WARTA Edisi Pertama

Page 1

PE RC UM A

ISU 01

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

Tak mudah hidup sendiri Fasha Sanda 20

18 JANUARI 2017

TAUGE DI PUNCAK DUNIA RUDI IRFAN

ALOR SETAR - Siapa sangka budak yang digelar Tauge oleh jiran sekampung disebabkan terlalu kurus suatu ketika dahulu, kini menempa nama besar dalam arena bola sepak dunia setelah diisytihar sebagai pemenang Anugerah PuskasFIFA 2016 minggu lalu. Keadaan tubuh badan Faiz Subri, 29, yang terlalu kurus semasa kanak-kanak begitu merisaukan ibunya, Saadiah Ishak, 56. Suatu hari, Saadiah terjumpa maklumat dalam akhbar yang menyatakan makan banyak tauge boleh membantu tumbesaran kanak-kanak.

Amy Search suka masak 23

Nickeloden bina resort dasar laut

Angpau untuk pembeli hartanah Sunway 10

3

Tips untuk anda berhujung minggu di dalam

AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. SETIAP HARI RABU

PERCUMA

4

MINGGUAN WARTA PERDANA

Ambil. Baca. Kongsi.


2

18 JANUARI 2017

TEWASKAN DATUK KETIKA 2 TAHUN RUDI IRFAN

ALOR SETAR - Dalam usia baru mencecah dua tahun, Faiz Subri telah menunjukkan keajaiban dengan menewaskan datuknya, Kader Ahmad ketika mereka bermain bola di laman rumah. ”Dalam umur semuda itu, dia berjaya gelecek tok wan dia. Ketika itulah, tok wan dia (Kader) kata, Faiz besar nanti akan jadi pemain bola terkenal. Masin mulut orang tua tu,” kata ayah Faiz, Subri Kader. Itulah antara kisah dalam perjalanan hidup Faiz

yang pada 9 Januari lalu diisytiharkan sebagai satu-satunya pemain Asia setakat ini yang berjaya memenangi anugerah Puskas bagi jaringan tercantik dunia 2016. Subri berkata, pada satu ketika, cita-cita Faiz untuk bergelar pemain profesional seakan sudah tertutup apabila gagal menempatkan diri dalam skuad utama Hijau Kuning sekalipun pernah mewakili skuad Piala Presiden negeri itu selama tiga musim. Malah, Faiz hampir merajuk dan mahu terus melupakan bola sepak. Dia

melakukan pelbagai kerja di sekitar kampung seperti mengambil upah mengecat rumah di samping menjadi tukang bancuh minuman di gerai makan ibunya, Saadiah Ishak. Namun, Subri berusaha meyakinkannya bahawa ma­sih ada ruang untuk Faiz menggapai impiannya. Bagi Subri, meskipun satu pintu sudah tertutup, masih ada pintu lain yang boleh diketuk. “Pak Long tahu ketika itu Faiz benar-benar kecewa kerana memang impiannya untuk mewakili Kedah

Faiz mewakili SM Teknik Arau meraikan kejayaan muncul juara zon utara sekali gus penjaring terbanyak.

tetapi tak jadi kenyataan. Apatah lagi dia merupakan pemain utama selama tiga musim bersama skuad Piala Presiden. “Tapi, Faiz tidak menunjukkan kekecewaannya. Sebagai ayah, Pak Long faham perasaannya.

INFO RINGKAS

Warisi bakat ayah KE mana tumpah kalau bukan ke nasi! Faiz Subri ikut jejak ayahnya, Subri Kader (gambar) yang suatu ketika dahulu adalah penjaga gawang pasukan MAYC Semerah Padi, pasukan belia kampungnya. “Anak-anak boleh dikatakan semua mengikut jejak Pak Long sebagai

pemain bola. Begitu pun, daripada lima anak lelaki, hanya Mohd Azwan dan Faiz yang menonjol. “Tapi Azwan tidak meneruskan kariernya apabila menyertai Angkatan Tentera terutama selepas mengalami kecederaan serius dalam kemalangan jalan raya. “Pak Long sangat yakin dengan kemampuan Faiz. Walaupun bertubuh kecil dia suka bermain bola

“Pak Long pujuk dia jangan putus asa kerana yakin dengan kebolehannya. Sejak sekolah rendah, Pak Long sudah nampak bakatnya dan percaya suatu hari kelak dia akan berjaya,” kata Subri.

Info Puskas

1. Mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh FIFA. 2. Nama Puskas diambil sempena Ferenc Puskas, penyerang Real Madrid pada era 60-an

dengan orang dewasa. Kalau setakat dua atau tiga orang, memang mudah dia gelecek. “Bayangkan dalam keadaan padang yang ‘berkeleboq’ (berlumpur), Faiz mampu menggelecek dari tengah padang hingga ke depan gol dan membuat jaringan. Pak Long rasa ilmu bermain dalam ‘keleboq’ itulah yang membuatkan dia mahir mengawal dan menggelecek bola,” ujar Subri mengimbas kembali zaman kanak-kanak Faiz. Subri berkata, bakat Faiz mula menyerlah apabila membantu Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Laksamana muncul juara zonJerlun. Tapi, apabila

menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, perkembangan karier Faiz agak perlahan kerana sekolah berkenaan tidak aktif dalam bola sepak. Namun, bakat Faiz menarik minat seorang guru, Cikgu Megat yang juga pengurus pasukan bola sepak Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis. Selepas melalui satu ujian, Faiz diterima belajar di sekolah berkenaan, bukan atas kelayakan akademik tetapi kerana bakat bola sepaknya. Ketika mewakili Sekolah Menengah Teknik Arau, Faiz semakin menyerlah dengan membantu sekolah berkenaan muncul juara zon utara

3

3. Kriteria jaringan paling cantik dan mendapat undian tertinggi. 4. Antara nama-nama pemain bertaraf dunia tersohor, yang pernah tercalon bagi anugerah Puskas termasuklah Christiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar, Emmanuel Adebayor dan Zlatan Ibrahimovic.

Pasukan diwakili Faiz * Skuad Piala Presiden Kedah * Kelab Sukan Tambun Tulang (Perlis) * Perlis (2010) * T-Team (Terengganu) (2012) * Kelantan (2013-2014) * Pulau Pinang (2015- kini) * Ujian pemilihan skuad kebangsaan 2012, 2013 dan 2015


3

18 JANUARI 2017

<< DARI MUKA DEPAN “Sejak itu, Mak Long paksa dia makan tauge. Hampir setiap hari Mak Long masak sayur tauge, paksa dia makan sebab nak tengok dia cepat besar macam budak-budak lain,” kata Saadiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kepak, Ayer Hitam, Jerlun, dekat sini. Hal Faiz kerap makan tauge akhirnya sampai kepada pengetahuan orang kampung. Sejak itu, pemain skuad Harimau Kumbang yang muncul sebagai satu-satunya bintang Asia yang pernah memenangi Anugerah Puskas setakat ini, diberi

PENGORBANAN IBU FAIZ

BERBALOI

nama baharu oleh jiran-jirannya, Faiz Tauge. “Walaupun kurus, sejak kecil Faiz sudah tunjuk bakat sebagai pemain bola. Mak Long selalu takut dia cedera. Maklumlah tubuhnya kurus, macam-macam boleh berlaku kalau dia dirempuh pemain lawan yang lebih besar. Sebab itu, Menunjukkan bakat sejak kanak-kanak

2 dalam pertandingan antara sekolah-sekolah teknik. Malah, dia juga muncul sebagai penjaring terbanyak dengan lapan gol. “Selepas itulah Faiz mendapat panggilan menyertai skuad Piala Presiden Kedah. Tapi, sayang, cita-citanya untuk mewakili skuad utama Kedah tersekat apabila gagal menempatkan diri. Mungkin bukan rezeki Faiz untuk menabur bakti di negeri sendiri. “Sebaliknya, rezekinya adalah di Perlis apabila jurulatih kelab Tambun Tulang, Yusri Che Lah menawarkan Faiz mewakili mereka pada 2009 selepas Faiz gagal mendapat tempat dalam pasukan Kedah. Pada tahun berikutnya (2010), Faiz menyertai Perlis yang dilatih oleh Yunus Alif.

Mak Long paksa dia makan tauge banyak-banyak dengan harapan tubuhnya cepat membesar,” imbas Saadiah lagi. Menurut Saadiah, meskipun Faiz bertubuh kecil, dia jarang mengecewakan pasukannya. Setiap kali turun padang, dia selalu menjaringkan gol. “Itu pun satu sebab juga yang buat Mak Long bimbang. Sebagai pemain harapan pasukan, Mak Long sedar dia akan jadi sasaran pemain lawan. Sebab itu, Mak Long mahu dia cepat besar ,” ujarnya. Saadiah berkata, sebagai ibu, dia mahu melihat Faiz berjaya apatah lagi dia memang bersungguh-sungguh dalam sukan tersebut dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak profesional. “Oleh itu, macam-macam cara Mak Long buat untuk memastikan dia membesar seperti abang-abangnya. Walaupun tindakan Mak Long itu seolah-olah memaksa tetapi Faiz tidak pernah bantah,” ujar Saadiah.

“Pada 2012, Yunus membawa Faiz menyertai T-Team. Bagi Pak Long, T-Team adalah pasukan yang bertanggungjawab meningkatkan permainan Faiz sehingga dia berjaya memikat pasukan Kelantan (2013) dan Terengganu (2014) sebelum berhijrah ke Pulau Pinang pada 2015,” ujar Subri. Tahun 2016 sudah pasti paling gemilang bagi Faiz apabila menjaringkan gol tercantik di dunia melalui satu sepakan bebas yang dianggap ajaib sehingga dinobatkan penerima anugerah PuskasFIFA. Dia bukan sahaja pemain pertama Malaysia melakukannya malah yang pertama di Asia. Ternyata, pemain berusia 29 tahun itu sudah terbang jauh dalam kariernya dari Tok Kepak hingga ke Zurich, Switzerland.

Saadiah bekalkan pisang setiap kali Faiz turun padang Selain tauge, Saadiah mendedahkan dia sering membekalkan Faiz denganpisang setiap kali anaknya itu menghadapi perlawanan. Ini kerana, dia mendapat tips bahawa makan pisang boleh menguatkan otot. “Pernah, Mak Long bawa pisang ke padang untuk diberikan kepada Faiz. Mungkin orang berasa pelik tapi itulah usaha Mak Long sebagai ibu,” katanya. Saadiah tidak pasti sejauh mana tauge dan pisang telah bantu Faiz dalam kariernya. Namun, sebagai ibu, dia berasa bangga dapat memainkan peranan untuk membantu si anak mencapai cita-citanya. Walaupun terikat dengan banyak tanggungjawab di rumah, Saadiah akan memastikan dia berada di tepi padang setiap kali Faiz beraksi. Bukan setakat di sekitar Jerlun mahu pun Alor Setar malah dia dan suami, Subri Kader pernah bermotosikal sejauh lebih 100 km dari Kampung Tok Kepak ke Pulau Pinang semata-mata mahu memberi sokongan kepada Faiz ketika dia mewakili Sekolah Menengah Teknik Arau. “Sejak dia mula mewakili Sekolah Rendah Tengku

Laksamana, Mak Long dan Pak Long tidak pernah ketinggalan menyaksikan dia bermain walau sejauh mana. Begitu juga bila dia bermain untuk Sekolah Menengah Teknik Arau dan kemudian, Piala Presiden Kedah. “Cuma, sejak dia bermain secara profesional dan kerap berpindah pasukan, Mak Long jarang ke stadium terutama apabila ada siaran langsung di televisyen. Namun, setiap kali sebelum dan selepas perlawanan, Faiz akan hubungi Mak Long minta restu dan doa serta melaporkan keputusan perlawanan.” Hari ini, ternyata pengorbanan Saadiah berbaloi apabila Faiz dinobatkan sebagai penjaring gol tercantik dunia untuk melayakkan dia memenangi anugerah Puskas-FIFA 2016 melalui sepakan bebas yang dilakukan ketika Pulau Pinang menentang Pahang pada Februari 2016. Tidak hairan jika Saadiah tidak dapat menahan sebak serta menitiskan air mata melihat anak kelimanya itu naik ke pentas menerima anugerah berkenaan daripada lagenda Brazil, Ronaldo. Walau sekadar menyaksikan detik bersejarah itu melalui televisyen, Saadiah mengaku dia berasa seolah-olah turut bersama Faiz di Zurich, Switzerland, pada malam itu.


4

18 JANUARI 2017

NICKELODEON

bina resort dasar laut MANILA - Rangkaian televisyen kanak-kanak Amerika Syarikat, Nickelodeon mengumumkan akan membina resort dasar laut dan taman tema di sebuah kepulauan terkenal di Filipina. Naib Presiden Eksekutif Viacom International Media Networks yang memiliki Nickelodeon, Ron Johnson berkata, kepulauan Palawan telah dipilih untuk projek itu kerana ia mempunyai pantai yang paling indah di dunia. Dalam kenyataan

kepada AFP, Viacom mengumum­ kan perancangan pembinaan resort berkenaan yang akan dibuka pada 2020 dan dilengkapi restoran dan ruang rehat enam meter dari bawah paras laut. Biarpun pembangunan tersebut dikatakan menyokong perlindungan laut namun ia mendapat tentangan dari kumpulan alam sekitar, Greenpeace yang menganggap pembinaan taman tema itu akan memusnahkan ekosistem marin di kawasan itu dengan pembinaan struktur bangunannya.

BERITA RINGKAS

Seminar kewujudan Melayu KUALA LUMPUR - Kewujudan bangsa Melayu, sebenarnya telah didokumenkan seawal abad kedua lagi, apabila sejarawan Greek Purba, Ptolemy dalam bukunya Geography mengupas perkara tersebut. Di dalam buku itu, Ptolemy merujuk bangsa Melayu sebagai Maleu-Kolon. Hal ini didedahkan dalam seminar berjudul Malay Identity - A Journey Through Anthropology and History anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Antara yang menarik dalam seminar itu ialah pendedahan mengenai pandangan seorang sejarawan purba Cina terhadap bangsa Melayu. Sejarawan abad ketiga itu, Wan Zhen, menulis bahawa bangsa Melayu terkenal sebagai pembina bahtera yang hebat, pelayar dan peniaga yang berjaya. Seminar itu, yang dikendalikan oleh Profesor Datuk Seri Md. Salleh Yaapar, dihadiri oleh lebih 30 peserta .


5

18 JANUARI 2017

PASARAN HARTANAH KEKAL LEMBAP - REHDA KUALA LUMPUR - Pasaran hartanah dijangka kekal lembap pada 2017 dibelenggu isu-isu seperti ketidakmampuan, penolakan permohonan pinjaman yang tinggi serta isu-isu makro-ekonomi seperti peningkatan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang kecil. Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor, (gambar)berkata trend yang mencabar dari tahun lepas, yang menyaksikan penurunan ketara dalam penawaran hartanah, dijangka berterusan sekurang-kurangnya pada separuh pertama tahun depan. “Kami tidak melihat sebarang peningkatan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2017,” katanya pada Forum Prospek PropertyGuru 2017 di sini hari ini. Beliau berkata pasaran hartanah yang lemah menyaksikan jumlah

penawaran hartanah turun sebanyak peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Fateh Iskandar berkata jualan juga susut dengan ketara kepada kira-kira peratus daripada penawaran pada separuh pertama tahun

ini daripada 52 pertus pada tempoh yang sama tahun lepas. Pengurus portal hartanah dalam talian PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandes, berkata dengan siapnya banyak projek-projek baru tahun depan, pasaran hartanah dijangka kekal mendatar dan turun sedikit tahun ini. Beliau berkata kesukaran mendapatkan pinjaman juga satu lagi halangan dalam pemilikan hartanah seperti yang dilihat dalam penurunan kelulusan pinjaman kepada 42 peratus tahun 2016 daripada lebih 50 peratus pada tahun 2015. Bagaimanapun, beliau berkata, ini akan memberi laluan kepada pertumbuhan dalam pasaran sewa yang menjadi satu alternatif kepada mereka yang tidak mampu membeli rumah. “Pasaran sewa dijangka kekal kukuh, dipacu oleh peningkatan golongan muda, pembeli pertama yang

menangguhkan keputusan pembelian rumah mereka, yang akan melihat pasaran sewa di samping terus menyimpan untuk rumah masa depan mereka, ” katanya. Sementara itu, Fateh Iskandar menggesa kerajaan agar membuka skim pinjaman penuh (PR1MA) bagi rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia, yang diumumkan dalam Bajet 2017, kepada pemaju swasta yang membina rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah. Beliau berkata pemaju swasta boleh melengkapkan usaha Perbadanan PR1MA Malaysia, badan yang menyelia pembangunan PR1MA, di kawasan yang agensi itu tidak menjalankan projek. “Anggota Rehda adalah dari Perlis hingga ke Sabah. Kami boleh membantu membina rumah-rumah PR1MA di kawasan di mana Perbadanan PR1MA Malaysia tidak dapat melaksanakannya,” katanya.

Tahniah atas kejayaan penerbitan edisi sulung

daripada


6

18 JANUARI 2017

#GODOMESTIK, #GOASEAN SASAR 90,000 PENGUNJUNG

BERITA RINGKAS

RADZHA MD RAIEH KUALA LUMPUR – Malay­ sia Inbound Tourism Association (MITA) dengan kerjasama Tourism Malaysia sekali lagi menganjurkan Kempen Galakan Pelancong­ an Domestik terbesar di Malaysia. Dengan hashtag #GoDomestic #GoASEAN, ia membuka ruang luas kepada pengunjung tempat­an dan antarabangsa (khu­sus­nya Negaranegara ASEAN) mendapatkan pakej percutian hebat. Lebih kurang 500 peng­ giat industri pelancongan akan mempamerkan ke­unik­an Malaysia dan ASEAN sepanjang kempen berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Februari nanti bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre. MITA mensasarkan jum­ lah pengunjung seramai 90,000 orang

Pelaburan Berstruktur UOB menang anugerah

sepanjang penganjuran. Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyyab berkata, ekspo pelancongan domestik kali ini adalah inisiatif membantu me­ mulih­kan keadaan ekonomi yang tidak menentu melalui aktiviti sektor pelancongan. “Setelah mendapat indika­ tor positif sebanyak 10.7 peratus pada

tahun 2016, bermakna masih ada ruang untuk kita pulihkan ekonomi Negara. Go Asean pula adalah ruang terbaik untuk kita tonjolkan ke­unik­an budaya Malaysia." tegas beliau. Sehubungan itu, peng­ giat industri pelancongan diseru untuk memanfaatkan peluang ini, sebagai pe­mang­kin terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Angkasa bantu gelandangan

PRESIDEN Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan makanan kepada kira-kira 400 gelandangan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bersama Ketua Pegawai Eksekutuf Kumpulan Angkasa, Nasir Khan Yahaya dan Ketua Pegawai Teknologi Mohd Sofian. Agihan dikendalikan pasukan sukarelawan Angkasa.

UNITED Overseas Bank Malaysia (UOB Malaysia) melancarkan 'tranche' ke enam untuk Pelaburan Berstruktur. Pelaburan Berstruktur yang diperkanalkan oleh UOB ini telah memenangi anugerah Urus Janji untuk Tahun (Deal of the Year) di majlis berprestij Anugerah Produk Runcit Berstruktur (Structured Retail Products atau SRP) Asia Pasifik pada tahun 2016. Pengarah Urusannya, Ronnie Lim berkata dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu, pelabur inginkan penyelesaian baru dan inovatif untuk berkembang. Oleh itu, dengan pelaburan berstruktur ini, mampu membantu pelanggan mendapatkan pulangan stabil sekaligus melindungi kerugian modal.

2 bilion guna produk halal global PASARAN produk halal amat berpotensi di arena global, dengan sasaran kepada lebih 2 bilion pengguna. Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, menggalakkan syarikat tempatan untuk lebih bersedia menawarkan produk dan servis, bagi menampung keperluan halal antarabangsa. Antara sektor yang diberi penekanan termasuklah produk makanan, kosmetik, kesihatan dan produk berasaskan sawit. Tambah Ahmad Maslan lagi, eksport pasaran halal Malaysia pada 2015 berjumlah RM3.9 bilion. Jumlah itu menurut beliau hanya menampung sekitar lima peratus daripada keseluruhan eksport Malaysia ke luar negara, dan mempunyai p o t e n s i besar untuk dikembangkan bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang semakin bertambah.


7

18 JANUARI 2017

luar negara \ BERITA

40 TAHUN VILASA MATI HIDUP SEMULA

NEW DELHI - Disangka mati rupanya masih hidup. Ini yang berlaku di India, apabila seorang wanita balik semula ke rumahnya setelah disangka mati 40 tahun lalu setelah dipatuk ular tedung. Ketika kejadian pada 1976, Vilasa (gambar) yang ketika itu berusia 42 tahun, berasal dari Desa Bidhoo, Kanpur, keluar rumah seperti hari biasa untuk mencari rezeki. Namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila dia dipatuk ular tedung dan pengsan sejurus tiba di rumahnya. Panik dengan keadaan Vilasa, dua anaknya segera

Vilasa pulang selepas 40 tahun membawa mereka ke tabib tapi bisa ular itu gagal dikeluarkan malah Vilasa terus tidak sedarkan diri. Justeru, mereka mengganggap-

nya meninggal dunia lalu menghanyutkan mayatnya di Sungai Gangga. Vilasa kemudiannya diselamatkan oleh dua nelay-

an di sebuah desa, Kannauj dan dibawa ke kuil setempat setelah didapati masih hidup. Dia berjaya diselamatkan namun malangnya hilang ingatan dan tidak tahu siapa dirinya, berasal dari mana dan apa yang berlaku pada dirinya. Setelah 40 tahun berlalu, dan kini dirinya berusia 82 tahun, ingatannya kembali pulih. Malah seperti ditakdirkan, seorang bomoh yang datang ke kuil tersebut mengenali Vilasa lalu membawanya pulang ke rumah. Biarpun semakin dimamah usia, anaknya masih dapat mengecamnya dari tanda lahirnya.

Gemuk lebih seksi !

Monica bersama teman lelakinya

TEXAS – Ketika wanita lain berusaha menguruskan badan demi mendapat berat ideal, berbeza pula dengan seorang wanita dari Amerika Syarikat ini yang berazam untuk menjadi wanita paling gemuk di dunia. Memetik laporan Dailymail.uk berat badan Monica Riley, 27, mencecah 315 kilogram tetapi wanita yang berasal dari Fort Worth, Texas itu berusaha menaikkan berat badannya sehingga mencecah 450kg. Bagi mencapai impiannya, Monica dibantu teman lelakinya, Sid Riley, 25, yang memasak dan menyediakan makanan untuknya.

Riley juga menyediakan satu jag minuman campuran yang mempunyai kira-kira 3,500 kalori dan diminum Monica menerusi corong. Monica yang juga model bertubuh gemuk untuk laman web merancang menggemukkan badannya sehingga tidak mampu berdiri lagi. Kata Monica, “apabila cita-cita itu tercapai, saya bakal menjadi permaisuri kerana semua kehidupan saya diuruskan teman lelaki saya, dia memberitahu semakin saya gemuk, saya kelihatan lebih seksi.”

BERITA RINGKAS

Gali mineral di bulan FLORIDA - Sebuah syarikat di Amerika Syarikat, Moon Express berjaya mengumpul dana bagi menampung ekspedisi menggali mineral di bulan. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Bob Richards memberitahu demikian kepada Florida Today. "Visi kami adalah untuk mengembangkan potensi pembangunan ekonomi dan sosial manusia. Kami juga berhasrat menerajui usaha eksplorasi ke angkasa menggunakan kos yang murah. Ini dapat membantu perkembangan bidang ini, terutama di kalangan pelajar, saintis, agensi-agensi angkasa dan komersial," katanya.

Teksi air berbentuk kacang LONDON - Alain Thebault dan rakannya Anders Bringdal, berjaya mencipta satu prototaip teksi berbentuk kekacang dan boleh belayar di atas permukaan air. Prototaip itu yang dinamakan SeaBubble, telah diusulkan kepada Datuk Bandar London bagi mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk dilepaskan di Sungai Thames, bagi tujuan kajian dan eksperimen. Sebelum itu, SeaBubble telah dijadikan pengangkutan mesra alam di Sungai Seine, Paris.

Kumpul paku ditabur peniaga jahat NEW DELHI - Dalam tempoh lima tahun lalu, seorang lelaki di India sanggup mengutip paku besi yang ditaburkan dengan sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab di sebatang jalan utama di Bangalore. Dalam tempoh tersebut, Benedict Jebakumar, seorang jurutera telah mengumpulkan lebih 50 kilogram paku besi yang ditaburkan di Jalan Lingkaran Luar Bangalore. Segalanya bermula apabila Jebakumar sering mengalami kebocoran tayar kereta apabila menyusuri jalan tersebut dari rumahnya di Banashankari menuju ke pejabat. Pada awalnya, dia berfikir kejadian tersebut hanya kebetulan tetapi selepas menyedari bari-

san kedai tayar yang terletak tidak jauh dari lokasi jalan itu, dia mula sedar bahawa paku yang menjadi punca tayarnya bocor diletakkan dengan sengaja. Dia melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa namun tiada sebarang tindakan diambil. Sejak 2012, Jebakumar meluangkan masa seawal 7 pagi untuk mencari paku besi yang ditaburkan sebelum melakukan perkara yang sama ketika pulang ke rumah. Selain itu, dia turut mencipta alat khas yang dilengkapi magnet untuk mengutip paku-paku selepas kaedah menggunakan tangan menyusahkannya.

Jebakumar turut membuka laman Facebook khas, “My Road, My Responsibility” untuk meninkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang masalah penaburan paku di Bangalore


8

18 JANUARI 2017

Belasungkawa

Mengenang Prof. KK yang hebat! SAYA sangat terkesan apabila menerima berita kematian sahabat saya, Prof. Datuk Seri Dr. Kamarudin Kachar (KK). Persahabatan kami telah terjalin selama 30 tahun terakhir hidupnya. KK adalah insan yang hebat; beliau seorang ne­ garawan terulung, tokoh pendidik dan pentadbir, pembimbing keluarga yang bertanggungjawab, penulis dan sarjana yang hebat, dan yang terutama, beliau juga adalah nasionalis yang cekal. Pada hemat saya, sifat unggul beliau dicorakkan oleh latar pendidikan beliau yang luas. Bermula di Singapura sebagai penuntut di peringkat rendah, beliau kemudian menyambung pendidikan aras menengah di Malaysia. Selanjutnya, menyambung pengajian di United Kingdom (London School of Economics) dan kemudian ke University of New England di Australia. Pendedahan beliau ter­ hadap sistem pendidikan yang berbeza, nyata mem­­ beri pendedahan dan ke­ sedaran untuk me­nam­bah baik sistem pendidikan di negaranya secara ke­ se­ luruhan. Kecemerlangan beliau dalam dunia pendidikan ter­ serlah semenjak usia muda beliau lagi. Ada dikongsinya kepada saya bahawa beliau berjaya me­ nyandang jawatan guru besar pada usia muda. Pengakuan jujur itu turut mendedahkan cerita penuh senyuman, apabila peluang sebagai guru besar itu digunakan sebaiknya untuk membeli sebuah kereta, mengurat seorang guru wanita di sekolah beliau, dan ke­ mudian berakhir dengan perkahwinan. Inilah dia kisah seorang tokoh – kisah yang di­

Allahyarham Dr. Kamaruddin Kachar

Sebagai seorang penulis yang baik, beliau telah menghasilkan siri buku dan penerbitan berkaitan pengurusan pendidikan yang mencakupi semua tahap. Kelebihan beliau bukan sahaja dalam bidang penulisan, malah beliau juga seorang komunikator yang sangat bagus. mulakan dengan sebuah kereta, dan itu jugalah yang menjadikan beliau seorang peminat kereta tegar, dan memiliki banyak koleksi! Saya mula mengenali sahabat saya ini pada 1986, ketika itu saya sedang dalam percutian sabatikal di Universiti Malaya. Tidak lama selepas pertemuan itu, saya bersama isteri dan dua anak lelaki kami telah dijemput ke kediamannya di Kajang. Waktu itu, beliau menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor UPM. Tidak hairanlah pada waktu itu, rumah­ nya dikelilingi hutan yang cantik menghijau, dan turut dipenuhi monyet dan ular sawa! Selepas itu, kami men­ jalin persahabatan erat selama 30 tahun – sebuah persahabatan yang terjalin bukan sahaja antara kami, bah­ kan keluarga kami juga. Sepanjang tempoh itu juga, saya dan Kamarudin turut berusahama me­ ngendalikan kajian, se­ minar dan penerbitan. Masih segar dalam ingatan ini memori sewaktu kami mengendalikan se­ minar ke serata universiti di tanah air, mengupas topik seperti Strategi Menyelia Pelajar PascaGraduan (Postgraduate) dan Pengurusan Pengajian Tinggi.

Beliau seorang yang sangat disukai oleh pe­ lajarnya, dan sering berkongsi pelbagai kisah hidup beliau – sama ada cerita di dalam kelas sehinggalah pengalaman beliau melakukan aktiviti didalam hutan Terengganu. Selama 30 tahun me­ ngenali Kamarudin, saya menyaksikan beliau me­ langkah maju menaiki tangga karier: penasihat kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, Pengerusi Yayasan MARA, Dekan Fakulti Pendidikan Uni­versiti Malaysia Sabah, Ketua Pengakap di United Kingdom, Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) serta pengarah syarikat konsultan pendidikan milik beliau, Prished. Sebagai seorang penulis yang baik, beliau telah menghasilkan siri buku dan penerbitan berkaitan pengurusan pendidikan yang mencakupi semua tahap. Kelebihan beliau bukan sahaja dalam bidang penulisan, malah beliau juga seorang komunikator yang sangat bagus. Dalam ruangan yang terhad ini, saya ingin sudahi penulisan saya dengan menyentuh sedikit tentang nilai dan pegangan sahabat saya ini. Kamarudin adalah seorang yang tegar prinsipnya, terutama

tentang kepentingan menghormati dan mengoptimumkan bakat dan motivasi setiap individu. Tidak bertoleransi dengan sikap bermalasmalas, beliau tidak gemar budaya yang mengabaikan bakat individu. Contohnya, seorang pegawai kanan tentera yang bersara se­ awal usia 45 tahun dan kemudian mengisi masa dengan bermain golf. Beliau berpendapat bahawa sikap sebegitu adalah satu bentuk pembaziran terhadap bakat, di mana usia muda itu seharusnya dioptimumkan dengan berbakti kepada masyarakat, bukannya di­ bazirkan dengan golf. Kamarudin juga adalah seorang pribumi yang ting­ gi pegangan jatidirinya.

Beliau pernah berkola­ borasi dengan kumpulan akademik New Zealand me­ lakukan kajian yang menghubungkan bahasa dan muzik Malaysia dengan Maori. Jatidiri Melayu yang tinggi itu jugalah, men­ jadikan beliau sebagai se­ orang ahli UMNO yang sangat setia. Sebagai penutup, beli­ au merupakan anggota kerajaan yang sangat patuh dan sayang kepada tanah air. Adalah menjadi satu keistimewaan buat saya kerana berpeluang mengenali sosok hebat ini. Saya berharap agar legasi yang ditinggalkan oleh Kamarudin, akan berterusan dan berkekalan. Prof. Don Smart Perth, Australia.


9

18 JANUARI 2017

HDC sasar 1,600 pengeksport produk halal PERBADANAN Pembangunan Industri Halal (HDC) menyasarkan untuk menggandakan bilangan syarikat pengeksport produk halal kepada 1,600 menjelang tahun 2020. Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, sasaran berkenaan adalah susulan

prospek positif pertumbuhan global sejajar unjuran Dana Kewangan Antarabangsa sebanyak 3.4 peratus pada tahun ini. “Prestasi memberangsangkan Hallmas Halal Park pada 2016 menyaksikan pelaburan baharu sebanyak RM 700 juta dalam sektor makanan dan minuman,

RM1,384 juta untuk sektor bahan ramuan dan RM 511 juta bagi sektor lain. Malah, pelaburan halal juga dijangka mencecah RM15 bilion menjelang 2020,” katanya. Di peringkat antarabangsa, jelasnya, HDC menyasarkan negara-negara seperti Jepun, China dan ASEAN selain Indonesia dan Kemboja. Perkembangan mem­berang­ sangkan ini diyakini mampu melonjakkan lagi jumlah pengekspot dari negara ini dan akan menepati sasaran pihak HDC

Honda BR-V gaya mewah harga serendah RM85,800

HARGA serendah RM85,800. Tentu ia berita baik bagi penggemar kenderaan Honda kerana ini adalah harga mampu milik dan ditunggu-tunggu selama ini. Berkonsepkan Crossover 7, tempat duduk sepenuhnya yang bergaya dan praktikal, Honda BR-V yang dikenali sebagai Bold Runabout Vehicle telah dibangunkan khas oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd (HRAP) untuk pasaran Asia dan Oceania dan menjadi model HRAP pertama yang diperkenalkan di Malaysia. “ASEAN merupakan pa­ saran yang berkembang pesat dan berkepelbagaian walaupun pertumbuhan perlahan pada tahun lalu. Kami percaya, peningkatan populasi dan kuasa beli berterusan mampu me­ nyum­ bang kepada per­

tumbuhan pasaran kendera­ an di rantau ini. Setakat ini, jualan Honda mencatat lonjakan besar di rantau ini dalam tempoh lima tahun iaitu daripada 240,000 unit kepada lebih RM400,000 unit dengan peningkatan hampir 70%,” kata Ketua Pegawai Operasi, Operasi Serantau (Asia dan Oceana) Honda Motor Co., Ltd. yang juga Presiden dan Pengarah Asian Honda Motor Co., Ltd., Noriaki Abe. “BR-V ialah sebuah model yang spesifik untuk pasaran Asia dan Oceania. Kami menjangkakan permintaan terhadap model SUV dan kenderaan utiliti akan terus berkembang, selari dengan keperluan pelanggan di rantau ini,” tambahnya lagi. Honda Malaysia me­ nawarkan BR-V dalam dua varian iaitu E dan V. Varian

E ditawarkan pada harga RM85, 800. Manakala varian V pula berharga RM92,800 (atas jalan dengan insurans). Ia datang dengan jaminan tanpa had selama 5 tahun. Sasaran jualan BR-V di seluruh negara ialah 800 unit sebulan. BR-V ini dikuasai oleh enjin 1.5L i-VTEC Honda dan dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda untuk meningkatkan penjimatan bahan api serta menawarkan prestasi pemanduan lebih baik. Padat dengan pelbagai ciri praktikal, ia pasti dapat menarik minat golongan berkeluarga. Rekaan baha­ gian luaran SUV itu menyerlahkan penampilan yang lasak. Manakala reka bentuk solid wing pada bahagian hadapan

kelihatan begitu kemas. Satu set rim aloi dua tona bersaiz 16 inci, roof rail dan lampu nyalaan siang (DRL) melengkapkan lagi rupa luarannya. Kamera dan alat pengesan ketika mengundur juga ditawarkan demi memberi kemudahan kepada pengguna. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam BR-V, anda akan dapat merasai material yang berkualiti tinggi, ruang dalaman luas dan corong pendingin hawa untuk penumpang belakang. Varian V tampil dengan lebih menarik menerusi pelbagai ciri premium untuk segmen B seperti paparan audio & pendingin hawa automatik bersaiz 6.1 inci, butang penghidup

enjin, kemasukan pintar dan kemasan kulit. Selain stereng dengan butang kawalan audio yang dibalut kulit. Bukan itu saja, ia juga diserlahkan menerusi konfigurasi tempat duduk di mana tempat duduk baris kedua boleh dilipat dan dinaikkan (One Touch Tilt & Tumble) menjadi konfigurasi 60:40 dengan hanya satu sentuhan mudah manakala tempat duduk baris ketiga hadir dengan konfigurasi Tilt &Tumble 50:50. Honda BR-V didatangkan dalam lima warna iaitu merah (dark ruby red pearl), Perak (lunar silber metallic), putih (tafetta white) dan warna baharu perang (golden brown metallic).


10

18 JANUARI 2017

BISNES

Belanja RM 1 menang hadiah SHOPEE mencecah capaian 25 juta pengguna di Taiwan dan Asia Tenggara pada tahun 2016. Pencapaian ini merangkumi keseluruhan Asia Tenggara. Oleh itu, Shopee merancang kempen ‘Huat Kaw Kaw’ dengan menawarkan hadiah isti­ mewa sebagai pembuka tirai tahun 2017. Dengan setiap pem­ belian sampul angpau bernilai RM1 menerusi pembelian dalam talian Shopee_mamak, pengguna berpeluang memenangi hadiah utama seperti telefon bimbit OPPO, Huawei dan Samsung.

Sementara hadiah yang lainpula ialah tiket wayang, pakej percutian dan baucer Shopee. Pengarah Urusan Shopee Malaysia, Ian Ho berkata pemberian angpau adalah sebagai simbolik tuah dan ke­ makmuran yang ber­terusan. Dengan itu, mereka yang membeli menerusi talian bu­ kan sahaja boleh men­jimatkan masa malahan juga boleh mendapat hadiah lumayan. Ian Ho menunjukkan telefon bimbit yang menjadi hadiah kepada pengguna bertuah

Empat negeri belum teroka pasaran agro Singapura SINGAPURA - Empat negeri lagi masih belum mencuba untuk memasarkan produk makanan berasaskan agro menerusi Agrobazaar Malaysia di Singapura. “Negeri-negeri itu adalah Sabah, Sarawak, Perlis dan Selangor,” kata Pengurus Besar Agrobazaar Malaysia Noor Hisham. Beliau berkata Agrobazaar Malaysia sentiasa bersedia menjadi platform kepada negeri-negeri ini untuk mempromosi dan memasarkan produk makanan berasaskan agro mereka. “Negeri-negeri ini harus mengambil kesempatan ini bagi memasuki pasaran Singapura kerana sambutan amat menggalakkan,” katanya semasa ditemui di Malaysia Halal Centre, salah satu platform jualan produk tempatan bertempat di dalam Big Box Hypermarket, di sini. Noor Hisham berkata Malaysia Halal Centre sahaja menyediakan kira-kira 4,000 kaki persegi ruangan di Big Box Hypermarket bagi tujuan memasarkan produk keluaran Malaysia. “Ia adalah keluasan terbesar berbanding negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan China yang turut memasarkan produk-produk mereka di dalam Big Box ini,” katanya. - BERNAMA

ANGPAU UNTUK PEMBELI

SUNWAY VELOCITY MALL RADZHA MD RAIEH

SUNWAY Malls melangkah bergaya di awal 2017 dengan membuka sebuah lagi pusat beli-belah terbaharunya dikenali sebagai Sunway Velocity Mall. Beroperasi di Cheras, sebagai gedung cawangan kelima, Sunway Velo City disifatkan yang terbaik untuk industri beli-belah memandangkan lokasinya yang strategik serta kemudahan yang

tersedia di sini. Ketua Pegawai Eksekutif, HC Chan dalam ucapannya berkata Sunway Malls bermula dengan satu pusat beli-belah kemudiannya berkembang dari masa ke semasa dalam tempoh 20 tahun. “Setelah mempunyai lima pusat beli-belah iaitu Sunway Pyramid, Sunway Giza Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival Mall dan terkini Sunway Velocity Mall, kami mahu tahun baru lunar ini

menjadi semakin meriah dengan kepelbagaian aktiviti kepada pengunjung.” ujarnya. Tambah beliau, pengunjung yang membelanjakan sebanyak RM300 (RM200 bagi pemegang kad HSBC Bank) berpeluang menebus sepeket Angpau ‘All Season Prosperity’. Manakala pengunjung yang membelanjakan sebanyak RM3,000 (RM2,800 bagi pemegang kad HSBC Bank) akan menerima syiling emas 999 edisi terhad.

Pengurus Pusat Sunway Giza Mall, Albert Cheock; Pengurus Besar Sunway Putra Mall, Phang Sau Lian Chan; Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, Kevin Tan; Pengurus Besar Sunway Velocity Mall, Danny Lee dan Leo The Lion pada pelancaran sambutan Tahun Baharu Cina.


11

18 JANUARI 2017

BISNES

KARNIVAL CELIK KEWANGAN BANK Negara Malaysia dengan kerjasama industri kewangan menganjurkan Karnival Kewangan ber­ tempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Karnival yang pertama seumpamanya ini disertai lebih dari 100 penyedia perkhidmatan kewangan, kementerian dan agensi kerajaan yang memberikan khidmat simpanan, pem­ biayaan, penghantaran wang, perlindungan insurans atau takaful, pelaburan dan pelbagai lagi. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menyeru orang ramai supaya meneliti kadar pulangan yang diberikan unit saham amanah dan kadar faedah bank sebelum

membuat keputusan untuk melabur. “Jadikan kadar pulang­ an dan faedah tiga institusi iaitu Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd dan Unit Amanah Saham serta institusi perbankan sebagai rujukan sebelum membuat apa sahaja pelaburan. “Banyak penipuan ke­ wangan berlaku hari ini yang kebiasaannya me­ nawarkan harga mu­ rah serta dijanjikan pu­ langan tinggi berbanding kemampuan syarikat be­ sar lain,” ujarnya ketika merasmikan Karnival Kewangan. Sementara itu, Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Muhammad Ibrahim,

BERITA RINGKAS

MAH sumbang RM30,000

Johari (tengah) bersama Muhammad (dua dari kanan) dan pemimpin industri kewangan negara di majlis pelancaran karnival berkata langkah proaktif meningkatkan ke­­­­cairan pasaran tukaran asing telah menampakkan impak dengan pergerakan nilai ringgit dilihat semakin stabil. “Sebagai pasaran ter­ buka, negara kita akan terus terdedah kepada sua­ sana ekonomi dan po­ litikyang sukar dijangka. Jadi, kita perlu mengambil

langkah berhemat dalam mengharungi cabaran global ini.” Karnival yang dibuka baru-baru ini memberi pe­ luang kepada orang ramai meningkatkan kesedaran dan kemahiran mengurus kewangan. Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas untuk pengunjung termasuk kanak-kanak.

Agro Bakti biaya OKU PUTRAJAYA – Agrobank, telah melancarkan program pembiayaan mikro terbaharu, Agro Bakti, yang diperkenalkan khusus buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini. Pembiayaan ini bertujuan bagi memberi modal kerja untuk golongan OKU yang berminat untuk menjalankan perniagaan berasaskan pertanian dan industri asas tani. Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, untuk fasa pertama, Agrobank telah memperuntukkan RM5 juta untuk program pembiayaan Agro Bakti. “Agro Bakti merupakan satu program di bawah peranan pembangunan bank untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti unserved dan underserved,” jelasnya lagi.

ANTARA MANFAAT PEMBIAYAAN AGROBAKTI * Tiada cagaran * Kadar keuntungan serendah 5.5% * Bayaran balik berpatutan dengan kutipan mingguan * Nilai pembiayaan sehingga RM50,000 * Pembiayaan sehingga 100 % daripada jumlah kos * Tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun

SYARAT UNTUK PERMOHON PEMBIAYAAN * Warganegara Malaysia berusia 18 sehingga 60 tahun * Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pertubuhan OKU yang lain * Sedang menjalankan perniagaan berkaitan pertanian dan industri asas tani lebih dari 12 bulan

PERSATUAN HotelHotel Malaysia (MAH) menyumbang RM30,000 kepada dua organisasi kebajikan di Kuala Lumpur. Organisasi tersebut ialah Rumah Solehah yang menempatkan pesakit HIV/AIDS dan Persatuan Komuniti El Shaddai pula mengendalikan anak yatim serta menyediakan makanan kepada 400 fakir miskin di Jalan Ipoh.

Bisnes 'Online' terus kukuh - 11st Street SEBANYAK lima trend E-Perdagangan disenaraikan oleh 11st Street. Kenyataan itu berdasarkan kajian ke atas tabiat membeli-belah orang Malaysia pada tahun 2016. Menduduki tempat pertama iaitu bisnes dalam talian semakin ke hadapan, dengan 85 peratus responden membuat pembelian dalam talian. Trend kedua iaitu ramai pengguna mahukan kaedah pembayaran tanpa tunai lalu menggantikan dengan kad kredit, kad debit atau transaksi perbankan. Tahun 2017 juga akan menyaksikan produk yang dibeli menerusi talian juga berubah.Antaranya ialah pembelian perabot dan barangan peribadi juga dibeli menerusi talian, menduduki tempat ketiga. Seterusnya ialah perkhidmatan logistik juga akan meningkat dengan 60 peratus responden sanggup membayar ekstra RM10 untuk penghantaran laju. Trend E-Perdagangan terakhir ialah lebih banyak peningkatan jualan, lebih tinggi logistik dan juga penambahbaikan dalam khidmat pelanggan.


12

18 JANUARI 2017

GERABAK BAHARU LRT BERCIRI MODEN

Zohari memberi penerangan mengenai ciri pada skrin dalam tren

Sejuta guna MRT sejak lancar KUALA LUMPUR - Selepas 27 hari dilancarkan, Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh - Kajang, kendalian Rapid Rail Sdn. Bhd. telah mencatatkan sejarah, apabila mencapai bilangan pengguna ke sejuta. Ketua Pegawai Ek­ se­ kutif Rapid Rail

Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman menyifatkan pen­ capaian satu juta pengguna itu sebagai satu tanda aras perkembangan perkhidmatan yang positif pada masa hadapan, apabila perkhidmatan MRT beroperasi sepenuhnya. Menurut beliau juga, Rapid Rail akan

KUALA LUMPUR - Canggih dan elegan itulah yang dapat diungkapkan me­ nge­ nai tren generasi ba­ haru Rapid KL laluan Kelana Jaya yang memiliki reka bentuk baru serta struktur sisi melengkung dan bercirikan estitek mo­ den. Reka bentuk dalaman juga diperbaharui dengan suasana yang lebih menarik dan moden. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Datuk Zohari Sulaiman berkata, sebanyak 14 unit tren KLAV (Kuala Lumpur Additional Vehicle) model Bombardier Innovia Metro 300 akan mampu meningkatkan ka­pasiti penumpang LRT Laluan Kelana Jaya sebanyak 30 peratus. Kos yang dilaburkan untuk

konsisten menyediakan perkhidmatan berkualiti. Hal ini sejajar dengan visi syarikat induknya, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), untuk menjadi pe­ nye­dia perkhidmatan pengangkutan awam ber­ taraf dunia kepada masyarakat Malaysia. Stesen yang paling ramai pengguna ialah di Mutiara Damansara, Sungai Buloh, Bandar Utama, Kwasa Sentral dan Semantan.

Pihak media mendengar taklimat daripada Zohari pembelian tren baharu ini berjumlah kira-kira RM 577.5 juta. Tren empat-gerabak tan­pa pemandu ini direka oleh Bombardier Transport dengan dilengkapi dengan ciri-ciri baharu seperti peta laluan dinamik yang menunjukkan arah perjalanan, serta stesen sebelum dan selepas. Setiap gerabak dilengkapi dengan empat unit kamera litar tertutup dan ruang tempat duduk khas untuk orang kelainan upaya (OKU). Tren generasi baharu ini menggunakan kepa­ kar­ an kejuruteraan mi­ nyak pelincir yang ber­ tindak mengurangkan bu­ nyi bising di antara tren dan permukaan roda. Penggunaan LED pada lampu hadapan dan dalaman tren mam­ pu menjimatkan te­na­ga elektrik serta ber­konsepkan mesra alam sekitar. “Kami yakin dengan beroperasinya tren baharu

ini, pengguna setia Rapid KL akan menikmati pengalaman yang lebih bermakna serta keselesaan yang dipertingkatkan se­­ jajar dengan misi ka­ mi menyediakan per­ khidmatan bertaraf dunia,” menurut Zohari. Pada masa ini, LRT Laluan Kelana Jaya ber­ operasi dengan kom­binasi tren empat gerabak dan dua gerabak dengan purata 48 unit tren setiap hari pada waktu puncak. Tren baharu empat gerabak ini akan menggantikan tren dua gerabak sedia ada dimana kapasiti tren dua gerabak hanya boleh membawa seramai 472 penumpang. “Set tren baharu ini akan mula digunakan secara berperingkat mengikut jadual penghantaran oleh pembekal kepada kami yang dijangka di­ terima sepenuhnya pada pertengahan 2017,” tam­ bah Zohari lagi.


13

18 JANUARI 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.

Awang Hitam bermaharajalela di Puchong PERTAMA sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengarang Warta kerana menyiarkan surat saya. Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak senang dengan situasi yang menyakitkan mata dan mengundang rasa tidak sedap hati penduduk di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor. Kebanjiran warga asing terutama warga Afrika di kawasan taman perumahan tersebut bukan satu perkara yang baharu. Ia tidak menjadi masalah sekiranya, mereka ini tidak mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan berkenaan. Namun apa yang menjadi masalahnya ialah apabila segelintir warga Afrika ini berkumpul di sebuah restoran Cina berhampiran dengan kediaman penduduk. Mereka bukan saja menjamu selera, bahkan minum arak dan mabuk. Sudah pasti suasana yang ditimbulkan di situ agak bising

EKSPRESI

Karnival hiburan bertema eletrik

dan mengganggu penduduk sekitar. Mereka juga berasa takut kerana kadangkala kumpulan tersebut bergaduh sesama mereka. Saya harap dengan siaran cerita daripada saya ini, Warta Perdana dapat memanjangkan masalah saya pada pihak berwajib. Semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin. - ARIFFIN, PUCHONG, SELANGOR.

Restoran pohon menghijau BUAT warga kota yang mencari ketenangan, ada sebuah restoran yang mengujakan! Breakfast Thieves di Bangsar menawarkan pengalaman kulinari dalam suasana yang sangat menyelesakan. Dikelilingi pohon menghijau di samping reka bentuk restoran yang cantik, menu di Breakfast Thieves juga semestinya memikat selera.

Sumber dan maklumat lanjut: http://www.timeout. com/kuala-lumpur/ restaurants/ breakfast-thieves-kuala- lumpur#tab_panel_2

KELAB Golf DiRaja Selangor (RSGC), pada 19 Januari 2017 akan menganjurkan Karnival Eletrik TREC’s, satu acara yang penuh kemeriahan. Sumber dan maklumat lanjut: http://www.timeout.com/kualalumpur/things-to-do/trecelectric-carnival#tab_panel_3

Makan sambil menang hadiah

ja Anda penat dengan ker ? yang tak berkesudahan a kay ng Sa di Apa kata lepak kan ma il mb Sa . Sri Petaling ang. aiskrim, boleh bersemb a, Atau kalau bosan jug Lepak cuba permainan “The leh bo tau na Game.” Ma menang hadiah? t Sumber dan makluma ut. eo im w.t /ww p:/ lanjut: htt sng thi ur/ mp -lu ala ku com/ to-do/ jom-lepak

YANG BAIK ITU BUDI... Terima kasih kepada saudara Faiz Rodhuan kerana sudi memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik casting, se­ waktu pertandingan memancing di Putra­jaya pada hujung tahun 2016 Haziq, Pantai Dalam Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada seorang hamba Allah yang membantu saya sewaktu tayar kereta bocor di luar terowong SMART, pada Disember 2016 Khairil Anwar, Taman Medan

Syabas kepada Nur Adlyka Ainul Annuar, pelajar PhD dari Muar yang berjaya menemui bukti kewujudan lohong hitam mega. Beliau merupakan anak Malaysia pertama yang diberi penghormatan, membentangkan kertas kajian tentang penemuan itu, yang berjudul “Black Holes, Green Galaxies, Old Stars & NuSTARs”, di seminar 229 American Astronomical Society, baru-baru ini. Syabas anak Malaysia! Nasrul Hakim, Setiawangsa

Saya menjumpai seekor kucing warna oren berbelang hitam di Pangsapuri Flora Damansara, Blok F. Ada tanda nama “Mark Knofler” pada leher haiwan itu. Iklan mengenai kucing itu, berserta nombor telefon saya ada ditampal di bawah blok F, Flora Damansara

Terima kasih kepada Resque Team PLUS yang telah bantu tukarkan tayar kereta saya di Plaza Tol Kota Damansara, pada 5 Januari lalu, ketika saya masih bercakap dengan petugas bebas tol PLUS, kenderaan Resque Team itu kebetulan masuk ke kawasan parkir, bila memberitahu masalah tayar kereta saya telah bocor, mereka terus memberikan bantuan tanpa perlu merujuk kepada panggilan tefefon yang saya buat.

Abdullah Redza, Damansara

Halimi, Bandar Baru Sungai Buaya

Bengkel seni tenangkan jiwa

TENANGKAN jiwa anda dengan sentuhan seni. The Craft Crowd menganjurkan bengkel kesenian dan aktiviti yang akan dikendalikan termasuklah penciptaan dan rekaan buku nota jenis fauxoori (8 Januari), ilustrasi berkonsepkan botani menggunakan cat berasaskan air (14 Januari), rekaan dan lukisan batik (15 Januari), proses melakar menggunakan berus (22 Januari) serta proses pembuatan sabun (29 Januari). Sumber dan maklumat lanjut, sila layari http://www.timeout.com/ kuala-lumpur/things-to-do/the- craft-crowd-workshops


14

18 JANUARI 2017

KOMUNITI / apa? siapa? dimana? Ruangan ini khusus untuk anda mencari kenalan terpisah atau menyampaikan mesej kepada seseorang yang anda tidak punya akses untuk menghubunginya secara langsung. Untuk mesej anda disiarkan, hubungi kami di pengarang@warta.my dengan menyertakan nama penuh, nombor telefon dan alamat. Bagi mereka yang dicari pula boleh menghubungi kami dengan menyertakan nombor kod untuk kami menghubungi anda. KOD W001 Pada 10 Januari, saya menaiki MRT dari stesen Mutiara Damansara ke Semantan pada jam 8.15 pagi. Di hadapan saya, seorang gadis berkulit cerah, memakai baju kurung hijau muda dan bawal pucci merah. Saya teringin hendak mengenalinya. Saya pula memakai kemeja putih dan berseluar slek hitam. Mohon hubungi saya secepat mungkin – Akmal, Kota Damansara

KOD W002 Saya, Amin Fatah mencari individu yang telah menggesel kereta saya di perkarangan parkir lrt putra Kelana Jaya pada 5 Januari. Setelah mendapat maklum balas dari pengawal keselamatan, saya dimaklumkan sebuah kereta Myvi warna hijau muda telah melarikan diri setelah melanggar kereta saya.Amin Fatah KOD W003 Saya, Norzeha Kamaludin ingin mencari rakan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati tahun 1998-2003. Saya baru kembali dari luar Negara dan berharap sangat untuk bertemu semula dengan mereka. Harap dapat hubungi saya dengan kadar segera. – Zeha, Ampang KOD W004 Mahu mencari rakan terpisah yang bernama Siti Zaleha Hussin yang sama-sama belajar di Universiti Sains Malaysia tahun 1995-1999. Alamat terakhir ialah di Sungai Dua, Pulau Pinang. – Armel, Setapak.

KOD W005 Mahu menjejaki rakan-rakan yang pernah bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu Kelantan dari tahun 1985-1990. Boleh buat perjumpaan semula bila balik kampong nanti – Ayu, Kota Bharu. KOD W006 Rindukan sahabat karib, Abdul Hanan Abdul Manan yang telah lama terpisah sejak tahun 2000. Kami sama-sama bertugas di sebuah bank di Tapah kemudiannya terputus hubungan kerana saya bertukar nombor telefon. – Hanif, Sungai Petani. KOD W007 Pada 13 Januari lalu, jam lima petang, anak lelaki saya yang berusia 11 tahun mengalami kemalangan basikal di jalan berhampiran Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ketika itu dia berseorangan dan telah dibantu oleh seorang lelaki yang katanya dalam usia 30an, berkereta Honda Civic hitam. Saya dan isteri benar-benar berterima kasih kepada lelaki budiman itu. – Farah, Rawang.

KOD W008 Saya ingin berterima kasih kepada jururawat-jururawat wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang telah merawat anak saya selama seminggu di sana. Kebaikkan anda semua tidak terbalas dengan katakata. – Shikin, Pandan Indah. KOD W009 Pada 12 Januari, saya telah kehilangan kucing jantan baka British Shorthair warna kelabu. Saya menyedari kehilangannya tatkala pulangdari bekerja dan dia sudah hilang. Jika ada sesiapa yang menjumpainya mohonhubungi saya dengan kadar segera. – Lucy, Taman Tun Dr.Ismail KOD W010 Saya, Latifah Omar mencari adik angkat saya, Rubiah Iskandar yang telah terpisah 16 tahun lalu ketika bekerja di Sibu, Sarawak. Jika adasesiapa yang mengenalinya boleh hubungi saya untuk mengeratkan kembali hubungan ini.Latifah Omar

Jadilah seperti Azman DALAM dunia ini, rupa-rupanya masih ramai orang baik, yang jujur lagi bertanggungjawab. Inilah teladan di sebalik peristiwa yang saya sendiri alami baru-baru ini. Suatu malam, saya keluar minum teh bersama kawankawan di Bandar Rawang. Keluar dari restoran, saya terus masuk kereta dan jalan. Esok pagi, isteri merungut melihat kereta kesayangannya itu ada kesan langgar. Saya kata, saya tak tahu menahu langsung pasal itu. Belek punya belek, akhirnya kami terjumpa kertas nota bertulis nombor telefon dan nama seseorang yang mengaku telah terlanggar kereta kami dan minta kami hubunginya untuk tuntutan ganti rugi! Nota itu diselit pada pengelap cermin depan dan belakang. Sungguh saya tidak sangka ada insan sejujur itu dalam dunia hari ini. Saya hubungi dia yang bernama Azman. Satu lagi

kejutan berlaku. Rupa-rupanya dia berasal dari tempat yang sama dengan saya. Dan kebetulan pula, aruah bapanya saya kenal kerana pernah jadi pengendali kantin semasa saya bersekolah menengah di Mahang, Kedah, dahulu. Dia berkali-kali minta maaf dan saya kagumi keikhlasan, kejujuran dan sikap bertanggungjawabnya. Moga ini jadi teladan bagi orang lain. Datuk Dahlan Maamor Rawang.


15

18 JANUARI 2017

KL Selepas 12

MALAM Lokasi Bukit Bintang Masa Jam 12 tengah malam – 3 pagi Tarikh 3 Jan 2017

Meriah dan

berwarna-warni kis sedang Seorang peluapkan lukisan yi tekun men ah yang ditemp

FAHMI FAIZ

HARMONI, meriah dan berwarnawarni, itu yang dapat digambarkan terhadap persekitaran Bukit Bintang lepas jam 12 malam. Menggunakan resipi yang cukup mudah dan seimbang dengan menempatkan seniman dari pelbagai latar belakang, maka terhidanglah satu hasil kebudayaan moden bersalut klasik. Moden apabila melihatkan kawasan hutan konkrit Bukit Bintang cantik disirami lampu berwarna-warni, dan elemen klasik pula tertonjol apabila melihatkan betapa berseninya sang seniman yang berbaju polos, dengan batangbatang pensil warna di sebelah mereka, melakarkan coretan indah di atas kanvas. Sejajar dengan jalan utama

Bukit Bintang yang hiruk pikuk meskipun malam semakin larut, barisan pelukis dan artis jalanan kelihatannya ralit mencoretkan kanvas putih, dengan coretan cantik dan abstrak. Ketika dihampiri mereka yang terlalu khusyuk melukis tidak menyambut sapaan. Itu mungkin mesej halus yang cuba disampaikan “demi sesuap nasi, kami terpaksa fokus dan mengabaikan hal remeh�, suatu sikap yang cekal dan kental yang sinonim dengan jiwa sang seniman. Para pengunjung larut malam ketika itu juga tidak melepaskan peluang merakam detik dan saat Bukit Bintang selepas jam 12 malam. Pancaran cahaya ‘flash’ dari telefon pintar, berkelip-kelip sambil lensa dihalakan ke arah para seniman. Melihatkan daya fokus

sang seniman yang bahkan tidak berkeinginan memperkenalkan diri, segera mengingatkan kita kepada Lincoln yang telus mencatatkan diari, meski Amerika ketika itu bermandi darah lantaran Perang Civil abad ke 18. Beralih pula kepada deretan kedai yang bertentangan yang dipenuhi restoran. Tidak usah gusar andai perut dirodok lapar. Berjalan sahaja sekitar beberapa langkah, pengunjung menikmati pelbagai hidangan lewat malam,

Barisan pelu kis Bukit Bintan di g ya gigih berkarya ng malam semak meski in larut

baik hidangan segera (fast food) mahupun hidangan berat yang pelbagai di restoran-restoran sekitar Bukit Bintang. Kemeriahan malam di kota metropolitan kita itu, turut dirancakkan oleh alunan melodi kumpulan pemuzik jalanan. Lagu merdu mereka nampaknya berjaya menusuk kalbu, apabila beberapa pengunjung turut menyanyi bersama, menambahkan rencah keharmonian Kuala Lumpur selepas jam 12 malam.


16

18 JANUARI 2017

WARNA-WARNI / ibu kota

Panorama waktu senja di depan SOGO, sewaktu aktiviti busking bermula

Pertembungan Yin dan Yang di KL

KERIUHAN suasana di hadapan kompleks beli belah SOGO di Kuala Lumpur adalah satu model kepelbagaian warna Ibu Kota. Di satu sudut, seorang anak kecil menyanyi lagu Hindustan sambil lincah bergelak dan menari mengikut melodi. Di sebelahnya pula, seorang lelaki kurang upaya yang kemas berkopiah dan berbaju Melayu, memutarkan cakera padat alunan ayat suci Al-Quran. Inilah yang memberikan warna yang tersendiri kepada Kuala Lumpur dengan imej kontras, ibarat Yin dan Yang. Hiburan berterusan sehing­ galah senja men­ je­ lang. Sekitar jam 6.30

petang, penyanyi lagu-lagu Bollywood cilik dan lelaki kurang upaya itu beredar demi memberi ruang buat sekumpulan anak muda dari kumpulan The Kodok’s membuat persembahan busking. Suasana semakin meriah, apabila seusai peralatan busking dipasang, orang ramai mula memenuhi anak tangga dan kaki lima, bersedia menikmati persembahan. “Saya nak minta lagu “Sudah Ku Tahu”, saya baru lepas putus cinta!” terdengar jeritan dari celahan pengunjung yang berkerumun. Si penyanyi, dengan bijak menjawab: “Kami akan dendangkan lagu yang diminta, cuma

sila jangan menangis terkenangkan si dia.” Orang yang berada di sekitar bertepuk tangan menzahirkan sokongan dan serentak itu juga gitaris memetik melodi sebagai tanda memulakan lagu. Suasana ceria ber­terusan, sehinggalah beberapa detik sebelum Maghrib, kumpulan pemuzik jalanan itu minta izin berehat sebagai menghormati waktu solat. Penonton juga mula bersurai bagi menunaikan tanggungjawab, memberi pengertian bahawa ibu kota yang sarat dengan ragam komunitinya yang pelbagai, masih lagi menyimpan nilai iman dan takwa dalam hati warganya.

Kumpulan The K memberikan pe odok’s rsembahan memukau

rang Gelagat seo ng turut penonton ya yanyi, sama men n suasana b mem uatka meriah k sema in


17

18 JANUARI 2017

Hidangan pecah liur

MAKAN di mana

Ryndu Hot & Grill D ISERIKAN dengan tata rias bercorak kayu membaluti dinding restoran yang membangkitkan suasana seolah berada di cattle ranch, padanan itu dilihat sangat melengkapi set-set menu berasaskan daging yang ditawarkan oleh Ryndu Hot & Grill. Bertempat di pusat komersial Wangsa Maju, pemilik restoran, Azrin Kasah memberitahu, Ryndu Hot & Grill menawarkan menu-menu tempatan dan barat, dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang paling menjadi pilihan ialah rusuk kambing panggang (lamb rack), rusuk lembu (beef ribs), fettuccini dengan ayam panggang, baked fish Florentine dan club sandwich, di samping menumenu yang lain. Paling menepati selera penulis ialah baked fish Florentine. Ikan dori dipanggang sempurna, mengekalkan tekstur isinya. Disirami kuah salmon

Rusuk panggang yang berjus disirami sos istimewa

Ryndu Hot & Grill yang sentiasa dipenuhi pengunjung yang berkrim dan pekat lemak, apa membuatkan hidangan itu tampil istimewa ialah padanan bayam segar dicelur dan digaul bersama kuah penuh Melengkapkan hidangan ialah kentang sagat serta sekeping keju. Di samping itu, turut disajikan ialah rusuk kambing panggang. Tiga keping rusuk kambing panggang yang disusun cantik dan disirami sos istimewa, menyerlahkan paduan rasa yang semestinya menepati selera. Hidangan itu turut dilengkapi sayuran rebus dan jagung manis, memberi dinamika pada tekstur. Bagi hidangan fettuccini dengan ayam panggang pula, kompleskiti rasa terserlah apabila tesktur fettuccini yang lembut dipadankan dengan sekeping ayam panggang bahagian whole leg yang sengaja dipanggang sempurna agar

yang lebih yang krim.

mengekalkan kepejalan. Mula dibuka pada bulan puasa lalu, restoran itu semakin mendapat tempat di hati warga kota, terutama di sekitar Wangsa Maju. Mengutamakan servis penyediaan makanan yang cepat di samping

Club Sandwich yang sarat inti penuh enak

menawarkan konsep makanan fine dining dengan harga berpatutan, pengunjung disaran membuat tempahan awal, bagi mendapatkan ruang duduk yang selesa. Bagi yang pertama kali berkunjung, mereka semestinya rindu kepada Ryndu Hot & Grill. IG: rynduhotgrill

Feftucini dengan ayam panggang yang lazat


18

18 JANUARI 2017

JENAMA \ di sebalik nama

Ad(olf)iDas(sler) asal nama Adidas SIAPA tidak k enal jenama Adidas? Men sahaja sudah yebutnya membuatkan KONSEP LOG kita kagum d produk rekaa O engan nnya. Jenama d Menariknya ar multinasional i syarikat logo yang dir Jerman ini m eka menggunakan enawarkan re kasut, pakaian kaan tiga jalur ini dan aksesori m ya u tinggi. Tidak dah dikenali ng berkualiti hairanlah Ad walaupun dar idas menjadi jauh. Pada m i pengeluar bar ulanya logo A angan sukan d id as h te an rb dan kedua te ya berupa hu esar di Eropah rbesar di dun ruf Adidas, ia. dengan nama Namun begit Adolf Dassler u, jarang yan di atasnya serta g ambil tahu siapa di sebal ilustrasi kasu ik jenama Ad t di idas itu send te n Pengasasnya gahnya. iri. ialah Adolf D assler yang b dengan mem Pada tahun 19 ermula buat kasut su 72, logo Adid kan secara kec mengalami p as kecilan pada erubahan den iltahun 1920. Ta gan menggunakan mbah menar kasut yang d ik, konsep ‘Trefo ibuatnya men il dapat sambu Logo’ iaitu lo daripada rak tan baik go dengan tiga an-rakan dan h jiran tetangg elai d au kerana kualit n menegak. Ia a dek inya. berdasarkan si m b olik semanga Empat tahun t Olimpik yan kemudian, A menggabungk g saudaranya R dolf bersama an tiga benua. udolf Dassler mengambil keputusan m A khirnya setela enubuhkan sy h mengharungi arikat Dassler Brothers OGH pelbagai liku . Kehebatann dan ya mereka kas kejayaan, pad sukan berkual a tahun 1996 ut iti tinggi mem , Adidas menga buatkan ram menyarung k lami modenis ai atlit asut buatan D asi dengan mener assler. Setelah bersa apkan konse ma lebih dua p ‘We K n dan Rudolf k ew d ekad, Adolf then – we kn emudiannya ow now’ yan memutuskan menggambar g berpisah pad untuk kan kejayaan a tahun 1948 m , lalu masingas la a lu membuat kas d an masa kini. masing ut jenama se ndiri. Malahan logo Dari situ lahir baru yang digambarkan gabungan nam nya jenama Adidas iaitu tiga garis a ‘Adi’ dan su miring mem ku kata nam keduanya ‘Das bentuk tanja a ’ menjadikan kan menggambar jenama Adid Uniknya biarp kan kekuatan as . un nama seb , daya enar adalah A tahan serta m namun orang dolf asa depan sy Jerman arikat gergasi itu se memanggiln ndiri. ya dengan nama Adi. Se Ternyata Adol mentara f Dassler meninggalkan Rudolf pula m legasi berseja embuat rah dalam dunia kasut dengan pembuatan k jenama asut dan aksesori Puma. sukan. Biarpu n setelah ketia daannya pad a tahun 1978, anaknya Horst Dassler meneruskan kegemilanga n jenama Adid as ini.

David Beckham bersama kasut tajaan Adidas

AN LABEL ADIDAS ANTARA KEJAYAlar ian dan harian.

Adolf Dassler pencipta kasut Adidas

Bermula dengan kecil-kecilan pada 1920, kini adidas lagenda dalam pembuatan kasut sukan

- Kasut untuk sukan a sejak 1967. nel Messi, - Pakaian sukan direk bola sepak seperti Lio in ma pe a rap be be ja ul Pogba dan - Mena ckham, Mesut Ozil, Pa Be vid Da e, an Zid ine Zined James Rodriguez. untuk sukan tenis. - Pakaian dan kasut n Maria Kirilenko. onal Ana Ivanovic da ssi ofe pr in ma pe ja pakaian, Mena a khas untuk menjual am jen h ala ad lf Go s - Adida untuk sukan golf. kasut dan aksesori un 1970an. sukan kriket sejak tah k tu un uk od pr t ua - Memb bola keranjang terkenal untuk sukan a am jen a ny ng ma - Seme . pada tahun 1960an bi. rag n ka su t bu t da tahun 2000-2002. - Kasu k Amerika Syarikat pa sti na gim n ka su pa ja - Mena


19

18 JANUARI 2017

YUSRI KRU rahsiakan jantina anak 21

Saya tak pernah kacak Hyun Bin 21

FASHA

bahagia anak AMY membesar SEARCH depan suka mata masak 20

23


20

18 JANUARI 2017

FASHA

bahagia anak membesar depan mata “Menjadi seorang ibu tunggal tidaklah semudah seperti yang difikirkan sesetengah pihak, namun saya bahagia kerana anak-anak merupakan kekuatan saya untuk terus melayari dunia seni.”

F

ASHA SANDHA adalah artis yang sentiasa jadi perhatian kerana bakat dan kecantikannya. Bahkan, sejak berpisah dengan bekas suaminya, Jejai, dia seakan ‘pisang goreng panas’ yang laris menghiasi kaca televisyen. Tertarik bertanya Fasha, bagaimana kehidupannya kini dan bagaimana dia membahagikan masanya antara kerjaya dan lakonan. Ibu tunggal ini memberitahu, biarpun kehidupannya kini jauh berbeza dengan dahulu dan dia sangat sibuk dengan kerjaya, namun dia berasa gembira dan selesa. “Mungkin kerana anak-anak saya berada di depan mata. Dahulu, memang agak sedih juga kerana bila saya keluar bekerja, anak-anak masih tidur. Bila saya pulang ke rumah, mereka juga sudah tidur, tapi sekarang saya sudah biasa dengan keadaan itu. Bagi saya, yang penting sekarang, anak-anak membesar di hadapan mata,” jelasnya sambil menambah bahawa dia tidak akan menolak rezeki lakonan sekiranya ditawarkan. Meskipun sudah bergelar ibu tunggal selama hampir setahun sebulan, pelakon cantik dan ibu

kepada dua orang anak ini, masih belum memikirkan untuk mencari pasangan kerana fokusnya hanyalah pada anak-anak dan kerjaya. “Menjadi seorang ibu tunggal tidaklah semudah seperti yang difikirkan sesetengah pihak, namun saya bahagia kerana anak-anak me­ rupakan kekuatan saya untuk terus melayari dunia seni.” ujarnya lagi. Tahun 2017, adalah yang terindah buat Fasha kerana setelah pulang dari Hong Kong hujung Disember lalu, dia telah menerima banyak tawaran lakonan dan menjadi duta produk kecantikan.

Fasha buat demi anak-anak


21

18 JANUARI 2017

Aliff Shukri jadi Badang!

TENTU ramai yang tidak akan menyangka Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 30, akan menjadi pelakon utama filem arahan Prof Datuk Dr A Razak Mohaideen, berjudul Badang. Sekali gus, merupakan kemunculan sulung ahli perniagaan kosmetik itu dalam filem. Untuk mengelakkan pelbagai andaian, kononnya beliau yang menaja filem tersebut, Aliff menjelaskan bahawa dia dibayar untuk berlakon dan bukanlah disebabkan syarikatnya menaja filem tersebut. “Pada awalnya, saya pun tak rasa yang saya akan menjadi pelakon kerana saya hanya tahu menjual jamu sahaja. Tak sangka pula saya dapat tawaran daripada Razak. Memandangkan saya minat berlakon sejak dahulu lagi, saya menerima tawaran ini,” katanya. “Saya tahu, ramai yang menganggap saya berlakon kerana saya menaja filem

ini. Padahal, saya juga terkejut apabila ditawarkan watak utama sebagai Badang, dan tidak menyangka bayaran diberikan juga cukup lumayan,” terangnya lagi. Diajukan soalan, bagaimana penerimaan isterinya Datin Nur Shahida Mohd Rashid, apabila beliau menjadi pelakon utama, katanya lagi, “Pada awalnya dia agak menghalang. Saya bukan mahukan duit, tetapi lebih kepada merealisasikan minat dan mahu menunjukkan bakat lakonan saya. Saya mahu buktikan bahawa saya boleh berlakon dan akan berjaya dalam bidang lakonan.” Apa yang ditampilkan kali ini cukup berbeza daripada apa yang dilihat di kaca televisyen. Dalam filem ini, tiada watak ‘gedik’ ditonjolkan. Aliff akan memegang watak Badang, adiwira yang macho dan bergandingan dengan Fasha Sandha pembawa watak Tisha.

Jantina anak? Biarlah rahsia “ALHAMDULILLAH kandungan Lisa sudah pun memasuki enam bulan dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah. Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini. Mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama,” ujar Pengarah Yusry Abdul Halim mengenai isterinya aktres Lisa Surihani, 31. Yusry Abdul Halim memberitahu hal ini ketika sidang media filem Badang yang mana dia bertindak menghasilkan teknik pengimejan berkomputer (CGI) filem tersebut. Hasil perkahwinan pasangan sama cantik, sama padan ini pada 2012, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015. Pasangan itu dijangka menimang cahaya mata kedua pada April depan. Diajukan soalan mengenai jantina anak mereka, kata Yusry, mereka sudah pun mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan namun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu. “Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini,” katanya.

Seputar Artis

Selena Gomez, The Weeknd berkasih? Nampaknya, The Weeknd sudah ‘move on’ daripada bekas kekasihnya, Bella. Penyanyi R & B dengan nama asal Abel Tesfaye ini tampak intim dengan Selena Gomez selepas makan malam romantis mereka di Santa Monica, California, baru-baru ini. Biarpun mereka belum memuat naik foto sebagai pasangan di akaun media sosial mereka, namun sudah jelas bahawa The Weeknd, 26, dan Selena, 24, adalah “the hot new couple” 2017 ini.

David Beckham bantah kekerasan kanak-kanak Bekas bintang bola sepak, David Beckham telah menghasilkan sebuah video pendek bersama organisasi UNICEFserta lakaran tattoo di tubuhnya untuk menunjukkan bagaimana kekerasan boleh memberi kesan kepada anakanak. Dia memuat turun video kreatif tersebut di akaun Instagram miliknya Disember lalu dengan 'caption', "Kekerasan dapat membekas di hati kanak-kanak selama-lamanya. Saya dan unicef telah bertemu dengan kanak-kanak yang diperlakukan dengan kejam dan saya boleh melihat luka dan tanda yang ditinggalkan. "

Saya tak pernah kacak - Hyun Bin Di usianya yang sudah menginjak 34 tahun, Hyun Bin masih menjadi idola dan diminati oleh ramai gadis-gadis cantik di Korea. Namun, pelakon utama drama Secret Garden ini sama sekali tidak menyedari bahawa dia memiliki wajah yang tampan seperti yang dilaporkan oleh Allkpop.com. Ketika majlis filem terbarunya berjudul Cooperation, dia membuat pengakuan mengejutkan. "Saya rasa, pengarah ingin membuat saya kelihatan tampan untuk melariskan filem mereka. Namun secara peribadi, saya tak pernah rasa yang saya kacak," akui Hyun Bin.


22

18 JANUARI 2017

Ulasan Filem

Permainan video Animasi muzikal menghiburkan!

S

EBUAH filem animasi muzikal komedi dunia haiwan yang mengisahkan Buster Moon (beruang koala) yang memiliki sebuah teater yang sangat popular pada satu ketika dahulu. Namun dek kerana peredaran masa, persembahan teater kurang diminati dan Buster mula dikejar pemiutang dan bank yang ingin melelong premisnya. Dia mendapat idea menganjurkan pertandingan nyanyian sebagai salah satu cara untuk menarik kembali penonton. Banyak haiwan daripada pelbagai latar belakang yang datang untuk mencuba nasib. Buster perlu berusaha mendapatkan kembali kegemilangan teaternya seperti dahulu. Filem muzikal yang fokus kepada nyanyian watak-wataknya yang menarik. Mengumpulkan lebih daripada 85 lagu lama dan baru. Filem ini harus ditonton kerana ia sangat menghiburkan. Di dalam filem ini sebenarnya banyak watak yang diketengahkan, tetapi dua watak lakonan suara dua pelakon yang menarik perhatian adalah Scarlett Johanson dan Taron Egerton. Scarlett sebagai gadis landak punk rock yang mengalami masalah cinta. Namun dia kembali ceria apabila menyanyi dan persembahannya mengagumkan. Matthew McConaughey yang sering membuat lakon suara, tampil lain daripada yang lain dengan watak koala, Buster. Ramai lagi pelakon yang hebat dengan suara yang mengancam dalam ini dikumpulkan bersama. Mungkin watak yang paling lawak adalah makcik iguana dengan mata palsunya itu. Semasa persembahan mereka, rasa macam menonton persembahan live. Walaupun tiada aksi, tapi plotnya disusun dengan kemas supaya kita tak sabar hendak lihat apa yang akan terjadi. Keseluruhannya, filem ini pasti menghiburkan semua.

Filem: SING

Pengarah: Garth Jennings Genre: Animasi 3D, Komedi, Muzikal Pelakon: Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane, Tori Kelly, John C. Reilly, Taron Egerton, Scarlett Johansson Pawagam: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur Nilaian: **** Studio : United International Pictures Pawagam: TGV Sunway Pyramid Masa: 7.15pm

ke pawagam

Filem: Assassin’s Creed

Pengarah: Justin Kurzel Pelakon: Michael Fassbender, Marion Cotillard, Jeremy Irons, Brendan Gleeson, Ariane Labed, Michael K. Williams, Matias Varela, Denis Menochet, Carlos Bardem, Coco Konig, Mohammed Ali. Nilaian: **** Studio : 20th Century Fox Pawagam: TGV Sunway Pyramid Masa: 7.15pm

F

ILEM yang diadaptasi dari sebuah permainan video popular berjudul “Assassin’s Creed” ini adalah salah sebuah filem yang paling dinantikan akhir tahun lalu, khususnya bagi para gamers. Kisah yang menarik dengan adegan pertempuran penuh gaya, membuatkan filem “Assassin ‘s Creed” ini layak untuk ditonton. Namun ada yang berpendapat adegan-adegan dalam filem ini berlatar belakang era moden, yang berbeza sama sekali di dalam permainan videonya yang berlatar belakangkan era klasik. Filem yang diterbitkan 20th Century Fox ini menampilkan lakonan beberapa orang bintang Hollywood terkenal seperti Michael Fassbender, Marion Cotillard, Jeremy Irons, Brendan Gleeson, dan Ariane Labed. Ia digarap oleh pengarah Justin Kurzel. “Assassin ‘s Creed” menceritakan tentang pengembaraan Callum Lynch (Michael Fassbender) yang melayari memori daripada nenek moyangnya melalui sebuah alat genetic memories. Callum, keturunan dari seorang pembunuh bernama Aguilar yang hidup pada abad ke-15 di Sepanyol. Kemudiannya dia dilatih menjadi seorang pembunuh setelah diculik oleh orang misteri yang masih mempunyai hubungan dengan Kesateria Templar, dan dihantar untuk mengambil sebuah artifak bersejarah. Apakah terjadi seterusnya? Untuk kisah selanjutnya, bolehlah menonton di pawagam berhampiran sekarang!

Jom Wayang Filem: DANGAL (Hindi)

Pawagam: GSC MIDVALLEY Masa: 2:20 PM 5:40 PM 9:00 PM 12:20 AM

Filem: ELOISE

Pawagam: TGV 1 UTAMA Masa: 4:45 PM 7:00 PM 9:15 PM 11:30 PM

Filem: THE ICEBREAKER Pawagam: GSC IOI City Mall Putrajaya Masa: 1:30 PM 6:10 PM 8:20 PM 10:25 PM

Filem: LA LA LAND

Pawagam: TGV SURIA KLCC Masa: 11:55 AM 5:15 PM 8:00 PM 10:45 PM


23

18 JANUARI 2017

hobi orang ternama \ HOT SAMBA L SARDI N ALA A Bahan: MY SEA RCH Minyak u ntuk men u m 2 biji baw ang mera is h, dimaya 7 camca ng besar cili kisar 1 tin sard in Garam d an gula s ecukup ra 2 keping sa asam ge lugor 1 labu ba wang be sar 1 biji tom ato, dibe lah empa t Bahan d itumbuk /dikisar: 4 biji baw an 3 ulas ba g merah wang pu tih Sedikit b elacan

Cara me mbuatny a: Panaska n minyak , tumis ba layu. Kem wang yan udian ma gd sukkan b baunya. ahan kisa imayang sehingg a r, tumis s Bubuh cil ehingga i kisar, ka naik cau rata Masukka da n ikan sa rdin, gara n tumis sehingga asam ge p m dan gu lugor. la secuku ecah minyak. Akhir sek p rasa se ali masuk rta kan bawa dengan a ng besar pi kecil s serta tom ehingga pekat. bawang ato, mas layu dan ak Sambal s kuah sed ardin ini b ik it oleh dihid atau lem angkan b peng. ersama n asi panas , roti

Ramai puji masakan Amy

35

TAHUN dalam industri muzik rock negara, nama Shuhaimi Abdul Rahman atau Amy Search tidak perlu diperkenalkan lagi. Kalangan mereka yang berusia sekitar awal 40-an sekarang ini, sememang­ nya ‘membesar’ dengan alunan lagu-lagu dari kumpulan Search. Sekalipun sekadar menyebut sahaja ju­dul lagu seperti Cinta Buatan Manusia, Isabella, Fantasia Bulan Madu, Pawana, ­Gadisku misalnya, ia boleh membuatkan ‘angkatan 40-an’ tadi paling kurang tersenyum sendiri, mengenang zaman remaja mereka sekitar pertengahan 80-an hingga pertengahan 90-an. Ada yang mengenangkan kisah cinta lampau, tidak kurang yang teringatkan pernah menyanyi lagu Search bersama­ ­rakan-rakan, malah ketika itu, ada yang sanggup tangguhkan bayaran asrama sekolah semata-mata untuk gunakan duit membeli tiket konsert Search di ‘funfair’. Itu secebis kisah penangan Amy dan ­pengaruh lagu Search kepada peminatnya. Namun di sebalik lincahnya Amy di­ pentas, mungkin ramai yang tidak tahu Amy sebenarnya gemar memasak. Isteri dan beberapa rakan rapatnya turut mengakui hobi Amy itu dan turut memuji ­masakannya.

Dalam perbualan singkat, Amy ­ emberitahu jika ada kelapangan dia m ­memang suka masak di rumah. Cerita Amy lagi, dia akan membeli sendiri barang keperluan untuk pastikan bahan yang sesuai dan­ secukupnya untuk menjaga keaslian resipi. “Ya, memang hobi saya memasak, saya akan pergi beli sendiri semua barang, pilih ikan dan lain-lain, balik siapkan sendiri, saya suka begitu,” sambungnya lagi. Antara masakan kegemarannya ialah asam pedas, sambal sardin dan ayam­­masak hijau. Selain itu, Amy juga turut menceburi bidang perniagaan, terkini Amy menjual serbuk kopi dengan jenama Phewiiit Coffee.

Amy Search kekal di hati peminat


24

18 JANUARI 2017

RELEKS Si Gemuk, aku tidak akan belanja kamu hari ini!

Oh, ini suatu kebetulan yang menakjubkan - kita bertemu pada waktu makan tengah hari, Poppeye!

Aku bukannya hendak minta kamu belanja aku makan...

..Tapi kamu terlalu curiga - ianya melukakan hati aku, Poppeye...

Semestinya, persahabatan kita ini meninggalkan rasa kasih antara sahabat sejati...

Oh, tolonglah! Dia dah mula merapu...�

SUDOKU

Maaf, aku tak dapat menahan air mata...

Alamak, jangan menangis, Eisman..

Marilah kita kenang persahabatan ini, wahai Poppeye... Bos, burger dengan daging paling lembut

Kata-kata kamu terlalu menyinggung hati aku, Poppeye..

Sepatutnya sebagai sahabat, kamu tak harus layan aku sekejam itu...

Letak juga timun jeruk...

Sesungguhnya, tiada istilah menghendap dalam kamus hidup...


25

18 JANUARI 2017

KLASSIFIED IKLANKAN perniagaan anda di sini!

Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma


26

18 JANUARI 2017

SALAM SEMUT

Suatu pagi di sebuah butik...

P

ADA suatu hujung minggu, saya memer­ hati­ kan satu keluarga comel menikmati sarapan di meja sebelah da­lam se­buah mall popular di Ibu Kota. Tatkala ibu dan ayah menjamu selera dengan nasi lemak, dua anak me­ re­ ka yang berusia an­ tara tiga hingga lima tahun, berkejaran ceria bergelak ke­tawa di sekitar situ. Se­kali sekala mereka sing­ gah di meja ibu ayah minta disuap. Di hadapan gerai ter­ dapat sebuah butik di mana dua pekerja kelihatan be­gitu sibuk melayani pe­ langgan. Dari jarak yang tidak begitu jauh, saya dapat lihat butik itu kelihatannya agak eksklusif. Ini terserlah daripada pakaian yang dipamer, juga hiasan dalamannya. Sudah tentu harga pakaian yang dijual di situ pun bukan murah! Sedang saya menghirup kopi panas yang baru tiba, nafas seakan terhenti tat­kala diperlihatkan de­ ngan suatu kejadian yang tidak diduga. Sesudah disuap oleh ibunya, kanak-kanak lelaki itu terus meluru mengejar adiknya yang berada di

dalam butik. Ketika itu­ lah dia dengan pantas mencapai sehelai pakaian yang dipamer lalu terus mengelap sambal nasi lemak pada mulutnya. Pakaian itu pula putih lalu sangat jelas kesan kotor yang ditinggalkan daripada tindakan kanak-kanak itu. Iyalah, anak kecil… apa­ lah sangat yang dia faham akibat daripada per­ buatannya itu! Tetapi sebagai orang dewasa, saya kira saya tidak seharusnya berdiam diri melihat apa yang berlaku di hadapan mata saya sendiri. Saya harus melakukan sesuatu supaya anak itu sedar akan ‘kesalahan’ yang telah dilakukannya supaya dia tidak mengulangi lagi kelakuan yang sama pada masa akan datang. Kalau tidak ditegur, sampai bila-bila pun dia tidak sedar bahawa apa yang dilakukannya itu salah dan tidak sepatutnya dilakukan. Tetapi, bagaimana cara untuk menyampaikan me­ sej tersebut? Wajarkah un­ tuk saya menegur kanakkanak itu secara langsung di hadapan ibu dan ayahnya? Tentulah tidak, bukan?

ESAN RAVEN MURUG

Lalu apa yang sebaikbaiknya bagi saya adalah dengan memberitahu ibu dan ayah kanak-kanak itu mengenai apa yang te­ lah dilakukan oleh anak mereka. Selepas itu, ter­ serahlah kepada mereka untuk mengambil langkah yang selanjutnya kerana itu bukanlah urusan saya lagi melainkan mereka sendiri dan juga pihak butik. Saya yakin, pasangan itu tidak sedar pun apa yang berlaku dan seharusnyalah mereka diberitahu oleh saya selaku saksi. Apa yang berlaku selepas itu sesungguhnya begitu mengejutkan saya. Sebaik diberitahu mengenai per­ buat­an anaknya, si ibu lan­tas bangun dan terus melangkah ke arah butik itu. Dia membelek-belek pakai­­an yang dicemari kesan

sambal akibat per­­buatan anaknya. Mula­ nya saya menyangka dia mungkin mahu mem­per­tikaikan apa yang saya beritahu mengenai tindakan anaknya itu, ruparupanya tidak. Dia tanpa banyak soal mengambil pakaian itu lalu membawanya ke kaunter dan terus bayar. Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh si ibu begitu mengejutkan dan sama sekali di luar dugaan saya. Saya menjangka, pakai­ an itu dibelinya bukanlah kerana dia suka malah mungkin juga tidak ber­ padanan dengannya dari segi saiz namun semata-mata disebabkan apa yang telah dilakukan oleh anaknya. Ini memang suatu sikap yang mulia dan wajar jadi teladan. Si ibu menunjukkan sifat ber­tanggungjawab atas per­ buatan anaknya tanpa cuba untuk memberikan apaapa alasan bagi menggelak dirinya daripada terpaksa mengeluarkan wang. Andai kata dia memilih untuk buat tidak endah dan berlalu pergi begitu sahaja, tidak ada sesiapa pun selain kami yang tahu, dan dia tidak perlu keluar wang

Kami : >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<

Khairuni Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850

walau sesen pun. Tetapi atas prinsip mo­ ral, juga sudah pasti untuk mendidik anak-anaknya me­mahami apa yang boleh dan tidak boleh dalam pro­ ses pembentukan akh­ lak mereka, si ibu telah mengambil satu langkah yang sangat terpuji. Ini sudah pasti akan memberi impak yang besar dalam keperibadian anak-anaknya setelah mereka berupaya untuk memahami apa yang dilakukan oleh ibu mereka kelak. Inilah apa yang saya mahu ketengahkan dalam tulisan saya ini agar ia menjadi teladan bagi kita semua. Ibu bapa, apabila mem­ bawa anak-anak keluar ke tempat awam harus sentiasa memantau dan mengingatkan anak-anak untuk berkelakuan baik, dan jika mereka ingkar, harus bersedia untuk me­ lakukan apa yang se­ patutnya. Janganlah sampai orang lain menegur, nanti kita sendiri yang ter­sing­gung malah boleh membawa perbalahan atau pergaduhan. Sama-samalah kita ingat mengingati!


27

18 JANUARI 2017

gaya hidup \ TRENDY

Baju kotak segar sepanjang zaman DISARUNG oleh personaliti seranggi Eddie Vedder, sehinggalah kepada tokoh politik tersohor seperti Presiden Jokowi, kemeja jenis kotak nyata koleksi yang harus ada dalam rak baju jejaka yang versatil. Malah Jokowi ketika berkempen jawatan Gabenor Jakarta, bersama gandingannya, Ahok yang kini menggantikan beliau untuk jawatan itu, telah menjadikan kemeja kotak sebagai imej personaliti mereka. Ahok yang kini bergandingan dengan Djarot masih menggunakan baju kotak sepanjang kempen untuk mengekalkan jawatan mereka pada pilihan raya bulan depan. Dalam kata lain, baju kotak bukanlah imej picisan, digemari oleh pelbagai lapisan malah boleh dianggap antara fesyen yang segar sepanjang zaman. Mula menempa populariti seawal era revolusi industri Amerika Syarikat pada abad ke 18 – apabila pekerja kilang dan industri berat zaman itu tampil dengan pesona maskulin menyarungkan kemeja jenis kotak – ianya kemudian diikuti oleh golongan

pembalak, rodeo, pemandu lori dan skaters. Banyak padanan yang sesuai bagi menggayakan kemeja jenis ini. Bagi gaya kasual, ia sesuai dengan seluar jeans, atau dijadikan kemeja luar dengan baju T. Bagi memadankan ia dengan aktiviti formal pula, kemeja kotak seeloknya daripada jenis slim-fit, dan dipadankan dengan kot berwarna kontra serta seluar khaki. Semestinya kemeja kotak adalah penyelesaian yang ideal, bagi jejaka yang sentiasa sibuk. Sarungkan ia dengan jeans, dan anda akan tampil ranggi dan penuh maskulin. Padankan pula kemeja yang sama dengan sehelai celana chino dan jaket Harrington, dan makan malam anda bersama pasangan pasti lebih romantik.

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my


28

18 JANUARI 2017

LIBUR

Antara negara pertama yang perlu dikunjungi apabila ke Eropah-dan mungkin hanya satu-satunya negara yang wajib anda pergi jika pelan asal jelajah seluruh Eropah tidak menjadi kerana kekurangan bajet!

Ada apa dengan Switzerland? AMIR FARHAN APA yang menarik tentang Switzerland? Pertama, ia memiliki tasik dalam bandar yang bersih dan cantik seperti di pulau-pulau peranginan. Pernahkah anda terbayang, keluar saja dari rumah, di depan mata adalah tasik indah luas terbentang macam dalam filem? Di Switzerland, bukan saja depan rumah tetapi di tengah-tengah bandar pun ada sungai dan tasik yang mengalirkan air jernih bewarna biru kehijauan seperti air laut. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 7,000 buah tasik di Switzerland. Masa di Geneva, penulis terpesona melihat anak-anak kecil main air tasik yang terletak betul-betul dalam bandar. Air tasik sangat jernih hingga menampakkan dasarnya. Semasa di Zurich, terdapat ramai rakyat tempatan berkelah di tasik bersama kawan-kawan atau ahli keluarga selepas waktu kerja. Tahukah anda, air paip di Switzerland boleh terus diminum kerana ianya berkhasiat? Tanyalah orang-orang Switzerland, air apa yang mereka minum setiap hari? Jawapannya ialah air paip. Switzerland terkenal sebagai negara yang memiliki kualiti

air bersih terbaik di Eropah. 80% sumber air di sini dialirkan daripada mata air semula jadi, air bawah tanah dan selebihnya dari tasik-tasik. Kerajaan Switzerland juga mengamalkan kawalan kualiti air yang sangat ketat untuk memastikan kualitinya terjamin. Di sesetengah tempat, kamu boleh minum air terus dari tasik! Di tengah bandar pula banyak disediakan paip air untuk diminum. Hanya bawa botol air sendiri. Patutlah masa di Zurich dan Bern, penulis tidak nampak rakyat tempatan beli air mineral. Rupa-rupanya mereka minum air paip. Air paip di Switzerland dikatakan mengandungi ‘kalk’ (kalsium) yang bagus untuk badan dan kualitinya lebih baik daripada air mineral. Jika anda gemar bermain salji tetapi tidak mahu datang ke Switzerland ketika musim sejuk, anda harus singgah ke Jungfrau. Jika di negara-negara lain, anda melawat ketika hujung atau awal tahun untuk melihat salji. Tetapi di Jungfrau-ia kawasan bersalji sepanjang tahun yang terletak di glasier Aletsch. Bayangkan, anda boleh main snow board semasa musim panas di sini. Inilah

29


29

18 JANUARI 2017

Easybreath mask

dengannya aktiviti snorkelling lebih mudah SIAPA yang tak suka snorkeling bila bercuti ke pulau. Masalahnya, topeng snorkeling yang disediakan majoritinya berbau ‘semacam’, berkulat dan tak berapa bersih. Menyedari masalah ini, Jenama Tribod memperkenalkan topeng khas untuk memudahkan anda melakukan aktiviti snorkeling yang dipanggil Easybreath Snorkeling Face Mask. Easybreath merupakan topeng snorkeling muka penuh pertama di dunia yang membolehkan anda bernafas seperti biasa menggunakan hidung ketika bersnorkeling-berbanding mulut jika menggunakan corong pada gear snorkeling biasa. Paling penting, topeng Easybreath boleh dibeli untuk kegunaan anda sendiri dan tidak perlu dikongsi oleh beribu orang yang boleh menjadikannya cepat kotor. Topeng snorkeling Easybreath ini memiliki mekanisma pintar untuk membolehkan bahagian dalam topeng tidak dimasuki air. Satu corong khas mengunjur ke atas dan keluar dari permukaan air dihasilkan yang membantu proses menyedut dan melepaskan udara

28 keistimewaan destinasi Jungfrau yang turut digelar Top of Europe dengan ketinggian 3,454 meter di atas paras laut. Ingin merasai betapa 'feel' melihat panorama alps dari kereta api paling curam di dunia? Kamu nak rasa betapa ‘feelingnya’ melihat pergunungan Alps yang

Tips menggunakan easy­breath mask : • Tidak boleh menyelam terlalu dalam. Maksimum 1 meter. Jika lebih, anda akan berasa tidak selesa pada bahagian muka. Remember, it’s a snorkeling mask, not a scuba diving mask!

melalui hidung ketika berada di dalam air. Apa yang menarik, Easybreath menawarkan sudut penglihatan 180 darjah untuk anda berasa lebih puas melihat ikan-ikan berenang di depan mata dan landskap indah terumbu karang dalam air. Usah risau tentang kabus pada topeng kerana Easybreath menggunakan sistem pengudaraan dwi aliran yang merupakan sistem yang sama digunakan dalam industri pengekstrakan kipas. Jadi tidak perlu ikut petua lama iaitu letak air liur dekat cermin sebelum pakai untuk elak kabus. Dengan Easybreath, anda pakai sahaja dan

terindah? Bersedia untuk berasa kagum di sepanjang perjalanan menaiki kereta api bergigi (cog wheel) untuk ke puncak gunung Pilatus dengan ketinggian 2,132 meter. Ya, naik ke puncak gunung dengan kereta api, bukan hiking. Sungguh bijak pereka sistem kereta api ini, Eduard Locher-Freuler, anak jati Zurich yang mana ciptaannya membolehkan

terus terjun ke dalam air! Berita baiknya, kini Topeng snorkeling Easybreath boleh dibeli secara online di laman sesawang Malaysia iaitu www.decathlon. my pada harga RM250 (tertakluk kepada perubahan semasa). Ada empat saiz ditawarkan iaitu S, M, L dan XL.

• Cuba elakkan topeng muka dimasuki pasir jika snorkel berhampiran dengan pantai. Pasir juga boleh mengakibatkan corong udara pada baha­gian atas tersumbat dan menyukarkan peng­ aliran udara keluar dan masuk. • Tidak begitu sesuai untuk lelaki yang memiliki jambang 'lebat' kerana molekul air akan dapat menembusi ruang-ruang halus di kawasan tersebut seterusnya meyebabkan ruang muka akan dipenuhi air.

PERHATIAN

Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my

kereta api ini beroperasi di Pilatus sejak tahun 1889 lagi. Sehingga hari ini, ia masih merupakan laluan kereta api paling curam di dunia. Di puncak Pilatus, ada dua buah hotel iaitu Pilatus Kulm dan hotel Belleuve yang menawarkan bilik dengan semua pemandangan menghadap pergunungan Alps. Keindahannya tidak tergambar dengan katakata! Beli fridge magnet tidak lagi dianggap unik ketika melancong. Di Swiss Army Knife Museum di Brunnen, dengan bayaran sebanyak 30 CHF (RM120), kamu bukan saja dapat cenderamata yang rare malah boleh buat sendiri pisau Swiss Army pelbagai guna daripada koleksi SPARTAN sambil

dibantu oleh pakar di sini. Material yang digunakan adalah material sebenar dalam pembuatan pisau Swiss Army. Bila dah siap, anda boleh ukir nama sendiri pada pisau tu. Ini barulah rare! Pendek kata, memang

Keindahan panorama Swiss yang menakjubkan

banyak keunikan Switzerland yang boleh anda terokai. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan penerbangan Swiss Air dengan transit di Singapura. Layari www. swissair.com untuk maklumat lanjut.


30

18 JANUARI 2017

ANALISIS PAKAR TERHADAP SEPAKAN FAIZ TATKALA Faiz Subri melakukan sepakan percuma dengan lencongan luar biasa mengelirukan penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Nourdin dan kemudiannya mencecah jarring, sekalian penonton yang berada di Stadium Bandaraya, Georgetown ketika itu terpinga-pinga. Mungkin ada yang menyangka mereka sedang bermimpi melihat bola melengkok ke dalam gawang menerusi satu gerakan yang kemudiannya jadi buah mulut masyarakat dunia sebagai telah melanggar hukum fizik. Ya, bagaimana dia melakukan sepakan luar biasa itu?

Faiz menendang bola itu, awalnya ia bergerak melencong keluar dari arah ke pintu gol namun kemudiannya ‘menukar’ arah di udara ke sebelah kanan dan terus menerjah gawang. Sungguh fantastik! Terpinga-pinga Mohd Nasril melihat pergerakan luar biasa bola itu. Mengulas keajaiban sepakan Faiz, seorang jurutera kanan dari Jerman, Kerstin Wieczorek berkata pemain tengah Harimau Kumbang itu mungkin menggunakan teknik tendangan dengan bahagian luar kaki di sebelah kiri bola. “Sebab itu bola melencong ke kanan dalam keadaan berputar mengikut

arah jam. Perubahan arah bola itu hingga menyebabkan berlakunya lencongan secara tiba-tiba adalah disebabkan bola itu berputar,” katanya. Menjelaskan lebih lanjut analisisnya, Wieczorek berkata, putaran bola itu bukan sahaja berlaku di arah tepi tetapi juga secara menegak. “Itulah yang menjuruskan bola itu ke arah pintu gol,” ujarnya. Bagi pemerhati bola sepak, ada yang mentakrifkan teknik sepakan luar biasa Faiz sebagai ‘knuckleball’. “Tidak. Itu bukan ‘knuckleball’,” kata Johsan Billingham dari Jabatan Pembangunan Teknikal

Fifa. Menurutnya, ‘knuckleball’ berlaku apabila bola disepak dengan kadar pusingan yang sangat rendah. “Berdasarkan geometri bola dan lokasi berkelium, titik pemisah di mana aliran udara meninggalkan bola berubah semasa bola disepak. Ini menyebabkan kuasa bertindak ke atas bola ke arah yang berbeza dan disebabkan itu, anda kerap melihat trajektori ‘bergoyang’ dalam ‘knuckleball’,” katanya. Mengenai apa yang disebut sebagai ‘keajaiban’ sepakan seperti itu malah ada yang menganggap ia berlaku hanya kerana nasib sebagaimana tohmahan

sesetengah pihak terhadap Faiz, pakar-pakar itu berkata pemain boleh berlatih untuk melakukannya. Selain itu, faktor luaran termasuk suhu juga turut mempengaruhi keupayaan seseorang pemain untuk melakukan sepakan seperti itu. Purata suhu di negara ini antara 25 hingga 30 darjah celsius pada Februari tahun lalu ketika Faiz melakukan sepakan itu, mungkin antara yang membantunya. “Suhu dan altitud pastinya memberikan impak pada penyimpangan bola Keputusan mungkin berbeza jika iklim Malaysia lebih sejuk,” ujar Wieczorek. Menurutnya lagi, jika permainan bola sepak diadakan dalam stadium sama dengan aras laut pada suhu 5 darjah celsius, tendangan seperti itu boleh dilakukan tetapi ia mungkin tersasar dalam jarak 10 cm ke kanan pintu gol. Faiz bernasib baik kerana suhu di Pulau Pinang tidak sejuk, dan sepakannya melencong tepat ke dalam gawang gol Pahang hingga melayakkannya diiktiraf sebagai penjaring gol tercantik dunia 2016.

PENCAK JEBAT ANNUAR PERLU BERSIH NAMA Lepas satu datang satu lagi kontroversi yang membabitkan pasukan bola sepak Kelantan. Macam sudah jatuh tergolek ditimpa pula tangga. Ketika penyokongnya berasa lega kerana akhirnya pasukan itu tidak jadi tarik diri daripada Liga Malaysia, Tengku Mahkota Johor (TMJ) mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan The Red Warriors ditaja oleh UniKL dan Pelaburan Mara Bhd yang kedua-duanya mempunyai kaitan secara langsung dengan MARA. Siap dengan bukti! Kebetulan pula ketika penajaan itu dibuat, Tan Sri Anuar Musa adalah Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) dan pada masa sama Pengerusi MARA. Inilah yang jadi isu! Jebat rasa kalau kedua-dua jawatan itu dipegang oleh orang yang berbeza, soal tajaan tersebut tidak akan dipertikaikan. Betullah

kata Annuar pendedahan itu membuktikan ia dilakukan dengan telus dan tanpa berselindung. Tapi pembabitan Annuar dalam MARA dan KAFA membuatkan orang mula curiga kerana melihat berlaku ‘konflik kepentingan’. Walaupun Annuar sudah jawab isu berkenaan, Jebat rasa beliau perlu bertindak lebih daripada itu untuk membersihkan namanya.

sa bergolok bergadai semata-mata untuk membayar gaji mereka. Akhirnya yang jadi mangsa adalah pemain tempatan yang terpaksa menanggung beban akibat tidak atau lewat dibayar gaji. Janganlah pula kera di hutan disusukan sedangkan anak sendiri kelaparan. Ukur baju di badan sendiri. Tak mengapalah jika pasukan menjadi pasukan belasahan kerana tidak ada pemain import daripada Jebat: Tidak kena mengena dengan Ayda pasukan menanggung beban huJebat. tang. Lebih baik wang itu digunakan untuk melahirkan pemain temKERA DI HUTAN DISUSUKAN patan yang berkualiti. Jebat tidak bersetuju dengan perangai beberapa pasukan yang masih Jebat: Sedar diri. ghairah hendak membeli pemain import menjelang Liga Malaysia yang JANGAN JADI JAGUH KAMPUNG akan bermula 21 Januari ini walauJebat dah lama dok perhati. Sepun mereka sedang menghadapi ma- tiap kali Malaysia hendak menjadi salah kewangan yang kronik. tuan rumah sesuatu kejohanan, Memang diakui kehadiran pe- kita akan membuat persediaan cumain import akan memberi impak kup rapi bagi memastikan atlet kita besar kepada kekuatan pasukan na- memberi prestasi terbaik dan kalau mun apa gunanya jika sampai terpak- boleh kita jadi juara.

Kali terakhir negara menjadi hos Sukan SEA adalah pada 1989 di mana kita muncul di tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 200 pingat. Ia adalah antara pencapaian terbaik kita dalam sukan ini. Pada Ogos tahun ini, kita sekali lagi akan jadi tuan rumah temasya sukan berkenaan. Maka, seperti lazimnya, semua yang terlibat dengan organisasi sukan di negara ini menyusun dan mengatur pelbagai program terbaik untuk atlet sejak beberapa tahun lalu untuk memastikan Malaysia tidak malu di laman sendiri. Memang bagus, tapi mentaliti hanya nak buat yang terbaik bila jadi tuan rumah perlu ditukar. Apa salahnya kita sentiasa mempunyai matlamat untuk menjadi juara biar di mana pun kita bertanding. Jadi, tidaklah orang menggelar kita hanya jaguh kampung! Jebat: Jaguh dam ular.


31

18 JANUARI 2017

SUKAN

Britain iktiraf parkour sebagai sukan LONDON - Britain menjadi negara pertama mengiktiraf parkour sebagai sejenis sukan. Sebastien Foucan, Presiden Parkour United Kingdom ketika menyambut berita gembira itu berkata: “Ini adalah langkah bijak. Akhirnya sukan permainan saya dan rakan selama hampir 30 tahun, mula mendapat pengiktirafan sewajarnya.” Parkour adalah sukan yang menghimpunkan gerakan akrobatik termasuk la-

rian, lompatan dan ketangkasan mengelak halangan sambil melompat di antara bangunan. Sukan ini mula diperkenalkan di Perancis pada tahun 1980-an. Menteri Sukan Britain, Tracey Crouch berkata pihaknya mendapati parkour adalah aktiviti yang sihat lagi menyihatkan. “saya kira ia sesuai untuk jadi acara sukan mendorong anak-anak muda kekal aktif dengan cara yang menyeronokkan,” katanya.

RIZAL DINASIHAT MINTA MAAF

RUDI IRFAN

KUALA LUMPUR - Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Shukor Salleh menasihati pemain pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali supaya minta maaf kepada pengurusan Felda United sebagai langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak. Shukor berkata ini kerana pemain itu jelas melanggar etika sebagai pemain profesional apabila menandatangani kontrak dengan dua pasukan serentak. “Saya tidak pasti bagaimana kedudukan Rizal bersama Felda United walaupun ada dakwaan menyatakan kontraknya bersama pasukan itu terbatal

kerana ketika ditandatangani, dia masih milik Kedah. “Tapi, apa pun status kontraknya bersama Felda, tindakan Rizal itu jelas tidak profesional. Pada saya, dalam isu ini Rizal tetap bersalah kerana dia sepatutnya tahu kedudukan dirinya sebelum menandatangani kontrak dengan pasukan lain. “Jika benar Felda mahu memanjangkan isu ini ke Jawatankuasa Status FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), sudah pasti ia akan berlarutan dalam jangka masa panjang. Lebih merugikan jika Rizal didapati bersalah dan digantung permainan,” katanya. Shukor berkata, walaupun hukuman setimpal patut dikenakan ke atas Rizal

jika dia didapati bersalah namun tindakan drastik mungkin boleh dielakkan jika pemain itu mengambil inisiatif untuk bertemu serta meminta maaf dengan pengurusan Felda. “Sebelum Felda mengambil tindakan lebih jauh, adalah elok jika Rizal mengambil sikap merendah diri dengan mengakui kesilapannya serta meminta maaf kepada pasukan itu. “Mungkin dengan langkah itu, hati Felda akan sejuk dan memaafkan Rizal serta tidak membawa isu ini ke Jawatankuasa Status FAM. Tidak salah mengetepikan perasaan ego dan membuat permohonan maaf jika cara itu dapat menyelesaikan masalah,” ujar lagenda negara itu. Rizal mencetuskan kemarahan Felda apabila mengubah fikiran untuk terus bersama Kedah walaupun didakwa telah menandatangani kontrak bersama pasukan berkenaan. Ini mengakibatkan berlaku perebutan antara keduadua pasukan apabila Kedah mendakwa Rizal turut menyambung kontrak bersama mereka. Ekoran itu Felda dika-

RIZAL cetus kontroversi selepas berpatah balik bersama Kedah. takan akan membawa kes berkenaan ke Jawatankuasa. Status FAM jika ia gagal diselesaikan secara muafakat antara kedua-dua pasukan. Mengulas lebih lanjut isu berkenaan, Shukor melahirkan kekecewaannya dengan sikap pemain sekarang walaupun bola sepak Malaysia telah bertukar status kepada profesional sejak lebih satu dekad lalu. “Isu yang dihadapi oleh Rizal ini bukan kes pertama tapi pernah dihadapi oleh pemain lain seperti Gary Steven Robart pada tahun lalu. Sepatutnya kes terdahulu boleh dijadikan pengajaran oleh pemain lain supaya tidak berulang. “Tapi agak menyedih-

kan, walau pun status bola sepak kita sudah beralih ke era profesional, namun masih ada pemain yang berfikiran amatur. Pada saya, mereka hanya profesional pada status tapi bukan dalam sikap serta permainan. “Apa yang berlaku sekarang adalah pemain hanya memandang gaji sebagai kayu ukur profesional sedangkan erti profesional sebenar tidak mereka fahami. Sebab itu mutu bola sepak kita semakin mundur walaupun sudah berstatus profesional “Saya harap kes Rizal ini adalah yang terakhir, jika berlaku lagi FAM perlu menghukum mereka sebagai satu bentuk pengajaran kepada pemain lain,” kata Shukor.


32

18 JANUARI 2017


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.