WARTA edisi #30

Page 1

PE RC UM A

ISU 30

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

15

Mempelai Diraja

Keluaran 23 - 29 Ogos 2017

TIPU GUNA NOMBOR POLIS Taktik baharu penjenayah perdaya mangsa

KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR – Anda mungkin pernah terima panggilan seperti ini; seseorang yang mengaku dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, beritahu anda punya saman trafik tertunggak yang perlu dijelaskan segera. Curiga dengan panggilan itu, anda ambil langkah matikan panggilan dan kemudian hubungi semula nombor telefon berkenaan.

14

Konsert Shila Hamzah

Angka 4 bawa malang?

4 16

Disebat 104 kali Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

Tarikh : 26 – 27 Ogos Masa : 12.00 tgh hari hingga 5.00 petang

Jualan hasil seni ‘Meet and Greet’ bersama kartunis


2

23 - 29 Ogos 2017

Dari muka depan

Terkejut terima panggilan KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR – Menerima panggilan telefon dan dikatakan bahawa terlibat dalam kes langgar lari selain terdapat saman trafik tertunggak hampir RM2,000 amat mengejutkan seorang pesara apatah lagi pemanggil mengakui seorang pegawai polis trafik dari IPD Putrajaya. Dia yang mahu dikenali sebagai Azizan (gambar) berkata, dalam panggilan ber­ kenaan adalah seorang wanita. “Wanita yang menyamar itu menyatakan bahawa kereta saya terlibat dengan kes langgar lari di Nilai dan perlu ke Balai Polis Trafik Putrajaya untuk berjumpa seorang pegawai polis berpangkat koperal,” katanya. Jelas Azizan, dalam perbualan telefon berkenaan, wanita terbabit menyebut dengan tepat nama dan nombor kad pengenalan serta data peribadinya. “Apabila dia menyebut data peribadi saya dengan tepat, saya pada mulanya

hampir percaya bahawa itu panggilan asli dari IPD Putrajaya. “Namun selepas dia me­ nyebut sa­ ya mempunyai saman tertunggak ham­ pir RM2,000 sejak 2016, itu mem­ buatkan saya rasa was-was. “Dalam perbualan itu pula wanita ber­ kenaan menyatakan ken­deraan milik saya itu se­ buah kereta Toyota Vios yang didaftarkan atas nama saya. “Saya tidak pernah memiliki kereta jenis itu selama ini dan saya juga sudah tidak me­ mandu hampir setahun sejak sakit jantung atas nasi­ hat doktor,” katanya. Azizan berkata, dia mengesyaki ada muslihat yang cuba dilakukan oleh wanita yang

menghubunginya itu.

Namun katanya, dia meneruskan perbualan itu untuk melihat sejauh mana wanita itu mahu menipunya. Katanya, wanita berkenaan me­ maksanya untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun milik peribadi pegawai polis berpangkat koperal untuk menyelesaikan ‘kes’ terbabit dan jika tidak berbuat demikian dia akan ditangkap. “Saya terus bertanya kepada wanita itu, siapa koperal ter­­ ba­ bit. Saya ma­hu ber­cakap de­ngann­nya. “Saya juga minta nombor pe­ngenalan po­ lis (nombor ba­ dan) wanita ber­­kenaan dan ju­ ga nombor p e­n g e n a l a n koperal ber­ kenaan, namun dia terus menamatkan

pang­gilan,” kata­nya. Selepas itu Azizan berkata, dia terus menghubungi nombor panggilan yang dibuat wanita terbabit dan ia nombor telefon IPD Putrajaya. “Semasa membuat panggilan ber­ kenaan, operator IPD Putrajaya men­ jawab. Saya ceritakan kepada operator terbabit yang saya menerima panggilan daripada wanita tersebut. “Operator berkenaan suruh saya abaikan panggilan seperti itu jika saya menerimanya lagi. “Kata operator itu, pihaknya setiap hari terima aduan sebegini. Dia kata, pihak­nya menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mengadu kes yang sama,” jelasnya. Menurut Azizan, operator berkenaan turut menasihatkanya supaya tidak sewenang-wenangnya memberi mak­ lu­ mat peribadi jika menerima lagi p a n g g i l a n berkenaan.

Penjenayah curi data peribadi melalui Internet BANGI – Data peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor te­lefon, nombor kata kunci kad kredit atau debit mu­ dah diketahui pihak lain adalah berpunca daripada kelemahan individu itu sen­ diri dan kurangnya maklu­ mat berkaitan Internet. Pensyarah Rangkaian Ke­ se­la­matan German-Malaysia Institute, Mohammad Nadzir Nazuwan (gambar) berkata, transaksi menggunakan Inter­ net sangat bahaya ke­ rana ia berkaitan data peribadi seseorang. Katanya, kemungkinan dalam kes panggilan palsu ini ia berkait rapat dengan penggodam kerana mereka

boleh mengetahui data peri­badi orang yang dihubungi dengan mudah. “Lebih parah, data peribadi ini berkemungkinan dijual kepada pihak-pihak tertentu. “Terdapat pelbagai laman web atau aplikasi yang me­ merlukan kita ‘sign-up’ untuk tujuan mengumpul data peribadi sesiapa sahaja. “Apabila mereka mendapat data ini, maka apa saja mereka boleh buat sama ada mengugut, menipu, me­ nyamar atau sebagainya untuk mendapatkan wang,” jelasnya. Mohammad Nadzir berkata, pada masa ini data peribadi lebih mudah terdedah melalui telefon pintar.

Dari muka depan Tindakan ini adalah sebagaimana nasihat pakar telekomunikasi dan keselamatan, jika terima sesuatu panggilan yang mencurigakan, matikan dan panggil semula nombor itu. Dalam kes ini, sin­diket telah me­manipulasikan teknologi me­ nyebabkan nombor telefon yang terpapar pada skrin telefon penerima adalah nombor pihak yang dikaitkan sedangkan panggilan itu bukanlah daripada pihak berkenaan. Sekiranya yang menjawab itu adalah sebenarnya dari­ pada IPD Putrajaya (sebagaimana kes di atas) ataupun daripada agensi lain yang

Menurutnya, aplikasi yang digunakan dalam telefon pin­tar tidak semuanya se­lamat. Katanya, lebih mem­bahaya­ kan adalah menggunakan Wi-Fi awam. “Ramai tidak menyedari bahaya melayari Internet menggunakan Wi-Fi awam dengan tablet, komputer riba, telefon pintar atau sebarang gajet yang menyimpan datadata peribadi kita. “Kita tidak dapat me­ nge­ tahui siapa dan di mana penggodam itu, namun kita merisikokan diri kita untuk menjadi mangsa mereka. “Mereka mungkin boleh meng­ godam emel, mesej, gambar dan sebagainya,” kata­

sah sama ada bank atau sebagainya, anda sudah tentu tidak akan berasa curiga lagi. Namun kebanyakan pe­­nerima panggilan yang tidak memahami tipu helah sindiket berkenaan, mudah un­ tuk mempercayai bahawa itu adalah sebenarnya pang­gilan daripada Polis Putrajaya. Dipercayai, ada dalam kalangan mereka yang telah memasukkan wang ke akaun pihak yang menyamar itu dengan tujuan mahu me­ langsaikan saman seperti yang didakwa. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata, pihaknya ada terima beberapa laporan mengenai kes itu dan sedang menyiasat.

nya. Sementara itu Mohammad Nadzir berkata, n o m b o r telefon juga mudah diklon pa­da masa kini oleh me­reka tidak ber­­tang­ gung­jawab. Katanya, dalam kes berkaitan isu penipuan yang menggunakan nombor telefon IPD Putrajaya ini kemungkinan ia diklon oleh penggodam juga. “Nombor telefon akan disimpan dalam server. Jika server itu dapat ditembusi oleh penggodam, mereka dapat membuat apa saja dengan

“Malah polis sendiri juga telah buat laporan apabila nombor telefon IPD Putrajaya dikaitkan,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini. Menurut Rosly, daripada laporan yang diterima, rata-rata pengadu mendakwa me­re­ka terima pang­gilan dari­ pada pi­ hak yang me­ ngaku se­ bagai polis IPD Putrajaya ber­ kaitan de­ ngan kes-kes trafik dan langgar lari. “Mereka hubungi ka­ mi untuk bertanya sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kes itu serta mendakwa menerima panggilan yang menggunakan nombor telefon IPD Putrajaya meminta wang,” ujarnya. Rosly menjelaskan, panggilan itu tidak ada kaitan dengan polis dan

nombor telefon berkenaan. “Ini bukan bermaksud tahap keselamatan siber itu lemah, namun penggodam ini akan menggunakan apa cara sekali pun untuk menembusi server atau sebagainya untuk memuaskan matlamat mereka. “Oleh itu keselamatan siber ini perlu dipantau setiap masa,” katanya.

Orang ramai yang mendapat panggilan palsu berkenaan diminta tampil untuk membuat laporan polis.

dilakukan oleh sindiket penjenayah yang bertujuan menipu mangsa. “Jangan percaya, jangan layan per­min­taan mereka. Mereka adalah penjenayah dan kalau terima panggilan seperti itu, segera buat laporan polis,” tegasnya.


3

23 - 29 Ogos 2017

Indeks keharmonian terus kukuh AZLAN ZAMBRY

PUTRAJAYA Perpaduan an­ ta­ ra kaum di Malaysia boleh disifatkan terbaik jika dibandingkan dengan negara lain kerana keadaan masyarakat berbilang kaum yang masih lagi boleh bertoleransi antara satu sama lain, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Bahrin Idris (gambar). “Pelbagai kempen yang di­ rangka oleh pihak JPNIN yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat giat di­lakukan agar dapat membina masyarakat yang matang ” katanya. Katanya lagi, sesebuah ne­ gara dengan kepelbagaian dari segi bahasa, agama, kaum dan bu­daya akan lazimnya me­nim­ bulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat akibat wujud suatu pertembungan

antara memenuhi keinginan dan menangani persaingan. “Ini adalah satu fenomena biasa, iaitu pertembungan an­ tara kaum, namun begitu Ma­ laysia masih berada di ta­hap ter­ kawal dan stabil,” tambah­nya. Menurut Bahrin lagi, kajian Global Peace Indeks menunjukan Malaysia berada di kedudukan ke- 29 daripada 163 negara. “Indeks Keamanan Global (GPI) merupakan usaha untuk mengukur kedudukan relatif keamanan negara-negara dan wilayah. "Kajian Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) yang di­jalan­ kan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menunjukan nilai ikm tahun 2016 telah menurun kepada 9.2 kes per sejuta penduduk berbanding dengan 9.6 kes per sejuta penduduk pada ta­ hun 2015. Ini menunjukan

ke­ kurangan berlakunya krisis dalam masyarakat. “Peratusan yang dinyatakan tersebut sudah membuktikan perpaduan kaum di Malaysia da­ lam keadaan yang baik," jelas­nya. Selain daripada Indek Ke­ tegangan Masyarakat, pihak­ nya juga menjalan kajian ‘Feel Safe' iaitu untun mendapatkan maklumat daripada masyarakat tentang keadaan kehidupan masyarakat. “Kajian Feel Safe yang di­ jalankan oleh pihak kami telah menunjukan yang dilaksanakan oleh JPNIN juga 92.45% dari 4499 Skim Rondaan Sukarela be­ rasa selamat," jelasnya. Bahrin b e r­k a t a , p i h a k ­ nya juga

Pekerja dibenar pulang awal setiap Jumaat

Sebahagian pekerja syarikat No Deviation.

SINGAPURA – Sebuah syarikat di sini membenarkan perkerjanya pulang awal bagi membolehkan mereka meluangkan masa bersama keluarga. Jumaat terakhir setiap bulan pekerja syarikat No Deviation amat bertuah kerana mendapat penghargaan sedemikian daripada majikan mereka. Selain itu, syarikat kejuruteraan berorientasikan pelanggan yang menyedia jurutera bagi projek berkaitan industri farmaseutikal itu, bercadang memberi setiap pekerjanya cuti penjagaan anak selama beberapa hari melebihi cuti mereka yang sedia ada. Pengerusi Operasi Perniagaan No Deviation, Liana Raffort berkata, pentingnya mewujudkan keseimbangan antara kerja dan keluarga. No Deviation antara syarikat yang menyertai acara My Family Weekend anjuran Families for Life. "Pada 31 Ogos ini, unit operasi dan pentadbiran syarikat kami

akan membenarkan warga kerja dan kakitangan mereka membawa anakanak mereka ke pejabat. "Ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja dan anggota keluarga mereka, dan dengan tidak secara langsung membolehkan anak-anak bergembira bersama-sama," ujar Liana. Selain itu, No Deviation melaksana beberapa inisiatif menggalak warga kerjanya meluangkan masa bersama keluarga. "Kerjaya adalah tugas yang tidak ada akhirnya. Kami percaya bahawa keluarga penting dan mereka akan sentiasa ada. “Oleh kerana ia penting, pekerja perlu bijak mengimbangi kerjaya dan hidup bersama keluarga. "Sebagai seorang ibu dua anak, saya mendapat sokongan padu daripada suami saya dan kami sentiasa cuba membahagikan masa supaya dapat memberi tumpuan yang cukup pada anak-anak kami," katanya.

menggunakan satu jenis indeks iaitu Indeks Perhubungan Masyarakat untuk mencari kaedah mengeratkan lagi masyarakat berbilang kaum. “Indeks per­hu­bungan M a ­ sya­rakat pula adalah untuk mengenal­ pasti di­men­si yang bo­leh me­ngeratkan hubungan antara

kaum dengan mengenalpasti skala penerimaan kepelbagaian cara hidup dan memahami budaya serta adat resam kaum lain. “Seperti yang ditunjukkan pada statistik IPM dibawah yang diukur sepanjang tahun 2015- 2017, ia telah mencatatkan skor dibawah 2.2 yang telah diletakkan sebagai satu base­ line yang menunjukkan bahawa perhubungan ma­ syarakat berada dalam aman dan harmoni. “Berdasarkan dapat­ an kajian ini saya de­ ngan bangganya boleh me­nyimpul­kan bahawa malaysia adalah sebuah negara yang berjaya dalam mengekalkan perpaduan, harmoni, berdaya maju dan dapat bersaing di arena antarabangsa,” katanya.

Hidang sandwich 'luput' 10 tahun GREECE - Seorang penumpang EasyJet terkejut apabila diberikan sandwich yang sudah 'tamat tempoh' sejak 10 tahun lalu. Adrian Bell, dari Wrexham di Wales, membeli sekeping toastie keju di atas pesawat yang berlepas dari Zante bersama isterinya Lindsey, 42. Sebaik saja sandwich itu sampai, penumpang berusia 59 tahun itu terkejut apabila terlihat tarikh 16 Jun 2007 ditampal pada bungkusan makanan tersebut. Dia kemudiannya mengadu kepada kru kapal dan menasihati penumpang lain supaya memeriksa dahulu tarikh pada bungkusan sandwich itu sebelum menikmatinya. Namun Bell dalam nada berseloroh berkata sandwich itu masih sedap cuma hanya terlebih masak.

Ketika mengadu kepada kru kapal, Bell mendakwa salah seorang daripada anak kapal itu dalam nada bergurau berkata:"Kami patut caj anda dengan bayaran yang lebih, ia antik." EasyJet dalam satu kenyataan menjelaskan berlaku kesilapan cetakan pada bungkusan sandwich tersebut. "Ia hanyalah kesilapan pada cetakan bungkusan dan kami amat terkejut apabila semua penumpang fikirkan sebaliknya,” katanya. Menurut EasyJet, sandwich itu masih boleh dimakan dan kekeliruan timbul disebabkan kesilapan pada tarikh luput yang dicetak. "Kami sudah meneliti perkara dengan rakan kongsi penerbangan kami dan mereka mengesahkan sandwich itu selamat untuk dimakan,” jelas syarikat penerbangan itu.

Penumpang berusia 59 tahun itu terkejut apabila terlihat tarikh 16 Jun 2007 ditampal pada bungkusan makanan tersebut.


4

23 - 29 Ogos 2017

Mengapa takut nombor 4? Sebutan Empat Mati Mandarin si si Wu (Shanghai) sy shi Kantonis sei sei Hakka si si Hokkien si, su Si, su Jepun shi shi Korea sa sa Vietnam tu tu

Panel lif sebuah bangunan yang meniadakan tingkat 4 dan 14.

HAL takutnya sebahagian anggota masyarakat pada angka 4 sudah tidak menjadi rahsia. Malah ia diterima sebagai kepercayaan dan pegangan pada zaman serba canggih ini, diguna pakai sebagai polisi dalam hal tertentu, termasuk pembinaan. Ketakutan pada angka 4 dikenali sebagai ‘tetrafobia’. Tetra berakar umbi daripada perkataan ‘tetras’ dalam ba­ hasa Yunani, yang bermaksud empat dan phobos yang membawa maksud ketakutan. Tetrafobia adalah merujuk pada ketakutan terhadap nombor empat. Ini kerana angka 4 dalam kebanyakan dialek Cina di­ sebut ‘si’ yang membawa mak­ sud mati. Justeru, kepercayaan yang membawa ketakutan ter­ hadap angka empat paling kerap ditemukan di Asia Timur dan Asia Tenggara di mana terhadap ramai etnik keturunan Cina seperti China, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Filipina. Dalam dialek Kantonis, nom­ bor 14 da 24 dianggap lebih sial daripada 4 kerana bunyi sebutannya persis ayat yang membawa maksud ‘pasti mati’ (14) dan ‘senang mati’ (24).

Bukan Cina sahaja, bagi orang Jepun, Korea dan Vietnam, sebutan yang me­ rujuk pada nombor empat juga membawa maksud yang sa­ma meskipun perkataan yang digunakan adalah berbeza. Ini kerana, bahasa Jepun, Korea dan Vietnam akarnya adalah daripada bahasa Cina juga. Disebabkan ini, penggunaan angka empat amat dielakkan, termasuk dalam sektor pembinaan. Ada sesetengah bangunan yang sengaja ditiadakan tingkat empat. Bukan itu sahaja, nombor-nombor majmuk yang terdapat angka 4 juga dielakkan, misalnya 14,24,34, apa lagi 44. Sebagai contoh, kita lazim temui di kebanyakan bangunan, selepas tingkat 3, tingkat yang berikutnya ialah 3A, kemudian terus ke tingkat 5. Pemilik atau pemaju bangu­nan itu dengan sengaja melangkau tingkat yang terdapat angka 4. Ini mudah dilihat pada panel lif di bangunan hotel, pejabat atau apartmen. Dari sudut komersial, hal yang seperti ini sukar dielak kerana kepercayaan ini telah mempengaruhi masyarakat, dan mereka akan

mengelak daripada membeli atau menyewa tingkat yang terdapat angka 4. Ini berkaitan rapat dengan faktor nilai harta berkenaan. Lama kelamaan, ini jadi pegangan hingga tidak ada pemaju atau pemilik bangunan yang sanggup menempatkan tingkat 4 atau sebarang tingkat lain yang terdapat angka itu pada bangunan mereka. Ini kerana mereka sendiri tidak punya pilihan meskipun tindakan ini bersifat janggal malah boleh dianggap tahyul yang masih kekal pada zaman moden ini. Bukan pada bangunan sahaja. Kerajaan China me­ nga­ malkan tetrafobia apabila nombor pada jet pejuang tentera negara itu dimulakan dengan 5. Begitu juga Taiwan dan Korea Selatan yang mengelak angka 4 pada pengenalan kapal tentera mereka. Di Hong Kong, kompleks pangsapuri terkenal iaitu Vision City dan The Arch melangkau daripada tingkat 40 hingga 49. Selepas tingkat 39, terus ke tingkat 50. Bukan itu sahaja, ada juga bangunan yang selain tingkat berangka 4, turut ‘melenyapkan’ tingkat 13. Ini kerana 1+3 bersamaan dengan 4. Dalam sesetengah ke­ budayaan di Asia Timur, apabila nombor 4 tidak dilangkau, mereka menggantikannya dengan perkataan ‘FOUR’ . Syarikat kereta api Korea Selatan,

Korean Rail menggugurkan nombor lokomotif 4444 ketika memberikan nombor pada lokomotif syarikat itu yang bermula daripada 4401. Di Jepun, angka 4 dielak pada kebanyaka projek, selain 13. Malah angka 9 juga turut dielak, terutama di hospital kerana bunyi sebutannya yang persis ‘kurushimu’ yang membawa maksud menderita. Angka 49 paling dielakkan kerana sebutannya

kedengaran mirip “shinu made kurushimu” (menderita sampai mati). Bukan di Asia sahaja, masyarakat Eropah terutama Itali turut mengelak angka 4. Ini kerana angka itu dikaitkan dengan keranda. Mengikut kepercayaan mereka, 4 boleh mengundang nasib malang selain membawa maksud “misteri segalanya dan tiada apa”.


5

23 - 29 Ogos 2017

Tidak menoreh kerana ‘dilarang memotong’

18

KAMPUNG aku di Mahang, Kedah dikelilingi pokok getah. Sejak kecil, aku sudah biasa dengan pokok getah. Ayah aku, walaupun bekerja di pejabat kerajaan, tetap punya kebun getah. Emak aku yang jadi tukang torehnya. Aku terselamat daripada dipaksa jadi pembantu penoreh kerana sebaik masuk sekolah menengah, aku dihantar tinggal di asrama di Alor Setar. Cuma waktu cuti sekolah – dengan yang paling lama ketika tunggu keputusan SPM – aku terpaksa juga masuk kebun getah. Bercerita pasal kebun getah, di kampung aku, dan mungkin di seluruh

negeri Kedah atau di utara Semenanjung, kami tidak sebut pekerjaan itu menoreh se­ bagaimana ia dikenali di sesetengah negeri, se­baliknya disebut motong getah. Tetapi tidaklah pula orang yang motong getah itu kami panggil pemotong getah. Kalaulah ditanya mengenai pekerjaan ayahnya oleh cikgu kepada anak penoreh getah, dengan loghat Melayu Pattani pekat yang lazim digunakan di kampung kami, si anak biasanya menjawab: “Pak saya kerja motong saja cikgu …” Semasa baru berhijrah ke Kuala Lumpur, aku bekerja di sebuah syarikat penerbitan akhbar di Taman Melawati. Setiap pagi dalam per­ jalanan ke pejabat, aku lalu di Kampung Klang Gate Baru di mana hampir setiap pagi juga, aku selalu lihat ada bas yang bawa pelancong berhenti. Pelancong-pelancong itu berhenti untuk tengok seorang pakcik tunjuk demonstrasi

INFO KL

KEBAKARAN besar Kompleks Campbell adalah kes kebakaran yang terburuk pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia. Berlaku pada 8 April 1976iaitu hanya tiga tahun setelah Kompleks Campbell mula dibina, kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah RM50 juta serta mengorbankan satu nyawa. Terletak di Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi), Kompleks Campbell mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. Semasa Kompleks Campbell mula dibuka, ia adalah satu-satunya bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Bangunan itu dipercayai mula terbakar pada jam 10.30 malam akibat litar pintas.

motong getah. Adalah be­ be­ rapa batang pokok getah di tepi jalan itu, yang sekarang lokasinya adalah di pinggir pagar Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati dan Kem Polis Tentera Jalan Genting Klang.

Ketika itu, aku selalu terfikir: “Adakah pakcik itu buat demo­ nstrasi semata-mata? Dia kutip atau tidak susu getah yang ditoreh itu walaupun aku percaya, duit tip yang dia da­ pat daripada pelancong dan pe­ mandu pelancong itu jauh lebih banyak daripada yang emak aku dapat di kampung dulu.

Kalau dia tidak kutip, sayangnya susu getah itu dibazirkan begitu sahaja sedangkan bagi penoreh getah kampung, setiap titisan itu umpama nyawa bagi mereka. Tetapi kalaulah dia kutip, adakah lagi peniaga yang beli susu getah di Kuala Lumpur ini?” Sekarang aku tidak pastilah pula sama ada kebun

getah yang betul-betul tinggal sekangkang kera itu masih ada atau tidak. Begitu juga dengan pakcik yang lengkap bersongkok setiap kali buat demonstrasi menoreh kepada pelancong itu. Sebenarnya di kampung aku sendiri pun, kebun getah sudah tidak seperti dahulu, banyak digantikan dengan kelapa sawit. Kalau ada pun, yang masih tinggal melakukan pekerjaan motong getah, kebanyakan warga emas sahaja. Kampung pun sudah banyak berubah. Jalan raya semakin banyak dibina walaupun tidak ada LRT dan MRT seperti di Ibu Kota. Apabila semakin banyak jalan raya dibina, banyaklah juga papan tanda yang dipacak di sini sana. Rupa-rupanya dalam tidak sedar, hal banyaknya papan tanda itu beri kesan kepada segelintir warga emas yang sudah sekian lama cari makan

dengan motong getah. Mereka tidak lagi berani turun ke kebun macam biasa. Apabila hal itu sampai ke pengetahuan ketua kam­ pung, dia pun pergi ber­ jumpa dengan kumpulan itu, bertanya apa sebabnya mereka tidak lagi turun ke kebun. “Kami tak berani, takut kena tangkap,” jawab se­orang daripada warga emas itu.

Ditanya lagi oleh tok ketua: “Pasai apa pulak nak kena tangkap?” “Tu… depa dah letak papan tanda ‘Dilarang Memotong’… kami nak pi motong lagu mana, orang dah larang,” kata seorang pakcik yang kebun getahnya betul-betul di tepi jalan raya ‘double line’ yang baru siap.

Adiwira, karakter komik bersatu sampaikan mesej merdeka PETALING JAYA - Buat pertama kalinya, watak wira terkenal dalam siri animasi dan komik tempatan akan ‘berkumpul’ bagi menyampaikan mesej kemerdekaan pada Galeri 60 Merdeka yang diadakan di Strand Mall, Kota Damansara. Pameran seni yang dianjurkan Online Dynamics (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Strand Mall itu menampilkan lebih 30 lukisan dari artis dalam industri animasi dan komik. Ketua Pegawai Eksekutif Online Dinamik (M) Sdn. Bhd., Noor Azman Yusof berkata, pengunjung berpeluang untuk memiliki karya-karya seni asli ini kerana ia akan dijual semasa pameran. Katanya, artis lukisan berkenaan bersetuju untuk mendermakan 60 peratus hasil daripada jualan kepada veteran tentera yang memerlukan bantuan. "Pengunjung juga dapat menemui watak-watak popular dalam siri animasi Malaysia seperti BoboiBoy, Upin & Ipin, Supersquad dan Awang Khenit selain dapat bertemu pelukis komik. “Peminat komik dan animasi berpeluang untuk mengambil gambar dengan watak kegemaran dan memenangi hadiah dengan hastag #merdeka dan #strandmall di Instagram,” jelasnya. Kata Noor Azman, pameran yang berlangsung dari 18 Ogos 2017 hingga 17 September 2017 itu terbuka untuk orang ramai dan tiada bayaran dikenakan. Sesi ‘meet & greet’ dengan watak-watak dan artis popular akan dianjurkan pada hujung minggu sepanjang tempoh pameran ini dijalankan.

Sempoi, waris baharu komik humor BERITA baik buat penggemar majalah kartun. Sebuah majalah berjudul Sempoi akan menemui anda mulai September ini yang menampilkan lebih 20 kartunis baharu dan lama untuk menghiburkan hati pembaca dengan menggabungkan idea mereka dalam sebuah buku yang bakal mencuit hati pembaca. Menariknya Majalah Sempoi ini boleh dibeli secara dalam talian ataupun ‘online’. Seni lukisan yang menarik mampu membuatkan pembaca akan terus melekat untuk membaca kisah-kisah menarik hasil gabuangan para kartunis berbakat. Pra pelancaran majalah kartun Sempoi akan diadakan di Summit USJ bersama program Anifest pada 26 Ogos ini.


6

23 - 29 Ogos 2017

DUNIA MINGGU INI

DELHI - Seorang lelaki menerbangkan layang-layang dari puncak bumbung sebagai tanda merayakan Hari Kemerdekaan di perumahan lama Delhi, India.

AFGHANISTAN - Seorang lelaki menghayunkan sebatang kayu untuk menghalau kawanan burung merpati yang terbang di atas bumbung rumahnya di Nangarhar, Afghanistan.

VIRGINIA - Pekerja perbandaran cuba menghilangkan cat dari monumen yang dikhususkan kepada askar Confederate John B. Castleman yang telah diruntuhkan lewat malam hujung minggu lalu di Louisville, Kentucky.

ATHENS - Seorang ahli bomba cuba memadamkan api kebakaran hutan berhampiran desa Kalamos, utara Athens, Greece.

PYONGYANG - Pegawai Angkatan Tentera Korea (KPA) dan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri Rakyat Korea (KPISF), orang awam, belia dan kanak-kanak melawat patung-patung Presiden Kim Ill Sung dan pemimpin Kim Jong Il sempena ulang tahun ke 72 pembebasan negara.

MALAGA - Bintang meteor melintasi langit malam di atas patung seorang lelaki dan seorang budak lelaki, sebuah monumen yang didedikasikan untuk para ranjer hutan, semasa meteor perseid menghujani di Taman Alam Sierra de las Nieves dan kawasan Hutan Simpan Biosfera El Burgo dan Ronda, berhampiran Malaga, Sepanyol.


Bisnes

23 - 29 Ogos 2017

7

Malaysia perlu tingkat pelaburan industri E&E KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan pelaburan da­ lam industri elektrik dan elektronik (E&E) untuk mencapai ekonomi ber­ pendapatan tinggi di bawah revolusi Industri 4.0. Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia, Ong Chee Tat (gambar) berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini perlu meningkatkan usaha untuk setanding dengan peserta yang lebih besar, serta mengikuti aliran terkini dalam automasi dan teknologi. Beliau berkata, dari segi revolusi Industri 4.0, PKS tempatan tidak mem­ punyai ekonomi bidangan ber­ banding negara lain, justeru tidak boleh mendapat pulangan lebih cepat daripada pelaburan mereka. "Syarikat besar boleh mengeluarkan perbelanjaan dahulu dan meraih hasil kemudian. Bagaimanapun, pe­ serta yang lebih kecil, hanya boleh

membelanjakan apa yang mereka per­ oleh. Ini adalah soal pelaburan modal," katanya. Ong berkata, persatuan itu telah me­ngemukakan cadangan kepada ke­ ra­jaan mengenai dana yang diperlukan untuk merangsang PKS untuk maju ke Industri 4.0. Beliau berkata, PKS tem­ patan perlu mengubah minda mereka, daripada yang bergantung kepada bu­ ruh asing, kepada me­ ng­ automasikan proses per­ niagaan mereka melalui penggunaan teknologi se­ perti robotik, Internet of Things dan pengkomputeran awan.

tulen (OEM) di Pulau Pinang dan zon perindustrian lain, Ong berkata syarikatsyarikat ini yang mengeluarkan produk untuk kilang-kilang besar di peringkat dunia bersedia untuk berada dalam Industri 4.0.

"Ini me­mer­lu­ kan pe­ning­katan te­na­ga kerja dan bakat," kata­nya. Memberi con­toh pe­ n g i­l a n g p e r­a l a t a n

Upin Ipin buka taman tema di China SHAH ALAM – Syarikat pe­ nerbitan animasi Upin Ipin, Les' Copaque Production Sdn Bhd (Les' Copaque) bakal membangunkan teman tema­ nya di Xian, China dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Razdi berkata, taman tema yang dikenali sebagai Taman Tema Upin Ipin itu akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 5.7 kilometer persegi dengan anggaran nilai pembangunan kasar AS$10 bilion (RM42.9 bilion). "Pada masa ini, kami di peringkat perbincangan de­ ngan kerajaan China serta mendapatkan pelaburan bagi projek itu. "Jika ia berjalan de­ ngan baik, kami akan me­ nan­ datangani memo­ran­dum per­ setujuan (MoA) pada Oktober ini," katanya selepas kunjungan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa

"Kami menggalakkan PKS untuk tidak menjadi OEM, tetapi untuk mengeluarkan jenama mereka sendiri dan mengeksportnya ke peringkat dunia," katanya. Beliau berkata, ino­ vasi yang membawa per­ ubahan telah me­ nye­babkan peralihan para­digma dalam industri E&E, dan PKS,

dan Industri, Datuk Chua Tee Yong ke pejabat Les' Copaque di sini, baru-baru ini. Beliau berkata, bagi pro­ jek taman tema itu, Les' Copaque akan me­nawarkan kan­dung­ an produk dan konsep, manakala pe­laburan akan di­ uruskan oleh China. "China ada­­lah satu pa­ saran be­ sar dengan popu­ lasi 1.4 bilion dan ber­potensi untuk kami me­ngembangkan per­ niagaan ke negara ber­kenaan. "Mereka berminat dengan kandungan yang dikeluarkan oleh Les' Copaque dan bersedia untuk bekerjasama Animasi Upin Ipin mendapat perhatian daripada kerajaan China kerana mempunyai nilai moral.

dengan kami," katanya. Burhanuddin berkata, Upin Ipin mendapat perhatian daripada kerajaan China kerana dilihat mempunyai kandungan animasi yang mempunyai nilai moral.

terutamanya peserta yang lebih kecil, memerlukan bantuan kewangan untuk dapat maju dalam Industri 4.0.

Menurut laporan terdahulu, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, merancang untuk meluluskan pinjaman bernilai RM170 juta kepada firma berasaskan teknologi tahun ini. Di peringkat global, Industri 4.0 telah mendorong permintaan untuk produk cekap tenaga, seperti lampu LED dan peti sejuk yang cekap tenaga, penyaman udara dan alat elektrik lain, selain merangsang minat dalam kalangan pemain industri dalam sektor E&E.

Di peringkat tempatan, syarikat E&E terkemuka, Infineon Technologies Malaysia, baru-baru ini mengumumkan pembukaan sebuah bangunan baru di Zon Perdagangan Bebas Batu Berendam untuk menyokong operasi Industri 4.0. Bangunan baru ini direka bentuk untuk standard Industri 4.0, menggabungkan automasi, Internet of Things dan sistem siber-fizikal.

Yayasan CIMB didik 8,000 belia NILAI - Yayasan CIMB (CIMB Foundation), melalui program celik kewangan, Be$MART merancang untuk mendidik 8,000 belia di seluruh negara tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, yayasan tersebut memperuntukkan RM3.5 juta untuk program berkenaan bagi menampung sehingga 4,000 pelajar. "Matlamat kami ialah untuk mendidik golongan belia berusia antara 18 hingga 25 tahun kerana ia masa terbaik untuk mereka memikirkan kedudukan kewangan sebelum mula bekerja. "Kami mahu melibatkan seramai mungkin pelajar dan berkongsi celik kewangan dan perancangan kewangan kami dengan mereka," katanya kepada media selepas Program Celik Kewangan Be$mart di Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM), di sini. Turut hadir ProCanselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tunku Muhriz dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin. Tengku Zafrul berkata, program berkenaan bukan sahaja mendedahkan pelajar kepada celik kewangan, tetapi juga mengenai pelaburan dan bagaimana untuk mengelak skim cepat kaya. Menurutnya, yayasan tersebut akan ke Sabah bulan depan bagi memperluas kesedaran mengenai celik kewangan kepada golongan belia di sana.


8

23 - 29 Ogos 2017

BISNES

Ayamas tawar promosi khas sempena merdeka

KUALA LUMPUR - Kedai Ayamas akan menawarkan promosi khas sempena sambutan kemerdekaan negara, dengan pelanggan boleh membeli dua ekor ayam pada harga RM31.80 pada 31 Ogos, berbanding RM23.50 seekor. Dalam kenyataannya, operator Ayamas, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd berkata, harga promosi itu adalah berasaskan tarikh kemerdekaan negara. “Pelanggan boleh memilih barisan ayam khusus kami iaitu Golden Roaster, Pepper Roaster dan Percik Roaster,” kata syarikat itu.

Petronas jangka lebihan bekalan LNG hingga 2023 KUALA LUMPUR Petronas menjangkakan lebihan bekalan dalam pasaran gas asli cecair (LNG) global akan kekal sehingga 2023. Peningkatan penge­ luaran LNG sejak dua ta­ hun lalu khususnya dari Australia dan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan lebihan be­ ka­ lan yang melangkaui permintaan se­ kali gus menjejaskan harga dagangannya. Harga LNG Asia kini turun sekitar 70 peratus berbanding awal 2014. Petronas, mendapat perhatian dunia apabila mengumumkan ke­ pu­ tusan muktamad untuk tidak me­ ne­ rus­ kan rancangannya dalam projek ter­minal LNG di wilayah barat Kanada bernilai AS$29 bilion (RM124 bilion), bulan lalu. Keputusan itu susulan hasil ka­

jian­ nya yang mendapati kea­ daan pasaran kini me­ letakkan projek ber­ kenaan tidak ekonomi. "Persekitaran ti­dak menentu ketika ini, namun kami men­ jang­ ka­kan ia menjelang 2023 (untuk pasaran LNG lebih seim­bang. “Pasaran dijangka akan lebih ku­ kuh apabila berlaku permintaan ba­gi ekonomi sedang membangun mula menyaksikan pertumbuhan ke­ ra­ na harga yang rendah ketika ini ber­ mak­ na akan berlaku peningkatan bagi bekalan LNG,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, kepada Reuters dalam satu temu bual. Menurutnya, petronas adalah pengurus tunggal bagi rizab minyak dan gas (O&G) Malaysia, menjadikannya

AirAsia tawar penerbangan Shenzhen – Langkawi KUALA LUMPUR - Airasia Bhd mengadakan sambutan bagi penerbangan sulung dari Shenzhen ke Langkawi dengan 89 peratus faktor muatan dan menjangka laluan tersebut dapat meningkatkan kemasukan pelancong ke pulau berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar dalam satu kenyataan berkata, syarikat pe­ nerbangan itu telah me­ nerbangkan lebih satu juta pe­ numpang ke Langkawi se­ takat ini tahun ini, dan me­ ngunjurkan jumlah itu akan meningkat. AirAsia juga sedang be­ kerja­ sama rapat dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk menjadikan Langkawi sebagai hab antarabangsa dan mempromosi pulau yang indah itu sebagai destinasi

percutian utama pelancong China. Penerbangan AK 1713 di­ raikan dengan tembakan meriam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lang­ kawi dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif Lada, Datuk Azizan Noordin. Penerbangan terus tiga kali seminggu itu merupakan laluan antarabangsa ketiga AirAsia dari Langkawi, di sam­ ping Singapura dan Guangzhou, dan yang ketujuh dari Langkawi selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Singapura dan Guangzhou. Bagi meraikan acara pen­ ting itu, AirAsia menawarkan promosi tambang sehala ter­ masuk semua sebanyak RM200 dari Langkawi ke Shenzhen bagi tempoh

perjalanan antara sekarang sehingga 8 Februari 2018. Terletak di seberang sem­ padan Hong Kong, Shenzhen adalah satu keajaiban moden dengan ekonomi yang cergas serta landskap yang luas. Sebagai satu daripada bandar terkaya dan ber­ penduduk paling ramai di China, ia dipenuhi dengan be­ berapa taman tema serta ba­ nyak tarikan lain. AirAsia kini mengadakan penerbangan ke tujuh destinasi dari Langkawi dengan empat la­luan domestik dan tiga lalu­an antarabangsa dengan 119 penerbangan sehala mingguan. AirAsia juga menghubungkan Langkawi ke 15 negara seperti Vietnam, Korea Selatan dan Taiwan melalui produk Fly-Thru syarikat tersebut.

Laluan baharu ini dijangka akan bawa perubahan drastik bagi kehadiran pelancong China ke Langkawi.

pengeksport LNG ketiga terbesar selepas Qatar dan Australia. "Syarikat itu kini mencari pembeli baharu bagi produk keluaran LNG miliknya, selain daripada pelanggan tetapnya di Jepun dan Korea Selatan. "Negara di sebelah timur adalah pasaran tradisional kami, namun kini kami meninjau pasaran di benua India, Bangladesh dan Pakistan. "Di bahagian selatan Asia adalah pasaran sedang membangun yang berpotensi untuk LNG, ditambah dengan Pakistan dan Bangladesh yang akan menyertai India sebagai pengguna besar, ini akan membantu mengurangkan sebahagian daripada lebihan bekalan global. "Bagi kedua-dua China dan India, LNG mewakili kurang daripada 10 peratus berbanding keperluan tenaga mereka. Maka kami kini melihat terdapatnya potensi pertumbuhan di sini," katanya.

PNB sasar 20% saham Maybank Islamic

Abdul Wahid (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya pada ‘Luncheon Talk’ yang dihadiri lebih 50 pengamal media.

KUALA LUMPUR Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mahu menukarkan kira-kira 20 peratus saham Maybank kepada saham Islamik atau ‘i-shares’ me­ne­ rusi mekanisme pengasing­ an aset tanpa dikendalikan entiti berasingan. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pihak­ nya buat masa ini dalam proses menjalankan mekanisme ini dan ia masih di peringkat dalaman. Katanya, beliau merasakan ca­ dangan untuk menjadikan saham itu kepada i-shares adalah logik dan memiliki asas yang kukuh. Langkah PNB itu, je­ las beliau bertujuan menyo­ kong agenda pembiayaan

Islam kerajaan de­ ngan mewujudkan le­ bih ba­ nyak instrumen pe­la­­ buran syariah yang ter­ se­ narai menerusi sya­ rikat pelaburannya. “Jika cadangan ini berjaya itu berjaya, saham i-Maybank yang ditetapkan akan menjadi aset syariah ber­­nilai kira-kira RM20 bilion. “Seterusnya, bank-bank lain seperti CIMB Group Bhd., RHB Bank dan Bursa Malaysia boleh menerapkan kon­sep ini,” kata­nya sempena ‘Luncheon Talk’ an­ juran Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang diha­ diri lebih 50 pengamal me­ dia untuk bersamasama mendekati Pe­nge­rusi Kumpulan PNB, baru-baru ini.


9

23 - 29 Ogos 2017

BISNES

Pharmaniaga yakin konsesi KKM dilanjutkan KUALA LUMPUR - Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) yakin Perjanjian Konsesi dengan Ke­ menterian Kesihatan (KKM) yang akan dilanjutkan mem­ beri prospek jangka panjang yang lebih baik kepada kum­ pulan. Pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (gambar) ber­ kata, ini kerana sepanjang Perjanjian Konsensi semasa yang bermula pada 1 Disember 2009, pihaknya mematuhi sepenuhnya piawaian pres­ tasi yang ditetapkan dan berharap dengan cadangan lanjutan itu mem­bolehkan Phar­ma­nia­ga menawarkan tahap per­ khid­ matan lebih baik kepada KKM. “Di samping itu, pelaksana­ an Sistem Maklumat Farmasi (PhIS) di lebih daripada 1,100 fasiliti di seluruh negara merupakan pencapaian utama bagi kumpulan dan turut menerima pujian daripada ke­ menterian terbabit. “Meskipun kami tidak ber­ ada dalam sektor Tek­ no­ logi Maklumat, konsep per­ kongsian pintar ini memberi kami kelebihan untuk bersaing

dalam membangunkan dan memacu PhIS,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini. Perjanjian Konsesi Pharmaniaga selama 10 tahun sedia ada dengan pihak KKM merangkumi perniagaan teras­ nya dan merupakan penjana pendapatan yang penting bagi kumpulan. Ia melibatkan pembelian, penyimpanan, pembekalan, pengedaran ubat dan produk perubatan yang diluluskan ke hospital dan klinik Kerajaan di seluruh negara. Bagi separuh per­tama tahun ke­­wangan ber­ akhir 30 Jun 2017, Phar­­ maniaga men­ catat untung se­lepas cukai sebanyak RM29 juta manakala un­­tung sebelum cukai berjumlah RM38 juta. Hasil Pharma­ n i a g a

mencecah RM1.1 bilion bagi tahun kewangan tersebut. Bahagian Logistik dan Pe­ngedaran merekodkan untung sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM4 juta setelah mencatat defisit RM4 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya manakala bahagian Pengilangan pula mencatat untung sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM34 juta berbanding RM55 juta. Bahagian Indonesia men­ catat untung sebelum cukai lebih tinggi berjumlah RM2 juta, berbanding defisit RM600,000 pada tempoh sama tahun lalu. Menurut Lodin Wok, walaupun se­ tiap bahagian mem­be­ri sumbangan yang positif kepada ke­untungan kum­pulan, prestasi Phar­ maniaga terjejas oleh penutupan sementara barisan pengeluaran dalam bahagian Pengi­langan.

Hyundai sasar kereta elektrik jarak jauh SEOUL - Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan syarikat untuk melancarkan kenderaan elektrik jarak jauh yang memiliki perbatuan pemanduan sekali cas mencecah 500 kilometer atau 311 batu menjelang 2021. Revolusi itu sekali gus menyaksikan usaha syarikat automotif cuba memadamkan kebimbangan pelaburnya terhadap usaha syarikat yang ketinggalan dalam perlumbaan kereta mesra alam. Pengeluar kereta Kia Motors Corp, yang turut berada pada kedudukan kelima dalam jualan kenderaan global itu turut berkata, mereka merancang untuk mengeluarkan 31 model mesra alam menjelang 2020, lebih tinggi berbanding 28 model yang diumumkan sebelum ini. Kereta berkuasa bateri yang dikeluarkan gergasi

automotif dunia ketika ini termasuk Tesla semakin mendapat permintaan tinggi berbanding model kereta dipacu bahan api yang dikeluarkan Hyundai Motor dan Toyota Motor Corp. Tahun lalu, Hyundai melancarkan kereta elektrik sepenuhnya pertama di dunia IONIQ, namun jumlah perbatuan perjalanannya jauh lebih pendek berbanding prestasi kuasa yang dibangunkan oleh Tesla dan GM. Hyundai berkata, ia akan memperkenalkan kereta elektrik jenis SUV dengan julat perbatuan mencecah 390 kilometer dalam tempoh separuh pertama tahun depan.

IBS tingkatkan kualiti pembinaan Naza yakin jualan Chevrolet meningkat KUALA LUMPUR - Sistem Bangunan Berindustri (IBS) adalah jawapan in­ dustri pembinaan ke­ pada Revolusi Industri 4.0 atau Industri 4.0 yang mengetengahkan auto­ masi dan pen­ digitalan dalam senario industri global. Ketua Pegawai Pe­ la­ buran Scotia Real Estate Group Pte. Ltd., Francis Tan (gambar) berkata, IBS adalah cara untuk industri pembinaan me­ ngurangkan kebergantungan ter­ hadap tenaga kerja, meningkatkan kualiti dan kecekapan. "Apabila (penggunaan meluas IBS) bermula, kebergantungan kepada tenaga kerja akan berkurangan," katanya selaku ahli panel sidang Sidang Kemuncak Harta Tanah PropertyGuru Malaysia 2017, barubaru ini. Seorang lagi ahli panel, Pengarah Sekutu Kanan Penyelidikan Ekuiti Affin Hwang Capital, Loong Chee Wei berkata, IBS membantu mem­ percepatkan masa pembinaan dan mengurangkan kenaikan kos bahan dan buruh. "Harga besi naik 45-55 peratus satu tan tahun ini," katanya sambil me­ nambah, kontraktor juga perlu me­ nyerap peningkatan dalam levi bu­ruh asing kerana peraturan ba­haru memerlukannya ditanggung majikan. Sebelum ini, levi pekerja asing

pada mulanya dibayar oleh majikan dan dipotong secara bu­lanan daripada gaji pekerja. Loong juga memuji kera­ jaan atas usaha meng­galakkan peng­ gunaan IBS, tetapi me­ negaskan lebih banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum ia dapat di­ te­ rima sepenuhnya dalam industri. "Pada masa ini, tidak banyak peserta IBS di Malaysia dan terdapat kekurangan bekalan IBS. Kita memerlukan satu skala untuk menjadikan IBS berjalan lancar," katanya. Pengarah Projek Binastra Land, Steven Ooi pula berkata, bagi memastikan adanya pekerja mahir yang diperlukan IBS, peserta industri perlu melatih tenaga kerja mereka, bukan hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyediakannya. Sidang Kemuncak dianjurkan portal hartanah dalam talian, PropertyGuru Malaysia itu, bertemakan 'Membentuk Masa Depan Harta Tanah Malaysia'. Ia sebahagian daripada siri forum hartanah Sidang Kemuncak Hartanah Asia PropertyGuru yang memberi tumpuan kepada strategi canggih dan inovasi industri. Forum sehari itu diadakan setiap tahun di pasaran hartanah yang paling mantap di rantau ini seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

PETALING JAYA - Naza Quest Sdn. Bhd. pengedar rasmi Chevrolet di negara ini menyasarkan jualan 200 unit sehingga akhir tahun ini untuk trak pikap Colorado sempena varian baru X-Edition yang diperkenalkan, semalam. Naib Presiden Naza Quest Sdn. Bhd., Mohd Farid Rosli berkata, model trak pikap itu menyumbang 80 peratus jualan kepada syarikat dengan pasaran Sabah dan Sarawak paling tinggi permintaannya. “Perkongsian pasaran trak pikap kami kini mencecah 15 hingga 20 peratus sejak model ini diperkenalkan pada 2015 dan ia disasarkan kepada mereka yang mahukan sebuah kenderaan lasak untuk tujuan gaya hidup,” katanya. Tiga varian Colorado itu ialah Colorado

X, Colorado X-Urban dan Colorado X-ADV menawarkan tambahan nilai astetik untuk disesuaikan dengan keperluan pembeli. Dilengkapi enjin 2.5L Duramax diesel turbo dengan ciri Variable Geometry Turbocharger (VGT), ia mampu menghasilkan kuasa 180 hp pada 3,600rpm dan tork 440Nm serta padanan transmisi enam kelajuan automatik dan manual. Menurutnya, Chevrolet Malaysia kini akan meluaskan pasaran dengan menumpukan kepada pusat dan sevis terutama di Semenanjung Malaysia dengan jumlah terkini 24 buah di bandar utama seluruh negara.


10

23 - 29 Ogos 2017

JIMBA-JIMBA

Sukan lasak Prima Avenue sempena 20 tahun Cyberjaya AZLAN ZAMBRY

CYBERJAYA Pemaju perumahan, Prima Avenue meneruskan aktiviti bercorak kesukanan sempena meraikan ulang tahun ke 20 pembukaan Cyberjaya. Baru-baru ini satu larian lasak dianjurkan bagi meraikan peminat sukan yang semakin mendapat tempat di hati warga Cyberjaya dan sekitarnya. Ketua Pegawai Eksekutif Prima Avenue, Benjamin S.H. Ong, berkata, Prima Avenue membawakan kelainan dalam sambutan ulang tahun ke 20 Cyberjaya sebagai satu usaha untuk memperkenalkan lagi Cyberjaya kepada orang ramai. “Cyberjaya adalah sebuah bandar teknologi dan sebagai salah sebuah pemaju di sini, kami mengambil tangung jawab

untuk memperkenalkan Cyberjaya dari sisi yang berlainan. “Orang ramai juga perlu di dedahkan dengan pembangunan di Cyberjaya, dan kebanyakannya teruja dan terkejut dengan pembangunan pesat di Cyberjaya,” katanya. Benjamin juga berkata, Prima Avenue pernah menganjurkan sukan seumpama itu pada April lepas, dan mendapat sokongan daripada komuniti sukan lasak dari seluruh negara malah turut mendapat penyertaan dari negara luar. Pada edisi kali ini, kami sekali lagi bekerjasama dengan Mad Warrior, syarikat pengendali sukan lasak dengan beberapa penambahan halangan dan juga jarak perlumbaan. Sementara itu, Benjamin Ong berkata, pihaknya telah memilih dan melantik Mad Warrior untuk mengendalikan

Antara halangan yang harus ditempuhi oleh para peserta.

Halangan lasak yang membina ketahanan para peserta.

Benjamin Ong bersama dengan pemenang.

Mad Warrior Sundown Super Sprint kerana telah berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti sukan larian berhalangan amat gembira dengan penganjuran pada edisi kali ini. Pihaknya sekali lagi akan menganjurkan sukan tersebut pada Oktober 2017 di tempat yang sama. “ U n t u k penganjuran akan datang, pihak kami akan menganjurkan sukan lasak ini pada Oktober ini dengan kerjasama Mad Warrior dan juga North Face Malaysia, syarikat pengeluar

barangan sukan yang terkenal. “Tujuan kami memilih North Face kerana mereka memiliki peminat yang ramai dan keupayaan mengendalikan program sukan lasak dan juga berpengalaman” Sementara itu, Mad Warrior Sundown Super Sprint mendapat penyertaan sebanyak 1200 dan dibahagi kepada 4 kategori iaitu Elite Lelaki, Elite Perempuan dan General lelaki dan General Perempuan. “Kami telah menerima penyertaan lebih dari 1200 peserta dalam dan luar negara” Pada edisi ini, Mad Warrior menambah jarak laluan yang harus ditempuhi adalah 5 kilometer dan terdapat 15 halangan.

Derma jeans bantu ibu tunggal NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

Adakah anda mempunyai seluar jeans lama yang tidak lagi dipakai? Jangan buang! Anda sebenarnya boleh membuat perubahan dalam kehidupan seseorang dengan memberikan jeans lama anda. SURI, sebuah NGO kebajikan, menjalankan projek hijau jeans, yang memberi peluang kepada

ibu tunggal mengubah seluar jeans lama kepadaproduk kitar semula. Usaha itu dijalankan melalui program inovatif dan kreatif bagi membantu ibu tunggal memperolehi pendapatan untuk mengurangkan beban mereka dan meningkatkan kualiti hidup serta melindungi alam sekitar. Produk ini merangkumi pelbagai jenis beg seperti beg tangan, beg laptop dan sebagainya dilabelkan di bawah jenama SURI. SURI komited untuk mendidik dan memperkasakan para ibu yang berjuang menjana pendapatan dalam menjalankan perniagaan dan keusahawanan melalui kemahiran terpilih dengan menjadi kreatif, inovatif

dan bercita-cita tinggi. Selain itu, NGO ini juga menyampaikan pengetahuan dan kemahiran penuh untuk ibu tunggal untuk menjadi berdikari untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Visi ini adalah untuk menghapuskan kesusahan dan kemiskinan dalam kalangan ibu tunggal dan anak-anak mereka. Objektif utama NGO ini adalah untuk membantu ibu tunggal menjadi lebih produktif dan lebih bijak mengemudi kehidupan mereka dalam mendidik anak-anak. Ini juga langkah untuk melengkapkan dan memperkasakan ibu tunggal dengan sumber, bantuan, galakan, latihan dan rangkaian agar mereka dapat menjalani kehidupan yang

berjaya sekali gus menghapuskan kebergantungan terhadap bantuan amal. Sebagai ibu tunggal yang bekerja dan mencari nafkah, ini mewujudkan satu kesan dalam perkembangan dan perkembangan peribadi mereka. Bagaimana anda boleh membantu? Sumbangkan jeans lama anda kepada SURI untuk ditukar ke beg boleh diguna semula dan memberi peluang kepada para ibu tunggal untuk menjana pendapatan.


23 - 29 Ogos 2017

11


12

23 - 29 Ogos 2017

Senam Sihat suntik keceriaan di stesen LRT Teks SITI SUEBAH BURHAN Foto MOHD FAITH EZENE

BERSEMPENA dengan temasya Sukan SEA ke 29 KL Games 2017, Rapid Rail bukan sekadar menjadi penyedia pengangkutan awam rasmi untuk temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu. Sebaliknya, program-program sampingan bagi menyemarakkan kemeriahan dan semangat di kalangan warga kota Kuala Lumpur untuk bersama-sama menyokong temasya sukan SEA kali ke 29 ini. Antaranya termasuklah program Senam Sihat, yang diadakan pada 12 Ogos lepas di Stesen LRT Bukit Jalil, yang kini berwajah baru bertemakan sukan bersempena dengan temasya sukan berkenaan dan lokasinya berdekatan dengan Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil. Selain menjemput seluruh warga kerja Kumpulan Prasarana, Rapid Rail turut

mempelawa dan mengalualukan penyertaan daripada orang ramai khususnya para pengguna LRT, selaras dengan usaha Syarikat untuk menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat di kalangan warga kota. Ditemui selepas program berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman melahirkan rasa gembira atas sokongan daripada warga kota untuk program pada pagi itu dan bersamasama menyemarakkan lagi semangat untuk bersukan, yang pada beliau amat penting kerana memberikan impak positif kepada penjagaan kesihatan. “Program Senam Sihat bersama Rapid Rail ini akan terus kami promosikan dan pada masa-masa akan datang. Ia akan menjadi salah satu daripada inisiatif kami untuk meningkatkan ‘ridership’ untuk LRT dan menggalakkan

orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Ia juga selaras dengan inisiatif kami untuk menyuntik keceriaan dan memperhebatkan aktiviti di stesen-stesen kami. Katanya, program Senam Sihat itu bertujuan bagi memberi peluang dan menggalakkan orang ramai untuk melakukan aktiviti sukan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan di samping memupuk amalan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan aktiviti riadah. Dato’ Ir Zohari juga berkata bahawa transformasi stesen LRT Bukit Jalil itu adalah bersempena dengan temasya Sukan SEA di mana beliau berharap langkah berkenaan akan membantu mempromosikan stesen itu sebagai stesen yang menerapkan elemen-elemen kesukanan. Demi menyokong temasya Sukan SEA ke 29, Rapid Rail

Staf Prasarana ligat bersenam sihat memberi sokongan kepada program

dan Rapid Bus, yang bersamasama mengendalikan operasi dan perkhidmatan yang bernaung di bawah jenama Rapid KL, telah meningkatkan perkhidmatan masing-masing untuk memastikan keselesaan dan kemudahan para peminat ke gelanggang pertandingan. Melancarkan ‘Rapid KL Travel Guide for KL SEA Games 2017’ di Stadium LRT Bukit Jalil, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin para peminat sukan yang berhasrat menyaksikan saingan temasya sukan itu untuk menggunakan perkhidmatan Rapid KL untuk memastikan perjalanan selesa ke gelanggang-gelanggang pertandingan. Beliau berharap para peminat akan menggelakkan diri daripada memandu sendiri terus ke gelanggang pertandingan kerana bimbang akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan terlepas peluang menyaksikan kehebatan temasya sukan berkenaan.

“Cara paling mudah untuk sampai ke lokasi pertandingan adalah dengan menggunakan pengangkutan awam terutamanya untuk ke Bandar Sukan KL Bukit Jalil. Tempat meletakkan kenderaan akan ditutup,” kata Khairy, yang menggunakan perkhidmatan LRT dari hub pengangkutan awam KL Sentral untuk datang ke majlis perasmian itu. “Program hari ini adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sempena temasya KL 2017 ini. Matlamat kempen ini adalah untuk menggalakkan dan memudahkan orang ramai untuk pergi ke lokasi pertandingan,” katanya kepada media selepas majlis yang diadakan pada 15 Ogos lepas. Dalam ucapan itu, Khairy turut memuji Prasarana atas inisiatif untuk menghasilkan panduan perjalanan berkenaan, yang pada beliau akan memberikan impak yang besar untuk perjalanan selesa para peminat khususnya dari luar negara. “Melalui ‘Travel Guide’, yang disediakan oleh pihak Prasarana, ia akan memaklumkan kepada orang ramai untuk sampai ke setiap lokasi pertandingan dengan mudah dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, yang meliputi LRT, MRT, monorel dan bas Rapid KL,” kata Khairy. Panduan perjalanan itu boleh didapati di laman web rasmi Prasarana di www. myrapid.com.my untuk dimuat-turun bagi kegunaan para peminat.


13

23 - 29 Ogos 2017

Notis

Notis

Notis

KLASSIFIED

NOTIS PERMOHONAN LESEN MENJUAL MINUMAN KERAS Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa LEE HENG SIONG, Kad Pengenalan No: 561011-10-5693 telah pun membuat permohonan kepada Pengerusi Lembaga Perlesenan Daerah Sepang, Selangor bagi Lesen Menjual Minuman Keras secara borong dan runcit di PRIMECLASS TRADING SDN. BHD. Blok 3503, Jalan Teknokrat 5, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Sebarang bantahan dari orang ramai, hendaklah dikemukakan kepada Lembaga sepeti alamat di atas. Tanah untuk dijual

Bilik untuk disewa

Jawatan kosong JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233

IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila .

PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh

PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684

RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 PEMANDU LORI TERUS OWNER VISTA lokasi No 17, Jalan LAVENDER, Taman Alfa Impian 1, Taman Kinrara Seksyen 3, Perindustrian Alfa Impian, Puchong. Block F, tingkat 5, 43300 Balakong, Selangor dengan lif basic unit dengan Hubungi : 03- 8964 0748 lampu, kipas dan grill. Call DAN 0166337324 (RM255 000) LATIHAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE BANDAR PUTRA RM380,000 Teres Setingkat untuk belia di luar bandar berumur 16 hingga - 30x60 - 3 Bilik 2 Bilik air , Pegangan 25 tahun elaun harian Bebas, Ubahsuai , cabinet diberikan 017-513 2476 / 016 - 423 6059 dapur. Call 016-3374359

PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889

JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461

Jawatan kosong

Jawatan kosong

PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810

PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator

Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554

DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491

KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


14

23 - 29 Ogos 2017

DESTINASI Bawa anak temui Satria

Filem animasi Satria bakal menceriakan hujung minggu anda pada 26 dan 27 Ogos. Jika sebelum ini anda hanya melihat watak animasi yang penuh dengan sifat kepahlawanan di kaca televisyen kini anda berpeluang temui watak-watak Satria di Stand Mall, Kota Damansara sempena Geleri 60 Merdeka. Majlis ini akan bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang. Pelbagai aktiviti menarik akan menanti anda termasuklah sesi ‘Meet and Greet’ dan penjualan hasil seni serta cenderhati dari kartunis terulung negara. Jangan lepaskan peluang hujung minggu anda untuk menemui mereka. Masuk adalah percuma.

Tarikh : 26 – 27 Ogos Masa : 12.00 tgh hari hingga 5.00 petang

Jualan hasil seni ‘Meet and Greet’ bersama kartunis

Tarian klasik India

Satu pameran seni tradisional klasik India dalam pelbagai bentuk seni etnik di Malaysia akan diadakan di Malaysia Tourism Information Centre yang akan berlangsung pada 25 hingga 26 Ogos. Melalui program ini, orang ramai dapat melihat gerak geri tarian klasik India yang bakal dipersembahkan oleh penari professional yang menjadi kebangaan masyarakat India. Untuk maklumat seterusnya boleh layari web http://www.jkkn.gov.my/

Barangan rumah

Home Love merupakan acara yang dinantikan para ibu yang akan berlangsung di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Acara ini akan mempamerkan produk seperti perabot, tilam, katil dan peralatan tempat tidur, barang-barang hiasan, dan banyak lagi. Pameran ini membolehkan para suri rumah merebut peluang untuk membeli dengan pelbagai pilihan menarik. Maklumat lanjut boleh didapati https://10times.com/homelove- kuala-lumpur

‘My Journey’ Shila Hamzah

Shila Hamzah bakal menemui peminatnya menerusi satu konsert pada penghujung Ogos ini. Kejayaan Shila di luar negara terutamanya di China dikagumi peminat dan telah mengharumkan nama Malaysia. Shila diberi gelaran Sweetheart Asia dan Princess of Muzic selepas mengukir nama di China. Shila akan mengadakan konsert di Arena of Stars, Genting Highlands pada 26 Ogos ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk berhibur bersama Shila. Maklumat lajut boleh layari https://www.rwgenting. com/ entertainment/shows/Shila- Amzah/

60 tahun merdeka

Pameran ‘Foto Cetak’

Satu pameran yang mengenengahkan bakat seni fotografi akan diadakan di Creative Space 1, National Art Gallery. Pelbagai medium yang akan dipamerkan dalam cetakan foto digital. Ini termasuklah cetakan atas 'acrylic board', cetakan 3 dimensi, cetakan atas kepingan metal, percetak 3D dan pelbagai lagi. Pameran Fotografi ‘Foto Cetak’ akan mempamerkan kemahiran fotografi hybrid yang digunakan oleh jurugambar pada masa kini untuk mencipta kepingan unik dan kreatif. Maklumat lanjut boleh didapati di http:// www.artgallery.gov.my/? p=5456

Dalam meraikan 60 tahun kemerdekaan satu Pameran Merdeka Perpaduan dan Kepelbagaian akan mempamerkan 60 karya seni yang dicipta oleh 22 artis tempatan. Pelbagai sejarah tanah air akan dipamerkan melalui lukisan dan latar belakang budaya yang berbeza. Turut hadir adalah para seniman yang akan memberi maksud sebenar merdeka menerusi karya mereka. Pameran ini akan berlangsung di Creative Space 3, National Art Gallery, Kuala Lumpur. Untuk info yang lebih lanjut http://www. artgallery.gov.my/? p=5394

Ekspo barangan bayi

Berita baik buat ibu yang mempunyai anak kecil. Satu ekspo barangan bayi akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley Kuala Lumpur. Pelbagai barangan bayi akan dijual ketika ekspo sedang berlangsung. Produk seperti pakaian bersalin & aksesori, produk pelangsingan, kecantikan dan penjagaan, kesihatan dan sksesori pakaian bayi turut dijual di ekspo tersebut. Sebarang maklumat boleh didapati di https://10times.com/baby-expo- kuala-lumpur


15

23 - 29 Ogos 2017

TRENDING

Apabila cikgu menyanyi

Bantu kekasih untuk kurus

Media sosial dihiburkan dengan gelagat sekumpulan guru yang bersahaja dan ‘sporting’dengan aksi mereka ketika membuat per­ sembahan koir. Menerusi video yang tular kumpulan pendidik dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad di Langkawi Kedah me­ ma­ parkan mereka membuat per­ sembahan koir sambil menari dan

menyanyi sebuah lagu yang rancak dari Thailad dan lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Ayda Jebat iaitu lagu Pencuri Hati. Video berdurasi 5 minit ini mencuit hati penonton dengan gelagat yang dipersembahkan oleh tenaga pengajar tersebut. Persembahan tersebut dibuat sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Kedah.

Tular di media sosial kisah kegigihan seorang lelaki yang membantu kekasihnya membuat 'sit up' sebelum menjelang perkahwinan mereka. Semangat lelaki ini mendapat pujian netizen apabila videonya mula tular di laman Facebook. Video itu memaparkan setiap kali kekasihnya yang kini sudah menjadi isterinya berjaya melakukan 'sit up' dia akan memberi satu ciuman sebagai hadiah. Kisah berlaku di negara Thailand.

Patah tulang leher

Kematian seorang ahli bina badan Afrika Selatan ketika cuba melakukan aksi 'back flip amat menggemparkan. Video berdurasi 41 saat itu memaparkan bagaimana dia terus tidak bergerak akibat satu lompatan yang tidaklah begitu tinggi. Dia dilihat jatuh terlentang di medan pertandingan dan tulang lehernya patah disebabkan kepalanya mendarat terlebih dahulu hingga meragut nyawanya.

Grab medan 'jejak kasih'

Pengaruh internet

Umpama siri 'jejak kasih'. Tidak dapat kita bayangkan betapa gembiranya seorang bapa yang bekerja sebagai pemandu Grab, berjaya bertemu kembali dengan anak gadisnya yang terpisah sejak 10 tahun lalu. Secara kebetulan anaknya itu membuat tempahan khidmat kereta Grab yang dipandu sendiri bapanya. Pertemuan mereka dikongsikan netizen dan mengakui mereka berdua memiliki iras muka yang hampir serupa.

Mendapat perhatian netizen apabila seorang kanak-kanak melecur dipercayai terpengaruh ‘prank’ yang ditonton di media sosial. Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu melecur di bahagian muka garagara disimbah air panas oleh sepupunya ketika dia sedang tidur. Tindakan itu dipercayai akibat mereka meniru salah satu aksi yang ditonton di laman sosial.

Amaran anak Datuk Viva

Jika selepas pelancaran single sulung Datuk Vida, I'm Me heboh kononnya jutawan kosmetik itu sedang 'mencari jodoh' baharu, tetapi berlainan kisahnya dengan tindakan anaknya, Nur Adlynn Zamillen (Cik B). Heboh di laman sosial bahawa Cik B telah memberi amaran keras bahawa ibunya itu tidak semudahnya didekati dan didampingi oleh mana-mana lelaki. Datuk Vida pernah berulang kali secara berseloroh menyatakan jika mahu mencari pengganti, dia inginkan bakal suami yang mempunyai mata berwarna kelabu.

Tunku Aminah, Dennis bersederhana

Siapa kata untuk kelihatan lebih anggun terutamanya dalam kalangan pasangan pengantin mereka perlu berbelanja mewah menempah baju pengantin yang moden dan mahal? Artis Tunku Aminah dan pasangannya Dennis Muhammad Abdullah hanya mengenakan baju teluk belanga biasa untuk dikenakan pada majlis bersejarah mereka berdua diijab kabulkan. Ditambah dengan solekan sederhana oleh Saidatul Nisa (kakak penyanyi Ella) mereka berjaya mencuri perhatian dan menjadi buah mulut dalam kalangan peminat.

Junjung tong gas

Kisah seorang lelaki di Brazil yang mampu menjunjung sebuah tong gas sambil mengayuh basikal berjaya mencuri perhatian netizen. Gayanya dianggap cukup bersahaja dan dia dianggap sebagai seorang yang bukan sembarangan kerana kemampuannya itu.

Bayi Stacy berambut merah jambu?

Hidup seorang artis sentiasa menjadi tumpuan umum. Penyanyi Stacy dikecam teruk gara-gara memuat naik gambar dia dan anaknya, Eshaal berambut ungu dan merah jambu seakan anime. Laman sosial bertubi-tubi menyerang perubahan Stacy itu dengan pelbagai kata yang boleh menyinggung perasaan penyanyi berasal dari Sabah itu. Namun sebenarnya Stacy hanya menggunakan satu aplikasi mewarna rambut melalui penggunaan telefon pintarnya.


16

23 - 29 Ogos 2017

Kena sebat 104 kali “TANGAN dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung. “Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.” Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat. Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan. Dia turut dijatuhi hukuman 104 sebatan untuk semua

Kesan gaya hidup masa silam Botak Chop yang masih kelihatan pada tubuhnya.

kesalahan itu dan pelaksanaan hukuman dibuat berasingan sebanyak lima kali. “Kali pertama saya disebat 24 kali pada 1994, diikuti (40 kali) pada Mac dan September 1996 serta dua set lagi (40 kali) secara berasingan pada 1998,” katanya selepas menerima kaunseling daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak lama dulu. Botak Chop berkata, pengalaman pahit dikurung dalam penjara dan azab dirasai setiap kali menjalani hukuman sebat benar-benar menginsafkannya dan dia berasa seperti mati hidup semula apabila diberi pengampunan serta dibebaskan. Bagi menebus dosa dan kesalahan pernah dilakukannya, Botak Chop melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan termasuk memberi ceramah dengan berkongsi pengalaman hidupnya untuk menjadi iktibar kepada orang lain. “Saya bukan ingin berbangga dengan kejahatan

www.syahrilkadir.com

Rotan yang digunakan untuk menyebat.

saya atau berlagak seolah-olah hebat kerana pernah puluhan tahun meringkuk dalam penjara serta disebat lebih 100 kali. “Saya cuma ingin menebus kesalahan saya. Dulu saya banyak buat jahat, jadi kini saya ingin buat baik pula pada orang lain. “Saya percaya pengalaman dan kisah hidup saya amat berguna untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain,” katanya yang memberi ceramah

Demostrasi hukuman sebat dijalankan.

kepada kumpulan kecil anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara. Mengimbau pengalaman setiap kali menjalani hukuman sebat di penjara, Botak Chop berkata, kebiasaannya banduan akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman sehari lebih awal. “Sebaik saja diberitahu mulalah rasa serba tak kena dan sebelah malam pula, pasti tak lena tidur. Bila pagi, banduan yang menjalani hukuman akan diasingkan sewaktu bersarapan. “Ketika kali pertama disebat, ada 35 lagi banduan yang menjalani hukuman itu bersama saya. Selesai makan, kami dibawa ke bilik sebat dengan saya orang pertama terima hukuman,” katanya. Menurutnya, dia kemudian diperiksa doktor dengan dipantau pegawai penjara sebelum disahkan sihat untuk menjalani hukuman. “Apabila sebatan pertama hinggap di punggung, saya tak tahu mampukah saya habiskan baki 23 lagi sebatan. Sakitnya bukan kepalang sehinggalah sebatan terakhir. Baca kisah selanjutnya di www. syahrilkadir.com

‘Stadium Merdeka’ hampir siap

KUALA LUMPUR – Konsep Stadium Merdeka yang bakal menggamit kenangan sambutan pertama kemerdekaan pada 1957 di Dataran Merdeka hampir siap. Dalam tinjauan Warta baru-baru ini, kelihatan ruang tempat duduk tengah sudah siap dan kelihatan pelajar giat menjalankan latihan

sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 60 tidak lama lagi. Selain itu juga, pelancong asing yang lalu di situ tertarik dengan binaan konsep berkenaan dan mereka tidak melepaskan peluang merakam gambar. Seorang ahli perniagaan, Khairul Anuar, 34, berkata, dia tidak sabar menunggu tarikh 31 Ogos ini

Konsep Stadium Merdeka yang dibina sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 60 di Dataran Merdeka.

kerana mahu melihat sambutan ulang tahun kemerdekaan yang lain pada kali ini. “Saya membaca me­ lalui akhbar bahawa pada tahun ini akan diimbas kembali nostalgia 1957 ketika negara ini me­ nyambut merdeka buat kali pertama. “Sebelum ini saya hanya dapat melihat melalui televisyen dan rakaman video dalam Internet sahaja bagaimana masyarakat pada masa itu menyambut kemerdekaan. “Kali ini saya amat teruja kerana berpeluang melihat semula imbasan peristiwa bersejarah berkenaan walaupun ia tidaklah 100 peratus sama seperti 1957,” katanya. Warta edisi ke 28 lalu melaporkan pembinaan konsep Stadium Merdeka yang diberi tangungjawab kepada Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan

Bagunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membinanya. Konsep berkenaan boleh memuatkan 6,000 orang di ruang tempat duduk yang disediakan. Dalam laporan itu juga, Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kamis Samin berkata, sambutan pada kali ini dirancang dengan rapi bagi memperoleh hasil yang membolehkan rakyat merasai impak sebuah negara merdeka seperti Malaysia serta menghayati erti kemerdekaan. Katanya, generasi muda harus melihat sendiri bagaimana generasi terdahulu dengan penuh semangat menyambut kemerdekaan supaya keadaan itu dapat diwarisi oleh mereka.


23 - 29 Ogos 2017

17


18 Di sebalik

23 - 29 Ogos 2017

JENAMA

Taukeh Virgin Group asalnya jual piring hitam beliau lebih suka dipanggil Richard sahaja.

Uruskan banyak pada satu masa

Branson tidak pernah berputus asa walaupun pernah gagal dalam perniagaannya.

MURNI REJAB

VIRGIN GROUP dikenali ramai melalui perkhidmatan kapal terbangnya. Tetapi bukan ini sahaja perniagaan mereka. Ia sebenarnya adalah salah satu daripada 60 perniagaan yang dimiliki oleh Sir Richard Branson.

Richard Branson antara nama yang tidak asing lagi dalam arena perniagaan global. Beliau antara bilioner luar biasa dan tokoh usahawan tersohor serta dihormati. Branson juga adalah tunjang utama yang berjaya membangunkan jenama Virgin ke serata dunia dan menguasai pel­ bagai industri yang berbeza. Dilahirkan pada 18 Julai

1950. Antara perniagaan yang berjaya di bawah jenama syarikat Virgin Group adalah Virgin Atlantic (penerbangan), Virgin Gaming (permainan video), Virgin Mobile (telekomunikasi), Virgin Money (perbankan) dan Virgin Records (syarikat rakaman). Beliau juga seorang yang merendah diri. Walaupun bergelar Sir Richard Branson, Branson bersama kru penerbangan Virgin Atlantic.

bisnes

Bisnesnya yang pertama bermula pada 1968 apabila beliau berusia 17 tahun. Dua tahun kemudian, beliau memulakan bisnes Virgin Group yang menjadi fenomena dunia sehingga kini. Bermula dengan bisnes pener­bitan majalahnya sendiri yang gagal pada zaman seko­ lah, Branson tidak terus menye­­rah kalah sebaliknya cuba berniaga dalam bidang yang lain pula. Beliau mula menjalankan pernia­gaan jualan piring hitam dan mendapat sambutan ra­ mai kerana permintaan yang ting­­gi pada ketika itu. Dari sinilah bermulanya empa­ yarnya. Bukan senang hen­­­­dak menguruskan syarikat yang besar apatah lagi dalam banyak bidang yang memerlukan fokus dan komit­ men yang tinggi pada tahap yang berbeza. Dalam kesibukan mengu­ rus­kan rutin harian dan men­ jalankan perniagaan, Branson ada caranya yang tersendiri, bagaimana untuk kekal fokus,

aktif dan produktif. Tidak seperti kebanyakan to­ koh usahawan yang lain, Branson benar-benar menjaga sya­rikat­nya. Kata Branson, beliau akan menye­naraikan semua perkara yang ingin dilakukannya. Beri­ kut adalah cara buat senarai yang spesifik ikut gaya Branson yang dipetik melalui laman se­ sa­­wangnya. “Setiap hari dalam hidup saya dipenuhi dengan senarai yang saya buat. Senarai ini ber­ be­ za mengikut senarai orang yang saya ingin hubungi, sena­ rai idea, senarai syarikat yang saya ingin jumpa, senarai syarikat yang saya ingin tu­buh­ kan, senarai orang yang boleh buat perkara-perkara yang saya mahukan, senarai topik yang saya ingin tulis dalam blog saya, senarai tweet yang saya ingin hantar dan senarai peran­­ cangan saya pada masa hada­­ pan. Senarai ini berbeza mengikut kategori dan tidak dicam­­pur adukkan.” Biarpun nampak leceh dan ren­ yah, menurut Branson, dengan cara ini, ia akan ting­ ­ kat­ kan peluang untuk men­ capai apa yang anda impikan, untuk syarikat dan kehidupan sendiri.

Virgin Gaming antara perniagaan yang diuasahakan Branson.

Cara Branson bekerja TULIS semua idea yang kamu ada baik idea kecil atau besar. Selalu bawa buku nota kecil. Cari gaya senarai anda sendiri. Guna 'bullet', guna nom­­­bor, guna hashtag, ter­ pu­lang ke­ p a­d a

anda. Yang mana anda selesa. Buat senarai tugasan yang kecil dan boleh dicapai setiap hari. Jangan senaraikan semua benda yang anda ingin lakukan sepanjang hidup dalam hanya satu senarai harian. Tandakan semua tugasan yang anda telah selesaikan. Anda akan dapati yang anda akan mengalami satu perasaan yang lain, satu ke­pua­ san apabila anda telah lakukan satusatu tugasan. Ini akan buatkan mood anda berubah secara tidak langsung. Buatkan matlamat anda itu sebagai sesuatu yang boleh diukur. Boleh gunakan peratusan contohnya, mungkin tandakan sebagai sudah ada 60 peratus perkembangan. Untuk senarai perancangan masa hadapan, boleh set visi yang jauh

ke hadapan. Matlamat jangka pendek, jangka panjang. Apa yang anda ingin capai pada tahun 2030? Apa yang anda ingin capai pada tahun 2050? Jangan hanya buat senarai bisnes, buat perkara yang sama untuk kehidupan peribadi. Bukan kerja sahaja yang kena ada matlamat. Kongsikan matlamat anda dengan orang lain. Orang yang betul akan mendorong anda dan beri anda lebih motivasi. Raikan kejayaan anda setiap kali satu senarai itu telah dilaksanakan. Kemudian buat senarai baharu dan ulang lagi perkara yang sama. Ini adalah perkara yang penting sekali yang anda harus lakukan. Raikan sesuatu perkara walaupun kecil, anda akan belajar untuk menghargai dan kehidupan anda akan lebih bermakna.


19

23 - 29 Ogos 2017

21

Taylor Swiff menang saman

21

Lakonan Vanessa dapat penghargaan

20

21

K-Drama hantui peminat 20

Amir Khan, isteri hidap H1N1

23

Berat Enot kurang 29kg


20

23 - 29 Ogos 2017

FATEEN AHMAD

Enot makin bergaya PENAMPILAN terbaharu Aliza Abdullah atau Enot mengejutkan dunia hiburan. Meskipun kini kelihatan semakin ranggi dan jelita Enot menafikan penurunan berat badannya disebabkan penyakit yang dialaminya sejak dua tahun lalu. Enot yang pada mulanya memuat naikkan gambar terbaharunya di laman Instagram memberitahu beratnya menurun sebanyak 29 kg. Perubahan berat badan Enot ini juga merupakan testimoni besar dirinya terhadap satu 'supplement' yang dijual menerusi laman Instagram miliknya. Enot yang mengamalkan 'supplement lemonex' membuatkan punca utama beratnya berkurangan dan kini kelihatan lebih ranggi dan bergaya. Sejak penularan gambar terbaru Enot di media rata-rata netizen meminta panduan untuk kembali langsing seperti pelakon yang pernah popular menerusi lakonan Labuna Labuni ini yang digandingkan bersama Didie Alias.

Demam K-dram

Demam drama Korea atau K-dra­ ma melanda peminat dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Secara umumnya K-drama diminati oleh kebanyakan golongan wanita namun tidak terkecuali sebahagian kecil golongan lelaki yang meminati drama ini secara tersembunyi. Kemunculan hero dalam K-drama membuatkan ramai gadis terpesona dek kehalusan wajah yang dimiliki oleh hero-hero k-drama. Drama ini berkisarkan kisah cinta, pengorbanan dan juga pergelutan hidup yang membuatkan lakonan mereka melekat di hati peminat. Antara K-drama yang meruntun hati peminat Malaysia.

Winter Sonata (2002)

Winter Sonata merupakan kisah percintaan yang mampu membius penontonnya. Ia kisah cinta pertama yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Selain jalinan cerita yang mantap, latar belakang musim sejuk merupakan paronama yang memukau pandangan. Lagu-lagunya juga menjadi warna romantik drama ini. Kehadiran hero Bae Yong-jun sebagai Kang Joonsang dan Lee Ming-hyeong yang kacak juga mampu membuat penonton terus melekat di kaca televisyen.

Goblin 2014

Drama ini menampilkan watak-watak hebat seperti Yook Sung Jae, Jo Woo Jin, dan Choi Ri. Drama yang bergenre fantasi romantik ini membawa penonton ke alam yang penuh keajaiban di mana wujudnya seorang Goblin atau pelindung jiwa yang tinggal bersama dengan malaikat maut amnesia yang bertanggung jawab mengambil nyawa orang meninggal.

Caliph Buskers terus melangkah

Autumn in my heart (2000)

Mula siarkan pada 18 September 2000. Autumn in My Heart mengisahkan dua adik-beradik, Eun-Suh dan Shin-ae. Selepas Eun-Suh terlibat dalam kemalangan, mereka berdua terpisah. Mereka dikatakan adik beradik kembar, namun laporan doktor mendapati mereka memiliki jenis darah yang berbeza. Mereka sebenarnya tertukar sejak bayi lagi. Drama ini diarah oleh Yoon Hong Sik. Eun-Suh dilakonkan oleh Moon Geun Young dan Lee Ae Jung sebagai Shin Ae yang bercinta dengan adiknya sendiri. Kisah cinta adik beradik ini memuncak pada tahun 2000.

Wonderful life 2005 KUMPULAN istimewa di hati peminat Caliph Buskers semakin melonjak nama dalam industri hiburan tanah air. Minggu lalu kumpulan ini telah melancarkan single terbaharu mereka berkolaborasi bersama penyanyi Fazial Tahir berjudul Buta. Bagaimanapun kumpulan yang pada asalnya merupakan penyanyi jalanan ini pada nyaris menolak lagu tersebut gara-gara judulnya. Menurut vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat ketika dia diberitahu mengenai lagu terbabit dia yang agak risau dengan penerimaan orang ramai kerana perkataan buta itu agak sensitif terutamanya yang senasib dengan mereka. Bagaimanapun vokalis terbabit berkata keunikkan lagu ciptaan Faizal Tahir ini terletak kepada liriknya yang langsung tidak menyebut perkataan buta sekaligus membuatkan orang ramai tenang mendengar. Lagu ciptaan Faizal dan dua komposer lain iaitu Ezra Kong dan Mike Chan ini mampu memberi motivasi dan kekuatan untuk golongan istimewa. Kumpulan Caliph Buskers kini diterima ramai selepas kejayaan mereka di pentas AJL 29 dengan memenangi Persembahan Terbaik pada tahun lalu. Persembahan Caliph Buskers bersama Mojo di AJL 29 menerusi lagu Romancinta membuktikan kecacatan penglihatan bukan penghalang bagi mereka untuk berjaya dalam industri muzik negara ini.

Pinacchio 2014

Drama ini memuncak naik pada 2014 sekaligus membuatkan ramai peminat K-drama mengahayati kisah seorang wartawan yang bekerja di sebuah pusat penyiaran. Drama bergenre komedi ini membuatkan penonton tidak kering gusi dengan teletah Park Shin Hye yang memegang watak Choi In Ha ternyata memberi kelainan di mana dia mempunyai penyakit ‘Sindrom Pinocchio’. Penyakit ini membuatkan dia tidak boleh menipu ketika memberi maklumat kepada orang ramai sehingga menyebabkan dirinya menjadi keras jika wujudnya penipuan.

Drama Wonderful Life sebagian besarnya menceritakan perjalanan hidup sebuah keluarga kecil yang menjalani alam rumah tangga di usia masih muda tanpa mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain, Drama ini turut mengisahkan pengorbanan kedua ibu bapa yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawa anak mereka. Kemuncak cerita ini terjadi adalah apabila kedua mereka terpaksa melupakan ego masing-masing yang sebelum ini dipertahankan apabila wujudnya cinta sejati yang mengalahkan semua perasaan. Wonderful Life turut dibintangi oleh Kim Jae Won sebagai Han Seung Wan dan Eugene sebagai Jung Se Jin.


21

23 - 29 Ogos 2017

ma sukar diubati Coffe Prince 2007

Menceritakan tentang kehidupan Go Eun Chan yang sangat susah. Dia bekerja keras membanting tulang untuk melunaskan hutang dan dia sanggup menyamar menjadi lelaki supaya boleh bekerja di kedai kopi. Choi Han Kyul adalah waris perusahaan besar dalam bidang makanan, tetapi dia dipaksa oleh neneknya untuk berkahwin. Setelah Han Kyul bertemu dengan Eun Chan, dan mengetahui bahawa Eun Chan adalah seorang lelaki tanpa berfikir panjang Han Kyul meminta Eun Chan untuk menjadi ‘kekasihnya’ untuk menghindari dari dijodohkan oleh neneknya. Kisah ini turut menjadi perhatian penonton apabila drama 17 episod ini akan diadaptasikan di dalam versi Melayu yang akan dilakonkan oleh Janna Nikck dan Fattah Amin.

Secret Garden 2010

Drama Secret Garden ini merupakan satu drama komedi romantik yang dibintangi oleh Ha Ji- Won, Hyun Bin, Yoon Sanghyun, dan Kim Sa-rang. Drama 20 episod ini mengisahkan sorang Cinderella di dunia nyata yang miskin dan rendah diri bertemu dengan CEO yang sombong dan merupakan seorang yang menganggap semua tindakannya adalah betul. Pelbagai perkara yang berlaku di saat awal pertemuan mereka. Namun Secret Garden ini merupakan satu drama yang menarik perhatian remaja untuk menanti sehingga episod akhir yang penuh dengan bunga cinta.

Love Story in Harvard (2004)

Love Story in Harvard mengisahkan mimpi dan cinta yang dikejar oleh seorang mahasiswa Harvard. Drama ini berlatar belakang penuh di Ivy League yang terkenal di Amerika Syarikat. Watak Kim Hyun Woo yang dilakonkan oleh Kim Rae Won merupakan seorang mahasiswa tahun satu di Harvard Law. Dia bersaing dengan teman sekelasnya Hong Jung Min (Lee Jung Jin) untuk memikat seorang pelajar perempuan di bidang kedoktoran bernama Lee Soo In (Kim Tae Hee). Kedua jejaka ini lahir dari keluarga berada, sementara Soo In berasal dari keluarga miskin.

Boy over flower 2009

Kisah antara dua darjat di mana wujudnya sekumpulan remaja yang mempunyai segalanya termasuklah harta benda hasil kekayaan yang diwarisi daripada keluarga mereka. Namun apabila hadirnya seorang wanita Geum Jan-di yang dilakonkan oleh Ku Hye-sun mampu membuka hati seorang daripada mereka namun ditentang keluarga akibat perbezaan darjat. Drama 25 episod ini turut dibintangi oleh Lee Min Ho, Kang Han Byul, Kim Bum, Kom Joon dan Kim So Eun.

Seputar Artis Pujian untuk Vanessa PELAKON Hollywood yang terkenal menerusi filem High School Musical mendapat penghargaan di Teen's Choice Awards 2017. Majlis yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu sekaligus membuatkan gadis beusia 28 ini membawa pulang piala ‘See Her’. Dia yang terkenal dengan mutu lakonan yang hebat membuatkan ramai netizen menghujani laman sosial gadis tinggi lampai ini atas ucapan yang menyentuh hati peminatnya yang diberi ketika majlis berlangsung. Lakonan yang mantap menerusi pelbagai filem lakonannya membuatkan Vanessa Hudgens disegani oleh peminat-peminatnya.

Taylor Swiff menang saman AS$1 TAYLOR SWIFF dikatakan diraba oleh deejay bernama David Mueller. Dia yang terkejut dengan kejadian itu meminta AS$ (RM4) daripada deejay tersebut sebagai ganti rugi kerana meraba punggungnya. Penyanyi Shake It Of tidak menyangka perkara tersebut terjadi padanya. David tidak berdiam diri, dia bertindak menyaman penyanyi tersebut sebanyak AS$3 juta (RM13 juta) atas tuduhan memalukannya hingga dia hilang pekerjaan. Bagaimanapun Taylor Swiff menang dalam kes ini dan mendapat jumlah yang dituntutnya iaitu sebanyak RM4.

Amir Khan, isteri hidap H1N1

PELAKON Bollywood terkenal Amir Khan dan isteri Kiran Rao dikatakan terkena jangkitan virus Influenza A H1N1 atau selsema babi. Pasangan ini diberi rawatan di kediaman mereka di Mumbai. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Amir di dalam satu sidang video pada majlis ‘Satyamev Jayate Water Cup 2017’ untuk memaklumkan sebab dia tidak dapat hadir ke majlis tersebut.


22

23 - 29 Ogos 2017

RELEKS

Jom Wayang

Filem: Gitama Bahasa: Jepun Durasi: 2 jam 10 minit Genre: Aksi/komedi Pelakon: Shun Oguri, Masaki Suda, Kanna Hashimoto, Masaki kada, Yuya Yagira Pengarah: Yuichi Fukuda

SINOPSIS Filem Jepun terkenal dengan pelbagai watak yang menarik. Kali ini filem Gitama arahan Yuichi Fukuda menceritakan di mana dunia Jepun ketika dahulu dijajah makhluk asing yang digelar sebagai Amanto. Di dalam kewujudan makhluk asing yang menjajahi dunia mereka wujudnya seorang samurai yang disegani bernama Sakata Gintoki. Gintoki merupakan seorang samurai yang gigih bekerja dan dia tidak hanya berpegang kepada sifat pahlawannya. Gintoki turut bekerja sambilan dengan Shinpachi Shimura. Sifat kepahlawanan yang ada dalam diri Gintoki membuatkan seorang remaja tertarik untuk menyertai kumpulan terbabit dengan harapan dia dapat menjadi seorang samurai yang berjaya dengan mempelajari ilmu dari Gintoki. Timbul konflik apabila wujudnya satu makhluk asing berwatak perempuan dari puak Yato yang merupakan bangsa Amanto paling kuat dan berbahaya.

Filem: A Gentleman Bahasa: Hindi Durasi: 2 jam 48 minit Genre: Aksi/komedi Pelakon: Sidharth Malhotra, Jacqueline Fernandez, Pengarah: Raj Nidimoru, Krishna D.K. SINOPSIS Filem arahan Raj Nidimoru dan Krishna DK ini berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Gaurav. Dia menjalani kehidupan yang sederhana. Namun kehidupannya mula menjadi huru-hara apabila dia disalah indentiti sebagai orang lain yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan pistol demi menyelamatkan wanita idamannya Kavya dan dirinya. Konflik antara dirinya dan identiti baru itu menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai masalah. Dalam masa yang sama dia cuba untuk mempertahankan wanita idamannya daripada pelbagai cabaran yang mengancam dirinya. Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat cinta sejati antara Gaurav dan Kavya. Bersatukah mereka untuk menjalin cinta? mampukah mereka terima dugaan demi cinta sejati? Filem: Paradox Bahasa: Kantonis Durasi: 1 jam 30 minit Genre: Aksi Pelakon: Louis Koo, Tony Jaa, Wu Yue, Gordon Lam, Chris Collins Pengarah: Wilson Yip SINOPSIS Hidup seorang pakar perunding polis Hong Kong, Le Chung-chi menjadi gundah gulana selepas kehilangan anak perempuannya, Lee Wing-chi. Gadis berusia 16 tahun itu kali terakhir dilihat ketika perjalanannya ke Pattaya, Thailand. Lee telah ambil keputusan untuk pergi ke sana mencarinya sendiri. Di Pattaya, Lee telah dibantu oleh detektif tempatan, Chui Kit dan rakannya Tak. Dia juga bertemu dengan gangster Amerika Syarikat yang menggelar dirinya sebagai Sacha. Dalam penyiasatannya, Lee mendapati kehilangan anaknya mungkin ada kaitan dengan sindiket penyeludupan organ haram.


23

23 - 29 Ogos 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Angkara tersalah suspek

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

FILEM arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2 sememangnya dinanti-nantikan peminat. Filem ini dibintangi Zizan Razak sebagai Fadil dan merupakan peneraju utama filem ini. Abang Long Fadil 2 mengisahkan seorang lelaki bernama Fadil terjerumus ke dalam dunia mafia. Kongsi gelap mafia ini didalangi oleh seorang lelaki yang dikenali ramai di antara kumpulan jahat iaitu Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Masalah semakin memuncak apabila Fadil di­ anggap sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger oleh Inspektor Wahab dan Insperk­ tor Shuib. Perkara ini terjadi secara tiba-tiba apa­ bila mereka tersalah suspek. Masalah semakin bertambah rumit apabila kes pembunuhan Tiger ini melibatkan seorang wartawan kolum jenayah. Dia sentiasa membuat liputan mengenai kes pembunuhan termasuklah kes bunuh yang dilakukan oleh Tiger. Fadil yang dikelilingi mas­ alah terpaksa menjalani kehidupan sebagai seo­ rang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah suspek yang dicari-cari. Fadil yang tidak tahan dengan penyamaran tersebut sedaya upaya berusaha untuk mencari identiti sebenar Tiger bagi membersihkan semula namanya yang telah calar. Pelbagai cabaran yang harus Fadil tempohi termasuklah berlawan dengan pelbagai pihak penjahat di mana dia se­ belum ini tidak pernah berdepan dengan situasi tersebut. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya? Siapakah Tiger yang sebenar dan apakah misteri yang tersembunyi selama ini? Filem Abang Long Fadil 2 ini turut dibintan­ gi A.Galak sebagai Taji Samprit, Wak Doyok sebagai anak kepada ketua mafia, Syamsul Yusof sebagai Inspektor Wahab, Shuib Sepahtu sebagai Inspektor Shuib, Tania Hudson sebagai wartawan Yana. Filem ini diselubungi aksi dan komedi apabila munculnya Datuk AC Mizal dan Achey Bocey.

Tajuk : Abang Long Fadil 2 Durasi : 1 jam 30 minit Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017 Pengarah : Syafiq Yusuf Pelakon : Zizan Razak, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu


24

23 - 29 Ogos 2017

Dulu pemain bola sepak, sekarang? AZLAN ZAMBRY

SELEPAS meninggalkan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional, mereka meneroka peluang baharu untuk meneruskan kehidupan. Apakah pekerjaan mereka selepas puas mengecapi kejayaan dan kemahsyuran di dalam bola sepak yang penuh 'glamour'.

DANIEL AGGER

Bekas pemain pertahanan Liverpool kini menjadi terkenal sebagai pencacah tatu profesional dan bukan sebagai pemain di Anfield. Daniel Agger juga mempunyai lesen untuk membuka perniagaan. Selain membuat tatu untuk diri sendiri, Agger juga membuka tempahan kepada orang ramai yang berminat mendapat khidmatnya.

MICHEAL OWEN

Bekas bintang Liverpool, Real Madrid, Manchester United, dan Newcastle memulakan kerjaya profesional sejak berumur 17 tahun. Namun, ada hobi yang sejak kecil diwarisi dari ayahnya adalah hobi menonton perlumbaan kuda. Selepas bersara menjadi pemain dan aktif sebagai joki, Owen juga mempunyai pusat pembiakan kuda sendiri. Salah satu kejayaannya memenangi anugerah King George V Stakes di Royal Ascot 2011.

ANDRE ARSHAVIN

Bekas bintang Arsenal itu bukan hanya mempunyai hobi sebagai pereka fesyen malah Arshavin mempunyai Ijazah di dalam reka bentuk fesyen di Rusia. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa terdapat berita bahawa Arshavin dilihat menonton pertunjukan fesyen atau memakai kot musim sejuk rekaan terkini. Isterinya juga seorang pereka fesyen yang hebat.

LES FERDINAND

FABIEN BARTHEZ

Fabien Alain Barthez dilahirkan pada 28 Jun 1971 adalah bekas pemain bola sepak dan pemandu Perancis yang bermain sebagai penjaga gawang dengan Toulouse, Marseille, AS Monaco, Manchester United, Nantes dan pasukan kebangsaan Perancis, yang memenangi Piala Dunia FIFA 1998 dan UEFA Euro 2000, dan mencapai final Piala Dunia 2006. Dia berkongsi rekod untuk perlawanan akhir Piala Dunia yang paling banyak dengan Peter Shilton, sebanyak 10 kali. Tahun 2007, Barthez memulakan kerjaya di bidang motorsport pada 2008.

RYAN GIGGS

'Lipas kudung' Machester United, Ryan Giggs telah lama mengamalkan rutin yoga. Tidak menghairankan Giggs boleh terus aktif sebagai pemain sementara ramai rakan seangkatannya yang telah bersara. Barubaru ini Giggs melancarkan DVD yoga sebagai amalan dalam kehidupan sehariannya, Giggs juga mempunyai pembantu yang terlatih dan juga merupakan pengajar yoga untuk kelas khusus.

MENARIK

Program ​​: Al Tijarah Episod ​​: 4 Tarikh ​: 6 Jun 2017 (Selasa) Masa ​: 8.30 malam

Program : Kembara Dua Roda Episod : 8 Tarikh : 28 Ogos 2017 (Isnin) Masa : 8.30 MALAM

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 23 - 29 OGOS 2017

PELAYARAN ISLAMIK PELANCONGAN SAMBIL BERIBADAH Dalam konteks Islam, pengembaraan dan pelancongan bertujuan menyelidik, memahami, dan mengakui kebesaran serta mencari keredhaan Allah SWT. Menggunakan konsep belayar sambil beribadah, Pelayaran Islamik menarik minat golongan Muslim merasai pengalaman percutian di dalam kapal mewah dengan pengisian ilmiah. Pengarah Urusan Intratama, Suhaimi Abdul Ghafer berkongsi cetusan idea, cabaran dan matlamat penganjuran Pelayaran Islamik ini. Saksikan Al Tijarah di Capital TV.

KESERONOKAN LAYAN SELEKOH TAJAM Kumpulan Kembara Dua Roda meneruskan misi hari kelima di jalan 1000 selekoh. Kali ini perjalanan para peserta adalah dari Mae Hong Son ke sebuah pekan kecil, Pai yang hanya berjarak 105 kilometer. Namun cuaca yang mencecah 20 darjah celcius pada siang hari menambahkan lagi rasa keseronokan melayan selekoh tajam. Saksikan segalanya dalam Kembara Dua Roda.

MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Bekas pemain pertahanan untuk skuad New Castle United ini pernah membimbing pasukan di Liga Perdana Inggeris dan pernah bermain untuk beberapa kelab di sana. Ketangkasan dalam mempertahankan serangan pemain lawan mengangkat namanya sebaris pemain handalan di zamannya. Kini, Ferdinand dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pembangunan Bola Sepak di Queens Park Rangers. Selain itu, beliau berkebolehan menerbangkan helikopter dan telah mendapat lesen menerbangkan helikopter.

Program : Pemanis Mulut Episod : 4 Tarikh : 26 MEI 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 MALAM PEMANIS MULUT BERPERISA LAVENDER? WOW, UNIKNYA! Kali ini, Pemanis Mulut membawa anda melihat serta mencuba sesuatu yang sangat unik dan istimewa iaitu pencuci mulut aiskrim berperisa lavender. Hah, mesti ada di antara anda semua berasa pelik kan? Tetapi betul! Café Dreamz Bakery and Cake 'mengeluarkan' idea baru kerana mereka mahukan pelanggan mereka mencuba sesuatu yang unik. Selain itu, mereka turut menampilkan kek pandan cempedak yang jarang sekali kita makan dan dengar. Ia turut terdapat di kafe ini. Saksikan Pemanis Mulut ya!

Program : Turun Naik CEO Episod : 12 Tarikh : 24 Ogos 2017 (Khamis) Masa : 8.30 malam TIADA ALASAN UNTUK TERUS JATUH Azudin Daem mula berniaga ketika di universiti. Dia menggunakan wang hasil jualan tikar Sarawak untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar pada ketika itu. Seterusnya, dengan hanya bermodalkan RM30,000 yang diberi keluarga, dia nekad untuk memulakan sebuah perniagaan. Maka bermulalah kisah jatuh dan bangun dalam menjalankan perniagaan yang diceburinya itu. Sehinggakan ada suatu ketika dia tidak mampu untuk membayar ansuran kereta sampai dilelong dan diisytihar muflis. Ikuti kisah anak kelahiran bumi kenyalang ini hanya di Turun Naik CEO. Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

23 - 29 Ogos 2017

Kisah anak muda

KAM

Bangga ada 'brand' sendiri AZLAN ZAMBRY

SEKALIPUN hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dan berkahwin pada usia muda, situasi itu tidak mematahkan semangat Siti Kamaliah Mustaen 27, untuk mengembangkan jenamanya sendiri setanding jenama tempatan yang lain. Ibu muda ini juga tidak patah semangat kerana dorongan yang diberikan oleh suami dan kedua ibu bapanya merupakan suatu kekuatan untuk terus mengemudi Irvina Fashion miliknya yang sudah mula mencuri tumpuan penggemar seni fesyen tanah air. “Saya berkahwin muda ketika umur 19, setelah melahirkan anak sulung, suami tidak membenarkan untuk bekerja dan dari situ saya menjahit secara kecil-kecilan daripada ibu” katanya Siti Kamaliah kemudiannya mengambil tempahan menjahit baju, dan mula mempelajari seni jahitan manik daripada internet. Ketika itu juga dia mula mengambil tempahan menjahit manik baju pengantin di butik-butik pengantin. Mula bina jenama sendiri Ketika industri seni fesyen tudung dan hijab naik mendadak, dia juga turut mempelajari seni jahitan tudung sehingga timbul idea untuk melahirkan jenama sendiri iaitu SK925. “SK925 adalah jenama yang

dicetuskan oleh saya dan suami, kerana sudah mula bersemangat untuk menjadikan perniagaan ini maju. “Ketika itu perniagaan tudung sangat laku seperti pisang goreng panas, saya juga turut mengambil peluang memperkenalkan tudung jenama sendiri," katanya. Sehingga kini, Siti Kamaliah sudah berjaya menjual lebih dari 3,000 helai tudung. “Cabaran utama dalam perniagaan adalah mengekalkan standard dalam penghasilan fesyen yang bermutu, dan sekiranya kita tidak mengekalkan standard tersebut, pelanggan pasti akan lari kerana kualiti fesyen akan menentukan jatuh bangun sesuatu produk," katanya lagi. Penjenamaan semula Siti Kamaliah juga berkata, dia belajar seni fesyen melalui internet dan mula membuat lakaran awal di kertas. Kemudian, mula membuat jahitan dan menghasilkan baju tersebut. “Saya tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang fesyen, jadi belajar menggunakan internet memerlukan kesabaran yang tinggi dan saya bernasib baik kerana ibu banyak membantu dan membimbing. “Setelah baju pertama dihasilkan, saya mula pasarkan

Siti Kamaliah turut mengajar jahitan asas di butiknya.

Siti Kamaliah bersama ibunya Mastijah Masrufi yang menjadi tulang belakang membangunkan Irvina Fashion.

di laman Facebook dan tidak menduga mendapat permintaan daripada pelanggan. “Penjenaan semula dari SK925 kepada Irvina Fashion adalah detik utama untuk saya bersaing secara serius dan juga sudah mulai yakin untuk bersaing dalam industri fesyen tanah air," jelasnya. Irvina Fashion yang kini mengeluarkan pakaian wanita yang “ready made” iaitu, jubah, blouse, cardigan, palazzo dan peplum. Kesemua pakaian ini boleh di dapati di dalam talian dengan harga dari RM60 dan ke atas. “Kebanyakan pakaian yang dijahit mengikut batch, iaitu setiap satu rekaan, kami hanya sediakan sebanyak 50 helai sahaja” Siti Kamaliah juga berkata, kesemua pakaian “ready made” adalah jahitannya sendiri dan dibantu ibunya. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga mengakui, dia masih lagi bertatih dalam men-

guruskan perniagaan, dan akan sentiasa mencari ilmu untuk memantapkan Tetapi dalam masa sama, berpuas hati kerana dapat melihat anak-anak membesar dihadapan mata. Sementara itu, Siti Kamaliah juga menubuhkan akademi jahitan pada 2016, Siti Kamaliah Academy yang bertujuan membantu golongan wanita untuk mempelajari asas jahitan secara “private coaching” dengan bayaran yang sangat minima. “Kebanyakan wanita yang belajar di akademi yang ditubuhkan adalah dikalangan pelajar lepasan sekolah menengah dan ada juga daripada golongan suri rumah” Kepada mereka yang berminat untuk belajar menjahit atau mendapatkan pakaian wanita keluaran Irvina Fashion, anda boleh layari laman sosial Facebook dan Instagram milik usahawan ini.

Bapa pembangunan fesyen Jahit baju untuk ayam CHARLES Frederick Worth adalah seorang pereka fesy­ en Inggeris yang mengasas­ kan House of Worth, salah satu rumah fesyen paling utama abad ke 19 dan awal abad ke 20. Dia dianggap oleh banyak ahli sejarah fesyen sebagai bapa pemba­ ngunan fesyen.

NICOLA Congdon, dan ibunya, Ann telah melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah orang lain terfikir untuk melakukannya dengan menjahit baju untuk ayam bagi mengelakkan mereka daripada mati kesejukan. Mereka pernah menyelamatkan kira-kira 60 ekor ayam dengan menyediakan rumah baru untuk ayamayam berkenaan. Kebanyakan ayam yang diselamatkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk ketika itu. Jadi, bagi memastikan ayam-ayam itu tidak mati kesejukan, kedua-dua wanita yang baik hati ini telah menyediakan baju sejuk untuk mereka. Kisah ini berlaku kira-kira tiga bulan lalu di Cornwall, England.


26

23 - 29 Ogos 2017

SALAM SEMUT

Etika ketika hadiri temuduga

PELBAGAI cerita yang menarik me­ ngenai gelagat calon yang meng­ hadiri temuduga se­ ring dipaparkan di media se­ perti Facebook, radio dan televisyen. Tidak dapat di­nafi­ kan, menghadiri temuduga me­ rupakan sesuatu yang amat mencabar mental dan emosi. Beberapa orang majikan yang menghadiri satu sesi perbualan pagi di sebuah stesen radio tempatan, menceritakan bagaimana mereka terkejut de­ ngan sikap dan kelakuan setengah setengah calon. Menurut seorang majikan, ada calon temuduga menerima panggilan telefon (di telefon bimbit) ketika temuduga sedang dijalankan. Ada yang datang dengan memakai jeans dan kemeja tanpa kolar. Ada pula awal- awal letak syarat tidak akan kerja lebih masa dan ada yang datang dengan tatu yang mengerunkan di tangan. Dalam keadaan di mana 1.5 juta orang memohon untuk 25,046 pekerjaan adalah sangat penting untuk menghadiri temu­ duga dengan cara yang betul. Mari dilihat beberapa petua untuk menghadiri temuduga. 1) Buat kajian tentang syarikat dan majikan yang memanggil untuk temuduga. Kejayaan sesuatu temuduga ber­ mula dengan pengetahuan calon tentang keperluan

syarikat, latar belakang sya­ ri­ kat dan majikan nya. Cari mak­ lu­ mat dalam laman web atau dengan membaca risalah me­ nge­ nai syarikat itu. Jika tidak men­cukupi, tanya dengan pi­hak pihak yang ada maklumat me­ ngenainya. 2) Latih menjawab soalan soalan yang mungkin akan ditanya.

Sebelum pergi ke temuduga, hu­­bungi pengurus temuduga dan dapatkan sedikit maklumat ten­ tang cara temuduga itu akan dijalankan. Sama ada secara individu atau akan disoal oleh se­­­ kumpulan penemuduga. Ca­ lon harus menyediakan jawap­an yang terperinci dan padat serta tepat.

Jenis- jenis soalan yang mungkin akan ditanya : a) Apakah kelebihan anda yang boleh membantu syarikat ini? b) Apakah kekurangan anda ? c) Ceritakan tentang diri anda. d) Mengapa harus kami meng­ ambil anda untuk bekerja? e) Mengapa anda memilih kerja ini? f) Berapakah gaji yang di­ha­ rap­­­kan? g) Mengapa tinggalkan kerja lama anda? h) Bagaiamana anda me­ na­ ngani stress dan tekanan? i) Apakah sasaran masa depan anda. j) Adakah anda sanggup berpindah demi kerja ini?

Urus wang bersama AKPK

Saidi Yaa'cob

Ketua Cawangan Kuantan, AKPK

SOALAN Saya mengambil faham bahawa AKPK membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan dari segi pengaturan pembayaran semula pinjaman. Boleh­kah AKPK menerima aduan dan seterusnya memberi panduan kepada mereka yang sedang bercadang untuk membuat pinjaman seperti perumahan kad kredit dan sebagainya. Maksud saya, bolehkah AKPK memberi khidmat nasihat kepada golongan yang belum membuat sebarang pinjaman, tetapi baru bercadang untuk membuat pinjaman seperti kami yang baru men­duduki alam pekerjaan ini. Nur Akmal, Bandar Baru Tun Razak JAWAPAN Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana memberi perhatian yang sewajarnya mengenai pengurusan

3) Pakaian dan penonjolan imej sesuai. Pakaian mestilah menepati kriteria yang dianggap sopan dan pada masa yang sama sesuai dengan budaya perniagaan syari­ kat itu. Pakaian harus bersih dan tidak berkedut. Berikut adalah beberapa cadangan mengenai imej yang harus di tonjolkan : a) Pakaian konservatif. b) Rambut disikat kemas dan fesyen nya harus lah tidak me­ lampau. c) Kuku mesti bersih dan dipotong kemas. d) Pewangi yang tidak berlebihan. e) Pastikan tiada tatu yang me­ lambangkan kongsi gelap.

akan menentukan kejayaan ca­ lon itu. Jawapan perlu diberi de­ ngan penuh keyakinan dan fokas. Jawapan juga harus padat, ringkas dan tepat serta kandid di mana perlu.

ESAN RAVEN MURUG

7) Bahasa tubuh atau gerak geri (body language). Tidak dinafikan jawapan calon adalah sangat penting dalam temu­ duga tetapi bahasa tubuh atau gerak geri juga memainkan peranan yang sama penting untuk calon. Lihat tepat dimata penemuduga, duduk dengan gaya yang betul, dengar sambil secara aktif sambil angguk bila sesuatu diterangkan.

e) Apakah falsafah pengurusan syarikat ini? f) Adakah syarikat akan mengalakkan pekerja untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka dengan menyediakan latihan dan ruang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diperlukan.

4) Hadir lebih awal supaya dapat bertenang. Tiada alasan akan diterima jika calon lewat untuk temuduga. Hadir 20 minit lebih awal supaya boleh mengisi borang tambahan jika perlu dan untuk memnyelami dinamik suasana pekerjaan di syarikat itu.

8) Tanya soalan yang bermakna. Biasanya, penemuduga akan memberi peluang untuk ca­ lon bertanya soalan. Di situlah kebijaksanaan dan kesediaan calon akan diuji. Tanya soalan soalan yang akan menambah nilai pada prospek kerjaya di syarikat itu. Antara contoh soalan yang boleh ditanya : a) Apakah prioriti utama bagi orang yang menerima tawaran kerja ini? b) Apakah tanggungjawab calon dan harapan majikan pada yang berjaya dlam temuduga? c) Apakah gaya pentadbiran syarikat ini? d) Apakah budaya korporat syarikat ini?

5) Bersopan santun Calon mestilah berkomunikasi secara bersopan dengan semua orang di syarikat itu. Senyum dan ucapkan apa yang sesuai dengan nada yang baik serta paparkan semangat positif. 6) Jawab secara telus, jujur dan konfiden. Sebaik sahaja temuduga ber­ mula, cara calon menjawab soalan

kewangan di awal alam pekerjaaan. Kesedaran ini adalah penting kerana ianya adalah langkah bijak untuk menjamin masa depan kewangan yang selesa. Untuk makluman saudara, AKPK bersedia untuk membimbing golongan muda yang belum membuat sebarang pinjaman atau bercadang untuk membuat pinjaman dengan menyediakan program pendidikan kewangan kepada mereka. Ini termasuklah taklimat dan penerangan pengurusan kewangan yang dirangka khusus untuk pelbagai kumpulan sasaran. Sebagai contoh, bagi mereka yang ingin memulakan alam pekerjaan, AKPK ada menyediakan modul khas untuk mereka menguruskan kewangan mereka dan juga asas-asas pinjaman untuk menangani hutang dengan lebih bijak dan membuat keputusan kewangan yang baik. Bagi permulaan pekerjaan, ia terdiri daripada mereka yang berusia diantara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja memulakan pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting dan kritikal kepada mereka yang tergolong didalam kumpulan ini untuk memantap ilmu dalam pengurusan kewangan. Ada diantara mereka mungkin mahu membeli sebuah kereta sebaik sahaja mula bekerja dan melihat ini lebih daripada satu keperluan, sedangkan modul permulaan pekerjaan ini akan memberi penekanan yang lebih kepada terminologi asas dan kepentingan pinjaman yang produktif dalam meningkatkan harta nilai bersih pada masa akan datang. Pendidikan kewangan ini juga turut memberi pendedahan dan memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana.

Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan. Selain daripada pendidikan kewangan, AKPK juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kewangan peribadi dan nasihat, yang merangkumi persediaan bajet, mengurus aliran tunai dan hal-hal lain berkenaan hutang. Individu akan mempelajari bagaimana untuk menangani bebanan hutang dengan penuh bertanggungjawab untuk masa depan yang lebih baik. Andainya hutang individu itu adalah diluar kawalan, maka program pengurusan kredit (PPK) juga diadakan untuk mengawal kewangan melalui perangkaan pembayaran semula pinjaman peribadi dengan persetujuan penyedia kredit atau institusi perbankan. Untuk makluman saudara, AKPK telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2006 dengan matlamat proaktif, iaitu memastikan sektor isi rumah terus berdaya tahan melalui AKPK dimana peminjam individu dan bakal peminjam boleh mendapatkan nasihat dan bantuan berhubungan kewangan dan pengurusan kredit. Misi kami di AKPK ialah memastikan setiap rakyat Malaysia “Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup”.Untuk merealisasikan misi ini, kami telah membentuk visi untuk menjadikan masyarakat Malaysia bijak dan berhemat dalam mengurus kewangan dan mengawal hutang, yang boleh dicapai melalui perkhidmatan-perkhidmatan kami tersebut di atas yang disediakan secara percuma untuk semua individu. Sejak penubuhan sehingga 31 Julai

9) Jawab dengan tenang. Calon yang berjaya tidak semestinya calon yang tinggi kelayakkan nya tetapi calon yang menonjolkan diri nya sebagai individu yang paling sesuai untuk jawatan tersebut. 10) Ucapkan terima kasih. Pastikan ucap terima kasih dan senyum sebelum keluar dari kamar temuduga. Jika terdapat 4 orang yang menemuduga, pastikan setiap orang diberikan ucapan terima kasih. Kejayaan dalam temuduga memerlukan kajian, latihan dan kesabaran. Lebih banyak usaha dilakukan untuk bersedia bagi temuduga maka peluang nya lebih cerah untuk berjaya.

2017 lebih daripada 603,963 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling AKPK di mana 191,604 daripada mereka telah dibantu melalui PPK. Sehingga hari ini AKPK telah mencapai tahap yang membanggakan, terutamanya selepas mengembangkan sayapnya bagi membantu rakyat Malaysia dengan membuka 11 cawangan serta 19 pusat khidmat kaunseling di seluruh Malaysia untuk membantu keseluruhan rakyat Malaysia. Untuk memahami lebih dalam tentang penguruusan kewangan, saudara boleh mandapatkan perkhidmatan kaunseling kami atau membeli buku-buku penerbitan AKPK yang bertajuk ‘Celik Wang’ dan ‘POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda’ daripada mana-mana cawangan kami diseluruh negara. Kami menyarankan orang ramai supaya mendapatkan nasihat maklumat pengurusan kewangan percuma di mana-mana pejabat AKPK yang berhampiran di seluruh negara dengan menghubungi talian khidmat pelanggan kami 03- 26167766 atau layari laman sesawang AKPK di www.akpk.org.my. ‘Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.’

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my


23 - 29 Ogos 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup

TRENDY

MURNI REJAB

UNTUK kekal cantik dan bergaya, pakaian memainkan peranan penting sebagai ‘aksesori’ untuk mencantikkan anda. Penuhi gerobok anda dengan pelbagai pilihan celana yang mengubah gaya lebih menarik dan sempurna. Mungkin dengan pilihan celana kali ini ‘mengundang’ gaya baru untuk anda.

Patsy

Ilham ‘sporty’ dan bersahaja suka digayakan oleh ikon fesyen, Rihanna yang menjadi trend 2017. Rekaan berjalur lurus ala track suit dalam duo rona berbeza adalah 'trademark' utama celana ini. Nampak seperti seluar sukan namun anda akan kelihatan lain dari lain tika menggayakan celana ini.

Pijamas mood Zipped out

Rekaan perincian zip besar di hadapan potongan seluar kasual kian menjadi kegilaan masa kini. Ianya seperti simbolik ‘statement’ bagi gaya seluar kasual ini.

Beranikan diri anda dengan mengenakan pakaian tidur ketika bergaya di luar. Yang penting anda ‘match’ kan aksesori tambahan agar gaya tampak lebih 'chic' dan 'stylo'.

Étoile Isabel Marant RM1,973.86 Beli secara dalam talian: mytheresa.com

Lauren pajama style trousers RM325.00 Beli secara dalam talian: www.fashionvalet.com

Point Sur vintage crop jean RM978.35 Beli secara dalam talian: www.jcrew.com

Celana

ubah gaya

Estetik Wide-Length

Trend celana wide-length masih lagi menjadi pilihan utama kala bergaya. Bukan sahaja tampak selesa malah anda akan kelihatan lebih tinggi dan langsing. Mark and Spencer RM 163.33 Beli secara dalam talian: www.marksandspencer.com

Denim rosak

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, pemakaian denim rosak ini semakin menjadi-jadi. Pilihan celana denim juga paling penting kerana ia mudah disuaipadan bersama persalinan yang polos. Rekaan denim rosak antara pilihan utama penggemar fesyen masa kini. ZARA RM149.90 Belian secara dalam talian: www.zara.com


28

23 - 29 Ogos 2017

MAKAN

Menjejak d Kuala Tere

angin

Majsid Kristal di Taman Tamadun Islam

“Negeri cantik, budaya menarik”. Tagline yang sangat “kena” kerana sememangnya negeri Terengganu menawarkan lebih dari pulau-pulau peranginan yang menjadi tumpuan pelancong. Meskipun kini Terengganu kini memiliki Masjid Kristal di Pulau Duyong, populariti Masjid Tenku Tengah Zaharah tetap teguh kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai tempat solat. Malahan, ia menjadi lokasi tumpuan buat para peminat fotografi yang mengagumi keindahan seni bina masjid ini. Masjid yang turut digelar “Masjid Terapung” ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai pada September 1991, sebelum siap sepenuhnya pada pertengahan

Replika Masjid Biru di Istanbul, Turki turut ditempatkan di TTI. Oleh: Amir Raihan Foto: Tourism Malaysia

POPULAR sebagai lokasi tumpuan untuk aktiviti penyu bertelur, Terengganu turut dikenali dengan hasil kesenian seni batik, kepelbagaian sajian tempatan yang enak. Jika anda berhajat untuk ke Terengganu tetapi tidak berkesempatan untuk ke semua lokasi menarik yang ditawarkan, penulis syorkan anda melawat ke Kuala Terengganu sahaja. Ibu negeri Terengganu ini juga tidak kurang hebat dengan kepelbagaian produk-produk pelancongan unik buat tatapan pengunjung. Jom kita lihat beberapa buah tempat menarik yang ada di sini.

Taman Tamadun Islam (TTI)

TTI merupakan sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Muzium Negeri Terengganu Muizum Negeri Terengganu terletak hanya kira-kira 15-20 minit pemanduan dari kawasan pusat bandar. Tidak sah lawatan ke Terengganu jika anda tidak singgah ke muzium ini. Kenapa? Sebabnya, segala latar belakang dan budaya negeri Terengganu boleh dilihat di dalam muzium ini. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak berkesempatan untuk “ronda ronda” keliling negeri ini tetapi mahukan segala maklumat yang diperlukan dalam satu tempat. Muizum terbesar di Asia Tenggara ini menempatkan 10 buah galeri pameran berbeza buat tatapan pengunjung. Menariknya, kawasan luar bangunan muzium juga tidak kurang hebat. Pengunjung boleh melihat perahu dan kapal tradisional serta rumah-rumah Melayu tradisional Terengganu yang memiliki keunikan tersendiri.

Masjid Tengku Tengah Zaharah

Kira-kira empat km sebelum anda sampai ke pusat bandar Terengganu, anda akan dapat melihat masjid ikonik negeri Terengganu ini di sebelah kanan jalan. Nama Masjid Tengku Tengah Zaharah mendapat namanya sempena dengan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.

Januari 1994. Kawasan sekeliing masjid ini begitu cantik dengan permukaan air yang tenang serta pemandangan kawasan pantai dan laut menerbitkan rasa damai buat sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Pasar Payang Nama “penuh” Pasar Besar Kedai Payang tetapi pelancong dan penduduk tempatan selesa memanggil lokasi ini Pasar Payang sahaja. Pasar ini merupakan


29

23 - 29 Ogos 2017

destinasi ikonik engganu lokasi perniagaan barangan tradisional dan tempatan yang sentiasa dipenuhi pelancong dari dalam dan luar negara. Pasar Payang terbahagi kepada dua aras yang menjual barangan berbeza. Bahagian bawah pasar ini menempatkan jualan barang-barang dapur. Sementara di tingkat atas dipenuhi oleh penjual yang menjual kain batik, songket serta pakaian. Senang cerita, jika ke sini pastikan anda membawa duit yang banyak kerana sebaik sahaja anda berada di dalam pasar ini, pasti rambang mata dengan pelbagai pilihan produk yang ditawarkan. MAKAN DI MANA 1. Warung Ikan Celup Tepung (ICT) Pok Nong Kalau nak merasai keenakan sajian ikan serta makanan laut yang dicelup tepung, ini adalah tempatnya. Warung Pok Nong sentiasa dipenuhi pengunjung tidak kira masa. Antara sajian mesti cuba adalah udang, sotong, ikan dan pari celup

Masjid Tengku Zaharah.

tepung. Lokasi: Mengabang Telipot (kirakira 30 minit pemanduan dari pusat bandar Kuala Terengganu) 2. Keropok Lekor B.T.B (Bukit Tok Beng) Mana nak “pekena� keropok� lekor yang sedap di Kuala Terengganu? Jawapannya di kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng. Ada dua jenis keropok lekor di sini iaitu keropok lekor yang digoreng dan keropok yang direbus. Sambil menikmati keropok lekor, anda boleh melihat bagaimana keropok-keropok dengan isi ikan yang banyak ini di rebus dalam beberapa tong besar. Lokasi: Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pembuat bot Terengganu.

3. Gerai Kah Pah Nasi Dagang Tidak sah ke Kuala Terengganu jika tidak mencuba makanan tradisi negeri ini iaitu Nasi Dagang. Kepekatan kuah Ikan Tongkol dan kelembutan nasinya bakal membangkitkan selera sesiapa sahaja. Lokasi: Medan Selera Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Muzium Negeri. Trengganu

Info:

Difahamkan, nama Pasar Payang berasal daripada sejenis perahu nelayan di Terengganu yang dipanggil Perahu Payang. Perahu ini dikatakan digunakan para nelayan untuk menangkap hasil laut.

Replika Masjid Xian, China di TTI.

Pasar Payang.


30

23 - 29 Ogos 2017

Jangan terlebih gembira - Mourinho MENANG besar dengan jaringan 4-0 di laman sendiri jadi permulaan yang baik bagi Manchester United untuk melangkah masuk liga musim ini. Dua gol oleh Romelu Lukaku dalam debut meletakkan harga £75 juta yang dibayar untuknya bagi perpindahan dari Goodison Park, adalah berbaloi. Ini sekali gus jadi amaran buat pasukan lain, Lukaku penjaring kedua terbanyak Liga Perdana musim lalu dengan 25 gol - sedang kehausan dan berpotensi untuk muncul peledak terbanyak musim ini. Dalam pada itu, rakan karibnya, Paul Pogba yang pernah dianggap antara pemain tengah terbaik dunia yang ‘tenggelam’ pada musim pertamanya bersama Red Devils, sudah temui pasangan serasi. Penampilan pertama mereka bersama dalam liga malam minggu lalu, memperlihatkan ‘chemistry’ itu, yang seakan petunjuk bahawa mereka sudah bersedia untuk ‘mengganas’ di depan pintu gawang lawan musim ini. Begitu juga Anthony Martial. Dengan gabungan yang

serasi, dia dijangka akan mendapat semangat baharu untuk mengembalikan reputasi yang pernah begitu diharapkan ketika awal penghijrahannya dari Monaco dahulu. Kesungguhan Lukaku sejak menyarung jersi merah Red Devils diperlihatkan menerusi kenyataannya: “Apabila anda bermain untuk Manchester United, semua orang ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Jelas, tugas saya ialah menjaringkan gol dan memastikan bola sentiasa dalam kawalan pasukan. Kami telah melakukannya dengan cukup baik dalam perlawanan dengan West Ham.” Meskipun demikian kegembiraan mereka meraikan kemenangan itu, bagi Jose Mourinho, ke s e r o n o k a n itu masih perlu diberi had. “Ini baru permulaan. Memanglah sebelum ini, untuk menang di tempat

sendiri pun tidak mudah bagi Manchester United. Jadi, kemenangan ini sudah tentu sangat bermakna bagi kami. Musim lalu, kami mulakan musim dengan baik juga tetapi di penghujung, kami hanya menduduki tempat keenam. Itu bukan bagus untuk Manchester United, jadi saya tidak mahu ia berulang,” ka”anya. Apapun menurut Mourinho, apa yang menggembirakannya ialah tahap keyakinan pemain. Itu yang mereka kehilangan sejak tiga musim lalu namun

untuk musim ini, katanya keadaan sudah berubah. “Saya dapat lihat keyakinan mereka sudah pulih, sudah datang semula. Ini hasil daripada persediaan rapi yang kami buat untuk hadapi musim ini. Itu yang lebih menggembirakan saya sebenarnya,” ujar The Boss.

Lukaku

32 Memang, situasi diri pemain itu sangat tidak menentu pada masa ini. Di penghujung musim lalu, dia mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan perpindahan ke kelab China. Kemudian dia mendedahkan kepada media hal mesej SMS yang dikatakan dihantar kepadanya oleh Conte menyatakan namanya tidak ada dalam perancangan jurulatih itu untuk musim ini. Ketika yang sama, Costa dikaitkan dengan hasrat mahu kembali ke kelab lamanya, Atletico Madrid. Dia bermain untuk kelab Sepanyol itu sebelum berhijrah ke Stamford Bridge pada 2014. Apa yang jadi halangan terbesar bagi Costa ialah Atlet i c o

menghadapi sekatan oleh FIFA untuk membeli pemain hingga Januari depan. Bagaimanapun kelab itu masih dibenarkan untuk mengambil pemain secara simpanan. Namun dalam keadaan hubungannya yang demikian dengan pihak kelab, Costa sudah pasti hadapi masalah untuk duduk berbincang dengan mereka mengenai perkara itu dalam waktu ini. Tambah memburukkan keadaan apabila dia kini kembali ke Brazil, bukannya cuba untuk bertemu muka dengan Costa ataupun pemilik kelab, Roman Abramovic bagi menyelesaikan segera kemelut berkenaan. Dia malah menyatakan, jika Chelsea tidak membenarkannya untuk berpindah musim ini, dia sedia menamatkan kontrak tanpa dibayar. “Saya tidak kisah untuk tidak bermain setahun walaupun kena denda dan tak dibayar. Apa yang penting bagi saya ialah ‘lepas’ daripada cengkaman mereka,” katanya. Suatu kenyataan yang menandakan dia sudah berpatah arang dengan kelab itu. Begitu pun, apa yang jaid kerisauan Costa ialah kejohanan Piala Dunia yang semakin hampir. Dia bimbang kedudukan yang tidak menentu itu akan berlarutan hingga mungkin menyebabkan dia tersisih daripada skuad Piala Dunia Sepanyol. “Sebab itu saya mahu kembali ke Atletico, berlatih bersama mereka untuk kekalkan kecergasan saya. Saya mahu sedia untuk beraksi dalam Piala Dunia,” katanya.


31

23 - 29 Ogos 2017

Morata tidak gembira di Stamford Bridge BARU seminggu dua di Stamford Bridge, Alvaro Morata yang dibeli oleh Antonio Conte dengan harga £70 juta, dilaporkan sudah mula merungut. Dia dikatakan telah meluahkan perasaan kepada rakan-rakan di Real Madrid menerusi aplikasi Whatsapp menyatakan betapa tidak gembiranya dia sejak tiba di London. Ini bukan kes rindukan kampung halaman di Sepanyol atauapun apa, tetapi runtunan jiwa seorang pemain professional yang berasakan dia tidak diberikan peluang yang setimpal untuk bermain berbanding nilai lumayan perpindahannya. Morata meninggalkan Santiago Bernabeu antara lain kerana di situ terdapat ramai bintang. Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Gareth Bale dan ramai yang lain, telah mengehadkan peluangnya untuk turun padang. Dengan itu, di Stamford Bridge, Morata berharap dia akan mendapat lebih peluang namun pengalaman awalnya setakat ini membuatkan dia berasa begitu kecewa.

'Mourinho hubungi saya' DALAM kekalutan hubungannya dengan pengurusan Stamford Bridge, Costa menghangatkan suasana dengan kenyataan, “saya dihubungi oleh Jose Mourinho (pengurus Manchester United) baru-baru ini.” Ketika dia membuat kenyataan itu, jendela perpindahan musim panas belum lagi ditutup sepenuhnya, dan kebiasaan setiap musim, ketika di saat akhir inilah macam-macam kejutan boleh berlaku, termasuk perpindahan pemain-pemain panas yang jadi rebutan. Lalu kenyataan itu lantas membuat khayalak tertanya-tanya, apakah dia akan berpindah ke Old Trafford setelah Conte terang-terangan tidak mahukan dia dalam skuad manakala Atletico Madrid pula bermasalah untuk menerimanya akibat sekatan FIFA sedangkan mereka sememangnya sudah suka sama suka. Apa yang pasti, Costa secara rasminya masih milik The Blues. “Mourinho sekadar bertanya khabar. Saya beritahu dia, saya dalam keadaan baik dan dia doakan masa depan yang baik untuk saya. Saya boleh katakan Mourinho adalah seorang rakan yang baik dan sentiasa mengambil berat,” katanya.

Diego Costa

“Fikir masak-masak sebelum buat keputusan berhijrah. Jangan terlalu melihat padang yang jauh itu sebagai lebih hijau daripada yang kita pijak,” demikian antara ayat Morata dihantar kepada beberapa rakannya di Santiago Bernabeu sebagaimana dilaporkan akhbar Sepanyol, Diario Gol. Ketika pertembungan Perisai Komuniti yang menyaksikan The Blues tewas kepada Arsenal, baru-baru ini, pemain antarabangsa Sepanyol berusia 24 tahun itu diletak sebagai pemain simpanan dan hanya dimasukkan pada babak kedua. Begitu juga ketika tewas 2-3 kepada kelab bawahan, Burnley dua minggu lalu. “Saya mengaku soal wang dalam perpindahan adalah sangat penting, tetapi saya juga ada personaliti saya sendiri. Saya mahukan kepuasan dalam karier, keseronokan dan ketenangan ketika bermain. “Saya ada cara dan laluan saya sendiri dalam hal ini,” katanya dalam temu bual dengan akhbar Marca. Sejak berhijrah ke London, kata Morata, dia hanya ada dua peluang untuk bermain dalam perlawanan pramusim. “Itupun 15 minit, dan saya terlepas penalti. Di situ saja mereka sudah ‘bunuh’ saya, lalu masa depan saya di sini macam mana?”

Tiada guna Liverpool simpan Coutinho PHILIPPE COUTINHO sudah tidak sepatutnya kekal di Merseyside lagi, kata legenda Arsenal, Ian Wright. Menurutnya, keengganan untuk melepaskan bintang tengah Brazil itu akan lebih membawa keburukan kepada Liverpool berbanding kebaikan. “Jurgen Klopp sepatutnya lebih fokus terhadap usaha mengukuhkan pertahanan, bukan mengekalkan Coutinho di Anfield,” tulis bekas pemain itu menerusi ruangannya dalam akhbar The Sun. Mengekalkan Coutinho, kata Wright hanya akan menyebabkan perhatian lebih tertumpu kepada pemain itu. “Orang akan lebih sibuk bertanya sama ada dia bermain atau tidak? Adakah dia akan memberikan segala-galanya untuk kelab di padang? Adakah dia sedang berfikir untuk berhijrah ke kelab lain? Macam-macam,” katanya. Wright berkata, sebagai jurulatih, Klopp perlu memberi nasihat yang berkesan kepada pemilik kelab, Fenway Sports Group. “Ini bukan soal kita dapat atau tolak wang £100 juta sahaja. Kalau seseorang pemain sudah mahu pergi, jiwanya sudah pergi dahulu dan tidak ada guna dia dipaksa untuk kekal lagi. Dalam keadaan Liverpool, mereka ada perkara yang perlu lebih diberi prioriti iaitu pertahanan,” katanya.


32 30

Keluaran 23 - 29 Ogos 2017

Jangan terlebih seronok

31

Morata tidak gembira

‘SAYA BUKAN PENJENAYAH!’ MUSIM lalu, dia menyumbang 20 gol untuk Chelsea sekali gus dijulang sebagai penjaring keempat terbanyak Liga Perdana Inggeris bersama Sergio Arguero, di belakang Harry Kane dan Romelu Lukaku. Namun musim ini, kedudukan Diego Costa sudah 180 darjah berubah. Kalau dahulu dia bintang, kini kata Costa, dia dilayan seperti penjenayah. “Saya tidak dibenarkan masuk bilik persalinan skuad utama, tidak dibenarkan berhubung dengan kawan-kawan. Saya hanya dibenarkan berlatih dan bergaul dengan pemain dari skuad simpanan. “Apa ni? Mengapa saya dilayan seperti penjenayah?,” tanya Costa kepada pengurus The Blues, Antonio Conte lewat temu bual yang diadakan di rumahnya di Brazil, baru-baru ini. Costa – seorang pemandu lori sebelum beraksi sebagai pemain bola sepak profesional – bertanya lagi: “Adakah itu layanan yang adil setelah apa yang saya lakukan untuk kelab musim lalu?”

30

Abdul Hakim ‘Usain Bolt’ Mahrez bernasib malang! dalam bikinan DALAM dunia olahraga, nama Abdul Hakim Sani Brown kini menjadi fenomena. Baru berusia 18 tahun, remaja itu disebut-sebut sebagai bakal pengganti Raja Pecut Dunia, Usain Bolt yang kini sedang dalam perjalanan menuju persaraan. Dalam usia yang masih sangat muda, Abdul Hakim berjaya membuat masa peribadi terbaik 10.05 saat untuk acara pecut 100 meter, catatan yang direkodkannya ketika Kejohanan Olahraga Dunia IAAF di London, 5 Ogos lalu. Melihat pada namanya, sukar untuk diduga bahawa remaja berdarah kacukan itu mewakili Negara Matahari Terbit, Jepun. Abdul Hakim yang dilahirkan di Fu-

kuoka pada 6 Mac 1999 mempunyai darah Jepun dari sebelah ibunya, Akiko manakala ayahnya berasal dari Ghana. Sebagaimana kebiasaan anak lelaki, remaja itu mulanya gemar bermain bola sepak namun dinasihatkan oleh ibunya yang juga seorang bekas atlet supaya memberi tumpuan terhadap acara trek. Ketika usianya mencecah 14 tahun, Abdul Hakim yang gemar tidur pada masa lapang selain mendengar muzik hip hop dan rap (dia langsung tidak menyukai muzik irama Jepun), mula memenangi pingat dalam pelbagai kejohanan peringkat sekolah,

wilayah dan kebangsaan, khususnya dalam acara 100 dan 200 meter. Seorang remaja yang pemalu dan gemar merendah diri, Abdul Hakim yang namanya dalam bahasa Jepun disebut Saniburaun Abuderu Hakimu, pernah bersaing dengan Justin Gatlin, atlet pecut dari Amerika Syarikat yang menewaskan Bolt dalam kejohanan IAAF baru-baru ini. Dengan usianya yang masih begitu muda, dia diyakini mampu pergi lebih jauh malah berpotensi untuk menguasai trek pecut dunia suatu hari nanti.

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.