WARTA edisi #6

Page 1

PE RC UM A

ISU 06

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

20

Keluaran 01 - 07 MAC 2017

BERSATU PERTAHAN MARUAH NEGARA Hadapi provokasi berterusan Korea Utara

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, tidak kira apa agama, kaum dan pegangan politik, perlu bersatu hati mempertahankan maruah dan kedaulatan negara dalam menghadapi tindakan provokatif Korea Utara berhubung siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi negara itu di KLIA2, 13 Feb lalu. Ahli akademik, Prof. Dr. Nasrudin Mohammed berkata tidak mustahil Korea Utara mempunyai agenda tertentu dalam memilih Malaysia sebagai sasaran, dan lebih dibimbangi jika negara itu tidak bertindak sendirian. “Mungkin ada negara lain yang bersekutu dengannya. Jika itu yang berlaku, ada kemungkinan Malaysia akan terheret sama ke dalam konflik yang melibatkan kuasa-kuasa besar dunia,” katanya. Dalam keadaan ini, rakyat Malaysia seharusnya bersatu menyokong ketegasan pihak berkuasa menghadapi sikap tidak diplomatik negara itu.

2,3

Kes bunuh Jong-nam

“Putuskan hubungan diplomatik!” – Prof. Azmi Hassan

“Tidak akan sampai berperang.” – Datuk Dr. Rais Hussin

Sekarang Lisa sudah mahu bercerita ... 4

Presiden Azerbaijan lantik isteri 4

“Malaysia perlu bertegas.” – Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin

“Saya bimbang kita terheret ke dalam konflik kuasa-kuasa besar dunia.” – Prof. Dr. Nasrudin Mohammed

Proton tidak dilepaskan

Gambar percutian anda lebih menarik? Share dengan pembaca WARTA dan menangi iPhone 7

15

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA

TERBIT SETIAP RABU

MINGGUAN WARTA PERDANA

Ambil. Baca. Kongsi.


2

01 - 07 MAC 2017

‘Putuskan hubungan diplomatik!’

Kes bunuh Jong-nam

AZAMIN AMIN

KUALA LUMPUR - Malaysia harus me­ mutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara jika kedaulatan negara ini terus dicabar dan diperlekeh di mata dunia. Geostrategies Universiti Tekno­ lo­ gi Malaysia (UTM), Prof. Azmi Hassan berkata tindakan itu akan le­ bih merugikan Korea Utara me­ man­ dangkan negara itu hanya mempunyai hubungan diplomatik dengan 23 negara sahaja.

“Walupun nilai dagangan Malaysia dengan Korea Utara tidak banyak tetapi ia merupakan pintu masuk mereka ke negara Asean, khususnya Singapura. “Tetapi jika provokasi mereka berlanjutan, kita yang mesti putuskan hubungan terlebih dahulu sebelum Korea Utara melakukan perkara sama,” katanya mengulas kenyataan keras Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol berhubung siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemerintah negara itu 13 Feb lalu di KLIA2.

Menurut Azmi, sikap yang diambil Korea Utara itu merupakan strategi negara itu untuk mengalih perhatian antarabangsa berkaitan isu sebenar termasuk menyembunyikan agenda mereka. “Semua perkara seperti ujian nuklear atau peluru berpandu, semua

Tidak akan sampai berperang KUALA LUMPUR – Sikap tidak diplomatik dan provokasi yang berterusan oleh Korea Utara terhadap Ma­laysia, tidak akan sampai membawa kepada peperangan. Presiden EMIR Research, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Arif berkata rakyat negara ini tidak harus khuatir akan tercetus perang antara dua negara meskipun Korea Utara terus melakukan provokasi susulan in­ siden pembunuhan abang pe­ mimpin utama negara itu, Kim Jong-nam. “Masyarakat antarabangsa su­ dah lama tahu akan si­ kap agresif Korea Utara da­ lam menghadapi isu-isu sejagat. Semua orang juga ta­ hu mengenai pe­me­rin­ta­h­an­ nya yang dikta­ tor dan su­ ka mengancam negara lain de­ngan senjata nuklear,” kata Rais. Menurutnya lagi, apa

yang berlaku hanya insiden pembunuhan seorang rakyat Korea Utara di negara ini. “Oleh itu, siasatan yang dilakukan adalah mengikut SOP (Prosedur Operasi Stan­ dard). Ini dipatuhi dan di­ per­ akui oleh antarabangsa, ha­nya mereka yang enggan terima. “Ini semata-mata siasatan kes jenayah bunuh,” tegasnya. Bagaimanapun ujar Rais, kerajaan masih per­ lu ber­ was­ pada dalam meng­ha­da­pi apa jua tindakan dan sikap Korea Utara. “Saya yakin dengan ke­ mam­puan kerajaan, PDRM dan tentera untuk menangani apa jua kemungkinan yang akan berlaku,” katanya. Menurut Rais, Korea Utara yang terpencil dan hanya mempunyai sedikit ra­ kan se­ kutu seharusnya meng­hen­tikan tindakan yang ti­dak membantu, sebaliknya be­ker­jasama dengan

Dari muka depan Presiden EMIR Research, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Arif pula berkata, meskipun Korea Utara melakukan provokasi yang berterusan terhadap Malaysia, ia tidak akan sampai membawa kepada peperangan. “Saya yakin kita tidak akan sampai berperang dengan Korea Utara,” katanya ketika dihubungi WARTA. Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol baru-baru ini membuat kenyataan terbuka menerusi sidang media menyatakan kerajaannya tidak mengiktiraf atau memperakui sebarang keputusan bedah siasat yang dibuat ke atas mayat Jong-nam. Malah beliau juga dengan tegas berkata lelaki yang maut dipercayai akibat diracun itu bukan Jong-nam tetapi adalah Kim Chol

Dr Rais Hussin

pihak berkuasa Malay­sia untuk memastikan kes itu dapat di­ selesaikan se­gera. “Ada saluran dan cara dip­ lomatik yang boleh digunakan. Kita pernah ada hubungan yang baik dengan mereka, dan telah memberikan pel­ba­gai keistimewaan kepada Korea Utara seperti Program Pe­ ngecualian Visa (VWP) untuk me­ mudahkan rakyat negara itu datang ke negara ini. “Hormati dan hargai, bukan mem­ balas dengan ke­­ nyataan biadab yang ber­ terusan,” kata­nya.

sebagaimana nama dalam dokumen perjalanannya. Korea Utara juga menyatakan, ‘Kim Chol’ mati disebabkan serangan jantung, justeru kematiannya tidak perlu disiasat malah menggesa Kerajaan Malaysia membebaskan tiga suspek – termasuk seorang warga Korea Utara - yang ditahan reman untuk membantu siasatan kes itu. Kang Chol juga mempersoalkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikatakannya tidak mampu menyelesaikan siasatan meskipun telah lebih seminggu kejadian itu berlaku. Lebih daripada itu, beliau menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan bertujuan untuk ‘mengkambinghitamkan’ negaranya.

diletakkan kesalahan kepada yang lain. Begitu juga dengan kes pembunuhan ini, mereka menyalahkan Malaysia. “Tuduhan itu tidak logik tetapi sebenarnya adalah untuk tatapan rakyat negara mereka dan lebih me­ malukan, Korea Utara percaya ia akan diterima oleh masyarakat antara­ bangsa. “Propaganda seperti itu digunakan kepada rakyatnya memandangkan wujud kekangan saluran maklumat yang dibuat pemerintah Korea Utara terhadap rakyat mereka,” ujarnya.

Malaysia perlu bertegas KUALA LUMPUR - Malaysia mesti bersikap tegas hadapi tuduhan tidak berasas Korea Utara dan bersedia un­ tuk melakukan tindakan dip­ lo­ matik yang lebih drastik. Pensyarah Pusat Pe­ nga­­jian Antarabangsa, Uni­ versiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd. Sani berkata Malaysia selama ini telah menunjukkan komit­ men yang tinggi untuk men­ jalin hubungan baik dengan negara itu. “Saya melihat tindakan mereka dalam kes ini adalah seperti ‘tikam belakang’. Kita tidak boleh tunduk kepada orang yang ‘tikam belakang’ sebaliknya perlu bertegas,” katanya mengulas bantahan Korea Utara ter­hadap proses siasatan yang di­­jalankan oleh pihak ber­kuasa Malaysia da­ lam kes pem­ bunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pe­ mimpin ter­tinggi negara itu, Kim Jong-un. Mengulas lanjut, Mohd Azizuddin berkata, an­ tara keistimewaan yang di­ berikan oleh pihak Malaysia se­ panjang menjalin hu­ bung­an diplomatik de­ngan negara itu ialah Program Pe­ ngecualian Visa (VWP) untuk rakyat Korea Utara me­­masuki negara ini secara mudah. “Dalam keadaan ini, apa yang boleh dilakukan se­ lain memanggil pulang duta kita ialah menyekat per­ jalanan rakyat negara itu, terutama individu yang mencurigakan. Ini termasuk, melarang in­ dividu yang disyaki ter­ babit dengan kes pem­ bu­ nuh­ an Kim Jong-nam yang

dilaporkan kini berada di kedutaaan Korea Utara ke­ luar dari Malaysia,” katanya. Selain itu, ujar beliau, mereka yang dikenal pasti mempunyai latar belakang atau sejarah berkonflik de­ ngan pemerintah Korea Utara juga tidak seharusnya dibenarkan untuk me­ma­su­ ki negara ini. “Kita juga perlu panggil balik rakyat Malaysia yang ada di sana,” katanya lagi. Menurut beliau, selaku ke­rajaan, Korea Utara se­ha­ rusnya bekerjasama de­ngan Malaysia, ataupun setidakti­daknya menggunakan sa­ luran diplomatik yang ada untuk menyatakan pen­­dirian mereka, bukan dengan cara membuat ke­ nyataan terbuka seperti yang dilakukan duta besar mereka. “Kita ada peraturan dan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang mereka mes­ti patuhi kerana ke­ja­di­ an itu berlaku di negara kita “Jika mereka terus de­ ngan sikap begitu, langkah paling drastik ialah Malaysia memutuskan hubungan dip­lo­matik dengan Korea Utara,” tegasnya.


3

01 - 07 MAC 2017

Bimbang terheret konflik dunia

Pyongyang, ibu kota Korea Utara

Kes bunuh Jong-nam

AZAMIN AMIN

KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin akan terheret ke dalam kancah konflik politik dunia jika Korea Utara terus berdegil untuk tidak bekerjasama dalam penyiasatan kes pembunuhan abang pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-nam, di sini 13 Feb lalu. Dalam keadaan ini, apa yang perlu bagi rakyat Malaysia ialah bersatu menyokong ketegasan pihak berkuasa dalam menghadapi sikap provokatif dan tindakan tidak diplomatik negara itu. Ahli akademik dari UiTM, Prof. Dr.

Nasrudin Mohammed berkata terdapat dua elemen penting yang perlu difahami mengenai sikap Korea Utara. “Yang pertama, agenda melibatkan pemerintah Korea Utara sendiri dan yang kedua, agenda negara-negara lain yang bersekutu dengannya, yang mungkin mempengaruhi tindakan dan sikap agresif kerajaan negara itu terhadap negara kita,” katanya. Nasrudin berkata, setakat ini, masyarakat antarabangsa dapat melihat adanya unsur kontroversi yang berkaitan dengan sikap dan tindakan tidak diplomatik pemerintah negara itu yang begitu keras menentang proses

siasatan kes pembunuhan Jong-nam. “Ini adalah agenda mereka sendiri yang mahu bertindak secara bersendirian, yang ada kaitan dengan sikap pemimpinnya, sejarah keluarga dan sikap diktator pemimpin itu sendiri.” Apa yang paling dibimbangi, kata Nasrudin ialah jika Korea Utara tidak bertindak sendirian, sebaliknya mempunyai agenda tertentu dengan negara lain yang bersekutu dengannya untuk menjadikan Malaysia sasaran. “Jika itu yang berlaku, ada kemungkinan Malaysia akan terheret sama ke dalam konflik yang melibatkan

kuasa-kuasa besar dunia,” tegasnya. Menurut Nasrudin, Korea Utara kini berada dalam posisi yang sangat terdesak apabila masyarakat dunia menuding jari terhadapnya sebagai dalang pembunuhan itu. “Kerana terdesak, mereka dilihat cuba menyembunyikan sesuatu sekali gus menyalahkan Malaysia secara berterusan.” Katanya.

Petronas hargai seni pribumi KUALA LUMPUR - Galeri Petronas telah melancarkan pameran ekspresi seni dan kreatif masyarakat pribumi Malaysia bertajuk 'Manah: A Living Legacy'. Berucap merasmikan pa­ mer­an tersebut, Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan berkata ia bertujuan untuk menampilkan nilai estetika dan amalan-amalan yang me­ wakili pribumi termasuk alam sekitar yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. "Walaupun ada pengaruh kemodenan, nilai masyarakat pribumi masih utuh dalam men­ cerminkan identiti dan asal-usul mereka yang kuat

dikaitkan dengan alam sekitar,"katanya Salah satu acara ke­ mun­ cak pameran adalah karya seni dari generasi baru artis asli muda antaranya terdiri Alena Ose 'Murang dari kaum Kelabit, Sarawak, Shaq Koyok (Temuan, Selangor), Kendy Mitot (Bidayuh, Sarawak) dan Kaleb Anyie Udau

(Kenyah, Sarawak). Ini seni kontemporari yang unik telah sebati dengan budaya nenek moyang mereka dan warisan. Sementara itu, Prof. Madya Dr. Baharudin Arus dari Fakulti Kemanusiaan, Kesenian dan Warisan Uni­ ver­siti Malaysia Sabah ber­ka­ ta, pameran tersebut buk­ ti komitmen berterusan Pet­ ro­ nas sejak 25 tahun lalu dalam mengembangkan, mem­ promosi dan memelihara warisan seni visual negara. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Penaung Organisasi Dunia Melayu Polynesia,, Tunku Zain Al'Abidin Ibni Tuanku Muhriz

dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Stra­ tegik Petronas, Zahariah Abdul Rahman. Zahariah dalam ucapan­ nya berkata usaha ini adalah sebagai penghargaan Petro­ nas terhadap pemahaman budaya dan warisan purba negara. "Melalui pameran ini, kami berusaha un­ tuk me­ ngem­bangkan penge­ta­hu­ an mengenai masyarakat asli di Semenanjung Malay­ sia, Sabah dan Sarawak, ini termasuklah usaha meme­ lihara dan mengekalkan bu­ daya, serta menggalakkan per­ paduan di kalangan rakyat Malaysia,"katanya.

Lisa Surihani duta UNICEF M'sia

Kuala Lumpur – Sejajar dengan pe­ lantikan sebagai duta baru Malaysia untuk Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef), pelakon Lisa Surihani akan menyokong pembelaan hak kanakkanak di seluruh negara. Pelantikan itu diumumkan wakil UNICEF di Malaysia, Marianne ClarkHattingh, di sini. Lisa menganggap pelantikan dirinya sebagai duta UNICEF Malaysia sebagai impian zaman sekolah yang akhirnya direalisasikan. Katanya, pelawaan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Ber­ satu (PBB) itu membolehkannya menyalurkan kesedaran membela hak asasi kanak-kanak selaku generasi yang harus dilindungi. "Sebagai ibu dan seorang yang suka­ kan kanak-kanak, saya melihat tanggungjawab ini sebagai medium untuk membantu menyuntik ke­

sedaran di kalangan masyarakat dalam usaha mewujudkan persekitaran se­ lamat dan sihat buat kelompok sasaran. Lisa memberitahu wartawan ba­ hawa beliau sentiasa berminat dengan isu yang memberi kesan kepada kanakkanak dan anak muda di Malaysia. "Menjadi Duta Unicef memberikan peluang yang tepat untuk saya mem­ babitkan diri secara peribadi," katanya. Menurut Lisa, antara yang menarik minatnya ialah keperluan pendidikan seksual menerusi media sosial dan menggesa tindakan komprehensif daripada pihak berkaitan menangani isu ini. “Dahulu, ibu bapa selalu mem­beri­ tahu kita supaya tidak bercakap dengan orang tidak dikenali dan cabaran kini ialah kewujudan gajet serta platform media sosial," katanya. Clark-Hattingh berkata, Lisa akan terbabit dalam mempromosi dan me­

RHB Islamic salur RM50j bantu usahawan PETALING JAYA - RHB Islamic Bank Bhd menyasarkan untuk menyalurkan sekurangkurangnya RM50 juta tahun ini bagi pembiayaan pembangunan usahawan di bawah program Dana Teras oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). Pada masa ini, ada sebanyak 1,014 syarikat di bawah program Teras yang dilancarkan pada 2011. Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusannya, Datuk Adissadikin Ali berkata lebih RM200 juta daripada dana RM400 juta itu telah disalurkan pada 2016 menerusi kerjasama dengan Teraju yang bermula pada 2012.

Lisa anggap ini peluang yang dinantikan selama ini

letak­kan ke hadapan hak kanak-kanak di Malaysia dan sejagat menerusi pelbagai inisiatif dan kempen Unicef. "Sokongan beliau meliputi usaha ke arah menghapuskan keganasan

dan penganiayaan terhadap kanakkanak, integrasi kanak-kanak kurang upaya, penggunaan Internet yang lebih selamat dan pendidikan awal kanakkanak," katanya.


4

01 - 07 MAC 2017

BERITA

Kerajaan tidak akan ‘lepas’ Proton ALOR GAJAH - Desas-desus kononnya Proton Holdings Bhd akan menjual 51 peratus sahamnya kepada sebuah syarikat asing adalah tidak benar. Ini kerana keputusan muk­tamad belum lagi dibuat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan. “Kerajaan tidak akan me­ lepaskan hak milik negara. Kami sedang meninjau pe­ luang untuk membantu Proton berkembang dengan lebih cekap, supaya ia akan se­ tanding dengan jenama besar lain dalam industri kereta global,”katanya. Beliau berkata kerajaan sentiasa menggalakkan Pro­ton untuk men­da­pat­ kan rakan stra­ tegik asing bagi me­ ningkatkan ke­ u­pa­ya­annya kekal ber­ daya saing da­­ lam pasaran antarabangsa. “Proton be­bas un­tuk me­mi­lih ra­­­kan kongsi strategik asing yang boleh m e­n a w a r k a n potensi yang paling ting­ gi, sama ada dari Ame­

rika Sya­ rikat, Jepun, China dan Ero­pah”katanya. Ong berkata Proton kini dalam proses mengenal pasti rakan kongsi yang sesuai dan akan mengumumkan perkongsian serta peng­ ga­ bungan kilangnya di Tanjung Malim, Perak, dan Shah Alam, Selangor serentak. “Kerajaan tidak akan membuat pengumuman bagi pihak Proton, dan saya me­ mohon kepada se­mua orang un­tuk bersabar. “Kami ber­ha­rap se­lepas ini, Pro­ton akan da­pat mem­­ ba­ngun­kan hab ken­deraan motor yang bo­ leh me­ning­­ katkan ke­ u p a­y a a n M a­­l a y s i a menge­ l u a r­k a n k e­r e­t a n a­s i­o n a l

berkualiti tinggi yang boleh menembusi pa­ saran antarabangsa, ter­utama­nya di negara-negara Asean,” kata­nya. Beliau berharap kerja­ sama itu akan meningkatkan stan­dard pembuatan antara­ bang­ sa pembuat kereta na­­ sional itu sekali gus me­ ningkatkan daya saing da­ lam industri. “Ia juga akan membantu meningkatkan jualan antara­ bangsa, kerana pasaran se­ masa dalam negara agak ke­cil dengan hanya 600,000 kereta setahun, berbanding Amerika Syarikat (17 juta kereta setahun) dan China (25 juta kereta),” katanya. Beliau berkata per­ tum­ buhan Proton tidak boleh bergantung kepada pasaran tem­ patan, kerana ia tidak akan mencukupi untuk me­ nampung kos penyelidikan yang perlu dilakukan secara berterusan ba­ gi memastikan pe­ ngeluaran kereta ber­ kualiti tinggi yang mam­ pu bersaing de­ ngan jenama lain. Bernama

Pemilikan terkini firma pengeluar kenderaan selepas penggabungan dan pengambilalihan

Zulkiflee, pengarah urusan baharu Bank Rakyat? KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Holding Bhd., Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid disebut-sebut sebagai calon Pengarah Urusan Bank Rakyat, menggantikan Datuk Mustafha Abd. Razak. Zulkiflee, 60, yang kini pengarah Maybank Islamic Bhd., dikatakan pilihan utama dalam kalangan beberapa calon yang berada dalam senarai lembaga pengarah bank berkenaan. Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam industri perbankan, Zulkiflee menyertai Affin Bank pada 1981, dan dilantik sebagai pengarah perbankan enterprais pada 2005 sebelum menduduki kerusi Pengarah Urusan/ CEO kumpulan bermula 1 April

2009. Beliau meninggalkan bank berkenaan pada 1 April 2015. Ketika dihubungi The Edge, Zulkiflee bagaimanapun enggan mengulas spekulasi pelantikannya, begitu juga pihak Bank Rakyat. Sumber industri berkata sejak meninggalkan Affin, beliau lebih banyak memainkan peranan di belakang tabir, dan adalah sesuatu yang mengejutkan jika Zulkiflee memilih untuk kembali aktif. Lebih mengejutkan jika keputusan itu dibuat pada masa ini, dalam situasi yang begitu mencabar bagi industri. “Setakat ini, isu pelantikan beliau (di Bank Rakyat) belum dapat dipastikan. Ada kemungkinan Zulkiflee akan diberi

tanggungjawab yang lain di Kumpulan Maybank. “Namun tidak mustahil juga beliau akan terima jika diminta untuk menyertai Bank Rakyat,” kata sumber itu lagi. Bank Rakyat dalam proses melantik teraju yang baharu selepas Mustafha diarahkan ‘bercuti’ tahun lalu berikutan skandal peruntukan perbelanjaan pemasaran yang menelan kos RM15 juta. Bekas pengarah urusan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

BERITA RINGKAS

Elak sekat remaja KUALA LUMPUR - Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan membuatkan anak muda berasa lebih tercabar kerana pada usia itu sikap memberontak dalam diri remaja amat kuat, kata Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor Katanya, pada usia bawah 18 tahun, remaja sedang dalam proses mencari identiti selain didorong perasaan ingin 'membuktikan diri siapa lebih hebat' dengan rakanrakan seusianya. "Sekiranya ada halangan atau peraturan ketika usia bawah 18 tahun, remaja sedang mencari identiti dan sepatutnya ibu bapa cari saluran betul untuk membantu mereka," katanya mengulas cadangan supaya kerajaan negeri melarang remaja bawah umur berada di jalan raya dan lokasi tertentu pada lewat malam.


5

01 - 07 MAC 2017

BERITA

Rasuah: Pewaris empayar Samsung ditahan SEOUL – Sudah jatuh ditimpa tangga. Samsung kini menghadapi satu lagi episod memalukan apabila pewaris empayar kong­ lomerat terbesar Ko­ rea Selatan itu, Lee Jaeyong ditahan polis untuk membantu siasatan skandal rasuah politik berprofil tinggi yang menggemparkan negara ini sejak tahun lalu. Jumaat lalu, hakim se­ bu­ ah mahkamah di sini mem­­benarkan permohonan pen­dakwa raya untuk menge­ luarkan waran tangkap ter­ hadap Lee yang disyaki telah menjanjikan habuan puluhan juta Dollar untuk membantu kemenangan Presiden Park Geun-hye ketika pilihan raya lalu. Janji itu dikatakan ada kaitan dengan sokongan yang

diminta daripada kerajaan un­ tuk mengukuhkan lagi kedudukan Samsung dalam industri. Mengikut pertuduhan, Lee didakwa terbabit dengan ra­suah, sumpah palsu, pe­ng­ ubahan wang haram, pe­nye­ lewengan selain me­ nyem­ bunyikan aset di luar negara. Samsung dalam satu ke­ nya­taan, menafikan dakwaan ter­sebut. Mahkamah yang sama bagai­ manapun menolak sa­ tu lagi permohonan waran tang­ kap yang dikemukakan terhadap Presiden Samsung Electronics, Park Sang-jin. Susulan penahanan Lee yang juga Naib Pengerusi Samsung Electronics, harga saham syarikat itu di Bursa Saham Seoul merosot se­ ba­ nyak dua peratus. Kerugian

bagai­ manapun dapat di­ pulihkan pada hari yang sa­ ma juga apabila sahamnya di­ tutup pada harga yang hanya menyusut 0.4 peratus. “Samsung akan terus ber­ gerak sebagaimana biasa ke­ rana syarikat itu memiliki asas yang kukuh, eksekutif yang berpengelaman untuk mengawasi dan menjalankan operasi perniagaan seharihari,” kata Mark Newman, seorang penganalisis pasaran mengenai hal itu. Bulan lalu, satu per­ mo­ ho­ nan waran tangkap telah dikemukakan terhadap Lee, bagaimanapun ditolak oleh mahkamah atas sebab kekurangan bukti. Imej Samsung telah ter­ palit kontroversi sejak tahun lalu apabila model baharu telefon pintar keluarannya,

Kadar kenaikan gaji menurun

KUALA LUMPUR – Kadar kenaikan gaji di negara ini mengalami pe­ nurunan sebanyak 0.4 peratus kepada hanya 5.2 peratus pada 2016. Kajian oleh Aon Hewitt, sebuah agensi global yang aktif dalam perundingan sumber manusia itu juga mendapati, pekerja dalam in­ dustri kewangan dibayar 16 peratus lebih tinggi berbanding nilai pasar­an. “Mereka yang terlibat da­ lam pengurusan sumber ma­­nusia pula menerima 21 peratus lebih tinggi,” kata Pengarah Urusan Aon Hewitt Malaysia, Prasant Cha­dha (gambar). Menurut Pra­ sant, sektor pe­ker­­jaan masa ki­ ni memerlukan ca­ lon pekerja me­ miliki ke­ mahiran yang relevan de­ngan keperluan in­ dustri. “Pengetahuan

dan kemahiran digital adalah bonus bagi setiap individu yang mahu memasuki alam pekerjaan,” katanya. Kaji selidik itu juga mendapati, separuh daripada graduan yang baru menyertai sektor pekerjaan me­ nerima gaji kurang daripada RM2,500 sebulan. Bagaimanapun, majikan akan membayar lebih kepada pekerja dalam industri yang lebih premium seperti kejuruteraan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengurusan projek. Kumpulan ini di­ta­warkan gaji le­bih tinggi iaitu RM3,500 sebulan. Bagi pe­ker­ja in­dustri ber­tek­no­logi tinggi (hitec) pula, mereka di­ tawarkan 27 pe­ra­tus lebih tinggi ber­banding sektor pembinaan dan kejuruteraan.

Bisnes punca Ruby dibunuh? PETALING JAYA – Ruby Lee Poh Ai, 50, wanita yang maut ditembak ketika memandu di Pulau Pinang, 21 Februari lalu, dikatakan terlibat aktif dalam bisnes pinjaman wang yang dikendalikan suaminya. FMT melaporkan, sumber yang rapat dengan wanita itu, tidak menolak kemungkinan, pembunuhan Ruby ada kaitan dengan perniagaan. “Dia dikenali ramai, fasih berbahasa Inggeris dan sering bergaul dengan ekspatriat. Dia juga sering hadir parti-parti elit,” katanya.

Ruby, pemilik sebuah syarikat logistik ditembak 11 das ketika memandu berhampiran Taman Pekaka 1, Sungai Dua. Dia mati di tempat kejadian yang berjarak hanya kira-kira 200 meter dari pejabatnya. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye ketika ditanya FMT kemungkinan isu perniagaan punca pembunuhan Ruby berkata, polis menyiasat kes itu dari pelbagai aspek. “Itu hanya satu daripada beberapa perkara yang kami sedang siasat.,” katanya.

Galaxy Note 7 didapati mudah ter­ bakar, yang dipercayai ber­ punca daripada masalah bateri. Model itu kini telah ditarik balik dari pasaran sekali gus dihentikan pe­nge­ luaran. Kalangan pemerhati ber­­­pendapat, penahanan Lee adalah jauh lebih men­ jejas­ kan imej Samsung

ber­ banding masalah yang dicetuskan Galaxy Note 7. Bagaimanapun bagi ke­ luarga Lee, dakwaan rasuah yang membabitkan mereka bukanlah cerita baharu. Bapa­ nya, Lee Kunhee yang juga Pengerusi Kumpulan Samsung telah dua kali didapati bersalah dan dua kali juga mendapat pengampunan pemerintah.

DUNIA MINGGU INI

President Donald Trump mengadakan sidang media pertama di White House

Lebih 400 ikan paus mendaparkan diri di pantai Farewell Spitt di New Zealand

Gunung berapi Sinabong di Sumatera Utara kembali aktif mengeluarkan asap dan lava

Kapal bantuan kemanusiaan Nautical Aliyah sampai di pelabuhan Chittagong, Bangladesh

Aksi pertandingan quidditch, sukan fantasi dari Harry Potter, di adakan di London

Pemain hoki ais dari Jepun dan Korea berebut di Asia Winter Games yang di adakan di Sapporo, Jepun


6

01 - 07 MAC 2017

TRENDING

Telefon kitar semula pingat Olimpik Tokyo

'Aksi' peragawati di tingkat 73

Usaha Jepun dijangka dapat meng­ hasilkan sebanyak 400kg emas, hampir 3,000kg perak dan 3,000kg gangsa untuk kesemua 5,000 pingat Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 apabila setiap tahun rakyat Jepun membuang 650,000 tan produk elektronik manakala dengan kurang 100,000 tan daripadanya boleh dikitar semua.

Lagak ngeri peragawati di tingkat 73 sebuah bangunan di Dubai akibatkan dia ditahan polis. Odintcova me­ lakukan aksi tanpa memakai se­ barang alat keselamatan.Dia me­ lakukan aksi tersebut ketika satu sesi fotografi dan video itu kemudiannya dimuat naik ke laman Instagram dan YouTube.

TMJ akui kesilapan Pemilik dan penaung JDT, Tengku Mah­ kota Johor, Tunku Ismail Sul­ tan Ibrahim menyatakan rasa tang­ gungjawabnya susulan kekalahan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kepada pasukan Perak dalam per­ lawanan Liga Super baru-baru ini. Dalam kemaskini status di akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail, bertitah, apa yang dilalui JDT ketika ini merupakan kesilapan di pihak baginda.

'Love' di dahi bayi jadi perhatian Bagi pasangan Murat Engin, 30, dan isterinya, Ceyda, 28, tidak percaya bila bayi mereka yang diberi nama Cinar itu mempunyai tanda lahir berbentuk love di dahinya dan ramai yang mengambil kesempatan untuk selfie bersama bayi tersebut dan hingga kini beliau mempunyai ramai peminat sendiri.

Motosikal terbang

Robot jaga stesen keretapi

Hoverbike kawalan manusia pertama du­ nia hampir menjadi kenyataan apa­ bila ken­ deraan itu dirakam menjalani ujian di sebuah gudang di San Francisco. Di­ namakan sebagai Scor­pion-3 itu meng­ gabungkan re­ kaan sebuah moto­ sikal biasa de­ ngan teknologi drone quad cop­ ter yang membolehkan pemandu me­­ngen­dalikannya sama seperti me­ nung­gang sebuah motosikal. Di­laporkan bo­ leh terbang sehingga 27 minit dan mungkin dijual pada harga AS$150,000 (RM668,435).

Robot yang dikenali dengan nama AnBot dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan di sebuah stesen keretapi Zhengzhou di timur Henan begitu mesra dengan orang ramai, malah ia juga akan menjawab soalansoalan yang diajukan oleh orang awam. Berketinggian 149 meter dan seberat 78kg ini mampu bergerak dengan kelajuan 18km sejam.

Suap kanak-kanak makan cacing Video kononnya seorang kanak-kanak diberi makan cacing oleh pembantu rumah yang menjadi tular sebenarnya memaparkan seorang ibu kanakkanak itu sendiri yang menyuapkan cacing yang dirakam di Lombok, Indonesia sempena Pesta 'Bau Nyale' yang merupakan tradisi masyarakat di situ pada hari keraiaan

Warga Internet prihatin Gambar seorang lelaki pemungut sampah yang tertidur di atas sebuah lori sampah yang dijadikan sebagai bahan jenaka dikritik hebat daripada pengguna Twitter. Tweet itu mendapat lebih 110,000 retweet dalam masa tidak sampai sehari.

Rakaman CCTV pembunuhan Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pembunuhan Kim Jong-nam di aras pelepasan, KLIA2 tersebar di media sosial dan dilaporkan stesen televisyen Jepun, Fuji TV, didakwa merupakan yang pertama menayangkan video berdurasi 2 minit 45 saat yang bermula dengan ketibaan Jong-nam di ruang legar balai berlepas KLIA2.

Pengajaran 8 remaja berbasikal maut Tragedi lapan remaja lelaki dalam lingkungan umur antara 13 dan 17 tahun.berbasikal maut dalam satu kemalangan dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru mengundang simpati netizen di laman sosial.


7

01 - 07 MAC 2017

UM teroka produk IKS ke China KUALA LUMPUR - Meskipun permintaan produk halal di China semakin meningkat sejak kebelakangan ini, na­ mun keupayaan golongan usa­ hawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan un­ tuk menembusi pasaran ne­ gara itu masih kurang mem­ berangsangkan. Menyedari hakikat itu, Uni­ versiti Malaya melalui In­ stitut Kajian Halal Uni­ versiti Malaya (IHRUM) te­ lah mengambil inisiatif mem­ bimbing usahawan IKS ter­ pilih bagi merebut peluang memasarkan produk mereka ke negara tembok besar itu. Pengarah Akademi Penga­ jian Islam Universiti Malaya Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Yussof berkata buat julung kalinya, pihaknya dengan kerjasama Upaya Vista Sdn.

Bhd. akan mencari 100 usa­ hawan terpilih untuk di­ bawa menyertai ekspo halal 'The Third China Xi'an International Halal Food Expo 2017' yang diadakan di Xi'an dari 11 hingga 18 April depan. Zulkifli berkata ekspo itu dilihat sebagai akses ter­ baik bagi para usahawan un­ tuk menembusi pasaran halal ke negara tersebut selain melebarkan sayap per­ niagaan mereka ke persada antarabangsa. "Ekspo itu merupakan

kesinambungan daripada maj­ lis menandatangani Memo­ ran­ dum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya dan Shaanxi Zhenhua International Exhibition Co.Ltd. pada 10 Feb lepas di Xi'an, China. "Usahawan terpilih bakal menjadi anak didik IHRUM bagi membentuk kerjasama dalam penyertaan ekspo halal antarabangsa, penyelidikan halal, persijilan halal dan pasaran eksport," katanya pada sidang media selepas sesi taklimat dan pemilihan siri

Bendung kenaikan harga di Langkawi

LANGKAWI - Jumlah kedatangan pe­ lancong ke Langkawi akan merosot jika ada pemain industri pelancongan terus mengambil sikap menaikkan harga per­khidmatan dan makanan semasa berlangsung acaraacara besar di pulau per­anginan itu. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin berkata sikap sedemikian menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong untuk datang semasa acara besar seperti Pameran Udara dan Maritim

Antarabangsa Langkawi (LIMA). "Malah sebelum saya menjawat jawatan ini lagi ada orang sudah mengatakan 'Jangan pergi ke Langkawi' semasa LIMA kerana harga makanan dan sewa kereta misalnya terlalu tinggi," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Malam Pelancongan Langkawi dan penerangan aktiviti-aktiviti LADA bagi tahun 2017 untuk pemain industri pelancongan di sini, barubaru ini.

kedua ekspo itu, di sini. Beliau berkata, penyertaan usahawan itu melalui inisiatif yang disokong penuh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membuktikan usa­ ha berterusan pihaknya dalam memartabatkan IKS negara selain mengangkat jenama Malaysia ke peringkat global. Sementara itu, Pengarah Upaya Vista Sdn Bhd, Datuk Noraini Saad berkata, usa­ ha­ wan perlu memastikan pro­duk mereka mendapat sijil halal, berkualiti tinggi dan mem­ punyai kilang, yang mana ia merupakan antara kriteria utama pemilihan peserta bagi ekspo itu. "Ini kerana pihak pe­ ngan­ jur telah menetapkan sya­

rat ketat bagi peserta untuk mempamerkan produk ber­ kualiti tinggi setelah mereka mem­ berikan 100 ruang pa­ meran kepada para usahawan yang terpilih di Pavilion IHRUM di sana," katanya. Menurut Noraini, syarikat­ nya yang mempunyai pe­ nga­ laman terlibat dalam ekspo antarabangsa di China selama 16 tahun, turut diberi mandat membuka Halal Hub Malaysia melibatkan pre­ mis yang menjual produk halal di lima lokasi seperti Xi'an, Qinghai, Chengdu, Lanzhou, dan Urumqi. "Penganjuran ekspo ber­ kenaan juga membuka pe­ luang kepada produk tem­ patan berpotensi tinggi untuk dipasarkan di Halal Hub," katanya. - Bernama

Tumpu rumah pasaran sekunder KUALA LUMPUR - Pembeli rumah kali pertama digesa memberi tumpuan ke­ pada pasaran sekunder kerana ia menawarkan hartanah yang lebih mampu­ dimiliki, kata Kementerian Kewangan. Ketua Pengarah Penilaian dan Per­ khidmatan Harta, Dr Rahah Ismail berkata, harga pasaran utama selalunya tinggi disebabkan hadiah percuma serta rebat dan terdapat peluang lebih tinggi untuk kelayakan pinjaman dalam pasaran sekunder. "Apabila harga dinaikkan dan pembeli kali pertama memohon pinjaman rumah, mereka selalunya tidak layak kerana gaji tidak mencapai paras ditetapkan," katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia Ke-10 2017 di sini. Setakat suku ketiga 2016 (Jan-Okt 2016) pinjaman rumah yang telah diluluskan adalah 41.8 peratus berbanding 50.3 peratus dalam tempoh yang sama pada 2015. Rahah berkata, pem­ beli rumah mempunyai pilihan dengan stok rumah di Malaysia hampir lima juta, dengan 800,000 unit se­ dang dibina dan 580,000 unit lagi dirancang. Ketika ini, penguasaan pasaran hartanah sekunder berada

pada 82 peratus dengan selebihnya 18 peratus dalam pasaran utama. "Walaupun pasaran kekal lembap, masih terdapat permintaan kukuh untuk rumah mampu milik yang berharga di bawah RM300,000," kata­nya. Pasaran utama, bagaimanapun sama penting untuk ekonomi ke­ ra­ na ia merangsang pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan serta dikaitkan dengan banyak faktor dalam ekonomi Malaysia. "Pasaran utama juga menjadi pe­ nanda aras untuk pasaran sekunder," kata Rahah. Mengenai prospek, beliau berkata, pasaran hartanah dijangka kekal lembap pada 2017, terutama segmen utama yang akan terus merosot ketika pemaju mengkaji semula produk dan harga. Oleh iu, pembeli rumah boleh meneliti pasaran sekunder untuk rumah yang mampu dimiliki, tambahnya.


8

01 - 07 MAC 2017

BISNES

iflix, TM meterai kerjasama tingkat kepuasan pelanggan

KUALA LUMPUR – Syarikat perkhidmatan TV Internet terkemuka, iflix dan Tele­ kom Malaysia (TM) telah men­­jalin usahasama untuk me­nawarkan perkhidmatan yang lebih meluas kepada pe­ langgan UniFi dan Streamyx. Mereka yang telah dan baharu melanggan per­ khid­­ matan itu - UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps – layak untuk menikmati iflix bermula sekarang hingga 31 Dis 2017. Dalam satu kenyataan ber­ sama, kedua-dua pihak menyatakan tawaran ter­ kini itu berupaya untuk mengu­ kuhkan lagi kerjasama antara mereka. Iflix dan TM sebelum ini telah mengumumkan ko­ la­borasi untuk me­­na­ warkan ak­ses ke­­pa­ da per­khid­ma­t­an iflix yang ber­ nilai RM120 kepada semua pelanggan jalur lebar pre­ mium TM. Naib Pre­ siden Ekse­ku­tif (Media Baharu)

TM, Jeremy Kung (gambar) berkata kolaborasi itu mem­ bolehkan pelanggan sya­ rikat telekomunikasi ber­kenaan me­ nikmati rangkaian te­le­vi­syen yang lebih ba­ nyak dari­ pada iflix, sekali gus me­ lengkapi apa yang se­dia ditawarkan oleh TM me­ nerusi perkhidmatan IPTV dan HyppTv.

‘Mamee Kembali Ke Sekolah’ bersama Biskidz

KUALA LUMPUR – Syari­kat pengeluar snek ter­ke­muka, Mamee sedang meng­gerakkan program ‘Mamee Kembali Ke Sekolah’ seiring dengan pengeluaran produk terbaru­ nya, Mamee Monster Biskidz. Menerusi program ter­ sebut, Mamee giat meng­gan­tikan papan tanda beberapa sekolah yang terpilih selain memasang papan peringatan bermesej ke arah mendidik murid-murid melakukan ama­­lan yang baik seperti basuh tangan sebelum dan se­lepas makan. Selain itu, turut di­aktif­kan ialah kempen

budaya mem­baca dan sumbangan rak buku yang dijalankan dengan kerjasama Pe­ner­bitan Pelangi Sdn. Bhd. Mamee Monster Biskidz adalah biskut DHA pertama Malaysia dilancarkan Men­ te­ ri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada No­vember tahun lalu. “Biskut ini mengandungi nutrisi seimbang, sesuai untuk kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 ta­hun, yang mem­bantu me­ reka untuk menjana minda kreatif, lebih aktif serta ber­daya saing,” kata Nadia Jasmon, Eksekutif Kanan Ko­munikasi Korporat Mamee.

iflix luas pasaran ke Pakistan, Timur Tengah KUALA LUMPUR - iflix, penyelia perkhidmatan televisyen Internet yang berpangkalan di sini, telah me­le­ bar­kan sayapnya ke Timur Tengah. Terbaru, ia dilancarkan di Pakistan dengan kadar Rs300 (RM12.76) sebulan untuk pengguna negara itu. Juga dikenali sebagai Netflix, per­ khidmatan itu dioperasikan secara usahasama oleh rakan niaga tempatan dan Hollywood. Kini langganannya telah mencecah empat juta pengguna sejak memulakan operasi pada 2015 Aplikasinya boleh didapati di iOS App Store dan Google Play Store, menyediakan ruang untuk pelanggan menonton rancangan TV dan filem kegemaran secara mudah. Netflix boleh diakses percuma untuk tempoh 30 hari percubaan. Selain Pakistan, iflix yang sedang meneroka pasaran Timur Tengah dan dikenali sebagai iflix Arabia, menjalinkan kerjasama dengan firma

telekomunikasi Kuwait, Zain. Usahasama itu membolehkan iflix Arabia yang berpangkalan di Dubai, memasuki pasaran Kuwait, Bahrain, Iraq, Jordan, Lebanon, Arab Saudi dan Sudan. iflix Arabia diketuai John-Paul McKerlie selaku Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau sebelum ini adalah Pengarah Pemasaran Pengguna Zain sejak Mei tahun lalu. Netflix menawarkan tayangan filem Hollywood dan Bollywood termasuk rancangan tempatan serta lebih 2,000 rancangan kanak-kanak. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan iflix, Azran Osman Rani berkata pihaknya baru-baru ini memeterai per­ janjian perkongsian dengan sya­ rikat telekomunikasi terbesar Indonesia, Telkom. Menurut Azran, bagi masa depan, kumpulan itu menyasarkan untuk mempunyai asas pelanggan lebih

iffix, rangkaian televisyen internet terkemuka Asia Tenggara kini mengorak langkah mengusai Asia.

daripada 25 juta di rantau ini. Bermula dengan hanya 25 pekerja tahun lalu, iflix kini bekerjasama dengan lima syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia iaitu Telekom Malaysia, Digi Telecommunications, Celcom Axiata Bhd., Maxis Bhd., U Mobile Sdn. Bhd. serta PLDT di Filipina

dan TrueMove H di Thailand. iflix diasaskan oleh Catcha Group berpangkalan di Malaysia dengan kerjasama Evolution Media Capital dari Hollywood. Perkhidamatan itu ditawarkan di Malaysia dengan bayaran bulanan serendah RM8.


9

01 - 07 MAC 2017

BISNES

KWSP tumpu pelaburan swasta KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) akan meneruskan usa­ ha untuk menyediakan ak­ses lebih luas kepada pe­ laburan pasaran swasta tahun ini bagi menjana pulangan lebih baik. Sehubungan itu, Ketua Pe­ gawai Eksekutif (CEO) KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata antara tumpuan uta­ ma itu membabitkan sek­ tor infrastruktur, hartanah serta ekuiti swasta. KWSP sebelum ini me­ num­ pukan (pelaburan) da­ lam lebuh raya serta sektor infrastruktur dan tenaga. "Kami berasakan ia (pa­ saran swasta) mampu mem­ beri pulangan inflasi lebih baik yang sememangnya sen­ tiasa menjadi asas sasaran KWSP," katanya. Baru-baru ini, KWSP me­ ng­ isytiharkan kadar dividen sebanyak 5.70 peratus ba­ gi 2016 dengan jumlah peng­ agihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion. Dividen itu lebih rendah berbanding 6.4 peratus yang diumumkan pada 2015. Kadar dividen 2016 lebih rendah itu juga adalah kesan daripada penyusutan prestasi Bursa Malaysia. Selain itu, mengulas Sim­ panan Shariah, Sharil Ridza

berkata skim simpanan itu di­ jangka mampu menarik lebih ramai pendeposit se­ baik dividen pertamanya di­­umumkan pada tahun depan. "Pada masa ini, sim­ panan skim itu berjumlah RM59 bilion yang sejajar dengan sa­saran kami. Ma­ lah, pada awal­ nya, kami men­jang­ka­ kan jumlah (peng­ am­bilannya) se­­­ kitar RM60 bi­ ­ lion hingga RM80 bilion. Na­mun, kami mem­p er­u ntuk­

kan sehingga RM100 bilion se­ kiranya per­mintaan me­lebihi sasaran," katanya. Mengulas pelaburan di luar negara, Shahril Ridza berkata ia meliputi 29 peratus daripada jumlah pelaburan aset, iaitu meningkat ber­banding 27 peratus pada 2015. Katanya, pe­ ning­­katan itu juga se­ jajar de­ ngan sa­saran 30 pe­ratus KWSP membabitkan p e­l a b u r a n aset di luar Negara. Bernama

Airasia Bhd. catat untung

KUALA LUMPUR - Keuntungan sebelum cukai Airasia Bhd. bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2016, meningkat kepada RM2.16 bilion daripada RM215.15 juta dalam tempoh yang sama 2015. Hasil naik kepada RM6.92 bilion daripada RM6.29 bilion sebelumnya, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis lalu. AirAsia berkata prestasi hasilnya yang lebih baik itu disumbang oleh pertumbuhan penumpang, pendapatan sampingan bagi setiap penumpang yang lebih tinggi dan kenaikan purata tambang, yang naik enam peratus kepada RM167. Ia berkata faktor muatan tempat duduk bagi tahun kewangan itu ialah 87 peratus, enam peratus lebih tinggi berbanding 2015.

Nirmala Supramaniam

Pengurus Jabatan Pendidikan Kewangan AKPK

Urus wang bersama AKPK Saya sudah bekerja selama dua tahun dan merasakan tiba masanya untuk membeli rumah. Saya ada terbaca banyak info di media sosial berkenaan cara untuk membeli rumah dalam usia muda. Namun masih ragu-ragu kerana saya ada pinjaman kereta dan kad kredit. Mohon AKPK berikan panduan supaya saya lebih cerah dan pasti? Vijay, Ampang Jawapan Tahniah kerana bersemangat untuk membeli rumah di usia muda. Sememangnya ramai yang sudah celik tentang kepentingan membeli

rumah walaupun masih muda. Namun perlulah mengambil kira beberapa faktor iaitu faktor kewangan dan faktor bukan kewangan. Faktor kewangan yang perlu dititiberatkan ialah kelayakan pinjaman, yakni saudara Vijay perlu menilai kemampuan diri terlebih dahulu dengan memeriksa aliran tunai. Sebanyak 10 hingga 20 peratus dari harga rumah perlu disediakan. Selain itu kos sampingan seperti yuran guaman, duti setem pula haruslah berbentuk tunai untuk memudahkan proses. Sebaik-baiknya jumlah pembayaran balik pinjaman tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan bersih bulanan. Jika Vijay sudah mempunyai pinjaman lain yang melebihi 40 peratus (termasuk kereta dan kad kredit), mungkin terpaksa menangguhkan dahulu pembelian rumah. Seterusnya setelah anda melepasi syarat di atas, teliti pula faktor bukan kewangan seperti membuat kaji selidik pasaran hartanah dengan melihat perbandingan antara yang bertanah atau bertingkat, jenis pegangan hak milik sama ada pegangan bebas atau bertempoh, jenis surat ikatan (membuktikan pemilik sebuah hartanah) serta reputasi pemaju. Namun begitu, ada beberapa isu syarat

Kastam sasar kutipan RM3b PETALING JAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mensasarkan ku­ tipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) se­ banyak RM3 bilion me­ ne­ rusi operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) pada tahun ini. Ketua Pengarah, Da­ tuk Seri Khazali Ahmad berkata, operasi yang di­ kenali sebagai 'Ops CBOS 3.0' itu bermula 20 Februari sehingga 31 Disember 2017 akan melibatkan 200,000 syarikat berdaftar dengan GST. "Operasi ini kita lan­ ­ carkan untuk me­ ning­ katkan tahap pematuhan terhadap GST khususnya menerusi pendidikan. "JKDM akan mem­ beri­ kan nasihat secara bersemuka kepada pemilik syarikat berbanding pen­ ­ dekatan melalui pe­ nguat­ kuasaan," katanya. Beliau berkata, pihak­ nya mengutip GST se­ banyak RM1.5 bilion me­ ne­rusi operasi yang sama pada 2016. Khazali berkata, se­ ra­ mai 600 pegawai dan anggota JKDM dari

pinjaman perumahan yang sukar untuk dipenuhi dan punca orang muda sukar mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan kerana deposit yang tinggi, pinjaman mengikut ‘debt service ratio’(dsr) contoh 60 kali–bergantung pada bank (gaji RM3000 * 60 = 180,000) dan isu penjamin. Rekod anda akan disemak oleh bank bagi menentukan keupayaan membayar balik seperti pinjaman sedia ada, nisbah hutang kepada pendapatan, CCRIS, CTOS, rekod pembayaran balik selama setahun untuk menilai sikap peminjam, semakan senarai hitam dari penyedia kredit, telco dan lain-lain. Jika anda melepasi semua kriteria di atas, maka anda dialu-alukan untuk membeli rumah pertama. Semoga penjelasan ini mampu memberi sedikit pencerahan untuk Vijay dan anak muda yang lain dalam membuat keputusan untuk membeli rumah.

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my

bahagian GST, Pematuhan dan Penguatkuasaan akan terlibat dalam Ops CBOS 3.0. "Pemilik syarikat di­ beri tempoh sebulan un­tuk membayarcukai de­ ngan (jumlah) betul selepas menerima nasihat daripada pegawai. "Sekiranya mereka ma­ sih berdegil, JKDM tidak teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah dan mengenakan tindakan pe­ nalti sehingga 40 peratus daripada jumlah yang kurang bayar," katanya. Setakat ini, hanya 670 syarikat perniagaan dalam talian telah berdaftar de­ ngan GST sejak sistem pen­cukaian itu di­per­ kenalkan, katanya. Kastam menyasarkan kutipan GST keseluruhan sebanyak RM42 bilion bagi 2017. Pada 4 Feb lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) JKDM Datuk Zulkifli Yahya mengumumkan kira-kira 433,000 syarikat berdaftar di bawah GST sejak sistem pencukaian baharu itu dikuat kuasa pada 1 April 2015. - BERNAMA

Tip membeli rumah bagi generasi muda Tetapkan matlamat dari awal supaya lebih bersedia.

Jangan terburu-buru membuat keputusan untuk membeli rumah kerana ianya melibatkan komitmen jangka masa panjang.

Pastikan simpanan & pendapatan sesuai dengan bajet rumah yang dikehendaki.

Perlu mengetahui jumlah ansuran bulanan, jumlah pinjaman yang perlu dibayar dan jumlah faedah yang dikenakan.

Ambil kira komitmen pinjaman yang lain.

Menilai kos-kos lain yang terlibat setelah rumah siap (kos penyelenggaraan, kos baik pulih dan lain-lain).


10

01 - 07 MAC 2017

SANTAI

hujung minggu

Lasak, sihat menghiburkan MURNI REJAB

SANTAI Hujung Minggu kali ini membawa anda ke Ekstreme Park, tempat sukan lasak di Seksyen 13, Shah Alam yang mempunyai kemudahan sukan yang moden dan bertaraf antara­ bangsa. Dengan keluasan 4.8 hek­ tar, taman ini adalah sebahagian daripada Kom­ pleks Sukan Shah Alam, yang merangkumi Stadium Shah Alam, Stadium Melawati, Litar Go-Kart Shah Alam dan Kompleks Boling Padang. Kawasan ini menjadi pilih­ an anak muda untuk

meluangkan masa beriadah dalam aktiviti sukan lasak seperti papan luncur, wall climbing, basikal BMX, inline skating, flying fox, memanah, paintball dan mountain bike. Lukman Mat Arifin, 25, pengunjung taman lasak ber­kata, aktiviti sukan lasak ini menyihatkan badan dan penuhkan masa terluang. “Bukan semua orang suka sukan lasak, saya pun dulu tidak suka, tapi apabila dah mencuba sekali, semestinya mahu mencuba lagi,” ujarnya yang gemar melakukan akti­ viti flying fox bersama rakannya. Aktiviti ini turut

diminati kanak-kanak yang mendapat pengawasan juru­ latih berpengalaman. Selain jurulatih ber­ penga­ laman, pembinaan taman ini turut menggunakan khidmat profesional dalam reka ben­ tuk kemudahan di sini. Wall climbing mengambil ke­ pa­ karan dari Switzerland, Pat­ rick Andrey manakala untuk Skate Park pula direka bentuk oleh Tim Gary dari Amerika Syarikat. Salah seorang jurlatih, Syarafuddin Mohd Nor, 28

Flying fox salah satu daya tarikan pengunjung

Kanak-kanak turut melakukan wall climbing

berkata, anak muda memilih ke sini memandangkan pel­ bagai kemudahan yang di­sedia­kan moden dan selamat. “Kami berjaya me­ngum­­ pulkan anak-anak muda di lokasi yang sesuai di samping dapat mendidik mereka su­ paya mementingkan ke­ se­ lamatan dengan memakai peralatan keselamatan untuk melakukan aktiviti sukan lasak ini,” jelasnya. Di samping itu, ke­mu­dah­ an lain turut di­sediakan iaitu pejabat pen­ tadbiran, tempat le­ tak kereta, ruang acara khe­­mah, laluan pe­ja­lan kaki, ruang rehat, ta­man per­mainan dan laman senaman dan kedai makanan segera.

Usahawan sukses: Beranikan diri, tabah hadapi cabaran

NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

MEMULAKAN perniagaan kecil dalam keadaan ekonomi yang kini kurang stabil sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan. Hakikatnya, perniagaan kecil adalah penting bagi pembangunan sesebuah negara. Namun, kita perlu terlebih dahulu tahu membezakan antara memiliki perniagaan kecil dengan keusahawanan, atau dalam kata lain, antara seorang peniaga kecil dengan seorang usahawan. Wujud kekeliruan dari segi pemahaman di mana walaupun kedua-duanya berskala kecil namun terdapat perbezaan dari segi gaya kepimpinan dan pemikiran dalam menjalankan perniagaan masingmasing. Pemilik perniagaan kecil mem­ punyai idea yang hebat. Mereka berupaya untuk menyelesaikan

masalah dalam komuniti mereka. Pemilik perniagaan kecil membuat keputusan yang hasilnya adalah jelas. Walaupun hasilnya mungkin tidak besar, tetapi ia biasanya akan membolehkan mereka terus maju. Pe­ milik perniagaan kecil amat sentimental dengan perniagaan mereka. Mereka tidak pernah merancang untuk menjual atau menyerahkan perniagaan mereka kepada orang lain memandangkan ia adalah berteraskan kepada perniagaan keluarga. Usahawan adalah berbeza. Mereka mempunyai idea, impian dan berfikir besar. Mereka mempunyai idea-idea yang belum diuji. Sering kali mereka sendiri tidak tahu samada ideaidea mereka itu boleh dilaksanakan atau sebaliknya, namun itulah yang menjadikan mereka lebih teruja. Usahawan suka mengambil risiko. Mereka terus berusaha dan tahu bahawa risiko yang diambil pasti akan memberikan hasil yang berbaloi. Akhir sekali, usahawan me­ num­ pu­ kan perhatian mereka kepada scaling. Mereka mahu mengembangkan per­ niaga­an mereka dan memasang cita-cita untuk membolehkan perniagaan mereka beroperasi tanpa kehadiran mereka. Lebih penting lagi, mereka mengelilingi

diri mereka dengan pakar-pakar dalam industri. Bagi saya, saya menganggap diri saya sebagai seorang usahawan. Saya telah memulakan perniagaan pemasaran kandungan dengan suami saya kira-kira setahun yang lalu, selepas berada dalam dunia korporat selama lebih 16 tahun. Sebagai seorang usahawan, saya perlu lebih berdisiplin, rajin dalam berusaha dan mempunyai tahap daya ketahanan yang diperlukan. Langkah pertama yang telah saya ambil adalah untuk membawa diri saya keluar dari zon selesa. Kesukaran wujud di peringkat per­ mulaan memandangkan saya perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza di mana kami ter­ paksa membangunkan segala-galanya daripada sifar kepada apa yang ada hari ini, termasuk untuk menghasilkan proses. Selepas setahun menceburi bidang ini, saya kini mengendalikan dua syarikat yang menghasilkan dua penerbitan dengan kandungan yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang tetap sama iaitu untuk mendidik dan memberikan inspirasi. Dalam perjalanan keusahawanan

ini, saya bernasib baik kerana berpeluang untuk berhubung de­ ngan ramai mentor yang bersedia mem­ berikan nasihat, berbincang mengenai ide-ide perniagaan dan berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan rujukan. Mujurlah, saya dikelilingi oleh ramai usahawan lain yang ber­ fikiran sama dan menyokong an­ tara satu sama lain dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Justeru, saya tidak berasa keseorangan dalam perjalanan ini. Adalah penting untuk menjadi seorang usahawan, seseorang perlu mempunyai keberanian dan berdaya tahan dalam menghadapi sebarang cabaran. Orang akan melemparkan katakata negatif tetapi anda perlu kuat untuk merubah dan melihatnya dari sudut positif. Saya minat dalam apa yang saya lakukan, oleh itu saya akan meneruskan perjalanan saya sebagai seorang contentpreneur atau usahawan kandungan.


11

01 - 07 MAC 2017

Rumah / Apartment untuk dijual

Khidmat untuk bisnes

RUMAH GUGUSAN DEDAP, KOTA DAMAN­ SARA Apartment 3 bilik / 2 blik air, 850 sqft, Partially Furnished. Hubungi Ayu 017 - 333 - 2193

PERKHIDMATAN PELA­­ MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu­ nang, Mini pelamin, Pelamin rumah, Pelamin ni­ kah, Pelamin Cukur Jambu (Harga boleh dirunding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings

RUMAH SUBANG PERDANA, Shah Alam Block B iIngkat 3 No 19 Taman Subang Perdana, Shah Alam 3bilik, 1 bilik air RM95,000

Jawatan kosong

KEDAI PERCETAKKAN di Kompleks PKNS Shah Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Cetakan Kad Perniagaan, Bunting / Banner, Kad Kawin, Pelekat Kenderaan & Baju. CHERAS RIA APART­ Hubungi: 012-671 1929 MENT RM129,000 (Johan) Apartment / Flat 3 rooms / 1 bathroom, Non bumi lot SERVIS KOMPUTER, KOM­­PUTER RIBA. SUTRAMAS APARTMENT Bandar Puteri, Klang, @ BANDAR PUCHONG Menjual barangan gajet Apartment / Flat 3 rooms / seperti Mira Screen, 2 bathroom, Non bumi lot / Mc Book Adapter, skrin 845sqft komputer. Hubungi 011call/ wasap - 012 - 682 7251 3275 0876 (Mamat) APARTMENT JATI 1, USJ Subang Jaya RM320,000 3Bilik 2bilik air, 865sqft, Bumi Lot Contact Mustafa 017 - 693 6439

SEROJA APARTMENT PUTRA PERDANA RM248,000 Apartment / Flat 3 rooms / 2 bathroom, bumi lot / 738sqft call/ wasap: 012 - 944 9852 RUMAH TAMAN MALINJA RM350,000 Lokasi di Pekan tanjong Karang , rumah teres 2 tingkat + 1 tingkat, 4 bilik 2 Bilik air , 1 store hubungi Lelawati 012-625-3845

CUCI KARPET / TOTO / COMFORTER Kami menyediakan khidmat cuci karpet seluruh malaysia, Karpet akan diambil dari rumah dan akan dihantar selepas dicuci. Harga (carpet) RM1.35 perkaki , harga (comforter / toto) RM20. Tempoh cuci adalah 5-7 hari bergantung kepada cuaca. Hubungi: 019 - 216 - 6325

KLASSIFIED Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi EVENT COORDINATOR Skop kerja, memperkenal dan mempromosikan pro­ duk syarikat kepada pelanggan. Calon yang berjaya akan bekerja di Mutiara Complex jalan Ipoh, kl. Syarat 20 -30 thn, lelaki dan wanita, warganegara malaysia berminat hubungi Zara 012 - 394 - 0666

Rumah / Apartment untuk dijual

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554

PEGAWAI PUSAT PANGGILAN Untuk 10 staff sahaja. Basic dari RM1300-RM1800 tidak termasuk komisyen. Jika Anda boleh menggunakan komputer, boleh berkomuni­ kasi dengan baik melalui telephone, boleh bekerja berkumpulan. Hubungi 013 - 312 0356 (En Zaidi)

Rumah / Apartment untuk dijual

AU4 ULU KLANG. Teres 1 tingkat 3 bilik 2 bilik air. Harga RM580,000. Hubungi Hj. Shaari 019 2313-406 BANGLO 3 TKT, Bukit Jelutong, Shah Alam. 6 Bilik dan 8 tandas, ada lif. RM6.1Juta. Hubungi: 012307 0504 CHERAS RUMAH 1 TINGKAT 3blk 2bilik air, 20x65, ubahsuai RM3xxK. Sila hubungi: 012-2362606

KAJANG RUMAH 2 TINGKAT. 4 bilik. Saiz 20x75. Cuma RM4xxK Sila hubungi 012-2362606 TAMAN SERI MARINA, Jalan Kuala Kedah, Alor Star. 3 Bilik 2 Bilik air . Berminat sila hubungi 017 - 511 3742 Pn. Kalsom TAMAN SG KAPAR, Teres 2 tingkat , diubahsuai, kab. dapur RM300,000.3 bilik 2 bilik air. Hubungi Ariff 012286 6645

KERANI & EXECUTIVE Membantu dalam peng­ urusan agensi seperti beri­ kut. Merekrut wakil takaful yang berminat dalam bidang kewangan dan perlantikan wakil baru, Berpengalaman dalam bidang Sales & Marketing hubungi 012 - 619- 5754 / 019 - 255- 9455

Rumah / Apartment untuk dijual 2 TINGKAT LOT TEPI Emerald Garnet 1, Rawang. Unit asas 2087. 4 bilik 3 bilik air, 580k. Call 019-669-0878 BANDAR BARU SG BULOH fasa 1, 2 tgkt (Corner lot) 4109kps 4b 3b/a. Sudah ubahsuai RM770k tel 010-2115671 BRP7 BKT RAHMAN putrasg. Buloh. 2 tingkat m/bebas 20x70 RM600k 012-3408986

Jawatan kosong

ADMIN EXECUTIVE Bachelor's Degree / Dip­ loma, Berpengalaman 1 tahun, umo 24-28, bagus dlm dalam menggunakan Ms. Office email to: hr.blvdoffice@gmail.com tel: 03-2201-0909

Jawatan kosong

KERANI PENTADBIRAN Diperlukan segera di klang.Min SPM dan mahir komputer. Berminat hubungi 017 - 569-0003

KERANI TADBIR / BU­ DAK PENGHANTAR JURU­JUAL KERETA JURUTEKNIK TERPAKAI. berpengalaman dengan Kawasan Puchong Empire RICOH & XEROX mesin Motor World. Sila hubungi photostat , gaji bergantung 012-280-2828 kepada pengalaman, email: formtech6@gmail.com PEKERJA CUCI PE­ JA­ BAT/ RUMAH. KERANI Housekeeping, Membantu dalam me­ nyu­ Rumah, sun / mengatur / memfailkan umur bawah 45 tahun, Gaji hubungi document, sanggup bekerja RM1800-2200, sabtu dan ahad. Email: 012 - 207-8878 AKaurG@courts.com.my PEKERJA AM (LELAKI) umur 18-40 thn badan KERANI Pandan Jaya. Ada / Tiada sihat, bertanggung jawab. pengalaman. Sila hubungi Lokasi kerja Pandan 03-9200-1149 waktu peja­ Indah ampang 03-4295 bat dengan segera. 5135

Kereta untuk dijual MERCEDES BENZ E250 W207 1.8 AMG CGI 2010 AUTO - low Mileage - Excellent Condition - Accident Free RM139,800 Hubungi: 017 - 377 1333 TOYOTA VELLFIRE 3.5ZEDDITION 2009 REG 2012 AUTO - Low mileageonly (58k km) - Tiptop condition like new - Accident free Hubungi: 019 - 229 9012

Notis

KEHILANGAN PASS­ PORT. Nama: Abdulghani Hezam Ahmed Senan. Warganegara: Yemen. Tarikh hilang: 23 Jan 2017 Lokasi: Kehilangan passport South City Plaza. Seri Kembangan Selangor. Hubungi No: 018-3939578 / 011-3534 5010 PEKERJA AM DAN BOILERMAN Kelas B di­ perlukan untuk kilang makanan halal di kajang Tel 03-8737 0421 PEKERJA AM lelaki di­ perlukan segera di Shimfa Auto SB Jalan Batu berendam Melaka. tel 06317-8922 /016-639-8578

Kereta untuk dijual MERCEDES BENZ C180 1.8 2005NREG 2010 AUTO - Japan spec - careful owner - nice number - low mileage - tip top condition RM 42 800 Call : Ken 017 - 377 - 1333 BMW 5251 2.5 E60 2007 REG 2011 AUTO - One owner - tip top condition RM69 800 Hubungi: 012 - 329 9913

Kereta untuk disewa MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


12

01 - 07 MAC 2017

Malaysia latih pemandu MRT Jakarta

Teks AZHAR GHAZALI Foto IHSAN AKADEMI REL

KUALA LUMPUR, – Akademi Rel Rapid Rail Sdn Bhd, yang telah dengan jayanya melatih 27 pemandu tren Arab Saudi untuk operasi haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Mekah tahun lepas, kini mendapat tugasan baru untuk melatih para pemandu tren dan penyelia operasi MRT Jakarta. MRT Jakarta, projek yang kini masih dalam pembinaan, akan menghantar kumpulan pertama ke akademi yang berpusat di ibu pejabat Rapid Rail di Subang, pada April ini

sebelum disusuli oleh kumpulankumpulan seterusnya. Kolaborasi antara MRT Jakarta dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), yang menjadi syarikat induk kepada Rapid Rail, dapat dilaksanakan ekoran persetujuan yang tercapai antara Akademi Perkeretaapian Indonesia (API) dan Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME). Sementara API adalah pusat latihan kereta api utama di republik itu, PRIME adalah sebuah lagi anak syarikat Prasarana yang dipertanggungjawabkan untuk me­ nerokai pasaran antarabangsa bagi penjanaan hasil tambahan

Tenaga pengajar Akademi Rel bersama Kapten Tren Arab Saudi pada hari graduasi

untuk Syarikat di samping untuk memperkasakan lagi nama Prasarana dan Malaysia di pentas dunia, khususnya di bidang perkhidmatan pengangkutan awam. Ketika mengumumkan tugasan baru itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIME, Puan Masnizam Hisham berkata kumpulan pertama 10 pemandu dan lima penyelia tren akan datang ke Akademi Rel pada April ini sebelum disusuli oleh kelompok seterusnya pada tarikh yang akan ditentukan kemudian dan peluang kerjasama di bidang-bidang lain. Katanya, kerjasama antara Prasarana dan MRT Jakarta telah terlaksana selepas kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Jakarta pada Oktober tahun lepas. Di bawah MoU itu, Prasarana telah bersetuju akan berkongsi pengalamannya dalam perancangan dan operasi aliran rel bandar dengan pengendali Indonesia. MoU itu juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneroka kemungkinan pertukaran maklumat, kepakaran teknikal dan operasi, dan pengetahuan untuk meningkatkan dan membangunkan Para pelatih dari Arab Saudi membuat pemeriksaan tren

keupayaan bersama mereka. "Lanjutan daripada pemeteraian MOU ini, kami dan MRT Jakarta mempunyai beberapa siri perbincangan dan lawatan sambil belajar antara dua pihak. Dalam salah satu daripada lawatan pada Julai tahun lepas, kami telah menawarkan potensi Prasarana dalam perkhidmatan operasi dan perundingan bagi penyelenggaran sebagai "shadow operator" dan penyediaan latihan kepada kakitangan MRT Jakarta. "Kami gembira kerana rakanrakan kami di Indonesia sangat terbuka dengan cadangan dan sebagai langkah permulaan, mereka akan menghantar pemandu tren untuk dilatih di Akademi Rail kami," tambah Masnizam yang juga Pengarah Projek bagi operasi MMMSL . Prasarana mendapat kontrak tiga tahun untuk penyelenggaraan dan operasi MMMSL dari 2015. Bagi operasi 2016 tahun lepas, Akademi Rail juga menyediakan latihan bagi kepada 27 pemandu tren Arab Saudi untuk menyokong operasi haji MMMSL, yang telah dinobatkan sebagai yang terbaik dalam sejarah perkhidmatan sejak 2010. Di samping 27 pemandu tren berkenaan, Akademi Rel turut melatih sembilan jurutera Arab Saudi dari Lembaga Pembangunan Kota Suci Mekah (MDA).


13

01 - 07 MAC 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.

EKSPRESI

Pelajar bawah umur bermotorsikal SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada WARTA kerana me­ nyiarkan surat saya. Di sini saya ingin melahirkan rasa kesal apabila melihat pelajar-pelajar bawah umur menunggang serta membonceng motosikal datang dan pulang dari sekolah tanpa mempunyai lesen. Masalah ini berlaku di kawasan ke­ diaman saya di sebuah taman perumahan di Puchong. Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah menengah dekat sini yang berusia di antara 14 dan 15 tahun datang ke sekolah de­ ngan menunggang motosikal sendiri. Sepatutnya menjadi tang­ gung­ jawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka di bawah usia 16 ta­ hun tidak dibenarkan menunggang moto­ sikal tanpa lesen terutama ke sekolah. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku misalnya kemalangan dengan ken­

deraan lain ataupun melanggar pelajar-pelajar lain yang berjalan kaki atau menunggu bas di situ. Apa yang saya lihat, pelajar-pe­ lajar di bawah umur ini membawa mo­tosikal melulu dan laju tanpa me­ ngen­ dahkan keadaan sekeliling. Ini boleh mengakibatkan kemalangan. Bukan saja peranan ibu bapa, malah menjadi tanggung jawab se­ kolah juga untuk melarang pelajarpe­ lajarnya terutama di bawah usia 16 ta­ hun ke sekolah dengan me­ nung­gang motosikal. Pihak sekolah harus mengetatkan lagi peraturan sekolah terutama dalam membawa kenderaan tersebut ke sekolah. Diharapkan surat saya ini men­ dapat perhatian ibu bapa dan pihak sekolah. WARGA PRIHATIN, PUCHONG, SELANGOR.

YANG BAIK ITU BUDI... BANTUAN seorang anak muda bermotorsikal menggantikan tayar sebuah kereta di bahu jalan Bukit Sentosa-Bukit Beruntung minggu lalu amat menyentuh hati saya. Tuan punya kereta adalah seorang jururawat yang mungkin baru pulang kerja kerana masih beruniform serba putih. Sikap pemuda ini selayaknya menerima pujian. Tetapi saya yang berkereta menuju ke Rawang bersama rakan ketika itu puas berbincang tentang insiden yang baru kami lihat. Saya katakan bahawa pemuda itu amat berani kerana sanggup menggadai nyawa dan paling tidak mengambil risiko yang tinggi bergelar mangsa rompak secara terhormat. Fenomena bantu membantu seperti itu sedikit masa lalu bukan sesuatu yang memelikkan malah itulah semangat masyarakat Malaysia. Kalau dulu, pak cik Mahmud hendak hantar anak masuk belajar U di KL, Uncle Ah Leng akan tawar diri guna kereta 'Datsun Kana' miliknya, hanya cari duit minyak atau kadang-kadang tak perlu bayar apa-apa pun. Arumugam boleh ajak tok imam kampung untuk datang baca doa bila anaknya si Sivagami demam tak kebah selama beberapa hari.

Bonggol bahaya DI SINI saya ingin membuat aduan mengenai keadaan jalan di kawasan taman perumahan sekitar Kota Da­ man­ sara yang boleh dianggap mem­ bahayakan kenderaan yang melaluinya. Kewujudan bonggol jalan di kawasan itu yang agak tinggi dan tidak diletakkan cat berwarna kuning serta tanda amaran pasti membahayakan sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut. Keadaan bonggol yang tinggi boleh mengakibatkan enjin bawah kenderaan tergesel dan mengalami kerosakan. Malah boleh menyebabkan ekzos ke­ reta patah atau bocor. Selain itu, bonggol yang tidak disapu cat, akan menyebabkan

kenderaan yang melaluinya tidak sedar kewujudan bonggol tambah lagi pada waktu malam. Sekiranya mereka memandu laju, kenderaan mereka pasti akan ter­ babas dan rosak. Tambah-tambah lagi se­ kiranya dialami oleh penunggang moto­sikal, ia boleh mengakibatkan ke­ malangan. Saya harap pihak berwajib me­man­ dang serius permasalahan ini. Jangan sampai kemalangan sudah berlaku, baru­lah akan mengambil tindakan. Se­ harusnya tindakan segera diambil se­ bagai salah satu usaha mengelakkan ke­jadian tidak diingini. GADIS KOTA DAMANSARA, SELANGOR.

INFO KL Itu belum ambil kira semangat bergotong-royong atau tukar menukar juadah berbuka puasa pada Ramadhan setiap tahun. Tetapi kenapa kini jika ada yang berani menolong orang yang dalam kecemasan kita lihat ia sebagai perkara pelik. Katakanlah insiden anak muda bantu tukar tayar itu berlaku pada waktu malam. Saya berani katakan tak mungkin ada yang berani berhenti menolong. Inilah satu nilai yang amat berharga tetapi oleh kerana tindakan pihak yang hanya memikirkan diri sendiri seperti perompak, dan penyamun kita terpaksa menjual budi yang tinggi itu. Ada sahaja cerita yang kita dengar. Ditikam ketika berhenti bantu kereta rosak, disamun wanita cantik dengan taktik minta tolong ditepi jalan dan banyak lagi. Tolonglah, hentikanlah se­ gala jenayah dan kerakusan perilaku, baliklah kepada fitrah indah, rujuklah pada sekeliling, semuanya mahu aman. Semua mahu selamat. Kerana perompak kita hilang satu nilai budi. Hilang budaya tolong menolong. Inaw Dam, Antara Gapi.

Derma Organ Berbanding menderma da­ rah, kempen pendermaan or­gan agak kurang kedengaran. Namun begitu, ia bukan ala­san untuk kita tidak me­nyokong kempen ini. Dengan ‘tagline’ Jom Ikrar Derma Organ #dermaorgan, Unit Per­khidmatan Transplan & Pusat Sumber Transplan Nasional di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menghebahkan ke­ pada orang ramai supaya tidak ragu-ragu dengan proses ini. Istimewanya adalah anda yang ber­minat menderma organ bo­ leh mendaftar menerusi talian bagi memudahkan proses ini. Antara organ dan tisu yang boleh didermakan ialah jantung, paruparu, hati dan buah pinggang manakala bagi tisu pula ialah kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Maklumat lanjut layari www.dermaorgan.gov.my

Info trafik hujung jari Bagi anda yang ingin mendapatkan info trafik yang pantas dan sentiasa dikemaskini, boleh layari Twitter @LLMinfotrafik iaitu laman mediasosial rasmi bagi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Ia dikemaskini antara selang seminit hingga dua minit bagi setiap kali laporan kesesakan jalan raya. Selain LLM yang rasmi, anda juga boleh melayari twitter @kltrafficupdate, @astrotraffic, @trafficdotmy, @ itisdbkl dan juga @mytraffic. Semoga info sebegini membantu anda merancang perjalanan dengan sebaik-baiknya.


14

01 - 07 MAC 2017

DESTINASI

Aktiviti mendaki kanak-kanak Penuhkan aktiviti anak-anak anda dengan memberinya cabaran mendaki setinggi 24 meter di pusat mendaki berhawa dingin di One Utama. Istimewa untuk kanakkanak bawah lapan tahun, ia adalah percuma. Dengan binaan 270 darjah, mereka boleh menikmati panorama menarik apabila berada di atas. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kuala- lumpur/kids/the-bestclimbing- centres-for-kids

Teater komedi Kisah cinta Romeo dan Juliet karya Shakespeare memang tiada tolok bandingnya. Cerita cinta terhalang antara sepasang kekasih ini sangat tragik kerana membabitkan darjat dan keluarga. Namun teater yang dipersembahkan oleh The Handle Bards sangat berbeza kerana ia bercorak komedi. Hanya dengan empat pelakon memainkan 19 watak pastinya ia gabungan menarik. Bermula 27 Februari hingga 10 Mac di PJ Live Arts, anda boleh layari laman sesawang https://www.timeout.com/kuala- lumpur/ theatre/gardner-and- wife-presents-romeo-juliet

Kedai kopi terbaru Digelar ‘little Scandinavia’ di Mont Kiara, sebuah kedai kopi yang baru dibuka menyediakan menu seperti pastri, telur hancur, sandwic dan pastinya mampu membuatkan anda tersenyum dengan kopi ekspreso (dihidang dengan kacang panggang Sprezzatura), macha latte dan the Gryphon. Semuanya disediakan dalam set cawan Royal Copenhagen dalam rona warna biru dan putih. Anda boleh berkunjung ke Kopenhagen Cofee bagi menikmati suasana minimal dan secangkir kopi. Maklumat lanjut menerusi http://www.timeout.com/kualalumpur/restaurants/kopenhagen- coffee

Jualan vintage Mencari sesuatu yang ‘lama’ dan rare? Anda boleh ke ‘Black Market’ hujung minggu 4 dan 5 Mac ini. Menempatkan segala barangan klasik dan barang terpakai, ia boleh dibeli dengan harga rendah. Bermula dengan koleksi baju, aksesori, piring hitam dan majalah lama, pastinya ia adalah syurga buat peminat barangan vintage. Boleh layari laman sesawang https://www.timeout.com/kuala- lumpur/ shopping/black-market- weekend

Kek hipster

Pameran ‘Manah’ Mahu menghayati seni purba lama secara percuma? Anda boleh ke Galeri Petronas, Suria KLCC bagi melihat pameran ‘Manah’ yang membawa maksud purba atau ‘cara lama’ dalam bahasa suku kaum Temiar. Mempersembahkan empat artis berbakat sama ada dalam lukisan, kraf, seni muzik dan artistic iaitu Alena Murang, Kendy Mitot, Kaleb Anyie Udau dan Shaq Koyok anda pastinya menambah ilmu pengetahuan baru. Bermula 14 Februari hingga 16 April 2017. Anda bolehlayari laman sesawang Galeri Petronas untuk info lebih lanjut.

Penggemar kek pastinya jatuh cinta dengan rasa dan dekorasi hipster Jaslyn Cakes di Bangsar. Menawarkan bauan kek yang dibakar sempurna, tambah istimewa kerana ia menggunakan telur ayam kampung dan bahan organic dalam ramuan membuat keknya. Antara yang popular ialah kek lobak merah dan kek keju vanilla. Boleh layari laman sesawang https://www.timeout.com/kualalumpur/restaurants-and-cafes/ jaslyn-cakes

Istimewa buat penggemar kucing Sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan, ada satu aktiviti istimewa buat penggemar kucing pada 4 dan 5 Mac, iaitu berlangsungnya pertandingan kucing, jualan produk-produk makanan, kesihatan serta aksesori kucing. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan perkongsian maklumat berkaitan penjagaan kucing daripada mereka yang berpengalaman. Maklumat boleh layari laman sesawang http:// hkk.kraftangan.gov.my/


15

01 - 07 MAC 2017

KL selepas 12

Suasana padat, panorama hebat

AZAMIN AMIN

SEBAHAGIAN warga ibu kota sudah pun melabuhkan penat dan lelah, malah ada yang telahpun dibuai mimpi indah. Namun jam 1 pagi, di bebarapa lokasi ibu kota, ramai warganya yang masih celik mata dan merondaronda sambil mengumpul semangat yang ada. Sepanjang jalan Segitiga Emas Kuala Lumpur, B u k i t

Bukit bintang tidak pernah sunyi

Gadis bunga penyeri suasana

Ada apa di Bukit Bintang? LOKASI strategik ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan aktiviti, perniagaan dan pembangunannya yang bertaraf antarabangsa. Siang atau malam, suasana Bukit Bintang seakan sama, semakin lewat malam, semakin sesak pula jalan sekitarnya. Antara bangunan sejarah yang mendampingi Bukit Bintang termasuklah Penjara Pudu, Balai Bomba Jalan hang Tuah, Puduraya, Bangunan Dewan Pustaka dan Bahasa dan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Ia juga terletak di tengah lingkaran jalan raya utama Ibu Kota. 1. Kompleks membeli-belah terkenal 2. Jualan produk berjenama bertaraf dunia dan hasil tempatan 3. Hotel-hotel terkemuka 4. Restoran makanan ala Eropah dan Timur Tengah 5. Aktiviti jalanan seperti Buskers, Pertunjukan Api, Mad Hag anak muda, Lukisan Potret 6. Aktiviti golongan remaja hujung minggu persembahan gaya bebas bola (freestyler), hip hop, break dance, mime 7. Pusat kesihatan seperti refleksologi, SPA, GYM

Pertunjukan api sebagai sumber rezeki

MALAM

Bin­ tang seperti tidak ada penyudahnya. Ada sahaja aktiviti dan suasana libur untuk warga kota menjamu selera atau pemanadangan yang ada. Terangbenderang lampu neon dan sim­ bahan cahaya aneka warna, men­jadikan lokasi strategi untuk pe­ ngunjung dalam dan luar negara sentiasa sibuk. Biarpun sempit dengan kiri kanan di penuhi ken­ de­­ raan, jalan utama Bukit Bintang tetap menjadi la­ luan panorama yang meng­ hiburkan. Kumpulan buskers setia dengan alunan meng­ asyikkan dan di tepinya, hasil seni potret untuk pe­ ngunjung yang mahu me­ rakamkan wajah mereka de­ ngan lukisan pensil halus dan menakjubkan. Berhampiran restoran me­­ nu rasa Timur Tengah ke­ lihatan, beberapa wanita menjual jambangan bunga un­ tuk dihadiahkan buat pa­ sangan masing-masing atau­ pun aneka hajat yang meng­ gem­ birakan. Bagi yang mahu meng­ isi kelaparan, hirisan da­ ging kebab berhambiran sa­ ngat menyelerakan dan boleh menjadi pillihan. Mengasyikkan, persembahan api yang bahaya dipamerkan oleh sekumpulan anak muda yang mencari sedikit kelainan dan rezeki yang lumayan. Topi yang diletakkan di tengah, bagi sesiapa yang sudi menyumbang setelah puas melihat aksi yang mendebarkan. Pastinya, bagi yang sukar melelapkan mata atau baru selesai bekerja, Se­ gi Tiga Emas lokasi yang ti­dak menghampakan. Padat de­ ngan manusia, aktiviti dan pemandangan yang me­ mukau jiwa.

Sejarah Plaza Bukit Bintang Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) dibuka pada tahun 1979, merupakan sebuah pusat beli-belah yang terletak di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapaknya pernah diduduki oleh Bukit Bintang Park, salah sebuah bekas taman hiburan yang pernah wujud di ibu kota dibuka pada tahun 1932 juga dikenali sebagai Hollywood Park, kemudian diberikan nama Bukit Bintang Park pada tahun 1936 selepas pertukaran hak­­ milik, dan akhir­ nya tutup pada 30 Jun 1972 lalu dirobohkan tidak lama ke­ mudian. BB Plaza

ter­­­kenal kerana beraneka ke­ dainya yang menjual pa­kaian, jam tangan dan se­bagainya. BB Plaza terletak ber­ sebelahan dengan Sungei Wang Plaza, berhampiran dengan Lot 10, Berjaya Times Square, Plaza Imbi, Plaza Low Yat dan Plaza

KL, dan juga terletak tidak jauh dari terminal bas Pudu Raya. Untuk ke Plaza BB boleh menaiki monorel ke Imbi atau Bukit Bintang.


16

01 - 07 MAC 2017

AirAsia X terbang ke Hawaii KUALA LUMPUR – Kini, impian untuk bercuti di Hawaii jadi lebih mudah. apabila AirAsia X Bhd., me­ nyediakan penerbangan ke pulau peranginan itu ber­ mula 28 Jun depan. Ini adalah des­ tinasi per­tama ba­gi syarikat pe­­­n er­b angan

tambang murah jarak jauh itu di Amerika Syarikat (AS). Ketua Pegawai Eksekutif Kum­ pulan AirAsia X, Datuk Kamaruddin Meranun berkata khidmat itu disediakan empat pe­nerbangan seminggu dari Ku­ a­la Lumpur ke Honolulu, Hawaii. “Ia akan melalui Osaka, Jepun,” katanya. AirAsia X pada Januari lalu

mengumumkan syarikat itu telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa AS untuk mengendalikan pe­ner­­ bangan ke mana-mana des­ tinasi di AS. “Kami juga adalah syarikat penerbangan tambang mu­ rah Asia yang pertama me­ ne­­ rima kelulusan itu,” ujar Kamaruddin.

Gambar percutian anda lebih menarik? Share dengan pembaca WARTA dan menangi iPhone 7

my.warta

Presiden Azerbaijan lantik isteri jadi naib dang pasir di

hari di pa Makan tenga

imkjgallery

Sudan oleh @

my.war

ta

Pasar tr

adisiona

l di Marr

akesh,

Morocc

o oleh @

ianazlan

BAGAIMANA UNTUK

MENYERTAI CUTI-CUTI WARTA? 1) 2) 3) 4)

Follow akaun instagram my.warta dan like post kempen Cuti-Cuti WARTA Tagkan 5 kawan anda diruang komen post kempen kami. Hashtag gambar percutian anda dengan #CutiCutiWarta. Tulis kapsyen menarik

BAKU, Azerbaijan – Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, Rabu lalu telah melantik isterinya, Mehriban Aliyeva sebagai naib presiden negara itu. Ini telah mengundang kritikan pihak pembangkang yang menyifatkan Aliyev cuba untuk mewujudkan pemerintahan dinasti di republik bekas Soviet itu. Aliyeva, 52, dilantik se­ lepas Par­l­imen meluluskan pin­ daan Perlembagaan bagi mem­ bolehkan Aliyev, 55, melantik isterinya ke ke­ dudukan kedua tertinggi kerajaan. Sebelum ini, jawatan itu tidak wujud dalam struk­ tur pemerintahan negara 10 juta penduduk itu. Azerbaijan, negara yang 98 peratus rak­ yat­ nya Muslim dengan 92 peratus bermazhab Syiah, memperolehi ke­ merdekaan daripada Soviet pada 30 Ogos 1991. Meskipun peranan Aliyeva selaku naib presiden

belum dinyatakan, difahamkan beliau hampir pasti akan diberi tanggungjawab mengawasi pelaksanaan tugas anggota Kabinet. Selain ruang untuk melantik isteri­ nya, pindaan itu juga memberi ke­benaran kepada Aliyev untuk me­ lanjutkan lagi tempoh penggal per­ khidmatannya selaku presiden daripada lima kepada tujuh tahun. Ada kemungkinan, apa yang dilakukan itu bermotif untuk me­ mbuka jalan kepada isterinya meng­ ambil alih jawatan presiden selepas penggalnya berakhir kelak. Aliyeva, seorang graduan per­ubatan, pernah berkhidmat sebagai peguam selain aktif mengetuai kerja kebajikan. Beliau mengahwini Aliyev ketika usianya baru men­ cecah 19 tahun dan mereka dikurniakan tiga anak – dua perempuan, seorang lelaki. Aliyev sebelum ini sering jadi sasaran kritikan masyarakat anta­ra­bangsa berkaitan isu-isu hak asasi manusia di negaranya.


17

01 - 07 MAC 2017

Makan

Seakan makan di

'High Chaparral'

Selepas menjamu selera anda boleh menunggang kuda dan memanah. Satu aktiviti yang wajib anda lakukan. Perut dah kenyang apa salah­ nya menunggang kuda pula. Mem­ punyai sepuluh ekor kuda dewasa, anda boleh pilih kuda pilihan hati masing-ma­ sing untuk menunggang. Harga pula sangat ber­ patutan. Dengan hanya RM10 anda dapat menunggang kuda selama 10 minit sebanyak dua pusingan bersama juru­ latih berpengalaman. Memang me­ na­rik.

DI MANA

Beroperasi dari jam 5 petang hingga 1 pagi, Selasa hingga Ahad. Jom panjangkan langkah anda ke sini.

Konsep santai alam semulajadi ala cowboy menampilkan suasana berbeza MURNI REJAB

EAT, Drink, And Ride, slogan yang digunakan Cowboy Café & Steakhouse berlokasi di Kampung Sungai Pusu, Gombak ini pasti menampilkan suasana berbeza apabila anda dapat menikmati juadah makanan di samping dapat menunggang kuda dan memanah serta melawat ‘mini zoo’ hasil idea pengasasnya Sharil Danial Ahmad. Tatkala melangkah masuk ke kawasan restoran ini, anda dapat merasai seperti di dalam satu adegan filem cowboy The High Chaparral dengan kehijauan semula jadi di sekeliling serta kandang kuda keluasan dua hektar

pasti membuatkan anda tidak mahu berganjak pulang. Memilih konsep santai alam semula jadi ala cowboy, satu-satunya restoran yang menjalankan aktiviti berkuda ini menyediakan menu barat dan tempatan, hasil air tangan chef berpengalaman lebih sepuluh tahun, Syed Norhusaihery Mohd Nor dan Mohd Nur Azrool Abu Bakar pasti menjadi tarikan pengunjung untuk ke sini. ‘Big Platter’ antara menu wajib yang perlu dicuba jika anda ke sini. Menu yang dihidangkan di dalam dulang yang dipenuhi dengan kepak ayam, spaghetti, bebola daging, lamb chop, chicken chop, kentang goreng serta

sayuran seperti brokoli dan kubis pasti membuatkan anda tidak bangun dari kerusi. Setiap hidangan ‘Big Platter’ ini cukup buat anda kenyang. Manakan tidak, hidangan ini disediakan untuk empat orang makan. Istimewanya hidangan ini, resepinya diolah oleh dua chef berbakat. Selain menu barat seperti beef steak, lamb chop, dan chicken chop, hidangan tempatan turut disediakan seperti nasi goreng kampung serta hidangan panas lain yang pasti mengiurkan. Tambah menarik, anda turut dihidangkan dengan filem-filem cowboy klasik dan terbaharu sambil menjamu selera.

Big Platter hidangan wajib cuba

Makanan pelik yang menarik perhatian Makanan paling pelik dan unik se­ benarnya membuatkan sesuatu tem­ pat itu terkenal. Ia dapat menarik mi­ nat penduduk setempat dan juga pelancong dari luar negara untuk menjamu selera. Antara negara yang ter­kenal dengan makanan pelik adalah dari Filipina, Mongolia dan Thailand. Jom kita lihat makanan pelik dari beberapa negara ini.

Balut Egg

Telur yang mengandungi embrio itik atau ayam ini direbus dan dimakan di Filipina, Kemboja dan Vietnam.

Makanan ini dipercayai berprotein tinggi, dan boleh ditemui di kaki lima negara tersebut.

Boodog

Daging kambing dimasak dalam perut kambing tersebut. Pelik tapi ini adalah makan kegemaran rakyat di Mongolia.

Century Egg

Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan. Terkenal di China.

Escamoles

Hidangan telur semut di Mexico.

Sannakji

Hidangan dari Korea iaitu sotong kurita hidup dengan bijan dan minyak bijan.

Tuna Eyeball

Mata ikan tuna yang digunakan dalam masakan di Jepun.

Cock’s Comb

Balung ayam jantan yang digunakan dalam masakan di China.

Fruit Bat Soup

Sup yang menggunakankelawar buah di Micronesia.

Smoked Rat

Hidangan tikus salai terkenal di Canh Nau.

Rocky Moutain Oysters

Testis lembu, biri dan khinzir yang digoreng. Terkenal di Amerika dan Kanada.

Khasiat Daging Lembu Ramai yang tidak tahu rupanya daging lembu mempunyai banyak khasiat yang sangat bermanfaat dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Antaranya daging lembu ini mempunyai kandungan zat besi. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia membuatkan tubuh menjadi lesu. Jadi daging lembu boleh meningkatkan meta­bolisme dalam tubuh badan kita. Selain itu, daging lembu juga mengandungi kandungan protein. Protein sangat penting kerana dapat membantu perkembangan otak pada kanakkanak. Dan yang paling utama daging lembu ini mempunyai khasiat omega 3 yang membantu fungsi jantung, sistem saraf dan juga hati. Itulah beberapa khasiat dan kandungan zat pada daging lembu yang dapat membantu kita untuk menjaga tubuh agar tetap sihat.


18 Di sebalik nama

01 - 07 MAC 2017

JENAMA

Amazon raja dunia dalam talian Bersama isteri yang menjadi tulang belakang sejak Amazon ditubuhkan. RADZHA RAIEH

AMAZON adalah laman se­ sawang pembelian dalam ta­lian sangat terkenal di du­ nia. Kejayaannya meng­ atasi pasaran Wal-Mart pada tahun 2015 mengagumkan ramai orang. Berada di po­sisi meraih kejayaan demi ke­jayaan mula membuka mata penganalisis ekonomi bahawa Amazon bu­ kan se­kadar menjual ba­rang­ an se­mata-mata. Bermula dengan pen­ jual­ an buku pada 5 Julai 1994 oleh Jeff Bezos, ia meningkat dengan penjualan barangan lain seperti video DVD, Blu-rays, CD, muat turun perisian, permainan video, barang elektronik, pakaian, perabot, makanan, barang per­­mainan dan aksesori men­ jadi tumpuan pengguna yang mahukan barangan yang sukar didapati tempat lain. Namun, siapakah Jeff Bezos? Banyak yang boleh diperkatakan tentang figura yang memimpin Amazon hing­ga ke tahap ini. Malahan cerita Jeff Bezos yang sangat tegas dengan budaya kerjanya juga menjadi kritikan orang luar. Bermula dengan kisah ka­ nak-kanaknya yang men­ yentuh hati, Bezos ternyata menjadikan kekurangannya sebagai pemangkin ke­ ja­ ya­ an. Dilahirkan oleh pa­ sang­ an remaja yang tidak bersedia menerima anak, membuatkan hubungan ayah dan ibunya Ted Jorgensen dan ibunya Jackie berakhir dengan perpisahan. Ted me­ ninggalkan Jeff ketika usianya lima tahun. Tidak

lama, Jackie berkahwin pula dengan Miguel Bezos. Lulus dalam jurusan kom­ puter Universiti Prin­ ce­ ton, Bezos mendapat kerja di Wall Street.Ja­ring­an komputer yang di­ bangun­ kannya dijadi­ kan pusat perdagangan antara­bangsa oleh syarikat bernama Fitel. Bezos kemudiannya bekerja untuk D. E. Shaw & Co hing­ ga­lah pada usianya 31 tahun, beliau memulakan Amazon. com di sebuah garaj kecil di Bellevue, Seattle ber­ sama bantuan isteri dan seorang rakannya. Ke-14 terkaya Laman sesawang Amazon. com menjadikannya usa­ haw­ an era dot-com. De­ ngan menamakan laman per­ nia­ ga­ annya sempena sungai terbesar di dunia, beliau ber­ harap ia juga menjadi

hebat di dunia. Dari situ lah impiannya mahu menjadi pem­ bekal bu­ ku terbesar di dunia. Lebih menarik, Amazon juga mengeluarkan barangan elektrik seperti ‘e-readers’, ‘fire tablets’, ‘fire tv’ dan ‘the Echo'. Malahan Amazon juga menjual produk kecil-kecilan seperti kabel USB dengan jenama AmazonBasics. Tahap genius dimilikinya membuatkan Bezos bijak meng­ hidu pelbagai peluang ke­ emasan. Antaranya ia­ lah Amazon Inggeris me­ nan­datangani perjanjian dengan trio Top Gear: Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May. Ketiga-tiganya adalah tuan rumah pameran kereta di majlis Amazon Prime 2016. Baginya, gabungan ter­ se­ but melonjakkan lagi nama Amazon di persada dunia. Be­ zos juga meramalkan bahawa pesawat kecil (drone) suatu hari akan menjadi perkara biasa. Biarpun sudah bergelar orang terkaya ke-14 di dunia dengan kekayaan sebanyak RM324 bilion, Bezos ma­ sih kekal dalam ikatan per­ kah­ winan dengan wanita yang sama, MacKenzie. Mereka memiliki empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang anak angkat perempuan. Pada tahun 2004, Be­ zos menambah sebuah lagi syarikat Blue Origin, iaitu bidang penerbangan angkasa lepas. Blue Origin telah meluncurkan roket

Kejayaan terbesar ialah mengalahkan Wallmart milik Warren Buffett

per­ tamanya pada tahun 2016 dan sudah mendaftar untuk pe­nerbangan antara­ bangsa. Malahan Bezos diiktiraf se­ bagai Penerbit Eksekutif (CEO) terbaik di dunia oleh Harvard Business Review. Budaya kerja tegas Bagai­mana ­pun, budaya kerja yang di­­terapkan Bezos men­dapat ba­nyak kri­ tika­n. Dalam sebuah surat kepada pemegang saham pada 1997, Bezos menulis, ‘anda boleh memilih untuk bekerja da­lam waktu lama, bekerja keras, atau bekerja secara cerdas, tetapi di Amazon.com anda tidak boleh memilih dua dari ketiganya.’ Ia menjelaskan budaya kerja di Amazon sangat tegas berbanding syarikat gergasi lain. Malahan pada tahun 2011, ambulans disediakan se­bagai langkah persediaan untuk membawa kaki tangan Amazon yang sakit kerana bekerja dalam keadaan tertekan.

Pentingnya membaca KUALA LUMPUR - Mengikut laporan statistik Perpustakaan Negara pada tahun 2010, purata buku yang dibaca oleh seorang rakyat Malaysia hanyalah dua hingga lapan buku setahun. Menurut pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Dr Abdul Jalil Othman, sikap suka membaca yang lemah, bahan bacaan tidak relevan, dan persekitaran tidak sesuai dilihat antara penyumbang utama kepada kegagalan dalam melahirkan masyarakat Malaysia sebagai pembaca tegar. "Jika daripada awal masyarakat kita terdiri daripada masyarakat pembaca tegar dan mempunyai pembangunan

minda yang kukuh, mereka akan berupaya menilai dan menyaring terlebih dahulu lambakan informasi terutamanya dari media sosial, sebelum diterima kesahihannya," katanya. Abdul Jalil turut menasihati semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa dan guru supaya mendidik diri sendiri terlebih dahulu sebelum bertindak memupuk minat membaca pada orang lain agar ia menjadi contoh dan teladan yang baik. "Selain itu, cubalah peruntukkan masa yang sesuai dan mencukupi agar hasrat melahirkan masyarakat pembaca yang tegar akan terlaksana peringkat demi peringkat," katanya.

Selain itu, Amazon juga di­­ kenali dengan kadar peng­ gantian pekerjanya yang tinggi. Perkara ini mencipta kadar persaingan serius se­ sama pekerja, sehingga ra­ mai yang di peringkat ba­wah hanya bertahan tidak sampai setahun di Amazon. Bagaimanapun, ini semua tidak melelahkan Bezos. Bagi­ nya, itu budaya kerja korporat biasa di Amerika Syarikat. ‘Jika kamu tidak mam­ pu memberikan se­mua­nya, 80 jam per minggu, kami melihatnya sebagai ke­lemahan yang besar.’

10 buku paling laris di Amazon 1) Your Money or Your Life Vicki Robin 2) Dereliction of Duty H.R McMaster 3) The Legend of Zelda - Piggyback 4) The Shack : Where tragedy confronts eternity William P.Young 5) Hillbylly Elegy J.D Vance 6) Big Little Lias Liane Moriarty 7) Lincoln in the Bardo - George Saunders 8) The Whole 30: Melissa Hartwig 9) Milk and Honey Rupi Kaur 10) Norse Mythology Neil Gaiman


19

01 - 07 MAC 2017

Penari kekasih Mariah Carey 21

Anak Victoria, Beckhams, curi tumpuan 21

ERRA OK Lisa, Yusry SAHAJA... lebih terbuka

20

Anis hanya fikir positif 21

Kisah hidup anjing

Noraniza pilih Tyka 20

23


20

01 - 07 MAC 2017

Lisa terbuka cerita kehamilan kedua B AKAL menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, Lisa Surihani memaklumkan bahawa pengalamannya ketika hamil pada kali ini berbeza sekali berbanding ketika mengandungkan Yahaira Leanne dulu. Pada kali ini Lisa 31, tidak mengalami alahan yang begitu teruk sehingga menjejaskan pergerakannya untuk menjalankan kerja seharian. Malah dia nampaknya lebih bersikap terbuka untuk berkongsi proses kehamilan kedua yang dilaluinya. Berbeza degan kehamilan pertamanya dahulu yang mana dia lebih banyak berahsia dan agak berhati-hati untuk bercerita mengenai kandungannya. “Kali ini saya rasa lebih aktif dan bertenaga. Saya pun asyik bawa kereta saja,” ujar Lisa yang kini hamil lebih tujuh bulan. Menurut Lisa, ketika hamil

kali pertama dahulu, dia agak tertekan dengan seseorang yang tidak menghormati pendiriannya. “Saya melalui kehamilan pertama dalam keadaan yang terkilan sebenarnya. Ketika itu saya belum melepasi trimester pertama tetapi telah diwar-warkan oleh seseorang yang saya minta jasa baiknya agar tidak menyiarkan buat masa itu. Disebabkan dia siarkan juga sebelum habis trimester pertama, saya terus ‘block’ dan menjadi seorang yang perahsia.” “Saya tidak mahu nak jumpa siapa, tidak mahu buat apa-apa. Mungkin juga kerana pembawaan hormon dan sebagainya membuatkan saya sebegitu. Tapi, pada kali ini saya ada ruang untuk bernafas,” jelasnya panjang lebar. Berbanding kehamilan kedua, kata Lisa kali ini dia melaluinya dalam keadaan tenang. Lebih penting, sua-

minya Yusry Abdul Halim juga memainkan peranan penting sebagai insan yang paling layak untuk mengumumkan khabar gembira ini. “Selepas trimester pertama, barulah saya boleh mengumumkannya. Sebenarnya pengalaman saya sebelum mengandung itu tidak begitu baik. Pernah keguguran dan sebagainya, sebab itu saya amat berhati-hati dan sangat menjaga sebab takut pengalaman lalu terjadi lagi.” Pada kali ini, katanya, dia dan suaminya boleh mengumumkannya mengikut kesesuaian masa yang dimahukan. Bukan dia tidak mahu berkongsi, tetapi dia cuba menunggu masa terbaik untuk mengumumkannya pada peminat. “Sekarang saya rasa rajin satu macam. Rajin terlebih, tenaga pun terlebih. Waktu hamil anak pertama dulu, saya tidak mahu bersolek langsung tapi kali ini secara

automatik saya sendiri yang mahu keritingkan rambut saya dan bersolek,” ujarnya sambil tersenyum. Diajukan sama ada anaknya, Yahaira faham atau tidak bahawa dia akan mempunyai adik tidak lama lagi, kata Lisa, dia tidak pasti anaknya itu memahami atau tidak. “Saya tidak pasti sama ada dia tahu bahawa ada nyawa dalam perut saya. Tetapi dia hendak juga baring atas saya. Sebagai ibu, saya cuba beritahu Yahaira lembut, agar jangan baring atas perut mummy,” jelasnya. Mengenai tawaran kerja, menurut Lisa, ada beberapa tawaran dia terpaksa tolak. Namun dia akan terlibat dengan Ebu Babypedia yang penggambarannya bermula Mac ini yang mana Yahaira juga akan terlibat sekali.

Noraniza pilih Tyka

BERCAKAP mengenai irama Malaysia, tentu nama penyanyi Noraniza Idris disebut-sebut sebagai artis yang sentiasa memartabatkan irama tersebut. Lebih 20 tahun dia berjuang untuk mengangkat Irama Malaysia dalam industri hiburan tanah air kerana tidak mahu lagu-lagu etnik dan tradisional dipinggirkan. Namun baru-baru ini, dia seolah-olah memberi gambaran bahawa dia akan bersara dalam bidang nyanyian dan mahu berada di belakang tabir sahaja. “Tahun ini saya sudah pun

berusia 49 tahun dan Inshaa Allah jika tiada apa-apa halangan saya akan ke Mekah. Jadi, akhir tahun ini, saya berhasrat untuk berada di sebalik tabir dan biarlah penyanyi muda seperti Tyka, meneruskan hasrat saya untuk melihat lagu etnik dan tradisional terus relevan dalam industri hiburan tanah air,” katanya usai majlis pelancaran single terbaharu duet bersama Tyka berjudul Wangikanlah Hatimu. Apakah hasrat Ratu Irama Malaysia untuk terus memartabatkan lagu-lagu etnik dan irama Malaysia boleh direalisasikan dan disambung oleh Tyka, anak didik Noraniza Idris? Tyka adalah

peserta daripada rancangan program realiti ‘3 Juara’ dalam kategori Irama Malaysia. “Saya memang berharap sangat akan ada lebih ramai lagi pelapis yang akan bawa irama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan Irama Malaysia ni memerlukan perhatian khusus dan pemantauan yang teliti agar tidak mudah dimanipulasikan dan terus melangkah ke arah yang lebih selesa untuk bersaing,” ujarnya. Selain itu, katanya, bukan sahaja sentuhan komposer muda diperlukan demi mengangkat Irama Malaysia atau lagu-lagu berkonsepkan etnik untuk terus relevan dalam industri hiburan tanah air tetapi penerapan 'bunyi' muda perlu bagi menarik halwa telinga penggemar muzik generasi muda. Berkonsepkan etnik dan tradisional, Wangikanlah Hatimu ciptaan bersama Amir Jahari dan AGCoco dengan lirik dihasilkan oleh Ahmad Fedtri Yahaya, menggabungkan elemen dikir barat, Siam dan Sunda. Ia menampilkan konsep duo iaitu gabungan dua karakter vokal dalam sebuah karya.


21

01 - 07 MAC 2017

Anis hanya fikir positif

A

NIS AL IDRUS, adalah antara artis yang sering dikaitkan dengan kisah cinta. Pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dan putus. Kemudian, dikaitkan pula dengan pelakon Raja Afiq dan putus lagi. Kisah cerita putus cintanya pernah menjadi kecaman netizen tidak lama dulu. Terbaru, dia dikatakan rapat dengan seorang lelaki, bukan artis sebaliknya hanya ‘orang biasa’ yang bekerja sendiri bernama Aiman Rafzan. Foto-foto Anis bersama Aiman di majlis sambutan hari jadi jejaka berkenaan telah dimuat naik di laman Instagram Anis, baru-baru ini. Tertarik untuk bertanya Anis bagaimana dia mahu menonjolkan diri kerana selama ini dia dibayangi dengan kisah cinta, pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus berkata, baginya itu bukan satu masalah kerana kisah-kisah cinta itu hadir apabila dipaparkan pihak media. “Penampilan saya daripada segi karier itu sememangnya diketahui peminat-peminat saya kerana masa kini lebih mudah untuk mereka mengetahui perkembangan artis dengan adanya media sosial. Mungkin bagi pihak media, kisah cinta mudah dijual dan saya profesional tentang ini kerana menghormati pihak media,” ujarnya. Mengulas mengenai hubungannya dengan Aiman, kata Anis dia lebih selesa untuk menggelar jejaka itu sebagai orang yang istimewa dalam hidupnya.

“Kami diperkenalkan oleh adik perempuan Aiman. Saya menyukainya kerana dia seorang yang matang dan baik,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Anis baru sahaja selesai penggambaran telemovie raya yang bakal ditayangkan pada bulan Syawal nanti di TV3, berjudul ‘Syukur Syawal’. Selain itu dia juga telah selesai menjalani penggambaran program bual bicara Aura Bintang yang akan ditayangkan pada bulan depan di Salam HD HyppTV dan masih lagi dalam penggambaran program bual bicara ‘Kafe.com’ yang akan ditayangkan bermula awal April nanti. Dia juga akan masuk ke set penggambaran drama bersiri Maryam Ellina awal Mac ini. Tidak hanya aktif sebagai pengacara dan pelakon, Anis juga masih seperti biasa terlibat dengan persembahan bersama Chiller Band. “Gadis berusia 29 tahun ini, bukan saja berkebolehan dalam bidang seni, bahkan dalam usia yang masih muda dia mempunyai beberapa buah perniagaannya sendiri. “Bisnes saya, Anis Al Idrus Wardrobe, Annise and Babe dan Annise Beauty masih berjalan seperti biasa. Annise and Babe telah terlibat dalam tiga e-commerce website iaitu lazada.com, roopawan.com dan juga section1.com. Koleksi terbaru akan dikeluarkan setiap 1 dan 15 haribulan pada setiap bulan. Selain itu, ia boleh juga didapati di Instagram dan Facebook kami, @anisseandbabe.” “Anisse Beauty juga telah mengorak langkah baharu ke dalam bidang kosmetik pula dengan mengeluarkan Anisse Lipcolor dengan lima warna yang menarik,” ceritanya lanjut.

Taapsee penuhi hajat peminat PELAKON Taapsee Pannu yang menempa nama menerusi filem Pink dan The Ghazi Attack, mempunyai ramai peminat di Bollywood dan Tollywood. Bagi peminat, dapat berjabat tangan atau mengambil gambar bersama bintang kesayangan mereka adalah momen yang paling berharga. Namun, apa yang menarik mengenai Taapsee, dia sentiasa mengambil hati peminat-peminatnya dengan caranya yang tersendiri. Pada bulan hadapan, dia akan menghadiri majlis perkahwinan peminat setianya di Secunderabad. Memang jarang-jarang berlaku di India, artis yang sanggup turun padang meraikan peminat. Dengar khabarnya, peminat tersebut sentiasa berhubung dengan Taapsee menerusi e-mel dan meminta pelakon tersebut menghadiri majlis perkahwinannya di Secunderabad. Identiti mengenai peminat bertuah tersebut masih belum didedahkan dan pihaknya sedang mengatur kunjungan Taapsee ke majlis perkahwinan tersebut. Taapsee berkata, peminatnya itu adalah seorang lelaki yang manis dan sentiasa mengagumi kerjayanya. Kehadirannya ke majlis perkahwinan tersebut adalah hadiah buat peminatnya. Berbalik soal kerjaya pula, pelakon cantik ini akan membintangi beberapa buah filem seperti Shabana, Judwaa 2 dan Tadka.

Seputar Artis

Anak Victoria, Beckhams, curi tumpuan Semua orang tahu Beckhams adalah keluarga selebriti yang sempurna di Hollywood. Bukan hanya romantis, David dan Victoria Beckham juga merupakan contoh ibu bapa yang baik untuk empat orang anak mereka. Biarpun sibuk dengan pekerjaan, pasangan ini bijak membahagikan masa bersama anak-anak. Setelah sibuk dengan New York Fashion Week baru-baru ini, akhirnya mereka memilih untuk menikmati percutian di Kanada. Mereka menghabiskan waktu di sebuah resort ski yang terletak di kawasan Whistler, Kanada. Ingin berkongsi detik manis sekeluarga, David sempat memuatkan foto lucu Harper Beckham di dalam akaun Instagram nya. Menghabiskan masa selama empat hari di sana, Harper nampaknya boleh bermain ski dengan baik. Tanpa bantuan ibu, ayah dan abang-abangnya, perlahan-lahan dia meluncur dan menyusuri salji. Penampilannya benar-benar comel dengan memakai baju panas tebal putih. Secara tidak langsung, dia berjaya mencuri tumpuan peminat-peminat serta follower ayahnya. Tidak kisah dengan cuaca sejuk, gadis kecil berambut panjang itu tetap tersenyum lebar dalam dakapan bekas pemain bola sepak terkenal itu.

Penari kekasih Mariah Carey Mariah Carey, 46, akhirnya mengesahkan hubungannya bersama penari latarnya Bryan Tanaka, 33. Setelah berpisah dengan tunangnya, jutawan, James Packer pada September tahun lalu, Mariah mengakui Bryan sebagai kekasihnya sewaktu ditemu ramah oleh Associated Press. "Saya tidak suka bercakap tentang kehidupan peribadi. Saya tidak selesa... Saya dan kekasih, Bryan tidak mahu lagi berbicara mengenai soal percintaan ini ," ujarnya.

Song Hye Kyo curi tumpuan Burberry London Song Hye Kyo tampil cantik memukau dalam acara Burberry di London barubaru ini. Penampilan pelakon berusia 35 tahun, berjaya mencuri perhatian hadirin. Menerusi foto-foto yang tersiar, pelakon Descendants of The Sun itu nampak cantik dan ‘flawless’. Malah dia sentiasa tersenyum manis. Ini bukan pertama kali pertama dia hadir ketika acara fesyen bertaraf dunia. Sebaik drama Descendants of The Sun tamat, Hye Kyo banyak menghabiskan waktunya untuk hadir di acara-acara fesyen. Sebuah video tersebar menunjukkan Hye Kyo saat berinteraksi dengan seorang peminatnya. Menerusi video tersebut seorang peminat wanita sempat bertanya pada Hye Kyo apakah dia tidak bosan menunggu acara tamat. Peminatnya itu juga memuji kecantikannya. Dia kemudian bertanya pada Hye Kyo apakah dia menyukai pakaian yang dikenakannya, dan bintang ini mengakuinya.


22

01 - 07 MAC 2017

RELEKS

Jom Wayang

RINGS

Pawagam: GSC NU SENTRAL Masa: 7:00 PM 9:30 PM

12:00 AM

COOK UP A STORM Pawagam: GSC MID VALLEY Masa: 6:00 PM 8:10 PM

10:20 PM

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2 Pawagam: GSC MIDVALLEY Masa: 11:30 AM 1:20 PM 4:25 PM 6:25 PM 9:10 PM 9:20 PM 11:50 PM 12:30 AM


23

01 - 07 MAC 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Kisah hidup anjing

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

A DOG’S PURPOSE adalah sebuah filem berdasarkan novel paling laris oleh W. Bruce Cameron dan dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal. Antaranya ialah Dennis Quaid, Britt Robertson, Josh Gad, Peggy Lipton dan Juliet Rylance. Pepatah ada mengatakan anjing adalah ‘man’s best friend’ di mana kita dihiburkan dengan gelagat dan sifat haiwan tersebut. Anjing kerap diperkatakan seekor haiwan yang setia dan cenderung pada deria bau. Filem ini membawa kita untuk menyelami bagaimana menjadi seekor anjing daripada perspektif mata haiwan pelbagai baka ini. A Dog’s Purpose berkisarkan hayat demi hayat seekor anjing baka ‘retriever’ merah bernama Bailey yang ditemui seorang kanak-kanak bernama Ethan. Perkembangan cerita diteruskan dengan persembahan hubungan antara Ethan dan Bailey sehinggalah Ethan dewasa. Campuran beberapa babak berjaya mencipta sebuah mekanisme penceritaan yang berentak perlahan tetapi kemas. Hayat seterusnya, dia menjadi anjing polis yang agak mencabar di dalam membantu polis menumpaskan beberapa kes jenayah. Hayatnya berakhir selepas ditembak oleh penculik. Dilahirkan semula, dia menjadi seekor anjing comel yang dijaga oleh seorang wanita yang keseorangan. Kehadirannya sedikit sebanyak menghiburkan hati tuannya itu sehinggalah tuannya berkahwin dan mempunyai anak. Dalam kehidupan seterusnya, nasibnya malang kerana tidak dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Hampir separuh daripada hayatnya dibiarkan di luar rumah dengan dirantai. Apabila pemiliknya membuangnya di tepi jalan, di situlah pengembaraannya bermula. Dengan menggunakan deria bau, secara tidak disangka dia bertemu semula dengan pemilik awalnya, Ethan tetapi ketika itu Ethan sudah tua. Dia sedaya upaya cuba memberitahu Ethan, bahawa dia adalah Bailey anjing kesayangan Ethan dahulu. Secara keseluruhan cerita ini sangat bagus dan memberi kesan pada jiwa penonton terutama apabila ia bertemu dengan pemilik asalnya, Ethan.

Filem : A Dog's Purpose Edaran : United International Pictures Pengarah : Lasse Halstrom Penerbit : Gavin Polone Pelakon : Dennis Quaid, Britt Robertson, Josh Gad, Peggy Lipton dan Juliet Rylance Nilaian : ***** Pawagam : Cathay Cineleisure At eCurve


24

01 - 07 MAC 2017

HOT

Hobi orang ternama

Setiap hari Lam Thye joging

AZAMIN AMIN Foto NASRUL HAQ

AWAL pagi sekitar jam 7, dia sudah ada di situ, un­tuk melakukan rutinnya se­ tiap hari. Dia akan memandu sendiri dari Taman Maluri ke Taman Pudu Ulu, Che­ras semata-mata untuk men­ jalankan aktiviti yang pa­ ling disukainya. Biarpun dikenali ra­ mai se­ bagai seorang to­ koh yang sangat sibuk dengan kegiatan kema­syarakatan dan kem­ pen kesedaran orang ramai, per­ watakan­ nya tetap sederhana

sambil mengenakan topi dan pakaian su­ kan dengan raut yang tidak dimakan usia, cukup bertenaga dan sentiasa tersenyum. Memulakan bicara, Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan senaman pagi adalah hobi utamanya yang tidak per­ nah ditinggalkan. "Saya akan mem­ per­untuk­kan masa 45 minit setiap pagi, untuk berjogging dan melakukan senaman ringan di taman ini. "Saya sangat suka me­ nyedut udara pagi yang se­ gar dan ia hobi yang sangat meng­untungkan kerana se­­lain daripada menjaga ke­­ sihatan, saya juga dapat berinteraksi dengan orang ramai yang melakukan ak­ ti­ viti yang sama," kata Pe­ ngerusi Persatuan Saha­ bat Taman Dewan Ban­ daraya Kuala Lumpur (DBKL) itu. "Tidak lama dulu saya suka berenang tetapi sebab perlu ke kelab sukan atau kolam renang dan masa amat terhad, hobi ini saya

MENARIK MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 22 - 28 Februari 2017

Program : Santai Familia Musim Kedua Episod : 5 Tarikh Siaran : 6 Mac 2017 (Isnin) Masa : 8:30 malam PENGALAMAN ANAK DESA DI SAHOM VALLEY Dikelilingi lembah menghijau, bukit-bukau dan sungai yang mengalir damai, kunjungan di Sahom Valley, Kampar, Perak tambah indah apabila bukan sekadar menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, tapi pengunjung juga berpeluang menjadi anak desa. Adrenalin pasti terangsang dengan aktiviti seperti mengusahakan ladang organik, bercucuk-tanam, memberi makan haiwan ternakan dan memasak juadah tradisional. Bagaimana agaknya perasaan kala berlibur, dapat pula berbakti pada alam? Alami pengalaman Fiona Cheong dalam Santai Familia Musim Kedua.

tinggalkan termasuk hobi memancing, yang per­ lu masa lama untuk tujuan itu. "Saya akui sangat si­ buk sehingga tiada cuti, Sab­ tu, Ahad pun bekerja se­hingga ramai gelar saya workaholic tetapi se­ naman pagi saya tak akan tinggalkan setiap hari," katanya. Menceritakan kesibukan aktiviti selaku Naib Pe­ nge­ rusi Kanan Yayasan Pen­ cegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Lee menyatakan ba­hawa sudah beberapa ta­ hun tidak melancong atau melakukan aktiviti san­ tai bersama keluarga se­ baliknya akan membawa isteri sekali-sekala ketika mempunyai program-pro­ gram penting di seluruh negara. "Bersenam menjadikan hati saya gembira dan meng­ hilangkan tekanan. Saya ber­ harap dan mahu orang ramai juga bersenam, paling ku­ rang 4 kali seminggu se­ lama 45 minit,"katanya yang sudah menjangkau 70 ta­hun. Biarpun sibuk, ayah ke­

pada dua anak lelaki dan datuk kepada dua orang cucu, Lee sangat meng­ hargai pengorbanan dan sokongan keluarga ter­hadap kerjayanya dengan ma­ sya­ ra­ kat termasuk aktiviti ke­ sedaran, keselamatan, pe­me­ lihar­an alam sekitar dan juga kesihatan yang dilakukan se­ menjak meninggalkan bi­ dang politik. Lee pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur bermula 1978 sehinggalah ke tahun 1990. Pengerusi Institut Ke­ selamatan dan Kesihatan

Ne­ gara (NIOSH) dan Pe­ ngerusi Eco World ini pernah dinobatkan pel­ bagai anugerah dan ke­ ce­mer­langan serta sa­ ngat terkenal di kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan kaum, sebagai seorang aktivis sepenuh masa yang sangat dedikasi hidupnya untuk kepentingan rakyat pernah me­ ngunkap mutiara kata: "Bangsa yang tidak me­ ngetahui sejarah masa lampaunya tidak akan mampu membangunkan masa depannya."

Luangkan 45 minit setiap hari untuk bersenam

Program : Biz Tips Episod : 6 Tarikh : 1 Mac 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam

Program : Legasi Niaga Musim 2 Episod : 9 Tarikh : 7 Mac 2017 (Selasa) Masa : 8.30 Malam

"DARI SEKADAR HOBI, TERBINA AKADEMI MEREALITI MIMPI"

MUS PAU JADI BUAH MULUT DI LUAR NEGARA Pada awal 90-an, pau yang diusahakan Musringah Imon dan suami secara kecil-kecilan menjadi buah mulut penduduk di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor dek kelazatan rasanya. Usai dua dekad berlalu, perniagaan keluarga ini terus terukir di bintang, apabila produk pau sejuk beku dengan jenama Mus Pau kini menembusi pasaran antarabangsa termasuklah di London. Ketika usia sudah menjengah angka 60, gusar melanda hati. Bisakah harapan disandarkan pada anak-anak buat menerus legasi agar tidak mati?

Kerjaya awal sebagai jurulatih wanita yang ingin menyertai pertandingan ratu cantik, memberi ilham buat June Yap menubuhkan Shine From Within iaitu sebuah akademi kecantikan yang melahirkan ratu-ratu cantik yang bijak, berketerampilan dan berkeyakinan. Saksikan tip penuh inspirasi dari June Yap, bagaimana anda boleh membina perniagaan hanya bermula daripada hobi dan keinginan merealisasikan impian insan. Program : House Hunt 2 Episod : 5 Tarikh : 3 Mac 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 Malam LOKASI RUMAH CETUS TELAGAH PASANGAN SUAMI ISTERI Tuan Samsol, seorang pegawai pasukan beruniform mencari rumah yang bakal diduduki bersama isteri setelah bersara nanti. Lokasi rumah idaman mencetus pertelagahan antara pasangan ini. Ketika Tuan Samsol selesa untuk tinggal di pinggir bandar, si isteri lebih berminat untuk tinggal di tengah-tengah bandar yang mempunyai akses pelbagai kemudahan. Rumah manakah bakal jadi pilihan? Adakah Tuan Samsol akan akur dengan keinginan isteri kesayangan beliau? Jawapannya dalam House Hunt Musim Kedua.

Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

01 - 07 MAC 2017

Kisah anak muda

KAM

Contengan lumayan Kreativiti tersendiri yang dimiliki para grafiti

Karya anak Malaysia terpampang di Melbourne MURNI REJAB

SEBELUM ini seni grafiti agak kurang mendapat publisiti di negara ini hingga ada yang menggangap ia sebagai vandalisme yang mencacatkan pemandangan. Namun kini, tidak lagi ke­ rana masyarakat sudah mula menerima kehadiran contengan berharga ini dan mula menilai ia sebagai satu hasil seni unik dan berharga. Malah kini ada kalangan pe­ lukis grafiti yang diberi penghormatan mengabadikan mural gergasi wajah dua bekas Perdana Menteri Ma­ lay­sia, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kedah sebagai satu daya tarikan pelancongan. Australia dan Indonesia an­ tara negara yang amat meng­ hargai kewujudan kumpulan ini dan sentiasa diangkat karya mereka sebagai penyumbang jasa kepada negara. Hasil seni berdasarkan sem­buran cat ini meng­gu­na­ kan komposisi warna, garis, bentuk, dan volum untuk me­ nulis kata, simbol, atau perkataan tertentu ini pasti akan menyenangkan setiap mata yang memandang. Dua pelukis grafiti muda,

Mohd Zulfadli Ahmad Nawawi, 31, atau lebih dikenali sebagai Akid One dan Low Yew Mun, 28, atau Nestwo. adalah antara ratusan pengkarya seni conteng ini. Mereka meninggalkan kerjaya lama dan mampu berdikari kerana kerjaya ini mampu memulangkan sesuatu yang menjamin masa hadapan. Akid One telah ber­ke­cim­ pung dengan seni ini selama 12 tahun, mahir dalam lu­ kis­ an potret, antara karya yang melonjak namanya ada­ lah mural gergasi wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir di deretan bangunan lama Pekan Melayu, Alor Setar, Kedah yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong bertandang ke situ sementara Nestwo tertumpu kepada seni tulisan typografi. Biasanya mereka mengambil tempahan melukis mural di sekolah, bangunan kerajaan, pengangkutan awam, restoran dan butik serta lukisan potret. “Penerimaan masyarakat ketika itu memang berbeza, ada sahaja cakap yang ku­ rang sedap didengar. Bahkan kedua ibu bapa kami pun pada mulanya tidak da­ pat menerima apa yang ka­ mi cuba pertahankan,

sedangkan kerjaya ini mampu memberikan pulangan lumay­ an,” jelas Akid One. “Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya, mereka mahu kita be­lajar setinggi yang mampu, ada kerja dan pendapatan yang tetap tetapi bila mereka melihat kerjaya ini juga men­ janjikan pulangan yang baik, mereka mula faham kenapa kami begitu berbangga dengan

bakat seni yang kami miliki," kata Nestwo. Menurut mereka, sejak 2010 selepas pihak Dewan Bandaraya Kula Lumpur (DBKL) membuka peluang kepada anak muda untuk menghasilkan seni grafiti di benteng Sungai Klang, maka bermulalah sinar baru kepada seni conteng berasas cat ini. Pemandangan bertambah can­tik dan contengan ini pada

dinding terbuka ini mampu tahan luntur sehingga lima tahun. “Sejak itu, artis-artis grafiti mengambil peluang untuk menzahirkan hasil karya me­ reka di situ kerana kreativiti dan bakat ini bukan semua orang boleh kuasai, malah saya dulu hanya explore sendiri saja untuk melukis sesuatu, sekarang dah ada platform ini jadi kita gunakan sebaik mungkin,” jelas Nestwo. Kini, grafiti kini bukan lagi dilihat sebagai isu vandalisme tetapi mencerminkan budaya negara dengan lebih dekat melalui olahan seni yang kreatif, unik dan indah. Ma­lah mereka berharap agar le­ bih banyak platform atau kelas yang boleh anak muda menceburkan diri dalam bidang ini. Mereka turut berharap artis-artis dari luar boleh meng­ ambil inspirasi daripada karya tempatan untuk diadun bersama karya mereka. Mana tahu, dengan gabungan artis grafiti dari dalam dan luar negara ini dapat mengangkat kesenian ini di masa hadapan.

Tahukah anda? Bagi menghasilkan sesebuah karya grafiti, ia mengambil masa yang agak lama, sepanjang temubual kami dengan artis grafiti Akid One dan Nestwo, hasil karya yang dihasilkan bermula dari empat jam hingga lapan jam malah kadang-kadang memakan masa berharihari. Tetapi ini bergantung kepada saiz projek yang dilaksanakan. Bagi hasil lukisan grafiti menggunakan tulisan typografi, ia memerlukan tiga hingga empat jenis warna cat semburan kerana ia memerlukan ton bagi setiap semburan itu. Sebagai contoh, sekiranya artis grafiti menggunakan warna biru, jadi mereka harus menggunakan cat semburan berwarna biru gelap, dan biru cerah untuk menjadikan tulisan itu lebih menarik dan mempunyai ton. Manakala, bagi hasil lukisan potret, ia

memerlukan lebih dari 20 warna cat semburan meliputi warna kulit, shadow dan sebagainya. Selain dinding, artis grafiti turut menggunakan kain kanvas berkarya.


26

01 - 07 MAC 2017

SALAM SEMUT

Kebersihan tanggungjawab siapa? “SAYA berasal dari keluarga miskin dan saya pernah mengalami kemiskinan. Orang miskin perlu dihormati dan ia bermula dari kebersihan.� - Narendra Modi (Perdana Menteri India) Setiap tahun senarai negara terbersih di dunia dikeluarkan dan setiap tahun, seperti biasa negara kita tidak tersenarai dalam kumpulan 10 negara terbersih itu. Persoalannya, kenapa Cuba; sebuah negara yang dianggap mempunyai pelbagai masalah boleh tersenarai pada 2014 tetapi kita tidak? Tanggungjawab siapa kah untuk memastikan negara kita sentiasa bersih? Kebersihan merujuk bukan sahaja cara kita menjaga kebersihan diri malah ia merangkumi bagaimana kita menjaga persekitaran. Amirul Sajadi, pemberita Bernama menulis di Facebook pada 21 Feb, “Dari jam 5 pagi hingga 2 pagi keesokannya, media sentiasa menanti status mayat Kim Chol (warga Korea yang dipercayai abang pemimpin Korea Utara). Apabila hari makin lewat, ramai yang sudah beransur pulang. Hanya kumpulan media Jepun saja yang tidak terus pulang. Mereka seperti mencari sesuatu dengan memegang plastik. Mereka sebenarnya sedang mengutip sampah di sekitar kawasan media melepak tadi. Dan yang buat aku tergamam, semua sampah yang mereka kutip itu mereka bawa naik teksi. Hebat sungguh disiplin mereka.� Jika dilihat pada tindakan kumpulan wartawan Jepun itu, jelas

terjawab soalan saya di dengan tin dan botol minuman. atas. Kebersihan adalah Sungai pula jadi tempat tanggungjawap setiap mudah untuk membuang insan, tidak kira bumi sampah. mana anda pijak. Berdiri di Jambatan Sebenarnya Kota Klang, anda akan orang kita juga terkejut melihat pelbagai amat mementingkan jenis sampah terapung, kebersihan. Cuma ia dari tilam buruk hingga belum menjadi gaya bangkai haiwan. hidup kita. Di sekolah, Sampah bukan sahaja N A GES sejak awal lagi kita dididik merosakkan keindahan RAVEN MURU mengenai kebersihan.Tetapi semulajadi malah ia boleh ia akan jadi lebih berkesan jika membawa kesan negatif pada ibu bapa menjadi contoh yang baik. alam sekitar. Sampah di jalan raya akan Peranan ibu bapa dalam menerapkan mencemari sistem perparitan apabila sikap mementingkan kebersihan jauh dibawa ke anak sungai dan kemudian lebih berkesan berbanding latihan dialirkan ke sungai. Hidupan sungai dan formal yang disediakan di sekolah. laut akan terancam kerana ini. Ini kerana pendididkan informal Bagaimana kita boleh membantu di rumah boleh bermula sejak kanaksecara praktikal dalam menjaga kanak berumur setahun dan kebersihan kebersihan negara kita. Selain agensi akan menjadi aspek utama kehidupan kerajaan, majlis perbandaran dan mereka. peraturan yang lebih tegas, individu Carol Sandra Giang (pensyarah memainkan peranan yang sangat Universiti Swinburne, Kuching) dalam penting. Berikut beberapa cara untuk terbitan Facebook beliau pada 21 menjaga kebersihan. Feb, meletakkan dua keping gambar ¡ Jangan berasa segan untuk membawa mengenai warga warga Phnom Pehn beg kitar semula bersama anda walau yang membersihkan sampah masingke mana anda pergi. Ia mudah dilipat masing di medan selera (food court) di dan boleh dimasukkan dalam kocek sebuah mall. Beliau berasa itu sesuatu atau beg tangan. Kumpul sampah yang jarang kita jumpa di Malaysia. anda dalam beg itu dan buang di Memang betul pendapatnya itu. tempat yang sesuai. Jangan hanya Jarang orang kita meletakkan sampah mengadu tidak ada tong sampah yang di tempat yang disediakan, apatah lagi secukupnya tetapi buatlah seperti ini memninggalkan tempat makan dalam untuk mengatasinya. keadaan kemas. Apa yang buat negara kita tidak Asingkan sampah mengikut tiga jenis. tersenarai dalam 10 negara paling Ini akan memudahkan pelupusan dan bersih di dunia? kitar semula sekali gus mengurangkan Lihat saja pantai pantai dan sungai impak negatif pada persekitaran. sungai kita. Kekadang terasa rimas untuk berjalan di pantai yang penuh Guna semula botol plastik anda.

. .

Untuk idea-idea penggunaan kreatif sila layari www.boredpanda.com .

.

Bahan buangan dari dapur anda tidak semestinya masuk dalam tong sampah. Sebahagiannya boleh dijadikan kompos untuk tanaman.

.

Sertai kempen kebersihan di komuniti anda. Ia lebih mudah apabila kebersihan menjadi urusan semua orang.

.

Bawa beg fabrik anda untuk membeli belah. Elakkan penggunaan plastik yang berlebihan. Sebuah beg fabrik boleh mengantikan 10 beg polythene yang kecil.

.

Pastikan rumah anda dan persekitarannya bersih. Apabila masing- masing serius membersihan kawasan rumah, maka sesebuah taman atau kampung akan menjadi bersih. Pendek kata, kebersihan adalah tanggungjawab setiap orang dan kesedaran itu perlu disemai sejak kecil lagi. Berikut adalah senarai 10 negara terbersih didunia pada tahun 2014 seperti yang tersenarai di ireport.cnn. com 10. 9. 8. 7. 6. 5. 4. 3. 2. 1.

Singapura Cuba Austria Perancis Costa Rica Mauritius Norway Switzerland Sweden Iceland

Kami >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<

Khairune Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850


01 - 07 MAC 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup TRENDY

Clutch Bag, jejaka tetap macho Asia inspirasi ciptaan Hermes

Clutch bag nampak elegan untuk lelaki moden MURNI REJAB

BEG tangan dan wanita begitu sinonim, namun peredaran masa membuatkan pecinta gaya turut berubah mengikut arus zaman. Tidak siapa menyangka beg tangan kini turut menjadi peneman rapat kaum lelaki. Bezanya beg yang dikenali sebagai clutch bag ini tidak bertali galas. Perhatikan sekeliling anda makin ramai yang menggayakanya, ia dibawa dengan gaya penuh macho. Fesyen tetap mengejar masa biar sepantas mana ia berputar. Persepsi lelaki terhadap beg yang dibawa sudah berubah. Clutch bag telah menggantikan beg sandang dan nampak lebih elegan untuk lelaki moden dan menjadi kegilaan masa kini. Bersaiz kecil atau sederhana, beg bersaiz kompak ini sememangnya memukau. Ia mudah dibawa andai ingin bertemu klien, rakan atau membeli-belah. Boleh dikepit atau pegang, mempunyai ruang

menyimpan kad pengenalan, pasport, kad perniagaan, kunci rumah atau kereta, pemicu usb, duit kecil dan pen. Pasti si pemakai nampak lebih stailo. Antara jenama terkemuka yang menjadi idaman setiap pemakainya adalah dari Jimmy Choo, Saint Laurent, Valentino dan Maison Margiela yang didatangkan dengan pelbagai koleksi. Pilihan clutch bag untuk lelaki agak variati baik dari bahan, pola, warna dan corak. Perkara yang patut lelaki berikan perhatian ketika memilih 'beg genggam' ini ialah warna-warna tenang seperti hitam, cokelat, kelabu, biru tua atau hijau tua. Tetapi lelaki berani dan macho akan memilih warna yang lebih terang dan garang seperti hijau muda, biru muda, ungu muda, kuning dan oren. Corak anyaman, floral dan kulit binatang koleksi Givenchy atau Valentino juga kemas dijinjing lelaki. Namun lelaki perlu elak memilih clutch bag renda, elemen hiasan bulu termasuk bermanik yang berlebihan. Jadi untuk lelaki pecinta fesyen

Jangan salahkan dompet! MELETAKKAN dompet di poket belakang seluar bo­ leh mengakibatkan sakit tu­­lang punggung, te­ka­nan kepada saraf ba­ha­­gian belakang badan hing­­­ga meneyebabkan sa­­ kit pinggang dan kaki pe­ makaianya. Menurut ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex, Julian Forth mengatakan ramai kaum lelaki sering mengadu dan menderita sakit punggung dan punca utamanya adalah disebabkan tabiat mereka yang suka menyimpan dompet di belakang ketika duduk yang memberi tekanan kepada saraf di belakang tubuh mereka yang boleh mengakibatkan badan rasa sakit-sakit dari bahagian pinggang ke kaki kerana sistem saraf, tulang dan otot tidak seimbang. Jadi elakkan meletak dompet di poket belakang ketika duduk di rumah, pejabat atau memandu.Jangan ambil mudah kerana sakit akibat amalan yang tidak betul ini boleh menyerang anda ketika dimakan usia. Jagalah kesihatan anda.

Clutch bag jadi peneman setia Azim

dan trend, jangan ragu-ragu untuk tampil bergaya dan alegan dengan clutch bag. Untuk perempuan, anda juga boleh mula berfikir yang mana clutch bag yang sesuai untuk dijadikan hadiah kepada pasangan anda.

NAMPAKNYA pereka fesyen dunia sering menjadikan barang-barang biasa kepunyaan orang Asia sebagai inspirasi untuk mengasilkan rekaan fesyen bertaraf antarabangsa. Ada re­ kaan beg ‘karpet lantai’ dan beg plastik ‘makcik-makcik’ keluaran je­ nama mewah Balenciaga. Kali ini Hermes tampil dengan rekaan beg ta­ ngan mewah yang bentuknya sangat menyerupai bungkusan nasi lemak. Sebenarnya beg tangan yang mempunyai tekstur seperti daun pisang ini adalah sebahagian daripada koleksi musim bunga oleh pereka fesyen terkenal dunia iaitu Jean-Paul Gaultier pada tahun 2010. Rekaan beg tangan berkonsepkan nasi lemak ini adalah karya ter­akhir­ nya di Hermes ketika pembabitannya sejak 2003. Pelbagai beg lain yang menyerupai daun di Malaysia turut dihasilkan seperti daun kelapa dan daun pandan. Sentuhan ini sangat menarik. Walaupun pernah tular kerana seorang pengguna twitter dengan tidak sengaja menemui gambar tersebut, namun koleksi beg ini masih menjadi bualan peminat rekaan beg ini. Bukan itu sahaja, rekaan yang lain dari lain ini turut boleh dijadikan inspirasi bagi pereka fesyen di Malaysia untuk membuat rekaan yang lebih menarik dan tampak berlainan.

Empat jenis beg lelaki Beg melancong beroda Beg melancong yang be­ roda, sama ada kain atau kulit da­pat me­nye­nangkan per­jalanan an­da terutama bagi anda yang mengunakan pe­ng­­angkutan awam, da­­ ri stesen ke stesen lain. Beg jenis ini juga mudah dibawa ke mana-mana terutama sekali di lapangan terbang tanpa anda perlu bersusah pa­yah. Kunci utama beg ini adalah ia mudah dibawa dan ringan, jadi amat se­suai untuk anda yang ‘always on the go’. Beg bimbit kulit Fungsinya sama seperti klac, tetapi lebih besar dan bo­ leh dipegang dengan ta­

ngan. Beg kulit ini pastinya me­ nambah kualiti kerja dan anda dapat dilihat oleh orang lain yang anda ini seorang yang profesional. Boleh diisi dengan laptop mahupun do­ kumen-dokumen penting. Me­ nariknya, ia boleh di­pa­dankan dengan baju anda na­ mun harus bijak dalam pe­ milihan warna agar ti­ dak kontra dan terlampau menonjol. Beg hujung minggu Beg ini sangat sesuai untuk anda yang duduk berjauhan dari keluarga. Oleh itu, anda sememangnya memerlukan beg yang tidak terlalu besar dan berat untuk dibawa se­kiranya anda menetap be­ berapa hari di rumah orang tua mahupun

rumah sahabat. Beg untuk hujung minggu ini juga amat penting agar anda kekal terurus. Anda boleh simpan siap-siap toiletories anda. Senang bukan? Beg gim Sekiranya anda seorang yang aktif di gim mahupun gemar melakukan aktiviti-aktiviti lu­ ar yang mencabar, beg gim se­ wajarnya anda miliki. Jika sudah bosan dengan beg galas biasa, beg gim lebih mudah untuk dibawa dan tahan lebih lama. Amalkan membeli beg gim yang diperbuat dari kain yang tidak menyerap. Ini kerana bagi mengelakkan beg anda berbau akibat serapan dari baju mahupun tuala yang digunakan anda untuk menyapu peluh.


28

01 - 07 MAC 2017

MAKAN angin Mahukan percutian bajet, tetapi gaya seakanakan berada di benua Eropah. Mana lagi... Colmar Tropicallah tempatnya! Mengusung konsep ala Perancis, pastinya ini antara lokasi terbaik untuk makan angin bersama keluarga atau teman-teman, mahupun menikmati percutian bulan madu. Foto: Tourism Malaysia

J

ika anda melalui Lebuh Raya Karak, pastinya akan terlihat papan tanda menunjukkan arah ke Bukit Tinggi. Ini merupakan lokasi yang menarik kerana di sinilah terletaknya reka bentuk bangunan yang bercirikan gaya Eropah. Mirip perkampungan Perancis di Alsace, Perancis. Merupakan satu-satunya ‘A FranceThemed Resort in Malaysia’, keadaan di sini memberikan gambaran kota Perancis yang sungguh indah. Bagi yang yang pertama kali ke sini, pastinya anda akan jatuh cinta dengan pemandangan dan suasana di Colmar Tropicale ini. Manakan tidaknya, suasana kawasan bandar lama dengan binaan rumah dan bangunan separa kayu serta seni binanya yang unik dari sebuah kampung utara-timur di Perancis

pada abad ke-16 membuatkan anda serasa tidak mahu pulang. Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di hotel yang disediakan mahupun sekadar singgah sebentar untuk menikmati pemandangan, bergambar dengan berlatar belakangkan bangunan yang indah rekaannya, ataupun sekadar ingin menikmati makanan di restoran ala-ala Perancis. Lokasi wajib apabila menjejakkan kaki di sana adalah menara. Jangan lupa mendaki anak-anak tangga menuju ke bahagian atas menara untuk melihat pemandangan seluruh kota ala Perancis itu.

Semua dalam satu

Bukan sahaja bangunan-bangunan dengan rekaan menarik yang terdapat di Colmar Tropicalle French Village, malah terdapat juga Japanese Village, Botanical Garden, Rabbit Farm, dan

banyak lagi yang ada di sini. Jarak antara satu lokasi ke lokasi yang lain memang sedikit jauh. Namun tak perlu risau, kerana perkhidmatan ‘shuttle bus’ ada disediakan untuk kemudahan pengunjung. Cuma perlu lihat jadualnya di perhentian bas. Pujian boleh diberikan kerana basnya tepat pada masa, tak perlu berlamalama menunggu kedatangan bas. Selain tempat menarik, terdapat juga Stage Performance iaitu persembahan pelbagai jenis tarian termasuk tarian Perancis. Cuma anda perlu melihat jadualnya mengikut hari dan masa.

Colmar Tropicale French Village

Bermula dari pintu gerbangnya yang reka bentuknya ala istana sehinggalah kawasan hujung hotel yang merupakan menara, tempat ini memang sesuai untuk mereka yang gemar merakamkan foto kenangan. Rekaan bangunannya dibuat seakanakan bangunan di kota Perancis.

Japanese Village

Di sini anda akan berpeluang untuk mengenakan pakaian tradisi rakyat Jepun serta menjalani gaya hidup masyarakat Jepun. Rumah pertama yang anda akan jumpa adalah Kimono Rental House. Anda boleh menyewa kimono (yukata sebenarnya) dan mengambil gambar. Usah risau, yukata untuk kanak-

kanak pun ada disediakan. Anda boleh mengambil gambar ‘indoor’ dan selepas itu bolehlah berjalan-jalan di luar untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan suasana di luar pula. Gunakan masa anda berpakaian tradisi Jepun itu sebaik-baiknya agar berbaloi dengan kadar sewaan tersebut. Disebabkan pemakaian yukata agak selesa dan tidak terlalu ketat, maka mudah juga untuk anda melangkah dan bergerak ke sana ke mari. Harga sewaan untuk sepasang kimono adalah RM20 untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Satu tip untuk anda. Pastikan anda cukup ‘fit’ kerana terdapat beratus anak tangga yang perlu didaki. Namun, kemudahan tram turut disediakan oleh pihak resort. Jadi, kepada golongan yang tak larat mendaki tangga dan bukit dan segelintir warga emas yang mengalami sakit sendi, mungkin di sini tidak berapa sesuai untuk anda. Di sini juga anda berpeluang untuk minum teh (Japanese Tea Ceremony). Ia dijalankan sebanyak 4 sesi dalam sehari di antara jam 11pagi hingga 4.30 petang. Jadi, anda perlu bijak atur masa untuk sampai ke sini agar tidak terlepas peluang untuk menyertai upacara minum teh ini.

29

Colmar Tropicale Bagaikan berada di bumi Eropah


29

01 - 07 MAC 2017

DXO ONE

PERHATIAN

Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my

PRODUK

Lebih mudah rakam foto pengembaraan RAMAI yang suka mengambil foto menggunakan telefon pintar kerana ia mudah, pantas dan kualiti foto yang agak baik untuk dimuat naik ke lama sosial. Namun, sesetengah orang mahu hasil foto yang lebih baik tetapi enggan memikul kamera DLSR ketika mengembara. Kalau anda tergolong dalam kelompok ini dan merupakan pengguna Iphone 6, ada berita baik-peranti kamera DXO One bakal membolehkan anda merakam foto dan video jauh lebih baik berbanding kamera kompak

28 Botanical Garden

Lokasi menarik untuk anda melihat pelbagai flora dan fauna. Di samping pelbagai tanaman hibrid dan bunga-bungaan, terdapat juga tanaman herba untuk kegunaan kita sehari-hari. Tanaman yang jarang kita lihat seperti Orkid Harimau yang merupakan orkid terbesar di Malaysia dan juga Tongkat Ali ada di dalam kawasan yang terpelihara ini. Tamannya tidaklah begitu besar, tidak juga terlalu kecil. Tetapi menarik juga untuk melihat pelbagai jenis tanaman berserta maklumat yang dilampirkan.

Horse Trail

Ingin cuba aktiviti berkuda? Di sini ada beberapa ekor kuda yang boleh ditunggangi. Sama ada anda baru pertama kali ingin merasai pengalaman menaiki kuda ataupun ingin belajar menunggang kuda secara profesional, semuanya akan dilayani. Cuma, anda perlu membuat tempahan lebih awal.

Adventure Park

Bagi anda yang menggemari aktiviti ekstrem seperti Flying Fox, Rock Climbing, Canopy Walk, dan Paintball, semuanya ada di sini. Cuma dinasihatkan perhatikan dulu

tipikal yang berada di pasaran. DXO One dihasilkan syarikat yang mengkhususkan kepada teknologi pengimejan digital terkemuka di dunia iaitu DXO. Mereka mengambil langkah berani menghasilkan kamera DxO One yang boleh dipadankan dengan Iphone bagi menghasilkan kualiti gambar melangkaui kemampuan semua telefon pintar yang ada di pasaran. Degan berat hanya 107.73 gram dan ketinggian 6.9 sentimeter, DxO One boleh dimuatkan dalam poket seluar anda dengan mudah. Apabila mahu digunakan,

harganya. Jika sesuai dengan poket, bolehlah meneruskan aktiviti anda.

Makan di mana?

Seandainya anda ingin menikmati hidangan tradisional Perancis, bolehlah singgah ke Restoran Le Cigogne. Manakala La Boulangerie French Bakery pula menyediakan pelbagai menu yang berasaskan roti dan minuman panas. Menjamu selera di Le Poulet Roti pula menghidangkan menu ayam panggang dan beberapa menu sampingan seperti kentang putar dan jagung manis serta minuman sejuk dan panas. Nikmati pula pelbagai jenis piza dan pasta di La Flamme. Buat yang bercita rasa Asia, usah risau kerana L’Orient merupakan restoran yang menghidangkan masakan Asia tidak jauh dari lokasi restoran-restoran ala Perancis ini. Manakala Le Blason pula menyediakan hidangan makanan Malaysia dan antarabangsa. Jadi, anda boleh nikmati kedua-duanya sekiranya ahli keluarga atau teman anda berbeza cita rasa.

sambung saja peranti foto ini kepada Iphone anda melalui lightning port yang siap terbina pada DxO One. Ada sebab mengapa DxO One dikatakan mampu menghasilkan foto berkualiti menyamai kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR). Ia menawarkan sensor bersaiz 1 inci, kira-kira 12 kali lebih besar daripada sensor bersaiz 1/1.7 yang terdapat dalam kebanyakan kamera kompak. Sensor yang besar membolehkan lebih banyak cahaya di serap oleh jutaan piksel pada sensor itu sendiri, menjadikan kualiti foto lebih baik terutamanya ketika dirakam dalam keadaan yang gelap. DxO One mampu merakam foto pada resolusi maksimum 20.2 juta piksel melalui klasifikasi sensor jenis CMOS BSI yang dihasilkan oleh Sony. Sementara itu, kanta lensa yang digunakan mempunyai spesifikasi seperti lensa kamera DSLR iaitu luas sudut pandang 32mm dengan bukaan apertur maksimum 1.8 beserta 6 bilah apertur berbentuk iris. Buat anda

yang gemar mengambil gambar potret, bukaan apertur 1.8 pasti amat dialu-alukan kerana ia bakal memudahkan rakaman foto pada sudut depth of field yang nipis yang dipanggil 'bokeh'. Apabila digabungkan dengan Iphone, DxO One akan bertindak sebagai kamera, sementara Iphone anda bakal berfungsi sebagai viewfinder (pemidang tilik) untuk untuk proses menentukan setting seperti manual, program, aperture priority dan shutter priority. Semua proses ini boleh dilakukan dengan memuat turun terlebih dahulu aplikasi percuma IOS yang bakal diumumkan tidak lama lagi. DxO One juga berkemampuan merekod video pada resolusi 1080p/30 bingkai sesaat (HD penuh) atau 720p/120 bingkai sesaat (HD). DxO One akan memasuki pasaran negara-negara Asia pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Setakat ini, tiada harga rasmi yang diumumkan.

Tropical Berjaya Hills, hotel unik yang semestinya dibina bertemakan perkampungan ala Perancis, seolaholah berada di luar negara. Dek kerana itulah Bukit Tinggi ini sentiasa menjadi antara destinasi menarik pilihan pengunjung tempatan mahupun pelancong dari luar. Inginkan penginapan yang lebih murah, bolehlah menginap di Nora’s Lodge Bukit Tinggi. Terdapat beberapa buah chalet yang disediakan untuk

para tetamu. Sarapan dan set barbeku turut disediakan jika mahu.

Penginapan

Ciri reka bentuk hotelnya yang mengambil inspirasi daripada Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16 ini memelihara cita rasa Eropah sejak awalnya. Anda boleh menginap di Colmar

Colmar Tropicale sesuai untuk percutian berpasangan atau bersama keluarga

Bagaimana ke sini?

Dari Kuala Lumpur, memandu melalui Lebuhraya Karak menuju Colmar Tropicale, Bukit Tinggi yang memakan masa kira-kira satu jam. Anda juga boleh mendapatkan khidmat van yang bertolak setiap hari dari Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


30 PENCAK JEBAT Afandi timbalan TMJ Ketika Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelihatan menjadi calon pilihan untuk memenangi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ramai yang berteka-teki siapakah yang bakal menjadi timbalan. Tiga calon, Datuk Seri Afandi Hamzah, Datuk Wira Yusof Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal akan bersaing untuk merebut jawatan tersebut. Jika ditanya pendapat Jebat, Afandi patut diberi peluang oleh pewakilan untuk mempertahankan jawatannya. Ini kerana beliau amat berpengalaman dalam pentadbiran FAM bermula sebagai Naib Presiden pada penggal 2010-2014 sebelum dipilih sebagai Timbalan Presiden pada penggal berikutnya. Malah, selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletak jawatan sebagai presiden, Afandi telah memikul tanggungjawab tersebut. Pengalaman beliau sangat berguna untuk membantu TMJ menerajui FAM. Jebat: Berdebar menanti 2 Mac.

Yusof belum layak Walaupun Yusof Mahadi secara terang-terangan menjadi regu TMJ sepanjang kempen pemilihan ini namun Jebat berpendapat beliau belum layak untuk menjadi Timbalan Presiden FAM. Ini kerana beliau masih cetek pengalaman di peringkat tertinggi berbanding Afandi. Kalau setakat menjadi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United dan pengurus pasukan negeri itu, ia bukanlah tiket untuk melayakkan beliau menjadi Timbalan Presiden FAM. Kadang-kadang Jebat lihat keghairahan Yusof untuk merebut jawatan itu sampai ke tahap melampau. Ini dapat dilihat daripada beberapa kenyataannya kebelakangan ini. Mungkin Yusof berasa dia cukup kuat kerana menjadi regu TMJ. Semoleknya Yusof bermula dari bawah, contohnya bagi jawatan Naib Presiden kerana untuk membantu TMJ tidak semestinya sebagai timbalan, jawatan exco sekali pun jika kita ikhlas, ia tetap memberi sumbangan besar kepada FAM. Jebat: Tetap sanjung kesetiaan Hang Tuah.

Subahan tumpu PHM, FAS Bagaimana dengan Subahan Kamal? Berbanding Yusof , beliau lebih berpengalaman dalam pentadbiran sukan. Namun sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dan terbaru sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Subahan mempunyai komitmen yang sangat tinggi. Apatah lagi FAS ini dalam proses ‘membaik pulih’ rumahnya yang hampir roboh akibat krisis kepemimpinan baru-baru ini sehingga Datuk Seri Azmin Ali meletak jawatan sebagai presiden. Oleh itu pada Jebat, eloklah jika Subahan menumpukan perhatian kepada kedua-dua persatuan ini. Tidak guna memegang terlalu banyak jawatan jika tidak dapat memberi tumpuan. Jangan pula yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran. Jebat: Satu pun dah pening.

01 - 07 MAC 2017

Weigang mangsa pemain RUDI IRFAN

KRISIS dengan pemain ditambah pula tidak sehaluan dengan pengurusan dikatakan menjadi punca Karl Heinz Weigang dipecat sebagai jurlulatih Perak. Menurut sumber, sikap tegas serta cakap lepas jurulatih Jerman itu tidak boleh diterima oleh sebahagian besar pemain Perak musim ini sehingga menjejaskan prestasi mereka. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Weigang dikatakan enggan mendengar pendapat pengurusan dan membuat keputusan mengikut kehendaknya sendiri. Antara yang mencetuskan perbalahan adalah keputusan Weigang merehatkan empat pemain utama, Zaquan Adha, Hafiz Kamal, Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin pada awal musim sehingga Perak yang dilihat sebagai pencabar utama sekadar seri dengan Pahang serta menang tipis ke atas Pulau Pinang. Kekalahan 0-3 kepada PKNS menyebabkan pengurusan hilang sabar sehingga memaksa mereka menggunakan kuasa veto merombak pasukan dengan menurunkan Hafiz dan Zaquan dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Campur tangan pengurusan ini tidak disenangi oleh Weigang yang akhirnya membawa kepada persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau. Lagenda bola sepak negara, Datuk Hassan Sani mengakui Weigang seorang yang sangat tegas dalam mengendalikan pasukan namun menganggap itulah kunci kejayaan yang membawa skuad Malaysia ke Sukan Olimpik 1980. “Berdasarkan pengalaman berlatih di bawahnya, saya akui Weigang memang seorang yang tegas.

WEIGANG terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada penyokong Perak.

Dia juga akan bercakap secara terus terang apa yang tidak disukainya. Kadang-kadang memang sakit telinga mendengarnya. “Tapi, pada zaman kami dahulu, pemain boleh menerima sikapnya itu. Saya sendiri kerap ditegur tapi tidak pernah mengambil hati kerana tahu ia demi kebaikan. “Malah, saya berterima kasih kepadanya kerana Weiganglah jurulatih yang menjadikan saya pemain utama skuad negara kerana sebelum itu saya hanya pemain simpanan. “Saya masih ingat, dia berkata ‘Saya beri awak peluang, jika awak bagus, awak akan terus bermain’. Dia tidak pernah pilih bulu atau bersikap pilih kasih. Siapa bagus akan bermain tidak kira pemain senior atau baru,” ujarnya. Hassan berkata, dia agak terke-

jut apabila mengetahui Weigang dipecat oleh Perak kerana pasukan itu menunjukkan prestasi baik sepanjang di bawah bimbingannya. “Saya tidak tahu sejauh mana dakwaan yang mengatakan pemain Perak tidak menyukainya sehingga mereka mendesak agar dia diberhentikan. “Tapi jika ada mendakwa dia sangat tegas, itu memang saya akui. Namun, dia hanya tegas di dalam padang, bila di luar dia menjadi kawan. Sebab itu hubunga pemain Olimpik 1980 dengan beliau kekal baik sehigga sekarang. “Malah, saya baru bercadang hendak bertemunya di Ipoh apabila Sabah menentang PKNP pada 3 Mac ini tapi sayang dia sudah meninggalkan Perak,” kata Hassan.

Sambungan dari muka 32 “Penyokong menilai kejayaan seseorang melalui kesetiaan atau kejayaan yang dihasilkan bersama kelab itu. “Saya dahagakan kejuaraan. Lima tahun sambungan kontrak memberikan saya peluang untuk melakukannya,” kata Coutinho yang baru sahaja menerima anugerah Samba Gold sebagai Pemain Terbaik Brazil di Eropah, mengatasi bintang Barca, Neymar yang menduduki tangga kedua. Meskipun berada dalam radar Barca, namun Coutinho secara tegas menolak spekulasi bahawa dia akan beralih ke kelab La Liga itu. “Barca memang sebuah kelab hebat yang disertai oleh pemain hebat seperti Lionel Messi dan Neymar. Tapi, ia tidak mampu menggugat kesetiaan saya terhadap Liverpool. “Ini kerana saya sudah menemui kelab yang memberi kebebasan kepada pemain untuk menunjukkan kebolehan. “Malah, Liverpool mempunyai perancangan untuk kembali sebagai kelab terbaik dunia dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya. Saya yakin, suatu hari kelak, kami bukan

DINOBAT sebagai Pemain Terbaik Brazil di Eropah.

sahaja akan menjadi kelab terhebat yang mampu menyaingi mana-mana pasukan di England, malah di seluruh dunia termasuk Barca. “Saya sangat gembira berada di sini. Begitu juga dengan isteri dan anak saya. Mereka adalah antara sebab mengapa saya menandatangani kontrak baru bersama Liverpool,” katanya.


31

01 - 07 MAC 2017

Rossi resah, Lorenzo gelabah menjelang GP Qatar

Valentino Rossi

SEHINGGA akhir Februari, tiga daripada empat ujian pra-musim MotoGP sudah berakhir. Kesimpulannya teramat jelas – tiada tempat untuk Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo dalam saingan untuk menjuarai musim 2017. Sekurang-kurangnya, setakat ini. Itu firasat saya, Mr Mat Manjoi. Segala petunjuk setakat ini mengarah kepada saingan dua penunggang muda Sepanyol – juara bertahan Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda dan rakan baru Rossi di Movistar Yamaha dan pengganti Lorenzo, Maverick Vinales. Untuk ketiga-tiga sesi ujian pra-musim, carta masa terpantas telah diungguli oleh Vinales dengan diekori rapat oleh Marquez. Paling akhir adalah di Litar Phillip Island. Vinales di tempat pertama dan Marquez di tempat kedua dalam jadual untuk catatan masa terkumpul untuk keseluruhan tiga hari di litar terkemuka Australia itu. Rossi dan Lorenzo tersasar dalam kelompok bawah dengan ‘The Doctor’ di tempat ke 12 dengan catatan masa terbaik 1 minit 29.470 saat dan 0.921saat lebih lambat daripada Vinales. Manakala, Lorenzo pula, di tempat kelapan dalam carta catatan masa dengan 1 minit 29.342 saat dan 0.793 saat di belakang rakan senegaranya itu. Walaupun mengakui Vinales amat pantas, Rossi, bagaimanapun, tidak meletakkan Vinales sebagai pilihan utama untuk kejuaraan musim 2017 ini. Seba-

liknya, dia memilih Marquez – pelumba yang beliau tuduh dua tahun lepas sengaja membantu Lorenzo untuk memenangi kejuaraan dunia kerana nepotisma kenegaraan sekali gus memutuskan hubungan dengan penunggang muda Sepanyol itu. Walaupun tidak menyerlah seperti yang diharapkan pada sesi-sesi ujian ini, Rossi, yang meraikan hari jadi ke 38 di Phillip Island, bagaimanapun, tetap tidak menolak kemungkinan bahawa beliau tetap mampu memberi cabaran. Masih banyak masa untuk membaiki prestasi dan meningkatkan keupayan jentera Yamaha M1nya itu. Itu kepercayaan Rossi. Mengulas mengenai prestasi Vinales dan Marquez, pelumba lagenda Itali (dan juga idola Mr Mat Manjoi) itu berkata bahawa rakan sepasukannya itu memang pantas; tetapi lebih kepada untuk catatan masa bagi satu lap. Marquez, yang akan mengejar kejuaraan dunianya yang keenam musim ini, pula adalah lebih konsisten untuk kelajuaan perlumbaan secara keseluruhan berdasarkan kedua-dua sesi ujian di Phillip Island dan di Litar Antarabangsa Sepang. Sekali gus, Marquez akan lebih hebat pada perlumbaan sebenar. Rossi, yang mengejar kejuaraan dunia ke 10 buat dirinya sejak kejayaan pada 2009, mengakui bahawa adalah satu cabaran besar untuk beliau mengalahkan Vinales pada musim ini berdasarkan prestasi mereka sekarang. Tetapi, Rossi tetap Rossi dan tetap berkeyakinan tinggi bahawa beliau masih mampu bersaing

dengan Vinales ataupun mana-mana pelumba lain di litar perlumbaan nanti. Kata Rossi, senario ini adalah tidak berbeza dengan musim lepas ketika beliau bersaing dengan Lorenzo ketika penunggang Sepanyol itu menjadi rakan sepasukannya. Lorenzo adalah lebih pantas; tetapi menamatkan saingan musim lepas di tempat keempat keseluruhan di belakang Rossi, yang menduduki tempat kedua. Tegas Rossi, apa yang lebih penting adalah untuk beliau dan pasukannya untuk terus bekerja keras dan menyiapkan jentera YZR-M1 sebelum saingan musim 2017 bermula di Losail, Qatar, yang akan turut menjadi gelanggang terakhir untuk sesi ujian pra-musim tahun ini pada awal Mac. Kedudukan Lorenzo sebenarnya adalah lebih buruk daripada Rossi. Di Phillip Island, Lorenzo nyata menghadapi kesukaran untuk me­ ngendalikan jentera Desmosedici GP17 sekali gus mengembalikan kenangan dua musim malap Rossi bersama Ducati. Selepas publisiti meluas meninggalkan Fiat Yamaha Team untuk menyertai Ducati pada 2011, prestasi Rossi menjunam dalam dua musim beliau bersama Ducati. Daripada 35 perlumbaan beliau bersama Ducati, catatan terbaik adalah kemenangan podium, yang dicatat sebanyak tiga kali – satu pada musim pertama dan dua kemenangan podium pada musim berikutnya pada 2012. Justeru itu, adalah ti­dak menghairan­ kan untuk melihat pelumba lagenda Itali itu untuk beralih kepada pasukan Yamaha Factory Racing.

Mengulas prestasi beliau di Phillip Island, Lorenzo melahirkan rasa kehairanan apabila membandingkan catatan masa beliau dengan pelumba pasukan satelit Aspar MotoGP Team, Alvaro Bautista, yang mencatat masa kedua terpantas pada hari kedua latihan walaupun menggunakan jentera lama Ducati GP16, yang digunakan musim lepas. “Something isn’t right (Ada sesuatu yang tidak betul),” begitu ulasan beliau selepas ketinggalan kepada Bautista pada hari kedua ujian di Phillip Island. Walaupun berjaya membaiki keadaan pada hari terakhir di Phillip Island, Lorenzo tetap berada jauh daripada para pencabar utama, Vinales dan Marquez. Sentiasa cukup bersikap positif apabila berhadapan dengan media, Lorenzo, dalam mengakui pelbagai kekurangan dan kesulitan dalam mengendalikan jentera Ducati, berkata sekurang-kurangnya beliau dan pasukannya terus meningkat dan semakin baik persembahannya. Memang The Mallorcan ini tidak pernah mahu kurang. Namun, persoalannya, adakah ia mencukupi dengan saingan pembukaan musim 2017 akan bermula dalam masa beberapa hari saja lagi di Qatar. Sama-sama kita tunggu. Teman memang tidak sabor tunggu mereka berlumba ni. MMM: Apa pun, Teman tetap sokong Rossi. Emel: mrmatmanjoi@gmail.com

Jorge Lorenzo

SESI UJIAN PRA MUSIM 2 – PHILLIP ISLAND, AUSTRALIA CATATAN MASA TERBAIK KESELURUHAN 1. Maverick Viñales Movistar Yamaha MotoGP (YZR-M1) - 1m 28.549s 2. Marc Marquez Repsol Honda Team (RC213V) - 1m 28.843s 3. Dani Pedrosa Repsol Honda Team (RC213V) - 1m 29.033s 4.Jonas Folger Monster Yamaha Tech 3 (YZR-M1) - 1m 29.042s 5. Cal Crutchlow LCR Honda (RC213V) - 1m 29.101s 6. Alex Rins Team Suzuki Ecstar (GSX-RR) - 1m 29.103s 7. Andrea Dovizioso Ducati Team (Desmosedici GP17) 1m 29.248s 8. Jorge Lorenzo Ducati Team (Desmosedici GP17) 1m 29.342s 9. Jack Miller Estrella Galicia 0,0 Marc VDS (RC213V) - 1m 29.358s 10. Aleix Espargaro Factory Aprilia Gresini (RS-GP) - 1m 29.361s 11. Alvaro Bautista Aspar MotoGP (Desmosedici GP16) - 1m 29.411s 12. Valentino Rossi Movistar Yamaha MotoGP (YZR-M1) - 1m 29.470s 13. Andrea Iannone Team Suzuki Ecstar (GSX-RR) - 1m 29.547s 14. Danilo Petrucci Octo Pramac Racing (Desmosedici GP17) - 1m 29.615s 15. Johann Zarco Monster Yamaha Tech 3 (YZR-M1) - 1m 29.670s 16. Hector Barbera Avintia Racing (Desmosedici GP16) - 1m 29.791s 17. Pol Espargaro Red Bull KTM Factory Racing (RC16) - 1m 29.857s 18. Loris Baz Avintia Racing (Desmosedici GP15) - 1m 29.977s 19. Bradley Smith Red Bull KTM Factory Racing (RC16) - 1m 29.978s 20. Scott Redding Octo Pramac Racing (Desmosedici GP16) - 1m 30.005s


32

01 - 07 MAC 2017

30

Keluaran 1 - 7 MAC 2017

Weigang mangsa pemain

Rossi resah

COUNTINHO TAK MINAT KE BARCA RUDI IRFAN

BINTANG Liverpool, Phillipe Coutinho tidak berminat menyertai gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona sebaliknya mahu kekal bersama The Reds. Malah, sebagai membuktikan kese­ tiaannya kepada kelab berkenaan, pe­ main Brazil itu sudah menandatangani kontrak baru bernilai 200,000 pound

Hulk Hogan Kembali HANYA tinggal beberapa minggu WrestleMania 33 akan berlangsung, WWE belum membuat keputusan ahli gusti jemputan yang akan membuat persembahan. Namun, khabar angin bertiup kencang bahawa ikon dunia gusti, Hulk Hogan akan kembali menggegar gelanggang. Hogan yang ditamatkan kontrak oleh WWE pada 2015 ekoran kenyataannya yang berbau rasis dijangka akan menjadi tarikan utama WrestleMania kali ini walaupun tidak dinafikan kehadirannya akan turut mencetuskan kontroversi. Reputasi Hogan sebagai ikon gusti tercalar selepas video yang memaparkan kenyataannya yang bersifat perkauman tersebar. Ia mencetuskan kemarahan peminat sehingga memaksa WWE mengambil tindakan tegas menyingkirkan ahli gusti itu. Sejak itu, setiap kali menjelang pertandingan hebat, khabar angin tercetus bahawa Hogan akan kembali namun tidak menjadi kenyataan. Begitu pun, beberapa petanda terkini menunjukkan harapan peminat Hogan untuk melihat idola mereka kembali beraksi mungkin menjadi kenyataan di WrestleMania 33. Walaupun tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan WWE namun tindakan mereka memuat naik semula video perlawanan Hogan menentang Triple H di Battle Royale on

31

HOGAN bakal kembali menggegar

SmackDown 2002 dilihat sebagai petanda WWE akan mengundangnya. Malah, dalam satu temu bual dengan orang kuat WWE, Vince McMahon, nama Hulkster ada disebut yang membayangkan akan berlaku kejutan. Walau pun era kegemilangan sudah berlalu, namun Hogan masih mempunyai bilangan pengikut yang ramai terutama mereka yang membesar dengan aksinya. Malah, ramai yang menganggap kehadiran Hogan bakal menjadi penyelamat WrestleMania yang dilihat semakin suram selepas era penggusti itu bersama rakan-rakannya seperti Andre the Giant, The Ultimate Warrior dan Ric Flair.

sterling (RM1.1 juta) seminggu. Kontrak baru itu, mengikat Coutinho bersama Li­ verpool sehingga tahun 2022. “Dengan menandatangani kontrak baru bersama Liverpool, impian saya adalah menjadi pemain lagenda kelab ini sebagaimana Kenny Dalglish, Ian Rush, Alan Hansen, Graeme Souness dan Ste­ ven Gerrard.

30

FAYYAD PERMATA BARU TIDAK ramai yang menggenali nama Hadi Fayyad Abdul Razak namun penyerang Johor Darul Ta’zim 2 (JDT 2) adalah antara pemain muda yang menjadi prospek masa depan bola sepak Malaysia. Tinggi dan tegap, pemain berusia 17 tahun ini memiliki pakej sebagai seorang penyerang malah tidak keterlaluan jika dikatakan bakal menjadi bintang baru bola sepak negara. Jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt perlu membuka mata ke atas kemampuan penyerang ini bagi mengatasi ketumpulan barisan serangan skuad Bawah 23 tahun negara yang beliau hadapai sekarang. Fayyad berasal dari Perak dan pernah mewakili skuad Bawah 11 dan 12 negeri tersebut sebelum menyertai Sekolah Sukan Gambang, Pahang. Dia kemudian menyertai Akademi Frenz United. Dia juga mempunyai pengalaman di peringkat antara-

bangsa apabila mewakili skuad negara ke kejohanan Remaja Asean di Thailand dan pertandingan kelayakan Bawah 14 Tahun AFC. Peluang menyertai pasukan JDT2 dilihat pendedahan terbaik untuk Fayyad sebelum dia didedahkan dengan pertandingan lebih mencabar dalam Liga Super. Tidak mustahil dia akan diserapkan ke dalam pasukan JDT 1 pada masa akan datang.

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.