WARTA edisi #10

Page 1

PE RC UM A

ISU 10

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

16

Gambar percutian anda lebih menarik? Share dengan pembaca WARTA dan menangi iPhone 7

Keluaran 29 MAC - 4 APRIL 2017

26

21 18

Hati seorang bilioner

24

Lego ciptaan tukang kayu

Hobi pelik artis Hollywood

Rahsia tudung Erra

Pesanan legenda bola sepak, kembalikan 'Harimau Malaya'

TMJ MESTI LEBIH BERANI KUALA LUMPUR - Untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memiliki tokoh yang boleh membimbing ketua jurulatih negara, pengurusan yang cekap dan kewangan yang mencukupi selain melahirkan semula 'Mokhtar Dahari', 'Soh Chin Aun', 'Santokh Singh' dan 'R. Arumugam'. Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga disarankan melantik mereka yang benar-benar arif tentang bola sepak bukannya dipilih berdasarkan 'nama besar' untuk berganding bahu menjulang semula nama Malaysia di persada antarabangsa.

2

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

MAHU LIHAT SENDIRI RONALDO, MESSI, NEYMAR BERAKSI? JOM KITA KE SEPANYOL BERSAMA TOURISM MALAYSIA, MAKLUMAT LANJUT DI WARTA & CAPITAL TV TUNGGU 1 APRIL 2017


2

29 MAC - 4 APRIL 2017

PFAM yakin kemampuan TMJ

PRESIDEN Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar (gambar) yakin dengan ketokohan dan kemampuan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menyinarkan kembali mutu sukan bola sepak Malaysia. Kata Hairuddin, TMJ telah terbukti berjaya mengangkat nama bola sepak negeri Johor. Menang hingga ke peringkat kelab Asia. Ini satu perubahan yang tidak boleh dipandang sinis. "Ini yang sebenarnya mesti dilakukan, buat kerja dan naikkan mutu sukan bola sepak, kita tidak mahu mereka yang

hanya mampu bercakap tetapi gagal bertindak apabila diberi kepercayaan melaksanakan tanggungjawab," tegas Hairuddin. Sementara itu rakyat Johor dilaporkan bagaikan berpesta menyambut pelantikan TMJ selaku Presiden FAM yang baharu dan rata-rata mereka merakamkan ucapan tahniah kepada TMJ melalui laman sosial terutamanya. Sebuah portal yang aktif melaporkan perkembangan pasukan JDT menyatakan mereka tidak sabar untuk bersama rakyat Malaysia untuk melihat 'sentuhan' TMJ untuk menjulang nama Malaysia dan mengulangi sejarah gemilangnya sukan yang paling digemari rakyat negara ini. Sebelum keluarga diraja Johor menaiki kerusi panas selaku Presiden FAM, Sultan Pahang, Tunku Ahmad Shah pernah menjawat jawatan Presiden FAM sebelum diganti anaknda baginda, Tunku Mahkota Pahang. Namun ada rumusan yang dibuat penganalisa sukan bahawa kejayaan JDT lebih terdorong kepada pelaburan besar pasukan mereka membawa masuk pemain pilihan terbaik menyarung jersi JDT. "Untuk team Malaysia tidak ada istilah import pemain, jadi satu formula lain harus dikenal pasti untuk mencapai hasrat membina pasukan terbaik negara," kata penganalisa itu.

Apa kata Bakri Ibni

BEKAS pemain negara yang masih aktif sebagai jurulatih, Bakri Ibni berkata, negara tidak perlu risau untuk melahirkan pemain berbakat kerana ia adalah kurniaan yang telah dianugerahkan kepada individu tetapi mesti bijak mencari di mana pemain ini berada. Sambungnya, FAM juga boleh mencari mana-mana jurulatih yang difikirkan sesuai dan layak, tetapi apa yang tidak berlaku sebelum ini adalah individu yang boleh memberi teguran sikap jurulatih pasukan kebangsaan. "Jika ini tidak boleh dibuat, maka tak ke mana, memang tugas jurulatih untuk melatih, tetapi mesti ada orang yang ada kuasa dan mampu menegur kesilapan jurulatih," tegasnya. Katanya lagi, pemain tidak boleh dipersalahkan 100 peratus, begitu juga dengan pengurusan, tetapi jurulatih dan orang yang boleh menegur jurulatih mesti diletakkan tanggungjawab yang besar jika mutu bola sepak negara masih tidak berubah wajah. Bakri berkata agak mustahil kerana di era 70-an dan 80-an mutu bola sepak negara begitu kuat tetapi semakin menurun selepas itu. "Dulu kita layak ke Piala Asia, Piala Olimpik, pemain bukan kayakaya, duit pun tidak banyak, bukan di tahap profesional pun, berbeza selepas kita angkat martabat pemain negeri menjadi tahap profesional, pasukan negara menjadi semakin lemah. Lawan Hongkong pun kalah, dulu Korea Selatan, Jepun pasukan belasah kita dalam Pesta Bola Merdeka, jadi profesional kita pula kena belasah. "Saya tidak kecilkan sesiapa, tetapi jika itu keadaannya mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan kemajuan yang kita anggap maju itu," tegas Bakri lagi.

Apa kata Datuk Shukor Salleh

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak Pulau Pinang dan negara, Datuk Shukor Salleh menganggap sudah tiba masanya FAM berwajah lebih garang dan mempunyai fokus utama iaitu muncul semula sebagai 'Harimau Malaya'. Mengimbau kenangan ketika menyarung jersi kebangsaan seangkatan dengan Datuk Mokhtar Dahari dia berkata,"TMJ perlu tegas dan jangan hanya melihat 'nama besar' sahaja untuk diserapkan memimpin badan itu. "Memang kita mahu FAM dibarisi mereka yang hebat, tetapi biar benar-benar hebat, jangan hanya hebat pada nama, biar yang boleh bekerja, fokus kita nak ada pasukan yang kuat, yang lainlain biar pihak lain fikir, FAM tempat fikir bola sepak," katanya. Shukor berkata, di zaman kegemilangannya, dia dan rakan sepasukan hanya fikir untuk harumkan nama negara, mereka tak pernah fikirkan imbuhan, jersi pun katanya tidak banyak, waktu main mereka hanya fikir untuk menang.

Komen Hassan Sani

Rakyat Malaysia sudah lama mengharap Harimau Malaysia akan berupaya untuk mengulangi kegemilangan Skuad Olimpik Moscow 1980.

Insurans untuk 6.5 juta pekerja swasta KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk kira-kira 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, satu undang-undang baharu sedang digubal dan akan dibentangkan di Parlimen pada Jun. Menurut Najib, undang-undang itu dijangka akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2018 manakala bayaran faedah perlindungan dibuat mulai 1 Jan 2019. "Pelaksanaan SIP akan dibiayai melalui caruman daripada pekerja dan majikan. Dana SIP akan diuruskan oleh Pertububan Keselamatan Sosial (Perkeso)," katanya. Menurut Perdana Menteri lagi, pelaksanaan inisiatif SIP adalah dasar jangka panjang yang akan memberi impak positif kepada golongan pekerja dan majikan.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain bola sepak negara dari Sabah, Hassan Sani yakin TMJ mempunyai kekuatan tersendiri untuk memulihkan status pasukan negara. Katanya, jika sebelum ini TMJ kerap mengkritik FAM, tentunya baginda sudah ada maklumat dan mengetahui di mana terdapatnya kelemahan FAM dan mungkin boleh diatasi dalam waktu yang singkat. "Kita harap selepas ini bukan lagi tempoh untuk siapa menyalahkan siapa, sudah lama kita ingin lihat pasukan negara maju ke hadapan, semua yang akan berada dalam FAM mesti memberikan kerjasama dan khidmat yang baik. "Pemilihan pemain mesti seimbang dan ada kualiti, zaman sekarang sudah moden dan maju, kelengkapan serba lengkap, pemain mesti lebih baik tahap persediaan berbanding kami dahulu," kata Hassan yang juga pemain negara di era 80-an. "Saya setuju jika TMJ mampu bersuara dan menegur coach national team, sebab TMJ selaku Presiden FAM boleh tegur dan arah seperti yang difikirkan baik untuk pasukan, masalah yang saya lihat berlaku di mana-mana, ada jurulatih yang anggap dia tak boleh ditegur dan semua mesti ikut arahan dia, itu anggapan yang salah," katanya


3

29 MAC - 4 APRIL 2017

'Selamat datang Alibaba'

Jack Ma

KUALA LUMPUR – Alipay, platform pembayaran tanpa tunai mudah alih No.1 di China dengan 450 juta pengguna, akan masuk ke negara ini tidak lama lagi. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma yakin Alipay akan mendapat tempat dalam kalangan rakyat negara ini yang semakin selesa dengan urusniaga tanpa tunai` “Rakyat Malaysia perlu jadi masyarakat tanpa tunai untuk menjalani kehidupan dengan lebih mudah, telus dan cekap,” katanya. Maybank dan CIMB, minggu lalu menandatangani perjanjian kerjasama dengan Ant Financial Services Group dari China untuk membolehkan Alipay diperkenalkan di negara ini. Alibaba memperkenalkan Alipay di Negara Tembok Besar pada 2004 dan sejak itu, menguasai hampir separuh pasaran pembayaran dalam talian di negara berkenaan. Sejak 2014, Alipay muncul sebagai platform pembayaran mudah alih terbesar dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Alibaba baru-baru ini melancarkan hab pengedaran serantau mereka di negara ini bagi menampung perniagaan mereka yang semakin berkembang pesat di Asia Tenggara. Mengikut cadangan, hab itu berlokasi di KLIA Aeropolis, berhampiran KLIA di Sepang. Ketika kunjungannya ke China pada Nov tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ma sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia yang berperanan membantu pelaksanaan pembangunan e-ekonomi negara. Menurut pemerhati, Malaysia kini dilihat sebagai hab baru muncul bagi perniagaan digital di rantau sebelah ini, yang berpotensi untuk mengambil alih sebahagian peranan Singapura. “Malaysia mungkin tidak dapat untuk ambil semua perniagaan di Singapura tetapi ia adalah satu pilihan yang baik,” kata sumber. Jika cadangan itu direalisasikan, ini adalah pelaburan pertama Alibaba di Malaysia. Syarikat itu baru setahun lalu melabur AS$1 bilion (RM4.42 bilion) untuk mengawal platform e-dagang, Lazada yang berpangkalan di Singapura. Lazada adalah platform beli-belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara. Alibaba juga telah meningkatkan pegangannya dalam Singapore Post daripasa 10.2 peratus (yang diperolehi pada 2014) kepada 14.4 peratus, dan telah membeli 20 peratus pegangan dalam servis e-pembayaran Thailand, Ascend Wang.

Kedudukan KL perlu diperbaiki KUALA LUMPUR - Meskipun Kuala Lumpur dinamakan sebagai bandar raya kedua terbaik di Asia Tenggara untuk kehidupan yang berkualiti, masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi keselesaan warga Ibu Kota. Seorang penganalisis perbandaran berkata matlamat itu memerlukan kerjasama semua pihak, bukan DBKL atau kerajaan semata-mata. “Setiap anggota masyarakat ber­ peranan untuk menjadikan sesuatu kawasan sebagai kediaman yang selesa, selamat dan mendamaikan. Jangan serah kepada sesuatu pihak tertentu seolah-olah kita sendiri tidak ada tanggungjawab,” katanya. Selain Kuala Lumpur, Johor Bahru berada di kedudukan kedua terbaik Asia Tenggara dalam senarai Ranking Kualiti Hidup ke 19 Bagi Tahun 2017. Senarai itu dikeluarkan firma perunding United Kingdom, Mercer. Mendahului senarai di Asia Tenggara ialah Singapura, yang berada di kedudukan 25 dunia manakala di peringkat dunia, Kuala Lumpur berada di tempat ke 86. JB pula di tempat 103. Kedudukan kota-kota lain di Asia Tenggara, Bangkok keempat Asia Tenggara dan 131 di peringkat global, Manila kelima Asia Tenggara dan 135 dunia. Jakarta pula keenam Asia Tenggara dan 143 dunia. Kota-kota utama Asia yang lain termasuk Hong Kong (kedudukan ke 71 di peringkat global), Seoul (76), Taipei (85), Shanghai (102) dan Beijing (119). Lima bandar di Jepun mendahului

kedudukan bagi Asia Timur. Ini termasuk Tokyo (kedudukan ke-47 di peringkat global), Kobe (50), Yokohama (51), Osaka (60), dan Nagoya (63). Kajian tahunan oleh firma perunding Mercer, yang digunakan oleh syarikat-syarikat multinasional untuk mencipta pakej ekspatriat, melihat kepada 10 kategori termasuk keadaan politik dan sosial, keadaan ekonomi, keadaan semula jadi, perumahan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. 3 bandar-bandar terbaik di peringkat global bagi tahun 2017 adalah 1. Vienna, Austria 2. Zurich, Switzerland 3 Auckland, New Zealand Manakala 3 yang tercorot dalam senarai adalah 229. Sana’a, Republik Yaman 230, Bangui, Republik Afrika Tengah 231. Baghdad, Iraq.

Provokasi Korea Utara gagal

Kim Jong-un bersama pimpinan tertinggi tentera Korea Utara meninjau persiapan pelancaran peluru berpandu mereka baru-baru ini.

SEOUL – Tindakan Korea Utara menakutkan jiran-jirannya ter­ utama Korea Selatan ter­ nyata gagal apabila peluru ber­ pandu yang dilancarkan dari Kalma, pantai timur ne­gara itu meletup hanya beberapa saat selepas ia ditembak ke udara, minggu lalu. “Kami menyedari tin­ dak­ an provokasi mereka,

tetapi ia gagal. Peluru itu me­­­le­tup selepas beberapa sa­ at dilancarkan,” kata Ke­ menterian Pertahanan Ko­ rea Selatan dalam satu ke­nyataan. Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying pula dalam taklimat kepada media pada Rabu menggesa semua pihak di Semenanjung Korea, terutama Korea Selatan

dan Amerika Syarikat (AS) untuk ‘menahan diri’. “Keadaan semasa di Se­me­ nanjung Korea adalah sangat tegang. Semua orang dengan ‘pedang terhunus’,” katanya. Apa yang dimaksudkan oleh Hua mengenai ‘semua pihak perlu menahan diri’ adalah berkaitan dengan la­tih­ an ketenteraan tahunan ‘Foal

Eagle’ yang sedang dijalankan bersama oleh Korea Selatan dan AS bermula 1 Mac hingga 30 April. Hua mengulangi gesaan China supaya latihan itu dihentikan bagi mendorong Korea Utara menghentikan program nuklearnya. Tindakan Korea Utara me­ lancarkan peluru berpandu itu menyusul empat hari selepas negara itu mengumumkan akan menguji enjin roket dengan teknologi terkini yang disifatkan sebagai ‘lompatan besar’ dalam program peluru berpandu mereka. Pegawai pertahanan AS memberitahu CNN, enjin yang dihasilkan oleh Korea Utara berkeupayaan untuk melancarkan peluru berpandu balistik antara benua. Negara komunis itu baru-baru ini menghadapi kon­ flik diplomatik dengan Malaysia susulan insiden pem­ bunuhan Kim Jong-nam, abang pemerintah utama mereka, Kim Jong-un di sebuah lapangan terbang di Kuala Lumpur pada 13 Feb lalu.

Robert Kelly, professor sains politik di Universiti Ke­ bangsaan Pusan, Korea Se­lat­an memberitahu CNN, pelancaran peluru berpandu itu adalah ‘isyarat’ Korea Utara kepada jiran selatannya. “Korea Utara bertindak balas (terhadap latihan ke­ tenteraan Korea Selatan –AS) hampir setiap tahun. Ujian peluru berpandu adalah cara terbaik untuk hantar isyarat,” tegasnya. Sementara Hua pula ber­ kata, hanya dengan cara yang be­ tul, adil dan munasabah untuk kedua-dua belah pihak, apa yang berlaku dapat di­henti­ kan. “Seperti kata pepatah, orang yang mengikat lo­ceng di tengkuk harimau, biarlah dia sering yang me­nanggalkannya,” kata Hua, me­ ngingatkan bahawa masalah itu hanya boleh diselesaikan oleh mereka yang berkenaan. Pada 6 Mac lalu, Korea Utara melepaskan empat pe­ luru berpandu balistik yang jatuh di kawasan perairan Je­pun, sekali gus mencetuskan bantahan negara itu.


4

29 MAC - 4 APRIL 2017

BERITA

Kerajaan jadi mangsa fitnah DAMANSARA PERDANA – Ke­­­rajaan tidak pernah me­­­ ngeluarkan sebarang ara­ h­ an pembekuan cuti ke­ pa­ da kakitangan awam se­ bagai langkah persediaan un­ tuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) se­ba­gai­ mana yang disebarkan me­ nerusi media sosial. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata apa yang ditularkan itu sematamata fitnah yang dimanipulasi daripada pekeliling dalaman jabatan itu. “Saya memang ada me­ nge­ luarkan pekeliling tetapi pekeliling itu untuk edaran dalaman Jabatan Penerangan semata-mata. Memang jadi ke­ biasaan dalam jabatan ka­ mi, setiap kali menjelang ber­akhirnya tempoh peng­gal Parlimen, pekeliling se­ um­ pama itu dikeluarkan, yang bertujuan untuk kaki­ tangan jabatan mem­beri tum­puan ke­ pada gerak kerja meng­hadapi pilihan raya.

“Lagi pun, tahun ini di negara kita ada ba­ nyak acara be­ sar, per­ tabalan Yang di-Pertuan Agong, Sukan SEA, kem­­ pen Negaraku dan sebagainya. Ja­ di saya ke­ luar­ kan pe­ keliling itu untuk me­­ mudahkan pegawai kami mengatur pe­ran­­cangan ber­cuti me­ reka,” katanya dalam wa­ wan­cara edisi khas ran­cangan ‘Persoalannya’ yang bertema FitNet (Fitnah Internet) dan dihoskan Zawazi Mohd Yusof. Temu bual itu disiarkan saluran televisyen Capi­tal TV, minggu lalu. Menurut Ibra­ him, dalam tempoh se­ tahun untuk peng­ gal Parlimen ber­akhir pada 24 Jun 2018, pilihan raya boleh berlaku pada bila-bila masa. Se­ hubungan itu, muna­ sabah­ lah baginya untuk me­­ ngeluarkan pe­­keliling se­um­ pama itu bagi me­ mudahkan kaki­ta­ngan jabatannya me­­­ ngatur percutian mereka. “Tambahan pula sekarang, syarikat penerbangan tam­ bang murah AirAsia baru

sa­haja meng­umumkan har­ ga is­ ti­ mewa untuk tiga juta tempat duduk. Ini boleh membantu mereka untuk buat keputusan. Tidaklah nanti apabila me­ reka sudah beli tiket, tiba-tiba Parlimen di­ bubarkan, sedangkan tiket tambang murah kita tahu tak boleh ditukar tarikh. “Ini bukan bermakna kami sudah tahu bila tarikh pilihan raya, atau pasti bahawa pilihan raya akan dilangsungkan da­ lam masa terdekat,” katanya. Ibrahim berkata, fitnah seperti itu boleh menimbulkan masalah kepada orang ramai, misalnya kakitangan kerajaan selain Jabatan Penerangan yang tidak ada kena mengena dengan larangan bercuti itu. “Katakanlah mereka su­ dah beli tiket dan tempah bilik hotel, apabila dikatakan kononnya ada larangan bercuti dan mereka percaya, apa yang berlaku pada mereka? Sudah tentu kelam kabut jadinya,” katanya. Ditanya oleh Zawazi me­

Aviato juara Air Volution 2017 SEPANG – Warga Singapura yang meng­ gelarkan mereka sebagai kumpulan Aviato muncul pemenang AIR VOLUTION 2017, pertandingan innovasi hackathon kali pertama anjuran syarikat penerbangan tam­ bang murah terkenal, Air Asia. Aviato yang dianggotai Choo Yan Sheng , John Goh Choo Ern, Durwin Ho Hsu Tian, Albert Puah Beng Hong dan Kevin Kwa Leung Boon telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM25,000 serta 100,000 Air Asia ‘BIG Points’ dan lima keping tiket penerbangan dua hala ke serata destinasi Air Asia. Air Asia BIG adalah program khas buat pelanggan setia Air Asia yang mana para ahli akan mendapatkan ‘BIG Points’ dari penerbangan Air Asia, Tune Hotels dan Tune Talk. Dengan

menukarkan minima 500 ‘BIG Points’ selama promo Final Call Air Asia, para pelanggan boleh menikmati potongan harga yang ditawarkan. Ketua Pegawai Digital dan Data Air Asia, Nikunj Shanti mengatakan para peserta atau 'hacker' telah mem­ pamerkan sesuatu yang baik dan mempunyai idea kreatif ketika menyelesaikan permasalahan yang diberikan dalam pertandingan ini. Pertandingan yang memerlukan kreativiti berfikir spontan dan pantas ini disertai 20 dari beberapa buah negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, India, Sri Lanka, Hong Kong, Australia dan peserta tuan rumah. Sepanjang ‘hackathon’ berlangsung, para hacker telah dibantu oeh mentor dari berbagai bahagian. Pertandingan berlangsung baru-baru ini di Red Q, Klia2.

Kumpulan Abiato meraikan kemenangan mereka

ngenai kemungkinan surat itu dibocorkan oleh staf ja­ ba­ tannya sendiri, Ibrahim menyatakan pihaknya tidak semata-mata cenderung untuk melihat perkara itu dari sudut negatif. “Mungkin benar, ada kaki­­ tangan kami yang ba­ wa keluar surat itu tetapi tu­ju­annya mungkin bukan untuk memfitnah jabatan atau kerajaan. Boleh jadi dia hendak beritahu rakan atau keluarganya me­ nge­ nai pembekuan cuti te­ tapi ada pihak lain yang ambil kesempatan untuk me­ rosakkan imej dan reputasi jabatan kami dengan cara memfitnah dan mereka-reka

cerita yang tidak wujud,” katanya. Selain bercakap mengenai topik itu, Ibrahim menyentuh berbagai-bagai perkara yang berkaitan dengan bahaya fitnah, yang boleh merosakkan per­ paduan, maruah dan ke­majuan masyarakat serta ne­ gara jika gejala itu tidak di­ bendung secara bersungguh-sungguh. “Sedarlah, apa yang kita usahakan untuk bangsa ini, negara ini mengambil masa yang terlalu lama untuk men­ capai matlamatnya, se­dang­kan ia boleh dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja jika kita tidak berwaspada,”katanya menerusi temu bual yang berlangsung selama 45 minit.

QEM 2017, platform eksklusif usahawan PETALING JAYA - Selari dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan baharu dan menyatukan para usahawan di bawah satu bumbung, QUEST Promotion Sdn. Bhd. (QUEST) melangkah setapak lagi dengan menubuhkan Quest Entrepreneurs Mastery Club (QEMC). Ia adalah sebagai platform eksklusif menghimpunkan bakal usahawan dan usahawan sedia ada untuk berkongsi pendapat dan input terkini bertujuan meluaskan lagi pasaran perniagaan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif QUEST, Ivan Yap pihaknya berhasrat untuk sama-sama membantu dan berkongsi pengalaman agar lebih ramai usahawan berjaya dilahirkan untuk bersaing secara sihat merebut peluang ekonomi yang masih luas dan belum diterokai oleh pengusaha di negara ini. "Dengan pengalaman yang ada dan juga pelbagai program yang dirancang, saya yakin usaha ini dapat dibuat dan sememangnya ia mendapat sambutan yang baik disebabkan kami menyediakan program yang simple tetapi memberi impak yang baik kepada

mereka yang baru hendak berniaga dan mereka yang mahu luaskan perniagaan mereka," katanya. Sebagai contoh jelasnya, konvensyen tahunan iaitu QUEST Entrepreneurs Convention 2017 (QEM 2017) adalah satu program terancang yang khusus untuk memberikan input terbaik berkaitan dunia perniagaan terkini kepada para peserta yang kebanyakannya terdiri dari usahawan baru dan yang telah berjaya. ‘Disrupt or Be Disrupted’ dipilih sebagai tema konvensyen pada 17 Mac lalu yang diadakan di sebuah gedung perniagaan di Ara Damansara dekat sini memberi pendedahan berguna kepada peserta yang dikendalikan beberapa nama besar dalam dunia perniagaan tempatan. Karnival keusahawanan ini kata Ivan, lebih mengutamakan kepada proses pembelajaran ilmu perniagaan. Ia telah dibahagikan kepada enam bahagian dan antara topik hangat yang dibincangkan termasuklah cabaran dalam persaingan perniagaan, perniagaan secara dua hala vs online, faktor usahawan berjaya dan kepentingan faedah dalam perniagaan.


5

29 MAC - 4 APRIL 2017

Memahami konsep Negara Teknokratik Muhamad Mat Yakim

PROF. Ameenah Gurib-Fakim sangat cantik orangnya. Da­ lam usia pertengahan baya, kejelitaannya masih terserlah. Namun bukanlah kerana cantik­nya dia, Ameenah dil­an­ tik sebagai Presiden Mauritius pada 5 Jun 2015 dan masih me­megang kuasa hingga hari ini. Ameenah bukan ahli po­ litik. Dia seorang saintis yang dihormati.Kepakarannya da­ lam bidang bio, penghasilan ma­ kanan dan kosmetik dari­ pada tumbuhan. Tidak pernah terfikir oleh Ameenah yang dia akan terjun ke dalam kancah politik, apa lagi menduduki posisi tertinggi sebagai ketua negara. Dalam satu temu bual, dia berkata: “Saya tidak me­ milih politik, tetapi politik yang memilih saya. Pada 4 Jun (2015), saya masih sibuk dengan kerja di makmal

tetapi pada 5 Jun, saya angkat sumpah sebagai Presiden.” Mengapa dan bagaimana Ameenah dipilih untuk berada di posisi itu? Sebabnya, dia mendapat peng­hormatan dan keper­caya­ an rakyat negaranya. Menerusi bidangnya, Ameenah banyak menyumbang ke­ pada masyarakat. Dia se­ orang ikon teknokrat bertaraf dunia. Kerana itu, apabila parti pe­merintah yang dipimpin Per­ dana Menteri Anerood Jugnauth memilih Ameenah untuk men­ duduki kerusi Presiden, pembangkang tanpa sebarang dakwa-dakwi, terus bersetuju. Ameenah yang langsung tidak ada latar belakang politik, wa­ nita pertama dilantik Presi­ den di Mauritius. Dan lebih menarik, dia seorang Muslim, mengetuai sebuah ne­ gara di mana penduduk Muslim hanya 20 peratus. Ameenah mendapat peng­ iktirafan bukan sahaja daripada pe­­me­rintah, malahan juga pem­ bangkang. Dia seorang tek­ nokrat yang diakui berjasa dan menyumbang kepada ma­­ syarakat, dan situasi ini me­ lahirkan rasa hormat dan penerimaan semua pihak ter­ hadapnya. Apa yang dilalui Ameenah

me­ nunjukkan rakyat boleh te­ rima seorang teknokrat untuk jadi ketua negara. Hal latar be­ lakangnya yang bukan politik, tidak diambil kira. Ini secara tidak langsung memberikan isyarat bahawa untuk diterima memerintah, tidak semestinya ahli politik. Sememangnya, dalam sains politik, ada disebut me­ nge­nai Negara Teknokratik yang memerihalkan sesebuah negara yang diperintah oleh sekumpulan teknokrat, bukan ahli politik. Lahirnya sesebuah Negara Teknokratik lazimnya berkait dengan beberapa sebab. Misal­ nya, apabila rakyat sudah muak dengan politiking yang keterlaluan oleh ahli politik hingga akhirnya mengelirukan mereka untuk memilih (dalam pilihan raya), yang mana satu­ kah kumpulan atau parti politik yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, gejala rasuah yang menghakis kepercayaan dan harapan terhadap ahli po­ litik juga memungkinkan untuk lahirnya Kerajaan Tekno­kratik dari­ pada kumpulan alter­ natif yang tiada rekod dan pengalaman politik, namun mem­ punyai keupayaan dan ke­pakaran yang komprehensif, mencakupi pelbagai bidang

yang diperlukan dalam pemerintahan. Kewujudan negara atau ke­ rajaan teknokratik sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu idea­listik. Malah sudah ada be­ be­ rapa negara di dunia yang diperintah sepenuhnya oleh go­ longan teknokrat, meng­gan­ti­kan ahli politik. Pada 2013, daripada 27 negara Kesatuan Eropah (EU), 24 kerajaan diketuai tek­­ nokrat, dengan hampir se­ paruh menjadikan Kerajaan Tekno­ kratik sebagai ‘Caretaker Governenment’. Dalam erti kata lain, Kerajaan Teknokratik dibentuk untuk me­ nyelesaikan krisis negara se­ men­tara menunggu pilihan raya berikutnya. Golongan teknokrat dipercayai untuk memegang tam­­puk pemerintahan negara dalam tempoh itu sekali gus me­ nyelesaikan krisis yang dihadapi. Salah sebuah negara yang memberi kepercayaan kepada kumpulan ini ialah Romania, negara yang diketahui dunia se­ bagai sebuah negara yang pernah hancur sepanjang tem­ poh pemerintahan diktator Nicolae Ceausescu pada 1965 hingga 1989 hingga men­ cetuskan revolusi rakyat untuk men­jatuhkannya. Pada 17 Nov 2015, sebuah Kerajaan Teknokratik di­pim­

pin Dacian Ciolos diluluskan oleh Parlimen Romania untuk memerintah dengan 389 undi menyokong dan 115 me­ nen­ tang. Perundingan untuk me­ lantik Ciolos sebagai Per­ dana Menteri bukan sahaja melibatkan parti politik tetapi juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mem­bawa suara rakyat non-parti­san. Bukan Ciolos sahaja, ang­ gota Kabinetnya juga tiada latar belakang politik tetapi mereka masing-masing adalah pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan de­ ngan kehidupan rakyat, dan diperlukan sebagai kom­ ponen pemerintahan. Selain Romania, Itali, Hungary dan Republik Czech, juga di Eropah mem­ beri kepercayaan kepada golongan teknokrat untuk meng­ uruskan negara. Dan negara-negara itu terus maju! Adakah kita di Malaysia juga sudah bersedia? Se­ tidak-tidaknya pilihlah pe­ mim­ pin yang benar-benar pakar dalam bidang masingmasing, bukan mereka yang tahu berpolitik semata-mata.

mmy

Ombak penjana Doodle P. Ramlee hiasi Google kuasa eletrik baharu KUALA LUMPUR – Malaysia ba­kal praktikkan satu lagi ino­ vasi menjana tenaga elektrik dari pukulan ombak laut pada 2019. Usaha ini dilaksanakan Uni­­versiti Malaysia Te­reng­ ganu (UMT) menerusi pro­jek­ nya dikenali 'Hydraulic Wave Energy Converter System (Sis­ tem Pengubah Tenaga Ombak Hidraulik) yang berperanan menyerap kuasa ombak sebelum diproses menjadi sumber tenaga elektrik. Projek berkenaan adalah idea tiga pelajar ijazah sarjana Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan UMT bersama pensyarah mereka, Prof. Dr. Mohd Zamri Ibrahim selaku ketua projek yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kini dalam fasa rekaan dan penambahbaikan. Inovasi itu menyerupai aplikasi penggunaan tenaga ber­ asaskan sumber cahaya suria (sistem solar) dan sumber angin (sistem kincir). Pelajar tersebut, Khairul Anwar berkata sistem itu akan ditempatkan di kawasan pantai berhampiran UMT, dan bersifat kalis air serta tahan lasak untuk menerima pukulan ombak. "Bila sistem ini menerima pukulan ombak setinggi tiga meter secara konsisten dalam tempoh satu jam, ia mampu menjana bekalan elektrik sehingga 40kW atau bersamaan penggunaan untuk empat buah rumah selama sebulan," katanya. Menurut Khairul Anwar, pada peringkat awal, tenaga yang dijana akan dibekalkan secara percuma kepada masyarakat di perkampungan nelayan di Kuala Terengganu.

KUALA LUMPUR - Enjin ca­ri­an popular Google me­­nampilkan ilustrasi doodle Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada paparan cariannya 22 Mac lalu sempena ulang tahun ke 88 tahun hari kelahiran seniman agung negara itu. P.Ramlee adalah tokoh ketiga diberi penghargaan istimewa oleh Google se­ lepas penulis skrip terkenal, Yasmin Ahmad (7 Jan 2014) dan lagenda bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari menghiasi 'wajah' carian berkenaan pada 13 Nov 2014. P.Ramlee dijelmakan se­ dang duduk di atas kerusi

pe­­ngarah filem sambil me­me­ gang skor muzik dan sebuah loud hailer. Pada kerusi itu juga tersandar gitar. Mengiyakan lagi 'jelmaan P.Ramlee' adalah doodle tersebut mengenakan sut berpetak dan berkumis. P. Ramlee atau Tan Sri Teuku Zakaria Teuku Nyak

Putih adalah seorang pengarah, pelakon, pe­la­­ wak, penulis lirik dan pe­ muzik prolifik yang telah menghasilkan 60 buah filem dan 250 buah lagu sepanjang hidupnya. Seniman itu telah me­ ninggal dunia pada 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat serangan jantung dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Google menghasilkan doodle hanya dalam tem­­poh tertentu untuk meraikan pencapaian sese­ orang individu, meraikan pe­ rayaan dan keraian popular.


6

29 MAC - 4 APRIL 2017

DUNIA MINGGU INI

SEOUL - Penduduk di Seoul meraikan keputusan Mahkamah Perlembagaan mengekalkan keputusan pemecatan Presiden Park Geun-hye. Pilihanraya untuk memilih Presiden baru akan diadakan dalam masa 60 hari

DOHA - Hafizh Syahrin yang mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia memecut di garis lurus sewaktu ujian masa Moto2 dan Moto3 di Litar Losail di Doha, Qatar.

SEOUL - Scarlett Johansson kelihatan anggun sewaktu acara Red Carpet untuk peminat di Korea sempena pelancaran filem ‘Ghost In The Shell’ di Lotte World Tower Mall, Seoul.

WASHINGTON, DC – Canselor Jerman, Angela Merkel membuat ucapan sewaktu sidang akhbar bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House, Washington DC.

SIERRA NEVADA -Semen Denshchikov dari Russia mendahului peluncur ski lain dalam pertandingan FIS Freestyle Ski & Snowboard World Championships 2017 di Sierra Nevada, Spain

LONDON - Anggota polis bergegas menuju ke Westminster Bridge setelah sebuah kereta 4WD merempuh pejalan kaki di Westminster Bridge dan pemandunya kemudian menikam seorang anggota polis dihadapan Parlimen.


7

29 MAC - 4 APRIL 2017

DFTZ pemangkin ekonomi digital RADZHA RAIEH

KUALA LUMPUR - Zon Per­da­ gangan Bebas Digital (DFTZ) dilancarkan oleh Per­dana Men­ teri, Datuk Seri Najib Razak untuk memacu per­kembangan sektor e-dagang Negara. Jutawan Internet dari China, Jack Ma yang juga Pengerusi Eksekutif Alibaba Group turut hadir dalam usaha pengukuhan kepada ekonomi domestik. DFTZ akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan per­ khidmatan digital dan per­ khidmatan dalam talian tam­ bahan bagi memudahkan inovasi berasaskan Internet dan e-dagang antarabangsa. Zon fizikal dan maya akan ber­ pusat di Klia Aeropolis yang akan menjadi pusat kargo udara dan logistik serta penerbangan, dengan fasa inisiatif ini bermula hujung tahun ini membabitkan syarikat Alibaba Group, Lazada dan POS Malaysia. Sementara komponen fi­ zi­ kal DFTZ memfokuskan pe­ nu­ buhan Hab Perkhidmatan Satelit, berpusat di Bandar Malaysia dan Bandar Internet KualaLumpur (KLIC) akan dibangunkan sebagai inisiatif pertama oleh syarikat Catha

Datuk Seri Najib Razak bersama Pengasas Alibaba, Jack Ma dalam majlis pelancaran DFTZ

Group. Pelaksanaan zon per­ ta­ ma seumpama itu di du­ nia, diumumkan oleh Najib sebelum ini dalam pem­ bentangan Bajet 2017. Pe­ nu­ buhan DFTZ, an­ ta­ ra inisiatif di bawah ge­lom­bang Industri 4.0, akan meng­ gabungkan zon fizi­kal dan maya dengan per­ khidmatan digital dan per­ khidmatan dalam talian tam­bahan bagi memudahkan inovasi berasaskan Internet dan e-dagang antarabangsa. Kerajaan juga sebelum ini mengisytiharkan 2017 sebagai

tahun ekonomi Internet Ma­ lay­ sia. Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Ke­ luaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sudah mencecah 17.8 peratus pada 2015 dan ham­ pir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk 2020. Menerusi Bajet 2017, sebanyak RM162 juta diperuntukkan bagi me­ lak­ sanakan pelbagai program se­ perti ekosistem e-dagang, 'Digital Maker Movement', serta pengenalan kategori lo­ kasi baharu sebagai Hab Digital Malaysia.

TNB diiktiraf antarabangsa KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) menduduki tempat ke-24 dalam senarai 50 jenama utiliti terkemuka global Brand Finance pada 2017. Kenaikan ketara sebanyak 33 peratus syarikat utiliti nasional itu daripada AS$1.187 bilion (RM5.25 bilion) pada 2016 kepada AS$1.583 bilion (RM7.01 bilion) amat membanggakan. Brand Finance yang berpangkalan di London dalam laporan tahunan terbarunya mengenai jenama utiliti paling berharga di dunia menyifatkan TNB sebagai jenama yang paling pesat berkembang dalam senarai Utiliti 50 itu. Peningkatan kedudukan TNB dalam senarai itu dicapai meskipun lebih separuh jenama dalam senarai tahun ini merosot dari segi nilai, termasuk tiga jenama utiliti terkemuka global Engie (Perancis), EDF (Perancis) dan Enel (Itali). Antara utiliti Asia lain yang disenaraikan dalam Brand Finance Utiliti 50 adalah KEPCO dari Korea Selatan yang menduduki tempat kelima, TEPCO dari Jepun (tempat ke-11), Chubu dari Jepun (tempat ke-18), Kogas dari Korea Selatan (tempat ke-19), Kansai dari Jepun (tempat ke-30) dan Tata Power dari India (tempat ke-47).

Lazada ungguli e-dagang KUALA LUMPUR - Lazada menyambut ulang tahunnya yang kelima dengan meng­ ung­guli industri e-dagang, juga bagi tahun kelima ber­ turut-turut. Ketua Pegawai Ek­se­kutif Lazada Ma­ lay­sia, Hans-Peter Res­sel (gambar) berkata me­­­­reka ber­­ usaha me­­nyediakan alat dan perkhidmatan yang di­­ perlukan oleh para usa­ hawan di Malaysia bagi mem­­ percepatkan per­tum­buh­an per­niagaan mereka. “Lima tahun pertama kami adalah untuk membina asas e-dagang. Manakala lima tahun berikutnya ke arah mem­perkasakan usahawan bagi memenuhi keperluan peng­guna Malaysia. “Memandangkan peng­gu­ na semakin sofistikated, ka­ mi berusaha mencipta pe­nga­ laman yang lebih me­ narik kepada pengguna sekali gus membantu usahawan lebih berjaya,” katanya. Sehingga Januari 2017, aktiviti e-dagang telah me­ nyumbang sebanyak 5.8 pe­ ratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan angka ini dijangka me­ ningkat sebanyak 24 peratus

setahun menjelang tahun 2022. Pertumbuhan akan di­pa­ cu oleh para pembeli ge­ne­ rasi yang seterusnya, juga dikenali se­ bagai Generasi Z, yang akan mewakili 40 peratus dari­ pada pengguna pada 2020. Kum­pulan pem­ beli yang muda dan canggih ini mahukan sistem e-dagang yang pantas, intuitif dan melibatkan pengguna. Peter menambah yang Lazada menjangkakan pe­la­ buran ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan lebih ramai usahawan. “Lebih ramai gen Z, ber­ makna akan lebih ramai men­­jadi usahawan dalam bi­ dang logistik, pemasaran digital, pem­bangunan tek­ni­ kal dan pe­nyelesaian Indus­ tri Kecil dan Sederhana (IKS),” katanya.

Potensi besar aeroangkasa LANGKAWI - Industri aero angkasa Malaysia dijangka meningkat sebanyak tujuh peratus tahun ini, didorong permintaan memberangsangkan terhadap pesawat dari negara Asia khususnya China dan India. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata segmen pembuatan aero yang juga bahagian utama dalam industri berkenaan di Malaysia, disasarkan menyumbang 55 peratus kepada nilai keseluruhan industri berkenaan, tahun ini. "Pendapatan industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) akan terus meningkat, khususnya dalam segmen enjin dan komponen dengan sasaran pendapatan sebanyak RM6 bilion. Pertumbuhan industri itu akan mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya. Mustapa berkata, banyak syarikat

automotif serta minyak dan gas sudah mula menceburi industri aero angkasa yang menunjukkan potensi pertumbuhan kukuh sektor itu, sekali gus menarik penggiat industri lain. Beliau berkata, 10 syarikat dengan potensi pelaburan kira-kira RM1 bilion, menyatakan minat mereka untuk melabur di Malaysia. Pada tahun lalu, sebanyak sembilan projek aero angkasa membabitkan pelaburan sebanyak RM1.6 bilion diluluskan iaitu RM673.9 juta disumbangkan oleh pelabur domestik manakala pelabur asing sebanyak RM889.4 juta. Pelaburan itu dijangka dapat menjana sejumlah 1,766 peluang pekerjaan. Selain itu, eksport industri aero angkasa Malaysia pada tahun lalu meningkat sebanyak 32.6 peratus kepada RM5.53 bilion dengan sebahagian besar disumbangkan oleh segmen aero angkasa dan komponen. Pengimportan pesawat, bahan mentah dan alat ganti pula berjumlah RM11.94 bilion, kebanyakannya didorong oleh pengembangan kapasiti dan penggantian di sektor penerbangan. - Bernama


8

29 MAC - 4 APRIL 2017

BISNES

LG mahu jadi No. 1 SEOUL - LG Electronics Inc. akan melancarkan per­ khid­ matan pembayaran mu­ dah alih sebagai usaha ber­ saing dengan peneraju telefon pintar Samsung Electronics Co. Ltd. dan Apple Inc. Aplikasi ini untuk kegunaan di Korea Selatan sahaja. LG berkata, mereka akan me­nawarkan perkhidmatan pembayaran, LG Pay menerusi telefon pintarnya G6 yang baru dipasarkan di Korea Selatan pada 10 Mac lalu. Pengguna perantinya bo­ leh membuat pembayaran menerusi mesin pengimbas kad kredit menggunakan telefon pintar yang dilengkapi isyarat magnetik yang ham­ pir sama seperti sistem pem­ bayaran Samsung yang di­ lancarkan sejak Ogos 2015. Samsung dan Apple su­ dah melaksanakan sistem pem­ bayaran terbabit di 10

pasaran. Kedua-dua gergasi elektronik itu menggunakan sistem itu sebagai kelebihan untuk bersaing dalam pasaran telefon pintar yang semakin tepu ketika ini. Apple mengenakan caj bagi setiap pembayaran yang dibuat menerusi sistem itu,

manakala Samsung tidak mengenakan sebarang caj. LG enggan mengulas lanjut pe­ rincian perkhidmatan pem­ bayaran itu sama ada akan mem­perluaskan per­khid­mat­an itu ke negara lain, me­nyokong peranti lain atau menjana pendapatan dari­padanya.

Shazalli ganti Zamzamzairani KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) melantik Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, sebagai Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, berkuatkuasa 1 Mei 2017. Dalam satu kenyataan, TM berkata Shazalli menggantikan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa yang bersara sebagai CEO Kumpulan pada 20 April. Shazalli kini berkhidmat sebagai CEO Serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat (EVP) Axiata Group Bhd. TM turut melantik Pengarah

Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), Datuk Bazlan Osman, sebagai Pe­ngarah Eksekutif/Timbalan CEO baharu kum­ pulan mulai 1 April. Pengawal Kewangan sedia ada, Nor Fadhilah Mohd Ali dilantik menjalankan tugas GCFO, berkuat kuasa 1 April, sehingga jawatan itu diisi. TM yakin menerusi era kepimpinan baharu itu serta gabungan kukuh ke­ pakaran industri, pemasaran, ke­ wangan dan operasi, akan me­ne­rus­ kan momentum padu TM sebagai juara per­tumpuan Malaysia.

Airbus pertama hujung 2017

LANGKAWI Malaysia Air­ lines Berhad (Malaysia Airlines) akan menerima pe­ sawat Airbus A350-900 pertamanya akhir tahun ini. Pesawat itu adalah satu dari­ pada enam pesawat yang dijadualkan diterima Malaysia Airlines menerusi pajakan daripada Air Lease Corporation. Ketua Pegawai Operasi­ nya, Kapten Izham Ismail, berkata, Malaysia Airlines menjalin kerjasama dengan Pusat Latihan Airbus (AATC) di Singapura untuk me­ nyediakan latihan A350 XWB

kepada kru penerbangan syarikat susulan penerimaan pesawat baharu itu. "AATC menawarkan rang­­ kaian penuh kursus dan kemudahan,termasuk si­mu­ lator penerbangan pe­ nuh, membolehkan pihak­nya melatih kru untuk pe­ sawat baharu ini. Ini akan menjadi penyelesaian yang ce­kap dan efektif bagi kami," katanya. AATC di Singapura ada­ lah sebahagian daripada rang­ kaian pusat latihan pe­ nerbangan Airbus selain di Toulouse, Miami dan Beijing di China.

Rezeki daripada resit harian anda

DALAM kehidupan seharian, boleh dikatakan hampir setiap hari kita berbelanja. Pada masa kini, pelbagai jenama menyediakan kad kesetiaan yang menawarkan diskaun serta mata ganjaran kepada pelanggan. Namun, sesetengah kad kesetiaan mempunyai had penggunaan seperti tarikh luput dan membebankan dompet pengguna.

Manis adalah aplikasi telefon mudah-alih yang memberikan mata ganjaran kepada pengguna dengan hanya mengambil gambar resit perbelanjaan. Kini, aplikasi Manis telah mencecah lebih daripada 1 juta muatturun. Pengguna boleh memuat-turun aplikasi Manis secara percuma di App Store (iPhone/iPad) atau Google Play

(Android). Pengguna akan dapat mengetahui cara pendaftaran serta penggunaan Manis sebaik sahaja aplikasi dilancarkan. Pengguna akan mendapat 1 mata ganjaran untuk setiap ringgit yang telah dibelanjakan. Mereka juga boleh mendapat mata ganjaran berganda daripada jenama-jenama yang terpilih oleh Manis. Mata ganjaran yang terkumpul boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran yang terdapat di aplikasi Manis seperti baucar membeli-belah, baucar makanan, kad tambah nilai, tiket wayang dan banyak lagi. ‘Spend Tracker’ juga merupakan salah satu fungsi Manis yang membolehkan pengguna merujuk perbelanjaan mereka yang terdahulu. Ini akan menjadikan rakyat Malaysia pengguna yang lebih matang dengan teknologi penggunaan serta bijak dalam pengurusan kewangan seharian mereka. Pengguna tidak lagi dibebani oleh kad-kad kesetiaan kerana mereka boleh mengumpul mata ganjaran dengan hanya menggunakan aplikasi Manis. Muat-turun Manis sekarang di App Store atau Google Play. Layari Facebook Manis di www.facebook.com/getmanis untuk maklumat lanjut.


9

29 MAC - 4 APRIL 2017

BISNES

Kadar pengangguran stabil KUALA LUMPUR – Berdasarkan Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia kadar pengangguran di Malaysia adalah pada 3.5 peratus setakat Januari 2017. Kadar ini adalah sama seperti dicatatkan pada bulan sebelumnya manakala perbandingan tahun ke tahun, kadar pengangguran naik 0.1 mata peratus berbanding Januari 2016. Laporan MIDF Research pula menggariskan kadar pengangguran di negara ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara ekonomi lain, misalnya Eropah yang masih mencatatkan kadar pengangguran dua digit manakala di Amerika Syarikat (AS) pula, ia semakin menunjukkan pemulihan dengan kadar pengangguran menurun kepada 4.7 peratus pada Februari lalu. “Kadar pengangguran yang stabil menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi yang sederhana di Malaysia justeru, kami mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini berkembang pada 4.3 peratus,” menurut MIDF dalam nota kajiannya. MIDF Research berkata, dengan pertambahan permintaan global

dan harga komoditi yang semakin meningkat, dagangan luar Malaysia mencatat prestasi lebih baik apabila eksport dan import berkembang 13.6 peratus dan 16.1 peratus. “Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pasaran pekerjaan

apabila aktiviti dagangan luar semakin bertambah baik. Di samping itu, sektor perkilangan dijangka mendapat manfaat daripada permintaan global manakala perlombongan pula meraih manfaat daripada peningkatan harga komoditi,” katanya.

iPad baharu lebih murah

NEW YORK Apple Inc. memperkenalkan versi terbaharu tablet iPad pada harga AS$329 (RM1,455). Ia boleh ditempah akhir bulan Mac. Model terbaru iPad ini akan menggantikan iPad Air 2 dan harganya lebih kecil dan murah berbanding iPad Mini 4 yang bermula pada harga AS$399 (RM1,768) untukmodel 128GB. Dalam pada itu, Apple berkata, model iPhone SE yang lebih kecil juga boleh didapati dalam versi 32 gigabait (GB) dan 128 GB, menggantikan model terdahulu iaitu 16 GB dan 64 GB.

Panasonic optimis tingkat pasaran KUALA LUMPUR - Panasonic Malaysia menyasarkan sumbangan sebanyak 20 peratus kepada jualan syarikat pada 2020 dengan pembukaan Pusat Penyelesaian Baharu Home.2.com yang terletak di Bangsar South. Pengarah Urusannya, Cheng Chee Chung berkata, segmen B2B ini hanya menyumbang 10 peratus daripada jualan keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion di Malaysia. Jelas beliau, jumlah pelaburan bagi penubuhan pusat ini ialah kira-kira RM2 juta dan ia akan bertindak sebagai platform bagi rujukan dan inspirasi untuk pelbagai segmen B2B, sekaligus memacu jualan produk.

Urus wang bersama AKPK

Junainah Ahmad Esa Ketua Cawangan, AKPK

TUNGGAKAN PINJAMAN PERUMAHAN

“Saya ada masalah tidak dapat mem­ bayar pinjaman perumahan kerana baru di­ berhentikan kerja. Jadi, soalannya ialah bolehkah AKPK menstrukturkan pinjaman perumahan saya? Adakah ka­ dar faedahnya akan bertambah? Se­bab pinjaman perumahan saya kadar fae­ dahnya empat peratus, sedangkan kawan saya beritahu faedah AKPK adalah enam peratus. Jadi, adakah saya perlu lelong rumah atau bagaimana? Terima kasih. - Saiful Azim, Putrajaya Jawapan Pinjaman perumahan adalah pin­ ja­ man bercagar yang jika tidak dibayar mengikut jadual, maka hartanah yang

dicagarkan berkemungkinan besarakan dilelong. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan jika anda menghadapi kesukaran membayar pinjaman perumahan; i) Hubungi pihak penyedia kredit dan dapatkan maklumat tentang perkara yang boleh dipertimbangkan seperti perjanjian pembayaran sementara, memanjangkan tempoh pinjaman atau beralih kepada pembayaran balik faedah untuk sementara waktu. ii) Mengeluarkan dana dari akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pe­kerja (KWSP ) untuk mengurangkan atau menebus baki pinjaman perumahan diri sendiri/pasangan dengan institusi kewangan yang diluluskan. iii) Menggunakan nilai tunai terkumpul pada polisi insurans/ takaful MLTA (Mortgage Level Term Assurance). Se­ masa menghadapi masalah ke­ wangan, pemegang polisi MLTA boleh mem­ per­ tim­ bangkan untuk menunaikan nilai tunai MLTA (sekiranya ada) sehingga kewangan stabil semula.

“Ia adalah penyelesaian menyeluruh dalam kategori kualiti udara dalaman (IAQ), tenaga dan pencahayaan diod pemancar cahaya (LED), sekuriti serta penyelesaian pintar,” katanya. Teknologi yang dipamerkan di Home.2.com melibatkan produk yang sesuai bagi kegunaan di kawasan perumahan serta komersial. “Pelaburan lebih besar akan diperuntukkan dalam tenaga kerja, kerana B2B memerlukan strategi perniagaan berbeza dan kemahiran baharu seperti kepakaran teknikal, jurutera dan pengurus projek,” jelas beliau.

iv) Membiayai semula hartanah sekiranya kadar faedah yang ditawarkan adalah lebih rendah untuk mengurangkan ansuran bulanan. Bagaimanapun, se­ belum membuat keputusan, kaji semula perjanjian pinjaman dan periksa tempoh sekatan (lock-in period) serta penalti yang mungkin dikenakan. v) Jual hartanah tersebut jika anda tidak mendiaminya atau telah menerima notis dan surat tuntutan dari penyedia kredit. Penjualan rumah akan membantu anda untuk menjelaskan pinjaman rumah sekali gus membebaskan anda daripada tuntutan bayaran balik oleh penyedia kredit. Individu yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman perumahan, termasuk yang telah diberhentikan kerja, juga boleh mendapatkan khidmat nasihat AKPK serta menstrukturkan pinjaman perumahan tersebut di bawah program pengurusan kredit AKPK (PPK), sekiranya layak. AKPK terlebih dahulu akan menilai kedudukan kewangan anda melalui

rekod kewangan seperti laporan kredit CCRIS, bukti pendapatan serta aliran tunai bulanan. Seterusnya melalui PPK, AKPK akan merangka pelan pem­ bayaran semula pinjaman dan me­ nge­ mukakannya kepada pihak penyedia kre­dit bagi pertimbangan. Sebarang per­ ubahan pada bayaran bulanan dan kadar faedah tertakluk sepenuhnya kepada bu­ di bicara pihak penyedia kredit. Akhir kata, walau apapun masalah yang sedang tuan/puan hadapi, ambil tindakan segera sebelum ianya be­rada di luar kawalan. Lagi lama kita tung­gu, lagi berkurangan pilihan yang kita ada. Untuk mengetahui lebih lanjut me­ ngenai program ini, anda boleh me­ ngunjungi pejabat AKPK yang berhampiran atau layari laman sesawang akpk.org.my

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my


10

29 MAC - 4 APRIL 2017

JIMBA-JIMBA

Jom 'berjalan' di atas air bagi dimasukkan dalam media sosial. “Orang lain datang untuk bergambar, tetapi kami turut berzumba untuk menjaga ke­ cergasan. Jika hendak ke sini, saya sarankan tempah pa­ kej lebih awal. Ini kerana refleksi bayang tidak berlaku setiap hari. Jadi ada individu yang akan memberi nasihat dan tarikh yang sesuai untuk mendapatkan bayang-bayang ini,” jelasnya lagi.

Pelbagai aksi dipaparkan di 'tengah' laut ini RADZHA RAIEH

REFLEKSI bayang – begitulah yang diumpamakan buat lokasi yang berada di tengahtengah laut ini. Dinamakan Sky Mirror, Kuala Selangor, lo­kasi ini semakin mendapat per­ hatian malahan da­ lam senarai lokasi yang ha­ rus dilawati oleh Pusat Pelancongan Selangor. Aktiviti yang paling di­ ge­ mari oleh pengunjung pas­ ti­ nya bergambar dan jika bertuah gambar akan ke­ lihatan seperti berjalan atau berpijak di atas air. Malahan bayangan kelihatan jelas dan tampak sangat menarik. Ia adalah koleksi yang sangat ber­makna buat mereka yang suka mengumpul gambargambar menarik. Aktiviti hujung minggu

ini diabadikan oleh Jurulatih Kecergasan Adasandha Anuar bersama 24 rakannya ke Sky Mirror untuk mencuba aktiviti menarik yang agak berbeza ini. “Tempat yang me­ nye­ ro­ nokkan. Dari jeti Sasaran kami menaiki bot selama 30 minit untuk ke lokasi Sky Mirror dengan bayaran RM70 seorang, merangkumi khidmat bot, insuran, ma­ kanan dan ‘props’ yang sesuai untuk bergambar. Selain bergambar, kami juga berzumba bagi menyuntik kelainan,” katanya yang be­ rada di sana antara dua hingga tiga jam. Menurut Adasandha, se­ lain bergambar mereka turut merakamkan video zumba dengan muzik dangdut, ‘bollywood’ dan tarian arab

TIPS - Digalakkan memakai selipar pantai - Untuk mendapatkan refleks bayang yang menarik, di­sarankan untuk memakai baju berwarna terang supaya pantulannya lebih jelas. - Memandangkan jeti Sasaran banyak halangan, jadi anda digalakkan memakai seluar dan bukannya skirt.

Pantulan bayang yang berwarna-warni mencantikkan lagi gambar

Merakam foto anak sebagai kenangan abadi NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

DENGAN telefon bimbit yang canggih dan berteknologi tinggi terkini, sesiapa pun boleh rakam gambar keluarga terutamanya anak-anak untuk disimpan sebagai kenangan. Saya berpeluang mengenali Siti Zubaidah Rusli atau dikenali sebagai Zubye Rusli, yang merupakan seorang artis, jurugambar dan penulis yang mempunyai minat mendalam dalam bidang fotografi kanak-kanak. Zubye adalah pengasas syarikat Eyes of Grace Photography dan pernah mengarang buku Sekeping Gambar Seindah Memori. Buku tersebut memberikan tip dan nasihat mengenai bagaimana untuk mengambil gambar kanak-kanak dalam pelbagai umur serta apa yang

boleh dan tidak boleh dilakukan semasa sesi pengambaran. Zubye mempunyai ijazah kejuruteraan namun kerana minat dan kesedaran bahawa tidak ramai jurugambar di Malaysia yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak, beliau menceburi bidang fotografi. Sesuatu yang bermula sebagai hobi, kini menjadi perniagaan sepenuh masanya selama sembilan tahun. Beliau meminati fotografi kanakkanak kerana percaya, ini adalah cara untuk beliau mendokumentasikan kenangan harian bersama anaknya. Beliau menyimpan kenangan ini sebagai satu rekod masa depan agar anaknya tahu dan menghargai semua masa yang telah mereka lalui bersama. Ia juga merupakan cara untuk Zubye mengekspresikan kasih sayang beliau untuk anaknya. Kanak-kanak adalah amat kreatif dan bahagia. Ini terpancar menerusi gambar-gambar yang dirakam. “Dalam proses saya mengambil gambar kanak-kanak, saya banyak belajar mengenai mereka seperti kualiti berbeza yang dimiliki oleh kanak-kanak.

Oleh kerana mereka jujur dan ikhlas, saya perlu lebih bersabar untuk merakam detik-detik mereka. Ini memberikan kepuasan kepada diri saya. Saya melihat beberapa ibu bapa mengambil gambar anak-anak mereka yang baik. Ia membantu untuk menyimpan kenangan zaman kanak-kanak yang indah untuk mereka,” katanya. Zubye belajar fotografi sendiri kerana beliau tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fotografi. Seorang jurugambar perlu sentiasa memberi tumpuan dalam mengambil gambar. Beliau juga akui adalah sukar untuk mendapatkan inspirasi mengambil gambar kanak-kanak. Di samping itu, mengambil gambar kanak-kanak adalah paling mencabar bagi beliau kerana mereka bergerak cepat dan mudah bertukar mood semasa penggambaran. Beliau biasanya akan mengikuti kanakkanak tersebut untuk mengambil gambar mereka. Kelazimannya, ekspresi mereka akan ditunjukkan dalam gambar. Cabaran yang paling besar ialah bagaimana hendak mengembangkan daya kreativiti. Beliau selalu bertanya

kepada diri sendiri – “Bagaimana saya boleh mencabar diri saya untuk memperbaiki lagi gambar saya?” Sebenarnya, beliau suka bersaing dengan diri sendiri. Anak beliau yang berumur 11 tahun adalah inspirasi nombor satunya dan penyokong dalam hasil kerja beliau. Anaknya sangat berbangga dengan beliau dan adalah sebahagian daripada perjalanan beliau dari mula lagi. Anaknya adalah seorang kanak-kanak yang berani dan berdikari. Bagi Zubye, kanak-kanak yang berani adalah sangat kreatif. Bagi projek-projek fotografi beliau, Zubye akan berbincang dengan anaknya dan mereka berkongsi idea sama-sama. Malah, anaknya adalah model untuk gambargambarnya.


11

29 MAC - 4 APRIL 2017

Jawatan kosong CUSTOMER SERVICE WANITA (20-40 thn) Waktu bekerja: Isnin - Jumaat (9pg-6ptg) Tel 03- 4131 6607 / 011-10601918

Jawatan kosong

Jawatan kosong

RUNNER WANITA di taman Putra Ampang, Berminat Tel 03-4285 5470 / 016-984 8949. email sittal7233@ gmail.com

BUDAK PENGHANTAR diperlukan di sykt Alat Ganti "DESPATCH" LELAKI Kereta di subang USJ12 Gaji RM1800++ call En.Beh MELAYU diperlukan. Ada lesen motor. Ada EPF, 012-2764 048 Socso , Komisen. Tel 012DESPATCH lelaki RM1500 208 6662 , 012-24499719. - RM2000 . 22-1, Jalan OP 1/3 Pusat Dagangan 1 / KERANI Puchong. Tel 017-3111 509 DAFTAR / 014-640 3991 ( Depan IOI DIPERLUKAN segera di Mall) syarikat Kontraktor M&E. Kelana Jaya, Selangor . DIPERLUKAN pekerja yg mahir dalam menjahit Gaji RM1800- RM2500 manik di Wangsa Maju. Hubungi En Wong 019-359 Berminat boleh hubungi 2455 019-2255151 DIPERLUKAN segera pembantu fotostad (wanita) di Federal Highway. Berminat sila hubungi 03-78660937. Juruteknik Mesin Fotostad di Subang Tel : 03-56114945

GURU TADIKA dikehen­ daki di Pandan Indah , Kl Kelulusan SPM, Umur dari 20 tahun & ke atas. Tel segera 012-454 3216 / 034288 3216

Khidmat untuk bisnes PERKHIDMATAN PELA­­ MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu­ nang, Mini pelamin, Pe­ la­ min rumah, Pelamin ni­­kah, Pelamin Cukur Jam­ bul (Harga boleh di­run­ding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings

Khidmat untuk bisnes

KLASSIFIED Jawatan kosong

KELINDAN / PEKERJA AM diperlukan segera di taman OUG (Hardware). Berminat sila hubungi 016322 6733 RUNNER DIPERLUKAN (Melayu shj ). Ada motosikal & lesen memandu. Boleh mula kerja segera. Tempat kerja Selayang. Sila hubungi untuk temuduga. 012-370 6533 CHEFF MASAKAN THAI Pengurus, Penyelia dikehendaki . Gaji RM3RM5k . Boleh berbahasa Inggeris Tel 012-2900087

OPERATOR berpengalaman 2. Operator 3. Kerani diperlukan di syarikat di Nilai. Sila hubungi tel ; 06-799 1088 JURUJUAL DIPERLUKAN SEGERA ada / tiada pengalaman. 2. Kerani boleh bertutur & menulis Ingglish & BM , tahu komputer di kawasan kajang. Tel 014-933 977 PEMANDU LORI 2. Juruteknik penghawa dingin, 3. Plumber technician 4.Wireman 5. Kerani Admin di subang tel 03-5633 5405

PEMANDU LORI 2 TAN & Chef / Tukang Masak 40 kaki di USJ 1 , Subang (Masakan Ala-Thai / Ala Jaya. Berminat , sila carte / Melayu) Penyelia hubungi 012-345 3022 / 03 - 8023 3222 Restoran , pelayan , Pembantu Dapur , Casher & PEMANDU LORI RM80 2. Pembancuh Air diperlukan Kelindan RM60. Lokasi di di Restoren Halal KSL City Klang Utama , Selangor. Mall JB Tel 010-9569197 017-2033 333 / 012-587 4896

Khidmat untuk bisnes

KEDAI PERKHIDMATAN PERCETAKKAN bertempat Kompleks PKNS Shah Alam & Puncak Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Rekabentuk grafik, Cetakan Kad Perniagaan, Bunting / Banner, Poster, Kad Kawin, Pelekat Motor & Kereta serta cetakan Baju. Hubungi: 012-671 1929 (Johan) & 012-511 5170 (Daus)

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi

PENULIS LAMAN WEB BAHASA INGGERIS Memerlukan khidmat penulis laman web dalam

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554

KERANI AKAUN, Pe­man­ du "Installer", Promoter Gaji RM1500-3000, Umur 18-40. Tel 012-235 7658

Diperlukan Pemandu Peri­­badi Juruteknik Elek­ trika, Kelindan Lori. Hubungi Ms.Toh 0389614648 / hr.hod@ PEMANDU LORI, Kerani toplineglass.net (Kilang @Jln 2/148A, Tmn Sg Besi Kaca di Balakong) Industrial Park, KL. 012476 0885 / 012-287 8039 KERANI (WANITA) AM / Akaun di Meranti Puchong. PEMANDU LORI D&GDL Kelayakan minimum SPM. RM70 sehari. 2. Pekerja Sila hubungi 017-8888 Am RM50 sehariUmur 45 355 ke bawah. Lokasi batu 111/2 jln Cheras. Tel 03Rumah untuk 87378666 dijual

PEMANDU PERIBADI (Su­bang Jaya) Berdekatan dengan Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Bahasa Inggeris? Atau Sek 36 Shah Alam Hubungi khidmat penulisan sosial Tel 011-35851693 media. Hubungi: 012-3050 PEMBANTU STOR DI­ 043 (ELIZA) PER­LUKAN segera. TEMPAHAN KUIH Grace 016-2100312 email grace@aconland.com.my TRADISIONAL LOYANG (ROSE). Untuk tempahan PENJAGA STORE & ke­ jamuan atau stokis rani puchasing. Kerja (diperlukan). berminat lokasi Cheras Mahkota. hubingi: 018-2868 795 Perlu pengalaman, Sila hubungi Tel 03-9082 9189 (Zeera)

Khidmat untuk bisnes

SERVIS KOMPUTER, KOM­­PUTER RIBA. Bandar Puteri, Klang, Menjual barangan gajet seperti Mira Screen, Mc Book Adapter, skrin komputer. Hubungi 0113275 0876 (Mamat)

Jawatan kosong

CHERAS UMAH 1-TKT, 3blik 2b/air, 20x65, ubah­ suai. RM300k Sila hubungi 012-236 2606 SUNGAI BULOH, KUN­ DANG, Taman Tasik Biru, Teres 1 tkt, 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air RM250k dirunding, Hamdan 019-240 3632 TMN DESA Batu Caves, Gombak, APt tkt 4, 3bilik, 2bilik air. Kemasukan segera RM300k Tel 012217 4449 / 012-227 4449

KERANI ADMIN & Akaun diperlukan di Solaris Dutamas, KL Tel Cik Ida 03- 6205 5150 /016- 216 2949 (Sebelum pukul 5pm) KERANI AM (BER­ PE­NGA­LAMAN) tahu komputer diperlukan di KIP, Kepong. Sila hubungi 016-967 7287

Jawatan kosong

KERANI AM (WANITA Melayu) Temuduga di No.15, Jalan TTP 1/1A Taman Industri Puchong. Ms Tang 012-3485 306 KERANI AM (WANITA) diperlukan di 11 jalan Mawar, Tmn perindustrian Bukit Sentosa (dekat ASTRO) Tel . 03-8957 7656 / 012-2910838 MENCARI STOKIS / yang berminat membeli , menjual , dan mengedar sex toy, "love toy" boleh layari fb : https://www.facebook.com/ lovetoymalaysia DESPATCH / INSTALLER jawatan kosong seluruh Malaysia, Pendapatan bulanan RM1500 & ke atas, Kerja dari tempat sendiri. Mesti memiliki penganggkutan sendiri. Tel 03-2788 4188 / 018 - 217 33983

Apartment untuk dijual KEPONG BT 5, Taman Fadeson Permata. tingkat 4, 700kkps Bumilot 3 bilik Tel 011-2112 1676, 012 2725 287 RM180k AMPANG, TMN NIR­ WANA. Condo D'Pines. 1636kps. Tkt bawah, 3 bilik, 2 bilik air. Tel 014-228 5258. UKAY PERDANA, SRI­ PUTRI, Tkt 4, RM1100 2+1 pendahuluan Tel 019-324 323253 / 012-634 5515 .

Kereta untuk disewa MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


12

29 MAC - 4 APRIL 2017

Stesen LRT bandaraya semakin mantap Teks & Foto MUHAMAD DIN HASSANUDIN

STATUS Stesen LRT Bandaraya sebagai antara stesen paling sibuk di bawah kendalian Ra­ pid Rail kini semakin man­tap dengan pembukaan jejantas pejalan kaki, yang meng­ hubungkan stesen ber­kenaan de­ ngan Wisma Bumiraya, yang terletak berhadapan de­ ngan Kompleks Pertama di Jalan Raja Laut. Selain dijangka menarik lebih minat untuk orang ramai menggunakan pengangkutan awam, projek pejalan kaki sepanjang 200 meter yang bernilai RM7.2 juta itu turut mengubah lanskap bandar raya Kuala Lumpur khususnya kawasan sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang menjadi salah satu destinasi utama membeli belah khususnya di bulan Ramadan. Jejantas pejalan kaki baharu, yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, melancarkan lagi kemudahan mobiliti dan keselamatan para pe­ num­ pang, yang sebelum ini sudahpun menikmati ke­ selesaan daripada jejantas yang menghubungkan stesen berkenaan dengan Menara CIMB dan Kompleks Membelibelah Sogo. Disiapkan selepas 17 bu­ lan tempoh pembinaan, pro­ jek jejantas berkenaan di­laksanakan untuk me­ning­ katkan keselamatan para pe­ numpang LRT khususnya selepas pembukaan jambatan baru Sungai Gombak, yang

menyediakan laluan terus an­ tara Jalan Kuching dan Jalan Raja Laut; sekali gus menghasilkan keadaan lalu lintas yang lebih sibuk. Berucap pada majlis ber­ kenaan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembukaan jejantas itu menerapkan nilai estetika dalam seni binanya selain menampilkan ciri-ciri keselamatan pengguna dan pejalan kaki. “Pembinaan fasa kedua je­­ jantas ini dilaksanakan se­ lepas pembukaan jambatan ba­ haru Sungai Gombak dari Jalan Raja Laut ke Jalan

Kuching. Saya berharap warga kota yang mempunyai urusan di bangunan dan kompleks ke­ rajaan berhampiran dapat memanfaatkan prasarana ba­ ha­ ru ini sebaik mungkin,” kata­nya pada majlis yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. Jejantas berbumbung yang dilengkapi kemudahan eskalator dan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu meng­ gunapakai konsep ‘Banda­raya Selamat’ yang mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan kenderaan.

Untuk Prasarana Malay­ sia Berhad, penyiapan pro­ jek jejantas milik Dewan Ban­ daraya Kuala Lum­ pur itu adalah selaras de­ ngan aspi­ rasinya untuk me­­ningkatkan pe­ratusan peng­guna per­khid­ matan peng­ angkutan awam di ka­ lang­ an rakyat Malaysia khusus­nya bagi Lembah Klang. Mengendalikan hampir 10,000 penumpang sehari dan lebih 304,000 penumpang se­ bulan, Stesen LRT Bandaraya juga adalah stesen pilihan untuk mereka yang ingin ke pusatpusat jualan pakaian dan

Tengku Adnan merasmikan jejantas pejalan kaki stesen LRT Bandaraya

restoran-restoran terkenal di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan ke Dataran Merdeka untuk berekreasi. Selain projek ini, projekprojek jejantas seumpamanya ada­ lah jejantas yang meng­ hubungkan stesen LRT Sultan Ismail dan Stesen Monorel Medan Tuanku serta bangunan-bangunan di per­ sekitarannya termasuk Maju Junction; jejantas yang meng­ hubungkan Stesen LRT PWTC dengan Sunway Putra Mall dan Pusat Dagangan Dunia Putra dan laluan jejantas Stesen Monorel Chow Kit.


13

29 MAC - 4 APRIL 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.

EKSPRESI

Tolong baiki lif kami Terima kasih kepada pihak akhbar WARTA yang sudi menyiarkan keluhan hati kami dan saya mewakili rakan-rakan yang tinggal di beberapa apartment sekitar ibu kota. Terlebih dahulu saya tidak mahu menyalahkan 100 peratus salah ini kepada pihak DBKL atau pihak berkuasa yang lain, penduduk juga ada sumbangan dari segi menjaga harta awam di kawasan perumahan bagaimana pun masalah yang kami alami ini amat sering berlaku dan ada kalanya tidak diambil peduli oleh pihak yang berwajib.

Bayangkanlah kami sentiasa terganggu dengan keadaan lif yang agak uzur. Sering rosak dan sejak akhirakhir ini telah banyak kes penduduk terperangkap di dalam lif. Penduduk yang mempunyai anak sekolah sudah mula fobia tentang keselamatan anak mereka ketika menggunakan lif terutamanya ketika mereka pulang dari sekolah. Tolonglah, buatlah sesuatu agar keresahan dan kegelisahan kami ini reda. Baikilah lif beberapa apartmen di sekitar kawasan ibu kota. Zaleha, Bandar Tasik Selatan

Berebut lorong depan tol SALAM 1 Malaysia. Saya Hanim dan saya adalah penggemar ruangan ekspresi di akhbar WARTA. Saya selalu membaca di ruangan ekspresi tentang permasalahan yang telah dilaporkan dan sering berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Di sini, saya ingin berkongsi permasalahan yang saya hadapi setiap hari. Ia berkenaan dengan sikap pengguna jalan raya yang membuatkan saya tertekan. Setiap hari dalam perjalanan saya berulang-alik dari tempat kerja ke rumah pasti akan berlaku permasalahan ketika di plaza tol yang menyebabkan kesesakan. Segelintir pemandu selalunya akan

YANG BAIK ITU BUDI... ANGGOTA TRAFIK BANTU TUKAR TAYAR Di sini saya ingin berkongsi satu kisah teladan yang patut dicontohi oleh semua la­ pisan masyarakat. Ceritanya berkenaan ke­ baik­an hati seorang anggota polis trafik yang sanggup berhenti membantu pemilik sebuah kereta yang pancit tayar. Betapa bangganya saya sebagai seorang warganegara Malaysia apabila melihat ‘babak’ tersebut. Ia sangat mengujakan apa­bila melihat seorang anggota polis yang menjadi pahlawan kepercayaan kita bersifat begitu. Sejak kebelakangan ini banyak ma­ sya­­ rakat yang sudah mula hilang hormat kepada anggota polis akibat daripada kisahkisah negatif segelintir anggota yang terlibat dengan berbagai jenis kes. Disebabkan hal ini,saya sendiri tersedar bahawa masih ramai anggota yang masih berpegang kepada ikrar dan janji untuk mengabdikan diri berkhidmat sebagai pelindung masyarakat. Walaupun hanya menaiki motorsikal dan masih terikat dengan tugasan, anggota tersebut sanggup berhenti dan melakukan dua tugas dalam satu masa. Polis terbabit membantu tukarkan tayar kereta. Kejadian ini berlaku di lebuhraya Lembah Klang dan jalan ketika itu agak sesak. Kepada anggota polis tersebut walaupun tidak mengenali anda saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah melaksanakan satu tanggungjawab yang murni. Hal ini sangat jarang berlaku di depan mata saya tetapi sekali ianya berlaku percayalah anda juga pasti akan merasa teruja seperti yang saya rasakan. Kepada masyarakat di luar sana, ubahlah mentaliti, persepsi dan tanggapan anda. Lihatlah kepada kebanyakan anggota polis yang melakukan kerja dengan ikhlas dan amanah. Adila,Klang Lama.

BEZA KAUM SATU PERPADUAN Saya Kuntum dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jiran saya Nancy yang berbangsa Cina. Saya menetap di salah sebuah taman perumahan bertempat di Segambut. Kami sudah berjiran hampir 10 tahun dan tidak pernah sekalipun saya berasa kecil hati dengan dia dan keluarganya. Hampir sepuluh tahun ini juga Nancy tidak pernah membuat saya dan keluarga berasa tidak selesa setiap kali azan sedang dilaungkan. Nancy sudah sebati dengan persekitaran kejiranan Melayu dan apa yang membuat saya lebih menghargai dan menghormati Nancy adalah kerana dia selalu bertanyakan kami dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan yang boleh mendatangkan ketidakselesaan terhadap keluarga dan kejiranan kami,sebagai contoh, Nancy pernah berhasrat membela anjing dan dia telah membela seekor anjing setelah mendapat persetujuan kami tetapi setelah seminggu, dia memulangkan anjing berkenaan kepada kawannya atas alasan anjingnya selalu berbuat bising tidak kira masa termasuklah ketika azan sedang berkumandang. Saya dan jiran saya yang lain amat menyayangi dan menghormati Nancy. Dari dulu hingga kini Nancy telah mendidik anaknya bersalaman dengan kami setiap kali tiba musim perayaan dan sehingga kini sampah basah dari dapurnya tidak pernah dibuang berdekatan rumah kami. Nancy akan memastikan sampah basahnya dibuang di tong utama jalan besar. Setiap kali perayaan atau kenduri yang berlangsung pula, kami sentiasa bergotongroyong membantu satu sama lain tidak kira bangsa atau agama. Kuntum, Segambut

memotong barisan kenderaan tanpa memikirkan perasaan pemandu lain. Kesesakan berlaku akibat susunan kereta yang bersepah memotong kenderaan lain untuk masuk dicelah barisan tersebut. Isu ini bukan masih baru diperkatakan, rata-rata pengguna jalan raya pasti pernah mengalami situasi ini. Banyak rungutan yang telah didengar dan banyak jugak laporan mengenai isu ini tetapi apa yang menyedihkan saya, masih tiada tindakan dikenakan ke atas pemandu-pemandu yang mementingkan diri ini. Hanim, Pantai Dalam

INFO KL

Pameran bergambar MYKL Ingin mengetahui sejarah atau susur galur penciptaan ibu Negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur? Anda boleh dapatkan info tersebut menerusi pameran bergambar dari kewujudannya hingga sekarang. Pameran istimewa yang dinamakan Pameran MYKL – Koleksi Gambar Terpilih sedang bermula dan akan berakhir pada April 2017. Tarikh : Sekarang hingga 28 April 2017 Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang Lokasi : Muzium Negara

Aps bahan penerbitan Anda ragu-ragu dengan bahan bacaan yang berada di pasaran? Susah untuk menyemaknya sama ada ia mematuhi undangundang Malaysia atau tidak? Kini anda boleh mengetahuinya hanya dengan memuat turun Aplikasi Bahagian PQ secara percuma menerusi Google Play. Aps ini mengandungi maklumat mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menyemak bahan penerbitan yang dikenakan perintah larangan serta membuat aduan mengenai premis percetakan, bahan penerbitan Al-Quran yang menyalahi undang-undang.


14

29 MAC - 4 APRIL 2017

DESTINASI

Pesta Buku Selangor Pencinta buku pastinya menyukai acara yang melibatkan diskaun dari majoriti penerbit buku di Malaysia. Semuanya itu anda akan dapat di Pesta Buku Selangor 2017 bermula 30 Mac hingga 9 April bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) anjuran Perbadanan Perpustakaan Selangor (PPAS). Selain diskaun dan aktiviti mengenai buku, terdapat juga cabutan bertuah RM500 untuk 99 orang dengan sembilan cabutan setiap hari. Pastikan anda hadir untuk memborong buku dan bahan bacaan yang bermanfaat. Antara aktiviti yang menarik sepanjang Pesta Buku Selangor ini ialah pelancaran buku baru, sembang bersama penulis buku, pertandingan mewarna, demonstrasi memasak, forum kemerdekaan dan pelbagai lagi aktiviti lain. Paling istimewa pastinya hadiah utama cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari terakhir pesta iaitu motosikal Yamaha Y152R. Anda dialu-alukan untuk memeriahkan lagi acara buku ini. Maklumat lanjut menerusi http://www.ppas.gov.my/

Trampolin untuk kanak-kanak Biarkan anak-anak lasak dan bermain apa sahaja permainan tanpa rasa takut di Jump Street Asia, tempat bermain trampolin tertutup. Gelanggang utama yang berkeluasan 9,000 kaki persegi menempatkan trampolin yang dihubungkan antara satu sama lain, gelanggang bola keranjang dan gelanggang khas untuk kanak-kanak. Jangan bimbang kerana lokasi ini lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti ‘air bag’ dan lain-lain. Selepas penat ‘melompat’, anda boleh berehat di café yang terletak di bahagian atas. https://www.timeout.com/kuala- lumpur/attractions/ jump- street-asia

Terapi wanita Membeli belah pastinya satu terapi yang sangat berkesan kepada majoriti wanita. Jadi bagi anda yang menyukai aktiviti menyeronokkan ini boleh ke Sunny Side Up yang berlangsung selama tiga hari, bermula 31 Mac hingga 2 April ini. Sebanyak 30 vendor yang terlibat dengan bazar ini seperti vendor barangan kraf dari batik, produk kecantikan, aksesori, alat tulis dan pelbagai lagi barangan yang menarik. Jika anda ada masa dan berminat menyertai kraf yang turut dianjurkan bagi memeriahkan acara. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout. com/kuala- lumpur/shopping/sunny-side-upmarket

Muzik antarabangsa

Oh My Facebook! percuma

Bila menyebut Malaysia Philharmonics Orchestra (MPO) sahaja, mesti ramai yang sangka tiketnya mahal-mahal belaka. Namun MPO juga mengadakan Happy Hour iaitu tiket bajet pada harga RM40 namun persembahan tetap bertaraf antarabangsa. Artis yang dimaksudkan ialah The Swing Kings yang akan mempersembahkan muzik klasik, gipsi jazz dan muzik balada. Antara lagu yang akan dipersembahkan ialah Straight No Chaser, Have You Met Miss Jones dan Nuages.

Bagi anak muda yang mahu menjadi usahawan online, anda dialu-alukan hadir seminar Oh My Facebook (OMF)! dengan tajuk ‘Facebook vs Website vs Blog pada 30 Mac ini. Ia adalah anjuran Kementerian Kewangan Malaysia sempena hari terbukanya. Penceramah Shakirah Karim akan berkongsi beberapa strategi seperti Trend Pemasaran Online Terkini, Teknik Menulis di FB, Ketahui Mengapa Kurang Respon di FB, Teknik Berbayar vs Percuma? Impak Berniaga di FB Personal, Bina/Edit Foto Profesional DIY 3 Minit, Kaitan Blog & Website di Media Sosial?, Cara Mengira Bajet untuk Blog & Website dan pelbagai lagi tajuk. Seminar ini adalah percuma tetapi anda perlu mendaftar secara dalam talian di laman sesawang http://bit.ly/nedotalk

Maklumat lanjut menerusi http://mpo.com. my/48-happy- hour-swing-kings/

Sandwic keju Jika anda mencari sandwic yang sedap dengan lelehan keju, boleh berkunjung ke The Big Cheese di Subang. Menawarkan sandwic yang dipanggang bersama keju dan jem bawang (bawang yang diperasakan dengan marmite dan karamel) serta adunan bawang putih, tomato dan daun bawang. Pastinya tidak lengkap tanpa minuman dan menu sampingan, jadi anda boleh tempah kentang goreng, nachos, macaroni keju dan pelbagai lagi. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/ kuala- lumpur/restaurants/the-big- cheese

Lepak alam 80-an Mencari lokasi lepak yang selesa ditemani menu sarapan pagi barat? Tujoh adalah pilihan tepat. Cafenya kecil sahaja namun bila memasukinya, terserlah hiasan mural dengan warna hitam dan putih yang klasik. Apatah lagi dihias dengan perabot ala-ala 80an seperti set televisyen kotak, poster motosikal dan hiasan meja kayu ia pastinya mengimbas kembali memori penggemar gaya vintage. Bagi menu pula, anda boleh memilih telur bakar Moroccan atau kepingan ayam bersama kuning telur yang dilapisi kentang lecek. Lengkapkan santai anda dengan ‘hojicha latte atau sepotong kek. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout. com/kuala- lumpur/restaurants/tujoh


15

29 MAC - 4 APRIL 2017

TRENDING Ayam berkaki 'manusia'

Video tentang seekor ayam bersaiz gergasi keluar dari rebannya menjadi ‘panas’ di internet. Paparan video yang memperlihatkan seekor ayam yang mempunyai saiz badan yang besar terutamanya termasuk pada bahagian kakinya dipertikaikan akan kesahihannya. Ayam yang bernama Merakli itu kepunyaan seorang penduduk di Kosovo dan ia adalah ayam dari jenis Brahma dan terbesar pernah dipeliharanya. Selalunya,ayam biasa seberat 0.6kg dan boleh mencech kebesaran sehingga 3.6kg namun hanya ayam Brahma jantan yang hanya boleh mencecah berat sehingga 8 kg. Video tersebut telah ditonton sebanyak 81 juta kali sejak ia tular.

Adele sembunyi dalam peti

Heboh di laman sosial penyanyi Adele bermandi peluh ekoran bersembunyi di dalam sebuah kotak sebelum memulakan konsert jelajahnya. Adele atau Adele Laurie Blue Adkins 'bersembunyi' bagi mengelak serbuan peminat sebelum konsert bermula. Sebuah majalah antarabangsa melaporkan, Adele rela bermandi peluh agar tidak dikerumuni peminat. Dia telah diberikan sebuah ipad sebagai hiburan selain menjadi temannya ketika bersembunyi di dalam peti tersebut. Adele digemari jutaan peminat disebabkan sifat rendah dirinya. Ketika dibawa ke atas pentas utama, Adele yang muncul lencun berpeluh setelah keluar dari peti 'persembunyian' tadi.

Persandingan 'budak sekolah'

Pasangan pengantin Mohd Hasifi Azman dan Siti Nor Zaimah menjadi tumpuan netizen setelah mengguna cara unik bagi mengabadikan cinta pandang pertama mereka dengan hanya berpakaian uniform sekolah sebagai persalinan perkahwinan seterusnya mengangkat tema ‘Back to School’ di hari persandingan mereka. Kedua mempelai yang berasal dari Kampung Jeram, Merbau Pulas,Kuala Ketil, Kedah ini telah dikatakan mula bercinta semenjak di bangku sekolah lagi iaitu sekitar tahun 2006. Idea yang ditampilkan merupakan sesuatu yang jarang dibuat danmungkin tidak ramai orang yang berani mahu melakukannya. Gambar perkahwinan mereka mula dikongsi netizen sejak beberapa hari yang lalu dan mendapat banyak komen membina mengharapkan perkahwinan mereka bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sibaju kurung pandu trela

UUM anugerah Chef Wan

Selebriti dan chef terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan dilantik sebagai Prof. Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini. Chef Wan, 59 telah menerima watikah rasmi daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir sempena majlis sambutan Hari Pengasasan UUM ke 33. Chef Wan berkata beliau teruja dengan tawaran itu kerana ia akan membolehkan beliau terus berbakti dan kepada negara dan berkongsi ilmu dengan generasi baharu. Lantikan Chef Wan sah bagi tempoh dua tahun bermula 1 Feb lalu. Menjadi ikon ketika usia mencecah 60 tahun, Chef Wan merasakan sudah tiba masanya dia berkongsi pengalamannnya selama 25 tahun dalam bidang ini.

Rokiah Salim , 51 , tular di laman sosial apabila video dan gambarnya memandu sebuah trelar dengan berbaju kurung dikongsi netizen. Rokiah berkata dia memandu traler 10 tayar sejak beberapa tahun yang lalu setelah berhenti kerja di sebuah kilang. Dalam video berdurasi lebih kurang dua minit, Rokiah menunjukkan cara-cara asa pemeriksaan trela sebelum dipandu. Bagi Rokiah ia bertujuan mengubah persepsi masyarakat bahawa pemandu lori terdiri dari orang yang 'kasar', selain mengajak masyarakat agar tidak terlalu memilih pekerjaan. Katanya, karier ini juga menjanjikan pendapatan yang memuaskan.

Pelajar 9A jadi 'buruan'

Gadis bernama Natasha Qisty Mohd Ridzuan, lepasan SPM 2016 dikatakan di’buru’ ramai kerana cantik dan cerdik. Natasya yang bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan adalah pelajar cemerlang yang memperoleh 9A. Dia mulai tular di media sosial setelah videonya diwawancara sebuah produksi media tersebar. Rata-rata netizen menyatakan bahawa Natasya memiliki

Guru terharu

Dua orang guru yang baru sahaja bersara diarak persis ‘raja’ pada majlis persaraan anjuran Sekolah Kebagsaan (SK) Merbau Sempak, Shah Alam. Guru terbabit, Rozinah Ali,56, dan Mazlah Bujang, 55, diarak dengan paluan alat music jador umpama pasangan raja sehari. Rozinah yang mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains telah berkhidmat selama 6 tahun di sekolah itu dan dia berasa terharu serta bersyukur malah baginya majlis persaraan ini akan menjadi sejarah dan salah satu kenangan manis dalam hidupnya untuk dijadikn memori. Bagi Mazlah,dia terkejut dan tidak menyangka sambutan persaraannya disambut meriah kerana setelah 24 tahun berkhidmat di sekolah berkenaan ini kali pertama pengurusan sekolah meraikan pesara guru dengan tema Klasik Melayu.

gaya umpama seorang model dan rupanya seakan Lisa Surihani. Natasya dalam satu temubual secara langsung berkongsi tips kejayaannya. Pembelajaran secara konsisten dan fokus di dalam kelas adalah kunci utama menjadi seorang pelajar yang berjaya. Dia berhasrat menyambung pengajian dalam bidang sains di Universiti Malaya disebabkan minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

Keretapi rentasi apartmen

Baru-baru ini telah hangat diperkatakan tentang kecanggihan senibina sebuah apartment yang bertempat Chongqing, China apabila terdapat sebuah landasan keretapi ringan telah dibina menembusi sebuah bangunan kediaman 19 tingkat. Bandaraya di tenggara China itu berkeluasan 50,000 kilometer persegi itu mempunyai populasi penduduk agak tinggi iaitu 49 juta orang. Oleh itu pihak berkuasa perancang bandar di situ terpaksa mencari jalan kreatif bagi menyelesaikan isu ruang yang terhad. Sekali pun apartmen tersebut terletak di tengah kesibukan bandaraya, dengan teknologi terkini, penduduk terhindar dari gangguan bunyi bising keretapi atau kenderaan lain.

Rambut halang Elizabeth Tan Penyanyi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan mengaku terkilan kerana terpaksa melepaskan peluang keemasan untuk membintangi filem sekuel, Polis Evo 2 disebabkan masih terikat sebagai duta kepada empat buah produk. Elizabeth memberitahu, selepas diuji bakat, dia telah ditawarkan watak sebagai seorang anggota polis yang telah menyelamatkan karakter lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam babak berkenaan. Dedahnya, selepas melepasi uji bakat itu, penerbit telah meminta rambutnya dipotong pendek seperti seorang lelaki. Bagi mengelakkan kontrak sebagai duta produk rambut terjejas, Elizabeth dengan berat hati terpaksa melepaskan tawaran tersebut biar pun dia teruja untuk berlakon dalam filem berkenaan.


16

29 MAC - 4 APRIL 2017

www.syahrilkadir.com

Tahniah kepada pemenang minggu kedua

Hati seorang bilioner

Berjaya Times Square, satu daripada simbol pencapaian Tan.

kakaifunrun

lolie_sa

id

haza

nazhatul.s

MENANGI IPHONE 7 Follow akaun instagram kami 'my.warta' untuk cara menyertai peraduan CutiCuti WARTA ini. Atau scan QR code ini menggunakan telefon anda

NAMA jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan tidak perlu diperkenalkan lagi. Generasi dahulu mengetahuinya sebagai taukeh judi terkenal Sports Toto manakala generasi sekarang lebih mengenalinya sebagai anak Malaysia yang mencipta sejarah memiliki kelab bola sepak Cardiff City. Namun tahukah anda, anak jati Batu Pahat, Johor berusia 65 tahun itu bukanlah berasal dari keluarga kaya. Bapanya pemandu lori dan Tan sendiri bersekolah setakat tingkatan lima di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Selepas tamat persekolahan, Tan bekerja sebagai kerani bank dan pada masa yang sama menjadi ejen insurans AIA. Di sinilah ‘bintangnya’ mula bersinar apabila dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jualan Kanan dalam tempoh empat tahun saja. Ketika itu, usianya baru 23 tahun. Semasa bekerja dalam bidang insurans, suatu hari Tan terbaca sebuah artikel dalam majalah Times bertajuk ‘Burger Yang Menguasai Dunia’ ketika sedang mengiringi seorang pelanggannya ke klinik. Kebetulan majalah itu terletak di ruang menunggu klinik berkenaan. Sejak itu, hampir setiap minggu beliau menulis surat ke ibu pejabat McDonalds mengenai impiannya untuk menjadi pengedar makanan itu di Malaysia. Malah disebabkan terlalu kerap menulis ke syarikat tersebut, ibu pejabat McDonalds pernah menasihatkan Tan untuk berhenti sahaja menulis kepada mereka kerana jumlah surat yang mereka terima daripadanya sudah terlalu banyak! Betul, Tan pun berhenti berbuat demikian, tetapi bukan berhenti terus. Kalau dulu dia menghantar surat setiap minggu, kali ini beliau ‘jarakkan’ kepada sebulan sekali, namun hantar tetap hantar! Suatu hari, McDonalds menjemput Tan untuk menghadiri pembukaan restoran McDonalds pertama di Singapura. Beliau pada mulanya ingat harapannya untuk membida francais McDonalds pasti gagal kerana ketika restoran itu membuka tawaran kepada mereka yang berminat

untuk mengusahakan perniagaan tersebut di Malaysia, yang datang semuanya ahli perniagaan kaya raya. Tetapi disebabkan melihat pada kesungguhan beliau, McDonalds akhirnya melantik Tan berbanding ahli perniagaan lain yang turut sama membuat bidaan. Tan yang ketika itu berumur 28 tahun kemudian melabur lebih RM250,000 manakala sebahagian lagi modal datang daripada pihak McDonalds sendiri. Beliau menguasai 51 peratus pegangan dalam perkongsian itu. Sejak berjaya membuka restoran McDonalds pertama di Kuala Lumpur, beliau tidak lagi menoleh ke belakang. Kejayaan kedua terbesar datang apabila beliau membeli syarikat perjudian Sports Toto dan memperoleh lesen daripada kerajaan untuk menjalankan perniagaan perjudian tersebut pada 1985. Dua kejayaan besar itu telah membuatkan Tan terus ‘mengganas’. Antaranya memiliki francais 7-Eleven dan Starbucks serta menjadi pengedar kereta Mazda di Malaysia. Selepas krisis ekonomi pada 1998, Tan membeli syarikat Friendster yang terkenal itu sebelum menjualnya ke Facebook. Hasil daripada penjualan itu, beliau memperoleh keuntungan beratus juta ringgit. Namun Tan juga pernah mengalami episod ‘ngeri’ dan sejarah hitam dalam perniagaannya. “Saya terpaksa jual DIGI dan Prudential kerana hendak menyiapkan bangunan Berjaya Times Square di Kuala Lumpur. Saya tak mahu bila orang memandu di sekitar Bukit Bintang, mereka akan kata Vincent Tan dah gagal dalam perniagaan kerana tak mampu menyiapkan menyiapkan bangunan berkenaan,”katanya. Layari www.syahrilkadir.com untuk bacaan selanjutnya.


17

29 MAC - 4 APRIL 2017

Makan

DI MANA

Sajian asli Thai Baan Kanom Jeen

MURNI REJAB BUAT peminat masakan dari negara jiran, Thailand, pasti gembira tatkala membaca ruangan Makan Di Makan kali ini kerana kami membawakan khas buat peminat setia makanan Thai ini ke sebuah restoran yang menyajikan

100 peratus masakan asli dari negara itu. Restoran Baan Kenom Jeen yang membawa maksud baan, rumah dan kenom jeen, sejenis mee, ini menyajikan pelbagai makanan yang mempunyai rasa pedas menyengat, selain masam dan manis yang dilihat dapat menambat selera anda

selain menggunakan konsep hidangan kampung Thai. Pemiliknya, Suphasan Boonratana, 28 berkata bagi menampilkan kelainan dari restoran-restoran Thai sedia ada, dia ingin ‘lari’ dari menu-menu biasa seperti tomyam, kerabu mangga, dan sebagainya kerana ingin memberi sesuatu yang baharu kepada masyarakat, selain mempelbagaikan lagi sajian Thai di negara ini. Tumpuan utama hidangan yang perlu dicuba adalah laksa Siam kerana tidak banyak restoran atau pun gerai-gerai Thai menyediakan sajian ini kerana laksa Siam juga merupakan antara makanan popular di Thailand. Jelas Suphasan, hidangan laksa Siam di Baan Kanom Jeen yang baru enam bulan beroperasi ini menawarkan dua pilihan kepada pengun­ jung sama ada set individu, mahupun set empat orang.

Tips elakkan pembaziran LANGKAH yang boleh dilakukan bagi mengelakkan pembaziran makanan Mulakan amalan membungkus makanan - Bungkus baki makanan yang tidak habis dimakan, samada anda makan di rumah atau di restoran. Bawa bekas makanan ke tempat makan – Ini dapat memudahkan anda menyimpan makanan yang tidak dapat dihabiskan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Hanya beli makanan yang diperlukan – Jangan beli makanan kecuali anda pasti boleh menghabiskannya. Ini kerana, bukan

semua makanan boleh disimpan. Makanan seperti buah-buahan dan sayuran mudah rosak dan tidak boleh disimpan lama. Habiskan stok makanan di rumah terlebih dahulu – Pastikan anda menghabiskan stok makanan yang sedia ada di rumah sebelum pergi ke pasar raya untuk membeli belah. Elakkan membeli makanan yang tidak disukai – Sekiranya anda makan di restoran dan mendapati terdapat jenis makanan yang tidak disukai dalam menu tersebut, beritahu pelayan restoran supaya tidak menghidangkannya. Sumber: Majalah Sihat

“Kami menggunakan laksa halus dan menggabungkannya bersama sayur-sayuran seperti taugeh, kacang panjang, daun selasih, bawang besar, cili kering, dan cili api, menu ini boleh dinikmati dengan pilihan kuah seperti kari hijau, red namya, southern namya, dan namphrik,” ujar anak kelahiran Malaysia berbangsa Thai ini. Tatkala menggaul laksa bersama keempat-empat kuah ini, anda pasti tidak berhenti menguyah kerana terasa keunikan rasanya berbanding laksa di Malaysia yang hanya menggunakan kuah ikan. Selain laksa siam, sajiansajian seperti ayam goreng berempah Thai, nasi goreng kari hijau bersama ikan siakap goreng, nasi goreng gapi, roti cicah sangkaya, minuman seperti signature Thai iced dirty tea, dan signature Thai iced muddy tea adalah antara sajian enak cita rasa Thai di

restorannya. Menceritakan mengenai dekorasi restorannya pula, ia agak menarik kerana Suphasan mempertaruhkan seni lukisan di dinding kedainya yang mana ada lukisan pembuatan mee secara tradisional. Dan juga hiasan lain di dalam restoran dari negara Thai seolah-olah anda berada di sana. Jadi, untuk mendapatkan cita rasa Thai yang sebenar berbanding kebanyakan hidangan diubah suai dengan selera orang tempatan, jangan risau lagi kerana Baan Kenom Jeen adalah pilihan restoran Thai asli. Bertempat di Empire Da­ man­ sara, restoran ini boleh me­ muatkan 30 hingga 35 orang dalam satu masa, di­ buka dari 11.30 pagi hingga 9.30 malam. Harga yang di­ tawarkan juga sangat berpatutan.

Lima restoran pelik Restoran Cannibalistic, Jepun ‘Nyotaimori’ yang bermaksud ‘female body plate’ adalah salah satu nama restoran di Jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di tubuh mayat wanita. Tubuh mayat ini dibuat dari makanan dan diletakkan di meja seperti di rumah sakit. Pengunjung boleh memakan di mana sahaja bahagian tubuh yang mana ia akan akan mengeluarkan ‘darah’. Restoran tandas, Taiwan Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung menyediakan dekorasi ruangan, kerusi dan tempat makan yang digunakan seperti di tandas. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yang disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yang direka seperti mangkuk tandas duduk.

Restoran gelap, China Restoran gelap ini terletak di Beijing, China. Semua rekaan restoran ini berwarna hitam. Pengunjung yang datang akan dilayan oleh pelayan yang dilengkapi dengan teropong ke meja makan. Restoran di penjara, Italy Restoran ini terletak di penjara Fortezza Medicea di Italy. Dekorasi restoran ini adalah penjara tempat pembunuhan yang dilengkapi dengan tembok setinggi 60 kaki, menara pengawal, kamera keselamatan yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi juga dengan penjaga penjara dengan senjata lengkap.


18 Di sebalik

29 MAC - 4 APRIL 2017

JENAMA

Pencipta LEGO asalnya tukang kayu MURNI REJAB

TERKENAL di seluruh dunia kerana keunikkannya berfungsi, sejenis permainan pembinaan bongkah plastik kecil khususnya di kalangan kanak-kanak atau remaja tidak kira lelaki atau perempuan ini dikenali sebagai Lego yang dikeluarkan oleh Kumpulan LEGO dari Denmark. Bongkah-bongkah serta kepingan lain yang boleh disusun dan dibentuk untuk menjadi sebarang model mengikut kreativiti sendiri. Antaranya kereta, kereta api, bangunan, patung, kapal, kapal terbang, pesawat serta robot. Lego diminati kerana keupayaannya berfungsi untuk menghasilkan pelbagai bentuk mengikut kreativiti pemain. Walaupun hari ini

Asal usul Lego

Ole Kirk Christiansen

terdapat keluaran yang hanya boleh membentuk modelmodel tertentu, kepingan lego asal, masih diminati dalam membentuk objek tanpa had.

Lego terkenal di seluruh dunia

Lego berasal dari­pada per­main­ an kayu yang mula di­hasilkan pada ta­­ hun 1932 yang meng­ guna­kan nama asal ‘Auto­ matic Binding Bricks’ dan dipatentkan di United King­­dom pada tahun 1939. Lego mula dipasarkan pada tahun 1947. Reka­ ben­ tuk ini kemudiannya di­ ubahsuai meng­ ikut sample yang dihasilkan oleh peng­ e­ luaran menggunakan mesin ‘injection-molding’, yang ke­ mudiannya dibeli oleh Lego. Kepingan Lego kemudiannya dihasilkan menggunakan ‘cellulose acetate’. Lego mempunyai moto yang amat menarik iaitu ‘det bedste er ikke for godt’, yang bermaksud ‘hanya yang terbaik adalah terbaik’ atau

Lego Star Wars antara produk Lego

‘yang terbaik masih belum terlalu baik’. Moto yang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini diasaskan oleh Ole Kirk untuk menggalakkan para pekerjanya supaya tidak mengurangkan kualiti barangan mereka. Sehingga tahun 1951, barangan permainan plastik merupakan separuh daripada bahan yang dihasilkan oleh Lego yang pada masa itu barangan plastik dikira sebagai barangan yang kurang sesuai untuk peralatan permainan kanak-kanak.

Pengasas Lego

Lego direka oleh seorang tukang kayu bernama Ole Kirk Christiansen dari Billund, Denmark pada 1932 yang mula membuat permainan kayu. Dia dilahirkan pada 7 Apr 1891 dan meninggal pada 11 Mac 1958 pada umur 66 tahun kerana serangan jantung. Christiansen adalah anak ke-10 dari keluarga miskin di Jutland, Denmark Barat. Dia dilahirkan di Filskov, Denmark, dan dilatih sebagai tukang kayu. Pada tahun 1916, Christiansen membeli sebuah

Legasi berkembang SELAIN dari menghasilkan per­ mainan bertaraf dunia, Lego juga terlibat dalam menerbitkan filem, mengeluarkan video games, board games dan pelbagai lagi bidang yang menjadikan ia sentiasa dalam ingatan penggemarnya. Hari ini Lego turut meng­hasilkan ‘theme park’ sendiri di beberapa bandar utama iaitu di Billund (Denmark), Windsor (England), Günzburg (Jerman), Carlsbad (California), Winter Haven (Florida) dan Nusajaya (Malaysia).

kedai di Billund yang telah beroperasi semenjak tahun 1895. Dia mula membuat mainan kayu pada tahun 1932 untuk mencari nafkah setelah kehilangan pekerjaannya dan kematian isterinya. Ke­ banyakan pekerjanya mem­ bantu menghasilkan peralatan tukang berasaskan kayu. Perusahaannya itu terbakar 1924, Namun pada 1934, syarikatnya dibangunkan semula dan dikenali sebagai Lego. Pada 1949 dia telah menghasilkan lebih dari 200 mainan plastik dan kayu dan perniagaannya diambil alih oleh anak ketiganya Godtfred. Dia dilahirkan pada 8 Jul 1919 dan meninggal pada 13 Jul 1995 pada umur 76 tahun. Dia berkahwin dengan Edith Kirk Christiansen. Godtfred dan Edith memiliki tiga anak iaitu Gunhild, Kjeld dan Hanne. Tiga anak ini yang sedang bermain lego menghiasi kotak mainan Lego pada 1950 Antara tahun 1950 hingga 1960 Godtfred memegang beberapa jawatan utama dalam syarikat sehingga akhirnya dia berjaya satukan tiga adik beradiknya menjadi pemilik tunggal LEGO Group.

Lego paling mahal di dunia

Lego paling mahal di dunia yang pernah dihasilkan dan dijual pernah mencecah sehingga hampir AS$15,000 (RM45, 579.21). Lego ini diperbuat daripada jongkong emas dan dibentukkan menjadi lego. Brick Envy, sebuah gedung jualan online telah mendedikasikan lego emas ini kepada para Lego. Berat lego emas ini ialah 25.65 gram dan diperbuat daripada emas 14 karat. Ia dibuat sama dengan saiz asal brik lego yang berukuran 2x4 sentimeter. Pada asalnya, brik lego emas ini hanya digunakan sebagai hadiah anugerah pekerja terbaik dari tahun 1979-1981 di sebuah kilang di Jerman. Lego istimewa ini disediakan juga bersama kotaknya untuk tampak lebih eksklusif.


19

29 MAC - 4 APRIL 2017

Artis ceburi perniagaan Syerry pasrah soal jodoh 23 20

20

20 Zetty, keluarga baru Hot FM


20

29 MAC - 4 APRIL 2017

Zetty, keluarga baru Hot FM Syeril Sharina Azhar

P

ERSONALITI radio yang sedang membina nama, Zetty Hot Fm atau Zetty Nabila Muhamad Ghazali adalah seorang gadis yang lincah dan petah berkata-kata. Tidak hairanlah jika melihatkan gadis comel dan genit ini dipilih sebagai pengacara baru di stesen radio terkenal tanah air, Hot FM. Ditanya mengenai perjalanan kariernya, Zetty berkata dia bermula dari belakang tabir dan tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang penyampai radio. Berbekalkan pengalaman yang ada selama ini, dia telah mempraktikkannya dalam persekitaran kerja yang baharu. “Saya bermula dari menjadi ahli zoomers di stesen Hot FM kemudiannya saya telah diberi peluang untuk mengendali slot Duo di situ dan bermula dari situ bakat saya dicungkil. Saya bermula dari bawah dan saya memang dari dulu bekerja dengan stesen penyiaran radio selama enam tahun, kemudian saya menjadi penyampai radio separuh masa selama satu tahun setengah dan kini genap sebulan saya menjadi penyampai radio sepenuh masa. Apa yang membezakan saya dan sekarang ialah dulu saya mer-

Zetty bermula dari belakang tabir dan tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang penyampai radio. Berbekalkan pengalaman yang ada selama ini, dia telah mempraktikkannya dalam persekitaran kerja yang baharu. upakan salah seorang dari tenaga kerja sebagai penganjur sesuatu karnival tetapi sekarang saya lebih banyak terlibat pada aktiviti dalam studio” katanya. Setelah hampir sebulan Zetty bergelar penyampai radio Hot FM, dia tidak merasakan kelainan dalam bidang kerjanya kerana dia sudah biasa bekerja dalam bidang ini cuma katanya, bersama Hot FM dia mesti pandai menyesuaikan diri kerana semakin ramai pendengar yang mula mengenalinya. Tambah Zetty, jadualnya makin padat kerana dia mesti berada di konti bermula pukul 10 pagi sehingga 4 petang untuk menyelenggarakan segmen yang diberikan. Ditanya mengenai hobi, Zetty menjelaskan bahawa dia suka menghabiskan masanya melayani sukan permotoran yang mana bersesuaian dengan jiwanya yang agak kasar. Selain di konti radio, dia juga diberi kepercayaan mengacarakan program Destinasi Bajet di tv9 yang dulunya dihoskan Qi Razali.

Sherry pasrah soal jodoh Syeril Sharina Azhar

SHERRY Ibrahim bukanlah satu nama baru dalam dunia lakonan. Dikenali dengan bermacam watak dalam drama - drama tempatan Sherry mungkin merupakan salah seorang pelakon yang anda sangat kenali. Ternyata wajahnya yang kian jelita ini sedikit sebanyak mempengaruhi popularitinya. Instagramnya menjadi ikutan sejuta peminat sehingga kini. Kemunculannya dalam drama remaja Dunia Baru kira-kira 10 tahun lalu telah memperkenalkan nama Sherry Ibrahim kepada masyarakat. Bertitik-tolak dari situ, Sherry semakin dikenali dan mendapat tawaran berlakon. Namun, sejak kebelakangan ini selebriti menjangkau usia 34 tahun ini dilihat agak sibuk dengan dunia perniagaan. Anak jati Kuala Lumpur ini mengakui dia agak sibuk dengan urusan perniagaan memandangkan produk kecantikan Deeja Cosmetic baru menjengah usia setahun. “Saya tidak nafikan memang sibuk urus Deeja Cosmectic lebih-lebih lagi permintaan makin banyak. Jadi, saya fokus kepada permintaan yang diterima. Selain permintaan pelanggan, saya perlu jumpa stokis produk ini bagi

memastikan semua urusan berjalan lancar,” katanya. Katanya lagi, selain mendapat permintaan dari pasaran dalam negara, produknya turut mendapat tempahan dari luar negara. Pada tahun ini, Sherry sudah membuat perancangan rapi bagi memastikan bisnesnya berjalan lancar demi kebaikan syarikat dan kepuasan pelanggan. Meskipun sibuk dengan dunia perniagaan, dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan yang diminatinya sejak dulu lagi. Sherry telah mula berjinak dalam bidang perniagaan sebelum dia memasuki bidang hiburan lagi. Sikapnya yang gemar berkongsi tentang kebaikan sesuatu produk itu membuatkan ramai kenalan dan pelanggannya mudah menjadikan Sherry sebagai asas rujukan. Jelas Sherry, dunia hiburan telah memperkenalkan dirinya serta produknya kepada masyarakat. “Saya juga bawa imej Deeja setiap kali muncul di kaca televisyen. Jadi, mana mungkin saya akan tinggalkan dunia lakonan tetapi saya agak memilih dalam tawaran berlakon yang mana watak yang diberikan harus sesuai dengan imejnya yang telah bertudung,” jelas pelakon Cinta Ibadah itu. Kini, Sherry sedang sibuk terlibat

dalam sebuah program bual bicara mengenai fesyen dan isu semasa ‘Persona Muslimah’. Menyentuh mengenai soal hati dan perancangan masa depan, Sherry memberitahu, soal jodoh dia percaya pada ketentuan Ilahi dan dia sedikit tidak terganggu dengan isu tersebut kerana baginya dia kini perlu fokus dalam memperkembangkan perniagaanya. Terkini Sherry sedang dalam rangka promosi dan percubaan produk berasaskan minuman. Dari maklum balas kata Sherry, ia amat memberangsangkan. Dia juga memberitahu bahawa sekalipun agak sibuk dengan dunia perniagaan yang baru diterokainya, dia akan terus berlakon dan sama sekali tidak akan meninggalkan dunia seni.


21

29 MAC - 4 APRIL 2017

Apabila artis ceburi perniagaan...

Erra Fazira

Penyanyi dan pelakon cantik, Erra Fazira, menyatakan bahawa dia akan lebih fokus kepada bidang perniagaan. Erra lebih bersemangat dalam merancang pelbagai strategi untuk mengembangkan lagi perniagaannya apabila melihatkan maklum balas dan sambutan terhadap produknya Rara Cookies dan tudung Rara by Erra Fazira bertambah baik. Lakonan dan nyanyian akan terus dilayan sekiranya ada yang sesuai dengan penampilannya sekarang.

Timbul pelbagai tanggapan masyarakat apabila artis turut terlibat aktif sebagai usahawan sekarang ini. Adakah artis tidak boleh berniaga? Adakah artis berniaga dengan 'menjual' rupa? Atau adakah kerana iklim ekonomi semasa yang kurang memuaskan turut menghimpit golongan yang berpendapatan agak tinggi ini hingga mereka terpaksa mencari sumber pendapatan lain.

Khai dan Rosma AF

Agak sepi dalam dunia hiburan, pasangan suami isteri Rosma dan Khai turut terjun menjadi usahawan. Rosma akui pendapatan dari bisnes lebih baik berbanding nyanyian. Khai juga tidak menafikan bahawa mereka berdua lebih menumpukan kepada perniagaan dan menyanyi hanya sekadar suka-suka sejak akhir ini.

Rozita Che Wan

Pelbagai spekulasi negatif dilemparkan terhadap Rozita Che Wan namun ia tidak mematahkan semangat wanita berjiwa waja ini. Bagi pelakon jelita ini, dia mampu hidup selesa dan mewah selepas menceburi bidang bisnes. Che Ta berniaga sejak awal pembabitan dalam dunia artis lagi. Dia pernah mengambil upah jahit labuci dan manik baju. Dia juga mahir menjahit baju. Che Ta turut memberitahu, minatnya dalam dunia perniagaan tidak didorong oleh sesiapa, ini adalah minatnya sejak sekian lama. "90 peratus masa saya untuk bisnes, 10 peratus untuk berlakon," jelas Che Ta.

Nora Danish

Pelakon popular, Nora Danish ingin mengurangkan aktiviti lakonannya supaya dia dapat lebih fokus kepada perniagaanya. Menurut Nora dia tidak mahu lagi menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utama. Dia mahu tumpu kepada perniagaan dan hanya sekali sekala akan berlakon. Kata Nora dia juga tidak berhasrat menyambung kontrak bersama sebuah syarikat produksi seni.

Aiman Tino

Penyanyi muda Aiman Tino juga terlibat dalam bidang perniagaan dengan melancarkan satu produk kecantikan baru-baru ini. Aiman Tino atau Mohd Aiman Yusri, 19, berkata, sudah tiba masanya dia kembali ke bidang perniagaan memandangkan itu merupakan minatnya sejak di bangku sekolah. Aiman pernah menjadi tukang goreng char kuey teow sebelum popular sebagai penyanyi. Sekarang Aiman memiliki sebuah kereta mewah dan mampu menggaji pemandu peribadi.

Neelofa

Pengacara ‘ Meletop’ , Neelofa Mohd Nor yang baru berusia 28 tahun telah bergelar jutawan pada usia yang muda. Dia yang mula berniaga tudung jenamanya sendiri mulai mendapat tempat di hati peminat tanah air apabila tudung yang direkanya mempunyai kualiti dan reka bentuknya yang tersendiri. Usia muda bukanlah satu halangan besar untuk mencipta sesuatu yang besar sebaliknya jadikan usia itu sebagai satu kelebihan pada diri kita untuk menerokai benda baru. Apa yang dipentingkan adalah fokus terhadap apa yang kita ingin lakukan.


22

29 MAC - 4 APRIL 2017

RELEKS

Jom Wayang Filem: LIFE GENRE: Aksi DURASI: 103 minit TARIKH SIARAN: 24 Mac 2017 PELAKON: Jake Gyllenhaal, Rebecca Ferguson, Ryan Reynolds. ARAHAN : Daniel Espinosa SINOPSIS: Enam saintis mengkaji sampel yang dikumpul dari planet Marikh. Kumpulan pengkaji mengenal pasti sampel menunjukkan ada hidupan di sana yang seolah sama dengan kehidupan manusia di bumi. Bagaimanapun andaian mereka masih menjadi pertikaian. Saintis terpaksa lalui pelbagai perkara aneh dan cemas sepanjang kajian dijalankan.

Filem: Therapist GENRE: Seram DURASI : 81 minit TARIKH SIARAN: 16 Mac 2017 PELAKON: Jean Tan, Chai Cheng Sheong, Marcus Chang, Chen Puie Heng, Momoko Fern, Shaun Chen, Feon Lai ARAHAN: Bryan Gao EDARAN: Full Billion Entertainment SINOPSIS: Yan, adalah seorang gadis yang bermasalah dalam hidupnya. Satu hari dia telah mengalami batuk hingga sukar bernafas dan mendapati ada cecair pekat berwarna hijau separti kahak. Ketika dalam perjalanan ke klinik Yan mengalami kemalangan. Apabila sedar, dia mendapati dirinya tidak berasa sakit dan berada dalam keadaan sempurna. Doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati Yan tidak mempunyai degupan jantung tetapi masih lagi sihat.

Filem: Power Rangers GENRE: Sains fiksyen DURASI: 124 minit TARIKH SIARAN: 23 Mac 2017 PELAKON: Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks ARAHAN: Dean Israelite EDARAN: TGV Pictures SINOPSIS: Mungkin ramai yang menduga filem ini dapat dibaca dari segi pengakhirannya. Akan tetapi tipu muslihat dan teknik mengubah persepsi orang ramai menjadi sesuatu yang mencabar lima sekawan ini. Selepas mendapat tahu pekan kecil yang didiami mereka, Angel Grove dan juga dunia bakal hancur dimusnahkan oleh makhluk asing, lima pelajar kolej ini merasakan perlu dan ada cara untuk mengatasi masalah yang ditimbulkan Rita Repulsa itu daripada terus berlaku.


23

29 MAC - 4 APRIL 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Kisah benar Courage

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

TREND adaptasi kisah benar atau kisah dari novel menjadi filem bukan sesuatu yang baharu. Bagaimanapun adapatasi biasanya mempunyai daya tarikan tersendiri kerana ia satu pengalaman yang benar-benar berlaku dan menyentuh hati. Courage adalah sebuah filem adaptasi daripada sebuah kisah benar mengenai Freddie Steinmark (Finn Wittrock) yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pemain American Football. Meskipun mempunyai tubuh badan yang tidak sesuai seperti seorang atlet sukan berkenaan, namun dia tetap berusaha keras untuk mencapai cita-citanya itu dengan latihan keras yang dilakukan dengan dibantu oleh ayahnya. Kemudian, Freddie yang telah beraksi dalam sebuah pertandingan telah menarik minat seorang jurulatih legenda dari University Of Texas, Darrell Royal (Aaron Eckhart) hingga akhirnya dia ditawarkan untuk bermain dalam pasukan Longhorns di universiti berkenaan. Namun tidak semudah itu perit yang terpaksa dilalui Freddie. Kecekalannya menjadi antara penguat jalan cerita Courage. Sesuatu yang patut dijadikan teladan dan mungkin di luar jangkaan bagi kebanyakan remaja di luar sana. Bagaimanapun, kejayaan Freddie bersama pasukan Longhorns tidak bertahan lama apabila dirinya disahkan mengidap sejenis penyakit sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Apakah yang terjadi seterusnya. Saksikan bagaimana insan yang tidak kenal erti putus asa dan telah mula kecapi apa yang diazamkan selama ini menjadi kenyataan tiba-tiba terpaksa melalui satu episod ngeri kehilangan anggota fizikal. Filem ini mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 23 Mac 2017. Filem : Courage Edaran : Empire Film Solution Pengarah : Angelo Pizzo Lakonan : Aaron Eckhart, Finn Wittrock, Robin Tunney, Sarah Bolger, Michael Reilly Burke Durasi : 118 minit Genre : Drama Nilaian : ***


24

29 MAC - 4 APRIL 2017

Hobi pelik artis Hollywood Susunan MURNI REJAB

HOBI adalah aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Setiap orang memiliki hobi yang berlainan sama ada hobi yang mengeluarkan belanja ataupun tidak. Tujuan hobi pula untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan sebagainya. Ada hobi percuma dan ada yang me­ mer­ lukan belanja. Sebagai contoh, hobi me­ ngum­pul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia ber­ Tom Hanks – Mengumpul mesin taip Thomas Jeffrey atau dikenali Tom Hanks lahir pada 9 Julai 1956 adalah seorang pelakon, penerbit, penulis dan pengarah filem dari Amerika Syarikat. Dia tertarik dengan keunikan mesin taip sejak tahun 1970. Dia mengumpul lebih 50 jenis mesin taip antik.

tukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal. Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing uta­ ma seperti joran dan umpan, alat pancing sam­pingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah ikan dan hadiah pertandingan memancing. Kali ini, kami menampilkan hobi pelik artisartis Hollywood yang pasti membuatkan anda mengerut dahi, tertawa dan seram.

Paris Hilton – Memburu katak Penyanyi yang menyukai anjing chihuahua ini juga turut meminati memburu katak. Paris tidak membunuh mereka, dia hanya mengejarnya dan menangkapnya dengan tangan, dan kemudian dilepaskan semula.

Angelina Jolie – Mengumpul pisau belati Pelakon Tomb Raider ini suka mengumpul pi­ sau belati sejak kecil. Ketika anaknya, Maddox menunjukkan minat ter­ hadap hobi ibunya, Angie pun menyokong anak le­laki­nya untuk mula mengumpul koleksinya sendiri.

Johnny Depp – Mengumpul patung Pelakon berbakat Amerika Syarikat, yang terkenal dengan watak Jack Sparrow dalam siri filem Pirates of the Caribbean ini memiliki hobi pelik iaitu dengan mengumpul patung. Metod Johnny Depp untuk mendalami wataknya dalam filem seperti Edward Scissorhands (1990), Ed Wood (1994), Sleepy Hollow (1999) mendorongnya untuk mendalamai watak dengan menjalani latihan bersama patung tersebut termasuk puluhan patung Barbie edisi khas.

MENARIK

Program : Legasi Niaga Episod : 13 Tarikh : 4 April 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 29 Mac - 4 April 2017

KERJA ‘KOTOR’ PUNCA REZEKI TURUN-TEMURUN

MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Bersandar minat ampuh dalam melakukan pekerjaan sebagai kontraktor loji kumbahan, pasangan Azura Jamil, 44, bersama suami Jamaluddin Saari, 44, membina empayar perniagaan dengan nama Seri Sinar MZ. Kini, anak sulung mereka , Nur Afiqah Yuhanis, 21, turut sama menguruskan syarikat yang telah dibina lebih dari sedekad ini. Kisah pahit maung keluarga ini dalam menjalankan perusahaan kontraktor loji kumbahan dipaparkan dalam Legasi Niaga Musim 2.

Program : Santai Familia Musim Kedua Episod : 10 Tarikh Siaran : 10 April 2017 (Isnin) Masa : 8:30 malam

KONSEPKAN MINIMALIS THE STICKS KHAYALKAN JIWA Menaiki pacuan empat roda, perjalanan mencabar merentasi hutan tropika di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor merangsang adrenalin kami. Kejutan tidak terhenti di situ. Tiba di The Sticks, hati dilayang-layang kedamaian. Konsep minimalis resort, membiuskan jasad mengkhayalkan jiwa untuk ‘bersatu’ sepenuhnya dengan alam. Bayangkan tidur di tendok, berdindingkan pepohon hijau, berhawakan bayu segar malam, berterapikan pula unggas mendesirkan tenang. Bukankah itu sebuah keindahan yang diimpikan setiap insan?

Program : House Hunt 2 Episod : 10 Tarikh : 7 April 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam Program : Biz Tips Episod : 10 Tarikh : 29 Mac 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam

MODAL RM3,000 PERMULAAN EMPAYAR ZY PHYTO

ADAKAH HARGA TERLALU MAHAL, HALANG MILIKI RUMAH IMPIAN?

Iskandar Shah, usahawan kosmetik mengambil keputusan memiliki sebuah rumah. Ditemani rakan baiknya, Iskandar, mereka meninjau 2 buah rumah yang mungkin menepati citarasanya. Biarpun rumah pertama memenuhi kriteria rumah impian, namun harga ditawarkan agak mahal, rumah kedua pula mampu dibeli tetapi ia agak jauh dari tempat kerjanya. Rumah manakah yang akan menjadi pilihan Iskandar? Segalanya akan terjawab dalam House Hunt Musim Kedua. Reply Reply to All Forward More

Sedekad lalu, dengan hanya bermodalkan RM3,000 Zaidi Yusuf memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Setelah melalui jatuh bangun, jerih payah diredah, kini beliau bergelar Ketua Pegawai Eksekutif ZY Phyto Holdings, sebuah empayar perniagaan menjangkau nilai Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk RM30 juta. Tips penuh inspirasi “From Zero to perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV Hero” dikongsi buat anda dalam Biz Tips.


25

29 MAC - 4 APRIL 2017

Kisah anak muda

Penulis juga penghibur MURNI REJAB

MELONTARKAN idea kreatif dalam penulisan dan mengambil masa berbulanbulan untuk menyiapkan sebuah buku atau novel bukanlah perkara yang harus dipandang enteng oleh masyarakat. Kerjaya yang dianggap mudah ini rupanya memerlukan tahap pemikiran yang kreatif dan kritis malah si penulis perlu mempunyai banyak idea dalam menyampaikan mesej kepada pembaca. Kisah Anak Muda kali ini

menemubual dua penulis muda berbakat yang kerjaya adalah penulis novel. Syaida Ilmuna Ismail, 26 dan Rekka Baskaran, 27, masing-masing telah berjaya menerbitkan beberapa buah novel di pasaran malah telah bertahun menceburi bidang penulisan. Menurut Syaida, menjadi penulis itu mudah, namun untuk menjadi penulis yang diingati karyanya dan dihormati oleh kerana falsafah dan idea yang dinyatakan di dalam novel atau bukunya itu tidaklah semudah yang disangka. “Keistimewaan kerjaya ini

adalah ia terapi kepada minda saya. Saya gemar bercerita dan mereka cerita. Malah saya lebih rasa gembira jika ada yang terinspirasi dengan kisah yang saya tulis dan mereka mendapat moral yang baik dari penulisan tersebut,” ujarnya yang menerbitkan sebuah novel solo dan tiga novel antologi. Kerjaya yang pada mulanya hanya kerana minat yang mendalam terhadap bidang penulisan di samping untuk mengisi masa lapang semasa cuti semester kini menjadi sumber rezeki buatnya. Akui Syaida, dia mula berjinak-

Syaida dan Nia suka menulis novel.

Dengan kekayaan berjumlah RM421 juta, James Patterson pernah bekerja di sebuah syarikat pengiklanan terkenal dunia sebelum beralih profesion sebagai seorang penulis. Karya milik Petterson yang diminati masyarakat bergenre misteri dan detektif.

JEFF KINNEY

Memiliki kekayaan mencapai RM86.4 juta, salah satu buku terkenal karya Jeff Kinney adalah 'Diary of a Wimpy Kids' menjadi buku kegemaran kanak-kanak mengalahkan buku Harry Potter.

J.K. ROWLING

Wanita penulis novel bersiri Harry Porter ini memiliki kekayaan sebanyak RM84.15 juta.

Percaya! (2015). Bagi Rekka Baskaran atau lebih dikenali Nia Reiya, kerana jatuh cinta dengan Bahasa Melayu dan suka mengarang membuatkan dia terjebak dalam kerjaya ini. “Sejak zaman sekolah rendah lagi saya aktif dengan memasuki pertandingan syarahan dan mengarang. Kini, hampir 10 tahun saya berada dalam dunia penulisan,” ujarnya yang menghasilkan novel ‘Love You Forever’ dan Maya. Jelas Nia, dia memilih kerjaya ini atas dorongan dan sokongan ahli keluarga. Selain itu, kerana dia yang suka berimaginasi tinggi dan suka bercakap dengan benda tidak hidup membuatkan dia mula menggunakan imaginasinya itu dalam penulisan. “Bidang ini sangat menyeronokkan sebab kita boleh hidupkan watak dan perwatakan seperti yang kita mahu. Kitalah mentor kitalah protege dalam bidang ni. Hanya anda yang tahu apa yang hendak dikarang jadi teruskan kembangkan imaginasi,” jelasnya. Jadi kepada yang bercitacita mahu menjadi seorang penulis, jangan biarkan ia hanya menjadi angan-angan kosong. Teruskan berusaha dan lebarkan sayap ke bidang yang ingin anda ceburi. Jadilah penulis yang berilmu. Minat membaca haruslah tumbuh subur di dalam diri setiap penulis itu. Pastikan setiap karya yang dihasilkan itu tidak sia-sia dan ada perkara baik yang ingin disampaikan kepada pembaca. Membaca dan terus membaca untuk menjadi penulis yang baik. Antara karya Syaida dan Nia.

Tujuh penulis terkaya di dunia JAMES PETTERSON

jinak dalam bidang penulisan semenjak zaman sekolah lagi. “Bermula dengan menjadi Ketua Editor majalah sekolah, saya makin menyukai bidang penulisan. Ditambah pula minat membaca akan novelnovel karya Ramlee Awang Mursyid, Ahadiat Akashah, J.K. Rowling, Faisal Tehrani dan Paolo Coelho.” jelasnya. Biarpun hasil karyanya pernah ditolak oleh pembaca namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat Syaida untuk menghasilkan novel Dia Bukan Arissa (2013), Akulah Si Jelita (2014) dan Jangan

KAM

JOHN GRISHAM

Memiliki RM79.72 juta, karyanya sentiasa dinantikan dan pembaca akui akan membaca dari halaman pertama hingga ke kulit belakang buku.

STEPHEN KING

Menghasilkan lebih dari 30 buah buku, Stephen King berasal dari Amerika Syarikat meraih kekayaan sebanyak RM66 juta.

DANIELLE STELE

Wanita yang dilahirkan pada 14 Ogos 1947 ini memiliki kekayaan sebanyak RM66 juta selepas novel karyanya telah terjual lebih dari 800 juta terbitan.

NORA ROBERTS

Buku pertamanya, 'Irish Thoroughbred' diterbitkan tahun 1981. Sejak itu, buku-buku tulisannya berjaya masuk ke dalam buku terlaris versi New York Times hingga memiliki kekayaan sebanyak RM66 juta.

Novel pertama dunia

HIKAYAT Genji atau Kisah Genji (The tale of Genji) adalah karya sastera klasik Jepun berbentuk novel yang ditulis Murasaki Shikibu di pertengahan zaman Heian. Penulis Hikayat Genji adalah Murasaki Shikibu, seorang wanita sasterawan yang bekerja untuk Fujiwara no Shōshi. Hikayat ini disebut dalam buku sejarah terbitan tahun 1001, namun penulisannya dianggap belum selesai pada tahun tersebut. Hikayat Genji adalah cerita yang sangat panjang dan terdiri dari 54 bab. Berdasarkan jumlah bab, isi, dan pencapaian dalam bidang sastera Jepun, Genji Monogatari merupakan salah satu karya terbesar mengenai keluarga imperial di Jepun, sekaligus karya novel terbesar dalam kesusasteraan Jepun.


26

29 MAC - 4 APRIL 2017

SALAM SEMUT

Adab makan di restoran 'fine dine' CUTI sekolah minggu lalu, i saya bercuti ke Bintulu, sebuah bandar kecil namun mempunyai banyak restoran (dalam hotel) formal yang mengamalkan etika makan beradab formal (fine dine). Ketika saya menikmati ma­ kan malam di sebuah restoran se­ umpama itu, hadir sebuah keluarga, yang mempunyai dua anak hiper aktif. Seorang mungkin berusia empat tahun dan seorang lagi enam tahun. Kehadiran mereka, dengan ser­ta merta mengubah suasana restoran 'fine dine' itu. Suasana selepas itu menjadi tak ubah seperti taman permainan kanak kanak. Ana-anak itu berlari, berguling siap bergusti dan menjerit jerit sehingga menganggu ketenangan yang dinikmati di dalam restoran itu sebelumnya.. Yang pelik, ibu bapa mereka sebaliknya sibuk dengan aktiviti telefon masing masing, Hanya orang gaji yang cuba mengawal tingkah laku anakanak itu . Teguran bibik, apalah sangat nak digerunkan! Terkejut saya apabila mereka terlanggar pelayan yang membawa makanan ke meja lain hingga hampir terjatuh. Namun emak ayah masih tidak menegur atau cuba mengawal anak mereka. Saya tidak akan salahkan anaanak itu kerana itulah mereka. Bermain tidak kira tempat adalah sifat semulajadi kanak kanak.

Ibu bapa yang harus lebih tangan. Jika anda ingin bersih­ bertanggungjawab dalam kan hidung, pergilah ke mendidik dan menyemai tandas dan gunakan tisu, nilai nilai murni. Sebelum bukan 'napkin'. kita bawa anak-anak Jika anda ingin ke keluar, elok berikan tandas, letakkan 'napkin' syarat dan jika mereka di atas kerusi dan bukan gagal mematuhi nasihat, di atas meja makan, di perlu ada teguran.Itulah penyandar atau di tempat cara kita menyediakan letak tangan. Sesudah AN ES RAVEN MURUG mereka untuk menghadapi habiskan makanan, baru boleh suasana sosial. diletakkan di atas meja. Jika bawa anak-anak ke restoran Gunakan 'napkin' di sebelah kiri jika "fine dine" eloklah dapatkan maklumat tak pasti yang mana anda punya. Jika mengenai etika "fine dine" supaya kita anda tidak puas hati dengan hidangan tidak kekok berada dalam restoran yang disajikan dan ingin menyatakan seumpama itu. Dan gunakan peluang itu rasa tidak puas hati pada chef, lipat untuk mendidik anak-anak bagaimana semula napkin itu ke bentuk asal dan menggunakan 'napkin', sudu dan garfu. letakkan nyer disebelah kanan. Jika Terlanjur menyebut mengenai anda ingin memuji chef, letakkan 'napkin', ia merupakan komponen sahaja napkin yang telah digunakan penting di atas meja restoran "fine dine" disebelah kiri dan pastikan bahagian dan boleh dilihat bagaimana ia tidak kotor dinapkin terlindung. digunakan dengan cara yang betul. Andai kata 'napkin' terjatuh ke Sebaik sahaja anda duduk, buka lantai ketika makan, beri isyarat lipatan 'napkin' dengan kemas dan pada pelayan untuk dapatkan 'napkin' letakkan di atas peha. Jangan sekalibaharu. Anda tidak perlu menolak kali selitkan ia di baju anda. Hanya bayi meja dan kerusi untuk memgambilnya sahaja yang dipakaikan "bibs" seperti dari lantai kerana pelayan akan itu, bukan orang dewasa. menguruskan perkara itu. Gunakan napkin untuk lap mulut Beralih ke garfu dan pisau, pegang sahaja. Jangan gosok napkin di garfu di tangan kiri dengan gegiginya mulut anda, cuma letakkan di bibir menghadap ke bawah dan pisau di untuk menyerap sisa makanan dan tangan kanan. Di Eropah, makanan minuman. Perlu diingat, wanita yang dari garfu di tangan kiri akan terus ke bergincu mesti lapkan gincu di 'napkin' mulut, sementara di Amerika ia akan dahulu sebelum minum supaya tidak ditukarkan ke tangan kanan sebelum meninggalkan kesan gincu di gelas. dimakan. Kini cara Eropah lebih 'Napkin' bukan penganti sapu popular kerana lebih praktikal.

Apabila tiada pisau digunakan, garfu boleh digunakan dengan gegiginya nya menghala ke atas. Garfu mesti bersandar pada jari penunjuk sambil ditekan oleh ibu jari. Dalam keadaan apa sekali pun jangan pegang garfu macam memegang penyodok dengan semua jari melilitnya. Jangan digigit atau kunyah ma­ kanan dari garfu tetapi letakkan ma­ kanan dengan kemas di mulut. Ini bermaksud setiap kali garfu di­ gunakan, saiz makanan adalah untuk sekali kunyah. Untuk spageti, gulungkan spageti dengan memutar garfu sebelum dibawa ke mulut. Pisau pula tidak boleh dipegang seperti pen tetapi perlu berada di tapak tangan dengan ibu jari dan jari penunjuk di kedua dua belah sisi. Sudu sup pula perlu dipegang di tangan kanan dan gerakkannya dari luar ke dalam. Sudu sup tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut tetapi sup perlu disedut (tanpa bunyi) dari tepi, bukannya dari hujung sudu. Ada satu adengan dalam filem Madu Tiga di mana watak bapa mertua dan emak mertua sedang bersarapan. Perhatikan cara mereka menikmati hidangan sup. Memang mengikuti adab 'fine dine' yang betul. Zaman itu pun "fine dine" diberi perhatian, apatah lagi zaman sekarang. Yang penting jangan sekali kali kita buat lawak seperti ana- anak hiper aktif itu dengan menjadikan 'napkin' sebagai tengkolok.

KEDAI EMAS ROHIDA A-3-G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari 'DE' Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

KINI DIBUKA

* Menjual dan membeli emas baharu / lama * Membeli surat pajak gadai * Mencuci emas

Barang kemas terus dari kilang * Mutu dijamin * Patuhi Syariah

* Bandingkan harga kami * Reka bentuk terkini

TAWARAN HEBAT! Sempena Pembukaan

Setiap pembelian bernilai RM300, layak menerima satu kupon untuk satu cabutan bertuah. Lagi banyak anda membeli, lagi banyak peluang untuk menang. 3 pemenang utama cabutan bertuah berupa satu cincin belah rotan dan dua loket bentuk 'love' * Setiap pembelian layak mencuci emas lama secara percuma. Dimiliki sepenuhnya oleh MOHD KHAIRUNE SDN. BHD. (305306-H) A-3-G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari 'DE' Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6143 7850


29 MAC - 4 APRIL 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup

TRENDY

Tambah bergaya jika bertopi MURNI REJAB

SEPERTI koleksi pakaian yang dipermodenkan mengikut per­ edaran zaman, topi juga begitu. Selain pemakaian topi dilihat berfungsi sebagai penutup kepala, rekaannya juga dipelbagaikan mengikut fesyen pada era kini. Malah dengan aliran fesyen yang begitu pantas, pelbagai jenis koleksi fesyen topi tampil di pasaran. Topi selalu disinonimkan de­ ngan kaum lelaki ke­

rana mereka lebih suka me­ nyarungkan aksesori tam­ bahan ini kerana malas untuk mendandan rambut selain menjadikannya sebagai pelengkap fesyen. Sebenarnya percaya atau tidak, dengan memakai topi, lelaki akan kelihatan lebih menarik dan cool. Lagi tampak menarik sekiranya si jejaka pandai menggayakannya di mana-mana tempat seperti ketika melakukan aktiviti di luar rumah, bersiar-siar di pusat membeli-belah atau

Pelbagai jenis koleksi topi

Tampil cool dengan beanie hat

meng­ hadiri majlis kasual. Sesiapa­ pun tidak boleh me­ nyangkal bahawa ia ada­ lah aksesori yang boleh me­ lengkapi gaya jika kena pada tempatnya. Pemakaian cara yang betul dan sesuai dengan bentuk wajah juga membuatkan si jejaka akan kelihatan lebih bergaya dan trendy. Malah jika pandai menggayakan dengan pakaian yang sesuai, pasti dapat mencuri perhatian si gadis di luar sana. Pemilihan topi pula harus­ lah bersesuaian dengan ben­ tuk kepala dan topi yang sesuai. Bagi jejaka yang ma­ hu menggayakan topi perlu­ lah mempunyai teknik peng­ gayaan dengan betul khusus buat lelaki yang gemar

Sejarah asal pemakaian topi SEJARAH asal pemakaian topi bermula apabila seorang lelaki John Hetherington dari London, menghadapi masalah benjolan tinggi dan berkilat di kepalanya hingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai. Kemunculan Hetherington dengan kekurangan dirinya, pada Jan 1797 dikatakan turut menyebabkan ada wanita pengsan melihatnya, kanak-kanak menangis dan anjing pula menyalak. Malah, seorang kanak-kanak yang takut melihatnya menggigit tangan lelaki berkenaan sehingga berlakunya huru-hara. Hetherington kemudian ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam. Ketika hadir di mahkamah, Hetherington dikatakan memakai topi jenis tinggi iaitu top hat. Kehadiran beliau dengan top hat itu menjadi ikutan dan semakin menjadi popular selain diterima lelaki. Lama kelamaan menjadi popular di kalangan golongan bangsawan.

memakai ak­ se­­sori ini ke­ra­­ na tidak se­ mua orang se­ suai me­ makai topi. Ja­ ngan sampai di­labelkan sebagai mang­sa fesyen. Terdapat pelbagai topi yang menjadi ida­ man si jejaka di luar sana. Antaranya top hat, bucket hat, bowler hat, jacky, beach, fedora dan sebagainya, selain beberapa rekaan topi termasuk topi baseball, trucker, visor, beret, kangol, bucket atau untuk memancing dan topi koboi. Pelbagai jenis topi ini di­ hasilkan dan setiap re­ kaan disediakan mengikut keperluan dan kesesuaian sesuatu acara.

Kepada jejaka-jejaka, se­ belum memakai topi pastikan anda mengenali topi-topi yang sesuai dipakai mengikut kesesuaian penggayaannya agar anda tidak kelihatan janggal atau tidak menepati acara. Siapa sangka, mungkin anda mampu tampil lebih menarik daripada yang anda jangkakan.

Topi punca botak, fakta atau mitos? TERDAPAT segelintir individu takut untuk memakai topi kerana khuatir akan menjadi botak. Malah ramai yang berpendapat memakai topi akan menyebabkan rambut gugur dan menjadikan anda botak. Namun sejauh mana kesahihan itu. Seorang pakar pemulihan rambut, Dr. Alan Bauman mengesahkan perkara ini tidak benar dan mitos semata-mata. Menurutnya, masalah keguguran rambut bagi lelaki berlaku kerana pengecilan folikel rambut yang progresif, sensitip terhadap hormone DHT (dihydratestosterone), iaitu kegagalan testosterone berfungsi dengan baik. U.S. News & World Report melaporkan pemakaian topi tidak menyebabkan keguguran rambut, sebaliknya topi yang kotor boleh menyebabkan jangkitan pada kulit kepala. Tambah Dr. Alan, sesetengah indvidu yang mengalami masalah keguguran rambut memakai topi bagi menutup bahagian yang botak selain kelihatan lebih muda. Jadi jangan takut untuk memakai topi anda dengan penuh gaya. Ia tidak menyebabkan anda menjadi botak.


28

MAKAN

29 MAC - 4 APRIL 2017

angin

Lima lokasi mesti pergi hujung minggu

Apa yang ada di Port Dickson?

Teks : Amir Raihan Foto : Tourism Malaysia & FB Alive 3D Art Gallery MENCARI destinasi percutian singkat untuK meluangkan masa bersama anakpanak? Port Dickson adalah pjawapannya kerana lokasi ini mampu dijelajahi dalam masa sehari. Jom kita lihat apa yang menarik di Port Dickson!

ALIVE 3D ART GALLEY

Alamat: Galeri seni 'hidup' ini terletak berhadapan dengan Old Town Coffee Lukut dan Giant Lukut. Pameran-pameran gambar yang menampilkan efek 3D. Setiap satu gambar atau lukisan yang dipamerkan nampak lebih hidup apabila dirakam dalam sekeping gambar. Amat rugi jika anda terlupa membawa kamera atau bateri kamera anda habis apabila berada di sini. ALIVE 3D Art Gallery

menawarkan lima tema berbeza iaitu Aquarium, Exotic, Adventure, Animation dan Dark Art. Galeri 3D ini merupakan lokasi sesuai untuk anda menghabiskan masa bersama kerana ia sesuai untuk semua golongan – daripda kanak-kanak hinggalah orang dewasa yang jelas tidak akan berhenti ketawa apabila melihat pelbagai aksi bergambar pelik yang dilakukan oleh ahli keluarga lain dan pengunjung pengunjung yang cuba merakamkan foto yang menepati tema yang disediakan. Waktu Operasi : Isnin – Selasa : 11.00am-11.00pm Sabtu Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah: 10.00am-11.00pm

MUZIUM TENTERA DARAT

Alamat: Kampung Baru, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. T: 06640 9481. Panggilan Inggerisnya, The Army Museum merupakan muzium milik Angkatan Tentera Diraja Malaysia. Menariknya muzium ini, Ia dibuka setiap hari dari pagi hingga ke petang dan masuk adalah percuma buat semua pengunjung. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membuat tempahan tiket atau tertanya-tanya sama ada muzium ini beroperasi atau tidak pada hari-hari tertentu. Banyak tarikan yang ada di muzium ini. Antaranya pelbagai replika pesawat pejuang, Terowong PKM, kereta api dan Monumen Kroh. Bagi penulis, Muzium Tentera di Port Dickson adalah lokasi yang wajib dilawati kerana tidak banyak muziummuzium berkonsep sebegini yang ada di Malaysia.

29


29

29 MAC - 4 APRIL 2017 PERHATIAN

Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my

Bliss Boutique Hotel Gaya kontemporari pada harga termampu BLISS Boutique Hotel bakal mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melalui pu­ sat bandar Johor Bahru dek kerana keunikan hia­ s­ an pada dinding luar bangunan hotel ini. Sebaik saja penulis tiba di lobi kecil hotel ini, penulis diberikan segelas minuman ‘Selamat Datang’ sementara me­ nung­ gu urusan daftar masuk. Masa yang terluang penulis gunakan untuk me­ merhatikan reka ben­ tuk dalaman yang terdapat di hotel ini. Ruang lobi yang kecil menempatkan sebuah so­ fa yang dipenuhi de­ ngan majalah-majalah

ter­ bitan tempatan. Pasti ma­ sa menunggu dapat diisi lebih santai, tanpa perlu menghabiskan masa dengan hanya menatap skrin telefon di tangan. Penulis dapati pihak hotel turut menyediakan kemudahan ke­ rusi urut dan IT corner yang boleh digunakan secara percuma buat penginap di hotel ini. Selepas medapat kad akses bilik penginapan, penulis terus menaiki lif. Nampaknya kad akses tersebut perlu digunakan pada pengimbas untuk mengakses pintu kaca lif. Lif ini menggunakan sistem touch panel bagi memastikan hanya penginap yang dapat mengakses ke

SAMUDRA IKAN BAKAR – BUAT KAKI MAKAN! Alamat: Gerai Samudra Ikan Bakar terletak di Batu 1 1/2 Jalan Seremban, Port Dickson.

28

bilik mereka. Ia merupakan satu ciri keselamatan yang baik, kebiasaannya hanya bo­ leh didapati pada hotelhotel yang jauh lebih mahal harganya.

pasangan berbulan madu Secara keseluruhannya, terdapat enam jenis kategori inapan iaitu Designer Single, Designer Queen/Twin, Desig­ ner Deluxe, Designer Family, Designer Boutique dan Bliss Boutique Suite dengan kadar harga bermula serendah RM115 hingga RM396. Penghawa dingin di dalam bilik berfungsi dengan baik sekali. Begitu juga dengan akses WiFi. Paling penting, katilnya yang empuk pas­ tinya menjanjikan tidur yang lena buat para tetamu. Penulis secara peribadi memberikan ‘rating’ lima bintang untuk kemudahan bilik mandinya yang bersaiz sederhana. Bersih, lengkap bersama pancuran air yang kuat beserta hot shower, tiada apa yang boleh di­ rungutkan apatah lagi bila memikirkan harga yang agak berpatutan dengan semua semua kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan.

CARA KE SINI

BLISS BOUTIQUE HOTEL terletak di tengahtengah pusat bandar Johor Bahru, hanya antara dua ke tiga minit berjalan kaki diperlukan untuk Pelangi Mall. Dari sini, penulis dapat mengakses tempat-tempat menarik seperti Kacang Pool Haji yang terletak di Medan Selera Larkin dan Pasar Karat Johor Bahru. Dengan perkhidmatan ter­baik, dekorasi hotel me­ narik dan harga bilik yang berpatutan, Bliss Boutique Hotel wajar menjadi inapan yang harus menjadi pilihan utama buat anda yang ber­ cadang bercuti ke ke Johor Bahru. ALAMAT: Bliss Boutique Hotel 50 Jalan Jaya, Taman Maju Jaya 804000, Johor Bahru, Johor. Tel : 07-332 7188 / 07-333 7188 http://blissboutiquehotel.com

PILIHAN TERBAIK UNTUK BERBULAN MADU Seperti kebanyakan ho­tel boutique yang lain, ke­lebihan hotel ini terletak pada re­ kaannya yang elegen dan bergaya. Majoriti bilik-bilik di sini tidaklah begitu luas. Jika anda seorang yang me­ mentingkan keselesaan dan ruang kosong yang luas hanya untuk anda dan pasangan, anda boleh menempah bilik jenis Bliss Boutique Suite yang mewah dan dan sesuai untuk

Gerai Samudra Ikan Bakar mula beroperasi sejak tujuh tahun lalu. Ia merupakan antara empat unit gerai yang ada di Medan Ikan Bakar Port Dickson. Ramai 'kaki makan' yang mengunjungi gerai ini berkata sajian ikan bakar yang ditawarkan sangat enak kerana pemilik gerai, Haji Fared Bin Haji Masrom hanya menggunakan hasil-hasil laut yang segar untuk dimasak. Jadi, kalau anda tergolong dalam kategori 'food hunter', Samudra Ikan Bakar adalah lokasi yang wajib anda kunjungi apabila bercuti ke Port Dickson.

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI BUKIT KEPONG

Alamat: Berhampiran/mengadap penginapan Eagle Ranch Resort Port Dickson. Ada banyak perkampungan Orang Asli di Malaysia. Namun, semuanya tidak sama dan masing-masing memiliki keunikan tersendiri. Perkampungan Orang Asli Bukit Kepong begitu unik kerana pendudukpenduduk di sini menghiasi halaman rumah mereka dengan hiasan bunga dan memanfaatkan barang-barang

terbuang sebagai hiasan yang menarik untuk rumah mereka. Selain memiliki kawasan dan rumah yang cantik dan bersih, masyarakat Orang Asli di sini aktif dalam aktiviti komuniti bersifat komersil iaitu menghasilkan produk-produk kraftangan seperti ukiran patung, perabot, peti surat dan peralatan menyumpit.

BALAI CERAP TELUK KEMANG (KOMPLEKS BAITUL HILAL)

Alamat: Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 5, Tanjung Tanah Merah, Port Dickson T: 06-648 7888 Rupa-rupanya, sudah lama balai cerap ini ada di Port Dickson. Ia mula beroperasi secara rasmi pada 1970 dan telah melalui beberapa siri penambahbaikan. Pada tahun 2009, ia dinaik taraf sebelum siap sepenuhnya pada 2012. Kompleks ini dibuka kepada orang ramai yang ingin menimba ilmu berkaitan alam semesta melalui teleskop bersaiz 24 inci yang ada di sini. Keunikan yang dimiliki teleskop ini ialah ia mampu membuat cerapan sehingga 0 darjah – sama ada untuk tujuan cerapan hilal ataupun anak bulan. Ia mempunyai kubah dan

menghadap ke perairan Selat Melaka. Balai cerap ini turut menempatkan tiga unit teleskop penjejak dengan kubah bersaiz lima meter. Ia dikawal oleh sistem komputer yang sama yang dikatakan turut digunakan di Kit Peak National Observatory, Amerika Syarikat. Adanya kemudahan sebegini di balai cerap/Kompleks Baitul Hilal, menjadikan fasiliti ini sebagai lokasi pertama produk pelancongan astronomi dan pendidikan di Negeri Sembilan.

PENGINAPAN

The Guest Hotel & Spa yang terletak bertentangan dengan Gallery Alive 3D. Selain pilihan bilik yang selesa, hotel ini turut menawarkan kemudahan spa, kolam renang dan gimnasium.

CARA KE PORT DICKSON

Dari Kuala Lumpur, memandu menghala ke Selatan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan ambil susur keluar Lebuhraya SerembanPort Dickson (SPDH). Port Dickson juga boleh diakses menggunakan 'jalan lama' dari Klang (banting) dan Sepang dan akan tiba ke Port Dickson melalui Kota Lukut.


30

29 MAC - 4 APRIL 2017

'Saya pernah dapat tawaran Barca’

PENYERANG kontroversi, Mario Balotelli mengakui pernah menarik minat Barcelona untuk membelinya, malah hampir menurunkan tandatangan untuk berhijrah ke Nou Camp. “Ini berlaku suatu masa dahulu. Mereka berminat untuk mendapatkan saya tetapi halangannya adalah wang. Kelab di mana saya bermain ketika itu begitu memerlukan wang (dan telah meletakkan harga yang tinggi untuknya),” kata Balotelli memberitahu Radio Monte Carlo, baru-baru ini. Dia bagaimanapun tidak menyatakan kelab yang diwakilinya ketika itu. Dalam temu bual itu, Balotelli turut ditanya mengenai kenangannya ketika bersama Manchester City dan Liverpool. “Manchester City adalah impian saya sebenarnya kerana suasana di sana sangat Itali (pengurus City ketika itu, Roberto Mancini, orang Itali). Tetapi tolong jangan bercakap dengan saya mengenai Liverpool. Mereka pasukan yang hebat, orangnya hebat, peminat juga hebat tetapi tempat itu ….” jawabnya dengan kata-kata yang meninggalkan seribu satu t a n d a tanya.

Wenger sudah ada keputusan ARSENE WENGER sudah ada keputusan mengenai masa depannya di Emirates. “Kekalahan 3-1 kepada West Brom (Albion) telah mendorong saya untuk buat keputusan mengenai masa depan. Tapi apa keputusannya, saya akan beritahu anda nanti,” kata Wenger kepada wartawan baru-baru ini. Pengendali asal Perancis itu pada masa ini tidak berada dalam keadaan selesa setelah pasukannya mengalami enam kekalahan berturut-turut daripada sembilan perlawanan. Ini mengakibatkan muncul desakan daripada penyokong untuk dia dinyahkan segera dari Emirates. “Tugas saya adalah untuk membuat 100 peratus orang gembira,” kata Wenger yang sudah 20 tahun – sejak Ogos 1996 – mengemudi kelab dari Utara London itu. “Jika anda masih ingat di mana kelab ini berada ketika saya tiba, dan di mana

dari muka 32 Namun buat masa ini, bintang Chile itu dilaporkan masih menunjukkan sikap tenang sementara Ozil, sejak Januari lalu lagi telahpun menyuarakan kecenderungan mahu berpindah. Menurut Ozil, masa depannya di Emirates bergantung pada kedudukan Wenger sendiri. Jika Wenger meninggalkan kelab, dia sendiri juga tidak akan berada di situ lagi. Selain Real Madrid – di mana dia pernah bermain pada 2010 hingga 2013 - Ozil pada masa ini sedang diintai kelab dari negara asalnya, Bayern Munich. Musim ini, Sanchez telah menjaringkan 22 gol untuk Arsenal manakala Ozil, sembilan. Ditanya mengenai masa depan Sanchez, Wenger berkata, pada masa ini, belum ada apa-apa persetujuan di kedua-dua belah pihak. “Kami telah membuat keputusan untuk beri tumpuan hanya pada pada hujung musim ini dan bercakap mengenainya pada musim panas,” ujarnya. Begitu juga dalam kes Ozil, kata Wenger. “Jika anda masih tidak mendapat satu kata putus dan membiarkan rundingan terus berjalan sedangkan ada perkara lain yang sepatutnya anda lebih berikan tumpuan, itu bukanlah sesuatu yang baik untuk pasukan. Kerana itu, lebih baik kita tumpu hingga akhir musim, dan duduk semula berbincang pada musim panas,” tegasnya. Wenger sebelum ini pernah berkata, adalah lebih baik untuk kedua-dua pemain itu menunggu hingga kontrak mereka berakhir pada 2018 untuk meninggalkan kelab secara percuma berbanding ‘dijual’ pada musim panas.

pula kedudukannya hari ini, saya kira saya boleh berbangga dengan apa yang telah saya lakukan untuk Arsenal,” katanya. Menurut Wenger, dia telah mengharungi banyak cabaran sepanjang bersama Arsenal. “Sudah banyak kali saya mengemudikan kelab melalui tempoh yang sukar dengan sumber yang sangat, sangat, sangat terhad tetapi selama ini, saya sentiasa berjaya mendapatkan yang terbaik untuk pasukan. Itulah yang saya akan lakukan selagi saya ada di Arsenal,” katanya. “Kamu boleh katakan, jika kita tidak menang sebarang kejuaraan, itu adalah musim yang gagal. Saya faham tetapi kamu lihatlah juga Liverpool, mereka sudah lama tidak menang Liga Perdana tapi masih kekal sebagai kelab yang dihormati,” ujarnya. Wenger akhirnya berkata: “Orang menilai kerja kita tetapi tugas saya, bukanlah untuk menghakimi sesiapa, apa lagi menilai diri saya sendiri. Tanggungjawab saya adalah menghasilkan kejayaan, biarlah orang lain yang menilai saya.”

Syarat Mourinho kepada Real Madrid

“ANDA mahu De Gea? Boleh, tapi kami mahu pemain anda yang terbaik!” Begitulah kata dua Jose Mourinho kepada Real Madrid yang semakin bersungguh-sungguh mahu bawa balik David De Gea dari Old Trafford ke negara asalnya. Dalam tawaran terbaru mereka minggu lalu, Real memasukkan James Rodriguez dan Isco sebagai ganti untuk De Gea dilepaskan oleh Manchester United. Namun, Mourinho dikatakan sangat tidak berminat dengan tawaran itu. Malah dia dilapor telah memberikan senarainya sendiri kepada Presiden Real, Florentino Perez. Dalam senarai itu, Karim Benzema, Toni Kroos, Luka Modric, Casemiro atau Raphael Varane dinamakan sebagai antara yang layak diberikan pertimbangan sekiranya Real mahukan De Gea. “Jika tidak, kamu harus bayar kepada kami 70 juta Euro (RM334 juta) untuk mendapatkan De Gea,” katanya kepada Perez.


31

29 MAC - 4 APRIL 2017

dari muka 32 dari muka 32 Bagaimanapun, tawaran daripada Villareal difahamkan lebih menggiurkan, yang mungkin sukar untuk ditolak oleh Bravo meskipun dia belum pun sampai 12 bulan beraksi dalam EPL. Villareal begitu terdesak untuk mendapatkan Bravo susulan kecedaraan serius dialami Sergio Asenjo yang perlu berehat selama tujuh bulan. Di sebalik kepercayaan yang menggunung terhadapnya oleh Guardiola, penyokong City sukar untuk terima kehadiran Bravo di Etihad yang dinilai gagal mencapai piawaian Hart sebagai penjaga gol utama City.

Joe Hart

Ronaldo kecewa dengan Benzema BINTANG Real Madrid, Cris­tiano Ronaldo melahirkan rasa kecewa terhadap ra­kan sepasukannya, Karim Benzema. Wartawan sukan ternama Sepanyol, Pundit Eduardo Inda berkata, Ronaldo tidak dapat terima prestasi semasa Benzema yang baginya tidak layak untuk berada dalam kesebelasan utama Real. “Pasukan sedang mem­ beri fokus untuk me­nyingkirkan Bayern Munich daripada Liga JuaraJuara, tetapi apabila mereka (Bayern) berjaya melepasi ha­ langan itu, mereka (Bayern) akan beri perhatian terhadap Benzema (jika dia bermain kerana dapati ada kelemahan di bahagiannya),” kata Inda memetik ayat yang dikatakannya adalah daripada Ronaldo. Menurutnya lagi, bukan Ronaldo sahaja, pemainpemain lain juga sering mempersoalkan permainan

Benzema sejak beberapa minggu lalu, yang bagi mereka boleh menjejaskan pasukan. “Ronaldo risau dengan tahap Benzema pada masa ini. Berbanding dengan yang lain, dia kekurangan jaringan malah lebih teruk lagi, dia kurang membantu. Ini sudah

bertahun-tahun. Mereka (Ronaldo dan pemain-pemain lain) juga kecewa kerana (Zinedine) Zidane (pengurus) terus memberikannya pe­luang, tidak seperti kepada pemainpemain lain James (Rodriguez) atau (Alvaro) Morata,” katanya.

Azlan Shah mengamuk di Sepang MALAYSIA Superbike Championship (MSBK) sudah membuka tirai saingan musim 2017; bermula daripada 17 hingga 19 Mac di Litar Antarabangsa Sepang. Berkesempatan berkunjung untuk saingan Perlumbaan 1 pada hari Sabtu, MMM (Mr Mat Manjoi) bernasib baik dapat mengikuti segala aksi hari Ahad dengan melayan Facebook dan Youtube. Tahniah kepada SIC kerana berinovatif untuk membuat ’livestreaming’ di FB dan Youtube untuk keselesaan para peminat. Sememangnya, lagi seronok kalau tengok di litar secara ’live’. Tapi, pasal tak dapat naik turun, dapat tengok kat FB pun, syok juga, walaupun skrin ’handphone’agak kecil. Kalau dapat tengok kat monitor komputer mesti lagi best. Apapun, kita mesti bersyukur dengan apa yang ada. Difahamkan lebih 100,000 orang tengok ’live’ dan ratusan ribu lagi tengok kemudian. Kira macam ’recording’ lah. Cerita paling hebat pada hari Ahad itu adalah tentang Azlan Shah Kamaruzaman – bekas pelumba Moto2 negara, yang kini turut bersaing dalam Asia Road Racing Championship. Memang diakui, Azlan adalah pelumba pilihan apabila

bersaing kat MSBK ni dalam kategori Supersport 600cc ini. Lawan-lawan beliau kat Sepang ni kira makanan beliau lah. Sekurang-kurangnya, itulah firasat MMM. Justeru itu, apabila Brother Azlan kita tak menang perlumbaan 1 pada hari Sabtu, kira teramatlah mengejut. Hanya mereka yang mengetahui saja tahu apa yang terjadi. Perlumbaan Supersport itu bermula dalam keadaan awan mendung menanti hujan. Azlan, difahamkan, memilih untuk menggunakan tayar ’sleek’. Mungkin, dia ingat hujan takkan turun kot. Apapun, ketika race mula, hujan turun dan perlumbaan diberhentikan dengan semua pelumba diarahkan masuk pit. Selepas menunggu, para pelumba dipanggil semula ke grid. Selepas dilepaskan dan pelumba sedang rancak bersaing, hujan turun semula. Kawan kita masuk pit untuk tukar tayar. Malangnya, sebelum sempat masuk semula, bendera merah dikibarkan dengan Azlan masih dalam pit sekali gus diisytiharkan tidak menamatkan perlumbaan atau DNF. Seperti dibakar dengan perasaan marah dan geram, Azlan memulakan Perlumbaan 2 dengan garang. Daripada belakang grid, Azlan seperti dirasuk dan dia terus memecut untuk

menduduki tempat kedua sebelum mengambil alih tempat pertama daripada pelumba Jerman, Ismael Smalji pada Lap 2. Untuk baki 22 lap, Azlan dan jentera Kawasaki bikinan BikeArt Racingnya terus memecut garang, memintas ’back markers’ sebelum menamatkan perlumbaan 24 lap itu lebih 44 saat di depan Ismael. Memang respek tengok Azlan hari itu. Dapat terasa kehebatan bekas pelumba Moto2 negara itu walaupun hanya tengok skrin ’handphone’. Syabas, Azlan. Dan, tahniah SIC ... memang syok layan ’live streaming’. Kenapa tak buat dari dulu. MMM – Tak sabar tunggu Pusingan 2.

E-mel – mrmatmanjoi@gmail.com Facebook – Mat Manjoi


32

29 MAC - 4 APRIL 2017

30

Keluaran 29 MAC - 4 APRIL 2017

Ozil (kiri) dan Sanchez

30

'Saya pernah dapat tawaran Barca’

Wenger sudah ada keputusan

TUNGGU DULU SANCHEZ, OZIL! SEMEMANGNYA bukan mudah bagi Arsenal untuk melepaskan dua bintangnya, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil meskipun hakikatnya, hati mereka sudah semakin jauh meninggalkan Emirates. Kelab itu, menerusi pengendalinya, Arsene Wenger menyatakan penangguhan sebarang perbincangan mengenai kedudukan Sanchez dan Ozil sehingga musim panas untuk keputusan mengenai kedudukan mereka dibuat. Kedua-duanya mempunyai tempoh kurang daripada 15 bulan untuk mengisytiharkan keputusan muktamad. Selain Manchester City, beberapa kelab ternama dilaporkan sedang berusaha untuk memikat Sanchez dengan Chelsea, Sevilla dan Atletico Madrid yang paling ke hadapan.

30

Bravo ke La Liga? Guardiola berputih mata! SUDAH beberapa malam Pep Guardiola tidak lena tidur agaknya. Ini berikutan ada ura-ura penjaga gawang kesayangannya, Claudio Bravo sudah dilamar Villareal untuk kembali ke La Liga. Bintang antarabangsa Chile itu baru sahaja berhijrah ke Etihad dari Barcelona Ogos lalu dengan nilai 17 juta Pound. Kehadiran Bravo sekali gus meminggirkan Joe Hart yang juga penjaga gawang No. 1 England yang telahpun membawa diri – dipinjamkan – kepada Torino, kelab Serie A Itali. Sebelum ini, Bravo diura-urakan akan dilamar kelab Bundesliga, RB Leipzig.

31 Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.