PE RC UM A
ISU 03
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
Trump catat 8 sejarah baharu 2
Keluaran 08 - 14 FEBRUARI 2017
Yoyo Cheow cilik tapi lunak
Rambut sumber jadi kaya
22
27
1009 kali resipi Sanders ditolak
Cara Ziana pikat suami 18
24
BAHAYA WI-FI AWAM
Pengguna terdedah pada jenayah siber yang tidak terduga RADZHA RAIEH
PETALING JAYA – Restoran, kopitiam atau apa sahaja premis perniagaan awam kini banyak menawarkan zon Wi-Fi atau Internet percuma untuk menarik kunjungan pelanggan. Dengan membawa tablet, komputer riba, telefon pintar atau gajet yang menjadi keperluan gaya hidup masa kini, pelanggan tidak perlu risau memikirkan hal penggunaan data mudah alih secara berlebihan sekali gus menelan banyak belanja.
Mereka boleh duduk berjam-jam, malah berulang kali memesan minuman atau makanan sambil melayari Internet. Namun, tidak ramai menyedari akan bahaya melayari Internet dengan menggunakan Wi-Fi di tempat awam. Ia sebenarnya boleh mendedahkan mereka kepada bahaya pelbagai bentuk jenayah siber yang tidak terduga.
6, 7
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA
TERBIT SETIAP RABU
MINGGUAN WARTA PERDANA
Ambil. Baca. Kongsi.
2
08 - 14 FEBRUARI 2017
Memang Trump, Obama berbeza...
‘Donald Trump’ di dalam ‘Pejabat Oval’ Madamme Tussauds.
BERBANDING dengan Barack Obama yang digambarkan dalam keadaan tersenyum, Donald Trump sebaliknya berwajah serius dan kelihatan sangat tegas. Ini mewujudkan gambaran begitu kontradik, yang boleh dianggap mewakili persepsi masyarakat dunia terhadap keduadua pemimpin yang memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 dan 45 itu. Trump meng angkat sumpah menggantikan
Hotel pula disaman WASHINGTON – Sebuah syarikat kontraktor elektrik menyaman hotel milik Presiden Donald Trump menuntut baki bayaran kerja sebanyak AS$2 juta (RM8.87 juta). Dalam tuntutan yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Washington D.C., syarikat Freestate Electrical menyatakan mereka sepatutnya dibayar keseluruhan AS$15 juta untuk melengkapkan system penggera kebakaran pada kadar segera sebelum pembukaan hotel itu menjelang Pilihan Raya Presiden lalu. “Atas kehendak mereka, petugas kami bekerja tanpa henti tujuh hari seminggu, 10 hingga 14 jam setiap hari selama hampir 50 hari berturut-turut. Mereka minta kami segerakan. Malangnya baki bayaran AS2 juta untuk kami hingga hari ini belum dilunaskan,” dakwa syarikat itu.
AS, Australia berbalah SEMINGGU selepas Donald Trump mengambil alih White House Amerika Syarikat, hubungan akrab AS dengan Australia yang terjalin sekian lama mula bermasalah. Baru-baru ini, Presiden Donald Trump menamatkan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Malcom Turnbull secara tiba-tiba selepas berlaku perbalahan antara mereka. Sebelum itu, dua pemimpin berkenaan dikatakan saling melempar kata-kata kesat yang sangat jarang berlaku dalam kalangan pemimpin utama manamana negara. Selama ini, Australia adalah negara sekutu rapat AS dan diberi julukan sebagai 'pembantu Syerif' bagi negara-negara Asia.
Trump tidak normal!
‘Barack Obama’ yang saling tumpah seperti rupa bekas presiden itu.
Obama pada 21 Januari lalu. Mereka ‘bertemu’ di dalam Pejabat Oval (pejabat Presiden AS) bukan di Washington tetapi di Muzium Madamme Tussauds, London, 18 Januari lalu. Menjelang pelantikan rasmi Trump sebagai Presiden AS, Madamme Tussauds yang terkenal sebagai lokasi pameran patung lilin personality ternama dunia termasuk pemimpin politik, turut mengabadikan ‘Donald Trump’. ‘Obama’ sudah pun berada di situ sejak 15 Januari 2009.
NEW YORK - Donald Trump dianggap mempunyai sindrom “malignant narcissism”, iaitu sindrom psikologi dari campuran ekstrem narsisme, gangguan keperibadian anti-sosial, pencerobohan, dan sadisme oleh beberapa ahli psikologi ke atas perilakunya yang tidak normal. Antara buktinya, Trump akan mengusir kelompok yang dianggap mengancamnya termasuk imigran, merendah dan mengejek penyaing serta tidak melihat kebenaran secara rasional. Dr Julie Futrell, ahli psikologi berkata, walaupun ada tiga juta rakyat berdemonstrasi menentangnya, Trump tidak boleh terus pekakkan telinga. Seorang lagi ahli psikologi memberitahu NY Daily News bahawa Trump akan melindungi diri dengan sikap egonya untuk menghancurkan orang lain.
Percaturan Presiden KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syari kat, Donald Trump dijangka menggabungkan kepintarannya da lam perniagaan ke dalam pen tad biran negaranya, kata seorang ahli akademik. Profesor Ekonomi, Sekolah Perniagaan, University Sunway, Dr. Yeah Kim Leng berkata janji Trump akan ada lebih banyak perbelanjaan infrastruktur, pemansuhan kawal selia, pengurangan cukai dan kurang birokrasi akan memberi kesan positif kepada ekonomi Amerika, yang sudah mengalami peningkatan trend sebelum pelantikannya. “Bagaimanapun, dia akan ber depan dengan defisit perdagangan dan defisit fiskal yang dihadapi oleh ekonomi Amerika, serta tahap hutang kerajaan yang tinggi. “Kekangan ini akan bergabung dengan be berapa aspirasi ‘Trumpnomics’. Apa yang ku rang positif bagi dunia ialah sebagai ahli perniagaan, beliau akan me macu Amerika menggunakan pendekatan tegas dalam hubungan dan interaksi yang sukar dengan seluruh dunia,” kata Yeah. Menurut Yeah, mem burukkan lagi keadaan ini ialah ancaman Trump terhadap bebanan tarif dan penalti yang sukar terhadap negara-negara se perti China dan Mexico ke atas perdagangan yang tidak adil. Yeah bersetuju de ngan pendapat firma pe nyelidikan yang Trump mengambil pendirian
perlindungan terhadap ekonomi Amerika Syarikat, mengatakan bahawa presiden baru itu melihat perdagangan semasa dengan China, Mexico dan rakan dagangan lain sebagai kurang mem beri manfaat kepada Amerika Syarikat ke rana me nyebabkan ke hilangan pe ker jaan, defisit perdagangan dan hilang peluang untuk syarikat Amerika Syarikat. “Kita mungkin akan melihat beliau mengambil pendekatan tegas dari segi mengeluarkan lebih banyak konsesi daripada rakan dagangan utama seperti Jepun, China, Mexico dan Eropah. “Trump juga akan menarik syarikatsyarikat Amerika supaya membawa kembali pengeluaran mereka di luar negara ke dalam ne gara dalam usahanya untuk men jadikan Amerika kembali hebat,” kata Yeah. Mengenai sama ada dasar Trump akan memberi faedah kepada dunia, Yeah, yang juga pakar ekonomi dan penganalisis berkata ketidakpastian utama mengenai dasar presiden baharu itu ialah sejauh mana konflik dalam politik, perdagangan dan pelaburan antara Amerika Syarikat dan China. “Jika pendekatan adalah konfrontasi dan hubungan yang kurang mesra, pertumbuhan glo bal dan perdagangan dunia, yang telah semakin perlahan, akan me nyaksikan penurunan lagi,” katanya. BERNAMA
3
08 - 14 FEBRUARI 2017
Trump catat 8 sejarah baharu Tiada pengalaman politik
Trump adalah satu-satunya Presiden AS yang dipilih dalam tempoh 60 tahun terakhir ini tanpa sebarang pengalaman politik. Beliau tidak pernah memegang jawatan di Kongres ataupun gabenor wilayah. Sebelum ini, hanya ada seorang Presiden AS yang juga tidak mempunyai pengalaman politik iaitu Dwilight Eisenhower, bekas komander Tentera Perikatan pada Perang Dunia Kedua yang menang jawatan presiden pada 1953.
Menantu paling berkuasa
Presiden paling tua
Apabila Presiden Donald Trump menyambut ulang ta hunnya yang ke 70 pada 14 Jun depan, beliau akan menempa sejarah sebagai Pre siden Amerika Syarikat yang paling tua ketika me me gang jawatan. Sebelum ini, rekod itu dipegang oleh Ronald Reagan yang berusia 69 tahun pada 1981. Trump bagaimanapun sudah bersedia untuk itu. Beliau menggaji seorang doktor peribadi yang sentiasa berusaha untuk memastikan dirinya kekal se bagai individu yang paling si hat pernah dipilih untuk men duduki kerusi Presiden AS.
Bilioner pertama
Trump bilioner pertama dilantik Presiden AS. Meng ikut rekod Forbes, kekayaan Trump bernilai AS$3.7 bilion (RM16.39 bilion). Trump bagaimanapun pernah mengaku nilai sebenar kekayaannya adalah melebihi AS$10 bilion (RM44.31 bilion). Ketika ber kempen, beliau pernah beri tahu hanya akan ambil gaji AS$1 (RM4.43) sahaja. Sebelum itu, beliau pernah menyatakan tidak akan ambil gaji walaupun AS$1 jika dipilih, namun mengubah kenyataan itu kepada akan menerima AS$1 disebabkan kehendak peraturan. Meng
ikut perlembagaan, seseorang Presiden AS dengan yang ter akhir, Obama sebelum ini menerima gaji tahunan sebanyak AS$205,700. Ini ti dak termasuk elaun belanja tahunan sebanyak AS$50,000; elaun bagi perjalanan yang ti dak dikenakan cukai sebanyak AS$100,000 dan AS$19,000 untuk guna kerai an. Keseluruhan pendapatan se seorang Presiden AS di anggarkan AS$400,000 se tahun. Langkah Trump meng ambil gaji hanya AS$1 adalah sama seperti yang dilakukan Arnold Schwarzenegger ketika memegang jawatan Gabenor California.
Kabinet terkaya
Pentadbiran Trump di ke nali sebagai Kabinet Terkaya. Laporan Washington Post menyebut, Setiausaha Per da gangan, Wilbur Ross me miliki kekayaan peribadi bernilai AS$2.5 bilion – 10 kali ganda berbanding Ka binet George W. Bush pada 2001. Ini sekali gus menarik perhatian Demokrat untuk menyindir sebagaimana tweet bekas calon presiden parti itu, Senator Bernie Sanders yang menyatakan “pentadbiran Donald Trump adalah daripada dan kepada golongan jutawan dan bilioner.” Pihak media pula me label Kabinet Trump se bagai ‘himpunan para jutawan’.
Era Trump sebagai presiden menyaksikan beliau adalah pemimpin yang mempunyai anak menantu paling ber kua sa dalam sejarah AS. Me nantunya, Jared Kushner dilantik sebagai Penasihat Ka nan Presiden manakala anakanaknya, Ivanka, Donald Jr., dan Eric turut berperanan dalam pasukan peralihan dalam penubuhan Kabinet baharu. Trump memasuki White House sebagai presiden yang tidak membawa ber sama haiwan peliharaan ber banding sebelum ini. John F. Kennedy terkenal dengan arnab kesayangannya, Zsa
Zsa selain burung kenari yang dikenali sebagai Robin. Semasa era Calvin Coolidge (1923-1929), White House pernah diumpamakan seperti mempunyai zoo mini. Barack Obama sebelum ini begitu menyayangi anjing baka Portugal yang dikenali dengan panggilan Bo.
Keputusan pelik
Trump memenangi jawatan presiden pada platform prokerja, dan menyalahkan dasar perdagangan bebas se bagai punca kejatuhan indus tri pembuatan AS. Ini ada lah pendirian yang jarang ditunjukkan oleh seorang Presiden AS dengan mungkin yang terakhir adalah Herbet Hoover (1929-1933), juga daripada Republikan.
Wanita Pertama
Isteri Trump, Melania adalah Wanita Pertama yang pertama (jika tidak ada yang lain
selepas ini) dari Slovenia, juga yang pertama tidak berbahasaibundakan Inggeris. Bagaimanapun, beliau bukanlah Wanita Pertama yang pertama lahir di luar AS. Louisa Adams, isteri John Quincy Adams(1825-1829) lahir di London. Dari segi pengu asaan bahasa, Melania yang fasih dalam bahasa Perancis, Jerman, Serbia se la in Inggeris dan Slovenia dijangka mampu berperanan dengan berkesan sebagai Wa nita Pertama. Namun apa yang paling menarik mengenai dirinya adalah beliau satusatunya yang pernah berfoto bogel untuk majalah GQ pada 2000. Trump sendiri ba gai manapun tidaklah alah kerana beliau juga pernah muncul sebagai model ‘cover’ majalah Playboy pada Mac, 1990 dengan tagline, “Majalah yang baik, mahu jual?”
Hubungan AS, Mexico ‘panas’ MEXICO CITY – Hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan jiran selatannya, Mexico kini berada pada tahap yang tidak sihat. Pembinaan tembok pemisah di sempadan dua negara yang diarahkan oleh Presiden AS, Donald Trump telah mencetuskan pelbagai masalah susulan. Presiden Enrique Pena Nieto sejak awal menentang cadangan itu dengan mengatakan, Mexico tidak akan membayar walau sesen pun kos pembinaan tembok berkenaan. Trump membalas dengan kenyataan bahawa pihaknya akan memastikan Mexico turut menanggung kos itu. Berikutan itu, White House baru-baru ini menyatakan bahawa 30 peratus cukai akan dikenakan bagi setiap barangan import dari Mexico bagi menampung kos pembinaan tembok sempadan.
Hal itu meningkatkan lagi ketegangan hubungan dua negara berkenaan. Trump memberikan alasan pembinaan tembok sempadan perlu dilaksanakan bagi mengelak kemasukan pendatang Mexico yang jadi punca banyak kes jenayah di AS. “Sebuah negara tanpa sempadan bukan negara. Sekarang, AS akan mendapatkan semula kawalan sempadan kita,” tegasnya. Pena Nieto pula berkata pihaknya memberi dan menuntut rasa hormat daripada sebuah negara jiran atas kedaulatan Mexico. Beliau juga telah membatalkan kunjungan ke White House yang sepatutnya dilakukan Selasa lalu, bagaimanapun mengakui telah bercakap dengan Trump melalui telefon.
4
08 - 14 FEBRUARI 2017
Muslim Care dekati pelarian Syria Daripada Shamsirull Shamsudin Di Rayhanli, Turki
KEJATUHAN wilayah Aleppo yang dikuasai pasukan penentang kerajaan Presiden Bashar al Assad hujung tahun lalu memaksa penduduknya melarikan diri ke kawasan yang bersempadan dengan Turki, terutama di Idlib. Selain ketiadaan ke mu dahan asas dan bekalan ma kan an yang mencukupi, kehadiran musim sejuk me nambah lagi derita mereka. Sebagai langkah mem bantu, Muslim Care Malaysia telah menghantar 22 suka relawan ke wilayah terbabit termasuk doktor dan pakar kanak-kanak. Mereka memasuki sem padan dari Istanbul menuju
ke Rayhanli, sebuah lokasi di perbatasan Turki – Syria. Semasa berada di kawasan berkenaan, mereka mengagihkan sumbangan selain memberi rawatan kepada yang memerlukan. Untuk misi kemanusiaan selama 10 hari, Muslim Care membawa hampir satu tan barangan berupaya ubat-ubatan, susu bayi dan pakaian musim sejauk. Selain itu, turut disalurkan sumbangan tunai lebih RM400,000 terutama untuk kegunaan pendidikan anakanak pelarian. Muslim Care Malaysia antara NGO antarabangsa yang menjadikan pendidikan anak-anak pelarian sebagai sebahagian agenda utama. Menurut pegawai pen
didik an misi kemanusiaan Syria, Nazmi Karim, projek sekolah pertama Muslim Care telah dilaksanakan di Rayhanli pada 2014, kini telah memiliki lima sekolah melibatkan lapan ribu anak pelarian. Usaha ini telah men dapat perhatian Unicef (Tabung Kecemasan KanakKanak, Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu) hingga badan dunia itu memilih untuk menyumbang sebuah seko lah kepada Muslim Care termasuk kerusi meja serta lain-lain peralatan mengajar. Sekolah yang dibina di tapak seluas suku hektar itu turut dilengkapi gelanggang bola keranjang dan taman permainan. “Agar tidak ketinggalan, kita gunakan tablet untuk gantikan buku teks, ter utama bagi subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris,” kata Nazmi. Memasuki wilayah ber go lak sememangnya tidak mudah. Pasukan sukarelawan Muslim Care dihadapkan de ngan berbagai-bagai cabar an termasuk penahanan barangan bantuan oleh pihak berkuasa Turki.
dan program pengurusan kredit.
BUDAYA HIDUP BERHEMAT
KEWANGAN
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan oleh Bank Negara dengan matlamat proaktif iaitu membantu rakyat Malaysia yang bermasalah dalam pengurusan kewangan. Ia bagi memastikan sektor isi rumah mendapatkan nasihat serta bantuan berhubung kewangan dan pengurusan kredit melalui agensi bertauliah. Visi AKPK ialah “Amalkan Peng urusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup”. Bagi merealisasikan visi tersebut, AKPK mendidik masyarakat me lalui pendidikan kewangan, per khidmatan kaunseling kewangan
Ikat perut masih susah belanja Gaji saya RM2,800 manakala gaji isteri pula RM1,900. Dengan gaji sederhana begini, saya rasa tidak mampu untuk menyimpan kerana banyak duit gaji dihabiskan untuk kos sara hidup. Kami perlu membayar nurseri anak sebanyak RM300, kereta RM600, parkir kereta di stesen LRT RM70, tambang LRT RM4.80 sehari. Begitu juga dengan isteri yang menaiki LRT dengan kadar RM5.80 sehari. Belum termasuk sewa rumah, kos makan, susu, lampin anak dan kos balik kampung. Jika diikutkan, kami sudah habis berjimat dan mengikat perut. Saya tidak nampak cara untuk menyimpan duit. - Danial, Cheras. JAWAPAN Terima kasih kerana bertanyakan AKPK untuk soalan ini. Secara umum, kita mampu mengawal dua perkara iaitu sama ada kurangkan perbelanjaan atau pun tingkatkan pendapatan.
Pelarian lima beradik cacat RAYHANLI, Turki – Sebaik perang meletus di tanah airnya, Abdul Kadir membawa keluarganya lari menyelamatkan diri ke sempadan Turki. Selain isteri, Aminah Khatib , yang jadi keutamaan bagi Abdul Kadir adalah lima anaknya yang cacat disebabkan masalah saraf sejak kecil. “Anak-anak saya hanya terlantar, tak mampu buat apaapa… semuanya saya dan isteri lakukan untuk mereka,” katanya melalui juru bahasa. Tidak lama selepas mereka mendapat perlindungan di khemah pelarian, anak sulung Abdul Kadir meninggal dunia. Ketika mengunjungi keluarga Syria itu, sumbangan tunai AS$1,000 (RM4,400) dihulurkan untuk belanja perubatan anak-anak istimewa itu selain barang keperluan termasuk susu bayi.
Sebagai panduan, anda boleh mengikuti pecahan umum iaitu menyimpan 10 hingga 30 peratus, kredit 30 hingga 40 peratus manakala 60 hingga 70 peratus pula untuk kos sara hidup. Bagaimanapun, ia bergantung kepada komitmen dan kesanggupan kita sendiri. Biarpun hanya dengan nilai RM10, ia tetap satu simpanan. Ini kerana berapa yang perlu disimpan bukanlah kriteria utama, namun azam dan disiplin untuk menyimpan lebih diutamakan. Berkenaan kos pengangkutan, petrol dan nurseri anak yang anda nyatakan, ianya adalah kos berubah. Ia sudah pun termasuk didalam peratusan kos sara hidup. Jika mengikut pecahan umum tadi, sememangnya kos sara hidup adalah bahagian yang paling besar. Jadi, kami hanya menyarankan membuat simpanan mengikut pecahan umum tadi. Mungkin anda boleh mulakan dengan jumlah yang kecil kemudiannya tambah sedikit mengikut kenaikkan gaji atau pertambahan pendapatan.
Andai penjimatan telah dilakukan, mungkin boleh cuba atau usahakan kaedah kedua iaitu menambahkan pendapatan. Anda boleh mencari pendapatan sampingan, sama ada bekerja untuk dua atau tiga jam lagi di waktu malam dengan berniaga misalnya. Mungkin agak sukar pada permulaan namun alah bisa, tegal biasa. Akhir kata, nasihat dari kami, jika orang lain mampu menyimpan, mengapa tidak kita? Apa yang penting ialah bukan berapa yang kita dapat, namun bagaimana kita menguruskan pendapatan tersebut. Semoga anda berjaya memulakan langkah awal untuk menabung. Jawapan disediakan oleh Ketua Pendidikan Kewangan AKPK Nor Akmar Yaakub. Ruangan ini diwujudkan untuk memberi informasi kepada warga kota mengenai ilmu pengurusan kewangan. Sehubungan itu, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan mengendalikan ruangan ini. Sebarang pertanyaan mengenai masalah kewangan boleh e-mel ke pengarang@warta.my
08 - 14 FEBRUARI 2017
5
6
08 - 14 FEBRUARI 2017
Wi-Fi awam mudah digodam
SERI KEMBANGAN – Kebanyakkan insiden kecurian data berlaku kerana pengguna Internet tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan mengenai tatacara penggunaan Wi-Fi di tempat awam. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr.Amirudin Abdul Wahab, berkata insiden sebegini berlaku kerana kurangnya kesedaran orang ramai mengenai bahaya jenayah siber. “Selain laman sesawang yang menjadi sasaran, data peribadi juga menjadi kegemaran penjenayah siber. Mereka melakukannya dengan pelbagai tujuan dan motif. “Antara motif penggodam menggunakan data peribadi ialah membuat ugutan dan gangguan siber ke atas pemilik asal disebabkan maklumat sulit tersebut. Ada juga penggodam yang menyamar di dalam urusan peribadi hingga menimbulkan masalah kepada mangsa.
“Jika maklumat sulit perbankan jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab pula, mangsa akan kerugian wang ringgit sementara penggodam pula mendapat keuntungan berlipat kali ganda,” katanya. Amirudin berkata, pengguna Internet digesa agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila menggunakan kemudahan Wi-Fi di tempat awam. Pastikan ianya hanya bertujuan melayari laman sesawang, bukannya me lakukan apa jua transaksi. "Jika anda curiga dengan keselamatan Internet atau tidak mengetahui siapa pe ngendali Wi-Fi, maka tang guhkan segala urusan ter lebih dahulu. “Adalah lebih baik jika urusan dalam talian dilakukan di tempat yang lebih selamat seperti rangkaian Internet pejabat atau rumah yang keselamatannya lebih terjamin,” katanya.
Tip kepada pengguna Wi-Fi - Tiada yang sulit pada Wi-Fi awam. Di rangkaian tanpa wayar yang menggunakan program ‘enkrip’, semua orang boleh mengetahui sejarah halaman mana yang anda telah layari dengan menggunakan kata laluan sama (contoh : di lapangan terbang, kafe siber). - Pastikan anda sentiasa log keluar sesuatu aplikasi Internet seperti e-mel, Facebook dan Instagram, bukan sekadar menutup pelayar semata-mata. Ini kerana orang yang memegang peralatan selepas anda berpotensi untuk log masuk ke semua akaun anda. - Jangan menyimpan Id pengguna dan kata laluan di dalam peralatan mudah alih anda. Hadkan penggunaan atau matikan Wi-Fi di ‘hotspot’ kerana penjenayah siber sentiasa cuba untuk mengakses dan mencuri maklumat tanpa pengetahuan anda. - Jika perlu melayari rangkaian tanpa wayar yang tiada program ‘enkrip’, periksa URL laman web terlebih dahulu. Jika boleh,
gunakan aplikasi pada peralatan mudah alih anda sendiri supaya anda tahu iaadalah laman web yang sahih. Sesetengah laman web adalah lebih selamat dari yang lain. Laman web dengan ‘HTTPS’ adalah lebih selamat daripada ‘HTTP’. - Apabila melakukan transaksi seperti perbankan Internet, pastikan ia dilakukan pada rangkaian terjamin. - Jadikan satu tabiat untuk menutup sambungan ‘Bluetooth’ atau perkhidmatan lokasi apabila tidak digunakan. Ini untuk mengelakkan peralatan mudah alih anda diceroboh serta mengelakkan orang asing mengetahui lokasi anda. - Anda dinasihatkan supaya tidak mendedahkan nama sebenar di ‘Bluetooth’ atau identiti tanpa wayar. Berhatihati kerana sesetengah aplikasi akan menggunakan tetapan sedia ada untuk membolehkan iabersambung ke peralatan mudah alih anda secara automatik.
Jenayah Siber boleh dipenjara PUTRAJAYA – Jika ada Syarikat atau Golongan Pengguna Data yang melanggar peraturan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya. Pesuruhjaya Perlin dungan Data Peribadi (JPDP), Khalidah Mohd Darus, berkata Golongan Pengguna Data perlu me ma tuhi tujuh prinsip per lindungan yang telah termaktub dalam Akta ter sebut. “Orang ramai perlu sedar risiko menggunakan kemudahan WiFi di tempat awam. Ini kerana bila berkongsi talian Internet yang sama, kemungkinan data peribadi dicuri adalah lebih tinggi. Jadi, perlu lebih berhati-hati dan peka hak peribadi,” katanya Khalidah berkata
pihak mereka juga sering menerimaaduan berkenaan pe nyalahgunaan kad pe nge nalan dan gangguan panggilan telefon. “Setakat ini kes salah guna kad pengenalan orang lain serta gangguan panggilan telefon yang melibatkan pe masaran langsung adalah
aduan yang tertinggi. Namun bagi kes serius pula, siasatan akan dijalankan oleh JPDP akan bekerjasama dengan agensi-agensi seperti polis, Peguam Negara danlainlain. Ia memerlukan tempoh masa bagi menyelesaikan kes tersebut.” “Oleh sebab itu, setiap
pengguna hendaklah ber hati-hati dan sedar risiko ketika mengisi borang yang meminta pelbagai maklumat daripada pihak yang berkenaan kerana data tersebut sepatutnya digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan sahaja,” katanya lagi.
Apakah itu Data Peribadi? - Nama dan alamat - Nombor kad pengenalan - Nombor passport - Maklumat kesihatan - E-mel - Gambar - Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV) - Maklumat dalam fail peribadi - Butiran akaun bank
Godam 1b data Yahoo WASHINGTON – Lebih satu bilion data pengguna Yahoo telah dicuri sejak tahun 2013 hingga Disember 2016. Pendedahan itu menjadikan Yahoo mangsa kedua terbesar jenayah siber yang pernah dilaporkan. Yahoo mengesahkan per kara itu selepas melakukan penyiasatan ke atas pen cerobohan data peribadi mereka. “Yahoo percaya ia dilakukan pihak ketiga (penggodam), yang mencuri data untuk lebih satu bilion pengguna kami. Data pengguna yang dicuri itu membabitkan maklumat yang mengandungi nama, alamat email, nombor telefon, tarikh lahir dan ‘algoritma’ kata laluan pengguna,” kata Yahoo. Yahoo bagaimanapun mengesahkan penggodam gagal memperoleh kata laluan untuk memasuki teks, data kad pembayaran dan maklumat akaun bank -AFP
7
08 - 14 FEBRUARI 2017
Curi data sekelip mata PENGGODAM Internet pakar dalam teknologi serta tahu selok-belok perisian. Editor Majalah Teknologi terlaris, Chip Malaysia, Nazrin Zain berkata pencerobohan emel juga sering berlaku. Ini kerana ada yang meng gunakan Wi-Fi yang telah digodam. "Jika menggunakan Wi-Fi hotspot yang tidak selamat, besar kemungkinan telefon pintar anda akan digodam oleh penjenayah siber. Manakala maklumat peribadi seperti emel, mesej, gambar dan lain-lain juga boleh dicuri oleh mereka,"katanya. Menurut Nazrin, ‘Ransomware’ adalah keadaan apa bila komputer di sambungkan ke Wi-Fi yang telah digodam, ia akan diambil alih oleh
penggodam. Akibatnya pengguna perlu membayar wang tebusan untuk memulihkan komputer tersebut. “Data pengguna yang digodam biasannya akan dijual di laman sesawang ‘Deep Web’ di mana banyak transaksi yang menyalahi undang-undang. Jika ia tidak dijual, kemungkinan besar maklumat peribadi ini akan dilepaskan secara terbuka. Jadi siapa sahaja boleh menggunakannya.” “‘Ransomware’ kini sedang berleluasa di se luruh dunia. Lebih te ruk, jumlahnya me ning kat setiap bulan. Bagaimanapun ramai pengguna tidak tahu cara untuk membetulkannya. "Bagi mengelakkan masa lah ini, saya saran kan pengguna perlu ber
hati-hati sebelum menggunakan Wi-Fi di lokasi awam." Bagi Nazrin, talian Wi-Fi lebih selamat jika diberi oleh premis tersebut seperti restoran makanan segera. Berbanding menggunakan talian Wi-Fi umum terbuka seperti di pusat membeli-belah. Ini kerana butiran Wi-Fi lebih mudah disalin semula oleh penggodam.
Contoh cara menggodam - Teknik ‘Man In The Middle’ iaitu penggodam akan memintas komunikasi di antara pengguna dengan laman web. Penggodam akan menunjukkan laman sesawang mereka sendiri. Jika pengguna klik mana-mana pautan di laman tersebut, penjenayah ini akan memuat turun dan memasang ‘malware’ yang membolehkan mereka mencuri maklumat.
Ancam rahsia peribadi
ID pengguna, kata laluan, nombor pin, nombor kad pengenalan,‘cookies’ – semuanya terletak di dalam cip komputer atau telefon mudah alih. Transaksi yang menggunakan Internet ini sangat berbahaya atau pun ‘vulnerability’ kerana ia berkaitan data peribadi individu. Penjenayah siber atau lebih dikenali sebagai penggodam sebenarnya sangat berminat untuk ‘mengacau bilau’ ketenteraman hidup anda. Menurut Pensyarah bahagian Industri Elektronik GermanMalaysia Institute, Mohammad Nadzir Nazuwan, jenayah siber kini semakin berleluasa. Apatah lagi dengan adanya sumber di Internet seperti ‘Google’ dan ‘Youtube’, setiap perbuatan jenayah ataupun ‘hacking’ ini boleh dipelajari dengan mudah oleh sesiapa pun. “Siapa sahaja boleh menjadi penggodam. Ada yang melakukannya
kerana suka-suka, menunjuk-nunjuk kepada rakan atau untukkepuasan diri sendiri. Mereka yang tiada kemahiran menggodam tetapi dengan memuat turun ‘script’ atau pun ‘tools’dari Internet, penggodam ini mampu memusnahkan akaun. Golongan ini dipanggil ‘Script Kiddies’.” “Selain itu, ada juga penggodam yang melakukannya untuk kepentingan peribadi. Antaranya ialah memeras ugut bagi mendapatkan duit, mengintip atau menceroboh maklumat mangsa kerana emosi. Penggodam ini akan mengugut mangsa sehingga mangsa memenuhi kehendak mereka.” Nadzir berkata terdapat juga istilah ‘Computer Spy’ iaitu individu yang dibayar bagi memecah masuk ke dalam sistem untuk mencuri maklumat mangsa bagi tujuan tertentu. Kebiasaannya individu ini adalah penjenayah yang mempunyai kemahiran tinggi untuk menggodam. “Menariknya ada pihak yang menggodam dengan tujuan menunjukkan kelemahan sesuatu sistem. Biasanya golongan ini melakukannya kerana protes terhadap sesuatu perkara,” ulasnya lagi. Lebih parah, data-data peribadi ini berkemungkinan dijual kepada pihak pihak tertentu. Terdapat pelbagai laman web ataupun aplikasi yang memerlukan kita untuk
“Data pengguna yang digodam biasannya akan dijual di laman sesawang ‘Deep Web’ di mana banyak transaksi yang menyalahi undang-undang"
‘sign up’ untuk tujuan sedemikian. Oleh itu, tidak mustahil data-data mangsa yang diperolehi akan dijual kepada pihak pihak tertentu. Bagi Nadzir sendiri, pengguna tidak digalak menggunakan Wi-Fi di tempat awam, lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai ‘security password’. Ini kerana sesiapa sahaja boleh menggunakan Wi-Fi tersebut lalu boleh mendapatkan maklumat kita dengan mudah. “Pengguna disaran untuk menggunakan data Internet sendiri atau ‘access point’ sendiri ketika berada di tempat awam. Lebih baik mengelak d a r i p a d a terperangkap d e n g a n jenayah siber ini.”
- Menggunakan talian Wi-Fi palsu iaitu talian terbuka yang tidak memerlukan pengguna memasukkan kata laluan ketika menggunakannya. Setelah pengguna menyambung komputer mereka ke talian palsu ini, penggodam boleh mengambil alih akses dan lakukan apa sahaja yang mereka mahu.
Teknik tembusi sistem - Dari segi keselamatan, apabila individu menggunakan Wi-Fi di tempat awam (lebih-lebih lagi Wi-Fi yang tidak memerlukan password), maka segala perbuatan kita semasa melayari Internet (Internet Traffic) akan disiarkan kepada umum iaitu orang yang juga menggunakan Wi-Fi sama. - Dengan hanya menggunakan beberapa ‘tools’, dengan mudah penggodam boleh ‘scan’ lalu mendapatkan data-data privasi kita seperti ID pengguna, kata laluan nombor telefon atau‘cookies’ di dalam komputer kita semasa melayari internet. - Penggodam juga boleh memintas transaksi data kita di Internet kita atau pun memanipulasi data tersebut untuk kepentingan mereka. - Kita juga tidak tahu siapakah di sebalik khidmat Wi-Fi tersebut. Kebiasaannya sesetengah maklumat kita boleh dilihat oleh ‘administrator’. Malahan ada juga keadaan yang memerlukan kita ‘sign up’ lalu memasukkan maklumat kita sebelum menggunakan Wi-Fi seperti nama, nombor kad pengenalan, telefon, alamat dan sebagainya. Jika ia jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya, maka ia dipanggil ‘hacker’.
8
08 - 14 FEBRUARI 2017
Kami sedia daftar sebagai Muslim NEW YORK - Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Madeleine Albright menyatakan kesediaan untuk mendaftar dirinya sebagai 'seorang Islam' sebagai reaksi terhadap perintah eksekutif Presiden Donald Trump yang telah mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk Islam Negara itu. Trump baru-baru ini menandatangani perintah eksekutif menegah kemasukan warga tujuh negara Islam iaitu Iraq, Iran, Libya, Yemen, Somalia, Sudan dan Syria.
Selain Albright, turut menyatakan sikap yang sama ialah aktres Mayim Bialik dan ikon feminis, Gloria Steinem. Albright, wanita yang pertama dilantik Setiausaha Negara ketika era Presiden Bill Clinton berkata, beliau dibesarkan sebagai penganut Katholik, kemudian sebagai Episcopal (salah satu fahaman dalam Kristian) dan akhirnya baru mengetahui bahawa dirinya berketurunan Yahudi. "Kini, saya bersedia untuk mendaftar sebagai Muslim dalam solidariti," katanya dalam satu mesej Twitter. Steinem pula berkata: "Jika kamu paksa Muslim untuk mendaftar, kami juga akan mendaftar sebagai Muslim. Tolong jangan cuba pecah belahkan rakyat negara ini.!" Aktivis itu beragama Yahudi, sama seperti Bialik yang menyatakan: "Saya adalah Yahudi tetapi saya sedia untuk mendaftar sebagai Muslim jika keadaan memerlukan saya berbuat demikian."
Gloria Steinem
Mayim Bialik
Trump ‘rahmat’ bagi kaum Yahudi WASHINGTON - Pemilihan Donald Trump sebagai presiden baharu Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai suatu keajaiban sekali gus ‘rahmat, bagi orang Yahudi seluruh dunia, terutama di Israel. Ini dinyatakan Anggota Knesset (Parlimen Israel) Yehuda Glick dalam satu perhimpunan masyarakat Yahudi AS di Gereja New Hope d sini, minggu lalu. Glick yang mewakili Parti Likud pimpinan Perdana Menteri
Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pendirian Trump yang pro Israel berbanding Barack Obama telah membawa harapan baharu bagi negara itu juga masyarakat Yahudi di seluruh dunia. “Sejak lama dulu kita diperdengarkan bahawa akan ada orang Kristian yang menyokong Yahudi... dulu kita sangka itu mustahil tetapi kini, itulah keajaiban yang telah berlaku,” katanya.
Pensyarikatan: Jangan ambil mudah! NURLINA HUSSIN
www.inspiracomm.net
BARU-BARU ini, satu seminar pensyarikatan anjuran Massa Associates Sdn. Bhd. diadakan di Shah Alam. Seminar satu hari itu telah buka minda saya betapa pen ting kita sebagai usahawan perlu ada ilmu berkaitan perkara itu. Peserta seminar telah diberikan pencerahan tentang pelbagai aspek berkaitan pensyarikatan termasuk cara men daftar syarikat dan meng uruskan syarikat kepada para hadirin yang terdiri daripada usahawanusahawan. Saya pasti sesiapa yang ingin memulakan sesuatu
perniagaan akan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membuka syarikat enterprise sama ada pemilikan tunggal atau perkongsian ataupun syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Ramai memilih untuk menubuhkan syarikat pe milikan tunggal atau per kongsian kerana ia amat mu dah dan yuran yang dikenakan lebih rendah ber banding jenis perniagaan lain. Namun adakah seseorang usaha wan tahu risiko perlu ditanggung pemilik syarikat tunggal atau perkongsian? Sebenarnya, liabiliti sese buah syarikat pemilikan tunggal atau perkongsian adalah tidak terhad. Ini bermaksud kekayaan persendirian anda mungkin akan terjejas dan terdedah
kepada risiko sekiranya ber laku sesuatu yang tidak diingini. Walaupun rata-rata pe niaga sedar keperluan men daftarkan syari kat, namun ramai yang tidak men daftarkan syarikat mereka. Disember lalu, SSM telah men jalankan kempen untuk usahawan terutama usahawan internet men daftar syarikat. SSM malah menyediakan perkhidmatan di beberapa pusat beli belah untuk memudahkan peniaga berurusan. Jadi, jika anda serius hendak menjalankan per niagaan sendiri tidak kira dalam talian atau di luar talian, anda wajib mendaftar syarikat dengan SSM. Ter dapat pelbagai manfaat jika mendaftar syarikat dengan SSM. Pada seminar itu, turut
dikongsi pelbagai kajian kes mengapa golongan usaha wan perlu menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. dan me mahami pelbagai perkara tentang pembayaran cukai. Antara faedah diperolehi ialah ia lebih tersusun dan berpotensi untuk berdaya maju, meningkatkan kre dibiliti pada pandangan pelanggan, melindungi aset persendirian direktor syarikat, memudahkan peng urusan perancangan cukai dan memudahkan proses pemindahan hak milik dan pewarisan. Syarikat berstatus Sdn. Bhd. juga boleh mengambil peluang untuk memohon pinjaman bank atau geran daripada kerajaan untuk mengukuhkan kewangan. Turut ditekankan ialah betapa penting para usahawan perlu ta hu me
ngenai pembayaran cukai syarikat. Se benar nya, pendedahan risiko cukai adalah rendah se kiranya diuruskan dan dikawal selia dengan baik oleh pihak yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Terdapat pelbagai cukai di Malaysia seperti cukai pendapatan, cukai perniagaan, cu kai harta, cukai barang dan per khidmatan. Oleh itu, ia adalah penting un tuk usahawan merancang cukai mereka pada tahun se masa dan akan datang dengan meng gunakan kaedah yang ber sesuaian. Jika tidak pasti, anda boleh men dapatkan per khidmatan akauntan atau setiausaha syarikat untuk membantu.
08 - 14 FEBRUARI 2017
9
10
08 - 14 FEBRUARI 2017
Belasungkawa Pak Kassim:
Biar jasamu jadi kenangan! TULISAN ini mungkin agak peribadi. Saya menulis dalam keadaan jiwa penuh sebak. Selesai nanti, saya akan bergegas ke Kedah untuk memberi penghormatan ter akhir buat seorang ‘ayah’, Allahyarham Tuan Haji Kassim Saad yang kembali ke hadrat Penciptanya te ngah malam tadi. Pak Kassim adalah Pe ngetua KSAH (Kolej Sultan Abdul Hamid) Alor Setar pada 1983 hingga 1988. Namun bagi kami Kolejian, beliau bukan se mata-mata ketua pen tadbir sekolah yang secara tipikal nya digeruni, sebaliknya dihormati malah begitu dikasihi. Bukannya beliau tidak tegas – saya sendiri entah berapa puluh kali pernah disebat dengan rotan yang hampir sama tinggi dengannya – namun sifat dedikasi luar biasa yang ada pada dirinya membuatkan kami tidak ‘lepas’ dengannya meskipun setelah beranak pinak. Hampir setiap kali balik ke Alor Setar, saya bawa keluarga berkunjung ke rumah nya di Taman Golf. Andai lama saya tidak men ziarah, beliau akan telefon. Pernah setelah saya ber janji nak balik pada hujung minggu tetapi rancangan itu dibatalkan pada saat akhir, beliau hubungi saya bertanya “balik ke tidak?” Apabila saya beritahu “tak jadi”, beliau terus letak telefon. Merajuk agaknya. Pernah juga semasa sambung belajar di UUM, kesibukan membataskan masa untuk saya menziarahinya. Tetapi takdirnya, kami terserempak ketika saya singgah di kedai Mee Hameed di Jalan Tanjung Bendahara. Ketika saya hen dak menyuap mi, tiba-tiba terdengar suara: "Itulah... balik mai bukan nak habaq kat kita!" Terkedu lagi saya. Berkunjung ke rumahnya pada Hari Raya, bukan saya
sahaja. Telah ada bekas anak muridnya termasuk ketika beliau mengajar di sekolah rendah di Tunjang, Kubang Pasu pada awal 1960an. Begitulah eratnya hu bungan Pak Kassim dengan anak muridnya. Beliau mem berikan kasih sayang, kami juga membalas dengan kasih sayang yang tidak luput ditelan usia dan zaman. Itu bagi saya, bekas pelajar yang berasa diri per nah tidak memberikan apa-apa makna kepada Ko lej yang pada masa itu begitu gah dalam akademik dan sukan. Saya hanya memberikannya masalah dengan rekod kenakalan. Namun masih juga diberi ruang dalam hatinya, hinggalah saat akhir sebelum beliau dimasukkan ke hospital dua minggu lalu. Malam itu, beliau hubungi saya, minta bercakap de ngan seorang senior saya pada zaman sekolah yang mengunjunginya. Kebetulan rakan itu ada sedikit masalah, dan beliau bertanya kalau-kalau saya boleh membantu. Sebelum itu pun, telah beberapa kali beliau minta saya bantu apabila ada bekas pelajar yang datang mengadu masalah kepadanya. Mungkin kedudukan saya sebagai ‘orang surat khabar’ yang baginya ada banyak ‘contact’ paling sesuai untuk membantu mereka yang hadapi masalah. Itulah naluri seorang ‘ayah’ yang tidak boleh tengok sahaja ‘anak-anak’ bermasalah, pasti akan di cuba seboleh mungkin untuk bantu. Semasa bersekolah, meskipun beliau digeruni terutama apabila kami buat salah, namun jika terputus wang belanja, Pak Kassimlah tempat kami – termasuk saya – mengadu. Paling tidak, dapatlah RM10, lepas untuk seminggu dua. Hal tegas, Pak Kassim memang tegas.
Ada cerita beliau ditukarkan dari Kolej ke SMK Tunku Bendahara di Kodiang kam pung laman di mana jenazahnya disemadikan ber sebab dengan tindakan nya merotan anak seorang 'orang besar'. Paling jadi kenangan, beberapa tahun lalu saya pernah menulis dalam ru angan pojok saya di sebuah akhbar harian mengenai satu peristiwa saya dan rakan-rakan ‘melarikan’ burung merpati Pak Kassim yang beliau minta kami pindah kan ke sangkar di rumahnya. Dalam perjalanan, be berapa daripada bu rung merpati itu kami sem bunyikan, tidak sampai ke tuju an. Malamnya, kami sembelih buat BBQ. Pak
Kassim tidak tahu. Selepas lebih 20 tahun, pada hari tulisan saya itu disiarkan, beliau cari nombor telefon saya sampai dapat. Petangnya beliau hu bungi saya. Antara kata awalnya: “Hang tulis apa pasal saya?” Saya yang tergamam terus minta maaf dan beritahu saya akan balik Kedah hujung minggu itu untuk minta halal atas burung-burung miliknya yang kami curi. Beliau ketawa. Saya lega dan sejak itu, hubungan kami jadi begitu erat. Jasa Pak Kassim bukan kepada Kolej dan Kolejian sahaja. Dalam sukan terutama bola sepak, kegemilangan Kedah pada peghujung 1980an hingga awal 1990an sinonim dengan sumbangan besar Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil. Ramai tidak tahu di belakang tabir kejayaan itu, peranan Pak Kassim sendiri adalah amat besar. Beliau melahirkan barisan pelapis yang mantap sejak di bangku sekolah rendah dengan dengan menempatkan atlet-atlet terbaik negeri
di Sekolah Kebangsaan Iskandar. Mereka ditempatkan di asrama KSAH dengan latihan berpusat sepanjang tahun, kemudian diberi peluang masuk KSAH di bawah bimbingan guruguru sukan terbaik negara termasuk Cikgu Segaran Nair, Cikgu Wong Tong Poh, Cikgu Datuk Ahmad Shafie (bekas jurulatih Kedah dan kebangsaan) dan beberapa guru lain. Dalam sukan bola sepak, pemain Kolej juga adalah pemain skuad negeri bagi Piala Rahman, Piala Razak dan Piala Presiden dan seterusnya skuad senior Hijau Kuning. Ramai pemain tersohor negeri dan negara lahir daripada usaha Pak Kassim. Saya sendiri ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir jadi Menteri Besar dan Presiden KFA pernah mengutus mesej personal kepada beliau minta supaya melantik Pak Kassim sebagai Ahli Majlis KFA. Untuk tahu siapa Pak Kassim di belakang tabir kegemilangan skuad Kedah dahulu, saya minta beliau merujuk kepada Datuk Ahmad Shafie. Tidak pastilah sama ada janji komitmen yang dibalas oleh Datuk Seri Mukhriz kepada saya, sampai ke penghujung ataupun tidak. Apa pun, Pak Kassim telah melakukan tang gung jawabnya dengan begitu baik. Dan beliau yang saya kenali, tidak pernah mengharapkan balasan dari pada sesiapa, melainkan anak-anak didiknya yang be gitu mengasihi dan dikasihi hingga akhir hayatnya. AL FATIHAH Muhamad Mat Yakim Ketua Pengarang * Anak tunggal Allahyar ham, Cikgu Mohd Izham Kassim @ Bigrose adalah kar tunis ruangan Gelagat Office Boy akhbar WARTA.
11
08 - 14 FEBRUARI 2017
KLASSIFIED IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Rumah / Tanah untuk dijual TAMAN TASEK MUTIARA, Batu Kawan Penang Rumah berkembar , 1 Tingkat 1330 sq.ft , 3R/2Bilik air, ubahsuai sepenuh nya, berdekatan de ngan semua kemudahan awam, 5 minit to jambatan kedua, jika berminat Hubungi Pn. Shahnim Mobile 017 - 466 1746 email hanimi.ipgktb@ gmail. com TAMAN TERATAI, Jalan Kebun Shah Alam, Rumah berkembar , 1 Tingkat luas tanah 40’x80’ 3 bilik 2 bilik air. Rezab melayu RM465k dirunding hubungi 03 - 2287 3277 / 4084
Kereta untuk dijual HYUNDAI GETZ 1.3A & CHEVROLET AVEO1.5A , Aveo1.5A , Black RM13.8k Pinjaman penuh , tiada dokumen bulanan RM3XX tel 012 306 3555
SUBANG JAYA / SHAH ALAM. 5 hari bekerja . Invoicing clerk. Contact Tel: 03-58887878 ( Ms. Lyn) email limwoeihuoo@shins.my
TENAGA PENGAJAR TOYOTA CAMRY 2.0 (A) diperlukan di pusat Tuisyen Martin . Gaji lumayan untuk Tahun 2003, warna emas, satu semua mata pelajaran bagi pemilikRM22,000 hubungi tingkatan 1 , 2, dan PT3 Tel 019 - 278 9299 Mr. Martin 016 - 228 -7316 PEUGEOT 308 TURBO 1.6 (A) panoramic roof 2011 Hatchback, tahun 2011 RM29,500 call han 016 392 2323
TOYOTA RUSH 1.5 (A) Toyota Rush ,tahun 2008, RM34,000 call 011 3935 SUNGAI BULOH KUNDANG, 0035 Taman Tasik Bir , Teres 1 HONDA ACCORD 2.3 (A) tkt 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air Toyota accord sedan tahun RM250k dirunding Hamdan 2003 , RM16,000 call 019 019-2403632 -312 1989 BANDAR SUNGAI BUAYA, Jawatan Kosong Rawang. Rumah teres 1- tkt , 3 bilik 2 bilik air, ubahsuai penuh. RM230k GURU TADIKA - Little Sila hubungi 012-313 -9727 Caliphs kindergarten, Pengetua, Penolong Pe BATU CAVES TAMAN ngetua, Guru, Penolong guru, Mengutamakan JASA UTAMA Usta zah atau yang boleh Rumah teres 2 tingkat u/ membaca dan mengajar suai & extend 4b 3ba, Al - Quran. hubungi 03pajakan RM440k HP:012 - 33621700 (HR) 478 1212 BUKIT HIJAU PINGGIRAN Puncak alam Luas 50’90. RM34,500 . Rezab Melayu . Hubungi 013 - 3999 085
Jawatan Kosong
PENGAWAL KESELA MATAN diperlukan segera di petaling jaya . RM50 satu syif. Ada asrama 018 -2809603 / 012-3345670
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Jawatan Kosong TUKANG URUT WANITA , Umor 20 - 35 ( Setapak, Danau Kota, Kuala Lumpur) Ada / tiada pengalaman Ada Asrama 011 - 2802 - 3503 TUKANG MASAK Panas & Nasi campor, Pembuat Air, Pelayan Rumah disediakan di N9 tel 019 681 -3336
Jawatan Kosong
Jawatan Kosong
PHARMACY ASSISTANT CUM CUSTOMER SERVICES - Diploma in Pharmacy - boleh bekerja 8 jam sehari 6 kali seminggu - mempunyai perwatakan yang ceria, ramah, mesra dalam melayan dan mempromosikan product jualan kepada para pelanggan - mempunyai pengalaman dalam bidang Pharmacy adalah digalakan - berminat sila emailkan mf.lo@epintl.com
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktoppublishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi • Kemahiran komunikasi yg baik. • Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@capitaltv.my ADMIN CUSTOMER SERVICE FB Beroperasi di Ampang Hilir, KL, memerlukan calon yang berwibawa untuk memenuhi jawatan Admin Pemasaran Online/Customer Service FB - Gaji pokok + elaun + komisen RM1500 - RM4000 - Waktu Kerja: Isnin-Jumaat 9.00am-6.00pm Kelayakan: • Wanita sahaja • Berumur 21-25 tahun - Calon Lepasan SPM/STPM/Lepasan Kolej Baru dialu-alukan - Minat melayari Internet/Suka Online di Media Sosial eg(FB, Whatsapp, Wechat,Instagram) - Mahir FB, SMS, Whatsapp, Wechat, Instagram, Blog(preferable) Sila hantar resume lengkap BERGAMBAR ke megadauntrade@gmail.com
12
08 - 14 FEBRUARI 2017
20 tahun sejarah rel urban negara AZHAR GHAZALI
KUALA LUMPUR - Dua dekad lalu, Disember 1996, perkhidmatan STAR LRT dilancarkan; sekali gus mencetus fenomena baharu dalam transformasi rel urban negara. Dijulang sebagai mod pengangkutan awam utama untuk Sukan Komanwel 1998 yang jadi antara temasya sukan terbesar pernah dianjurkan negara, perkhidmatan STAR LRT
yang kini beroperasi secara rasmi di bawah identiti Rapid KL LRT Laluan Ampang, membuka era baharu dalam sistem pengangkutan awam negara pada waktu itu. Bermula dengan fasa pertama menerusi laluan Ampang - Jalan Sultan Ismail pada 16 Disember 1996, ia disusuli pula dengan pembukaan fasa kedua pada 11 Julai 1998 menghubungkan Sri Petaling - Jalan Sultan Ismail sekali gus menyediakan
perkhidmatan LRT yang serba moden dan lancar untuk temasya Sukan Ko manwel 1998 di Kompleks Sukan Nasi onal Bukit Jalil. Laluan berkenaan d il e n g k a p k a n sepenuhnya dengan penyambungan jajaran ke Sentul Timur pada 6 Disember 1998 sebelum di panjangkan ke Putra Heights pada pertengahan tahun ini untuk dikenali se bagai Laluan LRT Sri Petaling di ba wah penstrukturan yang diumumkan oleh Rapid Rail tahun ini. Disokong dengan rang kai an PUTRA LRT pada 1998 dan KL Monorel pada 2003, perkhidmatan rel Rapid KL yang dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, berkembang maju menjadi tulang belakang kepada pembaharuan dalam sistem pengangkutan awam ne gara, yang melangkah ma suk ke era baru apabila
BAS PENGANTIN ELEKTRIK. Pasangan Mohd Rostam Zairi dan Siti Khalijah Mohd Sharif jadi mempelai pertama bersanding dalam ‘bas pengantin’ elektrik. Diraikan pada majlis perkahwinan mereka 7 Januari lalu, pengurusan Rapid KL Bas Rapid Transit - Laluan Sunway telah menghias satu daripada bas mesra alam mereka sebagai bas mempelai dilengkapi pelamin untuk pasangan raja sehari itu. Foto MOHD FAITH EZENE
Pelan Transformasi Ke ra ja an atau ‘Government Transformation Plan’ (GTP) diperkenalkan. Diumumkan oleh Per da na Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010, GTP memperkenalkan Pelan Induk Tranformasi, yang menyenaraikan sebilangan inisiatif besar termasuk penyambungan jajaran ke dua-dua LRT Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya di samping pembelian trentren LRT dan monorel baru. Untuk LRT Laluan Ampang, 50 set tren enam gerabak dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co. dari China bagi menggantikan 30 tren yang ada sekarang di samping menambah 20 set lagi bagi memantapkan operasi selaras dengan penyambungan jajaran yang dibuka sepenuhnya ke Putra Heights pada 30 Jun 2016. Gabungan ketiga-tiga laluan rel urban kendalian Rapid Rail Sdn Bhd – anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad – mengendalikan tidak kurang daripada setengah juta penumpang sehari. Kini, dengan kemasukan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang ke dalam operasi Rapid Rail, angka ini dijangka melonjak lebih tinggi lagi. Transformasi rel urban di bawah Rapid Rail bukan sekadar penyambungan jajaran; tetapi turut meliputi penaikan taraf fasiliti di stesen-stesen. Pada September 2009,
kerja menaik taraf fasiliti di stesen LRT Laluan Ampang dilakukan sebagai mematuhi piawaian akses universal bagi kemudahan golongan kurang upaya atau OKU. Tren-tren baru enam gerabak mula dibawa masuk pada 30 Oktober 2015 apabila fasa pertama LEP LRT Laluan Ampang dibuka. Dan, pada tanggal bersejarah 1 Disember 2016, Rapid Rail menggunakan sepenuhnya tren-tren baru enam gerabak AMY untuk LRT Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling apabila sistem pengisyaratan ‘Com mu nication Based Train Control’ selesai sepenuhnya. Meraikan kejayaan Rapid KL LRT Laluan Ampang, majlis sambutan ulang tahun ke 20 diadakan di stesen LRT Bukit Jalil baru-baru ini dengan kehadiran Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani sebagai tetamu khas. Pada majlis itu, pihak pengurusan Rapid Rail mem beri pengiktirafan ke pada kira-kira 100 pegawai dan kakitangan yang mula menabur bakti sejak 20 tahun yang lepas termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail sekarang, Datuk Ir. Zohari Sulaiman. “Tentunya, ini detik yang cukup bersejarah kepada Rapid Rail dan industri rel Malaysia secara keseluruhan. Kerana, LRT Laluan Ampang ini adalah perintis kepada pembangunan rel urban negara, yang kini telah berkembang maju dengan perkhidmatan LRT, monorel dan juga MRT,” katanya.
13
08 - 14 FEBRUARI 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.
EKSPRESI
Siapa beri lesen pada warga asing? Terima kasih WARTA menyediakan ruangan ini untuk saya melaporkan apa jua permasalahan yang berlaku di sekeliling kita. Di sini, saya ingin melahirkan rasa kecewa dengan keadaan yang berlaku di Pasar Borong Selangor. Terlalu ramai peniaga ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran yang kebanyakannya dikuasai oleh warga asing terutama warga Bangladesh dan Nepal. Begitu juga kedai-kedai makan yang terdapat di situ, yang kebanyakannya dimonopoli oleh mereka. Sebenarnya saya agak keliru dengan situasi yang berlaku. Sama ada mereka bekerja ‘makan gaji’ dengan ‘tauke’ sebenar, ataupun mereka sendiri ‘tauke’ yang berniaga di situ. Ini kerana mereka sewenang-wenangnya meletak harga ikan dan makanan laut mengikut sesuka hati mereka. Begitu juga dengan kedai-kedai makan di situ, tidak dinafikan ada pelanggan yang tersalah masuk kerana menyangka ia kedai makan milik rakyat tempatan, namun sebaliknya kedai makan milik warga Nepal, Bangladesh ataupun Indonesia. Saya pelik, bagaimanakah warga asing dengan mudah berjaya mendapatkan lesen untuk berniaga di situ? Adakah mereka menyewa tapak perniagaan daripada pemilik asal atau pemegang lesen perniagaan yang asal? Saya harap pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati melakukan kesalahan. ZURAIMI ABU BAKAR, SERI KEMBANGAN, SELANGOR.
Tukar lorong tanpa isyarat
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada WARTA kerana sudi menyiarkan surat saya. Di sini, saya sebagai penunggang motosikal ingin merayu kepada pemandu-pemandu kenderaan agar berhati-hati apabila hendak menukar lorong. Berilah lampu isyarat apabila hendak memotong ke kiri atau kanan jalan. Tindakan memotong tanpa lampu isyarat mengundang bahaya kepada penunggang motosikal. Baru-baru ini, kawan saya telah terlibat kemalangan dek kecuaian pemandu yang menukar lorong tanpa memberi isyarat. Akibatnya, dia telah terjatuh dari motosikalnya di atas jalan dan tangan kanannya digilis oleh kenderaan lain. Kenderaan yang menyebabkan dia terjatuh, berlalu pergi begitu sahaja dan mungkin tidak menyedarinya. Syukur ke hadrat Allah, kerana dia tidak mengalami kecederaan serius. Dia hanya mengalami bengkak tangan dan kaki dan mungkin sedikit trauma rentetan daripada kemalangan tersebut. Saya berharap sangat agar pemilik-pemilik kenderaan mengambil sikap terus berhati-hati dengan kenderaan kecil yang ada di atas jalan raya. Biarpun kenderaan kecil, mereka tetap membayar cukai jalan. Jadi, utamakanlah keselamatan mereka. ZALINA ASWAD, PETALING JAYA, SELANGOR.
YANG BAIK ITU BUDI... 1. Saya adalah seorang pengguna perkhidmatan tren di Masjid Jamek. Didapati akhbar WARTA diletakkan di bahagian atas stesen. Ini menyukarkan pengguna yang lalu lalang di bahagian bawah untuk mendapatkan akhbar WARTA. Harap pihak anda dapat mengambil perhatian dalam perkara ini, terima kasih Ganesan, Kuala Lumpur 2. Saya Kumar, dari Taman Sri Muda Shah Alam. Saya ingin ucapkan tahniah pada WARTA. Akhbar ini menarik perhatian dengan warna dan corak yang segar, di samping info dan maklumat juga padat dan merangkumi pelbagai subjek. Cuma, saya harap WARTA dapat diedarkan di stesenstesen di Shah Alam dan Klang, bagi memudahkan peminat di kawasan sana mendapatkan akhbar itu. Kumar, Shah Alam 3. Saya adalah pengunjung tetap di Mara Digital Kuala Lumpur. Adalah agak mengecewakan kerana didapati promosi untuk memperkenalkan Mara Digital masih tidak agresif. Ini dapat dilihat apabila jumlah pengunjung ke
sana masih kurang dan keadaan masih lengang. Harap pihak berkaitan dapat mengambil perhatian. Hanisah Hashim, Bangsar 4. Saya menujukan surat ini kepada para penyewa yang menyewa kereta sewa saya di Puncak Alam. Sila pastikan anda bertanggungjawab terhadap kereta yang disewa. Jika berlaku kerosakan seperti tayar pecah sewaktu anda memandu, jangan gantikan dengan tayar celup yang murah. Ini akan membahayakan pengguna lain. Johan, Puncak Alam 5. Kepada pengguna lebuhraya LDP Kepong - Petaling Jaya, banyakkan bersabar dan bertoleransi apabila di laluan tambah nilai. Jika ada pengguna yang telah memberi lampu isyarat untuk bertukar lorong, beri mereka ruang untuk masuk. Jika tidak, keadaan akan jadi lebih sesak. Mengalah tak semestinya kita kalah. Insan prihatin, Damansara Damai
14
08 - 14 FEBRUARI 2017
apa? siapa? di mana? KLPac, TEMPA T SANTAI Kepada
mereka yang be rada di Sentul, jika ke tandusan idea untuk bersiar hu jung minggu, ap a kata berkunjung ke Kuala Lumpu r Performing Art Center (KLPac ). Sekiranya anda ke sana pada w aktu KLPac mengada kan aktiviti, mak a anda boleh turu t sama menyerta inya. Sekurang-kuran gnya panoram a cantik tempat itu boleh menenan gkan hujung minggu anda. Maklumat lanjut layari: http://ww w.timeout. com /kualalumpur/theatre /life- sdn-bhd
BUTIK BAYI
RESTORAN PRIHATIN Bertempat di Art Printing Works, Bangsar, Restoran Agak-Agak adalah tempat makan yang menyediakan program perintis khas kepada golongan kurang berkemampuan. Program selama satu tahun itu mendedahkan kepada anak-anak kurang berkemampuan berkaitan kemahiran menguruskan dapur serta restoran. Menu di sini juga istimewa, dengan campuran moden serta klasik. Ini termasuklah kacang pool, nasi ulam serta pan mee bercili. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari http://www.timeout.com/ kualalumpur/restaurants/agak- agak
Tercari-cari premis yang khusus menjual produk bayi? Hidupkan enjin kereta dan pergi ke Babyland di Jalan SS2 Petaling Jaya. Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang perkakasan bayi, Babyland menyediakan produk-produk seperti perkakasan mewarna, uniform sekolah, buku, permainan dan bermacammacam lagi. Maklumat lanjut layari http://www.timeout.com/ kuala-lumpur/ shopping/babyland
STUDIO EKSPLORASI SENI
NG SEBENAR
TERBALIK YA
Bertempat di tingkat paling atas premis komersil di Petaling Jaya SS2, Tocatta Studio menyediakan ruang untuk anda beraktiviti dan mengeksplorasi seni, seperti melancarkan pameran seni, latihan muzik dan sebagainya. Maklumat lanjut layari: http://www.timeout. com/kuala-lumpur/music/ toccata-studio
n ar dari kebiasaa alaman yang lu ng pe a u nj at la su be an rlu Ingink ta tidak pe kan? Warga ko nardan menghibur rumah yang be gi un nj ri KL. Ku ala Ku a ar en M mahal keluar da di i dua tingkat gg tin se aman ik al al ng rb benar te alui satu pe anda akan mel ya in i st lu Pa la r. di pu Lum ng pernah ada yang lain ya di sudut yang lain darip an bergambar rk na be di ga ju at da An i. ak ribadi. M lum sebelum in bagai koleksi pe se . i ar se m ou H ge n da yang an pside Dow sesawang KL U ri ya la h le bo lanjut
BENGKEL SENI Serlahkan sisi ‘Picasso’ dalam jiwa anda, dengan berkunjung ke kafe Yorokobi Art di Bandar Sri Petaling. Berkonsepkan kafe dan pusat seni, Yorokobi Art menyediakan kelas seni bagi golongan muda mahupun yang dewasa. Maklumat lanjut layari: http:// www.timeout. com/kuala-lumpur/ restaurants/ yorokobi-art
WAYANG PERCUM A Kepada para peng gemar wayang, Publika Sh opping Mall mengadakan sesi tay angan wayang percuma pa da setiap hari Isnin, bermula jam 8.00 malam. Tayangan akan dia dakan di The Square, dan bagi me ndapatkan maklumat lanjut, bo leh hubungi talian 03-6211 7877
15
08 - 14 FEBRUARI 2017
TRENDING Remaja penghidap kanser meninggal di Madinah.
Ceiba Chodatii tiba-tiba terkenal Tiba-tiba sahaja rakyat Malaysia mengenali nama pokok benang sutera, Ceiba Chodatii walaupun agak sukar menyebutnya. Bandar Baharu Kuala Nerus juga turut terkenal dek kerananya. Pokok dari spesis kekabu berasal dari Brazil ini tular bukan kerana keunikan bentuk atau saiznya, tetapi meniti di bibir masyarakat akan harganya. Tiada mana-mana pihak menafikan Ceiba Chodatii berharga RM 180,000 sepohon. Pihak JKR Terengganu melalui Pengarahnya, Ir. Ab Hamid Md Daud, hanya menafikan belian pokok itu menggunakan duit kerajaan negeri sambil memberitahu ia adalah hadiah dari kontraktor dan Ceiba Chodatii akan ‘ditabal’ sebagai mercu tanda Kuala Nerus. Ketika teka-teki sama ada dua atau tiga pohon sebenarnya dibeli, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tampil memberi amaran bahawa pihaknya akan mengheret ke mahkamah sesiapa sahaja yang mengaitkan namanya sebagai pembeli Ceiba Chodatii.
Buat sendiri biskut Garry Cheese
Kredit Nerina Elli
Biskut Gery Cheese yang menjadi rebutan penggemar keju hingga tidak cukup stok di pasar raya membuatkan ramai mahu mencubanya sendiri. Menerusi perkongsian di media sosial Facebook, Nerina Elli berkongsi cara membuat biskut ala Gery Cheese beserta gambar langkah demi langkah, yang menjadi tular dalam kalangan netizen. Resipi tersebut memerlukan empat bahan iaitu biskut bergula, mentega, susu pekat dan keju. Biskut ini berasal dari Indonesia.
Muhammad Ramadhan Alias, remaja yang menghidap penyakit kanser darah atau leukemia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Madinah, ketika dalam perjalanan untuk menyempurnakan ibadah umrah. Ramadhan dan ibunya sepatutnya berlepas ke Mekah dari Madinah, namun tidak dapat berbuat demi kian kerana keadaannya yang semakin tenat. Jenazahnya di kebumikan di Madinah. Ramadhan disahkan meng hidap kanser darah tahap tiga pada bulan puasa tahun lalu, dan doktor menjangkakan dia mempunyai peluang beberapa bulan sahaja untuk hidup. Kisah Ramadhan mendapat liputan meluas setelah dia mendapat tajaan umrah daripada kerajaan negeri Terengganu seperti yang diimpikannya.
Iklan susu yang meletup Antara yang menjadi tular pembuka tirai tahun 2017 ialah berkenaan papan iklan atau ‘billboard’ jenama susu pekat, Dairy Champ. Ia menarik dan jadi perbualan sesama netizen apabila memaparkan wajah Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmizah Othman atau mesra disapa Datuk Vida bersama penyanyi Alleycats, Datuk David Arumugam, menghiasi papan iklan tersebut. Ilustrasi Vida bersama imej ais batu campur (ABC) yang memakai mahkota sangat menarik perhatian orang yang lalu lalang di lebuh raya. Manakala David pula dipaparkan dalam imej buih teh tarik. Gambar kredit kepada @meowphone
Tujuh hari sesat dalam hutan
Gambar sumber Hiking & Camping Around Malaysia
Seorang pendaki, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga telah dijumpai setelah tujuh hari kehilangannya. Dia telah ditemui oleh kumpulan SAR yang turut dibantu daripada Persatuan Pencari Dan Penyelamat Gunung Malaysia (Mosars) dan pendaki gunung lain di puncak Broga. Menurut seorang pendaki yang menyertai misi menyelamat, mangsa dijumpai di atas laluan antara Broga
dan Gunung Tok Wan tidak jauh dari tempat remaja itu hilang. Mangsa yang sesat dalam hutan tanpa makanan, tempat perlindungan dan kelengkapan hutan itu menjadi tular kerana keaijaiban yang dilaluinya. Mukhris yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah bersama rakan-rakannya telah mendaki Bukit Broga kira-kira 4 petang, 22 Januari namun kelibatnya gagal dikesan selepas sampai ke puncak bukit berkenaan.
16
08 - 14 FEBRUARI 2017
Pelbagai warna ibu kota Noraini Raslan dari Negeri Sembilan, dia dan keluarga memilih berkunjung ke ibu kota pada musim perayaan kerana jalan raya tidak sesak dan ramai yang bercuti di luar. Arca tersebut baginya adalah sesuatu yang unik dan melambangkan keharmonian rakyat Malaysia menyambut perayaan dalam suasana aman sekalipun terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Saingan si tukang kasut
S aingan untuk mencari sumber rezeki berbeza antara sebuah bandar dan satu bandar yang lain, namun di Bandaraya Kuala Lumpur jika kena dengan cara dan usaha, ia menjanjikan
Meor ada tarikan tersendiri
Rezeki pemuzik jalanan
Sebagai seorang pemuzik, Meor lebih selesa memilih jalanan dan kawasan awam sebagai tempat mencurahkan isi hati melalui muziknya. Sudah lebih 5 tahun busking di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral), menghiburkan warga kota sambil menjadikan ia sebagai sumber rezeki. Pernah dia pulang semula ke rumah membawa wang yang cukup-cukup makan sahaja, namun pernah juga dia memperoleh rezeki yang melimpah hasil bermain muzik di KL
Sentral. Baginya, semua urusan rezeki adalah atas rahmat Tuhan dan manusia perlulah berusaha sehabis mungkin.
Arca lambang keharmonian
Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina 2017 terserlah apabila sebuah arca yang cantik, simbolik bagi perayaan itu, telah didirikan di hadapan Menara Kembar Petronas (KLCC). Arca setinggi 8 meter itu menarik perhatian pengunjung di situ. Menurut Siti
Ada 130 isteri, 200 anak NIGERIA - Seorang lelaki Nigeria, Bello Abubakar meninggal dunia pada usia 93 tahun, meninggalkan 130 orang balu dan 200 anak. Menurut pembantu Mohammed, dia mempunyai firasat bahawa ajalnya akan tiba. Pada 2008, Bello telah mencetuskan kemarahan penduduk apabila dia diminta menceraikan 82 daripada 86 isterinya, namun bello menolak sambil memberitahu bahawa dia mempunyai tugas "suci" agar terus berkahwin. Bello yang sebelum ini pernah mengahwini 130 wanita, pernah bercerai sebanyak 10 kali. Kebanyakan perkenalannya dengan isteri, bermula apabila wanita bertemu dia untuk berubat. Salah seorang isterinya, sewaktu ditemui BBC, memaklumkan cukup sukar menolak lamaran Mohammed kerana ia adalah mesej dari Tuhan. Sungguhpun begitu, Bello tidak menggalakkan sikap dan tabiatnya menjadi ikutan ramai.
pulangan yang baik. Ahmad Akria, seorang tukang kasut di Brickfields, sudah 10 tahun menjadi tukang kasut, dan sudah beratusratus pasang kasut telah dibaik pulih. Sepanjang menempuh pengalaman sebagai peniaga jalanan di ibu kota, dia sentiasa bersikap terbuka dengan segala dugaan dan cabaran mencari rezeki di kota metropolitan ini. Ada ketikanya, perniagaan dia berjalan lancar dan ramai yang menghantar kasut. Namun ada ketika yang lain, dia terpaksa pulang dengan tangan kosong. Tambahan pula dewasa ini katanya, kerjaya sebagai tukang kasut ini dimonopoli oleh warga asing sebagai pesaing.
Realiti hidup warga kota mencari sesuap rezeki dengan bertukang kasut
Arca sempena sambutan Tahun Baru Cina di KLCC jadi tarikan
Kos kahwin Rain, Kim Tae Hee kurang RM5,000 SEOUL – Biarpun bergelar antara selebriti terkaya di Korea Selatan, pasangan pengantin baharu Rain,35, dan Kim Tae Hee,37, hanya menghabiskan kurang daripada RM5,000 dalam majlis perkahwinan m e r e k a baru-baru ini.
Perkara itu di de dahkan dalam rancangan SBS ‘A Night of Real’ lapor Osen. Menerusi rancangan itu, laporan mendedahkan majlis perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah gereja di negara itu secara keseluruhan hanya bernilai 1.3 juta won (RM4,994.58). Terdahulu, pasangan itu dilaporkan berkahwin secara senyap pada 19 Januari lalu. Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon, bertemu dengan pasangannya, Kim Tae Hee ketika mereka berdua bergandingan dalam satu iklan televisyen pada tahun 2012.
17
08 - 14 FEBRUARI 2017
Makanan termahal di dunia Sehingga penghujung Januari 2017, Italian White Alba Truffle muncul sebagai makanan paling mahal di dunia seberat 1.51 kilogram dengan harga RM705,786.40. Ia adalah sejenis tumbuhan yang sangat sukar dicari dan hanya tumbuh pada masa tertentu sahaja dengan jangka masa sangat pendek. Tumbuh di celah akar pokok seperti di Utara Itali sekitar bulan November dan Disember sahaja. Ia juga boleh didapati di hutan Perancis namun terpaksa menempuh jalan yang sangat jauh. Ada juga pencari truffle ini menggunakan khidmat anjing terlatih. Rekod penemuan jamur, atau White Truffle ini adalah seberat 1.51kg jenis warna putih. Ia adalah jenis termahal dan terberat pernah dijual. Sementara Yubari King Melon pula muncul buah paling mahal di dunia. Bukan harga sebiji, tetapi seorang ahli perniagaan telah menjual keseluruhan buah ini dalam kedainya untuk dibawa balik ke rumah. Ia berlaku di Yubari, Hokkaido, Jepun. Namun tembikai jenis daripada cantaloupe ini bukan seperti yang anda selalu lihat di pasaran. Ia juga sama seperti Densuke Black Watermelon yang mana hanya tumbuh di satu tempat di dunia. Harga belian Yubari King Melon itu adalah RM100,636.80. Harga piza paling mahal di dunia pula adalah Di Domenico Crolla yang mencatatkan harga RM18,480 sekeping. Menu Piza Diraja 077, dicipta oleh chef dari Scotland. Bersaiz lebar 12 inci, penuh dengan udang yang diperap, telur ikan beluga yang direndam dalam champagne, sos tomato, ikan salomon salai dan 24 karat kepingan emas. Ia tidak boleh dibawa pulang dan hanya untuk dimakan.
Tasik sebagai nadi penghawa dingin TASIK PUTRAJAYA terletak di tengah-tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. Tasik buatan manusia ini mempunyai keluasan 650 hektar diwujudkan bagi membentuk suatu landskap bandar dalam taman yang tenang dan damai, selain menjadi nadi kepada sistem penghawa dingin bandar semula jadi, ia juga menjadi tempat untuk aktiviti riadah, memancing, permainan sukan air dan pengangkutan air di Wilayah Persekutuan ini. Tasik Putrajaya dibentuk dengan membentung lembah Sungai Chuau dan Sungai Bisa ke kawasan berdekatan pusat pentadbiran Putrajaya. Pembinaan tasik ini telah bermula sejak tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada Mei 2002.
Santai tepi tasik RUANGAN Makan Di Mana kali ini akan membawa pembaca ke restoran Bora Ombak, Presint 6, Putrajaya. Restoran di tepi Tasik Putrajaya yang berelemen Bali, Thailand dan Malaysia ini cukup cantik terutamanya di waktu malam. Menurut Pegawai Ope rasi nya. Rosli Rosman, Bora Ombak memulakan operasi pada pertengahan November 2016. Namun sam butan yang diterima sangat menggalakkan, dari pada pengunjung tempatan mahupun dari luar negara. Restoran direka ber konsep santai dan romantik, tersusun beberapa buah ca bana, ruang makan terbuka yang ditutupi tirai linen putih itu, sesuai untuk pa sangan yang impikan makan malam yang romantis. Setiap malam, pada jam 8, pelanggan akan dihiburkan dengan persem bahan kugiran yang men dendangkan lagu tempatan dan antarabangsa, diselit dengan celoteh bersahaja sambal berinteraksi dengan para pengunjung, cukup untuk meninggalkan ke na Pengalaman menarik makan di tepi tasik yang bermandikan cahaya
Panorama tasik yang memukau menjadi pilihan ramai
Ruang makan yang luas dan selesa
ngan manis pelanggan ke situ. Makanan di sini memang enak dan harganya juga berpatutan. Antaranya jejari ayam yang digoreng rangup, mungkin satu menu yang ‘biasa-biasa’, kelainannya jejari ayam rangup itu berjus di dalamnya, dihidang bersama semangkuk kecil minyak zaitun serta rempah istimewa yang disangai ga ring dan ditumbuk halus. Ci cah jejari itu ke dalam minyak zaitun, kemudian celupkan ia dalam rempahan istimewa, dan pengunjung akan dikejutkan dengan ke mesraan rasa makanan
fusion yang luar biasa! Menu Bora Ombak di va riasikan lagi dengan sal mon panggang dengan sos istimewa. Rempah ber kualiti yang digunakan, nampaknya cukup sepadan dengan isi ikan yang berjus dan dipanggang sempurna. Menu itu turut didatangkan bersama sayuran yang direbus bagi menyeimbangkan gizi. Namun jangan lupa, selesai sahaja mencicip menu enak, pesanlah secawan kopi kampung, bersandar penuh selesa di ghost chair yang ditempah khas dan nikmati malam bercahaya di tepian tasik.
18
08 - 14 FEBRUARI 2017
JENAMA / di sebalik nama
Sanders hampir bunuh diri akibat miskin KOLONEL SANDERS. Mung kin nama ini kurang dikenali. Namun apabila disebut Kentucky Fried Chicken atau KFC, pasti ramai yang terbayangkan wajah lelaki tua dengan rambut, janggut, dan misai putih yang menjadi figura di setiap francais makanan segera yang menghidangkan ayam goreng sebagai menu utamanya. Dilahirkan pada tahun 1890 di pekan kecil Henryville, Indiana, Sanders kehilangan bapanya pada usia lima tahun. Sejak itu, ibunya mengajar Sanders memasak sayursayuran dan daging. Pada usianya 10 tahun, Sanders bekerja di ladang sebagai pemetik buah. Tiga tahun kemudian Sanders keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depannya. Setelah merantau mencari dan mencuba pelbagai kerja, akhirnya beliau mendapat pekerjaan tetap di sebuah syarikat pada tahun 1930. Dalam masa sama, beliau mula memasak menggunakan resipi yang telah diajar ibunya. Hidangannya mendapat sambutan menggalakkan daripada rakan-rakannya terutamanya menu steak. Sanders memvariasikan menu masakannya kepada resipi lain iaitu ayam goreng pada tahun 1936. Sambutan hangat membuatkan Sanders membuka restoran sendiri. Dalam masa yang sama, beliau bereksperimen memperbaharui resipi ayam gorengnya itu. Sehinggalah pada tahun 1940, Sanders berjaya mencipta resipi rahsia dengan 11 ramuan rempah, iaitu ayam digoreng dalam periuk tekanan tinggi berbanding menggunakan kuali untuk menggoreng. Seterusnya Sanders membuat sistem francais buat pertama kalinya pada tahun 1952 dengan nama Kentucky Fried Chicken. Sanders bekerjasama dengan Pete Harman dari Salt Lake City. Hasil jualan ayam goreng meningkat 75 peratus. Kejayaan ini membuatkan Sanders yakin dengan konsep francais. Bagaimanapun atas pelbagai
faktor, jumlah pelanggan makin berkurangan, perniagaannya merosot dan Sanders hanya mempunyai s i m p a n a n sebanyak 105USD. Pada usia 65 tahun, Sanders merasakan dirinya gagal dalam semua bidang. Beliau pernah merancang untuk membunuh diri, namun membatalkan hasratnya setelah memikirkan hidupnya yang sudah beranjak senja. Sanders kemudian mengajak isterinya merantau ke beberapa negeri di Amerika Syarikat bagi mencari restoran yang boleh menerima resipinya. Dua tahun berkelana d e n g a n
hanya tidur di dalam kereta serta ditertawakan ketika menawarkan resipinya dari pintu ke pintu restoran di Kentucky, namun itu semua tidak pernah mematahkan perjuangan Sanders. Setelah 1009 kali resipinya ditolak, akhirnya Sanders menerima jawapan ‘YA’ lalu terhasil restoran francais dengan jenama Kentucky Fried Chicken. Dengan ‘tagline’ ‘hingga menjilat jari’ yang dicipta pada tahun 1963, syarikat milik Sanders berkembang dengan cepat sehingga 600 cawangan restoran dibuka di Amerika Syarikat, Kanada, England, Mexico dan Jamaica. Dalam usia Sanders 73 tahun, beliau menjual syarikatnya dengan harga 2 milion USD
kepada ahli perniagaan bernama John Y. Brown. Kolonel Sanders menjadi bilionair berkat sikapnya yang tidak pernah mahu mengalah. Biarpun telah meninggal pada tahun 1980, hidangan ayam goreng ramuan Sanders tetap digemari oleh ramai orang serata dunia. Pada tahun 1991, Kentucky Fried Chicken menukar nama kepada KFC yang lebih mudah disebut.
Trivia - Berjaya mencipta ramuan rahsia ayam goreng pada usia 50 tahun. - Pernah cuba membunuh diri pada usia 65 tahun ketika merasakan segala-galanya gagal.
Sanders, wajah yang diabadikan KFC hingga sekarang
Resipi yang dicipta pada 1940 tetap digemari di seluruh dunia
-
Tidak pernah berputus asa dengan penolakan restoran terhadap menu ayam gorengnya. Mengalami 1009 penolakan sehinggalah ia diterima sebagai produk francais.
-
Kolonel Sanders menjadi Bilionaire pada usia 73 tahun setelah melalui pelbagai rintangan.
-
KFC terkenal dengan ayam goreng dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
-
KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis. Pelbagai makanan berdasarkan kentang termasuk kentang jejari dan kentang putar.
19
08 - 14 FEBRUARI 2017
21
Amelina mahu dekati peminat 20
Tubelight gabung Shahrukh, Salman
Hanie warisi ‘suara emas’ 20
Yoyo Cheow pilih lagu melayu 22
Mark Adam banyak dibantu rakan 21
20
08 - 14 FEBRUARI 2017
Hanie warisi ‘suara emas’
J
Hanie juga suka menyanyi
IKA tidak diberitahu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang juga peneraju Radio Bernama, Edlynna Hanie Abdul Hamid atau mesra disapa Hanie, adalah anak penyanyi bersuara emas, Datuk Yusni Hamid. Melihat bakat kedua-duanya dalam bidang seni suara, tentu anda dapat melihat persamaan mereka. Cuma yang bezanya, Yusni dalam nyanyian dan Hanie pula sebagai pengacara dan penyampai radio. “Dulu, orang memang tak tahu yang saya anak Datuk Yusni. Tapi selepas saya keluar dalam program Selamat Pagi Malaysia, ba-
rulah ramai yang tahu. Tapi saya tidak jadikan populariti ibu sebagai batu loncatan untuk saya menjadi seperti sekarang,” katanya membuka perbualan. Menurut Hanie, pada awalnya dia agak bimbang sekiranya ada yang tersalah anggap soal itu, namun dia mengakui bahawa pembabitannya sebagai pengacara dan penyampai radio adalah atas usaha sendiri dan dia juga turut menjalani sesi uji bakat. “Sebenarnya, sebelum bergelar pengacara mahupun penyampai radio, saya menceburkan diri dalam nyanyian terlebih dahulu. Saya pernah menyertai Bintang Kecil (RTM1), Teen Star 2000 (RTM2), Sinaran
2000 (TV3) dan Golden Teen Search.” “Pada 1998, salah seorang penerbit RTM ketika itu melihat bakat saya dalam bidang pengacara kerana saya boleh bercakap, jadi saya ditawarkan untuk mengacara program Bintang Kecil yang disertai penyanyi, Shila Amzah,” ceritanya. Tahun 2000 pula, wanita cantik ini telah menyertai Sinaran 2000 dan tidak menyangka dipilih ke peringkat akhir kerana waktu itu dia hanya sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan abangnya. Pada tahun yang sama juga, dia dijadualkan merakamkan lagu dengan seorang komposer terkenal, namun niatnya tidak dapat diteruskan kerana melanjutkan pengajiannya di salah sebuah universiti tempatan. “Bila tamat be-
lajar, saya ditawarkan untuk menjadi pengacara secara kontrak dengan NTV7. Pada 2006 pula, kebetulan penerbit RTM mahukan wajah baru untuk program Selamat Pagi Malaysia, dan saya telah dipilih untuk mengacarakan rancangan tersebut,” cerita Graduan Jurusan Ijazah Pengiklanan UiTM, Shah Alam ini lagi. Berkenaan tugasnya sebagai Peneraju Radio Ber-
nama pula, kata Hanie, dia bermula dengan stesen radio tersebut pada 2010 dan jawatannya hanya sebagai freelance sahaja. “Pada 1 Julai, tahun lalu, barulah saya telah ditawarkan ke jawatan tetap di Bernama. Biarpun saya menjadi pengacara SPM, bos di Bernama memberi kelonggaran pada saya untuk teruskan karier sebagai pengacara,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Dangdut Amelina masih laris!
Z
AMAN sekarang, tidak sama seperti dahulu. Keadaan sudah berubah dek teknologi. Apa pun maklumat yang ingin diperoleh boleh klik dengan jari saja dan semuanya akan terpapar di skrin. Mengenai soal promosi, para artis dahulu dan sekarang juga jauh berbeza. Cara mereka mempromosikan diri kini lebih mudah dan boleh dilakukan menerusi media sosial seperti Facebook (FB) dan Instagram (IG). Penyanyi dangdut Amelina yang ditemui di slot persembahan jalanan ‘Suria Jam’ di perkarangan SOGO baru-baru ini, turut merasai perubahan itu kerana kemunculan semulanya pada 2014 setelah 15 tahun menyepi, melihat transformasi dalam industri hiburan amat ketara. “Pada mulanya saya memang agak terkejut melihat perubahan ini. Memang seronok kerana media sosial ini secara tidak langsung dapat mendekatkan saya dengan peminat secara ‘direct’,” ujarnya yang mempunyai pengikut seramai 13,400 di FB dan lebih 140,000 pengikut di IG nya. Tambahnya, pada awalnya, dia memang tidak menyangka kemunculannya semula akan mendapat
perhatian peminat. Namun apabila pengikutnya di laman IG mencecah 10,000 orang ketika pertama kali dibuka, dia merasa yakin bahawa peminat sangat mengalu-alukan kemunculannya kembali di dunia hiburan. “Dulu saya rasa rendah diri, adakah peminat akan menerima penyanyi yang sudah berumur? Tetapi sangkaan itu sama sekali tidak benar. Ramai sebenarnya yang menanti-nantikan kehadiran saya dan lagu-lagu saya. Mereka ini terdiri daripada peminat-peminat lama dan baru,” ujarnya. Menjawab satu soalan, Amelina yang pernah popular dengan lagu Asyik, memberitahu, “Memang ada yang tanya saya untuk review produk mereka, tetapi buat masa sekarang, biarlah dahulu. Saya sebenarnya tidak suka menipu peminat. Kalau saya tidak menggunakannya, saya tidak mahu mempengaruhi mereka untuk mengatakannya ia baik atau tidak. Saya lebih suka mencuba dahulu, kalau okey, barulah saya boleh beri review yang baik untuk peminat-peminat saya,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Amelina masih aktif menyanyi
21
08 - 14 FEBRUARI 2017
Pesanan ayah jadi kenyataan
M
ARK ADAM mengakui banyak perkara yang dilalui dalam hidupnya seakan sama seperti perkara yang telah diajar dan dipesan ayahnya. “Ayah selalu pesan, jangan cari musuh, carilah kawan, itu selalu dia pesan” cerita penyanyi itu. Katanya, sekarang dia faham maksud pesanan ayahnya itu sebab bila ramai kawan, merekalah yang akan membantu di waktu
dia memerlukan pertolongan. Mark yang baru sebulan membuka studio Suara Academy di Neo Damansara memberitahu, proses membuka studio sehinggalah ke majlis perasmian banyak dibantu rakan-rakan terdekatnya. “Bangunan ini dicadang oleh seorang kawan, bila tengok kerusi dan meja banyak dah ada, jadi saya setuju sewa di situ, saya hanya ubah suai sikit saja, beli alat-alat studio dan cat semula dinding dalam, dan terima kasih banyak sebab jamuan majlis perasmian ini pun ada kawan yang bayar, khemah pun kawan bayar,” kata penyanyi lagu Marry Me itu. Menurutnya, dia sentiasa ingat apa yang dipesan oleh ayahnya, bila ramai kawan, maka ramailah yang akan membantu sebaliknya jika kita ramai musuh, belum ada sejarah musuh akan membantu kita. Mark juga berhasrat melahirkan bakat baru dalam industri nyanyian dan menjadi hub ke arah itu. “Selalu orang kata penyanyi luar suara bagus, lepas ikut kelas nyanyi dengan Suara Academy saya mahu orang kata suara penyanyi Malaysia juga bagus,” kata Mark. Dia sendiri masih belajar vokal daripada ayah saudara dan keluarga terdekat dan mengakui dia begitu kagum dengan Allah yarham P.Ramlee, M.Nasir dan dan Sudirman.
Seputar Artis
Ben Affleck dekati jururawat JENNIFER GARNER dikhabarkan naik pitam garagara Ben Affleck mendekati seorang jururawat. Berita perpisahan antara Jennifer dan Ben bukanlah rahsia lagi. Namun sejak akhir-akhir ini, hebah pula berita lain yang mengatakan Ben menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang bukan daripada kalangan selebriti. Wanita baru dalam hidup Ben ialah Elizabeth Weaver, seorang jururawat yang merawat kesihatan Ben. Jennifer juga dikatakan tidak lagi menaruh harapan untuk rujuk kembali bersama bekas suaminya itu. Dikhabarkan juga Ben begitu menyukai Elizabeth. Menurut sumber, Elizabeth telah membantunya mendapatkan kembali kepercayaan dirinya dan Ben amat memujanya. Gossip Cop telah menafikan khabar tersebut. Disebutkan bahawa semua cerita itu ditulis oleh National Enquirer daripada sumber yang tidak tepat. Hakikatnya, Elizabeth teman lama Jennifer dan Ben. Jennifer sendiri tidak menaruh rasa curiga atau emosi mengenai hubungan Ben dengan Elizabeth.
Goblin satukan cinta
Shah Rukh, Salman bintangi Tubelight
ADAKAH benar, drama Goblin, telah membuatkan Gong Yoo jatuh cinta pada Kim Go Eun? Gong Yoo dan Kim Go Eun kini menjadi perhatian netizen sejak berjaya membawa peranan Kim Shin dan Ji Eun Tak dalam Goblin atau Guardian: The Great and Lonely God. Netizen kagum dengan chemistry mereka berdua. Kim Go Eun memegang peranan remaja berusia 19 tahun, padahal usianya yang sebenar 25 tahun. Sementara, Gong Yoo digambarkan sebagai jejaka berusia 35 tahun lebih di drama tersebut. Kisah cinta beza usia dalam Goblin itu berjaya membuat kan penonton terbuai. Peminat ternyata-tanya adakah Gong Yoo dan Kim Go Eun meneruskan percintaan mereka di dunia nyata? Baik Gong Yoo dan Kim Go Eun, ketika diajukan pertanyaan itu hanya tersenyum, membuatkan peminatnya semakin curiga. Apalagi, Gong Yoo sering memuji Kim Go Eun dengan mengatakan, wanita itu memiliki wajah yang cantik.
KERINDUAN pencinta filem Bollywood untuk melihat dua bintang popular, Shah Rukh Khan dan Salman Khan berlakon dalam satu filem akan menjadi kenyataan. SRK akan tampil dalam filem terbaru Salman berjudul Tubelight. Namun, SRK khabarnya cuma jadi cameo dalam filem Salman itu. Selain Aamir Khan, SRK dan Salman dianggap sebagai bintang paling ternama di Bollywood. Hubungan mereka berdua sangat baik biarpun kadangkala dilanda masalah. Kali terakhir SRK dan Salman digandingkan ialah menerusi filem Om Shanti Om pada 2007. Salman Khan menjadi cameo dalam filem tersebut. Selain Om Shanti Om, mereka juga pernah bergandingan dalam Kuch Kuch Hota Hai (1998) dan Karan Arjun (1995). Namun sayangnya, di Tubelight, Shahrukh Khan hanya menjadi cameo sahaja.
Gong Yoo &Kim Go Eun?
22
08 - 14 FEBRUARI 2017
The Bye Bye Man
mengerikan D ONT Think It” “Don’t Say It…” Mengisahkan tiga orang remaja yang menyewa sebuah rumah tidak jauh dari kolej mereka. Mereka ialah Elliot, kekasihnya Sasha, dan kawan baik mereka John. Ketika menduduki rumah tersebut, beberapa peristiwa ganjil telah berlaku, antaranya Sasha menghidap batuk yang agak pelik, Elliot mendengar bunyi yang tidak tahu dari mana datangnya dan duit syiling lama yang sentiasa berubah kedudukannya. Lebih memeranjatkan ialah apabila Elliot menjumpai perkataan yang ditulis dalam sebuah laci meja antik dengan tulisan “Jangan fikir ia, jangan sebut ia”, dengan disusuli nama The Bye-Bye Man.
Sebenarnya, filem ini mengisahkan tentang hantu The Bye Bye Man. Hantu ini wujud sejak tahun 1960an dan telah membunuh beberapa orang di kawasan tersebut. Sesiapa sahaja yang menyebut atau mengingati nama The Bye Bye Man, hantu ini akan menguasai fikiran orang tersebut. The Bye Bye Man mampu memanipulasikan fikiran orang yang ingat atau menyebut namanya. Jadi, jika ada yang ingat atau menyebut namanya, hantu ini akan bertindak membunuhnya. Sehinggalah kesemuanya mati barulah The Bye Bye Man tidak lagi mengganggu. Filem The Bye Bye Man ini memang suspens dan pasti membuatkan anda terjerit-jerit di dalam panggung. Untuk mengetahui bagaimana kisah ini selanjutnya, apa kata anda menontonnya di pawagam berhampiran. Selamat menonton!
Filem: The Bye Bye Man Edaran Pengarah Pelakon Nilaian Pawagam Masa
: GSC Movies : Stacy Title : Robert Damon Schneck, Robert Damon Schneck, Jonathan Penner : *** : TGV Midvalley : 6:00 PM 9:15 PM 11:30 PM
Yoyo Cheow
klon Datuk Siti
PETAH berbicara, inilah yang boleh diperkatakan mengenai penyanyi cilik yang baru berusia 12 tahun, Yoyo Cheow. Nama baru dalam industri hiburan tanah air, namun sebenarnya dia sudah lima tahun berada di persada seni dan mempunyai lima buah album berbahasa Cina. Terkini, dia hadir dengan se-
buah album yang mengandungi 10 buah lagu cover Datuk Siti Nurhaliza berjudul Air Mata Ibu. “Air Mata Ibu adalah album pertama saya dalam bahasa Melayu. Sebenarnya dah dua tahun album ini dibuat dan kini baru berjaya disiapkan. Ia mengandungi 10 buah lagu cover dan setakat ini saya belum ada single lagi,” katanya membuka bicara. Menurut gadis manis ini lagi, dia berasa teruja dan seronok dapat menyanyikan semula lagu-lagu cover penyanyi nombor satu negara itu dalam albumnya. Ini kerana artis tersebut merupakan idolanya. “Saya suka suara dan lagu-lagu Datuk Siti, kalau boleh saya mahu menjadi seperti dirinya yang berjaya di bidang nyanyian,” ujarnya yang mempunyai impian yang tinggi di dalam bidang seni suara. Berkenaan dengan percubaannya dalam lagu-lagu berbahasa Melayu, katanya, dia ingin mencuba
Ulasan Filem
pasaran Melayu memandangkan buat masa ini dia masih belum dikenali sepenuhnya di persada seni tanah air. “Belum ada yang kenal Yoyo Cheow. Dengan percubaan ini, diharapkan lagu-lagu saya boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya Melayu,” ujar gadis manis keluaran Suria Records ini lagi. Diajukan pertanyaan bagaimana dia membahagikan masanya antara nyanyian dan pelajaran, kata Yoyo, pada waktu pagi dia akan ke sekolah, sebelah petang barulah dia membaca buku dan membuat kerja sekolah. Pada sebelah malam pula, dia akan berlatih menyanyi. “Saya bahagikan masa belajar dan menyanyi dengan baik. Biasanya saya menerima undangan nyanyian pada musim cuti sekolah sahaja,” ujarnya yang mempunyai cita-cita menjadi guru muzik dan vokal suatu hari nanti.
Jom Wayang Filem: XXX RETURN OF XANDER CAGE Pawagam: GSC PAVILLION Masa: 1:40 PM 6:50 PM 12:45 AM
Filem: KUNGFU YOGA (KANTONIS)
Pawagam: GSC MID VALLEY Masa: 1 PM 6:00 PM 12:50 AM
Filem: LOVE FROM KAMPUNG (MANDARIN)
Pawagam: TGV CHERAS SELATAN Masa: 11:00 AM 1:15 PM 6:05 PM 8:15 PM 10:20 PM
Filem: KAABIL (HINDI)
Pawagam: TGV BUKIT RAJA Masa: 5:20 PM 8:15 PM 11:30 PM
SUDOKU
08 - 14 FEBRUARI 2017
23
24
08 - 14 FEBRUARI 2017
a u t e p l a m a a Zian pikat keluarga SEDA RANI
TIDAK dinafikan ramai yang suka melancong, termasuklah penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain. Penyanyi cantik ini mengakui bahawa melancong merupakan hobinya sejak dulu lagi. “Saya suka sangat melancong terutama ke luar negara. Dulu, ketika suami masih bekerja
Suka altiviti mandi sungai dan laut
dengan syarikat penerbangan, kami akan ke luar negara untuk bercuti merehatkan minda dan bersantai. Kadangkala berdua dan kadang-kadang dengan anakanak. Tapi sekarang, kami banyak menghabiskan percutian kami di dalam negara saja,” ceritanya ramah. Menurut Ziana, memandangkan anak-anaknya suka mandi sungai, bila ada kelapangan, dia dan suaminya akan membawa mereka mandi sungai, air terjun atau ke pantai. “Suka mereka kalau dapat mandi sungai. Sebab itulah saya akan membawa mereka mandi sungai jika ada kelapangan. Ada kalanya kami akan lakukan aktiviti beriadah bersama-sama. Sama ada aktiviti mendaki, berbasikal atau joging. Bagi saya aktiviti-aktiviti seperti ini lebih mengeratkan hubungan kami sekeluarga,” katanya lagi sambil menambah bahawa aktiviti banyak
dilakukan di sekitar Shah Alam sahaja. Selain melancong dan beriadah bersama keluarga, penyanyi ini juga memberitahu bahawa dia juga lebih suka menghabiskan masanya di rumah dengan memasak sekiranya tidak ada sebarang aktiviti luar. “Saya suka memasak. Jadi saya akan memasak hidangan istimewa dan akan memanggil adik-beradik dan sanak saudara saya datang ke rumah untuk berkumpul. Memang seronok dan meriah,” jelasnya lagi. Tidak hairanlah, mengapa dia gemar memasak sendiri sajian untuk anak-anaknya. Katanya, ibu sentiasa berpesan untuk menyediakan sendiri hidangan untuk anak-anaknya. “Emak selalu ingatkan saya untuk memasak untuk anak-anak. Berkat katanya. Anak-anak akan
PROGRAM
Program : Biz Tips Episod : 3 Tarikh : 8 Februari 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam
Menarik di Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 8 hingga 15 Februari 2017
‘EKSPLOITASI’ KELEBIHAN DIRI, TEROKAI PERNIAGAAN Tidak mempunyai latar belakang perniagaan bukan alasan, sebaliknya keinginan tinggi dan mengeksploitasi kelebihan sebagai pelawak dan selebriti memberi Afdlin Shauki peluang membuka restoran beliau sendiri iaitu Komedi Planet Afdlin Shauki. Bagaimanakah Afdlin memanfaatkan kelebihan dirinya dalam perniagaan? Saksikan!
CAPITAL TV Program : Santai Familia (Musim Kedua) Episod : 2 Tarikh : 13 Februari 2017 (Isnin) Masa : 8.30 malam
Inspirasi. Informasi. Motivasi.
BERSATU DENGAN ALAM DI SEDIM ECO RESORT Merentasi jambatan kanopi terpanjang di Asia, Tree Top Walk antara momen indah saat berlibur di Sedim Eco Resort. Jiwa bagaikan bersatu dengan flora fauna Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah. Menterjemah sejuta kebahagiaan. Anda juga boleh bermandi manda di hutan lipur dan melakukan pelbagai aktiviti air antaranya water rafting di arus terderas di dunia. Wow! Hebatkan?
Program : Legasi Niaga (Musim Kedua) Episod : 6 Tarikh : 14hb Feb 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam AMANAT AYAH AZIMAT PELOPOR BATIK SABAH Siapa sangka, bermula daripada usaha kecil-kecilan ayah beliau 40 tahun lalu yang menjahit pakaian di kampung, kini Michael Shu, 40 meneruskan empayar perniagaan fabrik dengan mempelopori bidang pembuatan batik Sabah yang unik. Legasi perniagaan ini dianggap Michael Shu sebagai amanah untuk memartabatkan seni batik sebagai warisan budaya Negeri Di Bawah Bayu, sekali gus memenuhi pesanan ayah beliau.
Ziana kini lebih tumpu pada keluarga
ingat pada kita, walau sejauh mana dia pergi kerana masakan kita itu. Petua daripada orang tua dulu-dulu, memang ada benarnya. Itulah yang saya amalkan,” katanya sambil menambah bahawa Ayam Masak Lemak Cili Padi, Masak Lemak Cendawan Kukur dan Roti Jala Bersama Kari antara makanan yang digemari anak-anaknya.
Program : House Hunt (Musim Kedua) Episod : 2 Tarikh : 10 Februari 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam ANTARA MODEN & KLASIK, CETUS KONFLIK CARI RUMAH Dua cita rasa berbeza di antara Anis Amira dan suami cetus kesukaran memilih rumah idaman. Anis inginkan rekaan moden, suaminya pula gemar seni bina klasik. Adakah impian pasangan bervisi ini bakal ditemui dan cita rasa kedua-duanya tercapai? Ikuti pencarian mereka dalam realiti popular House Hunt.
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
08 - 14 FEBRUARI 2017
Kisah anak muda \ KAM The Path of The Gods antara ‘hiking trail’ di Agerola menuju ke Positano, Itali
Backpacker nyata jimat MURNI REJAB
TIDAK cukup bajet untuk melancong? Jangan gusar, Kisah Anak Muda kali ini akan membawa anda mengembara ala backpacker. Jika dilihat trend anak muda kini, ramai yang gemar memilih backpacker untuk melancong bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Anak muda kini bukan lagi jenis yang terperuk di rumah. Zaman sudah berubah. Mereka lebih berani dan pandai bawa diri. Ramai yang menganggap, mengembara atau melancong itu satu hobi yang mahal, apatah lagi untuk memenuhi hobi itu untuk ke luar negara. Itu satu tanggapan yang salah, kerana bajet untuk melancong termasuk ke luar negara adalah di tangan kita sendiri. Muhammad Aliff Fakhruzi Azmi, 27, memilih melancong ala backpacker untuk melihat dunia luar. Katanya, backpacker lebih menjimatkan, mengajar dirinya untuk lebih matang serta berdikari. Aliff suka melihat budaya masyarakat antarabangsa, sejak berusia 21 tahun lagi, dia sudah mula mengembara ke negara Thailand dan Indonesia. Selain itu, pada dia pernah mengembara dalam masa sebulan bermula Disember 2014 hingga ke Januari 2015 ke China, Vietnam, Cambodia dan Thailand. Bagi Aliff, dia mampu menjelajah
semua negara itu kerana melancong cara backpacker, jimat sejimatnya, dan tidak perlu takut kehabisan wang kerana trend ini tidak memerlukan belanja yang mahal. Katanya, dalam pengembaraan itu, dia bersama backpacker dari pelbagai negara bertemu di Cambodia sebagai sukarelawan guru muzik. Wanita juga terlibat dalam hobi cara backpacker. Hadhinah Fawwazah Nasaruddin, 29, telah menjelajah ke 21 negara termasuk Thailand, Itali, Laos, Turki dan Amerika Syarikat. “Saya mula travel ke luar negara sendirian dengan wang
Hadhinah dan Aliff memilih kembara ala backpaker untuk menjimatkan wang.
hasil kerja sambilan saya pada tahun 2011. Saya masih ingat waktu itu saya hanya ada pasport antarabangsa dan tunai RM120 di tangan, saya menaiki bas dari Melaka hingga ke Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk merentas sempadan ke Thailand melalui Sadao dan kemudian menaiki bas mini hingga ke Krabi kemudian ke Phuket.” Tambahnya, pengembara wanita di luar sana tak perlu takut untuk bergerak sendiri kerana sudah pasti di luar sana ada beribu lagi pengembara wanita lain yang juga boleh menjadi teman perjalanan anda.
Ahli bomba lonjak nama India INDIA - Seorang anggota bomba di India menerima anugerah Padma Shri, anugerah ke empat tertinggi bagi kategori orang awam di India. Bipin Ganatra, 60, telah memadamkan lebih 100 kebakaran sejak empat dekad berkhidmat dalam jabatan itu. Pencapaian Ganatra menjadi satu kebanggaan di negaranya ke rana di alam per sekolahan, dia adalah seorang pelajar yang kurang
cemerlang. Melalui kejayaan itu, dia mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara. "Saya hanya insan biasa dan saya sangat terkejut dengan anugerah itu dan tidak sangka akan mendapat liputan dari wartawan, apaapa pun, saya hanya mahu fokus kerja sebagai ahli bomba, saya nak bekerja dengan lebih baik," memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat," kata Ganatra.
Bajet boleh diuruskan sendiri, yang pastinya rancang dahulu perjalanan antaranya membuat penyelidikan tentang tempat-tempat yang hendak dituju, penginapan, ma kanan dan sebagainya. Pengumpulan maklumat itu penting, baru lah perjalanan akan menjadi lancar. Jadi, jangan buang masa, rancang lah pengembaraan anda sekarang. Jangan main redah saja untuk mengelakkan anda kehabisan wang, masa, dan tenaga untuk perkaraperkara yang tidak diperlukan. Paling penting, utamakan soal keselamatan.
500km kayuh salah arah CHINA - Seorang lelaki dari wilayah Rizhao, China terpaksa berputus asa selepas menyedari bahawa kayuhannya sejauh 500 kilometer untuk pulang ke kampung halaman di Heilongjiang, rupanya tersalah arah. Lelaki itu yang namanya tidak didedahkan dalam portal BBC, telah ditahan oleh polis ketika tiba di wilayah Anhui. Apabila pihak polis menyedari lelaki itu mengayuh ke arah yang salah, dia diberikan tiket keretapi untuk balik ke kampungnya.
26
08 - 14 FEBRUARI 2017
INFO
SALAM SEMUT
Sukarelawan JKM
Sayangilah diri kita, orang sekeliling DALAM sekelip mata, segalagalanya boleh berubah. Kehidupan pada zaman moden amat mencabar di mana kita sentiasa mengejar masa dan masa pula mengejar kita. Dalam keadaan terkejarkejar begini, banyak perkara yang kita ambil mudah seperti adab, budaya , tata susila dan keselamatan. Pada suatu pagi di satu simpang empat yang mempunyai lampu isyarat, masing-masing tak sabar menunggu giliran lampu hijau. Hanya beberapa saat yang memisahkan merah dan hijau bagi laluan berlainan dan dalam jarak masa sebegitu singkat, ramai yang pecut meluru untuk mengambil kesempatan laluan kosong. Biasanya, penunggang motosikal yang gemar melakukan aksi ngeri ini. Ketika itu, seorang ayah yang membawa anak perempuan berumur lingkungan lapan tahun, meluru dari arah ‘pukul
3’ ke arah ‘pukul 9’. Pada masa yang sama, seorang remaja pula memecut laju dari arah ‘pukul 12’ ke arah ‘pukul 6’ dan mereka bertembung di tengan persimpangan itu. Saya yang berada di arah ‘pukul 6’ dengan jelas dapat menyaksikan bagaimana anak kecil itu tercampak manakala si ayah tergolek bersama motosikalnya. Impak pelanggaran telah menyebabkan remaja itu terlambung agak tinggi juga . Akibat kejadian itu, remaja terbabit lumpuh kerana kecederaan tulang belakang. Lebih tragis, anak perempuan yang tercampak itu pula meninggal di tempat kejadian. Kesemua itu berlaku dalam sekelip mata. Adakah ini berbaloi? Apakah yang menyebabkan kita sanggup mengambil risiko seperti itu? Ke mana perginya sikap sabar dan disiplin kita? Laporan statistik kemalangan Jalan Raya Malaysia pada 2013 mencatatkan 7,129 kematian dengan purata 19 orang maut dalam sehari. Cuba bandingkan perangkaan kemalangan maut di dunia pada
GESAN RAVEN MURU tahun 2013, di mana 1,827 orang maut dalam kemalangan di United Kingdom, 1,730 orang di Sepanyol, 269 orang di Switzerland, 272 orang di Sweden dan 192 orang di Norway. Apakah angka angka ini tidak mencukupi untuk menyedarkan kita bahawa terdapat sesuautu yang tidak kena dengan sikap kita di jalan raya. Mengapa angka kita jauh lebih tinggi dari negara negara itu? Haruskah kita kehilangan seorang ahli keluarga untuk menyedarkan kita? Tidak kira berapa banyak peraturan diperkenalkan, tidak kira berapa banyak kamera trafik dipasang, kesedaran perlu wujud di hati setiap orang. Sikap patuh peraturan lalu lintas dan beradab di jalan raya perlu disemai sejak kecil lagi. Ibu bapa adalah pendidik awal dan patut menjadi contoh terbaik. Biar generasi akan datang menjadi generasi lebih beradab di jalan raya.
Warga kota yang berminat dalam aktiviti kebajikan boleh memohon menjadi ahli sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara aktiviti yang dijalankan ialah khidmat kaunseling, pemeriksaan kesihatan, program keagamaan, khidmat bantu di rumah dan juga pengurusan bencana. Anda boleh memohon di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/ Jajahan atau menggunakan sistem atas talian di laman sesawang www.jkm.gov.my
50 tahun Perpustakaan Negara Kenali dengan lebih dekat Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di dalam Pameran PNM 50 tahun. Pameran ini memaparkan sejarah penubuhan PNM, model bas bergerak, perpustakaan desa dan lain-lain lagi. Tarikh : Sekarang hingga 28 Februari 2017 Tempat :Anjung Bistari, Aras 1, Perpustakaan Negara Malaysia
Kami >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<
Khairune Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850
27
08 - 14 FEBRUARI 2017 PERHATIAN
Rambut boleh tawan dunia RAMBUT adalah mahkota diri. Rambut juga melambangkan keperibadian seseorang yang boleh menjadi satu daya tarikan kepada sipemerhati. Gaya rambut juga dikaitkan dengan faktor usia, jarang sekali lelaki 40-an ke atas meniru gaya rambut remaja. Apabila semakin berusia, semakin beruban atau ia semakin berkurangan. Paling besar jasa rambut ada lah sebagai punca rezeki. Berapa banyak kilang dan jenama mi nyak rambut, syampu, pewarna sehinggalah produk penjagaan rambut. Kedai gunting dan salon rambut ada di merata ceruk di seluruh dunia dengan pelbagai kategori premis. Itu belum
Gaya rambut Elvis masih ditiru dan menjadi perbualan
Selain wajah, suara dan bakat, rambut seniman agung P.Ramlee turut menjadi ikutan
diambil kira berapa ramai model lelaki dan wanita meraih pendapatan hasil memperagakan rambut mereka. Nama-nama besar seperti puteri Diana dan Elvis Presley turut mencuri perhatian umum dengan gaya rambut mereka. Malah kekemasan ‘jambul’ Tan Sri P.Ramlee juga menjadi ikutan ketika zamannya.
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gel pomade bukan sahaja didatangkan dengan pelbagai bau haruman, bahkan juga berwarna-warni
Pomade, nostalgia Tancho
R
UANGAN Trendy kali ini membawa anda mendekati fenomena popular, pomade. Apa itu pomade?
Ia adalah produk gel rambut sama ada berasaskan air, lilin mahupun gris. Budaya menggunakan pomade bukanlah sesuatu yang baharu, kerana generasi dahulu mesti masih ingat akan jenama gel rambut Tancho dan Poken. Itu adalah satu contoh gel jenis pomade yang sangat terkenal terutama dalam kalangan anak muda dahulu. Kini pomade di Malaysia diberikan nafas baru. Gel jenis ini telah melalui fasa pembangunan produk terkini penuh sentuhan teknologi, dan mempunyai ciri-ciri yang digemari. Ini termasuklah didatangkan dengan haruman yang wangi, bersifat tahan lama serta membuatkan rambut sentiasa nampak kemas dan berkilat. Gaya rambut yang sesuai bagi gel jenis ini tidak hanya semua untuk rambut potongan gentleman’s haircut (yang
juga dikenali s e b a g a i pompador), bahkan juga se suai untuk fesyen spiky, tapper dan slick back. Budaya menggunakan pomade mula menular seiring dengan perkembangan gelombang hipster di tanah air. Ia semakin mendapat tempat apabila artis dan selebriti turut menggunakan gel rambut jenis ini. Antara selebriti serta ahli sukan yang sinonim dengan produk ini termasuklah Wak Doyok, Nazmi Faiz, Fahrin Ahmad dan pemain bola sepak, Andik Vermansyah. Melihatkan kemampuan pomade untuk membangkitkan aura maskulin yang kemas dan bergaya, maka tidak hairanlah apabila terdapat lambakan jenama di pasaran, dengan tawaran harga yang berbeza-beza. Ini memudahkan penggaya fesyen membuat pilihan. Pendek kata, buat sang arjuna masa kini, anda tidak perlu gusar dengan produk ram but. bawa pomade anda ke mana sahaja, dan si jelita pasti menjeling manja.
28
08 - 14 FEBRUARI 2017
LIBUR
Pesona Pulau Pangkor Teks : Amir Farhan Foto : Tourism Malaysia, Nipah Guesthouse & @Syazamirah
BERASAL daripada bahasa Thai, “Pang Ko” yang bermaksud “Pulau yang cantik,” tarikan Pangkor terletak pada kawasan pantai yang indah, sajian-sajian tradisi yang tidak ada di tempat lain serta hasilhasil laut segar yang dijual pada harga berpatutan. Kawasan pesisir pantai yang menjadi tumpuan pelancong di Pulau Pangkor adalah Teluk Nipah. ‘Mandi laut’ bukanlah satu-satunya aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Teluk Nipah menawarkan lebih daripada itu. Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti bermain jet ski, banana bot atau snorkeling berhampiran dua pulau kecil yang terletak iaitu Pulau Mentagor dan Pulau Giam. Di sampaing itu, Teluk Nipah menawarkan antara pemandangan matahari terbenam tercantik di Pulau Pangkor. Jika anda datang bersama keluarga, jangan lupa untuk singgah ke Pantai Pasir Bogak kerana pantai ini sesuai untuk aktiviti perkelahan dan lokasinya tidak jauh dari Teluk
Nipah. Selain Teluk Nipah, pantaipantai lain yang boleh dikunjungi adalah Pantai Puteri Dewi, Teluk Segadas, Pantai Teluk Ketapang (Turtle Bay), Teluk Cempedak dan Coral Bay.
LOKASI WAJIB PERGI Selain kawasan pantai yang indah, Pulau Pangkor juga menawarkan lokasi pelancongan menarik lain yang boleh anda kunjungi. Antaranya: Kota Belanda – kota yang terletak di Kampung Teluk Gedung ini dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai tempat menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Kota ini dibina Syarikat Hindia Timur Belanda selepas loji menyimpan yang asal dimusnahkan para Pembesar Perak yang tidak bersetuju dengan monopoli hasil bijih timah di negeri Perak pada ketika itu. Galeri Pangkor – menyimpan khazanah bersejarah seperti potret Sultan Abdullah Muhammad Shah II yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor. Malah, sebuah meja yang direka khas di mana kertas perjanjian itu ditandatangani turut ditempatkan di muzium ini.
Pantai Teluk Nipah waktu senja
Hanya kira-kira tiga jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Pulau Pangkor adalah destinasi yang boleh anda kunjungi bersama keluarga atau temanteman untuk aktiviti percutian pada hujung minggu. Jeti Pekan Pangkor – Borong hasil laut! Acara wajib apabila anda singgah ke Jeti Pekan Pangkor. Kebiasaannya yang menjadi pilihan pengunjung adalah ikan-ikan bilis segar yang dibeli dalam kuantiti yang banyak. Pulau Sembilan – Khas buat pengunjung yang gemar memancing atau melakukan aktiviti selam
skuba. Lokasinya terletak kira-kira 25 kilometer ke sebelah selatan Pulau Pangkor. Antara operator selam skuba yang popular di sini ialah Quiver Dive Team yang bakal membawa anda menyelam ke beberapa lokasi menarik di Pulau Sembilan.
Nipah GuestHouse
29
29
08 - 14 FEBRUARI 2017
PRODUK
BLUESMART ONE
peneman pintar buat si pengembara Sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini, semakin banyak gajet canggih direka untuk memudahkan pengembaraan anda. Mari kita lihat apa yang ‘hot’ untuk ruang PRODUK kali ini.
SETIAP kali pergi bercuti, ‘beg tarik’ pasti menjadi peneman setia. Semakin banyak baju yang perlu dibawa, semakin besar ruang bagasi yang diperlukan. Namun, konsep percutian masa kini, bukan saja pakaian yang perlu dibawa.
Powerbank, pengecas telefon, soket kuasa tambahan dan kabel USB – semua ini merupakan aksesori penting wajib dibawa bersama. Dengan adanya bagasi canggih seperti Bluesmart One, anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan mana hendak disimpan kesemua aksesori gajet anda. Paling menarik, dengan bagas ini, anda sebenarnya tidak perlu bawa kesemua aksesori tersebut! Bluesmart One merupakan bagasi pintar yang bukan saja berfungsi sebagai tempat menyimpan pakaian, malah dapat dijadikan sebagai peranti yang membolehkan pemiliknya mengecas telefon pintar dengan kapastiti penuh bateri sebanyak
enam kali – sebelum peranti ini perlu dicas semula menggunakan soket kuasa. Jadi, anda tidak perlu lagi membawa semua powerbank atau pengecas telefon dengan kabel sambungan yang mudah bersimpul itu! Selain itu, bagasi ini juga boleh dihubungkan pada aplikasi telefon pintar anda untuk fungsi-sungsi seperti auto-lock untuk menghalang pencuri membuka bagasi anda, Sistem pengesan Kedudukan Global (GPS) untuk menjejak bagasi sekiranya ia hilang di lapangan terbang dan paling penting – fungsi penimbang berat digital yang membolehkan anda mengetahui berat bagasi tanpa perlu ke kaunter penimbang. Fungsi ini sangat di tepi jalan. Walaupun gerainya nampak ringkas, ia sentiasa dikerumuni pengunjung dari dalam dan luar negara yang teringin untuk merasai lempeng berintikan pisang dan kelapa ini.
28
BAGAIMANA KE SINI
Snorkeling di Pulau Giam
SELERA PANGKOR Makanan tempatan yang mesti anda cuba ialah Laksa Mi Pangkor. Terdapat beberapa buah gerai makan berhampiran Jeti Pekan Pangkor yang menawarkan sajian ini. Laksa Mi Pangkor merupakan antara makanan kegemaran
Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri diRaja Dr. Zambry B. Haji Abd. Kadir. Laksa ini diperbuat daripada mi khas yang dicampur dengan cili kering yang dikisar dan lobak merah. Ketika di Teluk Nipah, jangan lupa ‘pekena’ Lempeng Pisang yang dimasak di atas gerai bermotosikal
Darat - Jika memandu dari Kuala Lumpur, ikut Lebuhraya UtaraSelatan menghala ke Perak. Ambil susur keluar ke tol Bidor. Dari sini, ikut papan tanda yang menuju ke Pelabuhan Lumut. Anda akan melepasi Teluk Intan dan Sitiawan sebelum tiba ke Jeti Lumut. Di Jeti Lumut, dapatkan tiket feri dua hala untuk ke Pulau Pangkor. Tiket untuk dewasa berharga RM14.00, sementara kanak-kanak RM5.00. Perjalanan ke Pulau Pangkor memakan masa kirakira 30 hingga 45 minit. Udara – Penerbangan Berjaya Air terbang dengan kekerapan lima kali seminggu dari Lapangan Terbang Sultan Abdl Aziz Shah (Skypark Subang terminal).
berguna kerana sebagai pengembara, anda mesti tidak mahu terkandas lebih lama di lapangan terbang kerana membawa lebih muatan yang dibenarkan untuk bagasi yang didaftar masuk! Buat masa ini, setiap tempahan Bluesmart One yang diterima disertakan dengan pilihan untuk pemulangan semula selama 100 hari jika ia tidak berfungsi seperti yang dinyatakan. Ala lagi yang anda tunggu? Dapatkan Bluesmart One sebagai peneman setia ketika mengembara! PERHATIAN
Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my
PILIHAN PENGINAPAN
- Pangkor Island Beach Resort - Pangkor Sandy Beach Resort - Coral Bay Resort - Pangkor Laut Resort - Nipah Guesthouse
TIP
Bagi memudahkan aktiviti percutian anda di sekitar Pulau Pangkor, penulis syorkan anda menyewa motosikal sekiranya datang ke sini bersama rakan-rakan. Jika bersama keluarga, pilihan anda adalah perkhidmatan van yang ditawarkan oleh beberapa buah syarikat kenderaan tempatan di pulau ini. Jika ada masa, dalam perjalanan pulang, singgah ke Pantai Teluk Batik yang terletak tidak jauh dari Jeti Lumut. Teluk Batik terkenal sebagai lokasi perkelahan untuk seisi keluarga.
30
08 - 14 FEBRUARI 2017
Kj vs Aseh TMJ… calon pilihan ramai
RUDI IRFAN
APA yang dilihat sebagai formula yang mampu menyelesaikan isu pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kini seolah-olah akan menemui kegagalan. Ia berpunca daripada pencalonan ke atas Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Sultan Ibrahim dan juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang ternyata memberi saingan kepada calon pilihan TMJ sendiri, Tan Sri Aseh Che Mat. Walaupun sejak awal TMJ sudah menyatakan tidak berminat menduduki kerusi panas itu sebaliknya melobi nama Aseh sebagai calon, namun ternyata formula tersebut tidak mendapat sokongan sebulat suara.
KHAIRY… sedia tarik diri.
ASE… ANNUAR… terima satu dapat tujuh pencalonan. pencalonan sahaja.
Sebaliknya Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) menaruh kepercayaan terhadap kepemimpinan TMJ. Enam persatuan, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah pula mencalonkan KJ. Aseh mendapat pencalonan daripada Terengganu, Melaka, Sarawak, Sabah, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (PBCM) dan Majlis Sukan India Malaysia. Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa pula mendapat pencalonan tunggal daripada negerinya sendiri. Pahang dan Polis Diraja
PENCAK JEBAT TAHNIAH DHARMA! Jebat angkat topi kepada jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah serta skuad hoki wanita negara kerana muncul naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia, baru-baru ini. Secara jujur, seperti kebanyakan peminat, Jebat sendiri tidak pernah pandang walaupun sebelah mata terhadap pasukan tersebut sebaliknya lebih mengikuti perkembangan skuad lelaki. Ternyata Jebat dan ramai lagi peminat tersilap. Di bawah bimbingan Dharma, pasukan ini meningkat dengan mendadak. Jurulatih itu mendedahkan, mereka memulakan latihan seawal jam 5:00 pagi serta berlatih di gimnasium lima kali sehari. Dharma membuktikan walau-
Jika TMJ masih dengan pendiriannya enggan memegang jawatan tersebut sebaliknya menyokong Aseh, sudah pasti berlaku pertandingan dua penjuru antara KJ dengan Aseh.
Malaysia (PDRM) mengambil sikap berkecuali. Keadaan ini adalah di luar jangkaan kerana sebelum penamaan calon, hanya nama Aseh dan Annuar yang disebut. Jika begitulah keadaannya, ramai yang yakin Aseh tidak mempunyai masalah untuk mengatasi Annuar. Tapi, dengan senario baru ini, perwakilan yang akan membuat pemilihan pada 25 Mac depan mula keliru untuk membuat pilihan termasuk mereka yang mencalonkan Aseh. Jika TMJ masih dengan pendiriannya enggan memegang jawatan tersebut sebaliknya menyokong Aseh, sudah pasti berlaku pertandingan dua penjuru antara KJ dengan Aseh. Ini kerana Annuar secara terang-terangan menyokong KJ dan sanggup memberi
pun diturunkan ‘pangkat’ daripada jurulatih skuad lelaki kepada wanita namun dia tidak mengambil sikap sambil lewa sebaliknya menyahut cabaran itu dengan positif. Jebat: Sahut cabaran MMY.
BANTULAH MEREKA Jebat berharap kejayaan skuad hoki wanita ini tidak menyebabkan kita sudah puas hati. Anggaplah ini sebagai permulaan sahaja kerana banyak lagi yang perlu dicapai. Sasaran utama kita sekarang adalah untuk melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia Wanita di London pada 2018. Untuk itu persiapan rapi perlu dibuat bagi menghadapi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia pada Jun dan Julai ini. Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) serta Majlis Sukan Negara (MSN)
laluan selesa kepada Menteri Belia dan Sukan itu dengan kesediaan menarik diri daripada persaingan. Jika ini berlaku, ramai berpendapat KJ mempunyai kelebihan mengatasi Aseh berdasarkan perkiraan persatuan yang mencalonkan TMJ akan turut beralih sokongan kepada menteri itu kerana mereka secara terang-terangan telah menolak Aseh. Jika Aseh gagal ia sekali gus akan turut menggagalkan formula yang diilhamkan oleh TMJ. Pilihan terbaik sekarang adalah TMJ perlu menerima tanggungjawab sebagai Presiden baru FAM kerana jika Baginda sanggup, KJ secara terbuka menyatakan tidak akan bertanding. Sudah tentu Aseh juga akan menurut langkah KJ itu. Usaha memujuk TMJ sedang dilakukan.
perlulah membantu mereka. Jebat bersetuju dengan pandangan ketua pasukan, Siti Nor Amarina Ruhani bahawa pasukan ini perlu didedahkan dengan perlawanan di Eropah sebagai pendedahan untuk bersaing dengan gergasi dari benua tersebut. Usaha lokek berbelanja kerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan. Jebat: Selalu ‘payung’ Ahli Mesoratingkap.
MIMPI SIANG HARI Kalau beginilah prestasi pemain badminton kita dalam Malaysian Masters di Sibu baru-baru ini, Jebat berani katakan bahawa impian untuk membawa pulang emas daripada acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 2020, hanya mimpi siang hari.
Pertahan Kapcai Endurance ALHAMDULILLAH, akhirnya pada 29 Januari lepas berlangsung sudah Kejuaraan Kebangsaan kBS - MAM Kapcai Endurance untuk saingan 2015 di litar speedway plus, Subang. Disertai lebih 50 pasukan dan hampir 150 pelumba, anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM). Tahniah kepada semua pemenang kategori kelas 1 hingga 3. Berbanding dengan kejohanan Cub Prix Malaysia, Kapcai Endurance menyediakan alternatif yang jauh lebih murah untuk mereka yang bekerja di kedai-kedai membaiki motosikal, ‘mat despatch’ dan siapa juga yang berminat untuk menceburi sukan lumba motosikal. Namun,apabila ia turut disertai bekas peserta gp negara dan seumpamanya, maka merekalah yang memonopoli kemenangan, penyertaan mereka tidak salah, tetapi seolah menyekat bakat baru untuk bersama bersaing dalam pertandingan. Sama-sama kita pertahankan Kapcai Endurance demi masa depa sukan permotoran di samping menjadi medan mencungkil bakat baru. Mat manjoi Mrmadmanjoi@gmail.Com
Tidak hairan jika Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen sendiri garu kepala memikirkan masalah pengganti Datuk Lee Chong Wei yang tidak kunjung tiba walaupun ramai pemain pelapis diketengahkan dalam pertandingan antarabangsa. Malah pemain senior seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Zulfadli Zulkifli juga tidak boleh diharapkan sangat kerana langsung tidak ada peningkatan dalam permainan mereka. Jadi, daripada kita terus bermimpi pada siang hari, lebih baik kita fokus untuk lahirkan lebih ramai pemain muda, bukan untuk Olimpik 2020 sahaja tapi untuk masa depan badminton kita yang kelihatan semakin kelam. Jebat: Di mana kan kucari ganti.
31
08 - 14 FEBRUARI 2017
KUASA WANG
OSCAR disambut ramai peminat semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai-Pudong.
BEIJING- Kelab-kelab Liga Super China menggunakan kuasa wang untuk menarik banyak nama besar beraksi di sana sekali pun kebanyakan pemain berkenaan sudah menghampiri penghujung karier. Kehadiran bintang seperti Carlos Tevez, Oscar, Paulinho, Demba Ba, Hulk, Ramires, Ezequiel Lavezzi serta beberapa pemain yang pernah beraksi dalam EPL (England), La Liga (Sepanyol) dan Serie A (Itali) menyebabkan bola sepak China kini menjadi tumpuan. Difahamkan, sepanjang perpindahan pemain pada Januari lalu, kelab-kelab di China membelanjakan hampir 250 juta Pound Sterling(lebih RM1 billion) untuk membawa masuk pemain yang ‘ada nama’. Ia mengatasi jumlah 220 juta Pound Sterling (RM990 juta) yang dibelanjakan oleh keseluruhan kelab Liga Perdana Inggeris. Kelab utama China seperti Shanghai SIPG, Evergrande Taobao, Shanghai Shenhua dan Jiangsu Suning bukan sahaja sanggup membayar yuran perpindahan yang tinggi malah turut menawarkan gaji lumayan kepada pemain setaraf bayaran yang diterima daripada kelab ternama dunia. Antara pemain menerima gaji lumayan sehingga menarik kaki ke China adalah Tevez. Pemain Argentina itu sanggup meninggalkan kelab Boca Juniors untuk menyertai Shanghai Shenhua dengan bayaran 615,000 pound sterling (RM2.7 juta) seminggu! Bekas bintang Chelsea, Oscar pula dibayar 400,000 Pound Sterling (RM1.8 juta) seminggu oleh Shanghai SIPG. Begitu juga dengan Lavezzi yang beraksi untuk Hebei China Fortune. Pada ketika kehadiran Tevez serta beberapa pemain berusia 30an dalam Liga China tidak memeranjatkan kerana dianggap sebagai berada pada penghujung karier, keputusan Oscar yang berusia 25 tahun meninggalkan EPL membukti-
kan bahawa kuasa wang boleh mempengaruhi keputusan seseorang. Bintang Bayern Munich, Arjen Robben menganggap pemain yang memilih bermain di China ketika masih di puncak sebagai membazirkan karier mereka. “Penghijrahan ke China adalah petanda karier anda sudah berakhir. Saya boleh menerima jika mereka sudah berada pada usia 30an tapi saya tidak faham mengapa pemain sanggup bermain di sana pada usia 27 atau 28 tahun di mana mereka sedang berada di puncak karier. Ia benar-benar merugikan. “Saya juga mendapat tawaran. Mereka menawarkan gaji sekali ganda daripada apa yang anda peroleh bersama kelab ternama dunia. Tapi, bagi saya wang bukan segala-galanya kerana saya lebih mencintai bola sepak” ujar Robben yang masih ligat bermain di Bundesliga pada usia 33 tahun. Tawaran ‘gila’ ini belum berakhir kerana kelab China kini menunggu pintu perpindahan dibuka pada Jun nanti untuk kembali ‘membeli-belah’ dengan nama-nama besar seperti Wayne Rooney, Diego Costa d a n Edison Cavani menjadi sasaran.
FAKTA TENTANG LIGA SUPER CHINA
• 16 pasukan mengambil bahagian. Liga bermula pada Februari atau Mac sehingga November atau Disember. • Setiap kelab hanya dibenarkan membeli empat pemain import termasuk seorang dari Asia. • Kelab terbesar adalah Evergrande Taobao yang dimiliki oleh billoinaire, Jack Ma. Ia dibimbing oleh bekas jurulatih skuad kebangsaan Brazil, Luiz Felipe Scolari dan memenangi Liga Super China sejak lima musim lalu. • Antara nama-nama besar lain yang turut berkhidmat di China adalah Manuel Pellegrini (Hebei China), Felix Magath (Shandong Luneng), Andres Villas Boas (Shanghai SIPG), Sven-Goran Eriksson (Shenzhen FC) dan Dragan Stojkovic (Guangzhou R&F).
12 PEMAIN IMPORT TERMAHAL LIGA CHINA 1.
Carlos Tevez (Shanghai Shenhua) 615,000 Pound Sterling (RM2.7 juta) seminggu.
2.
Oscar (Shanghai SIPG) 400,00 Pound Sterling (RM1.8 juta) seminggu.
3.
Ezequiel (Hebei China Fortune)400,000 Pound Sterling (RM1.8juta) seminggu.
4. Hulk (Shanghai SIPG) 320,000 Pound Sterling (RM1.4 juta) seminggu. 5.
Asamoah Gyan (Shanghai SIPG) – 227,000 Pound Sterling (RM1.02 juta) seminggu.
6. Ramires (Jiangsu Suning) 192,000 Pound Sterling (RM864,000) seminggu. 7.
Gervinho (Hebei China Fortune) – 165,000 Pound Sterling (RM742,500) seminggu.
8.
Papiss Cisse (Shandong Luneng) 150,000 Pound Sterling (RM675,000) seminggu.
9.
Obefemi Martins (Shanghai Shenhua) – 140,000 Pound Sterling (RM630,000) seminggu.
10. John Obu Mikel (Tianjin TEDA) – 140,000 Pound Sterling (RM630,000) seminggu. 11. Demba Ba (Shanghai Shenhua) – 10,000 juta Pound Sterling (RM495,000) seminggu. 12. Paulinho (Guangzhou Evergrande) – 90,000 juta Pound Sterling (405,000) seminggu.
CARLOS TEVEZ pemain termahal.
32
ROONEY dan Coleen bercinta sejak usia 17 tahun.
Ayah Coleen, Tony Mcloughlin berjenaka mengenai temu janji pertama Rooney dengan anak gadisnya. “Dia (Coleen) meminta izin untuk menonton wayang bersama Wayne. Saya katakan ‘boleh’ dengan syarat kamu duduk di depan dan Wayne di barisan belakang.”
Pasangan itu kini hidup bahagia bersama tiga anak lelaki, Kai, 6 dan Klay, 3 dan Kit, 1, di sebuah kediaman mewah berharga 5 juta pound sterling (RM22.5 juta) di Prestbury berhampiran Manchester. Coleen mengakui dia adalah ‘pengurus’ bila di rumah, menguruskan Rooney dan tiga
putera mereka. “Dia seorang yang penyayang, bersifat pelindung dan kelakar. Tapi, dia juga agak tegas. Saya tidak pernah terfikir dia mempunyai sikap sedemikian kerana saya selalu berfikir bahawa saya adalah manusia paling tegas. “Tapi, ada masa, dia menjadi ketua kepada anak-anak, membenarkan mereka bermain bola di dalam bilik. Bola berterbangan sana sini,” cerita Coleen. Walau pun jarang menulis puisi untuk Coleen sekarang kerana kesibukannya sebagai pemain bola sepak, namun Wayne memastikan setiap malam Khamis adalah masa untuk keluar berdua-duaan bersama Coleen.
32
08 - 14 FEBRUARI 2017
Kuasa wang
Siapa Presiden Fam?
31
30
08 - 14 FEBRUARI 2017
M
ANCHESTER - Tidak ramai yang tahu, di sebalik sifat agresif yang dipamerkan semasa di dalam padang, Wayne Rooney mempunyai sisi romantik di dalam dirinya. Ini diakui oleh Rooney sendiri yang mendedahkan bahawa dia sering menulis puisi cinta kepada isterinya, Coleen. “Saya memang gemar menulis pusi cinta walaupun sebelum bersama Coleen. Saya tidak tahu mengapa, tapi saya juga suka menulis cerita pendek. Jadi, bila saya mula rapat dengan Coleen, saya banyak menulis puisi cinta untuknya,” dedah Rooney. Malah Coleen berkata sehingga sekarang dia masih menerima puisi cinta daripada Rooney. “Baru-baru ini kami pergi bercuti. Saya tidur bersama anak-anak di dalam bilik dan Wayne di luar. Keesokan paginya bila saya bangun, saya lihat
ada sebuah puisi di sisi saya yang sangat menarik. Saya ada menyimpan pusi-puisi pemberian Wayne,” ujar Coleen. Begitu pun Coleen mengakui Rooney seorang tidak romantik semasa mereka ‘berdating’ atau semasa melamarnya. “Dia melamar saya di sebuah stesen minyak semasa kami dalam perjalanan untuk makan bersama,” kata Coleen. Pasangan ini pertama kali bertemu semasa Rooney bermain bola bersama abang Coleen di belakang rumah gadis itu. Ketika itu Rooney baru berusia 12 tahun. Mereka mula bergelar pasangan kekasih ketika Rooney berusia 17 dan Coleen, 16. “Pada awalnya dia seorang lelaki pemalu tapi apabila saling mengenali, Wayne tidak boleh berhenti bercakap dan asyik me ngajak saya keluar. Temu janji kami adalah dalam panggung wayang, menonton filem Austin Powers,” ujarnya.
31
Dybala Rashford sandaran tunjuk pecah rekod
perangai
BINTANG muda Juventus, Paulo Dybala seakan tidak dapat lagi memendam keinginan untuk meninggalkan kelab juara Serie A itu. Ini ditunjukkan menerusi tindakannya menolak daripada berjabat tangan dengan jurulatih Massimiliano Allegri sejurus selepas mereka menewaskan Sassuolo 29 Januari lalu. Umum mentafsirkan, sikap ditunjukkan bintang Argentina berusia 23 tahun itu
sebagai reaksi terhadap tindakan kelab mahu menyambung kontraknya sekali gus menaikkan lagi harga jika dia nekad untuk meninggalkan Turin. Juventus dikatakan mahu mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda sebagaimana ketika mereka melepaskan Paul Pogba kepada Mancehster United tahun lalu. Hati Dybala sebaliknya dikatakan sudah pun berada di Santiago Bernabeu. Selain Real Madrid, pemain itu juga jadi idaman Barcelona.
DALAM usia 18 tahun, Marcus Rashford boleh dianggap sandaran terbaik Manchester United yang ada pada masa ini untuk memecah rekod Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman. Begitu pun bagi pengurus legenda MU, Alex Ferguson, itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. “Jose (Mourinho, pengurus MU) menamakan pemain muda itu (Rashford) dan dia perlu mendapat lebih 20gol untuk satu-satu musim dalam tempoh 10 tahun akan datang. Adakah kamu fikir itu mudah (untuk dilakukan)? “Sudah pasti sangat sukar,” kata Ferguson. Sehubungan itu, beliau percaya rekod Rooney yang menjaringkan 250 gol untuk MU – mengatasi jaringan 249 gol oleh legenda Bobby Charlton pada 1973 - akan menjadi sejarah sepanjang zaman dan tidak mungkin akan dapat dipecahkan. Rooney melakukannya sebagai pemain gantian menentang Stoke City dalam aksi
Liga Perdana Inggeris minggu lalu. “Pencapaian Wayne sangat mengkagumkan. 200 perlawanan yang dia bermain itu kurang daripada rekod aksi Bobby, dan itu menjadikannya lebih menakjubkan. “Ketika dia datang untuk bersama MU, saya tidak pernah membayangkan dia akan mencapai tahap ini. Saya bukan menidakkan kemampuan pemain lain tetapi pada era ini, jarang ada pemain dapat bertahan lama di sesebuah kelab,” katanya.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyeh 23, Kawasan Miel Phase 8, 403000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712