WARTA edisi #29

Page 1

PE RC UM A

ISU 29

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

24

Ahli gusti berijazah

Keluaran 16 - 22 Ogos 2017

16

Aku Negaraku, Sedunia

21

Tangisan Elizabeth Tan

5

13

Angka 13 ditakuti 'orang kapal'

Terowong 49km Banjaran Titiwangsa

Gejala pandu lawan arus makin menjadi-jadi

GILA ATAU APA? KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR - Kebelakangan ini, gejala pandu lawan arus semakin menjadi-jadi, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna lebuh raya di seluruh negara. Ini kerana, gejala ini mudah mengakibatkan tragedi malah meragut nyawa. Dalam keadaan ini, timbul tanda tanya; apa punca pemandu terbabit bertindak sedemikian rupa? Adakah kerana mereka gila, mabuk, bertekad mahu bunuh diri, tekanan perasaan, dipengaruhi permainan video ataupun apa? Walau apa jua jawapannya, tindakan gila mereka adalah terlalu berbahaya, bukan terhadap diri mereka semata-mata malahan juga meragut nyawa orang lain.

Rakaman video kes pandu lawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Taiping, Perak pada Mac lalu.

2,3

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

Tarikh : 19 – 20 Ogos Masa : 2.00 – 6.15 petang Jualan hasil seni ‘Meet and Greet’ bersama kartunis


2

16 - 22 Ogos 2017

Dari muka depan

Suka ambil jalan pintas KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR – Sikap tidak ambil peduli dan mementingkan diri antara faktor berlakunya kes pemanduan lawan arus. Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir. Mohamad Dalib berkata, segelintir pe­man­du di negara ini suka meng­ gunakan ja­ lan pintas untuk menge­lakkan kesesakan jalan raya sehingga ada

antara mereka sanggup melawan arus semata-mata untuk menjimatkan masa mereka sendiri tanpa menghiraukan keselamatan orang lain. Katanya, golongan seperti ini tidak memperdulikan kesalahan yang dilakukan dan degil. Selain itu menurutnya, di negara ini terdapat 30 juta kenderaan, namun ramai juga yang tidak mempunyai lesen memandu bebas membawa kenderaan. “Oleh itu saya berpendapat, kes memandu melawan arus ini melibatkan mereka yang mementingkan diri sendiri dan ‘buta’ peraturan jalan raya. “Bagi yang tidak mempunyai lesen tetapi berdegil untuk memandu juga menjadi faktor kepada berlakunya kes ini.

“Mereka yang tidak mempunyai lesen ini lagi kurang pengetahuan peraturan jalan raya,” katanya kepada Warta. Mohamad berkata, JPJ sentiasa memantau dan melakukan operasi bagi meningkatkan keselamatan jalan raya termasuk agensi lain yang berkaitan untuk memberi kesedaran dalam kalangan pengguna supaya mengutamakan pemanduan berhemah. Namun katanya, sekiranya sikap pemandu itu sendiri tidak ber­ tang­ gung­jawab dan tiada kesedaran, ini ber­ makna golongan sedemikian berisiko meningkatkan kemalangan jalan raya. Sementara itu Mohamand berkata, satu lagi punca berlakunya kes pemandu lawan arus disebabkan sistem laluan jalan raya setiasa berubah terutamanya di Kuala Lumpur. Katanya, terdapat jalan ada waktu tertentu ia dibuka untuk kereta dari arah bertentangan bagi mengelakkan kesesakan. “Kita dapat lihat kalau waktu pagi ada jalan yang dibuka untuk kenderaan dari arah bertentangan melaluinya dan ia bukan kekal cuma ada waktu tertentu sahaja. “Tapi bagi yang jarang menggunakan jalan itu, mereka sangkakan ia kekal sebegitu dan ini mungkin antara faktor berlakunya pemandu melawan arus apabila mereka melaluinya pada waktu yang salah,” jelasnya.

Pemandu kurang sifat peka GOMBAK Hampir setiap bulan pasti ada kes memandu melawan arus dilaporkan dan paling menyedihkan ia menjadi penyum­bang kepada angka korban nahas jalan raya negara ini. Bagi ahli psikologi, Nor Aznin Ahmad (gambar) kejadian berkenaan berlaku atas pelbagai faktor mentaliti sehingga ada yang sanggup bertindak luar daripada sikap manusia normal. Katanya, kecelaruan fikiran, tekanan emosi, memberontak dan kurang kepekaan dengan keadaan sekeliling boleh menjadi punca kepada berlakunya kes pemandu lawan arus. Menurutnya, golongan seperti itu hanya tahu memenuhi kepuasan sendiri tanpa memikirkan kesan kepada orang lain. “Contohnya, apabila seseorang itu marah dan mahu melepaskan kemarahannya, dia akan menjerit di kawasan yang lapang untuk meredakan kemarahan itu.

“Begitu juga dalam kes ini, saya berpendapat mungkin segelintir pemandu ini mencari jalan untuk mengurangkan tekanan dalam diri mereka dengan melakukan cara sedemikian dan mereka berasa puas selepas melakukannya. “Namun mereka tidak menyedari tindakan mereka itu salah di sisi undangundang akibat kurang peka,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nor Aznin berkata, pemandu yang sanggup b e r t i n d a k sedemikian kemungkinan juga mempunyai m a s a l a h berkaitan mental. “ M e ­ n y e b u t tentang masalah mental ia tidak

se­ mestinya gila. Gila cuma salah satu daripada penyakit mental. “Masalah mental yang dimaksudkan saya ini kemungkinan pemandu ini sering dibuli, mempunyai masalah ditempat kerja atau kurang perhatian se­ hingga menyebabkan me­ reka mencari sesuatu kelainan untuk dilakukan bagi melepaskan tekanan,” jelasnya. Menurutnya, bagi mereka yang mempunyai masalah sedemikian mereka perlu tampil mendapat khidmat kaunseling daripada ahli psikologi yang bertauliah sebelum keadaan m e n j a d i semakin serius. Sementara itu, Nor Aznin juga t i d a k menolak k e ­

mungkinan segelintir pemandu gemar me­lakukan sesuatu yang mencabar dan ekstrem. Menurutnya, sesorang yang suka kepada kegiatan mencabar akan melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan orang lain. “Ada orang gemarkan aktiviti mencabar contohnya, ‘parkour’. “Mereka akan melompat dari dinding konkrit ke dinding yang lain, memanjat dinding bangunan tinggi tanpa sebarang peralatan keselamatan dan pelbagai aksi bahaya. “Saya melihat situasi sama ini mungkin juga wujud dalam kes memandu lawan arus ini. Bagi mereka mengelak kereta-kereta di jalan raya sesuatu yang mencabar, tapi mereka lupa bahawa mereka mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya. Namun Nor Aznin berkata, sebelum melakukan sesuatu kita seharusnya memikirkan baik atau buruknya dan jangan menyusahkan orang lain.

Hukuma Seorang wanita dipercayai mempunyai masalah mental bertindak memandu secara melawan arus di Jalan Tasek Valdor, Nibong Tebal.

KUALA LUMPUR – Peraturan lalu lintas bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 sudah lengkap dan perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya. Pensyarah Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Salawati Mat Basir (gambar) berkata, kejadian pemandu melawan arus yang berlaku adalah disebabkan lemahnya sikap pengguna jalan raya itu sendiri.


3

16 - 22 Ogos 2017

Kejadian pandu lawan arus 2017 8 Mac Sebuah kereta Nissan Sentra dipandu dengan laju sambil melawan arus di Lebuhraya Plus berhampiran Taiping, Perak. Tiada kemalangan berlaku dalam kejadian tersebut. 14 Mac Seorang juruteknik kilang maut selepas keretanya dirempuh kenderaan seorang model sambilan yang memandu melawan arus dalam kejadian di Kilometer 134 Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Permatang Pauh, Bukit Mertajam. Kes masih dalam proses perbicaraan mahkamah. 1 Jun Seorang lelaki dari Pasir Gudang, Johor Bahru memandu kereta Myvi berwarna kelabu secara melawan arus di Lebuhraya Plus dekat Kulai, namun tiada kemalangan dilaporkan. Dia menyerah diri di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulai dan kes dalam siasatan. 2 Jun Sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita berusia 30-an dalam keadaan melawan arus di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dari Tol Sungai Nyiur ke Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tiada kemalangan berlaku. Kes masih dalam siasatan selepas kejadian itu tular di media sosial. 26 Jun Seorang wanita berusia 56 tahun memandu kereta Perodua Kenari dirakam melawan arus di Lebuhraya Link Ke-2 berhampiran Gelang Patah, Johor Bahru. Wanita itu ditangkap polis trafik di Pekan Nenas dan kes dalam siasatan. Kemalangan akibat pandu lawan arus di Kilometer 134, Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Permatang Pauh, Bukit Mertajam yang menyebabkan seorang juruteknik kilang maut.

an berat beri iktibar Katanya, golongan itu tidak ada rasa tanggungjawab sehingga sanggup melanggar undang-undang yang ditetapkan. “Undang-undang lalu lin­ tas wujud sekarang ini tiada ke­ lemahannya. “Sebaliknya kelemahan itu da­ tang dari sikap pemandu itu sendiri yang me­ mentingkan diri dan se­ l a l u hen­ dak cepat ke des­ tinasi tanpa memikirkan buruknya kesan pemanduan se­begitu. “Oleh

itu, perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang tidak ber­ tang­ gungjawab akan terus meng­ ancam ke­ se­ lamatan jalan raya,” katanya. Salawati berkata, untuk memberi kesan mendalam hukuman lebih berat perlu diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada pemandu yang melanggar peraturan dan juga menjadi iktibar kepada pemandu lain. “Dengan adanya undang-undang yang membawa hukuman lebih

22 Julai Seorang lelaki yang memandu kereta Volkswagen melawan arus di Lebuhraya Plus berdekatan Kepala Batas, Pulau Pinang merempuh lima kenderaan. Kejadian itu menyebabkan dua cedera manakala seorang lagi maut ketika menyaksikan kejadian berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan merbahaya. 10 Ogos Seorang wanita dipercayai mempunyai masalah mental bertindak memandu kereta Naza Picanto secara melawan arus di Jalan Tasek - Valdor, Nibong Tebal. Dia memandu sejauh satu kilometer dan hampir bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

berat ia akan menakutkan, maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan rasa rasa takut untuk terlibat dalam salah laku di jalan raya,” jelasnya. Sementara itu Salawati berkata, pendidikan memainkan peranan penting untuk membentuk sikap pengguna yang bertanggungjawab dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. “Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya,” katanya.

Rakaman video kejadian pandu lawan arus di Lebuhraya Plus dekat Kulai.


4

16 - 22 Ogos 2017

Tahyul angka 13 dalam kapal Pengarah Persatuan Pelayaran Antarabangsa Cruise Lines, UK & Ireland, Andy Harmer berkata, walaupun kepercayaan itu dianggap tahyul, namun ia dipercayai dalam sesetengah kebudayaan. “Seperti hotel yang tidak mempunyai tingkat 13 , sektor pelayaran juga sama. Banyak yang melangkaui dek 13 kerana dianggap membawa malang,” katanya. Itupun bukan semua! Kapal persiaran terkenal, Queen Mary ‘yang degil’ kerana tidak mempercayai kesialan angka tersebut, mempunyai dek 13. Namun, ada juga penumpang yang mengelak daripada menempah bilik di dek itu kerana terpengaruh dengan stigma tersebut. Dari segi perniagaan, ini boleh merugikan dan inilah yang mungkin mempengaruhi pemodal, bukan kerana mereka percayakan tahyul atau kesialan angka 13.

Masyarakat Barat masih percayakan ketahyulan angka 13 atau bersebab perniagaan.

KITA mungkin biasa dengar mengenai ‘ketakutan’ terhadap angka 4 yang menyebabkan sesetengah bangunan – ter­ masuk di negara kita – tidak menempatkan tingkat 4 dalam binaan pejabat atau kediaman mereka. Tingkat empat biasanya digantikan dengan 3A ataupun terus ke tingkat lima. Ini dikenali sebagai ‘tetrafobia’ yang bermaksud ‘ketakutan pada angka 4’ yang dikaitkan dengan kematian dalam sesetengah kepercayaan. Bagaimanapun tidak ra­ mai yang tahu mengenai satu ke­ percayaan yang masyhur da­ lam kalangan ahli pelayaran yang dikenali sebagai ‘triskaidekafobia’. Jika tetrafobia merupakan ketakutan terhadap angka 4, triskaidekafobia pula berkaitan dengan angka 13. Namun jika dibandingkan an­ tara dua kepercayaan itu, triskaidekafobia ternyata lebih misteri sifatnya. Tetrafobia masih boleh di­ fahami kerana angka 4 yang bunyi sebutannya ‘si’ adalah mirip dengan sebutan bermaksud ‘mati’ mengikut dialek Mandarin, Wu, Kantonis, Hakka Hokkien, juga Jepun (shi), Korea (sa) dan Vietnam (tur). Ini menyebabkan keper­ cayaan itu sangat popular di negara-negara yang terdapat populasi daripada kalangan orang Cina. Manakala di Itali pula, angka empat dikaitkan de­ ngan keranda. Namun bagi kepercayaan yang berkaitan dengan angka 13, setakat ini tiada yang dapat memberikan jawapan tuntas, bagaimana muncul kepercayaan itu! Jika angka 4 paling dielak dalam pembinaan bangunan, angka 13 pula tidak akan ditemukan dalam kebanyakan kapal, terutama kapal persiaran. Ada andaian bahawa ber­ mulanya kepercayaan itu adalah daripada tradisi pelaut. Namun itu belum cukup untuk menjelaskan sebab-musababnya secara jelas. Ada juga yang mengaitkan

kepercayaan terhadap kesialan angka 13 kerana ada kaitan dengan 4 (1+3=4). Satu lagi teori menyatakan bahawa angka 13 itu dijauhi kerana ia berkaitan dengan 13 Oktober 1307, tarikh Raja Perancis, King Philip menangkap dan menyiksa anggota Knights of Templar. Siapa Knights of Templar? Mereka adalah pasukan kesatria berkuda Kristian yang datang dari Eropah ke Jerusalem (Baitulmaqdis) untuk menyertai Perang Salib pada 1118. Sebelum tiba di Jerusalem, mereka adalah kumpulan pe­ nganut yang taat pada ajaran Kristian. Bagaimanapun sebaik tiba di kota suci itu, mereka telah memasuki satu kawasan larangan di mana mereka temui khazanah dan kitab sihir Bani Israel yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Mereka beramal dengan ajar­ an sihir yang terdapat dalam kitab-kitab itu yang telah mengubah mereka menjadi pengikut syaitan. Mereka di­ pengaruhi oleh pesona kuasa sihir dan habuan kekayaan ditawarkan oleh syaitan. Selepas bertahun-ta­ hun, mereka kembali ke Ero­ pah namun ditolak oleh pemerintah yang berpegang

pada ajaran Kristian. Namun mereka kekal dengan ajaran yang disebut Kaballah itu, malah turut berusaha untuk mengembangkannya. King Philip akhirnya bertindak menangkap pengikut kumpulan itu, lalu menyiksa mereka pada tarikh berkenaan. Selain itu, angka 13 dielak kerana angka 12 dianggap sudah cukup sempurna. Misalnya, terdapat 12 bulan dalam setahun, 12 jam pada muka jam juga 12 tanda zodiak. Oleh itu, angka 13 disifatkan sebagai ‘berlebihan’ dan mencacatkan kesempurnaan. Penjelasan lain, 13 adalah anggota dalam perjanjian ahli sihir mengikut aliran Wicca (kepercayaan ahli-ahli sihir Inggeris) pada zaman kuno. Bagi golongan yang mempercayai penilik nasib, 13 dikaitkan dengan angka pada kad tarot yang membawa maksud kematian. Bagi orang Kristian pula, Yudas adalah tetamu yang ke 13 duduk dalam perjamuan terakhir (The Last Supper) sebelum dia mengkhianti Jesus.

Panel butang lif sebuah kapal tanpa dek 13.

Kapal persiaran Queen Mary yang tetap menyediakan dek 13.


5

16 - 22 Ogos 2017

Gara-gara dislike majikan di FB 17

INI pengalaman ketika aku bekerja di sebuah syarikat yang agak besar dan ramai pekerjanya. Suatu hari big boss kami – tauke syarikat itu – dalam perhimpunan bulanan meng­ingatkan; “jangan sesiapa bermain Facebook dalam waktu kerja!” Pada masa itu, Facebook masih baru di­ perkenalkan di alam maya ini. Negara kita pula terkenal sebagai antara beberapa negara di dunia yang paling ramai pemilik akaun rangkaian media sosial itu. Dan dalam bilangan yang ramai itu, akulah seorang daripada mereka! Sungguh, aku boleh dikira Facebooker yang aktif. Tidak lama selepas Mark Zuckerberg per­ ke­

nalkan Facebook kepada dunia, aku sudah mendaftar jadi ahli. Dan sejak itu, aku terus aktif! Itulah medan interaksi aku dengan saudara-mara, juga rakan-rakan terutama yang berada dalam jarak jauh. Tidak kurang pentingnya, itulah juga ruang untuk aku meraikan rakan-rakan baru daripada kalangan pembaca atau pengikut kolum tulisan aku di surat khabar, majalah dan buku. Sebagai penulis, kolumnis, pengulas isu-isu semasa, aku juga sering gunakan Facebook untuk membuat tinjauan pendapat anggota masyarakat, mengkaji sikap dan mendapat maklum balas mereka berkaitan sesuatu isu, yang kemudiannya aku kupas dalam tulisan aku. Jadi, mudah untuk difahami bahawa media sosial Facebook sangat penting dalam aktiviti hidup aku. Tanpa Facebook, sehari suntuk sahaja aku sudah

boleh jadi macam lembu yang dipaksa makan nasi ataupun ayam yang dipaksa makan rumput! Ada juga ketika apabila tidak dapat update Facebook, misalnya jika berada dalam kursus, seminar atau sesi lampas otak dalam tempoh yang lama, aku terasa dunia ini sangat sepi malah putaran bumi pada orbitnya juga seakan terhenti. Demikian juga ketika aku balik kampung di Mahang, di mana liputan Internetnya bermasalah besar. Begitulah obsesnya aku pada Facebook! Lalu apabila diperingatkan – peringatan yang boleh disamaertikan dengan amaran – oleh big boss mengenai media sosial itu, aku berasa terpukul! Masakan tidak kerana keaktifan Facebook memang ada kena mengena dengan aku. Sasarannya tepat pada batang hidung aku! Selesai perhimpunan,

Terowong 49km rentas Banjaran Titiwangsa

Projek mega ECRL ini dijangka siap pada 2024.

KUANTAN - Projek Rang­ kaian Rel Kereta Api Timur (ECRL) akan melalui terowong sepanjang 49 kilometer (km) di 19 lokasi dari Pelabuhan Klang ke Tumpat. Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, terowong terpanjang di Malaysia itu akan dibina ialah dari Bentong ke Gombak sejauh 17.8 kilometer. “Ia akan merentasi Ban­jaran Titiwangsa manakala kerja mengorek terowong dijangka

bermula awal tahun depan. “Mengikut perancangan, pembinaan terowong yang se­ bahagian besarnya di kawasan di Pahang dan sempadan Terengganu dan Kelantan akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan. “Kita juga akan membina jambatan sepanjang 88.8 kilometer di kawasan be­ risiko banjir terutama di Terengganu dan Kelantan,” katanya pada majlis perasmian pecah tanah ECRL di Stesen Utama KotaSAS, baru-baru ini.

Perasmian disem­purna­kan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mohd Irwan Serigar berkata, kerja mengorek te­ rowong itu akan meng­ gunakan Mesin Pengorek Terowong (TBM) serta Koreak dan Ledak mengikut kesesuaian keadaan. Projek mega bernilai kira-kira RM55 bilion dijangka siap pada 2024 itu adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo yang berkemampuan me­ men­ dek­ kan perjalanan dari Tumpat ke Gombak, hanya lima jam.

aku pun balik ke meja. Ketika itu, aku masih terbawabawa dengan apa yang diperingatkan oleh big boss. Hidupkan komputer, dan seperti biasa, aku buka Facebook. Ketika itu, aku terpandang paparan wall big boss: “Beri peringatan kepada staff syarikat supaya jangan bermain Facebook dalam waktu kerja!” Aku pun apa lagi, terus tekan like. Maklumlah, boss punya posting… Selang sesaat selepas itu, tiba-tiba aku teringat; beliau baru sahaja beri amaran, jangan bermain Facebook da­ lam waktu kerja tetapi aku …. Mati!!! Dalam keadaan gelabah, dada berdebar kencang, aku cuba buang tanda like itu. Malangnya, yang keluar selepas itu, dislike! Lagilah haru! Aku kira sebagaimana keluar tanda like, apabila kita dislike, sudah tentu itulah tanda yang keluar di wall sana.

Habislah! Kalau tadi dada berdebar 100 kali seminit, sekarang mahu 150. Mati dua kali aku nampaknya kerana telah terdislike posting big boss. Dalam situasi tidak keruan itu, aku pergi merujuk kepada rakan-rakan di Jabatan IT, apa yang sepatutnya dilakukan supaya big boss tidak perasan ‘penderhakaan’ yang telah aku lakukan tanpa sengaja. Alangkah leganya apabila aku kemudiannya diberitahu bahawa yang tertera di skrin hanyalah tanda like sahaja dan apabila kita dislike sesuatu pos, ia hanya memadamkan tanda like dan tanda dislike tidak akan muncul di wall sebelah sana seperti yang aku sangkakan. FUHHHH!

Program amal usahawan sempena merdeka PETALING JAYA - Sempena Bulan Kemerdekaan ke 60, Pertubuhan Wanita Kuala Lumpur & Selangor (PERNITA) menganjurkan program ‘Jom Usahawan Amal Merdeka’ yang diadakan di Da Men Mall, USJ pada 26 dan 27 Ogos ini. Pengerusi PERNITA, Noor Harnanie Buang berkata, program itu yang dianjurkan secara usahasama dengan Institute Business Excellent (IBE) UiTM bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, NGO dan swasta. “Kami juga melibatkan penyertaan anak-anak yatim, golongan istimewa dan pelarian Rohingya sebagai tanda bahawa dalam usaha mengaktifkan ekonomi masyarakat, golongan usahawan tidak seharusnya mengabaikan konsep beramal. “Dalam kata lain, program ‘Jom Usahawan Amal Merdeka’ meng­ ga­ bungkan pel­ bagai mat­ lamat ke arah membentuk masyarakat madani yang bukan sahaja sukses

dari segi ekonomi tetapi juga prihatin menerusi teras keusahawanan, ke­ keluargaan, pendidikan dan kebajikan,” katanya. Antara acara yang disediakan sepanjang pro­ gram dua hari yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam pada hari pertama, dan 10 pagi hingga jam 6 petang pada hari kedua itu ialah pameran dan jualan, taklimat pinjaman, dan dan geran, juga ‘Meet & Greet’ yang melibatkan komuniti perniagaan, per­sembahan anak-anak istimewa, pertunjukan fesyen, segmen kecantikan dan lain-lain. “Kami harap, orang ramai terutama usahawan IKS janganlah lepaskan peluang untuk hadir ke program ini yang berkemungkinan akan jadi titik tolak kejayaan anda daripada pertemuan dengan rakan niaga baharu yang mampu memberi impak besar terhadap perniagaan anda,” ujarnya. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi emel wanitabumiputra@gmail. com


6

16 - 22 Ogos 2017

DUNIA MINGGU INI

ABIDJAN - Tentera pasukan khas Parti Ivory Coast menyertai perarakan tentera untuk memperingati Hari Kemerdekaan ke 57 di Istana Presiden di Abidjan, Ivory Coast.

SICHUAN, CHINA - Orang ramai menyejukkan diri di sebuah taman air pada hari yang panas di Luzhou, wilayah Sichuan, China

TAIWAN - Jet pejuang aerobatik ‘Thunder Tigers’ tampil di pangkalan tentera udara Gangshan di Kaohsiung, Taiwan menarik perhatian ramai.

ATHEN - Bulan purnama penuh dapat dilihat di atas bukit di Kuil Poseidon sebahagiannya dilindungi oleh bayang-bayang bumi semasa gerhana bulan di Cape Sounion, timur Athens, Greece, baru-baru ini.

KEPULAUAN CAYMAN - Penyelam skuba dikelilingi oleh ikan-ikan kecil Silversides di kawasan Devil’s Grotto berhampiran George Town, Kepulauan Cayman.

LONDON - Faith Chepngetich Kipyegon dari Kenya meraikan kemenangannya untuk acara 1500 meter akhir wanita, Kejohanan Dunia IAAF di Stadium London.


Bisnes

16 - 22 Ogos 2017

7

Shell Malaysia jual AirAsia X lancar produk dalam Lazada pertandingan KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR - Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. meneroka segmen e-dagang dengan menawarkan produk pelincirnya menerusi Lazada Malaysia dalam usaha untuk mengembangkan capaian pasarannya. Pengarah Eksekutif Shell Lubricants bagi Asia Tenggara, Troy Chapman berkata, lang­ kah itu juga dibuat bagi

melengkapkan rangkaian pasaran tradisionalnya di Malaysia dan meningkatkan pertumbuhan kategori minyak kereta penumpang dan minyak motornya kepada lima peratus dalam tempoh jangka panjang. “Kami sedang mengadakan perbincangan dengan Lazada, dan kami akan membawa apa yang kami pelajari di Malaysia ke pasaran Asia Tenggara, kerana kami percaya kejayaan

kami di sini boleh diterjemahkan ke pasaran lain,” katanya selepas melancarkan kedai dalam talian Shell di Lazada Malaysia, di sini, baru-baru ini. Chapman berkata, ia adalah satu langkah penting bagi Shell, menjadi syarikat pertama yang menawarkan minyak motor dan minyak kereta penumpang secara dalam talian di Malaysia. Kedai dalam taliannya juga menawarkan pakej per­ khid­ matan menukar minyak dan pe­ nyenggaraan kenderaan mo­ tor, tetapi buat masa ini per­ khidmatan itu hanya tersedia di Lembah Klang dan Johor. “Dalam beberapa minggu lagi kami akan meningkatkannya dan menawarkannya ke seluruh negara,” katanya. Chapman berkata, strategi e-dagang adalah bagi tempoh jangka panjang, kerana ke­ uta­ maan pengguna berkaitan dengan pakej membeli belah dan penyenggaraan kereta da­lam talian akan bergantung ke­ pada kejayaan kedai dalam taliannya.

Celcom capai 4G hujung tahun KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd. yakin bahawa perkhidmatan Liputan Evolusi Jangka Panjang (LTE) Generasi Keempat syarikat itu akan setara dengan pesaing yang lain berikutan penyiapan lebih banyak tapak rangkaian di seluruh negara. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan, Azwan Khan Osman Khan berkata, kerja-kerja pengembangan perkhidmatan 4G sedang berjalan dan syarikat itu berada di landasan yang betul untuk me­ realisasikan liputan yang lebih luas ke atas penduduk menjelang akhir tahun. "Kami menyasarkan untuk mencapai 85-86 peratus bagi perkhidmatan 4G, daripada kira-kira 75 peratus sekarang ini. "Perkhidmatan rangkaian LTE kami yang lebih laju adalah selaras dengan peranti mudah alih tertentu yang ada sekarang ini, ia juga meningkat dengan baik untuk para pelanggan di Lembah Klang," katanya. Menurutnya, syarikat telah memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM1.5 bilion bagi 2017 dan majoritinya akan dipakai untuk pengembangan. "Sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah untuk meningkatkan kapasiti dan tapak baharu 4G. Apabila kami menaik taraf tapak, ia juga akan meliputi

perkhidmatan 2G, 3G di samping 4G," katanya sambil menambah bahawa kerja-kerja menaiktaraf telah dijalankan di seluruh negara. Syarikat itu menguasai bahagian pasaran sebanyak 29.8 peratus dari segi jumlah hasil, termasuk perkhidmatan prabayar dan pasca bayar. Sementara itu, jenama prabayar utama Celcom, Xpax, sekarang ini didatangkan dengan pelan Internet yang menawarkan data 15 gigabit (GB) Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, dalam taklimat itu, berkata dengan tawaran yang lebih baik ini, pelanggan boleh memilih empat tambahan pelan baharu internet membabitkan pelan harian pada harga RM5 (sehingga 2GB), pelan dua minggu pada harga RM6 (500MB) dan RM19 (5GB). Pelan bulanan sebanyak RM79 (15GB) dilengkapi dengan pek hiburan percuma, Music Walla dan Video Walla sebanyak 5GB.

KUALA LUMPUR AirAsia X melancarkan pertandingan untuk golongan muda dengan tujuan memperkenalkan New Zealand seba­ gai destinasi pe­ lancongan cabaran. D a l a m kenyataan, AirAsia X berkata, pertandingan Ultimate Xventure yang disa­ sarkan untuk peserta beru­ sia antara 18 tahun dan 32 ta­ hun itu, menawarkan hadiah utama berupa tiket pe­ nerbangan ke New Zealand un­ tuk empat orang serta penginapan selama empat hari tiga malam, di samping akti­vi­ti terpilih. Bagi bahagian pertama pertandingan, media sosial pertandingan Ultimare Xventure mencari gambar dan video aktiviti cabaran sukan paling kreatif. Peserta diminta memuat naik kandungan mereka di akaun Instagram masing-

masing berserta kapsyen menarik dan hashtag rasmi, #UltimateXventure dan #AirAsiaX,@. AirAsia X berkata, per­tan­ dingan itu bermula 31 Julai lalu dan akan berakhir pada 17 Ogos ini, manakala proses pengadilan akan dilakukan pada 14-17 Ogos untuk memilih seorang pemenang setiap hari dan mengumumkannya menerusi saluran radio Fly FM. AirAsia X bekerjasama Sunway bagi bahagian kedua atau finale yang akan ber­ lang­ sung di SunwayLagoon Extreme Park pada 20 Ogos, 2017. Pemenang akan bersaing dalam permainan khusus un­ tuk pertandingan Ultimate Xventure, yang juga me­ nam­ pilkan pengalaman yang ada di New Zealand serta memenuhi peminat yang menggemari aktiviti mencabar.

Sunway REIT beli hartanah Sunway Clio KUALA LUMPUR - Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT), melalui pemegang amanahnya, RHB Trustees Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Sunway Forum Hotel Sdn Bhd untuk membeli hartanah Sunway Clio pada RM340 juta secara tunai. Sunway Forum Hotel adalah anak syarikat milik penuh Sunway Bhd. Sunway REIT Management Sdn. Bhd., pengurus Sunway REIT, berkata hartanah yang terletak di Sunway City di Subang Jaya, Selangor itu, terdiri daripada se­ buah hotel 19 tingkat bertaraf empat bin­­tang dengan 401 bilik yang dikenali se­bagai Sunway Clio Hotel, tiga tingkat ruang niaga berkeluasan boleh disewa ber­ sih kira-kira 8,211 meter persegi dan tempat letak kereta berbilang tingkat dengan 732 ruang letak kereta. Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT Management, Datuk Jeffrey Ng (gambar) ber­kata, pengambilalihan itu akan mem­ perkukuhkan lagi portfolio aset Sunway REIT dan me­manfaatkan si­nergi per­nia­gaan di Sunway City. "Kami akan dapat me­na­warkan suite

hotel lengkap dari hotel empat hingga lima bintang dalam ka­wasan yang sama. "Kami yakin sinergi perniagaan yang luar biasa di dalam perbandaran, di­tam­­ bah dengan pengendali hotel dan pa­su­ kan pengurusan kemudahan yang ber­ pen­ galaman, akan memaksimumkan pres­tasi. Menurutnya, harta itu dijangka men­ ca­­tatkan pertumbuhan yang baik dalam jang­ka panjang yang disokong oleh per­ se­kitaran yang kukuh. "Apabila selesai pengambil alihan yang dicadangkan itu, Sunway REIT akan mem­punyai jumlah inventori bilik lebih dari­pada 1,400 bilik di Sunway City. "Kami percaya pengambilan ca­ dan­ gan itu tepat pada masanya un­ tuk menampung inventori bi­ lik yang lebih tinggi bagi men­gua­ sai bahagian pasaran yang le­bih besar," katanya. Beliau berkata, apabila selesai pengambil alihan, aset Sunway REIT akan meningkat ke­ pa­­ da 16 hartanah, men­ gu­ kuh­kan kedudukannya se­ba­gai REIT kedua ter­ besar di Malaysia dengan gabungan nilai hartanah gabungan RM6.9 bilion.


8

16 - 22 Ogos 2017

BISNES

Costa Coffee labur RM27 juta di Malaysia KUALA LUMPUR – Costa Coffee yang berasal dari United Kingdom kini me­ ma­su­ki pasaran Malaysia me­ne­ru­si penawaran mesin kopi la­ yan diri di stesen minyak Shell. Costa Express, sebahagian da­ripada rantaian perniagaan Costa Coffee akan melabur kirakira 5 juta pound (RM27.9 juta) untuk menyediakan se­­­banyak 200 mesin Costa Coffee layan diri di cawa­ ngan Shell Select seluruh negara men­­jelang pertengahan 2018. Pengarah Urusan Costa Express, Scott Martin berkata, se­­ta­kat ini Costa Coffee ber­ope­rasi di 71 Shell Select se­ jak diperkenalkan awal ta­hun lalu. Katanya, mesin kopi la­ yan diri Costa Coffee ini diper­ke­­nalkan oleh syarikat reka ben­­ tuk Itali, Pininfarina yang ter­­kenal dengan kereta model Ferrari klasik. “Kami amat gembira un­tuk melanjutkan operasi glo­bal kami melalui pe­lan­­ caran ter­­baharu di Malaysia yang dina­ mik dan ber­ kem­ bang dengan budaya

iflix teroka Kemboja KUALA LUMPUR - iflix, per­ khidmatan langganan video berdasarkan per­min­taan (SVoD) terkemuka du­ nia melancarkan perkhid­ma­­­­tan­ nya di Kemboja be­­­ri­kutan pe­me­teraian ker­­­­jasama eksk­ lusif tiga ta­hun dengan Smart Axiata (Smart), rangkaian mu­ dah alih negara berkenaan. Dalam satu ken­ya­taan­ nya, iflix berkata, pengguna kini bo­ leh mendaftar untuk per­­cu­baan secara per­cuma se­lama sebu­lan me­la­lui la­ man web iflix atau de­ ngan me­muat tu­run ap­li­kasi itu ke telefon atau tab­ let dan mendapat ak­ses tidak ter­had

kepada per­tun­ju­kan tele­vis­ yen, filem terbaik dunia bagi se­ tiap peranti yang dimi­ liki, tan­pa kad kredit atau obli­­gasi diper­­lukan. "Smart juga mem­per­ke­ nal­­­ kan pelan data iflix ming­ guan dan bulanan baha­ ru, Smart StreamOn 2 dan Smart StreamOn 8, yang mem­ bo­ leh­kan pelanggan menik­ma­ti pengalaman penstriman dan hiburan, termasuk per­khid­­­­ matan pesanan ringkas diak­­­­ tifkan suara dan data," kata­nya. Pengurus iflix Kemboja/ Myanmar, Adeana Greenlee ber­­­­­kata, perkhidmatan itu akan mentakrifkan semula ba­­­

gai­­­mana pengguna di Kemboja menikmati hiburan me­­lalui pengalaman mudah alih yang lancar. "Dengan menawarkan plat­­ form baharu untuk bakat tem­­­ patan dan membina pro­ duk yang lebih baik daripada ce­­tak rompak, iflix komited un­­ tuk mengembang dan men­yo­­­kong industri filem dan te­le­vis­yen Kemboja," katanya.

KWSP tiada cadangan jual saham Plus Sebanyak 200 mesin Costa Coffee layan diri di cawa­ngan Shell Select menjelang pertengahan 2018.

kopinya. “Dengan kepesatan Shell di Malaysia, perkongsian ini mem­ berikan kami platform ideal untuk memperluaskan je­nama kami dalam pelbagai pa­sa­ran,” katanya dalam kenyataan. Penawaran kopi layan diri inovatif berkenaan meng­ ga­bung­kan kopi berkualiti tinggi dan susu segar dengan teknologi yang canggih.

KAJANG - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang m e l u p u s k a n 49 peratus kepentingannya dalam pengendali lebuh raya, Plus Malaysia Bhd., berikutan pelaburan dalam syarikat itu memberikan pulangan baik untuk dana pencen itu. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP

dan UEM Group Bhd, yang menguasai baki 51 peratus kepentingan dalam Plus, sudah melabur dengan banyak mengembangkan rangkaiannya, terutamanya di Lembah Klang. "Saya kira terdapat banyak laporan media dan saya jangka pihak yang anda sebutkan itu sudah menemui pihak media mengatakan minat mereka, tetapi kami

tidak menerima sebarang bentuk tawaran atau mereka yang menunjukkan minat," katanya. Beliau berkata demikian selepas memeterai perjanjian usaha sama dengan International Training Centre of the International Labour Organisation (ITC-ILO). Shahril mengulas berhubung minat pemain korporat Tan Sri Abu Sahid Mohamad untuk menguasai Plus Malaysia.

Alibaba, Marriot PICKnGO dilancar jalin kerjasama KUALA LUMPUR - Alibaba Group Holding Ltd. dan Marriott International Inc. menjalin kerjasama untuk meningkatkan keselesaan perjalanan bagi beratus-ratus warga China yang melancong ke dalam dan luar negara setiap tahun. Alibaba dan Marriott dalam satu kenyataan bersama berkata, usaha sama itu akan memanfaatkan portfolio global Marriott serta penerajuan runcit digital Alibaba dan peranannya sebagai pintu masuk bagi jenama antarabangsa untuk mencapai lebih 500 juta pengguna aktif mudah alih sebulan. Ia juga akan memasarkan secara terus kepada pelanggan Alibaba, menyediakan pautan antara program kesetiaan Marriott dan Alibaba, menyokong hotel Marriott di seluruh dunia dengan kandungan, program dan promosi disesuaikan bagi pelancong China. "Bersama-sama, kami akan meningkatkan keselesaan perjalanan bagi pelancong China untuk menjadi lebih lancar dan khusus apabila

mereka memulakan pengembaraan meneroka dunia," kata Daniel Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Marriott International, Arne Sorenson berkata, perkongsian itu akan memadankan hospitaliti Marriot dengan platform perjalanan digital Alibaba, kepakaran runcit dan platform pembayaran digital, Alipay, dan mempromosikan keahlian bagi program kesetiaan. "Dengan peningkatan bilangan pelancong China meneroka destinasi baharu, usaha niaga ini akan memperkenalkan hotel kami di seluruh dunia kepada golongan baharu ini yang semakin berkembang," katanya.

KUALA LUMPUR - Satu lagi perkhidmatan e-hailing terbaharu, PICKnGO mula dilancarkan di Lembah Klang. Ia mensasarkan untuk men­ daf­ tar­ kan kira-kira 10,000 pemandu teksi berdaftar di sekitar Greater Kuala Lumpur. Perkhidmatan itu merupakan cetusan idea lima syarikat teksi iaitu New Supercab Sdn. Bhd., Uptownace (M) Sdn. Bhd., Damai Kota Cab Sdn. Bhd., Syarikat Pemandu dan Pemilik Teksi Bhd. serta Perniagaan Lima Sejati Sdn. Bhd. Selain wang tunai, penumpang ju­ga boleh menggunakan kad kredit atau debit di semua teksi PICKnGO me­ne­ru­si terminal tempat jualan (POS) MPay +Pro mobile. Pengarah Eksekutif Pick N Go Sdn. Bhd., Valerie Chan berkata per­ khid­ matan itu lebih daripada sekadar apli­ ka­ si tempahan teksi kerana ia juga satu komitmen untuk menawarkan kemu­dahan lebih baik kepada pelanggan. “Setiap pemandu teksi PICKnGO perlu menjalani latihan dan kenderaan mereka akan diperiksa sebelum bergelar pemandu yang sah. “Kami sedang mentransformasi minda pelanggan dan pemandu kami.

“Ya, kami faham ia akan men­ gam­bil masa dan bukan mudah te­ ta­­ pi kita perlu bermula sekarang un­­ tuk bergerak seiring dengan pem­ bangunan,” katanya pada majlis pelancaran PICKnGO di pusat membeli-belah Sunway Velo-city di Cheras, baru-baru ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang melan­car­kan perkhidmatan itu berkata Malaysia merupakan negara pertama yang mengawal selia perkhidmatan e-hailing. Jelas beliau, ia adalah satu cabaran me­lu­luskan perkhidmatan tersebut dan Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain. Aplikasi PICKnGO boleh dimuatnaik menerusi Google Play Store and Apple App Store.

Setiap pemandu teksi PICKnGO perlu menjalani latihan dan kenderaan mereka akan diperiksa sebelum bergelar pemandu yang sah.


9

16 - 22 Ogos 2017

BISNES

Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) kini merupakan pemegang saham individu kedua terbesar 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd. dengan pegangan sebanyak 8.44 peratus. Pengerusi 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata, Sultan Ibrahim memiliki sebanyak 93.70 juta saham di dalam 7-Ele­ ven Malaysia sejak Julai 2017. Katanya, sehubungan itu 7-Eleven Malaysia mengalu-

alukan Sultan Ibrahim sebagai satu daripada pemegang saham utama syarikat.

Jelas beliau, peningkatan pe­ gangan saham itu seiring dengan pelan 7-Eleven Malaysia untuk memperluaskan perniagaan runcit dan meningkatkan pegangan pasaran serta mengekalkan keuntungan. “Ini mencerminkan keyakinan Sultan Ibrahim terhadap prestasi dan potensi masa depan 7-Eleven Malaysia. “Kami percaya melalui pe­ gangan saham Sultan Ibrahim, kedudukan 7-Eleven dalam in­­­dustri runcit akan terus di­ perkukuhkan,” katanya.

Dalam pada itu, pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan berkata, beliau begitu gembira kerana Sultan Ibrahim telah meningkatkan kepentingannya di dalam 7-Ele­ven Malaysia. “Sultan Ibrahim sememangnya dikenali sebagai seorang pelabur yang bijak dan mempunyai minat tinggi terhadap syarikat dan perniagaan yang memiliki asas kukuh serta potensi pertumbuhan yang baik,” katanya.

Projek TRX terus dapat perhatian pelabur KUALA LUMPUR - Projek Tun Razak Exchange (TRX), seluas 28 hektar berjalan lancar dan terus mendapat keyakinan pelabur. Pemaju, TRX City Sdn. Bhd. kini dalam rundingan dengan pelbagai pelabur yang berminat untuk melabur di daerah ke­ wa­ ngan an­tara­bangsa itu. Ketua Pe­ gawai Ekse­ ku­ tif, Datuk Azmar Talib berkata, antara pelabur yang berminat termasuk beberapa syarikat perbankan dan kewangan terkemuka global. Beliau berkata, HSBC, kumpulan perbankan ter­

kemuka global memilih TRX untuk menempatkan ibu pejabat bagi operasinya di Malaysia dengan pelaburan AS$250 juta (RM1.07 trilion). "Kami kini dalam pe­ ringkat rundingan lanjutan dengan pelbagai pelabur," katanya pada taklimat mengenai pembangunan TRX kepada duta beberapa negara di sini, hari ini. TRX City, sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan ia kini adalah entiti sendiri. TRX dibangunkan secara berperingkat dengan fasa pertama dijangka siap pada 2018/2019.

Diari bisnes Matta Fair

Tarikh : 8 - 10 September 2017 Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

TRX menjadi projek pembangunan ikonik.

Raline Shah Pengarah Bebas AirAsia Indonesia

KUALA LUMPUR - Pelakon Indonesia, Raline Shah, 32, (gambar) dilan­ tik sebagai Pengarah Bebas syarikat penerbangan tam­­­bang murah AirAsia Indonesia. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengu­mum­ kan perkara itu menerusi la­ man sosial Instagram mi­ liknya, yang disertakan gam­ bar bersama pelakon dan ratu can­tik itu baru-baru ini. "Pengarah baharu kami di AirAsia Indonesia, Raline Shah. Bijak, kreatif dan me­ ren­dah diri. Jawatan yang su­ dah bersedia untuk syarikat kami di IPO," tulis Tony. Dilahirkan di Jakarta dan menetap di Medan, Indonesia, anak kepada bekas diplomat serta ahli politik berdarah Melayu Johor itu pernah diangkat sebagai Ratu Pilihan dalam pertandingan Putri Indonesia 2008. Bakat lakonannya mula diuji menerusi filem berjudul 5cm, disusuli beberapa penerbitan lain, termasuk 99 Cahaya di Langit Eropah, Supernova dan Surga Yang Tak Dirindukan. Raline yang juga anak sulung daripada tiga bersaudara adalah lulusan Sains Politik dan Komunikasi & Media Baru dari Universiti Nasional Singapura.

Hyundai Tucson 2.0 CRDI Diesel lebih menawan KUALA LUMPUR - Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. mem­ perkenalkan Tucson 2.0L CRDI Diesel sebagai per­ tambahan terbaru bagi barisan SUV keluaran jenama Korea itu untuk pasaran Malaysia pada harga RM155,788 atas jalan, tidak termasuk insurans. Hadir dengan enjin turbo­ caj, ia disifatkan mampu mem­ berikan prestasi dan penjimatan sekali gus. Enjin berkenaan mam­ pu menghasilkan janaan kuasa sebanyak 178PS dan 400Nm dari 1,750 rpm hingga 2,750 rpm. Ia dipadankan dengan trans­misi automatik enamkelajuan dan boleh mencapai kelajuan maksimum 201 km/j. Dari kedudukan

pegun, enjin ini boleh mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 9.3 saat. Ia turut dilengkapi dengan penyuntik elektronik piezo yang menyampaikan bahan api pada kadar 1,800 bar. Turut melengkapi per­tambah­an

varian terbaru ini ialah ciri seperti lampu utama LED dengan static bending light; fungsi Auto Hold serta pintu belakang dengan ciri pintar bukaan automatik ketika kunci berada dalam jarak­nya. Turut ditawarkan sebagai pilihan ialah pakej kulit dalam tiga pilihan warna – hitam, merah dan putih, kit badan dan rim 19 inci. Dengan penawaran terbaru ini, Hyundai Tucson merupakan SUV yang ditawarkan dengan pilihan enjin ter­ banyak di dalam segmennya iaitu 1.6L Gamma T-GDI dan Nu 2.0 MPI selain enjin 2.0L R-Series CRDI Diesel yang diperkenalkan ini.


10

16 - 22 Ogos 2017

UCF inisiatif jaga hutan tengah bandar AZLAN ZAMBRY KUALA LUMPUR - Kebim­ bang­ an terhadap pemu­ li­ haraan hutan di Bukit Persekutuan mendorong Per­ satuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) untuk men­ gambil inisiatif melancarkan Urban Community Forest (UCF). Presiden Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS), Henry Goh mengalu-alukan orang ramai, pelajar dan ba­ dan bukan kerajaan untuk ber­ sama-sama dengan MNS dalam usaha untuk men­ gekalkan hutan Bukit Perse­ ku­tuan sebagai kawasan hi­jau di tengah bandaraya. Henry berkata, komuniti yang tinggal di bandaraya ke­ tika ini agak tertekan dengan

pel­ bagai cabaran untuk ke­ lang­sungan hidup, namun te­ kanan dapat diatasi melalui te­rapi alam sekitar. “Alam sekitar mem­ per­ ka­ yakan kehidupan kita dan untuk penduduk bandar yang menghadapi tekanan, UCF Bukit Persekutuan boleh men­ jadi tempat yang terbaik un­ tuk pe­mu­lihan segera. “Komuniti bandar tidak per­­lu memandu berjam-jam la­­ manya untuk ke kawasan hijau di Taman Negara seperti di Endau Rompin atau di Kuala Ta­han, sebaliknya Bukit Per­se­kutuan sudah memadai ke­ rana kawasan yang sejuk, men­damaikan disamping ban­ yak pokok rendang yang boleh membantu me­nenangkan diri.

Nor Akhiruddin menanam pokok sebagai simbolik pelancaran UCF Bukit Persekutuan

“Anda juga boleh mem­ban­tu menanam beberapa anak benih pokok atau men­ gam­ bil sedikit masa un­­ tuk menyelusuri denai di se­ panjang laluan, ada ban­ yak yang boleh dilihat dan di­nik­mati keindahan kha­za­nah yang tidak bernilai ini,” ka­tanya. Sementara itu, maj­ lis pelan­ caran UCF disem­pur­­nakan Ketua Pengarah Per­hutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhiruddin Mahmud yang me­wakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Ibu Pejabat Persatuan Alam Sekitar Malaysia ba­ru-baru ini.

Henry menyampaikan cenderahati kepada Nor Akhirrudin.

Nor Akhirrudin (duduk, lima dari kiri) bersama ahli jawatan kuasa MNS. Turut sama Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah (duduk, empat dari kiri).

Pembelajaran dalam talian di sekolah NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

BARU-BARU ini, terdapat pengumuman oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengenai kemungkinan kementeriannya membenarkan pelajar sekolah rendah dan menengah menggunakan peranti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer riba, tablet dan telefon bimbit di sekolah. Rasionalnya ialah menggunakan peranti ICT untuk mengajar dan memfasilitasi di dalam kelas.

Tidak syak lagi ia adalah satu idea cemerlang tetapi adakah ia realistik untuk dilaksanakan di seluruh negara? Berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan nombor empat dalam memberikan pendidikan berkualiti, terdapat beberapa persoalan dan kebimbangan mengenai perkara ini. Bagaimanapun, selain daripada anak-anak sekolah yang datang dari keluarga yang mampu membeli peranti digital, bagaimana dengan anak-anak yang kurang mampu untuk membeli peranti digital? Apa yang berlaku kepada pembelajaran mereka? Siapa yang akan menyediakan peranti digital kepada mereka? Adakah ini akan menghalang mereka daripada mendapat peluang yang sama untuk pendidikan berkualiti? Kemampuan adalah salah satu

faktor. Bagaimana pula dengan sumbersumber yang lain seperti guru, platform dalam talian, keselamatan siber dan infrastruktur untuk membolehkan peranti beroperasi dengan lancar? Adakah guru kami dilatih dengan baik dalam menggunakan peralatan digital untuk mengajar di kelas? Adakah semua sekolah di seluruh negara dilengkapi infrastruktur internet? Siapa yang akan menyediakan perkhidmatan internet di sekolah? Adakah terdapat pemantauan mengenai penggunaan internet untuk kanak-kanak sekolah? Setahu saya, beberapa makmal komputer di sekolah kurang digunakan kerana komputer adalah versi yang lama. Belanjawan juga boleh menjadi satu cabaran yang besar di sini. Namun, pelbagai sekolah swasta dan

antarabangsa telah melaksanakan konsep pembelajaran dalam talian untuk mengurangkan penggunaan buku teks dan buku kerja. Saya masih ragu-ragu samada sekolahsekolah kebangsaan di seluruh Negara sudah bersedia untuk menerima pakai e-pembelajaran di sekolah. Ibu bapa harus dididik juga mengenai pentingnya melaksanakan pembelajaran dalam talian untuk anak-anak sekolah. Perubahan akan menjadi sukar tetapi ia mungkin berlaku secara perlahan-lahan. Hanya masa akan menentukan.


16 - 22 Ogos 2017

11


12

16 - 22 Ogos 2017

Go Green: Bawa masuk basikal dalam LRT MENYOKONG usaha murni kempen ‘Go Green & Stay Healthy’ oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rapid Rail telah melancarkan program ‘Bike & Ride’, yang antara lain membenarkan para penumpang LRT untuk membawa masuk basikal bersaiz penuh atau ‘full size bicycles’ dalam tren. Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai sokongan kepada program ‘KL Car Free Morning’, yang diadakan pada setiap Ahad pertama dan ketiga setiap bulan dengan laluan di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman antara pukul 7 hingga 9 pagi. Melalui program ‘Bike & Ride’, basikal-basikal bersaiz penuh ini dibenarkan dalam LRT selama empat jam mulai 6 pagi bagi membolehkan para penggiat sukan berbasikal memanfaat sepenuhnya kempen ‘KL Car Free Morning’ ini dengan tidak perlu memandu ke Dataran Merdeka untuk membawa basikal mereka. “Apa yang berlaku sekarang tidak mencapai tujuan sebenar program berkenaan. Kerana, para peserta masih memandu kenderaan persendirian ke bandaraya untuk menyertai program ini. Jadi, penghasilan karbon dioksida dan kesesakan di jalan raya masih berlaku. Dengan sokongan kami, mereka boleh masuk dan keluar bandaraya dengan LRT. “Lebih mudah, lebih berkesan dan lebih bermakna kepada kempen KL Car Free Morning ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman pada majlis pelancaran program ‘Bike & Ride’ yang diadakan pada 6 Ogos lepas di stesen LRT Bandaraya di Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Datuk Naim

Mohamad, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Program ‘KL Car Free Morning’ dan anggota Kelab Berbasikal Prasarana, yang turut disertai oleh Ketua Divisyen Perkhidmatan Infra Kumpulan Prasarana, Encik Ahmad Nizam Mohd Amin. Dalam ucapannya, Dato’ Ir Zohari berkata Kumpulan Prasarana khususnya Rapid Rail menyokong kuat apa jua inisiatif untuk mengurangkan orang ramai memandu kenderaan persendirian; dan sebaliknya menggunakan pengangkutan awam termasuk berbasikal. “Program hari ini adalah satu kolaborasi antara Rapid Rail dan DBKL, yang mana kami berharap usaha-usaha seumpama ini akan berterusan pada masa masa akan datang. Selan untuk memudahkan kegiatan peserta’ KL Car Free Morning’, program ‘Bike & Ride’ ini adalah satu inisiatif daripada Rapid Rail mempelbagaikan lagi produk perkhidmatan LRT. “Ia juga bertujuan

untuk meluaskan ‘target segment’ dalam ‘ridership’ Rapid Rail dengan menarik minat golongan penggiat berbasikal di samping untuk menambahbaik konsep ‘first mile & last mile connectivity’ di kalangan mereka yang menggunakan perkhidmata tren Rapid KL. “Usaha-usaha seperti ini adalah sebahagian dari initiatif Rapid Rail untuk terus berusaha meningkatkan bilangan penumpang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ‘modal share’ 40 peratus untuk pengguna pengangkutan awam menjelang tahun 2030,” katanya. Menurut Dato’ Ir. Zohari, berdasarkan kepada kajian dibuat melalui twitter@MyRapidKL untuk membenarkan basikal bersaiz penuh menaiki LRT, 80 peratus daripada responden bersetuju dan menyokong cadangan

berkenaan manakala 20 peratus lagu bersikap berkecuali. Bersama-sama dengan Kelab Berbasikal Prasarana, beberapa siri simulasi dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi tren adalah terjamin.

Ir. Zohari dan Naim di majlis perasmian di stesen LRT Bandaraya.

Di samping menyediakan tempat letak basikal di kebanyakan stesen-stesen LRT dan MRT untuk menggalakkan orang ramai menggunakan basikal, Rapid Rail turut membenarkan basikal lipat dibawa ke dalam tren LRT, MRT dan monorel setiap hari; tetapi pada waktu-waktu luar puncak. Bagi memastikan inisiatif ini berjalan lancar, Dato’ Ir. Zohari berharap untuk mendapat sokongang penuh dan tolenrasi daripada para penumpang yang berhasrat untuk membawa basikal mereka ke dalam tren. “Mereka juga perlu memastikan langkah membawa basikal itu tidak memberikan sebarang risiko bahaya atau menyebabkan ketidak selesaan kepada para penumpang lain. Pastikan basikal adalah bersih tanpa kekotoran tanah, lumpur dan najis; dan dibawa masuk secara tertib dan sopan supaya tidak merosakkan aset-aset Rapid KL. “Sekiranya segalanya berjalan lancar, kami tidak akan teragakagak untuk memanjangkan lagi program ini kepada hari-hari lain dan tempoh waktu yang lebih panjang,” tambah beliau.


13

16 - 22 Ogos 2017

Tanah untuk dijual BANGI, JENDERAM 1.1 ekar hadapan jalan utama, Pegangan bebas, Dekat Bukit Unggul, Putrajaya. Hamdan 019240-3632 IJOK BESTARI JAYA 200 Meter dari jalan besar Dekat sekolah & Majid, 50x60kp. RM29,800. 033250 1470 / 3250 8221 / 017-667 1305Roni / 0139834 054 ika IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889

Bilik untuk disewa

Jawatan kosong

Saya mempunyai satu bilik kosong untuk disewakan sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. berminat sila hubungi 011 3985 1974

Rumah untuk dijual PANGSAPURI CENGAL Jalan Pinggiran Mas 2 Taman Mas Sepang *Free SPA + Stamp Duty + FULL LOAN* -650sf , 3r2b , basic unit call 012-9777 769 PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 TERUS OWNER VISTA LAVENDER, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call 0166337324 (RM255 000)

KLASSIFIED

PEMANDU / PEMBANTU PEMANDU LORI ada lesen GDL yg sah, kemahiran memandu yg baik, pengalaman dalam bidang berkaitan hubungi: 03-8741 7300 sandra.ho@gardinc.com 1 TAN LORI TRUCK DRIVER berbangsa melayu, umur 45 tahun ke bawah, Gaji menarik RM2000 RM2500 kawasan lembah klang, hubungi: 0145007189 / 012 - 783 5656 JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233 JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461 PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748

LATIHAN DAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE BANDAR PUTRA untuk belia di luar bandar RM380,000 Teres Setingkat berumur 16 hingga - 30x60 25 tahun elaun harian - 3 Bilik 2 Bilik air , Pegangan diberikan 017-513 2476 / Bebas, Ubahsuai , cabinet 016 - 423 6059 dapur. Call 016-3374359

Jawatan kosong

Jawatan kosong

PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810

PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator

Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554

DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491

KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


14

16 - 22 Ogos 2017

DESTINASI Karnival 60 Merdeka Malaysia

Berita baik buat pengemar cerita animasi. Kenali dengan lebih dekat watak-watak di belakang tabir dalam pembikinan animasi negara. Karnival 60 Merdeka Malaysia bakal membawa pelukis animasi daripada Gila-gila, BoboiBoy, Satria, Awang Kenit, Infinite Animation dan Super Squad yang membolehkan anda mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Karnival yang akan berlangsung mulai 18 Ogos sehingga 17 Sept ini juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik termasuklah sesi Meet and Greet bersama pelukis. Program yang berlangsung setiap minggu ini membolehkan peminat mengenali pelukis watak animasi serta berkenalan dengan mereka. Maklumat lajut boleh di dapati di events.capitaltv.my

Program kesedaran kesihatan Puncak Alam

Program kesihatan akan diadakan di pekarangan surau Al Ikhlas Alam Suria, Puncak Alam membolehkan anda untuk menjalani pemeriksaan mata, derma darah, ujian mammogram dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuklah pameran kesihatan serta Skim Peduli Sihat Selangor. Program anjuran Persatuan Penduduk Alam Suria 5A2 ini akan berlangsung pada 20 Ogos bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Seawal jam 8 pagi, program 'Fun Walk' akan diadakan. Selain itu, untuk menarik minat semua lapisan masyarakat, penganjur turut menyediakan pertandingan seperti dat, karom dan gusti lengan. Ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan kejiranan komuniti setempat. Jangan lepaskan peluang anda untuk kekal sihat dan berkomuniti di Karnival Kesedaran Kesihatan dan Pengukuhan Ukhuwah dan nikmati harga diskaun sehingga 50% untuk pemeriksaan kesihatan khusus pada hari tersebut.

Kursus fotografi Olympus Workshop akan diadakan pada 20 Ogos ini bertujuan untuk mengajar cara penggunaan kamera dengan betul dan kepantasan menghasilkan gambar yang cantik dengan menggunakan teknik pengcahayaan dengan betul. Dunia fotografi tidak asing lagi bagi masyarakat kini. Jangan lepaskan peluang anda untuk ikuti kelas ini. Sebarang maklumat boleh didapati di https://www.facebook.com/ olympusmalaysia/ Karnival kerjaya wanita Karnival mini kerjaya wanita bakal menemui anda pada 18 Ogos ini, satu berita baik kepada anda yang sedang mencari pekerjaan. Karnival ini akan membuka peluang untuk pelbagai kategori pekerjaan termasuklah kerja sambilan, Intership mahupun kerja sepenuh masa hanya di rumah. Menariknya karnival kerjaya ini juga akan menganjurkan bazar wanita yang bertujuan menggalakkan lebih ramai wanita menerokai dunia keusahawanan. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati http://www.herportal.co/

Larian merdeka

Sihatkan tubuh anda dengan menyertai larian sempena kemerdekaan yang bakal diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Buktikan rasa cinta terhadap negara sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim. Run for National Unity diadakan bertujuan untuk mengajak netizen untuk kekal sihat bersama-sama. Jangan lepaskan peluang anda 16 September depan untuk kekal cergas. Klik http://www.racexasia.com/event/ run-for-national-unity-2017/ untuk maklumat lanjut mengenai larian tersebut.

Festival muzik Jazz Penggemar alunan muzik Jazz pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai festival muzik Jazz yang bakal diadakan di The Experimental Theatre, Universiti Malaya. KL International Jazz Festival 2017 akan memberikan satu persembahan menarik kepada anda dan ia melibatkan pemuzik jazz handal dari beberapa negara selain penggiat muzik Jazz tempatan. Untuk maklumat lanjut boleh layari web www. klinternationaljazz.com


15

16 - 22 Ogos 2017

TRENDING

Cikgu Hanafi jadi tumpuan Lagi kes cikgu kacak menjadi tular. Dunia maya kini semakin 'menjadijadi' menyebarkan gambar-gambar cikgu muda yang semakin ayu dan kacak. Baru-baru ini tular di laman Facebook mengenai seorang pelajar tahun 5 yang dikenali sebagai Fatimah menghantar surat berbaur amaran kepada seorang cikgu yang hanya dinyatakan sebagai

Cikgu Hanafi. Namun bezanya surat amaran tersebut berunsur cinta dengan menyatakan agar cikgu tersebut tidak memainkan perasaan dan hatinya apabila 'cikgu Hanafi' senyum kepada pelajar lain. Gambar ini tular di laman sosial sekaligus membuatkan netizen ketawa apabila membaca surat yang ditulis pelajar terbabit.

'Annabelle' kuasai dunia maya

Filem Annabelle kini menjadi tontonan netizen yang ditunggu-tunggu selama ini. Filem arahan David Sendberg akhirnya tular di laman sosial namun bukan kisah mengenai filem tersebut. Difahamkan ada segelintir pengguna tegar laman sosial memuat naikkan video seorang perempuan yang dikatakan terkena histeria ketika tayangan filem terbabit. Video yang berdurasi 8 saat itu diambil di dalam pawagam di Terengganu. Ada juga yang mendakwa dia jatuh bukan disebabkan histeria.

Dapat hadiah kereta Ferrari Seorang anak muda berusia 15 tahun, Rashed Saif Belhasa merakam detik bahagia dia mendapat kereta Ferrari berharga RM1.1 juta yang berbalut Louis Vuitton. Video itu dimuat naik dilaman Instagram bernama Money Kicks. Meskipun terlalu muda untuk memandu anak kepada seorang billionair ini berasa gembira mendapat Ferrari F12 Berlinetta. Video yang dimuat naik itu mendapat tontonan sebanyak 1,296,987 kali.

Gadis kimci pikat hati jejaka Kelantan

Bayi dalam peti sejuk

Seorang wanita Tarakan sanggup menyimpan bayinya di dalam peti sejuk. Gambar yang tersebar di media sosial ini mengejutkan ribuan pengguna laman sosial. Rata-rata pengguna laman sosial berasa simpati terhadap bayi yang menjadi mangsa keadaan dan berasa sangat marah terhadap si pelaku. Difahamkan kejadian yang berlaku ini tidak diketahui oleh suaminya. Pelbagai komen berunsur kemarahan dilemparkan oleh netizen.

Mengejutkan dunia maya apabila Muhamad Khalid Ismail telah berkhawin dengan gadis Korea. Jejaka Kelantan ini dahulunya pernah tular di laman sosial gara-gara dia berjaya menceritakan keunikan Malaysia termasuk mencuba mee segera yang dihasilkan di Malaysia. Berikutan itu Khalid memberi tips kepada jejaka di luar cara-cara untuk memikat gadis Korea. Video ini mendapat perhatian netizen.

Tiba-tiba kaki berdarah!

Latah menembak

Tular di laman sosial kaki seorang remaja 16 tahun berdarah apabila dia berendam kaki di sebuah pantai di Melbourne, Australia. Kaki remaja terbabait berdarah dan terdapat puluhan lubang kecil. Selepas kejadian tersebut remaja terbabit dikejarkan ke hospital dan mendapati ribuan hidupan laut bersaiz kecil telah memakan isinya. Rata-rata pengemar media sosial yang melihat video tersebut terkejut dengan kehadiran hidupan tanpa nama itu.

Penjaga gol wanita kebangsaan

Seorang remaja perempuan mendapat perhatian netizen apabila dia mengenakan pakaian yang menuntup aurat ketika bermain bola sepak untuk persediaan sukan Sea yang bakal tiba. Gambar Azurin sebagai penjaga gol bola sepak kebangsaan bawah 17 tahun itu mendapat pujian netizen di laman sosial. Pelbagai kata pujian dilemparkan oleh pengguna media sosial kerana berjaya menutup aurat ketika bermain.

Video menggeletik hati pengguna laman Facebook ini mendapat ribuan tontonan netizen. Video berdurasi 8 saat itu mampu mencuit hati penonton yang melihat. Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki yang tidak boleh terkejut dalam erti kata lain melatah apabila melihat rakannya menembak dan pada setiap kali tembakan berdentum, dia akan terlentang seperti terkena tembakan tersebut. Pelbagai kata-kata yang mencuit hati dilemparkan oleh pengguna laman sosial.

Kisah rumah tangga!

Di laman sosial kini terdapat pelbagai 'page' yang dapat membantu netizen dalam pelbagai hal. Terbaharu 'page' Kisah Rumah Tangga (KRT) yang kini trending di laman Facebook. Tidak hairan lelaki mahu pun perempuan, masing-masing memberi pendapat sendiri mengenai rumah tangga orang lain yang dipaparkan di laman tersebut. Namun nasihat seorang wanita ini tular apabila dia menyatakan siapalah kita untuk menegur kisah rumah tangga orang. Nasihat yang begitu mendalam ini membuatkan peminat tegar KRT berfikir dua kali untuk meluahkan pendapat. Meskipun ini kisah rumah tangga namun ada juga yang belum berkahwin turut melemparkan padangan mereka.


16

16 - 22 Ogos 2017

Wanita ini punca 50,000 terbunuh MARGARETHA Geertruida Zelle atau lebih dikenali sebagai ‘Mata Hari’ dilahirkan pada 7 Ogos 1876 di Leeuwarden, Belanda. Anak sulung daripada empat adik-beradik, Bapanya, Adam Zelle memiliki kedai topi selain me­ labur dalam industri minyak. Ini memberikan Mata Hari ke­­hidupan yang mewah, belajar di sekolah eksklusif hingga umur­­nya 13 tahun. Bagaimanapun, bapanya ja­tuh muflis pada 1889 hingga mem­­bawa perceraian tidak lama selepas itu. Selepas bapanya berkahwin kali kedua di Amterdam pada 1893, kira-kira dua tahun se­le­ pas ibunya meninggal dunia, Mata Hari tinggal bersama bapa pem­batisannya, Visser di Sneek. Di Leiden, Mata Hari menjadi guru tadika tetapi dipecat se­le­­ pas didakwa menjalinkan hu­ bungan sulit dengan guru be­ sar. Selepas beberapa bulan, dia melarikan diri ke rumah pak­cik­ nya di The Hague. Perkahwinan yang dianu­ ge­ rahkan dua cahayamata itu bagaimanapun tidak ke­ kal lama akibat tabiat buruk MacLeod yang ketagih alko­ hol dan mempunyai pe­rem­puan simpanan. Mata Hari me­ning­gal­ kan suaminya dan tinggal ber­ sama seorang pegawai Be­lan­da, Van Rheedes. Selama beberapa bulan, wanita itu belajar adat dan ke­ bu­dayaan masyarakat Indonesia dan turut menyertai syarikat ta­ rian tempatan.

Pada 1897, dia mula meng­ gu­nakan nama ‘Mata Hari’ un­ tuk memulakan hidup baru se­ kali lagi melalui surat yang di­ kirimkan kepada saudaranya di Belanda. Mata Hari kembali kepada sua­minya, namun sikap buruk le­laki itu masih tidak berubah dan terus berlaku konflik dalam per­kahwinan mereka termasuk ke­ matian anak lelakinya yang ja­tuh sakit pada 1899. Mereka kembali semula ke Belanda tetapi tinggal ber­ asingan pada 1902 dan ke­ mu­ diannya bercerai pada 1907. Mata Hari terpaksa berhadapan pel­ bagai kesukaran termasuk bere­but hak penjagaan anak pe­ rem­puan mereka yang akhirnya

meninggal dunia semasa berumur 21 tahun akibat komplikasi siflis. Pada 1903, Mata Hari ber­ pin­ dah ke Paris dan menjadi pe­ nunggang kuda sarkas dengan menggunakan nama ge­ laran Lady MacLeod. Akibat ke­ sempitan hidup, pada 1905, Mata Hari mula menjadi penari ek­sotik dengan mengikut kum­ pu­ lan tarian kontemporari diken­ dalikan Isadora Duncan dan Ruth St Denis. Gaya meliuk-liuk Mata Hari ber­jaya menarik perhatian pe­ nonton terutama selepas mem­ buat persembahan di Musée Guimetpada 13 Mac 1905. Menjelang 1910, Mata Hari mu­ la dikritik banyak pihak kerana mempersembahkan tarian yang mengghairahkan. Semasa kemasyhurannya, Mata Hari menjalin hubungan dengan pegawai atasan tentera, ahli politik dan individu berpengaruh dari beberapa negara. ‘Hubungan’ istimewa itu mem­ bolehkan dia be­ bas me­ ren­tasi sempadan tan­pa se­ba­ rang halangan. Bagai­ma­na­pun, se­ masa ambang Perang Dunia Pertama, wanita itu mula dilabel se­bagai ‘penggoda berbahaya’. Semasa Perang Dunia Per­ta­ma tercetus, Mata Hari masih bebas merentasi sempadan kerana dia tidak mempunyai ha­­langan untuk merentasi Sepanyol dan Britain menuju ke Belanda. Pada 1916, kapal yang membawa Mata Hari dari Sepanyol diarah berlabuh

www.syahrilkadir.com Mata Hari bersama suaminya, Kapten Macleod.

di Pe­la­buhan Falmouth di England. D i a ditahan dan dibawa ke London untuk disoal siasat oleh Perisikan Britain (M15). Menurut pihak berkuasa, Mata Hari men­ gaku bahawa dia bekerja un­­tuk Perisikan Perancis. Bagai­ manapun, ia tidak jelas sa­ ma ada wanita itu menipu atau tidak kerana ada pihak mendakwa Mata Hari mungkin dipaksa untuk membuka mulut. Baca kisah selanjutnya di www. syahrilkadir.com

'Aku Negaraku Sedunia' dilancar KUALA LUMPUR - Bersempena bulan kemerdekaan dan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke 60, Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menganjurkan pertandingan muzik video 'Aku Negaraku Sedunia' bertempat. Kempen ini dianjurkan bagi menerapkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi. 'Aku Negaraku Sedunia' adalah kempen patriotik berunsurkan muzik video, terbuka kepada semua rakyat malaysia dalam dan luar negara untuk menyanyikannnya. Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik, semua video penyertaan digabungkan menjadi sebuah muzik video, dan akan ditayangkan pada Ogos sehingga September tahun ini melalui medium media sosial dan tempatan. Majlis telah dirasmikan Timbalan

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. di Auditorium Balai Seni Negara, baru-baru ini. "Konsep yang digunakan dalam Klip Video ini sangat menarik, di mana kempen ini mengajak rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk menghayati dan menyemarakkan lagi semangat patriotik di dalam diri mereka. "Dalam Kempen ini kita dapat mempromosikan sebuah lagu patriotik yang baru iaitu ‘Aku Negaraku’ kepada orang ramai," katanya. Penyertaan kempen ini dibuka pada Julai lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari Melbourne, Australia, Paris dan Arab Saudi. Muzik video ‘Aku Negaraku Sedunia’ itu turut menampilkan beberapa selebriti dan penyanyi tempatan antaranya, Sherry Ibrahim, Harris Aliff dan Wan Imar. Kempen ini turut mendapat kerjasama daripada rakan media termasuk Astro Awani, Capital TV dan Mingguan Warta Perdana.

Jailani bersama Annuar serta wakil Astro Awani dan Online Dynamic (Capital TV dan Warta Perdana) ketika pelancaran pertandingan muzik video 'Aku Negaraku Sedunia'


17

16 - 22 Ogos 2017

Makan

DI MANA

Enaknya pizza MYCAFE

satu memang tidak menang tangan, anda patut datang ke sini sendiri. Restoran ini boleh menempatkan 30 orang dalam satu masa dan dibuka setiap hari kecuali Isnin dan beroperasi dari jam 3 petang hingga 11 malam. Anda boleh membuat tempahan dari jam 10 pagi. Anda pasti tidak rugi untuk cuba semua hidangannya. Jadi jangan tunggu lama-lama, jom luangkan masa hujung minggu anda ke sini.

AZLAN ZAMBRY

WALAUPUN baru dibuka pada April 2017, MYCAFE WESTERN & PIZZA telah membuktikan bahawa pizza buatan tempatan setanding dengan jenama pizza yang dari luar negara. Menurut Pengarah Urusan UZ Cafe & Restaurant, Zuhdi Md. Piah, idea untuk membuka perniagaan pizza ini adalah secara spontan dan setelah berbincang bersama dengan rakan kongsi, Adiik Mohamad, yang juga Pengurus MYCAFE WESTERN & PIZZA, maka restoran ini dibuka dalam masa 3 minggu selepas tarikh perbincangan. Walaupun MYCAFE WESTERN & PIZZA masih baharu, tetapi sudah boleh berbangga kerana sudah mula mendapat tempahan daripada penggemar pizza dan warga setempat. Kafe ini juga telah mendapat tempahan untuk majlis-majlis korporat yang di adakan di outlet mereka yang terletak di Anggun City, Rawang, bersebelahan kompleks membeli belah AEON Rawang. Zuhdi juga berkata, hiasan dalaman restoran ini berkonsepkan moden dan dihiasi dengan perabut kayu untuk pengunjung dan boleh

Hiasan dalaman yang ringkas dan moden.

Masakan barat juga turut disediakan di sini.

Zuhdi dan kakitangannya bersedia melayani pelanggan yang berkunjung ke MYCAFE.

memilih untuk duduk di dalam kedai atau pun di bahagian luar. MYCAFE WESTERN & PIZZA yang mempertaruhkan hidangan Pizza dan juga masakan barat memang tidak mengecewakan pengunjung. Kelembutan roti dan juga 'topping' yang menghiasi pizza sudah cukup menaikkan nafsu makan untuk merasai pizza yang dibuat secara ‘home made' malah khidmat penghantaran juga turut disediakan kepada pengunjung sekitar bandar Rawang. Hidangan yang lain juga tidak mengecewakan. Masakan

barat seperti 'chicken chop', 'lamb chop' dan 'spaghetti turut disediakan. Malah hidangan tradisional melayu, nasi lemak juga turut disediakan di restoran ini. Kunjungan pertama kali Warta ke kafe ini memang memberikan satu kejutan. Manakan tidak melihat sahaja senarai menu, membuatkan anda terfikir, yang mana satu hendak dicuba terlebih dahulu.. Itu belum lagi mengambil kira hidangan yang lain di samping harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan, Hendak disenaraikan setiap

Terdapat empat jenis pizza yang ditawarkan kepada pengunjung.

Pengunjung pelbagai bangsa juga turut mencuba pizza di MYCAFE.

10 topping pizza tertinggi di AS SETELAH menganalisis pesanan pizza dari ribuan restoran di Amerika Syarikat dan Kanada, Foodler mengatakan 10 topping pizza teratas adalah seperti berikut:

Pepperoni Cendawan Bawang Sosej Bacon Keju tambahan Zaitun hitam Lada hijau Nenas Bayam

Restoran pizza pertama di Amerika Syarikat LOMBARDI adalah restoran pizza di 32 Spring Street di sudut Jalan Mott berdekatan Nolita di daerah Manhattan, New York City. Dibuka pada tahun 1905, ia telah diakui oleh Pizza Hall of Fame sebagai restoran pizza pertama di Amerika Syarikat. Gennaro Lombardi memulakan perniagaan kedai runcit pada tahun 1897 di 53½ Spring Street, dan mula menjual pie tomato dibungkus kertas dan diikat dengan tali pada waktu makan tengah hari untuk pekerja dari kilang-kilang di kawasan itu. Pada 1905 Lombardi menerima lesen perniagaan untuk mengendalikan sebuah restoran

pizza, dan tidak lama kemudian, dia mempunyai pelanggan setia, termasuk penyanyi terkenal Itali ketika itu, Enrico Caruso. Dia kemudian mewariskan perniagaan tersebut kepada anaknya, George. Selepas Gennaro meninggal dunia perniagaannya disambung oleh anak lelaki dan cucunya sehingga 1984 apabila keluarga mereka menutup perniagaan itu. Satu dekad kemudian, Lombardi dibuka semula satu blok di 32 Spring Street di mana perniagaan masih beroperasi pada hari ini. Jika anda menyukai pizza arang batu berasaskan arang batu kuno dengan sejarah lebih dari seratus tahun, nipis, kerak segar di atas mozzarella

dan tomato halus, Lombardi masih menjadi tempat pertama untuk anda cuba.


18

16 - 22 Ogos 2017

MK Curtain bermula kedai kecil MURNI REJAB

PADA asalnya dia hanya mahu membuka sebuah kedai kecil di Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2005 lalu. Apabila perniagaannya su­ dah mula nampak ada kemajuan, pengasas MK Curtain Group, Calvin Khiu bersama isterinya Moon Sze Fui tekad untuk membuka sebuah kedai langsir, cadar, 'wallpaper', kusyen, karpet dan peralatan perhiasan rumah. Usahawan yang kreatif dan inovatif ini memperolehi kejayaan yang sangat cemerlang dalam bidang perniagaan. Dia turut menggunakan e-pasaran dalam memajukan dan meng­ gem­ bangkan perniagaan mem­ bekalkan perkhidmatan men­ jual produk syarikatnya secara 'online'.

Tawar perkhidmatan berbeza

Perhidmatan jualan secara 'online' yang disediakan berbeza daripada perkhidmatan yang

lain kerana pelanggan boleh berkomunikasi dengan pakar pereka dalam MK Curtain Group. Perkhidmatan yang dibekalkan ini dikenali sebagai ‘Inquiry Service’. Melalui perkhidmatan ini, sekumpulan pekerja yang pakar dalam bidang textile ini iaitu ‘Professional Curtains Agent’ akan membantu pelanggan membuat pilihan yang terbaik dalam pembelian produk di MK Curtain Group. Selain itu, MK Curtain Group turut membekalkan per­ khidmatan ‘door to door services’. Perkhidmatan ini di­ kenali sebagai ‘one-stop ser­ vice’ yang merangkumi per­ khidmatan ukuran terhadap saiz langsir yang akan digunakan di lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan, sebut harga, peng­ hantaran produk dan pemasangan produk. Segala perkhidmatan ini adalah tanpa sebarang caj tam­ bahan. Selain daripada itu, MK Curtain Group juga

MK Curtain yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

membekalkan perkhidmatan untuk menghantar katalog produk ke rumah pelanggan jika menerima pesanan daripada pelanggan. Perkhidmatan ini ditujukan kepada golongan pelanggan yang terdiri daripada suri rumah, golongan yang bekerja dan sebagainya.

Antara langsir MK Curtain yang menarik.

‘Project team’ ditubuhkan

Seterusnya, Calvin telah mendirikan ‘project team’ dalam MK Curtain Group. Kumpulan ini ditujukan kepada golongan pelanggan yang tidak dapat memasti apakah jenis pro­ duk yang dikehendaki. Maka golongan pelanggan ini boleh meminta bantuan daripada mereka. Kumpulan ini adalah go­ long­ an pekerja yang terlatih dari segi teknik dalam soal jawab pelanggan dan ilmu pengetahuan dalam segala perkara yang

berkaitan dengan bidang textile seperti jenis kain, fabrik, harga dan sebagainya. Mereka juga dilatih untuk memberikan bantuan kepada pelanggan dan memahami apa yang diperlukan oleh setiap pelanggan dalam memenuhi keperluan kehidupan dan ruang kerja mereka. Penyediaan taman mainan kanak-kanak di dalam cawangan kedainya juga adalah satu daya tarikan kepada pelanggan.

Calvin antara usahawan inovatif yang berjaya.

Beg tangan MK Curtain Pilih langsir yang tepat BAGI yang belum tahu, Datuk Calvin Khiu telah mengeluarkan beg tangan. Keluaran beg tangan olehnya tidak dianggap sebagai penciptaan baharu kerana beg tangan merupakan produk yang sudah lama muncul di pasaran. Jadi, keluaran beg tangan oleh MK Curtain Group dikategorikan dalam jenis pengembangan. Beg tangan yang dikeluarkan ini bukan beg tangan yang biasa kerana ia menggunakan bahan yang bermutu tinggi iaitu ‘pure cotton canvas’. Teknologi yang digunakan dalam penghasilan beg tangan adalah teknologi nano. Ini jelas dilihat bahawa beg tangan ini adalah berkualiti tinggi dan mempunyai sifat inovasi.

LANGSIR adalah satu kewajipan dalam dekorasi sesebuah rumah. Menjadi satu elemen penting untuk privasi, ia juga boleh membawa gaya, drama, keanggunan, glamor atau sentuhan moden ke rumah anda. Kalau anda inginkan gaya yang menarik dibawa ke dalam kediaman anda, faktor pemilihan langsir juga amat penting seperti mana pemilihan perabot, warna dan sebagainya. Beberapa koleksi design langsir terkini dengan pilihan warna merah yang cantik juga boleh dijadikan rujukan untuk anda gayakan langsir bersama hiasan di rumah anda. Dalam pemilihan langsir untuk hiasan tingkap rumah kita, ada beberapa perkara perlu diambil kira contohnya reka bentuk bilik anda, saiz dan bentuk tingkap dan jenis tekstil. Kepelbagaian warna, corak dan gaya juga mungkin buat anda rambang mata memilih. Jadi, buat pilihan sebaiknya untuk kecantikan rumah anda.


19

16 - 22 Ogos 2017

21

21

Jessica hamil lagi

Dilip Kumar semakin uzur

20

21

Pintu hati Fasha kini terbuka 23

20

Lisa dikecam

Gugurnya air mata Lizzy


20

16 - 22 Ogos 2017

Aduhai Lisa! FATEEN AHMAD

PELAKON drama Ombak Rindu, Lisa Surihani berdepan kontroversi apabila gambar yang dimuat naik di laman sosial ketika bercuti di Pulau Langkawi dikecam netizen. Dalam gambar tersebut Lisa tampil bersahaja sambil mengenakan t-shirt dan berseluar pendek. Gambar yang tersebar di laman sosial itu tidak di muat naik oleh Lisa tetapi dibuat oleh seorang sahabatnya yang turut bercuti bersama dia dan Yusri. Netizen berpendapat dia sebagai seorang ibu kepada dua orang anak dan selebriti yang dikenali ramai, Lisa tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian di khalayak ramai. Lisa sebelum ini berulang kali memberi kenyataan bahawa dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga apatah lagi dia dan Yusri baru sahaja dikurniakan anak kedua.

Fasha kembali berteman! PELAKON Fasha Sandha, dikaitkan mempunyai hubungan istimewa seorang jejaka tampan dari Pantai Timur. Sebelum ini, Fasha mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka bernama Mukhlis atau turut dikenali sebagai ‘Ustaz Rock’. Pelakon tinggi lampai ini dilihat selesa memuat naik gambar dia dan jejaka tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan pelakon Ummi Nazeera di laman Instagramnya. Fasha juga sebelum ini pernah menyatakan untuk kembali berumah tangga selepas perkahwinannya sebelum ini gagal. Hasrat ibu tunggal ini juga mencetus kontroversi dengan pelbagai tomahan. Gambar Fasha dan jejaka tampan tersebut turut menerima pujian peminat. Mereka menyatakan Fasha pandai memilih pasangan. Fasha sekarang sedang giat menjalani penggambaran drama 70 episod berjudul Syurga Yang Kedua bersama vokalis kumpulan Umbrella, Zarul.

Fasha sebagai Vivy dalam drama Syurga yang kedua.

Amerul semakin mantap Burger untuk pelarian Syria PELAKON yang terkenal menerusi telefilem komedi Jula Juli Bintang Cinta dan seterusnya Jula Juli Putus Cinta, Amerul Affendi merupakan artis yang meningkat naik bukan kerana rupa paras, sebaliknya memiliki mutu lakonan yang semakin mantap. Lakonan anak kelahiran Temerloh, Pahang ini begitu terserlah menerusi telefilem tersebut dengan membawa watak sebagai seorang sahabat baik Dani lakonan Zizan Razak. Amerul 'meletup' kerana berjaya membawa watak sebagai 'orang Kedah' dengan

berkesan. Sebutan dan loghat Kedahnya begitu menjadi. Itu antara penyebab utama drama itu menarik minat penonton. "Saya bukanlah orang Kedah tetapi saya ada seorang kawan baik yang ber­ asal dari Kedah. Dengar dia cakap, saya tiru, susah jugak tetapi lama-lama jadi seronok dapat cakap Kedah. "Melekat juga loghat Kedah pada saya hasil saya dengar apa

yang rakan serumah saya bercakap. Kami tinggal serumah selama tiga tahun. Tak sia-sia saya bersahabat dengan dia. Kerana bahasa Kedah, saya semakin ingin dikenali peminat," katanya ketika ditemu bual. Pelakon peramah ini juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem arahan Iskandar Jebat menerusi drama Sebelum Ajal yang bakal ditayangkan di TV9 tidak lama lagi.

Rihanna patah hati

PENYANYI lagu Umbrella, Rihanna, dikatakan sakit hati melihat bekas kekasihnya sedang rapat bersama penyanyi terkenal Nicki Minaj. Rihanna yang kurang selesa melihat hubungan rapat Nicki Minaj bersama Drake masih menaruh harapan agar hubungannya yang berakhir tahun lalu kembali bersinar. Namun semuanya mengecewakan Rihanna apabila Drake menyatakan bahawa dia sekarang sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Nicki Minaj. Mendengar kenyataan itu Rihanna pasti peluangnya untuk kembali bersama Drake musnah dan dia yakin akan melupakan Drake. Rihanna bagaimanapun terus aktif menyanyi dan baru sahaja muncul dengan judul terbaharu, Wild Thoughts.

SIKAP prihatin Eina Azman dan suaminya yang bersimpati dengan pelarian Syria di Paris, mendapat pujian ramai. Hati akan tersentuh apabila menonton rakaman video yang dimuat naik sendiri oleh Eina Azman yang bersungguh-sungguh membatu golongan gelendangan ketika bercuti bersama suami tercinta. Menurut Eina, sebagai seorang ibu, dia amat tersentuh apabila melihat kanak-kanak dan wanita duduk di kaki lima dalam keadaaan lapar dan sejuk. "Hari-hari saya akan lalu di kawasan Lafayette dan Champ Elysees, saya akan nampak mereka dan kebanyakkannya orang Syria. "Saya sedih melihat mereka kelaparan bersama keluarga meskipun mereka tidak meminta duit kepada saya. "Bayangkan kalau kita ditempat mereka, bayangkan kalau anak-anak kita tidur di kaki lima dengan keadaan sejuk, saya juga ada anak iaitu Aubreykarl, jadi tak dapat saya bayangkan jika anak kita sendiri terpaksa dalam kedaan begitu," katanya. Sikap Eina dan suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Harden itu disenangi peminat kerana sekalipun sedang bercuti mereka prihatin dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling. Menerusi video tersebut, Eina difahamkan membeli 50 bungkus makanan di sebuah restoran makanan segera sebelum diedarkan kepada yang memerlukan.

Eina bersama suami ketika bercuti di Paris.


21

16 - 22 Ogos 2017

Lizzy kawal emosi PENYANYI yang dahulunya tular di laman sosial dengan nyanyi lagu Havoc yang dipopularkan oleh Joe Filizzow, Alitimet dan SonaOne dengan mendapat tontotan hampir 1.7 juta kini melebarkan sayap dalam dunia lakonan. Elizabeth Tan atau mersa dikenali sebagai Lizzy tidak menolak rezeki yang datang kepadanya. Lizzy ketika ditemui berkata dia kini mahu lebih dikenali sebagai seorang pelakon. Dunia lakonan yang penuh dengan cerita kehidupan membuatkan dirinya tertarik untuk terus berlakon dan sekaligus mengajarnya untuk mengawal emosi. “Saya baru sahaja selesai berlakon dalam drama My Darling Inspektor Daniel bersama pelakon terkenal Aaron Aziz dan saya memegang watak Maya” katanya. “Lepas ini saya mahu lebih dikenali sebagai seorang pelakon kerana itu salah satu cita-cita saya” katanya kepada pihak Warta. Bercakap soal nyanyian Lizzy akan terus menyanyi dan tidak pernah terfikir untuk berhenti bernyanyi meskipun kini banyak artis baru yang menceburi dunia nyanyian sekaligus melonjakkan nama mereka. Selepas lagu Knockknock Lizzy kini muncul dengan single terbaharunya, Darling yang dilancarkan pada minggu lalu. Darling dihasilkan sendiri oleh penyanyi tinggi lampai ini dan mengambil masa hampir satu jam untuk disiapkan melodinya. “Lagu Darling ini merupakan bayi kepada saya yang mengisahkan seorang gadis yang sentiasa berusaha untuk memikat hati seorang jejaka yang jual mahal untuk jatuh cinta” katanya. Lagu Darling yang bakal menyentuh hati ini juga menjadi lagu OST bagi drama bersiri terbitan Skop Production Sdn. Bhd. yang turut dilakonkan olehnya iaitu My Darling Inspektor Daniel.

Air mata kasih!

Lizzy sebak dan menangis apabila diajukan soalan kisah cintanya bersama seorang jejaka Melayu. Lizzy berkata dia sebenarnya berperang dengan perasaannya sendiri terhadap beberapa perkara termasuklah isu agama, peribadi, keluarga dan kerjaya, akhirnya mereka berpisah. “Sebenarnya saya tidak suka menunjukkan emosi seperti ini tetapi tidak salah untuk saya berkongsi rasa sedih dan kecewa ini. ‘Banyak perkara yang saya lalui sepanjang tempoh tiga tahun ini sehingga menyebabkan saya sedih dan berperang dengan jiwa dan perasaan saya sendiri,” katanya. Lizzy pada masa yang sama mengalami kemurungan membuatkan dia berasa keseorangan dengan apa yang berlaku. Namun gadis berusia 24 tahun ini tidak cepat melatah dengan apa yang menimpa dirinya dan bersyukur kerana cepat sedar dan berterima kasih kepada keluarga dan sahabatnya yang membantu dirinya untuk meneruskan kehidupan. ‘Saya berasa terharu dan berterima kasih kepada ibu saya terutamanya yang banyak membantu saya untuk kembali pulih apabila keadaan yang teruk menghampiri saya dan menjaga saya sepanjang tempoh itu’. Tempoh kemurungan yang dialami gadis ini bukanlah satu isu yang boleh diambil ringan dan perkara ini membuatkan Lizzy akan berhati-hati memilih cinta. “Perkara ini banyak mengajar saya untuk terus kuat meski pun saya terjatuh seketika dan perkara ini juga mematangkan saya sebagai seorang manusia biasa,” tambahnya. Ditanya mengenai single terbarunya Darling adakah menegenai dirinya, Lizzy tidak menafikannya malah berkata sedikit sebanyak adalah kisah kehidupanya dan selebihnya mengenai jalan cerita drama lakonannya My Darling Inspektor Daniel.

Menonton melalui Unifi, stremyx SELEPAS dianugerahkan ‘Outstanding Miniseries or Movie’pada tahun 2013 sebuah drama bersiri Top of the Lake: China Girl kini tersedia di aplikasi BBC Player. Drama bergenre misteri ni mengisahkan seorang anggota polis yang dilakonkan oleh Elisabeth Moss yang pulang semula ke Sydney untuk memulakan hidup baru. Namun misteri pembunuhan ‘China Girl’ membuatkan Dektektif Robin Griffin ingin tahu pembunuhnya. Di sebalik ingin menyelesaikan masalah kerjanya, hal peribadi selalu menghantui dirinya. Dia tertekan untuk terus mencari anaknya yang pernah ditinggalnya dahulu sehingga dia menjalankan kerjanya sebagai seorang anggota polis dan membawanya ke dunia yang penuh misteri.

Hasil kerjasama dengan TM filem misteri ini boleh ditonton melalui BBC player dengan perkhidmatan Unifi dan Streamyx di seluruh negara. Drama bersiri ini boleh ditonton tanpa had limit yang ditetapkan dengan menggunakan aplikasi BBC player dan sekaligus menonton dengan tahap kelajuan yang disalurkan oleh Unifi dan Stremyx.

Seputar Artis Kandungan ketiga Jessica JESSICA ALBA tidak sabar menanti ahli baru dalam keluarga mereka. Pelakon yang terkenal dalam lakonan Fantastic Four kekal ramping meskipun sekarang sedang hamil. Jessica dan suaminya Cash Warren sedang menghitung hari menanti cahaya mata ketiga mereka. Meskipun sedang berbadan dua Jessica tidak menyekat aktiviti lakonannya. Jessica bersama suaminya kini dikurniakan dua orang puteri Haven dan Honor sekaligus mereka bercadang untuk memberi nama kepada anak ketiga mereka bermula huruf H melambangkan nama ahli keluarga mereka.

Dilip Kumar uzur DILIP KUMAR dikhabarkan mengalami masalah pada ginjalnya. Pelakon senior Bollywood terkenal ini dilaporkan sering berdepan dengan masalah kesihatan. Pelakon terbaik Filmfare Awards ini juga pernah berdepan dengan masalah kesihatan yang teruk pada tahun lalu. Rata-rata peminat filem Bollywood mengharapkan agar pelakon terkenal ini kembali sihat dan dapat terus menabur bakti di dalam industri filem Inida. Dilip Kumar telah membintangi hampir 60 filem sejak tahun 1940 antara filemnya berjudul Qila yang dikeluarkan pada 1998.

Chris, Anna berpisah PELAKON Jurassic World, Chris Pratt telah berpisah dengan Anna Faris. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga hampir 8 tahun dan telah dikurniakan seorang anak. Menerusi laman Twitter bekas isterinya telah memuat naik status bahawa mereka telah berpisah namun masih mempunyai rasa sayang yang sama seperti dahulu. Bagaimanapun kenyataan ini turut dimuat naik di laman sosial Chris Pratt sendiri. Rata-rata peminat bagaikan tidak percaya dan mengharap mereka untuk terus kekal bahagia dengan menjalalinkan semula hubungan sebagai suami isteri.


22

16 - 22 Ogos 2017

RELEKS

Jom Wayang

Filem: The Emoji Movie Bahasa: Inggeris Genre: Animasi / komedi Durasi: Pelakon: T.J Miller, Ilana Glazer, James Corden Pengarah: Tony Leondis

SINOPSIS Mengisahkan kehidupan dunia rahsia emoji di dalam aplikasi telefon. Salah satu emoji iaitu Gene yang sepatutnya mempunyai wajah mirip ibu bapanya ‘meh’ tetapi disebabkan terlalu banyak gangguan dia tidak dapat mengawal ekspresinya untuk muncul dengan wajah sebenar. Kebolehan Gene, dia boleh melakukan lebih reaksi daripada ekspresi ‘meh'. Dalam masa yang sama juga Gene boleh menjadi emoji normal dan dia berusaha untuk membaiki gangguan tersebut yang hanya mampu menjadi dirinya sendiri seperti yang berlaku kepada rakan-rakannya yang lain. Filem: Balun Bahasa: Melayu Genre: Aksi Durasi: 1 jam 29 minit Pelakon Beto Kusyairy, Izara Aishah, Eizlan Yusof, Reen Rahim Pengarah: Bob Singah SINOPSIS Balun memaparkan kisah Hassan yang pulang dari luar negara dan dia mengambil keputusan untuk balik dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Taiping, kerana banyak perkara harus diselesaikan terutama perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu. Setibanya Hassan di bandar Taiping, Hassan diancam dua pihak yang berbeza iaitu pihak gangster dan penyamun di kampung kerana dia menggagalkan cubaan merompak yang dilakukan mereka di sebuah pasar raya. Insiden itu membawa Hassan ke kampungnya yang sudah hampir 17 tahun ditinggalkan. Hassan hampir terlanggar seorang gadis bernama Nur Ain ekoran dikejar penyamun. Sekumpulan pesilat kampung yang diketuai Uwais menyerang Hassan tapi dihalang Tok Penghulu. Filem: Bareilly Ki Barfi Bahasa: Hindi Genre: Komedi / Romantik Durasi: 2 jam 5 minit Pelakon: Rajkummar Rao, Ayushmann Khurrana, Pengarah: Ashwini Iyer Tiwari

SINOPSIS Filem ini adalah kisah tiga watak muda. Kisah berputar di sekeliling ragam hidup ketiga-tiga mereka. Ayushmann Khurrana adalah pemilik syarikat percetakan manakala Rajkummar Rao adalah pekerjanya. Kriti Sanon pula watak wanita utama dalam filem ini. Dia berperanan sebagai seorang gadis kontemporari muda di Uttar Pradesh. Filem ini diakui telah melonjak nama pengarahnya menjadi lebih terkanal. Kebanyakan selebriti sekarang mahu bekerjasama dengan pengarah ini. Bareilly Ki Barfi adalah filem terbaharu dengan genre rom-com. Genre Rom-Com adalah filem genre romantis dan komedi. Selepas beberapa drama yang serius, Ashwiny telah beralih ke genre yang berbeza.


23

16 - 22 Ogos 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Jatuh hati dengan GRO

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

PENCURI Hati Mr. Cinderella merupakan sebuah kisah cinta hasil sambungan drama bersiri Mr. Cinderella yang dilakonkan oleh Ahmad Idham dan Haliza Misbun. Kali ini pengarah Ahmad Idham sekali lagi mengenengahkan filem kisah cinta yang dilakonkan olehnya bersama Atikah Suhaime sebagai peneraju dalam filem ini. Filem Pencuri Hati Mr. Cinderella yang ditayangkan di pawagam pada 10 Ogos lalu mengisahkan kehidupan seorang ahli perniagaan bernama Salman dengan seorang gadis GRO yang dikenali sebagai Amira yang lakonan Atikah Suhaime berjaya memikat hati Salman. Watak Salam yang dilakonkan oleh pengarah filem itu sendiri memberi kesan yang mendalam. Pertemuan Salman dan Amira yang tidak dirancang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka. Salman yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal pada mulanya hanya mengupah Amira untuk sentiasa menemani dirinya dalam melakukan aktiviti harian. Meskipun Amira adalah seorang GRO namun tidak menghalang Salman yang sudah lama hidup dalam kesunyian untuk memperkenalkan Atikah kepada rakan-rakan pemotorannya. Salman sudah mula jatuh hati terhadap Amira, namun tidak disedari gadis itu. Namun seorang rakan mereka, cuba menghalang hubungan tersebut. Salman melanjutkan tempoh khidmat Amira bersamanya, menyebabkan hubungan cinta mereka semakin mekar. Salman dan Amira semakin rapat apatah lagi apabila Salman cuba memikat gadis pilihannya itu dengan pelbagai cara. Amira menerima cinta Salman secara diam namun sukar baginya untuk mengaku bahawa dia juga sudah mula menyayangi Salman. Salman juga dalam dilema, dia yang sebelum ini seorang yang sudah patah hati untuk bercinta dan mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa sahaja terfikir bagaimana pintu hatinya boleh terbuka untuk seorang GRO bernama Amira.

Tajuk : Pencuri Hati Mr. Cinderella Durasi : 1 jam 37 minit Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017 Pengarah : Ahmad Idham Pelakon : Ahmad Idham, Atikah Suhaimie, Eizlan Yusof, Cat Farish, Faye Kusairi, Hairul Azreen


24

16 - 22 Ogos 2017

Pendidikan ahli gusti AZLAN ZAMBRY

KETIKA di gelanggang, mereka kelihatan kuat dan gagah. Setiap aksi yang dimainkan kadang kala membuat kita takut malah mengerikan. Sebagai ahli gusti professional, kita mungkin mengganggap ahli sukan gusti adalah orang 'biasa-biasa' sahaja. Teruskan membaca untuk mengetahui ahli-ahli gusti profesional yang tidak pernah anda jangkakan mempunyai ijazah sebelum berjuang di gelanggang!

JOHN CENA Pada tahun 1998, bekas juara WWE, John Cena lulus dari Springfield College di Massachusetts dengan ijazah dalam Fisiologi Latihan. Cena, yang merupakan pemain bola sepak All-American semasa di kolej. Cena juga membintangi beberapa filem, telah memenangi Kejohanan WWE 11 kali.

DWAYNE JOHNSON (THE ROCK) DOLPH ZIGGLER

Juara Heavyweight World WWE semasa Dolph Ziggler telah jatuh cinta dengan gusti sejak berusia lima tahun. Pada 2003 dia lulus di Universiti Kent dengan major dalam Sains Politik dan minor dalam pra-Undang-undang.

KURT ANGLE

KANE

Glenn Jacobs, yang lebih terkenal sebagai WWE superstar Kane, lulus dari Truman State University (sebelum ini Northeast Missouri State University) pada 1990 dengan ijazah dalam Kesusateraan Inggeris. Dalam kariernya Jacobs telah menjadi Juara Intercontinental dua kali, dan telah memenangi WWE Tag Team Championship sebanyak 12 kali berturut-turut.

ROMAN REIGN

Roman Reigns yang terkenal dengan “tumbukan superman” adalah seorang ahli gusti profesional Amerika Syarikat, bekas pemain bola sepak profesional Kanada dan ahli keluarga Anoa'i yang menandatangani WWE, di mana dia melakukan jenama Raw di bawah nama cincin Roman Reigns dan memenangi United States Champion pada tahun 2016. Dia adalah pemilik Ijazah Pengurusan dari Institut Teknolgi Georgia

MENARIK MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

CHRIS JERICHO

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 16 - 22 OGOS 2017

Program : Turun Naik CEO Episod : 11 Tarikh : 17 Ogos 2017 (Khamis) Masa : 8.30 malam SAMBAL BUKAN SEBARANG SAMBAL Nor Laila Mahbub adalah pengusaha katering dan aneka sambal sedia untuk dimakan. Sebelum ini perniagaannya pernah jatuh akibat tidak mempunyai sistem yang betul. Bangkit dari kejatuhannya itu, dia mengusahakan semula sebuah perniagaan katering yang diberi nama Bellazara. Ikuti kisah jatuh bangun Nor Laila yang pernah ditipu rakan niaganya sebelum bangkit semula mencipta nama dalam bidang perniagaan. Saksikan di Turun Naik CEO, Khamis 8.30 malam hanya di Capital TV.

Irvine mengambil jurusan kewartawanan, dan lulus dengan ijazah dalam Komunikasi Kreatif dari Red River College di Winnipeg.

Dwayne "The Rock" Johnson adalah legenda gusti WWE dan bintang aksi Hollywood. Johnson adalah salah seorang ahli gusti yang paling berjaya. Baru-baru ini membintangi filem seperti Fast & Furious 6 dan G.I. Joe: Retaliatin dan Snitch. Pada tahun 1995, dia lulus dari Universiti Miami dengan ijazah Sarjana Muda Pengajian Am dalam Kriminologi dan Fisiologi pada tahun 1995.

Pada 1998, Angle mula bergelut dengan WWE (dikenali sebagai WWF pada masa itu) dan menikmati kejayaan besar di sana dan dengan TNA, yang disertai pada 2006. Dia adalah satusatunya ahli gusti dalam sejarah untuk memenangi WWE dan TNA Triple Crown. Pada 1993, Angle lulus dari Clarion University of Pennsylvania dengan ijazah dalam Pendidikan. Selain berkhidmat sebagai presiden Fellowship of Athletes Christian, berada di senat pelajar sekolah selama dua tahun.

Program : Al Tijarah Episod : 3 Tarikh : 22 Ogos 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam PERNIAGAAN JADI PLATFORM PEJUANG SENI KHAT Seni kaligrafi Islam atau khat adalah khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki umat Islam hingga kini. Di sebalik nilai seni kandungannya, ia turut sarat dengan budaya Islam dek strukturnya yang bukan hanya bertindak sebagai karya seni, tetapi juga sebagai salah satu cara penyebaran Islam. Dengan matlamat memartabatkan peninggalan seni Islam ini supaya tidak terhapus ditelan zaman, Mohammad Firdaus Mahadi menjalankan perniagaan seni khat untuk memperjuangkan seni Islam ini. Paparannya dalam Al Tijarah.

JACK SWAGGER

Jack Swagger nama sebenar Jacob Hager belajar di University of Oklahoma. Tamat pengajian pada 2006 dengan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan, pada masa yang sama, Ketua Perhubungan Bakat WWE, Jim Ross, sudah melamarnya untuk sertai WWE. Ross memberi tawaran sebagai ahli gusti sepenuh masa di WWE kepadanya.

Program : Pemanis Mulut Episod : 3 Tarikh : 18 Ogos 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam KEK KELEDEK UNGU WAJIB CUBA DI SHUGATORI Kali ini, pengacara Iman Nazri akan membawa anda ke sebuah kafe berkonsepkan ala negara matahari terbit, Shugatori. Kalau datang ke sini, memang wajib cuba kek yang diperbuat daripada ubi keledek ungu Jepun iaitu Okinawa Sweet Potato Cheesecake ini. Bukan sahaja mempunyai rasa yang unik malah warna ungunya pasti akan menambat citarasa penggemar manisan. Nantikan Pemanis Mulut.

Program ​: Fesyen Chameleon Episod ​​: 1 Tarikh​​ : 16 Ogos 2017 (Rabu) Masa ​​: 8.30 malam BERGAYA PERSIS 'PROM QUEEN' DI MALAM GALA Pernahkah anda menghadiri majlis makan malam seperti malam gala tetapi sering mengalami masalah kerana tidak mempunyai pakaian sesuai? Kini, anda boleh menjadi 'prom queen' kerana untuk minggu pertama ini, Fashion Chameleon akan membawa anda ke satu tempat yang mempunyai pelbagai pilihan pakaian yang menarik! Tips berfesyen juga akan diberikan seorang fashionista! Siapakah dia? Nantikan Fashion Chameleon.

Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

16 - 22 Ogos 2017

Kisah anak muda

Skuter 3 dalam 1

Mad Velcifero didatangkan dengan jenama dan model antaranya ‘mad’, ‘mini mad’ dan serta ‘vintage electric bicycle’ yang perlu ditempah terlebih dahulu. Kini mereka mempunyai lima model Mad Velcifero yang boleh didapati di kedai mereka yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

Mad Velcifero diminati golongan muda yang sukakan aktiviti lasak. MURNI REJAB

BUKAN papan lucur, bukan skuter dan juga bukan basikal tapi ia mempunyai ketiga-tiga elemen ini dalam skuter elektrik yang diberi nama Mad (Mobility Adventure Design) jenama Velocifero. Mad keluaran Cervello Tres ini semakin terkenal sejak akhir-akhir ini malah menjadi kesukaan anak muda umumnya. Jualan produk dari Itali ini diusahakan oleh tiga ‘orang

kuat’ muda iaitu Azrul Helmy Hafiz Ab Malik, 34, Mohd Azreen Zainudin, 36 dan Mohd Hazreen Johari, 34 yang mula memperkenalkan produk ini sejak 2016. Jentera mesra alam Skuter elektrik trend terkini ini selain menjadi kenderaan alternatif, ia juga memulakan revolusi baharu bagi komuniti yang mementingkan konsep mesra alam dan gaya hidup yang sihat selain menjimatkan dan juga

efisyen. Skuter ini direka khas oleh pereka terkenal dari Italy, Alessadro Tartarini dan mula menarik perhatian pengguna khusus di Lembah Klang. Menurut Azrul, produk yang diperkenalkan sejak 2016 mula menjadi trend dan fenomena baharu dan seluruh dunia. “Pelbagai model dari 500 hingga 1600 wat yang boleh digunakan untuk beriadah dan juga aktiviti ekstrem serta mempunyai ciri keselamatan dari segi tayar dan sebagainya. Ia juga mempunyai bateri yang portable yang boleh disimpan dan dicaj,” jelasnya.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan Tambah Azrul, pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan skuter elektrik ini kerana ianya tahan lasak dan baterinya mampu bertahan sehingga 4 jam ataupun bergerak sejauh tiga kilometer. Skuter ini juga mudah dibawa ke mana-mana kerana ia boleh dilipat dan disimpan di bonet kereta. “Selain mempunyai berat yang ringan, cara penjagaannya juga mudah. Anda boleh bawa ke mana-mana dan dari segi penjagaan keselamatannya pula seperti mengunci basikal sahaja,” jelas Azrul. “ R a m a i pelanggan kami yang datang dan menjadikan skuter ini sebagai koleksi hobi mereka. Apa yang menarik, di kedai kami anda boleh ‘upgrade’ skuter

KAM

anda dari segi air brush, penggunaan bateri yang lebih ringan, ‘air absober’ dan sebagainya,” tambahnya. “Hanya mengambil masa lima hingga enam jam untuk mengecas penuh bateri, anda bebas ke mana sahaja mengikut jarak yang ditetapkan,” jelasnya lagi. Cervello Tres turut bertanggungjawab untuk pasarkan produk ini ke luar negara antaranya Arab Saudi, Brunei, Singapura, dan Indonesia.

Beratnya yang ringan mudah dibawa ke mana-mana.

Azrul (tengah) bersama dua sahabatnya Hazren (kanan) dan Azreen (kiri) di hadapan kedai mereka.

Kenali keluarga Tartarini Alessandro Tartarini

Alessandro Tartarini adalah pereka dari Itali yang eksklusif dalam inovasi produk motosikal, skuter dan produk lain yang berjaya memenuhi keperluan khusus pasaran. Dia dilahirkan pada 19 Jun 1966 dan adalah keturunan ketiga selepas bapa dan datuknya yang turut terlibat dalam industri permotoran.

Leopoldo Tartarini

Leopoldo adalah ayah kepada Alessandro. Dia adalah pelumba untuk Ducati dan Benelli dan dia adalah tokoh motosikal pada zaman 50 an. Kemudian dia mengasaskan Syarikat Italjet yang menjadi titik rujukan dalam reka bentuk industri motosikal.

Egisto Tartarini Egisto adalah datuk Alessandro. Dia adalah pelumba rasmi Moto Guzzi pada awal abad lalu, dan mencapai kejayaan ketika menjadi pelumba itu.


26

16 - 22 Ogos 2017

SALAM SEMUT

Membangunkan potensi semulajadi anak-anak "GENIUS is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration” - . Thomas A. Edison. Setiap anak adalah individu unik. Tiada dua orang anak yang akan mempunyai trait yang sama. Walaupun mereka akan mempunyai persamaan dengan ibu bapa, adik beradik atau saudara mara, namun mereka akan berkembang dengan mem­ bina ‘trait’ yang unik untuk diri mereka sendiri. Kebanyakan pakar per­ kembangan kanak kanak mengatakan persekitaran dan bimbingan yang betul akan melahirkan kanak-kanak bestari yang berprestasi cemerlang. Dari peringkat awal lagi ibu bapa harus memerhatikan atau mengikuti perkembangan anak-anak mereka dengan melihat aspek kreativiti, humor, bakat, kegemaran, rasa ingin tahu serta kecenderungan mereka. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu ibu bapa mengasah bakat serta memberi perangsang untuk mereka berjaya. 1. Kenal pasti. Perhatikan dari dekat dan jauh untuk melihat sebarang perubahan atau perkembangan pada diri anak-anak serta cuba kenal pasti jika mereka mempamerkan kemahiran baru. 2. Dengar dan tanya, Dengar pada apa yang dikatakan oleh anak-anak anda. Beri ruang untuk mereka meluahkan pendapat dan perasaan mereka. Tunjukkan minat anda pada pendapat mereka dan beri sokongan dan

bimbingan yang sewajarnya jika perlu. 3. Pemerhatian dan komen. Jika anak anda gemar bermain muzik, melukis, menyanyi, berlawak atau menunjukkan bakat dalam sesuatu permainan; berilah galakan dengan memuji, bertepuk tangan dan tunjukkan yang anda berbangga dengan dia. Tidak perlu untuk menjadi pengkritik. 4. Ambil bahagian. Jika anak anda meminta anda untuk turut sama untuk menjayakan sesuatu aktiviti atau bermain bersama mereka, jangan teragak-agak untuk menyertai mereka. Biarkan mereka menetukan peraturan peermainan. Biar mereka menjadi pemimpin dengan mengeluarkan arahan. 5. Dedahkan anak anda pada pelbagai aktiviti. Anak-anak harus diberi peluang untuk mencuba pelbagai perkara baru seperti muzik, sukan, lukisan, drama, sains, bacaan, melawat muzium, taman, hutan dan pantai. Lihat dan perhatikan kecendurungan mereka. Jika mereka ingin mencuba sesuatu yang baru, relakan dan jika mereka ingin undurkan diri dari sesuatu aktiviti. Cuba selidik kenapa mereka putus asa. 6. Sabar dan cuba memahami mereka Walau apa pun keadaannya, kesabaran dan percubaan ibubapa untuk memahami anak mereka akan memberi hasil yang baik. Jadi jurulatih yang amat sayangi mereka. Bimbing mereka langkah demi langkah.

Urus wang bersama AKPK

Romzi Abu Bakar Cawangan Melaka, AKPK

PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAT Pengurusan kewangan sebenarnya tidaklah sukar untuk difahami. Secara ringkas, ia mendidik kita supaya sentiasa membuat perbelanjaan mengikut kemampuan dan pada masa yang sama memastikan kita mengamalkan sikap menabung sebahagian dari pendapatan sebelum berbelanja. Persoalannya adakah konsep mudah ini dipraktikkan oleh semua orang? Antara kesilapan-kesilapan lazim yang dilakukan dalam menguruskan kewangan adalah seperti berikut:· Berbelanja mengikut kehendak hati atau nafsu tanpa mengikut kemampuan. · Gagal membuat simpanan setiap kali menerima gaji atau pendapatan. · Tidak mempunyai simpanan untuk menghadapi situasi kecemasan. . Tidak mempunyai simpanan untuk hari tua. · Gagal membayar ansuran hutang bulanan mengikut jadual pembayaran. · Membuat pelaburan dengan organisasi yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa

7. Beri galakkan. Frasa seperti “ ayah sayang awak" boleh memberi kesan yang maha hebat pada diri seorang kanakkanak. Galakkan ibu bapa akan memberikan anakanak semangat waja untuk terus maju.

MURUGESAN

RAVEN 10. Tanda bahawa anak anda mempunyai kecerdasan tinggi : a). Mereka akan memngumpul maklumat dengan terperinci dan jelas. b). Menunjukkan minat yang luarbiasa dalam pelbagai bidang. c). Mampu dengar dan memahami hujah orang lain. d). Berbakat dalam bidang seni. Menghasilkan kerja berkualiti tinggi. e). Menumpukan perhatian untuk masa yang panjang. f). Mempunyai daya ingatan yang sangat baik. g). Mempunyai kebolehan untuk membina ayat kompleks. h). Berbakat dalam pemerhatian secara terperinci. i). Mengambil berat tentang orang lain dan tidak mempunyai ego. j). Boleh memahami sesuatu yang kompleks serta abstrak. Berikut adalah senarai beberapa orang anak Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai perkara di peringkat antarabangsa.

1) Adi Putra (16 tahun) Pakar matematik yang mencipta 234 formula baru. 2) Chrystal Lee (11 tahun). Pemenang hadiah pelakon terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Shanghai ke 16.

termasuk skim cepat kaya. · Menggunakan kad kredit dengan sewenang-wenangya dan hanya membuat bayaran pada jumlah yang minimum sahaja. Panduan menguruskan wang dengan baik Perkara asas yang kita perlu tahu sebelum ingin menguruskan kewangan secara bijak adalah kita mesti mempunyai disiplin yang tinggi supaya segala perancangan yang bakal kita lakukan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan sepenuh hati. Berikut adalah antara panduan-panduan yang boleh diamalkan dalam memastikan perancangan kewangan kita sentiasa berada di landasan yang betul. · Senaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum kita keluar membeli belah supaya kita tidak membeli barangan yang tidak perlu atau tidak penting. · Pastikan kita berbelanja tidak melebihi dari kemampuan atau pendapatan kita. Ini boleh menjurus kepada kita berhutang. · Pastikan kita ambil sebahagian dari pendapatan yang kita terima setiap bulan untuk tabungan atau simpanan. · Pastikan kita mempunyai tabungan/ simpanan untuk digunakan pada masa kecemasan. · Elakkan dari menggunakan kad kredit untuk berbelanja. Membayar menggunakan tunai adalah lebih baik untuk mengelakkan kita dari berbelanja lebih. · Jika kita menggunakan kad kredit pastikan kita membayar sepenuhnya atau lebih dari bayaran minimum. Ini akan mengelakkan kita dari dikenakan faedah atau caj yang tinggi. · Elakkan dari membuat atau menambah hutang. Jika ingin berhutang pastikan kita telah semak kemampuan kita untuk membayar ansuran bulanan hutang tersebut supaya kita tidak diambil tindakan undang-undang.

3) Faye Jong Sow Fei (17 tahun). Saintis Muda. Juara di Intel Internatioanal Science and Engineering Fair. NASA mengiktiraf anak Sarawak ini dengan memberikan nama beliau untuk sebuah asteroid.

4) Tengku Ahmad Irfan ( 16 tahun). Maestro piano bertaraf dunia. Sedang mengikuti ijazah kembar di Juliard School, New York (antara sekolah muzik paling berprestij di dunia.) 5) Magdalene Ho ( 9 tahun) . Maestro piano bertaraf dunia. Ketika berumur 5 tahun Ho sudah pun bermain piano di konsert. Kini belajar di Purcell school of Musicians. 6) R. Praveena (11), V.Sushmeetha (11)d an R.Rasyikash (13) dari SRJK(T) Kulim memangi pingat emas di British Invention Show pada 2014. 7) Edmond Lee Wen Xuan dari SM Wesley Methodist , Kuala Lumpur memenangi kejohanan dunia Microsoft Power Point pada 2010. 8) Melvin Gnai (13). Maestro guitar. Mula bermain piano ketika berumur 4 tahun, violin ketika umur 6 tahun dan guitar bila meningkat 11 tahun. 9) Lim Hui Xin (12) dari SRJK (C) Sum Sun memenangi pelbagai pertandingan melukis di peringkat antarabangsa. Juara di Portugal World Painting Contest.2015.

Panduan pelaburan yang bijak Dalam merancang kewangan penting juga untuk kita mengambil kira soal pelaburan. Secara amnya, pelaburan dilakukan dengan objektif untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada duit simpanan sahaja kerana biasanya kadar faedah yang ditawarkan oleh bank misalnya, adalah lebih rendah dari kadar inflasi tahunan. Bagaimanapun, kita juga patut tahu bahawa setiap pelaburan itu mempunyai risiko yang sangat tinggi terutama jika pulangan ke atasnya juga tinggi. Oleh itu, kita dinasihatkan untuk mendapatkan pengetahuan yang lengkap mengenai setiap pelaburan yang ingin kita sertai untuk mengelakkan kerugian. Disenaraikan dibawah antara perkaraperkara penting yang patut kita fikirkan sebelum membuat sebarang pelaburan. · Fahami matlamat sebenar pelaburan samada untuk jangka masa pendek atau panjang. · Pastikan kita sudah ada simpanan untuk kecemasan yang secukupnya sebelum kita melabur. Jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti pelaburan tersebut gagal, sekurang-kurangnya kita boleh gunakan simpanan kecemasan tersebut untuk meneruskan kehidupan. · Pastikan kita telah mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai pelaburan yang ingin kita sertai seperti latar belakang syarikat, latarbelakang ejen, ciriciri pelaburan dan lain-lain. Jangan sesekali melabur kerana mengikut kawan-kawan tanpa kita selidiki pelaburan tersebut. Ini boleh mengelakkan kita dari ditipu dan kehilangan wang pelaburan kita. · Ketahui profil pelaburan diri kita samada kita boleh menerima pelaburan yang berisiko tinggi atau sebaliknya. Jika kita tidak mampu

10) Muhammad Danial Zohairan dan Nur Anissa Yasmin, (17) dari MRSM Terendak memenangi pingat emas di Internatioanal Exhibition Inventions of Geneva 2015. 11) Durgashini Srijayan, Kumurthasri Ponniah dan Sugeshon Ganeson dari SRJK(T) Ramakrishna memenangi pingat emas di Beijing Youth Science Creation yang ke 35. 12) Usha Chandrika, Vijeydran, Caelyn Evelyn Thomas, Vaishanavi Chandrasegaran, dan Shalini Priyanka Kanna dari SRJK(T) Ramakrishna memenangi enam pingat di Hong Kong International Student Innovation Invention Contest 2015 ~ 2016. 13) Prevena Ramakrishnan dari SMK Badlishah, Kedah memenangi anugerah 'Best Speaker' dan 'Best Position Paper' di International Model United Nations Conference di Amerika Syarikat. 14) Anilov Fabien (13), Tingang(13), Fiona Fredick (12) dan Michael Nyamun dari SK Long Sepiling, Baram, Sarawak berjaya memenangi Anugerah Bercerita Terbaik di Sidang Kemuncak Global 2017 di Tokyo, Jepun. 15) Sharvin Jeyendran (13) Anak kelahiran Malaysia ini telah dinobatkan sebagai kanak kanak paling pintar di Australia dengan IQ 168 mengatasi IQ Stephen Hawking. Anak anda pun boleh terbaris di senarai ini. Berilah peluang untuk mereka bersinar.

untuk menerima risiko yang tinggi adalah lebih baik kita memilih pelaburan yang lebih selamat sepert unit amanah. · Sentiasa berwaspada dengan skimskim cepat kaya yang banyak berada di pasaran. Jangan mudah dipengaruhi dengan tawaran pulangan yang lumayan. Semak dahulu kesahihan skim pelaburan tersebut dengan pihak berkuasa (Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan lain-lain) sebelum membuat keputusan untuk melabur. Kesimpulannya, perancangan kewangan yang berhemat adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Mereka yang berpendapatan tinggi sekalipun jika tidak mempunyai pengetahuan tentang perancangan kewangan yang betul boleh membuatkan hidup mereka sengsara. Sebagai contoh, ramai orang yang menggunakan kad kredit secara tidak berhemah, berbelanja mengikut nafsu sehingga menyebabkan mereka menjadi muflis akibat tidak mampu membayar balik jumlah hutang yang tinggi. Untuk makluman lanjut tentang pengurusan kewangan yang berhemat, sila hubungi mana-mana cawangan AKPK di seluruh negara melalui talian 03-2616 7766 atau melalui melayari laman web kami, www.akpk.org.my.

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my


16 - 22 Ogos 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Basketball shoes NIKE SPI7 Jordan B.Fly (RM439.00)

Digayakan kembali oleh Justin Bieber, selepas menjadi fenomena, sehingga kini kasut jenis ini menjadi ikutan ramai. Rekaannya yang sedikit meninggi di bahagian atas buku lali menyerlahkan lagi gaya si pemakai.

Gaya hidup

TRENDY

MURNI REJAB

BERCERITA tentang kasut, pasti lelaki di luar sana berfikir kasut jenis apa yang sesuai dipadankan bersama dengan baju, seluar dan aksesori. Tahukah anda terdapat pelbagai jenis kasut untuk lelaki yang sesuai untuk dipandankan mengikut situasi. Disebabkan terlalu banyak jenama dan jenis kasut di pasaran pasti lelaki di luar sana menjadi rambang mata nak pilih kasut yang mana. Jadi jom kita lihat jenis kasut yg menjadi ‘pujaan’ lelaki di luar sana.

Dress Shoes GUCCI (RM1618.00)

Running shoes NIKE (RM690.00)

Kasut jenis ini dijadikan sebagai kasut harian kerana senang bergerak. Ditambah dengan fesyen sekarang yang menggunakan warna terang sebagai daya penarik memang ramai lelaki yang memilih warna terang seperti warna oren, hijau dan juga kuning.

Kasut ini seringkali dipakai ketika majlis formal seperti majlis makan malam dan graduasi. Selain daripada majlis formal, kasut ini seringkali digunakan ketika berada di pejabat. Kasut ini ada pelbagai jenis ada yang muncung ke hadapan dan orang selalu memakai kasut ini dengan seluar slack fit. Memang nampak stylo.

Fesyen

kasut lelaki Sneakers ADIDAS (RM303.00)

Kasut jenis ini sesuai digayakan ketika berjalan di pasar raya, ikutkan kebanyakan lelaki pasti ada menyimpan lebih dari sepasang kasut jenis ini. Sneakers sering menjadi pilihan kerana jenisnya yang ringkas. Nike, Adidas antara jenama sneakers yang menjadi kegemaran si pemakai.

Moccasins DIOR (RM1,876.00)

Moccasins termasuk dalam ketegori 'casual shoe'. Terdapat dua jenis kasut iaitu yang pertama dibuat dari kain yang ringan dan lembut dan yang lagi satu dari item yang agak keras. Kasut ini sesuai dipadankan dengan 'skinny' pendek (paras bawah lutut) bersama blazer dengan baju kemeja yang dimasukkan ke dalam atau boleh digayakan dengan t-shirt atau 'body shirt'.

Loafers GALLUCI (RM779.00)

Tidak ramai lelaki yang memilih untuk memakai kasut jenis ini kerana seperti kebanyakan lelaki kasut pilihan mereka adalah jenis sneakers. Namun bagi lelaki urban ‘loafers’ menjadi satu kewajipan untuk dibeli malah ia amat sesuai dipakai dengan seluar pendek paras lutut. Rekaan ‘loafers’ sesuai dipakai setiap hari kerana ia lebih selesa untuk berjalan jauh.


28

MAKAN

16 - 22 Ogos 2017

Keseronoka di Dubai, Ab

angin

Gold Souk

DUBAI dan Abu Dhabi adalah destinasi pelancongan utama di Timur Tengah. Pengunjung serata dunia, termasuk dari Eropah dan Amerika datang bertumpu di sini. Ada yang menjadikan kunjungan ke dua kota ini sebagai acara tahunan, tidak kurang juga yang membeli kediaman di sini untuk percutian selama beberapa bulan dalam setahun. Ini termasuklah personaliti ternama dan selebriti popular dunia. Mengapa? Apa tarikan yang ada di Dubai dan Abu Dhabi hingga begini sekali perhatian masyarakat dunia terhadap kota Arab ini? Dalam ruangan yang terhad ini, kami boleh berikan gambaran mengenainya, tetapi untuk dapatkan jawapan yang sebenar, anda kenalah berkunjung sendiri. Tarikan utama di Dubai ialah Burj Al Khalifa atau dikenali juga dengan Burj Dubai. ‘Burj’ bermaksud menara dan Burj Al Khalifa adalah menara tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter dari paras tanah, mempunyai 160 tingkat dengan pelbagai pengisian menarik yang pasti mengagumkan setiap pengunjung. Ini dikira destinasi lawatan wajib bagi setiap pelancong ke Dubai. Anda berpeluang meninjau dengan pemandangan yang sudah pasti paling menakjubkan di Dek Tinjauan yang terletak di tingkat 148. Dek itu berada pada paras ketinggian 555 meter dari paras tanah, memaparkan pemandangan terindah dari setiap sudut Kota Syurga, juga dari sudut keindahan reka bentuk dalaman dan lanskap. Setiap pengunjung pasti kagum dengan pemandangan 360

darjah meliputi seluruh Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Sekitar Burj Khalifa, terdapat pelbagai tarikan yang lain seperti Souk Al Bahar, salah satu bazar membeli belah yang ternama di Dubai berkonsepkan warisan turun temurun. Bagi yang lebih moden, pelbagai butik barangan berjenama dan restoran mewah. Merupakan kompleks Jumeirah Mosque

yang paling eksklusif dengan pelbagai tarikan untuk yang muda dan yang berjiwa muda. Juga ada pakej lawatan ke Heritage Village, sebuah perkampungan tradisional yang dibentuk semula untuk mengimbas kembali zaman Emiriah suatu ketika dahulu. Muzium Dubai pula, terletak di tengah kota Al Fahidi Fort yang

Yas Waterworld


16 - 22 Ogos 2017

an berganda bu Dhabi

29

Keterujaan ditawarkan di Ferrari World

Ferrari World dari pandangan atas

dibina pada 1787 dan merupakan bangunan tertua di Dubai. Pengunjung juga dapat menikmati lawatan panoramik ke Masjid Jumeirah, Pantai Jumeirah dan Mirage Centre. Nikmati makan malam di atas Dhow Cruise sambil didendangkan tarian Tanura, antara tarian tradisi negara Arab. Dubai juga sinonim dengan padang pasir. Antara aktiviti lasak yang sering digemari oleh kaum lelaki apabila sampai di Dubai adalah ‘Desert Safari’ iaitu pengalaman memandu kereta 4X4 di tengah padang pasir. Pengunjung juga dapat menikmati makan malam BBQ di tengah padang pasir dan ditemani oleh unta. Dalam perjalanan ke Abu Dhabi nanti, kita berpeluang singgah membeli-belah

Burj Khalifa

Aktiviti memandu di padang pasir Dune

di Gold & Spice Souk; bazar yang penuh dengan jualan emas dan aneka rempah-ratus. Pengunjung juga tidak boleh melepaskan peluang membelibelah di Perfume Souk; bazar yang menjual pelbagai haruman wangi. Tibanya di Abu Dhabi, ibu kota UAE; menjadi suatu kemestian untuk melawat Yas Island, sebuah pulau buatan di Abu Dhabi. Di sinilah terletaknya, Ferrari World, sebuah taman tema terbesar dengan lebih 20 jenis permainan termasuk roller coaster dan simulasi perlumbaan kereta. Di sini juga, terletaknya YAS Waterworld dan banyak lagi taman tema yang menawarkan pelbagai permainan yang penuh dengan debaran keseronokan. Kowamas Holidays kini

sedang rancak mempromosikan pakej berganda Ohsem! 6 Hari 4 Malam Dubai dan Abu Dhabi dengan harga Ohsem! hanya bermula dengan RM5,388 seorang untuk bilik berdua. Layari laman sesawang www. kowamasholidays.com, atau Facebook dan Instagram Kowamas Holidays untuk maklumat lanjut. Hubungi 03-78030170 untuk bercakap dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami. Jangan ketinggalan, tempah sekarang pakej Ohsem! Musim Salju Perlepasan November 2017 hingga Mac 2018.


30

16 - 22 Ogos 2017

Alexis Sanchez jaringkan 22 gol liga untuk The Gunners musim lalu.

Sanchez kena tunggu KENA tunggu semusim lagi. Itulah hakikat yang harus ditempuhi Alexis Sanchez selepas hajatnya untuk meninggalkan Emirates musim ini tidak jadi kenyataan. Bukan tidak ada kelab yang mahukan penyerang terbilang Arsenal dari Chile itu namun ketegasan bos The Gunners, Arsene Wenger menolak sebarang rundingan mengenai masa depan Sanchez menyebabkan tiada yang berani hulur tawaran. Ini termasuklah bos Machester City, Pep Guardiola yang sebelum ini memang mahu membawa Sanchez berpindah ke Etihad. Kontrak penyerang itu di Emirates akan berakhir pada Jun 2018. Ini bermakna bermula tarikh itu, Sanchez boleh berpindah secara percuma ke mana-mana kelab pilihannya, Itulah yang barang kali menyebabkan kelab bermi-

32 Menurut Lukaku lagi, empat musim tanpa trofi liga adalah suatu kenyataan yang ‘berat’ untuk dihadapi kelab sehebat Manchester United dan sekarang masanya sudah tiba untuk mereka keluar dari ‘terowong gelap’ itu. “Saya tahu jurulatih yang mempunyai reputasi tinggi seperti Mourinho tidak akan membiarkan ini berterusan. Beliau punya strategi yang hebat untuk menguruskan keadaan ini, dan tahu bagaimana kami harus membawa kelab kembali semula ke puncak,” kataya. Kepada penyokong, Lukaku berpesan: “Kelab ini dalam proses pembangunan semula. Terima kasih kepada kalian semua atas sokongan yang berterusan, dan yakinlah pengurus (Mourinho) sedang melakukan perkara yang tepat untuk mengembalikan semula kelab ini di tempat di mana ia pernah berada. “Itulah bahagian yang paling menarik dalam perjuangan seseorang pemain bola sepak. Saya teruja untuk

melaluinya,” katanya. Lukaku juga berjanji akan terus memperbaiki permainannya dari masa ke semasa, terutama dalam aspek memantapkan kerjasama dan persefahaman dengan rakan-rakan sepasukan ketika berada di padang. “Walaupun saya menjaringkan 25 gol musim lalu dan sudah tentu saya akan berusaha untuk menambah lagi jaringan namun matlamat utama saya adalah pasukan. Tidak guna saya menambah jaringan peribadi jika matlamat pasukan tidak dicapai. Saya mahu jadi lebih baik, dan memperbaiki prestasi secara berterusan. Saya tidak punya masa untuk berpuas hati. Saya mahu bekerja keras. Apabila anda bermain untuk kelab yang hebat, anda perlu bertindak sebagai pemain hebat, dari minggu ke minggu. Itu yang saya mahu lakukan,” katanya.

nat mahu mendapatkan khidmat Sanchez termasuk City menyimpan dahulu hasrat mereka, hanya untuk tempoh tidak sampai 12 bulan sahaja lagi. Sebelum ini, Sanchez sejak beberapa bulan dahulu lagi telah memberi bayangan akan hajatnya mahu meninggalkan Emirates. Selain City, beberapa kelab terkemuka yang dikaitkan dengannya termasuk Chelsea, Sevilla dan Atletico Madrid. Musim lalu, bintang Chile itu menjaringkan 22 gol untuk The Gunners sekali gus meletakkannya sebagai peledak utama Arsenal. Wenger dalam satu kenyataan sebelum ini pernah berkata, mana-mana kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat Sanchez, juga Mesut Ozil – bintang tengah Arsenal

yang juga dikaitkan dengan spekulasi perpindahan – lebih baik menunggu hingga kontrak kedua-dua pemain itu berakhir. “Bukan lama, pertengahan tahun depan saja. Lebih baik tunggu sampai masa itu, percuma dan jangan ganggu mereka sekarang,” katanya.

Wenger dan Guardiola boleh bersalaman mesra tetapi mereka tidak akan membincangkan hal perpindahan Sancehz.

Van Dijk patut tinggalkan Southampton! SEKARANG adalah masa yang paling sesuai untuk Virgil van Dijk keluar meninggalkan Southampton, kata Jamie Redknapp. Redknapp, legenda England yang mengakhiri kariernya di kelab itu pada 2005 berkata, kegagalan van Dijk keluar dari Stadium St. Mary dalam masa terdekat, akan memberikan kesan terhadap diri dan kariernya. “Kalau dia tidak betul-betul kuat, ini akan memberikan kesan kepada dirinya sepanjang musim ini, dan mungkin juga akan berlarutan untuk beberapa tahun akan datang. “Kalau dia nak pindah keluar, inilah masanya,” katanya dalam satu program bual bicara saluran Sky Sports, baru-baru ini. Untuk jendela perpindahan musim panas ini, van Dijk jadi sasaran Liverpool. Pengurusan The Saints bagaimanapun telah membuat laporan kepada FA England mengadu kelab itu telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan pemain itu secara tidak patuh peraturan. Selain Liverpool, Chelsea turut berminat untuk mendapatkan tandatangan pertahanan antarabangsa Belanda itu, bagaimanapun The Saints bertegas tidak mahu menjual van Dijk. Ini menyebabkan hasrat pemain itu sendiri mahu berpindah keluar dari Stadium St. Mary tidak kesampaian. Bagi Redknapp, dalam keadaan seperti sekarang, van Dijk tidak akan mampu bermain dengan baik lagi untuk Southampton. “Kalau pun dia mahu, tidak akan boleh. Ini terlalu sukar untuk dia, dan untuk jangka

Virgil van Dijk

panjang, apa yang sedang berlaku boleh menjejaskan prestasi pada masa akan datang. “van Dijk seorang pemain yang bagus tetapi dia akan terjejas kerana hal ini. Sepatutnya kelab biarkan dia pergi ketika prestasinya sedang berada di kemuncak seperti sekarang. Kelab tidak akan rugi kerana mereka akan dapat wang yang banyak jika lepaskan dia sekarang. Ini menang-menang,” katanya. Sebagai bekas pemain Southampton, Redknapp berkata, kelab itu tidak lebih sekadar berstatus kelab yang menjual pemain. “Kalau kamu punya cita-cita besar, mahu jadi pemain berprestasi tinggi, kamu harus tinggalkan Southampton. Jangan tunggu lama di sana,” katanya. Inilah yang kata legenda itu lagi, telah dilakukan oleh van Dijk. Namun dia bernasib malang kerana hasratnya itu telah dihalang oleh kelab. “Mereka tidak jujur terhadapnya,” katanya. Van Dijk menyertai Southampton dari kelab Scotland, Celtic pada 2015 dengan harga £13 juta. Pemain itu kini bernilai £60 juta dan Southampton tidak akan kerugian apa-apa jika melepaskannya pergi,


31

16 - 22 Ogos 2017

Chelsea sedia terima Bale URA-URA Gareth Bale tidak jadi ke Old Trafford disambut baik oleh Chelsea yang masih berminat untuk mendapatkan tanda tangan bintang Wales itu. Sunday Express melaporkan, Real Madrid sedia melepaskan bekas pemain sayap Tottenham Hotspur itu bagi membuka laluan kemasukan ‘wonderkid’ Kylian Mbappe dari Monaco. Di Stamford Bridge, Antonio Conte sedia menawarkan rumah baharu untuk Bale jika klausa perpindahan bernilai £90 juta dengan Florentino Perez dipersetujui. Perez dikatakan meletak harga itu untuk Bale sebagai sebahagian daripada usaha memenuhkan kan-

Arsenal kelab paling selesa, kata Redknapp “PERGI ke Arsenal jika ka­ mu mahu jadi pemain bola sepak yang bagus,” kata Jamie Redknapp. Legenda England dan Liverpool yang tidak pernah pun bermain untuk The Gunners itu berkata, Arsenal men­yediakan kehidupan yang

tung membiayai penghijrahan Mbappe yang bernilai £161 juta. Sebelum ini, Jose Mourinho menaruh minat yang mendalam terhadap Bale. Pemain itu diturunkan ketika Los Blancos menewaskan Red Devils 2-1 dalam pertembungan Piala Super UEFA. Sejurus selepas perlawanan, Mourinho menyatakan beliau sudah hilang minat terhadap Bale.

Gareth Bale

selesa untuk seseorang jadi pemain bo­ la sepak yang tenang mendaki karier. “Arsenal adalah ke­­lab­nya. Kehi­ dupan di sana, kelihatannya sangat bagus. Kalau sudah di sana, dan tidak ada sebab yang berbaloi, jangan tinggalkan kelab itu. Baik untuk anda kekal tinggal di sana selagi anda mahu dan dimahukan,” katanya. Sepanjang kariernya, Redknapp bermula di Bournemouth pada 1989, bermain untuk Liverpool antara 1991 hingga 2002 sebelum berhij­ rah ke Tottenham Hotspur hingga 2005. Beliau yang kini jadi pengulas di Sky Sports, mengakhiri kariernya sebagai pemain di Southhampton.

Jamie Redknapp

The Gunners terlebih pemain UNTUK musim ini, Arsenal membawa masuk Alexander Lacazette dengan kos £52 juta dari Lyon selaku sandaran peledak baharu. Selain Lacazette, The Gunners juga mendapat khidmat Sead Kolasinic daripada Schalke 04 secara percuma. Apa yang menjadi persoalan, Arsenal kini mempunyai 30 pemain dalam skuad senior. We n g e r dalam satu ken­y ataan

se­lepas me­ne­waskan Chelsea untuk merangkul Perisai Komuniti minggu lalu, berkata: “Ini terlalu ramai untuk sesebuah pasukan…” “Kami harus melepaskan sebilangan pemain pergi tinggalkan kelab. Persaingan, jika terlalu tinggi adalah tidak bagus. Kalau terlalu rendah, pun tidak bagus juga,” katanya. Ketika artikel ini ditulis, kedudukan dua bintang The Gunners, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil masih belum dapat dipastikan. Kedua-duanya menyuarakan hasrat untuk tidak mahu kekal di Emirates sejak jendela perpindahan belum dibuka. Bagaimanapun apabila jendela dibuka, Wenger menolak sebarang perundingan dengan pihak luar mengenai masa hadapan kedua-dua pemain itu –

terutama Sanchez. Pengurus itu memberikan alasan; kontrak me­reka masih ada hingga ta­hun depan, dengan Sanchez pa­da Jun 2018. Sehubungan itu, mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan bintang Chile itu, dinasihatkan menunggu sehingga tarikh itu untuk menda­pat­ kan Sanchez secara percuma. Setakat ini, kedua-dua pemain itu belum menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Emirates. Jika ada pemain yang perlu dile­ paskan, Wenger memberi­ kan bayangan mereka ialah Lucas Perez, Jack Wilshere, Carl Jenkinson dan Mathieu Debuchy. Begitupun, masih ada pemain yang mahu dibawa masuk iaitu Thomas Lemar dari Monaco. Alexander Lacazette

Arsene Wenger


32 31

Shancez kene tunggu

30

Chelsea sedia terima Bale

Keluaran 16 - 22 Ogos 2017

JANJI LUKAKU “SAYA tidak mahu bercakap terlalu banyak. Apa yang penting bagi saya ialah memberikan yang terbaik untuk pastikan kelab menang trofi utama musim ini,” kata Romelu Lukaku. Penjaring 25 gol untuk Everton musim lalu yang baru dibeli Manchester United dengan harga £75 juta itu mengakui teruja dengan usaha dan perancangan Jose Mourinho untuk mengembalikan semula Red Devils ke takhta liga. “Itu sebabnya saya bersetuju untuk datang ke sini. Sebelum ini, saya dapat tahu banyak perkara melalui (Paul) Pogba mengenai usaha Mourinho membina semula Red Devils. Saya teruja untuk melalui suasana ini. Mourinho sedang merintis jalan ke puncak dalam kariernya bersama Red Devils. Saya mahu berada di situ bersama seorang jurulatih yang hebat sepertinya,” ujarnya.

30

Zlatan akan Mahrez bernasib malang! kembali - Mourinho JOSE MOURINHO percaya ada kemungkinan untuk Zlatan Ibrahimovic kembali ke Old Trafford setelah dia sedia untuk bermain semula nanti. “Saya rasa dia lebih cenderung untuk memilih kita (Manchester United). Walaupun tidak ada kontrak, dia lebih dekat dengan kita,” katanya kepada Sport Mediaset, baru-baru ini. Kenyataan itu menyusul selepas Pengarah AC Milan, Massimo Mirablelli mengatakan pihaknya sedia buka pintu untuk Ibrahimovic kembali ke San Siro jika dia mahu. Bintang asal Sweden berusia 35 tahun itu kini tidak jadi milikan mana-mana kelab setelah ‘dibebaskan’ oleh Manchester United pada penghujung musim lalu. Ini disebabkan kecederaan serius dialaminya yang dijangka hanya akan pulih menjelang Januari depan. Ibrahimovic sebelum ini pernah menyarung jersi Milan antara pada 2010 hingga 2012. Musim pertamanya

di kelab Itali itu adalah menerusi pinjaman daripada Barcelona yang kemudian disusuli dengan kontrak untuk musim berikutnya. Selepas Barcelona dan Milan, Ibra berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) di mana dia menempa nama sebagai antara pemain terbaik dan paling jadi rebutan di Eropah. Untuk PSG, Ibrahimovic menjaringkan 113 gol dalam 122 penampilan antara 2012 hingga 2016. Dia hanya sempat bermain semusim dengan jersi Red Devils sebelum dijejaskan oleh kecederaan lutut yang serius. Begitupun, Ibrahimovic muncul penjaring utama Manchester United dengan 17 gol liga musim lalu. Kerana itu, Mourinho masih meletak kemungkinan untuk pemain itu kembali ke Old Trafford.

Zlatan Ibrahimovic

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.