PE RC UM A
ISU 11
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
16
Gambar percutian anda lebih menarik? Share dengan pembaca WARTA dan menangi iPhone 7
Keluaran 5 - 11 APRIL 2017
24
Seni Papa Rock
20 3
Beckham jaring gol sendiri
2
Apa perlu Melayu tiru Arab
Sasarkan kanak-kanak 7 hingga 13 tahun
PERANGKAP ASMARA INTERNET SYERIL SHARINA AZHAR
KUALA LUMPUR - Janji manis dan ayat 'power' lelaki berhidung belang menerusi perkenalan dalam laman sosial menjadi penyumbang terbesar kes kanak-kanak pe rempuan lingkungan usia tujuh hingga 13 tahun terjebak menjadi mangsa seksual. Perbualan lelaki yang dianggap matang melalui telefon bimbit di ruangan 'chatting' berjaya mengumpan mangsa masuk ke dalam perangkap mereka. Duta UNICEF, Lisa Surihani berkata jumlah mangsa seksual kanak-kanak adalah di paras membimbangkan dan masih ada yang tidak dilaporkan.
2
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
Menangi Tiket VIP Perlawanan Real Madrid Di Santiago Bernabeu dan Barcelona di Nou Camp Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, sila layari akaun Instagram 'my.warta'
Luna mahu sentiasa gembira
2
5 - 11 APRIL 2017
Elak foto anak di FB Apa perlu orang Melayu tiru budaya Arab?
KUALA LUMPUR - Ibu bapa disaran mengelak daripada mendedahkan identiti ahli keluarga terutamanya anak-anak di laman sosial sebagai langkah berjaga-jaga daripada di intai penjenayah siber dan seksual yang bebas berkeliaran dan sentiasa memerhati mangsa mereka. Mereka mempunyai kepakaran dan bijak mengatur langkah untuk memerangkap mangsa dengan me layari laman sosial yang menjadi me dium utama masyarakat untuk berhubung sesama rakan, saudara, rakan sekerja dan sebagainya atau pun dijadikan sumber bahan bacaan. Penolong Pesuruhjaya Per lin dungan Data Peribadi, Jabatan Per lindungan Data Peribadi, Mohd Shazrol Mohd Shah berkata adalah dibimbangi pihak yang berniat jahat mengakses gambar keluarga atau anak-anak, seterusnya mengecam wa jah anak-anak pemilik nombot telefon atau akaun laman sosial be gitu juga dengan pengguna aplikasi
WhatsApp, WeChat dan lainnya. "Gambar profil WhatsApp atau yang lain bertujuan mungkin untuk mengenal pasti kawankawan cu ma kita sarankan agar mereka me letak kan satu gambar yang elok untuk diri sendiri. "Kita jangan meletakkan gambar anak atau gambar orang lain kerana perkara ini boleh menyebabkan penjenayah dapat mengakses gambar tersebut sekali gus mencetuskan ke jadian yang tidak diingini," katanya. Mohd Shazrol turut menasihati ibu bapa supaya tidak meletakkan gambar anak-anak mereka dalam la man sosial termasuk Facebook kerana ia juga boleh mengundang risiko jenayah. "Penggunaan Facebook amat berisiko kerana walaupun gambar dalam akaun sudah dipadam, namun ia masih tersimpan di luar negara kerana data laman sosial itu diproses di luar negara," katanya.
SINGAPURA – Orang Melayu Islam di Asia Tenggara seharusnya me ngekalkan budaya tradisional mereka, bukan sebaliknya meniru budaya orang Arab, kata Duta Libya ke Emriyah Arab Bersatu (UAE), Dr. Aref Ali Nayed. Dr. Nayed berkata, budaya tradisional orang Melayu sebenarnya adalah sangat unik, dan tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip hukum-hakam Islam. “Saya hairan apabila sebahagian orang Islam di Asia Tenggara, yang terdiri daripada orang Me la yu sebaliknya sanggup untuk me ning galkan budaya tradisional mereka untuk mengubah diri menjadi seperti orang Arab. “Saya kira, inilah masanya untuk saudara Islam di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei menghargai dan meraikan budaya tradisi kalian yang telah diajar di sekolah-sekolah dan di serata kampung sejak ratusan tahun dahu lagi,” katanya dalam temu bual ber sama rangkaian tele visyen Channel News Asia di sini, yang disiarkan 28 Mac lalu. Dr. Nayed yang juga pengasas kumpulan pemi kiran Islam Kalam Research and Media, kemudiannya bert anya satu soalan yang seharusnya membuat
golongan berkenaan berasa malu sendiri. “Mengapa orang Melayu harus berasa bosan dengan gaya tradisional mereka berpakaian, cara mereka bertutur, ataupun bahasa ibunda me reka sendiri yang sebenarnya adalah betul? Adakah mereka berasa lebih ‘Islam’ dengan mengguna pakai per kataan-perkataan atau istilah bahasa Arab?.” Beliau berada di sini untuk meng hadiri seminar berkaitan Daesh yang diadakan di ISEAS – Institut Yusof Ishak.
Banteras jenayah seksual kanak-kanak
SYERIL SHARINA AZHAR
KUALA LUMPUR - Statistik je nayah seksual yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah di tahap sangat mem bahayakan, oleh itu Rang Undang-undang Kesalahanke salahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 perlu segera
dilaksana. Di samping itu, masyarakat terutamanya ibu bapa perlu lebih peka dan perihatin de ngan pergaulan kanak-kanak dengan mengawasi gerak geri mereka dan penting untuk me ngenali siapa rakan dan me reka temui, demikian sa ranan duta Malaysia di
United Nations Children's Fun (UNICEF), Lisa Surihani. Kata Lisa, dia tidak mem punyai autoriti merungkaikan secara terperinci mengenai fakta dan data kes, tetapi jelas nya kebanyakan kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa seksual ini adalah ber usia dalam lingkungan tujuh hingga 13 tahun. "Ada laporan menyebut me reka diperdaya melalui laman sosial seperti berchatting, le laki yang lebih usia dari me reka pandai memujuk yang akhir nya berlaku kejadian yang tidak diingini," jelas aktres jelita itu. Lisa berkata, pelantikannya oleh UNICEF amat bertepatan dengan minatnya terhadap dunia kanak-kanak dan sema ngat yang sejak lama berkobar dalam dirinya untuk melihat
kanak-kanak seluruh dunia mendapat perlindungan dan layanan selayaknya diberikan. Katanya lagi,"Masyarakat perlu lebih peka terhadap keselamatan kanak-ka nak terutamanya dalam era teknologi moden ini ke rana amat sukar untuk ki ta mengawal sempadan per gaulan kanak-kanak walaupun ketika berada di dalam rumah. Melalui UNICEF, saya ber peranan menjadi invidu yang bertanggungjawab untuk me ningkatkan lagi kesedaran masyarakat umum tentang pe ranan mereka sebagai penjaga dan bahayanya persekitaran luar terhadap diri kanak-kanak ini. "Lisa mulai minat men da lami kes yang melibatkan kanak-kanak ini bermula 2016 terutama yang melibatkan
Lisa Surihani
kes jenayah alam maya. Lisa telah banyak memberikan pan dangan mengenai hal ini kepada pihak UNICEF telah membawa Lisa bersama berganding bahu dalam misi meningkatkan keselamatan kanak-kanak di tahap maksi mum." jelasnya. Dia bersyukur kerana se karang sudah banyak agensi kerajaan badan bukan kerajaan bersama berganding bahu untuk pastikan keselamatan kanak-kanak lebih terjamin. "Ia bukan disebabkan siapa kamu atau dari mana kelompok kamu datang tapi usaha ini perlulah dilakukan bersama walaupun berbeza fa haman dan pendapat politik," tegas Lisa.
3
5 - 11 APRIL 2017
Beckham ‘jaring gol sendiri’ di Hong Kong
HONG KONG – Tanpa dia sendiri menduga, David Beckham telah ‘terjaring gol sendiri’ selepas kunjungannya ke Hong Kong, minggu lalu. Kembali ke London, Beckham menulis di Facebook mengenai kunjungannya itu: “48 jam yang hebat di China.” Nama ‘China’ yang digunakannya un tuk merujuk kepada Hong Kong, telah
mengundang reaksi besarbesaran daripada penduduk pulau separa autonomi China itu. “Saya sukakan anda, terima kasih kerana mengunjungi wilayah kami tetapi ini Hong Kong, bukannya China,” kata seorang warga Hong Kong, Phoebe Chow. Hong Kong sebelum ini adalah tanah jaja h an Britian. Di kembalikan kepada China pada 1997 menerusi satu per janjian, dan kini di tadbir di bawah sis tem yang diterajui oleh seorang ketua eksekutif yang dipilih
Beckham terus mengekalkan perubahan nama China kepada Shanghai dan Hong Kong dalam paparan Facebooknya.
menerusi pilihan raya. Corak pemerintahan yang berbeza di Hong Kong sekali gus menyebabkan China di kenali sebagai ‘satu negara de ngan dua sistem yang berbeza.’ Kenyataan Beckam dibalas oleh Ray Leung yang tidak berpuas hati: “ Kami mempunyai kerajaan sendiri, mata wang sendiri, juga pasukan bola sepak sendiri.” Menyedari hal itu, Beckham dilihat cuba untuk membetulkan keadaan. Beliau menukar ‘China’ kepada Shanghai dan Hong Kong. Namun malang juga baginya apabila usaha yang dilakukannya itu mendapat maklum balas yang negative daripada peminatnya di China pula. “Ramai orang Hong Kong yang bodoh di sini. Mereka mengigau wilayah mereka akan merdeka, sebenarnya mereka hanya bermimpi. Anda tidak perlu ubah tulisan anda itu, David. Apa yang anda katakan itu sebenarnya betul,” tulis Zhang Yan.
Anak YB mangsa liwat PETALING JAYA – Serangan seksual terhadap kanakkanak boleh melibatkan sesiapa sahaja, termasuk anak wakil rakyat. Ahmad (bukan nama sebenar), 23, anak kepada seorang ahli politik yang bergelar YB, mengaku dia pernah diliwat ketika berusia enam tahun oleh seorang yang tidak dikenali. Menyedihkan, kata Ahmad, hingga kini, ayahnya tidak tahu pun mengenai kejadian itu. “Ketika itu, ayah sering sibuk dengan urusan po litik. Kami hanya boleh hubungi ayah jika ada perkara yang benar-benar penting, ataupun sesuatu hal yang tidak ambil masa dia terlalu lama,” katanya. Ketika kejadian itu berlaku, kata Ahmad, ayahnya sedang meng ham piri kemuncak karier politiknya. “Jadi saya dan ibu tak mahu ‘ganggu’ dia. Yang tahu hal ini hanya saya, ibu, kakak dan nenek. Kami tak tahu nak berbuat apaapa, malah tidak laporkan kepada polis pun,” katanya seperti dilaporkan The Star.
Daesh kini hampir muflis Selamat tinggal Adele! BAGHDAD – Kumpulan militan Daesh dipercayai sedang menghadapi krisis kewangan dan hampir muflis. Malah masa depan pertubuhan itu juga dijangkakan oleh bekas Menteri Kewangan Iraq, Hoshyar Zebari (gambar), akan berakhir tidak lama lagi. “Daesh kini bergelut untuk mem bayar gaji anggotanya,” katanya kepada Sky News. "Sebelum ini, Daesh adalah kum pulan militan yang paling ka ya di dunia, dengan dana untuk me ngu ruskannya adalah daripada hasil jualan minyak dari kawasan yang ditakluknya di utara negara ini. “Mereka menjual hasil petroleum di pasaran gelap, dan mengaut un tung berjuta-juta setiap hari,” kata Zebari. Apabila mereka diserang, kumpul an pengganas itu membakar medan minyak mengakibatkan sebahagian wilayah Utara Iraq diselubungi asap tebal selama beberapa minggu. Itulah adalah strategi Daesh untuk membentuk perisai asap bagi menyukarkan tentera pakatan me lakukan serangan udara ke atas mereka. Selain mengaut hasil petro leum, kumpulan militan itu juga mendapatkan sumber kewangan dengan mengenakan
cukai yang bukan-bukan ter hadap penduduk tempatan, selain memeras wang daripada mereka. “Mereka mengenakan cukai ke atas setiap perniagaan, setiap kedai, setiap farmasi malah setiap aktiviti. Mereka juga merompak bank dan melakukan pelbagai kegiatan jenayah lain,” kata Zebari. Menurutnya lagi, ketika zaman ke muncaknya beberapa tahun lalu, Daesh dianggarkan mendapat hasil AS$3 juta (RM13.3 juta) hingga AS$5 juta (RM22 juta) setiap hari. “Tetapi sekarang, mereka hampir k eh i l a n g a n s em u a n y a . Pep erangan di Mosul adalah un tuk meng hapuskan mereka,” tegasnya.
AUCKLAND, New Zealand – Album nya sudah terjual puluhan juta unit dan dia sendiri telah menyanyi di serata pentas di seluruh dunia. Namun bagi Adele, dia masih bukan seorang penyanyi konsert yang bagus. Minggu lalu, Adele mengejutkan peminat-peminatnya di New Zealand dengan pengakuan bahawa dia tidak akan melakukan sebarang konsert jelajah lagi selepas ini. “Saya bukan penyanyi konsert jelajah yang baik. Sorakan penonton membuatkan saya terasa begitu terdedah dan gementar,” kata bintang pop berusia 28 tahun yang baru memenangi Anugerah Grammy itu. “Saya tidak tahu sama ada saya perlu melakukannya lagi, tetapi jika saya lakukannya pun, sebabnya adalah anda (peminat),” katanya dalam nada serius. Adele yang baru sahaja me l a n gs u n g k a n perk ahwinan dengan Si mon Konecki b e rk a t a , apa yang m e mb u a t kan dia be
rasa mengarut ialah terpaksa ‘membuang masa selama dua jam’ untuk bersolek dan mendandan rambut sahaja setiap kali meng adakan konsert. Dia mungkin sekadar ber jenaka, namun bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengaitkan perkahwinan sebagai sebab yang munasabah untuk penyanyi itu terfikir mungkin sudah sampai masa baginya untuk mengubah perjalanan hidup selepas ini. Di sini minggu lalu, Adele mengadakan per sembahan yang terakhir da lam siri konsert jelajah epiknya ke seluruh dunia dalam tempoh 15 bulan. Dalam nada sebak, dia berkata: “Konsert ini adalah pencapaian terbesar dalam karier saya. Saya akan meng ingatinya sebagai ke n an g a n yang pa ling manis dan ber makna dalam hidup.”
4
5 - 11 APRIL 2017
BERITA
Kesan tapak kaki dinasour terbesar DARWIN, Australia – Satu runut atau kesan tapak kaki dinasour dipercayai yang terbesar di dunia ditemui di Semenanjung Dampier, Australia Barat, baru-baru ini. Runut berukuran 1.7 meter (5.6 kaki) panjang, dianggarkan berusia antara 127 hingga 144 juta tahun itu, menurut penyelidik adalah tinggalan sauropod, sejenis dinasour herbivor. Satu daripada 21 runut yang ditemukakan itu adalah dalam bentuk penuh. “Runut yang ditemui itu adalah yang terbesar, lebih besar daripada mana-mana runut yang pernah direkodkan di dunia,” kata Dr. Steve Salisbury, penyelidik utama kajian yang dijalankan secara bersama oleh Universiti Queensland dan Universiti James Cook. Penyelidik meggunakan pesawat untuk merakam gambar dan mengukur trek kawasan itu, yang terkenal dengan rupa bumi yang mencabar, cuaca dan juga lokasi air pasang surut. “Apa yang paling mencabar bagi kami ialah batu-batu di mana terdapatnya runut itu adalah dalam zon pasang surut. Ia berada di bawah permukaan air separuh masa di mana pasang surut harian berlaku hingga sedalam 10 meter,” katanya.
Sauropod, dinasour berkaki empat, mempunyai leher dan ekor yang sangat panjang, antara spesies hidupan purba yang hidup di kawasan itu pada zaman silam, di samping spesies lain termasuk stegosaurs, sejenis dinasour karnivor. Goolarabooloo, suku Orang Asli tempatan yang menghuni kawasan itu, sudah berlapis generasi berkongsi
cerita mengenai runut saurapod sebelum lokasi itu dimasuki kumpulan penyelidik berkenaan. Menurut Dr. Salisbury, apa yang paling mereka bimbangi ialah jika aset bumi paling berharga itu hilang atau dimusnahkan kerana kawasan yang dikenali dengan nama James Price Point itu telah dipilih sebagai tapak cari gali gas.
Mayat dalam perut ular MAKASAR – Seorang lelaki yang hilang, akhirnya ditemukan di dalam perut ular sawa. Lelaki malang itu, Akbar, 25, dari Kampung Salubiro, Karossa, Central Mamuju, Sulawesi Barat, tidak lagi dilihat selepas menyelesaikan kerjanya di ladang kelapa sawit berhampiran kampungnya, 28 Mac lalu. “Selepas 24 jam dia hilang, ke luarganya membuat laporan polis dan kita pun mulakan gerakan mencari,” kata Masyurah, jurucakap Polis Sulawesi Barat kepada media. Dalam pencarian itu, katanya penduduk menemui seekor ular sawa sepanjang 7 meter (23 kaki), yang su dah tidak lagi bergerak di dalam parit. Mereka mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila melihat bentuk but yang dipakai Akbar, jelas di dalam perut ular itu. “Seorang penduduk telah ber tin dak berani membelah perutnya dengan pisau panjang, dan mayat Akbar didapati berada di dalam perut ular itu,” kata Masyurah. Setiausaha Kampung Salubiro, Junaidi memberitahu Jakarta Post, malam sebelum mayat Akbar ditemui, ada penduduk mengadu terdengar suara raungan dari arah ladang kelapa sawit. “Mereka bagaimanapun tidak mengendahkannya kerana menyangka itu bunyi haiwan,” katanya.
Chow Kit Run protes pedofil KUALA LUMPUR - Chow Kit Run, satu kempen kreatif iaitu larian bertopeng dianjurkan bagi menyedarkan masyarakat tentang kewujudan penjenayah ‘bertopengkan manusia’ merujuk kes warga Britain, Richard Huckle yang mengejutkan negara tahun lalu. Pihak berkuasa melaporkan bahawa, dia didapati mencabul 23 kanakkanak ketika bertugas sebagai pengajar Bahasa Inggeris di Malaysia. Penganjur program, Yayasan Chow Kit (YCK) telah menjalankan kempen kreatif #Topeng dan #Mask di Facebook menggunakan topeng sebagai simbol artistik lambang kesukaran untuk mengenal pasti pedofil di kalangan orang awam. “Peserta akan berlari melalui jalan-jalan bandar sambil memakai topeng kreatif adiwira pilihan mereka. Mesej kali ini: Anda sebagai Wira untuk setiap kanakkanak di negara tercinta, Malaysia,” menurut kenyataan YCK.
Chow Kit Run juga bermatlamat mewujudkan satu pengalaman larian yang unik dan meningkatkan kesedaran umum mengenai permata tersembunyi Chow Kit seperti pasar basah, kedai makanan, perniagaan tempatan dan pemborong . Larian sejauh 6 kilometer dan 2 kilometer ini akan bermula dan tamat di tempat yang sama iaitu di Sekolah Kebangsaan (P) Jalan Batu pada Sabtu, 8 Apr ini. “Peserta akan melalui pelbagai tempat menarik di seluruh Kuala Lumpur seperti Sunway Putra Mall , PWTC dan bangunan DBKL,” jelas YCK. Sambutan ini akan dimeriahkan lagi dengan konsert khas Liyana Fizi di padang sekolah berkenaan dengan dua lagi duta Chow Kit Run, pelumba F1, Alex Yoong dan Miss Malaysia 2010, Thanuja Ananthan. Selain itu, karnival makanan dan minuman sihat, bazar seni, gerai dari penaja Chow Kit Run, dan juga cabutan bertuah turut tersedia menanti pengunjung
Liyana Fizi bersama kanak-kanak berlatar belakangkan suasana Chow Kit sempena kempen Chow Kit Run
dalam majlis yang bermula 6.30 pagi hingga 12 tengah hari ini. Chow Kit Run ditaja ber sama oleh TechnipFMC, Yayasan Sime Darby, iM4U
107.9 FM, dan ValueCap Sdn Bhd. YCK bermula sebagai sebuah pusat jagaan harian, kemudiannya berkembang di bawah label Nur Salam
pada tahun 2006 sebagai sebuah pusat krisis 24 jam menyediakan keperluan asas, aktiviti dan perkhidmatan sosial bagi kanak-kanak be risiko di Chow Kit.
5
5 - 11 APRIL 2017
Politik kita harus berubah
Muhamad Mat Yakim
AHLI Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan mem bahas kan usul menjunjung ka sih titah ucapan diraja di Dewan Rakyat Mac tahun lalu, mencadangkan kerajaan mem beri geran kepada parti-parti politik. Langkah itu katanya boleh mencegah penyalahgunaan kua sa oleh parti politik yang terpaksa mengutip dana daripada pihak luar – lalu terhutang budi – untuk menjalankan kempen pilihan raya. “Dengan adanya geran yang diperoleh secara sistematik dan sah di sisi undang-undang, ia dapat diaudit dan menjamin keadaan yang lebih baik untuk negara kita,” katanya. Apa yang diperkatakannya
itu sudah pun menjadi amalan biasa di negara maju termasuk Britain sebagaimana yang dikupas dalam ruangan ini, baru-baru ini. Pada 9 September 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi cadangan untuk memperkenalkan peraturan mengawal penerimaan dana dan sumbangan oleh parti politik. Enam tahun lalu, usul yang sama pernah dibawa namun ditolak oleh pembangkang. Bagai manapun apabila berbangkit hal dana politik melibatkan Umno dan BN, pembangkang sendiri juga yang menjadikan itu sebagai isu. Pada 14 Ogos 2016, Najib mengumumkan penubuhan Jawa tankuasa Perundingan Kebang sa an Bagi Pembiayaan Politik yang bertanggungjawab untuk merangka pelan menentukan pro ses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pan dangan semua pihak. Apa pun, ini boleh dikira per kembangan yang baik ke arah
5 gelandangan London kena denda
LONDON – Individu atau golongan gelandangan yang didapati tidur di jalanan di beberapa lokasi di beberapa bandar utama sekitar England dikenakan denda sekurang-kurangnya 100 pound (RM549) selepas penguatkuasaan undang-undang baharu pihak berkuasa tempatan di situ. Undang-undang Perlindungan Lokasi Tempat Awam yang diperkenalkan pada 2014, memberi kuasa kepada majlis perbandaran dan pihak polis untuk menyaman individu yang berkelakuan tidak normal yang dianggap sebagai satu jenayah termasuk menghentikan sebarang aktiviti yang dianggap sebagai antisosial seperti meminta sedekah atau tidur di jalanan. Antara kawasan yang mula melaksanakan peraturan tersebut termasuk di timur London iaitu Hackney Downs, London Fields, Broadway Market, Mare Street dan Regents Canal. Bagaimanapun pertubuhan hak asasi manusia mengkritikt tindakan itu kerana menyifatkan langkah tersebut sebagai menindas golongan kurang berkemampuan. Pertubuhan kebajikan tempatan juga menyuarakan kritikan sama selepas statistik menunjukkan peningkatan jumlah individu yang yang tidur di jalanan sebanyak 51 peratus di seluruh England. Ketua eksekutif pertubuhan kebajikan gelandangan Homeless Link, Rick Henderson berkata, undang-undang itu tidak adil buat mereka yang tidak mempunyai pilihan selain tidur di jalanan kerana tidak mempunyai harta.
London mahu bersihkan 'homeless'
perubahan yang diharap akan le bih meluas pada masa akan datang. Berkaitan dengan hal pe r un tukan oleh kerajaan kepada pem bangkang, walaupun tidak dilaksanakan di peringkat Pusat, di peringkat negeri, sudah ada yang melakukannya. Kerajaan Pulau Pinang mem peruntukkan dana RM40,000 se tahun untuk pengurusan kawasan Dun yang diwakili pembangkang (BN). Di Selangor, kerajaan negeri ketika Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, memperuntukkan RM200,000 dana kepada Adun BN untuk pembiayaan di kawasan mereka. Bagaimanapun Pengerusi Ba dan Perhubungan Umno Se langor, Tan Sri Noh Omar menyi fatkan tawaran itu sebagai peng hinaan. Ini kerana nilainya yang di ang gap rendah berbanding peruntukan untuk Adun PR
(RM700,000) dan Penyelaras Dun (jawatan lantikan untuk pemimpin PR di kawasan dimenangi BN) yang mendapat RM400,000 setahun. Di Britain, sistem Po li cy Development Grant memperuntuk kan, setiap parti politik (ter masuk pembangkang) yang mendapat jumlah undi tertentu pada pilihan raya berhak untuk mendapat dana £2 juta (RM10.4 juta) setahun bagi guna membiayai kajian dan aktiviti parti di kawasan yang mereka wakili. Bagaimanapun di Malaysia, meskipun kita mengaplikasi peme rintahan demokrasi mengikut acuan British yang disebut Westminster, sebelum adanya cadangan oleh Najib, dan apa yang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang, pembangkang dianggap tidak layak untuk mendapat apa-apa dana daripada pemerintah. Jika pun ada dalam kes yang ter tentu, pembiayaan adalah atas urusan yang melibatkan kera ja an negeri dengan kerajaan Per
sekutuan. Dalam kata lain, menerusi hubungan ‘G To G’. Itupun, layanan diberi lazim nya adalah tidak sama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri daripada parti yang sama, dengan an tara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri daripada parti pembangkang. Sebagai sebuah negara yang sedang berasimilsai de ngan karakter negara maju, politik kita boleh dikira masih tertinggal di belakang jika terus beramal dengan pendekkatan politik lapuk seperti ini. Sudah sampai masanya untuk kita berubah secara total, terutama oleh ahli politik sendiri kerana merekalah yang menguruskan negara.
mmy
Telefon pintar kaji sperma MIAMI – Peranti baharu tele fon pintar kini boleh me ng analisis kualiti sperma lelaki. Menurut penyelidik Amerika Syarikat, melalui perati ba haru itu, golongan lelaki bo leh mengetahui sama ada me reka berhadapan masalah kemandulan hanya dalam ma sa beberapa minit. Masalah kemandulan men
jejaskan lebih daripada 45 juta pasangan di seluruh dunia. Manakala lebih 40 peratus daripada masalah kesuburan ada lah disebabkan oleh sper ma berkualiti rendah. Dengan adanya teknologi ini, golongan lelaki mudah untuk menguji sperma mereka di rumah. Menurut seorang doktor di bahagian kejuruteraan da lam bidang perubatan di Hos pital Wanita Brigham, me reka mahu mencari jalan penyelesaian untuk membuat ujian kemandulan lelaki yang sederhana dan berpatutan.
"Selama ini lelaki perlu me nyediakan sampel air mani di hospital. Situasi ini menyebabkan mereka sering mengalami tekanan, rasa malu dan kekecewaan," katanya. Bagaimanapun peranti ini tidak lagi tersedia untuk kegunaan orang ramai dan ma sih dalam peringkat pro totaip. Penyelidik merancang un tuk melakukan ujian tam bahan sebelum memfailkan untuk kelulusan unit Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).
LiFi ganti WiFi BELANDA – Sekumpulan saintis Belanda menemui cara baharu untuk meningkatkan ke upayaan teknologi kelajuan jalur lebar (WiFI) sebanyak 100 kali ganda. Semuanya itu akan direalisasikan dalam tempoh lima tahun lagi. Pakar dari Universiti Teknologi Eindhoven mendakwa, mereka boleh meningkatkan kelajuan WiFi dengan menggunakan sinaran cahaya infra merah yang dikenali sebagai LiFi. LiFi berfungsi sebagai antena cahaya yang memancarkan gelombang kepada peralatan yang menggunakan jalur lebar, sekali gus menguatkan isyarat peranti tersebut. Jelas laporan itu, sistem baharu berkenaan mempunyai kapasiti yang lebih besar daripada 40 gigabit sesaat (Gbps) bagi setiap pancaran. Malah teknologi berkenaan hanya bergantung kepada cahaya daripada fiber optik dan tidak memerlukan tenaga elektrik.
Antena itu yang dipasang di beberapa lokasi strategik akan memancarkan cahaya (isyarat internet) pada jarak gelombang dan sudut yang berbeza. Sistem WiFi yang digunakan pada masa ini bergantung kepada isyarat radio dengan frekuensi hanya 2.5 sehingga 5 gigahertz tetapi LiFi boleh mencapai frekuensi yang lebih tinggi iaitu 200 terahertz. Sistem jalur lebar terbaik yang wujud pada hari ini boleh mencapai kelajuan 300 megabit sesaat, iaitu 100 kali lebih lambat berbanding LiFi.
6
5 - 11 APRIL 2017
DUNIA MINGGU INI
DOHA, QATAR - Pelumba dari Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin jatuh sewaktu perlumabaan Moto2 di MotoGp Qatar dan terus tersingkir dari perlumbaan.
BANDA ACEH - Seorang wanita Aceh menjalani hukum sebat kerana ditangkap berkhalwat dengan lelaki yang bukan suaminya. Undang-undang syariah dikuatkuasakan di Aceh semenjak tahun 2001.
JINDO-GUN - Keluarga mangsa feri yang tenggelam pada April 2014 menyaksikan percubaan Kementerian Perikanan dan Laut Korea Selatan untuk menaikkan feri tersebut. Lebih 300 orang mati dalam tragedi tersebut dan 9 mayat masih belum ditemui sampai sekarang.
INDIAN WELLS, CALIFORNIA - Roger Federer menjulang trofi BNP Paribas Open selepas mengalahkan Stanislas Wawrinka dengan straight set. Kemenangan buat kali ke 5 di sini adalah satu rekod kejohanan, hanya 2 bulan selepas memenangi rekod kejuaraan Grand Slam yang ke 18 di Australian Open, Jan lepas.
BELFAST, IRELAND UTARA - Dua lelaki berpakaian sebagai pegawai kastam mengambil bahagian dalam protes menentang Brexit di luar bangunan parlimen Ireland Utara. Perdana Menteri UK, sudah memulakan proses mengeluarkan UK dari EU dengan mengunakan Artikel minggu lepas.
AUCKLAND, NEW ZEALAND - Pemandangan indah di Auckland War Memorial Museum sewaktu tayangan premier “ANTARCTICA - while you were sleeping” – satu instalasi seni yang membayangkan kesucian ekologi Antartika.
5 - 11 APRIL 2017
Bisnes
BNM: Rumah mahal, pendapatan rendah RADZHA RAIEH
KUALA LUMPUR – Laporan Bank Negara Malaysia 2016 me nyatakan kemampuan mem beli rumah dalam kalangan rakyat semakin merosot. Ini kerana peningkatan harga yang lebih cepat berbanding pendapatan isi rumah di negara ini. Timbalan Gabenor Bank Negara (BNM), Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata situasi itu diburukkan oleh aliran pasaran perumahan masa ini iaitu pemaju lebih cenderung melancarkan pro jek perumahan dalam segmen rumah bukan mampu milik. "Kebanyakannya ialah rumah berharga RM500,000 ke atas. Sejak tahun 2012 hingga 2014, harga rumah meningkat dengan mendadak dan mengatasi purata pendapatan isi rumah. "Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, median harga rumah meningkat 19.2 peratus da lam tempoh itu berbanding jumlah pendapatan isi rumah yang hanya meningkat 14.2 peratus,” katanya. Menurut Rasheed, situ a si ini menyebabkan
OPEC hadkan keluaran minyak
KUWAIT – Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar minyak bukan OPEC dalam perbincangan bersama jawatankuasa dan menteri mencadangkan pengelu aran keluaran dilanjutkan enam bulan lagi. Mereka mengadakan pertemuan di Kuwait untuk mengkaji kemajuan dan perkembangan daripada per janjian, untuk mengurangkan bekalan minyak. OPEC dan 11 pengeluar minyak utama lain termasuk Russia bersetuju pada bulan Disember lalu untuk me ngurangkan pengeluaran mereka se banyak 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun ini. Jawatankuasa berpuas hati de ngan kemajuan yang dicapai ke arah pematuhan sepenuhnya pe la rasan pengeluaran sukarela dan menggalakkan semua negara yang mengambil bahagian untuk me num pukan ke arah pematuhan 100 peratus. - Reuters
hartanah yang tidak terjual kebanyakkan adalah rumah bukan mampu milik. “Ada beberapa langkah boleh diambil bagi mengatasi isu peningkatan yang tidak selari antara harga rumah dan pendapatan isi rumah itu. Untuk penyelesaian jangka panjang, tahap pendapatan isi rumah perlu dinaikkan bagi memastikan pemilikan rumah boleh direalisasikan," katanya.
12 jutawan BSN
KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan se banyak 13,536 ganjaran daripada nilai keseluruhan ganjaran RM17.7 juta kepada penyimpan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP), pada tahun ini. Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,128 ganjaran akan diberikan pada setiap bulan. "Cabutan istimewa sebanyak RM1 juta ditawarkan secara ber terusan bagi setiap bulan bermula Januari hingga Disember ini. "Penyimpan yang mempunyai jumlah deposit atau baki minimum BSN SSP sebanyak RM3,000 dan ke atas, layak menyertai dan disenaraikan dalam cabutan ini," katanya. Melalui konsep baharu BSN SSP pada tahun ini iaitu ‘12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’, langkah itu bertujuan menggalakkan simpanan dalam kalangan penyimpan BSN. "Penyimpan yang menyimpan sekurangkurangnya RM10 dan ke atas serta simpanan tidak kurang dari tempoh satu hari sebelum cabutan turut berpeluang untuk me menangi sebuah kereta mewah serta ganjaran menarik lain melalui kategori Cabutan Bulanan," katanya.
Pasaran digital Astro menjadi KUALA LUMPUR - Astro Malaysia Holdings Bhd. mencatat untung ber sih RM623.683 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2017. Ia mewakili pe ningkatan satu peratus ber ban ding RM615.31 juta yang dicatat kan tahun sebelumnya. Keuntungan itu diraih dari pada pendapatan yang meningkat dua peratus kepada RM5.612 bilion. Susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dalam tahun dikaji menurun enam peratus tahun ke tahun kepada RM1.8 bilion ekoran pelaburan yang dibuat ke atas acara sukan terhebat tahun lalu, selain penyusutan nilai
mata wang yang memberi kesan kepada kos kandungan secara keseluruhan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Rohana Rozhan, berkata kekuatan Astro melaksanakan promosi merentasi TV, radio dan platform digital me nyum bang ke arah pe ningkatan perbelanjaan pengiklanan (Adex). “Jumlah keseluruhan Adex me ningkat 10 peratus setahun kepada RM705 juta, yang ma na Adex digital mencatat pe ning katan 15 peratus. Nilai pertumbuhan Adex TV dan perbe lanjaan radio (Radex) dilihat be gitu memberangsangkan dengan masing-masing meningkat 38 peratus dan 73 peratus,” katanya. Rohana berkata, pihak nya menyasar meraih penda patan melepasi paras RM6 bilion dalam ta hun kewangan semasa yang akan ber akhir 31 Januari 2018, dengan peningkatan di lihat merentas produk yang di tawarkannya.
MITI prihatin usahawan KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan sebanya RM11.02 juta sehingga kini menerusi SME Bank untuk program Pembiayaan Perniagaan Dalam Talian (OBF) kepada usahawan bumiputera dalam talian sejak dilancarkan pada tahun 2015. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, OBF adalah inisiatif kementeriannya bagi membantu usahawan bumiputera mendapatkan dana mengembangkan perniagaan. “OBF adalah dana pusingan yang disalurkan MITI menerusi peruntukan awal sebanyak RM10 juta dan sehingga kini telah meluluskan RM11.02 juta pembiayaan,” ujarnya. Maslan berkata seramai 82 usahawan bumiputera telah pun mendapat manfaat daripada dana berkenaan yang menawarkan pembiayaan bermuladari RM20,000 hingga RM500,000. “MITI juga memberi bantuan lain termasuk menyediakan pejabat khas bagi memulakan perniagaan dalam talian di SME Bank dan program e-dagang di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang membantu usahawan menjual produk dalam platform e-dagang terkemuka seperti Ali baba, Amazon dan ebay,” katanya.
7
8
5 - 11 APRIL 2017
BISNES
Perancis yakin ekonomi negara KUALA LUMPUR – Enam perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai antara Ma laysia dan Perancis da lam bidang ekonomi dan per dagangan yang akan mem perkukuhkan lagi hu bungan dua hala. Ia adalah sem pena lawatan rasmi Presiden Perancis, Francois Hollande ke negara ini. Antara syarikat Malaysia yang terlibat dalam MoU tersebut termasuklah Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Invest KL, Platcom Ventures dan Pres tariang Bhd. MoU tersebut membabit kan usaha sama penyediaan perkhidmatan pengurusan teknikal dan kemudahan dalam bidang kecekapan tenaga di bangunan kritikal seperti lapangan terbang, hospital, pusat data, pejabat serta hotel berprestij. Selain itu, MoU ter sebut turut merangkumi penerokaan peluang per niagaan bagi membangun kan projek te na ga solar berskala besar di Malaysia dan Asia Tenggara yang ditandatangani Na ib Pre siden Eksekutif Bahagian Industri Sime Darby, Scott
MoU antara syarikat Malaysia - Perancis
Cameron dan Naib Presiden Eksekutif Engie Group, Didier Holleaux. Malaysia turut memper baharui MoU dalam bidang bekalan tenaga elektrik membabitkan syarikat Pe rancis, Electricite de France (EDF) di wakili Pengarah Bahagian Asia Tenggaranya, Jean-Chris tophe Philbe de ngan TNB, diwakili Pre siden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. Majlis menandatangani MoU berkenaan turut dihadiri Hollande dan Men teri Per dagangan Antara bangsa dan Industri, Datuk
Seri Mustapa Mohamed. Mustapa berkata, Malay sia yakin lawatan Hollande mam pu menarik lebih ba nyak sya rikat Perancis me labur di ne gara ini dan menjadikan Malaysia des ti nasi pelaburan mereka. Katanya, sehingga kini terdapat sekurang-kurang nya 270 buah syarikat Pe rancis yang beroperasi di Malaysia dengan nilai pe laburan berjumlah RM15 bilion dan an tara sektor yang menerima peng libatan syarikat Peran cis termasuklah pem buatan, perkhidmatan serta kewangan.
Projektor laser GSC Petaling Jaya – Sebanyak RM100 juta diperuntukkan oleh Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) bagi pembukaan empat pawagam baru, selain pengubahsuaian rangkaian pa wagam sedia ada secara berperingkat sepanjang 2017. Empat pawagam yang akan dibuka pada tahun ini terletak di pusat beli-belah MyTown, Melawati Mall, Selayang Star City serta Paradigm Mall, Johor Bahru akan dibuka pada suku ketiga tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koh Mei Lee (gambar) berkata, pihaknya merancang untuk menambah rangkaian pawagam GSC di sekitar Lembah Klang dan Johor bagi memudahkan capaian pelanggan serta meningkatkan mutu perkhidmat an dalam me na warkan lebih pilihan kepada pengunjung. “Kami opti mis dengan pa saran ketika ini dan komited dalam memper kenalkan tek nologi terkini iaitu projektor laser yang akan meningkatkan kualiti gambar
dengan menjadikannya lebih jelas dan terang bagi menyediakan pengalaman menonton terbaik di pawagam kami,” katanya. Pengendali pawagam itu me nunjukkan pencapaian terbaik apabila menawarkan tayangan sebanyak 430 filem tahun lalu dan berharap untuk mencapai kejayaan sama pada tahun ini. Menurut Koh, GSC akan mem perkenalkan kios layan diri sebagai langkah untuk me ningkatkan pengalaman pem be lian tiket wayang kepada pelang gan dengan lebih cekap pada masa terdekat ini. “Kami akan memulakan pro jek rintis pada suku pertama tahun ini membabitkan rang kaian GSC di pusat beli-belah One Utama dan Tropicana City Mall bagi melihat kelancaran aliran pembelian sebelum me laksanakannya di pawagam lain,” katanya. Selain mengua sai 42 peratus pa saran sebagai pe ngendali pawagam di Malaysia, GSC menjadi pengedar filem menerusi pembelian antara bangsa untuk enam negara se perti Vietnam, Brunei, Singapura, Myanmar, Laos ter masuk Malaysia.
Kad Mesra Grab Produk ekslusif UMMA, Nita KUALA LUMPUR – Dua jenama eksklusif dalam dunia fesyen dan kecantikan, UMMA dan Nita melancarkan koleksi terbaru mereka bagi meraikan wanita moden dan sosfikated. Pengasas UMMA, Zairin Azman dan Pengasas NITA, Aznita Azman adalah dua beradik yang mempunyai tujuan sama menghargai wanita dan memberikan mereka pengalaman baru yang tidak ada pada jenama lain. “UMMA debut adalah pakaian siap dengan 34 busana serta lima helai tudung dilancarkan. Dengan ‘tagline’ kekuatan, kecantikan
Petronas hargai Grab demi kepentingan pengguna
KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Grab Malaysia (Grab) yang memberi tawaran hebat menerusi Kad Mesra Grab. Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata, kad yang disediakan kepada pemandu Grab untuk menikmati penjimatan minyak bersama tawaran pelincir yang hebat. Ia adalah ganjaran istimewa bagi setiap pembelian di stesen Petronas di seluruh negara. “PDB menyifatkan kerjasama dengan syarikat perkongsian kenderaan terbesar di Asia Tenggara ini sebagai usaha untuk mempelbagaikan tawaran kepada pelanggan,” katanya.
dan keberanian wanita saya mahu mereka yang memakainya berasa selesa dan terpikat dengan kualiti yang tiada tolok bandingnya ini,” ujar Zairin. Manakala bagi Aznita pula, koleksi gincu ‘Tropical Matte Lipstick’ adalah kesinambungan gincu berkonsepkan tradisional tetapi kali ini membawa konsep percutian. “Jika dahulu gincu NITA seperti Kurung dan Chengsam, kali ini saya bawakan nama-nama pulau terkenal di Malaysia. Saya mendapat inspirasi ini dari pulau-pulau yang cantik dan menarik, jadi NITA terjemahkan menerusi warna-warna gincu ini,” jelasnya. Antara nama gincunya ialah Redang, Tioman, Langkawi, Pangkor dan Sipadan. Turut hadir me meriahkan majlis pelancaran ialah selebriti seperti An zalna Nasir, Amyra Rosli, Umi Nazeera dan Tengku Azura. P r o d u k UMMA dan NITA boleh didapati di butikatau pem belian dalam talian menerusi laman sesawang www.umma. my dan www. nitacosmetics. com
5 - 11 APRIL 2017
9
10
5 - 11 APRIL 2017
JIMBA-JIMBA
Lautan putih Putrajaya RADZHA RAIEH
BAYANGKAN Dataran Putra jaya dipenuhi dengan lautan manusia yang memakai se ragam baju dan topi pu tih, cukup meriah dan pe mandangannya menarik. Itulah yang berlaku pada peng anjuran Festival iChef Malaysia 2017 yang meng himpunkan 4,235 chef tem patan dan antarabangsa hing ga diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai himpunan terbesar chef di negara ini. Pencapaian itu sekali gus mengatasi rekod dunia dalam satu festival di Mexico sebelum ini yang menghimpunkan 3,634 chef. Festival yang ju lung kali di anjurkan ini ber tujuan mem
promosikan kepelbagaian makanan dan budaya Malay sia kepada dunia. Pengiktirafan itu diumum kan pada majlis perasmian Festival iChef Malaysia 2017 yang disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sambil disaksikan oleh Duta Ichef 2017, Zubir Md Zin Chef restoran makanan barat di Kuching, Sarawak, Adnan Hafiz berkata dia bersama rakan yang lain ter uja ke Putrajaya bagi me meriahkan majlis ini. “Seronok kerana kami dapat bertemu chef di semenanjung dan bertukartukar pendapat mengenai kerjaya dan menu yang popular. Saya juga sempat bertemu dengan Chef Zubir yang menjadi ikon saya,” katanya.
Tradisi makanan
Menurut Adnan, ke johan an Ichef Battle of the Six Continents yang membabitkan penyertaan 600 chef dan 30 juri antarabangsa adalah paling menarik kerana ia menguji kehandalan dan kepantasan chef dalam me nyediakan menu. “Walaupun saya tidak me nyertainya tetapi saya tetap memberi sokongan kepada se mua chef yang terlibat dalam pertandingan ini. Perasaan itu seperti berada di pertempuran masakan yang biasa kita lihat di kaca televisyen,” katanya lagi. Festival iChef Malaysia 2017 adalah anjuran bersama Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Perbadanan Put rajaya (PPj), Persatuan Warga Cinta Negara (PENCINTA) dan Finemen Holdings Sdn Bhd. Sementara itu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, kejayaan penganjuran
Dataran Putrajaya yang berwarana putih dipenuhi dengan ribuan Chef dari seluruh negara
festival itu ternyata membuka mata dunia dalam mengenali keindahan budaya, tradisi dan makanan Malaysia sekali gus mampu menaikkan nama negara. “Inisiatif penganjuran ini juga bertujuan untuk meng ajak anak muda bagi men ceburi industri kulinari yang
juga mampu men datangkan pendapatan luma yan kepada mereka. “Penganjuran program se perti ini turut menepati hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lepasan bidang pendidikan teknikal dan voka sional selaras menuju negara maju,” katanya.
Chef Zubir dan Chef Jo, ikon chef yang dihormati ramai
Perlukah usahawan sertai persatuan? NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
Dalam dunia perniagaan, sering kita mendengar nasihat untuk seseorang usahawan menyertai persatuan bagi tujuan mengembangkan bisnes. Barubaru ini, saya telah bertanya soalan ini kepada rakan-rakan usahawan di laman Facebook sama ada perlukah seseorang usahawan menyertai per satuan dan apakah manfaat yang boleh diperolehi. Maklumbalas yang saya terima amat menarik. Radzie Iskandar memberikan pe nekanan kepada konsep memberi apa bila kita menyertai sesuatu per satuan. Menurut beliau seorang usahawan perlu menukar minda untuk bersedia me nyumbang dengan ikhlasnya di mana rezeki akan menjadi le
bih murah. Zaza Hasny pula telah memberikan perspektif yang berbeza di mana beliau berkongsi pengalamannya semasa menyertai persatuan sebagai seorang ahli baru. Kata beliau, seseorang ahli baru akan berasa janggal kerana terdapat ahli-ahli lama yang sudah mengenali sesama sendiri dalam persatuan tersebut dan akan bersatu untuk melakukan bisnes sesama mereka sambil mengabaikan ahli-ahli yang baru menyertai. Anja Juliah pula bersikap amat terbuka tentang topik ini di mana beliau berpandangan bahawa mereka yang menyertai sesuatu persatuan sebenarnya boleh memperolehi pelbagai manfaat asalkan mempunyai niat yang betul serta bersedia memberikan komitmen yang baik. Pelbagai perkara yang boleh dipelajari apabila menyertai sesuatu persatuan. Pandangan saya mengenai isu ini pula adalah walaupun ia bukan satu kemestian, menyertai sesuatu persatuan boleh membantu dalam membina rangkaian yang boleh memperkembangkan lagi bisnes kita. Sebagai langkah permulaan, adalah
wajar bagi seseorang untuk menyelidiki terlebih dahulu dengan bertanya pen dapat ahli-ahli persatuan tersebut su paya dapat memahami dengan lebih jelas tentang visi dan misi persatuan yang ingin disertai itu. Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah jika seseorang telah menjadi ahli kepada pelbagai persatuan dan setiap persatuan menganjurkan aktiviti masing-masing pada masa yang sama, kita perlulah bijak dalam memilih dan membuat keputusan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang pada pandangan kita benar-benar boleh memanfaatkan kita berdasarkan kepada masa dan tenaga yang akan dilaburkan. Saya amat tertarik dengan konsep memberi namun kita perlulah berhatihati supaya tiada orang lain yang akan mengambil kesempatan ke atas diri kita menerusi konsep memberi itu. Dalam dunia perniagaan ini, saya sudah melihat dengan mata sendiri pelbagai ragam yang wujud di dalam sesuatu persatuan yang mana ini adalah sesuatu yang tidak dapat kita hendak elakkan. Justeru, kita harus bijak di dalam menyesuai serta membawa diri dengan persekitaran yang
wujud dalam persatuan berkenaan. Salah seorang daripada mentor saya pernah mengingatkan saya agar tidak meletakkan wang sebagai suatu elemen yang terpenting dalam menyertai persatuan. Ada masanya, manfaat yang kita akan perolehi bukan datangnya dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk lain seperti ilmu, pengalaman, rujukan dan sebagainya. Yang pastinya, setiap yang datang mempunyai makna dan faedahnya yang tersendiri. Akhir kata, jika anda adalah ahli dalam sesuatu persatuan, pastikan anda terus membina rang kaian dan menyertai program–program serta latihan-latihan yang di sediakan khas untuk ahli-ahli per satuan yang anda sertai. Apa yang pasti menarik adalah anda berpeluang untuk bergaul ber sama ahli-ahli usahawan lain yang berfikiran dan berwawasan yang sama dengan anda iaitu untuk lebih maju di dalam bidang keusahawanan.
11
5 - 11 APRIL 2017
Jawatan kosong CUSTOMER SERVICE WANITA (20-40 thn) Waktu bekerja: Isnin - Jumaat (9pg-6ptg) Tel 03- 4131 6607 / 011-10601918
Jawatan kosong
Jawatan kosong
RUNNER WANITA di taman Putra Ampang, Berminat Tel 03-4285 5470 / 016-984 8949. email sittal7233@ gmail.com
BUDAK PENGHANTAR diperlukan di sykt Alat Ganti "DESPATCH" LELAKI Kereta di subang USJ12 Gaji RM1800++ call En.Beh MELAYU diperlukan. Ada lesen motor. Ada EPF, 012-2764 048 Socso , Komisen. Tel 012DESPATCH lelaki RM1500 208 6662 , 012-24499719. - RM2000 . 22-1, Jalan OP 1/3 Pusat Dagangan 1 / KERANI Puchong. Tel 017-3111 509 DAFTAR / 014-640 3991 ( Depan IOI DIPERLUKAN segera di Mall) syarikat Kontraktor M&E. Kelana Jaya, Selangor . DIPERLUKAN pekerja yg mahir dalam menjahit Gaji RM1800- RM2500 manik di Wangsa Maju. Hubungi En Wong 019-359 Berminat boleh hubungi 2455 019-2255151 DIPERLUKAN segera pembantu fotostad (wanita) di Federal Highway. Berminat sila hubungi 03-78660937. Juruteknik Mesin Fotostad di Subang Tel : 03-56114945
GURU TADIKA dikehen daki di Pandan Indah , Kl Kelulusan SPM, Umur dari 20 tahun & ke atas. Tel segera 012-454 3216 / 034288 3216
Khidmat untuk bisnes PERKHIDMATAN PELA MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu nang, Mini pelamin, Pe la min rumah, Pelamin nikah, Pelamin Cukur Jam bul (Harga boleh dirunding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings
Khidmat untuk bisnes
KLASSIFIED Jawatan kosong
KELINDAN / PEKERJA AM diperlukan segera di taman OUG (Hardware). Berminat sila hubungi 016322 6733 RUNNER DIPERLUKAN (Melayu shj ). Ada motosikal & lesen memandu. Boleh mula kerja segera. Tempat kerja Selayang. Sila hubungi untuk temuduga. 012-370 6533 CHEFF MASAKAN THAI Pengurus, Penyelia dikehendaki . Gaji RM3RM5k . Boleh berbahasa Inggeris Tel 012-2900087
OPERATOR berpengalaman 2. Operator 3. Kerani diperlukan di syarikat di Nilai. Sila hubungi tel ; 06-799 1088 JURUJUAL DIPERLUKAN SEGERA ada / tiada pengalaman. 2. Kerani boleh bertutur & menulis Ingglish & BM , tahu komputer di kawasan kajang. Tel 014-933 977 PEMANDU LORI 2. Juruteknik penghawa dingin, 3. Plumber technician 4.Wireman 5. Kerani Admin di subang tel 03-5633 5405
PEMANDU LORI 2 TAN & Chef / Tukang Masak 40 kaki di USJ 1 , Subang (Masakan Ala-Thai / Ala Jaya. Berminat , sila carte / Melayu) Penyelia hubungi 012-345 3022 / 03 - 8023 3222 Restoran , pelayan , Pembantu Dapur , Casher & PEMANDU LORI RM80 2. Pembancuh Air diperlukan Kelindan RM60. Lokasi di di Restoren Halal KSL City Klang Utama , Selangor. Mall JB Tel 010-9569197 017-2033 333 / 012-587 4896
Khidmat untuk bisnes
KEDAI PERKHIDMATAN PERCETAKKAN bertempat Kompleks PKNS Shah Alam & Puncak Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Rekabentuk grafik, Cetakan Kad Perniagaan, Bunting / Banner, Poster, Kad Kawin, Pelekat Motor & Kereta serta cetakan Baju. Hubungi: 012-671 1929 (Johan) & 012-511 5170 (Daus)
Jawatan kosong
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi
PENULIS LAMAN WEB BAHASA INGGERIS Memerlukan khidmat penulis laman web dalam
Jawatan kosong
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554
KERANI AKAUN, Peman du "Installer", Promoter Gaji RM1500-3000, Umur 18-40. Tel 012-235 7658
Diperlukan Pemandu Peribadi Juruteknik Elek trika, Kelindan Lori. Hubungi Ms.Toh 0389614648 / hr.hod@ PEMANDU LORI, Kerani toplineglass.net (Kilang @Jln 2/148A, Tmn Sg Besi Kaca di Balakong) Industrial Park, KL. 012476 0885 / 012-287 8039 KERANI (WANITA) AM / Akaun di Meranti Puchong. PEMANDU LORI D&GDL Kelayakan minimum SPM. RM70 sehari. 2. Pekerja Sila hubungi 017-8888 Am RM50 sehariUmur 45 355 ke bawah. Lokasi batu 111/2 jln Cheras. Tel 03Rumah untuk 87378666 dijual
PEMANDU PERIBADI (Subang Jaya) Berdekatan dengan Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Bahasa Inggeris? Atau Sek 36 Shah Alam Hubungi khidmat penulisan sosial Tel 011-35851693 media. Hubungi: 012-3050 PEMBANTU STOR DI 043 (ELIZA) PERLUKAN segera. TEMPAHAN KUIH Grace 016-2100312 email grace@aconland.com.my TRADISIONAL LOYANG (ROSE). Untuk tempahan PENJAGA STORE & ke jamuan atau stokis rani puchasing. Kerja (diperlukan). berminat lokasi Cheras Mahkota. hubingi: 018-2868 795 Perlu pengalaman, Sila hubungi Tel 03-9082 9189 (Zeera)
Khidmat untuk bisnes
SERVIS KOMPUTER, KOMPUTER RIBA. Bandar Puteri, Klang, Menjual barangan gajet seperti Mira Screen, Mc Book Adapter, skrin komputer. Hubungi 0113275 0876 (Mamat)
Jawatan kosong
CHERAS UMAH 1-TKT, 3blik 2b/air, 20x65, ubah suai. RM300k Sila hubungi 012-236 2606 SUNGAI BULOH, KUN DANG, Taman Tasik Biru, Teres 1 tkt, 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air RM250k dirunding, Hamdan 019-240 3632 TMN DESA Batu Caves, Gombak, APt tkt 4, 3bilik, 2bilik air. Kemasukan segera RM300k Tel 012217 4449 / 012-227 4449
KERANI ADMIN & Akaun diperlukan di Solaris Dutamas, KL Tel Cik Ida 03- 6205 5150 /016- 216 2949 (Sebelum pukul 5pm) KERANI AM (BER PENGALAMAN) tahu komputer diperlukan di KIP, Kepong. Sila hubungi 016-967 7287
Jawatan kosong
KERANI AM (WANITA Melayu) Temuduga di No.15, Jalan TTP 1/1A Taman Industri Puchong. Ms Tang 012-3485 306 KERANI AM (WANITA) diperlukan di 11 jalan Mawar, Tmn perindustrian Bukit Sentosa (dekat ASTRO) Tel . 03-8957 7656 / 012-2910838 MENCARI STOKIS / yang berminat membeli , menjual , dan mengedar sex toy, "love toy" boleh layari fb : https://www.facebook.com/ lovetoymalaysia DESPATCH / INSTALLER jawatan kosong seluruh Malaysia, Pendapatan bulanan RM1500 & ke atas, Kerja dari tempat sendiri. Mesti memiliki penganggkutan sendiri. Tel 03-2788 4188 / 018 - 217 33983
Apartment untuk dijual KEPONG BT 5, Taman Fadeson Permata. tingkat 4, 700kkps Bumilot 3 bilik Tel 011-2112 1676, 012 2725 287 RM180k AMPANG, TMN NIR WANA. Condo D'Pines. 1636kps. Tkt bawah, 3 bilik, 2 bilik air. Tel 014-228 5258. UKAY PERDANA, SRI PUTRI, Tkt 4, RM1100 2+1 pendahuluan Tel 019-324 323253 / 012-634 5515 .
Kereta untuk disewa MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
12
5 - 11 APRIL 2017
Larian BRT: Satu lagi sejarah buat Prasarana Teks MUHAMAD DIN HASANUDDIN Foto MOHD FAITH EZENE
MELANGKAH untuk berkhid mat pada 2 Jun 2015, per khidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT – Laluan Sunway) sudahpun memahat pelbagai catatan sejarah buat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan anak syarikatnya, Rapid Bus Sdn Bhd. Perkhidmatan BRT pertama di Malaysia, per khidmatan bas pertama menggunakan bas elektrik se penuhnya di Malaysia dan per khidmatan bas pertama meng gunakan laluan ber tingkat sepenuhnya di Malay sia, BRT – Laluan Sunway adalah perkhidmatan bas
seumpamanya di rantau Asia Tenggara. Sekali gus, ia melonjakkan status per khid matan bas negara ke tahap yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa. Dan, pada tanggal 26 Mac lepas, BRT – Laluan Sunway menempa satu lagi catatan sejarah apabila tepat pada jam 12.01 tengah malam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Da tuk Seri Azmi Abdul Aziz melepaskan kumpulan per tama seramai 500 peserta acara Larian BRT Sunway 2017 – acara larian pertama di atas laluan bertingkat perkhidmatan bas berhentihenti itu. Sebelum majlis pelepasan, Azmi, yang diiringi oleh Ketua
Larian bersejarah BRT Laluan Sunway bermula
Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman dan para pegawai tinggi Prasarana yang lain, telah menerima sijil daripada Malaysia Book of Records (MBOR), yang menjulang acara berkenaan sebagai BRT Laluan Sunway sebagai penganjur pertama acara larian terbuka di atas laluan bertingkat. Secara keseluruhan, se ramai 1,500 peserta mengambil bahagian dalam larian sejauh tujuh kilometer; bermula dari stesen Sun U Monash sebelum menuju ke stesen-stesen SunMed, Sunway Lagoon, Mentari dan Sunway Setia Jaya sebelum berpatah balik stesen Sun U Monash untuk menamatkan cabaran berkenaan.
Datuk Seri Azmi menerima sijil MBOR sebelum upacara pelepasan
Dianjurkan bersama de ngan GHL Systems Berhad, kumpulan kedia seramai 500 peserta telah dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Danny Leong pada 2 pagi dengan kumpulan ketiga dan terakhir dilepaskan dua jam kemudian pada pukul 4 pagi pada hari berkenaan. Bilangan peserta se memangnya telah dihadkan kepada 1,500 peserta saja bagi me mastikan
k eselamatan pa ra pelari di samping untuk memastikan me reka ti dak bersesak dan dapat menikmati sepenuhnya acara yang unik dan hebat itu serta menyokong usaha me nambah dana untuk Persatuan Kanser Nasional Malaysia. Rata-rata semua para peserta menyatakan rasa seronok dan bangga untuk menjadi sebahagian daripada acara bersejarah berkenaan dengan ada di kalanga peserta yang memberi komen-ko men konstruktif untuk me lancarkan lagi proses pen daftaran peserta dan urusan memakir kenderaan. Dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 1 Jun 2015, projek BRT Laluan Sunway direalisasikan me lalui usahama Perkongsian Pihak Awam dan Swasta, atau Public Private Partner ship antara Prasarana dan Kumpulan Sunway. Meng gunakan 15 bas mes ra alam, ia beroperasi antara 6 pagi hingga tengah malam dan mengendalikan kira-kira 6,000 penumpang sehari.
5 - 11 APRIL 2017
13
14
5 - 11 APRIL 2017
DESTINASI Kedai alatulis unik Dedahkan anak-anak anda dengan sesuatu yang kena pada usia dan minat mereka. Blackkiwi Club boleh dijadikan destinasi sesuai. Kedai ini mempunyai deretan alat tulis unik/aneh yang boleh mengujakan perhatian sicomel. Premis yang terletak di Nu Sentral, Kuala Lumpur dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Jangan terlepas peluang memiliki produk unik di sini dan produk baru akan didatangkan setiap tiga bulan sekali. Terdapat lebih 100 jenis barangan atau produk dalam satu-satu masa. Untuk memastikan keunikan produk terpelihara, pada setiap tiga bulan sekali, pihak pengurusan akan memasukkan produk baharu. Dalam erti kata lain, jika ada berbelanja di sini, anda sebenarnya telah memiliki barangan ekslusif dan terhad. Antara produk istimewa adalah alat tulis yang direka menyerupai makanan, pakaian, mainan dan seumpamanya. layari: blackkiwi.club.com untuk penuhi naluri sicomel anda.
Konsert Belenggu Irama
Teknik cetak t-shirt
Peminat setia kumpulan rock, Wings pasti ternantinanti konsert kumpulan muzik rock Malaysia ini yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6, 7, 8 dan 9 April 2017. Harga tiket adalah seperti berikut: RM80 / RM150 / RM200 / RM250 / RM300 / RM350. Segera dapatkan tiket anda di kaunter tiket Istana Budaya, www.airasiaredtix.com , semua cawangan Rock Corner, Victoria Music Amcorp Mall dan Sg. Wang, Artist Gallery Gurney Plaza dan Queensbay Mall Penang.
Pelajari teknik cetakan silkscreen t-shirt di Raksasa Print Studio, Bangsar. Anda boleh memilih kesesuaian masa mengikut jadual sendiri selagi dalam lingkungan masa operasi studio. Kursus ini adalah termasuk bekalan asas pembelajaran tetapi anda juga boleh membawa barangan sendiri atau membeli barangan di kedai Raksasa. Ia juga membuka kelas untuk anda mengulangkaji pembelajaran teknik slikscreen. Kursus ini amat sesuai kepada anak muda yang mungkin ingin menceburi bidang perniagaan t-shirt.
Sains CafĂŠ KL
Sila layari: raksasaprint.com untuk pertanyaan.
Keterangan lanjut sila layari: facebook.com/ sciencecafekl
Kemunculan Wings kebiasaannya akan menampilkan susunan muzik yang berbeza dan menghiburkan. Maklumat lanjut menerusi http://www.istanabudaya. gov.my
Syarahan seni bina Kepada yang menggemari pidato dalam topik seni bina, pembangunan bandar, urbanisme dan seumpamanya, Institut Arkitek Malaysia menjadi tuan rumah kepada satu syarahan yang diadakan di Black Box di Publika. Anda juga boleh mengikuti syarahan oleh mereka yang arif dalam dunia pembinaan termasuk Maarten Gielenen, Bernard Khoury, Dr Lai Chee Kien dan Wan Azhar Wan Sulaiman. Anda boleh menimba satu pengalaman baharu daripada program yang jarang dilaksanakan ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta. Seberang maklumat lanjut sila emel ke: dls@ pam.org.my
Spa RM100 Jom manjakan diri anda dengan berkunjung ke spa bajet. Dengan hanya mengeluarkan duit RM100 anda dapat mencantikkan diri. Thai Odyssey adalah spa yang sesuai untuk anda lari dari kesibukan kota. Berserta muzik lembut Thai dan bauan herba pasti akan membuat anda tidak mahu menginjak pulang. Spa ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan urut seperti urutan tradisional. Urutan aroma terapi herba dan atlet sukan juga boleh memanjakan diri anda ke sini.
Ada sebuah kelab sains di ibu kota, tetapi ia bukannya makmal atau dewan kuliah berkaitan bidang itu. Ia adalah sebuah cafe. Anda tidak perlu mempunyai latar belakang dalam bidang sains untuk mengambil bahagian atau bersantai di sini. Pada setiap bulan seorang saintis akan datang membincangkan topik sains selain jemputan khas terdiri dari ahli-ahli sains seperti Fabien Bouhier dan Dr. Amani Salim. Ia adalah percuma.
Kelas masak dan bahasa Anda boleh belajar bertutur bahasa Jepun, Mandarin, Inggeris dan Melayu sekaligus mempelajari masakan Jepun, Cina, Malaysia dan barat di ILOHA, Bangsar II. Sebagai bonus anda turut didedahkan dengan seni ikebana (seni gubahan bunga) dalam kelas yang diadakan sepanjang masa di sini. Wah! Jangan lepaskan peluang keemasan ini, selain boleh berkongsi rahsia menu, anda berpeluang mempelajari bahasa ibunda setiap masakan yang bakal anda pelajari.
Penasihat dan tukang urut terlatih sedia menanti kedatangan anda ke sini.
Tentunya pengalaman berharga ini tidak akan anda lepaskan begitu sahaja.
Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/ kuala- lumpur/health-and-beauty/best- spas-andmassages-under-rm100- in-kl
Layari: iloha-net.com untuk keterangan lanjut
15
5 - 11 APRIL 2017
TRENDING Belalai air di Jambatan Pulau Pinang tarik perhatian netizen
Pengguna Jambatan Pulau Pinang gempar melihat fenomena belalai air yang dikatakan jarang dilihat di negara ini. Rakaman kejadian tersebut seterusnya menyebabkan timbul pelbagai spekulasi. Pulau Pinang telah dilanda ribut kecil dan hujan lebat ketika itu, melalui klip video yang telah menjadi tontonan sebanyak lebih seribu kali, belalai air itu telah bergerak dari tengah lautan ke tengah Jambatan Pulau Pinang. Kejadian yang berlaku dalam beberapa minit itu menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang adalah fenomena belalai air dan tidak mendatangkan bahaya kerana berkelajuan rendah.
Wan Kuzain beraksi di liga AS
Dunia sukan negara gempar dengan kemunculan Wan Kuzain Wan Kamal, 18 beraksi sebagai pemain profesional dengan kemunculan pertamanya bersama pasukan Swope Park Rangers menentang OKC Energy dalam liga bola sepak Amerika Syarikat (United Soccer Leauge, USL). Wan Kuzain yang mendapat jolokan 'Messi Amerika' memakai jersi nombor 75 berjaya mengemudi bahagian tengah
Nasi lemak 'Gay' dikritik
Pelajar 14 tahun jadi pensyarah matematik
Di usia 14 tahun, Yaya Ashley, sudah dilantik sebagai pensyarah mamatematik oleh Universiti Leicester. Dalam masa sama, dia juga adalah pelajar ijazah sarjana muda di universiti itu. Sebelum ini dia menjadi tular kerana Ashley adalah pelajar paling muda di universiti berkenaan kini dia sekali lagi menjadi bualan kerana telah menjadi tenaga pengajar termuda. Ashley telah ditemuduga dan ditawarkan kerja ketika dia berusia 13 tahun dan menyatakan kerjanya mudah kerana dia hanya perlu membantu orang-orang dewasa menyelesaikan masalah matematik yang perlu diselesaikan selepas habis waktu pembelajaran. Yasha, pelajar genius matematik turut digelar ‘manusia kalkulator’. Dia berazam menyambung pengajiannya dalam bidang matematik ke peringkat PHD.
Eskalator terpanjang Hongkong bawa malang
Syiling emas Ratu Elizabeth dicuri
Sekeping syiling emas seberat 100kg terukir wajah Ratu Elizabeth bernilai AS$1 juta (RM4.4 juta) telah dicuri dari sebuah muzium secara misteri baru-baru ini. Polis telah membuka kertas siasatan selepas syiling emas berdiameter 21 inci itu hilang dari Muzium Bode, Jerman pada 3.30 pagi Isnin, 27 Mac lalu. Dikenali sebagai ‘Big Maple Leaf’, syiling itu dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint pada Mei 2007. Menurut Polis Jerman, pencuri mungkin telah meneliti bangunan itu menggunakan tangga yang telah dijumpai dibuang berdekatan tempat pembuangan sampah. Kepingan emas itu merupakan antara syiling emas terbesar dan ia sudah mula dipamerkan sebagai rujukan dan tontonan umum sejak Disember 2005 di Berlin.
pasukan dengan baik dan membantu Swope bangkit setelah ketinggalan dan memenangi perlawanan itu. Wan Kuzain telah mencipta sejarah menjadi pemain pertama beraksi di liga USL. Berita Wan Kuzain kini tural di media sosial apabila ramai yang membincangkan kejayaannya selain netizen masih berteka-teki samada dia akan dipanggil oleh Persatuan Bolasepak malaysia (FAM) sebagai pemain kebangsaan.
'Pak guard' jadi graduan
Kisah seorang pengawal keselamatan, atau lebih dikenali sebagai ‘pak guard’ di Malaysia, kini tular di media sosial apabila gambarnya menerima anugerah dekan di majlis konvokesyen kolejnya dikongsi netizen. Erwin Macua, 38 bertungkus lumus selama empat tahun belajar sambil bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kolej St. Theresa di Bandar Cebu, Manila. Dia yang telah berkhidmat sebagai seorag pengawal sejak 20 tahun lalu mengambil keputusan menyambung pengajiannya walaupun terpaksa menempuhi beberpa halangan besar terutamanya faktor usia dan kemiskinan.
Tular di laman sosial kisah seorang lelaki menjual nasi lemak dengan menggunakan nama Nasi Lemak Gay. Lelaki tersebut dalam sekelip mata menjadi tumpuan netizen dan telah mendapat kecaman teruk berikutan nama tersebut. Disebabkan kekecohan dan kecaman tersebut, gerai berkenaan yang telah mula beroperasi sejak Januari lalu terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi meredakan kemarahan netizen. Pemiliknya Adi Yusuf berkata, perkataan ‘gay’ yang digunakannya itu bukan bermaksud lelaki gaytetapi singkatan kepada nama kedai dan dirinya Gerai Adi Yusuf ( GAY). Adi menyatakan dia tidak menyangka peng gunaan nama itu menjadi kontroversi dalam Dia terkilan kerana rakyat Malaysia terlampau cepat menghukum dirinya tanpa mendapat penjelasan yang sahih daripada dirinya terlebih dahulu. Bagaimanapun netizen menganggap tindakan Adi sebagai strategi murahan dan menjijikkan.
Tular di media sosial apabila video yang merakamkan detik-detik malang 18 pengunjung cedera teruk apabila eskalator terpanjang di Hong Kong di Langham Place tiba-tiba berhenti dan bergerak ke arah bertentangan. Rakaman video memaparkan eskalator itu bertukar arah dalam masa yang pantas dan menyebabkan orang ramai hilang keseimbangan dan menyebab berlaku ‘runtuhan manusia’. Saksi berkata, mereka melihat empat lelaki dan 14 wanita hilang keseimbangan sebelum bergolek jatuh dan seorang mangsa memberitahu eskalotor berkenaan telah bergerak dua kali lebih laju dari kelajuan asal.
Dakwa dibantu monyet ketika sesat
Seorang pelancong yang sesat dalam hutan Amazon mendakwa dia dibantu oleh sekumpulan monyet untuk terus hidup apabila kumpulan monyet itu membawanya kepada tempat berteduh berdekatan punca air dan meluruhkan buah dari pokok berdekatan. Maykool Coroseo Acuna, 25 dari Chile, dilaporkan hilang dalam Bolivian Amazon ketika sedang bercuti. Maykoll berkhemah di Madidi National Park berdekatan Sungai Tuichi dengan syarikat pelancongan Max Adventures sebelum dia sesat di dalam hutan. Pada hari ke enam, ranjer telah menemui stokingnya dan pada hari ke sembilan baharulah Acuna ditemui berdekatan sebatang sungai.
Gadis diploma jual ikan
Trending di media sosial seorang gadis berkelulusan diploma menjual ikan di pasar malam. Nur Ashikin Mohd Khalid, 23 atau Ikin menjadi bualan ramai apabila kisah ta hidupnya dikongsi secara umum. Dia yang memegang Diploma Pemasaran dari Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah menyatakan dia begitu gembira dengan kerjanya menjual ikan air tawar. Menurut Ikin dia pernah ditawarkan kerja dalam bahagian pengurusan sebuah kilang di Kulim selepas menamatkan pengajiannya tetapi dia hanya berkerja sekejap sahaja kerana tidak menepati citarasanya. Kerana minat dalam bidang perniagaan dia memilih untuk menjual ikan. Pesan Ikin kepada netizen yang berstatus graduan supaya jadikan pengalamannya sebagai satu motivasi untuk tidak memilih kerja yang hendak dilakukan.
16
5 - 11 APRIL 2017
www.syahrilkadir.com
Anak Penoreh kini taukeh Bonia
Tahniah kepada pemenang minggu kedua
farhana_fz
nikazua
r
tyen_how
MENANGI IPHONE 7 Follow akaun instagram kami 'my.warta' untuk cara menyertai peraduan CutiCuti WARTA ini. Atau scan QR code ini menggunakan telefon anda
LEBIH 60 tahun lalu, seorang penoreh getah di Melaka memperoleh sem bilan orang anak termasuk yang sulung bernama Chiang Sang Sem. Disebabkan kemiskinan, Chiang berpindah ke rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang ketika usia baru mececah 15 ta hun untuk be kerja ki lang beg tangan bapa saudaranya itu. Di situ, dia be lajar melukis beg, m e n gg u nt i n g , menjahit hingga siap sebuah beg tangan dengan upah RM15 se bulan. Kemudian dia merantau ke Singapura pada 1971 dan bekerja membuat beg di sebuah kilang yang lebih besar dengan gaji $60 sebulan. Pada 1974, berbekalkan simpanan sebanyak $1,200 dan meminjam lagi $3,800 daripada saudara maranya, Chiang buka sebuah kilang kecil di republik itu dengan tujuh pekerja. Tiga daripadanya adalah adik-adiknya sendiri. Chiang bayar mereka sehari $1 dengan dia sendiri tidak bergaji untuk beberapa bulan. Di kilang itu, Chiang beli sebuah mesin jahit terpakai, bekerja 15 jam sehari dan tidur di atas katil lipat di kilangnya. Dia sendiri hantar beg yang ditempah kepada pelanggannya dengan menaiki sebuah moto sikal. Sejak itu, Chiang tidak ber paling lagi… dari hanya sebuah motosikal, dia akhir nya dapat membeli se buah kereta Datsun, ke mudian Mazda ak hir nya sebuah MercedesBenz! Pada 1978, dia ber sama 80 pekerjanya berpindah ke Johor Bahru dan mula menghasilkan begbeg tangan untuk sya rikat-syarikat besar. Menyedari potensi untuk menghasilkan beg jenamanya sendiri, Chiang berpindah pu la ke KL dan sebelum membuka butik per tama mereka di Singa pura dan seterusnya di kampung halamannya, Melaka. "Pada 1979, saya melawat Bologna, Itali… dari situ ter lintas dalam kepala saya.. Bologna, Bolog na… ya, Bonia,”
katanya sewaktu diminta men ceritakan ba gai mana dia mengambil keputusan un tuk menggunakan BONIA se bagai nama produknya. Namun bagi Chiang, kejayaan yang dinikmatinya adalah hasil daripada ke sukaran dan kepayahan yang dilaluinya se lama ini. Ketika berlaku krisis kewangan pada 1997, dia terpaksa menutup kilangnya di Singapura dan menjual banyak harta nya semata-mata untuk membayar hu tang. Dia tidak boleh tidur berhari-hari me ngenang nasib diri dan perniagaan yang dibangunkannya selama ini. Sampai satu ketika, dia pernah ke padang golf semata-mata untuk me lupakan se kejap masalah yang di tanggungnya. Tambah menyedihkan, se orang anaknya meninggal dunia kerana terlibat kemalangan jalan raya. Semasa wabak SARS melanda pada 1993 pula, jualan BONIA jatuh hampir 50 peratus! Semua ini mengajar Chiang supaya lebih berhati-hati dengan pengaliran wang keluar masuk dan betapa pentingnya untuk mempunyai wang tunai yang besar. Setelah melalui pengalaman yang cukup perit itu, Chiang nekad untuk bangun dan beker ja keras semula. Hasilnya, Chiang kini dah pun mempunyai tiga ki lang termasuk di China de ngan tenaga kerja kesemuanya men cecah 7,000 orang. Dia juga sudah mewu judkan 13 lagi je nama produk selain daripada BONIA, an taranya SEMBONIA dan CARLO RINO. Kini jualan Bonia se makin meng hampiri angka RM1 bilion setahun!
17
5 - 11 APRIL 2017
Makan
DI MANA
Kulcats Barrio saji hidangan 'wow'
Kulcats menampilkan hidangan barat degan harga berpatutan serta suasana yang tenang dan selesa MURNI REJAB
PERTAMA kali melangkah ma suk ke restoran ini, mata anda pasti tertumpu pada lukisan dan hiasan dekorasi yang menarik dan agak ber lainan di sini. Konsep res to ran yang menerapkan ele men seperti sukan lasak, ba sikal, skateboard, bola se pak dan seni grafiti ini turut menampilkan potret seperti Bob Marley sebagai hiasan. Kulcats Barrio yang ber operasi di Taman Tun Dr. Ismail ini telah beroperasi se lama empat tahun tidak per nah menghampakan pe ngun jungnya yang banyak menampilkan hidangan barat dengan harga yang berpatutan bertepatan dengan konsep mereka iaitu ‘best served’. Menurut pengurusnya,
Shaz rul Hezwan Shariman, 32, nama Kul membawa mak sud Kuala Lumpur dan Cats mewakili krew-krew restoran ini yang terdiri dari pada pelbagai cabang kerja antaranya, tukang masak, pemain sukan lasak, pe ngurusan acara dan sebagainya. Adunan pelbagai kriteria ini melahirkan Kulcats yang mampu menyediakan makanan enak pada harga ber patutan, selain mempunyai elemenelemen dari Amerika Syarikat, Perancis dan Itali bagi setiap sajian. Hidangan yang perlu dicuba adalah Spaghetti Carbonara Tenderloin yang menampilkan sos creamy hasil resepi rahsia restoran ini. Bagi yang mahukan nasi pula, Nasi Ayam Berlada dan Nasi Ayam Mentega turut disediakan khas untuk makan tengah hari yang bermula jam
Khasiat biji Chia
BIJIAN yang sedang trending sekarang rupanya mempunyai pelbagai khasiat. Biji chia, datang dari pokok Mexican dalam keluarga pudina ini biasanya tergumpal bersama dan akan mengenyangkan anda. Ia juga boleh mengimbangkan kandungan gula dalam darah anda serta penuh dengan mineral dan antioksidan. Biji chia boleh digunakan dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke jus, yogurt, pudding, salad, raw food, malahan ke dalam nasi putih juga atau dengan hanya rendamkan ke dalam air putih biasa selama beberapa saat saja. Selain itu, biji chia ini juga dapat melawan diabetes, mengandungi serat yang banyak, mengekalkan kekuatan gusi dan juga tulang serta dapat menstabilkan gula dalam darah.
12 hingga 3 petang. Selain itu, Kulcats Lamb Chop, Beef Short Ribs dan Chicano Ribeye Steak juga an tara hidangan ‘wow’ yang perlu dinikmati ketika berkunjung ke sini. Tambah menarik, Kulcats turut menyediakan menu ka nak-kanak seperti mini pizza, dan chicken burger. Jadi ibu bapa tidak perlu gusar me mi kirkan menu untuk si kecil. Sebagai pencuci mulut, puding coklat larva yang dibuat khas untuk pengunjung, perlu dinikmati sebagai penyudah hidangan. Istimewanya pu ding ini ia mengabungkan coklat dan aiskrim yang pasti menyengat rasa. Kesegaran minuman yang diberi nama Kulkats Bittersweet pasti membuka selera anda tatkala berkunjung ke restoran
yang menjadi pilihan ruangan Makan Di Mana kali ini. Apa yang istimewanya minuman ini anda perlu lah mencubanya sendiri kerana ia adalah cam puran lemon, air soda, daun pudina dan serai sebagai peng hilang dahaga. Pelanggan yang datang rata-rata terdiri daripada anak muda dan juga ada yang hadir bersama keluarga, membuatkan tempat ini menjadi pilihan pel bagai la pisan masyarakat ke
rana persekitarannya mampu mem buatkan pelanggan berasa tenang dan selesa. Masa beroperasi dari pu kul 12 tengah hari hingga 11 malam ini kecuali Selasa, mampu memuatkan 70 hingga 80 orang dalam satu masa. Bagi mereka yang tidak ma hu menunggu lama, anda boleh menghubungi Kulcats un tuk tempahan meja. Informasi boleh didapati di la man Facebook Kulcats dan Instagram Kulcats.
Tahukah anda?
LAYAN muzik boleh cergaskan tubuh anda malah ia juga boleh mengembalikan mood untuk bekerja. Pasanglah lagu-lagu kegemaran anda atau ‘layan’ alunan muzik lembut atau instrumental. Dikatakan muzik dapat mewujudkan rasa tenang. Jika anda penggemar Heavy Metal, silakan. Tetapi janganlah sampai mengganggu fokus kerja. Selain muzik, anda boleh manfaatkan waktu re hat dengan mendapatkan tidur sekitar 10-15 minit. Tidur begini le bih berkualiti dan dapat m en g e mb a l i k a n semangat untuk bekerja. Cari lokasi yang se suai, rehatkan badan, dan le lapkan mata. Sumber: Majalah Rapi
18
5 - 11 APRIL 2017
Di sebalik
JENAMA
Siyatim piatu bina Rolex MURNI REJAB
BAGI anda seorang pecinta barang mewah pasti tidak asing lagi mendengar jam tangan Rolex. Rolex adalah lambang kemewahan bertaraf dunia. Pemakai Rolex bukan sembarangan statusnya. Pencipta jam tangan Rolex Jam tangan Rolex dicipta oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis. Hans Wilsdorf lahir pada 22 Mac 1881, di Bavaria, Jerman. Dia menjadi seorang yatim piatu sejak berusia 12 tahun. Wilsdorf pernah bekerja di syarikat jam Swiss yang
Hans Wilsdorf, pereka Rolex
berada di La Chaux pada tahun 1905. Kemudian dia berpindah ke London untuk menubuhkan syarikat sendiri. Dia mahu membuat jam tangan yang berkualiti namun kekurangan bajet. Tapi dengan bantuan Alfred Davis, Wilsdorf berjaya membangunkan satu syarikat jam tangan iaitu Wilsdorf and Davis, yang selepas itu dikenali dengan Rolex SA, di London, England pada tahun 1905. Pada tahun 1908, Wilsdorf menjual jam tangan Rolex se pan jang Perang Dunia I namun meninggalkan Eng land disebabkan pertambahan cukai ke atas barang import mewah. Pada perang Du nia Kedua, juru ter bang Tentera Udara Di raja membeli jam tangan Rolexnya. Bagaimanapun, jam tersebut dirampas ketika mereka ditawan. Bila Wilsdorf
Jam matahari
tahu mengenai perkara ini, dia menawarkan untuk menggantikan semua jam yang telah diambil tanpa mengenakan bayaran. Selepas itu, pada 1920, dia menubuhkan Montres Rolex S.A. di Bienne.
Wilsdorf mencipta jam kalis air dan debu. Jam tangan ini dinamakan ‘Oyster’. Ciptaan jam ini adalah satu kejayaan buat dirinya kerana ramai orang menyukainya. Selepas kematian isteri nya pada 1944, Wilsdorf me ngambil keputusan untuk
Asal usul nama Rolex Pada mulanya, Rolex ber asal dari nama ‘Horlogerie Exquise’ dari bahasa Sepanyol. Namun kerana namanya yang terlalu panjang, nama ‘Rolex’ diberikan selepas Wilsdorf me ngaku mendengar satu suara yang membisikkan nama ‘Rolex’ padanya. Nama ‘Rolex’ juga diberi kerana mudah disebut. Pada 1925, Wilsdorf meng iklankan jam tangannya di majalah dan mempromosikan mutu jamnya walupun meng habiskan wang yang banyak ketika itu. Pada 1920, dia membangunkan syarikat ber nama Montres Rolex SA di Bienne. Seterusnya pada 1926,
JAM matahari pertama kali digunakan sekitar 3,500 sebelum masihi. Jam ini menunjukan waktu berdasarkan posisi matahari. Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untuk memanfaatkan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat tentukan kedudukannya. Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas. Jam matahari yang menyukat waktu dengan cahaya matahari digunakan secara meluas pada zaman kuno. Jam matahari yang bagus boleh menyukat waktu suria tempatan setepat-tepatnya. Ia kekal sebagai alat pemerhatian prestasi jam mekanik sehingga zaman moden. Namun, jam matahari memerlukan cahaya matahari dan tidak berguna pada waktu malam, jadi perlunya teknik lain untuk menyukat waktu.
membangunkan Yayasan Hans Wilsdorf di mana ia me ninggalkan sahamnya di Rolex, serta menyakinkan ba hawa jumlah pendapatan dari sahamnya di syarikatnya di gunakan untuk amal. Wilsdorf kemudiannya meninggal pada 6 Jul 1960.
Montres Rolex S.A pada tahun 1920
Perkembangan jam tangan Rolex PADA tahun 1933, kru ekspedisi pertama terbang di atas puncak gunung Everest dilengkapi dengan jam tangan Rolex Oyster. Para anggota kru ekspedisi sangat berpuas hati dengan jam tangan tersebut. Pada awal 50-an, Rolex menciptakan jam tangan profesional yang berfungsi sebagai alat bantu dan fungsinya tidak hanya sebagai penunjuk waktu. Jam tangan jenis ini diperuntukkan bagi aktiviti profesional seperti penyelam laut dalam, penerbangan dan pendakian gunung malah menjadi tarikan bagi mereka. Pada 1971 pula, Rolex memperkenalkan jam tangan Oyster Perpetual Explorer II untuk penjelajah kutub, gua, dan pengembara. Jam tangan ini menampilkan jarum khas yang berfungsi 24 jam di wilayah kutub.
19
5 - 11 APRIL 2017
Luna mahu sentiasa gembira
20
20
Zulin bangkit dari kritikan 23
21
Kisah Drummer Def Leppard
20
5 - 11 APRIL 2017
Luna mahu sentiasa gembira Syeril Sharina Azhar
L
UNA MAYA aktres popular Indonesia bukan sahaja dikenali kerana gosip yang datang bagaikan pukulan ombak tetapi bintang dari seberang ini turut dikejar kerana kecantikannya yang masih kekal walau usianya sudah bertambah. Figura yang masih aktif dalam bidang seni ini terus diintai WARTA bagi mengetahui rahsia kecantikannya. Luna yang ditemui selepas selesai mengadili pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 di Shah Alam berkata dia tidak mempunyai sebarang rahsia yang agak ‘mahal’ untuk dikongsikan kerana dia seorang yang sangat bersederhana dalam apa jua bidang yang diceburinya. “ Saya tidak ada jadual yang tetap untuk aktiviti harian saya tetapi saya cuba untuk menguruskan diri saya sebaik mungkin. Jadual saya tidak boleh ditetapkan kerana sekarang agak padat, saya berulang alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur dan begitulah seterusnya rutin saya setiap minggu,” jelasnya. Dia akui penat dengan kesibu-
kan itu namun sentiasa berusaha untuk menyerap aura positif sebanyak mungkin kerana dia percaya dengan aura yang baik diri kita akan lebih cergas dan sihat. “Saya akan pastikan diri saya sentiasa berasa gembira dan tidak terbawa-bawa emosi yang tidak baik walau saya berada dalam keadaan penat,” ujarnya. Ditanya antara bersenam dan diet, mana yang menjadi pilihan utamanya, Luna memberitahu dia tidak akan memilih salah satu kerana kedua-duanya merupakan elemen yang penting dalam menjaga kecantikan. “Sekiranya diberi pilihan saya akan memilih untuk menjaga kedua-dua elemen ini dalam menjaga penampilan diri. Makanan perlulah dimakan sebelum pukul sembilan malam dan kalau boleh awalkan lagi masa itu kerana makin lambat masa untuk makan malam makin perlahan daya tahan diri untuk memproses makanan,” sambungnya. Luna turut berkongsi bahawa dia mengamalkan senaman paling kurang sejam setiap hari bagi mengekalkan stamina. Luna juga menjaga waktu tidur untuk mengelak mukanya kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Zulin bangkit dari kritikan PENGACARA dan pelakon yang sedang meniti namanya dipersada seni, Zulin Aziz, 27 kini hampir setahun bergiat aktif sebagai salah seorang penyampai radio di Suria FM. Sepanjang menjadi seorang penyampai radio, dia telah melalui beberapa kritikan pedas yang mana boleh menjatuhkan semangatnya tetapi Zulin tetap optimis dan lebih gigih berusaha menjadi penyampai radio yang lebih baik. Disebabkan itu, kata Zulin, tiada istilah samada stesen Suria menggunakan dirinya untuk meraih populariti seperti desas desus yang tersebar sebaliknya dengan rendah diri Zulin menyatakan dia yang sepatutnya berterima kasih kepada Suria FM kerana telah banyak membantu dirinya ketika jatuh dan bangun sepanjang menjadi penyampai di bawah naungan mereka. “Tiada istilah Suria menggunakan diri Zulin untuk meraih
populariti atau untuk mencapai sesuatu tujuan tetapi Zulin amat bersyukur dapat menjadi sebahagian dari keluarga Suria FM kerana setiap penyampai mempunyai peranan dan kelebihan mereka sendiri. “Pihak pengurusan Suria FM juga tidak pernah mendengar kritikan ‘pedas’ masyarakat untuk singkirkan Zulin sebaliknya mereka memberi sokongan penuh kepada Zulin untuk menjadi diri sendiri. “Zulin juga sangat bersyukur kerana di ulang tahun Stesen Suria yang ke 10 ini, Zulin telah diberikan peluang untuk mengacarakan program Zulin sendiri. Zulin telah memilih untuk menjadi seorang yang lebih matang ketika bekerja tetapi untuk segmen Zulin, watak sebagai ‘mak cik – mak cik’ yang lebih dekat dengan para pendengar,” tambahnya. Zulin yang menjadikan Raja
Azura sebagai rujukan untuk dirinya terus melangkah maju menyatakan, sebagai seorang wanita dia tidak boleh terlampau feminin atau sombong kerana itu akan menyebabkan orang ramai tidak selesa untuk mendengar celotehnya. Ditanya mengenai cabaran menjadi seorang penyampai radio, Zulin memberitahu bahawa dia amat berjaga-jaga dalam mengeluarkan sebarang percakapan kerana di stesen radio, para pendengar kini sangat peka dan sensitif dengan isu-isu yang akan dikongsikan.
21
5 - 11 APRIL 2017
Beyond, rockers legenda Hong Kong Syeril Sharina Azhar
HATI bagai disentuh ketika 'melayan' alunan muzik dan getaran suaranya menerusi lagu kemanusiaan The Boundless Sea and Sky yang
pernah menjadi siulan umum di era 90-an. Bila diamati dan terus dihayati mungkin para pendengar akan merasa sedikit ketenangan tetapi mungkin juga akan ada di antara anda yang
mengalirkan air mata tanpa sedar. Menurut satu laporan, pada tahun 1983 kumpulan yang digelar sebagai Beyond ini pada awalnya tidak diterima masyarakat umum kerana muziknya yang terlalu ‘keras’ dan dianggap tidak mengikut citarasa dan permintaan umum ketika itu. Kemudian vokalis kumpulan tersebut telah mengubah aliran muzik mereka menjadi lebih santai kepada ‘romantik rock’ dan bersifat lebih lembut. Bertitik tolak dari situ, lagu-lagu mereka telah diterima umum dan menjadi hits. Beyond terdiri daripada empat orang anak muda yang diketuai oleh Wong Ka Kui selaku vokalis, Wong Ka Keung (basis), Wong Kwon Chung (gitaris) dan Yip Sai
Wing (drum). Apa yang menjadi sejarah sehingga kini adalah apabila vokalisnya Wong Ka Kui atau nama pentasnya Koma Wong telah menemui ajal akibat terjatuh dari pentas ketika sedang melakukan rakaman dalam sebuah game show di Tokyo Fuji Television game. Wong Ka Kui telah terjatuh dari ketinggian 2-3 meter dipercayai akibat permukaan pentas yang licin. Ka Kui meninggal dunia selepas seminggu mengalami. Bagi rakyat Hong Kong, kemalangan yang telah meragut nyawa Ka Kui bukan sekadar kehilangan seorang artis tetapi juga hilangnya ‘seorang revolusioner‘ dalam industri muzik. Bagi sesetengah peminat Ka Kui yang berada di luar
dari Hong Kong, mereka menganggap nama pentas Ka Kui yang digelar Koma Wong telah membawa malang terhadap dirinya kerana mengikut bahasa melayu atau negara yang serumpun dengannya, koma membawa maksud tidak sedar dan kejadian itu sama seperti yang telah menimpa Ka Kui. Ketika ini, lagu dari Beyond dan istrumennya menjadi ‘pesan’ yang sangat bersifat universal. Tanpa mengenali Ka Kui dan kumpulannya generasi kini boleh mendapat mesej tentang kemanusiaan sesama insan melalui penghayatan di ruangan youtube dan lirik lagunya terdapat dalam dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
Drummer Def Leppard hanya sebelah tangan DUNIA hiburan antarabangsa pernah digemparkan dengan satu insiden yang menyayat hati dan menakutkan tetapi turut menjadi inspirasi kepada masyarakat umum. Pemain drum kumpulan legenda rock dunia, Def Leppard, Rick Allen hampir menemui ajal akibat kemalangan jalan raya pada 31 Dis1984 di Sheffield, England. kehilangan tangan kiri akibat kemalangan kereta yang melibatkan dirinya pada 31 Disember 1984.
Ketika memecut laju keretanya, Allen telah mengelak dari melanggar lubang dan dia telah hilang kawalan. Disebabkan itu, keretanya telah berpusing beberapa kali sebelum dia tercampak keluar. Oleh kerana tidak memakai tali pinggang keledar dengan betul ketika kejadian, Allen memberitahu, ketika itu dia dapat merasakan tangan kirinya tertinggal di dalam kereta dan cuba untuk tidak melihat ke arahnya. Ketika kejadian seorang jururawat
Lagu-lagu Def Leppard masih diminati hingga kini
profesional kebetulan tinggal di kejiranan kawasan Allen kemalangan. Dia telah mengambil tangan kiri Allen dan meletakkannya dalam kiub ais dengan tujuan untuk penyambungan semula apabila tiba di hospital tetapi sayang tangan kiri Allen tidak dapat disambung semula kerana jangkitan kuman. Selain dapat diselamatkan daripada kemalangan itu, Allen turut bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli kumpulannya yang lain untuk meneruskan kariernye sebagai seorang lagenda drummer. Hal ini kerana ketika itu, kumpulan Allen mempunyai berjuta pengikut seluruh dunia. Ketika sedang dirawat di hospital lagi, Allen telah merancang untuk meneruskan khidmatnya sebagai seorang ahli muzik dengan kelainan keupayaan. Dengan semangat yang diberikan orang sekelilingnya, Allen telah menukarkan cara latihannya dengan memilih menggunakan drum yang boleh memberikan kakinya memukul piring sebagai ganti kepada tangannya. 20 bulan kemudian, pada bulan Ogos 1986, selepas pra persembahan di sebuah kelab kecil, Allen telah bersedia untuk bersama kembali dengan ahli kumpulannya dan dia telah membuat
Rick Allen
kemunculan pertamanya di salah sebuah festival di Castle Dolington. Dengan semangat gigih Allen, setahun selepas itu kumpulan Def Leppard telah kembali dengan lagu yang menjadi penantian ramai berjudul Histeria, yang mana ia sangat mengejutkan apabila bukan sahaja tempat mereka sebagai kumpulan rock yang mengungguli carta dapat dipertahankan tetapi mereka masih menjadi sebuah kumpulan yang masih mempunyai peminat sehingga kini. Allen secara sukarela telah menginspirasikan dirinya untuk menjadi pengantara kepada semua bekas tentera yang telah cedera teruk dalam peperangan di salah sebuah pusat pemulihan tentera pada tahun 2006. Ini kerana, Allen memahami perasaan mereka yang kehilangan salah satu bahagian ang gota badan sama seperti dirinya.
22
5 - 11 APRIL 2017
RELEKS
Jom Wayang Filem: Dhayam Tarikh Tayangan: 24 Mac 2017 Genre: Aksi / Ngeri Durasi: 1 jam 45 minit Pelakon: Santhosh Prathap, Jayakumar, Aira Agarval, Jeeva Ravi Pengarah: Kannan Rangaswamy Format: 2D SINOPSIS Diarahkan oleh Kannan Rangaswamy, filem aksi Tamil ini mengisahkan tentang lapan orang yang telah terbabit dalam satu temubual yang akhirnya mengubah hidup mereka. Ia dibintangi oleh Santhosh Prathap, Jayakumar, Jeeva Ravi dan Aira Agarval sebagai peneraju. Manakala Kadhal Kannan, Aanchal Sing dan Anmol Sandhu sebagai pelakon pembantu.
Filem: Goodbye Mr. Loser Tarikh Tayangan: 23 Mac 2017 Genre: Komedi Durasi: 1 jam 45 minit Pelakon: Ian Fang, Mei Sim, Anjoe Koh, Phoebe Huang, Jack Lim, Jack Yap Pengarah: Adrian Teh SINOPSIS `Remake` filem popular China dengan judul yang sama ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang secara tidak sengaja mengembara ke masa lampau. Dia seorang yang bermasalah dan mahu hidup sempurna ketika di alam itu. Dia kemudian mengambil keputusan untuk menggunakan peluang itu untuk memperbaiki kesilapan hidupnya dan mencapai impian yang dia tidak pernah dapat capai dalam kehidupan sebenarnya.
Filem: Ghost In The Shell Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017 Genre: Aksi / Jenayah / Drama Durasi: 1 jam 55 minit Pelakon: Scarlett Johansson, Takeshi Kitano, Michael Pitt, Pilou AsbĂŚk, Chin Han, Juliette Binoche Pengarah: Rupert Sanders SINOPSIS Filem sains fiksyen ini nukilan Masamune Shirow. Ia berlatarkan zaman 2029 yang mana dunia mempunyai akses tubuh sibernatik yang dipanggil `shells` membolehkan mereka mempunyai kuasa luar biasa. Mejar Motoko Kusanagi adalah ketua pasukan untuk Public Security Section 9 yang telah ditugaskan untuk menangkap penggodam yang dikenali sebagai Puppet Master.
23
5 - 11 APRIL 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Tawa, tangis Bella
SUDOKU
Jawapan
Jawapan
Diadaptasi dari nukilan Suri Ryana dengan judul sama, ia mengisahkan tentang Bella, seorang pelajar di universiti Korea Selatan pulang menghabiskan cuti semesternya di Malaysia. Kepulangan Bella untuk bertemu sanak saudara dan rakan-rakan bertukar kepada satu kisah yang hampir-hampir mengecewakannya. Episod bermula di lapangan terbang lagi, sebaik menuruni pesawat, Bella telah terlanggar dengan seorang jejaka kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee Jae Hwan. Danial Lee: “Jang-nim!” Bella : “Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?” Tanpa diduga, sekalipun bermula dengan ‘pertembungan’ yang tidak sengaja dan dialog yang agak kasar membawa mereka berdua ke alam cinta yang penuh syahdu. ‘Pertemuan’ kedua Bella-Danial tercetus gara-gara kimchi. Secara kebetulan kakak Bella minta dia siapkan kimchi untuk menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kerja kakaknya. Bella menjadi resah apabila mengetahui bahawa sebenarnya presiden syarikat itu adalah Danial. Bella yang mula dihimpit igauan terhadap Danial, lelaki yang dilanggarnya dan mengatakan dia ‘buta’ dan dipanggil ‘samseng olehnya. Hatinya mula berdetik dan diusik. Bella makin resah dan dalam teka teki kenapa pula takdir telah menetapkan keluarganya semakin rapat dengan keluarga Danial dan mula menampakkan isyarat akan satukan mereka. Kerana satu insiden di kampung, akhirnya Bella dan Danial diijab kabulkan. Bella yang mahukan hubungan itu kekal bahagia bertukar derita akibat salah sangka angkara mainan jahat Yoori dan Zara yang sentiasa mengganggu hubungan Bella-Danial. Bella akhirnya membawa hati yang lara ke Seoul, akibat rindu yang amat sangat Danial menjejakinya. Dapatkah Danial bertemu kembali isteri kesayangannya di sana dan dapatkan mereka pertahankan hubungan kasih yang makin mendalam. Pada watu yang sama, dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella? Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017 Genre: Komedi / Romantik Durasi: 1 jam 58 minit Pelakon: Aiman Hakim, Emma Maembong, Janna Nick, Sharifah Sakinah, Ungku Haris, Natasha Elyzza, Dira Abu Zahar Pengarah: Michael Ang
24
5 - 11 APRIL 2017
HOT
Hobi orang ternama
Buku, poster, baju-T 'bundle' teman Papa Rock
Koleksi album dan poster yang masih disimpan MURNI REJAB
SEBUT sahaja 'Papa Rock Ma laysia' maka kita sudah dapat membayangkan imej otai ini. Nama Datuk Ram li Sarip sudah tidak asing di ka langan peminat muzik negara. Gayanya yang san tai dan pertuturan yang ber sahaja dan ‘sempoi’ mem buatkan peminat terasa rapat dengannya. Ramli Sarip, penggubah, penerbit lagu dan penyanyi yang berasal dari Singapura ini terkenal dengan lagu Kamelia, Teratai, Bukan Kerana Nama dan Doa buat Kekasih. Penyanyi kumpulan Sweet Charity ini juga pernah memukau peminat dengan
berpulih lagu lagi dengan menyelitkan elemen nasihat pada lirik lagunya. Di sebalik imej rock yang dibawa penyanyi berusia 64 tahun ini, WARTA ingin berkongsi beberapa hobinya ketika di waktu lapang. Pertemuan kami di se buah kafe di Bangsar barubaru ini, merungkai sedikit ‘rahsia’ penyanyi tersohor ini. Memulakan bicara, beliau akui memang suka berjalan dan melancong. Jelasnya, dalam masa sehari, dia akan berjalan kaki satu hingga dua jam untuk mengeluarkan peluh. “Berjalan adalah satu ru tin dan juga kita harus ber
MENARIK MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
Program Episod Tarikh Masa
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 5 - 11 April 2017
: Biz Tips : 11 : 5 April 2017 (Rabu) : 8.30 malam
POTENSI ALAM MAYA MENCIPTA KEJAYAAN Di usia 34 tahun, lelaki berdarah campuran Australia dan Filipina, Hans-Peter Ressel mengorak langkah gemilang dalam perniagaan. Memilih Malaysia sebagai platform, sudah dua tahun Ressel mengemudi syarikat perniagaan atas talian yang semakin dikenali di seluruh dunia, Lazada. Dapatkan tips daripada lelaki hebat ini, potensi dan strategi menceburi perniagaan alam maya. Hanya dalam Biz Tips.
gerak dan berjalan untuk mengeluarkan peluh dan kita perlu jadikannya sebagai hobi, kalau tidak kita akan menjadi malas,” jelasnya. Jiwa rock yang sebati dalam dirinya ju ga menyebabkan dia su ka mengumpul ma ja lah-majalah muzik se per ti progresif rock untuk mengetahui perkembangan muzik rock dunia. Majalah Rolling Stone, Mojo, dan The History of Rock adalah majalah wajib yang di lang gannya setiap bulan dari 1962 sehinggalah sekarang. Selain itu, Ramli juga suka membaca buku-buku falsafah dan kehidupan. Tidak kira ke mana sahaja dia pergi, ke dai buku adalah destinasi pertama yang dikunjunginya, akui nya yang mempunyai lebih 100 buah buku koleksi peribadinya. Jangan terkejut, penyanyi rock ini juga berjiwa seni. Buktinya, ratusan poster men jadi peneman di ke diaman nya. Antaranya adalah lukisan mistik dan lukisan artis rock antarabangsa. “Saya suka kumpul poster yang bagi saya ia ada nilai seni itu tersendiri. Tapi ikut ke mampuan lah, kalau saya teringin dan mampu saya akan beli tapi jangan sampai
membazir,” ujarnya senyum. Selain itu, Ramli juga suka mengumpul t-shirt yang ada kaitan dengan seni. Malah ada sahaja t-shirt yang dibelinya tidak dipakai kerana baginya ia mempunyai maksud dan nilai tersendiri. Antara tempat sesuai untuk dia penuhi minat ini adalah di kedai baju bundle. “Saya sendiri yang akan cuci t-shirt itu kerana tidak mahu rosak. Malah hobi mengumpul t-shirt ini bermula sejak belasan tahun hingga lah sekarang saya masih mencari dan mengumpul t-shirt yang bagi saya ia sangat berharga,” ujarnya yang pernah terlibat da lam sukan bola sepak, tak raw, baseball, hoki dan olahragawan di zaman per sekolahannya. Tambah Ramli, dia juga suka memelihara ikan se menjak berusia tujuh tahun sehinggalah umur men jang kau 40 tahun. Jenis ikan yang lain dari yang lain dan unik spesiesnya seperti angel fish dari Taiwan, ariwana dan Siamese tiger adalah ikan yang pernah dipeliharanya sehingga lah dia bercadang un tuk ‘menutup buku’ kerana ke kangan masa. Jelasnya, me melihara ikan memerlukan penjagaan yang rapi dan setiap jenis ikan itu ada ‘pe’el’ yang perlu difahami.
Papa Rock bersahaja
Program : Legasi Niaga Episod : 14 Tarikh : 11 April 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam
Program : Santai Familia Musim Kedua Episod : 10 Tarikh Siaran : 10 April 2017 (Isnin) Masa : 8:30 malam
5 DEKAD MEMARTABATKAN SONGKET Diilhamkan 50 tahun lalu, jenama Dah Harun Songket yang beriltizam untuk memartabatkan seni tenunan songket, kini berdiri teguh dan diteruskan pula pewarisnya, Sakiah Mohd, 52. Pada hari ini, Sakiah giat mengeluarkan koleksi terbaru memenuhi permintaan pasaran seluruh Negara. Saksikan liku-liku dilalui keluarga legasi ini dan impian di jiwa untuk mewarisi seni songket dari zaman berzaman agar ia terus malar hijau. Hanya di Legasi Niaga.
TIDUR DI TENDOK UMPAMA DIBUAI-BUAI ALAM KAYANGAN Menaiki pacuan empat roda, perjalanan mencabar merentasi hutan tropika di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor merangsang adrenalin kami. Kejutan tidak terhenti di situ. Tiba di The Sticks, hati dilayang-layang kedamaian. Konsep minimalis resort, membiuskan jasad mengkhayalkan jiwa untuk ‘bersatu’ sepenuhnya dengan alam. Bayangkan tidur di tendok, berdindingkan pepohon hijau, berhawakan bayu segar malam, berterapikan pula unggas mendesirkan tenang. Bukankah itu sebuah keindahan yang diimpikan setiap insan?
Program : House Hunt Episod : 10 Tarikh : 7 April 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam TERHALANGKAH IMPIAN ANUAR MEMILIKI RUMAH DI KAWASAN ELIT? Anuar Izwan, seorang lelaki bujang ingin memiliki rumah idaman di kawasan elit Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Dengan bajet terhad, Anuar dibantu ejen hartanah yang mencadangkan dua rumah untuk dipilih iaitu jenis apartment servis dan kondominium. Adakah Izwan sanggup untuk membayar lebih demi memiliki kondominium yang melengkapi ciri idamannya? Untuk ketahuinya, saksikan House Hunt Musim Kedua.
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
5 - 11 APRIL 2017
Kisah anak muda
KAM
Pelabur kasut 'bersaham' tinggi
Dari kiri, Mohammad Illiyas Adam, Khairul Anwar Effendi, Ahmad Amir Hamzah, Mohamad Izham dan Khairul Aiman. MURNI REJAB
KISAH Anak Muda kali ini ‘menyelongkar’ kisah lima sahabat yang mempunyai hobi ‘mahal’ iaitu mengumpul kasut sniker dari pelbagai pelusuk negara. Kasut yang dikumpul bukanlah yang mudah didapati di Malaysia, malah perlu ‘berebut’ untuk men dapatkan satu-satu ke luaran kasut tersebut secara tempahan atas talian. Khairul Anwar Effandi Taufik Effandi, 32, Ahmad Amir Hamzah, 30, Mohammad Illiyas Adam Md Dujali, 29, Mohamad Izham Abdul Karim, 29 dan Khairul Aiman Ahmad Hafad, 26, masing-masing mempunyai hobi ‘mahal’ yang kalau difikir secara logik akal ia sememangnya tidak dapat difikir secara waras. Manakan tidak,menghabiskan ribuan ringgit hanya kerana sepasang kasut. Adidas, Nike, Puma dan New Balance antara je na ma kasut yang menjadi
pilihan mereka. Apa yang istimewanya kasut-kasut ini hanya setiap penggemar dan pemiliknya yang tahu. Sama ada dari segi keluarannya yang terhad, material ba han yang digunakan serta pelbagai lagi ciri istimewa yang membuatkan si peng gemar kasut ini sanggup ‘menghabiskan’ ribuan ringgit untuk mendapatkannya. Menurut Khairul Anwar Effandi, minatnya berputik sejak 2013, ketika melihat ra kan yang lain memakai kasut yang lain dari lain. Bermula dengan soalan ‘mana kau dapat kasut tu?’ m en y e b a b k a n hing ga kini dia mempunyai pelbagai jenis kasut yang di k u mp u l n y a antaranya kasut Adidas New York SPZL yang direka khas sempena
penghargaan ke pada Carlos, peniaga kedai barangan Adidas tegar di Buenos Aires. Bagi Ahmad Amir Hamzah pula, dia tidak pernah rugi untuk menghabisan ribuan ringgit semata-mata untuk da patkan koleksi tertentu kasut ini. “Bagi saya,
Jom ketahui kasut kegemaran lima anak muda ini · Khairul Anwar Effandi - Adidas New York SPZL direka khas sempena penghargaan kepada Carlos, peniaga kedai barangan Adidas tegar di Buenos Aires. · Ahmad Amir Hamzah - Puma blaze of glory sneaker freaker sharkbait. Unik kerana keluarannya tidak banyak di pasaran dan nilainya mencecah ribuan ringgit. · Mohammad Illiyas Adam - Adidas ZX500 ‘Quote’ yang dikeluarkan oleh Adidas sempena penghargaan terhadap pengumpul tegar Adidas yang dipanggil ‘Collector's Pack’. Setelah tiga tahun dikeluarkan pada tahun 2012 dan akhirnya dapat membelinya di Jepun. · Mohamad Izham - Air Jordan 1 banned keluaran 2011. Hanya 1,200 pasang sahaja dikeluarkan di pasaran Amerika Syarikat. · Khairul Aiman - Nike sb dunk reese forbes wheat keluaran 2002 dan antara paling awal dipasarkan dan kuantitinya yang terhad.
kasut ini adalah unik, dan lain dari lain kerana keluarannya tidak banyak di pasaran dan nilainya mencecah ribuan ringgit. Sniker yang dibeli juga ada valuenya tersendiri. Di pasaran Malaysia, kita boleh dapat dua hingga kali ganda dari harga yang dibeli, jadi macam pelaburan juga kasut ni,” jelasnya yang pernah memiliki 300 lebih pasang kasut. Mohammad Illiyas Adam berkata kerana minat pada ‘Sneakers Culture’ yang telah lama berkembang
di luar negara seperti Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat serta terjebak dari satu forum di United Kingdom, Crooked Tongues di mana pengumpul kasut dari pelosok dunia membincangkan hal-hal ber kenaan kasut dari segi ma terial, inovasi teknologi yang menyebabkan dirinya ‘tidak tahan’ untuk mula me ngumpul koleksi peribadinya. Mohamad Izham dan Khairul Aiman pula berkata biarpun ada orang lain yang memandang negatif kepada mereka yang dikategorikan se bagai membazir ini sekalipun tidak menyekat untuk mereka teruskan mencari kasut yang lain dari lain ini. Jelas mereka, dengan adanya minat se per ti ini mereka dapat mengenali le bih ramai rakan dari dalam dan luar negara di samping dapat meningkatkan skil komunikasi antara satu sama lain.
Antara koleksi kasut kelima-lima anak muda ini
Kasut bengkung KASUT kecil molek yang dikenali ‘kasut kaki berbengkung’ adalah se bahagian warisan masyarakat Cina. Menurut sejarah, kasut kecil ini, di percayai hasil tangan orang Baba dan Nyonya Melaka yang mula dibuat pada zaman Dinasti Sung di China. Pemakainya perlu mengamalkan pembengkungan supaya kaki menjadi kecil. Amalan ini melambangkan kewanitaan dan keayuan seseorang perempuan Cina. Mereka yang berkaki kecil dipanggil ‘kuntum teratai tiga inci’. Amalan membengkung kaki bermula pada usia muda. Sebaik saja kanak-kanak perempuan mencecah
usia lima atau enam tahun, kakinya sudah mula dibengkung oleh ibu atau nenek. Wanita yang memakai kasut kecil sebegini dikira lebih cantik dan menjadi simbol yang erotik dan ghairah.
26
5 - 11 APRIL 2017
SALAM SEMUT
Adab di kaunter lapangan terbang KETIKA daftar masuk di sebuah lapangan terbang, saya terlihat se kumpulan penumpang mengerumuni kaunter daftar masuk barangan. Ada sekurang kurangnya tujuh individu yang bercakap dengan nada yang agak marah. Salah seorang daripada mereka berlari keluar dari lapangan terbang ke arah parkir dan kembali dengan beg plastik. Tertarik dengan situasi mereka yang melambatkan penumpang lain, ingin juga saya mengetahui apa masalah mereka. Rupa-rupanya penumpang ha nya seorang sahaja, manakala yang lain adalah pengiring. Dan mereka memenuhi ruang daftar masuk yang terhad sehingga membuat penumpang lain resah. Penumpang di belakang sa ya sudah mula hilang sabar dengan gelagat kumpulan itu yang masih cuba berbincang sesuatu sedangkan masa penerbangan semakin dekat. Sebenarnya lapangan terbang itu bukanlahlah jenis yang sibuk. Malah kedudukannya hanya 20 minit dari pusat bandar, membuatkan pe numpang hanya datang sejam sebelum masa penerbangan. Ba gai manapun, penerbangan ke Kuala Lumpur boleh menyebabkan kesesakan di kaunter kerana semua hadir pada masa yang sama. Berbalik kepada penumpang tadi, berat bagasi percuma yang dibenarkan hanya 30kg te tapi dia membawa hampir 35kg. Sudah tentu pegawai pendaftar penumpang tidak akan mem benarkan. Apa yang menjengkelkan, pengiringnya yang
Urus wang bersama AKPK
En Saidi Ya'acob Ketua Cawangan, AKPK
“Saya ada beberapa kemusykilan. Apa kah yang dimaksudkan dengan bankrap atau muflis? Saya difahamkan seseorang akan muflis jika hutangnya melebihi RM30 ribu ke atas. Adakah hutang tersebut dikira dari satu bank sahaja atau beberapa bank (kes yang mempunyai beberapa hutang kad kredit daripada beberapa bank tetapi setiap bank hutangnya tidak melebihi 30K- tetapi jika dicampur beberapa bank, ia melebihi 30K. Terima kasih atas jawapan." Japawan: Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, penyedia kredit akan mengambil tindakan mahkamah terhadap diri anda. Kebankrapan atau muflis merupakan satu proses undangundang yang membolehkan penyedia kredit mengambil tidakan kebankrapan terhadap anda apabila jumlah hutang anda melebihi RM30,000. Dari segi kebiasaannya, jumlah hutang RM30,000 itu dikira dari satu penyedia kredit sahaja dan tidak mengambil kira hutang-hutang yang lain, walaupun sekiranya dicampur
ra mai mendesak untuk ba gasi cm x 10 cm. Barang-barang ini yang berlebihan itu diterima hendaklah muat diletakkan dan dibenarkan secara di bawah tempat duduk percuma. hadapan anda. Peraturan tetap pe Yang perlu diingat ra turan dan pegawai itu ialah jumlah berat yang ber tindak betul untuk ti dibenarkan untuk dua dak membenarkannya. (2) bagasi mestilah Akhirnya mereka buat tidak melebihi 7kg, dan keputusan untuk masukkan barangan yang diikat atau 5 kg yang lebih itu ke dalam dibalut bersama tidak akan AN ES UG UR M N RAVE beg plastik untuk dibawa masuk dianggap sebagai sebuah ke kabin. Mereka mengambil masa bagasi kabin. panjang untuk memilih pakaian ke dalam Sekiranya bagasi kabin anda bag plastik dan ketika itulah penumpang melebihi had berat, had saiz atau me lain hilang sabar dengan kerenah mereka. lebihi kuantiti yang dibenarkan, anda Walaupun pegawai dikaunter menegur, perlu mendaftar masuk bagasi kabin mereka buat tak kisah. di kaunter lapangan terbang. Bayaran Akhirnya mereka berjaya ‘check in’ bagasi berdaftar lapangan terbang beg besar mereka dan keluar dari situ dikenakan. dengan 5kg pakaian dalam beg plastik ala Sekiranya anda berada di pintu ma ala plastik Tesco. Tidak sampai beberapa suk pesawat dan anda tidak memenuhi langkah mereka berjalan, beg plastik polisi bagasi kabin, ia akan didaftar mereka koyak pula. masuk sebagai bagasi kabin. Bayaran Inilah masalah apabila ada orang bagasi pintu masuk pesawat akan ambil mudah peraturan bagasi syarikat dikenakan kepada anda. penerbangan. Mulai Mac 2017, peraturan Berikut adalah bayaran penalti jika beg kabin 7kg akan diikuti secara serius. kita gagal memenuhi syarat AirAsia. Kebanyakan syarikat penerbangan mem punyai peraturan yang universal Bagasi ekses untuk beg kabin. Anda hanya dibenarkan Penalti untuk bagasi berat melebihi membawa sebuah bagasi kabin ke dalam had ketika daftar masuk: Setiap kilogram pesawat yang tidak melebihi 56 cm x 36 RM50 cm x 23 cm termasuk tangkai, roda dan Dipintu masuk jika anda membawa poket sisi. lebih dari satu beg besar, maka RM200 Bagasi ini hendaklah muat diletakkan akan dikenakan untuk setiap beg di dalam ruang simpanan bagasi di tambahan. bahagian atas tempat duduk. Dan jika anda tidak membeli had Selain itu, anda boleh membawa satu bagasi atas talian dan membeli di kaunter beg komputer riba, beg tangan, beg galas daftar masuk, anda akan bayar RM105 atau apa-apa beg bersaiz kecil yang lain untuk 15kg. Jika anda beli bersama yang mestilah tidak melebihi 40 cm x 30 tiket, 20kg hanya RM67. jumlahnya akan melebihi RM30,000. Setelah diistiharkan bankrap atau muflis, penyedia kredit lain boleh memfailkan Proof of Debt terhadap anda. Sebagai contoh, sekiranya pinjaman anda adalah pinjaman kereta, penyedia kredit akan bertindak dengan menarik balik dan menjual kenderaan tersebut terlebih dahulu. Jika ia pinjaman perumahan bercagar dengan hartanah, penyedia kredit akan merampas hartanah tersebut dan menjualnya melalui lelongan awam. Bagi pinjaman tanpa cagaran pula seperti kad kredit dan pinjaman peribadi, penyedia kredit mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakan penghakiman untuk memperoleh semula hutang tersebut. Ini termasuklah perintah rasmi rampasan dan jualan (Writ of Seizure and Sale), mendapat bayaran daripada pihak ketiga yang perlu membayar sejumlah wang kepada peminjam (Garnishee Proceedings) saman penghutang penghakiman dan pemfailan perintah bankrap sekiranya jumlah hutang melebihi RM30,000. Apabila anda diisytiharkan bankrap, terdapat banyak perkara dari segi undangundang yang anda tidak boleh lakukan: Anda tidak boleh * Memegang apa-apa jawatan awam tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (KPJIM) * Meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpa izin KPJIM * Meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah atau kelulusan KPJIM * Menjadi pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa kelulusan mahkamah atau KPJIM
Dan jika anda menggunakan Ma lay sia Airlines, ia akan meng gunakan struktur berbeza mengikut zon. Senarai negara mengikut zon : Zon 1 Malaysia (Sem. M’sia, Sabah & Sarawak), Singapura, Indonesia (KNO) Zon 2 Malaysia (Crossing), Kemboja, Thailand, Vietnam (SGN), Brunei, Myanmar, Indonesia (CGK) Zon 3 Indonesia (DPS), Vietnam (HAN), China (BKI-PVG,BKI-TPE, KMG, CAN, XMN), Hong Kong, India (MAA, BLR, HYD, COK), Sri Lanka, Taiwan (BKI-TPE), Bangladesh, Filipina Zon 4 India (DEL, BOM), Maldives, Taiwan (KULTPE), Nepal, Australia (DRW, PER), China (KUL-PVG), Jepun (BKI-NRT) Zon 5 China (PEK), Republic of Korea, Japan (KIX, KUL-NRT), United Arab Zone 6 Arab Saudi, Turki, New Zealand, Jerman, Belanda, Perancis, United Kingdom Struktur harga mengikut zon bagi setiap 3kg yang berlebihan: Zon 1 = RM36 / Zon 2 = RM72 / Zon 3 = RM103 / Zon 4 = RM144 / Zon 5 = 179 dan Zon 6 = RM 288. Perlu diingat pendaftaran beg di KLIA boleh dibuat 24 jam sebelum penerbangan untuk mengelak kesesakan.
* Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat yang dimiliki oleh pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka * Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan berdaftar Perlu diingatkan bahawa sebelum tindakan kebankrapan diambil oleh pihak penyedia kredit, sebaiknya anda terlebih dahulu berunding dengan penyedia kredit anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya perlu, manfaatkan aset-aset yang anda ada untuk membayar balik hutang anda. Andainya jalan penyelesaian masih belum ditemui, datanglah ke pejabat AKPK untuk berbincang dengan kaunselor AKPK dan menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) iaitu program penstrukturan semula hutang bagi yang bukan bankrap. Perlu diingatkan bahawa salah satu syarat PPK ialah tindakan undang-undang yang diambil oleh penyedia kredit terhadap anda masih belum lanjut (advance stage). Oleh itu, anda dinasihati supaya menghubungi AKPK ditalian 0326167766 atau melayari www.akpk.org.my. ‘ Amalkan Pengurusan Kewangan Secara Berhemat Sebagai Budaya Hidup Anda’
Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my
PUNCA BANKRAP Kebanyakan kes bankrap adalah berpunca daripada pin jaman sewa beli kenderaan, di ikuti keberhutangan yang lain, pinjaman peribadi, pin jaman perumahan, pinjaman perniagaan dan lain-lain. Tindakan awal untuk mengelakkan bankrap Apabila seseorang mem punyai tunggakan bayaran se lama beberapa bulan, pihak bank akan menghubungi in dividu tersebut dan meminta agar dia menghadirkan diri di cawangan yang berkenaan bagi tujuan rundingan. Antara topik yang akan di bincangkan ialah pengurangan kadar bayaran mengikut ke mampuan penghutang serta lan jutan tempoh bayaran yang boleh dibuat. Sekiranya kedua-dua belah pihak berjaya mencapai satu persetujuan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul, maka penghutang tidak akan diisytihar bankrap oleh pihak bank tersebut. Tips ringkas Sebelum anda bercadang untuk membuat pinjaman, anda perlu pastikan bahawa jumlah bayaran nanti juga diletakkan sebagai perbelanjaan bulanan.
5 - 11 APRIL 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup
TRENDY
Wanita takluki Sniker MURNI REJAB
SNIKER dengan lelaki mung kin hal biasa. Tapi jangan terkejut, perempuan kini turut tergilakan sniker. Malah ada yang menjadi pengumpul tegar ko leksi kasut sni ker pelbagai je nama. Antara jenama yang yang menjadi pilihan adalah A d id a s , Nike dan Vans.
Ramai yang memilih sni ker untuk dipadankan dengan pakaian sama ada pakaian ka sual, santai atau formal. Jangan tidak tahu, perempuan akan tampak lebih versatil sekiranya mereka mencuba pelbagai stail berbeza walau pun ada antara pakaian yang dikenakan berciri maskulin. Contohnya pakaian lengkap sut dipadankan dengan sni ker. Namun, mereka harus bi jak dalam memilih kombinasi warna dan padanan yang se suai. Tapi harus diingatkan juga, jangan terlalu ingin men cuba hingga anda tidak sedar diri kelihatan seperti mangsa fesyen. Kebenarannya, memakai sni ker mempunyai daya ta rikannya tersendiri selain memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tidak perlu ber jaga-jaga lang kah seperti m em ak a i kasut tumit tinggi. Jadi, cuba lari se dikit dari imej feminin. Me
lang kah dengan ya kin tanpa perlu risaukan kemungkinan untuk ‘tersembam’ di tanah. Kini, pemakaian sniker diselarikan dengan beberapa trend hipster yang kekal relevan hingga ke hari ini. Ada yang berpendapat, antara perkara ‘wajib’ dibuat jika anda menggayakan sniker bersama seluar jean, perlulah melipat hujung bawah seluar. Digulung sedikit hingga paras buku lali untuk memperlihatkan keseluruhan bentuk kasut. Percayalah, pasti anda akan nampak trendy.
Pelbagai lagi gaya yang boleh diikuti. Ambil sahaja contoh selebriti tanah air bahkan luar negara sering menggayakan stail santai dengan sniker. Anda patut cuba fesyen ter kini baru lah anda akan nampak ber gaya dalam masa yang sa ma tampil ya kin. Ingat, sering bergaya dengan sniker tak semesti nya tomboi.
Kombinasi warna dan padanan yang sesuai membuatkan sipemakai tampak trendy.
Tips pilih kasut
Kasut tumit tinggi termahal Kasut tumit tinggi bernilai AS$3 juta (RM13.26 juta), rekaan Stuart Weitzman ini disaluti dengan berlian, batu nilam dan batu delima. Dia mendapat ilham daripada anting-anting milik pelakon terkenal zaman 1940-an iaitu Rita Heyworth yang menjadi sumber inspirasi beliau untuk menghasilkan kasut tumit tinggi yang hebat ini. Pada mulanya kasut ini direka untuk dipakai Kathleen York sempena Oscar 2006, tetapi kini kasut ini dimiliki anak kedua Rita Heyworth iaitu Puteri Yasim Aga Khan, 'mother inspired the shoe'.
Kathleen York ketika di Oscar 2006.
· Pastikan saiz kaki anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring usia. · Bandingkan kelebaran kasut dengan kaki. Elakkan kasut yang terlalu besar dan longgar. · Jangan beli kasut kerana jenama, tapi pilih kasut mengikut keselesaan. · Pastikan anda mencuba kedua-dua belah kasut ketika membeli. · Ketahui bahan kasut diperbuat dari apa. · Kasut yang selesa ialah kasut yang kemas pembuatannya, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung baadan dengan stabil. · Pastikan kasut memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan. · Kusyen yang baik memberi kesan berlainan. · Beli kasut pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini otot kaki mengembang. · Jika anda membeli kasut sukan, pastikan tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem sokongan kaki yang stabil.
28
MAKAN
5 - 11 APRIL 2017
angin Masjid Sultan Abu Bakar
5 destinasi pilihan mesti pergi
Keunikan negeri 'Harimau Selatan'
Teks: Amir Raihan Foto: Ihsan Tourism Malaysia
Berhajat untuk bercuti ke Johor tetapi tidak tahu mana nak pergi? Jom kita tengok lima lokasi pilihan Mingguan Warta Perdana apa bila berkunjung ke ne geri yang popular dengan ge laran 'Harimau Selatan' ini!
Air Terjun Kota Tinggi
Bagi penulis Air Terjun Kota Tinggi bukan sahaja antara yang terbaik di negeri Johor, malah Malaysia! Jika
anda bersama keluarga sing gah ke Kota Tinggi bersama keluarga jangan lupa untuk ke Air Terjun Kota Tinggi di Gunung Muntahak, Kota Tinggi. Bagi penulis, terdapat tiga sebab mengapa air ter jun di sini adalah antara yang terbaik di Malaysia. Pertama; air terjun setinggi 34 meter yang kelihatan begitu indahsesuai untuk mandi-manda dan merakam gambar swa foto. Kedua; bilik penginapan di Kota Tinggi Waterfall Resort menawarkan penginapan dengan pelbagai kemudahan Tanjung Piai
Bangunan Sultan Ibrahim
lengkap untuk seisi keluarga dan ketiga; ber sebelahan kawasan air tejun ini letaknya kolam rekreasi untuk kanakkanak yang dilengkapi pelbagai kemudahan permainan air seperti gelongsor (tube) yang begitu menyeronokkan. Jika perut berasa laparm usah gusar kerana terdapat restoran di dalam kawasan air terjun untuk memudahkan anda mengisi perut tanpa perlu keluar jauh untuk mencari makanan.
Hutan Bandar
Pertama kali mendengar namanya, memang pelik. Apa sebenarnya yang ada di Hutan Bandar ini? Kawasan rekreasi ini terletak hampir dua kilometer dari pusat bandar Johor Bahru dan me miliki keluasan 50 ekar yang menawarkan per se ki ta ran yang tenang dan mendamaikan. Hutan Bandar direka berdasarkan konsep penenbangan pokok pada tahap paling minimal untuk mengekalkan keasliannya. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di sini seperti berlari ataupun sekadar bersiar-siar bersama keluarga menikmati keindahan alam sekeliling.
Muzium Sultan Abu Bakar
Buat peminat sejarah dan warisan, Muzium Sultan Abu Bakar adalah lokasi per tama yang harus anda pergi apabila berada di Johor Bahru. Pada asalnya, muzium ini me rupakan Istana Besar yang kemudiannya telah di ubah menjadi muzium. Ia menempatkan koleksi ba rangan pusaka keluarga diRaja dan barangan artifak negeri Johor. Tidak keterlaluan jika dikatakan ketika berada di dalam muzium ini, pengunjung akan berasa seperti hidup pada zaman dahulu-kala.
Taman Negara Tanjung Piai
Buat yang gemarkan ke hijaun alam dan pemandangan laut, terus sahaja ke Taman Negara Tanjung Piai yang terletak berhampiran Kukup, Pontian. Kawasan ini sesuai sebagai lokasi persinggahan untuk penggembara yang gemarkan aktiviti luaran se perti berkayak, memanah atau berkhemah. Satu lagi aktiviti menarik di sini ialah berjalan sambil melihat ke indahan hutan paya bakau hing ga sampai ke bahagian Tanah Penghujung Asia. Ya,
29
MAKAN 29
5 - 11 APRIL 2017
PRODUK
Tidak boleh mengembara tanpanya... PERHATIAN
Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my
Kanta 4 dalam 1 Olloclip
Amat sesuai digunakan bagi pengembara yang gemarkan pelbagai jenis foto di dalam album mereka. Olloclip membolehkan pengguna mengklipkan sahaja 4-dalam-1 kanta (dua makro, satu wide-angle, dan satu fish-eye) pada iPhone mereka. Buat anda yang kali pertama menggunakan Olloclip, mungkin anda akan merasakan agak sukar untuk penggunaannya, namun lamakelamaan anda dapati sebenarnya mudah untuk memasangnya. Satu kelebihan, klip ini lebih terjamin keselamatannya dan kebarangkalian untuk terkeluar daripada larasnya adalah rendah. Gunakanlah gajet mesra-kembara ini untuk menghasilkan yang unik tanpa perlu melabur untuk membeli kanta yang mahal untuk kamera anda. Olloclip ternyata wajib dibawa ke mana sahaja dan anda pasti akan tersenyum gembira dengan kualiti gambar yang dihasilkan!
Beg Pintar AMPL
Wow, bukan sahaja ada telefon pintar, malah kini ada beg pintar! AMPL SmartBag, inilah antara gajet pengembaraan paling cool disebabkan kebolehannya mengecas gajet yang dibawa. Ia merupakan beg sandang belakang bagi komputer riba yang dilengkapi dengan bateri bina-dalam. Produk ini telah memenangi 2015 CES Innovation Awards dalam keduadua kategori; Portable Power dan Computer Accessories. Tak perlu berhenti di mana-mana untuk mencari plag hanya untuk cas semula gajet anda. Beg ini mempunyai ruang yang mencukupi untuk membawa caj semula ketika anda bergerak ke sana sini. Anda boleh cas semula komputer riba dan telefon pintar dan tablet anda sebanyak dua kali dalam masa 24 jam. Tambahan lagi, beg ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan. Di bahagian bawah beg terdapat penyerap hentakan yang akan melindungi dan memastikan barangan di dalam beg selamat sekiranya beg terjatuh. Dilengkapi fabrik kalis air, jadi anda tidak perlu bimbang jika tiba-tiba hujan turun dalam perjalanan.
28
Kota Tinggi Waterfalls
Hutan Bandar
kawasan tanah paling hujung di Tanjung Piai ini adalah titik paling akhir penghujung Asia. Jadi, sebaik sahaja tiba di papan tanda yang menyatakan pengiktirafan terhadap kawas an ini, jangan lupa merakam foto sepuas-puasnya. Untuk memilih penginapan, tidak perlu bimbang. Anda boleh menginap di Tanjung Piai
Resort yang menawarkan pel bagai hidangan ikan-ikan segar dari laut.
Dusun Buah-Buahan Desaru
Tidak 'logik' jika lalu ke Desaru tetapi tidak singgah ke Dusun Buah-Buahan Desa ru. Biarpun sudah kerap
kali dipaparkan di dada dada akhbar dan kaca tv, dusun buah ini tidak pernah membosankan dan anda perlu pergi sendiri ke sini untuk benar-benar faham bagaimana nikmatnya keenakan buahbuahan segar dari ladang. Dengan keluasan 100 ekar, ada lebih 100 jenis buahbuahan tropika, zoo, pelbagai spesies tumbuhan dan kolamkolam kecil yang sesuai dikunjungi. Apa yang menarik di sini, para pengunjung boleh belajar bagaimana memilih buah-buahan yang elok daripada pemilik du sun di sini. Acara utama – semestinya menikmati deretan buah-buahan segar yang diambil terus dari la dang dan dihidangkan dalam restoran yang ada di sini. Bu kan selalu berpeluang me nikmati buah-buahan yang di potong dan terus dimakan begitu sahaja. Tidak hairanlah Dusun Buah-Buahan Desaru diktiraf sebagai antara tapak pelancongan terbaik di Malaysia.
30
5 - 11 APRIL 2017
Ramos pelawa Mbappe ke Bernabeu “DATANGLAH ke Real Madrid, pintu kami sentiasa dibuka untuk anda,” kata Sergio Ramos kepada bintang muda yang kini paling mencuri perhatian di Eropah, Kylian Mbappe. Berusia 18 tahun dan se dang bermain untuk Monaco, Mbappe turut diintai beberapa kelab ternama lain termasuk Barcelona dan Manchester United. “Datanglah ke kelab kami. Saya tak perlu untuk bertanya kepada Presiden ke lab (Florentino Perez) atau men d ap a t k a n p e rs et u j u a nn y a
mengenai kamu kerana Real sememangnya sen tiasa buka pintu untuk pemain yang terbaik,” kata Ramos yang dianggap antara kapten bola sepak terbaik dunia masa kini. Mbappe disifatkan komo diti bola sepak terbaik Ero pah masa ini, bermain buat per tama kali untuk negaranya, Pe rancis ketika m en e n t a n g L u x e mb o u r g minggu lalu. D a l a m Ligue 1, penyerang
Arsenal bida Patricio
David Ospina
Sergio Ramos
mu da itu telah menjaringkan 19 gol selain memberikan 11 hantaran yang membantu jaringan untuk pasukannya setakat ini. “Mbappe, kalau anda da tang ke Santiago Bernabeu, kami akan sambut anda dengan penuh keraian sebagaimana yang kami biasa lakukan untuk anggota skuad yang ba haru. Tetapi buat masa sekarang, tidak kenalah untuk saya bercakap mengenainya selagi anda belum menyertai kelab. “Real adalah tempat yang terbaik untuk pemain yang terbaik,” kata Ramos lagi.
MESKIPUN sedang dilanda pelbagai masalah, Arsenal nampaknya masih belum berputus asa. Terbaru, mereka mem bida penjaga gawang Por tugal, Rui Patricio dengan harga €15 juta (RM72 juta). Patricio, 29, yang kini bermain untuk kelab Sporting Lisbon pernah me menangi Euro 2016 bersama negaranya, turut jadi buruan kelab Perancis, Marseille. Begitupun kedudukan Petr Cech sebagai penjaga gawang utama The Gunners dipercayai masih tidak goyah sebaliknya, penjaga gol kedua, David Ospina yang dikatakan berada dalam kedudukan tidak selamat. Ini berikutan prestasi nya yang jatuh merudum kebelakangan ini, ter utama ketika Arsenal di belasah 1-5 dua kali oleh Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara barubaru ini.
dari muka 32
Antoine Griezmann
Meskipun panggilannya itu dilaporkan oleh Sport, akhbar yang berpangkalan di Barcelona sebagai ‘panggilan biasa semata-mata’ namun pemerhati bola sepak Eropah memahami, itulah taktik biasa The Special One untuk memujuk mana-mana pemain yang disukainya. Kali ini, Mourinho dikatakan begitu bersungguh-sungguh mahu memancing Neymar berpindah ke Manchester pada musim panas akan datang, dengan antara umpanannya ialah akan menjadikan dia pemenang Ballon d’Or masa depan. Jun lalu, Neymar menandatangani kontrak baharu dengan Nou Camp – yang menjangkau tempoh sehingga 2021 - setelah melalui proses rundingan yang sukar. Ini berikutan skandal yang berisiko untuk mengheret pemain itu ke penjara bersama beberapa individu lain termasuk ibu bapanya; bekas Presiden Barcelona, Sandro Rossel dan juga presiden kelab itu semasa, Josep Maria Bartomeu. Skandal itu terdedah apabila sebuah syarikat dari Brazil, DIS yang memegang 40 peratus daripada hak sukan Neymar, mendakwa nilai perpindahan pemain itu dari Santos ke Barcelona yang diisytiharkan, adalah tidak sama dengan nilai
Rui Patricio
sebenar yang dibayar kepada bintang berkenaan. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rasuah dan penipuan mengikut undang-undang Sepanyol, yang jika didapati bersalah boleh mengakibatkan Neymar dipenjara selama dua tahun dengan denda €10 juta (RM48 juta). Mengikut kontrak baharu yang ditandatanganinya tahun lalu. Penyerang itu mempunyai klausa harga pelepasan £180 juta (RM999.3 juta) , harga yang boleh dianggap mampu bagi MU. Pada musim panas akan datang, kos itu akan meningkat sehingga £200 juta (RM1.1 bilion), dan £225 juta (RM1.24 bilion) setahun kemudian, sebelum berakhirnya tempoh lima tahun kontrak. Selain Neymar, Mourinho juga sedang ‘mengejar’ seorang lagi bintang La Liga, Antoine Griezmann, yang mana tawaran untuk mendapatkan pemain Atletico Madrid itu dibocorkan oleh akhbar The Independent, bulan lalu. Setakat ini, Griezmann belum mengumumkan apa-apa pendirian,, dipercayai sedang memerhatikan ke mana arah kelab yang sedang bergelut untuk mendapatkan kedudukan empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris itu, akan bermain musim depan.
31
5 - 11 APRIL 2017
Lemar jadi rebutan gergasi KANTUNG kelab Perancis, Monaco mungkin akan melimpah dalam sedikit masa lagi. Ini berikutan pemain-pemainnya kini jadi bu ruan kelab-kelab yang kaya lagi ternama. Jika bintang mudanya, Kylian Mbappe diletak harga setinggi £130 juta (RM721.5 juta), Thomas Lemar pula sedang jadi rebutan Barcelona dan Atletico Madrid. Selain itu, Chelsea dan Liverpool juga sama-sama berminat untuk membawanya ke EPL. Bagaimanapun pe main sayap itu lebih cocok untuk bermain dalam La Liga berbanding ke England. Musim panas lalu, Atletico pernah mena warkan harga €25 juta (RM120 juta) untuk menda patkannya, tetapi ditolak oleh Monaco.
Bayern cuba pikat Sanchez TATKALA rundingan mengenai sambungan kontraknya dengan Arsenal masih tergantung, Bayern Munich semakin menunjukkan minat untuk mendapatkan tandatangan Alexis Sanchez. Kelab Jerman itu terpaksa bersaing dengan gergasi Eropah yang lain, terutama Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid selain Chelsea. Carlo Ancelotti dikatakan benar-benar mahu membawa Sanchez ke Bundesliga.
Alexis Sanchez
Terima kasih Adam …
Foto SIC Racing Team
APABILA saingan musim 2017 Ke juaraan MotoGP Dunia FIM dibuka di Losail, sandaran kita untuk mencipta kejayaan pada Grand Prix Qatar itu adalah dua pelumba sensasi Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi. Mereka turun ke Qatar berbekal rekod cemerlang musim lepas. Da lam kalangan peminat MotoGP tem patan, ramai yang menyimpan ke percayaan bahawa dua pelumba ini mampu menghasilkan sesuatu yang menakjubkan dan menunggu dengan setia di depan TV pada awal pagi 27 Mac, termasuklah MMM sendiri. Masakan tidak. Berbekalkan tiga catatan tempat keempat pada musim lepas, Hafizh, yang memulakan musim keempat dalam saingan Moto2 ber sama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia, berada kalangan pelumba yang paling berpengalaman dalam ke las ini pada tahun ini. Tambahan pula, ada pelumba utama Moto2 musim le pas seperti juara bertahan, Johann Zarco sudah melangkah naik ke pen tas MotoGP. SuperKIP, walaupun hanya mem buat penampilan pertama dalam Moto2 di Qatar, adalah satu-satunya penung gang negara yang pernah memenangi perlumbaan GP melalui dua kemenan gannya dalam kelas Moto3 musim le pas di Argentina dan Jerman. Dengan sokongan pasukan berpengalaman IDEMITSU Honda Asia Racing, Khairul
Idham Pawi mempunyai apa yang diper lukan untuk menyaingi pelumba handalan dalam Moto2 selain daripada semangat jitu dan darah berani orang Kampung Ga jah, Perak. Muhammad Adam Noroddin, yang membuat penampilan sederhana pada musim sulung dalam Moto3 tahun lepas, tidak mempunyai rekod sehebat Hafizh Syahrin dan SuperKIP. Apa lagi selepas penunggang muda Johor ini dibayangi oleh bekas juara Asia Dream Cup itu ke tika kedua-duanya membuat penampilan sulung musim lepas. Saingan pembuka musim di Qatar su dahpun lama berakhir; dan seperti dijangkakan, para peminat sukan lumba motosikal di seluruh dunia telah dihidangkan dengan per lumbaan yang cukup hebat dan menarik. Yang tidak dijangkakan adalah hujan lebat di ne gara Padang Pasir itu sepanjang tiga hari acara berkenaan; yang dinantikan dengan penuh minat selepas permulaan mu sim baru F1 yang hambar di Melbour ne, Australia, yang diada kan pada hari yang sama – hanya bebe
rapa jam lebih awal. Apapun, Adam dan rakan sepasukan nya di SIC Racing Team, pelumba Jepun, Ayumu Sasaki bersaing di litar yang kering. Memberikan seluruh jiwa dan raganya, Adam menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh sekali gus mengutip enam mata kejuaraan dunia yang pertama. Sasaki me namatkan perlumbaan satu kedudukan di belakang di tempat ke 11. “Bagi saya, prestasi hari itu cukup ce merlang dan saya gembira dengan kedu dukan ke-10. Ini adalah hasil kerja keras kami semasa sesi ujian musim sejuk dan saya bersyukur kerana ia beri pulangan ke pada kami. Ketika perlumbaan, saya cuba kekal konsisten serta tenangkan fikiran walaupun pada mulanya sukar untuk mencari rentak dengan jentera, ditambah pula dengan cuaca ti dak menentu sejak pagi. Saya terus konsisten sebelum beberapa pelumba di hadapan terjatuh. Saya juga ham pir terjatuh,” kata Adam ketika mem beri ulasan mengenai saingan di Qatar itu. Tahniah Adam. Terima kasih kepa da Adam, Malay sia memulakan Kejuaraan Du nia MotoGP FIM musim 2017 den gan catatan mem
berangsangkan. Menempatkan diri di kelompok 10 teratas dalam kejuaraan yang cukup kompetitif dengan saingan daripada para pelumba handalan dunia adalah permulaan yang cemerlang. Tu gas Adam sekarang adalah untuk me mastikan prestasi yang konsisten dan peningkatan yang berterusan sehingga akhir musim. Agak malang, permulaan baik Adam tidak dapat diteruskan oleh wira-wira Moto2 negara. Sementara cabaran Ha fizh Syahrin sekadar bertahan 12 lap, SuperKIP terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke 28 daripada 29 pelumba yang menamatkan saingan pada per lumbaan yang amat sukar dan menca bar. Namun, bagi Hafizh dan Khairul Id ham, tiada apa yang perlu dikesali. Ma sih terdapat 17 pusingan lagi yang bakal diharungi dengan Grand Prix Argentina daripada 7 hingga 9 April ini. Saingan kejuaraan masih muda dan perjalanan masih jauh. MMR – Yakin Adam akan terus cemerlang …
Emel – mrmatmanjoi@gmail.com Facebook – Mat Manjoi
32
5 - 11 APRIL 2017
Bayern cuba pikat Sanchez
30
31
Ramos pelawa Mbappe ke Bernabeu
Keluaran 5 - 11 APRIL 2017
Jose Mounrinho Neymar
NEYMAR KE MAN U?
Wilshere idam AC Milan
Jack Wilshere
MESKIPUN rundingannya untuk kembali ke Arsenal dengan gaji £90,000 (RM500, 000) seminggu masih la gi berjalan, hasrat Jack Wilshere untuk ke AC Milan tidak pernah terpadam. Pemain tengah Arsenal yang dipinjamkan kepada Bour nemouth itu mula ber minat terhadap Milan selepas disyorkan oleh David Beck ham. Begitupun, Wilshere, 25, masih menanti kata putus Arsene Wenger mengenai pe luangnya untuk menyambung kontrak dan berada dalam senarai utama The Gunners.
ADAKAH Neymar – penyerang digilai kebanyakan pengurus kelab ternama dunia – jadi berhijrah ke Manchester United? Semua orang pun tahu, sudah sekian lama Jose Mounrinho mengingini sentuhan bintang Brazil itu untuk kelab dikendalikannya. Sejak Neymar masih di Santos lagi, Mourinho sudah berusaha memikatnya untuk dibawa ke Real Madrid. Begitupun, hingga sekarang usahanya masih belum berjaya. Dan yang terbaru, dia dilaporkan sedang memujuk Neymar untuk berpindah ke Manchester. Dengan kantung besar disediakan untuknya oleh Glazer, Mourinho dilaporkan kian yakin bahawa usahanya kali ini mungkin akan berjaya. Baru-baru ini, dia dikatakan ada menghubungi Neymar.
30
Hazard semakin hampir ke Madrid TERPULANG sama ada ini mahu dianggap kejutan ataupun sesuatu yang sudah jangka. Apa yang pasti, ini tidak akan menggembiran bagi peminat Chelsea. Real Madrid dilaporkan sudah membuka rundingan dengan Eden Hazard, dan mengikut laporan me dia Sepanyol, Marca, perbincangan itu membawa ke arah petanda yang positif. Sememangnya, bukan lah rahsia bahawa Zinedine Zidane telah menaruh minat yang mendalam untuk membawa Hazard ke Santiago Bernabeu sejak lima tahun dulu lagi. Namun keputusan dikatakan masih tertakluk
sejauh mana minat bos Chelsea, Antonio Conte terhadap James Rodriguez yang ditawarkan sebagai gentian. Penyerang Colombia itu difahamkan sudah lama mahu meninggalkan Madrid dan Stamford Bridge disebutsebut sebagai antara destinasi pilihannya.
Eden Hazard
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712