WARTA edisi #32

Page 1

PE RC UM A

ISU 32

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

Waktu emas selebriti

20

Keluaran 13 - 19 September 2017

RISIKO KETAGIH GAJET Kanak-kanak berpotensi jadi pembuli jika dibiarkan

KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

SHAH ALAM – Anak-anak kecil ketagihan gajet. Walaupun mungkin ada yang tidak kisah namun itulah kerungsingan ramai ibu bapa masa kini. Kesannya, mereka bukan sekadar tidak mempedulikan makan minum juga buku sekolah malahan boleh mengundang bahana yang lebih buruk. Gejala ketagihan gajet boleh menyebabkan kanak-kanak membesar dengan jiwa pembuli ataupun terbabit dengan kelakuan abnormal yang lain, kata seorang pakar dari Indonesia, Dr. Catur Setio Wargo.

2,3

Jong-un 'sembunyi' anak

24

Legenda bola sepak jadi menteri 15

Cinta darjah lima

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

Tarikh : 16 – 17 September Masa : 12.00 tgh hari hingga 5.00 petang

4

Jualan hasil seni ‘Meet and Greet’ bersama kartunis


2

13 - 19 September 2017

Dari muka depan Berdasarkan pengalaman menjalankan rawatan di negara itu, Dr. Catur ber­ kata ketagihan terhadap pemainan video terutamanya yang berunsur ganas akan mempengaruhi jiwa dan karakter seorang kanakkanak untuk jadi pembuli. “Kanak-kanak tidak ber­ upaya untuk menentukan apa yang baik, mahupun yang buruk untuk mereka jadikan contoh. Tetapi sama ada kita mahu ataupun tidak, itulah contoh yang paling dekat akan mempengaruhi tingkah laku mereka. “Apabila mereka su­ dah ketagihan, besar ke­ mungkinan mereka sendiri juga akan berperwatakan ganas seperti apa yang mereka tonton atau main­ kan di video. Dengan itu, m e r e k a amat ber­ potensi untuk membesar sebagai pem­ buli,” katanya ketika me­ nyampaikan

ceramah pada seminar Diskusi Isu Sosial ke 11: Buli anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) di sini, baru-baru ini. Kerana itu, kata Dr. Catur, ibu bapa perlu bijak mengawal kecenderungan anak-anak mereka terhadap gajet. “Kalau tidak dikawal, anak-anak kita akan mudah terpengaruh dengan wa­ tak yang dekat dengan me­ reka, termasuk apa yang ditawarkan menerusi animasi atau permainan video yang mereka tonton. Ini boleh me­n ye­b abkan me­reka ber­­ sikap ga­nas ma­lah men­ jadi pembuli di sekolah,” ujarnya. Selain

itu, kata Dr. Catur lagi, penggunaan gajet tanpa kawalan terhadap kanakkanak juga boleh mendorong mereka untuk kurang berkomunikasi dan ini boleh menyebabkan mereka lemah dalam pertuturan. “Kanak-kanak berumur bawah lima tahun sebaiknya tidak didedahkan dengan penggunaan gajet lebih lima minit dalam tempoh sehari. “Mereka sepatutnya ber­ gerak aktif dan banyak bertanya, inilah pembesaran yang normal untuk mereka. Jika mereka diberikan gajet secara berlebihan, kesan pada diri mereka akan jadi sebaliknya,” katanya. Namun menurut Dr. Catur, penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dihalang tetapi memerlukan kawalan dan pengawasan. “Zaman sudah berubah dengan pelbagai teknologi dan gajet juga sangat penting. Mengawal adalah langkah terbaik untuk membantu mereka membesar dan me­ nyesuaikan diri de­ ngan dunia,” katanya.

Rancang ak KHIZAIRI KHIZAN

PETALING JAYA – Kurang aktiviti fizikal boleh menyumbang kepada masalah obesiti, masalah kardio dan pertumbuhan otot serta sendi yang tidak memuaskan, kata Pakar Runding Psikiatri, Dr. Gurdeep Singh Narain Singh. Sehubungan itu katanya, penggunaan gajet secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak juga akan menjadi punca kepada masalah tidur, yang seterusnya menyebabkan mereka keletihan sekali gus kemerosotan prestasi pembelajaran di sekolah kerana tidak boleh fokus dengan baik. Katanya, antara faktor perkara ini berlaku adalah kerana kanak-kanak itu mengikut sikap ibu bapa yang sering menggunakan gajet hingga tidak mengendahkan

mereka. “Oleh itu, ibu bapa tidak meluangkan masa dengan anak-anak mereka dan gajet sebagai pengganti,” katanya yang berkhidmat di Tropicana Medical Centre. Dr. Gurdeep berkata, ibu bapa harus merancang aktiviti luar rumah bersama anak-anak seperti berenang, joging dan berbasikal bagi mengelakkan golongan terbabit bosan seterusnya mereka menjadikan gajet sebagai ‘rakan utama’. Selain itu juga katanya, sekiranya berada di rumah ibu bapa boleh mengalihkan perhatian anak mereka dengan aktiviti membaca, menulis dan melukis atau pun bermain dengan permainan fizikal yang lain. “Pengunaan gajet bukan satu perkara yang salah, namun kegunaannya secara berlebihan kepada kanakkanak tanpa kawalan yang

Perkembangan otak terganggu

Rajah menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurangan. AZLAN ZAMBRY

PETALING JAYA - Beberapa tahun dahulu, kita semua mengalami era di mana pembantu rumah menggantikan ibu bapa dalam proses pembesaran anak-anak. Kini, fenomena itu berbeza sedikit apabila gajet menggantikan pembantu rumah dan juga ibu bapa, kata Pengasas Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak Kinder Kaizen, Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli (gambar). “Ramai ibu bapa yang mengakui, situasi menjadi mudah sekiranya anak-anak diberikan gajet kerana ia memudahkan mereka melakukan kerja rumah, mudah untuk mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah rakan ataupun di kedai makan. “Kebanyakan ibu bapa tidak sedar bahawa terdapat kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini kerana rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan

otak kanak-kanak, terutamanya yang berumur bawah 3 tahun,” jelasnya kepada Warta. Katanya, gajet yang dimaksudkan ini termasuk penggunaan televisyen. Menurut Dr. Putri lagi, kajian menunjukkan anak-anak bawah umur dua tahun yang dibiarkan menonton rancangan televisyen akan mengalami kesan negatif dalam perkembangan mereka. “Kesan menonton televisyen pada dua tahun pertama akan mengganggu perkembangan bahasa, pertuturan dan memori jangka pendek serta mengganggu tidur dan tumpuan kanak-kanak apabila mereka meningkat dewasa. “Majlis Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) melaporkan terdapat sebuah kajian di Malaysia yang berkaitan dengan perkembangan kanakkanak dalam unjuran 10 tahun lalu. “Laporan tersebut menyatakan bahawa unjuran 10 tahun dahulu, kadar

masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Ketika ini, kadar masa fokus jatuh hanya empat saat. “Ramai guru yang mengadu tentang masalah mengawal anak murid dalam kelas, dan antara puncanya adalah kanakkanak terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius,” katanya. Menurutnya, terdapat perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurangan. Katanya, tiga tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa. “Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori, maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja. “Sebelum orang ramai salah faham, permasalahan ini bukanlah kepada apa yang anakanak lakukan sewaktu menonton televisyen atau sewaktu bermain gajet, tetapi apa yang mereka tidak lakukan sewaktu dalam proses tersebut, yang mungkin berjam-jam lamanya (jika tidak dikawal dengan baik). “Perkembangan anakanak adalah berlandaskan kepada bagaimana aktifnya mereka berinteraksi dengan ibu bapa atau penjaga dan juga sebanyak mana mereka melihat interaksi ini berlaku. “Menonton televisyen atau bermain gajet hanya melibatkan efek 2D yang bukan

realiti,” katanya. Menurut Dr. Putri lagi, terdapat sebuah kajian mengenai perkembangan pertuturan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. “Kebiasaan, ibu bapa akan bercakap dalam 940 patah perkataan per jam apabila anak-anak ada bersama mereka, sekiranya jika ibu bapa tersebut prihatin dan rajin bersembang. “Bilangan patah perkataan ini jatuh hingga ke 770 per jam apabila kanak-kanak mula didedahkan dengan televisyen dan gajet yang lain. “Semakin kurang perkataan yang disebut, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru. Semakin kurang jugalah kosakata yang boleh disimpan dalam ‘lexical database’ otak mereka,” katanya. Jelasnya, antara sebab ramai anak yang lambat bercakap juga adalah disebabkan oleh kurangnya perbualan antara ibu bapa dan anak-anak. Sementara itu, Dr. Putri turut mendedahkan, Doktor Christakis, Pengarah Center for Child Health, Behavior & Development in Seattle yang berpusat di Amerika Syarikat melaporkan bahawa anak-anak bawah umur tiga tahun berkemungkinan besar mengalami masalah fokus di sekolah jika diletakkan di hadapan televisyen berjam-jam lamanya. “Dalam kajiannya mendapati, setiap satu jam tontonan sehari akan menyebabkan 10 peratus masalah fokus, dua jam pula akan menyebabkan 20 peratus masalah fokus, jika dibandingkan dengan anakanak yang tidak didedahkan langsung dengan televisyen,” katanya.


3

13 - 19 September 2017

ktiviti anak ia boleh mengundang masalah lain. “Ibu bapa perlu mencari sesuatu aktiviti yang meyihatkan fizikal dan mental anak-anak dan bukan meletakkan sepenuhnya aktitiviti anak dengan pengunaan gajet walaupun itu perkara paling mudah,” jelasnya. Dr. Gurdeep berkata, ibu bapa harus menunjukkan contoh yang baik dan mereka juga perlu menghadkan m a s a

penggunaan gajet di rumah dan banyak meluangkan masa bersama anak-anak. “Apabila anak-anak mendapatkan perhatian yang secukupnya dari ibu bapa, ini dapat melahirkan generasi yang sihat dari segi mental. “A n a k - a n a k berasa mereka dihargai dan dapat menghindarkan mereka dari tekanan,” katanya.

Ibu bapa harus mengawal penggunaan gajet anak mereka.

Nilai moral makin kurang jika tidak dibendung KUALA LUMPUR - Kanak-kanak yang lebih menumpukan per­­hatian kepada gajet akan ber­­ kurangnya komunikasi an­­tara ibu bapa sekali gus men­­jadikan masa bersama ke­luar­­ga kurang. Ahli psikologi kanak-kanak, Nor Aznin Ahmad Zambry berkata, ka­ nak-kanak memerlukan tum­ puan daripada ibu bapa kerana go­­ longan itu perlukan kasih sa­­ yang yang secukupnya. Katanya, penggunaan ga­jet berlebihan oleh kanak-ka­ nak memberi kesan kepada ting­ kah laku yang kurang baik. “Salah satu sebabnya ada­ lah anak kurang mendapat per­hatian daripada ibu bapa, anak-anak rasa tersisih. In­teraksi dengan anak pun jadi ber­ kurangan dan tidak terjalin den­gan baik.

“Ia mewujudkan tingkah la­ku negatif lain seperti hi­ pe­ raktif, sering marah dan ha­ lu­ si­ nasi,” katanya. Nor Aznin berakta, kanak-ka­ nak yang ekstrem dengan peng­ gunaan gajet juga akan menjadi semakin ‘liar’ se­ ki­ ra­ nya tidak dibendung. “Disebabkan anak-anak ter­­de­dah dengan media sosial dan pengaruh game, anakanak mung­­kin akan bersifat pe­ma­rah dan bersikap terburu-bu­ ru apa­ bila berkehendakkan se­sua­­tu. “Dengan penggunaan ga­ jet ini mededahkan anak-anak ke­ pada pengaruh media ba­ rat, se­ perti membuat aksi yang ti­ dak sepatutnya. Selain itu, vi­deo yang tidak ditapis men­ yebabkan kehilangan mo­ral dan ahklak anak-anak,” je­las­nya. Sementara itu men­ce­ri­takan pengalamannya meng­ha­dapi masalah ketagihan ga­ jet ini dalam kalangan ka­ nak-kanak, Nor Aznin berkata, dia pernah menemui satu kes se­ orang kanak-kanak lebih men­­yan­ jung adiwira yang di­ ton­­ tonnya melalui gajet da­ ri­ pada ibu bapa sendiri. Menurutnya, kanakkanak ada­ lah golongan paling mudah un­ tuk dipengaruhi sama ada den­ gan perkara positif dan ne­ga­tif. Katanya, dari usia 2 tahun hing­ga 12 tahun adalah ‘ruang’ un­ tuk

membentuk tingkah la­ ku kanak-kanak yang perlu men­jadi tumpuan ibu bapa. “Ibu bapa harus sedar ba­ ha­ wa anak-anak mereka adalah pe­lapis masa depan. “Mereka seharusnya men­ didik anak-anak untuk mem­buat kerja-kerja rumah, meno­long ibu bapa supaya ada nilai ke­­keluargaan yang baik,” ka­ta­nya. Nor Aznin berkata, sebaiknya ibu bapa harus memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara ilmiah bagi melahirkan generasi berkualiti dari segi mental dan tingkah laku. Menurutnya, ibu bapa mesti mengehadkan penggunaan gajet kepada anak-anak mereka. “Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun sehingga ke peringkat remaja yang masih berkembang dalam pelbagai aspek, kebenaran penggunaan gajet adalah lebih longgar jika dibandingkan dengan dua kumpulan umur iaitu dari 1 tahun ke 2 tahun dan 2 tahun ke 5 tahun. “Kanak-kanak pada peringkat umur se­ be­ gi­ ni adalah dibenarkan untuk meng­ gunakan gajet jika perkara-perkara penting yang me­­­libatkan interaksi sosial, belajar dan tidur diselesaikan terlebih dahulu. “Untuk kanak-kanak yang normal, tidur yang mencukupi adalah di an­ta­ ra 8 hingga ke 12 jam. “Oleh itu, waktu yang disarankan adalah masih dalam sekitar 3 jam,” jelasnya. Sementara itu Nor Aznin berkata, selain daripada memantau aktiviti anak-anak, ibu bapa juga perlu menerangkan ke­pa­da mereka tentang justifikasi sebalik pe­ laksanaan had pe­nguna­ an gajet ini. “Hal ini adalah su­­­paya ibu bapa da­ pat me­wu­judkan ke­ sepakatan dan membina ke­percayaan ber­sa­ma mereka. “Dikhuatiri jika per­ kara ini dilaksanakan tan­ pa sebarang sebab yang di­ketahui, anak-anak akan me­ ngalami kekeliruan dan se­terusnya memberontak,” katanya.


4

13 - 19 September 2017

Jong-un ‘sembunyi’ anak

PEMERINTAH Korea Utara, Kim Jong-un dikenali sebagai seorang pemimpin yang aneh; gaya pemerintahan, keputusan politik mahupun kehidupan peribadinya. Selain diketahui mempunyai isteri bernama Ri Sol Ju, maklumat mengenai anak-anaknya tidak pernah didedahkan. Apa yang berlegar dalam kalangan rakyat semata-mata andaian ataupun maklumat yang tidak rasmi. Jong-un tidak pernah menampilkan anak-anaknya di khayalak ramai sebagaimana pe­ mimpin dunia yang lain. Pada 2013, bekas legenda bola keranjang dunia, Dennis Rodman berubah status daripada tetamu yang diundang ke istananya dan diraikan oleh Jong-un kepada individu tidak disukai apabila Rodman secara tidak sengaja telah memuji kecantikan anak perempuan pemimpin itu dalam satu temu bual. M e­n u ­ rut mak­ l u m a t risikan Ko­rea Se­ latan, isteri Jong-un m e­l a­h i r ­ kan anak sulung,

mereka – lelaki – pada 2010. Ini diikuti seorang anak perempuan pada 2013. Dan baru-baru ini, ahli politik Korea Selatan, Kim Byung-kee dalam satu kenyataan kepada CNN menyatakan, pasangan itu mendapat seorang lagi anak perempuan. Apa yang menyebabkan Jongun bertindak ‘menyembunyikan’ anak-anaknya mudah untuk diduga. Selaku pemimpin yang kon­ troversi, dalam satu sistem pemerintahan yang juga kon­ troversi, apa yang dilakukan oleh pemerintah berusia 33 tahun itu sudah pasti berkait dengan isu keselamatan. Mengikut sistem patriarki, anak sulung Jong-un hampir pasti akan mewarisi pemerintahan negara apabila sampai masanya kelak. Dalam keadaan ini,

Kim il-sung

keselamatan diri­nya ada­lah sangat pen­ ting sama ada dari­ pada an­ caman domestik, pihak asing mahupun dalam kalangan kaum kerabat mereka sendiri. Awal tahun ini, abang Jongun, Kim Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA). Dan se­ me­m angnya se­lama ini, nya­wa Jongnam, juga a n a k­n y a , Kim Han-sol sering di­ ancam

Jong-un bersama isterinya diiringi pegawai kanan tentera.

Jata negara Korea Utara

Kim Jong-il

hing­ ga mereka ter­ paksa ber­ sembunyi di beberapa negara. Jong-nam dianggap oleh Jong-un sebagai mengancam ke­dudukan­ nya. Sebagaimana yang di­ lakukan­ nya kepada orang lain, itulah juga yang dibimbangi Jong-un akan dilakukan oleh orang lain terhadapnya. Bagi keluarga yang me­ merintah secara totalitarian, mengutamakan prinsip ke­ setiaan dan ketaatan totok, hal yang membabitkan ke­selamatan anak sebagai pewaris kuasa adalah sangat penting. Jong-un adalah pemerintah generasi ketiga Dinasti Kim, yang juga dikenali sebagai Ke­ turunan Gunung Paektu. Dinasti itu diasaskan oleh datuknya,

Kim Il-sung pada 1948. Dinamakan Paektu ada­ lah bersempena sebuah gu­ nung berapi yang menjadi markas gerila diketuai Il-sung memerangi ten­tera Jepun. Keberanian Il-sung ber­ sama gerilanya dipercayai me­ nye­ lamatkan Semenanjung Korea daripada jatuh ke tangan Jepun. Kini, imej gunung berapi yang dianggap suci itu digunakan sebagai jata nasional Korea Utara. Korea Selatan menganggap itu semata-mata propaganda untuk menunjukkan hanya Di­ nasti Kim yang layak me­ merintah Korea Utara. Bermula 2009, Jong-un meng­ gunakan gelaran ‘Ketua Paektu’ sebagai pengenalan dirinya.

Gunung Paektu

Hotel 10,000 bilik tidak pernah dihuni PULAU RUEGEN, JERMAN - Sebuah hotel di sini merupakan yang terbesar di dunia dan dibina oleh Kerajaan Jerman pada zaman pemeritahan Nazi. Hotel itu di bina sepanjang 4.5 kilometer dan hanya 150 meter jaraknya dari pantai. Ia mempunyai 10,000 bilik yang boleh

menampung 20,000 orang dalam satu masa. Namun, setelah siap dibina hingga kini, hotel ini tidak pernah digunakan. Hotel yang terletak di Prora, pulau ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939. Pembinaanya memerlukan 9,000 pekerja. Tujuan Nazi membina hotel berkenaan adalah untuk menyebarkan

Hotel yang siap dibina 78 tahun lalu itu boleh menampung 20,000 orang dalam satu masa.

Hotel dibina atas motif propaganda Nazi yang tidak pernah terima penghuni.

propaganda mereka di mana mereka ingin mendirikan empat resort pelancongan di kawasan tersebut dengan kemudahan mewah termasuk pelabuhan bagi kapal layar. Namun, semua rancangan tersebut terpaksa dihentikan kerana berlakunya Perang Dunia II dan Pengasas Nazi, Adolf

Hitler memerintahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemunde untuk membuat senjata bagi berperang melawan sekutu. Keadaan bangunannya masih kukuh walaupun ada beberapa bahagian yang rosak. masih kukuh, namun terdapat bahagian yang rosak.


5

13 - 19 September 2017

Dilema lelaki berpunca daripada wanita 20

KES seperti ini sering kita jumpa di media sosial. Boleh juga dianggap sebagai luahan, rungutan, keluhan atau seumpamanya daripada golongan lelaki yang dalam dilema. Contoh yang pertama: Seorang suami dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, singgah di kedai makan dan kemudian hubungi isterinya, “sayang, abang kat kedai makan ni. Sayang nak pesan apa-apa tak?” Dijawab oleh isteri: “Abang, bukankah abang sendiri yang selalu kata, isteri abang ni dah makin chubby? Jadi, tak payahlah belikan apa-apa. Saya nak jaga badan, tak nak makan malam!” Lepas makan, suami pun pulang. Sampai di rumah, isterinya tiba-tiba ‘tarik muka’ tengok suami pulang

berlenggang kangkung tidak bawa apa-apa. “Abang tak beli apa-apa ke untuk saya?” Dia bertanya. “Lhaaa…. Tadi saya tanya, awak cakap tak nak makan apaapa, saya pun tak belilah. Kalau beli, nanti tak makan, membazir pulak. Awak sendiri juga yang membebel nanti,” balas si suami. “Memanglah saya cakap tak nak makan tapi kalau sikitsikit tu, oklah. Boleh juga buat kunyah kudap-kudapan sambil tengok TV. Takkan dah kahwin bertahun-tahun pun tak faham lagi?” Tidak mahu panjang cerita, si suami mengalah. “Tak apalah, kalau awak nak makan jugak, nanti lepas mandi, solat, saya keluar. Awak nak nak makan apa?” “Dah sampai nak keluarkeluar pulak abang ni. Saja le tu nak ambik peluang melepak. Dah, tak payah! Saya tak lapar pun.” Pulak! Dalam satu kes lain, seorang suami ketika bersiap-

siap mahu keluar dari pejabat, telefon isterinya: “Sayang, awak masak apa hari ni?” Jawab si isteri: “Penat sangatlah, bang. Dari pagi sampai petang, tak berhenti, macam-macam kerja saya kena buat. Kemas rumah. Dah siap kemas, budak-budak ni sepahkan balik. Kain baju pun menimbun kena cuci…” Mendengar keluhan isterinya, si suami buat kesimpulan bahawa isterinya tidak masak hari itu, lalu dalam perjalanan pulang, dia singgah di kedai makan. Kerana terlalu lapar, dia makan selain beli lauk-pauk bungkus untuk dibawa balik. Sampai di rumah, dilihatnya hidangan sudah siap di meja, malah nasi pun sudah disendukkan ke dalam pinggan. Isterinya pula dengan wajah tersenyum manis mempelawa dengan penuh mesra dan sopan: “Makanlah bang, nanti sejuk pulak nasi dan lauk ni…” Bayangkan jika anda berada dalam situasi itu, apa reaksi anda?

Lego buang 1,400 pekerja

COPENHAGEN - Lego bakal mengu­ rang­kan lapan peratus pekerja dan me­ rombak semula perniagaannya beri­ ku­ tan penyusutan pertama dialami da­lam jualannya sejak lebih sedekad. Pengusaha Denmark itu men­ gu­ mum­kan penurunan lima peratus da­ lam pendapatan pertengahan tahun, sebulan selepas membuang ketua eksekutifnya secara tiba-tiba, ujian terbesar sejak dikaitkan dengan muflis pada awal era 2000, lapor Reuters. Syarikat permainan itu berkata, ia tidak mampu menjanjikan pulangan kepada pertumbuhan dalam tempoh dua tahun akan datang, satu pengakuan mengejut bagi kumpulan yang amat dikagumi kerana berjaya mendepani era digital ketika ini. “Kami menekan butang set semula untuk keseluruhan kumpulan,” kata pengerusi eksekutifnya, Jorgen Vig Knudstorp, sambil mengakui perniagaan itu semakin rumit. Dia akan berusaha meraih keuntungan untuk organisasi yang

lebih mantap dan berkesan sebagai tindak balas terhadap kehilangan momentum yang akhirnya membawa kepada penyusutan. Katanya, keuntungannya sangat mengecewakan di pasaran utamanya iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, selepas satu dekad mencatat pertumbuhan dua angka dan pelancaran merangkumi set Lego, permainan video, francais filem, robot dan aplikasi telefon pintar. Ia akan mengurangkan kira-kira 1,400 pekerjaan – termasuk sehingga 600 pekerjaan di ibu pejabatnya di Billund, Denmark – dengan sebahagian besarnya sebelum akhir tahun ini. Syarikat itu kini menggaji 18,200 pekerja. “Kami melalui satu dekad pertumbuhan yang sangat tinggi dan sepanjang tahun itu kami banyak melabur,” kata Knudstorp, sambil menambah syarikat itu menyediakan lebih daripada 7,000 jawatan baharu antara 2012 dan 2016.

Lego tidak mampu menjanjikan pulangan kepada pertumbuhan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menolak, alamatnya akan jadi panjang cerita, dan mung­ kin kita sendiri sebagai suami, tidak sampai hati. Akhirnya, jamahlah juga. Tetapi kalau makan sedikit, tetap juga ditanya: “Aiii, sikit je bang? Tak sedap ke saya masak?” Itu masih lagi ok. Ada juga yang mulakan telenovela baharu: “Dah makan ke bang, sikit benor jamahnya. Makan dengan siapa tadi?” Itu agaknya punca mengapa lelaki selepas usia 40, jarang ada yang tidak boroi dan berpenyakit. Sebab terlebih makan dan selalu tertekan perasaan. Ini dua contoh kisah yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Seorang kawan merungut: “Orang perempuan ni memang susah nak faham. Buat A dikatanya B, bila kita buat B, dikatanya A. Ada saja yang tak kena!” Cuba perhatikan, ramai wanita memiliki kebolehan dan kemahuan yang kuat untuk melindungi diri apabila berada dalam situasi tertekan. Jarang

mereka mahu mengaku bersalah atau meminta maaf. Ini mungkin disebabkan mereka sedar bahawa diri mereka mempunyai aset kekuatan dalam kelembutan yang mereka tahu akhirnya akan membuat lelaki mengalah juga. Inilah rumitnya berurusan dengan wanita. Meskipun pada hakikatnya mereka bersalah tetapi sehabis mungkin mereka akan berusaha melindungi kesalahan itu dengan berbagai-bagai jenis belitan, sama seperti banyaknya jenis belitan fesyen tudung mereka. Kesungguhan mereka akhirnya akan membuatkan lelaki pula yang sebaliknya rasa bersalah. Namun dalam banyak keadaan, alah lelaki sebenarnya lebih didorong oleh sifat gentleman yang semulajadi ada dalam diri mereka!

Thaksin bersuara selepas dua tahun

Thaksin Shinawatra.

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006, memecah keheningan selama dua tahun mengkritik kerajaan junta yang kini giat memburu adiknya, Yingluck yang dipercayai mengikutinya untuk hidup dalam buangan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu. "Tidak ada kezaliman yang lebih kejam daripada apa yang dipertahankan di bawah perisai undang-undang dan atas nama keadilan," kata Thaksin menerusi akaun Twitter miliknya, memetik Charles de Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis abad ke 18 dalam bahasa Inggeris dan Thai. Bekas Perdana Menteri itu meninggalkan Thailand sejak 2008 bagi mengelak tindakan undang-

Yingluck Shinawatra.

undang dikenakan ke atasnya oleh pihak junta, yang menurut Thaksin adalah bermotif politik. Yingluck yang juga bekas Perdana Menteri, gagal hadir di Mahkamah Agung baru-baru ini bagi mendengar keputusan perbicaraan membabitkannya yang dikaikan dengan kehilangan 500 bilion Bhat dana awam akibat kecuaian dalam pengawasan skim subsidi beras. Pembacaan vonis itu ditangguhkan hingga 27 September ini. Jika didapati bersalah, Yingluck boleh dijatuhi hukuman hingga 10 tahun dengan hak untuk merayu. Menteri Perdagangan dalam Kabinet Yingluck, Boonsong Teriyapirom dijatuhkan dikenakan hukuman penjara 42 tahun manakala timbalannya, Phumi Saraphol, 36 tahun.


6

13 - 19 September 2017

DUNIA MINGGU INI

BAZA - Para peserta pesta menyapu gris di tubuh ketika mereka mengambil bahagian dalam perayaan tahunan Cascamorras di Baza, selatan Sepanyol.

LUQUILLO - Seorang lelaki berdoa dalam angin dan hujan lebat ketika taufan Irma melintasi kepulauan Caribbean Utara, dekat Luquillo, Puerto Rico.

MARAWI CITY - Jentera Tempur Berperisai (APC) dan tentera kerajaan berarak ke jambatan Mapandi untuk menggempur kubu-kubu pengganas di Marawi City, Filipina.

VENICE - Pelakon Jim Carrey bergurau dengan jurugambar ketika dia tiba di acara karpet merah untuk filem “Jim & Andy: The Great Beyond� sempena Festival Filem Venice.

NEW YORK - Pemain tenis, CoCo Vandeweghe dari Amerika Syarikat meraikan kejayaan selepas meumpaskan Karolina Pliskova dari Republik Czech, dalam Kejohanan Tenis U.S Open.

TEKNAF - Seorang kanak-kanak yang terpaksa mendukung dan memegang tangan adiknya merentasi sawah padi ketika mereka cuba menyeberangi sempadan selepas perkampungan mereka di musnahkan oleh tentera Myanmar di Teknaf, Bangladesh.


13 - 19 September 2017

Bisnes

Terowong MRT SSP dikorek tahun depan KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) bersedia melaksanakan kerja menggali terowong bawah tanah bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) menjelang suku pertama tahun depan. Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan MRT Corp., Datuk Najmuddin Abdullah berkata, kerja pengorekan sepanjang 13.5 km itu akan bermula di Jalan Ipoh dan berakhir di Bandar Malaysia Selatan di Kuala Lumpur. Beliau berkata, kerja-kerja itu akan dilaksanakan selepas dua daripada empat mesin pengorek terowong (TBM) baharu diterima masing-masing pada November dan Disember ini manakala dua lagi dijangka pada tahun hadapan. Najmuddin berkata, keempat-empat mesin itu yang merupakan unit TBM jenis pembolehubah ketumpatan kini sedang menjalani proses ujian penerimaan kilang di Herrenknecht Tunneling Machinery Co. Ltd. di Guangzhou, China. Beliau berkata, ujian penerimaan itu akan meliputi

Sebanyak 12 mesin TBM digunakan bagi kerja-kerja membuat terowong bawah tanah untuk jajaran MRT SSP dengan lapan daripadanya merupakan mesin yang digunakan semasa membina terowong bagi projek MRT SBK.

lebih 400 proses pemeriksaan dalam memastikan sistem dan penghasilan reka bentuk mesin memenuhi spesifikasi mengikut kontrak yang ditetapkan. “Mesin itu seterusnya akan dihantar ke tapak untuk pemasangan yang akan mengambil masa dua bulan sebelum ia boleh mengorek. “Setiap unit mesin itu bernilai antara RM40 juta

hingga RM60 juta berdasarkan kepada spesifikasinya,” katanya baru-baru ini. Najmuddin berkata, sebanyak 12 mesin TBM akan digunakan bagi kerja-kerja membuat terowong bawah tanah untuk jajaran MRT SSP dengan lapan daripadanya merupakan mesin yang digunakan semasa membina terowong bagi projek MRT laluan Sungai Buloh -

Kajang (SBK) yang dibaik pulih. Beliau berkata, penambahan jumlah mesin itu dilakukan kerana jajaran bawah tanah bagi laluan kedua MRT adalah lebih panjang berbanding laluan SBK iaitu hanya 9.5 km. Mesin pengorek terowong ini setinggi bangunan empat tingkat bergaris pusat 6.7 meter dengan kemampuan mengorek terowong pada purata 10 meter sehari. Sepuluh daripadanya me­ rupakan mesin pengorek jenis pembolehubah ketumpatan yang sesuai digunakan untuk situasi tanah batu kapur karstik dan dua lagi merupakan jenis keseimbangan tekanan bumi yang sesuai bagi Formasi Kenny Hill (mendapan batu-batuan dan berpasir). Najmuddian berkata, Pro­ jek MRT SSP kini sudah mencapai 12.05 peratus siap dan dijangkakan mencapai 19 peratus menjelang hujung tahun ini. MRT laluan SSP yang merupakan projek mega infrarakyat dengan peruntukan kos sebanyak RM32 bilion mempunyai jajaran sepanjang 52.2 km meliputi 37 stesen dan 11 daripadanya adalah stesen bawah tanah dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

AirAsia guna prosedur RNP-AR APCH SEPANG - AirAsia Bhd. akan menggunakan teknologi prestasi berasaskan pandu arah (PBN) untuk pesawatnya di semua 14 lapangan terbang, menjelang akhir tahun ini. Teknologi yang dikenali sebagai prosedur 'Required Navigation Performance Authorisation Required Approach (RNP-AR APCH)' itu direka untuk memendekkan jarak perjalanan pesawat di sesebuah lapangan terbang. Ketua Pembangunan Global dan Kecekapan Kumpulan, Kapten Rajesh Gill berkata, pada 2013, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberikan kelulusan kepada AirAsia untuk menggunakan prosedur berkenaan. "Teknologi PBN membolehkan juruterbang menggunakan teknologi sistem kedudukan global (GPS) untuk berada di laluan yang tepat dan bebas

daripada isyarat pandu arah daripada pekerja teknikal yang berada di landasan. "Sehingga kini, kami menggunakan prosedur ini di sembilan lapangan terbang dan berharap dapat melaksanakannya di lima lagi lapangan terbang menjelang akhir tahun ini. "AirAsia akan mencipta sejarah sebagai syarikat penerbangan pertama di negara ini yang mengendalikan semua pesawat domestiknya menggunakan prosedur RNP-AR APCH," katanya. AirAsia dan DCA dengan kerjasama General Electric (GE) adalah peneraju di rantau Asia Tenggara yang menggunakan prosedur ini di seluruh negara. Untuk tujuan itu, AirAsia membuat pelaburan yang signifikan berjumlah RM23 juta bagi membangunkan program ini serta menaik taraf pesawat, mendapatkan sijil operasi dan melatih

Prosedur RNP-AR APCH direka untuk memendekkan jarak perjalanan pesawat di sesebuah lapangan terbang.

semua juruterbangnya. Rajesh berkata, dengan menggunakan prosedur berkenaan, AirAsia mampu mengekalkan janjinya mengenakan kadar tambang yang rendah dan dalam masa yang sama memastikan keselamatan berada pada tahap tertinggi.

7

Grab tarik lebih 150 rakan niaga

KUALA LUMPUR - Grab me­ngembangkan lagi Grab­ Rewards dengan menarik lebih 150 rakan niaga, sekali gus membuka pe­ luang kepada mereka menerokai pasaran me­ lalui program kesetiaan pe­ langgan ber­ sama platform tersebut. Ketua GrabPay, Jason Thompson berkata, lang­ kah itu penting da­lam pem­ bangunan Grab­ Pay wallet, selain me­ wujudkan satu ekosistem mengukuhkan lagi ke­ setiaan pelanggan Grab, yang mencatatkan 55 juta muat turun menerusi peranti mudah alih. "Ini kerana, dengan se­ tiap ringgit yang di­ belanjakan dengan Grab, ia lebih bernilai daripada setiap ringgit yang dibelanjakan di tempat lain. "Bagi rakan-rakan nia­ ga kami, mereka sangat te­ ruja melihat GrabPay da­ pat menjadi penjana pen­ dapatan. "Semasa majlis pra pe­ lancaran bulan lalu, ter­ dapat beberapa rakan niaga kami yang mencapai sasaran penebusan berganda se­ banyak empat kali ganda," katanya. Jason berkata, Grab­ Rewards mempunyai empat peringkat kesetiaan, iaitu Platinum, Emas dan Perak untuk pelanggan Grab teratas, manakala pelanggan lain di peringkat ahli. “Di Grab, kami ingin mewujudkan nilai untuk setiap perjalanan. Malah, pengguna di Malaysia boleh memperoleh sehingga 10 kali mata GrabRewards apa­ bila membayar perjalanan mereka dengan GrabPay," katanya. Jason berkata, Grab­ Re­ wards menampilkan pel­ bagai jenama merangkumi makanan dan minuman, perhotelan, gaya hidup dan runcit, kembara dan aplikasi berkaitan perkhidmatan serta destinasi tarikan pe­ lancong.


8

13 - 19 September 2017

BISNES

Kerancakan ekonomi tarik pelabur asing

KUALA LUMPUR - Kerancakan peningkatan semula ekonomi negara menarik kemasukan pelabur asing ke dalam pasaran, namun aktiviti pe­ laburan akan bertambah tinggi selepas pilihan raya, kata Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd., Datuk Seri Nazir Razak (gambar). Tokoh perbankan itu ber­­ kata, faktor seperti per­ tambahan eksport ke China, pe­­mulihan pasaran dan pe­ning­ katan ekonomi global, telah membantu Malaysia ber­kembang lebih pantas. Namun begitu, pelabur asing masih tunggu dan lihat berikutan ke­ tidaktentuan berkaitan pilih­an raya. "Pilihan raya umum men­ ce­ tuskan elemen ke­tidak­tentuan. Ja­ di, jika ia dibuat lebih awal, ma­ ka lebih baik dari segi per­ sekitaran operasi secara ke­ seluruhan," katanya dalam satu temubual di sini, baru-baru ini. "Saya pasti, selepas pilih­ an raya, akan lebih besar mo­ men­ tum urus niaga," katanya.

Spekulasi mengenai pelak­ sanaan pilihan raya umum se­ makin meningkat pada minggu lalu, setelah Malaysia mencatat pertumbuhan tertinggi dalam tempoh dua tahun. Nazir enggan memberi se­ barang komen mengenai jang­ kaan tarikh pilihan raya. Ekonomi ketiga terbesar Asia Tenggara itu, kurang di­ beri perhatian pelabur asing sejak dua tahun lalu berikutan kesan penurunan harga minyak mentah dan isu mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Nazir berkata, minat pelabur terhadap Malaysia meningkat berikutan pertumbuhan tinggi ekonomi dan juga setelah per­ hatian mengenai perkara tidak berkaitan ekonomi semakin ber­ kurangan. "Jika anda mem­ bandingkan Malay­ sia dengan ne­ gara lain seperti Turki, Filipina dan malah dengan Amerika Syarikat (AS), masing-masing mempunyai

dinamik politik tempatan yang tersendiri, yang mana sukar untuk difahami pelabur," kata Nazir. "Terdapat pendapat kini (dalam kalangan pelabur) ba­ ha­ wa setiap negara per­ lu me­ laksanakan proses politik dan me­ nangani isu domestiknya sendiri," katanya. Me­ngenai sek­tor perban­kan ne­gara, Nazir ber­kata, pe­ngu­ kuhan selanjutnya dalam sektor itu ada­lah baik, na­mun eko­nomi da­ri segi urus niaga bagi langkah se­de­mikian mesti ber­ubah. Run­ding­an bagi cadangan peng­ga­bungan dua bank utama negara bernilai AS$9 bilion (RM38.41 bilion), RHB Bank dan AMMB Holdings, telah ditamatkan awal bulan ini susulan kedua-dua bank gagal mencapai persetujuan mengenai syaratnya. "Isu sebenarnya adalah, eko­ nomi perbankan kini sudah banyak berubah dan saya berpendapat, sehingga si penjual

Perolehan TM RM5.94 bilion KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Berhad (TM) mencatat pertumbu­ h­ an perolehan se­banyak 0.7 peratus kepada RM5.94 bilion pada separuh pertama berakhir 30 Jun daripada RM5.9 bilion untuk tempoh sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan itu didorong oleh sokongan sumbangan hasil yang lebih tinggi daripada internet dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, walaupun berdepan de­ ngan persekitaran ekonomi yang mencabar ter­ utama melibatkan perbelanjaan rendah dalam sektor kerajaan, namun pihaknya tetap optimis keadaan ter­ sebut akan bertambah baik pada separuh kedua 2017. Hal berkenaan ada­ lah kerana menurutnya, TM akan melaksanakan pendekatan baharu yang dikenali sebagai Perfexe 10 dalam usaha memacu konvergens dan memperkasa sektor digital namun masih berpaksi kepada stra­ tegi dan pelan perniagaan yang sama tahun ini. “Perfexe 10 merupakan kaedah ba­ haru TM yang merangkumi 10 pen­ dekatan termasuk memperkasa proses digitalisasi, mempercepat pelaksanaan fiber dan memperluas capaian kami dengan pelaburan berterusan serta me­n­ g­­­­­gabungkan orga­ni­sasi di bawah aka­un ter­urus bagi sektor awam dan perusaha­ an menjadi TM One. “Kami yakin pe­ laksanaan pendekatan baharu ini mampu memacu pertumbuhan perniagaan TM bagi separuh kedua tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar pembentangan prestasi kewangan TM bagi separuh pertama 2017 di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Bazlan Osman dan Ketua Pegawai Kewangan TM, Nor Fadhilah Mohd. Ali.

Bagi suku kedua berak­hir 30 Jun lalu, keuntu­ ngan sebelum cukai me­ ningkat kepada RM241.20 juta berbanding RM195.80 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu ma­nakala jumlah ha­ sil menyusut kepa­ da RM2.98 bili­ on berban­ ding RM3.045 bi­ lion disebabkan penurunan hasil daripada data, su­ a­ ra, perkhidma­t­an berkaitan tele­ko­munikasi dan bukan telekomunikasi lain. Keuntungan bersih kumpulan bagi suku kedua juga me­ lonjak sebanyak 51 peratus kepada RM210.48 juta berbanding RM139.45 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2016. Separuh pertama 2017 pula menyaksikan keuntungan selepas cukai dan kepenting­ an minoriti (Patami) tu­ run 4.5 peratus kepada RM440.9 juta berbanding RM461.9 tempoh sama tahun sebelumnya, sementara Patami Dinormalisasi Kumpulan naik 18.2 peratus pada RM437.8 juta. TM memperuntukkan per­be­lanjaan modal (capex) seba­nyak RM899 juta atau 15.1 peratus daripada perolehan dengan 49 peratus digunakan untuk akses, rangkaian teras (28 peratus) dan sistem sokongan (23 peratus). Menurut Mohammed Shazalli, TM terus memperluaskan liputan jalur lebar ke seluruh negara de­ ngan ketika ini mempunyai lebih 2.7 juta port manakala liputan evolusi jangka panjang (LTE) telah me­ lebihi 80 peratus di bandarbandar utama se­luruh negara. Tambah beliau, syarikat kini telah mempu­ nyai 2.36 juta pelanggan jalur lebar dengan pe­langgan UniFi yang me­ langgan pakej berkepantasan 10Mbps dan ke atas meningkat kepada 88 peratus berbanding hanya 68 peratus tahun lalu. “Webe pula te­ rus merekodkan perkembangan memberangsangkan dengan 5.6 peratus kadar pe­­ nembusan isi rumah TM setakat separuh pertama tahun ini,” kata­nya.

menyedari perkara ini, secara realiti ia sukar dilaksanakan," katanya. "Realiti kos sumber ma­nusia dalam sesuatu penggabungan adalah besar dan menyakitkan. Apa kita akan buat dengan lebihan kakitangan? Apa tindakan kita dengan kakitangan yang di tempat tidak sepatutnya ini?

"CIMB juga sudah berunding untuk bergabung dengan RHB Bank dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB), namun ia gagal. Ketika di­ ta­ nya sama CIMB masih berminat untuk bergabung pada masa akan datang, be­ liau ber­ kata: "Setakat ini, ia bukan sesuatu yang ka­ mi beri per­ hatian."

FGV untung RM55.974 juta KUALA LUMPUR - Keuntungan sebelum cukai FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tempoh enam bulan pertama tahun ini melonjak kepada RM55.974 juta berbanding RM41.515 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Keuntungan bagi tempoh berakhir berakhir 30 Jun 2017 itu diraih melalui peningkatan pen­ dapatan sebanyak RM8.55 bilion berpunca dari­ pa­ da per­tambahan dalam pen­da­pat­an terakru daripada sek­ tor perladangan, Kumpulan juga mengu­rang­kan logistik dan bahagian lain, berbanding perbelanjaan pen­tad­biran sebanyak RM7.89bilion sebelum ini. lima peratus ke­pada RM439 juta. Dalam makluman kepada Bursa Melangkah ke hadapan, FGV Malaysia, FGV juga menyebut, sektor menjangkakan pe­nge­luaran tandan perladangan men­catatkan keuntungan buah-buahan segar untuk separuh se­ banyak RM148 juta dalam se­ paruh kedua tahun ini akan meningkat pertama 2017 ber­ banding kerugian disebabkan pertambahan hasil RM9.69 juta yang direkodkan sebelum produktiviti berpunca daripada ini, berikutan kenaikan harga, pengeluaran ta­ nam­ an yang lebih termasuk hasil keluaran yang lebih baik banyak dan usaha berterusan ba­ dan penurunan dalam kos pengeluaran gi mengatasi masalah ke­ kurangan bagi minyak sawit mentah. pekerja ladang. Keputusan yang posi­ tif "Kami akan meneruskan usaha ini, bagaimanapun, di­im­bangi untuk mengukuhkan perniagaan sebahagiannya oleh ke­ rugian dalam produk sampingan seperti kulit sektor gula di­ sebabkan kenaikan kos isirong sawit, sisa minyak, biojisim gu­ la mentah, kerugian dalam susut dan biogas. nilai boleh terima se­ banyak RM47.62 "Kumpulan juga men­jang­­kakan juta dan pe­ runtukan untuk kerugian pertambahan pen­­dapatan sebanyak li­ ti­ gasi sebanyak RM32.84 ju­ ta yang lebih dari­ pada RM60 juta setahun diiktiraf dalam sek­ tor perladangan dalam eksport dan pasaran tempatan," pada suku se­belumnya. katanya. "Caj nilai perjanjian pa­jak­an tanah FGV berkata, ia akan terus memberi juga bertambah se­ banyak 18 peratus tumpuan untuk memperbaiki prestasi kepada RM121 juta berbanding de­ngan perniagaan terasnya, me­lak­sanakan separuh pertama 2016," kata FGV. pengurusan ke­wangan dan kos yang Sementara itu, kumpulan itu sedang lebih baik dalam usaha untuk me­ berada di landasan yang betul untuk maksimumkan nilai pe­ megang mencapai sasaran penanaman semula saham selaras dengan pelan strategik membabitkan tanah seluas 14,000 kumpulan itu bagi tahun 2020. hektar dalam tahun ini, lebih kurang Fokus juga ditumpukan untuk 10,000 hek­ tar telah dibersihkan dan meningkatkan tadbir urus korporat 1,478 hektar telah ditanam sepenuhnya dan pelupusan kepentingan strategik pada separuh per­tama tahun ini. bukan teras perniagaan.


9

13 - 19 September 2017

BISNES

Cip Huawei setanding Apple, Samsung BERLIN - Huawei menggunakan ciri pintar kepada cip bagi tele­ fon pintar baharunya yang akan di­lan­­carkan bulan depan. Ketua Eksekutif Perniagaan Peng­ guna Huawei, Richard Yu men­de­dahkan cip telefon ba­ha­ ru yang berkuasa itu akan digu­ nakan pada Mate 10 dan telefon me­wah lain untuk pemprosesan le­ bih pantas dan penggunaan kua­sa yang lebih rendah. Huawei akan melancarkan Mate 10 dan Mate 10 Pro di Mu­ nich pada 16 Oktober, kata Yu. Bagaimanapun, dia enggan men­­dedahkan maklumat lan­jut men­genai ciri terbaharu pe­ranti itu, namun ia dijangka dike­luar­ kan dengan skrin paparan enam inci. Yu percaya cip dengan kela­ juan Kirin 970 dan kuasa rendah mam­­pu menterjemahkannya ke­­pa­da ciri yang mampu men­ ga­­­ tasi siri Apple iPhone 8, yang akan dilancarkan pada 12 September dan rangkaian tele­ fon Samsung yang diumumkan ta­hun ini. Huawei adalah pembuat te­ le­­fon pintar ketiga di belakang Sam­­sung dan Apple. "Berbanding Samsung dan Apple, kami mempunyai ke­ le­ bi­han.

"Pengguna berada dalam pres­­­tasi lebih pantas, hayat ba­ te­ri lebih lama dan reka bentuk le­­­bih padat," katanya dalam sa­­ tu temu bual pada pameran elek­­tronik pengguna IFA di sini. Yu menegaskan, cip Kirin 970 itu akan memanjangkan ha­­­yat bateri telefon sehingga 50 pe­ratus. Katanya, cip baharu itu ada­ lah Unit Pemprosesan Neutral (NPU) pertama untuk telefon pintar.

Yu ketika memperkenalkan Huawei Kirin 970 pada pameran elektronik pengguna IFA di Berlin.

WeLoop Hey 3S jam tangan GPS KUALA LUMPUR – Jam tangan kecergasan yang leng­kap dengan pelbagai ciri-ciri menarik serta ka­ lis air sehingga boleh men­cecah kedalaman 50 meter, WeLoop Hey 3S diedarkan Olike Malaysia yang turut menjadi pen­ ge­luar aksesori rasmi un­ tuk OPPO Malaysia. Lebih menarik, jam itu boleh menjejaki ak­ti­ viti seharian tanpa hen­ti peng­gunanya dan ba­ha­ gian belakangnya pu­ la mem­ punyai sensor den­ yu­­tan nadi. Untuk merekod lo­ kasi, sensor GPS di­ le­ takkan dalam jam ber­ kenaan bagi mem­ bo­­lehkan ia menerima isyarat GPS untuk me­ra­ kam laluan yang dilalui se­­masa bersenam. Jam itu boleh di­sam­ bung kepada telefon pin­ tar (Android/iOS) melalui sam­bungan Bluetooth 4.0 BLE. Selain paparan peka sen­tuhan, dua butang pa­ da kedua-dua sisi jam ini

Ia menyatukan peng­ kom­ pu­ teran klasik, grafik, imej dan kuasa pemprosesan isya­rat digital yang biasanya me­ mer­ lukan cip berasingan, me­mer­ lu­kan lebih banyak ruang dan interaksi perlahan. Kirin 970 direka oleh per­ niagaan reka bentuk cip HiSilicon Huawei dan dibina menggunakan 10 jalur pengeluaran nanometer paling maju.

ber­fungsi sebagai butang navigasi. WeLoop Hey 3S bo­ leh berfungsi selama 30 hari dengan sekali cas ataupun 25 jam jika fung­si GPS diaktifkan se­ ca­ra terus menerus. Ia dijual dengan har­ ga RM499 dan mula di­ pa­­­sarkan 31 Ogos lalu di semua kedai OPPO se­lu­ ruh Malaysia. Terdapat juga model WeLoop Hey 3S yang lebih murah iaitu XH3. Ia miliki fungsi yang sama seperti WeLoop Hey 3S cuma tiada fungsi GPS dan ia dijual dengan harga RM399.

Note 8 gabungan telefon pintar, tablet NEW YORK - Samsung me­lan­ car­­kan model terbaharunya, Galaxy Note 8 baru-baru ini se­ ka­ li gus memberikan persepsi ba­­haru kepada keluaran penge­ luar peranti pintar itu yang se­ be­ lum ini berdepan masalah ba­teri yang meletup. Pelancaran itu juga men­ja­ di cabaran baharu kepada pe­ saingnya, Apple yang mem­per­ ke­nalkan iPhone 8. Pada majlis mem­per­ke­nal­ kan Note 8, iaitu telefon bersaiz tab­ let 'phablet' di sini, semua pe­ gawai eksekutif melahirkan peng­ hargaan kepada peminat setia peranti berkenaan. "Tidak ada seorang pun yang akan melupakan apa yang berlaku pada tahun lalu," kata Presiden Perniagaan Ko­mu­ni­ka­ si Mudah Alih Samsung, DJ Koh. "Saya tidak akan melupakan berjuta-juta pengikut setia yang sentiasa bersama kami, saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya. Gergasi teknologi Korea Selatan itu menyasarkan untuk menjadi pembuat telefon pintar pertama 'phablet' menggabungkan ciri-ciri telefon pintar dan tablet ketika memperkenalkan Note pertama lima tahun lalu. Bagaimanapun, setakat ini,

Kebanyakan laman web rantaian runcit di AS menawarkan Note 8 dengan harga AS$930 (RM3,976).

Samsung belum mendedahkan harga Note 8, dan ia boleh didapati di semua cawangan jualan pada 15 September ini. Di kebanyakan laman web rantaian runcit di Amerika Syarikat (AS) menawarkan Note 8 pada AS$930 (RM3,976) tanpa subsidi syarikat komunikasi dan Apple juga dijangka akan menawarkan harga lebih kurang sama. Note 8 mempunyai beberapa ciri menarik antaranya dwi kamera di belakang, keupayaan imej lebih baik, 'S Pen' untuk skrin sentuh.

Liga DotA 2 tawar hadiah RM300,000

KUALA LUMPUR – Dalam memberi peluang kepada peminat e-sukan di Malaysia terutama melalui permainan DotA 2, Celcom menganjurkan The Major League (TML). TML adalah liga e-sukan tempatan yang disertai pasukan antarabangsa. Liga DotA 2 ini menyediakan hadiah wang berjumlah RM300,000 dan akan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober 2017. Liga ini diuruskan oleh Livescape Group dengan kerjasama Beatnation dan disokong Iskandar Investment Berhad (IIB). Ia merupakan inisiatif terawal dari IIB untuk menjadikan bandar Iskandar Puteri di Johor, sebagai hab e-sukan di Asia Tenggara. Lapan pasukan akan berentap dalam pertandingan ini di mana satu pasukan dari Malaysia akan dipilih menerusi pusingan kelayakan TML manakala pasukan jemputan antarabangsa yang mengesahkan tempat di TML adalah Ehome dari China, Evos dari Indonesia, Clutch dari Filipina dan MVP Revolution dari Kyrgyzstan. Tiga lagi pasukan jemputan akan diumumkan kemudian, menjadikan jumlah pasukan

yang bertanding di dalam TML sebanyak lapan pasukan. Sebanyak 16 pasukan akan dipilih dalam pusingan pertama kelayakan, di mana mereka akan bertarung di pusingan akhir kelayakan yang akan diadakan di Academy of Esporst di Afiniti Medini, Iskandar Puteri. Pemenang pusingan akhir kelayakan ini akan menjadi wakil Malaysia di kejohanan TML. Kejohanan utama TML akan diadakan di Kompleks Sukan

EduCity, Iskandar Puteri. Penjualan tiket untuk penonton dibuka dan ia boleh dibeli menerusi laman web Galactix Asia. Tiket dijual bermula dari RM69 (Mezzanine), RM99 (Umum), RM149 (VIP) dan RM229 (VVIP). Pemilik tiket VIP dan VVIP berpeluang menyertai sesi berjumpa peminat dan juga cenderahati TML. Maklumat lanjut tentang pertandingan ini, boleh dirujuk di laman web www.themajorleague. asia.

Majlis pelancaran TML diadakan di Makespace baru-baru ini.


10

13 - 19 September 2017

JIMBA-JIMBA

Karakter animasi popular di Strand Mall Antara pemenang pertandingan mewarna animasi Satria menerima hadiah yang ditaja Mamee.

Kartunis Majalah Humor Nasional Gila-Gila, Bro menemui peminat pada sesi ‘meet & greet’. KHIZAIRI KHIZAN

Peraduan melukis bendera Malaysia menarik perhatian kanak-kanak yang hadir.

Pelakon, Datuk Eizlan Yusof (tengah) yang juga peminat Majalah Humor Nasional Gila-Gila tidak melepaskan peluang mengunjungi Galeri 60 Merdeka dan bergambar bersama kartunis majalah berkenaan, Bro (kiri).

PETALING JAYA - Watak wira terkenal dalam siri animasi dan komik tem­ pat­ an ‘berkumpul’ bagi me­­nyam­ paikan mesej ke­mer­dekaan pada Galeri 60 Mer­ deka yang diadakan di Strand Mall, Kota Damansara. Pameran seni yang di­ anjurkan Online Dynamics (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Strand Mall itu menampilkan lebih 30 lukisan dari artis dalam industri animasi dan komik. Pengunjung berpeluang untuk memiliki karya-karya

seni asli ini yang dijual semasa pa­ meran. Pengunjung juga dapat me­ nemui watak-watak popular dalam siri animasi Malaysia seperti Boboiboy, Upin & Ipin, Supersquad dan Awang Khenit selain dapat bertemu pelukis komik. Pameran yang bermula dari 18 Ogos lalu hingga 17 Sep­ tem­ ber 2017 itu terbuka untuk orang ramai dan tiada bayaran di­ kenakan. Sesi ‘meet & greet’ dengan watak-watak dan artis popular akan dianjurkan pada hujung minggu sepanjang tempoh pameran berkenaan dijalankan.

Semangat, tujuan dan keuntungan, mana lebih penting? NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

SERINGKALI kita melihat di media cerita-cerita menarik mengenai usa­ ha­­wan berjaya. Apakah sebenarnya mak­­ sud dengan seorang usahawan yang berjaya? Adakah definasi men­ jadi seorang usahawan yang berjaya meru­ juk kepada populariti, kekayaan ataupun menjadi seorang yang sem­ pur­ na? Sebenarnya, ini amat subjektif. Mung­kin terdapat pandangan yang ber­ beza di kalangan masyarakat kita. Ba­gi sesetengah golongan, seorang usa­ ha­ wan berjaya perlu mempunyai harta,

bisnes yang meletup dan sebagainya. Ataupun se­orang usahawan yang berjaya merujuk ke­ pada rangkaian dengan pihak lain, sama ada individu atau persatuan. Saya pernah berbual dengan Datuk Abdul Latif Adol, Pengarah Urusan di Kum­ pu­­lan Syarikat DL tentang topik ini. Ramai di kalangan masyarakat kita, tidak kira da­ lam bidang usahawan atau korporat, se­ mua berwawasan hendak menjadi kaya. Ra­ mai yang bertungkus lumus bekerja ke­ ras untuk mengumpul harta dan wang. Te­ tapi, mengikut pandangan Datuk Abdul Latif, menjadi seorang usahawan berjaya ber­­maksud mempunyai keupayaan dan se­ man­gat untuk membantu orang lain. Maka, mak­ sud ini memberikan satu perspektif yang cukup berbeza kepada saya.

Bagi saya pula, pada mulanya saya men­ceburi dalam bidang keusahawan ini, setelah menonton pelbagai video mo­ ti­ vasi di YouTube saya ingin menjadi se­ orang jutawan. Tetapi, apabila saya ber­ temu dengan masyarakat Orang Asli Desa Temuan di Bukit Lanjan, Damansara Perdana, saya mempunyai perspektif yang ber­beza tentang tujuan saya. Syarikat kami kini sedang berusaha untuk berkolaborasi dengan usahawan-usahawan yang lain un­tuk cuba memberikan bantuan agar ko­ mu­ niti ini boleh mendapatkan akses dan men­ ye­ suaikan kehidupan mereka dengan kea­ daan persekitaran yang lebih moden dan majmuk. Setiap usahawan pasti inginkan ke­ untungan. Keuntungan di sini merujuk

kepada segi kewangan. Apabila bisnes kita maju, kita akan mempunyai lebih wang untuk membantu orang lain. Apabila kita sentiasa bersikap rendah diri, peramah, bersikap nyata dan berbuat baik, pelbagai perkara yang baik akan datang tanpa diduga termasuk murah rezeki. Dengan niat yang suci dan baik, insha Allah, segala perbuatan kita akan diberkati oleh Allah. Tidak salah juga jika kita membantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan.


13 - 19 September 2017

11


12

13 - 19 September 2017

Prasarana terus cemerlang di bumi Makkah MAKKAH – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – pengendali tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah – terus cemerlang dalam pengendalian perkhidmatan ber­ kenaan dengan perjalanan lancar sepanjang tujuh hari operasi bersempena ibadah haji musim ini. Bermula pada 29 Ogos, per­ khidmatan terus menerus tanpa henti itu telah membawa kira-kira 1.5 juta penumpang sepanjang tujuh hari operasi, yang berakhir tepat pada 6 petang pada 13 Zulhijjah 1438H bersamaan dengan 4 September 2017. Prasarana, yang mengen­ dalikan operasi tren itu sejak 2015, sekali lagi berjaya mem­ pamerkan prestasi cemerlang meng­uruskan pengangkutan itu yang diiktiraf sebagai perkhidmatan tren paling tersibuk dan terpadat di dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Pra­ sarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), anak syarikat Prasarana yang me­ ngen­dalikan MMMSL, Masnizam Hisham berkata pengendalian

operasi tren itu pada tahun ini berjaya mencatatkan 112 peratus kadar pergerakan tren, me­ ningkat berbanding 110 peratus yang dicatatkan tahun lalu. "Walaupun Prasarana berhadapan cabaran keadaan cuaca panas dan pertambahan penumpang berbanding tahun lepas, dalam masa tujuh hari beroperasi MMMSL berjaya membawa 2 juta penumpang meningkat berbanding kira-kira 1.1 juta penumpang tahun lalu. "Daripada maklumat yang kita terima daripada media-media Arab Saudi dan penumpang sendiri ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya kepada media Malaysia selepas melepaskan tren MMMSL terakhir di Stesen Jamarat (Mina 3) pada 4 September lepas. Katanya, operasi kali ini juga mendapat perhargaan dari­ pada Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam (PTA) Arab Saudi yang mengucapkan terima terima kepada Prasarana kerana berjaya melicinkan pergerakan jemaah haji. "Presiden PTA Dr Rumaiah al-Rumaiah sangat berpuas hari

malah beliau datang melawat semasa operasi MMMSL bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi dan mereka amat yakin dengan kebolehan yang kita ada dan Alhamdulillah Prasarana telah membuktikan kita mampu melakukan lebih baik daripada tahun lepas," katanya. Dalam mengendalikan ope­ rasi musim ini, elemen ke­ se­ lamatan terus diberikan pe­ num­ puan dengan Prasarana bergandingan dengan Facilities Security Forces (FSF), yang me­ rupakan pasukan khusus bagi pe­nugasan melindungi ke­se­ lamatan aset strategik negara itu. Kata Masnizam, penyertaan pasukan itu lebih bertumpu terhadap perlindungan ke­ selamatan tren dan fasiliti berkaitan, termasuk depoh operasi, selain kawalan orang ramai di stesen. "Operasi Prasarana mendapat sokongan penuh Kerajaan Arab Saudi, termasuk mengerahkan 9,500 pegawai dan anggota FSF, dengan penugasan khusus membabitkan perlindungan keselamatan aset berkaitan dan kawalan pergerakan jemaah di stesen.

Sebahagian daripada para petugas operasi MMMSL bergambar kenangan selepas berakhir operasi musim haji.

Puan Masnizam Hisham melepaskan tren terakhir di stesen Mina 3.

"Kehadiran FSF telah memastikan pergerakan teratur jemaah bersama tren kita, sekali gus memastikan 'Tetamu Allah' sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat, selain mengelak sebarang risiko keselamatan," katanya. Beliau juga berkata bahawa jumlah petugas untuk operasi tahun ini adalah yang terbesar sejak Prasarana memperoleh kontrak tren haji berkenaan pada 2015. Ia seiring dengan pertambahan kapasiti pengendalian jumlah keseluruhan 350,000 jemaah kali inj berbanding 310,000 jemaah bagi musim haji tahun lalu. Selain FSF, Prasarana turut bekerjasama dengan kumpulan

mutawif bagi membantu aliran pergerakan jemaah, terutama di sembilan stesen MMMSL dari Arafah ke Mina. "Berdasarkan pengalaman sejak dua musim haji lalu, akan berlaku insiden jemaah 'sesat' dan tidak dapat mematuhi jadual pelepasan ditetapkan, terutama dalam kalangan mereka yang pertama kali menggunakan tren. "Ini ditambah lagi dengan pertambahan jumlah jemaah tahun ini, begitu juga 'tempoh keemasan' waktu wukuf yang dikejar oleh jemaah. Justeru, kerjasama kumpulan mutawif boleh membantu kita dalam mengendalikan situasi ini," katanya.

Perkhidmatan MMMSL sebagai tren paling sibuk dan terpadat di dunia.


13

13 - 19 September 2017

Notis

Notis

Notis

KLASSIFIED

NOTIS PERMOHONAN LESEN MENJUAL MINUMAN KERAS Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa LEE HENG SIONG, Kad Pengenalan No: 561011-10-5693 telah pun membuat permohonan kepada Pengerusi Lembaga Perlesenan Daerah Sepang, Selangor bagi Lesen Menjual Minuman Keras secara borong dan runcit di PRIMECLASS TRADING SDN. BHD. Blok 3503, Jalan Teknokrat 5, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Sebarang bantahan dari orang ramai, hendaklah dikemukakan kepada Lembaga sepeti alamat di atas. Tanah untuk dijual IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889

Bilik untuk disewa

Jawatan kosong

Saya mempunyai satu bilik kosong untuk disewakan sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. berminat sila hubungi 011 3985 1974

Rumah untuk dijual PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 TERUS OWNER VISTA LAVENDER, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call 0166337324 (RM255 000)

JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233 JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461 PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748 LATIHAN DAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE untuk belia di luar bandar berumur 16 hingga 25 tahun elaun harian diberikan 017-513 2476 / 016 - 423 6059

Jawatan kosong

Jawatan kosong

PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810

PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator

Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554

DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491

KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


14

13 - 19 September 2017

DESTINASI Ayuh bersama geng Super Squad

Temui watak animasi Super Squad di The Strand Mall, Kota Damansara pada 16 hingga 17 September. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya sesi ‘Meet and Greets’ bersama watak animasi ini bersempena Galeri 60 Merdeka. Pameran percuma ini bermula jam 12 tengah hari hingga 5 petang. Jangan lepaskan peluang ini untuk temui bintang-bintang Super Squad pada hujung minggu ini.

Tarikh : 16 – 17 September Masa : 12.00 tgh hari hingga 5.00 petang

Jualan hasil seni ‘Meet and Greet’ bersama kartunis

Tarian Snow White

Akademi Angkasa Tarian membawa kehidupan kisah Snow White & The Seven Dwarfs, di bawah bimbingan prinsipal Ms. Wan Wan dan Pengasas Datin Jane. Dengan unsur-unsur seperti cermin sihir, epal beracun, ratu jahat dan hutan gelap yang terpesona, kisah dongeng Brothers Grimm ini sesuai untuk penonton semua peringkat umur. Snow White & The Seven Dwarfs ini akan berlangsung di Damansara Performing Arts Centre. Layari http://dpac.com.my/ untuk maklumat lanjut

Taman tema baharu

Bangi Wonderland Themepark & Resort, ​​ sebuah taman tema air yang baru dan menyeronokkan yang terletak di Bangi Avenue, Kajang. Bersempena dengan ulang tahunnya satu acara larian sepanjang 3km akan diadakan bagi memupuk nilai kesihatan dalam diri. Acara perasmian akan diadakan pada 17 September 2017 jam 6 pagi yang bermula dengan Start N Finish di Bangi Wonderland Theme Park. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www. bangiwonderland. com.my

Karnival kerjaya

Karnival Mega Kerjaya akan diadakan di KLCC pada 16 sehingga 17 September ini. Jangan lepaskan peluang untuk rebut peluang bekerja bersama beberapa syarikat ternama. Pelbagai bidang pekerjaan ditawarkan termaksuklah seminar mengenai tips-tips kerjaya, perbualan yang betul semasa temuduga dan banyak lagi. Kanival kerjaya ini akan bermula jam 10 pagi. Maklumat lanjut di http://www.careerfair.asia/

Ceria bersama artis

Hujung minggu anda akan lebih ceria dengan artis, penyair dan penghibur Indie di KL Lepark @ Kota Buku. Mereka akan men­­yampaikan tafsiran mengenai gaya hi­dup bandar di Malaysia melalui seni vi­sual termasuklah lukisan, karikatur, ce­takan, muzik dan puisi. Anda boleh te­mui mereka dia Maju Junction Kuala Lumpur pada 16 September. Penghibur ini akan membuatkan minda anda terbuka mengenai gaya hidup masa kini. Anda boleh layari https://www. DiverseCityKL.com untuk maklumat lanjut

Monodrama tiga negara

Gabungan tiga buah negara dengan gadingan hebat ini membuatkan anda menghayati estetik sejarah dengan lebih bermakna. Sani Sudin (Malaysia) Sinta Debeturu, Ambadewi Soeroso (Indonesia) dan Shafiee Mostar (Brunei) akan membawa anda lari dari kesibukan kota dengan membawa anda dalam perjalanan untuk mengetahui setiap estetik bersejarah negara melalui monolog. Monodrama tiga negara ini akan berlangsung selama tiga malam berturutturut bermula 15 sehingga 17 September di Kompleks Kraft Kuala Lumpur. Maklumat lanjut https://www. DiverseCityKL.com

'Farmers Day 2017'

Sempena Farmers Day 2017 pelbagai hadiah bertuah akan menanti anda. Sertai Hari Pertanian pada 29 sehingga 30 September di Maeps Serdang. Sebanyak 20 hadiah cabutan bertuah akan menanti anda termasuklah menyertai Endurance Challengce. Jangan lepaskan peluang anda untuk kekal sihat di hujung minggu.


15

13 - 19 September 2017

TRENDING Keluarga Norman, Abby cuti bersama Netizen memuji sikap selebriti yang menitik beratkan hubungan kekeluargaan meskipun telah berpisah. Ramai netizen yang kagum dengan sifat Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi yang tidak meletakkan jurang antara mereka. Tular di

laman sosial gambar percutian Norman Hakim dan isterinya Memey bersama Abby Abadi dan suami serta anak-anak mereka yang bercuti ke Pulau Langkawi. Pendekatan yang dibuat oleh selebriti ini memberi contoh yang baik.

Cinta darjah lima

Cinta monyet, dikaitkan dengan percintaan sepasang kekasih pada usia yang terlalu muda dan mentah. Cinta monyet juga sering dikatakan cinta yang tidak berkekalan apatah lagi membawa hingga ke jinjang pelamin. Namun kisah yang tular baru-baru ini mengenai perkahwinan dua mempelai yang difahamkan bercinta ketika berusia 11 tahun atau ketika di darjah lima sekolah rendah menarik perhatian netizen. Selepas 12 tahun di alam percintaan, akhirnya mereka diijab kabul sebagai pasangan suami isteri.

Rantai anak di tangga

Tindakan sepasang suami isteri merantai seorang anak mereka berusia tujuh tahun di tangga luar rumah sebagai denda dikecam netizen. Kejadian yang berlaku di China ini tular di alam maya apabila video yang pada mulanya dikongsi di aplikasi Wechat itu tersebar dan mendapat perhatian awam. Tindakan itu dikatakan bagi mengajar kanak-kanak terbabit yang sering memusnahkan harta benda jiran mereka.

Artis perlu lebih peka

Jaga kebersihan restoran

Tindakan pelakon drama bersiri Meh Sandar Lagi, Alicia Amin atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin yang dikatakan beraksi separuh bogel ketika menjalankan sesi fotografi untuk sebuah syarikat pakaian dalam. Sesi fotogarfi yang diambil di tepi pantai Melbourne, Australia itu tular. Pelbagai pandangan dilemparkan mengenai foto terbabit. Ada yang menyatakan Alicia sebagai seorang Islam tidak patut berkelakuan sebegitu.

Akibat ilmu hitam!

Tahap kebersihan sebuah restoran sushi di Cheras mendapat perhatian ramai apabila satu rakaman video yang diambil oleh Chirsty Yeow tular. Rakaman tersebut menyaksikan seorang pekerja restoran terbabit meletakkan ikan salmon di atas tong sampah lebih dari 10 minit dan tidak membasuhnya semula sebelum digunakan. Rata-rata netizen terkejut dengan perbuatan tersebut di samping melemparkan kata-kata kesal apabila menu yang ingin disajikan kepada pelanggan diperlakukan seperti itu.

Perbuatannya cukup terkutuk ­meng­guna­kan ilmu hitam (santau) kerana ingin memikat gadis yang sama tetapi telah menjadi kekasih sahabatnya sendiri. Kisah ini diceritakan sendiri oleh sahabat 'durjana' ini kepada seorang rakan yang lain tanpa sengaja. Selepas itulah terbongkar misteri di sebalik kematian wanita berkenaan. Rakan yang mendengar cerita itu tadi telah memuat naikkan cerita itu di laman Twitter bahawa wanita (tunang rakannya) mati akibat disantau oleh rakan mereka sendiri yang turut menyimpan rasa terhadap wanita yang telah menjadi tunang kawannya sendiri. Pengkongsian itu menerima 81,000 'like' dan 15,000 perkongsian di Twitter.

Jantina Sajat terus dipertikai!

Pengusaha produk kosmetik Nur Sajat sering mendapat perhatian umum. Baru-baru ini dia dikecam netizen di laman sosial kononnya dia ke mahkamah untuk mengesahkan jantinanya sebelum berangkat ke Makkah. Namun Sajat tidak mudah melatah, sebaliknya dia meminta bukti jika benar telahan netizen itu. Ini bukanlah kali pertama isu jantina Sajat menjadi pertikaian. Di laman sosial, pernah tular seorang lelaki mahu membuat kenyataan bahawa dia cukup kenal Sajat kerana Sajat adalah salah seorang rakan lelakinya.

Pandu selamat jiwa selamat Sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya ini mampu merangut nyawa orang lain. Mendapat perhatian ramai di dalam laman sosial rakaman video sebuah kereta Perodua Kenari nyaris terbabas dek kerana pemandu BMW yang ingin memotong sebuah lori tanpa memikirkan keadaan pemandu lain. Dalam masa yang sama pemandu kereta Perodua Kenari terbabit hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan sehingga menyebabkan kerosakan kepada keretanya. Kejadian itu dikatakan berlaku di di Jalan Felda Ulu Penggeli Kluang, Johor. Video itu mendapat tontonan ramai sebanyak 153,000.

Cikgu sado

Tiba-tiba sahaja tular di laman sosial kisah seorang guru yang memiliki tubuh badan yang tegap bak kata orang sekarang 'abang sado’. Guru pelatih sebuah sekolah di Perak ini dikenali sebagai Jimmy Jejai atau nama sebenarnya Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar popular di kalangan pelajar sekolah termasuklah pengemar media sosial apabila gambarnya yang berkongsi tips mengenai kesihatan mulai tular. Guru pelatih pendidikan jasmani ini juga terkenal dengan ‘tittle’ guru selebriti apabila dia dikatakan hampir setiap hari mendapat hadiah daripada peminat misterinya.


16

13 - 19 September 2017

Bahagian 1

Surat misteri Carl Allen

PADA 13 Januari 1956, Dr. Morris K. Jessup, seorang saintis yang banyak membuat penyelidikan mengenai UFO dan teori magnetisme, terima sepucuk surat daripada se­ se­ orang yang mengenalkan diri­ nya sebagai Carlos Miguel Allende @ Carl Meredith Allen. Menurut Allende, dia ada­ lah bekas anggota pasukan marin Amerika Syarikat yang juga peminat teori berkaitan magnetisme yang sering disebut oleh Dr. Jessup dalam ceramah dan buku-buku tulisannya. Dalam surat yang beralamat di Pennsylvania tetapi diposkan di Texas itu, Allende meluahkan rasa ‘marah-marah’ terhadap Dr. Jessup kerana mencadangkan supaya kerajaan menjalankan kajian yang berterusan ber­ hu­ bung penampakan UFO dan Teori Medan Magnet yang dicetuskan oleh Albert Einstein. Lelaki itu turut men­ceritakan kepada Dr. Jessup me­ngenai satu kejadian yang di­ saksikannya sendiri ke­ti­ka masih berkhidmat de­ngan pasukan marin yang di­ sifat­ kannya sebagai ‘peristiwa yang begitu membingungkan’. Kejadian itu, kata Allende berlaku tatkala satu eksperimen dijalankan di limbungan ka­ pal tentera laut Amerika di Philadelphia pada 12 Ogos 1943. “Ia telah menyebabkan satu kemusnahan yang dahsyat. Le­bih daripada itu, ia teramat mem­ bingungkan. Saya dan ang­ gota pasukan berada di atas kapal USS Andrew Furuseth, melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian yang amat pelik dan tidak masuk akal itu,” tulis Allende dalam suratnya kepada Dr. Jessup. Menurut Allende lagi, kapal yang digunakan untuk eksperimen itu bernama USS Eldridge, milik Tentera Laut AS.

Dalam kejadian itu, cerita Allende, kapal USS Eldridge ghaib dalam sekelip mata, dan pada ma­ sa yang sama ia dikatakan telah muncul di di Limbungan Kapal Newport, Norfolk, Virginia yang jarak­ nya beratus kilometer dari Philadelphia. Selang beberapa minit ke­ mu­ dian, kapal itu muncul semula di Philadelphia, lokasi ia berada se­ belum hilang. “Ini teramat membingungkan. Bagai­mana ia boleh terjadi begitu?” kata Allende. Lelaki itu menceritakan, ke­ san yang ditinggalkan seleas eks­ perimen tersebut, terutama kea­da­ an mereka yang berada di dalam USS Eldridge ketika ia hilang. “Ada yang gila, ada yang hilang terus. Tambah pelik, ada yang se­ kejap ada, sekejap hilang,” kata Allende, yang dalam ulasannya, Dr. Jessup sendiri mengakui ke­nya­ taannya itu amat sukar untuk di­ fahami. Bukan itu sahaja, Allende juga mendakwa ada anak kapal USS Eldridge yang anggota tubuh mereka tertanam secara fizikal pada badan kapal itu. Ini sesuatu

Carl Meredith Allen

Kapal USS Eldridge yang dikatakan ghaib ketika eksperimen itu.

yang amat sukar untuk diterima oleh akal waras! Sungguhpun apa yang didakwa oleh lelaki itu boleh dianggap tidak munasabah malah tidak masuk akal langsung, sebagai seorang saintis, Dr. Jessup meminta kenalan barunya itu memberikan maklumat yang lebih lanjut mengenai eksperimen tersebut. BERSAMBUNG

Dr. Morris K. Jessup

MENANGI TIKET DINOSAUR Untuk memenangi: 1) Klik butang 'follow' akaun rasmi Instagram Warta (my.warta) 2) Kongsikan gambar iklan ini dan tagkan 3 rakan. 3) Hastagkan #dinasouralive. 4) Lengkapkan kapsyen anda “Saya ingin melihat 'dinasour alive' kerana….” 10 Pemenang akan dipilih secara rawak setiap bulan. 2 Tiket akan diberikan untuk 1 keluarga.


17

13 - 19 September 2017

Makan

DI MANA

Nikmati selera Korea AZLAN ZAMBRY

SUASANA yang tenang dan selesa membuatkan kami tidak mahu melangkah pulang apabila berkunjung ke Hanbing Korean Dessert di Bangsar. Ruang kafenya besar, sesuai untuk anda ‘melepak’ di sini bersama keluarga atau rakan-rakan. Dekorasinya yang unik dan cantik, berimejkan negara Korea, seolah anda berada di bumi Sonata. Alunan lagu-lagu K-Pop turut menghidupkan lagi suasana Korea.

Tawar menu istimewa Kafe ini menawarkan makanan Korea yang lazat seperti ayam goreng Korea dan ‘ttteokbokki’ iaitu kek beras yang digoreng. Istimewanya di sini adalah anda wajib cuba pencuci mulut mereka iaitu ‘snow ice’ atau yang lebih dikenali sebagai ‘bingsu’. Bertepatan dengan gelaran yang diberi iaitu ‘snow ice’, tekstur aisnya yang lembut dan dikisar halus ini ternyata sememangnya cair di mulut seolah-olah ketulan salji yang cair. Sangat berbeza

Dekorasi Hanbing Korea Dessert.

Cheese larva Baby Octopus yang sangat menyelerakan.

dengan tekstur ais di Malaysia (ais kacang), ‘bingsu’ nyata memberikan kelainan yang pasti tidak dapat dilupakan. Antara ‘snow ice’ yang popular di Hanbing Korea Cafe Dessert adalah ‘Injeolmi Red Bean’ atau dikenali ‘Patbingsu’ dalam bahasa Korea, ‘Jeju Green Tea Snow Ice’, ‘Oreo Snow Ice’, ‘Blueberry Cheese Snow Ice’, ‘Strawberry Cheese Snow Ice’ dan juga ‘Mango Snow Ice’. Bagi peminat durian pula, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba ‘Snow Ice Durian Musang King’ yang sememangnya lazat, manis dan berkrim. Tidak perlu membeli buah durian kerana rasa ‘snow ice’ ini sudah cukup memberikan rasa durian yang padu. Malah ia juga antara menu yang diminati pengunjung. Selain dari ‘snow ice’, kafe ini

Menu-menu lain turut di sediakan di Hanbing.

turut menyediakan masakan tradisinya seperti ‘seafood ramyeon’, ‘hanbing cheesy spicy topokki’, ‘kimchi pancake’, dan pelbagai lagi makanan lain yang terkenal di Korea. Kami pasti rasanya yang enak dan lazat memang sukar untuk dilafazkan dengan katakata ini mampu memberikan satu kepuasan

kepada anda. Anda tidak akan berkira dengan sejumlah wang yang perlu dibelanjakan di Hanbing Korea Cafe Dessert kerana segala-galanya cukup berbaloi! Jadi, tidak perlu buang masa, jom panjangkan langkah anda ke sini.

Variasi Snow Ice yang pasti memikat selera pengunjung disini.

Asal usul kimchi

MASAKAN ruji masyarakat Korea adalah hidangan tradisional yang diperbuat daripada sayur-sayuran yang diawet. Kubis dan lobak asin merupakan bahan utama di samping cili dan garam. dengan pelbagai rempah termasuk serbuk cili, bawang, bawang putih, halia, dan jeotgal (makanan laut asin). Terdapat beratusratus jenis kimchi yang dibuat dengan sayursayuran yang berbeza sebagai bahan utama. Dalam persiapan tradisional, kimchi disimpan di bawah tanah dalam balang untuk menjaga suhu sejuk, dan tidak dibekukan semasa musim sejuk. Asal-usul kimchi bermula sekurangkurangnya untuk tempoh awal tiga kerajaan

(37 BCE-7 CE). Makanan yang diawet telah banyak didapati, kerana rekod tiga kerajaan, teks sejarah China yang diterbitkan pada 289 sebelum masihi, menyebut bahawa "Orang Goguryeo [merujuk kepada orang Korea] mahir dalam membuat makanan yang diawet seperti wain, kacang soya dan ikan masin" di bahagian yang bernama Dongyi dalam Kitab Wei Samguk Sagi. Samguk Sagi, rekod sejarah tiga kerajaan Korea, juga menyebutkan balang jeruk yang digunakan untuk menanam sayur-sayuran, yang me­nunjukkan bahawa sayur-sayuran yang difermentasi lazim dimakan pada masa ini


18 Di sebalik

13 - 19 September 2017

JENAMA

Pepsi dicipta oleh ahli farmasi MURNI REJAB

SEBUT sahaja minuman Pepsi, pasti anda terasakan kesegaran minuman ini yang telah sekian lama ‘menghantui’ peminat minuman berkabornat. ‘Kewujudannya’ menjangkau ratusan tahun dahulu dan ia adalah ilham seorang ahli farmasi, Caleb Bradham. Pada mulanya ia dicipta dan dibangunkan pada 1893 dan diperkenalkan sebagai Brad's Drink. Kemudian, ia dinamakan semula sebagai Pepsi-Cola pada 28 Ogos 1898, dan seterusnya sebagai Pepsi pada tahun 1961. Pada 2014, ia kembali dikenali sebagai Pepsi-Cola di Amerika Utara.

Penghasilan Pepsi

Kisah Pepsi bermula apabila Caleb Bradham, antara orang kuat industri dari Utara Carolina memperkenalkan resepi pertama Pepsi pada 1890. Dia menghasilkan resepi ini di dalam makmal tempatnya membuat ubat-ubatan. Resepi ini mula menerima populariti apabila dia mempatenkan resepi tersebut pada 1903. Pada tahun yang sama, Caleb mengiklankan minuman ini sebagai minuman yang ‘menggembirakan’ dan ‘menguatkan’ malah dia berjaya menjual 7,968 unit minuman ini. Kerana permintaan yang tinggi, dia bekerjasama dengan dua pelabur untuk membotolkan Pepsi bermula pada 1905. Minuman ini dijual di bawah Syarikat Pepsi-Cola ini dijenamakan di Delaware pada tahun 1919 namun bankrap

Caleb Bradham menghasilkan resepi Pepsi pada 1890.

pada 1931. Bagaimanapun, Charles Guth membeli jenama dan resepi ini dan berpindah ke Bandar New York.

Jenama pemilik

Pepsi

bertukar

Pada 1965, Pepsi-Cola dan Frito-Lay telah bergabung dan dinamakan sebagai PepsiCo,Inc. Syarikat ini beroperasi dari Purchase, New York pada 1970. Frito-Lay, Inc. sendiri ditubuhkan pada 1932 oleh Elmer Doolin. Herman W. Lay adalah pengerusi asal dan juga CEO syarikat terbabit. Pada ketika itu, hasil jualan adalah sebanyak 510 juta dolar dan mereka mempunyai syarikat sebanyak 1 9 , 0 0 0 pekerja. P r o d u k u t a m a m e r e k a pada waktu ini adalah Pepsi-Cola,

Logo yang digunakan dari 2014 hingga kini (atas). Logo yang digunakan dari 1907 hingga 1941 (bawah)

Diet Pepsi dan Mountain Dew. Mereka juga turut menjual makanan segera seperti snek ubi, keropok jagung, pretzel dan lain-lain lagi. Pada 1990, Pepsi-Co telah mengembangkan bis­nes di luar daripada jenama utamanya. Jenama dan syarikat seperti Pizza Hut, KFC, Taco Bell, dan Stolichnaya adalah se­ bahagian daripada PepsiCo. Pada 1998, sya­ rikat ini membeli produk Tro­picana. Seterusnya, sya­ rikat turut bergabung dengan Quaker Oats pada 2001.

Pepsi masih digemari peminat minuman berkarbonat.

Sejarah Pepsi Pepsi pada asalnya bertujuan untuk mengubati sakit perut. Bradham memperoleh nama Pepsi dari penyakit dispepsia (sakit perut atau ketidakcernaan). Minuman itu dibuat daripada air berkarbonat, gula, vanila, minyak pati, pepsin dan buah kola. Pada 1903, Bradham berpindah pembotolan Pepsi-Cola dari gedung ubatnya ke sebuah gudang sewa. Pada tahun itu, Bradham menjual 7,968 gelen sirap, dan pada tahun berikutnya, Pepsi dijual dalam botol enam auns dan jualan meningkat ke 19,848 gelen.

Caleb Bradham bersama dengan dispenser Pepsi.

Logo Pepsi

Logo yang digunakan pada 1971 (kiri) dan 2003 (kanan).

‘Pepsi Globe’ adalah ikon dan logo untuk Pepsi. Ia dipanggil sedemikian kerana reka bentuk merah, putih, dan biru berpusing dalam bentuk seperti sfera. Ia dianggap sebagai logo yang paling dikenali di dunia yang melambangkan Pepsi. Pada 1905, Pepsi bertukar logonya buat kali pertama sejak reka bentuk asalnya pada 1898, dan pada 1906, logonya ditukar lagi sekali. Seterusnya, logo ditukar pada 1971 hingga 1987, 2003 hingga 2008 dan yang terakhir ditukar bermula dari 2 Jun 2014 dan digunakan hingga kini.


19

23 - 19 13 29 September Ogos 2017 2017

21

21

Mr Big temui peminat

GD keseorangan

20

21

Selebriti vs bapa 20

23

Imej baharu Aisyah

Aman kembali dengan gaya baharu


20

13 - 19 September 2017

FATEEN AHMAD

Eksperimen Aman NAIB Juara Akedemi Fantasia 2014 (AF2014), Mohammad Razman Abdul Aziz yang mesra disapa sebagai Aman Aziz tampil dengan gaya ‘pop art’ bagi mempromosikan single terbaharunya, Sulit. Aman, 24, beranggapan menjadi seorang ‘trendsetter’ adalah satu langkah yang matang bagi seorang penyanyi dan juga merupakan satu resipi kejayaan ramai artis ternama. Bagi jejaka kelahiran Klebang, Melaka ini perubahan dirinya membuktikan bawa dia mempunyai tahap keseriusan dalam industri muzik yang merupakan sebuah industri kreatif. ‘Perubahan dari segi penampilan yang agak drastik ini di mana saya hadir dengan imej solekan bukan sahaja mencari kelainan namun ini adalah salah satu eksperimen yang ingin saya ketengahkan dalam industri hiburan. “Saya perlu tampil berani dengan imej unik supaya dapat memberi kelainan dalam ‘single’ terbaharu dan berbeza daripada penampilan sebelum ini. “Imej ini memudahkan peminat untuk mengingati saya kerana pada saya jika kita memiliki vokal dan lagu yang baik belum menjamin seseorang penyanyi itu dikenali ramai,” katanya ketika pelancaran single Sulit di Red Box, The Garden Petaling Jaya. Bercakap mengenai imej terbaharu itu, Aman tidak mudah melatah andai imejnya ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Penyanyi ini menganggap selagi dirinya tidak menyerupai wanita, ia tidak salah dan seiring den-

gan muzik yang dibawanya. “Solekan ini berkonsep komik dan ‘pop art’ bukannya solekan cantik. Saya mahu mendidik umum terdapat pelbagai jenis solekan masih mengekalkan ciri maskulin seorang lelaki dan ia tidak semestinya untuk golongan hawa saja,” katanya. Sulit, satu perubahan drastik Aman yang dahulunya pernah popular dengan ‘single’ pertama berjudul Without You dan ‘single’ keduanya berjudul Layang-Layang ternyata memberi kelainan dalam ‘single’ Sulit yang lebih menekankan kepada irama progresif. “Jurang muzik di antara ‘single’ pertama, kedua dan ketiga ini agak jauh berbeza kerana pada ‘single’ pertama dan kedua lebih kepada irama ‘easy listening’ dan kali ini saya menampilkan kelainan dan merupakan perubahan yang drastik pada penampilan saya,” jelasnya. Lagu Sulit ciptaan Asfan Shah dan lirik oleh Fedtri Yahya ini menceritakan mengenai kesukaran seseorang untuk teruskan hidup meskipun kehilangan cintanya walaupun terdapat muslihat untuk bersama dan perpisahan itu adalah lebih baik. “Melalui lirik dan video Sulit, saya berada dalam keadaan badan dan tangan yang terikat besi, menjadi simbolik kepada kepayahan saya untuk membebaskan diri. Kadang kerana cinta, seseorang lebih rela disakiti daripada hilang seseorang yang membahagiakan mereka. “Tajuk Sulit dipilih adalah lebih kepada pembikinan video klip ini sendiri selain kesulitan yang digambarkan mengenai seseorang yang sukar melupakan kisah cinta silamnya, proses membikin dan menyiapkan lagu ini juga berdepan dengan pelbagai kesulitan. Namun syukur ia berjaya disiapkan dengan hasil yang begitu memuaskan,” katanya.

Detik emas Cahaya mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Setiap tawa tangisan mereka merupakan satu memori indah bagi setiap ibu bapa. Gembira melihat mereka membesar dan mempelajari satu persatu di depan mata. Namun tidak mudah bagi selebriti apabila mengalas dua

tanggungjawab besar bergelar selebriti dan seorang ayah. Meskipun mereka sibuk dengan kerjaya namun mereka tetap meluangkan masa berharga mereka bersama keluarga. Kali ini mendapat perhatian netizen dengan gelagat bapa-bapa yang tampil 'cool' dengan anak mereka. Antaranya;

Tomok

Kelincahan Arrianshah Akid dalam berkata-kata yang mempunyai dialek seumpama orang luar negara membuatkan peminat tomok sentiasa mengikuti perkembangan Arrian di laman Instagram. Tomok yang merupakan seorang artis disegani ramai tidak lekang berkongsi telatah puteranya.

Hairul Azreen

Memiliki bayi yang sering menjadi perhatian orang ramai bukanlah satu perkara biasa apabila setiap gerak geri Yusof Iskandar yang dilahirkan pada 3 Jun 2016 dinantinantikan. Gelagat Yusof yang comel membuatkan ramai peminat ingin bertemu dengan si cilik Hairul Azreen dan Haniszalikha.

Imej baharu disukai peminat PENAMPILAN Aisyah Aziz dengan imej rambut kuning mendapat perhatian netizen. Aisyah yang baru-baru ini memuat naikkan gambarnya di laman Instagram dengan imej baru digelar ‘Hayley Williams’ dalam kalangan peminatnya. Aisyah, 23, yang merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Alif Aziz dipuji oleh peminat-peminatnya dengan penampilan berani dan sehingga hari ini Aisyah digelar ‘Hayley Williams’ yang sinonim dengan penampilan rambut berwarna terang. Ada yang menyatakan penampilan Aisyah itu merupakan persediaannya untuk Anugerah Planet Muzik (APM 2017) yang akan berlangsung 14 Oktober depan di Singapura.

Sam Bunkface

Penyanyi kumpulan Bunkface iaitu Samsul Annuar atau Sam tidak kurang hebatnya apabila anaknya Maleeq turut mendapat perhatian sejak dari lahir lagi. Bayi yang lahir pada 12 September 2016 ini merupakan anugerah terindah buat keluarga mereka. Maleeq sering mendapat perhatian peminat apabila ayahnya sering meniru setiap pergerakannya.


21

13 - 19 September 2017

Seputar Artis GD cari Kwon Ji Yong!

selebriti

Pengakuan G-Dragon membuatkan peminat terkejut dengan sifat terbuka itu. G-Dragon atau GD barubaru ini membuat pengakuan menerusi laman Instagram mengakui dirinya sering kesunyian walaupun bergelar seorang artis popular. Lebih mengejutkan GD sebelum ini kurang menggunakan laman sosial untuk meluahkan rasa hatinya kerana penyanyi itu sebelum ini suka berahsia hal peribadinya. Dalam masa yang sama GD juga mengakui dia sedang berperang dalam mencari dirinya sebagai Kwon Ji Yong - yang juga nama sebenarnya.

Zain Saidin

Bukan sahaja perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan mendapat perhatian orang ramai, namun anak mereka Aaisyah DhiaRana turut menjadi tarikan apabila kanak-kanak cilik ini sering mengenakan gaya pemakaiannya seiring ibunya. Tidak kurang hebatnya Zain turut melayan karenah anak kecil mereka dengan memuat naikkan gambar dia dan anaknya di laman Instagram. Aksi anak ini mengenakan tudung pada tahun lalu mendapat 'like' sebanyak 21,962.

Konsert Mr. Big di KL Shukri Yahaya

Pelakon drama Andainya Takdir tidak terlepas tempias dari pandangan orang ramai apabila gelagatnya melayani puterinya, Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016 menjadi tumpuan.

Awal Ashaari

Fahrin Ahmad

Bagi pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad dia mengambil langkah bersederhana dalam berkongsi gambar Khalifa Fahrel yang dilahirkan pada 29 September 2016. Namun begitu setiap kali Fahrin memuat naik gambar anaknya, rata-rata netizen memuji raut wajah comel bayi yang menjangkau usia 1 tahun ini.

Memiliki laman sosial Instagram sejak kecil menarik perhatian peminat Awal Ashaari dan Scha Alyahya untuk mengikuti perkembangan puteri sulung mereka Lara Alana. Kini Lara semakin bergaya dengan gaya ciliknya. Pengikut di laman Instagramnya semakin bertambah dari hari ke hari. Awal yang sering memuat naik videonya bersama Lara membuat ramai peminat Lara tidak jemu melihat video anak dan selebriti popular ini.

Saharul Ridzwan Berusia 3 bulan, Muhammad Luth Ali merupakan semangat buat Saharul Ridzwan dan Deena. Meskipun kini Saharul Ridzwan sibuk dengan kerjayanya sebagai selebriti namun tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dikagumi peminat. Saharul sering memuatkan videonya dengan Ali.

Kumpulan Mr. Big yang terkenal dengan lagu To Be With You bakal mengegarkan Malaysia dengan konsert Mr. Big Live in Malaysia 2017 pada Oktober depan. Menerusi konsert tersebut peminat bakal disajikan dengan lagu-lagu terbaik termasuklah daripada album terbaharu mereka. Konsert anjuran Plan 7 Production yang diadakan pada 14 Oktober depan dianggap sebagai menyokong penerbitan album terbaharu mereka berjudul Defying Gravity yang dikatakan dirakam hanya dalam tempoh masa enam hari sahaja. Mr. Big Live in Malaysia bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, jam 8 malam.

Amitabh, Salman berdamai Dua pelakon hebat bollywood, Salman Khan dan Amitabh Bachchan digandingkan bersama menerusi filem Race 3 arahan Remo D’Souza. Jika sebelum ini hubungan Salaman Khan dan Aishwarya Ray yang merupakan menantu Amitabh Bachchan dikatakan renggang, namun bagi pelakon yang mempunyai bakat besar ini tidak mudah melatah dalam mencampurkan hal kerja dan peribadi. Sifat Amitabh Bachchan yang terbuka menerima tawaran berlakon dengan memegang watak sebagai ayah kepada Salman Khan dalam filem terbabit membuatkan peminat gembira. Race 3 merupakan hasil sambungan dari filem Race (2008) dan Race 2 (2013). Salaman Khan mengangantikan watak Saif Ali yang sebelum ini membintangi Race dan Race 2.


22

13 - 19 September 2017

RELEKS

Jom Wayang Filem: Kolestrol Vs Cinta Bahasa: Melayu Genre: Komedi/Romantik Durasi: 1 jam 30 minit Pelakon: Tiz Zaqyah, Kamal Adil, Ardell Aryana Pengarah: Eyra Rahman SINOPSIS Filem romantik komedi arahan Eyra Rahman ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Krisya yang telah jatuh cinta terhadap seorang jejaka bernama Irfan. Krisya yang pada kali pertamanya bertemu Irfan membuatkan dia rasa begitu bahagia dan tanpa disedari Irfan, dia telah jatuh cinta dengan sifat kelakian yang ada pada Irfan. Krisya yang berani melontarkan kata-kata cintanya membuatkan Irfan kurang selesa dengan cara Krisya itu. Bagi Irfan dia menyukai perempuan berbadan gempal dan Krisya cuba untuk memikat semula hati Irfan dengan menaikkan berat badannya. Mampukah cinta yang bertepuk sebelah tangan ini menjadi realiti? Adakah Irfan akan jatuh cinta dengan Krisya? Filem: Rafathar Bahasa: Indonesia Genre: Komedi/ Aksi Durasi: 1 jam 30 minit Pelakon: Raffi Ahmad, Verdi Solaiman, Nur Fazura, Rafathar Pengarah: Bounty Umbara SINOPSIS Jonny Gold dan rakannya Popo Palupi adalah 'perompak profesional' yang sanggup mengambil apa sahaja 'kerja' tidak kira kecil atau besar. Jonny dan Popo merupakan perompak yang lurus sehinggalah suatu hari mereka diberi tugasan untuk menculik bayi lelaki. Meskipun mereka enggan melakukan perkara terbabit namun disebabkan kewangan mereka menerima tawaran itu. Mereka tidak tahu bayi tersebut mempunyai kuasa luar biasa yang tidak dijangkan. Bayi yang bernama Rafathar itu membuatkan mereka berdua berfikir di luar kotak bagaimana cara untuk mendapatkannya. Mampukah Jonny dan Popo menculik bayi berkenaan? Berjayakah mereka mengharugi rintangan untuk mendapatkan Rafathar? Filem: Behind The Walls Bahasa: Inggeris Genre: Seram Durasi: 1 jam 50 minit Pelakon: Vanessa Angel, Hutch Dano, Reggie Lee, Lew Temple Pengarah: James Kondelik, Jon Kondelik SINOPSIS Filem arahan James Kondelik dan Jon Kondelik ini berunsur seram yang mengisahkan sebuah keluarga yang sangat bermasalah terdesak untuk memulakan hidup baharu di sebuah rumah baharu. Tanpa mereka mengetahui rumah yang mereka duduki bersama dua anak mereka itu mempunyai penunggu sehingga menyebabkan beberapa perkara aneh yang berlaku. Perkara terbabit membuatkan mereka sekeluarga berdepan rasa takut dan sering 'diganggu'. Apakah benda yang berselindung di sebalik dinding rumah baharu itu? Kuatkah mereka berdepan keadaan seram yang hampir meragut nyawa mereka sekeluarga? Nantikan pada 14 September ini di pawagam.


23

13 - 19 September 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Siapa bunuh tunang Mitch?

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

AMERICAN Assassin Movie (2017) diterbitkn Lionsgate Film dan diedarkan CBS Films, Filem ini dijadualkan mula ditayangkan 15 September bermula di Amerika Syarikat. Judul filem ini dipadankan mengikut kesesuaian beberapa negara dunia seperti di Argentina, Asesino Americano, di Chile berjudul American Assassin, di Estonia (Ameerika palgamõrvar) dan di Hungary berjudul Amerikai bérgyilkos. Filem ini dibintangi pelakon handalan Hollywood, seperti Dylan O’Brien (Mitch Rapp), Taylor Kitsch (Ghost), Michael Keaton (Stan Hurley), Scott Adkins (Victor), Sanaa Lathan (Irene Kennedy), David Suchet (Stansfield), Shiva Negar (Annika), Kamil Lemieszewski (Waiter), Navid Negahban (Behurz), Göksun Çam (Mistress), Kiera Bell (Flynn / Eisenhower crew), Trevor (Dr. Frain), Alaa Safi (Javeed), Evie Wray (video game assassin), dan Sydney White sebagai Emily. Filem ini meniti tentang Mitch (lakonan Dylan O’Brien), yang telah kehilangan orang tuanya ketika dia berusia 23 tahun akibat satu kemalangan jalan raya. Dia juga kehilangan tunang yang dikasihinya ekoran serangan pengganas. Mitch nekad untuk membalas dendam di atas kematian tunangnya. Dia menyertai pasukan Ops Hitam di bawah latihan veteran tentera, Stan Hurley. Mitch terpaksa melalui pelbagai cabaran hingga akhirnya dia bertemu dengan agen dari Turki yang ingin menghentikan segera persengketaan dunia melibatkan pengganas yang sering dikaitkan dengan penganut agama Islam. Tertunaikan hasrat Mitch untuk menuntut bela kematian tunangnya. Boleh kah dia bersama dengan agen Turki yang mahu membersihkan keganasan yang dilabelkan sinonim dengan umat Islam? Anda tidak seharusnya terlepas daripada menyaksikan filem penuh aksi ini.

Tajuk : American Assassin Durasi : 1 jam 50 minit Tarikh Tayangan: 14 September 2017 Pengarah : Michael Cuesta Pelakon : Dylan O’Brien, Michael Keaton, Taylor Kitsch


24

13 - 19 September 2017

Dari bola sepak ke pentas politik Gianni Rivera (Ahli Parlimen)

Zico (Menteri)

Giovanni "Gianni" Rivera lahir pada 18 Ogos 1943, di Alessandria, adalah bekas pemain tengah pasukan Itali. Dia digelar 'Golden Boy' Itali oleh media. pada 1959 dia beraksi untuk Alessandria dan berhijrah ke kelab AC Milan pada tahun berikutnya. Ketika bersama Milan, dia meraih tiga gelaran juara Serie A dan dua kali muncul juara piala Eropah. Dia mengetuai AC Milan selama 12 musim. Rivera memulakan kerjayanya dalam politik pada 1986, menjadi ahli Parlimen Itali pada 1987 mewakili parti Demokrasi Kristian. Dia dipilih semula pada 1992, pada 1994, di bawah Pakta Segni, dan pada 1996, di bawah gabungan Uniti nell'Ulivo. Rivera berkhidmat sebagai ketua setiausaha bahagian pertahanan di bawah pemerintahan Romano Prodi dan kemudian sebagai Ahli Parlimen Eropah (MEP).

George Weah (Ahli Senat)

George Tawlon Manneh Oppong Ousman Weah lahir pada 1 Oktober 1966 merupakan bekas penyerang pasukan Liberia. Weah dianggap sebagai salah seorang pemain dan penyerang Afrika yang paling hebat sepanjang masa. Dia terpilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 1995 dan memenangi Ballon d'Or, sekaligus menjadi pemain Afrika pertama yang memenanginya anugerah tersebut. Pada 1989, 1994 dan 1995, dia dinobat sebagai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik. Pada 1996, Weah ditabalkan pula sebagai Pemain Afrika Terbaik Abad ini. Weah dikenali dengan kepantasan dan keupayaan mengawal bola selain penyudahnya, Weah digambarkan oleh FIFA sebagai 'pemain pelbagai fungsi'. Pada 2014, Weah bertanding untuk jawatan senat mewakili Parti Kongres Perubahan Demokratik di Montserrado County. Dia menang dan mendapat undi yang tinggi untuk kerusi Senat Liberia pada 20 Disember 2014.

Arthur Antunes Coimbra dilahirkan pada 3 Mac 1953 di Rio de Janeiro, dia yang lebih dikenali sebagai Zico adalah bekas jurulatih dan bekas pemain bola sepak Brazil, yang bermain sebagai pemain tengah, juga dikenali sebagai 'White Pele', dia adalah pemain kreatif, dengan kemahiran teknikal yang sangat baik, penglihatan, dan mata untuk mencipta gol. Zico dianggap sebagai pemain terbaik yang pernah dimiliki Brazil. Dia juga disifatkan sebagai pemain terbaik di dunia pada akhir 1970 an dan awal 80 an dan dia dianggap sebagai pakar 'banana kick', atas kemampuannya melencongkan bola setiap kali mengambil tendangan bebas yang menghasilkan gol. Pada 1999, Zico berada di tangga kelapan dalam pemilihan juri jurulatih FIFA sebagai 'Player of the Century' dan pada 2004 telah tersenarai antara 100 pemain terbaik dunia. Legenda bola sepak dunia dari Brazil, Pele turut mengiktiraf Zico sebagai pemain yang mempunyai kehebatan luar biasa. Zico dilantik menjadi Menteri Olahraga Brazil pada 1991-1992 di bawah pentadbiran Presiden Fernando Coller de Mello.

Kaj Leo Johannesen (Perdana Menteri)

Kaj Leo Holm Johannesen (lahir 28 Ogos 1964 di Torshavn) adalah bekas pen­­jaga gol pasukan bola sepak ke­bang­saan Kepulauan Faroe. Dia me­wakili kelab terkuat di Faroe iaitu HB Tórshavn bermula 1984 sehingga1998. Kelab ini mun­ cul juara Faroese League pada 1988, 1990 dan 1998. Selepas bersara dari bola se­ pak, dia adalah Perdana Menteri Kepulauan Faroe pada 26 September 2 0 0 8 hingga 15 September 2015

MINGGU INI

Program TV Episod Tarikh Masa Tetamu

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 13 - 19 SEPT 2017

Bukan mudah untuk bergelar juara. Namun, Mohd Azizul Hasni Awang berjaya merangkul pingat emas ke-111 Malaysia dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, sekaligus melengkapkan sasaran jumlah pingat emas kontijen negara selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan. Analisa berkongsi pengalaman pahit manis dan masa hadapan sukan ini bersama jaguh lumba basikal bertaraf dunia ini.

Sebuah program' travelogue' makanan yang memaparkan 'dessert' atau pencuci mulut paling unik yang ada di Malaysia. Kali ini hos Amirul Iman ke Chequers, Taman Tun Dr. Ismail, memilih ’american desserts’ ’melting moments’ antara tiramisu yang diubahsuai dari segi rasanya. Kemudian, Iman berkunjung pula ke Frisky Goat Cafe, bagi menikmati pencuci mulut popular ’salted caramel chocolate cake’.

Romário (Ahli Senat)

Romário de Souza Faria (lahir 29 Januari 1966), dikenali sebagai Romário adalah penyerang yang yang berjaya menjulang Piala Dunia FIFA oada 1994. Pada tahun yang sama dia dipilih memenangi FIFA World Player of the Year. Dia menjadi pemain ke lima dalam pemilihan internet FIFA Player of the Century pada 1999, dipilih untuk Piala Impian Piala Dunia FIFA pada 2002, dan dinobatkan dalam senarai 100 pemain terbaik dunia oleh pada 2004. Pada pilihan raya umum 2010, Romário terpilih ke Dewan Perwakilan atas tiket Parti Sosialis Brazil. Dia merupakan calon ke enam yang mendapat undi paling tinggi untuk Timbalan Dewan Perwakilan Kongres Nasional Brazil di Rio de Janeiro Pada 19 Februari 2014, Romário mengumumkan bahawa dia akan bertanding di dalam pemilihan untuk senat Brazil pada pilihan raya umum 2014, dan keputusan itu secara rasmi disahkan pada bulan Jun. Pada 5 Oktober, Romario dipilih untuk senat Brazil dengan undi paling banyak yang pernah diterima oleh calon yang mewakili negeri Rio de Janeiro.

Mengembara di bumi Thailand bukan sekadar keghairahan melayan seribu selekoh. Perjalanan menjadi lebih teruja apabila diwarnai dengan perbezaan budaya dan tinggalan sejarah. Pada episod kali ini, kumpulan Kembara Dua Roda yang sudah masuk hari ke 7, meneruskan perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai. Mereka berhenti untuk berkunjung ke Kuil Putih atau Wat Rong Khun yang dikatakan sangat berbeza berbanding kuil-kuil yang biasa dtemui di Thailand. Apakah keistimewaan Kuil Putih ini? Segalanya terjawab dalam Kembara Dua Roda.

: Analisa :2 : Khamis 14 September 2017 : 8.30 malam : Azizul Hasni Awang

Program TV : PEMANIS MULUT Episod :7 Tarikh : Jumaat 25 Ogos 2017 Masa : 8.30 malam

Mereka dikenali sebagai pemain berbakat. Aksi yang ditunjukkan di tengah padang sering memukau peminat di seluruh dunia. Setelah meninggalkan dunia bola sepak, mereka kembali beraksi tetapi dalam gelanggang yang lain iaitu dalam arena politik.

Program TV : KEMBARA DUA RODA Episod : 11 Tarikh : Isnin 18 September 2017 Masa : 8.30 malam

MENARIK Inspirasi . Informasi . Motivasi

AZLAN ZAMBRY

Program TV : AL TIJARAH Episod :7 Tarikh : Selasa 19 September 2017 Masa : 8.30 malam

Program TV : FESYEN CHAMELEON Episod :5 Tarikh : Rabu 13 September 2017 Masa : 8.30 malam Misi Syeqyn ialah tema 'pre-raya floral look' yang menjadi trend terkini. Bersama tetamu selebriti, Nabila Muhamad, mereka ke butik Losravelda yang koleksi rekaan hari rayanya berkonsep moden tapi masih mengekalkan ciri tradisional.

Al Tijarah kali ini menemubual Padzilah Enda Sulaiman, pengasas Telekung Siti Khadijah yang akan berkongsi kisah hidup dan perjalanan kerjayanya daripada seorang suri rumah sepenuh masa kepada seorang usahawan telekung wanita serta berkongsi tips dalam menghadapi cabaran dalam perniagaan. Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

13 - 19 September 2017

Daya tarikan Pasar Seni MURNI REJAB

MELIHATKAN papan tanda ‘Central Market’ yang terpampang di bangunan yang wujud sejak 1888 cukup untuk menjadi daya tarikan kepada pengunjung mengatur langkah ke dalam bangunannya melihat apa yang ‘tersembunyi’ di dalamnya.. Bagaikan tidak percaya, rupanya Central Market atau dikenali sebagai Pasar Seni ini umpama ‘one stop center’ yang menyediakan pelbagai keperluan bagi anda yang mencari barang-barang kesenian dan hasil kraf. Malah lagi menakjubkan, tidak terhad kepada barang kesenian sahaja, ia juga mempunyai pelbagai barangan lain seperti pakaian dan aksesori. Lorong disediakan mengikut kategori Menurut pengurus kompleks ini, Cheong Wai Mun, terdapat 340 kiosk yang menyediakan pelbagai barang yang dibahagikan kepada beberapa lorong mengikut kategori yang ditetapkan. Antara lorong yang ditetapkan adalah seperti Lorong Melayu, Lorong Cina and Lorong India. Lorong ini diperkenalkan bertujuan memberi pendedahan terhadap warna-warni Malaysia di mana rakyat berbeza ras hidup bersama dalam keharmonian selain zon-zon kedai, gerai dan kiosk. Selain itu, bagi menambah kemeriahan di Pasar Seni ini, lorong lain turut diperkenalkan. Lorong Kelapa memb-

Antara hasil kraf yang terdapat di Pasar Seni.

Kunjungan anda di sini pasti tidak akan mengecewakan.

awakan snek Melayu tradisional seperti keropok, kuih atau biskut, manisan dan makanan tradisional kegemaran ramai seperti kuih bijan, kuih loyang dan epok-epok. ‘The Blue Mansion’ yang kaya dengan barangan antik Malaysia turut terdapat di sini. Di samping ‘Batik Emporium’ yang menawarkan pakaian, kasut, beg dan perhiasan rumah bertemakan batik. Selain lorong-lorong yang dibuat, seni bina dalam Pasar Seni ini juga pasti ‘menangkap’ mata anda tatkala ke sini. ‘Jonker Street Melaka’ direka indah menampilkan seni bina berinspirasikan baba-nyonya. Selain itu, Rumah Melayu menonjolkan kecantikan senibina tradisional Malaysia buat tatapan para pengunjung. Tambah menarik, pada setiap hujung minggu jam 8

Pelbagai kiosk yang menyediakan pelbagai barangan seni dan hasil kraf.

malam, Pasar Seni turut membawakan persembahan tarian kebudayaan buat pengunjung yang datang ke sini selain perayaan seperti Hari Raya Cina, Pesta Tanglung dan Deepavali turut disambut meriah di Pasar Seni setiap tahun. Food court turut disediakan Pasar Seni dikelaskan sebagai pusat membeli-belah yang menyeluruh bagi kraftangan tempatan, kebaya, songket dan batik selain juadah-juadah istimewa Malaysia. Rangkaian restoran kegemaran ramai seperti Secret Recipe, Old Town White Coffee, Precious Old China dan Ginger turut ada di sini. Sambil-sambil jalan cuci mata, pasti perut berbunyi, jadi tidak perlu mencari restoran lain kerana di sini telah disediakan pelbagai restoran yang pasti ‘menyengat’ selera anda. Apa yang menarik, beberapa restoran yang disediakan ini mempunyai seja­

rah keseniannya tersendiri. Ketika melangkah masuk ke restoran ini, lihat sahaja dekorasinya pasti menimbulkan jiwa keseniaan itu. Kedudukan strategik Pasar Seni terletak strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan begitu banyak kemudahan pengangkutan awam menuju ke hampir semua destinasi dan hotel tumpuan. Terletak setengah kilometer dari Stesen KL Sentral, hampir seluruh kawasan Kuala Lumpur dapat dijejaki dengan pantas sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pasar Seni juga berhampiran dengan stesen LRT Pasar Seni dan Masjid Jamek. Tarikan lain Tahukah anda, terdapat ruang di Pasar Seni ini yang diberi nama ‘Central Market Annexe’ atau dikenali ‘Jiwa Seni Kuala Lumpur’. Terletak di bahagian belakang bangunan Pasar Seni, ia menggabungkan galeri-galeri seni, muzium seni 3D dan panggung interaktif 6D. Malah

di sinilah terletaknya Lorong Seni, sebuah warisan yang wujud sekian lama menampilkan 10 studio lukisan dengan aura tersendiri, khusus buat para pencinta seni. Pelbagai karya klasik, kontemporari, karikatur dan potret sedia terlukis buat tatapan di sini. Tidak ketinggalan, seni batik Malaysia yang berwarna-warni turut ditawarkan untuk terus diwarisi dalam arus modenisasi. Selain itu, bagi anda yang suka membeli-belah di luar, ‘Kasturi Walk’ adalah tarikan yang wajib dikunjungi kerana ia menyediakan gerai jualan pelbagai barangan dan makanan selain gerbang wau yang unik dan indah yang mempamerkan rekabentuk Melayu asli. ‘Drop Pin’ pula adalah tarikan terbaharu di sini. Berdiri megah setinggi dan selebar 14 kaki x 23 kaki, memberi ruang untuk para pengunjung berkreativiti di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang bersinar pada waktu siang dan bercahaya di malam hari. Jadi, tidak perlu tertunggu-tunggu lagi, jom panjangkan langkah anda ke sini.

'Drop Pin' antara tarikan terbaharu di sini.


26

13 - 19 September 2017

SALAM SEMUT

Bagaimana membuat diri dihormati “IF you don’t respect yourself , no one will” (Jika anda tidak menghormati diri sendiri, tiada siapa akan hormati anda...) Apakah itu penghormatan? Penghormatan adalah satu keadaan, perangai, ke­­lakuan, ekspresi, atau pe­ rasaan di mana se­ se­ orang menunjukkan rasa hormat, kekaguman, per­ sahabatan dan harga diri terhadap orang lain. Tidak seperti perkara lain, penghormatan ti­ dak boleh dipaksa. Peng­ hor­ matan juga tidak bo­ leh diperolehi dengan mengu­ gut atau dengan me­nunjuk kuasa. Dan yang paling pen­ting, peng­hor­matan yang sejati tidak boleh dibe­li. Bukan semua orang kaya akan dihormati dan bukan semua yang dihor­ mati itu orang kaya. Mung­ kin dengan harta dan kekayaan, ada orang cuba ‘menyewa’ peng­ hormatan dalam bentuk ge­ laran, tetapi adakah penghormatan yang diberi itu terbit secara jujur dan ikhlas? Ini soalan yang sukar

untuk dijawab. Nama-nama seperti Along Sega (Pemimpin Besar Kaum Penan), James Puthucheary (Peguam dan aktivis zaman kemerdekaan), Tok Guru Nik Aziz (tidak perlu diperkenalkan lagi), Tan Sri Ahmad Noordin Zakaria (bekas Ketua Audit Negara) dan Dato' Sir Onn bin Jaafar (Pengasas UMNO) merupakan contoh , di mana penghormatan diberi dengan penuh kekaguman. Apa yang boleh mem­ buatkan orang menghormati kita? Banyak perkara-perkara ke­cil daripada kelakauan se­­ hing­ga ke perangai mem­pen­ garuhi cara orang lain menilai karakter dan kehidupan yang bermoral merupakan perkara asas untuk memperolehi peng­ hormatan. Selain dari itu, berikut merupakan be­ be­ rapa cadangan untuk memudahkan seseorang untuk dihormati. Dengar dulu. Dengar dulu apa yang ingin dinyatakan oleh orang lain. Jangan memintas dan terlalu ghairah untuk menyatakan cerita anda. Belajar untuk menjadi pendengar yang baik. Apabila anda melakukan itu,

Urus wang bersama AKPK

Junainah Ahmad Esa

Ketua, Cawangan Kuala Terengganu AKPK

Soalan: Saya Abdul Azim dari Setapak berumur 27 tahun berasal dari Kelantan masih bujang. Berkerja sebagai promoter, gaji sebulan di bawah RM1,200. Di sini saya ingin meminta nasihat atau pendapat dari AKPK berkenaan dengan apa yang saya alami sekarang ini. Pada 2015 lalu saya memasuki sebuah kolej pengajian dalam bidang kemahiran ‘culinary art’ (khusus untuk pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM) tetapi saya tidak habiskan pengajian di kolej tersebut atas sebabsebab tertentu. Saya masih ada lagi hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK) yang berbaki sebanyak RM12,000 lagi. Sekarang saya masih membayar hutang tersebut. Saya ada niat utk sambung belajar lagi di sebuah kolej di Kelantan dan pada waktu yang sama akan mengambil semula peperiksaan SPM kerana sukar untuk saya mendapatkan kerja yang lebih baik untuk masa depan saya. Jika saya sambung belajar, hutang

orang lain akan terasa mereka dihormati dan memudahkan untuk anda dihormati. Perlu berprinsip. Seseorang yang mem­ pun­ yai prinsip dalam hi­ dup juga akan dihormati. Teru­ ta­ ma yang jujur, ikhlas dan te­­gas dalam menangani ma­ salah serta tabah dan adil apabila berusan dengan orang lain. Orang yang tidak men­yalahgunakan kuasa atau kedudukan, yang tidak me­ nerima rasuah atau yang tidak mengamalkan pilih kasih me­ rupakan jenis jenis orang yang sentiasa dihormati. Jaga mulut. Ramai mengundang ma­ salah kerana bercakap se­ cara berlebihan atau ber­ ca­­ kap ditempat atau pada masa yang salah. Bercakap, biarlah bila perlu sahaja. Tapi itu bukan bermaksud me­ mu­ laukan diri, tetapi hanya men­yumbang dalam se­suatu perbualan jika ada sesuatu yang bernas untuk dinya­ takan. Elakkan dari men­yebar gossip dan khabar angin. Jangan berlagak serba tahu. Bila anda berada da­ lam

PTPK tetap saya kena bayar. Jika saya nak berterusan kerja macam sekarang, sampai bila? sedangkan masih belum terlambat lagi bagi saya untuk berjaya ke arah kehidupan yang lebih baik. Apa yang perlu saya lakukan terus bekerja di Kuala Lumpur atau sambung belajar di Kelantan? Harap pihak AKPK sudi membantu saya menyelesaikan masalah ini. Sekian terima kasih. Jawapan AKPK Terima kasih saudara Abdul Azim atas soalan yang dikemukakan. Daripada luahan hati, saudara pada masa ini merasakan bahawa pekerjaan sedia ada di Kuala Lumpur sebagai promoter tidak menjanjikan masa depan yang cerah apatah lagi dengan tahap pendidikan sedia ada membuatkan saudara sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan. Saudara mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran bagi memperbaiki taraf kehidupan tetapi pada masa yang sama gusar kerana masih perlu membayar pinjaman PTPK berjumlah RM12,000.00. Setiap kejayaan bermula dari sebuah impian. Tahniah diucapkan kepada saudara yang telah memulakan langkah yang betul dengan bercita-cita memajukan diri dengan menyambung pelajaran yang tersekat sebelum ini. Sejarah dan pengalaman telah membuktikan bahawa seseorang itu dapat memperbaiki taraf hidup dan keluar dari belenggu kemiskinan dengan memperbaiki tahap pendidikan serta mengamalkan ilmu yang bermanfaat.

sesuatu perbualan, pas­ ti­ kan anda tahu had anda un­ tuk komen mengenai se­ sua­ tu perkara. Jika anda ti­ dak arif tentang perkara yang dibincang, jangan be­ ri pandangan tetapi bo­ leh menyoal untuk me­ma­ha­ ESAN minya. Pastikan hujah an­ da RAVEN MURUG boleh dibuktikan dan bu­ kan dampingi dan mudah di­ ber­dasarkan teori teori kons­ di­ pi­rasi yang tidak ber­hu­jung ba­wa berbicara, ramai akan menghormati anda. Pas­ ti­ pangkal. kan bahasa anda sentiasa baik dan bebas dari unsur Tepati janji dan masa. Orang yang sentiasa ber­ fitnah, lucah dan provokasi. ja­ ya menepati janji akan di­ hor­ mati. Tidak kira siapa, Jaga maruah dan harga sa­­ ma ada pelajar, pekerja diri. Sebelum orang lain atau ahli politik, orang yang men­gotakan janjinya me­ru­ menghormati anda, hormati pakan orang yang hebat. Be­ diri anda dulu. Jangan gitu juga dengan orang yang sekali kali merendahkan anda untuk sentiasa menepati ma­ sa, martabat akan dihormati kerana, me­ mencapai sesuatu dan bermuka muka ne­pati masa merupakan satu jangan untuk mencapai sesuatu ta­hap disiplin yang tinggi. hajat.Jaga kehormatan diri dalam apa juga keadaan Penampilan. Penampilan anda juga me­ pun . Harga diri tidak boleh rupakan satu lagi aspek yang dikompromi. Penghormatan tidak menjadi penilaian dalam men­ didesak atau gundang penghormatan. Pe­ boleh nam­pilan di sini bukan sahaja dirayu. Ia merupakan sijil da­ri segi pakaian, tetapi dari penghargaan yang diberi se­ gi personaliti. Jauhkan oleh pihak lain setelah imej sombong, bongkak dan memeliti beberapa aspek cere­ wet. Jika anda mudah mengenai diri anda .

Saudara mempunyai pilihan dalam mengejar impian saudara sama ada terus bekerja di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama belajar secara separuh masa ataupun pulang ke Kelantan bagi memulakan kehidupan baru. Dari sudut pengurusan kewangan, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan ketika membuat pilihan: (i) Bagaimana untuk menanggung kos sara hidup harian termasuk kos pendidikan serta bayaran balik pinjaman PTPK. Sekiranya mempunyai duit simpanan, berapa lamakah duit simpanan ini akan bertahan? Sekiranya pulang ke Kelantan, adakah keperluan untuk bekerja secara sambilan bagi menampung perbelanjaan? (ii) Buat bajet bagi mengetahui anggaran jumlah pendapatan serta perbelanjaan bulanan. Saudara perlu memperincikan setiap perbelanjaan mengikut kategori berikut: (a) perbelanjaan tetap - contohnya bayaran ansuran bulanan pinjaman, sewa beli, sewa remah dan premium insurans (b) perbelanjaan berubah-ubahcontohnya makanan, pakaian dan bil utiliti (c) dan budi bicara - makan di luar, pakaian berjenama/mahal, hiburan, dana barangan rumah yang tidak penting Kemudian bandingkan perbelanjaan tinggal di kedua-dua tempat kerana kos sara hidup di bandaraya Kuala Lumpur adalah berbeza dengan kos sara hidup di tempat lain. Secara ringkasnya buat perbandingan bajet tinggal di Kuala Lumpur dan juga di tempat tinggal saudara di Kelantan. Dengan membuat perbandingan tersebut, saudara akan mendapat gambaran dengan lebih jelas

dari sudut kemampuan kewangan saudara dan boleh membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan fakta dan bukannya andaian atau emosi. (iii) Cuba cari jalan untuk kecilkan perbelanjaan contohnya mengurangkan kos rumah sewa dengan menyewa bersama rakan-rakan yang lain atau tinggal sementara di rumah orang tua. Seelok-eloknya, ketepikan semua perbelanjaan yang bukan keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup sebagai seorang pelajar. Cuba juga cari jalan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sekiranya perlu. (iv) Kesungguhan saudara untuk membayar hutang juga adalah satu sifat yang terpuji. Sekiranya dalam tempoh menjadi seorang pelajar saudara mempunyai kesukaran untuk membayar pinjaman PTPK, kami sarankan agar saudara berbincang secara terus dengan pegawai PTPK bagi penjadualan semula pinjaman tersebut atau penangguhan bayaran buat sementara waktu, sekiranya layak. AKPK ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara. Ingatlah katakata hikmat ini untuk memperkuatakan semangat iaitu, ‘Setiap kejayaan bermula dengan bukan satu, malah berbilang kegagalan’. Akhir kata sekiranya saudara inginkan maklumat serta perbincangan lanjut, saudara boleh berhubung dengan mana-mana cawangan terdekat AKPK di seluruh negara. Saudara juga boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan AKPK di talian 03-2616 7766 atau layari laman sesawang www.akpk.org.my


13 - 19 September 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

1

Tips bergaya dengan jaket

Casual

1. Theory Salleg tech sweater

combo

Jaket lelaki amat fleksibel kerana boleh dipakai hampir pada bila-bila masa sahaja. Tetapi jangan mengenakan jaket yang tebal kerana negara kita bukan beriklim sejuk sepanjang masa. Beli jaket yang selesa dan sesuai dengan musim yang ada di negara ini. Pastikan juga jaket yang dipilih mudah untuk dipadankan dengan 'fashion item' yang lain seperti baju t-shirt, seluar dan kasut. Ia adalah antara yang wajib ada dalam koleksi pakaian seseorang lelaki.

zip

RM1,453.14

Belian secara online: www.nordstromrack.com 2. M&S Collection 3 in 1 Harrington jacket with stormwear™

RM398.10

1. Ralph Lauren The iconic G-1 bomber jacket

1

2

Denim RM430

Belian secara online: www.zalora.com.my

1

Kini, terdapat banyak laman sesawang belian secara dalam talian di Malaysia atau butik fesyen ‘online’ di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi jaket lelaki dengan pilihan yang cukup meluas. Jadi tidak perlu keluar ke butik atau pusat membeli belah untuk dapatkan item kegemaran ramai ini, sebaliknya boleh dibeli secara online.

Leather

Belian secara online: www.marksandspencer.com

1. Hollister Medium wash denim jacket

TRENDY

Gaya hidup

RM5,033.34

Belian secara online: www.ralphlauren.com 2. M&S Collection Leather biker jacket

RM902.82

2

Belian secara online: www.marksandspencer.com

2. LEVI'S® Nfl denim trucker jacket

RM454.90

Belian secara online: www.levi.com

1

2

Hoodie 1. Superdry Orange label ziphoodie

RM399

Belian secara online: www.zalora.com.my 2. Limkokwing Fashion Club Lion head hoodie men

RM 210

Belian secara online: www.zalora.com.my

Tampil tampan dengan jaket MURNI REJAB

LAMBAKAN jaket di pasaran membuatkan si jejaka yang meminati pelbagai jenis jaket ini rambang mata. Terdapat banyak jenis jaket lelaki yang mampu membuatkan anda kelihatan ‘stylo’ dalam berfesyen. Namun, harus diingat, jaket yang dipilih haruslah sesuai dengan ‘selera’ dan bentuk badan anda. Jadi di sini disenaraikan jaket yang menjadi ‘pujaan’ jejaka kini yang masih popular dan sering dipakai oleh jejaka ketika melangkah keluar rumah.


28

13 - 19 September 2017

MAKAN

angin

Peluang menjelajah ke beberapa lokasi menarik di Sabah tidak dilepaskan. Lebih-lebih lagi memikirkan bukannya selalu berpeluang bercuti ke Negeri Di Bawah Bayu ini.

Titian Kanopi berhampiran Poring Hotspring.

Taman yang terdapat di Kinabalu Park.

Oleh : Amir Raihan Foto : Tourism Malaysia

BUAT sesetengah orang, lawatan selama tiga atau empat hari ke Sabah mungkin tidak mencukupi. Memandangkan jarak di antara satu destinasi ke destinasi yang lain agak jauh. Namun, berbekalkan sedikit research yang penulis lakukan sebelum ke sini, jadual pengembaraan berjalan lancar dalam usaha untuk meneroka beberapa lokasi menarik yang ada seperti Kinabalu Park, Kundasang, Pulau Sapi, Poring Hot Spring dan perkampungan budaya Mari-Mari. Kalau sudah ke Kundasang, tidak sah jika tidak ke Kinabalu Park. Malah, kata sesetengah pengembara, jika anda tidak 'fit' untuk mendaki Gunung Kinabalu, sekurang-kurangnya berliburlah di Kinabalu Park yang terletak di kaki bukit gunung tertinggi di Malaysia tersebut. Di Kinabalu Park, terdapat sebuah taman seluas lima ekar yang menempatkan ribuan spesies tumbuhan liar yang hidup dalam kawasan yang beriklim sejuk. Tumbuhtumbuhan yang ada di sini tidak boleh didapati di tempat lain. Antara yang popular adalah pokok periuk kera yang merupakan antara yang terbesar di dunia, spesies orkid yang cantik dan dikatakan

antara spesies orkid terkecil di dunia. Paling menarik, terdapat sebatang anak sungai yang mengalirkan air deras dan dingin dari puncak Kinabalu. Terasa sangat mendamaikan dikelilingi kehijauan alam semula jadi sambil deruan deras sungai memecah kesunyian waktu pagi ketika penulis tiba di sini. (Nota kaki: Tahun Kinabalu Park dibuka) Kinabalu Park menawarkan antara laluan permulaan untuk pendakian ke Gunung Kinabalu iaitu melalui Timpohon. Mereka yang ingin mendaki ke puncak Gunung ini kebiasaannya akan naik dan turun melalui Timpohon. Kalau anda berhajat untuk mendaki, boleh mendapatkan khidmat jurupandu yang disediakan pihak pengurusan Kinabalu Park. Tidak mendaki ke puncak Gunung Kinabalu pun tidak mengapa. Jika anda “sekadar� mahu bangun tidur waktu pagi sambil menatap pemandangan indah kabus pagi yang melitupi puncak Kinabalu, anda boleh memilih beberapa penginapan sesuai di sini. Antaranya, Kinabalu Park Hotel yang menawarkan pemandangan indah mengadap Gunung Kinabalu. TARIKAN KOLAM AIR PANAS Satu perkara wajib yang dilakukan apabila bercuti di kawasan tanah tinggi adalah berendam dalam kolam air panas. Untuk aktiviti ini, saya singgah ke Poring Hotspring yang menawarkan beberapa kolam air panas semula

Pesona Nege Di Bawah Ba


29

13 - 19 September 2017 Bersantai di Kinabalu Park sambil melihat puncak Kinabalu.

Hidangan dimasak dalam buluh di kampung budaya Mari Mari.

jadi untuk memanaskan tubuh yang kesejukan. Tidak seperti sesetengah kolam air panas di tempat lain yang hanya menyediakan kolam sahaja, kolam air panas yang ada di Poring Hotspring menawarkan konsep taman tema air (mini) dengan gelungsur untuk keseronokan pengunjung. Konsep yang menarik kerana pengunjung tidaklah hanya duduk berendam dalam air tanpa berbuat apaapa. Sebaliknya, dapat juga menggerakkan tubuh dengan bermain gelungsur air yang disediakan. Kalau sudah sampai ke Poring Hotspring, wajib berjalan di titian kanopi yang terletak kira-kira 400 meter

eri ayu

dari kawasan kolam air panas. Titian sepanjang lebih 150 meter ini didirikan 41 meter di atas tanah. Ketika melalui titian ini, anda pasti terpukau dengan pemandangan flora yang menghiasi sekeliling kawasan hutan di sini. Terdapat lima hentian disediakan di sepanjang laluan titian kanopi – mudah untuk pengunjung merehatkan badan sambil menikmati pemandangan yang ada. BERLIBUR DI PERKAMPUNGAN BUDAYA Jalan-jalan di taman sudah. Berendam dalam kolam air panas juga sudah. Untuk aktiviti seterusnya, penulis bergerak menuju ke Mari-Mari Cultural Village yang terletak jauh Perkampungan Budaya “Mari Mari”.

Pemandangan kawasan pantai yang menenangkan di Pulau Sapi.

dalam kawasan kampung di Inanam, kira-kira setengah jam pemanduan dari Kota Kinabalu. Perkampungan budaya dalam kawasan hutan ini menempatkan banyak rumahrumah tradisional mengikut suku-suku kaum yang terdapat di Sabah. Antaranya rumah kaum Murut dan Kadazan Dusun. Sesi lawatn ke perkampungan budaya ini bakal memberi pendedahan kepada pengunjung tentang aktiviti harian, cara hidup dan penyediaan makanan oleh suku kaum yang menetap dalam rumah rumah tersebut. Aktiviti mesti cuba di sini: belajar menyumpit dan memasak ayam dalam buluh! PASAR GAYA Jika anda menetap di tengahtengah bandar Kota Kinabalu seperti penulis, jangan lupa luangkan masa ke Pasar Minggu Gaya bertempat di lorong Gaya di bandar Kota Kinabalu. Pasar ini cuma dibuka pada hari Ahad dan menawarkan produk dan makanan Sabah yang autentik. Buat “orang luar” yang berkunjung ke Sabah, Pasar Gaya adalah destinasi wajib kerana di sinilah anda akan memperolehi pelbagai cenderamata tempatan yang membuktikan 'anda pernah ke Sabah'. Penulis sempat merasai keenakan kuih Cincin dan membeli peralatan muzik Sompoton sebagai kenangkenangan. Paling menarik, sepanjang pemerhatian penulis, majoriti barangan tempatan yang dijual di pasar ini adalah

lebih murah tempat lain.

berbanding

di

KEINDAHAN DASAR PULAU SAPI Penulis tidak mempunyai banyak masa untuk menerokai keindahan pulau hebat yang ada di Sabah seperti Sipadan atau Mataking. Namun, untuk cuba memenuhi keinginan bercuti di pulau, penulis memilih Pulau Sapi yang terletak tidaklah jauh sangat dari Kota Kinabalu – sesuai dengan baki masa yang penulis ada! Pulau Sapi merupakan salah satu daripada lima buah pulau di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Penulis teruja sewaktu tiba di sini kerana pantainya putih bersih dan kejernihan biru air lautnya benar-benar memukau pandangan. Terdapat dua aktiviti air yang boleh dilakukan di Pulau Sapi. Selam skuba dan snorkeling. Namun, penulis memilih untuk melakukan satu lagi aktiviti kerana setakat ini, hanya aktiviti ini yang unik dan tidak ditawarkan ditempat lain iaitu Seawalking. Untuk aktiviti ini, anda akan dipakaikan dengan helmet kalis ais yang membolehkan anda bernafas secara normal (sedalam lima meter) di dalam air dan bermain dengan hidupan marin yang adad di sini. Mudah. Tidak perlu lesen selam skuba dan tidak perlu pandai berenang. Pakai saja helmet khas yang disediakan dan anda sudah boleh berjalan dalam air seperti di atas darat!

INFO Kinabalu Park merupakan tapak warisan pertama di Malaysia yang diiktiraf UNESCO (Tahun 2000) Ia dibuka kepada pengunjung sejak tahun 1981. Selain kuih Cincin, Amplang adalah antara makanan tradisi popular yang boleh didapati di Pasar Gaya. Berakhir sudah percutian 4 hari 3 malam di Sabah. Meskipun tidak lama, penulis puas kerana sempat berkunjung ke beberapa destinasi ikonik yang ada di negeri ini. Jika ada kesempatan di lain masa, penulis pasti akan kembali ke sini. BAGAIMANA KE SINI Jika anda bercadang bercuti ke Sabah selama empat atau lima hari sahaja, penulis cadangkan anda ke Kota Kinabalu dan mulakan pengembaraan dari sana. Jika anda mahukan percutian dalam suasana tenang dan damai, boleh terus ke Kundasang dan kawasan sekitarnya. Penerbangan Malaysia, (MAS) AirAsia dan Malindo masing-masing menawarkan penerbangan ke Kota Kinabalu dengan kekerapan berbeza. Rujuk laman sesawang syarikatsyarikat penerbangan tersebut untuk informasi lanjut.


30

13 - 19 September 2017

‘Saya, Giggs paling kerap kena maki’ DUNIA bola sepak antara­ bang­ sa mengiktiraf Sir Alex Ferguson sebagai seorang pengurus legenda. Di bawah kendaliannya, Manchester United menempuh era paling gemilang d e n g a n kejayaan merangkul pelbagai ke j u a raan di

peringkat domestik, juga Eropah. Red Devils pada masa itu begitu dihormati, juga digeruni. Namun tidak ramai yang tahu bagaimana Ferguson mengendalikan pemain-pemainnya berbanding mereka melihat hasilnya adalah begitu mengesankan Baru-baru ini, legenda ter-

kini Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan, dia dan Ryan Giggs adalah dua pemain yang paling kerap jadi sasaran maki hamun pengurus itu di bilik persalinan. “Ya, kami berdua. Bukanlah bermakna pemain lain beliau tidak pernah marah tetapi kami yang paling kerap,” kata Rooney dalam temu bual sejam bersama talkSPORT baru-baru ini. Begitupun kata Rooney, Ferguson melakukan cara ‘hairdryer’ itu dalam keadaan beliau sedar apa yang perlu dilakukan, juga apa yang pemain-pemainnya itu perlukan. “ B e liau memahami tujuannya, dan kami juga

memahaminya. Apabila keluar, kami keluar dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelumnya,” kata Rooney yang memegang Sir Alex Ferguson rekod 253 jaringan daripada 559 penampilan dalian Louis van Gaal dan Jose Mourinho. sepanjang bersama kelab itu. Apa yang tidak kurang Kesimpulannya kata penganarik apabila dia menlaman berada di bawah pengu- me­ rusan Ferguson disifatkan seba- ceritakan bahawa maklumat gai kunci kejayaannya dalam perpindahannya dari Old Trafford ke Everton telah karier. “Apabila saya kenangkan se- dibocorkan lebih awal oleh mula, tanpa bimbingannya… anaknya, Kai yang berusia besar kemungkinan saya tidak tujuh tahun kepada rakan-ramampu miliki kereta sport kan sekolahnya, sebelum kon­ bawah usia 25 tahun. Dengan traknya bersama kelab ittu ditunjuk ajarnya, saya capai se- tandatangani. “Memang saya ada beritamua itu, dan ini teramat memberi makna dalam kehidupan hu dia kami akan berpindah, dan dia nampaknya benarsaya,” kata Rooney. benar gembira, malah tidak Selain Ferguson, dalam temu sabar-sabar lagi mahu beri­ wanbual itu, Rooney turut berkongsi tahu hal itu kepada ka­ pengalamannya di bawah ken- kawannya,” kata Rooney.

Tidak rugi terlepas Griezmann ANTOINE GRIEZMANN adalah penjaring terbanyak Atletico Madrid musim lalu dengan 26 gol dalam semua pertandingan. Reputasinya boleh dikira cemerlang hinggakan kegagalan Manchester United mendapatkan tandatangan pemain 26 tahun itu pada musim panas lalu dianggap kerugian besar Red Devils. Ini kerana, Griezmann sendiri dalam satu temu bual sebelumnya mengakui bahawa ketika itu perpindahannya ke Old Trafford sudah mencapai 60 peratus. Bagaimanapun apabila Atletico dihadapkan dengan larangan mengambil pemain baharu, kelab itu terus mengikat Griezmann untuk kekal lalu menutup pintu rundingan dengan Manchester United. Griezmann diberikan kontrak baharu yang ditandatanganinya baru-baru ini, menyaksikan klausa perpindahannya juga melonjak sekali ganda daripada £91.5 juta kepada £183.14 juta. Begitupun, tanggapan konon Manchester United rugi besar kerana tidak bertegas mendapatkan tanda tangan Griezmann yang begitu diidamakn oleh Jose Mourinho pada musim panas lalu, adalah meleset. Selaku pengendali berpenga-

laman, Mourinho tidak terburu-buru dalam usaha mendapatkan pemain itu meskipun dia sememangnya mahukan sentuhan bintang antarabangsa Perancis itu. Dia masih berpeluang untuk mendapatkan Griezmann, malah dengan nilai hanya separuh daripada klausa perpindahannya musim panas lalu, pada Januari depan. Namun dengan apa yang dimiliki oleh Mourinho sekarang – Romelu Lukaku, Paul Pogba, Victor Lindelof, Nemanja Matic, Marcus Rashford, juga berita akan kembalinya Zlatan Ibrahimovic dalam masa terdekat – adakah boleh dipercayai bahawa pengendali itu masih ‘pandang’ kepada Griezmann? Tambahan

pula Red Devils setakat ini telah melangkah masuk saingan Liga Perdana dengan cukup bergaya hasil sentuhan bintang-bintang yang dimilikinya, maka kelab itu sudah pasti tidak rugi apa-apa melepaskan Griezmann. Bukan sahaja sekarang, malah hingga Januari pun. Adalah lebih baik, dana yang sedia ada diperuntukkan untuk mendapatkan Gareth Bale daripada Real Madrid apabila jendela perpindahan dibuka semula nanti.

Antoine Griezmann


31

13 - 19 September 2017

Baliklah Costa! DIEGO COSTA dinasihatkan supaya segera kembali ke kem latihan Chelsea di Cobham, Barat London. Ini berikutan kegagalan usaha untuk membawanya berpindah ke Atletico Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu, menyebabkan dia perlu terus kekal di Stamford Bridge. Costa yang dilaporkan masih berada di kampung halamannya di Brazil, bagaimanapun hampir pasti tidak akan kembali ke pangkuan The Blues. Hubungannya dengan pengendali Antonio Conte boleh disifatkan sebagai telah berpatah arang sejak dua bulan lalu berikutan kecaman terbukanya terhadap Conte berhubung satu mesej peribadi yang dikatakan dihantar kepadanya oleh pengurus itu. Menurut Costa, Conte secara berterus terang telah menyatakan (dalam mesej itu) bahawa namanya tidak ada dalam perancangannya untuk musim ini. Sehubungan itu, dia dinasihatkan supaya mencari kelab lain untuk bernaung. Ketika itu, timbul ura-ura pemain Sepanyol yang bera-

Kylian Mbappe

sal dari Brazil itu mahu berhijrah ke sebuah kelab di China. Ura-ura itu bagaimanapun lenyap tidak lama kemudian dan kemudian, timbul pula cerita mengenai bekas kelabnya, Atletico Madrid mahu mendapatkan semula khidmatnya. Sejak itu, Costa bertegas mahu kembali ke Madrid. Bagaimanapun hasrat mahu sama mahu kedua-dua belah pihak terhalang oleh larangan untuk kelab Sepanyol itu daripada mendapatkan pemain baharu hingga Januari depan yang merupakan hukuman terhadap Atletico atas sebab melanggar suatu peraturan. Keadaan itu menyebabkan Costa terhimpit oleh dilema kerana dia terdesak untuk mendapatkan kelab baharu bagi memastikan namanya tidak tercicir daripada sena-

rai pemain Sepanyol ke Piala Dunia tahun hadapan. ‘Nasihat’ oleh Atletico supaya dia segera kembali turun menjalani latihan bersama The Blues sudah pasti akan memberikannya tekanan yang lebih berat kerana hubungan penyerang berusia 28 tahun itu dengan kelabnya boleh diibaratkan seperti sudah berpatah arang, berkerat rotan terutama dengan Conte sendiri.

Antonio Conte

Diego Costa

Mengapa PSG? ‘WONDERKID’ Kylian Mbappe yang jadi rebutan kelab-kelab ternama Eropah sepanjang jendela perpindahan musim panas baru lalu, akhirnya memilih Paris Saint-Germain (PSG). Memang mengejutkan apabila dia memilih untuk bersama bekas kelab pesaing dalam Ligue 1 ketika dia di Monaco. Mengapa? Itu persoalan yang menyusul dalam kalangan warga bola sepak Eropah sedangkan yang mahu mendapatkan tandatangannya bukanlah kelab calang-calang – Real Madrid, Arsenal, juga kelab super kaya, Manchester City. Namun, Mbappe yang diberi julukan ‘Pele Masa Depan’ oleh Arsene Wenger punya alasan yang tersendiri: “Satu sebab saya memilih PSG adalah apabila anda datang ke kelab ini, anda berada di

sebuah kelab yang mempunyai cita-cita menjadi yang terbaik di dunia, anda telah datang ke sebuah kelab yang ingin bermain dalam semua pertandingan. “Saya mahu beri semua yang saya ada dan mencipta sejarah di sini,” katanya. Menurut pemain berusia 18 tahun itu lagi, pemain yang hebat melakar sejarah di negara tanah tumpah darah mereka sendiri. “Sebab itu saya tidak mahu keluar. Kalau saya keluar tinggalkan negara ini, saya pergi dengan membawa harapan yang kekal tetapi saya mahu buat sejarah di negara saya sendiri,” ujarnya. Selain itu, kata Mbappe, peluang untuk bermain dengan antara pemain terbaik dunia, Neymar akan memberikannya kelebihan. “PSG memang mahukan saya tetapi dengan adanya Neymar di sini, dan saya berpeluang untuk bermain dengannya, itu sudah pasti amat mengujakan saya,” katanya. Musim ini, Mbappe berhijrah meninggalkan Monaco atas status pinjaman, namun atas persetujuan untuk bermain secara tetap musim depan dengan klausa perpindahan bernilai £166 juta, yang kedua tertinggi dalam rekod dunia selepas Neymar (£198 juta, dari Barcelona ke PSG) .


32 30

Keluaran 13 - 19 September 2017

Kylian Mbappe

31

Baliklah Costa

Tidak rugi terlepas Griezmann

SUARA HATI MBAPPE “KAMU boleh marahkan saya, boleh benci saya malah boleh ‘boo’ saya, tetapi itu tidak akan mengubah perasaan saya terhadap kamu. Saya sayangkan kamu semua,” kata Kylian Mbappe, bintang remaja Monaco yang baru berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG). Mbappe berkata demikian sebagai respons terhadap kecaman yang diterimanya daripada penyokong tegar Monaco susulan perpindahan itu. Mereka menuduh penyerang berusia 18 tahun itu ‘mata duitan’. Tambahan pula, akhbar Perancis baru-baru ini mendakwa Mbappe menuntut kenaikan gaji yang tinggi daripada Monaco sebelum buat keputusan berhijrah. “Saya sedar, dan saya akur anda tidak akan dapat memahami mengapa saya buat keputusan ini (berhijrah), mengapa berhijrah jadi pilihan saya. Apabila anda marahkan saya kerana itu, saya faham,” luah Mbappe menerusi Twitter. “Saya juga faham, dan reda apabila kamu ‘boo’ saya pada pertemuan terakhir kita,” ujarnya merujuk pada insiden dia dikecam oleh penyokong Monaco ketika pertemuan kelab itu dengan Marseille, baru-baru ini. Mbappe hanya duduk di bangku simpanan menyaksikan rakan-rakannya membelasah Marseille dengan jaringan 6-1. Bagaimanapun menurut Mbappe, penyokong tidak tahu bahawa apa yang didedahkan oleh akhbar mengenai tuntutan gaji tinggi yang konon dibuatnya adalah semata-mata maklumat palsu. “Mereka menggelarnya ‘Mbappe Soap Opera’. Itu cerita palsu. Saya tidak pernah berubah, kerendahan hati, kesederhaan dan rasa hormat (kepada kelab dan peminat). Itu adalah saya. Walaupun kamu mungkin tak akan terima, saya faham dan tetap hormati kamu semua,” katanya. Mbappe yang digelar ‘Wonderkid’, jadi rebutan kelab-kelab ternama dunia sepanjang jendela perpindahan dibuka musim panas lalu. Antara lain, dia diidamkan oleh Real Madrid, Arsenal dan Manchester City namun akhirnya memilih PSG. Mbappe meninggalkan Monaco atas status pinjaman dengan persetujuan untuk mewakili PSG secara tetap musim depan menerusi klausa perpindahan bernilai £166 juta, yang kedua tertinggi dalam rekod dunia selepas Neymar (£198 juta, dari Barcelona ke PSG) .

Lagi cerita di

31

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.