JOIN US ON FACEBOOK
SIRIP
‘TROUT MALAYA’ BELUKAR BUKIT
Trolling Siakap Bumi Kenyalang Ekstremis Tuna Tebing Tinggi 4 Flap Royal Belum Melaka Darul Temmy? Kebangkitan Boron Penang Bengkok Badan @ Bangkok Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini BIL. 193
15hb OKTOBER 2017
Diterbitkan sejak 2001
PP10925/08/2013 (033257)
Editorial
OCT 2017
Bil : 193
KETUA EDITOR
M
ata kail tercangkuk tangan adalah perkara yang agak biasa berlaku ketika memancing, terutama pancingan gewang. Seketul gewang sekurang-kurangnya terdapat satu bentuk mata tiga (treble hook). Jig perlahan pun terdapat dua mata tunggal. Biasa sahaja pemancing boleh tercangkuk sendiri jika tidak berhati-hati.
Pak Wong
SUB-EDITOR Papa Sirip majalahsirip2001@gmail.com
REKA BENTUK GRAFIK Liew Mong Eang
JURUKAMERA & PENYUNTING ‘IKAN TERHANDAL MALAYSIA’ Spike Fariq
PENULIS PAK WONG, HISYAMUDDIN ABD. GHANI, JR.
USOP,
SAM
BOSCH
BENEJAM,
HANUMEI IKE, SPIKE FARIQ, WONG KOK PING, NAZMI ANUAR, KETAMTK, PEMANCING TEGAR (SYABELI JOHRI)
PENERBIT
Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. (522228-W)
No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D.E Surat-menyurat
Menurut laporan akhbar di Tanjung Tualang, Perak baru-baru ini berlaku sebuah kes mata tiga tercangkuk mata kiri seorang pemancing yang berusia 18 tahun ketika beliau cuba menarik gewangnya yang tersangkut. Beliau dengan segera dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya mencabut mata kail daripada matanya, namun tidak pasti sama ada korneanya tercedera atau tidak. Daripada bermacam-macam kes cedera akibat terkena mata kail, inilah kes yang paling menakutkan! Saya berharap pemancing yang telah membaca berita ini akan lebih berwaspada agar mata tidak menjadi buta semata-mata kerana memancing! Pada hakikatnya kebanyakan kes cedera akibat terkena mata kail memang dapat dielakkan. Selain kurang berpengalaman, banyak kes terjadi akibat cuai! Misalnya kes di atas, saya percaya beliau seorang pemancing novis dan tidak mengetahui cara yang betul untuk menangani kes gewang tersangkut. Sewajarnya apabila mengilat dari tebing, kita boleh cuba menghenjut joran apabila tersangkut reba. Namun joran harus menghala ke sebelah tepi apabila membuat henjutan agar gewang tidak terbang ke arah kita apabila ia terselamat daripada sangkutan. Jika tidak berjaya, rendahkan joran dan kunci drag, kemudian menarik secara menunjukkan hujung joran ke arah gewang. Kaedah ini menggunakan daya tegangan kekili untuk menarik gewang supaya terlepas daripada reba atau menarik mata tiga / tali sehingga terbuka / putus. Nasihat saya apabila mengilat dari tebing, seboleh-bolehnya gunakan mata tiga yang lebih halus berbanding kekuatan tali agar mata kail itu dapat ditarik sehingga terkangkang apabila gewang tersangkut. Satu lagi perkara yang wajib diambil perhatian ialah janganlah cuba-cuba menarik gewang yang tersangkut di atas pokok apabila memancing dari tebing. Silap-silap gewang akan terbang ke arah kita dan mengakibatkan kecederaan parah terhadap muka / mata kita. Lebih baik potong sahaja tali. Korban sebiji gewang lebih baik daripada korban sebiji mata kan? Kebanyakan pemancing terkena pancing ketika cuba mencabut mata kail dari ikan. Cara paling selamat untuk berbuat demikian ialah, jika ikan itu ingin dibawa pulang, lebih baik pukul ikan itu sehingga pengsan barulah ambil gambar dan membuka mata kail. Jika ingin melepaskan ikan itu, maka haruslah menggunakan pengepit untuk berbuat demikian. Hakikatnya kita haruslah berwaspada apabila mengendalikan ikan yang masih bertenaga. Jangan biarkan keterujaan menguasai otak kita sehingga kemalangan berlaku! Pak Wong
Editor SIRIP Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D. E. Tel / Faks : (60)3-7955 5211 E-mel : majalahsirip2001@gmail.com
2 SIRIP
Pengalaman yang dahsyat ini mengakibatkan pemancing dari negeri Perak ini tidak berani pergi memancing lagi!
Kandungan Utama
BIL. 193 OKT 2017 HG
. 1)
ER
IN M
A L AY S
IA
(B
DEEP
LIN
Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini
BIL. 193
Trolling Siakap Bumi Kenyalang Ekstremis Tuna Tebing Tinggi 4 Flap Royal Belum Melaka Darul Temmy? Kebangkitan Boron Penang Bengkok Badan @ Bangkok
15hb OKTOBER 2017
‘TROUT MALAYA’ BELUKAR BUKIT
JOIN US ON FACEBOOK
SIRIP
MUKA DEPAN : Fly Fishing Sikang
Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)
6. Doing It Right SEJARAH & RAHSIA SI JANGGUT
8. Fly Fishing The Malayan Trout
8. Fly Fishing The Malayan Trout SIKANG BELUKAR BUKIT 16. Sarawak Silverado TUNDA MUARA KENYALANG 22. Northern Boron Attack KEBANGKITAN BORON PENANG 30. Green Column REKOD PELEPASAN IKAN SERENTAK SELURUH MALAYSIA 32. Bangkok Hooker BENGKOK BADAN @ BANGKOK 40. Royal Belum Retreat 4 FLAP AIR BESAR
16. Sarawak Silverado
48. Temensis Arise MELAKA DARUL TEMMY? 50. Bluefin Rock Casting TSB TEBING TINGGI 54. Heavy Cover Snakehead Games CARA MUDAH TANGGALKAN GAM PADA FROGGY 56. Product Awareness
22. Northern Boron Attack
50. Bluefin Rock Casting
Oleh : PAK WONG
SEJARAH & RAHSIA SI JANGGUT S
iapakah pencipta gewang janggut (spinnerbait) yang sebenarnya? Soalan ini sukar diperolehi jawapan muktamadnya. Kita hanya mengetahui bahawa ia adalah berasal daripada gewang ‘spinner’ atau ‘kekipas’ yang dicipta oleh dunia barat. Kelebihan spinner terawal yang dipanggil ‘in-line spinnerbait’ ini ialah blade (bilah kekipas) yang dapat berputar apabila dikarau. Blade yang berputar akan memantul cahaya sambil menghasilkan getaran untuk mengaktifkan garis deria (lateral line) ikan. Garis deia ikan yang sensitif dapat ‘mengesan’ dan ‘merasai’ kehadiran makhluk lain menerusi perubahan halus yang dihasilkan oleh getaran dan gelombang bunyi dari jarak yang agak jauh. Ia akan dapat mengesan kehadiran bahaya atau mengenal pasti kedudukan mangsa. Justeru gewang spinner adalah direka semata-mata untuk merangsang sistem deria ikan. Spinner juga dapat menghasilkan pantulan cahaya dalam air bagi merangsang deria penglihatan ikan, atau menghasilkan gelombang bunyi bagi merangsang deria pendengaran ikan untuk menentukan kelakuan mangsa mereka. Kira-kira pada tahun 1951, in-line spinner telah berkembang menjadi ‘janggut’ yang kita gunakan hari ini dengan nama Inggerisnya, ‘safety pin spinnerbait’. Perbezaannya ialah memisahkan blade dari badannya. Perkembangan ini telah menjadikan janggut sebagai gewang legenda dalam dunia memancing. Sehingga sekarang, janggut masih dianggap gewang serba boleh (versatile) yang paling berkesan.
Gewang Serba Boleh Tiada gewang lain yang mampu merangkumi kaedah persembahan yang pelbagai ragam, lubuk yang berlainan dan berkesan buat semua jenis ikan pemangsa seperti si janggut. Apabila kita mengarau janggut berdekatan permukaan, ia akan menjadi buzz bait yang amat berkesan. Biarkan janggut tenggelam ke dasar, ia akan bertukar menjadi gewang pencarian dasar yang lebih berkesan berbanding soft plastic (SP). Janggut juga terkenal dengan ciri weedless-nya (kalis sangkut). Justeru ia telah menjadi gewang tunggal untuk menjerat haruan di tempat yang tiada jualan katak hidup seperti di Brunei, Sabah dan Sarawak. Janggut sesuai digunakan di perairan yang tenang. Namun ia juga mampu menumbangkan sebarau dan kelah di sungai pergunungan. Ia juga gewang kegemaran saya untuk menunda toman! Janggut juga sesuai dipersembahkan secara menegak seperti jig. Tidak kira karauan laju atau perlahan, ia tetap berupaya menangkap ikan!
6 SIRIP
Rahsia Si Janggut Kita memahami bahawa keberkesanan janggut berpunca daripada cahaya, getaran dan gelombang bunyi yang dijana oleh blade-nya yang berputar di dalam air. Keupayaan janggut menjanakan efek-efek ini jauh lebih bagus berbanding gewanggewang yang lain. Yang lebih power ialah ia tetap mampu menghasilkan efek-efek tersebut walaupun bergerak dengan amat perlahan. Justeru ia mampu berada di zon serangan ikan pemangsa dengan lebih lama bagi menggoda ikan yang kurang aktif. Ini merupakan unsur terpenting yang dapat membezakan keputusan memancing di lubuk yang menghadapi tekanan memancing yang serius. Namun rahsia terbesar janggut sebenarnya bergantung kepada imej keseluruhannya bagi pandangan mata pemangsa. Apabila ikan pemangsa menjumpai janggut melalui pantulan cahaya, apa yang ia lihat ialah sekumpulan ikan kecil (blades) sedang dikejar oleh seekor makluk yang lebih besar (kombinasi janggut dan kepala). Ikan besar biasanya tidak akan mengizinkan ikan yang jauh lebih besar daripadanya menangkap mangsa di depan matanya. Ia akan bertindak untuk mengajar ‘ikan’ itu biarpun tidak aktif pada ketika itu!
Perbezaan Blade Sejarah blade yang kita gunakan pada hari ini tidak mempunyai sejarah yang tepat. Namun mengikut legenda, ia adalah hasil ketukan di atas sekeping siling perak oleh John Hildebrandt selaku pengasas Hildebrandt Lure di Indiana, Amerika Syarikat pada penghujung tahun 1800. In-line spinnerbait, moyang gewang janggut.
nenek
John akhirnya telah memilih tiga jenis blade untuk digunakan pada gewang spinner yang popular pada zaman tersebut setelah memantau aksinya di dalam air. Ketiga-tiga jenis blade ini iaitu Willow, Colorado dan Indiana akhirnya telah menjadi tiga jenis rekaan utama blade gewang janggut yang digunakan sehingga kini.
Blade Colorado yang berbentuk seakan bulat mampu berputar dengan kelajuan yang amat perlahan di perairan yang tidak berarus atau sedikit arus. Blade willow pula sebaliknya. Biarpun ia tidak dapat berputar dengan efektifnya seperti Colorado, namun bentuk aerodinamiknya membolehkan ia beraksi di perairan yang berarus agak laju. Manakala blade Indiana pula sifatnya adalah di antara kedua-dua reka bentuk berkenaan.
Blade Willow Ramai beranggapan blade yang berbentuk willow itu semuanya sama sahaja. Pada hakikatnya selain saiznya yang berbeza, terdapat juga perbezaan pada panjang, lebar, tebal, bentuk bujur, darjah lekukan (cup), bahan asli asas, tempaan dan penyaduran yang menyebabkan janggut yang kelihatan sama sahaja mempunyai aksi yang berlainan di dalam air. Antara blade willow yang beraneka ragam, ‘slow willow’ adalah corak yang terunggul. Panjang, lebar dan bentuk bujurnya adalah bersamaan dengan willow yang lain, selain mempunyai cup yang lebih cetek. Justeru ia dapat berputar dengan lebih cepat, berbanding willow lain. Apabila janggut anda dijumpai ikan sebaik sahaja ia dilontar ke dalam air, blade yang dapat berputar dengan serta-merta akan meningkatkan peluang dibaham ikan. Sama juga apabila ia sampai ke tepi tebing atau bot di mana karauan menjadi perlahan, ia juga masih mampu berputar lagi manakala willow blade yang standard telah pun berhenti berputar pada ketika itu. Banyak juga ikan pemangsa yang gemar mengejar mangsanya sehingga ke tepi tebing atau bot barulah membahamnya. Dengan penggunaan slow willow, akan dapat meningkatkan peluang terkena ikan pada saat itu.
Blade Colorado Blade Colorado yang berbentuk hampir bulat terasa paling berat apabila dikarau. Ia kurang popular di Amerika negara ciptaannya. Namun Colorado telah menjadi gewang pilihan
Iklan gewang janggut yang muncul pada tahun 1977 di Amerika. utama untuk menjerat toman dan haruan di Asia Tenggara. Kehandalan blade ini ialah ia dapat menghasilkan getaran yang kuat. Di lubuk yang sesak dengan struktur misalnya lubuk haruan, ia membolehkan haruan menjumpainya melalui getaran. Toman juga menaruh minat terhadap janggut yang mempunyai blade jenis ini. Tidak kira di tasik empangan mahupun lombong, Colorado tetap dianggap magnet kepada toman terutama yang mempunyai skirt berwarna hitam.
Blade Indiana Biarpun blade yang berbentuk titisan air ini sesuai digunakan dalam semua keadaan, namun ia merupakan janggut yang jarang-jarang digunakan oleh pemancing tempatan. Pada hakikatnya janggut jenis Indiana ini telah menjuarai beberapa Kejohanan Bassmaster Classic Internatonal di Amerika. Mungkin anda akan berminat untuk mencubanya? - SIRIP -
Janggut jenama Hart yang paling awal terdapat di Malaysia, sehingga sekarang masih menjadi kegemaran pengilat veteran.
Blade willow ini berputar lebih kencang dan laju berbanding willow lain. Rintangan yang dihasilkan ketika mengarau adalah lebih rendah, justeru mampu berenang dengan lebih dalam dan tepat.
Janggut serba guna yang mempunyai blade Indiana yang berbentuk titisan air.
‘Slow willow’ yang mempunyai cup yang lebih cetek mampu berputar walaupun dikarau dengan perlahan.
SIRIP
7
Fly Fishing For Malayan Trout 1
PERMATA
BELUKAR BUKIT S
ukan pancing layang (fly fishing), walaupun ia suatu industri yang besar di peringkat antarabangsa, namun perkembangannya agak perlahan di Malaysia pada mula ia menjengah arena pancingan negara pada pertengahan 90an. Ini berkait dengan amat kurangnya pendedahan, lebih dipelopori oleh golongan elit dan kesukaran mendapatkan barangan memancing layang pada masa itu. Dan satu-satunya kedai pancing layang yang ada dan aktif dari dulu sehingga sekarang ialah Tacklebox di Subang. Sekian lama juga pancing layang di Malaysia lebih popular dan berkitar di kalangan pemancing yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan bandar besar sahaja. Tumpuan pula lebih diberikan lebih kepada kegilaan menjebak peacock bass dan ikan bulan (tarpon). Walau
8 SIRIP
bagaimanapun,
2
Teks : HISYAMUDDIN ABD. GHANI Fotografi : TERENGGANU FLY FISHING CLUB
1. Rupa dan tingkah lakunya 3 sejak 5 - 6 tahun kebelakangan ini, minat pancingan berseni ini kian menular sehingga ke pemancing yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk seceruk Kuala Berang di Terengganu dan Jeli di Kelantan sehingga tertubuhnya komuniti pemancing layang mereka sendiri. Saya yang menetap di Ajil turut terpengaruh dan menjadi obses pancing layang sehingga set mengilat semuanya tak disentuh lagi sejak 4 tahun lepas! Penularan sukan memancing layang yang unik ini dirancakkan oleh semakin mudahnya kita untuk mendapatkan produk pancing layang semenjak adanya perniagaan secara online, dan satu lagi punca disebabkan oleh kewujudan satu spesies ikan sungai asli kita yang amat efektif dipancing dengan teknik ini iaitu ikan sikang (Raiamas guttatus).
4
Terengganu Fly Fishing Club Sebelum saya teruskan dengan cerita sikang, terlebih dahulu ingin saya perkenalkan Terengganu Fly Fishing Club (TFFC). TFFC merupakan sebuah kelab pancing layang yang aktif di negeri Terengganu Darul Iman. Sebelum ini ia dikenali sebagai ‘Ulouff’. Idea asal penubuhan kelab pancing layang ini ialah Christopher John Mcilravy pada Februari 2017, seorang warganegara Amerika Syarikat dan pemancing layang sejati yang menetap di negeri penyu ini sejak tahun lalu, setelah berhijrah dari Indonesia. Kelab TFFC ini diketuai oleh penulis sendiri dan kami mempunyai ahli aktif seramai 12 orang. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk mengembangkan dan memperkenalkan teknik fly fishing kepada
yang mirip ikan trout menyebabkan sikang menjadi pujaan pemancing layang Malaysia.
2. Sungai jernih berpasir landai merupakan kawasan rayau ikan sikang.
3. Kawasan tebing sungai yang
lapang di habitat sikang memudahkan lagi aksi pancingan layang.
4. Terengganu
Fly Fishing Club (TFFC) rajin berkumpul hampir setiap minggu untuk melayang sikang di Belukar Bukit.
5. Umpan layang pelbagai jenis perlu disediakan sebaik mungkin. Untuk mengikat semula flies di tepi sungai bukan pilihan terbaik.
5
SIRIP SIRIP 9 41
Fly Fishing For Malayan Trout
6
6. Kecil-kecil cili padi. Sikang + kuat melawan walaupun 7. sebesar 2 - 3 jari lebarnya. pelayang boleh 8. Ramai beraksi di satu-satu kawasan permainan sikang.
8
10 SIRIP
7
orang ramai dan sedia berkhidmat dalam apa jua perkara berkaitan fly fishing sekitar negeri Terengganu dengan mengadakan pameran, klinik pancing layang dan sebagainya. Selain itu objektif TFFC adalah untuk memupuk silaturrahim (persahabatan), menggalakkan dan mengamalkan ‘tangkap dan lepas’ (C&R), memperkenalkan daerah Kuala Berang yang menjadi gelanggang pancing layang utama untuk sikang di Terengganu, memupuk sikap menghargai
alam sekitar dan memulihara spesies sikang yang digelar ‘Malayan trout’. Pancing layang sememangnya satu wadah berbentuk sukan memancing di mana ahli-ahlinya diterapkan dengan budaya memancing yang positif, antaranya setiap ahli dimestikan mengamalkan konsep mengambil yang perlu sahaja, mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga kebersihan alam sekitar, mengamalkan kitar semula dan mematuhi etika memancing.
9. Sikang
dianggap lesen besar pemancing layang.
10. Sahabat dari KL sanggup merantau sampai ke Kuala Berang semata-mata kerana sikang.
9
Permata Belukar Bukit Rata-rata orang Terengganu mengetahui kawasan perkelahan Belukar Bukit di Kuala Berang yang berdekatan Tasik Kenyir merupakan kawasan perkelahan terkenal suatu masa dahulu. Selain kawasan perkelahan, sebenarnya Belukar Bukit inilah nirwana spesies ikan yang amat dicintai oleh para pengamal pancing layang iaitu ikan sikang. Ramai yang tidak tahu akan kewujudan ikan hebat ini di kawasan itu. Namun bagi kaki pancing layang, ia sudah menjadi satu destinasi wajib dikunjungi setiap tahun. Sampaikan pemancing layang dari luar Terengganu malah pemancing layang mat saleh dari luar negara pun saban tahun mengunjung lokasi ini semata-mata kerana sikang! Kenapa sikang begitu digilai pemancing layang kita? Sebabnya... Anda hanya perlu bayangkan bagaimana brook trout yang selalu ditonton di YouTube mengambil dry fly di permukaan air sungai yang jernih dan mengalir perlahan, maka begitulah cara sikang mencakup dry fly! Amat indah jika dihiasi dengan pemandangan cantik gigi sungai yang berpasir halus berlatar belakang bukit bukau menghijau... ia berada di negaraku Malaysia sahaja! Hari ini, pemancing layang menganggap ikan sikang adalah spesies yang perlu berada dalam senarai tangkapan mereka. Ia dianggap ‘lesen’ penting sebelum memburu ikan lain. Habitat sikang yang mendiami kawasan yang berair bersih, jernih, berpasir halus dan berbatuan kecil, serta lapang untuk memudahkan layangan tali... semua itu lengkap di Belukar Bukit. Pemilihan Belukar Bukit dan sepanjang sungai hingga 8 km ke hilir sebagai destinasi pemancing layang untuk sikang adalah wajar kerana geografinya yang mesra manusia, di mana semua golongan baik kanak-kanak sehingga orang berumur pun dapat merasai kepuasan sekiranya berada di sini.
10
SIRIP 11 SIRIP SIRIP 43 41
Fly Fishing For Malayan Trout
11
12
Mengenali Sikang Ikan sikang atau nama saintifiknya Raiamas guttatus ditemui biasanya di kawasan pertengahan sungai yang mengalir lesu dengan dasarnya berpasir dan berbatu halus. Ia tidak berada di kawasan lubuk dalam atau kawasan bereba kayu kerana tingkah laku spesies ini yang memerlukan dasar berpasir dan berbatu halus sebagai tempat penyamarannya daripada dikesan mangsanya. Ini satu kaedah penyamaran yang menyerupai ikan bebolos dan bonefish di tepian pantai lautan. Spesies sikang yang dikenali dengan nama Malayan trout atau Burmese trout banyak ditemui di negeri Terengganu khususnya di Dungun, Kuala Berang dan Sekayu; di Kelantan khususnya di Jeli dan Gua Musang; Kedah di sebelah Sik; Pahang seperti di Bentong, Raub, Jerantut dan Kuala Lipis; manakala Negeri Sembilan di daerah Jelebu sahaja. Di negeri lain tidak dipastikan pula tentang kewujudannya. Oleh sebab sikang gemar hidup di sungai yang bersih dan jernih seperti kelah, maka spesies ini semakin sukar ditemui lantaran kebanyakan sungai di bahagian zon pertengahan seringkali keruh atas pelbagai faktor seperti pembangunan dan pembukaan hutan (pembalakan).
13
BIODATA SIKANG Nama Saintifik
: Raiamas guttatus (Day, 1869)
Nama Tempatan
: Sikang
Nama Inggeris
: Malayan hiil trout, Burmese trout
Morfologi : Badan berwarna perak dan kekuningan dengan tompok hitam pelbagai saiz di sepanjang badan. Sisik nipis dan halus. Mempunyai sepasang sesungut maksila. Terdapat jalur hitam pada cuping bawah sirip kaudal (ekor). Bukaan mulut sangat luas. Saiz Maksimum
: 30 cm panjang
Diet
: Serangga dan ikan kecil
Taburan & Habitat : India, Lembangan Salween dan Irrawady di Myanmar, Lembangan Mekong di Thailand, Sumatera, dan di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Suka mendiami kawasan anak sungai yang teduh, berarus dan berkerikil.
12 SIRIP
Petua Melayang Sikang Berdasarkan pengalaman kami melayang sikang, ikan ini didapati aktif dan terbaik diburu pada waktu antara jam 9 pagi hingga ke 12 tengahari. Sebelah petang juga agak aktif bermula 5 hingga 6.30 petang. Cara terbaik untuk melayangnya ialah kita terlebih dahulu perlu mencari di mana ikan sikang ini berlegar di kawasan cetek dan mulakan dengan sight cast. Teknik ini memberikan 80% peluang untuk mendaratkan sikang. Suhu air juga tidak boleh terlalu sejuk ataupun panas, air yang berada pada paras neutral adalah yang terbaik untuk menjebak sikang. Namun kami dapati sikang juga aktif selepas hujan. Mungkin banyak makanan yang hanyut dibawa arus mengaktifkan sikang untuk mendapatkan fly yang dilayangkan.
14 Apa pun, cuaca yang baik juga belum menjamin peratusan yang tinggi untuk mendaratkan sikang. Hal ini disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah : 1. Pemilihan corak umpan pattern) yang tidak sesuai.
layang
(fly
2. Terdapat gangguan daripada manusia atau semulajadi. 3. Ikan menjadi culas dan terlalu berhatihati (spook). 4. Tali layang jatuh dalam keadaan yang mengejut atau kuat pada permukaan air.
5. Penggunaan saiz tippet yang sedikit besar. 6. Teknik layangan yang tidak betul.
Sikang Battle Keterujaan melayang sikang membawa kepada kehadiran sekumpulan pemancing layang otai dari ibu kota ke mana sahaja. Kumpulan ini sanggup mengharungi perjalanan sejauh 500 km untuk kepuasan peribadi yang sukar dimengerti. Hanya yang empunya diri dan pernah menaikkan sikang sahaja yang dapat merasakan keunikan permainannya.
11. Landing net wajib ada bagi
setiap pelayang agar tidak memudaratkan sikang semasa didaratkan bagi tujuan pelepasan semula.
12. Semua
sikang dilepaskan semula.
wajib
13. Penulis menggantung set mengilat semenjak mula jatuh cinta dengan pancing layang sikang kira-kira 4 tahun lalu.
14. Kawasan
sungai yang cetek, berpasir halus dan berbatu kerikil menjadi kawasan utama rondaan sikang kerana ia dapat menyamarkan dirinya daripada mangsa yang diburu.
15. Spesimen
sepanjang 30 cm boleh dianggap saiz maksimum sikang.
15
SIRIP 13
Fly Fishing For Malayan Trout
16
17
16. Sesekali sebarau juvenil turut menyambar layang.
umpan
17. Antara trofi bersaiz kasar dan cantik oleh penulis.
18. Tompok-tompok
hitam yang jelas pada pipi kuningnya menunjukkan tahap kematangan dan keanggunan sikang.
Lantaran itu, komuniti pemancing layang telah menganjurkan Sikang Battle Challenge (SBC) sesama peminat pancing layang di Malaysia. SBC yang pertama telah diadakan di Jeli, Kelantan oleh Kelantan Fly Fishing Community. SBC yang kedua anjuran TFFC diadakan pula di Belukar Bukit dalam daerah Kuala Berang, Terengganu pada April yang lalu. Di sinilah semua para pemancing layang menunjukkan bakat masing-masing sambil merapatkan lagi perhubungan sesama mereka.
FLY KEGEMARAN SIKANG
Pantai Timur Semenanjung ternyata masih menyimpan khazanah berharga ini. Kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah kawasan rayau spesies peronda dasar berpasir halus dan berbatuan licin ini, dan semestinya suci daripada pencemaran. Segala ego anda pasti akan terhakis di sini‌ justeru sikang permata timur wajarlah kita jaga dan pulihara demi generasi kita akan datang. Saya juga percaya sikang ‘the Malayan hill trout’ mampu membawa nama negara kita di persada pancingan layang antarabangsa.
- SIRIP -
Sikang yang tinggal di kawasan berpasir landai di sungai yang bersih dan jernih mempunyai diet semulajadi seperti ikan seluang, udang, belalang, semut, kutu air, serangga mayfly dan kelkatu. Justeru, umpan layang (fly) hendaklah meniru bentuk-bentuk diet utama sikang tersebut. Umpan layang pelbagai jenis perlu disediakan sebaik mungkin. Untuk mengikat semula flies di tepi sungai bukan pilihan terbaik. Sebab itulah persiapan awal perlu. Sikang amat sensitif dengan persekitaran walaupun ia amat mesra pemancing. Sebab itu penggunaan duri pandan pada mata kail amat tidak digalakkan, dan mendaratkannya mesti menggunakan landing net dan joran yang digunakan mesti dilayan perlahan sebaik mungkin agar tidak mencederakan bibir halus mungil sikang ini. Berikut ialah jenis dan corak umpan layang (fly pattern) yang amat diminati sikang : 1. Dry flies (Mayfly) : Caddis fly / sedge, Adams family, Royal wolf 2. Nymphs (Swimming nymphs) : Stonefly, Pheasant tail, Dragon fly 3. Wet fly (Soft hackle pattern) : Haze pattern, March brown, Snail pattern 4. Terresterial : Hopper, Bug, Ant Corak fly pilihan kedua yang digunakan ialah Minnow seperti Clouser dan Crazy charlie, dan termasuk Popper fly, Baitfish dan Shrimp.
14 SIRIP
18
Sarawak Silverado 1
2
TUNDA MUARA KENYALANG 3
22 SIRIP
Teks & Fotografi : PENGAIL TEGAR
1. Trolling
biar perlahan kerana sang raja muara bersifat malas mengejar.
2. Jeti utama tempat bot kami berlabuh.
4
B
iasanya apabila memancing di muara dengan menggunakan gewang, kita perlu bergantung kepada kewujudan struktur di kawasan itu sebagai sasaran. Ini kerana ‘struktur’ seperti kayu mati atau reba sangat sinonim sebagai tempat ikan pemangsa bersembunyi dan tempat berlindungnya anak-akan ikan yang menjadi bidikan sang pemangsa muara, khususnya siakap dan siakap merah. Namun di kawasan muara biasanya kelihatan sama sahaja, kita hanya akan nampak jajaran pokok bakau menghijau di sepanjang tebingnya. Inilah yang menjadi
5
cabaran kepada pemancing untuk di mana hendak mempersembahkan gewangnya. Maka sebab itulah trolling lebih digalakkan di muara. Jika sepanjang anda trolling itu terserempak struktur kayu mati atau reba, bolehlah anda hentikan bot untuk mengilat atau menggempur gewang anda ke dalam struktur itu. Trolling disarankan di muara kerana mungkin ada struktur di dasar yang tidak kelihatan yang menjadi perumah ikan. Trolling juga lebih disarankan jika tebing sungai tersebut terdapat kawasan tanah runtuh bercenuram atau tebingan yang
3. Salah
satu trofi siakap terbesar saya dengan trolling.
4. Muara sungai yang luas dan tampak sama sahaja hutan bakau di tebingnya. Hanya trolling jawapan sesuai untuk menjinakkan penghuninya yang berada merata-rata.
5. Sang kerapu berebut-rebut untuk mendapatkan gulagula.
6. Gewang kena betul-betul rapat ke reba jika ingin menjinakkan siakap merah.
6
17 SIRIP 23
Sarawak Silverado
7.
Aksi pertarungan penulis dengan si raja muara.
8.
Kajai strike ikan talang di lubuk wajib ketika air surut.
9.
Kerapu gred A oleh Lokman.
10. Trofi siakap penulis lagi
menggunakan gewang Rapala X-Rap Shad 80 CLN.
11. Lubuk yang biasa dilalui dan digemari untuk trolling. Lubuk ini biasanya tidak mengecewakan setiap kali lalu.
12. Rekod
peribadi Yasser mendaratkan si putih 7.8 kg.
7 dipercayai menjadi laluan susur bagi ikanikan untuk mencari makanan, walaupun tiada kayu-kayu mati yang kelihatan, yang mana cara mengilat tidak efisien di kawasan seperti itu.
Gewang Apabila disebut trolling, secara tidak langsung fikiran kita terus terbayangkan gewang selaman dalam (deep runner). Gewang selaman dalam diperlukan supaya ia dapat mencecah ke lantai dasar atau struktur kayu di dasar yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar yang menjadi tempat ikan pemangsa selalunya bersemayam. Apatah lagi spesies seperti kerapu yang jarang berlegar naik ke pertengahan air untuk menyambar.
8
Gewang yang sesuai untuk trolling muara bagi saya ialah selaman 3 hingga 5 meter, bergantung pada kedalaman air sungai tersebut. Disebabkan kemampuannya menyodok dasar, kadar gewang tersangkut kayu atau batu di dasar memanglah amat tinggi. Jadi jangan sesekali lupa membawa alat penyelamat gewang (lure retriever). Tidak dinafikan dengan keberadaan alat ringkas ini, gewang anda akan dapat diselamatkan sekalipun tersangkut berkalikali, sekaligus berjimat kerana anda tidak perlu membeli gewang lagi sebagai ganti setiap kali turun memancing. Ada bermacam jenis alat penyelamat gewang di pasaran, janganlah kedekut sangat untuk memiliki seunit sedangkan anda mampu membeli berpuluh-puluh gewang. Seketul gewang harganya RM 30, tapi kalau asyik sangkut dan putus‌ siapa yang tak tension?
9
24 SIRIP
Tidak kisahlah gewang jenis atau jenama apa yang digunakan, tetapi berdasarkan pengalaman, gewang pilihan saya
semestinya Rapala X-Rap Shad, Rapala Tail Dancer Deep dan gewang wajib saya, Ofmer X-Deep 75.
Joran & Tali Untuk keselesaan trolling di muara, kita tidak memerlukan joran yang begitu panjang dan keras. Joran yang bersaiz medium heavy sudah cukup sesuai. Jangan pula gunakan joran terlalu ringan kerana takut nanti patah disentap ikan bersaiz kasar secara tiba-tiba ketika kita sedang trolling maju ke hadapan, yang mana kita mungkin tidak sempat berbuat apa-apa terhadap henjutan ikan ke belakang dan memasuki reba. `Antara kekuatan yang disarankan sesuai untuk trolling muara ialah seminimum 6 - 16 paun, 8 - 17 paun, 8 - 20 paun sehingga 10 20 paun, dengan ukuran 6 - 7 kaki panjang. Saya sendiri gemar gunakan joran 8 - 17 paun berukuran 6’3�. Bagi saya kekuatan ini memadai untuk menikmati kepuasan trolling dan sentapan raja muara, walaupun siakap bersaiz gadang. `Di Sarawak, tidak wujud ikan kanai / tembaring (black bass) sebagaimana di Sabah yang berdaya juang luar biasa dan kepantasannya meluru ke kayu. Jadi di bumi kenyalang ini, memadailah dengan joran berkekuatan tersebut untuk menjinakkan dua spesies utama iaitu siakap dan siakap merah. Tali yang digunakan untuk trolling haruslah tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar. Jika tali terlalu halus, ia mudah putus jika tersangkut pada batu mahupun kayu berteritip atau disentap oleh ikan bersaiz agak kasar. Sekiranya tali bersaiz terlalu kasar, masalah putus memanglah jarang berlaku, cuma ada sesetengah tali yang kita guna akan menghasilkan getaran dan bunyi yang kuat semasa ditunda. Ini akan menyebabkan bunyi bising dan peluang untuk strike ikan agak tipis. Cadangan paling sesuai adalah dalam 20 - 30 paun sahaja.
Jarak & Kelajuan Bot Berkaitan jarak, terdapat dua tips yang
11
10
12
SIRIP 25
Sarawak Silverado
14
13. Gerepoh
(baby GT) yang berkeliaran di muara antara koleksi trolling muara.
14. Persiapan
ikatan sulaman SBJ Knot yang ampuh untuk menduga penghuni muara.
15. Sedutan sambaran yang sipi sehingga terpacak gewang di tengah mulut siakap.
13 perlu diketahui semasa trolling. Pertama ialah jarak antara bot dengan tebing. Kedua, jarak antara bot dengan gewang. Semasa trolling, jarak paling sesuai bot dengan tebing atau gigi air adalah antara 5 - 10 kaki. Pada kedudukan jarak ini, gewang selaman dalam yang kita gunakan akan sampai ke sasaran iaitu dasar sungai tersebut. Jika terlalu jauh ke tengah sungai, gewang tidak akan sampai ke dasar. Jarak antara bot dengan gewang yang kita tunda nun di belakang sana, kebiasaannya antara 30 - 50 kaki. Amat sesuai jika anda menggunakan tali yang bewarna-warni kerana lebih senang buat ukuran. Jika terlalu dekat pula, peluang strike agak rendah kerana bunyi bising bot mengganggu keberadaan ikan-ikan di sekeliling. Tips kelajuan bot ini antara yang terpenting jika kita ingin trolling. Semasa trolling, pastikan bot dalam kelajuan yang paling minimum kerana ini dapat memberi peluang kepada ikan untuk mengesan dan mengejar gewang kita. Jika bot kita dalam keadaan laju, kebanyakan ikan lebih-lebih lagi siakap dan siakap merah (MJ) yang pemalas dan suka berada di wilayahnya sendiri sahaja tidak mahu atau tidak dapat mengejar gewang. Untuk pengetahuan semua jika bot dalam keadaan laju, cuma spesies gerepoh dan alu-alu sahaja yang berpotensi tinggi untuk strike. Tetapi jika kelajuan bot minimum, semua spesies ikan termasuk siakap, siakap merah, gerepoh, alu-alu, jenahak, kerapu dan talang akan berpotensi tinggi untuk menyambarnya. Selamat trolling!
- SIRIP -
26 SIRIP
15
Northern Boron Attack
KEBANGKITAN BORON PENANG
1. Siapa kata Pulau Pinang tiada tong gas? strike pulak tu!
2. Bot
Double
pancing yang mencetuskan kegilaan boron di Pulau Pinang.
22 SIRIP
S
aya yang tinggal di Taiping sentiasa turun ke perairan Pulau Pinang yang berdekatan tempat tinggal saya. Spot paling popular untuk pancingan laut di sana merupakan Jambatan Pulau Pinang Kedua yang kaya dengan spesies jenahak, senangin dan kerapu. Namun kerapu hijau di sana kebanyakannya kecil-kecil belaka. Untuk mencapai rekod peribadi, saya terpaksa turun ke Sitiawan untuk menduga lubuk ‘tong gas’ yang terkenal di sana.
Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya saya berjaya menaikkan seekor kerapu dalam 20 paun beratnya. Namun teman-teman saya tidak mengiktiraf kerapu itu sebagai ‘tong gas’ kerana ia belum mencecah 10 kg, piawaian untuk tafsiran status ‘tong gas’ depa. Aduh sedihnya! Walau bagaimanapun, tentangan kerapu besar yang amat padu itu telah menukar persepsi saya terhadap kerapu yang biasanya dianggap lemahlembut.
Teks & Fotografi : WONG KOK PING, LEE CHEE SEN
1
Membongkar Rahsia Boron Penang Biarpun perairan Jarak dianggap lubuk terbaik buat kerapu hijau mega, namun dalam hati saya tetap memikirkan perairan Pulau Pinang yang lebih berdekatan dengan Taiping. Bukankah di perairan Pulau Pinang pun sentiasa kedengaran berita kemunculan kerapu mega sehinggakan kertang seberat ratusan kilogram?
2
Habis mengapa peminat-peminat jigging perlahan Pulau Pinang sanggup bertandang jauh ke Sitiawan pula? Mungkinkah kerapu Pulau Pinang hanya berminat terhadap umpan segar pada waktu siang sahaja? Atau pun kekurangan bot pancing khas untuk jigging perlahan? Setelah membuat penyelidikan, didapati tekong dan pemancing Pulau Pinang masing-masing lebih mementingkan habuan yang lumayan. Justeru mereka lebih suka SIRIP 17 23
Northern Boron Attack memancing dengan kekili elektrik. Lebih-lebih lagi lubuk kerapu di sana kebanyakannya merupakan kawasan berterumbu. Jig sentiasa tersangkut sebelum sempat dijumpai tong gas. Jika dimakan kerapu pun belum pasti dapat menaikkannya, selain bernasib baik tali tidak putus. Sehinggalah terima khabar dari Khairul selaku tekong muda bot pancing di Nibong Tebal dan juga sahabat lama saya, barulah projek mencabar tong gas Pulau Pinang mula menyalakan harapan. Menurut beliau baru-baru ini pelanggannya telah berjaya menaikkan banyak kerapu besar dengan hanya bersenjatakan jig di perairan Pulau Pinang dengan habuan terbesar seberat 18 kg! Di sini kerapu besar terdapat jolokan tersendirinya iaitu ‘boron’ yang berasal dari berkataan ‘boroi’ yang bermaksud perut buncit. Cocok sekali dengan kerapu mega yang berperut besar! Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah boron-boron tersebut semuanya dinaikkan dengan peralatan ringan sahaja. Berbeza dengan
5
4
24 SIRIP
3 kefahaman saya terhadap kerapu mega Pulau Pinang sebelum ini di mana otai-otai pancingan dasar biasanya menggunakan kekili elektrik, peralatan super heavy atau koyan dengan tali sekasar 300 paun untuk menangani boron. Itu pun belum tentu boleh menaikkan boron yang mendiami terumbu karang atau kapal karam yang merbahaya. Sekarang si gemuk ini pula berjaya ditumbangkan hanya dengan peralatan ringan sahaja. Gila!
3. Perlawanan bertambah syok apabila dilayan peralatan ringan.
dengan
4. Kerapu unjam 24 paun yang memperbaharui lesen tong gas saya.
5. Jig seberat 120 gram sudah
memadai untuk beraksi di lubuk boron.
Memahami Tabiat Boron Setelah menerima berita yang cukup memberangsangkan ini, saya dengan sertamerta telah mengaturkan sebuah trip boron dengan Khairul. Sebelum itu, saya telah menjalankan sedikit kajian terhadap spesies demersal ini agar lebih memahami tabiatnya dengan harapan untuk mendapat lesen tong gas tulen kali ini. Menurut kajian, kerapu yang telah matang biasanya akan memilih perairan berair jernih dengan bentuk muka bumi yang kompleks dengan kedalaman 60 - 100 meter untuk dijadikan tempat tinggalnya. Mereka hanya akan berhijrah ke kawasan cetek, tetapi tidak kurang daripada 30 meter jika berlakunya pertukaran cuaca atau menjelang musim bertelur. Justeru kerapu hijau yang dinaikkan di perairan sekitar 20 meter kebanyakannya bersaiz kecil. SIRIP 25
Northern Boron Attack
6
6. Ramai
pemancing telah mendapat lesen tong gas di sini. Anda bila lagi?
7. Khairul
antara segelintir tekong yang arif dengan kaedah jigging secara menghanyutkan bot di Pulau Pinang.
8. Perambut
fluorocarbon 40 - 50 paun diperlukan apabila memerlukan masa yang lebih panjang unruk menaikkan boron dengan peralatan ringan.
26 SIRIP
Berdasarkan lubuk-lubuk kerapu hijau popular di Semenanjung, waktu terbaik untuk memburu boron atau tong gas ialah antara bulan Ogos hingga Disember. Waktu ini juga merupakan musim bertelur spesies ini. Setelah bertelur, seleranya akan bertambah dan sifatnya pun akan bertukar menjadi agresif. Selain pergi mencari makanan di kawasan yang berdekatan, mereka jarang meninggalkan sarang masing-masing (kapal karam atau struktur yang lain).
Lubuk Botak? Lantaran halangan angin barat daya, trip menduga boron dengan bot Khairul telah ditangguh sebanyak tiga kali barulah kami berjaya sampai ke spot boron kira-kira dua minggu kemudian. Rupa-rupanya spot ini adalah sebuah kawasan unjam yang terletak kira-kira dua jam perjalanan jika bertolak dari Pulau Pinang. Lubuk boron yang berkedalaman 70 - 90 meter lebih ini kelihatan rata sahaja apabila dipantau melalui skrin sonar, tidak
seperti anggapan saya akan sebuah kawasan yang berlubang atau berbukit. Agaknya si boron bersembunyi di kawasan cenuram di antara dalam dan cetek kot? Tetapi mungkinkah boron suka dengan kawasan seperti ini? Kemusykilan kami dengan cepatnya telah memperolehi jawapan apabila kerapu hijau berjaya dinaikkan seekor demi seekor sebaik sahaja pancingan dimulakan. Saya yang bernasib baik sekali lagi memperbaharui lesen boron peribadi dengan habuan seberat 24 paun bersenjatakan Storm Slow Rocker 120 gram. Ini kali barulah layak dapat lesen tong gas yang sebenarnya, haha!
Peralatan Ringan vs Boron, Ada Benar? Seperkara yang saya ingin berkongsi di sini ialah bersangkutan kegunaan peralatan ringan untuk menduga sang boron di perairan Pulau Pinang. Memang benar joran selembut
7
8
SIRIP 27
Northern Boron Attack
*Servis bot pancing : Khairul Nua : 019-446 5528
Tenggiri dan ketambak turut menguasai unjam dan berkongsi habiat dengan kerapu. Unjam juga merupakan kawasan bertelur kegemaran sotong. Mungkinkah ini juga satu unsur tarikan boron ke kawasan ini?
PE 2 pun sudah memadai untuk menumbangkan boron sebesar belasan kilogram di sini lantaran tiada objek berbahaya di sekitar unjam tersebut, melainkan pemberat unjam yang terpacak di dasar berlumpur. Lantaran tidak bimbang boron akan menjunam ke struktur berbahaya, bolehlah kita melayan gergasi ini dengan daya tegangan sederhana bagi menghayati tarikan padunya. Selain lubuk unjam di Pulau Pinang ini, di kawasan pinggiran Pulau Jarak pun terdapat lubuk tong gas yang kelihatan rata tanpa sebarang struktur, melainkan lubang yang berlumpur putih sahaja. Banyak juga kerapu hijau raksasa yang telah berjaya dinaikkan di sini dengan bersenjatakan peralatan ringan sahaja.
Jig Menang bubu? Menurut Khairul, selain kawasan unjam, boron Pulau Pinang juga dijumpai di terumbu karang yang menjadi sasaran nelayan bubu. Secara logik, populasi kerapu seharusnya berkurangan setelah sekian lama menghadapi ancaman bubu. Namun ia masih lagi mengekalkan bilangan yang banyak. Barangkali mereka telah lali dengan bubu kot? Satu lagi kemungkinan ialah boron yang dinaikkan di sini semata-mata berhijrah dengan tujuan bertelur dan akan kembali ke tempat tinggal asalnya setelah tamatnya musim bertelur. Namun itu pun setakat anggapan sahaja. Satu lagi fenomena yang agak ganjil ialah di kawasan tersebut sentiasa terdapat bot pancing yang menjalankan pancingan dasar, namun jarang mendapat kerapu hijau saiz boron. Sebaliknya jig besi pula yang menjadi, pelik kan? Walau bagaimanapun, satu perkara yang boleh dianggap benar ialah perairan Pulau Pinang sememangnya lubuk terbaik untuk memburu tong gas (yang lebih teruk lagi ialah jetinya dekat dengan rumah saya, haha). Saya telah pun berjaya mendapat lesen tong gas peribadi di sini. Bagaimana pula anda yang masih lagi memegang peralatan pancing dasar? Datanglah ke Pulau Pinang pula sambil makan laksa sambil pancing si boron! - SIRIP -
28 SIRIP
さあ釣ろう !
Let's Fish!
Vib dan Ovo, kedua-duanya mempamerkan aksi bayangan yang kecil. Tetapi apakah perbezaan kedua-duanya?
Slow-Skip Ovo
Slow-Skip Vib
Ini adalah model yang digunakan untuk ‘Slow-Pitch’ , ‘Long Fall’ berorientasikan ‘Short-Pitch’ bergantung pada situasi. Characteristics: Designed with “LONG-FALL-JERK” in mind, this shape accommodates various “SLOW-PITCH” reeling rates from quick to slow. Particularly good choice when you want to use a pilot lure to find out which motion get a better reaction pulling or dropping. Bite
Tema utamanya ialah ‘eksplorasi’ . Ia bertindak untuk memimpin teknik ‘Step-Jerk’ secara efektif. Characteristics: In deep water, where evaluating the sea floor, complex obstacles and ability to access detailed information become critical to you, especially when Step-jerking. Slow-Skip-Ovo can help reveal the deep environment with minimum pressure. Bite
Short dart
Short dart
Vibrate
Vibrate
Jerk Action Bite
Jerk Action Bite
Vibrate fall
Vibrate fall
Stop & Fall
Fall Action
Fall Action
3105-3 Nagahama, Kochi-shi, Kochi, 781-0270 Japan TEL. +81-88-854-5606, FAX. +81-88-854-5601 URL: http://www.deepliner.com/labs/, email: deepliner@nifty.com
Column FishyGreen Forum Ratusan beg plastik mengandungi ribuan benih ikan siakap yang sedia untuk dilepaskan bagi tujuan pemuliharaan dan peningkatan sumber perikanan di perairan umum.
REKOD PELEPASAN IKAN
S
ebanyak hampir 450,000 benih pelbagai spesies ikan seperti lampam sungai, baung, siakap, kelah, terbul, temoleh, puyu, patin, tengas dan udang galah dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di 14 lokasi seluruh negara pada 5 Oktober dalam usaha pemuliharaan sumber perikanan negara. DOF yakin usaha ini dapat menyokong pembangunan industri perikanan rekreasi agar dapat dinikmati generasi masa depan, terutama bagi memancing spesies ikan asli tempatan yang agak sukar ditemui sekarang. Selain menambah stok ikan sungai yang semakin berkurangan akibat pencemaran dan penangkapan tidak terkawal, ia juga bertujuan mendidik masyarakat untuk menghargai sungai.
Sebelum pelepasan ikan secara serentak seluruh negara berlangsung, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah Perikanan terlebih dahulu melepaskan sebanyak 10,000 ekor siakap ke Sg. Kerteh, Terengganu sempena Gelombang Nelayan Nasional 2017. 30 SIRIP
Menurut Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Seri Ta-juddin Abd. Rahman, benih ikan yang dilepaskan ke perairan umum oleh DOF di setiap negeri meningkat daripada 6.72 juta pada 2012 kepada 8.34 juta ekor tahun lalu. Untuk program pelepasan secara serentak ini, ia telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pelepasan benih ikan terbesar.
- SIRIP -
Oleh : HALIMI HANIP
Perikanan Negeri Sembilan melepaskan 10,000 baung dan 3,000 lampam sungai ke Sg. Muar di Gemas dan Jempol.
Kelantan melepaskan 20,000 lampam sungai di Wakaf Stan, Kubang Kerian.
Perikanan Johor melepaskan lampam sungai, jelawat dan ketutu ke dalam Empangan Bekok, Batu Pahat.
Terengganu melepaskan 35,000 lampam sungai dan 100 ekor kelah di Sg. Jerteh, Besut.
Perikanan Sarawak melepaskan 10,000 siakap di Sg. Bako, Kuching.
55,000 lampam sungai dan puyu dilepaskan di Timah Tasoh, Perlis.
Perikanan Sabah melepaskan lampam sungai di Sg. Sosopon, Penampang.
100,000 lampam sungai dan 1,400 siakap di Sg. Muda, Kedah.
NEGERI
LOKASI SUNGAI
SPESIES IKAN YANG DILEPASKAN
Perlis
Tasik Timah Tasoh, Padang Besar
Puyu & Lampam Sungai
Kedah
Sg. Muda, Kuala Muda
Lampam Sungai & Siakap
Pulau Pinang
Sg. Korok, Seberang Perai Utara
Baung, Siakap & Lampam Sungai
Perak
Sg. Sepetang, Kerian
Udang Galah
Selangor
Kolam Takungan IADA, Sungai Besar
Lampam Sungai
Melaka
Sg. Chohong, Jasin
Lampam Sungai & Baung
Negeri Sembilan
Sg. Muar, Gemas dan Jempol
Baung & Lampam Sungai
Johor
Empangan Bekok, Batu Pahat
Lampam Sungai, Jelawat & Ketutu
Pahang
Sg. Tembeling, Kuala Tahan, Jerantut
Kelah, Lampam Sungai, Terbul & Temoleh
Terengganu
Sg. Jerteh, Besut
Lampam Sungai & Kelah
Kelantan
Sg. Wakaf Stan, Kubang Kerian
Lampam Sungai
Putrajaya
Tasik Putrajaya
Kelah, Terbul, Temoleh, Patin & Tengas
Sarawak
Sg. Bako, Kuching
Siakap
Sabah
Sg. Sosopon, Penampang
Lampam Sungai SIRIP 31
Bangkok Hooker
BENGKOK BADAN
@ BANGKOK
1
32 SIRIP
Teks & Fotografi : HANUMEI IKE
1. Meletup-letup siakap di Boon Mar.
kolam
sambaran pancing
2. Amin
dan Ajis bersama trofi masing-masing. Ikan terus didaratkan dengan bantuan pekerja kolam dan urusan bergambar dibuat secepat mungkin untuk ikan dilepaskan kembali.
3. John
BKKGuy, warga Singapura yang sudah lama menetap di Thailand untuk bekerjaya sebagai pemandu pancing profesional.
4. Mainkan karauan perlahan
2
3
4
eenakan masakan Thai tidak boleh dinafikan, kita akan merasai ketulenan perbandingan masakan Thailand yang sebenarnya di Bangkok. Soal makanan usah dirisaukan kerana ada banyak kedai muslim yang diusahakan oleh orang Melayu Thai. Soal membeli belah pula agak perit sedikit ketika ini dek kejatuhan nilai ringgit, tetapi dengan apa yang terpampang di depan mata sudah hilang perasaan lingkup, janji selamat sampai balik ke Malaysia sudah cukup‌ borong selagi boleh borong!
alam sekitar malah mampu mengangkat dan menjual kepada dunia akan produk yang diusahakan.
Namun dalam dunia memancing, Thailand tetap sebaris dengan negara maju yang menyediakan perkhidmatan dan lubuk memancing, malah boleh dikatakan lebih ke hadapan berbanding negara kita dalam teknologi perikanan, perkhidmatan, kesedaran masyarakat dalam menjaga
Melawati kota Bangkok merupakan acara tahunan bagi beberapa ahli PMC (Pasir Mas Caster) bagi melayan aksi kolam. Dua jam penerbangan dari KLIA ke Don Mueang, seterusnya mengambil teksi ke hotel untuk berehat terlebih dahulu sebelum memancing keesokan harinya.
K
dengan sentapan pendek dan berhenti beberapa saat berulang kali, sekejap sahaja gewang anda akan disedut rakus!
Di mana lagi kita boleh memancing pari gergasi mahupun patin Mekong gergasi kalau bukan di sini, sehinggakan pemancing seluruh dunia bertandang hanya untuk menikmati tarikannya. Begitu juga dengan kolam pancing menyediakan yang terbaik untuk pelawat dengan guide profesional.
Terbang Ke Sana
SIRIP 17 33
Bangkok Hooker
5
34 SIRIP
Trip 4 hari 3 malam ini menyaksikan penggempuran dua buah kolam untuk kami bertarung, kolam air masin untuk merasai siakap mega dan kolam patin Mekong Bungsamran yang terbaru. Kami turut mendapatkan guide tersohor yang berasal dari Singapura yang kini menetap di Bangkok iaitu John atau lebih dikenali BKKGuy untuk pancingan kolam air masin. Selain berehat di hotel pada hari pertama, masa diluangkan berjalan-jalan di kotaraya Bangkok dengan membeli belah dahulu. Maklumlah dah bawa isteri sebagai projek beli jiwa dengan bertandang beberapa mall dan uptown pada sebelah malam. Sebelum melelapkan mata, terfikir akan kemeriahan industri memancing di Thailand. Walaupun dalam hutan batu sebegini, seorang guide mampu mengaut pendapatan lumayan dan taraf perkhidmatan bertaraf dunia. Penduduk menghormati sungai dan penghuninya, serta komitmen kerajaan Thailand yang sentiasa berkompromi untuk mengangkatnya sebagai industri ekopelancongan dengan nilai jutaan dolar setiap tahun. Bayangkan bayaran yang dikenakan John untuk 8 jam bersama kami ialah kirakira RM 700, ia sesuatu perkara biasa di sini.
Kolam Boon Mar Tepat jam 7 pagi, kami dijemput John di lobi hotel sebelum bersarap di tengah perjalanan menuju ke kolam siakap Boon Mar. Ia merupakan ladang ternakan siakap terbesar di utara Bangkok dengan jarak 80 km iaitu satu jam perjalanan dari hotel kami yang terletak dalam daerah Bangpakong di wilayah Chachoengsao. Hampir 50 kolam dalam ladang ini, belum lagi dikira kolam milik orang kampung sepanjang perjalanan. Walaupun begitu, hanya tiga kolam dibuka pada sesuatu masa untuk pemancing, di mana kami akan sentiasa diiringi pekerja kolam ternakan untuk membantu, menaikkan dan melepaskan kembali siakap dengan selamat. Setiap kolam berkeluasan 50 m x 80 m, dan tidak perlu dirisaukan struktur yang menyebabkan ikan lolos mahupun tali terbelit. Hanya kincir air yang mungkin jadi penghalang, itu pun atas teknikal pemancing yang gagal mengawal asakan siakap gadang
6
5. Ini gaya posing yang kami
dalam kolam ini. Hanya gewang dibenarkan. Umpan hidup ditegah sama sekali. Penggunaan mata tiga mahupun mata tunggal dibenarkan dengan bersyarat duri pandan dibuang atau diketip rapat (barbless). Gewang 7 cm adalah saiz minimum kerana kolam ini didiami siakap bersaiz 7 kg ke atas. Konsep tangkap dan lepas menjadi syarat utama dengan bayaran kira-kira RM 300 luntuk satu kepala selama enam jam bagi merasai layanan ganas siakap di sini.
Geng Spinning
inginkan, gewang masih melekat pada mulut siakap.
6. Patah dua gewang Syafiq dibantai siakap gadang.
7. Mercu tanda kolam pancing Bungsamran yang baru di Sala Daeng, daerah Bang Nam Priao.
8. Ukiran replika berbentuk
ikan digantung pada laluan tepian kolam Bungsamran.
Pada hari pertama ketibaan lagi kami sudah tergelak apabila malam, joran dibuka untuk menyiapkan set serta ikatan tetapi tiada satu pun set baitcaster kelihatan. Apabila bersuara, jawapan kali ini adalah nak merasai layanan dengan set kekili mendatar pula‌ huh macam dah berpakat walhal tidak dibincang pula masa merancang trip dahulu! Kekili bersaiz 2500 - 4000 yang diisi tali sulam 30 paun dengan perambut 50 - 80 paun digunakan dengan joran 10 - 25 paun bagi mendaratkan ikan secepat mungkin. Ini untuk mengelak ikan keletihan dan segera dilepaskan dengan selamat. Walau bagaimanapun kami agak terkilan dengan sikap pekerja kolam pada awalnya yang langsung tidak memahami permintaan kami untuk bergambar dengan tangkapan
7
8
SIRIP 35
Bangkok Hooker
9
9. Tali 50 paun, perambut 100
paun, naik juga monster ini.
10. Amin awal-awal lagi berjaya
menaikkan ikan kap Siam (katla) yang hitam dan tebal badannya.
11. Kalau
ke Bungsamran, baik anda dapatkan fishing guide yang akan membancuh umpan, setting set pancing dan baling umpan. Kita hanya rileks tunggu ikan makan barulah tugas kita bermula.
bersama gewang masih tertacak di mulut ikan. Sebaik ikan didaratkan, pekerja terus mencabut gewang dan melepaskan terus ikan tanpa dipegang langsung oleh kami. Apabila kami memberitahu John akan hasrat kami, barulah pekerja kolam faham dan terus meminta maaf kepada kami. Boleh tahan amukan siakap di pagi hari, namun apabila matahari meninggi, siakap mula kurang membaham gewang kami. Keseronokan menahan asakan siakap gadang ini tidak mampu diceritakan dengan puluhan ekor berjaya didaratkan dalam tempoh lima jam memancing. Kami menamatkan pancingan walaupun ada lagi sejam waktu memancing kerana sudah tidak tertahan dibakar matahari dan terus dihantar ke hotel oleh John.
Bungsamran Terbaru Pancingan siakap boleh dikatakan sebagai aksi pemanas badan dan hari ini adalah penentuan kudrat untuk menahan asakan patin Mekong Bungsamran pula. Kolam ini baru dibuka seawal Mac lalu setelah kolam lama ditutup dan berada jauh dari lokasi lama. Kolam terbaru ini lebih menarik dan memukau kami. Sebaik melangkah masuk, terpampang ukiran kayu berbentuk ikan yang menghiasi sekitar kolam. Walaupun begitu, agak terkilan juga kerana kolam terbaru ini tiada lagi kedai pancing seperti kolam dahulu milik Sevenseas Proshop. Tetapi pihak pengurusan kolam masih lagi menyediakan khidmat menyewa set joran buat pengunjung. Kadar bayaran kolam sebanyak 200 Bath untuk satu joran selama 12 jam memancing, tidak termasuk bayaran umpan. Kami hanya menyewa 2 joran untuk empat pemancing. Sebelum memancing, kami difahamkan pihak pengurusan telah melepaskan pari Mekong gergasi sebagai tarikan terbaru selain kewujudan sedia ada ikan patin Mekong, kap siam dan beberapa spesies dari Amazon seperti arapaima dan ikan keli ekor merah.
10
36 SIRIP
Kami turut mengambil seorang guide yang memang telah disediakan oleh pihak kolam, namun ia terpulang kepada pemancing sama ada mahu menggunakan khidmat guide atau tidak. Kebanyakan pemancing tempatan tidak menggunakan khidmat mereka, tetapi bagi pemancing dari luar negara disarankan mengambil khidmat guide. Guide akan memilih beberapa jenis bahan seperti dedak, roti dan beberapa jenis perisa yang kita sendiri pun tidak tahu kerana semuanya tertulis dalam bahasa siam.
Kepercayaan diberikan kepada guide seratus peratus kerana mereka lebih pakar dalam bancuhan umpan, menyediakan ikatan dan larasan set pancingan malahan balingan juga dibuat oleh mereka. Kalau diserahkan kepada kita untuk membuat balingan, belum tentu terbang umpan mahupun tepat pada sasaran. Maklumlah umpan sahaja sudah sebesar botol kicap! Perghh‌ dah macam tuan besar kita mancing kat sini... santai dan rehat. Tunggu sahaja joran yang telah disentap akan diserahkan kepada kita untuk menyelesaikan pertarungan.
Tuan Besar Kekili Shimano Twin Power 6000 yang dimuatkan tali 50 paun dengan joran 30 – 60 pUN sebagai senjata. Setelah lilitan spring disalut tebal oleh bancuhan dedak dan roti, ia dengan kami hanya memerhatikan sahaja apa yang dibuat guide sambil melayan minuman air gas dan mengunyah makanan ringan di tempat duduk yang begitu selesa malahan kalau nak baring sekali pun di atas pakir lantai kami tergamak kerana ia bersih. Lantai sentiasa dijaga setiap kali ikan didaratkan, di mana ia terus dicuci untuk membuang lendir ikan yang melekat pada lantai. Tempoh 12 jam menghabiskan masa di kolam agak lama pada kebiasaannya di negara kita, tetapi untuk bergasak dengan patin Mekong ini, masa itupun tidak mencukupi. Sabar menanti tarikan mega berinsuran perambut 100 paun setelah joran dibaringkan di atas lantai dengan bail arm
11 kekili dibuka untuk memberi laluan tali keluar kerana patin Mekong juga dikatakan sensitif sekiranya merasai tegangan pada tali. Getuan halus terlebih dahulu dibuat penghuni gergasi Bungsamran dan tali tanpa sekatan akan keluar setelah umpan dibawa lari, barulah joran diangkat dan bail arm ditutup serta sentapan dibuat. Guide akan merasai dahulu tekanan dan larasan kekili dibuat setara dengan kekuatan ikan sebelum menyerahkan kepada kami untuk merasai pertarungan.
SIRIP 37
Bangkok Hooker dapat ditarik ke tepian. Setelah patin Mekong ini dapat disauk, nafas disedut dalamdalam menahan penat. Giliran pertarungan diteruskan sehingga tanpa sedar 12 jam berlalu dan kami menambah lagi masa memancing untuk melangsai ketagihan asakan patin Mekong di bumi kelahirannya.
Pelajari Dari Tempat Orang Seandainya ada kemampuan dan kelapangan, ada baiknya sesekali kita bertandang ataupun cuba memancing di luar negara kerana kita pemancing sebenarnya adalah pengembara tanpa sedar atau tidak. Banyak yang boleh kita pelajari sebagai penambah pengetahuan dan memperbaiki diri untuk terus ke depan, dan tidaklah hanya bergelar jaguh kampung.
12
12. Mat saleh suka datang ke
Thailand bukan setakat hiburan dan melancong, malah ingin mencipta rekod memancing ikan terbesar di kolam Bungsamran.
13. Agak-agak
berapa puluh kilo patin Mekong ini?
Guide menasihatkan agar pam sahaja tanpa dilayan, takut terbelit tali pemancing lain. Kami menghargai sebagai tanda hormat pemancing bersebelahan yang sanggup mengarau kekili memberi ruang untuk rakan mendaratkan ikan. Joran melentur mengikut tekanan kekili bersama kegagahan kudrat mangsa di hujung tali memberi perlawanan yang sengit. Memang memerah peluh jantan! Kempis perut menahan asakan dengan diapit kiri dan kanan oleh rakan yang bersedia membantu, andai pancit di tengah perlawanan. Lima belas minit berlalu barulah mangsa
13
38 SIRIP
Dalam dunia hanyir ini, Thailand boleh dikatakan jauh ke depan dengan contoh yang paling nyata di depan mata apabila rawatan luka ikan terus diberi setelah mata kail dicabut dan ikan dilayan selembutnya semasa didaratkan. Dikhabarkan juga pihak pengurusan kolam Bungsamran akan membenarkan teknik mengilat gewang dalam masa terdekat. Ini satu peluang yang bakal kami kunjungi pada masa hadapan. Ikon mereka ini terus dijaga, ikon ini terus dipuja masyarakat di sana‌ sehingga menjadi tanda tanya apa ikan ikon negara kita? Kalau dikatakan toman, di mana lahirnya jump frog? Jikalau sebarau‌ mampukah menyaingi keindahan tasik Chew Lan di Suratthani? - SIRIP -
Royal Belum Retreat 1
4 FLAP AIR BESAR B
agi peminat sungai pergunungan, Sg. Kejar di Royal Belum pastinya destinasi yang paling diminati lantaran dianggap masih ‘heaven’. Oleh sebab tiada akses melalui jalan darat dan penggunaan canoe atau apa sahaja bot tidak dibenarkan oleh Taman Negeri, populasi hidupan sungai ini sangat terpelihara. Namun untuk mendapatkan permit ke sungai ini bukanlah mudah, lebih-lebih lagi untuk kem Ketir ke atas. Kebiasaannya permit untuk memasuki Sg. Kejar akan dimohon awal-awal ke Perbadanan Taman Negeri Perak untuk mendapat keputusan sama ada permit sesuatu kumpulan akan diluluskan atau tidak. Malangnya akibat kawalan yang ketat, kebanyakan permit tidak akan diluluskan jika tiada iringan renjer Taman Negeri.
Kecil Susah, Besar Pun Susah! Beberapa kali kunjungan pada musim kering menyebabkan saya begitu teruja untuk memasukinya ketika musim hujan dan air besar pula. Banyak cerita dongeng yang saya dengar ketika air besar, di mana bot boleh sampai jauh ke atas dan kami tidak perlu memulakan jarak perjalanan trekking yang sangat jauh seperti musim kering. Pernah juga saya memulakan trekking dari perkampungan Orang Asli di bawah Kem Sg. Kejar lagi dan dengar cerita ada sahabat yang memulakan trek lebih jauh ke bawah lagi. Ia pastinya satu mimpi ngeri bagi kami yang terpaksa menapak jauh yang pastinya akan melambatkan tempoh perjalanan. 40 SIRIP
Semasa bot memasuki kuala Sg. Kejar, kebanyakan kami terdiam dan mengeluh melihat air sungai yang besar dan sangat keruh. Namun ada juga yang berwajah ceria kononnya kami tidak perlu menapak jauh kerana pastinya bot dapat menghantar kami jauh ke atas kerana jeram-jeram cetek sepanjang sungai akan tenggelam dan bot boleh melepasinya. Namun tiada jalan mudah untuk kita peroleh kejayaan, begitulah juga keadaan kami di Royal Belum kali ini. Bot yang kononnya mampu menghantar kami jauh ke atas tidak kesampaian dek kerana arus yang sangat deras! Keperitan ditambah pula dengan bukit-bukit pacak yang terpaksa kami panjat sambil memikul beg yang berpuluh kilogram kerana laluan mendatar di tepi sungai kebanyakannya tenggelam!
Paya Maybank Terdapat satu paya ke kem Kajang dan ini pastinya membuat kami terasa sangat ingin mencubanya, manalah tahu kalau-kalau ada bujuk dan kerandang yang boleh kami dapat. Semasa musim kering, paya ini hampir tidak kelihatan kerana berada di bawah bukit dan agak jauh dari trek laluan kami ke kem Kajang. Saya bersama beberapa rakan berhenti seketika dan cuba hampiri paya tersebut. Sedang elok Arif dan Eddy yang berada di depan sangat hampir dengan paya itu, terdengar satu bunyi
Teks & Fotografi : NAZMI ANUAR mengerang. Namun Arif dan Eddy masih buat tak tahu dan terus menghampirinya. Bunyi kedua yang agak kuat membuatkan Arif dan Eddy masing-masing terhenti dan berpandangan antara satu sama lain. Kami terus bertempiaran lari meninggalkan paya itu apabila kedengaran bunyi mengerang ketiga yang semakin kuat. Mercun dibakar beberapa kali dengan harapan yang membuat bunyi tersebut lari dari kawasan itu. Namun masih tiada apaapa kesan haiwan melarikan diri. Atas nasihat guide dan organizer, kami tinggalkan kawasan paya itu dengan langkah yang lebih laju. Menurut Orang Asli yang menjadi porter mengangkat barang, paya tersebut adalah kawasan rehat dan mandi bagi harimau belang yang banyak berkeliaran di dalam hutan Royal Belum. Paya ini juga menjadi tempat bagi haiwan lain untuk minum kerana kedudukannya sangat strategik di mana haiwan dan harimau belang tidak perlu ke sungai yang berada agak jauh untuk mandi dan minum. Kata Orang Asli lagi, kem Kajang hingga ke paya itu adalah wilayah baru bagi harimau belang tersebut. Patutlah sepanjang perjalanan kami menemui banyak tapak harimau belang, rusa dan seladang yang kesemuanya masih baru. Ini membuatkan kami lebih berhati-hati semasa berkhemah di Kajang, takut-takut perkara yang tidak diingini berlaku.
Pentingnya Ilmu Hutan Hutan belantara pastinya banyak menyimpan pelbagai hidupan liar, mahupun misteri yang wajib untuk kita pelajarinya dan ambil tahu sebelum masuk ke dalamnya.
2 Lebih-lebih lagi di hutan simpan tertua di Malaysia yang sangat terpelihara daripada sebarang pemburu haram dan sebagainya.
1. Terpaksa
Dalam kes disergah raja rimba semasa kami sangat berani mendekati tempat rehatnya, kami telah melakukan satu kesilapan besar yang sebenarnya mungkin akan membuat kami hilang nyawa. Kami tidak sepatutnya melarikan diri dengan membelakangi haiwan tersebut, kerana ini akan membuatkan ia lebih mudah menerkam leher yang sememangnya bahagian sasaran utama bagi harimau untuk melumpuhkan mangsanya.
2. Tapak
memanjat bukit apabila trek tepi sungai tenggelam dek air. Mengah! ‘maybank’ yang bersepah sepanjang perjalanan kami menuju ke kem Kajang, ada yang sampai terkencing dalam seluar!
3. Mengilat dalam air macam meranduk Sg. Kampar pula.
3
SIRIP 41
Royal Belum Retreat
4
4.
5.
Air besar di Sg. Kejar memaksa kami trekking memacak bukit dan tidak dapat berjalan di sepanjang tepian sungai. Hendak memburu kelah kenalah mengendap di balik batu.
6.+ Koleksi tengas kejor dari 7.+ geng mengilat, puas la kali 8. ni mengilat dapat kejor cendol!
9.
Kelah kedua seberat 2.5 kg berjaya Eddy naikkan sewaktu kami memancing sambil bermain air.
5
Tindakan yang sepatutnya kami lakukan adalah dengan berjalan mengundurkan diri sambil mata tajam melihat di mana harimau itu disyaki berada. Ini boleh menghindarkan kebarangkalian kami diserang harimau kerana kebiasaannya spesies kucing ini tidak akan menyerang bahagian depan mangsanya. Satu lagi kesilapan besar ialah kami tidak peka keadaan sekeliling. Sebelum sampai ke paya tersebut, kami sebenarnya telah terhidu bau hamis yang sebenarnya datang dari harimau itu sendiri. Namun akibat keinginan hendak menduga sangat tinggi, kami telah mengabaikan bauan hamis itu dan terus sahaja menuju ke paya tersebut. Kita perlu tahu harimau belang sebenarnya tidak suka pun berada di kawasan atau berada hampir dengan manusia sendiri. Namun biarpun haiwan ini akan lebih mengelak daripada bertemu kita, perlulah kita ingat bahawa adalah satu kesilapan yang besar jika kita sendiri yang mengganggunya dan kebarangkalian diserang harimau sangat tinggi jika kita betul-betul bertemu dengannya. Nasib kami sangat baik kerana menurut porter, harimau tersebut cuma sedang berehat dan mungkin sedang kekenyangan. Sebab itulah ia cuma mengerang untuk
6
42 SIRIP
7
mengusir kami tanpa perlu menunjukkan dirinya sendiri, kalau tidak‌ wassalam lah!
Kenduri Kejor Air Besar Aktiviti mengilat agak terjejas dengan keadaan air sungai yang terlalu besar dan sedikit keruh. Sebarau hilang entah ke mana dek kerana sukar mengesan lubuk serta struktur yang menjadi tempat bagi sebarau berlindung. Geng pancingan dasar juga turut terasa. Manakan tidak, setiap umpan pasti hanyut dan kesudahannya tersangkut di celah batu dan kayu. Namun pada musim ini masih terdapat satu spesies yang pasti menghiburkan kita, iaitu raja arus deras‌ tengas atau kejor. Amat mengejutkan bagi geng mengilat yang kebanyakannya baru pertama kali berkunjung ke Royal Belum kerana sepanjang mengilat, tiada seekor pun sebarau yang berjaya mereka naikkan. Sebaliknya jumlah tengas kejor yang tidak terkira mereka naikkan. Cuma beberapa kali geng mengilat mendapat strike sang badong yang adakala muncul di sekitar tempat permainan tengas kejor. Namun untuk bertarung dengan sang badong ketika air besar dan deras ini bukanlah mudah. Tiada seekor pun berjaya dinaikkan, semuanya berakhir dengan mata kail terkangkang atau gewang pecah dikekahnya.
8
9
SIRIP 43
Royal Belum Retreat Balinglah lubuk mana sekali pun ketika ini, kesemuanya disambar tengas kejor yang terlalu banyak. Popper untuk badong pun dikutip oleh kejor, bagaikan sudah tiada ikan lain! Rejab paling banyak naikkan tengas kejor melalui pancingan dasar. Purata 30 ekor dia seorang untuk sehari sahaja memancing!
Teori Hari Ketiga Hari ketiga kami di kem Kajang, paras air masih lagi tinggi dan cuma surut sekaki dua sahaja. Saya bersama Glem, Geli Mat, Nan dan Eddy bertukar arah daripada pengilat tegar menjadi pemancing dasar hanya kerana ingin mencari spesies idaman sungai pergunungan, kelah. Kami bergerak menghulu sungai mencari kawasan lubuk yang agak tenang untuk melabuhkan umpan. Sejak awal pagi kami hanya berjaya menaikkan beberapa ekor tengas. Hingga pada waktu tengah hari, pancing saya dihenjut seekor kelah yang agak kasar. Ikan terus membenamkan diri ke kawasan lubuk berbatu dan akhirnya perambut 20 paun putus bergesel batu. Balingan seterusnya, saya berjaya naikkan seekor kelah hampir 1 kg dan suasana menjadi agak sunyi apabila beberapa kali tali utama dan perambut yang kami pakai terputus dihenjut sang kelah. Berita dari geng mengilat yang sentiasa berkeliaran mencari lubuk mengatakan beberapa rakan dari lubuk lain juga telah berjaya menaikkan kelah bersaiz kecil dan beberapa kali juga dihenjut kelah bersaiz kasar. Ini menunjukkan keadaan air yang sudah semakin surut, jernih dan arus yang beransur perlahan telah membuka kembali selera sang kelah yang menjadi pasif ketika air terlalu besar. Satu-satunya sebarau berjaya dinaikkan pada trip kali ini, ke mana perginya yang lain?
Faktor umpan yang berjaya dilabuhkan ke tengah lubuk ekoran arus yang semakin
KEUNIKAN MASAK DALAM BULUH
Menu paling istimewa kami di dalam hutan Royal Belum ialah nasi buluh dan ikan yang dimasak dalam buluh, merecik! Turutan gambar menunjukkan bagaimana cara hidangan nasi dan ikan dimasak dalam buluh ini dilakukan oleh porter Orang Asli kami. Makan nasi buluh panas-panas kena pula budu dengan asam limau, pergh!!! Baru betul pak mertua lalu pun tak perasan! - SIRIP -
44 SIRIP
perlahan juga menjadi kelebihan untuk mengumpan kelah memakan umpan sawit yang dihulurkan. Ada juga teori mengatakan sang kelah akan lebih lapar dan sangat berselera ketika air beransur surut dan perlahan. Semasa perjalanan pulang ke kem Kajang, kami sempat singgah ke satu lubuk yang tidak pernah diceritakan oleh manamana guide dan porter kami. Lubuk ini mempunyai dinding batu yang memanjang dan agak sempit. Pada mata kasar saya, ia mungkin berpotensi untuk menaikkan paling tidak pun kejor bersaiz besar. Belum sempat 5 minit Eddy labuhkan umpan, pancingnya telah dihenjut kelah bersaiz 2.5 kg. Kemudian pancing saya pula dan henjutan padunya menongkah arus menyebabkan tali saya yang melengkung di dalam air putus kerana tersangkut pada batu. Dalam kami tengah sibuk menangkap gambar kelah bersama Eddy, pancing Faizal pula mengena. Namun sayang, kelah yang hampir sama dengan kelah Eddy berjaya meloloskan diri selepas perambut putus ketika cuba menghelakan ikan ke tebing berbatu. Ini betul-betul menunjukkan kelah tersangat berselera untuk memakan umpan semasa air semakin perlahan, walaupun kami bertiga berendam semasa mendapat sambaran kelah di lubuk ini. Ia pastinya satu hukum yang salah untuk menduga sang raja sungai. Namun teori hari ketiga ini telah melawan hukum asas pancingan kelah di sungai pergunungan.
Kejor hasil bottom.
Memang syok layan kejor dengan set ultra light.
SIRIP 45
Royal Belum Retreat
Kelah sulung dalam trip kali ini, hari ketiga barulah kelah mahu buka mulut. Air naik sampai ke tebing bukit, terpaksalah mengilat dari bawah pokok.
Kejor yang menghentam popper milik Nan, memang betul frenzy kejor kali ini.
Dewa Baru Pagi terakhir di kem Kajang cuma tinggal beberapa jam untuk kami melangkah pulang. Pagi ini tidak seperti pagi terakhir pada kebiasaan saya berkunjung ke Royal Belum. Kebanyakan kami cuma lepak-lepak sahaja di khemah sambil minum kopi dan buat sarapan masing-masing. Tidak seperti biasanya masing-masing masih sibuk mencari trofi peribadi dalam masa-masa kecederaan ini, mungkin semuanya sudah penat melayan tengas kejor yang tidak terbilang banyaknya. Jam 7.30 pagi, saya dikejutkan oleh Potat yang pertama kali berkunjung ke Royal Belum dengan hasil seekor anak kelah sebesar tapak tangan yang diperolehi di lubuk depan kem sahaja. Tertarik dengan hasil Potat, saya dan Man turun memancing sekali. Cuma beberapa minit kami duduk bersama Potat, jorannya dihenjut seekor kelah agak kasar. Ikan membuat larian padu dengan menongkah arus, menyebabkan Potat agak kelam-kabut untuk menahan asakan. Beberapa kali kelah ditarik ke tebing, namun masih tidak berjaya untuk melemahkannya. Arus yang masih dikira agak kuat banyak membantu kelah untuk bertahan di dalam air. Set ringan Potat akhirnya berjaya juga melemahkan kelah bersaiz 4.7 kg setelah berhempas pulas selama 20 minit, di mana sang kelah berjaya memasuki kayu balak buat seketika. Lebih membuat kami kagum, Potat berjaya menaikkan kelah besar dalam keadaan arus deras dengan hanya menggunakan tali setebal 12 paun sahaja. Secara tidak langsung Potat dinobatkan sebagai dewa baru kerana berjaya menaikkan kelah mega untuk kunjungan sulung beliau di Royal Belum ini!
- SIRIP -
46 SIRIP
Kelah monster 4.7 kg berjaya dinaikkan Potat pada jam terakhir sebelum kami meninggalkan Kajang.
BERTAHANLAH ROYAL BELUM
Sesi menyelamatkan gewang yang tersangkut pada jaring, tak sangka dalam Royal Belum pun boleh jumpa jaring. Harap pihak berkuasa dapat buat sesuatu agar Royal Belum tidak dirogol oleh pihak tak bertanggungjawab. Sudah sedia maklum Taman Negeri Royal Belum bukanlah sama seperti taman negeri yang lainnya. Tiada akses lain lagi untuk memasukinya, selain jalan air Tasik Temengor sahaja. Tiada penggunaan bot mahupun kenderaan darat, melainkan berjalan kaki sahaja untuk menghulu Sg. Kejar. Tidak cukup dengan itu, kawalan ketat dari segi pelepasan permit juga adakalanya menjadi halangan bagi pengunjung Royal Belum. Keadaan ini sudah pastinya menggambarkan betapa ‘heaven’-nya sungai di dalamnya. Hidupan daratnya juga tidak kurang ‘heaven’-nya dengan kehadiran pak belang yang boleh dikatakan bersepah-sepah. Tidak saya nafikan ketika kunjungan semasa air kering, kelah dan tengas kejor boleh dilihat berlegar-legar di segenap pelosok sungai. Namun menurut porter Orang Asli kami, keadaan ini sebenarnya sudah terlalu banyak berkurangan jika dibandingkan pada masa dahulu. Ini bermakna jika sekarang pun kelah di sini boleh dikira cendol apatah lagi pada masa dulu. Apalah istilah yang boleh kita katakana… cendol durian? Atau cendol tambah? Apa yang agak menghairankan mengapa ia boleh jadi semakin berkurangan jika kawalan di sini terlalu ketat? Akhirnya saya dapat sedikit petunjuk persoalan di atas, ‘JARING’! Kepala air baru beberapa hari turun dan membawa turun segala macam kayu-kayan dan sampah. Air sungai yang mulai surut telah menunjukkan beberapa bukti yang menyatakan Sg. Kejar ini sendiri sudah dimasuki penjarah ikan yang tidak bertanggungjawab. Jaring-jaring yang mungkin tidak sempat mereka ambil disebabkan kepala air telah banyak tersangkut di tebing dan kayukayu di dasar sungai. Gewang dan tali pancing kami telah banyak tersangkut padanya, yang sekali gus menunjukkan betapa banyaknya jaring telah direntangkan di sungai di dalam Taman Negeri Royal Belum ini! Semua jaring yang kami jumpa masih baru, dan bukanlah jaring lama yang hampir mereput. Ini sedikit-sebanyak telah menggusarkan hati kami, di mana Royal Belom boleh dikatakan benteng terakhir syurga kelah bagi tanah Semenanjung Malaysia ini. Jika di sini pun sudah mula dijarah manusia yang tamak, di manalah lagi untuk kita merasa pancingan kelah cendol di Semenanjung ini? Saya amat berharap agar pihak berkuasa Taman Negeri dapat berbuat sesuatu agar semuanya dapat terpelihara daripada manusia tamak yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. - SIRIP -
SIRIP 47
Temensis Arise
MELAKA DARUL
TEMMY Tak sangka Cichla temensis sudah tersebar dengan meriahnya di Tasik UiTM Jasin ini.
B
aru-baru ini, Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Jasin telah menganjurkan satu pertandingan memancing di Tasik UiTM bersempena minggu Karnival ICT & Matematik 2017. Pertandingan memancing ini diadakan pada hari terakhir karnival iaitu 30 September 2017 dan dibuka untuk orang awam. Selain memancing, terdapat juga aktiviti seperti pertandingan menggodam, e-sport, hari keusahawanan, pertandingan multimedia, pertandingan matematik, ceramah keselamatan ICT dan lain-lain.
Menyumbang Sambil Memancing Pertandingan memancing yang kali pertama dimasukkan dalam agenda karnival tahunan ini diadakan untuk merapatkan lagi jalinan ukhwah antara warga kampus dengan masyarakat setempat, serta mengumpul dana bagi tujuan pembangunan, penyelidikan dan pembelajaran. Secara tidak langsung kira-kira 150 peserta dengan yuran RM 20 telah menyumbang sambil memancing. Tasik UiTM Jasin merupakan kawasan memancing berjadual. Lebih tepat lagi jika terdapat sebarang aktiviti, barulah ia
Geng mengilat terkemuka di Melaka, Mk Brigade tidak lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan.
Dapatkah anda bezakan ciri temmy dengan PB biasa?
48 SIRIP
Oleh : JR. USOP dibuka untuk memancing. Justeru, ia bukanlah kawasan yang sentiasa diakses oleh pemancing. Di dalamnya telah diketahui terdapat lima spesies ikan yang dipertandingkan iaitu ikan pacu, haruan, patin, tilapia dan keli. Ikan yang ditambah masuk ke dalam tasik tersebut telah disumbangkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Antara penyumbang hadiah pertandingan ini ialah Kedai Mengai, Kolam Pancing Seri Semabok, ANGLR, Kail, Klap Pa, Umpan Pacak A1 dan EBSF Tackle Melaka. UiTM Melaka sendiri telah menyumbangkan hamper.
Kejutan Casting Keunikan pertandingan kali ini, pihak penganjur membenarkan peserta untuk casting selain pancing dasar. Tetapi hanya mata tunggal (single hook) dibenarkan untuk mengilat, manakala terhad dua mata kail untuk pancingan dasar. Apa yang mengejutkan berlaku sewaktu pertandingan berlangsung, peacock bass (PB) dari spesies Cichla temensis didapati cukup menggila dengan membantai apa sahaja jenis gewang yang dihulurkan! Umum telah mengetahui bahawa Melaka adalah negeri pertama di Malaysia yang memiliki spesies asing peacock bass terbesar di dunia dan hidup subur iaitu Cichla temensis, yang telah menguasai Empangan Jus di selatan negeri bersejarah ini (laporannya pernah dikeluarkan oleh SIRIP). Cichla temensis nyata berbeza corak badan dan saiz tumbesarannya dengan PB biasa yang sudah lebih dua dekad bertapak di negeri kita iaitu Cichla monoculas. Jika di tempat asalnya di Amazon dan pengenalannya di tasik empangan larangan di Singapura, Cichla temensis dilaporkan menjangkau saiz belasan kilo! Nampaknya Cichla temensis bukan sahaja wujud di tasik empangan bekalan air Jus itu malah berkoloni juga di dalam Tasik UiTM Jasin yang kecil ini yang khabarnya telah dilepaskan oleh individu tertentu. Walau bagaimanapun, Cichla temensis yang diberi jolokan ‘temmy’ oleh caster Melaka ini tidak disenarai sebagai ikan yang dipertandingkan. Begitu pun jua,
Spesies haruan oleh Jr. Usop barulah layak dipertandingkan. peserta cukup seronok sakan kerana asyik temmy sahaja yang memagut gewang! Mungkin juga kerana tasik ini jarang diusik, ikan-ikan di dalamnya begitu lapar dan galak menyambar umpan. Selain temmy, peserta tidak menang tangan dihenjut spesies lain, dengan ikan terbesar ialah keli seberat 4.3 kg, haruan 1.03 kg, tilapia merah 610 g, dan patin 500 g. Berdasarkan laporan dan kehadiran temmy yang meriah di tasik ini, ia memberikan kita suatu petanda yang saya rasa anda sendiri dapat membuat kesimpulan tentangnya...
- SIRIP -
Hang temmy yang frenzy gila-gila di tasik ini. Tapi malangnya ia tak masuk list untuk dipertandingkan!
Selalunya PB lebih sukakan gewang minnow kecil, tapi banyak juga temmy di sini yang tibai gewang jenis shad yang boleh dikira besar profilnya. Lapar betul ke apa ni?
17 SIRIP 49
Bluefin Rock Casting
TSB TEBING TINGGI K
isah saya dengan Tuna Sirip Biru (Bluefin Tuna / Euthynnus alletteratus) Pulau Menorca bermula sejak 2015. Pada tahun itu, sahabat saya yang menggemari pancingan ekstrem telah menaikkan banyak TSB antara 10 hingga 12 kg secara kebetulan di Pulau Menorca, salah sebuah pulau di kepulauan Balearic di luar pantai timur Sepanyol. Tidak disangka-sangka, spesies yang hanya dapat dipancing dengan berbelanja besar dan ke tempat yang jauh sahaja ruparupanya terdapat di belakang rumah saya dan boleh dipancing tanpa perlu naik bot! Setelah menerima berita baik ini, saya segera mengatur trip ke Pulau Menorca. Namun apabila tiba di sana, saya cukup terpegun dengan pemandangan lubuk tersebut!
Lubuk Yang Menggerunkan Lubuk TSB terletak di sebelah timur Pulau Menorca yang menghadapi Laut Mediteranean. Sepanjang pantainya dihiasi tebing berbatu setinggi puluhan meter dan jarang terdapat pantai yang landai. Apabila kita berdiri di atas tebing tinggi dan memandang ke bawah, terasa lutut menggigil. Ia sememangnya lubuk yang amat mencabar keberanian dan fizikal pemancing! Kawasan lubuk kelihatan amat luas. Di manakah tempat yang paling sesuai untuk kami jalankan pancingan? Apatah lagi TSB merupakan ikan yang paling handal tentangannya!
1 2
50 SIRIP
3
Teks & Fotografi : SAM BOSCH BENEJAM (Sepanyol)
Banyak aspek harus dipertimbangkan sebelum pancingan dimulakan. Perkara paling penting ialah tempat untuk menaikkan ikan. Lokasi ini harus mudah untuk mencapai ke pantai dan terdapat tempat untuk berdiri, melayan dan menaikkan ikan. Kami telah habiskan banyak masa dan tenaga memantau sekeliling kawasan ini dan akhirnya terjumpa sebuah tebing yang lebih rendah dan sesuai untuk membaling gewang permukaan ke spot yang berpotensi. Dalam trip pertama, TSB telah membaham gewang salah seorang sahabat dan membuktikan ikan pelagik samudera ini juga dapat dipancing dari pantai sahaja. Sang tuna yang terkena pancing ini amat besar sehingga tali keluar tanpa henti. Setelah 30 minit bertarung, mangsa dapat diheret berdekatan tebing, namun tali akhirnya putus akibat bergeser terumbu di tebing berbatu itu!
1. Lubuk tuna sirip biru di Pulau Menorca, Ada berani?
Sepanyol.
2. Inilah
tempatnya kami menaikkan tuna gergasi.
3. Lubuk
casting tuna sirip biru land based yang jarang dijumpai ini terletak di sebelah timur Pulau Menorca.
Kecelakaan Berlaku Pulau Menorca
Pada 2015, saya berkali-kali bertandang ke tebing berbatu tinggi itu, namun tetap gagal bertarung dengan TSB. Bagaimanapun saya berazam untuk menaikkan seekor TSB pada tahun 2016. Malangnya pada Disember 2015, saya terjatuh dari ketinggian 4 meter sehingga tangan kanan saya patah dan tengkorak di bahagian muka pun pecah. Terpaksa baring di hospital selama 11 hari dan menjalani pembedahan sebanyak dua kali! Namun keinginan saya untuk memancing di Pulau Menorca tetap tidak digoyahkan oleh kejadian malang ini. Rancangan saya ialah sembuh pada bulan Mac 2016 kerana bulan Mac lah musim memancing TSB di Pulau tersebut! SIRIP 17 51
Bluefin Rock Casting
4
4. Mustahil
untuk mencabar raja tuna tanpa peralatan terbaik.
5. Bunyi
kuat dari popper seberat 130 gram berjaya menarik perhatian tuna mega.
6. Tuna mega ini pasti marah sangat dengan popper yang bising ini!
5
Akhirnya saya sembuh sepenuhnya pada Mac 2016 dan bersedia untuk beraksi lagi. Kali ini nasib bertambah baik. Trip pertama setelah keluar dari hospital, saya telah berjaya menaikkan TSB seberat 16 kg. Terasa amat gembira sekali. Dua bulan berturut-turut saya juga berjaya menaikkan 4 ekor TSB kecil. Dalam salah sebuah trip, popper saya dilarikan seekor ikan sehingga tali habis ditarik monster itu dalam masa singkat sahaja. Monster apakah agaknya?
susulan, namun tiada TSB besar pula yang sudi membaham popper saya sepanjang 2016!
Kebetulannya 4 hari kemudian saya terkena lagi ikan yang amat besar, namun tali terputus lantaran menggunakan set yang lebih ringan. Selepas peristiwa ini, saya memutuskan untuk tidak menggunakan set ringan lagi. Set ringan digunakan kerana lebih seronok melayan ikan apabila terkena tuna yang lebih kecil.
Keberanian & Kecekapan
Namun melainkan jika anda sudah langsung tidak berniat lagi untuk mensasarkan tuna mega, nasihat saya ialah tetap jadikan set berat sebagai set pilihan. Biarpun saya telah bertukar kepada set paling kuat dan menggunakannya dalam trip
6
52 SIRIP
Pada 2017, saya bertukar balik ke set ringan kerana berfikir diri saya memang tidak bernasib untuk mendapatkan tuna mega. Namun nasib seakan ingin mempermainkan saya. Sebaik sahaja saya bertukar ke set ringan, terus dibuli seekor tuna mega sehingga habis tali!
Pagi keesokan harinya saya kembali dengan set berat dan sebutir popper gergasi 130 gram sepanjang 20 cm untuk membalas dendam. Setelah berkali-kali gagal, saya pun kurang yakin boleh dapat sambaran sang gergasi. Cuma hati saya tidak puas kerana asyik dibuli sang mega. Mungkin ketabahan hati saya telah mendapat belas kasihan dari Tuhan, keajaiban akhirnya muncul pagi ini apabila seekor monster tampil ke permukaan laut dan melarikan popper saya! Biarpun terasa cemas, saya tetap cuba menangani TSB ini dengan cukup sabar
7 selama 30 minit. Pada mulanya saya syaki bukan tuna yang kena tetapi amberjack yang agak biasa di situ. Namun apabila ikan semakin dekat, terbuktilah TSB gergasi yang diidam-idamkan. Setelah berkali-kali kumpau, akhirnya saya berpeluang jua bertarung dengan tuna mega ini secara adil dengan menggunakan set berat! Kali ini saya bernasib baik kerana berjaya mengelakkan ikan daripada berenang ke bawah tebing batu untuk memutuskan tali. Menaikkan ikan besar di tempat seperti ini sememangnya cabaran besar, lantaran bentuk bumi yang tidak rata telah menghadkan pergerakan pemancing. Akhirnya sahabat saya Nando terjun ke laut yang kelihatan amat bahaya tanpa berfikir panjang, dan berjaya merangkul ikan yang
8
sudah letih dengan bantuan Christian. Impian saya akhirnya menjadi kenyataan setelah mengalami pelbagai dugaan. Hati cukup puas dan gembira. Tuna sirip biru merupakan ikan yang dilindungi undangundang Sepanyol. Lalu ia segera dilepaskan setelah mengambil gambar. Setelah menonton video yang dikeluarkan bersama SIRIP pada bulan lepas, anda pasti memahami bahawa bukannya mudah untuk menumbangkan raja tuna di lubuk yang begitu bahaya bentuk buminya. Saya sendiri telah dilanda kecelakaan kerana ingin merealisasikan matlamat gila ini. Jika anda berkeyakinan untuk menghadapi cabaran ekstrem ini, datanglah ke Sepanyol untuk mendapatkan ‘lesen’ yang dicemburui semua pemancing ini! - SIRIP -
7. Mujurlah ada sahabat karib
yang sanggup menolong saya menaikkan ikan!
8. Pertarungan sengit antara manusia dan binatang!
9. Berbaloilah segala sengsara setelah berjaya menaikkan binatang ini!
9
SIRIP 53
I NTRODUCTION T O H EAVY C OVER S NAKEHEAD G AMES
Tuang air panas ke dalam mangkuk dan rendam froggy anda.
Bersama : KETAMTK
Gam froggy akan cair dengan mudah.
Air Panas Sebagai Solusi Sekali lagi air panas menjadi penye-lamat dan juga solusi kepada masalah anda. Jerang saja air panas dan ikuti langkah mudah ini.
Langkah Baik Pulih Froggy 1 Gunakan air panas mendidih dan tuang ke dalam mangkuk.
2 Masukkan froggy anda ke dalam mangkuk berisi air panas.
3 Biarkan seketika agar gam cair. 4 Tuang lagi air panas dan cuba
guna alat bantu untuk tanggalkan mata kail keluar dari badan froggy.
5 Dah siap! Mudah bukan, tidak perlu Mata kail boleh ditanggalkan dengan segera untuk digantikan dengan mata kail yang baru.
s
ada banyak froggy yang kailnya sudah berkarat, mata kail sudah tumpul dan perlu ditukar? Jika tidak ditukar, tak syok pula nak menggunakannya. Manalah tahu jika terkena snakehead yang bersaiz kasar, kailnya patah pula. Nak menukarnya perlu tanggalkan gamnya dulu. Nak kikis gam tersebut perlu berhati-hati dan agak renyah, serta memakan masa. Jangan risau, ada cara yang lebih pantas daripada mengikis gam tersebut.
54 SIRI
nak kikis teruk-teruk lagi, rendam sahaja dengan air panas dengan mudah sahaja gam tersebut akan cair dan mata kail boleh ditanggalkan dengan mudah dan cepat.
Nota Keselamatan : Berhati-hati ketika melakukan proses ini, jauhkan dari kanak-kanak dan pastikan keselamatan diri kerana air panas boleh mengundang kecederaan melecur pada anggota badan. Selamat mencuba! - SIRIP -
Industry Info
SHINJU LURE
Gewang Dengan Teknologi Masa Depan
G
ewang hadir dalam pelbagai pilihan jenis, saiz, keistimewaan dan jenama. Oleh itu, memilih gewang yang tepat agak sukar, terutama individu yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti memancing. Adalah sangat penting untuk menggunakan gewang yang tepat semasa memancing kerana kejayaan aktiviti memancing anda turut bergantung kepada keberkesanan gewang. Untuk tahun ini, Shinju tampil dengan pelbagai pilihan gewang yang berkualiti tinggi untuk pelbagai teknik memancing.
4D Body Paint Gewang Shinju Lure mempunyai teknologi 4D body paint yang memberikan warna gewang yang lebih realistik berbanding gewang lain. Gabungan warna yang dicat untuk setiap gewang dilakukan dengan teliti bagi memastikan elemen realistik tergambar dengan baik. Selain itu, penggunaan cat juga adalah daripada cat yang berkualiti tinggi yang tidak pudar warnanya walaupun untuk tempoh penggunaan yang lama serta mampu dikesan oleh ikan pemangsa walaupun keadaan air yang keruh. Apa yang menarik tentang Shinju Lure adalah kombinasi warna dan rekaan corak yang unik dan garang, namun sangat efektif untuk menggoda ikan pemangsa.
Mata Realistik Mata gewang yang realistik pasti mampu mencipta ilusi yang baik terhadap gewang. Penggunaan material yang terbaik memastikan mata gewang kelihatan hidup dari semua arah pandangan. Ini membuatkan ikan sasaran tertipu dan menyangkakan gewang Shinju adalah makanan yang sebenar. Setiap model Shinju Lure mempunyai gaya renangan yang tersendiri yang mampu menaikkan nafsu ikan pemangsa yang berada berdekatan. Mimik renangan yang baik dan fizikal gewang yang realistik menjadikan Shinju Lure gewang ampuh untuk pelbagai spesies ikan sasaran.
Kukuh Selain itu, Shinju Lure menggunakan mata kail Fire Eagle yang berkualiti tinggi sebagai mata kail utama. Dengan ketahanan sehingga tiga kali ganda, mata kail ini mampu bertahan dengan situasi pancingan yang lasak menentang spesies-spesies ikan terbaik dengan pelbagai julat berat. Selain itu, mata kail Fire Eagle juga kalis hakisan dan tahan karat, sesuai untuk tempoh penggunaan yang lama tanpa sebarang masalah.
Gewang Lengkap Shinju Lure merupakan gewang lengkap dengan pelbagai keistimewaaan yang diperlukan oleh pemancing yang bercita-cita untuk menumpaskan ikan sasaran bersaiz mega. Dengan menggunakan Shinju Lure, peluang untuk anda pulang dengan tangkapan terbaik anda pasti melonjak tinggi.
Dapatkan ia di mana-mana cawangan TCE Tackles di Malaysia!
SJ 50 Kedalaman : 0 – 1.8 m Berat : 11 g Saiz : 55 mm
SJ 100 Kedalaman : Permukaan Berat : 14.5 g Saiz : 100 mm
SJ 651 Kedalaman : 0 – 2.5 m Berat : 16 g Saiz : 65 mm
SJ 65 Kedalaman : 0 – 0.2 m Berat : 14 g Saiz : 65 mm
SJ 118 Kedalaman : 0 – 0.8 m Berat : 17 g Saiz : 118 mm
SJ 701 Kedalaman : 0 – 0.5 m Berat : 6.5 g Saiz : 70 mm
SJ 98 Kedalaman : 0 – 1.0 m Berat : 12 g Saiz : 98 mm
SJ 125 Kedalaman : Permukaan Berat : 29 g Saiz : 125 mm
SJ 901 Kedalaman : 0 – 0.6 m Berat : 7.5 g Saiz : 90 mm
SIRIP 55
PRODUCT AWARENESS
TICA GYMIR
AJIKING SAFARI JIG
Tica Gymir menampilkan ciri-ciri kekili mendatar moden dengan nilai yang ekonomi tetapi berbaloi dengan ketahanan kualitinya. Kekili ini dilengkapi gelendong aluminium aloi, 6 + 1 galas bebola tahan karat, pemandu tali anti pintalan, sesendal drag karbon, dawai bail aluminium padu dan tombol pengayuh berkuasa. Kekili seberat 395 gram ini ada dua model iaitu GVAT4000 yang bernisbah gear 5.2 : 1 dan GVAT4000H bernisbah gear 6.3 : 1.
Dicipta khas buat kaki jigging ektrem, Ajiking Safari Jig tampil dengan material karbon gred tertinggi yang memiliki daya tuilan luar biasa. Setiap susunan cincin Fujinya disusun secara komputer untuk menjamin prestasi cemerlang. Bagi jenis menegak, cincinnya disusun spiral untuk daya sensitiviti, dan kekuatan semasa lontaran dan karauan. Terdapat dalam kekuatan PE 0.8 – 2.0 untuk jig seberat 40 – 150 g yang menanggung beban maksimum 5 kg, dan PE 1.0 – 2.5 untuk jig seberat 60 – 180 g yang mampu menanggung beban 6 kg.
Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333
Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887
TICA TACTICA Tica Tactica menonjolkan rupa paras baitcaster kecil yang mantap anggun menawan. Baitcaster kompak dan ergonomik ini diperbuat daripada seketul aluminium tegar. Ia bersistem tegangan bintang aluminium mampat, dilengkapi pemandu tali SiC, bersistem lontaran magnetik, tombol pengayuh EVA lembut dan kompak, gear berkekuatan tinggi dan dilancarkan oleh 6 + 2 galas bebola super licin. Terdapat dua model iaitu GCA 101 yang bernisbah gear 6.3 : 1 dan GCA 101H yang bernisbah gear 7 : 1.
SENSES LIGHT SPECIAL Bagi peminat jigging ringan, dapatkanlah mata kail khas jigging ini yang telah siap diikat dengan kuat, kemas dan dilengkapi rumbai bulu hijau atau putih yang menawan. Senses Light Special menggunakan mata kail jenis tahan karat yang sangat tajam. Ia tersedia sebanyak 4 set dalam satu peket dengan saiz 1/0, 2/0, 3/0 dan 4/0. Mata kail ini telah terbukti mampu menancap mulut ikan setinggi 90% dan mengelakkan ikan tertelan jauh ke dalam tekaknya.
Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333
Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742
AJIKING PRO M Tali tangsi Pro M keluaran Ajiking menampilkan ciriciri berkekuatan luar biasa daripada material copolimer premium, malah ia mudah dikendalikan semasa ikatan dan berdaya serapan kejutan yang tinggi. Tali ini sangat lembut, bermemori rendah dan dirawat secara silikon dengan pelindung UV. Ajiking Pro M terdapat dalam kekuatan 8 sehingga 80 paun, untuk pilihan buat para penggila pancing dasar dan kolam.
56 SIRIP
SENSES GROUPER SPECIAL Kalau anda slow jigger tegar yang mendambakan kerapu tong gas atau boron, inilah mata kail yang patut dicari. Grouper Special menggunakan mata kail jenis tahan karat yang sangat tajam dengan reka bentuk terbaru khas untuk jigging perlahan. Ia tersedia sebanyak 2 set berkembar dalam satu peket dengan saiz 5/0 dan 6/0. Mata kail ini juga telah terbukti mampu menancap mulut ikan setinggi 90% dan mengelakkan ikan tertelan jauh ke dalam tekaknya.
Pengedar : TCE TACKLES
Pengedar : SENSES FISHING
Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887
Tel & Faks : 07-231 5742
Industry Info
Gewang Edisi Terbaru Lipless Shinju Lure mengeluarkan pelbagai model gewang yang memberi pilihan kepada pemancing untuk memilih gewang terbaik bagi setiap teknik dan aplikasi mengilat yang digemari. Bagi anda yang menggemari gewang tanpa lidah (lipless lure) ketika mengilat, Shinju Lure turut menawarkan pilihan yang terbaik dan berkualiti tinggi. Gewang lipless ini mendapat sentuhan rekaan yang terbaik bagi memastikan ia berfungsi sehingga kemampuan maksimum. Rekaan badan gewang yang ergonomik membolehkan gewang mendapat gaya renangan yang stabil ketika karauan. Ditambah dengan teknologi cat badan 4D yang membuatkan Shinju Lure ini mempunyai rupa paras yang realistik. Selain itu, gabungan warna pilihan setiap model gewang yang unik memberikan nilai tambah kepada gewang ini.
SJ 75 Jenis : Lipless Saiz: 70 mm Berat: 16 g
Gaya renangan yo-yo yang dipamerkan oleh gewang ini pasti menarik perhatian ikan pemangsa untuk keluar menyambar. Posisi badan gewang kekal semulajadi walaupun ketika tempo karauan perlahan atau karauan laju. Seperti gewang lipless lain, Shinju Lure juga mempunyai gemerincing yang terhasil daripada bebola di dalam badan gewang. Namun, bunyi gemerincing yang terhasil daripada model Shinju Lure ini lebih halus dan kuat untuk memanggil ikan sasaran keluar menyerang gewang dan ikan mudah mengesan kedudukan gewang dalam air yang keruh. Sesuai untuk pelbagai teknik pancingan, gewang lipless Shinju Lure ini perlu ada dalam kotak gewang setiap pemancing.
SJ 60 Jenis : Lipless Saiz: 60 mm Berat: 9.5 g
Popper Shinju Lure turut mempunyai pilihan gewang permukaan yang digemari oleh pemancing iaitu popper. Shinju Lure popper direka menggunakan teknologi dan material terkini yang berkualiti. Gewang ini mempunyai teknologi cat badan 4D yang menghasilkan gewang yang semulajadi dan realistik. Untuk tambahan daya tarikan, teknologi mata 3D pada gewang memberikan rupa gewang yang lebih realistik dan mencipta ilusi yang terbaik bagi memperdayakan ikan sasaran. Popper ini adalah gewang seba boleh. Ia mengeluarkan bunyi ‘pop’ dan memercikan air semasa karauan laju untuk menarik perhatian ikan pemangsa. Selain mengeluarkan bunyi dan percikan air, Shinju Lure popper ini juga mempunyai gaya renangan ke kiri-kanan-kiri yang lembut apabila dalam keadaan kelajuan yang perlahan. Ini membolehkan pemancing mempraktikkan pelbagai gaya dan teknik memancing dengan hanya menggunakan popper ini. Semua model Shinju Lure menggunakan mata kail Fire Eagle yang berkekuatan tiga kali ganda lebih kuat dan tajam. Ini membolehkan gewang menancap mulut ikan dan bertahan dalam keadaan asakan yang kuat. Dengan kelebihan dan kemampuan yang dimiliki oleh model Shinju Lure ini, kelebihan ketika memancing kini di tangan anda! Dapatkan ia di mana-mana cawangan TCE Tackles di Malaysia!
SJ 70 Jenis : Popper Saiz: 70 mm Berat: 12 g SJ 130 Jenis : Popper Saiz: 130 mm Berat : 58 g
SJ 90 Jenis : Popper Saiz: 90 mm Berat: 22 g
SIRIP 57