Majalah Sirip November 2017

Page 1

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

BIL. 194

15hb NOVEMBER 2017

INDERALOKA PAPUA

Apa Itu ‘‘Arus’? Variasi Jigging Persisir Kongkongpura ‘Barra Selatan’ Senses Cup Melakar Temengor Lagenda Tow Foo Masih Berbisa Malaysia-Korea Anglers Exchange

Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)




Editorial

NOV 2017

Bil : 194

KETUA EDITOR Pak Wong

M

SUB-EDITOR

Mereka yang suka memancing akan sentiasa teringat keseronokan memancing apabila mempunyai masa lapang. Biarpun betapa sibuk pun mereka akan meluangkan masa untuk pergi memancing. Pernahkah anda fikir mengapa anda begitu suka pergi memancing? Keinginan untuk pergi memancing itu adakalanya lebih kuat lagi berbanding keinginan untuk ber-dating dengan kekasih!

engapa kita ingin pergi memancing? Apakah yang mendorong kita merentasi segala rintangan untuk pergi ke tempat yang mempunyai air dan ikan? Apakah daya dorongan di sebalik hobi memancing itu?

Papa Sirip majalahsirip2001@gmail.com

REKA BENTUK GRAFIK Liew Mong Eang

Anda mungkin menjawab : kerana saya suka memancing! Jadi mengapakah anda suka memancing? Kerana ketagihkan saat-saat genting berlawan dengan ikan! Inilah motif kebanyakan pemancing.

JURUKAMERA & PENYUNTING ‘IKAN TERHANDAL MALAYSIA’

Namun mungkin ramai pemancing kurang sedar bahawa mereka bukan pergi memancing semata-semata ingin berlawan dengan ikan. Sebenarnya ketenangan dan keindahan alam semulajadilah yang asyik menggoda mereka pergi ke padang pancing. Cuma mereka sendiri kurang sedar terhadap fakta ini.

Spike Fariq

PENULIS PAK

WONG,

DR.

SALIMI

SALLEH,

AZRI NGAH, JOHN ANGLER, HARRIS FADHILLAH, HANUMEI IKE, KETAMTK

PENERBIT

Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. (522228-W)

No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D.E

Surat-menyurat Editor SIRIP Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D. E. Tel / Faks : (60)3-7955 5211 E-mel : majalahsirip2001@gmail.com

2 SIRIP

Sayalah salah seorang pemancing yang jatuh cinta dengan alam semulajadi terlebih dahulu sebelum menceburi dunia hanyir ini. Sehingga berumur 20 tahun, saya belum pernah memancing dengan serius. Namun saya sentiasa berkunjung ke tempat peranginan yang mempunyai laut, sungai, tasik dan sebagainya kerana mencintai alam semulajadi. Kebetulan dalam sebuah trip pengembaraan, saya berpeluang berkenalan dengan sahabat yang suka memancing, barulah saya berminat dengan aktiviti memancing atas pengaruh mereka. Memandangkan saya seorang pencinta alam semulajadi, kenapa pula tidak menjadikan memancing sebagai aktiviti sambilan? Sejak itu bermulalah kembara memancing yang telah membawa nikmat dan gemilang dalam riwayat hidup saya. Lantaran menganggapkan menikmati keindahan semulajadi sebagai matlamat utama, saya kurang mementingkan habuan setiap kali pergi memancing. Setiap kali apabila saya berada di laut, sungai atau tasik, hati saya akan terasa bebas dan tenang. Memancing itu pula dapat menambahkan unsur kembara dan permainan dengan ikan sehingga trip ke alam semulajadi itu menjadi lebih lengkap dan sempurna. Lubuk yang paling menarik hati saya ialah sungai pergunungan. Saya percaya kebanyakan pemancing yang pernah bertandang ke sungai pergunungan pasti setuju. Pemandangan jeram, lata, air terjun dan lubuk yang terdapat di sungai pergunungan kelihatan indah permai. Ia juga memberi cabaran yang lebih besar kepada pemancing. Di sini juga terdapat ikan air tawar tercantik dan terhandal iaitu kelah dan sebarau, ikan sasaran berkedudukan prestij di negara kita. Di samping itu, kita juga mempunyai banyak lubuk semulajadi yang lain termasuk sungai, kolam, paya, pantai dan laut, masing-masing ada keunikannya. Biarpun tasik empangan dan lombong tidak tergolong dalam lubuk semulajadi, namun ia juga memiliki pemandangan dan ekologi tersendiri dan telah menarik ramai pemancing bertandang ke sana termasuk saya sendiri. Sebagai seorang pemancing yang prihatin, kita harus memupuk semangat mencintai dan menghormati alam semulajadi apabila pergi memancing. Sebuah lubuk yang indah memerlukan penjagaan pemancing secara inisiatif, barulah ia dapat berpanjangan. Padang pancing yang sempurna tidak dapat diklonkan. Harus diingat bahawa betapa rapuhnya alam semualajadi ini. Ia amat sukar untuk dipulihkan dengan sepenuhnya jika mengalami pembinasaan. Marilah kita bersama-sama menyayangi Pak Wong dan memeliharanya!



Kandungan Utama

BIL. 194 NOV 2017

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini

BIL. 194

15hb NOVEMBER 2017

HG

LIN

INDERALOKA PAPUA

Apa Itu ‘Arus’? Variasi Jigging Persisir Kongkongpura ‘Barra Selatan’ Senses Cup Melakar Temengor Legenda Tow Foo Masih Berbisa Malaysia-Korea Anglers Exchange

MUKA DEPAN : Monster siakap Papua . 1)

DEEP

ER

IN M

IA

(B

JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

A L AY S

Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)

6. Doing It Right PERIHAL ARUS

8. PNG Monster Chase

8. PNG Monster Chase INDERALOKA PAPUA 20. Malaysia-Korea Anglers Exchange PROGRAM SILANG PENGILAT MALAYSIA - KOREA 24. Southern Silver Scales KONGKONGPURA ‘BARRA SELATAN’ 30. Variable Inshore Jigging JIGGING RINGAN DUA LUBUK 38. The Legend of Tow Foo Pond TOW FOO - LEJEN MASIH BERBISA!

24. Southern Silver Scales

42. Heavy Cover Snakehead Games JALAN-JALAN CARI KAWAN & IKAN 44. Senses Cup Challenge SENSES CUP 2017 : MELAKAR WARNA TEMENGOR 47. Product Awareness

20. MalaysiaKorea Anglers Exchange 30. Variable Inshore Jigging


海に出よう!Go

to the Ocean

Super Rocket and SPY, kedua-duanya jig panjang. Apa bezanya? Bagus untuk jigging laju, aksi memukau apabila dihenjut

Bagus untuk jigging perlahan dan laju, aksi memukau apabila sedang jatuh

AKSI

Super-Rocket

Model jenis jigging laju (high-pitch) yang mudah berubah kepada renangan semulajadi dengan kuasa yang efisien. Ia beraksi cemerlang dalam arus deras atau di laut dalam. Walaupun ia dicipta untuk jigging laju, ia membantu dalam kawalan jatuhan menegak selepas henjutan untuk menyederhanakan keculasan ikan. Dengan menggunakan peralatan yang tinggi daya elastiknya dan joran yang tinggi resilient membantu anda mempersembahkan unjunan laju high pitch dengan mudah dan dengan daya rintangan yang rendah.

Bite

Kejayaan pancingan dengan mudah. Tiada salah perhitungan. Tiada kekecewaan. Tiada jaminan. Anda dapat menguasai lautan hari ini dengan SPY. Sejarah dan rekod kejayaan jig ini menceritakan segalanya dalam bidang jigging perlahan (slow-pitch). Ia mengekalkan rekaan jenis jig untuk jigging laju (high-pitch) dan sentiasa cemerlang secara konsisten. Walaupun selepas henjutan, ia berterusan beraksi untuk anda, mengelakkan jatuhan menegak dengan pantas untuk mengurangkan keculasan ikan sasaran anda, dan ia berterusan menggoda sang ikan semasa jatuhan. Ketika jigging laju, sebagai tambahan kepada lompatan, ia merangsang sambaran semasa jatuhan. Ketika jigging perlahan, ia mampu memukau pelbagai spesies walaupun ikan besar di dasar sehinggalah ikan pelagik yang perkasa. Apabila anda berasa ragu-ragu, jig ini hampir pasti akan dapat menyelamatkan hari pancingan anda. Bite

Bite

Bite Long slide

fast fall speed Vibrate a little action

Vibrate

Long slide

Jerk Action

Fall Action

Jerk Action

3105-3 Nagahama, Kochi-shi, Kochi, 781-0270 Japan TEL. +81-88-854-5606, FAX. +81-88-854-5601 URL: http://www.deepliner.com/labs/, email: deepliner@nifty.com

Fall Action


Oleh : PAK WONG Sumber : UNDERWATER ASIA

PERIHAL ARUS P

ara saintis membahagikan arus kepada tiga kumpulan yang besar : Arus Pasang-Surut, Arus Janaan Angin dan Arus Dalam.

Arus Pasang-Surut Arus pasang-surut (tidal currents) dikaitkan dengan tarikan graviti matahari dan bulan. Semua orang tahu perihal pasang surut dan arus mengikuti corak yang sama. Apabila air pasang, ia mengalir ke satu arah. Apabila air surut, ia mengalir ke arah yang bertentangan. Apabila memancing di atas bot yang berlabuh, kadang-kadang anda akan perasan bahawa bot anda telah berubah arah kerana pasang dan surutnya air. Bulan memberi kesan terbesar terhadap arus pasang-surut. Walaupun bulan jauh lebih kecil berbanding matahari, tetapi ia lebih hampir dengan bumi. Akibatnya, ia mempunyai dua kali kekuatan tarikan terhadap lautan kita, berbanding matahari. Apabila bulan baru (anak bulan) atau mengambang penuh, pasang-surut akan tinggi dan arus pasang-surutnya kuat – ini dikenali sebagai ‘pasang besar’ atau ‘pasang tinggi’. Apabila bulan berada di paras suku atau tiga perempat (bulan sabit), tarikannya adalah paling lemah dan arus pasang-surutnya juga paling lemah. Kekuatan arus pasang-surut juga dipengaruhi oleh geografi daratan, yang mewujudkan arus yang lebih kuat di mana air disalurkan. Memandangkan Asia Tenggara mempunyai

Imej yang menunjukkan fenomena julangan air atau ‘upwelling’ yang sangat penting untuk kehidupan marin kerana ia membawa nutrien yang sangat subur. 6 SIRIP

ribuan pulau, ia juga mempunyai banyak saluran sempit yang menyalurkan dan mempercepatkan arus pasang-surut. Di sesetengah kawasan, arus pasang-surut boleh jadi sangat kuat sehingga kawasan tertentu hanya boleh dipancing pada pasang-surut tertentu sahaja. Arus kuat yang dihasilkan juga membawa aliran nutrien yang subur, yang merupakan salah satu sebab mengapa perairan ini kaya dengan komuniti marin dan memberi pengalaman pancingan yang mengujakan.

Arus Janaan Angin Arus janaan angin (Wind-driven currents) mempengaruhi lautan pada skala global dan lokal. Pada skala global, laut mengikuti pergerakan angin dalam kitaran besar di segenap lautan, yang dikenali sebagai ‘Gyres’. Arus janaan angin yang digerakkan oleh tiupan angin, atau Gyres ini wujud di Lautan Atlantik utara dan selatan, Lautan Pasifik utara dan selatan dan Lautan Hindi. Anehnya, tiupan angin di permukaan lautan boleh menyebabkan pergerakan arus pada kedalaman hingga 400 meter, kerana setiap lapisan akan ‘menyeret’ lapisan di bawah. Pada skala tempatan, angin menghasilkan gelombang yang memecah apabila ia bertemu dengan persisiran pantai yang cetek, lalu menghasilkan arus seperti ‘hanyutan persisir’ (longshore drift) – iaitu arus yang bergerak selari dengan

Peredaran arus dalam atau ‘Sabuk Pengangkut Global’ (Global Conveyor Belt) yang merentasi rantau nusantara kita.


pantai, dan arus luru (rip current) - arus pendek tetapi kuat yang bergerak keluar dari pantai. Angin juga bertanggungjawab terhadap julangan air (upwelling) dan junaman air (down-welling). Julangan air atau ‘up-welling’ sangat penting untuk kehidupan marin. Ia berlaku apabila angin menolak air dari satu bahagian laut. Laut bertindak balas dengan menolak air dari tempat dalam untuk menggantikan air yang ditiup angin. Sebagai peraturan umum, air sejuk dari dasar laut membawa lebih banyak nutrien, berbanding air permukaan yang hangat. Ini bermakna apabila ada julangan air, ia membawa banyak makanan dan nutrien dan menarik banyak hidupan marin, yang bermaksud pancingan kita menjadi sangat baik. Inilah sebab mengapa kawasan memancing yang berhampiran air dalam, seperti atoll (pulau cincin) dan pulau-pulau lautan sangat kaya dengan hidupan marin. Junaman air (down-welling) pula bertentangan sifatnya dengan julangan air (up-welling), di mana angin memaksa air ke satu kawasan dan memaksa ia turun. Tempat-tempat yang berlaku arus sedemikian biasanya kekurangan hidupan marin.

Arus Dalam : Sabuk Pengangkut Global Jenis arus terakhir ialah arus dalam (deep currents). Arus ini tidak didorong oleh angin atau pasang-surut, tetapi disebabkan oleh suhu dan saliniti air (kemasinan / kandungan garam) yang mempengaruhi ketumpatannya. Air yang sejuk dan masin adalah tumpat, berat dan tenggelam, lalu akan digantikan dengan air yang lebih panas. Maka ia memulakan kitaran arus yang dikenali sebagai ‘Sabuk Pengangkut Global’ (Global Conveyor Belt). ‘Sabuk Pengangkut Global’ ialah peredaran air yang besar

yang membentang ke seluruh dunia - bermula berhampiran Artik di Lautan Atlantik dan mengalir ke selatan ke Antartika, kemudian ke utara ke Lautan India dan Pasifik, sebelum kembali ke Atlantik. Ia boleh mendorong air untuk 10,000 tahun yang menakjubkan bagi melengkapkan seluruh kitaran ini. Yang mengejutkan, paras laut di seluruh dunia tidaklah seragam. Lautan Pasifik mempunyai paras laut tertinggi, diikuti oleh Lautan Hindi, kemudian Atlantik. Apabila paras air cuba menyeberangi lautan, air mengalir dari Pasifik ke Lautan Hindi, kemudian kembali ke Atlantik. Untuk bergerak dari Pasifik ke Lautan Hindi, air yang kaya dengan nutrien perlu mengalir melalui Filipina dan Indonesia, dan proses ini dikenali sebagai ‘Aliran Rentas Indonesia’ (Indonesian Throughflow). Fenomena ini menyumbang makanan dan menarik banyak hidupan marin, yang seterusnya menarik ramai pemancing. Rentasan arus ini menerusi selatan Filipina, sebelum menuju ke selatan melalui Selat Makassar antara Borneo dan Sulawesi, kemudian melalui Selat Lombok yang dalam dan sempit antara Bali dan Lombok, sebelum menemui jalannya ke Lautan Hindi – ini memberi pengalaman pancingan yang hebat, walaupun sering kali arusnya deras di sepanjang laluannya. Sistem arus pelbagai lapisan yang menarik ini menggerakkan air di sekitar lautan setiap jam setiap hari, memastikan lautan berada dalam gerakan yang berterusan. Ia juga membawa makanan dan nutrien yang menyokong kehidupan marin yang luar biasa, dari sekecil plankton sehingga makhluk gergasi. Jadi selepas ini apabila anda memancing dan mengalami arus ini, berfikirlah tentang dari mana ia mungkin datang dan mengapa... Dan mungkin patut anda ucapkan terima kasih apabila ia berlalu kerana tanpa semua arus itu, dunia bawah air kita tidak akan subur... - SIRIP -


PNG Monster Chase

Inderaloka Papua

8 SIRIP


‘Welcoming Sing-sing’ dari penduduk kampung bagi memberi keberkatan untuk trip pancingan kami. Makcik-makcik ajoo - manoo anak daghoooo eee?

Teks : SALIMI MOHD. SALLEH Fotografi : Salimi Mohd. Salleh, Alessandro Massari, Enrico Ghedini, Fabio Resca, Giuseppe & Brett Knowles

Berhenti sebentar di tepian highway - dua pacuan 4 roda diperlukan untuk membawa kami ke Terapo Lodge, manakala trak yang lagi besar telah pun jalan dahulu membawa peralatan lain seperti minyak, makanan, enjin.

Bersiap-siap untuk menerjah port pancingan. Hati menaruh harapan yang tinggi sekali.

S

aya mula-mula berkenalan dan jadi gila terhadap black bass sejak dua tahun lepas. Pada masa itu tak banyak cerita mengenainya, dan saya lebih merujuk kepada pandang pancing di Papua New Guinea (PNG). Setelah berkenalan dengan ramai kawan, barulah saya tahu black bass ini juga dikenali sebagai ‘ikan 5 saat’! Sekiranya anda dapat control ikan buas itu pada 5 saat yang pertama, maka makhluk itu bakal menjadi trofi anda. Tapi semakin banyak yang dibaca dan semakin banyak video yang ditonton, black bass ini merupakan ‘ikan 3 saat’! Rentapannya yang rakus mampu memutihkan mata anda. Justeru persiapan peralatan pancing yang utuh diperlukan. Lalu berbekalkan pengalaman memancing black bass di Sabah dan juga Kalimantan, maka saya tetapkan tekad menduganya pula di PNG.

Sportfishing PNG Tanggal 7 September, isteri menghantar saya ke KLIA dari Melaka. Berjuraian air mata takut laki tak balik, tapi sang laki relaks jaaa... Dari KLIA, saya ke Changi untuk menaiki pesawat kedua Boeing 767-300, penerbangan 10 malam ke PNG yang mengambil masa 6 jam. Sampai Port Moresby, PNG jam 6 pagi. Perbezaan waktu 2 jam ke hadapan. Pasport kita diterima di PNG. Visa tak perlu risau kerana PNG merupakan negara komanwel. Kita akan diberi VOA (visa on arrival) dengan syarat bukti tiket penerbangan balik ada disertakan semasa di Imigresen PNG. Melepasi pihak Imigresen PNG, saya ambil beg terus ke Kastam. Semua peralatan kena scan. Beg kena buka dan siasat sebab ada barang pancing baru, siap mintak resit lagi! SIRIP 9


PNG Monster Chase

1. Suasana

kampung masyarakat Papua yang kais pagi makan pagi 2. Hiway PNG - lubang adalah perkara biasa.

3. Terapo

Lodge, penginapan kami.

4. Memecut

laju ke orososa dan oruva.

tempat lubuk

1

2 3

4

10 SIRIP

Terpinga-pinga saya kerana tak sangka soalan sebegitu keluar. “Manooo acik ado simpan resit barang pancing bang...� terpacul la pulak ayat mulut longkang den kek mamat PNG ni. Selesai pemeriksaan Kastam tanpa masalah lagi, Jia An telah menunggu di luar dan segera bawa saya ke guest house untuk sarapan. Semasa di perkarangan, sempat saya bertemu Jason Yip, pemilik Sportfishing PNG - buat kali kedua. Kali pertama kami bertemu di Yokohama Fishing Show (Jepun) pada Januari 2017, di mana bermulanya hasrat saya untuk menduga PNG black bass yang dikenali dengan nama tempatan - Orososa. Jason Yip adalah pemegang rekod dunia menewaskan black bass seberat 20.87 kg (46 paun) pada 2012. Namun rekod tersebut telah diperbaharui pada tahun 2015 oleh Brentnall Marshall dengan black bass seberat 21.55 kg (47.8 paun). Sememangnya saya menyasarkan dua objektif utama buat ekspedisi saya ke PNG ini iaitu ingin mendaratkan black bass 40 paun dan siakap bersaiz 100 cm, sambil menimba ilmu dan bertemu rakan baru. Bersama saya


Bersepah reba sebegini - antara berani atau tidak sahaja. Peratus untuk sangkut amatlah tinggi. Masa kami banyak dibazirkan ketika mencuba untuk melepaskan kembali gewang killer masing-masing. terdapat empat pemancing Itali iaitu Alessandro Massari, Enrico Ghedini, Fabio Resca dan Giuseppe dan seorang Australia, Brett Knowles. Italian ini baru saja balik memancing layaran Rompin, serta toman, haruan di negara kita. Perjalanan kami bermula dari Port Moresby dengan awal kerana mengejar masa untuk memancing separuh hari di Terapo. Lima jam jalan berlubang-lubang, tiada maintenance sebab korupsi. Sakit buntut dibuatnya! Banyak kali kereta berhenti untuk kami meregangkan kaki. Sampai saja, siap ada welcoming sing-sing oleh penduduk tempatan. Kemudian kami bersiap segera - tak sabar dah, walaupun ponek laie...

Dapat juga den merasa tarikan padu PNG black bass! Kancheongggg wa cakap luuu...

Korek-Korek Tips Sepanjang ekspedisi ini, saya memang banyak bertanya Jia An tentang itu ini begitu begini dan juga Brett Knowles untuk mengorek tips memancing black bass. Jia An menyarankan penggunaan perambut sekasar 150 - 200 paun kalau bertembung reba banat untuk mengilat. Kalau kawasan reba itu agak lapang dan trolling contohnya di paloh, mud mound (bukit) atau gutter (alur), perambut 80 - 100 paun memadai. Gewang killer yang selalu mat saleh Australia sebagai pengunjung setia PNG gunakan pula tiada di Malaysia seperti Oargee, timber handcraft Mark Andrew dan Old Dog Lure by Dave Killalea. Kaler hijau paling menjadi ‘kaw-kaw’, selain ultraman, silver, archer fish dan rastafa. Saya pula bawa sebanyak 160 gewang sebab tak tahu game dia macam mana. Semuanya selam dalam dari 5 - 8 meter. Semua yang menjadi di Sabah dan Kalimantan saya bawak. Halco Scorpion, Duo Fangbait, Duo G87, Zerek Tango Shad, Deps Cascabel, Deps Kickbacker, SIRIP 11


PNG Monster Chase Nories Shot Over, Ofmer Xdeep dan lain-lain. Ni tak masuk pelbagai kaler lagi!

‘The One Second Fish’!

5

6

5. MJ banyak sungguh, asyik asyik dia! Mano black bass nie...

6. Tapak nenek! Satu peringatan agar tidak merendam ikan lama-lama di dalam air takut nenek (buaya) tertarik untuk membaham.

7. Laluan sempit sampai kena angkat bot melepasi balak tumbang.

7

12 SIRIP

Dipendekkan cerita, pada hari pertama sahaja sudah mendapat salam perkenalan yang hebat. Jia An sebagai boatman saya sedang manuver bot dengan perlahan untuk trolling di satu kawasan yang selalu kena siakap. Sonar fishfinder hanya menunjukkan kawasan mendatar dan yang ada hanyalah mud mound (bukit) - tiada reba dan tiada ikan. Kami trolling di bawah kehangatan panas terik mentari. Borak-borak kosong sambil mata asyik pandang sonar. Tanpa diduga, satu rentapan yang sungguh ganas mengejutkan saya dari lamunan. Belum sempat buat apa-apa, tali kendur. Saya sangkakan reba... Saya gulung semula dan dapati perambut Fisherman 170 paun habis putus digigit sesuatu. Jia An segera memeriksa perambut tersebut dan terus geleng kepala. “Mate you just lost a Monster! That was *%#*# huge black bass mate!” Saya hanya mampu melopong. Pada pengiraan saya, fight tadi tak sampai pun sesaat! The one sekeng momeng! Begitulah senario kami (saya dan Brett) untuk hari-hari berikutnya. Kena jer strike, fight tak lama. Macam-macam hal - tali / perambut putus, ikatan gagal, mata tiga kangkang... Dah lah banjir di hulu yang mana air sungai semakin keruh. Bila dah kena strike, ini macam pula gayanya. Frust betul! Setiap kali kena strike (sama ada ikan atau reba), kita hendaklah periksa perambut dan juga tali utama. Saya banyak kali kena ikat semula perambut. Bayangkan dalam keadaan bot yang bergoyang, reba dan spot yang berpotensi, dan juga sonar yang bising mengatakan ada ikan di bawah, bolehkah anda ikat FG dengan sempurna? ‘Kancheong spider’ tau! Di sinilah kelemahan saya - tak mampu ikat FG dengan sempurna, teguh dan mantap lagi cepat! Saya juga tak pandai gunakan bobbin. Dari pemerhatian, rakan saya dari Australia


8 ini lebih suka guna ikatan Albright-7 turn. Kebiasaannya beliau menggunakan 5 turn apabila memancing di Brisbane, Australia. Sambungan pada gewang pula lebih kepada loop knot dan tidak guna cili (snap atau swivel) seperti kita di Malaysia. Beliau sendiri terkejut apabila saya menggunakan cili beserta gegelung cincin (split ring) pada gewang saya. Akhirnya saya terpaksa mengalah dan belajar cara mengikat Albright yang sempurna dari Brett. Pesanan beliau, tag line atau hujung perambut hendaklah dipotong secara menyerong agar tidak mengganggu semasa lontaran dibuat. Tapi tak perlu risau sangat sebab anda bukannya memancing dengan joran micro guide.

kat reba, jangan harap ada ikan lagi selepas kita lepaskan gewang. Papuan black bass kat sini dikatakan tak takut, tapi sangat cerewet. Kelebihan dengan adanya sonar, kita tahu dia ada di dalam reba. Dari imej susuk badan, saiz dan kedudukan dalam air, kita dah tahu yang mana satu black bass (bawah) atau siakap (pertengahan air). Yang terbaru dari Sportfishing PNG, mereka akan gunakan sonar HDS Lowrance - yang mana imej akan keluar lagi jelas, dah macam 4D scan masa tengok baby! Mengikut stail boatman Jia, dia

8. Akhirnya Alessandro ber-

jaya juga menaikkan Papuan black bass 20 paun setelah banyak kali dibuli. 9. Teksi air buat penduduk kampung - sendat sampai ke tepian birai. Bot terpaksa diperlahankan apabila bertemu bot-bot kampung bagi mengelakkan kejadian bot terbalik akibat ombak.

Kasi Bising? Hari kedua terakhir kami mudik ke hulu. Perjalanan dijangka 2 jam, tapi boleh jadi 3 jam sekiranya banyak kayu balak yang terpaksa ditempuhi. Namun pada awal suku perjalanan, kami terpaksa batalkan niat kerana air semakin kotor dek banjir di hulu. Jia An berhenti di satu spot yang telah banyak kali membuahkan hasil. Di depan kami ada reba kayu melintang dan juga drop-off yang dalam. Sauh dijatuhkan dengan bising sekali (hairan, kan?). Nampaknya sangat berbeza dengan corak permainan di Malaysia. Kalau di tempat kita, kena main black bass macam kelah - senyap. Dari jauh dah kayuh dengan pendayung. Kalau baling dan sangkut

9

SIRIP 13


PNG Monster Chase

12

10. “Rendam jangan tak ren-

dam rod tuuu...� Tersembam ke birai bot adalah lumrah biasa di sini. Ini baru barra kecik.

11. Nasib badan - BKK Raptor Z 1/0 yang baru keluar dari kotak. Ini baru penangan dari monster siakap. Tak tau macam mana rupanya kalau black bass 40 paun pula yang baham.

12. “Yezzzaaaaaa!!!� My per-

sonal best - 129 cm; yang juga merupakan rekod terbaru bagi siakap Terapo Lodge.

14 SIRIP

akan parkir secara bersauh pada satu sudut dan akan cast selama satu dua jam. Sekiranya tidak makan jua, beliau akan mengubah kedudukan bot pada sudut berlainan sehingga ikan makan. Jia juga akan membuat bising. Menghentak bot dengan batang kayu, hempas sauh dengan rantai ke lantai bot secara kuat. Hatta melanggar reba secara sengaja. Lain bukan? Cer buat kat Sabah - mau kena hambat! Tak pun ada jugak mata tiga yang sangkut kat kepala atau tang telinga. Tujuan tersebut adalah untuk mengejutkan black bass dan membuat mereka merasa marah lalu menghambat gewang yang disuakan. Sekiranya tidak berjaya juga, barulah beliau keluarkan teknik rahsia, tilapia sebesar tapak tangan untuk membuka sel-

era, live baiting secara berkoyan! Malah ada pemancing yang gunakan Stella 20000 semata-mata untuk livebaiting sahaja. Tak cayo? Jangan cakap acik tak payung!

Realiti Sebenar Janganlah anggap senang nak dapat black bass ni, walaupun di kawasan terpencil sebegini. Video dalam YouTube tu hanyalah ilusi semata. Kerja sebulan diedit-nya dalam beberapa minit. Yang tak ditunjuknya air keruh, hujan lebat, petir sabung-menyabung, agas, nyamuk, malaria, cirit-birit, demam, jaringan jaring orang kampung, masalah perompak dan penyamun, perubahan angin, kejatuhan tekanan barometrik serta faktor lain yang menjejaskan trip memancing.


10

11

Dua tiga hari memancing belum cukup. Apatah lagi dekat seminggu seperti trip kami. Hanya pada hari terakhir barulah kami dapat merasa air yang menghijau. Tapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Air hijau inilah yang menyaksikan saya lucut dua monster siakap di birai bot. Yang mana telah mengangkangkan ketiga-tiga mata tiga BKK Raptor Z bersaiz 1/0.

Tanjat Boboy! Sekarang sonar memang mengatakan ada sekumpulan black bass. Hati berbunga penuh harapan. Memikirkan esok hari terakhir memancing, maka inilah momen yang dinantikan. Brett memulakan balingan ke tebing tepi mensasarkan batang kayu balak yang tumbang. Saya pula diarahkan melontar ke tengah sungai untuk

duga drop-off yang dalam. Saya gunakan gewang Duo G87 20A yang dikarau secara perlahan bagaikan nak main kerapu. Terasa dasar sungai disodok-sodok. Karauan perlahan diteruskan dan saya mula terasa paloh yang dikatakan oleh Jia An. Karauan selanjutnya terasa tebingan dasar sungai kembali berserta hentakan pada reba kayu. Saya biarkan ia terapung sebentar dan belum sempat saya mengarau semula, satu rentapan padu dirasai di hujung joran. “Makkk aii... Tanjat Boboy!� Benaman cukup padu sampaikan joran Jungle Feed PE 8 pun bengkok menjunam ke dalam air. Saya pula sudah terkial-kial di birai bot menahan junaman demi junaman ke arah reba. Pam jangan tak pam! Kipidap don gibap! Yuudemeng!!! Saya dah panik sebenarnya! Tapi nasihat serta tunjuk arah yang di-berikan oleh Jia An dapat membendung kancheong saya. Suasana panik menjadi tenang semula. Maklum la, dah 3.5 hari SIRIP 15


PNG Monster Chase

Pit stop untuk memberi sedekah gula-gula di kalangan kanakkanak kampung.

I

ngin saya cerita sikit into tentang kehidupan orang Papua. Mereka ini ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang�. Sekiranya anda faham peribahasa ini, maka begitulah kehidupan mereka. Mencari ikan dan ketam di paya bakau, memancing dalam dug out canoe buatan tangan - kecil sahaja tak muat untuk buntut saya yang lebar. Ada masa mereka menyambung dua kanu untuk dijadikan seperti catamaran - bagi mengangkut kayu api untuk memasak dan sagu yang telah dituai. Kanak-kanak Papua ceria betul apabila melihat kami menghimpit ke tebingan sungai. Berlarian merebut gula-gula yang disuakan. Ada juga yang membawa labi-labi untuk dijual, keluang untuk dimakan, serta hasil kraftangan ibu mereka. Masyarakat Papua di sini suka mengunyah buah pinang, seperti orang India makan di tempat kita, cuma perbezaannya tiada daun sirih. Tiga bahan utama mereka ialah kapur, buah pinang dan juga kacang mustard (seiras kacang buncis). Itulah yang dikunyahkan mereka seharian. Kesan macam mana? Macam minum air daun ketum atau Livita, bertenaga. Malah serat buah pinang digunakan juga oleh mereka untuk menggosok gigi pagi hari.

Pasar karat di satu tempat R&R.

16 SIRIP

Orang Makan Orang? Kanibalisme? Tak pasti. Tetapi perang antara puak (tribal wars) dikhabarkan masih ada di kawasan pergunu-ngan. Kalau dahulu, parang tombak dan panah. Sekarang ni mereka berperang secara moden dengan menggunakan AK-47! Kau bunuh tiga orang puak aku, maka mereka akan pastikan mereka dapat membunuh empat orang pu-ak yang lain pula. Malah dikhabarkan masih ada puak-puak yang tak pernah melihat dunia luar, terutama di pedalaman PNG. Mungkin mereka masih mengamalkan kanibalisme (orang makan orang). Tak banyak, tapi masih wujud. Dan nak jadikan cerita, kawasan yang mereka diami pula telah dikenal pasti menyimpan saiz monster orososa (black bass) dan juga oruva (siakap). Anda berani? Menurut warga tempatan, masih banyak lagi black bass bersaiz 70 - 80 paun dan juga siakap lebih 150 cm! Hatta tekong bot saya sendiri, Francis pernah menaikkan siakap bersaiz 170 cm! Anda tak percaya? Datanglah ke PNG dan alami sendiri pengalaman yang unik ini.

- SIRIP -

Hati terasa sayu melihatkan mereka mencari kayu api untuk memasak.


kami dibuli black bass. Dengan tenang dan perlahan saya mula mengepam joran kembali. Sekali ikan naik, saya melompat kegembiraan kerana memang sah nampak kelibat black bass yang diidamkan. Perjuangan belum selesai! Bimbang kerana banyak kali dah rembatan terakhir di birai bot memutihkan mata ramai pemancing. Saya layankan dengan tenang. Jia An cuba menyauk, tapi dia masih degil lagi. Saya mainkan lagi. Akhirnya dengan tenang Jia menyauk ikan masuk. Saya melompat-lompat macam monyet di dalam bot sambil menjerit sekuat hati! Macam tak percaya akhirnya dapat seekor Papuan black bass. Ikan taklah sebesar monster yang diharapkan, tapi cukup besar buat diri saya. Berat 12 paun oleh Boga Grip. Setelah selesai sesi foto, ikan dilepaskan semula. Perambut dan tali utama diperiksa semula - OK dalam keadaan baik. Tapi mata tiga Decoy YS 81 di belakang didapati sudah kangkang. Jia An menegur, “mate, that treble wont be able to hold a 20 pounder!� Mak aii... 12 paun pun dah tarik macam kobau, apa lagi 20 pounder! Detik hati kecil saya. Saya terus tukar kepada BKK Raptor Z. Balingan kali ketiga, saya strike lagi di reba yang sama. Ikan menghentam gewang apabila saya biarkan ia kembali terapung selepas terkena reba. Kali ni saya tak bagi can langsung - pam sampai

Alessandro menggunakan gewang jointed dari Intravia Lure, gewang selaman cetek yang dipadankan dengan BKK single hook.

13 habis. Black bass kedua saya berukuran 6 paun. Aishhh... sudah dapat dua black bass a.k.a Orososa.

14. Tangkap dan lepas demi menjaga kesinambungan spesies.

Monster Oruva : 129 cm

15. Toman di sini terus mengekalkan populasi dan peningkatan saiznya kerana sikap pengilat beretika.

Kami ke Barra alley lagi, tepian bakau ini telah banyak menghasilkan ikan seperti siakap merah, siakap, GT dan juga black bass. Saya menggunakan gewang DUO


PNG Monster Chase ‘Mama jenab’ hasil casting di reba. Saiz sungguh memukau mata.

Monster oruva kedua saya - panjang 119 cm. Mana lagi nak dapat monster siakap lebih 100 cm dalam sehari, kalau bukan di PNG.

Gaya santai Ozzie dari Brett Knowles rakan yang banyak berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk cara sebenar memancing barramundi. Hati-hati Brett!

Fangbait 120DR versi SW kaler pilchard. Gewang dilemparkan 10 meter ke belakang bot. Joran diangkat pada sudut yang tinggi bagi memastikan ruang yang cukup untuk membalas strike ikan. Gewang terasa seperti disapa halus seperti terlanggar dahan pokok tenggelam, lalu saya menggoyangkan joran secara perlahan. Tanpa diduga, tindakan saya tadi terus diragut dengan kasar. Saya terus strike!!! Fish On!!! Jerit saya. Saya berdiri dengan segera – kali ini tak mahu dibuli lagi. Harapan berbunga tinggi mengharapkan monster black bass. Saya strike 2 - 3 kali, lalu ikan menghambur di permukaan air. Berdebushhhhh... sungguh besar percikan air. Tergamam saya seketika melihat betapa besarnya kepala ikan tadi. Brett menjerit “Monster Barra!”. Bot dengan segera dibawa ke tengah sungai. Drag kekili saya longgarkan secara berperingkat kerana teringat yang Alessandro telah banyak kali kehilangan siakap akibat drag yang terlalu ketat. Lompatan demi lompatan dilakukan oleh siakap tersebut. Sambil itu Brett memberi tunjuk ajar cara memainkan ikan barra monster saiz ini. Memang saya sungguh kalut masa ini. Akhirnya ikan dapat juga disauk oleh boatman. Saya menjerit kepuasaan! Sesi bergambar bermula. Nak dijadikan cerita, pita pegukur dari jenama Shimano tidak cukup panjang untuk mengukur ikan saya - ekornya terjuih keluar. Pada petang itu saya mendapat seekor siakap bersaiz 119 cm. Senyuman terukir dari hujung pipi ke hujung pipi - manoo lagi nak dapat dua ekor monster barra bersaiz lebih 100 cm dalam masa satu hari?

- SIRIP *Jika berminat memancing di PNG, anda boleh hubungi atau layari www. sportfishingpng.net atau facebook : Sport Fishing PNG atau boleh hubungi agen tempatan melalui facebook : East Borneo Sport Fishing.

18 SIRIP


Kos yang perlu dikeluarkan ke PNG ialah sebanyak : • AUD 4600 untuk tinggal di lodge (RM 15,600). • Penerbangan MAS ke Singapura (RM 500). • SGD 1700 – 2000 untuk penerbangan Air Niugini – satusatunya penerbangan dari Singapura (RM 5,600) • AUD 10,000 untuk harga trip di Sg. Aramia, Fly, Kikori dan lain-lain (RM 34,000) Jadi jumlahnya kira-kira RM 21,500!

Saya sudah sampai, anda pula bila lagi?

Kenapa Mahal? 1) Mendapat hak eksklusif ke sungai pedalaman yang jauh terpencil. 2) Pembayaran kepada pelbagai kampung untuk kerjakerja komuniti seperti perubatan, gereja, sekolah dan lain-lain. 3) Kos minyak yang mahal 4) Makanan dan sayuran mahal 5) Segalanya mahal laaaa di PNG ni – hatta sekeping roti canai pun berharga RM 15 sekeping!

Peralatan Memancing PNG black bass juga jangan kedekut dan belanjanya memang kasaq weh! Kena sediakan Joran PE 8 – 10, kekili perlu upgrade kepada saiz 300, 400. Drag kena tukar, kekili kena servis tip top. Kekili / baitcaster saya semuanya dihantar ke TK Lim dari Anglers Central, Petaling Jaya. Peralatan yang saya bawa ialah : Kekili : Okuma Komodo - drag 14.5 kg oleh TK Anglers Central, Tail Walk Super Elan Wide dan Komodo SS Joran : Feed Jungle PE 8, EBSF Tumaring Special PE 4 - 6, Bone Combat Beast travel rod PE 1 – 4 Tali : Tuff Line 100 paun, Varivas SMP 90 - 120 paun Perambut : Varivas 100, 130, 170, Fisherman 170 paun Cili : NT saiz 1, 1/0, 2/0 Split Ring : BKK 150 paun, Yarie 100 paun, Owner 100 paun Mata Tiga : BKK Raptor Z saiz 1, 1/0, 2/0, Decoy YS 81 saiz 1, 1/0, Ichikawa Kamakiri.

Dah berapa belanja tu? Tak masuk lagi gewang, aishhh! Berapa banyak duit tabung raya anak-anak saya yang telah pecah daaa...

Ubatan Memandangkan PNG adalah negara yang mundur dan terpencil, jangan lupa bawa ubatan seperti anti malaria. Namun stok ubat anti malaria agak sukar diperolehi. Saya sarankan anda ambil malarone atau lariam. Jangan ambil doxycycline kerana anda boleh dapat photosensentivity - dapat alahan kulit kalau kena panas terik berpanjangan. Bawa juga ubatan lain untuk cirit birit, tahan sakit, Yoko-Yoko dan lain-lain yang diperlukan.

Papuan Kina Mata wang PNG ialah Papuan Kina, di mana 100 Papuan Kina bersamaan dengan RM 135. Papuan Kina lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia (RM), malah Saudi Riyal kerana PNG mengeksport emas, minyak, LPG dan balak. Bahkan 10 tahun lepas, mata wang Kina sama kuat dengan Dollar Australia.

- SIRIP -

Boleh pulak dia gigit antara dua treble ni... Memang pandai black bass kat sini.

Galeri Sportfishing PNG – gambar-gambar monster Orososa dan Oruva yang memang mampu melelehkan air liur anda!

SIRIP 19


Malaysia-Korea Anglers Exchange 1

PROGRAM SILANG PENGILAT

MALAYSIA - KOREA Latar Belakang MCT Tasik Kenyir

Cetusan Anglers Exchange Program (AEP)

Monsoon Casting Tournament atau MCT, iaitu pertandingan mengilat yang sering diadakan setiap musim tengkujuh hujung tahun di Tasik Kenyir telah mula mendapat pengiktirafan Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2015 dengan dimasukkan sebagai acara utama dalam Kalendar Acara Pelancongan (COE). Apabila acara ini diangkat ke peringkat Asia pada 2015 atas jenama Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT), ia telah berjaya menarik peserta dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Jepun.

Pada tahun 2016, AMCT sekali lagi berjaya menarik penyertaan dari dalam dan luar negara iaitu Indonesia, Texas dan Korea. Ketika AMCT 2016 ini, kami menerima wakil dari Korea Sport Fishing Association (KSA) Mr. Kim Sunkyu dan Mr. Kim Chanyong iaitu satu badan yang menganjurkan International Bass Fishing di Andong Lake, Korea yang mendapat penyertaan pemancing profesional dari pelbagai negara termasuk Jepun China, Australia, Thailand, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Penganjuran AMCT mendapat liputan yang baik daripada wakil-wakil media dan rancangan televisyen RTM, Majalah 3 (TV3) serta Trans7 dari Indonesia. AMCT juga mendapat sokongan daripada Persatuan Pemancing Malaysia (PeMM), Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, badan badan kerajaan negeri seperti Jabatan Perhilitan, KETENGAH, Jabatan Perikanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba & Penyelamat.

Hasil persetujuan bersama dan pihak Mercury Marine, KSA berminat menaja empat penyertaan daripada program AMCT Tasik Kenyir untuk menyertai kejohanan mengilat Mercury Cup Korea Open Tournament di Tasik Andong pada 27 dan 28 Mei 2017.

20 SIRIP

Untuk mencari sempat peserta yang layak, pihak Sekretariat MCT telah melancarkan satu program yang dinamakan ‘Anglers Exchange Program’ (AEP) di mana peserta perlu melalui beberapa ujian kelayakan termasuk mesti mempunyai enjin bot berjenama Mercury dan pernah menyertai program yang dianjurkan oleh Sekretariat MCT.


Oleh : AZRI NGAH (Pengerusi MCT / Monsoon Casting Tournament)

2

1. Sesi bergambar bersama

para pemenang Mercury Cup Korea Open Tournament 2017 bersama pesertapeserta antarabangsa.

2. Barisan bass boat bersedia

untuk mengaum di Tasik Andong.

3. Melawat Tourism Malaysia

di Seoul dan berbincang mengenai Anglers Exchange Program bersama En. Syed Muhadzir Jamallulil (pengarah Tourism Malaysia di Seoul).

4. Sebahagian

peserta tempatan dan antarabangsa mendengar taklimat berkenaan pertandingan dan sesi undian guide / partner untuk peserta antarabangsa.

Pengibar Jalur Gemilang

3

Setelah saringan, empat peserta Malaysia terpilih menyertai Mercury Cup Korea Open Tournament iaitu : 1. Hafiz Hussin (Terengganu, wakil MCT) 2.

Kay Fairuz Kamaruddin (Perak, Wakil MCT)

3.

Samsu Bahri Ismail (Terengganu, wakil MCT)

4. Azri Ngah (Terengganu, wakil Sekretariat MCT) Selain empat peserta ini, terdapat empat lagi peserta negara yang mendaftarkan diri iaitu : 1. Ahmad Zulfa Terengganu)

Shafie

(wakil

Tourism

2. Vincent Gan (Kuala Lumpur, wakil dari Mercury / Go Pro dan Megabass Malaysia) 3. Chung Fai Chan (Kuala Lumpur, wakil dari Mercury Malaysia)

4

4. Chee Wooi Kang (Kuala Lumpur, wakil dari Mercury Malaysia) Pada 24 Mei, kami berlepas ke Seoul dengan Air Asia. Sampai di sana dan setelah check in di hotel, kami dibawa melawat ke pejabat Tourism Malaysia di Seoul. Esoknya pula lebih kepada acara ‘free & easy’ bersiarsiar di ibu kota Korea yangcantik ini sambil mencari kelengkapan akhir untuk persiapan pertandingan. Pada 26 Mei, kami ke Lapangan Terbang Incheon bagi menunggu ketibaan wakil Mercury Malaysia dan Indonesia (Pancing Mania, Trans7). Kemudian kami menaiki bas carter ke Andong yang mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan.. Pertandingan mengilat ikan bass di Tasik Andong bermula pada 27 Mei hari Sabtu. Sesi pembahagian pasukan untuk peserta

SIRIP 21


Malaysia-Korea Anglers Exchange hebat luar negara, dengan cabaran tinggi untuk bersaing dengan mereka yang lebih handal. Apatah lagi mempelajari teknik baru mengilat dengan cuba menaikkan spesies large mouth bass (LMB) yang sangat asing bagi kita. Yang paling mengujakan apabila dapat merasai sendiri pengalaman menaiki bass boat berkuasa enjin setinggi 400 kuasa kuda! Mana nak dapat rasa di negara kita. Kejohanan mengilat ini berlangsung selama 2 hari dan tamat pada jam 2 petang hari Ahad 28 Mei. Dalam pertandingan ini, salah seorang wakil Malaysia iaitu Vincent Gan berjaya menaiki podium di tempat ke4, sekaligus dapat menaikkan martabat pemancing negara.

Persetujuan MCT - KSA Hasil perbincangan awal, pihak KSA bersetuju untuk menghantar sekurangkurangnya 10 peserta Korea untuk menyertai AMCT 2017 di Tasik Kenyir pada 30 November - 3 Disember 2017 nanti dan mereka juga akan cuba membawa produk pancing dari Korea untuk dipromosikan di Tasik Kenyir.

5

5.

En. Ahmad Zulfa merasai sendiri teknik mengilat LMB yang amat berbeza berbanding sebarau di Kenyir.

6.

Pengalaman berharga apabila dapat merasai sendiri pengalaman menaiki bass boat berkuasa enjin setinggi 400 kuasa kuda!

7.

Paras air Tasik Andong yang amat rendah memberi cabaran yang lebih tinggi kepada para perserta untuk menjinakkan LMB.

8. + 9.

Wakil dari Malaysia, Vincent Gan (jersi biru) berjaya menaikkan nama negara dengan mendapat tempat ke-4.

10. Mr. Chan (kiri) daripada

Mercury Port Klang turut berbangga dengan hasil tangkapannya.

22 SIRIP

antarabangsa (Malaysia, Australia, Jepun, Amerika dan Indonesia) dibuat semasa acara berprestij ini bermula. Peluang ini membolehkan En. Ahmad Zulfa selaku wakil dari Tourism Malaysia memberi sedikit penerangan ringkas berkenaan Malaysia dan potensi sportfishing di Malaysia untuk menarik perhatian para pemancing di sana dengan mempromosikan Tasik Kenyir dan padang pancing lain serta spesies-spesies gamefish yang ada di Malaysia contohnya toman, sebarau, kelah dan kelisa. Pertandingan bermula jam 6 pagi lagi. Di sini, kami berpeluang menjalin hubungan silaturrahim dengan pemancing-pemancing

Sebagai tuan rumah, pihak Sekretariat MCT amat mengalu-alukan kedatangan peserta Korea dan cuba menyediakan kemudahan terbaik buat mereka sepanjang berada di Malaysia nanti. Pihak Sekretariat dan KSA juga bersetuju jika AEP menjadi program tahunan di mana pemancing dari Korea dan juga Malaysia dapat merasai sendiri pengalaman mengikuti pertandingan di luar negara.

Kesimpulan Anglers Exchange Program (AEP) membuktikan acara ini boleh diketengahkan sebagai acara sukan memancing yang berjaya menggamit pemancing sama ada dalam atau luar negara, yang bukan sahaja datang merebut hadiah yang ditawarkan, malah untuk merasai sendiri pengalaman memancing di tempat baru dengan suasana, budaya, teknologi dan spesies tangkapan yang tidak ada di negara masing-masing.

6


7 Ini juga salah satu alternatif bagi pelancongan Malaysia dalam menarik pelancong datang melancong ke Tasik Kenyir dan secara langsung ke negeri Terengganu, juga Malaysia. AEP ini boleh dikembangkan lagi dan tidak semestinya di Korea sahaja, mungkin bersama negara-negara lain yang mempunyai pengaruh besar dalam sukan pancing dunia contohnya Jepun, Australia, Indonesia dan Thailand.

OBJEKTIF PROGRAM ‘AEP’ 1. Menjalin kerjasama antara Sekretariat MCT dan KSA (Korea Sportfishing Association) bagi mempromosi sportfishing di Malaysia dan Korea. 2. Mempromosikan Tasik Kenyir, Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ‘mesti dilawati’ dan salah satu pilihan padang pancing utama. 3. Sebagai salah satu ‘destination based event’ dalam memperkenalkan destinasi pelancongan di Malaysia dengan kaedah penganjuran acara mengilat.

Sekreatariat MCT juga amat memerlukan sokongan terus dari semua pihak demi menaik-tarafkan sukan memancing negara, terutama dari pihak-pihak yang terlibat dalam industri yang berkaitan dalam sukan memancing ini, juga tentunya dari kementerian dan Tourism Malaysia sendiri. Semoga dengan usaha kecil kami ini dapat membantu pelancongan negara melalui ‘Destination Based Event’ dan Sportfishing.

4. Membina rangkaian sosial di kalangan kaki pengilat di Malaysia dan luar negara. 5. Menonjolkan imej Kenyir dan tasik-tasik di Malaysia sebagai destinasi pilihan pemancing sukan yang sukakan cabaran, alam semulajadi, kehidupan aktif dan gaya hidup sihat. 6. Membuka landasan ke arah kecenderungan dan minat golongan belia dan remaja berjinak-jinak mengenali sukan memancing dan melakukan aktiviti berfaedah. 7. Menonjolkan lagi destinasi sejarah dan rekreasi pelancongan di Malaysia seperti Gua Taat dan Gua Bewah yang mempunyai sejarah warisan yang tersendiri.

Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan AEP di Tasik Andong Korea baru-baru ini seperti Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia, Mercury Marine, Pure Fishing Malaysia, HookUp Apparel dan lain-lain).

8. Mempertingkatkan kepentingan program sebegini dalam menjana pendapatan daripada peningkatan jumlah kedatangan pelancong dengan perlibatan penganjuran memancing di peringkat Asia dan juga antarabangsa.

- SIRIP -

8

9

10

SIRIP 23


Southern Silver Scales 1

KONGKONGPURA

‘BARRA SELATAN’

N

oorizad atau lebih mesra dipanggil Angah antara sahabat lama yang mulamula saya kenali apabila menjejakkan kaki di Johor. Beliaulah yang banyak membawa saya memancing pada ketika itu yang sememangnya tidak tahu menahu lokasi pancingan serta kedai-kedai pancing di Johor Bahru (JB). Antara lokasi yang sering kami turun memancing ialah Pantai Lido, Tasik Merdeka dan juga Kong-Kong Laut. Sejak saya sudah tidak bertugas di JB, jarang-jarang sekali saya berjumpa Angah. Tambahan pula beliau agak sibuk dengan tugasnya sebagai kontraktor pemasangan komputer dan CCTV. Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini saya dihantar untuk bertugas di Pasir Gudang. Sudah tentunya Pasir Gudang terletak berhampiran JB dan juga sangat hampir dengan Kong-Kong Laut.

24 SIRIP

2


Teks & Fotografi : JOHN ANGLER Kong-Kong antara lokasi terawal saya memancing bersama Angah. Seingat saya, sudah hampir 5 tahun saya tidak turun memancing di sana. Setelah bersua muka dengan Angah, saya menyatakan hasrat untuk turun memancing di Kong-Kong. Terus sahaja Angah bersetuju. Kong-Kong terkenal di kalangan pemancing Johor. Rata-rata mereka tahu akan kemahsyuran lokasi ini. Saya juga percaya pemancing seluruh Malaysia juga tahu akan spesies siakap yang menjadi trademark pancingan di Kong-Kong. Dulu, saya sering turun memancing siakap di sini dan boleh dikatakan setiap kali turun, tidak pernah kami gagal mendapatkan siakap. Tapi harus diingat, tanpa tekong yang mahir, agak sukar bagi seorang pemancing untuk mencari reba siakap. Waktu itu, Along lah yang sering menjadi tekong kami. Along merupakan abang kepada Noorizad (Angah). Beliau antara tekong yang mahir dengan selok-belok di sana. Disebabkan Along agak sibuk, hanya kami berdua yang akan turun menduga isi perut perairan Kong-Kong.

1. Pujuk jangan tak pujuk. 2. Suasana

pagi mendamaikan di jeti.

3 pemandangan biasa di sini. Tetapi Angah yang tiba tidak lama kemudian terkejut melihat begitu ramai pemancing berada di jeti. Katanya jarang ada begitu ramai pemancing pada hari bukan hari minggu.

yang

3. Udang hidup dijual RM 60 sekilo. Nak ikan baik kena la keluar modal sikit ye tak?

4. Hey ho, lets go! 5. Tiang kabel elektrik yang baru dibina. pulak.

Dulu

takde

Sebenarnya Angah agak kurang tahu akan lokasi reba siakap, jadi kami merancang untuk memancing dasar sahaja bagi memburu gemang dan spesies pemakan dasar yang lain. Lagipun trip ini hanyalah sebagai mengenang kembali zaman kegemilangan kami memancing di sana. Jadi trip ini lebih kepada trip santai.

Bot Sewa Habis! Pagi yang dijanjikan telahpun tiba. Saya yang sampai agak awal melihat begitu ramai pemancing sedang bersiap sedia untuk turun memancing. Ada yang sedang membeli umpan, ais dan ramai juga yang sedang bersarapan. Pada hemat saya, ini

4

5

SIRIP 17 25


Southern Silver Scales Pagi itu hanya tinggal kami berdua di jeti dan jam menunjukkan 9.30 pagi. Sedang kami bersiap-siap menurunkan barang ke dalam bot, terpandang kelibat seseorang datang ke arah jeti. Setelah diamati, ruparupanya Che Wan! Kalau di Kong-Kong, beliau selayaknya digelar ‘Raja Siakap’ kerana kehandalannya mencari reba persembunyian sang siakap. Selok-belok serta segala cabang sungai di Kong-Kong telah terpahat dalam memori beliau. Tak perlu GPS, semuanya dalam kepala! Saya juga telah lama tidak berjumpa Che Wan. Dulu beliau juga banyak menurunkan ilmu bermain siakap di sini kepada saya. Rupanya beliau juga turun pada hari itu, tetapi bersendirian dengan botnya sendiri. Setelah mendengar bahawa kami hanyalah bercadang memancing dasar mencari gemang, terus beliau mengajak kami menemaninya memancing siakap. Nah, rezeki di depan mata jangan ditolak! Lagi pula diajak oleh Che Wan, mana mampu saya menolak! Siakap mode ON!

Setup Salah 6

6. Beruntung

saya dapat memancing Che Wan ‘Raja Siakap’ Kong-Kong ini.

7. Aksi yang diidamkan oleh semua pemancing!

8. Lepas Che Wan, Che Wan lagi. Memang padu orang lama!

9. Gemang saiz ni masih dikira

kecik. Angah cakap ada lagi besar!

Bot pula belum ditempah kerana menyangkakan pastinya bot banyak. Ternyata telahan itu silap apabila bot telah habis disewa pada hari itu! “Macam mana ni Ngah?” tanya saya. Beliau pun agak runsing. Satu persatu bot meninggalkan jeti dan kami hanya memerhatikan dengan penuh harapan. Tuah menyebelahi kami apabila terdapat satu bot yang tidak disewa kerana bersaiz agak besar dan enjinnya agak perlahan, walaupun berkuasa 40 hp. “Blasah jelah Ngah, janji mancing...” seloroh saya.

10. Ikan bulan yang disangkakan si putih.

7

26 SIRIP

Setup pemburu siakap di Kong-Kong agak unik, kerana setup yang digunakan dalam kategori light ke medium light. Kekili selalunya spinning bersaiz 1000 hingga 2000, dan joran sepanjang 5.6 hingga 6 kaki berkekuatan 8 – 16 paun atau lebih rendah, dan menggunakan tali 10 – 15 paun sahaja. Inilah setup yang terbaik digunakan di sini bagi memburu siakap. Kedengaran agak skeptikal bukan? Dan sudah banyak kali terdengar dan juga terjadi kepada sahabat-sahabat yang turun ke sini dibuli siakap yang melarikan umpan sehingga habis segelendong mahupun putus apabila drag kekili yang kecil tidak mampu menahan kekuatan siakap yang


bersaiz mega. Hanya rezeki dan tuah yang akan menentukan, sama ada siakap yang diidamkan dapat dinaikkan atau tidak. Saya yang membawa joran bottom pada hari itu sudah pening kepala kerana joran saya agak panjang. Kekili bersaiz 3000 dan diisi tali 40 paun. Setup untuk siakap saya tak bawa pula. Hantam sajalah labuu... seloroh saya. Sistem perambut siakap Kong-Kong amat ringkas, hanya masukkan sebiji ladung kecil dan masukkan stopper bagi menghalang batu ladung melorot ke bawah. Seterusnya ikat mata kail, dah pun siap. Udang hidup dicangkukkan di bahagian ekor dan dilontar ke tepi atau hadapan reba tenggelam dan karau perlahan-lahan.

Kenapa Tak Try Gewang? Pernah juga saya bertanya kepada Che Wan, mengapa tidak casting sahaja guna gewang, kan lebih seronok. Kata Che Wan, siakap di sini agak kurang responsif kepada gewang walaupun beliau sudah banyak kali mendapatkan siakap dengan soft plastic. Udang hidup lebih mudah dan sangat digemari siakap di sini. Lokasi pertama kami ialah di tiang elektrik yang merintangi di tengah-tengah perairan Kong-Kong, seingat saya tiada tiang elektrik ini dahulu. Percubaan kami gagal di situ dan terus berpindah ke lokasi seterusnya. Kata Che Wan, jika siakap ada di situ, pasti umpan kami telah diragut tadi. Lokasi seterusnya merupakan satu cabang anak sungai yang mengalir ke arah laut Kong-Kong. Kelihatan sebuah kapal pengorek pasir sedang giat menyedut

9

8

10

SIRIP 27


Southern Silver Scales pasir dari dasar sungai. Keadaan air sedikit berkeladak dek kerana kapal korek itu mengalirkan kembali air yang disedut bersama pasir. Tak perlu menunggu lama, beberapa ekor ikan bulan dapat kami daratkan di situ. Sesekali sang buntal mencuri udang yang kami hulurkan buat sang siakap. Kerana hanya ikan bulan dan buntal sahaja yang menjamah umpan, kami berpindah sekali lagi.

Deadliest Catch Semasa menurunkan barang ke bot pada pagi tadi, saya perasan Angah membawa beberapa biji bubu ketam atau lebih dikenali sebagai ‘bintoh’ di Johor. Patutlah saya selalu melihat Angah posting di FB beliau dengan perkataan Deadliest Catch disertakan gambar ketam nipah, rupanya beliau menyelam sambil minum air dengan memasang beberapa biji bintoh di cabang sungai yang kami masuki awal tadi.

11

11. Deadliest catch ON! 12. Hulur je celah tu, kalau ade mesti dia makan!

13. Lagi siakap oleh Angah.

12 Ikan pari ketuka dijadikan umpan kerana kata Angah, ia lebih tahan dan liat. Gayanya seperti pemburu ketam di lautan Atlantik. Alahh... macam di Discovery Channel tulah. Kalau ada rezeki, dapatlah merasa makan ketam nipah fresh. Jika hendak dibeli, harganya agak mahal sehingga RM 90 sekilogram bagi ketam bersaiz besar. Lokasi seterusnya agak jauh dari tempat tadi. Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengahari. Saya dan Angah mengambil peluang untuk menjamah bekalan yang dibeli awal pagi tadi. Seraya saya menjemput Cik Wan untuk bersama-sama makan, umpan udang yang beliau turunkan hanya di bawah bot terus disambar siakap! Ekor siakap tersebut yang kekuningan membuktikan yang ia tinggal di kawasan yang airnya betul-betul berkualiti dan jernih. Saya terus berhenti makan dan menghulurkan juga udang di bawah bot antara celahan juntaian akar bakau kerana kami mengikat bot betul-betul hampir dengan pokok bakau. Saya berjaya mendapat dua sambaran, tapi rabut. Namun, Cik Wan dan Angah berjaya menaikkan beberapa ekor lagi siakap.

13

28 SIRIP

Tiada Arus Seperti mana ikan di tengah lautan, siakap juga tidak aktif


untuk menjamah umpan apabila arus mati. Agak lama kami melepak di situ. Walaupun tiada lagi si siakap yang menjamah umpan, kami hanya berbual-bual sambil menunggu pergerakan arus. Arus mula dirasakan pada jam 3 lebih. Kami bergerak sambil singgah di beberapa lokasi yang terletak dalam arah perjalanan pulang ke jeti. Lokasi terakhir kami ialah di satu pintu kuala sungai yang menghala masuk ke Kong-Kong. Tidak disangka, reba bakau hasil tumbangan pokok bakau yang pernah saya duga ketika kali pertama menjejakkan kaki ke Kong-Kong masih ada di situ. Cik Wan mengatakan bahawa ikan siakap yang mudik ke muara sungai akan kembali ke tengah dan akan melalui reba tempat kami berhent . Udang yang saya turunkan juga hanya di bawah bot terus disambar siakap dan berjaya didaratkan. “Yes! Aku tak kumpau!� seloroh saya. Angah hanya mentertawakan saya melihat reaksi itu. Beberapa ekor lagi siakap kami berjaya daratkan di spot tersebut. Ketika jam sudah pun hampir 6 petang, kami pun bergerak pulang. Hasil kami pada hari itu boleh tahan juga. Saya berpuas hati kerana pada mulanya kami hanya mensasarkan gemang. Tak disangka siakap pula yang menjadi pengganti.

Kawan Nak Pakai Lama Kong-Kong menyimpan banyak spesies ikan yang berkualiti seperti siakap, siakap merah, kerapu, senangin, pari, tebal pipi mahupun ebek. Walaupun sentiasa dikunjungi oleh pemancing saban hari, ia masih boleh didapatkan jika anda mahir dengan lokasi ikan-ikan ini bermain serta mencari makan. Sentiasalah ramah dan ringan mulut untuk bertegur sama dengan pemancing lain di

15

14 jeti kerana tak rugi kita mengukir senyuman untuk sebuah persahabatan yang bakal terjalin, bukan? Di sini juga saya banyak mendapat rakan baru dan ilmu memancing. Jika anda sombong dan tidak mahu bertegur sapa, tiada sesiapa yang mempedulikan anda. Tetapi jika anda sentiasa ramah dalam pergaulan, pastinya ke mana pun anda pergi, anda pasti diingati.

14. Rumah Cik Meme, kata Che Wan.

15. Satu satunya kerapu pada hari itu.

16. Dapat jugak akhirnya. Saya tak kumpau yer!

Kepada pemancing di luar sana, cubacubalah menduga Si Putih Kong-Kong ini. Manalah tahu kan... siakap bersaiz mega bakal menyedut udang yang anda hulurkan. Jangan lupa plak ajak member, takkan la nak pergi sorang-sorang kan?

- SIRIP -

16

SIRIP 29


Variable Inshore Jigging

1

JIGGING RINGAN DUA LUBUK

T 2

30 SIRIP

eknik jigging berasal dari Jepun. Di Jepun jarang kedengaran kaedah jigging yang dipanggil jigging ringan. Namun di Malaysia, kita mempunyai struktur laut yang berlainan, terutama perairan Pantai Timur Semenanjung yang berkedalaman kurang daripada 30 meter. Perairan yang cetek ini sememangnya tidak memerlukan jig yang sangat berat. Justeru terciptalah teknik jigging ringan yang kini telah menjadi aliran utama pancingan laut tempatan, di mana jig seberat 30 - 120 gram biasa digunakan. Teknik jigging ringan merupakan aktiviti memancing yang mampu


Teks & Fotografi : PAK WONG ditanggung oleh kebanyakan pemancing. Tidak perlu bertandang jauh ke samudera terbentang dan amat berkesan buat spesies-spesies laut cetek, terutama ebek kapak yang dianggap spesies terhandal di sana. Sehingga sekarang, teknik ini masih dianggap teknik paling popular di Malaysia dan telah menjadi penyumbang besar kepada industri peralatan memancing dan perkhidmatan bot pancing. Sehingga sekarang, teknik jigging ringan tidak mengalami perubahan yang ketara selain perkembangan peralatannya. Sejak kebelakangan ini jigging ringan juga mengikut trend dan dipraktikkan dengan peralatan yang lebih ringan. Saya yang telah lama tidak menceburi bidang ini telah bertandang ke Tanjung Leman, Johor atas jemputan Ah Hoy untuk mengulangi memori silam dalam trip balik hari.

Efek Teluk Pengaruhi Arus Kelong Yoong merupakan tekong paling senior di perairan ini. Beliau membawa kami ke sebuah unjam yang agak jauh dari pantai. Apabila tiba ke destinasi, didapati ia sebuah unjam terbiar yang tidak mempunyai pelampung sebagai tanda. Kawasannya agak luas dan berada di perairan berkedalaman 30 meter. Terasa arus di sini amat kencang apabila jig diturunkan, agak berbeza dengan keadaan arus di perairan Pekan, Pahang yang sentiasa dikunjungi saya pada masa dahulu. 40 gram merupakan berat jig yang paling biasa digunakan di perairan Pekan dan Rompin. Jig 50 gram jarang-jarang

3 digunakan. Terasa pelik juga Tanjung Leman yang terletak tidak berapa jauh dari keduadua tempat ini memerlukan jig yang dua kali ganda beratnya.

1. Ebek

Untuk mengetahui sebabnya, marilah kita meneliti peta Semenanjung Malaysia. Pemancing yang pernah bertandang ke perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pasti akan mendapati bahawa, tempattempat tersebut biarpun sama-sama berada di perairan Pantai Timur, namun keadaan arusnya agak berlainan antara satu sama lain.

2. Perairan di sekitar Pekan

bagak ini mungkin akan rabut akibat mulutnya pecah jika tiada mata tiga sebagai insuran. arusnya lebih lembut akibat efek teluk.

3. Kelong

Yoong dengan bayi jemuduk yang rakus mengasak jig.

4. Henjutan laju disarankan di perairan Tanjung Leman, dan lebih menumpu kepada perairan pertengahan sehingga dasar.

4

SIRIP 17 31


Variable Inshore Jigging

5 Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berada lebih ke utara, perairan persisiran pantainya masing-masing mempunyai aliran arus yang lebih kencang. Jika ditinjau berdasarkan lubuk-lubuk tersohor, perairan-perairan yang berada di sebelah atas Kuantan akan bertukar menjadi lebih deras aliran arusnya, manakala perairan-perairan di sebelah bawah Kuantan iaitu Pekan dan Rompin akan berarus lembut. Arus akan bertukar menjadi deras pula bermula dari perairan Tanjung Leman. Apakah sebabnya? Fenomena ini sebenarnya bersangkutan dengan cara pergerakan arus lautan dan geografi bentuk bumi. Anda mungkin telah mengetahui bahawa Pekan dan Rompin secara kebetulan terletak di bawah bahagian yang menonjol di sebelah timur Semenanjung. Apabila arus lautan yang mengalir dari Vietnam dan Thailand di sebelah utara sampai ke Dungun, Terengganu yang terletak di bahagian paling menonjol Semenanjung, kawasan teluk yang terletak di bawahnya (termasuk Pekan, Rompin dan Penyabong) akan menjadi sebuah kawasan terlindung yang berarus lembut. Sama seperti keadaan sungai. Dengan kata lain, perairan di sebelah atas Pekan akan berarus lebih deras, manakala perairan di sebelah bawah kawasan teluk Pekan juga akan menjadi deras bermula dari Mersing. Tanjung Leman yang berada jauh dari kawasan teluk pula dilanda arus kencang secara langsung, justeru aliran lautnya menjadi amat deras.

Persembahan Laju Lantaran airnya tidak berapa dalam, jig seberat 60 gram masih boleh digunakan. Namun jika ingin mendapatkan kepekaan yang lebih jelas, jig 80 gram ke atas terpaksa digunakan. Ikan yang mendiami unjam ini termasuklah tenggiri, jemuduk dan spesies-spesies pelagik yang lain. Justeru tiada masalah jika jig tidak dapat bertahan lama di dasar.

6

32 SIRIP

Namun seperkara yang harus ditekankan di sini ialah, jika jig yang digunakan tidak cukup berat dan bot pula sentiasa bergerak mengikut arus, anda pula tidak rajin untuk mengarau balik jig dan diturun kembali ke dasar, jarak bot dengan jig akan menjadi semakin jauh. Ini bermaksud


SAILFIN SNAPPER DUNGUN Perairan Malaysia memang terkenal dengan variasi hidupan lautnya. Sehingga hari ini, kita masih dapat menjumpai spesies ikan yang belum pernah dijumpai dahulu seperti Sailfin Snapper (Symphorichthys spilurus) yang dipancing Adam secara kebetulan ini. Menurut Wikipedia, spesies ini gemar mendiami perairan sedalam 5 hingga 60 meter. Ia biasanya hidup bersendiri tanpa teman dan hanya akan berkumpulan apabila tibanya musim bertelur. Sailfin snapper yang mampu mencapai kepanjangan 60 cm ini mempunyai warna badan yang terang dan cantik. Keunikannya ialah tompok hitam berdekatan ekornya dan sirip dorsal yang memanjang. Bentuk luarannya kelihatan amat menarik sehingga menjadi sasaran kedai-kedai akuarium. Ikan ini juga merupakan satu-satunya spesies dalam genus ini. Menurut laporan, spesies ini adalah native di lautan Hindi di sebelah barat Australia dan bahagian barat Lautan Pasifik. Ia amat jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia. Adam yang dilahirkan di Dungun pun pertama kali menjumpai spesies ini. Secara kebetulan, pemancing juga pernah menaikkan spesies ini di Pulau Aur di perairan Johor. Pemancing-pemancing yang pernah bertarung dengan spesies ini masing-masing mengakui kehandalannya. Selain Semenanjung, Sailfin Snapper juga pernah dijumpai di pasar Sibu, Sarawak dalam bilangan yang agak banyak. Kemungkinan terkena dengan musim membiaknya. Biarpun tergolong dalam famili snapper, orang yang pernah memakan ikan ini mendakwa isinya agak liat berbanding spesies snapper yang lain. Satu lagi Sailfin Snapper yang dipancing di perairan Pulau Aur.

Menurut Adam, ikan yang kelihatan comel ini amat padu tarikannya.

jig anda akan tetap berada di tempat yang sama, sehinggakan peluang terkena ikan menjadi berkurangan. Henjutan haruslah laju apabila jigging di perairan yang berarus deras ini. Jika henjutan terlalu perlahan, jig akan kelihatan seperti seketul besi yang tidak bernyawa, melainkan anda menggunakan jig yang dapat menari mengikut arus lantaran reka bentuknya yang bengkok. Arus akan menjadi perlahan dalam masa

satu jam apabila air laut mulai pasang atau surut. Pada masa inilah ikan akan aktif mencari makanan. Di sini jig biasanya disambar apabila ia dihenjut agak jauh dari dasar. Ikan akan menyambar jig dengan lebih agresif di perairan yang berarus kencang, justeru mata kail biasanya akan tertancap kukuh di mulutnya. Lebih-lebih lagi disebabkan tenggiri telah menjadi sasaran utama di sini, kami telah menambahkan sebilah mata kail tiga di bahagian ekor jig, justeru kes rabut ternyata akan menjadi amat jarang.

5. Ebek bulat bagak di luar dugaan mengambil masa belasan minit untuk dijinakkan dengan peralatan ultra ringan.

6. Jig

juga harus sentiasa diberhentikan buat sementara apabila menyasarkan sagai agar spesies bermulut kecil dan keras ini lebih mudah terkena mata kail.

jigging pasti 7. Penggemar + terasa sunyi jika tiada spesies 8. tenggiri yang kerap datang menghiburkan mereka.

7

8

SIRIP 33


Variable Inshore Jigging

9

9.

Jeti Dungun yang berdekatan pekannya berada di muara Sg. Dungun.

10. Bot pancing Dungun yang ditutup rapi dari hadapan sehingga ke belakang, sedap untuk menjalankan pancingan sepanjang hari.

11. Ikan

pertama berjaya ditumbangkan oleh Affendi tidak berapa lama setelah pancingan dimulakan.

12. Selain

talang biasa, di sini juga terdapat banyak talang berbadan ramping yang dipanggil ‘Adueh’ oleh orang tempatan.

34 SIRIP

Ikan yang paling di luar dugaan trip ini ialah seekor ebek bulat yang agak besar saiznya. Ia telah membaham jig saya yang telah dihenjut setinggi 5 meter dari dasar. Pergelutan menjadi semakin tegang dengan joran kelas ultra ringan dan tali 10 paun. Peralatan sedemikian memang lebih memuaskan apabila digunakan untuk menjerat monster-monster laut cetek!

Jigging Ringan-Perlahan Dungun Tidak berapa lama kemudian setelah pulang, racun memancing yang dijangkiti di Tanjung Leman telah kembali menyerang. Dengan segera sebuah trip telah dirancang dan kali ini bertandang ke perairan Dungun pula! Terasa agak ganjil juga kerana saya yang telah menceburi pancingan laut selama 20 tahun pun baru pertama kali bertandang

ke perairan Dungun, Terengganu. Bot pancing Affendi telah menjadi pilihan. Affendi bersama pembantunya Adam agak tersohor di sekitar Pantai Timur kerana telah berjaya membawa tetamu menaikkan banyak ebek bulat bagak. Lubuknya dekat sahaja di sekitar Pulau Tenggol. Perairan di sini sedalam 50 meter dengan arus kencang yang menyerupai Tanjung Leman. Adakalanya arus di kawasan ini akan menjadi amat deras sehingga sukar untuk mempraktikkan teknik jigging. Ikan sasaran trip ini ialah ebek bulat. Namun disebabkan perubahan cuaca, musim ikan pun terpengaruh dan sukar diramal, hanya jemuduk yang berjaya dinaikkan. Terasa malu juga keputusan kami bertiga jauh ketinggalan, berbanding Affendi dan Adam. Justeru saya pun mula perhatikan cara henjutan mereka dengan lebih teliti. Apakah benar teknik jigging perlahan


yang mereka praktikkan? Namun jig yang mereka guna bukan jig perlahan pun! Setelah memerhati dengan teliti, baru saya sedar cara henjutan mereka adalah amat perlahan sekali. Bukan sekadar perlahan, adakalanya seakan pancing dasar pula! Kadang-kadang laju juga persembahan jig mereka, namun ternyata lebih tertumpu kepada persembahan yang lebih perlahan. Cara henjutan perlahan ini pula amat mementingkan kepanjangan masa berhenti sementara. Tidak kira jigging berat atau ringan, biasanya akan diselang juga dengan perhentian sementara, iaitu berhenti seketika setelah membuat beberapa henjutan. Teknik ini terbukti berkesan. Ada masanya ikan hanya mengejar jig tapi tidak menyambar. Mereka hanya akan menyambar jig apabila jig berhenti seketika dan henjutan berikutnya dimulakan. Inilah yang dikatakan reflex action. Dipercayai ramai pemancing telah menggunakan teknik ini secara sengaja atau tidak sengaja dengan keputusan yang memuaskan. Jelas sekali Affendi dan Adam masingmasing lebih mementingkan strategi dasar. Jig dihenjut satu atau dua pusingan sebaik sahaja ia mencapai dasar, kemudian berhenti langsung. Bukan berhenti setakat satu hingga dua saat, tetapi tiga hingga lima saat! Saya pun pertama kali memerhatikan teknik perhentian sementara yang mengambil masa begitu panjang. Jika tiada sambaran, mereka akan meneruskan henjutan satu atau dua pusingan. Selepas itu berhenti agak lama, sebelum menurunkan jig kembali ke dasar. Pelik bukan? Pada kebiasaannya apabila mempersembahkan gewang, kita tidak akan membiarkan gewang berhenti terlalu lama kerana khuatir ikan akan megenali ia benda palsu. Habis mengapakah mereka berbuat demikian, dan ikan pula sudi makan jig mereka yang kelihatan langsung tidak bergerak?

10

11

12

SIRIP 35


Variable Inshore Jigging

13

13. Jig mereka dihiasi bulu dan sotong palstik yang menjadi kegemaran ikan tempatan.

14. Sagai yang dipukau dengan teknik jigging ringan terlampau perlahan.

15. Tidak

tersangka-sangka ebek juga sudi makan jig ‘original’ saya!

14

Jangan Keras Kepala Hakikatnya fenomena luar biasa ini berkaitan rapat dengan bulu dan sotong plastik yang mereka pasang pada mata jig. Ikan sebenarnya bukan menyambar jig, tetapi menyambar bulu dan sotong plastik yang kelihatan bersamaan dengan makanan biasa mereka. Agaknya inilah sebabnya mereka membiarkan jig berhenti buat sementara begitu lama! Dalam kes ini, jig mungkin bukan umpan sebenar mereka. Jig cuma memainkan peranan pemberat untuk membawa umpan ke dasar laut. Bulu dan sotong plastiklah umpan sebenar!

Setelah memahami rahsia Affendi dan Adam, sahabat saya juga cuba meniru, namun kurang menjadi. Mungkin jig mereka hanya terdapat bulu sahaja, tanpa sotong plastik. Atau mungkin mereka tidak cukup bersabar sehingga jig terlalu cepat dihenjut menjauhi dasar. Berdasarkan pemantauan, ikan-ikan di sini seakan lebih suka mencari makanan berdekatan dasar, termasuk jemuduk dan ebek yang bersifat pelagik. Saya seorang pemancing purist. Tidak suka menambahkan apa-apa ke atas jig saya. Justeru sehingga petang pun belum ada sambaran. Namun cara persembahan boatman telah mencetuskan ilham saya untuk lebih menumpukan perhatian kepada dasar. Jig diturun kembali ke dasar serta merta setelah melakukan tiga henjutan. Teknik ini ternyata berkesan. Ada sekali saya segera memberhentikan jig setelah membuat satu henjutan sebaik sahaja jig mencapai dasar. Namun masa perhentian jig tidak selama mereka. Dengan cepatnya saya pun meneruskan aksi henjutan. Jig disambar sebaik sahaja saya menghenjut joran dan berjaya menaikkan ebek bulat tunggal trip ini! Pengalaman di Dungun memberi kesimpulan bahawa, kita harus memerhati dan meniru teknik pemancing tempatan apabila bertandang ke lubuk asing. Ikan yang sama mungkin akan memaparkan cara pemakanan yang berbeza di tempat yang berlainan. Justeru harus ditangani dengan teknik yang berlainan. Anda tidak semestinya meniru teknik mereka dengan sepenuhnya, namun haruslah belajar dengan hati yang rendah diri. Jika tetap berkeras kepala, kumpaulah akhirnya!

- SIRIP -

*Bot pancing Tanjung Leman : Kelong Yoong (019-751 8858)

15

36 SIRIP

*Bot pancing Dungun : Adam (0111999 0052)


Industry Info

JUALAN AKHIR TAHUN TCE TACKLES 2017 LEBIH HEBAT, LEBIH MERIAH! Acara yang ditunggu-tunggu menjelang penghujung tahun sudah pastilah Jualan Akhir Tahun! Lebih meriah dan hebat berbanding penganjuran tahun sebelumnya, Jualan Akhir Tahun 2017 TCE Tackles bermula 15 Oktober 2017 hingga 1 Januari 2018 di semua 97 cawangan TCE Tackles seluruh negara. Jualan Akhir Tahun 2017 dijalankan serentak bersama Karnival Cabutan Bertuah Bonanza kali ke-9 dengan pelbagai tawaran hebat yang berganda dan pelbagai hadiah untuk dimenangi oleh pelanggan yang bertuah. Cabutan Bertuah Bonanza Cabutan Bertuah Bonanza yang berlangsung sepanjang Jualan Akhir Tahun 2017 melibatkan cabutan bertuah pusingan ke-2 yang berlangsung di Cawangan Alam Megah dan pusingan akhir di cawangan Lunas. Berbelanja RM 50 dalam satu resit dan anda berpeluang untuk menyertai Cabutan Bertuah Bonanza yang memungkinkan anda membawa pulang 195 hadiah bulanan dan 7 hadiah utama yang menarik. Jika bertuah, anda mungkin menjadi pemenang hadiah mega yang lumayan pada pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember 2017. lebih 590 hadiah dengan nilai keseluruhan sehingga RM 119,000 termasuk peralatan memancing, aksesori dan kayak untuk dimenangi.

Diskaun Hebat Jualan Akhir Tahun 2017 juga melibatkan diskaun hebat lebih 50% barangan memancing dan aksesori yang terdapat di semua cawangan TCE Tackles. Dapatkan barangan memancing idaman anda dengan harga diskaun dengan segera sebelum kehabisan stok. Selain jualan hebat dan diskaun harga yang menarik, pelanggan juga berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah percuma sepanjang Jualan Akhir Tahun 2017 berlangsung. Dapatkan juga poster ikan dan kalendar secara percuma apabila membeli belah di semua cawangan TCE Tackles.

Acara Sampingan Selain itu, pelbagai acara sampingan lain turut berlangsung sepanjang karnival dijalankan. Aktiviti jualan, permainan serta aktiviti sampingan yang menarik sepanjang Jualan Akhir Tahun 2017 berlangsung dijangka mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan. Jangan lepaskan peluang ini dan jadilah pelanggan yang bertuah untuk memenangi hadiah Cabutan Bertuah Bonanza yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan dapatkan pelbagai barangan dengan diskaun yang hebat sepanjang masa ketika berlangsungnya Jualan Akhir Tahun 2017 TCE Tackles. SIRIP 37


The Legend of Tow Foo Pond 1

TOW FOO

- LEJEN MASIH BERBISA!

1. Kolam utama Tow Foo yang

masih kekal beroperasi. Satusatunya kolam yang masih tinggal sedang yang lain telah ditimbus untuk pembinaan Lebuhraya LATAR.

2. Saya

dan Uncle Wong, pemilik kolam Tow Foo yang begitu mesra dengan pengunjung.

H

ari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua satu-satunya kolam berbayar yang menjadi pilihan saya sejak tahun 2002 lagi. Kolam yang diberi nama Tow Foo ini dikhabarkan antara kolam memancing yang terawal (mungkin juga yang pertama) di Malaysia. Kolam yang terletak di Kundang, Rawang ini mula dibina pada tahun 1991. Ia bersaiz 21 ekar pada asalnya, dan sekarang

mengecil kepada 4 ekar ekoran pembinaan Lebuh Raya LATAR yang menghubungkan antara Kuala Selangor / Ijok dan Rawang / Selayang dan Kuala Lumpur. Kolam ini juga kolam pertama mengamalkan konsep tangkap dan lepas (Catch & Release). Mungkin ramai antara kita lebih cenderung untuk memancing di kolam bayar kerana beberapa faktor, antaranya tidak cukup masa untuk ke lubuk-lubuk yang jauh dari kesibukan kota dan masyarakat. Ada juga yang menjadikan alasan kerana jaminan sudah tentu ada ‘penghuni’ di dalam kolam bayar tersebut. Ada juga beranggapan bahawa kolam bayar lebih selesa kerana kemudahan yang disediakan lebih praktikal berbanding di luar. Berikutan dengan terbinanya banyak kolam bayar di Malaysia ini, tidak ada lagi alasan bagi setiap lapisan masyarakat untuk tidak merasa ‘feel’ bertarung dengan ikan besar / mega. Ada duit, hanya pilih sahaja kolam mana yang mendapat tempat di hati anda.

Kolam Lejen

2

38 SIRIP

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua satu-satunya kolam berbayar yang menjadi pilihan saya sejak tahun 2002 lagi. Kolam yang diberi nama Tow Foo ini dikhabarkan antara kolam memancing yang terawal (mungkin juga yang pertama) di


Teks & Fotografi : HARRIS FADHILLAH Malaysia. Kolam yang terletak di Kundang, Rawang ini mula dibina pada tahun 1991. Ia bersaiz 21 ekar pada asalnya, dan sekarang mengecil kepada 4 ekar ekoran pembinaan Lebuh Raya LATAR yang menghubungkan antara Kuala Selangor / Ijok dan Rawang / Selayang dan Kuala Lumpur. Kolam ini juga kolam pertama mengamalkan konsep tangkap dan lepas (Catch & Release). Kolam ini dikelilingi oleh suasana yang indah iaitu tepi bersebelahan padang golf, dipenuhi dengan pokok-pokok yang rendang, menjadikan ia kolam yang seakanakan berada di tasik atau hutan. Kolam ini asalnya kolam semulajadi, bukan buatan. Ini bermaksud, di dalam kolam ini masih terdapat ikan-ikan liar yang menanti umpan untuk dibawa lari! Antara tarikan dan jenis-jenis ikan yang ada di sini ialah patin Mekong, pacu, patin, tongsan, patin buah, rohu, lee koh, patin lawang, baung, toman, lampam, bandaraya, peacock bass, jelawat, belida, haruan dan tilapia. Kesemua jenis ikan ini ada yang mencapai skala mega! Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat gergasi ikan air tawar iaitu tapah!

3

3. Banyak kali kes tali meletup

Memandangkan jenis-jenis ikan tersebut bukanlah seperti ikan-ikan di kolam berbayar yang lain, pemilik premis ini iaitu Uncle Wong, menjadikan konsep tangkap dan lepas agar spesies-spesis ini kekal berada

putus dihenjut pacu besar di dalam kolam ini. Jangan terperanjat jika sebiji buah keras untuk masakan menjadi antara umpan yang terbaik untuk menjinakkan pacu besar di sini.

4. Umpan tauhu yang cukup sinonim dengan kolam ini.

4

5. Peacock bass boleh anda casting.

MURAH & SENANG AKSES Kadar bayaran memancing di Tow Foo : •

RM 7 sejam

RM 15 untuk 3 jam

RM 20 untuk 6 jam

RM 25 untuk 12 jam

RM 10 bagi sewaan bot tanpa enjin + jaket keselamatan

Sekarang lebih mudah untuk anda ke Tow Foo semenjak Lebuhraya LATAR (KL – Kuala Selangor Expressway) telah membuka plaza tol Kundang yang baru. Jika anda dari Rawang, kolam Tow Foo boleh dilihat di sebelah kiri hanya bersebelahan plaza tol tersebut.

5

Tow Foo boleh dilihat bersebelahan plaza tol Kundang (Barat), Lebuhraya LATAR.

SIRIP 39


The Legend of Tow Foo Pond Kepada caster-caster juga, kolam ini membenarkan penggunaan umpan tiruan seperti gewang dan soft plastic. Kemudahan bot tanpa enjin juga disediakan bagi memudahkan pergerakan ke segenap kolam untuk anda casting mahupun fly fishing. Pengalaman saya di kolam ini, saya biasa menaikkan ikan pacu, belida dan patin berskala mega. Memang syok layan menggunakan set ultra light (UL). Larian spesies-spesies ini memang tidak dapat diduga. Saiz yang mega ini adalah kerana telah lama mereka mendiami kolam ini. Cukup dengan teknik roti apung, anda akan merasa menaikkan ikan-ikan mega ini jika kena pada waktunya! Mana lagi peluang yang ada nak naikkan toman mega dan tapah kalau tidak ke Taman Negara Pahang dan lain-lain tempat. Di sini, anda berpeluang menaikkan ‘monster’ jika nasib menyebelahi anda!

6

Saya juga gemar memancing ikan lampam di kawasan ini, kerana hasilnya anda boleh membawa pulang 3 - 5 kilo hasil lampam dalam tempoh kurang daripada 2 jam jika bernasib baik (hanya lampam dibenarkan bawa balik sebab pengacau)! Harga untuk memancing di

di dalam kolam tersebut. Hanya ikan lampam sahaja dibenarkan untuk dibawa pulang. Uncle Wong juga sangat peramah!

Sinonim Dengan Tauhu Penggunaan umpan di sini juga diselaraskan hampir seperti kolam-kolam berbayar yang lain. Umpan dedak yang paling banyak digunakan. Walaupun begitu, sinonim dengan nama kolam ini, penggunaan tauhu / soya amatlah digalakkan kerana beberapa ‘penghuni’ di dalam kolam ini sudah biasa dengan umpan tersebut. Umpan ini disediakan secara percuma. Sebagai tips, tauhu / soya tersebut bolehlah dicampur dengan dedak. 7

9

6. Belida bintik suka memakan

S.P, anak tilapia dan anak lampam. Biasanya ia aktif pada waktu pagi dan mendung.

7. Teknik

roti apung yang gemar saya gunakan. Letak beberapa mata kail pada sekeping roti, campak dan tunggu sahaja ikan besar timbul menyambarnya.

8. Umpan roti campur tauhu, adunan umpan utama kebanyakan pengunjung Tow Foo.

9. Tapah saiz belasan kilo + masih merajai Tow Foo. 10.

8

40 SIRIP

10


12

11

11. Patin Mekong bersaiz 20 + – 30 kg bersedia untuk 12. menghabiskan tali daripada gelendong anda!

kolam ini pada saya agak berpatutan, mungkin kerana konsep tangkap dan lepas. Siap ada jackpot lagi. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah tandas, khidmat masak (makan dan minum), kawasan parking yang luas dan kerusi dan meja yang mencukupi dan selasa. Surau juga berdekatan kolam ini. Anda juga boleh melakukan aktiviti berkhemah dan memanggang ikan kerana struktur tanah dan persekitaran kolam ini agak mendatar.

Bagi saya, kolam ini sangat efisien untuk pemancing-pemancing yang tidak berkesempatan untuk trip yang memerlukan masa dan perjalanan yang jauh. Saya juga ‘highly recommend’ untuk keluarga yang inginkan ‘short leisure time’ yang santai kerana persekitaran dan kemudahan yang ada, di samping berpeluang merasa tarikan ikan dan dalam masa yang sama mengenali spesies-spesies ikan. - SIRIP Jom layan di Tow Foo!

SIRIP 41


I NTRODUCTION T O H EAVY C OVER S NAKEHEAD G AMES

Ciak bersama haruan yang menyambar froggy miliknya.

Bersama : KETAMTK

S

esungguhnya dengan kemajuan teknologi terkini dan capaian Internet yang lebih pantas, maklumat dapat disampaikan di hujung jari sahaja. Tanggapan saya pada hari ini sudah tidak ada lagi lubuk yang tidak diketahui umum. Kebanyakan sudah pasti telah didedahkan kepada umum. Namun sangkaan saya meleset, masih ada rupanya lubuk yang tidak dikongsi secara tepat kepada umum! Suatu hari Midan mengaturkan satu komplot untuk menduga satu kawasan lombong tinggal yang dipenuhi samai di daerah Sedenak, Johor. Bersama Ciak, kami bergegas pada pagi hari minggu untuk bertemu seorang lagi rakan bernama Amirul yang lebih mesra dipanggil Petai. Petai yang selalu berkunjung ke sini sudi berkongsi lubuk kegemaran bersama kami. Dengan keadaan bertopang akibat kemalangan, semangat memancing beliau sangat tinggi membawa kami ke lubuk regular beliau.

Lubuk Rahsia Ladang Sawit Sampai sahaja di kampung beliau, kami terus bermotosikal menuju ke sebuah lubuk terletak di dalam sebuah ladang kelapa sawit. Dingin bayu pagi sangat menyegarkan, lama betul tidak menikmati suasana begini. Lubuknya sebuah lombong tinggal, dipenuhi samai dan dikelilingi pohon kelapa sawit. Hanya penduduk tempatan yang mengetahui lokasi ini dan pemancing Indonesia yang hanya memancing dasar. Dari kejauhan nampak jelas toman timbul mengambil udara, saiz yang agak kasar, namun lemparan froggy tidak dihiraukan. Menurut Amirul, waktu paling sesuai ialah pada awal pagi dan lewat petang. Kami tiba agak lewat, toman mungkin sudah Penulis bersama Amirul aka Petai, walaupun bertopang, masih boleh mengilat secara duduk. Semangat bro!

42 SIRIP


Midan bersama haruan yang menyedut froggy yang dimainkan secara perlahan. Amirul bersama koleksi haruan kasar yang beliau tumpaskan.

kekenyangan. Menariknya kata Petai, haruan menjadi diet utama toman di sini selain burungburung yang mencari makan di sini. Memang benar kata beliau apabila jelas kelihatan dari jauh seekor haruan melompat melarikan diri mungkin dikejar toman. Suasana yang sangat dramatik!

Haruan Catch & Release Hanya Midan dan Ciak yang berjaya mendaratkan haruan. Letusan sambaran sangat mengujakan, sebaik selesai fotografi, mereka terus melepaskan semula haruan tersebut. Semasa bergerak pulang, Amirul membawa kami ke sebuah lubuk yang lebih terbuka, sempat mencuba seketika sebelum kami bergerak pulang. Masih banyak lubuk yang sangat menarik di sini! Mesti diulang semula untuk memburu pemangsa yang lebih besar.

- SIRIP -

Dilepaskan semula untuk membesar.

SIRIP 43


Senses Cup Challenge

SENSES CUP 2017 :

MELAKAR WARNA TEMENGOR

1

2

44 SIRIP

3


Teks : HANUMEI IKE

Fotografi : URUSETIA SENSES CUP

1. Barisan bot tersedia untuk membawa para peserta Senses Cup 2017 berjuang.

2. Legenda Pak Wong turut hadir bersama manager Mustad Isaac Tang.

4

3. Kemunculan Ng Yam Pin

5

S

etiap tahun ada sahaja wajah-wajah baru mewarnai kejohanan mengilat ini, yang menjadi satu medan untuk berkumpul, beriadah dan bertukar ilmu. Kehadiran pemancing legenda tanahair iaitu sifu Pak Wong turut menyerikan acara tahun ini. Format pertandingan berteraskan konsep ‘Tangkap & Lepas’ terus dikekalkan. Peserta TIDAK dibenarkan sama sekali mengambil hasil tangkapan. Hanya toman dan sebarau dipertandingkan, dengan setiap 1 cm mewakili 1 markah untuk ukuran panjang ikan. Skala timbangan berat ikan tidak diambil kira dalam pemarkahan.

team Asia,

sebarang aktiviti air. Sesuatu yang kurang enak didengar kerana pada pandangan saya, inilah salah satu tasik yang masih lagi bernafas dan boleh dibanggakan walaupun kita memancing di luar musim sepatutnya. Seperti acara kali ini walaupun sudah seminggu kemarau melanda, panas terik dan paras air rendah, sang sebarau masih lagi boleh dipujuk biarpun kebanyakan rumah

‘The Ironman’ pastinya amat dinanti-nantikan setiap kali Senses Cup dianjurkan. sememangnya 4. Toman + buruan utama para peserta. 5. Cuaca panas mengaktifkan lagi kebuasannya.

6. Walaupun

air rendah dan kemarau, sebarau Temengor masih garang menghentam pensil saiz besar.

6

Ukuran ditetapkan sebagai syarat layak tangkapan dipertandingkan misalnya ukuran toman semestinya melebihi 45 cm dan sebarau 30 cm ke atas. Tetapi dalam dua kategori khas kerandang dan kategori ikan istimewa, ia bebas ukuran. Namun dua kategori itu ukurannya tidak diambil kira pada markah terkumpul. Setiap markah dari tangkapan akan dikumpul selama tiga hari dan akan dikira di hari akhir untuk dinobatkan juara ‘Caster of the Year’ dan ‘Best Team of the Year’. Setiap tangkapan mestilah diambil gambar ukuran, dan waktu yang tercatat pada kamera sebagai bukti.

Panas Tak Berhujan Lokasi pertandingan kali ini di Temengor Selatan. Walaupun sebelum ini Royal Belum menjadi lokasi pelopor pertandingan sebanyak dua kali, namun pemilihan Temengor Selatan adalah kerana kemudahan akses buat peserta bergerak tanpa sekatan berbanding Royal Belum, maklumlah kawasan di bawah kawalan tentera. Namun walaupun kawalan ketat dikenakan terhadap pemancing (tangkap & lepas) di Royal Belum, tetapi tekanan daripada pemancing agak ketara dan menyebabkan ikan semakin culas kebelakangan ini. Temengor Selatan pula berbeza isunya, di mana ia menerima tekanan daripada penjaring tanpa kawalan. Dikhabarkan juga bahawa penjaring dari Jeli yang selama ini melakukan aktiviti di Tasik Pergau mula membolosi Temengor setelah Pergau ditutup untuk

SIRIP 45


Senses Cup Challenge 7. 8.

9.

Syabas buat Mohd. Khairi yang dinobatkan ‘The Best Caster’! Fishing guide terbaik iaitu Achik bersama pasukan juara, Argozhook. Gelaran dirangkul Junoh.

Raja oleh

Toman Faizawas

10. Raja Sebarau jatuh kepada Ng Sing Kong.

sebarau berada di atas daratan. Toman pula makin pelahap, mungkin faktor cuaca dan suhu yang panas menjadikan ia lebih aktif. Tangkapan kerandang pada tahun ini juga mengatasi sebelumnya, malah ada peserta yang dapat menaikkan baung dan puluhan ekor haruan yang berjaya merampas takhta tangkapan istimewa. Tahun ini boleh dikatakan penganjuran terbaik. Guide semakin profesional dan matang dalam membawa mahupun mengurus hal pemancing. Syabas buat Team Sahabat Alam bertulang belakangkan Abg. Nan Harith dan Pok Cik (guru besar

8

7

9

Sg.Tiang) yang sentiasa memantau setiap saat pergerakan peserta dari kami celik mata sehingga melelapkan mata. Segalanya diuruskan dengan cemerlang, malah disediakan chef terbaik. Para peserta dipastikan tidur dalam kekenyangan! Inilah yang kita mahu agar dapat dijadikan satu produk untuk dijual ke luar negara yang boleh mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.

Podium Juara Selama 4 kali penganjuran, setiap kategori pasti juaranya bertukar ganti dan tiada siapa mampu mengekalkan kejuaraan. Apa yang menarik kali ini 50% juara adalah wajah yang pertama kali menyertai pertandingan ini. Tahun ini juga ada hadiah berupa pakej memancing di Kg. Beng Mini Amazon yang ditaja oleh Abg. Lan, salah seorang pengusaha ‘sportfishing’ di Kg. Beng, Tasik Chenderoh. Penglibatan pembuat katak getah (soft frog) tempatan dikenali Army Froggie turut memeriahkan pertandingan kali ini. Kerjasama utuh penganjuran Senses Cup edisi ke-4 antara Kelab Sukan Dan Rekreasi Pasir Mas Caster (PMC) dengan Senses Fishing tidak boleh dinafikan. Kejayaannya yang menjadi acara pertandingan memancing terbesar di Tasik Temengor sehingga mampu mengundang orang awam yang berkunjung di Pulau Banding bergambar di podium juara. Setiap juara kategori dinobatkan dengan hadiah disampaikan oleh wakilwakil penaja. Sorakan terakhir peserta menandakan berakhirnya pertandingan kali ini. Salam dan pelukan mengiringi perpisahan kami antara peserta setelah tiga hari berkampung di satu pulau muhibbah tanpa menghiraukan siapa kita, kerana di sini penyatuan dalam satu hobi mewujudkan toleransi, perpaduan dan kerjasama yang mengangkat kita sebagai pemancing profesional.

10 Spesies istimewa kerandang muncul dengan aktif ketika paras air rendah. Spesimen ini melayakkan Mohd. Najib Ibrahim sebagai Raja Kerandang.

- SIRIP -

PODIUM JUARA SENSES CUP 2017 The Best Caster : Mohd Khairi, Rohaizen dan Daniel Koay Juara Kumpulan 1. Argozhook 2. Ortopedik Angler 3. Team HK King of Sebarau

: Lai Soon Kin

King of Toman

: Faizawas Junoh

King of Kerandang

: Mohd. Najib Ibrahim

King of Special

: KK Wonh

Senses Toman King

: Mohd Alif Fazly

Senses Sebarau King : Ng Sing Kong Guide Terbaik dan Veng

46 SIRIP

: Achik, Lebey Nakal


PRODUCT AWARENESS

TICA SAMIRA Tica Samira menampilkan ciri-ciri kekili mendatar moden dengan nilai yang ekonomi tetapi berbaloi dengan ketahanan kualitinya. Kekili ini dilengkapi gelendong aluminium tempaan, 10 + 1 galas bebola tahan karat, pemandu tali anti pintalan, dawai bail aluminium padu dan tombol pengayuh berkuasa. Kekili seberat 395 gram ini ada dua model iaitu SAAT4000 yang bernisbah gear 5.2 : 1 dan SAAT4000H bernisbah gear 6.3 : 1. ketika ikan aktif mencari makanan. Pengedar : DEEPARS FACTORY CORPORATION Tel : +81-88-854-5606 Faks : +81-88-854-5601

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

OFMER BULLET Gewang sinking minnow (SM) keluaran Ofmer ini menampilkan ciri ‘super sinking’ iaitu sangat cepat tenggelam. Ofmer Bullet seberat 40 g berukuran 120 mm panjang ini adalah gewang SM yang killer jika anda mensasarkan ikan pelagik mahupun demersal di lautan dengan mencorakkan persembahan renangan yang memukau apabila dikarau sambil disentak.

TICA VICTOR Tica Victor menonjolkan rupa paras multiplier kecil yang hitam emas anggun menawan. Berbadan kompak daripada kerangka aluminium tempaan. Ia bersistem tegangan bintang mikro klik, bersistem lontaran magnetik, tombol drag kalis air, pengayuh yang boleh dilaras panjangnya, penggera nyaring, gear utama aloi berkekuatan tinggi dan dilancarkan oleh 8 galas bebola tahan karat. Terdapat dua model iaitu TYA5L(R) yang bernisbah gear 6.1 : 1 dan TYA5HL(HR) bernisbah gear 7.3 : 1. Dengan berat 420 g, ia sangat mantap untuk jigging ikan perkasa kerana kekuatan drag-nya setinggi 15 kg.

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333 Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

DEEPLINER COJYANT CXWL SLOW JIG Bahagian hadapan CXWL berbentuk lengkok, manakala belakangnya agak leper. Pada keseluruhannya, ia adalah CXW yang dipanjangkan dengan pusat graviti berada di tengah dan ke hadapan sedikit. Ia mampu naik dan turun dengan agak tangkas seperti CXW. Cuma ia akan tiba-tiba meluncur secara mendatar apabila joran dihenjut. Apabila turun, ia akan meluncur ke belakang secara tiba-tiba lantaran pusat gravitinya yang menghadap ke hadapan. Joran harus dihenjut secara lebar supaya jig dapat naik turun dengan kadar yang lebar. Sesuai untuk arus laju

SENSES SPYMISSION 115S Senses Spy Mission 115 merupakan gewang profesional yang mempamerkan aksi berguling apabila dikarau dan berputar apabila dibiarkan jatuh. Gewang sebarat 24 g ini telah ditambah sistem peralihan berat magnetik untuk menambah jarak lontaran dan menentang angin. Ia juga mempamerkan aksi kilatan yang luar biasa yang terhasil daripada warna memukau yang dicorakkan pada badannya.

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.