WARTA edisi #33

Page 1

PE RC UM A

ISU 33

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

20

Laura ke Hollywood

Keluaran 20 - 26 September 2017

GRADUAN CEREWET?

15

Peluang kerja banyak, masih ada yang menganggur

Koperal suara lunak 24

Ibrahim Shah Abu Shah KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR – Graduan menganggur bukanlah satu feno­mena baharu. Namun adakah perkara ini ter­jadi disebabkan mereka memilih kerja, memilih gaji atau memang ke­kurangan peluang pekerjaan? Ada juga yang tidak ber­ na­ sib baik apabila pergi te­mu­­duga mendapat jawa­pan - “Permohonan anda ga­­ gal kerana kami memerlukan pekerja ber­ pengalaman saja.” Namun, apa jua kesukaran yang dihadapi, para graduan harus mencari cara terbaik demi masa depan mereka dan berfikir ‘di luar kotak’ dalam menentukan bidang kerja mereka, kata Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa.

2,3

Kanak-kanak pintar dunia

MENANGI TIKET DINOSAUR

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA

TERBIT SETIAP RABU

MINGGUAN WARTA PERDANA

Ambil. Baca. Kongsi.

16


2

20 - 26 September 2017

Ubah cara berfikir PETALING JAYA - Tiada pengalaman bukan alasan utama graduan sukar memperoleh pekerjaan, sebaliknya sikap kurang optimis sewaktu temu duga selain gemar memilih pekerjaan menjadikan mereka gagal. Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd Nasir Selamat berkata, sebahagian besar majikan masa kini tidak terkongkong kepada mahu pengalaman berkerja sahaja, malah pengalaman yang mereka mahukan dalam konteks yang lebih meluas. Katanya, golongan graduan semasa temu duga harus bijak mengetengahkan pengalaman mereka di universiti bukan sahaja dari sudut akademik malah aktiviti yang pernah mereka lakukan antaranya program yang disertai dan dengan siapa graduan itu berhubung. “Dengan cara ini pihak majikan akan lebih yakin untuk mengambil graduan itu berkerja walaupun pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar tiada. “Graduan juga perlu menonjolkan sesuatu istimewa mengenai

dirinya saya merasakan pihak majikan dapat bertolak ansur untuk mengambilnya bekerja,” katanya. Menurutnya, minda graduan perlu berubah dan lebih kreatif jika mahu mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Dr. Mohd Nasir turut menegaskan, masalah sukar mendapatkan pekerjaan bukan terletak kepada majikan tetapi diri graduan sendiri. “Graduan kadangkala tidak serius melakukan tindakan. Mereka inginkan kerja tapi tidak serius, kurang bersedia dan akhirnya mencacatkan peluang diri sendiri,” katanya. Selain itu Dr. Mohd Nasir berkata, institut pengajian tinggi (IPT) yang ada perlu membuat satu program bagi pelajar untuk bersedia mencari peluang pekerjaan apabila tamat belajar. Katanya, ia sebagai langkah membantu pelajar mengetahui hala tuju mereka dan mengetahui realiti dunia pekerjaan yang sebenar serta cabarannya. “Program seperti ini sudah diamalkan di UKM kerana kami mahu pelajar selepas bergelar graduan, mereka boleh menerima apa jua keadaan yang dihadapi dalam menempuh alam pekerjaan,” katanya.

Perlu sedia KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR - Ada antara graduan yang gagal mem­peroleh pekerjaan akhir­nya hanya diam di ru­ mah tanpa berbuat apa-apa. Tokoh akademik, Senator Tan Sri Prof Dr. Ibrahim Shah Abu Shah (gambar) berkata, lepa­ san universiti perlu ber­ sedia dan lengkapkan diri dengan kemahiran asas serta sikap yang baik untuk mendapat pekerjaan. Menurutnya, terdapat le­ pasan universiti yang ku­ rang yakin dan tidak tahu bagai­ mana untuk pasarkan diri. “Seseorang lepasan uni­ versiti perlu bersedia dari sudut minda, spiritual, fizi­ kal dan sebagainya se­belum melangkah ke dunia pe­ kerjaan.

“Selain itu mereka per­ lu menonjolkan sikap ber­ disiplin, berfikiran krea­ tif, kritis, komited dan mem­ punyai semangat ingin belajar yang tinggi,” kata­ nya yang juga bekas Naib Canselor Universiti Tek­ no­ logi Mara (UiTM). Katanya, pada masa sama, majikan juga harus relevan dalam memilih jumlah pendapatan yang sesuai graduan ini. “Jumlah gaji perlu di­ sesuaikan mengikut lokasi dan keadaan semasa, na­ mun graduan pun janganlah terlalu memilih sangat. “Dalam soal gaji ini kedua-dua pihak (majikan dan graduan) harus bertolak ansur,” katanya. Dr. Ibrahim juga ber­ kata, graduan yang tidak mendapat kerja jangan terlalu kecewa kerana banyak lagi peluang yang

Dari muka depan Menurutnya, graduan ha­rus bijak meneroka peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka. “Terdapat pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk graduan, dari aspek pembangunan kerjaya melalui Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sehingga kepada pem­ bangunan usahawan muda me­ lalui skim-skim yang di­wujud­kan. “Sepatutnya sekarang ini tidak timbul isu graduan me­ nganggur kerana kerajaan dan swasta banyak mewujudkan platform yang terbaik untuk golongan ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya. Zambri berkata, pada masa kini peluang mencari kerja lebih mudah jika dibanding 10 tahun lalu kerana banyak iklan jawatan kosong boleh dilihat dalam Internet dan media sosial yang boleh diakses di mana sahaja. “Ketika ini terlalu banyak iklan mengenai jawatan kosong di mana sahaja seperti dalam surat khabar dan juga laman sesawang Jobstreet dan sebagainya. “Selain itu, kita juga dapat lihat sendiri hampir setiap bulan berlangsungnya karnival kerja yang dianjurkan pihak kerajaan dan swasta di setiap negeri... inilah yang harus mereka rebutkan,” katanya. Menurutnya lagi, ke­ba­nya­kan graduan yang meng­ ikuti kursus umum, seperti pengajian perniagaan atau pe­ngajian kesusateraan, lulusan ini agak mudah mendapat pe­ luang pekerjaan kerana mereka boleh bekerja dalam pelbagai bidang yang tidak terikat dengan pengkhususan tertentu dan skop mereka juga luas.

“Sekiranya graduan yang keluar dari universiti mengikut pengkhususan tertentu, maka kebanyakan graduan akan ter­ ikat dengan pengkhususan masing-masing sahaja, seperti lulusan perakaunan, maka mereka terikat untuk bekerja sebagai akauntan dan lain-lain lagi. “Pada pendapat saya, inilah yang menyebabkan mengapa isu graduan menganggur tidak berkesudahan. “Namun, golongan seperti ini tidak boleh terlampau harapkan peluang kerja itu sama dengan kelulusan mereka, jika ada peluang tiada masalah namun bagi mereka yang tiada peluang dalam berkerja sektor yang diinginkan, takkan hendak terus menganggur?. “Pada peringkat bergelar graduan pada masa kini, mereka perlu lebih berdaya saing dan usah terlalu memilih kerja kerana putaran masa bergerak pantas dan mereka perlu ber­ gerak seiringan supaya tidak ketinggalan. “Oleh itu mereka perlu kreatif dalam berfikir. Mereka perlu memilih dengan segera, samada untuk menjadi usa­ hawan ataupun melangkah ke dunia pekerjaan,” jelasnya. Menurut Zambri lagi, ke­ banyakan graduan pada hari ini lebih tertumpu untuk be­ kerja di dalam sektor awam yang menyebabkan kadar pe­ ngangguran juga meningkat. “Peluang bekerja di sek­ tor awam semakin hari ti­ dak banyak, kerana antara fak­ tor adalah apabila pihak kerajaan menaikkan had umur persaraan menyebabkan kadar pengambilan kakitangan awam semakin berkurangan. “Apabila pihak kerajaan menggubal dasar semasa pen­ tadbiran dengan

Pameran kerjaya sering diadakan di setiap negeri bagi memberi peluang pekerjaan.

mem­perkenalkan NBOS (National Blue Ocean Strategy), iaitu meng­gabungkan jabatan-jabatan kerajaan dalam pro­ gram itu, ia menyebabkan kekurangan jawatan kosong dalam perkhidmatan awam,” katanya. Zambri juga berkata, pihak kerajaan telah mem­ perkenalkan pelbagai intensif da peluang kepada graduan yang mahu menceburkan diri dalam dunia keushawanan. “Pelbagai intensif kepada golongan ini, dan sekiranya mereka hendak berniaga, kerajaan ada badanbadan berikut, seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang mempunyai geran dan pinjaman khusus untuk usahawan ‘start up,” katanya.

Sementara itu, Zambri me­ nasihatkan kepada golongan graduan untuk sentiasa peka dengan perubahan supaya tidak ketinggalan. “Kegagalan untuk peka terhadap keadaan sekeliling akan menyebabkan golongan ini ketinggalan, lambakan graduan yang menganggur ketika ini adalah kerana mereka tidak berani ‘me­ revolusikan minda’ sehingga ke­ tinggalan. “Revolusi minda ini akan meletakkan graduan berada di kelas tersendiri, dengan syarat mereka akan sentiasa ber­ disiplan dan mengekalkan mo­ mentum tersebut,” katanya.


3

20 - 26 September 2017

a bersaing disediakan untuk mereka. “Mereka yang tidak dapat kerja, boleh berniaga. Pada masa ini pelbagai kemudahan pinjaman dan bantuan lain untuk memulakan perniagaan disediakan oleh kerajaan. “Graduan hanya tertumpu pada bidang pekerjaan sahaja, mereka boleh menjadi usahawan,” kata­nya.

Dr. Ibrahim yang juga Pengerusi Ya­yas­an Minda Malaysia berkata, graduan jangan terkongkong dengan ke­lu­lusan yang mereka ada sahaja. “Mereka perlu pe­mi­kiran yang lebih ter­buka dalam soal pekerjaaan dan kerjaya,” jelasnya.

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai kadar pengangguran di Malaysia.

Pasaran kerja makin meningkat 2017 KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran di Malaysia mencatat purata sekitar 3.3 peratus tahun ini didorong oleh perkembangan aktiviti dagangan global yang semakin positif. Memetik laporan oleh Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) Research pada April lalu menyatakan, perkara itu akan memberi kesan yang positif kepada pasaran buruh ekoran prestasi ekonomi Malaysia yang lebih baik hasil daripada industri yang berasaskan eksport. “Selain itu, harga komoditi yang kukuh juga akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor berasaskan komoditi dan aktiviti hiliran berkaitan. “Dalam masa sama, per­ belanjaan domestik yang dijangka memacu ekonomi negara tahun ini mungkin

memberi rangsangan tambahan kepada industri berasaskan domestik sekali gus berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” jelasnya dalam nota kajian. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, ia menunjukkan kadar pengangguran kekal 3.5 peratus pada Februari 2017 dengan pasaran buruh meningkat 1.5 peratus tahun ke tahun kepada 14.9 juta. Ia disokong oleh pertumbuhan sederhana dalam pekerjaan pada ketika prospek ekonomi yang positif. Dengan berasaskan bulanan, kadar pertumbuhan dalam pasaran buruh dan pekerjaan adalah lebih tinggi berbanding kadar pengangguran. Menurut MIDF Research, trend semasa itu membuktikan ekonomi negara semakin baik dan membolehkan

lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan apabila penyertaan pasaran buruh meningkat 0.1 peratus daripada Januari. “Secara keseluruhan, kadar purata pengangguran di seluruh dunia menunjukkan pasaran buruh yang kukuh di tengah-tengah aktiviti perdagangan global yang semakin pulih. Thailand mi­ salnya, merekodkan kadar peng­ angguran terendah pada Februari dengan 1.1 peratus manakala Korea Selatan pula 4.4 peratus. “Negara-negara membangun turut menunjukkan kadar peng­angguran yang semakin menurun, antaranya Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) mencatat kadar pengangguran pada 9.5 peratus dan 4.7 peratus. Kali terakhir EU mencatat kadar pengangguran pada 9.5 peratus ialah Mei 2009,” katanya.


4

20 - 26 September 2017

Lelaki di sebalik logo VAT 69 MOHD Tawel Jailani seme­mang­ nya tidak dikenali ramai seperti pe­juang kemerdekaan lain, na­ mun jasa yang ditaburkan ter­ hadap negara olehnya tidak ku­ rang hebat. Dia merupakan individu yang bertanggungjawab mem­ buat rekaan lambang Komando 69 (VAT 69) pada 1969 ketika ber­khidmat dalam Patrol 4. Kreativitinya dalam me­ re­ ka lambang Komando 69 yang membawa maksudnya ter­ sen­ di­ ri, menyuntik semangat dan ji­wa perwira dalam setiap ahli pa­sukan unit gerakan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah lambang yang direka olehnya itu masih digunakan sehingga kini. Dia juga pernah bertempur dengan komunis di sekitar Pahang, Kelantan dan Perak sepanjang tempoh per­khid­ma­ tan­nya. Pencapaian bersama pasukannya adalah berjaya membunuh beberapa pengganas komunis, memusnahkan kemkem komunis, menghancurkan ‘food-dump’ komunis serta melumpuhkan rangkaian komunis. Dalam satu klip video program Negaraku sempena sambutan kemerdekaan ke 60, Mohd Tawel diberi peluang buat pertama kalinya menceritakan pengalamannya bersama unit berkenaan.

“Saya berkhidmat dengan Komando 69 selama 35 tahun. Saya telah diarahkan mereka bentuk lambang Komando 69 di mana saya memikirkan nombor 69 yang bermaksud sulit dan elit serta menjadikan kerambit sebagai simbol kepada Komando 69,” “Pada masa itu, adalah kesusahan sahaja dengan peralatan yang kurang serta bantuan yang tidak mencukupi, namun kita harungi dengan bersungguh-sungguh dan yakin ia sebagai satu perjuangan. “Saya berkhidmat dengan Komando 69 selama 35 tahun. Saya telah diarahkan mereka bentuk lambang Komando 69 di mana saya memikirkan nombor 69 yang bermaksud sulit dan elit serta menjadikan kerambit sebagai simbol kepada Komando 69,” katanya. Mohd Tawel juga pernah menjadi pengintip di sempadan Thailand. Malah dengan ke­be­ra­nian­ nya, dia juga pernah menyamar menjadi pasukan sahabat untuk mengelirukan pihak musuh. Pengalaman yang paling ti­ dak dapat dia lupakan adalah di mana dia mengalami kema­ langan jerangkap samar le­ tu­ pan ketika mengejar musuh

Robot kesan bau kaki busuk

JEPUN - Sebuah syarikat di sini mencipta robot anjing yang boleh memberitahu sekuat mana bau busuk kaki anda. Kebolehan tersebut dilakukan menerusi sensor yang kuat dipasang pada bahagian hidung robot itu. Robot yang diberi nama HanaChan itu akan menggerakkan ekor­ nya sekiranya kaki anda tidak berbau busuk. Bagaimanapun, ia akan mula menyalak apabila kaki anda berbau busuk. Robot anjing ini akan terbaring dengan sendirinya seolah-olah peng­ san sekiranya bau terlampau busuk. Bau kaki merupakan sesuatu yang penting di Jepun kerana budaya mereka menanggalkan kasut setiap kali memasuki mana-mana rumah. Malah, bau kaki yang busuk juga dianggap sesuatu yang memalukan di Jepun.

Info logo:

Motto

Warisan Darah Perwira.

Hitam

Simbolik kepada penugasan 69 Komando dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.

Merah

Melambangkan keberanian bagi Perwira perwira 69 Komando.

Kuning

Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.

Lembing / Tombak yang lari ke arah sempadan mengakibatkan dia hilang keupayaan untuk berjalan dan de­ria penglihatan. Pengorbanan serta jiwa ke­ wi­ raan yang dimiliki olehnya de­mi negara yang tidak ternilai ada­lah kisah yang harus di­kong­ si­kan dan ditanam dalam se­tiap

jiwa generasi belia pada ma­sa ini. Atas jasa perkhidmatan dan pengorbanannya dalam me­­lindungi keselamatan ne­­gara, dia dianugerahkan de­ ngan Pingat Khidmat Setia Negara dan Pingat Jasa Kebaktian.

Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawanpahlawan dan pendekarpendekar Melayu.

2 Bilah Kerambit

Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap

Teddy Bear hibur 306 kanak-kanak KUALA LUMPUR - The Giving Bank se­ buah organisasi bukan kerajaan ber­ kolaborasi dengan KL Gateway Mall dan Kementerian Pendidikan Ma­ lay­ sia dalam menganjurkan acara ke­ ba­ jikan bertemakan Hari Teddy Bear Antarabangsa. Seramai 306 kanak-kanak yang ku­ rang bernasib baik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rumah Kebajikan An Najjah, Rumah Charis dan Persatuan Kebajikan Ti Ratana Malaysia berkumpul di KL Gateway Mall Piazza baru-baru ini dirai dengan kehadiran ‘Mr Bean’ dan Teddy Bear. Pengasas The Giving Bank, Dr. Janson Ang berkata, pihaknya berusaha untuk ber­ khidmat dan memberikan bantuan yang sebaiknya kepada masyarakat yang

kurang bernasib baik. “Misi kami adalah untuk menlakukan program amal. Organisasi ini akan terus berusaha untuk membantu semua pihak yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa. “The Giving Bank dengan slogan "The Bank That Gives", juga bertujuan untuk memimpin dalam menggalakkan komuniti, masyarakat dan korporat untuk terlibat aktif dalam kerja amal se­ bagai rutin harian dalam kehidupan me­ reka. “Sejak penubuhan kami pada ak­ hir Disember 2016, dengan jangka pen­ dek 9 bulan, kami berjaya men­ ye­ lesaikan 23 projek dan telah mem­ bantu atau memberi manfaat kepada 1,210 penerima,” katanya pada pro­

gram berkenaan yang turut dihadiri Tim­ balan Menteri Pelajaran I, Datuk P. Kamalanathan, Pengarah Urusan Kum­ pu­lan Suez Capital Sdn. Bhd., Datuk Ter Leong Hing dan Pengarah Suez Capital Sdn. Bhd., Datuk Yasran Hussain. Sementara itu, pengikut media sosial KL Gateway Mall juga boleh mengambil ba­ hagian dalam pertandingan yang dia­­dakan sempena Hari Bear Teddy Antarabangsa. Hanya ‘like’ laman Facebook Gateway Mall atau Instagram dan men­ yer­­ tai Peraduan Teddy Selfie dengan men­gambil swafoto yang terbaik dengan ma­­na-mana teddy bear, tag KL Gateway Mall dan kongsi di media sosial peribadi. Peraduan ini berakhir pada 30 September 2017, jam 12 malam dan pe­ menang akan diberi hadiah misteri.

Seramai 306 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari JKM, Rumah Kebajikan An Najjah, Rumah Charis dan Persatuan Kebajikan Ti Ratana Malaysia berkumpul di KL Gateway Mall Piazza baru-baru ini.


5

20 - 26 September 2017

Wanita Malaysia paling tidak setia? 21

NANTI, jangan serang lagi! Fakta ini bukan aku yang kata tetapi daripada kajian oleh sebuah syarikat kondom. Sekali lagi diulang, kondom bukan kondominium. Kajian yang dijalankan ke atas 29,000 responden wa­­nita di 36 negara, wanita Ghana adalah yang paling ti­dak setia di dunia. Dilaporkan 62% daripada wa­­nita negara Afrika itu men­ga­ ku pernah tipu suami atau te­man lelaki mereka. Wanita Thailand pula di tem­ pat yang kedua (59%) ma­nakala wanita MALAYSIA di tempat ketiga (39%) di­su­­suli Rusia (33%) dan Sin­ga­pura (19%). Mengulas laporan akhbar mengenai kajian itu seorang rakan berkata: “Nasib baik Tun­ ku Abdul Rahman ke­luar­­kan Singapura dari­pa­­da Ma­lay­sia. Kalau tidak, nes­ca­ya ne­gara kita

di tempat yang per­tama wanitanya paling ti­dak setia di dunia.” Bagi aku, kajian adalah ka­jian tetapi bukan semua la­po­ran kajian itu betul. Ia adalah teo­ ri sematamata, apa lagi un­tuk dikatakan tepat dan berpijak di bumi nyata! Lihat sekeliling kita, rakan-ra­kan sepejabat, kawan-kawan se­­kolah atau di universiti dahulu, atau paling dekat, tengoklah is­ te­ ri masingmasing. Itulah karakter kebanyakan wa­nita Malaysia. Adakah ke­ban­ yakan mereka daripada je­nis yang curang? Dan mereka juga tentunya bu­ kan pelanggan kondom – kum­pulan yang jadi sasaran sya­rikat itu! Justeru, apakah wajar untuk ki­ ta terima bahawa wanita MALAYSIA ketiga paling tidak se­­ tia di dunia daripada kajian yang dijalankan ke atas 29,000 wa­­nita di 36 negara itu? Dan jika dilihat daripada ti­ ga negara teratas, MALAYSIA ada­­ lah satu-satunya negara umat Islam yang bermakna, MALAYSIA berada di tempat per­­tama daripada kategori ne­ga­­ra Islam yang wanitanya pa­ling tidak setia! Ini sudah tentu amat sukar un­­

tuk kita terima, apa lagi per­ca­ya! Yang jadi persoalan, tidak ada pula dihebahkan kajian men­­ge­nai tahap kesetiaan le­­laki. Apa mungkin kajian men­ge­nai lelaki sengaja tidak dibuat se­ dangkan kondom adalah un­tuk kegunaan berpasangan. Atau mungkin juga hasil ka­jian men­­genai lelaki tidak di­he­bah­kan atas sebabse­bab ke­sela­ma­­tan (dibaca: ke­­se­la­ ma­tan da­­lam rumah tang­ga). Walau apa pun hasilnya, kita per­­lu melihat kepada apa yang ber­­ laku di sekeliling. Aku tidak bersetuju untuk men­­ gatakan wanita MALAYSIA pa­­ ling tidak setia. Namun se­ ca­ ra relatif, kita tentunya pernah den­ gar atau dihadapkan dengan pel­bagai kisah ketidaksetiaan wa­ nita termasuk yang sudah ber­ kahwin, beranak pinak ma­lah ada juga yang sudah ber­cucu. Status tidak jadi perkiraan un­ tuk menjebakkan seseorang da­ lam kancah cinta tiga segi se­le­pas berkahwin. Ramai wanita ber­suami terlibat dengan kes se­ lingkuh, sama ada dengan anak teruna atau suami orang. Tidak, aku tidak bermaksud un­tuk mengatakan lelaki le­bih baik

berbanding wanita da­lam hal ini. Dan aku juga ti­ dak bermaksud untuk mem­per­le­keh­kan wanita. Selagi ianya tidak mem­bawa me­ reka ke atas katil, aku han­ ya mahu mengatakan soal ha­ ti memang sukar untuk di­ tan­ gani oleh sesiapa jua pun. Orang selalu kata, selagi tidak ke­ na batang hidung sendiri, se­nanglah cakap! Akan tetapi hukum tetap hu­ kum. Tanggungjawab kita sen­ dirilah untuk mengingatkan diri masing-masing bahawa pe­rasaan jangan dilayan, apa lagi sehingga melanggar ba­ta­san dalam pergaulan. Jika merasakan terlalu su­ kar untuk ditangani secara lem­ but, kita perlu bertegas ter­masuk melakukan se­sua­tu yang mungkin boleh me­ lukakan hati orang lain (ju­ ga hati sendiri) dengan me­ mu­tus­kan terus ruang atau talian un­tuk berhubung. Ini untuk men­ gelakkan mudarat yang le­ bih besar, yang boleh pula mem­bawa kepada dosa yang san­gat besar. Sebagai penulis, aku me­ mang biasa dirujuk oleh pem­ba­ca yang mengadu hal ehwal ma­singmasing yang terjebak de­ngan kes

seumpama ini. Daripada hubungan se­ ba­ gai kawan sepejabat, ja­­di kawan paling rapat. Apa­bi­la sudah rapat, mulalah te­­rin­gat-ingat. Daripada ke­­luar makan, bersama-sa­ma pergi ton­ ton wayang. Da­ ripada ton­ton wa­yang, sen­diri pula bi­kin wa­yang. Da­ri­pada yang rin­ganrin­gan, ak­hirnya jadi yang be­ratberat. Da­ri­pada kawan se­pejabat, ke­su­da­han­nya te­rus me­lekat! Ini contoh kejadian yang se­ memangnya banyak ber­la­ku, gambaran daripada orang biasa – lelaki dan wa­ni­ta yang biasa. Ini gambaran situasi ba­ gai­ mana terjadinya kes sua­mi orang dan isteri orang yang bukan asalnya mahu ber­ cinta tetapi daripada ber­ gu­ rau senda, jadi bertepuk ber­tampar dan kemudian go­ sok menggosok hinggalah akhir­ nya, berlaku sesuatu yang pa­ling dilarang. Kerana itu, ber­was­pa­da­lah. Jagalah diri dan isteri ma­ sing­ ­ -masing!

Madrasah terbakar: Bukan masa untuk menuding jari! SAYA tidak tergamak hendak melihat gambar, video malah membaca apa-apa berita pun berkaitan tragedi kebakaran Madrasah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, minggu lalu. Sebaik mendapat berita kejadian itu, saya menangis dalam hati mengenang azab yang ditanggung anak-anak itu ketika api membakar hangus tubuh mereka yang masih suci dan mentah. Zahirnya begitulah tetapi apa yang sebenarnya mereka lalui, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Mungkin atas kurnia untuk hambaNya yang dikasihi, azab pada zahirnya kita lihat jadi sebaliknya sebagaimana yang dilalui Nabi Ibrahim AS ketika dibakar Namrud. Mereka – 23 yang syahid dan tujuh yang cedera – membawa kalamNya, dan mereka adalah termasuk dalam golongan yang istimewa. Kesedihan saya adalah kerana saya sendiri punya anak yang sebaya dengan anak-anak syurga itu, dan anak saya juga tinggal di asrama sekolah agama. Mengenai kejadian itu, maklumat saya perolehi hanya daripada isteri dan kawankawan. Untuk tengok sendiri, tidak! Tragedi melibatkan anak-anak kecil, hati saya memang mudah tersentuh. Cuma kini saya berasa terpanggil untuk meluahkan pandangan atas komen berkaitan tragedi itu oleh individu yang saya dapati cenderung untuk menuding jari sepenuhnya kepada pihak pentadbir madrasah. Mereka menyalahkan pengetua madrasah kerana membuat kenyataan yang mengkategorikan anak-anak itu sebagai mati syahid. Kutukan dilontar ketika punca tragedi pun masih dalam siasatan, belum dikenal pasti. Saya bukanlah semata-mata mahu membela pengetua itu tetapi sekadar mahu minta kita semua bersikap lebih adil. Sebagaimana yang mereka sendiri katakan, soal syahid itu urusan Allah, maka untuk menghakimi pengetua itu dan juga pihak sekolah, mengapa tidak kita serahkan kepada Allah juga? Kita sesama hamba tidak lepas daripada 1,001 kelemahan. Dalam keadaan ini, bagaimana kita boleh terlalu yakin bahawa

kita berada pada kedudukan yang layak untuk mengadili sesuatu yang kita sendiri pun tidak tahu sepenuhnya dan tidak mempunyai maklumat yang secukupnya. Sebelum mengecam pengetua itu secara terbuka di media sosial, sudahkah kita bertanya kepada diri sendiri sejauh mana kita sendiri ada maklumat mengenai madrasah itu. Saya sendiri yang sudah lebih 20 tahun bermastautin di Ibu Kota, pun tidak pernah tahu ada madrasah tahfiz di Kampung Datuk Keramat, dan sudah bertahun-tahun juga saya tidak masuk ke kawasan itu. Saya percaya ramai orang lain pun begitu juga, termasuklah mereka yang mengecam pihak madrasah susulan kejadian. Kalau tidak kerana terbakar dan melibatkan kematian yang ramai, pastinya kita yang tidak tahu kewujudan madrasah itu akan terus tidak tahu sampai bila-bila. Kalau sudah tidak tahu, bagaimana boleh apabila berlaku tragedi seperti ini kita tampil di media sosial seolah-olah kita tahu segala-galanya? Berapa banyak wang kita peruntukkan untuk sumbangan tetap kepada madrasah seperti ini setiap bulan untuk pastikan pentadbir punya dana mencukupi bagi memenuhi piawaian? Itulah yang sepatutnya! Sesungguhnya tiada siapa pun yang mengingini tragedi seperti itu berlaku, termasuklah pengetua madrasah. Tetapi apabila sudah berlaku, apa lagi yang boleh dikatakan? Beliau sendiri sebagai orang yang akan dipertanggungjawabkan, sudah tentu dalam keadaan yang paling tertekan, jauh melebihi kita semua. Cubalah ‘put yourself in his shoe’, apakah ayat terbaik yang paling boleh dikatakan untuk meredakan tekanan dalam keadaan seperti sekarang, terutama menghadapi penanggungan oleh ibu bapa dan keluarga mangsa? Sebagai orang yang mencintai agama, sudah tentulah istilah ‘syahid’ dan ‘anak syurga’ yang paling boleh meredakan kesedihan mereka walaupun pengetua itu sendiri sedar, bukan beliau yang layak menentukan sesiapa jua termasuk anakanak itu akan masuk syurga. Namun

dengan ilmu yang ada, dengan kriteria yang sudah dinyatakan dalam kitab-kitab muktabar, saya kira hanya itu yang paling mampu disebutnya dalam keadaan seperti ini. Dan itu bukanlah bermakna tujuannya adalah untuk berlepas tangan sebagaimana yang dituduhkan kepadanya. Soal tidak mengikut piawaian, bukan di madrasah itu sahaja, mana-mana sekolah agama pun, kebanyakannya begitulah keadaannya. Mereka yang mengasaskannya atas maslahat umat dan agama, berusaha untuk menggerakkan operasi dalam keadaan yang serba kekurangan. Dana sendiri atau yang diwakafkan oleh orang ramai, itulah semata-mata sandaran. Jadi soal daif, uzur, tidak sempurna, tidak dapat tidak, haruslah diakui. Namun, sekurang-kurangnya golongan ini berusaha untuk mengembangkan syiar agama, memenuhi tuntutan ibu bapa yang mahu anak-anak mereka dididik dengan ilmu akhirat yang pada zaman ini boleh dikira diabaikan oleh banyak golongan yang banyak wang. Paling biadab apabila ada pihak menyalahkan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke madrasah seperti itu seolaholah mengabaikan atau tidak ambil berat hal keselamatan anak-anak. Kalau kamu tergamak untuk berkata begitu, tidak ada ibu bapa lain yang tergamak menggadai nyawa anak-anak sendiri atas tujuan apa sekalipun! Soalnya, orang yang tidak tahu apaapa ini bebas menuduh lewat media sosial sedangkan punca sebenar tragedi pun masih disiasat oleh pihak bomba malah bomba sendiri ada mengatakan kemungkinan kes itu berlaku angkara khianat. Kalaulah benar andaian itu, bagi sebuah madrasah yang penghuninya adalah anakanak yang suci bersih dengan serban dan jubah putih, terpancar nur keimanan pada wajah mereka, siang malam berdamping dengan al Quran, sejauh mana kita boleh menduga ada pihak yang mahu menjadikan mereka mangsa hingga memerlukan pihak sekolah berwaspada seperti di kem tentera, lapangan terbang atau penjara? Pada hemat saya, apa yang berlaku

memang patut ini dijadikan pengajaran, titik tolak pada satu perubahan yang besar termasuk juga oleh pihak kerajaan untuk memastikan piawaian dapat dipenuhi dengan dana yang mencukupi bagi membantu sekolah sekolah berdasar agama seperti ini. Mendesak kerajaan akan lebih membantu berbanding kita menyalahkan pihak yang menguruskan madrasah semata-mata. Isunya, bukan saya katakan persiapan dari segi keselamatan tak penting. Itu kena jelas. Isu keselamatan memang tak boleh berkompromi, tetapi sekarang dalam keadaan punca pun kita tak tahu, tak kenalah kalau kita tuding jari pada pihak tertentu sedangkan sebabnya pun kita tak tahu. Kita tidak tahu duduk perkara sebenarnya, melainkan jadi hakim papan kekunci semata-mata. Sama ada benar atau tidak apa yang kita kata, kemungkinan tetap ada untuk kita sendiri yang terpalit dosa! Tambahan pula jika pendapat kita itu dijadikan sandaran oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan perkembangan Islam termasuk daripada kalangan orang Islam sendiri. Bukan kita tidak sedar mengenai adanya gesaan oleh pihak liberalis yang sedang berkembang biak di negara kita supaya sekolah-sekolah seperti ini ditutup. Selain menggunakan tuduhan ekstremis, mereka juga mengaitkannya dengan sebab keselamatan. Apa yang berlaku ini boleh dijadikan modal oleh golongan ini untuk menguatkan desakan mereka, tambahan pula apabila ada pandangan yang boleh dikira menyokong mereka. Janganlah sampai berkubur atau pupus generasi al Quran kerana pandangan kita yang tidak membantu. Justeru, lebih molek untuk kita mendoakan yang baik-baik sahaja, dan tidak mencetuskan dosa sesama kita. Muhamad Mat Yakim


6

20 - 26 September 2017

DUNIA MINGGU INI

COX’S BAZAR, BANGLADESH - Pelarian Rohingya mendepakan tangan mereka untuk menerima bantuan yang diedarkan oleh organisasi tempatan di kem pelarian sementara Balukhali di Cox’s Bazar, Bangladesh.

AHMEDABAD - Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menyentuh patung tiga monyet sambil diperhatikan isterinya, Akie Abe, dan Perdana Menteri India Narendra Modi semasa lawatan mereka ke Gandhi Ashram di Ahmedabad, India.

BOIKONUR - Kapal angkasa Soyuz MS-06 yang membawa krew, Joe Acaba dan Mark Vande Hei dari Amerika Syarikat dan Alexander Misurkin dari Rusia dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa ISS dari pusat pelancaran di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

ANKARA - Polis anti rusuhan menahan para penunjuk perasaan semasa perbicaraan terhadap dua guru Turki, yang melakukan mogok lapar kerana membantah pemecatan mereka di bawah perintah kerajaan berikutan kegagalan rampasan kuasa tahun lepas, di luar mahkamah di Ankara, Turki.

PISA - Robot humanoid YuMi mengendalikan Orkestra Filamarki Lucca yang mengadakan konsert bersama penyanyi terkenal Itali Andrea Bocelli di Teater Verdi di Pisa, Itali.

LIBYA - Pendatang di atas kapal bot getah sedang diselamatkan oleh organisasi SOS Mediterranee semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kapal penyelamat MV Aquarius di Laut Mediterranean, di luar Pantai Libya.


20 - 26 September 2017

Bisnes

IKEA lancar katalog 2018 KHIZAIRI KHIZAN

PETALING JAYA - IKEA Malaysia me­ lancarkan katalognya untuk 2018 bagi pasaran di negara ini yang bertema 'Make Room for Life' dengan fokus utama ke­pa­ da ruang tamu. Pengurus IKEA Mutiara Damansara, Gerard Jansen ber­ kata, katalog itu sebagai rujukan peng­­guna untuk menggunakan se­­pe­nuhnya ruang tamu rumah me­­reka dengan empat asas uta­ ma iaitu rakan, keraian, bermain dan alam semulajadi. “Gaya hidup serta sosial mas­ yarakat di Malaysia sudah berubah dan hiasan ruang tamu mengikut peredaran za­ man dengan perabot IKEA me­ na­­warkan rekaan menarik, mam­­pu milik dan penyelesaian ruang bagi memenuhi fungsi dan emosi isi rumah,” katanya ke­ tika pelancaran katalog ber­ ke­­naan, baru-baru ini. Turut hadir pemenang pin­ gat emas World Memory Championship 2014, Yanjaa

Wintersoul yang mempunyai da­­ya ingatan kuat serta mampu meng­ hafal kesemua 328 muka su­rat katalog IKEA 2018. Antara yang terbaharu da­ lam katalog IKEA 2018 seperti pel­­bagai pilihan produk dan ke­ leng­kapan rumah, tips dan idea dan kerjasama dengan firma re­ kaan terkemuka Denmark, Hay dan Tom Dixon dari Britain un­

tuk idea dekor yang menarik dan unik. Katalog IKEA mula dihantar ke semua rumah di Lembah Klang dan pelanggan boleh juga mendapatkannya di IKEA Damansara dan Cheras serta muat turun aplikasi IKEA Catalogue daripada Apple Store dan Google Play Store dan versi di­gi­tal IKEA.my/catalogue.

Jansen (kanan) bersama Yanjaa pada pelancaran katalog IKEA 2018 di IKEA Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Kempen Al-Awfar raih RM242 juta

KUALA LUMPUR - Kempen Al-Awfar 3xtra Drive 2017 an­­juran Bank Islam Malaysia Ber­had yang berlangsung se­ jak April lalu diteruskan se­ hing­­ga 31 Disember 2017 di ma­­ na hadiah utama berupa ti­ ga kereta AUDI A4 Sedan 2.0 TFSI. Melalui kempen itu, Bank Islam berjaya mem­bu­­ka le­ bih daripada 55,000 akaun Al-Awfar baharu dan per­­tum­ buhan sebanyak RM242 juta bagi suku kedua ta­hun 2017. Dalam kenyataan bank ber­­kenaan, kempen terbabit ber­­jaya menyumbang le­bih 40 peratus kepada per­tum­bu­ han Al-Awfar bagi tahun ini. “Kempen ini s dijalankan ke seluruh negara di mana Bank Islam membawa per­ khid­­matan kaunternya kepada pelanggan dan potensi pelanggan di mana pelanggan boleh membuka akaun dan menerima ganjaran di salah satu hypermarket atau kompleks membeli-belah di mana kempen ini dilangsungkan. “Kempen ini berlangsung di lokasi antaranya Mydin

Meru, AEON Mall Kota Bharu, Melawati Mall, Queensbay Mall, IOI City Mall, The Curve dan Mydin USJ,” katanya. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang kempen itu dilangsungkan, antaranya per­ tandingan mewarna un­ tuk kanak-kanak tadika dan sekolah rendah, pem­ bukaan akaun dengan se­ ge­ ra dan pengeluaran kad debit, paparan kereta AUDI A4 Sedan 2.0 TFSI, maj­ lis penyerahan hadiah ba­ gi suku kedua dan suku ke­ tiga untuk kempen AlAwfar 3xtra Drive 2017 dan cabutan suku tahunan RM1 juta untuk Al-Awfar di lokasi terpilih. Dengan hanya sejumlah minimum RM1,000, peserta akan layak untuk cabutan bulanan, mengikut wilayah dan suku tahunan bernilai lebih daripada RM9 juta hadiah wang tunai dalam setahun, selain daripada tiga hadiah utama kempen tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari www.bankislam.com. my.

HLISB ikrar RM350 juta realisasi program Teras KUALA LUMPUR - Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) berikrar untuk menyumbang sebanyak RM350 juta kepada program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) untuk dua tahun akan datang, menjadikan dana terkumpul program itu kepada RM2.89 bilion. Program yang diasaskan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) itu bertujuan bagi meningkatkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera (PKS) dalam ekonomi Malaysia dengan mem­ ­ bantu mereka bersaing serta mem­ per­ cepatkan pertumbuhan dalam pasaran terbuka. Ketua Pegawai Eksekutif HLISB (CEO), Jasani Abdullah berkata, dana RM225 juta itu akan diperuntukkan untuk pembiayaan modal kerja dan bakinya akan digunakan untuk membiayai pemerolehan aset. "Kami mahu menyediakan ke­mu­ dahan pembiayaan kepada 20 atau 30 syarikat yang berdaftar dengan Teras setiap tahun. "HLISB akan membuat

penilaian berdasarkan potensi mereka untuk meningkat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang termasuk keupayaan untuk mereka ber­ kembang melangkaui sempadan negara," ka­ ta­ nya selepas majlis pertukaran dokumen dana Teras antara HLISB dan Teraju di sini. Tumpuan akan diberikan ke atas in­ dus­ tri seperti pembinaan, infrastruktur, tele­ko­mu­ni­kasi, teknologi pertanian, perkilangan dan mes­ra alam. "Sektor ini telah dipilih berdasarkan keu­ pa­ ya­ an mereka untuk mewujudkan peluang ker­ ja dan kekayaan, termasuk kesan pengganda ekonomi," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh ber­ kata, hingga Julai 2017, sebanyak 310 sya­rikat di bawah program Teras telah me­­nerima pembiayaan untuk pembelian aset dan modal kerja, bernilai RM1.39 bilion. "Kami mengalu-alukan penyertaan HLISB berikutan pengalaman dan kepakaran mereka akan membantu syarikat Bumiputera untuk berkembang dan bersaing dalam Malaysia serta luar negara," katanya.

Orang ramai mengambil bahagian dalam Kempen Al-Awfar 3xtra Drive 2017 yang diadakan di AEON Jusco Melaka, baru-baru ini.

Diari bisnes Food & Hotel Malaysia 2017 (FHM 2017) Tarikh: 26 - 29 September 2017 Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

7


8

20 - 26 September 2017

BISNES

Siemens hasrat jadi peneraju digital negara KUALA LUMPUR – Siemens Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju dan pe­ mangkin peralihan pen­ digitalan selaras dengan Transformasi Nasional (TN50). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Siemens Malaysia, Datuk Prakash Chandran berkata, terdapat beberapa sektor kritikal yang dikenalpasti bawah TN50 seperti teknologi maklumat, alam sekitar dan ekonomi. “Oleh itu bagi merangsang pembangunan pendigitalan, Siemens akan berusaha dalam menyelaraskan dan menyumbang teknologi canggih bagi mencapai matlamat sektor kritikal ini.

“Oleh itu bagi merangsang pembangunan pendigitalan, Siemens akan berusaha dalam menyelaraskan dan menyumbang teknologi canggih bagi mencapai matlamat sektor kritikal ini. “Langkah pendigitalan kami sudah dilaksanakan oleh beberapa divisyen Siemens Malaysia, seperti Industri 4.0 oleh kilang digital, proses dan pemacu, grid pintar melalui pengurusan data meter bawah pengurusan tenaga, pusat penjejakan ramalan pemantauan jauh oleh perkhidmatan penjanaan kuasa dan set kereta api tanpa

pemandu untuk KVMRT dan LRT3 bawah mobiliti,” katanya pada majlis Shaping Digitalization-Malaysia & Siemens: Our Journey Together di sini, baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Chua Tee Yong dan Ahli Lembaga Pengarah Siemens AG Rantau Asia/Australia,

Aztech Blink, kamera tanpa wayar

Aplikasi telefon pintar mampu mengarahkan fungsi kamera Aztech Blink.

KUALA LUMPUR – Memiliki kamera keselamatan pada masa kini sudah menjadi keperluan. Namun, banyak kamera ke­ selamatan di pasaran yang sukar untuk dipasang kerana memerlukan system pendaiwaian lengkap. Bagi ia memudahkan sesiapa sahaja yang mahu memiliki kamera keselamatan bagi mengawasi rumah ataupun pejabat. Kamera ini dilengkapi dengan kit permulaan, yang terdiri daripada Modul Sync Blink dan Blink Camera. Anda boleh membeli kamera tambahan dari Aztech jika anda perlu mengawasi kawasan yang lebih luas. Apa yang anda dilakukan ialah pasangkan 'Mod Sync' ke dinding, sambungkannya ke aplikasi Blink pada telefon pintar melalui WiFi dan siap separuh jalan. Seterusnya, anda perlu memilih untuk menambah kamera pada aplikasi dan ikut arahan dan voila. Apa yang menjadikan Aztech Blink istimewa ialah ia merakam klip pendek dalam masa satu sehingga 10 saat, apabila perjalanan pengesan

gerakan, dengan jangka masa yang panjang rakaman dalam kerja sekarang. Anda akan menerima pem­ beritahuan pada aplikasi apabila berlaku rakaman dan anda dapat menonton klip itu, serta menonton Paparan Langsung kamera supaya dapat melihat apa yang berlaku dalam satu masa. Semua klip yang dirakam dalam rangkaian kamera ini dengan masa maksimum 7200 saat atau keseluruhannya dua jam. Setelah penuh dirakam ia akan mengganti fail yang lama dengan baru. Anda juga boleh melaraskan kepekaan kamera sekiranya anda mendapat banyak penggera palsu, dan juga memilih apabila kamera online dan offline, bermakna anda boleh menjadualkannya untuk mulakan rakaman hanya apabila anda berada di luar dan sekitar. Selain itu, Aztech Blink mempunyai ‘one-way microphone’, jadi bukan sahaja anda dapat melihat apa yang berlaku, anda juga boleh mendengarrnya.

Pengurusan Tenaga, Cedrik Neike. Sementara itu Chua ber­ ka­ ta, pendigitalan bukan se­ka­dar kata-kata, ia realiti yang mempengaruhi setiap as­pek gaya hidup termasuk ke­ hidupan seharian, ca­ ra kerja, beriadah, me­ lan­cong, mengikuti per­k embangan se­­masa dan uru­­san jual beli. “Peru­ b a­­h a n yang di­ c e­t u s ­ k a n

oleh pendigitalan me­ning­kat­ kan permintaan pekerja b e r­k e m a h i r a n ting­gi dan mem­ buka peluang p e­k e r j a a n baru,” jelasnya.

Rakyat Malaysia paling ramai guna WhatsApp KUALA LUMPUR - Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna in­ ter­ net di Malaysia mencatatkan peng­ gunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata menurut laporan itu juga, media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook iaitu sebanyak 58 peratus peng­ guna, YouTube sebanyak 26 peratus dan 13 peratus, masing-masing bagi WeChat dan Instagram. Salleh berkata laporan itu tu­ rut menyatakan rakyat Malaysia men­ da­ pat­ kan berita melalui media sosial se­ ban­ yak 86 peratus, bercetak (45 peratus), te­­ le­ visyen (54 peratus) dan radio (15 peratus). “Selain itu, peranti utama yang di­ gu­ nakan adalah telefon pintar iaitu se­ banyak 65 peratus, komputer 45 peratus dan tablet 18 peratus,” katanya dalam ca­­ tatan terbaru di laman blog www.sskeruak.blogspot.my, hari ini. Menurut Salleh lagi, kajian lain yang dibuat oleh organisasi berbeza, TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan WhatsApp dengan jumlah 77 peratus, diikuti Facebook Messenger dengan 41 pe­ratus. Salleh berkata faktor penggunaan in­ter­net yang tinggi di negara ini adalah dise­ babkan Malaysia mempunyai kemu­da­han dan penembusan internet yang baik. “Pengguna kita kerap menggunakan WhatsApp kerana banyak kelebihannya an­taranya mudah dan cepat untuk ber­ hu­bung dan berkongsi maklumat, pe­ ran­ taraan berkesan dalam sesebuah orga­ nisasi kerana setiap saat arahan

atau makluman boleh dikirimkan tanpa bata­san masa dan menjimatkan kos. “Bagi peniaga, ia dapat memudahkan me­ reka memperluas perniagaan ma­ sing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi manakala dalam politik, WhatsApp merupakan alat kempen po­ litik yang berkesan dan meluas. “Bayangkan satu kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli. Jika se­ se­orang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang singkat be­ liau sudah boleh berkongsi maklumat de­ngan 2,000 orang,” katanya. Jelasnya, penggunaan WhatsApp ju­ ga mempunyai keburukan iaitu yang pa­ ling ketara apabila ia digunakan untuk men­ ye­ barkan maklumat yang salah hingga bo­ leh menjatuhkan maruah seseorang, apa­ tah lagi jika terdapat ahli kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan sehingga men­jadi tular. “Saya mendukung kebebasan mak­ lu­ mat tetapi janganlah menggunakan WhatsApp untuk menjatuhkan krea­ di­bi­li­ti pihak lain dengan berita yang tidak te­ pat. Ini kerana WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Kua­ sanya seperti pisau tajam yang boleh men­cederakan. “Gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakkan diri daripada menabur fitnah. Bila se­ muanya teratur baik, kita tentunya bang­ga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi pengguna WhatsApp terbanyak dunia,” katanya.


9

20 - 26 September 2017

AL-FATIHAH Sembah Takziah atas kemangkatan

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN, TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH D.K, D.K.H, D.K.M, D.M.N, D.U.K, D.M.K, D.K. (Kelantan) D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K (Perlis), DK (Negeri Sembilan), D.K (Johor), D.K (Terengganu), D.K (Perak), D.K (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M, S.M.D.K, S.H.M.S, S.G.M.K, S.P.M.K, S.S.D.K, Grand Cordon of the Order of The Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Andripradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honorable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K, Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Cordon of the Supreme Order Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand), Hon. Ph.D (UUM).

1927 - 2017 28 November

11 September

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan dalam kalangan para aulia, syuhada dan solihin daripada


10

20 - 26 September 2017

JIMBA-JIMBA

MBPJ ke arah bandar raya hijau AZLAN ZAMBRY

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan lagi usaha untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya hijau dan mampan melalui program PJ Car Free Day atau Hari Tanpa Kenderaan Petaling Jaya pada 10 September 2017 lalu. Program berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 1 petang dan telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain. Menurut Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai satu usaha pemeliharaan tenaga dan sumber bagi mengurangkan penggunaan kenderaan supaya dapat mengawal pencemaran udara di bandar. Katanya lagi, program ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan penggunaan karbon secara holistik. Zainun juga berkata, program PJ Car Free Day telah diperkenal sejak tahun 2013 dan program ini diadakan sebagai usaha inisiatif Local Agenda 21 Petaling Jaya untuk mencapai matlamat bandar raya berkarbon rendah iaitu Low Carbon Cities Framework (LCCF). “Penganjuran program kali kedua pada tahun 2017 ini,

merupakan inisiatif MBPJ untuk meningkatkan penggunaan peng­ ang­ kutan awam di samping menggalakkan masyarakat menukar mod perjalanan daripada kenderaan bermotor kepada 'green active transportation' seperti berbasikal dan berjalan kaki.’ katanya lagi. Sementara itu, Zainun ber­kata, penganjuran pro­ gram ini turut mem­ berikan peluang ke­ pada masyarakat awam untuk me­ lakukan aktiviti ko­ muniti bersama keluarga di Taman Bandaran Kelana Jaya. “Antara aktiviti yang diadakan bersempena PJ Car Free Day 2017 ialah PJ Fun Ride, info hunt, larian kostum, zumba, persembahan busking, kenderaan saji (food truck), santai budaya 3.0, pertandingan mewarna, senamrobik, per­ tandingan nyanyian, pertandingan skate board, BMX dan lain-lain lagi. Zainun berkata, pihaknya berharap menerusi program ini, masyarakat akan menyokong usaha MBPJ dalam merealisasikan mencapai matlamat bandar raya berkarbon rendah, hijau dan bebas halangan.

Basikal klasik turut memeriahkan program.

“Sasaran MBPJ pada masa akan datang ialah masyarakat setempat lebih mengutamakan pe­ ng­ gunaan ke­mudahan p e n g­a n g ­ kutan awam, berbasikal, berkenderaan hybrid dan lain-lain inisiatif yang mesra alam sekitar sebagai usaha bersama membina persekitaran sejahtera sejajar dengan matlamat negara” katanya.

Antara acara-acara yang dipertandingkan di dalam program ini.

Pastikan sentiasa hormati orang lain NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

TIDAK kira umur, bangsa atau agama, setiap anggota masyarakat perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain untuk hidup dengan lebih tenang dan harmoni. Baru- baru ini, terdapat kes yang menular memaparkan bagaimana orang awam memarahi anggota pe­ nguat­kuasa yang sedang men­jalan­ kan tugas mereka. Cuba bayangkan anda berada di kedudukan anggota berkenaan, apakah

tindakan anda? Terdapat beberapa tip yang anda boleh jadikan amalan harian. Jangan menghina orang lain, dengar pendapat orang lain apabila mereka bercakap, nilai pendapat orang lain, peka terhadap perasaan orang lain dan selalu ingat bahawa bukan semua orang berperangai seperti diri kita sendiri. Anda perlu cuba memahami orang lain dan bagaimana mereka berfikir serta membuat sebarang keputusan. Kita hidup dalam pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai budaya, bahasa, kaum, dan latar belakang yang berbeza. Kepelbagaian seperti ini boleh menjadikan kehidupan kita lebih seronok dan menarik, tetapi hanya jika kita bersatu dan saling hormat menghormati. Dan untuk melakukannya kita harus hormat

satu sama lain. Terdapat beberapa cara untuk kita tunjuk rasa hormat kepada orang yang berbeza dengan kita. Cuba belajar sesuatu daripada orang lain. Jangan sekali-kali kita menilai seseorang itu secara luaran sahaja. Tunjukkan minat dan penghargaan mengenai budaya dan latar belakang mereka. Jangan buruk sangka terhadap sesuatu situasi atau seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar. Kita juga perlu mendidik generasi muda terutamanya anak-anak untuk meng­hormati orang yang lebih tua, kawan-kawan, guru-guru dan sesiapa pun semasa berinteraksi termasuk me­ nerusi Internet. Dalam bisnes juga, kita mesti meng­hormati orang lain dan hanya

mengejar jualan dan keuntungan. Satu hari nanti, orang itu akan membantu kita tanpa disedari. Ini pernah terjadi kepada saya apabila saya menghormati orang lain, orang itu berasa selesa dan berusaha untuk membantu saya mengembangkan rangkaian saya dengan menghubungkan saya dengan rakan-rakannya yang memang saya perlukan. Untuk berjaya dalam bisnes dan kehidupan, kita tidak dapat tidak me­ merlu­kan pertolongan orang lain. Jadi, orang akan lebih selesa untuk be­ kerjasama dengan orang yang meng­ hormati mereka.


20 - 26 September 2017

11


12

20 - 26 September 2017

Tren khas Rapid KL perangi rasuah Rasuah musuh negara, perlu diperangi habis-habisan. Teks & Foto MUHAMAD DIN HASANUDDIN

SELARAS dengan misi mem­­perkasakan integriti dalam kehidupan, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ber­­gandingan dengan Suru­ han­ jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mem­ peragakan tren LRT khas bagi menyebar mesej antirasuah. Sebagai permulaan, tren LRT pertama Rapid KL Laluan Kelana Jaya, yang dibalut khas dan diwarnai dengan mesejmesej memperkasakan integ­ riti dan mengecam amalan rasuah bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai telah dilancarkan pada 12 September lepas di Stesen LRT Bank Rakyat - Bangsar. Prasarana dan SPRM berharap dengan status LRT se­ bagai mod pengangkutan popular di Lembah Klang dan penampilannya yang meluas me­lalui kawasan-kawasan liput­ an perkhidmatannya, ia akan memberi impak yang positif kepada orang ra­ mai dalam misi nasional me­ merangi rasuah. Berucap pada majlis pe­ lancaran itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kum­ pulan Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz meng­ ucapkan syabas kepada suru­ han­ jaya berkenaan atas inisiatif baru yang telah di­ ambil dalam memerangi rasuah dengan menggunakan platform Rapid KL.

Katanya, Prasarana dan anak-anak syarikatnya terus menyokong usaha-usaha SPRM dalam usahanya mem­benteras gejala ra­su­ ah dalam masyarakat dan mem­perkasakan integ­riti da­ lam bekerja dan me­ nu­ naik­ an tanggungjawab yang di­ amanahkan. Demi meningkatkan lagi keberkesanan dalam impak

kempen kesedaran yang dijalankan, Dato’ Sri Azmi turut mencadangkan supaya SPRM menyertai program Hak Penjenamaan Stesen atau ‘Station Naming Rights’ seperti yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat untuk Stesen LRT Bangsar. Di bawah program itu, orga­ nisasi yang berkenaan diberi hak mutlak untuk meng­gunakan ruang-ruang di stesen berkenaan untuk mem­promosikan jenama dan perkhidmatan masing-ma­ sing di samping mendapat ke­ istimewaan namanya di­ promosikan sebagai nama ste­ sen. Ketika melancarkan

kempen pencegahan rasuah melalui pengangkutan awam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pada peringkat permulaan sebanyak dua koc Rapid KL LRT laluan Kelana Jaya akan ditampal iklan memaparkan mesej antirasuah pada tren berkenaan. "Luaran gerabaknya dilitupi dengan amaran daripada SPRM tetapi di dalam tren lebih lembut mesejnya dengan informasi mengenai SPRM dan kesan natijah perangkap rasuah kepada diri dan keluarga. "Saya dimaklumkan ba­ hawa pengguna tren di laluan Kelana Jaya ini boleh

mencapai sehingga 250,000 orang sehari dan mereka akan membaca atau sekurangkurangnya melihat paparan kempen SPRM ketika menaiki tren," katanya. Dzulkifli juga yakin bahawa inisiatif berkenaan adalah kaedah yang realistik, berkesan dan mudah untuk menyebarkan mesej anti rasuah kepada rakyat. Selain itu, SPRM dan Prasarana akan menyediakan pelbagai panel maklumat yang mengandungi bahan mengenai cara melaporkan jenayah rasuah, Akta Per­ lindungan Saksi dan kesan perangkap rasuah terhadap diri serta keluarga.

Dari kiri P/KPKPj Mohd Zakuan Talib, Dato' Sri Azmi, Tan Sri Dzulkiffli, TPj Dato' Norazlan Mohd Razali dan P/TPj Dato' Abd. Samad Kasah.


13

20 - 26 September 2017

Notis

Notis

Notis

KLASSIFIED

NOTIS PERMOHONAN LESEN MENJUAL MINUMAN KERAS Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa LEE HENG SIONG, Kad Pengenalan No: 561011-10-5693 telah pun membuat permohonan kepada Pengerusi Lembaga Perlesenan Daerah Sepang, Selangor bagi Lesen Menjual Minuman Keras secara borong dan runcit di PRIMECLASS TRADING SDN. BHD. Blok 3503, Jalan Teknokrat 5, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Sebarang bantahan dari orang ramai, hendaklah dikemukakan kepada Lembaga sepeti alamat di atas. Tanah untuk dijual IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889

Bilik untuk disewa

Jawatan kosong

Saya mempunyai satu bilik kosong untuk disewakan sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. berminat sila hubungi 011 3985 1974

Rumah untuk dijual PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 TERUS OWNER VISTA LAVENDER, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call 0166337324 (RM255 000)

JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233 JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461 PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748 LATIHAN DAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE untuk belia di luar bandar berumur 16 hingga 25 tahun elaun harian diberikan 017-513 2476 / 016 - 423 6059

Jawatan kosong

Jawatan kosong

PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810

PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator

Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554

DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491

KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


14

20 - 26 September 2017

DESTINASI Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM 29)

Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM 29) akan diadakan pada 23 September ini yang akan menampilkan filem-filem terhebat. FFM 29 kali ini akan lebih menarik dengan tema Tranformasi Citra Karya. Bersama menjayakan anugerah tersebut adalah barisan para artis yang membintangi filem yang disenarai pendek dalam pertandingan. Sebanyak 53 filem dari empat kategori bahasa akan berentap. Anugerah ini akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Laman http://www.finas.gov.my mempunyai maklumat lanjut Larian sayangi jantung

Satu larian bersempena menjaga jantung akan diadakan pada 24 September. Kekal sihat di hujung minggu dengan menyertai larian sejauh 6 km dan 12 km. Pelbagai hadiah menarik akan menanti anda. Para peserta larian akan mengenakan t-shirt dengan berlainan yang bakal memeriahkan lagi acara yang akan berlangsung di Maeps Serdang ini. Layari laman sesawang http://www. heyjom.com/events/ details/419/axa-heartsin- action-run-2017

Konsert muzik Japan

Sempena ulang tahun ke 60 kerjasama perniagaan Malaysia - Jepun satu konsert antara kedua buah negara akan diadakan pada 23 September ini. Konsert yang akan diadakan di Sunway Lagoon Surf Beach akan dihadiri ramai barisan artis termasuklah ratu J-POP Anna Tsuchiya, Charisma.com dan ramai lagi. Tidak kurang hebatnya artis dari Malaysia seperti Jaclyn Victor, Joe Flizzow yang turut sama menceriakan konsert terbesar itu. Maklumat lajut di https://airasiaredtix.com/ japan_x_malaysia_friendship_ concert_2017

Pameran teknologi Korea

Korea IT Cooperation Center (KICC) menjemput orang ramai untuk menyertai "K-Solution Fair Malaysia 2017" yang akan berlangsung pada 21 September di Inter Continental Hotel KL. Program ini merupakan satu sesi perkongsian pandangan, yang menampilkan teknologi maklumat dan komunikasi terkini serta penyelesaian yang paling inovatif dari Korea. Masuk adalah percuma untuk 10 peserta paling awal mendaftar. Info tambahan di https://www.eventbrite.com

Dekati artis pujaan anda

Klinik seni dan kesenian

Julung kalinya Biro Kesenian & Kebudayaan Pertubuhan Warisan Anak Jawi (PEWAJA) akan membawa Kebun Cinta keluar ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Wangsa Maju pada 23 September ini. Kebun Cinta diwujudkan sebagai medan menghimpun dan menyatukan penggiat serta peminat kesenian dalam usaha menyampaikan dakwah ketuhanan dan kemanusiaan melalui jalan kesenian. Program yang akan bermula pada jam 8.30 malam. Klinik Kemahiran Seni & Kesenian turut diadakan dan membolehkan anda untuk menjadi 'Komposer Dalam Masa Sehari' & 'Tancak Budi Sejati', yang akan kelolaan oleh Adinda Amiro dan Wanji Aswandi. Maklumat lanjut di https://www.facebook.com/ suburkanlah.cinta/

Warner Music Malaysia bakal menampilkan lapan artis iaitu Aziz Harun, Nastia, Payslip, Cassidy, Bella Nazari, Dewi Seriestha, Tysha Tiar dan Andi Bernadee pada September dan Oktober ini bagi ‘Warner Music Mall Tour’ 2017. Mereka bakal menggegarkan Mydin USJ, Subang Jaya pada Ahad, 17 September, bagi lokasi pertama mall tour tersebut. Bagi warga Lembah Kelang, anda dipelawa beramai-ramai ke Mydin, USJ Subang Jaya, bagi memeriahkan lagi majlis ini. Jangan lepaskan peluang untuk menemui secara langsung dengan artis pujaan anda di ‘meet & greet’ di setiap lokasi.

Berzumba setiap minggu

Jom sihat dengan menyertai zumba pada setiap minggu di Daily Health Wellness Center, Kuala Lumpur. Aktiviti ini membuka ruang untuk anda membina rangkaian sosial dengan cara yang sihat dan santai. Program ini akan diadakan pada 26 september bermula jam 7.30 petang. Layari https://www.eventbrite.com/e/ zumba-lets-dance-free-tickets-


15

20 - 26 September 2017

TRENDING

Digantung kerja akibat U turn! Media sosial dibanjiri video sebuah bas rapid KL yang melanggar pembahagi jalan dan membuat pusingan U. Rata-rata netizen nyata kesal dengan sikap pemandu tersebut. Difahamkan pemandu bas tersebut cuba melarikan diri selepas melanggar belakang sebuah kereta

Honda yang dipandu seorang lelaki bersama isteri dan anaknya. Kejadian berlaku di stesen LRT Alam Sutera, Puchong. Video yang berdurasi 0.46 saat itu turut dikongsi oleh penggemar media. Tindakan gantung kerja telah dikenakan kepada pemandu terbabit.

Protes makan diri

Video berdurasi 0.34 saat ini membuka mata orang ramai terhadap pemandu lori. Jika sekali imbas melihat video terbabit ia kelihatan seperti lori terbabit menghadapi masalah dan menyebabkan lori terbabit terbalik. Namun itu adalah tindakan protes pemandu lori dengan pihak berkuasa yang telah mengambil tindakan terhadapnya. Pemandu lori tersebut bertindak dengan membuang tanah di tengah jalan dan tindakan tersebut memakan diri apabila lori itu terbalik.

Kakak koperal tular

Kemerduan suara seorang anggota polis menyanyikan lagu Menahan Rindu oleh Wany Hasrita menggegarkan laman sosial. Video yang berdurasi 3.56 saat ini dikongsi oleh rata-rata netizen dengan kata-kata pujian disebabkan kemerduan yang dimiliki anggota polis itu.

Garang tidak bertempat

Dagu mesti runcing?

Tular video seorang wanita membuat demonstrasi cara senyum untuk menampakkan dagu runcing. Video berdurasi 15 minit itu ternyata membuatkan ramai terhibur di samping mempelajari cara senyum yang disampaikan oleh wanita tersebut. Pelbagai komen yang lucu diberi oleh penonton video berkenaan.

Seorang pemilik kereta bertindak menyerang dan memarahi seorang penguatkuasa dengan menggunakan “steering lock”. Dia memarahi penguatkuasa yang menjalankan operasi ‘clamp’ tayar kenderaan yang di letakan menyalahi peraturan jalan raya. Dalam video yang sedang viral di media sosial, perempuan tersebut mempersoalkan adakah tindakannya membeli makanan untuk OKU pun salah? Dengan tenang penguatkuasa itu menjawab, "beli makan untuk OKU itu tidak salah, tetapi awak 'parking' kereta di tempat yang salah.

Berebut 'part' nyanyian

Bayi ada gigi!

Mampu membuat penonton terhibur dengan gelagat dua kanak-kanak yang menyanyikan lagu Putus Terpaksa yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain. Gelagatt mereka yang seakan mahu bergaduh ketika mendendangkan lagu tersebut dek kerana berebut ‘part’ untuk menyanyi membuatkan penonton terhibur dengan telatah mereka.

Gempar apabila bayi yang baru berusia 10 hari sudah ditumbuhi gigi. Kejadian yang berlaku di India ini mengejutkan masyarakat dengan penularan gambar bayi berkenaan. Bayi berkenaan sudah pun mempunyai tujuh batang gigi. Gambar tersebut mula tersebar laman sosial dengan pelbagai pertanyaan oleh netizen.

Aduhai Chef Wan

Gelagat Chef Wan menyakat ibunya ketika mahu mendapat rawatan di sebuah hospital swasta ternyata menghiburkan penonton. Dilontarkan dengan pujian sebagai anak yang baik dalam menjaga ibunya membuat netizen lihat watak sebenar Chef Wan. Rata-rata penonton yang menonton video tersebut tersentuh dengan layanan Chef Wan terhadap ibunya. sikap bersahaja Chef Wan ini secara tak langsung memberi contoh yang baik kepada penonton.

Lagi kejadian libatkan eskalator

Tular lagi di laman Facebook mengenai insiden di eskalator. Seorang kanakka­ nak menjadi tular apabila video yang memperlihatkan tan­­ gannya tersepit di eska­ lator akibat kurang penga­ wasan ibu bapa. Dia kelihatan duduk di tangga escalator berkenaan selepas penat ber­­diri. Kejadian ini juga me­ nampilkan ibunya disisi na­ mun tidak menghalang tin­ dakan kanak-kanak itu untuk terus duduk di situ.


16

20 - 26 September 2017

Bahagian 2

Dr. Jessup dipanggil ke Pentagon DALAM bahagian pertama minggu lalu, diceritakan me­ ngenai Dr. Morris K. Jessup, se­ orang saintis yang banyak menjalankan kajian mengenai UFO dan teori magnetisme, me­ nerima sepucuk surat daripada seorang lelaki bernama Carl Meredith Allen. Lelaki itu men­ dakwa dia antara saksi satu pe­ ristiwa pelik yang berlaku pada 12 Ogos 1943 di Limbungan Tentera Laut Amerika Syarikat di Philadelphia apabila sebuah kapal tentera, USS Eldridge tibatiba hilang daripada pandangan semua orang yang berada di situ ketika satu eksprerimen dijalankan ke atas kapal tersebut. Pada masa yang sama, kapal itu dikatakan muncul di Limbungan Newport, Norfolk, Virginia yang jaraknya beratus kilometer dari Philadelphia. Walaupun apa yang di­dakwa oleh Allen boleh dianggap tidak munasabah, Dr. Jessup berasa adalah lebih baik untuk beliau tunggu dan mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai eksperimen pelik itu. Ini kerana sebelum ini be­ liau tidak pernah pun

mendengar atau diberikan apaapa maklumat mengenai per­ kara itu, yang mungkin benar sebagaimana dinyatakan oleh Allen bahawa itu projek sulit pihak tentera. Allen menyatakan ko­ mit­ men kepada Dr. Jessup bahawa dia akan memberikan mak­ lumat yang lebih detail se­ bagaimana yang diminta. Bagaimanapun, selepas be­ berapa lama, hubungan mereka terputus. Dr. Jessup mulai mencurigai dakwaan lelaki itu yang disyakinya sengaja mereka cerita atas sesuatu tujuan. Sebagai seorang pakar dan ilmuan ternama dalam bidang­ nya, Dr. Jessup tidak sedia untuk dirinya terus dipergunakan oleh lelaki itu. Namun jauh di lubuk hatinya, keinginan untuk terus menyiasat apa yang didakwa oleh Allen terus membara. Pada suatu hari dalam tahun 1957, Dr. Jessup terkejut apabila rumahnya dikunjungi dua pegawai tentera laut AS, yang menyatakan beliau diarah untuk hadir ke Pentagon oleh pegawai atasan tentera. Dr. Jessup diminta untuk

memberikan keterangan ber­ hubung tulisannya dalam buku ‘The Case of UFO’s’ yang dikatakan telah menyentuh isuisu keselamatan. Dalam pertemuan dengan pegawai atasan Pentagon, saintis itu ditunjukkan dua buku tulisannya yang di­ sertakan dengan nota-nota ber­ tulisan tangan yang dicetak pada bahagian sisi artikelnya. Nota-nota bertulisan tangan itu menceritakan dengan lebih detail mengenai apa yang berlaku berbanding apa yang ditulis sendiri oleh Dr. Jessup. Menjawab soalan pe­ gawai berkenaan, Dr. Jessup menyatakan beliau memang ada menerima surat daripada seorang lelaki dan surat-surat itulah yang dicetak pada halaman buku tulisannya. Namun jelas Dr. Jessup, beliau sendiri tidak mem­ percayai apa yang didakwa oleh lelaki berkenaan, menganggap maklumat yang diberi itu sekadar rekaan. “Sebab itulah, saya tidak mengulas panjang mengenai

VSS Eldridge hilang dalam sekelip mata mengikut dakwaan Carl Allen.

Gambaraan situasi USS Eldridge ketika eksperimen dijalankan.

apa yang didakwanya dalam buku-buku saya,” kata Dr. Jessup kepada pegawai tentera itu. Tanpa diduga oleh Dr. Jessup, pegawai berkenaan ke­ mudian menawarkan kepada be­ liau untuk menjalankan sen­ diri eksperimen seperti yang diceritakan oleh le­ laki itu kepadanya, meng­ gunakan pengetahuan dan penga­ laman­ nya sendiri dalam bidang ber­ kaitan elektromagnetik. Dr. Jessup bagaimanapun menolak tawaran itu. Dalam pada itu, maklumat yang dihantar oleh Allen terus menghantuinya. Jika sebelum ini beliau tidak begitu ambil kisah mengenai Carl Allen, perhatian yang di­ berikan oleh pihak tentera ter­ hadap apa yang didakwanya membuatkan Dr. Jessup terfikir semula; siapa sebenarnya lelaki itu? Apa yang sebenarnya cu­ ba disampaikan oleh Allen ke­pada­ nya? Perhatian oleh pihak ten­tera terutama tawaran untuk be­liau

sendiri menjalankan ekspre­ rimen itu mendorong untuk Dr. Jessup kembali terfikir; mungkin apa yang didakwa oleh Allen berkaitan Philadelphia Experiment itu benar! Lantaran itu, beliau bertekad mahu menyiasat dakwaan itu namun Dr. Jessup kemudiannya buntu, tidak tahu hendak me­ mulakannya dari mana. Suatu hari, sedang beliau bersiar-siar di sebuah taman tidak jauh dari rumahnya, Dr. Jessup didekati dua lelaki. Mereka menceritakan kepadanya mengenai Philadelphia Experiment. Kedua-dua lelaki itu mem­ per­ kenalkan diri sebagai anak kapal USS Eldridge yang terlibat secara langsung ketika eksperimen itu dilakukan. Sama seperti yang dicerita­ kan oleh Allen dalam suratsuratnya, kedua-dua lelaki itu mengakui mereka telah me­ ngalami peristiwa dan kesan-kesan yang teramat dah­ syat selepas kejadian itu. BERSAMBUNG

MENANGI TIKET DINOSAUR Untuk memenangi: 1) Klik butang 'follow' akaun rasmi Instagram Warta (my.warta) 2) Kongsikan gambar iklan ini dan tagkan 3 rakan. 3) Hastagkan #dinasouralive. 4) Lengkapkan kapsyen anda “Saya ingin melihat 'dinasour alive' kerana….” * 10 Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang paling kreatif. * 2 Tiket akan diberikan untuk 1 keluarga.


17

20 - 26 September 2017

Makan

DI MANA

Sajian sihat di puncak bukit AZLAN ZAMBRY

SEKALIPUN terletak di puncak Bukit Antarabangsa dengan sa­ jian menu masakan sihat, idea cetusan Dr. Abdul Aziz Azimullah atau lebih dikenali se­bagai Dr. Azimuth, pakar pe­ ma­­­kanan lulusan Amerika ini ber­­baloi untuk anda kunjungi. Ruang kafe yang boleh me­ nem­­ patkan 100 pelanggan da­ lam satu-satu masa ini men­ye­ diakan masakan melayu se­cara sihat untuk sajian se­ke­luar­ga. Mula diperkenalkan se­ jak Julai 2017 lalu, Dr. Azimuth menjelaskan bahawa ke­ba­­nya­ kan rakyat Malaysia cenderung un­ tuk mengambil makanan yang tidak seimbang sehingga mu­ dah dijangkiti penyakitpenya­kit kronik. “Dalam pemerhatian saya, seawal usia kanak-kanak la­ gi sudah orang ramai telah didedahkan dengan ma­ kanan ringan, ma­ kanan segera dan minuman ber­karbonat se­hing­ ga dalam usia muda sudah dijang­ki­ti penyakit," katanya. Dr. Azimuth berkata, ini­

siatifnya untuk mem­per­ke­nal­ kan sajian sihat tradisi melayu ada­lah sebagai usaha membantu men­ gubah cara pemakanan agar masyarakat akan lebih si­ hat.

Konsep GF-BOMBS sebagai panduan sajian sihat

Kafe ini menawarkan kon­ sep 'GF-BOMBS' iaitu, green, fruits, beans, onion, mushroom, berries dan spices yang diadun men­ jadi sumber tenaga dalam sa­jian mereka. Green, bermaksud sajian da­ ripada sayuran hijau, fruits adalah buah-buahan, beans adalah pelbagai kekacang dan seeds, onion adalah bawang putih, bawang merah dan bawang besar, mushroom adalah sajian variasi cendawan, berries adalah buah-buah berry dan spices adalah rempah ratus yang digunakan dalam sajian. Menu yang ditawarkan yang menjadi permintaan pelanggan adalah set Nasi Multigrain Chiaseed & Lentil yang dihidangkan dengan daging atau kambing black pepper yang dibakar berserta salad dan sup. M e n u lain yang terdapat di kafe ini adalah Nasi Lemak Basmathi yang menggunakan minyak kelapa dara habbatus sauda’

dihidangkan bersama rendang ayam yang dipanggang atau sambal pedas daging yang dipang­gang serta salad. Di sini juga terdapat Nasi Organik Ponni, iaitu sejenis be­ras yang diimport dari India disa­­jikan dengan otak-otak ikan atau ayam yang dipanggang, sa­ lad dan sup. Untuk minuman pula, kafe ini menyediakan Kopi DeLima Kur­ma, Teh Misai Kucing, Teh Misai Kucing Hempedu Bumi, yogurt Smoothie Delima, Peach, Mangga campur pisang. Minum jus buah-buahan bia­s­a yang lain turut tersedia di kafe ini. Jika dilihat senarai me­ nu yang ditawarkan, ia meru­ pa­ kan makanan sihat kera­ na Dr. Azimuth Healthy Cafe menggunakan bahan-ba­han yang organik dan juga penye­ dia­an makanan juga mengi­kut skop makanan sihat. Di restoran ini, disediakan san­­ tai untuk konsultasi ten­ tang penjagaan kesihatan yang disam­­paikan oleh Dr. Azimuth sen­diri.

Menu istemewa kambing bakar black pepper yang menjadi tarikan utama kafe ini.

'Mat Hero' edar makanan di KL

Dr. Azimuth Healthy Kafe juga merancang untuk mem­ per­­ luas konsep 'food delivery' di seluruh Lembah Kelang te­ru­­ tamanya sekitar Kuala Lumpur dan Ampang. Pihaknya juga dalam proses untuk me­lan­tik graduangraduan yang tidak bekerja untuk membuat peng­han­taran kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, dan mere­ ka ini digelar “Mat

Hero”. Pihak kafe juga akan menye­ diakan motosikal, dan pengi­ napan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi “Mat Hero” dengan bayaran yang lumayan kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari sajian tra­ disi melayu yang sihat, maka anda tidak usah berlengah, di sam­ ping makanan yang enak, tips-tips kesihatan dan makanan seimbang juga akan disampaikan kepada anda.

Jus buahbuahan yang turut ditawarkan disini

Antara menu sihat yang disediakan.

14 jenis beras yang popular di dunia BERAS menjadi makanan asasi rakyat Malaysia terutama beras tempatan. Beras mempunyai pelbagai kandungan nutrisi di dalamnya dan menyimpan manfaat untuk tubuh. Selain beras tempatan yang populardi Malaysia, antara jenis-jenis beras yang popular di dunia adalah seperti berikut: Beras kategori pendek (Ukuran <5.2 mm) 1. Beras sushi (mutiara) 2. Beras Arborio 3. Beras pulut

Beras kategori sederhana (Ukuran 5.2 – 6.0 mm) Beras ini lebih lebar daripada beras panjang dan nasi yang dihasilkan adalah lembut. Kebanyakan nasi putih yang kita makan setiap hari adalah jenis ini. 4. Beras Calrose 5. Beras tempatan Beras kategori panjang (Ukuran >6.0 mm) Beras paling popular di dunia – Beras kategori panjang memiliki panjang 4 kali daripada lebarnya. Apabila dimasak nasinya tidak

melekat, ringan dan lembut. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari, nasi Arab dan nasi tomato. 6. Beras Basmati 7. Beras Jasmine 8. Beras organik Beras kategori berdasarkan warna 9. Beras putih 10. Beras perang 11. Beras merah 12. Nasi beras 13. Beras hitam 14. Beras liar


18 Di sebalik

20 - 26 September 2017

JENAMA

Grab cetusan idea pelajar universiti MURNI REJAB

APLIKASI mudah yang dikenali Grab umpama teksi ini memudahkan perjalanan hanya dengan memuatnaik aplikasi ini di telefon pintar dan teruskan menempah pemandu anda untuk ke mana-mana destinasi yang ditetapkan. Pengasasnya, Anthony Tan adalah CEO untuk syarikat GrabTaxi ini. Menubuhkan perniagaan pada 2012, kini Grab semakin dikenali dan syarikatnya dikenali sebagai ‘start-up’ yang paling berjaya di Asia Tenggara. Mengimbas kembali pada awal pelancarannya, menurut Tan, sebanyak 11,000 orang telah memuat turun aplikasi ini. Sehingga kini, Grab telah dimuat turun dan digunakan jutaan pelanggan. Secara puratanya, terdapat tujuh tempahan yang dibuat setiap saat dan populariti mereka semakin meningkat bukan kerana strategi pemasaran sebaliknya kerana kebolehan mereka menyelesaikan masalah yang sebenar yang dialami oleh pengguna. Idea awal Pada awalnya, Grab adalah idea bisnes untuk Harvard Business Plan Competition yang dianjurkan pada tahun 2011. Tan yang juga pelajar jurusan bisnes di Harvard itu bekerjasama dengan rakannya untuk membantu pelanggan tradisional teksi bagaimana

Aplikasi mudah Grab mendapat perhatian pengguna.

Logo yang simple dan mudah diingati.

untuk mendapatkan kenderaan dengan mudah. Mereka turut berkongsi cerita mengenai sistem teksi di Malaysia dan daripada situ Tan mencari idea bagaimana untuk membantu pelanggan bagi mendapatkan kenderaan ke destinasi dituju. Kata Tan lagi, idea memulakan GrabTaxi tercetus apabila dia merasakan sistem teksi Malaysia agak tidak teratur dan bermasalah. Mula dikenali Ketika awal dikenali, mereka bergelut dengan cabaran besar untuk memperkenalkan konsep aplikasi dan teknologi yang baru kepada para pemandu kerana mereka enggan untuk belajar perkara baharu. Pada permulaan, Tan bersama rakannya terpaksa berjalan kaki mencari pemandu-pemandu, mengambil tahu di mana tempat mereka melepak dan tempat mereka menunggu

Idea Anthony Tan mencetuskan penubuhan Grab.

penumpang. Ada yang berada di lapangan terbang, kompleks membeli- belah, dan juga stesen minyak. Menurut Tan, situasi dahulu dan sekarang terbalik kerana orang ramai mencari mereka dan menawarkan diri untuk menjadi pemandu. Di samping itu, mereka

juga masih mengekalkan tradisi dengan mengambil pemandu secara manual di mana mereka berjumpa terlebih dahulu semasa menandatangani surat perjanjian. Hal ini kerana, keselamatan adalah perkara utama bagi mereka.

Kini Grab mempunyai ramai pekerja dan di Malaysia sahaja kira-kira 60,000 orang mendaftar dengan Grab untuk menjadi pemandu.

Grab kini mempunyai ramai pemandu yang berminat menjadi sebahagian dari 'ahli keluarga' mereka.

Cabaran syarikat Grab

TAN akui per­ jala­ nan­­ nya tidak mudah un­ tuk mengembangkan per­­­­niagaannya. Pada ta­ hun 2013, mereka men­ gembangkan sayap ke Manila selepas berjaya de­ ngan pelancaran di Kuala Lumpur. Namun begitu, ia tidak berjalan lancar se­perti yang disangkakan. Kata Tan, ada satu ketika me­ reka tidak mampu mem­­bayar pekerja se­hinggalah sebulan selepas itu. Menurut Tan, ini ada­lah kesilapan dalam pe­ran­can­ gan mereka. Mereka ti­ dak merancang dan ber­be­lanja

dengan baik. Peristiwa ini mem­be­­ rikan kesedaran ke­pa­da mereka untuk le­bih berhatihati dalam ke­ terujaan untuk men­gembangkan bisnes. Pada awalnya, Grab te­ lah diberikan suntikan mo­ dal oleh keluarga Tan sen­ diri. Namun, selepas itu ada syarikat-syarikat lain yang ingin melabur ke dalam syarikat Grab se­perti Vertex Ventures ber­mu­la pada tahun 2014. Konflik timbul kerana ke­luarga Tan masih me­la­bur pada masa yang sa­ ma dan ini menjadi kon­flik kepada

syarikat ter­ sebut kerana mereka ma­ hukan rakan pelabur yang profesional untuk men­jaga kredibiliti dan disiplin. Walaupun begitu, si­ tuasi di Manila mengajar me­reka untuk men­gum­ pul dana bagi men­ ye­ la­matkan sya­rikat. Tan ter­paksa meng­gunakan ke semua duit ahli ke­luar­ ganya dan berjaya sela­ mat­kan sya­rikat. Peristiwa ini mengajar mereka yang se­ba­gi usahawan harus tahu untuk menjaga ‘cash­flow’ syarikat dengan sangat teliti.


19

23 - 26 20 29 September Ogos 2017 2017

21

21

Gambar Katy Pery dipuja Jiyoon bersendiri

20

21

Bakat besar Cinta Laura Aizat sokong 20

23

Buah tangan terbaru Noh Salleh


20

20 - 26 September 2017

FATEEN AHMAD

Cinta Laura tembusi Hollywood PELAKON kacukan Indonesia - Jer­ man, Cinta Laura semakin dikenali di serata dunia. Cinta yang dikenali menerusi drama bersiri Upik Abu dan Laura ini semakin mendapat perha­ tian kerana mutu lakonannya yang semakin mantap. Cinta juga sering mendapat per­ hatian kerana memiliki wajah yang ‘sweet’ dan comel. Kini, penyanyi ‘You Say Aku’ ini tampil dengan gaya yang berbeza apabila meningkat dewasa. Cinta menerusi laman Instagramnya memuat naik beberapa keping gambar yang jauh lebih cantik dari dahulu. Pelakon dan penyanyi ini juga difahamkan sedang mendapat tempat di Hollywood. Di sana, Cinta kini sedang men­ jalani penggambaran filem Crazy For The Boys yang bakal ditayang­ kan pada 2018 dengan memengang watak sebagai Madison. Ini bukanlah filem pertamanya di Hollywood. Sebelum ini dia per­ nah membintangi beberapa filem di Hollywood seperti After The Dark, The Ninth Passenger, Goodnight dan Tar.

FFM 29, 53 filem berentap FESTIVAL Filem Malaysia ke 29 (FFM 29) yang bakal berlangsung pada 23 September ini menampilkan sebanyak 53 filem yang akan bertanding. Sebanyak 41 buah filem bertarung untuk kategori filem Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin (enam) , Bahasa Tamil (lima) dan Bahasa Inggeris satu filem. Menampilkan tema Transformasi Citra Karya, FFM29 tampil berbeza apabila hanya akan mengumumkan lima finalis daripada 18 katogeri yang bertanding pada malam anugerah. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bertindak memansuh­ kan kategori Filem Terbaik Kebangsaan dan Filem Terbaik Malaysia. Ketua Pengarah Finas, merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM29, Datuk Fauzi Ayob berkata, hanya satu kategori dikekalkan iaitu Filem Terbaik bagi mengangkat dalam naskhah ter­ baik sebagai pemenang. Antara filem yang bertanding Pencuri Hati Mr. Cinderella, Abang Long Fadil 2, Let’s Eat, Lurking Woods dan banyak lagi. Sementara itu KRU, Aisyah Aziz, Mirwana, UNIC, Salamiah Hassan, Atil­ ia, Shiha Zikir dan Akim & The Majistret diundang mengadakan persembahan pada malam itu. Majlis yang akan berlangsung jam 9 malam di PWTC, akan dikendalikan oleh Zizan Razak bersama tiga selebriti iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan dan Tanuja.

Cinta semakin matang dalam lakonan yang dibawanya.

Noh bawa Angin Kencang ke Jepun PENYANYI Noh Salleh kini melebarkan sayap dalam indus­ tri muzik tanah air secara solo apabila lagu Angin Kencang telah tercalon pada Anugerah Juara Lagu ke 30. Noh memberitahu album terbaharunya berjudul Angin Kencang ini adalah lanjutan daripada album EP yang pernah dilancarkan pada 2014. Penyanyi ini juga menyatakan album ini hanya sekadar suka-su­ ka di samping merupakan hadiah buat peminatnya yang menghargai karya muzik yang dihasilkannya. "Kalau ikutkan perancangan album ini hanya mahu diedarkan di Indonesia kerana di sana orang sentiasa mencari album fizikal dan ini juga sebagai menghargai peminat yang sentiasa mendengar muzik saya. “Saya tidak marah kalau ada orang tidak suka album ini dan saya akui ia memang album syok sendiri yang saya lakukan untuk kepuasan diri saya sendiri” katanya. Album Angin Kencang ini me­ ngandungi sembilan buah lagu yang merupakan pakej semula dengan pembaharuan pada kulit album dan penambahan tiga buah lagu baharu iaitu Renjana, Mr.Polia dan Sarawak. Selain daripada itu album ini juga turut menampilkan lagu Sang Penikam, Biar Seribu, Bunga Di Telinga dan Gelung.

kami untuk menjelajah Indonesia dan Jepun pula," katanya. Jelajah album Angin Kencang oleh Noh bermula di Pasar Karat Johor pada 13 September, Taming Sari, Melaka pada 14 September, Padang Kota Lama, Pulau Pinang (16 September) dan akan berakhir di Gerbang Malam, Ipoh pada 17 September.

Album terbaru Noh yang boleh didapati di setiap siri jelajahnya.

Dalam pada masa yang sama Noh turut menyatakan bahawa satu siri Jelajah Angin Kencang di beberapa buah negeri akan diadakan bermula 13 Septem­ ber. “Insya-Allah, saya bersama 'mobile truck' tajaan RedBull Malaysia akan menjelajah bebe­ rapa lokasi dan peminat boleh mendapatkan album tersebut di setiap lokasi jelajahan saya. “Selepas ini perancangan

Sedih bicara soal zuriat Selepas enam tahun penyanyi dari kumpulan Hujan ini mendiri­ kan rumahtangga dia se­ring ditan­ ya bilakah mereka akan mendapat cahaya mata. Noh yang juga merupakan suami kepada penyanyi Mizz Nina sentia­ sa menantikan cahaya mata dalam keluarga mereka dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat. Hati kecil Noh mudah tersentuh apabila sering diaju mengenai cahaya mata. "Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya. “Saya tidak tertekan tentang soal anak cuma bila ada orang tanya baru ada tekanan, lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan sudah mempunyai anak,” katanya ketika ditemui di Warner Music di sini, baru-baru ini. Noh Salleh dan Mizz Nina telah mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011.


21

20 - 26 September 2017

Aizat mahukan kelainan

DI KETIKA artis lain berlum­ ba-lumba memuat naikkan penampilan menerusi laman Instagram, Facebook Live dan sebagainya, Juara Akademi Fantasia musim kelima, Aizat Amdan memilih untuk dekati peminat melalui Vlog. Penyanyi itu tidak menafikan Facebook Live lebih mendapat sambutan namun Aizat optimis dengan kelebihan Vlog. "Vlog ini saya usahakan dengan abang saya yang akan rakam setiap detik mengenai apa yang saya buat setiap hari. "Tidak dapat dinafikan FB live lebih menjadi perhatian kerana itu adalah medan yang sentiasa digunakan tetapi saya tetap akan buat Vlog yang boleh diases menerusi Youtube," ka­ tanya ketika majlis pelancaran vlog dan muzik video Jangan Menangis di Pejabat Warner Music, dekat sini. Kongsi Aizat, medan vlog yang diusahakan bersama aban­ gnya ini hanya suka-suka untuk mengisi masa lapang, namun telah mendapat perhatian War­ ner Music yang menerima idea yang ketengahkan. "Saya suka create sesuatu yang ‘fun’ untuk dikongsi bersa­ ma peminat-peminat saya yang ingin mengetahui pekemban­ gan saya. "Jika sebelum ini saya hanya menggunakan kamera yang biasa-biasa namun kali ini saya menggunakan kamera yang leb­ ih canggih dengan fungsi yang

Sebagai salah satu rangka promosi untuk Jangan Menangis, Aizat turut dijangka mengadakan IPT Tour di beberapa institusi pengajian tinggi tempatan terpilih. Siri jelajah tersebut akan bermula Oktober hingga November depan.

lebih luas," katanya. Tambahnya lagi dia me­ merlukan khidmat abangnya untuk edit setiap jalan cerita yang ingin dikongsinya di You­ tube di samping menasihatkan perkara yang perlu disiarkan mahupun tidak. "Sebelum ini saya ban­ yak mengunakan kata ganti diri ‘aku’ dalam vlog, namun perkataan itu agak kurang sesuai untuk saya dan ada yang berpendapat istilah itu seperti budak-budak dan kami bersepa­ kat untuk menggunakan ‘saya’ sebagai ganti diri yang lebih sopan," tambahnya ketika ditemubual. Bercerita mengenai muzik video Jangan Menangis yang tampil dengan versi akustik ara­ han Al Fahim Mokhtar ternyata mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Video akustik ini telah pun mencecah 1.4 juta tontonan sejak mula dimuat naikkan di laman Youtube. Sementara itu, sebagai salah satu rangka promosi untuk Jangan Menangis, Aizat turut dijangka mengadakan IPT Tour di beberapa institusi pengajian tinggi tempatan terpilih. Siri jelajah tersebut akan bermula Oktober hingga November depan.

Seputar Artis Jiyoon kini solo Jeon Jiyoon atau mesra dikenali sebagai Jenyer telah meninggalkan syarikat pengurusannya Robin K Entertainment sekaligus keluar daripada kumpulan 4 Minute. Jiyoon yang terkenal menerusi lagu For Muzik yang merupakan ‘single’ kedua kumpulan ini. Menurut laporan oleh Soompi, Jiyoon telah menamatkan kontraknya beberapa minggu lalu dan mereka akan sentiasa menyokong Jiyoon. Selain itu, Jiyoon sebelum ini menyuarakan hasratnya melancarkan single solo pada 12 September ini.

Anak Kim Kardashian

Dekati pesakit mental

Penyanyi berusia 28 tahun ini turut berkongsi cerita mengenai lawatanya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Katanya, idea untuk mela­ wat wad pesakit mental muncul selepas mendapati ramai yang mengalami tekanan perasaan. "Bagi saya perkara sakit mental ini bukanlah satu benda yang remah namun saya cuba untuk mendekatkan diri dengan mereka untuk mengetahui punca sebenar mereka jadi begitu. Saya sempat berbual dengan dua orang persakit mental. "Dalam masa yang sama saya cuba untuk membangkitkan mer­ eka dari dunia kemurungan yang mereka alami sebelum ini dan yang paling membimbangkan ada kalangan rakan-rakan saya sendiri mengalami depression’," katanya yang kini sedang dalam proses menyiapkan single keduanya tahun ini yang bakal dilancarkan November depan.

Kim Kardashian dan suaminya Kanye West bakal menimang cahaya mata perempuan pada Januari depan. Pasangan ini bakal bergelar ibu bapa setelah melalui teknik ibu tumpang. Menurut The Daily Mail UK, pasangan ini telah membayar sebuah agensi sebanyak AS$45,000 (RM189,540) untuk khidmat ini. Ibu tumpang tersebut dipahamkan dari keturunan Afro-Amerika yang berusia awal 30-an.

Mahu bekerjasama dengan Bob

Dalam gegaran AF Megastar yang sedang menjadi tontonan ramai, Aizat yang merupakan bekas pelajar akedemi tersebut memilih Bob sebagai perserta kegemarannya. "Bagi saya Bob mempunyai vokal yang sangat bagus untuk kekal dalam industri hiburan dan dia memerlukan lagu yang lebih kuat. "InsyaAllah saya akan beker­ jasama dengan Bob jika diizinkan suatu hari nanti," ujarnya, Aizat yang terpaksa menolak untuk menyertai AF Megastar ini berkata dia mempunyai banyak perancangan dengan Warner Music selepas ini .

Penangan gambar Katy Perry Tidak disangka sama sekali, gambarnya ketika berusia 13 tahun tanpa sebarang solekan mendapat sambutan hangat peminatnya. Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu I Kissed A Girl pada 2008, Katy Perry mendapat hampir 900,000 like oleh penggemar laman Instagram. Menariknya mengenai gambar tersebut Katy Perry, 32, memuat naik gambar itu tanpa sebarang solekan. Jika sebelum ini dia sering mengenakan solekan, gambar tersebut ternyata membuka mata peminatnya dan hampir 8,000 komen dalam kalangan peminatnya.


22

20 - 26 September 2017

RELEKS

Jom Wayang Filem: 9.13: The Returning Bahasa: Mandarin Genre: Seram Durasi: 1 jam 44 minit Pelakon: Jean Tan, Steven Yap Pengarah: David Thian SINOPSIS Pada 13 September 1972, berlaku tragedi feri karam di Parit Buntar menyebabkan 20 penumpang mati. Ah Han merupakan juru mudi yang dituduh bertanggungjawab terhadap kejadian itu. Selelas 12 tahun berlalu, Ah Han masih tidak dapat melupakan kejadian itu. Ah Han akhirnya ditemui mati lemas di dalam sungai. Anaknya, Ah Mei terkejut menerima berita tersebut dan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menyiasat punca sebenar kematian bapanya. Namun selepas itu Ah Mei telah diganggu oleh roh-roh mereka yang terlibat dalam kemalangan 12 tahun lalu itu. Filem: Bisik Pada Langit Bahasa: Melayu Genre: Drama Durasi: 1 jam 24 minit Pelakon: Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Fadilah Mansor Pengarah: Kabir Bhatia SINOPSIS Wak Selamat mempunyai tiga orang anak iaitu Siti Hajar, Zaidi dan Ikram. Seperti bapa yang lain, Wak begitu menyayangi anak-anaknya, terutama Siti Hajar yang merupakan satu-satunya anak perempuannya. Demi Siti Hajar, dia Wak sanggup menunaikan apa sahaja kehendak puterinya itu. Abang Siti Hajar iaitu Zaidi dan adiknya Ikram juga sanggup berkorban demi memastikan impian Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia tercapai. Ketika melanjutkan pengajiannya, Siti Hajar mula berubah. Dia yang cukup manja di dalam keluarga, menjadi seorang anak yang telah lupakan ibu bapanya serta pengorbanan abang dan adiknya. Dia menyepi tanpa sebarang khabar berita. Filem: Nails Bahasa: Inggeris Genre: Seram Durasi: 1 jam 30 minit Pelakon: Shauna MacDonald, Ross Noble, Steve Wall, Leah McNamara Pengarah: Dennis Bartok SINOPSIS Selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari, Dana Milgrom lumpuh dan hanya bergantung kepada mesin untuk berkomunikasi dengan orang. Sepanjang dia dirawat di hospital, makhluk yang dikenali sebagai 'Nails' sering mendampinginya terutama ketika dia sedang bersendirian di bilik hospital. Dana terpaksa meyakinkan doktor dan ahli keluarganya tentang kewujudan ‘Nails’ yang berniat untuk membunuhnya. Malangnya, tiada seorang pun yang mempercayai cerita Dana itu. Mampukah Dana menyakinkan semua orang tentang kewujudan ‘Nails’.


23

20 - 26 September 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Kelab bunuh badut?

SUDOKU

Jawapan

FILEM adaptasi novel terkenal Stephen King, IT ini sudah ditayangkan di pawagam dan menampilkan barisan pelakon kanak-kanak yang handal. Filem arahan Andres Muschietti berkisarkan mengenai kehilangan kanak-kanak yang tinggal di Derrt in Maine, hilang seorang demi seorang dan gagal dikesan. Selepas 27 tahun sebuah kumpulan yang dianggotai tujuh kanak-kanak yang menamakan kumpulan mereka sebagai The Losers Club bangkit melakukan sesuatu di luar jangkaan. The Losers Club turut dianggotai oleh seorang kanak-kanak bernama Bill yang kehilangan adiknya tanpa khabar berita. Bill yang akhirnya mengetahui adiknya telah dibunuh oleh badut jahat bernama Pennywise yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu bergabung untuk menentang badut tersebut. Pelbagai halangan mereka alami untuk membunuh badut itu. Namun kehandalan badut tersebut menganggu kanak-kanak lain menambahkan lagi kebencian mereka terhadap badut yang dilakonkan oleh Bill Skarsgard. Akhir kisah, badut itu berjaya dibunuh oleh The Losers Club.

Jawapan

Tajuk: IT Tarikh Tayangan: 7 September 2017 Durasi: 2 Jam 15 Minit Genre: Seram Pelakon: Bill Skarsgard, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer Pengarah: Andres Muschietti


24

20 - 26 September 2017

Remaja terpintar dunia Akim Camara (17 tahun)

AZLAN ZAMBRY

Priyanshi Somani (19 tahun)

. Priyanshi Somani (lahir 16 November 1998) adalah pemenang anugerah untuk pengiraan mental. Dia adalah peserta termuda dari Perhimpunan Mental Piala Dunia 2010 dan memenangi gelaran keseluruhan. Dia juga adalah satu-satunya peserta yang mempunyai ketepatan 100 peratus sebagai tambahan, pendaraban, dan punca kuasa dua dalam semua lima Piala Dunia Pengiraan Mental. Priyanshi pernah memegang rekod baharu dunia selepas menyelesaikan 10 soalan punca kuasa dua, nombor enam digit dalam tempoh dua minit 43 saat. Somani adalah pemenang "Pogo Amazing Kids Awards 2010" dalam kategori genius. Namanya juga terdapat di dalam Limca Book of World Records serta Guinness Book of World Records.

Pemain biola termuda di Berlin (lahir pada 26 September 2000 di Berlin) ini mula menunjukkan bakatnya ketika berusia dua tahun. Dia dianggap sebagai kanak-kanak yang cepat belajar dan membuat persembahan pertama ketika berusia tiga tahun dalam konsert sempena Hari Natal pada tahun 2003. Pada bulan Mei 2003, pada usia dua setengah tahun, Akim belajar bermain biola di Sekolah Muzik MarzahnHellersdorf. Akim melakukan penampilan sulungnya pada Disember 2003 pada usia tiga tahun dalam satu konsert sempena perayaan Krismas.

Jangan pandang pada usia mereka. Tetapi lihat kepada kemampuan, kebolehan dan kurniaan yang dimiliki mereka. Pencapaian mereka dalam usia muda sememangnya amat luar biasa dan mempunyai bacaaan IQ yang tinggi daripada orang dewasa.

Tanisho Matthew Abraham (14 tahun)

Tanisho lahir pada 10 Jun 2003 merupakan ahli Mensa yang termuda, sebuah organisasi yang dianggotai oleh mereka yang mempunyai IQ yang tinggi selepas mendapat markah 99.9 peratus dalam ujian kecerdasan otak. Kanakkanak ini memasuki kolej seawal usia enam tahun dan berjaya memperolehi gred purata 4.0 pada setiap semester. Memulakan kursus Astronomi di American River College. Selain menjadi pelajar termuda di institusi itu, beliau juga merupakan pelajar terbaik di kelas.

Jacob Bernett (19 tahun)

Dia dilahirkan pada 26 Mei 1998 di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat. Dia adalah penghidap autisme ketika berumur dua tahun. Ibu bapanya adalah seorang guru dan doktor. Jacob digelar sebagai ahli matematik Amerika Syarikat. Dia memasuki Indiana University - Purdue University Indiapolis ketika berusia 10 tahun dan menyambung pengajian di peringkat Phd. dalam bidang Fizik Kuantum di Institut Perimeter untuk Fizik Teoritis di Waterloo, Kanada.

Cameron Thompson (20 tahun)

Thompson dilahirkan pada tahun 1997 di Wales. Kanak-kanak ini mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik di Open University ketika berusia 13 tahun. Siapa sangka budak genius ini sebenarnya mengalami kesukaran untuk meneruskan pembelajarannya kerana autisme yang berpunca daripada sindrom Asperger.

MENARIK Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 20 - 26 SEPT 2017

Program TV : FESYEN CHAMELEON Episod : 6 Tarikh : Rabu 20 September 2017 Masa : 8.30 malam Tema berpakaian ‘Korean look’ menjadi cabaran kepada hos dan tetamu undangannya. Berjayakah Syeqin bersama adiknya, Hannah, menggayakan pakaian ala ‘K Pop’ ini daripada Butik Hilo dan kedai kasut Geroboc?

Program TV : AL TIJARAH Episod :8 Tarikh : Selasa 26 September 2017 Masa : 8.30 malam Shah Alam, Bangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah lokasi utama popular tumpuan umat Islam mendapatkan barangan muslim dan halal. Antara yang ditemubual dalam program Al Tijarah adalah Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate, Fakhru Radzi bagi menerangkan peranan dan cabaran pemilik hartanah dan pengasas kawasan perniagaan Islam di dalam industri ini.

Kanak-kanak ini mempunyai bakat sebagai pemuzik, penulis lirik dan pelakon. Dia mula bermain alat muzik ketika berusia tiga tahun dan pernah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness sebagai ahli muzik termuda yang melakukan siri penjelajahan secara solo ketika berumur 10 tahun. Ethan Jordan Bortnick (lahir 24 Disember 2000) adalah seorang pionis, penyanyi, komposer, penulis lagu, pelakon dan pemain muzik Amerika. Bortnick dilahirkan di Pembroke Pines, Florida.

Program TV : KEMBARA DUA RODA Episod : 12 Tarikh : Isnin 25 September 2017 Masa : 8.30 malam

MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Ethan Bortnick (17 tahun)

Program TV : POTRET HIJRAH (Bual bicara khas sempena Maal Hijrah) Episod : Rancangan khas Tarikh : Jumaat 22 September 2017 Masa : 8.30 malam Kisah hidup pelakon Yatt Hamzah ini pernah menjadi tular dalam kalangan orang ramai. Berpegang kepada falsafah “Sesungguhnya janji Allah itu pasti” dia tekad mengubah nasib diri ketika dia berada di tengah-tengah laluan hidup yang sentiasa diburu lensa kamera. Sejarah silamnya pernah membenci Islam selepas membaca sirah-sirah Nabi, namun dia memilih jalan diredhai Allah SWT dan memeluk Islam 10 tahun kemudian. Ke mana Aisha berpaut selepas dipulaukan oleh keluarga dan dipujuk kembali ke agama asal? Bersama penyampai Syafiq Dzulkifli dalam “POTRET HIJRAH” 8:30 malam di Capital TV.

Episod kali ini memaparkan hari ketujuh pengembaraan sekumpulan jentera bermotorsikal kuasa besar Kembara Dua Roda. Pada kali ini para peserta diberikan kesempatan melakukan aktiviti bebas seharian di Chiang Mai. Ada yang mengambil kesempatan pergi melawat ke Doi Ithanon yang berjarak 100km dari Chiang Mai. Doi Inthanon adalah gunung tertinggi di Thailand yang terletak dalam daerah Chom Thong di wilayah Chiang Mai dengan ketinggian 2,565 meter dari aras laut. Ikuti kisahnya lagi dalam Kembara Dua Roda.

Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

20 - 26 September 2017

Kisah anak muda

Dalami muzik tradisi India AZLAN ZAMBRY

KETIKA ramai rakan sebaya­ nya sibuk dengan perkara lain, Mohd Shaiful Roseman, 36 yang be­rasal dari Sungai Udang, Klang memilih haluan berbeza da­ri rakan-rakannya yang lain. Mengimbas kembali detikde­tik bagaimana Shaiful memi­ lih un­ tuk mendalami seni muzik tra­disi, ia bermula den­ gan minat dalam seni hiburan nasyid ser­ ta mula mendalami bidang nyan­yian dan peralatan muzik di sekolah, sejak 1997, ketika itu berusia 16 tahun. Shaiful dan rakan-rakan telah me­ nubuhkan kumpulan nasyid ber­sama rakan-rakan se­ kolah Selepas itu bermulalah satu seg­men baru kehidupan apabila dia kerap menerima undangan un­ tuk mengadakan persemba­ han di majlis-majlis perkahwi­ nan, majlis rasmi organisasi ke­ rajaan dan bukan kerajaan. “Kami menubuhkan kum­ pulan nasyid Amrain dan kumpulan Nusantara yang me­ mainkan lagu-lagu etnik dan tradisional serta menganggotai kumpulan Malaysian Arabic Or­

chestra. “Saya pernah terlibat dalam pem­ bikinan album kompilasi dan membantu dalam proses pe­ nerbitan album artis nasyid ta­ nahair," katanya. Penglibatan dalam industri nasyid membuahkan hasil apa­ bila pernah menjuarai festival nasyid negeri Selangor pada 2010, dan sebelum itu, menjadi Naib Johan Festival Nasyid Ke­ bangsaan kategori Nasyid Tra­ disi pada 2009. Tidak sekadar itu, Shaiful juga menjadi satu-satunya pe­ serta Melayu yang menyertai sekumpulan pemuzik yang mempersembahkan seni muzik tabla “The Most Numbers of Tab­ la Players in Performance” yang telah direkodkan di dalam The Malaysia Book Of Record pada 21 Jan 2012Saiful berkata, mereka pernah muncul di dalam bebera­ pa segmen televisyen antaranya, Nasi Lemak Kopi O (TV9), Dari Studio 1 (Astro Ria) dan Selamat Pagi Malaysia (RTM1). Selain nasyid, Shaiful turut mengembangkan minat dan mempelajari seni muzik alat perkusi. “Saya belajar bermain beber­

apa jenis tabla (maqam India), rebana, darbuka, riq (gendang arab) dan banyak lagi. Saya menyeimbangkan seni nasyid kontemporari kepada nasyid bermaqam selain dari ira­ma tra­ disional nusantara," je­lasnya. Selain boleh bermain alat muzik perkusi, Shaiful juga ber­ ke­bo­lehan mengacarakan maj­lis ras­ mi, menjadi 'deejay' maj­ lis per­kahwinan, menyampaikan taz­kirah dan mengendalikan pe­ ra­latan pembesar suara (PA Sys­ tem). Shaiful berkata, antara penga­laman tidak boleh dilupa­ kan se­panjang terlibat dalam du­ nia seni ini apabila berpelu­ang bekerjasama dengan be­be­rapa selebriti ternama di pe­­ ringkat tanah air mahupun an­­tarabangsa seperti Waheeda, Aishah, Mu­ hammad Alhusayyan, kum­ pulan Hijjaz, Rab­ bani, Raihan dan kumpu­ lan-kum­ pulan nasyid l u a r nega­ ra.

"Ada per­ kara yang membang­ gakan dan pastinya ada cabaran yang mendewa­ sakan. "Keluarga sangat men­ yokong per­ ja­­lanan seni saya. Sa­ ya se­ benarnya la­hir dari keluarga seni. Ra­ mai juga pe­muzik dan penyanyi yang la­ hir dari keluarga se­ belah ayah saya," katanya. Sementa­ ra itu, Shaiful me­ na­ si­hat­kan ke­­pada ana­k-anak mu­­­­da supaya agar men­­ ca­ ri hobi yang mem­­­beri man­faat terhadap diri sendiri. "Lakukan perkara yang kita ada minat dan 'sangat menji­ wai. Bukan membuat perkara semata-mata berdasarkan ke­ mahuan pasaran tanpa kita mahir tentang hal tersebut," katanya lagi.

Shaiful bersama dengan ahli kumpulan Malaysian Arab Orchestra.

Fungsi gendang TABLA Tabla adalah sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada satu bukaannya. Tabla biasanya dimainkan secara duduk. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan. Tabla berasal dari India. Sebuah ukiran di Gua Bhaja di negeri Maharashtra di India menunjukkan seorang wanita bermain tabla dan seorang lagi wanita sedang menari. Terdapat banyak ukiran lain berkaitan tabla di kuil-kuil di seluruh India. Sebagai contoh, ukiran 12 abad di Kuil Hoysala di Karnataka, India menunjukkan wanita bermain tabla.

REBANA Rebana ubi merupakan sejenis alat gendang yang bersaiz besar dan diklasifikasikan sebagai alat membranofon. Alat muzik ini dimainkan secara ensembel dan popular di negeri Kelantan. Gaya persembahan Sebuah rebana ubi dimainkan oleh dua orang. Biasanya memerlukan enam buah gendang dengan 12 orang pemain. Rebana ubi dipalu dengan pemukul yang berbalut kain pada hujungnya. Ensembel rebana ubi menghasilkan pelbagai corak irama. Tiada alat bermelodi digunakan. Semasa persembahan, terdapat dua kumpulan yang memainkan corak irama yang berbeza. Satu kumpulan memainkan rentak asas (down beat) dan satu kumpulan lagi memainkan rentak menyilang (up beat).

KAM

Shaiful bertekad memelihara warisan bangsa dari ditelan zaman.


26

20 - 26 September 2017

SALAM SEMUT

Bersopanlah dengan pelancong KETIKA menikmati sa­ ra­ pan di sebuah restoran makanan segera popular di Ibu Kota, saya diperlihatkan dengan satu kejadian yang memalukan. Hampir 40% pelang­ gan di kedai itu adalah pe­ lancong asing. Saya duduk di meja yang berhampiran dengan kaunter dan itu membolehkan saya dengar dengan jelas perbualan dari arah kaunter. Kaunter pesanan di­ ken­­ dalikan oleh tiga ga­ dis tempatan yang ber­ semangat dan berwajah ceria. Mereka bergurau se­ sama sendiri mengenai kehadiran pelancong lelaki dari Barat yang mereka anggap kacak dan bergaya. Apabila tiba giliran seorang jejaka Barat me­ mesan, seorang dari­ pada gadis bertanya, “are you married?” Bukan lelaki itu sahaja yang tergamam, malah ra­ mai yang ada di situ turut terkejut. Lelaki itu bertanya

balas, “are you looking for a white boy friend?” Saya tunduk malu dan ra­ mai pelanggan lain pun se­ nyap untuk mendengar per­ bualan seteru nya. Gadis itu tanpa segan silu terus menjawab “yes” dan segera dibalas lelaki itu, “sorry, I’m taken. Better luck next time.” (Maaf saya sudah berpunya. Semoga kamu bernasib baik lain kali). Dan paling memalukan, sewaktu melangkah keluar, lelaki itu berkata kepada rakannya, “they must be really desperate”(mereka ini nampak terdesak sangat). Mungkin gadis itu sekadar bergurau tetapi dari perspektif orang Barat, walaupun me­ reka lebih bersikap liberal, bentuk soalan seumpama itu dianggap kurang manis. Kehadiran pelancong me­­ rupakan pentas untuk per­ tembungan budaya dan kita harus bijak melayan me­reka kerana sebagai tuan ru­ mah yang mempunyai ke­­­­pentingan ekonomi, ki­ta inginkan mereka

Urus wang bersama AKPK

Saidi Ya'acob

Ketua Cawangan AKPK

MENGEJAR IMPIAN Orang tamak selalu rugi, pepatah yang cukup bermakna dan boleh mem­beri kesedaran. Ikutilah kisah be­nar yang dilaui Sally (bukan nama se­­ benarnya) yang terkejarkejar untuk me­ raih keuntungan untuk mencapai impian, akhirnya terjebak dengan ma­ sa­ lah hutang yang lebih besar. Sally, seorang pegawai pe­ masaran, kini mampu tersenyum gem­ bira bila melihat jumlah ta­ bungan simpanannya yang semakin me­ ningkat setelah tidak lagi menanggung kos pendidikan anak tunggalnya, Allan. Malah, Allan juga telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang juruterbang di salah sebuah syarikat penerbangan swasta. Malang tidak berbau. Pada satu hari, Sally dihubungi oleh kawannya Monica, seorang ejen hartanah tempatan. Teruja dengan pengiraan

me­nyebarkan pengalaman baik mereka di negara ini. Kehadiran pelancong ke Malaysia bertambah dari ta­ hun ke tahun atas usaha gigih kerajaan dan agensi pe­ lancongan. Pada 2006, kita menerima 17. 55 juta pelancong yang telah berbelanja sebanyak RM36.3 billion di sini. Dalam masa 10 tahun, angka itu bertambah menjadi 26. 76 pe­ lancong dan sebanyak RM82.1 billion dibelanjakan ber­­banding dengan cuma 12.02 juta pelancong yang berkunjung ke Indonesia. Dan pada tahun yang sama, Singapura cuma mam­ pu menarik 16.40 juta pelancong serta Filipina cuma berjaya memikat 5.9 juta pelancong. Tidak mustahil untuk kita memintas Thailand yang men­ jadi juara pelancongan di Asia tenggara dengan kehadiran 32.58 pelancong pada 2016. Untuk itu setiap rakyat Malaysia harus menggangap diri mereka sebagai duta ke­

pendapatan dari skim pelaburan yang ditawarkan oleh Monica, Sally mula memasang angan-angan untuk menyediakan satu majlis perkahwinan yang sangat meriah buat anak tunggalnya. Buat permulaan, Sally telah diminta oleh Monica supaya melabur sebanyak RM50,000 daripada simpanannya ke dalam skim pelaburan yang diwarwarkan itu. Sally telah dijanjikan oleh Monica 200 peratus hasil pelaburan yang bakal diterimanya dalam masa tiga bulan sahaja. Hari berganti hari dan Sally semakin teruja menanti genap tempoh tiga bulan pelaburan tersebut. Tepat pada tarikh matang pelaburannya, Sally menghubungi Monica. Tiada nada keriangan dari Monica sewaktu menjawab panggilannya. Malah, Sally telah dimaklumkan oleh Monica bahawa terdapat masalah dalam pengeluaran hasil pelaburannya kerana jumlah pelaburan yang dibuat oleh Sally selama ini adalah dalam jumlah yang minima sahaja. Seterusnya, Sally telah disarankan oleh Monica supaya menggandakan pelaburannya sebanyak RM50,000 bagi memudahkan urusan pengeluaran pulangan pelaburannya sebelum ini. Tanpa berfikir panjang, Sally telah menggunakan kad kredit bagi membuat pengeluaran tunai sebanyak RM 50,000 untuk diserahkan kepada Monica. Setelah sebulan berlalu, Sally

pada pengunjung dari serata dunia. Kita harus tahu jenis soalan soalan yang boleh di tanya dan yang tidak boleh ditanya. Antara perkara perkara yang tidak boleh dan yang kurang sopan untuk ditanya pada pelancong ialah i) Gaji/pendapatan ii) Umur iii) Sudah berkahwin atau tidak? iv) Status perhubungan (ber­ tunang, bercinta, janda) v) Perihal kesihatan (jika perlu sahaja demi aktiviti) vi) Agama (kecuali perlu) vii) Pendapat mengenai ke­ percayaan viii) Politik ix) Alamat rumah di negara asal Rata-rata orang kita kaya dengan budi bahasa dan ma­ syarakat Malaysia me­rupakan masyarakat yang mesra serta prihatin. Statistik kehadiran pelancong me­ rupakan bukti kukuh me­ ngenai kehebatan

cuba menghubungi Monica semula dan alangkah terkejutnya bila dimaklumkan bahawa nombor telefon bimbit Monica telah tiada lagi dalam perkhidmatan. Sally mula gelisah dan sedih dengan apa yang telah terjadi ke atas dirinya. Sally merasa malu untuk mengadu kepada anaknya Allan. Impiannya untuk menyediakan majlis perkahwinan istimewa buat anaknya mungkin tinggal mimpi sahaja. Paling teruk, dia kini telah berhutang di tahap maksimum dengan bank pemberi kemudahan kad kredit tersebut. Di satu pagi, semasa Sally sedang memandu menyusuri sebuah lebuhraya di Lembah Kelang, pandangan mata Sally secara tibatiba tertumpu kepada sebuah papan tanda iklan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menawarkan bantuan perkhidmatan nasihat dan kaunseling serta pengurusan kewangan berhemat kepada orang ramai secara percuma. “Mengapalah saya tak terfikirkan tentang AKPK,“ kata Sally kepada diri sendiri. Setelah sampai di rumah, Sally terus menghubungi nombor khidmat pelanggan AKPK. Setelah mendapat penerangan dari pegawai khidmat pelanggan yang bertugas, Sally bersyukur mujur ada AKPK sebagai penyelamat. Akhirnya Sally telah berjaya menstrukturkan semula bayaran pinjaman di bawah Program

ESAN RAVEN MURUG

rakyat Malaysia dan sama sama kita berusaha untuk melonjakkan lagi nama ne­ gara kita di arena pe­ lan­ congan antara­bangsa. Berikut adalah senarai negara negara yang di­ anggap kurang mesra de­ ngan pelancong. Senarai ini diterbitkan oleh Forbes dan kajian dilakukan oleh skyscanner.com 10. Turki 9. Poland 8. Itali 7. Sepanyol 6. Amerika Syarikat 5. China 4. Jerman 3. Britain 2. Rusia 1. Peranchis.

Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Walaupun dalam penuh kesesalan, Sally kini boleh memulakan semula tabungannya yang telah dibazirkan dalam penipuan pelaburan sedikit waktu dahulu. Penstrukturan semula bayaran balik kad kreditnya kepada pihak bank melalui program PPK AKPK, membuatkan Sally mampu bernafas lega dengan jumlah yang mampu dibayar. Antara tanda-tanda petunjuk skim penipuan kewangan ialah: Menjanjikan pulangan tinggi antara 5% hingga 20% sebulan tanpa risiko atau dengan risiko yang rendah. Tawaran itu hanya bagi jangka masa terhad dan anda diminta menyertainya dengan segera. Skim itu berasal dari negara luar dan anda tidak dapat menyiasat pejabatnya dan memastikan statusnya. Anda diminta mendedahkan maklumat sulit peribadi seperti nombor bank akaun anda. Anda diminta mendeposit sejumlah wang untuk bayaran pemprosesan dan pentadbiran. Amalkan pengurusan kewangan secara berhemat sebagai budaya hidup.Untuk sebarang maklumat tentang AKPK, sila hubungi AKPK melalui nombor talian 03-2616 7766 atau layari laman sesawang www.akpk. org.my.


20 - 26 September 2017

Tall boots Tall boots biasanya dipakai ketika musim sejuk. Jarang wanita memakai boots sebegini mungkin kerana keadaan yang kurang sesuai. Tetapi anda boleh pakainya untuk bergaya. KATE SPADE Rebecca boots RM1,890.68 Belian secara online: www.katespade.com

27

PERHATIAN

Flats

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup

Flats adalah salah satu kasut yang sesuai untuk mereka yang pentingkan kestabilan. Ia mempunyai tapak permukaan yang rata dan memudahkan untuk si pemakai melakukan aktiviti. Flats juga sangat sesuai bagi mereka yang agak ‘clumsy’. Jadi tidak perlu ‘tebal’ muka apabila anda terjatuh di depan orang nanti. GUCCI Flats shoes RM3,181 Belian secara online: www.raffaello-network.com

TRENDY

Booties Bagi anda yang gemarkan imej rock and roll, booties adalah pilihan yang paling sesuai. Ia mempunyai imej yang klasik dan gayanya yang tersendiri. Booties mempunyai ciriciri yang lebih kurang sama dengan tall boots. KATE SPADE Langton boots RM1,502.17 Belian secara online: www.katespade.com

Sling back atau ankle straps Kasut ini mempunyai ciri-ciri lebih kurang sama seperti wedges. Tetapi ia mempunyai tumit dan tapak yang nipis, berbeza dengan wedges yang bertapak penuh. Kasut ini sesuai dipakai ketika majlis-majlis perkahwinan, makan malam atau waktu biasa dan juga untuk menari. Ia akan membuatkan anda nampak lebih muda dan bergaya jika kena pada tempatnya.

Tapak yang selesa dan stabil menjadikan kasut ini menjadi pilihan ramai wanita. Selain ‘sedap’ dipakai, ia juga boleh membuatkan seseorang nampak lebih kurus. Wedges juga mempunyai ketinggian yang berbeza, ada yang hanya dua inci dan ada yang lapan inci. Jadi, bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan kasut tinggi bolehlah mula dengan wedges dulu.

BONIA White artelusa sandal heel slingbacks RM529.00 Belian secara online: www.bonia.com

Pump Ciri utama kasut ini ialah bertutup di hadapan dan belakang kasut dan mempunyai pelbagai jenis ketinggian. Kasut ini lebih kepada gaya formal, sesuai untuk ke tempat kerja, interview dan majlis-majlis rasmi. CLARKS Sage cooper womens pointed toe pumps shoes black smooth 8.5 RM608.83 Belian secara online: www.11street.my

Wedges

VINCCI Slip on wedges RM109.00 Belian secara online: www.zalora.com.my

Mahal hanya untuk dipijak? MURNI REJAB

Harga bukan penghalang bagi sesetengah wanita untuk tampil bergaya! Namun ada juga yang mengganggap ia satu pembaziran. Wanita perlu sentiasa tampil bergaya. Bagi mereka yang berkemampuan, harga tidak menjadi isu. Namun masih terdapat di pasaran kasut yang tidak terlalu mahal namun mampu tampilkan anda kelihatan bergaya.

Peep toes Kasut ini juga mempunyi ciri-ciri yang sama seperti stiletto dan pumps tetapi bahagian hadapan kasut ini mempunyai lubang kecil yang menampakkan jari kaki.

Stiletto Stiletto merupakan kasut tumit tinggi yang mempunyai ciri-ciri lebih kurang sama dengan pumps. Kasut ini kebiasaannya mempunyai ketinggian tumit enam hingga tujuh inci. Sesuai bagi mereka yang berbadan ramping dan yang paling penting ialah mereka perlu biasa dengan ketinggian kasut tersebut. PINKO Stiletto shoes RM1,706 Belian secara online: www.raffaello-network.com

JIMMY CHOO Luna 100 RM2,876.21 Belian secara online: row.jimmychoo.com


28

MAKAN

20 - 26 September 2017

angin

Oleh : Amir Raihan Foto : Tourism Malaysia

PULAU PINANG memang tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong saban tahun. Pasti ada sebabnya mengapa destinasi yang diangkat sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO ini menjadi tumpuan dunia. Jom lihat beberapa lokasi menarik yang ditawarkan. BUKIT BENDERA Rugi ke Pulau Pinang jika tidak singgah ke Bukit Bendera. Ia adalah kawasan bukit yang merangkumi kawasan Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill dan hanya terletak lima kilometer dari Georgetown. Bukit Bendera adalah hutan hujan tropika terakhir yang masih wujud di Pulau Pinang. Hidupan flora dan fauna yang ada di Bukit Bendera dilindungi sejak 1960. Aktiviti utama di sini semestinya menaiki ke puncak bukit dengan menggunakan Kereta Api Bukit Bendera. Terletak di kaki bukit, 'funicular' ini bermula dari

Air Itam. Ia dibina pada tahun 1923 dan telah menjadi salah satu sistem 'funikular' tertua di dunia dan mempunyai trek menaik setinggi 2,007 meter yang memakan masa 30 minit untuk sampai ke destinasi.

makanan yang enak. Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang jalan di pesisiran barat laut Georgetown ini juga merupakan lokasi sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti air seperti parasailing dan jet ski.

Lokasi : Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam. Waktu operasi: Setiap hari bermula jam 06:30 pagi – 11 malam

MASJID KAPITAN KLING Terletak di Lebuh Pitt, Masjid Kapitan Kling merupakan masjid yang tertua di Georgetown. Difahamkan, sekitar bulan November tahun 1801, seorang ketua kaum India Muslim, Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai ‘Kapitan Kling’ telah membuat permohonan untuk membina masjid ini di dalam kawasan seluas 18 ekar – di lokasi tapak yang wujud sekarang ini. Namun, selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Pembesaran jalan serta wujudnya rumahrumah awam di sekeliling masjid telah mengakibatkan kawasan asal 18 ekar ‘menyusut’ hingga menjadi seluas lapan ekar sahaja bermula tahun 1916. Jika ingin melawat ke masjid ini, anda dicadangkan datang ketika waktu lewat

BATU FERRINGHI Pulau Pinang merupakan antara destinasi menarik yang menggabungkan gaya hidup bandar yang ‘happening’ di samping kedamaian pantai yang menenangkan. Sudah puas berjalan-jalan di Georgetown, majukan langkah anda ke lokasi alam semula jadi iaitu Batu Ferringhi. Menawarkan hamparan pemandangan laut yang panjang dan pantai berpasir putih sepanjang jalan deretan lokasi-lokasi penginapan bajet mahupun mewah, kawasan pasar di Batu Ferringhi memang terkenal dalam kalangan pelancong kerana menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aksesori diri serta

Masjid Kapitan Kling

Pulau Mutiara terus menggamit

Kereta api di Bukit Bendera


Hasil lukisan Ernest yang memukau

Pemandangan Georgetown di waktu senja

petang, terutamanya ketika matahari terbenam kerana refleksi cahaya yang melitupi seni bina bangunan ini sangat menakjubkan. Lokasi: 14, Jalan Buckingham, George Town, Pulau Pinang. PENANG STREET ART Ada sebabnya mengapa Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengupah artis dari Lithuania, Ernest Zacharevic untuk memberi nafas baru kepada beberapa rumah kedai di sekitar dalam Bandaraya Georgetown. Ini kerana lukisan gergasi yang dilakukan Ernest benar-benar memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya. Lukisan-lukisan Ernest pada dinding luar bangunan dan rumah menjadi buah mulut di kalangan penduduk tempatan. Rata-rata mengkagumi kehebatan Ernest menghasilkan lukisan ‘hidup’ berlatar belakang kehidupan penduduk

di Pulau Pinang sejak sekian lama. Hasil kerja Ernest boleh dilihat di jalan-jalan seperti Weld Quay, Muntri Street, Armenian Street, Lebuh Leith, Ah Quee Street dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk berswa foto di lokasi-lokasi ini! ESCAPE THEME PARK Kalau nak bawa ahli keluarga atau rakan-rakan melakukan aktiviti mencabar, jom singgah ke Escape Theme Park. Taman tema adventur ini menawarkan konsep riadah dalam kehijauan alam semula jadi. Mula beroperasi sejak tahun 2012, Escape Theme Park menjadi tumpuan para pengembara muda sejak ia tular di laman sosial sejak dua tahun lalu dek kerana keunikan pelbagai aktiviti lasak yang ditawarkan. Lokasi : 828 Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang. Waktu operasi : 9 pagi – 6 petang (Selasa – Ahad)

WONDERFOOD MUSEUM Antara tempat menarik di Pulau Pinang ialah Muzium Wonderfood Penang. Di sini, pelawat dapat melihat, belajar dan mendalami budaya makanan unik di bandar ini dengan paparan yang lebih besar daripada yang hidup hidangan Malaysia. Terletak dalam bangunan kolonial tahun 1940 an di Georgetown, muzium ini dibahagikan kepada tiga galeri yang dipanggil Zon aktiviti , Zon wow, dan Zon pendidikan. Semua model hyper-realistik adalah buatan tangan oleh pemilik muzium, Sean Lao yang menggunakan teknik replikasi makanan dari Jepun.

TOY MUSEUM Muzium Mainan Pulau Pinang telah dikenali sebagai muzium mainan terbesar di dunia. Ia adalah rumah kepada lebih 100,000 anak patung, kereta api dan koleksi lain dan telah memperoleh tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan pertama negara ini, dengan koleksi mainan dan patung terbesar. Pasti teruja dapat melihat beberapa koleksi patung yang lama seperti Care Bears dan Doraemon. Memang ia tempat yang amat menyeronokkan untuk korang kunjungi. Kalau anda datang bersama anak-anak, memang wajib untuk singgah ke sini.

Lokasi: 49, Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang. Masa Operasi: Setiap hari pada pukul 9 pagi – 6 petang

Lokasi: 1370, MK2, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Masa Operasi: Setiap Hari pada pukul 9 pagi – 6 petang Perkhidmatan feri Pulau Pinang masih relevan dan 'nostalgik'


30

20 - 26 September 2017

‘Macam pasukan bawah 12 tahun’

Brenden Rodgers

BRENDAN RODGERS – nama yang jarang didengar sejak dipecat oleh Liverpool – menyifatkan pe­ main-pemain Celtic beraksi seper­ ti pasukan bawah 12 tahun ketika tewas 0-5 kepada Paris Saint-Ger­ main dalam saingan Liga Juara-Jua­ ra Eropah, minggu lalu “Pada babak pertama, mereka bermain sangat teruk, seperti pa­ sukan bawah 12 tahun,” kata Rod­ gers yang mengendalikan kelab juara Liga Scotland itu sejak kedu­ dukannya di Anfield diambil alih oleh Jurgen Klopp. Barisan hadapan PSG – yang paling mahal di dunia ketika ini – merobek gawang Celtic seawal minit ke 19, diikuti bintang rema­ ja paling sensasi, Kylian Mbappe pada minit 34. Sebelum berakhir separuh masa, Edinson Cavani menjaring­ kan gol ketiga menerusi sepakan penalti. Selepas rehat, Celtic tampil lebih baik namun itu bukan sa­ haja tidak membantu malah bek Mikael Lustig menambah derita pasukannya dengan jaringan gol sendiri sebelum Cavani sekali lagi menerjah bola ke gawang dengan

Kembalikan kegemilangan 32 JOSE MOURINHO telah membidas dua pendahulunya, David Moyes dan Louis van Gaal sekali gus menyifatkan waktu pengendalian mereka di Old Trafford sebagai ‘tempoh sifar’ untuk Manchester United. Sejak ditinggalkan Sir Alex Fer­ guson, kelab itu sememangnya ber­ gelut untuk mengembalikan kege­ milangan sebagai pasukan utama Liga Perdana. Pengganti Ferguson, Moyes di­ pecat selepas 10 bulan membim­ bing kelab. Van Gaal juga boleh dikira gagal meskipun sempat menjulang Piala FA. Mourinho yang berpengalaman mengendalikan Porto, Real Madrid dan Chelsea, memenangi dua trofi domestik pada musim pertama di Old Trafford selain menjulang Pia­ la Liga Europa yang sekali gus ber­ jaya membawa kelab itu kembali ke saingan Liga Juara Eropah musim ini. Mourinho berkata, kehadiran­ nya di Old Trafford dibebani oleh kejayaan kelab itu pada masa lalu. Tugas itu katanya menjadi ber­ tambah berat kerana dua pendahu­ lunya meninggalkan kelab dalam

keadaan ‘sifar’ tanpa sebarang pe­ rubahan. “Terdapat perubahan pada kelab lain tetapi tidak di kelab ini. Saya melihat pada masa itu, per­ jalanan kelab ini seperti terhenti. Tempoh itu adalah tempoh yang sifar, tiada sebarang perubahan,” katanya. Mourinho berkata lagi, apabila kelab seperti Manchester United ditinggalkan dengan legasi yang begitu cemerlang oleh Ferguson, tanggungjawab berat dipikulkan di bahu pemain, pengurus, lembaga pengarah dan pemegang saham. “Selama ini kelab menikmati ke­ menangan, menang, menang dan menang. Bayangkan apabila tiba-ti­ ba semua itu terhenti… dan saya datang untuk mengembalikannya semula, bukankah itu beban yang sangat berat? Bagaimanapun, apa yang saya boleh katakan, hari ini kita me­ nikmati keadaan kerja yang lebih baik, pasukan perubatan, pasukan analisis, akademi dan jabatan me­ dia yang lebih baik, saya yakin kita berada pada landasan yang betul untuk kembali gemilang. Kita akan melakukannya tanpa perlu menu­ kar tenaga yang sedia ada, dan itu adalah sangat penting,” ujarnya.

Penyokong ekstrem Celtic cuba menyerang Mbappe.

tandukan cantik. Nasib Celtic mungkin dijan­ gka akan bertambah buruk apa­ bila ada penyokong tuan rumah memasuki padang dan menye­ rang pemain PSG. Mbappe nyaris terkena tendangan seorang dari­ pada mereka. “Kami kehilangan beberapa pemain yang dapat membantu

kami di peringkat ini. Keadaan men­ jadi sangat sukar dan itulah kenya­ taannya,” kata Rodgers. Menurut pengendali itu lagi, beliau sendiri tidak mahu bersikap terlalu keras terhadap anak buahnya susulan kekalahan teruk itu kerana sedar, pasukan yang dihadapi ada­ lah pasukan yang berpotensi untuk muncul juara.

La Liga hilang s 32

Presiden La Liga, Javier Tebas menegaskan, jika Catalonia meneruskan proses kemerdekaannya, Barcelona serta beberapa kelab lain dari wilayah itu tidak akan dibenarkan lagi bermain dalam liga. Selain Blaugranes, kelab-kelab lain dari Catalan ialah Espanyol dan Girona. Undang-undang Sepanyol membenarkan hanya kelab atau pasukan dari wilayah dalam negara itu sahaja bertanding dalam La Liga melainkan dari Andorra, sebuah wilayah yang merdeka di pergunungan sempadan antara Catalonia dan Perancis. Namun untuk pengecualian seperti itu, Barcelona memerlukan sokongan daripada Kerajaan Sepanyol dan Parlimen untuk meluluskan undang-undang berkaitan, sama seperti yang diperolehi oleh Andorra. “Saya sangat prihatin tentang masa depan Barcelona jika kemerdekaan itu berlaku. Apa yang saya boleh katakan, untuk mendapat pengecualian seperti yang diperkatakan, ia bukan mudah.

“Undang-undang dengan jelas sudah mengatakan tidak. Bukan mudah untuk mencapai perjanjian atas apa yang sudah jelas sebaliknya mengikut undang-undang,” kata Tebas. La Liga tanpa Barcelona adalah mimpi ngeri bagi mereka yang terbabit dengan industri bola sepak Sepanyol termasuk pesaing utamanya, Real Madrid. Pengendali Real, Zinedine Zidane berkata, “sebagai peminat bola sepak, saya tidak dapat membayangkan La Liga tanpa Barca. Sejak sekian lama, saya hanya memikirkan Barca adalah sebahagian daripada liga.” “Saya tidak suka idea ini (La Liga tanpa Barca). Saya tidak dapat memikirkannya lagi,” katanya. Selain Real, kelab yang berpangkalan di Camp Nou itu adalah yang paling berjaya dalam liga Sepanyol. Selain Atletico Madrid dua tahun lalu, juga Valencia dan Real Sociedadpada awal 2000, trofi jua-

Ronaldinho antara bintang yang pernah menyinar bersama Barcelona.


31

20 - 26 September 2017

Bale dalam dilema Barca tunggu Seri MESKIPUN telah menolak tawaran untuk menyertai Manchester United pada musim panas lalu, situasi Gareth Bale di Santiago Bernabeu tidaklah bertambah baik malah semakin mem­ buruk. Dia hampir tidak ada kawan di Real Madrid, pemain-pemain lain memu­ laukannya. Wartawan Sepanyol, Eduardo Inda berkata yang menjadi sahabat Bale di Bernabeu hanya Luka Modric. “Pemain utama yang lain marah­ kan Bale. Mereka memulaukannya malah jarang bertegur sapa di bilik persalinan pusat lati­ han,” kata Inda disiar­ kan saluran TV, El Chiringuito. “Dia tidak ada kawan yang lain, hanya Modric. Me­ reka sama-sama dari Tottenham Hotspur,”

katanya lagi. Majalah sukan mingguan, Don Ba­ lon pula melaporkan Bale mengakui masa depannya dengan Real seperti sudah tidak ada jaminan, dan dia su­ dah membincangkan hal itu denga presiden kelab, Florentino Perez. Antara lain, kata majalah itu, pemain yang berasal dari Wales itu mengatakan dia tidak dapat bermain dengan baik kerana tidak mendapat sokongan rakan-rakan sepasukan yang meminggirkannya. Bagi pemain lain pula, mereka mendakwa Bale ‘tidak memberikan semua untuk pasukan’ dan hal itu juga telah sampai ke pengetahuan Pe­ rez. Musim lalu, Bale hanya membuat 27 penampilan. Musim ini, walaupun telah menjaringkan satu gol dan dua bantuan, dia masih belum diberi pe­ luang untuk bermain penuh 90 minit. Dengan kebangkitan Marco Asen­ sio, Isco dan Lucas Vazquez, kedudu­ kannya boleh dikira kian te­ rancam. Bale ma­ sih mempunyai kontrak hingga Jun 2022 selepas dia menandatangni perjanjian baharu Oktober lalu. Ini meletakkan dirinya dalam kan­ cah dilema yang begitu lama.

seri tanpa Barca ra La Liga hanya bersilih tangan antara Barca dan Real. Tanpa Barca, Real akan sebenar-benarnya menjadi kuasa liga yang dominan. Sudah tentu, ini juga akan mengurangkan nilai hiburan dan populariti La Liga, bukan sahaja di Sepanyol malahan seluruh dunia. Selain pada tahun lalu, jurang antara dua pasukan teratas dengan pasukan-pasukan lain yang di bawah adalah sangat besar. Malah pada tahun lalu, kelab pada tangga keempat berjarak sejauh 17 mata dengan Real yang menduduki tangga ketiga. Tanpa Barca, Atletico mungkin akan jadi kelab yang kedua di bawah Real. Namun jaminan untuk kelab itu bertahan dan terus memberikan saingan kepada Real juga masih boleh dipersoalkan. Justeru, apa yang hampir pasti ialah liga akan dimonopoli oleh Real dan ini juga bukan sesuatu yang baik untuk mereka. Dalam pada itu, Tebas ketika menyebut mengenai kedudukan Barca, berkata Blaugranes akan kerugian dalam banyak perkara, terutama keuntungan daripada hak penyiaran televisyen yang diperolehi sepanjang penglibatannya dalam liga Sepanyol.

“Tanpa sumber itu, dan tumpuan yang diberikan terhadap mereka dalam persaingan La Liga, mereka akan rugi besar. Kalau mereka buat liga sendiri pun, saya tidak yakin mereka akan lebih baik daripada liga Belanda. Pastinya mereka tidak akan kekal sebagai antara kelab teratas di Eropah,” katanya. Lionel Messi antara pemain terbaik dunia yang masih bersama Barcelona sehingga kini.

MESKIPUN jendela perpin­ dahan musim panas sudah ditutup, cakap-cakap men­ genai penghijrahan pe­ main belum lagi berakhir. Bagi kelab yang gagal mendapat bintang ida­ man, mereka mengatur usaha untuk merealisa­ sikan impian itu apabila jendela perpindahan dibuka semula Januari ini. Antaranya Barcelona yang sedang men­ gintai pemain ten­ gah Nice, Jean Michael Seri. B l a u g r a n es mahu me­ mastikan usaha itu mencapai ke j a y a a n setelah gagal mu­ sim panas lalu. Akh­ b a r - a k­ h b a r Catalan

melaporkan urusan mem­ bawa pemain itu ke Nou Camp dengan nilai per­ pindahan £36 juta su­ dah hampir selesai. Seri sememangnya menarik minat bany­ ak kelab terkemuka namun Barca yang jadi pilihannya.

Costa ke Arab Saudi DIEGO COSTA, bintang kontrover­ si Chelsea yang enggan kembali ke Stamford Bridge ekoran perbalahan dengan bosnya, Antonio Conte, me­ narik minat sebuah kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal. Costa yang sebelum ini secara terbuka menyatakan hasrat mahu kembali ke kelab lamanya, Atleti­ co Madrid, ditawarkan kontrak bernilai £7.2 juta un­ t u k mewakili kelab Arab Saudi itu hingga Januari. Selain Al-Hilal, pemain Sepa­ nyol kela­ hiran

Brazil itu turut diintai Fenerbache, kelab terkemuka Turki. Costa sejak musim panas lalu melancarkang perang terbuka ter­ hadap Conte yang berpunca daripa­ da satu mesej Conte mengarahkan dia mencari kelab baharu kerana namanya tiada dalam senarai pe­ rancangan jurulatih itu untuk mu­ sim ini. Sejak itu, Costa meluahkan has­ ratnya mahu kembali ke pangkuan Atletico Madrid namun terhalang oleh larangan mengambil pe­ main baharu yang dikenakan oleh UEFA terhadap kelab itu. Apabila tempoh larangan itu berakhir pada Januari, Costa dijangka akan segera kembali ke Madrid. Costa dan Conte ketika masih mesra.


32 30

Keluaran 20 - 26 September 2017

31

‘Macam pasukan bawah 12 tahun’

Barca tunggu Seri

TANPA BARCA BAYANGKAN La Liga tanpa Barcelona! Itulah yang akan berlaku jika referendum yang dianjurkan oleh kerajaan wilayah Catalonia untuk merdeka daripada Sepanyol pada 1 Oktober ini, berjaya. Sekiranya Catalonia keluar atau terpisah daripada Sepanyol, kelab yang digelar Gergasi Catalan itu akan hilang kelayakan untuk terus beraksi dalam La Liga.

30,31

Mourinho bidas Moyes, van Gaal 30

Jose Mourinho

David Moyes

Louis van Gaal

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.