Majalah Sirip Januari 2018

Page 1

BIL. 196

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

15hb JANUARI 2018

‘WALLAGO HUNTER’ SIBU Legasi GT India Dari Muara Ke Gunung Sabah Haruan Banjir PMC Ketahui Apa Ikan Lihat Apa Itu Tenya Fishing? Ayam Sabung Costa Rica

Diterbitkan sejak 2001

PP10925/08/2013 (033257)




Editorial

JAN 2018

Bil : 196

KETUA EDITOR

L

ebih 10 tahun lalu, saya telah memilih Tasik Bersia di Hulu Perak untuk membuat perfileman Ikan Terhandal Malaysia dan menjadikan toman sebagai ikan sasaran utama. Pada masa itu, saya kerap menjalankan eksplorasi menunda gewang di bekas-bekas lombong dan telah mengumpul banyak pengalaman terhadap teknik air tawar yang kurang popular ini. Justeru saya pun berpindah ke empangan yang sungguh berlainan dan jauh lebih besar saiznya daripada lombong, atas tujuan untuk membuktikan keberkesanan teknik ini di padang lain pula.

Pak Wong

SUB-EDITOR Papa Sirip majalahsirip2001@gmail.com

REKA BENTUK GRAFIK Liew Mong Eang

JURUKAMERA & PENYUNTING ‘IKAN TERHANDAL MALAYSIA’ Spike Fariq

PENULIS PAK

WONG,

PASHA

RIMBARRA,

HANUMEI IKE, TOM SINTOBIN, DEAN QUEK, RAINER, NAZMI ANUAR, ZAI MAX

PENERBIT

Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. (522228-W)

No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D.E

Surat-menyurat Editor SIRIP Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D. E. Tel / Faks : (60)3-7955 5211 E-mel : majalahsirip2001@gmail.com

Dalam trip sepanjang dua hari itu, saya cuba menentukan laluan yang mempunyai struktur dan kedalaman tertentu terlebih dahulu dengan bantuan sonar untuk aktiviti trolling secara terancang. Banyak sambaran berjaya diperolehi dengan teknik baru ini, namun toman yang berjaya dinaikkan tidak sampai separuh pun lantaran rintangan reba yang terdapat di dalam tasik empangan ini yang memang jauh lebih banyak berbanding lombong. Selain trolling, saya juga berjaya memperolehi banyak sambaran dengan gewang permukaan menjelang awal pagi dan lewat petang ketika air tenang. Tetapi toman yang berjaya dinaikkan juga tidak sampai separuh akibat cabaran reba dan tunggul mati yang sukar dielakkan. Namun misi perfileman telah berjaya dilaksanakan dan bahan rakaman dalam trip hanya dua hari ini telah mencukupi untuk membuat sebuah DVD sepanjang 40 minit. Keputusan yang jauh lebih bagus berbanding perfileman di lombong dahulu. Sewaktu perfileman di lombong kami terpaksa membuat lebih tiga trip untuk mendapatkan footage yang mencukupi! Biarpun rindu toman Tasik Bersia, pekerjaan saya tidak mengizinkan saya untuk mengulangi perfileman di tempat yang sama (inilah kesukaran seorang pemberita media memancing, haha!). Lagipun saya mula menumpu pada pancingan laut pada masa itu. Selama 10 tahun berlalu pun belum pernah saya jejakkan kaki ke Tasik Bersia sejak trip perfileman tersebut! Sehinggalah pada Disember tahun lepas, saya yang tiba-tiba amat rindu dengan Tasik Bersia telah mengaturkan sebuah trip selama dua hari ke sana dengan harapan dapat mengulangi memori manis dengan toman di sana, sambil memantau perkembangan di tasik itu. Setelah sekian lama berpisah, didapati pekan Gerik telah banyak berubah dengan pembangunan rumahrumah kedai baru. Namun kawasan kampung di sekeliling Bersia dan jetinya tetap sama sahaja. Tetapi apabila bot keluar dari teluk dan menuju ke kawasan tasik, didapati banyak sangkar ikan telah didirikan di sebelah kiri tebingnya. Apabila bot hampir tiba di spot kegemaran saya, dari jauh sudah terdengar suara orang yang bising. Nampaknya sebuah perkampungan Orang Asli telah didirikan di sini dengan populasi yang agak ramai. Bermaksud kita tidak akan dapat menghayati suasana alam semulajadi yang sunyi lagi apabila memancing di sini! Apabila sampai ke kawasan kandang kerbau yang menjadi lokasi popular buat pemancing, perubahan pemandangan di sana lebih ketara. Teluk berair cetek yang dipenuhi pokok mati yang besar lagi tinggi itu, tempat masuknya telah ditutupi balak besar oleh resort yang berada bersebelahan teluk tersebut. Dah jadi private property pula, aduhai! Apa yang lebih menyedihkan hati ialah pancingannya! Pada hakikatnya kita sudah dapat menjangka keputusannya berdasarkan rawai dan jaring yang bersepah di mana-mana sahaja walaupun belum memulakan pancingan. Sedekad yang lalu, memang terdapat rawai dan jaring juga, tetapi bilangannya dikira sedikit sahaja. Kini, asal casting sahaja asyik tersangkut rawai atau jaring. Kalau trolling pasti lebih teruk lagi! Hari pertama diakhiri dengan seekor mat rempit yang membaham pensil. Hari kedua pancingan dipendekkan sehingga setengah hari sahaja lantaran tiada langsung strike! Nampaknya padang pancing air tawar kita sedang mengalami ancaman yang serius. Tak sanggup saya bayangkan apa pula yang akan berlaku 10 tahun akan datang...

Pak Wong 2 SIRIP


Spindle mempunyai aksi statik, bertujuan untuk mempamerkan aksi yang dinamik. Aksi bagus ketika unjunan perlahan Aksi statik yang bagus

AKSI

Setiap momen mempersembahkan peluang sambaran

Beraksi bagus untuk unjunan laju Aksi anjal yang bagus

Keringkasannya adalah jawapan apabila anda menganalisa hasilnya

Anda boleh rasai sasaran sedang mendekati jig, tetapi gagal merangsangnya. Dalam situasi ini, kadangkala ia berkesan untuk biarkan sahaja jig, dan memanjangkan tempoh gigitan dengan kendalian yang lembut. Spindle direka bentuk untuk mengumpan pemangsa yang paling rakus untuk membahamnya. Ia mengelakkan putaran apabila diunjun laju, dan berkeupayaan untuk mengekalkan bentuk sambaran mudah semasa jatuhan, walaupun di air dalam atau berarus laju. Prestasi Spindle telah terbukti paling berkesan untuk pemangsa laut dalam.

Konsep baru ‘Lihat & Sambar’ , tanpa menggunakan tenaga. Tetapi unjunan lembut mengekalkan konsep asas Spindle yang dapat mengekalkan posisi selari yang berirama tanpa unjunan bertenaga. Ia juga adalah model unjunan laju yang mudah untuk mengawal jatuhan selarinya. Spindle amat efektif untuk pemangsa renangan handalan dalam arus yang laju.

SPINDLE Keratan Rentas SPINDLE NARROW Keratan Rentas


Kandungan Utama

BIL. 196 JAN 2018

BIL. 196

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini

15hb JANUARY 2017

LIN

‘WALLAGO HUNTER’ SIBU Legasi GT India Dari Muara Ke Gunung Sabah Haruan Banjir PMC Ketahui Apa Ikan Lihat Apa Itu Tenya Fishing? Ayam Sabung Costa Rica

. 1)

HG

DEEP

MUKA DEPAN : Tapah Sg. Retus, Sibu

ER

IN M

IA

(B

JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

A L AY S

Diterbitkan sejak 2001

PP10925/08/2013 (033257)

6. Doing It Right KETAHUI APA YANG IKAN LIHAT

8. Wallago Hunter of Sibu

8. Wallago Hunter of Sibu PENGHULU SG. RETUS 15. Monsoon Snakehead Challenge PEMBURU HARUAN BANJIR PMC 2017 18. The Majestic Fish of Costa Rica AYAM SABUNG COSTA RICA 27. What is Tenya Fishing TENYA : ‘HONG KONG HOOK’ ALA JEPUN? 30. Indian GT Legacy LEGASI ANDAMAN - NICOBAR

18. The Majestic Fish of Costa Rica

39. Kinta Kindergarden SEBARAU ANAK KINTA 42. To Sabah With Love TRIO JELAJAH SABAH : DARI MUARA KE GUNUNG 47. Product Awareness

27. What is Tenya Fishing

30. Indian GT Legacy


~Model Baru Akan Dilancarkan Pada Bulan MEI~

SEMUA MODEL TERDAPAT DUA WARNA YANG BERLAINAN UNTUK PILIHAN ANDA


Sumber : THE FISHERMAN’S OCEAN (DR. DAVID A. ROSS) Oleh : PAK WONG

KETAHUI APA YANG IKAN LIHAT Layaran yang bermata besar, adalah antara ikan terpantas di lautan (sumber foto : Rodrigo Friscione / NOAA).

matanya yang menjadi aktif apabila intensiti cahaya meningkat. Warna pigmen ini akan memayungi dan melindungi sel-sel retina yang sensitif terhadap cahaya.

Ambil Peluang & Kesempatan Sebagai pemancing, kita boleh sesuaikan strategi pancingan dengan memahami fungsi mata ikan. Apabila memancing di sungai, ketika matahari memancar terik, kita tahu bahawa ikan akan memilih untuk bersembunyi atau mencari makanan di tempattempat teduh atau struktur lain yang menghadang matahari. Ini kerana cahaya yang terik akan memberi kesan serius terhadap daya penglihatan mereka. Oleh itu kita harus melontar gewang ke sudut yang gelap.

S

truktur mata ikan adalah serupa dengan mata kita manusia. Cuma perbezaannya ialah kita mempunyai iris (anak mata) atau diafragma yang boleh dilaras untuk mengawal jumlah cahaya yang memasuki mata kita dan sampai ke retina. Kebanyakan ikan mempunyai anak mata yang tetap atau anak mata yang boleh dilaras sedikit. Oleh itu, ia tidak dapat mengawal jumlah cahaya yang masuk sampai ke retinanya.

Ini juga menjelaskan mengapa ikan sangat aktif pada waktu pagi atau lewat petang. Cahaya dalam tempoh masa ini adalah yang paling lemah, dan pemangsa atau mangsa akan memanipulasi tempoh masa ini untuk mendapatkan makanan. Malah pada siang hari, ketika

Kelopak Mata Ikan? Lagi satu, kebanyakan ikan tidak mempunyai kelopak mata dan jika ada pun, ia tidak terbentuk dengan ketara. Tanpa kelopak mata, keamatan cahaya boleh mendatangkan masalah terhadap ikan, kerana ikan tidak mampu menyesuaikan anak matanya untuk menutup atau mengurangkan kemasukan cahaya yang terang. Sudah tentu ikan boleh mengelakkan cahaya yang terang dengan berenang semakin dalam. Ada juga sesetengah ikan mempunyai penyesuaian khas pada matanya untuk mengawal kemasukan cahaya. Ikan yu dan beberapa spesies ikan bertulang mempunyai kelopak mata yang terdiri daripada bahan berlemak. Bonefish, sebagai contoh, mempunyai tisu lemak dengan pembukaan kecil pada pupil mata yang menyekat jumlah kemasukan cahaya. Kebanyakan ikan mempunyai pigmen pada 6 SIRIP

Bonefish mempunyai adaptasi untuk menyaring silau cahaya yang memudaratkan (sumber foto : Universiti Florida - Muzium Sejarah Alam Florida).


Kertang yang tinggal di laut dalam mempunyai mata yang kecil, tetapi mereka mudah mendapatkan banyak makanan untuk memuaskan selera besarnya dengan mempunyai mata yang sangat sensitif.

langit tiba-tiba menjadi mendung ditutupi awan, terutama sebelum hujan tiba, kita juga akan dapati sambaran ikan tibatiba bertubi-tubi.

terutama pemangsa, mempunyai mata yang besar. Mata yang lebih kecil atau kurang ketara adalah lebih umum di kalangan ikan yang jarang atau tidak pernah hidup berkumpulan.

Adakah Ikan Tidur?

Bukti menunjukkan bahawa pemangsa sering menumpu sasaran pada mata mangsanya. Oleh sebab itu, banyak spesies mangsa telah mengembangkan kaedah penyamaran atau pelbagai skema warna untuk menyembunyikan matanya.

Persoalan ini memang sering dilontarkan, bagaimana ikan nak lelap sedangkan mereka tiada kelopak mata? Ketiadaan kelopak mata juga telah mencetuskan kesimpulan yang salah bahawa ikan tidak tidur. Ikan sebenarnya boleh menghabiskan masa yang cukup untuk ia tidur, atau sekurang-kurangnya berada dalam mod pegun, menyimpan tenaga, berehat dan hanya terapung di dalam air. Bagaimanapun, tingkah laku ini tidak dianggap sebagai ‘tidur’ dalam pengertian kita.

Titik Sasaran Kebanyakan jenis kumpulan ikan dan ikan yang besar,

Kepentingan faktor ini tidak lekang daripada pemancing. Misalnya umpan layang (fly) yang berkesan adalah yang mempunyai beberapa jenis mata, termasuk yang meniru udang, ketam, udang kara, udang karang, dan ikan kecil. Ini tidak terkecuali dalam penciptaan gewang-gewang lain.

Kesimpulan • Seperti yang anda jangkakan, ikan yang aktif makan dalam keadaan cahaya rendah seperti waktu subuh, senja atau di air yang dalam dan gelap, biasanya mempunyai mata yang lebih besar berbanding ikan-ikan yang hidup di air yang cetek dan terang. • Ikan yang tidak bergantung kepada penglihatannya untuk mencari makan biasanya mempunyai mata yang agak kecil, iaitu termasuk ikan dasaran yang menggunakan deria lain untuk mencari makanan. • Ikan yang hidup di lautan dalam atau gua, yang tidak bisa ditembusi cahaya, lazimnya tidak mempunyai mata atau matanya sangat kecil. Kebanyakan jenis ikan ini mempunyai sistem garis deria yang maju iaitu mereka dapat mengesan sebarang pergerakan makhluk lain.

Reka bentuk umpan layang (fly) selalunya ditekankan pada bahagian mata kerana ia adalah sasaran utama ikan pemangsa.

• Ikan laut dalam yang mempunyai mata selalunya mempunyai bilangan sel sensori yang menakjubkan dalam retinanya. Ia mempunyai sebanyak 10,000 hingga 16,000 juta sel dalam satu inci persegi. Kepekaan mata ikan ini melebihi haiwan-haiwan lain. - SIRIP SIRIP

7


Wallago Hunter of Sibu

1 8

SIRIP


Teks & Fotografi : PASHAA RIMBARRA 2

1. Trofi

tapah yang baru dinaikkan penulis dengan Halco Sorcerer 125 selaman 3 meter.

2. Bayangkan betapa luasnya

sistem Sg. Rajang walaupun ini di cabangannya. Dan bagaimanakah saiz monster yang merajai sungai ini?

3. Mengilat

adalah teknik utama kami dalam pemburuan tapah Sg. Retus.

PENGHULU SUNGAI RETUS J

ika anda bukan berasal dari Sibu, tentu tidak banyak maklumat yang diketahui tentang cerita memancing, lantaran daerah yang terletak di bahagian tengah Sarawak ini begitu kurang diketengahkan sebagai destinasi memancing. Jika ada pun, lazimnya Sibu sekadar menjadi tempat persinggahan pemancing sebelum turun ke laut, khususnya di perairan Mukah. Bandar Sibu terletak di pertembungan Sg. Rajang dan Sg. Igan. Kita semua tahu Sg. Rajang adalah sungai terpanjang di Malaysia. Keunikan sungai yang amat besar ini termasuklah kedapatan rumahrumah panjang orang Iban, menjadikan ia suatu tarikan kepada para pelancong untuk memudiki Sg. Rajang sehingga ke hulu.

Rantau Panjang Dengan sistem sungainya yang kompleks, Sg. Rajang tentunya mempunyai banyak jejari sungai yang jarang dikunjungi, malah belum diterokai oleh pemancing. Tanpa ramai yang sedar bahawa sistem Sg. Rajang di Sibu adalah gerbang terbaik buat anda yang teringin memburu trofi spesies pemangsa air tawar terbesar di negara kita iaitu sang tapah!

3

SIRIP 9


Wallago Hunter of Sibu yang sememangnya tempat bersemayam yang unggul buat gergasi sungai ini.

Penunggu Tepi Rumput Selalunya kami turun memburu tapah Sg. Retus seawal jam 6 pagi, dengan mengharapkan Wilson Pilo selaku tekong yang memiliki bot berenjin 25 kuasa kuda untuk membawa kami ke Rantau Panjang. Bot akan mudik dari cabang utama Sg. Rajang iaitu Sg. Pasai dan menghulu sehingga bertemu cabang Sg. Retus pula. Semakin jauh ke hulu Sg. Retus, bot akan melewati kawasan sungai yang berbangkar kayu serta berumput-rumput tebal yang digenangi air di kiri kanan tebingnya. Kawasan tepi rumput dan berkayu inilah kawasan yang digeruni, di mana tapah gemar mengendap mangsanya. Menurut Wilson Pilo yang lebih arif tentang sungai ini, rekod tapah yang paling besar pernah dinaikkan orang tempatan ialah seberat 47 kg dengan teknik trolling. Sg. Retus memang penuh dengan kisah ikanikan yang besar, Wilson Pilo sendiri pernah direntap oleh sang tapah hingga meletup tali pancingnya.

4

4. Trofi 10 kg yang menggigilkan lutut Munsang Lo.

5. Detik-detik pertarungan + dengan trofi idaman. 6. Perhatikan rumput-rumput yang menjalar di tebing sungai yang menjadi lokasi serang hendap tapah Sg. Retus.

7. Tanpa Wilson Pilo, kami tak akan sampai ke sungai ini.

8. Betapa

besarnya rahang tapah. Gewang saiz 11 cm macam kacang baginya.

Geng kami telah mula menerokai jejari Sg. Rajang ini sejak tiga tahun lepas, dan kami telah berjaya mengenal pasti sebuah cabang yang dihuni banyak ikan tapah. Ia terletak di Rantau Panjang, iaitu sebuah perkampungan yang jaraknya kira-kira 25 km dari bandar Sibu. Majoriti penduduk Rantau Panjang ini berbangsa Iban dan untuk sampai ke sana, kami perlu menaiki bot selama dua jam dari bandar Sibu. Walaupun Sg. Rajang terkenal dengan kekeruhannya, tetapi cabang sungai yang dipanggil Sg. Retus ini tidaklah begitu tercemar. Pada musim kering, sungai ini akan menjadi kehitaman air gambut dengan aliran yang perlahan di lubuk-lubuk dalam,

5

10 SIRIP

6

Memandangkan teknik trolling begitu membosankan dan boleh menyebabkan mata terlelap, kami lebih suka memburu tapah dengan cara casting di segenap tepian rumput dan bangkar kayu. Gewang yang paling gemar kami guna dan laku dibedal tapah ialah Halco Sorcerer 125 dan Halco Laser Pro yang mampu menyelam sedalam 3 meter. Kita tidak akan dapat menjangka saiz tapah yang akan membedal gewang kita. Mungkin 3 – 4 kg, mungkin 10 – 20 kg, atau mungkin 30 – 40!... memandangkan spesies Wallago leeri ini boleh membesar ke saiz yang ekstrem. Oleh sebab itu, kami sentiasa bersedia dengan set mengilat yang kasar, seperti baitcaster saiz 200, joran 15 - 30


7

8

SIRIP 11


Wallago Hunter of Sibu

9. Rantau

Sg. Retus yang tenang dan berumput di tebing, awas akan kejutan sang penyerang hendap.

10. Tapah bermulut besar tetapi

bermata kecil dan malas mengejar. Jadi karaulah gewang anda dengan perlahan sahaja jika ingin menjinakkannya.

11. Gewang Halco Sorcerer dan Laser Pro bercorak terang adalah senjata wajib kami bawa ke Sg. Retus.

12 SIRIP

paun, tali utama 50 paun dan perambut 60 paun. Penggunaan set sekasar ini dapat mengurangkan risiko tali putus bergeser dengan kayu ketika tapah amuk membenam.

beberapa minit ia akan memberatkan dirinya sahaja sehingga sukar dipam ke atas.

Tapah bersifat pemalas, dan lebih suka berdiam diri di celah kayu, tepian rumput atau persimpangan sungai untuk menanti mangsa yang leka. Oleh itu, gewang hendaklah dikarau dengan perlahan-lahan untuk menggodanya, dan supaya mata kecil serta garis derianya dapat mengesan gewang di air yang agak keruh dan gelap.

Untuk mengilat ikan tapah, kita juga perlu tengok keadaan air. Berdasarkan pengalaman kami, jika air terlalu keruh, sang raja sungai ini kurang galak membaham gewang. Kalau air jernih kehitaman pun sama. Tetapi kalau air sungai sedikit keruh kekuningan, itulah keadaan air yang cepat merangsang tapah untuk lebih galak menyambar gewang.

Gewang yang mempunyai sifat gemerincing (rattling) adalah advantage kepada pengilat. Apabila gewang dibaham, tapah memberi tentangan yang padu dengan kuat mendap ke bawah, dan setelah

Air & Musim Terbaik

Tapah Sg. Retus juga didapati aktif tatkala air pasang dari laut memasuki ke kawasan hulu sungai ini. Selalu kami dapat mendengar bunyi deburan tapah menyambar


9

10

11

SIRIP 13


Wallago Hunter of Sibu yang paling afdal untuk mengilat tapah ialah pada bulan Ogos hingga Oktober. Dalam tiga bulan inilah, strike tapah cukup kerap sekali. Setiap kali turun, gerenti ada hasil. Wilson Pilo dan penduduk tempatan mengatakan ia ada kaitan dengan musim tapah bertelur. Ia berkumpul dan akan menuju ke hulu sungai untuk mengawan.

Misteri Rajang Spesies ikan air tawar kita adalah sebahagian besarnya masih misteri, selalu kita jadi buntu bagaimana ingin memancingnya dan di mana hendak memburunya. Tetapi apabila sudah tahu serba sedikit rahsianya seperti musim yang sesuai dan kawasan mana yang menjamin strike zone, ia menjadi suatu kelebihan kepada kita. Hari ini saya dapat melihat mentaliti pemancing kita semakin berubah ke arah yang positif, tangkap dan lepas giat diamalkan. Jika tidak mempunyai kamera pun, pemancing kita tidak galak nak bawa pulang tangkapan untuk ditunjukkan. Sifat sebenar pemancing sejati ini amat dihargai agar trofi ikan pujaan dapat diduga lagi pada masa akan datang.

12

12. Tapah kecil ini menyelinap di sebalik kayu-kayu yang ditebang dan dihanyutkan oleh penduduk kampung.

13. Kami percaya ada tapah

yang lebih besar daripada ini di Sg. Retus, yang menunggu masa untuk ditumbangkan.

di permukaan air. Namun ia tetap satu cabaran besar untuk memujuk sang tapah membaham gewang kita. Beratus kali mengilat sampai panjang sebelah tangan pun belum tentu kena satu strike! Kita kena banyak bersabar! Mengikut pengalaman kami juga, musim

13

14 SIRIP

Justeru kami mengharapkan tahun 2018 ini akan dapat merealisasikan rekod-rekod baharu ikan tapah sambil terus berusaha menerokai sungai-sungai lain di sistem Rajang ini, yang sebenarnya bukan sahaja dihuni tapah, malah spesies ikan ‘rare’ misalnya kelisa, tigerfish, dan lajong yang menyerupai ikan bilut di Semenanjung.

- SIRIP -


Monsoon Snakehead Challenge

Teks & Fotografi : HANUMEI IKE

1

PEMBURU HARUAN

BANJIR PMC 2017

A

cara ini bergantung sepenuhnya kepada hujan monsun yang membawa kepada banjir di Pantai Timur. Bukanlah maksud kami memohon sampai berlakunya bencana alam, tetapi sekadar menjalinkan ukhwah bersama penduduk Kg. Banggol Kong berhampiran Sg. Golok (Kelantan) yang seringkali tenggelam apabila berlakunya banjir setiap hujung tahun. Itulah penyebabnya tiada tarikh umum yang ditetapkan, ia bergantung kepada hujan sepenuhnya dan hanya akan diberitahu melalui media sosial rasmi PMC. Ini pun bergantung kepada faktor paras air yang dipantau setiap hari dan tarikh juga perlulah jatuh pada hari minggu.

dengan jawapan paling satu soalan diajukan kembali, “Bila paling ramai orang mancing haruan?” “Waktu banjir” jawab mereka. Sebenarnya ada beberapa faktor lain dan tidak dinafikan sewaktu paras air mula naik adalah satu pengaruh besar yang menarik pemancing memburu haruan. Anak-anak sekolah sehinggalah yang berpangkat datuk turut memancing haruan yang galak sewaktu banjir.

1. Segenap kawasan digenangi banjir dilanyak para peserta dalam misi memburu haruan.

2. Suasana

pendaftaran khemah urusetia.

di

3. Gewang

jump frog hasil tangan Izuddin, ahli PMC.

Sebaik lokasi dan hari pertandingan diumumkan dalam media sosial rasmi PMC, bagaikan pasaran saham mula diajukan persoalan bertubi-tubi mahupun gurauan rakan-rakan apabila hadiah tajaan dipamerkan sehinggalah menanti detik hari pertandingan.

Kenapa Waktu Banjir? Persoalan ini sering ditanya peserta

2

3

SIRIP 15


Monsoon Snakehead Challenge minuman disediakan secara percuma. Dua meja pameran dan jualan gewang hasil kraftangan ahli PMC juga dibuka iaitu katak getah ciptaan Saufi Lure dan Izzudin Jump Frog yang diperbuat daripada kayu. Siap sahaja khemah berbumbung merah dibuka, tiga kaunter pendaftaran terus diserbu pemancing yang ingin bertanding dan meja pameran juga terus diserbu untuk urusan jual beli dan tempahan gewang buatan tangan ahli PMC. Pertandingan bermula jam 3 petang dengan peserta dilepaskan ke bendang dan berakhir pada jam 6 petang. Selama 3 jam diperuntukkan untuk pertandingan, para peserta boleh meredah sawah seluas mata memandang dengan dipantau oleh beberapa orang marshal.

4

4. Paya separas lutut diredah

tanpa bimbang lintah dan ular.

5.

Haruan terbesar 30 cm berjaya dinaikkan dalam kebanyakannya yang bersaiz curut.

6. Gewang katak getah hasil tangan PMC.

Saufi

Lure,

ahli

Fenomena inilah yang mencetuskan idea beberapa tahun lepas untuk mengadakan pertandingan. Pertandingan pula hanya tertumpu kepada penggunaan gewang katak getah (soft frog) sebagai syarat utama dan tiada ukuran panjang minimum yang ditetapkan.

16 SIRIP

Haruan Curut

Paras air yang meningkat turut membawa haruan yang selama ini bersembunyi di paya-paya yang sukar dibolosi pemancing ke tebing daratan. Waktu ini jugalah katakkatak bendang turut galak mengawan dan merupakan diet yang sentiasa diburu haruan. Bukan sahaja katak, beberapa jenis serangga dan anak-anak ikan juga menjadi mangsa haruan pada waktu ini.

Waktu sudah hampiri penamat. Kelihatan peserta mula berduyun ke khemah urusetia untuk mengukur saiz tangkapan. Ratarata saiz yang diukur tidak melebihi 30 cm. Format pertandingan hanya mengikut ukuran panjang untuk beberapa kategori yang dipertandingkan seperti kategori terbuka, kategori penggunaan khusus katak getah keluaran Senses dan kategori penggunaan joran mengilat PMC.

Bumbung Merah

Melihat saiz tangkapan agak terkejut juga. Penduduk kampung ada yang berkata saiz ikan yang ditangkap sebelum pertandingan agak kasar saiznya, sehinggalah ada peserta memberitahu ada terjumpa bangkai anakanak ikan yang banyak terapung disyaki terkena renjatan elektrik daripada pemburu ikan yang tidak bermoral.

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli PMC. Bagaikan semboyan perang, kerahan tenaga dikeluarkan tanpa berkira wang ringgit. Malahan segala kelengkapan untuk pengurusan khemah urusetia disediakan oleh mereka. Timbul perasaan terharu dengan komitmen mereka, malahan ada sumbangan lagi dengan berbalang air

5

Saya turut ke bendang untuk melihat aksi peserta. Ternyata mereka pemburu haruan tegar, ada yang sanggup meranduk air separas pinggang tanpa segan akan lumpur, apatah lagi pacat dan lintah tidak mampu menghalang semangat yang berkobar ini. Apabila ditanyakan hasil tangkapan, ramai menggeleng kepala dan hanya beberapa peserta yang berjaya mendapat hasil, itu pun bersaiz curut.

6

Satu permasalahan yang tiada penyelesaian selagi tiada kesedaran akan


7 kepentingan bersama tentang penangkapan yang menyalahi undang-undang. Para peserta yang menyelar tindakan penangkapan tidak bertanggungjawab itu menunjukkan begitu tingginya kesedaran dan kematangan yang ada di kalangan pemancing tentang kemusnahan hidupan air dan habitat semulajadi ikan. Walaupun tangkapan tidak banyak diperolehi, peserta dapat menerimanya secara terbuka dan menganggap bukan rezeki buat mereka. Kehadiran mereka pun bukan bermotifkan hadiah semata-mata, tetapi sekadar berhibur santai bersama rakan yang lain.

Nobat Juara 2017 Setelah perkiraan markah selesai, Yie Gumboo diminta melaungkan suaranya yang kuat untuk mengumumkan para pemenang. Hadiah para pemenang disampaikan oleh En. Zuraidi dan En. Zainal selaku wakil penganjur Kelab Sukan Dan Rekreasi Pasir Mas Caster. Pembahagian hadiah diselangseli dengan acara cabutan bertuah yang disambut sorakan dan gelak tawa peserta. Hadiah utama dimenangi Bayie yang kembali muncul dalam pertandingan anjuran PMC setelah dua tahun menetap di Arab Saudi. Ucapan tahniah dan terima kasih dari rakan-rakan kepada kelab PMC kerana telah mengotakan janji, di mana cabaran

8

9

haruan banjir inilah satu-satunya acara yang benar-benar bertapak di bumi Pasir Mas, memandangkan acara-acara lain pertandingan selalunya melangkaui daerah mahupun negeri. Salaman dan pelukan sebagai tanda berakhir dengan jayanya acara edisi ketiga ini dan akan bertemu kembali pada tahun hadapan. Saya mewakili Kelab PMC mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi memeriahkan acara ini. Tidak dilupakan juga kepada penaja seperti Senses Fishing, Mustad, Dr. Braid, Saufi Lure, En. Zuraidi dan AB Work Pellet yang sentiasa menyumbang, menyokong serta berdiri teguh di belakang acara-acara anjuran PMC. - SIRIP -

7. Hadiah

tempat pertama kategori terbuka yang dimenangi Mahmud disampaikan oleh Zuraidi.

8. Mohd.

Izuddin, juara kategori penggunaan joran mengilat PMC.

9. Juara

tunggal kategori Senses, Bayie Mania.

10. Gambar

kenangan para peserta Cabaran Haruan Banjir 2017.

Kategori Terbuka

Kategori Joran PMC / Saufi Lure

1. Mahmud (30 cm)

1. Mohd Izuddin (29.5 cm)

2. Mohd Qusairi (26.5 cm)

2. Kelo Rizal (26 cm)

3. Mohd Amrie (26 cm)

3. Mohd Nazir (25 cm)

4. Mohd Sharul Izani (24.5 cm) 5. Mohd Shuhaizu (24 cm)

Kategori Senses (soft frog)

6. Mohd Nasiruddin (21.5 cm)

Bayie Mania (25 cm)

10

SIRIP 17


The Majestic Fish of Costa Rica

AYAM SABUNG

COSTA RICA

18

SIRIP


Teks & Fotografi : TOM SINTOBIN

2

1

1. Akhirnya

ikan idaman terhebat di rantau ini, roosterfish gergasi terlentang di tepian bot.

2. Seronok

sekali anak-anak saya dapat bercuti di pantai Costa Rica.

3. Dengan senang crevalle GT.

jigging, senangdapat ikan jack yang menyerupai

3 SIRIP 19


The Majestic Fish of Costa Rica

4 Ikan bersayap dan ekor panjang – mungkin pari lah tu. Atau mungkin imaginasinya yang suka baca cerita Harry Potter? 5 minit kemudian, isteri saya pula melompat terperanjat - dan tidak lama selepas itu, saya memang dapat melihat sekumpulan pari lang berenang melewati bongkah batu yang saya berdiri.

Frenzy Tepi Pantai Tiba-tiba air laut seakan mendidih, kirakira 100 meter dari pantai. Ikan-ikan kecil melompat keluar dibaham sesuatu, sedang burung pelikan pula menjunam ke tengah didihan air itu untuk berkenduri sama. Sekejap sahaja, kemudian ia berlaku 100 meter di kanan saya pula - selepas itu sedikit ke kiri, kemudian ke kanan sekali lagi...

5

4. Big eye trevally a.k.a cupak

yang frenzy siang hari berdekatan pantai sahaja.

5. Thomas dengan bayi cubera.

S

aya baru tiba bersama keluarga di Semenanjung Nicoya, Costa Rica dan keindahan pantainya memukau kedua-dua anak perempuan saya bagaikan magnet. Bermain ombak, snorkeling, mengumpul cengkerang – memang seronok apabila anda belum mencecah 8 tahun lagi. Sementara itu, saya berdiri di atas batu, sambil melontar kilat sesudu. Tiba-tiba anak bongsu saya melompat keluar dari air berkedalaman setengah meter. “Tolong, ada benda berenang di bawah saya, macam nak kekah kaki saya - badannya hitam berbintik dan sebesar ini!” sambil mendepangkan tangannya.

20 SIRIP

Saya jadi bingung. Bondong pemangsa itu jauh pula dari jarak lontaran. Terus saya melompat ke dalam kayak yang ada di pantai dan mendayungnya. Sebaik sahaja saya jauh dari pantai, air di sekeliling saya mula membuak lagi. Saya berada di tengahtengah kumpulan pemburu laut dan tanpa perlu melontar jauh, leretan popper saya dibelasah ikan jack crevalle. Setelah saya lepaskannya, bondong itu mengamuk agak jauh sedikit. Saya mendayung seperti orang gila untuk mendekatinya dan ‘pop’ pertama terus dibantai spesies yang sama. Sekurangkurangnya satu jam frenzy itu berlaku. Saya cuma perlu dayung, lempar, layan dan lepaskan. Saiz ikan bukanlah gedabak, tetapi kuat giler! Saya dapat rasakan darah pengail saya mengalir deras melalui urat saraf. Kenikmatan akan berlaku dalam tempoh tiga hari mendatang, kerana sementara keluarga saya leka bersantai di pantai, saya


6

7

akan memancing bersama Thomas dan Juan Carlos - dua pemandu pancing yang berpengalaman luas. Anda namakan apa sahaja ikan dan mereka telah menewaskannya : Cubera, layaran, belitong atau yang paling hebat daripada segalanya ialah ikan roosterfish si ayam jantan. Selama bertahun-tahun, saya telah mengkaji gambar ikan yang tidak berupa macam ikan ini. Tuhan semestinya sangat artistik pada hari Dia mencipta Nematistius pectoralis. Saya inginkan satu tersemat dalam album gambar saya.

Arus Merah Bot kami bergerak kira-kira 80 meter dari tebing pulau berbatu. Gelombang besar menghempasnya. Saya berdiri di hadapan bot, melontar popper seberapa dekat yang boleh ke batu itu. Selepas 15 minit, joran saya membengkok tajam. ‘Sesuatu’ menyambar popper saya betul-betul dah dekat bot kami. Rupanya ikan cupak. Pagi pertama, saya naikkan tiga lagi cupak yang begitu garang. Kita boleh lihat ia mengekori belakang popper sebelum membantainya. Apabila arus mengalir perlahan, pemangsa tidak galak lagi. Saya tidak hairan, kerana ikan cenderung untuk bertingkah laku sebegitu di mana-mana ceruk dunia. Ikanikan pemangsa yang handal memang hanya suka memanipulasi arus untuk mencekup mangsa mereka yang lemah. Arus berubah adalah masa yang ideal untuk berpindah. Semasa beredar, Thomas menunjuk saya keanehan air laut kemerahan yang tersebar di sekeliling kami. “Red tide,” katanya... “Harap-harap ia tidak menjadi lebih teruk lagi.” Saya kurang faham apa maksud beliau dan cepat lupa kenyataannya, lebihlebih lagi kerana kami bertemu sekumpulan

8 lumba-lumba dan ikan paus! Selepas kira-kira sejam bergerak, kami sampai ke kawasan berbatu yang lain.

6. Kawasan tebing batu yang

‘The Dick’

8. Jack crevalle yang bersaiz

Kedalaman air sekitar 15 - 20 meter dan pantai pun tidak jauh. Arus sedang pasang, ideal untuk rooster. Tetapi untuk menjinakkannya, kita perlu memancing ikan-ikan kecil sebagai umpannya. Setelah mendapatkan umpan ikan hidup yang mencukupi, ia dicangkuk pada mata lingkar (circle hook) dan dilepaskan sambil bot bergerak pelahan-lahan sepanjang pantai.

diberi jolokan ‘the dick’.

7. Popping time! tegap membaham jig saya.

SIRIP 21


The Majestic Fish of Costa Rica

9

9.

10

Ini bukan jamban ya... tapi tangki simpanan ikan hidup.

10. Umpan hidup yang cedera parah dikerjakan pemangsa misteri.

11. Perbatasan

yang jelas antara air merah ‘red tide’ dan air yang jernih.

12. Skipjack tuna yang seronok dilayan set pancing ringan. + 13.

11 22 SIRIP


12 “Kalau ikan sambar, jangan sentap – biar ikan tu tercangkuk sendiri,” pesan Thomas. Tak lama menunda, hujung joran mula terhangguk-hangguk dan tali semakin menegang. Umpan terasa berada dalam keadaan cemas. Sempat guide saya berjenaka, “Tengok batu tu, ia dipanggil ‘The Dick’!”. Ia mirip kemaluan lelaki! Sedang saya berasa geli hati, tiba-tiba saya merasakan henjutan dan drag mula menjerit. Saya tidak mampu berbuat apa-apa pun - biar sahaja - tetapi selepas beberapa saat, tali mengendur dan saya merasakan umpan bergerak-gerak semula. Tetapi belum sempat saya menyembur kata-kara kesat, joran melengkung semula dan saya merasakan sesuatu makhluk besar di hujung tali dan memecut dengan gila. Sekurang-kurangnya selama seminit, kemudian ia lucut lagi. “Joder!” jerit saya menyumpah-seranah dalam bahasa Sepanyol. Umpan dikarau dan didapati ia cedera parah dan dah kajung. Kami mengulang lubuk sama dengan umpan hidup yang lain. Dan ya... tepat di depan batu ‘The Dick’ itu, saya diserang lagi. Selepas pertempuran yang sengit, seekor roosterfish yang diidamkan akhirnya terlentang di sebelah bot. Mata lingkar tidak tersisip kemas pada sudut mulutnya, tetapi di langit-langit. Sebelum kami dapat mengangkatnya, mata kail itu terbang ke udara! JODER!!! “Takpa ikan kecik jer, 10 kilo jer...” pemandu pancing cuba melegakan hati saya - tetapi ia tidak menghiburkan saya.

13

SIRIP 23


The Majestic Fish of Costa Rica

14

14. Inilah

pulau yang penuh dengan burung frigat.

15. Roosterfish,

salah satu spesies pemangsa terbaik di dunia.

16. Jack crevalle yang paling kerap menghiburkan saya.

15 24 SIRIP


Hari Kedua Umpan hidup cukup? Check! Mata kail tajam? Check! Dah yakin barulah kami menuju ke kaki langit, terus ke ‘The Dick’. Tetapi sampai di sana, airnya kelihatan merah. Kapten bot tidak sedap hati dan terpaksa beredar ke hotspot lain yang agak jauh sedikit, di mana ia merupakan kawasan bercenuram yang merentasi dua buah pulau, di mana arusnya deras. Selepas setengah jam memancing, joran saya dilanyak sesuatu dengan kuat, menjunam terus ke bawah. “Cubera tu, jangan kasi can!” Cubera tinggal di gua-gua antara batu, dan jika anda tidak hentikannya segera, pasti berputih mata. Sebelum saya dapat berbuat apa-apa, joran itu kembali lurus dan saya mengarau umpan yang dah cedera teruk. Rabut! K a m i t e r u s k a n m e m a n c i n g , t a p i k e m u d i a n k a m i p e r h a ti ka n b a h a w a a i r j e r n i h s e m a k i n m e n g e c i l d e n g a n ce p a t. “ Ai r m e r a h s e m a k i n m e r e b a k . ” k a t a T h o m a s , d a n m e ma n g se j a u h m a t a m e m a n d a n g , a i r l a u t b e r t u k a r k e m e r a h a n de n g a n p e l i k sekali. Asalnya saya fikir ia merah menyala dan berbau seperti belerang, tetapi saya salah. Fenomena ‘red tide’ unik ini sebenarnya berwarna coklat merah dan baunya seperti rumput laut reput. ‘La marea roja’, itulah nama fenomena ‘red tide’ atau arus merah ini. Ia merupakan proses dan kitaran semula jadi lautan, yang menyebabkan organisma kecil mati, lalu menjadikan warna air bertukar kemerahan.

16

Akibat tahap penglihatan yang kurang baik dan juga kemerosotan oksigen terlarut, fenomena ini menyebabkan ikan pemangsa menjadi sangat pasif. Kami tiada pilihan, selain bergerak pulang. Sejam perjalanan pun masih tampak arus merah ini, sampaikan ikan umpan kami di dalam tangki simpanan pun mati terapung, dek kerana kekurangan oksigen dalam air laut.

SIRIP 25


The Majestic Fish of Costa Rica

17

Hari Ketiga

17. Dek kerana teruja, saya

turut terjun bersama trofi yang ingin dilepaskan.

18. Anak bongsu saya paling seronok bermain air dan ikan di sini.

Pagi-pagi lagi Thomas memberi khabar berita baik dan buruk kepada saya. Beliau berjaya menyediakan bekalan ikan umpan yang terbaik iaitu palometas, hasil pemberian jirannya. Tetapi masalahnya perairan kami memancing ini masih dilanda red tide di kebanyakan tempat. Juan Carlos mempamerkan ‘silap mata’ untuk memastikan palometas dapat bertahan hidup sambil bot belayar keluar. Dia mematikan pam ketika merentasi zon merah, dan bot berhenti seketika sebaik melewati zon yang jernih untuk menyegarkan air dalam tangki bagi membolehkan ikan umpan terus bernafas. Cuma satu je yang tak dapat dilakukan, pernafasan mulut ke mulut! Hahaaa... Setibanya di kawasan berbatu, airnya dilihat jelas dan kami mula melabuhkan palometas. Sambil menghanyut umpan, kami

INFO ROOSTERFISH COSTA RICA Roosterfish (nama saintifik : Nematistius pectoralis) di perairan Costa Rica di Amerika Tengah ini sememangnya bersaiz ekstrem. Saiz puratanya sekitar 15 kg. Thomas pernah menumbangkan sekurangkurangnya 8 ekor bersaiz lebih 40 kg, dengan rekod terbesar sepanjang 5 kaki, seberat 48 kg! Dalam keadaan biasa, yang hebat ini boleh dipancing hampir setiap hari. Thomas pernah menewaskan 16 ekor dalam tiga hari - dengan 10 ekor seberat lebih 20 kg dan 4 ekor lebih 30 kg! Jika anda teringin ke syurga dunia ini, layarilah www. bahiarica.com/

roosterfish

sempat melontar popper ke tebing berbatu dan dikejutkan oleh enam sambaran yang rabut daripada jack, needlefish dan cubera kecil. Tetapi tidak satu pun yang berminat terhadap hanyutan umpan kami. Apabila arus bertukar, air menjadi merah sekali lagi. Thomas terpaksa memikirkan ke mana arah tuju lain dan mencuba di sebuah pulau berbatu separa tenggelam yang dikelilingi air jernih dan dalam. Jig 80 gram mula dilontar dan ia bertubi-tubi digasak jack crevalle. Pesta itu berlangsung selama sejam, dan kemudian senyap.

Antara Mitos & Realiti Kami mengambil masa sejam untuk berpindah ke lokasi lain pula. Malangnya ke mana sahaja kami pergi, lautan ini berbau dan merah. Thomas mahu mencuba satu lagi lokasi iaitu pulau burung. Sebaik tiba, ia memang sesuai dengan namanya kerana dihuni penuh oleh burung frigat. Air sekitar pulau ini secetek 4 meter sahaja, tetapi menurut Thomas, roosterfish sering berkeliaran di sini. “Iyolah tu...� sinis saya kerana sekarang, ikan berlawi ayam itu dah macam haiwan mitos bagi saya, seperti unicorn, yeti dan nessie! Skrin sonar didapati penuh dengan kawanan ikan, palometas pada joran saya mula dirasakan tak tentu arah, dan kemudian ia dihenjut dengan padu! Saya tidak sangka betapa ligatnya besitan ikan ini! Dan betapa gembiranya apabila berjaya merangkul trofi roosterfish pertama untuk dirakamkan. Bahkan saya turut sama terjun ke laut untuk melepaskannya kembali!

Roosterfish (nama saintifik : Nematistius pectoralis)

Peta lokasi Costa Rica

26 SIRIP

18

Dalam tempoh setengah jam, saya berjaya strike dua ekor lagi ayam laut ini. Tetapi kedua-duanya berjaya meloloskan diri di mana salah seekor membuat lompatan ke udara! Kadar tancapan saya cukup teruk. Daripada 5 sambaran, hanya seekor berjaya didaratkan! Thomas naik hairan kerana beliau biasanya dapat menjinakkan 8 daripada 10 strike. Saya tidak peduli sangat, janji dah dapat apa yang dicari dan terasa tak tertekan lagi setelah berjaya menumbangkan ikan impian walaupun dalam situasi yang sangat buruk! - SIRIP -


What is Tenya Fishing

Oleh : DEAN QUEK (Singapura) Tenya yang mempunyai dua mata kail, dengan bahagian bawah pemberatnya yang rata untuk memperlahankan halaju penenggelamannya.

TENYA

‘HONG KONG HOOK’ ALA JEPUN? T

enya merupakan suatu teknik mirip dengan konsep ‘Hong Kong Hook’, iaitu gaya pancingan dasar menggunakan mata kail berpemberat yang dicangkuk umpan segar, terutama udang hidup. Walaupun begitu, Tenya mempunyai kelebihan lain iaitu boleh digabungkan dengan soft plastic (SP). Bahkan kepala berpemberat pada Tenya adalah rata (sedangkan Hong Kong Hook bulat), yang berperanan untuk membiarkan umpan tenggelam perlahan-lahan dengan pergerakan tidak menentu seakan semulajadi untuk menggoda sang ikan.

Tenya sangat efektif untuk menjerat ketarap.

Hong Kong Hook yang digemari pemancing veteran selalunya dimainkan bersama koyan bertali tangsi sehalus 4 - 6 paun untuk meningkatkan daya sensitiviti. Kelebihannya dapat mengekalkan umpan di dasar laut sepanjang masa, dan ia diseret untuk mencari ikan, bukannya menunggu ikan datang. Walau bagaimanapun, Tenya tidak dipadankan dengan koyan, sebaliknya dengan set pancingan berjoran dan berkekili dengan pengisian tali sehalus PE 0.6 atau 0.8. Saya beruntung kerana dapat menimba pengalaman Tenya Fishing ini di Pulau Selatan, Singapura bersama Kapten Mel Mel Lee. Justeru saya ingin berkongsi pengalaman ini semoga ia dapat menarik lebih ramai pemancing terhadap Tenya yang berkesan lagi menyeronokkan.

Cara Persediaan Tenya Lubuk memancing sekitar Pulau Selatan ini sekitar 25 hingga 38 kaki dalam, sama ada berterumbu mahupun berlumpur dasarnya. Kami menggunakan mata kail Tenya bersaiz 60, 80, 100 hingga 120 gram, bergantung kepada kedalaman, arus dan angin. Disebabkan mata kail Tenya yang agak berat, tidak semestinya kekili mendatar (spinning reel) wajar digunakan kerana kekili menegak (overhead reel) saiz kecil juga memadai. Tetapi disebabkan kami memancing di kawasan yang berstruktur di dasar, tali tidak boleh terlalu halus. Seelok-

SIRIP 27


What is Tenya Fishing 1

1.

Penulis dengan kerapu besar yang diperdaya dengan Tenya.

2.

Teknik pemasangan Tenya berumpan udang hidup. Perhatikan ekornya telah dipotong bagi memudahkan pemasangan umpan.

3.

4.

Tenya yang diubah suai di Taiwan untuk memancing ikan hairtale dengan hirisan ikan sebagai umpan. Kerapu ini ‘tembikai’!

suka

makan

5.+ Beraneka spesies ikan 6.+ demersal menjadi tawanan 7.+ Tenya dengan mudah. 8. eloknya gunakan tali sulam berkekuatan 20 - 30 paun, dengan perambut fluorocarbon 20 - 30 paun sepanjang 5 - 8 kaki. Mata kail Tenya terdapat dalam beraneka warna. Warna dipilih berdasarkan teori yang sama seperti penggunaan gewang lain, iaitu perlu menentukan warna langit dan air. Namun warna yang paling popular ialah merah, emas, hijau dan pendarcahaya. Reka bentuk Tenya mirip mata kail jighead untuk SP, kecuali terdapat telinga (eyelet) pada kepala Tenya yang membolehkan kita memasang mata kail tambahan untuk mencangkuk kepala udang bagi meningkatkan kadar tancapan.

Teknikal Pancingan Tenya

2

28 SIRIP

Teknik pancingan Tenya perlu dilakukan semasa bot berhanyut. Anda boleh membiarkan Tenya jatuh terus ke laut dari tepi bot atau anda boleh melontar jauh, bergantung pada kedalaman air. Dengan melontar jauh, anda boleh meliputi segenap perairan, tetapi sukar untuk mencapai hasil yang diinginkan jika air terlalu dalam. Bot Dolphin Explorer yang dikendalikan Kapten Mel Mel Lee dilengkapi sonar skrin sentuhan 3D yang


3

canggih, kita dapat melihat dasar laut dengan jelas untuk meningkatkan keyakinan memancing. Teknik Tenya mementingkan hubungan pemancing dengan Tenya itu sendiri. Apabila ia sampai ke dasar laut, kita perlu karau tali dengan sangat perlahan. Apabila anda merasakan struktur terumbu karang yang keras, anda perlu mengangkatnya naik dan biarkan ia tenggelam kembali ke struktur untuk mengetuk karang atau batu bagi menarik perhatian ikan di dalamnya. Risiko sangkut tidak tinggi kerana mata kail utama tersembunyi di dalam badan udang dan keseluruhan umpanan ini cukup kecil untuk melalui celah-celah terumbu karang dengan mudah. Rahsia Tenya adalah dengan memastikan Tenya terus menyentuh dasar laut, biarkan tali keluar apabila anda tidak merasakan dasar laut. Ini mungkin bermakna Tenya telah dihanyutkan arus dari dasar, atau Tenya telah sampai ke lubuk ikan. Berhati-hatilah, tempat yang dasar tidak sekata ini sering menjadi tempat di mana ikan suka bersembunyi, udang hidup anda pada bila-bila masa sahaja akan disambar!

4

Tapi ingat... apabila anda merasa getuan, jangan sentap dulu. Jangan lupa bahawa anda menggunakan udang yang sangat besar sebagai umpan. Jadi kita mesti beri sedikit masa untuk ikan menelannya. Strike terlalu cepat mungkin berakhir dengan rabut. Bahkan anda bukan sahaja gagal menancap ikan, malah mungkin menakutkan seluruh kumpulan ikan itu! Setakat ini kami telah gunakan Tenya untuk memancing pelbagai spesies ikan, termasuk kerapu yang besar. Kelebihan Tenya adalah dapat meneroka lubuk persembunyian ikan, dan kesannya lebih baik berbanding pancingan dasar secara konvensional. Nah... tentu anda ingin mencubanya, bukan? - SIRIP Singapore Dolphin Explorer Fishing Charter : Mel Mel Lee (+ 65-9638 6893)

7

5

6

8

SIRIP 29


Indian GT Legacy

LEGASI ANDAMAN

-NICOBAR 1

30

SIRIP


Teks & Fotografi : RAINER (Singapura) 2

3

1. Gamefishing

Asia yang amat mementingkan kualiti perkhidmatannya menyediakan bot pancing canggih yang selesa.

2. GT

yang mati secara semulajadi di kepulauan Andaman - Nicobar jarang diganggu manusia sehingga boleh membesar sehingga tahap maksimum.

3. Kepulauan

Andaman Nicobar yang terletak agak jauh dari India telah menjadi lubuk popping tersohor pada masa kini.

SIRIP 31


Indian GT Legacy 4. Popper bersaiz sederhana

sahaja sudah mencukupi untuk memikat GT monster di sini.

5. Mata kail dan split ring terkuat amat disarankan!

6. Kemewahan rumah pengi+ napan di sini menjangkau 7. permintaan kami. + 8.

4

P

enerbangan 4 jam dari Singapura ke Chennai diikuti penerbangan domestik selama 2 jam akhirnya menempatkan kami di halaman Port Blair yang menawan. Kebanyakan daripada kami sudah dua tiga kali ke sini, dah rasa biasa. Namun bagasi dan peralatan yang kami bawa sering membuntangkan mata para pegawai di lapangan terbang ini. Tetapi apabila ditayangkan gambar GT pada telefon bimbit kami, terus mereka faham. “Ahhhh... fish... fish...� Ketidak-biasaan mereka melihat peralatan memancing adalah petunjuk bahawa tidak ramai pemancing yang telah melepasi sempadan ini, berbanding hotspot GT yang lebih tersohor seperti New Caledonia dan Maldives. Dengan kurangnya tekanan memancing, tidak hairanlah betapa hebat dan buasnya GT di kepulauan Andaman - Nicobar ini.

Gamefishing Asia Tiba di Port Blair, kami disambut oleh kru Gamefishing Asia yang segera memuatkan bagasi dan membawa kami ke melewati

32 SIRIP

6


5

bandar yang seakan masih di era 70-an. Warga wanitanya memakai sari, kedai-kedai usang, penjual buah serta pengembala ternakan yang berada merata-rata. Port Blair seakan tidak ditelan waktu, amat jauh bezanya dengan Singapura yang moden dan ultra terancang. Tetapi tiada siapa mengadu, kan kami nak pergi memancing! Di rumah tamu ini, kami bertemu Kapten Kantha, Dillip dan Kapten Rama. Rumah tamu tiga tingkat milik Gamefishing Asia ini terletak di sebuah teluk yang damai menghadap matahari terbit. Ia menempatkan bilik yang cukup untuk 12 pemancing, serta hidangan makanan yang lazat termasuklah servis dobi. Daya tarikan utama di ruang tamu adalah gantungan gewanggewang yang teruk dibantai bala tentera lautan ini yang disumbangkan oleh pemiliknya. Ruang tamu itu juga berfungsi sebagai pusat di mana Darran Davis, pemilik operasi, membincangkan gewang mana yang bagus dan yang mana gagal pada minggu sebelum trip memancing tiba. Darran, dengan gaya animasi tipikalnya, membuka sketsa kisah mata kail terkangkang dan gegelung cincin pecah, joran patah serta kekili terbarai dilanyak GT di perairan terpencil ini. Cuma terdapat sedikit kebimbangan kerana minggu sebelum kami tiba, arus lautan seakan tidak wujud. Dalam pancingan GT, “arus besar, ikan besar� adalah mantra yang kita perlukan. Tentunya kita tidak boleh silap tarikh yang paling afdal untuk memburu GT.

7

8

SIRIP 33


Indian GT Legacy Rampage & Halcyon Sarapan enak dengan roti bakar, telur dadar dan dal dijamah sepusanya sebelum kami merangkul peralatan untuk berjalan kaki ke jeti yang tidak jauh mana. Bot kami Rampage dan Halcyon - sepanjang 30+ kaki dipasang sistem GPS dan sonar tercanggih, dan yang terpenting, dek poppingnya rata dan luas. Strategi kami menggempur teluk, tanjung dan tebing batu di segenap kepulauan Andaman – Nicobar yang dihempas ombak. Semakin besar arus, semakin banyak ikan mangsaan dihanyutkan, dan merangsang selera sang GT. Dua hari pertama kurang menghasilkan saiz tangkapan yang mengujakan. Di atas dek Rampage, Clarence terlepas GT hitam kira-kira 30 kg yang membaham popper Kokari 160 yang daripada joran Hammerhead Faube 77M +.

9. GT

Andaman memang kurang bersekolah dan lebih mudah diperdaya.

9

34 SIRIP

Popper Kokari (nama tempatan untuk GT) yang dicipta oleh Gamefishing Asia merupakan popper paling laku dalam trip ini. Mulut cawannya yang besar menjana semburan berfrekuensi rendah yang mampu memanggil raksasa naik dari kedalaman. Kami menyedari bahawa popper yang hanya menyembur sejumlah besar air di permukaan adalah kurang efektif, berbanding yang mampu menghasilkan bloop yang mendalam dan jejak buih yang dijanakan. Sesetengah penggila popping menegaskan bahawa teknik popping secara

kepitan joran pada ketiak adalah cara yang betul untuk memainkan popper. Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa popping dengan gimbal pinggang pada separuh pertama karauan dan kemudian beralih ke kepitan ketiak menghasilkan keputusan yang paling konsisten dalam mewujudkan bloop popper yang mendalam dan menggiurkan.

Demi Kokari Selepas menumpaskan beberapa GT bersaiz lebih 20 kg, yang merupakan saiz purata yang di Andaman, Rampage dimanuver ke sebuah terumbu yang cetek. Di sini Thomas dihambat seekor GT raksasa. Ikan itu menyeret beliau dari buritan hingga ke haluan bot. Episod mencemaskan ini berakhir dengan letupan talinya. Ia memberi peringatan bahawa set popping berat sekali pun tidak menjamin anda dapat mendaratkan GT besar, jika anda secara fizikalnya tidak mampu mengendalikan peralatan itu dengan berkesan. Dalam popping GT, kapasiti tali adalah penting atas pelbagai sebab. Memandangkan kekerapan tali putus yang tinggi, anda disyorkan untuk mempunyai seminimun tali PE 8 sepanjang 200 meter. Tali yang meletup putus boleh menyebabkan anda kehilangan lebih 50 meter tali. Darran mengesyorkan penggunaan sistem perambut pintalan jenis ‘Hollow Core’ berkekuatan 100 hingga 130 paun kerana ia membantu kelancaran dan mengekalkan kekuatan 100%.



Indian GT Legacy 10

11

10. Selain popping, jigging pun + amat menjadi di sini. 11.

Berbanding larian panjang dan melurus oleh ikan tuna, GT umumnya memecut secara pendek tetapi brutal - lebih kerap membesit berbanding marathon. Ditambah dengan kawasan terumbu karang yang dikuasai GT, maka daya drag yang tinggi sangat penting. Sistem perambut pintalan yang terdiri daripada seksyen 100 – 130 paun dan seksyen perambut 200+ paun di hujung memberikan pemancing dengan tambahan daya serap kejutan dan daya tahan lelasan. Sementara itu, bot kami, Halcyon lebih bernasib baik. Antara saya dan Daniel, pencipta gewang Amberjack Lures yang terkenal, kami berjaya menumbangkan dua ekor GT lebih 30 kg serta beberapa ekor GT lebih 20 kg.

Trofi Tanpa Diduga Kami terserempak sekumpulan ikan mangsaan yang berpotensi diekori pemangsa, dan Ray yang baru pertama kali mengikuti trip heavy popping ini ingin mencuba gewang stickbait, sementara kami yang lain menggunakan popper. 36 SIRIP

Tak lama selepas itu, seekor ebek yang besar, yang biasanya tidak gemarkan gewang permukaan, muncul lalu merembat stickbait beliau hanya di tepi bot. Sambaran tepi bot memang boleh bikin sakit jantung beb! Menjelang petang, Russel yang sedang jigging dengan set PE 2 dihentak kerapu sonoh, tetapi ketika dinaikkan, ia dimamah ikan yu sehingga putus dua. Ketika dia menyumpah seranah ikan yu itu sambil dibiarkan separuh badan ikan tersebut berdarah di tepi bot, muncul seekor GT raksasa dari bawah bot lalu menggonggongnya, menyebabkan ia tercangkuk terus pada jig itu. Pertarungan dengan raksasa 40 kg itu mengambil masa setengah jam untuk ditumbangkan dengan set pancing yang tidak sepadan!

Raksasa Double-Trouble! Pada hari keempat, berlaku perubahan cuaca apabila suhu didapati menurun, langit pula mendung dan lautan gelora. Situasi yang cukup sempurna untuk popping GT! Kami menggempur segenap terumbu. Saat


12

13

12. Setelah menaikkan banyak

GT bersaiz monster, GT yang lebih kecil dari saiz ini sudah malas mahu diambil gambar!

13. Gewang

bersara yang dipamerkan di ruang tamu rumah rehat.

14. Tabik

hormat kepada team Gamefishing Asia atas servis pelancongan memancing yang sangat mantap di Andaman Nicobar.

15. Ebek bulat juga menguasai sebahagian perairan ini.

14 terbaik ketika air menyongsong surut. Air disalurkan dari tepi terumbu, menghanyutkan mangsa-mangsa keluar darinya lalu sang pemangsa seakan berbaris untuk melakukan serangan hendap. Kantha menasihatkan kami agar sentiasa menggempur dengan stickbait dan popper untuk memastikan ikan mempunyai pilihan. Perasaan raguragu kami pada cadangan kapten itu akhirnya lenyap apabila Daniel dan saya sendiri dikejutkan dengan dua ledakan sekaligus. Kedua-dua trofi itu pula adalah rekod peribadi terbaik kami dengan catatan 36 kg bagi GT milik saya, manakala tangkapan GT oleh Daniel mencecah skala 47 kg! Tidak lama selepas trofi double-trouble itu dibebaskan, kami menyaksikan bayang-bayang besar dari terumbu karang datang meluru dengan pantas mengejar popper yang dimainkan oleh Ray. Ledakannya serta merta memerah tali keluar dari Saltiga 8000H-nya dengan kelajuan yang amat mencemaskan. Itulah trofi 40 kg buat pertama kali terjebak dalam dunia popping. Saya tidak pernah melihat Ray begitu teruja semenjak memancing bersama hampir 8 tahun dengannya.

15

SIRIP 37


Indian GT Legacy

16

16. Seperti manusia, GT juga

mempunyai badan yang berlainan. Spesimen ini kelihatan lebih panjang.

17. GT

monster penulis.

kebanggaan

Dalam suatu kejadian lain, seekor ikan besar kelihatan mengekori Temple Reef Ballista Bull 130 saya ke arah bot, tetapi masih teragak-agak hendak membantainya. Ray yang nampak peluang tersebut terus melontar stickbait di belakang ikan itu. Tak semena-mena, ia membuat membuat ‘U-turn’ lalu menghentamnya. Gila betul GT di sini...

Kritikal 15 Saat Pertama Kami berpesta popping. Satu persatu persatu GT didaratkan. 8 ekor seberat 20 kg, 3 ekor lebih 30 kg, manakala 2 ekor lebih 40 kg. Masing-masing mencipta rekod peribadi terkini. Namun begitu, banyak strike yang gagal kami naikkan. Kita

selalunya

terlalu

bersemangat

17

untuk memasak joran ke dalam gimbal pinggang sebaik sahaja joran disentak bagi menancapkan mata kail pada rahang ikan. Tetapi dalam proses itu, ia akan menyebabkan tali mengendur. Peluang inilah yang akan digunakan GT untuk meloloskan diri. Hasil pertempuran itu kebanyakannya ditentukan dalam tempoh 15 saat pertama, ketika GT masih sangat bertenaga dan paling dekat dengan terumbu karang. Pada masa ini, adalah penting untuk anda kekalkan tekanan yang maksimum terhadap sang ikan tanpa sebarang kekenduran, dan pastinya TIDAK memasak hulu joran pada gimbal pinggang. Pemilihan mata kail juga mustahak - BKK Rex saiz 5/0 dan 6/0 cukup mantap dalam trip ini tanpa ada yang diluruskan. Walaupun banyak raksasa yang gagal ditumpaskan, namun beberapa trofi lebih 30 kg berjaya dijinakkan dengan stickbait dan popper. Apa pun, saya cukup tabik dengan Darran dan syarikatnya, yang sanggup memperjudikan diri dalam bisnes ini di lokasi yang begitu terpencil demi mengejar kegilaan memancing dan membolehkan kita pemancing biasa pun berpeluang untuk menikmati keterujaannya bersama. Saya yakin ada banyak lagi terumbu dan pulau di kepulauan Andaman – Nicobar dalam jajahan negara India ini yang masih belum diterokai oleh Darran, dan akan didedahkannya suatu hari nanti. *Berminat popping di kepulauan Andaman - Nicobar, India? Info lanjut boleh dilayari di www.gamefishingasia. com

- SIRIP -

38 SIRIP


Kinta Kindergarden

Teks & Fotografi : NAZMI ANUAR

SEBARAU ANAK KINTA

Mengilat dari tebing lebih efektif untuk mendapatkan sebby yang bersaiz besar. 1

S

ebarau bukanlah ikan yang cukup terkenal di Sg. Kinta jika dibandingkan dengan ikan baung dan jelawat. Namun sebarau dikatakan antara ikan yang paling banyak dipancing di cabang-cabang dan anak sungai Sg. Kinta. Cabang-cabang sungai ini tidaklah terkenal mana berbanding lubuk tersohor di merata Perak ini. Cuma segelintir orang tempatan sahaja yang banyak mengetahui akan potensi anak Sg. Kinta ini.

sebarau bersaiz kecil dan remaja, dan jika bernasib baik, anda berpeluang untuk bertemu sang badong yang sedang mudik ke hulu sungai.

2

Mengalir dari Gunung Korbu dan melalui kawasan bandar yang sangat pesat membangun menyebabkan Sg. Kinta sedikit tercemar dan berkelodak lumpur. Namun Sg. Kinta sebenarnya sungai pilihan bagi spesies sebarau Sg. Perak untuk melepaskan telur dan ‘bertadika’. Sesetengah sebarau akan terus mendiami sungai-sungai kecil ini tanpa pergi jauh ke kawasan yang lebih luas. Melalui Sg. Kinta, sebarau akan terus bergerak memasuki anak-anak sungai cabang yang mempunyai kondisi air yang cukup bersih dan sihat bagi membiak. Jadi tidak hairanlah pada musim-musim tertentu, anak-anak sungai yang kecil ini dipenuhi

Sungai kecil seperti ini tidak sesuai untuk meranduk, namun untuk berpindah dari lubuk ke lubuk lain perlu meranduk juga kerana keadaan tebingnya yang semak dan sukar dilalui.

SIRIP 39


Kinta Kindergarden menilai sesuatu melalui rupanya sahaja, begitulah juga sungai sekecil ini. Nampak cetek dan tidak berpenghuni, namun ia merupakan nurseri sebarau Sg. Kinta.

Taktikal Sungai Kecil Kami biasanya akan cuba meredah belukar dan semak di tebing sungai untuk mengilat supaya tidak mengganggu air daripada menjadi keruh. Taktik ini juga dapat mengelakkan kita membuat bising dan menghasilkan kocakan air yang pastinya akan membuat sebarau menjadi takut dan mengesan akan kehadiran kita.

3

4

Kejutan Anak Sungai Kali pertama saya berkunjung ke sungai ini kebetulan pada musim sebarau sedang banyak mudik ke hulu tanpa kami sendiri sedarinya. Selepas Eddy membuat tinjauan keadaan sungai, kedalaman serta tempat untuk turun dan naik sungai, saya bersama seorang lagi pengilat tegar Heri main terjah sahaja sebelum kami sempat mempelajari taktik permainan sebarau di sungai ini. Heri yang pertama kali turun berasa sangat teruja dengan jumlah sebarau yang kami perolehi. Manakan tidaknya, hampir setiap kawasan lubuk pasti akan ada sebarau yang berjaya dibawa keluar. Masa ini sebarau sangat frenzy dengan boiling di merata-rata tempat, sehinggakan di kawasan lapang dan highway sungai pun ada boiling sebarau. Apa yang lebih menyeronokkan, sebarau di sini seakan sangat jakun dengan gewang, sehinggakan ada yang mengejar gewang hingga ke kaki kami! Ini menunjukkan sungai ini amat jarang dikunjungi pengilat dan mungkin juga tidak ramai yang mengetahuinya, atau juga ramai yang menyangkakan sungai sekecil ini tiada ikan. Saya sendiri amat terkejut apabila melihat sungai yang cuma selebar dua depa orang dewasa ini menyimpan jumlah sebarau yang begitu banyak. Benar kata pepatah, jangan

5

40 SIRIP

6

Selain meredah belukar, kita juga boleh meranduk sungai. Namun bukanlah berjalan mengikut arus. Randuklah melawan arus supaya kelodak akan dibawa arus ke belakang. Kita juga mampu mendapat peratusan sambaran yang tinggi kerana bunyi bising dan kocakan air juga akan dibawa arus ke belakang. Namun untuk meranduk melawan arus sungai yang berjeram ini bukanlah satu perkara yang mudah, ketahanan dan kekuatan kaki penting dalam menongkah arus yang agak deras ini. Untuk meningkatkan lagi peratusan sambaran sebarau, set mengilat yang ringan amat diperlukan di sungai yang kecil ini. Saya suka gunakan joran ultra ringan berkekuatan 2 – 6 paun dan 4 – 8 paun dengan panjang joran cuma 5 hingga 6 kaki. Sungai yang kurang lebar dan taktik meredah belukar sememangnya memerlukan joran yang agak pendek untuk mengelakkan kita terpaksa memakan ‘bihun goreng’ di tepi sungai. Penggunaan tali utama 6 - 10 paun juga lebih berkesan kerana sebarau tidak dapat mengesan tali halus ini dalam sungai yang jernih dan cetek. Saya juga gemar gunakan gewang mikro seperti Rapala Countdown 5 dan 3, Senses Savior dan Yo-Zuri Heavy Weight Minnow 3. Ia menyerupai ikan seluang dan ikan pelampung jaring yang banyak berkeliaran di anak sungai ini. Penggunaan warna natural dan tidak terlalu striking juga amat penting kerana kondisi air yang agak jernih dan ia paling hampir dengan warna anak-anak ikan di sungai ini. Ini mampu membuatkan sebarau tidak teragak-agak untuk menghentam gewang yang dihulurkan.

Sebby Bermusim Anak sungai ini bertindak sebagai kawasan perlindungan bagi anak sebarau untuk membesar dengan selamat. Pada


3. Sebby kecil lebih pantas

dan garang mengambil gewang di sungai kecil seperti ini, kerana kurang pemangsa lebih besar yang membahamnya.

4. Anak sebby memang banyak menghuni seperti ini.

sungai

kecil

5. Siapa sangka sungai kecil tepi jalan ada sebarau sudi melayan gewang.

6. Tilapia

sungai ini pun kadangkala garang mengejar gewang.

7. Tengas kecil pun garang membedal gewang.

8. Antara koleksi sebby saya di sungai kecil anak Kinta ini.

7 musim-musim tertentu anak sungai ini akan dipenuhi sebarau kecil dan remaja yang terlalu mesra dengan gewang dan ini menunjukkan sebarau ini belum pernah kenal dengan gewang atau lebih tepat lagi belum pernah lekat. Pada musim tertentu pula jika bernasib baik, kita boleh mendapat sambaran di luar jangkaan di mana sebarau bersaiz besar yang memasuki anak sungai ini apabila tiba musim bertelur. Biasanya kehadiran sebarau bersaiz besar ini akan tertakluk pada bulan-bulan tertentu setiap tahun, namun ia sedikit berbeza pada setiap sungai dan saiz besar yang bakal diperolehi adakalanya tidak setimpal dengan saiz sungai yang kita terokai. Kita sendiri perlu buat kiraan kitaran dan sedikit kajian untuk mendapatkan masa dan musim sebarau mudik ke hulu dengan tepat. Namun untuk mendapatkan ramalan yang tepat, sedikit pelaburan dari segi masa dan perbelanjaan perlu dikeluarkan untuk mengujinya selama beberapa tahun dan ia satu perkara yang paling malas untuk sesetengah pemancing melakukannya.

Teroka Masih terdapat banyak lagi anak sungai yang boleh dikategorikan masih cantik dan menyimpan khazanahnya yang tersendiri. Sungai-sungai ini pula adakalanya tidak perlu untuk kita meredah hutan belantara untuk menerokainya, sesetengahnya cuma berada di depan mata kita sahaja.

9. Sebok

bercerita sambil menunggu pengangkutan motor yang ditinggalkan di tempat permulaan turun ke sungai. Hendak menapak patah balik meninggal yeop!

Melihat tanpa mencuba akan potensinya adalah satu kerugian besar pada kita yang sering menyangkakan lubuk di tepi jalan sudah barai. Sebagai pemancing kita perlu berani mencuba dan menerokai sesuatu sungai biarpun cuma di tepi jalan dan ia merupakan salah satu pembelajaran dan pengalaman dalam memancing. Keluarlah dan terokailah biarpun kita bakal kumpau berdarah dalam sesi suai kenal kita dengan lubuk yang baru, namun pasti akan ada pembelajaran yang baru bakal kita perolehi. Yang paling penting kita akan perolehi pengalaman dalam penerokaan kita di lubuk baru yang tidak semua pemancing perolehinya. - SIRIP -

8

9

SIRIP 41


To Sabah With Love 1

TRIO JELAJAH SABAH: DARI MUARA KE GUNUNG

1. Permulaan menduga sungai muara, dari jeti ke spot pertama mengambil masa kira-kira 20 minit.

S

etelah hampir tiga bulan merancang trip untuk menduga lubuk di Sabah, akhirnya kami berjaya juga sampai ke sini. Perancangan asalnya kami berempat, namun cuma menjadi bertiga iaitu saya, Paeh dan Kecik. Manakala seorang lagi rakan terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana masalah dengan tugasan kerja.

Terbang Kami terbang ke Negeri Di Bawah Bayu dari KLIA 2 menaiki pesawat Air Asia dan tiba di lapangan terbang Sandakan seawal jam 9 pagi. Guide Roslin menjemput dan membawa kami ke homestay miliknya di Bukit Garam. Memandangkan agenda awal kami di Sabah ingin menduga spesies raja muara iaitu tembaring (black bass), maka saya memilih guide Boy Temaning untuk mengepalai trip sepanjang tiga hari di Sandakan. Dari atas pesawat sewaktu sudah ingin mendarat, dapat saya lihat kebanyakan kawasan hutan di Sabah sudah digantikan dengan estet kelapa sawit yang sangatlah luas. Terfikir pula saya adakah nasib hutan-hutan di Sabah bakal menjadi gondol seperti di Semenanjung yang hampir 70 peratus digantikan dengan perladangan dan pembangunan. Amat sayang pada saya yang sangat cintakan alam semula jadi ini. Tiada apa yang kami lakukan sepanjang hari pertama tiba di bumi Sabah, kerana semuanya masih dalam mabuk kapal terbang, maklumlah kami pertama kali menaiki

42 SIRIP

pesawat ke Sabah. Kami hanya berjalan di sekitar kawasan kampung dan masih dalam tutorial berkenaan teknik mengilat tembaring yang disampaikan oleh Boy.

Ekspedisi Bermula Seawal jam 5 pagi, kami semua sudah bersedia di jeti untuk bersarapan sebelum turun beraksi. Saya menaiki bot pertama bersama Paeh, manakala Kecik menaiki bot kedua bersama guide kami, Boy dan terus menuju ke spot mengilat pertama di sebuah banglo yang dikatakan sering mendapat sambaran tembaring. Lontaran pertama Paeh sudah bersambut dengan seekor ikan tambak bersaiz sangat comel menggunakan gewang Ofmer X-Deep 75. Hati saya sudah mula berbunga apabila melihat lontaran pertama sahaja sudah bersambut oleh penghuni banglo, walaupun ia hanya seekor anak tambak yang baru putus susu. Namun setengah jam kami mengilat di situ cuma seekor tambak ini yang sudi meligan gewang kami. Kami berpindah ke spot kedua, namun masih tiada ragutan. Hinggalah berpindah ke spot ketiga, saya menerima satu sambaran yang agak ganas dari penghuni dasar. Set heavy cover Senses Counterblow 30 paun saya berjaya juga menghela mangsa ke tepi bot, seekor siakap merah skala 1 kg berjaya dinaikkan menggunakan gewang Kanai 85. Kecik yang menaiki bot kedua bersebelahan kami juga berjaya menaikkan seekor siakap merah.


Teks & Fotografi : ZAI MAX

2 Boy menerima satu sambaran yang agak ganas semasa di spot terakhir hari itu. Ikan yang membenam ke bawah bot membuatkan Boy agak kelam-kabut untuk menghelakan ikan naik ke permukaan air. Seekor tembaring skala 3 kg timbul setelah penat berhempas-pulas, tetapi sayang larian terakhir berjaya memutuskan tali utama 30 paun.

Pemburuan Diteruskan Hari kedua saya sudah tidak tahan melihat ikan bulan (tarpon) yang boiling di merata-rata sejak semalam dan berjaya

3

memujuk seekor dua bulan Sabah. Ternyata memang sangat banyak bulan di bumi Sabah ini, tidak seperti di Semenanjung. Paeh yang sejak awal masih setia mengilat tembaring di reba berdekatan menerima satu ragutan kasar, tapi rabut. Boy yang pantas membaling gewang ke kawasan Paeh rabut tadi berjaya menaikkan seekor siakap merah yang dikenal pasti menyambar gewang Paeh sebentar tadi. Ini kerana sifat siakap merah yang menjaga kawasannya dengan garang menyebabkan ia tidak serik untuk menyambar gewang kali kedua.

2. Tiada

apa yang boleh diungkap dengan kata-kata, hanya senyuman bergambar bersama siakap merah pengganti kata-kata Kecik.

3. Tuan rumah menjamu kami

dengan ikan bakar, daripada hasil kami pada hari pertama menduga.

4. Selepas

beberapa spot menduga, akhirnya balingan saya disambut kemas siakap merah, menjadikan lesen pertama dalam misi kali ini.

4

SIRIP 43


To Sabah With Love

5

6 menuju ke Tenom. Awal pagi hari kelima, kami sudah mula trekking menaiki kawasan pergunungan Sg. Monsuk. Air yang sedikit keruh agak menjejaskan hari pancingan kerana menurut guide, ikan pelian kurang aktif menyambar gewang ketika air keruh.

7

5.

8 Akhirnya Boy memperoleh strike yang pertama di hari kedua, siakap merah yang berskala 1 kg.

6. Kecik dengan hasil kerapu yang disangka black bass pada mulanya.

7.

Tibanya di bandar Ranau. “Apa lagi... jalan-jalan cari jodoh la,� ajak Paeh yang masih teruna.

8. Salah

satu tempat pelancongan di Ranau yang wajib kaki mancing singgah tapi bukan untuk mancing ye...

9.

Awan hitam mula menyelubungi bumi Sandakan, dan saya masih menaruh harapan agar hujan tidak turun kerana masih belum mendapat sasaran utama di bumi Sabah ini. Minit-minit terakhir sebelum akhirnya hujan turun juga membasahi kami, saya berjaya menaikkan seekor alu-alu sirip kuning dan kami terpaksa menamat misi tembaring ini.

Dari Muara Ke Gunung Hari keempat, kami menuju ke Tenom untuk mengambil pengalaman mengilat pelian pula, dari Sandakan kami menaiki bas

Saya berjaya menaikkan sebarau tunggal saya di Sabah menggunakan set ultra light Sengat 1 – 6 paun yang dibekalkan oleh Kanicen Nix untuk diuji menarik pelian. Namun air yang sangat keruh menyebabkan kami terpaksa menamatkan sesi pancingan pada hari pertama di Tenom dan merancang untuk turun ke kawasan tagal di hilir yang dikatakan agak jernih. Kali ini set ultra light yang dibekalkan kepada saya betul-betul diuji dengan jayanya, beberapa pelian saiz sederhana berjaya saya naikkan menggunakan set Sengat 1 – 6 paun ini. Namun untuk memperoleh pelian bersaiz kasar di sini anda perlulah menggunakan gewang yang bersaiz besar kerana jumlah ikan yang

Melawat antara tempat bersejarah di Kundasang War Memorial.

10. Cabang

Y antara dua sungai menjadi satu, permulaan menduga sungai pergunungan.

11. Kecik

memecahkan tirai kekumpauan dengan hasil pelian pertama.

9

44 SIRIP

10


11

SIRIP 45


To Sabah With Love

12. Aksi memujuk si raja Sg. Monsuk keluar dari sarang.

13. Penulis dengan hasil pelian. “Boleh tidur lena la malam ni...� kias Paeh pada saya.

14. Selesai misi jelajah Sabah.

Dari stesen bas Tenom ke Kota Kinabalu, kami sempat mengukir gambar kenangan bersama.

12 terlalu banyak menyebabkan ikan sederhana dan kecil lebih laju membedal kilat sesudu dan kekipas (spinner) yang bersaiz kecil ini. Alhamdulillah... duka kami untuk menduga tembaring terubat dengan pesta pelian di Tenom. Cuma nasib masih tidak menyebelahi kami apabila hujan turun dengan lebatnya pada sebelah petang dan memaksa kami menamatkan sesi pancingan di Sabah.

Pengalaman Mendewasakan Terlalu banyak pengalaman yang kami perolehi sepanjang perjalanan dari Semenanjung ke negeri Sabah ini biarpun sasaran utama tembaring tidak kami perolehi. Namun pertama kali menjejakkan kaki ke sini telah banyak pengalaman baru yang kami perolehi. Kami juga berpeluang melihat suasana negeri Sabah dan mempelajari sedikit ilmu di sini.

13

Namun untuk berkunjung jauh hingga ke sini perlulah sedikit pembelajaran serta mengkaji terlebih dahulu tentang cuaca serta teknik yang akan dipraktikkan. Ini semua perlu dititik-beratkan agar trip yang telah diatur sejak sekian lama tidak menjadi sia-sia dan balik ke Semenanjung dengan hampa. Nasiblah kami berkunjung ke sini bukanlah hanya memancing semata-mata, ia lebih kepada melancong dan berjalan ke tempat orang. Untuk bercakap soal cuaca, memang perlu kita aturkan trip bukan pada waktu tengkujuh. Namun siapalah kita untuk menentukan kekuasaan Tuhan. Memandangkan cuaca sekarang yang tidak menentu dan musim hujan turun bukan pada musim sebetulnya maka jika mahu pergi, pergi sahajalah dan berdoa agar saat kita tiba, hujan tidak turun.

14

46 SIRIP

Apa pun saya pasti akan kembali ke sini untuk mendapatkan trofi tembaring saya dan memperoleh pelian yang lebih besar dengan senjata yang lebih ampuh dibawa nanti.

- SIRIP -


PRODUCT AWARENESS

OFMER JOKER 60F

ROD FORD FURY 63

Ikan pemangsa di perairan yang mengalami tekanan tinggi biasanya culas dengan saiz popper yang besar. Jawapan terbaik ialah tukar kepada popper kecil seperti Ofmer Joker 60F ni. Popper kecil sepanjang 62 mm dan seberat 9.1 g ini berkelebihan dapat dilontar jauh walaupun dalam keadaan berangin. Percikan ‘pop’ yang halus dengan warna dan saiz yang menarik pasti akan menghasilkan ‘kebabommm’ yang tak diduga!

Rod Ford Fury 63L menawarkan pengalaman mengilat yang luar biasa kepada mana-mana pengilat. Dirangka untuk melontar gewang ringan dengan memasang gelendong cetek dan dua galas bebola Nippon, baitcaster ini bakal juara untuk arena mengilat air tawar Malaysia, di mana pilihan saiz gewang makin mengecil untuk memukau lebih banyak serangan akibat tekanan memancing yang tinggi. Kawalan lontaran dibuat secara jitu dengan sistem magnetik dan karauan dipertingkatkan dengan pengayuh karbon 85 mm, Fury 63L adalah satu kuasa baru untuk diperhitungkan!

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333 Pengedar : MGFA Tel : 07-861 9289 Faks : 07-863 2189

SENSES KAIDO SHAD 88FD Senses Kaido Shad 88FD dicipta bagi menggempur pemangsa di lubuk dalam dengan selaman pantas dan berbunyi lantang. Lidahnya yang panjang, bersifat apungan tinggi dan bergemerincing mampu menarik keluar pemangsa di reba sedalam 3 meter. Gewang berukuran 88 mm seberat 18 g ini mencirikan sistem pemindahan berat yang meningkatkan jarak dan ketepatan lontaran, malah mengatasi rintangan angin. Selain mengilat, ia juga sesuai ditunda. Ia diperbuat daripada plastik ABS berkualiti tinggi yang tahan lasak dan tidak mudah patah.

DEEPLINER LOGICAL

1.CompanyDeepliner name / Brandmerupakan neme DEEPARS FACTORY CORPORATION / DEEPLINER sebilangan kecil jenama Jepun 3.Our URL yang menjadi terkenal dalam http://www.deepliner.com/labs/ jangka masa pendek lantaran buah mulut pengguna terhadap 4.New products fungsi produknya. Pemancing Logical 55#9 yang pernah guna siri joran Logical 55#10 jigging perlahan Logical pasti Logical 60#9 kagum dengan daya lenturan Logical 60#10 joran yang halus lagi ringan ini. Logical 70#9 Berita baik! Keluarga Logical 55, Logical 60 dan70#10 70 kini telah ditambahkan model terbaru #9 dan #10. 5.comment Misinya ialah membantu pemancing untuk memainkan jig Logical's new lineup. lebih berat dengan lebih mudah. Peminat teknik jigging For much easier and more comfortable when use heavy jigs. perlahan yang menggemari siri Logical pasti tidak akan lepaskan peluang untuk memilikinya! 6.Spec Length ft

Pengedar : SENSES FISHING Tel & Faks : 07-231 5742

m

Jig Weight min(g) max(g)

Line min

max

Material

no. Guides

Guide

Logical 55#9

5'5" 1.65

300

700 #1.5 #4.0 carbon

10 Ti+TOLZITE

Logical 55#10

5'5" 1.65

350

800 #1.5 #4.0 carbon

10 Ti+TOLZITE

Logical 60#9

6.0' 1.83

300

700 #1.5 #4.0 carbon

11 Ti+TOLZITE

Logical 60#10

6.0' 1.83

350

800 #1.5 #4.0 carbon

11 Ti+TOLZITE

Logical 70#9

7.0' 2.13

300

700 #1.5 #4.0 carbon

12 Ti+TOLZITE

Logical 70#10

7.0' 2.13

350

800 #1.5 #4.0 carbon

12 Ti+TOLZITE

Pengedar : DEEPARS FACTORY CORPORATION Tel : +81-88-854-5606 Faks : +81-88-854-5601 Laman Sesawang : http://www.deepliner.com/labs/

以上よろしくお願いいたします。

SIRIP 47



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.