Majalah Sirip Januari 2016

Page 1


Model

2/470, 3/300, 4/230, 5/180 4/400, 5/350, 6/300, 8/200 6/1100, 8/900, 10/650, 12/550, 15/350

Line Capacity PE [No./m]

4.4 : 1 3.9 : 1 3.1 : 1

545 790 1500

Gear Ratio Weight (g) Max Starting Speed Bearings Drag (kg) Torque (kg) (m/min) 11.5 59 190 8/2/1 20.0 63 210 7/2/1 25.0 78 140 3/0 800 3000 9000







Oleh : PAK WONG

Penampilan ilmu dan teknik memancing tulen daripada pemancing veteran yang boleh dipercayai.

P

ergerakan belida memang perlahan sekali. Namun mereka telah diberi sepasang mata luar biasa yang berkebolehan night vision seperti siakap. Reka bentuk matanya yang istimewa mampu melihat mangsanya dengan tepat dalam keadaan cahaya yang agak gelap. Ini bermaksud belida mampu mencari makanan sama ada siang atau malam, apabila mangsa langsung tidak dapat melihat mereka. Inilah sebabnya otai-otai lebih suka turun memancing belida pada waktu malam. Belida boleh dikatakan ikan sasaran yang kurang popular di kalangan pemancing kita, ia lebih kepada sekadar sasaran sambilan sahaja. Justeru perangainya kurang difahami pemancing. Salah satu sebab spesies ini kurang popular ialah ia memang tidak mudah dipancing dan isinya pula dipenuhi tulang halus yang kurang sesuai dibuat lauk. Sepanjang kerjaya, saya ada juga sedikit pengalaman memancing belida termasuk belida biasa yang hidup di Sg. Pahang dan Sg. Perak, serta belida bintik yang bermastautin di lombong. Teknik yang biasa digunakan ialah pancing dasar dengan pelampung, berumpankan cacing atau udang. Ikan kecil yang banyak terdapat di sesebuah lubuk juga umpan yang amat sesuai.

Cabaran Mengilat Namun teknik yang paling mencabar untuk menjerat belida sungai ialah mengilat. Saya belum pernah mengilat belida sungai waktu siang. Cuma pernah terkena seekor secara tidak sengaja sewaktu menunda gewang untuk memburu begahak di Sg. Pahang, tetapi ia berjaya meloloskan diri. Tetapi ini telah membuktikan bahawa belida memang ikan karnivor yang agresif dan ia jarang menyambar gewang lantaran pergerakannya yang agak perlahan. Melainkan gewang sengaja dipersembahkan secara amat perlahan.

mendapati gewang seperti ini amat berkesan menjerat spesies yang mendiami lombong iaitu toman mahupun baung. Namun saya asyik gagal menaikkan belida bintik. Belida nampaknya lebih sukakan gewang buatan Eropah daripada Halimi Hanip yang beraksi lembut.

Menimbul Tetapi Pemangsa Dasaran Mengilat belida bintik atau belida sungai sama seperti mengilat toman. Kita harus memerhatikan ikan yang bermain di permukaan. Apabila belida bermain di permukaan, ia akan menghasilkan riak yang lebih kecil berbanding toman dengan beberapa biji buih di dalamnya. Apabila kelihatan belida bermain di sesebuah kawasan, maka di situlah rumahnya. Di bawah perairan itu pasti terdapat struktur seperti reba, lubang atau cenuram. Tumpukan lontaran gewang di kawasan tersebut. Saya suka guna gewang jenis gemerincing yang berbadan leper apabila ingin mengilat belida. Kelebihan gewang ini ialah ia dapat tenggelam dengan cepat. Apabila terjumpa belida bermain di permukaan, lontarlah gewang secepat mungkin. Biarkan gewang sampai ke dasar, kemudian barulah karau dengan kadar perlahan sambil sentak joran agar gewang menghasilkan bunyi bising. Yang penting haruslah mengekalkan gewang di zon serangan belida iaitu di dasar tasik atau sungai. Kaedah ini memang berkesan dan saya telah berjaya menaikkan banyak belida bintik melalui teknik ini. Selamat mencuba!

- SIRIP -

Spesies belida bintik pula lebih mudah diperdaya dengan persembahan gewang, lantaran ia lebih mudah dijumpai. Biarpun pengalaman saya dengan spesies ini tidak banyak, namun saya telah pun berjaya mengorek sedikit rahsia mengilatnya. Salah satu rahsia ialah belida bintik akan bertindak secara agresif terhadap sesetengah bunyi gemerincing yang berpunca dari badan gewang. Mereka juga lebih menyukai gewang yang beraksi lembut, berbanding gewang yang kuat bergoyang. Suatu masa dahulu, saya suka menunda gewang di lombong. Saya sukakan gewang dari Australia yang beraksi kencang dan

6 SIRIP

Belida lebih menyukai gewang yang beraksi lembut, tetapi pastikan gewang menyelam sehingga dasar dengan pergerakan yang perlahan.


52 KINGFISHER ADVENTURES

MAY 2015


SM Casting Game 1

TEKNIKAL ‘SM’ SECARA MENDALAM

8 SIRIP


Teks & Fotografi : PAK WONG

2

3

Permulaan SM Lebih kurang 15 tahun dahulu saya telah pun cuba mengilat tenggiri di laut dengan bersenjatakan gewang replika ikan. Gewang sinking minnow masih belum dicipta lagi pada waktu itu, justeru saya cuma boleh memilih gewang bersifat tenggelam atau timbul yang mempunyai fungsi selaman dalam sahaja. ‘Kelemahan’ gewang-gewang ini ialah tidak dapat mencapai lontaran yang amat jauh dan kedalaman selamannya pun terhad. Biarpun kadang-kadang mampu juga menaikkan tenggiri, namun ia bukanlah teknik yang mampu mencapai keputusan yang cemerlang. Pemancing yang mencipta sinking minnow (SM) mungkin juga amat berminat dalam teknik mengilat seperti saya dan teringin mengilat ikan laut selain ikan air tawar. Justeru beliau pun mula mengkaji gewang jenis tenggelam yang sedia ada dan akhirnya menghasilkan gewang sinking minnow, lali berkembang menjadi salah satu teknik utama dalam pancingan laut.

Spesifikasi SM Sinking minnow (SM) pada asasnya merupakan gewang minnow yang telah ditambah berat. Ia terdapat dalam beberapa saiz dengan keberatan 40 atau 50 gram dan kepanjangan 11 cm sebagai saiz paling popular dan praktikal di perairan tempatan. Model yang lebih ringan misalnya 30 gram biasanya hanya digunakan di tepian pulau atau pantai yang berair cetek. SM juga mempunyai lidah. Namun lidahnya bukan untuk menyelam, lantaran ia tenggelam berpandukan keberatan badannya dan tidak perlu bergantung kepada lidah untuk menyelam seperti minnow biasa. Fungsi utama lidahnya ialah untuk membolehkan badannya bergoyang akibat rintangan air sewaktu mengarau.

4

1. Talang daripada spesies Scomberoides

lysan yang membaham SM Starlit pada waktu senja bagaikan bonus kepada teknik sinking minnow.

2. Bot baru Ah Hong mempunyai tempat + lapang di hadapan dan belakang yang 3. memudahkan pancingan SM. 4. Waktu inilah waktu dinner bagi tenggiri yang berkeliaran di kawasan unjam.

SIRIP 9


SM Casting Game

5

6

Perkakasan SM Kemunculan SM telah mewujudkan joran mengilat luar pantai yang direka khas untuk pancingan ini. Panjangnya 7 kaki atau lebih untuk teknik yang amat memberatkan lontaran jauh ini. Aksinya menyerupai joran mengilat biasa yang beraksi capat dengan berat gewang yang mencecah 80 gram. Justeru ia juga sesuai untuk melontar popper bersaiz kecil. Masalah yang paling biasa dijumpai apabila mengilat di laut ialah angin. Justeru kekili mendatar (spinning reel) yang tidak akan menghasilkan ‘bihun goreng’ akibat tiupan angin sewaktu melontar gewang merupakan kekili yang paling sesuai untuk teknik ini. Kekili mendatar model 5000 dengan keberatan yang sederhana dan simpanan tali yang mencukupi merupakan saiz yang paling popular. Ia dapat menampung tali sulam 30 paun sebanyak lebih kurang 250 meter, mencukupi untuk kebanyakan ikan sasaran SM. Nisbah gear juga penting. Lagi tinggi, lagi bagus dengan sekurang-kurangnya 6.0 : 1 ke atas, barulah dapat menampung keperluan teknik SM yang bergantung kepada kelajuan untuk memikat spesies-spesies pelagik. Teknik SM merupakan teknik yang akan memberikan banyak kerja kepada kekili. Justeru kita harus memilih kekili yang tahan lasak dengan kualiti yang boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi habuan teknik ini akan termasuk G.T dan tuna yang bertenaga luar biasa. Kekili harus mempunyai sistem brek yang kuat dan ketegaran yang mencukupi untuk menewaskan spesies terhandal ini.

7

10 SIRIP

Bagi membolehkan SM tenggelam dengan lebih cepat, daya kalis air pada tali sulam harus ditekankan. Sesetengah tali sulam yang boleh menyerap air akan melambatkan kadar tenggelam SM. Tali sulam yang sesuai untuk teknik jigging perlahan pada asasnya


8

juga sesuai untuk teknik SM. Diameter yang lebih halus juga dapat mengurangkan pengaruh angin dan arus bagi membantu SM tenggelam dengan lebih cepat. Ramai yang memilih tali perambut jenis fluorocarbon, dan ada juga yang menyukai perambut tangsi biasa (mono) yang lebih lembut. Kelebihan perambut fluorocarbon ialah ia tidak mudah dikesan ikan dan tahan geseran. Manakala perambut tangsi pula dapat memberikan aksi yang lebih menarik kepada SM. Saranan saya ialah gunakan perambut tangsi terlebih dahulu, dan tukarlah kepada fluorocarbon jika tiada sambaran. Perambut berapa paunkah lebih sesuai untuk SM? Secara amnya 30 paun, melainkan jika memancing di lubuk yang berhalangan seperti tepian pulau yang berbatu, barulah bertukar kepada 40 hingga 70 paun mengikut keadaan. Berapa panjangkah perambut? Seperti teknik popping, perambut biasanya sepanjang 4 meter apabila menggunakan joran sepanjang 7 kaki. Jika terlalu panjang, perambut yang disimpan ke dalam gelendong akan menjadi terlalu panjang dan akan melanggar cincin joran sewaktu lontaran mengakibatkan lontaran menjadi tidak jauh dan mungkin juga akan mengakibatkan joran terpatah jika tali bersimpul di atas cincin! Manakala terminal tackle pula mestilah menggunakan cili (swivel) dan gegelung cincin (split ring) untuk memasang SM. Jangan seskali menggunakan cili yang tidak selamat. Jika anda seorang perfectionist, bolehlah guna ikatan jenis ring seperti Rapala Knot untuk mengikat SM secara langsung agar gewang dapat menghasilkan renangan yang sempurna.

9

awal digunakan, kini SM telah diperkenalkan ke lautan yang lebih jauh dan dalam untuk memancing ikan yang lebih besar. Di perairan tempatan, struktur-struktur yang terdapat spesies pelagik seperti tuas atau unjam yang dibina untuk memerangkap ikan-ikan kecil dan tukun tiruan yang tersembunyi di dasar laut adalah sesuai untuk persembahan SM. Binaan yang terdapat di lautan seperti pelantar minyak dan rumah api juga merupakan spot-spot yang tidak harus dilepaskan. Sehinggalah kapal-kapal besar yang berlabuh berdekatan pelabuhan juga boleh dicuba. Satu lagi tempat yang paling sesuai untuk teknik SM ialah pulau. Atoll (pulau terumbu cincin) juga spot yang bagus, terutama apabila anda telah bosan dengan teknik pancingan berat dan teringin memancing ikan-ikan yang bersaiz sederhana. Terumbu karang berair cetek yang berpeluang untuk

5. Dapat juga kerapu bara apabila

tidak sengaja membiarkan SM tenggelam sehingga ke dasar.

6. Karaulah

secepat mungkin apabila mensasar tenggiri. Kekili memainkan peranan penting dalam teknik ini.

7. Tenggiri mega sebesar 10

kg juga dinaikkan menjelang waktu senja dengan SM Senses 50 gram.

8. Amir mempamerkan kebolehan

mengagak kedalaman SM tenggelam dengan amat tepat.

9. Alu-alu

bagak ini tidak ketinggalan untuk menyertai kenduri waktu senja.

10. Sambungan SM melalui cili dan

gegelung cincin merupakan sambungan paling selamat!

10

Padang Pancing SM Dari pantai berstruktur di mana ia paling SIRIP 11


SM Casting Game

11 11. Sifu dan anak muridnya terkena ikan hampir pada waktu yang sama.

12. Todak

merupakan ikan yang paling dibenci pemancing apabila mempraktikkan teknik SM.

menaikkan ikan pelagik bersama ikan demersal juga lubuk yang amat sesuai.

Ujian Lapangan SM Pada penghujung 2015, saya telah menaiki bot pancing baru Hong Stong Pekan untuk menjalankan pancingan SM di perairan Karang Luas sebanyak dua trip. Kedua-dua trip ini telah merangkumi dua jenis padang pancing SM yang paling biasa dijumpai iaitu terumbu karang berair cetek dan unjam. Teknik SM yang akan dibincangkan di sini hanya berpandukan dua jenis lubuk seperti tersebut di atas sahaja. Namun ia juga sesuai dipraktikkan di lubuk yang berlainan. Diharap ia dapat memberikan panduan kepada pembaca yang berminat mencuba teknik ini.

Karang Luas merupakan kawasan terumbu karang yang amat luas dengan kedalaman 8 hingga 35 meter. Di kawasan terumbu karang yang amat luas ini, ke manakah kita ingin mencari ikan? Menurut Kapten Hong, kawasan yang paling sesuai untuk teknik SM di Karang Luas merupakan sebuah kawasan cetek yang menyerupai lagun di atoll. Kawasan ini berkedalaman 8 hingga 20 meter dengan keluasan lebih kurang 1 kilometer. Kawasan ini juga sentiasa terdapat gerombolan ikan kecil seperti di lagun atoll. Ikan-ikan pelagik seperti G.T, tenggiri, alu-alu dan talang gemar datang ke kawasan ini untuk mencari makanan. Satu lagi kelebihan kawasan ini ialah lantaran airnya yang cetek, peluang untuk mendapatkan kerapu bara juga agak tinggi. Justeru ia menjadi spot kegemaran peminatpeminat SM.

Bagaimana Menentukan Kedalaman SM? Anda akan cepat menguasai teknik SM jika pernah mengilat dengan gewang jenis tenggelam di sungai atau tasik. Yang berbeza hanyalah padang pancingnya bertukar ke laut, dengan kedalaman yang jauh lebih dalam berbanding air tawar.

12

12 SIRIP

Apabila memancing di terumbu cetek di Karang Luas, bot pancing biasanya akan mencari kedudukan gerombolan ikan kecil terlebih dahulu, kemudian membiarkan bot hanyut sambil mengilat. Setelah melakukan lontaran, biarkan SM tenggelam. Berapa dalam SM dibiarkan tenggelam terpulang kepada sama ada ikan pelagik atau ikan demersal yang menjadi sasaran.


Jika anda ingin memancing kerapu bara, SM pastinya harus ditenggelamkan sehingga berhampiran dasar. Namun bagaimanakah untuk mengetahui samada SM sudah sampai ke kedalaman yang diingini? Inilah bahagian yang paling mencabar!

13

14

Biasanya pemancing akan ‘menghitung’ dalam hati untuk memastikan kedalaman SM tenggelam. Formula penghitungan berdasarkan satu saat untuk satu meter. Namun ini hanya perkiraan secara kasar sahaja. Kadar tenggelam SM akan berbeza mengikut keberatan dan rekaan gewang yang berlainan, keadaan angin dan ombak serta juga ketebalan tali utama dan perambut. Hakikatnya kita hanya mampu mengagakagak sahaja dan tidak dapat memperolehi perhitungan sebenarnya. Justeru apabila mensasarkan ikan dasar, kes sangkut akan sentiasa berlaku. Namun demi mengurangkan kejadian tersangkut, pemancing terpaksa berlatih untuk menajamkan daya pertimbangan (judgement) mereka. Saya mendapati daya pertimbangan ini sebenarnya dapat dipupuk. Amir selaku penolong Hong Sotong memang mempunyai daya pertimbangan yang amat tajam. Beliau tidak pernah sangkut sekali pun dalam trip pertama, namun beliaulah pemancing yang menaikkan paling banyak ikan termasuk kerapu bara dan ketambak yang bersifat demersal! Kebolehan Amir yang agak luar biasa ini pada pandangan saya adalah hasil pengalaman dan tiada rahsia di sebaliknya. Satu lagi sebab yang sentiasa mengakibatkan SM tersangkut dasar ialah kita ingin menurunkan SM sedalam mungkin apabila mensasarkan kerapu bara.

Minda seperti inilah yang menyebabkan kadar menyangkut menjadi tinggi. Jika kita memahami sifat kerapu bara yang sanggup mengejar mangsanya, tidak usahlah kita membiarkan SM tenggelam betul-betul ke dasar. Apabila kerapu bara terjumpa SM, ia tetap akan mengejarnya jika SM berada tidak berapa jauh darinya. Jika anda takut sangkut, lebih baik tumpu kepada ikan pelagik sahaja. G.T, tenggiri, talang dan alu-alu merupakan ikan pelagik yang biasa mengunjungi puncak terumbu yang berair cetek untuk mencari makanan. Kita dapat mengesan kehadiran mereka melalui gerombolan ikan-ikan kecil.

13. Kerapu bara ini biarpun + bermata tunggal tetap 14. sempat membaham SM Starlit sekali!

dengan

tepat

15. G.T bersaiz seperti ini mampu memberikan tentangan yang menakjubkan terhadap set mengilat kelas sederhana!

Apabila mendekati gerombolan ikan sehingga jarak casting, lontarlah SM ke kawasan di luar gerombolan ikan dan bukanlah di tengah-tengahnya. Pendekatan ini adalah untuk meniru seekor ikan kecil

15

SIRIP 13


SM Casting Game Inspirasi Karang Luas Pengalaman memancing di terumbu cetek dan unjam menunjukkan tindak balas tenggiri dan spesies pelagik lain yang bersifat pemangsa terhadap SM amat menggalakkan. Namun masa telah memainkan peranan yang teramat penting terhadap keputusan keseluruhannya. Pada pandangan saya, waktu pagi dari pukul 6 hingga 8 dan juga waktu senja dari pukul 6 sehingga langit menjadi gelap merupakan waktu keemasan untuk SM mencapai keberkesanan maksimumnya. Bahagian atas laut tidak mempunyai sebarang struktur untuk ikan-ikan pelagik mencari makanan. Justeru mereka hanya boleh menggunakan keadaan yang kurang terang sebagai perlindungan. Hanya menjelang waktu awal pagi dan lewat petang ketika ikan-ikan kecil hampir kehilangan daya penglihatannya, barulah pemangsa sempat menggunakan daya kurniaan penglihatan luar biasa untuk mendapatkan makanan yang secukupnya, tanpa menghabiskan tenaga yang banyak. Namun ini tidak bermaksud mereka tidak akan mencari makanan menjelang waktuwaktu lain. Cuma keinginan untuk mencari makan tidaklah begitu tinggi. Dengan kata lain, mereka menjadi sungguh aktif menjelang awal pagi dan lewat petang. Spesies-spesies pelagik yang jarang kelihatan pada waktuwaktu lain pun akan muncul di terumbu cetek tersebut seandai-andai berkata : “Kena cepat pergi cari makanan. Tiada peluang lagi bila langit menjadi gelap nanti!�

Menghayati Keseronokan Mengilat

16 16. G.T biasanya menyerang SM di dalam.

aras

yang

lebih

yang terpisah dari gerombolan. Ikan kecil yang terpisah memudahkan pemangsa menumpu kepada sasarannya. Mengejar seekor ikan kecil memang lebih mudah, berbanding mengejar sekumpulan ikan kecil! Kapten Hong berpendapat, apabila SM jatuh ke laut, haruslah tunggu 15 hingga 20 saat dahulu barulah memulakan karauan. Ini kerana tenggiri atau spesies pemangsa yang lain biasanya gemar berkeliaran di kedalaman ini (lebih kurang 20 kaki dari permukaan). Satu lagi sebab ialah jika kita biarkan SM berenang beberapa kaki dari permukaan, gewang kita akan cepat diserang kumpulan todak yang sangat aktif. Todak merupakan ikan pencuri umpan yang paling biasa dijumpai di Karang Luas dan terumbu cetak lain. Biarpun kita sengaja mbiarkan SM tenggelam ke paras yang lebih dalam, pun mungkin dibaham todak sewaktu ia tenggelam. Todak yang bergigi tajam sentiasa memutuskan tali perambut atau membinasakan kemasan badan SM.

14 SIRIP

Jika anda ingin mendapatkan keputusan mengilat SM paling cemerlang di terumbu cetek, awal pagi dan lewat petang pasti akan memberikan peluang yang terbaik. Pada waktu-waktu lain jika gagal menjumpai gerombolan ikan kecil, bolehlah bertukar kepada teknik lain. Namun saya sendiri tidak kisah dan akan terus memainkan SM biarpun ikan tidak sudi memberi sokongan pada waktu-waktu ia tidak begitu galak. Hakikatnya saya boleh mengambil kesempatan ini untuk melatih kekuatan lengan dan semangat perjuangan supaya tidak mudah merasa letih, biarpun mengilat sepanjang hari. Saya juga akan cuba memupuk daya pertimbangan saya terhadap kedalaman SM tenggelam untuk mengurangkan kejadian tersangkut batu karang apabila mensasarkan spesies demersal. Lagipun saya amat menghayati keseronokan mengilat di laut yang luas terbentang. Adakah anda juga berfikiran begitu? - SIRIP * Bot pancing Hong Sotong, Pekan, Pahang Ah Hong : 013-228 2116, 011-1285 8288



Asean Monsoon Casting Tournament

Warna-Warni 1

1. Gambar beramai antara pe-

menang, urusetia dan sebahagian peserta AMCT 2015.

2. Pelancaran AMCT oleh pihak Ketengah.

T

ahun ini MCT ditukar AMCT (Asean Monsoon Casting Tournament) setelah ada penglibatan peserta negara lain seperti Jepun, Indonesia, Singapura dan Thailand. Kenaikan taraf antarabangsa ini mula membuka mata pihak atasan yang kurang mengendahkan industri memancing negara.

Musim tengkujuh yang tiba hujung tahun memang ditunggu-tunggu kerana inilah masa kegilaan boiling sebarau. Justeru 9 Disember dipilih untuk menjayakan program ini. Pengalaman 6 tahun menguruskan MCT telah mematangkan semua urusetia yang terlibat. Tahun demi tahun, jumlah peserta dan penaja juga meningkat. Tahun ini jumlah peserta mencecah seramai 262 orang. 16 buah houseboat, 127 bot kecil dan 8 buah kayak sudah cukup membuktikan betapa mega MCT tahun ini. Konsep kampung air diterapkan iaitu houseboat diparkir rapat dan terkepung seperti perkampungan air tradisional yang cantik! Tambahan pula kebanyakan peserta mengambil peluang membawa keluarga beriadah di Tasik Kenyir. Ketiadaan liputan telefon bimbit dan internet, secara automatiknya semua yang berada di sini tidak lagi leka dengan Facebook dan WhatsApp. Peluang diambil untuk bergaul dan bertemu kenalan baru, menghayati keindahan alam, serta betul-betul meluangkan masa dengan kawan dan keluarga. Ini tidak dapat dicapai jika kita berada di kota!

2

3

16 SIRIP

4


Teks : SPIKE FARIQ

Fotografi : SPIKE FARIQ & MCT OFFICIAL

5

Tengkunas Yang Tiba Hari pertama, hujan yang tak berhenti turun membuatkan para peserta senyum lebar. Namun apabila houseboat berarak keluar dari Gawi, matahari mula muncul. Jadi tengkunas (tengkujuh panas) lah jawabnya. Namun ia bukanlah pematah semangat caster-caster tegar Malaysia yang memang biasa menerapkan konsep ‘kumpau itu indah’. Seawal 6 pagi sudah kedengaran enjin bot merempit untuk mengejar waktu galak sang ikan. Semangat yang tinggi, hinggakan waktu makan tengahari pun ada tak balik! Selain mengilat di luar dengan bot, pihak AMCT juga menyediakan pelbagai aktiviti lain seperti accurate casting, bottom fishing, Talentime untuk kanak-kanak dan ‘talk session’ dengan pemancing otai seperti Mejar (B) Ismail Feisol, Pok Mud’s, wakil Kagum, wakil Fishyology dan Pak Amin. Juga penerangan Jabatan Perikanan, Ketengah dan penaja seperti Mercury, Trojan, Kairos Watercraft, Pure Fishing, Tok Wan Lure dan lain-lain. AMCT 2015 juga memberi peluang kepada pemancing yang ingin berniaga menjual pakaian, alat memancing dan outdoor serta rokok elektronik.

6 ba-gaimana hendak menunaikan solat Ju- 3. Semua houseboat berkumpul membentuk perkampungan maat kerana hari kedua terakhir jatuh pada yang menarik. hari Jumaat. Rupanya urusetia AMCT 2015 telahpun awal bersiap sedia untuk menga4. Berpuluh bot kecil bersedia dakan solat jumaat di atas houseboat! Tauntuk berlepas mencari burubik spring kerana inilah pertama kali saya an mengilat. menunaikan solat Jumaat berjemaah di Ta5. Antara toman yang ditumpassik kenyir! kan peserta. Saya juga kagum melihat dedikasi uruse-

ta AMCT. Tanpa mengira penat lelah, mere- 6. Double trouble sebarau yang ka sentiasa bergerak memastikan segalanya berebut seketul jig ketika ia berjalan lancar, dengan walkie-talkie yang boiling! tak lekang dari tangan, berjalan dari satu 7. Solat Jumaat di atas househouseboat ke houseboat lain. + boat Kenyir yang pertama kali Kepenatan dipendamkan dan pada waktu 8. dilakukan. Khutbah dan solat malam ketika semua sedang menikmati tidur diimamkan oleh Ustaz Adam nyenyak beralaskan bantal dan tilam, ada dari Sabah yang juga peserta. yang saya lihat hanya tidur di khemah dan kerusi. Dapat dilihat bahawa 6 tahun pengalaman mengendalikan MCT menghasilkan insan-insan sebegini. Syabas buat mereka

Waktu malam dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik. Pemancing Jepun iaitu Shusaku Nishiyama juga sempat memperkenalkan dedak Marukyu dari Jepun.

Urusetia Yang Berkaliber Sebagai muslim, saya tertanya-tanya

7

8

SIRIP 17


Asean Monsoon Casting Tournament

10

9

12

13

11

15

14

17

16

18

19

20

21

22 9. Mercury dengan cenderamata 17. Temuramah bersama Ujang. pelincir Quicksilver percuma.

10. Antara hadiah dan piala.

18. Talk dari Pak Amin, yang dikendalikan oleh Sahir.

11. King of Barramundi dibawa 19. BBQ tiga malam berturut!

23

18 SIRIP

ke pusingan hadapan kerana 20. Cabutan bertuah, kayak tajatiada yang berjaya didaratkan. an Kairos Watercraft! 12. Mimi, urusetia paling rajin. 21. Pemenang Talentime juga menerima kayak Kairos. 13. Bajeng antara tulang belakang utama AMCT 2015. 22. Tiga keluarga dari Qatar yang sanggup datang. 14. Talk Mejar (B) Ismail banyak membuka minda pemancing. 23. Benih ikan tajaan Perikanan untuk dilepaskan. 15. Talk daripada Perikanan.

24

16. Sasaran accurate casting idea 24. Cenderahati pemilik housekartunis Ujang.

boat 2, lejen Kenyir, Latif.


Tok Wan Sodo’ Challenge

King of Toman

King of Sebarau yang berada di belakang tabir ini.

Usaha Tangga Kejayaan Syabas juga kepada Team Reber yang boleh dikatakan menyapu bersih setiap kategori yang dipertandingkan. Kerajinan dan kesepakatan yang mereka tunjukkan dalam AMCT 2015 ternyata melayakkan mereka bergelar juara.

King of Anglers : Team Reber

Namun begitu tahniah kepada pasukan lain yang bertanding. Usaha yang ditunjukkan anda juga setaraf mereka, cuma mungkin ini bukan masa anda. Pastikan setiap tahun anda turun lagi untuk memberikan saingan.

KING OF SEBARAU

KING OF TOMAN

Hasil pemerhatian sepanjang acara ini berlangsung, kita boleh menarik nafas lega menyaksikan etika yang ditunjukkan peserta. Tahap profesionalisme dari segi kelengkapan, skill mengilat, pengendalian bot serta yang penting, kesedaran sivik yang tinggi ditunjukkan!

KING OF SPECIAL

* MOHD NAFIEZ NAJIB (Reber) (Baung 33 cm)

KING AMCT15

Seperti yang dikatakan Mejar (B) Ismail Feisol dalam talk yang dibuat, “Pemancing kita sudah bertaraf antarabangsa! Cuma yang menyedihkan ialah, ikan semakin tiada, dan jika tiadanya ikan, tiadalah pemancing”. Ini merupakan isu berat yang dihadapi kita dalam arena sukan memancing Malaysia. Persoalan seperti mengapa? bagaimana? dan salah siapa? sering menjadi tanda tanya dan tiada jawapannya. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan sama-sama berusaha menjaga sukan yang dicintai ini. Jumpa lagi dalam AMCT 2016!

- SIRIP -

*Dapatkan info perkembangan MCT di facebook : mct official

SENARAI PEMENANG * MOHD SYAIFUL ANUAR (Reber) (Sebarau 55 cm)

* MOHD HAFIZ MAT HUSSIN (GCN) (Toman 88 cm)

* MOHD SYAIFUL ANUAR (Reber) (Sebarau 54 & 55, toman 85 cm)

KING OF ANGLERS

* BOT FIBER 53 : MOHD RAFZAN ANUAR & MOHD SYAIFUL ANUAR (Reber) (7 sebarau, 4 toman dan 1 baung yang layak bertanding)

PIALA SODO TOKWAN 1. Sebarau : Nik Ammar Mohamed (DNA Kewl)

ACCURATE CASTING

* Sapuri Mohamed (boatman)

PANCING DASAR

* Abdullah (boatman) : Baung 30 cm

2. Toman : Mohd Izwan Atan (Lanun Kail)

FOTOGRAFI TERBAIK

* Shah Right / Shabudin Selan (Buff Anglers)

Sekretariat AMCT 2015 mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini, termasuk para penaja seperti Mercury, Trojan Boats, Pure Fishing, Khairul Fiber, Kyros Watercraft, Megabass, Garmin, Rapala VMC, Tok Wan Sodo, Hasya Joran, Marukyu, Buff, Hotel Tanjong Vista, Hotel YT Midtown dan lain-lain.

SIRIP 19


Kuching Estuary Heaven 1

20 SIRIP


Teks : RANDY AFANDI & KAMARUDIN

S

g. Sempadi terletak di sebelah timur Sarawak iaitu di daerah Lundu, dengan jarak 60 km dari bandar Kuching. Di muaranya terletak Kg. Sempadi, sebuah perkampungan nelayan yang menjadikan kekayaan sumber laut seperti ketam nipah, udang harimau, udang putih dan udang kara (lobster) sebagai punca rezeki yang menarik minat masyarakat luar berkunjung. Namun, kekayaan sungainya dengan spesies siakap, siakap merah (mangrove jack) dan kerapu bagai magnet buat para pemancing ke Kg. Sempadi, termasuk kami! Untuk sampai ke Sempadi, kami perlu melalui beberapa sungai termasuk menaiki feri di Sg. Rambungan. Feri Sg. Rambungan merupakan laluan paling singkat sekiranya hendak ke Sempadi.

Fotografi : JAIR JOHARI (JJ) & USUP HAMDAN

satu kawasan. Sekiranya berlaku kecemasan seperti masalah enjin ataupun kemalangan, 1. Double strike dua spesies bantuan dapat disegerakan. Populasi sang warga Sg. Sempadi. bedal (buaya air masin) juga tinggi di sini, di 2. Pandangan satelit sistem musamping saiznya yang besar-besar belaka! ara Sempadi.

Pembuli Sg. Sempadi

3. Untuk ke Sempadi, feri ini Saya beritahu Kamarudin (Kama) mungkin kami harus naik. Kosnya RM ada rekod baik kali ini, memandangkan ke1 aje! adaan air dan pasang surut yang cantik. Apa 4. Jeti sempadi cukup selesa pun, itu hanya gerak hati semata-mata. untuk pemancing naik turun. Sedang kami berhanyut dan mengilat gewang ke celah-celah pohon nipah dan reba, 5. Bot berkuasa 15 hp sangat sesuai di Sempadi, cukup gewang selaman dalam Abg. Usup direntap laju dan selesa. kasar. Henjutan demi henjutan, akhirnya

Serangan 10 Caster Kunjungan kami ke Sempadi disertai 10 caster kental sekitar Kuching, melalui perancangan Jair Johari (JJ) dan Abg. Usup yang lebih fasih selok-belok sungai dan lubuk di sini. Tiga buah bot nelayan sepanjang 21 kaki telah kami sewa dan dikemudi sendiri oleh JJ, Kama dan Abg. Usup. Sebaik sarapan dan membeli bekalan, perjalanan dimulakan seawal 6.30 pagi. Perjalanan lebih kurang sejam sahaja dari bandar Kuching tidaklah terasa jauh dek kerana semangat yang membara. Ketibaan kami tepat 7.30 pagi telah disambut tuan punya bot dengan senyuman manisnya.

2

Air sungai hijau tebu, seolah-olah menjanjikan sesuatu kepada kami. “Iboh didiat mena gilak air sungei ya, air kompom ya...� Abg. Mor menyindir kami yang terus meninjau keadaan air sungai sebaik sampai di jeti nelayan Sempadi. Sebelum perjalanan, kami periksa keadaan bot dan enjin, dan diberi sedikit taklimat keselamatan oleh JJ. Strategi kami ialah casting secara beriringan antara ketiga-tiga buah bot di satu-

3

4

5

SIRIP 21


Kuching Estuary Heaven

7

6

8

9 6. Bertuah Max, entah berapa

perambut 30 paun putus! Bergetar tangan Abg. Usup dengan riak muka tidak percaya.

7. Siakap

Selang beberapa minit, giliran Erman Max pula yang terkena. Joran Okuma Nemesis 6 - 12 paun dan kekili Ryobi 2000 dihentam teruk, meraung nyaring tetapi sayang pertarungan hanya sekejap. Putus lagi! Pembuli dah muncul!

ekor dapat naik siakap.

Saiful membaham S.P Z-Man putihnya.

8. Walau kecil, ia tetap siakap si raja muara!

9. Joran 6 - 12 paun Dillah dikerah sepenuhnya untuk menarik pemangsa keluar.

Kami terus susuri anak sungai dengan perlahan sambil menikmati keindahan hutan

paya bakau. Terdapat juga kesan hakisan akibat arus sungai yang deras. Banyak pohon bakau tumbang dan menjadi reba. Jadi setiap kali terjumpa reba, kami akan mengilat sekerap mungkin... Always try! Tidak jauh di hadapan, kelihatan bot yang dinaiki Abg. Usup, Max, Olen dan Sabri melewati satu reba yang agak besar. Kedudukan reba itu melunjur ke tengah sungai. Tidak berapa lama kemudian, joran Max dihenjut kuat! Max tidak beri peluang pemangsa memecut jauh ke dasar sehinggalah siakap merah 1 kg berjaya didaratkan. Bermula episod ini, setiap kami mula merasai tarikan penghuni Sempadi seperti kerapu, merah tanda dan siakap merah. Tiba di satu lubuk berbatu, JJ melontar soft plastic (SP) Z-Man Swimmer. S.P itu dibiarkan hanyut hingga mencecah ke dasar. Belum sempat mengarau kembali, joran Major Craft Skyroad 8 - 16 paun beliau disentap kasar. Bunyi drag kekili Stella C3000 yang dikunci ketat berdesit-desit mengeluarkan talinya akibat diasak pemangsa.

10

22 SIRIP

Pemangsa berjaya masuk ke rumahnya. JJ terpaksa menanti seketika dan mengurangkan tekanan tali. Tidak lama kemudian, pemangsa keluar dan aksi tarik-menarik pun bermula. Rupanya kerapu bol bersaiz 1.7 kg punya angkara. Senyum lebar JJ dibuatnya.


12 10. Anak sungai yang memasuki

Sg. Sempadi ini adalah salah satu singgahsana siakap.

11. Siakap

merah yang rakus membaham Z-Man Swimmer.

12. S.P amat berkesan kerana

mampu menerobos reba padat sarang pemangsa.

11

13. Kerapu panau daripada JJ.

Kemunculan Raja Muara Tepat 11 pagi, joran Abg. Usup disentap sekali lagi tetapi tidak sekasar yang pertama tadi. Lenturan joran memperlihatkan seolah-olah menahan sesuatu yang berat. Sekelip mata, pemangsa meluru keluar dari reba dan memecut ke tengah sungai. Aksi akrobatik pemangsa yang tidak lain tidak bukan ialah siakap. Pertarungan tidak mengambil masa lama, dan sebaik sahaja spesimen 3 kg itu berjaya didaratkan, riuhrendahnya kami dibuatnya. Tidak berapa lama kemudian, bot yang dinaiki Kama, Midan dan Abg. Apai melalui kami dan berhadapan dengan reba. Di sana, Midan berjaya menarik keluar siakap 2 kg, manakala saya pula hanya baby siakap. Kami berehat makan tengahari sambil berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing. Nasib baik kami bawa banyak bekalan air, dek kerana cuaca panas jerebu yang cepat menghauskan rongga tekak.

Trofi Ibu Siakap Petangnya kami memulakan perjalanan berhanyut ke hilir. Kami melewati banyak anak sungai dan setiap lubuk berpotensi kami akan cuba. Ketika sedang asyik melontar gewang dan bercerita dengan rakan-rakan, gewang Max disambar ikan. Dengan sekelip mata, pemangsa telah berada di tengah sungai. Pemangsa menampakkan dirinya dengan satu lompatan tinggi ke udara. Ibu siakap putih! Beberapa lompatan susulan dan pelbagai aksi akrobatik kami saksikan. Kami semua memberi semangat kepada Max dan beberapa arahan supaya siakap tersebut mudah didaratkan. Beberapa minit kemudian, ibu siakap itu berjaya ditundukkan. Ia mencecah skala 8 kg! Kami terus berhanyut sehingga tiba ke muara sungai. Muara Sg. Sempadi memang kaya dengan dengan pelbagai spesiesnya ikannya. Saya telah mendaratkan beberapa ikan siakap merah dan tanda bersaiz tapak tangan dengan S.P kecil.

13 SIRIP 23


Kuching Estuary Heaven

14 14. Siakap merah pertama saya. Puas hati!

15

Siakap Penutup

tercipta. “Yes! Yesss!� teriak Kama. Kami mengambil keputusan untuk balik, dan tepat jam 6 petang, kami sampai ke jeti Kg. Sempadi. Kami sempatlah bergambar dan berkongsi cerita kami semua dengan penduduk kampung. Kepuasan jelas terpapar di wajah masing-masing.

Jam 5.30 petang, air mula beransur

15. Jenahak juvenil yang gelojoh pa-sang, dan arus bertambah laju. Sedang nak tibai gewang besar.

asyik melontar gewang, saya melihat Kama dengan perlahan menurunkan hujung

16. Siakap merah memang suka jorannya dan melakukan satu sentapan yang gewang warna terang.

17. Ikan

memecut ke tengah sungai, pastinya siakap!

18. Reba sebegini jarang mengecewakan.

kuat. Joran Major Craft Volkey 10 - 16 paun melentur hingga mencecah ke air.

Kesimpulan

Dengan pengalaman yang ada, Kama tidak menghadapi masalah menjinakkan pemangsa yang rupa-rupanya ibu siakap berskala 6 kg. Satu lagi rekod peribadi telah

Keputusan trip kami ini bolehlah dibanggakan walaupun misteri sang pembuli belum

17

16

24 SIRIP

18


19 terjawab. Kami pun tidak sangka lubuk-lubuk lama masih dihuni pemangsa yang ganas, selain banyak juga siakap si raja muara yang menyambar gewang kami kali ini. Selain faktor rezeki, usaha yang gigih, kerjasama, dan toleransi di kalangan ahli trip-lah yang banyak membantu kami mem-

20 perolehi keputusan yang baik.

19. Sepul Wak dengan kerapu

Ternyata Sg. Sempadi tidak menghampakan. Ia sememangnya layak diangkat sebagai sungai terbaik berdekatan bandaraya Kuching yang mampu menggigilkan tangan dan lutut pengilat atau caster kental!

20. Spesimen ibu siakap yang

yang membaham Shad Rap-nya.

Rapala

menjadi trofi Erman Max... tahniah!

- SIRIP -

SIRIP 25


Darwin Outback Adventures (Part 2) 2

1

3

26 SIRIP


Teks & Fotografi : SPIKE FARIQ

Indah Biru Laut DARWIN Kembara Bumi Darwin Episod 2

Tekong, Pegawai Perikanan & Jurugambar Keesokan paginya kami dijemput George untuk meneruskan ekspedisi menjelajah spot pancingan terbaik Darwin. Tekong yang akan membawa kami menduga perairan Darwin untuk kaedah jigging kali ini ialah seorang pegawai tinggi Jabatan Perikanan Darwin iaitu Peter Zeroni. Bukan sekadar itu sahaja, Peter seorang yang gila fotografi! Beliau sanggup berhenti di pertengahan perjalanan hanya untuk mendapatkan shot matahari timbul! Di sini semua bot yang digunakan diperbuat daripada aluminium. Jadi tidak hairanlah jikalau topi anda terbang setiap kali bot memecut laju. Agak cemburu dengan industri pancing di sini yang berkembang pesat sehinggakan setiap rumah mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah bot pancing aluminium. Industri pembuatan bot aluminium di sini terlalu besar dan mampu dimiliki setiap pemancing. Di Australia, memancing dianggap sukan dan hobi yang menjana ekonomi negara. Ekoran itu kerajaan Australia menggalakkan

industri memancing dan menyediakan sega- 1. Diberi peluang untuk menla prasarana yang diperlukan pemancing. cuba, tak perlu tunggu lama untuk mendapatkan lesen Ya, undang-undang memancing di sini pertama! amat ketat, dengan bag limit-nya, dengan zon memancing yang terhad, dengan spot- 2. Sesi mencari tenggiri Darcheck bagai, tetapi ia boleh diterima setiap win. Senang-senang dapat pemancing di sini, dan ia diterima dengan saiz begini dengan sinking tangan yang terbuka! minnow. Penguatkuasa di sini? Tak perlu pegawai perikanan atau maritim meronda sepanjang 3. Perbezaan antara Crevalle jack yang kekuningan (kiri) masa. Kerana jikalau terdapat kesalahan dan gerepoh (giant trevally yang dilakukan, pemancing sendiri akan / G.T) ambil tindakan dengan menegur. Dan jika ia tidak diendahkan, terus dilaporkan kepada pihak berkuasa. Setiap pemancing tahu tanggungjawab masing-masing demi menjaga kepentingan hobi mereka!

Spot Gerepoh Gila Tiba di spot yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari jeti memang best! Tapi disebabkan faktor angin, perjalanan agak menyakitkan pinggang. Kebanyakan spot memancing air masin di Darwin tidak dalam. Dengan kedalaman hanya 30 - 40 kaki, setiap umpan atau jig yang diturunkan pastinya bersambut. Di sini SIRIP 27


Darwin Outback Adventures (Part 2)

4

Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah setiap pemancing atau pengendali bot di Australia wajib memuat turun sebuah aplikasi pintar (Apps) yang dipanggil My Fishing Mate Pro Australia. Dalam apps ini, ia menerangkan segala jenis undang-undang yang mesti dipatuhi dan juga mempunyai sistem GPS (sistem penempatan global), yang mana ia akan menunjukkan zon yang dibenarkan atau pun tidak! Selain anda boleh mengenal pasti zon, peraturan bag limit (had jumlah ikan tangkapan yang dibenarkan untuk dibawa balik), spesies dan saiz yang dibenarkan juga ditunjukkan dalam Apps ini, sangat canggih! merupakan tempat terbaik bagi Terry menguji setiap set jigging prototaip terbaru Pioneer. Mana taknya... setiap kali turun jig, pastinya gerepoh ekor kuning menyambut. Baru 3 kali henjutan, pastinya drag menangis dan skala saiz gerepoh di sini dari 6 - 10 kg! Sejam di spot pertama, bagaikan sudah seharian memancing. Patah pinggang tester Pioneer dibuli trevally ni! Penggunaan joran PE 1 - 3 ke atas disarankan jikalau anda teringin untuk mendaratkan spesies ini. Seperti terkena makjun tongkat ali,

5

8

6

28 SIRIP

7

9


10

11 13

12 tadi merupakan spot tenggiri? Dekat bona!

walaupun saiznya sekadar 6 - 10 kg, namun kekuatan mereka ternyata berlainan dengan G.T yang biasa kita hadapi. Selepas merasakan footage mencukupi, terasa gatal tangan ingin mencuba. Belum sempat jig, dah kena hentam! Sekarang cameraman pula dibuli, padan muka! Tapi lesen G.T Darwin sudah dalam tangan, saya dah ada, anda dah ada ke belum? Ternyata perkakasan jigging prototaip yang dibawa Terry adalah sesuatu yang harus dimiliki.

Melepas Kari Kepala Tenggiri Selepas puas dibuli gerombolan G.T, “You want more mate?� itulah yang ditanya Peter kepada kami berdua, bak kata orang Kedah “Rugi mampoih tak pi!� Kali ini sasaran kami ialah sang torpedo tenggiri batang, spot yang hanya 40 meter dari spot gerepoh

4. Air surut di Blue Holes.

Penggunaan set mengilat offshore digal- 5. Sebab mengapa digalakkan akkan dengan sinking minnow untuk menjermemancing ikan demersal di at si gigi pisau. Seperti biasa, kawasan ini kawasan cetek! KAYA dengan tenggiri, setiap lontaran pasti6. Papan tanda di setiap jeti, nya ada tenggiri yang hentam. betapa ketatnya undangDi negara-negara barat, mereka lebundang demi menjaga keih suka fillet untuk daging daripada tulang. lestarian hidupan marin. Setiap ikan yang dinaikkan pastinya akan melalui proses bleeding, kemudiannya di-fil- 7. Wajib ada bagi pemilik bot! let untuk dagingnya sahaja. Tenggiri yang 8. Peter Zeroni, pegawai periingin dibawa balik terus di-fillet Peter. Terakanan yang bertanggungsa sedih bila lihat kepalanya dipotong dan jawab ke atas seksaan kami dibuang begitu sahaja. Hai... melepas la kari dibuli geropoh! kepala tenggiri malam ni. Namun sistem fillet dan siang ini ada ke- 9. Walaupun hari Isnin, masih ramai turun memancing. baikannya. Ini kerana segala proses siang ikan dilakukan terus di dalam bot. Bahagian 10. Tenggiri internasional katayang tidak perlu dibuang terus ke dalam laut. nya! Secara automatiknya tak payah penat siang Set ultra ringan bagi merasai ikan bila tiba di rumah, hanya bawa balik isi 11. nikmat memancing. yang dah siap dipotong dan masak sahaja. 12. Saiz begini bukan masalah.

George Si Pakar Jenahak

Dennis Smart dengan gerong Keesokan harinya kami dibawa George 13. belangnya. untuk sesi mencari ikan demersal yang digiSIRIP 29


Darwin Outback Adventures (Part 2)

16

14

17 lai pemancing dasar di sini iaitu jenahak (golden snapper) dan ibu gelama (jewfish). George seorang pemancing yang agak veteran, tetapi memang otai, dan spot yang dibawanya semua ‘berisi’. Mana taknya, baru tiba spot selama 30 minit, kami telah pun mencapai bag limit yang ditetapkan iaitu 13 ekor jenahak berukuran lebih 40 cm! Dan apa yang menarik mengenai spot ini ialah airnya hanyalah berkedalaman 5 meter! Kalau di Malaysia, nak dapatkan jenahak bersaiz 4 kg ke atas, kena pergi jauh dan air yang dalam dengan slow pitch bagai. Di sini shock leader (perambut) masih kelihatan dah boleh dapat jenahak, merapu betul!

15

18 14. Bayan di air paras buku lali! 15. Lesen jenahak Darwin. 16. George amat pakar dalam pancingan dasar.

17. Double hook-up perkara biasa di spot George.

18. Terry, George dan saya. 19. George

cukup bencikan G.T, baginya ia ikan yang menyeksakan.

30 SIRIP

19


Set Slow-Pitch Jigging 1. 2. 3. 4.

Joran Pioneer Jig Force Slow Pitch BC 641 PE 1.5 - 3 Kekili Pioneer Altitude BC Reel ALT BC 301 Tali Pioneer Estuary PE 1.5 8 carries pro braid Perambut Pioneer Invinsible Fluorocarbon 30 paun

Set Popping Ringan

20

1. 2. 3. 4.

Joran Pioneer Dog Tooth Light SP 732 PE 3 Kekili Pioneer Rexo 4000 Tali Pioneer Estuary PE 3 Perambut Pioneer Invinsible Fluorocarbon 40 paun

Set Jigging Ringan

21

1. 2. 3. 4.

22

Tapi percayalah ini semua adalah hasil daripada kerjasama pemancing dan pihak Perikanan Darwin. Di sini mereka menggalakkan pancingan ikan karang di kawasan bawah 10 meter. Ini kerana apabila air melebihi had ini, ikan yang dinaikkan akan mengalami ‘barotrauma’, iaitu pecah pelampung dalaman. Memandangkan mereka mempunyai bag limit dan saiz yang dibenarkan, ikan yang tidak mencapai tahap dibenarkan mestilah dilepaskan semula dalam keadaan baik. Sekiranya kerap mendapat ikan kecil, anda dinasihatkan bertukar ke spot lain! Apa yang menariknya, pemancing di sini patuh pada arahan atas dasar cintakan hobi mereka dan masa depan dunia pancingan Australia. Salute!

Joran Pioneer Jig Force Light Jig SP 631 PE 0.8 - 2 Kekili Pioneer Rexo 3000 Tali Pioneer Estuary PE 2 Perambut Pioneer Invinsible Fluorocarbon 30 paun

Menerokai Dunia Blue Holes Hari terakhir kami sepatutnya dengan Peter Zeroni, namun disebabkan beliau mengalami kesukaran, kami dibawa oleh Dennis Smart semula. Kali ini Dennis ingin membawa kami ke spot muara yang penuh dengan terumbu karang cantik dan hidup aman tanpa sebarang gangguan iaitu Blue Holes. Di spot ini, kami teramat cemburu dengan apa yang mereka miliki. Kawasan paya bakau seperti di Kong-Kong, Johor dipenuhi dan bersepah dengan karang hidupnya. Amat jakun pertama kali terlihat penyu berenang-renang gembira, hinggalah bosan melihat penyu yang terlampau banyak! Sampah seperti plastik, getah atau apa sahaja, jangan harap dapat jumpa. Kerapu dan ketarap saiz hidangan amat senang di-

20. Reka bentuk kekili Pioneer + yang menarik, kuat dan 21. yang penting mampu milik. 22. Prototaip joran dan kekili dari Pioneer Tackle yang bakal diuji.

23. Matahari terbit di kota Darwin.

“Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

23 SIRIP 31


Darwin Outback Adventures (Part 2) 25

24 24. Catch & release... 25. Joran Pioneer PT Jig Force

PE 1 - 3 untuk slow jigging diuji sepenuhnya.

26. Sejam di spot pertama, ba-

gaikan sudah seharian memancing. Patah pinggang asyik dibuli trevally!

pancing menggunakan soft plastic pada kedalaman buku lali, tak perlu susah-payah atau panjang lengan casting. Nampak sahaja ikan, baru cast! Dan pastinya bersambut. Saya pasti, jika anda berada di tempat saya, anda juga akan membuat perbandingan dengan situasi yang terjadi di negara kita sendiri.

Kita Boleh Lakukannya Pengalaman yang dilalui selama 6 hari memancing di Darwin NT Australia adalah sesuatu yang teramat berharga pada diri saya yang selama ini menjelajah seluruh pelosok Asia. Namun apa yang dipelajari di sini, amat jauh berbeza berbanding trip-trip lain. Di sini saya pelajari bahawa tugas menjaga hobi kita bukanlah dengan berharap 100% kepada penguatkuasa, tetapi inisiatif sendiri. Lupakan sifat tamak haloba, tapau tak ingat dunia, gilakan glamour dan like di Facebook untuk hasil tangkapan yang meriah, dan cubalah berubah untuk menghargai khazanah yang kita masih ada entah berapa lama lagi sebelum pupus. Berhenti menunding jari salah siapa semua ini terjadi, tapi motivasikan diri kita dan kawan-kawan yang berada di sebelah kita. Jangan malu menegur kawan yang membuang sampah atau melakukan kerosakan secara suka hati di laut, hutan, tasik atau pun sungai, kerana kalau bukan kita yang menegur, siapa lagi? Saya memetik petikan sebuah hadis yang mengatakan : “Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya.� (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Di sini tertulis bahawa kita manusia sendiri yang diberi amanah untuk menjaga bumi ini. Ekoran hobi kita yang dekat dengan alam, adalah baiknya kita yang memulakannya. Kerana saya percaya, kita masih boleh lakukannya! Terima kasih Pioneer Tackle, Terry Chin, George, Dennis Smart dan Peter Zeroni kerana memberi peluang untuk saya melihat dunia luar dan memberi pengalaman yang tak ternilai. Ternyata ia menyentuh hati saya untuk berkongsi bersama pembaca SIRIP apa yang boleh kita lakukan untuk industri pancingan di Malaysia!

26 32 SIRIP

Nantikan DVD kembara Ke bumi Darwin dalam Ikan Terhandal Malaysia! - SIRIP -



Fishing & Conservation Program

MENDIDIKUSIABUKANPENGHALANG

1

S

ikap rakus bertakhta nafsu dorongan sifat tamak tanpa mempedulikan risiko yang bakal menimpa makhluk lain adalah sesuatu yang terkeji. Walaupun sesetengah kita sedar manusia lahir dengan fitrah, tetapi landas perjalanan hidup sudah digariskan berteraskan pegangan agama. Apatah lagi kita yang mengaku muslim menjunjung Al-Quran sebagai pedoman hidup atau mana-mana agama di dunia fana ini sama sekali melarang daripada melakukan kerosakan di muka bumi. Kenapa ini terus berlaku? Tangan kitalah yang terlibat sama dalam memporak-perandakan kehidupan tanpa sedar. Alam semakin rakus dinodai tangan-tangan hitam yang pentingkan keuntungan tanpa pedulikan akibat, terus menutup musabab dan membutakan sebab. Sampai bila kita perlu meratap tangis, walhal diri sendiri terus memeluk tubuh.

2

Kolaborasi Mesra Alam Tuah sekali lagi menyebelahi Kelab Sukan Dan Rekreasi Pasir Mas Caster (PMC) apabila kami dijemput dalam program Jejak Mesra Alam Sekitar 2015 oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional sebagai ‘guide’ dan tutor bagi membimbing dan menerangkan pentingnya rantaian alam kepada manusia. Program ini mendapat sokongan dan tajaan Mustad Asia And Oceania. Sebilangan pegawai terlibat dalam program dua hari ini dan PMC akan mengendalikan aspek tunjuk ajar dan logistik. Tasik Temengor dipilih kerana bertepatan dengan tujuan program. Lokasi yang masih banyak belum terusik walaupun sebahagian sudah dijarah pembalakan, jadi ia lebih menyenangkan kami memaparkan kepada peserta akan realiti .

3

Chalet Mat Shah sebagai tempat penginapan peserta di mana malamnya kami menerangkan tentang aktiviti memancing secara tidak formal. Kebanyakan peserta memiliki hobi hanyir ini, cuma tidak terjerumus dalam dunia mengilat. Lalu kami memberi tunjuk ajar serta penerangan penggunaan gewang dan teknik mengilat serta beza jenis kekili dan joran mengilat. Apabila asas dah ada, lebih mudah kerana dunia memancing dan alam semulajadi memang tidak boleh dipisahkan. Dengan harapan ia akan dibawa ke peringkat RT (rukun tetangga) bagi menjaga keharmonian alam daripada pencerobohan hutan, kecurian pasir sungai serta pemburuan tidak berhemah seperti bom, racun tuba atau karan ikan. Sekurangnya-kurangnya pihak RT turut terlibat menjadi mata dalam pencegahan dan beker-

34 SIRIP


Teks & Fotografi : HANUMEI IKE

5

4 jasama dengan pihak berkuasa.

Serampang Dua Mata Seawal pagi kami meninggalkan chalet menuju Kem Giat Mara terletak bertentangan muara Air Dot, kemudian ke Air Sara bagi menunjukkan aktiviti dan kemusnahan yang berlaku di sana. Kami mulakan aktiviti mengilat agar pe-serta merasai karan spesies yang rakus menyambar gewang. Dengan merasai terus di tangan, ia membezakan cara pancingan dasar yang banyak bergantung kepada tumpuan gerakan hujung joran mahupun bunyi loceng apabila dipacak. Bot Tuan Lupey merekodkan tangkapan pertama apabila peserta di bawah kendaliannya mungkin mencipta rekod pertama peri-badi dengan seekor tilapia! Bot yang dipacu saya terus menuju kehulu sungai. Bila diperhatikan kuak-kuak di celahan rumpai air, saya meminta Bee Bluka sebagai pembantu penolong pegawai di Jabatan Perpaduan membuat lontaran menggunakan jump frog.

ingin diterapkan ialah peranan sungai dan 1. Peserta Jejak Mesra Alam Sekitar daripada Jabatan Perpenjagaan sumber air kepada manusia. paduan Negara Dan Integrasi Aliran sungai tidak dimanfaat dengan Nasional, dibantu oleh ahli betul dan lebih teruk apabila digunakan sePMC sebagai guide dan tutor. bagai saliran pelupusan sampah dan toksik dari industri. Bagaimana dengan kehidupan 2. Haruan dan toman, spesies + snakehead yang masih tinggi air? Semuanya akan kembali kepada kita. 3. populasinya di Temengor. Andainya kehidupan air mati akibat toksik, bermakna rantaian kehidupan air se- 4. Kemeriahan sebarau mengmakin pupus dan sumber makanan manusia + gambarkan ‘tahap kesihatan’ turut sama terjejas. Sekiranya hidup da- 5. yang baik di badan air ini. lam air beracun, pasti ia sudah imun dalam toksik dan kita memakannya sebagai sumber 6. Kain pemidang program kami. makanan tanpa sedar turut menelan sama racun yang terkandung dalam badan ikan. 7. Pertama kali kami saksikan spesies asing tilapia meligan Intipati ini perlu dibawa ke kampung. gewang di Temengor. Fungsi dan tugas RT (rukun tetangga) bukan sahaja mengawal keselamatan dan keharmonian penduduk, malah diterapkan kebajik-

Beberapa kali sambaran dibuat mangsa sehinggalah mata kembar menembusi rahang haruan. Bila melihat peserta lain teruja, saya memberi isyarat kepada guide lain agar memberi sedikit masa kepada peserta untuk berseronok sebelum dibawa ke kem.

Sungai Ular Pada hari kedua, kami tertumpu ke lokasi Sg. Ular. Selepas bot melepasi Pulau TNB, kami berpecah dan akan berjumpa kembali pada waktu tengahari. Walaupun kelihatan lebih kepada mengilat, hakikatnya apa yang

6

7

SIRIP 35


Fishing & Conservation Program

8

9

10 8.

9.

Bagaimana rakusnya ikan menyambar gewang yang dirasai terus di tangan membezakan pancingan dasar yang bergantung kepada deria mata untuk melihat gerakan hujung joran. Banyak pula haruan yang kami temui di suak dan garang mengejar jump frog.

10. Ini baru karan bila kena mama toman!

11. Kem Giat Mara bertentangan

muara Air Dot sebagai persinggahan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Air Sara bagi menunjukkan aktiviti dan kemusnahan akibat pembalakan yang berlaku di hulunya.

36 SIRIP

an, kesihatan serta kesejahteraan ekonomi dan kualiti di kalangan anggota masyarakat. Masyarakat perlu membuka mata dan sedar, sampai bila pihak berwajib perlu terus membelanjakan wang ringgit bagi member-sihkan sungai akibat kerakusan kita, sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan yang lain. Di sungai yang bersih tanpa dinodai, lain pula yang teracun. Para peserta mula selesa dan memahami kaedah mengilat apa lagi bila berjaya menewaskan sebarau dan toman. Ku Yie seorang pegawai, rupanya peminat tegar haruan dan tidak mahu berganjak melayan berbelas ekor haruan. Bila diajak cari seba-rau, ditolaknya mentah-mentah!

Integriti & Peranan Masyarakat Kita sebagai pemancing boleh memulakan semua ini dengan menunjukkan moral yang terbaik dalam aspek pemuliharaan alam. Masyarakat kita perlu terus dibimbing dan diberi kesedaran.

11 Sekiranya penambahan populasi manusia yang sedar akan kepentingan pengurusan dan pemuliharaan alam, ia suatu kebaikan bagi kita menikmati imbuhan alam ini dengan berterusan. Tetapi sekiranya yang bertambah adalah mereka yang kurang sedar, bermakna kualiti kehidupan kita turut terjejas. Saya berharap apa yang dikongsi bersama peserta sepanjang program ini dapat diketengahkan kepada masyarakat setempat agar menjadi lebih cakna dalam isu penjagaan anugerah alam, dan sebaiknya dapat dimulakan daripada peringkat kehidupan di kampung lagi. Membentuk atau mendidik masyarakat adalah tanggungjawab kita bersama, tanpa perlu mengharapkan pihak berwajib semata-mata. - SIRIP -



Memories of Canal Fishing 1

1. Jelapang negeri Selangor. Ta-

li air di sekelilingnya adalah singgahsana puyu, sepat, belut, haruan dan pelbagai spesies asli kampungan.

2. Saiz begini sudah syok layan pakai joran teleskopik.

3. Pertahanan diri puyu dengan mengembangkan sirip dan operkulum (penutup insang) yang tajam.

S

ekeping gambar dari seorang sahabat menunjukkan puyu sebesar tapak tangan menyebabkan saya menggelabah puyuh seketika‌ dan memori seorang anak kampung picisan menerjah kembali untuk mencarinya. Tapi di mana ya? Ikan puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar asli yang masih banyak terdapat di negara kita, terutama di tali air dan paya. Agak unik kerana ia mampu bertahan tanpa air untuk sejumlah masa dan berkebolehan bergerak di daratan menggunakan sirip dada dan ekor. Bagi segelintir orang Melayu, ikan ini dikatakan mempunyai ‘mitos’ iaitu mampu menghalang niat jahat manusia luar jika dipelihara di dalam rumah.

Jelapang Sungai Besar

2

Jelajah saya kali ini tertumpu di daerah Sungai Besar, Selangor yang majoriti geografinya diusahakan dengan kawasan penanaman padi dan ladang kelapa sawit. Sepanjang perjalanan menuju ke kawasan ini menempuhi pekan Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan pandangan kita tertumpu dengan keindahan dan kehijauan jajaran jelapang padi sebaik tiba di Sungai Besar. Taburan tali air utama yang tersusun sangat menarik. Berdasarkan maklumat Cikgu Ijat, terdapat pelbagai spesies ikan tempatan di dalamnya. Antaranya sepat ronggeng, haruan, keli asli dan kaloi. Namun untuk menduganya, haruslah bijak mencari lokasi kerana tali air utama ini juga mengalami tekanan akibat aktiviti menjaring. Perkhabaran duka saya terima kerana lokasi dirancang telahpun dilawati oleh geng penjaring. Namun Cikgu Ijat menenangkan saya dengan mengajak ke cabang tali air di kawasan ladang kelapa sawit.

3

38 SIRIP

Perjalanan diteruskan dan kami menduga setiap cabang tali air yang dilalui. Spesies bernama mat saleh climbing perch ini berkumpulan kecil, jadi agak kerap juga


Teks : KAMARUL HISYAM 5

4

4. Hasil yang dikira memuaskan. Namun, janganlah puyu disisihkan kerana ia juga mampu memberi satu kepuasan 5. Adakah anak-anak desa setersendiri dan menggamit kembali memori karang mempedulikan hidujiwa seorang anak kampung picisan. pan air di tali air sekitar kampungnya? Atau mereka turut Saya juga berharap aktiviti pertandingan memancing bagi kawasan tali air sebegini sama terpengaruh dengan dapat diperbanyakkan pada masa akan datang gajet zaman moden? oleh pihak tertentu. Kalau di Eropah mereka Pilih saja tali air mana yang 6. ada spesies roach.. kita ada spesies puyu! + anda mahu duga sang puyu Terima kasih Cikgu Ijat kerana sudi men- 7. di Sungai Besar, Selangor ini. jadi guide dan juga Guvnor dari Supertackle Tiada siapa akan menghalang (Facebook - Supertackle) kerana sudi menaja anda. sebahagian aksesori pancingan untuk trip ini. Puyu bagak dari Cikgu Ijat 8. Sungai Besar... saya pasti akan kembali lagi yang membuat saya geram. untuk menggamit memori zaman kanak-kanak. Jom back to basics! Selamat berpelampung.

man, ia ibarat ‘langit dan bumi’.

kami terpaksa berpindah-randah. Jika tiada ragutan selepas beberapa ekor dinaikkan, kami berpindah. Apabila berjaya menaikkannya, ikan ini akan mengembangkan penuh sirip atasnya. Hati-hati, kerana ia sangat tajam tapi tak berbisa.

‘Roach’ Malaysia Bercerita tentang umpan, cengkerik dan cacing tanah yang paling sesuai. Pernah saya dengar cerita tentang keberkesanan umpan rebusan telur kerengga, tapi rasanya macam leceh la pulak nak mencari dan menyediakannya. Lagipun saya tak rela nak kena gigitan kerengga ni. Sakit ooo... Seharian menduga, terpancar kepuasan buat diri saya secara peribadi. Memang, kalau hendak dibandingkan ikan ini dengan game fish tempatan seperti sebarau atau to-

6

Fotografi : KAMARUL HISYAM & CIKGU IJAT

- SIRIP -

7

1. Memandangkan spesies puyu ini bersaiz kecil, gunakanlah set ultra ringan. Joran teleskopik amat sesuai.

2. Gunakan tali mono yang berdiameter halus dan mata kail kecil Mata kail boleh disambungkan terus pada tali utama ataupun pada perambut.

3. Sekiranya terdapat kawanan keladi bunting, cuba tinjau sekiranya ada lompong-lompong yang terbuka. Kalau terjumpa, cubalah di situ.

4. Sekiranya menggunakan pelampung, tinggalkan hanya sedikit

hujung pelampung untuk getuan sensitif. Pastikan kedudukan tip’ pelampung berada dalam keadaan tegak dan tidak terbaring di atas permukaan air. Gunakan batu kapit untuk menstabilkan kedudukan pelampung.

5. Kepada yang lemah semangat terhadap pacat (macam saya), pastikan kawasan anda itu BEBAS dari pacat tau... hehe... - SIRIP -

8

SIRIP 39


Industry Info

INNO : SISTEM RAK KERETA & JORAN YANG INOVATIF Jenama Inno sebenarnya telah berusia hampir 50 tahun. Tidak hairanlah ia pakar dalam reka bentuk aksesori kereta dengan ciptaan yang paling inovatif dan berteknologi terkini bagi kemudahan peminat sukan yang aktif, termasuk kaki pancing...

J

enama Inno lahir pada tahun 1966 di Jepun yang pada mulanya mengeluarkan alas kepala kerusi kereta di bawah syarikat Car Mate , dan kini mereka adalah pengilang terbesar dalam aksesori automotif di Jepun. Ia menguasai kira-kira 70% pasaran domestik Jepun dalam industri rak kereta, serta paling komprehensif untuk hampir semua jenis kereta, sama ada baru atau lama. Hari ini, Inno bukan sahaja mempunyai fasiliti pengilangan di Jepun, malah di China dan Amerika Syarikat bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi di seluruh dunia. Berita baik buat rantau ini ialah apabila pada awal 2015, Sea Tackle Petaling Jaya telah dilantik Inno sebagai pengedarnya di Malaysia dan Singapura untuk mengembangkan produknya ke Asia Tenggara.

Menurut Mashahiro Honjo, pengurus jualan Car Mate, pihak Inno percaya mereka mampu menembusi pasaran di Malaysia dan Asia Tenggara kerana inovasi aksesori mereka amat disenangi dan memenuhi kehendak pemancing Mashahiro Honjo (kiri) bersama ketua reka bentuk produk Inno, Toyohisa rantau ini. Ini khususnya bagi kaki pancing yang gemar membawa bot di atas kereta apabila Kinouchi menerangkan tentang kelebihan produk Inno di Sea Tackle. mereka mempunyai sistem car roof rack inovatif yang memudahkan bot diangkat naik ke atas kereta serta car rod holder yang merupakan rak dalaman kereta untuk meletakkan joran dengan kemas dan selamat bagi perjalanan jauh. Reka bentuk sistem rak Inno telah diuji dengan kecekapan dan ketahanan yang tinggi untuk memastikan ia dapat melindungi kargo dan kenderaan dalam apa jua situasi yang lasak. Ini termasuklah ujian makmal dengan sinar UV dan ujian semburan garam yang mencabar. Inno sentiasa mengutamakan keselamatan dan ketahanan produknya secara serius, dengan perhatian terhadap perincian produk dan keserbagunaannya. Untuk maklumat lanjut tentang produk Inno, lawatilah galeri Sea Tackle Sdn. Bhd. di Petaling jaya atau hubungi : 03-7875 9888. - SIRIP -

Beberapa produk inovasi Inno yang pastinya meruntun keinginan anda kerana memberi kemudahan yang berkesan buat pemancing seperti car roof-top rack roller system, in-car rod holder system, fishing rod case dan float boat.

40 SIRIP



Sabah Inshore Hotspot 1

Pembaham besi Kuala Abai

KUALA ABAI

usah diabai

2

P

erjalanan ke Kuala Abai hanya kira-kira 35 minit menggunakan kereta, ia boleh dikatakan agak dekat dari pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah. Namun ia masih menyembunyikan takat-takat (lubuk) yang terbentang hingga ke Pulau Mantanani dan laut pelantar minyak St. Joseph. Selain itu, terdapat sisa dua buah kapal Perang Dunia Kedua yang terbaring di lantai laut ini dan menjadi jerumun pelbagai spesies berkualiti, khususnya ebek apabila musimnya tiba.

Racun Jigging Setelah sekian lama disajikan DVD dan artikel majalah yang menampilkan aksi-aksi jigging sukses ‘giler’ di perairan negara, rasa teruja pula untuk beraplikasi dengan kaedah ini. DVD SIRIP terdahulu, dimainkan semula dengan lebih kerap untuk meningkatkan pengetahuan dan tahap keracunan. Tambahan pula, teknologi internet menyediakan terlalu banyak bahan berkaitan persediaan jigging aksi ringan untuk dipelajari. Medium ini secara tidak langsung menjadi guru. Aspek teknik dan persediaan untuk jigging mula ditelaah dan dipraktiskan. Ledakan jigging telah mendorong kedai pancing di sekitar Kota Kinabalu sentiasa menambah dan memperbaharui stok peralatan. Sejak mula lagi pasaran peralatan untuk kaedah ini didominasi para pengeluar jenama tersohor. Tetapi kini terdapat banyak pilihan mampu milik yang berkualiti. Semua pilihan tertakluk kepada kemampuan anda berbelanja dan pemilihan set jigging ringan amat penting supaya anda larat mengunjun sepanjang hari. Kunci kejayaan kaedah ini ialah kerajinan, ketabahan dan kesabaran.

Unjun Berhanyut Di lokasi pilihan, tekong D’Lagu yang top di Kuala Abai akan mengesan arah tiupan angin dan pergerakan arus sebelum menentukan kedudukan bot. Bot akan dihentikan kira-kira 50 meter di atas arus dengan jangkaan ia akan melalui tepat di atas jasad kapal karam atau takat di dasar berpandukan koordinat GPS. Oleh itu, pengunjun yang peka perlu bersedia lebih awal dengan memilih berat jig yang sesuai mengikut kelajuan pergerakan arus.

3

42 SIRIP

Saya dapati spesies ebek lebih gemarkan pergerakan jig yang perlahan, begitu juga spesies demersal yang lain. Mengaplikasikan pendapat ini, jig perlu diturunkan hingga ke dasar dan hanya aktif dimainkan secara perlahan dalam zon 10 kaki dari dasar. Pastikan jig diunjun perlahan dengan pelbagai ritma dan sentiasa berada dalam zon sambaran.


Teks & Fotografi : LEMPAYUN

1. Landskap darat Kuala Abai

yang berlatar belakang Gunung Kinabalu sememangnya sentiasa memukau pandangan setiap pemancing.

2. Pengunjung

kapal karam yang suka mengejar dan merembat jig secara berkumpulan dalam jarak hanya beberapa kaki dari bot.

3. Tenggiri gergasi 15.8 kg di

Takat Tunggul, rekod terbaik saya dengan unjunan laju jig seberat 40 gram. Memang ‘sandi’ (terlampau) pecutan pertamanya apatah lagi dilayan dengan joran Maguro Sensation PE 1.5.

4. Identiti

penunggu misteri yang mungkin telah membenamkan puluhan jig di struktur kapal karam akhirnya terbongkar.

5. Strike

pertama penghuni kapal karam berjaya menghabiskan tali 20 paun sepanjang 130 meter dari kekili Shimano Nasci 3000 saya dan memboloskan diri di struktur besi tenggelam yang berceranggah. Hanya strike ke-4 menyaksikan ebek ini menjadi trofi peribadi.

4

Kapal Karam & Takat Tunggul Spot kapal perang tenggelam adalah lokasi wajib dikunjungi ketika musim ebek tiba, yang kebiasaannya pada awal bulan Mac. Berita gerombolan ebek menyerang ini akan cepat tersebar dalam setiap group media sosial para pemancing. Ketika ini, bot sewa D’Lagu akan sentiasa penuh dengan tempahan. Walau bagaimanapun, timbunan besi di dasar laut sentiasa menjadi penyelamat kepada ebek yang terjerat dek unjunan jig. Sati lagi hotspot ialah Takat Tunggul kira-kira 25 minit perjalanan dari Takat Kapal Karam tadi. Kaedah berhanyut menjadi pilihan di takat yang dianggarkan berkeluasan 100 kaki persegi ini. Puncaknya yang hanya berkedalaman belasan meter mula menurun hingga 58 meter adalah sarang kepada para spesies pembaham besi. Biasanya tanpa menunggu lama, penghuni Takat Tunggul cepat bertindak balas dengan menyerang jig-jig yang diturunkan. Suasana double dan triple hooked-up kerapkali berlaku. Apabila bot hanyut terlalu jauh dari lokasi, tekong akan mengemudi bot kembali mengikut laluan asal. Saya sendiri pernah alami, apabila jig 40 g yang baru melepasi pertengahan air disergap kasar oleh tenggiri monster. Kekuatan joran Maguro Sensation PE 1.5 teruji manakala tali sulam PowerPro Slick 20 paun lebih separuh hilang dari gelendong. Memang tidak adil apabila set jigging ringan bertemu pemangsa bagak. Kekili hanya boleh dikarau apabila pemangsa menghentikan larian. Selebihnya hanya mampu bertahan dan berdoa agar perlawanan bertahan lebih lama.

Bukit Batu Setelah hampir seharian bermain di takat-takat yang berada di perairan Kuala Abai, trip biasanya akan berakhir di lokasi yang digelar Bukit Batu. Spot ini merupakan deretan puncak bukit batu yang menjulur keluar hingga ke permukaan air. Ia terletak betul-betul di hadapan muara sungai Kuala Abai. Spot sedekat ini memang amat sesuai sebagai hentian akhir sambil mengemas peralatan. Kedalaman tak sampai 10 meter dan dasar berbatu agak tidak sesuai untuk mengunjun. Oleh itu, kaedah jigcast lebih berkesan menduga kehadiran predator di ruang legarnya.

5

SIRIP 43


Sabah Inshore Hotspot

6

8

7

10

9 terakhir sebelum Ancaman menamatkan trip merupakan Biarpun perairan Sabah kaya dengan puncak Bukit Batu di muara sumber perikanannya, namun keharmonian Kuala Abai. hidupan marin di takat-takat ini sentiasa diGerepoh yang bermain di ancam anasir tidak bertanggungjawab, khuderetan batu-batu ini. susnya kegiatan mengebom ikan yang berDouble strike kerapu bara leluasa dalam skala amat membimbangkan. yang bersepah di Takat Nelayan tempatan sering mengesan keTunggul. giatan mereka yang berani melakukannya Tongkol menghampiri bot di siang hari dan telah melaporkan kepada ketika lewat petang. Me- pihak berkuasa. Namun kejadian yang sama layannya dengan sinking masih tetap berlaku berulang kali. Ironinya, minnow amat mendebarkan. kebanyakan takat di sekitar Kota Kinabalu Bot D’Lagu di Kuala Abai telah musnah akibat bom ikan dan ia berlaku yang dipacu dua buah enjin di hadapan ‘rumah’ pihak-pihak berwajib.

6. Hentian

7. 8. 9.

10.

Yamaha 40 hp boleh memPotensi Ekonomi bawa 7 pemancing dan amat ‘Fishing tourism industry’ telah lama dipstabil walaupun ketika perraktikkan di negara-negara maju sehingga mukaan laut kucah. berjaya mempromosikan negara mereka da11. Tekong D’Lagu amat popular lam peta pelancongan dunia. Industri yang di Kota Kinabalu, Tuaran dan sudah lama bermula di Malaysia Barat ini Kota Belud. Beliau boleh di- kebanyakannya diusahakan secara kecil-kehubungi di 016-849 0039. cilan di negeri Sabah. 44 SIRIP

Negeri yang amat kaya dengan sumber perikanan ini sepatutnya mengambil kesempatan atas kelebihan ini. Kewujudan beberapa pengusaha bot memancing di sebelah pantai barat Sabah hanya mampu menarik pemancing tempatan yang semakin ber-tambah. Tetapi ledakan industri ini tidak mampu ditampung oleh para pengusaha bot kecil-kecilan. Akibatnya, perkembangan industri ini kaku dan terbantut di takuk yang sama setiap tahun. Pemuliharaan takat-takat di sekitar Kota Kinabalu perlu dipergiatkan dan diusahakan secara mapan. Penguatkuasaan undang-undang perlu lebih ketat dan berkesan. Tidak mustahil, lokasi memancing seperti Kuala Abai akan dikunjungi oleh para pemancing dari seluruh dunia. - SIRIP -

11



Industry Info se le ks i Se ba ha gi an w ar na k ra co ka be ra ne or ne t. H o lm Sa

P A R nda e g e R L n E a t i T k g T n a A b Ke SC aru

Bah k i s a l K T E N R O H O M L A S

Sebabnya mudah, Salmo Hornet memikat ikan! Hanya lontar dan karau, sambaran akan datang tidak lama kemudian. Salmo Hornet juga meliputi rangkaian penuh saiz dan ciriciri sebagai satu platform gewang yang boleh bekerja di hampir setiap keadaan sama ada sungai, kolam, tasik, muara dan laut. Sekecil 2.5 cm sehinggalah sebagak 9 cm, saiz Salmo Hornet sesuai untuk mengilat ultra ringan dan tundaan. Variasinya pun pelbagai seperti model tenggelam, terapung, lidah selaman panjang dan gemerincing yang terbaru. Dengan barisan menakjubkan dalam satu pakej, tak hairanlah Hornet diterima meluas dan gewang yang dicari-cari.

Jatuh Cinta Saya mula terpikat kepada Hornet pada Jun 2011 di sebuah kedai pancing. Walaupun melepak di kedai itu hampir setiap hari dan ralit membelek gewang lama dan baru, lamalama bosan juga, lebih-lebih lagi semuanya tampak serupa cuma nama berbeza dan kita pun pernah mencuba semuanya.

1 1. Hornet 5 cm black tiger, setakat ini menjadi favourite kerapu kolam Jugra.

2. Salmo Hornet Deep 5 cm. 3. Hornet Deep 5 cm menjebak red monk di Tasik Prima.

46 SIRIP

S

almo Hornet mungkin bukan baru bagi pemancing di kebanyakan tempat di dunia. Hakikatnya pada masa ini, ia meraikan usia 20 tahun dan pernah menjadi gewang Salmo paling laris di Amerika Syarikat. Walaupun masih berkembang dan agak berahsia atas sebab tertentu, ia mungkin salah satu gewang elit yang berpeluang mendapat reputasi sebagai legenda.

Namun Salmo Hornet menarik perhatian saya. Ia kelihatan begitu berbeza dengan cara yang sangat biasa. Anda boleh anggap saya idealistik, tetapi entah bagaimana Salmo mengingatkan saya kepada gewang sangat klasik dan legenda dari zaman dahulu. Berprofil shad agak bulat dan corak warna tersendiri, Hornet dibuat daripada bebusa (foam) yang keras dengan tulang dawai yang cukup menarik dari segi tekstur dan berat.


Oleh : GINSON TAN JIIN SHENG 2

Sebarau cukup pantang melihat Scatter Rap Shad merah ini.

4

3 Bebusa mampat ini dibuktikan tidak mudah pecah berbanding rakan sejawatnya, balsa. Badan bebusa juga jauh lebih tegar berbanding gewang plastik rapuh yang banyak terdapat di pasaran. Ujian kekuatannya yang menakjubkan ada dipaparkan di YouTube, di mana ia diuji dengan ketukan tukul besi! Nyata ia gewang paling keras pernah saya temui, yang mampu membuatkan yu, pacu atau kanai (black bass) pun rongak gigi!

Ujian Mengilat Lalu saya memandu pulang sebagai pemilik Salmo Hornet dengan bangganya hari itu. Sebagai pemancing yang agak tidak sabar, saya persiapkan diri dengan Salmo Hornet di lapangan biasa keesokan pagi. Apabila Hornet dilontar, ia seperti manamana gewang balsa atau kayu berprofil shad.

Anda disyor melontar Hornet saiz sekecil 2.5 - 5 cm dengan kekili mendatar (spinning). Walau bagaimanapun, versi terbaru Rattling Hornet 4.5 cm dan sehingga 9 cm boleh dilontar jauh dengan set baitcaster.

5

Semua Hornet telah ditala dengan baik, menampilkan aksi kencang serta gelekan tak menentu sekali-sekala. Walau dikarau amat perlahan, jumlah getarannya yang besar pasti dapat dirasai sehingga ke tangan. Hornet juga tidak menyerong walau dikarau 4. Hornet 6 cm tiada masalah sangat laju, menjadikan ia serba boleh. untuk black bass. Saya dapati Hornet lebih sesuai menggempur kubu ikan. Biarpun bukan juara lon- 5. Hornet Rattlin 4.5 cm dengan taran jauh, tetapi ia amat dipercayai dalam pelian. pertempuran jarak dekat. Aksi getaran Hornet 6. Hornet mega 9 cm mudah memampu memikat ikan yang sensitif keluar rangsang amarah dan nafsu dari jerumun. Keupayaan bergerak pantas buas mama toman. atau perlahan tanpa kehilangan aksinya juga

6

SIRIP 47


Industry Info

7

12

8

13

9

11 memainkan peranan untuk menggoda ikan yang culas datang menyiasat.

10

Secara peribadi, saya lebih suka persembahkan Hornet secara karauan lurus, dan memanipulasi hanya pada halaju karauan. Teknik jerking bagus, tetapi gewang ini sebenarnya sudah cukup mempunyai aksi dalaman yang bergerak sendiri dengan tidak menentu. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ia mudah.

Hornet versi terapung cukup unik kerana 7. Hornet Rattlin 4.5 cm me- ia mampu timbul dengan cepat secara ke mikat sang terbol? belakang. Ini tidak seperti kebanyakan ge8. Sebarau dengan Hornet 6 cm wang terapung lain yang akan timbul naik terus ke permukaan. Sifat ini membantu Horoleh Richard Kiin. net mengelak dan tidak tersangkut reba. 9. Hornet 9 cm, gewang besar Si Comel & Si Bagak ikan besar! Biasanya, set biasa saya untuk Hornet 10. Hornet Deep 5 cm digonggong haruan yang bersidai jauh di 2.5 ke 4 cm ialah joran 2 - 6 paun berukuran 6 kaki dengan tali 6 paun. Joran ultra ringan dasar lombong. kelas 4 - 12 paun ke bawah memang bagus 11. Lidah unik Hornet yang tak untuk Hornet bersaiz kekacang ini. mudah patah atau tercabut Hornet yang comel telah menyeronokkan dihentak ikan perkasa. saya menjebak banyak ikan seperti sikang,

12. Keunikan lidah Hornet untuk sebarau, bujuk, lampam, keluarga cichlid,

tambahan cili supaya gewang haruan, peacock bass, siakap, keli, baung, pacu dan macam-macam lagi ikan kolam. menyelam lebih dalam. Hornet 9 cm adalah model terbesar. Un13. Idea bernas pemasangan ketuk gewang sebesar ini dengan berat 36 g, ia kipas di bawah lidah untuk memerlukan set lebih kasar. Saya gunakan menambah daya pemikat dari joran 7 kaki panjang berkekuatan 10 - 25 segi kekilatan dan getaran. paun atau PE 1 - 3 ke atas, bertali 40 paun. 48 SIRIP

Sasaran utama tentunya ikan besar dan buas seperti black bass, toman, kerapu, arapaima, baung ekor merah dan gergasi lain. Memandangkan saiznya yang melampau, aksi jerking hanya akan melenguhkan otot. Jadi lebih baik anda karau biasa sahaja. Getaran besarnya sudah cukup untuk membangkitkan nafsu mana-mana ikan bagak berdekatan. Lontaran jauh bukan masalah, namun biasanya saya elakkan kerana akan letih mengaraunya. Baik pilih sasaran dan gunakan sepenuhnya Hornet gergasi ini untuk perangkap spesies impian. Selain terbukti menggoda toman dan baung ekor merah (hakikatnya ia direka untuk wels catfish di Eropah), saya berimpian menggunakannya untuk memburu tapah gergasi!

Kreativiti Menariknya, Salmo mempunyai binaan lidah unik yang membolehkan penambahan aksesori sebagaimana saya temui baru-baru ini. Lantaran tetulang dawainya tidak dilekat atau dilitupi lidah, terdapat ruang antara lidah dan tetulang dawai itu yang membolehkan pemancing yang kreatif melampirkan aksesori bagi meningkatkan fungsi dan aplikasinya. Salah satu ilham terawal saya ialah penambahan cili untuk meningkatkan daya selamannya. Dan saya dapat satu lagi idea dengan menambah bilah kekipas bagi meningkatkan kekilatannya agar lebih cepat memikat haruan dan kerapu. Justeru dengan rangkaian lengkap, variasi memukau, ketahanan yang melampau, kebolehpercayaan dan kesederhanaannya, Salmo Hornet sememangnya gewang yang amat menakjubkan. Semua ini berkisar kepada hanya satu gewang, Salmo Hornet layak dinobatkan legenda seterusnya! - SIRIP -



Oleh : TOTOS OGASAWARA Terjemahan : PAPA SIRIP

READ MORE Untuk memahami aksi tindakan joran yang berbeza, anda dicadangkan supaya memetakan diri bagaikan pada sebuah jam. Jadikan siku anda sebagai pusat jam dan ikutilah langkahlangkah yang diperincikan dalam artikel ini...

BAHAGIAN 6 :

MEMETAKAN DIRI IKUT JAM DALAM MENGAKSIKAN JORAN JIGGING PERLAHAN Memegang hulu (pangkal) joran dengan dipangsikan di bawah siku ketika slow-pitch jigging berupaya mempelbagaikan aksi joran anda, bahkan gaya ini lebih mudah untuk memperluaskan semua aksi joran dalam teknik jigging perlahan... Teknik memegang hulu (pangkal) joran dengan dipangsikan di bawah siku ketika melakukan slowpitch jigging akan membolehkan anda mempelbagaikan aksi joran. Bagaimanapun ramai jigger suka memegang sambil mengepit joran di bawah ketiak. Sememangnya anda boleh beri banyak kuasa dan kelajuan bagi setiap strok henjutan dengan cara tersebut (pangkal joran di celah ketiak), tetapi julat pergerakan akan menjadi terhad. Bagi yang tidak biasa, mungkin akan ambil sedikit masa untuk membiasakan joran di bawah siku, apatah lagi joran boleh terlepas dengan mudah. Namun ia tidaklah begitu sukar sebenarnya. Bahkan dengan mengamalkan gaya ini, ia lebih berfaedah kerana akan membuka akses yang mudah untuk semua aksi joran dalam teknik jigging perlahan.

Teknik Joran Berpangsi Bawah Siku Pegang joran dan miring sedikit ke dalam dari unjuran lengan anda. Jika anda memegang joran dengan tangan kiri, sengetkan sedikit joran itu ke arah kanan anda. Anda akan rasa hulu joran di bawah bahagian berotot pada lengan anda, bukan terus di bawah siku yang bertulang. Anggaplah ia sebagai tuilan (leverage). Siku itu sebagai titik tuil. Tangan anda adalah titik tumpuan. Hujung joran pula adalah titik aksi. Apabila anda mengangkat, bahu digerak untuk tolak hulu joran ke bawah dengan siku anda. Bengkokkan siku anda sedikit untuk mendapatkan tuilan. Usah tetapkan siku dan hanya lentur dan unjur untuk menggerakkan joran, kerana lama-kelamaan, bahagian lengan atas anda boleh melecet dan joran juga mudah terlepas. Gunakan otot di sekitar bahu, di mana bahu sebagai pusat tindakan. Manakala siku anda berhubungan terus pada joran (Rujuk Rajah 1 dan 2). Sekarang anda mempunyai pelbagai gerakan yang boleh dilakukan.

50 SIRIP


1

2

3

Pemetaan Ikut Jam Untuk memahami aksi tindakan joran yang berbeza, saya cadangkan anda memetakan diri bagaikan pada sebuah jam. Jadikan siku anda sebagai pusat jam. Betul-betul di atas ialah pukul 12. Di bawah ialah pukul 6. Ke arah ufuk ialah pukul 3. Pada Rajah 3 dan 4 ditunjukkan aksi tindakan joran, sehingga pukul 2 dan turun ke pukul 4. Julat strok sederhana ialah kira-kira 1.5 jam hingga 2 jam sekitar pukul 3. Anda boleh menukar pelbagai strok. Ia boleh menjadi julat 0.5 jam. Atau ia boleh sehingga sekitar 6 jam. Bagaimanakah jig bergerak? Jig naik setinggi mana anda angkat joran serta sebanyak mana karauan anda, misalnya putaran pitch 1/1, 1/2 atau 1/4. Dan jig akan jatuh mengikut sejauh mana anda jatuhkan joran dan tanpa karauan. Begitu juga, pukul berapakah anda melakukan pelbagai strok akan membuatkan pergerakan jig yang berbeza. Anda boleh mencapai kemuncak strok henjutan pada pukul 4. Joran tidak banyak melentur, jadi kuranglah ia melantun atau membidas semula. Maka jig tidak mendapat lantunan yang banyak, jadi ia mungkin jatuh secara ekornya dahulu dengan sedikit masa awangan (hang time) (Rujuk Rajah 5). Anda boleh membawa jig ke atas sehingga pukul 1. Joran akan melentur lebih dalam dan melantun atau membidas semula dengan kuat. Jig juga melantun dengan lebih kuat. Oleh itu, lebih masa awangan akan berlaku dan jig mula jatuh secara mendatar. Kadang-kadang anda dipengaruhi arus yang kuat untuk menarik tali ke bawah. Atau anda boleh lakukan nada aksi yang lembut (jig agak berat berbanding kuasa joran). Jika hujung joran tidak melantun kembali pada pukul 2, sedang anda mahu melantunkan jig itu, anda boleh tingkatkan jarak strok 2 jam anda ke pukul 1, ke pukul 3. Pada sudut ini, anda akan mempunyai lebih banyak bidasan aksi untuk melantunkan jig itu (Rujuk Rajah 6). Anda boleh mengangkatnya sepanjang masa sehingga ke pukul 12 juga. Joran akan melantun semula dengan paling kuat. Tetapi saya biasanya tidak membawa ia naik setinggi ini, melainkan jika ia benar-benar perlu bagi taktik long fall, memandangkan cukup sukar untuk mengawal hujung joran. Sesetengah orang berfikir anda mestilah sentiasa melantunkan joran sebelum menjatuhkannya. Tetapi ia sebenarnya tidak sentiasa perlu. Walaupun jig mula jatuh dengan ekornya dahulu, jig perlahan yang berkeseimbangan berpusat ini sentiasa cuba untuk melayang secara mendatar. Sesetengah jig cepat gugur dengan mendatar dan mula mencurah dan berputar jatuh. Sesetengah jig pula lambat jatuh dan berayun seperti daun gugur. Terutama apabila anda melakukan teknik long fall, anda hanya perlu mendapatkan gaya ini dengan mengangkat perlahan-lahan, dan jatuhkan secara bebas, tanpa perlu masa awangan (Rujuk Rajah 7). Perubahan pergerakan jig bukan sahaja disebabkan oleh pelbagai aksi tindakan joran, tetapi juga disebabkan kelajuan dan irama aksi joran, kelajuan karauan, masa, pecutan dan berapa banyak pusingan pengayuh, dan sama ada anda memberi sedikit tegangan terhadap jatuhan atau jatuh bebas. Walaupun demikian, aksi joran memainkan peranan yang lebih besar, dan anda harus sedar akan kepentingan fizik ini. - SIRIP -

4

5

6

7

SIRIP 51


S EA F ISHING B ASICS

Bersama : CHEGUCABOK

S

ejak mencebur diri dalam dunia hanyir ni, dapat saya kenal ribuan rakan yang mempunyai pelbagai latar belakang. Dari yang sebesar bapak hinggalah ke kecilkecil anak. Daripada kerabat diraja, dato-dato hinggalah ke pekerja kilang, petani atau bekerja sendiri. Dalam dunia memancing yang tiada darjat ini banyak saya peroleh ilmu-ilmu berguna berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi yang berjawatan tinggi dan mempunyai ‘modal besar’, banyak ilmu dan pengalaman dari luar negara mereka curahkan untuk kita. Namun bagi yang bekerja di kilang atau bengkel kereta, lain pula pengalaman yang kita peroleh. Mereka ini lebih kreatif kerana segala barang-barang keperluan memancing kebanyakan direka sendiri seperti batu ladung, jig, popper termasuklah spoon (kilat sesudu). Bahan buangan kadang-kadang tak terfikir yang ia banyak kegunaannya. Maka jangan sesekali dibuang jika anda seorang yang kreatif. Rakan pancing saya, Raja Badarulzaman memang gemar mereka-cipta apa saja dan mencubanya di lapangan. Suatu ketika beliau mendapat beberapa kepingan tembaga dalam mesin yang diselenggaranya. Bahagian-bahagian tembaga ini terdapat dalam beberapa saiz dan ada yang berbentuk seperti pembaris. Selepas itu kepingan tembaga ini dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.

Secara umumnya, tembaga mempunyai sifat-sifat tahan karat. Apa yang menarik ialah warnanya yang berkilau itu. Namun kita perlulah rajin menggosoknya kerana warnanya akan sedikit pudar jika terkena air masin. Sebaiknya tembaga ini di-’polish’ supaya lebih ‘shining’.

Tuna juvenil berminat meligan gewang tembaga buangan.

Pada bahagian atasnya, letakkan cili (swivel) yang berkualiti yang boleh membuatkan kepingan tembaga ini berputar laju. Kemudian bolehlah diletakkan mata kail jig yang berkualiti. Ukuran dan bentuk tembaga yang ingin direka terpulanglah kepada kreativiti masing-masing. Jika kita rajin mencuba di lapangan, maka kita akan mendapat hasilnya dan dari masa ke semasa dapat kita ‘improve’ hasil ciptaan kita sendiri. Selamat mencuba..

Ringkas sahaja gewang bahan terbuang ini. Cuma pasang cili dan mata kail jig, dan gosok kepingan tembaga itu supaya ia berkilat.

52 SIRIP

Raja Badarulzaman dengan hasil ciptaan ringkas daripada tembaga buangan.

- SIRIP -


Fishing Reel 101

Bersambung daripada keluaran lepas...

Pemasangan Semula 19) Saya mulakan dengan menyapu gris marin Quicksilver 2-4-C pada semua permukaan logam bingkai #136. Saya berikan tumpuan khas kepada kawasan yang mudah kena air dan sukar dicapai selepas bilasan, contohnya slot ini untuk bar klac Quick-Fire II dan lelubang skru. ya.

20) Pasang semula pad plastik hitam #137 pada tempatn21) Masukkan tapak plastik hitam #135.

22) Kemudian ikat tiga skru #91 untuk menetapkan tapak plastik hitam #135 kepada bingkai #136. 23) Pasangkan bar klac Quick-Fire II #138 selepas menyapu gris Cal’s Grease. Griskan dan masukkan tuil klac #134 pada bar klac Quick-Fire II #138. 24) Ikat dengan skru #78. AMARAN : Komponennya adalah acuan plastik, jadi jangan terlampau ketat. 25) Galas bebola penyokong pinion besar #79 mempunyai perisai yang tidak boleh diganti. Saya terkejut apabila mendapati galas ini tidak begitu lancar seperti yang saya jang-

kakan. Kawalan kualiti terlepas pandang? Bolehkah ini menjadi punca menyebabkan karauan yang kasar? Saya bersihkan galas itu dengan penyah gris ultrasonik, barulah terasa licin. Lepas itu saya lincirkan ia dengan ReelX dan ambil keputusan menggunakannya sehingga jahanam. Dimensinya ialah 12 x 8 x 3.5 mm (OD x ID x ketebalan). Jika akhirnya nanti ia dah tak boleh berfungsi sebaiknya, saya akan gantikannya dengan galas bebola bergris 19 tanpa perisai, atau galas bebola seramik yang kalis kakisan. 26) Terdapat bahagian hujung yang panjang dan hujung yang pendek pada spring palam klac #133. 27) Letakkan hujung panjang spring palam klac #133 itu ke dalam lubang pada tapak plastik hitam #135.

20

21

22

23

24

25

SIRIP 53


Fishing Reel 101

28 26

27

31 30

29 28) Terdapat reroda plastik kecil #75 yang bersambung kepada tunggul kecil lidah roda klac #132. 29) Letakkan gris dan pasangkan kepada spring palam klac #133. 30) Sebelum kita mulakan bahagian ini, pergilah berehat, dapatkan minuman, kosongkan pundi kencing anda, jawab mesej WhatsApp dan balas semua komen Facebook yang anda perlu lakukan. Kemudian kembali kosong tanpa sebarang gangguan kerana ini adalah langkah permulaan bagi seluruh proses pemasangan. Bersedialah dengan pelinciran bahagian-bahagian berikut dengan calitan Cal’s Grease iaitu sesondol klac #131; lidah roda klac #132; penahan sesondol klac #72 dan dua skru penahan #71. Pasangkan bahagian bawah (lihat tiga gambar di atas) pada lidah roda klac #132 ke dalam lubang tuil sesondol klac #134 (lihat empat gambar di atas). Pasang sesondol klac plastik hitam #131 di atas lidah roda klac #132. Jangan cuba untuk muatkan sesondol klac #131 ke tempatnya pada peringkat ini.

Pemasangan Alat Penyusun Tali 32) Lincirkan galas bebola gear #65 dengan ReelX dan pasangkan pada gear #66. Dimensi galas bebola ialah 6 x 3 x 2.5 mm (OD x ID x ketebalan). Masukkan sesendal #64 dan kuncikan ia dengan klip E #62. Sapukan gris pada gear #66 dan masukkan ke dalam pelindung penyusun tali #67. Masukkan pemandu tali #84. Pasang set pelindung penyusun tali #67 kepada bingkai #136. Sapu gris dan pasang pos pelindung penyusun tali #61.

Pemasangan Shaf Panduan 33) Gear panduan #126 mempunyai sepasang spring #53 yang di setiap hujungnya terdapat pin plastik #54. Sapu gris pada spring itu untuk mengelakkan ia terpelanting jauh jika ia melantun semasa pemasangan, dan masukkan ke dalam lubang pada shaf panduan #126.

Letakkan logam penahan sesondol klac #72 ke atas sesondol klac #131. Perhatikan bagaimana pemasangan ini diorientasikan dengan nombor cacahan ‘0180’ di sebelah kanan. Masukkan dua skru penahan #71 kepada lubang-lubang pada bingkai #136, sehingga ia mengunci sedikit kesemuanya bersama. Sekarang pulas sesondol klac #131 untuk memuatkan spring lidah roda klac #133 sambil anda menekan penahan sesondol klac #72 ke bawah. Ini akan menetapkan sesondol klac itu pada tempatnya. Teruskan tekanan ke bawah semasa anda mengetatkan dua skru #71 tersebut. Tahniah! Bahagian yang paling susah dah setel! 31) Letakkan gris dan pasang set anti balikan mekanikal #82 dengan cangkuknya mengarah ke lidah roda klac #132, lalu tetapkannya dengan klip E #81.

54 SIRIP

32


Oleh : LAWRENCE LEE

34) Masukkan gear pekati putih plastik #55 pada pin plastik #54. Gunakan pemutar skru untuk menolak pin itu masuk apabila anda memasang gear pekati putih plastik #55.

33

Terjemahan : HALIMI HANIP

34

35

35) Gris dan pasang plat penahan #57. Ambil perhatian bahawa bahagian yang menyentuh gear pekati plastik putih #55 mempunyai potongan tepi yang serong. Minyakkan galas bebola gear panduan kecil #58 dengan ReelX dan masukkan. Dimensinya ialah 9 x 5 x 3 mm (OD x ID x ketebalan).

36

36) Ikat dengan skru penahan #128 dan letakkan set shaf panduan ke tepi. Perhatikan, jika kekili anda berpengayuh kanan, skru ini diketatkan mengikut arah jam. Untuk model pengayuh kiri, skru ini diketatkan pada arah lawan jam. 37) Sapu gris dan tempatkan plat unjuran kotak gear #127. 38) Minyakkan galas bebola gear #65 kedua dengan ReelX dan sambungkan pada gear #66. Salutinya dengan lapisan pelindung gris. 39) Masukkan sesendal #64. 40) Pasang set shaf panduan #126 ke dalam perumahnya. Hati-hati kerana toleransi yang rapat barulah dapat memasukkannya apabila semua perkara berjajaran dengan tepat. 41) Ikat set shaf panduan #126 dengan dua skru hitam #56. 42) Pasangkan gear pekati plastik kecil #63 kepada gear #66. Ambil perhatian bahawa gear pekati kecil #63 sepadan hanya pada akhiran slot berkunci.

37

41

43) Kuncikan gear pekati kecil #63 dengan klip E #62. 44) Gris dan masukkan palam penyusun tali #85 kepada penutup palam #87 dengan bahagian bersabit menghadap ke luar. Walaupun kertas skematik menunjukkan sesendal #86, tetapi kekili saya tidak mempunyai bahagian itu. Kemudian pasangkan penutup palam penyusun tali #87 kepada pemandu tali #84. Cucukkan pencungkil gigi ke dalam lubang pada penutup palam #87, dan pada masa yang sama putarkan shaf panduan #126 sehingga palam penyusun tali #85 mengikuti trek gear #66 dan pemandu tali #84 mula bergerak sejajar dengan putaran shaf panduan #126. Ikat penutup palam #87, dan hati-hati jangan sampai terlalu ketat.

Bersambung dalam keluaran hadapan... - SIRIP -

38

42

39

43

40

44

SIRIP 55


FishySirip Forum Forum

S

udah genap setahun cadangan ‘Melesenkan Penangkapan Ikan Rekreasi Kelautan’ dibentangkan kepada umum. Kalaulah hari itu ia berjaya dilaksanakan, hari ini kita sudah boleh buat post mortem setahun pelaksanaannya.

Malangnya tidak begitu. Semua sudah maklum, ia ditolak dan dibatalkan serta merta sebelum dilaksanakan. Dan teruslah kita memancing pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Tanpa ‘gangguan’, dan tanpa siapa nak ambil cara. Tidak kurang pentingnya... ia percuma. Kita tidak tahu apa pula cadangan serta gerak kerja yang dirancang oleh pihak berwajib selepas usaha itu gagal seperti yang direncana. Harapnya tidaklah usaha yang mereka lakukan untuk mengurus pemancing terhenti setakat itu sahaja. Jujurnya, kita tidak terlalu kesah pun sekiranya pemancing tidak diurus. Tapi berbuat begitu bermaksud membiarkan sumber perikanan negara terdedah kepada tangan-tangan ‘nakal’. Juga membiarkan potensi dari industri perikanan rekreasi berlalu begitu sahaja. Tanpa dimanfaatkan sebaiknya untuk kepentingan alam sekitar, sosial dan ekonomi negara. Pada pihak pemancing pula bagaimana? Adakah bila tiada sebarang peraturan dikuat kuasa, maka kita bebas melakukan apa sahaja? Tentu sahaja jawapannya tidak. Walaupun tanpa peraturan dan undang-undang yang mengawal kita, sebenarnya kita masih terikat dengan batas antara betul dan salah, antara baik dan buruk. Ianya seperti kentut di khalayak umum. Rasanya tidak ada satu undang-undang atau peraturan pun yang menghalangnya. Tetapi ramai tidak melakukannya kerana dianggap salah dan buruk pada persepsi umum. Selagi boleh tahan, kita akan tahan. Kita kawal diri kita daripada melakukannya bukan kerana takut dihukum di bawah peraturan atau undang-undang, sebaliknya kerana kita mahu menjaga moral dan akhlak diri sendiri. Dalam banyak keadaan, kita lebih takut digelar ‘kurang ajar’ kerana melanggar prinsip moral, berbanding digelar ‘pesalah’ kerana melanggar peraturan atau undang-undang.

Moral Moral adalah persoalan yang membicarakan antara betul dan salah, apa yang perlu dilakukan dan apa yang patut ditinggalkan. Moral yang rendah memberi gambaran seseorang individu itu dibentuk dalam suasana atau persekitaran sosiobudaya (keluarga, masyarakat, budaya, kepercayaan atau agama) yang kurang baik. Sebab itu setiap ibu-bapa akan mengasuh anak-anak sebaiknya supaya mereka bermoral. Jika anak tidak bermoral, masyarakat akan mengaitkannya dengan keluarga. Menghormati orang yang lebih tua, tolong-menolong, bertolak ansur, berlemahlembut dan menghormati hak orang lain adalah antara sebahagian kecil daripada moral terpuji yang cuba ditanamkan dalam jiwa anak-anak. Begitu juga jika rakyat tidak bermoral, dunia akan mengaitkannya dengan kelemahan sistem negara meraka. Kita sendiri sentiasa membanding-bandingkan moral rakyat sesebuah negara berdasarkan latar belakang negara mereka. Masyarakat yang ber-moral tinggi menggambarkan kemajuan tamadun sesuatu bangsa atau negara. Dalam aspek agama, peranan moral juga amat dititik-beratkan. Dari pembacaan, setiap agama termasuk Hindu, Buddha, Kristian dan ajaran Confusionisme, kesemuanya menekankan 56 SIRIP

aspek moral. Cuma namanya mungkin berbeza. Contohnya dalam agama Buddha, ia dinamakan sebagai ‘sila’ (maafkan saya jika tersalah tafsir). Namun, saya tidak berani untuk membicarakan tentangnya kerana saya kurang arif dengan agama-agama tersebut. Dalam Islam, moral dinamakan sebagai akhlak, dan Islam sangat memberatkan soal akhlak kepada penganutnya. Para rasul diutus dengan memikul tanggungjawab membawa akhlak yang mulia kepada umat manusia. Rasulullah s.a.w sendiri telah bersabda yang bermaksud: “orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya” (Hadis Riwayat Ahmad). Menurut Imam Ghazali, akhlak yang mulia mempunyai empat perkara iaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian menundukkan hawa nafsu dan bersifat adil. Penyair Mesir, Ahmad Syauqi pula mengungkapkan, “hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak, bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu.” Begitulah manusia dan masyarakat disusun agar bertamadun dan hidup dalam keharmonian. Sebahagiannya perlu kepada hukum (peraturan atau undang-undang), manakala sebahagiannya dibentuk menggunakan acuan akhlak atau moral. Jika akhirnya setiap manusia menjalani hidup dengan moral atau akhlak mulia yang sempurna, maka hukum tidak perlu dikenakan lagi. Mungkin ada yang tertanya-tanya… apakah kaitan moral atau akhlak dengan memancing? Moral atau akhlak memancing tidak ada ditulis atau diriwayatkan dalam mana-mana kitab. Dalam hal ini saya suka mengenengahkan pandangan Peter Baelz dalam bukunya bertajuk ‘Ethics and Belief’. Baelz berpendapat, moral selalunya membawa maksud yang sama dengan etika dan kedua-duanya saling berkait. Moral memandu manusia tetang cara bagaimana manusia harus bertingkah laku. Manakala etika menerangkan perlunya manusia mengikut panduan moral tersebut. Tidakkah pernah kita mendengar dan mengetahui tentang etika memancing atau garis panduan sebagai seorang pemancing yang beretika?

Etika & Peraturan Etika sememangnya tidak sama dengan peraturan atau undang-undang. Masing-masing ada kekuatan dan keperluan. Namun, secara peribadi saya merasakan penekanan terhadap etika adalah lebih baik dalam usaha untuk membentuk jati diri, nilai dan daya fikir masyarakat. Dalam banyak perbezaan antara etika dan undang-undang, saya suka mengambil perbezaan dari aspek penguatkuasaan. Undang-undang dikuatkuasakan oleh mahkamah. Hukuman melanggar undang-undang adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang bertulis sesebuah negara. Sebaliknya, etika dikuatkuasakan oleh hati sendiri. Hukuman melanggar etika ialah rasa bersalah dalam diri sendiri. Ini menjadikan undang-undang tanpa penguatkuasaan adalah sesuatu yang sia-sia. Sedangkan penguatkuasaan itu sendiri bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika melibatkan proses pembuktian. Etika pula tidak perlu kepada campurtangan pihak luar. Pelanggar etika sendiri akan menilai kesalahan mereka dan tentunya tidak perlu kepada proses pembuktian. Menjadikan etika sentiasa dipatuhi walaupun tanpa sebarang pemantauan.


Oleh : MASDUKI MOHAMMAD MORNI (Pensyarah Perikanan Rekreasi di Universiti Malaysia Terengganu)

“Tanpa etika, pemancing akan sentiasa mencari-cari peluang dan alasan untuk melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh peraturan. Sebaliknya, pemancing yang berpegang kepada etika akan patuh dalam apa jua keadaan. Bagaimanapun, membangunkan pemancing yang beretika perlu kepada proses pendidikan yang panjang dan menyeluruh. Sebab ia perlu perubahan sikap, budaya dan cara fikir, bukan sahaja pemancing, tetapi masyarakat secara keseluruhan.” Untuk memudahkan pemahaman, kita ambil contoh perbuatan mengambil hak orang lain. Kedua-duanya adalah salah dari segi undang-undang dan etika (moral). Sekiranya seseorang itu hanya bersandarkan kepada undang-undang, mereka tidak akan mencuri sekiranya diperhatikan. Me-reka juga mungkin tidak mengambil barangbarang yang berada dalam kawalan. Tetapi jika peluang terbuka dan pemilik hilang kawalan, mereka akan mengambilnya. Inilah yang berlaku apabila ada lori terbalik dan barangan yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Ramai yang mengutip dan membawanya pulang. Dalam konteks undangundang, mereka mungkin terlepas daripada dakwaan atas alasan tertentu. Tetapi dalam konteks moral (etika), perbuatan itu tetap salah. Mereka yang bermoral tinggi akan merasa bersalah untuk turut serta mengambilnya. Seorang yang bermoral tinggi akan sibuk mencari tuan punya kepada barang yang mereka jumpai. Tetapi mereka yang kurang bermoral akan menganggap milik orang yang mereka jumpa sebagai ‘rezeki’. Begitu juga dengan memancing. Tanpa etika, pemancing akan sentiasa mencari-cari peluang dan alasan untuk melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh peraturan. Sebaliknya, pemancing yang berpegang kepada etika akan patuh dalam apa jua keadaan. Bagaimanapun, membangunkan pemancing yang beretika perlu kepada proses pendidikan yang panjang dan menyeluruh. Sebab ia perlu perubahan sikap, budaya dan cara fikir, bukan sahaja pemancing, tetapi masyarakat secara keseluruhan.

Kesimpulan Aktiviti memancing untuk rekreasi di negara ini sedang berkembang dengan jelas. Ia bukan sahaja melibatkan pertambahan bilangan pemancing, tetapi juga peningkatan ilmu pengetahuan dan teknologi alatan pancing. Pemancing semakin mahir untuk ‘menipu’ lebih banyak ikan, sedangkan ikan yang ada semakin berkurangan. Mahu tidak mahu perkara ini perlu dikawal. Tanpa peraturan dan undang-undang, kita hampir tidak ada mekanisma lain untuk menjamin kelestarian sumber perikanan melainkan dengan cara meningkatkan moral dan etika dalam kalangan pemancing-pemancing kita. Justeru etika memancing perlu dipromosikan dengan sebaik mungkin. Tanpanya, apa yang kita banggakan hari ini - jumlah pemancing yang ramai, ilmu memancing yang tinggi, teknologi alatan pancing yang canggih, bukan akan memberi manfaat kepada kita, sebaliknya mungkin akan mendatangkan bencana. Sepertimana yang dikatakan oleh Bung Sukarno (19011970). “Tanpa etika dan moral, ilmu pengetahuan dan teknologi hanya akan menciptakan ketakutan dalam masyarakat karena tanpa kedua hal itu manusia akan bertindak bodoh, tanpa pertimbangan, dan membahayakan.” Untuk itu, pada tahun hadapan kita akan membincangkan tentang etika-etika seorang pemancing. Semoga kita diberi kekuatan… SELAMAT TAHUN BARU 2016. - SIRIP -

SIRIP 57


PRODUCT AWARENESS

SHINJU SHOWA

Joran Shinju Showa diperbuat daripada gentian karbon 24 + 30 ton yang sangat kuat dan sensitif. Cincin hujungnya buatan Fuji dengan alas kekili Fuji tulen yang berkualiti dari Jepun. Yang lebih menarik, ia dilengkapi hulu pemegang jenama Winn yang berkualiti tinggi dan amat selesa dipegang dengan tekstur sisik ikan. Ia terdapat dalam model dua keratan dengan ukuran 5’6” (PE 1 - 2), 6 (PE 1 - 2), 6’6” (PE 1.2 - 2.5), dan 7 kaki (PE 1.2 - 2). Manakala model sebatang pula ialah yang berukuran 5’9” (PE 1 - 2) dan 6’3” kaki (PE 1 - 2).

OFMER SPOON

Bagi peminat mengilat dengan kilat sesudu (spoon), anda harus mencuba model keluaran Ofmer terbaru ini melalui empat versi yang dinamakan Ajip, Ampala, Kamah dan Totor. Keempat-empat versi ini berbeza dari segi bentuk dan mempunyai pelbagai corak, yang kesemuanya dilengkapi plastik pemikat merah di ekornya. Kilat sesudu ini disediakan dalam saiz seberat 12, 18 dan 23 gram.

Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

XPUYU KOYO

Xpuyu Koyo merupakan joran karbon gred tinggi yang menawarkan kekuatan, sensitiviti dan daya tancapan yang menakjubkan. Ia dilengkapi alas kekili dan cincin Fuji buatan Jepun yang disusun secara komputer untuk prestasi yang cemerlang. Hulu pemegangnya daripada EVA berkualiti tinggi. Terdapat dalam model mendatar (spinning) dengan kekuatan 6 - 14 paun, 7 - 15 paun dan 8 - 17 paun, berukuran 5’6”, 6, 6’6” dan 7 kaki. Manakala model menegak (baitcasting) pula hanya dikeluarkan dalam ukuran 5’6” dan 6 kaki panjang dengan kekuatan 6 14 paun.

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

SHINO TEKKEN FLUOROCARBON LEADER Perambut Tekken Line System yang dikeluarkan oleh Shino diperbuat daripada 100% material fluorocarbon yang tahan lasak dan bersifat halimunan di dalam air. Ia terdapat dalam kekuatan 20, 30, 40, 50, 60, 70 dan 80 paun dalam gelendong sepanjang 30 meter. Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

SUFIX MATRIX PRO

Sufix Matrix Pro terbaru ini diperbuat daripada proses sulaman matriks istimewa untuk membentuk tali yang lebih bulat dan memberi persembahan lebih cemerlang berbanding tali sulam rata yang tradisional. Diperbuat 100% daripada gentian Dyneema untuk memastikan nisbah pencapaian kekuatan tertinggi terhadap diameter, sambil menawarkan sensitiviti tinggi dan daya tancapan yang pantas. Ia turut disaluti pelindung PE WaxShield untuk ketahanan lasak dan daya tahan kakisan yang luar biasa. Terdapat dalam warna Midnight Green and Hi-Vis Yellow sepanjang 150 ela (6, 10, 15, 20 dan 30 paun) dan 300 ela (6, 10, 15, 20, 30, 40, 50, 65 paun).

58 SIRIP

VARIVAS SUPERCONDUCTOR LS4 PE

Tali sulam (PE) generasi baharu muncul setapak ke hadapan dengan terciptanya Varivas Supercondutor LS4. Sifatnya yang berdaya regang rendah telah mengubah dunia jigging perlahan apabila berjaya meregang 30% berbanding tali sulam konvensional yang hanya meregang 7 - 8%. Kekuatan Superconductor LS4 yang stabil digabungkan dengan regangan rendah serta warna penglihatan tinggi menjerumuskan jigging perlahan ke peringkat seterusnya. Tali ini dilengkapi penanda lima warna bagi setiap 10 meter. Terdapat dalam kekuatan PE 1 (18 paun), PE 1.2 (20 paun), PE 1.5 (24 paun), PE 2 (30 paun) dan PE 2.5 (37 paun) dengan ukuran 300 meter panjang. Pengedar : SABRE TACKLE

Pengedar : RAPALA VMC

Tel : 02-6396 0982, 03-9221 4628

Tel : 04-263 9800 Faks : 04-263 1800

Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629


SHIMANO DEPTH HUNTER

Ramai berpandangan pancingan dasar dengan kekili elektrik membosankan. Namun dengan joran Depth Hunter, Shimano ingin mengubah konsep itu. Direka bentuk dengan nisbah aksi 6 : 4, joran ini sempurna untuk pancingan dasar berumpan. Keruncingan hujungnya yang lembut membenarkan persembahan umpan yang lebih semulajadi apabila joran akan perlahan-lahan terangkat dan melengkung turun mengikut arus. Keruncingan lembut juga mengurangkan tekanan terhadap umpan dan ikan tidak ragu-ragu membaham umpan dengan lebih mantap. Sebaik umpan direnggut, tulang joran ini akan mula melantun ke atas dan membantu tancapan mata kail. Dengan binaan UD Glass yang tegar, joran ini mampu mengatasi sebarang deraan sepanjang pertarungan. Terdapat dalam ukuran 2.1 meter panjang dengan tiga SKU berbeza mengikut berat ladung.

Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822

DAIWA J-BRAID X8

Daiwa selain terkenal dengan reka cipta kekili dan joran yang hebat, ia turut menghasilkan tali sulam berkualiti tinggi seperti J-Braid X8 ini. Tali hasil sulaman 8 utas gentian PE ini menghasilkan tali sulam yang berprofil bulat, berdaya regangan rendah dengan ketahanan kakisan yang tinggi serta berdaya lontaran maksimum. Terdapat dalam kekuatan PE 0.6 (10 paun), PE 0.8 (14 paun), PE 1.2 (20 paun), PE 2 (30 paun), PE 3 (40 paun), PE 4 (60 paun), PE 6 (80 paun) dan PE 8 (100 paun). Terdapat dalam tiga warna iaitu hijau gelap, chartreuse dan pelbagai warna.

yang besar iaitu TB2628 bersaiz 38 x 26 x 30 cm tinggi. Kotak ini dilengkapi tiga ruang iaitu bahagian penutup, isi dan laci aksesori. Ia diperbuat daripada plastik berkualiti yang mampu menampung beban seberat 200 kg, dan boleh dijadikan tempat duduk. Di samping dua saiz, terdapat tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning.

Pengedar : EASTERN FISHING TACKLE Tel : 07-388 8806

PIONEER CROSSFIRE LIGHT

Pioneer Crossfire Light merupakan joran mengilat ultra ringan buatan grafit yang cukup berkuasa. Ia dilengkapi cincin Pioneer K-Guide untuk meningkatkan jarak lontaran dan ketepatan, serta hulu pemegang terpisah daripada material gabus padu gred tinggi. Joran ini diperkuatkan oleh teknologi Reinforced Carbon Macromolecule (RCM) untuk mencapai kekuatan dan sensitiviti menakjubkan. Diameter joran dua keratan ini ultra ramping. Ia pastinya digemari pemancing yang mencari joran ultra ringan berprestasi tinggi, berkekuatan 2 – 6 dan 2 – 8 paun sepanjang 5’6”, 6, 6’6”, 7 dan 8 kaki.

Pengedar : HONG GUAN TACKLE Tel : 07-5099 328, 07-5099 832 Faks : 07-553 9833

PIONEER GRAPHITE FLEX

Pengedar : TCE SPORTS Tel : 04-263 8700 Faks : 04-261 9730

Pioneer Graphite Flex pula adalah joran buatan grafit berkuasa yang dilengkapi cincin Pioneer K-Guide untuk meningkatkan jarak lontaran dan ketepatan, serta hulu pemegang gabus padu gred tinggi yang berpelindung epoxy. Joran ini diperkuatkan oleh teknologi Reinforced Carbon Macromolecule (RCM) untuk mencapai kekuatan dan sensitiviti menakjubkan. Joran dua keratan ini pastinya digemari pemancing yang mencari joran sederhana dan sederhana berat berprestasi tinggi, melalui kekuatan 10 – 20, 12 – 25, 15 – 30 dan 20 – 40 paun sepanjang 6, 7, 8, 9 dan 10 kaki.

AWA-SHIMA TACKLE BOX

Untuk memudahkan anda yang selalu memancing dengan begitu banyak aksesori, Awa-Shima memperkenalkan kotak pancing serbaguna yang sangat membantu. Model TB2627 bersaiz kecil dengan ukuran 38 x 26 x 21 cm tinggi, manakala

Pengedar : HONG GUAN TACKLE Tel : 07-5099 328, 07-5099 832 Faks : 07-553 9833

SIRIP 59


Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

: MOHD FAIRUZ : Ikan Patin : 1.8 kg : Pancing Dasar : Buah Sawit : Sungai Kota Tinggi : 10.00 am

Nama : SAIFUL BAHRIN Ikan : Bulan (Tarpon) Berat : 900 g Kaedah : Mengilat Gewang : Micro Crank Lokasi : Bagan Datok, Perak Waktu : 10.00 am

Peraturan & Syarat-Syarat :

Gelanggang Air Tawar (borang salinan diterima)

1. Gelanggang Air Tawar adalah pertandingan gambar yang terbuka untuk semua pemancing air tawar. 2. Gambar anda serta tangkapan ikan air tawar seperti ikan toman,sebarau, kelah, jelawat dan sebagainya (termasuk udang galah),layak untuk bertanding. 3. Enam gambar terbaik akan dipilih setiap bulan sebagai pemenang. 4. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan dengan maklumat yang lengkap dan betul.

Nama Alamat

: :

No. Tel : (rumah) Jenis Tangkapan : Lokasi Tangkapan : Nama Tekong / Pemandu Pancing : Kaedah Memancing :

Nama : MOHD ASWADI Ikan : Sebarau Berat : 800 g Kaedah : Mengilat Gewang : Strike Pro Popper Lokasi : Sungai Kelau, Pahang Waktu : 8.50 am

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

Nama : NOR HAYUNI Ikan : Haruan Berat : 200 g Kaedah : Mengilat Gewang : Seahawk Lokasi : Dewan Beta, Kelantan Waktu : 6.00 pm

: MUHAMMAD NAJID : Udang Galah : 100 g : Pancing Dasar : Umpan-umpan : Sungai Muar, Johor : 7.00 am

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

5. Setiap pemenang dipilih oleh sidang pengadil berdasarkan kualiti gambar (jelas dan terang) dan tahap kesukaran ikan yang dipancing.

: SHAHRUL FADZLI : Rohu : 800 g : Pelampung : Dedak : Kampar, Perak : 9.30 am

Sea Tackle Sdn. Bhd. bernilai RM 200.

(*Perhatian: Sebarang pertukaran hadiah yang bernilai serupa oleh pihak penganjur boleh berlaku tanpa sebarang notis. Hadiah akan dihantar dalam masa dua bulan dari tarikh majalah diterbitkan. Jika hadiah tidak sampai dalam tempoh tersebut, sila hubungi pihak majalah SIRIP dengan segera. Hadiah akan dikira luput jika tidak dituntut dalam masa lima bulan.)

Hadiah :

* 6 pemenang akan diumumkan setiap bulan dan setiap pemenang layak menerima hadiah sumbangan.

No. K/P :

(pejabat) Berat : Waktu : Umpan / Gewang : No. Tel : Tarikh :

(bimbit) am/pm

Lekatkan borang di belakang gambar dan hantarkan ke : Gelanggang Air Tawar, Majalah SIRIP Unit D-1-31, Blok D, 8 Avenue Business Centre, Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8, 46050 Petaling Jaya, Selangor.


Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

: MOHD REDWAN : Kerapu : 2.5 kg : Pancing Dasar : Udang Hidup : Pulau Jerejak : 6.30 pm

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

Nama : LIZA AK NGUMBANG Ikan : Siakap Merah Berat : 2 kg Kaedah : Mengilat Gewang : Rapala Tail Dancer Lokasi : Kuala Niah Waktu : 4.30 pm

: SYED AZHAR AL-GADRIE : Keli Afika : 4 kg : Pancing Dasar : Anak Ikan Kap Hidup : Kolam Macang Bubuk : 10.30 am

Peraturan & Syarat-Syarat :

1. Gelanggang Air Masin adalah pertandingan gambar yang terbuka untuk semua pemancing air masin, pantai dan muara. 2. Gambar anda serta tangkapan ikan air masin, pantai dan muara layak untuk bertanding. 3. Enam gambar terbaik akan dipilih setiap bulan sebagai pemenang. 4. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan dengan maklumat yang lengkap dan betul.

Hadiah :

6 pemenang akan diumumkan setiap bulan dan layak menerima hadiah sumbangan TCE TACKLES SDN. BHD. 1. Kekili Tomman Elite 2. Perambut Tomman Line – Tali Hantu

Gelanggang Air Masin (borang salinan diterima)

Lekatkan borang di belakang gambar dan hantarkan ke : Gelanggang Air Masin, Majalah SIRIP,Unit D-1-31, Blok D, 8 Avenue BusinessCentre, Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8,46050 Petaling Jaya.

Nama : MOHD ADZLAN BIN MOHD Ikan : Haruan Tasik Berat : 7.2 kg Kaedah : Jigging Gewang : Jig Yes Lokasi : Merang, Terengganu Waktu : 12.000 pm

5. Setiap pemenang dipilih oleh sidang pengadil bedasarkan kualiti gambar (jelas dan terang) dan tahap kesukaran ikan yang dipancing.

Tajaan : TCE TACKLES SDN. BHD.

Plot 87-88, Jalan Aman 2, Taman Industri Makmur,Sungai Seluang, 09600 Lunas, Kedah, Malaysia. Tel : 604-4844524 (Hunting) Fax : 604-4844887 Email : info@tcetackles.com.my Website : www.tcetackles.com.my

: IZHAM B AHMAD : Tenggiri : 10 kg : Casting : Ikan Kambung : Yan, Kedah : 11.00 am

Nama Ikan Berat Kaedah Umpan Lokasi Waktu

: RAZALI BIN DAUD : Ikan Tebal Pipi : 3.2 kg : Pancing Dasar : Udang Hidup : Kuala Terong, Perak : 4.50 pm

(*Perhatian: Sebarang pertukaran hadiah yang bernilai serupa oleh pihak penganjur boleh berlaku tanpa sebarang notis. Hadiah akan dihantar dalam masa dua bulan dari tarikh majalah diterbitkan. Jika hadiah tidak sampai dalam tempoh tersebut, sila hubungi pihak majalah SIRIP dengan segera. Hadiah akan dikira luput jika tidak dituntut dalam masa lima bulan.) KEPILKAN BORANG DI BELAKANG GAMBAR

Nama : No. K/P : Alamat : _________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (rumah) (pejabat) (bimbit) No. Tel : Jenis Tangkapan : Berat : Waktu : am/pm Lokasi Tangkapan : Umpan / Gewang : Nama Tekong / Pemandu Pancing : No. Tel : Kaedah Memancing : Tarikh :


TIDE TABLE

Kedah Pier, Pulau Pinang

Lumut

Mersing

Pelabuhan Kelang

Port Dickson

Raffles Lighthouse

Tanjung Gelang

(Kuantan)

Kota Kinabalu

Muara Harbour, Kuala Brunei Santubong

Tawau

Miri

MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER

16

(SAB)

17

(AHA)

18

(ISN)

19

(SEL)

20

(RAB)

21

(KHA)

22

(JUM)

23

(SAB)

24

(AHA)

25

(ISN)

26

(SEL)

27

(RAB)

28

(KHA)

29

(JUM)

30

(SAB)

31

(AHA)

0431 1134 1756

2.3 0.7 2.2

0007 0518 1213 1909 0124 0639 1309 2028 0330 0847 1512 2152 0459 1038 1645 2257 0559 1148 1748 2342 0647 1232 1838

1.2 2.1 0.9 2.1 1.3 1.8 1.1 2.1 1.3 1.7 1.2 2.1 1.1 1.8 1.1 2.2 0.8 1.9 1.0 2.4 0.6 2.1 0.9

0018 0729 1303 1922 0052 0807 1331 2000 0125 0840 1402 2033 0157 0909 1434 2103 0228 0935 1505 2130 0256 0957 1536 2155 0322 1017 1606 2221 0344 1035 1638 2250 0407 1056 1723 2329

2.5 0.5 2.2 0.8 2.6 0.3 2.2 0.8 2.6 0.3 2.3 0.8 2.6 0.3 2.3 0.8 2.6 0.4 2.3 0.8 2.5 0.5 2.3 0.9 2.4 0.6 2.2 1.0 2.2 0.7 2.1 1.1 2.0 0.9 2.0 1.2

62 SIRIP

0233 0808 1437 2115 0331 0908 1528 2214 0445 1032 1638 2328 0617 1219 1810

1.1 2.4 0.7 2.7 1.2 2.2 0.9 2.6 1.2 2.1 1.1 2.5 1.1 2.0 1.2

0157 0836 1405 2001 0238 0930 1525 2116 0323 1026 1711 2244 0409 1124 1845

3.1 1.5 2.5 1.4 3.0 1.4 2.5 1.7 2.8 1.3 2.6 2.0 2.6 1.2 2.8

0047 0739 1352 1942 0155 0840 1500 2053 0253 0930 1553 2144 0339 1012 1637 22285 0419 1051 1715 2306 0454 1124 1749 2340 0526 1156 1819

2.5 1.0 2.2 1.2 2.6 0.8 2.4 1.1 2.7 0.6 2.5 1.0 2.7 0.4 2.6 0.9 2.8 0.3 2.7 0.9 2.8 0.3 2.7 0.9 2.8 0.3 2.7

0024 0503 1224 2000 0159 0604 1323 2100 0306 0706 1418 2148 0355 0803 1507 2228 0436 0855 1550 2303 0508 0945 1628 2332 0538 1032 1703

2.1 2.5 1.1 3.0 2.1 2.4 1.0 3.1 2.1 2.4 0.9 3.2 2.1 2.4 0.9 3.3 2.0 2.5 0.8 3.3 1.9 2.6 0.8 3.2 1.8 2.6 0.9

0012 0555 1225 1847 0042 0624 1252 1913 0113 0653 1318 1941 0146 0724 1346 2011 0223 0800 1419 2048

0.9 2.7 0.4 2.7 0.9 2.6 0.5 2.7 1.0 2.5 0.6 2.6 1.0 2.4 0.8 2.5 1.1 2.2 0.9 2.4

0000 0607 1119 1735 0027 0638 1205 1806 0056 0710 1252 1837 0126 0747 1340 19811 0156 0827 1438 1953

3.2 1.7 2.6 1.0 3.1 1.6 2.6 .21 3.1 1.6 2.5 1.4 3.0 1.5 2.5 1.6 2.8 1.5 2.5 1.8

0408 0953 1614 2232 0459 1039 1702 2324 0605 1148 1813

1.4 4.3 1.1 4.6 1.7 4.0 1.5 4.3 1.9 3.7 1.8

0047 0731 1339 1946 0223 0906 1509 2114 0339 1020 1623 2229 0442 1117 1720 2329 0533 1204 1806

4.1 1.9 3.6 1.9 4.1 1.7 3.8 1.8 4.3 1.4 4.1 1.6 4.5 1.0 4.5 1.3 4.7 0.7 4.7

0018 0615 1244 1846 0058 0653 1320 1921 0134 0724 1351 1951 0205 0753 1417 2017 0231 0817 1439 2041 0256 0842 1501 2107 0323 0908 1525 2135 0352 0938 1553 2207

1.2 4.8 0.5 4.8 1.1 4.8 0.4 4.9 1.1 4.8 0.5 4.8 1.1 4.7 0.6 4.8 1.2 4.6 0.8 4.7 1.3 4.4 1.0 4.6 1.4 4.2 1.2 4.4 1.6 3.9 1.5 4.1

0525 1052 1713 2324 0622 1149 1801

0.6 2.3 0.5 2.5 0.7 2.0 0.6

0034 0732 1259 1908 0206 0902 1427 2051 0339 1033 1602 2233 0448 1143 1715 2342 0538 1241 1809

2.3 0.9 1.8 0.7 2.2 0.9 1.8 0.8 2.3 0.9 1.8 0.6 2.4 0.7 2.0 0.4 2.5 0.6 2.2

0037 0621 1329 1854 0122 0657 1410 1932 0201 0730 1442 2004 0234 0802 1506 2033 0301 0834 1521 2059 0326 0905 1538 2125 0353 0937 1559 2153 0423 1008 1625 2225 0458 1040 1656 2306

0.3 2.6 0.5 2.4 0.2 2.6 0.5 2.5 0.2 2.6 0.4 2.6 0.2 2.6 0.4 2.6 0.3 2.5 0.3 2.6 0.3 2.5 0.3 2.6 0.4 2.3 0.4 2.5 0.5 2.2 0.4 2.3 0.7 2.0 0.5 2.0

0345 0950 1537 2215 0433 1050 1641 2301 0530 1209 1801

2.8 1.0 2.9 0.7 2.7 1.0 2.5 0.9 2.7 1.1 2.3

0007 0637 1346 1958 0133 0750 1516 2143 0301 0854 1626 2250 0407 0946 1722 2339 0456 1030 1809

1.2 2.7 1.0 2.1 1.3 2.7 0.8 2.2 1.3 2.9 0.7 2.4 1.3 3.0 0.6 2.5 1.2 3.1 0.5

0018 0537 1111 1848 0050 0613 1148 1922 0116 0646 1226 1950 0141 0718 1303 2016 0203 0750 1341 2041 0231 0826 1416 2105 0301 0903 1452 2130 0331 0948 1530 2150

2.6 1.2 3.2 0.5 2.6 1.1 3.2 0.5 2.7 1.1 3.2 0.5 2.7 1.0 3.2 0.5 2.7 1.0 3.1 0.6 2.7 1.0 2.9 0.7 2.7 1.0 2.7 0.8 2.6 1.1 2.4 1.0

0129 0814 1350

3.1 1.5 2.3

0203 0859 1516 2023 0238 0946 1653 2212 0315 1035 1821

2.9 1.4 2.4 1.8 2.7 1.2 2.6 2.1 2.5 1.1 2.8

0014 0358 1124 1928 0159 0454 1213 2023 0305 0556 1300 2109 0349 0656 1346 2151 0424 0751 1429 2229 0457 0844 1510 2305 0530 0936 1550 2337 0603 1027 1627

2.2 2.3 1.0 3.0 2.1 2.2 0.9 3.2 2.0 2.2 0.8 3.3 2.0 2.2 0.7 3.4 1.9 2.2 0.7 3.4 1.8 2.2 0.7 3.4 1.8 2.2 0.8 3.3 1.7 2.2 1.0

0007 0635 1120 1704 0033 0706 1213 1739 0055 0735 1308 1818 0116 0806 1411 1980

3.2 1.7 2.2 1.1 3.0 1.6 2.2 1.4 2.9 1.5 2.2 1.6 2.7 1.5 2.3 1.8

0204 0927 1654 2153 0306 0945 1723

1.6 0.7 1.4 1.1 1.4 0.9 1.5

0031 0457 1003 1800 0217 0856 1001 1844 0325 1932

1.0 1.1 1.1 1.6 0.8 1.1 1.1 1.7 0.6 0011 1.8 0658 1335 1928 0.5 0109 1.9 0805 1447 2040 0.4 0208 1.9 0907 1545 2139 0.3 0304 1.2 1002 1.2 1635 2.0 2230 0.3 0355 1.2 1051 1.2 1719 2.0 2313 0.3 0443 1.2 1134 1.1 1758 1.9 2353 0.4 0528 1.2 1212 1.1 1836 1.8 0.5 0032 1.2 0610 1.1 1247 1910 1.7 0108 0.6 0653 1.2 1319 1.1 1944 1.6 0145 0.6 0735 1.3 1351 1.1 2015 1.5 0224 0.7 0821 1.3 1423 1.1 2046 1.3 0306 0.8 0910 1.4 1500 1.1 2118

0417 2021 0501 2108 0540 1340 1431 2152 0616 1355 1534 2233 0650 1416 1623 2311 0719 1437 1708 2348 0743 1451 1753 0023 0801 1451 1838 0056 0816 1502 1928 0129 0830 1527 2032 0203 0844 1600 2235

0300 0850 1507 2138 0353 0953 1600 2224 0450 1100 1700 2316 0552 1215 1810

1.7 4.4 1.3 4.8 1.6 4.3 1.7 4.6 1.5 4.2 2.1 4.5 1.4 4.2 2.4 4.3 1.2 4.3 2.5 4.3 1.1 4.4 2.4 4.3 0.9 4.6 2.3 4.3 0.7 4.8 2.1 4.4 0.7 4.8 2.0 4.4 0.7 4.9 1.9 4.4 0.8 4.9 1.8 4.4 0.9 4.8 1.8 4.4 1.1 4.7 1.8 4.3 1.4 4.5 1.8 4.1 1.7 4.4 1.9 4.0 2.0 4.2

0254 1003 1723 2247 0356 1033 1805

1.9 0.8 1.7 1.3 1.6 1.0 1.8

0212 0938 1751 2338 0318 0958 1814

1.5 0.8 1.4 1.2 1.3 0.9 1.5

0040 0555 1106 1849 0222 0919 1148 1937 0333 1118 1248 2027 0424 1216 1402 2120 0509 1258 1507 2211 0552 1331 1602 2256 0631 1353 1652 2337 0708 1404 1735

1.2 1.4 1.1 1.9 1.0 1.3 1.3 2.0 0.8 1.4 1.4 2.2 0.6 1.5 1.5 2.3 0.5 1.5 1.5 2.3 0.4 1.6 1.5 2.4 0.4 1.6 1.5 2.4 0.4 1.5 1.4

0156 0623 1008 1829 0312 1853

1.0 1.1 1.0 1.6 0.8 1.7

0408 1935

0.6 1.8

0453 2021

0.5 1.9

0536 2107

0.4 1.9

0614 2150

0.3 2.0

0649 2230

0.3 1.9

0720 2308

0.4 1.9

0011 0739 1422 1814 0038 0807 1444 1851 0103 0831 1508 1930 0127 0852 1534 2017 0153 0908 1604 2117 0222 0922 1639 2238

2.3 0.4 1.5 1.4 2.2 0.5 1.5 1.3 2.1 0.6 1.6 1.3 2.0 0.7 1.6 1.3 1.8 0.8 1.6 1.3 1.6 1.0 1.7 1.2

0745 1532 1633 2345 0805 1546 1742

0.4 1.2 1.2 1.8 0.5 1.2 1.2

0020 0819 1601 1850 0053 0835 1613 1950 0123 0853 1623 2053 0148 0907 1639

1.7 0.6 1.2 1.2 1.6 0.7 1.3 1.2 1.4 0.8 1.3 1.2 1.3 0.9 1.4

0342 1023 1558 2227 0423 1115 1658 2317 0518 1229 1830

0.6 2.8 1.0 2.8 0.9 2.7 1.2 2.5 1.1 2.6 1.4

0033 0644 1408 2033 0241 0830 1538 2159 0425 0947 1643 2255 0526 1041 1734 2339 0611 1125 1818

2.2 1.2 2.6 1.4 2.1 1.2 2.8 1.1 2.2 1.0 3.0 0.8 2.4 0.8 3.2 0.6 2.6 0.6 3.3

0017 0650 1205 1855 0051 0724 1240 1928 0122 0754 1314 1957 0150 0821 1345 2023 0215 0846 1414 2048 0239 0910 1444 2112 0304 0937 1514 2138 0329 1008 1549 2204

0.4 2.7 0.4 3.4 0.3 2.8 0.4 3.4 0.2 2.8 0.3 3.4 0.2 2.9 0.4 3.3 0.3 2.9 0.5 3.2 0.4 2.8 0.6 3.0 0.6 2.7 0.8 2.8 0.8 2.6 1.1 2.6


16 JAN ~ 15 FEB 2016

Kedah Pier, Pulau Pinang

Lumut

Mersing

Pelabuhan Kelang

Port Dickson

Tanjung Gelang Raffles (Kuantan) Lighthouse

Kota Kinabalu

Kuala Muara Harbour, Santubong Brunei

Tawau

Miri

MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER MASA METER

1

(ISN)

2

(SEL)

3

(RAB)

4

(KHA)

5

(JUM)

6

(SAB)

7

(AHA)

8

(ISN)

9

(SEL)

10

(RAB)

11

(KHA)

12

(JUM)

13

(SAB)

14

(AHA)

15

(ISN)

0433 1123 1833

1.8 1.0 1.9

0036 0520 1215 1945 0300 0816 1417 2111 0501 1057 1623 2239 0547 1144 1728 2325 0627 1217 1818

1.4 1.6 1.2 1.9 1.4 1.5 1.3 1.9 1.2 1.6 1.3 2.0 1.0 1.8 1.1 2.2 0.7 2.0 0.9

0001 0707 1247 1902 0035 0745 1317 1944 0108 0823 1349 2024 0144 0858 1423 2104 0222 0932 1502 2142 0300 1005 1542 2221 0338 1037 1625 2300 0417 1108 1713 23421 0459 1136 1814

2.4 0.5 2.1 0.8 2.6 0.3 2.3 0.7 2.7 0.2 2.4 0.6 2.8 0.1 2.5 0.5 2.8 0.1 2.5 0.6 2.7 0.2 2.5 0.7 2.5 0.4 2.4 0.8 2.3 0.6 2.2 1.0 2.0 0.9 2.1

BULAN PENUH

0227 0912 1553 2054 0257 1003 1723 2242 0327 1054 1842

2.7 1.5 2.4 2.0 2.5 1.4 2.5 2.1 2.4 1.4 2.6

0427 1014 1628 2246 0515 1107 1726 2349 0641 1304 1926

1.9 3.6 1.8 3.9 2.2 3.4 2.1 3.6 2.3 3.2 2.3

0055 0405 1149 1949 0216 0513 1245 2038 0257 0627 1340 2118 0325 0729 1431 2153 0354 0825 1518 2224 0427 0920 1602 2257 0505 1013 1644 2331 0.6 0543 2.9 1106 0.1 1726 3.0 0.7 0007 2.8 0623 0.2 1200 2.9 1810 0.7 0044 2.6 0708 0.4 1257 2.8 1900 0.8 0123 2.4 0755 0.7 1400 2.7 2001 1.0 0202 2.2 0848 0.9 1520 2.5 2117

2.2 2.3 1.3 2.7 2.2 2.2 1.2 2.9 2.1 2.3 1.1 3.0 2.0 2.3 0.9 3.1 1.9 2.4 0.8 3.2 1.8 2.6 0.7 3.2 1.6 2.7 0.7 3.2 1.5 2.7 0.8

0213 0858 1454 2107 0326 1002 1557 2207 0421 1051 1651 2259 0508 1138 1738 2349 0553 1222 1823

3.6 2.1 3.5 2.0 3.9 1.7 3.8 1.7 4.2 1.3 4.2 1.3 4.5 0.8 4.6 1.1 4.8 0.5 4.9

0036 0634 1302 1905 0119 0713 1339 1943 0158 0750 1413 2020 0236 0826 1446 2055 0313 0902 1519 2131 0352 0938 1553 2208 0434 1017 1634 2250

0.9 5.0 0.2 5.1 0.7 5.1 0.1 5.3 0.7 5.1 0.1 5.3 0.7 5.0 0.3 5.2 0.8 4.7 0.6 5.0 1.1 4.4 1.0 4.6 1.4 4.0 1.5 4.2

0307 0846 1500 2135 0406 0956 1600 2249 0548 1156 1747

1.2 2.0 1.1 2.3 1.3 1.9 1.3 2.2 1.3 1.8 1.4

0028 0722 1338 1925 0140 0822 1437 2029 0232 0908 1523 2119 0315 0949 0167 2202 0355 1028 1649 2244 0435 1107 1730 2325 0514 1143 1808

2.2 1.1 2.0 1.3 2.3 0.9 2.2 1.2 2.5 0.7 2.4 1.0 2.6 0.5 2.6 0.9 2.8 0.3 2.7 0.8 2.9 0.1 2.9 0.7 3.0 0.1 2.9

0006 0553 1220 1846 0046 0632 1257 1923 0127 0712 1335 2000 0211 0757 1415 2041 0301 0850 1503 2132

3.2 1.4 2.8 1.0 3.1 1.3 2.8 1.2 2.9 1.2 2.7 1.5 2.8 1.1 2.7 1.8

0542 1119 1737 0006 0645 1212 1841 0145 0821 1338 2033 0339 1011 1541 2220 0440 1115 1656 2320 0522 1205 1745 0008 0558 1253 2827 0056 0634 1341 1907 0146 0709 1423 1945 0235 0748 1502 2021 0319 0826 1534 2056 0400 0906 1601 2133 0438 0947 1624 2212 0515 1030 1653 2259 0558 1118 1732 2359

0.9 0409 1.8 1046 0.7 1615 2215 1.9 0458 1.1 1207 1.6 1720 0.8 2313 1.8 0600 1.1 1341 1.5 2009 0.8 1.9 0046 1.1 0726 1.6 1518 0.7 2139 2.1 0216 0.9 0845 1.8 1620 0.5 2228 2.3 0345 0.8 0935 2.1 1705 2309 0.3 0439 2.5 1016 0.6 1745 2.3 2346 0.2 0520 2.6 1054 0.4 1820 2.6 0.1 0022 2.7 0558 0.2 1133 2.7 1854 0.1 0054 2.8 0639 0.1 1215 2.9 1928 0.1 0124 2.7 0722 0.1 1300 2.9 1002 0.2 0158 2.7 0805 0.1 1346 2.9 2041 0.3 0233 2.5 0850 0.2 1435 2.7 2116 0.4 0311 2.3 0935 0.3 1528 2.5 2152 0.6 0354 2.0 1028 0.5 1626 2.2 2230

2.5 1.2 2.1 1.2 2.5 1.3 1.9 1.4 2.4 1.2 1.8

0134 0838 1527 2028 0153 0919 1702 2232 0219 1004 1823

2.6 1.4 2.3 2.0 2.4 1.3 2.4 2.2 2.3 1.3 2.6

0241 0856 1639

1.5 2.5 1.1 1.9 1.5 2.6 0.9 2.2 1.4 2.8 0.7 2.4 1.3 3.0 0.6 2.5 1.1 3.2 0.5

0118 0255 1053 1923 0238 0411 1145 2008 0312 0535 1236 2049 0338 0641 1323 2127 0401 0738 1409 2204 0424 0835 1455 2239 0451 0933 1541 2314 0521 1035 1627 2348 0554 1138 1717

2.1 2.2 1.2 2.8 2.1 2.1 1.1 2.9 2.0 2.0 0.9 3.1 1.9 2.1 0.8 3.2 1.9 2.2 0.7 3.3 1.8 2.2 0.6 3.4 1.7 2.3 0.7 3.3 1.5 2.4 0.8 3.2 1.4 2.5 1.0

0327 1904

0021 0633 1239 1811 0053 0715 1345 1916 0123 0802 1458 2046

3.1 1.3 2.6 1.3 2.9 1.2 2.6 1.6 2.7 1.1 2.7 1.9

2.7 1.0 3.3 0.4 2.8 0.9 3.4 0.4 2.8 0.7 3.3 04 2.9 0.7 3.2 0.4 2.9 0.6 3.0 0.6 2.9 0.7 2.7 0.7 2.8 0.8 2.4 1.0

0113 0411 0855 1725 0241 1814

0405 1954 0440 2043 0515 1256 1426 2131 0551 1307 1532 2218 0625 1323 1628 2303 0700 1340 1721 2349 0732 1359 1814 0036 0758 1417 1911 0123 0813 1438 2023 0219 0824 1508 2214 0344 0836 1552

1.1 0351 0.9 1006 1.4 1543 2153 1.0 0442 1.0 1110 0.9 1638 1.5 2238 0.8 0540 1.6 1223 1747 2331 0.7 0642 1.7 1332 1901

1.9 3.8 2.3 4.1 1.9 3.8 2.5 4.0 1.8 3.8 2.7 3.9 1.7 3.9 2.6

0304 0932 1718

1.4 1.1 1.7

0050 0448 0923 1801 0229 1850

0.5 0030 1.7 0743 1430 2008 0.4 0128 1.8 0839 1520 2104 0.3 0223 1.2 0931 1.2 1605 1.9 2154 0.3 0315 1.2 1019 1.1 1649 1.9 2242 0.3 0407 1.2 1105 1.1 1733 1.9 2329 0.3 0500 1.2 1150 1.0 1816 1.9 0.4 0015 1.2 0554 0.9 1235 1859 1.7 0102 0.6 0650 1.3 1319 0.9 1941 1.6 0149 0.7 0746 1.4 1404 0.9 2023 1.4 0238 0.8 0843 1.4 1452 0.9 2107 1.1 0328 0.9 0943 1.5 1542 2153

1.2 1.3 1.2 1.8 1.0 1.9

0057 0148 0903 1704 0348 0447 0521 1738 0351 1820

1.1 1.1 1.0 1.4 1.0 1.0 1.0 1.5 0.8 1.6

0356 1048 1632 2237 0430 1153 1759 2331 0541 1355 2027

1.0 2.5 1.3 2.3 1.2 2.4 1.6 2.1 1.4 2.3 1.6

0331 1943

0.8 2.0

0410 1908

0.7 1.7

4.0 1.5 4.1 2.5 4.1 1.3 4.4 2.3 4.3 1.0 4.7 2.0 4.5 0.8 4.9 1.8 4.7 0.6 5.1 1.6 4.8 0.5 5.2

0413 2039

0.7 2.1

0437 1958

0.5 1.7

0453 1253 1437 2134 0531 1246 1552 2225 0609 1306 1650 2313 0648 1330 1741 2357 0724 1354 1831

0.5 1.5 1.5 2.2 0.4 1.5 1.5 2.3 0.4 1.6 1.4 2.3 0.3 1.6 1.3 2.3 0.3 1.6 1.2

0506 2047

0.4 1.8

0538 2136

0.4 1.9

0041 0759 1419 1921 0125 0831 1446 2014 0212 0858 1519 2116 0305 0920 1557 2232 04189 0936 1644

2.2 0.4 1.6 1.1 2.1 0.6 1.6 1.0 1.9 0.7 1.7 1.0 1.6 0.9 1.7 1.0 1.4 1.1 1.8

0.3 1.3 1.3 1.9 0.3 1.3 1.2 1.9 0.4 1.3 1.2 1.8 0.5 1.3 1.1

1.9 1.5 2.5 1.5 2.1 1.3 2.8 1.0 2.3 1.0 3.1 0.7 2.5 0.7 3.3 0.4 2.7 0.5 3.5

1.4 4.8 0.5 5.2 1.3 4.8 0.7 5.1 1.3 4.7 1.0 4.9 1.3 4.6 1.4 4.6 1.3 4.4 1.9 4.4

0613 1410 1517 2223 0648 1425 1635 231 0 0722 1448 1750 2359 0751 1510 1852

0217 0820 1533 2155 0425 0940 1633 2243 0517 1029 1719 2322 0556 1112 1801 2358 0633 1153 1840

0053 0814 1532 1950 0153 0834 1545 2055 0308 0851 1550 2323 0510 0855 1606

1.7 0.7 1.3 1.0 1.5 0.8 1.3 1.0 1.3 0.9 1.4 0.9 1.1 1.0 1.5

0034 0708 1231 1919 0108 0742 1309 1954 0142 0815 1346 2029 0214 0848 1423 2102 0246 0922 1500 2133 0317 0956 1540 2205 0351 1038 1628 2241

0.2 2.9 0.3 3.6 0.1 3.0 0.2 3.6 0.1 3.1 0.2 3.5 0.1 3.1 0.3 3.3 0.2 3.1 0.5 3.1 0.4 3.0 0.7 2.8 0.7 2.8 1.1 2.4

BULAN BARU

SIRIP

63





Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.