PE RC UM A
ISU 28
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
21
SRK terus dipuja
Keluaran 9 - 15 Ogos 2017
20
Anak bapa
24
Trump suka berdandan
16
4
Baju 'vending machine'
Pelajar cipta nama di Korea
STADIUM MERDEKA DI DATARAN MERDEKA Gambaran perspektif 3D model Stadium Merdeka di Dataran Merdeka.
KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY
KUALA LUMPUR – 31 Ogos ini, sekalian warga kota yang menyertai sambutan ulang tahun kemerdekaan ke 60 akan dibawa ‘kembali’ ke tanggal 31 Ogos 1957. Mereka akan diperlihatkan dengan suasana yang sama seperti kehidupan zaman kemerdekaan, termasuk pada rupa dan gaya orang masa itu berpakaian. Stadium Merdeka juga dibina semula – bukan seperti wujud rupanya hari ini – sebaliknya dalam bentuk binaan asal pada tahun itu. Lokasinya diubah, di Dataran Merdeka. Itulah suasana yang akan dicipta, istimewa untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke 60. Tujuannya adalah untuk membangunkan jiwa generasi muda supaya lebih mendalam cinta mereka kepada negara setelah dipertontonkan perjuangan generasi terdahulu, juga bagaimana mereka meraikan kemerdekaan buat kali yang pertama.
2,3
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA
TERBIT SETIAP RABU
MINGGUAN WARTA PERDANA
Ambil. Baca. Kongsi.
2
9 - 15 Ogos 2017
Dari muka depan
Suasana untuk ge KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY
Suasana sambutan merdeka pada 31 Ogos 1957 akan diimbau semula pada tahun ini.
60 tahun lalu dianggarkan 20,000 hadir bagi menyaksikan buat pertama kali sambutan kemerdekaan di Stadium Merdeka.
Stadium Merdeka menjadi ikon sambutan Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos nanti.
6,000 tempat duduk KUALA LUMPUR – Membina konsep Stadium Merdeka adalah sesuatu yang mencabar dan memberi pengalaman baru kepada Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bagunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyempurnakan sambutan merdeka tahun ini. Timbalan Pengarahnya, Ir Zulkifli Nordin (gambar) berkata, perancangan untuk membina konsep berkenaan diteliti dari pelbagai aspek antaranya jumlah tenaga kerja, keselamatan, jenis peralatan dan jangkamasa persiapan. Menurutnya, pembinaan konsep Stadium Merdeka yang bakal siap pertengahan Ogos nanti boleh memuatkan 6,000 orang di tempat duduk yang disediakan. “Untuk memuatkan 6,000 orang dengan susunan kerusi secara bertingkat di atas Dataran Merdeka bukan perkara mudah. “Soal keselamatan harus diutamakan kerana di bawah dataran ini terdapat ruang tempat kereta dan kompleks perniagaan. Kami perlu meneliti terlebih dahulu keutuhan ‘grandstand’ yang menyerupai Stadium Merdeka ini semasa proses pembinaan dan juga kekukuhan
struktur Dataran Merdeka. “Selain itu juga, skrin gergasi akan diletakkan di sekelilingnya sepanjang 200 meter,” katanya. Menurutnya, tempat duduk ber kenaan mempunyai tujuh bahagian dan se tiap satunya jumlah tempat duduk berbeza. “Reka bentuk pembinaan konsep Sta dium Merdeka ini kami hanya mengambil separuh sahaja daripada stadium yang sebenar. “Dihadapan tempat duduk utama ‘stadium’ berkenaan pula terdapat pentas persembahan yang berkeluasan 76 meter dengan ketinggian 2.5 meter,” katanya. Kata Zulkifli, dibawah ‘stadium’ berkenaan pula terdapat empat terowong dibina supaya suasana seperti Stadium Merdeka sebenar lebih dirasai pada hari sambutan ber kenaan. Dalam pada itu Zulkifli ber kata, dengan te naga kerja yang mencukupi, ope rasi membina kon sep stadium ber kenaan dimulakan awal Ogos lalu. “Kami ada le bih kurang dalam masa dua minggu sa haja untuk me nyiapkan projek ini sebelum raptai Hari Kebangsaan di mulakan,” katanya.
Pembinaan tempat duduk menyerupai Stadium Merdeka giat dijalankan.
KUALA LUMPUR – Hari Kebangsaan pada tahun ini yang diadakan di Dataran Merdeka nanti bakal menampilkan kelainan berbanding sambutan sebelumnya dengan membawa konsep Stadium Merdeka. Ia sekali gus dapat mengembalikan semula nostalgia sambutan kemerdekaan pada 1957. Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kamis Samin (gambar) berkata, sambutan pada kali ini dirancang dengan rapi bagi memperoleh hasil yang membolehkan rakyat merasai impak sebuah negara merdeka seperti Malaysia serta menghayati erti kemerdekaan. Menurutnya, negara ini sudah 60 tahun mencapai kemerdekaan dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkannya. Katanya, generasi muda harus melihat sendiri bagaimana generasi terdahulu dengan penuh semangat menyambut kemerdekaan supaya keadaan itu dapat diwarisi oleh mereka. “Oleh itu, pada tahun ini kami ‘bawakan’ Stadium Merdeka di Dataran Merdeka.
3
9 - 15 Ogos 2017
a 1957 ‘dibawa’ enerasi muda “Pada masa itu seluruh rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana suasana kali pertama Hari Kebangsaan pada 1957 disambut dan tidak pernah lagi ia dilakukan dalam mana-mana sambutan sebelum ini. “Mereka juga akan berasa seolah-olah ada bersama semasa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka pada sambutan itu. “Dengan usaha dilakukan ini adalah menjadi harapan kita semoga dapat membentuk seorang warganegara Malaysia yang mempunyai jati diri dan menghargai sebuah ke mer dekaan,” katanya kepada Warta. Mengulas mengenai per siapan sambutan kemerdekaan tahun ini beliau berkata, ia berjalan lancar dari semua sudut termasuk logistik, perbarisan, persembahan pancaragam dan sebagainya. Katanya, bebera pa agensi yang diberi tugas untuk mela kukan per siapan di D at a r a n
Merdeka sudah memulakan operasi masing-masing. Kamis berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) men jadi tunjang pada sambutan kemerdeka an kali ini. “Pada tahun ini juga DBKL turut memikul tanggungjawab seba gai pelaksana kepada pem binaan konsep Stadium Merdeka melalui Jabatan Pelaksana Projek dan Penyelenggaraan Ban gunan. “Jabatan berkenaan juga merekabentuk pe lan sama seperti Stadium Merdeka yang sedang dibi na di Dataran Merdeka,” katanya. Kamis berkata, pada 31 Ogos nanti dijangka 50,000 orang akan me menuhi Dataran Merdeka bagi men yaksikan p er i s t i w a bersejarah itu.
Lakaran 3D dari sudut atas pembinaan konsep Stadium Merdeka.
INFO : STADIUM MERDEKA Stadium Merdeka digunakan bagi kegiatan pelbagai guna. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium antarabangsa di negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang dan 3,000 darinya di bawah bumbung ketika dibuka. Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 penonton. Stadium ini mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah dalam sejarah tanah air, iaitu pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya. Seramai 20,000 orang membanjiri stadium ini ketika perisytiharan itu dibuat pada pagi 31 Ogos 1957.
Gabungan kumpulan pancaragam terbesar
Kumpulan pancaragam terdiri daripada 11 agensi menjalankan latihan di Dataran Merdeka.
KUALA LUMPUR - Buat pertama kali dalam sejarah negara, pasukan pancaragam terbesar dibentuk khusus untuk persembahan sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-60 yang terdiri daripada gabungan 11 agensi unit beruniform. Ketua Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Tan Sri Norliza Rofli berkata, pada persembahan kali ini, lebih 400 peserta pancaragam terlibat menjayakan sambutan merdeka. Menurutnya, pembaharuan persembahan pada tahun ini adalah untuk menonjolkan tema kesepaduan agensi kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan negara. Norliza berkata, pasukan pancaragam itu diketuai Mejar Mohd Rizal Md Noor dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai Ketua Pengarah Muzik dan dibantu Asistan Superintendan Mesmoro Edward dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta drum major, Mohd Noor Abdul Manan. Katanya, jabatan yang terlibat dalam persembahan pancaragam ini adalah dari Tentera Darat Malaysia (20 anggota), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) (30 anggota), TUDM (30 anggota), PDRM (80 anggota), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (40 anggota), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (50 anggota), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (40 anggota), Jabatan Penjara Malaysia (42 anggota), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) (30 anggota) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (55 anggota). “Bukan mudah untuk mengekalkan kemerdekaan yang dicapai selama 60 tahun dan sudah pasti ia melibatkan agensi pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan yang membantu menjaga kemakmuran negara. “Oleh itu urusetia sambutan
Dari muka depan “Acara sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini adalah sangat berbeza dengan apa yang kita pernah lihat pada masa lalu,” kata Datuk Kamis Samin, Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. “Tujuan kita bawakan
kemerdekaan tahun ini bersetuju memberi penghormatan kepada agensi tersebut dengan menggabungkan sebuah pasukan pancaragam khas sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ini,” katanya ketika hadir melawat raptai pancaragam berkenaan di Dataran Merdeka. Sementara itu, Norliza juga menasihatkan supaya mereka yang terlibat dengan pancaragam berkenaan supaya menjaga kesihatan dan sentiasa mengekalkan stamina kerana persembahan yang bakal diadakan akan menjadi suatu sejarah kepada negara. Norliza juga berkata, peserta pancaragam perlu mengadakan latihan dengan kerap supaya persembahan itu akan diingati rakyat. ”Pada hari bersejarah tersebut, anggota pancaragam akan memulakan persembahan pada jam 7 pagi dan selepas keberangkatan pulang Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhamad V, pasukan pancaragam akan meneruskan persembahan sehingga jam 11 pagi. “Anggota pancaragam juga perlu menampilkan suasana ceria kerana seluruh masyarakat akan berada dalam keadaan gembira sempena ulang tahun kemerdekaan,” katanya. Sementara itu Norliza berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk bekerjasama dengan Malaysia Book of Record (MBR) untuk memasukkan persembahan tersebut sebagai persembahan pancaragam terbesar yang pernah diadakan. Kataya, persembahan pancaragam itu juga akan memainkan lagu patriotik dan juga lagu rasmi agensi masing-masing. Menurutnya, pihaknya juga akan berusaha untuk memasukkan nama peserta pancaragam ke dalam rekod Jabatan Arkib Negara.
kelainan ini adalah supaya generasi muda terutamanya akan lebih berupaya menghayati semangat kemerdekaan setelah diperlihatkan dengan gambaran suasana pada masa itu,” ujarnya. Menurut Kamis, ‘Stadium Merdeka’ yang sedang dibina itu juga 70 peratus menepati rupa sebenar Stadium Merdeka pada 1957.
4
9 - 15 Ogos 2017
Kanak-kanak kutip sisa makanan
SHAH ALAM – “Bayangkan saudara, sisa kambing bakar yang kami makan, jadi rebutan kanak-kanak. Mereka cubit setiap cebisan daging yang masih tinggal dan makan. Sebelum itu, kami tidak tahu mereka berkumpul di luar menunggu kami habis makan,” kata Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia (MCM), Zakaria Abd. Latif mengimbas pengalamannya menyertai misi kemanusiaan di Republik Chad, sebuah negara di Afrika Tengah, beberapa tahun lalu. Apa yang dilihat, kata Zakaria, teramat menyentuh hatinya, juga rakan-rakannya yang berada dalam misi itu. “Itu jugalah yang membakar semangat saya untuk membantu golongan kurang bernasib baik seperti ini di mana-mana tempat di dunia ini,”ujarnya lagi. Sebelum itu, kata Zakaria, gambaran awal yang diperlihatkan oleh penduduk
tempatan sudah cukup untuk menjentik naluri kemanusiaannya. “Kami sampai di kampung di kawasan Gurun Sahara itu tengah hari, selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 350 kilometer – dengan 200 kilometer daripada merentas padang pasir – selama --- jam. Yang menariknya, orang kampung sudah tunggu kami di situ sejak awal pagi. “Mereka tunggu awal kerana dapat maklumat kami akan datang bawa bekalan makanan, jadi mereka bimbang tak dapat kalau datang lewat,” katanya lagi. Republik Chad sebuah negara miskin bekas tanah jajahan Perancis yang mempunyai penduduk seramai 14.45 juta. Negara padang pasir itu bersempadan dengan Libya di Utara, Sudan di Timur, Republik Afrika Tengah di Selatan manakala Cameroon dan Nigeria di Barat Daya.
Ibu negara itu, N’Djamena. Meskipun harga kambing di republik itu hanya RM350 seekor namun kemiskinan hidup penduduknya menyebabkan mereka tidak mampu. Malah untuk membeli makanan lain juga terlalu sukar bagi mereka. Ini ada kaitan dengan polisi penjajah yang sebelum meninggalkan negara Afrika itu, telah membahagikan penempatan penduduk tempatan secara tidak adil. Mereka menempatkan rakyat minoriti Kristian yang berjumlah kira-kira 40 peratus di wilayah Selatan yang lebih subur manakala penduduk Muslim di kawasan tandus gersang Gurun Sahara. “Apa yang dilakukan penjajah meninggalkan kesan sampai sekarang.Kesukaran ekonomi dan juga keadaan bumi tempat tinggal mereka yang tandus menyebabkan kehidupan penduduknya sangat sukar,” kata Zakaria. Chad memperolehi
Nasib penduduk Islam Afrika sememangnya teramat memerlukan perhatian dunia terutama daripada masyarakat di negara-negara Islam yang kaya.
Beli baju guna 'vending machine' CALIFORNIA - Jenama fesyen popular Jepun, Uniqlo memperkenalkan jualannya menggunakan mesin layan diri di Lapangan Terbang Oakland, California. Sembilan mesin lain akan muncul di lapangan terbang dan pusat membelibelah terkenal termasuk di Los Angeles, Houston dan New York dalam beberapa bulan akan datang. Jualan ini adalah untuk baju lelaki dan wanita serta jaket. Ketua Eksekutif Uniqlo Amerika Syarikat (AS), Hiroshi Taki berkata, teknologi itu untuk memudahkan pelancong mendapatkan jaket dan baju secara mudah.
Syarikatnya berharap ia akan membantu menarik pelanggan terhadap produk Asia, yang telah lama berusaha mempertingkatkan pasaran AS. Lapangan terbang dan pusat membelibelah dipilih sebagai lokasi memandangkan ia adalah lokasi strategik di samping bercadang menambah 45 buah kedai lagi di negara itu. Bagimanapun pihak syarikat tidak bercadang melebarkan jualan melalui mesin ini di luar dari AS. Peruncit yang dimiliki oleh Fast Fashion Jepun ini, mempunyai hampir 1,900 kedai di seluruh dunia yang menjual pakaian kasual murah.
kemerdekaan daripada Perancis pada 11 Ogos 1960. Untuk itu, kata Zakaria, MCM melancarkan dana untuk membantu penduduk Muslim di wilayah yang sukar ini menerusi Misi Ibadah Qurban sempena Aidiladha 2017. “Usaha ini kita buat setiap tahun, dan seperti tahuntahun yang lepas, tahun ini kita akan bantu mereka lagi. Bukan saja di Republik Chad, Misi Ibadah Qurban MCM adalah di serata dunia, termasuk juga di Malaysia di mana kita rasa perlu membantu saudara Islam kita yang kurang bernasib baik,” katanya. Selain ibadah korban, MCM juga banyak terlibat dengan misi kemanusiaan di serata dunia termasuk Syria, Palestin, Kemboja dan banyak negara-negara lain sebagai
Zakaria Abd. Latif
langkah membela nasib saudara sesama Muslim yang kurang bernasib baik. Nombor akaun bank Maybank (5644 9041 3882); Bank Islam (140 140 1014 7470) Bank Muamalat (140 1000 7654 717) Individu yang berhajat boleh hubungi Hj. Zakaria (012 6935938); Hj. Johari (016 9978323); Safwan (013 4886447) untuk maklumat lanjut atau emel kepada zakaria.abdlatif@gmail. com atau muslimcare. secretariat@gmail.com. Tarikh tutup penyertaan adalah seminggu sebelum tarikh Aidiladha.
KADAR BAYARAN PENYERTAAN IBADAH QURBAN MUSLIM CARE MALAYSIA Wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak Kemboja Indonesia (Palembang) Indonesia (Malang, Surabaya) Indonesia (Pekan Baru) Nepal Sri Lanka Syria/ Turki Syria/Jordan Palestin/ Gaza Yemen Republik Chad Poland/ Eropah Mesir
Lembu Kambing (Sebahagian) (Seekor)
RM600 RM350 RM800 - RM600 RM350 - - - - - - -
Unta (Sebahagian)
- -
-
RM750
-
RM650
-
RM750 RM350 RM1,000 RM1,000 RM1,850 RM550 RM350 RM700 -
RM450
5
9 - 15 Ogos 2017
Cerita aku dengan kasut koyak 16
SUATU hari, aku ke sebuah kedai kasut. Selepas belekbelek kasut hi-cut di kedai tingkat empat sebuah mall itu, aku terus pakai. Maklumlah, kasut yang aku pakai sudah koyak. Jumpa yang berkenan, terus sambarlah. Kasut yang koyak itu aku campak ke dalam bakul sampah di kedai itu juga. Kasut itu memang aku sayang, sudah dua tiga tahun juga aku pakai sejak beli dengan harga ‘offer’ di Sogo. Usin Misai, tukang kasut di Bandar Tasik Puteri, Rawang sudah berkali-kali suruh aku beli kasut baharu kerana katanya, tidak ada tempat lagi untuk dia jahit setiap kali aku hantar kasut itu untuk dibaiki. Dan kali ini, aku terpaksa ikut nasihat Usin Misai kerana katanya, kalau aku hantar juga lagi, dia tidak mahu jahit! Mahu tak mahu, terpaksalah aku beli kasut
baharu. Dengan hati yang tidak begitu rela, kasut itu terpaksa aku buang ke dalam bakul sampah. Dengan kasut baharu, aku melangkah ke kaunter. Alamak! Ketika itu baru aku tersedar, wang dalam dompet tak cukup sedangkan kasut yang hendak dibeli, sudahpun aku pakai. Aku hulur kad kredit, juru wang itu menolak: “Maaf encik, kami tak terima kad!” Aduhai! Tebalnya muka hanya tuhan yang tahu. Dalam keadaan pipi yang terasa seperti labuh ke lantai, aku melangkah ke arah tong sampah. Aku ambil semula kasut koyak yang dibuang tadi, dan aku pakai. Dalam hati, aku berkatakata: “Kuat juga jodoh kita ya kasut koyak!” Kasut baharu aku masukkan ke dalam kotak dan letak semula di rak. Gadis juru jual memerhati. Mungkin dalam hatinya tertanya-tanya: “Apa kena orang ni? Datang nak beli kasut pun bawa duit tak cukup!”
Cipta kuku palsu kucing
Kuku palsu itu mempunyai 40 pilihan warna dan dijamin anti-cakaran selama enam hingga lapan minggu.
VICTORIA, AUSTRALIA Cally Loridas, pengasas salun haiwan mencipta aksesori terkini khas buat haiwan peliharaan. Dunia fesyen kucing kini menambah senarai hiasan iaitu kuku akrilik berwarna yang mencegah haiwan kesayangan mencakar perabot. Pemilik kucing sekitar Victoria singgah di Salun Haiwan Scratch & Sniffs di Cheltenham, selepas mendengar khabar Loridas memakaikan kucingnya kuku silikon yang bergaya dan dapat mencegah haiwan itu dari mencakar perabot dan kaki tanpa menghalang pergerakan mereka. Kuku palsu itu mempunyai
40 pilihan warna dan dijamin anti-cakaran selama enam hingga lapan minggu kini semakin laris di pasaran negara itu. “Ia hanya akrilik yang disalut ke kuku sebenar kucing dan ia tidak menghalang pergerakan,” kata Lorridas, yang merupakan salah seorang pendandan terbaik di Australia. “Kami tidak menggunakan sebarang sedasi, jadi ia satu proses yang lembut, senyap dan tenang. Kucing saya juga memakainya,” katanya. Satu set kuku akrilik untuk kucing (empat kuku) berharga 35 AUD (RM119) atau 25 AUD (RM85.34) jika anda menempah sebagai salah satu sesi berdandan.
Aduh! Sambil itu, aku pura-pura tanya, “dik, di mana mesin ATM yang terdekat?” Sengaja nak tutup malu. Sememangnya aku tahu ATM ada di tingkat bawah plaza itu. Selesai urusan di ATM, aku datang semula ke kedai itu, bayar harga kasut baharu dan kasut yang koyak, aku campak semula ke dalam bakul sampah. Mujurlah insiden memalukan itu, berakhir setakat itu sahaja. Katakanlah jika ini yang berlaku: Setelah kasut koyak aku campak ke dalam bakul sampah, ada pekerja pembersihan datang pungut kasut itu, masuk guni dan bawa pergi. Tersedar wang untuk bayar harga kasut tidak cukup, aku cuba kejar si pemungut sampah. Dan kerana hendak cepat, aku terlupa kasut yang aku pakai itu belum lagi dibayar harganya. Gadis juru jual itu pula menjerit: “Pencuri! Pencuri!” sambil menunjuk ke arah aku yang sedang berlari mengejar pemungut sampah. Pengawal keselamatan datang kejar, dan akhirnya aku ditangkap, dibawa ke balai
polis, tidur lokap. Tiba harinya, aku dihadap ke mahkamah dan didapati bersalah kerana curi kasut. Aku didenda dan dihukum penjara. Esoknya keluar dalam surat khabar berita bergambar ‘WARTAWAN DIPENJARA CURI KASUT RM150’. Turut tertera gambar aku keluar dari mahkamah dengan baju lokap, tangan pula digari. Oleh kerana berstatus banduan, aku dibuang kerja. Sejak itu, hidup aku melarat hingga ke akhir hayat. Aduhai, itu bukan mustahil berlaku meskipun puncanya hanya tidak bawa wang yang cukup untuk beli kasut. Dalam perjalanan balik, aku terfikir insiden kecil itu sebenarnya menyimpul seribu satu iktibar untuk direnungi. Yang pertama, untuk melakukan sesuatu, kita perlu timbang soal kemampuan dan setelah ada kemampuan, barulah buat keputusan. Dalam hal ini, kemampuan aku rujuk pada wang dalam bank. Aku lulus. Wang bukan tidak ada, tetapi dalam bank. Yang kedua, buat persiapan.
Jika tidak ada persiapan, masalah yang tidak sepatutnya timbul pun boleh berlaku. Ini yang aku kantoi kerana tidak menyediakan wang yang cukup dalam dompet sebelum ke kedai kasut. Yang ketiga, kerana terlalu ‘mengejar’ yang baharu, kita mudah sahaja buat keputusan untuk buang apa (atau siapa) yang teramat banyak jasanya kepada kita. Dalam kejadian itu, kerana terlalu ghairah dengan kasut baharu, aku tak ambil pusing harganya yang belum langsai ketika buang kasut koyak ke dalam bakul sampah. Sungguh tidak patut! Ini hanya kisah aku dengan kasut. Bagaimana pula dengan yang lain? Jangan terkantoi kerana tidak buat persediaan. Satu lagi, jangan lupa kepada yang sudah banyak berjasa!
Nasa tawar kerja pelik
WASHINGTON D.C - Bunyinya mungkin kedengaran pelik dan melucukan tetapi tawaran ini adalah benar. Agensi Pentadbiran Ang kasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) menawarkan tugas untuk mempertahankan bumi daripada ancaman makhluk asing dan me na warkan gaji sebanyak enam angka. Tugas sepenuh masa itu yang digelar sebagai 'pegawai perlindungan planet' akan melibatkan peranan untuk memastikan manusia yang menjalankan misi di angkasa tidak mencemarkan planet dan bulan. Selain itu, pegawai tersebut perlu memastikan se barang unsur makhluk asing tidak menjejaskan bumi. Nasa sedia membayar gaji sehingga AS$187,000 (RM801,103) setahun termasuk manfaat lain. Iklan jawatan itu bertulis," Perlindungan planet me libat kan pencegahan unsur organik dan biologi yang melekat pada manusia (angkasawan) dan robot penjelajahan angkasa." "Nasa mengekalkan dasar untuk melindungi planet termaktub kepada semua misi penerbangan ke angkasa yang mungkin secara sengaja atau tidak membawa masuk unsur asing ke bumi." Tempoh khidmat bagi tugas itu adalah selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan
sehingga lima tahun. Jawatan tersebut dicipta selepas AS menandatangani Per janjian Luar Angasa pa da 1967 dengan harapan meng kaji angkasa lepas dan mengendalikan penerokaan angkasa selain mengekang kemasukan sebarang unsur asing yang berbahaya. Pegawai yang bakal dilantik itu akan terlibat dalam misi ekspedisi Nasa ke Europa, sebuah bulan Jupiter. Misi ke bu lan Jupiter itu me nelan belanja AS$2.7 bilion dan telah di luluskan oleh Kongres de ngan tugas mengkaji permukaan bulan sama ada boleh didiami atau tidak. Calon perlu mengembara dengan kerap selain memiliki p e n g a l a m a n sekurang-kurangnya setahun sebagai
pegawai tinggi kerajaan. Dari segi kelayakan akademik pula, calon perlu memiliki kelulusan sains fizikal, kejuruteraan atau mate matik. Bagaimanapun, hanya pen duduk AS sahaja dibenarkan memohon jawatan itu.
WTD, sama baki akhir KUALA LUMPUR - Jumlah wang dalam akaun bank tetap sama sekali pun disimpan sejak 10 tahun lalu, itu penjelasan oleh seorang pegawai pejabat Akauntan Negara yang menghubungi Warta minggu lalu untuk menjelaskan situasi sebenar dan juga sebagai pemakluman kepada orang ramai berhubung Wang Tidak Dituntut. Katanya, jika pemilik akaun bank mempunyai baki RM10 sejak 10 tahun lalu, jika dia datang membuat semakan sekarang, maka jumlahnya masih RM10.
6
9 - 15 Ogos 2017
DUNIA MINGGU INI
TOKYO - Aksi ahli gusti sumo sekolah rendah di kejohanan gusti Sumo Wanpaku, Tokyo mendapat tepukan gemuruh para penonton yang terhibur dengan pertarungan mereka.
TODI, Itali - Seorang penduduk di Todi, Itali berpuas hati apabila dia akhirnya berjaya memulakan ekspidisi belon udaranya selepas menyimpan hasrat melakukannya sejak sekian lama.
SULAWESI - Pelajar sekolah menengah terpaksa menyeberangi Sungai Ranteangin menggunakan jambatan takal dalam perjalanan pulang ke Kampung Maroko, di Kolaka Utara, Indonesia.
TAIPEI - Seorang wanita jatuh selepas cuba berpaut pada pagar ketika angin kencang ekoran Taufan Nesat melanda Taipei.
LAHORE - Seorang penyokong Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif keletihan selepas menyertai himpunan membantah keputusan Mahkamah Agung untuk membatalkan kedudukan Sharif sebagai Perdana Menteri di Lahore, Pakistan.
ST.PETERSBURG - Seorang anggota muzik pasukan tentera sedang melakukan persembahan sementara jet pejuang Rusia melakukan formasi semasa perarakan Hari Angkatan Laut di Kronshtadt, sebuah bandar pelabuhan di pinggir bandar St. Petersburg.
Bisnes
9 - 15 Ogos 2017
Grab tingkat ciri keselamatan KHIZAIRI KHIZAN
KUALA LUMPUR – Syarikat perkhidmatan pengangkutan melalui aplikasi, Grab mem perkenalkan inisiatif ba haru untuk meningkatkan keselamatan penumpang dan pemandu di jalan raya. Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata, antara inisiatif diperkenalkan seperti butang kecemasan, kamera dalam kere ta dan program telematik. “Keselamatan sentiasa men jadi keutamaan Grab, ia sejajar dengan tujuan Grab ditubuhkan untuk menjadi pengangkutan yang selamat di seluruh Asia Tenggara. “Sedar dengan kepercayaan penumpang kerana memilih Grab, pengenalan ciri kese lamatan ini sebagai usaha me nambah baik perkhidmatan un tuk terus berkembang,” katanya. Menurutnya, butang ke cemasan berfungsi apabila Grab memasukkan butang kecemasan sentuhan dalam apli kasi yang menghubungkan penumpang ke Perkhidmatan Respons Kecemasan Kebangsaan (MERS 999) jika berlaku kecemasan. “Kamera Eangle-i CVR dalam kereta membantu pemandu wanita terutama di Lembah Klang bagi mengelakkan
Grab sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan pemandu.
gangguan kerana ia berfungsi sehingga 90 minit rakaman dengan paparan 120 darjah. “Sementara program tele matik pula adalah gabungan pembelajaran dan analisis ra ma lan yang akan mengenal pasti tabiat pemandu. Setiap ming gu, pemandu akan me nerima ring kasan prestasi pemanduan mereka untuk rujukan dan pening katan selanjutnya,” katanya. Pada masa yang sama, inisiatif diperkenalkan itu juga disambut baik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pihaknya gembira Grab bertindak balas terhadap permintaan untuk memasukkan butang kecemasan dalam aplikasinya. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan menggalakkan pengendali e-hailing seperti Grab untuk mengadakan pertemuan berterusan dengan pengawal selia bagi mencapai visi kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang lebih selamat.
Guna Touch ‘n Go beli Coca Cola KUALA LUMPUR – Kad Touch ‘n Go yang sering digunakan di plaza tol dan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT kini boleh digunakan dalam pelbagai urusniaga. Dalam meluaskan ke gu naannya, Touch ‘n Go me lakukan kerjasama dengan Ventaserv Sdn Bhd dan Coca Cola Resfreshments (M) Sdn. Bhd. bagi membolehkan kad berke naan digunakan untuk baya ran di mesin layan diri kendalian Ventaserv, yang berisi pelbagai produk minuman Coca Cola. Ketua Pegawai Eksekutif VentaServ, Sophia Lim berkata, Ventaserv meng gunakan mesin yang baharu buatan Jepun, jadi ia boleh bertahan lebih lama dan kurang penyelenggaraan. Malah katanya, pihak nya juga
yang pertama menyediakan mesin layan diri dilengkapi sistem pintar serta tanpa tunai. “Ventaserv merancang untuk memasang 1,000 mesin layan diri di sekitar Lem bah Klang menjelang akhir tahun ini. “Mesin ini akan diisi dengan produk minuman Coca Cola seperti minuman bergas, jus buah, air isotonik, air teh dan juga air mineral,” katanya. Sementara itu, Touch ‘n Go turut mengumumkan ber mula dari 25 Julai lalu hingga 30 September 2017, 50 pengguna dengan perbelanjaan tertinggi di mesin layan diri Ventaserv akan menerima hadiah berupa satu set kad Touch ‘n Go edisi terhad Coca Cola berisi RM5 beserta 1 karton minuman berkenaan.
7
Penetapan harga minyak masih dibincang KUALA LUMPUR Ke menterian Perdagangan Da lam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ma sih lagi berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menambah baik pelaksanaan penetapan harga petrol dan diesel yang dilaksanakan ketika ini. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perbincangan itu dilakukan setelah mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk ber sama syarikat pengeluar minyak pada 20 Jun dan para pengusaha stesen petrol pada 6 Julai lepas. ”Kementerian masih ber bincang dengan Kementerian Kewangan bagi mengambil ki ra segala faktor sebelum dapat melaksanakan strategi baharu ini," katanya persidangan Dewan Rakyat di sini. Hamzah berkata, pe lak sanaan strategi baharu pe ne tapan harga itu juga akan mengambil kira kepentingan se mua pihak termasuk
kemampuan pengguna untuk membayar harga tersebut. Mengenai aduan pengusaha stesen minyakbahawa mereka mengalami kerugian beri ku tan pelaksanaan penetapan harga secara mingguan seka rang, beliau berkata, kerajaan me laksanakan inisiatif untuk memastikan bahawa kerugian yang dialami masih boleh diterima. Antaranya termasuk menggalakkan pengusaha me nyediakan kemudahan kedai runcit di stesen minyak untuk membantu menjana pen dapatan tambahan serta men jalankan program-program promosi di stesen minyak bagi menarik lebih ramai pe lang gan ke kedai runcit tersebut. Hamzah berkata, trend ke nai kan harga minyak du nia sejak beberapa ming gu kebelakangan ini diha rap dapat membantu mengurangkan kerugian yang dialami para pengusaha stesen min yak sehingga strategi ba haru diumumkan kelak.
Pelaksanaan strategi baharu penetapan harga itu juga akan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk kemampuan pengguna untuk membayar harga tersebut.
BSN jangka tambah pendeposit SSP KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) menjangka dapat menambah jumlah pendeposit Sijil Simpanan Premium (SSP) pada separuh kedua 2017 berikutan ekonomi yang lebih baik, kata Naib Presiden Kanan dan Ketua Perniagaan Runcit dan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah. “Pada separuh pertama 2017, pendeposit kami meningkat kepada 2.8 juta bernilai RM3.26 bilion, berbanding 2.62 juta penyimpan bernilai RM3.02 bilion yang dicatat dalam tempoh yang sama setahun lalu. “Kami berharap untuk mendapat lebih ramai pendeposit pada separuh kedua, terutama ketika setiap orang mula menyimpan selepas bulan puasa dan Aidilfitri. “Malah sejak beberapa tahun lalu kami melihat jumlah pendeposit untuk produk ini meningkat dan berikutan itu, BSN telah memperkenal kategori baharu khusus bagi menggalak go longan belia berumur 12 hingga 17 tahun untuk mula menyimpan untuk masa depan mereka,” katanya selepas mengumumkan pemenang bulanan cabutan “12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan” yang
bertujuan menyemai amalan menyimpan dalam kalangan pelanggan. Penyimpan yang mempunyai minimum RM10 dan ke atas lebih daripada sehari berpeluang memenangi kereta mewah serta hadiah lain melalui cabutan bulanan tersebut. Mearia berkata, BSN mempunyai beberapa produk simpanan bagi seperti Giro, deposit berjangka (konvensional dan Islam) serta SSP. “Kami mahu wujudkan kepelbagaian kepada pelanggan yang menyimpan duit mereka dengan kami untuk pelbagai tujuan. Di samping beberapa produk simpanan baharu, bahagian pembangunan produk BSN sedang berusaha untuk menambah baik produk semasa kepada pelanggan," katanya. BSN berkata, keseluruhan hadiah SSP yang ditawarkan tahun ini bernilai RM17.7 juta. Ciri-ciri utama khusus SSP BSN terma suk patuh syariah, hadiah dike cualikan cukai dan terdapat pelbagai saluran untuk menyimpan seperti melalui cawangan, ATM CDM, ejen bank, perbankan Internet MyBSN serta SMS.
8
9 - 15 Ogos 2017
BISNES
NEF lantik ahli jawatankuasa baharu KUALA LUMPUR - Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) mengumumkan ahli jawatankuasa persatuan yang baharu bagi 2017 sehingga 2019. Presidennya, Mohd Rashdan Ramlee (gambar) berkata, NEF sebagai organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan usahawan Bumiputera dalam sektor ICT melantik Khairil Iszuddin Ismail sebagai Naib Presiden, Mohd Yusno Mohd Yunos sebagai Naib Presiden II; Setiausaha, Mohd Farid Mohd Nor; Timbalan Setiausaha, Nasir Sobri dan Bendahari, Nuraizah Shamsul Baharin.
Manakala ahli majlis pula kata Mohd Rashdan, mereka terdiri daripada Hasril Noordin, Datuk Azhar Ismail, Nizran Nordeen, Syed Ahmad Fuqaha Syed Aqil, Mohd Izzairi Yamin,
Haslinda Rasip dan Nadhir Ashafiq Zainal Abidin. “Walaupun NEF tidak menawarkan pembiayaan sendiri, matlamatnya adalah untuk membantu ahli menyedari peluang pembiayaan dari organisasi lain, selain melobi organisasi untuk meningkatkan pembiayaan dalam sektor ICT. “NEF merangka satu inisiatif dipanggil ‘Inisiatif Nakhoda’ untuk mengetengahkan syarikat Bumiputera berteknologi yang berkebolehan, berprestasi tinggi dan syarikat Bumiputera ‘startup’ ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
IWK kutip 87 peratus bil tertunggak
IWK sentiasa memastikan loji olahan kumbahan dan rangkaian saliran paip pembetungan awam diselenggara dengan cekap untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
KUALA LUMPUR - Indah Water Kon sor tium (IWK) berjaya mengutip 87 pe ra tus daripada RM8 juta bil per khidmatan pembetungan tertunggak yang terkumpul sejak 1997, kata Pe mangku Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid. Beliau berkata. usaha proaktif IWK mem beri kesedaran kepada pengguna terha dap kepentingan perkhidmatan pembetungan. “Kadar kutipan bil IWK me nun jukkan perkembangan positif dengan pel bagai inisiatif diambil antaranya bertemu pelanggan, menghantar surat peringatan serta kempen kesedaran. IWK tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan tegas sehingga menyukarkan pengguna, namun ingin saya tegaskan bahawa kesedaran un tuk membayar bil secara efisien amat diperlukan,” katanya. Mohamed Haniffa berkata, walau pun IWK sebelum ini berdepan jumlah tunggakan bil pembetungan yang tinggi, namun syarikat pembe tungan nasional itu mampu bertahan lebih 20 tahun hasil pengurusan cekap kakitangannya. Mohamed Haniffa berkata, IWK men genakan caj perkhidmatan pre mis domestik yang sangat rendah iaitu RM8 sebulan dan bil dihantar kepada pengguna setiap tiga bulan. “Bayangkan betapa rendah caj yang kami kenakan sejak 20 tahun lepas tanpa sebarang kajian semula. Ini jelas menunjukkan kerajaan memainkan pe ra nan yang besar memperuntukkan sejumlah wang
bagi melancarkan operasi IWK,” katanya. Beliau berkata, IWK sentiasa me mas tikan loji olahan kumbahan awam dan rangkaian saliran paip pem be tun gan awam dikendali dan dise leng ga ra dengan cekap demi menjaga kebersi han alam sekitar selain melindungi ke sihatan pengguna daripada penyakit ber jangkit bawaan air seperti kepialu, taun dan polio. Mohamed Haniffa berkata, IWK se hingga kini mempunyai 3.6 juta peng guna meliputi 87 kawasan pihak ber kua sa tempatan (PBT), kecuali Majlis Perbandaran Johor Bahru, Majlis Perban daran Pasir Gudang serta PBT di negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak. “Daripada jumlah itu, sebanyak 3.2 juta pengguna adalah pelanggan domes tik (800,000 daripada jumlah itu me rupakan pengguna yang menetap di ka wasan perumahan kos rendah) manakala selebihnya adalah pelang gan bu kan domestik,” katanya. IWK menjalankan operasi dan penye lenggaraan sistem pembetungan awam bagi 6,566 buah loji olahan kumbahan termasuk paip pem betungan awam bawah tanah sepanjang 18,293 kilometer. Syarikat itu mengamalkan sistem pem betungan moden dan efisien bagi memastikan kumbahan dirawat sebelum disalurkan ke sungai, parit dan laut. Mohamed Haniffa berkata, beliau akan memastikan tiga objektif IWK iaitu memelihara sumber air, me lin dungi kesihatan awam serta me wu judkan persekiÂtaran bersih dan selamat tercapai berlandaskan Transformasi IWK 2020 (TI2020) yang menekankan sistem pengurusan cekap.
Penerbangan Vietnam-China tingkat sektor pelancongan
KUALA LUMPUR - Kedatangan pelancong China ke Vietnam un tuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini, mencecah 2.2 juta orang iaitu peningkatan se banyak 51 peratus dari tahun ke ta hun dan angka itu dijangka meningkat selepas pelancaran pe nerbangan terus antara ban dar Da Nang, Vietnam dengan Zunyi di China. Agensi berita Vietnam me la porkan, perkhidmatan berke naan bermula 5 Ogos lalu meng gunakan pesawat Airbus A321. Pesawat dijadual berlepas pa da 12.10 malam dari La pan gan
Terbang Antarabangsa Da Nang dan dijangka tiba di Lapangan Ter bang Zunyi Xinzhou China pada jam 3.55 ma lam waktu tempatan dan ber lepas dari Zunyi jam 4.55 petang pada ha ri sama dan tiba di Da Nang, 7 malam. Penerbangan akan ber ope ra si setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Laluan itu adalah pe ner ban gan antarabangsa pertama Zunyi tahun ini, dijangka mem bantu meningkatkan sektor pe lancongan, perniagaan dan pela buran antara kedua-dua bandar.
MAHB: Untung sebelum cukai suku kedua melonjak KUALA LUMPUR - Keuntungan sebelum cukai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada suku kedua berakhir 30 Jun 2017 melonjak kepada RM92.31 juta berbanding RM17.51 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, pengendali lapangan terbang itu berkata, pendapatan meningkat kepada RM1.09 bilion daripada RM997.6 juta sebelum ini. MAHB berkata, trafik penumpang yang dikendalinya telah meningkat kepada 47.3 juta tahun ke tahun berbanding 42.1 juta sebelum ini dan trafik penumpang antarabangsa serta domestik masingmasing bertambah 15.1 peratus dan 9.4 peratus. Trafik penumpang di terminal utama KLIA melambung 23.3 peratus
tahun ke tahun (antarabangsa: 24.4 peratus, domestik: 20.1 peratus) dan trafik penumpang di klia2 meningkat 7.2 peratus (antarabangsa: 7.7 peratus, domestik: 6.1 peratus). MAHB berkata, ia menjangka peningkatan pertumbuhan penumpang dipacu oleh fakor seperti langkah-langkah pengenduran visa untuk China an India dan pertambahan pengembara tempatan serta perjalanan umrah, tambang kompetitif dan kadar pertukaran yang menarik untuk pelancong asing.
Untung CIMB Niaga naik 87.5 peratus KUALA LUMPUR - Untung bersih disatukan yang belum diaudit PT Bank CIMB Niaga Tbk (CIMB Niaga) bagi separuh pertama 2017 naik 87.5 peratus kepada 1.4 trilion rupiah, atau perolehan sesaham sebanyak 54.92 rupiah. CIMB Group Holdings Bhd berkata, peningkatan keuntungan bersih itu disokong oleh kenaikan pendapatan faedah bersih (NII) sebanyak 8.9 peratus tahun ke tahun kepada 6.33 trilion rupiah dan 16.9 peratus penurunan tahun ke tahun dalam perbelanjaan peruntukan. Presiden Pengarah, Tigor M Siahaan, berkata CIMB Niaga optimis prestasi yang positif pada separuh pertama 2017 akan memberi rangsangan yang kukuh bagi peningkatan keputusan yang akan datang. "Pendapatan operasi kami meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun manakala kos dikawal dengan baik dan naik hanya 2.3 peratus tahun ke tahun.
"Kami akan terus mengimbangi semula lembaran imbangan kami secara berperingkat dan melaksanakan inisiatif pengoptimuman modal. Prospek kualiti aset dijangka meningkat sejajar dengan portfolio kami untuk mengimbangi semula dan menambah baik dasar pengurusan risiko," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. CIMB Niaga ditubuhkan sebagai Bank Niaga pada 1955. CIMB Group menguasai 92.5 peratus pegangan dalam CIMB Niaga (termasuk PT Commerce Kapital 1.02 peratus). Bank itu menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dan konvensional yang komprehensif, melalui rangkaian saluran penyampaian yang luas sebanyak 574 saluran rangkaian di seluruh Indonesia hingga pada 30 Jun 2017.
9
9 - 15 Ogos 2017
BISNES
Rafiz Azuan CEO baharu PIDM KUALA LUMPUR - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) melantik Rafiz Azuan Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 28 Ogos ini. Dalam satu kenyataan, Pengerusi PIDM, Tan Sri Dr. Abdul Samad Alias (gambar) berkata, Rafiz dilantik sebagai CEO oleh Menteri Kewangan atas syor Lembaga Pengarah. "Pelantikan beliau adalah hasil proses perancangan penggantian CEO bermula pada 2013. "Proses ini memastikan peralihan kepimpinan yang lancar dan penting dalam mengekalkan pasukan pengurusan yang kukuh. "Lembaga Pengarah yakin Rafiz berupaya mengambil alih tanggungjawab kepimpinan dan terus memajukan PIDM,"
kata Samad. Rafiz menggantikan Jean Pierre Sabourin, CEO pengasas yang akan bersara pada 27 Ogos 2017 selepas 12 tahun menyumbang khidmat cemerlang. Rafiz berkhidmat dengan PIDM sejak 2007 dan kini merupakan Pengurus Besar Eksekutif.
Sebelum itu, beliau bertugas sebagai Pengurus Besar Bahagian Insurans, Penilaian dan Pemantauan Risiko. Sebelum menyertai PIDM, Rafiz berkhidmat selama 10 tahun bersama Agensi Penarafan Malaysia (RAM), dengan pengkhususan dalam penarafan institusi kewangan, hartanah, serta syarikat perladangan dan pembinaan. Rafiz merupakan lepasan dari Lancaster University, UK pada 1995, dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan. Beliau kemudiannya memperoleh kelayakan perakaunan profesional 'Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)' dari Emile Woolf College, London.
Maybank terus ambil pekerja KUALA LUMPUR - Mala yan Banking Berhad (Maybank) akan terus me ng ambil pekerja walau pun menghadapi pelbagai cabaran berikutan ketidak tentuan ekonomi global. Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abd Manaf berkata, bank itu tidak akan ber tindak membuang pekerja secara besar-besaran walau pun menghadapi tekanan ekonomi, termasuk kenaik an kos. Menurutnya, Maybank tidak akan berhenti me ngambil pekerja tetapi akan berhati-hati, terutama
dalam memilih calon yang tepat dan pada masa sama tidak mengetepikan perkerja sedia ada. "Maybank sentiasa me merlukan pekerja dan idea baharu bagi memastikan kami akan terus berdaya saing dan berkembang di peringkat global, termasuk mencari cara baharu dalam menghadapi ekosistem dan perkembangan teknologi yang canggih hari ini," katanya.
Nora berkata, pekerja baharu bukan sahaja dapat memberi input baharu tetapi juga membantu pekerja sedia ada berkembang dan maju. MGAC, peraduan ba kat perniagaan, adalah sebahagian daripada aspirasi bank itu bagi mewujudkan kum pulan pemimpin per niagaan dan pakar ke wangan masa depan kelas dunia untuk rantau ini.
53,285 perniagaan ‘online’ berdaftar
KUALA LUMPUR - Sebanyak 53,285 perniagaan dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malay sia (SSM) setakat 10 Julai lalu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata, bagi menggalakkan pematuhan pendaftaran per niagaan dan pengenalan kepada perniagaan dalam talian yang meliputi per niagaan, syarikat dan per kongsian liabiliti terhad, SSM menganjurkan Karnival SSM-One (Online Networking Entrepreneurs) di seluruh negara. "Di peringkat ke men terian, kami menawarkan insentif berbentuk keusaha wanan digital kepada per niagaan kecil dalam talian yang memfokuskan kepada aspek pendidikan dan ke mahiran. "Latihan dan kursus yang ditawarkan oleh ke menterian merangkumi latih an lapangan, simulasi, kaedah strategi pemasaran digital melalui media sosial dan perniagaan dalam talian yang efektif yang dilaksanakan secara bersama dengan agensi kerajaan, institut pengajian tinggi, pi hak industri, badan bu kan kerajaan (NGO) dan
Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)," katanya. Henry berkata, agensi lain turut menawarkan program dan latihan kepada perniagaan kecil dalam talian iaitu Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); agensi peneraju untuk memandu Malaysia ke arah ekonomi digital; dan SME Corporation Malaysia (SME Corp); agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) terlibat dalam per niagaan dalam talian. "MDEC menawarkan pro gram e-Usahawan di Institusi Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) awam yang terpilih di seluruh negara untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan belia dan mikro dalam meng gunakan platform digital dan media sosial untuk meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran. "SME Corp turut me nawarkan latihan ke usahawanan dan pemasaran dalam talian kepada peniaga PKS serta membantu dalam mengurangkan kos yuran penyertaan PKS di platform e-dagang seperti Alibaba dan eBay," katanya.
S 400 h AMG Line kini di Malaysia
Kontrak LRT3 lebih RM2 bilion
KUALA LUMPUR - Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan penawaran varian baharu bagi model S-Class, S 400 h AMG Line, bagi pasaran Malaysia. Ia adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan kereta sedan mewah yang sesuai dengan personaliti dan citarasa tinggi. S 400 h AMG Line baharu ini ditawarkan dengan sisi yang ‘sporty’ dengan bancuhan elemen mewah dan sofistikated. Dengan penggayaan AMG, rim aloi ringan AMG bersaiz
KUALA LUMPUR - Tiga lagi kontrak utama bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bernilai antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion dijangka dimuktamadkan pada hujung bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, kontrak-kontrak tersebut merupakan pakej kerja utama dan hanya akan dianugerahkan kepada syarikat tempatan. Beliau berkata, Prasarana kini dalam proses akhir meneliti dan memuktamadkan proses bidaan tender bagi pakej kerja berkenaan dan ia akan diumumkan kelak. “Kita memang mengutamakan syarikat-syarikat tempatan dan Prasarana menyasarkan 50 peratus daripada kontrak LRT3 diberikan kepada syarikat Malaysia,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara Prasarana dan CRRC Zhuzhou
19 inci dan juga dua corong paip ekzos, membuatkan penampilannya cukup dinamik. Ditambah pula dengan gerbang roda yang lebih besar untuk roda AMG menyerlahkan lagi sifat sporty varian ini. Bukan itu sahaja, kehadiran cakera brek berliang turut menambahkan lagi prestasi model ini. Elemen lain yang masih dikekalkan termasuklah lampu utama Projektor LED Adaptif dengan High Beam Assist serta lampu nyalaan siang LED. Malahan di belakangnya juga dipadankan dengan lampu kombinasi LED bersama lampu kabus. Bahagian mekanikalnya juga tiada perubahan, MercedesBenz S 400 h AMG Line ini dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 enam-silinder dengan padanan transmisi 7G-TRONIC.
Locomotive Co. Ltd. (CRRC ZELC), Siemens Limited China (Siemens) dan Tegap Dinamik Sdn. Bhd. Consortium (Tegap Dinamik) di sini. Hadir sama Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi CRRC Corporation Ltd., Liu Hualong. Prasarana menganugerahkan pakej kerja Kenderaan Aliran Ringan (LRV) bagi projek LRT3 bernilai RM1.56 bilion kepada konsortium yang dianggotai CRRC ZELC, Siemens Limited China Siemens dan Tegap Dinamik. Azmi berkata, Prasarana akan memastikan syarikat luar negara yang menerima penganugerahan kontrak bagi projek-projeknya turut mempunyai penglibatan daripada syarikat tempatan.
10
9 - 15 Ogos 2017
Prima Avenue lahir jagoan badminton AZLAN ZAMBRY
CYBERJAYA - Melalui usaha sedikit ini, kami komited untuk melahirkan pemain badminton bertaraf dunia yang bakal mewakili negara suatu hari nanti, kata Benjamin S.H. Ong, Pengarah Urusan Kumpulan Prima Avenue. “Sebagai sebuah syarikat pemaju di kawasan ini, Prima Avenue bertanggung jawab untuk melahirkan komuniti yang sihat dan cergas” kata nya lagi. Prima Avenue juga telah membina sebuah dewan badminton atau lebih dikenali sebagai Prima Badminton Hall pada 2009 di kawasan tengah Cyberjaya sebagai membuktikan sumbangan mereka dalam pembentukan masyarakat yang sihat dan cergas. Katanya lagi, sebagai memenuhi keperluan ma syarakat dalam pembangu nan sukan bad minton, maka pihaknya membuat keputusan un tuk menubuhkan kelab badminton khusus untuk pe lajar-pelajar sekolah di kawasan sekitar secara per cuma. Benjamin juga berkata, Prima Avenue hanya menaja tempat dan jurulatih sahaja, manakala peralatan asas
sukan ini akan dibeli oleh ibu bapa mereka sendiri. “Kebanyakan pelajar yang menyertai kelab badminton ini adalah dari kawasan sekitar dan ada juga daripada Banting, Dengkil dan Tanjung Sepat. “Kebanyakan mereka ini di hantar sendiri oleh ibu bapa dan menunggu sehingga mereka tamat latihan," jelasnya. Prima Avenue telah men jalinkan kerjasama dengan Yap Twins Sport Management, yang diketuai oleh Yap Yee Hup, bekas pemain beregu kebangsaan yang pernah men dapat ranking ke lima dunia pada tahun 1995 untuk membangunkan pasukan badminton di bawah tajaan Prima Avenue. Sementara itu, Yee Hup, berkata, dia telah di beri tanggung jawab untuk membentuk pasukan bad minton pelapis yang terdiri daripada 14 kanak-kanak dan remaja berusia diantara 9 hingga 15 tahun. “Ketika ini, saya dibantu dengan dua pembantu jurulatih yang merangkumi semua perkara yang di perlukan oleh pemain dan pasukan” katanya lagi. Kata Yee Hup lagi, ke banyakan pelatih yang ingin me nyertai program ini
mestilah telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam sukan ini. “Latihan akan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada 1 petang dan setiap pemain akan di latih dengan pelbagai teknik-teknik per mainan sehingga mereka benar-benar mahir. “Setiap kali latihan akan memakan masa 4 jam dan komitmen ibu bapa juga sangat bagus dan ini menyumbang kepada prestasi pemain-pemain dibawah kendalian kami," kata Yee Hup lagi. Menurutnya, pemainpemain ini akan di beri latihan 3 kali seminggu dan dibahagi dengan tiga kumpulan mengikut prestasi masingmasing. Prestasi pemain akan dinilai berterusan dan se kiranya seseorang itu mem punyai peningkatan, maka ianya akan dipindahkan ke kumpulan yang lain. Pemain-pemain ini juga akan di beri pendedahan tentang pertandingan dan akan dihantar mewakili kum pulan ke beberapa per tandingan tempatan. “Setiap 2 bulan, kami akan memilih pemain-pemain yang menunjukkan komitmen yang tinggi untuk dihantar ke pertandingan tempatan untuk
Yap Yee Hup memberikan kata-kata semangat kepada pelatih pasukan badminton Prima Avenue.
meningkatkan jelasnya.
prestasi,"
Prima Aveneu Program
Junior
Sementara itu, Yee Hup berkata pemain-pemain yang menunjukkan komitmen dan bakat dalam permainan badminton ini akan dihantar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di bawah kendalian Pertauan Badminton Malaysia (BAM) untuk tujuan pembangunan pemain muda negara. “Pada 2014, seorang pelajar perempuan telah pun ditawarkan tempat untuk belajar di sana (SSBJ), 2015 seorang pelajar lelaki juga di daftar masuk ke sekolah tersebut dan pada tahun 2016, dua pelajar perempuan dari kelab ini telah diterima
menyertai Sekolah tersebut” “Ini menunjukkan bahawa apa yang dilaksanakan oleh Prima Aveneu telah mendapat hasil yang baik dan kami teruskan program ini untuk mencungkil bakatbakat baharu dalam sukan badminton ini,” katanya lagi. Yee Hup juga berkata, pihaknya telah menghantar pemain-pemain untuk kejohanan tempatan bawah 16 tahun peringkat kebangsaan di Terengganu dan tiga daripadanya telah berjaya ke perlawanan akhir pada 25 Julai yang lalu. Sementara itu, Yee Hup berkata terdapat pasukan luar negara dari Hong Kong turut berminat untuk menjalankan perlawanan persahabatan dan juga kerjasama pembangunan pemain muda.
Konsistensi dalam beramal jariah NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
SYAWAL sudah berlalu. Seperti yang kita sedia maklum, sepanjang bulan Ramadan, terdapat pelbagai acara yang dianjurkan oleh kedua-dua sektor kerajaan dan korporat untuk meraikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti berbuka puasa, membeli pakaian hari raya dan memberikan duit raya. Soalan saya, apa yang berlaku kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini selepas Syawal? Adakah masih ada acara yang dianjurkan bagi meraikan mereka? Baru-baru ini, saya berkesempatan
untuk berbincang dengan salah seorang usahawan sosial, yang berhubung rapat dengan sebuah rumah anak yatim. Menurut beliau, penjaga rumah anak yatim tersebut telah memberitahu bahawa rumah itu menerima sumbangan makanan hanya sebulan dalam tempoh satu tahun iaitu di bulan Ramadan. Mereka biasanya bergantung pada masyarakat yang tinggal berdekatan untuk mendapatkan keperluan makanan selama 11 bulan yang lain. Adakah ini yang disebut sebagai amal jariah? Di manakah konsistensi? Bagaimanakahanak-anak yang kurang bernasib baik itu dapat bertahan dengan makanan yang tidak mencukupi? Semua di dalam komuniti kita termasuk individu, korporat dan kerajaan mesti berusaha untuk memainkan peranan mereka, tidak kira betapa kecil sumbangan berkenaan untuk menjadikan dunia kita tempat yang lebih baik untuk semua.
Terdapat beberapa pihak yang menjalankan program tanggungjawab sosial korporat sebagai sebahagian daripada projek perkhidmatan komuniti mereka. Tetapi, bagaimana anda menjalankan program tanggungjawab korporat anda? Adakah anda hanya melawat sesebuah rumah anak yatim, menghantar barangan keperluan dan mengambil gambar yang diperlukan untuk merekodkan projek anda? Adakah itu berkesan? Adakah anda fikir itu sudah mencukupi? Adakah anda sebenarnya berinteraksi dengan golongan kurang bernasib baik tersebut? Adakah anda benar-benar tahu apa yang mereka perlukan dan bukan sekadar menganggap apa yang mereka perlukan dan menyampaikan barangan berkenaan kepada mereka? Adakah anda tahu dan memahami masalah mereka? Profesor Madya Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) pernah berkata kepada saya sebelum ini dan saya akan sentiasa ingat kata-kata beliau: “Apabila anda melawat sesebuah keluarga miskin, adakah anda minum dari cawan mereka? Adakah anda bercakap dengan orang-orang yang tiada tempat tinggal dan memahami cabaran-cabaran mereka dalam hidup?” Terdapat 17 Matlamat Pembangunan Mampan untuk dicapai pada tahun 2030 dan sifar kemiskinan adalah merupakan matlamat pertama. Sama ada anda seorang pemilik perniagaan atau pekerja dalam sebuah syarikat, anda boleh memainkan peranan anda bagi membantu mencapai matlamat ini untuk negara kita.
9 - 15 Ogos 2017
11
12
9 - 15 Ogos 2017
Prasarana sahut cabaran lahir jaguh inovasi dunia Teks AZHAR GHAZALI Foto MOHD FAITH EZENE
MEMBUKA dimensi baru dalam misi Kumpulan Prasarana, Divisyen Perkhidmatan Infra, atau Infra Services Division (ISD), telah mempelopori kolaborasi bersejarah dalam industri kejuruteraan sistem pengangkutan awam dengan memartabatkan kehebatan staf dalam penginovasian. “Matlamat kami di ISD adalah untuk memberi pengiktirafan dan memartabatkan kehebatan wargakerja Kumpulan Prasarana khususnya di Rapid Rail dalam melahirkan inovasi dalam tugasan harian mereka. “Banyak inovasi telah dilaksanakan, malahan diberikan perakuan di peringkat tempatan dan antarabangsa, ini, pada saya, adalah langkah seterusnya dalam usaha kita
memartabatkan staf dan kakitangan di Kumpulan Prasarana ini sekali gus menaikkan nama Syarikat dan juga negara serta membangunkan lagi industri ini. “Misi kami adalah untuk melahirkan lahirkan kepakaran tempatan bertaraf antarabangsa dan berdiri megah sebagai jaguh dunia,” kata Ketua Pegawai Perkhidmatan Infra Prasarana, Ir. Ahmad Nizam Mohd Amin pada majlis menandatangani Perjanjian Royalti dengan Amantronic Sdn Bhd untuk penggunakan inovasi ‘onboard rail lubricant system’. Diadakan di Wisma Monorel, Kuala Lumpur pada 31 Julai lepas, Amantronic diwakili oleh Pengarah Komersialnya, En. Azhari Shafii dan disaksikan oleh Ketua Jabatan Penasihat Am dan Kesetiausahaan Prasarana, En. Mohd Rafi Osman.
Ir. Ahmad Nizam dan En. Azhari bertukar dokumen kerjasama.
Inovasi, yang telah mendapat pelbagai anugerah dan perakuan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa itu, diguna-pakai dalam kerja-kerja penyelenggaraan tren keluaran Bombardier Canada dan digunakan untuk perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya. Mengakui bahawa hasil yang dijanakan daripada perjanjian berkenaan adalah kecil, Ahmad Nizam, yang
Usaha menang-menang dalam memajukan negara.
memegang tampuk pimpinan Rapid Rail sebelum ini, menegaskan bahawa apa yang lebih signikan daripada perjanjian yang dimeterai itu adalah impak jangkamasa akan datang yang dihasilkan khususnya dalam menaikkan moral dan semangat staf dalam menghasilkan inovasi dalam kerja harian mereka. Lebih penting lagi, katanya, untuk menggalakkan warga kerja Kumpulan Prasarana untuk menjulang inovasi sebagai satu budaya kerja sekali gus meningkatkan produktiviti dan keseronokan dalam bekerja.
Kerja-kerja untuk mencipta dan membangunkan inovasi ‘On-board Rail Lubrication System’ (RLS) bermula pada ta hun 2011 yang memberikan impak positif untuk kelan caran perjalanan tren-tren per khidmatan LRT Laluan Kelana Jaya khususnya dalam mengurangkan bunyi bising pada sistem roda rel. Karya inovasi berkenaan telahpun dike mukakan kepada MyIPO untuk dipatenkan. Ahmad Nizam berharap kerjasama dengan Amantronic akan membolehkan pro duk berkenaan dapat diper ke nalkan dengan lebih me luas dan dipromosikan di pasaran terbuka khususnya di peringkat antarabangsa. Ini, katanya, selaras dengan aspirasi nasional Kerajaan un tuk menggalakkan inovasi dan mempromosi kepakaran tem patan. Melalui perjanjian ber ke naan, Prasarana turut mem beri komitmen akan memberi kan sokongan teknikal kepada Amantronics dalam pembuatan dan atau pening katan dalam sistem kejuruteraan rel.
Kolaborasi melahirkan pakar kelas dunia.
13
9 - 15 Ogos 2017
Tanah untuk dijual BANGI, JENDERAM 1.1 ekar hadapan jalan utama, Pegangan bebas, Dekat Bukit Unggul, Putrajaya. Hamdan 019240-3632 IJOK BESTARI JAYA 200 Meter dari jalan besar Dekat sekolah & Majid, 50x60kp. RM29,800. 033250 1470 / 3250 8221 / 017-667 1305Roni / 0139834 054 ika IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889
Bilik untuk disewa
Jawatan kosong
Saya mempunyai satu bilik kosong untuk disewakan sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. berminat sila hubungi 011 3985 1974
Rumah untuk dijual PANGSAPURI CENGAL Jalan Pinggiran Mas 2 Taman Mas Sepang *Free SPA + Stamp Duty + FULL LOAN* -650sf , 3r2b , basic unit call 012-9777 769 PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 TERUS OWNER VISTA LAVENDER, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call 0166337324 (RM255 000)
KLASSIFIED
PEMANDU / PEMBANTU PEMANDU LORI ada lesen GDL yg sah, kemahiran memandu yg baik, pengalaman dalam bidang berkaitan hubungi: 03-8741 7300 sandra.ho@gardinc.com 1 TAN LORI TRUCK DRIVER berbangsa melayu, umur 45 tahun ke bawah, Gaji menarik RM2000 RM2500 kawasan lembah klang, hubungi: 0145007189 / 012 - 783 5656 JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233 JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461 PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748
LATIHAN DAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE BANDAR PUTRA untuk belia di luar bandar RM380,000 Teres Setingkat berumur 16 hingga - 30x60 25 tahun elaun harian - 3 Bilik 2 Bilik air , Pegangan diberikan 017-513 2476 / Bebas, Ubahsuai , cabinet 016 - 423 6059 dapur. Call 016-3374359
Jawatan kosong
Jawatan kosong
PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810
PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334
Jawatan kosong
Jawatan kosong
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688
Jawatan kosong
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator
Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554
DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491
KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
14
9 - 15 Ogos 2017
DESTINASI Konsert muzik India
Satu konsert oleh pemuzik terkenal dari India akan diadakan di Connexion Conference & Event Centre Auditorium, Bangsar. Pandit Sugato Bhaduri akan mempersembahkan alunan muzik yang merdu kepada peminatpeminatnya dengan gaya campuran antarabangsa Gayakiang dan Tantrakari. Dia akan memainkan muzik klasik dari India yang dinanti-nantikan. Ini peluang terbesar bagi peminat alunan muzik klasik India untuk mendengar alunan muzik yang bakal dilemparkan oleh pemuzik ini. Maklumat lanjut boleh layari http://www. ticketpro.com.my/
Larian Tropicolor Dunia
Berita baik buat pengemar acara sukan. The Color Run Tropicolor World Tour 2017 akan meceriakan hidup anda dengan larian berwarna indah. Acara larian ini akan diadakan di Padang Merbok bermula jam 7 hingaa 10 pagi. Jangan lepas peluang anda untuk menyertai larian sambil menghiasi wajah anda. Untuk maklumat lanjut boleh layari The Color Run Malaysia
Selangor Siber Game
Selangor Siber Game akan kembali dengan hadiah yang lebih lumayan. Peluang terbaik kepada peminat-peminat siber jangan lepaskan peluang anda untuk bergelar juara. Acara yang akan berlangsung di Paradigm Mall, Kelana Jaya selama dua hari ini mampu menarik perhatian remaja. Untuk maklumat lanjut https://www. selangorcybergames.net/
Festival seni Blossom Malaysia
Satu festival seni yang akan memberi tumpuan kepada lima kategori antaranya Persembahan seni, pameran seni, aktiviti seni dan kesenian, seni visual dan bazar seni baharu. Lebih 200 artis dari 12 persatuan tempatan akan mempamerkan karyanya dengan menonjolkan pelbagai gaya dan medium yang luas. Turut berlansung satu pertandingan fotografi yang akan diadakan sepanjang tempoh tersebut. Sebarang maklumat boleh layari http://www. blossomartsfestival.my/
Peluang jadi DJ radio
iM4U fm akan mengadakan iM4U fm Mic Drop yang bertujuan untuk mencari bakatbakat baru di seluruh Malaysia yang bercitacita untuk menjadi seorang penyampai radio serta sesuai menjadi salah seorang ahli keluarga iM4U fm yang bersemangat dan berperwatakan menarik. Sesi uji bakat akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam uji bakat iM4U fm Mic Drop yang akan berlangsung di lokasi terpilih.
Pameran gambar Pasar Utama
Jurugambar kelahiran Ipoh, Ho akan membawa satu siri potret monochrome nostalgia dari vendor pasar basah yang menggambarkan kira-kira 30 tahun lalu. Gambar-gambar pasar pada zaman dahulu diberi nafas baru oleh jurugambar ini dengan diambil dengan menggunakan pelbagai warna. Namun bagi Ho dia memain warna hitam dan putih yang sesuai dengan keadaan tersebut. Tayangan gambar ini akan berlangsung di Wei-Ling Gallery. Kepada peminat setia seni lukisan, jangan lupa untuk menyaksikan pameran tersebut. Maklumat lanjut boleh di dapati di laman web http:// weiling-gallery.com/
Mad Warrior Sundown Super Sprint
Acara sukan lasak yang mampu menguji tahap larian seseorang akan diadakan di Prime Avenue, Cyberjaya. Jangan lepaskan peluang anda untuk menempuh 15 halangan sepanjang larian 5 km pecut di saat matahari terbenam dan berpeluang memenangi wang tunai. Sekaligus acara ini juga dapat mengeratkan silaturahim. ‘Mad Warrior Sundown Super Sprint’ mencabar kepantasan anda. Maklumat lanjut boleh didapati di http:// madwarrior.com/mad-warrior-sundown-supersprint-2017/
15
9 - 15 Ogos 2017
TRENDING
Nazrin K-pop
Menghiburkan, itu yang diuangkapkan netizen dengan aksi Nazrin Ibrahim, pemuda berbadan gempal menari gaya K-pop. Aksi Nazrin mendapat hampir 6,000 tontonan. Ternyata video ini menghiburkan hati netizen. Setiap gerak geri yang ditarikan oleh Nazrin sama seperti di dalam video K-pop yang di mainkan. Ini membuktikan bahawa orang berbadan gempal mampu melakukan gerak geri yang bermain dengan seluruh
anggota badan bagi mendapatkan hasil tarian yang cantik. Video tular lelaki comel ini sekaligus mencuit hati penggemar media sosial untuk berkongsi di laman muka buku mereka untuk tontonan penggemar yang lain. Video bersahaja Nazrin ini juga membuatkan ramai wanita terkejut dengan tariannya kerana tidak semua orang mampu menari sama seperti penari K-Pop yang sudah lama hidup dalam dunia tarian.
Macam-macam ragam
Jika sebelum ini tular solekan raja sehari bak anime yang menarik minat netizen untuk mengenakan gaya solekan tersebut di hari bahagia mereka, kini tular pula gaya raja sehari dengan menyarungkan topeng yang sering di pakai oleh pemotong rumput. Tidak pasti apa tujuannya bergaya sedemikian di hari bahagia mereka namun gambar mereka menjadi tular.
Akibat dadah
Kisah seorang anak perempuan sedang menangis meminta tolong orang ramai di sisi ibunya yang terbaring di kaki lima akibat ketagihan dadah mendapat simpati netizen. Rata-rata menganggap anak yang masih kecil itu sepatutnya tidak menerima nasib sedemikian jika ibunya tidak mengambil langkah terjebak dengan aktiviti buruk seperti pengambilan dadah.
Anabelle naik MRT
Hantu mencuri
Selepas tular ada segelintir pengguna MRT tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah di atas bumbung kenderaan tersebut, membawa buaian anak di atas MRT dan merosakkan tandas timbul pula kisah 'penjaga MRT'. Patung Anabelle yang digunakan untuk promosi filem yang sedang ditayangkan di pawagam menarik perhatian netizen dan ia menjadi 'penumpang setia' MRT yang berkelakuan baik.
Seorang warga China menyamar menjadi hantu untuk mencuri di wilayah Fujian. Meskipun menyamar dan membalut seluruh badannya dengan kain di ditangkap apabila video hasil rakam cctv itu tular di media sosial.
Bob Marley Malaysia
Netizen sering tersalah anggap jika melihat seseorang yang dilihat berpakaian kusut atau nampak serabut. Tular di media sosial seorang lelaki tidak tersusun penampilannya namun memiliki suara yang merdu ketika membaca Al-Quran dan mengamit ribuan telinga netizen untuk mendengar suaranya melalui video tular itu. Ini sekaligus memadam presepsi manusia terhadap penampilannya.
Gadis patung
Model Kina Shen yang berasal dari Shenzen, China ini mengelirukan orang ramai dengan penampilannya bak patung bergerak. Kina Shen yang sering mengenakan pakaian yang cantik dan memiliki kebolehan dalam solekkan mengkagumkan netizen. Dia yang memiliki kulit yang gebu dan bentuk badan yang menawan membuatkan netizen kagum dengan penampilannya. Gaya solekkaannya tidak ubah seperti anak patung ini juga membuatkan sebahagian netizen yang terpegun meminta gadis cantik ini untuk melakukan ‘toturial’ sentuhan solekkan sepertinya.
DJ cuci tandas
Tular di media sosial gambar misteri seorang jejaka yang sedang mencuci tandas masjid. Chopie atau Sofia Bujang seorang penyampai radio Era Sarawak menyatakan gambar yang tersebar itu adalah dirinya bukanlah Norman Kru seperti yang diwarwarkan netizen. Dia mengatakan gambar tersebut diambil tanpa pengetahuannya ketika menyertai Program Kembara Sahabat Borneo. Rata-rata netizen mengatakan gambar seorang lelaki yang sedang mencuci bahagian wuduk itu adalah Norman Kru apabila ada pihak yang mengabungkan gambar Chopie dengan kereta ferari yang diguna oleh Norman. Bagaimanapun difahamkan status yang tidak bertanggungjawab itu telah pun dipadam netizen terbabit.
Pujaan ramai
Jika sebelum ini laman sosial heboh dengan gambar gadis berwajah mirip neelofa dan anime namun kali kini berbeza apabila muncul seorang lelaki yang sangat kacak. Lelaki kelahiran Sabah, Wahyudin Syed Yunis, 25, mendapat perhatian ramai wanita kerana memiliki kulit yang putih mulus dan bentuk wajah yang kacak selain memiliki ketinggian seperti seorang model. Rata-rata netizen terpegun dengan wajahnya bak wanita. Lelaki berketurunan Arab ini sering mengenakan kanta lengkap berwarna untuk bereksprimen dengan wajahnya. Kanta lengkap berwarna yang akan dikenakan oleh lelaki tular ini sekaligus memperlihatkan wajah bak patung bergerak. Akibat terserbarnya beberapa keping gambar Wahyudin rata-rata gadis mengidamkan kekasih mereka sekacak dan sedap mata memandang bak lelaki viral ini.
16
9 - 15 Ogos 2017
www.syahrilkadir.com
The Magnificient 12 tumpaskan Botak Chin SIAPAKAH yang menumpaskan Botak Chin, mengheretnya ke muka pengadilan hingga penjenayah itu akhirnya terima padah hukuman atas kekejamannya. Botak Chin melakukan rompakan terbesarnya pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang itu di Kelab Lumba Kuda. Chin kemudian lari ke Thailand, membeli senjata api. Ini menjadikan senjata dimilikinya berjumlah 19, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Keganasannya semakin menjadi-jadi selepas menembak Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S. Kulasingam bagi menghalang gerakan memburunya. Untuk itu, sebuah kumpulan khas yang digelar Magnificient 12 telah ditubuhkan. Mereka adalah pegawai dan anggota detektif terbaik dalam PDRM yang dipilih khas bagi memburu Chin. Pasukan khas itu dianggotai Tuan Gilbert Ang, Tuan Gui Poh Choon, Tuan Kenny Woodworth, Tuan Bahwandi Hiralal, Tuan G. Ralingam,Tuan Ong Kim Hock, Sarjan Chong Kam Wah, Koperal Leong See Fook dan empat lagi yang tak dapat dikesan nama mereka. Dalam tempoh hanya dua minggu pasukan khas itu ditubuhkan, pada 16 Februari
Botak Chin, siapa yang tidak pernah dengar nama itu. Antara penjenayah paling digeruni dalam sejarah negara, namun akhirnya tumpas jua.
Botak Chin
1976, mereka berjaya mengesan Chin dan konco-konconya bersembunyi di sebuah kilang papan Eng Leong Swmill di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada pukul 10 malam, pasukan Tuan Gilbert menyerbu di bahagian depan manakala Tuan Kenny dan anak buahnya di bahagian belakang. Setelah menunggu beberapa lama, sebuah kereta Mazda putih muncul dalam kesunyian malam dan berhenti di hadapan kilang papan terbabit. Tiga lelaki tkeluar dari kereta Mazda itu. Memang tak salah lagi, salah seorang lelaki itu adalah suspek yang diburu iaitu Botak Chin. Dia kelihatan tenang dan lengkap bersenjata masuk ke da lam kilang. Chin mengarahkan beberapa orangnya berkawal di kawasan kilang sebagai langkah keselamatan. Pihak polis dengan sabar menunggu peluang untuk me
lakukan serbuan ke kilang pa pan terbabit. Orang-orang yang di harapkan oleh Chin un tuk mengawal keselamatannya leka dan lalai ber bual sesama sen diri. Peluang keemasan ini digu na kan sebaik mungkin oleh polis untuk melakukan serbuan. Empat pasukan penggempur uta ma masuk dan pengawal yang diharapkan berkawal ter kejut dan ramai yang lari lin tang pukang, tetapi berjaya juga diberkas. Chin dan dua orang kanan nya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) serta Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang sedang bere hat di dalam pejabat kilang itu menyedari kekecohan yang ber laku di luar. Setelah mempersiapkan sen jata masing-masing, berlakulah pertempuran yang amat sengit pada malam tu. Polis melepaskan hampir 500 das tembakan serta bebera pa das gas pemedih mata. Chin dan dua orang kanan nya membalas juga setiap kali mereka ditembak selain itu tu rut membaling sebutir bom ke arah polis. Dalam pertempuran itu,
Chin ditembak di tangan dan ka ki. Dia cuba bangkit dan merangkak untuk mendapatkan dua orang kanannya, tetapi se telah dia menjumpai dua pen gikut setianya itu, jasad mereka tidak bernyawa lagi… Setelah bunyi tembakan reda, polis memasuki kilang pa pan namun Chin tidak ditemu kan. Namun apabila Ketua Polis Daerah Sentul masuk lagi ke dalam, beliau mendengar satu suara yang sayup-sayup, “sir, please help me sir…”
Apabila ditoleh, sahlah itu adalah Botak Chin yang sedang bersembunyi di bawah meja. Kehebatan Magnificient 12 ber jaya menumpaskan Botak Chin yang telah sekian lama diburu. Ditanya benarkan pen jenayah itu selama ini ber pe ranan seperti Robin Hood, me rompak untuk membantu orang miskin, ini komen Tuan Kenny: “Kita ditipu sekian lama ko non nya Botak Chin bagi duit untuk orang miskin, hakikatnya duit itu diberi sebagai upah kepada orang ramai agar memberi maklumat padanya ji ka ternampak kehadiran polis.” Kekejaman dan penipuan penjenayah itu, akhirnya tum pas jua di tangan Magnificient 12. Baca kisah selanjutnya di www. syahrilkadir.com
Botak Chin - dibawa ke mahkamah untuk hadapi perbicaraan.
Pelajar Malaysia cipta nama di Korea KANGAR - Hasil ciptaan alat pemberi makanan kucing menggunakan tenaga solar oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di sini berjaya meraih pingat emas pada Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) di Korea Selatan, barubaru ini. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam satu kenyataan berkata, inovasi ciptaan Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12, yang mewakili sekolahnya itu menarik perhatian juri yang mampu menyelesaikan masalah pencinta kucing semasa tiada di rumah. “Pemberi makanan kucing suria itu merupakan percambahan idea bersama bapanya dalam mereka cipta sebuah kotak makanan yang disambungkan kepada litar kawalan elektrik, alat pengimbas dan panel suria sebagai bekalan tenaga.
“Dia bersama adiknya memikirkan kaedah terbaik itu untuk memastikan lapan ekor kucing peliharaannya tidak terabai sekiranya mereka terpaksa meninggalkan haiwan peliharaannya itu untuk bercuti dan sebagainya,” menurut kenyataan itu. Produk itu turut dihasilkan dengan bantuan seorang lagi rakannya Amirul Haziq Mohd Shamsudin yang mana ia akan berfungsi apabila kucing mendekati alat pengimbas serta mengeluarkan makan secara automatik dalam jumlah ditetapkan. Pereka cilik itu turut berharap produk berkenaan mampu mendapat penajaan dana dari pihak yang berminat agar ia dapat dikomersialkan di pasaran. Muhammad Danish Syafi terpilih menyertai WICC menerusi penajaan UniMAP dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) selepas muncul pemenang
Kategori Utama dalam Simposium Inovasi dan Pembelajaran Kajian Kejuruteraan (PERLIS 3.0), Mei lalu. Selain SK Putra, dua lagi pingat emas turut diperoleh delegasi penyelidik Perlis, pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al-Maad). WICC kali keenam yang dianjurkan oleh Korea University Invention Association (KUIA) itu merupakan platform penyelidikan khusus yang menghimpunkan inovasi para pelajar daripada sekolah-sekolah di seluruh dunia. Inovasi ciptaan Muhammad Danish Syafi yang mewakili sekolahnya itu menarik perhatian juri yang mampu menyelesaikan masalah pencinta kucing semasa tiada di rumah.
17
9 - 15 Ogos 2017
Makan
DI MANA
Keaslian beriani sajian Kafe Al-Ghufran MURNI REJAB
REMPAH dibeli khas dari Muar, Johor bagi mengekalkan keaslian nasi beriani yang disediakan di Kafé Al-Ghufran di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara ini. Nasi beriani adalah menu yang disediakan setiap hari Jumaat, menjadi ‘signature’ bagi pelanggan tatkala mereka ke sini. Dihidangkan bersama ayam masak merah, ayam masak beriani dan kambing masak beriani bersama acar dan dalca, kami yakin anda pasti terpaut dengan resepi yang dimasak oleh chef berpengalaman 23 tahun ini. Tambah menarik, bagi mengekalkan kualiti nasi beriani di kafe ini, mereka menggunakan beras pusa 1121 yang berkualiti. Menurut chef Rozzaini Md Muslihan atau lebih mesra digelar Chef Zaini, nasi beriani yang dimasaknya ini dari pengalaman lima tahun belajar di Batu Pahat bersama
sahabatnya. “Jika sebut sahaja nasi beriani, pasti orang akan salah anggap dengan nasi beriani dari negara Arab. Namun di sini kami mengekalkan keaslian resepi turun temurun dari negeri Johor,” jelasnya senyum. Bagi pengurus kafe ini, Siti Hanis Juriah Hashim, mereka akan memastikan setiap harga yang diberikan berpatutan dengan menu yang disediakan. “Kami menggunakan konsep layan diri. Sepinggan nasi beriani ayam berharga RM9 dan RM14 sepinggang untuk nasi beriani kambing,” ujarnya yang mengakui kafe ini telah dibuka sejak 15 tahun lalu.
Lain-lain menu Bukan sahaja hidangan nasi beriani, Kafé Al-Ghufran juga menyediakan menu sarapan pagi yang menarik. Antaranya nasi lemak berlauk, soto johor, mee kari, laksa, roti canai dan juga lempeng. Selain itu mereka turut menyediakan masakan Melayu
Chef Zaini, 'orang kuat' kafe Al-Ghufran.
asli dari negeri Johor dan Melaka untuk juadah tengah hari. Daging salai masak lemak cili api dan kari tanpa santan adalah menu wajib cuba di sini selain nasi Bagan, menu khas untuk pelanggan mereka. Konsep kafe yang cantik alaala anda berada di Bali dan Timur Tengah ini juga membuatkan anda bakal melalui satu pengalaman baharu di sini. Dekorasi yang cantik malah tempat yang sangat selesa sambil menyaksikan pemandangan indah bersesuaian dengan lokasinya yang terletak sangat berhampiran dengan masjid AlGhufran. Tambah Siti Hanis, mereka turut menyediakan khidmat katering dan sewaan dewan yang terdapat di kafé tersebut yang boleh memuatkan 300 orang dalam satu-satu masa. Beroperasi setiap hari kecuali Ahad, kafe ini dibuka pada jam 7 pagi hingga 5 petang manakala hari Sabtu dibuka pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Apa tunggu lagi, jom kita ke kafe Al-Ghufran.
Gelagat pelanggan yang berkunjung di sini.
Kelebihan buah tomato BUAH TOMATO mem punyai banyak khasiat dan elok jika dimakan mentah. Kajian pakar telah membuktikan bahawa buah tomato sangat baik untuk kesihatan sama ada untuk kecan tikan dalaman dan lua ran seperti kulit dan sebagai nya. Malah buah ini san gat sedap ditambah ke da lam masakan tertentu un tuk menambahkan la gi kesedapan sesuatu ma
kanan. Tomato merah d i p e r c a y a i mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dan kandungan setipa vitamin sema kin banyak sekira nya buah tomato ber kenaan semakin tua dan matang. Tomato juga mem punyai liko pena iaitu antioksidan yang sangat ber guna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan,
Nasi beriani di hidangkan bersama ayam merah dan kambing masak beriani.
Kafe yang luas dan selesa boleh menempatkan 300 pengunjung di sini.
Menu sarapan sihat Buah-buahan: Makan buah epal, pisang, tembikai atau berry. Yoghurt dan susu Telur
asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh. Sumber: koleksiviral
Gandum: Oat dan roti gandum antara sarapan yang sihat malah mengeyangkan anda.
18 Di sebalik
9 - 15 Ogos 2017
JENAMA
Individu di sebalik Telegram
Telegram mula dikenali pada 2014. MURNI REJAB
PENAMPILANNYA yang kemas dan sentiasa berpakaian hitam adalah personaliti pengasas muda aplikasi pesanan ringkas Telegram, Pavel Durov yang me miliki rupa pa ras yang se memangnya kacak. Telegram semakin popular dalam kalangan pengguna telefon pintar seluruh dunia. Pavel dilahirkan di Saint Petersburg, Rusia pada 10 Oktober 1984 namun membesar di Turin, Itali bersama bapanya iaitu seorang ilmuan sejarah dan linguistik. Mendapat julukan ‘Mark Zuckerberg’ di negara kelahiran nya, Pavel merupakan graduan dari Saint Petersburg University dan pernah menghasilkan apli kasi perpustakaan dalam talian. Cipta VKontakte sebelum Telegram Sebelum terciptanya Te le gram, Pavel sudah ber kecimpung dalam dunia
me dia sosial. Pada tahun 2006 dia bersama seorang sahabat lamanya, Vyacheslav Mirilashvili mencipta laman sesawang media sosial untuk Rusia, VKontakte. Sehingga Februari 2007, VKontakte digunakan le bih 100,000 orang dan ke untungannya mencecah AS$260
juta (RM1.1 bilion). Aplikasi itu menggunakan warna asas seperti Facebook iaitu biru dan putih. Bagaimanapun, selepas tujuh tahun Pavel menjual sebahagian saham Vkontakte kepada sebuah perusahaan internet Rusia iaitu Mail.ru. Pada masa sama dia meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan VKontakte. Hal itu kerana desakan kerajaan Rusia yang memaksa dia memberikan data seteru politik negara itu. Pavel akhirnya melarikan diri dari Rusia.
Laman depan media sosial VKontakte yang digunakan di Rusia.
Kewujudan Telegram Telegram adalah satu aplikasi yang telah dikenali oleh rata-rata pengguna telefon bimbit pintar. Aplikasi ini telah dilancarkan pada pertengahan tahun 2013 dimana pengasasnya adalah Pavel Durov dan abang nya Nikolai Durov yang berasal dari Russia. Pada 2014, mereka telah dinobatkan sebagai salah seorang usahawan teknologi Eropah Utara paling berpengaruh bawah usia 30 tahun. Pada awal kemunculan Telegram, Pavel membelanjakan AS$1 juta (RM4.2 juta) sebulan untuk menggerakkan aplikasi
Dorsey , Biz Stone, Noah Glass dan Evan Williams. Mereka mengambil inspirasi daripada populariti sistem pesanan ringkas yang popular pada zaman itu. Pada tahun 2010, sebuah aplikasi media sosial yang bernama Instagram mendapat perhatian pengguna daripada artis dan selebriti dan seluruh pengguna sosial yang mempunyai peranti telefon pintar dan tablet. Aplikasi ini dicipta dan dibangunkan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger daripada syarikat perusahaan Burbn Inc. Aplikasi ini berfungsi dengan memuat naik gambar dan video pendek malah boleh disaring fail media tersebut untuk menampakkan lagi kreativiti kita di paparan muka akaun dan boleh menarik minat ‘follower’ untuk memberi komen dan ‘like’ setiap apa yang kita memuat naik dan paparkan.
Aplikasi Telegram boleh dimuat turun di Google Play bagi pengguna android, dan Apple Store bagi pengguna iOS. Telegram berkemampuan untuk menyediakan tahap kelajuan pesanan yang dihantar dan diterima, keselamatan akaun pengguna, privasi perbualan sulit yang dikawal dan berbagai lagi ciri istimewa. Kebolehan aplikasi untuk memuat naik video, imej, audio, grafik dan animasi amat dipuji kerana tahap kelajuannya yang tinggi. Ia juga dapat memuat naik sesebuah imej dan video hingga mencapai tahap kelajuan maksima sebanyak 1GB.
Pavel (kiri) bekerjasama dengan abangnya Nikolai (kanan) untuk mewujudkan Telegram.
Perkembangan kewujudan media sosial Pada awal tahun 2000, pembangunan besar dalam media sosial menjadi semakin ketara. Pelbagai laman sosial diwujudkan seperti Friendster, Hi5, LinkedIn, dan MySpace. Walaupun MySpace mempunyai kurang pengguna pada hari ini, laman ini merupakan satu media sosial asal yang menjadi inspirasi kepada kewujudan Facebook. Pada 2004, Mark Zuckerberg, melancarkan satu laman media sosial yang akan menjadi lebih meluas sebagai halaman jaringan sosial, iaitu Facebook untuk digunakan oleh pelajar, ahli perniagaan dan akhirnya untuk semua. Revolusi media sosial tidak terhenti di sini kerana pada tahun 2006, Twitter, satu laman sosial unik yang membenarkan pengguna menghantar ‘tweets’ yang mengandungi 140 aksara atau kurang telah dicipta oleh Jack
itu.
Antara laman perangkaian sosial popular Flixster: Filem, terbuka kepada pengguna yang berumur 13 tahun ke atas
Flickr: Perkongsian foto, memberi pesan, perangkaian berkaitan fotografi, seluruh dunia Friendster: Umum, popular di Asia Tenggara tetapi tidak popular lagi di dunia Barat Supernova.com: Peminat muzik dan artis bebas Last.fm: Tapak web komuniti muzik dan radio Internet yang berpusat di United Kingdom yang mempunyai kira-kira 21 juta pengguna aktif dari lebih 200 negara.
19
9 - 15 Ogos 2017
21
Bella maafkan Aliff
21
Perginya permata seni Bollywood
20,21
20
SRK terus diburu 20
Amy sambut ulang tahun
23
Tahniah Syamsul
20
9 - 15 Ogos 2017
'Happy Birthday Amy Search' FATEEN AHMAD
TANGGAL 28 Julai lalu, genap 59 tahun usia Amy Search. Sekalipun sedang sibuk di studio, rakan-rakan anggota Search, isterinya Nourish dan komposer Datuk M.Nasir 'surprisekan' legenda rock itu untuk sama-sama meraikan hari ulangtahun kelahirannya. "Dapat 'cheese cake', tetapi ingatan semua rakan itu yang saya amat terharu," kata Amy. Menurutnya, Search sedang giat menyiapkan rakaman untuk album terbaharu mereka yang bakal menemui peminat tidak lama lagi. "Sudah empat bulan kami di studio
siang dan malam, kecuali hari Sabtu dan Ahad sahaja kami luangkan masa bersama keluarga untuk pastikan album ini berjalan lancar dan memuaskan hati peminat yang sudah 35 tahun menyokong Search," kata Amy lagi. Tidak kurang daripada lima buah lagu telah siap dirakamkan. Kepada peminat tegar Search, pastinya anda sudah memiliki LP (piring hitam) album Fenome na yang terkandung lagu hits Isabella di dalamnya. LP edisi terhad ini hanya bakal dimiliki 500 peminat sahaja dan sudah pun berada di pasaran.
Syamsul pengarah berkarliber SYAMSUL YUSUF dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik yang ke 57 menerusi filem yang membawa tuah kepadanya, Munafik. Kejayaan yang tidak disangka ini semestinya menjadi kebanggaan Malaysia dan industri perfileman kita. Ini sekaligus membuktikan bahawa industri perfileman tanah air mampu setanding dengan negara maju yang lain. Filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 lalu mampu meraih kutipan RM19juta dan turut ditayangkan di Brunei dan Singapura. Syamsul yang sebelum ini turut menerima anugerah Festival Filem Malaysia kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Editor Terbaik. Kini Syamsul sedang menjalankan penggambaran Munafik 2 yang akan menemui penonton selewat-lewatnya Mac tahun depan.
Penampilan baru LJ PELAKON dan penyanyi Liyana Jasmay kini tampil lebih manis dengan imej baharunya dengan mengenakan hijab. Pelakon kecil molek kelahiran Kuantan, Pahang ini menyatakan imej baharu ini bukanlah satu paksaan namun lahir dari hatinya. Pelantun lagu ‘Oh Na Na’ ini memuat naik foto hijabnya di laman Instagram yang selama ini menjadi teka-teki. Perubahan yang meperlihatkan Liyana lebih manis ini mendapat sokongan dari peminat-peminatnya
dan mereka mengharapkan agar Liyana terus istiqomah dengan imej baharunya. Meskipun mengenakan imej baru tidak menghalang Liyana untuk terus aktif dalam dunia lakonan dan nyanyi. Liyana yang sebelum ini pernah melebarkan sayapnya menerusi drama KAMI The Series (2017), Papadom (2009), Pisau Cukur (2009) dan banyak lagi. Liyana juga pernah menerima anugerah Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah Shout!
Ramainya DEMAM filem Bollywood melanda negara ini sejak berdekat yang lalu. Nama hero dan heroinnya sering diambil sebagai nama jolokan dalam kalangan peminat dan ada juga yang digelar dengan nama hero atau heroin kerana tampan, cantik atau kerana mereka mampu menyanyikan lagi Hindi dengan baik. Penangan filem Hindi tidak pernah pudar. Begitu juga kehadiran hero dan heroin dalam siri-siri karya mereka. Seorang demi seorang nama mereka dihafal peminat. Namun siapa pun tidak boleh menafikan 'fenomena SRK' di dalam kejayaan filem milik negara India ini. Shah Rukh Khan (SRK) satu nama agung dewasa ini dalam industri filem Bollywood. Dunia mengkaguminya. SRK merupakan seorang pelakon, penerbit dan pesonaliti TV India yang masyhur. Dia telah muncul melalui lebih 80 filem Bollywood dalam pelbagai genre antaranya cinta, aksi dan komedi. SRK juga pernah
menerima hampir 14 anugerah daripada 30 pencalonan. Sejak 1995 sehinggalah sekarang, SRK terus dipuja dan mana-mana heroin jelita Bollywood berebut-rebut untuk dijadikan pasangan lakonannya. Heroin silih berganti, namun SRK masih kekal di layar perak mewarnai dunia seni. Mungkin atas faktor usia, berkahwin, atau terus meninggalkan dunia 'glamour' Bollywood, sudah berpuluh heroin telah 'angkat kaki' namun tidak oleh SRK. Tidak makan dek usia pelakon serba boleh ini pernah berganding dengan jelitawan hebat seperti Kajol, Juhi Chawla, Rani Murkherjee, Madhuri Dixit, Aishwarya Rai, Karisma Kapoor, Priety Zinta, Twinkle Khanna, Deepika Padukone, Priyanke Chopra dan sedang hangat melalui filem Jab Harry Met Sejal bersama heroin Anushka Sharma.
Priety Zinta
Priety Zinta yang cukup terkenal dengan gaya periangnya juga pengganding mantap SRK menerusi filem Kal Ho Naa Ho (2003). Seterusnya filem Veer Zaara (2004), dan Kabhi Alvida Naa Kehna (2006).
Adam & Alien LAKARAN kejayaan oleh siri animasi Upin Ipin, BoboiBoy, Tujuh Satria dan Didi & Friend terus mencetuskan semangat pengkarya baharu mengikuti jejak bergaya itu. Tayangan empat kartun milik anak Malaysia di peringkat antarabangsa itu sesuatu yang membanggakan. Terbaharu, muncul animasi Adam & Alien. Rancangan yang diilhamkan oleh Benchmark Production Sdn. Bhd. ini akan menggamit penonton terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sebagai rancangan pilihan mereka.
21
9 - 15 Ogos 2017
heroin SRK! Kajol
Kajol, pasangan paling serasi SRK pernah berganding menerusi filem Karan Arjun pada 1995, Bazzigar (1993), Kuch Kuch Hota Hai (1998), My Name Is Khan (2010), Kabhi Khushi Kabhi Gham (2010) dan Diwale (2016).
Rani Murkherjee
Wajah manis artis kelahiran Mumbai, Maharashtra India, Rani Murkherjee juga cukup serasi digandingkan dengan SRK. Antara filemnya ialah Hey Ram (2000), Chalte Chalte (2003) dan juga filem Paheii (2005).
Anushka Sharma
Pelakon berusia 29 tahun ini telah meningkat naik dari segi mutu lakonannya. Terbaharu Anushka Sharma mengeggarkan pawagam bersama SRK menerusi filem cinta, Jab Harry Met Sejal. Selain itu Anushka Sharma pernah berganding dengan SRK dalam filem Rab Ne Bana Di Jodi (2008) dan Jab Tak Hai Jaan (2012).
Juhi Chawla
Pelakon cantik manis Juhi Chawla pernah menjadi heroin SRK di dalam filem Raju Ban Gaya Gentleman (1992), Darr pada 1993, Ram Jaane (1995), Yes Boss (1997), Duplicate (1998), Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000) dan One 2 ka 4 pada 2001.
n warnai dunia animasi Animasi yang berbentuk 2D ini akan mendedahkan mereka mengenai haiwan yang terdapat di seluruh dunia. Di setiap babak Adam dengan dibantu Mi dan Mu akan muncul sebagai wira yang ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai haiwan yang terdapat di bumi. Di dalam misi pencarian Adam dan rakan-rakanya mereka akan diberikan satu kata kunci yang memaparkan ciri-ciri dan nama haiwan secara visual yang akan diiringi dengan muzik yang membuatkan kanak-kanak turut sama belajar mengenai haiwan tersebut. Nantikan kemunculan 13 episod Adam & Alien serta rakan-rakannya di kaca televisyen anda di dalam siri animasi yang penuh mendidik dan menambah pengetahuan anda dan anak-anak.
Seputar Artis Aliff, isteri berdamai Pelakon kontroversi Aliff Aziz, baru-baru ini mengeggarkan dunia hiburan dengan kisah rumah tangganya dek kerana kehadiran orang ketiga Afifah Nasir yang juga merupakan adik seorang pelakon terkenal. Aliff yang kecoh dengan video CCTV ekoran berduaan bersama Afifah disebuah pusat karaoke digemparkan dengan kehadiran isterinya, Dayang Ara Nabellah lebih dikenali sebagai Bella. Berlaku pergelutan antara Aliff dan isterinya di dalam bilik tersebut dan mengakibatkan Bella cedera ringan. Namun selepas memikirkan masa depan anak mereka Bella sudah memaafkan Aliff atas kesalahannya meskipun sudah banyak kali ‘kantoi’.
Perginya Inder Kumar PELAKON Bollywood yang terkenal melalui filem Kahi Pyar Na Ho Jaaye (2000) telah meninggal dunia pada 28 Julai lalu pada jam 2 pagi. Difahamkan Inder Kumar, 43, meninggal dunia akibat serangan jatung di kediaman miliknya do Four Bungalows, Andheri Mumbai. Sepanjang kariernya selama 20 tahun Inder pernah membintangi filem Tirchhi Topiwale (1998), Paying Guest (2009), Wanted (2009), Yeh Dooriyan (2011). Inder juga difahamkan sedang menjalankan sesi penggambaran untuk filem Phati Paid Hai Yaar.
Vokalis Kangen Band nikah lagi? "SUDAH banyak bukti Andika ada seorang isteri lagi, bukan sekadar ayat-ayat cinta di telefon bimbit, malah ada gambar, tetapi dia tetap tidak mahu mengaku," kata Caca, isteri kepada Andika, vokalis kumpulan terkenal dari Indonesia, Kangen Band. Dalam satu laporan, Andika didakwa telah mendidirikan rumahtangga dengan seorang mahasiswa bernama Eviana. Caca panggilan mesra daripada nama sebenarnya Chairunisa dikatakan mahu Andika menceraikan Eviana, namun balas Andika, "Bagaimana saya hendak ceraikan Eviana, bernikah pun belum?"
22
9 - 15 Ogos 2017
RELEKS
Jom Wayang
Filem: Annabelle Creation Bahasa: Inggeris Genre : Seram Durasi: 1 Jam 49 Minit Pelakon: Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia VelaBailey Pengarah: David F. Sandberg
SINOPSIS Selepas kejadian yang meragut nyawa anak perempuan pasangan pembuat anak patung ini, hidup mereka berdua menjadi semakin celaru oleh kerana pelbagai kejadian aneh berlaku mengganggu mereka. Untuk mengubah keadaan itu, mereka mengambil keputusan memanggil biara dan anaknak yatim tinggal bersama mereka. Bagaimana pun keadaan masih tidak berubah. Bilik anak mereka dahulu menyimpan 1001 rahsia yang penuh misteri. Salah seorang anak yatim telah memasuki bilik berkenaan, akibatnya dia kelihatan dirasuk sesuatu. Mampukah keluarga ini 'menghalau' segala gangguan yang menyelubungi hidup mereka di rumah berkenaan hampir pada setiap malam. Filem : The Nut Job 2 (Nutty By Nature Bahasa : Inggeris Genre : Animasi Durasi : 1 jam 30 minit Pelakon:Will Arnett, Gabriel Iglesias, Kathaerine Heigl Pengarah : Nikolaj Arcel SINOPSIS The Nut Job 2 Nutty by Nature kembali lagi menggegarkan pawagam. Kali ini mengisahkan mengenai Surly dan rakan-rakan haiwannya yang lain dan memasang cita-cita untuk bersatu dalam mempertahankan tempat asal mereka. Surly dan rakan-rakannya berasa tergugat dengan kehadiran musuh mereka yang ingin memusnahkan kediaman mereka untuk dibangunkan sebuah taman tema iaitu Liberty Park. Surly, Buddy, Andie dan juga Precious terjumpa dengan penjahat tersebut di sebuah majlis keramaian dan segala maklumat tersebar apabila mereka mencuri dengar perbincangan tersebut. Mampukah haiwan terperlihara ini menghalang penjahat tersebut untuk membangunkan taman tema tersebut? Filem : Bad Genius Bahasa : Thailand Genre : Ngeri Durasi : 1 jam 20 minit Pelakon : Eisaya Hosuwan, James Teeradon Supapunpinyo Pengarah : Nattawut Poonpiriya
SINOPSIS Lynn seorang pelajar yang cemerlang dan pada masa yang sama dia mencari wang dengan menyediakan jawapan peperiksaan kepada pelajar lain. Pada suatu hari dia menjual jawapan STIC dimana ini adalah satu peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar yang akan memasuki universiti terkemuka dunia. Dalam masa yang sama peperiksaan itu dijadualkan serentak dengan negara lain. Pat dan Grace merupakan pelanggan tetap Lynn. Lynn yang terpaksa terbang ke negara yang berbeza waktu dengan Thailand agar jawapannya sampai sebelum peperiksaan bermula. Sehinggalah wujud kekeliruan untuk Lynn mencari pengganti tempatnya kepada seseorang yang boleh dipercayainya.
23
9 - 15 Ogos 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Strategi licik tebus rakan
SUDOKU
Jawapan
Jawapan
ATOMIC BLONDE arahan David Leitch, memaparkan sebuah filem yang sarat dengan aksi ganas yang akan meninggalkan kesan kepada peminat. Watak utama lakonan Charlize Theron bakal dingati sebagai salah satu watak mempesonakan serta bermutu dan sepatutnya menjadi tontonan ramai. Watak Lorraine Broughton yang dipimpin oleh Charlize Theron sebagai pengintip yang hebat juga hidup melalui gerak gerinya terutamanya untuk menipu bagi mengatur strategi serangannya. Lorraine yang sangat licik dihantar ke Berlin ketika Perang Dingin untuk menyiasat dan menumpaskan pengintip kejam yang membunuh ejen kumpulan mereka iaitu MI6 dalam misi ‘undercover’ yang memusahkan ramai sahabatnya. Kehadiran Lorraine ke Berlin juga bagi mendapatkan semula senarai ‘double agent’ yang hilang. Dalam masa yang sama juga Lorraine menggunakan aksi penyamaraan untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Lorraine mahir menggunakan sebarang senjata termasuklah kasut tumitnya bagi membolehkan misi pembunuhan itu selesai. Sikap bersahaja yang ditampilkan oleh pelakon utama ini akan membuat penoton tidak menjangka tindakan seterusnya. Menerusi pengembaraannya dia telah diminta untuk membantu dan bekerjasama dengan ketua balai Berlin, David Percival. Dia mempunyai kemahiran tinggi dalam seni mempertahanan diri membuatkan misi mereka sering menemui kejayaan. Filem yang diadaptasi dari novel The Coldest City ini mampu membuat jalan ceritanya pecah panggung dengan penampilan ramai artis hebat. Tajuk : Atomic Blonde Durasi : 1 jam 55 minit Tarikh Tayangan: 27 Julai 2017 Pengarah : David Leitch Pelakon : Charlize Theron, James McAvoy, John Goodman, Sofia Boutella
24
9 - 15 Ogos 2017
Hobi pelik pemimpin dunia AZLAN ZAMBRY
Dunia mengenali tokoh-tokoh ini kerana ketegasan dan keterampilan mereka mengetuai kepimpinan negara di era masingmasing. Namun, mereka juga manusia biasa yang sudah pasti mempunyai minat dan hobi tersendiri. Sebenarnya, mereka memiliki hobi dan kecenderungan yang agak unik.
BARRACK OBAMA
Obama merupakan pemimpin kulit hitam pertama yang dilantik sebagai Presiden Amerika ke 44 dan merupakan graduan undang-undang dari Universiti Harvard. Seperti kebanyakan pemuda Amerika yang lain, hobi Obama adalah bermain bola keranjang sehingga beliau membina sebuah gelanggang bola keranjang di Rumah Putih.
DAVID CAMERON
JOSEPH STALIN
SADDAM HUSSEIN
THOMAS JEFFERSON
Dia dikenali sebagai pemimpin muda yang sangat berkarisma. Bermain kriket merupakan hobi utamanya. Dia sanggup bermain kriket ketika kunjungan rasminya ke India dan mengajak remaja di Mumbai bermain bersamanya tanpa mempedulikan cuaca yang panas dan keadaan padang yang berhabuk.
Joseph Stalin merupakan bekas Presiden Kesatuan Soviet dan sangat terkenal bagi golongan pengkaji sejarah sebagai seorang pemimpin diktator. Hobi Stalin adalah melukis seorang lelaki tanpa pakaian dan dia juga akan menyelitkan kata-kata yang berisi kritikan sosial yang sangat tajam.
DONALD TRUMP
Usahawan Amerika Syarikat ini merupakan pemimpin terkini yang menjadi Presiden Amerika. Trump yang dikenali sebagai Presiden kontroversi sentiasa menjadi perhatian dunia kerana kenyataan dan tindakannya.Di sebalik terpalit kontroversi, Trump mempunyai hobi yang unik iaitu berdandan rambut dan sentiasa akan memastikan gaya rambutnya tersusun rapi. Dia sukakan kebersihan dan sentiasa mahu dilihat kemas. Trump turut meminati sukan gusti.
JOKO WIDODO
Joko Widodo atau lebih popular dengan nama Jokowi merupakan presiden Indonesia ketika ini. Beliau mempunyai hobi yang agak aneh jika dibandingkan dengan pemimpin lain. Hobi Jokowi adalah memelihara berudu sehingga membesar menjadi katak. Hobinya ini bermula ketika dia bertugas sebagai Datuk Bandar Solo suatu ketika dahulu.
Bekas Presiden Iraq ini dikenali sebagai pemimpin diktator, memerintah Iraq untuk puluhan tahun. Sebenarnya hobinya adalah menulis novel romantis. Novelnya ditemui di kedai buku Arab di London berjudul Zabibah and the King dengan nama penanya S.Hussein.
Dia merupakan Presiden Amerika yang ke tiga, berkhidmat dari tahun 1801-1809 dan salah seorang daripada “founding father” negara Amerika Syarikat. Dia meminati bidang arkeologi dan gemar memasak. Sesuatu yang pelik adalah beliau suka berenang tanpa memakai sebarang pakaian.
Tarikh : 19 – 20 Ogos Masa : 2.00 – 6.15 petang Jualan hasil seni ‘Meet and Greet’ bersama kartunis
25
9 - 15 Ogos 2017
Kisah anak muda
KAM
'Iron Man' muda MURNI REJAB
LAIN orang lain hobinya. Begitu juga anak muda yang beru sia 22 tahun ini. Muhammad Haziq Junaidy sanggup berpa nas dan berhujan untuk men yer tai apa-apa sahaja aktiviti larian, renang dan berbasikal yang dianjurkan di negara kita. Aktiviti yang dikenali duathlon dan triathlon ini adalah ak ti viti sukan yang melibatkan aktiviti berlari, berenang dan berbasikal dalam satu-satu masa. Mengimbas kembali per mulaan dia melibatkan dalam larian ini, Haziq berkata, dia hanya mula terlibat dalam larian jarak dekat, dan marathon se hinggalah dia mula meli batkan diri dalam larian jarak jauh. “Tiga tahun lalu, saya ber pe luang untuk bertemu dengan KYSERUNKREW (kelab larian yang paling terkenal sekitar Lem bah Klang) dan bermula dari itu lah saya memulakan karier saya dalam larian,” ujar pelajar Taylors University itu. Cuba sesuatu yang baharu Pada Mac 2015, Haziq mula un tuk melakukan sesuatu yang baharu. Tanpa sengaja dia mendaftarkan diri untuk
Penat lelah terbayar selepas dinibatkan sebagai juara.
Powerman Asia Championship 2015 yang ketika itu tempoh memerlukan dia berlatih hanya sebulan sahaja sebelum per tandingan. “Tanpa segan silu, saya minta basikal dari kawan saya ke ra na ketika itu saya tidak mempunyai basikal. Saya juga mula ke gim semata-mata untuk praktis dalam kayuhan setiap hari sehinggalah sampai pada hari pertandingan sebulan kemudian,” ujar Haziq. Jelasnya lagi, kerana minat mendalam dalam sukan ini, dia berusaha berlatih sedaya upaya dan hasilnya amat me muaskan. Dari masa ke sema-
sa, Haziq mula melibatkan diri dalam triathlon pada Januari da lam kumpulan triathlonteam yang dipanggil Teamtime. “Saya dikehendaki berenang untuk 400 meter dan berlari sepanjang tiga kilometer. Walaupun ketika itu tek nik renang saya kurang me muaskan, namun dalam larian
sayalah ‘juara’,” ujar Haziq senyum. “Terlibat dalam sukan ini adalah satu perkara yang baik. Ini adalah platform untuk saya membuktikan kemampuan diri saya dalam renang dan juga teknik larian,” tambah nya yang gemar melakukan aktiviti ‘multisport’ ini. Jelas Haziq, untuk menyertai sukan ini, kena bersungguh-sungguh. Latihan perlu dilakukan setiap minggu dan
perlu mendisiplinkan diri bagi mengekalkan stamina badan. “Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Antaranya komit men dengan keluarga, kekangan kewangan untuk mem beli peralatan berenang dan sebagainya. Malah saya terpaksa bekerja untuk men dapatkan duit tambahan. Pun begitu saya tetap suka dengan aktiviti yang saya lakukan sekarang,” akhiri Haziq.
Sorakan kegembiraan Haqiz bersama rakan-rakannya.
Kenali acara duathlon dan triathlon DUATHLON adalah acara yang memerlukan dua disiplin iaitu anda perlu berlari, berbasikal seterusnya berlari. Manakala bagi acara triathlon pula mempunyai tiga disiplin iaitu anda perlu berenang, berbasikal dan seterusnya berlari. Mereka yang terlibat acara ini digelar duathlete bagi duathlon manakala bagi triathlon digelar triathlete.
Minuman pemberi tenaga (isotonik) ISOTONIK dikategorikan sebagai minuman sukan iaitu bagi membantu atlet menggantikan air dan tenaga selepas bersukan atau bertanding. Minuman isotonik mengandungi gabungan air, gula dan elektrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia. Secara umumnya, ia merujuk kepada penjanaan tenaga dalam badan, sama seperti tenaga terhasil dari bateri ke lampu. Berapa banyakkah minuman isotonik yang wajar kita minum? Anda boleh meminumnya sebanyak dua liter hari. Tetapi elok disertakan dengan air kosong, susu dan jus buah-buahan.
Pencapaian terbaik Haziq pada 2016 dan 2017 Powerman Asia Championship Malaysia 2017, sprint category, overall 2nd place, age group Champion. Dinobatkan juara pada Pena ng International Duathlon 2017. Tempat kedua dalam pertandingan Angkata tentera Triathlon pada 2016. Juara pada pertandingan di Cyberjaya Night Duathlon 2016. Tempat kedua pada pertandingan Putrajaya duathlon 2016. Haziq ketika di Powerman Asia Championship 2017. Gambar oleh Nik Fahusnaza.
26
9 - 15 Ogos 2017
SALAM SEMUT
Mentaliti dunia ketiga rakyat M’sia BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengungkapkan: “Kita mempunyai infrastruktur dunia pertama dan mentaliti dunia ketiga.” Tepat sekali pandangan beliau kerana hampir setiap hari dapat dilihat betapa rakyat Malaysia mempamerkan men taliti dunia ketiga dalam banyak keadaan, daripada penggunaan tandas hingga telefon awam. LRT merupakan satu sistem pengangkutan canggih yang diwujudkan sejak 20 tahun lalu. Malah ketika itu, dalam sebuah forum berkaitan pengangkutan awam di Los Angeles, Amerika Syarikat, projek LRT Malaysia disebut sebagai antara contoh terbaik. Walaupun Malaysia me miliki sistem LRT bertaraf dunia pertama, tetapi lihatlah bagaimana ia digunankan? Pada waktu puncak, ramai penumpang akan berkerumun di hadapan pintu sebelum ia dibuka, sehingga penumpang tidak dapat keluar dari dalam
LRT. Suasana seperti itu amat memalukan. Di dalam tren, lain pula ceritanya. Walaupun jelas ada notis mengenai pengkhususan tempat duduk yang diutamakan untuk yang kurang upaya, warga emas dan wanita mengandung, ramai daripada kalangan normal yang tidak mengendahkan mesej notis itu. Ini juga menunjukkan kelas mentaliti dunia ketiga. Brickfields mempamerkan pemandangan, bunyian, warna warni serta pemakanan Asia Selatan yang amat menarik. Kerajaan telah membina arcaarca yang cantik, tugu ukiran dan pelbagai penambaikan dilakukan untuk menjadikannya kawasan tarikan pelancongan. Jalan raya utama, dilebarkan supaya tidak ada kesesakan lalu lintas. Malangnya, semakin jalan raya dilebarkan, keadaan bertambah sesak. Daripada tiga lorong, ada kala ia menjadi satu lorong sahaja dan ini mengakibatkan kesesakan teruk. Kenderaan yang menghala ke KL Sentral (satu lagi kemudahan berkualiti
Urus wang bersama AKPK
Mohd Rizauddin Noor, Ketua Cawangan AKPK Kota Bharu
Berdasarkan kisah benar SENGSARA AKIBAT INGIN CEPAT KAYA LIZA (bukan nama sebenar), berusia usia awal 30 an memulakan kerjaya pertamanya dengan pendapatan yang sederhana. Lantaran keinginan untuk mengubah kehidupannya yang 'umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' kepada kehidupan yang lebih mewah, Liza mula berjinak-jinak dengan perniagaan berkonsepkan jualan langsung setelah diperkenalkan oleh rakan sekerjanya. Untuk memulakan langkah kehadapan, Liza telah dijemput untuk menghadiri bengkel anjuran syarikat berkenaan di sebuah hotel terkemuka. Teruja dan bersemangat berkobar-kobar untuk menggapai impian hidup, Liza berbekalkan motivasi dan keyakinannya yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya dan seterusnya menjadi jutawan . Liza bertungkus-lumus siang dan malam bagi mengejar impiannya di samping meneruskan tugas hakikinya walaupun terpaksa berkorban tenaga, masa, wang dan keluarganya. ‘Usaha tangga kejayaan’ menjadi pegangan hidup Liza. Usahanya mula menunjukkan hasil. Pendapatannya mula meningkat daripada ratusan ringgit sebulan kepada ribuan ringgit.
ESAN RAVEN MURUG
dunia pertama) biasanya akan terperangkap di situ. Puncanya adalah sikap pe mandu yang meletak kereta secara bersaing tanpa sedikit pun berfikir mengenai kesulitan yang timbul akibat perbuatan mereka. Inilah yang dikatakan mentaliti dunia ketiga. Malaysia memang terkenal kerana memiliki rangkaian lebuh raya bertaraf dunia.Namun dapat dilihat pelbagai perlakuan yang membuktikan sebahagian rakyat Malaysia masih bergelut dengan kerendahan mentaliti. Sampah dibuang dari kereta yang sedang bergerak tanpa memikirkan keselamatan orang lain. Aksi ngeri samseng jalanan
Berbaloi dan lumayan sekali ganjaran bagi orang yang berusaha. Seperti tidak percaya dengan apa yang dikecapinya malah dengan pendapatannya sebulan kini hampir menyamai 3 tahun gajinya suatu masa dulu. Lantaran kesibukan dalam menguruskan perniagaannya, Liza terus berhenti kerja. Kini beliau mampu hidup mewah hasil titik peluhnya dengan rumah besar serta memiliki beberapa buah kereta, malah melancong keluar negara sudah menjadi kebiasaan bagi diri dan keluarganya. Barangan mewah, perabot mahal dan gaya hidup moden sudah sebati dengan kehidupannya. Pepatah ada mengatakan, langit tidak selalunya cerah. Itulah yang telah mula membelenggu dirinya. Perniagaannya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja. Pendapatan lumayan yang diterima sebelum ini mula menyusut. Liza mula bertindak untuk meningkatkan kembali jualannya dengan membuat pinjaman bagi merancakkan semula perniagaannya. Kad kredit mula digunakan bagi menampung kos kehidupannya yang mencecah belasan ribu ringgit sebulan. Bagaimanapun usahanya untuk meningkatkan kembali hasil jualan belum menampakkan tandatanda akan pulih. Perniagaannya mula merudum dari sehari ke sehari. Lebih memeritkan, hutangnya mula tidak terbayar dan pemungut hutang mula menghubunginya setiap waktu malah kadang-kadang telefon bimbitnya berdering-dering sehingga berpuluh-puluh kali sehari. Tekanan demi tekanan mula menerjah dirinya. Bimbang dikenakan tindakan kebankrapan, akhirnya Liza nekad menjual salah sebuah kereta mewahnya yang sudahpun mempunyai beberapa bulan tunggakan. Termenung dan buntu mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya, Liza datang ke AKPK untuk menyelesaikan masalah hutang
memburukkan lagi keadaan. Lebih-lebih lagi, apabila mereka bergerak dalam kumpulan besar di lebuh raya. Tidak kurang juga pemandu kereta yang berlumba, tunjuk hebat dan bakat di lebuh raya. Kereta yang diubahsuai secara ekstrem dipandu uji dan ini merupakan satu risiko kepada pengguna lebuh raya lain. Paling memalukan apabila terdapat segelintir pemandu yang cuba mengambil kesempatan apabila ambulans lalu. Mereka mengekori ambulans secara de kat untuk mendapat laluan. Per buatan ini memang sah mentaliti dunia ketiga. Kerajaan telah membelanja kan ribuan juta ringgit untuk mem bina hospital canggih demi kemudahan orang awam. Pelbagai keperluan disediakan. Namun dalam me man faat kannya, ada peraturan yang perlu dipatuhi. Kereta yang di letak dalam kawasan hospital tidak boleh menghalang kenderaan lain. Namun di sesetengah hos pital, kereta diletak di hadapan
termasuk pinjaman peribadi dan juga kad kredit. Kaunselor AKPK setelah membuat perundingan dengan pihak bank telah berjaya membantu Liza melalui penstrukturan semula pinjaman-pinjaman beliau dengan pembayaran secara ansuran bulanan yang lebih rendah. Dia mula sedar, kemewahan bukanlah matlamat sebenar kehidupan. Hidup mengikut kemampuan adalah lebih penting berbanding hidup dalam kemewahan yang penuh dengan hutang. Rasa menyesal dalam diri mula menghantui diri Liza kerana tidak pernah membuat tabungan sebelum ini malah tidak mempunyai wang untuk dana kecemasan bagi digunakan untuk membantunya di waktu susah sekarang. Walaupun dengan gaji sederhana melalui pekerjaan baru beliau, sekurang-kurangnya dengan perancangan kewangan yang baik seseorang boleh hidup dengan selesa. Liza menyifatkan dirinya umpama seperti pepatah ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran’. AKPK menyarankan supaya jumlah bayaran bulanan hutang tidak melebihi 40% dari pendapatan bersih kita untuk menjamin kehidupan yang selesa. Di samping itu, amalkan menyimpan wang sekurang-kurangnya 10% sebulan sebagai persediaan sewaktu kecemasan dan juga untuk menempuhi zaman persaraan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi AKPK melalui talian 03- 2616 7766 (www. akpk.org.my) atau menghubungi pegawai kami di mana-mana cawangan AKPK yang terdekat.
Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my
kereta lain dan brek tangan tidak akan dipasang. Jika kereta yang diletak dalam petak parkir ingin keluar, pemandu itu perlu menolak kereta di hadapannya. Ada kala beberapa kereta perlu ditolak bagi mendapat ruang untuk keluar. Jika pe man du itu gagal menolak kereta lain ke tepi, dia akan membunyikan hon dan ini akan menganggu pesakit. Biasanya terdapat ba nyak ruang letak kereta tidak jauh dari tempat tumpuan parkir, tapi kerana sikap ingin meletak kereta dekat dengan pintu masuk, terjadi lah seperti ini. Setiap hari, dari membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya, sehingga berebut menaiki bas, dapat dilihat se jauh mana sebahagian rakyat Malaysia harus dididik untuk mengubah mentaliti mereka. Mulakan di rumah.Didik per kara asas seperti beratur, tunggu giliran, jangan berebut, beri laluan pada yang lebih tua, jaga kebersihan dan sentiasa ikut peraturan walaupun tiada siapa yang perhatikan.
INFO KL Muzium Polis
MUZIUM Polis DiRaja Malaysia terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Muzium ini diilhamkan Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis, PGB Waller pada 1950. Ia kemudiannya dirasmikan pembukaannya 9 Januari 1961 oleh Yang di-Pertuan Agong ke 3. Muzium ini mempamerkan barangan menarik berkait dengan jenayah dan menghalang jenayah. Terdapat himpunan menarik semua perkara berkenaan kerja polis, dari zaman kesultanan melayu sehingga hari ini. Koleksi senjata mempamerkan senjata-senjata yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dan juga yang telah dirampas. Selain itu terdapat juga koleksi anugerah yang diperolehi oleh anggota polis turut dipamerkan. Pingat seperti Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Pingat Gagah Berani, Service Medal dan King's Police Medal turut dipamerkan.
9 - 15 Ogos 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup
TRENDY
MURNI REJAB
1
WANITA dengan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja gaya yang perlu digayakan untuk ke mana sahaja terutamanya ketika ke pejabat. Apabila melangkah ke alam pekerjaan pula, gaya pemakaian haruslah dititiberatkan kerana ia melambangkan keperibadian sese orang. Sudah menjadi lumrah wanita bekerjaya, setiap pagi pasti buntu memikirkan busana apa yang patut dipakai terutamanya wanita berhijab. Jom ikuti pakaian yang sesuai digayakan untuk ke pejabat. Mungkin ini boleh mencetus idea baharu untuk anda melangkah ke pejabat dengan gaya baharu.
Smart casual menampilkan wanita lebih tampak santai.
Gaya formal
Gaya formal biasanya untuk wanita yang bekerja dengan syarikat yang berprestij ataupun syarikat yang mempunyai kod pemakaian atau lebih dikenali sebagai ‘dress code’. Blazer adalah pilihan yang tepat untuk kelihatan segak, kemas dan agak serius. Pilihan warna blazer yang sesuai adalah dari warna asas seperti hitam, putih dan biru laut. Untuk kelihatan lebih professional, padankan blazer dengan baju yang tidak bercorak. Anda juga boleh padankan dengan seluar yang mempunyai corak yang sedikit dan pastikan ianya tidak keterlaluan. Padankan pakaian anda dengan hijab yang berona sama dengan kasut atau baju bahagian dalam. Pastikan kasut anda bertutup. Barulah nampak wanita lebih berkarier.
Smart Casual
Kod pakaian yang agak santai tetapi masih lagi konservatif. Kod pakaian ini lebih kepada kemeja, seluar slack atau palazzo bercutting dan bertali leher. Jika ingin memakai pakaian yang bercorak, pastikan ianya bercorak simple, tidak keterlaluan. Kami sarankan lebih baik memakai satu set untuk outfit yang bercorak. Pasti tampak lebih kemas dan bergaya.
Casual
Gaya casual ini lebih santai berbanding smart casual. Kebiasaannya, gaya casual ini pekerja perlu memakai setiap hari Jumaat. Bergantung juga kepada syarikat. Lain syarikat lain suasana dan etikanya. Bukan itu sahaja, gaya ini juga untuk menimbulkan suasana ceria dan juga selesa dipakai seharian. Namun, walaupun gaya casual, slipper dan sandal tidak sesuai digayakan untuk ke pejabat. Sebagai wanita bekerjaya, kamu ‘wajib’ berpakaian kemas.
Fesyen Blazer adalah pilihan tepat untuk gaya formal.
hijabi ke pejabat
Cardigan labuh sesuai digayakan untuk tampak casual.
28
9 - 15 Ogos 2017
MAKAN
angin Rijksmuseum Amsterdam.
Kini, Kowamas Holidays menawarkan pakej percutian yang lebih hebat, dibawakan khas untuk peminat tegar Kaki Bola; Manchester United dan Liverpool. Ramai yang pastinya ternantinanti untuk mengetahui lebih lanjut keunikan tarikan pakej Ohsem kaki bola ini.
P
AKEJ Ohsem Pesona Eropah akan memulakan perjalanan mereka ke Manchester, England. Hah! Tunggu apa lagi? Inilah peluang bagi peminat MU untuk menyaksikan perlawanan bolasepak MU dengan lawannya. Pengalaman yang akan diabadikan oleh setiap Kaki Bola. Antara “game” yang didambakan; MU menentang Chelsea, Liverpool dan Arsenal. Bagi peminat Liverpool pula, “game” impian mereka; Liverpool menentang Tottenham, Man City
dan MU. Semestinya, untuk para isteri, tidak akan dilupakan. Sementara, sang suami bersorak di Stadium Old Trafford, para isteri akan dibawa ke Manchester Arndale, untuk aktiviti yang lebih menyeronokkan, membeli-belah di kompleks yang terkenal semenjak tahun 70an. Tidak lupa juga, bertentangan kompleks Manchester Arndale adalah New Cathedral Street, yang menawarkan pelbagai butik jenama terkemuka seperti Zara, Michael Korrs, Ted
Baker dan banyak lagi. Bolehlah kita “shopping” sampai pengsan. Untuk para isteri peminat LFC pula, kita akan berkunjung ke William Brown Street. Jangan lepaskan peluang juga untuk mengunjungi “The Beatles’ Story” di Albert Dock, Liverpool. Tidak cukup membelibelah di Manchester atau Liverpool, kita sambung di Bicester Village, London pula pada hari berikutnya. Antara jenama terkemuka yang ada di Bicester Village, Carolina Herrera, Coach, DKNY, Fendi, Longchamp dan
banyak lagi. Pasti haru biru nanti! Jangan terperanjat, kita akan pergi juga membeli-belah di Oxford Street. Seronok seperti di syurga membelibelah! Tidak lengkap mengunjungi London tapi tidak singgah di Buckingham Palace, Big Ben, London Eye, Tower Bridge, Tower of London, Westminster Cathedral dan banyak lagi tempat menarik untuk ambil foto, berswafoto bagai. Kita juga akan menaiki feri ke Calais, Perancis untuk meneruskan perjalanan ke Paris, Kota
Old Trafford, stadium kebanggaan Manchester United.
Pakej melancong idaman kaki bola
29
9 - 15 Ogos 2017
FRoyal Delft.
Cinta. Disitulah, tersergam indah Eiffel Tower, Arch De Triomphe dan Notre-Dame Cathedral. Wajib berswafoto di sini. Kita juga akan melawat Grand Palace di Brussels. Untuk yang minat mengumpul T Shirt Hard Rock Café, bolehlah membelinya di Hard Rock Café Brussels. Di Rotterdam pula, kita akan melawat kilang pembuatan pinggan mangkuk porselin terkemuka semenjak abad ke16, Royal Delft Museum. Banyak lagi tempat-tempat yang menarik
akan kita lawati seperti Keukenhof Garden, yang meriah dengan bunga Tulip pelbagai warna. Peminat berlian pasti teruja bila sampai di Coster Diamond, Amsterdam untuk melihat sendiri pembuatan seni berlian yang menjadi idaman setiap wanita; seperti kata pepatah Inggeris, “Diamonds Are A Girl’s Best Friend”. Kalau sudah sampai di Amsterdam, wajib kita melawati kincir angin (Windmill), tempat pembuatan keju dan terompah. Berswafoto di Damrak Square; “I AM AMSTERDAM” dan Royal Palace. Fuhh! Memang berbaloi-baloi ikut pakej Ohsem 9 Hari 8 Malam Pesona Eropah Kowamas Holidays ini dengan harga Ohsem! Untuk maklumat lanjut dan untuk dapatkan harga yang Ohsem itu, layari sekarang di www.kowamasholidays.com atau hubungi 03-78030170. Ikut kami di Facebook dan Instagram, Kowamas Holidays. Kembara Beribu Batu Bermula di Kowamas Holidays!
New Cathedral Street, Manchester.
William Brown Street, Liverpool.
Stadium Anfield, Liverpool.
30
9 - 15 Ogos 2017
Rungutan Southgate Wayne Rooney
Gareth Southgate
PENGURUS England, Gareth Southgate kini sudah mula merungut. Katanya, kekurangan pemain berwibawa dalam Liga Perdana Inggeris menyukarkan tugasnya untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap bagi menghadapi saingan di peringkat Eropah dan juga Piala Dunia. “Ini cabaran terbesar dalam karier saya,” katanya. Rekod pada 2016 menunjukkan hanya 33% daripada pemain tempatan mencapai tahap ‘top-flight’ dalam Liga Perdana Inggeris. Kebanyakan pemain terkemuka dalam liga paling popular dunia itu adalah berasal dari negara-negara Eropah yang lain, Amerika Latin dan Afrika.
Yang jadi masalah bagi FA England adalah kehadiran pemain-pemain ini dalam liga menyebabkan bakat tempatan agak kurang menonjol. “Lebih ramai pemain England dalam Liga Perdana, jika mereka mampu mencapai tahap terbaik, ini akan memberikan kami lebih ruang untuk mendapat pemain yang terbaik bagi skuad kebangsaan,” kata Southgate yang dilantik mengendalikan skuad Three Lions dengan kontrak selama empat tahun bermula November lalu. Menurutnya lagi, pemain daripada skuad pelapis juga memerlukan lebih banyak pendedahan dalam liga. “Kita mungkin mempunyai sistem akademi yang
Raheem Sterling, Marcus Rashford, Dele Alli dan tiga bintang muda yang sedang menyinar dalam kalangan pemain tempatan England.
baik untuk skuad pelapis tetapi jika mereka kurang diberi peluang untuk mengetengahkan bakat, kebolehan dan kemahiran mereka, ia tidak akan ke mana. Ini yang akan menjejaskan perancangan yang sedang dilakukan,” katanya. Southgate seterusnya berharap supaya kelab-kelab Liga Perdana sedia untuk memberikan ruang yang lebih kepada pemain muda tempatan beraksi bersama pasukan mereka sebagaimana ruang yang diberi kepada pemain-pemain dari luar. Menurut beliau, perubahan minda diperlukan untuk England berupaya memberikan lebih saingan dalam kejohanan-kejohanan utama di peringkat dunia. “Sudah lebih 25 tahun kita tidak berjaya melepasi tahap di mana kita berada sekarang, dan ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Ini yang kami sedang usahakan, dan kelab-kelab haruslah membantu demi masa depan bola sepak England di mana mereka meraih banyak wang daripada penyokong tempatan,” katanya lagi.
32
Kylian Mbappe
Valvarde mempunyai misi besar sejak berpindah ke Camp Nou dari Atletico Bilbao menggantikan Luis Enrique, Mei lalu. Dia mengimpikan mahu mengenepikan Real Madrid dari takhta liga, dan langkahnya nampak kemas, seakan mahu menjadi jika kemenangan 3-2 ke atas Los Blancos dalam perlawanan pertunjukan di Florida minggu lalu dijadikan petunjuk. Bagaimanapun, kegembiraan itu direncatkan oleh berita pemergian Neymar ke Ligue 1, disahkan. Dalam perlawanan itu yang gol kemenangan dijaringkan oleh Messi, Ivan Rakitic dan Gerard Pique, Neymar sekurang-kurangnya telah membantu dalam dua gerakan yang menatijahkan jaringan. Apa pun, keputusan sudah dibuat dan di bahu Valverde kini terpikul tanggungjawab untuk memastikan kehilangan bintang Brazil itu tidak meninggalkan lompong yang boleh menjatuhkan lagi Barca. Untuk itu,
dia harus memastikan menang dalam perebutan bintang muda berprofil tinggi, Kylian Mbappe yang juga jadi rebutan Real. Selain Real, Arsenal juga turut mahu merebut pemain 18 tahun yang diberi julukan ‘Wonderkid’ dari Monaco itu. Meskipun agak sukar halangan yang merintangi, Valvarde tidak punya banyak pilihan. Kedudukannya akan menjadi bertambah sukar kalaulah Mbappe jadi berpindah ke Santiago Bernabeu. Dalam pada itu, Valvarde turut berhajat untuk mendapatkan bintang tengah Liverpool, Philippe Coutinho meskipun Jurgen Klopp telah berkali-kali menegaskan tidak sekali-kali akan melepaskan pemain Brazil itu yang masih mempunyai kontrak hingga 2022. Dia terus melemparkan umpanan dengan harapan Klopp akan mengalah juga sebelum jendela perpindahan musim ini ditutup. Akhbar Sepanyol, Mundo baru-baru ini menggunakan tajuk berita ‘Coutinho esta cerca’ yang bermaksud ‘Coutinho sudah begitu hampir’ dalam ulasan mengenai perpindahan pemain itu ke Camp Nou. Tidak cukup dengan itu, satu lagi sasaran Catalan ialah penyerang Borussia Dortmund, Ousmane Dembele. £196 juta ternyata bukan nilai yang mudah untuk ditolak oleh pemilik kelab namun dengan isi kantung sebanyak itu, bukan mustahil untuk digunakan Valvarde mengumpan Mbappe.
31
9 - 15 Ogos 2017
Ronaldo 'tewaskan' Cantona
BINTANG bola sepak Eropah bukan sahaja handal dan ligat di padang, ada juga yang punya bakat terpendam sebagai sasterawan. Cristiano Roanldo baru-baru ini, selepas dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyembunyikan pendapatan bagi tujuan mengelak cukai, telah melontarkan komen di Instagram dalam bentuk ungkapan puitis: “Serangga hanya mengerumuni lampu yang sedang menyala…”
Simbolis yang mudah difahami, kata-kata itu membawa maksud dirinya – sebagai pemain bola sepak yang terkenal lagi kaya-raya – seakan sengaja dijadikan sasaran atau mangsa oleh pihak tertentu secara tidak adil. Dalam kata lain, pihak tertentu itu (yang sudah tentu ditujukan kepada Pihak Berkuasa Cukai Sepanyol) dikatakan oleh Ronaldo mempunyai motif untuk mengenakannya. Mengikut pertuduhan itu, pemenang anugerah pemain
Insiden serangan oleh Cantona ke atas penonton yang mengheret legenda itu ke mahkamah di penghujung kariernya lebih sedekad lalu.
Paparan akaun Instagram Ronaldo berserta ungkapan puitisnya yang menyindir pertuduhan itu.
terbaik dunia empat kali, Balon d’Or itu didakwa menggunakan syarikat tertentu untuk menyembunyikan pendapatannya daripada hak imej dan sebagainya, yang jauh lebih banyak berbanding apa yang dilaporkan kepada pihak berkenaan. Ronaldo menafikan kesemua tuduhan itu, malah su-
sulan daripada kes itu juga, dia baru-baru ini dilaporkan berasa kecewa dengan sikap pengurusan Real Madrid yang dianggap tidak langsung membelanya dalam menghadapi tuduhan tersebut. Dari satu sisi, bakat terpendam Ronaldo meluahkan perasaan menerusi frasa puitis itu telah menarik perhatian khalayak
Eric Cantona
yang pantas membandingkannya dengan legenda Perancis/ Manchester United, Eric Cantona. Cantona ketika merayu tidak dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah berhubung kes serangan ke atas penonton selepas satu perlawanan Red Devils, berkata: “Apabila burung camar terbang mengekori kapal nelayan, itu adalah kerana mereka menyangka sardin (ikan) akan dilemparkan ke laut.” Kiranya, kata-kata Cantona itu jauh lebih menarik berbanding Ronaldo dan dia ternyata berjaya menewaskan bintang Portugis itu di pentas puisi.
The Blues tanpa Costa THE BLUES kembali ke padang latihan minggu lalu selepas diberi pelepasan oleh Antonio Conte sekembalinya mereka daripada kembara pramusim di Asia. Bagaimanapun ada laporan mengatakan, sejak latihan dimulakan, kelibat Diego Costa masih tidak kelihatan di Cobham. Difahamkan, penyerang Sepanyol yang berasal dari Brazil itu diberikan pelepasan tambahan oleh Conte untuk menyelesaikan masalahnya. Costa sejak sebulan lalu secara terbuka meluahkan perasaan bahawa dia sudah tawar hati untuk kekal di Stamford Bridge. Puncanya, dia mendakwa terima mesej SMS daripada Conte yang menyatakan dirinya tidak ada dalam perancangan pengendali itu musim ini. D a l a m pada itu, Costa secara
terbuka juga mengaku berminat untuk kembali ke Atletico Madrid. Bagaimanapun yang jadi halangan adalah kelab Sepanyol itu terikat dengan larangan mengambil pemain baharu hingga Januari depan. “Memang bagus jika saya dapat kembali ke Atletico tetapi saya harus timbang dan buat keputusan sekarang. Piala Dunia 2018 semakin hampir, dan saya harus bermain (dalam Piala Dunia). Jadi saya perlukan kelab baharu sekarang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Costa berkata: “Semua orang pun tahu saya sayangkan Atletico, rakan-rakan sepasukan dan mahu kembali menetap di Madrid.” Mengenai Conte, penyerang berusia 28 tahun yang pernah bekerja sebagai pemandu lori seb el u m
bergelar pemain bola sepak professional itu berkata, dia masih simpan mesej pengendali itu. “Dia memang tidak mahukan saya. Saya tidak ada dalam senarainya. Itu yang dia beritahu saya. Kalau jurulatih tidak mahukan kamu, kamu harus pergi,” kata Costa yang musim lalu menjaringkan 22 gol untuk Chelsea. Selain Atletico, pemain itu sejak setahun lalu dikaitkan dengan penghijrahan ke Liga China. Menilai situasi semasa, hubungan Costa dengan Conte seperti tidak ada titik pertemuan lagi. Pemain itu seperti sudah ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan semua pihak di Stamford Bridge. Justeru penerimaan terhadap Costa oleh Atletico amat diharapkan, dan difahamkan jika kelab Sepanyol itu bergerak terlalu perlahan, Roman Abramovich akan mencari jalan untuk menjual Costa kepada mana-mana kelab lain yang berminat dalam masa terdekat.
32 31
31
Ronaldo 'tewaskan' Cantona
Keluaran 9 - 15 Ogos 2017
The Blues tanpa Coasta
UJIAN GETIR VALVARDE SEMINGGU dua ini pasti menjadi hari-hari paling menggusarkan dalam hidup Ernesto Valvarde. Betapa tidak, musim pertamanya di Camp Nou sudah pasti mahu diwarnakan dengan keceriaan iaitu merampas trofi La Liga daripada Real Madrid. Namun berita perginya Neymar ke Paris Saint Germain (PSG) dengan perpindahan yang memecah rekod dunia £196 juta telah merencatkan segala-galanya. Igauan pengendali itu menjadi lebih buruk jika cakap-cakap mengenai minat Lionel Messi terhadap Manchester City pula berkemungkinan menjadi kenyataan. Justeru, selagi jendela perpindahan yang masih berbaki tiga minggu belum ditutup, selagi itulah dia sukar lena malam.
Ernesto Valvarde.
30
Neymar
Chicha gaya Inggeris Mahrez serasi bernasib malang! SELEPAS tiga musim meninggalkan Liga Perdana Inggeris, Chicharito masih dipengaruhi liga itu berbanding Bundesliga di mana dia bermain untuk Bayern Leverkusen sejak dua musim lalu. Inilah yang memudahkan West Ham untuk membawa penyerang Mexico itu ‘pulang’ ke London, yang antara lain disebabkan jiwa Chicha sendiri masih ‘membekas’ di bumi Inggeris. Sebelum berhijrah ke Jerman pada 2015, pemain yang nama sebenarnya, Javier Hernandez berada dalam skuad pilihan Sir Alex Ferguson di Old Trafford. Chicha memakai jersi Red Devils sejak 2010, kelab yang terus dikaitkan
dengannya sampai sekarang. Kembalinya ke England musim ini untuk bersama West Ham juga bagi Chicha dikatakan bersebab dia ada “tugasan yang masih belum selesai”. Dalam kata lain, penyerang itu dipercayai masih belum puas dengan pencapaiannya sepanjang bersama Manchester United di mana dia telah menjaringkan 37 gol menerusi 103 penampilan. Pada musim 2014/15, Chicha – yang masih mempunyai kontrak bersama Red Devils ketika itu – dipinjamkan kepada Real Madrid sebelum ke Jerman. Di Stadium London, Chicha dijanjikan gaji £ 140,000 seminggu.
Dia diyakini lebih serasi dengan gaya permainan liga Inggeris berbanding di Jerman, apa yang membuatkan dia sering dipinggirkan ketika bersama Leverkusen. Gaya permainan Jerman lebih keras berbanding liga England. Selain Chicha, The Hammers baru-baru ini menandatangani penjaga gawang England, Joe Hart. Pengendali Slvaen Bilic juga juga dikatakan masih berminat untuk menambah lagi pilihan penyerang dengan menandatangani pemain Burnley, Andre Grey sementara Marko Arnautovic dari Stoke juga menjadi sasaran.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712