PE RC UM A
ISU 31
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
21
Aishwarya miliki aset di AS
Keluaran 6 - 12 September 2017
BAHAYA 'DOKTOR' INTERNET
Mudah percaya tips Internet berkaitan kesihatan boleh undang padah
KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY
KUALA LUMPUR – Anda pernah melihat dalam Internet maklumat mengenai pelbagai penyakit, jenis ubat, tips dan petua kesihatan? Selepas itu anda mempercayainya sehingga mempratikkan sebagaimana yang dinasihatkan. Sebenarnya perkara ini tidaklah 100 peratus salah, namun anda perlu mengetahui sejauh mana kesahihan sumber maklumat yang diperoleh. 2,3
Didenda jika langgar ketam
28
20
Bakat Megan Tan 25
Produk anak M'sia di New York
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
Tarikh : 8 – 10 September Masa : 12.00 tgh hari hingga 5.00 petang
Jualan hasil seni ‘Meet and Greet’ bersama kartunis
2
6 - 12 September 2017
Dari muka depan Kini sudah menjadi kebiasaan apabila berhadapan sesuatu penyakit sama ada serius atau tidak, masyarakat mudah mempercayai maklumat Internet. Ramai beranggapan mendapat maklumat daripada ‘Dr. Internet’ sudah mencukupi. Dengan mudah mereka boleh diagnosis mengenai sesuatu penyakit daripadanya - tanpa nasihat pakar. Lebih membahayakan apabila sesuatu penyakit atau isu kesihatan itu menjadi tular melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Petua kesihatan yang terdapat dalam carian Internet.
Pesakit wajib rujuk KHIZAIRI KHIZAN KUALA LUMPUR - Carian menerusi Internet tidak semestinya memberikan hasil relevan mengenai pe nyakit dihidapi individu. Tindakan mereka itu boleh mewujudkan perasaan takut terutama jika hasil carian itu membawa kepada diagnosis penyakit kronik. Pengamal Pergigian Am, Dr. Wan Noralhakim Shaghir Saad berkata, orang ramai perlu merujuk kepada pakar berkaitan sesuatu penyakit dan bukannya terus mencari dari Internet. “Apa pun maklumat yang dicari, pengesahannya perlu merujuk kepada doktor pakar dalam bidangnya. “Keputusan yang di am bil oleh pesakit tanpa me rujuk kepada dok tor berkemungkinan boleh mengundang ke san sampingan yang me mudaratkan dan seterusnya boleh membawa kepada kom plikasi serius terhadap tubuh badan,”katanya. Dalam pada itu, menceritakan pengalaman nya dalam bidang pergigian, Wan Noralhakim berkata,
“Keputusan yang diambil oleh pesakit tanpa merujuk kepada doktor berkemungkinan bo leh mengundang kesan sampingan yang me mudaratkan dan seterusnya boleh membawa kepada komplikasi serius terhadap tubuh badan.” dia sering berhadapan dengan pesakit yang terlebih dahulu mendapatkan maklumat dari Internet sebelum datang kepadanya. Katanya, ada antara me reka keliru dengan maklumat Internet dengan keadaan sebenar kerana wujud percanggahan. “Sepanjang pengalaman saya sebagai doktor pembedahan pergigian, pesakit selalunya akan mendapatkan maklumat melalui Internet terlebih dahulu mengenai permasalahan yang mereka hadapi. Apa pun mereka akan berbincang secara lanjut dengan saya. “Setiap penyakit ada cara merawatnya. Sebelum rawatan diambil, saya akan menganalisa risiko yang bakal dihadapi pesakit terlebih dahulu. “Sekiranya kesan mudarat lebih banyak berbanding
kesan baik kepada pesakit sekiranya meneruskan rawatan itu, adalah lebih baik kita tidak melakukannya,” katanya. Sementara itu, Wan Noralhakim turut menyentuh isu pemakaian pendakap gigi
Antara laporan media mengenai perkhidmatan pergigian haram.
Pilih ubat diiktiraf sahaja AZLAN ZAMBRY PETALING JAYA - Orang ramai sering tidak mempedulikan nasihat doktor atau ahli farmasi dalam pengambilan ubatubatan sekiranya menghadapi masalah kesihatan, sebaliknya mereka lebih gemar untuk mempercayai ubat-ubatan tradisonal melalui Internet, kata Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr. Ramli Zainal (gambar). Menurutnya, sikap masyarakat yang terlalu mempercayai sesuatu ubat tradisional yang kononnya dari turun-temurun tanpa melalui ujian klinikal boleh mendatangkan kesan lain sekiranya diamalkan tanpa nasihat dan kawalan pakar perubatan. “Sebahagian ubat-ubat tersebut tidak melalui ujian klinikal dan kebanyakan pengguna tidak mengetahui tentang apa-apa kandungan dalam ubatubatan tradisional tersebut. “Masyarakat kini terlalu bergantung dengan sumber dari Internet tanpa mempedulikan nasihat doktor. “NPRA mengakui apa yang dipaparkan dalam Internet mungkin berkesan kepada segelintir pengguna, tetapi mereka tetap perlu merujuk kepada pihak bertauliah untuk mengelakkan kesan sampingan. “ N P R A
merupakan sebuah jabatan bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjalankan ujian dan penyelidikan berkaitan dengan farmasi dan ubatanubatan yang berada di negara ini,” katanya kepada Warta. Menurutnya, sebarang ubat yang berada dipasaran perlu mendapat pengesahan daripada pihak NPRA, samada ubat tradisonal atau ubat klinikal. “Sekiranya pengguna mengambil sesuatu perskrepsi yang tidak mendapat pengesahan NPRA dan atas nasihat pakar, sekiranya terdapat kesan sampingan, pengguna tidak boleh mendakwa mana-mana pihak dan ini akan menyusahkan pengguna itu sendiri. “Risiko yang perlu diambil amat besar kerana melibatkan kesihatan dalam jangka masa panjang malahan juga nyawa, dan sebagai pengguna mereka perlu lebih berhati-hati dalam perkara ini,” katanya. Sementara itu, NPRA menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang iklan-iklan kesihatan dan kecantikan di media sosial kerana belum terbukti dengan kaedah klinikal. “Mungkin sesetangah pengguna berjaya dengan kaedah yang ditunjukkan dan mungkin sebaliknya. “Sebaiknya, setiap keputusan yang hendak dibuat berkaitan dengan kesihatan atau kecantikan, pengguna perlu mendapatkan nasihat yang betul supaya tidak mendatangkan perkara buruk,” katanya.
Pelbagai maklumat berkaitan penyakit mudah dicari dalam Internet.
3
6 - 12 September 2017
Salah tafsir penyakit undang risiko
k doktor
yang dilakukan perkhidmatan pergigian haram pernah terjadi baru-baru ini. Katanya, ia salah satu kesan oleh sikap mereka yang terlalu percaya maklumat Internet sehingga wujud perkhidmatan berkenaan. “Perkhidmatan pergigian haram meletakkan kos yang murah berbanding dengan klinik pergigian yang diiktiraf dan ia sememangnya akan menarik perhatian sesiapa sahaja. “Malah mereka juga berani meng iklankan k h i d m a t
pemasangan pendakap gigi, proses pemutihan gigi dan lain-lain lagi di Instagram, Facebook dan media sosial yang lain bagi menarik perhatian mereka yang ter desak menginginkan rawatan yang murah,” katanya. Menurutnya, masyarakat seharusnya sentiasa berhatihati dengan maklumat yang diperoleh melalui Internet. Ini kerana, katanya, hanya doktor gigi yang diiktiraf dan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia boleh memberi rawatan kepada orang ramai di bawah Akta Pergigian 1971.
PETALING JAYA - Akses yang terlalu longgar tanpa kawalan di Internet boleh memudaratkan malah mendatangkan bahaya, terutamanya dalam konteks kesihatan. Bagi Dr. Mohd Salim Abdullah, sebagai contoh den gan menaip perkataan demam, pening atau batuk melalui Internet, akan terpapar segala jenis maklumat mengenai penyakit itu. Katanya, perkara itu kerap berlaku dalam kalangan mas yarakat yang kurang ber pen getahuan dalam bidang kesihatan. “Mereka cenderung men gam bil langkah mudah den gan hanya mencari mak lumat di Internet dan terus mempercayai apa yang dibaca itu. “Jikalau maklumat itu negatif, mereka mu lai risau serta me mikirkan yang bukan-bu kan tentang pen yakit yang mungkin dihidapi, sedangkan doktor belum mengesahkan apa-apapun. “Contohnya sakit kepala. Penyakit melibatkan kepala ini ada pelbagai jenis daripada sakit biasa hingga kronik. “Kalau disalah tafsir, mereka mungkin mem percayai sakit yang dialami adalah sakit kronik sedangkan tidak manakala sakit yang kronik pula dikatakan tidak,” kata nya yang juga pemilik Klinik Crown Care, Damansara Perdana, di sini. Oleh itu Mohd Salim berkata, run dingan dengan dok tor amat penting dan jangan membuat
andaian sendiri tentang sesuatu penyakit dengan mempercayai sumber Internet. Malah, lebih memburukkan keadaan jika wujud kecenderungan individu mempersoalkan keputusan atau rawatan yang diberikan doktor dengan alasan mereka melakukan pencarian di Internet mengenai penyakit yang dialami walaupun apa yang ditemui hanya sekadar simptom berkaitan. “Ia menjadi serius kerana mereka lebih percaya hasil penemuan di Internet berbanding keputusan doktor, pemeriksaan ke atas pesakit dan juga ujian darah. “Akhirnya mereka enggan mengikut nasihat doktor termasuk dalam pengambilan ubat menyebabkan penyakit yang dihidapi mungkin tidak dapat dirawat dengan baik. Malah jika penyakit itu serius seperti tekanan darah tinggi dan diabetes, sikap sebegini hanya menyumbang kepada peningkatan kes penyakit kronik,” katanya. Mohd Salim berkata, dia tidak me nolak kepentingan Internet da lam bidang kesihatan, namun masyarakat perlu mencari bahan rujukan yang boleh dipercayai berteraskan ruju kan perubatan se perti laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Tidak dinafikan de ngan adanya teknologi Internet semuanya men jadi mudah dan cepat. “Namun tafsiran se suatu penyakit itu seharusnya dilakukan oleh mereka yang profesional, bukannya Dr. Internet,” jelasnya.
Gastrik akibat amal petua KUALA LUMPUR – Menjaga ke sihatan berpandukan petua se memangnya baik, tetapi tidak semua petua itu serasi dengan tubuh badan kita. Bagi Nor'ain Md Rejab, 28, mengekalkan berat badan yang seimbang adalah matlamat utama nya dalam mengamalkan petua dan tip diet. Namun katanya, melihat dalam Internet bahawa minum air lemon dapat menguruskan badan, ia menjadi amalan kepada dirinya. Menurut Nor'ain, dia mengamal minum air berkenaan setiap hari selama
dua tahun. “Namun pada satu hari, saya berasa sakit perut. Saya menyangka ia sakit perut biasa disebabkan tersalah makan. “Sakit itu berlarutan dan ke adaan saya semakin teruk. “Saya mendapatkan rawatan doktor dan dia menyatakan bahawa saya mengalami gastrik,” katanya. Nor'ain memberitahu kepada doktor bahawa dia mengamalkan minuman berkenaan. Katanya, doktor menasihatinya supaya tidak lagi minum air lemon
berkenaan kerana minuman itu bersifat asid dan boleh memudaratkan kesihatan antaranya melibatkan usus. Menurutnya, memang berat badannya turun dengan minum air itu, tapi tidak menyangka ia mempunyai kesan sampingan. “Saya berharap sesiapa yang mendapat maklumat mengenai penjagaan kesihatan daripada Internet terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor daripada kita terus mempercayai sumber berkenaan,” jelasnya.
4
6 - 12 September 2017
Tiga bandar maju jadi rujukan MBPJ
Stockholm dan Copenhagen mempunyai garis panduan serta ‘universal design’ terperinci yang sesuai dijadikan rujukan MBPJ bagi pelaksanaan projek di Bandaran Kelana Jaya, Pusat Bandar Seksyen 52 dan Pusat Bandar SS2.
SHAH ALAM – Tiga bandaraya utama dunia dijadikan rujukan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mempertingkatkan kualiti dalam menyediakan pelan induk ‘universal design’ yang mula dirangka, pada 2015. Datuk Bandar, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, penetapan dasar ‘access policy’ rancangan tempatan yang diamalkan London dan menggunakan garis panduan terperinci untuk dipatuhi di peringkat kawalan pembangunannya diteliti MBPJ. Menurutnya, Stockholm dan Copenhagen juga mempunyai garis panduan serta ‘universal design’ terperinci yang sesuai dijadikan rujukan MBPJ bagi pelaksanaan projek di Bandaran Kelana Jaya, Pusat Bandar Seksyen 52 dan Pusat Bandar SS2. “MBPJ akan bekerjasama dengan golongan dan individu bersesuaian dengan perkara ini
dalam proses menyediakan pelan induk ‘universal design’. “Kita juga akan menyediakan ‘mapping’ bagi kawasan ber halangan di Petaling Jaya dan strategi untuk menjadikan ia boleh akses kepada semua,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, di sini baru-baru ini. Selain itu Azizi berkata, MBPJ juga menjalin hubugan dengan bandar raya utama dunia lain seperti Kota Bandung, Indonesia; Asan City, Korea Selatan; Qing Yuan, China dan SeongBuk-Gu, Korea Selatan. “Kerjasama yang dijalinkan ini bagi mempelajari amalan baik negara berkenaan sebagai rujukan MBPJ dalam pelbagai perkara. “Untuk masa hadapan, MBPJ juga akan bekerjasama dengan ban dar raya Osaka dan Tokyo bagi aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar,” katanya.
Hampir makan tikus Dron ‘bawa’ lelaki miskin ke Makkah PENNSYLVANIA – “Saya sedar ia adalah tikus kecil kerana saya dapat melihat misai dan ekornya,” kata Ellen Manfalouti, 46, terkejut apabila melihat roti sandwich yang dibelinya dipanggang bersama haiwan berkenaan. Kata wanita itu, dia memakan sandwich itu di bilik mesyuarat di tempat kerjanya dan merasakan sesuatu yang aneh di bawah roti itu dan menyangka ia cuma hangus. Manfalouti dari Northampton menyaman restoran yang menyediakan sandwich berkenaan, Chickfil-A cawangan Middletown sebanyak $50,000 (RM213,875) kerana rasa mual yang teruk dan kerisauan yang dialaminya selepas memakannya pada kejadian yang berlaku November 2016. Peguam Manfalouti, William M. Davis, berkata, ia adalah satu insiden yang teruk. “Kes ini sangat melampau kerana restoran itu menghidang makanan seperti itu kepada pelanggan tanpa menyedarinya. “Ia juga memberi kesan
yang teruk pada Manfalouti yang masih tidak pulih daripada trauma dan rasa loya yang dialaminya kerana insiden itu,” kata Davis kepada Bucks County Courier-Times. Davis menghantar lebihan roti yang tercemar ke makmal yang dicadangkan oleh bakeri yang membuat roti tersebut. “Makmal itu mengesahkan kehadiran tikus yang dipanggang bersama roti,” katanya. Namun, kedua-dua bakeri dan restoran francais itu gagal menyelesaikan masalah itu. Oleh itu, tuntutan mahkamah dibuat.
Sandwich yang dibeli Manfalouti dipanggang bersama tikus (dalam bulatan).
ISTANBUL - Kisah seorang lelaki miskin di Ghana yang dapat menunaikan haji menjadi tular di media sosial Turki, selepas dia dirakam bertanya sama ada dron yang jatuh di depan rumahnya boleh membawanya ke Makkah. Al-Hassan Abdullah dilapor menunaikan haji dengan bantuan kementerian luar dan badan kebajikan Turki selepas tiba di Istanbul, barubaru ini. Dia menemui dron berkamera di kampungnya dan ketika menyerahkannya kepada krew penggambaran Turki yang memilikinya, dikatakan bertanya sama ada mereka mempunyai peralatan seumpamanya yang lebih besar untuk menerbangkannya ke Arab Saudi. Perbualan itu menjadi tular hingga dilaporkan sampai ke pengetahuan Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu yang terus membantu membuat persediaan untuk Al-Hassan
Kisah Al-Hassan tersebar di Twitter.
menunaikan haji. Al-Hassan dipetik memberitahu Agensi Anadolu: “Saya sangat bersyukur dengan rezeki Tuhan ini dan berdoa untuk semua yang membantu saya mencapai impian ini. “Bantuan ini terlalu ber makna untuk saya. Saya percaya ia sesuatu yang mam pu memperbaiki persahabatan dan persaudaraan sesama Muslim. Sementara itu, Cihad Gökdemir, penolong pe ng
urus badan kebajikan yang menyambut Al-Hassan di lapangan terbang di Istanbul berkata, kisah lelaki itu tersebar selepas kakitangan TRT World memuat naik gambarnya di Twitter. “Orang ramai termasuk ahli perniagaan dan syarikat swasta mula bertanya me ngenainya kerana mahu mem bantunya mencapai impian itu.
“Akhirnya dia berjaya di kesan anggota polis Turki yang bertugas di Ghana,” katanya.
5
6 - 12 September 2017
Orang Kedah simpan jenazah?
19
KETIKA lalu di kaki lima sebuah kedai emas di Jalan Langgar, Alor Setar, aku tertarik pada papan tanda yang terpampang tulisan: ‘BOLEH TOLAK EMAS DI SINI’. Sebagai anak jati negeri Kedah Darul Aman yang be lum lupa asal usul, aku dengan mudah boleh faham maksud kenyataan itu. Tetapi bagaimana dengan orang luar? Mengikut konteks ayat itu, ‘tolak’ bukan bermaksud ‘push’ tetapi jual atau dalam pengertian secara spesifik, boleh ‘trade in’. Dalam kata lain, sesiapa yang memiliki emas atau barang kemas daripada emas yang berhajat mahu ‘trade in’, ia boleh dilakukan di kedai itu. Mereka boleh jual emas atau barang kemas yang dimiliki, kemudian pekedai akan
potong harga barang kemas yang mahu dibeli berdasarkan harga emas yang mereka jual. ‘Tolak’ adalah termasuk dalam istilah setempat yang biasanya hanya difahami oleh masyarakat setempat. Memang ada beberapa isti lah yang khusus bagi ma syarakat Utara Semenanjung daripada perkataan yang sama digunakan oleh penduduk di wilayah lain tetapi membawa maksud yang berbeza. Contoh nya, simpan. Pernah seorang ka wan ceritakan kepada aku pe nga laman yang mengejutkannya apabila pertama kali ditanya orang hal ‘simpan’ mayat. Rupa-rupanya cerita itu ada kaitan dengan satu peristiwa, dia memaklumkan hal kematian seorang anggota keluarga se belah isterinya kepada jiran tetangga mereka ketika bercuti di kampung di Kedah. “Jiran mak mentua aku itu tanya, ‘jenazah nak simpan pukui berapa?’ Aku terpingapinga. Apa hal pulak nak simpan-simpan jenazah, kita nak
kebumi. Nasib baik masa itu ada saudara aku yang ikut, dia tolong explain,” katanya. Cerita pasal ‘simpan’ je nazah bukan cerita baru. Me mang ada macam-macam cerita di sebalik istilah itu hingga timbul tanggapan orang Kedah ‘simpan’ jenazah di rumah. Ada juga yang terlebih melampau terus buat ke simpulan orang Kedah ramai yang amal ajaran sesat, tidak kebumi jenazah. “Takkanlah pulak kami orang Kedah tak kebumi mayat, simpan mayat di rumah. Yang kuboq bersepah sini sana tu apa?” aku tanya kepada kawan itu semula. 'Simpan' dalam istilah berkaitan kematian bagi orang kedah adalah bermaksud kebumi. Satu lagi, perkataan ‘melawat’. Kalau kita pergi ke mana-mana hospital pun, ada papan tanda yang memaklumkan waktu melawat, iaitu waktu dibenarkan untuk pesakit yang dirawat di wad hospital itu terima kunjungan saudara mara atau sahabat handai. Dalam kamus dialek Utara,
Mentega kacang rahsia rambut cantik MICRONESIA - Seorang gadis di sini memiliki rambut panjang mengurai seperti karakter kartun ‘Rapunzel’ yang menjadi inspirasinya. Andrea Colson, 33, yang dilahirkan di Amerika Syarikat, mengatakan rahsia rambutnya yang berukuran 1.5 meter itu adalah kerana memakan mentega kacang. Dia juga menyapu minyak kelapa kira-kira dua kali seminggu dan hanya memotong hujung rambut untuk menjamin ia berada dalam keadaan baik. Menurutnya, ia mengambil masa 30 minit untuk mendandan rambutnya dan dia menggunakan pengikat rambut khusus untuk mengikat rambut perangnya yang tebal. Dia menyimpan rambut panjang sejak kecil dan sering mendapat perhatian orang ramai. “Mereka bertanya soalan sama, adakah ia rambut sebenar?” kata Andrea. “Saya tidak pernah mewarnakan rambut, saya rasa itu yang menyebabkan ia sihat. “Malahan, tidak pernah juga menerima kata-kata negatif. Mereka sering membandingkan saya dengan Rapunzel dan saya sangat gembira. “Filem ‘Tangled’ adalah inspirasi saya,” katanya. Ketika usia dua tahun, panjang rambut Colson berada paras bahu, dan apabila ketika meningkat remaja, ia mencecah hingga ke lutut. Kini, rambutnya panjang sampai mencecah buku lali sejak tujuh tahun lalu. Bagi mengelakkan rambutnya menjadi kusut dan nipis, Colson
memotong hujung rambutnya setiap tiga atau empat bulan. Antara rahsia rambutnya yang menawan adalah sapuan minyak kelapa dan membiarkannya selama satu jam sebelum membasuh rambut. Ia dilakukan dua kali seminggu. Calson hanya menggunakan syampu biasa dan menyapu perapi pada hujung rambutnya, selain membasuh rambutnya dengan air sejuk. “Saya akan membuat perapan rambut istimewa dari telur, minyak kelapa dan minyak zaitun sekali sebulan. “Rasanya mentega kacang sangat membantu kerana rambut saya akan menjadi kering dan gugur jika saya tidak memakannya,” katanya.
Rambut Calson panjang sampai mencecah buku lali sejak tujuh tahun lalu.
itu tidak dipanggil melawat. Menziarah orang yang sakit atau kemalangan, disebut tengok. Contoh,“dengaq kata anak Pak Zek accident, aku berasa nak pi tengok. Hang nak pi dak? Kalau hang nak pi, kita pi sekali…” Melawat pula lebih kepada maksud bersiar-siar atau ‘makan angin’. Ada pun, tersebutlah satu cerita perihal seorang pakcik dari Utara yang pergi sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menziarah anaknya yang ke malangan. Tiba di hospital itu, pakcik berkenaan ditahan oleh pen jaga pintu ketika dia sedang melangkah masuk. “Minta maaf pakcik, tak boleh masuk… sekarang bukan waktu melawat. Pakcik kena tunggu pukul 12 setengah nanti,” kata jaga itu. Dibalas oleh pakcik itu, “aku bukan mai nak melawat, aku nak tengok anak aku accident. Pasai apa pulak tak boleh masuk?” Dalam kalangan ma
syarakat Utara, antara istilah yang masyhur ialah kopek. Kopek merujuk kepada dompet, iaitu bekas menyimpan wang. Tetapi kalau ke Pantai Timur, kopek itu lain pula maknanya. Sebaiknya, elaklah daripada menyebut perkataan itu kalau anda ragu-ragu. Tetapi adalah lebih membahayakan jika anda, orang Utara ketika berkunjung ke Kelantan, me mandai-mandai cuba hendak menyebut ‘pelam’ mengikut bunyi sebutan dialek negeri itu. Seperti apa yang pernah disebut berlaku, seorang lelaki Utara yang baru berkahwin dengan wanita Kelantan, ketika pulang bercuti di rumah mertuanya, tatkala melihat pokok mangga mertuanya berbuah lebat, dia berkata “Lebat pelam abah…” dalam loghat Kelantan.
'Mr Delicious' temui penonton
KUALA LUMPUR HyppTV menerbitkan sebuah drama bersiri terbaharu bertajuk ‘Mr Delicious’. Drama bersiri berkenaan ditayangkan sebanyak 30 episod dan menemui penonton sejak 16 Ogos lalu bermula jam 9 malam setiap Rabu dan Khamis, di saluran HyppSensasi HD (116) serta boleh ditonton pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Untuk meraikan pelancaran drama bersiri terbaharu itu, pelanggan HyppTV berpeluang untuk menikmati tontonan istimewa secara percuma bagi empat episod pertama melalui HyppTV Everywhere bermula 10 Ogos sehingga 19 September 2017. Dibintangi pelakon hebat antaranya Guntur Triyoga dari Indonesia - bersama Kila Fairy, Reen Rahim dan Ieda Moin, drama ini pastinya akan meruntun hati penonton dengan memaparkan kisah keakraban persahabatan yang akhirnya menjadi kisah percintaan yang merumitkan.
Drama ini mengisahkan tiga sahabat yang berjaya tetapi kurang bernasib baik dalam percintaan sehinggalah hadir seorang rakan semasa zaman kanak-kanak dalam kehidupan mereka. Mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dengan jejaka yang mereka gelarkan ‘Mr Delicious’ itu kerana ingin mengekalkan keakraban persahabatan mereka. Namun kuasa cinta mengubah segalanya dan mereka bertiga secara tidak sengaja terjatuh cinta dengan jejaka tersebut. Apabila emosi menguasai diri, ia menggoyahkan persahabatan mereka. Adakah mereka akan mengorbankan persabahatan demi cinta, atau mengambil keputusan untuk hidup berpoligami bersama cinta sejati mereka? Nantikan cinta tiga sahabat yang penuh tragis di saluran HyypTv.
6
6 - 12 September 2017
DUNIA MINGGU INI
WYOMING, AMERIKA SYARIKAT - Detik sebuah jet melintasi gerhana matahari penuh di Guernsey menarik perhatian netizen.
SAO PAOLO - Elias, 43, yang dikenali sebagai LA, seorang pesakit polio, melakukan tarian dengan kerusi rodanya di lampu isyarat di Paulista Avenue.
SHANGHAI - Seekor anjing dan kucing menerima rawatan di Pusat Kesihatan Haiwan Neurologi dan Akupuntur TCM (Tradisional Cina), yang mengkhususkan dalam rawatan akupunktur dan terapi untuk haiwan.
HOUSTON - Lisa Rehr memeluk anaknya Maximus yang berusia empat tahun, setelah rumah mereka musnah dilanda taufan Harvey, sedang menunggu untuk dipindahkan dengan dari Rockport.
AFRIKA SELATAN - Sekumpulan pekerja merawat seekor badak yang telah dipotong sumbu di ladang luar Klerksdorp, di Wilayah Barat Laut.
BARCELONA - Orang ramai berkumpul di sebuah taman untuk memberi penghormatan dan bertafakur bagi memperingati tragedi rempuhan van yang mengorbankan beberapa pejalan kaki di Las Ramblas.
Bisnes
6 - 12 September 2017
MRT: Laluan SSP masuk fasa baharu KHIZAIRI KHIZAN
KUALA LUMPUR - Proses pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) bagi jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) mencapai kejayaan penting dengan siapnya struktur rentangan jejambat (viaduct) pertama laluan itu. Pengarah Projek Laluan SSP MRT Corporation Sdn. Bhd., Datuk Amiruddin Ma'aris berkata, lokasi rentangan itu ialah di tapak Stesen Kepong Baru, yang juga satu daripada 24 stesen bertingkat bagi laluan SSP. Beliau berkata, penyiapan rentangan pertama itu dan kejayaan pelancaran Galang Kekotak Bersegmen (segmented box girders) menunjukkan projek itu memasuki fasa baharu dalam pembinaannya. "Dalam tempoh dua tahun akan datang, satu rangkaian berterusan tiang akan dibina di sepanjang jalan utama dan lebuh raya, diikuti dengan pelancaran Galang Kekotak
Setakat 31 Julai 2017, pembinaan MRT Laluan SSP ialah 12.05 peratus siap.
Bersegmen untuk membina jejambat," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. Setelah bahagian jejambat yang mencukupi siap, tambahnya, kerja memasang landasan pada jejambat itu dapat dimulakan bagi membentuk jajaran bertingkat Laluan SSP sepanjang 38.7 kilometer (km). Setakat 31 Julai 2017, kemajuan pembinaan MRT Laluan SSP ialah 12.05 peratus siap, manakala kemajuan pembinaan pada bulan ini
berjalan mengikut jadual. "Kami yakin Laluan SSP Fasa Pertama akan siap pada Julai 2021, manakala laluan keseluruhan akan beroperasi sepenuhnya menjelang Julai 2022," katanya. Jajaran SSP adalah aliran perkhidmatan MRT kedua yang mula dibina pada 2015, merangkumi jarak sejauh 52.2 km, termasuk 13.5 km laluan bawah tanah dan menghubungkan sebanyak 35 stesen.
7
Keuntungan MBSB melonjak
KUALA LUMPUR - Keuntungan sebelum cukai Malaysia Building Society Bhd (MBSB) melonjak kepada RM115.63 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2017, daripada RM74.72 juta suku sama tahun lalu. Pendapatan meningkat kepada RM813.42 juta daripada RM812.52 juta. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, pemberi pinjaman bukan bank itu berkata, prestasi lebih baik itu terutamanya disumbang pendapatan operasi lebih tinggi dan peruntukan lebih tinggi bagi kerugian susut nilai dalam pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan yang dicatatkan tempoh dalam kajian. Dalam kenyataan bera singan, Presiden me rangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan berbanding prestasi tahun lalu dan juga keupayaan syarikat untuk terus mengekalkan pertumbuhan pendapatan.
"Ini menunjukkan strategi perniagaan seiring usaha kami un tuk memperluaskan seg men korporat. "Kami akan mem ban gun kan program khas untuk pem biayaan peralatan, men dapatkan pendekatan yang lebih berkesan untuk mening katkan penjanaan pendapatan yuran melalui pengurusan kekayaan serta khidmat nasihat korporat," katanya. Baru-baru ini, MBSB mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia bagi peng ga bungan dengan Asian Finance Bank. Mengulas isu itu, Ahmad Zaini berkata, berita positif itu disambut baik oleh pihak berkepentingan, terutamanya pemegang saham dan tenaga kerja MBSB.
Perkeso perkukuh jabatan pelaburan KUALA LUMPUR Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengukuhkan jabatan pelaburannya dalam usaha mencatat prestasi pelaburan lebih tinggi. Perkeso mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak RM25.8 bilion setakat 30 Jun 2017 dan merancang untuk mencatat pulangan sekurangkurangnya lima hingga enam peratus di bawah Pelan Induk Strategi Pelaburan lima tahun baharunya. Ketua Eksekutif dan Ketua Pengarah Perkeso, Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Perkeso mengkaji semula dasar pelaburan serta strategi kepelbagaiannya dan membawa masuk ramai pegawai pelaburan berpengalaman. "Kami telah mempelbagaikan pelaburan kami. Sebelum ini, kami hanya melabur dalam ekuiti, pendapatan tetap dan pasaran wang, tetapi kini telah mempelbagai ke dalam hartanah dan ekuiti swasta. "Kami berjaya mendapat kelulusan Kementerian Kewangan bagi menambah peruntukan untuk mandat pelaburan yang berbeza. Tadbir urus perlu dipatuhi, kami tidak boleh melangkauinya," katanya, lapor Bernama. Perkeso ditubuhkan pada 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia,
sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh, bagi menawarkan perlindungan keselamatan sosial kepada semua kakitangan atau pekerja di Malaysia. Mohammed Azman berkata, dengan pasukan yang kuat, Perkeso berharap dalam melakukan lebih banyak lagi dari segi pelaburan. "Kami memerlukan pulangan. Kami tidak boleh bergantung kepada caruman sematamata. Dana itu berkembang tetapi ia tidak meningkat seiring dengan pembayaran yang kami buat untuk manfaat dan pampasan kepada ahli. "Sebab itu, kami perlu mempelbagaikan, perlu tingkatkan pulangan dan mendapat pulangan pendapatan lebih tinggi dalam usaha kekal bagi tempoh lebih lama dari segi dana yang kami miliki," katanya. Katanya, konsep dana amanah pertubuhan itu adalah mengumpul sumber dan berkongsi risiko. Katanya, ia tidak perlu mengagihkan pulangan yang diterima tetapi ia kini memerlukan pulangan yang lebih baik kerana asas yang semakin membesar. "Penerima manfaat kami adalah untuk jangka panjang. Setiap tahun, nama
penerima di senarai semakin bertambah. Setiap tiga hingga lima tahun, kami akan mengkaji semula manfaat yang kami tawarkan kepada orang yang diinsuranskan. "Kami akan meningkat dan menambah baik pembayaran berdasarkan kajian aktuari, indeks harga pengguna serta kos sara hidup dan lain-lain lagi. "Kerana itu, kami perlukan lebih banyak pulangan untuk memastikan kami memberikan manfaat lebih baik kepada orang yang dlinsuranskan berbasarkan keadaan ekonomi," katanya. Walaupun petunjuk prestasi utama semasa untuk jabatan pelaburan itu adalah untuk memperoleh pulangan kepada Perkeso antara lima dan enam peratus, Mohammed Azman berkata, beliau berharap pertubuhan itu akan memberi khidmat lebih baik dalam tahun-tahun akan datang. Pada masa yang sama, katanya, Perkeso kekal konservatif mengenai perlindungan modal serta pematuhan kepada tadbir urus korporat dan amalan yang tinggi. Beliau turut menjawab mengenai Seksyen 74a, yang dimasukkan ke dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja
1969, yang telah mencetuskan bantahan berikutan kesannya ke atas keselamatan dana terbabit. Peruntukan baharu itu membenarkan Perkeso untuk menubuh atau mengambil alih mana-mana syarikat dengan kelulusan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan. "Alasan kenapa kami meminda seksyen itu adalah untuk kami menguruskan pusat pemulihan kami di Melaka sebagai entiti swasta. "Pusat pemulihan yang ditubuhkan untuk mereka yang kami insuranskan dianggap sebagai satu lagi manfaat dalam Perkeso. "Mereka yang tidak upaya atau mereka yang tidak boleh bekerja disebabkan masalah kesihatan, akan kami letakkan di pusat pemulihan terbabit," katanya. Beliau berkata, proses menukar pusat pemulihan itu kepada syarikat sendirian berhad akan selesai tidak lama lagi. Walaupun penukaran pusat pemulihan di Melaka itu kepada entiti swasta sebagai alasan utama, Mohammed Azman tidak menolak idea menggunakan klausa yang sama untuk eksesais ekuiti swasta yang lain. "Sebenarnya itu adalah alasan utama pindaan berkenaan, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan," tambahnya.
8
6 - 12 September 2017
BISNES
ANA rakan kerjasama Pasaran hartanah kekal lembap kelima Malindo Air
KUALA LUMPUR - Malindo Air berkerjasama dengan All Nippon Airways (ANA), satusatunya syarikat penerbangan ber taraf lima bintang dan ter besar di Jepun, bagi me na warkan penumpang, sam bungan yang lebih besar dan lancar merentasi Asean dan le bih daripada 200 laluan rang kaian di bawah syarikat berke naan. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, syarikat pener bangan itu amat sukacita dapat bekerjasama dengan ANA dan membawa penumpang di luar
jangkauan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Dengan ANA, penumpang kami akan disambungkan dengan lebih daripada 200 destinasi domestik dan global melalui hab syarikat penerbangan itu di Narita dan Haneda," katanya dalam kenyataan. Menurutnya, melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak juga akan meng hu bungkan pelancong daripada rangkaian sedia ada untuk melawat Malaysia. "Pada masa yang sama, ini
akan meningkatkan bilangan penumpang transit di KLIA. Rangkaian laluan kami yang lebih luas akan menyediakan opsyen yang lebih baik untuk penumpang segmen pe ranginan dan perniagaan," katanya. ANA adalah rakan kongsi penerbangan Malindo Air yang kelima, selepas Turkish Airline, Qatar Airways, Etihad Airways dan Oman Air. Malindo Air sekarang ini berkhidmat di lebih 46 buah bandar di 16 negara, termasuk 13 lapangan terbang utama di Malaysia.
Penumpang Malindo Air disambungkan dengan lebih 200 destinasi domestik dan global melalui hab ANA di Narita dan Haneda.
KUALA LUMPUR Pasaran hartanah tempatan terus lembap pada separuh pertama tahun ini berikutan pelabur berpotensi m e n g a m b i l pendekatan ‘tunggudan-lihat', demikian menurut hasil kajian oleh Knight Frank Malaysia. Bertajuk ‘Sorotan Harta Tanah' bagi separuh pertama 2017, laporan itu mengkaji prestasi pasaran merentasi pelbagai hartanah - kediaman, pejabat dan runcit, dan menonjolkan trend dan unjuran di pelbagai kawasan iaitu Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Pengarah Urusannya, Sarkunan Subramaniam (gambar) berkata, meskipun pasaran keseluruhannya lemah, pemulihan ekonomi negara baru-baru ini selain pengukuhan mata wang tempatan dan pasaran pekerjaan yang stabil, dapat menyediakan peluang pemulihan dalam pasaran kondominium mewah.
"Dalam sektor pejabat, kualiti bekalan pejabat terus ditingkatkan untuk memenuhi keperluan perusahaan besar dan syarikat multinasional. Berdasarkan peningkatan bekalan dan persaingan, gedung membeli-belah kini ber had apan cabaran untuk mengekalkan pasaran runcit. "Pengusaha melaksanakan baik pulih, menjenamakan semula dan menjajarkan semula gedung masing-masing untuk menarik pengunjung. "Perniagaan berkaitan fesyen dan makanan serta minuman tidak lagi menjadi kunci untuk meningkatkan daya tarikan pengunjung, pusat membeli-belah mula mempromosikan pengalaman dan bukannya produk, seperti mengubah tempat letak kereta zon tertutup," katanya. Beliau berkata, Malaysia akan kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik berdasarkan pasaran hartanahnya yang stabil dan kos permulaan yang rendah untuk terus menawarkan pulangan yang munasabah.
Untung Petronas 2019 Prudential buka Dagangan RM317.23 juta pejabat di TRX KUALA LUMPUR - Keuntun gan sebelum cukai Petronas Da gangan Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017 naik kepada RM317.23 juta daripada RM249.66 juta su ku sama tahun lalu. Pendapatan pada suku dikaji meningkat kepada RM6.51 bilion daripada RM5.33 bilion. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Petronas Dagangan ber kata, perolehan yang lebih tinggi itu disebabkan kenaikan harga jualan pu rata produk minyak sebanyak 28 pe ratus berikutan peningkatan Mean of Platts (MOP), tetapi diimbangi oleh penurunan jumlah jualan se ban yak
lima peratus. MOP adalah purata pe ni laian harga produk minyak ber pangkalan di Singapura yang di keluarkan oleh Platts, penyedia maklumat tenaga, petrokimia, logam dan pertanian global. Menurut Petronas Dagangan, keputusan operasi kumpulan dijangka dipengaruhi harga produk petroleum yang berkait rapat harga minyak mentah dan pros pek ekonomi Malaysia. Menurutnya, dalam suku dikaji, harga min yak mentah Brent antara AS$44.20 (RM189.20) dan AS$55 (RM235.43) satu tong dan harga dijangka akan terus tidak menentu.
PKNS tawar insentif
KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Ne geri Selangor (PKNS) menawarkan in sentif tunai antara RM4,000 dan RM10,000 kepada orang ramai yang memperkenal kan hartanahnya kepada pembeli mene rusi program Insentif MyPKNS. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noraida Mohd Yusof berkata, pengenalan insentif itu yang bermula 19 Ogos lalu sehingga 31 Dis 2018, diharap dapat merancakkan lagi jualan projek hartanah PKNS. Katanya, insentif itu terbahagi ke pa da tiga kategori, Insentif Emas yang menawarkan imbuhan sebanyak
RM10,000 kepada pihak yang memper kenalkan hartanah berharga RM1 juta ke atas, Insentif Perak (RM6,000 bagi har ta nah berharga antara RM400,000 dan RM1 juta) dan Insentif Gangsa (RM4,000 un tuk har tanah bernilai di bawah RM400,000). "Ia boleh dituntut se le pas pembeli memenuhi syarat, antaranya selesai me nandatangani Per jan jian Jual Beli dan disetemkan serta menandatangani surat kelulusan pin ja man bank. Bawa buk ti tersebut ke pejabat PKNS untuk tuntu tan insentif," katanya.
KUALA LUMPUR - Prudential muncul sebagai pela bur terbaharu di pusat kewangan antarabangsa, Tun Razak Exchange (TRX) apabila syarikat global insurans itu akan memindahkan ibu pejabatnya ke bangunan setinggi 27 tingkat yang dijangka dibuka pada 2019. Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd., Datuk Azmar Talib berkata, penyertaan syarikat insurans itu secara tidak langsung memenuhi aspirasi TRX sebagai daerah kewangan antarabangsa yang turut menyaksikan penglibatan bank terkemuka dan institusi kewangan. Katanya, pejabat Prudential sebelum ini terletak di Jalan Sultan Ismail dan Bukit Bintang dan syarikat itu merancang untuk me nempatkan ke semua perniagaan pengurusan aset dan insurans hayat di Malaysia termasuk pusat khidmat pelanggan di bawah satu bumbung apabila siapnya projek berkenaan. “Kami melihat penyertaan Prudential ini mencerminkan keyakinan tinggi dalam kalangan pelabur antarabangsa terhadap TRX, satu pembangunan projek yang amat penting kepada agenda negara. “Ini akan menjadikan TRX sebagai pusat perniagaan antarabangsa baharu di Kuala Lumpur, apatah lagi disokong dengan pembinaan infrastruktur yang
Penyertaan Prudential memberi keyakinan dalam kalangan pelabur antarabangsa terhadap TRX.
berdaya tahan, ciri-ciri yang lestari dan ruang awam yang boleh dinikmati. “Kami yakin mampu menyediakan daerah kewangan bertaraf antarabangsa buat Prudential,” katanya dalam kenyataan, baru -baru ini. Antara pelabur di TRX buat masa ini ialah Lendlease yang memba ngunkan Lifestyle Quarter; HSBC Malaysia dan Affin Bank Berhad bagi menara pejabat; Mulia International Group, iaitu syarikat pemaju Indonesia membangunkan Signature Tower; Lembaga Tabung Haji dan WCT Bhd. bagi kawasan kediaman dan syarikat pengurusan air global, Veolia Water Technologies bagi konsesi kitar semula dan rawatan air.
9
6 - 12 September 2017
BISNES
Celcom tawar telefon percuma Lima gajet paling KUALA LUMPUR – Sempena Hari Kemerdekaan ke 60, Celcom mengumumkan pem berian telefon pintar percuma untuk pelanggan yang mendaftar kontrak melalui pelan pascabayar terpilih. Promosi yang dilancarkan sejak 16 Ogos lalu sehingga 30 September 2017 itu disediakan dengan tiga pelan iaitu First Gold Supreme (RM128 sebulan), First Platinum (RM148 sebulan) dan First Platinum Plus (RM188 sebulan). Bagi pelanggan First Gold Supreme, mereka layak untuk menerima secara percuma telefon pintar iPhone 6 32GB, Huawei Y6II atau Samsung Galaxy J3 Pro manakala pelanggan First Platinum pula boleh memilih dari tiga telefon berkenaan ditambah telefon pintar jenis OPPO A77 dan OPPO A57. Untuk First Platinum Plus pula, selain lima telefon dalam dua pelan sebelum ini, senarai pilihan mereka ditambah dengan Samsung Galaxy J7 Pro, HUawei P10 Lite, Vivo V5s dan Huawei P10. Menjadikan jumlah pili han kepada sembilan tele fon, pelanggan juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy S8 atau S8+ dengan diskaun sehingga 55%. Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Celcom First diperbaharui
menarik 2017 Iphone 8
Iphone 8 adalah antara produk keluaran Apple yang dinantinantikan. Bersempena ulangtahun iPhone yang ke 10 tahun ini, Apple mereka iPhone 8 dengan ciri-ciri yang istimewa. Samsung Galaxy S8 Zalman menerangkan pelan baharu pascabayar Celcom First pada majlis pelancarannya.
untuk memberi pengalaman di gital dan penstriman video yang terbaik tanpa kebimbangan akan kehabisan data internet. “Dengan internet yang begitu mewah dan dipadankan dengan cara termudah untuk memiliki telefon bimbit terkini dalam pasaran, serta disokong oleh rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, pelanggan tidak perlu mencari-cari lagi pelan yang dapat memenuhi keperluan digital mereka,” katanya. Bagi menikmati tawaran telefon dari Celcom ini, pelanggan perlu mendaftar kontrak pelan selama 24 bulan serta membuat bayaran pendahuluan. Bayaran pendahuluan ini
berbeza mengikut model telefon serta pelan yang dilanggan dan akan digunakan sebagai rebat dalam bil bulanan. Celcom juga menyediakan tawaran Celcom EasyPhone yang mana semua pelanggan Celcom boleh memiliki telefon pintar dengan mudah, secara ansuran bulanan dari serendah RM30 sebulan. Sebanyak 30 model telefon pintar terbaharu disediakan dalam tawaran itu. Langganan pelan Celcom First dan promosi telefon pintar ini boleh didapati di manamana cawangan Blue Cube dan rakan niaga rasmi Celcom. Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk laman web www.celcom.com.my.
Volkswagen fokus tenaga kerja tempatan SHAH ALAM - Volkswagen Malaysia amat menitik beratkan tenaga mahir tempatan dengan mengambil langkah membuka Akademi Automotif Volkswagen, baru-baru ini. Bertempat di Glenmarie, ia bermatlamat untuk menjadi pusat latihan jualan dan lepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap untuk jenama itu. Dibangunkan dengan keluasan 14,117 kaki persegi, pusat latihan itu mampu menempatkan sehingga 150 pelatih. Pelatih akan menjalani program intensif, merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh 13 kakitangan latihan yang berdedikasi. Modul-modul latihan yang disediakan termasuk kemahiran insani, amali, s i m u l a s i teknikal, diagnostik
dan fungsi. Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Erik Winter berkata, akademi berkenaan adalah bukti terhadap komitmen VPCM untuk terus meningkatkan serta mendidik anak-anak tempatan dan pengedarnya. “Akademi Automotif Volkswagen ditu buhkan dengan misi untuk mena warkan pendidikan berkualiti serta membangunkan tenaga kerja dengan standard global yang cemerlang dan mampu berdepan dengan cabaran baru dalam industri automotif. “Melalui akademi ini, ia menjadi satu langkah penting buat VPCM untuk merealisasikan falsafahnya dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan nilai tambah kepada para pelanggan,” katanya.
Pelatih akan menjalani program intensif, merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh 13 kakitangan latihan yang berdedikasi di akademi berkenaan.
Samsung merupakan antara syarikat gergasi dunia yang sentiasa menarik perhatian penggunanya. Ramai dalam kalangan kita telah menggunakan telefon Galaxy mereka bermula dengan Galaxy 6 dan 7. Jadi, setelah beberapa lama, mereka membuat keputusan untuk menghasilkan siri baru Samsung Galaxy 8. Apa yang menarik adalah versi Galaxy terbaru ini didatangkan dengan ciri-ciri istimewa yang baharu seperti pembantu peribadi maya yang boleh membantu pelanggan apabila diperlukan. Telefon pintar lipat Samsung Kita sudah biasa dengan telefon lipat ketika zaman 90 an dahulu. Akan tetapi, telefon pintar dengan skrin sentuh yang boleh dilipat adalah kedengaran luar biasa. Samsung telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mereka telefon inovasi baharu ini. Banyak syarikat telekomunikasi lain turut bercadang untuk buat perkara yang sama akan tetapi nampaknya Samsung terlebih dahulu telah berjaya merekanya dan melancarkannya nanti. Telefon Microsoft Surface Microsoft sangat terkenal dengan aplikasi perisian komputernya. Namun syarikat gergasi ini agak ketinggalan untuk produk telefon pintar yang banyak didominasi oleh syarikat lain. Syarikat tersebut memaklumkan mereka akan melancarkan telefon pintar terbaharu pada tahun ini. Microsoft menjanjikan yang produk terbaru ini lain daripada lain. HTC Vive 2 Virtual Reality Tanpa dapat disangkal lagi, HTC sentiasa mengeluarkan produk gajet dengan teknologi inovasi yang baru, pantas, terkini dan unik. Pada tahun ini, mereka ingin Virtual Reality (VR) headset ini kerana percaya kepada permintaan untuk teknologi futuristik yang pasti mendapat sambutan. Kini, pengguna ada cara lebih moden untuk berhibur dan berkomunikasi.
10
6 - 12 September 2017
JIMBA-JIMBA
Kemeriahan Karnival Kesedaran Kesihatan di Puncak Alam MURNI MD REJAB
MERIAH dan ‘happening’. Itu lah suasana sepanjang ber lang sungnya program Karnival Kesedaran Kesihatan dan Pengu kuhan Ukhuwah 2017 yang di anjurkan Persatuan Penduduk Alam Suria 5A2 (PPAS5A2) ber sama Surau Al-Ikhlas di Alam Suria, Puncak Alam. Pelbagai aktiviti telah di jalankan seperti ‘fun walk’ Alam Suria, program derma darah, demonstrasi ‘basic life support’, pameran kesihatan, ujian saringan darah, serta pelbagai pertandingan seperti gubahan buah, pertandingan dam, karom,
Pengerusi PPAS5A2, Dr. Saiful Azli (tengah) memberi cenderahati kepada Dr. Hj Khalid Ibrahim (kanan) sambil diperhatikan oleh Urusetia Program En. Misnain Kiran
pertandingan azan serta pel bagai lagi tarikan me narik yang menguatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Karnival ini telah dirasmikan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr. Haji Khalid Ibrahim. Beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Pusat Darah Negara, Optometrist by Mata, Bank Rakyat serta pelbagai lagi agensi
Pertandingan Karom dan juga Dam antara yang menarik perhatian.
Antara penduduk yang menderma darah ketika program tersebut.
swasta terlibat dalam majlis ini. Kedatangan tetamu seramai lebih 1,000 orang daripada pelbagai kaum dan peringkat umur, menambahkan lagi suasana ‘gempak’ pada karnival yang berlangsung selama dua hari bermula 19 Ogos hingga 20 Ogos lalu, memberikan impak positif kepada komuniti setempat. Menurut Pengerusi PPAS5A2, Dr Saiful Azli, "Secara keseluruhannya, pihak PPAS5A2 dan surau Al-Ikhlas amat berpuas
hati dengan kejayaan penganjuran program ke sihatan ini. Ia membuktikan ba hawa hubungan masyarakat khususnya di Alam Suria 5a2 dan kariah surau Al Ikhlas secara umumya telah menjadi semakin erat," jelasnya. Program diadakan juga bersempena bulan kemerdekaan di samping memberi kesedaran kepada komuniti untuk ke kal sihat di samping dapat meng eratkan hubungan antara satu sama lain.
Sebahagian penduduk yang hadir ketika karnival tidak mahu terlepas menguji tahap kesihatan masing-masing.
Selamatkan hidupan laut kita!
NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
PENYU daripada jenis ‘Leatherback’ di jangka akan pupus dalam tempoh enam tahun akan datang. Antara faktor kepupusannya adalah bersebab dengan perbuatan manusia yang membuang plastik ke laut, dan dimakan oleh haiwan itu. Penyu ‘Leatherback’ juga sering jadi sasaran bunuh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ahmad Iszuddin bin Ahmad Izham, 11, antara kanak-kanak yang menonton video mengenai nasib malang hidupan laut itu
semasa kelas sains di sekolahnya beberapa bulan lalu. Video itu memberi kesan yang begitu mendalam dalam jiwanya, betapa suatu masa nanti manusia tidak lagi akan dapat melihat secara langsung penyu ‘Leatherback’ yang sudah pupus. Mereka hanya mampu mendengar cerita mengenainya sahaja, sama seperti dinasour. Selepas menonton video tersebut, Ahmad Iszuddin memutuskan untuk mengambil langkah bagi memulakan projeknya, Selamatkan Hidupan Laut dari Kepupusan. Beliau mengambil inisiatif untuk membuat biskut dan menjualnya bagi mendapatkan wang untuk disalurkan ke pusat pemuliharaan penyu di Terengganu. Menerusi projek itu, Ahmad Iszuddin berjaya mengumpul RM1,000. Beliau juga memulakan projek lain untuk mendapatkan lebih banyak wang untuk disumbangkan
kepada tempat perlindungan penyu lainnya. Untuk itu, beliau menghasilkan buku resipi dengan memperuntukkan 20% hasil daripada penjualan buku resipi itu disalurkan kepada Sanctuary Penyu Segari di Perak dan Walai Turtle Park di Sabah. Beliau sangat berharap wang yang dapat dikumpul dapat membantu menjaga penyu. Bagi Ahmad Iszuddin, jika beliau tidak melakukan apa-apa, hidupan laut akan pupus. Walaupun hanya seorang kanak-kanak, beliau dan rakan-rakannya sebenarnya mengambil berat tentang isu ini. Nasihatnya kepada orang lain ialah jika anda ingin melakukan perniagaan atau mengumpul wang untuk tujuan yang baik, terus kejar sesuatu yang anda sukai. Kemudian, menonton banyak video Youtube atau menjalankan penyelidikan mengenai sesuatu subjek. "Bagi saya, saya suka haiwan dan selepas
saya menonton video penyu laut penyu, saya suka penyu ‘Leatherback’. Jadi, saya pulang ke rumah dan menonton lebih banyak video tentang penyu jenis itu, saya juga terus membuat dua video di saluran Youtube saya. Kemudian, saya memberitahu kawan-kawan saya mengenai perniagaan cookies saya dan wang yang saya kumpul bukan untuk saya, tetapi untuk menyelamatkan penyu. " Jika anda suka sesuatu atau jika anda mengambil berat tentang sesuatu yang mendalam, saya rasa anda boleh melakukan apa yang saya lakukan. Juga, beritahu ibu bapa anda kerana mereka juga boleh membantu anda,"kata Ahmad Iszuddin.
6 - 12 September 2017
11
12
6 - 12 September 2017
Rapid Rail tingkat inisiatif untuk OKU Teks AZHAR GHAZALI Foto MUHAMAD DIN HASANUDDIN
RAPID RAIL – pengendali operasi LRT, MRT dan monorel negara – akan terus meningkatkan inisiatif bagi memastikan keselesaan dan keselamatan golongan orang kelainan upaya (OKU) selaras dengan misinya untuk menjadi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia. Rapid Rail, yang juga anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), akan terus mengadakan sesi audit secara berkala dengan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan maklum balas yang konstruktif daripada mereka. Komitmen ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman, yang hari ini menjadi hos kepada rombongan para pelajar
golongan kelainan upaya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama di Stesen MRT Merdeka di bawah program ‘Santai Bersama Anak-anak Istimewa SMKKU’ pada 21 Ogos lepas. Di bawah program berkenaan, 120 pelajar, guru dan tenaga pengiring diberikan kemasukan percuma untuk menggunakan perkhidmatan MRT di mana mereka telah melawat stesenstesen Kajang, Merdeka dan Muzium Negara sebelum berpatah balik ke Stesen Stadium Kajang untuk menjamu sate untuk makan tengahari, yang ditaja oleh Sate Haji Samuri, Kajang. Turut serta dalam rombongan berkenaan adalah Pengetua SMKKU, Hajjah Norehan Abd. Sani; , Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKKU, Encik Azhar Kamarudin; dan Yang Dipertua PIBG sekolah,
Encik Ibrahim Martibi. Bagi Rapid Rail dan Prasarana, program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang dilaksanakan dari masa ke semasa untuk mengeratkan hubungan Syarikat dengan komuniti khususnya para pengguna perkhidmatan awam. Berucap pada majlis berkenaan, Dato’ Ir. Zohari berkata kepentingan golongan OKU sentiasa diberi penekanan dalam pengurusan operasi Rapid Rail dan Prasarana, yang meliputi perkhidmatan LRT Laluan Ampang – Sri Petaling, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorel dan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang. “Kesemua tren dan stesenstesen MRT dan juga LRT serta monorel adalah mesra OKU dan kami mengadakan perbincangan secara berkala dengan pihak kementerian,
Para pelajar dan guru sekolah ceria naik MRT.
agensi-agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan keselesaan dan kemudahan golongan kelainan upaya. “Melalui audit ini, Rapid Rail akan terus meningkatkan inisiatif untuk terus menambah-baik lagi fasiliti dan sistem yang sedia ada untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna yang kelainan upaya. “Begitu juga bas-bas yang dikendalikan oleh Rapid Bus, yang merupakan anak syarikat
Bergambar kenangan di Stesen Merdeka.
Prasarana yang secara khusus untuk perkhidmatan bas henti-henti di bandar-bandar utama di negara ini. Kesemua bas-bas yang digunakan oleh Rapid KL adalah mempunyai ciri-ciri universal akses sekali gus mesra OKU. “Ini adalah kerana kami di Rapid KL dan Prasarana percaya untuk menyediakan perkhidmatan berkelas dunia, ianya perlu menitik-beratkan keselesaan semua rakyat termasuk golongan istimewa; walaupun ia menuntut pelaburan yang besar,” kata Zohari. Di dalam ucapannya, beliau turut menzahirkan rasa gembira atas sokongan daripada orang ramai terhadap perkhidmatan MRT Sungai Buloh – Kajang, yang telah mencatat lebih 7.4 juta penumpang sejak ia mula beroperasi pada 16 Disember tahun lepas. “Dengan temasya Sukan SEA ke 29 KL Games ini semakin rancak, saya jangkakan penumpang akan meningkat lagi pada tempoh ini khususnya dengan tawaran promosi 50 peratus potongan untuk tambang sehingga 31 Ogos ini,” tambah beliau.
13
6 - 12 September 2017
Notis
Notis
Notis
KLASSIFIED
NOTIS PERMOHONAN LESEN MENJUAL MINUMAN KERAS Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa LEE HENG SIONG, Kad Pengenalan No: 561011-10-5693 telah pun membuat permohonan kepada Pengerusi Lembaga Perlesenan Daerah Sepang, Selangor bagi Lesen Menjual Minuman Keras secara borong dan runcit di PRIMECLASS TRADING SDN. BHD. Blok 3503, Jalan Teknokrat 5, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Sebarang bantahan dari orang ramai, hendaklah dikemukakan kepada Lembaga sepeti alamat di atas. Tanah untuk dijual IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889
Bilik untuk disewa
Jawatan kosong
Saya mempunyai satu bilik kosong untuk disewakan sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. berminat sila hubungi 011 3985 1974
Rumah untuk dijual PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 TERUS OWNER VISTA LAVENDER, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call 0166337324 (RM255 000)
JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233 JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461 PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748 LATIHAN DAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE untuk belia di luar bandar berumur 16 hingga 25 tahun elaun harian diberikan 017-513 2476 / 016 - 423 6059
Jawatan kosong
Jawatan kosong
PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810
PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334
Jawatan kosong
Jawatan kosong
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688
Jawatan kosong
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator
Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554
DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491
KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
14
6 - 12 September 2017
DESTINASI Bawa anak temui BoboiBoy
Temui kartun pujaan ramai BoboiBoy di The Strand Mall, Kota Damansara pada 8 hingga 10 September. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuklah sesi ‘Meet and Greet’ sempena Geleri 60 Merdeka. Pameran percuma ini bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang. Kehadiran maskot BoboiBoy sememangnya antara yang dinanti-natikan anak-anak anda yang selama ini hanya menyaksikan kartun itu di kaca televisyen. Jangan lepaskan peluang hujung minggu anda untuk menemui mereka.
Tarikh : 8 – 10 September Masa : 12.00 tgh hari hingga 5.00 petang
Jualan hasil seni ‘Meet and Greet’ bersama kartunis
Pameran perdagangan antarabangsa
Selangor International Expo 2017 merupakan pameran perdagangan antarabangsa tahunan yang akan berlangsung pada 7 hingga 17 September di Setia City Convention Centre (SCCC). Sebanyak 700 booth yang membolehkan anda untuk memilih bisnes dengan kerjaya yang sedang ditawarkan di pasaran. Datang beramai-ramai di Selangor International Expo. Layari http://selangorexpo.com/en/ home/ untuk keterangan lanjut.
Pentas komedi
Sempena bulan September satu 'pentas komedi' akan diadakan pada setiap Jumaat di Ara Damansara. Comedy at the Oasis akan membuatkan anda tidak kering gusi dan anda boleh melontarkan segala persoalan dalam slot Open Mic. Nantikan kemunculan pengacara anda Phoon Chi Ho yang akan menampilkan pelawak tempatan. Sebarang maklumat anda boleh layari http://livespace.my/
Run for National Unity
Sihatkan diri anda dengan menyertai larian kebangsaan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 16 September. Jangan lepaskan peluang untuk Run for National Unity ini yang diadakan bertujuan untuk mengajak orang ramai sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aktiviti ini juga bakal memberi rehat pada minda anda yang saban hari sibuk bekerja. Maklumat lanjut di http://www.racexasia.com/ event/run-for-national-unity- 2017/
Konsert kanak-kanak
Pencinta muzik semestisnya tidak mahu ketinggalan menyaksikan konsert yang bakal menyaksikan kelainan dengan menampilkan pertunjukkan mesra oleh kanak-kanak termasuklah bercerita dengan diringi lagu-lagu popular era 60 an sehingga kini. Konsert ini akan diadakan dia Damansara Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada 8 September. Untuk maklumat lanjut sila layari http:// dpac.com.my
Tarian balet klasik
Koreografer terkenal Lu Wit Chin akan menyajikan anda dengan satu tarian balet klasik yang diilham oleh Lord Byron. Tarian akan dipersembahkan penari City Ballet Academy, Le Corsaire yang akan melakukan gerak geri dari kisah cinta yang mencabar antara seorang lanun dengan seorang gadis cantik. Persembahan ini akan diadakan di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) Pentas 1 pada 9 hingga 10 September. Layari http://www.klpac.org/whats-on/ lecorsaire-pirates-tale/ untuk maklumat lanjut.
Matta Fair kembali lagi
Matta Fair 2017, antara yang dinanti-nantikan orang ramai. Ia akan diadakan mulai 8 hingga 10 September ini di PWTC Kuala Lumpur. Matta Fair 2017 merupakan satu pameran pelancongan yang popular di Malaysia. Pameran ini melibatkan pemain industri pelancongan yang besar dari seluruh negara, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mengetahui pakej pelancongan yang menakjubkan dan tawaran yang ditawarkan sepanjang pameran itu berlangsung. Ceriakan hujung minggu anda untuk berkunjung ke Matta Fair kerana 2017. Terdapat banyak destinasi baru yang tersedia seperti Jepun dan Korea.
15
6 - 12 September 2017
TRENDING VVIP wakili negara dalam Sukan Sea Rata-rata netizen teruja melihat kehandalan tiga VVIP berentap dalam acara Ekuestrian Sukan Sea kali ini. Netizen memberikan sokongan agar VVIP yang menjadi idaman mereka memenangi pingat emas. Antara VVIP yang berentap
dalam acara tersebut adalah Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Putera Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen.
Demi sekeping gambar
Orang ramai mungkin menggangap kerjaya sebagai juru foto satu kerja yang mudah. Namun gelagat juru foto ini membuktikan bahawa kerja mereka penuh dengan cabaran. Tular di laman sosial aksi sekumpulan juru foto yang memecut sama laju dengan Khairul Hafiz Jantan (KHJ) iaitu atlet pecut negara. Demi mendapatkan gambar terbaik KHJ semasa Sukan Sea barubaru ini mereka terpaksa turut sama berlari. Video berdurasi 28saat ini cukup mengambarkan tugas berat seorang juru foto dan mendapat pujian netizen.
Angeline popular kerana tisu
Sikap seorang pengguna MRT, Angeline yang mengesat tumpahan air di lantai kenderaan awam tersebut dengan tisu mendapat pujian netizen. Difahamkan seorang pengguna lain telah tertumpah air dan mengesat dengan menggunakan kertas. Namun lelaki itu turun apabila tiba di sebuah stesen. Angeline yang mungkin tidak mahu pengguna lain terpijak air yang boleh mengakibatkan licin dan sebagainya, terus menggunakan kertas tisu miliknya dan terus tunduk mengesat lantai MRT tanpa rasa kekok. Sikap Angeline ini mendapat pujian ramai.
Hakim jadi perhatian
Doktor opera
Cara seorang hakim di Rhode Island, Amerika Syarikat mengendalikan kes di mahkamah mendapat perhatian dunia. Seorang wanita yang didakwa melanggar lampu isyarat dibicarakan dan dia membawa bersama anaknya, Alexa yang berusia 8 tahun. Perbualan hakim Frank Caprio yang memberi ruang kepada Alexa untuk mengemukakan pandangannya terhadap apa yang berlaku kepada ibunya mencuit hati penonton. Kes yang dikendalikan oleh hakim ini disiarkan menerusi program televisyen dan ia turut dimuat naik di You Tube dan tular selepas dikongsi di Facebook.
Seorang doktor di Beijing bertindak mengenakan kostium opera yang lengkap dengan solekan wajah yang berwarna-warni seperti pementasan opera China. Tindakan Bai Shufang itu bertujuan membuatkan para pesakitnya lebih tenang ketika berdepan dengannya untuk mendapatkan rawatan.
JPJ iring kereta bawa pesakit
Tindakan dua anggota Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) tular di laman sosial apabila mereka mengiringi kereta Muhammad Saiful mendapat pujian netizen di mana di dalam kereta terbabit anak bongsu Saiful mengalami demam panas dan sawan. Aryan 14 bulan, ketika dalam pangkuan ibunya mengalami sawan menyebabkan Saiful memandu melebihi had laju sambil menghidupkan lampu kecemasan. Perjalanan keluarga ini ke Hospital Serdang, Selangor menjadi lancar dengan bantuan dua anggota JPJ berkenaan.
Tiga kembar sasa
Tular di laman sosial tiga jejaka kembar yang membuat netizen membanjiri laman sosial dengan kata-kata indah. Memiliki badan yang sasa yang menjadi trend masa kini membuatkan ramai gadis yang turut sama berkongsi gambar jejaka kembar ini di 'wall' Facebook mereka. Jejaka yang berasal dari Kanada ini juga pernah muncul dalam filem Pacific Rim arahan Guillermo Del Toro. Mereka yang berprofesion sebagai model ini dikenali sebagai Charles, Lance dan Mark. Selain gemar ke gim mereka juga dikatakan menyukai kanak-kanak.
Bertumbuk rebut parkir
Lagi kes viral merebut tempat parkir. Video berdurasi 3.5 minit itu mendapat perhatian ramai dan menakutkan apabila mereka bertumbuk selepas masingmasing melanggar kereta masing-masing. Lebih mengejutkan, insiden ini melibatkan dua wanita di luar negara. Kebanyakkan pengamal media yang menonton video terbabit melemparkan kata-kata negatif dan positif. Video yang ditonton hampir 76 ribu ini tular di laman Facebook.
Siapa suruh budak itu berdiri?
Tular kisah dua kanak-kanak terpaksa berdiri di dalam komuter dari Kuang ke Salak Selatan bersama ibu bapanya. Lebih malang, ada pula yang menyalahkan ibu bapa tersebut kerana tidak suarakan kepada penumpang lain untuk berikan tempat duduk kepada anak-anak mereka. Namun ada juga netizen yang bersimpati dengan menyatakan seharusnya masyarakat perlu peka dengan keadaan sekeliling untuk membenarkan mereka duduk. Pelbagai pandangan dilemparkan oleh netizen di laman Facebook selepas dikongsi di laman sosial.
16
6 - 12 September 2017
www.syahrilkadir.com
Anggota Wataniah terima PGB ASKAR Wataniah (AW) adalah anggota tentera sukarela dalam pasukan Tentera Darat Malaysia. Walaupun berstatus sukarela atau simpanan, jangan ingat mereka lemah dan jangan juga diperkecilkan kemampuan me reka. Kita ada sejarah mengenai sa lah seorang anggota pasu kan ini yang cukup luar biasa keberaniannya dalam me nentang pengganas komunis. Pada 15 Ogos 1976 kirakira pukul
9.30 pagi, Prebet Ielias Ibrahim dan empat anggota lain bertugas mengawal projek pembinaan Lebuh Raya Timur Barat, di kawasan Pulau Banding, Hulu Perak. Tiba-tiba kumpulan ini di serang pengganas komunis dari kawasan atas bukit. Seorang anggota tentera ter kena tembakan semasa cuba mengambil perlindungan dan me ninggal dunia manakala se orang lagi ditembak di perut, pinggang dan belakang se masa meninjau ke dudukan musuh. Sejam ke mudian, terde ngar bunyi ketukan
bu luh oleh musuh berserta arahan dalam bahasa Cina me ngarahkan mereka berkumpul membuat penggeledahan ke atas pasukan tentera yang cedera. Ielias yang berlindung tidak jauh dari situ terlihat dua musuh sedang bergerak turun dari atas bukit. Dia yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok dengan berhati-hati mencari sasaran pelurunya dalam ka langgan anggota kumpulan pengganas itu. Satu das tembakannya me ngenai peha seorang pengganas. Tanpa menangguh masa,
Ielias diraikan rakan-rakan seperjuangan.
Ielias menembak sedas lagi. Kali ini, mengenai kepala seorang pengganas lain yang terus jatuh tersungkur. Seorang lagi anggota peng ganas cuba merapati un tuk mengambil senjata rakannya yang terbunuh, malangnya semasa dia mencari perlindungan, sebutir lagi tembakan Ielias hinggap pada tubuh petualang itu. Dia jatuh menggelupur seperti ayam kena sembelih. Pada jarak 30 kaki, Ielias yang bersenjatakan raifal SLR dapat melihat empat lagi musuh cuba merapati kedudukannya. Dengan semangat berkobarkobar, dia melepaskan sedas tembakan menyebabkan seorang lagi musuh mati di situ juga. Kesimpulannya, dengan hanya lima butir
peluru, tiga pengganas komunis maut ter kena bedilan senjata Ielias! Kesemua pengganas ke mu dian lari dari situ. Di atas keberaniannya yang luar biasa itu, daripada seorang anggota prebet dalam pasukan simpanan, Ielias telah dianugerahkan pingat kedua tertinggi negara – Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang diPertuan Agong. Ielias telah bersara dengan pangkat terakhirnya Pegawai Waran II. Hingga kini, dia masih memegang rekod satu-satunya anggota Askar Wataniah yang mendapat pingat PGB- belum ada siapa dapat pecah rekod Ielias sampai sekarang. Baca kisah selanjutnya di www. syahrilkadir.com
Ielias mengimbas pengalaman tempur yang membawa makna besar dalam pengorbanan untuk negara. Detik bersejarah terima anugerah.
MENANGI TIKET DINOSAUR Untuk memenangi: 1) Klik butang 'follow' akaun rasmi Instagram Warta (my.warta) 2) Kongsikan gambar iklan ini dan tagkan 3 rakan. 3) Hastagkan #dinasouralive. 4) Lengkapkan kapsyen anda “Saya ingin melihat 'dinasour alive' kerana….” 10 Pemenang akan dipilih secara rawak setiap bulan. 2 Tiket akan diberikan untuk 1 keluarga.
17
6 - 12 September 2017
Makan
DI MANA
Kelainan rasa ayam di Wingstop
Cendawan goreng turut disediakan kepada pelanggan.
adalah setiap menu yang dipe san akan digoreng terlebih da hulu sebelum dihidangkan ke pada pelanggan. Tiada menu yang disim pan untuk dipanaskan kerana pihak ibu pejabat telah
Wing Stop terletak di antara deretan restoran di The Curve. AZLAN ZAMBRY
RUANG makannya luas, dapat menempatkan sehingga 120 pengunjung dalam satu masa. Inilah kelebihan yang menanti anda di Restoran Wingstop di The Curve, Mutiara Damansara. Ditubuhkan pada 1994 dan beribu pejabat di Dallas, Texas, Wingstop Inc. beroperasi dan memberi lesen francais lebih daripada 1,000 restoran di seluruh Amerika Syarikat, Mexico, Singapura, Filipina, Indonesia, dan Emiriah Arab Bersatu. Setelah jualan kedai domestik meningkat selama 13 tahun berturut-turut di Amerika, Wingstop telah tersenarai pada kedudukan ke 3 dalam kategori "Top 100 Top Fastest Growing Restaurant Network" oleh Nation's Rest aurant N e w s
(2016), # 7 di "The Best 40 Fastest Casual Chain" oleh Business Restaurant (2016), dan dinamakan "Franchise Offer in North America" oleh QSR magazine pada 2014. Wingstop menduduki tempat # 88 pada senarai tempat kerja Medium 100 Fortune Best workplace pada Oktober 2016. Wingstop di buka di Malaysia pada Jun 2017 dan memperkenalkan 10 perisa untuk hidangan kepak ayam iaitu Atomic, Mango Harbanero, Hickory Smoked BBQ, Louisiana Rub, Lemon Pepper, Garlic Parmesan dan Classic Buffalo. Selain itu, Wingstop juga memperkenal perisa inspirasi Asia iaitu Sambal Pedas, Balinese Spice dan Oriental Sweet Soy yang bermula pada harga RM10.50 Anda juga pasti akan teruja kerana bukan sahaja di sajikan ayam dengan pelbagai perisa unik, malah untuk 'milkshake'
menatapkan prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi oleh pengendali restoran ini ma lah menggunakan bahan ber kualiti tinggi lagi segar; Tiada makanan diproses yang digunakan! Jika anda mencari se suatu unik dan mempunyai sentuhan Amerika dan tem patan, anda mesti mencuba hidangan ini kerana anda mungkin terkejut dengan rasa unik itu seperti kami! Manis, Pe das, Masam, Masin, yang akan sentiasa diingati dan dirindui!
juga. Anda pasti tidak tahu hendak mencuba yang mana satu kerana terdapat lapan perisa 'milkshake' yang menjadi pilihan pelanggan iaitu vanila, coklat, strawberi, durian oreo, oreo cookies, pisang mentega kacang, lemon & mangga habanero terdapat rasa manis, masam, bahkan rasa pedas! Setiap Wingstop 'milkshake' dibuat dengan kualiti tinggi dan campuran ais krim yang diimport. Apa yang menjadi istimewa tentang Wingstop Hidangan yang disediakan oleh Wingstop membuka selera untuk mencuba.
Antonio Swad pengasas Wingstop Berpengalaman mengendalikan perniagaan restoran lebih dari 40 tahun, telah menubuhkan WingStop dan berjaya mengembangkan jenama baru tanpa mengira keadaan ekonomi atau pasaran semasa. Beliau memperkenalkan restoran pertamanya, Pizza Patrón, di kawasan Pleasant Grove di Dallas pada tahun 1986 apabila banyak konsep perkhidmatan cepat diteruskan di kawasan tersebut. Lapan tahun, Swad membuka
empat kedai, kemudiannya menggunakan simpanannya dari perniagaan pizza untuk memberi tumpuan kepada membangunkan konsep terbarunya, WingStop, dengan matlamat menjadikan menu kepak ayam untuk dipertaruhkan sebagai sajian popular di seluruh negara. Hari ini, WingStop mempunyai lebih daripada 1000 lokasi di A.S. dan antarabangsa dan barubaru ini melancarkan restauran pertamanya di Malaysia.
Info Wingstop Malaysia Lot G51, The Street, The Curve, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor Ahad hingga Khamis (11AM–10PM) Jumaat & Sabtu (11AM–10.30PM) Tel : 03-7731 3393 FB : Wingstop Malaysia
18 Di sebalik
6 - 12 September 2017
JENAMA
Hampir 50 tahun Adabi di dapur M'sia Bermula 1984, jenama Adabi mula dikomersilkan secara agresif. Logo produk mula dibentuk; ekoran permintaan kian bertambah, kilang perngeluaran pertama dibina di kawasan perindustrian Batu Caves.
MURNI REJAB
TIAP kali iklan jenama ini keluar di skrin televisyen, pasti anda akan turut sama menyanyi lagu yang ‘simple’ tapi ‘melekat’ di fikiran ini. Siapa yang tidak kenal dengan jenama Adabi, pengeluar rem pah ratus dan makanan terkemuka di Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Syed Manshor Syed Mahmood sejak awal 1970 an. Bermula dengan dua produk kegunaan harian, produk pe rintis ini terus menjadi titik tolak bagi Syed Manshor untuk mula mempelbagaikan produk ba gi memenuhi pasaran se masa. Nama Datuk Syed Manshor Syed Mahmood mungkin jarang didengar tetapi sumbangan dan peranannya dalam memajukan produk rempah ratus jenama Adabi amat besar. Mengimbau kembali se ja rah produk jenama Adabi, Syed Manshor adalah individu per tama yang mengusahakan perniagaan itu dengan menjual
Terus mengorak langkah
Syed Manshor 'orang kuat' Adabi
tepung goreng pisang dan perencah nasi goreng di pasar basah sekitar Kuala Lumpur di awal 70 an. Jenama Adabi dikeluarkan oleh Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., pengeluar rempah ratus dan makanan terkemuka di Malaysia. Sebelum terkenal, kebanyakan resipi dihasilkan ilham daripada ibu saudaranya. Dengan sambutan yang kian bertambah, Syed Manshor akhirnya mula memberi identiti kepada produknya.
‘Sajian istana di zaman silam’ dipilih sebagai moto bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada produk sekaligus memberi kelainan bagi mencapai standard untuk tujuan eksport dan pasaran tempatan. Dari segi logo pula, semuanya lahir secara tidak sengaja dan tercetus ketika Syed Manshor melihat buku sekolah anak perempuannya. Logo itu dikatakan memberi gambaran tentang keunggulan rempah ratus masyarakat melayu di samping
mengembalikan kegemilangan makanan dan sajian melayu sejak berkurun lama. Adabi terus mengorak langkah dan pada 1986 Adabi berpindah ke kilang yang lebih besar di Taman Perindustrian Kepong di samping kilang tambahan di Taman Perindustrian Ehsan dalam tahun 1990 dan 1992. Produk Adabi kini 80 hingga 90 peratus dikeluarkan menerusi kilang di Rawang, manakala produk sardin dihasilkan oleh kilang di Indonesia. Kawasan itu juga merangkumi gudang untuk penggumpulan stok, pusat pentadbiran serta penyelidikan dan pembangunan produk. Selain itu, produk Adabi juga telah membentuk empat segmen yang terdiri daripada serbuk rempah ratus, pes, sos
soya dan tepung campuran dengan tiga jenama dalaman seperti Adabi, lazat dan produk terbaru berasaskan minuman, Asfa yang terdiri daripada minuman soya, asam jawa dan air mineral. Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, sentiasa berdedikasi untuk mencipta produk makanan baru dan inovatif, kini syarikatnya telah berkembang dengan pesat, iaitu daripada 25 kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, sehingga ke kedudukan saat ini yang mana mempunyai lebih dari 400 anggota. Malah, syarikat ini juga berjaya memperkenalkan pelbagai produk baru sepanjang beberapa dekad. Produk Adabi sajian istana di zaman silam.
Senarai produk perniagaan Adabi Dua lagu popular iklan Adabi Antara senarai produk adabi adalah seperti berikut: Kari dan sup: Kari ikan, kari daging, kurma, kari udang dan ketam, rendang, kerutuk, perencah sup, sup bunjut, sup tulang, sup tulang, kunyit, serbuk sup sayur, serbuk mee sup, rempah biryani. Perencah: Nasi goreng, bihun goreng, tom yam, sayur goreng, nasi goreng hailam, ikan bakar, mee bandung, tom yam kung. Kicap dan sos: Kicap manis, kicap masin, sos cili, sos tomato, sardin, kernal jagung manis, kuah rojak madu, asam jawa.
Terdapat dua lagu yang popular iaitu: Iklan pertama menunjukkan kehebatan seorang ibu memasak di rumah kampung, sambil membuka tingkap kayunya disertakan dengan lagu "Adabi, melazatkan, Adabi menyelerakan. Mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dan kuah". Baca lirik sahaja tapi anda pasti akan turut terikut-ikut mengikut melodinya.
Iklan popular yang kedua menunjukkan seorang bujang yang baru balik dari kerja. Tiba-tiba dia terbau satu bau yang menyelerakan dari rumah jiran sebelah dan terus memegang pinggan sambil menyanyi "Hei nasi goreng! Hei sungguh lazat! Sungguh sedap sungguh enak. Itulah perencah nasi goreng Adabi".
19
23- -12 6 29September Ogos 20172017
21
21
Cinta sudah berakhir
Hasnol dibayangi dirinya
20
21
Megan Tan kembang bakat
Miliki aset di New York
20
Lagu Melayu beri Inspirasi
Kau Takdirku
23
20
6 - 12 September 2017
FATEEN AHMAD
Dulu pengacara, sekarang pelakon NAMA Megan Tan tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan. Gadis cantik manis ini terkenal menerusi program Quickie di 8TV yang merupakan program santai. Kini gadis yang dikenali sebagai Mimi menerusi filem Kau Takdirku mengembang kan sayapnya dalam industri hiburan. Meskipun telah lama berkecimpung dalam dunia pengacaraan namun perasaan ingin mencuba da lam dunia lakonan sentiasa ada. Pengacara terkenal ini juga menyatakan tidak mudah untuk menjayakan satu-satu babak yang pada pandangan penonton itu adalah sangat mudah untuk dilakonkan. "Saya sudah lima tahun dalam bidang pengacaraan dan ini merupakan cabaran utama bagi saya apabila digandingkan dengan pela kon-pelakon yang hebat. "Ini merupakan filem pertama saya jika se belum ini saya hanya menerima tawaran untuk berlakon dalam telemovie sahaja, saya san gat-sangat terharu apabila mendapat tawaran sehebat ini," katanya ketika ditemu bual. Megan Tan yang sebelum ini tidak hanya meletakkan dirinya sebagai seorang pengacaran membuat kan dia menerima cabaran untuk seiring dengan pelakon hebat. Sikapnya yang pera mah mem buatkan dia mudah didekati oleh para peminat nya. Gadis beru sia 29 tahun ini juga men cabar dirinya untuk terus mengambil bahagian dalam dunia lakonan meskipun dalam tem poh masa yang lama.
"Meskipun saya tidak per nah berlakon dalam filem tapi apabila mendapat tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon hebat membuat minat saya terhadap dunia lakonan semakin menda lam," katanya. Megan Tan digandingkan bersama Remy Ishak, Ezzaty Ab dullah, Bront Palarae dan Aisya Hasnaa menerusi filem Kau Takdirku yang bakal ditayang kan mulai 7 September.
Lagu Melayu jula Knock knock knock dendangan Eliza beth Tan membuktikan kehadiran penyanyi bukan Melayu menyanyi lagu Melayu terus diterima peminat negara ini. Agak lama kehadiran penyanyi bukan Melayu tidak muncul, sebelum ini kita ada Jaclyn Victor, Vincent, Stacy, Mark Adam dan Cassidy La Crème. Namun, peminat muzik tanah air pernah terhibur dan lunak suara penyanyi bukan Me layu masih mendapat tempat sehingga hari
ini. Ramai dalam kalangan mereka dipuja dan lagu mereka menjadi siulan peminat. Antara nama mereka yang pernah mewarnai industri muzik tanah air dan lagu mereka terus melekat di hati peminat adalah Kenny Remy Martin, Alleycat, Roy Stand Samaria, Dj Dave, Luciana Francissca Peter, Elaine Kang, Reshmonu, Ben Nathan, Chris Vadham, Andre Goh, mendiang Antonio Vin cent (vokalis kumpulan Sweet September) dan beberapa nama lagi.
Watak mimi menceriakan keadaan
Sebagai pendatang baru dalam bidang lakonan, Megan mengharapkan mutu lakonan nya diterima penonton. "Menerusi watak Mimi dalam filem ini membuatkan keadaan sedih menjadi ceria dan dia adalah seorang yang gedik dalam masa yang sama dia penghibur rakan-rakannya. "Mimi juga merupakan sahabat baik kepada Alya dan Elfa yang dilakonkan oleh Aisya Hasnaa yang sentiasa akan bersama dengan Alya untuk memberi kekua tan pada Alya apabila perlukan sesuatu kepu tusan ingin dibuat." katanya. Katanya, paling mencabar sepanjang menjalani penggam baran filem ini adalah babak berlakon di dalam air. "Ia perlukan pengha yatan yang baik, suara tak kel uar, tetapi yang men jaikan dia lebih 'real hanyalah pergerakan kita, ia cukup susah, apatah lagi saya orang baharu," jelasnya. Selain itu gadis peri ang ini juga mengimpi kan watak romantik yang baginya, akan mem buatkan dirinya menjiwai pel bagai perasaan.
Luciana Francissca Peter
Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai Fran mula menghiburkan peminat dengan lagu Melayu pada 1982 sehingga kini. Fran mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air bersama Royston Sta Maria (Roy) menerusi lagu Siapa Dia Se belum Aku (1982), Bersama Pertemuan Ini (1982), Aku Hanya Pendatang (1985), Seka dar di Pinggiran (1986), Harapan (1988). Kini Fran mula bergerak secara solo selepas pasangan duetnya Roy telah berhijrah dan menetap di Australia sejak 1988.
Kenny, Remy, Martin
Keunikan kumpulan Kenny, Remy, Martin adalah mereka bertiga dari pada kaum Cina yang menghasilkan lagu dalam bahasa Melayu. Antara lagu mereka yang menjadi siulan ada lah Kupetik Bintang-Bintang, Suratan atau Kebetulan, Hidup Ini Pesta, Ada Rindu di Hati dan lagu-lagu ini turut berada dalam album Nukilan Abadi hasil karya mereka yang dikeluarkan pada 2007.
Elaine Kang
Merupakan diva bagi masyarakat Cina, Datuk Elaine Kang merupakan seorang penghibur yang tidak penah lokek dengan senyuman. Tidak menghampakan masyarakat Melayu Elaine Kang menghasil kan tiga album Melayunya berjudul Di Luar Kerelaan, Bingkisan Cinta dan Jangan Engkau Cari sekitar tahun 1980an.
21
6 - 12 September 2017
ang nama mereka Alleycats
Alleycats mula menyanyi di kelab dan menghasilkan album sejak tahun 1970 an. Antara lagu mereka yang popular, Jika Kau Bercinta Lagi, Senandung Semalam, Seribu Bintang, Hingga Akhir Nanti, Nota Terakhir, Andainya Aku Pergi Dulu dan banyak lagi. Di Singapura album bahasa Melayu pertama mereka mula diterbit足 kan pada 1978 berjudul Terima Kasih. Kumpulan pujaan ramai ini terdiri daripada vokalis adik beradik iaitu Da足 tuk David Arumugam dan mendiang Loganathan Arumugam.
DJ Dave
Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave mula menjulang nama dalam arena seni suara pada 1972 menerusi lagu irama Hindustan berjudul Ku Tak ingin Menangis Lagi (1974), Laguku Untukmu (1979) , Ingin Bersua (1973), Hanya Mimpi (1978), Ku Kehilangan Mu (1981). DJ Dave juga pernah membintangi filem Menanti Hari Esok pada 1977 arahan Tan Sri Jins Shamsudin.
Seputar Artis Aishwarya Rai miliki rumah di New York PELAKON Bollywood terkenal Aishwarya Rai dan suaminya Abhishek Bachchan sudah membeli sebuah rumah di New York. Difahamkan rumah pangsapuri yang terletak di kawasan Manhattan itu menjadi rumah persinggahan bagi mereka apabila bercuti di sana. Kawasan perumahan yang telah dibeli oleh pasanagan romantik pada tahun lalu merupakan kawasan mewah di kota berkenaan. New York merupakan tempat romantik bagi pasangan ini kerana mereka majlis pertunangan mereka turut berlangsung di bandar itu.
'Spider Man' tunggu Emma
Jaclyn Victor
Cassidy La Creme
Cassidy La Creme penyanyi yang sedang meningkat naik dengan mutu nyanyi berbahasa Melayu menerusi lagi Seperti Dia mampu mem足 buatkan peminatnya terpegun dengan kepetahan yang dilontarnya. Cassidy sebelum ini juga pernah menyanyikan lagu Nobody versi Melayu, Lets It go yang menjadi lagu utama cerita animasi Frozen turut dinyanyikan dalam versi Melayu oleh Cassidy.
Penyanyi Jaclyn Victor merupakan satu nama besar apabila dia menghiburkan peminatnya dengan lagu Melayu meskipun dia dari masyarakat India. Antara lagu yang didendangkan sehingga kini ialah Gemilang (2004), Ceritera Cinta yang diduetkan bersama Rio Febrian iaitu penyanyi Indonesia sekitar ta足 hun 2006, Satu harapan (2007), Beribu Sesalan (2006) dan lagu terbarunya Nisan Cinta (2017) berkolaborasi bersama Siti Nordiana.
PASANGAN Emma Stone dan Andrew Garfiel dikatakan kembali menjalin cinta selepas berpisah pada 2015. Namun menurut sumber, perasaan Andrew terhadap pelakon wanita ini tidak pernah hilang dan kini hubungan mereka semakin rapat. Emma dan Adrew pernah membintangi filem Spider Man pada 2012. Namun selepas lima tahun menjalin cinta mereka berpisah secara baik.
Pengakuan Hasnol
Mark Adam
Fikri Mark Adam Abdullah mula bergiat dalam industri muzik pada tahun 2012 dengan single pertamanya Sampai Nanti yang dicipta oleh Dj Cza, seterusnya disusuli lagu Pencuri, dan Senyum Lagi. Mark Adam juga terkenal sebagai seorang pelawak yang bersahaja.
PENYANYI kumpulan ToppDogg iaitu Hasnol membuat pengakuan menerusi laman Instagram milikinya bahawa dia seorang asexual di mana membawa maksud dia tidak mempunyai perasaan untuk menjalinkan hubungan. Penyanyi kumpulan ToppDogg ini juga bagaimanapun menyatakan bahawa dia sudah lama ingin meluahkan perasaan ini namun dipendamkan. Video pengakuan Hasnol yang tular di Youtube dan media sosial mendapat sokongan daripada ramai orang.
22
6 - 12 September 2017
RELEKS
Jom Wayang Filem: Logan Lucky Bahasa: Inggeris Durasi: 2 jam Genre: Komedi Pelakon: Daniel Craig, Channing Tatum, Adam Driver, Katherine Waterston Pengarah: Steven Soderbergh
SINOPSIS Mengisahkan kehidupan dua beradik bernama Jimmy dan Clyde Logan yang berusaha untuk mengubah 'sumpahan' keluarga mereka. Walaupun mereka berusaha pelbagai cara untuk mengubah nasib hidup, namun semuanya menemui jalan buntu. Akibat desakan hidup, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Mereka bertemu dengan seorang perompak yang cukup licik dan 'berjaya' dalam setiap rompakannya. Mereka merancang melakukan rompakan ketika perlumbaan legenda Coca-Cola 600 di Charlotte Motor Speedway, Concord, North Carolina. Akhirnya mereka semakin mewah memperoleh hasil daripada aktiviti haram tersebut.
Filem: Gunung Kawi Bahasa: Indonesia Durasi: 1 Jam 35 minit Genre: Seram Pelakon: Maxime Bouttier, Laras Syerinita, Jordi Onsu, Yova Gracia Pengarah: Nayato Fio Nuala SINOPSIS Filem seram arahan Nayato Fio Nuala ini mengisahkan bapa Ryan, Drajat, yang sentiasa berkelakuan pelik dan ia semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Dengan tidak semena-mena, ada waktunya Drajat makan tanah dan kulit buah serta bercakap dengan dirinya sendiri. Dia kelihatan begitu gelisah melawan apa yang terjadi kepada dirinya. Penyakit misteri Drajat seakan terungkai apabila pada suatu hari Ryan menemui gambar lama bapanya yang diambil di Gunung Kawi. Ryan yakin, dengan penemuan gambar itu, dia bakal berjaya merungkai penyakit misteri yang melanda bapanya sejak sekian lama. Filem: Mrs. K Bahasa: Kantonis Durasi: 1 jam 30 minit Genre: Aksi Pelakon: Simon Yam, Wu Bai, Faizal Hussein, Kara Hui Pengarah: Ho Yuhang SINOPSIS Filem arahan Ho Yuhang, Mrs. K memaparkan kisah hidup seorang suri rumah yang tinggal di satu kawasan perumahan bersama suamin dan anak perempuannya. Pada satu hari muncul seorang individu misteri dan mengugut Mrs. K. Katanya, dia cukup kenal siapa sebenarnya diri Mrs. K. Insiden itu membuatkan Mrs. K menjadi kebingungan. Tidak lama selepas itu, anak perempuannya pula diculik. Bermulalah episod Mrs. K menjejaki lokasi anaknya disembunyikan dan dia terpaksa melalui pelbagai rintangan serta halangan demi menemui kembali anak kesayangannya.
23
6 - 12 September 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Berebut kasih
SUDOKU
Jawapan
FILEM ini mengisahkan kisah cinta tiga segi di antara Kamar dan Harris yang jatuh cinta pada gadis yang bernama Alia. Pelbagai rintangan yang mereka hadapi untuk merebut cinta sejati Alia. Antara ikatan seorang sahabat dan cinta membuatkan mereka buntu. Mahu tinggal kawan atau terus bercinta. Kawan atau Alia. Alia juga keliru untuk memilih cinta sejati. Kamar merupakan seorang lelaki yang berwibawa dan bertanggungjawab dalam menjaga Alia. Penampilan Remy Ishak sebagai Kamar membuatkan penonton tersentuh hati dengan mutu lakonannya saat cinta yang selama ini dipendam menjadi milik sahabatnya yang tidak mengetahui asal usul sebenar Alia. Alia sama sekali tidak menyangka Kamar turut menaruh hati padanya. Alia dan Kamar membesar bersama. Alia adalah anak angkat keluarga Kamar. Alia adalah bayi yang ditemui di tepi sebatang sungai oleh keluarga Kamar. Filem arahan Jason Chong turut menampilkan lakonan mantap dari Ezzaty Abdullah sebagai Alia dan Bront Palarae sebagai Harris yang mula ditayangkan bermula 7 September.
Jawapan
Tajuk : Kau Takdir Durasi : 1 jam 35 minit Tarikh Tayangan: 7 September 2017 Pengarah : Jason Chong Pelakon : Remy Ishak, Ezzaty Abdullah, Bront Palarae
24
6 - 12 September 2017
Dari layar perak ke pentas politik AZLAN ZAMBRY
Kebanyakan daripada mereka merupakan pelakon yang hebat di layar perak. Setiap watak yang dilakonkan meninggalkan kesan mendalam terhadap peminat mereka. Namun, dengan kemasyhuran yang telah dimiliki, mereka meninggalkan dunia yang penuh dengan 'glamour' untuk menjadi pemimpin. Kenali lima bekas pelakon Hollywood yang menjadi pemimpin politik di Amerika Syarikat (AS).
Ronald Reagen
Reagen adalah seorang ahli politik Amerika Syarikat dan pelakon yang berkhidmat sebagai Presiden ke 40 AS dari 1981 hingga 1989. Sebelum menang sebagai presiden, dia adalah Gabenor California ke 33 California dari 1967 hingga 1975, Sebelum itu Reagen adalah pelakon Hollywood dan pemimpin kesatuan. Dia adalah graduan dari Eureka College di dalam bidang Ekonomi dan Sosiologi pada 1932 dan bekerja sebagai penyiar sukan di beberapa stesen radio serantau. Selepas berpindah ke Hollywood pada tahun 1937, dia menjadi pelakon dan membintangi beberapa produksi utama. Dia menjadi Presiden AS ke 40 pada 20 Januari 1981 hingga 20 Januari 1989.
Arnold Schwarzenegger
Lahir pada 30 Julai 1947. Dia adalah pelakon, penerbit filem, ahli perniagaan, pelabur, pengarang, dermawan, aktivis, ahli politik, dan bekas pembina badan profesional Austria yang memegang kewarganegaraan Austria dan AS. Schwarzenegger adalah pelakon terkenal yang membintangi Predator dan The Terminator telah mengumumkan pencalonannya pada pemilihan semula California pada 2003 untuk jawatan gabenor pada 6 Ogos 2003. Schwarzenegger mendapat sokongan kerana beliau terkenal dalam filem-filem tetapi dia tidak pernah memegang jawatan awam dan pandangan politiknya tidak diketahui oleh kebanyakan penduduk California. Pencalonannya segera menjadi berita nasional dan antarabangsa. Dia menjadi gabenor California selama dua penggal dari 17 November 2003 hingga 3 Januari 2011.
Clint Eastwood
Legenda skrin selama beberapa dekad, pemenang Oscar empat kali ini dan juga seorang ahli politik yang dihormati. Eastwood menjadi Datuk Bandar Carmel-by-the-Sea pada 1986 dan dilantik ke Suruhanjaya Rekreasi Negeri California pada 2001 dan Suruhanjaya Filem California pada 2004. Eastwood terkenal kerana membintangi banyak filem box office. Salah satu filem yang telah mengangkat namanya adalah ‘Dirty Harry’, ‘Escape from Alcatraz’ dan yang terbaharu ‘American Sniper’.
Shirley Temple
Lahir 23 April 1928. Dia adalah seorang pelakon, penyanyi, penari, ahli perniagaan, ahli politik dan diplomat dari AS yang merupakan pelakon boxoffice nombor satu Hollywood ketika menjadi pelakon dari 1935 hingga 1938. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran, pernah dilantik sebagai Duta Amerika Syarikat ke Ghana dan ke Czechoslovakia serta berkhidmat sebagai Ketua Protokol Amerika Syarikat. Di dalam bidang seni, dia pernah menjadi penyanyi dan berlakon dalam beberapa filem iaitu Bright Eyes (1934) sebelum dilantik sebagai duta pada 1976. Shirley pernah berkhidmat dibawah empat Presiden AS sebelum bersara daripada jawatannya.
John Davis Lodge
John Davis Lodge (20 Oktober 1903 - 29 Oktober 1985). Dia adalah pelakon AS yang menjadi ahli politik. Beliau adalah Gabenor Connecticut ke 79 dari 1951 hingga 1955, dan Duta A.S. ke Sepanyol, Argentina, dan Switzerland. Sebagai pelakon, dia lebih dikenali sebagai John Lodge. Semasa tahun 1930 an dan selepas kerjaya singkat sebagai peguam, Lodge bekerja sebagai pelakon di skrin dan pentas. Sering muncul dalam peranan utama di Hollywood. Lodge telah bergabung dengan industri filem dan teater dari 1933 hingga 1942, dan muncul dalam filem-filem seperti Little Women dan The Little Colonel.
Program : Fashion Chameleon Episod : 4 Tarikh : 6 September 2017 Masa : 8.30 malam
MENARIK MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
PERSONA GAYA DENGAN AKSESORI MINIMALIS Olla fashionista! Masa untuk membeli belah bersama pengacara anda, Sheqyn Zaman dan tetamu jemputannya! Adakah anda seorang yang suka bergaya tetapi tidak suka dengan aksesori yang sarat? Dengan aksesori yang minimalis dan padanan sempurna dengan busana, anda masih mampu tampil penuh elegan dan menyerlah. Fashion Chameleon ada tipsnya. Nantikan!
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 6 - 12 SEPT 2017
Program : Turun Naik CEO Episod :13 Tarikh : 7 September 2017 (Khamis) Masa. : 8.30 malam WANITA GAGAH LUASKAN EMPAYAR PERNIAGAAN Roszie Amir memulakan perniagaan seawal umur 18 tahun. Dia sangat mementingkan ilmu dalam perniagaan setelah pelbagai kesusahan dilaluinya sebelum ini. Malah dia juga pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan demi mengumpul semula modal untuk membuka perniagaan yang baharu. Saksikan kisah jatuh bangunnya pada Khamis jam 8.30 malam hanya di Turun Naik CEO, siaran 420, Capital TV. Program : Al Tijarah Episod : 6 Tarikh : 12 September 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam KOMERSIALISASI PAKAIAN IBADAH DALAM PASARAN PERNIAGAAN Setiap kali menjelangnya musim perayaan serta musim haji dan umrah, permintaan terhadap produk ibadah Muslim pasti akan meningkat. Ini termasuklah pakaian muslim, kelengkapan ibadah dan yang berkaitan dengannya. Ini sekaligus membuka peluang luas terhadap usahawan produk ibadah Muslim untuk terus berkembang maju dan meluaskan empayar dalam pasaran dalam dan luar negara. Ikuti perkongsian
inspirasi dan cetusan idea bersama tiga usahawan dalam bidang ini iaitu Siti Khadijah Apparel, Pusat Kelengkapan Haji & Umrah Al Cataly, dan pengasas produk pakaian uniform muslimah, Walinong Sari. Saksikan Al Tijarah pada 12 September 2017. Program : Pemanis Mulut Episod : 6 Tarikh : 8 September 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam PEMANIS MULUT BERELEMEN OREO DIGILAI DI FRISSON Pemanis Mulut kali ini akan membawa penonton untuk mencuba pencuci mulut di dua buah kafe iaitu Haraku Cube Café dan Frisson Coffee Bar di Damansara. Di Haraju Cube Café, dua hidangan 'signature' pemanis mulut mereka sangat menarik selain kunjungan pelanggan yang ramai! Di Frisson Café pula, terdapat keunikan pemanis mulut tersendiri dengan elemen oreo dan juga coklat. Nak tau apa nama pemanis mulut kali ini? Bersama hos anda Iman Nazri, jom saksikan Pemanis Mulut!
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
6 - 12 September 2017
Kisah anak muda
Tempur Fight produk anak Malaysia di Amerika AZLAN ZAMBRY
AMAT membanggakan apabila bakat anak tempatan mendapat tempat di Amerika Syarikat sebagai pengeluar jenama pakaian sukan tomoi. Raja Shahril Ridzal Raja Saharman, 35, yang berasal dari Kangar, Perlis bersama rakannya Mohd Khairy Ishar merupakan pengasas pakaian jenama Tempur Fight. Idea untuk membina jenama pa kaian sukan itu timbul setelah Mohd Khairy menjadi tenaga pengajar tomoi di New York. “Tempur Fight adalah label pakaian dan reka bentuk seni mempertahank an diri yang dihasilkan oleh pasukan reka bentuk kreatif yang berpangkalan di Long Island, New York dan pasukan pemasaran yang berpusat di Malaysia. “Konsep reka bentuk terkini yang merupakan gabungan antara seni Me layu, Asia Barat dan Asia Selatan adalah kekuatan dan kelainan Tempur Fight. “Ia juga merupakan minat kami un tuk menyertai dan memberikan sokon gan yang hebat kepada semua aksi su kan tempur terutama tomoi di seluruh dunia,” kata Raja Shahril Ridzal. Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) secara sambilan ini memban gunkan jenama Tempur Fight bersa ma Mohd Khairy sejak 2010 dan sele
pas tahun ketiga penubuhan, mereka menambah tiga krew yang bertanggu ngjawab dalam operasi pemasaran. “Membangunkan jenama Tempur Fight untuk pasaran Amerika bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia adalah jenama yang baharu dalam masa yang sama soal kualiti juga amat penting di negara tersebut. “Kami mula memasuki pasaran Amerika pada 2010 dan sangat ber syukur ia mendapat tempat dalam ka langan peminat sukan tomoi di sana,” katanya lagi. Raja Shahril Ridzal berkata, pem babitan aktif Tempur Fight dalam su kan tomoi di peringkat antarabangsa juga terbukti apabila pihaknya diberi tanggungjawab oleh jawatankuasa Persekutuan Antarabangsa Muaythai Amatur atau IFMA untuk mereka ben tuk maskot bagi kejohanan tersebut pada 2014 di Langkawi dan peringkat antarabangsa. Kini Tempur Fight mendapat per hatian daripada gym terkenal seperti PhuketTopTeam yang berpangkalan di Phuket, Thailand; Rebel Thaiboxing Gym, New York dan Si tan Gym, New York. Raja Shahril Rid zal dan rakannya juga komited untuk mejad
Salah satu iklan Tempur Fight di pasaran Amerika.
ikan label Tempur Fight setanding jenama sukan yang lain khusus un tuk sukan tempur selain tomoi dan Brazillian Jiujitsu (BJJ) “Kami menganggap, kekuatan Tempur Fight adalah lahir kerana minat mendalam dalam sukan ini, selain semangat setiakawan yang tinggi untuk memban gunkan jenama ini,” katan ya. Selain itu dia menasihat kan golongan muda yang supaya sentiasa berfikiran positif dan bersedia mencabar diri sendiri dalam setiap perk ara yang dilakukan. “Siapa sangka, jenama tempatan kini sudah meng hiasi dalam beberapa acara tomoi di Amerika, sekira nya tiada keazaman dan sokongan dari rakan-rakan yang lain kami tidak mun gkin sampai ke tahap itu,” katanya.
Mohd Khairy (kiri) bersama pelatihnya tomoi di New York.
Tony Jaa ikon tomoi TATCHAKORN YEERUM atau dikenali diperingkat antarabangsa sebagai Tony Jaa merupakan ikon tomoi. Dia seorang ahli seni mempertahankan diri, koreografer, aksi stuntman, pengarah dan sami Buddha Thailand. Filem-filemnya termasuk Ong-Bak: Muay Thai Warrior (2003), Tom-YumGoong (juga dikenali sebagai Warrior King atau The Protector) (2005), Ong Bak 2: The Beginning (2008), Furious 7 II (juga dipanggil Kill Zone 2) (2015) Tony Jaa dilahirkan 5 Febuari 1976 dan dibesarkan di kawasan luar bandar di Surin ke Rin dan Thongdee Yeerum. Dia berasal dari Kuy dan dia boleh berbahasa Thai, Khmer Utara, dan
Kuy. Pada masa mudanya Jaa menonton filem-filem Bruce Lee, Jackie Chan dan Jet Li di pameran kuil, yang merupakan inspirasinya untuk belajar seni mempertahankan diri. Beliau begitu terinspirasi oleh mereka bahawa ketika dia sedang mengerjakan tugas atau bermain dengan temanteman, dia akan meniru gerakan seni bela diri yang dia lihat, berlatih di sawah padi ayahnya. "Apa yang dilakukan oleh mereka (Chan, Lee dan Li) begitu hebat, begitu berani dan bahawa saya juga mahu melakukannya. "Saya berlatih sehingga saya dapat melakukan langkah seperti saya meli-
hat tuan melakukannya," kata Jaa kepada Time dalam temuramah pada 2004. Jaa memulakan latihan di tomoi atau Muay Thai di kuil tempatan sejak berusia 10 tahun dan pada usia 15 tahun dia meminta untuk menjadi pelakon lagak ngeri daripada pengarah filem aksi, Panna Rittikrai. Panna mengarahkan Jaa untuk menghadiri Kolej Pendidikan Jasmani Maha Sarakham di Daerah Maha Sarakham dan lulus dengan ijazah sarjana muda. Dia mempunyai rekod cemerlang dalam tomoi.
KAM
Raja Shahril Ridzal (kiri) bersama Mohd Khairy membangunkan Tempur Fight sebagai pakaian sukan antarabangsa.
26
6 - 12 September 2017
SALAM SEMUT
Dunia iktiraf khasiat buah tempatan tetapi … ADA dalam kalangan rakyat Malaysia yang sering menganggap produk luar negara lebih baik berbanding produk tempatan. Sebahagaiannya me mang mempunyai kualiti yang baik namun produk tempatan juga setanding malah ada yang lebih berkuliti berbanding yang di import, terutamanya produk pertanian. Biasanya buah-buahan luar negara digemari atas alasan ia mengandungi nilai nutrisi yang tinggi. Epal, oren, berri hitam, avacado,kiwi, pir,buah naga dan lemon, antara buahbuahan import yang sangat popular dan ada yang sudah mula ditanam di Malaysia. Mengikut laman web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pada 2015, buah-buahan bernilai RM1.55 bilion telah diimport bagi memenuhi permintaan. Pengaliran keluar wang Malaysia boleh dibendung jika rakyat Malaysia utamakan hasil tempatan. Mungkin ada warga kita yang tidak sedar betapa hebat nilai nutrisi dan lumayannya perniagaan buah-buahan tempatan. Berikut adalah statistik nilai
jualan dari laman Kementerian Pertanian bagi 2015. 10) Cempedak RM69 juta 9) Dokong RM69 juta 8) Duku RM 70 juta 7) Mangga RM 75 juta 6) Betik RM80 juta 5) Rambutan RM105 juta 4) Tembikai RM184 juta 3) Nanas RM386 juta 2) Pisang RM513 juta 1) Durian RM2.2 bilion Laman Healthline telah me ngeluarkan senarai 20 buah yang paling berkhasiat di dunia berdasarkan kajian mereka. Terdapat lapan jenis buah-buahan tempatan dalam senarai itu. Berikut disenaraikan kebaikan dan kedudukan dalam senarai dunia. Kedudukan ke 19 : Betik Kebaikan anti oksida ciri-ciri anti kanser melindungi jantung mengurangkan radang membantu penghadaman menjaga kecantikan kulit Kedudukan ke 18 : Jambu batu Kebaikan Mengurangkan gula dalam darah melindungi jantung, mengurangkan kesan
dysmenorrhea (sakit datang haid) membantu penghadaman membantu mengurangkan berat badan ciri ciri anti kanser, meningkatkan imuniti baik untuk kulit Kedudukan ke 16 : Pisang Kebaikan membantu penghadaman melindungi jantung antioksiden membantu sensitiviti insulin melindungi buah pinggang, mengawal kolesteral buruk baik untuk mata. Kedudukan ke 12 : Tembikai Kebaikan mengawal dehidrasi membantu mencegah kanser melindungi jantung mengurangkan radang menjaga kesihatan mata baik untuk rambut dan kulit membantu penghadaman membantu tidur nyenyak Kedudukan ke 11: Durian Kebaikan membantu penghadaman mengurangkan tekanan darah melambatkan proses penuaan mengawal imsomnia membantu merawat mati
pucuk melindungi dari kanser menguatkan tulang membantu merawat anemia. Kedudukan ke 7 : Mangga Kebaikan mencegah kanser mengurangkan kolestrol mengurangkan jerawat baik untuk mata jaga tahap alkali / asid membantu penghadaman menjaga sistem immuniti. Kedudukan ke 6 : Delima Kebaikan anti oksida mencegah radang membantu dalam rawatan kanser prostat menbantu melawan kanser payudara membantu mengurangkan tekanan darah membantu mengawal arthiritis menjaga kesihatan jantung membantu merawat lemah syahwat mengawal serangan kulat mengukuhkan memori Kedudukan ke 2 : Nanas. Kebaikan mengandungi manganese dan melambatkan penuaan merawat buasir
merawat osteoarthiritis mencegah asthma meningkatkan kesuburan melindungi mata dari katarak menjaga kesihatan jantung mengandungi agen antikanser Senarai ini membuktikan buah-buahan tempatan kita tidak kurang khasiatnya berbanding yang diimport. Akan tetapi, Malaysia hanya menduduki tempat ke 72 dalam pemakanan buahbuahan dengan kadar 45kg per kapita. Justeru, anak-anak kita perlu dididik untuk memakan lebih banyak buah-buahan serta menerapkan rasa bangga dengan hasil tani tempatan dan itu akan meningkatkan lagi ekonomi pertanaian.
BERITA RINGKAS
Urus wang bersama AKPK
Ekstasi wajah Trump dirampas
'IMPIAN DALAM HARAPAN' Selain memberi nasihat secara lisan dan bertulis, pihak AKPK sentiasa berusaha menyalurkan pelbagai bahan sebagai nasihat kepada orang ramai berhubung kepentingan pengurusan kewangan. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara, pihak AKPK telah berusaha menerbitkan video yang bertajuk 'Impian Dalam Harapan' bertepatan dengan nilai kemerdekaan. Video ini mengisarkan tentang pengorbanan seorang abang untuk adiknya dalam mencapai impian dan cita-cita. "Kami percaya ia akan memberi banyak pengertian serta impak kepada penonton dalam memahami erti pengorbanan yang membawa harapan mereka,"jelas Ketua
ESAN RAVEN MURUG
AKPK menerbitkan drama pendek untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan belanja berhemah.
Perhubungan Awam AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin. Pihak AKPK juga berharap, orang ramai dapat sama-sama menyaksikan terbitan video pendek ini untuk kebaikan bersama dan ia dapat memberi pengajaran betapa pentingnya hubungan kekeluargaan amat penting dalam membina satu suasana yang lebih harmonis. Facebook AKPK di http://bit.ly/
ImpianDalamHarapanFB untuk video versi penuh AKPK "Impian Dalam Harapan" Youtube AKPK di http://bit.ly/ ImpianDalamHarapanYT untuk video versi penuh AKPK "Impian Dalam Harapan" Muat turun di bit.ly/ ImpianDalamHarapan untuk versi pendek berdefinisi tinggi AKPK "Impian Dalam Harapan
BERLIN- Seorang bapa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya berusia 17, ditahan pihak berkuasa German selepas menemui 5,000 pil ekstasi dengan anggaran sebanyak € 39,000 (RM197 ribu) ditemui di Osnabrück, barat laut German. Pegawai polis berkata, ketika ditahan mereka mendapati kira-kira 5,000 pil, berbentuk wajah Trump dan sejumlah besar wang tunai turut ditemui dalam pemeriksaan sebuah kereta di lebuhraya hampir AS$47,000 (€ 40,000; £ 37,000 RM202,790). Pada minggu lalu, hakim mengarahkan bapa dan anaknya ditahan dan kereta itu turut dirampas. Polis Jerman dalam satu kenyataan berkata, pil dan satu sisi menunjukkan wajah dan gaya rambut Donald Trump manakala nama keluarga presiden ditulis pada belakang pil.
6 - 12 September 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup
TRENDY
MURNI REJAB
TERDAPAT pelbagai beg tangan dijual yang tidak terhad di pusat beli belah sahaja malah pembelian secara dalam talian turut memberikan ‘ruang’ untuk wanita membeli beg tangan idaman. Wanita dan beg tangan memang tidak boleh dipisahkan. Bertindak sebagai pelengkap gaya, ia juga berfungsi sebagai satu keperluan untuk meletakkan alat solek, dompet dan sebagainya di dalamnya. Umum mengetahui terdapat pelbagai jenis beg tangan yang pasti menjadi koleksi wanita. Malah koleksi beg tangan ini dijadikan sebagai satu keperluan wanita untuk kesesuaian acara. Jadi, jom lihat lima jenis beg tangan yang wajib anda ada.
Beg galas
Terdapat pelbagai beg galas yang direka pelbagai rekaan. Mempunyai pelbagai gaya, warna, model dan juga ukuran, ia sesuai digayakan untuk ke pelbagai tempat seperti ke pejabat, kuliah mahupun digunakan sebagai kegunaan harian. Beg galas juga lebih mudah dibawa kerana anda menggalasnya di belakang anda dan dapat seimbangkan kedua-dua bahu serta mengelakkan sakit bahu. S'aime GILL Multiple Backpacks
RM306
Belian secara dalam talian: www.zalora.com.my
Tas tangan (clutch bag)
Tas tangan atau lebih dikenali 'clutch bag' ini sesuai digayakan untuk ke majlis koktel atau acara yang lebih formal. Selain mempunyai unsur yang berbeza, ia sangat sesuai dipadankan bersama dress anggun untuk nampak lebih sempurna. Chanel Lambskin Turquoise
RM6,020
Belian secara dalam talian: www.chanel.com
Tote bag
Beg jenis ini bersifat bebas. Kebiasaannya, tote bag digayakan dalam acara-acara santai seperti membeli belah di hujung minggu ataupun bersantai bersama rakan. Ada juga wanita yang gemar menggayakan beg ini untuk ke tempat kerja. Ruangnya lebih besar dan sangat praktikal memudahkan anda meletakkan apa juga barangan di dalamnya.
Shoulder bag
Beg ini dianggap sebagai penyelamat sekiranya anda buntu dalam membuat pemilihan jenis beg yang mahu digunakan. Saiznya yang tidak terlalu besar, ia sesuai digayakan dalam apa jua acara, sama ada ke majlis hari jadi mahupun dijadikan sebagai beg harian. The Row Wander textured-leather shoulder bag
RM10,273.20
Belian secara dalam talian: www.net-a-porter.com
Tas tangan
pelengkap gaya
Sling bag
Beg seperti ini mempunyai dua cara penggayaannya. Sama ada menggunakan tali panjang ataupun tidak, ia bergantung kepada cara anda menggayakannya. Sudah tentu acara santai paling sesuai untuk beg jenis ini. Guess Winstyn Flap Crossbody Bag
RM471
Belian secara dalam talian: www.zalora.com.my
Hush Puppies Tess Ew Tote
RM287.20 (L)
Belian secara dalam talian: www.lazada.com.my
28
6 - 12 September 2017
MAKAN
angin
Christmas Island
'Republik Ketam M Oleh: Amir Raihan Foto: Tourism Australia
WALAUPUN sudah beberapa kali mengembara ke Australia, pe nulis tidak begitu arif tentang ke wujudan pulau ini yang me rupa kan sebahagian daripada ne gara kanggaru. Penulis hanya me nge tahui mengenai Christmas Island sewaktu menonton rancangan National Geographic tidak lama dahulu. Namun kalau sudah rezeki, penulis baru-baru ini berpeluang ke sana untuk menerokai keindahan produk pelancongan eko yang ditawarkan di pulau ini, termasuk ikon pelancongan yang wujud di sini iaitu ribuan spesies ketam merah! Christmas Island dikelilingi Lautan Hindi di sebelah barat daya Australia. Sebahagian besar kawasan pulau ini digazetkan oleh kerajaan sebagai Taman Negara – satu usaha jitu demi memastikan khazanah alam kekal terpelihara dan tidak tercemar dengan arus pembangunan. Jutaan ketam merah menghurungi laluan khas di tepi jalan untuk ke pantai.
KEUNIKAN “SI KECIL” Terdpat beberapa jenis hidupan liar di Christmas Island namun yang paling menonjol hingga menyebabkan ia muncul dalam rancangan National Geographic ialah si ketam. Terdapat dua jenis ketam di sini iaitu Red Crab dan Robber Crab yang saiznya sebesar kanak-kanak berusia dua tahun. Ketam merah mendapat layanan “istimewa” di Christmas Island. Mereka dilindungi undang-undang hidupan liar Australia yang mana jika anda melanggar haiwan ini dengan sengaja (ketika memandu), anda bakal dikenakan tindakan undangundang. Penulis berasa “seriau” ketika menumpang kereta seorang penduduk tempatan di sini yang beberapa kali cuba mengelak daripada terlanggar beberapa ekor ketam merah yang sedang melintas jalan raya. Menurut cerita penduduk tempatan, terdapat kira-kira 50 juta ketam merah di Christmas Island. Ketam merah tidak seperti ketam biasa. Spesies ketam merah menjadikan kawasan berbukit sebagai habitat.
29
6 - 12 September 2017
“Pulau ketam” unik simpan pelbagai khazanah alam semula jadi buat tatapan pelancong.
k Merah'
Kawasan pantai berbatu yang banyak terdapat di Christmas Island. INFO Jumlah penduduk dianggarkan kira-kira 1,500-2,000 orang sahaja. Difahamkan, 80 peratus daripada mereka yang menetap di sini bekerja sebagai pelombong. Pulau ini dinamakan Christmas Island oleh kapten William Mynors yang pernah mengemudi kapal Kompeni India Timur Inggeris melalui kawasan ini pada hari Christmas tahun 1643. Tidak ada pusat membeli-belah di sini. Pada tahun 1957, hak milik pulau ini diserahkan kepada kerajaan Australia. Sebelum itu, ia di bawah jagaan Singapura. BAGAIMANA KE SINI Penerbangan Antarabangsa Singapura (SIA) dari Kuala Lumpur ke Christmas Island dengan dua hentian iaitu di Singapura dan Perth.
Kawasan pantai yang turut menempatkan beberapa buah kilang.
Setiap tahun bermula November hingga Januari (musim hujan), jutaan ketam merah akan keluar daripada sarang mereka dan turun ke laut untuk membersihkan badan. Selepas itu, mereka akan kembali ke darat, menggali lubang-lubang dalam tanah di mana ketika ini adalah musim mengawan untuk mereka. Ketam betina akan kekal sekitar dua minggu di dalam lubang untuk menghasilkan telur sementara ketam jantan akan kembali ke habitatnya di kawasan bukit. Dalam tempoh dua minggu kemudiannya, ketam betina akan pergi ke pantai untuk melepaskan semua telur-telurnya. Senang cerita, jika anda berhajat ke Christmas Island, datanglah ketika bulan November hingga Januari jika mahu melihat jutaan ketam yang kelihatan seperti “karpet merah” yang bergerak melintasi jalan beramairamai untuk ke kawasan pantai. Satu pemandangan yang tidak dapat penulis lupakan. Memang rare!
melawat ke perkampungan Melayu dan Cina di Christmas Island. Perkampungan Melayu dipanggil Flying Fishing Cove sementara untuk orang Cina dipanggil Poon San. Lebih mengejutkan, sebilangan besar penduduk Melayu dan Cina di sini berasal dari Malaysia. Difahamkan, mereka mengambil keputusan berhijrah ke Christmas Island atas faktor peluang pekerjaan (perlombongan) dan kedamaian yang ada di pulau ini. Tiada kesesakan jalan raya, tiada bangunan-bangunan tinggi yang menghalang pemandangan. Terdapat sebuah masjid di Christmas Island di mana solat berjemaah dan aktiviti keagamaan danjurkan secara aktif.
PERKAMPUNGAN MELAYU & CINA Terkejut penulis apabila dibawa
Pantai Lily Kawasan pantai berbatu dengan
TARIKAN PELANCONGAN MENARIK Christmas digemari pelancong yang cintakan keindahan alam dan tarikan semula jadi yang ditawarkan. Antara beberapa lokasi yang saya lawati adalah seperti berikut:
ombak deras. Pemandangannya sangat indah kerana formasi batu yang mengelilingi kawasan pantai ini. Pengunjung boleh mandi di sini tetapi perlu berhati-hati kerana ombaknya deras. Takut sedar-sedar sudah hanyut ke tengah laut! Pantai Dolly Kawasan pantai berbatu dengan deretan pokok kelapa mengelilinginya. Pengunjung yang datang ke sini gemar bersandar pada batu-batu sambil membasahkan tubuh mereka dengan air laut. Blowholes Kawasan tebing tinggi dengan air laut yang deras melalui di bahagian bawahnya. Terdapa beberapa lubang di bawah tebing berbatu ini. Jadi, setiap kali ombak laut menghempas tebing, pancuran air akan memancut tinggi dari lubang yang memberikan pemandangan menakjubkan. The Grotto The Grotto merujuk gua kecil di tepi laut dengan sebuah kolam semula jadi
di dalamnya. Air di klam ini dialirkan daripada gabungan air laut dan air bukit, menjadikannya kelihatan seperti bewarna hijau. Pengunjung gemar ke sini sekadar untuk berendam dalam suasana yang tenteram sambil sesekali bunyi deruam ombak laut menyapa sekali-sekala. Margaret Knoll Kawasan pelantar pemerhati tertinggi yang ada di Christmas Island. Dari pelantar ini, anda dapat memerhatikan hampir separuh kawasan Christmas Island. Untuk treking ke sini dari pintu masuk tidak jauh. Hanya 50 meter sahaja. PENGINAPAN Sunset Resort – Inapan lengkap dengan kemudahan seperti microwave, bar mini dan almari pakaian yang besar. CI Resort – Satu-satunya resort mewah yang ada di pulau ini. VQ Lodge – Terletak dalam kawasan pekan. Selain kemudahan asas seperti penghawa dingin dan bar mini, turut disediakan ruang dapur untuk memasak.
30
6 - 12 September 2017
‘Costa malukan pemain bola sepak’ DIEGO COSTA bawa malu ke pada semua pemain bola sepak, kata Tony Cascarino. Kenyataan bekas penyerang Chelsea itu menyusuli kontrover si yang membabitkan Costa den gan pengendali kelab, Antonio Conte yang tercetus sejak lebih sebulan lalu. Ia bermula dengan kenyataan terbuka Costa yang mendakwa terima SMS daripada Conte me nyatakan dirinya tidak disenarai kan dalam perancangan The Blues untuk musim ini. Dalam kata lain, Conte memberikan bayangan ba hawa penjaring terbanyak kelab dengan 22 gol mu sim lalu itu bebas untuk berpindah ke mana-ma na kelab yang dia mahu. Susulan itu, Costa secara te rang-terangan menyatakan dia tidak mahu lagi kekal ber naung di Stam
ford Bridge. Tujuannya adalah Atletico Madrid, kelab lamanya sebelum berhijrah ke London. Bagaimanapun, yang menjadi halangan bagi pemain Sepanyol kelahiran Brazil itu ialah, Atleti co dilarang oleh peraturan Fifa untuk mengambil pemain baha ru hingga Januari depan. “Setiap pemain atau bekas pemain bola akan berasa malu mendengar atau membaca men genai Diego Costa. Dia telah memalukan kami, seluruh pemain bola sepak,” kata Cascarino. “Orang ini ingat dia siapa? Boleh buat apa saja yang dimahukannya? Dia ingat dia siapa?,” katanya lagi. Cascarino ber kata, sebagai pemain bola sepak pro fesional, se seorang itu harus terus bermain se lagi masih
terikat dengan kontrak. “Itulah tujuannya kontrak. Kalau kamu ada dua tahun, dua tahunlah. Tugas kamu adalah bermain untuk kelab, jadi kamu kena main,” tegasnya. Menurutnya, Costa telah memberi ‘bahan’ untuk orang ramai mengkritik pemain bola sepak, dan dia telah memalukan mereka semua. “Dia cuba mahu beritahu kelab seolah-olah dia terlalu berharga, terlalu bernilai buat mereka. Sebenarnya tidak. Saya harap kelab dapat am bil tindakan terhadapnya,” katanya. Hal yang sama turut disuarakan bekas pemain tengah Chelsea dan Man chester United, Ray Wil kins. “Pengurusan Chelsea sepatutnya sudah bawa dia ke mahkamah (saman). Saya tidak tahu apa yang mereka tunggu lagi,” katanya. Costa kini berada di kam pung halamannya di Brazil.
32 Namun bagi Frank Lampard, le genda Chelsea yang bermain untuk kelab itu selama 14 tahun sejak 2001, dia sama sekali tidak terkejut dengan kekalahan memalukan yang dilalui bekas kelabnya itu. “Ini pasti teramat mengecewakan saya. Namun kalau ada yang berasa saya akan terkejut (dengan keputusan itu), sebenarnya tidak. Saya tak terke jut. “Sebabnya sebelum bermula mu sim, terlalu banyak cerita buruk yang keluar mengenai kelab. Ia sudah tentu menyedihkan saya sebagai bekas pemain,” kata bintang tengah yang memegang rekod penja ring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab itu dengan 211 gol. Lampard memahat nama yang kukuh sepan jang berkarier di Stamford Bridge. Dia satu daripada tu juh bintang kelab yang men jaringkan lebih 150 gol, dan satu-satunya pemain bukan penyerang yang mencapai ta raf berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh legenda itu bukanlah rah sia. Sebelum musim baru ber mula, konflik terbuka tercetus antara penjaring terbanyak kelab musim lalu, Diego Costa dengan Conte. Dan sebaik musim ber mula, bintang import baharu dari Real Frank Lampard
Madrid, Alvaro Morata pula dilapor kan telah berkongsi rasa kesalnya datang ke Stamford Bridge dengan rakan-rakannya di Santiago Bernabeu. “Ini jadi permulaan yang mengeri kan untuk Chelsea. Perjalanan masih jauh, dan saya harap keadaan akan berubah jadi baik semula,” kata Lam pard yang kini jadi pengulas untuk r a n g k a i a n televisyen BT Sport.
Ray Wilkins
Diego Costa
Andreas Pereira? Tidak! - Mourinho
Andreas Pereira
JOSE MOURINHO tidak seka li-kali akan buka pintu untuk be runding dengan kelab Serie A, Va lencia yang begitu berhajat mahu mendapatkan tanda tangan And reas Pereira, musim ini. Baru-baru ini, pemilik Valen cia, Peter Lim terbang ke Man chester dalam usahanya me lembutkan hati Mourinho, juga pengurusan Red Devils supaya melepaskan pemain tengah Brazil berusia 21 tahun itu. “Tidak. Dia sangat penting un tuk kami musim ini. Jangan gang
gu Pereira,” kata Mourinho. Musim lalu, pemain itu diberikan secara pinjaman kepada pesaing Va lencia, Granada. Tampil dalam kesebelasan utama kelab itu untuk 35 perlawanan, Pe reira kembali ke Old Trafford dengan hasrat mendapat peranan yang lebih penting dalam pasukan. Apa yang jadi impiannya, dipenu hi oleh Mourinho. Penolakan terhadap Valencia me rupakan bukti keyakinan pengendali itu terhadapnya sudah jauh mening kat.
31
6 - 12 September 2017
Akhirnya, Mbappe ke PSG…
Kylian Mbappe
CERITANYA, ‘Wonderkid’ Kylian Mbappe yang jadi rebutan kelabkelab terkemuka dunia, kini sudah di ambang pintu Parc des Princes, stadium Paris Saint-Germain (PSG). Dikatakan, persetujuan untuk membawa bintang berusia 18 ta hun dari Monaco itu sudah ham pir dicapai dengan nilai perpin dahan mencecah £128 juta. Ini kurang £70 juta ber banding perpindahan Ney mar dari Barcelona yang mencatatkan rekod du nia, £198 juta pada awal bulan ini. Betapa besar nafsu PSG dengan kesang gupan berbelanja le bih £300 juta untuk dua pemain bintang ini! Bagaimanapun, PSG be lum lagi mendapat Mbappe secara tetap, sebaliknya sekadar berstatus pinjaman pada musim pertama sementara kontrak sebagai pe main tetap akan dimuktamadkan pada musim panas akan datang. Selain itu, klausa perpindahan ini juga merangkumi pertukaran dengan pemain tengah PSG, Lucas Moura pergi berpindah ke Mona
co.
Itulah berita yang dibawa oleh Sky Sports, apa yang men gecewakan kelab-kelab ternama termasuk Real Madrid, Barcelona dan Arsenal yang begitu mengingi ni sentuhan penyerang muda yang luar biasa itu. Bayangkan sahaja saingan yang akan di bawa oleh PSG dalam Ligue 1 musim ini. Mereka sudah ada sa lah seorang pemain terbaik dunia, Ney mar, juga Edison Ca vani, dan akan ditam bah pula oleh Mbappe. Baru-baru ini, kelab itu sudah me nunjukkan taring awal mereka dengan membelasah Toulouse, 6-2 pada 20 Ogos. Tidak hanya itu, PSG juga berminat untuk mendapatkan seorang lagi pemain Monaco, Fabinho yang bermain di posisi tengah bagi di gandingkan dengan Angel di Ma ria.
An Najwa mungkin jadi artis kalau bukan atlet SUKAN SEA Kuala Lumpur 2017 sudahpun melabuhkan tirai. Antara momen yang paling diingati sepanjang temasya itu ialah detik drama tik pasukan bola j a r i n g negara menum paskan musuh tradisi, Singapu
ra dengan jaringan 65-41 sekali gus mengakhiri penantian sela ma 16 tahun untuk merangkul pingat emas. Petang 20 Ogos, sekalian rak yat Malaysia yang selama ini ti dak begitu memberikan per hatian terhadap sukan bola jaring, terpaku di depan TV berkongsi debaran dengan mereka yang berada di Stadium Juara, Bukit Kiara dalam suasana yang penuh emosi, termasuk Perdana Menteri dan isteri. Tanpa menafi kan sumbangan anggota pasukan yang lain, yang terdiri daripada Nur Syafazliyana Mohd Ali, Nora mirah Dayana Noor Azhar, Izyan Syaza na Mohd Wazir, Nur fariha Abdul Razak, Pow Mei Foong, Yap Suo Kuen, Siti Nor Farhana Mustafa juga pen jaring utama Norashikin Kamal Zaman dan L. Karishma, An Naj wa Azizan adalah pemain yang paling mendapat perhatian. Anak keempat daripada lima beradik kepada pe main ragbi kebangsaan antara 1981 hingga 1988,
Azizan Azmi dan Norsila Jaafar ini telah menunjukkan kebole han yang begitu menakjubkan. Gadis berusia 20 tahun den gan ketinggian 178 sentimeter ini telah membuat 75 jaringan hanya dalam tiga perlawanan awal temasya itu. Setiap kali memegang bola, jarang dia terlepas peluang un tuk memberikan mata kepada pasukan hinggakan apabila ju rulatih, Tracey Robinson tidak memasukkannya pada suku ketiga dan keempat final itu, ra mai penonton merayu menerusi media sosial supaya pemain itu dimasukkan semula. Begitupun, masuknya No rashikin dan Karishma yang menggantikannya ternyata ti daklah mengecewakan. Meskipun namanya hanya ‘meledak’ pada temasya Sukan SEA, An Najwa bukan bintang baru menyinar dalam skuad bola jaring negara. Dia pernah diiktiraf sebagai Pemain Paling Bernilai Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu yang menyak sikan pasukan negara muncul juara. Mengakui dirinya mungkin jadi penyanyi, doktor ataupun ahli perniagaan jika bukan ahli sukan, gadis yang mengaku suka makan itu aktif dalam aca ra lompat jauh ketika di bangku sekolah.
Lucas Moura
Nyemar
32 Menjadikan penjaga gol Amerika Syarikat, Hope Solo sebagai idola, Niena yang kini jurulatih futsal di Academia de Futsal dan Putra Ria FC berkata, se bagai wanita, dia tetap mementingkan penam pilan. “Itu sudah sedia ter tanam dalam diri setiap wanita, sukakan kecan tikan. Walaupun sebagai ahli sukan yang lasak, hal itu tetap saya titikberatkan dan kerana itu, Hope Solo jadi idola saya. “Dia bukan saja tan gkas di padang, tetapi juga cantik. Bagi saya, dia punya pakej yang leng kap,” katanya. Kerana apa yang dimilikinya, Niena telah dipilih seba gai duta produk barangan sukan, juga busana pengantin. “Saya gem bira untuk melakukannya walaupun be rasa agak kekok juga pada mulanya. Saya puas hati dapat beri ‘pose’ seperti yang dimahukan,” katanya ke pada mStar.
Niena Azman
32 31
Keluaran 6 - 12 September 2017
30
‘Costa malukan pemain bola sepak’
Akhirnya, Mbappe ke PSG…
LUAHAN LAMPARD MESKIPUN menang ke atas Tottenham Hotspur pada 20 Ogos, kekalahan kepada pasukan bawahan, Burnley pada minggu sebelumnya ternyata sukar dipadam daripada ingatan penyokong The Blues. Tambahan pula, itu perlawanan pertama mereka untuk musim ini. Burnley bukanlah pasukan yang pernah jadi sebutan dalam Liga Perdana. Musim lalu, kelab dikendalikan Sean Dyche itu menduduki tempat ketiga dari kedudukan terbawah liga. Lalu apabila mereka berjaya memukul skuad Antonio Conte dengan jaringan 3-2, ini bukan berita sensasi yang boleh dibuat-buat. Ia menerbangpergikan rasa optimis dari Stamford Bridge sekali gus membawa datang kegusaran dalam kalangan penyokong The Blues – apa sudah jadi pada skuad yang baru tiga bulan dulu sahaja menjulang trofi liga?
Frank Lampard
30
Niena, jelitawan yang tangkas di padang Mahrez bernasib malang! NAMA Niena Azman, penjaga gawang skuad futsal wanita negara tiba-tiba ‘meletup’ sepanjang temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur, baru lalu. Populariti mendadak diraihnya bu kan sahaja di dalam negara, malahan juga sampai ke negara jiran. Niena yang nama sebenarnya, Nur Izwani Azman, 30, berasal dari Johor Bahru disebut-sebut antara atlet paling jelita pada temasya kali ini. Kerana itu, tidak hairanlah men gapa dia begitu mendapat perhatian malah foto-fotonya di dalam dan luar padang menjadi tular di media sosial. Mempunyai rupa paras menawan bagi Niena bukanlah penghalang un tuk dia terlibat dalam aktiviti lasak
yang lazimnya menjadi permainan golongan lelaki. Katanya, dia sudah terbiasa dengan gaya hidup yang seperti itu sejak beru sia 17 tahun lagi. “Tetapi itu tidaklah sampai mengu bah penampilan saya. Saya masih suka dengan cara hidup feminin, gemar me masak macam wanita lain,” katanya dalam satu temubual media. Malah kata Niena lagi, penglibatan awalnya dalam bidang sukan bukan te rus dengan futsal atau bola sepak. “Saya mula dengan bermain bola jaring, pada posisi JD. Kemudian saya secara suka-suka ikut kawan-kawan bermain futsal, akhirnya timbul rasa seronok pula.
“Saya memilih posisi penjaga gol sebab berpen galaman sebagai JD ketika bermain bola jaring. Selepas itu, saya mulai serius hingga terpilih mewakili negeri (Johor) dalam acara bola padang sebelum dipanggil me nyertai skuad wanita kebangsaan,” katanya yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Ma laya. Niena kemudian kembali ke ge langgang futsal, malah dengan lebih serius. “Saya pernah mewakili Johor, Pa hang, Kelab Putra Ria, PDRM dan ter baharu, Felda United,” katanya.
Niena Azman
31
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712