Majalah Sirip September 2017

Page 1

JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP 15hb SEPTEMBER 2017

Filipino Jigging Jejak Kelah Lokohz Team Bukit Merah HCG Mustaham Di Puncak Borneo Meruan Zon Togel Peacock Bass Challenge 2017 Beli Jiwa @ Lombok

KOBOI KANAI BELURAN Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini BIL. 192

Diterbitkan sejak 2001

PP10925/08/2013 (033257)




Editorial

SEPT 2017

Bil : 192

D

alam SIRIP yang lalu, sebuah artikel yang membentangkan tentang penggunaan alat lip grip yang mungkin akan mengakibatkan ikan yang ingin dilepaskan akhirnya mati telah membangkitkan perbincangan yang hangat dan meluas di kalangan pemancing. Untuk membolehkan lebih ramai orang mengetahui tentang isu ini, kami telah berkongsi berita ini ke beberapa group Facebook yang berpengaruh dan telah mendapat persetujuan mereka terhadap isu ini. Selama beberapa hari, isu ini telah giat dibincangkan antara group-group berkenaan.

KETUA EDITOR Pak Wong

SUB-EDITOR Papa Sirip majalahsirip2001@gmail.com

REKA BENTUK GRAFIK Liew Mong Eang

JURUKAMERA & PENYUNTING ‘IKAN TERHANDAL MALAYSIA’ Spike Fariq

PENULIS PAK WONG, JOHN ANGLER, HANUMEI IKE,

TOREX

ZUL,

JOSEPH

JAMES,

RADEK FILIP, STEVEN MING, MUHAMAD NAIM, MASDUKI MOHAMMAD MORNI, KETAMTK, CIKGU SHAMWEN

PENERBIT

Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. (522228-W)

No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D.E

Surat-menyurat Editor SIRIP Kingfisher Adventures Sdn. Bhd. No. 9, Jalan 7/20, 46050 Petaling Jaya, Selangor D. E. Tel / Faks : (60)3-7955 5211 E-mel : majalahsirip2001@gmail.com

2 SIRIP

Majoriti pemancing bersetuju bahawa lip grip akan mengakibatkan kecederaan terhadap ikan yang ingin dilepaskan. Namun setakat mana kecederaan ini tidak dapat dipastikan, lantaran ketiadaan kajian saintifik berkenaannya di negara kita. Kebanyakan pemancing berpendapat bahawa, ketika ikan ditimbang dengan menggunakan lip grip secara menegak, itulah masanya ia paling mudah mengalami kecederaan akibat daripada penanggungan rahangnya terhadap keseluruhan berat badannya. Justeru ramai pemancing telah bercadang untuk menghantikan penggunaan lip grip untuk tujuan menimbang ikan. Sehinggakan group LureFisher telah mengambil initiatif dengan membuat sebuah kain timbang yang simple bagi membolehkan ikan ditimbang secara melintang dengan berat badannya disokong sepenuhnya. Diharap pendekatan yang baik ini akan diterima dan ditiru oleh pemancing atau group memancing yang lain. Biarpun majoriti pemancing bersetuju lip grip akan membawa kesan negatif kepada ikan yang ingin dilepaskan, namun ada juga pihak yang berpendapat bahawa, lip grip tidak akan mencederakan toman, spesies tempatan yang paling banyak ditangkap - lepas oleh pemancing. Mereka menunjukkan sebuah lubuk yang mengamalkan aktiviti tagging, di mana seekor toman besar telah berjaya ditangkap - lepas beberapa kali, membuktikan lip grip tidak mendatangkan kesan negatif terhadap toman. Lebih-lebih lagi siripnya yang terkoyak sewaktu berlawan telah pun sembuh dengan sepenuhnya. Saya kurang sesuai membuat komen terhadap kes ini, lantaran saya bukanlah seorang saintis ikan. Namun tidak kiralah sama ada toman benar-benar boleh dicederakan dengan penggunaan lip grip atau tidak, jika terdapat cara yang lebih baik untuk menaikkan atau menimbang habuan, mengapa kita tidak cuba? Baru-baru ini saya ada mengikut perkembangan sebuah lubuk toman besar yang popular di Thailand dan mendapati pemancing di sana tidak menggunakan lip grip untuk menaikkan ikan. Perkara ini agak membingungkan saya. Setelah membuat siasatan, didapati pemandu pancing di sana tidak menggalakkan penggunaan lip grip, lantaran toman di sana kebanyakannya bersaiz bagak. Lip grip kurang sesuai malah berbahaya jika digunakan untuk menaikkan ikan sebesar itu. Mereka lebih selesa dengan tangguk yang dapat menaikkan ikan dengan cepat lagi tepat. Terasa hairan juga pemancing kita seakan langsung terlupa terhadap kewujudan tangguk pula. Padahal hampir semua pemancing mempunyai sebuah tangguk sebelum lip grip berleluasa. Sekarang kita telah sedar dengan ancaman yang bakal dihasilkan oleh lip grip terhadap spesies kesayangan kita, haruskah kita berpatah balik kepada tangguk pula? Jika habuan tidak sebesar mana, tak payahlah timbang. Catat ukuran panjangnya sudah memadai. Manakala mengambil gambar pula memang tidak dapat diabaikan. Terpaksa gunakan lip grip juga untuk keselamatan pemancing. Namun harus ingat jangan sesekali mengangkat ikan secara menegak. Gunakan sebelah tangan yang lain untuk menyokong badan ikan secara mendatar dan lepaskannya dengan cara yang sama, sebaik sahaja gambar diambil. Jadi bersama-samalah kita berikhtiar untuk masa depan sukan memancing kita! Pak Wong



Kandungan Utama

BIL. 192 SEPT 2017 HG

. 1)

ER

IN M

A L AY S

IA

(B

DEEP

LIN

KOBOI KANAI BELURAN

15hb SEPTEMBER 2017

BIL. 192

Filipino Jigging Jejak Kelah Lokohz Team Bukit Merah HCG Mustaham Di Puncak Borneo Meruan Zon Togel Peacock Bass Challenge 2017 Beli Jiwa @ Lombok

Khazanah Ilmu Sukan Memancing Terkini JOIN US ON FACEBOOK

SIRIP

MUKA DEPAN : Kanai Beluran

Diterbitkan sejak 2001 PP10925/08/2013 (033257)

6. Doing It Right KEKILI JIGGING PERLAHAN 8. Beluran Beast KOBOI BELURAN

8. Beluran Beast

16. Jungle Troopers JEJAK KELAH LOKOHZ TEAM 20. Filipino Jigging LUBUK BAHANG FILIPINA 28. Mustaham Mayhem MUSTAHAM DI PUNCAK BORNEO 32. Air Kuning PB Challenge TELUK INTAN ANGLERS PEACOCK BASS CHALLENGE 2017 34. Open Water Snakehead Games MERUAN ZON TOGEL

16. Jungle Troopers

40. Lombok Jigging + Family Vacation BELI JIWA @ LOMBOK 55. Industry Info OKUMA CEYMAR 48. Spring & Summer Perch PERCH – SERIGALA EROPAH 53. Industry Info KARNIVAL TCE TACKLES KEMBALI LAGI 54. Heavy Cover Snakehead Games BUKIT MERAH HCG 56. Product Awareness

34. Open Water Snakehead Games 40. Lombok Jigging + Family Vacation


Panjang : 11cm Berat : 22g Mata Kail : VMC9826BN 3X Jenis : Timbul

3 Action surface lure Jumping - Slider - Swimbait

SENSES Magnum merupakan gewang permukaan serba guna. Gewang berbunyi ketukan ini direka dengan pusat graviti di sebelah belakang bagi tujuan lontaran jauh. Pada mulanya gewang ini direka berpandukan konsep gabungan swim bait dan teknik walk the dog. Kemudian kami mendapati ia juga mampu melakukan aksi melompat. Setelah membuat sedikit perubahan, akhirnya terciptalah sebuah gewang yang mampu menayangkan 3 jenis aksi renangan. Dari situlah nama ‘Magnum’-nya. Magnum 110 sesuai dimainkan di lubuk air tawar dan juga masin. Ia boleh dipersembahkan di tepian pulau untuk ikanikan pelagik, mengilat talang dan siakap di kawasan teluk yang berbatu, dan juga menawan ikan-ikan snakehead yang sentiasa berubah tabiat pemakanannya.

LURE DEVELOPMENT UNIT


Oleh : PAK WONG

KEKILI JIGGING PERLAHAN

K

elebihan lain kekili menegak atau multipiler ialah ia dapat ‘memberitahu’ kita dengan serta-merta apabila jig mencapai dasar bagi mengurangkan kes sangkut. Mata kail akan menghala ke atas apabila jig baru sahaja menyentuh dasar. Maka peluang tersangkut akan dapat dikurangkan dengan ketara jika kita lock dan mengarau dengan serta-merta. Satu lagi kelebihan kekili menegak ialah kita akan dapat mengawal jig sewaktu ia tenggelam. Jig perlahan acapkali dibaham ikan sebaik sahaja ia jatuh ke dasar. Spesies-spesies ikan demersal (dasaran) memang sentiasa perhatikan benda yang jatuh dari atas. Dengan sentuhan lembut terhadap gelendong, kita akan dapat mengawal kelajuan jig yang tenggelam supaya sempat kita bertindak balas tatkala ikan mengusik jig kita.

Pentingnya Daya Karauan Jadi apakah yang harus dijadikan panduan untuk memilih kekili menegak yang sesuai? Panduan yang paling asas ialah kedalaman lubuk. Semakin dalam lubuk, semakin besarlah kekili, dan sebaliknya. Andainya di Selat Melaka, lubuk di sini jarang-jarang melebihi 80 meter, justeru kekili bersaiz lebih kurang bersamaan OJ2000 sudah memadai. Anda mungkin terasa OJ1500 terlalu besar buat kedalaman tersebut. Mengapa tidak pilih kekili yang lebih kecil? Bukankah kekili yang mampu menanggung tali PE 1.2 atau PE 2.0 sebanyak 200 meter sudah memadai? Kenyataan tersebut tampak betul. Namun bukankah kita juga harus memikirkan keberatan jig yang bakal digunakan? Memang betul bahawa kekili casting jenis leper yang bersaiz besar pun mungkin mampu mengisi kapasiti tali yang diingini. Namun adakah kekili seperti ini mempunyai daya karauan yang mencukupi untuk menangani jig seberat 350 gram dan ikan yang besar? Saya pernah menggunakan Ocea Conquest 301

6 SIRIP

yang lebih kurang sama saiz dengan OJ1500 untuk memancing di perairan Selat Melaka kerana sukakan saiznya yang kecil lagi ringan. Hakikatnya biarpun mengarau jig seberat 200 gram pun sudah terasa tak larat. Keadaan akan menjadi lebih rumit lagi kalau arus deras!

Pentingnya Kelajuan Kita juga telah memahami bahawa salah satu syarat terpenting buat kekili jigging perlahan ialah daya karauannya. Anda boleh gunakan kekili bersaiz kecil. Namun pastikan kekili ini mempunyai daya karauan yang secukupnya. Tidak penting sama ada ia bersistem tegangan tuilan (lever drag) atau bintang (star drag), namun haruslah mempunyai kelajuan karauan tali sekurang-kurangnya 80 cm setiap karauan. Dalam erti kata lain, anda memerlukan sebuah kekili yang laju. Kelajuan kekili amat penting ketika membuat persembahan jig. Reka bentuk jig amat mementingkan keupayaan ia mempunyai masa yang cukup untuk mempersembahkan aksi horizontal (mendatar). Aksi jig yang berterusan sebegini akan terjejas jika kelajuan karauan tali terlalu perlahan. Seboleh-bolehnya pilihlah kekili yang mampu mengarau tali sepanjang 90 cm dengan satu pusingan pengayuh. Jika ia masih mampu mengarau tali sepanjang 75 cm dengan satu pusingan pengayuh apabila jig sudah ditenggelamkan ke dasar, maka kelajuan inilah kelajuan yang munasabah.

Kekurangan Kekili Laut Dalam Permintaan kekili akan bertambah kritikal apabila jigging di laut dalam pula. Apabila anda ingin menduga kertang dan ruby snapper di perairan Miri, Bintulu atau Aceh yang mencecah 300 meter kedalamannya, kekili bersaiz besar sudah menjadi wajib. Kekuatan tali yang digunakan di laut dalam sekurang-kurangnya PE 2.5 dengan kepanjangan tali minimum 600 meter.


Profil rendah, gelendong yang luas, pengayuh yang ditambah panjang dan tombol T adalah antara syarat-syarat yang harus dipenuhi dalam sebuah kekili multiplier untuk jigging perlahan laut dalam.

Kekili yang dapat memenuhi permintaan ini amat terhad. Antaranya ialah model terbesar SOM, Marfix dan Ocean Freak. Kekili menegak yang digunakan untuk jigging laju dahulu juga sesuai, namun pengeluarannya sudah dihentikan. Keberatan juga merupakan satu aspek yang penting apabila membeli kekili jigging laut dalam. Kekili yang terlalu berat akan cepat merasa letih. Satu lagi aspek yang harus dipertimbangkan ialah ketinggiannya. Kekili yang terlalu tinggi profilnya kurang sesuai dipegang dengan sebelah tangan, justeru tidak memenuhi permintaan jigging perlahan. Berdasarkan pengalaman peribadi, kekili jigging

perlahan laut dalam terbaik harus berprofil rendah dan mempunyai gelendong yang luas, bukan tinggi. Justeru apabila jig tenggelam ke dasar sedalam 200 meter lebih, ketinggian tali dalam gelendong tidak akan menjadi terlalu rendah dan tidak akan menyebabkan kelajuan karauan tali menjadi terlalu perlahan. Kekili ini juga harus mempunyai daya karauan yang kuat untuk mengurangkan kepenatan kita mengarau jig besar dan membantu dalam proses menaikkan ikan. Diharap pilihan kekili yang betul-betul direka untuk jigging perlahan laut dalam akan bertambah pada masa akan datang! - SIRIP -


Beluran Beast

KOBOI BELURAN T

arikh telah dipilih Abg. Sulaiman kerana beliau lebih arif musim yang sesuai untuk memancing kanai a.k.a black bass. Persediaan dari segi mental dan fizikal perlu kami persiapkan kerana trip kali ini kami akan bermalam di sungai-sungai sekitar Beluran dan Sugut. Tiada akses telefon dan internet, serta dari segi keselesaan memang tiada langsung. Betul-betul trip petualang@koboi! Tujuan kami bermalam di atas bot adalah kerana pada awal pagi kami akan memulakan aktiviti mengilat baik gewang permukaan dan juga selaman dalam. Info dari Abg. Sulaiman mengatakan kanai lebih aktif pada awal pagi dan gewang permukaan amat menjadi jika ingin merasai letupan yang membuatkan adrenalin anda mengalir laju!

Sg. Kalagan Kami mendarat di Sandakan tepat 9.30 pagi. Sampai sahaja kami disapa Abg. Sulaiman dan terus dibawa ke 8 SIRIP

Beluran lebih kurang 1 jam setengah perjalanan. Setibanya di sana, kami berehat untuk satu malam di motel berdekatan pekan kecil Beluran. Keesokan harinya kami bergerak ke lokasi pertama kami di Sg. Monster @ Sg. Kalagan. Sudah lama tidak hujan di Beluran kata Abg. Sulaiman, ini satu petanda baik. Sesampai kami di lokasi pertama kelihatan air warna seperti air tebu. Saya tersenyum sambil tangan sudah mula gatal ingin memulakan acara mengilat. Abg. Sulaiman membawa kami di reba pertama. Syawal yang dari awal lagi sudah bersedia dengan gewang permukaan terus melempar tepat di kawasan bangkar yang kebiasaan menjadi tempat persembunyian sang kanai. Permulaan yang baik apabila gewang permukaan Syawal sudah mendapat respon sang kanai tetapi masih malu-malu untuk meratah gewang beliau.


Teks : MARTDET Antara sungai-sungai sempit yang terpaksa kami lalui untuk sampai ke syurga lapangan pancing.

Fotografi : MARTDET & SYAWAL

Siakap seberat 6 kg berjaya saya pujuk dengan gewang pensil permukaan.

Kanai makan lewat petang, gewang Tiemco Magnum Pepper custom color oleh Alu Naza memang mencakup.

SIRIP 9


Beluran Beast

1

3

2

4

1. Berehat sambil melihat + hasil nelayan tempatan 2. menangkap ketam nipah. 1 kg RM 6, murah betul! 3. Segar mata memandang melihat keindahan alam.

10 SIRIP

Saya lempar Storm Thundercrank hot tiger tepat di bangkar dan satu ketukan padu dirasai, tetapi sayang hanya kesan gigi pada gewang. “Sah kanai tu�, getus Abg. Sulaiman sambil menggayakan tangannya seolah-olah cara si kanai menghentam gewang.

Kami berubah di spot kedua. Kali ini Abg. Sulaiman menyuruh kami gunakan gewang selaman dalam kerana bangkar pokok yang jatuh dari tebing saiznya besar-besar dan sungainya agak dalam walaupun dari tebing. Tetapi anehnya tiada sebarang salam penghuninya. Kami berubah di spot ketiga. Kelihatan pokok kayu dan pelepah nipah jatuh di tebing sungai. Syawal menggunakan Duo Realis 120 parrot dibaling tepat tetapi tiada juga sambaran. Abg. Sulaiman menyuruh kami melempar gewang melintang dari arah bertentangan. Tiga kali saya buat balingan dan ketika gewang dah dekat bot, tiba-tiba satu ketukan padu terasa. Kekili menjerit. Cara lawannya seperti kanai, te-tapi ketika sedang menahan asakan padu, tiba-tiba satu objek putih besar lompat keluar, dengan gewang tertancap kemas di bawah mulutnya. Gewang Tiemco yang telah di-custom warnanya akhirnya berjaya menjerat siakap seberat 5 kg. Puas hati melayan siakap liar. Riuh satu bot apabila rezeki hari pertama turun sudah disapa selunsung @ siakap liar. Kami teruskan lagi ke spot lain. Abg, Sulaiman tiba-tiba memberhentikan bot, sambil menunjuk satu bangkar besar di


5

hadapan. Abg. Sulaiman suruh kami gunakan gewang selam dalam lagi. Beliau juga menyuruh kami karau dengan perlahan kerana perangai kanai di sini kena pujuk seperti siakap. Kami lempar tepat ke arah bangkar besar, beberapa kali gewang terlanggar dahan kayu tapi selaman 4 - 5 meter masih belum cecah dasar. Satu kali gewang saya terus dibaham siakap merah remaja, tapi terlucut. Masing-masing ketawa saiz ikan yang kecil membaham gewang sebesar saiz badannya.

Trolling Tabong Kemudian Abg. Sulaiman membawa kami ke lubuk jenahak, yang dipanggil ‘ikan tabong’. Abg. Sulaiman memulakan acara dengan trolling. Gewang

6

Yo-Zuri Crystal Deep yang baru dilabuh- 4. Baby kerapu walaupun kecil tapi padu. kan sudah dirembat ikan sampai habis pecah! Tergamam kamj menyaksikan 5. Siakap merah banyak perbuatan ganas pemangsa. merembat gewang yang Abg. Sulaiman ulang ke spot tadi, disasar untuk kanai. dan kali ini giliran Syawal pulak mengena. Sah seekor jenahak yang mendom- 6. Syawal sedang diasak penghuni dasar. inasi di lubuk ini. Saiz kecik tapi daya asakan memang padu. 7. Spesimen siakap 5 kg dengan Tiemco Magnum Di Sabah, waktu siangnya singkat, Pepper. jam 5 petang kami kena pulang ke jeti Beluran sebelum gelap. Hasil hari pertama memancing sekadar dapat seekor siakap dan jenahak.

7

SIRIP 11


Beluran Beast

8

Letupan Selunsung

9

12 SIRIP

Hari kedua, Abg. Sulaiman merancang untuk menduga satu lagi sungai yang jarang menghampakan. Cuaca amat baik hari ini. Lokasi agak jauh dengan perjalanan lebih kurang 2 jam. Sempat kami lelapkan mata seketika. Setiba di lokasi, Abg. Sulaiman sudah berhentikan enjin bot. Kai sebagai pembantu mendayung di hadapan bot. Kami pula sudah bersiap sedia dengan peluru-peluru bermatakan BKK Raptor Z saiz 1/0. Tahun lepas saya gunakan tali utama 60 paun, tapi trip kali ini kami gunakan Dr. Braid Extreme X8 80 paun, dan perambut flourocarbon 80 paun. Kali ini tak nak kasi can untuk sang kanai meloloskan diri. Kami mengilat di sekitar tebing yang penuh dengan pokok nipah dan mengkuang. Sampai di satu spot, saya ternampak satu bangkar di tengah sungai. Abg. Sulaiman menyuruh saya gunakan gewang topwater, katanya kanai dan siakap selalu menyerang hendap di spot itu. Jarak bot dengan bangkar lebih kurang 20 meter. Zassss... saya lemparkan gewang permukaan di sebelah kiri bangkar. Tiada sambutan. Kali kedua, saya pujuk lagi... pun masih tiada. Kali ketiga saya hantar pensil 130 mm di sebelah kanan bangkar, lalu kabosshhh! Satu letupan kuat dan tali dihenjut keluar menerusi joran Deps Sidewinder yang melentur habis. Ikan membuat pecutan gila masuk di bawah bot, tetapi masih belum nampak kelibatnya. Tak lama kemudian, barulah kelibat putih melambung keluar... siakap! Abg. Sulaiman cepat-cepat hulurkan tangguk dan terus menaikkannya ke dalam bot. Alhamdulillah rezeki siakap Sabah sememangnya agak susah dijinakkan kerana Abg. Sulaiman sendiri bagi tahu siakap di sini ku-


10

rang makan gewang dan jarang sekali dinaikkan pemancing. Memang rezeki orang jauh siakap 5.5 kg ini!

Bangkar Keramat Lokasi seterusnya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tengah asyik melayan mata sambil ditiup angin bayu tiba-tiba bot berhenti. “Kerja! Kerja!� pekik Abg. Sulaiman. Terus kami bangun, dan terpampang cantik bangkar-bangkar kayu tersusun di tebing sungai di hadapan kami. Abg. Sulaiman menyuruh kami gunakan gewang selaman dalam. “Kita korek bangkar-bangkar yang di sini bah!�. Kai mendayung perlahan-lahan sambil mata kami tepat ke bangkar yang dikatakan bangkar keramat. Jantung berdegup kencang, peluh dingin mula keluar. Jarak antara bot ke bangkar sejauh 15 meter kerana kanai ini agak culas kalau bot terlalu rapat. Saya mempertaruhkan Tiemco Magnum Pepper mengayuhnya perlahan sehingga terasa gewang mengetuk bangkar. Hati mula tak senang takut sentapan sang kanai yang menggila. Kali ketiga lemparan, saya cuba sebelah kiri bangkar. Sambil kusyuk mengarau, tiba-tiba terasa kejutan maksima dari dasar. Terus joran Deps Sidewinder melengkung mencecah air, dan saya bertahan agar pemangsa itu tidak masuk ke bangkar. Kalau tidak, habis la!

Sedang cemas melayan tarikan padu, Syawal juga berjaya mengena ikan, double strike! Abg. Sulaiman menarik keluar bot ke tengah sungai sementara saya dan Syawal masih lagi menahan asakan sang kanai. Aksi cemas kami berlangsung sekitar 5 minit sebelum sang kanai mengalah timbul di permukaan air. Terasa kepuasan maksima yang jarang-jarang sekali dapat kami rasa sentapan padu seperti ini, pulak tu double strike kanai 4.5 kg dan 5 kg yang memang sinonim dengan kerakusan dan kekuatan menggila.

8. Tarikan padu siakap memang mengujakan apatah lagi aksinya yang suka melompat. 9. Henjutan siakap merah sering terkeliru dengan kanai. 10. Siapa yang tak teruja apabila lesen kanai berjaya diperolehi. 11. Kami tidur koboi dalam bot ini sahaja.

11

SIRIP 13


Beluran Beast

12

12. Di satu kawasan reba keramat yang sama, empat ekor kanai berjaya kami tawan. 13. Syawal dengan ikan tabong (jenahak) secara trolling.

Berdasarkan ekor kanai yang koyak rabak, Abg. Sulaiman memberi tahu masih banyak lagi kanai di bangkar itu. Abang Sulaiman menyuruh kami melontar di bangkar yang sama. Bot kembali ke bangkar tadi. Syawal mula melempar gewang ke sebelah kanan bangkar, melihat mukanya agak serius terlihat peluh jantan kel-

uar membasahi dahi. Tiga kali lempar, zasssstttt... gewang Syawal digonggong lagi sehingga kelam kabut beliau dibuatnya. Joran Abu Garcia berkekuatan PE 8 pun melentur sampai cecah air dan senang-senang sang kanai membuli joran tersebut. Hampir 5 minit, akhirnya sang kanai kedua beliau selamat didaratkan dengan saiz anggaran hampir 4 kg. Kami ketawa melihat gelagat Syawal. Apa tidaknya, tangan dan lutut beliau ketar sampai tak boleh nak cover hahaha!

Strike Bertubi-Tubi

13

14 SIRIP

Abg. Sulaiman menghalakan bot ke bangkar di sebelah bangkar keramat tadi. Katanya sang kanai akan aktif bila lewat petang. Tiga kali lempar, gewang saya diasak lagi, kali ini henjutannya lebih ganas sampai berpusing-pusing juga saya melayannya dengan joran Bone Combat Beast berkekuatan PE 2 - 4. Sebaik sang kanai muncul, cepat-cepat Abg. Sulaiman mengambil tangguk. Nampaknya kurang daripada se-tengah jam, kami sudah berjaya naikkan empat ekor kanai. Ikan terakhir saya seberat hampir 4.5 kg juga. Kesemua kanai yang kami dapat terhasil daripada gewang Tiemco Magnum Pepper. Bermakna kanai ini akan duduk


14

berkumpulan di satu-satu bangkar dengan rata-rata saiz yang hampir sama. Matahari mula membenamkan diri, ini bermakna masa kami sudah tamat untuk bergerak menuju ke tempat kami bermalam. Kami akan bermalam di atas bot selama tiga hari, memang syok dan lain dari yang lain.

Kuyup Jam dah 6 pagi dan cuaca sudah terang. Tetapi hujan mula turun awal pagi hari ketiga ini dengan agak lebat. Hujan berlanjutan sampai tengah hari, kami ambil peluang untuk mandi sepuasnya macam budak-budak... ia pengalaman yang takkan kami lupakan. Ini betul-betul trip petualang! Setelah mandi, kami bersiap-siap untuk mengilat tetapi air sungai sudah mula menampakkan keruh. Hari ketiga nasib kami tidak berapa baik, hanya beberapa ekor siakap merah berjaya kami dapatkan. Petangnya kami terus ke Sugut Perai untuk menginap di rumah bapa angkat Abg. Sulaiman. Pukul 9 pagi hari terakhir kami sudah bergerak dari rumah penginapan menuju pulang ke jeti Beluran yang mengambil masa 4 jam. Kami mencuba nasib di lokasi sungai berhampiran kerana ingin mencuba spesies kerapu naga yang orang di sini panggil ‘keratang’. Di satu spot berkayu yang jatuh di anak sungai, saya mendapat lesen seekor kerapu naga remaja. Walaupun kecil, ia masih boleh melenturkan joran saya yang agak kasar. Kerapu liar daya asakan tidak sama seperti di kolam. Kami meneruskan ke lokasi yang lain. Abg. Sulaiman bawa kami ke satu

15

bangkar kayu balak di pintu kuala sungai. Di sini katanya rekod keratang puluh kilo pernah didaratkan, kira ini lubuk keratang lah. Wah memang untung trip kali ini, macam-macam spesies kami dapat. Syawal sudah mengena seekor keratang 3.5 kg. Memang padu asakannya sampai menjunam joran yang dipegang. Lagi lesen baru Syawal, rezeki orang jauh merasa spesies agak rare jugaklah dan jarang ada di Semenanjung. Hari sudah semakin kelam dan kami beransur pulang ke jeti Beluran. Tamat sudah trip petualang kami di negeri di bawah bayu. InsyaAllah tahun depan kami akan explore lagi lubuk-lubuk baru yang masih belum diteroka di delta muara Beluran ini... - SIRIP -

14. Kerapu naga (keratang) akhirnya berjaya dipujuk oleh Syawal pada hari terakhir. 15. Hari terakhir, sempat bergambar dengan tekong buat kenang-kenangan.

SIRIP 15


Jungle Troopers

Jejak Kelah

LOKOHZ TEAM

1

16 SIRIP


Teks : ROZAWARIE ZAKUAN

Fotografi : LOKOHZ & GKP TEAM

2

D

oa dibaca sebelum LOKOHZ team memulakan perjalanan bagi menghadapi cabaran melengkapkan diari dunia pancing mereka. Tiada gajet, tiada keselesaan, tiada makanan sempurna, selama empat hari. Hanya bahan asas masakan sahaja kami bawa, selebihnya usaha bagi mencari strike jika tidak mahu makan malam hanya nasi kosong bersulam garam! Ini pengalaman baru bagi mereka yang belum pernah menghadapi kembara hardcore sebegini.

sangat penting, kerana semua sama 1. Kerana raja sungai ini, pencintanya sanggup mepenat. Kem didirikan, peralatan, ration redah gunung! makanan dan kayu api dikumpulkan bagi memudahkan segala urusan. Pen2. Inilah dunia kami! ting hidupkan unggun api kerana asapnya akan menghindarkan haiwan liar 3. Akhirnya selamat sampai! daripada mendekati kawasan khemah. 3.

Trekking Dalam Gelap Seawal 4 pagi, kami memulakan trekking. Masing-masing telah siap sedia bersama headlamp di kepala serta seribu keberanian dan sejuta kewaspadaan bagi merentas belantara selama 3 jam dalam gelap. Segala aspek keselamatan diambil kira bersama tindakan susulan jika terjadi perkara tidak diingini. Parang dan mercun bola sebagai senjata perlindungan bagi menakutkan binatang buas jika situasi tidak diingini berlaku. Serba sedikit panduan dari team GKP (Geng Kasut Putih) sebagai jurupandu banyak memudahkan perjalanan merentas belantara untuk ke sungai di tengah hutan. Ada antara kami yang belum dapat membiasakan diri dengan keletihan berjalan kaki selama 3 jam mendaki dan menuruni lurah bukit bersama beban backpack yang dipikul rata-rata 9 - 12 kg. Stamina yang cukup diperlukan bagi mengharungi 4 buah bukit yang agak mengetarkan lutut! Kerjasama antara kami ahli adalah

3

1. Pastikan headlamp mempunyai tenaga penuh atau bateri spare. 2. Berjalan dalam jarak rapat dan barisan. 3. Bolehkan berborak jika perlu untuk membuat bising. 4. Sentiasa peka dengan keadaan sekitar daripada bunyi dan juga bau.

SIRIP 17


Jungle Troopers seperti kepala air, dahan reput menimpa khemah juga mengelakkan dari laluan binatang seperti gajah dan babi hutan.

Cari Lauk

4

Ujian pertama bagi kami, mencari lauk untuk makan malam. Rajin kami, mewahlah lauk pauknya. Kumpulan dipecah dua, satu menghilir dan satu menghulu. Hanya bekalan mee segera bagi melapik perut waktu tengahari. Sehingga 7 petang nanti barulah semua berkumpul untuk makan malam dan merehatkan badan. Jika masih bertenaga bolehlah mem-bottom malam. ‘Lain padang. lain belalang’, itulah perumpamaan trip ini. Mati akal apabila seharian casting amat sukar bagi kami menduga penghuni sungai ini. Kebanyakannya lubuk tenang dan kurang berjeram seperti kebiasaan tempat di mana keutamaan diberikan untuk mengilat. Bagi yang mem-bottom, umpan dilabuhkan di lubuk dalam dan tenang. Tetapi air yang surut dan jernih menyukarkan pemburuan kami. Ini kerana spesies kelah atau ikan di sungai pedalaman lebih sensitif terhadap persekitaran. Teknik penyamaran atau menyorok ketika mem-bottom juga amat penting dalam menduga spesies raja sungai.

Diduga Ikan

5

4. Kudrat kelah saiz ini mampu menggigilkan lutut pemancing. 5. Malam indah di rimba.

Itulah perkara utama setelah tiba di lokasi yang dipilih berdasarkan paras tebing dari sungai, punca air, dahan pokok di atas kem dan juga persekitaran. Ini bagi mengelakkan kes bahaya

1. Seluar tight - bagi mengelakkan berat apabila basah dan memudahkan pergerakan dan cepat kering. 2. Baju tight @ microfiber (elakkan yang berwarna-warni) - supaya selesa dan mudah kering, dan seeloknya yang berlengan panjang. 3. Stoking panjang (stokin bola putih) - memudahkan pergerakan dan mengelakkan pacat. Warna putih memudahkan kita melihat pacat. 4. Parang atau pisau (disisip di pinggang - untuk kegunaan kecemasan atau menebas laluan.

18 SIRIP

Pagi berikutnya kesemua ahli menyusur hulu sungai bagi sesi casting dan mencari lubuk. Sejauh 5 jam perjalanan kami susur tebing sungai. Adakala kami dapat melihat sekumpulan kelah dan sebarau mudik di air surut. Sebanyak 8 ekor sebarau bersaiz 700 g sehingga 1.5 kg berjaya didaratkan. Dengan Siam Spoon kegemaran Khairul Izuan, seekor sebarau 1.1 kg hadiah untuknya. Bagi Afzal, tiga ekor kelah bersaiz tiga jari berjaya didaratkan mengguna-kan umpan sawit peram. Kesemua kelah itu dilepaskan semula. Seawal trip lagi kami telah berbincang mengenai perkara bag limit dan juga penjagaan bagi spesies tertentu. Adzrul Adnan pula tiga kali jorannya direntap spesies kasar, dan tiga kali ikan yang meragut umpannya berjaya memutuskan tali. Akan tetapi kekecewaannya berbalas jua keesokan hari di kawasan sama dengan seekor kaloi 5 kg dan tengalan bersaiz sekilo. Manakala gewang Wandy pula disambar kerandang tetapi ia dilepaskan semula kerana masih membawa anak merah.

Begini Hidup Di Rimba Tanpa gajet handphone, dilihat semua ahli dapat berkumpul mesra berborak, bekerjasama menyiapkan hidangan makan malam. Dari menyiang


6

hasil tangkapan hingga selesai makan malam, berteman lilin dan lampu dalam kesamaran, segala dapat disiapkan. Nikmat rezeki pemberian Allah, alam semulajadi yang perlu kita jaga. Sumber yang harus kita nilai kepentingannya demi generasi hadapan agar mereka rasa keseronokan dalam mencari sebuah strike daripada sang raja sungai. Pada hari terakhir, ada lagi ahli yang masih tercari-cari sang raja sungai, yang nyata amat sukar diduga dengan teknik casting lantaran sangat pemalu dan sukar untuk ia keluar dari persembunyian. Hanya seorang ahli iaitu Afzal berjaya mem-bottom pada saat akhir. Kelah 1.4 kg menamatkan ekspedisi Team LOKOHZ kali ini, walau bertarung hampir 15 minit dicabar larian padu sang raja pecut raja sungai.

7

• Tali yang halus bersaiz 8 - 15 paun • Ladung kecil saiz 1 - 3 (ikut kesesuaian air / arus) • Teknik penyamaran - bermula dari pakaian dan tempat kita pancing harus sesuai agar tidak mudah dilihat bayang kita di tebing dan dalam keadaan menyorok. Diingatkan, kelah adalah spesies yang amat sensitif. • Umpan yang sesuai kebiasaannya sawit peram. Bagi kesemua ahli trip, sememangnya kegembiraan apabila matlamat untuk melihat kelah di sungai ini masih ada. Malaysia masih bertuah kerana mempunyai spesies air tawar terhandal ini. Kami harap kita semua bersama-samalah memelihara khazanah alam ini tanpa memikirkan kepentingan diri. - SIRIP -

6. Penyamaran penting dalam pemburuan kelah. 7. Kalui dan tengalan antara spesies pengacau umpan sawit untuk kelah. 8. Siam Spoon Khairul Izuan dibaham sebarau 1.1 kg.

8

SIRIP 19


Filipino Jigging 1

LUBUK BAHANG

FILIPINA

2

1. Jeep Amerika pada zaman

P

2. Tuguegarao yang terpencil

Saya dan Kang Kim Soon telah tiba di Manila pada lewat malam. Menurut rancangan asal, kami akan bermalam di lapangan terbang Manila bersama Lin Thean Fatt yang telah tiba lebih awal dan menaiki kapal terbang pada keesokan harinya ke bandar Tuguegarao yang terletak di wilayah Cagayan.

perang dunia masih digunakan sehingga hari ini untuk dijadikan bas penumpang pula. kelihatan amat berpotensi daripadapeta laut.

erasaan pertama apabila kami tiba di Filipina ialah panas betul cuaca di sini!

Trip ini telah dirancang oleh Ray Ong dari Singapura. Lin mendapat berita trip Filipina

20 SIRIP

ini melalui Jason yang bekerja dengan kedai pancing Sabre Tackle di sana dan segera menyertai trip ini lantaran kami semua belum pernah bertandang ke Filipina. Filipina merupakan salah satu negara jiran kita. Negara-negara jiran yang lain jika terdengar peluang memancing di sana, misalnya Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka sehingga jiran yang lebih jauh seperti Taiwan dan India, pastinya kaki pancing Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menduga ikan di sana. Cuma Filipina sahaja


Teks & Fotografi : PAK WONG 3

4

paling kurang kedengaran berita memancing di sana. Pelik kan? Apakah sebabnya pemancing Malaysia jarang mengunjungi padang pancing Filipina? Mari kita bersama-sama ke Filipina untuk mencari jawapannya!

Hotel Memancing Santa Ana Pada zaman sains dan teknologi ini, pemancing akan dapat mengetahui lokasi, kontur dasar laut, cuaca, arus laut dan sebagainya melalui kemudahan yang diperolehi dari internet sebelum sampai ke destinasi. Mengikut peta, destinasi terakhir kami ialah sebuah pekan yang bernama Santa Ana. Dari lapangan terbanga Tuguegarao mengambil masa kira-kira 4 jam untuk berkereta ke sana. Santa Ana terletak di kawasan paling utara Filipina. Penduduk di sini tidak ramai dan tidak kelihatan seperti sebuah pelabuhan yang kaya dengan perikanan komersialnya. Apabila tiba di lapangan terbang Tuguegarao yang tidak berhawa dingin, kami segera merasai cuaca yang terlampau panas di sana. Barulah kami sedari bahawa Tuguegarao merupakan kawasan paling panas di seluruh Filipina. Matahari terik seakan memanggang orang sehingga masak itu mengingatkan saya terhadap Nhalunbuy di utara Australia dan Makasaar dan Pulau Komodo di Indonesia. Memandang dari van pelancong yang membuka hawa dinginnya ke tahap maksimum, Santa Ana kelihatan seperti sebuah kawasan pinggir laut yang amat menarik pemandangannya. Penduduk

tempatan kebanyakannya bergantung 3. Gordon Uy merupakan kepada sektor pertanian sebagai punca orang terpenting dalam trip pendapatan utama mereka. Namun apabila antarabangsa ini. tiba di hotel kepunyaan kelab memancing Baru sahaja pukul 6 pagi, yang terletak bersebelahan sebuah pantai 4. hari sudah terang! berpasir hitam, kami terasa kagum dengan kelengkapan fasilitinya. Hotel ini tidak mewah, namun amat selesa dengan bilik yang besar dan semua kemudahan asasi. Paling penting ialah hawa dinginnya cukup sejuk! Tambahan pula di luar setiap bilik terdapat sebuah freezer untuk pemancing menyimpan ikan. Setelah tamat trip memancing bolehlah menghantar ikan yang telah beku melalui kapal terbang ke Manila. Di Malaysia pun tidak terdapat hotel memancing yang begitu sempurna kelengkapannya! Hotel kelab memancing Filipina ini juga menawarkan perkhidmatan parkir bot pancing. Hakikatnya di sini kurang perkhidmatan bot pancing. Sekiranya ada kualiti bot dan servis pun kurang memuaskan. Justeru pemancing di sana kebanyakannya mempunyai bot pancing sendiri seperti di Australia dan Amerika. Senario ini amat berbeza dengan negara kita yang mempunyai terlalu banyak bot pancing sewa pula! Satu perkara lagi yang di luar dugaan ialah terdapat juga resort mewah berhampiran hotel kami yang didiami pelancong asing. Rupa-rupanya di belakang hotel terdapat sebuah kasino yang agak besar! Kasino yang dibina di kawasan terpencil ini kelihatan tidak sepadan dengan persekitarannya. Namun tidak terasa pelik pula jika memahami Filipina memang terkenal dengan industri perjudiannya. SIRIP 17 21 SIRIP


Filipino Jigging

5

5.

6.

6 Pemeriksaan terakhir dijalankan sebelum turun pancing pada keesokan harinya. Sebuah resort mewah di Santa Ana yang didiami pelancong asing.

7.+ Perkampungan kasino 8. vs

Pemandangan menyakitkan mata!

9.

miskin mewah. yang

Anda pilih siapa? Banner yang menggoda di jalanan Santa Ana.

7

22 SIRIP

Pakar Keselamatan Kami difahamkan, aktiviti memancing di Filipina merupakan aktiviti yang mampu dinikmati oleh orang yang lebih berada sahaja. Industri memancing di Filipina kurang maju lantaran ekonominya yang kurang mantap. Anda mungkin tidak percaya bahawa pemancing Filipina masih lagi mempraktikkan kaedah menunda gewang untuk ikan mersuji sehingga tiga tahun yang lalu. Teknik jigging dan popping baru sahaja diperkenalkan sejak kebelakangan ini.

telah disediakan sebelum pulul 4 pagi. Bot bertolak dalam kegelapan selepas sarapan. Trip ini agak unik kerana terdapat pemancing yang berasal dari Malaysia, Singapura dan Filipina. Termasuk juga pemancing tempatan yang berasal dari China dan Jepun. Kami telah diberikan sebuah bot kecil kepunyaan kelab. Bot sepanjang lebih kurang 18 kaki ini hanya terdapat sebuah enjin sangkut tanpa sebarang GPS atau sonar. Nasib baik tekong kami merupakan orang tempatan yang berpengalaman.

Biarpun pengetahuan memancing lebih mundur berbanding kita, namun pemancing Filipina ini jauh lebih maju daripada kita dalam segi keselamatan. Semua bot pancing dilengkapi walkie talkie dan alat GPS. Alat GPS tersebut dapat menghantar isyarat GPS kepada pasukan penyelamat di hotel supaya mereka mengetahui kedudukan setiap bot pancing. Ia juga dapat menghantar isyarat SOS apabila keadaan bahaya berlaku agar pasukan penyelamat dapat bertindak segera ke tempat kejadian. Memang terbaiklah!

Kedudukan Santa Ana adalah di sebelah kiri sebuah tanjung, manakala padang pancing pula berada di sebelah kanan. Bot terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke sana. Di luar tanjung, Laut Phillippines yang terbentang luas. Bahaya juga memancing dengan bot kecil di perairan yang kurang terlindung ini. Ditambah pula Filipina memang sebuah negara yang terkenal dengan ribut taufannya. Tidak hairanlah pemancing di sini amat mementingkan keselamatan apabila turun ke laut.

Di sini hari telah mulai siang pada pukul lima pagi. Padang pancing pula memerlukan 2 jam perjalanan. Justeru kami terpaksa bangun seawal 3 pagi untuk membuat persiapan! Sarapan dan makanan tengahari

Terdapat banyak bukit di sepanjang pantai tanjung. Terdapat juga struktur bukit batu kapur yang dikenal pasti sebagai spot GT. Banyak GT besar telah berjaya ditumbangkan sejak teknik popping dan

8


9 jigging diperkenalkan di sini. Biarpun kurang menaikkan aya budak, namun jika mengikut peta laut, di sini memang terdapat banyak cenuram yang berkedalaman 70 hingga 80 meter. Potensi aya budak memang tinggi. Kini kami sedang demam jigging perlahan, justeru juga berharap untuk menjumpai spot kertang.

yang dikira aktif di Filipina.

Kelebihan Sea Anchor

Berdasarkan pemerhatian saya, pemancing Filipina masih belum pandai dengan teknik jigging perlahan dan lebih cenderung kepada teknik jigging ringan. Namun saya terasa kagum apabila mendapati mereka sudah pandai menggunakan sea anchor untuk memperlahankan hanyutan bot.

Kami terpaksa mengikut bot Gordon selaku pemimpin trip ini untuk mencari spot memancing, lantaran tiada GPS mahupun sonar di atas bot kami. Gordon yang bekerja sebagai seorang peguam juga mempunyai sebuah kedai pancing. Seorang pemancing

Selain di Perth, Australia, ini adalah kali kedua saya menaiki bot pancing yang menggunakan alat sea anchor. Angin dan arus di perairan Perth amat kencang sehingga efek sea anchor sukar dikesan. Namun di Filipina barulah saya berpeluang

SIRIP 23


Filipino Jigging menyaksikan efek sea anchor yang betulbetul dapat memperlahankan hanyutan bot kecil akibat tiupan angin. Sea anchor yang amat mudah digunakan ini merupakan produk Filipina. Apabila ingin bertukar spot, tarik sahaja tali yang bersambung ke bahagian atas payung dan sea anchor akan dapat disimpan dengan mudah. Bahannya pun ringan sahaja. Saya kurang faham mengapa bot pancing di Malaysia tidak menggunakan kelengkapan bot yang amat bermanfaat ini.

10. Rainer

memang tertarik dengan GT ke mana sahaja beliau pergi!

11. Pak Lin berjaya menaikkan flame snapper di salah sebuah lubuk dalam.

12. Hanya ‘anjing’ kecil yang sudi memakan jig.

13. Jason

yang baru mencuba jigging perlahan dikurniakan rosy jobfish yang kuat lawan.

10

24 SIRIP

Hari semakin siang, semakinlah kami terasa bahang matahari yang seakan memanggang kulit kami. Bumbung bot kami pula sangat kecil. Langit kelihatan terang benderang tanpa awan. Angin pula sepoi-sepoi. Sebelum mendapat ikan, kami terpaksa menghadapi penderitaan bahang dahulu. Lubuk Gordon tidak membuahkan hasil. Lagi sulit keadaan kami yang tidak mempunyai sonar sehinggakan kedalaman laut pun tidak ketahui. Tekong seakan faham dengan kesulitan kami dan mengambil inisiatif untuk mencari lubuk. Beliau memantau ke arah pantai sambil membawa bot. Pada anggapan saya, beliau ingin mencari lubuk peribadi berpandukan ciri bukit di daratan. Kaedah

mencari lubuk berpandukan bukit mungkin dianggap perkara yang sukar dipercayai oleh pemancing generasi baru. Namun bagi pemancing yang memulakan hobi ini pada 20 tahun dahulu akan terasa nostalgia pula! Pada zaman apabila GPS dan sonar belum menjadi popular, nelayan dan tekong bot pancing masing-masing menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti kedudukan lubuk dengan amat tepat sekali. Isteri Kang Kim Soon merupakan warga Filipina. Beliau pun tahulah sedikit bahasa Filipina dan dapat berkomunikasi dengan tekong secara asasnya. Kami telah meminta tekong mencari kedalaman 200 meter ke atas. Dengan mudahnya beliau telah membawa kami ke kedalaman tersebut. Biarpun tiada sonar, kami tetap dapat membuktikan kedalaman lubuk tersebut memang melebihi 200 meter melalui tali PE berwarna dan spesies ikan yang berjaya dinaikkan. Keputusan kami lebih baik lagi, berbanding sesetengah bot yang mempunyai kelengkapan sempurna!

Arus gila Terkenang kembali beberapa hari ini merayau di Lautan Filipina tidak kurang risikonya. Kami telah berpindah ke Pulau Camiguin pada hari ketiga lantaran keputusan kurang memuaskan. Biarpun Gordon sendiri


11

12

13

SIRIP 25


Filipino Jigging pun belum pernah bertandang ke pulau ini dan ini telah meyakinkan kami semua. Namun apabila konvoi kami hampir sampai ke destinasi, tiba-tiba kami dilanda ombak yang besar. Nasib baik tekong cukup berpengalaman untuk menghadapi situasi seperti ini dan akhirnya selamat sampai ke destinasi juga. Peta laut menunjukkan sebuah gunung laut yang berpotensi di sebelah Pulau Camiguin. Namun apabila kami turunkan jig, terasa arusnya sangat deras sehingga jig seberat 800 gram pun tidak dapat mencecah dasar. Pulau yang hanya terdapat struktur tunggal ini tampak berpotensi. Perairan yang lain semuanya terlalu dalam. Terpaksalah kami pulang dengan perasaan hampa. Angin telah bertiup dengan kencangnya pada hari terakhir. Pada masa yang sama juga terdapat arus yang luar biasa kelajuannya. Tahukan anda betapa deras arusnya? Apabila ombak besar memukul, bot yang telah dimatikan enjin sepatutnya akan ditolak ombak sehingga hanyut dengan laju. Namun lantaran tolakan arus deras dari arah bertentangan, bot kami masih mampu maju ke hadapan dengan lajunya sehingga jig seberat 400 gram pun mampu menjejak dasar.

Pemancing Jepun yang rajin dapatlah green jobfish (guntur) sebagai sagu hati.

Pada masa itu jika arus mengalir mengikut arah angin, biarpun jig seberat satu kilogram pun pasti tidak mampu mencecah dasar! Kami yang telah bertandang ke merata negara pun tidak pernah menjumpai arus sekencang ini! Bairpun tidak berjaya menumbangkan ikan bagak di sini, namun kami terasa kagum dengan variasi spesies ikan di perairan Filipina yang pelbagai jenis. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat di Singapura yang menganjurkan trip ini dan sahabat di Filipina yang memberikan perkhidmatan terbaik. Trip ini merupakan sebuah trip yang sukar dilupakan, terutama pengalaman tidur pada pukul 9 malam dan bangun jam 3 pagi. Biarpun di Filipina tiada perbezaan waktu dengan Malaysia, kami terasa khuartir juga. Setelah ‘latihan’ sepanjang 5 hari di Filipina, mungkin kami juga akan bangun pada pukul 3 pagi apabila balik ke tanahair, hahaha! - SIRIP -

Dean Quek puas hati dengan ruby sulungnya.

Lautan di sini seakan supermarket, penuh dengan spesies ikan yang beraneka jenis.

26 SIRIP



Mustaham Mayhem

1

MUSTAHAM Di Puncak Borneo A

2

28 SIRIP

ktiviti memancing telah merancakkan lagi kegiatan sosio-ekonomi di Kudat. Jika sebelum ini, para pengusaha bot pancing Kota Kinabalu (KK) memainkan peranan ini, kini anda terpaksa menunggu berbulan malahan bertahun untuk menyewa bot pancing terbaik di daerah Kudat. Team jigging DocJaz dari KK telah menggunakan khidmat tekong Meng dalam trip ini. Bot sepanjang 70 kaki ini memuatkan 12 pemancing dengan selesa. Kapal ini juga dilengkapi tandas, dapur, katil, meja makan, ruang solat, GPS, sonar, kemudahan mengecas bateri malahan sistem penghawa dingin untuk kabin rehat pemancing. Bagi penggemar pancing dasar, jeti bot hanya terletak bersebelahan pasar ikan Kudat, memudahkan anda membeli bekalan umpan segar.


Fotografi : LEMPAYUN & HAMZAH BIGSHOW

Teks : LEMPAYUN

4

3 5

Masa memancing terbaik ketika bulan gelap di mana umpan segar seperti ikan basung, rumahan dan sotong segar amat banyak dijual dengan harga sangat murah. Anda juga tak perlu beli bekalan makanan kerana tekong menyediakan makanan tiga kali sehari. Anda hanya perlu bawa air mineral dan minuman tenaga sahaja.

Takat Mustaham Laut Mustaham yang amat luas di Kudat menyebabkan kebanyakan tekong mengambil masa berbelas tahun untuk meneroka potensi dasar lautnya. Tekong Meng mengakui menyimpan lebih 1,000 koordinat takat. Pilih sahaja jenis ikan yang dikehendaki, tekong Meng yang amat arif dengan takat spesies tertentu akan membawa anda ke sana. Kedalaman takat Mustaham yang puratanya 70 - 170 meter diakui oleh ramai tekong dan pemancing didiami pelbagai spesies yang mampu mencapai saiz monster! Bot kami bergerak selaju 7 knot dan memerlukan kira-kira 6 jam untuk tiba di takat Laut Mustaham. Jig rata-ratanya

6

80 - 250 gram. Jika dihimpunkan semua 1. Permata Mustaham iaitu kerapu sunoh yang berjaya peralatan yang dimiliki oleh 12 jigger didaratkan oleh DocJaz ini, agaknya boleh buka sebuah kedai pada kedalaman 35 meter. pancing mini khas untuk jigging! 2. Saiz bot Meng membangkTakat Aji-Aji itkan keyakinan dan ra-sa Tekong Meng mengemudi ke selamat apabila berada di takat berkedalaman 100 - 150 meter. dalamnya. Menurutnya, takat berkedalaman ini biasa dihuni amberjack atau aji-aji yang 3. Tak perlu susah payah cari ais, tekong memang telah terkenal dengan daya juang amat tingmenyediakannya. gi. Kedalaman sehingga 150 meter memerlukan jigger menurunkan jig seberat 4. Pasar ikan Kudat berse150 - 200 gram agar cepat tiba ke dasar belahan jeti. Di samping dan tidak hanyut terlalu jauh. bekalan umpan segar, ia juga menjual ikan segar Selepas jig menyentuh lantai laut, kepada para pemancing jigger perlu berwaspada kerana kebanyang kumpau! yakan sambaran berlaku dalam zon sehingga 30 meter dari dasar. ‘Slow jig- 5. Aji-aji 10.5 kg menyambar ging’ sememangnya amat fokus dengan jig Yusri di takat berkememberi tumpuan terhadap permainan da-laman 145 meter. jig mereka dalam zon sambaran ini. 6. Hamzah Bigshow amat Aji-Aji bukanlah spesies cerewet. bertuah kerana berjaya Apa sahaja jenis, warna dan gaya unmendaratkan satu-satujunan jig anda, jika ia berada dalam nya ikan guntur (green jobjarak serangannya, pasti jig akan diterfish) di takat bawah Laut kam dengan ganas. Ketika itulah, sikap Mustaham. ‘sporting’ di kalangan jigger diperlukan. SIRIP 29


Mustaham Mayhem

7

7. Aji-aji di takat yang sama kehadirannya tidak secara berkumpulan seperti kebiasaan. 8. Seekor lagi spesies kerapu sunoh yang berharga berjaya didaratkan Mamu di takat bawah Laut Mustaham.

8

Jigger lain akan segera menaikkan jig masing-masing untuk memberi ruang kepada kawan yang menerima sambaran aji-aji. Aji-aji kebiasaannya akan mempamerkan daya juangnya hingga ke permukaan air, di samping melakukan pusingan di sekeliling bot. Oleh itu, jika ada jigger gagal memberikan kerjasama, tali utama pasti akan berbelit sesama sendiri dan membantu aji-aji melepaskan diri.

Takat Kerisi Bali Kerisi bali mendominasi takat-takat yang puratanya berkedalaman 80 - 150 meter. Spesies yang biasanya berkumpulan ini amat menggemari takat berlumpur di dasar laut. Walaupun ia spesies penyelongkar makanan di dasar, ia juga tidak menolak jika disuakan dengan jig. Zon sambaran kerisi bali hanyalah beberapa kaki dari dasar. Oleh itu, pengunjun perlu mainkan jig secara perlahan dalam zon sambarannya sahaja. Jika terserempak bondongnya, pastikan anda bersedia dengan situasi ‘taruk makan, taruk makan’ selama beberapa jam!

Takat Bawah Mustaham Pada hari terakhir, kami singgah di takat bawah Laut Mustaham yang mempunyai purata kedalaman antara 25 - 55 meter ini. Jig 40 - 60 gram amat ideal. Set jigging juga diturunkan kepada kelas ringan agar tahap keseronokan dapat dipertingkatkan. Ramai antara kami gemar takat secetek begini kerana ia tidak memenatkan. Di takat-takat ini, jigging secara berhanyut telah menemukan kami dengan kerapu sunoh, GT, guntur dan pelbagai lagi. Seringkali juga berlaku sambaran padu yang gagal ditumpaskan.

30 SIRIP


9

Pengaruh Pasang Surut Saya mendapati kejayaan sesebuah trip jigging amat bergantung kepada pasang surut. Pergerakan arus laut boleh mempengaruhi keaktifan ikanikan untuk bereaksi terhadap jig. Selalu berlaku ketika arus mati, meskipun imej ikan memenuhi ruang skrin sonar, tetapi tiada seekor pun yang menyergah jig berbanding ketika arus sedang bergerak. Namun tempoh pergerakan arus ketika bulan terang adalah agak singkat berbanding ketika arus mati. Ketika ini, anda perlu manfaatkan sepenuhnya saat keemasan ini kerana keadaan air mati dan pasang banir yang lebih lama menyebabkan takat menjadi sunyi. Ketika air mati, turunlah apa sahaja jenis jig dengan gaya kung fu jigging masing-masing, ia pasti akan menghampakan. Oleh itu, memilih tarikh yang sesuai sebelum menempah khidmat kapal pancing adalah amat penting.

10

Ecotourism Memancing Kedudukan Kudat yang amat strategik sebagai hab makanan laut sewajarnya menjadi perangsang untuk di-kembangkan potensi ecotourism-nya berasaskan sukan memancing. Projek-projek pemuliharaan takat di sekitar laut Kudat perlu diperhebatkan. Segala sumber yang ada wajib digembleng untuk menghapuskan sebarang kegiatan yang merosakkan hidupan laut Kudat seperti aktiviti pengeboman dan meracun ikan. Hal ini bukan sahaja akan menguntungkan para pemancing, malahan mampu memacu perkembangan ekonomi masyarakat tempatan khasnya dan daerah Kudat ammnya. - SIRIP -

9. GT yang mendiami bukit di dasar Laut Mustaham. 10. Jigging berhanyut di sepanjang takat mempunyai kelebihan kerana kawasan liputan untuk jigging menjadi lebih luas. Yusri berjaya mengheret keluar kerapu sunoh dari 11. sarangnya.

Tekong Meng Kudat : 019-850 6648

11

SIRIP 31


Air Kuning PB Challenge

Teluk Intan Anglers

1

PEACOCK BASS CHALLENGE 2017

1. Para peserta bersama kain pemidang pertandingan bersaiz gergasi. 2. Wah! Ada juga peserta wanita masih berbaju kurung turun casting!

S

emakin hari semakin banyak kelab-pancing, kedai pancing mahupun pengeluar barangan pancing yang turut serta dalam penganjuran mengilat PB ini. Saban tahun juga jumlah penyertaan semakin bertambah dan ini menunjukkan pertumbuhan sukan memancing dalam arena mengilat ini semakin berkembang dan diminati ramai. 2

Gabungan Kelab Teluk Intan Anglers sekali lagi menjadi penganjur utama dengan gabungan kelab pancing Bagan Datoh, Tarpon Fighter. Gabungan dua kelab sedang meningkat naik ini dimeriahkan lagi dengan Kelab Ladang Rakyat Air Kuning selaku tuan rumah dan penaja Daiwa SEA dan Kg. Beng Mini Amazon di samping menyediakan hadiah lumayan. Lubuk tersohor PB Air Kuning Perak sekali lagi dipilih sebagai gelanggang kerana lokasi ini dikira epik dan hangat untuk pengilat PB dari serata tanah air. Kali ini penganjur membuka kawasan mengilat dan khemah yang lebih luas dan lapang. Hampir 300 penyertaan, agak ramai untuk satu-satu pertandingan yang mensasarkan satu spesies.

Pertandingan Bermula 9 pagi, peserta dilepaskan untuk memilih spot dan mengilat PB sebanyak mungkin untuk merebut gelaran juara. Syarat kemenangan kali ini menggunakan sistem kiraan mata mengikut panjang PB. Setiap sentimeter PB mewakili satu mata dan ia akan dicampur dengan kesemua hasil tangkapan daripada seorang peserta. 32 SIRIP


Oleh : NAZMI ANUAR

4

3

6

5

Sempena tajaan Daiwa, peserta yang menaikkan PB dengan set Daiwa sama ada kekili atau joran, layak menerima 5 mata tambahan. Ini satu kelebihan kepada peserta yang menggunakan barang Daiwa dan peluang cerah untuk merangkul kejuaraan.

Kehadiran Fred Goh Penaja turut ambil peluang dengan membuat pameran serta demo cara penggunaan dan kelebihan produk terbaru Daiwa. Acara menjadi lebih meriah dengan kehadiran pemancing professional Fred Goh yang menjadi idola kebanyakan pengilat. Peserta juga berkesempatan untuk beramah mesra, berbual dan berbincang tentang teknik mengilat dengan lebih baik bersama idola mereka. Fred Goh sempat memberikan sedikit taklimat dan tunjuk ajar cara mengilat dengan betul selepas tamat pertandingan.

Kemenangan Saiful Ridzal telah memenangi tempat pertama dengan pungutan 73 mata,

seterusnya mendapat hadiah tempat pertama tajaan Daiwa. Mohd. Syahrizal pula memenangi tempat kedua dan hadiah tajaan dari Daiwa dan juga Kg. Beng Mini Amazon, seterusnya tempat ketiga dimenangi oleh Mohamad Zaini. Walaupun tidak banyak PB berjaya dinaikkan kali ini, namun pihak penganjur dan penaja telah memberi layanan yang memuaskan. Kesemua urusetia pertandingan bekerjasama dengan baik untuk menjayakan pertandingan ini walaupun datang dari kelab berlainan. Diharap akan lebih ramai pihak yang sudi menganjur dan menaja pertandingan ini. Yang lebih diharapkan akan adanya satu masa nanti liga pertandingan memancing PB seperti liga pertandingan memancing large mouth bass di USA. Ia bukannya satu angan-angan dan ia mampu dilaksanakan dengan pengurusan yang lebih mantap suatu hari nanti.

3. Pertandingan kali ini tidak banyak PB dapat dinaikkan dan saiz pun sederhana besar sahaja. 4. Barisan pengilat PB tegar memenuhi tebing lombong untuk merebut kejuaraan. 5. Motosikal memudahkan pergerakan ke spot lain di sepanjang lombong yang luas. 6. Fred Goh turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

- SIRIP SIRIP 33


Open Water Snakehead Games

Kadang terasa pelik juga apabila haruan di sini menolak umpan katak hidup dan lebih gilakan gewang.

S u d ah ja d i ke b ia sa an , la g i ke ci l g ew an g , la g i b es ar h ar u an b o le h d in ai kk an .

MERUAN ZON TOGEL P

ancingan haruan antara gaya yang paling banyak mengalami evolusi. Biarpun ia cukup sinonim dengan gewang replika katak, namun sejak dahulu lagi sudah cukup banyak perubahan reka bentuk, gaya renangan malah jenis replika katak itu sendiri. Dari asalnya hanya katak hidup bertukar-tukar kepada katak getah, katak kayu mahupun SP katak mengikut peredaran zaman sama seperti pertukaran fesyen. Tidak kurang juga gewang replika ikan, sesudu yang mampu melompat-lompat di permukaan air serta buzzbait dan spinnerbait yang juga telah banyak mengalami perubahan. Ini menunjukkan haruan spesies utama ikan sasaran pengilat sejak dulu lagi. Kebanyakan pengilat tegar juga sebenarnya bermula dengan mengilat haruan, bahkan spesies ini sendiri telah mencipta peminat tegarnya yang hanya akan setia mengilat haruan tanpa perlu memburu spesies lain lagi.

Kehausan Spot Haruan mudah membiak dan mampu sesuaikan diri dengan apa jua kondisi air. Hampir semua kawasan air 34 SIRIP

negara kita didiami spesies berkepala ular ini. Namun pada mana zaman pertumbuhan kaki mengilat yang semakin ramai, spot mengilat haruan semakin ketandusan. Ditambah lagi kebanyakan lombong dipagar untuk projek ternakan ikan dan pertanian, tidak kurang juga kawasan paya yang dibangunkan untuk kemajuan. Jika dilihat di mana-mana lopak air mahupun lombong pasti ada pengilat haruan yang setia memburunya hampir setiap hari. Tak kurang juga yang mencari sesuap nasi dan jika ditanyakan pasal hasil, pastinya semakin hari kian merosot.


Teks & Fotografi : NAZMI ANUAR

1

Inilah penyebab berlakunya pencerobohan ke kawasan takungan air milik tanah persendirian mahupun kawasan pertanian. Spot heaven ini banyak menyimpan spesimen haruan mega dan paling tidak pun jumlah haruan yang cendol kerana tidak pernah terusik. Yang paling penting, sudah semestinya haruan di spot ini akan mesra gewang.

Kolam Teratai Ubi Masakan ubi teratai cukup terkenal bagi masyarakat Cina, lebih-lebih lagi di Perak ini. Tumbuhan yang kaya dengan vitamin C dan B kompleks ini amat sedap dimasak sup dan digoreng garing untuk ubinya yang masih muda dan lembut. Atas permintaan yang agak tinggi, terdapat banyak ladang menanam pokok ubi teratai ini di Tronoh, Perak. Pokok teratai ubi ini ditanam di dalam kolam buatan yang agak cetek, tak lebih 5 kaki dalam. Di dalam kolam menanam teratai berkeluasan 40 meter lebar dan panjang inilah banyak dihuni haruan yang ada sesetengahnya membesar amat sihat tanpa ada gangguan. Tempoh penanaman teratai ini mengambil masa lebih kurang 6 bulan sebelum dituai untuk dijual ke pasaran tempatan. Sementara menunggu penanaman semula, terdapat ruang masa lebih kurang satu bulan sementara para petani menghapuskan dahulu siput yang bakal merosakkan tanaman mereka dengan menggunakan racun khas. Racun yang mereka gunakan tidak beri kesan kepada haruan serta anakanak ikan lain dalam kolam ini. Ruang masa satu bulan sebelum penanam semula inilah yang paling saya tunggu. Kolam lapang togel tanpa apa-apa struktur di dasar membuatkan saya lebih suka memburu haruan di sini.

1. Kolam tadahan biasanya Boiling Macam PB keruh kerana segala keloPertama kali saya berkunjung semadak lumpur dari longkang sa teratai baru sahaja ditanam dan ia akan mengalir ke dalamnbelum memenuhi keseluruhan kolam. ya, namun di sinilah haruKebetulan saya jumpa kolam ini semaan bermaharajalela tanpa sa merayau dan terhenti sebaik meligangguan. hat keadaan air seperti boiling peacock Double strike keli kayu 2. bass (PB) di tengah lombong! dan haruan dari Asrul dan Saya terus masuk ke ladang yang Khafit. 2

SIRIP 35


Open Water Snakehead Games

3. Gewang minnow bersaiz kecil antara paling killer di sini, gewangnya kecil tapi ikannya besar! 4. Penggunaan spinner bait dan buzz bait juga killer di kawasan kolam terbuka seperti ini. 5. Kolam tadahan air hujan yang keruh selalunya tidak kita endahkan, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ia ada menyimpan banyak haruan bersaiz mega. 6. Antara haruan yang ber+ jaya dinaikkan dengan 7. gewang top water, tapi panjang tangan juga la nak mengilatnya.

3

kebetulan pintu pagarnya terbuka luas. Cast pertama di tengah boiling tak diendahkan walaupun sekelilingnya penuh sambaran yang saya sangkakan PB. Apabila diperlahankan lagi aksi popper, akhirnya ia disambar haruan. Terkejut saya kerana menyangka ia mungkin tersesat dalam gerombolan PB yang sedang menggila. Balingan seterusnya juga mendapat sambaran haruan walaupun saya tukar kepada minnow. 4

36 SIRIP

Seharian di kolam ini, cuma beberapa ekor haruan yang saya perolehi, boiling yang saya lihat di merata-rata kolam tidak pula mengena PB. Saya mula syak boiling itu semuanya angkara haruan. Namun agak mustahil haruan menggila seperti PB dan takkanlah haruan boleh ada terlalu banyak macam itu sekali!

Adab Masuk Tanah Orang Kunjungan seterusnya, saya disapa tuan punya kolam. Saya ditegur dan diarah keluar dengan nada baik. Menurutnya, dia tidaklah marah cumanya aktiviti memancing bakal merosakkan tanaman teratainya jika haruan lari masuk ke dalam kawasan teratai dan akar teratai tertarik keluar atau batangnya terputus akibat perlawanan saya dengan ikan. Sudah jadi kebiasaan mana-mana kaki pancing menceroboh tanah-tanah persendirian mahupun kolam-kolam ter-nakan ikan. Saya juga tidak terlepas daripada berbuat demikian, ini kerana naluri semula jadi kaki pancing yang mahukan keseronokan hobi. Namun kita sendiri tidak sedar yang tindakan kita itu sebenarnya salah dan silap-silap boleh dikenakan tindakan undang-undang. Setelah tak tahan dengan boiling haruan cendol di kolam itu, saya akhirnya berjumpa tuan kolam untuk meminta kebenaran memancing. Pada asalnya tuan kolam ini tetap tidak membenarkan, namun setelah pujuk rayu akhirnya dia bersetuju udengan syarat cuma setelah mereka tuai hasil teratainya. Selepas waktu penanaman semula, saya tidak lagi dibenarkan mengilat di kolamnya dan perlu tunggu musim menuai seterusnya. Ia sudah cukup gembira walau hanya cuma satu bulan untuk


saya menikmati haruan cendol di sini. Begitulah adabnya kita masuk ke tanah orang, perlulah ada keizinan tuan tanah dan ia lebih baik daripada kita main terjah sahaja. Dengan meminta secara baik, pas-tinya juga akan dibenarkan dengan baik, syaratnya janganlah kita rosakkan tanaman mahupun kawasan sekitarnya.

Kawasan Tadahan Hujan Terdapat satu lagi spot larangan heaven mengilat haruan yang biasa dilihat di sini iaitu kolam tadahan hujan. Spot seperti ini biasa dilepas pandang oleh pengilat haruan yang menyangkakan tiada hidupan 5 akuatik di dalamnya. Namun di sinilah sebenarnya spot heaven yang paling senang dijumpai tetapi ada sesetengahnya paling susah di-akses dek kerana kawalan ketat pihak berwajib. Ia sama sahaja dengan kolam tanaman teratai, kolamnya lapang dan togel, tanpa struktur dan tak begitu dalam, cuma mungkin di sesetengah tempat dibina dengan konkrit. Bezanya spot seperti ini dengan spot heavy cover, haruan di sini kurang berminat dengan gewang replika katak. Beberapa kali saya hampir kumpau dengan hanya berbekalkan gewang replika katak. Memandangkan kawasan ini terlalu lapang tanpa struktur maka haruan di sini tiada tempat untuk berlindung dan mengendap mangsa. Ia berkelakuan amat berbeza dengan saudaranya yang lain dengan kebanyakannya merayap di segenap kolam untuk memburu. Melakukan serangan secara berkumpulan memang

6

sesuatu yang agak asing bagi spesies ini, namun keadaan persekitarannya telah mengubah perangai asalnya.

Minnow Killer Penggunaan minnow tenggelam perlahan dan bersaiz agak kecil antara yang paling killer di kawasan ini. Kebanyakan haruan mega yang kami perolehi dijerat dengan gewang ini yang dikarau perlahan. Teknik menunggu ia timbul dan lontar seperti memburu toman di tasik adalah yang paling berkesan daripada meletihkan diri dengan membuat balingan secara membabi -buta di segenap kolam. Kebiasaannya haruan tidak akan menolak minnow yang lalu di depan matanya kerana dietnya di sini adalah anak-anak ikan serta seluang. - SIRIP -

7

SIRIP 37


Open Water Snakehead Games

B

eberapa kali saya mencuba mengilat malam di keduadua kawasan ini dan hasilnya cukup memberangsangkan. Dalam kegelapan malam, saya hanya mampu mendengar bunyi letupan yang tidak putus-putus di segenap kolam, namun koordinat letupan itu sukar dikesan kerana suasana amat gelap. Blind cast sahaja mampu saya buat. Cumanya pada waktu malam kita boleh sasarkan kawasan tebing kerana kebanyakan anak ikan akan berlin-dung di kawasan itu.

Gewang vs Katak Penggunaan katak hidup adalah yang terbaik jika ingin mengilat haruan malam kerana kelebihan bau hanyir katak itu amat mudah untuk haruan mengesannya. Namun disebabkan katak bukanlah diet utama haruan di kawasan ini, adakalanya hasil menjadi sangat hambar. Saya telah mengeksperimen penggunaan gewang luminous (pendarcahaya) dengan katak hidup. Hasilnya geGeli Mat pun kemaruk casting haruan malam, besar-besar pula naiknya dengan gewang top water luminous.

wang luminous didapati lebih mencakup berbanding penggunaan katak. Dengannya, kami lebih banyak mendapat sambaran dari haruan. Minnow, sinking pencil, soft vibe mahupun katak getah yang berbadan luminous amat efektif menjebak haruan pada waktu malam. Cuma kebanyakan haruan yang kami peroleh adalah ketika kuasa cahaya luminous-nya sudah agak berkurangan dan bukannya ketika ia baru dicas dan cahayanya terang-benderang. Teknik karauan yang juga agak perlahan amat penting. Saya banyak mendapat strike haruan ketika menggunakan Storm Flutterstick 7 cm dan Duel Hardcore Sinking Pencil 9 cm.

Teknik Casting Malam Lontar gewang dan biarkan ia tenggelam seketika, kemudian dimainkan dengan mengangkat batang joran ke atas secara mengejut dan agak pendek untuk membuatkan aksi lompatan di dasar kolam. Diulang beberapa kali dengan banyak kali berhenti untuk membiarkan gewang tenggelam semula ke dasar kolam. Banyak sambaran yang saya perolehi ketika gewang sedang tenggelam ke dasar kolam, dan ini adakalanya menjadi kelemahan teknik ini kerana tali biasanya akan mengendur sedikit ketika membiarkan gewang tenggelam ke dasar. Kita hanya akan merasakan strike dari haruan ketika tali sudah mula menegang dan cuma deria rasa yang boleh diguna pakai ketika ini kerana deria penglihatan kita yang terbatas dek kegelapan malam. Menjadi kelebihan buat sang haruan pada ketika ini untuk melepaskan semula gewang yang digonggongnya bila mana ia terasa keras pada mulutnya sebelum kita sempat membuat sentapan. - SIRIP Haruan hasil gewang Duel Hardcore Sinking Pencil 90 di tengah malam, mata pun dah kuyu bila casting dengan dibasahi embun malam.

38 SIRIP



Lombok Jigging + Family Vacation

Selamat datang ke Lombok. Selain melancong bersama keluarga di pelbagai destinasi menarik di sini, anda juga boleh pergi jigging separuh hari, puas hati!

beli jiwa @ LOMBOK M

elalui penerbangan Air Asia, saya yang turut membawa bersama seluruh ahli keluarga telah sampai ke Lombok dan disambut mesra oleh Yek Sahil yang juga dikenali dengan panggilan mesra ‘Abah’. Saya lebih selesa memanggilnya, Bang Sahil. Selesai memunggah barangan ke dalam kereta, kami dibawa menjamu selera ke restoran terkenal dengan menu istimewa ‘ayam taliwang’. Berpeluh jugalah makan kerana sambalnya memang pedas kawkaw dan sedap bangat!

Pulau Seribu Masjid

Irsyad, penulis, Pak Asbi dan Bang Sahil.

40 SIRIP

Selesai makan, kami dihantar ke hotel di daerah Mataram. Malamnya saya telah mula membuat persiapan untuk memancing dengan teknik jigging keesokan hari. Seperti dijanjikan tepat jam 4.30 pagi, Bang Sahil datang menjemput saya dan anak bujang saya, Irsyad di hotel. Manakala isteri dan anak-anak yang lain ditinggalkan di hotel untuk kami memancing pagi dan balik petang. Bang Sahil terus membawa kami berdua ke spot memancing di daerah Lombok Timur dikenali sebagai Gili Lawang dan Gili Sulat. Gili sebenarnya bermaksud ‘pulau’ dalam bahasa Lombok. Sepanjang perjalanan ke jeti, kami berbual panjang mengenai teknik


Teks & Fotografi : MADROSHAM MUHAMAD Double bonus! Kerapu sonoh dan ikan landok yang dikenali dengan nama ‘muncung babi’ membedal jig SFC yang sama!

pancingan di sini. Bang Sahil berkongsi ilmu mengenai teknik jigging, casting, popping mahupun bottom. Ada sesuatu menarik perhatian saya sepanjang perjalanan ke jeti kerana kebetulan telah masuk waktu solat subuh. Syahdu hati kerana alunan azan subuh bagai tiada henti dari pendengaran kerana terlalu banyak masjid sepanjang jalan. Bayangkan dari mula hingga habis azan kami lalui, tidak kurang daripada 10 masjid di kiri kanan jalan dan kami berhenti untuk solat di masjid yang terakhir melaungkan azan. Pulau Lombok juga dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid.

Outrigger Boat Sampai di jeti saya disambut pula oleh awak-awak yang mesra dengan panggilan Pak Asbi. Saya rasa bertuah kerana trip kali ini saya naik bot yang baru. Kira trip rasmi bot la ni. Bot yang kami naiki dipanggil ‘outrigger boat’. Bot ini agak unik kerana tidak pernah digunakan di negara kita. Panjang 28 kaki dan lebar 6 kaki, bot ini juga dipasang pengimbang seperti sayap di kiri kanan untuk mengimbangi bot jika berada di air yang bergelombang.

LOMBOK merupakan sebuah pulau yang terletak di timur Pulau Jawa, Indonesia yang apit oleh Pulau Bali dan Sumba. Ia membentuk sebahagian rataian kepulauan Lesser Sunda, di mana Selat Lombok memisahkannya daripada Bali di barat dan Selat Alas memisahkannya dengan Sumbawa di timur. Pulau hampir bulat ini berukuran rentas 70 km panjang dan berkeluasan 4,514 km persegi. Penduduknya seramai 3.35 juta orang. Bandar pusat terbesar di Lombok ialah Mataram. Saiz pulau ini menyamai Bali dan berkongsi beberapa warisan budaya. Lombok turut menjadi tumpuan pelancong dunia kerana keindahan semulajadinya, dihiasi banyak pulau kecil yang cantik dikenali ‘Gili’ mengelilinginya..

SIRIP 41


Lombok Jigging + Family Vacation 1. Pandangan indah Gunung Rinjani dari bilik penginapan kami, Rudy’ Chalet di Sembalun. perjalanan ke 2. Dalam jeti, Bang Sahil sempat singgah di kawasan ini. Menurut beliau, pokok ini berusia ribuan tahun. pokok tertua yang masih dijaga dengan baik oleh penduduk kampung. 3. Bersama pemandu pelancong kami - Annas, Oki dan pembantunya ketika berhenti menjamu selera di restoran ayam tilawang. 4. Menghabiskan masa bersama keluarga setelah penat memancing. Kira sesi beli jiwa lah ni. lokasi di Gili trawangan, Gili Meno dan Gili Air.

1

Memang stabil dan memudahkan si slow jigger kerana Bang Sahil dan Pak Asbi memang pakar mengendali agar memastikan tali sentiasa tegak berada di bawah bot, terutama jika melalui spot-spot karang. Memandangkan lu-

buk dekat-dekat sahaja, Bang Sahil hanya menggunakan enjin Yamaha 40 hp. Saya ada berbincang dengan Bang Sahil tentang target fish saya. Tetapi ketika itu airnya jatuh air mati dan memang kurang arus. Walaupun begitu, saya tetap bersemangat kerana baru kali pertama ke sini. Menurut Bang Sahil, air yang baik ketika air ada arus.

2

Lubuk 100 Meter Selesai memunggah barang ke dalam bot, kami mula bergerak dan saya pun mula memasang jig. Tak sampai 100 meter dari jeti tiba-tiba Pak Asbi memberhentikan bot atas arahan Bang Sahil. Saya terkejut dan bertanya adakah ada masalah dengan enjin bot. Bang Sahil senyum dah terus turunkan jignya ke dalam air, katanya “dah

3

4

42 SIRIP


boleh mula jigging bang!�. Hah! Terkejut saya dan saya tanyakan apa target spesies di spot itu. Selamba dia menjawab di sinilah spot amberjack dengan kedalaman dah cecah 70 meter! Tepi pantai sahaja dah ada drop-off sedalam itu! Memang betul, kami berjaya menaikkan beberapa ekor amberjack saiz 3 - 4 kg. Satu lagi spot lain betul-betul mengadap daratan yang berlatar-belakangkan Gunung Rinjani di daerah Sembalun. Indah dan tenang jiwa, sambil jigging menikmati pemandangan. Memang syahdu dan release tension. Di spot ini kami ditemukan dengan kawanan ibu kerisi. Lenguh-lenguh tangan menariknya yang dalam skala 4 - 7 kg. Saya lebih kepada teknik slow jigging, manakala Bang Sahil dengan teknik fast jig, kuat kudratnya kerana dari mula dia jigging tanpa henti. Tengahari saya disajikan masakan kampung dalam mangkuk tingkat yang disediakan oleh isteri Pak Asbi. Sedap bangat apabila ia turut dihidangkan bersama kopi Lombok. Selepas makan dan berehat seketika sambil berbual, kami mula jigging di jurang kedalaman 90 130 meter. Ketika ini saya rasakan rampasan yang luar biasa. Setelah berhempas pulas, spesies yu thresher berjaya dinaikkan dalam skala 9 kilo. Jig tersangkut pada ekornya, dan memang menjadi re-

5

smi thresher shark yang kebiasaannya melibas mangsa dengan ekor panjangnya itu sebelum mangsa yang cedera menjadi santapannya. Selepas dilepaskan semula, kami kembali jigging di spot yang sama dan kali ini saya dikejutkan dengan double bonus dari jig SFC saya. Kerapu sonoh dan ikan landok yang dikenali dengan nama ‘muncung babi’ di sini membedal jig yang sama! Bersorak riang Bang Sahil dan Pak Asbi kerana jarang keduadua spesies ini memakan jig di sini.

5. Strike mantap ditekan yu thresher. 6. Modus operandi thresher shark ialah melibas mangsa dengan ekor panjangnya. Sebab itu jig selalu tersangkut pada ekornya, dan ia terbukti setelah berlaku kepada saya sendiri.

Sampah Hanyut Wahoo 6

SIRIP 43


Lombok Jigging + Family Vacation

7. Rata-rata bot di sini dipasang pengimbang (outrigger boat) di kiri kanan untuk mengurangkan olengan disebabkan ombak di sini yang selalunya besar, tinggi dan beralun. 8. Bang Sahil sempat selfie ketika saya sedang berhempas pulas menjinakkan ikan. senang-senang 9. Kerapu diperdaya apabila jig dimainkan di dasar.

7

8 9

Selepas arus mula menunjukkan pergerakan, Bang Sahil mengajak saya menukar teknik dari jigging ke casting. Beliau mengarahkan Pak Asbi memerhati jika ada kelihatan kayu yang terapung. Saya bertanya nak casting ikan pecah periuk ke sebab di tempat kita hanya pecah periuk (triple tail) yang mendominasi struktur sam-pah terapung sebegitu. Rupa-rupanya di sini jika ada objek terapung terutama kayu, ia didominasi oleh spesies pelagik seperti wahoo, belitong dan tuna sirip kuning. Sekali lagi saya terkejut dan bertambah teruja. Nasib kami baik kerana terjumpa sebatang kayu besar yang terapung ketika perjalanan balik ke jeti. Kebetulan ketika itu jelas kelihatan dua buah bot nelayan seakan-akan sedang trolling tidak jauh dari kayu tersebut. Bang Sahil dalam diam rupanya dah menurunkan Rapala red head-nya. Saya memang dah sedia dengan Jackson Pintail 40 g warna pink. Tanpa buang masa saya terus lontar tidak jauh dari kayu tersebut dan biar seketika gewang itu tenggelam. Dalam beberapa saat sahaja gewang saya dihenjut tanpa henti dan terus hilang putus! Dari jauh kelihatan nelayan mengangkat sesuatu ke arah bot kami. Rupanya ketika itu segerombolan wahoo sedang berpusing-pusing sekitar kayu tersebut. Dipendekkan cerita, saya kehilangan tiga ketul Jackson Pintail dan dua jig ringan ketika cuba menjinakkan kumpulan wahoo tersebut... adoii! Walaupun hampa kerana gagal mendaratkan wahoo, tetapi saya tetap gembira kerana berjaya mendaratkan spesiesspesies idaman yang lain. Kami sampai di jeti agak awal akibat keletihan sebab dari pagi hingga petang terlalu banyak strike.

Beli Jiwa Time! Hari ketiga saya meluangkan masa bersama keluarga berjalan-jalan di sekeliling 44 SIRIP


Dog tooth tuna (aya budak) mencuci jig ringan. Spesies ini banyak bermain di kedalaman 60 meter di spot daerah Belanting.

Dogtooth double digit, rekod peribadi Bang Sahil.

Ruby snapper yang menjadi ikan target setiap pemancing. Mudah didapati jika kena dengan jadualnya.

SIRIP 45


Lombok Jigging + Family Vacation

10

10. Bertemu dengan kawanan ibu kerisi. Lenguh-lenguh tangan jugak menariknya. 11. Saya dan Bang Sahil bersama outrigger boatnya. Di belakang ialah kawasan rumah Pak Asbi.

Pulau Lombok yang terkenal dengan keindahan pantai, hutan yang masih kekal dengan flora dan fauna, air terjun Tiu Kelep yang segar serta merasai kedinginan bukit-bukau sekitar Gunung Rinjani yang menjadi kegilaan pendaki seluruh dunia untuk menduganya. Antara tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga ialah Gili Terawangan, Gili Meno dan Gili Air iaitu pulau peranginan yang penuh dengan pelancong asing dari seluruh dunia. Pantainya yang cantik bersih menjadi tumpuan para peluncur papan kerana ombaknya agak tinggi. Di pulau ini

11

46 SIRIP

juga kita boleh nikmati dengan jelas matahari terbenam dan mengasyikkan. Tempat-tempat kunjungan lain yang memukau ialah Pantai Tanjung Aan, Pantai Seger, Bukit Meresik, Pantai Pink kerana pasir pantainya berwarna pink, Air Terjun Mangku Sakti, Air Terjun Senaru, Kebun Strawbery di Sembalun dan Kg. Sasak yang merupakan perkampungan orang asal lombok. Bungalow Berhantu antara tempat menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Sembalun di daerah Gunung Rin-jani turut ada menara tinjau yang dapat melihat keseluruhan bandar Sembalun dalam samar-samar kabus dingin. Hari keempat, kami dibawa berbelanja membeli belah di sebelah pagi, sebelum pulang semula ke Malaysia pada sebelah petang. 4 hari 3 malam memang tak cukup untuk explore sambil memancing di Lombok. Saya telah merancang untuk kembali ke sana dengan cadangan memancing selama dua hari, di samping berjalan-jalan selama empat hari iaitu trip seminggu. Jadi kepada yang berminat untuk bercuti sambil memancing dan bercuti bersama keluarga di Lombok, boleh hubungi atau whatsapp saya. Pakej memancing dan percutian yang amat menarik ada disediakan dengan harga pakej yang amat berpatutan, termasuk pakej percutian + jigging separuh hari. Jom beli jiwa di Lombok! - SIRIP -

Madrosham Muhamad : +6012-2552 435


Industry Info

CEYMAR C-10 Kekili Ultra Ringan Kompak, Kecil & Tahan Lasak!

O

kuma merupakan pilihan yang tepat untuk mendapatkan peralatan memancing yang berkualiti termasuklah kekili. Okuma sentiasa mementingkan kehendak pelanggan. Oleh itu, Okuma memastikan setiap rekaan, material, dan proses penghasilan setiap produk adalah yang terbaik. Ini termasuklah rekaan kekili ultra ringan terbaru mereka iaitu Okuma Ceymar C-10. Kekili mendatar ultra ringan ini adalah khas untuk pemancing air tawar tegar yang gemarkan cabaran ketika memancing.

Lancar & Lasak Dilengkapi 7 galas bebola yang lasak dan sistem gear elliptical yang tepat, Ceymar C-10 mampu memberikan kendalian yang lancar, pantas dan menahan beban yang lebih besar. Kekili ini mampu menghasilkan nisbah gear 5.0 : 1 dengan simpanan tali sehingga 53 cm untuk satu karauan penuh. Walaupun bersaiz kecil, namun kekili ini masih mampu memberi satu kendalian yang pantas dan lancar, walaupun berdepan situasi pancingan yang lasak.

Material Rangka dan rotor Ceymar C-10 diperbuat daripada material grafit yang berkualiti. Oleh itu, kekili ini mempunyai berat keseluruhan 170 gram. Walaupun Ceymar C-10 bersaiz kecil dan ringan, namun kekili tahan lasak dan mampu digunakan untuk situasi pancingan air tawar yang pelbagai. Gelendong tali pula diperbuat daripada aluminium yang berkualiti memberi tapak asas yang kukuh kepada tali pancing. Gabungan material ini menjadikan Ceymar C-10 stabil dan kukuh, walaupun berdepan dengan asakan kasar daripada ikan sasaran.

Teknologi Selain itu, Ceymar C-10 juga mendapat sentuhan teknologi RESII computer Balancing. Teknologi ini membolehkan kekili berputar pada kelajuan yang tinggi tanpa sebarang masalah seperti tali bersimpul dan sebagainya. Jika diperhatikan, rekaan rotor kekili ini agak berlainan daripada rekaan kelili lain. Ini kerana Okuma menggunakan teknologi Cyclonic Flow Rotor. Rotor yang berpusing akan menghasilkan pusaran angin di sekeliling gelendong yang membolehkan kawasan tersebut kekal kering sepanjang anda memancing. Ini membolehkan kekili Ceymar C-10 berfungsi dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.

Keyakinan Untuk kekili ultra ringan yang mempunyai spesifikasi sebegini, pasti akan membuatkan anda tidak perlu berfikir panjang untuk memilikinya. Rekaan yang kemas dan lasak dibantu dengan komponen kekili yang berkualiti membuatkan anda tampil dengan yakin ketika memancing. Okuma Ceymar C-10 mampu berkhidmat di mana-mana lapangan air tawar yang anda inginkan. Info lanjut : TCE Tackles (Tel : 04-484 4524 / www.tcetackles.com.my)

SIRIP 47


Spring & Summer Perch Fishing

Perch Serigala Eropah P

erch pemangsa yang sangat fleksibel. Ia perlu sebegitu kerana saiznya lebih kecil berbanding pike, catfish, asp atau zander. Ini memaksanya untuk sering bergerak dalam kumpulan di sepanjang tebing tasik dan sungai bagi mencari mangsa atau habitat yang sesuai. Itulah sebabnya lokalisasi perch adalah matlamat nombor 1 kami. Namun walaupun kita berada di tempat yang tepat, kadang-kadang sukar untuk mengesan mereka di kedalaman yang betul. Tetapi berita baiknya adalah jika anda dapat mencari tempat dan kedudukan perch yang betul di dalam kolum air, biasanya tidak sukar untuk menjebak spesies ini, termasuk yang besar. 48 SIRIP

Faktor Mengawan Faktor utama yang mempengaruhi kedudukan perch pada musim bunga (spring) dan musim panas (summer) ialah pengawanan. Perch cenderung untuk mengawan (spawning) apabila suhu air 10 °C. Perch menyimpan telur di atas tumbuhan air atau dahan pokok dan tunggul, biasanya di kawasan teluk cetek berpasir. Inilah kawasan yang biasanya mereka mundar-mandir pada akhir bulan Mac atau awal April sehingga akhir musim panas. Perch berburu di kawasan cetek ini pada awal pagi


Teks & Fotografi : RADEK FILIP

Terjemahan & Olahan : SIRIP

Perch, spesies pemangsa kecil di Eropah tetapi agresif menyambar secara berkumpulan bagaikan sebarau dan peacock bass.

atau lewat petang. Pemerhatian saya dengan snorkel atau kamera di dalam air mendapati perch akan beredar ke tempat yang lebih dalam sewaktu hari panas yang cerah atau bersembunyi ke tumbuhan air, tetapi ia tetap berada dekat dengan kawasan cetek selagi boleh. Kedapatan struktur (seperti batu, jeti, reba) adalah lebih baik. Itulah sebabnya saya tiada masalah untuk mengilat perch dengan meranduk ke dalam air sahaja atau melabuh bot pada kedalaman 0.5 - 1 meter maksimum pada masa ini. Ia satu-satunya kedalaman di mana anda boleh menjebak perch di badan-badan air yang besar.

Gewang Perch adalah ikan yang amat popular diburu secara popping (penggunaan popper), terutama ketika ia sedang galak memburu di kawasan cetek atau berada dalam mood agresif mengejar mangsa dari air yang lebih dalam. Bulan Mei dan Jun cukup ideal di Eropah untuk cuba popping perch. Saya suka gunakan popper bersaiz 5 9 cm seperti Salmo Pop, Rapala Skitter Pop dan Storm Chug Bug. Popping tidak perlu begitu agresif, sebaliknya mainkan popper dengan perlahan diselang aksi henti agak panjang. Ketika itulah popper selalunya diserang. SIRIP 49


Spring & Summer Perch Fishing

1

2

lebih kecil atau kekipas amat disyorkan kerana perch lebih cenderung untuk melahap ‘sup anak ikan’ ketika ini.

Persembahan Gewang

3

1. Kawasan berteluk yang ditumbuhi tumbuhan air dan berpasir di dasar adalah hotspot ideal untuk mengesan dan memburu perch pada musim bunga dan musim panas. 2. Perch menggemari semua warna SP apabila ia dipersembahkan secara unjunan jigging menegak. 3. Perch adalah spesies yang tak tahu hidup diam, ia suka merayau. 4. Saya gunakan gewang 9 15 cm apabila memancing perch sepanjang musim. Jika strategi dibuat dengan baik, tidak hairan jika mampu menaikkan beberapa ekor perch di satusatu kawasan. 50 SIRIP

Kadangkala beberapa ekor bersaing untuk mendapatkannya. Aksi sambaran ini memang sangat menyeronokkan. Sekiranya saya perlu memilih satu gewang untuk mengilat perch sepanjang musim yang panjang, ia pastinya gewang soft plastic (SP). Tetapi kita boleh mencuba spinnerbait kecil dan kekipas (spinner), dan ia lebih berkesan jika perch merayau di kawasan cetek. Jika perch berada di tempat yang dalam, ia tidak begitu mudah dipancing. Gewang terbaik pada ketika ini ialah crankbait (seperti Salmo Perch, Rapala Shad Rap) dan jerkbait (seperti Salmo Slider, Strike Pro Baby Buster) bersaiz 5 hingga 11 cm. Saya suka gunakan gewang yang lebih besar (9 - 15 cm) kerana ingin me-nyasarkan spesimen terbesar. Tetapi jika air tinggi dengan kedapatan banyak ikan kecil pada musim panas, gewang

Persembahan gewang saya untuk perch ketika musim panas adalah sangat agresif. Kita boleh juga menjebak perch jika mengarau sangat perlahan dan tidak menggerakkan hujung joran, tetapi kebanyakan kalinya perch akan buat tak tahu dan tidak menunjukkan minat langsung. Kelebihan besar persembahan yang agresif juga ialah kita dapat ‘cover’ kawasan yang lebih besar. Ketika gunakan SP, saya biasanya lempar sejauh mungkin, biarkan tenggelam ke dasar, kemudian unjun dengan sangat cepat dan berhenti secara rawak. Ingat, kita perlu cari kedudukan ikan yang betul di dalam kolum air. Itulah sebab saya biasanya mulakan pencarian perch di bahagian dasar. Apabila tiada sambutan, saya menduga lapisan berlainan pula di dalam kolum air. Jigging SP adalah kaedah memancing utama untuk ikan zander dan juga teknik yang sangat baik untuk semua pemangsa di air sejuk. Ia juga berkesan pada musim bunga dan musim panas untuk perch, tetapi kita perlu lebih agresif dan jangan takut untuk mengangkat gewang itu lebih tinggi dari dasar. Jigging SP juga boleh dilakukan hanya pada kedalaman 1 - 3 meter. Kita tidak akan menakutkan ikan di bawah jika bergerak berhati-hati dalam bot. Semasa cuaca lebih sejuk, perch mungkin meninggalkan kawasan cetek dan bergerak ke air yang lebih dalam. Jadi usah teragak-agak untuk jigging SP walaupun pada kedalaman 5 - 15 meter seperti yang pemancing di sini biasa lakukan pada musim sejuk (winter) atau musim luruh (fall).


4

SIRIP 51


Spring & Summer Perch Fishing Kita juga boleh ambil kesempatan untuk gunakan gewang lebih besar apabila menunda. Saya suka gunakan crankbait 9 - 15 cm apabila trolling untuk perch. Kedalaman renangan bergantung pada keadaan arus, tetapi kedalaman 1 - 3 meter adalah titik permulaan yang baik untuk perch pada musim panas. - SIRIP -

Info Ringkas Perch

5

5. Perch buncit ini sedang bersedia untuk mengawan dan ini adalah penentu kritikal untuk memancingnya pada akhir musim panas dan musim 6. luruh. Belang dan corak warna perch yang cantik menawan. 6

52 SIRIP

Trolling Terdapat banyak kaedah mengilat, tetapi kebenarannya ialah trolling sangat berkesan untuk perch, terutama pada musim panas dan apabila anda menyasarkan spesimen besar. Kelebihan terbesar trolling ialah anda boleh mempersembahkan gewang di kedalaman yang betul jauh lebih lama berbanding teknik lain.

Perca fluviatilis, yang juga dikenali ‘European perch’, ‘redfin perch’, ‘big-scaled redfin’, ‘Eurasian perch’, ‘Eurasian river perch’ atau ‘common perch’, merupakan spesies pemangsa yang boleh ditemui di Eropah dan Asia Utara. Spesies ini telah diperkenalkan secara meluas di luar kawasan asalnya iaitu ke Australia, New Zealand dan Afrika Selatan. Pengenalannya telah menyebabkan kemusnahan kepada populasi ikan asli di Australia. Perch berwarna kehijauan dengan sirip kemerahan, disulami lima hingga lapan belang hitam menegak. Semakin besar, benjolan akan tumbuh antara kepala dan sirip dorsalnya. Perch dikatakan boleh hidup selama 22 tahun, dan saiz rekod rasmi IGFA terbesar ialah 2.9 kg. - SIRIP -


Industry Info

U

ntuk tahun kesembilan, Karnival Cabutan Bertuah Bonanza kembali menemui pelanggan setia TCE Tackles seluruh negara. Sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan, tahun ini dijangka berlangsung dengan lebih meriah dan heboh. Cabutan tahun ini masih menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan untuk dimenangi dengan nilai keseluruhan sehingga RM 119,000!

Hadiah Lumayan Masih mengekalkan format yang sama, cabutan bertuah akan dilakukan setiap bulan sepanjang karnival berlangsung. Lokasi pertama yang menjadi lokasi cabutan bertuah ialah di TCE Tackles cawangan Matang Jaya. Pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah bulanan yang menyediakan sehingga 195 hadiah untuk setiap pusingan cabutan dengan lebih 590 hadiah terkumpul untuk dimenangi. Seterusnya cabutan bulanan akan berlangsung di cawangan Alam Megah dan berakhir di cawangan Lunas, Kedah.

Hadiah Utama & Hadiah Mega Pusingan akhir cabutan bertuah berlangsung di TCE Tackles Lunas adalah kemuncak acara. Selain menawarkan hadiah bulanan, cabutan pusingan terakhir ini juga akan menawarkan 7 hadiah utama serta satu hadiah mega yang lumayan untuk direbut. Untuk menyertainya sangat mudah. Pelanggan yang berbelanja minimum RM 50 dalam satu resit sepanjang Karnival Cabutan Bertuah Bonanza layak mendapat satu peluang untuk menyertai cabutan bertuah ini. Selain itu, pelbagai acara sampingan turut dijalankan. Aktiviti jualan dan permainan yang menarik dijangka merancakkan lagi karnival tahun ini. Jangan lepaskan peluang dan jadilah pelanggan bertuah. Nantikan Karnival Cabutan Bertuah Bonanza 2017 yang akan berlangsung di kawasan anda bermula 01/09/2017 hingga 30/12/2017 ini. Berbelanjalah dan anda mungkin menjadi salah seorang yang bertuah!

SIRIP 53


I NTRODUCTION T O H EAVY C OVER S NAKEHEAD G AMES

Bersama : KETAMTK

Gaya John Angler cast, sungguh jarak lontaran beliau!

S

uatu hari saya menerima pesanan Messenger dari seorang penggemar pancingan HCG, John Angler. Nama sebenar beliau Muhamad Naim, berasal dari Perlis dan bertugas di selatan tanahair. Beliaulah yang bertanggungjawab memberi panduan tentang peralatan HCG yang sesuai dan di mana saya boleh mendapatkannya. Banyak peralatan saya yang salah katanya. Dari situ, saya berusaha mendapatkan setup HCG yang betul. Toman yang berjaya dinaikkan saat-saat akhir trip.

Beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan katak tune dari Jepun yang sememangnya dicipta khas untuk pancingan HCG. Beliau juga sangat teruja melihat gambar-gambar spot HCG Tasik Bukit Merah yang sangat berbeza daripada tasik-tasik lain. Bermula daripada situlah kami bertukar pandangan tentang HCG. Beliau banyak meneroka lubuk di sekitar Johor, dan menyatakan hasrat untuk mencuba Tasik Bukit Merah dengan gaya pancingan HCG 100%. Setelah berbincang dan beberapa urusan diselesaikan, saya menghubungi tekong Wan untuk urusan sewa bot. Tiba hari yang dijanjikan, kami tiba di jeti Bukit Merah. Tekong Mat Azri ditugaskan untuk membawa kami berdua menduga lubuk HCG. Tekong Mat Azri gagah mendayung memasuki kawasan HCG dan kami sangat berpuashati dengan khidmat beliau!

Teknik Lontaran Jarak Jauh Lama saya perhati gaya cast Naim, berdesup dan jarak lontaran amat jauh. Beliau mengambil setup saya untuk demonstrasi. Sama juga, jauh ya amat jarak lontarannya! Apakah rahsianya selain menggunakan sepenuh kekuatan untuk jarak jauh sebegitu? Rupanya brake dilaraskan pada posisi 0, zero... iaitu tiada brake dan guna ibu jari untuk mengawal keluaran tali pada spool. Inilah rahsia beliau rupanya. Bagus juga trip ini dapat mempelajari teknik baru. Kelebihan lontaran jarak jauh ialah kita tidak perlu menunggu bot merapati tebing suak untuk membuat lontaran. Mencuba seawal pagi, banyak sambaran, namun 54 SIRIP


Hanya pemancing HCG sahaja yang dapat menikmati pemandangan sebegini.

Friendship never end!

Berkali-kali haruan menyambar katak tune akhirnya tertancap kemas.

Setup HCG dan juga sebahagian katak tune.

semuanya kurang kemas. Kebanyakan pemangsa dapat meloloskan diri. Pelbagai bentuk katak tune digunakan untuk membuka selera pemangsa. Sesi petang lebih meriah, banyak sambaran haruan diterima Naim. Namun kerap lucut, akhirnya naik juga seekor setelah memujuk tanpa putus asa.

Tekong Mat Azri ditugaskan untuk membawa kami ke lubuk HCG.

Buku Bertemu Ruas Memasuki bahagian yang hanya dapat diakses dengan mendayung sangat mengujakan. Saat cemas apabila katak tune saya yang dibiarkan statik di atas air tiba-tiba disambar pemangsa dengan bunyi letupan yang amat mendebarkan. Joran PE 8 - 10 yang dianggap overkill bertemu mangsa sebenar. Kekili yang dikunci rapat drag dikarau sepenuh hati. Bukan mangsa yang datang merapati bot, tetapi bot yang bergerak menuju ke mangsa! Karau punya karau, tiba-tiba katak tune terlucut daripada pemangsa tanpa dapat melihat kelibatnya. Kecewa betul! Namun sangat berpuas hati dapat merasakan perlawanan tarik-menarik yang sangat mengujakan. Ketika matahari hampir terbenam, Mat Azri perlahan-lahan memandu bot keluar sambil merapati kawasan HCG untuk ke jeti. Kami berdua melakukan lontaran tanpa henti dan akhirnya katak tune Naim disambar toman. Tiada masalah utuk beliau mendaratkan toman tersebut. Tak sia-sia datang dari jauh! Trip yang sangat memuaskan hati kami berdua yang sama-sama meminati gaya pancingan HCG, dunia gelap Heavy Cover Games berterusan! - SIRIP SIRIP 55


PRODUCT AWARENESS

HALCO MADEYES PADDLE PRAWN Madeyes Paddle Prawn merupakan gewang soft plastic yang mampu bertahan terhadap sambaran bertalu-talu kerana mempunyai badan tahan lasak hasil teknologi Rubber Stretch Technology (RST) oleh Halco. Ia mempunyai ekor yang halus ringan tetapi liat dan akan mengapung ke atas apabila ia dihentikan, lalu menghantar getaran yang menggiurkan di dalam air apabila diunjun. Kaki dan sesungutnya menambah lagi godaan kerana seakan udang hidup di dalam air. Ketika dijatuhkan atau ketika diunjunkan secara perlahan, Paddle Prawn berenang dengan aksi seakan udang hidup. Dengan teknologi RST, SP ini boleh bertahan lama terhadap sambaran berulang kali oleh pemangsa bergigi. Ia juga mempunyai bau perisa sotong semulajadi dan didatangi dengan pelbagai warna UV yang tinggi. Udang ini pastinya gewang killer yang seharusnya ada dalam kotak pancing anda!

Pengedar : SABRE TACKLE Tel : 02-6396 0982, 03-9221 4628

kekuatan tegangan drag daripada 2.5 kg hingga 10 kg mengikut saiz.

Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

TOMMAN SX BRAID Tomman memperkenalkan SX Braid, sejenis tali sulam teknologi sulaman X4PE berwarna hitam yang sangat kuat dan membolehkan pemancing membuat lontaran tepat ke sasaran. Kelembutan dan kelicinannya yang luar biasa juga menjamin lontaran yang amat jauh. Tali ini terdapat dalam kekuatan 30, 40, 50, 60 dan 80 dengan berukuran 300 meter.

Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629 Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

OFMER DREAM Bagi peminat mengilat ringan, ini harus menjadi baitcaster impian anda. Ofmer Dream menampilkan ciri-ciri baitcaster moden yang mengancam dengan nilai yang ekonomi tetapi berbaloi dengan ketahanan kualitinya. Baitcaster ini dilengkapi gelendong aluminium, sistem 3 galas bebola dan bernisbah gear 6.1 : 1. Ia mampu memuatkan 120 ela tali berkekuatan 14 paun yang berdiameter 0.35 mm. Memang mantap digunakan untuk melayan sebarau dan peacock bass! Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333

AJIKING RENO Kekili Ajiking Reno mempamerkan kemantapannya dengan warna kelabu keemasan. Kekili ini dilengkapi 8 + 1 galas bebola, binaan badan grafit ekstra kuat, gear panduan super kuat, rotor keseimbangan komputer, lelengan pengarau ultra tebal, sistem anti balikan, sistem tegangan berkuasa, pengayuh bertombol EVA yang besar dan gelendong aluminium tempaan. Terdapat dalam saiz 2000, 3000, 4000, 5000 dan 6000 dengan nisbah gear 5.2 : 1. Pengedar : TCE TACKLES Tel : 04-484 4524 Faks : 04-484 4887

RYOBI MATURITY Ryobi Maturity menonjolkan kematangan dengan menampilkan konsep titanium yang anggun dan mantap. Ia diperbuat daripada material super ringan dengan warna hitam emas yang memukau, apatah lagi dengan rekaan tombol pengayuh bulatnya yang cantik. Terdapat dalam saiz 2000, 3000, 4000, 5000, 6000 dan 8000 dengan nisbah gear 5.0 : 1 dan 5.1 : 1 dengan

56 SIRIP

SENSES DIABLO & SLIDER Diablo merupakan gewang sinking minnow berbentuk aerodinamik yang membolehkan pengilat melontarnya menentang angin dan masih berupaya mencapai jarak yang jauh. Diablo tenggelam dengan gelekan menggiurkan yang membolehkan aplikasi teknik karau-


PRODUCT AWARENESS henti untuk menjebak spesies sasaran. Dengan rekaan lidah selaman yang unik, ia berenang dengan aksi amat cantik apabila dikarau laju. Pensil Slider pula mencirikan gemerincingan dalaman, bermaterial ABS kualiti tinggi, binaan badan tahan lasak dan skim corak yang amat menarik. Ia mampu menggiurkan spesies pemangsa permukaan terutama toman. Teknik henjutan secara konsisten akan mengetengahkan aksi ‘walking’ yang mengancam. Jika joran disentap lebih laju, ia akan melompat-lompat di permukaan air.

COJYANT CXW SLOW JIG Kedua-dua belah jig perlahan Cojyant CXW ini berbentuk lengkok dengan garisan menonjol di bahagian tengah. Pada keseluruhannya, ia kelihatan seperti titisan air dengan pusat gravitinya berada di pertengahan jig. Bentuk badannya agak menirus. CXW dapat turun dan naik dengan agak tangkas. Ia akan naik secara berpusing apabila joran dihenjut. Getaran akan berlaku ketika aksi berpusing tamat. Apabila turun, aksi berpusing juga akan dihasilkan lantaran pusat graviti yang berada di pertengahan badannya yang agak sempit. Ia sesuai digunakan apabila arus deras. Cara persembahannya pula sesuai dengan teknik satu pusingan karauan dengan rentak henjutan joran secara kecil.

Pengedar : SENSES FISHING

Pengedar : DEEPARS FACTORY CORPORATION

Tel & Faks : 07-231 5742

Tel : +81-88-854-5606 Faks : +81-88-854-5601

Industry Info

S

etiap rekaan kekili Okuma pasti menawarkan sesuatu yang berbeza dan kelainan. Kemampuan Okuma untuk mereka cipta kekili yang mampu beroperasi dengan cemerlang menjadi penanda aras baru dalam arena memancing, termasuklah model ini. Okuma Azores direka khas untuk beraksi mantap di lapangan air masin dan menawarkan rekaan dan spesifikasi terbaik untuk memenuhi jangkaan anda. Azores dibina dengan material tahan lasak. Rangka kekili, gelendong tali dan rotor semuanya menggunakan aluminium berkualiti tinggi dan mengalami proses Corrosion Resistant Coating (CRC) yang menjadikannya lasak dan bebas hakisan. Rekaan luar kekili sudah sering ditampilkan oleh jenama persaing yang lain, namun apa yang lebih mengujakan ialah bahagian dalam kekili yang lebih menonjol. Jurutera Okuma telah memperkenalkan kekili ini dengan teknologi Mechanical Stabilization System (MSS) yang berfungsi sebagai penangkis proses elektrolisis dan hakisan yang berlaku akibat sentuhan komponen yang berlainan di dalam kekili. Gasket fiber digunakan untuk menghalang proses ini berlaku di bahagian dalaman, sekaligus memanjangkan jangka hayat kekili.

Pantas & Berkuasa Azores model terkecil, S-4000 mempunyai 7 galas bebola kalis hakisan, dan mampu menghasilkan nisbah kelajuan karauan 5.8 : 1. Manakala model terbesar, S-6500 bernisbah kelajuan sehingga 5.4 : 1. Kesimpulannya dengan kelajuan setinggi ini, pemancing mampu memainkan gewang dengan lebih realistik dan tampak lebih hidup. Bagi memastikan aksi lebih berkualiti, Azores dilengkapi teknologi Dual Force Drag (DFD) di mana kekili biasa mempunyai drag tunggal. Sesendal drag diletak di bahagian atas dan di bahagian bawah gelendong pula terdapat sesendal karbonit. Apabila digabungkan kedua-duanya, tekanan dan haba dapat dialirkan dengan seimbang, sekaligus memberikan kawalan drag yang lebih lancar walaupun dikenakan beban yang tinggi. Okuma menggunakan sistem gear terbaik yang membolehkan susunan tali lebih seimbang dan jarak balingan lebih jauh. Azores juga dilengkapi ‘hydro block water tight drag seal’ yang menghalang air daripada memasuki kekili. Tombol pengayuh yang ergonomik memberi keselesaan walaupun ketika aksi pertarungan yang genting. Bagi mereka yang mencari kekili air masin yang mampu berfungsi cemerlang dengan kos mampu milik, anda perlu memberi Azores peluang tersebut. Okuma Azores berbaloi dengan wang yang dilaburkan malah memberi lebih daripada apa yang anda jangkakan!

SIRIP 57



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.