PE RC UM A
ISU 05
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
19
Keluaran 22 - 28 FEBRUARI 2017
Orang ramai diminta bertenang, usah ragui tahap keselamatan
Kes bunuh Jong-nam
JANGAN HUKUM MALAYSIA!
Erra OK saja! 21
Kim Jong-nam
Pakistan boikot filem SRK 23
AZAMIN AMIN
KUALA LUMPUR – Negara ini tidak patut dipersalahkan, apa lagi dihukum oleh masyarakat antarabangsa berhubung insiden serangan yang meragut nyawa Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di KLIA2, 13 Februari lalu. Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata meskipun kes itu berprofil tinggi, ia adalah kejadian yang pertama seumpamanya berlaku di negara ini. “Setiap tahun, berjuta-juta pengunjung keluar masuk melalui lapangan terbang kita yang boleh dikira selamat dan sentiasa berada pada tahap kawalan yang ketat. Jangan hukum Malaysia kerana satu kes ini,” katanya. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula berkata rakyat Malaysia sendiri tidak seharusnya hilang percaya pada tahap keselamatan di tempat awam negara kita, terutama lapangan terbang. “Jangan sampai begitu. Jangan salahkan kerajaan. Selama ini pun, kita sentiasa waspada tetapi untuk kes seperti ini, tidak ada jaminan 100 peratus. Negara yang kawalan paling ketat macam Amerika Syarikat pun boleh berlaku juga,” tegasnya. >> MUKA 2,3
Jackie Chan dikritik Burung ungu kuasai dunia Kim Jong-un
15
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA
TERBIT SETIAP RABU
MINGGUAN WARTA PERDANA
Ambil. Baca. Kongsi.
2
22 - 28 FEBRUARI 2017
Punca pembunuhan Jong-nam
Kes bunuh Jong-nam
KUALA LUMPUR - Insiden berdarah di KLIA2 minggu lalu melibatkan abang pemimpin nombor satu Korea Utara, menjadikan masyarakat dunia membuka mata mencari salasilah keluarga kontroversi ini. Kim Jong-nam yang lahir di ibu negara Korea Utara, Pyongyang pada 10 Mei 1971 adalah anak sulung Jong-il yang memerintah Korea Utara bermula Oktober 1997 sehingga Disember 2011. Jong-nam adalah anak hasil perkahwinan Jong il dengan Song Hye-rim. Jong-il juga mempunyai empat anak lain, salah seorangnya Jong-Un, pemimpin Korea Utara sekarang hasil perkongsian hidup dengan Ko Yunghee. Pada awalnya, Jong-il cuba merahsiakan kewujudkan Jongnam daripada bapanya, Kim Il-sung, pengasas Korea Utara yang tidak merestui hubungannya dengan ibu Jong-nam, seorang aktres namun setelah berusia lima tahun, barulah datuknya Kim II-sung mengetahui tentang Jong-nam. Beliau pernah belajar di Universiti Kim Il-sung dan berkhidmat dalam Tentera Rakyat Korea sehingga 1998 sebelum dilantik menjadi pegawai kanan dalam Kementerian Keselamatan Awam. Jong-il cuba menjadikan Jong-nam sebagai pengganti kedudukannya dan pernah disebut-sebut sebagai
KLIA2, di mana serangan yang membunuh Jong-nam berlaku 13 Februari lalu
pengganti satu-satunya dinasti komunis. Jong-nam juga mengetuai projek pembangunan teknologi maklumat Korea Utara selain pernah mengiringi bapanya ke Shanghai pada Januari 2001 untuk membincangkan hal berkaitan teknologi maklumat. Namun ia tidak menjadi kenyataan apabila insiden yang memalukan negara, dilakukan Jongnam. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo kerana menggunakan pasport palsu bertujuan mengunjungi taman tema Disneyland Tokyo. Jong-nam dilaporkan juga melawat kawasan pelacuran di Tokyo beberapa kali yang memalukan bapanya, Jongil. Penulis buku “Under the Loving Care of the Fatherly Leader� Bradley Martin menyatakan bahawa JongNam telah melawat Jepun beberapa kali dan menjadi pelanggan tetap spaspa di daerah Yoshiwara yang cukup terkenal sebagai kawasan pelacuran. Akibat daripada itu, bapanya membatalkan lawatan ke China dan mengusir Jong-nam ke Macau yang dipercayai menggunakan pasport palsu Portugal. Beliau dipaksa hidup dalam buangan dan kemudian pada Disember 2011, tugas pemimpin Korea Utara diambil alih oleh adiknya, Kim Jong-un susulan kematian mengejut Jong-il. Pada waktu itu, kerajaan Jong-
Rakaman CCTV memaparkan wajah seorang daripada dua wanita warga asing yang disyaki terbabit dengan pembunuhan Jong-nam.
un menganggap Jong-nam sebagai ancaman, malah membunuh bapa saudara mereka, Jang Sung-thaek pada 2013. Tidak cukup dengan itu, ibu saudaranya diracun pada Mei 2014. Ketika masih dalam buangan Jongnam pernah mendedahkan, beliau tidak berhasrat untuk membelot atau memiliki kepentingan untuk mengambil-alih kepimpinan Korea Utara namun Jong-nam pernah mempersoalkan kewibawaan Jong-Un untuk memimpin Korea Utara dalam buku "My Father, Kim Jong-il, and Me". Beliau menyatakan rejim pimpinan Jong-un akan tumbang dalam masa singkat kerana terlalu muda dan langsung tiada memiliki pengalaman dalam pentadbiran di samping menolak keras pelaksanaan sistem warisan kuasa mengikut keturunan yang diamalkan oleh rejim Korea Utara. Jong-nam meninggalkan Macau akhir 2012 selepas bimbang keselamatannya setelah mendapat tahu seorang perisik Korea Utara yang ditangkap di Korea Selatan mengakui telah diarahkan membunuhnya. Jong-nam yang terpaksa berpindahrandah kemudian mengutus surat rayuan kepada Jong-un agar dirinya tidak dibunuh. "Kami tak ada tempat nak pergi, tempat untuk bersembunyi, Kami juga sedar bahawa satu-satunya cara untuk melarikan diri adalah dengan membunuh diri" antara petikan katakata Jong-nam kepada Jong-un Surat itu ditulis untuk memintanya menarik balik satu perintah pembunuhannya. Kim Jong-un telah mengeluarkan 'perintah tetap' pembunuhan abangnya itu selepas beliau mengambil alih kuasa. Isnin, 13 Februari, Kim Jong-nam mati dibunuh di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2), disyaki dilakukan oleh dua suspek wanita.
Tutup peluang buat jenayah KUALA LUMPUR - Kerajaan dan masyarakat mesti bekerjasama mencegah sekali gus menutup peluang mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah. Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia (COPS) Kuan Chee Heng berkata apa sahaja tindakan masyarakat atau kerajaan mestilah peka dan prihatin dengan isu atau faktor sekeliling yang boleh menyumbang kepada perlakuan jenayah. Katanya tanpa langkah keselamatan yang ketat, insiden seperti ini boleh berulang dan pastinya menjejaskan nama baik negara khususnya melibatkan soal keselamatan orang awam. "Sentiasa ada mereka yang akan mengambil kesempatan ke atas kita atau situasi semasa. Oleh itu sebarang peluang terbuka, kecuaian dan kelekaan mesti dielakkan. "Apapun siasatan dan tindakan serahkan kepada pihak berkuasa," katanya mengulas kes bunuh saudara tiri pemimpin Korea Utara di lapangan terbang KLIA baru-baru ini. Katanya tanpa langkah keselamatan yang ketat, insiden seperti ini boleh berulang lagi dan pastinya menjejaskan nama baik negara di mata masyarakat antarabangsa.
3
22 - 28 FEBRUARI 2017
Keselamatan terjamin
Kes bunuh Jong-nam
AZAMIN AMIN
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak sepatutnya dipersalah kan apatah lagi menganggap tahap keselamatan negara khususnya di lapangan terbang seakan tidak lagi terjamin kerana kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Tokoh akademik, Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata insiden seperti itu boleh terjadi di mana-mana lapangan terbang, juga di luar negara meskipun tahap ke selamatannya sangat ketat. "Bagi saya tahap ke selamatan lapangan terbang kita amat baik sekaligus mem buktikan Malaysia merupakan negara aman. "Pujian dan penghargaan mesti diberikan atas kecekapan dan efisensi pihak
Mohammad Redzuan
polis menangani kes tersebut dengan tangkapan suspek dalam masa yang singkat." katanya. Bagi beliau yang sering ke luar negara dan melihat perbandingan keselamatan lapangan terbang, KLIA merupakan yang amat baik darn mesra pengguna. "Sesetengah negara, keluarga kita atau yang tidak
berkenaan tidak boleh sampai ke kaunter tiket tanpa urusan malah pasukan keselamatan mereka lengkap bersenjata sung guh ramai dan berkeliaran men cetuskan suasana tekanan dan rasa tidak selesa kepada peng guna. "Sebaliknya di negara kita, keselamatan pengguna dan orang awam sangat diutamakan namun suasananya terkawal. "Apa pun ia perlu di per tingkatkan dan mesti ada pasukan bertindak yang cekap dan cepat untuk menghalang dan membanteras sekiranya berlaku seperti yang dilaporkan itu," katanya. Bagi Redzuan adalah lumrah, jenayah boleh berlaku di manamana tidak kira masa dan lokasinya walaupun pelbagai usa ha dilakukan. "Dunia dan masyarakat tidak boleh menghukum hanya kerana kes terpencil sedangkan kita telah menguruskan ramai pelancong sebelum ini,"tegasnya.
Bertenang, jangan salahkan kerajaan
KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan tidak mudah menuding jari kepada kerajaan susulan insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di KLIA2, 14 Februari lalu. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) berkata kerajaan telah merancang, mencegah dan melaksanakan usaha keselamatan di lokasi strategik seperti lapangan terbang pada
tahap yang terbaik. “Sistem keselamatan kita ketat dan sentiasa berada di tahap yang baik. Setiap lokasi strategik kita seperti lapangan terbang dilengkapi CCTV selain pasukan polis dan polis bantuan yang sentiasa bersiap sedia. Kita juga mengguna pakai teknologi yang terkini untuk menjamin keselamatan di tempat awam seperti itu,” katanya. Bagaimanapun kata Musa, apabila hal yang seperti itu terjadi, ia sama seperti di negara-negara yang teguh tahap keselamatannya yang juga tidak terlepas dengan insiden keganasan. “Amerika Syarikat misalnya, kita tahu negara itu cukup hebat dari segi kawalan keselamatan, namun berlaku juga hal-hal yang seperti ini dari masa ke semasa,” katanya. Sehubungan itu, ujar beliau, apa yang perlu dilakukan ialah usaha yang berterusan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan bagi memastikan insiden tragis seperti itu tidak
berulang. “Itu tanggungjawab yang kerajaan perlu lakukan sekarang,” tegasnya. Sebagai bekas pegawai tertinggi PDRM, Musa mengingatkan, antara yang perlu diberikan perhatian ialah meningkatkan tahap kecekapan dan keupayaan dalam perkongsian maklumat oleh agensi keselamatan dengan pihak luar negara. “Ini sangat penting untuk kita mendapat maklumat yang terkini mengenai pergerakan individuindividu yang berisiko tinggi serta mungkin mencetuskan tindakan yang tidak diingini,” katanya. Menurutnya semakan latar belakang pengunjung mesti diutamakan kerana cara itu boleh mengelak penipuan pasport, penyeludupan dan mencegah sebarang tindakan jenayah yang mungkin berlaku. “Secara keseluruhan, sistem keselamatan di semua lapangan terbang kita masih berada di tahap yang baik, namun perlu ditingkatkan lagi bagi mengelak kejadian ini berulang,” katanya.
Kes bunuh di lapangan terbang KEJADIAN pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh dua wanita menggemparkan dunia dan masyarakat antarabangsa. Berikut adalah kes-kes yang dilaporkan membabitkan tragedi bunuh di lapangan terbang lain-lain negara:
Lapangan Terbang Antarabangsa Lauderdale-Hollywood, Florida 7 Januari 2017 - Seorang lelaki melakukan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa LauderdaleHollywood, Florida dan mengorbankan lima orang. Esteban Santiago, 26, didakwa melepaskan tembakan ke arah penumpang di lapangan terbang itu oleh pendakwa raya negeri. Dalam serangan di Lapangan Terbang Fort Lauderdale, di mana terminalnya dikhaskan bagi penerbangan Delta Airlines dan Air Canada itu, lima mati dan lapan lagi cedera apabila Esteban bertindak melepaskan tembakan ke arah penumpang.
Lapangan Terbang Yangoon, Myanmar 31 Januari 2017-Peguam kanan masyarakat Islam dan penasihat undang-undang Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Ko Ni, 63 ditembak mati di luar lapangan terbang Yangoon ketika bersama cucunya sebaik tiba dari Indonesia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, Turki 29 Jun 2016 -Tiga serangan bom bunuh diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul Turki pada telah mengorbankan 41 nyawa, 13 daripadanya warga asing dan mencederakan 239 yang lain.
Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila 21 Ogos 1983 - Benigno Kheng Hon"Ninoy" Aquino, Jr. (November 27, 1932 – Ogos 21, 1983) adalah seorang senator Filipina dan seorang ketua pembangkang kepada pemerintahan autokratik Ferdinand Marcos telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (sekarang dinamakan Lapangan terbang antarabangsa Ninoy Aquino bagi memperingati jasanya) semasa balik daripada buangan di Amerika Syarikat.
4
22 - 28 FEBRUARI 2017
BERITA
Tampal foto Selva Kumar di tempat awam PETALING JAYA – Pesalah kes rogol dan salah laku seks yang dipenjara 24 tahun di Kanada, Selva Kumar Subbiah mesti dihukum dengan lebih berat, dihebahkan wajah dan kesalahannya ditempat awam, setimpal dengan kelakuan buruknya itu. Presiden Pertubuhan Pem bangunan Penduduk Malaysia (PPPPM), Profesor Fatimah Daud, mendesak kerajaan agar segera bertindak mem beri tahu rakyat Malaysia bahawa Selva adalah manusia bahaya. "Jangan buat tindakan ha nya untuk lepas batok di tangga. Ini manusia bahaya, rogol orang, 75 kes jenayah ter masuk 26 kes serangan seksual bukan satu perkara ringan. "Memang dia dah ma suk penjara 24 tahun di Ka na da tetapi kesalahan dia sangat berat, orang ramai mesti diingatkan tentang bahayanya, orang ramai mesti tahu mana satu wajah orang ini," tegas Fatimah. Menurutnya lagi, isu Selva Kumar patut diuar-uarkan dengan lebih meluas oleh pihak polis mahupun media
Dua wajah Selva Kumar ketika dia ditahan dan dibebaskan pihak berkuasa Kanada.
bagi meningkatkan kesedaran awam. “Tampal gambar wajahnya bersama kesalahan yang dilakukannya di setiap tempat terutamanya di setiap sekolah berhampiran. Negara luar boleh buat, kenapa tidak kita? Malah kini, anak muda lebih percayakan laman me dia sosial, jadi apa salahnya hebah kan secara meluas di laman media sosial. Jangan se sekali anggap ini perkara enteng. “Bukan saya bersikap be rat sebelah, namun perkara ini harus dipandang serius,
Ugut bakar rumah jiran KUCHING – Marah ditegur bunyi ekzos motosikalnya bising, seorang lelaki mengamuk hingga mengugut mahu membakar rumah jirannya dalam kejadian di Kampung Pinang Jawa, di sini. Ketika kejadian jam 3 petang itu, suspek yang berusia 33 tahun ditegur jirannya kerana bunyi ekzos motosikalnya yang terlalu kuat telah menyebabkan tidur anak jirannya yang masih kecil, terganggu. Teguran itu menyebabkan suspek naik angina lalu menyerang jirannya itu dengan parang namun berjaya dihalang. Dia kemudian mengugut mahu bakar rumah jirannya menyebabkan lelaki itu dan keluarganya ke balai polis mendapatkan perlindungan dan buat laporan. Sekumpulan anggota dari IPD Kuching bergegas ke tempat kejadian lalu menahan suspek.
bukan untuk isu Selva sahaja tetapi termasuk isu perogol lain di negara ini," katanya kepada WARTA. Selain itu, orang awam juga perlu memainkan peranan penting untuk terus melaporkan isu ini sekiranya terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Selva Kumar. “Bagi saya, dia adalah insan yang sangat bahaya. Walaupun dalam usia 56 tahun, tidak mustahil dia tidak melakukan perkara terkutuk itu lagi, kucing kalau sudah biasa makan ikan, dia akan makan
juga dan kita tidak tahu bila dia akan terus bertindak melakukan aktiviti itu.” Katanya, sistem mah ka mah di negara kita perlu lebih mengambil berat mengenai isu ini. Hukuman perlu di jalan kan kepada pesalah ini. Kumar sepatutnya harus ditambahkan hukuman pen jara sehingga umur 70 tahun atau lebih. Jadi orang awam tidak perlu dilanda kebimbangan lagi. Malah me reka bebas menjalani ke hidupan seharian tanpa perlu ada rasa takut.
Kurangkan mangsa rogol KUALA LUMPUR - Masyarakat terlalu obses dengan pelaku penjenayah sek sual sehingga terlupa tanggungjawab sebenar termasuk tindakan sewajarnya dalam hal pengurangan mangsa. Ini termasuklah isu yang hangat diperkatakan berkaitan kebimbangan ramai sekembalinya pesalah perogol bersiri ke tanahair setelah menjalani hukuman 24 tahun di penjara Kanada. Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim berkata masyarakat perlu kembali kepada persoalan pokok iaitu berganding bahu dan bekerjasama dalam mengurangkan jumlah mangsa jenayah. "Kita sendiri berpeluk tubuh tidak melakukan apa-apa dalam hal pengurangan mangsa. "Soalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri adalah sepanjang ketiadaan bekas penjenayah (perogol bersiri) itu apakah tiada sesiapa pun dari kalangan kanak-kanak atau dewasa yang menjadi mangsa jenayah
seksual di negara ini? "Pihak berkuasa sedia maklum tentang pergerakan hariannya se lama dia kembali. Cuma sebagai ma sya rakat, kita juga perlu memikul tanggungjawab sosial seperti me mantau anak-anak kita sendiri, mena sihati pada perkara kebaikan dan juga mengurangkan peluang jenayah yang berlaku," kata Kamal kepada WARTA. Beliau berpendapat kematian Nurin Jazlin Jazimin, Audrey Melissa Bakthinathan atau Canny Ong ada kaitan dengan sikap sebahagian besar masyarakat. "Hendak mengambil kad laporan anak juga bertengkar suami isteri, apatah lagi isu berat seperti mencegah jenayah di kalangan anak-anak. "Yang demikian, adalah lebih munasabah serta mustahak untuk kita kembali kepada persoalan pokok iaitu mahukah kita turut sama berganding bahu mengurangkan jumlah mangsa," katanya.
Selva Kumar dilarang masuki Sarawak KUCHING – Bekas tahanan kes serangan seksual yang terburuk dalam sejarah Kanada, Selva Kumar Sub biah dilarang memasuki Sarawak ber kuat kuasa 8 Februari lalu. Perintah larangan itu dikeluarkan Ketua Men teri, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg yang berkata, “ia disebabkan latar belakangnya.” Abang Johari menyata kan demikian selepas me nerima kunjungan hormat rombongan pegawai ka nan Jabatan Imigresen Sarawak diketuai penga rah nya, Ken Leben di pe jabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini. Larangan itu menjadi kan Sarawak negeri kedua selepas Sabah yang me negah kemasukan Selva Kumar. Lelaki berusia 56 tahun berasal dari Pulau Pinang itu kembali ke tanah air baru-baru ini selepas men jalani hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada setelah disabitkan dengan 19 kesalahan serangan seksual, 28 kes dadah dan 10 kesalahan lain. Dianggarkan dia telah melakukan serangan sek sual ke atas kira-kira 1,000 wanita. Kepulangannya di sambut desakan oleh pel bagai pihak, ter utama pertubuhan yang berkaitan dengan wanita supaya le laki itu dikenakan perintah tahanan atau sekatan oleh kerajaan. Ini berikutan kebimbangan mereka terhadap kehadiran nya secara bebas dalam masyarakat yang boleh memberikan risiko dari segi keselamatan terhadap golongan berkenaan. Ken ketika ditanya oleh pemberita mengenai perkara itu berkata, pihak nya telah mendapat arahan daripada pen tad biran negeri untuk segera menguatkuasakan larangan kemasukan bekas banduan itu ke Sarawak.
22 - 28 FEBRUARI 2017
5
6
22 - 28 FEBRUARI 2017
TRENDING
RM2 untuk nasi, sayur Harga RM2 untuk nasi putih dan sedikit sayur goreng tanpa sebarang lauk yang dibeli oleh seorang pelajar di sebuah sekolah rendah melalui cerita depan mata Hanizam Hassan mendapat perhatian netizen.
Wanita meninggal akibat sinusitis Hajat Tran Thi Yen Nhung, 28, untuk menjadi pelakon musnah kerana dia disahkan menghidap sinusitis tiga tahun lepas. Sekalipun menjalani pembedahan dengan kos VNSD 500 juta (RM97,000) sakitnya semakin kronik dan hampir merebak ke seluruh mukanya.
'Terima kasih TMJ'
'Apa pencapaian kau nak tulis buku?' - Sharnaaz
"Terima Kasih Tengku Mahkota Johor (TMJ), "Itu yang diucap Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau lebih dikenali Mat Tere, lelaki tular hina TMJ. Bebas selepas tiga hari di reman polis, Mat Tere teruja dapat ke istana Johor Bahru, makan bersama TMJ dan diberi pula wang tambang pulang ke Kelantan RM 5,000 oleh TMJ. Itulah tuah lelaki tidak normal ini
Twit Sharnaaz Ahmad, "Apa pencapaian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yg ko ada bakat." dan "Aku tak pernah suka ko, sbb fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai.� menjadi tular dan disebut ditujukan kepada seseorang yang juga dikenali ramai.
Dapat RM6000 kerana jujur
Comelnya anak Kareena Nama pasangan terkenal Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor terus meniti dibibir peminat apabila pasangan itu memuat naikkan gambar anak sulong mereka, Taimur Ali Khan. Comel habislah anak pasangan ini.
Pelajar lelaki 17 tahun di wilayah Henan ditawarkan RM6,000 kerana bersikap jujur selepas secara tidak sengaja mencalarkan sebuah kereta mewah. Chen tinggalkan nota minta maaf dengan wang 311 Yuan (RM200). Tuan kereta, Xue Zhanmin tersentuh kandungan surat, hilang marah sebaliknya tawarkan RM6000 atas kejujuran Chen.
Hilang di Kanada, jumpa di Brazil Lelaki Kanada yang dilaporkan hilang dari rumah lima tahun lalu telah dijumpai dalam keadaan tidak terurus di dalam hutan Amazon di Brazil. Anton Pilipa yang disyaki mengalami Skizofrenia dikatakan telah merentas antara dua buah benua, berjalan kaki tanpa kasut sejauh 6,500 batu (10,460 km) dari Vancouver dan dengan sedikit pakaian tergantung di belakangnya pada tahun 2012 lalu.
Jumpa kereta 'rare' dalam rumah Seorang lelaki dari Ukraine terkejut apabila terjumpa kereta 'rare' selepas pecahkan dinding rumah pusaka yang telah didiaminya sejak 23 tahun lalu untuk diubah suai. Ketika sedang merobohkan dinding berkenaan, dia mendapati terdapat sebuah kereta lama jenis Toyota Corona Mark II (dimport dari Jepun) yang ditutup sehelai kain.
Banduan paling tampan Pengorbanan bilal buta Video pendek Heliza Helmi dari Yaman kisah bilal buta terpaksa berjalan jauh untuk ke masjid seawal jam tiga pagi untuk bertugas sebagai mua'zin cukup tersentuh.
Dua tahun lalu, warga media sosial pernah dilanda demam 'kegilaan' terhadap seorang banduan bernama Jeremy Meeks. Meeks antara empat yang ditahan di Stockton, California, kerana memiliki senjata tanpa kebenaran pada 2014. Meeks kini sudah bergelar peragawan. Dia memperagakan fesyen Philipp Plein, di Minggu Fesyen New York, hujung minggu lalu.
7
22 - 28 FEBRUARI 2017
Naik taraf lapangan terbang
RADZHA RAIEH
SEPANG - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan melabur ratusan juta ringgit tahun ini bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran semua lapangan terbang kendaliannya di seluruh negara. Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf kemudahan termasuk tandas, kawasan tempat letak kereta serta surau sejajar dengan peningkatan bilangan penumpangnya. "Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) yang berusia lebih 20 tahun misalnya mempunyai pelbagai jenis kelas penumpang. Justeru, pelbagai jangkaan itu perlu dipenuhi MAHB," katanya. Mengulas lanjut, Badlisham berkata sejajar kedudukan KLIA sebagai hab bagi para jemaah umrah rantau ini berlepas ke tanah suci, aspek kemudahan seperti ruang surau akan turut diperbesarkan bagi kelancaran ibadat para penggunanya. "Selain itu, kuota parkir untuk pemilik premis di KLIA dan kakitangan MAHB juga akan dikurangkan bagi memberi laluan kepada penumpang
meletak kereta," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan di laman Twitter miliknya meminta pihak pengurusan KLIA menjaga tahap kebersihan tandas awam bagi memastikannya sentiasa seiring tahap piawaian antarabangsa. "Saya banyak terima aduan yang tak sepatutnya berlaku.Kita perlu pastikan kemudahan awam sentiasa bersih dan selesa utk kegunaansemua," kata Perdana Menteri. Selain itu, Badlisham berkata MAHB juga merancang untuk membina bangunan satelit baharu KLIA pada masa depan, sekaligus menjadikan dua bangunan berkenaan bagi menghubungkan penumpang dari terminal utama. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pembinaan bangunan satelit baharu itu. "Ia sebagai persediaan jangkaan kedatangan penumpang yang kian bertambah. Hari ini misalnya, kita telah mengendalikan lebih 35 juta penumpang setahun di KLIA berbanding kapasiti sebenar sebanyak 27 juta penumpang," katanya. MAHB ketika ini mengendalikan 38 lapangan terbang di Malaysia termasuk 18 lapangan udara dan pendaratan serta Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Turki.
Hartanah Picasso dijual MOUGINS - Hartanah yang luas dan kediaman terakhir bagi Pablo Picasso di Mougins, Perancis telah dijual untuk sejumlah wang yang tidak didedahkan kepada pembiaya Brunei Rayo Withanage. Datuk Bandar Mougins mengesahkan dalam satu kenyataan akhbar rasmi mengenai penjualan itu seperti yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal. Sebagai penduduk di Bermuda dan London, Withanage adalah pengasas dan pengerusi bagi Scepter Partners, sebuah pelaburan langsung dan bank saudagar bagi pelabur berdaulat. Beliau juga adalah seorang pengasas bagi The BMB Group bersama-sama dengan Yang Amat Mulia Putera Abdul Ali Yil Kabier daripada keluarga Diraja Brunei. Picasso menempatkan satu dari pada studionya yang paling prolifik di rumah utama, ketika tinggal bersama-sama isterinya Jacqueline dan anak perempuannya Cathérine. Rumah dan taman itu direka sendiri oleh Picasso dan mengandungi hasil seni dan perabot asal. Ketika beliau meninggal dunia hartanah itu menempatkan hasil seni bernilai lebih RM 700 juta. - Sumber: Scepter
Hartanah masih berdaya saing PELABURAN Hartanah Berhad (PHB) tidak mem punyai perancangan untuk membuat pelaburan hartanah di luar negara buat masa ini. Pengarah Urusan Kum pulan dan Ketua Pegawai Ekse kutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, pihaknya optimis terhadap kemampuan sektor hartanah dalam negara yang mampu memberi pulangan setimpal terhadap pelaburan yang dibuat. Kata beliau, terdapat banyak peluang pelaburan baharu setiap tahun dan dengan jumlah yang ada sudah mencukupi tanpa perlu melihat kepada prospek hartanah luar negara. “Tahun lalu PHB telah mengambil alih enam aset
dan akan berterusan menilai peluang-peluang baharu pe laburan. Berapa banyak akan ditambah bergantung kepada pasaran dan prospek yang baik,” katanya. Tambah Kamalul, PHB juga akan menambah unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) tahun ini memandangkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Malah katanya, penu run an kadar pelaburan mini mum daripada RM500 kepada RM100 akan memberi kelebihan dan tindakan itu bukan disebabkan penurunan nilai hartanah pada masa kini. “Setakat ini, majoriti daripada 56,000 pelabur PHB dalam kalangan mereka berusia 20 tahun ke atas.
Justeru menerusi kempen ini, kita mahu menggalakkan lebih ramai golongan di bawah 20 tahun menyertai akaun remaja. “Bagi tujuan itu, syarikat mengadakan kempen Menabung Sambil Melabur yang memberi kesedaran kepada golongan muda terutamanya pelajar sekolah menyertai pelaburan ini,” katanya. Kamalul Arifin berkata, program ini dilaksanakan bagi meningkatkan peluang pelajar kurang berkemampuan melabur, selain mendapat pendedahan dalam pengurusan kewangan. “PHB berharap menerusi pemberian unit AHB, pelajar terbabit mendapat akses terus kepada platform berkesan dan mampu memulakan simpanan serta pelaburan pada masa akan datang,” katanya.
MAHB telah mengendalikan lebih 35 juta penumpang setahun di KLIA berbanding kapasiti sebenar sebanyak 27 juta penumpang Kamalul Arifin (empat dari kanan) dan Neelofa (Ikon Amanah Hartanah Bumiputera) bergambar bersama 200 pelajar sekolah menengah ketika pelancaran kempen menabung sambil melabur.
8
22 - 28 FEBRUARI 2017
CCC hargai pembeli Chevrolet PETALING JAYA - Naza Quest Sdn Bhd, dalam usaha untuk meningkatkan jualan dan khidmat selepas jualan, telah memperkenalkan pro gram Chevrolet Com plete Care (CCC), selaras de ngan rancangan pengembangannya di seluruh negara. Naza Quest adalah peng import tunggal dan pengedar kenderaan Chev rolet di Malaysia. Naib Presiden Naza Quest, Farid Rosli, berkata program itu membuktikan komitmen
Chevrolet ke atas kewiba wa an, kualiti dan nilai untuk wang. "Ia bertujuan untuk me ningkatkan pengalaman ke atas semua pelanggan Chevrolet di negara ini," katanya. "Program ini adalah ko mitmen peribadi kami ke pada anda, kereta serta keselamatan anda ketika ber gerak di atas jalan," katanya. Program ini meng gabungkan waranti pengi lang kenderaan yang kom
Chevrolet menawarkan waranti pengilang kenderaan yang komprehensif dan bantuan lain kepada pembeli keretanya
pre hensif, servis kenderaan, sistem operasi perkhidmatan bersepadu penuh, bantuan di jalan raya termasuk per khidmatan seimbang dengan unit penjagaan penjagaan. Waranti pengilang ken deraan komprehensif Chev rolet, merangkumi tempoh lima tahun atau 200,000 km atau yang mana paling awal. Naza Quest, yang telah memulakan operasinya dalam 2010, mengedarkan model Chevrolet Cruze, Colorado, Orlando, Sonic dan Malibu.
Kesavan (dua dari kanan) bersama Ketua Perancangan Rangkaian Digi Sivakumar Nagaretnam (dua dari kiri) menjelaskan pengaktifan spektrum
Liputan spektrum Digi SHAH ALAM - Digi Telecomunications Sdn Bhd (Digi) akan mengaktifkan liputan penuh spektrum 900MHz di seluruh negara berkuat kuasa 1 Julai ini. Ketua Pegawai Rangkaian Digi, Kesavan Sivabalan berkata, pihaknya kini dalam proses pengaktifan liputan spektrum bagi membantu mencapai liputan kukuh dan kasapasiti internet yang lebih baik. "Dengan pelancaran spektrum itu, pelanggan Digi dapat merasai perubahan rangkaian Digi di kawasan tertutup, liputan yang meluas di luar dan kapasiti liputan yang lebih baik," katanya. Menurutnya, spektrum baharu ini akan memberi banyak manfaat kepada pengguna kerana menerusi liputan tertutup, pelanggan akan mendapatkan liputan lebih kuat kerana kawasan liputan lebih besar. Katanya, Digi akan memberikan penumpuan liputan spektrum 900MHz itu kepada beberapa lokasi utama seperti kawasan bandar yang terdapat banyak bangunan tinggi dan kawasan
9
22 - 28 FEBRUARI 2017
Cas EV percuma di BHP
BHPetrol sedang mempertimbangkan untuk memasang lebih banyak stesen pengecasan EV di lokasi-lokasi utama tahun ini.
PETALING JAYA - Kenderaan elektrik (EV) boleh membuat ‘pengisian’ di dua stesen servis Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) di Lembah Klang secara percuma. Kios-kios pengecasan EV itu terletak di Kg Sungai Kayu Ara di Petaling Jaya dan Sungai Besi Harmony (selepas plaza tol hala selatan ke arah Seremban).
BHPetrol sedang mempertim bangkan untuk memasang lebih banyak stesen pengecasan EV di lokasi-lokasi utama tahun ini. Pengarah Urusan BHPetrol Tan Kim Thiam berharap usaha tersebut akan meningkatkan imej dan jenama syarikat berkenaan di kalangan pemilik EV. Katanya, syarikat itu akan
memasang lebih banyak titik pengecasan EV di stesen servis BHPetrol pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan. "Lebih banyak stesen mengecas EV akan diperkenalkan tahun ini, kemungkinan besar ia terletak berdekatan dengan lebuh raya, seperti di Pagoh (Johor), Tapah (Perak), Sungai Dua (Pulau Pinang), Karak dan Bentong (Pahang), untuk membantu pemilik EV membuat pengecasan kecemasan. "Kami masih mengkaji aliran semasa. Kami fikir mungkinsudah tiba masanya untuk perkhidmatan ini diperkenalkan," katanya. Untuk projek ini, BHPetrol telah bekerjasama dengan First Energy Networks Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Group (TGC), yang menyediakan sistem dan infrastruktur pengecasan EV. Selain daripada Nissan Leaf, yang diedarkan oleh TCG, stesen pengecasan EV BHPetrol yang dilengkapi dengan titik pengecasan pantas 22kW juga memenuhi modelmodel EV yang lain seperti Renault
Zoe, Renault Twizy, Volvo XC90 dan BMWi8. Tan berkata, Kumpulan BHPetrol, yang mempunyai 360 stesen servis di seluruh Semenanjung Malaysia, telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi perbelanjaan modal tahun ini, khususnya untuk menambah lebih 10 hingga 15 stesen lagi dalam negara. Sementara itu, Pengarah TCG Nicholas Tan Chye Seng berkata, kos pembinaan dua sistem mengecas EV menelan belanja sebanyak RM80,000. "Kami mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk memandu EV. Matlamat kami yang paling utama adalah untuk meningkatkan penggunaan," katanya. Dalam usaha untuk menggalakkan peralihan kepada EV, TCG mungkin akan memperkenalkan aplikasi peta interaktif bagi memudahkan pelanggan mencari stesen mengecas EV. "Kita mempunyai satu perjanjian bukan eksklusif denganBHPetrol, ini jugabermakna, kita juga boleh bekerjasama dengan orang lain," katanya.
Deposit berbaloi Ambank KUALA LUMPUR - Dua Pelanggan bertuah AmBank adalah pemenang utama kempen “Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu dengan AmBank!”. Kempen yang bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan baharu dan sedia ada ini memerlukan deposit sekurangkurangnya RM1,000 dalam akaun semasa atau simpanan atau membuat deposit tetap minima sebanyak RM10,000. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata Ambank giat menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif dalam memberi ganjaran kepada pelangganpelanggan setia. “Kami percaya dengan berkongsi
kegembiraan bersama dua pemenang hadiah utama iaitu Datin Sia Soo Khim dan Datuk Angie Gow, ia mengeratkan lagi hubungan sedia ada,” katanya. Kempen “Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu dengan AmBank!” telah bermula pada 1 Mei 2016 dan berakhir pada 31 Oktober 2016 dengan objektif untuk memberi ganjaran kepada pelanggan deposit AmBank yang membuat transaksi perbankan bersama AmBank dengan hadiah-hadiah yang menarik. Selain hadiah utama, seramai 86 pemegang Akaun Deposit Semasa dan Akaun Simpanan (CASA) yang mendepositkan RM488,000 mendapat hadiah Samsung Galaxy S7 edge.
Dari kiri Datin Sia Soo Khim (pemenang), Timbalan Pengarah Pengurusan Perbankan runcit Ambank (M) Berhad, Anthony Chin, Presiden UMW Toyota Motor Mr K Ravindran, Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Group, Datuk Sulaiman dan Datuk Angie Goh (pemenang)
Aeon Big akan menutup operasi tiga pasar raya iaitu Aeon Big Rivercity, Aeon Big Kota Damasara dan Aeon Big Bangsar South
Aeon-Big disusun semula SUBANG JAYA - Penyusunan semula strategi perniagaan berasaskan peruncitan adalah misi utama Aeon Big (M) Sdn Bhd pada suku pertama tahun ini. Pengarah Urusannya, Masayoshi Masuda, berkata keputusan melaksanakan penyusunan semula itu berikutan faktor perubahan ekonomi dan kuasa membeli pelanggannya. Susulan langkah itu, syarikat akan menutup operasi tiga pasar raya iaitu Aeon Big Rivercity dan Aeon Big Kota Damasara pada 28 Februari ini serta Aeon Big Bangsar South pada 15 Mac. Kakitangan di tiga pasar raya terbabit akan dipindahkan ke pasar raya terdekat yang lain. Langkah ini sebahagian daripada strategi jangka panjang AEON BIG untuk menjenamakan dan menyusun semula rangkaian pasar raya besar kami," katanya. Masuda berkata, keputusan itu dibuat bagi menyesuaikan dengan ekonomi semasa, selain ingin memberi lebih fokus terhadap perniagaan mengikut peredaran masa. Katanya, langkah seumpama itu perlu supaya dapat menghasilkan pulangan lebih tinggi,sambil mengekalkan kos operasi harian pada paras terkawal. "Strategi perniagaan kami kini menyusun semula rangkaian pasar raya dan memfokuskan kembali ke arah format perniagaan tunggal. Kenal pasti aspek perniagaan yang perlu diberi penekanan, terutama bahagian yang mempunyai struktur perniagaan lemah.
10
22 - 28 FEBRUARI 2017
SANTAI
hujung minggu
E Curve tumpuan Gen Y
MURNI REJAB
DI hujung minggu kalangan anak muda akan tercaricari ke mana hendak pergi? Hendak keluar dengan siapa? apa hendak dilakukan? Jemu jika setiap minggu asyik lepak di kedai makan apatah lagi ‘port’ yang sama. Ada sebuah kompleks membeli-belah yang ‘mem benarkan’ anda lepak di sana. Ya! Jangan terkejut. Kompleks E Curve Mutiara Damansara adalah tempat nya. Bagi yang belum tahu, pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan di sini pada hujung minggu. Bagi adik-beradik kembar,
Syafiqah dan Rasyiqah Abdul Saman, 20, dengan adanya ruang khas, remaja boleh ke sini untuk menghabiskan hu jung minggu dengan aktiviti yang berfaedah. “Kami suka datang sini, terutamanya di hujung ming gu, banyak perkara boleh dilakukan, antaranya berzumba, selain lepak ko song kami boleh bersenam menyihatkan badan,” kata Rasyiqah. “Saya suka dengar mu zik di kafe laundry, celah Syafiqah. Muzik yang di pas ang pun ‘up to date’. Sambil borak, lepak-lepak di dataran ni, kita layan muzik, boleh hilang stress,” ujarnya.
Selain itu, ada juga kumpulan busker yang akan menghiburkan pengunjung. Pelbagai lagu dipersembahkan dan pengunjung turut diberi peluang untuk menyanyi bersama mereka. Pengunjung boleh membelibelah di laluan ‘The Street’ yang menyajikan pelbagai barang menarik antaranya pakaian, tudung dan aksesori untuk wanita serta makanan dengan harga yang berpatutan. Muhammad Shazarin Sobri Ahmad, 17, pula teruja ke sini untuk bermain luncur ais di The Royal Ice Skating Rink. “Hendak pergi luar negara luncur ais memang saya tidak mampu, jadi saya bersama rakan-rakan yang lain da tang sahaja ke sini, sangat seronok. Sambil bermain saya juga dapat menambah kenalan baharu dan ber kongsi pengalaman dalam permainan ini,” katanya. Aktiviti ‘indoor’ ini bukan sahaja selamat tetapi dia boleh dijadikan acara santai sekeluarga. Kemudahan lain seperti panggung wayang dan karao ke antara penyebab anak muda memilih bertandang ke sini, Menarik dan selesa, penuhkan aktiiviti hujung minggu anda dengan kegiatan yang bermanfaat.
Syafiqah dan Rasyiqah bersama pengunjung E Curve lain
Luncur ais antara aktiviti sihat yang dapat dilakukan di E Curve
Pengunjung dihiburkan dengan kumpulan muzik busker
Ada apa di sebalik perusahaan sosial? NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
Pernah dengar mengenai perusahaan sosial?
Perusahaan sosial adalah entiti yang menjalankan perniagaan biasa tetapi mempunyai misi sosial atau yang membabitkan alam sekitar. Terdapat lebih kurang 150 usahawan sosial di Malaysia berbanding lebih 120,000 perusahaan seumpamanya di Thailand. Umumnya, perusahaan sosial masih asing dan tidak diketahui ramai di Malaysia. Ramai yang masih keliru dan menganggap perusahaan sosial sebagai media sosial atau program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Saya amat kagum dengan Anja Juliah Abu Bakar, Pengasas BluBear Holdings Sdn Bhd, seorang usahawan sosial yang menjalankan misi memberi peluang kepada gadis-gadis kurang ber kemampuan untuk bersekolah atas sebab-sebab tertentu yang seterusnya menyumbang ke arah usaha untuk menyelamatkan alam sekitar. Agenda beliau adalah mem perkasakan golongan ini menerusi satu pendekatan berinovasi mengurangkan 25% daripada ketidakhadiran pelajarpelajar perempuan ke sekolah aki bat kemiskinan dan kekurangan ak ses kepada tuala wanita serta mengurangkan 40% daripada kesan karbon yang disebabkan oleh kesan pembuangan tuala wanita pakai buang. Berasaskan statistik Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), didapati lebih kurang 60 juta gadis tidak mampu hadir ke sekolah semasa haid. Ini merupakan masalah yang berlaku di seluruh dunia dan memberikan kesan kepada usaha untuk menjadikan wanita sebagai insan yang
berpendidikan. Pada Anja, jika anda mendidik se orang wanita, anda akan akhirnya dapat mendidik semua ahli keluarganya, se terusnya dapat mendidik seluruh negara. Syarikat BluBear Holdings Sdn Bhd adalah pengeluar dan penjual tuala kain wanita pertama yang boleh diguna semula dengan kos yang efektif. Syarikat ini mengedarkan tuala wanita secara percuma daripada setiap jualan yang dilakukan. Beliau pernah menyertai Program Pemecut Perusahaan Sosial di bawah Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC). Anja pernah dipilih untuk mewakili Asia di Forum Keusahawanan Sosial 2016 di Stockholm. Kini, Anja menerajui BluConsult Sdn. Bhd. untuk menggalakkan 50 usahawan menjalani perusahaan sosial. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Inovasi Malaysia bagi wilayah tengah untuk pengeluaran tuala wanita yang diperbuat daripada buluh. Anja mula menceburi perusahaan
sosial setelah diperkenalkan kepada Profesor Dr Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Profesor Yunus, yang merupakan pemenang Hadiah Nobel dan guru perusahaan sosial. Bagi beliau, ilmu pengetahuan adalah kuasa. Dulu, beliau hanya bergantung 100% pada Google untuk menyelidik maklumat yang berkaitan dengan perusahaan sosial kerana tidak mempunyai mentor untuk memberikannya nasihat dan panduan. Kini, Anja meneraju BluConsult untuk mengalakkan usahawan menukar model perniagaan yang sedia ada kepada perusahaan sosial. Sasaran beliau adalah 50 perusahaan sosial pada tahun ini untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan generasi masa depan kita.
22 - 28 FEBRUARI 2017
11
12
22 - 28 FEBRUARI 2017
Rapid Bus memacu kejayaan
Teks AZHAR GHAZALI Foto MUHAMAD DIN HASSANUDDIN
RAPID Bus Sdn. Bhd., anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad dan pemimpin dalam perkhidmatan bas ganti-ganti di negara ini, ber tekad untuk meningkatkan lagi prestasi kewangan Syarikat dengan pendapatan lebih tinggi dan pengurangan kos, sekali gus meningkatkan tahap pengangkutan bas awam. Kini mengendalikan lebih setengah juta penumpang di Lembah Klang dan Selangor, Pulau Pinang, Perak serta sekitar bandar Kuantan dan Pekan, Rapid Bus berazam untuk melipat gandakan bilangan penumpang untuk menjana lebih pendapatan untuk Syarikat. Selaras dengan misi berkenaan, Rapid Bus menganjurkan sesi ‘brainstorming’ bertemakan ‘Drive to Victory’ atau ‘Menjana Kejayaan’ pada 11 Februari lepas, yang dihos oleh Rapid Kuantan dan diadakan di Hotel Zenith, Kuantan dengan dihadiri 60 para pegawai tinggi syarikat. Sekarang, Rapid Bus me ngen dali kan secara purata 498,193 pe num pang sehari dengan Rapid KL
mencatat 386,786 penumpang sehari melalui operasi untuk 178 laluan. Rapid Penang, yang menyediakan perkhidmatan untuk 56 laluan, me ngendalikan 94,185 penumpang sehari manakala Rapid Kuantan me ngendalikan 11,036 penumpang sehari dengan 17 laluan. Rapid Kamunting, yang dibuka pada 3 Mac tahun lepas, mempunyai purata 844 penumpang sehari dengan operasi untuk tiga laluan; manakala Laluan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway merekodkan sejumlah 5,382 penumpang sehari melalui perkhidmatan bas elektrik di laluan bertingkat di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Membuka sesi perbincangan, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Zulkifli Mohd Yusoff menegaskan kepentingan peranan para pemimpin dalam memacu kejayaan untuk Syarikat dan merealisasikan mat la mat untuk meningkatkan jumlah penumpang dan menambah pen dapatan pada tahun 2017 ini. “Pemimpin adalah penting kerana dia diamanahkan untuk menguruskan orang-orang di bawahnya. Ramai pemimpin gagal kerana atas faktor kemanusiaan sebab dia tidak mampu
Staf pengurusan kanan dan kakitangan Rapid Bus Sdn Bhd bersemangat selepas mengikuti sesi 'brainstorming' di kuantan, baru-baru ini.
Kakitangan Rapid Bus tekun mengikuti amanat Zulkifli (gambar atas)
untuk memimpin orang-orang di bawahnya. Seorang pemimpin kena pandai untuk mempengaruhi dan memenangi hati serta kepercayaan staf-stafnya. “Seseorang pemimpin perlu ikhlas dalam bekerja dan sentiasa bersedia untuk membantu staf-staf di bawah jagaannya. Hanya dengan keikhlasan, pemimpin akan dihormati dan sesua tu kerja itu dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang,” kata Zulkifli. Pada sesi satu hari itu, wakil daripada Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Bahagian Penyelenggaraan, Pembangunan Projek dan Jabatan Prestasi dan Strategik Rapid Bus telah berkongsi perancangan masingmasing dalam memacu kejayaan untuk Syarikat.
13
22 - 28 FEBRUARI 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.
EKSPRESI
Sampah tidak dikutip Terima kasih WARTA kerana menyiarkan surat saya. Di sini saya ingin membuat aduan terhadap mutu perkhidmatan kutipan sampah oleh kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang. Masalah kutipan sampah selalu berlaku di kawasan Taman Putra Perdana, Puchong. Sampah yang tidak dikutip mengikut jadual menyebabkan keadaan persekitaran di kawasan itu berbau busuk. Ia juga menyebabkan pencemaran alam sekitar serta menjadi tempat pembiakan nyamuk, tikus dan tumpuan burung gagak. Secara tidak langsung ia meningkatkan risiko wabak penyakit seperti denggi dan leptospirosis (kencing tikus). Setakat ini, tiada langkah penyelesaian dilakukan biarpun aduan sudah dibuat beberapa kali. Malah tong sampah juga masih tidak mencukupi bagi menangani masalah longgokan sampah ini. Semoga surat ini dapat membuka mata pihak yang berwajib agar lebih proaktif dalam mengambil tindakan menyelesaikan masalah penduduk. ANDIKA YUSOFF, PUCHONG, SELANGOR.
Pantau kafe siber
Curi duit mesin air Terima kasih WARTA menyediakan ruangan ini untuk saya membuat aduan. Saya ingin melahirkan rasa marah dan kecewa saya kepada sekumpulan pelajar di kawasan taman perumahan di Kajang yang cuba untuk mencuri wang di sebuah mesin air layan diri. Kejadian ini berlaku awal bulan ini, di mana saya telah berjaya menangkap empat orang budak lelaki yang berusia di antara 12 hingga 14 tahun yang cuba untuk mengeluarkan wang dari mesin tersebut. Pelbagai cara dilakukan mereka seperti menendang, mencungkil serta memasukkan
YANG BAIK ITU BUDI...
JAMAL ALI, KAJANG, SELANGOR
SHURIANA RAMLI, CHERAS, KUALA LUMPUR
INFO KL
Saya amat berterima kasih kepada seorang kakak bernama Rozita dan dua lelaki yang membantu saya ketika kemalangan di lebuh raya LDP minggu lalu. Tanpa mereka saya tak mungkin mendapatkan rawatan yang cepat. Ketika kemalangan berlaku tiada seorang pun pemandu kereta yang berhenti menolong saya malah mereka hanya memandang sinis sahaja. Kecewa saya ketika itu. Mujur masih ada insan yang sudi membantu saya dan ketiga-tiga mereka adalah penunggang motosikal. Terima kasih daun keladi. Manisah, Damansara
Saya merupakan perantau di sini. Baru mulakan kerja di Petaling Jaya. Ketika sampai di sini, saya berasa amat bangga dengan kemudahan perkhidmatan awam seperti bas MRT, dan LRT. Namun yang mendukacitakan saya adalah kerana tiada perkhidmatan basikal. Saya lebih suka berbasikal berbanding menaiki bas atau tren, kerana dengan cara berbasikal, tubuh badan kita lebih sihat. Jika disediakan perkhidmatan basikal, saya adalah insan pertama yang berasa gembira. Ida, Petaling Jaya
sesuatu ke dalam mesin agar wang dapat keluar. Ditakdirkan pada ketika itu saya telah ternampak perbuatan mereka. Saya telah menangkap mereka dan menegur perbuatan mereka itu dan meminta agar mereka berjanji tidak melakukannya lagi. Diharapkan agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Saya sedih kerana mereka masih dikategorikan kanak-kanak di bawah umur dan sepatutnya kejadian seperti ini tidak berlaku.
Pemilik-pemilik kafe siber disarankan mengehadkan operasi kafe siber di sebuah taman perumahan di Cheras. Ini kerana ramai pelajar yang mengambil kesempatan menghabiskan masa mereka sehingga lewat malam dan awal pagi di situ terutama pada cuti hujung minggu. Tindakan mereka pasti akan menimbulkan masalah sosial di kalangan pelajar-pelajar tersebut. Di harapkan pihak kafe siber mengehadkan operasi mereka sehingga jam 10 malam sahaja. Para ibu bapa juga diminta memantau aktiviti anak-anak mereka terutama pada waktu malam.
Apabila kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak menggunakan beg plastik, kami sebagai pengguna berasa sangat tertekan. Terutamanya ketika membeli peralatan dapur di kompleks beli belah. Manakan tidak, barang dah banyak tapi beg plastik pula tidak disediakan malah dicaj pula 20 sen sekiranya kami perlukan beg plastik berkenaan. Bukan nak berkira wang, tapi fikir lah kalau harihari dicaj begini maka kosonglah beg duit kami. Moga dipertimbangkan permasalahan ini. Terima kasih. Fatin Ameera, Shah Alam
Biasiswa SPB Yang di-Pertuan Agong
Wi-Fi percuma warga KL
Bagi anda yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) bagi sesi 2017/2018 sama ada di dalam dan luar negara dipelawa untuk memohon biasiswa Yang di-Pertuan Agong. Antara bidang yang akan mendapat pertimbangan ialah bidang Sains Fizikal, Ekonomi, Undang-undang dan Kejuruteraan dan Teknologi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma kepada warga kota di beberapa kawasan tertutup dan terbuka. Ini memberikan kelebihan kepada penduduk di Lembah Klang bagi melayari Internet tanpa menggunakan data peribadi. Akses tempat terbuka Wi-Fi secara PERCUMA tertakluk untuk 60 minit setiap pengguna sehari. Antara lokasi yang terlibat adalah seperti di bawah :
Syarat permohonan : Warganegara Malaysia & tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian Tarikh tutup permohonan : 3 Mac 2017 Laman sesawang : http://esilav2.jpa.gov.my/
Tempat terbuka : Dataran Merdeka, Tugu Negara, Kiosk di Asean Sculpture Garden dan kawasan kanopi di Taman Botani Perdana. Tempat tertutup : Perpustakaan - Kuala Lumpur & Kanak-Kanak - Bandar Tun Razak - Desa Tun Razak - Jelatek - Gombak Setia - Setiawangsa - 1Malaysia Lembah Pantai - Sri Pantai - Sri Sabah
14
22 - 28 FEBRUARI 2017
DESTINASI
Konvesyen usahawan Berminat menambah ilmu pengetahuan mengenai keusahawanan? Anda dialu-alukan menjadi ahli kelab Quest Entrepreneurs Mastery Convention (QEMC). Kelab usahawan yang disertai ahli perniagaan berpengalaman ini kerap mengadakan pelbagai aktiviti. Kelab QEMC ini mendapat sokongan penuh daripada Quest Learning Group (QSC Asia) iaitu firma perunding terkemuka di Asia dengan pengalaman selama 32 tahun. Sebagai ahli kelab, anda berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti konvesyen, bengkel, dan komuniti perniagaan. Konvesyen terdekat akan diadakan pada 17 Mac bertempat di Evolve Concept Mall, Ara Damansara dengan tajuk ‘Innopreneurship :Disrupt or be Disrupted’. Mensasarkan 600 usahawan, pastinya konvesyen ini platform terbaik untuk anda mencapai impian dalam perniagaan. Maklumat lanjut boleh dilayari menerusi laman sesawang www.qemasia.com
Panduan bakal ibu Buat bakal-bakal ibu yang mahukan panduan bekenaan penjagaan bayi, boleh lah sertai kumpulan sokongan bertempat di Ibu House Taman Sri Hartamas. Bermula 20 hingga 25 Februari pada jam 9.30 pagi, ibu bapa dan anak-anak boleh menyertai aktiviti yang disediakan. Selain bertemu ibu bapa berpengalaman, anda juga dialu-alukan membawa menu dan berkongsi bersama ibu bapa lain dalam parti ‘potluck’. Maklumat lanjut boleh ke http://www.timeout.com/kuala- lumpur/kids/ibu-openhouse
Kelas gim dewasa Penat dengan rutin sama di gimnasium setiap hari? Apa kata anda cuba perkara baru iaitu belajar gimnastik. Biarpun kedengaran agak mustahil, namun di Total Gym Club membuktikan sebaliknya. Anda boleh belajar gimnastik dalam kelas dewasa. Tenaga pengajar akan mengenai asas gimnastik seperti melompat, cara mendarat di atas palang dan sebagainya. Boleh lihat di sini http://www.timeout.com/kuala- lumpur/sportand-fitness/best- alternative-fitness-classesand-workouts-in-kl?icid=np-- hub--tile
Kraf Jepun Jika anda tiada tempat lagi untuk bereksperimen berkenaan kraf, boleh berkunjung ke The Japan Store, tingkat 4, Isetan Lot 10. Menawarkan ruang berbentuk kelas yang boleh menempatkan kumpulan dalam skala sederhana bagi aktiviti seperti kraf, ikebana, kaligrafi Jepun dan sebagainya. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.timeout.com/ kuala- lumpur/things-to-do/free-art- space
Masakan India
Jom ke pasar flea Bawa keluarga atau teman-teman ke pasar flea bertempat di The Summit, Subang USJ pada setiap ahad 19 dan 26 Februari ini. Terdapat 60 vendor yang memaparkan pelbagai produk seperti makanan, pakaian, barangan vintaj dan barangan rumah. Selain jualan, ada juga aktiviti menarik buat pengunjung. Maklumat lanjut menerusi http://www.timeout.com/kualalumpur/shopping/flea-esta
Mencari makanan India? Anda boleh dapatkannya di restoran What Tasty Food di Lorong Maarof Bangsar. Selain mencuba menu popularnya ‘dahi ke sholay’ (roti poket yang rangup dicelup dalam dadih), anda juga boleh merasai kelazatan ‘tava masala sizzler’ (diperap bersama kentang tandoori), nasi ‘jeera’ dengan campuran kuah tomato. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi http:// www.timeout.com/kuala- lumpur/restaurants/wtfwhat- tasty-food
Teater komedi muzikal Berhibur dengan persembahan teater komedi muzikal bertajuk Emily Brown And The Thing yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Bermula 21 hingga 28 Februari bertempat di PJ Live Art, Petaling Jaya. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi http://www.timeout.com/kuala- lumpur/theatre/ emily-brown- and-the-thing?icid=np--hub-- tile
15
22 - 28 FEBRUARI 2017
KL selepas 12
MALAM
Inspirasi, rezeki Dataran Merdeka mainan tersebut mengena kan bayaran sekitar RM5.00 mengikut saiz timba. Selain itu, sudut me lukis potret Karikatur ber hampiran pentas utama Datar an juga menarik pe ngunjung untuk merakam kan wajah bersama pasangan
Suasana sekitar Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad. AZAMIN AMIN
IBU KOTA tidak pernah sunyi dan terus bersaksi dengan segala rencam aktiviti. Tidak mengira usia apatah lagi masa bukan satu halangan yang mencengkam rasa sesiapa atau terbazir dengan sia-sia. Dataran Merdeka umpa ma nya, selain kesibukan lalu lintas atau apa-apa acara negara, malamnya turut di warnai suasana manusia khusus nya anak-anak muda meluangkan waktu dan ber temu. Sepanjang sisi jalan berhampiran padang di
Aktiviti mencari rezeki menampung kehidupan yang mencabar di ibu kota turut kelihatan di lapangan Dataran Merdeka. Dataran, susunan aneka jenama kereta dan rentakan muzik hip-hop cukup me rancakkan dan menarik per hatian ramai. Lampu yang menyimbah di Dataran dan Bangunan Sultan Abdul Samad,
memancarkan pemandangan yang cukup indah. Terbukti salah satu mercu tanda ibu negara, menggamit perhatian bukan sahaja masyarakat sekitar sebaliknya pelancong luar negara. Aktiviti mencari rezeki menampung kehidupan yang mencabar di ibu kota turut kelihatan di lapangan Dataran Merdeka seperti menjual air kotak dan tin kepada pengunjung yang bersidai seketika. Ini termasuk mainan buih sabun untuk kanak-kanak. Mohd Zapri Mat, 36 yang menyediakan kelengkapan
dengan harga yang sangat berpatutan. Pastinya, Dataran Mer deka terus memberi inspirasi kepada warga kota dan pe ngunjung untuk menyuntik semangat juang tinggi bagi mengahdapi kehidupan se tiap hari.
Mohd Zapri menujukkan demonstrasi permainan buih sabun kanak-kanak yang mendapat sambutan menggalakkan
Penjual air, mendapat rezeki sampingan daripada pengunjung yang bersantai di Dataran Merdeka
Burung ungu kuasai dunia!
SUDAH lebih seminggu burung ungu dengan aksi terhuyung-hayang seperti sedang melakukan headbanging, menghantuk-hantuk kepala, mengu asai dunia menerusi media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah itu yang sebenarnya? Namun dalam tertanya-tanya, mereka kongsi juga, barang kali untuk tidak dianggap ketinggalan oleh rakan-rakan mengenai suatu trending yang sedang melanda. Itulah kita. Sesuatu yang se me mang nya tidak pun memberi kesan, jauh sekali faedah untuk diri dan kehidupan kita, apabila dilakukan oleh orang lain secara massa menerusi media sosial, kita tetap mahu ikut sama. Jika tidak, kita bimbang dianggap tidak ikut peredaran semasa ko non nya. Cerita mengenai burung ungu, ia sebenarnya adalah karakter animasi daripada set tampalan yang dicipta oleh seorang artis dari Florida,
Amerika Syarikat, Syd Weiler. Set itu diberi nama Dove manakala yang menghantuk-hantuk kepala itu, namanya Trash Dove. Syd mencipta Dove pada Sep tember 2016 dan bermula bulan lalu, karakter itu dijadikan set tampalan oleh iPhone. Hanya lebih seminggu lalu, Trash Dove – yang aksinya menghantuk kepala persis seseorang menghayati muzik trash tiba-tiba men curi perhatian ma syarakat dunia, men jadi kongsian ter hangat di Facebook. Tularnya karakter meme – simbol bu da ya atau idea sosial – ini dicetuskan oleh penyebaran meluas satu video yang memaparkan aksi Trash Dove dengan seekor kucing di Thailand. Video itu bagaimanapun di sam but dengan reaksi kurang selesa oleh sesetengah pihak yang
menyifatkannya sebagai tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Ini berikutan kepala Trash Dove dengan aksi terhantuk-hantuk itu dipaparkan ‘menembusi’ bahagian bawah perut kucing berkenaan yang menyebabkan ia kelihatan lucah. Begitu pun, Syd dalam satu me sejnya di media sosial telah mengucapkan penghargaan kepada para netizen kreatif di Negara Gajah Putih yang mempopularkan karakter ciptaannya itu. “Ia bermula di Thailand. Sebenarnya mereka (rakyat Thailand) mempunyai satu lawak mengenai burung di sana, dan ia ada kaitan,” kata Syd yang mengakui terkejut dan sama sekali tidak menyangka karya seninya itu akan menjadi tular. Kenapa Trash Dove jadi tular di Thailand?
Sebuah portal di negara itu, Khao Sod dalam ulasan mengenainya me nyatakan, burung (atau nok dalam bahasa Thai), juga adalah perkataan yang merujuk kepada seseorang yang berstatus bujang, tidak punya harapan dan hidup merana kerana cintanya tidak berbalas. Itu bagi tafsiran yang ‘berat’ manakala dalam perumpamaan yang lebih ‘ringan’, Trash Metal sekadar imej bagi suatu watak yang sedang head banging, melayan lagu ‘trash metal’. Apa pun, Trash Dove kini adalah satu ikon media sosial, sebuah meme yang menguasai dunia tanpa had sempadan. Ia suatu pencapaian yang mengkagumkan bagi Syd, lulusan Ringling College of Arts & Design, Florida, AS, yang kini adalah residen artis di agensi Jenny LeClue. Syd juga giat memasarkan karya seninya menerusi internet dan boleh dihubungi (untuk tempahan) menerusi sydney.a.weiler@gmail.com
16
22 - 28 FEBRUARI 2017
Rumah / Apartment untuk dijual
Khidmat untuk bisnes
RUMAH GUGUSAN DEDAP, KOTA DAMAN SARA Apartment 3 bilik / 2 blik air, 850 sqft, Partially Furnished. Hubungi Ayu 017 - 333 - 2193
PERKHIDMATAN PELA MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu nang, Mini pelamin, Pelamin rumah, Pelamin ni kah, Pelamin Cukur Jambu (Harga boleh dirunding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings
RUMAH SUBANG PERDANA, Shah Alam Block B iIngkat 3 No 19 Taman Subang Perdana, Shah Alam 3bilik, 1 bilik air RM95,000
Jawatan kosong
KEDAI PERCETAKKAN di Kompleks PKNS Shah Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Cetakan Kad Perniagaan, Bunting / Banner, Kad Kawin, Pelekat Kenderaan & Baju. CHERAS RIA APART Hubungi: 012-671 1929 MENT RM129,000 (Johan) Apartment / Flat 3 rooms / 1 bathroom, Non bumi lot SERVIS KOMPUTER, KOMPUTER RIBA. SUTRAMAS APARTMENT Bandar Puteri, Klang, @ BANDAR PUCHONG Menjual barangan gajet Apartment / Flat 3 rooms / seperti Mira Screen, 2 bathroom, Non bumi lot / Mc Book Adapter, skrin 845sqft komputer. Hubungi 011call/ wasap - 012 - 682 7251 3275 0876 (Mamat) APARTMENT JATI 1, USJ Subang Jaya RM320,000 3Bilik 2bilik air, 865sqft, Bumi Lot Contact Mustafa 017 - 693 6439
SEROJA APARTMENT PUTRA PERDANA RM248,000 Apartment / Flat 3 rooms / 2 bathroom, bumi lot / 738sqft call/ wasap: 012 - 944 9852 RUMAH TAMAN MALINJA RM350,000 Lokasi di Pekan tanjong Karang , rumah teres 2 tingkat + 1 tingkat, 4 bilik 2 Bilik air , 1 store hubungi Lelawati 012-625-3845
CUCI KARPET / TOTO / COMFORTER Kami menyediakan khidmat cuci karpet seluruh malaysia, Karpet akan diambil dari rumah dan akan dihantar selepas dicuci. Harga (carpet) RM1.35 perkaki , harga (comforter / toto) RM20. Tempoh cuci adalah 5-7 hari bergantung kepada cuaca. Hubungi: 019 - 216 - 6325
KLASSIFIED Jawatan kosong
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi EVENT COORDINATOR Skop kerja, memperkenal dan mempromosikan pro duk syarikat kepada pelanggan. Calon yang berjaya akan bekerja di Mutiara Complex jalan Ipoh, kl. Syarat 20 -30 thn, lelaki dan wanita, warganegara malaysia berminat hubungi Zara 012 - 394 - 0666
Kereta untuk dijual
Jawatan kosong
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554
PEGAWAI PUSAT PANGGILAN Untuk 10 staff sahaja. Basic dari RM1300-RM1800 tidak termasuk komisyen. Jika Anda boleh menggunakan komputer, boleh berkomuni kasi dengan baik melalui telephone, boleh bekerja berkumpulan. Hubungi 013 - 312 0356 (En Zaidi)
Kereta untuk dijual
MERCEDES BENZ E250 W207 1.8 AMG CGI 2010 AUTO - low Mileage - Excellent Condition - Accident Free RM139,800 Hubungi: 017 - 377 1333 TOYOTA VELLFIRE 3.5ZEDDITION 2009 REG 2012 AUTO - Low mileageonly (58k km) - Tiptop condition like new - Accident free Hubungi: 019 - 229 9012
Khidmat Kesihatan & Kecantikan
KERANI & EXECUTIVE Membantu dalam peng urusan agensi seperti beri kut. Merekrut wakil takaful yang berminat dalam bidang kewangan dan perlantikan wakil baru, Berpengalaman dalam bidang Sales & Marketing hubungi 012 - 619- 5754 / 019 - 255- 9455
Kereta untuk disewa
MERCEDES BENZ C180 1.8 2005NREG 2010 AUTO - Japan spec - careful owner - nice number - low mileage - tip top condition RM 42 800 Call : Ken 017 - 377 - 1333 BMW 5251 2.5 E60 2007 REG 2011 AUTO - One owner - tip top condition RM69 800 Hubungi: 012 - 329 9913
MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
17
22 - 28 FEBRUARI 2017
Makan
LTdL 2017 bebas doping KUALA LUMPUR - Penganjur perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 akan memastikan peserta benar-benar bersih daripada penggunaan dadah terlarang dalam perlumbaan, yang bermula 22 Feb ini. Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2017, Emir Abdul Jalal berkata beliau telah membuat ketetapan sejak awal lagi bahawa pihaknya tidak akan mengambil pasukan yang mempunyai sejarah doping dalam sukan berprestij itu. "Kami tidak mahu acara ini dikaitkan dengan doping," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan tiga penaja bagi sukan itu yang dijadual berlangsung dari 22 Feb hingga 1 Mac depan
DI MANA
Menu barat adunan Melayu
‘Polis' cegah maksiat terkantoi MIRI – Gara-gara menyamar sebagai anggota polis untuk mengugut se pasang kekasih yang disyaki melakukan maksiat, seorang lelaki akhirnya terpaksa jadi penghuni lokap selama tujuh bulan. Selain itu, Nazri Ahmad, 32, dari Kampung Piasau Utara di sini, juga didenda RM2,000 atau sebulan lagi penjara oleh Mahkamah Majistret Miri, 8 Februari lalu. Mengikut fakta kes, pada jam 12.40 pagi, 6 Ogos 2016, Nazri bersama seorang lagi lelaki telah mendekati pengadu dan teman wanitanya yang ketika itu berada di kawasan Pulau Melayu. Mereka yang bermotosikal telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada pasangan itu sambil bertanya mengenai ‘perbuatan maksiat’ yang mereka lakukan. Nazri yang juga seorang penganggur kemudian meminta wang daripada pasangan ber kenaan atas alasan untuk ‘selesai kes’. Pasangan itu menyerahkan kepadanya wang tunai RM147 selain sebuah telefon bimbit. Polis telah menahan suspek pada 10 Ogos 2016 di kawasan letak kereta berhampiran sebuah hotel di Jalan Maju, di sini. Setelah dihadapkan ke mah kamah, Majistret Zuraini Ali Musa memerintahkan hukuman penjara ke atas suspek dikuatkuasakan sejak tarikh dia ditahan.
Restoran The Flavourist yang terkenal dikalangan warga Melawati
GABUNGAN makanan barat dan tradisional dengan ciri ‘food from scratch’ menjadi tunjang untuk menarik minat pelanggan ke restoran The Flavourist. Chef yang berpengalaman lebih 20 tahun bertugas di dalam dan luar negara turut menjadi penyumbang daya tarikan pelanggan. Chef Rosidi meneliti setiap menu untuk memastikan hidangan tersedia dari bahan semulajadi dan diadun sendiri. “Saya pastikan slogan “food from scratch” dipatuhi,
Produk halal semakin dicari SHAH ALAM – Banyak ne gara maju memerlukan produk-produk halal bagi merancakkan ekonomi dan pelancongan negara masingmasing. Untuk itu, kata peng analisis ekonomi, Dr Bahyah Baba, Malaysia seharusnya manfaatkan peluang ini di samping membuka ruang lebih luas kepada produkproduk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) khususnya produk halal untuk mem bantu menjana ekonomi ne gara. "Malaysia ada banyak PKS. Kalau kita tengok, ada
produk halal di negara ini yang berpotensi mendapat pasaran di luar. "Namun, apa yang dilihat hanyalah pengusaha ini bergerak secara sendirian. Kerajaan sudah boleh memainkan peranan lebih besar membantu mereka. "Banyak negara maju yang memerlukan produkproduk seperti ini bagi merancakkan sektor ekonomi dan pelancongan di negara mereka. Malaysia harus memanfaatkannya. Jangan biarkan PKS bersendirian,” katanya.
Lamb Rack yang lembut dan berempah khas
Daging kepal (patty kami buat sendiri dari daging yang bermutu, sebab itu Classic Beef Burger di restoran ini menjadi bualan dan memang ada pelanggan yang tersendiri.
selagi boleh adunkan sendiri bahan yang asli kami akan buat, bukan sekadar rempah ratus untuk masakan melayu, daging kepal (patty) pun kami buat sendiri dari daging yang bermutu, sebab itu Classic Beef Burger di restoran ini menjadi bualan dan memang ada pelanggan yang tersendiri.” kata chef Rosidi. Selain burger, lamb rack yang menggunakan rusuk dari Australia juga mendapat sambutan yang baik selain spagheti aglio olio bersama bijan dan udang tempura dan masakan tradisional seperti gulai lemak daging salai dan ayam goreng rempah menjadi tarikan untuk masakan tradisional melayu. Restoran yang terletak di Melawati ini adalah penyedia makanan barat dan oriental yang harus dikunjungi.
18 Di sebalik nama
22 - 28 FEBRUARI 2017
JENAMA
LV, si miskin yang menakluk dunia TERSENARAI antara beg ta ngan berjenama yang po pular, Louis Vuitton mudah dikenali dengan logo monogramnya. Rekaan mewah nan indah ini menjadi dambaan wanita yang mahu tampil bergaya lagi eksklusif. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ia tetap jadi buruan setiap kali ada koleksi istimewa dilancarkan. Namun, siapakah di sebalik aksesori mewah ini? Mengikut buku The Richest, The Born Rich serta laman sesawang rasmi Louis Vuitton (LV), jenama ini diilhamkan oleh Louis Vuitton, pemuda miskin dari Perancis yang ketika itu hanya seorang penganggur.
Beg tangan pertama setelah Vuitton tiada JENAMA Louis Vuitton (LV) semakin besar dan elegan dalam kalangan selebriti dan bangsawan kerana inovasi tanpa henti yang dikembangkan pemiliknya. Setelah Vuitton meninggal pada 1892, anaknya Georges pula meneruskan perniagaan mereka. Ternyata buah tangan Georges berhasil setelah melebarkan sayap perniagaan fesyen hingga ke berbagai negara. Pada 1991, keluarga Vuitton merancang membuat beg `Stemer` yang sangat terkenal. Stemer adalah beg berbentuk kotak bertekstur lembut yang digunakan hingga sekarang. Awalnya beg tersebut berfungsi untuk menyimpan pakaian tetapi akhirnya ramai orang menggemarinya. Sehingga kini jenama LV sudah berada di lebih 60 negara di dunia dengan lebih 500 butik. Kebanggaan Perancis ini sangat istimewa kerana harga beg tangannya pernah mencecah hingga RM78,000 untuk sebuah beg. Ternyata jenama yang diasaskan sejak 1854 masih kekal utuh seperti produk mewah lainnya. Pelbagai rekaan inovatif dihasilkan hingga menjadikannya jenama aksesori wanita paling mahal di dunia.
10 beg berjenama popular 1) Louis Vuitton 2) Hermes 3) Mouawad 4) Chanel 5) Fendi 6) Marc Jacobs 7) Judith Leiber 8) Hilde Palladino 9) Lana Marks 10) Prada
Tidak mahu terus me nanggung derita, Vuit ton yang lahir pada 1821 merantau mencari kerja sejak usianya 14 tahun. Sehingga beliau tiba di Paris di mana ditawarkan kerja mem buat peti barang dan kotak oleh Mosieur Marechal. Selama 17 tahun, Vuitton meng abdikan diri dalam perusahaan peti dan beg hingga beliau mampu membina perniagaannya sendiri. Kurun ke 19 ini juga menyaksikan Napoleon III men cari seseorang yang bo leh mencipta beg khusus untuk Empress Eugene (isteri Napoleon). Akhirnya mereka bertemu Vuitton yang handal mereka barangan istimewa untuk wanita. Vuitton mencipta beg dengan sistem kedap udara dan bagasi bertingkat yang boleh dimampatkan. Sejak itu, nama Vuitton menjadi sebutan dek rekaannya unik dan merentasi zaman ketika itu. Pola yang
unik membuatkan produknya popular dalam kalangan selebriti serta keluarga elit. Akhirnya pada 1854, Vuitton membuka kedai pertamanya bernama Louis Vuitton Malletier. Menerima pengiktirafan dengan pingat emas dan perak pada 1867 serta 1889 membuatkan Vuitton makin popular. Menyedari betapa pentingnya logo yang direkanya, Vuitton terus mematenkan ben tuk bunga dan namanya dengan membuat lambang L dan V sebagai simbol bagi produknya.
Beg ‘labu’ paling mahal Beg tangan berbentuk labu, Kusama Pumpkin Minaudiere yang dihasilkan LV dengan artis kontemporari Jepun, Yoyoi Kusama adalah yang paling mahal dalam senarai koleksi LV setakat ini. LV dengan artis kontemporari Jepun, Yayoi Kusama menghasilkan beg tangan berbentuk labu dengan nama Kusama Pumpkin Minaudiere adalah yang paling mahal setakat ini. Harganya melambung sehingga RM594,000 bagi sebuah beg kerana hanya lima buah beg sahaja dihasilkan. Beg tangan tersebut dibuat daripada emas tulen, kilauan manik mewah serta kombinasi logam terbaik dunia. Biarpun mahal, kesemuanya habis dijual kepada mereka yang mahukan rekaan unik tersebut.
Selain Kusama, LV juga bekerjasama dengan Marc Jacobs untuk menghasilkan rekaan lebih kreatif. Ternyata detik hati Vuitton untuk mempatenkan logonya tepat dengan peredaran zaman. Ini kerana logo monogram yang pada awalnya untuk mencegah pemalsuan, namun mudah pula ditiru dan adalah logo yang paling banyak ditiru dalam sejarah fesyen. Ramai yang berangan ma hu memakai beg LV kerana kualiti dan imej mewah yang ditampilkannya. Mes ki pun begitu jenama LV akan sentiasa diingati kera na kemewahannya yang sebenar nya adalah inovasi pemuda miskin yang tidak pernah berhenti mencipta kejayaan.
Taeyon bagaikan boneka MENJADI ikon dunia K-Pop, Girls Generation bukan sahaja berbakat menyanyi, namun kini salah seorang ahli kumpulannya, Taeyon dilantik menjadi duta jenama kosmetik Banila. co. Dalam sesi fotografi, artis berusia 27 tahun ini tampak sempurna dengan solekan bagaikan boneka. Dengan riasan semulajadi serta rambut ditocang dua, penampilan Taeyon nampak ringkas dan tidak berlebihan. Taeyon menjelaskan dengan jadual nya yang padat, dia memanfaatkan waktu terluang seperti dalam kereta untuk menguruskan penampilannya.
Taeyeon diberi tanggung jawab dengan imej ‘Seoul Goddess’ dan Banila.co percaya artis tersebut mampu menunjukkan trend kecantikan kepada wanita lain di Seoul. Sementelah lagi Taeyon cukup popular dengan auranya yang comel dan manis. Perkembangan terkini Taeyon tentunya kemunculan kembalinya sebagai penyanyi solo. Dalam teasar video klip Taeyeon dengan lagunya ‘I Got Love’, duta Banila.co ini tampil berlainan sekali dengan konsep solekan dan pakaian yang lebih seksi.
19
22 - 28 FEBRUARI 2017
IG Justin Bieber kembali aktif 21
Pakistan boikot filem Raess
ERRA OK SAHAJA... Paduan suara Kaka 20
21
Di celah-celah gosip panas yang melanda dirinya, Erra Fazira sebaliknya tenang sahaja. Dia menjalani kehidupan seperti biasa aktif dalam aktiviti seni dan perniagaan dan kini sedang bersiap-siap hendak ke luar negara. “Jangan risaukan dia, Erra ok saja,” kata pengurus peribadinya, Mohd Firdaus Faizal. Minggu lalu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan cerita, Erra kononnya telah berkahwin secara senyap dengan Shahir AF. Ditanya apa reaksi Erra ekoran tersebarnya cerita itu, Firdaus berkata, Erra mulanya agak terkejut juga. “Bagaimanapun dengan pengalaman lebih 20 tahun hidup dalam dunia glamour, Erra dapat hadapinya dengan baik. Dia sudah mangli dan dapat bertenang,” katanya. Firdaus juga beritahu, Erra tidak dapat ditemu bual buat masa ini kerana jadual aktivitinya sentiasa padat. Selain filem lakonan terbaharunya, Soulmate Hingga Jannah arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen sedang ditayangkan, Erra juga aktif dalam perniagaan yang berasaskan jenamanya sendiri, RARAbyErraFazira. Antara produk keluaran syarikatnya ialah tudung dan biskut yang dijual menerusi butik, juga secara atas talian. Selain itu, Erra juga mempunyai jenama minyak wanginya sendiri, Forget Me Not dan Loveable By Erra Fazira.
Waghih mula berniaga 21
20
22 - 28 FEBRUARI 2017
Jual rahsia pelangsing
B
EN Amir atau pemilik nama asal, Muhammad Amir Sabaruddin bukanlah nama baru dalam bidang lakonan. Biarpun kerjayanya naik agak perlahan dan selepas lima tahun baru menyerlah, pembawa watak Doktor Muslim menerusi drama Suri Hati Mr Pilot telah membuktikan bahawa dia dirinya sememangnya berbakat besar. Ben yang pernah menyertai Hero Remaja 2011/2012 bersama Fattah Amin dan Saharul
Ridzwan, kini mula mendapat perhatian penerbit dan pengarah drama. Terbaru, dia ditawarkan memegang peranan utama di samping Puteri Aishah dalam drama 26 episod, Air mata Di Bumi Matador. “Selain Puteri Aishah, saya juga bergandingan dengan Nazrief Nazri, Ika Farhana, Laila Nasir dan ramai lagi. Hujung bulan ini sehingga April, saya akan ke Sepanyol untuk melakonkan beberapa babak drama ini di sana,” ujarnya yang pernah membintangi drama Mariam Alisa, Menantu Ting Tong, Cinta Masam Manis, Bagaikan Kelip-Kelip, Dunia Generasi Baru, Asam Pedas Untuk Dia dan banyak lagi. Ben seorang anak muda yang mempunyai visi dan wawasan yang besar. Diajukan padanya, apakah yang akan dilakukannya sekiranya tidak berlakon? “Saya akan berniaga,” jawabnya pendek. Ini dibuktikan dengan pelancaran produk pelangsingan jenama Go-S baru-baru ini. Bukan sekadar mengikut trend kerana Ben perlu melalui proses tapisan yang ketat sebelum memasarkan produknya kepada pengguna. Proses R&D untuk Go-S bermula pada Jun tahun lalu dan produknya berjaya disiapkan pada September tahun yang sama. Bagaimanapun Ben tidak melancarkannya terlebih dahulu kerana mahu melihat hasil testimoni daripada pengguna, keluarga dan dirinya sendiri.
“Sebenarnya idea untuk menghasilkan produk ini tercetus bila saya melawat Datin Farrah Razali yang baru melahirkan anak. Agak terkejut juga apabila saya melihat tubuh Farah tidak naik seperti wanita berpantang yang lain. Dari situ, saya mencungkil rahsia Farrah dan diberitahu bahawa dia mengamalkan pemakanan turun temurun daripada ibunya,” terangnya. Apa yang menarik, akhirnya Datin Farrah sendiri berhasrat mengeluarkan produk pelangsingan dan kesihatan dan mereka bergabung. Maka terhasillah produk yang menggunakan bahan organik dan bebas gula untuk langsing dan sihat secara semula jadi yang sesuai untuk lelaki, wanita serta ibu berpantang. “Saya sendiri sememangnya mengamalkan gaya hidup sihat dan selalu bersenam. Pada masa yang sama setelah produk ini siap, saya ditawarkan memegang watak sebagai Dr Muslim dan saya jadikan diri saya sebagai testimoni produk ini,” ceritanya lagi. Justeru, Ben bukan menjadi duta sebaliknya rakan kongsi dan co founder untuk produk Go-S. Produk ini membantu membakar lemak, memberi tenaga semasa latihan, membantu membuang toksid dalam badan, membaiki metabolisma dan memudahkan membuang air.
Paduan suara Kaka, Awie Rafael menjadi
M
EMENANGI tempat kedua dalam program Duo Star, yang menggandingkan Kaka Azraff dan Awie Rafeal menerusi single berjudul ‘Ada Jalannya’, mereka berdua dilihat mempunyai paduan vokal yang cukup serasi. Tidak hairanlah sekiranya, selepas program tersebut ramai peminat yang meminta agar mereka berdua tampil dengan lagu duet seterusnya. “Sebenarnya pada awalnya, saya memang tidak terfikir untuk memasuki Duo Star, apalagi menyanyi lagu bersama mana-mana artis kerana saya tidak pernah berduet dengan mana-mana penyanyi.” “Namun saya cuba mencabar diri saya untuk berduet dalam pertandingan tersebut dan tidak sangka pula ia menjadi dan diterima ramai. Ramai di kalangan peminat-peminat kami
memberikan respons yang positif,” ujar Kaka. Menurutnya lagi, selepas ini mereka mungkin akan membuat showcase bersama dan sekiranya ada rezeki, perancangan untuk melahirkan single seterusnya memang ada. Perkembangan mengenai album pula, menurut Kaka, dia akan tampil dengan album terbaru pertengahan tahun ini. Menerusi album penuh tersebut dia akan bekerjasama dengan Aliff (Sleeq) yang merupakan produser untuk album tersebut. “Dalam album ini, saya cuba berganding tenaga dengan Aliff. Setakat ini, alhamdulillah dah siap 40%. Saya selesa dapat bekerjasama dengan Alif kerana dia faham kehendak dan jiwa saya dalam seni muzik. Kami juga turut berkongsi cita rasa yang sama,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Kaka berkata, dia bakal muncul dengan telefilem untuk siaran slot cerekarama di TV3 berjudul Kesempatan Kedua bersama Izzue Islam dan Hafiz Mikael pada April depan.
21
22 - 28 FEBRUARI 2017
Produk baju sekolah WAGHIH
S
IAPA tidak kenal dengan penyanyi hip hop yang menggunakan elemen dialek dalam lagu-lagunya, Waris. Lagu-lagunya yang rancak, pasti membuatkan sesiapa saja ingin turut menyanyi apabila didendangkan. Tidak hanya bergantung pada rezeki di bidang nyanyian. Terbaru, penyanyi ini cuba menceburkan dirinya dalam perniagaan pula. Dengan menggunakan jenama WAGHIH, Waris cuba menerajui perniagaan rangkaian pakaian sekolah dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan. “Saya memulakan perniagaan baju sekolah ini sejak akhir tahun lalu iaitu sebelum sekolah dibuka. Alhamdulillah, bisnes ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan kesemua 1,500 unit pakaian sekolah habis dijual di seluruh Negeri Sembilan,” kata pemilik nama sebenar Muzzammil Alias ini membuka bicara. Menurut Waris lagi, pakaian sekolah tersebut dijual dengan harga yang berpatutan dengan menggunakan kain yang berkualiti dari Bangladesh. Ia dipasarkan di sekitar Kuala Pilah dan Mydin Senawang. “Untuk pakaian sekolah tersebut, saya menggunakan khidmat tukang jahit dari Rumah Asnaf di Negeri Sembilan. Secara tidak langsung, saya cuba memberi peluang pekerjaan kepada mereka,” ujarnya. Untuk langkah seterusnya, Waris, bercadang memperluaskan lagi rangkaian pemasaran produk pakaian sekolahnya ke seluruh Malaysia tidak lama lagi. “Selepas ini saya akan bawa pakaian sekolah ini menjelajah satu Malaysia sambil travel. Dengan cara ini, saya boleh meluaskan pasaran pakaian sekolah
jenama WAGHIH,” jelasnya. Selain pakaian sekolah, Waris juga turut menjual minuman dengan label Air Conteng di bazar Ramadhan. Katanya, Air Conteng yang dihasilkan daripada campuran air soda dan buah-buahan ini sudah pun dijual olehnya di bazar Ramadhan pada tahun lalu. Melihat pada permintaan yang baik daripada pelanggan, dia bercadang untuk meneruskannya pada Ramadhan tahun ini pula. “Pada bekas minuman tersebut, saya akan lakar nama pembeli dengan menggunakan elemen graffiti tags. Saya yakin ia boleh menjadi daya penarik untuk pelanggan mencuba Air Conteng ini,” katanya. Berbalik soal kerjaya seninya, dia telah pun tampil dengan single berjudul Tepuk, ciptaan Azique Beats dan lirik olehnya sendiri. Lagu tersebut khas dibuat untuk anak lelaki sulungnya, Muddassir Muzzammil, 5 bulan. Manakala untuk single terbarunya, Waris tampil dengan projek solo featuring Nora Danish menerusi lagu Boom. “Album penuh saya pula akan dikeluarkan bulan Mac ini. Ia merupakan sebuah album alumni berunsurkan hip hop raggae yang menampilkan 10 buah lagu. Antara produser yang terlibat ialah Azique Beats dan DJ Fuzz. Biarpun 10 track, namun ia sangat padat,” ujarnya lagi. Selain album, Waris juga terlibat sebagai pengacara program Kompas Muzik, sebuah program berbentuk travelog yang memaparkan pengembaraannya menjejaki muzik dan budaya Asean yang disiarkan di TV1.
Aurel kahwin muda, apa kata Ashanty? AUREL HERMANSYAH rupanya benar-benar jatuh cinta dengan kekasihnya sekarang, Rabbani Zaki. Aurel mengakui sudah menjalinkan hubungan serius dengan bakal juruterbang yang kacak dan bergaya itu. Bukan hanya itu, remaja yang kini menceburi perniagaan kosmetik ini secara terang-terangan mengakui bersedia untuk berkahwin muda. Bahkan, si cantik 18 tahun ini juga mengatakan bahawa dia tidak mahu berkahwin lewat iaitu melebihi usia 23 tahun. Jadi, agaknya apa kata Ashanty, ya? "Teman lelaki Aurel yang ini memang baik. Cuma untuk berkahwin tidak boleh ditetapkan lagi. Itu Allah yang tentukan. Saya juga tidak boleh beri apa-apa keputusan sekarang. Mungkin jika usianya 19 tahun, barulah boleh difikirkan,” ujarnya.
Seputar Artis
IG Justin Bieber kembali aktif Justin Bieber akhirnya kembali aktif di Instagram (IG)! Dia telah menggunakan IG peribadinya semula awal Februari lalu setelah tidak aktif Ogos tahun lalu. Justin memulakan IG nya semula dengan sebuah video di mana dia memuat naikkan lakonannya dalam iklan T-Mobile untuk majlis Super Bowl 2017. Dalam video tersebut, Justin tampak berbeza. Dia kelihatan rapi dengan kepala botak, cermin mata besar, dan sut. Dia juga serius membicarakan mengenai cara setiap orang meraikan sesuatu pada awal iklan tersebut. Namun, keseriusan itu hilang di akhir iklan. Kemudian, dia memberikan pelbagai gaya dan gerakan menarik. “Let me see your #unlimitedmoves (Tunjukkan #gerakantakterbatas kalian),” tulis Justin dalam caption video tersebut. Kembalinya Justin menerusi IG disambut baik netizen. Lihatlah bagaimana video pertama Justin yang sudah ditonton lebih dari 6.4 juta kali dalam masa dua hari.
Pakistan boikot filem Raess
Nasib kurang menyebelahi Shah Rukh Khan dan tim filem Raees. Mereka gagal menayangkan filem itu di Pakistan kerana kerajaan negara itu tidak berpuas hati mengenai jalan cerita filem bertema gengster tersebut. Padahal, setelah pemboikotan Pakistan ke atas filem India dihentikan, RAEES diharap menjadi filem kedua yang boleh menembusi pasaran negara itu selepas Kaabil, milik Hrithik Roshan. Kerajaan Pakistan menganggap filem RAEES menunjukkan sisi seorang muslim yang tidak baik. Bahkan merendahkan martabat umat Islam menerusi karakter utamanya yang menjadi gengster. Meskipun dibintangi seorang Muslim dan ada aktres Pakistan dalam filem tersebut, namun kerajaan Pakistan tetap tegas bahawa filem tersebut tidak boleh ditayangkan di sana. Ini membuatkan Mahira Khan, aktres Pakistan yang jadi menjadi heroin SRK berasa kecewa. Pemboikotan ini menjadi masalah besar kerana ia merupakan penyumbang utama keuntungan negara tersebut dan sudah pasti harapan Raees untuk menambahkan keuntungan musnah.
Naik 10kg makin kacak Ramai bintang Korea yang harus menjaga pola makan demi memiliki tubuh yang ramping. Sebaliknya, Kang Dong Won kelihatan lebih kacak dengan berat badan barunya yang naik 10 kg. Ketika berlakon dalam drama Vanishing Time: A Boy Who Returned pada November lalu, berat badannya hanya 65kg sahaja. Ini kerana peranannya sebagai lelaki misteri yang mengaku merupakan Sung Min yang sudah dewasa. Selepas itu, jejaka ini kemudian menerbitkan filem barunya, Master bersama Lee Byung Hun dan Kim Woo Bin. Dalam penampilan barunya itu, dia sudah mempunyai berat badan 75kg. Bahagian tubuhnya dengan pertambahan berat badan 10kg tampak sesuai melakonkan watak seorang detektif.
22
22 - 28 FEBRUARI 2017
RELEKS
Jom Wayang
SINGAM 3 (TAMIL) Pawagam: TGV JAYA SHOPPING CENTRE Masa: 11:00 AM 2:10 PM 2:30 PM
JOHN WICK 2: CHAPTER TWO
Pawagam: TGV PERMAISURI IMPERIAL CITY Masa: 11:15 AM 2:00 PM 4:45 PM 7:30 PM 10:15 PM
AKU HAUS DARAHMU
Pawagam: GSC SETIA CITY MALL Masa: 2:30 PM 4:35 PM 6:40 PM 8:45 PM
23
22 - 28 FEBRUARI 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Jackie Chan dikritik
SUDOKU
JACKIE Chan memang popular dengan filem-filem bertemakan kung fu. Kini, dia muncul dengan filem genre aksi komedi, Kung Fu Yoga yang diarahkan oleh Stanley Tong. Filem usaha sama negara Cina dan India ini, diterbitkan oleh Sparkle Roll Media, Taihe Entertainment. Jadi, tidak hairanlah ia ditampilkan dalam tiga bahasa iaitu Mandarin, Tamil dan Inggeris. Apa yang menarik, selain Jackie, ia dilakonkan oleh pelakon-pelakon handal termasuk bebera pa pelakon Bollywood seperti Disha Patani (Ashmita), Sonu Sood (Randall), Eric Tsang, Amyra Dastur, Temur Mamisashvili, Tomer Oz , Aarif Rahman Fatih Ugurlu dan ramai lagi. Kung Fu Yoga ini mengisahkan seorang profesor arkeologi bernama Jack (Jackie Chan ) yang berada di Muzium Terracotta di Xi'an. Jack mempunyai rakan sepasukan yang berasal dari India, iaitu Ashmita dan pembantunya Kyra. Mereka melakukan misi mencari harta Magadha iaitu harta pening galan Tibet yang berada di India. Mereka menemui kawasan peninggalan tentera kerajaan yang telah lenyap bersama harta tersebut di sebuah gua ais di Tibet. Namun, telah diserang hendap oleh Randall (Sonu Sood), daripada keturunan pemimp in tentera pemberontak dan ditangkap. Apabila dibebaskan, mereka seterusnya ke Dubai, tempat berlian dari gua ais yang akan dilelong. Apakah yang berlaku seterusnya? Saksikannya di pawagam sekarang! Filem terbaru Jackie Chan, Kung Fu Yoga, hasil kerjasama antara China dan India ini, mendapatkan kecaman dari India. Pengkri tik filem di negara tersebut menilai filem itu kuno dan ofensif. Biarpun disambut baik di China dan masuk ke dalam carta box office, pengkritik filem India menganggap filem tersebut terla lu banyak stereotaip mengenai masyarakat India. Salah sebuah media di India menye but, biarpun berjudul Kung Fu Yoga, namun tidak ada unsur yoga dalam filem tersebut. Filem ini dianggap biasa-biasa saja.
Kung Fu Yoga
Terbitan : Sparkle Roll Media, Taihe Entertainment Pengarah : Stanley Tong Pelakon : Jackie Chan, Disha Patani, Sonu Sood, Eric Tsang, Amyra Dastur, Temur Mamisashvili, Tomer Oz , Aarif Rahman dan Fatih Urgulu. Nilaian : *** Pawagam : GSC BERJAYATIMES SQUARE Masa : 4:40 PM 6:50 PM 11:10 PM
24
22 - 28 FEBRUARI 2017
Wanita pertama Sasterawan Negara Tanaman di halaman belakang rumah Zurinah
KETIKA diumumkan se ba gai Sasterawan Negara ke-13 pada 2015, Datuk Dr Zurinah Hassan juga mucul sebagai wanita pertama negara dinobatkan gelaran bermakna dalam perjuangan mendaulatkan bahasa dan perkembangan kesusasteraan ini. Mereka berjuang untuk mengangkat martabat ba hasa, mempertahankan budaya dan meninggikan mutu sastera agar tidak ha nyut dalam arus pemodenan
yang semakin pesat. Orangnya bertubuh kecil, ramah percakapannya, bersikap rendah diri malah mesra ketika disapa wartawan WARTA pasti tidak menyangka sasterawan negara wanita pertama ini berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan sejak berusia 12 tahun lagi. Panjang usia perjuangan Zurinah, banyak liku yang telah dilaluinya. Zurinah adalah penulis sepenuh masa. Namun dia suka memenuhi masa yang terluang dengan bercucuk tanam di laman rumah. Itu cara dia dan suami mengeluarkan peluh dan senaman. Untuk hiburan diri sendiri, Zurinah akui dia gemar menyanyi. Dia juga seorang yang menjaga kesihatan sejak dari muda. “Saya suka mengumpul ke ratan petua-petua kesihatan dan kecantikan dari majalah dan surat khabar. Baginya, itu adalah cara untuk relekskan diri. Malah kini, dia masih suka mengumpul semua petua
MENARIK MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 22 - 28 Februari 2017
Program : Biz Tips Episod : 5 Tarikh : 22 Februari 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam MENJADI INOVATIF, KUNCI KEJAYAAN Dengan hanya menggunakan alga, tokoh usahawan, Dato’ Paduka Syed Isa Syed Alwi membina empayar perniagaan yang disuntik idea baharu dalam bidang kosmetik. Bagaimanakah dia mencetus inovasi dalam perniagaan seiring dengan peredaran zaman dan mampu mencipta kejayaan? Panduan lengkap penuh inspirasi dalam Biz Tips. Program : Legasi Niaga Episod : 8 Tarikh : 28 Februari 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam CERITA SEJUTA GETIR DI SEBALIK IKON DUNIA AIR AQUARIA KLCC Menjadi ikon dunia air kesukaan rakyat Malaysia mahupun pelancong asing, Aquaria KLCC punyai nilai sentimental buat Pengarah Urusannya, Dato’ Simon Foong. Ia simbolik perjuangan keluarga Foong, melalui pelbagai getir dan cabaran untuk berada di mercu jaya pada hari ini. Perniagaan ini bakal melebarkan sayapnya di Jakarta, Indonesia
tersebut tapi dengan cara mencari di laman sesawang malah turut mengamalkan petua tersebut,” katanya. Pada usia 68 tahun, dia masih nampak cergas dan kuat. Dek kerana suka menjaga kesihatan, Zurinah turut berkongsi hobi bersama suaminya, Mohamed Saaid Abdul Manap dengan bercucuk tanam seperti pokok pegaga, kaduk, peria katak, nanas dan pokok pisang di belakang halaman rumahnya. “Saya suka melihat kehijauan daundaun. Tanam pokok ini buat kita akan jadi segar, malah dengan adanya tanaman hijau ini akan membuatkan diri saya berasa tenang,” katanya. Bila disoal tentang minat menyanyi untuk diri sendiri, dia berkata, “Saya memang suka menyanyi, sejak dari kecil, tapi tidak berani untuk cuba nasib jadi penyanyi kerana nenek saya tidak suka." Zurinah sangat meminati lagu yang mempunyai
gurindam yang boleh menyentuh emosi. Lagu yang paling digemarinya adalah ‘Sepanjang jalan ke Pulau Pinang’ nyanyian allahyarham Zubir Ali kerana lagu tersebut berdasarkan sajak yang dikarangnya. “Benarlah orang cakap, dari lagu turun ke hati. Kerana melalui lagu-lagu nyanyian asli ini juga saya mendapat idea untuk mengarang puisi dan karya-karyanya yang lain,” ujarnya. Zurinah yang di lahir kan di Alor Setar, Kedah telah menghasilkan se banyak 19 buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel sepanjang bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1963. Antara karya yang dihasilkannya ialah puisi bertajuk Menghadap ke Pelabuhan, novel berjudul Hatimu Aishah dan sajak bertajuk Cerita dalam Cerita.
dan Phuket, Thailand dengan menjanjikan keseronokan buat pencinta hidupan laut. Saksikan Legasi Niaga, kisah inspirasi perjalanan berliku dilalui demi sebuah perniagaan yang menjadi gerak nadi keluarga. Program : House Hunt Episod : 4 Tarikh : 24 Februari 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam DILEMA PASANGAN TUNANG GARA-GARA SAIZ RUMAH Bakal pengantin, Amir Mukhri dan tunangnya, ingin memiliki rumah impian mereka di Semenyih, Selangor. Dengan bajet RM500 ribu, ada beberapa rumah yang menepati ciri yang dicari, iaitu rumah teres dua tingkat. Namun, mereka dalam dilema kerana keluasan rumah berkenaan agak kecil tidak seperti yang mereka gambarkan. Adakah bagi pasangan di awal perkahwinan, saiz rumah satu keutamaan? Mampukah mereka mencari solusi bagi masalah yang dihadapi?
Program : Santai Familia Musim Kedua Episod : 4 Tarikh : 27 Februari 2017 (Isnin) Masa : 8.30 malam SATU DESTINASI, BUDAYA 13 NEGERI DISELAMI Bercuti bersama keluarga tersayang sambil menambah ilmu pengetahuan adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Berbeza dengan percutian biasa, Taman Mini Malaysia Melaka lokasi ideal bagi mempelajari dan menghayati keunikan budaya masyarakat dari 13 negeri di Malaysia dengan hanya satu lawatan sahaja. Menarik kan? Apakah lagi yang menjadi tarikan di situ? Alami pengalaman pengacara Fiona Cheong dalam Santai Familia.
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
22 - 28 FEBRUARI 2017
Kisah anak muda
KAM
Barber shop gaya moden
Ketelitian amat penting ketika menggunting rambut
Kerjaya tukang gunting mula mendapat tempat di kalangan anak muda MURNI REJAB
RAMBUT hiasan mahkota. Bukan sahaja wanita malah lelaki turut menitikberatkan cara dan gaya potongan ram but yang berperanan menyerlahkan personaliti diri. Fesyen potongan ram but dahulu dan kini amatlah berbeza. Malah kini, potongan rambut lebih maskulin, kemas dan mengikut peredaran zaman. Di era 90-an, RM5 sudah cukup untuk gunting rambut, tetapi kini dengan peredaran masa dan fesyen harganya sudah berlipat ganda. “Mamak, kasi nombor dua, potong petak ya, tepi kasi nipis trim atas, depan jangan tutup mata” Ayat popular ayah yang membawa anak gunting rambut di kedai mamak. Kini semua dah berubah, harga dan gaya kedai. Kisah Anak Muda kali ini akan membawa anda ke dunia tukang gunting moden yang dimonopoli anak muda. Kerjaya ini memerlukan kemahiran yang tinggi na mun memberi pendapatan lumayan. Ia memerlukan ke mahiran dalam kecekapan me motong, merapi, men cukur, membuang rambut, janggut dan misai. Lima anak muda dari butik Need A Barber Cut seiring dengan pertumbuhan kedai gunting yang banyak
bagai cendawan tumbuh se lepas hujan. Harun Abdullah, 27, yang berpengalaman lebih sembilan tahun dalam bidang ini mengaku minatnya sejak dari bangku sekolah membawanya terus untuk berkecimpung dalam dunia gunting rambut ini sehingga berjaya membuka salun sen diri iaitu Need A Cut Barber di Shah Alam pada 2014. Jelasnya pertambahan kedai gunting ketika ini tidak mematahkan semangatnya. Malah dia akan terus memperkemaskan lagi cara guntingan untuk lebih cantik dan bergaya. Harun berkata, keempatempat tukang gunting di kedainya Muhd Faez Razali, 26, Amirul Syafiq Aizat Mohd Hashim, 23, Muhammad Haziq Nur Khairil, 22, dan Mohamad Daniel Mohamad Shabuddin, 21, terdiri daripada go long an muda atau gen y masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri dan berpengalaman. Bagi Muhd Faez, enam tahun pengalaman masih belum cukup untuk betulbetul menjadi pakar dalam bidang gunting rambut ini. “Jika kurang pengalaman, tidak mungkin hasil kerja kita akan cantik dan kemas, jadi kepala anak patung menjadi taruhan untuk setiap tukang gunting memperinci
dan memperkemaskan lagi cara guntingan rambut. Tam bahnya lagi, jangan bosan untuk belajar dan tidak takut untuk mencuba. Menurut Amirul Syafiq Aizat pula kerjaya ini memang memerlukan ketelitian dan kreativiti yang tinggi. “Kita bertanggungjawab un tuk mencantikkan kepala orang, jadi jangan anggap kerjaya ini mudah, olahan dari segi cutting itu juga penting malah setiap tukang gunting mesti pakar dalam setiap pemotongan rambut pelanggan.” Setiap kerjaya semestinya ada cabarannnya, akui Muhammad Haziq yang menganggap kerjaya gunting rambut ini ada cabarannya tersendiri antaranya adalah ketika memotong rambut pelanggan yang mempunyai saiz kepala yang berbeza. “Ada ketika pelanggan mahukan potongan undercut, tapi apabila potong kadangkadang ia menjadi sedikit
berbeza dari asalnya, tapi tak apa, kerana pengalaman yang kami ada, kami dapat handle dengan cara yang terbaik,” ujarnya sambil senyum. Bagi Mohamad Daniel, kerjaya ini boleh pergi jauh malah ia sangat meluas, jadi dia tidak pernah menyesal ceburi bidang ini. Malah kini, ada kolej kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej
Komuniti, Giat Mara dan kursus persendirian daripada kedai gunting rambut dan salun yang menawarkan kursus jangka pendek bagi sesiapa yang ingin mempelajari ilmu gunting rambut ini sudah boleh dapat menarik nafas lega. Jadi jangan takut untuk lebarkan sayap dalam kerjaya tukang gunting ini, jelasnya. Bidang kedai gunting rambut kini banyak di pelopori golongan muda dan dengan membawa tukang gunting rambut yang muda di setiap kedai gunting rambut, malah mereka berharap pandangan orang ramai terutama generasi baru terhadap kedai gunting rambut berbeza. Jadi bagi anak muda tukang gunting adalah satu punca rezeki yang agak lumayan, semua orang akan gunting rambut paling kerap seminggu sekali dan paling lama sebulan sekali. Jadi ini peluang terbaik untuk anda.
Kerjaya tukang gunting sangat meluas
Enam gaya rambut lelaki trending masa kini 1. Fade
Potongan pendek dan tebal di bahagian atas kepala dan bahagian tepi dipotong pendek dan nipis.
2. Man bun
Rabut dari dahi ditarik ke belakang dan diikat di bahagian tengah attau belakang kepala.
3. Undercut
Gaya rambut ini me nam pilkan potongan rambut pendek dan nipis di tepi
kepala dan rabut panjang di atas kepala tetapi tidak boleh diikat seperti Man Bun.
4. Top knot
Kombinasi dua jenis stail rambut Undercut dan Man Bun. Rambut di bahagian tepi dipotong pendek dan nipis. Manakala rambut bahagian tengah dibiarkan panjang dan tebal. Cara ikat sama seperti Man Bun iaitu tarik rambut dari dahi ke bahagian belakang kepala dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.
5. Pompadour
Rambut banyak di ba ha gian tengah dan di baha gian tepi dipotong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded. Bahagian te ngah disikat ke tepi untuk menghasilkan seperti ge lembung di depan.
6. Short back & Sides
Rabut dipotong pendek di bahagian belakang dan tepi. Rambut tengah dibiarkan panjang.
26
22 - 28 FEBRUARI 2017
SALAM SEMUT
Kegagalan merancang amat merugikan!
e-visa sasar sejuta pelancong India
“ADA yang duduk di bawah teduhan sekarang kerana ada yang menanam pokok itu dahulu.” Itu kata-kata Warren Buffet, orang kedua terkaya di dunia. Tiada siapa yang merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal merancang. Banyak insiden yang berlaku jelas menunjukkan budaya merancang begitu tipis dalam kehidupan seharian kita. Hal merancang sering diambil mudah, dan dianggap isu remeh seperti membeli tiket sehingga menghadapi peperiksaan SPM. Antoine de Saint Exupery (penulis/wartawan Perancis) pernah berkata: “Impian tanpa perancangan hanyalah mimpi.” Mutiara kata ini amat sesuai dengan sikap segelintir pelajar pelajar kita. Tanyalah pelajar tingkatan empat mengenai peperiksaan SPM, kebanyakannya akan menjawab mereka berada dalam tahun ‘bulan madu’. Walaupun SPM adalah pada tahun berikutnya, namun 65 peratus soalan peperiksaan SPM adalah daripada silibus tingkatan empat. Mereka seharusnya memberi fokus pada pelajaran tingkatan empat dengan semaksimum yang boleh untuk menghadapi SPM. Mungkin pelajar-pelajar ini perlu ikut saranan Abraham Lincoln (Presiden Amerika ke 16) yang
NEW DELHI Malaysia melancarkan e-visa bagi memudahkan pelancong India melawat negara untuk bercuti, satu langkah disifatkan pengusaha pelancongan akan dapat membantu mencapai sasaran satu juta pengunjung dari India, tahun ini. E-visa itu boleh dikeluarkan dalam tempoh 48 jam dan membolehkan pelancong tinggal di Malaysia sehingga dua minggu, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di New Delhi, barubaru ini. Kos 'visa masuk' berkenaan adalah US$20 (RM89)untuk yuran pemprosesan, hanya satu perempat daripada bayaran pas berulangkali perjalanan yang perlu dibayar pemegang pasport India pada masa ini. Nazri berkata inisiatif itu adalah bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan industri pelancongan India berhubung bayaran visa. Badan-badan industri pelancongan terkemuka India mengalu-alukan kemudahan tersebut, sambil menyatakan sokongan mereka terhadap usaha untuk mempromosi pelancongan Malaysia - Bernama
berkata: “Berikan saya enam jam untuk menebang pokok, empat jam saya akan gunakan untuk mengasah kapak.” Ia bermaksud persediaan dan perancangan adalah sangat penting. Menurut En. Ven dari Ilmu Studio, “tiada istilah ‘honey moon year’ dalam alam persekolahan. Menurut beliau lagi, 45 peratus pelajar tingkatan empat sama ada ponteng kelas tuisyen atau langsung tidak serius menghadiri kelas. Apabila Gordon B Hickley (pemimpin teologi Amerika) berkata, “anda tidak dapat membajak sawah hanya dengan menggerakkan bajak d iminda” beliau sebenarnya menggesa golongan pelajar untuk menggunakan masa mereka dengan bijak serta merancang rapi masa depan dengan baik. Suatu malam, saya beratur untuk membeli makanan di McD. Ramai yang beratur kerana hanya dua kaunter sahaja beroperasi. Sepasang remaja di hadapan saya begitu asyik bergurau senda dan apabila sampai giliran mereka,, baru mereka sibuk berbincang untuk makan apa. Ini amat menjengkelkan kerana sikap mereka menyebabkan masa ramai orang di belakang terbuang. Mereka sepatutnya berbincang dan merancang lebih awal. Pada satu ketika lain, seorang lelaki yang sudah berada di kaunter tiket bas tiba-tiba mendapati wangnya tidak mencukupi. Dia hubungi isterinya yang
GESAN RAVEN MURU sedang berjalan-jalan dengan anak mereka untuk datang membawa wang. Orang lain yang beratur panjang di belakang terpaksa menunggu 10 minit untuk drama itu berakhir. Ini satu contoh kegagalan merancang, yang boleh merugikan masa diri sendiri dan orang lain yang tidak berkaitan. Kerana kesilapannya, masa 20 orang di belakang terbuang yang menyebabkan kerugian 200m minit. Minggu lalu, saya beratur untuk beli tiket wayang di GSC NU Sentral. Lelaki di hadapan saya minta sinopsis filem, kemudian membacanya di situ. Selepas itu, dia hubungi isterinya untuk bertanya filem apa mahu ditonton. Barang kali isterinya tidak bersetuju, dia berlalu tanpa membeli tiket selepas itu. Bayangkanlah apa perasaan orang yang beratur di belakang – termasuk saya – dengan sikapnya itu!
Kami >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<
Khairune Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850
27
22 - 28 FEBRUARI 2017 PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup TRENDY
Bergaya dengan boyfriend jeans MURNI REJAB
INGINKAN gaya santai dan kasual, Trendy cadangkan anda untuk mencuba boyfriend jeans. Fenomena boyfriend jeans atau baggy jeans tidak asing lagi di kalangan kaum wanita. Seluar jeans berpotongan besar yang biasanya dipakai oleh kaum lelaki ini menjadi ikutan dan fesyen terkini kalangan wanita. Malah penyanyi Hollywood, Gwen Stefani turut dijadikan ikon dalam pemilihan gaya seluar besar ini. Kebanyakan wanita takut untuk mencuba jeans jenis ini kerana bimbang akan tampak selekeh. Namun ia bukan satu masalah besar sekiranya mereka bijak padankan baju yang betul. Bahkan ia mampu membuatkan anda tampil dengan lebih bergaya. Jika sedikit masa lalu, wanita bertudung agak sukar untuk sesuaikan gaya dengan jeans, sekarang tidak lagi kerana penampilan mereka yang bertudung bersama boyfriend jeans bukan lagi satu kejanggalan. Ia juga telah menjadi trend wanita pelbagai lapisan usia, tidak jemu mata memandang jika sipemakai bijak memilih blouse warna garang, bercorak bunga atau baju kotak. Ada kalanya anda akan kelihatan lebih muda dari usia. Sesuai digayakan jika anda keluar bersama keluarga di hujung minggu, selepas penat membeli-belah atau menonton wayang bersama keluarga, boyfriend jeans masih nampak bergaya jika ada yang terpandang anda melayani keletah anak-anak di taman-taman permainan
Azrina Ahmad selesa menggayakan boyfriend jeans
JEANS sangat digemari wanita kerana ianya sangat fleksibel untuk digunakan bagi wanita mahupun lelaki di dalam acara semi formal ataupun santai. Malah jeans sangat digemari setiap orang di seluruh dunia tidak terkecuali di Malaysia. Jenis jeans yang sangat menjadi kegemaran wanita di negara kita antaranya adalah
1. Jeans Classic Cut
atau di padang awam. Boyfriend jeans bukan sahaja boleh digayakan santai, tetapi juga sesuai untuk dipakai di acara formal seperti ke mesyuarat bisnes. Tipsnya mudah sahaja, hanya dengan padankan dengan blazer serta kasut tumit tinggi, anda sudah siap untuk ke mesyuarat. Jadi jangan takut untuk menggayakan jeans ini malah tampil dengan lebih yakin dengan mencubanya. Gwen Stefani dijadikan ikon gaya seluar besar ini.
Seluar jeans termahal di dunia SELUAR denim asalnya adalah untuk para pekerja pada zaman dahulu namun ia telah menjadi fesyen zaman moden dan menjadi simbol status. Pada awal tahun 2000, seluar jeans yang mahal harganya mula kembali ke dalam dunia fesyen dengan jenama seperti APO Jeans, Chip dan Pepper, Paper Denim & Cloth, Seven For All Mankind, True Religion dan banyak jenama lain berharga RM889.80 atau lebih bagi setiap helai jeans. The Guinness Book of Records telah menyenaraikan sepasang seluar jeans Gucci Genius yang mempunyai bulu yang unik, manik, koyakan menarik dan butang sebagai jeans yang paling mahal iaitu RM13,943.17 dan Forbes juga mempamerkan seluar jeans Escada's Swarovski yang diselaputi kristal dan dijual pada harga RM44,450. Syarikat Levi Strauss
telah membida sebanyak RM206,834.74 untuk membeli sehelai jeans dari jenama mereka sendiri di laman eBay. Bagaimanapun, seluar jeans lama yang paling mahal adalah sehelai seluar jeans 501 yang dihasilkan pada tahun 1880an dan dibeli oleh seorang pengumpul jeans dari Jepun pada tahun 2005 dengan harga RM266,700. Namun tiada apa yang dapat menandingi seluar jeans dari Dussault Apparel's Trashed Denim yang sangat mewah. Seluar jeans ini adalah buatan tangan menggunakan proses khas yang mana seluar ini dibasuh 13 kali, diwarna dengan pewarna dan dilukis corak. Proses ini dijalankan di antara setiap kali basuhan supaya ia dapat menambah keunikan kepada seluar jeans itu. Dussault Apparel's Trashed Denim dijual pada harga RM1.1 juta. Sumber: kakionline
Jeans classic cut ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur, baik remaja atau dewasa. Rekaan jeans ini besar di bahagian atas dan mengecil di bahagian bawah kaki atau lebih dikenali jeans pensel. Dengan pemakaian jeans ini anda akan tampil lebih muda dari usia.
2. Jeans Boot Cut
Jeans ini sesuai untuk semua jenis bentuk badan kalangan wanita pada masa kini sama ada untuk wanita berbadan gempal mahupun langsing. Rekaannya, ketat di bahagian paha dan pinggul manakala di bahagian kaki lebar.
3. Skinny Jeans
Rekaan skinny jeans ini sangat ramping mengikuti bentuk tubuh dan sangat digemari oleh banyak wanita pada masa kini.
4. Jeans high rise
Sesuai untuk wanita yang bertubuh pendek supaya tampil dengan lebih tinggi apabila mengenakan jeans ini.
5. Ripped Jeans
Jeans ini sesuai untuk anak muda kerana rekaannya ada bahagian yang terkoyak di seluar tersebut, malah kini menjadi trend di kalangan mereka.
6. Jeans Jegging
Jeans Jegging wanita hampir sama skinny, namun bezanya adalah material yang diperbuat dari bahan campuran spandex dan juga denim agar kelihatan lebih elastik.
7. Jeans Jogger
Dussault Apparel's Trashed Denim yang sangat mewah
Jeans ini sangat unik malah berbeza dengan jeans yang sedia ada. Jogger Pants sangat mirip dengan dengan seluar training namun apabila pandai menggayakannnya, anda akan menjadi fashionista di kalangan orang lain.
28
22 - 28 FEBRUARI 2017
LIBUR
Taman Wetland
Sebenarnya terdapat banyak tempat menarik di sekitar Putrajaya. Sangat sesuai untuk beriadah pada hujung minggu sama ada bersama keluarga mahupun teman. Bagi yang gemar bergambar, lokasi di sini memang amat sesuai untuk merakamkan kenangan. Jom jelajah! Cruise Tasik Putrajaya
Melancong ke Putrajaya SEBUT Putrajaya, tergambar dalam minda sebuah bandar yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Berbeza dengan yang kita lihat dahulu, kini Putrajaya telah dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular bukan sahaja dalam kalangan warga tempatan malah pelancong dari luar negara. Terletak kira-kira 25 km ke selatan Kuala Lumpur, Putrajaya merupakan sebuah bandar yang cukup terancang. Maka, disebabkan itulah kita mudah untuk ke mana sahaja sekitar Putrajaya kerana lokasinya berdekatan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Sebenarnya terdapat banyak tempat menarik di sekitar Putrajaya. Sangat sesuai untuk beriadah pada hujung minggu sama ada bersama keluarga mahupun teman. Bagi yang gemar bergambar, lokasi di sini memang amat sesuai untuk merakamkan kenangan. Jom jelajah!
Taman Botani
Taman ini merupakan antara taman yang terkenal dan sering dikunjungi oleh orang ramai. Sejak sekian lama dibuka kepada orang ramai, taman yang bertemakan tanaman tumbuh-tumbuhan ini dilihat mengalami pembangunan
secara berperingkat. Paling menarik, para pengunjung mudah untuk mengenali setiap tumbuhan dengan penggunaan label yang lebih baik. Kawasan taman ini memang luas. Disebabkan itu, tak perlu risau untuk membuat aktiviti penjelajahan kerana kemudahan sewaan basikal dan trem disediakan. Terpulang pada anda untuk pilih yang mana satu.
Taman Wetland
Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti, bolehlah ke taman ini. Anda boleh menyewa basikal, berkayak, berkanu atau menaiki â&#x20AC;&#x2DC;paddle boatâ&#x20AC;&#x2122;. Bagi yang pertama kali datang dan tak mahu penat, anda boleh menaiki trem yang akan membawa anda ke seluruh kawasan taman. Bagi si kaki pancing pula, memang sesuai memancing di sini dek suasananya yang nyaman dan tenang. Boleh juga cari geng kaki pancing yang baru di sini, sesekali kenalah tukar lokasi. Oh ye! Kalau anda nak berbeku dan berkhemah pun boleh, kerana di sini ada disediakan tapak perkhemahan yang lengkap dengan kemudahan berkhemah.
Taman Saujana Hijau
Namanya pun Saujana Hijau, jadi memang cantik sangat pemandangan yang luas terbentang di taman ini. Taman yang terletak di Presint 11 ini seolah-olah pemandangan di luar negara. Anda boleh bersenam, ada trek joging, boleh berbasikal, berkelah atau jalan-jalan makan angin sambil bergambar. Landskap di Taman Saujana ini berbeza dengan taman-taman lain. Pokok pine dan konifer boleh dilihat sepanjang jalan menuju ke atas kerana kawasannya yang berbukit. Paling menarik, taman ini dibahagikan kepada tiga zon mengikut tema; Taman Oriental, Taman Eropah dan Taman Inggeris. Kalau terserempak dengan jurugambar bersama model atau pasangan pengantin, tak perlu terkejut kerana kebanyakan jurugambar memang gemar ke sini kerana banyak lokasi yang cantik. Kalau anda teringin nak buat kejutan sempena menyambut hari lahir, boleh juga ke sini sambil berpiknik kerana banyak gazebo untuk beristirahat disediakan untuk para pengunjung.
Terbuka untuk kunjungan awam, anda sekeluarga boleh menunggang kuda selama tiga minit dengan kadar antara RM5 hingga RM10.
Taman Cabaran Putrajaya
Anda gemarkan aktiviti lasak? Di sinilah tempatnya. Berlokasi di Presint 20, terdapat dua kompleks Putrajaya Challenging Park; Wall Climbing dan Skating Park (skate board dan roller blade). Anda boleh membawa basikal sendiri dan juga perkhidmatan sewaan basikal turut disediakan.
Flyboard Malaysia
Satu lagi aktiviti mencabar yang anda boleh lakukan di Putrajaya. Sukan air yang menjadi trend di serata dunia ini sememangnya menjanjikan kepuasan maksimum buat anda. Pandu kereta anda ke arah Marina Putrajaya di Presint 5, hanya bersebelahan Pullman Resort Putrajaya. Kadar bayaran yang dikenakan bermula RM370 seorang , 20 minit setiap sesi. Lebih murah jika anda datang secara berkumpulan.
Taman Ekuestrian
Sesekali ingin merasa naik kuda, jom ke Presint 4 dan cari taman ini.
29
29
22 - 28 FEBRUARI 2017 PERHATIAN
Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my
PRODUK
GB Pockit, stroller kompak paling ringan di dunia
PERKARA pertama yang terlintas di fikiran saat ingin bercuti bersama keluarga adalah ruang dan had berat barangan. Kini, melancong bersama anak kecil tidak lagi menyukarkan dengan stroller mudah lipat GB Pockit. Mendapat jolokan stroller lipat paling kompak oleh Guinness Book of World Records pada 2014, ternyata stroller ini telah menjadi pilihan ramai ibu bapa. Hebat, bukan? Melalui rekaan pintarnya, terdapat pelbagai ciri menarik antaranya, stroller ini boleh ditolak dengan satu tangan sahaja, boleh laras serta boleh
disekalikan dengan carrier. Dimensi lipatannya hanya 35 x 30 x 18cm. Memang kecil! Walaupun bersaiz kecil, namun tetap utuh dan teguh sehingga boleh menampung keberatan kanak-kanak yang berumur enam bulan sehingga empat tahun (kira-kira 17kg). Stroller ini juga boleh dimuatkan di dalam bagasi pakaian anda dengan hanya mengambil separuh ruang sahaja. Inilah yang para ibu bapa mahukan...kecil, menarik dan ringan! Terdapat dalam enam pilihan warna menarik untuk dimiliki.
Dengan memiliki keberatan hanya 4.3kg, model ini sangat sempurna dan merupakan pilihan terbaik untuk dibawa ketika melancong. Penghargaan yang tinggi patut diberikan kepada perekanya untuk penghasilan stroller yang super ringan dan fabrik yang begitu lembut. GB Pockit boleh dilipat dalam dua cara, yang mana keduaduanya menjanjikan dua langkah mudah dan cepat, hanya dalam beberapa saat! Mudah dibawa dan muat di bahagian meletak barang
kelainan? Anda berpeluang merasai pengalaman menikmati makan tengah hari atau makan malam di dalam bot dengan menempah pakej-pakej yang disediakan. Sebelum itu, anda perlu mendapatkan tiket di kaunter Cruise Putrajaya yang terletak di Jeti Putra (carian Dataran Putra).
Masjid Besi Putrajaya Taman Wawasan
Astaka Morocco
Bangunan seni bina yang unik ditambah dengan perincian yang cantik pasti akan membuatkan anda terasa diri seperti melancong ke Morocco. Tak perlu susah hati jikalau tiada bajet lebih, lawati sahaja Astaka Morocco atau Morocco Pavillion ini yang bersebelahan dengan Taman Botani. Cuma penulis pesan awal-awal, siap sedia lah dengan ‘power bank’ kerana bimbang bateri telefon pintar anda anda lemah dengan cepat disebabkan anda begitu asyik mengambil gambar di sini. Di sini juga merupakan
28
lokasi kegemaran jurufoto untuk merakam gambar perkahwinan dan sebagainya.
Cruise Tasik Putrajaya
Sambil-sambil makan angin menikmati keindahan kota Putrajaya daripada dalam bot berhawa dingin memang salah satu daripada tarikan di Putrajaya. Cruise ini akan melalui Masjid Putra, Istana Darul Ehsan, Jambatan Wawasan, Monumen Millenium, Istana Kehakiman, dan juga Jambatan Putra. Harga tiket berbeza mengikut jenis bot atau perahu. Inginkan
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga terkenal dengan panggilan Masjid Besi ini terletak di Presint 3. Mula dibina pada 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009 ini mampu menampung sekitar 24,000 jemaahdi kawasan sekitar meliputi Presint 2, 3, 4, dan 18. Masjid yang berkeluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra ini menjadi mercu baru Putrajaya.
Alamanda Putrajaya
Dah penat berjalan, apa kata ‘cuci mata’ di Alamanda. Selain membeli-belah, anda juga boleh menonton wayang, bermain boling, berkaraoke, makan-makan dan lain-lain.
atas kepala kereta api mahupun kapal terbang, juga muat untuk diletakkan di bawah tempat duduk bas. Boleh dibawa begitu sahaja di dalam sebarang penerbangan kerana saiz lipatannya lebih kecil daripada saiz maksimum carry-on yang dibenarkan. Antara ciri menarik yang lain, rodanya yang berukuran 4.5” membuat putaran yang sangat lancar dan stabil. Front wheel swivel juga antara ciri penting yang mana rodanya boleh dikunci di bahagian hadapan agar tidak bergerak sekiranya kita menolak stroller di atas jalan yang kurang rata. Harga ditawarkan RM999.
Lokasi Makanan 1- Putrajaya Sentral
Terletak di aras 1, pusat hentian bas dan KLIA transit. Terdapat banyak kiosk yang menjual makanan berat, ringan dan kudapan.
2- Selera Putra
Terletak di Dataran Putra, Presint 1. Menawarkan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa. Usah risau tempat penuh kerana lokasi ini mampu menempatkan seramai 800 pengunjung pada satu masa.
3- Penanggah
Medan selera ini berada di pintu masuk Taman Warisan Pertanian, Presint 16. Boleh makan tengah hari atau makan malam di sini. Kalau anda terasa nak menikmati nasi ayam berempah, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kukus, bakso, pulut mangga, sate Kajang, roti john, ABC, cendol, coconut shake dan pelbagai lagi makanan yang sedap-sedap belaka, bolehlah berkunjung ke sini. Cara Ke Sini Dari Kuala Lumpur: KLIA Transit dan turun di Putrajaya/Cyberjaya (Putrajaya Sentral). Dari Seremban: KTM Komuter dan turun di Bandar Tasik Selatan (TBS) dan naik KLIA Transit. Jalan-jalan di Putrajaya: Boleh menaiki bas Nadiputra untuk ke mana-mana. Mudah dan murah.
30
22 - 28 FEBRUARI 2017
PENCAK JEBAT TSAM MAMPU BUAT KEJUTAN Sudah sah Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertanding satu lawan satu menentang Tan Sri Anuar Musa (TSAM) untuk jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Di atas kertas, ramai yang melihat persaingan ini sebagai jaguh tinju heavyweight menentang peninju lightweight sehingga ada yang sanggup potong jari bertaruh bahawa TMJ akan menang mudah! Tapi, bagi Jebat, seperti perlawanan bola sepak, segala-galanya mungkin kerana bola itu bulat. Tidak mustahil TSAM boleh membuat kejutan dengan mengalahkan TMJ. Walaupun mendapat hanya satu pencalonan, namun tidak mustahil ahli gabungan yang mencalonkan Khairy Jamaluddin (KJ) akan beralih arah menyokong TSAM selepas Menteri Belia dan Sukan itu menarik diri. Malah, kita tidak boleh mengandaikan bahawa mereka yang mencalonkan Tan Sri Aseh Che Mat akan memberi sokongan penuh kepada TMJ. Segala-galanya berkemungkinan. Jebat: Diberi mandat sehingga 2018.
TMJ MENANG PERCUMA? Jebat juga terfikir, ada kemungkinan juga TSAM akan menarik diri pada saat akhir untuk memberi laluan kepada TMJ. Ini kerana ada yang berpendapat, tindakan TSAM dan KJ menerima pencalonan adalah untuk ‘memaksa’ TMJ sendiri masuk ke gelanggang berbanding melobi Aseh yang dianggap sebagai proksi. Malah, ramai yakin KJ dan TSAM sebenarnya menyokong TMJ untuk jadi Presiden FAM. Jadi, bila mereka sudah ‘kacau daun’, TMJ tidak mempunyai pilihan kecuali bertanding kerana jika Aseh terus dijadikan sandaran, formula yang dicetuskan oleh TMJ pula akan gagal kerana berdasarkan pencalonan, banyak juga ahli gabungan tidak menyokong Aseh. Malah, jika diteliti kenyataan TSAM baru-baru ini bahawa dia berjaya mencapai kejayaan pertama iaitu mengelak seseorang dijadikan proksi, ternyata jerat beliau dan KJ sudah mengena. Jebat: Takut jerat percintaan.
SIAPA GANTI AZMI? Sejak awal pelantikan Azmi Mohamed sebagai jurulatih baru FELDA United, Jebat sudah skeptikal dengan kemampuannya. Dibandingkan dengan Irfan Bakti, Azmi sangat cetek pengalaman dan tugas melatih pasukan sehebat FELDA adalah sangat berat untuknya. Sepatutnya FELDA mencari pengganti yang sama wibawa dengan Irfan kerana pasukan itu sudah mencapai satu tahap yang membanggakan dan perlu dipertingkatkan oleh jurulatih yang lebih berpengalaman berbanding Azmi. Begitu pun Jebat angkat topi dengan Azmi yang meletak jawatan kerana mengaku tidak mampu membimbing pasukan itu mencapai matlamat mereka. Ini satu sikap terpuji walaupun sosek-sosek mengatakan berlaku krisis dalam pasukan itu yang memaksa dia mengundur diri. Jebat: Pantang undur!
SELAIN hebat di padang, Cristiano Ronaldo ternyata juga jaguh memikat perempuan. Tidak menghairankan kerana populariti serta kekayaannya adalah lesen besar untuk mencairkan hati mana-mana wanita sekali pun. Tabiatnya yang suka menukar teman wanita seperti menukar baju menyebabkan ada yang melabel Ronaldo sebagai ‘Sang Pencinta Wanita’. Berikut adalah antara jelitawan yang pernah mendampingi bintang Real Madrid dan Portugal itu.
IRINA SHAYK
Inilah hubungan paling lama pernah dijalin oleh Ronaldo dengan seorang wanita sehingga ada yang meramalkan ia akan berakhir dengan perkahwinan. Tapi selepas lima tahun, mereka akhirnya membawa haluan masing-masing pada 2015 hanya kerana keengganan Irina menghadiri majlis harijadi ibu Ronaldo.
PARIS HILTON
Hubungan Paris Hilton dengan Ronaldo tidak berkekalan kerana kesibukan masing-masing menyebabkan mereka jarang dapat bersama. Cuma, sesekali dia menonton perlawanan bola sepak, selepas itu makan bersama dan pulang ke rumah masing-masing.
MERCHE ROMERO
Seperti Hilton, hubungan Merche Romero Gomes dengan Ronaldo tidak bertahan lama. Salah satu puncanya adalah kerana perbezaan umur di mana Merche sembilan tahun lebih tua daripada Ronaldo. Ramai peminat Ronaldo membantah hubungan itu sehingga akhirnya Merche mengumumkan perpisahan mereka pada September, 2006.
JORDANA JERDEL
Jordana popular selepas menjadi teman wanita Ronaldo. Dia diperkenalkan kepada bintang Real Madrid itu oleh abangnya yang juga pemain bola sepak Brazil, Mario Jardel.
DESIRE CORDERO
SEKALI Ronaldo kenyit, sepuluh gadis yang datang.
KIM KARDASHIAN
Hubungan Kim dengan Ronaldo tidak pernah disahkan oleh aktres jelita itu. Sebaliknya dia lebih senang menyatakan bahawa pemain bola berkenaan adalah rakan baiknya. Mereka pertama kali bertemu Real Madrid berkunjung ke Los Angeles di mana pada masa sama Ronaldo turut bertemu Paris Hilton.
NURIA BERMUDEZ
Aktres Sepanyol dan agen bola sepak ini mencetuskan kontroversi apabila mengaku pernah ditiduri oleh enam pemain Real Madrid sebelum berkenalan dengan Ronaldo. Sebaran gambar bogelnya melalui media sosial juga menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadapnya.
Ratu cantik Sepanyol 2014 ini pertama kali dilihat bersama Ronaldo ladang milik pemain itu di La Finca di pinngir Madrid selepas bertukar-tukar mesej melalui pesanan peribadi. Desire, 23, juga semakin kerap dilihat di Santiago Baernabeu memberi sokongan kepada bintang Real Madrid itu.
GEORGINA RODRIGUEZ
Terkini, bukan rahsia lagi bahawa Georgina Rodriguez adalah buah hati terbaru Ronaldo. Kehadiran Georgina bersama anak pemain itu, Ronaldo Jr pada majlis Anugerah Ballon d’or di Zurich baru-baru ini seolah-olah mengesahkan status hubungan mereka. Ini kerana Ronaldo jarang membawa teman wanita ke majlis berprestij seperti itu jika sekadar berkawan biasa. Mungkin inilah calon ibu tiri yang dicari untuk Ronaldo Jr.
NIKI GHAZIAN
Model asal Santa Monica, California ini mengaku pernah menjalin hubungan dengan Ronaldo. Namun pemain itu sendiri tidak pernah mengesahkan atau menafikannya.
Sambungan dari muka 32 “Tapi, akhirnya lelaki yang menegur saya itu terpikat dengan kebolehan saya dan terus menawarkan saya menyertai pasukannya. Selepas ujian itu, saya diterima memasuki akademi,” cerita Mane. Sebenarnya bukan mudah bagi Mane untuk memujuk ibu bapanya agar melepaskan dia ke Dakar. Keluarga yang berpegang kuat pada ajaran agama itu tidak meminati bola sepak dan mempunyai perancangan lain untuk Mane. Tapi, Mane sudah tidak boleh dipisahkan dengan bola sepak. Sejak berusia 3 tahun, dia sudah menyertai kanak-kanak yang lebih dewasa bermain bola sepak di lorong-lorong di sekitar kampungnya. Dia juga kerap
menyertai pertandingan di sekitar tempat tinggalnya. “Semua orang di kampung itu memuji saya sebagai pemain paling hebat di daerah itu. Akhirnya selepas puas memujuk, keluarga membenarkan saya mengikut pakcik ke Dakar. “Di sana saya tinggal dengan sebuah keluarga yang langsung tidak saya kenali tapi mereka kenal dengan seorang sahabat keluarga saya. “Mereka menjaga saya dengan baik dan melakukan segala-gala untuk membantu saya mencapai impian sehinggalah saya ditawarkan menyertai kelab Metz, Perancis” katanya. Dari Meltz, Mane berhijrah ke Red Bull Saizburg, Austria pada 2012. Pada 2014, Mane mula memperagakan bakat bersama Southampton sebelum Jurgen Klopp membawanya ke Anfield pada 2016.
31
22 - 28 FEBRUARI 2017
Ke-on bukan sebarang budak kampung
SIAPA sangka ‘budak kampung’ ini akan suatu hari menggegar dunia. Siapa sangka anak remaja yang dikenali sebagai Ke-on (sebutan ‘ki-yun’) di kampungnya ini akan suatu hari bergelar pelumba motosikal terhandal negara dan menjadi cukup hebat untuk layak menggunakan nama jolokan SuperKIP tanpa segan silu. Tetapi, itulah yang catatan sejarah yang diukir oleh anak muda dari Kampung Simpang Empat, Kampung Gajah, Perak apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Dato’ Maharaja Lela ini diumumkan sebagai Pelumba Terbaik Dalam Kategori Dua Roda pada Anugerah Sukan Permotoran SIC-MAM 2016, yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sebagai anak Malaysia, kejayaan Khairul Idham Pawi di pentas sukan lumba motosikal dunia sememangnya satu kebanggaan. Tetapi, sebagai orang Perak dan pernah turut membesar di Kampung Gajah, rasa bangga Mat Manjoi lebih terserlah dan tiada bandingan. Dimaklumi sebagai pengunjung tetap warung S.Remy Pasembor Penang, Khairul Idham, yang menjadi anak Malaysia tunggal untuk mencatat kemenangan di pentas GP Dunia, cukup meminati pasembor di samping mi kari dan laksa Penang yang dijual di warung yang terletak di ping-
gir pekan Kampung Gajah. Perasaan bangga terhadap kejayaan Ke-on lebih mudah dijelaskan oleh pemilik warung itu sendiri, Tarmizi ‘Remy’ Mohamad, yang juga sepupu Mat Manjoi. “Siapa orang sini yang tak kagum dengan si Ke-on? Juara dunia tu! Kalau dulu, datang warung ni naik ‘kapcai’ jer. Sekarang, dah naik kereta sports. Tapi, dia ni bagus, tak pernah sombong. Bila tak ‘race’, selalu ada kat kampung. Pagi pergi ‘gym’, kemudian berlatih di trek dan petang datang sini pekena pasembor atau mi kari. Kadang-kadang, tukar selera, laksa Penang. Memang, kami satu Kampung Gajah sentiasa doakan kejayaan Keon,” kata Remy. Jimnasium yang kerap dikunjungi oleh Khairul Idham adalah Pusat Gym Al Husna, yang terletak di tengah-tengah pekan Kampung Gajah. Trek yang menjadi gelanggang latihan beliau ada-
lah Litar Pulau Dato’ Sagor, Kampung Telok, yang terletak tidak berapa jauh dari rumah milik ayahnya, yang bekerja sebagai peraih buah kelapa sawit. Di litar lumba yang pernah menjadi pentas untuk majlis resepsi perkahwinan antara pelumba kereta negara Rizal Ashram Ramli dan aktres Nora Danish serta gelanggang beberapa perlumbaan Kapcai Endurance dan ‘drag race’ inilah lahirnya permata sukan lumba motosikal negara. Mungkin berkat kerana ada Litar Lumba Dato’ Sagor, Khairul Idham, yang muncul juara dalam dua perlumbaan Moto3 di Grand Prix Argentina dan Jerman musim lepas, telah menemui landasan yang betul untuk menceburi sukan perlumbaan secara profesyenal. “Setahu saya, Ke-on ni memang tak merempit.
Dalam kalangan orang kampung, ramai yang tahu dia memang suka berlumba. Tapi, di Litar Dato’ Sagor. Saya sendiri pun bila jumpa dia masa dulu-dulu selalu ingatkan dia untuk tidak lumba haram. Belasah jer kat trek. Perah habis. Dan, setahu saya memang dia cuma berlatih di trek. Dengar cerita, dia suka berlatih dalam hujan. Sebab itulah kot , Ke-on ni hebat bila ‘race’ dalam hujan,” tambah Remy. Sememangnya, kedua-dua kemenangan yang dicatat oleh SuperKIP musim lepas adalah perlumbaan Moto3 di litar basah. Di litar kering, dia kelihatan seperti tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menyaingi para pelumba lain khususnya dari Eropah. Selepas semusim di Moto3, SuperKIP akan bersaing dalam kelas Moto2 pada musim 2017 ini. Sama ada ia adalah keputusan yang bijak atau tidak, masa akan menentukan. Tetapi, adalah dikhabarkan bahawa jentera Honda yang digunakan oleh Khairul Idham pada perlumbaan Moto3 tidak mempunyai kekuatan dan kepantasan jentera-jentera KTM yang digunakan oleh para pesaingnya. Kerana itu, SuperKIP sukar untuk menyerlah dalam saingan di litar kering.
Pasukan IDEMITSU Honda Asia Racing, sebaliknya, yakin bahawa mereka mempunyai jentera 600cc dan kepakaran untuk bersaing dalam Moto2. Hakikat ini sudah dibuktikan tahun lepas dengan kemenangan pelumba mereka, Takaaki Nakagami di Assen, Belanda. Di pentas Moto2 nanti, Khairul Idham a.k.a SuperKIP akan berkongsi gelanggang pertarungan dengan Hafizh Syahrin Abdullah a.k.a Pescao, yang menerima anugerah khas piihan peminat pada malam berkenaan. Sepanjang karier SuperKIP dan Pescao, para peminat tidak pernah dapat melihat saingan peribadi dua pelumba yang dianggap penunggang terhandal negara masakini. Musim 2017 bakal menghidangkan satu saingan yang Mat Manjoi jangkakan amat hebat untuk para peminat sukan lumba motosikal negara sekali gus menjadikan saingan kelas Moto2 lebih dinanti-nantikan daripada MotoGP. Pescao lawan SuperKIP ... siapa yang lebih hebat? MAT MANJOI – Pilihan teman adalah jelas. Mike macam mane? mrmatmanjoi@gmail.com
Latar belakang Khairul Idham Pawi DILAHIRKAN pada 20 September 1998 di Kampung Gajah, Perak dan kini berusia 19 tahun, Khairul Idham Pawi atau SuperKIP mula bersaing secara kompetitif pada tahun 2012 pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia dengan menduduki tempat ke 11 keseluruhan dalam Kejuaraan kelas WIRA dengan menunggang jentera Honda. Sentiasa setia dengan Honda, kehebatan beliau terserlah pada tahun berikutnya apabila meningkat naik kepada tempat ketujuh keseluruhan dalam kejuaraan yang sama dan tempat keempat keseluruhan dalam saingan Asia Dream Cup. Keunggulannya lebih terserlah pada tahun berikutnya apabila anak muda ini muncul juara keseluruhan dalam kedua-dua kejuaraan. Terus diterbangkan ke Eropah untuk Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV FIM pada tahun berikutnya, beliau terus cemerlang untuk menyaingi para pelumba remaja handalan dunia sebelum ‘naik pangkat’ ke kejuaraan dunia Moto3 untuk musim 2016 di mana dia mencipta dua kemenangan dan menamatkan musim di tempat ke 19 dengan memungut 62 mata.
32
22 - 28 FEBRUARI 2017
31
30
Kenakalan Ronaldo
22 - 28 FEBRUARI 2017
Ke-on bukan sebarangan
A
BUT KOYAK TUAH MANE Masa untuk undur Mr Wenger! KEKALAHAN besar 5-1 kepada Bayern Munich pada peringkat pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara, minggu lalu semakin mendekatkan pengurus Arsenal, Arsene Wenger kepada pintu keluar dari kelab itu. Malah beberapa bekas pemain The Gunners yang pernah beraksi di bawahnya turut percaya masanya sudah sampai untuk Wenger berundur secara terhormat. Martin Keown menganggap kekalahan itu sangat memalukan dan pencapaian terburuk Wenger. “Wenger perlu memikirkan secara serius masa depannya sekarang kerana ia memalukan.
Saya tidak bermaksud suka dia pergi tapi ini pencapaian terburuk beliau sebagai pengurus Arsenal,” ujar Keown. Sementara itu, Lee Dixon yang bermain selama enam musim di bawah kendalian pengurus itu turut berharap agar Wenger meletak jawatan. “Ini adalah pertama kali saya berfikir bahawa sudah sampai masa untuk beliau berundur,” ujarnya. Bekas pemain tengah Gunners, Emmanuel Petit mencadangkan agar kelab itu melantik pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone sebagai pengganti Wenger.
WAK datang ke sini untuk ujian?” tanya seorang lelaki sambil memandang kanak-kanak berusia 15 tahun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. “Ya,” jawab budak itu ringkas. “Dengan kasut bola itu? Bagaimana awak nak main dengan memakai but itu? Kasut itu sangat buruk, lama dan koyak,” kata lelaki itu sambil mencebik. “Dan dengan seluar pendek itu? Awak tidak memakai seluar yang sesuai,” sambungnya. “Saya datang dengan apa yang terbaik saya miliki. Saya hanya mahu bermain dan menunjukkan kebolehan saya,” ujar budak lelaki itu. Ternyata but koyak itu membawa tuah kepada Sadio Mane yang kini menjadi pemain penting kepada pasukan Liverpool dan pasukan negaranya, Senegal. Mengenang kembali peristiwa itu yang menjadi titik tolak kepada kariernya, Mane berkata dia meninggalkan kampung halamannya, Sedhiou, berkelana sejauh 800 kilometer untuk mencuba nasib di Dakar. “Saya ke sana bersama pakcik saya untuk mencuba nasib dalam ujian yang disertai ramai kanak-kanak sebaya. Memang kalau dibandingkan dengan kanak-kanak lain, saya kelihatan sangat kolot dengan but koyak dan seluar yang lusuh.
30
MU PANCING WILLIAN
LONDON - Bintang Chelsea, Willian mengakui bekas bosnya, Jose Mourinho pernah menawarkan dia menyertai Manchester United pada awal musim lalu namun usaha itu gagal. Walau bagaimana pun, Mourinho dilihat tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha memancing pemain Brazil itu sebaik Liga Perdana musim 2016-2017 berakhir Mei ini. Willian, 28, antara pemain yang cemerlang di Chelsea semasa dibimbing Mourinho sebelum pengurus itu dipecat. Musim ini, walaupun Chelsea sedang berada di puncak liga di bawah bimbingan Antonio Conte namun Willian mendapati tempatnya dalam kesebelasan utama tidak terjamin kerana dicabar oleh Pedro. Keadaan itu menyebabkan Willian tidak gembira dan sekiranya dia terus ‘dibekukan’, kemungkinan dia menyambut pelawaan Mourin-
ho dilihat lebih cerah. “Secara jujur, saya tidak suka menjadi pemain simpanan. Saya mahu sentiasa bermain,” katanya. Willian juga menegaskan dia lebih berminat menghabiskan kariernya di Eropah walaupun mendapat tawaran lumayan daripada kelab China.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712