah, demi menjawab persoalan yang telah dikemukakan, maka saya ingin terlebih dahulu menjelaskan, bahawa umumnya Islam memang menetapkan bahawa perlaksanaan zakat harta adalah tertakluk ke atas individu yang tertentu. Maknanya, harta bagi si A, maka dia sendirilah yang wajib menunaikan zakatnya. Jika harta si B, maka dia sendiri jugalah yang menaksirkannya. Inilah kaedah asas bagi menunaikan zakat ke atas individu muslim. Di dalam buku Ensaiklopedia Fiqh Wanita (Jilid 2) halaman 6, Dr. Abdul Karim Zaidan ada menukilkan: “Kaum wanita diwajibkan mengeluarkan zakat sebagaimana kewajipan yang mesti dilakukan oleh kaum lelaki apabila kesemua syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat telah dipenuhi. Jumhur fuqaha sepakat bahawasanya zakat diwajibkan terhadap wanita muslimah, merdeka, baligh dan berakal.” Dalam perbahasan hukum fiqh juga, hanya dalam bab zakat fitrah sahaja fuqaha Islam mempunyai perselisihan pandangan dalam urusan mengeluarkan zakatnya, iaitu sama ada seseorang itu termasuklah isteri dan anak-anak wajib mengeluarkan sendiri zakat fitrah mereka ataupun ia dikeluarkan oleh wali atau penjaga. Jumhur fuqaha menyatakan, zakat fitrah walaupun ke atas anak kecil, hendaklah dikeluarkan zakatnya dari harta anak itu sendiri (jika ada) oleh bapanya; dan sebahagian yang lain sahaja berpendapat bahawa zakat fitrah itu menjadi tanggungan si bapa ke atas anak-anaknya (rujuk Ibn Rusyd, Bidayatul Mujtahid, Juz 1, hal. 578). Cumanya amalan di Malaysia, bapa atau suami yang tampil menunaikan zakat fitrah bagi semua tanggungannya dan hal ini tidaklah bersalahan dengan hukum syarak, kerana masih ada ulama yang memperbolehkannya. Maka, di sini penulis melihat bahawa agama Islam sedari awal telah mempertegaskan bahawa zakat itu adalah kewajipan individu yang hakiki, yang wajib dilunasi secara persendirian apabila segala syarat wajibnya telah dipenuhi. Oleh itu, di sini penulis melihat bahawa apabila sesuatu harta itu asalnya tidak bercampur antara suami dan isteri, maka sewajarnya ia tidak disatukan. Misalnya dalam kes saudara ini, katakanlah saudara dan isteri masing-masing memang mempunyai pendapatan sendiri yang dari asalnya adalah terpisah. Katakanlah saudara bekerja di pejabat A dan isteri di kilang B, maka pastilah pendapatan masing-masing adalah terpisah. Maka, tidak perlulah ia dicampurkan. Ini penting, kerana jika disandarkan kepada pendapatan yang berasingan itu, maka hanya pendapatan yang cukup nisab sahaja diwajibkan zakat. Jika ternyata pendapatan saudara dan isteri masing-masing berada di bawah paras nisab, maka tidaklah ia wajib dizakatkan kedua-duanya. Atau jika pendapatan salah seorang sahaja yang sudah mencukupi nisab, maka hanya pendapatan itu sahajalah yang wajib dizakatkan. Islam tidaklah bersifat menekan dengan mengarahkan kita mengeluarkan zakat jika kita memang tidak mampu menunaikannya. Hal ini hakikatnya selaras dengan ketetapan hukum zakat itu sendiri, iaitu yang pertama, adalah perlu bagi sesuatu harta itu terlebih dahulu mencapai paras nisab untuk dikeluarkan zakatnya dan yang keduanya, ia juga perlu mengambil kira dari aspek penggunaan asasi (untuk keperluan hidup) sebelum dikirakan zakat ke atasnya. Dalam hal ini fuqaha menjelaskan: “Syarat tersebut di atas (melebihi keperluan asasi) ditetapkan kerana, sesungguhnya harta yang masih digunakan untuk

memenuhi keperluan kehidupan asas dianggap tidak ada, dan tidak terdapat zakat untuk sesuatu (harta) yang tidak ada...dan tidak menyebabkan pemiliknya dianggap sebagai orang yang kaya.” (Dr. Abdul Karim Zaidan, Fiqh Ensaiklopedia Wanita, Jilid 2, hal. 20) Maka, bagaimana pula jika sebelum ini (tahun-tahun lalu) saudara suami isteri sudah mengamalkan menggabungkan pendapatan (dicampurkan) dan kemudian baharu digunakan semula dan ia tidak pula dikeluarkan zakatnya? Mudah sahaja, jika ia adalah dari sumber penggajian maka sudah pasti masingmasing ada penyata gajinya, maka rujuklah kepada penyata gaji berkenaan untuk menentukan sama ada pendapatan berkenaan (diri sendiri) mencapai nisab atau tidak. Jika memang masing-masing atau salah seorang sahaja yang pendapatan bergajinya mencapai nisab, maka ia hendaklah dizakatkan sebagai qada. Seterusnya, saudara juga bertanya mengenai pendapatan hasil perniagaan yang bersifat sampingan yang saudara berdua jalankan dan hasilnya dikongsi bersama, maka apakah hukumnya masih bersifat individu atau perkongsian? Dalam hal ini, dalam perbahasan fiqh ada disebutkan mengenai kedudukan harta yang dimiliki secara bersama. Sekali lagi sebahagian fuqaha dari jalur Syafie, al-Hassan al-Basri dan al-Sya’bi menyatakan: “Sesungguhnya harta kekayaan yang dimiliki secara bersama (berkongsi) adalah sama tarafnya dengan harta kekayaan yang dimiliki oleh seorang (diri individu). Jika harta kekayaan yang dimiliki bersama itu mencapai nisabnya, maka ia wajib dikeluarkan zakatnya, walaupun setiap orang yang bergabung itu memiliki kurang daripada ukuran nisab. Ketentuan ini berlaku untuk semua jenis harta kekayaan.” (ibid, hal. 23) Pandangan ini dianggap kuat, kerana ia disandarkan kepada konsep harta khultah (perkongsian), yang mana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tiadalah dikumpulkan harta yang terpisah, dan tiadalah pula dipisahkan antara harta yang terkumpul kerana khuatir mengeluarkan zakatnya. Dan tiadalah ada dua penternak yang becampur kecuali kedua-duanya kembali sama-sama berzakat.” (Dr. Yusuf al-Qaradawy, Hukum Zakat, hal. 220) Kes ini merujuk kepada keadaan, dua penternak yang menjalankan penternakan secara perkongsian, misalnya si A mempunyai 20 ekor kambing dan si B mempunyai 20 ekor kambing, maka jika diasingkan ternakannya, maka masing-masing tidak mencapai nisab zakat ternakan kambing; namun apabila dicampurkan, jadilah ia mencapai nisab 40 ekor kambing. Maka, oleh kerana mereka memang menjalankan penternakan secara berkongsi, maka ia mestilah dikira secara bercampuran. Konsep inilah yang diaplikasikan dalam harta perkongsian yang lain. Namun begitu, Nabi SAW juga menegah para amil pentaksir zakat agar tidak sengaja menggabungkan harta-harta yang memang asalnya terpisah-pisah, misalnya si A memang ada 30 ekor kambing dan Si B ada 20 ekor kambing yang memang diternak secara berasingan, yakni ia tidak dicampurkan kerana memang pemiliknya tidak berniat menternak secara bersama, untuk digabungkan agar mencapai nisab dan diambilkan zakat ke atasnya (ibid, 221). Justeru itu, merujuk kepada amalan saudara yang sudah menjadikan perniagaan sampingan itu sebagai perniagaan bersama (dalam bentuk perkongsian perniagaan), maka kala itu hasilnya atau pendapatannya sudah menjadi seperti zakat harta yang bercampur seperti di atas. Maka, saudara dan isteri hendaklah mengiranya sebagai harta yang bercampur (harta khultah) dan dikeluarkan zakatnya sebagai harta perkongsian sebanyak 2.5 peratus. Contohnya, keuntungan bersama saudara berdua daripada perniagaan sampingan (katakanlah menjalankan kelas tambahan bagi para pelajar sekolah) bagi setahun adalah RM24,000 maka dikeluarkan zakatnya sebagai zakat pendapatan sebanyak 2.5 peratus, iaitu RM600.00. Wallahua’lam. MNews

Nota: Jawapan disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan boleh diemailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau sila layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my/ untuk maklumat lanjut.


16

TOKOH PILIHAN

MAIS • www.mais.gov.my

TENGKU MUHAMMAD AL-FATHANI:

Ulama Besar Jambi Susunan oleh: Mohd. Hafiz Bin Abdul Salam (hafizsalam@mais.gov.my)

Nama lengkapnya ialah Kiyai Haji Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman bin Tuanku Nur bin Raja Belat Ibnu Raja Datu al-Fathani alJawi. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 1323 H/1905 M. dan meninggal dunia di Jakarta pada hari Ahad, 5 Muharam 1397 H/26 Disember 1976 M. Jenazahnya diterbangkan ke Jambi dan dikebumikan di Jambi. PENDIDIKAN Tengku Muhammad al-Fathani alJambi mendapat pendidikan Islam tiga sistem, iaitu pendidikan Islam tradisional Patani, pendidikan Islam tradisional mengikut tatacara orang Arab Mekah, dan pendidikan Islam persekolahan. Pendidikan Islam tradisional sistem hafalan cara Patani dibimbing oleh ayahnya, Tengku Mahmud Zuhdi sendiri dan beberapa orang ulama Patani yang berada di Mekah pada zaman itu. Sistem pendidikan Islam tradisional Patani adalah secara hafalan matan dan sekali gus menghuraikan setiap perkataan dan baris kalimat dalam matan dengan cermat dan terperinci. Setiap perkataan ditimbang dengan timbangan sharaf, sedang kalimat dirujuk kepada nahwu. Sistem pendidikan Islam tradisional Arab Mekah ialah penekanan hafalan al-Quran dan hadis tanpa huraian yang mendalam. Selain itu mendengar guru membaca kitab, terutama kitab-kitab hadis dengan bacaan cepat, tanpa terikat dengan tanda baca, seperti koma atau pun titik. Sistem ini lebih mementingkan banyak jumlah kitab yang ditamatkan dan mengambil berkat daripada seseorang ulama. Oleh sebab Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani adalah salah seorang guru di Madrasah Shaulatiyah, maka anaknya Tengku Muhammad dimasukkan ke madrasah tersebut. Madrasah Shaulatiyah adalah sebuah sekolah agama Islam di Mekah yang didirikan oleh orang India, dan pada

zaman itu ia merupakan sekolah paling popular. Sistem pendidikannya adalah gabungan persekolahan cara moden dan sistem pendidikan Islam tradisional India. Daripada semua yang telah diungkapkan di atas, dapatlah dipastikan bahawa pada diri Tengku Muhammad tergabung pelbagai sistem pendidikan Islam. Oleh itu cara beliau mengajar dan berdakwah mempunyai gaya tersendiri. Pada tahun 1929 beliau berpindah dari Jambi ke Selangor bersama anaknya, Tengku Muhammad. Selain membantu kerja-kerja ayahnya berkhidmat kepada Sultan Sulaiman, Sultan Selangor, Tengku Muhammad mendapat pendidikan khusus dalam segala bidang, sama ada kepentingan ukhrawi mahu pun duniawi. Oleh itu Tengku Muhammad adalah seorang ulama yang memahami likuliku pentadbiran. Sebab-sebab Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi berpindah dari Kelang, Selangor ke Jambi ialah kerana masyarakat Islam Jambi memohon kepada Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh al-Islam dan Sultan Sulaiman, Sultan Selangor, agar Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani kembali ke Jambi. Sultan Sulaiman tetap mempertahankan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani tinggal di kerajaan Selangor, namun baginda tidak mahu mengecewakan kehendak rakyat Jambi, maka sebagai gantinya baginda bersetuju agar Tengku Muhammad, anak Tengku Mahmud Zuhdi sahaja yang berangkat ke Jambi.

Di Jambi beliau dikenali dengan nama Kiyai Haji Muhammad Mahmud Zuhdi dan digelar dengan Ulama Jubah Hitam. Beliau diberi gelaran demikian kerana mempunyai disiplin tersendiri, iaitu dalam urusan-urusan tertentu dengan pakaian yang rapi dan mencerminkan seorang ulama yang berwibawa dan hebat. Beliau memakai serban dan jubah hitam yang khusus. Dalam upacara biasa atau sewaktu mengajar dan berdakwah, beliau juga memakai jubah hitam tetapi agak berbeza dengan upacara-upacara besar, rasmi dan tertentu. Sekitar tahun 1930, Tengku Muhammad mulai memimpin Madrasah Sa’adatud Darain, Kampung Tahtul Yaman, iaitu sebuah sekolah agama Islam yang diasaskan oleh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani sebelum beliau pindah ke Kelang, Selangor. Sekolah tersebut terpaksa ditutup pada tahun 1941 kerana darurat perang dunia yang kedua (1939 1945). Tengku Muhammad pernah mengasaskan satu pertubuhan yang dinamakan Azzuhdiyah di Tanjung Pinang, Jambi (bukan Tanjung Pinang, di Kepulauan Riau). Pertubuhan tersebut ditangani beliau sampai akhir hayatnya. Memperhatikan pada nama Azzuhdiyah, dapat dipastikan bahawa ada hubungan dengan Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh al-Islam Selangor. Menurut banyak sumber, Tengku Muhammad adalah seorang ulama besar bukan dalam lingkungan Jambi

sahaja tetapi termasuk tempat rujukan ulama Sumatera, bahkan ulama Indonesia. Dalam perkara-perkara penting yang melibatkan keIslaman, beberapa ulama dan pemimpin Indonesia datang menemui beliau di Jambi atau beliau diterbangkan ke Jakarta. Bukan setakat itu, beliau juga ada hubungan dengan ulamaulama peringkat antarabangsa terutama ulama Mekah. Oleh itu beliau sering ke Mekah, terutama pada musim haji. Tengku Muhammad seorang yang sangat aktif menyampaikan ceramah dalam kota Jambi, Jakarta dan beberapa tempat lain, termasuk di Mekah. Jika beliau memberikan ceramah di Mekah atau di Asia Barat di kalangan para cendekiawan, beliau menggunakan bahasa Arab. Beliau lebih fasih berbahasa Arab jika dibandingkan dengan bahasa Melayu.

MENINGGAL DUNIA Di dalam akhbar Ampera No. 129, Tahun ke-VIII, Selasa 28 Disember 1976 tertulis, ``Seorang Tokoh Agama Islam yang terkenal di Jambi Guru Zuhdy, hari Minggu 26 Disember tutup usia di Jakarta. Almarhum singgah di Jakarta dalam perjalanan kembali ke Jambi dari Tanah Suci Mekah. Jenazah Tokoh Islam Jambi itu, Senin kemaren tiba di lapangan Palmerah dengan pesawat terbang milik National Air Charter. Ribuan masyarakat termasuk sejumlah besar pegawai pemerintah di sini menyambut di lapangan terbang. Dari Palmerah jenazah dibawa ke Mesjid Raya Jambi untuk disembahyangkan ... `` Beliau meninggal dunia tanpa menghidap sebarang penyakit. Pada malam dan Subuh hari meninggalnya, beliau masih sempat memberi nasihat. Begitulah kisah hidup ulama besar Jambi ini yang sentiasa diingati dan dikenang hingga ke hari ini. MNews


MAIS • www.mais.gov.my

MAIS CAKNA

17

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sutan Selangor Bersama Rakyat pada 11 Julai 2013 Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sutan Selangor Bersama Rakyat pada 17 Julai 2013 Di Masjid AlAzim, Pandan Indah Ampang Jaya, Hulu Langat

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat pada 12 Julai 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam


18

MAIS CAKNA

MAIS • www.mais.gov.my

KUIS menerima kunjungan delegasi Universiti Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Hjh. Khafilah binti Hj. Din (Naib Presiden/Timb. Canselor (Akademik)

SHAH ALAM, 22 Jun 2013 Ăą Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan usahawan berjaya dalam perniagaan dan anak-anak asnaf cemerlang dalam peperiksaan di Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2013 yang telah diadakan pada 22 Jun 2013 di Shah Alam Convention Centre (SACC)

Satu bengkel penyediaan Pelan Strategik Ekonomi MAIS telah diadakan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya baru-baru ini anjuran Bahagian Penyelidikan, Sektor Perancangan & Penyelidikan, MAIS

Seramai 80 orang peserta muallaf sekitar Petaling telah menyertai Program Kemahiran Amal Islami Muallaf (Kamil Muallaf) Daerah Petaling di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 pada 23 Jun 2013


MAIS • www.mais.gov.my

19

MAIS CAKNA

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Kajian Penyelidikan antara Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Akademi Aidit telah diadakan di Bilik Mesyuarat AlMukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah pada 24 Jun yang lalu

Kursus E-Syariah Modul E-Bicara Siri 2/2013 yang dihadiri oleh 23 orang Pembantu Syariah LS17 telah diadakan dengan jayanya pada 21hb Jun 2013 di Makmal Latihan Komputer, Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Satu program Diskusi Buku “Sifat Mahmudah Calon Ahli Syurga”telah berlangsung di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan oleh wakil/anak murid penulis Syeikh Mohd Zainul Asri B. Hj Romli


TERKINI SEMASA TEPAT ILMIAH

MAIS News dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: pro@mais.gov.my • Laman Sesawang: www.mais.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.