Majalah Sirip Disember 2017

Page 1

LAKSAMANA BAKO-LAKEI

SIRIP JOIN US ON FACEBOOK

Kertang Gunung Berapi Bagaimana Atoll Terjadi? Mengilat Kerapu Malam Larian Tenggiri Kelantan Senangin Monica Bay Jigging Pertapaan Lubuk ‘Awesome River’

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini BIL. 195

15hb DISEMBER 2017




Editorial

DIS 2017

Bil : 195

KETUA EDITOR

S

etelah sekian lama berkembang, tibalah masanya aktiviti memancing memasuki era memancing yang berorientasikan semangat kesukanan. Namun ini bukannya perkara yang mudah untuk dikecapi. Pemancing harus menyesuaikan diri untuk menjadi dan memenuhi kriteria sebagai seorang pemancing yang bersemangat kesukanan secara zahir dan batin.

Pak Wong

SUB-EDITOR Papa Sirip

Rupa luaran pemancing telah banyak berubah sejak kebelakangan ini. Kebanyakan pemancing generasi baru menganggap aktiviti memancing sebagai suatu sukan dan pemancing sendiri merupakan seorang ahli sukan. Justeru pemancing kini amat mementingkan gaya pakaiannya.

majalahsirip2001@gmail.com

REKA BENTUK GRAFIK Liew Mong Eang

JURUKAMERA & PENYUNTING ‘IKAN TERHANDAL MALAYSIA’ Spike Fariq

PENULIS PAK

WONG,

HALIMI

HANIP,

NAZMI

ANUAR, HANUMEI IKE, RANDY AFANDI, JANG AMIN, KETAMTK

PENERBIT

Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. (522228-W)

No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D.E

Surat-menyurat Editor SIRIP Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D. E. Tel / Faks : (60)3-7955 5211 E-mel : majalahsirip2001@gmail.com

2 SIRIP

Teringat kembali zaman saya mula-mula menceburi hobi memancing di mana pakaian kebanyakan pemancing kita adalah amat biasa sehingga kelihatan selekeh. Hakikatnya pemancing pada masa itu kebanyakannya berasal daripada golongan pekerja biasa. Pakaian yang dipakai sewaktu memancing merupakan pakaian kerja mereka. Bahkan golongan atasan pun tidak akan memakai pakaian yang bersih semasa memancing. Salah satu sebab ialah teknik pancingan pada masa itu rata-rata menggunakan umpan segar. Justeru aktiviti memancing pada masa itu telah dianggap aktiviti yang dapat mengotorkan pakaian. Ada pemancing yang memakai pakaian lama yang sama sahaja setiap kali pergi memancing, dan ada pula yang memakai pakaian buruk yang dipenuhi tampalan yang dipakai semasa bekerja. Justeru aktiviti memancing pada zaman tersebut telah dianggap aktiviti yang kotor dan bertahap rendah. Pemancing pula dianggap golongan yang kurang berpelajaran dan tidak bersopan. Ibu bapa pastinya kurang menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang memancing memandangkan kelakuan pemancing yang sedemikian rupa. Namun zaman telah berubah. Pemancing yang dahulunya dianggap ‘low class’ telah pun bertukar menjadi ahli sukan yang berpakaian kemas. Lebih-lebih lagi ramai pemancing telah menganggap mereka sendiri sebagai olahragawan yang memancing semata-mata untuk sukan, dan bukannya habuan. Tangkap dan lepas telah menjadi amalan wajib bagi mereka. Biarpun begitu masih ada lagi pemancing yang mencemarkan nama baik pemancing melalui kelakuan yang tidak berpatutan. Yang paling biasa jumpa ialah kutu sampah. Apabila sesuatu tempat telah menjadi hot spot, akan diikuti oleh sampah yang bersepah di merata tempat. Sesetengah lubuk pula akan terjumpa ikan yang dibiarkan mati. Kononnya ikan pencuri umpan yang harus dibunuh dengan sesuka hati. Pemancing sanggup membiarkan ikan-ikan itu mati di atas tebing atau bot supaya tidak kacau dia memancing ikan sasarannya. Biarpun kelakuan-kelakuan tersebut di atas amat memalukan, namun tidak setanding pemancing tapau yang mengambil semua ikan pancingannya tanpa mengira saiz. Satu lagi pemancing yang harus dikutuk ialah mereka yang menganggap dirinya nelayan sebagai ‘pekerjaan sambilannya’. Di samping memancing menggunakan joran, mereka juga memasang pukat, rawai, tajur atau mempraktikkan kaedah tangkapan ikan secara komersial yang lain. Orang yang melakukan perbuatan ini tidak layak digelar olahragawan. Banyak lubuk telah binasa akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Dari pemancing sehingga olahragawan, bukan sahaja pertukaran luaran yang diambil kira, tetapi yang lebih penting lagi ialah pertukaran minda. Hanya apabila zahir dan batin memenuhi piawai sebagai seorang olahragawan, barulah imej olahragawan pemancing Pak Wong mampu diterima oleh semua lapisan masyarakat!


SPY-V (FIVE) dan SPY-N (NARROW), kedua-duanya variasi SPY. Apakah perbezaannya? Julat menirus Aksi bagus ketika jatuh

SPY yang sangat berbeza Spy-V dicipta untuk mencapai matlamat pancingan dinamik bagi menggoda mangsa semasa jatuhan dalam langkauan 10 meter. Semasa melakukan ujian, kami menemui keputusan yang tidak dijangka. Dalam teknik unjunan slow-pitch dan long fall, Spy-V berkesan untuk ikan pelagik dan demersal. Kami perlu menambah produk bersaiz 250 g untuk kawasan cetek dan model 600 g untuk kawasan lebih dalam. Ini merupakan gandingan hebat untuk kelas pancingan ikan gergasi. Spy dan Spy-V berkongsi beberapa persamaan, tetapi setiap satu mempunyai ciri yang ketara. Pemancing yang amat memahami teknik slow-pitch akan dapat membezakan ciri-ciri tersebut. Jika tidak, konsep “sesiapa sahaja boleh memancing dengan mudah� tidak akan berubah walaupun dengan Spy-V.

AKSI

Julat melebar Aksi bagus apabila diunjun

Terhebat untuk sasaran dengan kuasa renangan melalui unjunan ringan Arus pasang-surut dan reaksi ikan mangsaan memberikan anda petunjuk yang bagus, walaupun tiada sebarang isyarat daripada jig anda. Jika anda sampai ke tahap ini, inilah masanya untuk Spy-N. Ia menyertai produk kami selepas menunjukkan keputusan yang luar biasa di Muroto dengan menumbangkan amberjack lebih 10 kg secara konsisten, apabila pemancing lain di atas bot gagal menangkap seekor pun. Sementara mengekalkan jatuhan Spy dan aksi renangan yang menarik, ia mempunyai daya manuver yang ringan. Ia memberi anda kelebihan apabila memfokuskan kepada sasaran yang merupakan perenang handalan seperti ikan tuna dan amberjack bersaiz sederhana sehingga besar dalam arus yang kuat.

3105-3 Nagahama, Kochi-shi, Kochi, 781-0270 Japan TEL. +81-88-854-5606, FAX. +81-88-854-5601 URL: http://www.deepliner.com/labs/, email: deepliner@nifty.com


Kandungan Utama

HG

. 1)

BIL. 195 DIS 2017 ER

IN M

A L AY S

IA

(B

DEEP

LIN

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini

BIL. 195

15hb DISEMBER 2017

Kertang Gunung Berapi Bagaimana Atoll Terjadi? Mengilat Kerapu Malam Larian Tenggiri Kelantan Senangin Monica Bay Jigging Pertapaan Lubuk ‘Awesome River’

LAKSAMANA BAKO-LAKEI

JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

MUKA DEPAN : GT Pembuli Lakei - Bako

6. Doing It Right BAGAIMANA ATOLL TERJADI?

8. The Guardians of Bako

8. The Guardians of Bako LAKSAMANA LAKEI 16. Tronoh Peacock Bass Challenge RAJA RAPALA MASTER TRONOH 19. Grouper Night Casting SUPPER BABY KERAPU 22. Senangin Shore Jigging SENANDUNG SENANGIN MONICA BAY 28. Deep Creatures of Bintulu KERTANG GUNUNG BERAPI

19. Grouper Night Casting

36. East Coast Tenggiri Run BONDONG TENGGIRI TELUK SIAM 42. Enter The Awesome River XPDC MERDEKA ‘AWESOME RIVER’ 46. Heavy Cover Snakehead Games LUBUK DI SEBALIK AWAN 47. Product Awareness

22. Senangin Shore Jigging

28. Deep Creatures of Bintulu



Oleh : PAK WONG Sumber : UNDERWATER ASIA

BAGAIMANA ATOLL TERJADI? D

aripada banyak bentuk terumbu karang yang kompleks dan luar biasa, atoll atau ‘pulau cincin’ adalah pembentukan terumbu karang besar yang paling menakjubkan. Sistem terumbu ini membangkit secara lurus dari laut dalam, tetapi anehnya berlohong di tengah-tengahnya sehingga menarik pelbagai hidupan marin dan memukau pemandangan kita, sama ada dari atas mahupun di dalam air. Tetapi bagaimanakah ‘oasis’ ini muncul di tengah lautan? Apakah kuasa yang membentuknya dan kenapa ia menarik begitu banyak hidupan? Pada tahun 1842, Charles Darwin merupakan orang pertama yang melahirkan teori bagaimana atoll ini terjadi.

Teori Darwin Semasa pelayarannya selama lima tahun dengan kapal HMS Beagle dari tahun 1831 hingga 1836 merentasi Lautan Pasifik selatan, Charles Darwin hairan menyaksikan pembentukan pulau atau terumbu-terumbu cincin yang ganjil ini. Bagaimana ia boleh timbul dari lautan dalam yang amat luas, tetapi membulat dan sentiasa melindungi lagun cetek. Beliau lalu berpendapat bahawa atoll ini terjadi kerana pada asalnya ia adalah sebuah gunung berapi purba, yang kini sudah lama tenggelam di bawah ombak. Teori beliau menyatakan bahawa gunung berapi purba ini

pernah berdiri megah di atas permukaan laut, dan terumbu karang yang kita lihat sekarang adalah asalnya terumbu karang yang membentuk di lerengnya. Gunung berapi itu setelah tidak aktif, ia mula tenggelam sedikit demi sedikit dihentam ombak. Proses tenggelam ini yang mungkin hanya beberapa sentimeter setahun adalah cukup lambat untuk membolehkan terumbu karang membina dan memperkuatkan struktur asasnya berdekatan permukaan air yang lebih hangat. Sedang gunung berapi tenggelam, terumbu karang terus membangkit ke atas, dan akhirnya meninggalkan lingkaran terumbu yang mengelilingi lagun cetek di tengah – asalnya kawah gunung berapi - lalu wujudlah atoll yang kita lihat dan kagumi hari ini. Walaupun sekadar teori, para saintis telah menjalankan penyelidikan untuk mengesahkan teori Darwin itu. Mereka menebuk ke dasar atoll di Pasifik untuk mencari bukti bahawa ia adalah gunung berapi yang terendam. Dan hasil dapatan dan kajian mereka, ternyata ada bukti yang kukuh untuk mengesahkan teori Darwin tentang asal-usul atoll daripada gunung berapi.

Nirwana Marin Atoll sememangnya amat kaya dengan hidupan marin. Tetapi apakah yang membuatkan atoll ini tempat yang ideal Lakaran turutan bagaimana atoll terjadi daripada gunung berapi yang tenggelam.

6 SIRIP


untuk hidupan marin berkembang biak? Lantaran lokasinya yang terpencil dan jauh dari daratan, maka airnya sangat bersih dan jernih, yang menghasilkan keadaan yang subur untuk pertumbuhan karang. Ditambah lagi dengan fenomena julang air (up-welling) yang sentiasa berlaku yang membawa kekayaan nutrien dari kawasan yang lebih dalam. Banyak karang, banyaklah hidupan marin datang berkumpul, mencari makan dan berlindung lalu menarik populasi ikan bersaiz besar.

Pulau Layang-Layang, antara atoll yang menjadi syurga penyelam skuba di luar perairan Sabah yang dibangunkan dan ditadbir oleh Malaysia dengan kawalan rapi oleh pasukan tentera kita.

Atoll bertindak sebagai tempat perlindungan bagi penyu yang berhijrah dan syurga buat spesies pemangsa pujaan kita pemancing seperti tuna, GT, rainbow runner, wahoo, alu-alu, kerapu sonoh dan bermacam spesies yu. Lokasi atoll yang amat jauh juga menyelamatkan penghuninya daripada dinodai aktiviti penangkapan ikan oleh manusia. Asia Tenggara kita terletak hampir di kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu rangkaian geologi aktiviti gunung berapi di mana plat tektonik bumi bertumpu. Oleh itu, terdapat banyak gunung berapi termasuk atoll yang hebat untuk pemancing di rantau ini.

Atoll Malaysia Negara kita sendiri walaupun tiada gunung berapi, tetapi kita sebenarnya juga ada memiliki atoll yang indah ini. Namun ia berserakan di perairan Spratly di luar perairan Sabah dan Sarawak yang turut menjadi konflik rebutan negara jiran seperti

China, Vietnam, Brunei dan Filipina. Antara atoll yang berada di perairan negara kita ialah Pulau Layang-Layang (Swallow Reef), Terumbu Peninjau (Investigator Shoal), Terumbu Ubi (Ardasier Reef), Terumbu Mantanani (Mariveles Reef), Terumbu Semarang Barat Besar (Royal Charlotte Reef) dan Terumbu Semarang Barat Kecil (Lousia Reef). Indonesia, Filipina dan Maldives sebagai negara kepulauan, memiliki lebih banyak atoll yang mengagumkan. Atoll adalah permata lautan yang menawarkan hampir segala-gala yang diidam-idamkan oleh pemancing kerana ia mahsyur dengan GT dan aya budak (dogtooth tuna) bersaiz monster. Pastinya suatu ekspedisi memancing ke atoll menjanjikan pengembaraan manis yang akan dikenang seumur hidup anda! - SIRIP -


The Guardians of Bako

1

LAKSAMANA LAKEI 8 SIRIP


Teks : RANDY AFANDI

Fotografi : RANDY AFANDI, COMAT & IRWANDI

B

ako merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di muara Sg. Bako, kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuching. Kegiatan ekonomi penduduk kampung asalnya sebagai nelayan. Menurut penduduk kampung, nama Bako berasal daripada pohon bakau yang subur di sana. Penduduk Kg. Bako juga terkenal dengan sifat peramah dan gemar berjenaka dengan berbahasa campuran Sarawak, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Menariknya kawasan Bako ini memiliki satu kawasan hutan simpan persisiran pantai yang telah diwartakan sebagai Taman Negara Bako sejak 60 tahun lalu. Ia terkenal sebagai pusat pelancongan dengan limpahan pengunjung yang merangsang pembabitan penduduk setempat dalam industri pelancongan. Homestay semakin bertambah, hasil nelayan seperti ikan, udang, ketam, produk kering, ikan masin dan belacan menjadi kemestian untuk dibawa pulang oleh pengunjung apabila melawati Bako. Untuk pemancing, di luar muara Bako ada sebuah pulau, bernama Pulau Lakei. Di Pulau Lakei inilah seringkali menewaskan ramai kaki mengilat yang pernah mengunjunginya, tetapi itu hanya cerita. Kami perlu merasainya sendiri sejauh mana kehebatan Pulau Lakei ini yang dikatakan lubuk mengilat yang belum diterokai sepenuhnya.

Lenjan Lakei Saya berkenalan dengan sahabat tempatan, Khirman yang merupakan tekong bot di Lakei. Beliau yang bersuara garau, nyaring ala-ala rock sebenarnya mudah didekati. Beliau yang telah menceburi pancing mengilat sejak beberapa tahun lepas mula mengajak kami mencuba di Lakei. Katanya Lakei ada potensi tinggi seperti di Sg. Sempadi, Sg. Rambungan, Santubong dan Telaga Air. Khirman juga ada memberi beberapa tips, sekiranya air sungai hijau-hijau tebu, hasilnya pasti kompom! Awal bulan lepas, kami mula merancang ke Lakei. Kami telah menyewa tiga buah bot Khirman untuk menduga Lakei kali ini. Bot nelayan sepanjang 23 kaki dan enjin 40 kuasa kuda itu selesa untuk 3 - 4 pemancing. Dua buah bot kecil 18 kaki yang menggunakan enjin berkuasa 30 hp dan 15 hp pula selesa digunakan untuk 2 pemancing. Tekong tempatan amat diperlukan untuk membawa pengilat menduga di tempat baru seperti ini. Bak kata rakan saya, “ask the local�. Seringkali kami mendapat berita daripada nelayan tentang kehebatan spesies yang menghuni perairan Pulau Lakei. Kebiasaannya nelayan akan mendapat ikan pelayak (pecah periuk / triple tail), kerapu, jenahak dan spesies-spesies lain. Bagi nelayan, ikan benong (kurau) menjadi sasaran mereka. Ikan benong ini seakan-akan ikan mancung (senangin), tetapi benong bersaiz mega. Kebiasaannya benong di Lakei bersaiz 20 - 40 kg mengikut info yang kami perolehi.

2

1. Formasi

hakisan batu jutaan tahun sehingga m e n y e r u p a i kepala ular tedung yang memukau pandangan kepada sesiapa yang menerokai Bako.

2. Comat

berjaya mendaratkan ikan mancung (senangin) dengan menggunakan Zerek Tango joran Tulala dan kekili Quantum. Tahniah Comat, 2.3 kg tu... SIRIP 9


The Guardians of Bako

3

3. Cantik tancapan Zerek Fish

Trap di rahang gerepoh 2 kg milik Man.

4. Gerepoh

yang banyak berkeliaran di lereng batu Pulau Lakei.

5. Terminal jeti Bako. 6. Pandangan

kedudukan Bako.

satelit

Strike Meriah Oleh sebab belum merasai sendiri penangan penghuni Pulau Lakei, kami membawa set sederhana (medium) dan set berat (heavy). Ada juga rakan kami membuat persediaan micro jig. Trip recce lah katakan… tidak rugi mencuba. Perjalanan kami bermula pada jam 7.30 pagi dan mengambil masa 45 minit dari jeti Bako ke Pulau Lakei. Adalah lebih selamat jika bergerak secara berkumpulan, kerana

kita merentasi laut. Faktor cuaca boleh mempengaruhi trip. Tekong berpengalaman amatlah diperlukan kerana angin barat yang kencang boleh mendatangkan risiko jika tidak tahu tempat berteduh. Setibanya di Pulau Lakei yang menghadap Laut China Selatan, Comat mula melempar gewang Zerek Tango di hadapan batu tebingnya. Terus direntap kasar, mencicit-cicit juga tali keluar dari kekili Quantum. Setelah bertarung beberapa minit, kelihatan ikan mancung (senangin) naik ke permukaan. Hook-up di badan rupanya… patutlah padu semacam. Tengok hidung ikan ini, mancung kan! “Mancung macam hidung Comat juga, yang berwajah ala-ala Hindustan!” Tak lama kemudian, SP saya pula direntap kasar, tetapi rabut. Saya bagi isyarat kepada tekong untuk melempar gewang ke kawasan rabut tadi. Lemparan pertama kosong, lemparan kedua dengan melakukan aksi jerking, joran tekong melentur dan kekilinya terus menjerit panjang. Hahaha... buli buli buli. “Agik rasa kawu” teriak Khirman kepada tekong. Setelah beberapa minit, terserlah kilauan yang menyinarkan mata kami berempat. Ternyata gerepoh yang membaham Revolt Gangstar75 tekong.

4

10 SIRIP

Sejurus itu, Khirman pula yang mendapat sambaran dengan menggunakan Zerek FishTrap. Set sederhananya dihenjut ke dasar dan menghala ke tengah laut. Tidak sampai 2 minit, anak gerepoh naik ke dalam perahu. Wow, ini dah main kasar!


5

6

Khirman yang asyik bergambar sempat bermadah akan ternampak sekumpulan bilis (‘pusuk’ - nama tempatan). Saya pun mencapai SP Zerek Wiggly yang seakan-akan ikan bilis dan melempar di struktur lekuk batu. Saya berpendapat, mungkin ada sambaran jika SP ini dimainkan pada kedalaman 1 - 4 kaki. Baru jer cakap, SP saya terus kena ngap. Lawan punya lawan, naik seekor ikan mancung. Lesen peribadi juga bagi saya! Beberapa ekor lagi berjaya kami daratkan di spot yang sama. Ikan jenahak, gerepoh dan kerapu menghiburkan kami. Mengetuk dasar dengan SP juga sangat menyeronokkan. Kerapu

dan jenahak pasti terpikat dek kerana lantunan dan henjutan yang menggiurkan. Bot lain juga memperolehi strike yang bagus seperti alu-alu, tenggiri dan siakap merah.

Pembuli Lakei Setelah matahari mencecah tegak di atas kepala, kami pun rapat ke tebing untuk rehat dan makan tengah hari. Nasi lemak dan minuman sejuk kami beli di Kg. Bako menjadi juadah makan tengah hari kami. Ringkas dan mudah. Selesai mengisi perut dan berehat, kami mula melempar

Bako merupakan Taman Negara tertua di Sarawak yang diisytiharkan pada tahun 1957. Taman Negara ini meliputi kawasan seluas 27 km persegi, dan terletak lebih kurang 37 km dari bandaraya Kuching. Ia terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, tumbuhan dan hidupan liarnya. Ciri paling penting di sini adalah kawasan terlindung yang terpencil dan tanjung tinggi berbatu dengan cenuram curam yang mengagumkan menghadap Laut China Selatan. Tempias laut, pukulan ombak dan angin juga mengukir indah gerbang laut dan tunggul laut di dasar cenuram, dengan beberapa yang kelihatan seperti kepala ular. Di kawasan pedalaman, terdapat air terjun yang menjunam turun ke dalam kolam air dengan pemandangan hutan yang begitu mempersonakan. Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesies tanaman, dan ini merupakan salah satu tarikan di sini. Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako. Bako juga didiami oleh monyet proboscis (Orang Belanda) yang jarang ditemui, dan hanya terdapat di Borneo. Masa terbaik untuk melihat hidupan liar di Bako adalah selepas waktu subuh dan sebelum senja, ketika haiwan sedang aktif. Bako adalah tempat yang menarik untuk mengkaji burung, dengan hampir 150 spesies burung telah direkodkan di sini. Sumber : http://www.malaysia.travel/ms-my/my

Peta Taman Negara Bako yang menunjukkan point-point penting yang gemar dikunjungi pelancong, termasuk air terjun, trek pejalan kaki, bukit, tanjung dan Pulau Lakei.

Jabatan Perikanan Laut Sarawak sering membuat pelepasan benih ikan siakap di Sg. Bako sebagai satu usaha pemuliharaan sumber perikanan di kawasan ini.

SIRIP 11


The Guardians of Bako gewang ke celah-celah batu. Set Abu Garcia Power Crank dan joran Ajiking custom saya dihenjut kasar dan putus. 35 paun perambut fluorocarbon saya meletup tak sampai 3 saat! Fuhhhh... tergamam dibuatnya, tidak percaya! Tanda berfikir panjang saya mencapai set heavy, Abu Toro Beast dan joran Ajiking 12 – 35 paun custom dipadankan dengan tali Xzoga 50 paun dan perambut 60 paun. Saya harap ini kali pembuli itu dapat saya naikkan. Lempar punya lempar, tidak juga pemangsa yang sudi menyambar. Penat juga tangan dibuatnya dek kerana set heavy yang dipakai. Comat beritahu, mungkin dalam cuaca mendung ini gewang warna hijau bagus digunakan. Saya dengan tangkas memasang Revoltz Kanai85 Amazon pada set saya. Di satu lekuk batu, ternampak batu yang samar-samar, timbul-timbul taik (timbul tahi). Saya pun melempar gewang di atas batu itu, apabila ombak datang, saya melakukan karauan dan ternyata gewang menyondol batu tersebut. Teknik ini saya pelajari dulu daripada sahabat dari Miri, Atong Sibuti. Tidak lama kemudian, gewang saya direntap kasar sekali, rentapan

7

9 12 SIRIP

8


10 seakan-akan black bass. Nasiblah saya gunakan kekili berkekuatan 12 kg. Tali keluar sedikit sahaja, tetapi henjutannya membuat sendi-sendi pergelangan tangan jadi panas. Saya tidak beri peluang kali ini, terus saya pam naik joran dan beberapa minit kemudian kelihatan kelibat siakap merah bersaiz pembuli. Sebelah petang, kami mula bergerak balik perlahan-lahan sambil mencuba di lokasi-lokasi yang berpotensi. Ada juga ikan seperti kerapu dan jenahak yang menjamah gewang kami. Sambil melempar gewang, kami bercerita dan berkongsi pengalaman. Tekong beritahu, ada beberapa lokasi dihuni oleh siakap merah dan jenahak bersaiz mega, tapi jarang dapat didaratkan. Ada pun dengan teknik pancing dasar sahaja sebelum ini. Sedang asyik berhanyut dan melempar gewang ke celah-celah batu, Khirman menjerit , “Adoh eh… putusss”. Putus perambut 40 paunnya, melayang Rapala glass ghost-nya. Ketawa kami melihat gelagat Khirman yang mula meracau-racau. Hahahaha… memang kes buli ini. Tidak lama kemudian, tekong pula yang strike. Kali ini, gewang Ofmer tekong pulak yang kena tapau. Hmm... mungkin ini lokasinya.

11

Belum sempat saya melempar gewang, Comat terus melempar tepat ke point yang saya target. Zreeeeettttttt panjang kedengaran. Kali ini Comat diasak teruk. Dengan kudrat yang luar biasa, Comat tibatiba menjadi gagah dan berjaya menarik keluar pembuli tersebut… ternyata ia siakap merah. Wow… trip terbaiklah!

Batu GT Beberapa minggu selanjutnya, kami turun lagi dan kali ini satu pengalaman manis dapat saya nikmati di sini semasa melewati sebuah pulau batu yang dipanggil Batu GT. Batu GT ini terletak antara Pulau Lakei dan daratan Taman Negara Bako. Pulau batu ini menjadi tempat anak ikan bermain dan dinamakan sedemikian sempena pengawalnya, sang GT yang sering menewaskan pengilat. Tidak jauh di hadapan kami, kelihatan bot yang dinaiki Irwandi merapat dahulu pulau batu kecil itu. Seperti yang dijangka, Irwandi akan melontar gewangnya rapat ke batu. Tidak lama kemudian, Irwandi menjerit cemas apabila gewangnya dihenjut padu dengan joran melengkung tajam diheret ikan yang besar.

7.

Kalau kena musimnya, memang banyak ikan talang mengerumuni Pulau Lakei.

8.

Man dan alu-alunya… sememangnya jurupandu kami yang terbaik.

9.

Aktiviti nelayan tradisional di muara Bako.

10. Siakap

merah 52 cm, kemas gewang pada pembuli ini.

berskala tancapan rahang

11. Kg. Bako yang merupakan kampung nelayan.

12. Kami terkandas di muara

Sg. Bako. air cuma sekaki sahaja... seram juga dibuatnya sebab Bako terkenal dengan buayanya.

12

SIRIP 13


The Guardians of Bako

13

14

Khirman di dalam bot saya pun terus melaung, “Apa tunggu lagik, castlah”. Saya terus melempar gewang Revoltz Kanai85 gold ke batu itu. Dan serta-merta dari tepian batu kelihatan bayangan ikan besar meluru mendapatkannya. Apa lagi... mencicitlah tali ditekan keluar daripada Abu Revo Toro saya. Mujurlah saya bersedia dengan set kasar joran custom Ajiking 12 - 35 paun yang mempunyai lifting power yang sangat membantu saya. Irwandi yang juga menggunakan set kasar Abu Toro Nasci 51 dan joran Storm Monstar nampaknya telah berjaya mengawal dan menumbangkan GT bagaknya. Sepasang pengawal GT seberat 7 dan 7.2 kg yang bertepatan dengan nama kubunya itu tadi akhirnya berjaya saya dan Irwandi tumbangkan. Walaupun tidak mencecah belasan kilo. tapi sambaran mengejutnya ketika casting dengan drag yang ketat memberi keterujaan yang cukup luar biasa. Mahu luruh juga jantung dibuatnya!

Kesimpulan Kedua-dua trip ini mengajar kami agar tidak memandang rendah akan keupayaan sebenar penghuni-penghuni lubuk Pulau Lakei di Bako ini. Ia tidak dapat dijangka dari segi saiz, berat dan juga spesies apa yang akan membaham gewang kita. Persediaan awal perlu dibuat, dari segi keselamatan, bekalan makanan yang mencukupi dan juga set yang dipakai hendaklah sesuai. Struktur berbatu dan berteritip perlu diambil kira. Boleh dikatakan Pulau Lakei adalah lapang sasar heavy cover untuk masa kini. Kepada yang gagal menaikkan pembuli, “Try again… kipidap , don’t give up” di lain hari. - SIRIP -

*Tekong Khirman (Bako) : 016-871 2102 atau Andy : 013-692 3634

16

14 SIRIP

15

17


13. Man dan siakap merah yang ganas membaham gewang Wilson yang besar gedabak.

14. Kerapu yang disangkakan siakap merah pada awalnya apabila ia strike di celah batu.

15. Tenggiri

papan, boleh tahan juga tenaganya, yang penting isinya sedap.

16. Saya dah dapat lesen ikan mancung (senangin).

17. Irwandi dan kerapu bol...

gewang besar pun dia ngap.

18. Comat dan jenahak juvenil.. ternyata penghuni dasar meminati tarian jigging Zerek Fish Trap ini.

19. Double strike GT berskala 7 kg antara saya dan Irwandi dalam trip terbaru di Batu GT. Sangat berpuas hati dengan trofi ini kerana ditumbangkan hanya dengan mengilat!

18

19

SIRIP 15


Tronoh Peacock Bass Challenge

RAJA

RAPALA MASTER

TRONOH

1

1. Para peserta bergambar bersama. 2. Suasana

pendaftaran pada awal pagi. Bolehlah peserta jual minyak pada gadis UTP yang menguruskan pendaftaran.

3. Kali ini marshal tiada peluang untuk berehat.

4. Aksi

peserta yang berlumba untuk mendapatkan trofi masingmasing.

5. Double strike dan triple strike

cukup banyak kali ini, maklumlah kawasan larangan. Belum pun seminit peserta dilepaskan, sudah banyak yang menaikkan ikan.

6. PB juara 44 cm oleh Syed Naim.

T

ronoh di Perak bukanlah satu kawasan yang cukup terkenal untuk mengilat PB berbanding lombong tersohor yang lain. Namun disebabkan terdapat satu tasik tertutup di dalam Universiti Teknologi Petronas (UTP), maka ia dapat membiak dengan cepat dan membesar dengan sihatnya dan ini telah membuatkan kebanyakan peserta begitu teruja untuk mengilat di dalamnya. Penyertaan yang dibuka sebanyak 200 penyertaan laku bagaikan goreng pisang panas dalam hanya 3 minggu, walaupun hari pertandingan ada lagi sebulan lebih. Ini telah memaksa pihak pengajur membuka lagi 50 penyertaan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin menyertainya.

Walaupun masih ramai yang ingin menyertai, pihak penganjur telah menetapkan cuma 250 orang bagi memberi keselesaan serta ruang mengilat yang lebih besar. Jumlah penyertaan yang ramai ini bukanlah disebabkan penganjuran yang agak besar. Ia lebih kepada venue larangan itu yang sememangnya membuatkan ramai peserta tidak sabar untuk mengilat di dalamnya.

Marshal Kena Buli Peserta dilepaskan agak awal daripada kebiasaan pertandingan iaitu seawal jam 8 pagi. Ini memberi lebih peluang kepada peserta untuk mencari trofi masing- masing kerana tempoh pertandingan kali ini agak lama. Tidak putus-putus PB dinaikkan peserta pada dua jam pertama. Pihak penganjur telah meletakkan 7 buah meja pada 7 checkpoint di sekeliling tasik dengan beberapa orang marshal untuk kerja-kerja mengukur ikan. Biarpun agak banyak checkpoint, namun ia bagaikan masih belum cukup apabila peserta beratur panjang menunggu giliran untuk mengukur PB yang berjaya ditewaskan. Kali ini marshal betul-betul kena buli dengan peserta yang ramai. Maklumlah kawasan larangan, sememangnya kebanyakan PB di sini masih belum pernah jumpa gewang. Kesibukan ini turut dialami di khemah utama dengan urusetia yang merekod data dan hasil tangkapan yang membuatkan urusetia pening kepala kerana menerima begitu banyak data dalam masa yang sama.

Juara 2

16 SIRIP

Pertandingan tamat jam 12 tengah hari dan peserta dijamukan makan tengah hari


Teks & Fotografi : NAZMI ANUAR sementara menunggu urusetia membuat pengiraan mata bagi menentukan kejuaraan. Tempat pertama dan kedua telah dimenangi oleh wakil dari Sri Iskandar Sport Fishing Team, Syed Naim tempat pertama dan Syazwan Zubir tempat kedua yang masingmasing menaikkan PB sama saiz, 44 cm. Oleh sebab saiz ikan pada tempat pertama dan kedua adalah sama, perbezaan masa didaftarkan ke meja urusetia menjadi pertaruhan untuk menentukan juara. Agak kelakar di sini apabila Syazwan Zubir yang sepatutnya mendapat tempat pertama telah jatuh ke tempat kedua walaupun dia menaikkan PB bersaiz 44 cm terdahulu sebelum Syed Naim. Namun disebabkan kelewatan beliau menghantar PB tersebut ke meja urusetia hanya disebabkan ingin bergambar terlebih dahulu dengan trofi PB, akibatnya dia terlepas peluang untuk menjuarai pertandingan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Syed Aswad dari Brotherhood Caster dengan PB sepanjang 42cm.

4

Pihak penganjur juga telah membuka lebih banyak kategori pertandingan bagi memberi peluang lebih banyak peserta memenangi hadiah. Kategori kepala ular telah dimenangi Pang Chew Foung dengan haruan seberat 0.82 kg. Kategori ikan bermisai pula dimenangi Toh Chuan Peng dengan baung 0.295 kg. Manakala kategori lain-lain pula dimenangi Kong Kin Yuen dengan ikan lampam sungai 0.53 kg.

Keterlibatan Pihak Universiti Ia satu pertandingan yang meriah sekali antara pertandingan mengilat PB sebelum ini dengan penyertaan yang ramai, tempat pertandingan yang selesa dan lebih penting lagi kemesraan PB pada hari pertandingan ini sendiri.

5

3

6

SIRIP 17


Tronoh Peacock Bass Challenge

7

7. 8.

Pemenang kategori ikan bermisai (baung) oleh Toh Chuan Peng. Para pemenang bersama penaja utama Daiwa dan Rapala.

8

Menariknya, sebuah universiti terkemuka di Malaysia, Universiti Teknologi Petronas (UTP) sendiri telah menjadi penganjur utama. Inilah kali pertama sebuah universiti menganjurkan pertandingan mengilat sebesar ini. Ia satu nama baru bagi penganjuran pertandingan mengilat PB di Perak mahupun di Malaysia sendiri yang menunjukkan sukan mengilat semakin

diterima ramai serta berkembang. Bersama-sama pihak penganjur, Rapala dan Daiwa selaku penganjur utama dibantu lagi dengan Sakana Gaia, MGFA, Silibin Tackle, Drave dan Angler Territory telah menjadikan pertandingan ini sangat meriah dengan hadiah yang dipertandingkan.

- SIRIP -

Sudah sedia maklum bahawa PB atau panggilan tempatannya ‘ikan raja’ ini bukanlah spesies asal tempatan di Malaysia ini. Ia datangnya dari Lembah Amazon yang secara sengaja dan tidak sengaja telah terlepas di perairan air tawar Malaysia yang lebih tertumpu di Lembah Kinta, Perak. Telah banyak berlaku perbalahan di kalangan pemancing berkenaan spesies ini. Ada yang menyokong kehadirannya, ada yang tidak menyokong. Daripada forum memancing ke group Facebook atau ke meja bulat, perbalahan ini seakan tiada jalan penyelesaiannya. Suka atau tidak, spesies ini sudah membiak dengan pantas dari utara semenanjung hinggalah ke Sabah. Ada buruk dan baiknya akan kehadiran spesies ini di tanah air kita, namun yang penting kita sendiri perlu menghormati pendirian masingmasing dan tidak perlulah berbalah hanya kerana hobi kita. Dalam pertandingan ini, pihak universiti mempunyai program mereka sendiri dalam mereka menganjurkan pertandingan di mana PB yang dipancing peserta akan di-‘tapau’ atau dilupuskan dari tasik ini. Usaha ini dibuat bagi mengurangkan spesies pendatang ini dengan menggantikannya dengan spesies tempatan seperti patin, lampam dan jelawat. Jabatan Perikanan Malaysia telah membekalkan anak benih ikan ini untuk dilepaskan secara rasmi pada hari konvokesyen UTP 2017 oleh Tan Sri Mohamed Sidek Hassan, pengerusi Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).

PB yang telah dinaikkan semasa UTP Peacock Bass Rapala Master Challenge 2017 telah digantikan dengan ikan patin, jelawat dan lampam yang dilepaskan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi PETRONAS yang juga Pro Canselor, UTP.

18 SIRIP

Kesemua PB dimasukkan ke dalam plastik untuk diberikan kepada sesiapa yang mahu memakannya dan kepada yang lebih memerlukan.

Semoga 40,000 benih ikan yang dilepaskan dapat membesar dengan baik dan aman tanpa gangguan spesies predator PBN ini. Usaha murni yang telah dibuat oleh pihak universiti juga perlu mendapat kepujian demi kelangsungan spesies asli tempatan kita.

- SIRIP -


Grouper Night Casting 1

Teks & Fotografi : NAZMI ANUAR

SUPPER BABY KERAPU

K

ebanyakan kawasan parkir bot akan ada terbinanya benteng batu pemecah ombak yang bertindak sebagai perlindungan dari ombak besar bagi bot-bot yang berlabih di dalamnya. Benteng batu ini dibina menggunakan bongkah-bongkah batu yang besar dengan menjajal panjang ke tengah laut. Di sebalik bongkah-bongkah batu ini terdapat lubang-lubang yang menjadi tempat persembunyian, malah rumah bagi ikan-ikan di sekitar persisiran pantai, termasuklah

ikan buruan pengilat, kerapu. Secara tidak langsung, lubang-lubang ini menjadi nurseri bagi anak-anak kerapu untuk membesar. Bagi pengilat landbased air masin, spot seperti ini menjadi pilihan utama untuk mensasarkan spesies pelahap seperti kerapu ini. Jika kena pada keadaan air serta pasang surutnya, kerapu di sini menjadi sangat pelahap dan paling menyeronokkan, ia sangat mesra dengan gewang yang dihulurkan.

1. Mengilat

kerapu malam di kawasan bot berlabuh memang nyata lain dari yang lain.

2. Along

sifu jighead SP saya, memang pakar dalam pengubah-suaian jighead.

3. Kalau kena dengan pasang

surut airnya double strike sesaja.

3

2

SIRIP 19


Grouper Night Casting Pengaruh Pasang Surut Pasang surut air laut banyak mempengaruhi keaktifan ikan untuk memakan umpan dan ia juga menjadi faktor utama yang perlu diambil kira untuk memperoleh hasil di laut. Persisiran laut juga amat bergantung dengan faktor pasang surut air untuk menentukan masa yang sesuai mengilat kerapu. Batu-batu pemecah ombak ini dibina agak tinggi dari aras dasar laut, dan ia banyak menyimpan lubang-lubang yang menjadi sarang kerapu juvenil untuk membesar. Semasa air pasang besar, batu-batu ini akan tenggelam dan lubang-lubang yang menjadi kawasan persembunyian kerapu ini menjadi terlalu banyak. Ini amat menyukarkan pengilat untuk mendapat sambaran kerapu berikutan kawasan yang terlalu luas untuk diburu. Sambaran kerapu juga sangat sukar diperolehi ketika air surut terlalu rendah sehingga mendedahkan lubang-lubang kawasan persembunyian sang kerapu. Semasa ini, benteng batu yang dibina akan kelihatan hampir keseluruhannya, maka kebanyakan kerapu ketika ini akan berpindah ke kawasan berbatu sekeliling untuk berlindung.

4

4.

Anak todak meligan SP sekiranya terkeluar dari sarang kerapu.

5.

Macam-macam jenis kerapu menghuni benteng batu ini, untungnya tiada langsung kerapu liat.

6.

Antara kerapu dengan crankbait kecil, tapi tetap kalah dengan SP.

5

6

SP Killer Kerapu Di benteng pemecah ombak Marina Island, Teluk Batik ini, kebanyakan pengilat menggunakan gewang keras jenis crankbait bersaiz kecil. Saya juga asyik menggunakan crankbait kecil seperti Rapala Risto 5, Rapala Ultralight Crank dan Ofmer Drunken yang dikatakan killer untuk memburu kerapu di sini. Kunjungan saya pada waktu malam menunjukkan gewang jenis crankbait kecil efektif pada kawasan yang terdedah dengan lampu limpah yang banyak terdapat berhampiran kawasan parkir bot. Bila gewang ini dimainkan di kawasan yang gelap tanpa ada cahaya, ia seakan kurang mantap dan kurang mendapat sambaran kerapu. Namun sebagai langkah privasi, kami dilarang oleh pihak pengurusan parkir bot untuk mengilat terlalu hampir dengan

20 SIRIP

kawasan parkir bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Panjang juga tangan hendak mengilat menggunakan crankbait dalam gelap tanpa sebarang sambaran. Fiq dan Along (Manjung Caster) perkenalkan kepada saya gewang killer kerapu mereka di sini, soft plastic Zman. SP getah lembut ini sangat killer di benteng ini walaupun dalam keadaan gelap waktu malam. Biarpun sesetengah gewang bukanlah dari jenis pendarcahaya, namun keberkesanannya terbukti di mana ia lebih banyak menaikkan kerapu di kawasan gelap berbanding crankbait.

Lubang Kerapu Sifat kerapu yang suka mengendap di dalam sarang menunggu mangsanya lalu menjadikan SP lebih berkesan untuk menjeratnya. SP yang dimainkan secara


7

8

perlahan dan sentiasa berada di dasar kawasan berbatu menjadikan ia lebih mantap untuk mengumpan kerapu keluar dari sarangnya. SP akan dimainkan secara perlahan dengan mengheretnya di dasar dan celahan batu pada benteng. Sesekali SP akan terjatuh ke dalam lubang yang menjadi tempat persembunyian kerapu. Ketika ini, SP akan diunjun seketika sebelum menariknya kembali. Ia tidak ubah seperti mengunjun katak ke sarang haruan. Inilah sebab kenapa SP yang dimainkan pada waktu malam tidak memerlukan jenis warna pendarcahaya. Warna apa sekali pun kalau sudah masuk ke sarang kerapu, pastinya akan dibedal. Teknik yang diperkenalkan oleh Fiq dan Along ini amat berkesan untuk mendapatkan sambaran dari kerapu, namun peratusan SP tersangkut pada celahan batu amat tinggi. - SIRIP -

7.

Saiz terlalu kecil dilepaskan kembali moga-moga boleh jadi tong gas.

8.

Tak padan dengan kecil, memang betul pelahap kerapu ni.

9.

Kalau SP ngam masuk dalam lubang kerapu, kompom strike!

9

SIRIP 21


Senangin Shore Jigging Awal pagi lagi geng jigger Kemaman bersusun menduga senangin dengan jig di Teluk Mak Nik.

p as an g , p eja t A p ab il a ai r ak sa m em an rp te ai m an ci n g p m sa k tu n uu b u ki t b er b at ak M k ta i T el u ke lo ka si p an i se n an g in . n u ih d g N ik ya n

A

pabila disebut nama Monica Bay, tentu seseorang akan beranggapan ia bukan suatu tempat di negara kita. Memang agak ‘kebaratan’ bunyinya, tetapi itulah jolokan kepada nama asalnya, Teluk Mak Nik yang terletak di Kemaman, Terengganu. Monica Bay atau Teluk Mak Nik menghidangkan pantai berpasir bersih yang menganjur dari selatan Kuala Kemaman, di kawasan Geliga sehingga ke sebuah bukit yang agak sunyi yang tersergam di tepian pantai ini. Walaupun pantainya cantik, ia tidak begitu sesuai dan berbahaya untuk orang awam mandi-manda ke-rana konturnya yang bercerun dalam. Namun begitu, ia terkenal sebagai kawasan sarang penyu bertelur, dan menjadi kawasan pemuliharaan untuk penetasan penyu oleh Jabatan Perikanan.

Serangan Senangin Sebelum ini Monica Bay atau Teluk Mak Nik merupakan pantai yang biasa-biasa sahaja untuk orang ramai beriadah dan memancing pantai menggunakan joran-joran berbelas kaki panjang. Tetapi baru-baru ia meledak di dalam media sosial apabila sekumpulan pemancing Kemaman telah menaikkan banyak senangin hanya dengan menggunakan jig besi yang dimainkan dari tebingan pantai. Bondong senangin dilaporkan mula menyerang pantai Teluk Mak Nik ini sekitar Oktober sebelum monsun bermula, apabila setiap hari sang senangin ditumpaskan oleh pemancing dengan menggunakan jig kecil. Dengan hanya membaling jauh ke luar pantai dan kemudian dimainkan jig itu secara mengunjun sehingga ke tebing pantai, teknik yang dikenali sebagai seashore jigging ini nampaknya sangat menjadi dan begitu killer sekali untuk menjebak senangin. Saya yang kebetulan akan berada di Kemaman atas urusan kerja telah dimaklumkan perkara ini lebih awal oleh Syam, seorang pengusaha kedai pancing Ima Sport Fishing Tackle di Kemaman. Langkah kananlah nampaknya... 22 SIRIP


Teks : HALIMI HANIP

Fotografi : HALIMI HANIP & ISYAMUDDIN SYAM

Rezeki mata di depan saya apabila Syam berjaya menjinakkan senangin yang cukup kasar dan memberi tentangan yang sengit, walaupun bertarung di kawasan pantai yang lapang.

Senandung Senangin

MONICA BAY

Sebelum monsun tengkujuh melanda, pantai Kemaman terutama di Teluk Mak Nik akan diserbu oleh bondongan senangin. Menariknya, bondongan senangin ini dapat diperdaya dengan teknik jigging dari pantai sahaja! SIRIP 23


Senangin Shore Jigging 1

1. Kelihatan sebuah bot pukat jerut bilis berlegar berdekatan pantai, menandakan ketika ini musim bilis merapati pantai Kemaman dan sebab itulah senangin turut datang berkumpulan memburu mangsanya di sini. 2. Perhatikan jejak penyu pada pasiran pantai Teluk Mak Nik ini yang menandakan ada penyu telah naik untuk bertelur. 3. Ribuan ikan bilis masih segar yang terdampar di pantai. Hairan kenapa ini berlaku... 4. Jig berbentuk bilis dan ditambah bulu cukup kil-ler buat senangin. 5. Tiga strike berlaku depan mata saya. Hanya dua naik, satu ‘lokoh’ (lucut). 6. Teluk Mak Nik kini melakar nama sebagai hotspot jigging pantai terbaik buat senangin pada musimnya.

24 SIRIP

Sarang Penyu Syam menggesa saya datang sebelum matahari terbit kerana pesta senangin aktif seawal pagi. Setelah memarkir kereta di hujung pantai berdekatan pusat latihan INTAN, kami berjalan kaki lebih 1 km melepasi sebuah teluk panjang, kemudian barulah sampai ke teluk kedua yang biasanya dihuni senangin. 2

Teluk sunyi ini kelihatan kesan rayapan penyu di pasiran pantainya, menandakan ada penyu baru mendarat. Mujur kawasan ini dipantau oleh pengutip telur penyu berlesen untuk diserahkan dan ditetaskan oleh Jabatan Perikanan di pantai berhampiran Geliga. Tak lama kemudian, semakin ramai geng tiba untuk jigging di pantai ini,


3 4

5

ekoran berita senangin mengamuk telah kecoh seminggu dua ini. Kami beramai mula memasang jig dan lontaran dibuat. Pesan Syam, jig kecil berupa bilis seberat 25 - 35 gram disarankan dan mereka lebih gemar gunakan jig jenama Tajiki 35 gram yang boleh dilontar jauh, sesuai dengan set mengilat sederhana yang digunakan. Dan untuk menjadikan ia lebih memikat, jig harus ditambah bulu skirt pada mata kail.

Pesta Awal Pagi Rembang matahari menerangi Teluk Mak Nik. Baru 5 minit memainkan jig, P-Jan berteriak katanya terasa ada patukan pada jignya, isyarat ada senangin sedang mengintai di kawasan itu. Bersedia bila-bila masa untuk kena renjatannya! Syam beralih dari kawasan teluk lapang ke hampir kawasan tanjung berbatu dan balingan pertamanya terus dihambat. Sedang beliau melayan ikan itu, kami semua berlari anak untuk berpindah ke spot Syam pula kerana biasanya ikan ini datang berkawan. Senangin yang ditewaskan Syam boleh tahan kasarnya, dengan anggaran 2.5 hingga 3 kg. Boleh dikira saiz maksimum untuk rekod tangkapan senangin di sini. Sebaik ikan Syam diheret ke pantai, pesta senangin benar-benar meletus selepas itu. Dapat disaksikan dua tiga joran jigger yang lain direntap sekaligus. Ada yang merasa rentapan dan lucut, tetapi jig dikejar dan digonggongnya semula. Gaya senangin ini menyambar jig adalah seakan-akan mematuk jig yang diunjun sebelum ia mengemam dan joran seharusnya dibalas. Cuma isunya ialah jika dibalas kuat, mata kail pula dikhuatiri mudah mengoyakkan mulutnya, dan itulah sebabnya sambaran asyik ‘lokoh’ iaitu bahasa orang pantai

6

SIRIP 25


Senangin Shore Jigging

7

7. Jig ringan sehingga saiz 35 g menjadi pilihan utama senangin Teluk Mak Nik. Untuk menambah keberkesanannya, pastikan ia ditambah bulu pemikat. 8. Bondong senangin juga sering memasuki kuala Sg. Kemaman. Geng Kemaman juga sering berjaya memperdayanya hanya dengan membuat balingan jig jauh-jauh dan mengunjun di kawasan jeti nelayan sahaja. 9. Strike senangin bertubitubi sebelum ia menghilangkan diri apabila matahari semakin meninggi.

timur bagi perkataan lucut atau rabut. Sambaran senangin terhadap jig nyata sungguh meriah sekali. Namun tempoh ia gila makan jig ini dapat kami rasa sebentar sahaja. Lebih kurang sejam selepas itu, ia menghilang entah ke mana sebaik matahari naik segalah di langit sekitar jam 10 pagi.

Senaman Pagi Kisah jigging pantai Kemaman untuk senangin ini dah tular di FB. Ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mencuba kelainannya. Yalah... lazimnya kita terpaksa gunakan bot untuk memburu senangin. Tetapi di pantai, bukankah lebih menjimatkan? Bahkan ibarat macam pergi jogging dan bersenam awal pagi, sekadar berjalan kaki selepas subuh kemudian jigging santai-santai sahaja, jam 10 - 11 pagi dah boleh balik. Bawak ikan lagi! 9

26 SIRIP

8

Beruntunglah geng Kemaman ini dah jumpa sebuah lubuk jigging pantai yang produktif, hanya berdekatan rumah mereka jer. Hampir setiap hari, sehingga berbelas ekor senangin dapat mereka jinakkan di Monica Bay! Tetapi saya tetap percaya di pantai-pantai lain di tempat anda pun berpotensi untuk teknik jigging pantai sebegini. Tidak semestinya senangin, mungkin spesies lain yang lebih luar biasa. Jika ada tu, share-share lah yer bro... jangan makan sorang tau! - SIRIP -


10

11

Ima Sport Fishing Tackle I

ma Sport Fishing Tackle diasaskan oleh anak muda bernama Isyamuddin bin Mat Ali (Facebook : Isyamuddin Syam) sejak setahun lepas (Oktober 2016) atas minat dan hobi memancing yang mendalam, khususnya mengilat. Kedai ini terletak di Medan Selera Koperasi Masjid Geliga, dan amat mudah dikesan kerana menggunakan premis kabin berwarna merah di tepi jalan utama ke Kemaman jika anda dari Cherating, hanya di depan Masjid Geliga.

Kedai pancing serba lengkap ini 10. Syam (baju biru) melayani pelanggan dan berdi-buka setiap hari dari jam 10.30 pagi sengkang mata sehingga sampai 7.30 petang, kemudian ditutup ke tengah malam! sebentar dan dibuka semula dari jam 8.30 malam hingga 1.30 pagi! Memang 11. Uniknya kedai pancing rare betul apabila kedai pancing bukak serba lengkap ini dibuka santak ke pagi! Itulah keunikan Ima sampai jam 1.30 pagi! Sport Fishing selain turut menawarkan servis pos kepada pembeli dari luar. * Info lanjut, sila layari Facebook : Ima Sport Fishing atau telefon / Whatsupp Syam di no. : 019-938 4808

SIRIP 27


Deep Creatures of Bintulu 1

KERTANG

GUNUNG BERAPI 28

SIRIP


Teks & Fotografi : PAK WONG

2

T

erdapat tiga lokasi yang masih dalam ingatan saya apabila menyebut tentang lubuk memancing di perairan Bintulu, Sarawak. P]ertama ialah gerombolan tenggiri yang menguasai pelantar-pelantar minyak berdekatan daratan. Kedua ialah pelantar minyak E11 yang dilanda ribut petir sewaktu kehadiran saya di sana. Ketiga pula ialah GT gergasi pelantar minyak yang hanya dapat dipancing menjelang waktu malam secara curi-curi. Lokasi ketiga iaitu lokasi yang menghasilkan GT terbesar di dunia masih menarik ramai pemancing yang ingin memecah rekod GT peribadi sehingga rekod dunia. Namun pelantar minyak tetap dianggap

tempat larangan memancing. Menurut berita sejak kebelakangan ini pelantar-pelantar minyak ini telah meningkatkan lagi sekuriti di sana dan ramai pemancing telah dihalau apabila cuba menceroboh kawasannya.

Periuk Kertang Gunung Berapi Apabila nama Bintulu dalam arena memancing telah menjadi semakin kurang popular, spesies yang turut mendapat sanjungan pemancing iaitu kertang telah membangkit secara sendirinya. Namanya segera tersebar ke merata tempat setelah mendapat dorongan dari Dennis, seorang pemancing veteran tempatan.

1. Ruby

berskala monster hanya datang mencari makanan di perairan lebih cetek menjelang waktu malam seperti spesimen 20 kg yang memeranjatkan Daren ini.

2. Berhenti di pelantar minyak

buat seketika untuk mencari hiburan dengan GT.

3. Bot

yang bersaiz besar terdapat banyak tempat lapang untuk menjalankan pancingan. Lagi bagus jika kabin tidur dapat dibesarkan lagi.

3

SIRIP 29


Deep Creatures of Bintulu 4

4. Kertang

muncul menghiburkan para hadirin apabila ruby lesap pada waktu tengahari.

5. Li Zhe dari China cukup puas hati dengan saiz ruby ini.

6. Ikan

kecil yang biasa dijumpai di sini. Adakah ia makanan kepada kertang dan ruby?

Saya tidak terkejut apabila mendapat berita ini, lantaran luar pantai Bintulu memang dalam-dalam belaka. Jika perairan Miri yang bersebelahan terdapat spesies kertang, Bintulu pasti juga ada. Cuma kertang hanya disukai penggemar teknik pancingan dasar. Peminat teknik jigging kurang berminat untuk menerokai lubuk yang begitu dalam. Namun sejak terciptanya teknik jigging perlahan yang amat sesuai untuk lubuk dalam, kerapu yang menghuni dasar laut pula menjadi sasaran utama teknik ini. Kedalaman Selat Melaka memang terhad, pemancing hanya dapat memancing kerapu hijau yang tidak berapa besar. Justeru ramai pemancing beralih ke Sabah dan Sarawak,

5

30 SIRIP

lantaran di sana pasti terdapat banyak kertang mega yang dapat memecah rekod kerapu hijau! Lubuk yang dijumpai Dennis di utara perairan Bintulu sememangnya diidamidamkan oleh peminat jigging perlahan. Menurut beliau, spot ini kelihatan seperti sebuah gunung berapi yang memuncak dari dasar lautan ultra dalam. Di sekeliling luaran kawahnya ialah perairan ultra dalam, manakala di sebelah dalam kawah kedalamannya hanya sekitar 200 meter. Kawah yang berbentuk seperti sebuah periuk dengan kedalaman sekitar 200 meter inilah telah menjadi lubuk kegemaran spesies kertang dan ruby snapper.

6


Dennis mendapat maklumat lubuk kertang ini lebih kurang 2 tahun dahulu. Trip pertama beliau ke sini mencapai hasil pecah tong yang memberangsangkan. Justeru beliau pun bekerjasama dengan kapten sebuah bot kayu di sana untuk melaksanakan trip jigging khusus kertang dengan tujuan untuk memberitahu pemancing tanah air bahawa di Bintulu juga terdapat lubuk kertang hebat setanding jirannya Miri.

7

Sejarah Jigging Kertang Apabila saya berkesempatan menaiki bot Dennis pada Jun 2017, bertan-tan kertang bersaiz mega telah dituai dari lubuk tersebut. Namun Dennis amat yakin dengan lubuk ini. Menurut beliau, kawasan lubuk ini amat luas, banyak lagi ikan di sana. Lagi pun beliau belum pernah terjumpa walau sebuah bot nelayan pun selama beliau memancing di sini. Saya agak setuju dengan dakwaan beliau. Selagi tiada aktiviti menangkap ikan secara besar-besaran dan kawasan lubuk pula amat luas, ikan akan tetap ada. Cuma saiznya mungkin tidak sebesar dulu. Kedudukan lubuk ini memang jauh. Untuk menjimatkan masa, kami hanya singgah di sebuah pelantar minyak buat seketika untuk mencuba jigging GT. Kemudian terus berangkat ke destinasi yang memakan masa lebih setengah hari. Sebaik sahaja tiba di kawasan lubuk, ternampaklah sebuah kapal maritim China bersaiz mega. Menurut Dennis, kapal ini telah lama berada di sini. Tidak kira apakah tujuan mereka datang ke sini, sekurang-kurangnya kedatangan mereka dapat menghindarkan bot-bot nelayan haram dari luar negara untuk menceroboh lubuk yang kaya ini. Mengikut pengalaman kami, kertang memang menggemari kedalaman sekitar 200 meter. Teringat lagi lebih 10 tahun yang lepas apabila cuba jigging kertang buat pertama kalinya di Burma Bank, spot tersebut juga sedalam 200 meter. Ramai pemancing memasang umpan pada jig mereka apabila memancing di atas bot pancing yang berlabuh. Saya dan Master Lin pula memancing dengan jig yang tidak berumpan dan berjaya menaikkan banyak ekor kertang. Lin pula berjaya menaikkan spesimen menjangkau 40 kg. Lebih besar lagi berbanding kertang yang dipancing dengan umpan! Pengalaman dari Burma Bank meyakinkan kami bahawa kertang memang dapat dipancing dengan jig. Cuma agak sukar dilaksanakan melalui teknik jigging laju. Salah satu faktor ialah kedalaman lubuk kertang yang mencecah 200 meter lebih. Jig seberat 500 gram adalah wajib untuk mencapai dasar, amat meletihkan apabila cuba jigging dengan jig seberat ini. Ditambah pula tali yang digunakan amat kasar (tali utama 60 paun dan perambut 120 paun), tidak berapa terang rasanya apabila jig mencecah dasar. Arus juga menyebabkan tali menjadi bengkok sehingga jig tidak dapat dipersembahkan dengan sepatutnya. Masalah-masalah tersebut akhirnya dapat dibereskan dengan terciptanya teknik

jigging perlahan. Dengan teknik ini, jig harus dimainkan dengan perlahan untuk memikat ikan terutama spesies kerapu. Kerapu tetap akan membaham jig, asalkan aksi jig tidak terlalu kaku apabila ia tenggelam! Kita juga tidak perlu menghenjut jig dengan laju dan kuat. Mainkan jig secara perlahan-lahan dan biarkan jig kekal menghampiri dasar. Kerapu mega yang bersikap tamak ini akan mudah terperdaya.

7. Dennis

malas bergambar kerana telah banyak menaikkan ruby yang jauh lebih besar daripada ini.

Kedalaman & Lokasi Tertentu Pengalaman jigging perlahan pertama kami buat spesies kertang berlangsung di Aceh, Indonesia. Ia memang sebuah trip yang berjaya dengan kertang-kertang bersaiz mega menghentam jig seberat 400 hingga 600 gram dengan gila tanpa berhenti. Ini membuktikan keberkesanan teknik jigging perlahan terhadap kerapu mega ini dan menunjukkan bahawa mereka memang gemarkan kedalaman 200 - 250 meter. Kedalaman ini pula dikelilingi cenuram yang jatuh ke lautan ultra dalam. Tempat beginilah yang paling digemari kertang! Lubuk kertang di Bintulu ini juga mempunyai struktur yang sama dengan lubuk kertang di Aceh. Perbezaannya ialah kawasannya jauh lebih luas berbanding Aceh. Menurut Dennis, bot akan tetap berada di dalam kawasan lubuk biarpun dibiarkan hanyut selama satu jam. Bayangkanlah keluasannya! Memandangkan saiz lubuk ini yang luas terbentang, ikannya harus banyak lagi biarpun telah diusik pemancing dalam jangka masa panjang. Namun mengikut pengalaman kami, spesies kertang dipercayai hanya akan bermastautin di sebuah lokasi tertentu yang agak kecil sahaja biarpun dalam sebuah lubuk yang luas. Dalam trip Bintulu ini, andaian ini telah menjadi hakikat!

SIRIP 31


Deep Creatures of Bintulu

8

8.

Master Lin akhirnya berjaya menumbangkan kertang kedua besar trip ini. Menurut Dennis, harga ikan ini mencapai RM 80 sekilogram pada peringkat awal lubuk ini dijumpai.

9. Ruby saiz ini banyak + 10. terdapat di Kepulauan Spratly dan Luconia pada waktu dahulu.

11. + 12. + 13.

Ruby yang hanya muncul pada waktu lewat petang tabiatnya agak berlainan dengan saudaranya di Aceh, Indonesia.

14. Berjuta-juta

baby oborobor muncul di permukaan laut.

15. Makan

malam bersama awak-awak di restoran kepunyaan ibu Dennis sebelum pulang.

9

32 SIRIP

10


11

12

13

14

15

SIRIP 33


Deep Creatures of Bintulu

16. Flame snapper lebih + mendapat perhatian 17. pemancing berbanding ruby kerana amat jarang dijumpai dalam bilangan yang banyak.

18. Kapal

maritim China yang berlabuh sepanjang masa di kawasan ini sekurang-kurangnya dapat menghindari pencerobohan bot nelayan haram.

19. Kertang yang lebih kecil

kecundang terhadap teknik jigging perlahan pada waktu malam.

16 18

34 SIRIP

17


Setiap kali apabila bertandang ke sebuah lubuk baru, saya akan memasuki kabin kapten untuk melihat sonar bagi memahami struktur lubuk. Pemantauan selama beberapa hari ini menampakkan dasar lubuk yang agak sama rata. Hanya di sebuah lokasi yang berkedalaman 200 meter lebih sahaja terdapat struktur yang kelihatan berbukit. Dennis sedar terhadap lokasi ini dan mengatakan lokasi inilah yang paling banyak menaikkan ikan. Saya telah banyak kali mengalami keadaan seperti ini. Ikan seakan suka tumpu di sesebuah lokasi tertentu dalam sebuah kawasan yang berpotensi. Lokasi-lokasi tertentu ini ada yang mempunyai struktur tersendiri yang mampu dilihat oleh mata kasar atau melalui sonar. Namun ada pula memang tidak kelihatan perbezaannya dengan kawasan sekelilingnya.

Pesta Waktu Senja Lokasi kegemaran kertang dan ruby snapper ini memang terdapat struktur yang agak berlainan dengan kawasan sekelilingnya. Selain struktur yang berbukit, lokasi ini mungkin berdekatan cenuram yang sesuai untuk ikan besar bersembunyi dan melakukan serangan hendap terhadap mangsa yang berenang melalui lokasi ini. Manakala faktor terjadinya sebuah spot yang cantik mungkin juga termasuk kehadiran syarat-syarat penting seperti terumbu karang dan rumpair yang dapat membekalkan makanan kepada ikan-ikan kecil. Akhirnya kami telah menumpukan pancingan di lokasi ini dan berjaya menaikkan banyak kertang dan ruby snapper yang bagak-bagak saiznya. Ruby snapper di sini didapati amat aktif apabila tibanya waktu senja. Lokasi yang belum pernah menaikkan walau seekor ruby snapper akan menjadi seperti pasar malam apabila matahari mula terbenam. Ruby-ruby di sini amat rakus membaham jig dan mempamerkan daya saingan yang mengujakan. Kami terasa amat gembira kerana telah menjumpai sebuah lagi spot jigging perlahan yang berpotensi tinggi di Sarawak. Diharap apabila bot Dennis siap renovasi pada tahun 2018, akan berpeluang bertandang ke sini lagi untuk kertang dan ruby yang lagi besar! *Untuk tempahan bot, hubungi Dennis :019-855 5511

19

SIRIP 15


East Coast Tenggiri Run 1

BONDONG TENGGIRI

TELUK SIAM 36 SIRIP


Teks & Fotografi : HANUMEI IKE

T

ahun ini boleh dikatakan tenggiri kurang di perairan Kelantan. Bondongan tenggiri selalunya melewati unjam dalam tempoh penghijrahannya di Teluk Siam sebanyak dua kali setahun iaitu seawal Mac dan September. Mungkinkah ini disebabkan oleh kekurangan unjam yang menjadi mangsa rakus pukat tunda asing? Siapa lagi sanggup letakkan unjam dengan kos ribuan ringgit pada siang hari, tapi keesokannya lesap dan buluh turut hanyut seperti sampah terbuang?

Apabila Bondong Sudah Mari... Tenggiri unjam selalunya menjadi penanda aras akan kemasukan bondongan tenggiri di perairan ini. Khabar dari nelayan cepat tersebar, maklumlah nilainya tinggi di pasaran. Memang saya akui senario ini semakin teruk. Saya pernah naiki bot fiber hampir 2 jam ke satu tempat yang penuh dengan unjam, malangnya sampai-sampai... tiada satu pun unjam kelihatan. Dari satu tapak ke satu tapak unjam berpandukan koordinat GPS yang sudah ditanda, tiada apa yang tertinggal. Malah kami dikelilingi bot-bot pukat tunda ganding (pukat tunda dua bot yang dilarang). Masa, minyak bot terbuang malah milo ais yang dibungkus untuk tengahari, seawal pagi lagi disedut habis memikirkan hala tuju ke mana kami. Selalunya tenggiri unjam yang mendominasi bersaiz skala 2 - 4 kg. Saiz sebegini kuat melenjan jig dengan rakus malah terbang ke udara dalam melepaskan diri. Saiz sebegini jugalah yang membuat pemancing huru-hara di atas bot, sampai 3 - 4 strike serentak! Kekuatannya tidak dinafikan lagi, berdesut meliar ke kiri kanan dibawanya tali kekadang terbelit sesama sendiri, malah dilawannya sampai akhir gancu. Apabila bearbicara tentang keenakan isi, tenggiri saiz sebeginilah paling best dengan memiliki isi yang lembut dan bertulang rapuh. Persoalannya kenapa jarang saiz mega berada di unjam sekitar perairan Kelantan dan selalunya saiz bagak begini hanya menghuni karang, kapal karam mahupun tukun yang berabad usianya dan jarang sekali diperolehi dalam kuantiti puluhan ekor?

2

Ke Pelantar Bulan Kami‌ Kali ini, kami ingin menduga tenggiri yang jauh ratusan kilometer dari pantai di celahan struktur besi pelantar minyak dan juga kapal karam. Pelantar Bulan yang gah berdiri turut dilewati tenggiri kerana struktur ini sentiasa diterangi cahaya lampu yang mengundang pelbagai spesies mangsaan seperti kembong, selayang dan lain-lain. Apabila ada mangsa, akan hadir pula pemangsa.

1. Pelantar

Bulan

diserang

tenggiri...

2. Apabila arus laju, tenggiri gemar mengendap di bahagian dasar dan ini memberi kelebihan kepada jigging perlahan.

Tetapi perlu dingatkan tenggiri hanya galak memburu apabila arus laju. Berbadan panjang dengan ekor ‘V’, ia bagaikan torpedo membelah kelajuan arus mengejar mangsa. Satu lagi rahsia yang berjaya dicungkil dari tekong berpengalaman ialah apabila arus laju, tenggiri gemar mengendap di bahagian dasar. Ini memberi kelebihan dalam teknik jigging perlahan.

17 SIRIP 37


East Coast Tenggiri Run

3 arus laju 3. Apabila + mengurang, tukarlah kepada 4. jigging ringan kerana tenggiri mula galak berlegar di pertengahan air.

Saiz jig yang berat amat membantu untuk mencecah dasar dengan cepat dan tidak hanyut terlampau jauh dibawa arus laju. Jig semestinya mempunyai warna perak berkilat mahupun berpelekat hologram. Saya sendiri pernah berguru dengan sifu Pak Wong dalam teknik jigging perlahan, di mana beliau sendiri amat menyukai teknik ini dalam memburu tenggiri. Jig yang jatuh perlahan secara mendatar menghasilkan kilatan biasan akibat pantulan cahaya dari permukaan akan menarik pemangsa melihat gerakan jig yang jatuh seperti anak ikan yang sakit. Kebiasaannya jig akan dibaham pada masa jatuhan ini. Penggunaan kevlar berdawai digalakkan sebagai teras penyelamat daripada putus. Dalam teknik jigging perlahan, mata tunggal berkembar yang digunakan pada bahagian atas dan bawah sering membantu ketika strike. Ia turut menyumbang tacakan pada badan mangsa, ini yang selalu membuatkan mangsa tiada lagi peluang meloloskan diri. Pemancing perlu sensitif dalam masa labuhan jig, sentiasa melihat dan merasai tali yang terkeluar dari gelendong itu. Andainya tali meluncur laju daripada kebiasaan, itu menandakan jig kita telahpun dilarikan mangsa. Kita perlu cepat memusing pengayuh kekili agar berhenti keluarkan tali beserta sedikit sentapan bagi mengemaskan

38 SIRIP

4 lagi tacakan mata kail ke badan mangsa. Biarkan ia lari buat seketika dan pastikan tali sentiasa tegang. Seandainya tali mula kelihatan kendur, karauan pantas perlu dilakukan kerana mungkin mangsa sedang membuat ‘u-turn’. Pada masa inilah selalunya mangsa berjaya memotong perambut apabila tali kendur.

Pakailah Kaca Mata Saya suka tekankan sedikit aspek keselamatan buat pemancing. Pemakaian kaca mata polarized amat digalakkan. Tenggiri, satu spesies bijak dalam melucutkan mata kail sama ada dipotong perambut semasa perlawanan (ini kurang mendatangkan bahaya kepada pemancing), dan seandainya ia tidak berjaya memotong perambut, kepala mangsa kelihatan tergeleng-geleng di permukaan air berusaha melucutkan mata kail. Tali yang tegang mempunyai momentum lantunan yang kuat, seandainya mata kail terlucut itu meluru ke arah pemancing. Ini yang mendatangkan kemudaratan kepada kita, begitu juga kepada kawan yang menggancu ikan. Sebaiknya kita tidak terlalu gopoh dalam mendaratkan ikan. Perhatikan dahulu keadaan jig dan tacakan mata kail pada mangsa sebelum digancu. Kaca mata polarized amat membantu dalam situasi


sebegini untuk memerhatikan semua tadi, dan kawan yang membantu sebaiknya turut memakai kaca mata ini bukan sekadar untuk kelihatan jelas di permukaan, tetapi juga sebagai perlindungan aset yang amat berharga buat manusia iaitu mata kita. Malah turut menambah kekacakan kita sebagai pemancing.

Sekadar Berkongsi Apa yang diceritakan hanya pengalaman saya untuk dikongsi bersama. Dalam teknik pancingan moden yang kian berkembang, seharusnya kita turut bersama mempelajarinya agar tidak ketinggalan. Namun sebagai pemancing berdedikasi, janganlah perkecilkan teknik konvensional ataupun tradisional. Malah bagi saya, tiada ruginya mempelajari kesemua ilmu ini. Bahkan apabila digabungkan, ia menjadi sesuatu yang unik... percayalah. Saya berani bertanya berapa ramai pembaca di sini yang pernah melihat teknik menunda tenggiri dengan daun mengkuang? Saya pernah mempelajarinya, ia sesuatu yang unik dan berseni. Masakan tidak dengan jarum dan benang digunakan untuk menjahit dan tangan yang menulis ini pernah merasai rakusan bahaman ganas beberapa ekor tenggiri daripada umpan tersebut. Sayang seribu kali sayang, ilmu orangorang lama kian di telan zaman dan apa yang saya ketahui di kampung arwah nenek, masih ada seorang sahaja lagi yang boleh menurunkan ilmu ini. Itu pun umurnya sudah di penghujung usia. Begitu juga ikatan tali dan sambungan, semuanya dipelajari dari nelayan. Janganlah dengan hanya menguasai teknik moden hari ini kita sudah gah mendabik dada dan layak dipanggil sifu, sedangkan pada hakikatnya ia hanyalah umpama satu apungan buih di lautan biru...

- SIRIP -

5

5. Pemain jigging ringan perlu + berada di buritan bot bagi 6. mengelakkan kes terbelit tali sesama sendiri akibat hanyutan jig ke belakang bot.

6

SIRIP 39


East Coast Tenggiri Run

FORMASI ‘RINGAN VS PERLAHAN’ Apabila arus laju mengurang, permainan jigging ringan perlu dimainkan kerana tenggiri mula galak di pertengahan air. Jig seberat 60 - 40 g mula mengambil alih, dengan padanan joran PE 1 – 3, kekili bersaiz 3000 dan tali utama berdiameter halus dengan ikatan perambut 20 paun sepanjang 6 depa sudah memadai. Kekili mendatar (spinning) digalakkan kerana memberi kelebihan dalam karauan laju dan juga unjunan joran. Jenis jig juga disarankan sedikit panjang. Di atas bot pula formasi pemancing turut berubah. Pemain jigging perlahan perlu berada di bahagian hadapan bot, manakala pemain jigging ringan seharusnya berada di buritan bot. Ini untuk mengelak kes terbelit sesama sendiri. Jig perlahan yang berat hanya dilabuhkan terus ke bawah bot. Sekiranya hanyut, tidaklah terlalu jauh ke belakang bot, berbanding jig ringan yang adakalanya dibawa arus jauh ke belakang dan labuhannya sekadar separuh air bagi permainan tenggiri. Lagipun jig ringan mampu dibaling jauh.

Senses Spymission 125SWR 50 g berkelebihan dalam karauan sederhana mahupun laju untuk memikat tenggiri.

Warna asas bagi jig ringan tetap berteraskan warna perak berkilat, walaupun bercampur warna lain seperti merah, hijau mahupun kuning. Walaupun begitu, ada harinya jig berbentuk tertentu dengan warna tertentu menjadi pilihan tenggiri. Fenomena ini sukar dirungkai sehinggakan jig tahyul dan benda khurafat mula muncul dan disebut-sebut, digilai dan dicari pemancing. Dan permainan harga barang tersebut mulalah di luar akal tetapi tetap juga dibayar pemancing. - SIRIP -

SINKING MINNOW – BALING, REHAT, KARAU Inilah teknik menjadi kegemaran saya sejak kebelakangan ini. Kurang guna tenaga kerana kita tidak perlu unjun joran, tetapi hanya baling sinking minnow (SM), rehat (lepas tali) dan karau. Boleh dimainkan pada arus laju atau perlahan dengan menukar berat dan saiz SM kerana jorannya yang agak kuat mampu menampung bebanan berat SM mahupun momentum lontaran. Joran perlu memiliki panjang sekurang-kurangnya 7’6” dengan kekuatan minimum PE 3 dengan padanan kekili mendatar bersaiz 5000 - 6000 yang diisi tali 40 paun dan perambut 30 – 50 paun sepanjang 3 meter. Sama seperti jigging ringan, labuhan SM hanya tertumpu di separuh air bagi menduga tenggiri. Pada kedalaman hampir 70 meter, agak lama juga menunggu jatuhan SM ke separuh kedalaman air selepas membuat balingan. Itu yang saya maksudkan rehat buat seketika dengan hanya perhatikan tali terkeluar dari kekili sebelum ‘bail arm’ ditutup dan karauan dibuat. Saya gemar gunakan Senses Spymission 125SWR 50 g yang boleh dikarau sederhana dan juga laju dengan memiliki dua aksi berbeza. Ini menyenangkan kita melakukan aksi tertentu dalam satu karauan. Sekiranya dikarau laju dan andainya berlaku strike, usah lakukan sentapan kuat kerana khuatir ia akan mengoyakkan lagi titik tacakan mata kail dan menjadi lebih luas koyakannya, lantas memudahkan mata kail terlucut. Sebaliknya sekira dalam kelajuan sederhana, cukup sekali mahupun dua kali sentapan sudah memadai. Namun begitu, peranan ketajaman mata kail juga perlu dititik-beratkan bagi membantu kita dalam menewaskan ikan idaman pemancing ini. - SIRIP Pak Long memasang perambut dawai sejengkal di muncung gewang kerana dah tak tahan banyak SM yang kena cukai.

Syok mengilat SM. Kurang guna tenaga, hanya baling SM, rehat (lepas tali) dan karau.

40 SIRIP



Enter The Awesome River 1

XPDC MERDEKA ‘AWESOME RIVER’ E

kspedisi sempena cuti Hari Merdeka ini mendapat kerjasama Khairul Izuan yang bertindak sebagai jurupandu dan Afzal yang kedua-duanya dari Felda Keratong. Setelah penat melalui perjalanan yang agak jauh, kami melelapkan mata seketika sebelum 8 pagi. Setelah semuanya sedar dan menjamah sedikit sarapan roti canai yang ditapau tadi, kami berlapan bertolak ke sempadan hutan simpan dan ladang kelapa sawit untuk memulakan aktiviti trekking.

Bukit Kecut Otak Sejam pertama merupakan tempoh yang amat mencabar kerana kami terpaksa melalui trek yang terus menerus mendaki bukit berketinggian lebih kurang 800 meter. Bukit ini juga diberi nama gelaran ‘Kecut Otak’ dek mungkin kerana otak kita akan terasa mengembang dan menguncup sebaik tiba di puncak bukit. Perkara yang sebenarnya mungkin kita terlalu penat akibat 42 SIRIP

mendaki bukit tersebut, dan keadaan mengah-mengah dalam menyedut oksigen membuatkan kita berasa sedemikian. Setelah melepaskan lelah di enam ‘check point’ sepanjang trek, Alhamdulilah, segala penat lelah berbaloi apabila kedengaran deruan jeram menunjukkan laluan kami betul membawa ke ‘Awesome River’ tersebut. Kami selamat sampai jam 12.30 tengahari, dan mula membuat tapak perkhemahan setelah menjamu selera dengan hanya makan nasi putih berlauk sardin. Masing-masing mencuri peluang untuk berehat seketika di dalam hammock, ada yang di dalam stretcher serta tidak kurang yang hanya mengalas ground sheet untuk baring seketika. Kelihatan seorang demi seorang menghilangkan diri dengan set pancing masing-masing. Tidak ketinggalan juga saya, Fendi dan Fauzul telah menghilir Awesome River dan


Teks & Fotografi : JANG AMIN

1. Lubuk Batu Hampar, lokasi 2 mencari spot lubuk yang menarik untuk dicuba. Fendi telah ke hilir lagi berseorangan, saya dan Fauzul menumpu di kepala lubuk yang agak dalam dan berselekoh di ekor lubuknya. Setelah hampir sejam menunggu, rentapan kasar berlaku pada pancing Fauzul. Dengan pantas Fauzul menjulang joran dan mengarau secepat mungkin. Suspek kelihatan ingin menuju ke reba kayu yang berserepah di sebelah kiri lubuk. Pengalaman menyebelahi Fauzul memujuk dan menjinakkan suspek tersebut. Alhamdulillah, teriakan kegembiraan Fauzul memecah keheningan hutan petang itu. Kelah bersaiz 2.5 kg berjaya Fauzul daratkan.

Setelah nasi goreng saya sediakan untuk sarapan dan selepas perut dialas, saya, Fauzul, Mie Kendo dan Pendi mencuba nasib di lubuk yang ‘lejen’ bagi pemburu-pemburu kelah di sini. Semasa menghulu sungai, Pendi terserempak kijang jantan ketika menyusup-nyusup dalam trek yang memang sudah tidak kelihatan menuju ke lubuk batu hampar.

wajib untuk dicuba apabila berkunjung ke ‘Awesome River’. Tetapi agak azab untuk sampai ke sini.

2. Abu, Pendi dan Mie Kendo melepaskan lelah seketika sebelum menyambung perjalanan ke tapak khemah utama.

3. Kelah merah berskala 2.5 kg yang berjaya dijinakkan Fauzul pada hari pertama.

Fendi yang kemudiannya tiba juga di tempat kami setelah tepu di lubuk hilir membawa berita yang agak merunsingkan kami iaitu beliau terserempak sekawanan gajah yang sedang makan pucuk-pucuk buluh. Nasib baik beliau perasan dari awal dan segera patah balik ke arah kami. Setelah makan malam ala kadar berlaukkan lampam yang dipancing Afzal, kami tidur awal pada malam pertama bagi mengecas semula tenaga yang telah banyak dihabiskan semasa trekking siang tadi. Dengan hanya bertemankan cahaya suram lilin dan lampu LED Camping Set, semuanya lena kepenatan sehingga ke dinihari.

Lubuk Lejen Pada hari kedua, awal-awal pagi semua sudah menghilangkan diri. Trip kali ini, tidak ramai yang turun untuk casting memandangkan keadaan sungai yang keruh akibat hujan malam hari. Lebih kurang jam 9 pagi, Afzal pulang ke kem dengan seekor kelah biru 300 gram, Alhamdulillah lesen... teriaknya.

3

17 SIRIP 43


Enter The Awesome River Hampir 2 jam trekking, kami sampai ke lubuk lejen tersebut. Tenang dan mendamaikan kelihatan lubuk ini, kicauan burung-burung sedikit-sebanyak menghiburkan hati kami dalam sabar menanti santapan rakus sang raja sungai. Penantian yang lama kami agak hampa, lampam sungai, seluang bada dan terbul saja yang sudi menggetu sawit peram kami. Sehingga lewat petang, kami semua trekking pulang ke khemah. Dalam perjalanan, Mie Kendo menceritakan yang beliau hanya sempat mendengar drag jorannya berdecit-decit akibat sawit peram direntap rakus sang raja ketika beliau sedang menunaikan solat. Akibat kedudukan beliau yang agak jauh, tiada seorang daripada kami pun yang dengar apatah lagi perasan joran beliau telah tertonggeng di gigi air sungai. Putus dan berbulu-bulu tali utamanya, akibat geseran ke batu dasar sungai kesan larian kelah. “Tak apalah, takde rezeki aku,” katanya. “Tak kusyuk aku sembahyang...” tambahnya lagi.

4

Abu pula menceritakan pengalaman beliau terjun ke lubuk untuk menyelamatkan ikan yang dipancing terbelit reba kayu di hujung lubuk. Beliau sangkakan kelah, sebaliknya ikan kerandang bersaiz sekilo lebih. Umpan udang sungai, katanya.

Tersungkur Hari ketiga, sebaik sahaja menunaikan solat subuh, saya dan Afzal awal-awal menuju ke lubuk yang berpotensi tinggi untuk menaikkan kelah mega. Perkhabaran itu ada buktinya apabila trip sebelum ini kelah berskala 6 kg berjaya dijinakkan di lubuk tersebut. Hari ini, semua fokus ke hilir sungai dan tiada seorang pun menuju ke hulu. Air sungai masih berwarna ‘bulu baboon’ yang mana memang sesuai untuk menduga kelah siang hari. Setengah hari kami berdua di lubuk tersebut dan hanya getuan anak-anak ikan

5

4. Jang Amin bergambar di lu-

buk yang penghuninya telah berjaya memutuskan Berkley Big Game 20 paunnya.

5. Penghuni

di lubuk inilah yang banyak membuli pemancing kelah tegar dan dengan licik dapat melepaskan diri akibat struktur dasar lubuk yang penuh reba.

6. Jang Amin dan Afzal bergambar bersama 2 ekor kelah yang berjaya dijinakkan dalam trip ini.

6

44 SIRIP


CARA MENJEJAK ULAT BULUH

@ LUNDI BULUH

Saya mengenali ulat buluh ini semenjak berkongsi lubuk dengan penduduk peribumi di tempat saya bermastautin Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ulat buluh ini amat disukai kebanyakan spesies ikan di jajaran sungai-sungai di Malaysia. Spesies seperti baung, lampam sungai, lampam jawa, terbol, sia, kerai dan pernah Orang Asli di sini menceritakan kepada saya ikan kelah pun kerap dinaikkan menggunakan ulat buluh ini sebagai umpan. Saya berkesempatan belajar bagaimana untuk menjejak ulat buluh ini dari sahabat saya berketurunan Orang Asli di Kuala Kubu Bharu ini. Berikut adalah turutan gambar akan bagaimana anda boleh menjejak sarang ulat buluh yang kebiasaannya akan mendiami 3 - 4 ruas pada sebatang buluh sahaja.

A

B

C

D

A. Cari buluh dari jenis ‘buluh betong’ dan ‘buluh padi’ yang kebiasaannya didiami oleh ulat buluh ini. B. Lihat buluh muda yang tengah yang memiliki ruas yang rapat, dan di sinilah kebiasaannya didiami ulat buluh. Usah terkeliru dengan buluh yang belah kanan sekali (dinding buluh berlubang) yang sebenarnya telah dirosakkan oleh spesies ulat perosak lain, bukannya angkara ulat buluh.

C. Buluh seeloknya ditakik dahulu sebelum ditebang untuk memastikan benar-benar terdapat ulat buluh di dalamnya. D. Hasil keseluruhan ulat buluh... ada lebih kurang 30 ekor untuk sebatang buluh. sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa bosan. Menu tengahari hanya mee segera saja yang saya masak di tepi lubuk demi untuk tetap fokus 100% menaikkan kelah. Detik demi detik penuh sabar menanti, entah macam mana saya boleh terlelap dek angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup manja. Tiba-tiba, sayup-sayup kedengaran suara Afzal berteriak umpama dalam mimpi. “Jang… rod kau tu!” Tersentak dari lena, saya dapati joran sudah pun tertonggeng, tali yang menambatnya tegang dan tali Berkley Big Game 20 paun saya berdecit-decit keluar. Dalam keadaan kelam-kabut ingin mencapai joran tersebut, saya jatuh menyungkur dan kaki luka akibat tertikam kayu pancang pancing. Joran saya gapai dan julang setinggi yang mungkin, sakit yang tengah dialami saya lupakan seketika, bermulalah aksi tarik-menarik saya dengan penghuni lubuk. Terasa berat seumpama menarik batu besar dari dasar sungai. Suspek tidak mahu mengalah, tali dibawa lari ke arah reba di hujung lubuk. Saya bertahan dan dalam masa yang sama cuba mengetatkan drag kekili Ryobi Kreger 4000 sedikit demi sedikit dengan harapan kelah berhenti dan saya berpeluang untuk mengaraunya dekat. Tidak sempat berbuat demikian, kelah dengan bijak telah berjaya juga menuju dan melilit reba tersebut, akhirnya putus.

Kena Buli Pada malam itu, kami banyak menyembang dan berkongsi apa yang berlaku siang tadi. Boleh dikatakan semua ahli komplot dapat merasai tarikan rakus sang penunggu di lubuklubuk ‘Awesome River’ ini, cuma belum ada rezeki untuk mendaratkannya. Azmie yang duduk bersebelahan lubuk Pendi di hilir pun dibuli sehingga talinya putus. Tidak kurang juga Pendi yang

diasak sehingga sang raja sungai memecut sampai ke lubuk bersebelahan yang ditunggu Azmie yang berkesudahan terbelit di reba dan rabut. Abu pula terjun untuk kali keduanya di lubuk semalam untuk mendapatkan trofinya yang turut rabut di gigi air. Selepas makan malam, lewat juga selepas bersembang kami turun semula di lubuk-lubuk berhampiran untuk mencuba nasib lagi. Malam ini bulan agak terang menunjukkan kemungkinan keesokan harinya cuaca baik. Bak kata orang lama, spesies ikan bersisik memang susah hendak menjamah umpan dalam keadaan ini. Umpan cengkerik yang dari awal tidak digunakan menjadi pilihan, jadilah... ada juga nak dibawa pulang ke rumah nanti walaupun ikan baung. Pagi-pagi hari ke-4, selepas mengalas perut dengan sarapan mee segera ala kadar, semua bergegas ke lubuk berhampiran khemah saja mencuba nasib buat kali terakhirnya. Namun hanya lampam sungai yang sudi. Awesome river pun kelihatan semakin jernih. Jam 10 pagi, semua berkumpul mengemas tapak khemah dan membakar sisa-sisa makanan, plastik dan sampah yang ada. Tiada lagi kelah yang berjaya dinaikkan. Inilah adat pemancing sungai pergunungan, adakalanya mewah dengan hasil, adakalanya kurang. Dendam kesumat tersemat dalam diri masing-masing yang telah dibuli sang raja ‘awesome river’. Kecerdikan kelah mega di sini melepaskan diri membuatkan kami berfikir panjang dan bertukar-tukar idea bagaimana ingin menumpaskan juga kelah mega ‘awesome river’ itu nanti. Keadaan semulajadi lubuk yang penuh reba kayu serta keadaan dasar lubuk yang berbatu besar amat menyukarkan persembahan kami dan memberi kelebihan kepada penghuninya. Terima kasih ‘awesome river’ memberikan kami peluang merasai permainan raja sungai di sini. InshaAllah jika tiada aral kami akan kembali semula pada tahun 2018. - SIRIP SIRIP 45


I NTRODUCTION T O H EAVY C OVER S NAKEHEAD G AMES

Bersama : KETAMTK

Pemandangan dari udara suasana lubuk pada waktu pagi.

Kelihatannya sangat dekat dengan jalanraya berdekatan, tetapi seperti tiada jalan masuk ke dalam. Hati tertanya-tanya jika lubuk masih mempunyai penghuni atau sudah kosong dan terbiar.

Komplot Singkat Suatu hari Midan mengatur komplot singkat ke lubuk berdekatan dengan bermotosikal. Tanpa berfikir panjang saya bersetuju. Persiapan ala kadar dengan beberapa tune frog dan setup HCG PE 8-10 sahaja yang dibawa.

P

enerbangan seawal pagi dari utara ke selatan sudah menjadi rutin mingguan bagi saya. Berulang alik demi tugas dan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga. Penerbangan sejauh 700 km hanya mengambil masa 1 jam berbanding berkereta yang memakan masa 8 jam. Kos tambang hanyalah separuh berbanding berkereta. Tiada apa yang seronok sangat apabila berada dalam pesawat, sikap para penumpang masih sama seperti dahulu. Sebaik mendarat, semua sudah kelam-kabut bergegas untuk keluar walhal pintu pesawat masih belum dibuka. Mungkin mengejar masa untuk urusan seterusnya. Selalunya sekadar tidur-tidur ayam untuk memenuhi masa terluang. Apabila pengumuman untuk persediaan mendarat, barulah mata dibuka semula. Apa yang menarik sebelum mendarat apabila pesawat semakin rendah dan berhampiran darat, pasti mata tertarik pada sebuah lubuk berpaya dan berumput samai yang dapat dilihat jelas dari udara! Midan dengan haruan yang menyambar froggy.

46 SIRIP

Kereta diparkir di masjid, seterusnya membonceng motosikal beliau. Motor diparkir di tepi jalan dan kami menyusup masuk melalui jalan belukar. Setelah trekking 5 minit, sebuah paya tersergam indah di hadapan kami. Apabila ditinjau sekeliling, baru saya perasan rupanya inilah lubuk yang sering dilihat dari udara. Hanya beberapa balingan, Midan berjaya mendapatkan mangsa pertama. Giliran saya pula untuk mencuba. Tune frog dilempar jauh ke tebing berumput sebelah bertentangan. Karauan perlahan dipersembahkan. Tiga kali disambar haruan, namun kesemuanya lucut. Hanya satu sentakan padu yang melekat kukuh pada pemangsa yang tidak diundang. Biawak! Tiada masalah untuk mengarau pemangsa, namun sengaja saya biarkan di pertengahan paya, akhirnya gelupurannya berjaya melepaskan mata kail dari mulutnya. Lega. Jika tidak, satu hal pula untuk menguruskannya. Trip singkat yang sangat memuaskan, jelas lubuk ini berpenghuni dan kurang diganggu berbanding paya berdekatan jalan.

- SIRIP -

Realiti suasana lubuk dari langit di depan mata. Cukup menarik untuk trip HCG singkat.


PRODUCT AWARENESS

TICA SAMIRA Tica Samira menampilkan ciri-ciri kekili mendatar moden dengan nilai yang ekonomi tetapi berbaloi dengan ketahanan kualitinya. Kekili ini dilengkapi gelendong aluminium tempaan, 10 + 1 galas bebola tahan karat, pemandu tali anti pintalan, dawai bail aluminium padu dan tombol pengayuh berkuasa. Kekili seberat 395 gram ini ada dua model iaitu SAAT 4000 yang bernisbah gear 5.2 : 1 dan SAAT4000H bernisbah gear 6.3 : 1.

menambah jarak lontaran dan menentang angin. Ia juga mempamerkan aksi kilatan yang luar biasa yang terhasil daripada warna memukau yang dicorakkan pada badannya. Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

RINGSTAR D4700 & D5000 Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

DEEPLINER COJYANT FBW SLOW JIG

Ringstar D4700 dan D5000 diperbuat daripada material high impact copolymer yang tahan lasak dan bebanan sehingga seberat 500 kg. Dilengkapi empat selak, ia tidak mudah terbuka jika terbalik atau terjatuh. Kotak pancing ini turut dilengkapi sebuah laci kecil di bahagian atas yang boleh dilungsurkan.

Cojyant FBW adalah mahakarya jig perlahan yang hebat ciptaan jenama jig terunggul Deepliner dengan menampilkan aksi berirama semasa jatuhan dan mampu naik turun dengan agak tangkas. Lompatannya apabila anda mengunjunnya adalah cukup tajam tetapi kekal stabil semasa gugur, dan ketika inilah aksinya itu merangsang sambaran sang pemangsa. Ia sangat sesuai dimainkan ketika arus laju.

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

RINGSTAR RE380 Pengedar : DEEPARS FACTORY CORPORATION Tel : +81-88-854-5606

Kotak pancing Ringstar RE380 bersaiz lebih kecil daripada D4700, tetapi ia juga cukup tegar kerana turut diperbuat daripada material high impact copolymer. Ia sesuai untuk menyimpan barangan lebih kecil serta turut dilengkapi laci kecil di bahagian atas yang boleh dilungsurkan.

Faks : +81-88-854-5601

SENSES SPYMISSION 115S Senses Spy Mission 115 merupakan gewang profesional yang mempamerkan aksi berguling apabila dikarau dan berputar apabila dibiarkan jatuh. Gewang seberat 24 g ini telah ditambah sistem peralihan berat magnetik untuk

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

SIRIP 47



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.