Warta isu 34 (page 1 32) final

Page 1

PE RC UM A

ISU 34

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

Keluaran 27 September - 3 Oktober 2017

GENERASI TENAT Apa di sebalik keruntuhan moral remaja kita?

KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR – Penahanan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun sebagai suspek tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dato’ Keramat yang mengorbankan 23 nyawa baru-baru ini membawa kita ke kemuncak kebimbangan mengenai tahap moral generasi muda hari ini. Jika selama ini kita dibebankan dengan laporan demi laporan mengenai penglibatan mereka dengan gejala dadah, zina, samseng, pecah rumah dan juga kes-kes jenayah lain yang sudah cukup menyesakkan nafas, pembabitan dengan perbuatan yang dilaporkan berpunca daripada motif dendam itu membawa petunjuk bahawa keadaan adalah semakin parah. Justeru, ia memerlukan tindakan segera yang berkesan daripada semua pihak untuk mempastikan generasi muda hari ini, sebagai pelapis masyarakat masa hadapan tidak bertambah tenat. Untuk itu, WARTA bertemu dengan pakarpakar yang berkaitan bagi mendapatkan pandangan mengenai punca pada masalah ini, juga siapa yang seharusnya bertanggungjawab.

2

20

Wak Doyok 'diburu' produser 5

Kahwin 120 wanita Kes melibatkan masalah remaja sepanjang 2017 1 Jun - Seorang siswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dibuli dan dise­ te­rika seluruh badannya sehingga ma­ti. 10 Jun - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan ham­ pir 500,000 anak luar nikah dari­pa­ da tahun 2006 sehingga Jun 2017. 10 Jun - Mangsa buli, T. Nhaveen dipukul lima remaja se­ hing­­ga parah sebelum meninggal. 14 September - Tujuh remaja dita­han kerana menyebabkan ke­ ba­­karan Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dan menyebabkan 21 pelajar dan 2 guru meninggal dunia. 20 September - Seorang pe­ lajar tingkatan tiga didapati me­la­ hirkan anak di surau sebuah se­ko­ lah menengah di Jempol, Negeri Sem­bilan.

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA

TERBIT SETIAP RABU

MINGGUAN WARTA PERDANA

Ambil. Baca. Kongsi.


2

27 September - 3 Oktober 2017

Jangan abai pelajar kena buang sekolah KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR – Pelajar se­ ko­ lah yang bermasalah dan di­­buang sekolah seharusnya ti­­ dak boleh diabaikan begitu sa­­haja sehingga mereka ke­ci­ci­ ran pelajaran. Pengarah Eksekutif Institut Pengajian Kepimpinan dan Pem­ bangunan (Lead), Noor Amin Ahmad berkata, pera­ tu­ ­ ran buang sekolah yang dia­ malkan sehingga ke hari ini masih lagi relevan, namun tindakan seterusnya untuk pe­ lajar yang dikenakan hukuman sedemikian harus menjadi tanggungjawab semua pihak. Katanya, pihak Kemen­ te­

rian Pendidikan per­ lu mem­ pun­ yai mekanisme lain yang bu­kan dinamakan sekolah pe­ mu­ lihan meskipun ia ber­ tu­ juan begitu. “Kita kena faham tindakan buang sekolah hanyalah penye­lesaian simptom bu­kan menyelesaikan ke­ pada punca ma­ salah. “Dalam hal ini kita juga kena lihat secara me­­lu­as daripada fak­ tor ke­ luarga dan per­se­ki­ta­ ran sekolah. “Paling utama, keluarga ti­ dak boleh

le­ pas tangan. Tapi pada masa yang sama kita mesti akui rea­ liti hidup zaman ini men­cabar. Ka­dangkala ter­lepas pandang itu sememangnya berlaku bu­ kan atas keinginan,” jelasnya. Menurut Noor Amin, pe­­lajar yang dibuang se­­ko­lah perlu men­ dapatkan pen­ di­­dikan seperti remaja lain, jika ti­ dak ia menjadi pun­ca mereka tiada arah tuju dalam hidup. Katanya, mas­ya­ ra­ kat tidak se­ h a­­r u s n y a p i n g­g i r k a n

Cegah dari awal KUALA LUMPUR – Remaja yang ber­ ma­salah sepatutnya tidak disisihkan ka­rena ia lebih mendorong mereka me­­ lakukan perbuatan tidak ber­ moral. Pensyarah Fakulti Undang-un­ dang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Salawati Mat Basir ber­ kata, un­ dang-undang juvana se­ memangnya bo­leh digunakan untuk pesalah bawah 18 tahun, tetapi ia bukan penamat se­ galanya untuk menyelesaikan ma­salah. Namun katanya, mencegah itu lebih bermakna sebelum hidup golongan berkenaan lebih parah. “Bagi pendapat saya, segilintir dari­­ pada kita lebih gemar melihat se­ seorang itu dihukum daripada kita mem­ bantu golongan seperti ini untuk menggelakkan mereka daripada melakukan perkara yang boleh memusnahkan kehidupan masa depan. “Meng­ hukum bukan pe­n ye­

"Segilintir dari­­pada kita lebih gemar melihat se­ seorang itu dihukum daripada kita mem­bantu golongan seperti ini untuk menggelakkan mereka daripada melakukan perkara yang boleh memusnahkan kehidupan masa depan."

lesaian kepada masalah, lebih elok kita men­ce­gah sesuatu masalah itu daripada berlaku,” katanya. Dr. Salawati berkata, keluarga, pi­ hak sekolah dan Kementerian Pendidikan harus memainkan pe­ ranan penting untuk remaja ber­ma­ salah ini. “Kita jangan fikir dia (remaja) bermasalah sahaja, buang sekolah. Ini bukan menyelesaikan masalah, ini hanya sekadar menghukum dan menambah lagi tekanan kepada remaja itu. “Bagi saya jangan kita memikirkan satu bentuk hukuman adalah perkara pertama menyelesaikan masalah sedangkan ada banyak lagi perkara yang boleh digunapakai untuk perkara ini,” katanya. Sementara itu merujuk kepada isu suspek remaja yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Dato’ Keramat, Dr. Salawati menjelaskan, sememangnya mereka itu boleh disabit bawah hukuman juvana, namun selepas berumur 18 tahun mereka boleh didakwa seperti kes-kes biasa yang lain.

go­ longan seperti ini dan me­ mandang rendah terhadap me­ re­ka. Noor Amin ber­­ka­ta, dise­ bab­ kan itu go­ longan seperti itu mudah mem­berontak tam­ ba­ han pula tiada siapa yang me­mimpin mereka untuk me­ lakukan perkara menjurus ke­ pa­da kebaikan. “Maksud saya pen­di­di­ kan itu bukan sekadar men­ da­ patkan ilmu melalui mata pe­ lajaran di sekolah, mereka juga boleh mendapatkan pen­ di­dikan vokasional jika me­re­ka lebih minat ke arah itu dan beri peluang. “Kita perlu mendekati go­ longan seperti ini dan men­den­

gar sendiri apa yang mereka ma­hu­kan dalam kehidupan me­ reka pada masa hadapan su­paya mereka tidak rasa tersisih,” katanya. Selain itu menurutnya, se­ kolah pula bukan setakat tem­pat untuk pelajar datang dan balik setelah habis sesi pem­be­la­jaran. Katanya, kualiti pendidikan ju­ga perlu ditekankan. “Pelajar jangan lekas di­ min­ ta menghafal sesuatu dan mementingkan untuk skor A sahaja dalam setiap pe­periksaan, malah pada pe­ ring­ kat mula penekanan ni­ lai kemahiran hidup perlu di­ titiberatkan dan pelajar ha­ rus juga diberi penekanan ber­kaitan isu moral yang baik,” katanya.

Remaja bermasalah perlu pemulihan psikologi KUALA LUMPUR - Terlalu banyak pendedahan terhadap keganasan sama ada melalui media atau dalam komuniti, pengabaian ibu bapa dan status sosioekonomi yang miskin antara faktor terjadinya gejala sosial yang semakin merunsingkan di penempatan tengah bandar. Pakar Runding Psikiatri, Dr. Gurdeep Singh Narain Singh berkata, golongan remaja yang sanggup bertindak ganas kemungkinan disebabkan oleh kombinasi tekanan negatif. Katanya, golongan berkenaan mung­ kin juga pernah menjadi mangsa buli se­ lain penggunaan bahan terlarang seperti da­ dah sehingga meningkatkan risiko untuk bersikap ganas kerana kurang tahap pertimbangan. “Dalam masalah ini tidak ada faktor tunggal, melainkan campuran pelbagai sebab. “Merujuk kepada kes tahfiz yang dibakar barubaru ini, remaja yang ditahan itu mengatakan bahawa mereka bertindak sebagai balasan selepas diusik oleh anakanak tahfiz, apa yang me­ nyebabkan m e r e k a bertindak dengan

drastik? “Penggunaan dadah terutamanya apabila kerap, boleh menyebabkan perubahan tingkah laku dan keperibadian sehingga mereka boleh berhalusinasi,” katanya. Dr. Gurdeep berkata, golongan remaja seperti itu memerlukan penilaian dan pemulihan psikologi yang betul. Katanya, mereka memerlukan pen­ dekatan disiplin melibatkan kesihatan mental, pendidikan, kebajikan sosial dan lain-lain. “Keluarga juga perlu bertang­ gung­­jawab bagi memenuhi keperluan persekolahan mereka selain menangani faktor sosioekonomi yang memberi kesan kepada golongan remaja ini dan memberi rawatan untuk sebarang penyakit mental yang dikenal pasti serta kaunseling dengan kerap yang bertujuan membantu mereka menangani kesukaran dan me­ningkatkan keyakinan diri. “ G o­l o ­ ngan remaja s e p e r t i ini juga m e­m e r ­ lukan pe­ ngawasan y a n g kerap dan sokongan u n t u k pemulihan u n t u k berjaya,” jelasnya.


3

27 September - 3 Oktober 2017

Kembalikan kekebalan guru AZLAN ZAMBRY

SHAH ALAM - “Cabaran utama dalam negara kita adalah bersedia untuk mengubah sistem pendidikan dengan mengembalikan kekebalan kepada warga pendidik agar penularan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah dapat di banteras” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman. Katanya, sekarang golongan remaja dan kanak-kanak sudah mula berani melakukan salah laku yang menjurus kepada jenayah kerana sistem pendidikan yang tidak membenarkan hukuman rotan dijalankan. “Apabila kuasa merotan tidak diberikan lagi kepada guru-guru, maka jenayah sukar dibendung walaupun melibatkan pelajar sekolah. “Ini berlaku kerana sistem pendidikan kita yang tidak mampu mengasuh remaja-remaja kita untuk menjadi manusia yang baik.” katanya.

Menurut Khairuddin lagi, anggota keselamatan juga mempunyai cabaran yang sangat hebat untuk mengekang jenayah pada waktu ini kerana faktor internet yang mudah di akses di manamana. “Tidak dinafikan, internet memberikan kemudahan kepada negara, namun sumber jenayah juga mudah terdapat di dalam internet melalui klip-klip video dan juga risalah-risalah jenayah yang mudah dimuat turun. “Sudah tentu untuk meletakkan sasaran ‘zero crime’ itu agak sukar untuk dicapai, namun dengan penambahbaikan sistem pendidikan dilihat mampu untuk membendung jenayah dalam jangka masa panjang” katanya lagi. Jelasnya, sistem pendidikan yang

telah digunakan pakai sejak sekian lama tidak perlu diganti dengan dasardasar baharu setiap kali bertukar menteri. Menurut Khairuddin lagi, beberapa penyata dan laporan pendidikan telah dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan negara kita seperti, Laporan Barnes 1950, Laporan Fenn-Wu 1951 Penyata Razak 1956 Penyata Rahman Talib 1960, Laporan Keciciran 1973 dan Penyata Mahathir 1979. Sementara itu, Khairuddin turut menasihatkan agar ibu bapa tidak melepaskan tanggung jawab mendidik anak kepada guru semata-mata. “Kebanyakan kes jenayah yang me­ li­ batkan pesalah ju­ vana adalah ke­ra­na pengabaian ibu bapa sehingga go­longan

ini bertindak tanpa batasan” ka­tanya yang juga seorang pengamal undangundang. “Orang ramai juga harus ber­gan­ ding bahu untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak keselamatan agar kita tidak menjadi ‘regret society’ sete­ lah sesuatu kejadian jenayah berlaku” ka­tanya lagi. Khairuddin menyeru kepada ke­ ra­ jaan agar menekankan aspek ke­ se­ lamatan agar orang ramai berasa se­la­mat. “Sistem keselamatan sekarang su­ dah baik, namun perlu diperkemaskan la­ gi agar peratusan jenayah dapat diku­rang­kan dari masa ke semasa. “Kerajaan juga perlu memperkasa agen­si penguatkuasaan dan memberi pera­ nan yang lebih luas dalam ke­ rang­ ka pencegahan jenayah agar da­sar keselamatan sedia ada seperti NBOS dapat diperkukuhkan lagi demi ke­se­lamatan masyarakat,” katanya.

Bimbang tahap keselamatan NUR LIYANA CHE ABD. GHANI SITI RODHIAH ISMAIL

KUALA LUMPUR - Tahap ke­ se­lamatan dianggap di pering­ kat membimbangkan dan per­ lu ditangani segera te­ ru­ tama perbuatan khianat yang me­ libatkan golongan remaja dalam negara ini. Orang ramai semakin hilang kepercayaan tentang sistem keselamatan ekoran berlakunya pelbagai gejala sosial sehingga sanggup mem­ bakar seperti yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz di Dato' Keramat, baru-baru ini. Menurut Shazreen Sharifuddin, 30, tenaga pe­ n­ ga­ jar di Yamaha Music, Damansara, "Keselamatan da­ lam negara memang semakin kritikal sekarang ini, saya berasa tidak selamat dan se­

ring paranoid untuk keluar rumah.” S. Thurgashrie, 20, se­ orang pelajar di universiti tempatan pula ber­ pendapat bahawa keadaan di negara ini, terutamanya di bandar-bandar besar be­gitu tidak selamat dan mem­bimbangkan. “Wanita kena berjaga-jaga se­waktu di luar rumah ke­rana mereka lebih terdedah kepada bahaya dan polis perlu sentiasa membuat rondaan,” katanya lagi. "Langkah untuk menga­ tasi isu ini juga perlu diper­ kemaskan lagi oleh beberapa pi­hak dalam me­mastikan ke­se­ lamatan terja­min. "Bukan sahaja pihak ke­ rajaan yang perlu mengambil tindakan, malah rakyat juga perlu memainkan peranan dalam menjaga keamanan dan

S. Thurgashrie

keselamatan negara," te­ gas­ nya. “Beberapa undang-un­ dang berkaitan dengan ke­ se­lamatan perlu digubal dan diperkemaskan un­ tuk me­ mastikan tahap ke­se­lamatan negara dalam kea­daan baik,” kata Muhammad Hazim Khalid, 22.

Muhammad Hazim Khalid

Se­ orang pelajar uni­ versiti, Ang Lin Sang, 20, berkata, pihak polis perlu ditugaskan membuat ron­ da­an dengan lebih kerap di seluruh negara agar rakyat berasa selamat. “Pemimpin mestilah fi­ kir untuk rakyat kerana se­ karang berlaku pelbagai isu

yang me­ng­ancam keselamatan orang awam,” katanya lagi. Sementara itu, jumlah ke­ banjiran warga asing ke Malay­ sia yang terlalu ramai seo­lah di luar kawalan juga dikatakan menjadi pen­ yumbang kepada timbulnya pelbagai kejadian yang tidak diingini. “Orang luar datang sini ter­ lalu ramai dan membawa pel­ bagai perkara negatif, macammacam berlaku berpunca dari­­­pada sikap mereka yang ti­dak sama dengan budaya pen­­ duduk tempatan” kata pe­­mandu teksi, Gunasegara Thomas, 60. Seorang pekerja sektor swasta, Saravanan Kumar Pe­ rumal, 42 berkata, ke­ ma­ su­ kan warga asing tidak na­ tijah yang baik sebaliknya te­lah me­ nimbulkan pelbagai isu seperti keganasan, masalah sosial dan sebagainya.


4

27 September - 3 Oktober 2017

Semak silibus pendidikan sivik AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan dicadangkan untuk meng­ka­ji semula dan menambah baik ku­ri­ku­lum pembelajaran sivik di sekolah sebagai salah satu usaha untuk membendung pelajar daripada terlibat dengan kegiatan yang mempunyai unsur-unsur jenayah. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nya­ wa harus dijadikan con­toh terbaik untuk mengingatkan semua pihak tentang kepentingan pembelajaran nilai-nilai moral dan keagamaan di sekolah. Adnan juga berkata, pada masa kini nilai moral dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin berkurangan terutama menghormati ora­ng tua.

“Dahulu, kalau berkelahi tidak sampa bakar rumah ora­ ng, paling tidak pun tidak bercakap sa­tu sama lain atau ba­ ling batu kecil ke rumah mereka. Tetapi pada hari ini, mereka sudah berani guna silinder gas, pergi bakar pusat tahfiz sehingga mencetuskan kegemparan dalam negara” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas mengha­diri pelancaran Pameran Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). “Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin keluarga juga sudah tiada nilainilai positif. Sebab itu, kita perlu kembali semula kepada sistem pendidikan dan untuk orang Islam, kembali kepada agama dan belajarlah” katanya lagi. Sementara itu, Adnan berkata, kua­­ liti kurikulum termasuk pen­ di­ dikan agama mesti diperhalusi se­mu­­la dengan memberi penekanan yang lebih kepada

JPP main peranan penting di bandar KUALA LUMPUR Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) merupakan satu inisiatif yang diam­ bil oleh Kerajaan Persekutuan ba­ wah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tem­ patan (KPKT) bagi melaksanakan trans­ formasi pengurusan bandar me­ mandangkan pada masa ini hampir 70 peratus penduduk negara ini tinggal di bandar. Menurut sumber KPKT, dengan penu­buhan JPP, Kerajaan Persekutuan dapat membantu Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dan membawa sebarang isu untuk ditangani bersama. Katanya, ini kerana terdapat isu-isu perbandaran yang bidang kuasanya terletak di bawah kawalan agensi Kerajaan Persekutuan seperti kesihatan, pengangkutan, keselamatan, perumahan, alam sekitar

dan lain-lain. KPKT berkata, objektif kewujudan JPP adalah mengggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat selain menangani isu-isu kesejahteraan bandar dan mewujudkan hubungan baik di antara masyarakat di kawasan kejiranan setempat. “Sehubungan itu, penduduk berpeluang melibatkan diri dalam mengemukakan pandangan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat untuk diambil tindakan oleh kerajaan. “Melalui penubuhan JPP, penyertaan masyarakat dalam urus tadbir PBT dapat ditingkatkan dalam menangani isu-isu kesejahteraan bandar seperti perancangan, pengurusan landskap, pencemaran alam sekitar, peningkatan kadar jenayah, penempatan setinggan, gejala sosial, vandalisme dan lain-lain isu perbandaran,” jelasnya.

Kewujudan JPP mengggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat selain menangani isu-isu kesejahteraan bandar.

aspek membentuk sah­ siah diri yang berkualiti tinggi serta me­ miliki nilai sivik tinggi. “Sekiranya kita masih lagi mengambil mudah terhadap apa yang telah berlaku, maka saya khuatir mungkin ada perkara yang lebih buruk berlaku kepada generasi muda pada hari ini” katanya lagi. Sementara itu, Adnan me­na­sihatkan ibu bapa agar mengambil tahu masalah anak-anak melalui kegiatan mereka samada di sekolah atau di luar sekolah. “Pada saya, Kanak-kanak dan remaja tidak perlu diberi kebebasan kerana mereka belum dapat berfikir secara matang” “Jangan kerana ibu bapa sibuk dengan urusan masing-masing dan menga­baikan anak-anak sehingga me­re­ka bebas keluar walaupun di ma­lam hari” Adnan juga berkata setiap anggota

masyarakat perlu mengambil tahu perihal jiran masing-masing supaya apa juga masalah mereka diketahui oleh pihak berwajib. “Pemimpin masyarakat perlu lebih prihatin mendekati masyarakat, agar masalah sosial dapat dibendung dan kadar jenayah juga dapat dikurangkan” “Kita tidak mahu tragedi pembakaran sekolah tahfiz itu berulang la­gi, dan apa yang menyedihkan ki­ ta adalah semua yang terlibat ada­ lah anak-anak yang sepatutnya ber­sekolah” katanya lagi.

Mantapkan sistem keselamatan negara KUALA LUMPUR - Kerajaan harus memantapkan lagi soal keselamatan ne­gara dan juga memperkasa insti­ tusi penguatkuasaan negara, kata, Timbalan Presiden Parti Ama­ nah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub. “Kita tidak menafikan usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membendung jenayah, na­ mun pencegahan jenayah dalam se­ tiap penjuru negara harus dilakukan secara sistematik dan menyeluruh agar rakayat dapat hidup dengan lebih aman” katanya. Menurut Salahuddin lagi, kerajaan harus melihat keberkesanan aspek pendidikan,sahsiah dan akhlak pelajar yang ketika ini agak meruncing kerana jenanyahjenanyah berat dan terancang juga sudah mampu dilakukan oleh golongan ini. “Apabila tular di media sosial berkaitan dengan salah laku pelajar seperti pergaduhan, buli dan ancaman gangsterism, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan pada hari ini” katanya lagi. “Pihak Polis juga meng­h adapi c a b a­r a n

apabila ter­da­pat kum­pulan kongsi gelap yang giat merekrut ahliahli baharu dari kalangan pelajar sekolah dan sudah pasti ianya meresahkan kita. “Justeru itu, satu pelan pemulihan melalui pembaharuan dan rombakan sistem pendidikan harus dilaksanakan dengan bebas agar pada masa panjang negara dapat melahirkan generasi yang bebas jenayah," katanya. Selain itu kata Salahudin, pihak polis melalui jabatan pen­ ce­gahan jenayah perlu meluaskan lagi kempen-kempen kesedaran ter­ hadap pelajar sekolah, menekankan kemurniaan institusi keluarga secara pendekatan holistik dengan merangka startegi untuk membina masyarakat yang lebih baik. "Memperkasa isu pen­ ­ didikan, membina kembali sistem nilai insan dan pembangunan jati diri dalam kalangan pelajar, proese pemulihan ekonomi, mengurangkan kadar pengangguran, dan menghidupkan kem­bali suasana ke­keluargaan dan hidup yang ber­ masyarakat yang lebih harmoni," tambahnya.


5

27 September - 3 Oktober 2017

Apabila kita diajak jadi ‘kemetod’ 22

Sejak zaman berzaman, khatib ada­ l­ ah golongan yang sangat dihor­­mati dalam masyarakat kita. Me­­­reka duduk sebaris dengan tok imam, tok penghulu, pengerusi JKKK, tok sidang, tok demang, tok empat, tok penggawa, tok mu­­dim dan sebagainya. Dahulu, tok bomoh pun bera­ da dalam senarai itu juga. Tetapi se­­ jak ada tok bomoh yang jin me­­ reka mengamuk, tidak tahan ten­ gok pesakit perempuan ba­ ring terlentang ketika dirawat, tok bo­moh dikeluarkan daripada se­ na­­rai kehormatan. Kesan daripada itu, ada tok bo­­moh yang tidak sanggup lagi di­ pang­ gil tok bomoh, lalu tukar title kepada ustaz walaupun ha­ki­ kat­­nya, mereka bukan ustaz. Balik kepada cerita mengenai tok khatib, sejak zaman ber­za­ man juga, khutbah Jumaat ada­ lah waktu kelopak mata kita ra­sa­ kan teramat berat. Ketika itu, aku selalu ter­ba­

yang ada orang kenit bergayut pa­da bulu ma­ta seperti main ‘bungee jum­ ping’ ha­yun ke sana ke sini sampai ak­­hir­nya kelopak mata tak mampu nak diang­kat lagi. Biasa kita dengar orang me­run­ gut, ahli jemaah selalu tidur ma­lah ada yang sampai berdengkur pa­ da waktu khutbah adalah kerana kha­tib tidak fasih dan tidak lancar menyampaikan khutbah. Kegagalan khatib menarik mi­nat dan perhatian jemaah men­ye­babkan mereka mudah bosan, mengantuk malah ada yang tertidur. Itu tak bolehlah kita nafikan walaupun se­ karang, terutama di bandar-ban­dar, keadaan sudah tidak seperti da­hulu. Kalau dahulu, jawatan khatib, ju­ga imam adalah jawatan sukarela yang dipilih dan dilantik oleh anak ka­riah untuk seseorang yang me­re­ ka ketahui paling alim daripada ka­ lan­gan mereka. Jawatan itu tidak pula bergaji, dan atas dasar hormat, jawatan itu biasanya dipegang seumur hi­ dup atau selagi berkeupayaan. Di­se­bab­ kan rasa hormat juga, jarang ada yang berani menawarkan diri, atau­ pun sedia untuk dilantik oleh anak ka­ riah menggantikan tok khatib atau­ pun tok imam melainkan jika

be­nar-benar perlu. Ini menyebabkan mereka ter­ pak­sa naik juga ke mimbar meskipun da­ lam keadaan usia sudah lanjut dan uzur. Apabila sudah uzur, mata pun kabur, urat kendur, gigi banyak yang sudah gugur lalu isi khutbah pun berterabur! Ini yang menyebabkan pen­yam­ paian khutbah oleh sesetengah tok khatib – bukan semua – tidak lan­ car, tidak fasih hingga ada ahli je­ maah sampai tertidur. Maaf, ini bu­ kan menghina tetapi satu kritikan de­mi maslahat masyarakat. Di sebuah masjid yang aku sen­ di­ ri hadir untuk bersolat Jumaat, ke­ tika mendoakan kejayaan para mu­jahidin di beberapa buah negara yang bergolak, tiba-tiba aku tidak da­pat mendengar nama sebuah ne­ ga­ra yang disebut oleh tok khatib. Khutbahnya yang sebelum itu aku dengar meletup-letup bak pe­lu­ ru kerana begitu bersemangat, tibati­ ba dibrek secara tiba-tiba. Cuba dise­but lagi, tak menjadi. Cuba lagi, tak menjadi juga. Selepas dua tiga kali, akhirnya dia sebut juga nama negara itu – Chacha. Serta-merta aku pun ca­­ ­ r­ i­­ , di mana negara ‘Chacha’ yang di­ se­­ but oleh tok khatib itu, tak

Kasut cegah jenayah TELENGNA, INDIA - Risau dengan peningkatan kadar jenayah tertamanya terhadap wanita, seorang remaja lelaki mencipta kasut kejutan eletrik sebagai pelindung kepada wanita yang berdahapan dengan serangan penjenayah. Siddharth Mandala, 18 pelajar dari Telengna, India mencipta kasut elektrik yang diberi nama ‘ElectroShoe’, kasut yang boleh memberi kejutan elektrik kepada penyerang dengan kadar 0.1 Ampere. Ia juga boleh memberi isyarat kepada polis dan ahli keluarga bahawa si pemakai dalam bahaya. Apa yang perlu dilakukan pemakai kasut adalah menendang penyerangnya. Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam sains atau teknologi, Mandala berani mencipta kasut tersebut sehingga pernah terkena kejutan elektrik beberapa kali. LONDON - Gara-gara terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama 9 jam di M1, London, beberapa pemandu bertindak menggunakan masa tersebut dengan bermain bola sepak dan frisbee. Kekesakan yang berlaku dipercayai akibat kewujudan objek yang mencuriga membolehkan pihak berkuasa terpaksa menutup laluan tersebut sementara siasatan dilakukan terhadap objek itu. Namun rakaman TV menunjukkan robot pemusnah bom mengheret beg sampah berwarna hitam keluar dari laluan tersebut. Beg sampah itu mengandung cecair dan bahan berwarna kuning. Ribuan pemandu berang apabila terperangkap dalam

kesesakan teruk bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Laluan tersebut dibuka semula pada pukul 5 petang selepas Polis Thames Valley menemui objek yang mengandungi bahan penghakis. NAMIBIA Tindakan seorang pengasuh kejam yang tergamak mendera anak majikannya terbongkar selepas kegiatan buruk itu dirakam melalui kamera litar tertutup yang di pasang bapa mangsa. Kesan lebam yang terdapat di beberapa bahagaian tubuh anak perempuan sepasang suami isteri ini menimbul curiga. Seorang lelaki bertindak memasang litar tertutup (CCTV) di bilik anaknya yang berusia 9 bulan. Rakaman CCTV tersebut mengejutkan pasangan itu apabila pengasuh anaknya mengheret bayi bernama Laila masuk ke dalam bilik dan menghempasnya ke atas katil sehingga bayi berkenan menangis dan meninggalnya seorang diri di dalam bilik. Susulan video berdurasi 0.39 saat itu, pengasuh bernama Nicole itu kini telah ditahan pihak polis bagi

jum­­­pa. Rupa-rupanya, yang se­ be­ nar mahu dikatakannya ialah Chechnya. Andainya beliau semak da­ hu­ lu teks, lagi pula doa seperti itu adalah doa yang lazim dibaca da­lam setiap khutbah dan ke­mu­ diannya bertanya sendiri ke­ pa­ da yang arif bagaimana mahu menye­ but nama negara itu dengan betul, hal yang seperti itu mungkin dapat dielak. Sekarang sudah ada ramai ustaz muda lulusan universiti tem­ patan dan Timur Tengah yang berkhidmat di pejabat-pe­ja­bat agama. Meskipun mereka mung­ kin terbiasa dan cenderung de­ ngan bahasa Arab namun mereka ju­ ga akrab dengan perkataan atau­ pun istilah-istilah dalam ba­ hasa Inggeris. Mereka ini ter­ma­ suk yang bertugas sebagai penulis teks khutbah. Apabila teks ditulis oleh orang mu­da yang bercampur aduk istilah da­lam bahasa Arab dan bahasa Inggeris, bayangkanlah apa yang akan berlaku apabila ia dibaca oleh tok-tok khatib yang sudah ter­lebih umur, dan kemudian ba­ yang­ kan pula ‘penyiksaan’ yang ter­paksa ditanggung oleh para je­

maah. Misalnya dalam satu kejadian yang pernah jadi buah mulut orang: Jemaah seluruh masjid ter­pinga-pinga apabila tok khatib meny­ atakan “kita sebagai umat Islam haruslah ‘kemetod’…” Perkataan yang disebutnya ‘ke­metod’ menyebabkan ahli je­ma­ ah kebingungan. Apa yang yang di­tulis dalam teks khutbah adalah per­ kataan komited namun oleh ke­ rana tok khatib kurang biasa dengan perkataan itu, ditambah pu­la dengan tidak merujuk, lainlah pu­la yang disampaikan. Inilah yang ‘menyiksakan’ ahli jemaah. Hendak bertanya, apa lagi ter­tawa dengan lawak yang ti­dak disengajakan itu boleh menye­ babkan hilang pahala ma­ lah mungkin berdosa. Kerana itu, ada baiknya para khatib dilan­ tik daripada kalangan yang je­las keupayaannya terutama peng­ lihatan dan suara, juga kefasihan dan pengetahuannya. Sekali lagi maaf, ini bukan bertujuan menghina.

Miliki 120 isteri NAKORN NAYOK, THAILAND Poligami diharamkan di Thailand, namun ia tidak bermakna dapat menahan keinginan seorang kasanova daripada mengahwini 120 wanita dan memperoleh 28 anak. Lebih menarik lagi, kesemua isterinya saling mengenali antara satu sama lain dan tidak memandang ia sebagai satu masalah. Ketua Daerah Phromnee, Tambon Prasert dipaksa untuk mengakui kesalahannya itu selepas pengamal media di negara tersebut mengetahuinya melalui sumber yang tidak didedahkan. Ahli politik berusia 58 tahun itu yang juga memiliki beberapa perniagaan pembinaan telah menjemput media ke rumahnya untuk menjelaskan situasi sebenar. Selepas diasak dengan soalan tentang kebenaran dakwaan tersebut, Prasert akhirnya mengakui dengan berkata: "Saya ada 120 isteri dan 28 anak lelaki dan perempuan."

Tambahnya, dia mula 'mengumpul' isteri ketika masih muda iaitu pada umur 17 tahun. "Perkahwinan pertama saya adalah ketika berusia 17 tahun. "Isteri pertama lebih muda dua tahun daripada saya dan kami memiliki tiga anak. "Kemudian barulah saya berkahwin lagi. Kebanyakan mereka gadis muda dan di bawah umur 20 tahun. Saya tak suka yang tua-tua kerana mereka kuat membebel," katanya. Selepas menginjak dewasa, Prasert membuka perniagaan pembinaan dan beliau mula memiliki tabiat pelik iaitu mengahwini seorang perempuan baharu di kawasan rumah yang dibinanya. "Saya kontraktor bangunan, saya berkahwin di mana sahaja ada rumah baharu yang dibina. "Saya sayang mereka semua dan mereka juga menyayangi saya," katanya.

Prasert (tengah) bersama salah seorang isterinya.


6

27 September - 3 Oktober 2017

DUNIA MINGGU INI

CYPRUS - Ammar Hammasho dari Syria, yang tinggal di Cyprus, mencium tangan kanak-kanak Syria yang tiba di kem pelarian di Kokkinotrimithia, di luar Nicosia, Cyprus.

GREECE - Tumpahan minyak jelas kelihatan dan mencemarkan di sepanjang pantai Salamina kesan daripada kejadian sebuah kapal tangki minyak bocor dan tenggelam di perairan itu, baru-baru ini.

TRIER, JERMAN - Pemandu Finland, Esapekka Lappi menamatkan pemanduannya di selekoh dan sudut agak sukar dan sempit. Jurugambar bertugas di Kejohanan Rali Dunia FIA di Jerman ini menyedari pemandu tersebut bukan sahaja memiliki kecekapan yang luar biasa, tetapi dia juga telah menamatkan pemanduan di sudut yang begitu menarik pemandangannya.

ST. LOUIS, AMERIKA SYARIKAT - Para demonstran membantah secara senyap, dengan tidur di jalan raya. Mereka berbuat demikian sebagai membantah keputusan mahkamah yang membebaskan seorang anggota polis berkulit putih atas dakwaan telah menembak mati seorang warga kulit hitam di St. Louis dalam kejadian pada 2011 lalu.

TEKNAF, BANGLADESH - Seorang wanita pelarian Rohingya tidak dapat mengawal perasaan sedihnya kerana gagal menyelamatkan saudaranya setelah bot yang mereka naiki terbalik di pantai Shah Porir Dwip ketika melintasi sempadan Bangladesh-Myanmar di Teknaf.

WASHINGTON - Presiden Trump meluangkan masa melayani Frank Giaccio, kanak-kanak berusia 11 tahun ketika memotong rumput di Rose Garden, White House. Frank menulis surat kepada Trump untuk memotong rumput di White House dan dia kemudiannya dijemput untuk bekerja selama sehari di kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu.


27 September - 3 Oktober 2017

Bisnes

Petronas nafi buang 5,000 pekerja KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR - Petronas me­­nafikan dakwaan seo­ rang blogger bahawa sya­ri­kat merancang untuk mem­ ber­ hen­­ tikan 5,000 pekerja pada ta­hun hadapan dalam apa yang dikatakan sebagai satu la­ gi pusingan "pengurangan ka­ ki­ tangan" di seluruh kumpulan. Dalam satu kenyataan di sini, syarikat minyak nasional itu menafikan sepenuhnya dak­­waan blogger politik ter­se­ but.

Menurut syarikat minyak itu, proses semakan semula per­ niagaan kumpulan yang dija­ lankan tahun lepas telah mem­babitkan 2,300 pekerjaan se­ perti yang diumumkan se­ be­lum ini dan pada masa ini ti­ dak ada rancangan untuk me­laksanakan satu lagi proses ber­skala sedemikian. "Petronas, bagaimanapun, ko­ mited untuk membina bu­ da­ya kerja berprestasi tinggi di mana pengoptimuman te­na­ga kerja dan penyelarasan ber­ fungsi merupakan proses ber­

Petronas komited untuk membina budaya kerja berprestasi tinggi.

terusan yang memerlukan keu­ pa­yaan dan akauntabiliti yang le­ bih tinggi serta penilaian

pres­ tasi yang lebih ketat da­ lam kalangan pekerjanya," ka­ tanya.

KFC Sambal Rice Bowl resepi tempatan KUALA LUMPUR – Menu Sambal Rice Bowl adalah inisiatif KFC dalam meraikan Hari Malaysia. Hidangan sarapan dengan inspirasi citarasa tempatan itu menampilkan gabungan yang digemari oleh rakyat negara ini iaitu sambal bersama Colonel Rice, ketulan ayam Zinger dan timun segar serta telur. “Sambutan ini amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ia meraikan titik permulaan perjalanan kita sebagai sebuah negara.

“Oleh itu, kami bangga untuk membawakan sebuah sarapan yang mengambil inspirasi citarasa Malaysia, KFC Sambal Rice Bowl yang dipadankan bersama Milo ais kegemaran ramai bagi memeriahkan lagi sambutan ini,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia. Daripada hanya RM5.90 untuk ala carte, KFC Sambal Rice Bowl ini merupakan hidangan terbaru dalam rangkaian menu sarapan KFC yang turut menawarkan burger, wrap, bubur nasi serta hidangan nasi yang lain. “Bersempena dengan bulan bagi

KFC Sambal Rice Bowl merupakan hidangan terbaru dalam rangkaian menu sarapan restoran berkenaan.

menyambut Hari Malaysia, kami teruja untuk membawakan sarapan Malaysia yang lengkap dan lazat buat pelanggan setia KFC. Weekday Treats kami yang didatangkan dengan kesegaran secawan Milo ais bagi menyempurnakan kenikmatan Sambal Rice Bowl kini boleh didapati daripada serendah RM7.90, untuk tempoh masa terhad,” kata Jiuan.

Penjenamaan semula Hotel Theme Park

GENTING HIGHLAND - Hotel Theme Park melalui proses naik taraf selama empat tahun, ki­ ni dijenamakan semula se­ba­gai Hotel On The Park yang ber­se­ dia menawarkan jumlah pengi­ na­pan sebanyak tiga kali ganda ber­banding sebelum ini. Naib Presiden Kanan Operasi Hotel Resort World Genting, Datuk Edward Holloway berkata, ho­tel berkenaan selaras dengan kon­sep baharu bersempena de­ ngan pembukaan Taman Tema Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia tidak lama lagi.

“Pihak resort sedang mencari ja­ lan bagi membolehkan lebih ra­mai tetamu menginap, tanpa me­li­batkan sebarang perubahan pa­da stuktur hotel dan menge­ kal­kan jumlah bilik yang sama iai­tu sebanyak 448. “Bagi menampung jumlah te­ ta­mu yang dijangka meningkat apa­bila Taman Tema Twentieth Century Fox World dibuka nanti, pi­ hak Resorts World Genting meng­ gandakan jumlah tetamu yang bakal menginap di dalam sa­tu bilik. “Setiap bilik sebelum ini han­ ya memuatkan antara dua

hing­ga tiga orang tetamu pada sa­ tu-satu masa,” katanya. Hotel tersebut merupakan ho­ tel tertua yang dibina sejak pem­ bukaan kawasan ini sekitar ta­hun 1970. Beliau berkata, sebanyak 488 bi­lik disediakan dan mampu me­ nampung lebih 2,000 pen­gun­jung dalam satu masa yang sa­ma. Menurutnya, tema war­ na hijau dan corak polka dike­ ten­ gahkan untuk menaikkan ke­ ce­ ria­ an serta memberi gambaran ke­ seronokan yang bakal dibawa se­ lepas pelancaran taman tema ini.

Hotel On The Park mempunyai 488 bilik mampu menampung lebih 2,000 pengunjung dalam satu masa yang sama.

7

Lelong.my perkemas laman web PUCHONG - Lelong.my, pe­ rin­­tis platform e-dagang tem­ pa­tan menga­dakan Karnival Me­riah Malaysia Day selama dua hari di ruang legar ka­wa­ san peja­bat­­nya di sini. Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Interbase Resourse Sdn. Bhd., Richard Tan mem­­­be­ ri­­ta­hu, penganjuran kar­ ni­­ val berkenaan adalah se­ ba­­­hagian daripada usaha mem­­­per­tingkatkan jenama me­­reka. Beliau berkata, Malaysia ki­­­ni berkembang sebagai se­ buah ne­ gara yang kaya de­ ngan ke­ pel­ bagaian dan per­ sa­­maan. “Kita mungkin berbeza da­­­ri­pada segi sifat, pe­nam­ pi­­ lan dan personaliti, sama ju­­­ga den­gan jutaan produk dan per­khid­matan yang pe­­ langgan akan temui di Lelong.my. “Lihat pada perbezaan yang ada dan marilah me­rai­ kan ke­uni­­kan dan ke­pel­ba­ gaian,” ka­ta­nya dalam kenya­ ta­­an. Tan berkata, laman web Lelong.my akan me­ ma­ par­­kan pe­nampilan yang le­­bih me­na­rik, dinamik dan lebih segar, na­ mun da­ lam masa yang sama ma­ sih mengekalkan identiti Malaysia. “Laman web ini juga akan di­­­per­­kemaskan untuk me­ me­­­nu­hi segenap keperluan pen­­jual dan pelanggan,” ka­ ta­nya. Menurutnya, sebagai se­ bu­ ah jenama tempatan, Le­long.my berbangga ke­ra­ na dapat mengekalkan ke­ du­­­dukan sebagai penggiat e-dagang secara konsisten. “Oleh sebab itu, kami akan me­ lakukan yang ter­ baik bagi mem­bantu peniaga ke­ cil dan se­ derhana untuk me­mulakan e-dagang me­re­ ka di laman web ka­ mi,” je­ las­­nya. Katanya lagi, pemilik je­na­ ma dan rantaian runcit yang le­­ bih besar disediakan iaitu Lmall.my bagi memenuhi ke­ per­­­luan mereka.


8

27 September - 3 Oktober 2017

BISNES

Penerbangan pertama AirAsia ke Nha Trang KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd. mem­ per­ kenalkan penerbangan sulung la­ luan terus dari Kuala Lumpur ke Nha Trang, Vietnam selain untuk me­per­lu­ askan lagi rangkaian per­hu­bu­ngan da­ lam rantau Asean. Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, penerbangan itu diang­ gap sebagai satu lagi kejayaan sya­ri­kat penerbangan AirAsia kerana ia me­ rupakan syarikat penerbangan per­ tama yang menyediakan penerbangan terus ke Nha Trang dari Malaysia. Menurutnya, penerbangan ber­ ­ ke­ naan berjaya mencatatkan mua­ tan penerbangan yang positif iaitu sebanyak 93 peratus dan telah disambut meriah dengan pancuran air sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh Nha Trang. “Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami berbangga untuk mene­ rus­ kan komitmen memacu Asean dan menghubungkan rantau ini terus ke Nha Trang dengan harapan untuk ber­kongsi keindahan khazanah Asean melalui penerbangan harian terus dari Kuala Lumpur memandangkan tahun

ini kita meraikan ulang tahun ke-50 Asean. “Nha Trang adalah penambahan terbaik kepada rangkaian kami dan berpotensi untuk menjadi destinasi popular, jadi kami telah meningkatkan lalu Fly-Thru bagi memberi manfaat kepada pelancong dari Asean dan tempat lain untuk melawat bandar menarik ini. “Kami juga berharap penduduk dari wilayah Khanh Hoa akan men­ gam­bil kesempatan ini untuk melawat Malaysia, Asean dan serata dunia me­la­ lui rangkaian luas kami yang meliputi le­bih 120 destinasi di 27 negara,” ka­ tanya dalam kenyataan. Para tetamu boleh menggunakan per­ khidmatan penerbangan sam­ bungan Fly-Thru di mana bagasi ber­ daftar mereka akan dihantar terus ke destinasi terakhir tanpa perlu melalui pelepasan imigresen di hab transit. Perkhidmatan tambahan ini membolehkan pelanggan melawat Nha Trang dari lapan negara dan 23 bandar termasuk Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi,

AirAsia juga akan menghubungkan penumpang ke bandar-bandar lain di Vietnam termasuk Ho Chi Minh dengan kekerapan 42 kali penerbangan seminggu, Da Nang sebanyak 10 kali penerbangan seminggu dan Hanoi sebanyak 11 kali penerbangan seminggu.

Singapura, Jakarta dan banyak lagi. Selain itu, AirAsia juga akan meng­ hubungkan penumpang ke bandarban­ dar lain di Vietnam termasuk Ho Chi Minh dengan kekerapan 42 kali penerbangan seminggu, Da Nang sebanyak 10 kali penerbangan seming­gu dan Hanoi sebanyak 11 kali

Tiga pasaran utama CIMB Islamic diperkukuh KUALA LUMPUR - CIMB Islamic Bank Bhd. akan mem­ per­ kukuhkan tiga pasaran utamanya di Asean iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. CIMB Islamic menyediakan produk perbankan dan kewangan Islam kepada individu, komersial, korporat dan pelanggan institusi. Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Bhd., Rafe Haneef berkata, Malaysia menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan pembiayaan perbankan Islam dengan menyumbang 85.2 peratus pada separuh pertama 2017. Katanya lagi, Singapura menyumbang 7.4 peatus kepada pertumbuhan pembiayaan p e r b a n k a n Islam kumpulan, sementara itu Indonesia pula

menyumbang 5.4 peratus. "Masih terdapat peluang pertumbuhan yang besar di Singapura dan Indonesia. "Justeru, kami akan melipat ganda usaha kami untuk meningkatkan pertumbuhan pembiayaan di kedua-dua pasaran baharu muncul bagi kami ini," katanya baru-baru ini. Selain itu, CIMB Islamic akan menumpukan usahanya di Indonesia dengan mengurangkan kerumitan dan takrifan yang lebih tepat terhadap produk perbankan Islam dimana peluang pertumbuhan yang besar amat tinggi kerana ia memiliki jumlah penduduk Islam yang tinggi. Berdasarkan prestasi CIMB Islamic, Rafe mengatakan, pada separuh pertama 2017, perbankan Islam kumpulan CIMB Group mencatatkan pertumbuhan embiayaan yang

kukuh sebanyak 21.2 peratus. Tambah beliau, pencapaian pertumbuhan yang kukuh itu adalah hasil usaha mem­ pertingkatkan tawaran produk dengan menjadikan proses yang lebih mudah, takrifan yang tepat dan memantapkan kemahiran dan pengetahua kakitangannya. “Dasar keterangkuman ke­ wan­ gan yang dilaksanakannya akan mendorong cabang per­ ban­kan Islam Cimb Group mem­ per­­­luaskan skop sasaran pelang­ gannya kepada golongan bukan Islam. “Sasaran awal bagi perbankan Islam adalah untuk membawa orang Islam kepada perbankan arus perdana. “Namun begitu, kami sedar ba­gi membolehkan kami mapan da­­lam persekitaran perbankan yang kompetitif, adalah perlu un­ tuk melangkaui orang Islam se­ba­ gai sasaran," katanya. Tindakan CIMB Islamic ini ada­ lah untuk memastikan pro­ duk yang ditawarkan me­ ne­ pati kehendak pelanggan dan me­mas­ tikan proses lebih se­tan­ding atau lebih baik berbanding perbankan kon­ve­sio­nal. Beliau berkata, penam­bah­­ baikan produk berjaya dilak­ sa­ nakan dalam tempoh 20 bu­ lan lalu dengan mem­per­li­hat­kan lang­ganan yang semakin me­ning­ kat kepada produk perbankan Islam.

penerbangan seminggu. Nha Trang yang merupakan ibu negeri wilayah Khanh Hoa mempunyai pelbagai daya tarikan warisan di bandar yang serba moden selain terkenal dengan teluk-teluk indah dan deretan pasir putih di pesisiran pantai sepanjang enam kilometer.

Toys 'R' Us dapat kebenaran buat pinjaman CHICAGO - Toys 'R' Us Inc. men­dapat kebenaran mah­ka­ mah untuk meminjam le­ bih daripada AS$2 bilion (RM8.4 bilion) bagi membayar pem­ be­kalnya. Kebenaran diperoleh se­ha­ ri selepas ia memfailkan ke­ bank­­rapan. Pemfailan Bab 11 oleh rang­­kaian gedung permainan ter­­besar Amerika Syarikat (AS) bagi menstruktur semula hu­­tang jangka panjang AS$5 bilion (RM21 bilion) itu, ada­ lah antara yang terbesar per­ nah dibuat oleh syarikat pe­ run­­cit khas. Tindakan itu mencetuskan per­­soalan mengenai masa de­ pan 64,000 kakitangan serta 1,600 cawangannya yang ma­ sih dibuka. Laporan berita bulan ini menyebut, syarikat itu me­ lan­ tik sebuah fir­ ma undangudang yang meng­ khu­ sus da­ lam penstrukturan kor­­porat. Ketua Eksekutif dan Penge­rusinya, David Brandon, dalam satu pem­ failan mahkamah turut ber­ kata, syarikat berkenaan meng­ha­­ rap­ kan pinjaman dalam me­ nangani situasi itu. Hampir semua vendor sya­ ri­kat itu enggan menghantar pro­ duk tanpa pendahuluan tu­­ nai, memaksa Toys 'R' Us ber­gelut untuk mendapatkan

AS$1 bilion (RM4.2 bilion). Toys 'R' Us sedang mem­ bi­ na inventori untuk musim cu­ti dan suku keempat, yang me­ rangkumi 40 peratus jua­ lan bersihnya. Syarikat itu berkata, ia menerima komitmen ber­ ­ jumlah AS$3.1 bilion da­ lam bentuk pembiayaan pe­ mi­ li­ kan penghutang daripada ins­titusi kewangan, termasuk bank bersindiket diterajui oleh JPMorgan Chase & Co ser­ta beberapa penyedia pin­ ja­man sedia ada. Syarikat berpangkalan di Wayne, New Jersey, yang turut mengendalikan rang­ kaian Babies 'R' Us, boleh kem­bali ke mahkamah untuk men­ dapatkan kelulusan me­ minjam keseluruhan ko­ mit­ men pinjaman itu. Brandon dalam pemfailan mahkamah itu berkata, be­liau berharap Bab 11 akan mem­ bo­lehkan syarikat menangani ke­kangan kewangan di­ha­da­ pi­nya. Menurut testimoni mah­ ka­­mah oleh David Kurtz da­ri­ pa­da Lazard, bank pelaburan yang menasihatkan Toys 'R' Us, rangkaian permainan itu ju­ga boleh mengelak daripada bankrap buat dua tahun la­gi, namun ia hanya dapat me­ nang­guhkan `sesuatu yang ti­ dak dapat dihalang'.


9

27 September - 3 Oktober 2017

Jabatan Kastam dikorporat 2018 KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam akan dikorporatkan pada Januari tahun depan, lewat daripada jadual asal, disebabkan pelaksanaan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah. "Ia kini dalam proses. Menjelang Januari 2018, saya harap Jabatan Kastam dikorporatkan,” katanya pada Persidangan GST 2018 di sini, baru-baru ini. Pada 13 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata bahawa pengkorporatan itu merupakan g a n j a r a n k e r a j a a n kepada jabatan

itu atas kecemerlangannya, dan menambah para petugas akan menikmati skim perkhidmatan yang lebih baik. Najib turut memuji jabatan itu yang merupakan penyelamat negara, dengan berkata perlaksanaan GST telah menyelamatkan ekonomi negara. Meskipun GST dikritik hebat, beliau berkata ia merupakan langkah berani kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terbela. S e m e n t a r a itu, Irwan berkata Malaysia kini dalam kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran defisit f i s k a l

tiga peratus bagi 2017, susulan pertumbuhan ekonomi yang baik yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini. "Tahun depan, angkanya akan lebih rendah dan diharapkan pada satu hari kelak, kita akan dapat mencatat bajet seimbang,” katanya. Keluaran dalam negara kasar Malaysia berkembang melepasi jangkaan pada 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, melepasi unjuran pasaran pada 5.4 peratus tahun ke tahun, sebahagian besarnya disokong oleh penggunaan swasta, yang berkembang 3.8 peratus, diikuti pelaburan sebanyak 1.1 peratus. Ekonomi negara meningkat 5.6 peratus pada suku pertama, menjadikannya purata pertumbuhan kepada 5.7 peratus pada separuh pertama tahun ini.

MTC sasar jualan perabot RM44 juta di China KUALA LUMPUR - Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) menyasarkan jualan ber­­ni­lai RM44 juta pada Ekspo Perabot An­ tarabangsa China (Furniture China), ber­­dasarkan kejayaan jualan rakan in­ dus­­ trinya sejak dua tahun lepas. Tahun lepas, peserta pameran men­ca­­tatkan potensi dan jualan sebenar ber­ nilai RM40.03 juta, dan tahun ini me­ ru­ pakan edisi ketiga penganjuran MTC un­ tuk kumpulan peserta ke Furniture China, yang merupakan antara pameran per­ dagangan B2B utama dunia anjuran Per­ satuan Perabot Kebangsaan China dan Shanghai UBM Sinoexpo International Exhibition Co. Ltd. Pada 2016, eksport kayu dan produk ka­ yu ke China bernilai RM846.8 juta atau peningkatan sebanyak 3.7 peratus ber­ banding tahun sebelumnya. Perabot masih merupakan eksport uta­ma produk kayu Malaysia ke China da­ ri segi nilai, sebanyak RM121.7 juta, yang merupakan peningkatan 91 peratus ber­ banding tahun sebelumnya. “Hubungan dagang dan pelaburan an­tara China dan Malaysia menunjukkan pe­ningkatan yang sihat sejak tahun-ta­hun kebelakangan ini, dan hubungan ini perlu dikekalkan memandangkan China merupakan pengimport kayu dan pro­ duk kayu kelapan terbesar Malaysia pada 2016,” kata Pengerusi MTC, Datuk Gooi Hoe Hin dalam satu kenyataan. Pameran tahun ini berlangsung dari 12 hingga 15 September di Shanghai New International Expo Centre (SNIEC) di Pudong, Shanghai, China.

Tahun lepas, Furniture China me­ na­­ rik kira-kira 120,000 pembeli dan pe­la­wat dari 158 negara. Kali ini, terdapat lebih 2,300 peserta pa­meran yang akan mengetengahkan pro­­ duk masing-masing di kawasan lan­­ tai seluas 300,000 meter persegi yang me­ libatkan 19 dewan dan 15 pavilion luar. Pameran itu berjalan serentak dengan acara Pengeluaran dan Bekalan Pe­ra­bot China 2017 di SNIEC. Kali ini, MTC akan mengetuai de­ legasi 20 syarikat yang akan men­ ge­ tengahkan produk jualan terlaris ma­ sing-masing di Pavilion Malaysia, ter­ masuk 10 syarikat yang pertama ka­li menyertainya. “Furniture China kali ini akan mem­­­be­ri tumpuan ke atas perabot ru­ mah kon­ temporari dan pengeluaran pre­­mium. "Kategori ini sesuai dengan pen­ge­ luar pe­ ra­ bot negara memandangkan Malaysia ter­kenal atas produk ber­kua­ liti dan me­ ru­ pakan pembekal yang bo­leh dipercayai dan mempunyai re­ kod baik yang sudah ter­ bukti dapat me­ menuhi tempahan pa­ da masa yang ditetapkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Datuk Dr. Abdul Rahim Nik. Beliau berkata tahun ini juga penganjur pameran juga memberi tum­­puan ke atas usaha untuk meng­ hu­­bungkan pereka dengan pembekal ter­­ke­muka.

TNB sokong penjanaan RE Malaysia KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) ber­ has­ rat mengambil langkah lebih aktif bagi mendukung sa­ saran penjanaan RE Malaysia bersandarkan daya saing dan keupayaannya di da­lam dan luar negara. Dalam satu kenyataan, TNB berkata, sebagai se­ ba­ hagian daripada usaha me­ macu perniagaan RE di luar negara, TNB telah me­ ngambil alih aset-aset uta­ ma solar, angin dan hidro di United Kingdom, Turki dan India, dengan kapasiti pen­ janaan terkumpul hampir 600MW dalam tempoh dua tahun. Terbaru, TNB mem­ bangunkan Solar Berskala Be­­sar (LSS) berkapasiti 50MW miliknya di Kuala Langat, Selangor, yang ju­ ga projek LSS pertama di Malaysia. Projek LSS yang dibina

di atas tapak berkeluasan 98 hek­ tar menjadi pemangkin as­pirasi TNB dalam mem­ba­ ngun­kan projek-projek RE di Malaysia dan rantau itu. Apabila siap pada November 2018, ia akan me­ningkatkan kapasiti pen­ ja­ naan RE TNB daripada 23.2MW kepada 73.2MW. Projek LSS itu dilak­ sa­ nakan anak syarikat milik pe­nuh TNB iaitu TNB Sepang Solar Sdn. Bhd. yang telah me­ meterai Perjanjian Pem­ be­ lian Tenaga Solar (SPPA) de­ ngan TNB awal Mac lalu un­tuk 21 tahun. Pembiayaan dan ke­ per­ luan modal kerja berjumlah RM348 juta bagi projek itu telah diperoleh TNB Sepang Solar daripada Affin Islamic Bank pada 19 Julai lalu.

KWSP tingkat pelaburan dana PE KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpa­ nan Pekerja (KWSP) ber­ sedia meningkatkan pela­ burannya dalam dana ekuiti swasta (PE) yang mematuhi syariah, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburannya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif. Bagaimanapun, beliau berkata, dana berkenaan terhad. Mohamad Nasir berkata, dana pencen itu tidak memenuhi sasaran peruntukan aset sepenuhnya untuk segmen PEnya. “Kami telah memperuntukkan 10 peratus daripada pe­la­buran kami dalam ruang alternatif yang terdiri daripada infrastruktur dan hartanah. “Pelaburan PE kami kini berada pada empat peratus dan ha­ nya separuh daripadanya dalam dana patuh syariah,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat kekurangan dana sedemikian di pasaran domestik dan antarabangsa meskipun peningkatan permintaan dari negara-negara Islam. Katanya, KWSP akan terus melabur dalam dana patuh syariah dan konvensional secara serentak. “Cabaran utama adalah mencari dana PE patuh syariah. “Kami akan terus meningkatkan pelaburan kami dalam dana konvensional dan kami ingin menggalakkan lebih banyak dana patuh syariah untuk tersedia di

pasaran,” kata Mohamad Nasir, barubaru ini. Bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2017, simpanan patuh syariah KWSP berjumlah RM820.71 juta daripada RM11.51 bilion daripada jumlah pendapatan pelaburannya, manakala RM10.69 bilion dijana daripada simpanan konvensio­nalnya. Simpanan syariah memperoleh pendapatannya semata-mata daripada bahagian aset patuh syariah, sementara pendapatan simpanan konvensional dijana oleh aset patuh syariah dan bukan patuh syariah. Setakat 31 Disember 2016, nilai aset pelaburan KWSP meningkat sebanyak 3.92 peratus berban­ ding tahun ke tahun kepada RM759.78 bilion daripada RM731.11 bilion. Daripada jumlah aset pelaburan, seba­ nyak 47.71 peratus adalah pelaburan patuh syariah manakala baki dilaburkan dalam aset tidak patuh syariah.


10

27 September - 3 Oktober 2017

JIMBA-JIMBA

Larian ceria OKU NUR LIYANA CHE ABD. GHANI SITI RODHIAH ISMAIL

KEMENTERIAN Wilayah Per­ sekutuan bersama Jabatan Ke­ bajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Wila­ yah Persekutuan telah me­ lancarkan program ‘Larian Ceria Orang Kurang Upaya’ pada 16 September lalu yang ber­ langsung di Presint 2, Putrajaya. Menteri Wilayah Per­ se­ ku­ tuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melepaskan 1,300 peserta da­ lam kalangan OKU dan anggota keluarga mereka yang menyertai Larian Ceria OKU sempena pelancaran Bulan Kebajikan Peringkat Wilayah Persekutuan. Program khas ini dilang­ sung­ kan sebelum temasya Sukan SEA yang lalu bagi men­ jadikan mereka lebih berdikari dan boleh membantu diri sendiri untuk mencari rezeki. "Untuk program ini, kami bekerjasama rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam mendidik serta melatih mereka bagaimana untuk berdikari, menghargai diri serta memberi ke­ sedaran agar tidak terlalu meng­harapkan pertolongan da­ lam meneruskan kehidupan. Katanya lagi, kerajaan khu­ susnya Kementerian Wila­ yah Persekutuan sentiasa me­ nyediakan dana membiayai kos pelaksanaan program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sebagai tanda prihatin dan mengambil berat akan kepentingan golongan OKU. Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata keyakinannya terhadap pelatih selepas melalui program itu adalah sebanyak 30 peratus pe­ latih mampu berdikari serta memperoleh pekerjaan ber­ sesuaian seperti di pasar raya, restoran dan kedai-kedai pakaian. Di samping memberi ke­ sedaran supaya tidak bergantung kepada bantuan, kami juga akan berusaha mencari peluang

pekerjaan untuk mereka demi memastikan mereka dapat ‘berdiri di atas kaki sendiri’ seperti mana yang diterapkan dalam program yang diikuti. Katanya lagi, setakat ini 12 PDK telah diwujudkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan 501 pelatih yang dikendalikan oleh 87 penyelia dan petugas.

Tengku Adnan (empat dari kiri) bersama isterinya Datin Seri Anggraini Sentiyaki melepaskan 1300 peserta larian bersempena Bulan Kebajikan KWP, di sini.

Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebajikan KWP.

Whatsapp platform berita, tetapi apakah yang anda kongsi? NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

BERAPA banyak kumpulan Whatsapp yang anda ada dalam telefon pintar? Ramai menggunakan Whatsapp setiap hari untuk berkomunikasi de­ ngan mudah, tidak kira dekat atau jauh. Kumpulan Whatsapp boleh terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekolah, kumpulan yang mempunyai minat yang sama, rakan sekerja, pelanggan, dan lain-lain. Sekarang, persoalannya, apakah yang anda kongsi di Whatsapp selain untuk berhubung? Menurut Digital News Report 2017,

pengguna Whatsapp telah berkembang dengan pesat pada tahun lepas se­ bagai platform sosial teratas untuk ber­ kongsi berita, yang mula bersaing dengan Facebook. Oleh itu, berkongsi maklumat di Whatsapp kini menjadi satu cara hidup. Kita berkongsi berita, maklumat, gambar dan pengalaman, dengan matlamat untuk membina dan mengekalkan hubungan serta mewujudkan hubungan baharu. Tetapi, berapa yang berkaitan dengan politik, berita - baik atau buruk dan banyak lagi. Ramai menggunakan platform ter­tutup ini kerana mereka berasa selesa untuk menyatakan pandangan mereka. Pada masa lalu, ramai yang menerima berita hanya dari media massa seperti akhbar dan televisyen, dengan penapisan.

Tetapi dengan kemunculan teknologi, bukan sahaja ramai menerima berita dalam talian tetapi mereka juga boleh me­nerima berita di Whatsapp. Kebimbangan utama saya ialah apa­ bila anda berkongsi berita dengan orang lain, adakah anda berfikir dahulu sebelum anda berkongsi berita itu? Atau anda hanya berkongsi kerana anda merasakan bahawa anda adalah yang pertama untuk mendapatkan mak­ lumat? Sebagai contoh, pengguna Whatspp berkongsi kemalangan jalan raya yang tragis di Whatsapp termasuk gambargambar mangsa dalam keadaan me­ ngerikan. Seperti tragedi baru-baru ini di mana ramai pelajar madrasah tahfiz yang terbunuh dalam kebakaran. Terdapat imej mangsa terbakar yang

dikongsi di Whatsapp. Tiada tahap penapisan langsung di Whatsapp. Pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Agama Islam terpaksa me­ ngeluarkan kenyataan untuk meng­halang pengguna berkongsi maklumat ini secara berleluasa. Sebagai warga­ negara yang baik, kita perlu berfikir secara kritikal. Sesetengah maklumat perlu dipadam, bukan disebarkan. Jangan berkongsi apa-apa mak­ lumat jika anda merasakan bahawa ia tidak membawa apa-apa manfaat. Biar­ kan pihak berkuasa melakukan tugas mereka dengan sebaiknya.


27 September - 3 Oktober 2017

11


12

27 September - 3 Oktober 2017

Rapid KL pengangkutan rasmi F1, MotoGP Teks MUHAMAD DIN HASANUDDIN Foto MOHD FAITH EZENE

SELEPAS perkhidmatan cemerlang pada temasya Sukan SEA ke 29, Rapid KL terus menyokong agenda pembangunan sukan negara dengan menjadi pengangkutan rasmi untuk acara Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix, yang bakal diadakan di Sepang International Circuit (SIC) antara 29 September hingga 1 Oktober ini. Selesai perlumbaan F1 di Sepang, kolaborasi antara Rapid KL dan SIC diteruskan lagi dengan penyediaan bas khas untuk para peminat sukan pemotoran pula untuk menyaksikan acara Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix hujung bulan depan. Sebagai edisi yang ke 19 dan yang terakhir, 2017 Formula Petronas Malaysia Grand Prix ini dijangka mendapat sambutan dengan puluhan ribu peminat membanjiri Litar Sepang untuk menyaksikan acara berprestij itu. Mengambil kira jumlah kenderaan persendirian yang akan menuju ke kawasan litar dan jumlah parkir yang

dijangka tidak mencukupi, para peminat digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam khususnya Rapid KL untuk perjalanan yang selesa dan selamat ke Sepang. Perkhidmatan bas khas ini akan bermula pada hari pertama acara pada 29 September dengan bas pertama berlepas daripada tempat naik dan menurunkan penumpang di tiga lokasi iaitu KL Sentral, KLCC dan KLIA 2; dengan bas yang terakhir pada 1 tengahari untuk ketiga-tiga hari. KL Sentral dipilih sebagai salah satu lokasi adalah kerana ia adalah hub pengangkutan awam bandaraya Kuala Lumpur dengan kemudahan silihhubungan dengan LRT Laluan Kelana Jaya, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, KLIA Ekspres dan ERL, KL Monorel, KTM Komuter serta perkhidmatan ETS. Tempat mengambil dan menurunkan penumpang di KLCC adalah di hab bas KLCC, yang terletak berdekatan dengan stesen LRT KLCC; manakala KLIA 2 akan memberi kemudahan kepada mereka yang berkunjung ke Sepang dengan menaiki pesawat harga murah Air Asia

Antara acara sampingan sebagai tarikan GP edisi ke 19.

dari dalam dan luar negara. Tiket-tiket bas sudahpun mula dijual dengan harga RM20 untuk perjalanan sehala dari KLCC atau KL Sentral dan sebaliknya; dan RM35 untuk perjalanan pergi balik. Untuk perjalanan dari KLIA2 pula, harga tambang adalah RM12.

Perlumbaan GP ke 19 adalah yang terakhir diadakan di Litar Sepang.

Kekerapan bas adalah antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada keadaan trafik. Untuk perjalanan daripada SIC, bas pertama akan meninggalkan kawasan litar pada 4 petang untuk ketigatiga hari. Waktu untuk bas terakhir, bagaimanapun, tidak sama dengan bas terakhir pada hari Jumaat ditetapkan pada pukul 7 malam. Untuk hari Sabtu dan Ahad, bas terakhir dilewatkan kepada 10 malam bagi menyediakan kemudahan kepada para peminat yang ingin pulang lewat khususnya untuk menyaksikan konsert selepas perlumbaan pada hari Ahad. Selain aksi-aksi hebat di litar termasuk perlumbaan sokongan, para peminat turut berpeluang berseronok dengan pelbagai tarikan seperti jualan pelbagai merchandise F1 dan sukan pemotoran di samping acara-acara karnival dan sukan lasak, yang akan diadakan sepanjang tiga hari itu. Acara Shell Malaysian Motorcycle Grand Prix pula akan diadakan pada 27, 28 dan 29 Oktober dengan aturan yang sama untuk memberikan kemudahan pengangkutan kepada para peminat sukan lumba motosikal. Seperti F1, para peminat turut digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam khususnya Rapid KL bagi mengelakkan diri daripada tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.


13

27 September - 3 Oktober 2017

Bilik untuk disewa

Services dan repair Mesin basuh, peti sejuk, mesin jahit, microwave, g/ cooker, oven, w/heater, air-con, wiring, plumbing, polish marble, granite, house cleaning. Tel 019 336 9108. Alpha Svc 03 - 7803 1300.

Tanah untuk dijual BANGI, JENDERAM 1.1 ekar hadapan jalan utama, Pegangan bebas, Dekat Bukit Unggul, Putrajaya. Hamdan 019240-3632 IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889

Jawatan kosong

PEMANDU / PEMBANTU PEMANDU LORI ada lesen GDL yg sah, kemahiran memandu yg baik, pengalaman dalam bidang berkaitan hubungi: 03-8741 7300 sandra.ho@gardinc.com 1 TAN LORI TRUCK DRIVER berbangsa melayu, umur 45 tahun ke bawah, Gaji menarik RM2000 RM2500 kawasan lembah klang, hubungi: 0145007189 / 012 - 783 5656

KLASSIFIED Jawatan kosong

Jawatan kosong

JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461

Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066

PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748

PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595

JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun Saya mempunyai satu bilik RM2500 keatas, Hubungi kosong untuk disewakan 03 - 6140 2233 sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. JURUJUAL KOMPUTER berminat sila hubungi 011 Diperlukan di PLAZA LOW 3985 1974 YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT Rumah +Komisen ( RM1500 untuk dijual RM3000) . Warganegara PUCHONG UTAMA malaysia sahaja. Hubungi COURT 1 ( Tingkat 4) utk Mr. Chee 012 - 710 - 6461 dijual !!! #RM 170,000# PEMANDU LORI Jalan PU 12/7, Bandar lokasi No 17, Jalan Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, Mr.Fadh 43300 Balakong, Selangor RUMAH BASIC tanpa ubah Hubungi : 03- 8964 0748 suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat LATIHAN DAN dengan Kajang, Bangi, PENEMPATAN KERJA dan serdang KTM dekat / HRDF SKIM RAISE dengan kemudaan awam. untuk belia di luar bandar harga boleh di runding call berumur 16 hingga 014 6400544 25 tahun elaun harian TERUS OWNER VISTA diberikan 017-513 2476 / LAVENDER, Taman 016 - 423 6059 Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, PEMANDU LORI dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) 0166337324 (RM255 000)

JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun

perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688

PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810

DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334

PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun

PEMANDU LORI TANGKI DIPERLUKAN SEGERA MINYAK mempunyai kerani am / penjaga store

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator

Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554

/ pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491

KERANI AKAUN DIPERLKUKAN Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 03-4256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


14

27 September - 3 Oktober 2017

DESTINASI Larian 'ladang' UPM

Sihatkan diri anda dengan menyertai larian MY 10K@UPM Uni Farm Run 2017 yang akan berlangsung di Bukit Expo UPM Serdang. Aktiviti ini dapat merehatkan minda anda setelah seharian bekerja. Larian yang dianjurkan oleh pihak UPM bertujuan untuk mengajak orang ramai sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini akan diadakan pada 1 Oktober bermula jam 7:20 pagi. Maklumat lanjut di http://www.racexasia.com/ev ent/my-10kupm-uni-farm-run-2017/ Kursus forex

Gaya hidup sihat

Prana World bekerjasama dengan Intipati International untuk mempromosikan kesedaran mengenai kesejahteraan, gaya hidup sihat dan sebagainya dengan menganjurkan program pertama mereka menggunakan prana atau tenaga. Aktiviti ini akan diadakan di Centrio Pantai Hillpark pada 30 September ini. Pelbagai acara seperti ceramah inspirasi, bengkel demo, zumba dan lain-lain akan berlangsung sewaktu Breath of Life Celebration ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook : Prana World Malaysia

Grand Prix 2017 edisi terakhir

Anda ingin menjadi bijak dalam mengurus kewangan, ingin menjana pendapatan yang lebih baik dan ingin mengubah gaya hidup anda? Kini kelas forex percuma / kursus forex trading akan menemui anda pada setiap rabu di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan bermula pada 27 September ini. Topik utama untuk acara ini ialah bagaimana anda boleh menjana pendapatan dari hanya trading forex di rumah, bagaimana untuk menjadi konsisten dalam perdagangan forex dan bagaimana anda boleh menguruskan risiko dalam forex. Kursus ini terbuka untuk semua tanpa had umur. Lawati laman web Forex Malaysia untuk maklumat lanjut www. ForexMalaysia2u.com/kelas forex

Adakah anda peminat Formula 1? Jom samasama menyaksikan perlumbaan edisi ke 19 dan yang terakhir yang bakal berlangsung di Sepang Circuit bagi meraikan tahun ke 19 F1 di Malaysia. Pelbagai acara menarik akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada anda. Perlumbaan ini akan berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini. Anda boleh layari https://www.formula1. com/ en/championship/races/ 2017/Malaysia.html untuk maklumat lanjut

Slip dan gelunsur air

Ekspo haiwan pemeliharaan

Berita baik untuk pencinta haiwan. Cat Edition akan mengadakan ekspo kucing terbesar Malaysia yang memaparkan haiwan kecil dan haiwan eksotik pada 29 September sehingga 1 Oktober yang bertempat di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur. Ekspo ini akan mempamerkan produk dan perkhidmatan untuk semua pencinta haiwan untuk menggalakkan dan berkongsi pendidikan mengenai haiwan peliharaan. Di samping itu, akan turut dilangsungkan pelbagai hiburan dan pertandingan kepada pengunjung pada hari kedua ekspo. Bawa haiwan kesayangan anda bersama-sama untuk program yang menakjubkan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari https:// www.eventbrite. com/e/pet-expo-malaysia-catedition-ekspo-kucing-tickets-3 6769250819

Premium Slid World's mengajak anda sekeluarga untuk bercuti sambil menikmati parti air slip dan slaid pada 30 September sehingga 29 Oktober 2017. Acara menarik ini akan diadakan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, di mana pelbagai aktiviti dan jualan akan diadakan antaranya ‘live music’, makanan, minuman, dan tentu saja slip dan slaid yang paling besar yang pernah melanda asfalt. Pastikan anda membawa baldi air, 'floaties' dan senapang air untuk memercikkan, menyembur, dan basahkan semua yang hadir dengan air. Untuk maklumat lanjut serta tiket masuk boleh layari https://secure. slidethecity.asia/ event/Setia- City

Pesta zumba

Pesta 'Score FitMob' kembali lagi. Jangan lepaskan peluang untuk aktiviti kecergasan dengan irama dan keseronokkan berzumba. Program yang bakal membakar kalori anda akan berlangsung di Kwc StarXpo Centre dari jam 2 petang hingga 10.30 malam. Apa lagi yang anda tunggu? Jom sertainya sekarang untuk lebih sihat dan cergas. Maklumat lanjut di http://www.score.my/ events/ score-fitmob-festival-2017/


15

27 September - 3 Oktober 2017

TRENDING

Datuk Vida mandi duit? Datuk Seri Vida atas nama syarikat DSV kini sedang dalam penggambaraan sebuah video klip lagu I Am Me yang sebelum ini tular di laman sosial. Namun, DSV sekali lagi dikecam netizen dek kerana video tersebut. Menerusi

perkongsian oleh salah seorang yang terlibat dalam pembikinan video itu, dia berkongsi foto dari sedutan video klip itu yang memaparkan Datuk Vida sedang bermandikan duit. Perkongsian itu dikritik hebat dalam kalangan netizen.

Tak serik-serik!

Jika anda mahu cantik, anda ha­ rus lebih berwaspada. Jangan te­rus mempercayai apa yang anda sak­si­ kan di laman Internet. Akibat terlalu ghai­rah ingin kelihatan lain daripada yang lain, kini wajah seorang wanita ke­kal berwarna merah jambu. Dia ter­ pengaruh dengan iklan sebuah produk di laman Twitter bahawa cat dinding yang digunakan boleh ditanggalkan hanya dengan menggunakan air. Bagaimanpun selepas beberapa kali mencucui muka, dia masih kekal berwajah merah jambu.

Bantal kena 'bantai'

Menjadi trending di media sosial sebuah bantal peluk menyerupai pocong direka di Thailand. Meskipun nampak lain daripada yang lain namun ada netizen berpendapat perkara itu menakutkan dan bukan sesuatu yang perlu dibuat main. Rata-rata netizen mengutuk hasil tangan tersebut dan menyumpah, mereka tidak akan membeli bantal sedemikian rupa.

Kucing 'gali' kubur tuannya

Kren menara tumbang

Kejadian paparan video, menun­ jukkan bagaimana seorang pemandu kren bergelut menyelamatkan nyawanya selepas kren yang dikendalikannya terbalik, menjadi perhatian netizen di laman Facebook. Kejadian yang berlaku di Poland ini cukup menyentuh hati netizen. Memilukan apabila akhirnya pemandu kren itu menemui ajalnya.

Memilukan apabila menonton video memaparkan seekor kucing yang tidak mahu berganjak dari kubur tuannya. Jika dilihat di dalam video berdurasi 55 saat itu, kucing itu seolah-olah cuba menggali semula timbunan tanah kubur tuannya, mungkin kerana terlalu sayang dan rindukan tuannya yang telah hilang daripada pandangannya.

Akibat bermain lumpur!

Padah abaikan anak

Rakaman suka-suka gempar apabila tular anak dara Jitra, Kedah membawa 'traktor' di sawah. Jari netizen terus rancak mengecam dengan pelbagai dakwaan, tidak kurang yang mengatakan Nurul Syifa Mat Dzahid hanya mencari publisiti murahan. Kata Nurul Syifa yang yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Komunikasi Korporat di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) ia adalah satu sesi latihan biasa dalam kalangan kakitangan Mada apabila melawat tapak projek.

Seorang wanita di Rusia berdepan hukuman penjara 10 tahun apabila ber­ tindak meninggalkan bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan bersendirian di rumah selama seminggu. Viktoria Kuznetsova, 17 meninggalkan Egor, se­­ belum dia keluar bersosial dengan ra­kan-rakan kolejnya. Anaknya ditemui mati kelaparan di dalam kereta sorong.

Mesej memilukan

Ujian luahan rasa sedih akibat kehilangan kekasih oleh seorang gadis menyentuh hati netizen. Melalui aplikasi WhatsApp, katanya, mereka se­ dang merancangkan un­ tuk melangsungkan majlis per­­tunangan bagaimana pun hanya tinggal kenangan ke­ rana kekasihnya itu terkorban dalam nahas jalan raya. Dua hari sebelum kekasihnya itu pergi buat selama-lamanya, mereka telah kehilangan ra­ kan baik kepada arwah kekasihnya itu.

Nafi beraksi melampau

Mengegarkan dunia hiburan apabila video pelakon Fathiya Latif dan Natasha Elyzza tular di laman sosial yang pada asalnya dikongsi oleh Elyzza di aplikasi Bigo miliknya. Video yang menunjukkan mereka menari dan menampakkan bahagian tubuh badan milik dua pelakon ini dikecam netizen. Ekoran tersebarnya video itu, Fathiya membuat sesi live di Instagram dalam tempoh 48 jam, meminta agar netizen tidak memfitnahnya dan dia menafikan wanita di dalam video itu adalah dirinya.


16

27 September - 3 Oktober 2017

Bahagian 3

Dr. Jessup dibunuh, Allen hilang!

Dr. Morriris K. jessup

MINGGU LALU: Selepas be­ be­ ra­­ pa lama berhubung dengan Allen, Dr. Jessup mulai curiga le­­­laki itu hanya mereka ce­ri­ta men­genai Philadelphia Ex­pe­ri­ ment. Suatu hari, beliau diarah ha­­­dir ke Pentagon berhubung tu­­­li­sannya yang dikatakan men­ yen­­­tuh isu-isu keselamatan ne­ ga­ra. Dr. Jessup mengakui per­te­ mu­ an­ nya dengan Allen namun men­­ya­takan tidak percaya akan ce­­­rita yang disampaikan lelaki itu. Tidak lama kemudian, dua le­­ laki mengaku sebagai anak ka­­­pal USS Eldridge menemui Dr. Jessup dan menceritakan ke­­­­padanya sama seperti yang di­­­ce­­­ritakan oleh Allen. Mereka men­­ya­takan telah mengalami pe­­­ristiwa dan kesan yang te­ra­ mat dahsyat selepas kejadian itu. DUA lelaki terbabit men­ dak­­­­wa eksprerimen itu bukan sa­­­haja diklasifikasikan sebagai su­­­lit malah apa yang berlaku se­­ le­pas itu cuba dirahsiakan da­ri­ pa­­da orang ramai. Apabila sedar hal itu ti­ dak da­­pat disembunyikan se­pe­nuh­­ nya, pelbagai cerita direka dan dise­barkan, kononnya ada kum­ pu­lan anggota marin yang men­ ye­barkan cerita karut men­ge­nai ke­ tua mereka atas se­ bab den­ dam dan rasa tidak puas hati.

Ada juga dakwaan ko­ nonnya kum­ pulan itu berubah ja­ di ti­ dak siuman atas sebab te­ka­nan ker­ja. Maklumat yang dibawa oleh dua lelaki itu mengubah Dr. Jessup daripada tidak berminat dan tidak mengendahkan apa yang diberitahu oleh Carl Allen ke­­­padanya sebelum itu, kepada ke­­­inginan untuk mencungkil apa yang sebenarnya telah ber­­laku ketika Philadelphia Experiment dijalankan. Ini bukanlah bermakna be­ liau mempercayai bulat-bulat apa yang disampaikan mereka ke­­­padanya namun maklumat itu telah menjentik hatinya un­ tuk mencari jawapan pada apa yang didakwa. Tetapi malang nasib Dr. Jessup. Dia ditemukan tidak ber­ nyawa pada 20 April 1959. Pun­ca kematiannya dikatakan aki­ bat membunuh diri! Namun mereka yang men­ gi­­­kuti perkembangan usa­ha­nya membongkar rahsia di se­­ balik eksperimen itu tidak per­ caya Dr. Jessup bunuh diri. Me­­ reka sebaliknya percaya ke­­matian saintis ada kaitan dengan pembunuhan. Mereka men­ gesyaki ejen sulit kerajaan yang terbabit kerana pihak ber­­kuasa dikatakan tidak se­nang dengan usaha Dr. Jessup menyelongkar misteri Philadelphia Experiment yang bo­ leh mengakibatkan rahsia-rah­sia sulit kerajaan yang ber­kai­tan dengan keselamatan ne­ga­ra terbongkar. Dalam pada itu, Carl Allen ju­ga tiba-tiba hilang. Ada pi­hak yang percaya lelaki itu di­cu­­lik, tidak kurang juga yang men­ ­ dak­wa dia sendiri yang ber­sem­ bunyi ke­rana ti­dak mahu na­sib yang menimpa Dr. Jessup akan me­nim­pa di­rinya pu­­la. Tam­ bahan pu­­la, dia­lah yang mence­ tus­­kan segala-ga­­la­nya, orang yang per­tama mem­­bong­­kar­kan

hal eksperimen itu kepada Dr. Jessup hingga akhirnya menye­ bab­ kan saintis itu kehilangan nya­wa. Selepas kematian Dr. Jessup, pihak ber­­ kuasa berjaya men­ ge­ nal pasti siapa se­ benarnya Allen. Na­­manya yang se­be­nar bukanlah Carlos Miguel Allende seperti yang diberitahu ke­­­pada Dr. Jessup sebelum itu tetapi Carl Meredith Allen. Menyedari pro­ jek yang dija­ lankan oleh pihak tentera itu adalah rahsia, Allen seme­ mang­­nya sangat bimbang akan keselamatan dirinya lalu men­ yem­ bunyikan namanya yang se­benar. Justeru, suratnya yang per­ tama dihantar kepada Dr. Jessup pada 13 Januari 1956 juga menggunakan alamat RD#1, Box 223, New Kensington, Pennsylvania sedangkan cop pos surat itu Gainesville, Texas. Dia bertindak demikian bagi mengelak identitinya di­ke­na­li kerana hal itu sudah tentu mem­ ba­ha­yakan nyawanya sendiri.

Akhir­nya kehilangan Allen sen­ di­ri yang menjadi misteri. Namun ada juga pendapat, wa­ tak itu sengaja diwujudkan oleh pihak berkenaan untuk menge­ nal pasti sejauh mana penge­ tahuan dan pengalaman Dr. Jessup dalam bidang berke­ na­ an yang mungkin boleh di­­ ­ man­­fa­atkan oleh mereka, atau­­­pun mungkin juga boleh men­­­je­jaskan projek-projek yang me­­­reka jalankan. Logiknya, se­te­ lah Dr. Jessup mati, watak Allen ju­ga dimatikan! Di sebalik cerita-cerita pe­­­­­lik yang menyelubungi Philadelphia Experiment, tidak ra­­ mai yang tahu bagaimana eks­pe­rimen itu dijalankan, apa yang berlaku dan siapa yang men­cetuskannya. Franklin D. Roosevelt adalah Presiden Amerika Syarikat ketika itu. Lama sebelum dipilih se­ ba­ gai presiden, beliau adalah Se­ tia­usaha Pertahanan. Pada 1917, Roosevelt diperkenalkan ke­pada Nikola Tesla, seorang saintis ge­

nius yang berasal dari Ser­bia. Beliau meminta saintis itu men­­ cipta satu teknologi yang bo­­leh menyebabkan seseorang atau sesuatu jadi halimunan. Da­­­lam perancangan Roosevelt, tek­­­nologi halimunan sudah ten­ tu akan menjadi senjata pe­ pe­ rangan yang paling berkesan ji­­­­ka diusahakan secara besar-be­ sa­­­­ran. Tesla bukanlah saintis sem­ ba­­­­rangan. Sebelum berhijrah ke AS, beliau berkenalan dengan Robert Oppenheimer, saintis yang mencipta bom atom. Beliau ju­­ga berkawan baik dengan Dr. David Hilbert, pakar matematik yang mencipta kaedah pengiraan ‘Per­­sa­maan Hilbert’, formula ma­­­­tematik yang berkaitan gan­ da­­­an. Oleh yang de­ mi­ kian, tidak ke­ter­­­laluan ji­ka dikatakan ba­ ha­wa Roosevelt sendirilah yang men­ce­tuskan idea kepada Tes­la hing­­­ga mem­­bawa ke­­­­­pa­da ber­la­ ku­nya Philadelphia Ex­pe­ri­ ment yang sukar di­te­­rima akal itu. BERSAMBUNG

Ilustrasi gambaran ketika Philadelphia Experiment dijalankan.

MENANGI TIKET DINOSAUR Untuk memenangi: 1) Klik butang 'follow' akaun rasmi Instagram Warta (my.warta) 2) Kongsikan gambar iklan ini dan tagkan 3 rakan. 3) Hastagkan #dinasouralive. 4) Lengkapkan kapsyen anda “Saya ingin melihat 'dinasour alive' kerana….” * 10 Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang paling kreatif. * 2 Tiket akan diberikan untuk 1 keluarga.


17

27 September - 3 Oktober 2017

Makan

Suasana hipster di Brew & Stone Café Antara hidangan ‘signature’ di sini adalah ‘scallop with tomato salsa’, ‘chicken morakanskii’, ‘spicy tuna pizza’, ‘spicy creamy pasta prawn’, ‘spicy creamy pasta soft shell crab’, ‘meat platter’ dan pelbagai lagi hidangan menarik. Semua hidangan ini kelihatan mahal tetapi sebenarnya harga mampu milik. Rata-rata hidangan di sini memang sedap dan dihidangkan dalam kuantiti yang agak besar pada harga yang berpatutan.

Sudut kafe menarik

MURNI REJAB

KAFE ala hipster semakin banyak umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak lari dari konsep yang sama, Kafe Brew & Stone juga adalah salah satu kafe hipster yang terkenal di Kota Damansara yang menjadi tempat bertemu, bersantai bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Mengetengahkan hidangan barat mengikut citarasa Malaysia, ia mula beroperasi pada Ogos 2016.

Hidangan barat citarasa Malaysia

Di Brew & Stone terdapat pelbagai jenis minuman yang ditawarkan sama ada panas atau sejuk.

Terdapat lebih dari 30 jenis minuman yang dibahagikan kepada Granita, Milkshake, Mojito, Coffee, Ice Drip, Chocolate, Juices, Honey & Lemon, Tea by Glass dan Tea by Pot. Tapi yang istimewanya di sini adalah minuman berasaskan kopi seperti ‘cafe mocha with marshmallow’, ‘cappuccino’, ‘nuttella cappuccino’, ‘ice dark mocha’ dan yang paling ‘favourite’ adalah ‘ice drip coffee’. Bagi makanan yang boleh dipesan di Brew & Stone dibahagikan kepada ‘starters’, ‘pasta’, ‘pizza’, ‘main course’, ‘platters’, ‘snacks’, ‘desserts’ dan ‘side order’.

Selain makanan yang menarik, mata anda pasti tertumpu dengan dekorasi dan hiasan unik dan berbeza kafe ini. Ini kerana setiap sudut di dalam kafe ini ada sahaja barangan kereta seperti kusyen kereta, rim kereta dan akesesori kereta yang dipamerkan di sini. Selain menjamu selera, anda boleh berswa foto di sini untuk memenuhi galeri media sosial anda. Berlatar-belakangkan konsep sebegini, sesuatu yang baharu dan pasti menjadi tarikan buat mereka yang berkunjung ke sini.

DI MANA

Disebabkan pemilik kafe ini ‘kaki kereta’, jadi percaya atau tidak, ada meja yang menggunakan ‘sport rim’ kereta. ‘Simple’ tapi tetap cantik dan kemas selain dapur kafe ini yang berada di luar. Pada satu-satu masa kafe ini boleh memuatkan seramai 100 orang dan menerima kunjungan mahupun tempahan seperti majlis hari jadi, majlis ‘farewell’, majlis ‘baby shower’, ‘reunion’ atau ‘gathering’.

Aiskrim durian Musang King yang menjadi 'buruan' penggemar durian.

Pelbagai hidangan barat yang disediakan untuk para pengunjung nikmati.

Makanan termanis di dunia

Cake platinum

Cake ini dihasilkan oleh Nobue Ikara, seorang cef pastri terkenal dari Jepun, sebagai penghargaan kepada kaum wanita. Penghasilan kek ini juga untuk mendorong wanita menggunakan perhiasan dari platinum.

Strawberries Arnaud

Truffle putih

Strawberries Arnaud adalah ais krim strawberi dengan taburan lemon dan anggur merah. Tapi strawberi di restoran Arnaud di News Orleans, Amerika, tidak hanya sekadar buah potong biasa kerana ‘topping’nya berupa cincin berlian pink 4.7 karat.

Truffle putih ini berasal dari daerah Piedmont di Itali Utara. Truffle putih antara makanan termanis di dunia.

The fortress stilt fisherman indulgence

The Fortress Stilt Fisherman Indulgence sangat mahal kerana dihiasi dengan coklat berbentuk pemancing dan batu akuamarin dengan berat 80 karat.

Chocopologie

Chocopologie buatan Knipschildt ini dijamin akan memberikan pengalaman lain dari lain kepada lidah anda. Coklat buatan Knipschildt ini hanya dijual berdasarkan pesanan. Anda dapat mengunjungi pembuatan coklat ini di 12 South Main Street Norwalk di Connecticut, Amerika.


18 Di sebalik

27 September - 3 Oktober 2017

JENAMA

Jutawan perabot 'low profile' Antara ruang susunan perabot dalam IKEA yang kemas dan teratur.

Kamprad (kiri) sewaktu zaman kanak-kanak.

MURNI REJAB

NAMA IKEA diambil dari­ pada huruf pertama nama pengasasnya sendiri iaitu Ingvar (I) Kamprad (K) di­ gabung dengan nama sebuah ladang, di tempat asalnya, Elmtaryd (E), dan juga nama kampungnya iaitu Agunnaryd (A). IKEA, syarikat penjual pe­ rabot terkemuka ini di­tubuh­ kan pada 1943 di Sweden iaitu ketika Kamprad bersama bapa saudaranya, Ernst Kamprad berbincang bersama di meja makan untuk menubuhkan syarikat ini. IKEA disebut (i'ke.a) tetapi di kebanyakan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris ia disebut (ai'ki:a), sama seperti menyebut per­ kata­ an idea dalam bahasa Inggeris. Pada 1948, Kamprad mem­ pelbagaikan portfolionya de­ ­ ngan menambah pe­ rabot. Per­niagaannya ke­banyakan­ nya melalui pesanan. Ia kini dimiliki oleh yayasan ber­ daftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga Kamprad. Setelah hampir beberapa tahun beroperasi, IKEA sudah berkembang di seluruh Sweden, Norway, Denmark, dan seluruh dunia di 47 buah negara dengan lebih daripada 300 kedai yang beroperasi. Syarikat ini mengedarkan

produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain, tetapi juga mempunyai laman web untuk pelanggan melihat katalog produk yang dijual. Tubuhkan IKEA pada usia muda Kamprad mula berjinak dalam perniagaan sejak dari kecil iaitu sejak berusia lima tahun dengan menjual man­cis di kawasan ke­ jiranannya dengan ha­ nya menaiki basikal. Dia membeli man­ cis secara borong de­­­ngan harga yang murah di Stockholm, dan men­­­jualnya de­ngan harga yang ber­patut­ an tapi tetap

Kereta yang masih digunakan Kamprad walaupun sudah bergelar jutawan.

mendapat pulangan hasil jualan mancis­ nya itu. Dari berniaga mancis, dia melebarkan perniagaannya dengan menjual ikan, dekorasi pokok Krismas, pen dan pensel. Ketika di usia 17 tahun, ayahnya memberi ganjaran wang tunai apabila dia berjaya dalam pelajarannya dan mempunyai prestasi yang baik ketika berada di sekolah.

Sejarah Sejarah berikut jelas menunjukkan bagaimana IKEA membangun dari hutan di selatan Sweden dan berkembang menjadi peruncitan utama di lebih 40 buah negara dan jajahannya seluruh dunia. Cerita IKEA bermula pada tahun 1926, tempat pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden. Dia dibesarkan di Elmtaryd, sebuah ladang di per­kam­ pungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Kamprad tahu bagaimana mahu me­ngembangkan perniagaannya se­hingga lah ia berjaya mendapat ‘tempat’ di hati pengguna kini.

Hasil dari wang itu juga, Kamprad menubuhkan IKEA pada usia 17 tahun. Dia memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual barang-barang seperti bing­ kai gambar sebelum mem­ perkenalkan perabot pada tahun 1948 yang dihantar menggunakan trak susu. IKEA juga membenarkan pem­ beli dan memberi kebebasan ke­ pada mereka dengan me­ masang pe­ rabot mereka sen­ diri. Se­ cara tidak langsung, da­­ pat me­ ngurangkan kos ke­ pada peng­ guna. Oleh itu, de­ngan wujud­nya produk yang ber­patutan, berfungsi dengan baik da­ pat menarik hati pelanggan. Apabila IKEA berkembang de­ ngan maju, kehidupan Kamprad juga berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi seorang jutawan. Walaupun telah menjadi jutawan, namun Kamprad masih hidup dalam keadaan yang sederhana.

Lima stor terbesar IKEA di dunia

· Gwangmyeong, Gyeonggi, Korea Selatan · Stockholm Kungens Kurva, Sweden · Shanghai Baoshan, China · Shanghai Pudong Beicai, China · Wuxi, China


19

23 September 27 - 29 Ogos 2017 - 3 Oktober 2017

21

21

Salena hargai jasa sahabat Jin digilai lelaki?

20

21

Penampilan dulu dan sekarang berbeza

WD semakin 'hangat' 20

Paduan suara Alyah, Fara

23


20

27 September - 3 Oktober 2017

FATEEN AHMAD

Wak misai melentik tu... SEBUT sahaja nama Wak Doyok, pastinya ramai akan terus membayangkan lelaki ‘macho’ bermisai melentik. Dia sudah dikenali sebelum ini sebagai ikon fesyen, terbaharu, dia ‘digilai’ menerusi filem Abang Long Fadil 2 yang memegang watak sebagai anak kepada Taji Samprit lakonan A Galak. Wak Doyok bukanlah seorang lelaki yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Meskipun pernah kecundang dengan cinta lalu. “Saya seorang yang simple dalam mencari pasangan hidup, wanita itu haruslah pandai memasak dan yang paling penting hormat orang tua saya. Itu sudah cukup sempurna buat saya. “Siapa yang tidak mahu kahwin, tambah-tambah usia seperti ini, dan saya tak kisah apa status wanita itu,” katanya ketika ditemubual. Diburu ramai produser Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor, 38, tidak menjangka filem lakonannya dapat diterima peminat, “Walaupun ini lakonan pertama saya, Alhamdullilah apabila filem ini pecah panggung dan saya bangga apabila filem tempatan masih mendapat sambutan dan sokongan peminat. “ Saya juga pernah dilabel sebagai ‘pelakon kayu’ oleh netizen disebabkan mereka belum melihat lakonan saya dalam filem ini tapi selepas mereka menonton, Alhamdulillah saya menerima ‘feedback’ yang baik daripada peminat. “Pada mulanya saya agak penat menjalani sesi penggambaran.

Akibat terlalu fokus kita tak ada masa untuk bersosial dengan kawan-kawan. Tetapi apabila dah siap hilang rasa letih dan stress” katanya. Wak turut memberitahu, hasil kerja kerasnya di dalam Abang Long Fadil 2, dia kini menerima banyak tawaran berlakon. “Sekarang banyak syarikat yang mahu bekerjasama dengan saya, dalam bidang iklan pun tak kurang sambutannya, Jakel mahu sambung lagi ‘projek’ mereka dengan saya pada tahun hadapan. Itu belum mengambil kira tawaran daripada beberapa syarikat lagi. “Saya juga suka ‘create’ benda baru sebab saya berkarya dalam membuat baju dalam erti kata lain ‘trendsetter’. Banyak komen yang saya terima tentang cara pakaian saya untuk filem tersebut, tetapi saya menerima semua teguran dengan hati yang terbuka,” jelasnya yang mengenakan pakaian rekaan sendiri untuk filem arahan Syafiq Yusuf ini. Kata Wak, dia masih ‘berselera’ dalam dunia pengacaraan. Katanya, sebelum ini pun dia dikenali menerusi siri travelog Ke Korea ke Kita. Jelas Wak, rancangan seumpama itu akan diwujudkan kembali pada tahun akan datang ke destinasi yang berbeza. Sementara itu, Wak terkejut apabila namanya mendapat pencalonan awal pada FFM 29 menerusi penampilan sulungnya. Bagaimanapun Wak tidak meletakkan harapan tinggi dan bersyukur dengan pencalonan itu.

Kerjaya sebe bintang Holl SEBELUM mereka terkenal sebagai selebriti, pastinya ramai tidak tahu, siapakah mereka sebenarnya sebelum terjun ke dunia serba 'glamour' selaku bintang Hollywood. Apa yang pasti, mereka juga manusia, sebelum menjadi orang ternama, masing-masing mempunyai kerjaya tersendiri.

Sandra Bullock

Pelakon dan pengarah tinggi lampai yang sering mendapat perhatian ketika di 'red carpet', Sandra Bullock sebelum ini menjadi seorang pelayan di sebuah bar dan restoran di Manhattan. Namun kini dia tidak lagi menjadi pelayan selepas mendapat perhatian dalam bidang lakonan dan mutu perfileman arahannya seperti Two Weeks Notice, Miss Congenuality 2 : Armed and Fabulous dan All About Steve.

Nicole Kidman

Terkenal dengan membintangi filem Lion. Nicole Kidman sebelum menjejak kaki ke persada seni pernah belajar dalam bidang kesihatan termasuklah bidang mengurut kerana baginya bidang itu mampu membantu dirinya untuk mengurut ibunya yang mempunyai penyakit kanser payu dara.

Alyah, Fara bergabung GADINGAN buat pertama kali dua penyanyi wanita popular menerusi single terbaru mereka adalah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh peminat. Berkongsi pentas dalam berpadu suara menerusi lagu Mengapa Harus Aku oleh Datin Alyah dan Farawahida ternyata satu kolaborasi yang memberi satu kelainan. Meskipun dua penghibur ini mempunyai alunan vokal yang berbeza namun mereka berdua berjaya mempersembahkan sesuatu yang terbaik menerusi lagu ciptaan Alfie Alwi dan lirik oleh Alyah sendiri ini. “Ini duet pertama saya bersama Fara, lagu ini dirakam pada Mac lalu dan

muzik video juga sudah siap. Saya memilih Farawahida kerana ‘tone’ suara kami berbeza, pendek kata senang orang nak kenali,” kata Alyah. Pembikinan muzik video dan pemilihan artis untuk digandingkan bersama Alyah tidak mengambil masa yang lama dalam mengahasilkan lagu yang bakal diputarkan di setiap stesen radio ini. “Saya berterima kasih kerana Alyah mengundang saya untuk terbabit dalam projek ini dan ini satu peluang yang tak mungkin saya lupakan dan apabila semuanya selesai saya tak percaya terhasil lagu duet bersama Alyah, Alhamdulillah inilah yang dinamakan rezeki,” kata Farawahidah yang lahir dari program realiti RTM . Single terbaharu yang mengisahkan kisah percintaan yang dikhianati ini dilancarkan di Mydin USJ Mall, Subang Jaya.

Johnny Depp

Bintang terkenal Bollywood dengan memengang watak utama dalam filem Pirates of the Caribbean sebelum ini pernah menggalas tanggungjawab sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan (sales promotion boys) di sebuah syarikat telefon ternama. Namun kini Johnny Depp dikenali ramai apabila dia telah berjaya menunjukkan bakat lakonan yang dimilikinya sehingga memberi kesan kepada penonton dengan apa sahaja watak yang dipegangnya.


21

27 September - 3 Oktober 2017

Seputar Artis Salena dapat 'hadiah' buah pinggang

elum jadi lywood Brad Pitt

Nama yang tidak asing lagi di Hollywood. Brad Pitt seorang jejaka yang disanjungi dalam perfileman pernah menjadi maskot ayam untuk sebuah restoran di Hollywood. Ternyata tidak mudah bagi pelakon popular ini menyara hidupnya sebelum bergelar seorang selebriti terkenal.

George Clooney

Mikrofon hinggap hidung Taeyang

Memikul watak utama dalam drama komedi The Descendants (2011), George Clooney sebelum ini pernah bekerja sebagai seorang penjual kasut wanita di sebuah kedai, ejen insuran dan juga pekerja kontrak pada usia mudanya.

Hugh Jackman

Bintang ternama Hollywood ini pernah menjadi guru pendidikan jasmani suatu ketika dahulu. Namun bakatnya lebih terserlah dalam bidang lakonan dan membuatkan bekas pendidik ini beralih arah menceburi bidang yang mendapat perhatian dunia.

Pierce Brosnan

Sentiasa berpenampilan kemas dan segak, Pierce Brosnan yang membintang filem The Foreigner 2017 sebelum ini pernah menjalankan tugas sebagai seorang 'fire-eater' pada zaman mudanya. Terkenal dengan fire-eater yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam melakukannya.

Salena Gomez terlalu menghargai jasa sahabat baiknya Francia Raisa yang sanggup bergadai nyawa, memberi sumbangan buah pinggang selepas dia mengalami radang buah pinggang. Salena telah yang memuat naik gambarnya di laman Instagram yang baring bersebelahan katil hospital sebaik menjalani pembedahan pertukaran buah pinggang baru-baru ini.

Siri jelajah oleh penyanyi kumpulan Big Band, Taeyang untuk bertemu peminat bertukar menjadi tragedi. Taeyang ketika beraksi di pentas mengalami pendarahan di hidung akibat ditimpa mikrofon. Difahamkan, pada awalnya mikrofon tersebut diletakkan di bahagian kakinya. Ketika hendak menggunakan alat pembesar suara tersebut, Taeyang telah tersalah teknik hingga menyebabkan mikrofon itu hinggap di hidung dengan kuat hingga mengakibatkan luka. Peristiwa ini berlaku ketika penyanyi itu mengadakan persembahan di California.

Jin digilai lelaki? Penyanyi Jin (BTS) bukan sahaja digilai oleh peminat wanita malah turut mendapat perhatian golongan lelaki gay. Koreaboo melaporkan perkara itu terdedah selepas ada pihak mewujudkan sebuah forum hanya untuk berbual mengenai Jin dan rata-rata adalah lelaki. Peminat ahli kumpulan BTS agak terkejut apabila Jin menjadi sasaran golongan itu namun memahami mengapa dia menjadi sasaran golongan homoseksual.


22

27 September - 3 Oktober 2017

RELEKS

Jom Wayang Filem: Luqman Bahasa: Melayu Genre: Drama Durasi: 1 jam 32 minit Pelakon: Wan Hanafi Su, Raja Ilya, Josiah Hogan Pengarah: Mahadi J Murat SINOPSIS Filem arahan Mahadi J Murat ini mengisahkan mengenai kehidupan Luqman yang merupakan seorang artis seni tradisional yang bergelut demi puisinya. Manakala isterinya Ayu, seorang penari tarian tradisional, digandingkan dengan pelajar bernama Marwan. Ayu kemudiannya berasa tercabar. Walaupun dia cuba untuk berpegang pada prinsipnya, dia akhirnya mengetahui yang dunia pasti berubah. Rentak dia jika dibandingkan dengan Marwan nyata berbeza. Di dalam diri Ayu, timbul konflik di antara tradisional dan moden dan Ayu semakin menerima konflik ini akan sentiasa berterusan. Filem: The Foreigner Bahasa: Inggeris Genre: Aksi / Ngeri Durasi: 2 jam 10 minit Pelakon: Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao, Katie Leung Pengarah: Martin Campbell

SINOPSIS The Foreigner dibintangi oleh Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao dan Katie Leung. Filem aksi ini mengisahkan tentang seorang pemilik restoran Cina iaitu Quan (Jackie Chan) di London yang mahu membalas dendam atas kematian anak perempuannya selepas restorannya dimusnahkan oleh pengganas Irish. Quan menggunakan pelbagai teknik untuk membalas dendam atas kematian anak kesayangannya. Lakonan mantap Jackie Chan membuatkan pengganas itu tidak menjangka kehadirannya.

Filem: Chasing The Dragon Bahasa: Kantonis Genre: Aksi / Jenayah Durasi: 2 Jam 10 Minit Pelakon: Donnie Yen, Andy Lau, Philip Keung, Kent Cheng Pengarah: Wong Jing, Jason Kwan SINOPSIS Filem ini berlatar belakang era 60 an. Ho telah melarikan diri ke Hong Kong dari Tanah Besar China, di ketika Hong Kong sedang dibelenggu dengan masalah kongsi gelap di bawah pentadbiran British. Dia kemudian mendapat bantuan daripada Detektif Lee Rock untuk melarikan diri dari seksaan Polis British. Ho mula dikenali sebagau Crippled Ho apabila dia menyelamatkan Rock yang terpaksa mengorbankan kakinya ekoran satu pertempuran. Kedua-dua mereka mula menjadi rapat dan mula menguasai Hong Kong. Penubuhan ICAC pada tahun 1974 telah memaksa Rock untuk bersara awal tetapi Ho masih nekad untuk menjadi raja dadah.


23

27 September - 3 Oktober 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Kerjasama perisik dua negara

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

FILEM arahan Matthew Vaughn kembali menemui penonton dengan Kingsman 2: The Golden Circle yang merupakan kesinambungan kepada filem Kingsman: The Secret Service pada 2015. Filem bergenre aksi ini dibintangi oleh pelakon Taron Egerton (Eggsy), Mark Strong (Merlin), Colin Firth (Harry Hart), Julianne Moore (Poppy Adams), Hal­ le Berry (Ginger Ale) dan Channing Tatum(Tequila). Kingsman 2: The Golden Circle mengisahkan Eggsy yang berhada­ pan musuh yang merancang membuat huru-hara dan ketenteraman negaranya. Atas faktor cintakan negaranya, Eggsy sanggup berkorban mempertahankan kedaulatan negara dengan mengum­ pul strategi bagi menentang hajat jahat musuhnya itu. Sebagai seorang pengintip, akhirnya dia menemui rakan sekerjanya dari Amerika Syarikat bagi menggerakkan siasatan mengkaji kelemahan musuh. Penonton bakal menyaksikan pel­ bagai adegan mencemaskan, aksi dan kepintaran strategi Eggsy dan States­ man berdepan musuh negara. Mempunyai misi yang sama dua organ­ isasi rahsia elit ini bersatu untuk ber­ sama-sama mengalahkan musuh yang kejam, dan sekaligus menyelamatkan dunia yang diancam rancangan jahat kumpulan tersbut. Tajuk: Kingsman: The Golden Circle Tarikh Tayangan: 21 September 2017 Durasi: 2 Jam 20 Minit Genre: Aksi, pengembaraan, komedi Pelakon: Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry Pengarah: Matthew Vaughn


24

27 September - 3 Oktober 2017

Mereka popular, tetapi ? Memiliki wajah seiras orang ternama mungkin menjadikan seseorang itu mudah dikenali, mahu dikenali dan mungkin juga merimaskan. Kita ikuti untung nasib mereka yang memiliki 'wajah popular' ini.

Mr. Bean

Dia sering diundang ke rancangan 'talk show' terbitan negara Brunei, Malaysia, Singapura dan China kerana gelagatnya mempunyai persamaan dengan Mr. Bean. Malah dia pernah kejang otot muka kerana terlalu kerap meniru gaya Rowan Atkinson ketika membawa watak Mr. Bean. Vico yang berasal dari Indonesia begitu meminati Mr. Bean dan rezekinya bertambah kerana ada sahaja syarikat penerbitan yang mahu dia muncul di dalam rancangan mereka kerana berjaya meninggkatkan 'rating' penonton.

Barack Obama

Sebuah universiti di Bandung, Indonesia pernah menerbitkan iklan 'Barack Obama' menceritakan pengalamannya belajar di universiti tersebut. Tetapi itu sebenarnya seorang lelaki tempatan bernama Ilham Anas yang memiliki wajah iras bekas Presiden Amerika Syarikat itu. Ilham yang bertugas sebagai juru gambar sebuah majalah hiburan di Jakarta semakin popular selepas itu dan rezekinya juga semakin mencurah. Majalah The Guardian pernah siarkan kisah Ilham. Banyak syarikat mempelawanya sebagai model, hingga ada syarikat dari Filipina tawarkan untuk dia jadi model produk kesihatan.

Jack Ma

Pemilik Alibaba, Jack Ma berjanji akan 'membesarkan' dan membiayai pengajian Fan Xiaoqin, 8 kerana memiliki wajah seiras dengannya. Gambar Fan pernah tular sebelum ini kerana memiliki wajah seiras tokoh terkaya di negara China itu. Fan lahir dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan dan tidak tahu menahu apa itu syarikat gergasi Alibaba dan siapa itu Jack Ma. Ketika pertama kali Jack Ma melihat gambar Fan di media sosial, dia menyangkakan itu adalah gambarnya ketika kanak-kanak.

Ronaldinho

Ada Ronaldinho versi Indonesia rupanya. Namanya Ronaldikin @ Sodikin. Anak kelahiran Jawa Barat ini memang begitu mirip Ronaldinho. Rambut, gigi, bentuk wajah, sampai gerak tubuhnya pun mirip Ronaldinho. Bahkan, Sodikin pernah 'mengelirukan' seorang wartawan dari Vietnam yang betul-betul yakin bahawa dia adalah Ronaldinho. Ketika Fabio Cannavaro ke Jakarta, Cannavaro juga terkejut dan sama sekali tidak menjangka ada orang Indonesia yang mirip Ronaldinho. Ekoran 'posting' Cannavaro ketika bergambar bersama Sodikin di akaun Twitternya, lelaki ini menjadi tular dan wajahnya pernah terpapar di majalah Mirror dan Eurosport yang menggangap Sodikin sebagai begitu luar biasa.

MENARIK MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 27 SEPT - 3 OKT 2017

Program TV: Pemanis Mulut Episod: 9 Tarikh: Khamis, 29 September 2017 Masa: 8.30 malam HOS Iman ke Alchemist Café untuk merasa hidangan ‘signature’ kafe ini iaitu ’lava coco.’ Iman juga singgah ke The Crusty Nest semata-mata kerana ingin merasai kek perkahwinan dan kek keladi.

Leonardo DiCaprio

Jejaka dari Sweden ini mengakui rimas untuk bersiar di tempat awam kerana terlalu ramai yang ingin bergambar dengannya dan memanggilnya Leonardo DiCaprio atau titanic. Akaun Instagram milik Konrad Annerud dibanjiri begitu ramai pengikut kerana ramai yang menyangka dia adalah hero filem Titanic. Ketika Leo meletup melalui Titanic, Konrad baru berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pelayan bar. "Saya nyaris mencukur rambut kerana benar-benar tidak selesa untuk keluar ke bandar, dikerumuni orang ramai yang ingin bergambar kerana menganggap saya adalah Leonardo DiCaprio. Itu adalah detik paling 'gila' yang pernah saya lalui dalam hidup," katanya.

Program TV: Analisa Episod: 3 Tarikh: Khamis, 28 September 2017 Masa: 8.30 malam SETIAP kali sambutan Maal Hijrah disambut di seluruh negara, pelbagai acara dan sambutan diadakan. Suasana di dewan besar, masjid, sekolah malah padang-padang daerah dipenuhi dengan acara sambutan yang meriah. Persoalannya sejauh mana umat Nabi Muhammad SAW memahami maksud hijrah. Apakah perkaitan anugerah Tokoh Maah Hijrah yang selalu didendang oleh media dengan kehidupan kita? Analisa mengupas rahsia di sebalik peristiwa Maal Hijrah dan maknanya yang sebenar. Program TV: FESYEN CHAMELEON Episod: 7 Tarikh: Rabu, 27 September 2017 Masa: 8.30 malam KALI ini misi hos Syeqyn ialah tema eksklusif di Hari Raya. Syeqyn ke Butik Shawl Publika dengan koleksi busana tampak mewah tetapi sebenarnya harga berpatutan dan temubual dengan pemiliknya Nurhidayu Zulkafli. Tatarias oleh Izzati Jamaludin.

Program TV: KEMBARA 2 RODA Episod: 13 Tarikh: Isnin, 2 Oktober 2017 Masa: 8.30 malam Kumpulan Kembara Dua Roda sudah memasuki hari ke 8 pada episod kali ini. Perjalanan mereka di bumi Thailand adalah dari Chiang Mai ke Khao Kho. Dipercayai keindahan alam Khao Kho sangat memikat hati sesiapa yang sampai di situ. Terletak di Phetchabun, Thailand, kawasan pelancongan ini masih berunsurkan alam semulajadi di mana pemandangannya yang begitu cantik ibarat berdiri di atas awan kerana kawasannya yang tinggi. Dikelilingi oleh bukit dan pokok-pokok yang cukup rendang, membuatkan suasana Khao Kho lebih sejuk dan bebas dari pencemaran. Nikmati keindahan Khao Kho dalam Kembara Dua Roda. Program TV: AL TIJARAH Episod: 8 Tarikh: Selasa 3 Oktober 2017 Perkhidmatan mencari jodoh di atas talian islamik? Al Tijarah menemubual Pengurus Portal TillJannah. MY, Mohd Nor Saiful Ghazali, pengasas serta pengendali Kursus Kahwin TTDI, Mubarak Mokhtar dan pengasas KahwinMall.com, Mohd KhairulNizam Haron berkongsi konsep perkhidmatan yang ditawarkan serta cabaran yang dihadapi di dalam industri ini. Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

27 September - 3 Oktober 2017

Kisah anak muda

KAM

Geng Ultra sedia platform bantu usahawan AZLAN ZAMBRY

TIDAK ramai kalangan anak-anak muda pada hari ini bersedia membimbing usahawan-­usahawan ba­haru secara per­cuma. Namun, bagi sekumpulan komuniti usahawan ini membe­ rikan perkhidmatan nasihat secara percuma adalah kepuasan mereka. Menurut pengasas Geng Ultra, Ku Addy Fadzly, 34 usahanya hanyalah untuk membantu usahawan yang sedang jatuh untuk kembali bersaing secara sihat di dalam dunia perniagaan. Ku Addy Fadzly, atau lebih dikenali sebagai Broku berkata, pengalamannya ketika me­ mulakan perniagaan sejurus tamat belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), banyak mengajarnya untuk membantu orang lain di dalam kesusahan terutama ketika perniagaan bermasalah. “Ketika saya berniaga dahulu, saya pernah memperolehi projek dlam jumlah jutaan ringgit dan apabila perniagaan me­rosot ia terpaksa ditutup, sukar untuk mendapat khidmat nasihat dan jika hendak memulihkan semangat untuk ke seminar perniagaan sekalipun ketika itu memang

Ahli-ahli Geng Ultra sedia memberi bimbingan kepada usahawan.

tidak mampu untuk bayar,” katanya. “Saya hampir membuat pinjaman dengan Ahlong untuk memulakan perniagaan dan membayar hutang-hutang orang perseorangan, namun atas nasihat seorang rakan, maka saya memohon bantuan daripada adik,” katanya lagi. Bertitik tolak dari situasi tersebut, Broku tekad untuk membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah perniagaan sekiranya perniagaannya berjaya

Geng Ultra

Broku terinspirasi dengan kisah Ultraman yang apabila ham-

pir kalah dalam perta­ rungan, lampu dibadan ultraman tersebut akan menyala dan membuatkan Ultraman itu ber­lawan sehingga menang. “Saya membuat analogi tersebut kerana kebanyakan u­ sa­ hawan yang dalam kesusahan memerlukan nasihat dan tunjuk ajar yang betul untuk meneruskan perniagaan mereka dan golongan yang datang ini, pada saya adalah ‘Ultraman’ yang akan berjaya dalam perniagaan mereka,” jelasnya. Broku yang juga dikenali sebagai ‘Ultra First’ dalam kala­ ngan keluarga besar Geng Ultra berkata, kewujudan kumpulan

Broku sedia memberi khidmat nasihat dan bimbingan secara percuma kepada usahawan.

Dana untuk usahawan SKIM Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehing­ ga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia adalah pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat ‘start-up’ dengan dana se­ banyak RM100 juta sehingga tahun 2017. Sehingga Siri 2 2017, sebanyak RM68.5 juta dana SUPERB telah diluluskan.

Program ini dibuka kepada Bumiput­ era yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi ku­ rang daripada tiga tahun. Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usaha­ wan yang berjaya dalam bidang perniag­ aan masing-masing.

ini tidak berasaskan keuntungan, sebaliknya kumpulan yang ditubuhkan pada 2016 hanya untuk membantu usahawan. “Saya mengasaskan Geng Ultra ini kerana saya mahu komuniti usahawan dikumpulkan agar rangkaian perniagaan dapat berkembang dan ma­ sing-masing memperolehi manfaat. “Setiap usahawan yang berjaya, mereka diwajibkan membantu dan membimbing mana-mana usahawan lain secara percuma sehingga usahawan boleh berdikari. “Prinsip utama Geng Ultra adalah ‘bantu dulu sebelum dibantu’ adalah untuk membentuk personaliti golongan usahawan agar sentiasa membantu orang lain yang hendak memulakan perniagaan. “Prinsip Geng Ultra akan menasihatkan agar bakal-bakal usahawan untuk berniaga dengan apa yang ada ditangan. “Sebagai contoh, sekiranya sesorang usahawan membuat keputusan untuk berniaga makanan, maka gunakan apa yang ada di rumah dan boleh terus berniaga tanpa perlu menunggu bantuan kewangan” katanya lagi. Setakat hari ini, Geng Ultra mempunyai lebih daripada 1000 ahli yang terdiri daripada komuniti usahawan seluruh negara. “Geng Ultra juga mempunyai 400 ahli tetap yang selalu mengi-

Antara usahawan berjaya di Malaysia

· Tan Sri Fernandes: Pengasas perniagaan syarikat penerbangan Air Asia. · Datuk Yusuf Taiyoob: Pengasas perniagaan kurma Yusuf Taiyoob. · Datuk Dr. Haji Ameer Ali Mydin: Pengasas pasar raya MYDIN. · Datuk Seri Vida: Pengasas produk kesihatan dan kecantikan Pamoga dan Qu Puteh. · Datuk Aliff Syukri Kamarzaman: Pengarah urusan dan pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan, D' Herbs Healthy Sdn. Bhd.

kuti sesi Ultra Talk dan 10 jawatan kuasa tertinggi yang merangka perjalanan Geng Ultra ini” katanya.

Anjur Ultra Talk

Broku juga menganjurkan sesi seminar perniagaan yang dinamakan Ultra Talk dengan menjemput usahawan yang telah berjaya untuk membimbing secara percuma. “Kami telah menganjurkan Ultra Talk sebanyak tujuh kali dan kekerapannya adalah seminggu sekali. Kini disebabkan masa yang terhad oleh pihak Geng Ultra dan Usahawan serta guru-guru niaga, maka kami merombak jadual kepada kekerapan dua minggu sekali dan lokasinya berubah-ubah mengikut penganjuran,” katanya. Broku menasihatkan kepada golongan muda yang ingin menceburi bidang keushawanan agar tidak meminjam modal daripada mana-mana pihak, sebaliknya gunakan dengan sumber yang ada. “Anak muda juga perlu banyak mempelajari ilmu keushawanan agar perniagaan yang bakal dibangunkan dapat bertahan lama dan usahawan tersebut mampu menjadi mentor kepada usahwan baharu.” katanya lagi.


26

27 September - 3 Oktober 2017

SALAM SEMUT

Mengapa biar anak keluar waktu ‘janggal’? PADA 26 April 2010, negara dikejutkan dengan kes polis me­nembak remaja di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam pada awal pagi. Dalam kes yang penuh kontroversi ini, seorang anggota polis di­ laporkan telah menembak Aminurashid dan setelah men­ jalani perbicaraan di mah­ kamah, akhirnya keluarga Aminurashid memenangi kes itu. Yang menjadi persoalan ketika itu ialah, apa yang dilakukan oleh remaja yang berumur 15 tahun pada 1 pagi di luar rumah? Banyak pihak yang berbelah bahagi dalam membincangkan hal ini ketika itu. Pada 18 Februari 2017, negara digegarkan dengan berita lapan remaja berbasikal maut dirempuh sebuah ke­ reta di Jalan Lingkaran Dal­ am, bersebelahan Tanah Per­ kuburan Mahmoodiah, Johor Bahru pada pukul 3 pagi. Ketika kejadian, terdapat 40 remaja di lokasi itu bersama dengan basikal yang telah diubah suai. Pada 14 September 2017, sekali lagi negara dikejutkan dengan apa yang dipercayai perbuatan sekumpulan remaja yang telah mengakibatkan ke­ bakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dato’ Ke­ ramat, Kuala Lumpur dan mengor­bankan 22 nyawa. Dalam ketiga-tiga kes di

atas, timbul satu persoalan yang sama iaitu mengapa re­maja dalam usia belasan tahun ma­sih berada di luar rumah pada awal pagi, waktu yang bo­leh mengundang pelbagai insiden membahayakan, juga kemungkinan untuk terbabit dalam hal-hal yang tidak diinginkan. Apabila membicarakan hal yang seperti ini, tidak dapat tidak peranan dan tanggungjawab ibu bapa akan dibangkitkan. Naib Pengerusi Yayasan Pen­cegahan Jenayah Malaysia , Datuk Kamarudin Md Ali berkata terdapat beberapa peruntukan mengikut Akta Kanak Kanak 2001 yang mana membolehkan ibu ba­pa remaja yang berkeliaran pada waktu yang ‘janggal’ se­ per­ti itu didakwa. Mengikut undang-undang, anak-anak ba­ wah umur sepenuhnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Sedangkan untuk menonton wayang di panggung pun ada larangan umur; dan perlu ada orang dewasa jika dikategorikan PG13. Jika dihantar ke hospital, mereka perlu ada tanda tangan ibu bapa untuk mendapatkan rawatan. Begitu juga jika ingin membuka akaun bank, perlu ha­dir dengan ibu bapa. Malah sekiranya mereka mahu menyertai rombongan sekolah atau apa-apa aktiviti di luar kawasan sekolah, perlu ada tanda tangan ibu bapa juga. Bagaimana mungkin dalam kes berada di luar rumah pada

Urus wang bersama AKPK

Tan Chee Hong, Ketua Cawangan, AKPK

Soalan Saya sedang buntu menghadapi masalah kewangan. Saya telah diistiharkan muflis oleh pihak mahkamah kerana kegagalan saya membuat bayaran terhadap satu pinjaman peribadi di sebuah bank. Ketika itu selama dua tahun saya tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap dan gagal membayar pinjaman. Saya ingin tahu, sekarang saya telah ada kerja dan pendapatan, adakah pihak AKPK boleh membantu saya dari segi aturan lainlain hutang yang saya masih tanggung seperti hutang kad kredit, perumahan dan beberapa pinjaman lagi. Hassan Shukri, Sri Petaling

waktu yang bukan sepatutnya, golongan ini boleh dibiarkan tanpa kawalan? Dalam menangani isu yang sudah berlarutan seperti ini, adalah lebih baik bagi kita semua untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian dalam apa juga bentuk atau kaedah berbanding semata-mata mencemuh ibu bapa atau waris yang berkenaan. Beberapa pakar psikologi remaja mencadangkan perkara berikut untuk mengurangkan kes remaja keluar lewat malam. 1) Tingkatkan komunikasi dengan anak-anak Ibu bapa harus membuka ruang untuk anak-anak ber­ko­ mu­nikasi dengan mereka secara jujur dan telus . Jangan dipandang rendah atau menjatuhkan maruah mereka. Dengar dan cuba faham dari sudut mereka. Jika hujah anak tidak boleh diterima, nyatakan secara baik dan berikan sebab supaya mereka boleh memahami dan menerima. Apabila wujud komunikasi terbuka, ibu bapa boleh mengesan tanda tanda awal masalah dan mengambil langkah berjaga-jaga. 2) Beri peluang untuk rekreasi Berikan peluang,ruang dan masa untuk anak-anak me­lakukan aktiviti kegemaran me­reka di rumah. Jika keperluan me­reka boleh dicapai dari rumah, maka itu mengurangkan ke­inginan mereka untuk berada di luar rumah.

Terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk menjawab soalan anda, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) tidak dapat menstrukturkan semula pinjaman- pinjaman di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) sekiranya seseorang itu telah diistiharkan muflis atau bankrap. Dalam situasi ini anda dinasihatkan supaya menghubungi cawangan terdekat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) secepat mungkin untuk urusan seterusnya, yang juga akan melibatkan hutang-hutang anda yang lain. Untuk makluman lanjut tentang MdI, sila melayari laman sesawang www.insolvensi.gov.my. Walaupun anda telah diistiharkan muflis, anda masih boleh mendapatkan khidmat kaunseling kredit daripada AKPK untuk pengurusan kewangan mengikut kemampuan anda. Khidmat kaunseling kewangan AKPK adalah kaunseling secara peribadi dan nasihat untuk pengurusan kewangan yang bijak seperti menyediakan bajet, aliran wang tunai dan hal-hal lain berkaitan kredit. Ianya juga merangkumi mempelajari bagaimana menangani bebanan kredit dengan penuh bertanggungjawab untuk masa depan yang lebih baik. Untuk pengetahuan orang ramai, proses tindakan undang-undang oleh penyedia kredit hanya akan bermula jika seseorang peminjam gagal membayar balik pinjaman mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan. Didalam

3) Kenali kawan dan pantau aktiviti Beri kebenaran untuk rakanrakan anak anda untuk membawa peralatan dan berkumpul di ru­ mah untuk melakukan aktiviti ke­ gemaran mereka. Jika ‘papan luncur’ adalah kegemaran me­reka, pastikan mereka bermain di tem­ pat selamat dan pantau jika boleh. Biarkan mereka bermain se­hingga penat dan itu akan me­ngurangkan niat untuk keluar ru­mah. 4) Tetapkan masa jika keluar rumah Memang tidak logik untuk me­ngurung anak di dalam ru­ mah. Ada masa mereka boleh dibenarkan keluar tetapi letakkan syarat. Pastikan mereka pulang untuk solat Maghrib atau jika mereka menunaikannya di luar, pastikan mereka berada di rumah sebelum pukul 9 malam. Jika me­ reka melanggar had waktu itu, jangan beri izin untuk mereka ke­ luar lagi. Terma ini harus di­per­ setujui dahalu sebelum ke­be­naran diberi. 5) Terangkan tanggungjawab ibu bapa Pastikan anak-anak faham bahawa ibu bapa akan didakwa jika anak terlibat dalam sesuatu yang membahayakan. Dengan itu, ibu bapa mempunyai tang­ gung­jawab dan hak untuk me­ larang mereka daripada ber­kawan dengan karakter yang men­ curigakan.

situasi ini, orang ramai dinasihatkan menghubungi pihak penyedia kredit untuk berbincang pembayaran balik baki pinjaman atau tunggakan ansuran secepat mungkin yang boleh. Kegagalan untuk berbuat demikian akan memaksa pihak penyedia kredit mengambil tindakan undang-undang, termasuk tindakan kebankrapan terhadap anda. Akta Kebankrapan 1967 membolehkan pihak penyedia kredit mengambil tindakan undang-undang kebankrapan jika jumlah pinjaman adalah RM30,000 ke atas. Berikut ialah di antara sekatansekatan keatas seseorang yang telah diistiharkan muflis/bankrap:1) Tidak boleh menjalankan perniagaan sama ada sendiri atau perkongsian tan­ pa kebenaran 2) Tidak boleh meninggalkan negara tan­pa kebenaran 3) Tidak boleh mengambil tindakan di Mahkamah tanpa kebenaran 4) Tidak boleh meminjam lebih daripada RM1000.00 tanpa memaklumkan status kebankrapan kepada pemberi pinjaman 5) Memegang jawatan atau penasihat atau pekerja sesuatu pertubuhan ber­ daftar Untuk maklumat lanjut tentang AKPK, sila hubungi pegawai kami di talian 03-26167766 atau melayari laman sesawang kami akpk.org.my. Terima kasih

ESAN RAVEN MURUG

6) Pastikan solat itu budaya mutlak keluarga jika keluarga Islam Jadikan satu tradisi ke­ luarga untuk solat ber­jemaah. Tidak kira di mana, solat Maghrib dan Isyak adalah waktu keluarga. Dan bagi yang bukan Islam, waktu makan malam adalah waktu kualiti keluarga untuk berbincang dan bertukar pendapat. Pengarah Eksekutif Shelter Malay­sia, James Nayagam ber­kata daripada seramai 3,000 responden kajian , 80% remaja suka keluar hingga larut malam. Walaupun dilarang, me­ re­ka tetap akan mencari jalan untuk bersama dengan rakanrakan. Menurut beliau, jika ibu bapa berada di rumah, bukannya susah untuk ambil tahu keberadaan anak mereka. Dengan kata lain, ibu atau bapa perlu berada di rumah untuk memastikan anak tidak berada di luar rumah pada lewat malam.

Berita Ringkas ‘Bunuh anak saya’ - Duterte

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan pihak polis supaya membunuh anaknya, Paolo Duterte sekiranya didapati terlibat dalam penyeludupan dadah. “Arahan saya ialah jika mana-mana anak saya terlibat dengan dadah, bunuh mereka, jadi orang ramai tidak boleh menuduh saya sembarangan,” ujarnya semasa berucap di Malacañang. Duterte berkata, beliau telah memberitahu anaknya mengenai arahan bunuh itu. Tambah Duterte, beliau akan melindungi polis yang membunuh anaknya sekiranya anaknya memang terlibat dengan dadah. Duterte membuat arahan itu selepas Senator Antonio Trillanes IV membuat dakwaan bahawa anaknya merupakan ahli kongsi gelap dadah China. Sebelum ini, Paolo Duterte dikaitkan dengan Kumpulan Davao yang didakwa menjalankan operasi penyeludupan dadah di Biro Kastam (BOC). Presiden Duterte sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sekiranya mana-mana anaknya terlibat dengan rasuah atau aktiviti haram lain.


27 September - 3 Oktober 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup

TRENDY

Blazer lengan panjang

Blazer ini banyak dijual di kedai pakaian dan gedung pernigaan. Blazer jenis ini banyak dipilih wanita bekerjaya untuk ke tempat pejabat. Ia sesuai dikombinasikan bersama kemeja dan juga t-shirt untuk gaya kasual.

Blazer lengan pendek

PIERRE DARRE

Apabila anda ‘mengenakan’ blazer jenis ini, anda akan mempunyai daya tarik yang tersendiri. Tidak sesuai digunakan pada musim sejuk (hujan) tapi terpulang jika anda seorang yang ‘kebal’ dan tahan sejuk. Sesuai digayakan bersama skirt dan juga seluar.

RM165

EAN 13

Blazer black

Blazer white

Belian secara online: www.mysale.my

RM98.04

Belian secara online: www.mysale.my

Blazer, tidak semestinya formal Blazer santai

Blazer ini bersifat santai yang mana sangat sesuai dipadankan ketika keluar rumah untuk ‘berjimba’ bersama rakan.

M&S COLLECTION

Floral print collarless jacket

RM148.48

Belian secara online: www.marksandspencer.com

MURNI REJAB

Blazer adalah salah satu busana yang mempunyai pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk bekerja, ‘berjimba’ dan sebagainya. Pemakaian blazer tidak terhad kepada majlis korporat sahaja, malah ia dapat dipakai untuk menampakkan anda tampil lain dari lain iaitu ‘lari’ sedikit dari gaya yang biasa anda gayakan. Kini terdapat pelbagai jenis blazer ikut fesyen semasa dan lebih trendy. Malah semua peringkat usia boleh menggunakan blazer untuk tampak lebih elegan and ranggi.

Tips memilih blazer

Blazer batik

Tidak mudah untuk melihat wanita yang berani tampil dengan blazer batik. Namun ia mempunyai daya tarikan yang boleh membuatkan mata akan tertumpu kepada anda jika pandai menggayakannnya. Ia amat sesuai dengan jiwa muda dan ‘stylish’.

FORTE FORTE Batik cropped jacket

RM5,680.96

Belian secara online: www.farfetch.com

· Tentukan warna dan motif blazer yang anda ingini. Antara warna yang menjadi pilihan adalah hitam, kelabu dan biru. Blazer warna gelap ini sangat sesuai digayakan oleh wanita bertubuh besar supaya kelihatan lebih kurus dan ramping. · Pastikan ukuran blazer yang dipilih sesuai dengan bentuk badan anda. Jangan memilih terlalu kecil dan terlalu besar untuk kelihatan sempurna. · Lihat sahaja trend terkini. Jadikan artis atau fesyen ikon sebagai rujukan anda supaya anda tidak dilabel sebagai ‘mangsa fesyen’.


28

MAKAN

27 September - 3 Oktober 2017

angin

Oleh : Amir Raihan Foto : Tourism Malaysia

BERUKURAN kira-kira 20 km panjang dan 12 km lebar, pulau yang terletak di daerah Rompin, Pahang ini menjadi lokasi popular kepada penyelam serta anda yang meminati aktiviti snorkelingkerana di dalam lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang. Tumbuhan hijau yang menyegarkan mata memandang, langit terbentang luas membiru, air laut dengan pasir pantai memutih dan berkilauan di panah mentari, keindahan hidupan di dasar lautan... semua ini bakal anda nikmati tatkala berkunjung ke Pulau Tioman. Di sinilah antara syurga dunia bagi anda yang tercari-cari lokasi yang mendamaikan dan menenangkan jiwa. Terdapat empat kampung utama yang ada di Pulau Tioman. Kampung Tekek yang terletak di bahagian utara pulau merupakan kampung yang paling besar serta ramai penduduknya. Disebabkan Kampung Tekek ini merupakan kampung utama dan jalan masuk ke Tioman melalui udara dan laut, ia turut bertindak sebagai pusat pentadbiran bagi pulau ini. Jadi, anda boleh menelusuri perkampungan ini dan juga membeli barangan yang anda kehendaki seperti

makanan, minuman, pakaian serta barangan keperluan rumah. Selain daripada itu, terdapat juga Kampung Salang, Kampung Air Batang dan juga Kampung Juara.

Snorkeling di Taman Laut

‘Snorkeling’! Aktiviti wajib anda di Taman Laut ini. Taman ini berdekatan dengan Kampung Tekek. Disebabkan Pulau Tioman dan pulau-pulau kecil di sini telah dizonkan sebagai taman laut demi menjaga ekosistem hidupan laut di sini, jadi sudah semestinya anda jangan melepaskan peluang untuk mengintai ikan-ikan comel pelbagai warna di sini. Jangan lupa bawa roti bersama kerana ikan-ikan yang berenang ini akan terus menerpa dan mengerumuni anda sejurus roti dihulurkan. Pastikan anda merakam momen indah ini kerana anda pasti akan teruja untuk melihat saatsaat indah itu kembali yang tidak ketahui entah bila bakal diulang lagi.

Intai terumbu karang yang menakjubkan!

Melihat keindahan terumbu karang yang berwarna-warni tentunya satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang mengerti akan nikmatnya. Pulau Chebeh - Bagi anda yang gemar menyelam, Pulau

Chebeh merupakan kawasan yang penuh dengan batu karang berwarna-warni, kaya dan padat dengan hidupan laut yang sungguh menakjubkan. Sisi lain pulau ini juga amat sesuai bagi anda yang gemar berenang. Jika anda ke sini, anda akan bepeluang melihat bukan sahaja ikan yang biasa didapati, malah anda bakal menyaksikan banyak keajaiban hidupan marin, antaranya ‘nudibranchs’ yang sungguh mempersonakan dan ‘tiger cowry’ yang begitu jarang berlaku. Pulau Tulai - Satu lagi lokasi menarik untuk snorkeling adalah di Pulau Tulai. Ia terletak kira-kira 45 minit dari Kampung Salang. Airnya yang jernih, pasir pantainya yang memutih, pepohon kelapa yang melambai, terumbu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni menjadikan Pulau Tulai ini lokasi terbaik untuk berenang dan juga berkelah. Di sini juga terdapat cerun dalam air dan banyak batubatu bersaiz sederhana. Spesies seperti ‘gorgonian sea fans’ dan ikan-ikan daripada spesies ‘huge scorpion’ merupakan antara yang popular di sini dan boleh didapati di muka batu. Sebuah keluarga pemastautin daripada spesies ‘wrasses humphead’ membuat bulatan di atas batubatu besar antara 15 hingga 20 meter dari paras laut. Batu Malang – Seandainya anda berpeluang ke Batu Malang,

Nikmati Keindahan Pulau Tioman

Landskap pantai yang menenangkan.

Mendapat jolokan ‘The Golden Sands’, Pulau Tioman merupakan antara salah satu tumpuan pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara.


29

27 September - 3 Oktober 2017

Keindahan khazanah dasar laut Pulau Tioman yang mempesonakan.

Mencuba sendiri aktiviti mencantik batik di perkampungan di Pulau Tioman.

anda akan dapat menyaksikan sebuah batu gunung di sini. Di sinilah kawasan selaman yang sangat popular kerana ianya cetek. Jika anda perhatikan, terumbu karang di sini kebanyakannya daripada jenis ‘hard potties’, ‘cabbage’, dan ada yang berbentuk pensel! Terdapat pelbagai spesies ikan, termasuklah belut ‘Moray’. Bagi anda yang gemarkan aktiviti berenang, di sini juga antara lokasi menarik buat anda. Pulau Labas - Satu lagi tarikan adalah di Pulau Labas. Di sini terdapat satu singkapan berbatu panjang yang membentuk pulau ini. Kawasan ini dipenuhi dengan terumbu karang ‘crevasses’ yang indah. Jangan tak tahu, pembentukan batu-batu ini jugalah yang menjadikan kawasan ini turut menjadi kawasan yang sangat menarik untuk berenang. Ketika menyelam, pastinya anda akan teruja saat menyaksikan sejumlah ‘gorgonian sea fan’ yang berwarna-warni, batu karang lembut, serta ‘Neptune’s cup sponges’. Selain daripada itu, anda pasti terpukau dengan keindahan pelbagai spesies cengkerang ‘cowry’ dan ‘nudibranchs’.

Bagaimana untuk ke sana?

Jika anda sudah tidak sabarsabar lagi untuk berkunjung ke Pulau Tioman, pulau ini boleh diakses melalui dua jeti iaitu Jeti Mersing, Johor dan juga Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki bot atau feri.

Tip:

- Anda dilarang sama sekali

daripada mengambil terumbu karang, kulit siput mahupun melakukan aktiviti yang boleh merosakkan alam semulajadi di pulau ini. - Aktiviti menangkap ikan pula tidak dibenarkan sama sekali dalam jarak 3 km radius dari pulau. - Tempat parkir tersedia di jeti lengkap dengan penjaga. Jadi, anda tak perlu risau untuk meninggalkan kereta anda sepanjang anda bercuti. - Sediakan ubat pening atau mabuk laut dari awal. Ditakuti anda bakal terhuyung-hayang tatkala berada di atas feri nanti. - Ada banyak pilihan chalet, kedai makan dan kedai runcit di sini. Jadi, usah risau jika ada barang makanan atau barangan lain yang anda terlupa bawa. Beli saja di sini. - Pemandangan di sini memang sangat indah, jadi jangan lupa bawa kelengkapan untuk merakamkan momen dan kenangan indah di sini. - Tak pandai berenang? Jangan risau kerana jaket keselamatan ada disediakan. Boleh duduk saja di dalam bot sambil melihat hidupan di dalam laut yang jernih airnya. - Anda harus mengatur jadual dan masa perjalanan dengan baik. Ada kemungkinan tiket feri sudah habis dan anda terpaksa menunggu lama dan membazirkan masa. Perjalanan feri pula bergantung kepada pasang surut air dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebagai alternatif, mungkin anda boleh memilih pakej yang ditawarkan. - Pakej biasa yang ditawarkan meliputi perkhidmatan feri pergi dan balik, penginapan, makan, barbeku, dan snorkeling.

Jeti Pulau Tioman

Bersedia untuk selam skuba!

- Jangan takut dengan per­ belanjaan jika hendak ke Pulau Tioman. Ini kerana pelbagai chalet harga bajet di­ sediakan untuk anda. Chalet paling popular untuk anda pilih bermula daripada pilihan harga yang

rendah: - Beach Shack - Pondok Tioman - Tamara Id Room Seaview Tioman - Permai Chalet Tioman - Island Reef Resort - Berjaya Tioman Resort Superior Chalet

- Tioman Island Resort - Paya Beach Resort Nah, anda sudah men­ dapat serba sedikit maklumat mengenai Pulau Tioman. Jadi, apa tunggu lagi? Jom rancang perjalanan dan perbelanjaan anda dari sekarang!


30

27 September - 3 Oktober 2017

Costa: Atletico tawar Chelsea ÂŁ57 juta ÂŁ57 JUTA. Itu nilai yang sedia dibayar oleh Atletico Madrid kepada Chelsea untuk mengesahkan perpindahan Diego Costa ke Wanda Metropolitano. Difahamkan, nilai itu juga yang terakhir dan paling tinggi ditawarkan. Jika Chelsea menolak, tiada lagi jumlah yang lebih tinggi akan dirunding. Atletico sememangnya mahu Costa kembali semula ke pangkuan mereka. Penjaring terbanyak The Blues musim lalu itu juga difahamkan telah berpindah ke Madrid untuk menjamin peluangnya dapat bersama semula dengan The Colchoneros. Musim lalu, penyerang berusia 28 tahun itu membantu The Blues merangkul trofi juara Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan 20 gol, sekali gus muncul penjaring terbanyak kelab. Bagaimanapun pada awal musim panas lalu, Costa mula bertelagah

dengan pengurus, Antonio Conte. Ini berpunca daripada SMS Conte kepadanya yang menyatakan namanya tidak ada dalam perancangan jurulatih itu untuk musim ini sekali gus memintanya mencari kelab baharu. Ketika itu, sudah timbul ura-ura Costa kononnya mendapat tawaran daripada sebuah kelab di China. Meskipun ura-ura itu tidak menjadi kenyataan, hubungan mereka bukan lagi retak malah telah menjadi belah. Walaupun secara rasmi namanya masih sebagai pemain Chelsea, Costa yang bukan sahaja terkenal dengan ketangkasan di padang tetapi juga seorang yang panas baran, suka memberontak dan keras kepala enggan turun berlatih bersama pemain-pemain lain. Dia terbang ke kampung halamannya di Brazil dan berada di sana dalam tempoh yang agak lama. Musim baharu ber-

32 Justeru, adalah berbaloi untuk Real selaku kelab No. 1 dunia berusaha mendapatkannya sekarang. Sementelahan pula, Ronaldo meskipun masih berbisa di depan gawang, dalam usia 32, dia boleh dianggap sudah menghampiri penghujung karier profesional. Dalam pada itu, Kane sendiri bukan sahaja dikatakan meminati gaya pengendalian pasukan oleh Zinedine Zidane tetapi juga presiden kelab, Florentino Perez. Namun, menurut Don Balon lagi, Kane bukanlah sasaran utama Zidane. Pengendali itu

mula namun Costa berkeras enggan kembali ke Stamford Bridge dan pada masa yang sama terus membuat kenyataan demi kenyataan yang semakin menjejaskan hubungannya dengan Conte, juga Chelsea. Pada masa yang sama, dia secara terbuka menyatakan keinginan untuk kembali ke Madrid. Namun yang menjadi halangan adalah, kelab dikendalikan Diego Simeone itu menghadapi larangan undang-undang mengambil pemain baharu hingga Januari depan. Costa bagaimanapun perlu segera mendapat peluang bermain bagi memastikan tempatnya dalam skuad Piala Dunia Sepanyol tidak terjejas memandangkan tarikh kejohanan yang semakin hampir. Namun, sekalipun persetujuan untuk dia berhijrah mungkin dicapai dengan nilai tawaran yang boleh dikira lumayan itu, Costa masih juga ti-

masih mengharapkan penyerang Arsenal, Alexis Sanchez untuk datang ke Santiago Bernabeu apabila jendela perpindahan dibuka semula Januari setelah hasrat itu terhalang, baru-baru ini. Jika Sanchez jadi meninggalkan Emirates, Kane hampir pasti tidak akan ditawarkan tempat dalam Los Blancos. Ini kerana selain faktor kos yang terlalu besar untuk membawa masuk kedua-dua bintang serentak, skuad itu sudah pun mempunyai ramai pemain hadapan yang ternama. Selain Ronaldo, mereka juga mempunyai Karim Benzema, Isco, Gareth Bale, Lucas Vasquez dan penyerang harapan masa depan, Barja Mayoral yang baru berusia 20 tahun.

dak akan mendapat peluang diturunkan hingga Januari bagi mematuhi larangan undang-undang yang dikenakan ke atas Atletico.

Begitupun, Kane masih mempunyai harapan jika Zidane mengambil kira pandangan di dalam bilik persalinan yang mana boleh dikatakan separuh daripada pemain Los Blancos, termasuk kapten Sergio Ramos tidak bersetuju Sanchez dibawa masuk ke dalam skuad itu. Mereka masih menyimpan sentimen terhadapnya sebagai bekas pemain Barcelona, musuh ketat Real.

Harry Kane

Diego Costa


31

27 September - 3 Oktober 2017

Lambaian terakhir F1 Sepang Teks MUHAMAD DIN HASANUDDIN Foto MOHD FAITH EZENE & SIC

TEPAT seperti nama yang diberi, F1NALE atau edisi ke 19 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix memahat satu tan­ da sejarah – F1 Sepang menghayunkan lambaian terakhir sekali gus menutup satu episod penting dalam sejarah su­ kan pemotoran negara. Ketika kempen memancing F1 bermula pada 1997, Ma­ laysia dipromosikan sebagai pintu baharu untuk perkemban­ gan sukan berkenaan di benua Asia. Jepun, yang telahpun menjadi penganjur tetap sekian lama, tidak menyerlahkan kemampuan untuk menghasilkan impak berkenaan. Umpan pancingan Malaysia itu dimakan oleh Bernie Ec­ celstone dan Formula One Management Ltd (FOM), yang menjadi pemegang hak dunia untuk penganjuran sukan per­ motoran. Malaysia diterima; tetapi disyaratkan supaya men­ gadakan litar perlumbaan yang menepati syarat-syarat ketat FOM sebelum ia dibenarkan menganjurkan acara berprestij itu. Cadangan awal adalah untuk menaikkan taraf Litar Lum­ ba Batu Tiga, Shah Alam. Ia, bagaimanapun, tidak dilihat sebagai praktikal; bukan sahaja melibatkan kos yang terlalu besar, tetapi juga kerana faktor logistik dan cabaran pengu­ rusan trafik pada hari perlumbaan. Maka, lahirlah Litar Antarabangsa Sepang atau Sepang International Circuit (SIC), yang kini telah dengan jayanya menganjurkan 18 acara F1 Petronas Malaysian Grand Prix sejak dan yang bakal menjadi hos kepada edisi yang terakhir dari 29 September hingga 1 Oktober ini. Selepas 1 Oktober ini, deruman jentera F1 tidak akan kedengaran lagi kerana SIC memutuskan bahawa acara berkenaan sudah tidak lagi ghairah atau 'sexy' kepada pasa­ ran Malaysia seperti ketika ia mula diadakan sejak 1999 dan pada tahun-tahun awalnya. Salah satu sebabnya adalah kejayaan Malaysia itu sen­ diri untuk menjadi pintu kepada perkembangan sukan ber­ kenaan di rantau ini. Selepas Malaysia, beberapa negara lain turut diterima sebagai hos - Bahrain, China, Singapura, Emriyah Arab Bersatu, India dan Korea Selatan. Ada yang melaksanakan projek F1 ini dengan jayanya; dan ada yang sedar bahawa ia adalah satu kesilapan kera­ na perbelanjaan yang terlalu tinggi. India dan Korea Selatan khususnya membuat keputusan awal untuk melepaskan hak berkenaan. Kini, tiba giliran Malaysia pula. Dalam kalangan anggota masyarakat terutama pengikut sukan pemotoran tanah air, pandangan mereka berbelah bagi mengenai keputusan itu. Malahan, ada yang menuduh ianya berbau politik kerana ingin melenyapkan legasi man­

tan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kini menjadi pengkritik paling kuat Kerajaan. Sama ada betul atau tidak pandangan berkenaan, yang pasti, projek F1 Malaysia ini sudah berakhir. Namun, perso­ alannya, adakah ia benar-benar satu F1NALE atau kepu­ tusan yang sementara. Mungkinkah, F1 akan kembali untuk mewarnai kalendar sukan pemotoran negara pada masa akan datang? Jika benar, F1 akan kembali ke Malaysia; sukar untuk membayangkan ia akan berlaku pada masa terdekat. Kera­ na, yang diperlukan untuk F1 menjadi satu acara tarikan tem­ patan adalah kehadiran pemandu yang benar-benar boleh dijulang sebagai wira negara. Jika penyertaan satu 'pasukan nasional', Malaysia su­ dah mempunyai PETRONAS sebagai pembawa obor nega­ ra. Nyata, itu tidak mencukupi untuk memikat para peminat walaupun pasukan tajaan PETRONAS, Mercedes F1 sudah tiga tahun berturut-turut muncul juara dunia untuk kedua-dua Kejuaraan Pemandu dan juga Kejuaraan Pengeluar. Besar kemungkinan, ia akan memenangi kedua-dua ke­ juaraan berprestij itu sekali lagi musim ini. Agenda memasukkan Alex Yoong sebagai wakil negara sukan itu tidak memberikan impak yang dihasratkan. Mala­ han, ramai yang mempersendakan keupayaan Alex; yang nyata terlalu jauh dari aspek bakat dan keupayaan berdasar­ kan standard tinggi Formula 1. Bersaing dengan pasukan Minardi, yang secara tidak rasmi diletakkan pada tahap tiga dalam kalangan pasu­ kan-pasukan yang bertanding, menyukarkan lagi misi Alex untuk mencipta impak dalam F1. Sepanjang 18 tahun sejak 1999, pelbagai strategi dicu­ ba dan dibuat eksperimen berdasarkan kepada kejayaan li­ tar-litar antarabangsa yang lain. Daripada 'roadshow' yang menjelajah Eropah dan Asia pada tahun-tahun awal kepada program-program khas dengan kumpulan belia dan seko­ lah-sekolah serta konsert-konsert antarabangsa, impak yang dihasilkan tidak seperti dilihat pada apa yang dicapai oleh

Grand Prix Motosikal Malaysia. Sekali gus, ia menyakinkan SIC dan Kerajaan Malaysia untuk mengikut jejak langkah beberapa hos-hos lain ter­ masuk India dan Korea Selatan untuk mengakhiri hubun­ gan mereka dengan FOM, yang meletakkan yuran bernilai berpuluh juta ringgit untuk hak penganjuran acara berke­ naan. Pada awalnya, ia dapat dijustifikasikan dengan pende­ dahan atau 'mileage' antarabangsa yang meluas khususnya dengan agenda utama negara ketika itu untuk mempromo­ si Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Selang beberapa tahun, justifikasi ini sudah tidak lagi boleh digunakan sekali gus menjurus kepada perpisahan ini. Dengan kata mudah, F1 sudah hilang serinya. Bukan saja di kalangan para peminat sukan pemotoran di Malay­ sia; tetapi juga di seluruh dunia. Populariti yang menjunam ini turut melihat Eccelstone menjadi mangsa dan akhirnya kehilangan kedudukan beliau sebagai 'supremo' dalam su­ kan berkenaan. Walau apapun elemen-elemen negatif dilemparkan kepada projek F1 Malaysia ini, ia sebenarnya telah mem­ berikan impak yang diingini kepada perkembangan sukan pemotoran negara. Satu perkara jelas adalah kewujudan SIC itu sendiri dan program-program pemotoran yang di­ hasilkannya. Sukar untuk membayangkan Malaysia mempunyai acara-acara sukan pemotoran hebat seperti Sepang 12 Hours dan perlumbaan lasak Merdeka Millennium Endu­ rance Race sebelumnya, Sepang 1000 Kilometer, Malaysia Championship Series dan Malaysian Speed Festival jika tidak kerana minat dan kesedaran yang dicetuskan oleh F1. Kerana itu, terima kasih kepada Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix. Anda sebenarnya telah melaksana­ kan objektif anda dengan cemerlang untuk meledakkan atau 'jump-start' transformasi sukan pemotoran negara dan menjadi pemangkin atau 'catalyst' kepada pembangunan sukan ini. Selamat Tinggal F1; dan Terima Kasih.

Mourinho cari pengganti Carrick RED DEVILS mungkin boleh dikira mempunyai barisan yang mantap musim ini namun itu masih belum cukup bagi Jose Mourinho. Baru-baru ini, pengendali itu dilaporkan telah menghantar ejen untuk meninjau pemain yang berpotensi untuk dibawa ke Old Trafford apabila jendela perpindahan dibuka semula pada Januari. Bagaimanapun, yang dicari bukan lagi pemain barisan hadapan. Mourinho dikira sudah tidak lagi mempunyai masalah di barisan hadapan dengan kemasukan Romelu Lukaku. Apa yang diusahakannya Michael Carrick

Saul Niguez

ialah memantapkan lagi bahagian tengah. Kehadiran Nemanja Matic yang baru dibeli dari Chelsea, baginya masih belum memadai. Tambahan pula apabila Paul Pogba perlu direhatkan selama beberapa minggu lagi ekoran masalah kecederaan. Mourinho kini memberi tumpuan untuk mendapatkan pengganti kapten Michael Carrick yang belum lagi diturunkan – walaupun sekali – dalam perlawanan liga. Carrick, 36, yang menyertai Red Devils dari Tottenham Hotspur pada 2006, pada masa ini adalah pemain yang paling berusia dalam skuad. Namun dalam usia itu, dia dikira sukar untuk menandingi kepantasan pemain lain yang lebih jauh lebih muda, juga memenuhi keperluan taktikal jurulatih. Ini menyebabkan Mourinho perlu mencari pemain baharu, tambahan pula kontrak Carrick hanya tinggal musim ini sahaja lagi. Untuk itu, Mourinho baru-baru ini menghantar ‘spy’ ke Rome ketika perlawanan Liga Juara- Juara melibatkan AS Roma dan Atletico Madrid berlangsung. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pemain tengah kedua-

dua kelab itu, Radja Nainggolan dan Saul Niguez. Nainggolan, pemain asal Belgium mewakili Roma manakala, Niguez dari Sepanyol. Jika satu atau keduadua pemain itu jadi berhijrah ke Old Trafford pada Januari, ini akan jadi petanda bahawa Carrick hanya akan memanaskan bangku simpanan hingga penghujung musim.


32 31

Selamat tinggal F1

Keluaran 27 September - 3 Oktober 2017 2017

SASARAN

REAL MADRID

31

Pengganti Carrick

Harry Kane

JENDELA perpindahan musim panas sudah pun ditutup. Itu bagaimanapun tidak menutup pintu spekulasi perpindahan pemain yang akan menyusul pada Januari. Antara yang menjadi perhatian ialah bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane. Kane - penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan 29 gol dalam 30 penampilan - mengikut laporan majalah bola sepak terkemuka Sepanyol, Don Balon, kini jadi sasaran Real Madrid. Sumber Don Balon menyatakan, pengurusan Los Blancos melihat Kane mempunyai karakter yang hampir sama, malah boleh dianggap sebagai ‘pengganti semulajadi’ Cristiano Ronaldo. Berbekal usia yang baru mencecah 24 tahun selain reputasi sebagai peledak gol yang hebat, penyerang skuad Three Lions itu adalah aset yang hebat untuk pasukan dalam jangka masa panjang.

30

£637j untuk Isco Isco

DENGAN prestasinya yang kian memuncak, Real Madrid ‘mengikat’ Isco dengan kontrak baharu hingga musim panas 2022. Bukan itu sahaja, menguatkan lagi ikatan ialah klausa pelepasan mencecah £637 juta. Sebelum menandatangani kontrak lima tahu itu, Isco yang pernah mewakili Malaga, jadi sasaran musuh ketat Real, Barcelona. Kesungguhan Barca jadi tekanan buat Isco sendiri apabila dia jarang

diberikan peluang untuk berada dalam kesebelasan utama Los Blancos selama beberapa bulan. Selain itu, disebabkan isu yang sama, rundingan untuk kontrak baharunya juga mengambil tempoh lebih lama daripada yang sepatutnya. Namun sudah rezeki, kejatuhan prestasi Gareth Bale akhirnya memberikan Isco ruang untuk membuktikan kebolehan, juga ‘kesetiaannya’ kepada kelab. Dalam pada itu, Zinedine Zidane sendiri sememangnya mempunyai keyakinan terhadap keupayaan Isco untuk menyerlah apabila sampai masanya dan inilah yang mendorong dia diberikan peluang. Akhbar Sepanyol, Diario Gol melaporkan, pemain itu menolak tawaran Barcelona kerana adanya Lionel Messi di sana.

“Saya tidak tahu apa status Messi di kelab itu, adakah kelab cukup bermakna baginya sama seperti dia dianggap begitu bermakna bagi kelab? Dan jika saya pergi ke sana, adakah penghijrahan itu juga akan memberi makna bagi diri saya,” katanya. Menurut Isco, meskipun kelab itu mempunyai beberapa pemain lain bertaraf bintang seperti Andres Iniesta dan Luis Suarez, Messi adalah pemain utama mereka. Isco pernah bertemu Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu. Bartmoemu sendiri bagaimanapun gagal untuk memujuknya ke Camp Nou. “Tekad saya adalah untuk berjaya di sini, mahu merangkul banyak gelaran kejuaraan. Tidak ada kelab yang boleh mencapai ini semua lebih banyak dan lebih baik berbanding Real,” katanya.

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.