Pembangunan sosial umat islam pemerhatian dan idea tindakan

Page 1

PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN


Cetakan Pertama 2015 Š Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Agama Islam Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia Penerbitan

Penerbitan: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tingkat 9, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah Seksyen 5 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5514 3752 Faks: 603-5512 4042 E-Mel: pro@mais.gov.my Laman web: mais.gov.my Dicetak oleh:

Data Pengkatalogan-dalam-


Kandungan PRAKATA BAB 1: 1.0

ix PERPECAHAN KELUARGA PENDAHULUAN

1 1

1.1

ISU-ISU UTAMA AKIBAT PERPECAHAN KELUARGA

3

1.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN KELUARGA

5

1.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

9

1.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

13

1.5

SYOR NILAI TAMBAH

13

1.6

PENUTUP

17

IBU TUNGGAL

19

2.0

PENDAHULUAN

19

2.1

ISU-ISU UTAMA MELIBATKAN GOLONGAN IBU TUNGGAL

21

BAB 2:

iii


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

2.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN GOLONGAN IBU TUNGGAL

22

2.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

25

2.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

29

2.5

SYOR NILAI TAMBAH

30

2.6

PENUTUP

34

ANAK YATIM

35

3.0

PENDAHULUAN

35

3.1

ISU-ISU UTAMA MELIBATKAN GOLONGAN ANAK YATIM

37

3.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN GOLONGAN ANAK YATIM

39

3.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

40

3.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

42

3.5

SYOR NILAI TAMBAH

42

3.6

PENUTUP

45

ORANG KURANG UPAYA (OKU)

47

PENDAHULUAN

47

BAB 3:

BAB 4: 4.0

iv


KANDUNGAN

4.1

ISU-ISU UTAMA MELIBATKAN GOLONGAN OKU

49

4.2

FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA ISU OKU

51

4.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

52

4.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

57

4.5

SYOR NILAI TAMBAH

57

4.6

PENUTUP

59

KESALAHAN JUVANA

61

5.0

PENDAHULUAN

61

5.1

ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN KESALAHAN JUVANA

63

5.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA MASALAH JUVANA

64

5.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

67

5.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

72

5.5

SYOR NILAI TAMBAH

73

5.6

PENUTUP

75

BAB 6:

GENGSTERISME

77

6.0

PENDAHULUAN

77

6.1

ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN GENGSTERISME

79

BAB 5:

v


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

6.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA GENGSTERISME

80

6.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

81

6.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

83

6.5

SYOR NILAI TAMBAH

83

6.6

PENUTUP

86

KEMISKINAN

87

7.0

PENDAHULUAN

87

7.1

ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN KEMISKINAN

89

7.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA KEMISKINAN

93

7.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

96

7.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

102

7.5

SYOR NILAI TAMBAH

102

7.6

PENUTUP

106

PENGANGGURAN

109

8.0

PENDAHULUAN

109

8.1

ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN PENGANGGURAN

110

8.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA PENGANGGURAN

113

BAB 7:

BAB 8:

vi


8.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

117

8.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

121

8.5

SYOR NILAI TAMBAH

122

8.6

PENUTUP

126

PENAGIHAN DADAH

127

9.0

PENDAHULUAN

127

9.1

ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN PENAGIHAN DADAH

128

9.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA PENAGIHAN DADAH

131

9.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

132

9.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

137

9.5

SYOR NILAI TAMBAH

137

9.6

PENUTUP

139

AJARAN SESAT

141

10.0

PENDAHULUAN

141

10.1

ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN AJARAN SESAT

142

10.2

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA AJARAN SESAT

147

BAB 9:

BAB 10:

vii


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

viii

10.3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

149

10.4

TAHAP KEBERKESANAN USAHA

152

10.5

SYOR NILAI TAMBAH

153

10.6

PENUTUP

155


PRAKATA Segala puji bagi Allah SWT, Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Dengan limpah dan kurniaNya maka dapatlah buku, Pembangunan Sosial Umat Islam: Pemerhatian dan Idea Tindakan ini diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dengan pembiayaan sepenuhnya daripada Lembaga Zakat Selangor. Terbitan buku ini adalah bertujuan mengembalikan semula manfaatnya kepada umat Islam melalui penjagaan kemaslahatan ummah yang sering diancam oleh pelbagai Buku ini memaparkan penelitian senario beberapa permasalahan sosial yang melanda umat Islam. Ia ditulis berdasarkan kajian, “Penambahbaikan Program Pembangunan Sosial Umat Islam Di Negeri Selangor Bagi Tahun 2014�. Kumpulan atau sasaran masalah sosial yang menjadi fokus kajian seterusnya penulisan buku ini adalah; (i) Perpecahan Keluarga, (ii) Ibu Tunggal, (iii) Anak Yatim, (iv) Orang Kurang Upaya (OKU), (v) Kesalahan Juvana, (vi) Gengsterisme, (vii) Kemiskinan, (viii) Pengangguran, (ix) Penagihan Dadah dan, (x) Ajaran Sesat. Input-input hasil kajian digarap untuk penulisan buku ini dengan menggunakan kaedah P.A.R.L.I. iaitu; Problem (Masalah), Action (Tindakan), Result (Hasil), Lesson (Pengajaran), Innovation (Inovasi). Justeru, inti pati buku ini membincangkan latar belakang sesuatu masalah, bentuk-bentuk tindakan atau inisiatif yang telah dilaksanakan dan penilaian masyarakat terhadap usaha-usaha tersebut sama ada pada skala: (i) Amat Tidak Memuaskan, (ii) Tidak Memuaskan, (iii) Sederhana Memuaskan, (iv) Memuaskan atau, (v) Amat Memuaskan. Kupasan terhadap isu-isu permasalahan sosial telah menemukan beberapa pengajaran yang menjadi asas pada cadangan usaha-usaha baharu yang inovatif bagi mengatasi masalah sosial yang dibincangkan. ix


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Pada asasnya, bentuk tindakan untuk membanteras masalah sosial ini merangkumi enam pendekatan iaitu; (i) pembangunan (development) - menggalakkan pembangunan aspek dalaman individu, (ii) pencegahan (prevention) - mengawal, menghindari, menghalang dan mengambil tindakan tegas terhadap faktor-faktor yang boleh menyumbang berlakunya sesuatu masalah sosial, (iii) pencelahan (intervention) - memberi tumpuan pada usaha-usaha untuk menyelesai atau mengurangkan kesan negatif terhadap masalah sosial yang melanda, (iv) penguatkuasaan (enforcement) - melaksanakan aspek penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, (v) hukuman (punishment) - melaksanakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan, (vi) pemulihan (rehabilitation) melaksanakan program pemulihan kepada mereka yang pernah terlibat dengan masalah sosial. Ringkasnya, apa juga usaha yang dilakukan adalah dalam kerangka untuk membangunkan sebuah umat yang terbaik (khaira ummah). Tiada jalan mudah untuk mencapainya melainkan dengan perancangan dan tindakan beristiqamah serta bersinergi. Ia pula harus berteraskan tiga prinsip iaitu; (i) menyuruh berbuat kebaikan (amar makruf), (ii) melarang daripada segala yang salah (nahi mungkar) dan, (iii) beriman kepada Allah. Sehubungan dengan itu, isi kandungan buku ini mampu memberi nafas baharu dalam usaha kita untuk mengatasi masalahmasalah sosial yang difokuskan. Ini kerana setiap masalah sosial yang digarap telah diteliti secara sistematik berdasarkan kaedah P.A.R.L.I. Ini membolehkan pembaca memahami susur galur latar belakang setiap masalah berdasarkan realiti semasa dan disusuli dengan cadangan tindakan penambahbaikan yang inovatif. Gaya penulisan buku ini juga tidak begitu ilmiah agar lebih mesra pembaca dan mudah difahami. Justeru, seharusnya isi kandungan buku ini dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat yang prihatin tentang situasi sosial yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Kupasan penulisan yang informatif juga

x


PRAKATA

membolehkan pembaca menekuni setiap masalah dengan teratur dan menyeluruh. Buku ini juga menjadi input penting bagi peneguhan institusi keluarga sebagai teras pembinaan masyarakat yang dinamik dan harmonis. Ini kerana sebahagian besar masalah sosial yang dibincangkan berkaitan secara langsung dengan kestabilan institusi keluarga. Masalah seperti gejala perpecahan keluarga, ibu tunggal, anak yatim, OKU dan kesalahan juvana amat berkaitan dengan keteguhan institusi keluarga. Bahkan masalah sosial lain yang berlaku juga banyak bersangkut paut dengan sejauh mana wujudnya kestabilan sesebuah institusi keluarga itu. Buku ini juga menyedarkan kita peri pentingnya unsur pembinaan dan pembelaan ekonomi dalam masyarakat. Atas faktor desakan ekonomilah wujudnya masalah sosial seperti kemiskinan dan pengangguran. Maka, saranan dalam buku ini boleh menjadi input tambahan untuk memperkasakan ekonomi ummah keseluruhannya. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ingin mengucapkan “Jazakumullahu Khairan Kathira� kepada semua pihak yang samasama terlibat bagi menyiapkan buku yang amat berharga ini untuk kemaslahatan umat Islam. Semoga dengan usaha yang kecil ini, akan memberi manfaat yang besar kepada umat Islam di samping memberi kesedaran untuk mengeluarkan zakat bagi kemaslahatan ummah melalui lapan asnaf yang diwajibkan. Hasil ganjaran yang diperoleh melalui penerbitan buku ini akan dikongsi pahala dan manfaatnya oleh pengeluar zakat di akhirat kelak. Sekian, saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa Pengerusi MAIS

xi


BAB 1 PERPECAHAN KELUARGA 1.0 PENDAHULUAN Perpecahan keluarga adalah suatu pengalaman yang menyedihkan bagi mereka yang terlibat. Perpecahan keluarga yang menjadi fokus perbincangan ini bermaksud pembubaran perkahwinan ataupun perceraian, iaitu memutuskan perhubungan sebagai suami isteri yang sah atau menjatuhkan talak menurut Islam. Terdapat juga perpecahan keluarga akibat perselisihan faham yang serius di antara pasangan suami isteri, namun belum diakhiri dengan perceraian. Mungkin pasangan tersebut tinggal berasingan atau tanpa hubungan intim dan komunikasi di antara mereka amat terbatas. Ini semua adalah bibit-bibit kepada perceraian mutlak akibat hilangnya persefahaman dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Namun, terdapat juga perceraian yang positif jika pasangan sudah tiada persefahaman walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Keadaan pula tidak begitu rumit jika pasangan tidak mempunyai anak. Keputusan untuk menamatkan hubungan perkahwinan mungkin merupakan tindakan paling baik untuk masing-masing mencari haluan dan pasangan baharu. Keluarga adalah sebuah institusi sosial paling asas dalam pembentukan umat Islam yang seimbang dan cemerlang. Sebarang kepincangan institusi ini misalnya jika berlaku perpecahan 1


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

keluarga atau perceraian, akan mengakibatkan goyahnya asas umat yang dan menimbulkankan masalah sosial yang lain pula. Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat yang menyediakan keperluan sosial, ekonomi dan kebajikan individu. Institusi ini berperanan bukan sahaja memberikan perlindungan fizikal kepada golongan warga tua atau kurang upaya, malah lebih penting lagi bagi mewujudkan proses perkembangan anakanak serta pengisian perasaan kasih sayang antara sesama insan yang harmonis. Allah SWT mencipta makhluknya berpasang-pasangan sebagai asas pembentukan keluarga itu sendiri. Menerusinya terbit nikmat kasih sayang, belas kasihan, hubungan intim dan zuriat keturunan. Inilah antara tanda-tanda kehebatan penciptaan dan nikmat yang diperlihatkan oleh Allah SWT kepada manusia. Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an:

Maksudnya: �Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keteranganketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.� (Surah AR-Ruum; 30 : 21) 2


bab 1: perpecahan keluarga

1.1 ISU-ISU UTAMA AKIBAT PERPECAHAN KELUARGA Perpecahan keluarga atau perceraian adalah satu titik permulaan kepada perlakuan masalah sosial yang lain. Ini kerana akibat perceraian, terputuslah nikmat perasaan kasih sayang, belas kasihan dan hubungan mesra sama ada dengan pasangan, anakanak atau keluarga. Pasangan atau ahli keluarga yang kehilangan nikmat-nikmat tersebut akan mencari gantinya. Pada ketika itu, jika tanpa pedoman, mereka cukup terdedah dan cenderung untuk mendapatkan keperluan-keperluan tersebut melalui cara yang tidak dibenarkan menurut Islam, undang-undang atau norma masyarakat. Berikut ialah isu-isu utama akibat perpecahan keluarga: i. Penghayatan Agama Dan Pengetahuan Perundangan

Secara umumnya, pada tempoh pra, semasa dan pasca perceraian, terdapat dua isu utama iaitu; (i) lemahnya penghayatan agama Islam dalam diri mereka sendiri dan, (ii) kurangnya pengetahuan pasangan terhadap sistem perundangan keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.

Pernikahan dan mendirikan rumah tangga adalah sunnah Rasulullah SAW. Keutuhannya mesti dipertahankan kerana ia adalah asas pembentukan masyarakat. Justeru, walaupun perceraian diharuskan dalam Islam, namun ia amat dibenci oleh Allah SWT. Penghayatan kepada ajaran Islam dan nasihat berpandukan agama adalah kunci bagi mempertahankan institusi tersebut. Penghayatan ini bermula sebelum terjalinnya ikatan perkahwinan lagi, dan perlu diterangkan pula ketika melayari bahtera gelora rumah tangga.

Hal ehwal pengurusan bagi pembentukan dan pembubaran sesebuah perkahwinan juga telah dikanunkan. Hal perundangan keluarga sudah tentu bukan kepakaran semua 3


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

orang, namun kepada golongan yang ingin mendirikan rumah tangga harus mengetahui perkara asas misalnya, bagaimana proses pernikahan atau perceraian yang teratur, mengetahui istilah-istilah penting seperti wali, mahar, nafkah, fasakh, nusyuz dan sebagainya.

Kitab-kitab fiqh munakahat hanya menjelaskan persoalan apa dan mengapa - istilah dalil, rukun, dan syarat-syaratnya. Namun, soal bagaimana - penghukuman dan aplikasi dalam kehidupan sebenar tertakluk pada peraturan, prosedur, perundangan dan proses mahkamah.

ii. Pengurusan Emosi Dan Perasaan

Antara isu yang harus dilihat ialah bagaimana bekas-bekas pasangan ini, anak-anak mereka dan ahli keluarga yang lain mahu meneruskan kehidupan seharian. Nyata sekali soal perasaan dan emosi mereka harus diurus dengan baik agar tidak menjadi gejala kemurungan dan tekanan perasaan. Jika gagal diurus ia boleh membawa kepada kecelaruan fikiran dan pertimbangan, hilang keyakinan diri, penurunan prestasi kerja dan sebagainya.

Perceraian melibatkan soal maruah. Mereka yang terlibat akan rapuh jiwanya dan mudah dimainkan perasaan serta fikirannya. Jika wujud elemen yang menyemarakkan lagi perasaan dan fikiran negatif mereka, maka akan semakin berkecamuk dan tidak terurus kehidupan mereka. Pada ketika ini mereka mudah terpedaya dan tergelincir dari norma kehidupan yang sihat dan baik.

iii. Hak Penjagaan Anak

4

Seterusnya, persoalan hak penjagaan anak, pemberian nafkah mereka dan pembahagian harta sepencarian dengan bekas pasangan. Isu-isu pasca perceraian ini harus diurus dengan


bab 1: perpecahan keluarga

baik dan penuh tanggungjawab melalui saluran perundingan dan perundangan. Pihak perantara atau wakil keluarga yang menguruskan perundingan harus amanah manakala pihak pengamal undang-undang pula mesti jujur dan telus membantu serta menyelesaikan sebarang tuntutan mengikut saluran perundangan dengan profesional dan efisien.

1.2 SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN KELUARGA Jika diteliti dengan lebih lanjut lagi banyak penyebab utama yang mengakibatkan perceraian atau perpecahan keluarga. Antaranya seperti berikut: i.

Pasangan Tidak Bertanggungjawab

Setiap apa yang kita lakukan ada kesan dan tanggungjawab. Apatah lagi apabila membina sebuah keluarga yang mana akan wujud tanggungjawab baharu bagi diri seseorang berbanding sewaktu bujang. Ada hak dan tanggungjawab si suami atau si isteri terhadap pasangannya, anak-anak dan keluarga sama ada keluarga sendiri mahupun mertua. Tanggungjawab ini berterusan hinggalah ke akhir hayat.

Tanggungjawab suami antaranya mencari dan memberikan nafkah kepada isteri (zahir dan batin) serta anak-anak, menyediakan tempat yang bersesuaian untuk isteri dan anakanak tinggal dan berlindung serta memastikan keselamatan, kesihatan, pendidikan dan keperluan asas lain mereka disediakan bagi menjamin kehidupan yang berkualiti. Paling penting ialah soal pendidikan kepada isteri dan anak-anak agar mereka mampu membawa dan membina kehidupan masing-masing dalam lingkungan redha Allah SWT.

5


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Isteri pula mesti mentaati dan menyokong suami dalam apa juga keadaan selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Pada kebiasaannya isterilah yang mengurus rumah tangga, makan minum dan pakaian ahli keluarga. Namun, ia perlu dibantu oleh suami dan anak-anak.

Kegagalan pasangan sama ada suami ataupun isteri melunaskan tanggungjawab mereka itu, menyebabkan wujud perselisihan yang akhirnya membuka ruang kepada perceraian.

ii. Masalah Komunikasi Di Antara Pasangan

Komunikasi yang berkesan dalam perhubungan pasangan amatlah penting dan ia mesti sentiasa berlaku. Mesej yang jelas, positif dan tulus adalah inti pati dalam komunikasi yang berkesan ini. Komunikasi akan meningkatkan persefahaman, dapat berkongsi masalah, idea dan penyelesaian serta mengukuhkan ikatan perkahwinan itu sendiri.

Komunikasi juga adalah satu bentuk pemberian nafkah batin antara suami dan isteri. Ia merupakan satu belaian perasaan terutamanya jika mesej yang disampaikan penuh dengan kemesraan, perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Komunikasi yang terbaik adalah secara bersemuka. Namun, dalam dunia serba canggih hari ini, komunikasi boleh dibuat melalui media seperti telefon, SMS dan sebagainya. Ia harus dimanfaatkan untuk perhubungan jarak jauh atau dalam kesibukan kerja seharian. Matlamat akhir komunikasi antara pasangan ialah mengukuhkan ikatan, mengurangkan perbezaan, mencari titik persefahaman dan dapat menerima pasangan seadanya.

6


bab 1: perpecahan keluarga

iii. Perbezaan Budaya Di Antara Satu Pihak Dengan Pihak Lain

Perbezaan menjadi asas tidak saling memahami dalam perhubungan pasangan. Jika pasangan datang dari latar belakang budaya yang berbeza ia boleh menjadi punca berlakunya salah faham, tidak serasi dan boleh menyebabkan keretakan rumah tangga jika tidak ditangani. Misalnya, perkahwinan campur antara suami berbangsa Melayu dengan isteri yang berasal dari Eropah, atau suami berbangsa India dengan isteri seorang Cina mualaf.

Perbezaan budaya atau adat resam bukan sahaja disebabkan pasangannya berasal dari bangsa lain. Perbezaan budaya ini juga boleh berlaku walaupun perkahwinan sesama bangsa itu sendiri. Ini kerana budaya, cara hidup dan pemikiran seseorang itu terbentuk melalui didikan dan persekitaran keluarga. Misalnya, terdapat perbezaan budaya dan cara hidup antara golongan kaya berbanding miskin, golongan bandar berbanding luar bandar serta golongan terpelajar berbanding yang kurang berpendidikan.

Walaupun berbeza budaya disebabkan perbezaan latar belakang bangsa dan cara dibesarkan, setiap pasangan perlu mencari titik persefahaman melalui kaedah komunikasi yang berkesan. Setiap pasangan perlu mempunyai sikap saling memahami, menghormati dan bertolak ansur dalam situasi pasangan berbeza latar belakang budaya ini.

iv. Campur Tangan Pihak Ketiga: Orang Luar Atau Keluarga

“Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan suami isteri�. Sudah tentu dalam melayari bahtera rumah tangga akan berlaku sedikit sebanyak perselisihan. Jika ia gagal ditangani melalui kaedah komunikasi dan sikap berlapang dada, ia akan merebak lalu membuka ruang ke arah perceraian. 7


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Pada ketika perselisihan berlaku, faktor pihak ketiga iaitu orang luar atau keluarga amatlah penting. Mereka boleh bertindak atau campur tangan sebagai orang tengah yang mendamaikan pasangan. Namun begitu, pihak ketiga juga boleh memburukkan lagi situasi jika tidak berlaku adil dengan menyebelahi atau membela sebelah pihak sahaja, atau memang berniat untuk memecahbelahkan pasangan.

Di samping itu, berlaku juga situasi di mana pasangan mempunyai hubungan mesra dengan orang lain walaupun sudah berkahwin. Kehadiran orang ketiga ini akan menimbulkan salah faham dan sifat cemburu. Ia menjadi batu penghalang dalam komunikasi berkesan antara pasangan tersebut.

Faktor keluarga terutamanya campur tangan ibu dan bapa turut mempengaruhi hubungan pasangan. Lebih buruk lagi jika ibu bapa turut hadir secara langsung dalam kehidupan pasangan tersebut. Mereka membuat keputusan dan mendesak dalam banyak perkara yang akhirnya menyebabkan pasangan tertekan serta tidak sanggup menghadapinya lalu berpisah.

v. Kurang Didikan Agama

8

Satu lagi penyebab perpecahan keluarga ialah lemahnya didikan agama di dalam diri pasangan, sedangkan agama Islam itu adalah aturan cara hidup untuk memandu ke jalan yang benar. Dalam Islam terdapat aspek akidah, syariat dan akhlak yang menjadi teras agar kehidupan manusia sentiasa berada di atas landasan yang benar dan lurus. Ajaran Islam juga dipenuhi dengan nasihat dan pedoman. Semua ini menjadi asas yang kukuh untuk setiap pasangan mempertahankan perkahwinan mereka dan tidak mudah untuk membubarkannya.


bab 1: perpecahan keluarga

Pasangan yang mempunyai pegetahuan dan amalan agama yang lemah, lebih mudah tunduk pada sifat-sifat buruk (mazmumah) seperti pemarah, bersangka buruk dan tidak menghormati pasangan. Mereka tidak memahami tanggungjawab sebagai suami dan isteri sebagaimana dituntut oleh agama. Lebih mendukacitakan lagi, keluarga yang dibina tidak dikurniakan rahmat kerana kurangnya hubungan dengan Allah SWT melalui amal ibadat dan doa.

1.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membanteras masalah perpecahan keluarga dari terus berleluasa. Usaha banyak ditumpukan pada aspek penerangan dan pencegahan sebelum gejala perpecahan keluarga tersebut berlaku. Penekanan diberikan pada penghayatan pembelajaran sewaktu kursus pra perkahwinan. Untuk itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) misalnya melaksanakan inisiatif berikut: i.

Melaksanakan Program Penerangan Dan Pencegahan Dengan Kumpulan Sasar

Program utama yang dilaksanakan oleh JAIS ialah kursus pra perkahwinan yang melibatkan kumpulan sasar iaitu bakal-bakal pengantin. Pasangan yang menghadiri kursus ini diberikan sijil bagi membolehkan proses memohon pernikahan seterusnya. Secara umumnya, program sebegini akan memberi pencerahan mengenai aspek syariat pernikahan (fiqh munakahat) dan penyedaran tanggungjawab yang bakal dipikul oleh pasangan apabila berkahwin kelak.

Program diadakan selama dua hari, dari jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang pada hari pertama dan hingga jam 2.00 9


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

petang pada hari kedua. Modul kursus pra perkahwinan ini meliputi ceramah-ceramah yang membincangkan tajuk-tajuk berikut: a.

Perkahwinan Dan Prosedur Permohonan Perkahwinan Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

b.

Peranan Akidah Dan Ibadah Dalam Kehidupan Suami.

c.

Akhlak Suami Isteri Dan Bentuk-bentuk Hubungan Dalam Sistem Kekeluargaan Islam.

d. Pengurusan Kewangan, Masa Dalam Keluarga Islam Dan Bentuk-bentuk Komunikasi Berkesan Suami Isteri. e.

Perkhidmatan Rundingcara Dan Prosedur Permohonan Talak, Taklik Dan Fasakh Isteri.

f.

Pengurusan Kesihatan.

g.

Pengurusan Stres Dan Konflik Dalam Rumah Tangga.

h.

Taklimat Zakat.

ii.

Meningkatkan Pengetahuan Dan Kemahiran Kakitangan JAIS Yang Terlibat Dalam Pengendalian Kursus

Selaras dengan perkembangan corak hidup semasa yang bergerak mengikut arus pemodenan, input-input kursus pra perkahwinan juga perlu ditambah baik dari semasa ke semasa. Kakitangan JAIS yang mengendaikan kursus pra perkahwinan misalnya, perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui kursus latihan dan bengkel.

Mereka harus memahami kandungan input terbaharu dalam setiap modul kursus pra perkahwinan. Walaupun bukan

10


bab 1: perpecahan keluarga

mereka yang menyampaikan ceramah kursus, mereka juga harus menguasai matlamat, input dan kandungan pengisian tersebut. Ini akan memastikan kursus berjalan lancar, cekap dan mencapai objektif kerana wujudnya kesefahaman dalam kalangan semua penggerak kursus. iii. Menyediakan Tenaga Penceramah Yang Bersesuaian Untuk Pengisian Modul Ceramah Kursus Pra Perkahwinan

Pengisian dan keberkesanan penyampaian input adalah aspek kritikal kejayaan kursus pra perkahwinan ini. Oleh itu tenaga penceramah yang berpengalaman dan berkelayakan dengan sesuatu topik perlu disediakan. Ini akan menjamin pencapaian objektif pengisian iaitu setiap isi pembelajaran utama (key learning points) dapat disampaikan dan difahami oleh setiap peserta.

iv. Mengedar Risalah-Risalah Yang Bersesuaian Untuk Peserta Semasa Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan

Usaha juga telah dilakukan oleh JAIS dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu sewaktu perjalanan kursus. Ini penting sebagai bahan bacaan dan rujukan tambahan untuk mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan kesedaran perserta mengenai aspek pernikahan, hukum hakam, tanggungjawab dan sebagainya.

v.

Menyediakan Bantuan Guaman Dan Rumah Transit

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula melalui Bahagian Perundangannya, ada menyediakan perkhidmatan bantuan guaman kepada pasangan yang sedang melalui proses perundangan di Mahkamah Syariah secara percuma. Ini termasuklah permohonan talak, taklik, fasakh, hadanah dan sebagainya.

11


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Bagi pasangan (biasanya isteri) yang sukar untuk menghadiri prosedur di mahkamah kerana tinggal jauh dari bandar, kemudahan rumah transit disediakan. Mereka yang layak boleh tinggal selama dua hingga tiga hari sewaktu menghadiri proses di mahkamah. Rumah transit ini disediakan oleh MAIS manakala pengurusannya pula ditadbir oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).

vi. Mengurus Proses Sulh

Sulh bermaksud “penamatan sesuatu pertikaian” atau “berbuat baik”. Ia suatu proses penyelesaian pertikaian atau tuntutan pasangan yang boleh diselesaikan tanpa perbicaraan. Mahkamah Syariah memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk dipertemukan dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi berdasarkan prosedur tertentu.

Jika penyelesaian dapat dicapai, perintah mahkamah akan dikeluarkan tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa. Ini dapat membantu penyelesaian masalah tanpa proses yang lama kerana jumlah kes-kes di Mahkamah Syariah yang banyak tertangguh.

Biasanya proses perundangan di mahkamah dan sulh jarang dapat menyatukan kembali pasangan yang bercerai. Namun, sekurang-kurangnya proses perpecahan keluarga tersebut dilaksanakan dengan baik dan teratur. Di samping itu, hakhak bekas pasangan juga dapat diserahkan secara adil dan sah. Ini akan mengurangkan impak negatif hasil perceraian tersebut, lalu membuka ruang kepada mereka untuk membina keluarga baharu tanpa sebarang masalah.

12


bab 1: perpecahan keluarga

1.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Pada keseluruhannya, keberkesanan terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIS, JAIS dan JAKESS adalah pada tahap sederhana memuaskan. Apa yang dapat dipelajari ialah walaupun perceraian adalah lumrah kehidupan, namun usaha yang bersungguh-sungguh perlu ditambah baik dari masa ke masa. Walaupun kursus pra perkahwinan adalah diwajibkan, namun pada hakikatnya gejala perpecahan keluarga masih banyak lagi berlaku dalam kalangan umat Islam. Ternyata banyak lagi program yang berinovatif perlu digubal dan dilaksanakan agar setiap pasangan dapat dibantu dalam menempuh gelora hidup berumahtangga.

1.5 SYOR NILAI TAMBAH Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbang dan dirangka pelaksanaannya adalah: i.

Menambah Baik Pendekatan Pelaksanaan Modul Kursus Pra Perkahwinan

Secara amnya, topik dan pengisian untuk modul kursus pra perkahwinan adalah baik dan menyeluruh. Ia meliputi aspek hukum hakam munakahat, perundangan, peranan pasangan, sistem kekeluargaan Islam, pengurusan, masa, kewangan, kesihatan, stres dan konflik serta prosedur di mahkamah. Penambahan modul dicadangkan meliputi pengukuhan aspek kerohanian seperti amalan zikir, selawat dan doa-doa. Sesi perkongsian pengalaman dari kes-kes kekeluargaan yang berjaya diselesaikan juga boleh dilaksanakan.

Pada masa yang sama, proses penyampaian dan pembelajaran peserta kursus juga boleh ditambah baik. Ini kerana 13


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

keupayaan manusia untuk mempelajari sesuatu adalah berbeza. Terdapat orang yang dapat menerima pengetahuan dengan cara mendengar. Ada pula yang lebih cenderung untuk melihat baharu dapat mempelajarinya. Justeru, untuk memastikan semua peserta dapat mencerna input yang diberikan secara maksimum, pendekatan pembelajaran berikut dicadangkan iaitu menerusi penggunaan: a.

Multimedia (audio dan visual) dan sistem bunyi yang berkesan.

b.

Teknik demonstrasi dan dialog.

c.

“Buku kerja� agar peserta boleh mencatat dan diberikan tugasan penyelesaian masalah mudah untuk dikongsikan dengan para peserta lain.

ii.

Mengadakan Program Untuk Keluarga Atau Kursus Pasca Perkahwinan

Sudah sampai masanya pihak berkuasa agama dan pengurusan perkahwinan keluarga Islam iaitu JAIS, merangka pelbagai program dan kursus pasca perkahwinan untuk keluarga dan pasangan. Perlu ada modul khusus untuk setiap kelompok atau profil keluarga misalnya:

14

a.

Pasangan baharu berumahtangga, belum mempunyai anak atau anak masih kecil.

b.

Pasangan yang membesar.

c.

Pasangan berusia emas.

mempunyai

anak-anak

sedang

Setiap kelompok keluarga tersebut mempunyai cabaran yang


bab 1: perpecahan keluarga

tersendiri. Secara amnya, format dan matlamat modul untuk kelompok keluarga pasca perkahwinan ini dicadangkan seperti berikut: a.

Format program dalam bentuk seminar atau kursus latihan sehari.

b.

Kumpulan sasaran program adalah semua anggota keluarga pasangan termasuk anak-anak.

c.

Matlamat modul adalah penyegaran pada ilmu dan kemahiran hidup kontemporari berkeluarga antaranya:

3 3 3

Peranan pasangan dan ahli keluarga. Pembentukan gaya hidup keluarga Muslim. Pembinaan jati diri dan karakter suami (bapa), isteri (ibu) dan anak-anak yang soleh.

3

Cabaran dan penyelesaian masalah kekeluargaan semasa.

3

Pengukuhan amalan kerohanian; solat berjamaah, zikir, doa dan sebagainya.

Program sebegini harus diadakan secara kerap dan dalam kumpulan yang lebih kecil agar peserta mudah fokus serta membantu pasangan memahami dengan mendalam input yang diberikan.

iii. Membangunkan Pangkalan Data Perkahwinan

Satu pangkalan data yang merekodkan maklumat pasangan, perkahwinan dan perceraian perlu dibangunkan. Pangkalan ini merekodkan latar belakang, tahap sosioekonomi dan pendidikan pasangan serta sebab-sebab perceraian. Perbezaan 15


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

tahap latar belakang sosioekonomi sesuatu pasangan akan menentukan tahap pemikiran, sikap dan pembelajaran mereka.

Pangkalan data ini dapat membantu dalam mengenal pasti dan menganalisis isu, masalah dan pola yang mengakibatkan perceraian. Input-input ini penting bagi penggubalan pengisian, pendekatan dan bentuk program-program pada masa hadapan. Maklumat daripada pangkalan data ini juga boleh dikongsikan dengan kelompok-kelompok sasar melalui program-progam seperti yang dicadangkan. Ia boleh dijadikan pengajaran agar masalah yang sama dapat dielakkan oleh pasangan atau keluarga yang lain.

iv. Mengadakan Promosi Dan Hebahan Program Secara BesarBesaran Bagi Menarik Minat Golongan Sasaran

Promosi dan hebahan program kursus mesti bersifat agresif dan berstrategi. Kursus pra perkahwinan mungkin mudah untuk menarik peserta kerana ia syarat wajib sebelum pernikahan. Namun, kursus kekeluargaan dan pasca perkahwinan agak sukar untuk menarik peserta kerana ia hanya bersifat nilai tambah dan bukannya wajib mengikut peraturan. Justeru, pengisian, tema, jenama, pemasaran dan promosi kursus perlu dirangka dengan baik, agar ia mampu menarik perhatian peserta.

Untuk menarik penyertaan kelompok ini, teknik penyertaan secara percuma dan pemberian hadiah kepada setiap peserta juga boleh membantu. Syarikat-syarikat swasta pula digalakkan menaja program-program seperti ini melalui dana Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) mereka.

16


bab 1: perpecahan keluarga

v.

Mengukuhkan Program Penerangan Dan Pencegahan Dengan Kerjasama Pelbagai Kelompok Strategik

Bagi melaksanakan program-program yang dicadangkan, pihak JAIS perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan dan NGO-NGO yang lain. Agensi yang terlibat boleh menguar-uarkan maklumat kepada pelanggan mereka dan keluarga pasangan tentang program penambahbaikan begini. Paling penting ialah kerjasama dengan institusi di masyarakat akar umbi seperti Jawatankuasa Masjid, Surau dan NGO seperti persatuan penduduk. Institusi-institusi ini mempunyai pengaruh yang kuat untuk menarik perhatian keluarga dan pasangan bagi menyertai kursus.

1.6 PENUTUP Institusi keluarga adalah teras pembentukan masyarakat umat Islam yang cemerlang. Institusi ini mesti dipertahankan fungsi dan keutuhannya dari gejala perpecahan dan perceraian. Bagi mempertahankannya, ia bermula dari setiap diri individu yang akan bergelar suami atau isteri. Mereka perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan matlamat yang jelas untuk berkahwin. Usaha penambahan ilmu dan kemahiran pula mesti dikemas kini dari masa ke masa sesuai dengan cabaran hidup berkeluarga yang dinamik. Semua ini akan membantu mereka melayari bahtera rumah tangga dengan sejahtera sehingga ke akhir hayat.

17



BAB 2 IBU TUNGGAL 2.0 PENDAHULUAN Pembentukan sebuah keluarga yang sempurna melibatkan pasangan suami isteri dan anak-anak. Namun begitu, berlaku juga senario tidak diminta seperti fenomena ibu tunggal yang terpaksa mengemudi keluarga dan membesarkan anak-anak bersendirian. Isu ibu tunggal ini adalah antara kesan lanjutan daripada masalah perpecahan keluarga seperti yang dibincangkan dalam bab satu. Ibu tunggal boleh ditafsirkan sebagai wanita yang: i.

suaminya meninggal dunia atau suami menghilangkan diri dan terpaksa meneruskan tanggungjawab membesarkan anak-anak;

ii.

bercerai hidup dengan suami dan diberi hak penjagaan anakanak;

iii. digantung tidak bertali kerana suami tidak memberi nafkah kepadanya dan anak-anak; atau iv. berada dalam proses perceraian yang panjang, dan anak-anak masih dalam jagaannya. Dalam masa yang sama, terdapat juga situasi tertentu di mana seseorang wanita itu turut juga dianggap sebagai ibu tunggal jika: 19


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

i.

suaminya tinggal berasingan dan tidak dapat memainkan peranan aktif sebagai bapa kepada anak-anak;

ii.

suaminya uzur dan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak, malah memerlukan pula penjagaan rapi; dan

iii. diberi tanggungjawab membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami. Dalam situasi ibu tunggal yang terpaksa mengetuai keluarga, sudah tentu beban tanggungjawabnya bertambah besar dan berat. Jika dahulu ada suami yang berperanan mencari nafkah dan menyediakan tempat tinggal, sekarang semuanya harus dipikul. Peranan menjadi lebih berat apabila si ibu mendapat hak penjagaan anak-anak. Ibu harus mendidik dan membesarkan anak-anak agar menjadi insan yang berguna dan diredhai Allah SWT. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); mereka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala apa yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka tetap pula melakukan segala yang diperintahkan.� (Surah At-Tahriim; 66 : 6) 20


bab 2: ibu tunggal

Sesungguhnya beban dan tanggungjawab yang besar ini menjadikan sebahagian besar golongan ibu tunggal merasa tertekan. Jika mereka gagal menguruskan diri, keluarga dan mengekalkan sedikit sebanyak suasana kasih sayang dan belas kasihan yang telah hilang, ia akan menimbulkan masalah sosial yang lain pula. Masalah ini mungkin melibatkan ibu-ibu tunggal itu sendiri ataupun anak-anak mereka kerana kurangnya kawalan dan didikan.

2.1 ISU-ISU UTAMA TUNGGAL

MELIBATKAN

GOLONGAN

IBU

Beberapa isu yang dikenal pasti kerap membelenggu golongan ibu tunggal adalah seperti berikut: i.

Isu Pengisytiharan Status Ibu Tunggal

Kebanyakan ibu tunggal di negeri Selangor tidak mengisytihar status sebenar mereka sebagai ibu tunggal. Ini mengakibatkan pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun Jabatan Pembangunan Wanita tidak mengetahui data dan statistik sebenar jumlah ibu tunggal di Selangor. Dalam pengurusan kumpulan sasar seperti ibu tunggal ini, data dan statistik amat diperlukan agar pihak berwajib boleh merangka polisi, program dan peruntukan yang diperlukan.

Pelbagai program dan insentif telah pun disediakan untuk ibu tunggal tetapi tidak dapat disalurkan kepada golongan ibu tunggal yang sebenar. Ini disebabkan kewujudan dan status mereka yang tidak diketahui. Terdapat juga ibu-ibu tunggal yang berkahwin semula tetapi gagal untuk mengisytiharkan status terkini. Ini kerana mereka bimbang bantuan dan insentif yang telah diterima akan ditarik balik. 21


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

ii.

Isu Perundangan Dan Tuntutan

Isu kedua yang ketara adalah hal ehwal perundangan terutamanya dalam dalam kes ibu-ibu tunggal yang bercerai dan melibatkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan anak. Khidmat guaman yang cekap dan berkesan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan ia di luar kemampuan kebanyakan ibu-ibu tunggal. Pada masa yang sama, ibu-ibu tunggal juga sukar untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman untuk mengendalikan kes-kes mereka. Setakat ini hanya Jabatan Bantuan Guaman sahaja yang menyediakan khidmat bantuan guaman. Namun, akibat kes yang banyak dan kekurangan peguam, mengakibatkan hak-hak ibu tunggal tidak dapat diperjuangkan sepenuhnya dengan berkesan.

iii. Isu Bantuan Kewangan

Selepas perceraian atau kematian, ibu tunggal lebih bergantung kepada jabatan serta agensi kerajaan yang boleh memberi bantuan kewangan bulanan kepada mereka. Mentaliti ini patut diubah dengan memberi bantuan dalam bentuk kemahiran dan keyakinan kepada mereka untuk menjalani kehidupan tanpa mengharapkan bantuan kewangan semata-mata. Bagi ibu-ibu tunggal yang mempunyai kerjaya dan pendapatan yang kukuh, mereka mampu menyara keluarga dan hal ini tidak menjadi isu yang besar.

2.2 SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN GOLONGAN IBU TUNGGAL Antara penyebab-penyebab utama yang menyumbang kepada isuisu berkaitan dengan golongan ibu tunggal adalah:

22


bab 2: ibu tunggal

i.

Sikap Yang Negatif

Terdapat segelintir golongan ibu tunggal yang bersikap negatif dengan hanya mengharapkan bantuan kewangan tanpa berusaha. Biasanya mereka ini tidak mempunyai pekerjaan sebelum berstatus ibu tunggal. Ini ditambah pula dengan realiti terpaksa bersendirian membina keluarga dan membesarkan anak-anak. Situasi mencabar ini mempengaruhi sikap dan mentaliti ibu tunggal terhadap cara mereka melihat dan menjalani kehidupan harian. Jika mereka tidak mempunyai kekuatan dan semangat untuk menjalani kehidupan berdikari, mereka akan terus mengharapkan bantuan daripada kerajaan tanpa mahu berusaha. Seharusnya, bantuan yang diberikan adalah berbentuk sokongan sementara dan bukan bersifat kekal dan selama-lamanya.

ii.

Pengetahuan Perundangan Yang Kurang

Seperti yang dihuraikan sebelum ini, kes perceraian, pemberian nafkah dan tuntutan penjagaan anak adalah antara isu perundangan utama yang terpaksa ditempuh oleh golongan ibu tunggal. Amalan perundangan memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu oleh mereka yang terlatih. Namun begitu, ibu-ibu tunggal yang melalui pelbagai proses perundangan harus sedikit sebanyak memahami perundangan yang ada apatah lagi jika peruntukan tersebut membabitkan kes-kes mereka. Pengetahuan yang kurang dan sikap tidak mahu ambil tahu, akan menyebabkan mereka akhirnya menyalahkan proses perundangan yang biasanya berlarutan sebagai tidak adil dan tidak cekap.

iii. Kurang Bantuan Dan Sokongan

Rentetan daripada isu perundangan juga, bantuan dan sokongan untuk golongan ibu tunggal menghadapi proses perundangan dan mahkamah didapati masih lagi kurang. 23


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Sesiapa juga yang melalui proses perundangan di mahkamah memerlukan khidmat guaman yang melibatkan kos yang agak tinggi. Majoriti ibu tunggal tidak mampu untuk membiayai kos-kos tersebut. Mereka memerlukan bantuan dan sokongan untuk melalui proses perundangan yang biasanya rumit, mengambil masa dan menekan perasaan. Bantuan dan sokongan perundangan ini amat penting kerana dalam keadaan serba kekurangan dan berhadapan dengan beban tanggungjawab, mereka mudah berputus harapan untuk meneruskan kehidupan. iv. Pertindihan Pemberian Bantuan Kewangan

Bantuan kewangan dan material amat diperlukan oleh golongan ibu tunggal untuk menyara kehidupan. Terdapat banyak agensi kerajaan dan NGO memberikan bantuan kewangan kepada ibu-ibu tunggal. Natijahnya, terdapat sebahagian daripada mereka menerima bantuan kewangan yang sama tetapi daripada agensi atau NGO yang berbeza. Rentetan daripada pertindihan pemberian bantuan mengakibatkan mereka tidak mahu berdikari dan mengambil sikap bergantung kepada bantuan selama-lamanya.

v.

Tiada Pangkalan Data Ibu Tunggal

Sesuatu pelan tindakan yang hendak dirangjka dan dilaksanakan memerlukan maklumat yang lengkap, menyeluruh dan terkini. Justeru, pengumpulan serta penganalisisan data secara telus, konsisten dan cekap amat penting. Tanpa data dan statistik sukar untuk kita mengetahui situasi sebenar dan menyelaras pelan tindakan bagi membantu golongan ibu tunggal. Dalam hal ini, didapati tiada pangkalan data utama yang boleh dijadikan sumber rujukan untuk digunakan oleh semua jabatan atau agensi bantuan. Data utama ini penting bagi rujukan jabatan yang berkaitan sebelum sesuatu bantuan atau insentif disalurkan.

24


bab 2: ibu tunggal

2.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Pelbagai usaha bantuan material, latihan dan sokongan moral telah dilaksanakan bagi membantu golongan ibu tunggal. Bantuan dan sokongan tersebut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Antaranya termasuklah: 2.3.1 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menjalankan beberapa usaha bagi membantu golongan ibu tunggal iaitu: i.

Memberi Bantuan Kepada Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Dalam keadaan tertentu, keretakan dan perceraian bermula dengan keganasan rumah tangga. Jika terdapat sebarang aduan, siasatan awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi sepuluh jam dari masa aduan diterima. Manakala intervensi awal kes keganasan rumah tangga pula dijalankan dalam tempoh tidak melebihi satu jam kepada mangsa keganasan rumah tangga yang hadir ke pejabat.

ii.

Memperuntukkan Bantuan Kewangan

Pihak JKM menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan termasuk golongan ibu tunggal yang layak. Antaranya: a.

Bantuan Am (BA)

Ibu tunggal yang layak boleh memohon dan menerima bantuan ini dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

b.

Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

(OKU)

25


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Bagi ibu tunggal yang mempunyai tanggungan OKU atau pesakit kronik boleh memohon bantuan tersebut dan akan dimaklumkan statusnya dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

c.

Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Keputusan permohonan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

d. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)

Keputusan permohonan diketahui dalam tempoh tidak melebihi dua bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

e.

Bantuan Sekolah (BS)

Keputusan permohonan bantuan ini dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

Jumlah bantuan-bantuan berkenaan tertakluk kepada kadar yang ditentukan mengikut negeri.

iii. Menyediakan Khidmat Kaunseling Dan Psikologi

26

Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi lima hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima. Intervensi krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes tersebut diterima.


bab 2: ibu tunggal

2.3.2 Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pada peringkat Jabatan Pembangunan Wanita Negeri pula usahausaha berikut telah dilakukan: i.

Menganjurkan Wanita

Seminar

Kesedaran

Berkenaan

Hak-Hak

Antara seminar yang dianjurkan ialah seperti berikut: a.

Seminar Literasi Undang-Undang (Hak Wanita Sebelum dan Selepas Perkahwinan dan Akta Keganasan Rumahtangga 1994).

b.

Wanita Anti Jenayah – (Gangguan Seksual, Keganasan Rumahtangga, Keldai Dadah, Jenayah Komersial).

ii.

Menyediakan Platform Untuk Ibu Tunggal Hidup Berdikari

Bantuan kewangan tidak diberikan sebaliknya menyediankan bantuan untuk mereka menceburi bidang perniagaan. Antara program yang disediakan adalah: a.

Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT).

b.

Program Jejari Bestari.

c.

Program Kraf Kreatif.

iii. Mengadakan Inisiatif Sokongan Tambahan

Program untuk membantu golongan ibu tunggal berdikari dan memberi sokongan bagi mereka meneruskan kehidupan disalurkan menerusi inisiatif berikut:

a.

Menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pertanian dan Kraftangan Malaysia bagi membantu ibu tunggal 27


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

menjalankan perniagaan di pasar tani, eksport produk ke luar negara dan membuat pameran tempatan dan antarabangsa. b.

Menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling bagi wanita dan ibu tunggal yang mempunyai masalah dalam kes perceraian, nafkah dan tuntutan penjagaan anak.

c.

Memproses dan mendaftarkan Kumpulan PERWANI (Perkumpulan Wanita) di peringkat komuniti bagi membantu wanita dan ibu tunggal yang mempunyai masalah sosial dan menjadikan PERWANI sebagai agen sokongan kepada komuniti setempat.

2.3.3 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Pada peringkat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), inisiatif tersebut turut dilakukan untuk membantu golongan ibu tunggal: i.

Menyediakan Khidmat Bantuan Guaman

MAIS melalui Bahagian Undang-Undang, menyediakan perkhidmatan guaman secara percuma kepada golongan ibu tunggal yang menghadapi proses perundangan di mahkamah. Ini termasuklah proses perceraian, tuntutan nafkah, hak penjagaan anak dan sebagainya. Inisiatif ini telah bermula sejak sepuluh tahun yang lalu dan telah membantu ramai ibu-ibu tunggal menyelesaikan kes-kes mereka di mahkamah.

ii.

Menyediakan Kemudahan Rumah Transit

MAIS juga menyediakan rumah transit bagi golongani ibu tunggal yang sedang menghadapi proses sebutan kes mereka di mahkamah. Terdapat sebahagian ibu-ibu tunggal yang tinggal jauh di luar bandar dan sukar untuk hadir ke mahkamah pada masa yang ditetapkan. Rumah transit ini sebagai satu kemudahan yang dapat membantu mereka untuk hadir pada yang tepat sewaktu proses sebutan dan dapat

28


bab 2: ibu tunggal

berurusan dengan lebih teratur dan tenang. Kemudahan ini dikelolakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) yang akan menentu dan menguruskan penggunaan rumah transit ini bagi ibu-ibu tunggal yang memerlukan. 2.3.4 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Satu lagi usaha yang signifikan dalam membantu golongan ibu tunggal adalah inisiatif melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). AIM membantu pembangunan ekonomi masyarakat miskin dengan penggalakan aktiviti perniagaan melalui pembiayaan kredit mikro. Ramai daripada golongan ibu tunggal yang terlibat dalam skim di bawah kelolaan AIM ini, bahkan majoriti penerima pembiayaan adalah dalam kalangan wanita. Mereka yang terlibat mengusahakan perniagaan kecil dan sederhana bagi mencari pendapatan atau menambah nafkah keluarga.

2.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Secara keseluruhannya, keberkesanan terhadap usaha yang telah dilakukan untuk membantu golongan ibu tunggal adalah pada tahap memuaskan. Usaha yang positif dan kesungguhan membantu dapat dilihat di peringkat jabatan dan agensi kerajaan. Namun, oleh kerana bilangan ibu tunggal terus bertambah pada ketika kes-kes lama masih memerlukan sokongan material dan moral yang berterusan, maka usaha membantu golongan ini perlu diperkemaskan dan ditambah baik. Apa yang dapat dipelajari adalah walaupun kes-kes ibu tunggal pada awalnya kelihatan negatif dan berpotensi untuk menerbitkan masalah-masalah sosial lain, namun ia dapat dibendung melalui bantuan dan sokongan yang konsisten. Ibu tunggal harus terus diberikan dorongan positif untuk memikul tanggungjawab mengetuai keluarga. Mereka akhirnya dapat 29


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

berdikari, membiasakan diri atau bertemu pasangan yang lebih baik lagi.

2.5 SYOR NILAI TAMBAH Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbang dan dirangka pelaksanaannya adalah: i.

Mempergiatkan Kerjasama Antara Jabatan Dan Agensi Kerajaan

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan dikenal pasti sebagai amat penting dalam pengurusan isu melibatkan golongan ibu tunggal iaitu: a.

Jabatan Agama Islam Selangor Perkahwinan dan Perceraian)

(Unit

Pendaftaran

b.

Jabatan Pendaftaran Negara (Daftar Perkahwinan dan Perceraian Bukan Islam)

c.

Jabatan Kebajikan Masyarakat

d. Jabatan Pembangunan Wanita e.

30

Lembaga Zakat Selangor

Jabatan dan agensi kerajaan ini perlu mempergiatkan kerjasama antara mereka untuk membantu golongan ibu tunggal. Mereka juga perlu bekerjasama rapat dengan Badanbadan Bukan Kerajaan (NGO) kesatuan ibu-ibu tunggal. Kerjasama erat ini akan memudahkan urusan penyelarasan apa juga program dan bantuan yang mahu disalurkan kepada golongan ibu tunggal.


bab 2: ibu tunggal

ii.

Memperkukuhkan Perundangan

Bantuan

Dan

Khidmat

Sokongan

Dua aspek bantuan yang diperlukan oleh golongan ibu tunggal dengan segera dan konsisten adalah khidmat guaman dan bantuan kewangan. Satu lagi bentuk bantuan yang tidak kurang pentingnya adalah sokongan moral dan pengurusan emosi mereka.

Berhubung dengan khidmat guaman, inisiatif bantuan sedia ada perlu diperluaskan khasnya untuk mereka yang kurang mampu membiayai kos guaman yang agak tinggi. Bantuan kewangan pula perlu dinilai amaunnya dari masa ke masa memandangkan kos sara hidup yang kerap berubah dan semakin meningkat. Walau bagaimanapun pemberian bantuan kewangan bulanan kepada ibu tunggal perlu seimbang dan turut disemai elemen mendorong dan mendidik mereka agar berdikari secara berdikit-dikit untuk mencari pendapatan sendiri tanpa mengharapkan bantuan.

Sehubungan itu, jabatan dan agensi kerajaan boleh menjalinkan kerjasama dengan pihak Government Link Company (GLC), syarikat-syarikat korporat dan swasta bagi menyediakan peluang pekerjaan yang bersesuaian ataupun memberi keutamaan kepada kepada golongan ibu tunggal. Pihak GLC juga boleh menganjurkan program Corporate Social Responsibility (CSR) khas bagi golongan ini, misalnya dengan menaja aktiviti-aktiviti latihan bagi mengingkatkan kemahiran mereka melalui NGO-NGO. Antara GLC yang bersesuaian misalnya; FELDA Holdings Berhad, Padi Beras Nasional Berhad, Petroliam Nasional Berhad, UDA Holdings Berhad, Malaysia Airport Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Di samping itu, khidmat kaunseling perlu diperluaskan khususnya berkaitan dengan pengurusan emosi mereka. 31


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Pihak NGO ibu tunggal juga perlu meningkatkan peranan mereka bagi mendampingi dan memberi sokongan moral secara berkelompok yang konsisten khususnya kepada mereka yang baharu berstatus ibu tunggal. iii. Membangunkan Perniagaan Berkonsepkan Social Enterprise

Mencari nafkah kehidupan adalah salah satu cabaran getir dalam kehidupan. Ibu-ibu tunggal yang tidak berkerjaya, tidak boleh bergantung selama-lamanya pada bantuan kewangan. Pada masa yang sama peluang pekerjaan juga mungkin terhad. Justeru, sudah sampai masanya inisiatif pelaksanaan perniagaan berkonsepkan Social Enterprise diperhebatkan lagi.

Social Enterprise adalah perniagaan yang mengutamakan matlamat sosial di mana keuntungan perniagaan adalah dihadkan atau tidak dinikmati oleh pemegang sahamnya. Ia juga dikenali sebagai keusahawanan sosial iaitu satu bentuk perniagaan yang mempunyai matlamat sosial dalam setiap aktivitinya di mana lebihan daripada dapatan keuntungan akan dilaburkan semula untuk tujuan perniagaan atau dilimpahkan manfaat kepada komuniti atau persekitaran. Konsep perniagaan seperti ini belum begitu berkembang kerana model perniagaannya yang berbeza dan memerlukan seorang pelopor berjiwa masyarakat.

Secara amnya, inisiatif pembiayaan perniagaan oleh AIM adalah satu bentuk Social Enterprise yang telah lama dilaksanakan. Ramai ibu tunggal yang terlibat dalam skim ini. Namun konsep ini perlu diperluaskan lagi sehingga dapat melahirkan usahawan Social Enterprise yang boleh mengusahakan perniagaan bersama ibu-ibu tunggal sebagai rakan kongsinya. Konsep Social Enterprise yang hanya dinaungi oleh badan amanah atau NGO boleh dikembangkan lagi. Ini memerlukan pembangunan model, pendekatan,

32


bab 2: ibu tunggal

produk dan perkhidmatan yang melaksanakan perniagaan seperti ini.

lebih

inovatif

bagi

iv. Menambah Baik Modul Perkahwinan

Pasangan yang belum mendirikan rumah tangga wajar didedahkan dengan prosiding mahkamah berhubung dengan soal perceraian dan sebagainya. Untuk itu, modul perundangan boleh dimasukkan dalam Modul Kursus Pra Perkahwinan. Fokusnya ialah berkenaan kes perceraian, tuntutan nafkah dan penjagaan anak. Pendekatan modul ialah hadir ke mahkamah dan melihat sendiri proses serta suasana kes-kes tersebut. Ini akan memberikan mereka idea dan kesedaran agar lebih menghargai erti sebuah perkahwinan.

Satu lagi aspek yang boleh diberi penekanan ialah penambahan modul yang membawa peserta kembali kepada fitrah insani dan pembinaan karakter diri yang unggul. Fitrah insani adalah sifat asal manusia yang sebenar iaitu antaranya berkasih sayang dan belas kasihan sesama manusia apatah lagi dalam lingkungan keluarga sendiri. Manakala karakter diri yang unggul pula adalah membina personaliti baik, mesra dan bertanggungjawab. Ini termasuklah mensucikan jiwa daripada sifat-sifat keji.

v.

Mewujudkan Satu Pangkalan Data Ibu Tunggal

Bagi mengukuhkan kerjasama erat antara agensi dan menyelaras khidmat bantuan yang diperlukan oleh golongan ibu tunggal seperti yang dibincangkan, satu pangkalan data utama ibu-ibu tunggal mesti diwujudkan. Pangkalan data ini mesti dibangunkan dan dikemas kini secara berkala. Ia akan menjadi sumber rujukan semua pihak (stakeholders) yang terlibat dalam pengurusan golongan ibu tunggal. Pangkalan data ini mengandungi antaranya profil atau latar belakang ibu tunggal, ahli keluarga dan jenis bantuan diperlukan serta bantuan yang telah diterima. 33


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

vi. Menyediakan Pusat Transit Atau Penempatan Sementara

Satu pusat transit dan penempatan sementara bagi golongan ibu tunggal juga wajar disediakan. Terdapat kes wanita yang diceraikan terpaksa mencari tempat tinggal lain. Mereka sukar mencari rumah sewa yang sesuai kerana kekurangan wang. Penyediaan pusat sebegini juga penting bagi mengurangkan masalah gelandangan yang semakin ketara terutamanya di kawasan-kawasan bandar.

2.6 PENUTUP Keluarga yang ideal terdiri daripada pasangan suami isteri dan anak-anak. Namun, terdapat juga insan-insan yang kurang bernasib baik dalam perkahwinan dan sebahagian daripadanya tergolong sebagai ibu tunggal. Status ibu tunggal bukanlah penamat bagi membina sebuah keluarga yang bahagia. Ibu tunggal juga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Justeru, golongan ibu tunggal perlu terus dibela secara konsisten dan teratur agar mereka dapat meneruskan kesinambungan membina sebuah keluarga yang harmoni.

34


BAB 3 ANAK YATIM 3.0 PENDAHULUAN Institusi keluarga adalah wadah penting untuk mendidik dan membesarkan anak-anak generasi baharu. Di sinilah mereka menerima didikan awal dan curahan kasih sayang dari insan bergelar ibu dan ayah sebelum sedia membina kehidupan sendiri. Namun dalam situasi tidak dipinta, terdapat anak-anak yang bergelar yatim semenjak kecil dan tidak lagi mendapat kasih sayang tersebut. Anak yatim yang menjadi fokus perbincangan adalah anakanak yang sudah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa. Lazimnya, ia terjadi akibat kematian mengejut ibu bapa mereka akibat kemalangan dan sebagainya. Ada juga anak-anak menjadi yatim kerana diabaikan akibat perceraian ibu dan bapa, atau anak tidak sah taraf hasil daripada perhubungan yang tidak sah. Islam amat prihatin dengan kelompok anak-anak yatim ini. Allah SWT mengingatkan berulang kali agar anak-anak yatim disantuni dan tidak dizalimi. Antaranya firman Allah SWT:

35


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), ‘Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?)’ Katakanlah: ‘Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan’...” (Surah Al-Baqarah; 2 : 215)

“… Mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai masalah anak-anak yatim. Katakanlah: ‘Mengurus urusan mereka secara sepatutnya adalah lebih baik (daripada membiarkannya), dan jika kamu mencampuri urusan mereka (dengan mencampurkan harta kamu dengan harta mereka, maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama). Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak berbuat kebaikan’…” (Surah Al-Baqarah; 2 : 220) Dalam sebuah hadis pula, Rasulullah SAW mengisyaratkan orang yang menjaga anak yatim diberi keistimewaan dengan ketinggian darjat dan kedudukan serta dibalas dengan balasan syurga oleh Allah SWT. Daripada Sahal bin Sa’ad RA katanya, sabda Rasulullah SAW:

36


bab 3: anak yatim

“Saya dan penjaga anak yatim berada dalam syurga begini, dan Baginda menunjukkan dengan jari telunjuk dan jari tengah dan Baginda merenggangkan antara kedua-dua jarinya�. (Hadis Riwayat Bukhari) Jelas bahawa anak-anak yatim mendapat perhatian istimewa dalam Islam. Maka, menjadi tanggungjawab keluarga yang hampir dengan mereka khasnya, dan masyarakat juga kerajaan amnya, untuk untuk memastikan kebajikan dan pembangunan diri anakanak yatim sentiasa terbela.

3.1 ISU-ISU UTAMA MELIBATKAN YATIM

GOLONGAN ANAK

Beberapa isu yang dikenal pasti melingkari kehidupan anak-anak yatim adalah seperti berikut: i.

Kurang Perhatian, Kasih Sayang Dan Perlindungan

Anak-anak yatim biasanya akan dipelihara oleh ahli keluarga yang rapat, ibu bapa tiri atau tinggal di rumah kebajikan anak-anak yatim. Lazimnya, perhatian dan kasih sayang akan berkurangan dan mereka tidak lagi merasai suasana yang sama dengan ibu dan bapa sebenar. Aspek yang lain juga mungkin akan berkurangan seperti galakan, bimbingan dan sokongan material.

Namun, tidak semua keluarga paling hampir boleh menjaga mereka dengan sempurna. Misalnya, terdapat segelintir anak-anak yatim dijaga oleh atuk atau nenek yang sudah tua dan kurang berupaya menyediakan segala keperluan. Ahli keluarga lain pula tidak dapat menghulurkan bantuan kerana sudah ada tanggungan masing-masing. Lebih memburukkan keadaan jika ibu bapa mereka tidak meninggalkan harta dan 37


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

keluarga yang memelihara mereka juga miskin. Rentetannya, ada dalam kalangan anak-anak yatim yang tidak mendapat pendidikan secara formal dengan sempurna.

Terdapat juga anak-anak yatim yang dijaga oleh keluarga angkat atau ibu bapa tiri. Malangnya, mereka didera secara fizikal dan emosi oleh keluarga angkat tersebut. Lebih memburukkan keadaan jika berlaku pemesongan akidah apabila mereka ditempatkan di rumah perlindungan bukan Islam.

ii.

Mudah Dimanipulasi Dan Terjebak Dalam Aktiviti Tidak Bermoral

Anak-anak yatim juga amat terdedah dan mudah dimanipulasi oleh penjaga mereka yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, terdapat sesetengah rumah anak-anak yatim hanya menjadikan mereka sebagai peluang untuk mendapatkan dana, tetapi layanan sewajarnya tidak diberikan. Mereka turut dipergunakan untuk bekerja, menjual barang dan sebagainya dengan alasan untuk mendapatkan dana bagi membiayai anak-anak yatim itu sendiri. Ini menyalahi undang-undang kerana kanak-kanak yang belum cukup umur tidak boleh bekerja malah ia boleh menjejaskan hak mereka untuk belajar.

Pada masa yang sama, mereka juga mudah terjebak dengan masalah sosial dan salah laku jenayah. Ini kerana mereka tiada pengalaman hidup dan mungkin juga kurangnya pemantauan daripada pihak penjaga sendiri.

38


bab 3: anak yatim

3.2 SEBAB-SEBAB YANG UTAMA BERKAITAN YATIM

MEMBAWA KEPADA ISU-ISU DENGAN GOLONGAN ANAK

Berikut adalah antara penyebab-penyebab utama isu membabitkan anak-anak yatim timbul: i.

Kematian Ibu Bapa Secara Mengejut

Kematian mendadak ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu secara tiba-tiba. Kematian boleh disebabkan oleh kemalangan jalan raya atau disebabkan oleh penyakit kronik. Kehilangan tidak dijangka sebegini menyebabkan ahli keluarga sendiri terkejut dan kurang bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga anak-anak terbabit.

ii.

Sikap Kurang Prihatin Dan Pengabaian Tanggungjawab Penjaga

Tanggungjawab menjaga anak-anak yatim lebih berat dan mencabar berbanding dengan anak sendiri. Penjaga perlu bersedia dari segi mental dan material agar mampu mencurahkan kasih sayang dan memenuhi keperluan lain mereka. Ketidakmampuan penjaga akan menerbitkan sikap kurang prihatin dan akhirnya pengabaian tanggungjawab. Sikap kurang prihatin diperllihatkan dengan gejala penderaan anak-anak, tidak menghiraukan perkembangan dan tidak memenuhi permintaan mereka.

Lebih menyedihkan jika penjaga anak yatim juga mengambil kesempatan dengan menggunakan harta anak-anak yatim tersebut untuk kepentingan diri sendiri. Perbuatan ini amat dilarang dalam agama. Walhal Islam menuntut supaya harta anak-anak yatim ini dijaga dengan sempurna dan diserahkan semula kepada mereka apabila mereka sudah cukup umur (baligh). 39


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

iii. Tiada Harta Atau Warisan Yang Ditinggalkan

Anak-anak yatim yang berasal dari keluarga miskin dan sederhana, biasanya tidak mewarisi apa-apa harta peninggalan daripada ibu dan bapa mereka. Situasi ini akan menyukarkan penjaga baru untuk memelihara mereka yang lazimnya terdiri daripada keluarga rapat seperti bapa saudara, ibu saudara, datuk dan nenek.

Kadangkala penjaga mereka tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menanggung keperluan keluarga sendiri. Sedangkan anak-anak yatim ini terpaksa bergantung harapan sepenuhnya kepada keluarga penjaga. Situasi agak berbeza jika anak-anak yatim diambil oleh keluarga angkat yang berada.

3.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pihak persendirian untuk membela nasib anak-anak yatim. Terdapat dua inisiatif utama yang dilakukan iaitu: i.

Rumah Perlindungan Anak-Anak Yatim

Rumah anak-anak yatim didirikan bagi menyediakan kemudahan penginapan dan perlindungan kepada mereka. NGO dan pihak persendirian banyak menyediakan kemudahan seperti ini. Penyediaan rumah perlindungan adalah inisiatif terbaik kerana memudahkan pihak kerajaan dan mana-mana pihak yang prihatin untuk menyalurkan bantuan. Bantuan yang disalurkan adalah berbentuk kewangan dan barangan. Misalnya, bantuan barangan

40


bab 3: anak yatim

keperluan seharian dan alatan persekolahan. Sumbangan juga banyak diterima daripada pelbagai pihak termasuk pihak swasta terutamanya semasa bulan Ramadhan dan musim perayaan. ii.

Tinggal Bersama Keluarga Angkat

Inisiatif kedua adalah dengan meletakkan anak-anak yatim dalam jagaan keluarga angkat. Keluarga angkat boleh dipilih dalam kalangan keluarga terdekat atau keluarga yang tiada pertalian langsung. Langkah ini lebih baik berbanding dengan tinggal di rumah anak-anak yatim. Jika keluarga angkat tersebut sesuai dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik, kanak-kanak tersebut akan dapat merasa kembali suasana seperti keluarga asalnya. Mereka akan mendapat perhatian secara terus dari penjaga. Walaupun penjaga bukan ibu bapa kandung, tetapi kehadiran insan walaupun bergelar keluarga angkat sudah cukup untuk mereka menumpang kasih.

Proses bermula dengan mana-mana pasangan memohon pengambilan “Anak Pelihara” melalui JKM. “Anak Pelihara” ialah, “Kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001”. Ini membolehkan pasangan yang memohon diberi peluang memelihara seseorang anak dalam tempoh dua tahun.

Selepas itu, pasangan boleh memohon mengambil anak tersebut sebagai “Anak Angkat” di JPN. Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253), “Anak Angkat” ialah seseorang anak yang, “telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama dua (2) tahun sebelum tarikh permohonan”. 41


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Di samping itu, anak-anak yatim juga menikmati bantuanbantuan kewangan daripada JKM secara tidak langsung. Bantuan-bantuan ini yang disalurkan kepada keluarga atau penjaga mereka seperti Bantuan Anak Pelihara (BAP), Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan Bantuan Am (BA).

3.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan dalam membela nasib anak-anak yatim. Secara amnya, keberkesanan terhadap usaha yang telah dilakukan untuk membantu golongan ini adalah pada tahap sederhana memuaskan. Apa yang dapat dipelajari ialah tindakan yang baik dapat dilihat dalam kalangan anggota masyarakat yang prihatin melalui usaha penubuhan rumah-rumah anak yatim persendirian dan kesanggupan mereka mengambil anak yatim sebagai anak angkat. Namun, masih terdapat kes-kes manipulasi terhadap anak-anak yatim yang terpaksa bekerja dan mencari dana untuk rumah perlindungan mereka sehingga aspek pembelajaran mereka terabai.

3.5 SYOR NILAI TAMBAH Bagi menambah baik kebajikan anak-anak yatim, perkara-perkara berikut perlu ditekankan dan boleh dipertimbangkan untuk pelaksanaan: i.

Mengukuhkan Aspek Rohani Dan Emosi

Pengisian input keagamaan dan nasihat kepada anak-anak yatim dan keluarga angkat mereka amat penting. Ini boleh dilakukan melalui sesi perbincangan agama atau kaunseling oleh mereka yang terlatih. Perhatian harus lebih diberikan

42


bab 3: anak yatim

pada soal perkembangan emosi dan didikan agama anakanak yatim, di samping hal pembelajaran dan sebagainya. Ini kerana kehilangan kedua ibu dan bapa akan menimbulkan kesan emosi yang mendalam kepada diri anak-anak yatim berkenaan. Didikan agama akan memastikan mereka tenang serta sentiasa berada di atas landasan redha dengan ketentuan qada’ dan qadar Ilahi. ii.

Memantapkan Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran Pasangan

Penting sekali bagi pasangan yang mengambil anak angkat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan mereka. Ini kerana tanggungjawab mendidik anak angkat adalah berbeza berbanding dengan anak kandung sendiri. Terdapat pengetahuan baharu yang mesti difahami misalnya aspek perundangan yang melibatkan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.

iii. Menyelaras Dan Menambah Inisiatif Bantuan Kepada AnakAnak Yatim

Sebenarnya ramai pihak yang prihatin mahu membantu anak-anak yatim. Namun, bantuan daripada masyarkat tidak diselaraskan dengan baik menyebabkan ada ketikanya rumah anak-anak yatim yang popular sahaja kerap mendapat bantuan. Pada masa yang sama, harus diingat bahawa tidak semua anak yatim tinggal di rumah kebajikan. Justeru, perlu ada mekanisme yang dipantau oleh JKM agar pemberian bantuan adalah merata ke semua rumah-rumah kebajikan dan turut dinikmati oleh anak-anak yatim yang tinggal bersama keluarga angkat yang kurang berkemampuan.

Di samping itu, satu skim khas untuk anak-anak yatim untuk mendapatkan pendidikan dan kemahiran perlu diwujudkan. Inisiatif ini khusus untuk golongan anak yatim daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Ini akan membantu 43


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

mereka mendapat akses yang lebih luas kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat membina kehidupan sendiri yang lebih baik pada masa hadapan. Skim ini boleh diwujudkan dan dikendalikan di peringkat JKM, dan anakanak angkat yang berkelayakan boleh memohon skim ini. iv. Memantau Operasi Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Yang Tinggal Bersama Keluarga Angkat

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mempergiatkan aspek pemantauan operasi rumah perlindungan dan kebajikan anak-anak yatim. Ini bagi mengelakkan para penganjur rumah berkenaan memanipulasi anak-anak yatim tersebut sebagai elemen tarikan dana bagi keuntungan diri sendiri. Pemantauan yang berkala akan dapat mencegah penyelewengan daripada berlaku.

v.

Memperluaskan Peluang Untuk Orang Ramai Mengambil Anak Angkat

Ramai pasangan yang berkemampuan tetapi tidak mempunyai anak dan mahu mengambil anak angkat. Namun, kebanyakan mereka tidak tahu prosedur yang diperlukan dan apakah kriteria untuk melayakkan mereka mengambil anak angkat. Justeru, dicadangkan satu program penerangan dan galakan pengambilan anak angkat yang teratur dan agresif dilaksanakan. Mereka ini boleh mendaftar, diberikan penerangan, dinilai dan dipertemukan dengan calon anak angkat yang bersesuaian. Inisiatif ini akan membantu lebih ramai anak yatim dapat tinggal dalam persekitaran keluarga yang lebih kondusif dan sesuai untuk perkembangan mereka.

44


bab 3: anak yatim

3.6 PENUTUP Anak-anak adalah permata untuk pembangunan masyarakat dan negara pada masa hadapan. Setiap anak termasuk anak yatim berhak untuk mendapat asuhan, didikan dan kasih sayang daripada orang dewasa. Pihak berkuasa kebajikan seperti JKM harus mengambil inisiatif lebih giat bagi membela golongan anak yatim dengan matlamat meletakkan mereka dalam kalangan keluarga angkat yang berkelayakan. Rumah kebajikan seharusnya menjadi pilihan terakhir untuk anak-anak yatim tersebut tinggal dan mendapatkan perlindungan.

45



BAB 4 ORANG KURANG UPAYA (OKU)* 4.0 PENDAHULUAN Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang istimewa dan perlu diberi perhatian khusus. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008 menetapkan – “'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.”. Kekurangan ini boleh melibatkan anggota fizikal seperti kaki, tangan dan pancaindera atau bukan fizikal seperti daya pemikiran dan sebagainya. Ia wujud sejak dilahirkan atau kerana kemalangan atau penyakit yang menyebabkan kekurangan fungsi anggota tubuh badan yang kekal. Lazimnya, golongan OKU melibatkan kekurangan seperti kategori berikut:

*

Istilah OKU juga dirujuk sebagai “Orang Kelainan Upaya”, tanda pengiktirafan pada kebolehan unik dan sumbangan golongan tersebut. Penulisan ini menggunakan istilah “Orang Kurang Upaya” yang selaras dengan dokumendokumen penting; Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan Dasar Orang Kurang Upaya.

47


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

i.

Pendengaran - kedua-dua telinga tidak dapat mendengar dengan jelas tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran.

ii.

Penglihatan - kedua-dua belah atau sebelah mata buta atau kedua-dua belah mata mempunyai penglihatan yang terhad atau mengalami gangguan penglihatan kekal yang lain.

iii. Pertuturan - tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan untuk berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. iv. Fizikal - ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan atau ketiadaan atau ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. v.

Masalah Pembelajaran - masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.

vi. Mental - keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. vii. Pelbagai (Multiple Disabilities) - bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan tetapi tidak dalam klasifikasi seperti di atas. Golongan OKU memerlukan bantuan, perkhidmatan dan kemahiran istimewa bagi membolehkan mereka berdikari. Misalnya, OKU yang buta perlu menguasai kemahiran Braille agar boleh membaca, menulis dan belajar. Manakala mereka yang cacat pendengaran atau bisu pula perlu menguasai bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan orang lain. 48


bab 4: orang kurang upaya

Dalam Islam, segala bentuk kekurangan atau kelebihan adalah ujian Allah SWT kepada hambaNya, apatah lagi apabila melibatkan harta benda dan keturunan. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah SWT jualah pahala yang besar.� (Surah Al-Anfaal; 8 : 28) Sekiranya dianugerahkan anak atau ahli keluarga yang tergolong sebagai OKU, ia adalah sebahagian daripada ujian Allah SWT untuk mengukur sejauh manakah kesabaran, ketabahan dan kecekalan hambaNya.

4.1 ISU-ISU UTAMA MELIBATKAN GOLONGAN OKU Beberapa isu telah dikenal pasti yang melibatkan golongan OKU adalah seperti berikut: i.

OKU Yang Tidak Berdaftar

Terdapat anak-anak OKU yang masih tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini disebabkan ibu bapa atau keluarga yang enggan mendaftarkan ahli keluarga mereka yang OKU atas alasan-alasan tertentu. Hal ini menyukarkan pihak bertanggungjawab untuk memantau perkembangan dan menyalurkan bantuan atau khidmat sokongan yang bersesuaian kepada OKU terbabit. 49


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

ii.

Kesukaran Mendapat Peluang Pekerjaan

Sebenarnya OKU yang terlatih boleh melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab jika diberikan peluang. Namun, masih wujud stigma dalam kalangan majikan sama ada di sektor awam mahupun swasta yang tidak yakin dengan kemampuan golongan OKU melakukan kerja. Walhal sebenarnya, pihak majikan yang kurang pengetahuan mengenai kebolehan OKU.

iii. Kemudahan Untuk Aksesibiliti Bagi Golongan OKU Yang Terhad

Kemudahan-kemudahan untuk membantu aksesibiliti bagi golongan OKU juga adalah terhad. Fasiliti yang kurang ini menyebabkan OKU sukar menjalani aktiviti dan kehidupan harian mereka seperti manusia normal lain. Ini menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam arus pekerjaan dan kehidupan serba moden hari ini. Secara umumnya, terdapat empat kemudahan atau tempat di mana fasiliti aksesibiliti OKU adalah amat penting iaitu; pengangkutan awam, bangunan komersial, bangunan awam dan kerajaan serta bangunan di mana mereka bekerja.

iv. Kewujudan Institusi OKU Yang Terhad

50

Kerajaan melalui kementerian dan jabatan berkaitan khasnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menubuhkan beberapa institusi khusus bagi membantu golongan OKU. Antaranya ialah Taman Sinar Harapan dan sebagainya. Namun, keupayaan dan penempatan OKU di institusi ini adalah terhad. Sehingga kini, hanya terdapat 11 institusi yang telah diwujudkan bagi membantu golongan ini.


bab 4: orang kurang upaya

4.2 FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA ISU OKU Berikut adalah antara penyebab-penyebab utama isu membabitkan OKU timbul: i.

Sikap Negatif Penjaga Dan Keluarga OKU

Terdapat segelintir ibu bapa, penjaga dan keluarga OKU yang malu untuk mendaftar anak atau ahli keluarga mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka bimbang masyarakat akan memandang rendah dan menyisihkan mereka kerana mempunyai ahli keluarga OKU. Sikap yang mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab ini lahir akibat kurangnya kesedaran, ilmu pengetahuan dan didikan agama dalam diri seseorang. Sedangkan, pendaftaran OKU adalah amat penting bagi memudahkan pihak kerajaan menghulurkan bantuan pada masa hadapan. Malah, setiap agama menggesa pemimpin sesebuah keluarga bertanggungjawab atas keperluan, kebajikan dan masa hadapan ahlinya termasuk golongan OKU.

ii.

Persepsi Negatif Majikan

Kebanyakan majikan masih belum bersedia untuk mengambil OKU bekerja. Mereka berpendapat ia menyusahkan kerana syarikat perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk OKU bergerak dan bekerja. Pandangan sebegini mungkin ada asasnya kerana penyediaan kemudahan-kemudahan tersebut melibatkan kos yang agak tinggi.

iii. Persepsi Negatif Masyarakat

Persepsi masyarakat juga sukar berubah dan masih enggan memperakui kebolehan OKU walaupun telah banyak pendedahan dibuat mengenai kebolehan golongan ini. Masyarakat masih kurang kesedaran akan pentingnya OKU 51


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

diberi layanan baik seperti golongan yang normal kerana mereka juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat. Ini disebabkan kurangnya informasi mengenai penempatan golongan OKU terlatih. Golongan ini sebenarnya boleh bekerja dan memberi sumbangan kepada masyarakat. iv. Kekurangan Tenaga Pakar Tempatan

Bagi mengurus dan melatih golongan OKU, ia memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai. Dalam hal ini, negara kita masih kekurangan tenaga pakar tempatan dan terpaksa bergantung kepada kepakaran luar. Kita juga perlu ke luar negara untuk mendalami pendekatan bagi membangunkan golongan OKU termasuk teknik melatih mereka di mana ia melibatkan kos yang agak tinggi.

4.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Pada peringkat kerajaan khasnya melalui JKM, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan untuk membantu golongan OKU. Antaranya meliputi usaha berikut: i.

Akta Orang Kurang Upaya 2008

Akta ini memberikan pengiktirafan hak golongan OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based. Akta ini juga membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan bagi golongan OKU.

52


bab 4: orang kurang upaya

ii.

Dasar Orang Kurang Upaya

Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh mereka dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak-hak kemanusiaan seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Terdapat empat objektif dasar meliputi aspek pengiktirafan hak OKU, peluang dan akses OKU secara saksama, menghapuskan diskriminasi dan, meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.

iii. Pendaftaran OKU

Pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian oleh penjaga OKU secara sukarela. Pendaftaran penting agar pihak kerajaan dapat merancang program pencegahan, pendidikan, habitation dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan lain untuk golongan OKU.

iv. Bantuan Kewangan

Antara bantuan kewangan yang disediakan adalah seperti berikut: a.

Elaun Pekerja Cacat (EPC) - bernilai RM300 sebulan untuk menyelenggara dan memenuhi keperluan asas kehidupan golongan OKU.

b.

Geran Pelancaran (GP) - bantuan kewangan bernilai RM2,700.00 kepada golongan OKU yang berpotensi untuk menceburi bidang perniagaan kecil.

c.

Pembelian Alat Tiruan Dan Alatan Sokongan (BAT/S) - membantu golongan OKU yang kurang kemampuan untuk membeli alat tiruan atau alat sokongan seperti

53


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

kaki palsu, tongkat ketiak, alat pendengaran dan sebagainya d. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) - bernilai RM300 sebulan bagi meringankan beban perbelanjaan penjagaan OKU. e.

Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) - bernilai RM150 sebulan bagi membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja.

f.

Pembelian Tongkat Putih “White Cane” dan Mesin Braille - kerajaan membiayai sepenuhnya pembelian “White Cane” dan mesin Braille bagi mereka yang kurang upaya dari segi penglihatan.

v.

Perkhidmatan Institusi

Perkhidmatan institusi bertujuan menyediakan perkhidmatan penjagaan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Sehingga kini, terdapat 11 buah institusi OKU seperti berikut:

54

a.

Taman Sinar Harapan - institusi yang dikhaskan untuk golongan OKU yang mengalami masalah pembelajaran (7 buah).

b.

Bengkel Terlindung - dikhaskan untuk golongan OKU yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka (2 buah).

c.

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi institusi yang memberikan perkhidmatan kepada OKU fizikal melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan (1 buah).


bab 4: orang kurang upaya

d. Pusat Harian Bukit Tunku – menguruskan kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di hospitalhospital kerajaan bagi menjalani rawatan pemulihan sebelum mereka kembali ke pangkuan masyarakat (1 buah). vi. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Program PDK atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) ditubuhkan dengan objektif utamanya adalah untuk menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan golongan OKU. Ia berperanan sebagai pusat intervensi awal, sumber maklumat, rujukan, pendaftaran dan advocacy OKU. Antara aktiviti yang dilakukan di PDK ialah kemahiran motor, perkembangan bahasa, pengurusan diri sendiri, pra menulis, membaca, mengira dan menulis, terapi muzik dan sebagainya. Kini terdapat kira-kira 374 buah PDK di seluruh negara.

vii. Perkhidmatan Kaunseling OKU

Perkhidmatan ini berlandaskan pada bentuk kaunseling pemulihan yang khusus untuk golongan OKU dengan tumpuan kepada dua aspek iaitu kerjaya dan ke arah kehidupan berdikari. Perkhidmatan menyeluruh ini turut melibatkan keluarga, komuniti setempat, NGO dan sebagainya.

viii. Program “Job Coach�

Program untuk membantu OKU dan majikan dalam membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja serta mengambil kira keupayaan OKU terbabit supaya mereka dapat bekerja dalam keadaaan selesa dan produktif.

55


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

ix. Program “Independent Living” (IL)

Program memberi penekanan terhadap kebebasan OKU dalam membuat keputusan, menentukan hala tuju atau matlamat hidup dan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dalam pelbagai aspek kehidupan.

x.

Program “Disability Equality Training” (DET)

Program ini merupakan kursus yang direka cipta dan disampaikan sendiri oleh golongan OKU yang mempunyai pengalaman didiskriminasi. Ia memberi kesan yang positif terhadap pembangunan OKU di Malaysia terutamanya dari aspek aksesibiliti dan persepsi orang ramai terhadap golongan OKU.

xi. Inisiatif Meningkatkan Penyertaan OKU Dalam Pekerjaan

Inisiatif ini termasuk: a.

Pameran kerjaya OKU - mengumpulkan majikan-majikan yang berminat untuk mengambil OKU bekerja.

b.

Kuota 1% tenaga kerja untuk golongan OKU di sektor kerajaan dan swasta. Majikan yang mengambil pekerja OKU akan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

xii. Meningkatkan Aksesibiliti OKU

56

Memastikan pembinaan bangunan dan kemudahan awam baharu menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses dan penggunaannya oleh golongan OKU.


bab 4: orang kurang upaya

4.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Harus diakui bahawa banyak inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk membela golongan OKU. Namun begitu, keberkesanan terhadap usaha yang telah dilakukan adalah pada tahap sederhana memuaskan. Apa yang dapat dipelajari ialah penilaian ini mungkin timbul kerana terdapat kes-kes terpencil golongan OKU yang tidak terbela dan ia digembar-gemburkan oleh pihak media. Hakikatnya, tanpa kerjasama semua pihak khususnya anggota masyarakat sendiri, kes pengabaian dan penganiayaan terhadap golongan OKU sukar untuk dibanteras.

4.5 SYOR NILAI TAMBAH Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbang dan dirangka pelaksanaannya adalah: i.

Mempergiatkan Kempen Kesedaran Membela OKU

Kempen-kempen yang harus menjadi fokus adalah kesedaran pendaftaran OKU. Semua pihak harus sedar bahawa setiap OKU harus didaftarkan agar kerajaan mempunyai data dan statistik yang dapat digunakan bagi merangka pelbagai program untuk membantu golongan tersebut. Kempen kesedaran juga perlu diberikan kepada golongan majikan agar mereka bersedia untuk mengambil OKU yang layak sebagai pekerja. Ia boleh dilakukan melalui media arus perdana dan media sosial.

ii.

Meningkatkan Penyertaan OKU Dalam Pekerjaan

Kadar pengambilan golongan OKU sebagai tenaga kerja perlu ditingkatkan. Pada masa yang sama, golongan OKU mesti bersedia dengan pengalaman, kemahiran dan kebolehan yang mencukupi. Untuk itu, sektor awam mesti merintis usaha 57


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

menambah pekerja dalam kalangan OKU dan diikuti pula oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Penjelasan yang lebih meluas juga perlu diberikan kepada pihak swasta bagi menggalakkan mereka mengambil golongan OKU bekerja. Di samping itu, kerajaan harus menawarkan lebih banyak insentif menarik kepada majikan swasta yang menyahut seruan ini. iii. Menggalak Dan Menubuhkan Perniagaan Social Enterprise

Antara permasalahan OKU adalah kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Inisiatif perniagaan berkonsepkan social enterprise perlu disemarakkan lagi seperti yang telah dibincangkan di dalam Bab 2 - Ibu Tunggal. Terdapat beberapa usaha yang telah wujud antaranya Mouth & Foot Painting Artist Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur. Pelukis-pelukis tanpa tangan menghasilkan lukisan dengan menggunakan mulut atau kaki dan menjualnya dalam bentuk kad-kad perayaan, ucapan selamat dan kalendar.

Konsep social enterprise menekankan prinsip membantu diri sendiri dan bukannya berharap kepada kebajikan sematamata. Justeru, produk dan perkhidmatan perniagaan lain boleh dibangunkan agar golongan OKU terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut.

iv. Menyasarkan Matlamat OKU Bebas Halangan

58

Inisiatif penyediaan kemudahan yang membantu aksesibiliti OKU perlu dipergiatkan lagi. Bagi menyediankannya, pihakpihak yang terlibat seperti arkitek, pihak berkuasa tempatan, pemaju dan kontraktor harus mengetahui reka bentuk bangunan dan kemudahan yang memudahkan aksesibiliti bagi golongan OKU.


bab 4: orang kurang upaya

4.6 PENUTUP OKU adalah golongan istimewa yang dianugerahkan dengan pelbagai kebolehan unik untuk mereka hidup dan turut memberi sumbangan kepada proses pembangunan negara. Sudah sampai masanya golongan ini mendapat pengiktirafan dan tempat yang sewajarnya dalam komuniti mereka. Justeru, setiap warganegara Malaysia yang normal harus menyedari hakikat ini dan turut sama menyokong aspirasi golongan insan-insan istimewa tersebut.

59



BAB 5 KESALAHAN JUVANA 5.0 PENDAHULUAN Dalam sesebuah keluarga, anak-anaklah antara penyeri dan tanda aras kebahagiaan. Di mata ibu bapa, merekalah racun dan mereka jugalah penawar. Maka, Islam meletakkan amanah yang besar kepada ibu bapa untuk mendidik dan membimbing mereka agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan berbakti pula kepada kedua orang tuanya. Sehubungan itu, setiap ibu bapa harus berdoa dan berusaha memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya.� (Surah Al-Furqaan; 25 : 74)

61


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Namun begitu, terdapat juga kes anak-anak pada usia masih muda telah melakukan pelbagai kesalahan yang menconteng arang ke muka ibu bapa mereka. Kes seumpama ini diistilahkan sebagai kesalahan atau jenayah juvana. Juvana merujuk pada, “anak muda yang belum cukup matang, masih mentah atau budakbudak”. Kesalahan juvana adalah kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak muda yang tidak berpengalaman. Akta Kanak-kanak 2001 menggunakan istilah “kanak-kanak” iaitu, “seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun” dan jika berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang ditetapkan di bawah Seksyen 82 Kanun Keseksaan. Umur yang dimaksudkan di antara 10 hingga 18 tahun. Istilah jenayah juvana juga digunakan bagi merujuk pada perlakuan jenayah atau anti sosial golongan remaja yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Antara jenisjenis kesalahan yang melibatkan juvana adalah seperti berikut: i.

Bersabit Dengan Harta Benda

ii.

Dadah

iii. Bersabit Manusia iv. Lalu Lintas v.

Senjata/Bahan Api

vi. Akta Kesalahan Kecil vii. Judi viii. Melanggar Syarat Pengawasan ix. Lari dari Sekolah Yang Diluluskan

62


bab 5: KESALAHAN JUVANA

5.1 ISU-ISU UTAMA BERKAITAN JUVANA

DENGAN KESALAHAN

Beberapa isu timbul Antaranya adalah:

soal

membabitkan

kesalahan

juvana.

i.

Tahap Kekukuhan Institusi Keluarga

Institusi keluarga khususnya peranan dan tanggungjawab ibu bapa akan menjadi fokus apabila berlaku sebarang masalah melibatkan juvana. Sekiranya institusi ini gagal berfungsi dengan baik, maka secara tidak langsung ia menyumbang pada kegagalan untuk mengekang masalah anti sosial golongan remaja dan gagal mendidik anak-anak agar terhindar daripada sebarang perlakuan jenayah.

ii.

Tahap Keberkesanan Sistem Pendidikan

Perkara kedua yang menggamit persoalan adalah sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan sekarang dalam mendidik anak-anak menjadi insan berdisiplin dan tinggi nilai moralnya. Sistem pendidikan negara tidak terkecuali daripada menjadi tumpuan, sasaran dan kecaman. Sistem pendidikan yang tidak berkesan akan menggagalkan matlamat untuk melahirkan insan yang rabbani, iaitu berakhlak mulia dan patuh pada peraturan, undang-undang dan larangan dalam agama.

iii. Tahap Keberkesanan Sistem Pengadilan, Hukuman Dan Pemulihan

Soal keberkesanan sistem keadilan, hukuman dan pemulihan juga sedikit sebanyak turut menjadi polemik dalam masyarakat. Biasanya, hukuman hanya akan menginsafkan pelakunya namun tidak bagi remaja lain kerana mereka masih naif, dan tidak mengetahui hukuman yang bakal menanti mereka. Pemulihan pula adalah elemen penting 63


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

untuk memastikan pesalah pangkuan masyarakat.

juvana

dapat

kembali

ke

iv. Tahap Keprihatinan Masyarakat

Keprihatinan masyarakat terhadap masalah juvana juga menjadi persoalan. Ini kerana mereka juga bertanggungjawab memantau dan menasihati anak-anak muda ketika di luar pengawasan ibu dan bapa mereka. Namun, sikap tidak mahu “menjaga tepi kain orang lain� menyebabkan anak-anak ini bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undangundang.

v.

Tahap Pengaruh Dan Peranan Media Massa

Peranan media massa turut menjadi isu perbincangan kerana kandungannya sering dikaitkan dengan kesan yang boleh mempengaruhi khalayak. Pendedahan secara berterusan terhadap kandungan yang negatif dipercayai berpotensi mempengaruhi khayalak ramai secara beransur-ansur.

5.2 SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA MASALAH JUVANA Terdapat pelbagai sebab yang membawa pada masalah juvana sehingga menyebabkan kanak-kanak turut terlibat dengan aktiviti jenayah. Antara punca gejala ini adalah seperti berikut : i.

Sikap Alpa Ibu Bapa

Ibu bapa yang lalai akibat terlalu sibuk bekerja atau aktif dalam aktiviti sosial akan menjejaskan masa berkualiti untuk keluarga dan anak-anak. Malah, ada yang jarang bersua muka apatah lagi berkesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping bersama. Keadaan ini menyebabkan remaja

64


bab 5: KESALAHAN JUVANA

membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan daripada ibu bapa. Oleh itu, mereka bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa batasan. Ini mendedahkan mereka pada tingkah laku untuk mencari keseronokan dan melepaskan tekanan dengan melakukan perkara yang bertentangan nilainilai agama, moral dan undang-undang. ii.

Perpecahan Keluarga Dan Perceraian Ibu Bapa

Perpecahan keluarga yang menyebabkan perhatian ibu bapa kepada anak-anak menjadi longgar. Ia membawa pada terlerainya ikatan kasih sayang dan belas kasihan dalam kalangan anggota keluarga. Anak-anak tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa. Justeru, mereka akan mencari keseronokan di luar terutamanya bersama rakan sebaya yang memungkinkan untuk mereka terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dan jenayah.

iii. Kurang Didikan Agama

Islam mengajar penganutnya tentang prinsip dan galakan untuk melakukan kebaikan. Islam adalah cara hidup dan benteng pada perlakuan yang negatif. Kurangnya didikan dan pengetahuan agama akan mendorong anak-anak untuk melakukan perbuatan melanggar batas agama, moral dan undang-undang tanpa halangan. Anak-anak ini tidak mampu atau terkeliru untuk membezakan antara kebaikan dan keburukan dalam setiap perbuatan yang mereka dilakukan.

iv. Pengaruh Media Massa Dan Internet

Media mempunyai kuasa untuk mempengaruhi khayalak ramai. Mesej dalam media massa ternyata dapat mempengaruhi dan membentuk perilaku remaja yang masih mentah dalam menghadapi realiti cabaran hidup. Masyarakat 65


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

termasuk golongan remaja terdedah pada pelbagai mesej dan dorongan yang kurang sihat yang dipaparkan melalui media massa sama ada media cetak ataupun elektronik. Misalnya, filem-filem cereka Barat yang kerap menyajikan aksi ganas, seksual, tahyul dan sebagainya.

Kini, media sosial dan internet pula mula mengambil tempat. Sajian maklumat multimedia digital yang pelbagai bentuk; grafik, visual, audio, video dan permainan amat menarik dan merangsang anak-anak remaja untuk menggunakannya. Akibatnya, mereka mudah untuk terpengaruh dan mempercayai dengan apa yang mereka dapat dari dunia siber ini. Hal ini dikhuatiri akan mendorong mereka untuk terikutikut melakukan perlakuan negatif hasil pengaruh media tersebut.

v.

Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya adalah antara pendamping rapat para remaja. Mereka berkongsi keseronokan bersama-sama dan sentiasa bersikap mahu menunjukkan perilaku identiti kumpulan tersebut sebagai menjadi tanda ahli kumpulan. Misalnya, jika kumpulan itu merokok, dia akan turut merokok agar tidak disisihkan daripada kumpulan. Apa sahaja yang dilakukan oleh rakan sebaya dalam kumpulan, menjadi daya penarik paling kuat untuk rakan lain meniru atau melakukan lebih lagi agar lebih dihormati. Jika perilaku positif yang menjadi ikutan, ia adalah baik. Namun, jika perilaku buruk dan jenayah yang menjadi ikutan, maka dengan mudah mereka terjebak dalam perlakuan kesalahan juvana.

vi.

66

Keciciran Dari Sekolah Faktor keciciran pelajaran juga turut mendorong remaja melakukan aktiviti jenayah. Golongan yang tiada matlamat hidup, tidak mengerti peri pentingnya pelajaran dan merasa


bab 5: KESALAHAN JUVANA

tidak selesa dalam persekitaran sekolah yang dilihat sebagai mengongkong. Bagi mereka, pembelajaran bukanlah suatu keperluan, sebaliknya mereka mahu bebas dan sering ponteng dari sekolah. Hal ini ditambah pula dengan pengaruh negatif rakan sebaya yang menyebabkan mereka cenderung untuk berpeleseran dan akhirnya melakukan perbuatan yang tidak berfaedah atau menyalahi undang-undang. vii. Faktor Kemiskinan

Faktor kemiskinan keluarga turut mendorong kanak-kanak untuk melakukan kesalahan juvana. Mereka mungkin terabai kerana kesibukan ibu bapa mencari nafkah, tidak berpelajaran dan kurang pendidikan agama. Akibat tekanan hidup juga, ada yang mengambil jalan mudah lalu melakukan jenayah seperti mencuri, meragut dan merompak.

5.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Pihak kerajaan melalui jabatan dan agensi penguatkuasa serta mahkamah telah melakukan usaha-usaha pengukuhan dasar, pencegahan, hukuman dan pemulihan terhadap kesalahankesalahan juvana. Antaranya meliputi: i.

Akta Kanak-Kanak 2001 Akta Kanak-Kanak 2001 diperkenalkan bagi menambah baik undang-undang berhubung dengan aspek pemeliharaan, perlindungan, hukuman dan pemulihan kanak-kanak sebelumnya. Inti pati akta berasaskan pada kesedaran bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat, tetapi mereka adalah aset pembangunan dan kemakmuran masa hadapan masyarakat itu sendiri. Oleh kerana ketidakmatangan kanak-kanak 67


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

daripada pelbagai aspek, akta ini akan memastikan keperluan mereka untuk mendapat pelindungan, pemeliharaan dan bantuan khas. ii.

Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara

Dasar ini digubal bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Ini akan memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan yang sempurna dan mampu mencegah mereka daripada terjebak dengan kesalahan juvana. Dasar berkenaan menetapkan tujuh objektif utama dan empat asas merangka strategi iaitu advocacy, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan serta pembangunan.

iii. Penubuhan Institusi Perlindungan

68

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menubuhkan dua institusi perlindungan utama bagi kanakkanak iaitu: a.

Rumah Kanak-Kanak (RKK) - iaitu institusi tempat selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanakkanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001. Ia berfungsi sebagai pusat jagaan gantian kepada kanak-kanak yang terabai dan teraniaya sehingga mencapai umur 18 tahun. Di sini, pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat kanak-kanak dalam suasana kekeluargaan yang harmoni akan dipupuk.

b.

Rumah Tunas Harapan (RTH) - berfungsi memberi jagaan, perlindungan dan kasih sayang terutamanya untuk kanak-kanak yatim sehingga umur 18 tahun dalam


bab 5: KESALAHAN JUVANA

suasana sebuah keluarga. RTH menyediakan khidmat jagaan dan perlindungan, bimbingan dan kaunseling, akademik dan pendidikan agama serta moral. iv. Penubuhan Institusi Pemulihan

Kerajaan melalui JKM turut menubuhkan tiga institusi pemulihan bagi kanak-kanak yang terlibat dalam masalah juvana iaitu: a.

Asrama Akhlak - institusi yang ditubuhkan atau ditetapkan sebagai tempat tinggal bagi kanak-kanak berusia lebih 10 tahun yang diperintahkan mahkamah tinggal di situ kerana sabit dengan kesalahan selain jenayah berat. Ia ditubuhkan di bawah Seksyen 61 Akta Kanak-Kanak 2001 dengan objektif untuk memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah serta mendidik mereka bagi membina sikap positif dan membentuk peribadi yang kukuh.

b.

Sekolah Tunas Bakti - institusi sekolah yang diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak berusia lebih 10 tahun yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Seksyen 65 Akta Kanak-Kanak 2001. Mereka ini bersalah atas apa-apa kesalahan dan ibu bapa mereka tidak berupaya menjalankan apa-apa kawalan terhadap mereka. Objektif utamanya adalah memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan tidak terkawal.

c.

Taman Seri Puteri - institusi tempat perlindungan bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Seksyen 55 Akta Kanak-Kanak 2001. Objektifnya adalah untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah pada bahaya moral atau keruntuhan akhlak 69


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian. Biasanya, ia melibatkan kesalahan dan penganiayaan seksual mahupun fizikal terhadap kanakkanak perempuan. v.

Khidmat Sokongan Lain

Beberapa inisiatif lain turut diadakan di bawah JKM untuk menyokong usaha melindungi dan memulihkan kanak-kanak bagi membanteras masalah kesalahan juvana, iaitu:

70

a.

Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (JKK)/Daerah - diperkenalkan pada tahun 1949 menerusi Akta Mahkamah Juvana 1947 - Seksyen 43(2)(a)(vi) di mana ahlinya dilantik daripada golongan masyarakat setempat dengan pelbagai latar belakang. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pencegahan jenayah dan kerosakan akhlak serta kebajikan juvana dan orang muda. Jawatankuasa ini banyak membantu pegawai-pegawai akhlak JKM melaksanakan tugasan menyelia masalah juvana di peringkat akar umbi.

b.

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK)/Daerah - berfungsi sebagai sistem sokongan bagi perkhidmatan perlindungan kanak-kanak di peringkat akar umbi. Pasukan ini mengadakan program pendidikan awam dalam bentuk ceramah, forum dan aktiviti seperti pusat jagaan, kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer serta kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak. Mereka menjadi “mata dan telinga� bagi pihak kerajaan dengan menyalurkan maklumat tentang kes penganiayaan kanak-kanak. Ini dapat membantu dari segi pencegahan kes-kes penganiayaan dan pengabaian


bab 5: KESALAHAN JUVANA

kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan sebagainya. c.

Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) - pusat yang ditubuhkan oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak untuk mengadakan perkhidmatan sokongan, pencegahan dan pemulihan bagi keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. Program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka diadakan di pusat berkenaan. Gabungan peranan PPKK dan PAKK mewujudkan pusat perlindungan, advocacy, intervensi krisis, sosial dan sebagainya bagi membanteras masalah juvana di peringkat akar umbi.

vi. Fatwa Ar-Riqab Dan Inisiatif MAIS

Jenis-jenis asnaf Ar-Riqab telah diperluaskan maksudnya yang mana ia turut mencakupi kelompok yang terbelenggu dengan pelbagai masalah sosial dan juvana seperti: a.

Masalah jenayah syariah, misalnya; minum arak, zina, buang anak dan mengandung anak luar nikah.

b.

Terbelenggu dengan amalan yang menyalahi syariat Islam, misalnya; tidak solat, puasa dan usaha membunuh diri.

c.

Terbelenggu dengan gaya hidup songsang, misalnya; lesbian, gay, gigolo, pengkid dan tomboy.

d. Terbelenggu dengan kes juvana, misalnya; gangster, jenayah melibatkan harta benda dan jenayah melibatkan keganasan, pergaduhan, rompak, pecah rumah, rogol, jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya dan ugutan yang melibatkan keganasan. 71


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Pada dasarnya, tafsiran tambahan jenis-jenis asnaf Ar-Riqab ini dapat membantu pengembangan inisiatif-inisiatif bagi membantu golongan tersebut. Ini kerana dana kewangan dapat disalurkan daripada sumber kewangan zakat untuk membiayai program-program pemulihan individu yang terlibat.

vii. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan

Selaras dengan fatwa berkaitan dengan Ar-Riqab tersebut, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengukuhkan inisiatif pemulihan pesalah juvana yang dilaksanakan melalui institusi Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam. Pusat ini ditadbir urus dan dioperasikan melalui prosedur, peraturan dan modul latihan yang tersendiri.

Matlamatnya adalah untuk memberikan perkhidmatan perlindungan, pemulihan, latihan bimbingan, kaunseling, kemahiran bersepadu dan kemudahan latihan vokasional kepada kumpulan wanita dan gadis yang terlibat dengan gejala sosial selaras dengan kehendak maksud Seksyen 53 & 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Pada amnya, kemasukan ke pusat ini melalui tiga cara iaitu; (i) perintah mahkamah, (ii) atas kerelaan sendiri dan, (iii) bagi tujuan perlindungan. Berdasasarkan pada tafsiran Ar-Riqab yang telah diperluaskan, ia membolehkan lebih ramai pelatih memasuki pusat ini untuk dipulihkan.

5.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Keberkesanan terhadap usaha yang telah dilaksanakan untuk membanteras kesalahan juvana ini adalah pada tahap sederhana memuaskan. Apa yang dapat dipelajari adalah mungkin kerana penonjolan bermusim mengenai isu ini oleh media, telah membina 72


bab 5: KESALAHAN JUVANA

persepsi dan penilaian kurang memuaskan terhadap usaha yang dilakukan. Namun, jika diteliti perihal juvana ini, terdapat satu usaha yang komprehensif, bersepadu dan bersungguh-sungguh bagi melindungi dan memastikan perkembangan harmonis kanakkanak. Ini dapat dilihat dari sudut perundangan, dasar hinggalah inisiatif penubuhan institusi dan penggalakan penyertaan masyarakat.

5.5 SYOR NILAI TAMBAH Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbang dan dirangka pelaksanaannya adalah: i.

Memperluaskan Promosi “Dasar Perlindungan KanakKanak�

Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang diperkenalkan adalah amat baik namun kurang diketahui oleh masyarakat. Ia boleh menjadi pemangkin dan menyemarakkan keprihatinan masyarakat terhadap isu perlindungan kanakkanak dan masalah juvana. Justeru, usaha perlu dilakukan untuk mempromosi dan menerangkan dasar ini agar dapat mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingannya.

ii.

Mempertingkatkan Jaringan Kerjasama Strategik Antara Pihak Kerajaan, Korporat, Masyarakat Dan Keluarga KanakKanak

Kerjasama strategik boleh dilakukan di antara empat pihak yang tersebut agar sebarang program membabitkan aspek penerangan, pencegahan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak ini dapat dipertingkatkan lagi dari segi bilangan dan penyertaan. Struktur sedia ada PPKK dan PAKK boleh dijadikan asas dan dikembangkan lagi fungsinya dengan 73


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

penyertaan pihak swasta sebagai tonggak pembiayaan. Ini adalah perkongsian tanggungjawab yang strategik yang dapat memenuhi tuntutan CSR syarikat-syarikat korporat. iii. Mewujudkan Jawatankuasa Pemantau

Jawatankuasa pemantauan terhadap program/bengkel/ kursus yang dilaksanakan perlu diwujudkan oleh pelbagai pihak khasnya PPKK dan PAKK. Ini untuk memastikan keberkesanan setiap program yang telah dijalankan agar ia mencapai objektif.

iv. Memantapkan Institusi Keluarga

Perhatian yang khusus dan berterusan harus diberikan kepada institusi keluarga. Dalam apa juga kesempatan program dan aktiviti, mesej agar semua pihak mengambil berat tentang peneguhan institusi ini mesti disampaikan. Institusi inilah yang memegang tampuk utama ke arah melahirkan individu-individu cemerlang. Ini termasuklah melindungi kanak-kanak daripada terlibat dengan gejala kesalahan juvana.

v.

Mempergiatkan Peranan Pembimbing Rakan Sebaya

Belia-belia yang mempunyai latar belakang pendidikan dan agama yang baik boleh dilatih sebagai pembimbing rakan sebaya. Mereka ini boleh digerakkan khususnya dalam kelompok remaja sebagai penasihat dan pembimbing yang dapat membantu membentuk akhlak remaja agar sentiasa dalam batasan yang dibenarkan mengikut adat, agama dan undang-undang.

74


bab 5: KESALAHAN JUVANA

5.6 PENUTUP Anak-anak adalah harta dan amanah yang perlu dipupuk, dibelai dan dijaga. Ia tidak akan berkembang subur tanpa kasih sayang, perlindungan dan sokongan. Jika diabaikan mereka cenderung untuk terpengaruh dengan pelbagai tarikan negatif yang akhirnya menjuruskan mereka pada perlakuan dan kesalahan juvana. Justeru, masalah kesalahan juvana ini dapat dicegah dengan lebih berkesan sejak dari awal lagi jika pihak penjaga dan anggota masyarakat lainnya dapat mendampingi dan membimbing mereka sepanjang usia remaja sebelum meningkat dewasa.

75



BAB 6 GENGSTERISME 6.0 PENDAHULUAN Lanjutan daripada masalah melibatkan juvana adalah gengsterisme. Gengsterisme turut melibatkan remaja dewasa yang kebiasaannya menjadi ahli dan terlibat dalam aktiviti kumpulan penjenayah atau samseng. Ia bermula dari kemahuan awal golongan remaja yang berpotensi mewujudkan geng (kumpulan) yang terdedah dengan keadaan sekitar untuk mendapatkan keseronokan secara berkumpulan. Geng ini mempunyai tingkah laku yang sama, perjumpaan bersemuka, gerakan secara berunit, berkonflik dan mempunyai perancangan. Gengster adalah perkembangan dari kumpulan juvana yang bertukar menjadi perlakuan devian (perangai menyimpang daripada normal). Kemudian ia berevolusi menjadi gengster yang gemar melakukan tindakan-tindakan ganas dan bersifat anti sosial secara berkumpulan. Allah SWT berfirman:

77


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Maksudnya: “… Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, janganlah kamu bantu membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batasbatas ajaran Allah) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azabNya.” (Surah Al-Maa’idah; 5 : 2) Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain Allah. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” (Surah Hud; 11 : 113) Perlakuan melalui geng ini saling sokong-menyokong dan bantu-membantu di antara ahli-ahlinya dalam setiap aktiviti dan tindakan mereka termasuk juga berbuat perkara-perkara yang tidak baik. Islam amat melarang perbuatan buruk dan zalim ini seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat Al-Qur’an tersebut.

78


bab 6: GENGSTERISME

6.1 ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN GENGSTERISME Pada asasnya, isu-isu utama yang telah dibincangkan dalam Bab 5 – Kesalahan Juvana adalah berkaitan dengan Gengsterisme. Isu yang telah dibincangkan adalah; (i) Tahap Kekukuhan Institusi Keluarga, (ii) Tahap Keberkesanan Sistem Pendidikan, (iii) Tahap Keberkesanan Sistem Pengadilan, (iv) Hukuman Dan Pemulihan, (v) Keprihatinan Masyarakat dan, (vi) Tahap Pengaruh dan Peranan Media Massa. Beberapa isu-isu utama lain yang melibatkan gengsterisme ini dikenal pasti seperti berikut: i.

Peningkatan Jenayah Dan Kesalahan Juvana

Berada dalam kumpulan gengster akan menyebabkan para remaja lebih terdorong untuk melakukan pelbagai kesalahan kerana faktor sokongan dan perlindungan rakan serta keseronokan melakukannya. Mereka tanpa segan silu akan berpeleseran, membuli, merosakkan harta awam (vandalisme), berlumba motor secara haram (mat rempit), mengambil alkohol, memeras ugut dan sebagainya. Ini semua akan menyumbang pada peningkatan statistik masalah jenayah dan kesalahan juvana.

ii.

Permulaan Kegiatan Kongsi Gelap

Perlakuan gengsterisme ini juga dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap iaitu kumpulan jenayah yang terlibat dalam kegiatan haram sebagai sumber pendapatan seperti perniagaan dadah, perjudian, pelacuran, ceti haram, peras ugut dan sebagainya. Gengsterisme adalah permulaan untuk kumpulan remaja ini berjinak-jinak dengan aktiviti jenayah yang lebih berat seperti yang dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap.

79


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

iii. Pencetusan Bibit Pertelingkahan Antara Kaum

Geng yang dibentuk biasanya daripada kumpulan kaum yang sama. Apabila berlaku pergeseran antara geng yang berbeza kaum, faktor perbezaan kaum ini menjadi penyumbang utama dalam menyemarakkan perasaan benci yang membawa pada kecenderungan untuk bergaduh. Meskipunpun pada asalnya pertelingkahan itu disebabkan oleh faktor-faktor lain. Ini menerbitkan rasa dendam serta boleh membibitkan pemusuhan dan pergaduhan antara kaum yang lebih serius dan memudaratkan masyarakat keseluruhannya.

6.2 SEBAB-SEBAB GENGSTERISME

YANG

MEMBAWA

KEPADA

Di dalam Bab 5 buku ini telah membincangkan sebab-sebab yang membawa kepada masalah kesalahan juvana. Antara yang dibincangkan adalah; (i) Sikap Alpa Ibu Bapa, (ii) Perpecahan Keluarga Dan Perceraian Ibu Bapa, (iii) Kurang Didikan Agama, (iv) Pengaruh Media Massa Dan Internet, (v) Pengaruh Rakan Sebaya, (vi) Keciciran Dari Sekolah dan, (vii) Faktor Kemiskinan. Selanjutnya dua sebab lain yang menyumbang kepada permasalahan gengsterisme turut dikenal pasti iaitu: i.

Pertelingkahan Antara Pelajar

Geng boleh juga dibentuk berasaskan persamaan tempat mereka bersekolah. Persaingan negatif, sikap prasangka buruk antara pelajar dan latar belakang sekolah yang berbeza acapkali terjadi. Perang mulut antara mereka akhirnya bertukar menjadi pergaduhan dan pukul memukul antara satu sama lain. Insiden ini biasanya tidak terhenti pada satu kejadian malah ia berlarutan disebabkan dendam dan pihak yang kalah dalam ‘pusingan pertama’ hanya menunggu peluang untuk membalasnya.

80


bab 6: GENGSTERISME

ii.

Kegiatan Dan Perkumpulan Yang Terselindung

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, gengsterisme adalah permulaan bagi kegiatan kongsi gelap. Apabila kumpulan gengster ini semakin besar dan berpengaruh, ia sukar dikesan kerana aktiviti ini terselindung melalui kegiatan perniagaan yang kelihatan baik. Kumpulan kongsi gelap yang lebih ‘senior’ akan memberikan perlindungan. Ini menyebabkan mereka semakin berani dan akan menarik individu lain untuk turut terlibat.

6.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Bab 5 buku ini turut membincangkan usaha-usaha kerajaan khasnya pihak kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menangani masalah juvana. Antaranya melibatkan; Akta Kanak-Kanak 2001, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Penubuhan Institusi Perlindungan, Penubuhan Institusi Pemulihan dan Khidmat Sokongan Lain. Sebagai tambahan, empat lagi usaha berikut: i.

Pemantapan Peranan Institusi Keluarga

Tidak syak lagi peranan institusi keluarga amat penting bagi mendidik dan mengawal tingkah laku anak-anak. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengukuhkan peranan institusi ini bermula di peringkat perkahwinan lagi. Untuk itu, kursus pra perkahwinan telah diwajibkan sebelum bakal pasangan berkahwin. Antara pengisian kursus ialah penekanan terhadap aspek pendidikan dan perkembangan anak-anak.

ii.

Pemantapan Kurikulum Dan Didikan Agama

Elemen pendidikan kerap dijadikan tumpuan apabila membicarakan soal kesalahan juvana termasuklah 81


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

gengsterisme. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan untuk menerapkan kurikulum yang menekankan aspek didikan agama dan moral. Ia ditambah lagi dengan penerapan nilai-nilai agama tersebut melalui kempen, program dan aktiviti pelajar anjuran pihak sekolah. iii. Penggiatan Program Latihan Dan Motivasi Islami

Terdapat pelbagai program motivasi dan kem-kem pembinaan sahsiah yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan swasta. Elemen yang ditampilkan antaranya termasuklah penghafazan Al-Qur’an dan dan penghayatan As-Sunnah, gaya hidup remaja Islam, motivasi dan mengasah teknik pembelajaran. Program-program seumpama ini walaupun mungkin tidak dapat mengubah perlakuan pelajar secara mendadak, namun sekurang-kurang dapat mengalihkan tumpuan mereka pada perkara-perkara yang positif dan membina.

iv. Penguatkuasaan Fatwa Ar-Riqab

Seperti yang telah dibincangkan di bahagian “Prakata” dan Bab 5 – Kesalahan Juvana, gengsterisme ini juga termasuk dalam jenis-jenis asnaf Ar-Riqab mengikut tafsiran yang telah diperluaskan. Ia termasuk dalam kategori terbelenggu dengan kes juvana, iaitu kesalahan seperti gengster, jenayah melibatkan harta benda dan jenayah melibatkan pergaduhan dan keganasan.

Perluasan tafsiran Ar-Riqab kepada kelompok pesalah juvana - gengster, membolehkan lebih banyak bantuan dana diperoleh dan banyak program pencegahan dan pemulihan dapat dirangka padai masa hadapan.

82


bab 6: GENGSTERISME

6.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Penyelesaian masalah gengsterisme setakat ini masih belum menampakkan hasil yang memberangsangkan. Untuk itu, perspektif masyarakat awam dalam menilai keberkesanan terhadap usaha-usaha membanteras masalah ini berada pada tahap tidak memuaskan. Apa yang dapat dipelajari iadlah kegiatan para remaja ini kerap terlepas pandang dan seolah-olah ada tolak menolak dan sikap ‘menunding jari’ di antara institusi sekolah dengan pihak berkuasa dan keluarga. Umum berpendapat pihak sekolah sepatutnya mengawal pelajar, namun pihak sekolah hanya dapat mengawal mereka selagi berada dalam kawasan sekolah. Selepas pelajar melangkah keluar, maka menjadi tanggungjawab keluarga dan pihak berkuasa menjaga mereka. Ternyata, jarak waktu dan ruang antara sekolah dan rumah memungkinkan mereka ini terdedah dan terlibat dengan masalah juvana khasnya gengsterisme jika ia tidak diawasi.

6.5 SYOR NILAI TAMBAH Syor nilai tambah yang boleh dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan dalam menangani masalah yang berkaitan gengsterisme adalah seperti berikut: i.

Pendedahan Mengenai Teknik Pengawalan Anak Yang Lebih Mantap

Ibu bapa perlu lebih memahami cara dan corak hidup pelajar pada hari ini. Mereka boleh memandu dan memantau pergerakan anak-anak mereka dengan pendekatan yang mesra dan tidak bersifat mengongkong. Antaranya adalah: a.

Mengenali rakan anak-anak kita dan keluarga mereka 83


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

serta mendapatkan nombor telefon dan alamat tempat rakan mereka tinggal. b.

Mendapatkan rasional dan alasan mereka jika mereka meminta sesuatu, kemudian baharulah beri pandangan kepada mereka. Ini akan melatih mereka berfikir dan menimbangkan sesuatu tindakan.

c.

Mengawal dan mengamalkan sekatan yang disertai dengan rasional tindakan jika mereka terdedah pada pergaulan bebas.

d. Memantau penglibatan mereka di media sosial secara berhemah.

Teknik-teknik ini boleh disampaikan kepada ibu bapa melalui forum keibubapaan, serta program-program di masjid dan persatuan penduduk.

ii.

Penyediaan Program Latihan Belia Yang Lebih Inovatif

Para perunding latihan perlu meningkatkan kualiti pengisian, aktiviti dan penyampaian dalam program-program mereka. Akitiviti yang kreatif dan teknik penyampaian berkesan yang mengambil kira faktor perbezaan dan keupayaan insan perlu digubal. Aktiviti-aktiviti tersebut diharap mampu menyampaikan mesej dan mempengaruhi mereka secara sedar dan di bawah sedar. Antara teknik penyampaian berkesan adalah menggunakan teknologi multi media, demonstrasi dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti-aktviti luar yang mencabar dan menarik seperti jungle trekking, hiking, berkhemah, memanah, menunggang kuda dan sebagainya boleh juga dijadikan kaedah penyampaian latihan yang berkesan.

84


bab 6: GENGSTERISME

iii. Penggiatan Strategik

Program

Penerangan

Dan

Advokasi

Yang

Program penerangan tentang bahaya dan cara menghindari gengsterisme harus diperluaskan melalui penggunaan media cetak dan media elektronik sedia ada. Gerakan advokasi (mengesyor dan menyokong) yang mesra harus diwujudkan di laman-laman sosial secara yang tidak disedari oleh kelompok sasar. Berikan mereka nasihat, peringatan dan pedoman yang mampu mencetuskan mereka untuk berfikir dan akhirnya menolak sendiri akitiviti yang tidak baik tersebut.

iv. Pengukuhan Jaringan Agensi, NGO Dan Institusi Masjid

Melaksanakan gerak kerja bersinergi bukanlah mudah kerana setiap pihak mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu. Namun, ia tidak harus menjadi halangan untuk diadakan suatu jaringan persefahaman dan gerak kerja bersama yang melibatkan pihak agensi kerajaan seperti polis dan RELA, NGO dan institusi masjid. Ia harus dimulakan dengan melihat isu-isu dan permasalahan yang menjadi keprihatinan bersama khasnya melibatkan soal perkembangan anak-anak.

v.

Penetapan Hukuman Yang Lebih Berat

Di samping memberi fokus dan mengutamakan aspek pemulihan bagi mengekang masalah juvana dan gengsterisme, faktor hukuman yang bersifat mendidik dan mampu menginsafkan pesalah juga perlu diambil kira. Ini kerana sesetengah kesalahan gengsterisme seperti mencederakan orang atau merosakkan harta awam adalah serius. Maka, bentuk hukuman yang setimpal harus diperkenalkan. Misalnya, sebagai permulaan hukuman melakukan kerja-kerja sosial boleh diperluaskan dalam kalangan juvana. 85


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

6.6 PENUTUP Mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara adalah tanggungjawab berterusan ibu bapa dan penjaga selagi anak mereka belum mencapai had umur matang. Dalam mengekang gejala kesalahan juvana khasnya masalah gengsterisme, penglibatan ibu bapa secara langsung diperlukan. Di samping itu, ibu bapa juga perlu disokong dan dibantu oleh pihak-pihak yang prihatin melalui agensi kerajaan, NGO dan institusi yang sedia wujud dalam masyarakat bagi membentuk jati iman dan jati diri anak-anak mereka.

86


BAB 7 KEMISKINAN 7.0 PENDAHULUAN Miskin dari sudut bahasa bermaksud, “tidak berharta benda dan serba kekurangan dalam penyediaan barang-barang keperluan hidup�. Kemiskinan ini diibaratkan satu “lingkaran ganas kehidupan�, menyebabkan mereka yang terjebak dengannya sukar untuk keluar. Kemiskinan sering ditafsir dari sudut miskin ekonomi atau harta benda, yang diukur melalui Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK mewakili perbelanjaan bagi keperluan asas seperti makan, minum, pakaian dan alas kaki, tempat tinggal, bahan api, pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan rekreasi. PGK ini biasanya digunakan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengukur tahap kemiskinan sesebuah isi rumah bagi melayakkan mereka menerima bantuan. Sehubungan itu, miskin didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah yang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan. Berdasarkan perkiraan yang mengambil kira faktor makanan dan bukan makanan, PGK pada masa kini untuk isi rumah miskin adalah RM830 seisi rumah. Manakala miskin tegar (fakir) pula, ia merujuk pada pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada 87


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan. PGK makanan adalah pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum. Berdasarkan perkiraan yang mengambil kira faktor makanan ini, PGK makanan untuk isi rumah miskin tegar adalah RM520 seisi rumah. Islam amat prihatin terhadap golongan miskin dan fakir ini. Dalam Islam, golongan ini mendapat pembelaan melalui bantuan zakat yang difardhukan. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orangorang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.� (Surah At-Taubah; 9 : 60) Melalui sistem zakat, kefakiran atau kemiskinan seseorang ditentukan oleh had al-kifayah dan bilangan isi rumah. Had al88


bab 7: KEMISKINAN

kifayah ialah “garis kecukupan minimum bagi keperluan asasi seseorang individu dan tanggungannya berdasarkan kos sara hidup masa kini”. Kadar had kifayah berbeza antara individu berdasarkan kajian lapangan terhadap kos sara hidup semasa. Misalnya di Selangor, bagi ketua keluarga (RM895), pasangan (RM415), dewasa 18 tahun ke atas (RM190), anak belajar IPT (RM235), anak berusia 7-17 tahun (RM185), anak 0-6 tahun (RM120), tanggungan anak cacat (RM200), penjagaan anak (RM190) dan tambahan kos perubatan penyakit kronik (RM200). Jika pendapatan seseorang itu tidak cukup untuk menampung jumlah terkumpul semua had kifayah tanggungannya, maka dia berhak menerima zakat. Selanjutnya, Islam juga mengingatkan akan bahaya kemiskinan. Kemiskinan memungkin berlakunya perlakuan yang menyimpang daripada ajaran Islam, norma masyarakat dan undang-undang akibat tekanan keperluan hidup. Akhirnya, kemiskinan itu boleh mengikis keislaman dan keimanan seseorang kepada Allah SWT kerana menyalahkan takdir. Hal ini Ini dinyatakan dengan jelas dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qada dan qadar.” (Hadis Riwayat Abu Naim)

7.1 ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN KEMISKINAN Isu-isu utama yang melibatkan kemiskinan telah dikenal pasti berdasarkan keutamaan adalah seperti berikut: i.

Kedudukan Ekonomi Rumah Tangga Yang Tidak Stabil

Sesebuah isu rumah yang mana ekonominya tidak stabil, menyebabkan mereka mudah terjerumus pada tahap 89


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

kemiskinan. Antara puncanya adalah perbelanjaan melebihi pendapatan kerana ketua rumah berpendapatan rendah ataupun hilang mata pencarian. Akibatnya, ketua keluarga tidak berupaya menyediakan keperluan asas seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal dengan sempurna. Perkara ini turut memberikan kesan buruk terhadap keharmonian sesebuah rumah tangga. ii.

Tahap Kesihatan Yang Tidak Memuaskan

Akibat daripada kemiskinan, soal pemakanan berkhasiat dan nutrisi yang mencukupi juga terabai. Ini kerana rata-rata keluarga miskin tidak mampu menyediakan makanan yang lengkap dan seimbang secara konsisten bagi memastikan tahap kesihatan yang baik dalam kalangan semua ahli keluarga khususnya pertumbuhan anak-anak mereka. Kekurangan pemakanan yang seimbang menyebabkan semua anggota keluarga yang miskin ini mudah dijangkiti penyakit dan kurang cergas.

Individu atau keluarga miskin juga tidak mampu mendapatkan rawatan terbaik untuk setiap masalah kesihatan yang dihadapi. Walaupun terdapat klinik atau hospital kerajaan yang mengenakan caj rendah, namun ada ketikanya nasihat dan rawatan pakar yang berbayar masih diperlukan. Mereka yang bekerja dengan gaji harian pula lebih rela meneruskan kerja dalam keadaan sakit berbanding mendapatkan rawatan kerana tidak sanggup bercuti tanpa gaji.

iii. Pendidikan Anak-Anak Terjejas

90

Pendidikan adalah cara paling berkesan untuk anak-anak daripada keluarga miskin meningkatkan taraf ekonomi mereka pada masa hadapan. Walaupun demikian, ada anakanak yang terpaksa berhenti atau diberhentikan persekolahan


bab 7: KEMISKINAN

mereka kerana perlu mencari rezeki bagi menolong keluarga. Situasi ini dilihat sebagai perangkap kemiskinan (poverty trap), di mana kemiskinan akan terus diwarisi oleh generasi demi generasi dan mereka tidak akan mampu keluar daripada belenggu tersebut. iv. Penceraian Dan Perpecahan Keluarga

Satu salah kesan daripada kemiskinan adalah penceraian. Bukan sesuatu yang luar biasa apabila ia berlaku kerana ketidakcukupan wang dan harta benda memberi tekanan kepada pasangan untuk mengekalkan kesejahteraan sesebuah rumah tangga. Jika tidak mempunyai persefahaman dan ditambah pula sikap boros berbelanja, maka ia akan menyebabkan ketegangan hubungan antara pasangan. Jalan keluar mudah untuk melepaskan tekanan ini adalah dengan bercerai.

v.

Kecenderungan Mencari Duit Segera Atau Jalan Pintas Untuk Cepat Kaya

Kemiskinan mampu membuatkan manusia hilang kawalan dan memilih jalan penyelesaian yang segera tetapi salah. Terdapat individu yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram termasuk terlibat dengan dadah, pelacuran dan aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam dan undang-undang. Sesungguhnya rezeki yang diperoleh secara singkat begini adalah tidak berkat dan tidak kekal lama.

vi. Kecenderungan Terhadap Perlakuan Jenayah

Kemiskinan tidak semestinya menyebabkan perlakuan jenayah. Namun begitu, memang wujud perkaitan antara faktor kemiskinan dan perlakuan jenayah. Terdapat segelintir dalam kalangan mereka yang miskin dan tiada 91


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

mata pencarian, sanggup mencuri, merompak, meragut dan sebagainya. Ini dilakukan kerana mereka terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun begitu, ramai juga yang memilih untuk berusaha mendapatkan rezeki halal, walaupun terpaksa melakukan kerja-kerja kasar dengan upah yang kecil. vii. Kemungkinan Tergadainya Akidah

Terdapat kes-kes di mana segelintir golongan fakir dan miskin Muslim mendapatkan perlindungan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh golongan bukan Islam. Mereka memilih untuk berlindung di situ kerana menerima layanan yang baik dan mesra. Namun, di samping bantuan dan perlindungan yang diberikan, mereka juga terdedah dengan dakwah agama lain secara tidak langsung. Ini membuka ruang kepada mereka memahami agama-agama lain secara perlahan-lahan, dan kemuncaknya menukar anutan agama lalu menjadi murtad.

viii. Penderaan Fizikal Dan Mental

Belenggu kemiskinan akan menyebabkan tekanan kepada ketua keluarga kerana mereka perlu mencari rezeki yang mencukupi bagi keperluan kehidupan. Jika tekanan tersebut tidak diurus dengan baik, ia akan dilepaskan dalam bentuk perubahan sikap dan perlakuan yang ganas kepada isteri atau anak-anak. Ia menjadi satu bentuk penderaan fizikal dan mental kepada ahli-ahli keluarga terbabit.

ix. Pertumbuhan Budaya Meminta-minta

92

Kemiskinan dari sudut ekonomi juga boleh membawa pada kemiskinan jiwa dan sikap. Jalan paling mudah untuk mendapatkan rezeki atau wang belanja ialah dengan mengemis dan meminta daripada orang lain. Akhirnya


bab 7: KEMISKINAN

ia menjadi suatu sikap dan budaya suka meminta-minta berbanding suka berusaha sendiri. Budaya ini akan melemahkan kekuatan diri untuk berdikari dan lebih malang lagi jika ia diwarisi oleh generasi seterusnya.

7.2 SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA KEMISKINAN Antara sebab-sebab utama yang menyumbang pada permasalahan kemiskinan adalah seperti berikut: i.

Hilang Pekerjaan Sebagai Mata Pencarian Utama

Pekerja biasanya bergantung pada pendapatan aktif iaitu mereka menerima upah daripada majikan setelah melakukan kerja. Tanpa aktif menggunakan “tulang empat kerat�, mereka tidak akan mendapat upah. Maka, mereka mudah menjadi miskin bila sahaja hilang pekerjaan akibat diberhentikan atau hilang keupayaan untuk bekerja. Pemberhentian kerja mungkin berlaku akibat kemelesetan ekonomi atau ketidakmampuan untuk bekerja akibat kemalangan atau mengidap penyakit kritikal. Golongan ini biasanya tidak memiliki pendapatan pasif iaitu pendapatan yang dijana melalui aset yang dimiliki tanpa bekerja.

Golongan yang bekerja sendiri atau peniaga juga terdedah pada kemiskinan jika apa yang diusahakan tidak berjaya. Ada di antara mereka yang membuat pinjaman bank untuk memulakan usaha niaga, namun gagal dan tidak mampu membayar semula pinjaman sehingga mengakibatkan diisytiharkan muflis. Namun begitu, golongan ini berpeluang menikmati pendapatan pasif jika perniagaan diusahakan menjadi aset yang dapat menjana pendapatan, tanpa mereka perlu lagi aktif bekerja.

93


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

ii.

Kos Tanggungan Yang Semakin Tinggi

Kemiskinan juga berlaku akibat ketidakmampuan ketua keluarga untuk membiayai pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi. Misalnya, kenaikan harga barang dan kos perubatan tanpa disusuli dengan kenaikan pada kadar upah. Lebih menyukarkan lagi keadaan jika sesebuah keluarga itu mempunyai tanggungan ahli yang ramai seperti anakanak dan ibu bapa yang telah uzur. Situasi seperti ini menyebabkan keluarga tersebut menjadi miskin, bila sahaja pendapatan isi rumah tidak mampu lagi menanggung perbelanjaan keperluan harian akibat peningkatan kos dan harga barangan.

iii. Sikap Negatif Ketua Keluarga

94

Sikap ketua keluarga yang mengabaikan tanggungjawab mencari nafkah atau tidak membelanjakan nafkah dengan betul boleh menyumbang ke arah kemiskinan. Walaupun mempunyai pendapatan, tetapi jika tidak dibelanjakan secara berhemah misalnya dihabiskan dengan berjudi, ia boleh mengundang musibah. Sikap negatif lain yang boleh menyumbang ke arah kemiskinan adalah: a.

Malu tidak bertempat, misalnya tidak sanggup melakukan kerja-kerja kasar walaupun ia boleh menjana pendapatan.

b.

Suka membuang masa dan malas berusaha seperti berpeleseran di kedai-kedai minum.

c.

Suka bermewah-mewah dengan sumbangan diterima menyebabkan orang hilang kepercayaan terhadapnya.


bab 7: KEMISKINAN

iv. Faktor Pendidikan Dan Kemahiran

Ilmu dan kemahiran adalah kunci dalam kehidupan. Akibat tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah menyebabkan golongan miskin sukar mendapat pekerjaan. Cara mudah untuk mengatasinya ialah dengan golongan ini mempelajari dan menguasai kemahiran yang pelbagai (multiskill) agar mudah mendapatkan pekerjaan. Ini termasuklah juga ilmu dan kemahiran perniagaan, agar mereka dapat menceburi bidang keusahawanan. Faktor kurang pendidikan dan kemahiran ini harus disekat daripada turut diikuti oleh anak-anak mereka. Jika generasi selepas mereka juga kurang pendidikan dan kemahiran, ia akan mewujudkan seumpama satu kitaran. Anak-anak yang kurang pendidikan akan gagal mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya kembali menjadi miskin seperti kedua ibu bapa mereka apabila berkeluarga kelak.

v.

Kurang Pegangan Agama

Terdapat segelintir golongan miskin yang kurang didikan agama dan tidak jelas matlamat hidup mereka sebagai hamba Allah SWT. Padahal Islam menekankan konsep tawakal; iaitu berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa, serta redha dengan qada’ dan qadar Allah SWT. Di samping usaha yang bersungguh-sungguh, doa adalah senjata yang harus digunakan agar Allah SWT membukakan pintu rezeki untuk mereka. Dengan memperbanyakkan ibadah zikir dan doa misalnya, bukan sahaja hati akan menjadi tenang malah Allah SWT juga akan memberikan rezeki yang halal, berkat dan mencukupi tanpa disangka-sangka.

95


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

7.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Pelbagai usaha yang murni telah dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi menangani masalah yang melibatkan kemiskinan. Antaranya termasuklah: i.

Bantuan Kewangan Untuk Sara Diri Dan Keperluan Hidup

Bantuan kewangan ini penting untuk meringankan bebanan sara hidup keluarga miskin. Bantuan ini lazimnya datang daripada dua sumber iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan institusi zakat. Bantuan yang dikelolakan oleh JKM meliputi: a.

Bantuan Am Persekutuan (bagi WPKL dan WP Labuan sahaja), antara RM80.00 (seorang) hingga RM350.00 (sekeluarga) sebulan. Ia bagi membantu meringankan kesulitan kewangan buat sementara waktu sehingga mereka dapat berdikari.

b.

Bantuan Am Negeri, seperti juga Bantuan Am Persekutuan iaitu untuk membantu meringankan masalah kesempitan kewangan buat sementara waktu. Kadar bantuan bulanan ini berbeza dan ditentukan mengikut negeri-negeri.

c.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK), antara RM100.00 (seorang) hingga RM450.00 (sekeluarga) sebulan. Ia bagi membantu kanak-kanak miskin agar dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian dan penjagaan sewajarnya.

d. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), RM300 (seorang) sebulan. Ia bagi membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga. 96


bab 7: KEMISKINAN

Bagi bantuan daripada sumber zakat ia diuruskan oleh institusi yang berautoriti. Dalam konteks negeri Selangor, bantuan zakat diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bantuan tersebut terbahagi pada dua kelompok iaitu asnaf fakir dan asnaf miskin. Antara bentuk bantuan bagi golongan asnaf fakir adalah: a.

Saguhati Hari Raya

b.

Pengurusan rumah orang tua

c. d. e. f. g. h. i. j. k. l.

Pembinaan rumah berkelompok Bantuan perubatan Pengurusan jenazah fakir Pembinaan rumah individu Membaik pulih ruma Bantuan sewa rumah Bantuan kecemasan/runcit Bantuan kewangan bulanan Plumbing & wiring rumah Bantuan makanan bulanan

Bentuk bantuan bagi golongan asnaf miskin pula meliputi: a.

Saguhati Hari Raya

b. c. d. e. f. g.

Pembinaan rumah berkelompok Aset miskin Agihan raya anak yatim miskin Pengurusan bengkel jahitan Bantuan perubatan Pembinaan rumah individu

97


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

h. i. j. k. l. m. n. o.

Membaik pulih rumah Bantuan sewa rumah Bantuan kecemasan/runcit Bantuan kewangan bulanan Pengurusan jenazah miskin Sambutan hari kebesaran Islam Plumbing & wiring rumah Bantuan makanan bulanan

ii.

Bantuan Mendapat Pekerjaan

Pekerjaan bagi seseorang ketua keluarga amat penting untuk mereka menjana pendapatan dan mengelakkan gejala kemiskinan menimpa keluarga. Justeru, terdapat beberapa inisiatif di peringkat jabatan dan agensi kerajaan untuk membantu mereka yang berkenaan mendapatkan pekerjaan antaranya:

98

a.

Bantuan Latihan Apprentice (BLA) - RM200.00 sebulan seorang. Ia bagi membantu belia/beliawanis terutama anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, menganggur atau terdedah kepada masalah sosial untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Bantuan ini dikelolakan oleh pihak JKM.

b.

Projek 1AZAM - Azam Kerja iaitu menyediakan peluang latihan pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan miskin. Contoh pekerjaan; jurujual produk, pekerja atau pelayan restoran, pekerja hotel dan sebagainya. Sasarannya adalah menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM830 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2,300


bab 7: KEMISKINAN

sebulan bagi golongan berpendapatan rendah. Bantuan dikelolakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). c.

Program Penempatan Pekerjaan (3P) - pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) membantu kumpulan sasar mendapatkan peluang pekerjaan bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga. Pencari kerja bertemu terus dengan bakal majikan swasta misalnya Syarikat Rapid KL untuk penempatan kerja. Bantuan seperti ini dikelolakan secara bersama oleh pihak swasta terbabit dengan JTK.

iii. Bantuan Untuk Bidang Keusahawanan

Terdapat juga bantuan untuk golongan miskin ini menceburi bidang keusahawanan dan menjana pendapatan melalui usaha niaga. Antara bantuan yang disediakan oleh pihak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan meliputi: a.

Geran Pelancaran (GP) - maksimum RM2,700 sekaligus. Ia bagi memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil. Bantuan ini dikelolakan oleh pihak JKM.

b.

Projek 1AZAM (Azam Niaga) - Azam Niaga iaitu peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecilkecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah makanan dan minuman, kiosks, perniagaan runcit dan industri kraftangan. Bantuan ini dikelolakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

c.

Projek 1AZAM (Azam Tani) - Azam Tani iaitu peluang 99


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara yang dikenal pasti ialah projek pertanian berkelompok, projek ternakan dan projek hiliran hasil pertanian yang mempunyai pulangan cepat. Bantuan ini dikelolakan oleh KPWKM. d. Projek 1AZAM (Azam Khidmat) - Azam Khidmat iaitu peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti rawatan penjagaan diri, andaman pengantin serta spa dan refleksologi. Bantuan ini dikelolakan oleh KPWKM. e.

Pelbagai Bantuan Modal dan Projek - Bantuan Modal Perniagaan, Bantuan Modal Perikanan, Bantuan Modal Penternakan, Bantuan Modal Pertanian, Dana Amanah Miskin (Modal Berkelompok) dan Mawaddah Kraf. Bantuan ini dikelolakan oleh LZS dengan memberi fokus kepada kelompok asnaf miskin.

f.

Pembiayaan Kredit Mikro – pembiayaan kewangan untuk melahirkan usahawan kecil dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Skim turut meliputi aspek bimbingan, simpanan, sokongan sahabat dan latihan berterusan. Bantuan ini dikelolakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

iv. Pengukuhan Kendiri Dan Motivasi

100

Ceramah pengukuhan kendiri dan motivasi turut diberikan kepada penerima bantuan oleh jabatan dan agensi yang berkenaan. Ini penting agar mereka menerima mesej yang jelas di sebalik pemberian pelbagai jenis bantuan. Bantuanbantuan tersebut adalah usaha awal untuk membantu mereka agar dapat bangkit, berjuang dan berdikari akhirnya. Motivasi untuk mereka berusaha gigih, tabah dan istiqamah amat penting agar mereka tidak mudah patah semangat


bab 7: KEMISKINAN

malah terus berusaha untuk memperbaiki ekonomi diri dan keluar daripada belenggu kemiskinan. v.

Pelbagai Usaha Yang Menyeluruh Dan Berfokus

Terdapat juga inisiatif dan bantuan daripada beberapa badan yang memberi fokus pada usaha membanteras gejala kemiskinan seperti Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor. YBK Selangor ditubuhkan dengan matlamat membebaskan keluarga termiskin dan miskin dengan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Ini dilakukan dengan memberikan bantuan, galakan dan bimbingan kepada keluarga miskin, terutamanya kepada anak-anak golongan tersebut. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh YBK adalah: a.

Lindungan Kasih - Program Pemulihan Rumah iaitu membina semula rumah usang keluarga termiskin.

b.

Desa Kasih - program pembangunan semula rumah keluarga termiskin yang melibatkan program mini seperti Desa Kasih Cemerlang, Ekonomi Merbau Berdarah dan Koperasi Desa Kasih.

c.

Asrama Kasih - pembiayaan kos sara hidup dan persekolahan pelajar menengah dan rendah dalam kalangan anak yatim dan golongan termiskin dengan penubuhan dua asrama iaitu di Serendah dan Gesir.

d. Pusat Latihan YBK - ia dibangunkan di Kuala Selangor lengkap dengan asrama, bilik kuliah, bengkel latihan, dewan makan, surau dan padang. Ia menawarkan sijilsijil kemahiran untuk pelatih dalam kalangan keluarga termiskin. e.

Pelbagai program untuk anak dan keluarga miskin, antaranya: 101


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

3

KUNTUM - Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu untuk anak-anak miskin.

3

Sukarelawan YBK - membantu keluarga miskin.

3

Program makan tambahan, program pemulihan sikap, program saring kesihatan dan lain-lain lagi.

7.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak-pihak yang disebutkan seperti di atas, perspektif masyarakat awam dalam menilai keberkesanan terhadap usaha-usaha tersebut masih berada pada tahap sederhana memuaskan sahaja. Apa yang dapat dipelajari adalah kemiskinan adalah umpama sasaran bergerak iaitu bilangan insiden kemiskinan boleh berlaku secara pantas, di mana-mana sahaja dan merentasi pelbagai latar belakang individu berdasarkan sebab-sebab yang telah dinyatakan.

7.5 SYOR NILAI TAMBAH Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbang dan dirangka pelaksanaannya adalah: i.

Mewujudkan Skim Bantuan Yang Holistik (3P)

Terdapat tiga jenis bantuan yang perlu diberi secara serentak iaitu Perumahan, Pendapatan (Pekerjaan atau Perniagaan) dan Pendidikan untuk setiap insiden kemiskinan. Dalam konteks ini, penekanan prinsip adalah pada aspek pembangunan kendiri. Setiap keluarga miskin yang ingin dibantu perlu dinilai keperluan mereka dalam sudut tiga perkara tersebut.

102


bab 7: KEMISKINAN

Skim bantuan yang holistik ini akan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal yang kondusif (perumahan) untuk berkeluarga, mempunyai pendapatan (pekerjaan atau perniagaan) untuk menyara keluarga dan memastikan masa hadapan yang lebih baik melalui pendidikan bagi anak-anak. Konsep bantuan kewangan lain hanyalah berjangka masa pendek untuk suatu tempoh masa sasaran.

ii.

Menggalak Dan Menyemarakkan Perniagaan Social Enterprise

Inisiatif perniagaan Social Enterprise seperti yang telah dibincangkan sebelum ini menerusi Bab 2 - Ibu Tunggal dan Bab 4 - OKU adalah antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan apatah lagi bagi golongan miskin. Social Enterprise adalah perniagaan yang mengutamakan matlamat sosial berbanding matlamat keuntungan perniagaan untuk pemegang sahamnya.

Dari satu sudut, insiatif bantuan kredit mikro seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah antara contoh Social Enterprise yang baik. Namun begitu, model dan produk niaga untuk Social Enterprise ini perlu dipelbagaikan, lebih berinovasi dan dilaksanakan sendiri oleh kelompok miskin ini. Misalnya, penyediaan perkhidmatan untuk menyelenggara tandastandas awam oleh syarikat yang diusahakan oleh golongan miskin.

Justeru, pihak kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), golongan korporat dan sebagainya boleh membuka ruang dan menyediakan modal bagi memulakan perniagaan seperti ini. Manakala pengurusannya pula boleh dibantu oleh seorang usahawan yang berpengalaman, profesional dan ikhlas untuk menjayakannya.

103


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

iii. Membangunkan Budaya Infak Umat

Di samping amalan fardhu zakat, sebenarnya harta dan dana umat Islam dapat dikumpulkan dalam satu tabungan dalam bentuk infak dan derma. Jika budaya infak ini dapat dibangunkan dalam diri setiap Muslim, lebih banyak pihak dapat dibantu dan lebih luas lagi bentuk bantuan dapat diberikan.

Justeru, budaya infak ini mesti disuburkan kerana ia dapat juga membina sikap berdikari di samping mengikis sikap suka bergantung dengan pihak kerajaan. Antara pendekatan untuk menyuburkannya adalah: a.

Menanamkan minda (mind set) bahawa budaya memberi itu amat hebat iaitu bukan hanya mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT tetapi turut berupaya menambah rezeki daripada sumber-sumber yang tidak disangka-sangka.

b.

Menggalakkan setiap individu Muslim menetapkan satu jumlah yang tetap setiap bulan untuk berinfak atau menyediakan satu tabung infak di peringkat diri atau keluarga.

c.

Menetapkan sasaran untuk berinfak, misalnya keluarga miskin, rumah anak yatim, madrasah dan sebagainya.

d. Memulakan infak dalam lingkungan keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan anggota masyarakat yang memerlukan.

104

Sesungguhnya ganjaran infak sangat besar di sisi Allah SWT selaras dengan firman Allah SWT:


bab 7: KEMISKINAN

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Nafkahkan (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu (biji-bijian dan buah-buahan). Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekalikali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Allah Maha Luas (limpah rahmatNya), lagi sentiasa meliputi PengetahuanNya.” (Surah Al-Baqarah; 2 : 267-268) iv. Membangunkan “Minda Jihad Ekonomi”

Secara umumnya, masih wujud lagi mentaliti pasrah dan sikap mudah selesa dalam kalangan masyarakat khasnya 105


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

golongan miskin. Ini kerana adanya bantuan yang tidak putus-putus dan keprihatinan kerajaan serta masyarakat untuk membantu. Justeru, “Minda Jihad Ekonomi� perlu dibangunkan pada diri setiap Muslim. Minda ini menjurus pada pemerkasaan aspek-aspek kesedaran, kefahaman, keinginan dan kemahuan bertindak tindakan untuk bergantung atas diri sendiri agar dapat memajukan ekonomi diri dan keluarga. Bagi golongan miskin ia boleh dilakukan melalui: a.

Menganjurkan kursus atau sesi motivasi khas oleh perunding pakar dari masa ke masa kepada penerima bantuan bagi membantu mereka membangunkan minda dan jiwa mereka serta meningkatkan potensi diri.

b.

Memperkenalkan polisi pemberian bantuan untuk tempoh dua tahun sahaja (two years exit policy program) khususnya bagi program bantuan keusahawanan agar dalam tempoh tersebut mereka berupaya untuk berdikari.

c.

Memberi insentif tertentu bagi mereka yang berjaya mencapai fasa-fasa kejayaan dalam perniagaan. Misalnya, memberi peluang lawatan sambil belajar dan sebagainya. Ini akan membakar semangat mereka untuk meningkatkan usaha agar benar-benar mampu berdikari kelak.

7.6 PENUTUP Islam menggesa umatnya berusaha dan tidak hanya berpeluk tubuh dan sekadar berdoa serta meminta-minta daripada orang lain. Rasulullah SAW bersabda daripada Zubair Bin Awwam RA, daripada Nabi SAW sabdanya: 106


bab 7: KEMISKINAN

�Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.� (Hadis Riwayat Al-Bukhari) Meskipun kemiskinan dan kekayaan adalah fitrah kehidupan ciptaan Allah SWT, namun itu bukanlah alasan untuk kita pasrah, lemah dan malas berusaha. Sedangkan Allah SWT menuntut hambaNya bekerja dan menjanjikan kejayaan bagi golongan yang tekun berusaha. Keprihatinan dan usaha setiap anggota masyarakat akan memudahkan usaha membanteras masalah kemiskinan hingga ke peringkat akar umbi. Akhirnya, akan lahir sebuah keluarga dan terbentuknya sebuah masyarakat yang perkasa, seimbang, berketrampilan dan harmonis.

107



BAB 8 PENGANGGURAN 8.0 PENDAHULUAN Islam mahu umatnya bekerja dan berusaha untuk mendapatkan nafkah kehidupan bagi menyara diri dan tanggungannya. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masingmasing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).“ (Surah Al-Jumu’ah; 62 : 10) Namun begitu, ada dalam kalangan mereka yang berupaya tetapi tidak bekerja kerana alasan-alasan tertentu yang diistilahkan sebagai “menganggur”. Pengangguran bolehlah didefinisikan sebagai pekerja yang mempunyai kelayakan dan bersedia untuk 109


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

bekerja tetapi tidak mempunyai peluang, atau individu yang tidak mempunyai pekerjaan, tetapi aktif mencari pekerjaan dan bersedia untuk bekerja dalam satu tempoh masa. Pengangguran hampir sama seperti gejala kemiskinan iaitu ia mempunyai dimensi kekurangan seseorang individu dari sudut ekonomi. Apabila seseorang itu gagal mendapat pekerjaan, maka individu berkenaan tiada pendapatan untuk menyara diri dan tanggungannya. Ketiadaan wang dan harta yang mencukupi untuk menampung keperluan keluarga boleh mengakibatkan rantaian masalah sosial dan perlakuan jenayah yang lain seperti mencuri, meragut dan sebagainya. Pada masa yang sama, isu pengangguran lebih difokuskan kepada golongan muda yang telah tamat belajar. Golongan ini mempunyai kelayakan akademik yang mencukupi untuk memasuki alam pekerjaan tetapi tidak bekerja kerana pelbagai alasan. Walaupun sebahagian daripada mereka tidak mempunyai masalah kewangan kerana masih ditanggung oleh keluarga, tetapi ia adalah suatu kerugian kepada negara dan diri mereka sendiri.

8.1 ISU-ISU UTAMA PENGANGGURAN

BERKAITAN

DENGAN

Antara isu-isu utama yang melibatkan pengangguran adalah seperti berikut: i.

Peningkatan Jenayah Dan Masalah Sosial

Pengangguran khususnya dalam kalangan ketua keluarga boleh menyebabkan tekanan kepada mereka kerana gagal menyediakan keperluan asas untuk keluarga. Demi meneruskan kelangsungan hidup, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wang. Apa yang dibimbangi,

110


bab 8: PENGANGGURAN

apabila keadaan menjadi terlalu mendesak, mereka terpaksa melakukan jenayah seperti ragut, mencuri, merompak, pengedaran dadah dan sebagainya untuk mendapatkan wang. Tekanan ini juga boleh menyebabkan mereka turut terlibat dengan gejala kurang sihat seperti minum arak atau mengambil dadah. Pengangguran dalam kalangan belia yang kurang pendidikan pula, segelintir daripada mereka yang mempunyai kesedaran sivik yang rendah cenderung untuk terlibat dalam masalah jenayah kecil seperti merempit, merosakkan harta awam dan sebagainya. ii.

Kemampuan Pasaran Siswazah

Peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti tempatan semakin luas dengan kewujudan banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S). Natijahnya, jumlah graduan semakin meningkat saban tahun dan mewujudkan polemik bahawa mereka yang tamat pengajian ini sukar mendapat pekerjaan lalu menganggur. Dakwaan ini mungkin ada kebenarannya berdasarkan statistik yang menunjukkan lebih 75,000 orang siswazah menganggur di Malaysia pada awal tahun 2014.

Isu yang ditonjolkan adalah “kemampuan pasaran siswazah� iaitu keupayaan para siswazah memasuki pasaran kerja berdasarkan kelayakan akademik dan latihan yang diterima sewaktu mereka belajar. Wujud tanggapan bahawa IPTA/S di negara ini tidak mampu melahirkan siswazah yang layak mendapatkan pekerjaan. Hakikatnya pada hari ini, ilmu dan kemahiran sahaja tidak mencukupi untuk mendapat pekerjaan yang baik. Pengalaman, kemahiran berkomunikasi dan sikap (attitude) positif pada diri seseorang siswazah, adalah antara kriteria tambahan yang menjadi penilaian majikan untuk mengambil pekerja. Elemen-elemen tambahan ini didapati masih kurang dikuasai dalam kalangan siswazah di negara ini. 111


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

iii. Penceraian Dan Keretakan Rumah Tangga

Seseorang ketua keluarga atau suami yang menganggur sukar untuk mengekalkan keharmonian rumah tangganya. Walaupun sesebuah perkahwinan dibina atas dasar cinta, akhirnya hal ehwal kewangan dan keperluan harian menjadi persoalan utama. Tanpa kewangan yang kukuh, banyak keperluan kehidupan seperti makan minum dan pakaian yang mencukupi serta tempat tinggal yang sesuai gagal disediakan. Apabila ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan tersebut, ia menyebabkan wujud rasa rendah diri serta tekanan daripada isteri ataupun keluarga. Keadaan ini boleh menjurus pada pergaduhan sehingga ada yang membawa perceraian. Terdapat juga situasi yang mana pendapatan rumah tangga ditanggung atau ditampung oleh isteri yang bekerja. Namun, situasi ini seharusnya tidak berpanjangan dan ia sukar dipertahankan. Ini kerana soal penyediaan nafkah dan keperluan keluarga masih merupakan tanggungjawab utama si suami sebagai ketua keluarga berbanding pasangannya.

iv. Kefakiran Dan Kekufuran Nikmat

Pengangguran bererti seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan. Situasi ini mengundang gejala kemiskinan apatah lagi jika tiada berharta dan tidak mempunyai simpanan kewangan. Sebagaimana situasi kemiskinan yang dibincangkan dalam bab terdahulu, pengangguran juga boleh menyebabkan tekanan hidup dan tidak mustahil seseorang mula menyalahkan takdir Allah SWT.

Jika sikap menyalahkan nasib dan takdir ini tidak dihentikan, ia boleh menyebabkan seseorang itu kufur ataupun ingkar untuk mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah SWT yang lain. Sedangkan nikmat-nikmat kurnian Allah SWT itu amat

112


bab 8: PENGANGGURAN

banyak bagi diri setiap manusia. Nikmat-nikmat tersebut tidak pula terhitung dan tidak semestinya pula nikmat itu hanyalah dengan mengukur dari segi mempunyai pekerjaan, pendapatan dan harta.

Pada masa yang sama, mempercayai dan menerima takdir (qadak dan qadar) itu adalah wajib kerana ia adalah sebahagian daripada Rukun Iman. Sikap seperti tidak menerima ketentuan Ilahi ini hanya akan melemahkan keimanan seseorang dan dengan mudah tergelincir daripada aqidah Islam yang murni.

v.

Peningkatan Bilangan Gelandangan

Pengangguran juga menyumbang pada peningkatan golongan gelandangan. Gelandangan adalah golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal atau pekerjaan yang tetap. Golongan ini tinggal merempat di kaki-kaki lima bangunan atau di bawah jambatan kerana tidak berkemampuan untuk menanggung kos tempat tinggal dan sebagainya.

Terdapat juga golongan penganggur yang menghadapi tekanan daripada ahli keluarga dan masyarakat setempat yang memandang serong kepada mereka kerana tidak bekerja. Walaupun keluarga berupaya menyara kehidupan mereka ini, tetapi mereka memilih keluar dari rumah dan hidup sebagai gelandangan kerana mahu hidup bebas dan lari dari tekanan.

8.2 SEBAB-SEBAB YANG PENGANGGURAN

MEMBAWA

KEPADA

Sebab-sebab utama yang menyumbang pada permasalahan pengangguran adalah seperti berikut: 113


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

i.

Kemelesetan Ekonomi

Turun naik ekonomi adalah kitaran biasa dalam kehidupan. Antara kesannya adalah pengurangan tenaga kerja dan tiada pengambilan kakitangan baharu. Mereka yang gagal mendapat pekerjaan atau diberhentikan kerja akan meningkatkan lagi jumlah pengangguran sedia ada.

ii.

Peningkatan Usia Yang Semakin Lanjut

Sesetengah sektor pekerjaan memerlukan tenaga kerja yang muda dan agresif. Mereka yang agak berusia sukar untuk bersaing dan menunjukkan potensi kerja berbanding golongan muda. Terdapat juga golongan yang telah lama menganggur sukar untuk mendapatkan pekerjaan semula kerana pengetahuan dan kemahiran mereka sudah lapuk dan tidak sesuai lagi untuk industri semasa. Mereka ini sukar untuk menguasai kemahiran baharu kerana faktor usia yang telah meningkat.

iii. Kelayakan Tidak Menepati Pekerjaan

114

Terdapat ramai siswazah sukar mendapat pekerjaan kerana kelulusan mereka tidak sesuai ataupun terhad dalam memenuhi kehendak pasaran. Mereka ini pula terlalu memilih pekerjaan dan tidak bersedia untuk mempelajari ilmu serta kemahiran baharu yang bersesuai dengan pekerjaan sedia ada dalam pasaran. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) misalnya, sangat teruja untuk memasuki kolej dan universiti tanpa mengira jenis kursus yang ditawarkan. Situasi ini akan memerangkap mereka jika kursus tersebut tidak mempunyai prospek pekerjaan yang luas mengikut pasaran semasa mahupun pasaran pada masa hadapan.


bab 8: PENGANGGURAN

iv. Kebanjiran Pekerja Warga Asing

Berdasarkan statistik sehingga akhir 2013, terdapat lebih 2.1 juta pekerja asing telah berdaftar dan menerima Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Mereka ini bekerja di pelbagai sektor dan peringkat. Jumlah pekerja asing yang begitu ramai telah mengecilkan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Pekerja asing menjadi pilihan majikan berbanding tenaga kerja tempatan kerana kos upah yang murah dan mereka juga berkemahiran khususnya di sektor pembinaan dan pembuatan. Kesannya, peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan semakin terhad dan berkurangan.

v.

Keterhadan Hebahan Dan Maklumat Peluang Pekerjaan

Para pencari kerja juga sukar untuk mendapatkan maklumat tentang kekosongan jawatan dan peluang pekerjaan secara meluas. Ini kerana banyak majikan yang memilih untuk mengiklankan terus peluang pekerjaan melalui media terpilih sahaja dalam tempoh yang tertentu. Iklan menerusi Jobstreet, media, billboard dan atur cara seperti “Job Youth Fair” belum cukup meluas bagi membolehkan para penganggur mendapat maklumat peluang dan kekosongan pekerjaan.

Sehingga kini, belum wujud lagi satu “Pusat Sehenti” (One Stop Centre) yang menyediakan maklumat peluang pekerjaan secara komprehensif dan semasa meliputi sektor awam serta swasta dalam pelbagai bidang. Pusat sehenti ini berperanan mencari dan menyediakan maklumat terkini tentang peluangpeluang pekerjaan serta memadankan (matching) kelayakan para penganggur dengan keperluan sesebuah syarikat atau bakal majikan.

115


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

vi. Penawaran Gaji Yang Rendah dan Pengamalan Sikap Terlalu Memilih Pekerjaan

Oleh kerana peluang pekerjaan yang terhad dan faktor persaingan yang tinggi, para siswazah sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa bekerja di peringkat yang rendah dan di sektor-sektor kurang popular seperti sektor pembuatan, pembinaan dan perladangan kerana peluang pekerjaan dalam sektor-sektor tersebut lebih luas. Namun, mereka perlu menerima kadar gaji atau upah yang rendah. Hal ini menyebabkan para siswazah dalam dilema kerana menerima pendapatan tidak setimpal dengan kelayakan akademik mereka miliki. Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa taraf dan kos sara hidup serta barangan keperluan semakin meningkat.

Situasi ini berkait rapat dengan sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan penganggur khususnya para siswazah. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, sehingga Februari 2014, lebih 400,000 orang masih menganggur dan 240,000 orang merupakan golongan siswazah. Sedangkan, masih terdapat kekosongan pekerjaan di sektor-sektor yang telah disebutkan. Natijahnya, ramai yang memilih untuk terus menganggur sementara berusaha mendapatkan pekerjaan dan kadar gaji yang berpadanan dengan kelayakan mereka.

vii. Pengutamaan Kepada Pekerja Yang Berpengalaman

116

Para siswazah juga sukar untuk mendapat pekerjaan kerana majikan cenderung untuk mengambil golongan yang berpengalaman berbanding yang baharu menamatkan pengajian (fresh graduate). Pengalaman kerja menjadi keutamaan kepada majikan dalam pemilihan pekerja, di samping kemahiran komunikasi, hubungan manusia dan


bab 8: PENGANGGURAN

kelayakan akademik. Akibatnya, siswazah yang baharu menamatkan pengajian dan tidak berpengalaman akan terus menganggur tanpa pekerjaan.

8.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Usaha-usaha untuk menangani permasalahan pengangguran adalah seperti berikut: i.

Meningkatkan Peluang Pekerjaan

Kerajaan telah mempergiatkan usaha untuk meningkatkan pelaburan sama ada daripada sumber asing ataupun tempatan ke sektor perindustrian, perkhidmatan dan sebagainya. Pelaburan tersebut akan merancakkan aktiviti ekonomi dengan pembukaan kawasan, penubuhan syarikat dan inisiatif perniagaan baharu. Ini akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu di pelbagai peringkat; pengurusan, pegawai, profesional dan sokongan.

Pada masa yang sama, sektor awam boleh menambah peluang pekerjaan bagi menyedia perkhidmatan sokongan di kawasan pertumbuhan aktiviti ekonomi baharu ini. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pula boleh meluaskan operasi perniagaan dan membuka peluang pekerjaan di kawasan ini. Contohnya, penubuhan kawasan koridor-koridor ekonomi; Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah (SDC), Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE), Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

ii.

Memperluaskan Promosi Dan Pemadanan Peluang Pekerjaan

Inisiatif juga dilakukan untuk menemukan penganggur dengan bakal majikan melalui pelbagai program dan platform pemadanan pekerjaan. Program seperti ini bukan sahaja 117


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

menjadi wadah pertemuan antara pencari kerja dan majikan, malah segmen-segmen motivasi dan pendedahan terhadap pelbagai peluang turut diadakan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah: a.

Karnival Pekerjaan Jobs Malaysia Azam Kerja 1Malaysia, anjuran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

b.

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), kelolaan Unit Perancang Ekonomi iaitu program untuk meningkatkan tahap kemampuan pasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

c.

JobsMalaysia.gov.my - platform portal interaktif mencari pekerjaan kelolaan Kementerian Sumber Manusia.

d. Jobstreet.com - platform portal interaktif mencari pekerjaan yang dikendalikan oleh sebuah syarikat antarabangsa, Jobstreet.com. e.

“Job Youth Fair� - program berbentuk karnival yang menyediakan pelbagai maklumat daripada sektor awam dan swasta bagi pencari pekerjaan anjuran Pemuda Barisan Nasional.

iii. Menceburi Bidang Keusahawanan

118

Oleh kerana peluang pekerjaan yang semakin kecil dan terbatas, para penganggur terutamanya graduan digesa untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Banyak program latihan, pembiayaan dan peluang yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.


bab 8: PENGANGGURAN

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) misalnya, melaksanakan inisiatif berikut: a.

Program Siswazah Perantis - membantu graduan Bumiputera yang menganggur untuk memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan melalui program “latihan sangkut� di syarikat-syarikat naungan PUNB. Melalui program ini, perantis akan dilatih di bawah pengawasan mentor-mentor dari syarikat-syarikat naungan PUNB.

b.

Kemudahan pembiayaan perniagaan - bantuan perniagaan bermula dari RM5, ribu hingga RM5 juta.

c.

Kemudahan premis perniagaan - bantuan menyediakan kemudahan premis untuk memulakan perniagaan.

d. Khidmat nasihat korporat - khidmat nasihat dan pembangunan serta pemantauan perniagaan.

e.

Khidmat latihan - memberi khidmat latihan bagi pembangunan usahawan dan perniagaan.

f.

Khidmat pembangunan perniagaan - khidmat pembangunan perniagaan melalui pembinaan jaringan dan promosi.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula melaksanakan inisiatif meliputi empat teras berikut: a.

Pembangunan Usahawan - meliputi Program Latihan Keusahawanan, Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan, Program Pembangunan Pemasaran, Program Pembangunan Teknousahawan.

b.

Pembangunan Industri meliputi Program Usahawan Teknikal (PUTEK), Program Kemudahan 119


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Pengeluaran dan Perintisan (KPP), Program Inkubator Teknologi Perkilangan Bumiputera (INTEP), Program Pembangunan IBS dan Hardware, Pembiayaan Perniagaan Program PUTRA. c.

Pembiayaan Perniagaan - meliputi empat skop utama iaitu Pembuatan, Perdagangan, Perkhidmatan dan Pemborongan. Antara skim yang disediakan adalah:

3

Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP) - syarikat milik tunggal/perkongsian sehingga RM250,000.00 dan syarikat sendirian berhad sehingga RM500,000.00.

3

Skim Pembiayaan Komersial - syarikat milik tunggal/ perkongsian sehingga RM250,000.00 dan syarikat sendirian berhad sehingga RM500,000.0.0

3

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) pembiayaan sehingga RM500,000.00.

3

Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) - jaminan dari RM500,000.00 sehingga RM2 juta.

d. Premis Perniagaan - penyediaan premis mengikut negeri dan daerah dengan insentif penyewaan istimewa. iv. Meningkatkan Kemahiran Pekerja/Penganggur

120

Kerajaan juga telah menubuhkan kolej-kolej komuniti sebagai usaha menyediakan keperluan latihan dan kemahiran bagi semua peringkat masyarakat. Kolej komuniti memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sasaran penubuhan kolej ialah di setiap peringkat Parlimen. Sehingga kini. terdapat 87 buah


bab 8: PENGANGGURAN

kolej komuniti di seluruh negara. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh kolej komuniti adalah:

a.

Pengajian Diploma Kolej Komuniti – menawarkan dua bidang iaitu; Diploma in Games Art dan Diploma in Telecommunication Technology.

b.

Sijil Kolej Komuniti (SKK) – menawarkan sebanyak 33 pengajian sijil dalam bidang-bidang seperti; masakan, pertanian, animasi, ICT dan multimedia, perakaunan, mekanikal dan kenderaan, pelancongan dan perhotelan, dandanan, kecantikan dan spa, fesyen dan pakaian, teknologi elektrik, pengurusan acara dan sebagainya.

c.

Kursus Pendek – mengadakan kursus mengikut keperluan masyarakat setempat selama sehari hingga tiga bulan bergantung pada jenis kursus. Antara kursus yang ditawarkan; kursus bahasa – Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat; kursus membuat makanan – roti, frozen food, cup cake; kursus jahitan – pakaian, langsir; komputer – Photoshop, Microsoft Visio; dan sebagainya.

Di samping itu, terdapat juga usaha oleh badan bukan kerajaan (NGO) mahupun swasta yang menyediakan program pembangunan usahawan, latihan kemahiran dan peluang perniagaan.

8.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Terdapat pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak agensi kerajaan, namun perspektif masyarakat awam dalam menilai keberkesanan usaha pada tahap sederhana memuaskan sahaja. Apa yang dapat dipelajari, walaupun kadar pengangguran negara masih pada tahap sekitar tiga peratus (3%) atau guna tenaga 121


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

penuh, namun masalah ini mesti diatasi melalui pelbagai usaha dan pendekatan. Jika tidak, ia boleh meningkat dan akhirnya menyumbang pada pertambahan kadar kemiskinan pula.

8.5 SYOR NILAI TAMBAH Syor nilai tambah yang boleh dipertimbangkan sebagai langkah penambahbaikan dalam menangani masalah pengangguran adalah seperti berikut: i.

Mengenal Pasti Profil Bakat Dan Mengesan Potensi AnakAnak

Usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten perlu dimulakan seawal kecil lagi untuk menyediakan profil bakat, kecenderungan, minat, kebolehan dan potensi anak-anak. Ibu bapa perlu menyedari dan memainkan peranan ini dengan membuat pemerhatian terhadap potensi anak-anak mereka sejak dari usia kecil lagi. Usaha pemerhatian ini diteruskan di peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah.

Sewaktu di peringkat awal pendidikan menengah, harus ada perbincangan melibatkan ibu bapa dan anak-anak untuk menjuruskan mereka ke bidang-bidang yang bersesuaian dengan potensi dan kecenderungan mereka. Para kaunselor di sekolah-sekolah juga dapat membantu agar proses ini berjalan dengan teratur. Matlamatnya, remaja dan ibu bapa mereka dapat merancang pendidikan dan perjalanan kerjaya anak-anak mereka apabila dewasa kelak.

ii.

Menjalankan Kajian Keperluan Tenaga Kerja Dan Memantau Pelaksanaan

Kajian tenaga kerja berdasarkan senario keperluan pasaran dan permintaan perlu sentiasa diadakan oleh pihak

122


bab 8: PENGANGGURAN

kerajaan. Hasil kajian hendaklah diuar-uarkan, digunakan dalam perancangan dan dipantau pelaksanaannya. Usaha bersepadu antara agensi kerajaan; pihak pendidikan, latihan dan tenaga kerja yang menyeluruh dapat dilakukan, bagi menyediakan tenaga kerja yang bertepatan dengan kehendak pasaran. Maklumat kajian ini juga akan membantu para ibu bapa, pelajar dan golongan siswazah untuk merancangkan kerjaya yang bakal diceburi. Dengan itu, usaha membasmi pengangguran dapat ditangani secara lebih proaktif dan efektif. iii. Meluaskan Pasaran Kerja Ke Peringkat Global

Sudah sampai masanya satu bentuk dasar atau mind set baharu dibina dalam kalangan siswazah lepasan luar negara untuk menceburi pasaran kerja peringkat antarabangsa. Namun, usaha ini harus dipantau rapi dan diseimbangkan dengan keperluan tenaga kerja tempatan agar tidak berlaku pengaliran tenaga berpengetahuan dan berkemahiran keluar dari negara. Untuk itu, berkhidmat dan kembali bekerja di tanahair adalah suatu keutamaan. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pelbagai pihak yang memberi bantuan pendidikan harus menerajui dan memantau usaha ini.

Bagi siswazah lulusan IPTA/S tempatan pula, mereka boleh meneroka peluang pekerjaan di syarikat multinasional yang banyak berpangkalan di Malaysia. Peluang pekerjaan di syarikat-syarikat seperti ini menjanjikan gaji yang lumayan dan pengalaman kerja yang luas. Namun begitu di samping kelayakan akademik yang baik, mereka juga perlu mempunyai kemahiran bahasa dan komunikasi yang meyakinkan bagi menghadiri temuduga dengan syarikatsyarikat berkenaan. Justeru, pihak universiti boleh melatih pelajar mereka yang berminat agar dapat menempuhi sesi temuduga dengan berkesan. 123


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

iv. Meneroka Dan Membangun Bidang Pekerjaan Baharu/ Keusahawanan

Usaha yang giat dapat dilihat dengan mengalihkan para penganggur daripada minda mencari pekerjaan kepada minda mencipta pekerjaan sendiri. Ia secara tidak langsung menyumbang pada perkembangan bagi bidang keusahawanan dan perniagaan. Justeru, produk dan bentuk perkhidmatan yang kreatif dan inovatif yang ingin ditawarkan kepada pasaran perlu ditingkatkan. Penerokaan ini dapat mencipta peluang kekayaan baharu untuk direbut oleh para penganggur. Banyak lagi ruang dalam sektor-sektor lain seperti pertanian, perikanan, produk makanan, restoran, peruncitan dan perkhidmatan yang boleh diteroka dan diberi nilai tambah melalui pengenalan produk dan teknik pemasaran yang inovatif.

Pada masa yang sama, teknik latihan untuk menambah ilmu dan kemahiran serta membangunkan jiwa keusahawanan perlu diperkemaskan lagi. Pelbagai strategi latihan seperti program “mentor-mentee”, “sistem payung” dan sebagainya perlu dikembangkan dengan ikhlas, komited dan profesional. Ini bagi memastikan golongan usahawan yang benar-benar berdaya saing dapat dilahirkan.

v.

Menggalak Dan Menyemarakkan Perniagaan Social Enterprise

Inisiatif Social Enterprise telah dibincangkan dalam Bab 2 – Ibu Tunggal, Bab 4 – OKU dan Bab 7 – Kemiskinan sebelum ini. Konsep perniagaan seperti ini harus diperluaskan khasnya dalam kalangan belia dan siswazah yang masih menganggur. Usaha ke arah ini dibantu oleh sebuah NGO - Social Enterprise Malaysia (SEM), yang menyediakan penyelesaian secara produktif untuk golongan belia miskin menjanakan pekerjaan melalui aktiviti keusahawanan dan perniagaan. Golongan penganggur muda boleh merebut peluang dalam

124


bab 8: PENGANGGURAN

bentuk perniagaan seperti ini kerana mereka mempunyai tenaga dan kesempatan. vi. Memantau Inisiatif-Inisiatif Yang Dilaksanakan

Sebuah jawatankuasa atau institusi khas yang bebas perlu diwujudkan bagi membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap inisiatif-inisiatif membanteras masalah pengangguran. Jawatankuasa ini boleh ditubuhkan di peringkat parti siasah, manakala institusi pula boleh ditubuhkan di bawah universiti. Ia berperanan mengkaji keberkesanan setiap inisiatif seperti pembiayaan, latihan dan sebagainya. Hasil kajian ini disalurkan kepada pihak penyedia inisiatif bagi proses penambahbaikan. Ini bagi memastikan setiap usaha tersebut mencapai objektifnya secara optimum.

vii. Mengawal Pengambilan Pekerja Asing

Pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri, harus meneruskan langkah bagi mengawal pengambilan pekerja asing. Kerajaan perlu berbincang dengan pihak-pihak industri bagi memastikan siswazah atau belia menganggur dapat mengisi peluang kerja yang disediakan. Tidak dinafikan bahawa terdapat faktor-faktor yang mengekang usaha ini, misalnya pekerjaan di sektor pembinaan dan perladangan yang kurang menarik di samping kadar upah yang rendah. Ini juga menjadi alasan di pihak majikan untuk cenderung menggaji pekerja asing kerana tiada sambutan daripada warga tempatan. Namun begitu, pihak kerajaan perlu bertegas di samping menimbangkan insentif seperti potongan cukai syarikat bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja dalam kalangan rakyat tempatan.

125


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

8.6 PENUTUP Bekerja dan berkerjaya bukan sahaja untuk mendapatkan gaji bagi menyara diri dan tanggungan, malah ia memberikan identiti dan harga diri bagi setiap individu. Malah lebih penting daripada itu, ia sebagai satu sumbangan kepada pembangunan negara dan kesejahteraan keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Justeru, usahasama yang konsisten daripada pihak kerajaan sebagai penggubal dan pelaksana dasar tenaga kerja serta pihak majikan sebagai penyedia pekerjaan perlu sentiasa dijalin dan ditingkatkan Ini bagi memastikan setiap warga Malaysia mempunyai akses kepada peluang pekerjaan yang baik dan luas.

126


BAB 9 PENAGIHAN DADAH 9.0 PENDAHULUAN Penagihan dadah merujuk pada ketagihan penggunaan bahan yang tidak dibenarkan seperti ganja, heroin, marijuana dan sebagainya. Ia boleh merosakkan kesihatan dan membawa maut kepada orang yang menggunakannya tanpa kawalan, secara berlebihan dan berlanjutan. Di samping itu, ketagihan dadah juga menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan, khayal dan tidak dapat berfikir dengan rasional. Apa yang membimbangkan adalah terdapat dalam kalangan mereka yang melakukan pelbagai perbuatan jenayah disebabkan desakan kuat mahu memperolehi dadah. Mengikut undang-undang, tindakan memasukkan dadah ke dalam badan merupakan satu kesalahan apatah lagi apabila melibatkan kesalahan atau jenayah mencuri, merompak, meragut, mengugut atau membunuh bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Ternyata penagihan dadah begitu kuat merangsang mereka yang terlibat kepada perlakuan jenayah lain. Dalam kebanyakan kes, penagih dadah seolah-olah tidak sedar melakukan jenayah akibat hilang pertimbangan dan kewarasan akal. Perbuatan menyalahgunakan dadah ternyata merosakkan kewarasan akal fikiran manusia. Islam amat melarang perbuatan 127


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

kita yang sengaja menjerumuskan diri dalam kancah kebinasaan dan kecelakaan. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan nafkahkanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah SWT, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang berbuat baik“ (Surah Al-Baqarah; 2 : 195)

9.1 ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN PENAGIHAN DADAH Isu-isu utama yang melibatkan penagihan dadah adalah seperti berikut: i.

Faktor Bekalan (Supply) Dan Permintaan (Demand)

Masalah dadah dilihat sukar dibanteras kerana adanya faktor bekalan (supply) dan pemintaan (demand). Bekalan dadah sentiasa wujud dalam pasaran dan biasanya dibekal dan diedarkan oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap kerana nilai pulangannya yang lumayan. Permintaan juga tinggi kerana para penagih secara konsisten akan terus membeli dadah kerana faktor ketagihan yang kuat.

Situasi ini juga dikaitkan dengan agenda musuh-musuh Islam

128


bab 9: PENAGIHAN DADAH

untuk melemah dan memusnahkan umat. Musuh-musuh Islam membekal dan menjual dadah kepada umat Islam agar mereka menjadi masyarakat yang lemah, khayal dan mundur. Dadah menjadi senjata ampuh untuk melemahkan pemikiran dan fizikal, mengganggu jiwa dan akhirnya memusnahkan proses pembinaan insan.

Strategi melemahkan umat ini dikaitkan dengan agenda golongan Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah jemujemu untuk memerangi umat Islam. Cuma pendekatan mereka sudah berbeza iaitu dari peperangan fizikal kepada peperangan pemikiran, ekonomi dan menyerapkan racunracun seperti dadah dalam masyarakat Islam.

ii.

Pertambahan Penagih Dan Penagih Berulang

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ada mengeluarkan statistik yang menunjukkan pola peningkatan dan penurunan jumlah penagih baharu dan penagih berulang di Malaysia. Misalnya, statistik tahun 2012, menunjukkan jumlah penagih baharu adalah seramai 5,270 orang manakala penagih berulang pula berjumlah 3,745 orang. Seterusnya, statistik bagi tahun 2013 mencatat jumlah penagih baharu seramai 4,768 orang manakala penagih berulang pula seramai 3,096 orang. Ia menunjukkan penurunan kadar bagi penagih baharu (9.5%) dan penagih berulang (17.3%).

Meskipun statistik tersebut menunjukkan trend penurunan dari segi jumlah penagih, namun peningkatan boleh berlaku pada tahun-tahun berikutnya. Ini kerana pihak pembekal dadah misalnya akan lebih kreatif dalam usaha untuk menyeludup dan memasarkan dadah mereka. Pihak pengeluar pula giat mencipta pelbagai jenis dadah sintetik, yang boleh menyebabkan penagihnya mungkin tidak dapat dipulihkan lagi.

129


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

iii. Peningkatan Kadar Jenayah Yang Disebabkan Pengaruh Dadah

Kadar jenayah juga boleh meningkat disebabkan pengaruh dadah. Seperti yang telah dijelaskan, penagih sukar mengawal diri dan hilang pertimbangan akibat gian mahu mendapatkan bekalan dadah. Misalnya, mereka sanggup mengugut, memaksa atau mencederakan mangsa untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Dalam beberapa kes yang menarik perhatian umum, terdapat penagih yang sanggup mencedera dan membunuh ibu bapa sendiri akibat tekanan ketagihan dan tidak dapat mengawal diri sendiri.

iv. Kesedaran Sederhana

Tentang

Bahaya

Penagihan

Dadah

Yang

Kesedaran dan kefahaman rakyat terhadap bahaya penagihan dadah berada pada tahap sederhana. Ada ketikanya masyarakat kelihatan mengambil berat tentang gejala ini kerana dikejutkan dengan kes-kes tragik seperti anak membunuh ibu kerana ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah. Pada waktu tiada kes-kes sensasi yang ditonjolkan oleh pihak media, masyarakat seolah-olah terlupa dengan masalah penagihan dadah tersebut. Biasanya hanya sebahagian anggota masyarakat sahaja yang begitu cakna dengan masalah dadah ini. Mereka ini terdiri daripada golongan yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kemudiannya telah insaf, atau mempunyai ahli keluarga yang pernah terlibat dalam gejala penagihan dadah.

v.

Peranan Masyarakat Membanteras Bahaya Dadah Masih Kurang

Peranan dan kesedaran masyarakat awam dalam menangani masalah ketagihan dadah masih pada tahap minimum. Padahal masyarakat awam boleh memainkan dua peranan

130


bab 9: PENAGIHAN DADAH

besar iaitu pertama, dalam aspek pencegahan iaitu dengan menjadi “mata dan telinga� pihak berkuasa untuk memberi maklumat sebarang aktiviti pengedaran dan penagihan dadah.

Kedua, dalam aspek pemulihan penagih dadah, terutamanya membantu proses mengembalikan bekas penagih ke pangkuan masyarakat agar mereka tidak berasa tersisih. Sikap tidak prejudis, bersangka baik malah membantu golongan bekas penagih tersebut mendapatkan pekerjaan misalnya, amat perlu agar mereka dapat kembali hidup normal dalam masyarakat.

9.2 SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA PENAGIHAN DADAH Sebagaimana permasalahan sosial yang lain, terdapat pelbagai sebab yang membawa pada gejala penagihan dadah seperti pengabaian keluarga, kemiskinan dan sebagainya. Antara sebabsebab utama yang menyumbang pada permasalahan penagihan dadah adalah seperti berikut: i.

Kurangnya Pendidikan Agama

Agama adalah nasihat dan pedoman kepada manusia. Dalam konteks ini, pendidikan agama yang berasaskan ajaran Islam khasnya, akan memantapkan akidah, jati diri dan prinsip pegangan hidup seseorang. Sebaliknya, jika kurang pendidikan agama Islam, ia akan melemahkan prinsip diri dan pegangan hidup. Ini kerana mereka cenderung untuk bergantung pada rasional akal dan tuntutan hawa nafsu sahaja. Semua ini akan mendorong seseorang itu melakukan tindakan yang kurang bijak termasuk menagih dadah.

131


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

ii.

Tekanan Hidup

Pelbagai bentuk tekanan hidup telah dibincangkan sebelum ini antaranya termasuklah masalah perpecahan keluarga, kemiskinan dan pengangguran. Terdapat mereka yang terlibat dalam situasi ini mengambil jalan mudah untuk melepaskan tekanan dengan menyalahgunakan dadah. Sangkaan mereka tekanan dapat dihilangkan bila berada dalam keadaan khayal. Namun, hakikatnya ia hanya bersifat sementara di ketika tubuh badan berada di bawah pengaruh dadah sahaja. Setelah sedar mereka kembali tertekan kerana hakikatnya masalah yang dihadapi masih belum lagi selesai.

iii. Pengaruh Sekeliling

Manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan interaksi dan hubungan dengan manusia lain terutamanya yang ada di sekeliling mereka abgi menikmati kehidupan yang sempurna. Justeru, ahli keluarga, rakan, jiran dan masyarakat setempat adalah kelompok yang hampir, dan pada masa yang sama kuat mempengaruhi tingkah laku seseorang manusia itu. Jika pengaruh di sekeliling adalah baik, maka seseorang itu cenderung untuk menjadi baik, dan begitulah sebaliknya. Dalam kebanyakan kes penagihan dadah, ia disebabkan faktor pengaruh rakan sebaya atau sekerja yang mendorong individu berkenaan untuk menggunakannya. Ia boleh berlaku di sekolah, tempat kerja malah di kawasan-kawasan tumpuan masyarakat awam.

9.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membanteras masalah penagihan dadah khususnya melalui AADK dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Antara usaha dan inisiatif tersebut adalah seperti berikut: 132


bab 9: PENAGIHAN DADAH

i.

Dasar Dadah Negara

Dasar Dadah Negara diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 serta menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional. Objektifnya adlah untuk menghapuskan bekalan (supply) dadah dan menghapuskan permintaan (demand) kepada dadah sehingga dapat mewujudkan keluarga, sekolah, tempat kerja dan kawasan bebas dadah. Dasar ini juga menggaris empat strategi berikut: a.

Penguatkuasaan Undang-undang

b.

Pencegahan, Pendidikan dan Publisiti

c.

Rawatan dan Pemulihan

d. Kerjasama Antarabangsa ii.

Penguatkuasaan Pelbagai Akta

Salah satu strategi pelaksanaan Dasar Dadah Negara adalah dengan memperhebatkan penguatkuasaan akta-akta berkaitan. Penguatkuasaan undang-undang dadah secara tegas bertujuan menyekat kemasukan dadah dari luar negara, menghapuskan pengedar, pembekal dan pengusaha makmal dadah haram, menangkap penagih dan melaksanakan pendakwaan ke atas pesalah-pesalah dadah di bawah aktaakta yang berkuat kuasa seperti berikut: a.

Akta Dadah Berbahaya 1952

b.

Akta Racun 1952

c.

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

133


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

d. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 e.

Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988

f.

Akta Penggubalan Wang Haram 2001

iii. Penubuhan Agensi Khas Menangani Penagihan Dadah

Kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah agensi khas bagi membanteras masalah penagihan dadah. Badan yang dikenali sebagai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ini ditubuhkan pada 1996 dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Peranan AADK adalah member fokus untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, terarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

iv. Pendekatan Pemulihan Yang Inovatif Dan Pelbagai

AADK telah menukar pendekatan pemulihan daripada yang berbentuk keras dan paksaan serta tidak sistematik kepada pendekatan yang terbuka, prihatin, mesra, teraputik, lebih berstruktur, sistematik dan pelbagai. Ini bagi memberi nafas baharu terhadap pendekatan lalu serta mampu memenuhi keperluan kepulihan penagih secara komprehensif. Antara institusi dan program pemulihan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah: a.

134

Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia/Klinik Mini C&C 1Malaysia - menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan kepulihan klien (penagih).


bab 9: PENAGIHAN DADAH

b.

Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) - awalnya dikenali sebagai Pusat Serenti dan bertukar kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) pada tahun 2009. Kini, CCRC menekankan pendekatan program yang lebih humanistik, santai, lebih berkesan dan mudah dilaksanakan (fun, effective and easy to implement).

c.

Program Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (CCSC) - merupakan program susulan kepada penagih yang telah tamat mengikuti program di institusi yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Khidmat AADK (PKAADK). Peranan dan perkhidmatan CCSC ini ditingkatkan melalui Program Psikososial seperti program bimbingan dan kaunseling, Kelompok Sokongan Sosial (KSS), Kelompok Pencegahan Relaps (KPR), Program Keluarga, Program Early Recovery (ER) dan sebagainya.

d. Caring Community House (CCH) - program rawatan dan pemulihan dalam komuniti sebagai kesinambungan untuk mengekalkan kepulihan penagih sewaktu dalam institusi. e.

Cure & Care Vocational Centre (CCVC) - institusi induk yang berperanan melaksanakan Program Latihan Kemahiran Vokasional, Industrial Apprentice dan berfungsi sebagai hab berhubung hal ehwal vokasional untuk semua klien (penagih) di AADK.

f.

Pusat Triage - berperanan untuk menilai dan membuat saringan tahap penagihan kepada penagih. Ia berfungsi bagi menjalankan tapisan, penilaian dan pengkategorian klien-klien sebelum dihantar ke CCRC.

g.

Pusat Latihan AADK (PLAK) Sungai Petani - satusatunya pusat latihan untuk pegawai/kakitangan AADK. PLAK bertanggungjawab menyediakan latihan 135


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

yang komprehensif kepada pegawai/kakitangan AADK terutamanya dalam bidang ‘core business' (Rawatan & Pemulihan, Pencegahan, Pengesanan & Pengawasan). v.

Program Pencegahan Dadah Di Lapangan

Pihak AADK turut mengadakan program pencegahan di lapangan dengan memberikan penerangan tentang bahaya penagihan dadah. Lapangan yang menjadi sasaran adalah tempat kerja, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPT/S), sekolah-sekolah, keluarga dan masyarakat. Tempattempat tersebut berpotensi untuk menjadi pusat pengedaran dan penagihan dadah kerana faktor pengaruh rakan sekeliling.

vi. Bantuan Zakat Ar-Riqab

Seperti yang dibincangkan dalam Prakata berhubung dengan fatwa negeri yang memperluaskan maksud dan senarai penerima zakat ar-riqab, kelompok penagih dan bekas penagih turut menerima bantuan zakat ini. Justeru, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan zakat kepada kira-kira 18 rumah pemulihan penagih dadah yang dikendalikan oleh NGO-NGO. Rumah-rumah pemulihan ini mempunyai modul latihan tersendiri yang antaranya menekankan aspek pengukuhan kerohanian dan pembangunan insan.

Terdapat juga pelbagai program dan pendekatan yang dikelolakan oleh pihak lain seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Persatuan Pengasih Malaysia, Pondok Remaja Inabah dan sebagainya untuk membanteras masalah dadah.

136


bab 9: PENAGIHAN DADAH

9.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Kerajaan khususnya melalui AADK memberi komitmen yang tinggi menerusi usaha yang strategik, komprehensif, bersungguhsungguh dan inovatif bagi menyelesaikan masalah dadah ini. Keberkesanan usaha-usaha tersebut dapatlah dinilai mencapai tahap memuaskan. Ini sedikit membanggakan, namun apa yang dapat dipelajari adalah gejala penagihan dadah ini memerlukan usaha yang konsisten dan berterusan dari segenap aspek dan peringkat untuk memastikan ia dapat dibanteras. Sebarang kealpaan dan sikap mudah berpuas hati akan memusnahkan segala perancangan tindakan dan hasil baik yang diperoleh setakat ini.

9.5 SYOR NILAI TAMBAH Syor nilai tambah yang boleh dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan dalam menangani masalah yang berkaitan penagihan dadah adalah seperti berikut: i.

Pendekatan Pemulihan Berteraskan Islam

Di samping pelbagai pendekatan yang menggunakan kaedah keras, teraputik, psikologi, humanistik, psikososial dan sebagainya, pendekatan rawatan kaedah Islam perlu diteroka sebagai satu alternatif. Contohnya, Penubuhan Pondok Remaja Inabah 1Malaysia yang menggunakan pendekatan kerohanian berasaskan Thoriqot Qodiriyyah Wan Naqsabandiyyah (TQN). Teknik rawatan merangkumi amalan zikir, solat sunat dan wajib, mandi taubat, fardhu ain dan riadah. Penagihan dadah adalah dimensi penyakit rohani yang sukar diubati menggunakan ubat-ubatan atau kekerasan, tetapi perlu dibimbing rohaninya. Justeru, penekanan kaedah rawatan ini kembali kepada soal pengukuhan keimanan, 137


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

keIslaman dan keihsanan seseorang itu. Maka rawatan pemulihan pendekatan TQN ini berbentuk holistik yang merangkumi tauhid, fiqh dan tasawuf. ii.

Pengukuhan Program Ar-Riqab

Program bantuan untuk pemulihan ar-riqab dalam kalangan penagih dadah perlu diperkukuhkan lagi. Inisiatif sedia ada dengan memberi bantuan kepada rumah-rumah kelolaan NGO adalah langkah awal yang baik. Namun, ia perlu ditambah baik dengan: a.

Menyediakan modul latihan pemulihan yang standard untuk semua rumah pemulihan.

b.

Menambah perjawatan di cawangan Riqab yang mempunyai kelayakan seperti bidang kaunseling dan psikologi agar mereka dapat mendamping dan membimbing para penagih.

c.

Meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak NGO dan menambah lagi bilangan rumah pemulihan.

iii. Pemantapan Jaringan Agensi dan NGO Prihatin

138

Usaha juga harus digembeleng untuk memperhebatkan program-program kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan NGO. Banyak NGO yang mengusahakan rumah perlindungan dan pusat pemulihan masalah sosial yang perlu ditambah baik dari segi infrastruktur, sistem dan pendekatan rawatan. Jaringan NGO ini akan memudahkan proses penyaluran sebarang bantuan dan khidmat sokongan serta pemantauan operasi mereka.


bab 9: PENAGIHAN DADAH

9.6 PENUTUP Allah SWT melengkapkan penciptaan manusia dengan unsur rohani, emosi, akal dan jasmani untuk menjadikan ia makhluk yang cukup sempurna. Adalah amat malang jika manusia tersebut tidak menggunakan potensi diberi, malah memudaratkannya akibat penyalahgunaan dadah. Namun begitu, mereka yang sudah terjebak harus dibantu untuk pulih dan kembali ke pangkal jalan. Oleh kerana kepulihan daripada dadah adalah satu proses dan perjalanan yang sukar, semua pihak perlu bergabung untuk memberikan idea, tenaga, dan masa untuk mengatasinya, dan tidak hanya menyerahkan pada pihak berwajib sahaja.

139



BAB 10 AJARAN SESAT 10.0 PENDAHULUAN Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam. Pada hakikatnya ajaran tersebut bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Ia hanyalah rekaanrekaan yang wujud dalam perkara dan prinsip agama yang tiada sandaran dalam Al-Qur’an, As-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias. Kesesatan itu boleh berlaku dalam salah satu atau merangkumi keseluruhan tiga aspek agama; akidah, syariat dan akhlak. Gejala ajaran sesat ini bermula sebaik sahaja wafatnya Baginda Rasullullah SAW di mana munculnya nabi-nabi palsu yang mendakwa menerima wahyu. Senario tersebut berterusan sepanjang zaman sehinggalah ke hari ini di mana wujud kumpulan-kumpulan yang jelas memisahkan ajaran Islam yang sebenar dengan ajaran Islam palsu yang mereka anuti. Ia membentuk fahaman yang terpesong dari jalan Islam yang sebenar dan lurus. Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an:

141


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

Maksudnya: “Dan Sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) memisahkan kamu daripada jalan Allah. Itulah yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa“ (Surah Al-An’aam; 6 : 153)

Kerosakan akibat ajaran sesat ini amat besar. Ini kerana ia melibatkan persoalan akidah yang boleh membawa pada keluar dari agama atau murtad. Impak sosialnya juga amat ketara kerana boleh merosakkan institusi keluarga, corak didikan anak dan interaksi dalam masyarakat, akibat berpegang pada ajaran yang berbeza dan menyeleweng daripada Islam.

10.1 ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN AJARAN SESAT Antara isu-isu utama yang melibatkan ajaran sesat adalah seperti berikut:

142


bab 10: AJARAN SESAT

i.

Meyakini Amalan Dan Kepercayaan Yang Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)

Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah kumpulan orang Islam yang berpegang pada Al-Qur’an, As-Sunnah dan pendapat para sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata daripada Kitab Allah dan Sunnah Rasululllah SAW. Golongan ini digelar sebagai ahli Sunni dan majoriti penganut Islam di Malaysia tergolong dalam kelompok ini. Mana-mana ajaran yang bertentangan dengan amalan dan kepercayaan ASWJ adalah sesat kerana sudah pasti ia tidak bersumberkan daripada Al-Qur’an, As-Sunnah dan ijmak ulama yang disepakati. Antaranya seperti perbuatan mengaku sebagai nabi yang maksum, melakukan amalan atau ibadat yang pelik, mensyirikkan Allah dan sebagainya.

ii.

Mempertahankan Penyelewengan Ajaran Syiah

Dalam konteks ASWJ, ajaran Syiah yang menyeleweng dan berbeza daripada ajaran ASWJ (Sunni) adalah isu utama. Ajaran Syiah berasal daripada mereka yang menyokong Sayidina Ali Bin Abu Thalib RA dan ahlul bait sebagai pemegang tampuk kepimpinan orang Islam. Ia beransuransur menjadi taksub sehingga menjangkau perbezaan dalam soal akidah, ibadah dan sebagainya. Antaranya adalah tidak menjadikan syahadah sebagai Rukun Iman, malah menambahnya pula dengan, “bahawasanya Ali adalah wali Allah”, menambah lafaz pada azan, menjamak solat pada bila-bila masa, mengkafirkan sahabat, mengimani lima Rukun Iman yang berbeza dan mengamalkan nikah mutaah (secara kontrak dan bertempoh). Empat akidah syiah yang taksub iaitu:

a.

Bada’ - iaitu keyakinan bahawa Allah SWT mengetahui sesuatu yang sebelum tidak diketahui olehNya. Allah SWT perlu mengubah qadak dan qadarNya sehingga ilmu Allah 143


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

SWT berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Dikatakan Imam Ali tidak mahu bercerita tentang perkara ghaib, disebabkan beliau takut pembicaraannya diketahui Allah SWT yang kemudian Allah SWT akan merubahnya. b.

Roj’ah - iaitu keyakinan kembali hidup selepas mati. Imam Mahadi akan bangkit dan akan pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah SAW, Ali Bin Abi Thalib, Fatimah, Hasan, Husein dan ahlul bait. Imam Mahdi akan menghukum Abu Bakar, Umar dan Aisyah kerana dianggap menzalimi Ali Bin Abi Thalib.

c.

Taqiyyah - iaitu sikap berdusta dan berpura-pura di mana suatu perkataan dan perbuatan yang dilakukan tidak sesuai dengan keyakinan. Hal ini sengaja dilakukan untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta dan kehormatan.

d.

Asyuro - iaitu meratapi kematian cucu Rasulullah SAW, Husein yang terbunuh pada 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala, Iraq. Peringatan dilakukan dengan cara memukulmukul badan atau kepala dengan benda tajam sehingga berdarah.

iii. Menyebarkan Fahaman Dan Pemikiran Pasca Modenisme: Pluralisme, Liberalisme, Sekularisme Dan Hedonisme Yang Menyesatkan

144

Pasca modernisme merujuk pada corak pemikiran dan fahaman manusia terhadap kehidupan mereka padai era pasca (selepas) moden yang serba canggih. Jika pada zaman moden manusia lebih merujuk pada akal dan sains, tetapi pada era pasca moden manusia bebas menafsir dan mempunyai manifestasi tersendiri tentang kehidupan mereka. Atas landasan kebebasan itulah terbitnya pemikiran-


bab 10: AJARAN SESAT

pemikiran sesat seperti; pluralisme, liberalisme, sekularisme dan hedonisme.

Secara amnya, fahaman dan pemikiran-pemikiran tersebut bermaksud; (i) pluralisme - menyamatarafkan agama Islam dengan agama-agama lain, (ii) liberalisme - memudahkan dan menafsir semula amalan agama mengikut logik akal, (iii) sekularisme - memisahkan agama daripada hal ehwal kehidupan dan, (iv) hedonisme - mengutamakan hawa nafsu dan hiburan sebagai cara hidup.

Fahaman dan pemikiran seumpama ini adalah sebahagian daripada inti pati berlakunya ajaran-ajaran sesat yang mirip Islam tetapi bukanlah ajaran Islam yang benar dan hak. Pemikiran-pemikiran ini boleh mengelirukan kesucian ajaran agama Islam dan akhirnya boleh membawa kepada penyelewengan dan kesesatan akidah.

iv. Memperjuangkan Fahaman Kebebasan Dan Hak-Hak Asasi Manusia (HAM)

Fahaman Hak-Hak Asasi Manusia (HAM) atau humanisme ini berkembang hasil lanjutan pemikiran pasca modenisme. Fahaman ini menolak agama sebagai asas pembentukan nilainilai kehidupan. Sebagai gantinya, ia berpegang pada nilainilai yang dihasilkan oleh manusia itu sendiri, berteraskan prinsip kebebasan dan hak-hak asasi manusia. Golongan ini beranggapan nilai-nilai kemanusiaan dan kebebasan ciptaan mereka ini sebagai hak-hak yang perlu dihormati. Padahal nilai-nilai tersebut bersumberkan rasional akal dan tuntutan nafsu semata-mata.

Misalnya, terdapat golongan yang menuntut bagi mengamalkan gaya hidup seks songsang (lesbian, gay, biseksual dan transeksual - LGBT), atas nama hak-hak kebebasan manusia. Sedangkan kebebasan bukanlah suatu 145


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

yang mutlak malah ada batasannya. Setiap perkara ada batasannya sama ada menurut ajaran agama, nilai-nilai murni atau adat-adat tertentu dalam masyarakat. Dalam isu LGBT misalnya, ia nyata bertentangan dengan ajaran dalam agama Islam yang mengharamkan perkahwinan sejenis. Secara beransur-ansur fahaman HAM ini akan merosakkan minda dan prinsip kehidupan umat yang mula bertoleransi dengan ajaran songsang seperti amalan LGBT tersebut.

Fahaman ini juga memperjuangan hak-hak cara hidup kelompok minoriti yang bertentangan dengan cara hidup kelompok majoriti. Pengamal ajaran Syiah misalnya, mereka menuntut agar tidak diganggu atas nama kebebasan hak asasi manusia bagi kelompok minoriti. Fahaman dan tuntutan ini nyata berbahaya dalam konteks Malaysia. Ia memberi ruang dan pengiktirafan pada pegangan selain daripada ASWJ untuk berkembang, yang akhirnya boleh mengelirukan dan menyesatkan umat.

v.

Merosakkan Kepercayaan Dan Amalan Umat Berdasarkan Akidah Dan Syariat Yang Sebenar

Selain ajaran Syiah yang telah berkembang, terdapat pelbagai ajaran sesat di negara ini yang pada asasnya bertentangan dengan ajaran ASWJ. Antara penyelewengan yang dikesan adalah; mengaku sebagai Rasul, menafikan qadak dan qadar, bersolat hanya dengan niat, berzakat kepada ketua, tidak perlu mengerjakan haji tetapi hanya membayar wang kepada ketua dan gugur segala yang haram setelah seseorang sampai ke martabat yang tinggi. Ajaran-ajaran tersebut adalah sesat dan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dalam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Islam

vi. Mengancam Keharmonian Umat Islam 146

Percanggahan ajaran-ajaran sesat tersebut dengan ajaran


bab 10: AJARAN SESAT

berteraskan ASWJ, bukan sahaja mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat, malah telah mengancam keharmonian beragama dalam kalangan umat Islam. Ciri-ciri ajaran sesat itu sendiri menyebabkan kesangsian dalam kalangan masyarakat misalnya, amalan secara rahsia dan berkumpulan, mempercayai kuasa-kuasa ghaib selain Allah SWT, mempercayai kewalian guru dan tidak boleh belajar daripada guru-guru lain.

Gaya pembawaan ajaran seperti ini menyebabkan sikap saling tidak mempercayai, tiada interaksi, prasangka jahat dan sikap mementingkan diri atau kelompok sendiri. Gejala-gejala ini jika tidak dibanteras akan membawa pada ketidakharmonian hidup dan memecahbelahkan umat Islam sebagai sebuah umat yang satu.

vii. Mengancam Keselamatan Negara

Apabila wujud kumpulan yang mengamalkan ajaran yang jelas terpesong, taksub dan bertentangan dengan amalan majoriti ahli masyarakat, ia ibarat barah yang merosakkan. Akhirnya, sifat taksub ini berkembang menjadi ganas dan tidak terkawal sehingga sanggup melancarkan peperangan terhadap kerajaan yang memerintah. Keadaan ini jelas mengancam keselamatan negara sehingga telah terjadi beberapa kes yang menyebabkan kematian dalam kalangan pengikut ajaran dan anggota penguatkuasa keselamatan.

10.2 SEBAB-SEBAB SESAT

YANG

MEMBAWA

KEPADA

AJARAN

Sebab-sebab utama yang menyumbang pada permasalahan ajaran sesat adalah seperti berikut:

147


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

i.

Kurang Ilmu Agama

Keinginan hidup beragama adalah fitrah kejadian manusia. Jika ajaran Islam dipupuk sejak kecil, seseorang individu akan berkembang menjadi insan yang jelas pegangan dan amalan agamanya. Namun, jika seseorang itu jahil, kurang didikan dan ilmu agama, individu tersebut mudah untuk terpesong kerana asas akidahnya yang kurang mantap. Akibatnya, individu tersebut mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat kerana ajaran-ajaran tersebut mirip dengan Islam dan amalannya pula mudah serta singkat. Mereka ini juga sering berhujah dengan akal atau mentafsirkan Al-Qur’an dan AlHadis mengikut nafsu sendiri.

ii.

Inginkan Kuasa, Harta Dan Seks

Kebanyakan ciri-ciri ajaran sesat melibatkan penggunaan wang, taksub kepada ketua dan eksploitasi terhadap wanita. Kebiasaannya, ketua dan ahli ajaran sesat ini inginkan perkara keduniaan iaitu pengaruh dan kuasa, harta serta seks. Ketuaketua mereka juga mahukan sanjungan dan penghormatan. Mereka kerap mengambil kesempatan daipada sifat taksub keluarga, anak-anak murid dan penyokong mereka dengan membuat permintaan bagi memenuhi nafsu mereka, kononnya atas nama mengamalkan ajaran agama.

iii. Faktor Pengaruh Sekeliling Dan Kerahsiaan

148

Ajakan ahli keluarga dan rakan adalah faktor penarik yang kuat untuk mempengaruhi seseorang individu menyertai kumpulan ajaran sesat. Tanpa didikan Islam yang kukuh dan akidah yang mantap, mereka mudah termakan hasutan untuk menyertai kumpulan-kumpulan ajaran sesat. Kumpulankumpulan ajaran sesat ini juga bergerak secara rahsia, senyap, halus dan licik. Ini menyebabkan kewujudan mereka sukar


bab 10: AJARAN SESAT

dihidu dan pemesongan ajaran yang dibawa sukar dipastikan oleh pihak berkuasa agama. iv. Sejarah Kewujudan Dan Kekuatan Organisasi

Sesetengah ajaran sesat mempunyai sejarah yang panjang sejak dahulu lagi dan telah melahirkan ramai pengikut di daerah dan negeri yang berbeza. Asalnya ia hanyalah satu pegangan tetapi dapat berkembang sehingga berjaya membina kekuatan dari sudut ekonomi, sosial, jaringan dan organisasi. Faktor sejarah dan kekuatan organisasi yang dibina menyebabkan ajaran terpesong dalam kumpulan ini mudah berkembang dan mempengaruhi individu yang lain.

10.3 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa agama bagi menangani masalah yang melibatkan ajaran sesat. Dalam konteks negeri Selangor, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melaksanakan tindakan seperti berikut: i.

Penyiasatan Dan Penyelidikan

Berdasarkan aduan masyarakat, mana-mana ajaran yang disyaki sebagai sesat dan bercanggah dengan fahaman ASWJ akan disiasat dan dikaji. Pada peringkat ini, dua langkah penting dijalankan iaitu; (i) mengumpul maklumat-maklumat tentang penyelewengan sesuatu ajaran dan, (ii) merujuknya ke Jawatankuasa Pengawalan Akidah Negeri. Jika ajaran tersebut didapati bertentangan dengan fatwa sedia ada, maka tindakan penyiasatan untuk mengumpul bukti, penahanan dan pendakwaan di mahkamah dilakukan. Jika tiada fatwa tentang ajaran tersebut, maka maklumat tambahan dikumpul 149


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

untuk kajian lanjut dan kedudukan ajaran tersebut akan diputuskan di peringkat jawatankuasa yang lebih tinggi. ii.

Pengeluaran Dan Pewartaan Fatwa

Setelah proses penyiasatan dan penyelidikan dilaksanakan, Jawatankuasa Fatwa Negeri akan bersidang bagi membincangkan kedudukan ajaran berkenaan yang disyaki sesat. Satu keputusan atau ketetapan fatwa akan dikeluarkan tentang sesuatu ajaran sama ada ia sesat atau sebaliknya. Jika ajaran tersebut didapati sesat, fatwa akan dikeluarkan. Fatwa tersebut perlu diwartakan dan selepas itu tindakan penguatkuasaan boleh diambil kepada mereka yang tetap mengamalkan ajaran sesat tersebut kerana melanggar fatwa negeri.

iii. Pencegahan Dan Penguatkuasaan

Aspek pencegahan dan penguatkuasaan melibatkan serbuan, tangkapan, penyiasatan dan pendakwaan di Mahkamah Syariah. Berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Seksyen 12 (C) memperuntukkan, “Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa sah atau mengingkari, melanggar atau mempertikai perintah atau arahan Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.�.

iv. Pemulihan Dan Pemantauan

150

Setelah melalui proses hukuman, pesalah ajaran sesat melalui pula sesi pemulihan akidah melalui sesi kaunseling dan muzakarah. MAIS sendiri mempunyai sebuah pusat pemulihan akidah iaitu Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Ulu Yam, Selangor.


bab 10: AJARAN SESAT

Pusat ini ditubuhkan dan tertakluk di bawah Seksyen 53 dan Seksyen 54 (1); Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Objektif penubuhannya adalah untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan kaunseling kepada individu dan kumpulan Islam yang memerlukan pemulihan akidah. Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman menggunakan modul “Istitabah” (memohon dan menganjurkan taubat) bagi membimbing para penghuni di pusat ini. Penghuni yang telah dipulihkan akan dipantau perkembangannya untuk memastikan mereka tidak kembali mengamalkan ajaran sesat tersebut.

v.

Penguatkuasaan Fatwa Ar-Riqab

Seperti yang telah dibincangkan di bahagian “Prakata”, jenisjenis asnaf ar-riqab diperluaskan maksudnya menerusi fatwa yang telah dikeluarkan. Ia turut mencakupi kelompok yang menghadapi masalah akidah. Ini meliputi kumpulan yang terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat; doktrin palsu, mengaku menjadi nabi, menghina Islam, pemujaan salah dan mempersendakan Al-Qur’an dan Al-Hadis. Kumpulan seterusnya adalah melibatkan individu Islam yang perlu dimurnikan akidahnya yang telah terpesong; individu Islam yang ingin atau berhasrat untuk murtad dan individu Islam yang dalam proses istitabah. Fatwa ini dapat membantu lebih banyak lagi kategori golongan yang terlibat dalam ajaran sesat atau menghampiri kesesatan untuk dipulihkan.

vi. Penerangan Dan Pendidikan

Tidak kurang penting adalah gerakan penerangan dan didikan kepada masyarakat tentang bahaya, ketetapan fatwa dan ciri-ciri penyelewengan mana-mana ajaran sesat yang wujud. Untuk itu, langkah-langkah berkaitan telah diambil dan dilaksanakan dari masa ke masa termasuklah:

151


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

a.

Menganjurkan seminar tentang Syiah dan penyelewengan akidah yang lain.

b.

Menerbitkan buku dan risalah berkaitan ajaran sesat.

c.

Mengadakan kelas-kelas agama dan bimbingan untuk pemantapan akidah.

d. Membuat siaran di media tentang ajaran sesat. e.

Memberi penerangan dan penjelasan menerusi seminar serta kursus.

f.

Mengedarkan bahan bacaan dalam bentuk risalah dan brosur.

g.

Memberi penjelasan melalui khutbah Jumaat.

h.

Memperluaskan kempen dan iklan kesedaran.

i.

Memberi penjelasan dan penerangan kepada kumpulan sasar.

10.4 TAHAP KEBERKESANAN USAHA Pelbagai usaha dan kesungguhan pihak berkuasa agama Islam dapat dilihat untuk membanteras masalah ajaran sesat ini. Namun, perspektif masyarakat awam dalam menilai keberkesanan usaha ini hanya pada tahap sederhana memuaskan sahaja. Apa yang dapat dipelajari adalah trend perlakuan ajaran sesat ini akan berterusan memandangkan masih terdapat segelintir masyarakat yang lemah dari segi didikan agama. Mereka akan mudah terpengaruh dan mempercayai ajaran yang mirip Islam ini yang dianggap mudah serta dapat pula memenuhi hawa nafsu mereka.

152


bab 10: AJARAN SESAT

10.5 SYOR NILAI TAMBAH Syor nilai tambah yang boleh dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan dalam menangani masalah yang berkaitan ajaran sesat adalah seperti berikut: i.

Mengukuhkan Aspek Perundangan

Walaupun sudah wujud enakmen yang boleh menyekat ajaran-ajaran sesat dan perkembangannya, namun peruntukan undang-undang tersebut dilihat belum cukup berkesan untuk mendidik dan menimbul rasa gerun dalam kalangan pelakunya. Justeru, aspek peruntukan hukuman yang lebih keras perlu dikaji selaras dengan realiti semasa. Pesalah mungkin boleh dikenakan perintah tahanan, sekatan, sitaan harta dan sebagainya.

Peruntukan undang-undang juga perlu diperluaskan kepada para pengikut ajaran dan tidak menyasarkan hanya kepada ketua-ketua ajaran sesat tersebut. Dalam kebanyakan kes, hanya ketua-ketua ajaran sahaja yang ditahan dan didakwa. Manakala para pengikutnya pula masih berkeliaran dan bebas mengamalkan ajaran sesat mereka. Untuk itu, enakmen sedia ada perlu dipinda secara menyeluruh untuk memastikan ia mampu mengawal gejala ajaran sesat ini daripada berleluasa.

ii.

Meningkatkan Aspek Penguatkuasaan, Pendakwaan Dan Hukuman

Sekiranya aspek peruntukan undang-undang sudah mantap, ia perlu disusuli dengan tindakan penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman yang lebih agresif lagi. Dengan bantuan daripada pihak polis dan sokongan masyarakat, pihak berkuasa agama diharap dapat meningkatkan aspek penguatkuasaan tersebut. Pengikut-pengikut ajaran sesat ini perlu diberkas dan dikenakan tahanan, didakwa dan 153


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

dikenakan hukuman dengan segera. Namun, adalah menyedihkan jika masyarakat pula tidak memberi sokongan moral atas tindakan yang dilakukan. iii. Memperkasakan Peranan Institusi Masjid

Penyertaan anggota masyarakat perlu dipertingkatkan dalam membanteras ajaran sesat. Untuk itu, peranan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid perlu diperkasakan untuk mereka sama-sama membantu. Mereka ini adalah pemimpin agama peringkat akar umbi yang memahami tentang sensitiviti ahli masyarakat. Komitmen dan tindakan mereka sebagai “mata, telinga dan tangan” pihak berkuasa agama amat penting bagi menangani masalah ini sejak awal lagi.

iv. Memantapkan Kurikulum Pendidikan Agama Negeri

Sudah sampai masanya proses pemantapan akidah dimulakan sejak dari awal pendidikan formal Islam lagi. Kurikulum pendidikan sedia ada perlu ditambah dengan pendedahan pada ilmu-ilmu untuk mengenali ajaran sesat dan bagaimana hendak bertindak bagi menghindarinya. Kurikulum ini hendaklah diterapkan dalam sistem pendidikan di peringkat sekolah rendah agama negeri dan swasta serta dalam Kelas Al-Qur’an dan Fardhu Ain (KAFA).

v.

Mewujudkan “Pusat Tindakan Akidah Negeri”

Pusat sehenti (one stop centre) berhubung dengan penyelesaian terhadap permasalahan ajaran sesat perlu diwujudkan. Pusat ini akan menjalankan fungsinya berdasarkan penggubalan satu pelan tindakan strategik bagi menangani ajaran sesat. Langkah ini membolehkan segala peruntukan, gerak kerja bersepadu pihak berautoriti, aspek penerangan, maklumat rujukan, aduan, pemantauan dan sebagainya dapat diselaraskan. Ini akan memastikan keberkesanan

154


bab 10: AJARAN SESAT

dan kecekapan pihak berkuasa agama dalam membanteras masalah ajaran sesat. vi. Memperluaskan Jaringan Media Dan Penerangan

Dalam dunia komunikasi, media amat berkuasa untuk mempengaruhi manusia. Di samping media perdana sedia ada seperti media cetak dan penyiaran, media internet dan sosial perlu dimanfaatkan bagi menyebarluaskan maklumat tentang ajaran-ajaran sesat, ciri-ciri penyelewengan serta ancamannya terhadap akidah umat Islam dan keharmonian masyarakat.

vii. Melaksanakan Tindakan Khas Menangani Fahaman Pasca Modenisme Dan Hak Asasi Manusia (HAM)

Satu tindakan perlu dirangka untuk membanteras fahaman pasca modenisme dan pemikiran kebebasan HAM yang melampau. Ia dibimbangi akan menular dalam pemikiran masyarakat khususnya generasi muda sehingga merosakan kesucian ajaran Islam. Antaranya adalah melalui siri penerangan mengenai bahaya pemikiran pasca modenisme dan HAM yang agresif dan mewujudkan jaringan desakan yang kuat untuk menolak fahaman-fahaman tersebut daripada berkembang.

10.6 PENUTUP Pokok kehidupan beragama adalah keyakinan pada akidah yang benar, pengamalan syariat yang betul dan penghayatan akhlak yang mulia. Ini akan melahirkan manusia yang berjati diri, seimbang dan harmonis. Namun, semuanya akan tergugat apabila ia diracuni oleh anasir-anasir ajaran sesat mirip Islam atau yang bertentangan sekali dengan Islam. Justeru, langkah-langkah 155


PEMBANGUNAN SOSIAL UMAT ISLAM: PEMERHATIAN DAN IDEA TINDAKAN

pencegahan, pendidikan, penguatkuasaan dan langkah-langkah lain yang relevan untuk membanteras isu dan permasalahan ajaran sesat ini perlu terus disokong dan didukung oleh semua pihak yang cintakan Islam, umatnya dan mahu mencari keredhaan Allah SWT.

156


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.