Majalah Sirip Ogos 2017

Page 1

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

BIL. 191

15hb OGOS 2017

Pesta Kaul Mukah Inovasi Soft Plastic Jejak Laluan Paee Lanun Implikasi Lesen Memancing World Predator Classic 2017 7 Teknik Mengilat Spinnerbait Lip Grip Boleh Membunuh Ikan?

Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)




Editorial

OGOS 2017

Bil : 191

S

ebagai seorang pemberita, saya sentiasa berhati-hati dengan tangkapan yang ingin dilepaskan kerana perbuatan saya mungkin akan menjadi tauladan kepada pembaca. Namun terpegun saya setelah membaca karya Dr. Justin Grubich dari Amerika Syarikat. Terasa cara pengendalian ikan oleh ramai pemancing termasuk saya sendiri mungkin telah mengakibatkan banyak ikan yang dilepaskan akhirnya mati juga atau tidak dapat mencari makanan dengan sebaiknya.

KETUA EDITOR Pak Wong

SUB-EDITOR Papa Sirip majalahsirip2001@gmail.com

REKA BENTUK GRAFIK Liew Mong Eang

JURUKAMERA & PENYUNTING ‘IKAN TERHANDAL MALAYSIA’ Spike Fariq

PENULIS PAK WONG, JOHN ANGLER, HANUMEI IKE,

TOREX

ZUL,

JOSEPH

JAMES,

RADEK FILIP, STEVEN MING, MUHAMAD NAIM, MASDUKI MOHAMMAD MORNI, KETAMTK, CIKGU SHAMWEN

PENERBIT

Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. (522228-W)

No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D.E

Surat-menyurat Editor SIRIP Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D. E. Tel / Faks : (60)3-7955 5211 E-mel : majalahsirip2001@gmail.com

Menurut laporan Dr. Grubich, Memegang mulut ikan jika kita mengepit mulut ikan yang largemouth bass dengan tangan bersaiz besar dengan pengepit dan seperti ini akan merosakkan mengangkatnya secara menegak struktur rahangnya. Begitu juga untuk mengambil gambar, perbuatan dengan pengepit ‘lip grip’ . ini mungkin akan mengakibatkan kecederaan yang teruk terhadap ikan dan mungkin akan menyebabkan kematiannya. Laporan penuh Dr. Grubich boleh dibaca di ruangan Doing It Right keluaran bulan ini. Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah, haruskah kita mempertimbang kembali dengan serius akan kaedah kita menguruskan ikan yang ingin dilepaskan? Jika menurut kefahaman beliau, terlebih dahulu kita harus berwaspada ketika dalam proses menaikkan ikan. Dalam pada itu, lip grip mungkin bukan perkakas yang sewenangnya untuk mengendalikan ikan. Apabila kita mengepit rahang ikan yang bersaiz besar dan cuba menaikkannya ke atas bot atau tebing, cara ini mungkin akan menyebabkan rahangnya cedera parah. Melainkan jika guna sauk atau memeluknya dengan kedua-dua belah tangan kita untuk menaikkannya. Mengikut pengalaman peribadi, cara terbaik untuk menaikkan toman adalah dengan tangan. Kaedah ini kini telah menjadi satu-satunya kaedah yang dipraktikkan oleh ramai pemandu-pemandu pancing profesional. Namun kaedah ini memang memerlukan pengalaman dan teknik tertentu di negara kita. Apabila anda memeluk dada dan bahagian bawah perut sang toman secara lembut, ia akan menjadi tenang dan membiarkan kita memeluknya. Letak ikan di tempat yang selamat, membuka mata gewang kemudian memeluknya dengan kedua-dua belah tangan untuk bergambar. Cara ini akan mengurangkan kecederaan ke tahap paling rendah! Namun banyak spesies ikan, terutama spesies yang terdapat banyak duri dan bergigi tajam memang tidak sesuai untuk dinaikkan dengan tangan. Sauk atau tangguk adalah perkakas yang paling selamat buat ikan dan pemancing. Pengepit ‘lip grip’ hanya digunakan jika teringin bergambar, namun jangan sesekali mengangkat ikan yang bersaiz besar secara menegak. Gunakan sebelah tangan lagi untuk menyokong badannya. Amalan menimbang ikan besar dengan lip grip sepatutnya dielakkan sama sekali. Terdapat juga unsur-unsur lain yang akan mempengaruhi kadar survival ikan yang ditangkap lepas, termasuklah tempoh masa melawan ikan dan mengendalikannya setelah menaikkannya. Memancing ikan bersaiz besar dengan set yang terlalu ringan juga harus diabaikan. Ikan yang terlalu letih (exhausted) mungkin tidak akan bertahan lama setelah dilepaskan. Masa yang terlalu panjang diambil untuk bergaya dengan ikan ketika mengambil gambar juga merendahkan kadar survival ikan. Ikan yang dilepaskan mungkin telah mati dibuatnya! Jika kita betul-betul ingin melepaskan tangkapan, haruslah kita kendalikan ikan yang telah mengurniakan pengalaman indah kepada kita itu secara lembut dan dengan sikap menghormatinya. Jika ikan yang dilepaskan akhirnya mati juga akibat cedera parah, exhausted, hipoksia atau tidak dapat mencari makan seperti biasa, maka amalan tangkap dan lepas itu langsung tiada maknanya. Baik tapau saja ikan itu!

Pak Wong

2 SIRIP



Kandungan Utama

BIL. 191 OGOS 2017

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

BIL. 191

15hb OGOS 2017

HG IN M

IA

(B

LIN

Pesta Kaul Mukah Inovasi Soft Plastic Jejak Laluan Paee Lanun Implikasi Lesen Memancing World Predator Classic 2017 7 Teknik Mengilat Spinnerbait Lip Grip Boleh Membunuh Ikan?

MUKA DEPAN : Toman KL . 1)

DEEP

ER

A L AY S

Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)

6. Doing It Right KEPIT RAHANG BOLEH MEMBUNUH IKAN?

8. KL Giant Snakeheads

8. KL Giant Snakeheads CINTA MAMA KUALA LUMPUR 16. The Luconia’s Godfather LINYOK LUCONIA – JEJAK LALUAN PAEE LANUN 24. Pond Fishing Addicts BARU BELAJAR @ SERI BAYU 28. Mukah Fishing Fiesta PESTA KAUL MUKAH 32. The World Formula One of Angling WORLD PREDATOR CLASSIC 2017 40. Soft Bait Innovation INOVASI SOFT PLASTIC

16. The Luconia’s Godfather

LUBUK ILMIAH 48. Effective Lure Fishing 7 TEKNIK MENGGAYAKAN SPINNERBAIT 50. Heavy Cover Snakehead Games MENGEMBALIKAN BENTUK FROGGY 52. Sirip Forum IMPLIKASI LESEN MEMANCING (Bhg. 1)

28. Mukah Fishing Fiesta

55. Product Awareness

32. The World Formula One of Angling



Oleh : PAK WONG

KEPIT RAHANG MEMBUNUH IKAN YANG DILEPASKAN? K

ita semua telah melakukannya : bergambar bersama ikan trofi dengan gaya yang klasik, bangga diangkat dengan mengepit rahang bawahnya (lip gripping), sama ada mengepit ibu jari kita pada mulutnya atau menggunakan alat pengepit rahang (lip grip) yang popular.

kerana anda berasakan semua tekanan fisiologi dan anatomi telah pun dialami oleh ikan semasa proses perlawanan dan pendaratan. Keletihan otot, pembentukan asid laktik dan tancapan mata kail mungkin sudah mengurangkan peluang ikan untuk kelangsungan hidupnya selepas pelepasan.

Dahulu, saya juga kerap bergaya dengan tangkapan melalui cara ini. Walau bagaimanapun, penyelidikan seterusnya terhadap fisiologi ikan dan biomekanik - di mana saya memperoleh ijazah saya - telah menunjukkan bahawa mengangkat ikan pada rahang bawahnya boleh menyebabkan kecederaan yang teruk dan berpotensi mengancam nyawa ikan itu. Sejak itu saya berhenti melakukannya.

Justeru adalah penting untuk kita menghadkan sebarang bentuk tekanan atau kecederaan tambahan. Dan satu cara mudah untuk melakukannya ialah dengan menahan diri kita daripada suka mengangkat ikan trofi kita melalui cara pengepitan rahang bawahnya.

Populariti Lip-Gripping

Rahang ikan menjalankan pelbagai fungsi semasa makan. Ia digunakan untuk mencekup, memanipulasi, menghantar dan, dalam beberapa spesies, mengesan mangsa. Sebagai contoh, rahang red drum dapat mengesan pergerakan mangsa yang menimbuskan diri di dasar melalui sambungan

Kita maklum lip-gripping begitu diterima secara universal. Ini kerana ia adalah satu cara yang mudah untuk memegunkan ikan semasa proses mencabut mata kail, malah lendir dan sisiknya tidak terpalit pada pakaian dan bot kita. Apatah lagi amalan ini dipopularkan oleh media memancing sama ada di majalah, akhbar, buku, TV dan media sosial.

Rahang Kehidupan

Untuk mengkategorikan teknik mengangkat ikan ini, saya telah jalankan kaji selidik tidak rasmi dalam sebuah majalah memancing. Saya kategorikan kaedah pengendalian yang dipaparkan dalam gambar sebagai ‘hoisting’ (mengangkat ikan dengan rahang bawah atau sudut plat insangnya) atau ‘cradling’ (menyokong ikan dengan dua tangan pada satah hampir mendatar). Dalam tinjauan mudah ini, 40% pemancing air masin didapati melakukan ‘hoisting’ terhadap tangkapan mereka (mengepit rahang bawah). Sesetengah spesies seperti red drum, snook, tarpon, striped bass dan seatrout, lebih kerap diangkat pada rahangnya. Ini mungkin kerana ikan-ikan ini kekurangan gigi tajam lalu memudahkan ia dikendalikan dengan cara ini. Namun sebagai perbandingan, pemancing layang trout dan pengilat bass selalu diperhatikan suka mengangkat hasil tangkapannya dengan mengepit rahang bawah. Teknik pengendalian ini mungkin dianggap isu kecil 6 SIRIP

Pengepit rahang ikan (lip grip) adalah alat yang wajib ada pada pemancing masa kini. Walaupun amat berguna semasa proses mendaratkan ikan, tetapi ia boleh bertukar menjadi alat pembunuh jika kita amalkan cara yang salah semasa mengangkat ikan naik.


deria tekanan daripada garis deria di lelubang sepanjang tulang rahang bawah dan plat insangnya. Walaupun mekanik pemakanan kelihatan semudah membuka dan menutup mulut, turutan kontraksi otot dan pergerakan tulang sebenarnya sangat kompleks. Kebanyakan ikan yang kita buru, termasuk striped bass, tarpon (bulan) dan snook, menyambar mangsa dengan menghasilkan sedutan yang kuat untuk menghisap mangsa masuk ke dalam mulut. Sambaran secara sedutan (suction feeding) ini dicapai dengan urutan dinamik kepala dan pergerakan rahang yang menghasilkan gelombang air yang mengalir ke dalam mulut dan keluar dari insang. Pertama, rahang bawah terbuka dengan cepat. Seterusnya, kepala mula mengangkat, rahang atas menonjol, dan lantai mulut tertekan. Akhirnya apabila rahang terbuka sepenuhnya, pipi berkembang pesat dan plat insang bergerak ke sisi.

Cara mengangkat ikan dan bergambar dengan betul. Pastikan tangan sebelah menampung badan ikan jika sebelah tangan menyepit rahangnya.

Fasa luas sambaran ini biasanya mengambil masa kurang 0.03 saat - lebih cepat daripada yang dapat dilihat oleh mata manusia. Selepas pengembangan, sambaran itu selesai apabila rahang dengan cepat mengatup, memerangkap atau menggonggong mangsa dan menghalang ia daripada meloloskan diri. Ikan juga sering kali menggigit mangsa yang besar atau canggung bentuknya di dalam rahang, sebelum dapat menelannya.

rahang, yang terletak di pipi. Sebagai contoh, jika anda menyiku ke arah tubuh anda apabila mengangkat ikan, daya regangan yang disebabkan oleh berat badan ikan akan mengoyakkan gentian otot dan tendon yang melekat pada tulang rahang bawah dan menyebabkan kehelan pada sendi pelana. Kecederaan ini akan menghalang ikan daripada dapat menutup rahangnya dengan cepat semasa pemakanan masa hadapan, yang mungkin membolehkan mangsanya meloloskan diri.

Rahang bawah memainkan peranan kritikal dalam mekanik pemakanan ikan kerana pergerakannya mengawal penonjolan atau pelanjutan rahang atas melalui ligamen. Bagi kebanyakan ikan pemangsa, rahang bawah berputar sekitar 30 - 40 darjah semasa makan. Putaran ini berlaku pada sepasang sambungan pelana di bahagian bawah setiap pipinya. Sendi-sendi inilah satu-satunya tempat di mana rahang bawah dilekatkan ke seluruh tengkorak ikan.

Penggunaan ‘lip grip’ dan alat penimbang boleh memudaratkan sendi kritikal ini pada ikan yang lebih besar dan berpotensi merobek otot pembukaan rahang pada leher yang melekat pada bahagian bawah hujung rahangnya. Kecederaan terhadap otot-otot dan tapak-tapak bersambungan ini akan merosotkan keupayaan ikan untuk menghasilkan sedutan semasa menyambar mangsanya. Justeru alat lip grip harus digunakan khusus untuk mengawal kepala ikan supaya anda boleh meletakkan tangan sebelah di bawah badan untuk memangkunya.

Secara mekanikal, mekanisme rahang bawah menggambarkan apa yang disebut jurutera iaitu ‘sistem tuas kelas ketiga’. Tuas kelas ketiga sangat biasa pada anggota badan dan rahang kebanyakan haiwan. Sebagai contoh, sendi bisep, siku dan lengan anda membentuk tuas kelas ketiga. Tuas jenis ini baik untuk mengubah kekuatan otot pada hujung rahang, tetapi tidak semestinya kuat. Panjang rahang bawah ikan adalah berkadar terus dengan kelajuan di mana ia dapat membuka dan menutup mulutnya, dan secara berlawanan dengan kekuatan gigitannya. Sebagai contoh, spesies berahang bawah yang panjang seperti snook dan tarpon, mempunyai pergerakan rahang yang cepat tetapi secara umumnya, daya menggigitnya lemah.

Apabila Terlalu Berat Tidak kira spesies, apabila anda mengepit ikan pada rahang bawahnya lalu mengangkatnya, anda meletakkan hampir semua berat badannya terjuntai dan tergantung pada sendi rahang bawah yang penting itu. Bagi ikan red drum contohnya, berat otot rahang semasa pembukaan dan penutupan dan tulang rahang bawah membentuk kurang 2% daripada berat badan keseluruhan ikan. Perlu diingat juga bahawa otot rahang, tulang dan sendi ikan berkembang di dalam medium air yang tiada berat, di mana mereka tidak pernah mengalami beban berat seperti itu. Apabila ikan menjadi lebih besar, kestabilan dan kekuatan rahang tidak meningkat secara seimbang. Jadi ikan yang lebih besar mempunyai rahang yang lebih lemah, berbanding ikan yang lebih kecil daripada spesies yang sama. Oleh itu, mengangkat ikan besar dengan rahang bawahnya boleh menjadi lebih berbahaya. Ini kerana otot rahangnya kurang dapat menahan kekuatan peregangan berat badan mereka yang lebih berat. Pelanjutan rahang juga boleh merosakkan otot penutup

Kecederaan Dalaman ‘Hoisting’ ikan yang anda ingin lepaskan bukan sahaja mencederakan rahang dan membatasi keupayaannya untuk mencari makan, malah boleh merosakkan organ dalamannya. Ingat, ikan dicipta untuk hidup dalam persekitaran yang mengapung, tanpa kuasa graviti yang kita alami di darat. Apabila anda mengangkat ikan yang begitu besar secara menegak, berat organ-organ dalamannya boleh meregangkan atau merobek mesenterium yang memegangnya di tempatnya, menyebabkan organ-organ dalaman melorot ke arah ekor. Kerosakan dalaman sedemikian boleh memberi kesan buruk terhadap fungsi pencernaan ikan.

Cara Terbaik Sekiranya anda serius untuk memastikan kelangsungan hidup ikan yang dilepaskan, perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah jangan keluarkan ia dari air. Tetapi bagaimana jika anda mahu mengambil gambar ikan atau perlu membawanya ke atas untuk mengeluarkan mata kail? Nasib baik ada cara untuk mengendalikan ikan yang tidak akan menyebabkan banyak risiko seperti mengepit rahang bawah - dan menjadikan gambar yang lebih baik juga! Mari kita terima hakikat : mengangkat ikan melalui rahang bawahnya bukanlah cara terbaik. Lagipun, ikan umumnya tidak berenang dalam kedudukan menegak, jadi tidaklah wajar untuk melihat mereka dipegang secara itu. Justeru selepas ini apabila anda bergambar dengan ikan, cuba pangkunya pada tangan anda, dengan sebelah tangan lagi menyokong badannya. Saya fikir anda akan lebih gembira dengan foto yang dihasilkan, dan juga berasa selesa menerima kenyataan bahawa anda memberi peluang yang lebih baik untuk ikan itu terus hidup. - SIRIP SIRIP

7


KL Giant Snakeheads

Cinta Mama

KUALA LUMPUR 1

8 SIRIP


Teks & Fotografi : JOHN ANGLER

2

“N

ko bawak je semua crankbait dalam tackle box ko tu...” tulis Dani dalam Whatsapp. Termenung seketika. Sebenarnya saya tak pernah guna crankbait untuk buru toman, saya lebih gemar guna gewang permukaan. Saya ada crankbait Rapala tetapi saiz 9 cm. Kata Dani, saiz itu terlalu besar. Dia sarankan saya beli crankbait 7 cm. “Big lure, big fish” seloroh saya, belasah jelah saiz 9 cm. Saya bertemu Dani ni 6 tahun lalu di Johor Bahru. Setelah berpindah ke KL, dah lama kami tak memancing bersama. Tetapi kerapkali saya lihat Dani menabur racun di FB dengan gambar toman di lombong berhampiran rumahnya. Rentetan racunan gambar itulah saya tergoda untuk mencuba di lokasi itu.

Memori Lombong Dory Lombong digelar ‘Dory’ di pinggir ibu kota KL ini pertama kali saya kunjungi pada 2010 dan terakhir, 2011. Pada masa itu saya hanya mengilat tebingan dengan pencilbait, dan toman ketika itu kebanyakannya bersaiz 1.5 - 2 kg. Tiba di lokasi, satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan kerana telah kembali ke Lombong Dory setelah 7 tahun berlalu. Terkenang saya melihat kembali lokasi yang dulunya menjadi taman permainan untuk memburu toman.

1. Big lure, big fish! Jangan ingat gewang gedabak tak nak dihambat toman KL yang dianggap bersekolah tinggi ini! 2. Dua kali balingan daripada Dani terus bersambut!

3. Pagi-pagi buta saat orang lain enak dibuai mimpi, kami berdua pula sibuk menurunkan bot dari kereta ke Lombong Dory.

Tidak banyak yang berubah, cuma satu taman perumahan telah dibina bersebelahan lombong. Satu perka-

Hari Keramat Dani menyuruh saya datang dan tidur di rumahnya. Sebelum itu, sempat saya meronda kedai pancing sekitar KL bagi menjamu mata dan merabakkan poket kerana Dani menyuruh saya menaik taraf mata kail lebih kuat dan besar. Kekuatan toman di lombong tersebut katanya mampu meluruskan mata kail dan split ring. Hari yang ditunggu telahpun tiba, kami bergerak seawal 6 pagi kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas dan juga keadaan berangin di tengah lombong yang pastinya sukar untuk mengesan timbulan anak toman serta bujang.

3

SIRIP 9


KL Giant Snakeheads

4

4. Berteduh di bawah pokok yang rendang di tepian lombong sambil dibuai angin memang nyaman! 5. Ingatkan toman rempit, rupanya haruan gedabak bersaiz 2 kg yang meletupkan buzzbait di tepi samai! 6. Buzzbait buatan tangan Din Labatta memang ternyata efektif dan tahan lasak dikekah toman. 7. Bujang yang disangkakan mama toman.

ra yang menyukarkan kami ialah jarak jalan utama dengan parkir kereta agak jauh. Menapak kami mengerah kudrat mengangkat bot sehingga ke tebing. Tambahan lagi 2 biji bateri untuk thruster! Setelah bot diturunkan, saya lihat ramai pemancing bottom di tebing untuk menduga tilapia dan patin. Tetapi yang paling menggusarkan saya ialah ‘Geng Sembat’ yang menggunakan mata tiga berpemberat untuk cuba menyangkutkan mata tiga itu pada ikan yang berada di laluan balingan mereka. Tentu toman juga tersangkut jika tersilap langkah. Namun kerisauan saya bertukar lega apabila Dani menyatakan toman di sini lebih bijak dengan tidak berenang di kawasan yang selalu dikunjungi pemancing dan kawasan tebing yang mudah diakses. Toman lebih banyak bermain

5

di kawasan tebing yang ditumbuhi belukar serta tengah lombong yang tak dapat dicapai jarak balingan dari tebing.

Permainan Topwater Setelah bot kami turunkan, Dani menyarankan saya gunakan buzzbait bagi menggoda toman bujang serta rempit (gelaran toman kecil). Gewang harus dilontar selari pokok keladi bunting yang terapung di tepian lombong ataupun terus ke atasnya, dan dijatuhkan perlahan-lahan untuk tidak mengejutkan si toman yang mengendap ikan kecil yang bersembunyi di bawahnya. Sambil itu mata kami meliar memerhatikan timbulan anak toman. Jika ter-

6 10 SIRIP

7


jumpa ‘serbuk’, itu bonus. ‘Serbuk’ me-rujuk kepada kumpulan anak toman yang baru menetas. Oleh sebab saiznya terlalu halus seperti setompok serbuk, maka gelaran itu diberikan kepada anak toman ini. Terjumpa serbuk juga berkemungkinan besar mama toman masih belum ditindik bibir oleh pengilat lain. Jadi peratusan untuk ia merembat gewang yang kami hulurkan akan lebih tinggi. Lombong ini juga banyak didiami keli Afrika, kerapkali ia timbul bermain air membuatkan saya sukar bezakan sama ada keli atau toman yang timbul mengambil udara.

Serbuk Dani berjaya mendapat sambaran toman rempit dengan buzzbait buatan Din Labatta, begitu juga saya. Buzzbait dan spinnerbait buatan anak tempatan ini dicipta khas untuk toman. Kekuatan dawai dan mata kailnya memenuhi spesifikasi pancingan toman, lantaran beliau juga caster tegar toman. Material gewang ini diimport sepenuhnya dari USA. Kali pertama saya melihat buzzbait Din Labatta , saya menyangkakan ia keluaran kilang jenama besar kerana kehalusan seni pembuatannya. Thruster yang dipacu mengelilingi lombong akhirnya berjaya menemukan se-tompok serbuk di tengah lombong. Dani memberi peluang kepada saya untuk cuba memujuk mama toman tersebut. Budak gemuk (crankbait) 6 cm saya lontarkan. Lontaran demi lontaran masih gagal memujuk mama toman walaupun telah melihat ia timbul berhampiran kumpulan anaknya. Ketika gewang dikarau hampir sampai ke tepi bot, satu henjutan kuat mengejutkan saya yang ketika itu tidak menyangkakan ia akan menghentam gewang yang saya gunakan.

8

8. Saya mengikat lidah gewang sebagai insuran jika ia patah ketika pertarungan nanti. 9. Toman metropolitan KL yang menyerlahkan corak cantik dan saiz pun gedabak. Tak perlu pergi jauh nak buru mama toman, lombong di pinggir KL seperti Lombong Dory ni pun bersepah!

9 SIRIP 11


KL Giant Snakeheads

10

11

Setelah beberapa minit, kelibat ikan kelihatan dan warnanya agak pucat. “Papa dia kot?� teka saya pada Dani, sebab selalunya mama dan papa toman berwarna garang iaitu hijau terang. Rupa-rupanya toman bujang yang merembat gewang saya tadi. Selepas bergambar, ikan tersebut kami lepaskan. Kelibat serbuk tadi telahpun menghilang dengan bantuan angin yang mengalun-kan permukaan lombong. Gagal menemukannya membuatkan kami mengambil keputusan untuk berehat di bawah pokok di tepian lombong.

Kerja Keras! Pancingan diteruskan pada jam 2 petang. Namun sesi petang agak mencabar apabila angin membuatkan permukaan lombong beralun. Berpusing-pusing kami mengelilingi lombong sambil cuba menggoda toman bujang yang timbul, namun masih gagal mendapatkan sambaran. Sudah berjam-jam kami cuba mengilat tanpa henti, tetapi masih kosong. Awan gelap berarak menghampiri lokasi kami. Dari kejauhan, hujan telahpun turun. Saya yang sudah pasrah mengajak Dani untuk pulang sahaja. Tetapi Dani masih berkeras untuk menjejak serbuk toman kerana mengenangkan saya yang datang jauh dari Johor. Ternyata rezeki itu dari Tuhan apabila Dani berjaya mengesan serbuk. Keadaan semasa itu agak mendesak bukan kerana terdesak ingin mendapatkan ikan tersebut, tetapi keadaan berangin yang menggelorakan permukaan lombong, hujan semakin menghampiri serta jam hampir 6 petang. Semua faktor ini meresahkan saya sama ada mahu ting-galkan sahaja kumpulan anak tersebut bagi mengelakkan kami basah kuyup ataupun terus cuba menggodanya. Apabila mama toman timbul mengambil nafas, kami sama-sama yakin ia mama toman yang sama kami temukan pagi tadi. Satu tanda jelas yang menyakinkan kami ialah bibir bawah toman tersebut agak tebal seperti bibir ikan kelah.

Gewang Penyelamat 12

12 SIRIP

Dani menyarankan saya gunakan crankbait Rapala 7 cm milik beliau. Saya yang mulanya enggan akhirnya akur. Baru beberapa balingan terasa ikan tersebut ‘mengetuk’ gewang yang saya lalukan melintasi gerombolan anaknya.


13

Mengetuk yang saya maksudkan ialah apabila mama toman cuba menghalau ikan tiruan yang menganggu anaknya. Isyarat ketukan yang dihantar melalui hujung joran dan disalurkan ke tangan membuatkan saraf reflek saya bertindak bersama adrenalin, lalu saya membalas joran dan berjaya hookup! Mama tersebut cukup bertenaga dan memberi persaingan yang sengit walaupun joran yang saya gunakan berkekuatan PE 5 - 8! Ia berjaya ditangguk dan selepas dipetik beberapa keping gambar, kami lepaskannya kembali. Sebaik sahaja kami selesai, hujan renyai turun. Dalam renyai hujan, kami mengangkat bot. Apabila semuanya selesai diikat dan barang dimasukkan ke dalam kereta, hujan lebat turun. Selamat kami berdua daripada basah kuyup!

Repeat Dua bulan kemudian, saya kembali. Kali ini lebih bersedia. Stok crankbait 6 dan 7 cm saya tambah. Sempat saya berkenalan dengan beberapa sahabat Dani yang kerap mengunjungi Lombong Dory iaitu Aben, Daus dan Man.

Mereka boleh dikatakan ‘penghulu’ Lombong Dory kerana saban minggu turun. Bilangan toman yang ditewaskan mereka dah tidak terkira banyaknya. Etika tangkap dan lepas yang diamalkan menyebabkan bilangan toman di sana tidak menyusut. Inilah sikap patut ada dalam diri semua pemancing walaupun ada yang tidak bersetuju dengan C&R. Pada saya, jika kita memerlukan ikan yang dipancing itu sebagai makanan, amalkanlah selected harvest dan bag limit. Ambil ikan ikut saiz dan jumlah perlu sahaja. Tidak perlu ambil semuanya kerana yang akan rugi nanti adalah diri sendiri. Lagipun toman merupakan ikan tempatan dan bukan spesies pendatang seperti tilapia dan peacock bass.

Mama Bangun Awal

10. Antara koleksi tangkapan mama Lombong Dory yang menggeramkan ramai caster. 11. Sampah hanyut dari parit air larian hujan yang terus masuk ke dalam lombong. Cuba-cuba main katak getah, mana tahu ada penghuni di bawahnya. 12. Muka jangan serius sangat bang. Takut mama toman nak timbul! 13. Berjaya juga saya tumpaskan mama toman lombong Dory. PE 5 pun masih terasa tentangannya!

Mungkin hari itu hari bertuah apabila kami berjaya mengesan kumpulan anak toman tidak sampai sejam meronda. Dani memberikan peluang kepada saya untuk cuba memujuk mama tersebut. Baru beberapa kali balingan, satu kumpulan anak toman yang lain muncul berhampiran bot! Nah, saya sudah tidak SIRIP 13


KL Giant Snakeheads cari spot seperti ini dalam kepesatan Kuala Lumpur!

Pemburu Persahabatan

14

14. Tangkap dan lepas demi menjaga kesinambungan spesies. 15. Toman di sini terus mengekalkan populasi dan baka gadangnya atas sikap para pengilat yang beretika ‘catch & release’.

15

14 SIRIP

tahu mana satu nak tuju. Dani menyuruh saya menggoda mama toman kedua kerana merasakan saiz ibunya lebih besar berbanding yang pertama. Selepas tinggalkan kumpulan anak pertama, Dani yang hanya membuat dua lontaran berjaya menggoda mama toman itu. Selepas disauk, kami terus ekori kumpulan anak kedua. Sebaik Dani lepaskan mama toman pertama, akhirnya saya berjaya membangkitkan naluri mama toman kedua. Persepsi toman di sana tidak minat gewang besar berubah apabila gewang saiz 9 cm juga berjaya memikatnya. Dua ekor mama toman dalam tempoh tak sampai 30 minit merupakan pengalaman baru bagi saya. Mana lagi nak

Pernahkah anda terfikir sejenak, apakah yang dikejar dalam liku hidup anda sebagai seorang pemancing? Ikan bersaiz trofi? Ingin jadi terkenal dalam arena pancingan? Atau ingin mendaratkan spesies ikan yang rare dan sukar didapatkan oleh pemancing? Saya secara peribadinya ingin mencari kegembiraan bersama teman sehobi serta menambah kenalan. Tiada gunanya kita berjaya mendaratkan ikan bersaiz mega jika hanya kita seorang yang bergembira tanpa sahabat di sisi. Dulu semasa mula berjinak dalam arena mengilat, seorang diri pun saya sanggup redah untuk mencari spot. Namun kini, jika tiada rakan untuk menemani dan boleh bergurau senda, jarang sekali saya turun sendirian kerana merasakan pancingan itu sangat hambar dan tidak mempunyai aura semangat. Biar kumpau sekalipun, asal ada sahabat di sisi yang boleh berbual, tentunya sesi pancingan itu lebih bermakna! Sahabat tidak akan datang dengan sendirinya, begitu juga memancing. Ikan tak akan datang dengan sendirinya jika tidak kita mencarinya. Burulah sahabat seperti anda memburu ikan. Sahabat yang sentiasa ada dan selalu membantu tatkala kita senang atau susah. Tight lines and fish on guys! - SIRIP -



The Luconia Godfather 1

LINYOK LUCONIA Jejak Laluan Paee Lanun

B

ukan senang untuk mendapatkan khidmat Paee Lanun. Tetapi dengan bantuan seorang rakan di Miri, kami memulakan perancangan untuk menjejak laluan puluhan tahun yang pernah dibuka olehnya. Setibanya di sana, kami dikhabarkan Pak Paee dalam keuzuran. Maklumlah faktor usia yang mencecah hampir 70 tahun, namun tanggungjawab untuk membawa kami menjejak laluannya dipikul oleh anak dan cucunya sendiri. Kami menarik nafas lega kerana legasi legenda Paee Lanun sendiri akan menunjuk laluan itu kepada kami dan merasai pertempuran dengan mega lautan Sarawak.

Musang King

2

16 SIRIP

Meninggalkan muara Miri jam 9 pagi, saya terus memasuki kabin kapten untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang perjalanan kami. Untuk mengelak kebosanan menempuh perjalanan panjang, kapten menerangkan akan membuat perjalanan tiga segi di mana kami akan menyusuri beberapa karang, gunung laut dan terus ke Beting Patinggi Ali (BPA) sebagai kemuncak perjalanan kami.


Teks & Fotografi : HANUMEI IKE 1. Ruang jigging yang lapang dan selesa di dek bot Paee Lanun. 2. Team komplot kami yang ditaja baju dan tali oleh Dr. Braid.

3. Kelihatan kawasan beting cetek di Luconia. 4. Tuah Wak Adi yang sedang mengarau laju jignya ketika bot hendak berpindah, tiba-tiba disambar aya sirip kuning dengan tentangan amat sengit. 5. Jig sampai lunyai dikerjakan aya sirip kuning.

3

Lubuk pertama sedalam 240 meter disinggahi selepas 7 jam belayar. Kekili perlu dipenuhi tali se-kurang-kurangnya 400 meter dengan kekuatan minimum 40 paun dan perlu ada tali simpanan. Maklumlah Luconia penuh dengan pelbagai momokan cerita kes sekali salam perginya tak kembali! Jig pula 250 g ke atas. Tetapi semenjak slow jigging bertapak, ia mengubah definisi teknik pancingan di mana penggunaan tenaga kita untuk mengunjun jig

diserahkan kepada kekili dan joran, tidak seperti era jigging laju dahulu yang memerlukan kudrat yang kuat untuk mengayuh kekili dan mengunjun joran. Lubuk pertama ini hanyalah lopak di dasar. Pusingan bot 360 darjah dibuat untuk mengesan ikan pada sonar. Ia juga untuk membaca pergerakan arus dan angin agar bot turun sejajar tidak melintang angin dan arus yang akan menolak bot keluar dari radius lopak. Kemahiran ini perlu ada pada kapten bot pancing da-

5

4

SIRIP 17


The Luconia Godfather

6

6. Spesies laut dalam yang digelar ikan ‘ping-pong’. 7. Bot Paee Lanun yang kami sewa. Kini diuruskan oleh anak cucunya. 8. Baby ruby snapper! 9. “Ni ikan musang king namanya bro!” terbahakbahak kami ketawa kerana Shahrul Dr. Braid mempercayai kata usikan saya.

Dalam kecoh serangan durian bersilih ganti, Shahrul mendaratkan satu spesies kekuningan yang saya sendiri tak pernah lihat. Lalu bertanya nama ikan itu, selamba saya menjawab “musang king!” Tergelak Yap Tailong pada riak wajah Shahrul yang mempercayainya!

lam teknik berhanyut, di mana bot akan dikawal pada posis setempat. Jig dilabuhkan. Mak aiih... sempat lagi tuang kopi sementara menunggu jig jatuh ke dasar 240 meter itu! Sebaik jig cecah dasar dan dilantun naik, dah ada sambaran! Tanpa dipam joran, kekili terus dikarau tanpa henti oleh Wak Adi sebagai pembuka acara sehingga kelihatan ruby snapper. Strike Wak Adi turut diiringi Shahrul Dr. Braid dan Zizi. Ruby snapper 2 - 3 kg sahaja, tetapi ia tidak memilih rupa bentuk jig. Apabila ruby senyap, ikan dipanggil ‘durian’ pula ambil tempat.

Gunung Lautan

7

Struktur dasar bergunung dengan jurang (drop-off) adakalanya mencecah 300 meter agak mengejutkan, maklumlah tali hanya 400 meter. Kami minta kapten mencari jurang pada takat 250 meter sahaja. Ini pun dikira kes berani mati. Bayangkan lebihan tali pada kekili kurang 200 meter, berapa saat sahaja mampu lesap jika jig dibaham si mega. Tiada satu pun jig tersangkut dasar. Mungkin jurang ini sekadar dinding batu tidak berkarang. Ada betul juga kerana karang memerlukan cahaya dan oksigen pada kedalaman ekstrem sebegini. Jig berlapisan UV banyak membantu menewaskan mangsa dasaran. Tekanan mangsa juga hanya beberapa minit awal, selepas itu mula ringan dengan mata ikan tersembul keluar. Jadi kudrat kami belum lagi teruji dengan layanan mega lautan dalam ini.

Menuai Strawberry Seawal pagi kami menuju Luconia Selatan untuk mencari spesies idaman iaitu kerapu strawberry. Semalaman kutip durian, kini strawberry pula dicari. 18 SIRIP


8 9

10

lak, di bawah kebun durian, di puncak 10. Ruby snapper saiz 2 - 3 kg ladang strawberry! Macam ang pow, macam cendol dan memsemuanya warna merah. baham apa sahaja jenis jig yang jatuh ke dasar. Warna kemerahan mula dipecah Uncle Efan dan Nano. Walaupun tak kasar, 11. Ibu kerisi bersaiz kasar tetapi diberi layanan keras bagi menardari Akim. ik keluar kerapu yang menelan Senses Marstune 240 g dari terumbu. Sehingga tiada lagi getuan, kapten mengajak ke terumbu utara.

Tuah Di BPA Kami tiba tepat tengahari di BPA

Dari jauh tampak perubahan warna laut dari biru gelap ke secerah air putih jernih, adakalanya nampak jelas karang hidup di dasar. Menyesal jig ringan tidak dibawa! Kami berhanyut di atas terumbu da apabila memasuki satu jurang, satu strike diterima Shahrul. Larian agak meliar menyusuri alur karang yang berliku dengan tekanan padu untuk menguji tali terbaru Dr. Braid 45 paun. Shahrul menjerit kegembiraan tatkala muncul GT pertama trip ini. Labuhan jig pada lubuk 100 meter lebih menjadi sasaran ikan durian dan ‘pingpong’. Macam di Cameron Highland pu-

11 SIRIP 19


The Luconia Godfather

Sensitiviti diperlukan untuk merasai jatuhan jig di dasar agar dapat dimainkan dengan berkesan.

Memang tuah Wak Adi, amberjack pun milik dia! Melolong kegembiraan Yap Tailong sebaik kerapu strawberry ini ditewaskan.

(Beting Patinggi Ali). Kelihatan sudah ada sebuah bot pancing tengah melayan popper. Alahai ruginya kalaulah ada bot kecil berenjin sangkut yang boleh merapati beting. Bot mula berhanyut di jurang 40 meter. Mata tunggal berkembar mula ditukar di ekor jig dengan satu sahaja mata tunggal Mustad Kaiju saiz 2 atau 3 bagi mengelak tersangkut karang. Perambut 50 paun sepanjang 3 meter diperiksa setiap kali jig naik ke atas dan ditukar atau dipotong jika terdapat luka akibat geseran pada karang. Satu strike terkena Yap Tailong yang terus ditarik keluar dengan layanan keras untuk membakar rakan lain yang dah rentung di bawah terik matahari. Melolong ke-gembiraan Yap Tailong apabila strawberry terbesar 20 SIRIP

ditewaskan. Bot terus berhanyut melintasi jurang dalam. Kapten meminta kami menghulurkan jig kerana di sini lubuk amberjack (aji-aji). Puas kami unjun, tiada satu pun strike. Kapten meminta kami naikkan tali untuk berpindah lubuk. Wak Adi yang terakhir mengarau, mengayuh jig laju dan tiba-tiba jig terkena sambaran dengan larian padu tanpa henti ke dasar. Skru lutut mula tercabut, tangan geletar menahan asakan larian ikan sehingga mangsa mula berhenti dan memberatkan badan untuk bertahan. Wak Adi bukan jagoan sembarangan, kudrat yang tersimpan dikeluarkan habis untuk menarik naik mangsa ke atas sekeras-kerasnya sehingga muncul meliar ikan bersirip kuning.


Tidak mampu berkata apa lagi, Wak Adi yang telah terduduk hanya senyum kepuasan untuk menghabiskan sisa perjuangan terakhir aya sirip kuning yang sudah tewas. Memang tuah di BPA buat Wak Adi dan hanya satu lagi spesies ikon Miri perlu diburu untuk melengkapkan sasaran pancingan kami.

Geng Korek Seperti kata kapten, kunjungan kami tidak akan lengkap tanpa amberjack (aji-aji) dan dia akan terus berusaha menjarah sebanyak mungkin lubuk bagi mencari spesies yang wajib ditangkap pemancing yang bertandang ke Miri. Lubuk seterusnya ialah satu lagi gunung laut berhampiran pelantar minyak Petronas. Tanpa labuhan, bot ditetapkan di puncak gunung. Labuhan jig berbagai warna mula menjunam turun dan permainan ketuk dasar diulang. Dalam asyik mengetuk, jig Shimano 350 g Wak Adi direnggut, disusuli benaman kencang. Tuah trip ini memang milik Wak Adi. Melihat cara larian ini, ia angkara amberjack (aji-aji). Joran Temple Reef Levitate 68-4 memang senjata tempur yang berpadanan menahan tekanan amberjack sehingga mangsa longlai untuk melengkapkan sasaran kami. Namun ia tidak memuaskan kapten dengan seekor tangkapan setelah tiga hari memburu baru ditemui sarangnya. Arus sedikit laju menolak jig kami lalu tersasar ke jurang dalam, tetapi ia tidak kosong. Setiap kali ketukan dasar dibuat lalu diangkat dalam beberapa kaki, ia disambar rakus ibu kerisi. Adakalanya berlaku double strike antara Sharul dan Midi. Mungkin labuhan jig mereka jatuh tepat ke sarang ibu kerisi. Memang geng ni pandai korek, asal jatuh ke lubang terus strike. Ralit sehingga terlupa amberjack yang dicari apabila melihat saiz ibu kerisi

12

15

13

14

12. Puncak karang di Luconia. 13. Jig 240 g Uncle Efan ditelan habis kerapu ini. 14. Inilah ikan durian. Banyak betul dia di bawah macam ada kebun durian! 15. Joran Beat Propagate PE 2 - 5 dengan padanan kekili Ocea Jigger 2001NRHG menguji semaksimum tali Dr. Braid X8 45 paun dari Shahrul sehingga terpancit GT ini dibuatnya. SIRIP 21


The Luconia Godfather *No. Telefon Bot Paee Lanun : 014-680 7526 (Wan) 17. Aksi cemas Yap Tailong ditekan samseng GT yang menguasai pelantar minyak sebaik sahaja trolling melewatinya. 18. Trofi GT buat Yap Tailong dengan menggunakan sinking minnow Beito 150 dan joran Zen Zagan Ocean Shooter PE 4. 19. Kalau dah jumpa kebun ibu kerisi, dia sajalah yang dituai naik. 20. Nano berbangga apa-bila trofi aya sirip ku-ning turut berjaya direkodkannya dengan jig-ging. 17

yang didaratkan gadang belaka.

Letupan Terakhir

16

Dalam perjalanan pulang, Kapten meminta kami trolling. Namun tiada seorang pun ada set trolling! Terpaksalah set mengilat sederhana milik Yap Tailong menjadi set tunda. Gewang sinking minnow Beito 150 - 75 g dilabuhkan dan lalu dipegang joran Zen Zagan Ocean Shooter PE 4. Beberapa minit sebelum memasuki zon pelantar, satu sambaran bersama loncatan di permukaan dibuat tuna terus mendesingkan kekili. Hanya beberapa saat, tali lebihan 50 paun dalam kekili tiada tinggal selilit benang pun! Ia meletup putus.

Persediaan Trip Jauh-Jauh

S

etiap perancangan trip jauh yang boleh dianggap trip mega tahunan memerlukan perancangan rapi. Maklumat medan pancingan perlu cukup dan yang mengikuti perlu berada dalam keadaan bersedia. Mungkin setiap perancangan akan ada perubahan di saat akhir. Bukan setakat mental dan fizikal, malah kewangan juga perlu diletakkan dalam senarai teratas mahupun segala peralatan pancing. Maklumlah trip yang diatur akan mengikut teknik citarasa pemancing yang bersekepala dengan perancang. Tetapi tidak salah sekiranya ada ruang yang boleh digunakan atau membawa set simpanan yang tidak mengganggu formasi teknik pancingan. Seperti kami yang tiba-tiba diminta untuk melakukan aksi menunda gewang terpaksa mengorbankan apa yang ada untuk merasai tarikan mega menggunakan set mengilat dan set popping. Namun ia tetap sebagai satu pengalaman yang mahal buat kami.

22 SIRIP

Begitu juga untuk membawa lebih peralatan yang terbantut apabila dihadkan untuk penerbangan. Bagi rakan yang mengikuti trip perlu bertolak ansur dan senang bekerjasama. Malah sentiasa meringankan mulut untuk berterima kasih dengan bantuan rakan. Lebih menguntungkan sekiranya ada pihak yang sudi menaja seperti trip kali ini Dr. Braid mengambil tempat. Walaupun tidak semua rakan berjaya menewaskan mega idaman, tetapi kami turut tumpang gembira sebagai satu pasukan apabila ada rakan berjaya menewaskan spesies sasaran. Malah matlamat kami untuk menjejak laluan yang dibuka oleh Pak Paee Lanun yang boleh dianggap ‘Bapa Luconia’ berjaya dilunaskan dan turut disambutnya apabila tiba di jeti. Apa yang pasti kami tetap bertandang lagi pada masa hadapan. - SIRIP -


18

19

Lalu disiapkan lagi satu set PE 6 - 8 bersama kekili Shimano Saragosa 8000 bertali Dr. Braid 80 paun dilabuhkan sekali lagi dengan Beito 150 - 75g berwarna oren zebra. Apabila bot menghampiri pelantar, satu strike dengan larian laju berlaku, lalu menghala ke arah pelantar. Bot menarik jauh keluar ke zon yang agak selamat dan barulah epik pertarungan terhebat dalam trip ini. Aksi berbalas tarik-menarik antara mangsa dan Yap Tailong hampir 20 minit berakhir setelah habis tenaga jantan digunakan. Semuanya terjawab apabila seekor GT kerbau tumbang dan Yap Tailong terus terduduk me-ngambil nafas kesyukuran.

Dalam sibuk melepaskan mata tiga yang melekat pada GT itu, di haluan bot sudah ada pertempuran. Abg. Lie Tamil yang dibantu Midi dan Wak Adi cuba bertahan dan mengawal mangsa kedua daripada memasuki tiang pelantar. Namun sayang sekali, perambut meletup dan ketiganya terus jatuh terlentang kebelakang. Tergelak kami melihat aksi ‘3 stoogers’ jatuh ke lantai dek yang bertingkat. Dalam kami bergelak, Kapten meminta izin untuk pulang segera ke jeti apabila awan ribut telah menebal dan perjalanan pulang kami diiringi hujan bersama alun kucah. - SIRIP -

SIRIP 23


Pond Fishing Addicts

BARU BELAJAR @ SERI BAYU

1

1. Aksi

perlawanan dengan ikan dengan gaya tersendiri.

2. Ahli Komplot Baru Belajar di Seri Bayu, Tekala.

3. Double hook-up patin!

S

iapa tak kenal Kolam Seri Bayu Tekala? Bukan pemancing tegar la kalau anda tidak mengenali kolam yang terletak di Semenyih, Selangor ini. Kolam ini sangat dikenali kerana setiap bulan akan menganjurkan pertandingan memancing. Hadiah yang tawarkan juga cukup lumayan.

12.

Kami memilih kolam ini kerana teruja cerita rakan-rakan mengatakan kolam ini mengandungi spesies seperti patin, pacu, tongsan dan patin Chao Phraya yang bersaiz ‘gadang’ (besar). Saya sendiri boleh dikatakan setiap hujung minggu akan ke sini. Pemandangan damai dan bersih membuatkan saya tidak jemu ke sini. Kemudahan asas seperti tandas, kantin dan surau juga disediakan. Ramai pengunjung membawa ahli keluarga untuk bersantai sambil memancing di sini. Dengan kadar RM 35 untuk 12 jam memancing, memang amat berbaloi!

Pemilihan Set Pancing Oleh sebab saya sudah biasa ke sini, ikan yang biasa dinaikkan kebiasaannya antara 6 - 13 kg. Setelah berbincang, kami memilih set pancing yang berkekuatan sekurang-kurannya 10 - 30 paun berukuran 6.5 – 8 kaki panjang kerana kolam ini agak besar dan sesuai dengan joran yang panjang.

2

24 SIRIP

Manakala tali pula berkekuatan antara 25 - 35 paun (tali tangsi) digunakan sebagai senjata bagi menundukkan dan memberikan perlawanan yang lebih adil antara ikan dan pemancing. Teknik yang kami akan gunakan


Teks & Fotografi : TOREX ZUL

Umpan memainkan peranan penting. Terdapat kepelbagaian umpan yang digunakan kaki-kaki pancing di Seri Bayu ini. Kami memilih umpan pelet kerana ia selalu digunakan di sini, jadi sudah tentu umpan yang biasa digunakan akan lebih menarik perhatian ikan.

Perisa strawberi dan pandan dicampur pada umpan pelet, lalu dikepal.

Selain umpan, ramuan juga penting. Terdapat pelbagai ramuan dan campuran yang digunakan untuk menghasilkan umpan pelet mengikut kreativiti para pemancing itu sendiri. Melalui pemerhatian saya, setiap kolam mempunyai perisa atau ramuan taruhan yang tersendiri. Tetapi secara asasnya, pelet tersebut akan ditambah bahan perisa tertentu untuk dijadikan lebih sedap. Untuk komplot ini, kami memilih untuk menggunakan perisa #MCKH Strawberi dan Pandan. Saya pernah gunakan perisa ini dan hasilnya tidak mengecewakan! - SIRIP adalah pancingan dasar, jadi batu ladung juga diperlukan dengan saiz sesuai antara 1 - 1/2.

Cara setting umpan pelet dengan dua mata kail.

Ikan yang bersaiz 9 kg ke atas adalah ikan idaman bagi setiap pemancing di kolam ini kerana ikan tersebut akan diberikan sedikit sumbangan berupa ‘cash money’ dari pihak kolam. Selain ikan melebihi 9 kg, setiap spesies juga ada ‘tabung jackpot’ tersendiri mengikut berat-berat yang telah ditetapkan dan hadiahnya cukup lumayan.

Hari Yang Ditunggu-Tunggu Setelah banyak perbincangan melalui group Whatsapp, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Setibanya kami di kolam Seri Bayu Tekala, hujan turun menyambut kedatangan kami walaupun tidak lebat. Setelah berkumpul kira-kira 15 orang semuanya dan memilih kedudukan yang sesuai, kami pun memulakan pancingan.

3

SIRIP 25


Pond Fishing Addicts

5 Sebaik sahaja kami mula memancing, hujan mula berkurangan dan reda 30 minit selepas itu. Ikan mula kelihatan bermain-main di permukaan kolam menandakan ikan mula keluar mencari makanan. Tanpa menunggu lama, salah seorang dari kami mendapat strike pertama dan berjaya menaikkan patin 6 kg. Setelah itu kami bergilir-gilir menaikkan ikan dan ada beberapa rakan berjaya menaikkan ikan bonus melebihi 9 kg. Begitulah keadaan kami petang itu sehinggalah ke malam. Seekor demi seekor ikan berjaya dinaikkan. Komplot ini mencapai objektif yang ditetapkan. Di samping memancing, kami dapat mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar pandangan dan teknik memancing dan yang paling penting, komplot sebegini dapat mengeratkan lagi tali persahabatan. Dengan membuat sedikit catatan, jumlah keseluruhan ikan berjaya dinaikkan hampir 70 ekor! Satu jumlah yang amat memuaskan! Ikan yang bersaiz 9 kg ke atas terdiri daripada 12 ekor dan layak menerima sumbangan cash money dari pihak kolam. Setelah puas, kami semua menamatkan komplot jam 10 malam dan masing-masing pulang dengan senyuman puas. - SIRIP -

4 4. Senyum kepuasan rakan kita ni sebaik berjaya mendaratkan tangkapan.

5. Ikan

yang bersaiz bonus akan dibawa ke kaunter untuk ditimbang dan disahkan oleh pihak kolam.

6. Bantu-membantu penting apabila kan ikan.

sangat mendarat-

6

26 SIRIP



Mukah Fishing Fiesta

1

1. Upacara dan adat resam menarik dan unik semasa Pesta Kaul berlangsung.

2. Upacara memohon restu dalam Pesta Kaul.

3. Gerai beroperasi sepanjang pesta dihiasi mengikut kreativiti masing-masing.

4. Merah sulip yang dinaikkan di Pelantar D35.

2

28 SIRIP

B

idang pekerjaan sebagai nelayan memang sudah sebati dengan jiwa, malah telah diwarisi daripada nenek moyang menyebabkan ramai warga Melanau menjadikan bidang perikanan sebagai profesion pilihan. Dari segi pemakanan, ‘umai’ sudah pasti menjadi menu wajib untuk dirasai. Umai, hidangan isi ikan segar yang dihiris selepas dibuang tulangnya. Selepas dihiris, ia boleh dimakan terus setelah dicampur cencah iaitu limau nipis, bawang, cili dan garam.

Musim Ikan Laut Mukah Setelah mendengar desas-desus berkenaan musim ikan yang melanda bandar Mukah serta Pesta Kaul (sekali setahun) yang tengah diraikan, kami Simanggang Anglers sebulat suara memilih lautan Mukah untuk trip tiga hari dua malam dengan menggunakan bot tekong Ah Sui yang berpengalaman. Kami berangkat sehari awal ke bandar Mukah untuk menikmati Pesta Kaul yang

3


Teks & Fotografi : JOSEPH JAMES (Simanggang Anglers)

PESTA KAUL MUKAH

4

SIRIP 29


Mukah Fishing Fiesta

6

5 5. Kerapu

yang menyentap apollo mata 3 penulis di perairan Oya.

6. Nasib

menyebelahi Ajuk yang pertama kali memancing di lautan Mukah dengan berjaya mendaratkan ikan bayan.

7. Diasak penghuni dasar Mukah.

8. Ikan tenggiri yang pertama dinaikkan sebagai korban menu wajib iaitu umai.

sedang diraikan. Ternyata jalan raya penuh sesak dan sebanyak 181 gerai beroperasi sepanjang pesta terdiri daripada gerai jualan, makanan serta pameran korporat. Sepanjang pesta ini, dijangka puluhan ribu pengunjung seluruh Sarawak serta Semenanjung hadir bersama memeriahkan hari tersebut. Pesta keramaian masyarakat Melanau sejak dahulu disambut secara tahunan menghimpunkan upacara dan adat resam menarik dan unik. Dahulu, Kaul merupakan pesta keaga-maan serta upacara pemujaan yang di-adakan dan diraikan oleh masyarakat nelayan Melanau ‘pagan’. Mereka memohon restu penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman serta keselamatan ketika melakukan aktiviti seharian.

Perancangan & Strategi Keesokan pagi, kami mencari umpan segar di pasar Mukah iaitu sotong, tongkol, jamah (selar), kembong dan alu-alu. Selepas itu, rombongan menuju pula ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Mukah (LKIM).

8

30 SIRIP

Tekong Ah Sui telah pun menunggu di jeti dan kami mula berangkat jam 10 pagi selama 3 jam untuk tiba di destinasi iaitu perairan Oya. Sepanjang perjalanan, Bent menguji nasib trolling gewang Rapala Magnum Redhead. Terbukti berkesan apabila berjaya mendaratkan 4 ekor tenggiri dan 2 ekor tong-

7 kol. Ikan tenggiri pertama perlu dikorbankan sebagai menu wajib iaitu umai.

Perairan Oya & Igan Tanpa membuang masa, kami terus turunkan umpan sotong dan tongkol sebagai taruhan. Tanpa menunggu lama, sambaran demi sambaran dapat dilihat kerana hampir semua joran yang turun terus melentur oleh asakan kerapu dan pisang bersaiz kecil. Malam pula kami menuju ke perairan Igan yang cetek iaitu atas bukit lalu berlabuh untuk menunggu kedatangan tenggiri dan cupak. Namun hanya beberapa ekor cupak yang dapat dinaikkan dengan jigging.

Pesta Pelantar D35 Hari kedua, rombongan kami dilanda ombak tinggi dan ini memaksa kami berhenti memancing dari pukul 3 pagi hingga 8 pagi. Namun itu tidak melunturkan semangat. Se-telah ombak reda, tekong memberi isyarat untuk memulakan semula pancingan. Kali ini kami menduga perairan Pelantar D35. D35 terbukti membuahkan hasil apabila jeritan meminta tolong dari semua para pemancing sebaik ikan merah, merah sulip dan merah kakap bersaiz mega menyentap ump-


an. Tambahan pula, tekong Ah Sui amat rajin berpindah lubuk apabila tiada sambutan di lokasi yang dilawatinya. Matahari mula terbenam dan kami mula turun berpindah ke lubuk untuk berlabuh malam. Setibanya di destinasi pukul 9 malam, tekong Ah Sui tiba-tiba mencuba nasib perambut dasar apollo mata 3 beliau, ternyata ikan cupak terus menyambar umpan tersebut sebelum sampai ke dasar. Terus terpancar senyuman kami serta kegopohan memasang umpan tiruan untuk jigging, popping dan casting. Jelas riak ketawa dan keriangan apabila kami semua berpesta menjerat ikan cupak tanpa henti dan sotong pula mengerumuni sekeliling kapal. Leka dengan kehadiran cupak dan sotong tanpa henti, kami pula dikejutkan oleh tekong dengan bunyi enjin kapal dipasang menandakan masa tidak mengizinkan oleh kerana muara sungai Mukah yang cetek adalah penyebab kapal tidak dapat melaluinya jika air surut.

9

Oleh itu, kami harus kembali berangkat balik ke Mukah pada jam 2 pagi yang mengambil masa selama 5 jam. Trip kali ini amat berjaya dan nantikan aksi Simanggang Anglers lagi pada masa akan datang. - SIRIP -

10

11

12 9. Kesibukan semua pemancing apabila diundang ke lu-buk ikan kerapu.

10. Roy berjaya menaikkan ikan cupak dengan jigging.

11. Ikan merah yang berjaya dinaikkan Stevenson di perairan Igan.

12. Terukir senyuman kegembiraan Beriten dengan landoknya.

13. Ikan

merah dasar lautan saiz mega dinaikkan oleh Kubing dan Forest.

Tekong Ah Sui Mukah : 011-1506 2710

13

(Pakej memancing RM 3,000 untuk 3 hari 2 malam tidak termasuk umpan, makan dan minum)

SIRIP 31


The World Formula One of Angling 1

World Predator Classic

2017

2

32 SIRIP


Teks & Fotografi : RADEK FILIP

K

ejohanan tahunan World Predator Classic (WPC) berpusat di bandar bersejarah Hellevoetsluis, Belanda yang terbentang tasik Haringvliet seluas 7,000 hektar. Ia antara destinasi memancing terbaik di dunia dengan kerap merekodkan perch lebih 50 cm (2 kg), serta ikan pike dan zander yang bagak.

Format Acara Bot Saya menumpukan acara utama iaitu mengilat berbot selama 3 hari dengan 2 pemancing bersaing setiap bot. Ia dijalankan setiap hari antara jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang. Pike, zander dan perch adalah spesies sasaran utama. 1 pike, 3 zander dan 3 perch yang terpanjang dalam sehari bagi setiap bot dikira untuk pertandingan. Acara ini amat menekankan ‘tangkap & lepas’. Hadiah bernilai amat tinggi ditawarkan termasuk sebuah bot Tracker Pro Guide V-175 SC dengan enjin Mercury PRO XS115 HP.

Latihan Mencabar Sebelum WPC, kebanyakan pasukan menjalani latihan mengilat untuk membiasakan diri dengan tasik ini. Hari cerah tanpa angin telah meningkatkan suhu air permukaan kepada 24 °C. Air menjadi jernih dan banyak ikan kecil dapat dilihat di kedalaman 8 - 16 me-

3

ter tetapi mereka tidak aktif. Ini petanda kurang baik. Namun rata-rata pasukan yang berlatih termasuk kami berasa gembira menaikkan 1 hingga 5 ekor perch, pike atau zander setiap hari. Kami telah menaikkan 19 ekor ikan selama 6 hari latihan. Tetapi anda sebenarnya boleh menaikkan hasil sebanyak itu di Haringvliet dalam satu hari apabila aktiviti ikan adalah normal. Kami tahu ini akan menjadi kejohanan yang mencabar!

1. Armada pengilat jalanan bersedia untuk bertempur di tebingan tasik! 2. 1, 2, 3, 4 rempit! 3. Seperti biasa, pembukaan rasmi kejohanan WPC dimulakan dengan dentuman meriam!

SIRIP 33


The World Formula One of Angling 4. Piala WPC turut diarak dalam acara perasmian oleh juara WPC tahun lepas (2016). 5. Penulis masih bersa+ ma regu setianya, Mar6. tin Stepka dalam team Kajman untuk bersaing me-rebut piala WPC. 7. Hari pertama yang panas terik mendorong peserta menduga kawasan tebing yang berumpair terlebih dahulu. 8. Pengilat berkayak yang bersemangat waja. 9. Pasukan bot berkuasa tinggi berkelebihan merempit ke hotspot yang lebih jauh dalam masa singkat.

4

7

Hari 1 - Panas Melampau 5

6

34 SIRIP

Matahari menyinar terik tanpa berangin pada hari pertama kejohanan. Kebanyakan team memulakan pemburuan di kawasan berumpai cetek dengan kendalian thruster. Pasukan saya menaruh harapan dengan mencuba di cenuram 10 - 14 meter kerana ini adalah kaedah memancing paling berkesan untuk zander semasa hari latihan terakhir kami. Hasil kami pada hari pertama ini hanya seekor zander dan belut, serta beberapa sambaran sahaja yang telah membuktikan bahawa strategi kami salah. Pasukan yang lebih berjaya telah segera merempit selaju 90 km/j ke lubuk perch sebaik pertandingan bermula. Mereka menaikkan 3 ekor zander sebagai sampingan ketika menyasarkan zander. Jelas bahawa menyelesaikan 3 zander setiap hari dan menambah 1 atau 2 ikan lain setiap hari akan memberi keputusan yang sangat baik dan mungkin cukup untuk meraih kemenangan pertandingan ini. Team paling berjaya setakat ini ialah Daniela Schafer dan Pierre Johnen yang menaikkan 3 zander ukuran 66 - 73 cm, pike 75 cm


dan perch 51 cm! Mika Vornanen telah menumbangkan 100 cm pike, manakala Willem Stolk dengan gergasi 120 cm. Tetapi bolehkah mereka tumpaskan pike pada hari yang lain? Saya bertanya apa strategi mereka : “Pelan pertama kami berdasarkan pengalaman latihan dengan mencuba di kawasan secetek 2 - 5 meter yang bersamai. Tetapi kami perlu sentiasa bergerak untuk mencari ikan. Kami tidak menjumpai 2 ekor ikan di spot yang sama. Kami gunakan SP putih saiz 10 16 cm. Karauan perlahan memberi kami hasil terbaik, yang mana ia bertentangan dengan tahun sebelumnya.�

Hari 2 - Angin Sudah Mari! Tiupan angin sangat sederhana pada awal hari ke-2. Kami bermula dengan berhanyut di sepanjang kawasan bersamai. Kumpau di sana, jadi kami berpindah ke kawasan cetek di tengah-tengah tasik di mana sekejap sahaja kami berjaya naikkan perch 43 cm dan dua zander 58 dan 59 cm dengan crankbait. Kemudian angin mula bertiup kencang. Kekucahan menyebabkan ikan beredar dari beting yang kami gempur. Pasukan lain juga bergelut. Hanya 88 ekor dinaikkan oleh keseluruhan peserta dan keputusan ini cukup teruk. Malang bagi Markku Tiusanen dan Kimmo Manttari yang telah terjatuh thruster ke dalam tasik dan masa banyak terbuang untuk mencari thruster ganti. Luc Coppens dan Jeremy Staverman pula memilih strategi yang salah dengan memancing secara mengunjun. Hasil terbaik hari ke-2 ini ialah Daniel Ressel dan Gregor Babiarz dari team Lowrance / Hybrida Lures dengan zander 70, 67 dan 66 cm serta 88 cm pike.

Hari 3 - Ribut! Sesiapa yang ingin menyaksikan tiupan angin, ombak besar, adrenalin dan aksi, maka ia berlaku lagi sekali pada hari ke-3 ini. Banyak bot memanc-

8

9

ing di tepian tasik yang lebih selamat 10. Ini adalah saiz standard bagi ikan perch di Tasik dan kebanyakannya telah kehabisan Haringvliet. kuasa bateri untuk thruster awal-awal lagi sebelum tamat pertandingan. Christophe 11. Pasangan Luc Coppens dan Jeremy StaverHuwarts - Philippe Neuman membuktikan kualiti mereka denville dari Perancis meraih gan satu-satunya ‘full house’ (perch : kedudukan naib johan. 45, 41, 40 cm; zander : 58, 56, 45 cm; Pike ini bersaiz 107 cm. 10

11

SIRIP 35


The World Formula One of Angling

13

12 12. Angin

kencang, tasik kucah berombak pada hari ke-3 memberi cabaran lebih getir. 13. Pemancing kayak menduga segenap kawasan berhampiran sahaja. 14. Team Marcel Asbroek Nils Gabsa dengan zander yang tegap. 14

36 SIRIP

pike : 107 cm!). Saya bertanya strategi apa yang mereka ubah berbanding hari sebelumnya yang mereka kumpau? Jeremy menjawab : “Pada hari ke-2, kami luangkan waktu pagi yang produktif untuk mencari perch di beting antara kawasan bersamai. Tetapi gagal. Jadi kami terpaksa tukar strategi mencari zander yang biasanya tidak begitu sukar diburu bagi kami.”

“Kami mencuba semua hot spot di antara 6 - 10 meter kedalaman secara mengunjun SP. Tetapi ia tetap kumpau, kami gagal naikkan seekor pun! Kelebihan tidak berjaya memancing ikan sepanjang hari ialah anda sekurang-kurangnya tahu apa yang tidak boleh anda lakukan. Kami tidak mahu tamat dengan kekumpauan.” “Strategi kami untuk hari terakhir ialah memancing di kedalaman yang kami tidak duga pada hari pertama dan kedua. Antara 3 - 6 meter. Kami mengilat dengan gewang kegemaran kami, Westins Shad Teez 9 dan 12 cm.” “Ia berkesan seperti jam. Sebelum jam 1, kami naikkan 3 perch dan 3 zander, tetapi tidak besar. Kami buat kepu-


15. Juara bertahan 2016 ini

telah mengakhiri pertandingan di kedudukan ke-33 pada WPC kali ini. 16. Tahun ini agak payah untuk mendapat zander saiz sebegini. 17. Team dari Poland, Tomasz Krysiak - Robert Policha menduduki tempat ke-7. 18. Mikka Vornanen dan trofi pike sepanjang 100 cm.

15 16

tusan untuk memburu pike, bukannya menaik taraf saiz perch dan zander. Keadaan cukup ideal untuk sasarkan pike besar di zon cetek yang menghadap tiupan angin.” “Dalam keadaan ini, gewang kegemaran kami ialah Westin Monster Vibe 65 gram, iaitu spinnerbait yang besar. Strategi ini berbaloi dengan ganjaran pike 107 cm.” Terdapat 4 ekor pike lebih 1 meter panjang berjaya ditumbangkan oleh pasukan lain. Walau bagaimanapun, hero kejohanan ini jatuh kepada pasangan Dustin Schone dan Johannes Dietel yang berakhir pada kedudukan ke-8 pada hari ketiga dengan 50, 44, 44 cm dan 70 cm zander, tetapi itu lebih daripada cukup untuk mereka berdua dijulang sebagai juara WPC baru 2017! Saya telah mengorek rahsia Johannes apakah strategi mereka. Kata mereka : “Kami mengambil keputusan untuk bekerja keras dengan membuat lebih banyak lontaran jauh - walaupun bot kami antara yang terpantas ke satu-satu spot.” “Kami mendapat 3 sambaran yang mengancam. Saya terlepas tangkapan yang cukup bagus, mungkin zander besar. Tetapi kemudian Dustin menaikkan pike 70 cm. Tak lama selepas itu saya mengena perch 44 cm iaitu ikan pemenang bagi WPC yang

17 18

SIRIP 37


The World Formula One of Angling Juara WPC 2017 - pasangan Dustin Schone-Johannes Dietel dari Jerman.

TOP TEN KATEGORI BOT Tempat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Pemenang

Dustin Schone-Johannes Dietel Christophe Huwarts-Philippe Neuville Janis Skrabans-Vitalijs Karpenkovs Daniela Schafer-Pierre Johnen Marcel Asbroek-Nils Gabsa Daniel Ressel-Gregor Babiarz Tomasz Krysiak-Robert Policha Ari Paataja-Pekka Laitinen Helmut Schoddel-Michael Weber Franz Bodum-Kris Broeckx

Willem Stolk memenangi anugerah tangkapan pike terbesar.

38 SIRIP

Negara Jerman Perancis Latvia Jerman Jerman Jerman Poland Finland Jerman Denmark

mana kami tidak tahu pun ketika itu.” “Kami cuba lagi, tetapi gagal. Memang gilalah apabila kami beroleh kejuaraan dengan jumlah 13 ekor ikan. Biarpun agak pelik, tetapu beruntung untuk kami.” Acara mengilat jalanan telah dimenangi oleh Fabian Graefe dari Jerman. Pemancing kayak yang paling berani ialah Salah el Barbouchi dari Maghribi. WPC sentiasa mendapat liputan hebat dari media dan terdapat peningkatan dalam organisasi WPC atas usaha ketua marshal yang baru, Gary Palmer. Semuanya hampir sempurna dengan pelbagai momen yang menyeronokkan untuk dikenang. Kami pun dah tak sabar-sabar menanti WPC tahun depan! - SIRIP Pemancing kayak paling berani dianugerahkan kepada Salah el Barbouchi dari Maghribi.



Soft Bait Innovation 1

INOVASI SOFT PLASTIC 40 SIRIP


Teks & Fotografi : STEVEN MING

2

S

uatu malam apabila balik kerja, Eric telefon mengajak saya memancing haruan dengan katak plastik di sebatang sungai dalam sebuah taman perumahan. Lantaran kurang arif dengan pancingan air tawar, kumpau-lah saya malam itu. Namun proses haruan membaham katak saya tapi tidak sempat membalas telah membuat saya geram dan ingin membalas dendam. Nampaknya saya sudah terkena racun mengilat! Tak lama kemudian, saya pun kembali ke port tersebut dan akhirnya berjaya menaikkan haruan bersaiz sederhana. Namun saya kurang puas hati, lantaran terasa katak plastik kurang cabarannya. Selain katak tiruan, gewang apa lagi yang sesuai untuk memancing haruan ya? Akhirnya saya teringat soft plastic (SP) yang berupa ikan atau cacing yang belum pernah saya cuba. Lagi pun tidak ramai orang menggunakan kedua-dua jenis gewang ini untuk menjerat haruan. Ini amat sesuai dengan perangai saya yang sentiasa ingin cari pasal! Haha...

Kejadian ini mungkin bersangkutan dengan sejarah memancing saya. Saya sememangnya pemancing laut tulen. Set yang saya biasa guna tentu lebih berat daripada set air tawar. Set yang dikira berat ini memang kurang sesuai untuk ikan air tawar. Setelah melayari internet, didapati set yang digunakan untuk persembahan SP biasanya amat ringan. Patutlah mata sentiasa buka!

1. Haruan di taman perumahan inilah yang meracuni saya untuk menceburi pancingan SP.

2. SP yang berbentuk makhluk kecil ini lebih sesuai untuk ikan air tawar.

3. Inilah tangkapan SP pertama saya!

Setelah berfikir panjang, akhirnya saya bertukar ke set yang jauh lebih ringan dengan tali Sufix 832 10 paun sebagai tali utama dan perambut fluorocarbon No.7 (28 paun) jenama Seaguar. Joran pula saya telah memilih HR Black Diamond PE 0.8 - 2.0 jenis ringan. Setelah bertukar kepada set yang terdiri daripada komponen yang kecilkecil belaka, perbezaan pertama yang

Masalah Dengan SP Setelah seketika saya mendapati gewang pl astik ini biarpun amat real, namun

terdapat kelemahannya. Disebabkan saya kurang pengalaman, pemberat yang berupa tajam sentiasa tenggelam ke dalam lumpur dan mudah tersangkut. Setelah mencuba, saya dapati pemberat (jighead) yang berbentuk leper dengan fungsi kalis sangkut adalah pemberat yang paling sesuai. Mata jighead biasanya bersaiz kecil. Kelebihannya ialah mudah diselamatkan apabila tersangkut. Namun kelebihan ini akan menjadi kelemahan pula apabila dibaham ikan yang lebih besar lantaran mudah ditarik sehingga lurus.

3

SIRIP 41


Soft Bait Innovation

4

4. Wanita yang sensitif lebih sesuai untuk teknik SP?

5. Joanne yang baru berjinakjinak dengan teknik SP berjaya menaikkan ketutu.

6. SP

dengan pemberat dalaman mudah digunakan, manakala SP yang perlu kita pasang pemberat sendiri adalah lebih versatile.

7. Jighead dengan pemberat seperti ini lebih sesuai digunakan di lubuk yang banyak sangkut.

5

dapat saya perhatikan ialah lemparan telah menjadi lebih jauh. Bermakna saya dapat merangkumi kawasan yang lebih luas dengan sekali lemparan. Lantaran tali utama telah bertukar kepada 10 paun, hati terasa bimbang apabila membalas dan kes mata kail terbuka telah menjadi kurang.

Dari Air Tawar Ke Air Masin SP memang terdapat banyak jenisnya, dan agak sukar bagi orang baru seperti saya untuk membezakannya. Apa yang saya pelajari ialah SP yang berlainan masing-masing terdapat cara persembahan yang berlainan. Kejayaan akan diperolehi jika kita memainkannya dengan cara yang betul. Manakala jika

6

42 SIRIP

dimainkan dengan cara yang kurang sesuai, ia akan berputar-putar dan menakutkan ikan. SP ikan atau cacing akan dapat berenang seakan hidup dengan cantik di permukaan air jika kena dengan cara persembahannya. SP berbentuk cacing yang berbadan panjang pula harus ditenggelamkan ke dasar dan biarkan ia meloncat atau sliding ke kiri dan ke kanan dengan kelajuan yang tidak menentu bagi menarik ikan pemangsa. Setalah beberapa kali mencuba, akhirnya saya telah memahami sedikit sebanyak tentang teknik persembahan SP dan berjaya mendaratkan banyak spesies ikan air tawar seperti haruan, tilapia, keli dan pacu. Selepas itu saya

7


8

ingin beralih ke spesies air masin pula. Kolam pancing Jugra di Banting, Selangor telah menjadi destinasi baru saya dengan kejayaan menaikkan pelbagai spesies ikan walaupun kes mata kail terbuka kerap berlaku! Eksperimentasi yang berlangsung di kolam pancing air masin telah membina keyakinan saya terhadap pancingan SP di air masin. Otak saya pula mula berfikir untuk mencabar ikan liar yang hidup di dalam laut pula dengan tali 10 paun bersenjatakan SP! Saya sedar misi ini bukan mudah untuk dicapai. Halangan pertama ialah kedalaman. Bagaimana jighead seberat 10 gram dapat tenggelam ke dasar laut yang dalam? Akhirnya saya memutuskan untuk menjadikan ikan pelagik pula sebagai sasaran.

Kejayaan Pecah Periuk Namun saya tidak sengaja ke laut untuk memainkan SP, tetapi membawa set SP bersama bila bertandang ke laut. Manalah tahu terjumpa gerombolan ikan pemangsa mengerjakan ikan-ikan kecil di permukaan laut, waktu itulah SP saya berpeluang digunakan. Tetapi setelah beberapa trip pun tidak jumpa boiling. Terjumpa pula pokok nipah yang terapung-apung di permukaan laut.

8. PB,

ikan sasaran pancingan SP.

asas

Sebagai pemancing laut sejati, apabila terjumpa struktur terapung seperti ini, kita sudah boleh agak pasti ada sejenis ikan yang digelar ‘pecah periuk’ bermain di bawahnya. Pecah periuk (triple tail) biasanya akan berkeliaran di sekitar dan di bawah pokok hanyut ini. Tanpa disangkasangka, dapatlah lesen baru dengan set SIRIP 43


Soft Bait Innovation

9

9. Ikan

merah memang jarang sekali memakan SP. Pemancing harus tenang dan bersabar untuk menjeratnya.

SP saya. Ikan ini kuat melawan sehingga meloncat keluar untuk melepaskan diri. Suatu aksi yang mengasyikkan!

Oleh sebab pecah periuk biasanya bermain di kedalaman tidak melebihi pacu. Baik sediakan lebih banyak gewang jika ingin 5 meter dari permukaan air, ia cukup sesuai untuk dipancing dengan SP memancingnya.

10. SP mudah dirosakkan oleh

yang menggunakan jighead hanya 10 gram beratnya. Ada masanya SP terus ditelan sewaktu tenggelam. Mereka kelihatan amat berminat dengan SP. Ikan yang bersaiz besar biasanya berada di tempat yang lebih dalam. Dengan sengaja saya biarkan SP tenggelam lebih dalam dari biasa dan berjaya menaikkan spesimen seberat 2.65 kg selaku rekod SP peribadi, yahoo!

Cabaran Ikan Merah Kejayaan dengan spesies pecah periuk telah meninggikan lagi keyakinan saya terhadap SP. Matlamat saya seterusnya pula ialah ikan merah yang hidup di dasar laut sedalam 30 meter pula! Lokasi ikan merah ini terletak di Port Dickson.

10

44 SIRIP

Dalam suatu trip pada akhir bulan Jun, apabila teman-teman lain sibuk menyediakan umpan pancing dasar, saya secara diam-diam telah menjatuhkan SP cacing berwarna putih sepanjang 5 inci ke dasar laut. Kebetulan arus sedang bertukar arah menjadikan aliran kurang deras, namun jighead yang hanya seberat 10 gram mengambil masa 3 minit untuk


mencecah ke dasar. Saya biarkan SP cacing meloncatloncat di dasar sebaik sahaja ia menyentuh lantai dasar. Beberapa minit berlalu tiada sebarang isyarat. Justeru saya meluaskan kawasan pencarian ke lapisan air yang lebih tinggi. Apabila terasa SP sudah berada agak jauh dari dasar, saya pun lepaskan tali supaya ia tenggelam semula ke dasar. Isyarat ikan tiba-tiba berlaku ketika SP hampir sampai ke dasar. Ini dapat dikesan dari tali yang pada asalnya timbul di permukaan laut tiba-tiba tenggelam dengan lajunya! Saya yang sentiasa memerhatikan pergerakan tali dengan segera mengarau balik tali yang kendur dan sentap sekuat-kuatnya. Ikan yang terkena pancing memecut laju melarikan tali 10 paun dari kekili Stella FA4000 diiringai bunyi drag yang tajam. Semua pemancing di atas bot masing-masing memberikan sokongan kepada saya. Saya yang pada asalnya memancing di hadapan bot terpaksa beredar ke sini dan ke sana mengikut larian ikan yang padu. Beberapa minit kemudian, seekor ikan merah hampir 3 kg akhirnya kecundang jua. Peristiwa ini sekali lagi membuktikan bahawa keajaiban tetap akan berlaku jika kita

11

kekal dengan keyakinan! Namun setelah umpan hirisan ikan diturunkan, ikan merah tetap tidak berminat dengan cacing plastik saya lagi. Walau bagaimanapun, eksperimentasi yang berlangsung selama dua bulan ini telah membuktikan bahawa SP memang memiliki keunggulan tersendiri dan memberi nikmat keterujaan yang berbeza.

11. Spesies

yang terdapat dalam kolam air masin sesuai dijadikan ikan latihan.

Sekarang saya secara tidak sedar telah diracuni SP tahap ‘berdarah hidung’! Asyik mengunjungi kedai pancing untuk membeli peralatan SP dengan hasrat ingin menjerat ikan laut yang lebih besar! - SIRIP -

Industry Info

A

XZOGA WORLD TOUR

cara paling menarik dalam industri memancing 2017 pastinya Xzoga World Tour yang dinanti-nantikan para peminatnya. Stesen pertama siri pameran sedunia bagi jenama Xzoga ini akan berlangsung di Johor Darul Takzim dan berterusan ke negara-negara jiran. Pelbagai persembahan menarik telah disediakan dalam siri pameran terunggul ini. Selain mempamerkan liputan penuh produk Xzoga, pelanggan juga dapat membeli produk-produk tertentu dengan harga istimewa! Hadiah istimewa juga akan diberikan kepada setiap orang yang hadir pada hari itu. Pelanggan yang berbelanja melebihi jumlah wang tertentu juga akan dihadiahkan sehelai jersi lengan panjang yang cantik dan berkualiti. Jersi ini adalah edisi terhad dan tidak dijual. Peminat Xzoga dinasihat jangan melepaskan peluang keemasan ini! Adakah anda seorang pemancing yang handal? Jika benar, kunjungilah ke pameran ini dan mencabar mesin memancing khas yang disediakan oleh Xzoga! Xzoga World Tour juga menyediakan pelbagai acara lain yang menarik seperti perkongsian ilmu daripada pemancing tersohor dan hidangan yang menyelerakan. Jangan ketinggalan! - SIRIP -

Tarikh: 2 September 2017 Lokasi: Kedai TST Johor. No. 46, Jalan Tiram 1/6, Bandar Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel: 607-862 8666

SIRIP 45


Soft Bait Innovation

12

12. Teknik SP merupakan teknik finesse. + Ia memerlukan set yang lebih ringan 13. untuk mencapai keputusan terbaik.

14. SP 13

jauh lebih sesuai digunakan untuk memikat spesies pecah periuk, berbanding gewang jenis lain.

14

46 SIRIP



E FFECTIVE L URE F ISHING Spinnerbait atau ‘janggut’ amat efektif untuk menjerat spesies snakehead.

S

iapa yang tak sukakan spinnerbait? Gewang yang diberi jolokan ‘janggut’ ini sangat versatil digunakan di air cetek, dalam, kawasan heavy cover dan terbuka. Sifat kalis sangkutnya (weedless) yang berkesan menjadikan spinnerbait sangat sesuai untuk menduga lubuk yang banyak rintangan. Malah sekian lama ia menjadi gewang killer untuk haruan dan snakehead lain. Terdapat beberapa teknik karauan spinnerbait yang berkesan. Perhatikan kesesuaian teknik yang dinyatakan di bawah dengan jenis-jenis spinnerbait yang sesuai.

Karauan Lurus

kekipas Colorado

kekipas Willow

1 Karauan Lurus Ringkas. Hanya karau secara lurus pada kelajuan sederhana. Kekalkan kelajuan apabila anda sudah merasai getaran bilah kekipasnya dan kekalkan ia di bawah permukaan air (1 – 5 kaki dalam). Kaedah ini berkesan untuk cover kawasan luas dalam masa singkat. Gunakan spinnerbait berat sederhana seperti 3/8 oz atau 1/2 oz yang dilengkapi kekipas jenis willow.

Karauan Perlahan

48 SIRIP

2

Karauan Perlahan

Kaedah kegemaran saya untuk spinnerbait. Dalam konteks ikan negara kita, haruan bukanlah perenang pantas. Ia cuma menunggu mangsa melintasi kawasannya. Oleh itu teknik ini cukup sesuai untuk haruan. Karauan hendaklah dibuat dengan perlahan, sekadar untuk merasai getaran pada bilah kipas spinnerbait. Untuk karauan perlahan, kekipas jenis colorado lebih baik. Kaedah ini cukup efektif apabila menduga air yang keruh atau agak dalam (melebihi 5 kaki).


Oleh : MUHAMAD NAIM (inchenaim.com)

3 Karauan Laju Spinnerbait sebenarnya dicipta menyerupai ikan mangsaan apabila dikarau laju. Jadi apabila anda melihat ada pemangsa sedang mengejar ikan kecil, maka gewang ini sesuai dilontar ke kawasan tersebut. Semasa berlakunya feeding frenzy, waktu itu ikan sedang aktif mengejar dan memburu mangsa. Jadi karauan laju akan lebih mudah memperdaya mereka tanpa was-was, terutama ketika air jernih. Kadangkala karauan laju diperlukan untuk membuatkan gewang ini beraksi di permukaan air untuk digayakan atas sesuatu struktur, rumpair atau samai. Spinnerbait yang dilengkapi kekipas berbentuk willow tunggal akan memudahkan karauan laju kerana ia mewujudkan rintangan yang kecil.

sifatnya yang mudah berputar walaupun dengan sedikit daya. Ia amat efektif di tempat yang strukturnya timbul seperti pokok mati, dinding konkrit dan sebagainya. Ia selalunya mencetuskan amarah ikan yang menjaga wilayah seperti peacock bass dan haruan yang sedang bermalas-malasan di dasar.

Bumping

Yo-Yo

6 Bumping

4 Yo-Yo Yo-yo ialah salah satu teknik yang efektif digunakan di sekitar rumpair. Kaedah ni tampak seolah-olah sama seperti teknik twitching dan mengunjun (jigging). Untuk gayakan teknik ini, lontarkan spinnerbait ke kawasan sasaran dan biarkan tenggelam. Kemudian angkat hujung joran, kemudian rendahkan kembali ke permukaan air. Lakukan gerakan ini sebanyak 3 - 4 kali sebelum spinnerbait dibiarkan tenggelam ke dasar. Kemudian ulangi kembali proses ini. Pastikan anda sentiasa tegangkan tali kendur (slack line) dan bersedia dengan serangan tiba-tiba dari ikan.

Helicoptering

Melanggarkan spinnerbait dengan struktur seperti kayu tenggelam, batu atau struktur lain ialah satu kaedah berkesan untuk mencetuskan reaksi serangan. Karau spinnerbait agar mengetuk struktur-struktur tersebut. Apabila ia sudah melanggar struktur tersebut, berhenti seketika dan berikan masa untuk ikan mengambil spinnerbait. Jika tiada reaksi selepas 1 - 2 saat, teruskan karauan. Ulangi pergerakan ini sehingga ia sampai kepada anda dan mendapat strike dari ikan.

Menimbulkan riak air

7 Menimbulkan Riak Air Lontarkan spinnerbait ke spot dan karau. Angkat hujung joran ke atas dan biarkan spinnerbait naik ke permukaan. Objektif teknik ini ialah untuk menimbulkan riak-riak air tanpa mengocak permukaan air. Oleh itu, penting untuk anda mengawal kelajuan karauan agar aksi riak air terhasil dengan cantik dan semulajadi. Kaedah ini menghasilkan banyak getaran dan menghasilkan pantulan cahaya di permukaan air yang pasti menarik perhatian pemangsa.

Nota Tambahan :

5 Helicoptering Helikopter ialah kaedah di mana spinnerbait dibiarkan tenggelam ke dasar secara bebas. Objektifnya ialah untuk membiarkan bilah kekipas spinnerbait berpusing secara semulajadi semasa tempoh jatuhan ke dasar. Oleh itu, spinnerbait yang dilengkapi bilah kipas jenis colorado sangat efektif untuk kaedah ini kerana

Sama ada memancing dengan gewang permukaan, crankbait atau soft plastic, apa yang penting ialah sesuaikan dengan apa yang diinginkan oleh ikan. Mungkin kaedah tersebut berkesan hari ini, namun tidak pada hari kemudian. Jangan takut untuk tukar kaedah karauan persembahan spinnerbait. Ini kerana aksi spinnerbait banyak dipengaruhi oleh bagaimana anda mengarau dan menggayakannya. - SIRIP -

SIRIP 49


I NTRODUCTION T O H EAVY C OVER S NAKEHEAD G AMES

1. Froggy deform yang perlu dikembalikan ke bentuk asal. 3. Siap! Froggy kembali ke bentuk asal! Lebih handsome!

Bersama : KETAMTK

2. Masukkan ke dalam mangkuk berisi air panas, guna alat bantu untuk proses baik pulih. Froggy tersebut dibiarkan sahaja tidak dibaik pulih segera. Akibat terlupa dan terbiar lama, apabila ingin dibe-tulkan semula, ia tidak mahu kembali ke bentuk asal.

Langkah-Langkah Baik Pulih Froggy 1 Gunakan air panas mendidih dan tuang ke dalam 2 3 4

Air Panas Sebagai Solusi Suatu hari seorang rakan berkongsi video bagaimana beliau membaiki bumper keretanya yang kemek dengan menggunakan air panas. Bumper yang kemek tadi kembali ke bentuk asal selepas dicurah air panas sahaja! Selesai menonton, terdetik hati saya untuk cuba gunakan cara yang sama bagi mengembalikan semula froggy yang telah lama deform. Ceritanya froggy tersebut tersangkut pada pohon rasau. Akibat ditarik kuat, badannya melorot ke belakang dari eyelet.

mangkuk. Masukkan froggy anda ke dalam mangkuk berisi air panas Gunakan alat bantu untuk membantu ia kembali ke bentuk asal. Tuang lagi air panas dan picit menggunakan alat bantu sehingga froggy kembali ke bentuk asal.

Dah siap! Tunggu! Ambil mangkuk yang bersih, tuangkan baki air panas tadi jika masih ada, masukkan mee segera. Nah, siap semangkuk mee segera sebagai imbuhan atas usaha anda tadi. Mudah bukan? Nota Keselamatan : Berhati-hati ketika melakukan proses ini, jauhkan dari kanak-kanak dan pastikan keselamatan diri kerana air panas boleh mengundang kecederaan melecur pada anggota badan. - SIRIP -

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah atas transformasi Majalah SIRIP yang telah ditukar kepada format e-magazine dan boleh dibaca secara PERCUMA! Satu transformasi yang perlu seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan capaian Internet yang semakin baik, juga dengan penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar, majalah dapat dicapai dan dibaca di mana-mana sahaja. Bagi pembaca setia, tidak dinafikan ada perasaan sedih kehilangan penerbitan dalam bentuk majalah. Namun dari sudut positif, semoga transformasi ini dapat mendekatkan lagi Majalah SIRIP kepada golongan pemancing generasi baru dari kumpulan generasi Y dan generasi Milenia. Masih teringat lagi ketika Majalah SIRIP keluaran pertama mensasarkan untuk mendedahkan lebih banyak teknik menggunakan gewang atau apa saja umpan tipu untuk menjerat ikan kepada para pemancing. Kini sasaran sudah tercapai, di mana-mana sahaja kita dapat lihat pemancing menggunakan gewang sebagai umpan pilihan. Seiring dengan itu, diharapkan kesemua pemancing dapat melakukan anjakan paradigma dengan mengamalkan tangkap dan lepas atau tuaian terpilih demi kelestarian stok ikan kita. - SIRIP 50 SIRIP


Model Name

THE SORCERY THE SCEPTER THE ARMOR THE HADES

Item code

BHBC611-ML BHBC631-ML BHBC621-M BHBC641-MH

FUJI ACS-SD16 FUJI ACS-SD16 FUJI ACS-SD16 FUJI ACS-SD16

Reel Seat

FUJI ALCONITE K GUIDE FUJI ALCONITE K GUIDE FUJI ALCONITE K GUIDE FUJI ALCONITE K GUIDE

Guide 8 + 1 �p 8 + 1 �p 8 + 1 �p 9 + 1 �p

No of guide

6'1 6'3 6'2 6'4

1 1 1 1

98 100 105 110

1.5 1.5 1.7 2

8.4 8.5 8.9 9.9

3-15g 5-18g 7-21g 10-28g

Total No of Rod Top dia Bo�om Lure length (�) sec�on weight (g) (mm) dia (mm) weight (g)

5-12lb 6-14lb 8-18lb 10-20lb

Line weight


FishySirip Forum Forum

N

ampaknya belum lagi diputuskan bila agaknya pemancing laut di negara ini akan benar-benar dikenakan lesen. Pemancing masih bebas memancing di mana-mana laut Malaysia dan ia percuma. Namun begitu, tanda-tanda besar untuk ia dilesenkan telah muncul dan berlaku satu persatu. Antaranya, perjumpaan antara pihak berkepentingan dengan pelaksana pada 23 Februari lalu anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) atas nama ‘Bengkel Cadangan Pembangunan & Penyusunan Aktiviti Perikanan Rekreasi Kelautan’ (Laporan Khas dalam SIRIP edisi Mac 2017). Terima kasih kepada Menteri terbabit kerana mensyaratkan DOF untuk mendapatkan maklum balas pemancing sebelum cadangan pelesenan tersebut boleh diwarta dan dikuatkuasakan. Sekurang-kurangnya ada jugalah ruang untuk rakyat mengemukakan pandangan. Ruang seperti itu sepatutnya digunakan oleh pe-mancing dan pihak DOF untuk berbincang dan meneliti implikasi-implikasi yang bakal timbul apabila pelesenan ke atas pemancing rekreasi laut benarbenar dilaksanakan kelak. Seterusnya mencari titik kesepakatan bagaimana untuk kedua-dua pihak mendepaninya. Implikasi sifar memang tak mungkin akan tercapai. Namun sebagai pemancing, kita tentunya mahu implikasi paling minimum dan tidak membebankan. Sebaliknya bagi pentadbir seperti DOF, pelaksanaan lesen itu nanti haruslah mampu memberi impak yang benar-benar dapat membantu mereka mengurus sumber perikanan negara dengan lebih efektif – sepertimana yang sentiasa mereka janjikan. Dalam bengkel tersebut, jemputan dan pegawai perikanan yang terlibat telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan dipertanggungjawabkan untuk membincangkan isu-isu berbeza yang telah ditetapkan 52 SIRIP

oleh penganjur. Ia adalah : Isu Permohonan Lesen, Isu Pelesenan Menganjur Pertandingan Memancing dan Isu Sistem Log Data Tangkapan. Kali ini kita bincangkan isu pertama dahulu. Kebetulan saya juga diletakkan dalam kumpulan ini. Dua lagi isu kita simpan untuk dibincangkan dalam keluaran akan datang.

Permohonan Online Antara perkara hangat yang banyak dibangkitkan dalam kumpulan yang membincangkan isu permohonan lesen ialah isu permohonan atas talian (online). Nampaknya kehidupan maya telah benar-benar mempengaruhi kehidupan kita. Pemancing juga tidak terlepas. Hadir ke pejabat perikanan terdekat, mengisi borang, membuat bayaran tunai dan tunggu beberapa hari untuk permohonan diproses sebelum mendapat lesen adalah sesuatu yang melecehkan bagi kehidupan zaman ini. Kita mahu semua proses itu dipermudahkan dan dipercepatkan. Semua harus boleh diselesaikan dengan hanya mengetik layar telefon pintar masing-masing. Itulah implikasi pertama. Sekiranya memancing ingin dilesenkan, pemancing perlu kemukakan permohonan dan setiap kita perlu mengisi maklumat yang diperlukan. Untuk tujuan ini pemancing mahu ia dilakukan secara online. Jika tidak, ia akan membebankan pemancing dan akan dijadikan alasan oleh mereka yang tidak ambil lesen. Mujurlah nampaknya DOF juga telah bersedia dengan implikasi ini. DOF sendiri sememangnya sedang dalam usaha membangunkan sistem online sepertimana kehendak pemancing. Bagaimana caranya, terpulang pakarpakar teknologi maklumat DOF. Aplikasi atas talian juga mampu mempercepat proses permohonan dan perolehan lesen memancing. Tempoh tiga hari yang asalnya dicadangkan melalui kaedah secara manual dapat disingkatkan. Mungkin sehingga ke


Oleh : MASDUKI MOHAMMAD MORNI (Pensyarah Perikanan Rekreasi di Universiti Malaysia Terengganu) tahap kelulusan dan perolehan lesen serta merta. Ia satu kelegaan kepada pemancing. Khususnya kepada sebahagian pemancing yang mendakwa bahawa kebanyakan trip memancing dirancang secara ad hoc. Berpakat malam ini, esok paginya terus on. Jika proses perolehan lesen mengambil masa yang lama, trip-trip begini akan menerima kesan. Begitu juga dengan pelancong. Sekarang ini mereka pada bila-bila masa sahaja boleh pergi memancing walaupun memancing sememangnya tidak tersenarai dalam acara percutian. Sekiranya selepas ini memancing perlu lesen dan prosesnya pula mengambil masa, ak-tiviti seperti itu akan menemui kesukaran. Ia bukan sahaja menyebabkan pelancong kecewa, bahkan ada pengusaha trip memancing yang kehilangan rezeki. Nampaknya sistem aplikasi yang akan dibangunkan merupakan serampang dua mata. Pertamanya, memudahkan pemancing untuk membuat permohonan dan kedua, mempercepatkan proses. Kill two bird with one stone – kata orang putih.

Ketepatan Data Bagi saya secara peribadi, terdapat beberapa isu lain yang lebih utama berbanding isu permohonan lesen ini. Isu yang lebih memberi implikasi kepada pihak pengurusan dan akhirnya pemancing juga akan terkena tempiasnya. Tetapi nampaknya ia tak begitu diberi perhatian serius dan tidak juga disentuh dalam Laporan Khas SIRIP. Kita sendiri tahu, sehingga hari ini masih tiada data tentang pemancing rekreasi di negara ini. Sehingga katanya menyukarkan proses pengurusan kumpulan yang digelar ‘saka tidak bertuan’ ini. Dengan pelesenan yang bakal dikuatkuasakan, sekurang-kurangnya maklumat berkaitan pemancing rekreasi laut akan dapat diperolehi. Perkara yang sama juga sentiasa ditegaskan oleh Presiden PeMM setiap kali mengemukakan hujah menyokong isu pelesenan. Sekiranya benar data-data itu nanti bakal digunakan untuk tujuan sepenting pembangunan dan penyusunan aktiviti perikanan rekreasi kelautan seperti dihebahhebahkan, maka proses pengumpulannya perlu dilakukan dengan teliti. Justeru, mensyaratkan semua orang (selain nelayan) yang mahu memancing di laut mengambil lesen dan menganggap semua pemegang lesen sebagai pemancing adalah sesuatu yang tidak tepat. Kita perlu faham bahawa hakikatnya tidak semua orang yang memancing itu adalah pemancing rekreasi. Sebahagiannya hanya memancing secara ikut-ikutan atau secara bermusim. Di Terengganu, setiap kali musim mencandat tiba, ramai orang akan datang dari seluruh pelosok negeri dan negara untuk mencandat. Jabatan, sekolah, syarikat, persatuan bahkan JKKK akan menganjurkan trip mencandat. Rombongan Cik Kiah pun kalau boleh nak ke Terengganu. Yang berkebaya dan berkasut tumit tinggi pun tergedik-gedik nak mencandat. Habis semua bot ditempah. Bot dah reput pun laku disewa. Sebahagian peserta yang terlibat bukan pemancing pun. Mereka sekadar ‘mahu merasa’ dan mungkin itulah kali pertama dan terakhir dalam hidup mereka turun memancing. Melalui kaedah pelesenan yang dicadangkan, mereka ini juga akan disyaratkan untuk mengambil lesen. Seterusnya secara langsung akan terjumlah sama sebagai pemancing rekreasi. Pada peringkat awal, kita mungkin akan berbangga dengan ramainya jumlah

pemancing rekreasi negara ini. Tetapi untuk jangka panjang, kita akan terima implikasi yang menyakitkan hati. Untuk lebih mudah pemahaman tentang implikasi yang dimaksudkan, mari kita lihat pada nombor dan angka. Katakanlah selepas dikuatkuasakan nanti, terdapat 100,000 orang yang ingin memancing di laut untuk apa jua alasan, melainkan bukan sebagai pekerjaan (nelayan). Semua mereka mengambil lesen dan seterusnya dikategorikan sebagai pemancing rekreasi. Namun, hakikatnya hanya 60% atau 60,000 (sekadar contoh) daripada mereka ialah pemancing rekreasi sebenar, sedangkan yang selebihnya (40% atau 40,000) sekadar ikut-ikutan. Sampai suatu ketika Kerajaan memperkenalkan sistem bag limit atas alasan untuk memastikan kelestarian sumber perikanan. Melalui kajian keupayaan tampungan yang mereka jalankan, pemancing rekreasi hanya dibenarkan untuk bawa pulang 3 juta kg (hanya contoh) ikan yang mereka pancing dalam setahun. Lebih daripada itu, sumber akan terjejas. Setelah dibahagi 100,000 orang yang berdaftar tadi, setiap pemancing hanya dibenarkan untuk mengambil sebanyak 30 kg ikan dalam setahun. Bagi mereka yang mungkin hanya memancing sekali atau dua dalam setahun, jumlah itu sudah cukup banyak. Tetapi bagaimana dengan pemancing rekreasi yang turun sehingga lebih 10 kali setahun? Ini adalah satu ketidak-adilan kepada pemancing rekreasi yang sebenar. Kerana jika data pemancing kita tidak diganggu oleh pemancing ikut-ikutan tadi, jumlah bag limit bagi mereka ialah 50 kg. Bukannya 30 kg. Begitu juga dengan bancian-bancian lain yang bakal dijalankan selepas itu. Kewujudan data-data yang tidak genuine sentiasa akan mengganggu kejituan dapatan kajian dan akhirnya mempengaruhi keberkesanan keputusan pengurusan yang terhasil berpandukan kepadanya. Contohnya dalam penilaian ekonomi industri perikanan rekreasi. Kaedah yang sering dilakukan ialah menjalankan survey perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pemancing dalam setahun. Nilai purata yang diperolehi seterusnya didarab dengan jumlah pemancing rekreasi yang ada. Daripada situ barulah pelaburan seperti pembangunan infrastruktur dibuat. Sekiranya perkara ini tidak dapat dilakukan dengan tepat, bagaimana usaha pembangunan yang bakal dijalankan mampu memberi impak positif kepada ekonomi negara? Sedangkan itulah sasarannya.

Permit Memperkenalkan permit memancing adalah satu kaedah yang dirasakan mampu mengatasi permasalahan tersebut. Maksudnya selain lesen, kita juga ada permit memancing. Lesen adalah untuk mereka yang sememangnya menjadikan aktiviti memancing sebagai riadah rutin – kumpulan ini adalah pemancing rekreasi. Permit pula adalah bagi mereka ingin memancing tetapi tidak berniat untuk melakukannya secara rutin – mereka ini tidak dikategorikan pemancing rekreasi. Proses untuk dapatkan permit memancing seharusnya lebih mudah dan murah. Memadai dengan memberi nombor kad pengenalan contohnya. Mereka layak untuk diberi permit sekiranya semakan online tidak mendapati sebarang rekod pelanggaran peraturan memancing rekreasi yang ditetapkan. Keputusannya serta merta boleh diperolehi. Pemberian nombor kod permit sudah memadai bagi mereka - tidak perlu beri kad atau sebagainya. Jika lesen memancing dikenakan fi sebanyak RM 10 setahun, fi untuk permit mungkin memadai hanya sekitar RM 3. Tetapi ia hanya sah untuk satu trip memancing SIRIP 53


FishySirip Forum Forum “Pelik sebenarnya apabila lesen memancing yang bakal dikuatkuasakan hanya melibatkan pemancing. Pemancing perlu ada lesen untuk memancing, sedangkan skipper (tekong) yang membawa pemancing tidak tertakluk kepada peraturan yang berkaitan. Sedangkan semua tahu, merekalah pihak yang bakal meraih manfaat ekonomi terbesar daripada usaha pembangunan perikanan rekreasi kelautan kelak.� sahaja. Setiap trip perlu kepada permit yang baharu. Lesen memancing walaupun lebih mahal, ia sah untuk tempoh setahun. Kenapa perlu bayar lebih jika ada pakej jimat sesuai dengan keperluan masing-masing? Implimentasi permit memancing juga bakal memudahkan banyak pihak. Contohnya bagi penawar pakej-pakej percutian atau pelancongan. Dengan adanya permit, tidak menjadi masalah jika pelanggan tiba-tiba ingin memancing. Begitu juga kami di universiti berfokus marin. Sebahagian kursus yang ditawarkan atau aktiviti yang dianjurkan ada melibatkan pelajar atau peserta untuk pergi memancing. Jika ia perlu kepada lesen, tentulah rumit. Permit akan banyak memudahkan pihak penganjur dan membantu kami untuk patuh sepenuhnya kepada peraturan dan undangundang. Perlu diingat, untuk mendaulatkan undangundang tidak seharusnya ada pihak yang terkecuali.

Skipper Pelik sebenarnya apabila lesen memancing yang bakal dikuatkuasakan hanya melibatkan pemancing. Pemancing perlu ada lesen untuk memancing, sedangkan skipper (tekong) yang membawa pemancing tidak tertakluk kepa-da peraturan yang berkaitan. Sedangkan semua tahu merekalah pihak yang bakal meraih manfaat ekonomi terbesar daripada usaha pembangunan perikanan rekreasi kelautan kelak. Jika penganjur pertandingan memancing disyaratkan memiliki lesen menganjur pertandingan atas alasan untuk melidungi hak pemancing daripada ditipu penganjur, kita tidak nampak mengapa skipper boleh terlepas daripada syarat yang sama, sedangkan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan pemancing itu jauh lebih besar. Penganjur pertandingan perlu menunjukkan bukti kemampuan mereka untuk menyediakan hadiah yang dijanjikan, seharusnya skipper lebih-lebih lagi perlu menunjukkan kemampuan mereka memastikan keselamatan nyawa pemancing yang melanggan perkhidmatan. Penguatkuasaan merupakan isu penting apabila pelesenan dikuatkuasakan nanti. Ia adalah cabaran besar bagi DOF. Dengan kekangan kewangan, kakitangan dan kelengkapan yang serba kekurangan, tugas penguat-kuasaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Dalam hal seperti itu, kerjasama pihak yang mempunyai kepentingan adalah sangat diperlukan. Pihak tersebut antaranya ialah skipper sendiri. Sebagai pihak yang bertanggungjawab membawa pemancing ke lokasi pancingan, mereka adalah orang yang paling layak untuk memantau pemilikan lesan atau permit di kalangan pelanggan. Tetapi mereka sendiri perlu disyaratkan untuk mempunyai lesen sebelum layak membawa pemancing. Berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang pernah memancing di negara-negara maju, permit memancing boleh dipohon dan keluarkan melalui skipper. Maksudnya skipper berdaftar itu sendiri menjadi agen pihak berkuasa dalam mengeluarkan permit. Justeru, tidak timbul sebab mereka akan membawa pelanggan yang tidak memiliki permit. Pemancing juga tiada alasan untuk turun memancing tanpa permit atau lesen. Bagi melindungi hak-hak skipper, hanya bot-bot yang berdaftar dan berlesen sahaja layak membawa pemancing. 54 SIRIP

Melanggan khidmat skipper yang tidak berdaftar atau berlesen adalah satu kesalahan dan kedua-dua pihak terlibat (pemancing dan skipper haram) boleh didenda. Untuk tujuan pematuhan kepada peraturan, setiap pemancing yang melakukan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM 500. Itu yang terkandung dalam kertas cadangan yang telah dibentangkan. Tugas pemantauan ini sebaiknya tidak hanya diletakkan di atas bahu pihak berkuasa sahaja, tetapi skipper juga perlu memainkan peranan. Bagi memastikan mereka menjalankan tanggungjawab, skipper seharusnya turut dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan oleh pelanggan mereka. Ini mampu menjadikan skipper sebagai agen pemantau penguatkuasa kerana setiap kesalahan yang dilakukan pemancing akan menyebabkan mereka terbabit sama. Salah satu tanggungjawab pemancing apabila pelesenan dikuatkuasakan nanti ialah merekod hasil tangkapan masing-masing. Dalam hal ini skipper juga seharusnya memainkan peranan. Sebagai individu yang kehidupan sehariannya bersama laut dan ikan, mereka seharusnya arif dalam mengenal pasti spesies ikan yang didaratkan oleh pemancing. Begitu juga untuk tujuan merekod data berat dan panjang ikan yang dipancing. Menyediakan alat timbang dan pengukur seharusnya menjadi tanggungjawab skipper, bukan pemancing. Kita dapat lihat begitu banyaknya peranan skipper dalam isu pelesenan ini. Namun begitu, kita tidak akan dapat ‘memaksa’ untuk memainkan peranan tersebut melainkan mereka sendiri ‘diikat’ dengan lesen yang perlu mereka miliki. Alasan teknikal seperti pelesenan di bawah DOF hanya melibatkan perkakas tangkapan dan bukan individu dan pelesenan bot membawa pemancing terletak di bawah bidang kuasa jabatan lain tidak seharusnya dijadikan alasan. Sekiranya kita berani mencadangkan sesuatu peraturan baru, seharusnya kita juga perlu bersedia untuk menyemak semula undang-undang sedia ada. Kerana sebahagiannya adalah saling berkaitan. Ia seakan menyediakan kopi O. Menambah air tanpa menambah kopi dan gula menyebabkan kopi O menjadi tawar. Menambah air dan kopi tanpa menambah gula menyebabkan kopi O menjadi pahit. Manakala menambah air dan gula tanpa menambah kopi akan mejadikan kopi O terasa ceroi. Mahu tidak mahu kita perlu menambah kopi dan gula apabila mahu menambah air bagi memastikan kopi O yang disediakan kekal umph!

Penutup Skop perbincangan kali ini hanya meliputi satu isu yang dibincangkan dalam bengkel yang dihadiri. Ada dua lagi isu yang turut dibincangkan dan ia juga ada implikasi yang tidak kurang pentingnya untuk difikirkan. InsyaAllah kita kupas dalam keluaran akan datang. Sebelum itu penulis memohon maaf atas kelewatan mengupas isu ini. Tertunda sehingga lima bulan dari Februari hingga ke Ogos. Sekian, sehingga berjumpa lagi. - SIRIP -


PRODUCT AWARENESS

AJIKING FESTA BOAT

TICA SAMIRA

Festa Boat merupakan joran bot yang boleh digunakan untuk apa jua pancingan yang direka bentuk dengan lebih ringan dan ramping. Ia dilengkapi cincin SiC yang berkedudukan rendah dengan hulu pemegang sulaman Double X. Festa Boat terdiri daripada tiga model iaitu 180 (4.0 - 8.0 PE) berukuran 1.8 meter, 195 (4.0 - 8.0 PE) sepanjang 1.95 meter dan 210 (4.0 - 8.0 PE) sepanjang 2.1 meter. Kesemuanya mudah dibawa kerana berbentuk dua keratan.

Tica Samira merupakan kekili khas untuk pancingan pantai yang memerlukan lontaran jauh. Ia cukup ringan dan kendaliannya mantap dalam setiap peringkat pertarungan melalui sistem tegangan Quick Set. Ia dilengkapi 13 galas bebola tahan karat, reroda pemandu tali anti pintalan, gelendong aluminum tempaan, klac searah dengan anti balikan segera, sistem karauan tali senyap, penggera sambaran, pengayuh boleh ubah, tombol pengayuh berkuasa, dawai lengan pengarau aluminium padu, gear tahan tekanan berat dan sesendal karbon yang lembut. Terdapat model saiz 2000, 3000, 5000, 8000 dan 10000.

Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

AJIKING NIPPON Tali tangsi Ajiking Nippon direka bentuk untuk menumbangkan ikan besar dalam situasi paling mencabar. Tali berprestasi tinggi dan sangat kuat ini mampu menyerap kejutan sambaran yang hebat dan impak tancapan dengan regangan yang minimum, sementara mampu bertahan terhadap pecutan sebarang ikan perkasa. Semua itu dalam diameter tali yang kecil dengan daya kalis kakisan yang lebih daripada mencukupi untuk mengatasi cabaran getir. Ia terdapat dalam kekuatan 12, 15, 20, 25, 30, 40, 50 dan 60 paun. Warnanya jernih.

Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

MARUTO JIGGING HOOK

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

SENSES DIABLO 80S Diablo merupakan gewang sinking minnow terbaru dibangunkan oleh Senses Fishing. Sepanjang 80 mm dan seberat 13.5 g, gewang berbentuk aerodinamik ini membolehkan pengilat melontar ia menentang angin dan masih berupaya mencapai jarak yang jauh. Diablo 80S tenggelam dengan gelekan menggiurkan yang membolehkan aplikasi teknik karau-henti untuk menjebak spesies sasaran. Dengan rekaan lidah selaman yang unik, ia berenang dengan aksi amat cantik apabila dikarau laju.

Maruto, syarikat pembuat mata kail tersohor di Jepun memperkenalkan mata kail khas untuk jigging. Reka bentuknya ternyata bagus untuk jigging perlahan dengan ikatan yang kemas kerana berkepala T tanpa telinga. Terdapat tiga saiz iaitu no. 22, 23 dan 24, dengan setiap bungkusan terdapat tiga bilah mata kail.

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

SIRIP 55


PRODUCT AWARENESS

RELIX SAPPHIRE

AWA-SHIMA MAG CAST

Kekili Relix Sapphire menampilkan ciri-ciri badan yang ramping dan ultra ringan. Ia dilengkapi pengayuh potongan mesin, sistem anti balikan searah, gelendong aluminium dengan bibir bersalut titanium nitride. Terdapat dua model iaitu 750 dan 2000 yang dilancarkan oleh 7 + 1 galas bebola dengan nisbah gear 5.2 : 1.

Baitcaster keluaran Awa-Shima ini menampilkan badan hi-karbon yang berkualiti. Mag Cast 1001 juga mempunyai reka bentuk yang anggun dan tersendiri, apatah lagi berpengayuh kiri, kelajuan nisbah gear 7.0 : 1 dan 12 + 1 galas bebola! Baitcaster ini hanya seberat 170 g dan berharga serendah RM 435. Setiap pembelian dihadiahkan beg simpanan kekili.

Pengedar : OFT PANCING Tel : 07-388 0823 Faks : 07-387 1822 Pengedar : EASTERN FISHING TACKLE Tel : 07-388 8806

SENSES SLIDER 86 Pen sil Slide r 86 k eluar an Sens es Fis hing s epan j a n g 8. 6 cm se be rat 10. 8 g m enc ir ik an gem er inci n g a n dalama n, b erma teri al ABS k ualit i t inggi, binaan b a d a n tahan la sa k d an s k im c or ak y ang am at m enar i k . I a mam pu men gg iurkan s pes ies pem angs a per m u k a a n terutama toma n. T ek nik henjut an s ec ar a k ons i s t e n akan me ng ete ng ah k an ak s i ‘walk ing’ y ang m engan c a m . Jika jo ran d ise nta p lebih laju, ia ak an m elom pat - lo m p a t di permu ka an air.

56 SIRIP

AWA-SHIMA COMBAT CAVALRY J o r a n C o m b a t C a v a l r y k e l u a r a n A w a - S h i ma te r d i r i daripada model mendatar dan menegak dengan k e k u a t a n 8 - 1 7 d a n 1 0 - 2 0 p a u n . I a m er u p a ka n j o r a n s e b a t a n g ( o n e p i e c e ) y a n g c u k u p m a nta p d a n b e r k u a l i t i d e n g a n d i l e n g k a p i a l a s k e k i l i F u j i d an d i b e r i k a d j a m i n a n . H a r g a n y a s e k i t a r R M 3 6 0 – 3 9 0 . Se ti a p pembelian menerima topi Starlit percuma.

Pengedar : SENSES FISHING

Pengedar : EASTERN FISHING TACKLE

Tel & Faks : 07-231 5742

Tel : 07-388 8806


SHIMANO SOCORRO SW Ke tah an an s ebenar s es uat u per alat an k e p a d a ha mpir a pa s ahaja s it uas i panc ingan lau t a d a l a h ga mba ran terb aik buat k ek ili m endat ar S h i m a n o Socorro SW te r bar u. Dilengk api s is t em ge ar Hag an e y ang t ahan lasak, ke kili in i m em ber i ke ku ata n d an k ey ak inan terh ad ap pem anc ing lau tan . Dan de ngan tekno log i X- Ship, ia me na war k an ke lan ca ran dan da ya ku asa y ang teru ng gu l. Ia terd ap at dalam mod el saiz 5000, 60 00 , 8 00 0 dan 10 00 0, d engan ke ku ata n dra g m ak s im um s et inggi 10 hin gg a 1 2 kg.

OWNER PRO-PARTS ULTRA SPLIT RING Gegelung cincin keluaran Owner ini sememangnya berkualiti tinggi dengan kekuatan ekstrem. Ia boleh disifatkan sebagai gegelung cincin paling kuat walaupun bersaiz kecil bagi aplikasi air masin yang amat memerlukan aksesori sebegini bagi menentang GT, kertang, aya budak, tembaring dan lain-lain. Anda perlu gunakan playar besar barulah boleh membukanya untuk pemasangan pada jig, gewang atau mata kail.

Pengedar : EASTERN FISHING TACKLE Tel : 07-388 8806 Pengedar : SABRE TACKLE Tel : 02-6396 0982, 03-9221 4628

FLEX COAT ULTRA-V FORMULA Jenama Flex Coat sudah berusia 40 tahun menceburi industi pembuatan joran. Ia adalah bahan kemasan epoxy yang diperlukan dalam pembuatan joran dan mempunyai kandungan terbaik untuk tujuan tersebut. Dengan Flex Coat Ultra-V Formula, kemasan terakhir dalam pembinaan joran menjadikan gilapan yang lebih rata, tahan lama, kejernihan yang menakjubkan, daya pelekatan yang mantap dan dilindungi daripada sinar ultra ungu.

Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629

TAILWALK OUTBACK Tailwalk Outback, joran kembara khas 4 keratan yang berkualiti tinggi. Dengan ukuran setiap seksyen kurang daripada 51 cm, anda boleh memasukkannya ke dalam beg bersaiz sederhana. Joran kembara ini turut dilengkapi cincin Fuji SiC K-guide dan ia tiada masalah untuk dibawa kembara semasa berkhemah, bermotosikal, trip bisnes, di mana jua sepanjang masa. Terdapat dua model utama iaitu NC695H yang paling berkuasa dan sesuai untuk memburu sasaran ikan besar seperti toman, siakap dan tembaring, manakala NS624ML adalah model mendatar yang sesuai untuk memburu sasaran bersaiz sederhana.

Pengedar : SABRE TACKLE

Pengedar : SABRE TACKLE Tel : 02-6396 0982, 03-9221 4628

Tel : 02-6396 0982, 03-9221 4628

Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629

Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629

SIRIP 57



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.