PE RC UM A
ISU 02
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
Cantiknya Cikgu Myvellna! 25 JANUARI 2017
HARGA RUMAH
AKAN JATUH?
18
Anuar Zain fobia air
Yang sekarang berharga RM600,000 dijangka turun hingga RM400,000
20
MURNI REJAB
PETALING JAYA – Seorang pakar ekonomi menjangka harga rumah yang sekarang melambung, akan jatuh tidak lama lagi. Prof. Dr. Ho Kee Ping (gambar) berkata, apabila kejatuhan harga berlaku, unit hartanah yang sekarang dijual dengan harga RM600,000 boleh dibeli pada RM400,000 sahaja. “Itu mungkin akan berlaku dalam masa beberapa tahun akan datang. Sekarang Rehda (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) pun mengaku pasaran hartanah lembap. Apabila pasaran lembap, harga akan jatuh,” tegasnya. Sehubungan itu, Dr. Ho mengingatkan pemaju supaya jangan tamak menaikkan harga kerana itu akan menyebabkan prospek perniagaan mereka semakin sempit. “Kalau mereka (pemaju) sanggup jual dengan harga yang lebih rendah, mereka akan dapat bakal pembeli yang lebih ramai. Buat apa jual mahal kalau orang tak mampu beli?,” katanya.
2,3
Tauke Mydin kaki bola rupanya! 23
Gong XI Fa Cai
Panduan berhujung minggu di muka 14
AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA
TERBIT SETIAP RABU
MINGGUAN WARTA PERDANA
Ambil. Baca. Kongsi.
2
25 JANUARI 2017
BELI SEKARANG SEPERTI ‘BUNUH DIRI’
PETALING JAYA – Beli rumah atau hartanah dalam keadaan ekonomi suram seperti sekarang boleh diumpamakan seperti ‘bunuh diri’, kata seorang perunding berpengalaman, Ernest Cheong (gambar). Menjelaskan lebih lanjut, Cheong berkata, pasaran hartanah
tidak wujud secara berasingan. “Justeru, kita perlu beri perhatian terhadap keadaan ekonomi tempatan dan global (sebelum membuat keputusan),” katanya dipetik daripada portal Free Malaysia Today. Menurut Cheong, mereka yang menyewa rumah tidak harus berasa gusar kerana masih mempunyai bumbung untuk keluarga berlindung. “Jangan terpengaruh apabila ada pihak memberitahu anda perlu membeli rumah dalam keadaan sekarang sedangkan anda mungkin tidak dapat bayar ansuran dalam jangka masa panjang. Memang ada dakwaan kononnya beli rumah adalah pelaburan jangka panjang kerana nilai hartanah tidak akan jatuh. Soalnya, apa akan berlaku jika berlaku situasi anda tidak mampu bayar ansuran nanti,” ujarnya. Menurut Cheong, dalam keadaan
muka depan
Pemaju jangan simpan unit tak laku WARTA dalam edisi 18 Januari 2017 menyiarka kenyataan Presiden Rehda, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor yang mengakui pasaran hartanah tahun ini dijangka kekal lembap. Menurut beliau, ini disebabkan faktor ketidakmampuan, penolakan permohonan pinjaman yang tinggi serta isu makro ekonomi seperti peningkatan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang kecil. Dr. Ho turut mengingatkan pemaju supaya jangan simpan unit rumah yang tidak laku dalam keadaan sekarang sebaliknya turunkan harga. “Kalau buat begitu, saya yakin mereka akan dapat jual setiap bulan,” ujarnya.
ekonomi tidak menentu seperti sekarang, menyewa rumah adalah lebih wajar berbanding membeli. “Apabila menyewa, anda mempunyai fleksibiliti. Katakanlah dalam keadaan anda menyewa rumah RM2,000 sebulan dan tiba-tiba anda kehilangan kerja (pendapatan),
anda boleh berpindah ke rumah sewa yang lebih murah. Anda tidak boleh buat begitu jika anda beli rumah dan perlu bayar ansuran sebanyak itu secara tetap setiap bulan,” katanya yang berpengalaman selama lebih 40 tahun dalam bidang berkenaan.
Sewa rumah lebih bijak PETALING JAYA – Sekarang bukan masa yang sesuai untuk beli rumah, kata Prof. Dr. Ho Kee Ping. Menurut beliau, rumah sememangnya aset yang perlu dimiliki tetapi membeli rumah daam keadaan ekonomi tidak menentu hanya akan menambahkan lagi beban seseorang. “Elak buat pinjaman sekarang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik. Berhutang atau buat pinjaman dalam keadaan sekarang akan buat kita lebih terbeban,” katanya ketika dihubungi WARTA. Dr. Ho berkata, menyewa rumah dalam keadaan sekarang disifatkan langkah lebih bijak berbanding membeli rumah. “Anda hanya perlu ‘pick and chooes’. Sewa rumah sekarang lebih murah dibandingkan anda perlu bayar pinjaman bank yang jauh lebih tinggi dan mengambil masa hingga 30 tahun untuk habis,” katanya. Dr. Ho bagaimanapun tidak menafikan bahawa rumah adalah aset yang perlu dimiliki, terutama oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. “Tapi jangan dalam keadaan ekonomi seperti sekarang. Jangan
terburu-buru, tunggu ekonomi negara kita semakin baik baru beli rumah,” katanya. Dr. Ho juga menyarankan pihak kerajaan untuk berperanan mengehadkan pinjaman yang boleh dibuat oleh pembeli rumah. “Hutang yang banyak boleh menyebabkan krisis dalam sistem kewangan. Kerajaan perlu belanjakan lebih banyak bajet kepada rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) supaya rakyat tidak terbeban untuk memiliki rumah terutama bagi yang berpendapatan rendah,” katanya.
3
25 JANUARI 2017
REHDA: BANK PUNCA JUALAN MEROSOT
PETALING JAYA - Syarat terlalu ketat pihak bank yang dikenakan kepada pembeli rumah menjadi faktor utama menyumbang kepada penurunan jumlah jualan aset itu. Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing berkata, syarat pihak bank yang terlalu tinggi menjadi penghalang kepada pembeli yang ingin memiliki rumah pertama. Dia turut menjangkakan jualan rumah akan terus jatuh tahun ini. Dalam satu kenyataan Jerry ber-
kata, pada 2016 lalu, jualan rumah memang merosot, dan kemerosotan dijangka terus berlaku pada 2017. Katanya, selain syarat kelulusan bank yang ketat, kos pengurusan yang terlalu tinggi dibayar kepada kerajaan negeri memaksa pengguna melupakan hasrat memiliki rumah pertama. Jerry menolak dakwaan harga rumah terlalu tinggi menjadi faktor kemerosotan jualan. Menurutnya, harga yang ditawarkan berdasarkan nilai semasa hartanah. “Dari pihak pemaju, harga tidak
Harga rumah bukan penghalang minat pembeli
boleh turun sebab kita lihat keuntungan tidak tinggi, ditambah kos pembinaan tinggi, syarat yang dikenakan pihak kerajaan juga ketat, malah kebanyakan pemaju menghadapi masalah jualah tidak akan meneruskan projek baharu sebaliknya cuba menyelesaikan jualan rumah yang sedia ada terlebih dahulu,� katanya. Sementara itu, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) yang memantau pertumbuhan sektor hartanah negara mengeluarkan kenyataan, peluang pekerjaan yang lemah serta kebimbangan kehilangan kerja antara sebab jumlah
jualan rumah bagi suku ketiga 2016 mencatatkan penurunan 14%. Menurut Napic, sepanjang suku ketiga antara Julai hingga September lalu, sebanyak 49,640 buah rumah yang terjual berbanding 52,486 buah pada suku kedua antara April hingga Jun 2016, dan 57,662 bagi suku ketiga 2015. Nilai transaksi jualan rumah sepanjang suku ketiga 2016 mengalami penurunan 12% berbanding suku ketiga 2015, dan 6.6% bagi suku kedua 2016. Kejatuhan jualan rumah paling ketara dalam kategori rumah berharga RM50,000 hingga RM250,000. - FMT
Harga rumah ditentukan oleh bekalan dan permintaan. Antara faktor yang boleh mendorong kejatuhan harga hartanah termasuk 1. Kenaikan kadar faedah bank: Hal ini mengakibatkan kenaikan jumlah bayaran ansuran sehingga ke tahap membebankan. 2. Kemerosotan ekonomi, seperti kejatuhan harga minyak dunia: Ini secara tidak lansung akan meningkatkan kadar pengangguran seterusnya tidak mampu membeli hartanah. 3. Pembeli hilang keyakinan terhadap pasaran hartanah, dan ini boleh menyumbang kepada kemerosotan permintaan terhadap hartanah. 4. Perubahan demografi, misalnya berlaku migrasi besar-besaran yang mengurangkan jumlah permintaan. 5. Lebihan tawaran dan bekalan dalam pasaran hartanah.
TAHNIAH WARTA Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada penerbit dan karyawan akhbar mingguan WARTA atas kejayaan penerbitann edisi sulung akhbar itu 18 Januari lalu. Ucapan itu disampaikan Perdana Menteri kepada Ketua Pengarang WARTA, Muhamad Mat Yakim dalam pertemuan selepas majlis perasmian Pusat Internet 1Malaysia Desa Pandan Kuala Lumpur pada 20 Januari. Foto NASHRUL HAQ
4
25 JANUARI 2017
UTAMAKAN KONSEP 3E KUALA LUMPUR Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus memperkasakan konsep 3E bagi membolehkan jabatan itu melaksanakan usaha transformasi untuk melaksanakan tugas dengan lebih dinamik. Demikian prinsip utama yang dikongsi Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Ab Salim Mansor yang dilantik 17 Januari lalu, bagi menggantikan Mustafa Mohd Nor yang berpindah ke Jabatan Sumber Manusia DBKL. Konsep 3E itu adalah mengenai Pendidikan, Perhubungan dan Penguatkuasaan. Ab Salim, 59, berkata, beliau sering memberi keutamaan kepada disiplin dan tingkah laku anggota dan pegawai penguat kuasa agar mereka menjalankan tugas dengan lebih efisien dan tangkas. “Masyarakat sekarang mahukan sesuatu yang terbaik, oleh itu kita kena beri mereka perkhidmatan
yang terbaik dan itu yang saya akan buat,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas, barubaru ini. Ab Salim berkata beliau juga memandang serius beberapa isu yang perlu diberikan perhatian seperti
masalah penjaja haram, pengotoran bandar raya dan juga kesalahan lalu lintas yang perlu ditangani segera. Katanya, beliau akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin agar penduduk Kuala Lumpur berada dalam keadaan selesa dan sejahtera. Ab Salim telah berkhidmat dengan DBKL kira-kira 35 tahun bermula sebagai pegawai perhubungan media DBKL pada 1982. Jawatan terakhir beliau sebelum ini ialah sebagai Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan, dan Sukan DBKL. BERNAMA
Pengerang, pemangkin Koridor Johor Timur
KOTA TINGGI - Pengerang dilihat akan menjadi pemangkin pembangunan Koridor Johor Timur sekali gus menjadi kawasan pertumbuhan baru untuk negeri Johor. Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Pengerang boleh menjadi titik permulaan untuk membangunkan timur Johor sebagai daerah ekonomi utama dan berkepentingan global. “Perkara ini sekaligus mengelakkan berlakunya pemusatan pembangunan yang tidak sekata,” katanya dalam ucapan pelancaran pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang di Bandar Penawar. Kawasan tersebut belum pernah dibangunkan secara besarbesaran dan beliau yakin banyak lagi manfaat ekonomi yang boleh dijana jika timur Johor dimajukan. “Ia (Pengerang) mesti menjadi kawasan pertumbuhan baru di rantau ini dan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) adalah permulaannya. Ia harus menjadi pemangkin untuk melonjakkan potensi ekonomi timur Johor,” katanya lagi. PBT Pengerang yang dipertanggungjawabkan kepada Johor Corporation, akan merangka dan menentukan hala tuju serta pelaksanaan yang baik untuk Pengerang seluas 128,830 hektar. Kawasan pentabiran itu termasuk zon perindustrian Pengerang Integrated P e t r o l e u m Complex (PIPC) seluas 8,093 hektar.
Tahniah atas kejayaan penerbitan edisi sulung
daripada
5
25 JANUARI 2017
APA TUGAS YB? AMERUL MUNER MOHAMMAD
KITA akan menghadapi pilihan raya umum ke 14 selewat-lewatnya Mei 2018. Bagi rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan berdaftar sebagai pengundi, ini adalah suatu peluang keemasan yang tidak seharusnya dibiarkan berlalu tanpa menggunakan hak masing-masing untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk mewakili rakyat ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Warga kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan memilih 13 daripada 222 orang Ahli Parlimen sebagai wakil kepada rakyat di dalam Dewan Rakyat. Apakah peranan Ahli Parlimen atau wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya? Menurut sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, Parlimen atau legislatur adalah badan utama menggubal undang-undang. Oleh itu, tugas utama wakil rakyat adalah menggubal dan meluluskan undangundang. Undang-undang diwujudkan bagi memastikan hak dan tanggung jawab setiap individu dan badanbadan yang dikorporatkan ditetap kan dengan jelas supaya apabila
undang-undang yang dilaksanakan, keseluruhan anggota masyarakat akan mendapat manfaat daripada undang-undang tersebut. Adalah menjadi lumrah di negara ini bagi anggota masyarakat terutama di luar bandar meletakkan harapan yang tinggi ke atas ahliahli Yang Berhormat - yang biasa dipanggil YB - untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebagai pemimpin masyarakat dan bagi menjamin populariti mereka, ahli-ahli Yang Berhormat akan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat walaupun dalam banyak keadaan, masalah-masalah yang dibangkitkan bukanlah dalam bidang kuasa atau rangka kerja seseorang wakil rakyat. Mereka secara automatik akan menjadi tempat mengadu dan penyelesai masalah masyarakat. Melalui pelbagai mekanisme yang diwujudkan di Parlimen, seperti PAC (Jawatankuasa KiraKira Wang Awam) dan lain-lain jawatankuasa yang ditubuhkan dari masa ke semasa, Ahli-Ahli Parlimen akan menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan memerintah. Peranan ini amat penting bagi memastikan sistem tadbir urus
dalam pentadbiran negara dapat dilaksanakan dengan berintegriti. Di samping itu, wakil-wakil rakyat juga mempunyai ruang untuk mengenengahkan masalahmasalah rakyat agar dapat diselesaikan oleh pihak-pihak berkuasa. Bagi Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang, mereka juga memainkan peranan yang penting sebagai ‘pemeriksa kualiti’ bagi perkara-perkara yang dilakukan oleh parti pemerintah. Harus ditekankan bahawa YB bukanlah ‘Superman’ yang boleh menyelesaikan semua masalah rakyat, namun sebagai wakil rakyat, YB seharusnya menjadi perantara atau orang tengah bagi rakyat menyuarakan hasrat mereka dalam persidangan Parlimen, juga menyampaikan hasrat kerajaan
kepada rakyat. Ini adalah sejajar dengan prinsip asas demokrasi iaitu kerajaan dilantik oleh rakyat untuk rakyat. Dalam sistem pilihan raya Malaysia yang diwarisi daripada sistem di Westminster, United Kindom, calon-calon yang bertanding adalah dipilih oleh parti-parti politik, kecuali calon Bebas iaitu calon yang tidak mewakili mana-mana parti politik yang berdaftar. Oleh yang demikian, soalan yang sering ditanya adalah sejauh manakah wakil rakyat menyuarakan hasrat rakyat, bukannya hasrat parti politik? Apa pun soalan, jangan sia-siakan hak sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi. * Penulis adalah bekas pengamal undangundang dan seorang pemerhati politik yang prihatin. Beliau boleh dihubungi menerusi amerulmohammad@gmail.com
6
25 JANUARI 2017
1
2
3 4
WARTA
temui warga kota
5 1) Penerbit WARTA, Noor Azman Yusof turun padang mengedarkan WARTA kepada penumpang LRT di KL Sentral. 2) Pengurus Pengedaran, Sabri Abd. Wahab mengedar WARTA dalam tren. 3) Pengarah Akaun WARTA, William Quek turut memeriahkan acara pelancaran. 4) Pelancong asing ketika pelancaran. 5) Boboiboy menarik perhatian pengunjung KL Sentral
7
25 JANUARI 2017
ISU YANG LEBIH SEGAR
BERITA PADAT
KOLUM KHAS UNTUK WANITA
Fenomena yang mengujakan. Saya tak pernah membayangkan akan ada akhbar berbahasa Melayu yang percuma. Lari dari kebiasaan dan saya harapkan berita akan datang lebih padat dan terkini. Bagaimanapun ia usaha bagus memberi informasi kepada warga kota supaya lebih peka dengan program sekitar Lembah Klang.
Pada zaman digital dengan semua akses di hujung jari, saya sendiri kurang membaca surat khabar. Namun dengan kehadiran WARTA percuma, ia inisiatif bagus untuk mengembalikan minat membaca secara tradisional. Ruangan juga menarik cuma mungkin boleh diadakan kolum khas untuk pembaca wanita. Selain itu boleh juga sediakan baucar dan peraduan bagi menambahkan rasa se ronok pembaca.
Megat Syawaluddin Othman, 28
Pertama kali menatap WARTA, saya rasa ia agak berbeza dengan akhbar lain. Pilihan ‘font’ yang le bih segar dan kolum yang menarik membuatkan saya membelek dari helaian pertama hingga habis tanpa sedar. Paling saya suka kolum Libur dan TRENDY, mohon lebihkan info untuk kolum tersebut. Noor Yasmin Farahanim, 29
ISU DINAMIK, ASPIRASI WARGA KOTA Saya melihat WARTA mengambil konsep mendekati masyarakat dengan pelbagai isu dan trivia yang menarik lagi bermanfaat. Dengan perubahan pantas dalam pelbagai segmen hidup masyarakat, akhbar ini perlu terus memainkan peranan mengupas isuisu yang kredibiliti secara dinamik dan menyantuni aspirasi semua lapisan rakyat. Lebih mengujakan ia digalurkan dalam bahasa kebangsaan yang pasti lebih dekat dengan parameter jati diri nasional kita.
Aznina Ismail, 33
Afnan Abdullah, 39
APA KATA PEMBACA WARTA menerima banyak respon daripada pembaca keluaran sulung akhbar ini. Pihak editorial mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan. Berikut adalah sebahagian daripada komen yang dapat kami siarkan
WUJUDKAN PERADUAN Pertama kali saya melihat WARTA di stesen LRT Universiti. Menarik sebab tiada lagi akhbar berbahasa Melayu yang percuma. Apabila membeleknya saya rasa ia merangkumi tempoh seminggu berita utama di Malaysia. Cadangan saya boleh adakan peraduan, ruangan ulasan buku dan juga menyiarkan beberapa bab terawal bagi novel terbaru di pasaran. Pasti ia mendapat sambutan bagi penggemar buku seperti saya. Atkah Yahya, 33
KERAPKAN PENERBITAN
NASKHAH YANG DINANTIKAN Dalam kegawatan ekonomi ini, ramai yang berkira-kira untuk mengeluarkan belanja, tetapi dengan adanya WARTA yang diedarkan secara percuma, ia sangat mengujakan. Apatah lagi bila diedarkan di semua stesen LRT, ia memberi manfaat kepada warga kota berkerjaya seperti saya. Jadi, dapatlah saya me ngetahui berita atau program sekitar Lembah Klang. Saya rasa budaya membaca akhbar kembali menjadi trend semula jika edaran WARTA semakin diluaskan selepas ini.
Mohd Adib Mohd Sidek, 30
Menarik sebab WARTA semuanya berwarna. Tidak seperti akhbar lain yang bercampur antara warna serta hitam dan putih. Saya rasa seperti membaca majalah yang penuh dengan informasi. Kandu ngannya sesuai untuk anak muda seperti saya. Cuma mungkin boleh diperluaskan pengedarannya di stesen minyak misalnya. Selain itu, saya juga cadangkan penerbitan dikerapkan seperti dua hari sekali supaya info lebih pantas. Khairil Hazwan Hamzah, 26
8
25 JANUARI 2017
25 JANUARI 2017
AZZA RAI
9
10
25 JANUARI 2017
JIMBA-JIMBA INFO RINGKAS
Layan Tamiya hujung minggu MURNI REJAB
BUNTU, tidak tahu hendak ke mana bagi mengisi masa pada hujung minggu? Jimba Jimba mahu membawa anda ke Kompleks PKNS, Shah Alam. Apa? PKNS tidak ada apa-apa yang anak-anak muda kota boleh layan? Siapa kata? Anda mungkin tidak sedar sejak dua bulan lalu, sudah ada ‘port’ yang jadi tumpuan anakanak muda di kompleks itu terutama daripada kalangan penggemar per mainan kereta Tamiya. Bagi yang sememangnya ‘kaki’, mereka bukan sahaja boleh memilih model kereta yang mampu memenuhi cita rasa untuk dimasukkan ke dalam almari koleksi. Bagi yang biasa-biasa, yang belum reti hendak berjinak dengan hobi berkaitan kereta comel ini, kehadiran mereka bukanlah sia-sia sebenarnya! Ada trek perlumbaan kereta Tamiya disediakan untuk hiburan pengunjung. Sambil melepak, berborak, anda boleh melayan keterujaan menyaksikan perlumbaan. Cukup untuk jadi hiburan hujung minggu, bukan? Along atau nama sebenarnya, Zairee Amini Azizul membuka premis hobi di Kompleks PKNS Shah Alam itu sejak dua bulan lalu. “Saya sendiri kaki Tamiya,” katanya. Jika tidak kenal, mana mungkin datangnya cinta ... Along berkata, melayan hobi berkaitan Tamiya sebenarnya sangat mengujakan. “Seronok memanglah seronok.
· · · · · · · · · ·
Berasal dari Jepun. Ditubuhkan oleh Yoshio Tamiya di Shizuoka pada tahun 1946. Kepopularan permainan kereta mini Tamiya kerana wujudnya anime seperti Dash Yankuro. Tamiya merupakan jenama alat permainan, kit model, kereta kawalan radio dan alat ganti dari Jepun. Kereta mini Tamiya menggunakan bateri dan solar. Kepantasan kereta mini ini berdasarkan motor elektrik dan sistem gear. Kereta mini tidak mempunyai alat kawalan. Ia bergantung kepada penalaan iaitu dengan memadankan aksesori dan alat ganti mengikut keadaan litar. Komponen asas sebuah kereta mini Tamiya ialah casis, roda, motor, bering dan bateri bersaiz AA. Mula terkenal di Malaysia pada awal 90-an, selepas ditayangkan di kaca tv namun mula menjadi trend kini oleh pelbagai peringkat usia. Bajet untuk mendapatkan sebuah kereta mini Tamiya (ready-to-race) hanya dari RM350 sehingga RM700. Mempunyai pelbagai kategori perlumbaan iaitu semi-tech, semi-speed dan speed.
Bermain dengan benda-benda yang comel tapi unik dan berseni macam ini, bagi saya cukup menghiburkan, memberikan ketenangan, meredakkan tekanan dan pada masa yang sama mampu membuatkan kita bersemangat terutama apabila terlibat dalam perlumbaan,” katanya. Namun lebih daripada itu, kata Along, melayan hobi Tamiya juga boleh menjadikan anda seorang jurutera. “Nak tahu macam mana? Hobi ini sebenarnya juga perlu kemahiran teknikal untuk pasang dan memadankan bahagian casis kereta mini bersama aksesori perlumbaan. Itulah... siapa yang nak jadi jurutera, boleh mula dengan Tamiya,” ujarnya disusuli ketawa kecil. Bagi Mohd Haffiz Baharuddin, 32, permainan yang digilainya sejak usia kanak-kanak itu boleh menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja. Ujarnya, dia menghabiskan sekurang-kurangnya RM200 demi penambah baikkan kereta mini miliknya itu. “Ketika itu, saya dan rakan-rakan amat terpengaruh dengan cerita Dash Yonkuro dan saya mempunyai barang permainan berupa sebuah kereta mini yang ketika itu hanya boleh didapati di beberapa pasar raya di ibu kota, malah kini saya mempunyai pelbagai koleksi kereta mini Tamiya.” Kini, peminat kereta mini Tamiya bukan sahaja dalam kalangan anak muda, malah ia turut menjadi tumpuan dan kegilaan kanak-kanak seawal usia empat sehingga 14 tahun malah ada ibu bapa yang sanggup turun padang untuk menemani anak mereka. Jadi tidak perlu risau memikirkan lokasi tumpuan mana di hujung minggu ini. Anda boleh datang dan berkongsi hobi yang sama di samping menambah kenalan baharu dari Pemilik Tamiya perlu kreatif untuk pastikan kereta sentiasa dalam keadaan terbaik pelbagai peringkat usia.
11
25 JANUARI 2017
KLASSIFIED IKLANKAN perniagaan anda di sini!
Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
12
25 JANUARI 2017
‘SMILES 4 CAKNE’, dana pengidap kanser INFO
ak kanak-kan sokongan n la u p m usat ialah ku irawat di P - CAKNE er yang d s n alaysia a k M p n a bangsaa e pengid K h i it rs e n 2008 ole tan Univ pada tahu n Peruba a k h u b u M). Ia dit (PPUK a’. tersebut. pi percum a pesakit p a b u ib um, ia tera y n e atan ‘S w h ra la k nya ada an untu k n a a n g u lo ig S d a akan i, terapi ngan and fisioterap i, - Sumba p er ra te io idap kans rapi, rad ahan peng d kimote e b m e p ran dan pertutu -kanak. gan kanak n la a k i d
KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn. Bhd. dengan kerjasama CAKNE-PPUKM dan Muslims Clown Malaysia (MCM) menjalankan kutipan derma di stesen dan di dalam LRT dengan persembahan 55 badut untuk membantu pengidap kanser di kalangan kanakkanak. Program ‘Smiles 4 Cakne’ ini disokong oleh para sukarelawan Pusat Perubatan Universiti Ke bangsaan Malaysia (PPUKM). berlangsung di stesen LRT
Masjid Jamek dan KLCC sebelum berakhir di Stesen KL Sentral. Berkumpul di Stesen LRT USJ7 sebelum bergerak ke ketiga-tiga stesen berkenaan, badut-badut itu tidak melepaskan peluang untuk menceriakan para penumpang di dalam tren dengan aksi-aksi spontan yang mencuit hati penonton. Untuk Rapid Rail, selain daripada menyokong usaha-usaha murni
kemasyarakatan, Program ‘Smiles 4 Cakne’ ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan oleh pengendali rel urban itu untuk menyuntik keceriaan dalam stesen. Anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid Rail mengendalikan operasi ketiga-tiga laluan LRT Negara – Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya, Lalu an Monorel dan juga menjadi operator kepada
perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang. Sebagai operator yang berwawasan tinggi, hasrat Rapid Rail bukan sahaja memastikan perkhidmatan rel urban selamat, se lesa, memudahkan dan ber patutan, tetapi juga me mastikan para penumpang seronok menggunakan per khidmatannya. Selain menyediakan pelbagai kemudahan di dalam dan sekitar stesen seperti kedai-kedai serbaneka, kedai makanan,
perkhidmatan bank dan ATM, Pos Laju dan Kedai 1 Malaysia, Rapid Rail sentiasa menganjurkan program serta aktiviti yang berterusan, sebagai usaha menyokong nilai-nilai murni kemasyarakatan. Turut hadir me meriahkan program adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir Zohari Sulaiman, Koordinator CAKNE – PPUKM, Mohd Shah Awaluddin dan Koordinator MCM Awang De Clown.
13
25 JANUARI 2017
EKSPRESI
Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.
LONGKANG TANPA PENUTUP BAHAYAKAN PELAJAR Saya amat berharap agar tuan pengarang dapat siarkan surat saya ini. Tujuan saya menulis ini adalah kerana ingin membuka mata pihak sekolah mengenai masalah longkang di kaki lima luar kawasan sekolah yang tidak berpenutup. Longkang yang tidak berpenutup menjadi masalah utama hampir kebanyakan sekolah di negara ini. Namun ia tidak diendahkan, selagi tidak ada kes atau nyawa yang terkorban. Baru-baru ini, anak saya yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Sepang, telah mengalami jatuh longkang di sekolah, tangannya terseliuh. Begitu juga dengan anak kawan saya yang bersekolah di sebuah sekolah rendah di Kelang, luka sehingga menerima empat jahitan di tangan. Kanak-kanak biasanya tidak perasan sekiranya longkang tersebut tidak berpenutup. Setelah pulang dari sekolah, mereka akan terus berlari dan agak tergesa-gesa menaiki bas. Jadi, longkang yang terbuka itu secara tidak langsung boleh menyebabkan mereka terjatuh. Saya harap dengan tersiarnya surat ini, serba sedikit membuka mata pihak sekolah agar memberi perhatian terhadap keselamatan pelajar-pelajar mereka. - SUZLINA ISMAIL, DENGKIL, SEPANG.
KON UNDANG BAHAYA Tahu kah anda bahawa kon yang diletakkan di jalan-jalan raya sebenarnya mengundang bahaya? Inilah yang membuatkan saya terpanggil untuk meluahkan rasa bimbang di dalam surat ini. Kon yang ada di jalan-jalan raya dan lebuh raya di negara kita boleh membahayakan penunggang motosikal. Mungkin kerana buatannya daripada plastik ringan, menyebabkan ia mudah jatuh apabila ditiup oleh angin atau dilanggar oleh kenderaan lain. Kadangkala penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan menekan brek sehingga boleh menyebabkan kemalangan. Saya harap pihak berwajib mengambil serius mengenai hal ini bagi mengelakkan kemalangan jiwa berlaku. Mungkin boleh cuba menggantikannya dengan kon yang mempunyai pemberat. Saya harap dengan siaran cerita ini, Warta dapat memanjangkannya masalah saya pada pihak berwajib. - AMIRA SOHAILA, CHERAS, KUALA LUMPUR.
,LEBIH BAIK
IKLAN DALAM WARTA
t-syarikat di luar sana berbincang dengan syarika dan u tem ber at dap ini u pintu Harap pihak akhbar n di dalam peti surat ata lah iklan dan dimasukka risa uat mb me ar kan dan gem lan g diik terutamanya yan tak tahu apa yang an, risalah itu akan rosak, huj a ken bila baca. ya pem san ada Bia kep pagar rumah. a itu tidak berkesan . Bagi saya juga, iklan car aja sah dan itu LRT beg ah sen ste sep di ber akhirnya ini kerana ia diletakkan n dalam akhbar WARTA nka dan ti ikla t apa rika did sya dah n mu rka syo dan Saya i akhbar mampu milik ahkan WARTA ini sebaga istil a Say ak. pul a cum per n anda. ramai yang boleh baca ikla UL, KL
EFENDI AHMAD, SENT
YANG BAIK ITU BUDI... Tahniah di atas penerbitan akhbar WARTA. Saya antara pengunjung di KL Sentral yang berkesempatan memiliki senaskah akhbar itu. Isinya sangat padat, berilmiah dan memberi informasi yang bagus! Teruskan usaha memartabatkan Bahasa Malaysia melalui akhbar bahasa ibunda ini, kami warga KL sentiasa menyokong. Aminuddin Osman, Brickfields. Kepada penghuni blok B Flora Damansara, sila patuhi arahan dengan parkir kereta di tempat yang tidak mengganggu lalu lintas. Jangan parkir di bucu jalan antara blok B dengan 99 Speedmart, kerana kenderaan anda akan membuat jalan keluar masuk Flora Damansara menjadi sesak, terutama awal pagi. Tarmizi Md Noor, Flora Damansara. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Petaling Jaya, yang kerap meronda kawasan Damansara Perdana. Rondaan itu meyakinkan kami sebagai warga komuniti di sini bahawa kawasan ini berada di bawah pengawasan. Jimmy, Damansara Perdana.
Dipohon kepada kenderaan yang melalui Lebuhraya Penchala Link menghala ke Damansara, agar memberi lampu isyarat setiap kali menukar lorong. SIla pastikan juga agar anda memandu di lorong yang betul. Kegagalan berbuat demikian menyumbang kepada kesesakan lalu lintas pada setiap petang. Sampai bila kita hendak bersesaksesak, sedangkan masalah itu boleh diatasi dengan mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pemanduan! Fendi, Petaling Jaya Setiap hari, banyak kuliah agama di surau dan masjid di sekitar Lembah Kelang dijalankan, jika sebelum ini, banyak jualan CD dan VCD kuliah dijual, zaman berubah sekarang hanya viral dalam telefon dan laman sosial. Nak dengar dalam kereta amat tidak sesuai guna telefon, mohon kembalikan kegemilangan jualan CD dan VCD kuliah. Azman, Shah Alam
14
25 JANUARI 2017
apa? siapa? dimana? HARRY POTTER BOOK NIGHT Kepada peminat Harry Potter, ada berita mengujakan buat anda. Bertempat di Kinokuniya KLCC, pada 2 Februari akan diadakan Harry Potter Book Night. Sertai peminat-peminat Harry Potter yang lain, dan pastikan anda turut membawa kayu jampi anda bersama! Aparecium - jangan lupa baca jampi Harry Potter ini dan anda akan dapat baca tulisan yang dikarang dengan dakwat ajaib! Maklumat lanjut layari: http://www. timeout.com /kuala-lumpur/thingsto-do/har ry-potter-book-night
KOPI ENAK DAMANSARA Kepada penggemar kopi di Lembah Klang, tetapkan hujung minggu anda untuk berkunjung ke Cottle Coffe di Damansara Uptown. Kopi yang dibawa dari Australia setiap dua minggu oleh pengusahanya pasti istimewa. Mereka juga menggunakan biji kopi unik, termasuk dari Yirgacheffe sehinggalah kepada jenis Peruvian. Sumber dan maklumat lanjut: http://www.timeout. com/kuala-lumpur/restaurants/ cottle-coffee
SEMINAR UNTUK JURUTERA Buat para jurutera di Kuala Lum pur, ada seminar yang menarik menanti anda. Pada 2 Februari 2017 bertempat di Hotel Federal Kua la Lumpur akan diadakan Seminar Antaraban gsa Kejuruteraan, Sains dan Teknologi. Seminar ini men yediakan ruang buat penyelidik, pengamal dan pen didik dalam bidang sains dan teknologi untuk memben tangkan dan bertukar pendapat mengenai hal-hal sain s dan teknologi yang terkini.
Sumber: http://10times.com/
esat-kuala-lumpur
ANAN
MAK N A R O T S E R ORGANIK
skan da tidak lepa y, pastikan an . Chef di le fe al Li V e id pl M im ng ke storan S re di t tepu ha Jika berkunju si m an , bebas le ak cuba makan bebas MSG ga ng ju ya peluang men fe n Li ua e Simpl unakan ram n pengawet. ua sana mengg a pewarna da perang. Sem la np ta gu a n rt da se l’. oi t nu co (trans fat) in co an ‘extra virg la-lumpur/ menggunak organik. ah al ad eout. com/kua na m sa .ti w di w w an :// an mak njut: http maklumat la - valley Sumber dan mple-life-mid si s/ fe ca dan srestaurant
AN
GOLF JAGUH ASE
wanan secara lansung perla dengan menonton da Golf and an na ri uja ha n Sa ka di n ria Ce ng akan diadaka ya hip lf ns pio am yu Ch aksikan ha nan go golf Maybank da berpeluang meny An m. Ala ah Sh , ub Country Cl uh-jaguh ASEAN. ur/things-toyang hebat oleh jag eout.com/ kuala-lump .tim ww /w p:/ htt ari Maklumat lanjut lay ionship do/ maybank-champ
25 JANUARI 2017
Pintu gerbang Uptown Kota Damansara yang tersergam menyambut kehadiran pengunjung
Rezeki tengah malam
DI SEBALIK keributan pengunjung bertawar harga, Kamil Mat Zin dan rakan-rakannya kelihatan tenang melayan karenah pelanggan. Jam 1 pagi, Kamil dan rakannya masih di gerai Ori Reject di Uptown Kota Damansara. "Orang KL sibuk pada siang hari dan tiada masa untuk bersantai. Maka pada waktu malam, mereka keluar makan atau membeli. Ini memberi peluang kepada peniaga seperti kami mencari rezeki," Cerita Kamil kepada WARTA. Gerainya menjual produk sukan, seperti baju, seluar dan kasut. Mula membuka gerai pada jam 8 malam setiap hari, dia dan rakan hanya akan tutup kedai
15
Lokasi Kota Dam Masa Jam 12 tengah malam – 3 pagi Tarikh 19 Jan 2017
seawal jam 4.30 pagi. Kata Kamil, ramai yang suka membeli di situ kerana harga yang ditawarkan lebih murah. Selain itu juga, aktiviti perniagaan seperti itu diharap dapat melencongkan belia daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah, sebaliknya mereka boleh bersantai waktu malam di dalam kawasan komuniti yang sihat. Menurut Kamil, adalah menjadi rutin harian dia dan rakan perniagaan mula masuk tidur selewat jam 6 pagi dan bangun semula ketika waktu Zuhur. Alah bisa tegal biasa, badan mereka
Keadaan larut malam di kedai Burger Man
sudah bersebati dengan rutin yang janggal itu, dan setakat ini mereka tiada sebarang masalah untuk menuruti rutin seperti itu.
Kamil adalah salah seorang daripada puluhan peniaga yang memilih dinihari sebagai waktu mencari rezeki. WARTA turut berkesempatan menemubual seorang peniaga lain, Mohamad Sulaiman Mat Rashid, yang lebih dikenali sebagai "Man Burger". Mengusahakan perniagaan burger kukus di Damansara Damai, waktu perniagaan adalah dari jam 4 petang hingga kedai selesai dikemas dan ditutup sekitar jam 2 pagi. Sulaiman memberitahu pada malam hari, pelanggan lebih ramai dan keadaan mereka lebih selesa kerana sudah berkemaskemas selepas pulang dari pejabat. Ini menjadikan pelanggan waktu malam hadir bersama emosi yang tenang, dan hal ini mewujudkan hubungan perniagaan yang sihat. Melihatkan panorama ibu kota lepas jam 12 malam, hal itu sewajarnya mendekatkan kita kepada keyakinan yang semakin utuh kepada Yang Maha Pencipta bahawa Dialah yang memberi rezeki dan tidak menetapkan masa selagi manusia berusaha ke arah itu.
Pengunjung yang sibuk memilih baju di gerai dalam Uptown Kota Damansara
16
25 JANUARI 2017
Meriahnya Jalan Scott
Ajaykumar berbaju hitam sewaktu melayan pelanggan, Sri Ganesh yang datang ke gerai
ENGISI ruangan warna-warni ibu kota kali ini adalah sebuah kawasan yang penuh warna, penuh aroma dan penuh ceria. Jalan Scott di Brickfields, Bangsar. Detik awal pembukaan kawasan itu adalah satu catatan penuh memori dalam sejarah Kuala Lumpur. Ini dapat disaksikan apa bila melihatkan barisan rumah kedai yang kelihatannya cukup kla sik jika dibandingkan dengan bangunan mega yang melingkarinya, mem beri erti betapa Kuala Lumpur terlalu pesat di mamah kemajuan, me ninggalkan Jalan Scott sebagai “permata” yang menyimpan seribu satu sejarah. Saat melangkah me rentasi kaki lima, kelihatan lelaki India berkain sa rung, ralit menyiapkan kalungan bunga untuk tujuan keagamaan Hindu. Gerai bunga tempat mereka mencari rezeki terletak bersebelahan sebuah kuil yang cantik. Bau harum bunga-
bungaan segera menusuk hidung, memberi erti betapa kawasan ini adalah sanctuary buat kaum India di Kuala Lumpur. Bersebelahan gerai bunga itu pula, seorang lelaki India melambailambai, memujuk pe langgan merapati gerainya. Fasih bertutur Bahasa Malaysia, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ajaykumar dari Punjabi, India itu sudah dua tahun bekerja di gerai manisan itu. Menghampiri
gerai, hidung segera menangkap aroma wangi yang terbit dari campuran bau susu, pudina dan gula karamel yang hangus. Gerai ringkas itu menjual lebih 20 jenis kuih dan manisan, dan kepelbagaian itulah yang memberi aroma kepada Jalan Scott. Berkesempatan merasai beberapa cubit manisan dari jenis paalkova, campuran rasa lemak badam dengan susu, sedikit kulit kayu manis dan pudina. Coconut candy
(manisan dari kelapa, susu pekat dan ramuan seperti serbuk koko dan air daun pandan) juga tidak kurang sedapnya. Ujar Ajay, gerainya tidak banyak menerima kunjungan pelanggan bangsa Melayu, sedangkan manisan di gerai itu dihasilkan dari bahan halal, bahkan chef pastri yang menjadi pembekal adalah seorang muslim dari Pakistan. Sebentar kemudian, seorang lelaki India merapati gerai manisan. Memperkenalkan diri sebagai Sri Ganesh yang berasal dari Bangsar. Lelaki itu memberitahu bahawa setiap minggu, dia pasti berkunjung ke Jalan Scott untuk mendapatkan manisan buat keluarganya. Manisan yang paling digemari adalah paalkova dan laddu. Sambil memilih kuih muih, Ajay tidak lekang memberikan penerangan tentang setiap jenis kuih yang dijual. Sambil itu, dicubitnya setiap jenis kuih buat dijamah, satu bentuk senario yang segera menterjemahkan Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan saling menghormati. Keceriaan suasana tidak sekadar terhenti
di situ, secara spontan Ajay mengarahkan lelaki India di kedai bunga bersebelahan gerainya supaya menyediakan air minuman. Bergegaslah lelaki itu meninggalkan kalungan bunga yang sedang disiapkan dan masuk ke dapur. Sebentar kemudian, mereka keluar semula dengan satu teko air teh susu yang pekat dan berasap. Seorang dari mereka kemudian menyinsing kain sarung dan lantas menarik teh itu tinggi-tinggi. kemudian mempelawa semua yang ada di gerai. Suasana petang di Jalan Scott, mula dibingitkan dengan deruan enjin dan bunyi hon kenderaan, memberi tanda bahawa waktu kerja warga kota mulai tamat. Meninggalkan Jalan Scott petang itu meredah kesesakan lalu lintas, senyuman terukir di wajah. Siapa sangka, ibu kota ini rupanya terkandung banyak cerita penuh warna. Petang itu, warnanya cukup meriah dan berwarna-warni, mirip warna coconut candy dan paalkova di kedai Ajaykumar yang merah, hijau dan coklat.
Barisan pekerja di gerai bunga bersebelahan gerai manisan Ajaykumar
17
25 JANUARI 2017
Berbaloi makan di
Sambal Hijau Penchala FAHMI FAIZ
AKAN Di Mana kali ini memilih Restoran Sambal Hijau Penchala menghiasi ruangan ini. Melangkah masuk ke restoran, pelanggang disambut oleh bauan harum yang terbit dari dulang-dulang berisi lauk panas. Sementelahan pula, periuk berisi sup tulang dan tetel serta gulai tempoyak ikan patin Temerloh sengaja dibiar terbuka, maka bertambah semerbak aroma wangi menusuk hidung. Di atas meja, tersusun cantik beberapa menu istimewa, menurut pemiliknya, Azrul Azhar Mohd Isa, gulai kepala ikan jenahak adalah "killer dish" di restoran ini. Baunya sahaja sudah cukup semerbak, isi bahagian pipi ikan jelas terasa pejal, segar, manis dan lemak. Beralih pula kepada hidangan kedua.iaitu gulai tunjang. Kelembutan tunjang yang mirip agar-agar itu, dipadankan dengan sempurna dek rasa rempah ratus yang diserap. Menu bercirikan Minangkabau itu, ujar Azrul, adalah menu bertaraf premium seperti juga gulai kepala jenahak. Ini bermakna, kualiti yang dipersembahkan dalam hidangan itu adalah sangat tinggi. Menurut Azrul, tunjang atau urat lembu dari Australia akan direneh selama empat jam untuk memastikan tunjang secukupnya. Seterusnya, tunjang yag siap direbus akan direneh pula di dalam kuah berempah selama sekitar dua jam,
memberi peluang kepada tunjang untuk menyerap segala padanan rasa penuh aroma nusantara. Turut terhidang ialah gulai lemak udang galah. Daun kunyit diletak bagi menerbitkan rasa unik penuh ciri kemelayuan. Saat isi udang dijamah, terasa kemanisan udang dengan isinya yang pejal dan segar. Kemudian dihidangkan pula satu pinggan gulai ketam. Isinya cukup segar, sehingga saat disedut, leraian isi ketam itu berjurai dengan cantik dan sempurna. Manis, lemak dan beraroma, menu itu nyata antara yang laku keras di Restoran Sambal Hijau. Begitu itu dengan hidangan gulai tempoyak patin. Menurut Azman isinya cukup pejal, ikan baru, tidak hanyir, kerana ia didatangkan khas dari Temerloh dan ikan mahal itu dipelihara dalam sangkar di Sungai Pahang. Selain itu, sup tulang juga menjadi kegemaran pelanggan restoran ini. Azhar memberitahu, pada setiap hujung minggu, restorannya mampu menjual sehingga 60 kilogram tulang dan tetel. Sup itu, ujar Azrul, menggunakan lebih 10 jenis rempah berbeza dari kayu manis sehinggalah kepada ramuan istimewa. Melengkapi hidangan ialah set pemanis mulut berasaskan kelapa pandan yang diimport khas dari Thailand. Kemudian dihidangkan juga semangkuk ais kerim kelapa yang dihidang cantik dalam tempurung kelapa. Restoran yang telah beroperasi
selama lebih 14 tahun ini, tidak mempunyai mana-mana cawangan bagi memastikan kualiti makanan. Mereka juga tidak mampu mengambil sebarang tempahan kerana jadual masa kerja yang sangat padat, memandangkan restoran beroperasi setiap hari dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 malam. Kepada pembaca WARTA yang tertanya akan lokasi makan untuk disinggahi, pastikan Restoran Sambal Hijau tersenarai dalam senarai restoran pilihan anda!.
18
D
25 JANUARI 2017
IA memang cantik. Senyuman manisnya pula mampu memukau sesiapa sahaja, jangankan lelaki bahkan wanita juga. Tidak hairanlah fotonya jadi tular dalam masa seminggu dua ini. Cikgu Mavellnah Mve Jose tiba-tiba jadi bintang media sosial. Pesona guru yang mesra disapa Myvellna ini bukan sahaja kerana rupanya tetapi kemesraan yang dipapar dengan anak murid jadi tarikan untuk ramai orang mengenali gadis manis berketurunan Kadazandusun dari Kota Marudu, Sabah ini. Ditanya apa perubahan dilalui sejak dirinya jadi perhatian ramai, Myvellna berkata, sejujurnya dia tidak apa-apa mengenai hal itu hinggalah diberitahu rakannya. “Apa yang saya sedar, saya harus lebih berhati-hati selepas ini. Saya tidak boleh mudah-mudah muat naik foto saya di Facebook lagi. Risau juga …,” katanya.
Tidak mahu diketahui setepatnya di mana sekolah dia mengajar, Myvellna berkata, “cukuplah kalau sekadar saya kata, di Lembah Klang.” Myvellna menjelaskan, walaupun akur perubahan yang terpaksa dihadapinya dalam masa seminggu dua ini, yang mungkin juga akan berlarutan dalam masa beberapa minggu lagi, dia mula berasa tidak sedap hati apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang mencipta akaun palsu menggunakan nama dan foto-fotonya. Setakat ini, sudah ada sekurangkurangnya dua akaun palsu yang seperti itu dikenal pasti. “Saya bimbang kalau diaibkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sedangkan saya sendiri tidak ada kawalan ke atas akaun palsu berkenaan. Saya akan usahakan hingga ia ditutup,” katanya.
Cantiknya Cikgu Myvellna!
Foto kemesraan Cikgu Myvellna dengan anak murid yang menarik perhatian ramai.
19
25 JANUARI 2017
Tauke Mydin kaki bola rupanya! 23
Barista kerjaya kreatif
25
DJ LIN
R A U N A
fobia air 20
tumpu kerjaya
21
20
25 JANUARI 2017
ANUAR
fobia air
“Saya memang takut pada air. Macam kolam tu masih boleh lagi sebab ada yang hanya paras kaki saja. Disebabkan kejadian lemas tersebut, membuatkan sampai ke hari ini, saya fobia,”
R
AMAI orang di dunia ini yang fobia atau takut berlebihan ter hadap sesuatu perkara. Beberapa jenis fobia yang biasa ialah takut pada aras tinggi, ruang gelap, ruang tertutup, air dan sebagainya. Rasa takut pada air, dapat membuatkan seseorang cuba menghindarkan diri daripada berenang dan mendekati kolam, su ngai atau laut. Penyanyi bersuara emas, Anuar Zain, mengakui bahawa dia seorang yang fobia pada air, terutama laut, tasik atau kolam. Ini kerana suatu ketika dahulu, dia pernah lemas dan nyaris tenggelam. “Saya memang takut pada air. Macam kolam tu masih boleh lagi sebab ada yang hanya paras kaki saja. Disebabkan kejadian lemas tersebut, membuatkan sampai ke hari ini, saya fobia,” ujarnya sambil memberitahu dia sebenarnya langsung tidak boleh berenang. Ketika itu, usianya baru sembilan tahun, dan dia yang mempunyai ramai kawan-kawan di kampungnya memang suka mandi sungai. “Biasalah, budak-budak masa tu. Siapa yang tak suka mandi sungai. Mungkin budak-budak sekarang tak mandi sungai, tak macam dulu,” ceritanya lagi. Sementara itu, dalam perkembangan lain Anuar Zain akan terlibat dengan “Anuar Zain Album Tour 2017” yang dijalankan bersama pihak MYDIN di enam buah lokasi terpilih seluruh Malaysia. “Pihak Mydin akan terus menjadi penaja lokasi di bebe rapa pasar raya terpilih. Ia turut mendapat kerjasama daripada jenama Wonder Glow, Head& Shoulder, Nescafe dan Classic Billboard di dalam memantapkan lagi rangkaian promosi pintar tahun ini. Anuar Zain Album Tour 2017 akan mendekati peminat di tiga lokasi MYDIN di Kuching Sarawak, manakala tiga lagi di Semenanjung. Anuar turut melancarkan single keduanya yang me rupakan kesinambungan klip video lagu “Andainya Takdir”. Single kedua dengan judul “Cinta Takkan Berakhir” ciptaan Numata (Inu, Mhala dan Tantra) ini mendapat sentuhan daripada pengarah Amor Rizan. Muzik video ini boleh ditonton di YouTube VEVO Anuar Zain – Cinta Takkan Berakhir bermula 26 Januari ini. Tetap ekslusif dan mahal biarpun 30 tahun dalam industri muzik
21
25 JANUARI 2017
PROGRAM TV
CAPITAL TV LEGASI NIAGA MUSIM KE-2 Selasa, 24 Januari, 8.30 malam
J LIN D tumpu kerjaya
K
ALAU boleh hari ini juga nak kahwin,” seloroh DJ Lin sambil ketawa tatkala diajukan mengenai teman hidup. Kata pemenang DJ Radio Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 ini lagi, biarpun sudah hampir 11 tahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, sebenarnya hatinya masih belum terbuka untuk menerima cinta baharu. “Saya seorang yang workaholic. Mung kin sebab itu saya tidak begitu kisah soal jodoh. Tambahan lagi karier saya mula memuncak sejak tahunlalu. Jadi saya perlu memberi banyak keutamaan pada karier,” ujarnya. Tambahan lagi, katanya, dia terlalu sibuk dan tidak ada masa memikirkan perkara lain. “Saya bahagia di sisi dua anak saya yang sudah pun berusia 16 dan 14 tahun. Mereka adalah sumber kekuatan dan semangat saya,” terangnya. Bukan tidak ada lelaki yang cuba mendekati wanita bersuara lunak ini, namun dia menganggap mereka hanya sebagai kawan saja dan tidak lebih daripada itu. Sementara itu, bercakap mengenai slot kelolaannya, DJ Lin berkata, “Saya mengendalikan slot Suria Cinta di Suria FM, enam hari seminggu bermula Ahad hingga Jumaat dari jam 8 malam hingga 1 pagi. Tahun ini, rancangan Suria Cinta dijangka akan mendapat lebih perhatian pendengar menerusi segmen terbaru, #APAITUCINTA.” Katanya lagi, menerusi segmen ini dia akan menyelami suara hati seleb-
Legasi Niaga, sebuah rancangan berbentuk majalah yang memaparkan perihal sesebuah perniagaan yang dibina, dikekalkan dan diwarisi oleh ahli keluarga. Match Ong, 28, melibatkan diri secara rasmi dalam perniagaan perabot ayahnya, sejak tahun 2011. Dari hanya sebagai pembekal perabot pejabat ke kedai-kedai, kini pelanggan boleh membeli perabot terus dari kilang dengan hanya membuat pesanan secara atas talian, terkini, selain pelanggang tempatan, syarikat ini turut menerima tempahan dari Singapura, Nigeria, dan negara-negara Eropah yang lain. Ikuti kisah perniagaan perabot keluarga ini seterusnya 24, Januari ini, jam 8.30 malam.
PROFIL
Nama se benar: Roselind a Abdul M ajid Tarikh La hir: 31 Disem ber, 1975 Tempat L ahir: Johor Ba hru, Joho r
riti popular yang akan berbicara mengenai pahit manis kisah cinta mereka. Pendengar boleh menyaksikan temu bual eksklusif tersebut secara langsung di facebook page SURIA FM. “Antara artis-artis yang terlibat ialah Azharina, Adira, Ramlah Ram, Elyana, Zarina Zainuddin dan ramai lagi,” terang nya yang akan sibuk dengan road tour Siri Jelajah Suria FM ke seluruh Malaysia pada April dan Mei ini.
SANTAI FAMILIA MUSIM KEDUA 30 Januari, 8.30 malam Program Santai Familia dikendalikan pengacara prolifik, Fiona Cheong akan memaparkan lokasi percutian menarik di seluruh Malaysia. Ikuti pelbagai aktiviti dan pemandangan setiap lokasi yang dipaparkan. Jangan lupa menonton Santai Familia, jam 8.30 malam pada 30 Januari ini, eksklusif di Capital TV.
BIZ TIPS Setiap Rabu, 8.30 malam Kita mungkin ada memasang impian untuk bergelar usahawan dengan menjalankan perniagaan yang dirancang. Namun tidak semua yang benar-benar bersiap siaga untuk ke arah itu. Jom berkongsi ilmu dengan tetamu mingguan dengan pendekatan yang bersahaja dan tidak membosankan. Dapatkan tip-tip yang berguna daripada tetamu jemputan dalam Bis Tips, setiap rabu jam 8.30 malam hanya di Capital TV.
HOUSE HUNT Episod 13 Jumaat, 20 Januari, 8.30 malam Setelah House Hunt musim pertama berjaya mencuri hati penonton Capital TV, House Hunt musim kedua akan kembali menemui anda Januari ini. House Hunt kali ini lebih menarik dan penuh dengan informasi yang berkaitan dengan pembelian rumah. Jadi, jangan ketinggalan untuk menonton House Hunt musim kedua setiap Jumaat, jam 8.30 malam, hanya di HyppTV saluran 420, Capital TV.
22
25 JANUARI 2017
Ulasan Filem
Monster Trucks filem penuh aksi
M
onster Trucks adalah sebuah filem mengenai trak raksasa yang pasti membuatkan anda tertanya-tanya sebelum menontonnya. Adakah trak tersebut dipandu oleh seekor raksasa? Filem “Monster Trucks” hasil kerjasama antara Nickelodeon dan Paramount Pictures, mengisahkan seorang remaja bernama Tripp (Lucas Till) dan kawan raksasa yang tinggal di dalam trak ciptaannya. Tripp adalah seorang remaja yang memiliki impian untuk memiliki sebuah trak raksasa (monster trucks). Traknya dicipta hasil gabungan beberapa bahagian kenderaan terpakai. Pada satu hari, dia menemui seekor raksasa yang tinggal di dalam trak tersebut lalu mula menjalinkan persahabatan. Dia cuba menyelamatkan teman baiknya, si raksasa Creatch apabila dikejar oleh penjahat-penjahat yang mahu mendapatkan Creatch. Filem ini memaparkan banyak
adegan aksi kereta. Tidak hairanlah sekiranya stuntman daripada filem Fast & Furious dikhabarkan terlibat dalam proses pembikinan filem Monster Truck. Kita boleh melihat lori yang dipandu oleh Tripp terbang di udara dan memintas kereta lain dengan bantuan Creatch. Apa yang menarik, trak dalam filem ini telah diubah suai menjadi kenderaan yang luar biasa dan tahan lasak. Filem ini menelan belanja USD 125 juta (RM 556 juta) dengan jangka masa tayangan 122 minit.
Monster Tru
ck Produser : Den is L. Stewart, M ary Parent Pengarah : Chr is Wedge (Ice A ge, Robots, Epi Pelakon: Ja c) ne Levy, Holt M cCallany, Danny Amy Ryan dan Glover, Rob Lowe. Studio: Par amount Picture s Nilaian: **** Pawagam: GS C Berjaya Times Square Masa: 12:15 PM 2:30 PM 7:00 PM 9:15 PM 11:3 0 PM
Ahli gusti wanita dalam Dangal DANGAL adalah sebuah filem Bollywood bergenre aksi, biografi, dan drama. “Dangal” atau istilah Hindi bermaksud “pertandingan gusti” merupakan salah sebuah filem ‘box office’, tahun 2016. Diarahkan oleh Nitesh Tiwari, ia dibintangi oleh aktor popular Aamir Khan, yang membawa peranan sebagai Mahavir Singh Phogat. Dalam cerita ini, Mahavir telah melatih dua orang puterinya iaitu Geeta Phogat dan Babita Kumari dalam sukan gusti. Mereka berdua adalah ahli gusti wanita pertama India yang telah memenangi pingat emas dan perak di Sukan Komanwel, 2010. Muzik untuk filem Dangal ini, disusun oleh Pritam, liriknya ditulis oleh Amitabh Bhattacharya. Jurulatih wanita Kripa Shankar Bishnoi, telah melatih Aamir Khan dan kesemua krew filem untuk latihan gusti. Dengan usaha yang bersungguh, akhirnya kedua-dua puterinya dapat menjadi ahli gusti wanita pertama India yang berjaya membawa pulang pingat emas dan perak di Sukan Komanwel 2010, di mana Geeta Phogat memenangi pingat emas (52kg), sementara adiknya, Babita Kumari memenangi pingat perak (55 kg).
Jom Wayang Filem: A MONSTER CALL Pawagam: TGV WANGSA WALK MALL Masa: 12.45 PM
Filem: BAIRAVAA
Pawagam: GSC PAVILLION Masa: 3:00 PM 6:10 PM
angal Filem: Dite sh Tiwari
Pengarah: N ksi Genre: A iddharth Roy amir Khan, S A Penerbit: Rao Kapur, Kiran tudios, S y ne alt Dis Pengedar: W s Motion Picture , akshi Tanwar S n, ha K ir am A Pelakon: Shaikh, Fatima Sana tra Sanya Malho *** Nilaian: ** i V Bukit Tingg G : T Pawagam 2.45 PM Masa:
9:20 PM
Filem: DORM MELATI Pawagam: TGV RAWANG Masa: 5.40 PM
Filem: ARRIVAL
Pawagam: GSC NU SENTRAL Masa: 11:15 AM 1:45 PM 6:45 PM 9:15 PM 11:50 PM
23
25 JANUARI 2017
hobi orang ternama \ HOT
Tauke Mydin
kaki bola rupanya!
Ammer ketika memberi ucapan kepada rakan usahawan.
MURNI REJAB
BERPERWATAKAN menarik, sentiasa kemas aturan langkahnya dan tidak pernah lokek dengan senyuman. Itu personaliti Datuk Ameer Ali Mydin, Pengurus Besar Mydin Mall, usahawan korporat berjaya. Ketika diminta untuk berkongsi hobinya, beliau lantas memulakan bicara, “Hobby is what you do in your own time, malah setiap orang mempunyai hobinya tersendiri.” Mengimbau kenangan silam di zaman kanak-kanak, Ameer sambil tersenyum menceritakan hobinya ketika di alam sekolah rendah sama seperti kanak-kanak lain iaitu gemar mengumpul setem. Zaman itu katanya, hobi mengumpul setem menjadi satu kegilaan. Selain itu, Azmeer juga suka menyimpan kotak mancis dan mengumpul pelbagai duit dari luar negara antaranya India dan Arab. Remaja lelaki dan bola sepak memang sinonim. Ameer turut tidak terkecuali ketika membesar di Pulau Pinang. Malah hampir setiap petang, beliau bersama rakan yang lain akan turun padang bermain bersama. “Memang seronok, di sam ping boleh sihatkan badan, dapat jumpa kawan-kawan, main sama-sama, kami bersahabat baik sampai sekarang dan masih lagi berhubung,” ceritanya lagi.
Ketika sebagai pelajar universiti, sebagai orang bujang, Ameer terpaksa masak sendiri. Menurutnya, hampir setiap hari dia akan memasak. Buku resepi kakaknya yang bertulisan tangan menjadi rujukan Ameer. “Memasak memang mudah, tetapi apa yang payah bagi saya waktu itu adalah, istilah ‘garam secukup rasa’. Saya tak tahu untuk pastikan ‘secukup rasa’ itu banyak mana,” ceritanya sambil ketawa kecil. Kini, usahawan berusia 61 tahun ini menumpukan sepenuh perhatiannya kepada perniagaan. Hobi yang sering dilakukannya hanyalah membaca buku untuk mendapatkan ilmu tambahan serta membeli-belah bersama isteri tersayang. Selain itu, beliau banyak menghabiskan masa menghadiri
seminar dan memberi ucapan kepada generasi yang mahu melebarkan sayap dalam perniagaan masing-masing. “Saya suka untuk berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan usahawan dan pelajar universiti yang mahu menceburi bidang ini” sambung Ameer yang kini mempunyai 320 buah cawangan Mydin dengan pelbagai konsep antaranya hypermarket, mall, pasar mini, kedai serbaneka, Kedai Rakyat 1Malaysia, emporium dan pasar raya premium.
SUDOKU
24
25 JANUARI 2017
25
25 JANUARI 2017
Kami anak \ MUDA
Barista
kerjaya kreatif PERCAYAKAH anda bahawa keenakan secawan kopi kuat bergantung kepada setinggi mana kemahiran penyedia kopi atau barista. Berat tanggungjawab sebagai barista. Manakan tidak, sukatan kopi, susu perlu dicampur mengikut warna, rasa, tekstur serta aroma yang tepat untuk menghasilkan secangkir kopi yang ‘umph’. Nor Bashirah Rahmat, 27, memulakan karier dalam bidang ini sejak tiga tahun lalu. Mulanya hanya sekadar suka-suka, namun apabila mula ‘bergelumang’ dengan karier ini, ternyata Bashirah telah semakin bangga bergelar seorang barista. “Saya masih dalam proses belajar, tiga tahun pengalaman bukan satu benda yang kita
liti makan kua Ashikin uta ediakan is d kopi yang
JENIS MINUMAN KOPI
Setiap minuman yang dibancuh barista, mempunyai proses penyajian dan pengolahannya tersendiri. Sedapnya minuman kopi itu juga adalah dari air tangan dan penyajian seseorang barista tersebut. Jadi, hendak menjadi seorang barista bukanlah satu perkara yang mudah! Antara minuman kopi yang sering menjadi kesukaan penggemar kopi adalah kopi hitam, espresso, latte (coffee latte) dan cappuccino.
MARI KITA LIHAT KRITERIA JENIS MINUMAN KOPI TERSEBUT
Espresso - Kopi yang dibuat dengan mengekstrak biji kopi menggunakan wap panas pada tekanan tinggi. Latte (coffee latte) - Kopi espresso yang ditambahkan susu dengan rasio antara susu dan kopi 3:1. Cappuccino - Kopi dengan penambahan susu, krim, dan sedikit coklat. Dry cappuccino - Cappuccino dengan sedikit krim dan tanpa susu. Café au lait - Sama dengan caffe latte tetapi menggunakan campuran kopi hitam. Caffè macchiato - Kopi espresso yang ditambahkan susu dengan rasio antara kopi dan susu 4:1.
boleh menarik nafas lega, masih banyak lagi benda yang kena explore. Untuk menjadi barista yang berpengalaman, latihan dan praktikal harus dilakukan setiap hari tanpa jemu!” Bagi Khairul Azhar Thaifor, 27, sebagai anak muda, ini adalah peluang baik untuk dirinya terlibat dalam barista. Youtube menjadi saluran utama untuk dirinya belajar mengenai kopi dan pelbagai seni latte. “Kerja ini sangat menarik sebenarnya. Walaupun bukan belajar di bidang food and beverange, saya jatuh cinta dengannya,” ujarnya. Bagi yang belum tahu, seni latte adalah dengan menuangkan susu panas yang distimkan pada secawan kopi yang dibancuh
dengan menciptakan lukisan di permukaan kopi. Terdapat pelbagai seni latte yang boleh dipelajari, antaranya heart shape, tulip dan rosetta. Bagi seorang barista yang baru, mereka memerlukan dua hingga tiga minggu untuk belajar seni membuat kopi yang istimewa. Nur Zalikha Rosli dan Nurul Ashikin Jamaludin yang masingmasing berusia 23 tahun berkata, bukan mudah menghasilkan kopi yang enak malah pembancuh kopi itu haruslah berpengalaman luas dalam bidang ini, sekurangkurangnya 10 tahun pengalaman. Kesegaran biji kopi juga penting. Ianya bagi menentukan kesedapan biji kopi yang dipanggang. Adalah amat penting untuk seorang barista itu melakukan ujian rasa biji kopi yang menyeluruh sebaik sahaja menerimanya daripada pembekal. Secangkir kopi yang bagus pula mempunyai imbangan kemanisan yang asli serta kepahitannya tersendiri.
26
25 JANUARI 2017
SALAM SEMUT
Ayuh rakyat Malaysia, amalkan budaya beratur! Orang Jepun adalah masyarakat yang paling gagah beratur. Di bandar Sendai, empat hari selepas gempa bumi skala richter 9.0 yang disusuli tsunami, mereka sopan beratur panjang selama 12 jam menunggu kedai dan pasar raya dibuka. Maki Habachi , pemuda berusia 23 tahun yang sudah pun menunggu beberapa jam dan masih perlu beratur lapan jam lagi berkata, “saya datang untuk mendapatkan makanan bayi bagi anak saudara saya yang berusia dua minggu. Saya berbasikal selama dua hari kerana tiada bahan api untuk kereta dan motosikal.� Nilaikanlah sendiri tahap kesanggupan dan kesabaran anak muda itu. Dalam kata lain, orang Jepun sememangnya telah terdidik dengan disiplin yang sangat tinggi. Meskipun kedaan begitu mendesak, mereka
tetap sabar, tiada tolak menolak atau memotong barisan seperti yang biasa berlaku di tempat kita. Masyarakat British pula begitu bangga dengan budaya beratur yang diwarisi oleh mereka. Budaya beratur Britain terkenal di seluruh dunia ketika zaman revolusi perindustrian pada kurun ke 19. Perang Dunia Kedua memperkuatkan lagi persepsi bahawa orang British rajin beratur untuk apa sahaja tidak kira betapa kritikal situasi mereka. Kanada pula, negara yang paling obses tentang beratur ini. Kajian Angus Reid pada 2008 menyatakan perkara yang paling dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat Kanada adalah perbuatan memotong barisan atau tidak beratur. Bahkan di sana , budaya beratur diterapkan secara formal di sekolah. Bukan sahaja semasa keluar masuk kelas, malah
ia diangkat sebagai perkara yang paling utama dalam etika sosial mereka. Kanak kanak membesar dengan persepsi jika tidak beratur maka tidak beradab. Di setengah negara yang mengalami krisis kemanusiaan akibat peperangan, atau dalam keadaan kekurangan kritikal pelbagai sumber disebabkan bencana alam, mudah untuk kita fahami mengapa mereka cenderung untuk berebut bagi mendapatkan sesuatu. Sebabnya, itu dikira akan menentukan hidup atau mati mereka. Dalam keadaan aman damai seperti di negara kita, beratur seharusnya tidak jadi masalah. Kita tidak harus berebut, memotong orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Orang dewasa harus menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda, termasuk dalam disiplin beratur. Soalnya, untuk hal yang
semudah ini pun, adakah kita layak untuk berasa bangga dengan budaya beratur kita? Mudah untuk berikan contoh, ambil sahaja ketika lenguh beratur untuk apaapa urusan di kaunter tertentu, tiba-tiba datang orang tua uzur atau wanita mengandung, jarang sekali untuk mereka yang berbaris itu memberikan keutamaan dua golongan tadi. Isu menggunakan lorong kecemasan ketika berlaku kesesakan jalan raya yang panjang dan lama juga sepatutnya tidak perlu timbul jika rakyat Malaysia tidak pentingkan diri sendiri. Lihat sahaja di stesen-stesen pengangkutan awam kita, adakah masyarakat kita mampu beratur. Itu belum lagi mengambil kira kes-kes pergaduhan, pecah cermin kaunter, rempuh barisan atau maki hamun yang kita dengar berlaku di
Kami >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<
Khairune Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850
ESAN RAVEN MURUG
kaunter jualan tiket bola sepak misalnya, terutama melibatkan perlawanan penting seperti perlawanan akhir. Jika dalam barisan yang baik sekalipun, selalunya jika jumlah yang beratur semakin panjang terutama di mesin keluarkan duit, kita mudah mendengar macam-macam kata kurang sedap seperti lembap! terhegeh-hegeh! kalau nak tidur sini datanglah tengah malam! dan sebagainya akibat memarahi orang yang di hadapan kerana dianggap lambat berurusan. Masyarakat Malaysia perlu ubah sikap ini. Kalau kurang sabar, itu tandanya kita pentingkan diri sendiri. Sikap mesra beratur ini perlu ditanam dari prasekolah lagi. Jadikan ia isu maruah dan kebanggaan negara. Biar ada lagu yang memuji sikap beratur dengan sopan, biar ada iklan Upin dan Ipin yang memujuk kawankawannya untuk bangga beratur.
27
25 JANUARI 2017
But, dari hutan balak ke pusat kota M
PEMAKAIAN but sinonim dengan imej lasak untuk mereka yang mahu kelihatan rugged. Asalnya, but dipakai oleh mereka yang bekerja dalam bidang yang â&#x20AC;&#x2DC;kasarâ&#x20AC;&#x2122; untuk tujuan keselamatan terutama dalam sektor pembalakan dan pembinaan. Bagaimanapun, golongan pereka yang kreatif kemudiannya telah mengubah fungsi but menjadi fesyen yang diminati hingga kini. Bagi lelaki yang inginkan penampilan versatil, namun masih mengekalkan ciri macho penuh kejantanan, ada banyak pilihan but untuk dipadankan. Untuk aktiviti lasak, sarungkan but jenis ranggi seperti yellow boot atau Dr. Martens dan anda akan tampil kacak penuh kejantanan. Buat para eksekutif pula, serlahkan sisi maskulin anda dengan but dari jenis wingtip. Nah, anda kini pasti menarik perhatian si jelita untuk menjeling dengan penuh pesona. Penat bekerja dan ingin melancong? Usah gusar dengan keselesaan kaki saat melangkah menjelajah destinasi wisata. Kini bermacam jenama but dari jenis hiking ditawarkan, dengan pilihan harga yang kompetitif dan pastinya bertepatan dengan bajet. Sarungkan ia, dan anda bebas melangkah tanpa gusar akan keselamatan dan keselesaan kaki. Sesungguhnya, but adalah teman paling ideal sang jejaka. Ianya tahan lasak, menampilkan ciri penuh maskulin tanpa mengira darjat. Jika awalnya but hanya di kaki golongan pembalak dan pekerja binaan, Abraham Lincoln ketika akhir hayatnya juga menyarungkan but!
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
28
25 JANUARI 2017
LIBUR
keindahan alam semula jadi dan penduduk di sekitar kawasan resort ini. Hasilnya, setiap vila di sini tampil berbeza mengikut karekter binaan masing-masing. Pihak Japamala selesa menggelarkan bilik-bilik di sini dengan panggilan ‘sarang’ yang mana ada sesetengahnya dibina di atas pokok. Walaupun sarang, fasiliti disediakan berstatus mewah seperti televisyen skrin rata dengan pemain DVD, dock Ipod, bathtub, kolam renang peribadi dan bar mini. Terdapat enam jenis bilik disediakan di sini yang dipanggil Penghulu House, Seaview Sarang, Hillside Sarang, Jungle Luxe Sarang, Seacliff Chalets dan Treetop Chalets. Paling menarik, anda dapat ronda keliling pulau Tioman sambil mandi-manda di lautnya yang membiru! Alamat: Kampung Lanting, 86800 Pulau Tioman, Pahang. Url: www.japamalaresorts.com
Nikmati damai resort suasana
kampung
1. TERRAPURI Terrapuri sangat sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan dalam penginapan dan ingin menghayati keunggulan seni bina Terengganu dahulu kala. Terrapuri yang bermaksud ‘Land of Palaces’ merupakan satu projek konservasi rumah-rumah lama Melayu Terengganu (berusia 100-250 tahun), melibatkan 29 buah kesemuanya di kampung nelayan di Setiu, Terengganu. Rumah-rumah tersebut berinspirasikan seni bina Istana Melayu di Terengganu sekitar abad ke-17. Kini, Ia menawarkan 20 buah vila eksklusif, sebuah galeri dan Rumah Pantai. Ciri seni bina rumah-rumah tradisional Terengganu ini menampilkan reka bentuk yang menyamai rumahrumah di Cambodia dan Thailand. Ia melibatkan ciri-ciri seni bina tiang yang tinggi, bumbung berbentuk segi tiga dengan rabung melengkung serta dinding yang semuanya diperbuat daripada kayu Cengal. Panel kayu ini disusun dan digabungkan melalui teknik pasak dan tidak menggunakan walau sebatang paku sekalipun. Memang unik! Anda boleh memilih untuk menginap sama ada di Rumah Kedai
Buluh, Rumah Paloh, Rumah Belukar Titian, Rumah Tasek, Rumah Dusun, Rumah Binjai Rendah, Rumah Tembakang, Rumah Gelugur Raja, Rumah Seberang Takir, Rumah Jeram, Rumah Kubang Jela, Rumah Nibong, Rumah Pulau Musang, Rumah Pengkalan Kubu dan Rumah Sungai Mas. Alamat: Kampung Mangkuk, 22120, Setiu, Terengganu. Url: www.terrapuri.com
2. TANJONG JARA RESORT Resort bertaraf lima bintang dengan konsep binaan menggunakan material kayu - refleksi kepada Istana Melayu abad ke-17. Tanjong Jara Resort terletak di kawasan berlatar belakang kehijauan alam dan Laut Cina Selatan yang menjanjikan suasana damai dan tenang. Terdapat 99 buah bilik yang terbahagi kepada enam ciri-ciri berbeza iaitu Anjung, Serambi Garden View, Serambi Seaview, Bumbung Garden View, Bumbung Sea View dan Anjung Suite. Susun atur dalam bilik jelas menampilkan elemen Kemelayuan dengan dinding dan tiang kayu serta aksesori seperti Labu Sayong
sebagai antara perhiasan. ‘Syurga Tujuh’ antara pakej rawatan spa yang mesti anda cuba ketika di sini. Ia mempraktikkan konsep hidup masyarakat Melayu dipanggil ‘suci murni’ yang dikatakan mampu memberi keseimbangan daripada aspek rohani dan jasmani. Antara sesi paling menarik di Syurga Tujuh ialah mandi air bunga di ruang bilik terbuka yang begitu menyegarkan. Ia merupakan sesi terapi minda dan tubuh yang mesti anda cuba! Alamat: Batu 8, Jalan Dungun 23000, Dungun, Terengganu. Url: www.tanjongjararesort.com
JAPAMALA RESORT Falsafah pihak Pengurusan Japamala Resort cukup mengagumkan; Hampir tiada haiwan, tumbuhan dan tanah yang diganggu dalam proses membina resort ini. Tiada batu dialihkan, pokok ditebang - semuanya demi menghormati
BON TON RESORT Hanya kira-kira lima minit pemanduan dari Pantai Cenang, korang dah boleh sampai ke resort Bon Ton yang dibina di atas kawasan tanah kelapa sawit berusia lebih 100 tahun. Resort mewah ini menawarkan lapan buah vila penginapan berdasarkan rumahrumah Melayu lama berusia lebih dari 100 tahun yang mengelilingi kolam renang dan laguna. Setiap bilik disediakan peti sejuk, kain sarong, televisyen dengan pemain DVD serta kemudahan akses WiFi. Tilam dan bantal lembut, susunan perabot mewah dan bilik air luaran adalah antara elemen yang digemari para pelancong yang menginap di sini. Dengar kata Laksa campuran udang dan nenas di restoran di sini adalah antara yang terbaik. Pendek kata, kalau anda tercari elemen-elemen Melayu ketika menginap di sesebuah resort, Bon Ton adalah salah satu daripadanya. Alamat: Jalan Pantai Cenang, Lot 1047, Langkawi, Pantai Cenang 07000, Pantai Cenang, Kedah Url: www.bontonresort.com
29
25 JANUARI 2017
Muzium pelik untuk si ‘hati kering’ diawet dalam pelbagai rupa. Boleh tidak tidur malam dibuatnya.
MUZIUM PENIS HAIWAN MAMALIA
Lokasi: Reykjavik, Iceland Buat mereka yang berminat nak mengkaji tentang penis haiwan, inilah tempatnya. Muzium Penis Haiwan ini menempatkan lebih 200 penis dan bahagian-bahagian bersangkutan dengan kemaluan haiwan mamalia di darat dan lautan Iceland.
MUZIUM JAMBAN ANTARABANGSA SULABH SUKAR untuk menjangka minat sesetengah pengembara. Ada yang suka memanjat mercu tanda tanpa kebenaran, sementara sesetengah pula suka melawat ke lokasi-lokasi pelik. Untuk anda yang tercaricari lokasi muzium pelik untuk dilawati, pilihan di bawah mungkin sesuai buat anda.
MUZIUM PERISIK ANTARABANGSA
Lokasi: Washington, Amerika Syarikat Dibuka 13 tahun lalu, Muzium Perisik Antarabangsa (International Spy Museum) mempamerkan koleksi artifak dan aksesori sebenar yang digunakan oleh ejen perisikan dalam tugasan mereka. Kisah hidup mereka turut dipaparkan. Jika anda ‘hantu’ filem James Bond, muzium ini wajib anda kunjungi.
MUSEUM OF MEDIEVAL TORTURE INSTRUMENTS
Lokasi: Prague, Republik Czech Namanya sahaja menunjukkan apa yang dipamerkan tanpa berselindung iaitu alat yang digunakan untuk menyiksa manusia sewaktu Zaman Per tengahan. Jika anda rasa gilotin satu bentuk hukuman yang kejam, anda sebenarnya belum melihat yang lebih dahsyat lagi. Antara dipamerkan adalah alat menggerudi kepala, gergaji tubuh dan kerusi yang dipenuhi paku.
MUZIUM MUMIA
Lokasi Guanajuato, Mexico Kalau anda penakut, jangan hampiri. Sebabnya, muzium ini menempatkan koleksi mayat yang
Lokasi: New Delhi, India Suka untuk fahami
minat
sesetengah orang. Ada yang meminati jamban antik. Muzium ini mempamerkan koleksi jamban termasuk yang berusia lebih 4,500 tahun.
MUZIUM HUBUNGAN CINTA YANG TIDAK KESAMPAIAN
Lokasi: Zagreb, Crotia Buat mereka yang hangat bercinta, jangan ke muzium ini. Museum of Broken Relationship menampilkan koleksi barangan peribadi milik individu yang ‘frust menonggeng’ akibat gagal dalam percintaan Senang cerita, barangbarang dipamerkan adalah barang sebenar milik mereka yang putus cinta! .
PERHATIAN
Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my
Ili bantu berkomunikasi dalam bahasa asing BUAT mereka yang selalu mengembara ke luar negara, pasti tahu betapa sukarnya cuba bertutur dengan penduduk tempatan yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Hendak guna kamus memang leceh. Ttambahan pula, takkan mahu ‘pikul’ kamus setiap masa ketika mengembara. Tambahan pula, sesetengah bahasa seperti bahasa Jepun dan Thai mempunyai lenggok dan alunan suara yang berbeza untuk setiap perkataan atau ayat. Tersilap lenggok, apa yang kita cakap lain yang orang faham. “Macam anjing dengan kucing,” bak kata orang lama. Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, anda bolehd dapatkan Ili, gajet canggih yang saiznya lebih besar sedikit daripada thumbdrive anda. Ili dihasilkan oleh syarikat
Logbar Gajet ini dihasilkan oleh Logbar.Inc yang berpangkalan di Shibuya, Tokyo, Jepun. Ia sejenis alat penterjemah bahasa boleh pakai (wearable translator) yang boleh anda bawa ke mana sahaja kerana saiznya kecil, mudah dimuatkan dalam poket seluar atau jaket anda. Berikut, adalah enam kehebatan Ili: a) Menterjemah ‘sebijik’ perkataan atau barisan ayat yang keluar daripada mulut anda mengikut bahasa yang ditetapkan. (Setakat ini terdapat dalam 3 bahasa iaitu China, Jepun dan Inggeris) Dalam masa beberapa bulan lagi, Ili bakal dilengkapi 6 lagi bahasa antarabangsa iaitu Thai, Korea, Perancis, Sepanyol, Itali dan Arab. b) Boleh digunakan bila-bila masa tanpa perlu akses kepada WiFi dan 3G. c) Mempunyai pembesar suara yang
sangat kuat dan berkemampuan mengasingkan suara anda daripada bunyi bising di sekeliling. d) Dilengkapi kamus travel lexi con yang membolehkannya beroperasi lebih baik daripada enjin penterjemah lain di pasaran. e)Mempunyai docking station tersendiri dengan sambungan internet untuk memastikan ia dapat mengumpul dan menganalisis sebarang informasi terbaru mengenai bahasa-bahasa dunia. Analisis dan data ini disimpan ke storan awan (cloud storage). Maknanya Ili akan sentiasa bersedia dengan sebarang penambahbaikan input baru atau
perubahan bahasa dunia masa kini. Sekarang, anda tidak perlu gusar lagi apabila mengembara ke tempat asing dengan adanya gajet penterjermah seperti Ili. Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh emelkan kepada info@iamili.com atau layari laman facebook mereka di www. facebook.com/ilitranslator.
30
SUKAN
25 JANUARI 2017
YUNUS GURU FAIZ
YUNUS banyak turunkan ilmu kepada Faiz.
ALOR SETAR - Wira tidak didendang. Mungkin itu gelaran paling tepat untuk jurulatih, Yunus Alif. Betapa tidak, di sebalik kita meraikan kejayaan Faiz Subri memenangi anugerah Puskas-FIFA, tidak ramai yang tahu bahawa orang yang bertanggungjawab membentuk karier awal Faiz adalah Yunus. Hal ini didedahkan oleh ayah Faiz sendiri, Subri Kader yang menganggap Yunus sebagai guru kepada pemain berkenaan sehingga menjadikan dia pemain yang berjaya. “Ramai yang tidak tahu bahawa jurulatih yang mengembangkan bakat Faiz adalah Yunus. Ketika itu,
PENCAK JEBAT DAH PRO KE BOLA KITA? Jumaat minggu lalu (21 Januari) bermula liga bola sepak Malaysia bagi musim 2017. Diam tak diam rupa-rupanya bola sepak negara telah 24 tahun berada dalam era profesional sejak diperkenalkan pada 1993. Fuh! Itu bukan jangka masa yang singkat, kalau bayi dilahirkan sudah remaja dan dah boleh kahwin. Tapi yang Jebat dok garu kepala dan bertanya pada diri sendiri, betulkah bola sepak kita sudah benar-benar profesional? Ini kerana Jebat tengok saban tahun setiap kali menjelang musim baru pasti timbul macam-macam cerita yang tidak sedap didengar. Soalan Jebat, sudah profesionalkah bola sepak kita bila ada pasukan yang terpaksa berhutang gaji dengan pemain? Sudah profesionalkah bola sepak kita bila ada pasukan yang hampir muflis sehingga nyaris
pada 2010, dia menjadi jurulatih Perlis dan memberi peluang Faiz menyertai pasukan itu selepas gagal mendapat tempat dalam pasukan Kedah. “Selepas berpindah ke T-Team, Yunus turut mengajak Faiz menyertai pasukan itu pada 2012. Dialah yang memberi tunjuk ajar. Ketika bersama Yunus di T-Team, permainan Faiz benar-benar meningkat. “Malah, beberapa teknik sepakan percuma yang dilakukan Faiz adalah hasil tunjuk ajar Yunus, cuma Faiz memahirkannya dengan melakukan latihan di samping meningkatkan teknik dari semasa ke semasa. “Walaupun sudah lama tidak berhubung, namun pasti Yunus masih mengikuti perkembangan karier Faiz. Sudah tentu dia juga turut berbangga dengan kejayaan Faiz ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana jika tidak kerana peluang serta tunjuk ajar yang diberi, belum tentu Faiz berjaya,” ujar Subri. Subri juga berkata, beliau tidak terkejut dengan jaringan dilakukan oleh Faiz dalam perlawanan antara Pulau Pinang menentang Pahang yang dinobatkan sebagai Jaringan
Tercantik Dunia kerana pernah melihat gaya jaringan yang hampir sama semasa anaknya itu mewakili T-Team. “Dia dah pernah buat, cuma orang tidak perasan kerana perlawanan itu tidak disiarkan secara langsung di televisyen. Jaringannya hampir sama tapi jaringan menentang Pahang itu yang paling sempurna,” katanya.
menarik diri daripada liga? Sudah profesionalkah kita bila kebanyakan pasukan masih bergantung pada kerajaan negeri untuk membiayai mereka? Sudah profesionalkan kita bila masih berlaku pemain menandatangani kontrak dengan dua pasukan serentak? Atau kita hanya profesional pada nama? Jebat: Penulis profesional.
Baginda bukan sahaja mampu menjadikan pasukan negeri itu sebagai kuasa bola sepak Malaysia malah sejak Baginda terlibat secara langsung dengan kelab berkenaan, corak pengurusan JDT memang bercirikan pengurusan kelab-kelab profesional di luar negara. Ada yang skeptikal dengan mengatakan TMJ mampu membangunkan bola sepak Johor kerana Baginda anak raja dan banyak wang. Tapi dalam apa-apa pengurusan sekali pun kalau setakat ada wang tapi tidak ada otak, wang itu akan habis dibelanjakan tanpa mendapat hasilnya. Jebat: Sekadar layak jadi Presiden Ahli Mesyuarat Tingkap.
TMJ LAYAK PIMPIN FAM Atas kapasiti apa sekali pun, Jebat memang mengharapkan Tengku Mahkota Johor akan terbabit secara langsung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada masa akan datang. Ini kerana bola sepak Malaysia memang memerlukan suntikan baru daripada seorang pemimpin yang lebih dinamik. Bukan menidakkan kredibiliti orang lain tapi track record TMJ sejak memimpin kelab Johor Darul Ta’zim sudah cukup membuktikan Baginda seorang pemimpin yang berwibawa.
Subri Kader
JANGAN JADI BONEKA! Ada orang kata jika Tan Sri Aseh Che Mat jadi Presiden FAM, beliau sebenarnya adalah proksi kepada seseorang. Jebat tidak tahu sejauh mana andaian ini tapi jika benar, Jebat bersependapat dengan Tan Sri Annuar Musa yang tidak ber-
setuju jika FAM ditadbir secara proksi. Pada Jebat, seorang presiden perlu diberi kuasa penuh untuk mentadbir sesebuah organisasi mengikut acuannya sendiri. Sama ada beliau berjaya atau sebaliknya, biarlah beliau yang dipertanggungjawabkan. Jangan biarkan diri dijadikan boneka yang terpaksa mengikut telunjuk orang lain. Kelak nanti bila berjaya, yang mendapat nama orang tertentu tapi kalau gagal presiden dipersalahkan sepenuhnya dan orang yang bertindak di belakang tabir mengambil sikap lepas tangan. Sebab itu sejak awal Jebat lebih sokong TMJ jadi presiden dan Aseh sebagai timbalannya. Jika benar mereka memiliki falsafah bola sepak serta inspirasi yang sama seperti dinyatakan oleh TMJ, gabungan dua tokoh ini pasti mampu memacu bola sepak kita ke puncak semula. Jebat: Teringat Tuan Penasihat 25%!
31
SUKAN
25 JANUARI 2017
10 fakta menarik
GRIEZMANN 5 6 7 1 8 2 9 3 10 4
ANTOINE Griezmann mula semakin mencipta nama selepas membantu Perancis pada Euro 2016. Sebelum itu prestasinya bersama kelab Atletico Madrid lebih awal membuka mata. Kini, penyerang berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan kelab ternama Liga Perdana Inggeris, Manchester United
Berikut 10 fakta menarik mengenai Griezmann.
Antoine Griezmann, 25, dilahirkan di Mascon, sebuah bandar kecil di Perancis. Ayahnya, Alain, seorang Perancis sementara ibu, Isabelle berasal dari Portugal. Datuknya, Amaro Lopez yang berpindah ke Perancis pada 1957, bermain dalam liga divisyen satu bersama kelab Pacos de Ferreira.
Sejak kanak-kanak Griezmann mahu mengikut jejak datuknya dan menggayakan rambut seperti pemain pujaannya dari Republik Czech, Pavel Nedved. Griezmann pernah mencuba nasib dengan beberapa kelab di Perancis seperti Lyon, Aixerre, Saint Etienne dan Montpellier tapi semua tidak berminat kerana menganggap tubuhnya terlalu kecil.
CINTA dengan Erika bermula 2011.
Eric Olhats, pencari bakat untuk kelab Real Sociedad adalah orang bertanggungjawab membawa Griezmann menyertai Real Sociedad, Sepanyol ketika dia baru berusia 13 tahun.
OLHATS bertanggungjawab bawa Griezmann ke Sepanyol.
Olhats sedang bercuti di Paris dan mengunjungi rakannya di sebuah stadium apabila tertarik dengan bakat Griezmann yang menyertai perlawanan ujian bersama kelab Montpellier. Pada awalnya, keluarga Griezmann tidak membenarkan dia mengikut Olhats ke Sepanyol tapi akhir mengalah dengan kemahuan anak mereka itu. Griezmann mengakui dia menangis semasa berpindah ke Sepanyol kerana terlalu rindukan keluarganya. Pada 2011, dia berkenalan dengan Erika Choperena, seorang blogger dan hubungan mereka kekal sehingga sekarang. Mereka dikurniakan anak perempuan, Mia, pada April 2016. Griezmann pernah digantung daripada mewakili Perancis selama 14 bulan kerana bersalah menyelinap keluar dari hotel penginapan bersama empat pemain untuk berhibur, tiga hari sebelum kekalahan kepada Norway dalam perlawanan kelayakan Euro 2013.
GRIEZMANN tidak diterima di negara sendiri, Perancis tapi membina nama di Sepanyol.
Salam perkenalan daripada Mat Manjoi Lejang Januari sudah hampir berakhir. Ia bawa khabar gembira buat peminat sukan pemotoran yang bermakna, siri-siri kejuaraan dunia sudah hampir bermula. Dalam kalangan kita, acara-acara yang dekat di hati adalah Formula 1, MotoGP, Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Asia Road Racing Championship dan Cub Prix. Semua ini acara hebat yang Mat akan berikan perhatian dan buat ulasan sebagai sumbangan untuk melihat sukan ini terus berkembang maju. Agak malang, Kejuaraan Superbike Dunia tidak akan singgah lagi di Sepang. Acara Formula 1 pula menanti hari untuk melambai pergi meninggalkan Malaysia. Apapun, agenda lebih penting adalah untuk memperbanyakkan acara bagi pe-
nyertaan pelumba tempatan. Kalendar pemotoran negara musim ini akan dibuka oleh pusingan pembukaan Kejuaraan Kapcai KBS MAM, yang kembali selepas menghilang tahun lepas. Saingan Pusingan akan diadakan di Litar Elite Highway, Subang pada 28 dan 29 Januari. Syabas buat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Malaysian Motorsport Association (MAM), yang terus beri sokongan kepada acara sememangnya memberi manfaat besar kepada mereka yang berminat untuk berlumba secara kompetitif secara ‘halal’. Gejala lumba haram perlu dibenteras. Namun, ia bukan mudah disebabkan perlumbaan ‘halal’ amat kurang dan melibatkan kos yang tinggi. Kejuaraan Kapcai KBS MAM sekurang-kurangnya menuntut kos yang sederhana dengan sokongan daripada kedua-dua organisasi ini. Ini akan disusuli pula dengan sesi ujian rasmi MotoGP atau ‘MotoGP Pre-Winter’
test, yang akan diadakan tiga hari bermula 31 Januari di SIC. Kepada peminat ‘The Doctor’ Valentino Rossi, peluang ini pasti tidak mahu dilepaskan. Bergandingan dengan Maverick Vinales untuk pasukan Movistar Yamaha, Rossi dapat berlumba dengan lebih selesa dan fokus tanpa kehadiran Jorge Lorenzo. Musim ini, Lorenzo beralih ke pasukan Ducati bergandingan dengan Andrea Dovizioso. Juara 2016 Marc Marquez pula terus setia bersama Repsol Honda bergandingan dengan Dani Pedrosa. Pasukan Suzuki ECSTAR pula menampilkan gandingan Andrea Iannone dan Alex Rins; manakala Red Bull KTM Factory Racing akan dipacu oleh Bradley Smith dan Pol Espargaro. Kepada mereka yang tidak bercuti Tahun Baru Cina akhir bulan ini, lokasi perlu dituju adalah SIC, yang membuka Mall Area secara percuma sebagai hadiah kepada peminat MotoGP.
Di negara lain, sesi ujian selalunya diadakan secara tertutup. Agak malang buat peminat tempatan, sesi latihan untuk Moto2 dan Moto3 tidak diadakan di SIC. Hanya MotoGP sahaja. Jika tidak, dapat kita saksikan aksi awal SuperKIP (Khairul Idham Pawi) dengan jentera Moto2 600cc Honda Team Asia; bersama Pescao (Hafizh Syahrin Abdullah) dan pasukan PETRONAS Raceline Malaysia. Di Moto3, kita ada Muhammad Adam Norrodin, yang pastinya lebih garang pada musim keduanya. Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia bakal memasuki edisi ke 27 tahun ini. Tahun lepas, kita sudah mempunyai pemenang GP. Salahkah kita untuk berangan untuk mempunyai juara dunia pula dalam masa terdekat? Mat Manjoi mrmadmanjoi@gmail.com
32
25 JANUARI 2017
Yunus guru Faiz 30
25 JANUARI 2017
SUMPAHAN JERSI NO. 7
M
Menarik tentang GRIEZMANN
ANCHESTER - Di sebalik keghairahan penyokong Manchester United (MU) menanti kedatangan Antoine Griezmann ke Old Trafford pada musim panas ini, terdapat segelintir peminat yang bimbang sumpahan No 7 mungkin menimpa penyerang Perancis itu. Ini kerana sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab tersebut untuk berhijrah ke Real Madrid lapan tahun lalu, beberapa pemain yang memakai jersi No 7 bukan sahaja gagal menyamai reputasi penyerang Portugal itu malah seolah-olah terkena sumpahan
sehingga akhirnya meninggalkan MU. Jersi No 7 merupakan jersi keramat MU apabila pemakainya sebelum itu seperti Eric Cantona, David Beckham dan Ronaldo mencipta pelbagai kejayaan bersama kelab berkenaan. Namun, kini ia seolah-olah membawa sumpahan kepada pemain yang memakainya. Michael Owen adalah mangsa pertama apabila gagal mengulangi kecemerlangan ketika bersama Liverpool dan Real Madrid dan akhirnya terpaksa angkat kaki dari Old Trafford. Begitu juga dengan bintang Argentina, Angel di Maria yang hanya
31
GRIEZMANN dianggap paling layak sarung jersi No.7.
mampu bertahan selama semusim selepas gagal menyerlah walaupun pada awal kehadirannya dianggap sebagai pemain paling tepat untuk menggunakan No. 7. Antonio Valencia pula kelihatan lebih â&#x20AC;&#x2DC;menjadiâ&#x20AC;&#x2122; selepas menyarung jersi No 25 berbanding No. 7. Terbaru, pemain sayap dari Belanda, Memphis Depay juga tidak terdaya melawan badi No 7 apabila diberitakan bakal meninggalkan MU untuk menyertai kelab Perancis, Lyon. Namun, ramai penyokong MU yang optimis, Griezmann adalah pemain yang paling layak untuk memakai jersi tersebut dan ber-
harap spekulasi perpindahan pemain itu ke kelab berkenaan menjadi kenyataan. Pengurus MU, Jose Maurinho dikhabarkan telah mendapat lampu hijau untuk membelanjakan 100 juta Pound untuk menebus kontrak Griezmann dengan Atletico Madrid. Apatah lagi pengurus Atletico, Diego Simeone juga mengambil pendirian tidak mahu menyekat pemain yang mahu berpindah. Namun, MU perlu bersaing dengan Manchester City, Chelsea, Paris St Germain dan Real Madrid yang turut berminat ke atas pemain itu.
Hai-O kini tauke hotel
SEJAK menggantung but, pemain bola sepak kebangsaan, Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai-O telah bertukar status menjadi ahli perniagaan. Dia kini ligat membabitkan diri dalam bidang perhotelan dan pengeluaran makanan. Hai-O Hotel di Sepang, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah berope-
rasi sejak Mac 2016 lalu. Hotel bajet yang mempunyai lebih 20 bilik ini dijadikan hub transit untuk pengguna lapangan terbang berkenaan. Pada masa sama bekas pemain itu turut menjadi pengeluar pelbagai produk makanan seperti sos dan pes atas jenama AdeqSue. Antaranya adalah pes ikan bakar petai, sambal ikan bilis, sambal belacan, pes ikan
bakar tempoyak, sos tiga rasa dan banyak lagi. Produk ini dipasarkan di pasar raya terkemuka negara. Di samping itu Hai-O juga sedang berusaha untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menyertai beberapa pameran makanan di luar negara. Difahamkan Hai-O turut memiliki sebuah restoran di Kuala Terengganu.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyeh 23, Kawasan Miel Phase 8, 403000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712