PE RC UM A
ISU 04
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
Sarah menang di LA 16
Keluaran 15 - 21 FEBRUARI 2017
Bakar diri untuk kurus
Emas Datuk Vida
15
24
Amar, Amyra dikritik
Raja Fb diguling?
5
20
‘JATUH HATI PADA AL-QURAN’ Lindsay Lohan akui tenang, selamat bersama kitab suci PADA masa seluruh dunia masih berteka-teki mengenai status agamanya, Lindsay Lohan baru-baru ini mencetus satu lagi kejutan. “Saya sudah jatuh hati pada Al-Quran. Ia memberikan saya ketenangan,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama pengacara terkenal Kuwait, Swar Shuaib. Sebaik temu bual itu bermula, Shuaib tidak ambil masa yang lama untuk bertanya Lindsay mengenai foto kontroversinya memegang Al-Quran yang menjadi tular tahun lalu. Lindsay bukan sahaja tidak kelihatan tidak selesa (dengan soalan itu) malah sebaliknya
dengan nada ceria menjawab: “Al-Quran memberikan saya ketenangan, dan saya berasa selamat dengannya.” Menurutnya lagi, dia berada dalam situasi yang sangat sukar ketika itu. “Banyak yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya rasa tenang apabila memegang al-Quran,” katanya lagi. Lindsay kemudian menambah: “Saya sekadar memegang sebuah kitab agama tetapi orang Amerika tidak suka. Mereka menilai saya bukan-bukan, dan menganggap itu satu perbuatan yang buruk.”
2
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA
TERBIT SETIAP RABU
MINGGUAN WARTA PERDANA
Ambil. Baca. Kongsi.
2
15 - 21 FEBRUARI 2017
‘Melampau desak Selva Kumar ditahan’ MURNI MD REJAB
ham mengingatkan wanita terutamanya perlu jaga PETALING JAYA – Seodiri, lebih-lebih lagi ketirang peguam menyifatka berada di luar rumah. kan desakan supaya Selva “Ini bukan berkaitan Kumar Subbiah, bekas tadengan lelaki itu saja. hanan kes rogol bersiri di Orang lain pun boleh Kanada, ditahan semula jadi perogol juga. Kalau setelah kembali ke negabenar takut jadi mangsa ra ini sebagai melampaui jenayah, cukuplah jika Selva Kumar Subbiah batas. setiap orang jaga diri semasa muda Mohd Hisham Mohd masing-masing, jangan Nazir berkata, lelaki itu telahpun men- pergi ke tempat atau pada masa yang jalani hukuman atas kesalahan yang boleh mendedahkan diri pada baha dilakukannya pada masa lalu, dan un- ya,”ujarnya. Selva Kumar, 56, kembali ke tanah dang-undang tidak membenarkan untuk dia terus ditahan semata-mata ke- air 8 Februari lalu selepas dibebaskan dari tahanan penjara di Kanada. Dia rana ada orang takut kepadanya. “Janganlah takut sangat. Negara sebelum itu disabitkan dengan kesakita ada polis, dan ada undang-undang. lahan 75 kes jenayah termasuk 26 kes Saya percaya, walaupun tidak tahan, serangan seksual terhadap lebih 30 polis akan buat pemantauan ke atas le- mangsa. Empat daripada mangsa adalah di laki itu dari masa ke semasa,” katanya. Dalam hal keselamatan, Mohd His- bawah umur dengan seorang berusia
Dari muka depan Dalam temu bual itu – yang berlangsung secara santai tetapi serius dan berterus terang penceritaannya – Lindsay memberitahu Shuaib bahawa dia juga telah membaca 15 halaman tafsiran Al-Quran selain sering mendengar bacaan ayat-ayat suci menerusi aplikasi telefonnya. “Saya juga belajar menulis tulisan Arab, dan ia semakin menjadi,” ujarnya sambil tertawa. Bukan itu sahaja, Lindsay memberitahu yang dia belajar solat malah berpuasa tiga hari pada Ramadan lalu. “Walaupun agak teruk, saya ok, dan mendapati ia baik, malah begitu menyeronokkan,” katanya. Shuaib kemudian berta-
nya kepada Lindsay, apa perubahan yang paling dirasakan setelah mendekati Al-Quran. “Ketenangan,” jawab selebriti berusia 30 tahun itu tanpa bertangguh. Di Amerika ketika itu, katanya dia sedang menghadapi banyak persoalan. Teman saya di London memberikan saya Al-Quran. Saya membawanya ke New York kerana sedang mempelajarinya," kata artis itu. Dia mengaku banyak pelajaran yang dititip daripada kitab suci itu. "Itu membuka pintu pengalaman bagi saya dan mencari erti sesungguhnya secara spiritual. Itulah saya sebenarnya." Lindsay yang sebelum ini antara artis Hollywood paling kontroversi dengan gaya hidupnya yang liar, gemar berfoya-foya selain pernah dikait-
14 tahun ketika kejadian. Mohd Hisham berkata hukuman penjara 24 tahun yang telah dilalui oleh Selva Kumar sudah cukup berat, ma lah mungkin teSiti Haslina Mohd Hisham lah menginsafkan dirinya. mendesak untuk lelaki itu ditahan Seorang lagi pengamal undang-un- atas kesalahan masa lampaunya, yang dang, Siti Haslina Hasbullah berkata dia telahpun dihukum atas perbuatandalam usianya sekarang, Selva Kumar nya itu. mungkin sudah tidak mampu lagi unDari segi undang-undang, Siti Hastuk melakukan jenayah rogol seperti lina berkata ada ruang untuk pihak dahulu. berkuasa memantau Selva Kumar na“Masa itu, umurnya 20an. Mung- mun masih perlu memberi laluan kekin kudrat untuk melakukan jenayah padanya untuk menjalani kehidupan sama di usia emas tidak mampu lagi biasa seperti warganegara yang lain. baginya,” katanya. “Ini mungkin boleh dilakukan Senada dengan Mohd Hisham, Siti dengan cara dia melaporkan diri ke Haslina berkata masyarakat kita mun- balai polis berhampiran setiap bugkin boleh dianggap kejam jika terus lan,” katanya.
kan dengan dadah, mengaku beliau juga sedang mempelajari bahasa Arab dan Turki. Malah sepanjang temu bual itu, dia beberapa kali menyebut perkataan ‘khalas’ dan ‘wallah’ selain dalam nada gurau menuturkan, “saya suka Swar Shuaib” dalam bahasa Arab. Lindsay, yang baru-baru ini dirakam fotonya memakai hijab ketika berada di Turki turut menerima hadiah daripada Shuaib berupa sebuah bekas berisi air dan garam mandian dan seutas gelang perak. Ketika menerima pemberian itu, Lindsay dalam nada seloroh berkata: “Saya tidak perlu bayar untuk in, kan?” sebelum mengakui sangat suka menerimanya. Program itu menjadi lebih menarik apabila sebaik bual bicara berakhir, Shuaib mempelawa Lindsay menikmati hidangan nasi tradisional Kuwait. Ramai yang teruja melihat selebriti itu makan tanpa menggunakan sudu dan garfu, malah menjilat jarinya selepas selesai menyuap, menunjukkan dia begitu berselera dan selesa menjalani kehidupan ala Arab (malah mungkin juga Islam). Setakat ini, aktres yang juga penyanyi itu bagaimanapun belum lagi mengisytihar-
kan penghijrahannya kepada Islam sekali gus membiarkan peminat-peminatnya di seluruh dunia terus berteka-teki. Dalam satu status di Instagram, Lindsay baru-baru ini memuat naik hadis riwayat Bukhari mengenai berbuat baik dan mendapat lebih 150,000 sukaan (likes). Tahun lalu, foto Lindsay memegang Al-Quran telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengikut Hollywood di Barat apabila ramai menjangka selebriti itu akan memeluk Islam. Dalam satu temu bual dengan televisyen Turki, Lindsay berkata, dia telah dihadiahkan senaskhah kitab suci itu oleh seorang rakannya dari London sebagai panduan tatkala dia dihadapkan dengan pelbagai
masalah. "Itulah sebab saya bawa kitab itu ke New York kerana sedang mempelajarinya, tetapi masyarakat di Amerika tidak boleh terima perbuatan saya," katanya. Dalam satu temu bual berasingan, Lindsay pernah menceritakan bagaimana dia dipakaikan hijab oleh seorang wanita Muslim di Antwerp, Belgium yang membuatkan dia berasa begitu dihormati. "Dia memakaikan hijab itu di kepala saya dengan caranya yang tersendiri, membuatkan saya rasa begitu dihormati apabila dia mengizinkan saya untuk menjadi sebahagian daripada budaya mereka," katanya.
Lindsay ditemu bual Swar Shuaib
3
15 - 21 FEBRUARI 2017
Solidariti tokoh Yahudi cetus tanda tanya FAHMI FAIZ
NEWYORK - Perintah Eksekutif (EO) Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, yang menyekat kemasukan imigran dari tujuh negara Islam ke AS telah mengundang bantahan daripada pelbagai pihak. Ini termasuk syarikatsyarikat besar yang melihat kepentingan mereka terjejas akibat EO itu. Ada sebilangan syarikat mengambil pen de kat an memuat naik ko men, pandangan dan kritikan terhadap isu itu, dan se ba hagian yang lain pula meng ambil tindakan undang-un dang terhadap pentadbiran AS. Anehnya, rata-rata sya rikat itu diasaskan oleh in dividu daripada keturunan Yahudi yang sejak sekian lama diketahui memusuhi orang Islam. Mengapa dalam konteks EO berkenaan, mereka se
Steve Jobs
baliknya menunjukan si kap solidariti yang seakan membela kepentingan orang Islam? Syarikat yang terbabit antaranya
Facebook Incorporation:
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg, individu kelima terkaya di dunia yng lahir daripada keturunan imigran Yahudi dari Jerman, Austria dan Poland. Zuckerberg sendiri dilahirkan di New York.
George Soros
Apple Incorporation:
Pengasas Apple Inc., Steve Jobs anak imigran dari Syria, Abdulfattah Jandali, manakala ibunya, Joanne Schieble mempunyai susur galur dari Swiss dan Jerman. Sewaktu kecil, Jobs diserahkan kepada keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs. Pada 1960, beliau bersama keluarga angkatnya berhijrah dari San Francisco ke Mountain View di California. Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011.
Max Levhin
Levi Strauss & Co.:
Levi Strauss & Co. yang terkenal dengan pakaian denim, terutama seluar, diasaskan oleh Levi Strauss, imigran Yahudi yang berhijrah dari Bavaria di Jerman ke California pada 1847. Pada waktu penghijrahan itu, beliau bergabung bersama dua abangnya, Jonas dan Louis Strauss yang pada waktu itu mengusahakan perniagaan runcit. Pada 1853, Levi Strauss mendapat kerakyatan AS, dan
10 negara tertinggi kes rogol 1. Afrika Selatan Negara paling tinggi kadar jenayah rogol, dianggarkan 500,000 kes setiap tahun. 2. Sweden Statistik terkini menunjukkan bahawa 1 daripada setiap 4 wanita Sweden adalah mangsa rogol. Pada tahun 1975, hanya terdapat 421 kes rogol yang dilaporkan kepada polis tetapi pada tahun 2014, terdapat 6620 kes yang dilaporkan. 3. Amerika Syarikat Menurut Worldwide Sexual Assault Statistics dari Universiti George Mason, 1 daripada 3 wanita Amerika akan didera secara seksual sepanjang hayat mereka. 19.3 peratus wanita dan 2 peratus lelaki telah dirogol sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. 4. England dan Wales Laporan bertajuk “An Overview of Sexual Offending in England and Wales” oleh Kementerian Keadilan dan Pejabat Statistik Kebangsaan United Kingdom pada 2013, kira-kira 85,000 mangsa rogol dicatatkan setiap tahun di England dan Wales. 73,000 wanita dan 12,000 lelaki. Ini bersamaan dengan kira-kira 230 kes setiap hari. Laporan itu menyatakan bahawa 1 dalam setiap 5 wanita telah
mengalami beberapa bentuk keganasan seksual sejak berusia 16 tahun. 5. India Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan(NCRB), jenayah seksual terhadap wanita telah meningkat sebanyak 7.5 peratus sejak tahun 2010. Negara yang bilangan rakyatnya mencecah 1.2 bilion telah mencatat kadar jenayah rogol dengan peningkatan seramai 33,707 kes pada 2013 daripada 24,923 pada tahun 2012. Satu daripada tiga mangsa adalah berusia 18 tahun dan satu daripada 10 mangsa pula adalah berusia 14 tahun, kes rogol di India berlaku setiap 20 minit. 6. New Zealand Kadar serangan seksual di New Zealand adalah jauh lebih tinggi daripada peratusan purata dunia. Ia meletakkan negara itu dengan kadar peratusan sebanyak 16.4 peratus wanita adalah mangsa serangan seksual menyamai negara jirannya, Australia. Menurut laporan Kementerian Keadilan negara itu, serangan seksual berlaku setiap 2 jam terhadap mangsa. 7. Kanada Menurut portal Huffington, terdapat 460,000 serangan seksual di negara ini setiap tahun. Malah, 33 daripada setiap 1,000 kes serangan seksual dilaporkan kepada polis, dan 29 direkodkan sebagai
satu jenayah paling serius. Dilaporkan 1 daripada 4 wanita di negara ini menjadi mangsa penderaan seksual sepanjang hayat. 8. Australia Pada tahun 2012, kira-kira 51,200 rakyat Australia yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah mangsa serangan seksual. Mengikut satu lagi laporan, wanita di negara itu menjadi mangsa rogol sejak berusia 15 tahun. 9. Zimbabwe Berdasarkan laporan terdahulu, sekurang-kurangnya seorang wanita dirogol setiap 90 minit di Zimbabwe. Dan lebih malang lagi, mengikut statistik terkini, kira-kira 16 wanita dirogol setiap hari di negara itu. 10. Denmark dan Finland Berdasarkan nisbah, 1 daripada 3 wanita di negara ini telah menjadi mangsa serangan seksual. Mengikut statistik peratusan, 5 peratus wanita di negara itu adalah mangsa rogol. Menurut satu kajian yang dijalankan pada 2014 oleh Kesatuan Agensi Eropah untuk Hak Asasi Manusia, kira-kira 47 peratus wanita di Finland dikatakan mengalami masalah gangguan seksual dan ada sesetengah mereka menjadi mangsa penderaan seksual.
Levi Strauss
mula membuka perniagaan runcit, di samping menenun seluar denim. Kemudian, Jacob Davis, seorang pelanggan Levi berusahasama dengan beliau dalam pembuatan denim biru. Dua rakan itu akhirnya mampatenkan rekaan seluar denim mereka pada 1873.
George Soros
Tokoh Yahudi kelahiran Budapest, Hungary ini me rupakan pendokong fahaman demokrasi, dan bergerak melalui yayasan beliau yang terkenal iaitu Open Society Foundation. George Soros antara tokoh global yang lantang mengecam Trump. Antaranya sewaktu Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, beliau menyebut: “Saya yakin bahawa beliau (Donald Trump) akan gagal (sebagai Presiden). Kegagalan itu bukan kerana saya tidak menyenanginya, tapi kerana idea beliau yang sering ber canggah, dan ianya se makin diburukkan oleh kehadiran para penasihat beliau.” Dalam isu tindakan un dang-undang oleh syarikatsya rikat terhadap EO Trump, wartawan Fred Lucas melaporkan: “Tindakan sa man itu, didapati digerakkan oleh beberapa organisasi yang dibiayai oleh George Soros.”
PayPal Holdings Incorporation:
Pengasas PayPal, Max Levchin seorang saintis komputer Yahudi yang berasal dari Kiev, Ukraine. Beliau berhijrah ke AS menggunakan suaka politik, dan menetap di Chicago pada 1991. Syarikat ini adalah peneraju utama sistem pembayaran secara atas talian dan digital tanpa penggunaan wang kertas.
4
15 - 21 FEBRUARI 2017
Konglomerat Yahudi bantah Trump Trump menandatangani Perintah Eksekutif pada 30 Januari 2017 .
NEW YORK - Perintah Eksekutif (EO) dikeluarkan pada 27 Januari 2017, berjudul ‘Protecting The Nation from Foreign Terrorist Entry Into the United States’ telah mencetuskan kon troversi, apabila Presiden Ame rika Syarikat (AS) Donald Trump yang menandatangani dokumen itu mengisytiharkan sekatan kemasukan imigran dan bukan imigran dari tujuh negara Islam iaitu Iraq, Syria, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman. EO itu, secara ringkas mengenakan sekatan kemasukan ke AS selama 90 hari bermula 27 Januari 2017 bagi tujuh negara Islam berkenaan, di samping menyekat buat sementara kemasukan 50,000 pelarian yang dianggap membahayakan ke selamatan AS. Penguatkuasaan EO itu telah mengundang kecaman bukan sahaja daripada Parti Demokratik mahupun para pemerhati, bahkan juga daripada syarikat-syarikat korporat AS. Hal ini kerana sekatan itu dikhuatiri boleh menyempitkan akses industri kepada kumpulan pekerja mahir, bahkan dilihat melanggar perlembagaan dan nilai sejagat AS. Sebanyak 23 syarikat - menurut Fortune.com - telah memberi respons terhadap sekatan itu, dan antara nama besar termasuk 21st Century Fox (21CF), Coca-Cola, Amazon, Google, Bank of America, Apple, Facebook, JP Morgan dan Goldman Sachs. Lachlan dan James Murdoch, anak lelaki pemilik 21st Century Fox, Rupert Murdoch dipetik sebagai berkata dalam laman web rasmi mereka: “21CF, sebagai syarikat global AS, ditubuhkan dan disertai oleh imigran. Kami amat menitikberatkan aspek kepelbagaian kaum dan kami percaya bahawa migrasi adalah simbol keutuhan AS.” Rupert sendiri adalah pendatang Australia, yang telah mendapat ke rakyatan AS. Ketua Pengarah Eksekutif Coca-Cola pula, Muthar Kent turut menyatakan bantahan terhadap EO Trump. Dalam kenyataan kepada Bloomberg, Kent berkata: “CocaCola komited menyokong ke pel ba gaian kaum, kesamarataan dan keterangkuman, dan kami tidak me nyo kong polisi sekatan kemasukan imigran ini yang nyata bercanggah dengan pegangan kami.” Turut serta dalam menyatakan bantahan ialah pengasas Facebook yang juga berketurunan Yahudi dari New York , Mark Zuckerberg. Menurut beliau, moyangnya datang dari Jerman, Austria dan Poland. “AS adalah negara pendatang, dan kita seharusnya berbangga dengan hal
Mark Zuckerberg
itu.” Zuckerberg, dalam kenyataan itu turut menyatakan kekhuatiran beliau terhadap impak EO oleh Trump. J.P. Morgan Chase, syarikat kewangan mega yang merupakan
antara bank yang mengawal Rizab Persekutuan AS, turut menyatakan kecaman terhadap EO Trump melalui satu memo oleh jawatankuasa operasi bank itu: “Berdasarkan kepada EO terbaru tentang polisi terhadap imigran, kami ingin menyeru kepada semua warga kerja, bahawa kami sentiasa komited terhadap pasukan kami di JP Morgan (merujuk kepada imigran).” Sebahagian daripada 23 syarikat dalam senarai Fortune.com itu mempunyai kaitan dengan Yahudi, sama ada diasaskan oleh mereka, mahupun melantik kakitangan atasan daripada kalangan mereka. Kecaman terhadap EO Donald Trump itu turut disuarakan oleh tokoh-tokoh Yahudi lain, termasuk daripada ka langan ahli po litik dan artis popular.
Rabbi Jill Jacobs dari T’ruah (tengah) sewaktu berucap dalam sebuah acara solidariti di AS pada 2016
Madeleine Albright, seorang Yahudi yang juga bekas Setiausaha Negara AS pada era Bill Clinton, menyatakan dalam laman Twitter beliau: “Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, kemudian menjadi anggota gereja Episkopal (satu cabang dalam agama Kristian) dan akhirnya menyedari asal usul Yahudi saya. Saya bersedia mendaftar sebagai Muslim sebagai tanda solidariti.” Mayim Bialik, aktres berketurunan Yahudi yang pernah popular dengan siri the Big Bang Theory turut menyatakan bahawa beliau sedia untuk mendaftar sebagai Muslim sekiranya keadaan memerlukan beliau berbuat begitu. Sementara itu di Manhattan, lebih kurang 20 pendeta Yahudi daripada kalangan liberal ditahan selepas meng halang lalu lintas berdekatan Trump International Hotel, sebagai tanda protes terhadap Perintah Eksekutif itu. Rabbi Jill Jacobs, Pengarah Eksekutif T’ruah, sebuah kumpulan pendeta Yahudi yang turut menyertai protes berkata, tindakan mereka melancarkan protes itu adalah untuk menunjukkan solidariti Yahudi mem bantah sekatan itu. Kepada akhbar The New York Times, Jacobs menyatakan: “Kami sentiasa mengingati sejarah kami, di mana sempadan negara ini (AS) pernah ditutup pada 1924 sewaktu era Holocaust. Kami sedar bahawa apa yang menimpa nasib orang Islam waktu ini (akibat EO) mirip dengan situasi yang menimpa imigran Yahudi dahulu.”
‘Bukan semua Yahudi musuh Islam’ PETALING JAYA – Bukan semua orang Yahudi memusuhi Islam. Hakikat ini, kata sejarawan Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman ditunjukkan menerusi penentangan sebilangan tokoh Yahudi terhadap Perintah Eksekutif (EO) Presiden Donald Trump yang menyekat kemasukan orang Islam dari tujuh negara ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. “Isu ini sebenarnya adalah isu universal. Bantahan terhadap Perintah Eksekutif Trump adalah kebangkitan manusia sejagat yang bersatu hati kerana dasar itu telah melanggar nilai universal yang sepatutnya dipertahankan oleh AS,” katanya. Dalam konteks itu, kata Dr. Mohammad Redzuan, sikap sebilangan tokoh Yahudi termasuk bekas Setiausaha Negara AS, Madeleine Albright, George Soros serta beberapa tokoh Yahudi yang lain, jelas menunjukkan mereka bersolidariti dengan umat Islam membantah EO Trump. Albright, bersama aktres Mayim Bialik dan ikon feminis, Gloria Steinem – kesemuanya daripada keturunan imigran Yahudi – membuat pengakuan sanggup mendaftar diri mereka sebagai Muslim sebagai
reaksi terhadap polisi yang begitu keras terhadap orang Islam oleh pentadbiran Trump. Selain individu, turut menyatakan bantahan ialah firma terkemuka yang dimiliki oleh tokoh-tokoh perniagaan keturunan imigran Yahudi termasuk Faecbook dan Levi’s. “Hal ini sepatutnya buka mata kita untuk tidak lagi pukul rata mengenai sesuatu kaum yang dikatakan lebih baik atau lebih jahat berbanding yang lain, termasuk Yahudi. “Perlu kita faham bahawa mereka (Yahudi) ada beberapa kategori dan bukan semua jahat, atau memusuhi Islam. Noam Chomsky misalnya adalah seorang ahli akademik Yahudi yang lantang mengkritik Zionis,” katanya. Dalam konteks kulit putih pula kata Dr. Mohammad Redzuan, Rachel Corrie adalah contoh aktivis yang gigih mempertahankan umat Islam Palestin dalam menghadapi kekejaman Zionis. “Dalam perjuangannya, Corrie meninggal dunia ditimbus tanah oleh tentera Zionis ketika membela nasib orang Islam Palestin,” ujarnya.
5
15 - 21 FEBRUARI 2017
Pemegang saham mahu singkir Zuckerberg PALO ALTO, California – Beliau pengasas Facebook tetapi kini, Mark Zuckerberg menghadapi kemungkinan akan disingkir dari kerusi lembaga pengarah syarikat itu. Ini berikutan desakan sekumpulan pemegang saham yang mahu Zuckerberg Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook - diganti dengan individu lain yang berupaya untuk membuat keputusan bagi kepentingan pemegang saham secara lebih bebas. Menurut mereka, me lan tik seorang pengerusi bebas adalah lebih baik untuk menyelia eksekutif syarikat, meningkatkan tadbir urus korporat, dan menetapkan agenda yang pro pemegang saham dengan lebih ber tanggungjawab. Cadangan untuk menying kirkan Zuckerberg dibawa oleh sebilangan pemegang saham anggota SumOfUs, sebuah kumpulan pemantau yang berkempen untuk pemimpinpemimpin perniagaan me nun jukkan sikap lebih bertanggungjawab terhadap isu-isu global merangkumi per ubahan iklim, hak pe kerja, diskriminasi, hak asasi manusia dan persaingan
kuasa dalam sektor korporat. Ibu pejabat Facebook di sini bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu. Penasihat SumOfUs, Lisa Lindsley berkata, se ra mai 333,000 telah me nan datangani petisyen menuntut Facebook membuka peluang lebih ramai individu membeli saham syarikat itu berbanding hanya 1,500 yang dibenarkan. “Empat anggota SumOfUs antara pemegang saham Facebook. Itulah yang mem bolehkan kami mem failkan tuntutan ini,” ujarnya. Lindsley menyatakan struktur modal baharu yang diluluskan Facebook tahun lalu sebagai contoh berlakunya ketidakseimbangan kuasa. Ketika berlangsungnya mesyuarat agung pada Jun 2016, pemegang saham telah mengundi cadangan untuk menerbitkan saham Kelas C dalam usaha untuk memastikan kepentingan Zuckerberg berada dalam kawalan. Meskipun diluluskan, Face book tetap berhadapan dengan tindakan undangundang yang mendakwa ia adalah satu perjanjian yang tidak adil. Keputusan menerbitkan
Budaya Hidup Kewangan Berhemat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di tubuhkan oleh Bank Negara dengan matlamat proaktif iaitu membantu rakyat Malaysia yang bermasalah dalam pengurusan kewangan. Ia bagi memastikan sektor isi ru mah mendapatkan nasihat serta bantuan berhubung kewangan dan pengurusan kredit melalui agensi bertauliah. Visi AKPK ialah “Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup”. Bagi merealisasikan visi tersebut, AKPK mendidik masyarakat me lalui pendidikan kewangan, per khidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit.
saham Kelas C adalah ber tujuan untuk membantu Zuckerberg kekal terlibat dengan syarikat itu dalam jangka masa panjang. Pelan itu dibuat se lepas beliau pada 2015 meng umumkan akan memberikan 99 peratus saham milik beliau dan isterinya, Dr. Priscilla Chan kepada pelbagai pi hak sebagai langkah meng galakkan kesaksamaan hidup kanak-kanak. Cadangan itu turut me nyata kan bahawa nilai pe megangan saham akan dipertingkatkan menerusi pengwujudan kerusi lembaga bebas yang dapat memberikan keseimbangan kuasa antara Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah. Namun timbul persoalan, adakah usaha oleh kumpulan pemegang saham minoriti itu akan membuahkan kejayaan? Ini memandangkan Zuckerberg selaku pemegang saham terbesar, dengan mudah boleh ‘menyerang’ mereka, bersekutu dengan pemegang saham lain yang menyokongnya. Apa yang paling dibimbangi oleh SumOfUs ialah kemungkinan Zuckerberg akan membawa Facebook ke jalan yang beliau
Tanya AKPK Saya membeli kereta bernilai RM60,000 dengan pinjaman bank. Sebelum ini saya tiada masalah membayar dengan gaji dan elaun yang ada. Tetapi dengan kegawatan ekonomi sekarang, syarikat mengecilkan operasi menyebabkan saya kehilangan kerja. Selama enam bulan saya gunakan tabung peribadi untuk melangsaikan bayaran bulanan tetapi akhirnya saya terpaksa serahkan kepada kawan dengan janji ‘sambung bayar’. Dia akan menyambung baki bayaran kereta dan saya menerima sedikit wang darinya. Setelah tempoh setahun, saya menerima notis kebangkrapan kerana kawan saya tidak membayar ansuran tersebut hingga mencecah RM30,000. Saya buntu sekarang AKPK. Salleh, 30, Ampang Jawapan Terima kasih Salleh kerana bertanyakan kepada kami dan bukannya mengadu kepada pihak tidak berkenaan. Kami bimbang akan ada ceti haram yang akan mengambil kesempatan di atas masalah anda. Sebenarnya adalah menyalahi undang-
percaya betul mengikut kepentingannya namun pada masa yang sama, yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada nilai pemegang saham lain. Inilah yang menurut mereka, memerlukan Facebook melantik seorang pengerusi bebas. Lindsley mengakui bahawa memang sukar untuk tuntutan itu diluluskan menerusi mesyuarat tahunan pemegang saham. “Setiap kali mesyuarat tahunan, mungkin ada undi 99 peratus memihak kepada mereka dan lembaga tidak wajib untuk melaksanakannya. Bagaimanapun, ahli lembaga pengarah yang berwibawa akan sentiasa sedar bahawa ia adalah tidak bijak untuk mengabaikan suara pemegang saham yang mereka wakili,” katanya.
undang untuk memindahkan / menjual / melepaskan milik kenderaan motor tanpa izin pihak pemiutang anda (pemilik sah). Anda tidak sepatutnya mem benarkan pihak lain untuk meneruskan pembayaran balik pinjaman anda. Jika anda tidak dapat mem bayar dan mempunyai pembeli, dapatkan keizinan pihak pemiutang untuk menjual kenderaan lalu meng uruskan hasil jualan supaya dibayar terus kepada pemiutang bagi me nyelesaikan baki pinjaman anda yang tertunggak. Nasihat saya, datang segera berjumpa kami di mana-mana pejabat AKPK yang terdekat (boleh lihat di laman sesawang) dan kami akan memasukkan anda ke dalam program kami untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jangan risau, ada penyelesaiannya. (Jawapan disediakan Eksekutif Kanan Bahagian Pendidikan Kewangan AKPK, Noorhaliza Abu Bakar) Ruangan ini diwujudkan untuk memberi informasi kepada warga kota mengenai ilmu pengurusan kewangan. Sehubungan itu, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan mengendalikan ruangan ini. Sebarang pertanyaan mengenai masalah kewangan boleh e-mel ke pengarang@warta.my
Mengapa profil Zuckerberg tidak boleh disekat? Di Facebook, satu-satunya orang yang profilnya tidak boleh disekat oleh orang lain ialah milik Mark Zuckerberg. Oleh kerana beliau adalah pengasas Facebook, ramai menyangka profil milik Zuckerberg tidak boleh disekat disebabkan adanya sistem yang khusus untuk beliau mencegah orang lain berbuat demikian ke atas profil miliknya. Namun, ramai juga yang mencuba. Apa yang mereka perolehi kemudian ada lah pemberitahuan yang menyatakan profil ber kenaan tidak boleh disekat. Benarkah hal ini berlaku disebabkan Zuckerberg ada lah pengasas Facebook, lalu beliau memberikan ke isti mewaan kepada dirinya un tuk mengguna pakai satu sistem khusus bagi menegah orang lain menyekat profil miliknya? Sebenarnya tidak. Berlakunya kegagalan cubaan atau usaha untuk menyekat profil beliau adalah berpunca daripada satu sistem keselamatan yang diwujudkan oleh Facebook untuk semua pengguna rangkaian media sosial itu. Sistem ini bagaimanapun hanya efektif ke atas sesuatu profil yang kerap menghadapi cubaan untuk disekat oleh pengguna lain. Dalam kata lain, Zucker berg adalah antara pengguna Facebook yang sering menghadapi cubaan itu. Apa lagi? Cubalah sekat Zuckerberg tetapi janganlah sampai anda sendiri disekat daripada terus menggunakan Facebook.
6
15 - 21 FEBRUARI 2017
TRENDING
Gadis seberang buru pelumba F4
Inai putih Lazimnya, pengantin baharu akan mengenakan inai merah di tangan, namun kini sudah menjadi trend apabila kebanyakan pengantin mengenakan inai putih. Malah mereka turut melukis henna di atas tapak tangan yang kelihatan seperti lace putih. Biarpun pada mulanya kelihatan agak pelik, namun kini ia sudah menjadi trend pengantin di luar sana.
Komuniti sukan elektronik (e-sukan) menerima kejutan besar apabila pemain Dota 2 profesional negara, Chai Yee Fun (Mushi) meninggalkan pasukan antarabangsa, Fnatic selepas dua tahun bersama dengan kumpulan itu. Mushi merupakan antara nama besar yang meningkatkan industri e-sukan negara dan rantau Asia Tenggara. Bagaimanapun menerusi laman facebooknya, dia berjanji akan kembali dan ini bukan pengakhiran kariernya.
Kadar miskin Hong Kong tinggi Tahap kemiskinan di Hong Kong adalah sangat teruk. Buktinya, seorang jurugambar dari Jerman, Michael Wolf yang bergerak aktif dalam Society for Community Organization di Hong Kong menggunakan kamera berlensa wide angle untuk mengambil gambar tempat tinggal penduduk miskin di Hong Kong. Kadar rakyat yang hidup dalam kemiskinan dianggarkan sekitar 7 juta.
Mushi tinggalkan Fnatic
Siapa sangka pelumba negara yang sedang meningkat naik, Isyraf Danish Mohd Ghazali yang baru berusia 16 tahun menjadi kegilaan ramai gadis di Indonesia. Remaja ini menjadi popular setelah memenangi kejohanan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) di negara tersebut dek ketampanan wajahnya.
Anjing duri landak
Mangsa rogol Selva Kumar
Sebuah video yang telah dimuatnaik oleh Mohd Azizii telah menjadi tular di laman Facebook apabila dia telah memuatnaik sebuah video dan beberapa keping gambar yang memaparkan tindakannya menyelamatkan seekor anjing yang dalam kesakitkan dan kemungkinan mati selepas leher haiwan berkenaan telah ditusuk duri landak. Tindakannya itu mendapat reaksi positif dari pelbagai bangsa.
Susan Chapelle antara mangsa rogol Selva Kumar menceritakan pengalaman ngeri detik ‘dipancing’ oleh Selva dalam laman facebooknya. Susan jadi mangsa rogol Selva pada umur 21 tahun dan menyeru orang ramai supaya sentiasa berhati-hati.
Jangan tersalah ubat
Sehari dua watak
Seorang gadis berusia 17 tahun meninggal dunia akibat kuman melarat dalam darah kerana tinggalkan ubat kencing manis. Seorang doktor, Rafidah Abdullah memuat naik status facebooknya yang kini mendapat perkongsian lebih 2k menceritakan pesakit muda itu meninggalkan ubat kencing manis dan memakai produk kecantikan yang memudaratkan kesihatannya hingga menyebabkan maut.
Kerana minat, seorang juruteknik di syarikat penerbangan, Mohamad Syamil Tiyat, 28, menjadi jurusolek di waktu siang manakala di waktu malam dia membaiki kapal terbang. Menurut anak sulung daripada dua beradik yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan ini, dia meminati bidang solekan sejak di bangku sekolah lagi.
Anak Syria soal Trump Seorang kanak-kanak Syria berusia 7 tahun, Bana Alabed telah meminta Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk membantu pelarian dan kanak-kanak di negara itu menerusi sebuah video. Melalui akaun twitternya, soalan yang diajukan adalah “Pernahkah anda tidak mempunyai bekalan makanan dan air untuk tempoh 24 jam? Cuba fikirkan mengenai pelarian dan anak-anak Syria,� Video itu kemudian mendapat perhatian dunia malah rata-rata netizen yang tersentuh dengan mesej Bana berharap pelarian akan dihormati seperti rakyat lain di bumi ini.
Air mata Jackie Chan Pelakon lagenda, Jackie Chan menangis sebaik saja dipertemukan dengan kumpulan aksi ngerinya selepas 40 tahun. Jackie Chan yang dijemput sebagai tetamu khas untuk segmen tribute bersama aktor terkenal itu menerusi satu program televisyen tidak mengetahui mengenai kejutan yang diberikan oleh kru produksi program berkenaan yang membawa kesemua anggota JC Stunt Team ke pentas sebagai hadiah istimewa kepadanya.
7
15 - 21 FEBRUARI 2017
Dipaksa saksi kekejaman Daesh Daripada Shamsirull Shamsudin Di Rayhanli, Turki
TIDAK dapat hendak di bayangkan bagaimana pe ra saan apabila terpaksa menyaksikan sepupu sendiri disembelih selepas enggan menyertai kumpulan militan Daesh yang menguasai kawasan mereka. Itulah antara perjalanan hidup yang terpaksa dilalui Mustofa, 45, yang berasal dari Dabliq. Sebaik sahaja menguasai bandar di mana Mustofa tinggal, anggota militan mula memaksa penduduk lelaki menyertai mereka. “Jika enggan, mereka ditahan, dipenjarakan dan ada yang akhirnya dihukum bunuh. Mereka bagaimanapun tidak memaksa saya menyertai mereka kerana telah agak berusia dan kaki kiri saya
Mustofa
tempang akibat serangan bom pada 2013,” katanya. Namun menurut Mustofa, sebagai balasan dia telah diarahkan untuk menyerahkan rumah dan segala hartanya kepada kumpulan itu. Kesemua harta yang dirampas itu dijual dan wang daripada hasil jualan diambil mereka. “Mereka kata ia adalah sebagai zakat kerana saya
Toha
tidak dapat berjuang bersama mereka.”. Sementara rumahnya pula diserahkan kepada anggota kumpulan terbabit untuk diduduki. Alasan tidak lagi mem punyai tempat tinggal digunakan Mustofa untuk membawa keluarganya keluar dari bandar itu. “Selepas sebulan hidup me rempat, saya telah berjumpa seorang pemimpin kumpulan
berkenaan dan meminta kebenaran untuk keluar dari Dabliq untuk menghantar anak dan isterinya menumpang di rumah saudaranya” Peluang yang diperolehi itu digunakan untuk dia dan keluarga melarikan diri sehingga berjaya memasuki Turki. Seorang lagi mangsa ke kejaman Daesh adalah Toha,42, juga berasal dari Dabliq. Selain kehilangan ahli keluarga terdekat dalam se rangan militan, anak saudaranya turut ditangkap kerana enggan menyertai mereka. “Kakak saya telah berunding dengan pegawai mereka bagi membebaskan anaknya dan membayar sejumlah wang yang ditetapkan mereka.” Bagaimanapun selepas beberapa hari wang berkenaan diserahkan, anak saudaranya dijumpai mati tidak jauh dari
rumah ibunya. Menurut mereka, adalah menjadi kebiasaan bagi kumpulan militan memaksa penduduk di kawasan yang dikuasai untuk turun menyaksikan hukuman dijalankan terhadap tahanan mereka. Antara hukuman yang terpaksa disaksikan oleh penduduk terbabit termasuk tindakan menyembelih tahanan, mengelek tahanan dengan kenderaan berat atau tahanan dibakar hidup-hidup. Tindakan memenjarakan penduduk serta memaksa mereka menyaksian hukum an yang dijalankan itu telah menyebabkan mereka sen tiasa hidup dalam ketakutan. Keadaan ini menjadikan ramai dalam kalangan mereka terutama kanakkanak mengalami trauma dan gangguan perasaan yang teruk.
Bayar RM1,332 sekepala Paling ngeri seumur hidup untuk 'diseludup' keluar
Sukarelawan Muslim Care Malaysia mendapatkan keterangan daripada anak-anak pelarian
TIDAK tahan dipaksa menyaksikan hukuman kejam oleh militan Daesh secara berterusan, Badiah Omar,35, berusaha melarikan diri bersama anaknya ke sempadan. Menurut Badiah, untuk itu, dia terpaksa bayar untuk membolehkannya 'diseludup' keluar dari Syria. kebiasaannya hukuman akan dilakukan di kawasan lapang seperti padang awam atau dataran di sekolah. “Pihak militan akan membuat pengumuman mengenai hukuman itu dan seterusnya mengingatkan kami agar hadir ke tempat hukuman untuk menyaksikannya.” Tambah Badiah, penduduk yang gagal hadir biasanya akan berdepan kemungkinan ditahan dan disoal siasat kerana dianggap cuba menentang mereka. Sehubungan itu, ramai yang cuba melarikan diri daripada apa yang mereka sifatkan sebagai neraka dunia itu. Bagaimanapun tidak ramai yang berjaya berbuat demikian kerana kawalan yang begitu ketat oleh anggota militan yang menguasai kampung mereka. Ditanya bagimana dia berjaya melarikan diri, Badiah berkata, dia membayar sebanyak AS$300 (RM1,332) bagi satu kepala kepada seorang anggota militan bagi
membawa dia keluar dari kawasan berkenaan.” “Untuk keluar dari kampung saya di Thawrah, saya terpaksa menjual apa yang ada, kerana selain diri sendiri, saya juga terpaksa membawa bersama dua anak yang masih kecil.” Setelah membayar jumlah wang yang diminta dia dan anaknya diseludup keluar menggunakan lori yang mengangkut barang bekalan. Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan bagi memgumpul wang yang mencukupi untuk tujuan itu. Semua itu terpaksa dilakukannya bersendirian kerana suaminya telah terbunuh dalam serangan ketika anggota militan menawan kawasan mereka pada September 2014. Menceritakan perjalanan itu, Badiah memberitahu, dia dan anaknya bersembunyi di dalam lori kira-kira tiga jam sebelum diarahkan turun di satu kawasan yang tidak diketahui. “Alhamdulillah, selepas berjalan kaki selama beberapa jam mengikut arah yang di tunjukkan militan terbabit, kami berjaya sampai di kawasan yang dikuasai tentera pembebasan Syria atau FSA.” Dari situ dia dibawa keluar ke Turki menggunakan laluan tikus yang banyak terdapat di sepanjang sempadan Syria/Turki oleh anggota FSA secara percuma.
BAGI Asma Baidu, pengalaman menyaksikan pembunuhan oleh anggota militan adalah perkara yang paling mengerikan dalam hidupnya. Dia yang berasal dari Jabal Hama di Daier Zour memberi tahu suaminya adalah antara mereka yang dibunuh oleh kumpulan berkenaan. “Pada 1 Ogos 2014, anggota militan berjaya menguasai kawasan tempat tinggal kami,”katanya. Sejak tarikh itu, bermulalah kesengsaraan dalam kehidupan Asma dan anak-anaknya. Ini kerana sejak Daesh menguasai kawasan itu dia dan keluarga hidup dalam ketakutan kerana suaminya antara perjuang yang menentang kumpulan berkenaan sewaktu mereka cuba menguasai kawasan itu. Selain dipaksa menyaksikan pembunuhan kejam, penduduk juga mengalami kekurangan bekalan makanan yang amat teruk. “Sudahlah bekalan sukar diperolehi, harga yang terpaksa
dibayar juga melambung beberapa kali ganda.” katanya. “Kami terpaksa makan apa yang ada, malah ada ketikanya kami terpaksa berlapar beberapa hari ekoran ketiadaan bekalan makanan,” ujarnya. Seperti Badiah, dia membayar sejumlah wang untuk diseludup keluar dari kawasan itu sebelum dibantu Tentera Pembebasan Syria untuk keluar dari negara bergolak itu. Dia yang telah berada di Reyhanli sejak dua tahun lalu kini bekerja di bengkel membuat pakaian kelolaan Muslim Care Malaysia. Menurut Asma, dia amat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerja di situ. Selain berpeluang memperoleh pendapatan di bengkel berkenaan, dua anaknya juga dapat meneruskan pelajaran mereka di salah sebuah sekolah kelolaaan badan bukan kerajaan dari Malaysia itu.
8
15 - 21 FEBRUARI 2017
Rashid, CEO baharu Proton Edar Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, berkuat kuasa Februari lalu. Pelantikan terbaharu itu bagi menggantikan Rohime Shafie yang ditugaskan ke DRB-Hicom sebagai Ketua Automobil di Bahagian Peng edaran Automotif dan Pembuatan & Kejuruteraan, Abdul Rashid Musa Datuk Abdul Harith Abdullah. PROTON Holdings Bhd Sebelum pelantikan itu, (Proton) melantik Abdul Rashid adalah Ketua Pegawai Rashid Musa sebagai Ketua Teknikal Proton. Beliau
memegang beberapa tugas dan tanggungjawab, termasuk memainkan pe ranan penting dalam pembangunan empat model baharu tahun lalu. Proton dalam kenyataan nya menyatakan pihaknya yakin Rashid mampu untuk terus menerajui Proton Edar bagi meneruskan trajektori per tumbuhan dalam me ningkatkan penguasaan pasarannya.
Shell sasar pengguna skuter SHELL Malaysia Trading Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menguasai 11 peratus pasaran pengguna skuter daripada keseluruhan 12 juta motosikal di Malaysia melalui rangkaian minyak pelincir Shell Advance terbaharu. Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Hussain berkata, produk baru iaitu Shell Advance 4T Ultra Scooter, Shell Advance 4T AX 7 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance yang kesemuanya sintetik penuh. “Enjin skuter lebih kecil daripada motosikal biasa dan menjana putaran per minit (RPM) yang lebih dengan suhu tinggi dijana transmisi automatik yang memerlukan pelincir diformulasi khas,” katanya.
Bekas gabenor BNM terajui Alliance Bank ALLIANCE Bank Malaysia Bhd mengumukan pelantikan Tan Sri Ahmad Mohd Don sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Ek sekutif Bebas Bank berkenaan berkuatkuasa Februari 2017. Dalam kenyataan, bank itu berkata Ahmad mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan perbankan. Malah beliau pernah bekerja atas pelbagai kapasiti dengan Pernas Securities Sdn Bhd, Permodalan Nasional Bhd dan Malayan Banking Bhd. Beliau juga pernah menjadi Ga benor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh tiga tahun bermula Mei 1994 hingga Ogos 1998.
Pada masa ini, Ahmad adalah Pengerusi Lembaga Zurich Takaful Bhd; Zurich Insurance Malaysia Bhd; Hap Seng Plantations Holdings Bhd dan Sunway REIT Management Sdn Bhd. Beliau juga menjawat jawatan pengarah dalam Lembaga United Malacca Bhd dan MAA Group Bhd. Selain itu, beliau juga adalah ‘Felo Institute of Chartered Accountants’ diEngland dan Wales serta ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountants. Ahmad memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Ekonomi dan Perniagaan daripada Aberystwyth University, United Kingdom.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain (tengah) bersama Pengurus Besar Shell Pelincir Malaysia dan Singapura, Leslie Ng (kanan) dan Pelumba MotoGPdari pasukan Ducati Team, Andrea Dovizioso (kiri) bersama produk baharu minyak pelincir yang diformulasi khusus untuk skuter.
Mengenal pasti faktor WOW diri sendiri NURLINA HUSSIN
www.inspiracomm.net
SEBAGAI seorang seorang ahli perniagaan, adakah anda ingin memberi gambaran positif, baik dan memaparkan kredibiliti di tempat kerja, semasa bermesyuarat dengan pe langgan atau dalam men jalankan urusan pe rundingan tawaran per niagaan? Tahukah anda ia hanya mengambil masa tujuh saat untuk sesiapa sahaja mengadili dan menilai anda berdasarkan penampilan anda? Dalam persekitaran pekerjaan, perlu ada garis panduan mengenai cara berpakaian di pejabat. Tetapi pada hari ini,
adalah tidak jelas antara apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk dipakai ke pejabat. Anda akan mendapati ramai usahawan menjalankan me syuarat atau taklimat dengan berseluar jeans dan berbaju-T. Setiap syarikat mem punyai kod berpakaian mereka sendiri. Sama ada anda seorang pemilik per niagaan atau pekerja, meng ikut kod berpakaian syarikat tidak hanya membuat anda kelihatan kemas di pe ja bat tetapi mempunyai per salinan pakaian yang kelihatan profesional boleh membawa anda ke tangga kejayaan. Emi Idura, Perunding Imej dan Pengarah Urusan Top2ToeStyliesta Image Consulting baru-baru ini menjalankan satu bengkel
untuk memperkenalkan rahsia kepada para peserta menemui faktor WOW mereka. Bengkel satu hari ini penuh informatif dan aspek bengkel ini yang paling menyeronokkan adalah berkaitan dengan nasihat yang diberikan. Menurut Emi, “Anda adalah jenama anda sendiri dan anda perlu mempamerkan nilai jenama peribadi yang selari dengan nilai-nilai jenama profesional anda. Ada orang yang tidak mengambil masa dan usaha cukup dalam meningkatkan elemen penting ini. Soalan selanjutnya ialah ada kah anda tahu faktor WOW anda? Sekiranya tidak, me nge tahui faktor WOW anda pasti
akan menjimatkan wang dan masa untuk membeli-belah. Bengkel ini meliputi pelbagai bidang termasuk analisis warna untuk mengetahui ton warna sesuai dengan anda, apakah gaya profesional asas yang sesuai, bagaimana cara menyelaraskan warna untuk memberi kesan yang kuat, pembelajaran jenis dan bentuk badan anda supaya anda sedar jenis pakaian yang sesuai dengan badan anda. Selain daripada per bin cangan mengenai pakaian, terdapat juga nasihat dan tip bagaimana hendak memakai aksesori. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda melabur seperti beg tangan, kasut dan barang kemas. Peserta yang mengikuti bengkel ini digalakkan untuk mengenepikan pakai
an yang tidak dipakai selama tiga tahun yang lalu dan membuat inventori pakaian yang sedia ada di almari mereka. Selepas melakukan in ven tori persalinan mereka yang sedia ada, mereka dapat mengenal pasti jurang dan membeli-belah dengan niat yang jelas. Pendekatan ini akan memastikan peserta tidak membeli-belah se cara keterlaluan dan juga memastikan bahawa me reka membeli-belah secara strategik bagi memilih gaya yang berbeza. Laburlah dalam diri anda. Kelihatan rapi dan kemas sentiasa pasti ramai akan menumpu perhatian terhadap anda di mana kredibiliti anda akan lebih terserlah.
9
15 - 21 FEBRUARI 2017
Harga siling minyak RADZHA RAIEH
KUALA LUMPUR - Penetapan siling antara pilihan yang sedang dipertimbangkan kerajaan untuk menangani isu harga minyak meningkat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau berkata di beberapa negara maju, kerajaan akan membiarkan harga minyak terapung dengan penggiat industri minyak dan gas akan menentukannya. "Kami bimbang penggiat industri akan lebih memberi tumpuan untuk mendapatkan hasil daripada pengguna di bandar, dan tidak mahu melakukan perkara yang sama kepada mereka yang di luar bandar. Kami perlu berhati-hati mengenai ini juga," katanya. Mengenai pengenalan semula subsidi bahan api, Johari berkata, ia tidak baik kepada ekonomi Malaysia dan tidak mampan.
Kewangan Thai kukuh BANGKOK - Kedudukan ke wangan Thailand kekal kukuh dan disokong oleh rizab antarabangsa yang besar, kata Perdana Menteri Gen Prayut Chan-o-cha. Beliau berkata, pegangan rizab antarabangsa negara itu yang besar, ketika ini di kedudukan ke-18 tertinggi di dunia, membuktikan kedudukan kewangannya yang kukuh. “Rizab antarabangsa Thailand sebanyak RM786 bilion, termasuk rizab pertukaran asing sebanyak RM750 bilion setakat 27 Januari adalah kukuh,” katanya. Menurutnya, kerajaan sentiasa berhati-hati dalam program perbelanjaan dan tidak pernah menggunakan rizab antarabangsanya yang besar itu. Kerajaan Thailand menerima kritikan hebat ahli akademik yang bimbang tentang rizab perbendaharaan yang semakin menyusut. Rizab perbendaharaan ke rajaan menyusut daripada RM6,288 bilion pada 2014, apabila tentera merampas kuasa, kepada RM939 bilion setakat 27 Januari tahun ini. Menteri Kewangan Apisak Tantivorawong menjelaskan paras rizab rendah itu adalah disebabkan oleh pengurusan berkesan yang diguna pakai oleh kementeriannya untuk mengurangkan kos faedah bagi pinjaman. Menurutnya, kerajaan tidak kehabisan wang kerana paras semasa rizab perbendaharaan adalah mencukupi.
"Kami sedar mengenai harga minyak dan akan memantaunya. Jika ia terus meningkat dan jika ada pendapatan tambahan, saya rasa kerajaan boleh mempertimbangkan bentuk bantuan kepada kumpulan berpendapatan rendah, tetapi bukan golongan berada. "Bagaimanapun, buat masa ini tiada formula lagi, tetapi kerajaan telah memutuskan bahawa ia tidak boleh mengembalikan dasar ini (subsidi)," katanya. Johari berkata kerajaan mengambil kira kos sara hidup dan
mengenal pasti tekanan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Menurut Laporan Ekonomi 2015/2016, kumpulan B40 terdiri daripada isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855. Beliau berkata jika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak mencukupi, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkannya bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak. "Bagaimanapun, jika harga minyak merosot pada masa akan datang, kerajaan perlu mengambil semula BR1M. Ini adalah pembolehubah dan formula yang kerajaan perlu ambil," katanya. Katanya dari segi harga minyak, negara lain berkongsi nasib yang sama. "Kami tidak dapat mengawal harga, dan apabila harga meningkat, harga minyak Malaysia alami kenaikan yang sama," katanya. - Bernama
RM550 juta deposit SSPN-i Plus KUALA TERENGGANU - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan sekurangkurangnya 100,000 akaun baharu akan dibuka di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) dengan jumlah deposit berjumlah RM550 juta pada tahun ini. Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan menggerakkan kempen dengan lebih tersusun dan strategik supaya sasaran itu dapat dicapai. "Ini hasrat PTPTN untuk menjadikan skim ini sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan pinjaman sebaliknya lebih kepada menyimpan untuk masa depan pendidikan
mereka," katanya. Shamsul Anuar berkata sejak dilancarkan pada 8 Jun 2015 sehingga 31 Dis 2016, sebanyak 52,615 akaun SSPN-i Plus dibuka dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM15.8 juta dan jumlah manfaat perlindungan takaful berjumlah RM2.3 bilion. "Dan daripada itu sehingga Januari tahun ini, sebanyak 65 tuntutan melibatkan pelbagai kes dengan amaun sebanyak RM709,840 telah berjaya diselesaikan," katanya.BERNAMA
RM92b hasil pelancongan KUALA LUMPUR - Pendapatan sektor pelancongan bagi tahun lepas diunjur meningkat kepada RM92 bilion berbanding RM72 bilion pada 2015, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata walaupun kehadiran pelancong ke negara ini hanya meningkat sebanyak empat peratus tetapi kekal menjadi antara penyumbang kepada pendapatan negara. “Kalau bawah RM92 bilion, enam
peratus daripadanya iaitu kirakira lebih RM5 bilion, adalah hak kerajaan di bawah cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya. Beliau yakin pendapatan sektor itu akan terus meningkat pada tahun ini berikutan kemasukan banyak pelancong asing khususnya dari China dan India. “Kedua-dua negara ini bukan sahaja menyumbang kepada bilangan pelancong yang tinggi tetapi juga perbelanjaan besar di Malaysia,” katanya.
BISNES INFO KL Jom derma darah Kempen #jomdermadarah yang dianjurkan Pusat Darah Negara mengalu-alukan warga kota menjayakan kempen ini. Antara bekalan darah yang agak berkurangan ialah darah A, B dan O manakala bekalan darah AB berada di tahap sederhana. Anda boleh ke dua tempat untuk menderma darah, sama ada di Pusat Darah Negara atau Midvalley Shopping Mall (dibuka sejak Oktober 2015 bagi memudahkan orang ramai bagi menyumbangkan khidmat). Lokasi 1 : Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (bersebelahan Balai Seni Visual Negara) Masa : 8 pagi hingga 4 petang (setiap hari) Lokasi 2 : Mid Valley Shopping Mall, Lot T063, Tingkat 3 Masa : 10 pagi hingga 9 malam (setiap hari)
Foto, video #sayangMalaysia Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai gambar dalam pelbagai aksi menarik dengan berlatar belakang keindahan Malaysia, anda dialu-alukan menyertai Pertandingan Foto & Video 2017 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dengan hashtag Sayang Malaysia #sayangMalaysia, anda boleh menghantar gambar makanan, budaya, lokasi percutian atau apa sahaja yang menggambarkan Malaysia nan indah. Tarikh penyertaan : 1 Januari – 31 Disember 2017 Wajib : Menjadi peminat di laman media social Facebook Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
10
15 - 21 FEBRUARI 2017
JIMBA-JIMBA
Warna-warni layang-layang pasti menggamit hati pengunjung
Bersantai di pinggir
Tasik Kepong MURNI REJAB BERLOKASI di pinggir Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 atau MRR2 di laluan Kepong – Batu Caves, Taman Metropolitan Kepong antara tumpuan warga kota untuk bersantai terutama pada hujung minggu. Turut dikenali sebagai Taman Layang Layang, lokasi ini memang jadi tarikan pengunjung untuk menikmati angin petang sambil menyaksikan keindahan layang-layang bertebaran di ruang udara pinggiran tasik berhampiran. Anda boleh datang bersama sesiapa sahaja, sama ada dengan keluarga atau rakan-rakan ke lokasi di mana ruang untuk
beriadah bersama sentiasa tersedia. Selain bermain layang-layang atau sekadar jadi penonton, aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah berbasikal, joging, bermain papan luncur atau kasut roda mahupun bersenam. Bagi yang datang bersama anak kecil, alangkah indah bagi ibu ayah melayan keletah anak-anak bermain di padang yang terbentang luas. Menariknya, bagi golongan pelajar, mereka turut menjadikan taman rekreasi di pinggiran Tasik Kepong ini sebagai tempat untuk berbincang dan mengulang kaji pelajaran. Ditanya tidakkah kehadiran begitu ramai pengunjung mengganggu
tumpuan mereka, Siti Aisyah Atikah Suhaimi, 15, berkata: “Sama sekali tidak.” “Saya memang selalu datang ke sini lepas habis waktu sekolah. Saya datang dengan kawan-kawan, di sinilah tempat kami ulang kaji pelajaran,” kata pelajar SMK Jinjang itu. Menurut Siti Aisyah, ada kalanya, setelah berasa ‘penat’ belajar, dia dan rakan-rakan bermain dengan kemudahan yang disediakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di situ untuk meredakan tekanan. “Kadang-kadang kami main layang-layang,”katanya. “Itu yang paling win,” ujarnya lagi. Siti Nazeera Jalaluddin, 26, pula memilih taman itu untuk mengisi m a s a bersama
keluarga. “Saya paling suka apabila ada festival. Me mang tak menang ta ngan untuk merasa setiap makanan yang diberi percuma,” katanya. Dari segi keselamatan, Taman Metropolitan Kepong boleh dikira selamat. Norlida Haron, 55, berkata dia selalu berkunjung ke sini bersama anak-anaknya bagi melepaskan gian bermain layang-layang. “Kita selalu main semasa zaman kanakkanak dahulu sahaja kan. Bila dah tua ni, teringin pula nak bermain, jadi tempatnya di sini lah.” ujarnya sambil ketawa kecil. Selain bermain layanglayang, pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan di sini. Antaranya berbasikal, bermain papan luncur, bersenam dan berkelah bersama keluarga.
Norlida antara pengunjung yang tidak lepaskan peluang untuk bermain layang-layang
Sumbangan untuk rumah kebajikan KUALA LUMPUR - Atas dasar simpati untuk membela nasib kanak-kanak, Persatuan Prihatin Dan Penyanyang telah menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,150 kepada sebuah rumah kebajikan kanak-kanak Stepping Stones di Taman Seputeh. Presidennya, K.Jeevan berharap dengan sumbangan itu, ia dapat membantu meringankan beban pihak pengurusan rumah kebajikan itu yang menempatkan 75 kanak-kanak dan remaja berusia tiga hingga 18 tahun. Jeevan turut meminta pihak kerajaan, korporat serta individu tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan yang masih ramai di sekeliling masyarakat, supaya mereka dibantu dengan sewajarnya. "Marilah kita bantu mereka yang kurang bernasib ini tanpa mengira kaum dan agama, mereka juga ingin seronok dan bahagia seperti kita. "Setiap bantuan dan sumbangan daripada kita amat bermakna, berikan peluang untuk mereka rasai seperti anak-anak lain di luar sana," katanya lagi.
11
15 - 21 FEBRUARI 2017 Rumah / Tanah untuk dijual TAMAN TASEK MUTIARA, Batu Kawan Penang Rumah berkembar, 1 Tingkat 1330 sq.ft , 3R/2Bilik air, ubahsuai sepenuh nya, berdekatan de ngan semua kemudahan awam, 5 minit to jambatan kedua, jika berminat Hubungi Pn. Shahnim Mobile 017 - 466 1746 email hanimi.ipgktb@ gmail. com
Jawatan kosong TUKANG URUT WANITA , Umor 20 - 35 ( Setapak, Danau Kota, Kuala Lumpur) Ada / tiada pengalaman. Ada Asrama 011 - 2802 - 3503 TUKANG MASAK Panas & Nasi campur, Pembuat Air, Rumah disediakan di N9 tel 019 - 681 -3336
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator
Khidmat Kesihatan & Kecantikan
Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554
TAMAN TERATAI, Jalan Kebun Shah Alam, Rumah berkembar, 1 Tingkat luas tanah 40’x80’ 3 bilik 2 bilik air. Rezab melayu RM465k dirunding hubungi 03 - 2287 3277 / 4084 SUNGAI BULOH KUNDANG, Taman Tasik Bir , Teres 1 tkt 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air RM250k dirunding Hamdan 019-2403632 BANDAR SUNGAI BUAYA, Rawang. Rumah teres 1- tkt , 3 bilik 2 bilik air, ubahsuai penuh. RM230k Sila hubungi 012-313 -9727 BATU CAVES TAMAN JASA UTAMA Rumah teres 2 tingkat u/ suai & extend 4b 3ba, pajakan RM440k HP:012 478 1212 BUKIT HIJAU PINGGIRAN Puncak alam Luas 50’90. RM34,500 . Rezab Melayu . Hubungi 013 - 3999 085
KLASSIFIED IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu CATEGORY NAME PARENT LVEL Khimat Kewangan - Bisnes Jualan Murah & Istimewa - Bisnes Sekolah & Pendidikan - Bisnes Khidmat Nasihat - Bisnes Khidmat Untuk Bisnes - Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan - Bisnes
Khidmat Pelancungan - Bisnes Servis Untuk Rumh & Pejabat - Bisnes Notis Undang-Undang - Notis Kematian - Notis Perpisahan - Notis Perkahwian & Pertunangan - Notis Activiti & Acara - Notis
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah - Hartanah Pembiayaan Hartanah - Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa - Hartanah Kedai & Ofice Untuk Disewa - Hartanah Apartmen Untuk Disewa - Hartanah Apartmen Untuk Dijual - Hartanah Rumah Untuk Disewa - Hartanah
Rumah Untuk Dijual - Hartanah Lori & Van untuk Dijual - Auto Servis & Repair Keretamotor - Auto Kereta dikehendaki - Auto Kereta Untuk Disewa - Auto Kereta Untuk Dijual - Auto Cari kerja - Kerjaya
Kerja Kosong - Kerjaya Notis Undang-Undang - Miscellaneous Bisnes - Miscellaneous Hartanah - Miscellaneous Kerjaya - Miscellaneous Auto - Miscellaneous
12
15 - 21 FEBRUARI 2017
Menyuntik keceriaan di stesen LRT AZHAR GHAZALI
ALUNAN merdu bunyi seruling dan serunai menguasai ruang legar Stesen LRT Masjid Jamek pada petang membuat ramai yang terhenti dan tertanyatanya. Disusuli pula dengan bunyi indah gesekan ‘erhu’ – sejenis alat muzik klasik Cina yang berupa biola dan ‘yangqin’ serta ‘zhong ruan’, mereka yang berkesempatan untuk berada di sana telah dihidangkan dengan satu persembahan yang cukup istimewa. Pada petang 7 Februari lepas, ia adalah giliran untuk pasukan seni Pertubuhan Kebangsaan Cina Malaysia mengisi program ‘Arts on The Move’ (AOTM), yang
Persembahan Kebudayaan 'Arts on The Move'
Antara artis yang terlibat dengan persembahan di stesen LRT Masjid Jamek 7 Februari lalu
merupakan satu projek kolaborasi antara Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Think City, yang merupakan satu agensi kerajaan yang diamanahkan untuk mengembangkan seni budaya dan warisan negara secara kreatif.
Bermula pertengahan tahun lepas, satu kumpulan khas akan dijemput untuk membuat persembahan pada setiap Selasa dan Khamis di Stesen LRT Masjid Jamek, yang menyediakan kawasan persembahan khas yang strategik di ruang legar
stesen berkenaan. Stesen LRT Masjid Jamek dipilih bukan saja kerana ia adalah stesen yang paling sibuk tetapi juga selaras dengan perancangan Think City untuk membangunkan se luruh kawasan sekitar Masjid Jamek Kuala Lumpur sebagai kawasan warisan seperti yang ia telah laksanakan dengan jayanya untuk Georgetown, Pulau Pinang. Selain persembahanpersembahan khas, beberapa kawasan dalaman lain di dalam stesen telah dihiasi dengan kerja-kerja seni seperti grafiti, lukisan dan juga foto, yang diharapkan dapat menyuntik keceriaan di dalam stesen.Aspirasi Prasarana adalah untuk menaikkan mertabat stesen daripada hanya menjadi tempat
transit dan bergerak antara satu tempat ke tempat yang lain. Kumpulan-kumpulan persembahan yang dijemput untuk program AOTM ini adalah yang bercirikan kebudayaan dan unik, yang biasanya hanya ditonton di teater-teater dan tempattempat eksklusif. Melalui AOTM, Prasarana dan Think City berharap untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati persembahan seni dan budaya ini di sam ping memperagakan kepada para pelancong asing. Terletak di tengah bandar raya, Stesen LRT Masjid Jamek adalah stesen integrasi untuk laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling dan mengendalikan ratusan ribu penumpang sehari termasuk para pelancong asing yang ingin ke Dataran Merdeka.
13
15 - 21 FEBRUARI 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.
Perokok degil Terima kasih WARTA kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengadu mengenai masalah yang banyak melanda kita. Saya mewakili rakyat Malaysia yang prihatin ingin memprotes sikap segelintir perokok yang tidak mematuhi larangan merokok di tempat awam. Walaupun Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan arahan serta memasang papan tanda larangan tersebut, namun masih ada yang berdegil dengan merokok di kawasan terbuka seperti taman permainan dan kawasan Rehat dan Rawat. Saya pernah melihat lebih 10
EKSPRESI
lelaki yang merokok di taman KLCC dengan sekumpulan kanak-kanak bermain alat permainan di situ. Mengambil kira keselamatan kanakkanak, saya menegur mereka supaya berhenti merokok. Biarpun akur namun jelas ketidakpuashatian di wajah mereka. Saya mahu menyeru pihak berwajib menyediakan lebih ramai pengawal keselamatan untuk mengawal keadaan ini. Selain itu kita sebagai rakyat Malaysia sendiri perlu mengambil inisiatif untuk menghalang perkara ini berlaku. Semoga dengan usaha kecil ini, lebih ramai lagi yang mampu sedar tentang kesalahan merokok di kawasan larangan. - Ibu prihatin, Gombak, Selangor
Minta lampu jalan di Puncak Alam Saya mewakili penduduk di kawasan Puncak Alam ingin menegaskan kembali aduan kami berkenaan ketiadaan lampu jalan sepanjang jalan di Puncak Alam. Beberapa pihak media cetak dan media elektronik juga telah memaparkan masalah kami namun tiada tindakan susulan dibuat. Malangnya bila kami adukan ke pihak berwajib, masing-masing menuding jari hingga akhirnya kami hilang punca. Apa yang membuatkan kami risau kerana ia berbahaya kepada pemandupemandu di sini terutamanya waktu malam. Banyak kemalangan berlaku setiap hari berpunca dari ketiadaan lampu jalan ini. Penunggang motosikal pula antara yang ramai menjadi mangsa hingga membawa maut. Saya mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan lebih ramai yang terkorban dalam kejadian yang tidak sepatutnya ini. - Ahmad Kamal, Puncak Alam, Selangor
YANG BAIK ITU BUDI... Meneliti keluaran WARTA sejak Januari saya dapati kandungannya lebih mantap dengan gaya yang tersendiri. Info untuk warga kota berhujung minggu juga banyak. Untuk menceriakan lagi WARTA, kami ingin cadangkan WARTA anjurkan pertandingan selfie pembaca bersama akhbar WARTA berlatar belakangkan tempat menarik di KL. Mesti ramai yang akan sertai. SRS, Keramat Permai
Saya agak terkejut dengan tahap kebersihan tandas di sebuah tempat rehat dan rawat lebuhraya ketika dari arah Rawang hendak ke Klang barubaru ini. Tidak ada lebuhraya yang percuma, jadi jika pengguna telah bayar duit tol, agak menyedihkan bila mendapati tandas terlalu kotor dan hapak. Pohon pihak mengurusan lebuhraya berkenaan mengambil langkah bijak agar perkara itu tidak berpanjangan. Nur Hasman, Sungai Choh
Saya menyewa khas petak parkir kereta di kawasan pejabat. Memang pihak pengurusan yang dibantu oleh pengawal keselamatan warga asing meletakkan kon untuk menghalang kenderaan lain dari menggunakan lot yang telah disewa. Juga diletakkan nombor pendaftaran kereta. Malangnya jika ada kenderaan luar dan jarang ke situ, mereka tidak memperdulikan kon atau papan nombor pendaftaran tersebut. Pengawal warga asing ini akan segera datang, larang menggunakan petak parkir itu, kerana dia tahu itu hak penyewa bulanan. Apa yang menyedihkan, ada yang memarahi mereka dengan nada suara yang tinggi. Siapa yang sepatutnya kena marah? Cheah, Batu Caves Kucing menjadi antara haiwan peliharaan popular. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada sebuah restoran di Jalan Sentul yang saya lihat pekerjanya setiap hari memberikan makanan dan semangkuk susu kepada kucing yang berkeliaran sekitar restorannya. Amalan yang patut menjadi teladan. Zaidi Zahir, Jalan Pahang
INFO KL 24 gelanggang futsal percuma untuk warga kota Anda dijemput untuk menikmati kemudahan gelanggang futsal secara percuma bermula 7 Februari hingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Kemudahan percuma ini melibatkan gelanggang futsal di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan sahaja. Ia bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam mewujudkan komuniti sihat dan cergas seiring dengan tema ‘Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera’. Lokasi : 22 gelanggang futsal di Kuala Lumpur & 2 di Putrajaya Masa : 8 pagi – 5 petang (isnin-jumaat) & 4 petang – 7 malam (isnin-khamis)
Pameran koleksi peribadi Sultan Mizan Bertempat di Muzium Diraja, Istana Negara, Kuala Lumpur, anda dijemput untuk menyaksikan pameran istimewa yang mempamerkan koleksi terpilih iaitu koleksi peribadi Sultan Mizan Zainal Abidin. Antara himpunan menarik yang harus tidak dilepaskan ialah pakaian yang dipakai Baginda ketika menyertai aktiviti seperti Pengakap dan juga pingat kebesaran. Lokasi : Muzium Diraja, Istana Negara Tarikh : Sekarang hingga 2 Mac 2017
14
15 - 21 FEBRUARI 2017
apa? siapa? di mana? Bersama artis dunia
Pilihan Vintage Mencari barangan vintage? Jom ke butik Chalk di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Di sana terdapat pelbagai barangan vintage seperti beg, pakaian dan aksesori. Nampak seperti kedai murah, namun apabila masuk ke dalam ianya seperti almari pakaian yang mempunyai permata yang tersembunyi. Sumber dan maklumat lanjut: http://www.timeout. com/kuala- lumpur/shopping/best-shops-in- klfashion
Jika anda meminati seni, Ilham Gallery bekerjasama dengan Art Para Site, Hong Kong membuat pameran seni di Kuala Lumpur bertemakan ‘Afterwork’ selepas kemunculan pertama di Hong Kong pada Mac tahun lepas. Artis dari seluruh dunia turut mengambil bahagian dalam pameran ini, termasuk Indonesia, Filipina dan Malaysia. Pameran ini dijangka akan berakhir pada 16 April 2017. Jadi jangan lepaskan peluang anda. Anda boleh melihat hasil seni ini di Ilham Gallery, Level 3 & 5, ILHAM Tower, 8 Jalan Binjai, KL hingga 16 April 2017. Selasa-Sabtu, 11pagi-7petang; Ahad, 11pagi-5petang. Sumber dan maklumat lanjut: http://www. timeout.com/kuala- lumpur/blog/sneak-peekafterwork-exhibition-at-ilham- gallery-010617
Bengkel kaligrafi Serlahkan bakat tulisan kaligrafi moden dengan berkunjung ke bengkel di KLigraphy. Yuran berpatutan disediakan untuk anda. Apa yang menariknya, anda boleh membawa pulang semua peralatan dan bahan yang disediakan semasa bengkel berlangsung untuk mengasah lagi bakat kaligrafi anda di rumah. Sumber dan maklumat lanjut: http://www.timeout.com/ kuala- lumpur/things-to-do/best- classes-and-workshopsin-kl
Konsert Indie Rock Perlukan hiburan? Jom ke konsert kumpulan indie rock terkenal Australia, The Temper Trap bersiaran langsung di Malaysia pada 9 Mac 2017 di The Bee, Publika. Dapatkan tiket segera di laman web tertera. Sumber dan maklumat lanjut: http://www.timeout. com/kuala- lumpur/music/the-temper-trap- live-in-kl
Gim wanita Anda wanita tapi rasa malu untuk ke gim? Tidak perlu risau kerana di KOA Fitness ada menyediakan gim khas untuk golongan wanita. Bukan itu sahaja, anda boleh tingkatkan keyakinan dan keberanian anda dengan menyertai program kecergasan peribadi seperti ‘Bride-To-Be’ dan ‘HotMama’ yang turut disediakan di sini. Sumber dan maklumat lanjut: http://www.timeout. com/kuala- lumpur/sport-and-fitness/the- bestfemale-friendly-gyms-in- kl
Karnival mega kerjaya Karnival Mega Kerjaya dan Pendidikan akan berlangsung dari 18 Februari 2017 hingga 19 Februari 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur. Karnival ini sebagai platform bagi majikan untuk pengambilan pekerja baru serta memperkenalkan syarikat-syarikat mereka di samping memupuk pembelajaran berterusan di kalangan siswazah dan tenaga kerja. Sumber dan maklumat lanjut: http://10times.com/ post- graduate-education-fair
Spa kanak-kanak Bagi ibu bapa yang mahu manjakan badan si kecil, boleh datang ke Hippopo Spa & Wellness. Pelbagai aktiviti disediakan seperti kelas renang, gim, dan urutan kepada anak kecil anda. Hippopo ada di Setia Walk Mall, Great Eastern Mall and Centrepoint Bandar Utama. Sumber dan maklumat lanjut: http://www.timeout. com/kuala- lumpur/kids/inside-hippopo- baby-spawellness
15
15 - 21 FEBRUARI 2017
Terapi api rawatan tradisi Cina
BEIJING - Pengamal perubatan alternatif di China mendakwa terapi api ini boleh menghilangkan tekanan, merawat ketidakhadaman, mengatasi masalah kesuburan dan menyembuhkan kanser. Rawatan ini dikatakan sudah digunakan sejak beberapa ratus tahun lalu, bagaimanapun tiada bukti perubatan yang boleh mengesahkan kaedah ini berkesan, tetapi pengesahan itu bukanlah satu perkara penting bagi pengamal terapi api terkenal China. “Terapi api adalah revolusi keempat dalam sejarah manusia, ia melangkaui perubatan China dan Barat,” kata Zhang Fenghao yang melatih pelajar di sebuah pangsapuri lama di Beijing dan mengenakan bayaran 300 Yuan (RM154) bagi
rawatan selama sejam. Zhang menyapukan badan pesakit dengan pes herba terlebih dulu dan bahagian yang hendak dirawat itu ditutup dengan tuala. Tuala itu kemudiannya dibasahkan dengan air bercampur alkohol yang digunakan untuk membersihkan luka. Ramai penduduk China tidak mampu untuk mendapatkan rawatan yang mahal bagi penyakit kronik dan jumlah perlindungan dalam insurans kesihatan kerajaan pula terhad. Ini menyebabkan rawatan alternatif yang lebih murah mendapat sambutan amat menggalakkan. Amalan ini dilakukan berdasarkan kepercayaan penduduk China bahawa kesihatan seseorang itu bergantung kepada keseimbangan elemen panas dan
sejuk dalam badan mereka. “Kami akan nyalakan api atas ba dan pesakit supaya ia dapat me nyingkirkan elemen sejuk dalam ba dannya,” kata Zhang yang mendakwa pernah merawat diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan. Rawatan alternatif ini mula men dapat perhatian penduduk negara itu malah media rasmi negara tersebut mula menyajikan laporan berkaitan pengamal perubatan yang tidak ber tau liah dan diragui kemahirannya. Selain itu, ada pesakit yang hanya me nyediakan sebaldi air sebagai langkah keselamatan jika api menjadi marak. “Memang ada kecederaan apabila pesakit melecur di muka dan badan kerana tiada standard khusus bagi terapi ini. “Saya sudah me latih beribu-ribu pelajar dan setakat ini kami tidak pernah berhadapan dengan
insiden yang tidak diingini seperti itu,” kata Zhang. Sehingga kini amalan berkenaan tidak diberikan perhatian oleh jurnal perubatan tetapi berdasarkan teori, ia dikatakan mempunyai kaitan dengan kaedah berbekam dalam perubatan Cina di mana api akan membakar oksigen dalam bekas bekam untuk menghasilkan tekanan pada anggota badan pesakit. Bagaimanapun, beberapa kajian jangka panjang mendapati sangat sedikit bukti yang menunjukkan keberkesanan terapi berkenaan. Zhang menerima beberapa pengiktirafan daripada penerbitan yang memberi fokus kepada perubatan tradisional China dan ia boleh didapati di seluruh hospital di China. Sumber: NP Daily
Tidak sesuai di Malaysia
Sanggup kena ‘bakar’ untuk kurus KERANA memiliki berat badan 143kg, Li Hang, 11 dari Harbin China, di’bakar’ badannya untuk menjadi kurus. Beratnya pernah mencecah 167kg dan telah melakukan pembedahan pintasan gastrik. Bagaimanapun, beratnya naik semula dan kini sedang berusaha keras untuk menurunkan berat badannya. Li, menderita sakit Prader-Willi Syndrome iaitu gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. Doktor menggunakan teknik perubatan tradisional Cina iaitu terapi api dan akupunktur. Beberapa gambarnya sedang menjalani rawatan dalam ketakutan pernah tular di laman media sosial.
PETALING JAYA Rawatan terapi api tidak sesuai diamalkan di negara ini atas faktor cuaca dan boleh mengundang bahaya kepada pesakit, kata tabib di Pusat Perubatan Komplimentari dan Tradisional Cina (TCM), Selangor. Menurut tabib Kung Wang Jing, cuaca di negara ini amat tidak sesuai kerana bersuhu panas terik dan boleh menyebabkan api marak sekiranya tidak pandai mengawal api tersebut. Berpengalaman dua tahun dalam bidang perubatan tradisional cina, Kung berkata, di Malaysia, perubatan ini belum dibuat di mana-mana kedai tabib dan masih belum popular, bagaimanapun Kung tidak menolak
Yan Wai Duk
Kung Wang Jing
kemungkinan rawatan terapi api akan berkembang di Malaysia. Seorang lagi tabib, Yan Wai Duk 70, yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang rawatan tradisional cina berkata, rawatan terapi api ini bagus untuk badan. Katanya, rawatan ini sesuai untuk peredaran darah dalam badan manusia namun ia boleh membahayakan jika
pengendali kurang mahir mengawal api ketika merawat. Katanya lagi, sekiranya badan tidak kuat untuk menerima suhu api, ia boleh memudaratkan kesihatan. Paling penting, sebelum melakukan perubatan terapi api, pesakit perlu terlebih dahulu mendapatkan nasihat tabib cina atau doktor yang lebih berpengalaman.
16
15 - 21 FEBRUARI 2017
Polis pantau Selva
Bertemu selepas 30 tahun berpisah KUALA LUMPUR - Bermula dengan satu perjumpaan secara kebetulan dua sahabat pada 2014, akhirnya seramai 50 bekas kakitangan Hotel Holiday Inn City Centre yang terpisah selama 30 tahun bertemu kembali dalam satu majlis yang penuh nostalgik. Restoran D’Arina Skyview di Menara Arina Uniti, menjadi saksi kegembiraan mereka, meraikan detik indah dan bersejarah setelah berpisah kerana tempat kerja lama mereka ditutup operasinya pada November 1997. Idea perjumpaan tercetus apabila Rozzaini Md Muslihan bertemu secara tidak sengaja dengan Mohd Rizal Mohd Noor di sebuah restoran di Kota Damansara pada Oktober 2014. Selepas itu mereka berdua mula merancang untuk menyatukan kembali rakan sekerja yang telah lama terpisah.
“Kami hebahkan perancangan ini dalam facebook, dan alhamdulilah tak berapa lama kemudian, kami himpunkan semua kawankawan melaui whatsapp untuk mudahkan kami berhubung,” kata Rozzaini. Shaari Abdullah yang dilantik sebagai presiden kumpulan ini berkata, objektif utama majlis ini adalah untuk merapatkan lagi tali silaturahim di antara mereka setelah 30 tahun tidak bertemu. “Selepas tinggalkan kerjaya lama kebanyakan kami sekarang dah ada bisnes sendiri, ada juga anak-anak kawan yang belum ada kerja jadi kami saling bantu membantu, ada rakan yang telah meninggal dunia, jadi kami beri bantuan kepada anak-anaknya, jadi sedikit sebanyak melalui pertemuan ini kami dapat menjaga kebajikan rakan dan ahli keluarga mereka sekadar yang kami mampu,” katanya.
Sarah menang anugerah di LA Pada ulang tahun per KUALA LUMPUR - Pelakon tempatan, Sarah Lian me tama ke matian isterinya, dia bertemu dengan seorang nerima trofi Pelakon Pem lelaki yang mengaku mem bantu Wanita Terbaik pa da Anugerah Filem Los punyai kaitan terhadap ke Angeles (Lafa) menerusi matian isterinya. Pada anugerah ber peranannya sebagai kenaan, Jasmine turut Anna dalam filem Jasmine arahan bersaing de ngan filem Dax Phelan. lain seperti Magic Radio, "Saya meme The Lurking Man, Dress nangi Pelakon Rehearsal, Karma Pembantu Wa dan Along the ni ta Terbaik di River yang Anugerah Filem LA! Terima kasih kepada penganjur atas penghargaan ini. Segulung tahniah juga buat semua yang bertanding pada tahun ini," katanya menerusi Facebook miliknya. Jasmine adalah sebuah filem psikologi se ram yang ditulis mengisahkan ten tang seorang ahli perniagaan yang Sarah menempa dunia bingung dengan ke glamor pabila memegang watak ‘Ah Moi’ matian isterinya.
memenangi Filem Terbaik. Ia turut memenangi lima kate gori lain itu Pengarah Ter baik, Pelakon Terbaik, Sinematografi Terbaik, Sun tingan Terbaik dan Bunyi Terbaik. Ketua Juri Lafa, Skip Bolden berkata filem Jasmine mempunyai kelainan dengan elemen kejutan di akhir cerita yang menarik minat kami. “Secara keseluruhan, fi lem ini hebat dengan ga bungan pelakon, sinemato grafi dan sistem bunyi terbaik hingga membolot anu gerahanugerah tersebut,” ujarnya. Komen Bolden dipetik daripada laman sesawang Lafa. Sarah menempa dunia glamor pabila memegang watak ‘Ah Moi’ dalam se buah iklan pada tahun 2010 sebelum mula berlakon dalam pelbagai filem di Singapura, Hong Kong dan Kanada.
PETALING JAYA - Pergerakan Selva Kumar Subiah, pesalah jenayah rogol bersiri di Kanada, yang dihantar pulang ke tanah air 7 Februari lalu tetap akan dipantau Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan laporan juga menunjukkan bahawa Subiah, 56 masih tidak kelihatan insaf atau rasa berdosa sekalipun telah menjalani hukuman penjara 24 tahun. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun tidak ada undang-undang khusus mengawal pergerakan bekas banduan seperti Selva supaya tidak menjadi ancaman awam, polis akan memantaunya ‘dari jauh’ berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Dalam sesi penggulungan pembebasannya pada Jun tahun lalu, pegawai penjara memberitahu, Subbiah masih tidak kelihatan insaf atau rasa berdosa. “Maklumat fail mendapati kamu masih tidak mampu bersimpati dengan mangsa, rasa kesal dan gagal mengambil tanggungjawab penuh di atas pilihan anda sendiri,” menurut laporan Toronto Star. Akhbar itu juga menulis, Subbiah hanya mendiamkan diri pada sesi tersebut. Ketika hukuman terhadap Selva dijatuhkan, hakim David Humphrey memerintahkan polis menemani Selva kembali ke Malaysia dan memaklumkan pihak berkuasa Malaysia mengenai kegiatan jenayahnya. Bagaimanapun, Toronto Star melaporkan tidak pasti sama ada pihak berkuasa Kanada akan menemani Selva apabila tempoh hukumannya tamat. Menurut Agensi Khidmat Sempadan Kanada (CBSA), pegawai akan hanya menemani Selva sekiranya wujud kebimbangan terhadap keselamatan awam. Sementara itu, salah seorang mangsa Selva memberi amaran, lelaki itu perlu dipantau dengan rapi. “Mereka tidak boleh ambil ringan,” kata wanita itu yang pernah diserang Subbiah pada usia remaja. Selva tiba di Sepang dengan penerbangan Qatar Airways diiringi tiga polis Kanada sebelum pegawai polis Unit Jenayah Seksual Bukit Aman membawanya ke pusat operasi Imigresen KLIA untuk diambil keterangan. Selva bagaimanapun tidak melalui pintu keluar biasa dari terminal. Kepulangannya itu disambut ahli keluarga terdekat. Abangnya memaklumkan bahawa Selva tidak akan pulang ke Pulau Pinang sebaliknya akan menetap di Kuala Lumpur untuk waktu terdekat. Selva tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap. Dia diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama. Subbiah selesai menjalankan hukumannya pada 29 Januari lalu selepas dihukum 24 tahun penjara pada 1992 atas 19 kesalahan serangan seks, 24 kesalahan dadah, serta 10 kesalahan melibatkan pelbagai jenayah lain termasuk serangan dan peras ugut.
17
15 - 21 FEBRUARI 2017
Lobster, tiram murah TAHUKAH anda, banyak ma kanan yang dikategorikan mahal dan mewah, da hu lu nya tidak dipandang oleh orang ramai. Misalnya, kaviar atau telur ikan. Pada awal kurun ke 19, makanan itu sangat mudah didapati sehingga tidak ada nilai, dan biasanya diberikan secara percuma kepada pengunjung kelab malam. Lobster, hidangan yang agak mahal, dahulunya pernah dianggap "chicken's for the poor". Biasanya ia dihidangkan sebagai menu bagi banduan di Amerika Syarikat. Tahanan perang se waktu perang dunia pertama pernah merungut kerana ter lalu muak makan lobster setiap hari. Begitu juga tiram, dahulu adalah hidangan orang ku rang berkemampuan di Pe rancis. Tiram menjadi ma kanan mewah apabila revolusi industri abad ke 19
mengubah lautan menjadi kotor dan memusnahkan habitat tiram. Semakin lama, bilangannya semakin susut dan harganya melambung. Di Jepun pula, sushi dahulu hanyalah berfungsi sebagai pengawet isi ikan dan dijual dengan murah, namun selepas perang dunia kedua, apabila sushi mula diperkenalkan di Amerika Syarikat, ia mula menempa nama sebagai hidangan berharga. Ikan katak atau monkfish adalah spesis ikan yang mempunyai rupa pelik dan menakutkan, melihat monkfish, ia boleh menghilangkan selera makan. Namun semuanya berubah apabila tukang masak menyedari bahagian ekor ikan itu mempunyai tekstur dan rasa yang mirip lobster.
10 perkara percuma warga KL Segalanya perlukan duit, tetapi tidak pada 10 perkara atau aktivi di bawah. Semuanya percuma. 1. Taman KLCC - Boleh beriadah bersama keluarga, anak-anak boleh mandi-manda di situ. 2. KLCC Lake Symphony - Pancutan air mempersonakan dengan warna-warni lampu. Setiap hari bermula 7 hingga 10 malam. 3. Perpustakaan KL - Berdekatan Dataran Merdeka, luas serta ada ruang muzik dan kerusi empuk untuk santai sambil mentelaah. 4. Bas GoKL - Operasi antara KLCC dan Masjid Jamek bermula 6 pagi hingga 11 malam setiap hari. 5. Berbasikal di Publika - Jalan akan ditutup pada setiap Ahad antara 7 hingga 10 pagi. 6. Taman Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa. 7. Hutan Bandar KL Forest Eco Park - Di Hutan Simpan Bukit Nenas, telusuri hutan tertua negara ini. 8. KL Heritage Walk - Sekitar Dataran Merdeka, ikut tunjuk pandu petugas, anda akan ketahui asal-usul Kuala Lumpur. 9. Secret Garden 1Utama - Taman atas bumbung terbesar di Asia Tenggara. 10. Muzium Polis - Menyimpan senjata sejak era penjajahan Tanah Melayu.
Seafood tengah bandar
Restoran ini menjadi tumpuan pengunjung pelbagai kaum
R
ESTORAN KL Seaf ood Market mula dibuka sejak per tengahan 2016. Restoran berkon sep kan masak an laut ala Cina ini beroperasi pada 11 tengah hari hingga 10 malam. restoran ini boleh memuatkan sehingga 350 pelanggan dalam satu-satu masa, dan sering menerima kunjungan tetamu ke nama an.
Ketam Alaska, lobster dari Australia dan Boston, dragon tiger garoupa, spesis kerapu hibrid, bawal emas serta siput gajah adalah antara pilihan pengunjung serta yakin dengan chefnya yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam masakan laut. Turut menjadi tarikan ialah nasi goreng istimewa. Untuk menu ini, chef menggunakan beras wangi, ditambah isi
ketam dan telur ikan yang cukup menyelerakan. Sayur kailan dua rasa juga punya daya tarikan tersendiri. Bahagian daunnya diracik halus dan digoreng terendam. Bahagian batang kailan itu pula dicelur sempurna. Menu itu diberikan sentuhan enak dengan rasa bawang putih goreng. Selain itu ialah menu kaki sotong goreng telur masin. Kaki sotong digoreng rangup, kuah telur masin yang lemak dan manis pula sebagai pelengkapnya. “Menu paling istimewa restoran ini ialah tiga jenis ketam dengan kuah berbeza. Ketam ada tiga jenis, pertama ialah ketam telur masin, kedua ketam dengan sos masam pedas dan ketam butter cream. Kita tambah dengan sepotong roti bawang putih,” jelas pengurus restoran, Stella Wong. Restoran KL Seafood Market menawarkan segala nya tentang makanan laut, anda tidak perlu lagi ke luar negara kerana semuanya ada di sini.
18
15 - 21 FEBRUARI 2017
JENAMA / di sebalik nama
Bill Gates, Microsoff sama terkenal RADZHA RAIEH
MICROSOFT atau Bill Gates yang mana lebih anda kenal? Walhal, kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Microsoft jenama program terunggul dalam industri komputer manakala Bill Gates pula penciptanya yang bergelar jutawan lagi dermawan. Lebih menarik Gates menjadi insan terkaya di dunia dengan nilai kekayaan RM333 bilion me nurut Forbes 2016. Kejayaan Microsoft sejak penubuhannya pada 1975 hingga kini amat luar biasa. Bermula dengan Basic Microsoft kemudiannya mendominasi sistem operasi komputer peribadi dengan MS-Dos pada pertengahan 1980an seterusnya sistem operasi Microsoft Windows, Gates membawa empayar perniagaanya ke tahap ter tinggi dengan harga saham mencecah RM 13 juta. Pastinya cabaran tidak m u d a h u n t u k sampai ke puncak. Biarpun ada yang m en g a takan Gates lebih mudah b e rj a y a ,
kerana lahir dalam ke luarga me nengah, namun tan pa kelebihan genius yang dimilikinya, ia belum mampu melonjakkan kekayaannya. Bill Gates atau nama pe nuhnya William Henry Gates III lahir pada tahun 1955 di Seatle Washington. Ayahnya William H.Gates ialah pe guam manakala ibunya Mary Maxwell Gates adalah ahli per niagaan. Kisahnya menarik apabila Gates memperlihatkan mi nat nya pada komputer sejak zaman persekolahan lagi hingga berjaya memprogram sistem pada komputer. Gates kemudian melanjutkan pen didikan di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Namun, dek kebosanan, Ga tes tidak lagi ma hu menyambung pengajiannya di universiti. Gates tidak m e n gh a b i s k a n pengajiannya di Universiti Harvard, lalu bekerja bersama Paul Allen di MITS (Micro
Bill Gates yang bergelar jutawan lagi dermawan.
Instrumentation and Tele metry Systems), sebuah perniagaan pencipta ‘minicomputer’ terbaharu. Gabungan Gates-Allen mencipta nama ‘Micro-Soft’, setahun kemudian ditukar kepada ‘Microsoft’. Ketika itu Gates memperkenalkan BASIC Microsoft. Malangnya salinan program itu telah bocor sehingga ia disebar secara meluas menyebabkan Gates kerugian kerana tidak mendapat sebarang bayaran. Gates mengirim surat pro tes yang melarang ke ras MITS memproduksi dan menyebarkan BASIC Micro soft, namun per mintaannya tidak dilayan. Pada tahun 1976, gabungan Microsoft dan MITS pun berakhir. Seterusnya Microsoft ber gabung bersama jenama IBM lalu menghasilkan perisian MS-DOS yang men jadikan Microsoft sebagai pemain uta ma di dalam industri komputer. Pada tahun berikutnya, Microsoft mengembangkan program Windows. Namun akhirnya Microsoft mengakhiri kerjasamanya dengan IBM lalu beralih pula kepada pengembangan program Kernel Windows NT. Perubahan demi perubah an menjadikan Microsoft peneraju industri komputer hingga mencecah angka trilionair.
Tempias perisian hasad Malaysia berada pada kedudukan ke25 dunia dalam penyebaran perisian hasad, iaitu perisian bertujuan merosakkan atau melumpuhkan komputer dan sistem komputer pengguna web, menurut laporan Kaspersky Lab, 2016. Pengarah keselamatan perisian antarabangsa kumpulan APAC Global Research and Analysis Team, Vitaly Kamluk berkata daripada 283,799 laman web diserang perisian berniat jahat yang dikesan di seluruh dunia antara Jun dan Ogos tahun ini, 0.21 peratus adalah dari Malaysia. “Amerika Syarikat kekal mencatat jumlah tertinggi laman web diserang
perisian berniat jahat dengan 32.02 peratus, diikuti Rusia (11.09), Jerman (10.18), United Kingdom (6.60) dan Belanda 6.44 peratus,” katanya. Beliau berkata hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer. Beliau juga menggesa syarikatsyarikat dan organisasi tempatan agar lebih berhati-hati kerana dijangkakan terdapat peningkatan terhadap insiden serangan siber terutama di rantau ini, ekoran individu-individu terbabit lebih matang dalam melakukan serangan siber seumpama itu.
Gates dan isterinya menubuhkan Yayasan Bill & Melinda yang kini menjadi antara yayasan pendidikan dan kesihatan terbesar di dunia.
Gates berkahwin de ngan Melinda French dan dikurniakan tiga anak iaitu Jennifer Kathrine Gates, Rory John Gates, dan Phoebe Adele Gates. Mahu menyumbang bak ti kepada lebih ramai orang membuatkan Gates dan isterinya menubuhkan Yayasan Bill & Melinda yang kini menjadi antara yayasan pendidikan dan kesihatan terbesar di dunia. Sementara, Microsoft
pula kekal berada di pun cak dengan dominasi sis tem operasi komputer (ber sama Microsoft Office). Em payar perniagaaannya ju ga mengeluarkan aplikasi untuk ‘dekstop’, ‘server’ dan aktif dalam sejumlah bidang seperti pencarian Internet (Bing), industri permainan video (konsol Xbox dan Xbox 360), pasaran digital (MSN), dan telefon bimbit (Windows Phone OS).
Facebook tapis berita palsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan pengguna untuk meneliti sesuatu informasi dengan lebih baik sebelum me nyebar atau kongsikannya di media sosial. Beliau berkata sempena kempen Safer Internet Day. “Dunia teknologi dan arena web agak membimbangkan akhir-akhir ini. Apatah lagi jika ia berkaitan perkongsian informasi yang kurang tepat atau maklumat palsu, maka ramai yang akan menjadi mangsa scam,” katanya. Najib berkata masalah informasi dan berita palsu ini bukan sahaja menjadi masalah di Malaysia,
tetapi di seluruh dunia. Malah, sejumlah syarikat teknologi turut dilihat sedang membangunkan penyelesaian mereka untuk mengurangkan penyebaran berita palsu pada platform mereka, seperti Facebook dan sebagainya. “Proses ini juga semakin menjadi rumit apabila penerbitan yang dipercayai ramai turut menerbitkan informasi kurang tepat – sebagai contoh apa yang dilakukan ke atas kad Paywave baru-baru ini,” katanya. Sumber : Facebook Najib Razak bertarikh 7 Feb 2017
19
15 - 21 FEBRUARI 2017
21
TOP jalani khidmat tentera 21
Nama anak Karena dipersoal
Soo Wincci kuat semangat 21
Aida Jebat curi hati 22
Belum rezeki kami berdua 20
The Lego Batman Movie
20
15 - 21 FEBRUARI 2017
Petah, rezeki Radin Era
Radin yakin dengan minat, usaha dan tawakal, setiap individu berpotensi untuk berjaya
B
ERGELAR antara pe nyampai radio lelaki yang popular, tidak pernah membuatkan Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 27 lupa di mana bumi dipijak. Lebih senang disapa Radin Era, kemenangannya dalam program Penyampai Top Malaysia 2014 membuka lembaran dalam dunia penyiaran. “Dulu nak sangat jadi pengacara televisyen, tapi tiada rezeki. Bila dapat jadi penyampai radio, rezeki sebagai pengacara televisyen pun datang. Saya
percaya rezeki Allah tu luas. Tinggal usaha dan izin Allah sahaja menanti.” Mengendalikan rancangan Super 40 Era dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 hingga 12 malam serta rancangan ‘AM Live’ setiap hari Jumaat membayangkan rutin Radin yang sangat padat. Namun ia tidak pernah membuatkannya lelah. “Saya baru tiga tahun dalam bidang ini. Jadi banyak lagi yang perlu saya pelajari. Jadi, bila orang tanya mengenai menjadi deejay, saya katakan tidak kira apa sahaja bidang yang kita ceburi, perlu ada minat, usaha, perlu sentiasa belajar dan akhir sekali tawakal,” katanya yang tidak jemu-jemu belajar memperbaiki diri. Menyentuh mengenai teman tapi mesranya iaitu aktres popular, Ayda Jebat, Radin menjelaskan dia selesa dengan Ayda malahan menganggap Ayda sebagai rakan perempuan pa ling rapat. “Ayda sangat profesional. Dia banyak mengajar saya bersikap lebih positif dalam industri ini. Mungkin ramai yang nampak kami seperti bercinta, tetapi sebenarnya kami saling
memahami antara satu sama lain. Jadi, saya tidak kisah dengan tanggapan orang kerana apa yang lebih penting ialah Ayda memang teman perempuan yang rapat dengan saya,” ujarnya. Radin juga memberitahu kepada WARTA berkenaan ciri-ciri isteri idamannya yang biarlah sedap mata memandang dan menerima seadanya. “Dengan kerja saya yang tidak sama dengan orang lain, saya harap kan wanita itu boleh menerima saya seadanya. Saya juga suka wanita bekerjaya dan berdikari supaya dia boleh menyesuaikan dengan kehidupan saya yang sentiasa sibuk.”
Kemesraan bersama Ayda Jebat yang sering diperkatakan
Tidak cabar sesiapa
MELIHAT kemesraan pasangan dua sejoli Amyra Rosli, 26 dan Amar Baharin, sungguh mengujakan peminatnya di Instagram mereka berdua. Apatah lagi tatkala Amyra memuat turun videonya menyanyi sambil Amar bermain gitar, membuatkan peminat mereka terbuai-buai. Ternyata lagu duet mereka iaitu Kisah Cinta Kita bagaikan berhantu pabila ia direalisasikan menerusi MTV Karaoke yang merakamkan lokasi menarik di Cardiff, Wales dan United Kingdom. “Kami sebenarnya menyanyi sekadar suka-suka dan tiada sebarang niat untuk mencabar penyanyi sedia ada. Jadi, jangan lah tuduh kami mengacau periuk nasi penyanyi yang lebih
berpengalaman dari kami,” kata Amar yang tidak berniat pun memasuki sebarang pertandingan nyanyian. “Kami terima kehadiran penyanyi yang cuba jadi pelakon, kenapa pula mereka tidak terima kami untuk bersama-sama memeriahkan industri muzik kita,” ujarnya menjawab pertanyaan segelintir artis yang berasa kurang senang dengan kehadiran pelakon menjadi penyanyi. Bagaimanapun, Amar berkata, dia sudah bersedia dan tidak mengambil peduli tentang kecaman atau kritikan yang akan dilemparkan terhadap lagu berkenaan. Amyra pula menjawab dengan tenang situasi dirinya yang masih belum hamil walaupun sudah tiga bulan berkahwin. Amyra berkata
dia sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana kontrak iklan yang melarang untuk dia hamil. “Setakat ini semua iklan yang saya tandatangani tidak menghalang saya untuk hamil. Jadi tiada masalah pun dari segi itu, cuma mungkin belum ada rezeki lagi untuk hamil. Maaf, belum ada berita gembira yang boleh dikongsi dengan semua,”ujarnya. Sementara itu, Amar berkata, rezeki untuk berlakon bersama isterinya lebih banyak diterima selepas mereka berumahtangga. Katanya, dia tidak boleh menolak perkara tersebut biarpun pada awalnya dia berhasrat untuk kurang menerima tawaran jika digandingkan bersama isterinya. “Alhamdulillah, rezeki kami lebih banyak dari segi tawaran berlakon bersama, setakat ini jadual sudah penuh sehingga lepas Hari Raya Aidilfitri. “Pada awalnya kami memang berniat untuk kurangkan bergandingan Rezeki untuk berlakon berbersama, tapi nak buat masama isterinya lebih banyak cam mana, kami tidak boleh diterima selepas nak tolak rezeki ini,” ujarnya. mereka berumahtangga
21
15 - 21 FEBRUARI 2017
Soo Wincci
utamakan ilmu SEDA RANI
T
IDAK dinafikan pada masa kini, ramai yang cuba mengambil kesempatan menipu dan memalsukan kelulusan akademik sama ada diploma, sarjana muda, ijazah sarjana ataupun ijazah doktor falsafah (PhD) semata-mata mahu mendapat kedudukan dalam pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Malah ia juga merupakan satu status yang boleh dibanggakan sekiranya di awal pangkal nama diletakkan status seperti profesor, doktor, ir dan sebagainya. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk kepentingan diri sendiri. Ini diakui sendiri oleh selebriti tempatan Dr. Soo Wincci yang baru menamatkan pengajiannya di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Dia mengambil masa selama enam tahun untuk melengkapkan kajiannya di peringkat ijazah PhD. “Saya akui bukan mudah untuk saya memperoleh PhD ini. Saya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Pada tahun pertama lagi saya sudah merasakan kesusahannya dan pernah bertanya pada diri, kenapakah PhD ini lebih susah daripada Ijazah dan Master? Pernah satu ketika, saya mahu berhenti di tengah jalan saja. Saya rasa putus asa dan stres. Saya juga hampir tidak ada kawan dan ibu bapa saya ingat saya gila.” “Mujurlah pensyarah saya, Dr. Wardah sentiasa memberi kata semangat. Katanya jika awak tidak habiskan pelajaran, awak gila. Tapi, sekiranya awak berjaya habiskan pelajaran, awak seorang genius. Pensyarah saya sentiasa memberi dorongan untuk saya habiskan pelajaran saya. Dia umpama seorang ibu yang mahu melihat anaknya berjaya,” cerita Wincci lagi sambil menambah bahawa Dr. Wardah adalah idolanya. Katanya lagi, ramai yang hairan mengapa dia begitu mementingkan pelajarannya. Malah dirinya terasa kosong, sekiranya tidak menyambung pengajiannya biarpun dia sudah mempunyai karier sebagai seorang artis. “Hidup saya terasa kosong tanpa dipenuhi dengan belajar. Sebab itu saya sentiasa belajar dan belajar. Sekarang ini pun, saya ingin sambung belajar dalam kursus yang lain pula. Saya tidak memikirkan yang lain. Selagi masih muda, saya rasa baiklah saya habiskan masa saya dengan belajar,” jelasnya lagi. Diajukan mengenai cabarannya ketika menghabiskan PhD nya, kata Wincci, dia menghadapi kesukaran daripada segi topik yang dibuat memandangkan kajian dibuat tentang selebriti di Ma-
laysia serta interaksi mereka di laman sosial seperti di Instagram, Twitter dan sebagainya. “Ia merupakan jurnal yang pertama seumpamanya. Subjek saya pula ialah artis Malaysia. Tidak ada sebarang sumber yang boleh saya jadi rujukan. Jadi saya terpaksa menggunakan jurnal daripada Amerika Syarikat dan Korea dan cuba sesuaikan dengan subjek di negara ini. Kesemua rujukan tersebut, saya terpaksa terjemahkan semula,” katanya. Bercakap mengenai pengalaman yang tidak boleh dilupakan sewaktu mengambil PhD, dia mengatakan sebaik saja selesai peperiksaan dia terus menangis, dan ia merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. “Sebaik saja habis Viva, iaitu peperiksaan akhir, saya terus menangis. Ramai juga pemeriksa yang hairan mengapa saya menangis. Saya menangis kerana lega semuanya telah selesai dan gembira kerana saya menjadi seorang yang genius kerana mampu menghabiskan PhD saya,” ujarnya yang mendedikasikan keseluruhan kehidupannya untuk mencabar diri dengan belajar. Sedikit nasihat daripada Wincci, katanya bagi mereka yang mahukan ijazah, ijazah sarjana atau yang mahu bergelar doktor falsafah, berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Jangan cuba memalsukan sijil yang ada kerana kelak akan memalukan diri sendiri. “Kini kesemuanya akan mudah diketahui dengan klik di hujung jari saja. Kalau kita menipu tidak ada gunanya kerana lambat laun orang akan tahu juga,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Seputar Artis
T.O.P Big Bang jalani khidmat tentera ANGGOTA kumpulan BigBang, Top mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan ahli kumpulannya itu sebelum memulakan latihan khidmat negara selama 21 bulan. Menerusi muat naik di Instagram, T.O.P telah berkongsi sekeping foto yang mengatakan dia akan menyertai latihan khidmat negara bermula 9 Februari. Dengan kapsyen ‘selamat tinggal’ yang ditujukan khas kepada anggota BigBang yang lain, ternyata T.O.P sangat sedih kerana akan lebih merindui mereka jika bertemu bagi mengucapkan selamat tinggal. Biar pun memilih untuk pergi secara senyap tanpa sebarang majlis rasmi, namun G-Dragon, berjaya juga menemui T.O.P bagi mengucapkan selamat tinggal. Penyanyi yang berusia 29 tahun ini dilaporkan akan menjalani latihan asas selama 4 minggu sebelum diserap untuk meneruskan perkhidmatan ke dalam pasukan tentera selepas itu. T.O.P dikatakan bakal mendaftarkan diri di Pusat Latihan Ketenteraan, Chungnam Nonsan.
Nama anak Kareena dipersoal Biarpun nama anaknya menjadi perdebatan di media sosial, Kareena
Kapoor dan suaminya Saif Ali Khan tenang menghadapi situasi tersebut. Taimur Ali Khan, nama buah cinta mereka dikatakan nama lelaki yang kerap memukul orang di masa lalu. Kareena bingung kenapa ia menjadi persoalan, kerana ia adalah hak mereka berdua sebagai ibu bapa bukannya orang lain. Bagi Kareena sendiri, dia menyukai nama tersebut kerana ia membawa maksud besi dalam bahasa Arab. Bagi Saif pula, dia tidak peduli kritikan orang ramai kerana mereka lebih tahu yang sebaik-baiknya pada anak mereka.
Katy Pery jual kasut Rupanya sejak tahun 2013 lagi, penyanyi versatile dengan suara memukau serta ‘showmanship’ hebat, Katy Perry telah bercita-cita menakluk dunia dengan idea fesyennya. Tetapi bukan busana atau aksesori yang diimpikan, namun kasut yang penuh warna-warni seperti dirinya yang sentiasa berani dalam penampilan. “Anda adalah apa yang anda pakai bukan? Ketika bekerja, memang saya tak sempat untuk berbicara dengan ramai orang. Jadi dengan kasut rekaan saya yang terang ini, ia adalah cara saya mengucapkan ‘hello’ kepada semua bakal pemakainya,” katanya. Kasut Katy Perry Collections dilancarkan pada 16 Februari dengan harga antara RM260 hingga RM1300.
22
15 - 21 FEBRUARI 2017
Ulasan Filem
The Lego Batman Movie, lucu, cemas
T
HE Lego Batman Movie adalah filem animasi dalam versi kartun mengisahkan seorang super hero bernama Batman yang mempunyai lambang kelawar. Diarahkan oleh Chris McKay dan jalan cerita ditulis
oleh Seth Grahame-Smith dan Chris McKenna, gabungan genre animasi serta komedi menjadikan cerita ini menarik. Apa yang menarik mengenai filem animasi berbentuk Lego ini, lakon suara dibintangi oleh pelakon
dan selebriti popular seperti Ralph Fiennes, Rosario Dawson, Will Arnett, Michael Cera dan Mariah Carey. Filem yang diterbitkan oleh Studio DC Entertainment, Vertigo Entertainment, Animal Logic, Village Roadshow Pictures dan Warner Bros telah pun ditayangkan awal Februari lalu di pawagam-pawagam di negara kita. The Lego Batman Movie menceritakan tentang musuh Batman bernama Joker yang membuat kekacauan di kota Gotham. Batman harus melindungi penduduk kota daripada ancaman Joker dan geng penjahatnya. Namun begitu, dia menyedari bahawa dia tidak boleh beraksi sendirian sebagai super hero. Pada suatu hari, Batman bertemu dengan Robin (Dick Grayson) dan Batgirl atau Barbara Gordon. Mereka bekerja sama untuk melawan dan membasmi kejahatan yang semakin bermaharajalela dan membimbang-
Curi hati orang Indonesia
SUDAH semakin berjaya di negara sendiri, penyanyi dan pelakon kecil molek Ayda Jebat mencuba nasib di negara jiran, Indonesia pula. Menerusi single Pencuri Hati, Ayda cuba mengikut jejak penyanyi-penyanyi yang sudah popular di Indonesia seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan Amy Search. Hujung Januari lalu, Ayda sudah pun mempromosikan single nya di radio-radio di sana. Selain itu, lagu Pencuri Hati digunakan sebagai lagu tema untuk tiga telefilem di Indone-
sia iaitu Rebutan Cinta Sekretaris Metal, Let’s Go Kita Married dan Tanjidor Love Story. Selain itu, Ayda mengatakan, singlenya itu juga sudah ditonton lebih dari 15 juta kali di YouTube. “Saya sendiri tidak sangka lagu Pencuri Hati digunakan untuk
Menerusi single Pencuri Hati, Ayda cuba mengikut jejak penyanyi-penyanyi yang sudah popular di Indonesia seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan Amy Search tiga telefilem di Indonesia. Justeru, ia menjadikan saya lebih positif untuk menghasilkan karya-karya berkualiti pada masa akan datang,” katanya yang bakal hadir dengan beberapa single baharu dan juga album penuh pada tahun ini. Sambil mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan, Ayda berkata, komposisi lagu tersebut yang sangat menarik dan santai menyebabkan ia mudah diterima. Berkongsi lanjut mengenai perkembangan terbaharu, Ayda bakal menjalani penggambaran bagi sebuah drama bersiri tidak lama lagi.
Filem:
The Lego Batman Movie
Edaran: Warner Bros Pictures Penerbit : Roy Lee, Dan Lin, Phil Lord Pengarah: Chris Mckay Lakonn suara: Will Arnett, Rosario Dawson, Ralph Fiennes, Michael Cera, Zach Galifianakis Nilaian: **** Pawagam: GSC IOI Mall Puchong Masa: 6.30 petang
kan penduduk kota. Apakah yang terjadi seterusnya? Filem ini memang sesuai untuk tontonan keluarga kerana di sebalik aksi mencemaskan, ada juga diselitkan adegan dan kata-kata lucu yang membuatkan anda dan keluarga ketawa di dalam panggung. Selamat menonton!
Jom Wayang JOURNEY TO THE WEST 2: THE DEMONS STRIKE BACK (KANTONIS)
Pawagam: GSC SETIA CITY MALL Masa: 5:45 PM 10:15 PM 12:30 AM
Filem: BOGAN (TAMIL)
Pawagam: TGV CHERAS SENTRAL Masa: 11:55 AM 2:30 PM 3:00 PM 6:05 PM 9:15 PM
Filem: DON’T KNOCK TWICE Pawagam: GSC MID VALLEY Masa: 7:15 PM 9:00 PM
11:00 PM
Filem: RAEESE (HINDI)
Pawagam: TGV PERMAISURI IMPERIAL CITY MALL Masa: 1:30 PM 7:00 PM 10:00 PM
SUDOKU
15 - 21 FEBRUARI 2017
23
24
15 - 21 FEBRUARI 2017
HOT / hobi orang ternama
Emas Datuk Vida Antara koleksi emas Datuk Vida MURNI REJAB
MELIHAT penampilannya, penuh dengan hiasan dari atas kepala hinggalah hujung kaki. Pakaian blingbling, penuh hiasan emas dan berlian. Imej mewah itu menjadi ‘trade mark’ personaliti ini. Siapa yang tidak kenal usahawan produk kecantikan, Datuk Vida. ‘Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh’, tagline yang melonjak naik nama dan produknya. Akan tetapi, produknya sudah lama berada dipasaran. Bukan sehari dua dia berniaga, sudah bertahun sebelum ini. Jadi jika ada yang menganggap Vida jadi kaya sekelip mata, itu adalah salah. Bekas guru ini pernah jatuh dan bangun dalam perniagaan, sebelum produknya betul-betul melekat di hati pembeli. Penampilannya nampak sarat di mata kita, namun itu yang digemari Datuk Seri Dr. Hajjah Haslizah Othman, pengasas Vida Beauty.
Wanita dan perhiasan tidak dapat dipisahkan. Dengan kemampuan yang dimiliki Vida tidak pelik jika dia minat membeli barang kemas. “Saya suka sekali membeli dan mengumpul aksesori, cincin berlian, gelang emas. Memang hobi saya mengumpul koleksi emas yang besar. Malah kini saya mempunyai lima hingga 60 jenis koleksi emas pelbagai terutamanya gelang besar.” Katanya, kerana terlalu meminati emas, dia sekarang telah membuka dua buah kedai emas di Ipoh, dan Jerteh. Kedai emas, DSV Gold and Jewellery itu telah beroperasi sejak 10 bulan yang lalu. “Kerana terlalu banyak koleksi emas, saya akan membuat pameran kepada pembeli yang serius untuk membeli koleksi saya.” Katanya lagi, barang kemas yang dijual di kedainya adalah mengikut citarasa dan reka bentuk dia sendiri dan dihasilkan oleh seorang tukang emas yang berkemahiran dari
PROGRAM
CAPITAL TV Menarik di Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 15 hingga 21 Februari 2017 Program : Biz Tips Episod : 4 Tarikh : 15 Februari (Rabu) Masa : 8.30 malam
Inspirasi. Informasi. Motivasi.
Keuntungan dijana, kepentingan sosial jadi keutamaan Siapa kata perniagaan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata? Sebenarnya, ia juga mampu berperanan melaksanakan tanggungjawab sosial. Begitu yang dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif The Body Shop Malaysia, Dato’ Simon Foong yang mendokong usaha memelihara alam sekitar dengan menghasilkan produk mesra alam. Apa yang kita boleh terokai dalam cabang perniagaan mesra alam? Saksikan panduan penuh inspirasi daripada Dato’ Simon.
Kelantan. “Baru kita dapat apa yang kita hajati dari segi bentuk, corak dan yang pastinya kita boleh sediakan rekaan yang terkini kepada pelanggan, kalau nak beli emas yang biasa-biasa di mana pun ada, tapi di kedai saya, kami pastikan yang terbaik untuk kepuasan mereka yang gemar kepada barang berharga ini,” jelasnya. Selain emas, berlian dan germstone turut menjadi koleksi peribadi dirinya. “Saya juga suka membeli-belah dan sudah pasti pada masa lapang saya akan isi masa dengan membaca AlQuran,” katanya lagi.
Cincin berlian turut dijadikan koleksi peribadinya.
Program : Legasi Niaga Episod : 7 Tarikh : 21 Februari (Rabu) Masa : 8.30 malam
Program : Santai Familia Musim Kedua Episod : 3 Tarikh : 20 Februari (Isnin) Masa : 8.30 malam
Dari Pulau Pinang Nasi Kandar Kayu ‘terbang’ ke kota London Bermula dari sejarahnya di Pulau Pinang 43 tahun lalu, kini Restoran Penang Kayu Nasi Kandar mencipta nama di persada dunia apabila cawangannya dibuka di Kota London. Bagi pengasasnya, Sirajuddin Mohd Mydin, 74, legasi perniagaan ini diteruskan bukan semata-mata mengumpul kekayaan keluarga, tapi tersemat harapan agar juadah warisan negara ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas untuk kelazatannya dapat terus dinikmati generasi akan datang di seluruh dunia.
Khayal di Bamboo Village bagai di kayangan buluh Bercuti bersama keluarga tercinta di dalam rumah kampung diperbuat daripada buluh di BambooVillage, Hulu Langat, Selangor pasti akan membuat anda terpegun dan terkhayal umpama berada di kayangan rimba. Flora dan fauna yang menghijau disulami reka bentuk buluh yang kemas dan dan menambat jiwa memberi sejuta ketenangan yang tidak terungkap kepada pengunjung.
Program : House Hunt Episod : 3 Tarikh : 17 Februari (Jumaat) Masa : 8.30 malam Nilai rumah lebihi bajet, cetus dilema pilih rumah idaman Rumah pertama memenuhi konsep klasik Inggeris yang diidamkan Anis Nazira Razizat dan suami. Namun, nilai rumah itu melebihi bajet mereka. Sebaliknya, rumah kedua pula kurang menarik, tapi menepati bajet yang ditetapkan iaitu RM500,000. Apa keputusan yang akan dibuat Anis dan suami? Mampukah ejen House Hunt membantu mereka?
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
15 - 21 FEBRUARI 2017
Kisah anak muda \ KAM
Wajah pelukis
BoBoiboy MURNI REJAB
KOMIK BoBoiboy mendapat sambutan yang baik di pasaran. Pembaca setianya, menanti dengan penuh sabar kemunculannya setiap tiga bulan sekali. Tentunya jalan cerita, aksi serta dialog yang dipersembahkan menjadi kegilaan penggemarnya. Namun, siapa sebenarnya yang berhempas pulas memerah otak menyiapkan karikatur watak BoBoiboy, Adu Du, Papa Zola, Gopal, Yaya, Ying dan yang lainnya. Peranan mereka amat besar, tetapi kita dikenali umum, malah muncul hanya dengan nama pena. Sebenarnya pelukis karikatur komik BoBoiboy ini terdiri dari anak muda yang memang berbakat. Bermula dengan sekadar suka-suka, akhirnya menjadikan bidang ini sebagai sumber rezeki. Kerjaya ini memerlukan kreativiti yang tinggi bukan, ketelitian serta tahap kesabaran yang tinggi. Secara umumnya ketiga-
tiga anak muda ini sudah menunjukkan bakat melukis sejak kecil lagi. Haireey Hashnan, 26, berkata kerana terlalu minat dengan kartun Mickey Mouse dan Donald Duck ketika berusia 5 tahun, dinding rumah menjadi tempat dia melukis, dan sering dimarahi kedua ibu bapanya. “Ketika itu saya tidak ada kertas lukisan, nampak sahaja dinding kosong di rumah, terus saya capai pensel dan melukis,” ujarnya sambil ketawa kecil. Bagi Muhammad Emiree Fazrin Abdul Rahim, 24, dia seorang yang amat taksub dengan dunia lukisan komik dan animasi. Pernah hasilkan komik sendiri bertajuk Paradigma Guru. Baginya, dengan menceburkan diri sebagai pelukis komik ini, bakatnya dapat dikembangkan. “Orang selalu cakap susah nak melukis ni. Tapi bagi saya, bila kita minat kepada sesuatu, perkara yang sukar boleh jadi mudah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih… M a l a h tugasnya
Bersama rakan sekerja yang turut menyumbang kejayaan komik Boboiboy
menghasilkan thumbnail, sketch, inking, mewarna dan juga menghasilkan kulit buku amat berat namun oleh kerana minat dan suka kepada bidang ini, ia dapat diselesaikan demi memastikan sebuah buku itu siap pada masa yang ditetapkan. Jangan tidak tahu, wanita juga turut melibatkan diri dalam industri ini. Nurfatin Zulkefli, 23, atau lebih dikenali dengan nama pena Ryocutema berkata, hanya kerana terlalu minat mendalam dengan BoBoiboy, dia berusaha menggapai impiannya sehinggakan berjaya bekerja di bawah syarikat animasi BoBoiboy, Animonsta Studios. “Kemunculan kartun animasi BoBoiboy pada Mac 2012 membuatkan saya terus jatuh cinta padanya. Sejak
80 tahun komik Donald Duck
Watak Donald Duck pertama kali disebut adalah melalui majalah Mickey Mouse Annual pada tahun 1931. Namun, wajah sebenar Donald Duck hanya muncul tiga tahun selepas itu setelah diadaptasi daripada filem pendek The Wise Little Hen. Pada 1936, Donald makin dikenali dan karektornya popular dalam komik Silly Symphonies . Ted Osborne adalah penulis utama komik dan Al Taliaferro sebagai pelukisnya. Osborne dan Taliaferro juga memperkenalkan beberapa karektor lain seperti Kwik, Kwek, dan Kwak. Pada tahun 1937, sebuah
penerbit Itali, Mondadori menerbitkan komik pertama untuk Donald Duck. Komik 18 muka surat itu mengisahkan Donald sebagai penjahat dan bukannya pelawak. Di England, syarikat penerbitan, Fleetway juga mula menerbitkan komik Donald Duck. Komik Donald Duck mendapat sambutan hangat di pasaran, menurut data Disney, ia diterbitkan secara bulanan dan mingguan di seluruh dunia. Sehingga kini komik Donald Duck telah berusia 80 tahun dan masih mendapat sambutan yang baik. Siapa sangka watak yang hanya diadaptasi dari filem pendek ini mampu takhluki dunia dan menjadi sumber pendapatan serta watak yang tak jemu ditonton.
dari itu, saya berusaha praktis melukis dari hari ke hari, malah saya sambung belajar di Universiti Multimedia, Cyberjaya untuk lengkapkan ilmu melukis karikatur dan sekarang BoBoiboy ada depan mata saya,” ceritanya. Pelukis perlu belajar melukis semua watak bagi memudahkan kerja dan proses penerbitan. Jelas mereka, kerjasama antara satu sama lain amat penting bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Mereka berharap dengan hasil karya ini dapat memeriahkan lagi industri seni karikatur dan penerbitan di masa hadapan. Bagi anak muda yang masih takut-takut untuk menceburi bidang ini, jangan risau, teruskan minat dan berusaha lebih ke arah menggapai matlamat.
Proses hasilkan komik * Proses komik bermula dari skrip. Skrip akan ditukarkan ke bentuk komik secara kasar menggunakan thumbnail. * Thumbnail adalah storyboard untuk komik. * Dari thumbnail, artis komik akan menghasilkan lakaran betul dan diikuti dengan proses inking atau pendawatan, lakaran-lakaran tadi dikemaskan dan ditambah. * Selepas inking, colorist pula akan mewarna komik-komik tersebut. * Sehabis warna, masuk pula ke proses penyuntingan. Di sini sound effect, speech bubble dan juga teks dialog akan dimasukkan ke dalam komik. * Selesai proses penyuntingan, semuanya akan dikumpul dan disusun dalam satu fail untuk dicetak. * Sebuah buku komik mengambil masa 3 bulan untuk dihasilkan. Biasanya sehari proses melakar dan inking boleh disiapkan dalam 3-4 muka surat. * Manakala mewarna pula boleh disiapkan dalam 2-3 muka surat. Namun kuota harian mungkin berbeza mengikut keperluan semasa.
26
15 - 21 FEBRUARI 2017
SALAM SEMUT
Jangan kata orang kita tidak sopan, mesra! Apakah negara yang paling sopan di dunia? Untuk menjawab soalan itu kita harus mengupas maksud 'sopan' terlebih dahulu. Mengikut Kamus DBP; sopan bererti hormat dengan tata tertib, baik budi bahasa, tahu tertib peraturan, beradab, baik perangai, berasa segan akan adat istiadat dan tata susila serta berakhlak baik. Yang pasti, sopan adalah sesuatu yang subjektif. Apa yang sopan bagi satu masyarakat mungkin kurang sopan bagi yang lain. Di Thailand, senyum dengan pelawat merupakan sesuatu yang sangat sopan tetapi di Rusia, ia dianggap sungguh kurang sopan. Saya bertanya pada 20 orang rakan sekerja saya, soalan yang berikut; "rakyat negara manakah yang paling sopan di dunia?" Semua menjawab Jepun walaupun ramai antara mereka tidak pernah pergi ke ke Jepun pun. Begitulah hebat reputasi orang Jepun. Bersopan santun bukan sahaja cara kehidupan orang Jepun malah ia seperti kulit mereka; tidak dapat dipisahkan. Sikap bersopan santun mereka berakar umbi dalam 'omotenashi' (Semangat layanan) yang merupakan satu 'tata adab' yang mengabungkan sopan,adab
dan harmoni sambil mengelakkan konflik yang disemai dalama diri setiap orang Jepun sejak kecil lagi. Menurut pegawai di Discover Link Setouchi, Noriko Kobayashi, mereka membesar dengan peri bahasa yang berbunyi "jika seseorang melakukan sesuatu yang baik untuk kita, kita harus melakukan yang baik untuk mereka dan jika mereka melakukan sesuatu yang buruk, jangan sesekali berkelakuan buruk pada mereka." Semangat seperti ini ditiup dan dicanang sejak kecil lagi. Mengikut Kurator Muzium Ke bangsaan Etnalogi Jepun, Professor Emeritus Isao Kumakura, etika ke sopanan masyarakat Jepun ber kembang daripada upacara teh me re ka. Upacara ini mencorakkan budaya Jepun dengan pelbagai aras kesopanan , bukan sahaja bagi tuan rumah malah untuk tetamu juga. Namun begitu Jepun tidak tersenarai dalam 10 negara paling mesra di dunia yang dikeluarkan oleh World Economic Forum. Ini adalah kerana sopan dan mesra dua perkara yang berbeza tetapi ia saling berkait. Yang mengejutkan saya, negara kita juga tidak tersenarai dalam 10 negara paling mesra di dunia. Bagaimanapun, bagi saya orang kita pun tidak kurang hebatnya ber banding dengan orang Jepun. Sopan
dan mesra, itulah yang dikatakan oleh ramai pelancong mengenai sikap kebanyakan rakyat Malaysia. Sering kali kita jumpa pegawai yang mengendalikan kaunter yang membahasakan pelanggan acik, makcik, akak, encik, puan ,uncle dan aunty. Walaupun segelintir meng guna kan 'you' atau 'awak', rata-ratanya kita boleh bangga dengan tahap kesopanan orang kita sendiri. Kita lebih suka bercerita tentang seorang pegawai yang kurang sopan dan melupakan sembilan yang lain telah memberikan perkhidmatan yang baik. Rakyat Malaysia bukan sahaja sopan dan mesra malah prihatin juga. Cuma kita jarang memanjangkan cerita seperti ini. Baru-baru ini, saya berkunjung ke Miri, Sarawak. Setelah makan tengah hari di luar pusat bandar, hampir 20 minit saya berpusing mencari teksi untuk kembali ke hotel . Ketika itu, saya nampak seorang pemuda keturunan Cina yang berpakaian segak sedang berjalan pantas menuju ke arah jalan raya. Saya menyapa pemuda itu dan bertanya di mana saya boleh mendapatkan teksi. Dia mengatakan amat sukar untuk dapat teksi di situ dan dia terus google nombor telefon syarikat teksi yang terdapat di Miri. Kemudian dia menghubungi pihak berkenaan
GESAN RAVEN MURU meminta untuk menghantar teksi untuk saya. Selepas itu, dia menghubungi rakan temujanjinya memberitahu dia akan lewat dalam 15 minit. Ingatkan dia akan beredar selepas memanggilkan teksi untuk saya, tapi dia menemankan saya sehingga teksi itu sampai. Kami sempat berbual mesra mengenai tempat-tempat menarik di Miri dan apabila teksi itu sampai, dia pastikan pemandu teksi itu tidak mengenakan bayaran berlebihan, kemudian menunggu hingga teksi beredar. Hal seperti ini banyak berlaku dicnegara kita, cuma kita jarang bercakap mengenainya. Bagi saya, orang kita sendiri tidak kurang hebatnya dalam isu sopan ataupun mesra. Berikut adalah senarai negara negara yang paling mesra di dunia seperti yang dikeluarkan oleh World Economic Forum. 1) Iceland, 2) New Zealand 3) Maghribi 4) Macedonia 5) Austria 6) Senegal ( ya,Senegal) 7) Portugal 8) Bosnia 9) Ireland (hahaha) 10) Burkina Faso
Kami >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<
Khairune Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850
27
15 - 21 FEBRUARI 2017 PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Sport jacket penambah gaya
Artis tanah air, Hazama yang segak menyarungkan sport jacket dengan celana denim.
INFO Tips butang blazer Jaket atau blazer biasanya didatangkan dengan beberapa jenis, satu butang, dua butang dan tiga butang. Tips mengenakan butang yang betul. 1. Jaket atau blazer dengan satu butang Jika anda sedang duduk, tanggalkan butang itu. Sebaliknya jika anda menyarungkan jaket sambil berdiri, kancingkan butang jaket anda. 2. Jaket atau blazer dengan dua butang Bagi jaket jenis ini, sentiasa kancingkan cuma satu butang bahagian bawah, dan biarkan butang bahagian atas dilepasklan 3. Jaket atau blazer dengan tiga butang Formula mudah bagi menyarungkan jaket jenis ini ialah: “sometimes, always, never”. Ini bermaksud, adakalanya anda boleh kancingkan butang paling bawah. Pastikan juga anda sentiasa kancingkan butang tengah, dan jangan sesekali kancingkan butang paling atas.
SPORT jacket atau juga digelar sport coat, sememangnya sinonim dengan lelaki yang mementingkan kemasan kasual. Berbanding dengan jaket jenis suit dan blazer, sport jacket didatangkan dengan gaya lebih kasual, ranggi dan sesuai dipadankan dengan seluar dari jenis denim ataupun sebarang seluar yang tidak formal. Ia juga didatangkan dengan material yang lebih tahan lasak bagi menyerlahkan gaya kasual si pemakai. Bagi mengekalkan ciri kasual, jaket jenis ini biasanya bersaiz lebih longgar, dan boleh disarungkan bersama baju sejuk mahupun kemeja. Adakalanya juga, jaket ini turut didatangkan de ngan tampalan kemas pa da bahagian siku jaket, bagi menyerlahkan aura mas kulin. Fabrik yang biasanya digunakan
termasuk Herringbone dan Flannel, kerana dua jenis fabrik ini tahan lasak. Bagi mengekalkan kon sep kasual, sport jacket cukup serasi dipadankan dengan seluar denim dan kasut jenis but yang elegen. Denim paling sesuai adalah dari jenis denim warna biru, dan seeloknya pilihlah warna gelap dan saiz yang tidak terlalu longgar. Corduroy juga merupakan pilihan seluar yang cantik dipadankan dengan sport jacket ini. Tips bagi menyarungkan jaket jenis ini ialah untuk memilih jaket dari jenis yang tidak mempunyai alas bahu (shoulder padding), terutama bagi jejaka yang bertubuh lebar dan besar. Pilihlah juga warna yang sepadan dengan tona kulit bagi menyerlahkan
“kemanisan” padanan ini pada tubuh. Bagi yang berkulit gelap, jaket dari pilihan warna yang cerah adalah padanan yang sesuai, dan begitulah juga sebaliknya.
Pakaian kelasi kapal, lumba perahu
Biar kena cara
SUT atau blazer pada awalnya adalah pakaian anak-anak kapal HMS Harlequin. Selepas itu kapal ini dikenali sebagai HMS Blazer, mengambil nama sempena pakaian yang cantik, kemas dan garang warnanya. Pakaian ini menjadi lebih popular ketika para peserta lumba perahu Lady Margaret dari kampus St. John, Universiti Cambridge, London tampil bergaya dengan blazer serba merah yang akan berentap dengan pasukan Universiti Oxford dalam kejohanan lumba perahu antara dua universiti terkenal di dunia itu. Oxford mengenakan blazer biru tua jalur putih. Selepas itu, blazer menjadi pakaian lazim untuk pasukanpasukan lumba perahu termasuk kejohanan peringkat dunia. Butang blazer biasanya diperbuat daripada logam, berlogokan pasukan yang diwakili. Akhbar London Daily News pada 22 Ogos 1889 melaporkan selain sebagai pakaian rasmi pasukan lumba perahu, blazer turut menjadi pakaian seragam berkualiti tinggi pasukan kriket dan tenis serta sebagai pakaian tepi
1. Bergaya klasik Untuk anda yang masih belum berani bergaya dengan blazer, cuba gaya klasik. Ia akan kelihatan menarik. Warna-warna dasar seperti khaki atau hitam adalah warna yang paling sesuai. 2. Terang dan gelap Bereksperimen sedikit untuk penampilan anda. Pakailah blazer terang dengan seluar yang gelap, atau pun sebaliknya.
laut. Laporan itu juga menyebut, ketua pasukan lumba perahu Lady Margerat mengakui dengan memakai blazer, pendayung akan semakin bersemangat dan panas, mengurangkan dingin air sekeliling dan mudah untuk penyokong mengenali pasukan mereka dari jauh. Sehinggalah pada 1952, apabila blazer semakin disiarkan media, pakaian ini semakin dipelbagaikan dan diterima sebagai salah satu pakaian lelaki dan wanita yang sesuai dipakai pada waktu dan tempat yang bersesuaian.
3. Gunakan warna yang berbeza Pilih blazer yang ketara warna dari kebiasan, itu pun jika anda berani. 4. Gaya kasual Jika ingin nampak kasual, jangan hanya memakai meje putih, bergaya juga dengan lain-lain warna seperti pink atau mungkin biru muda 5. Skaf ganti tali leher Penggunaan skaf sebenarnya bukan untuk gantikan tali leher, namun jika ingin lihat anda lebih santai dan sesuai untuk majlis separa formal, gaya ini juga menarik.
28
15 - 21 FEBRUARI 2017
LIBUR
Percutian ala Eropah Destinasi paling popular terutama musim cuti persekolahan dan cuti umum, sudah tentunya Cameron Highlands. Sesekali menikmati percutian hujung minggu dalam suasana yang nyaman, jauh dari hiruk pikuk kota dan sangat mendamaikan. Kredit foto: Tourism Malaysia
CUACA sejuk seakan berada di luar negara, walaupun kini tidak sesejuk dulu, namun sudah cukup membuatkan hati terpaut rindu untuk bertandang lagi. Tarikan paling menarik di Cameron Highlands ini tentunya buah strawberi dan daun teh segar, selain ingin menikmati cuaca sejuk dan dingin. Jom ke Cameron Highlands! Jangan tak tahu, di sini terdapat pelbagai lokasi menarik yang anda patut kunjungi. Sebab itulah, tak cukup sehari kalau berkunjung ke sini. Wajib bermalam dan menginap dua atau tiga hari, baru berbaloi. Jom kitra tengok apa aktiviti yang boleh dibuat di Cameron Highlands. Ladang Teh Boh Semestinya anda wajib berkunjung ke ladang teh Boh Sungai Palas yang merupakan ladang teh terbesar di Asia Tenggara. Usai melawat galeri pelawat dan kilang teh, apa kata berehat melepaskan lelah sebentar di anjung kafe sambil menghirup teh segar serta menikmati kek lobak dalam suasana yang sejuk dan nyaman. Cuma, cabarannya adalah jalannya yang agak sempit dan mencabar, kereta anda bakal berselisih dengan kereta lain kerana ramai pelancong yang datang ke sini. Pemandangan indah Ladang Teh Bharat pada waktu pagi.
Ladang Teh Bharat Oh ye! Jikalau anda ingin menghindari daripada melalui perjalanan berliku ke ladang teh, apa kata tuju saja ke Ladang Teh Bharat. KHM Strawberry Farm Strawberi merupakan satu lagi kegilaan pengunjung apabila berkunjung ke Cameron Highlands. Mahu lihat dan merasai strawberi yang ditanam dan diproses oleh orang Melayu, silalah berkunjung ke KHM Strawberry Park yang terletak di Kampung Taman Sedia. Wajib cuba: sajian scone yang dimakan bersama jem strawberi dan krim yang merupakan menu â&#x20AC;&#x2DC;trademarkâ&#x20AC;&#x2122; yang mesti pengunjung cuba apabila bercuti ke Cameron Highlands! Big Red Strawberry Farm Terletak bersebelahan dengan Cactus Valley, ladang ini menempatkan deretan barisan pokok strawberi yang sangat menarik. Anda juga berpeluang merasai pengalaman memetik buah strawberi dengan bayaran yang berpatutan. Raaju Hill Strawberry Farm Ini merupakan satu lagi lokasi popular untuk anda mendapatkan strawberi. Pilih saja mana yang menawan di mata.
Inapan gaya Inggeris di Smokehouse Hotel & Restaurant.
Taman Agroteknologi Mardi Antara taman yang menarik adalah taman Inggeris, taman herba, anggur, kekwa, orkid, raspberi, ladang teh, taman arnab dan pelbagai lagi. Terdapat juga penginapan lama gaya British di sini. Pasar Malam Brinchang Jom jenguk pasar malam paling sejuk di Malaysia. Mana lagi... di Brinchang lah. Berbeza dengan pasar malam biasa, inilah destinasi yang menjual pelbagai produk Cameron Highlands itu sendiri seperti buahbuahan, sayur-sayuran, strawberi, serbuk teh, cenderahati dan banyak lagi. Syurga makanan sedap dan santai, inilah lokasinya. Jangan lupa bawa pulang: jambu batu epal, cendawan kering, jagung manis, strawberi kering, dan keledek manis.
Pasar Kea Farm Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam dan dijual di sini sangat segar. Cenderamata untuk saudara mara dan rakan-rakan jangan lupa! Boleh juga diperoleh di sini. Jimat masa, bukan? Lavender Garden Terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap, taman yang dikenali sebagai Lavender Cameron ini boleh dilihat dengan jelas jika anda datang ke sini menggunakan jalan dari Simpang Pulai. Selain lavender, terdapat juga bungaan lain sebagai tarikan pelancong seperti bunga mawar, daisi, kamelia dan sebagainya. Cactus Valley Terdapat ratusan spesies kaktus pelbagai bentuk dan saiz, sehinggakan ada kaktus yang mencecah usia sehingga enam puluh tahun. selain kaktus, terdapat juga beberapa spesies pokok lain seperti pokok epal, pokok bunga, dan sebagainya. Dapatkan pokok kaktus di dalam pasu kecil sebagai cenderahati. Ladang Lebah Ee Feng Gu Ladang yang berdekatan dengan Pasar Kea Farm dan juga Equatorial Resort ini merupakan tempat pembiakan lebah yang diletakkan di dalam sarang buatan untuk menghasilkan madu. Boleh beli madu segar dari ladang lebah ini. Taman Rama-Rama Selepas lihat lebah, jom tengok rama-rama pula. Taman yang terletak di kawasan Kea Farm ini dikatakan antara tarikan tertua di Cameron Highlands. Taman rama-rama ini tertutup untuk mengelakkan rama-rama terbang ke tempat lain. Namun, pengunjung boleh bermain dengan rama-rama secara bebas tanpa halangan berpagar.
29
29
15 - 21 FEBRUARI 2017 PERHATIAN
Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my
PRODUK
Gajet ini paling sesuai untuk penggemar ‘selfie’ atau swa foto yang ingin terus mencetak gambar. Tidak perlu bersusah payah membawa polaroid. Hanya menerusi telefon pintar, cetak terus walau di mana anda berada. Inilah dinamakan teknologi!
Prynt
Jelmakan memori percutian ke alam nyata BEGITU asyik mengambil gambar ketika percutian, kemudian saat tiba di rumah dan ingin melihat kembali gambar-gambar tadi, tiba-tiba keluar notifikasi – ‘image cannot be displayed’ disebabkan data imej rosak. Pasti stres, bukan? Lebih-lebih lagi jika anda tidak sempat untuk membuat salinan gambar-gambar tersebut. Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana gambar yang anda ambil boleh dicetak terus di tempat kejadian menggunakan Prynt.
Sejak diperkenalkan sejak April 2014 di Paris, mesin pencetak ‘segera’ Prynt mendapat sambutan luar biasa, ia dikatakan setanding kamera polaroid yang boleh mencetak gambar sejurus diambil. Pernahkah anda terfikir yang telefon pintar anda itu boleh berfungsi sebagai sebuah polaroid. Wow! Tentu menarik, bukan? Itulah yang dilakukan oleh Prynt. Prynt adalah satu alat yang digunakan pada telefon pintar untuk mencetak keluar gambar
hanya dengan satu sentuhan pada butang di telefon pintar. Fungsinya sama seperti kamera polaroid. Istimewanya Prynt ini adalah produk ini tidak menggunakan dakwat kartrij. Gajet ini sangat mudah untuk digunakan. Tidak perlu WiFi atau bluetooth, hanya ambil gambar atau pilih salah satu daripada koleksi gambar yang ada menerusi telefon pintar anda, kemudian gambar tersebut akan terus dicetak hanya
pulang pun boleh. Selain nasi lemak kukus, steamboat tentunya popular. Harganya cuma RM25 satu set. Ada steamboat dan juga grill. Nasi goreng dan mihun goreng turut tersedia. Rata-rata mengatakan steamboat di sini lebih murah dan berbaloi.
Antara ladang strawberi yang boleh dikunjungi.
28 Muzium Time Tunnel Muzium ini dibina untuk mengekalkan sejarah dan warisan budaya Cameron Highlands itu sendiri. Ia terletak di Brinchang, berada di aras bawah di dalam Ladang Strawberi Kok Lim. Muzium ini memaparkan koleksi peribadi See Kok Chan, penduduk setempat di sini. Beliau menggemari barangan antik dan barangan lama. MENJAMU SELERA 1-Abang Nasi Lemak/Kukus Sambal Strawberry & Steamboat, Tanah RataUsah pelik. Jika anda ingin merasai kelazatan dan keunikan sambal tumis strawberi, salah satu lokasinya adalah di Abang Nasi Lemak/Kukus Sambal Strawberry & Steamboat, Tanah Rata. Sambal yang diperbuat daripada strawberi ini menghasilkan rasa sambal tumis yang sedikit masam, manis dan pedas secukup rasa. Nak beli sambal ini bawa
2-Abang Cafe, Kg Taman Sedia Nak cuba scone dan aiskrim yang terjamin halal? Bolehlah ke Abang Cafe di Kampung Taman Sedia. Cuma kena pergi awal, sebab kalau lewat memang tak merasa. Laris sangat! Di sini berdekatan juga dengan kebun strawberi. Selepas makan, mudah nak petik buah strawberi sebab dimiliki oleh pengusaha yang sama. 3-Time Tunnel Cafe Terletak di Brinchang, kafe ini seperti kopitiam dahulu kala. Ia bersebelahan dengan Muzium Time Tunnel. Bolehlah menikmati strawberry coffee dan strawberry tea bersama roti bakar. CARA NAK KE SINI Jarak perjalanan ke Cameron Highlands dari Kuala Lumpur adalah 300km atau kira-kira 3 jam 40 minit melalui lebuh raya PLUS. Keluar di Plaza Tol Tapah, tetapi agak mencabar kerana perlu melalui laluan licin, bengkak-bengkok dan sempit. Sekiranya anda dari Ipoh, melalui PLUS, keluar di Plaza Tol Simpang Pulai. Kelebihan melalui jalan ini adalah kerana jalannya lebih baik dan luas, selekoh yang tidak berbahaya dan kurang berbukit. Pemandangannya cantik, paling penting anda tidak akan cepat mabuk dalam perjalanan. Dari pantai timur, anda boleh melalui Kelantan dan terus ke Gua Musang, ke Pulai, Poring, Kampung Kuala Terla, Tringkap dan ke Brinchang.
dalam masa 30 saat! Paling menarik, gambar yang sudah dicetak menggunakan kertas pelekat khas Prynt boleh digerakkan dengan menggunakan effect yang ditawarkan oleh Prynt. Tak perlu bersusah-payah untuk mengusung ke mana-mana. Bawa sahaja Prynt dan telefon pintar anda, semua kenangan pasti akan dirakam terus dengan mudah. Prynt ini sangat sesuai untuk pengguna telefon pintar Iphone dan Android.
TIP - Bawa beg plastik sebagai persediaan jika terasa ingin muntah dek mabuk dalam perjalanan. - Pandu perlahan dan jarakkan kenderaan terutama ketika musim hujan kerana jalan licin. - Buka lampu besar terutama pada waktu malam ketika melalui selekoh untuk memberitahu pemandu ber tentangan yang anda sedang melalui selekoh. MENGINAP DI MANA? Anda boleh memilih untuk menginap di sini mengikut bajet pilihan anda. Di sini tersedia beberapa pilihan mengikut bintang. The Lakehouse - 5 ***** Cameron Highlands Resort - 5 ***** Century Pines Resort - 4 **** Strawberry Park Resort - 4**** The Smokehouse Hotel & Restaurant - 3*** Rosa Passadena - 3*** Jim Thompson Cottage - 3*** Smurf Inn Homestay - 3*** Royal Lily Apartment - 2 ** (berdekatan pasar malam Brinchang) Star Regency Hotel & Apartments - 2** (berdekatan pasar malam Brinchang) Iris House Hotel - 2** KRS Pines Guest House - 1 * Mentigi Guesthouse - 1*
30 PENCAK JEBAT Bendera putih Bernhardt
Awal-awal lagi jurulatih Frank Bernhardt mengangkat bendera putih dengan mengatakan sukar untuk pasukan bimbingannya memenangi pingat emas Sukan SEA pada Ogos nanti. Ia gara-gara sikap sesetengah pasukan yang enggan melepaskan pemain untuk menjalani latihan jangka panjang bersama pasukan kebangsaan. Sejak awal, jurulatih dari Jerman itu tidak mendapat apa yang dihajatinya. Permintaannya untuk membawa penolong jurulatih pilihannya sendiri ditolak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kemudian, cadangannya supaya pasukan Projek 2017 itu dibentuk sebagai satu pasukan mirip skuad Harimau Muda juga tidak dilayan. Jebat pun hairan mengapa keadaan ini terjadi. Sekarang, Bernhardt sudah awal-awal mengingatkan bahawa dia tidak berani memberi jaminan emas akan menjadi milik kita. Kalau kita gagal, dia tidak boleh dipersalahkan. Belum terlambat untuk FAM melakukan sesuatu. Jebat: Pantang menyerah.
Kim Swee bakal disingkir?
Ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa jika Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi Presiden FAM, langkah pertama diambil baginda adalah menggantikan Datuk Ong Kim Swee dengan jurulatih import. Malah, nama bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez disebut-sebut sebagai calon pengganti. Ramalan ini dibuat berdasarkan beberapa kenyataan TMJ sebelum ini yang seolah-olah tidak bersetuju dengan FAM yang melantik Kim Swee sebagai jurulatih. Begitu pun Jebat memuji sikap positif ditunjukkan oleh Kim Swee yang terus menjalankan tugasnya tanpa memperdulikan segala spekulasi mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan. Bagi Jebat, kalau pun FAM mahu melantik jurulatih baru, janganlah terburu-buru. Biarlah Kim Swee menyelesaikan tugasannya sehingga berakhir kontrak pada Disember tahun ini. Jebat: Bekerja tanpa kontrak.
Tiada lagi deruman F1
Mulai 2019, peminat lumba kereta Formula 1 tidak akan dapat menyaksikan perlumbaan itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kerana Malaysia tidak berminat lagi untuk menganjurkannya. Menurut Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz, penganjuran itu yang menelan belanja RM300 juta, tidak menguntungkan malah menjadi bebanan. Mungkin benar, jika kita fikir keuntungan daripada sudut ringgit dan sen, penganjuran F1 memang merugikan. Tapi, perlumbaan ini telah memperkenalkan Malaysia di mata dunia dan seharusnya kita mempertahankan prestij nama negara kita. Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali memberi jaminan bahawa SIC tidak akan menjadi ‘gajah putih’ ekoran ketiadaan F1 itu, namun Jebat tetap berasa bimbang kemungkinan itu akan berlaku. Jebat: Harap tidak ada agenda tersembunyi.
15 - 21 FEBRUARI 2017
10 rahsia Eden Hazard EDEN mewarisi bakat ibu bapanya, Thierry dan Carine
SEJAK menjaringkan gol secara gerakan solo ke atas Arsenal baru-baru ini, nama Eden Hazard mencanak serta menjadi tular di laman sosial. Begitu pun masih ramai yang belum mengenali pemain Belgium berusia 26 tahun itu secara lebih dekat. WARTA dedahkan 10 fakta yang mungkin anda tidak tahu mengenai penyerang Chelsea ini. 1. Eden Hazard adalah anak sulung dan mempunyai tiga adik lelaki, Thorgan yang pernah menyertai Chelsea sebelum berpindah ke Borussia Monchengladbach, Kylian dan Ethian. 2. Dia dibesarkan di Braine-le-Conte. Jarak rumahnya dengan padang bola hanya 3 meter. 3. Bapanya, Theirry adalah bekas pemain Liga Belgium sementara ibunya, Carine, bekas pemain bola sepak profesional yang bermain dalam liga Divisyen Satu Wanita Belgium. Dia bersara selepas mengandungkan Eden. 4. Eden menyertai akademi bola sepak Royal State Braniosis semasa berusia 4 tahun dan menyertai kelab Tubize pada usia 12 tahun sebelum dibeli oleh kelab Lille, Perancis pada 2007. 5. Eden mengumumkan penghijrahannya ke Chelsea melalui
twitter selepas pelbagai spekulasi yang mengaitkan dia dengan beberapa kelab Eropah. 6. Dia suka menari dan pernah menunjukkan bakat semasa persembahan Christian Miliain pada majlis anjuran Yayasan Didier Drogba. 7. Eden juga pandai memasak. Menurut ibunya, Carine, anaknya itu memang suka memasak malah sehingga sekarang suka memasak untuk keluarga. 8. Eden mengahwini kekasihnya, Natacha pada 2012, wanita yang dikenali sejak berusia 14 tahun. Mereka mempunyai dua anak,Yannis, 7, dan Leo, 4. 9. Selain bola sepak, Eden juga aktif dalam olahraga, judo, renang dan berbasikal. 10. Dia pernah membuatkan seorang wanita berusia 79 tahun menangis selepas menghadiahkan wanita itu sehelai kemeja yang ditandatanganinya serta mesej melalui video.
32 “Dia adalah satu-satunya pengurus yang memanggil saya. Saya tertarik untuk mendapat bimbingannya kerana dia seorang jurulatih yang pintar.” Itu komen Jesus yang menjaringkan 28 gol untuk musim terakhir bersama Palmeiras sebelum ini. Bintang Brazil, Neymar cuba menarik rakan senegaranya itu untuk berada di Catalan bersamanya, apatah lagi dengan reputasi Barca selaku juara La Liga dan Liga Juara-Juara. Apa pun, daya penarik yang ada pada si botak itu ternyata telah sepenuhnya menakluk hati Jesus. Tunggu sahaja berapa lama masa diperlukan untuk Guardiola menjadikan pemain itu bintang dunia yang sebenar-benarnya, bersaing dengan harapan kelab jiran, Marcus Rashford yang sebaya.
31
15 - 21 FEBRUARI 2017
Kalendar saingan Kejuaraan Dunia Motogp 2017 Pusingan 1; Qatar, Losail International Circuit -26 Mac 2017 Pusingan 2: Argentina, Termas de Río Hondo - 9 April 2017 Pusingan 3: Amerika Syarikat, Circuit of The Americas - 23 April 2017 Pusingan 4: Sepanyol, Circuito de Jerez - 7 Mei 2017 Pusingan 5: Perancis, Le Mans - 21 Mei 2017 Pusingan 6: Itali, Autodromo del Mugello - 4 Jun 2017 Pusingan 7: Sepanyol, Circuit de Barcelona, Catalunya - 11 Jun 2017 Pusingan 8: Belanda, TT Circuit Assen - 25 Jun 2017
Pusingan 10: Austria, Motorrad Grand Prix von Österreich - 6 Ogos 2017 Pusingan 11: Republik Czech, Automotodrom Brno - 13 Ogos 2017 Pusingan 12: Britain, Silverstone - 27 Ogos 2017 Pusingan 13: Itali, Misano World Circuit Marco Simoncelli - 10 September 2017
Pusingan 14: Sepanyol, MotorLand Aragon - 24 September 2017 Pusingan 15: Jepun, Twin Ring Motegi - 15 Oktober 2017 Pusingan 16: Australia, Phillip Island - 22 Oktober 2017 Pusingan 17: Malaysia, Sepang - 29 Oktober 2017 Pusingan 18: Sepanyol, Comunitat Valenciana Ricardo Tormo - 12 November 2017
Pusingan 9: Jerman, Sachsenring - 2 Julai 2017
Menara berkembar pikat De Paula RUDI IRFAN
KUALA LUMPUR - Menara Kembar Petronas, mercu tanda Malaysia antara yang menjadi tarikan utama kepada pemain import Kuala Lumpur, Guilherme de Paula apabila memperkatakan mengenai tempat menarik yang sering dikunjungi sejak berada di negara ini pada 2015. Bagi de Paula, menara kembar itu adalah antara bangunan unik yang memperkenalkan Malaysia di mata dunia. “Sekarang, apabila saya menunjukkan gambar berlatar belakangan menara tersebut, mereka akan berkata ‘Oh ini Malaysia’. Ia tidak ubah seperti Eifel Tower di Paris yang terkenal di seluruh dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kamu patut
bangga dengan bangunan ini,” kata de Paula. Menurut de Paula, jika mempunyai masa terluang, dia dan isterinya, Gabrielia Milieb akan ke KLCC (Kuala Lumpur City Centre) untuk bersiar-siar di sekitar pusat membeli-belah itu sambil merakamkan gambar di depan Menara Berkembar Petronas. Bagi de Paula, dia berasa sangat selesa tinggal di Kuala Lumpur menyebabkan terus kekal di sini walaupun saban t a hun
terpaksa bertukar pasukan. Bermula dengan Selangor pada 2015, kemudian Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada tahun lalu, kini dia mewakili pasukan Kuala Lumpur. “Isteri saya sendiri berasa sangat selesa sehingga tidak membenarkan saya pulang ke Brazil walaupun mendapat tawaran di sana. Selagi ada pasukan mahukan saya, kami akan terus di sini. “Selain sebuah kota yang serba moden, rakyat negara ini juga sangat peramah dan baik hati. Mereka saling hormat-menghormati sebagaimana budaya rakyat di negara kami,” ujarnya. De Paula mendedahkan selain KLCC, dia juga suka berkunjung ke Zoo Negara. Di samping itu dia turut bercuti di tempat menarik di negara ini seperti Gambang, Pahang dan pantai di Terengganu. Selain itu, dia suka menikmati masakan Malaysia terutama nasi goreng bersama teh tarik
Mesej jelas Maverick Vinales dari Sepang ... Saingan MotoGP musim ini mempunyai pencabar baharu dalam bentuk penunggang muda Sepanyol Maverick Vinales. Terpantas pada sesi latihan pertama bersama pasukan baru Movistar Yamaha pada November tahun lepas, Vinales membuktikan di Sepang bahawa catatan masa di Valencia bukan sekadar nasib. Pada sesi ujian pertama untuk tahun 2017, bekas penunggang Suzuki itu bukan sekadar mengatasi rakan sepasukan barunya, Valentino Rossi – juara dunia sembilan kali dan naib juara keseluruhan musim lepas. Vinales, juara Moto3 dunia untuk musim 2013, sekali lagi mencatat masa terpantas sekali gus mengisytiharkan hasrat beliau untuk memenangi kejuaraan dunia musim 2017 ini. Keupayaan penunggang berusia 22 tahun itu sekali gus mengesahkan bahawa
Rossi akan sekali lagi mempunyai rakan sepasukan berbangsa Sepanyol yang mampu mencabar kejuaraan dunia selepas perginya Jorge Lorenzo, yang umum mengetahui tidak mempunyai hubungan baik dengan Rossi kerana masing-masing mahu menjadi penunggang #No. 1 pasukan. Pernah satu ketika, pasukan Yamaha tiada pilihan tetapi membina dinding di dalam garaj untuk memisahkan antara Rossi dan Lorenzo kerana kedua-dua pelumba enggan berkongsi data perlumbaan kerana mahu mempunyai kelebihan ke atas rakan sepasukan mereka. Menduduki tempat keempat keseluruhan musim lepas di belakang Rossi, Lorenzo dan juara dunia Marc Marquez, Vinales dinobatkan sebagai ‘MotoGP Rookie of The Year’ dalam musim pertama beliau dalam saingan kelas perdana tahun lepas. Beliau juga adalah ‘Moto3 Rookie of The Year 2013’ dan ‘Moto2 Rookie of The Year 2014’. Kejayaan-kejayaan ini secara
jelas menunjukkan bahawa Vinales bukanlah seorang calang-calang pelumba khususnya dengan kejayaan beliau memenangi Grand Prix British musim lepas untuk memberikan Suzuki kemenangan pertama dalam kelas perdana sejak 2007. Saingan Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2017 akan bermula bulan depan dengan Grand Prix Qatar di Losail sebelum menjelajah ke 17 litar lain di seluruh dunia untuk berakhir di Valencia, Sepanyol pada bulan November. Sepang akan menjadi hos untuk pusingan kedua terakhir dari 27 hingga 29 Oktober. Penunggang pilihan musim ini tentunya adalah Marquez, yang bakal mengejar kejuaraan dunia keenam musim ini. Bermula dengan Repsol Honda dan sentiasa bersama pasukan terulung itu, Marquez, yang mencatat masa ketiga terpantas keseluruhan pada sesi latihan di Sepang, beruntung kepada mempunyai kelebihan stabiliti dan kesinambungan
berbanding dengan Vinales dan Lorenzo, yang nyata masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan jentera Ducati Desmosedici GP17. Rakan sepasukan Lorenzo, Andrea Dovizioso nyata lebih menyerlah dengan mencatat masa keempat terpantas di Sepang dengan masa 1 minit 59.553 saat mengelililingi Litar Sepang sepanjang 5,543 meter itu. Jorge Lorenzo jauh di belakang, sekadar tempat ke 10 keseluruhan. Penunggang Itali, Andrea Iannone, yang mengambil alih tempat Vinales di pasukan Suzuki Ecstar, nyata lebih cemerlang daripada Rossi dan
Lorenzo dengan mencatat masa kedua terpantas di Sepang dengan jentera GSX-RR dan catatan masa lap terpantas pada 1 minit 59.452 saat. Mungkin terlalu awal untuk membuat sebarang andaian kerana masih terdapat sesi latihan di Phillip Island, Australia dan Losail di Qatar sebelum saingan sebenar bermula. Apapun, mesej Vinales dari Sepang adalah cukup jelas – Rossi bukan yang terpantas di Yamaha. Mat Manjoi Mrmadmanjoi@gmail.com
32
15 - 21 FEBRUARI 2017
10 rahsia Eden Hazard 30
15 - 21 FEBRUARI 2017
JESUS GUGAT AGUERO
J
ANGAN buat main dengan Gabriel Jesus. Kehadirannya di Etihad dilihat berupaya menggugat Sergio Aguero yang telah sekian lama menjadi pergantungan Manchester City, malah boleh dianggap legenda bagi kelab itu. Pengendali City, Pep Guardiola ternyata membuat keputusan tepat apabila memilih bintang 19 tahun itu untuk menjadi pesaing Aguero bagi posisi penyerang utama. Masakan tidak jika hanya dalam dua penampilan, Jesus telah menjaringkan tiga gol.
KIM SWEE dianggap gagal
Lantas kehadirannya menyebabkan Aguero bukan lagi satu-satunya pilihan untuk mengemudi serangan, malah ada kemungkinan bintang Argentina itu akan terpaksa memanaskan bangku simpanan lebih kerap selepas ini. Ini membuktikan betapa besar kesan yang dibawa oleh Jesus sejak dia membuat penampilan sulung dengan City selepas meninggalkan Palmeiras bulan lepas. Di sebalik keyakinan dirinya yang kelihatan seakan memuncak, juga ke yakinan Guardiola sendiri terhadapnya,
31
Menara berkembar pikat de Paula
Pep Guardiola
tidak ramai yang tahu bagaimana Jesus membuat keputusan memilih City pada ketika kelab jiran yang kaya raya, Manchester United, Real Madrid selain gergasi Catalan, Barcelona – bekas kelab Guardiola sendiri – juga begitu mengingini akan tanda tangannya. Melihat pada gah nama-nama kelab yang memburunya, pasti ada tarikan tertentu yang menyebabkan Jesus memilih untuk dibimbing oleh Guardiola.
30
Gabriel Jesus
Undurlah Kim Swee! KUALA LUMPUR - Walaupun dilihat sering ‘berlaga angin’ dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam isu bola sepak, namun Datuk Jamal Nasir Ismail senada dengan kerabat Diraja Johor itu bahawa Datuk Ong Kim Swee perlu diganti oleh jurulatih lain untuk membimbing skuad kebangsaan. Jamal, ketika dihubungi WARTA berkata, prestasi skuad negara yang tidak meningkat merupakan indikasi jelas bahawa Kim Swee telah gagal melakukan perubahan yang diharapkan selepas beliau dilantik menggantikan Dollah Salleh sebagai jurulatih. “Kegagalan dalam Piala AFF, satu
kejohanan di peringkat Asia Tenggara adalah petanda jelas kegagalan Kim Swee. Dia sepatutnya mengambil tanggungjawab itu dengan meletak jawatan kerana apa lagi yang boleh kita harapkan jika di peringkat berkenaan pun kita gagal,” kata Jamal. ”Saya lebih awal menyuarakan pendapat agar jurulatih itu berundur atau diganti dengan jurulatih lain selepas kegagalan di AFF itu. “Dia mesti berani membuat pembaharuan dengan mengetengahkan muka-muka baru, bukannya mengharapkan pemain yang sudah hampir pencen. “Tapi, jika berani memperjudikan
pemain muda, hasilnya mungkin dapat kita tuai dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi. Janganlah kita mengharapkan kejayaan segera,” ujarnya. Jamal bagaimana pun tidak mahu mengulas panjang spekulasi yang dikaitkan dengan TMJ selagi baginda belum sah menjawat jawatan Presiden FAM. “TMJ belum menjadi Presiden FAM, hanya baru dicalonkan. Kita tidak tahu siapa yang akan memenangi jawatan tersebut. Sesiapa pun yang dipilih menjadi Presiden memang berhak melakukan perubahan kerana memang itulah yang kita harapkan,” katanya.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712