WARTA edisi #13

Page 1

PE RC UM A

ISU 13

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

16

Tahniah kepada semua pemenang mingguan

Keluaran 19 - 25 APRIL 2017

20

FENOMENA ARTIS SEGERA Dr. Soo Wincci dedah hasil kajian

Dunia baru Elly Mazlein 3

SYERIL SHARINA AZHAR

PETALING JAYA - Artis zaman sekarang terlalu bergantung harap kepada media sosial. Mereka menggunakan saluran Youtube, Facebook, Smule dan Instagram sebagai tapak untuk mendapatkan perhatian masyarakat dan seterusnya mengumpul pengikut. Apabila mempunyai pengikut yang ramai mereka beranggapan mereka telah layak untuk digelar artis. Pada masa yang sama mereka tidak sedar jika media sosial dijadikan sandaran sematamata, ia tidak membantu mereka untuk membina keyakinan diri terutama jika diundang untuk membuat persembahan secara ‘live’. Ini berbeza dengan artis dahulu – sebelum era media sosial - yang mana mereka benar-benar memupuk bakat untuk ditonjolkan secara langsung, ini meyakinkan mereka berhadapan dengan peminat termasuk ketika beraksi secara lansung. Kenyataan tersebut antara hasil dapatan kajian Dr. Soo Wincci bertajuk Strategi-strategi Penjenamaan Peribadi Selebriti Terhadap Media Sosial, di dalam tesis Phd.nya di Open University Malaysia (OUM).

Bawa WARTA dapat shawl 2

2

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

Menangi Tiket VIP Perlawanan Real Madrid Di Santiago Bernabeu dan Barcelona di Nou Camp Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, sila layari akaun Instagram 'my.warta'

Dituduh 'songlap' duit Samsung


2

19 - 25 APRIL 2017

Hasil kajian Soo Wincci PETALING JAYA - Bakat me­ ngatasi populariti, itu antara dapatan daripada kajian pelakon dan penyanyi, Dr. Soo Wincci yang baru selesai pengajian di peringkat Phd. di Open University Malaysia (OUM). Kajianya bertajuk Strategi-strategi Penjenamaan Peribadi Selebriti Terhadap Media Sosial. "Tesis saya berkisar ‘bran­ ding’ artis Malaysia yang ber­ jaya mencipta nama, adakah me­ reka diminati kerana nya­ nyian di media sosial atau me­ minati seseorang artis kerana bakat semulajadi mereka. "Artis Malaysia boleh di­

anggap mempunyai ‘branding’ apabila berjaya melepasi dua aspek iaitu mengekalkan nama selepas enam tahun pembabitan dan mempunyai persediaan rapi untuk meng­ hiburkan peminat. “Seperti yang kita lihat, ramai artis baru yang me­ merlukan satu hingga dua tahun sahaja untuk berjaya mencipta nama dalam industri disebabkan jumlah pengikut di laman sosial tetapi berbeza pula bagi artis dahulu seperti Datuk Siti Nurhaliza yang telah menggunakan bakatnya sehingga terkenal walaupun tidak mempunyai jumlah

peng­ ikut yang ramai. Jadi di­ sebabkan itu, saya mula ter­ fikir untuk melakukan kajian mengenai apakah sebenarnya faktor yang boleh membuatkan seorang artis itu mempunyai 'branding’ tersendiri," katanya. Wincci memberitahu ter­ dapat beberapa rakan artis yang telah men­ jadi respondennya dan dianggarkan 80 peratus daripada mereka bersetuju ba­ hawa untuk menjadi se­ orang artis yang mempunyai kekuatan ‘bran­ dingnya’ ter­ sendiri mereka haruslah me­ lepasi formula yang ditetapkan yang mana populariti ‘online’ haruslah seimbang dengan

Peminat mesti bijak menilai KUALA LUMPUR - Ratu Jazz negara, Datuk Shiela Majid menggesa ma­ syarakat bijak menilai se­ belum melabelkan seseorang yang ma­hu dianggap sebagai artis, ter­utamanya pe­nya­nyi. Dalam nada serius, dia mahu peminat menilai sendiri siapa artis, dari mana artis itu 'datang', berapa lama dah jadi pe­ nyanyi dan sudah berapa album dihasilkan. Dalam satu kenyataannya beberapa bulan lalu, beliau ber­ keras agar orang ra­ mai tidak terus ge­lar­kan pendatang baru yang muncul di Inter­ net dan mampu me­nge­ luarkan suara lu­nak itu sebagai artis. "Saya bu­kan nafikan ke­bo­leh­­ an mereka ini, tetapi tahukah

anda bagaimana perjuangan artisartis lama bermati-matian mencipta nama untuk menjadi artis. 'Show' secara 'live', kena berhadapan dengan peminat, kalau suara tak bagus peminat akan lari. "Itu belum mengambil kira lagi jualan album, serata ceruk tempat kami pergi bertemu peminat dan mesti ada persediaan rapi, vokal mesti mantap, persembahan mesti bertenaga, ber­ tahuntahun ba­ru­­lah kami di­­ terima pe­mi­nat dan di gelar artis. "Takkan lah kamu nanyikan be­berapa lagu orang, suara di­ dengar seakan sa­ma artis asal kamu dah boleh di­gelar artis," tegasnya.

populariti ‘offline’. Daripada kajian yang te­ lah dijalankan hanya 20 pe­ ratus daripada lambakan artis Malaysia yang sedia ada melepasi kriteria yang ditetapkan. “Antara artis yang telah terlibat men­ jadi responden saya dan secara tidak lang­sung banyak mem­bantu saya da­lam me­ nyiapkan kajian ini ada­lah seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan ramai lagi. Mereka telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan setiap jawapan yang diberikan amat membantu dalam kajian ini," katanya lagi.

Pernah rasa 'kelam' PETALING JAYA - Sekalipun terpaksa mengorbankan masa dan tenaga untuk menyiapkan tesis bagi men­ capai hasratnya memiliki pengiktirafan peringkat Doktor Falsafah (Phd), pelakon dan penyanyi, Soo Wincci cukup berpuas hati kerana segalanya berkaitan pengajian itu telah selesai. Kejayaan memegang ge­ laran doktor tidak me­ lekakan dirinya, malah ma­ kin bersemangat untuk me­ neruskan pencarian il­ mu walaupun Wincci pernah memberitahu dia merasakan dirinya te­lah 'gila' akibat terlalu pen­tingkan pelajaran dari per­kara lain. Ketika itu Wincci berkata dia berjaya ditenangkan oleh pensyarahnya dengan memberi kata-kata semangat supaya meneruskan pengajian peringkat Phd. Kata Wincci, dia bersyukur kerana semuanya telah selesai

dan dia berjaya menamatkan pengajiannya sekalipun sudah hampir berputus asa dan mahu berhenti belajar ketika itu. “Saya memang pernah ‘sesat’ seketika dalam kajian saya kerana saya terlampau bergantung harap dan mem­per­cayai setiap dapatan da­ ta yang saya kumpul. Di­ se­ bab­ kan terlampau banyak data yang masuk ke dalam otak atau fikiran saya, saya mulai hilang kawalan diri. Banyak benda yang bermain di fikiran saya ketika itu dan setelah beberapa ketika saya mula mendapat rentak untuk keluar dari masalah itu. Pada saya, untuk selamat dalam melakukan sesuatu kajian daripada skala 100 ia harus dipecahkan kepada empat bahagian utama iaitu data ( 30% ), buku ( 30 % ), pengalaman melalui penyelidikan ( 30 % ) dan kebebasan otak untuk berfikir ( 10 % ).” katanya.

VC Samsung dituduh rasuah 'orang' presiden SEOUL - Bekas Naib Pengerusi Samsung, Lee Jae-yong tidak mengaku salah atas tuduhan meng­gelapkan sebanyak 30 bilion Won (RM117 juta) wang dana korporat syarikat konglomerat Korea Selatan itu bagi tujuan merasuah orang kepercayaan bekas Presiden Park Geun-hye. Lee yang pertama kali dibicarakan selepas ditahan Februari lalu didakwa di Mah­ kamah Daerah Seoul Tengah pada 7 Apr lalu dituduh me­ larikan wang Samsung Elec­ tronics untuk merasuah Choi Soon-sil bagi tujuan terus mendapatkan sokongan pihak kerajaan menjamin kestabilan empayar perniagaannya. Menurut pihak pen­

dakwaraya," Dana Samsung Elec­ tronics telah digunakan untuk membiayai sebuah pa­ sukan lumba kuda yang se­ benarnya tidak wujud. Undang-undang Korea Selatan memperuntukan bahawa jika mana-mana individu didapati bersalah menggelapkan wang syarikat melebihi 5 bilion Won (RM19.5 juta), pesalah boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman berat yang setimpal dengannya." Samsung adalah syarikat ger­ gasi kendalian keluarga mem­ punyai aset menyamai satu perlima daripada keluaran dalam negara kasar (KKDNK) negera tersebut. Pihak pendakwa juga me­ nyebut bahawa Lee telah

melanggar Undang-undang Per­dagangan Pertukaran Asing Korea Selatan kerana telah mem­buat transaksi kewangan sebanyak 7.8 bilion Won (RM30,420,000) ke sebuah ne­ gara lain tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Undang-un­ dang negara itu juga me­ne­tap­ kan bahawa sebarang transaksi haram bernilai lebih daripada 5 bilion Won (RM19.5 juta) boleh dijatuhkan hukuman pen­ jara seumur hidup atau pen­jara minima 10 tahun jika di­dapati bersalah. "Samsung Electronics telah menyalurkan wang sebanyak itu kepada syarikat Core Sports, yang beroperasi di Jerman yang dikuasai Choi. Orang kanan Park ini telah menggunakan

Lee ketika dibawa masuk ke perkarangan mahkamah

wang itu dengan membeli kuda dan sebuah kereta BMW sedan untuk anaknya, Jeong Yu-ra termasuk memberi ke­ mewahan kepada cucunya yang juga anak Jeong," kata pendakwaraya. Sementara itu peguam Lee memberitahu mahkamah ba­ hawa Samsung terpaksa menyalurkan wang tersebut atas arahan Park untuk mem­ bantu Choi. Kata peguam,

bayaran yang dibuat atas satu arahan tidak boleh dianggap sebagai pemberian rasuah. Park yang ditahan selepas pemecatannya dari jawatan Presiden Korea Selatan me­nafi­ kan tuduhan tersebut, begitu juga Choi tidak mengakui salah laku tersebut. Perbicaraan di­ lapor­ kan berlangsung selama sembilan jam pada hari ter­ sebut sebelum disambung se­ minggu kemudian.


3

19 - 25 APRIL 2017

Shawl percuma untuk pembaca WARTA SHAH ALAM – Berita baik buat wanita yang mahukan ha­ diah percuma shawl. Anda boleh mendapatkannya se­ ca­ ra percuma sempena pem­ bukaan butik mini Orchid Scarf, Shah Alam City Centre (SACC). Sebanyak 100 tudung di­­peruntukkan kepada pe­ ngun­jung bertuah. Pengasasnya, Wan Mar­ lieyna Wan Mohd berkata, butik mininya ini adalah ke­ sinambungan butik dari Plaza Alam Sentral yang kini ber­ operasi sepenuhnya di SACC. “Kami mahu memberi le­ bih keselesaan kepada pe­ minat setia. "Tudung percuma akan di­ hadiahkan dengan setiap pem­ belian sepasang mini kurung. "Jika pembaca WARTA

membeli lima pasang mini kurung, dia akan mendapat lima helai tudung secara percuma," katanya. Pengunjung bertuah yang terawal akan membawa pulang sehelai shawl dua ton warna bersaiz dua meter. Ada enam warna boleh ditebus bagi mereka yang berkunjung ke butik kami,” jelasnya. Menurut Wan, ia adalah sem­pena pem­bukaan butik mini­nya yang baharu se­ kali­gus men­jalinkan ker­­ ja­­­sama dengan pem­baca WARTA. “Maklumlah, de­ngan Ramadan yang akan men­ jelma, pasti ra­ mai yang mahu me­nem­pah bu­sana raya. Lagi pula ramai yang suka menempah pakaian se­ dondon keluarga. Jadi kami mem­ buatnya mengikut ke­ hendak pelanggan. “Keistimewaan kami ia­ lah menghasilkan mini ku­rung. Bagi koleksi raya ta­­ hun ini, ada 20 warna re­ka­an Pucci, geometrik dan abstrak potongan longgar dan labuh me­lebihi paras ping­ gul,” jelas­ nya yang hanya me­ ­ netapkan harga RM110 se­pasang siap,” jelas Wan lagi. Kepada mereka yang mahu mendapatkan shawl percuma, boleh mengunjungi Orchid Scarf yang terletak di Jameela Street, Tingkat 3, SACC Mall mulai 26 Apr-7 Mei 2017.

Gadis Johor dipikat Harvard CALIFORNIA Dilahirkan di Malaysia, membesar di California, itu tidak mengejutkan. Tetapi apabila Cassandra Hsiao, 17 anak kelahiran Johor menerima tawaran belajar oleh lapan universiti ternama di Amerika Syarikat termasuk Harvard, Princeton dan Yale, kisahnya mula menjadi bualan. Dalam satu temubual Cassandra mengakui bahawa sebagai anak perantau dia dan keluarga yang berhijrah ke California ketika dia berusia lima tahun sememangnya berbahasa 'rojak' di rumah. Ibunya orang Malaysia, bapa berasal dari Taiwan berjiran dengan orang Amerika. "Suasana di rumah kami memang meriah, kami tetap mengekalkan bahasa ibunda masingmasing dan di waktu yang sama saya mesti menguasai bahasa Inggeris. Bukan satu perkara yang mudah bagi saya," kata Cassandra. Dia mendapat tawaran teresebut atas faktor berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Cassandra menyatakan dia tetap rindukan Malaysia dan jika berpeluang dia ingin kembali untuk bermain layanglayang dan 'masak-masak'.

Sejam 40 kes cerai JAKARTA - Kes suami curang dikenal pasti menjadi punca utama meningkatnya angka perceraian di Indonesia. Di­ catatkan sebanyak 40 kes perceraian berlaku setiap jam di negara itu. Statistik 2005 me­ nun­ juk­ kan satu daripada 10 ke­ luarga yang bercerai di­ sebabkan oleh alasan 'per­selingkuhan' suami. Berdasarkan kajian pakar seksual Indonesia, Dr. Boyke, empat daripada lima lelaki berkahwin didapati berlaku curang dan jumlah isteri curang juga dijumpai walaupun sedikit. Laporan Tribunstyle. com juga menyebut, kes ke­ curangan ini semakin men­ jadi-jadi hingga ada yang melibatkan pasangan yang baharu dua bulan mendirikan rumahtangga. Kes melibatkan pasangan suami isteri bertugas sebagai doktor di Kabupaten,

Gambar Dr. Neng Liyen di hari perkahwinannya.

Sukabumi, Jawa Barat. Neng Liyen dan suami­ nya, Erwinoktav berkahwin pada 1 Okt 2016 akhirnya bercerai dua bulan ke­ mu­ di­ an ekoran suaminya yang mempunyai kekasih ba­ ru, seperti yang ditulis Neng Liyen di akauan Insta­ gramnya.

Pasangan meninggal selang empat minit

Saraf rosak akibat telefon bimbit

QINGDAO, China - Jangan leka dengan telefon bimbit lebih dari dua jam tanpa henti. Risikonya, leher anda tidak boleh dipalingkan lagi, nasihat doktor di China kepada remaja khususnya yang ketagihan dan leka melayan telefon bimbit dalam jangka waktu yang panjang. Itu yang berlaku kepada seorang remaja perempuan di sini. Saraf lehernya telah rosak menyebabkan kepalanya sekarang hanya tertunduk. Remaja ini menghabiskan masa melayani permainan video dan menonton video di telefon bimbitnya tanpa had waktu dan akhirnya sekarang lehernya tertunduk tanpa boleh ditoleh. Doktor menyatakan bahawa itu adalah kecacatan kekal kerana saraf di bahagian lehernya sudah tidak selari dengan tulang belakang dan beberapa ligamen tubuh menyebabkan sendi sekitar menjadi kaku.

Pasangan ini tidak pernah berjauhan selama 71 tahun berkahwin

LEICESTER, England - Cinta sehidup semati, perumpamaan yang benar-benar berlaku kepada pasangan Wilf Russel dan isterinya Vera yang meninggal dunia hanya berselang empat minit. Selama 71 tahun, pasangan ini tidak pernah berjauhan. Hanya selepas Wilf jatuh sakit, dia terpaksa menjalani rawatan di sebuah klinik berjarak empat kilometer dari kediaman mereka. Ketika beberapa bulan Wilf dirawat di klinik berkenaan, Vera, 91 yang dua tahun muda dari suaminya, mula tidak sihat kerana rindukan Wilf. Menurut cucu mereka, Stephanie Welch, sebelum menghembuskan nafas terakhir, neneknya bertanya tentang Wiff. "Mana datuk? kami berdua sepasang bukan? Menurut Stephanie, sebenarnya empat minit sebelum itu (6.50 pagi, Rabu, 29 Mac 2017) Wilf telah meninggal dunia dan sejurus mencari di mana suaminya, Vera juga telah pergi untuk selamanya seolah mengikuti suaminya. Pasangan ini mula berkenalan 75 tahun lalu. Mereka bertunang sebelum Wilf dihantar bertugas di Itali sepanjang berlakunya Perang Dunia Kedua.


4

19 - 25 APRIL 2017

ADVERTORIAL

Bagaimana atasi masalah jerawat?

1. Apakah Jerawat ? 2. Jenis Jerawat 3. Puncat Jerawat? 4. Tips untuk menjaga / mencegah jerawat Apakah Jerawat? Jerawat, atau istilah perubatannya “Acne Vulgaris” adalah penyakit kulit yang berlaku apabila folikel rambut kita (liang roma) ter­ sumbat menyebabkan sebum (minyak) yang akan terperangkap di bawah kulit kita. Apabila folikel rambut tersumbat, minyak terkumpul dan bakteria berkembang di bawah keadaan ini. Hampir 85% daripada orang yang ber­ umur di antara 12-24 masalah pe­ngalaman jerawat. Walaupun jerawat kekal sebahagian besarnya laknat remaja, kira-kira 20% dari­ pada semua kes berlaku di kalangan orang dewasa. Jerawat biasanya bermula semasa baligh yang berumur di antara 10 dan 13 dan cenderung untuk menjadi lebih teruk pada orang dengan kulit berminyak, terutamanya mereka yang mengalami perubahan hormon. Jerawat remaja biasanya berlangsung se­ lama lima hingga 10 tahun, biasanya akan pergi pada awal 20-an. Ia berlaku dalam ke­ dua-dua jantina, walaupun remaja lelaki cenderung untuk mempunyai kes yang paling teruk. Wanita lebih cenderung berbanding lelaki untuk ringan kepada sederhana bentuk ke dalam 30-an dan seterusnya. Jerawat tidak mengancam nyawa tetapi ia boleh meninggalkan parut jika tidak dijaga. Hampir semua orang pada satu ketika mengalami wabak jerawat oleh itu ia adalah penting bagi kita untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga dan masalah pertempuran jerawat.

Jenis Jerawat

Jerawat Radang

1. Bukan-radang jerawat

i.e. whiteheads

i.e. Papule Nodule

1. Sama ada atau tidak anda mempunyai jerawat, ia adalah penting untuk mencuci muka anda dua kali sehari untuk membuang kekotoran, sel-sel kulit mati, dan minyak tambahan dari permukaan kulit anda. Membasuh lebih kerap daripada dua kali sehari tidak semestinya lebih baik; ia boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Menggunakan panas, tidak panas, air dan pembersih wajah yang sederhana. Menggunakan sabun yang keras (seperti sabun badan deodoran) boleh mencederakan kulit sudah radang dan menyebabkan lebih banyak kerengsaan. Gunakan sabun yang lembut dibuat khas untuk mereka yang mempunyai jerawat, dan air suam. Jangan “scrub” kulit anda. Pakar menasihatkan penggunaan losyen OTC yang mengandungi benzoyl peroksida Mencuci muka anda dua kali setiap hari. Gunakan sabun yang lembut dibuat khas untuk mereka yang mempunyai jerawat, dan air suam. 2. Jangan cuba untuk meletup jerawat. Anda boleh menolak jangkitan lebih bawah, menyebabkan lebih banyak menyekat dan bengkak teruk dan kemerahan. Pop jerawat menjadikan parut lebih cenderung. 3. Melembapkan. Banyak produk jerawat mengandungi bahan-bahan yang kering kulit, jadi sentiasa menggunakan pelembap yang mengurangkan kekeringan dan kulit mengelupas. Cari "noncomedogenic" pada label, yang bermakna ia tidak boleh menyebabkan jerawat. Terdapat pelembap yang dibuat untuk berminyak kering, atau kulit kombinasi. 4. Mencuba produk jerawat overthe-kaunter. Produk-produk ini jerawat tidak perlu preskripsi. Kebanyakan mereka mempunyai bahan-bahan seperti peroksida benzoyl, asid salisilik, asid Glycolic, atau asid laktik, yang

Cryst

Punca Jerawat

Apabila sebum dan bakteria yang terperangkap kekal di bawah permukaan kulit, jeragat yang terbentuk.

Papule berlaku apabila terdapat seketika di dinding folikel. sel-sel darah putih tergesa-gesa dalam dan liang menjadi radang.

i.e. blackheads

Bintik hitam berlaku apabila liang pintu ke permukaan dan sebum, yang mengandungi melanin pigmen kulit, mengoksidakan dan bertukar warna coklat / hitam. Ia tidak kotoran dan tidak boleh dibersihkan.

i.e. Pustule

Jerawat membentuk beberapa hari kemudian apabila sel-sel darah putih membuat jalan mereka ke permukaan kulit. Ini adalah apa yang orang biasanya merujuk kepada sebagai "zit" atau "jerawat.

Tips mencegah jerawat

Berikut adalah beberapa tips untuk menjaga kulit anda jika anda menderita dengan jerawat:

Papule atau jerawat benar-benar boleh runtuh atau meletup, teruk radang kulit di sekitarnya dan boleh menelan folikel jiran. luka-luka ini dipanggil nodul atau sista:

bakteria membendung dan kering kulit anda. Mereka boleh menyebabkan pengeringan atau mengelupas jadi mula dengan jumlah yang kecil pada mulanya. Kemudian anda boleh menyesuaikan berapa banyak yang anda gunakan dan berapa kerap. Satu lagi pilihan ialah OTC retinoid topikal gel baru. Ia berfungsi untuk benar-benar menjaga jerawat daripada terbentuk. Menggunakan produk-produk ini dengan berhati-hati jika anda mempunyai kulit sensitif. Jika anda mempunyai acara menangani dan memerlukan jerawat hilang, pergi ke pakar untuk itu untuk dirawat. 5. Cuba untuk menahan diri daripada menyentuh muka anda dengan tangan anda. Jika anda perlu, sentiasa membasuh tangan sebelum menyentuh wajah anda. Ini termasuk sebelum memohon losyen, krim atau solek. 6. Kaca harus sentiasa dibersihkan. Ia akan mengumpul sebum dan sisa-sisa kulit 7. kulit anda sentiasa memerlukan bernafas. Jika jerawat anda adalah di belakang, bahu atau dada cuba memakai pakaian yang longgar. pakaian ketat, seperti kepala, topi dan tudung harus dielakkan - jika anda perlu memakai mereka memastikan mereka dibersihkan dengan kerap. 8. Jangan tidur dengan solek dan cuba menggunakan solek berhatihati. Hanya menggunakan solek yang mengandungi “noncomedogenic atau nonacnegenic” - anda akan dapat baca pada label. Jika anda tidak dapat mencari ia, minta pekedai atau ahli farmasi. Anda perlu menggunakan solek yang tidak mempunyai minyak dan tidak menyumbat liang-liang 9. Jika anda mencukur muka anda, melakukannya dengan teliti. Menggunakan sama ada pencukur elektrik atau pisau cukur keselamatan. Jika anda menggunakan pisau cukur keselamatan memastikan bilah adalah tajam. Melembutkan kulit dan janggut anda dengan air sabun suam sebelum menggunakan krim pencukur.

10. Tinggal daripada matahari. sinar ultraviolet matahari boleh meningkatkan keradangan dan kemerahan, dan boleh menyebabkan hiperpigmentasi post-radang (perubahan warna gelap). Sesetengah ubat-ubatan jerawat boleh membuat kulit anda lebih sensitif kepada cahaya matahari. Hadkan masa anda di matahari, terutama di antara jam 10:00 dan 14:00, dan memakai pakaian pelindung, seperti baju lengan panjang, seluar, dan topi meter lebar. Sama ada anda mempunyai jerawat atau tidak, sentiasa memohon pelindung matahari spektrum luas dengan SPF 30 atau lebih tinggi sekurang-kurangnya 20 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari. Cari "noncomedogenic" pada label pelindung matahari untuk membuat jerawat baru kurang. Membaca bahanbahan pada label produk itu untuk mengetahui apa yang anda meletakkan pada kulit anda. 11. Memberi makan kepada kulit anda. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa makanan tertentu, seperti coklat, tidak menyebabkan jerawat. Namun, ia masuk akal untuk mengelakkan makanan dan sampah berminyak makanan dan menambah buah-buahan segar dan sayur-sayuran dan bijirin penuh untuk diet anda. produk dan makanan yang tinggi gula diproses boleh mencetuskan jerawat tenusu. Mengelakkan ini. 12. Menurut kajian baru-baru ini diterbitkan oleh Jerawat Amerika dan Rosacea Society, parut jerawat telah terbaik dirawat dengan laser, termasuk laser nonablative inframerah, nonablative pecahan dan ablative laser pelapisan, dan yang paling baru-baru ini peranti frekuensi radio berdasarkan jarum. 13. Bertenang !! Beberapa kajian mengaitkan tekanan dengan keterukan jerawat atau jerawat. Tanya diri anda apa yang membuat anda rasa tertekan. Kemudian mencari penyelesaian. Apabila ragu-ragu, semak dengan seorang profesional untuk melihat jika anda memerlukan lebih banyak rawatan untuk mencegah atau menghentikan jerawat.

Mengapa sesetengah orang hampir tidak mempunyai jerawat manakala ada yang mempunyai jerawat yang teruk tidak difahami sepenuhnya. Bertentangan dengan kepercayaan popular, jerawat tidak disebabkan oleh diet yang berbahaya, kebersihan yang buruk, atau nafsu seks yang tidak terkawal. Kebenaran yang mudah adalah bahawa faktor-faktor alam sekitar, keturunan dan hormon berada di belakang kebanyakan bentuk jerawat. Bersumpah off coklat atau menyental muka anda 10 kali sehari tidak akan berubah kecenderungan anda untuk masalah kulit hodoh, kadangkadang menyakitkan, dan sering memalukan ini. Tekanan, kedua-dua emosi dan fizikal di sisi lain tidak menyebabkan jerawat tetapi ia pasti tidak menyumbang kepada memburukkan lagi ia. Sebab sebenar mengapa masih kekal misteri tetapi ia adalah realiti fizikal yang tidak disangkalkan bahawa minda dan badan disambungkan. Kurang tekanan, kurang jerawat!

Cara memerangi Mempunyai rejim penjagaan kulit harian adalah penting untuk menjaga kulit kita sihat dan segar. Malangnya, sesetengah orang mungkin menghadapi masalah jerawat ini serius di mana tips di atas tidak akan seolah-olah memberikan penyelesaian yang mencukupi. Dr. Anshaw mencadangkan langkah-langkah tambahan yang boleh diambil untuk menjaga kulit terdedah jerawa 1.Ubat-Ubatan - Rawatan jerawat bergantung kepada sama ada keradangan atau bakteria yang hadir. Beberapa jerawat hanya terdiri lebam merah pada kulit tanpa kudis terbuka di mana krim topikal dan losyen bekerja terbaik untuk jenis jerawat. Tetapi jika bakteria atau keradangan hadir dengan luka terbuka, antibiotik lisan atau isotretinoin boleh bekerja lebih baik. 2.Facial -lawatan bulanan untuk rawatan muka adalah penting untuk menjaga kulit kita bersih dan segar. Adalah lebih baik untuk membiarkan pakar-pakar untuk menjaga kulit kita dengan mengeluarkan kotoran dengan cara yang paling profesional dan kurang kasar di mana mereka berkesan boleh mengawal jerawat anda, mengelakkan parut atau kerosakan yang lebih teruk kepada kulit anda dan juga membuat parut kurang ketara. 3.Lasers - Teknologi laser yang banyak tetapi, menurut Dr. Anshaw, ia hanya bijak untuk sentiasa berunding doktor kulit disahkan sebelum meneruskan dengan apa-apa rawatan. laser Cellec dipasang dengan 8 penapis panjang gelombang yang berbeza untuk menyasarkan jerawat dan saluran darah dan penapis 420nm adalah yang paling berkesan untuk memerangi masalah jerawat. Di samping itu, teknologi penapisan potong yang tepat untuk pelbagai panjang gelombang meningkatkan kepilihan chromophores bagi setiap penapis untuk membolehkan penggunaan yang lebih cekap dan selamat dan memastikan pelbagai pengalaman penggunaan yang tepat. Terdapat banyak teknologi laser untuk merawat jerawat oleh itu, ia adalah penting untuk pertama mencari seorang pakar dermatologi disahkan yang akan memahami jenis terbaik laser dan lampu yang akan menjadi yang terbaik untuk merawat keadaan anda.

Disediakan oleh, Dr. Anshaw Ahli-Ahli American Jerawat & Rosacea Society


5

19 - 25 APRIL 2017

Budak ulu naik kapal terbang Bil 01

AKU orang kampung. Daerahku disebut orang ‘ulu’ atau pedalaman. Dulu aku marah dipanggil orang ulu tetapi sekarang, aku bangga. Setelah lebih 20 tahun ber­ hijrah ke Ibu Kota, aku bangga kerana dapat buktikan orang ulu sepertiku juga mampu hidup dan bersaing bandar. Dalam keadaan serba kurang yang sering dikaitkan dengan la­ tar belakangku, kadang kala aku berasa ‘lebih’ pula berbanding se­ se­tengah orang bandar. Cukup. Jangan cerita lebih-le­ bih hal ini, nanti dikata syok sen­diri! Sebagai anak kampung, aku tak pernah mimpi pun nak naik kapal terbang, apa lagi ke luar negara. Tetapi sudah rezeki tentunya … selepas dua tahun jadi wartawan, aku dapat arahan tugas ke luar negara - Phnom Penh, ibu negara Kemboja. Itulah kali per­ tama aku naik kapal terbang, juga kali pertama ke luar negara. Penerbangannya awal pagi. Masuk saja bangunan terminal La­­pangan Terbang Subang, ke­de­ ngaran namaku dipanggil menerusi pem­besar suara, diarah segera ke kaunter daftar masuk.

Mahu tidak sakit perut! Dadaku berdebar, tangan meng­ geletar, bimbang kalau - kalau aku terlewat dan terlepas penerbangan. Terpampang di minda, wajah bos yang garang. Jika dia marah, matanya berubah menjadi ‘kecil’, dan dia akan mengusap-usap misainya yang hanya tumbuh di timur dan di barat. Dalam keadaan menggeletar, aku melangkah ke kaunter. Mujur tidak ada masalah. Selepas itu, aku diarah ke kaunter bagasi pula. Selepas bertanya itu ini dengan terperinci – maklumlah pengalaman pertama – tanpa berlengah aku bergegas ke balai berlepas. Rupanya perasaan lega aku tidak lama. Aku berasa senak perut semula apabila melihat penumpang lain yang berada di situ, masingmasing bawa beg, sedangkan begku, aku ‘tinggalkan’ di luar tadi. Fikir punya fikir, aku bangun mahu melangkah keluar. “Encik nak ke mana?,” tanya pegawai imigresen di pintu. “Saya nak keluar, beg saya tertinggal,” jawabku, ragu-ragu. “Encik, pasort sudah cop, encik tak boleh keluar lagi dah,” balasnya. “Tak apa, saya tolong … beg encik tertinggal di mana tadi?” Dia seperti cuba memujuk lelaki ini yang sedang bergundah-gulana. Aku pun beritahu sekian-se­ kian rupa begku yang dalamnya be­ risi pakaian termasuklah sampin

songket seorang YB yang aku pinjam untuk dipakai dalam satu acara rasmi di Phnom Penh. Selepas bertelefon ke sana ke sini, pegawai itu memaklumkan aku berita dukacita; begku tidak ada! Mahu tidak mahu, aku terpaksa pasrah … Sampai masanya, aku masuk ke dalam perut Boeing untuk dibawa terbang ke Phnom Penh dalam keadaan jiwa tidak tenteram, dan perut yang tentunya masih bergelora seperti Laut China Selatan. Dalam pesawat, aku duduk bersebelahan dengan seorang le­ laki Jepun yang segak bersut. Dek kerana hati tidak keruan, tingkah laku aku pun tidak tenang. Sekejap, sekejap aku bangun ambil beg jinjing di ruang simpan barang. Mulanya, aku teringat mahu bersopan juga dengan dia, mahu minta maaf kerana kekerapan aku bangun pasti mengganggunya. Namun atas semangat nasionalis yang membara, terfikir olehku, sedangkan orang Jepun dulu begitu kejam terhadap orang kita, apa perlu aku bersopan santun dengan dia. Namun itu bukanlah sebabnya. Sebenarnya, aku ragu-ragu dengan bahasa Inggerisku sendiri, dan aku bimbang, sekali aku buka mulut, nanti dia ajak bersembang, habislah aku! Maka aku terus bangun dan tidak peduli akan punggungku yang

hanya kurang lebih sejengkal sahaja berjarak dengan mukanya. Akhirnya, dia pun tidak tahan dan bersuara: “You buat apa ni? Asyik bangun- bangun saja!” “Oh! Boleh cakap Melayu rupanya hang …” Aku pun minta maaf dan selepas itu, tidak bangun lagi … Kemudian itu, barulah aku tahu rupanya Abang Jepun itu orang besar di kilang Modenas Gurun. Dia dijemput oleh pihak yang sama menjemput aku ke Phnom Penh. Lebih sejam kemudian, kami men­ darat di Pochentong Airport. Turun dari pesawat, aku tercari-cari begku yang hilang tadi. Sebelum itu, aku hanya ada pengalaman naik bas Mara Ekspres. Apabila sampai di destinasi, biasanya drebar akan buka perut bas dan keluarkan beg penumpang. Jadi, kapal terbang pun aku ingat sama juga. Rupa-rupanya tidak! Jadi, aku pun berpusing 360 darjah dan melangkah naik semula tangga pesawat untuk cari beg. “No sir, you can’t. Any problem, sir? May I help you?” kata seorang pegawai imigresen Kemboja sambil tahan aku. Pramugari MAS yang berdiri di muka pintu pesawat juga beri isyarat ‘tidak’ kepadaku sambil tersenyum. Aku pun beritahu pegawai itu, aku tertinggal beg dan beg itu sekiansekian rupanya, Dia naik ke dalam pesawat mencari. Seketika kemudian,

dia keluar dan beritahu aku, beg itu tidak ada. Pasrah sekali lagi! Tidak jauh dari situ, ada dua kereta Mercedes menunggu aku dan rombongan. Sebuah S320 dan sebuah lagi, E230. Aku yang bergundah gulana cuba me­ nyeronokkan hati, terus masuk S320. Bukan aku tak tahu kereta itu khas untuk VIP yang bersama dalam rombongan kami tapi aku tak peduli. Yang disediakan untuk aku dan seorang lagi kawan adalah E230. “Peduli apa, di Malaysia pun aku tak pernah naik kereta ni,” bisikku dalam hati. Maka VIP itu dan isterinya, terpaksa naik kereta E230 kerana kereta mereka telah aku ‘hijack’. Diringkaskan cerita, beg yang aku sangka hilang, tengah malam itu baru aku dapat. Ketika itu, baru aku faham bahawa beg yang telah didaftar masuk, bukan kita kena bawa sendiri seperti yang aku sangka. Dan ia lewat dihantar kepada­ ku di hotel kerana telah tersalah masuk kereta lelaki Jepun yang berjiran dengan aku dalam pe­ sawat tadi.

Mat Mahang

Waze untuk ambulan, bomba KWSP, AKPK lancar modul Pendidikan Kewangan dan Persaraan KUALA LUMPUR - Kum­ pulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Agen­ si Kaunseling dan Pe­ ngu­ rusan Kredit (AKPK) men­ jalinkan kerjasama dengan me­­nyediakan Modul Pen­di­ dikan Kewangan ‘Per­saraan, Ber­mulanya Per­ja­lanan Baru’. Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir berkata kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi ini mampu menyelesaikan isu yang melibatkan pe­ ngu­ rusan kewangan dan persaraan. “KWSP dan AKPK sen­ tiasa prihatin untuk me­ nyampaikan maklumat yang tepat dan terkini kepada ahli, penerima khidmat dan masyarakat Malaysia secara umumnya. Kami berharap tahap celik kewangan di pe­ ringkat nasional dapat dipertingkatkan,” jelasnya. Modul Pendidikan Ke­ wangan ini mengandungi pen­ dekatan dan tip pe­ ngu­ rusan kewangan dan pe­ rancangan persaraan se­ perti Pengenalan Sistem Per­saraan Pelbagai Tunggak Malaysia, Isu dan Cabaran, Kewangan dan Perancangan

Dari kiri, Nor Fazleen, Shahril Ridza , Abdul Rasheed Abdul Ghaffour (gabenor BNM), Azaddin dan Farizan Kamaluddin dalam majlis pelancaran Modul Pendidikan Kewangan dan Persaraan.

Arah Masa Kini, Perancangan Kewangan dan Persaraan – meliputi aspek pengurusan tunai, pelaburan, hutang dan Pengagihan Harta (Wasiat). Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata modul ini ada­ lah selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik. “Gabungan dengan AKPK ini dapat memperluaskan lagi kumpulan sasar kami da­ lam menangani isu ke­ tidak­ cukupan simpanan ketika

bersara. Dengan adanya kerjasama ini, diharapkan ia dapat meningkatkan ke­fahaman serta pe­ran­­ cangan kewangan yang komprehensif dan relevan,” katanya. KWSP dan AKPK me­ nganjur beberapa sesi ‘Train the Trainers’ kepada ba­risan penceramah ke­­dua-dua orga­ nisasi. Se­ mua pihak, termasuk maji­kan dan ahli KWSP, di seluruh negara juga boleh mendapatkan tak­li­mat modul sebagai garis panduan.

BELGIUM – Waze sebagai aplikasi pemanduan dan trafik terbesar di dunia bekerjasama dengan European Emergency Number Association (EENA) untuk membantu kenderaan kecemasan seperti ambulan dan bomba bagi mengelakkan kesesakan jalan raya ketika bantuan diperlukan. Jalinan kerjasama ini dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti bantuan lambat sampai hingga mangsa tidak sempat diselamatkan. Justeru, pemandu kenderaan kecemasan akan diberi notifikasi jalan yang mengalami kesesakan serta jalan alternatif. Pada waktu sama kenderaan kecemasan yang berada di kawasan kemalangan akan membantu Waze memberi notifikasi kepada pengguna lain untuk mencari jalan alternatif. Waze menyatakan setakat ini ia hanya disokong di Eropah, namun dengan perancangan mengembangkannya ke seluruh dunia.


6

19 - 25 APRIL 2017

DUNIA MINGGU INI

HONG KONG - Malaysia mempunyai seorang lagi juara dunia apabila Azizul Husni Awang berjaya menjuarai acara Keirin di Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong. Kejayaan ini dikecapi setelah lebih 10 tahun mencuba dan sebelum ini hanya berjaya meraih pingat gangsa sahaja.

CHINA - Populariti penggunaan basikal, meletup di China dengan kehadiran lebih sedozen syarikat menawarkan perkhidmatan basikal kongsi. Pengguna boleh membuka kunci basikal dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit dengan kos sewa semurah RM1 sehari.

CHICAGO - Satu protes diadakan di luar terminal United Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Chicago, Illinois. Imej United Airlines menjadi hina apabila video menunjukkan seorang penumpang yang berusia dipaksa keluar dari kabin dan dikasari hingga berdarah disebabkan kesilapan United Airlines yang menjual tiket berganda menjadi viral.

LONDON - Peter Capaldi, yang memegang watak The Doctor dalam siri Dr Who bergambar bersama watak ‘peneman’ yang baru Pearl Mackie (Bill) di hadapan model TARDIS lukisan gambar 3D di Southbank

HOLLYWOOD - Selebriti Kourtney Kardashian, Kim Kardashian West, dan Cher sewaktu menghadiri tayangan perdana filem ‘The Promise’ di TCL Chinese Theatre.

HONG KONG - Kalione Nasoko dari Fiji ‘terbang’ untuk melakukan try sewaktu perlawanan akhir pertandingan ragbi Hong Kong Sevens 2017.


Bisnes

19 - 25 APRIL 2017

Sektor pembinaan lonjak lapan peratus

Ahmad Asri Abdul Hamid MAJIDAH MOHAMED

KUALA LUMPUR – Lambakan projek mega sedia ada serta pro­spek pertumbuhan eko­­ nomi yang baik telah men­ dorong perkembangan sektor pembinaan sebanyak lapan peratus menjadi RM170 bilion tahun ini. Menurut Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan In­dus­ tri Pembinaan (CIDB), Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid,

terdapat beberapa projek uta­­­ma antaranya Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT 2) di Lembah Klang dan Pembangunan Bersepadu Pe­ napisan Minyak dan Petro­ kimia (RAPID) di Johor akan menarik permintaan dalam sektor pembinaan. “Kebanyakan per­tum­buh­ an industri pada tahun lepas di­gerakkan oleh projek infra­ struktur melibatkan 49.7 pe­ ratus (RM82.7 bilion) dari­ pada jumlah keseluruhan. Sebanyak 29.1 peratus (RM48.5 bilion) adalah sektor awam dan 70.9 peratus (RM117.9 bilion), sektor swasta. “Seterusnya adalah pro­ jek perumahan diikuti de­­­­ngan pembangunan bu­­­­­kan perumahan yang ma­ sing-ma­ sing sebanyak 23 pe­ ratus (RM38.3 bilion) dan 22.5 peratus (RM 37.4 bilion),” jelasnya. Tambahnya, sektor pem­ binaan secara keseluruhan pada tahun lalu telah men­ catatkan kenaikan 7.4 peratus dengan nilai projek berjumlah

RM166.4 bilion merangkumi 6,305 projek dan pada 2015 mencatat 8.2 peratus dengan nilai RM140 bilion melibatkan 7,455 projek. “Industri pembinaan me­ rekod­kan pertumbuhan secara purata sebanyak 11 peratus di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), menjangkaui prestasi yang dicatat oleh sektor-sektor lain.

7

Bulanan fleksibel BMW KUALA LUMPUR – Program ‘Full Circle’ yang diperkenalkan BMW Group Malaysia adalah penawaran pembiayaan baharu dan eksklusif oleh BMW Credit Malaysia bagi pelanggan Program Korporat BMW sedia ada. Program ini dipadankan mengikut bajet pemilik di­ ikuti dengan pelan pi­ lih­ an lain yang mana mem­­peruntukan bayaran ansuran bulanan yang mam­ pu milik dan tempoh pinjaman yang pendek. BMW menjelaskan, pro­ gram ini juga me­nyediakan

fleksibiliti dengan pilihan pembayaran yang pelbagai untuk pem­ belian model BMW 530i M sport serba ba­ haru dan BMW X1 sDrive20i. Penawaran harga ber­ mula dari RM3,588 sebulan bagi BMW 530i M Sport dan RM 2,258 bagi BMW X1 sDrive20i.

Ekonomi negara makin sihat KUALA LUMPUR – Bank Dunia menganggarkan eko­ nomi Malaysia akan ber­ kembang 4.3 peratus pada tahun ini diikuti 4.5 peratus pada tahun hadapan. Menurut kenyataan Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia bagi Malaysia, Dr. Rafael Munoz Moreno, per­ tumbuhan ekonomi Ma­ laysia pada tahun ini di­ dorong oleh pemulihan faktor luaran. “Kenaikan harga ko­

mo­ diti serta pemulihan per­ tumbuhan ekonomi maju akan mempengaruhi kemajuan da­ lam eksport. “Pertumbuhan ekonomi ne­ gara ini juga dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh,” tambahnya. Malah pada 2017 lebihan akaun semasa Malaysia se­ banyak 2.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK0 berbanding 2.0 peratus pada 2016. Berdasarkan Keluaran Da­

lam Negara Kasar (KDNK), lebihan akaun semasa Malay­ sia dijangka meningkat sebanyak 0.2 peratus pada 2017 berbanding 2.0 peratus pada 2016.

ADVERTORIAL

Khidmat penjagaan bateri kenderaan PERNAHKAH Anda mengalami situasi BATERI KERETA LEMAH atau Bahasa pasar nya ‘BATERIKONG’? Tahukah anda ada perkhidmatan penghantaran pemeriksaan dan pemasangan bateri di lokasi anda? Ya, sejak kebelakangan ini servis penghantaran bukan lagi di pelopori oleh industri makanan dan minuman (F&B). Kini ia sudah mula ‘diamalkan’ oleh industri permotoran dimana ada servis rutin kenderaan seperti tukar minyak hitam dan filter boleh dilakukan di rumah atau pejabat anda sendiri. Dan paling banyak dilihat sekarang adalah servis penghantaran bateri. Servis bateri dilihat lebih releven dan memudahkan pengguna yang tersadai akibat bateri gagal menghidupkan kenderaan di lokasilokasi seperti Rumah, pejabat atau di pusat beli belah. Perkhidmatan ini amat tinggi permintaannya dimana sektor penjualan bateri ini boleh

diketegorikan sebagai ‘breakdown service’. Pengguna kenderaan jarang kita lihat akan menukar bateri secara berkala seperti minyak hitam, dan hanya menyedari bateri perlu ditukar bila kenderaan gagal dihidupkan. Boleh dikatakan perkhidmatan penghantaran bateri ini tumbah bak cendawan oleh kerana permintaan yang tinggi di mana dianggarkan jualan bateri kereta di Malaysia mencecah 300 ribu biji sebulan. Dari syarikat kecil hinggalah gergasi-gergasi industri bateri kenderaan ini menceburi sektor penghantaran bateri ini. BATERIKU.COM adalah di antara ratusan pengendali servis ini yang beroperasi hampir di seluruh Malaysia. Ada beberapa perbezaan yang dapat dilhat dari servis yang ‘dihidangkan’ oleh BATERIKU.COM. lebih tampak professional dimana harga yang kompatetif dan penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan

PERCUMA lebih memudahkan pe­lang­ gan. Kebiasaan jika breakdown ser­ vis pelanggan pasti berdebar-debar menanti harga sebenar (cas peng­ hantaran dan pemasangan). Keluasan jaringan penghantaran mereka dari Perlis hingga ke JB juga adalah faktor utama BATERIKU.COM dikenali. Lebih memudahkan, Jaringan Waranti atau servis selepas jualan juga adalah luas. Sebagai contoh jika anda membuat pemasangan bateri di Shah Alam tuntutan waranti boleh di Pulau Pinang jika anda mempunyai masalah dengan bateri yang anda beli. Dengan Mobile Technician (MOTEC) terlatih dan peralatan lengkap, anda tidak perlu risau lagi tentang siapa yang akan membaiki dan diagnos kenderaan anda. Kini BATERIKU.COM sudah melancarkan aplikasi dalam telefon pintar yang boleh di muat turun melalui Google play store atau App store. Ini lebih memudahkan pengguna, hanya

perlu booking di dalam telefon pintar. Di samping itu pengguna masih boleh menghubungi nombor bebas tol mereka di 1-800-22-22324 TERBARU, BATERIKU.COM bekerja sama dengan beberapa kolej-kolej (automotive/vokasional) tempatan untuk membantu graduangraduan yang berkemahiran menyertai Mobile Technician (MOTEC) sekali gus melahirkan peluang kerjaya dan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.


8

19 - 25 APRIL 2017

46 tahun MASKOT berbadan be­sar dan ber­war­na biru gelap se­dang ter­­sengih me­nun­juk­­kan se­ batang gigi taringnya - an­ ta­ ra mo­­men yang meng­hi­a­si anak-anak ke­­­cil sejak zaman 1970an lagi. Hingga ki­ni, imej itu tetap melekat di minda pada generasi yang membesar bersama. Begitulah penangan snek segera Mamee Monster yang menjadi kudap-kudapan rakyat Malaysia pelbagai la­ pisan umur. MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pa­ da 1971 adalah cetusan idea bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Pang Chin Hin dan anak sulungnya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Pang Tee Chew mem­ bawa kepada industri peng­ hasilan mi kering. Sementara Ketua Pegawai Operasi Datuk Wira Pang Tee Nam dan mendiang Pang Tee Suan pula, (juga anak Datuk Pang) turut sama-sama membangunkan syarikat men­ jadi antara pengilang makanan dan minuman terbesar di Malaysia sehingga kini. Tan Sri Pang Tee Chew ber­ kata Mamee sentiasa me­ ng­ inovasikan produk bagi me­ menuhi citarasa berlainan pengguna di Malaysia. “Ia supaya Mamee te­ rus kekal relevan. Jadi, dengan mengekalkan per­­tumbuhan di pa­ saran tem­ patan dan antara­­­bangsa mam­pu mem­ per­­kukuhkan lagi je­­nama Mamee,” kata­nya.

besar selepas Malaysia dengan ke­ banyakan produk yang di­ eksport adalah Mister Potato. Mengimbas kembali awal pe­ nubuhannya di bawah je­ ­ nama Lucky kemudian di­ ­ komersialkan sebagai Ma­mee, yakni pada 1972, Chin Hin mendapat idea untuk mem­ buat mi yang enak di­ makan begitu sahaja dan tanpa di­ masak untuk di­ jadikan snek. Ia dinamakan Mamee Monster. Ke­tua Jabatan Komunikasi Korporat, Sharszany Shahry Abu Shahriman, berkata ra­ mai yang tidak tahu terdapat produk lain juga dihasilkan di bawah jenama Mamee. “Memang ramai yang ti­ dak tahu sebenarnya kami me­ ngeluarkan produk lain seperti snek Mister Potato, Perfecto, Corntoz dan DoubleDecker dalam kategori snek. Manakala di bawah label mee pula iaitu Mamee Chef (sejak 2012 hasil ciptaan bersama Datuk Chef Ismail) dan Mamee Sllrrrp,” jelasnya. Mamee juga men­ jalin ker­ja­sama dengan syarikat minuman Jepun, Dydo Drinco lalu menghasilkan minuman Cool Tea dan Cheers. “Produk minuman ber­ kulutur juga antara produk Mamee seperti Lite Yo, Yogurt dan Nutrigen. Terbaharu pasti­ nya Mamee Monster Biskidz iaitu biskut DHA pertama di Malaysia yang turut men­ dapat kelulusan daripada Ke­ menterian Pen­didik­an Ma­lay­ sia,” jelasnya pan­jang lebar.

Pasaran Antarabangsa Menjadi produk yang di­ gu­ nakan tanpa was-was oleh pengguna di Malaysia men­ jadikan Mamee begitu po­ pu­­lar kerana pembuatan yang berkualiti, inovasi dan harganya yang berdaya saing. Mensasarkan pertumbuhan jualan Mamee antara 20 hingga 25 peratus tahun ini, Mamee men­­sasarkan ke­un­ tung­ an ada­ lah RM900 juta ber­ banding RM800 juta pada tahun 2016. Malah­an ia boleh didapati di lebih 100 buah negara. Australia pula adalah an­tara negara eks­port ter­

Kempen CSR Jurucakap Perhubungan Me­ dia, Jabatan Komunikasi Korporat, Nadia Jasmon ber­ kata selain keuntungan, Ma­ mee juga giat menjalankan aktiviti CSR di bawah naungan kempen Mamee Pri­ha­tin. “Selain Mister Potato per­ nah menjadi rakan snek global rasmi Manchester United (2011-2014), Mamee juga mengadakan CSR dengan mem­ bawa Muhammad Anas, kanak-kanak yang menghidap Muscular Duschne Syndrome (penyakit yang me­nyebabkan otototot mengecil di kala

di pasaran Pang Tee Chew

usia me­ning­kat) m e­r e a­­l i­s a s i k a n im­­pian­­nya bagi me­­nyaksikan sen­ diri perlawanan Man­­ches­ter United di Old Trafford, Dari kiri maskot Mamee Monster, Nadia Jasmon, Sharszany dan maskot Mister Potato Man­chester ser­ta bersama produk keluaran Mamee berpeluang ber­te­mu pengurus Manchester United pada ketika itu, Sir Alex Ferguson. Ketika per­lawanan eksklusif disiarkan di se­­ rata dunia, terpapar papan tanda digital di stadium Muhammad menyambut kehadirannya,” Anas, penghidap Muscular Duschne jelasnya. Syndrome di bawa Sesuai dengan produk menyaksikan ter­­­baharu, Mamee Monster perlawanan Biskidz, mereka terlibat de­ Manchester United di Old Trafford, ngan kempen Kembali ke Se­ Manchester ko­ lah iaitu menyumbangkan papan tanda informasi di sekitar kawasan sekolah, per­pustakaan dan kantin. “Tahun lepas lima buah se­ kolah terpilih dan tahun ini pula kami merancang me­ nyumbangkan ke 40-50 buah sekolah terpilih. Lagi seronok kerana kami juga mendapat kerjasama daripada syarikat penerbitan buku pendidikan, Pelangi Publishing untuk me­­ ­ nyumbang bahan-bahan bacaan di rak buku yang Mamee sumbangkan. Selain sekolah, kami juga akan me­ nyum­ bang BISKUT DHA pertama di Pendidikan Malaysia, Datuk papan tanda di rumah anak- Malaysia yang mengandungi Seri Mahdzir Khalid pada 16 anak yatim ter­ pilih menjelang nutrisi seimbang dalam November 2016. Ramadan Raya kelak,” katanya. membentuk perkembangan - Antara program yang Ternyata biarpun selepas minda kanak-kanak berusia telah diadakan ialah ‘Mamee 46tahun, Mamee masih re­le­van 7 - 12 tahun malah ia kembali ke Sekolah’ iaitu dengan rakyat Malaysia ma­ juga sesuai untuk semua menggantikan papan tanda lahan makin dikenali pe­­ minat peringkat umur. dengan mesej positif di sekolah antarabangsa, syari­kat ini tetap - Pelancaran oleh Menteri terpilih. mempunyai pe­rancangan untuk 50 tahun akan datang. “Bagi memastikan Mamee sentiasa relevan, kami mung­ kin pelbagaikan bentuk kerja­ sama yang memberikan man­ faat kepada kedua-dua pihak seperti meneruskan kerja­ sama dengan DyDo serta mempunyai pangkalan kilang tersendiri di Timur Tengah dalam jangka masa terdekat,” jelas Zany lagi yang turut meraikan 10 media cetak dan elektronik dalam percutian ke Gold Coast, Australia.

Mamee Monster Biskidz

10 wakil media cetak dan elektronik termasuk WARTA yang dibawa ke Gold Coast, Australia dalam usaha menghargai media

Antara papan tanda ditulis kata positif yang disumbangkan dalam kempen Mamee Prihatin


19 - 25 APRIL 2017

9


10

19 - 25 APRIL 2017

JIMBA-JIMBA

Larian ubah wajah Chow Kit RADZHA RAIEH

Chow Kit – Lokasi yang tidak pernah sunyi sama ada waktu siang dan malamnya dengan gelagat penduduk setempat dan juga pengunjung. Barubaru ini berlangsung Chow Kit Run anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Chow Kit. Misi NGO ini ialah menyediakan tempat tinggal yang selamat serta membantu kanak-kanak berisiko di Chow Kit menunjukkan bakat sekaligus mencapai impian mereka. Tujuan utama adalah un­ tuk mengumpulkan dana kepada Yayasan Chow Kit se­ kaligus menyerlahkan an­ ta­ ra tempat ikonik di Kuala Lumpur yang telah banyak

berubah. Suasana yang sentiasa si­ buk bertukar menjadi ceria dan terpegun seketika dengan se­ramai 1,200 peserta larian. Menariknya peserta berlari sam­ bil mengikut rentak pe­ muzik jalanan sambil me­ ma­kai topeng kreatif pilihan mereka di tengah-tengah Ban­ dar. Topeng dijual seminggu se­ belum program dengan harga RM5 dan dikembalikan kepada yayasan. DUTA MUHIBAH #CHOWKITRUN Pengarah Projek Chow Kit Run, Yazman Yuhana berkata, peserta dan penonton me­ nya­ takan ia pengalaman la­ rian yang unik dengan me­ lalui seperti pasar basah, ke­ dai makanan, perniagaan

tempatan dan pemborong. “Dengan #chowkitrun, ka­ mi harapkan ia memberi impak kepada kanak-kanak yang menjadi penduduk tem­ pat di sini sekaligus me­ nyingkir stigma negatif yang melingkari pemikiran ma­ syarakat selama ini. Moga ia juga dijadikan panduan ke­ pada NGO lain dalam proses men­cari dana penajaan,” jelas­ nya. Menurut Yazman, larian se­ jauh enam kilometer bermula di Sekolah Kebangsaan (P) Jalan Batu, peserta melalui pelbagai tempat menarik di se­luruh Kuala Lumpur se­perti Sunway Putra Mall, PWTC, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bukit Tunku, Bank Negara, Jalan Raja Laut

Duta Chow Kit Run mewakili semangat muhibah iaitu Alex Yoong, Thanuja dan Liyana Fizi

Bukan sekadar memakai topeng, malahan pemakaian ‘costume’ memeriahkan program

sebelum kembali ke sekolah. “Ia bukan larian biasa, pe­ serta dan orang awam menikmati waktu pagi di Chow Kit Festival yang diadakan di padang sekolah. Malahan program ini diserikan dengan kehadiran duta Chow Kit Run iaitu penyanyi tempatan Liyana Fizi, Miss Malaysia

2010 Thanuja Ananthan dan pelumba F1 Alex Yoong. Semuanya menggambarkan semangat muhibah Malaysia,” kata­ nya dan menggesa ma­ ­ syarakat menyokong Visi Yayasan Chow Kit un­ tuk mem­perbaiki mutu ke­hi­dup­ an kanak-kanak yang berisiko dan belia di Chow Kit.

Mengajar anak menilai wang dan menabung NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

Pernahkah anda mendengar nasihat "sebaik sahaja anak-anak anda boleh mengira, perkenalkan mereka kepada wang”? Kanak-kanak perlu dibimbing cara berjimat, bagaimana hendak menambahkan lagi wang mereka dan yang paling penting, berbelanja secara berhemah. Tetapi, bilakah anda patut mendidik anak-anak mengenai pengurusan wang? Apakah umur yang sesuai bagi membolehkan anak anda memahami tentang nilai wang? Ia adalah penting untuk mengajar anak-anak kita bagaimana hendak menilai wang. Apabila anak-anak kita memahami nilai wang, mereka akan lebih menghargainya. Saya masih ingat

ketika saya masih muda, ayah saya pernah berkata kepada saya "wang tidak tumbuh di pokok". Konsep ini mempunyai kebenarannya kerana ia tidak bermakna apabila anda membuka mulut untuk meminta sesuatu, anda akan segera mendapatkannya. Saya sedar ada ibu bapa yang mengajar anak-anak mereka berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahu termasuk melakukan kerja-kerja rumah yang mudah. Ini membawa saya kepada Nina Othman iaitu salah seorang pengasas Grow the Goose. Grow the Goose adalah merupakan satu syarikat yang menjalankan satu perusahaan sosial yang tertumpu ke arah memperkasakan anak muda dalam pengurusan wang. Objektif beliau adalah untuk mendidik anak-anak ketika mereka masih muda sebagai salah satu daripada usaha

untuk menangani masalah muflis di kalangan belia di Malaysia. Syarikat Nina menawarkan program yang memberikan peluang kepada kanakkanak berumur di antara 6 – 16 tahun untuk menimba pengalaman mencari rezeki, mempelajari nilai wang dan cara menguruskan wang. Sikap memberi, kemahiran memperolehi pendapatan dan melabur adalah amat penting bagi anakanak muda terutamanya kemahiran mencari penyelesaian, kemahiran berfikir secara kreatif, berkomunikasi, kepimpinan dan bekerja secara berpasukan. Konsep ini amat diminati oleh para ibubapa. Sebagai contoh, anak muda yang pernah menyertai program Grow the Goose seperti Asyraf yang berumur 9 tahun sudah mampu menganjurkan bengkel sendiri untuk mengajar kanak-kanak cara membuat

model kapal terbang kerana minatnya yang amat mendalam dalam bidang berkenaan dan Hannah, berumur 11 tahun yang menjual kek dan biskut untuk menjana pendapatan bagi membantu harimau yang semakin pupus. Atas hasil usaha Nina ini, beliau telah berjaya dipilih mewakili Malaysia untuk menyertai Forum Perusahaan Sosial di Stockholm, Sweden yang akan diadakan pada hujung bulan April ini. Penyertaan beliau yang akan ditaja sepenuhnya adalah berteraskan kepada meningkatkan kesedaran mengenai pendidikan kewangan untuk golongan muda.


11

19 - 25 APRIL 2017

Rumah / Apartment untuk dijual

Jawatan kosong

RUMAH GUGUSAN DEDAP, KOTA DAMAN­ SARA Apartment 3 bilik / 2 blik air, 850 sqft, Partially Furnished. Hubungi Ayu 017 - 333 - 2193

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi

RUMAH SUBANG PERDANA, Shah Alam Block B iIngkat 3 No 19 Taman Subang Perdana, Shah Alam 3bilik, 1 bilik air RM95,000 APARTMENT JATI 1, USJ Subang Jaya RM320,000 3Bilik 2bilik air, 865sqft, Bumi Lot Contact Mustafa 017 - 693 6439

EVENT COORDINATOR Skop kerja, memperkenal dan mempromosikan pro­ duk syarikat kepada pelanggan. Calon yang CHERAS RIA APART­ berjaya akan bekerja di Mutiara Complex jalan Ipoh, MENT RM129,000 Apartment / Flat 3 rooms / 1 kl. Syarat 20 -30 thn, lelaki dan wanita, warganegara bathroom, Non bumi lot malaysia berminat hubungi SUTRAMAS APARTMENT Zara 012 - 394 - 0666 @ BANDAR PUCHONG Apartment / Flat 3 rooms / Kereta untuk 2 bathroom, Non bumi lot / dijual 845sqft call/ wasap - 012 - 682 7251 MERCEDES BENZ E250 W207 1.8 AMG CGI 2010 SEROJA APARTMENT AUTO PUTRA PERDANA - low Mileage RM248,000 - Excellent Condition Apartment / Flat 3 rooms / 2 - Accident Free bathroom, bumi lot / 738sqft RM139,800 call/ wasap: 012 - 944 9852 Hubungi: 017 - 377 1333 RUMAH TAMAN MALINJA RM350,000 Lokasi di Pekan tanjong Karang , rumah teres 2 tingkat + 1 tingkat, 4 bilik 2 Bilik air , 1 store hubungi Lelawati 012-625-3845

TOYOTA VELLFIRE 3.5ZEDDITION 2009 REG 2012 AUTO - Low mileageonly (58k km) - Tiptop condition like new - Accident free Hubungi: 019 - 229 9012

KLASSIFIED Jawatan kosong

Khidmat untuk bisnes

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554

PEGAWAI PUSAT PANGGILAN Untuk 10 staff sahaja. Basic dari RM1300-RM1800 tidak termasuk komisyen. Jika Anda boleh menggunakan komputer, boleh berkomuni­ kasi dengan baik melalui telephone, boleh bekerja berkumpulan. Hubungi 013 - 312 0356 (En Zaidi)

Kereta untuk dijual

KERANI & EXECUTIVE Membantu dalam peng­ urusan agensi seperti beri­ kut. Merekrut wakil takaful yang berminat dalam bidang kewangan dan perlantikan wakil baru, Berpengalaman dalam bidang Sales & Marketing hubungi 012 - 619- 5754 / 019 - 255- 9455

Khidmat untuk bisnes

Khidmat untuk bisnes

Khidmat untuk bisnes

SUNGGUH MUDAH. Jadi JUTAWAN dalam masa 1,320 hari. DAFTAR FREE. Untung 15%~25% Sebulan. Compounding Harian / Bulanan Tanpa Henti. Matang 60 Hari --Tunai 100%. Bonus Aktif 3%~12% Harian. Whatsapp 017-6498949 CikDin PERKHIDMATAN PELA­­ MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu­ nang, Mini pelamin, Pelamin rumah, Pelamin ni­ kah, Pelamin Cukur Jambu (Harga boleh dirunding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings

KEDAI PERCETAKKAN di Kompleks PKNS Shah Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Cetakan Kad MHN CAR RENTAL Perniagaan, Bunting / Perodua Alza, Axia, Banner, Kad Kawin, Proton Saga FLX. Harian/ Pelekat Kenderaan & Baju. Mingguan / Bulanan. Hubungi: 012-671 1929 Berminat untuk tempahan: (Johan) Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) SERVIS KOMPUTER, KOM­­PUTER RIBA. 169 CAR RENTAL Bandar Puteri, Klang, Perodua Alza, Axia, Viva Menjual barangan gajet Bezza, Proton Exora, Saga seperti Mira Screen, FLX. Mc Book Adapter, skrin Berminat untuk tempahan: komputer. Hubungi 011Call / WhatsApp: 019-2239 3275 0876 (Mamat) 500 (Hery)

Kereta untuk disewa

MERCEDES BENZ C180 1.8 2005NREG 2010 AUTO - Japan spec - careful owner - nice number - low mileage - tip top condition RM 42 800 Call : Ken 017 - 377 - 1333 BMW 5251 2.5 E60 2007 REG 2011 AUTO - One owner - tip top condition RM69 800 Hubungi: 012 - 329 9913

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


12

19 - 25 APRIL 2017

Fiesta makanan promosi LRT Teks MUHAMAD DIN HASANUDDIN Foto MOHD FAITH EZENE

RAPID Rail – anak syarikat Pra­ sarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan operator per­ khidmatan LRT, monorel dan MRT di bawah jenama per­ khidmatan Rapid KL – kini menyusun pelbagai pel­ bagai strategi dan inisiatif yang ber­ inovatif dalam misi me­ ning­­katkan lagi bilangan peng­ guna perkhidmatan pe­ ng­ang­kutan awam. Ia selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan peratus penggunaan atau 'modal share' pengangkutan awam kepada 40 peratus dari­ pada kira-kira 21 peratus yang dicatat pada akhir tahun lepas. Menyahut seruan Kerajaan ini, pada 9 April lepas, di stesen LRT Ara Damansara, Rapid Rail melancarkan

'RapidRail Food Fiesta', yang mana orang ramai boleh da­ tang untuk menjamu selera sambil berhibur dan membeli belah di EVOLVE Mall, yang di­hubungkan oleh stesen ber­ kenaan. Bagi memeriahkan lagi fiesta, Rapid Rail, yang ber­ gandingan dengan portal mem­ beli-belah atas talian, Roopawan, telah mengadakan kerjasama dengan Suria FM, yang menyediakan deejaydeejay terkenal mereka, yang membuat 'havoc' di pentas dengan pelbagai acara sponton di pentas sambil berinteraksi dengan pengunjung. Dianjurkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad se­ pan­ jang bulan April ini, Fiesta ber­ kenaan melibatkan pe­ nyer­ taan lebih 60 vendor, trak makanan serta gerai se­ lebriti tempatan dengan

Dianjurkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad se­pan­jang bulan April ini, Fiesta ber­kenaan melibatkan pe­nyer­taan lebih 60 vendor, trak makanan serta gerai se­ lebriti tempatan dengan dimeriahkan oleh pelbagai per­sembahan hiburan.

dimeriahkan oleh pelbagai per­sembahan hiburan. Bermula 10 pagi hingga 10 malam, Fiesta berkenaan dikelolakan sepenuhnya oleh kumpulan artis ternama tanah air - Sakura Band dan 6ixth Sense dengan menempatkan gerai-gerai selebriti seperti Alvin Chong, Anis Al Idrus, Bunkface, Wak Doyok, Fiza

Pelbagai sajian makanan dijual untuk memenuhi selera di Rapid Rail Fiesta

Dato' Ir Zohari (dua dari kiri) ketika melancarkan RapidRail Fiesta bersama para pegawai Rapid Rail dan Roopawan.

Sabjahan, Hazreena, Bob Ring­ go dan Tonton. Berucap melancarkan fies­ ta itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato' Ir Zohari Sulaiman berharap aca­ ra berkenaan adalah sa­ lah satu daripada pelbagai inisiatif yang sedang diatur oleh pihak syarikat untuk mempopularkan stesen-stesen LRT. "Fiesta Makanan RapidRail yang dianjurkan di Stesen LRT Ara Damansara ini ada­ lah satu inisiatif Rapid Rail un­ tuk mempromosi dan men­ceriakan stesen-stesen LRT supaya ianya menjadi tem­ pat tarikan dan hentian setempat untuk orang ra­ mai berinteraksi dan juga me­ laksanakan aktiviti kemersial. "Usaha ini diharapkan dapat menarik lebih ramai orang awam menggunakan per­ khidmatan LRT, yang di­ sediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat. Inisiatif ini juga diharapkan akan me­ ningkatkan bilangan pe­ num­ pang sekali gus men­ jana pendapatan positif ke­­pada Rapid Rail. Kami ber­ harap acara ini akan men­ dapat sambutan yang mem­ berangsangkan," kata Zohari. Di pihak selebriti yang be­ kerja keras menjayakan aca­ ra berkenaan, mereka me­ lahirkan rasa bangga un­

tuk menyokong usaha Ra­ pid Rail menggalakkan le­ bih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam khusus­ nya perkhidmaran LRT dan monorel Rapid KL. Mereka melahirkan ra­ sa bangga kerana diberi ke­ per­ cayaan penuh untuk me­ ngendalikan acara berkenaan dan meluaskan aktiviti me­ reka dengan tidak hanya ter­ tumpu kepada zon selesa hi­ bur­an semata-mata. Bersandarkan moto 'Mo­ dest, Modern & Muslims', Roo­ pa­ wan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim. "Roopawan menawarkan akses perniagaan kepada go­ longan selebriti selain syarikat usahawan kecil dan sederhana menerusi platform atas talian di www.roopawan.com selain acara bazar contohnya di Fiesta RapidRail ini," ujar Pe­ nolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas bersama, Siti Amalina Ariffin. Ikuti perkembangan ter­ kini Fiesta RapidRail 2017 di laman media sosial Facebook @rapidrailfiesta atau Insta­ gram @rapidrailfiesta #rapidrailfiesta dan laman rasmi Rapid KL di www. myrapid.com.my.


19 - 25 APRIL 2017

13


14

19 - 25 APRIL 2017

DESTINASI Festival Pendidikan Kanak-kanak terbesar di Asia

Aktiviti yang tidak harus dilepaskan anda sekeluarga ialah Smart Kids Asia iaitu Festival Pendidikan Kanak-kanak yang diiktiraf terbesar di Asia. Mensasarkan kanak-kanak yang berusia antara setahun hingga 12 tahun, objektifnya adalah menggalakkan ibu bapa dan penjaga meneroka dimensi baru tentang cara mendidik anak-anak sekaligus menggali bakat terpendam anakanak. Banyak program yang dirancang seperti pameran produk pendidikan, aiskrim percuma, kelas percubaan secara percuma, diskaun, bengkel mini robotic, peluang bertemu karektor kartun, pertandingan mewarna, permainan dan cabutan bertuah. Program ini disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malahan anda boleh mendapatkan beg cenderahati secara percuma yang telah diperuntukkan kepada 1,500 pendaftar terawal. Bermula 21 hingga 23 April di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Dewan 1, anda dialu-alukan membawa anak-anak dan masuk adalah percuma. Maklumat lanjut menerusi http://www.smartkids.com.my/ klcc/

Belajar menggubah bunga

Bagi anda yang meminati untuk menggubah bunga, boleh menghadiri kelas yang diadakan oleh Flora Hera yang dikendalikan oleh Faradiba Anuar yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Dengan pilihan bunga yang sukar didapati seperti hydrangea, peonies dan tulip, ia akan diserikan dengan dedauan atau bijian seperti ‘berry sprays’, ‘dusty millers’, ‘foliages’ dan ‘silver brunias’. Ia akan menghasilkan jambangan bunga yang cantik dengan idea dan praktikal yang akan diajarnya. Anda boleh menghadiri bengkel yang diadakan secara berkumpulan atau perseorangan. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout. com/kuala- lumpur/things-to-do/best- classes-andworkshops-in-kl

Festival aksesori antarabangsa

Mencari aksesori untuk dihadiahkan kepada orang tersayang? Anda boleh memilihnya di Malaysia International Jewellery Festival 2017 sempena musim bunga. Diiktiraf sebagai pesta aksesori wanita terbesar di Malaysia sejak 1997, pengunjung dibawa menerokai keindahan permata dari pelbagai negara. Anda tidak perlu lagi ke luar negara kerana semuanya di bawah satu bumbung. Seramai 160 pempamer dari 23 negara didatangkan dalam pameran ini, antaranya dari Itali, Rusia, Lebanon, Jepun, Hong Kong, India, Kemboja, Thailand, Singapura, Malaysia beberapa lagi negara. Menurut penganjur, acara sebegini dianjurkan dua kali setahun iaitu pada April dan November sempena menyambut Hari Ibu dan libur hujung tahun. Acara ini diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 21 hingga 24 April. Maklumat lanjut menerusi www.mij.com.my.

RM12, sarapan di hotel

Anda yang berada di Shah Alam dan ingin menikmati sarapan pagi segera, boleh ke Concorde Hotel dari jam 7.30 hingga 10 pagi. Dinamakan Xroads Xpress’ dengan hanya RM12, anda boleh memilih menu berbeza setiap hari. Antaranya ialah mee siam dengan ayam masak merah, tom yam mehun dengan tenggiri goreng kunyit, mee goreng dengan ayam goreng berempah dan pelbagai lagi. Jika anda ingin bersarapan ala barat, boleh memilih set roti seperti croissant atau Danish. Lengkapkan dengan pilihan kopi, the atau jus segar. Bermula pada 19 hingga 28 Apr untuk anda. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kuala- lumpur/ restaurants/xroads- xpress-weekday-special

Bazar hujung minggu

Habiskan hujung minggu anda sama ada membeli belah atau sekadar ‘cuci mata’ di Super Bazaar di Sunway Velocity Mall. Bermula 21 hingga 24 April, bazar ini akan menjual pelbagai barangan seperti aksesori, kelengkapan rumah, makanan, minuman dan barangan lain bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Tidak perlu bimbang atau rimas untuk membawa anakanak kerana bazar ini diadakan di dalam kompleks beli belah yang berhawa dingin dan selesa. Bagi yang bujang pula boleh memilih variasi aksesori seperti sarung telefon, rantai dan cincin yang ditawarkan dengan diskaun hebat. Bagi pembelian RM20 di setiap vendor, anda akan mendapat gula-gula kapas secara percuma. Maklumat lanjut menerusi https://www. sunwayvelocitymall.com/super-bazaar/

Komedi spontan Harith Iskandar

Lelaki paling lucu di dunia 2016, Harith Iskandar akan mengeletek hati anda dengan komedi-komedi spontan dalam Festival Komedi Antarabangsa Kuala Lumpur. Bersedia untuk mendengar cerita kelakar spontan pada 23 April nanti. Seperti biasa, ianya tanpa skrip tapi pasti mencuit hati anda dengan aksi semulajadinya. Selain Harith, turut terlibat adalah Papi Zak, Muzakir Xynll, Sulaiman Azmil, Prince Abdi, Christopher Daley, Keren Bala Devan, Kavin Jay and Fakkah Fuzz. https://www.timeout.com/kuala- lumpur/ comedy/kl- international-comedy-festival- makings-it-up

20 cawangan gim

Lepaskan adrenalin dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam di gymnasium Celebrity Fitness. Bagi bulan April, gimnasium ini menawarkan kad keahlian yang menarik kepada ahli baru, mengadakan program untuk menyokong hari kesihatan sedunia, zumba dan ‘Wow Wednesday’. Menariknya ‘Wow Wednesday’ yang diadakan pada 19 Apr dan 26 Apr ini, ahli boleh menggunakan peralatan hebat seperti ‘VIPR’ dan ‘Equalizer & RMT’. Ia diadakan pada 7 petang dan boleh dilakukan di kesemua 20 cawangan Celebrity Fitness. Maklumat lanjut menerusi http://www. celebrityfitness. com/


15

19 - 25 APRIL 2017

TRENDING

Profesionalisme Kaur dipuji

Faye sah isteri Azmi Hatta

Sikap profesional pembaca berita, Supreet Kaur dipuji netizen apabila tenang membaca berita kematian suaminya sendiri dalam berita yang disiarkan secara langsung di Chhattisgarh, timur India. Dia menyampaikan laporan menerusi telefon sebagai pelapor yang memberitahu butiran kemalangan terbabit. Biarpun wartawan itu tidak

menamakan mangsa-mangsa yang terlibat, tetapi butiran tersebut cukup untuk membuat Kaur sedar bahawa suaminya, Harshad Kawade, terbunuh. Bagaimanapun, Kaur terus membaca berita-berita lain untuk 10 minit seterusnya sebelum mengalirkan air mata selepas kamera dimatikan. Kaur kemudiannya pergi ke kawasan kemalangan dengan hati yang hancur.

Setelah sekerasnya menafikan menjadi perampas dan mempunyai hubungan dengan bekas suami Elly Mazlein, Faye Kusairi disahkan menikah dengan Azmi Hatta. Foto-foto perkahwinan pasangan ini dimuatnaik oleh kelab peminatnya @fayekusairiloversklub. Majlis pernikahan ini dikatakan diadakan di kondominium D’Pines, Jalan Ampang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. Akibat gambar tersebut, Faye dikutuk netizen kerana berkeras menafikan pada peringkat permulaan, namun akhirnya terpaksa menelan kecaman tersebut kerana kesilapannya.

Sistem ‘punch card’ untuk murid

Kahwin gadis Korea

Jejaka Malaysia yang tinggal di Korea sejak 10 tahun lalu, Khalid Ismail yang muncul di dalam satu rancangan realiti Korea pada April 2016 menjadi tular kerana penyampaiannya yang santai. Video tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia dan juga Korea. Setelah setahun berlalu, Khalid berkongsi kegembiraan di laman Facebook apabila selamat bernikah dengan gadis tempatan, yakni gadis Korea terpikat kepadanya. Khalid selamat bergelar suami kepada Lee Seul (nama tidak ditukar atas permintaan keluarga) di hadapan Imam Masjid Pusat Seoul, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa. Majlis di pihaknya di Kelantan akan dibuat pada tahun 2018.

Pemain ragbi tutup logo Bank

Aksi pemain tengah pasukan ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams menutup logo penaja pada kolar bajunya dengan pita pelekat pada satu perlawanan mengundang pelbagai persoalan. William yang menganut Islam beberapa tahun lalu berbuat demikian kerana tidak mahu menyokong pembabitan Bank of New Zealand (penaja) yang mengamalkan riba sebagai sistemnya. Tindakannya juga mendapat perhatian Perdana Menteri New Zealand, Bill English. Namun BNZ menghormati kerana ia membabitkan isu agama lalu menyerahkan jersi baru tanpa logo BNZ.

Baju raya Hello Kitty

Sesuatu yang comel dan unik menjadi tular iaitu rekaan baju raya dari Zabir Arfan apabila dia menggunakan karektor Hello Kitty sebagai dres dan baju Melayu. Namun, bermacam komen dari netizen mengenai rekaan yang sinonim dengan kanak-kanak sahaja. Malahan ada yang menyamakan ia seperti langsir dan cadar. Bagaimanapun mengikut Zabir, dia bukanlah peminat fanatik Hello Kitty dan ia dibuat kerana suka menghasilkan koleksi istimewa. Malahan ia bukanlah koleksi untuk dijual tetapi ia hanyalah koleksi peribadi­nya sahaja.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak menjadi sekolah pertama di Terengganu yang menggunakan mesin 'punch card' untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah. Inovasi ini membabitkan lebih 900 murid dalam usaha pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin mereka. Bagi sistem ini, setiap murid perlu merakam waktu kedatangan sebelum 7.40 pagi manakala pulang pada 4.30 petang selepas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Jika murid datang lewat tiga kali berturut-turut, mereka akan dikenakan tindakan disiplin. Namun, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa sebelum mengambil tindakan.

Pengemis beli baju anak

Di India, seorang pengemis mengambil masa dua tahun menyimpan wang hasil pengemisannya semata-mata untuk membeli baju baru buat anaknya. Harga baju tersebut bernilai 300 Taka atau RM16.50. Kisah sayu itu dikongsi oleh jurufoto, GMB Akash di Facebook hingga ia dikongsi oleh netizen lebih 20,000 perkongsian. Pengemis itu menyatakan yang anaknya, Sumaiya tidak mahukan baju tersebut kerana menyedari kedaifan mereka, namun dia tetap bertegas membelikannya kerana itu lah baju baru selepas dua tahun. Setelah membeli baju baru untuk Sumaiya, pengemis itu meminjam telefon jiran lalu mengambil gambar untuk merakamkan memori istimewa buat anaknya. Dia berbangga kerana dapat memberi kebahagiaan buat anaknya yang merasakan seperti puteri.

Lukis gambar guna PicsArt

Trend baru dan ramai pengikutnya kini ialah menulis nama atau melukis muka sendiri dalam bentuk yang kreatif menggunakan aplikasi telefon bimbit iaitu PicsArt.Boleh dilihat di laman media sosial terutamanya Facebook, rata-rata gambar profil ditukar dengan gambargambar ‘edit’ berkenaan yang disunting menggunakan aplikasi ‘Fokus N Filters’ dan ‘PicsArt’. Netizen Muhammad Amir Iddin telah berkongsi 11 langkah mudah untuk memasukkan gambar sendiri menjadi karektor berwarna-warni seperti komik.

Bayi lahir dalam pesawat

Pesawat Turkish Airlines mendarat dengan seorang penumpang ekstra apabila seorang penumpangnya warga Negara Perancis, Nafi Diaby melahirkan bayi perempuan ketika pesawat itu terbang pada ketinggian 42,000kaki. Insiden tersebut berlaku ketika penerbangan dari Conakry, Guinea ke Ouagadougou di Burkina Faso. Kru kabin pesawat itu muncul hero apabila berjaya menyambut bayi perempuan yang dinamakan sebagai Kadiju. Nafi Diaby yang sedang mengandung 28 minggu, mengalami sakit kontraksi lalu pramugari Turkish Airlines yang terlatih segera memberi bantuan menyambut kelahiran tersebut. Turkish Airlines berkongsi foto bayi perempuan itu di Twitter dengan menulis ucapan "Selamat datang ke atas kapal princesss. Pujian kepada kru kabin kami!"


16

19 - 25 APRIL 2017

www.syahrilkadir.com

Hadiah kedai Borders sempena ulang tahun anak

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PEMENANG MINGGU PERTAMA faizalmohammad

sobri_ibrahim

nuralyaamirah

PEMENANG MINGGU KEDUA kakaifunrun

lolie_said

nazhatul.shaza Berita pemeteraian perjanjian Smartwheels Resources Sdn. Bhd. dengan Berjaya Books.

PEMENANG MINGGU KETIGA farhana_fz

nikazuar

tyen_how

PEMENANG MINGGU KEEMPAT devidalildevil

cheanliang96

teracota79

Peraduan Cuti Cuti Warta 2017 telah pun berakhir. Berikut adalah 12 pemenang mingguan yang kini layak untuk masuk ke pusingan akhir dan memenangi hadiah utama. Anda boleh menentukan siapa yang bakal menjadi pemenang dengan mengundi gambar pilihan anda di laman web kami melalui : http://www.warta.my/finalis-cuti-cuti-warta/ Tarikh tutup pengundian ialah pada 30 April 2017

BIASANYA, apabila tiba hari ulang tahun kelahiran anak-anak, majoriti ibu bapa akan berusaha sedaya upaya untuk belikan hadiah yang terbaik dan teristimewa. Lain pula dengan sepasang ibu bapa ‘awesome’ ini, mereka hadiahkan anakanak mereka gedung buku Borders yang terkenal itu! Kisah ini bukanlah berlaku di luar negara tetapi di negara kita sendiri! Peguam terkenal, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan isterinya, Datin Yuskiahniza Md. Yusof, melalui firma milik mereka, Smartwheels Resources Sdn. Bhd., baru-baru ini telah memeterai perjanjian pelaburan RM20 juta dengan Berjaya Books Sdn. Bhd., untuk memiliki kepentingan dalam gedung buku Borders. Borders adalah sebuah jenama antarabangsa yang mempunyai rangkaian kedai buku di seluruh dunia. Menurut pasangan itu, usaha mereka membeli pegangan dalam Borders adalah semata-mata untuk memenuhi keinginan anak-anak mereka yang begitu suka membaca, lalu dijadikan hadiah hari ulang tahun mereka. Dalam ucapannya pada sebuah majlis ringkas sempena pemeterian perjanjian itu baru-baru ini, Khairul yang selain peguam, juga adalah bekas wartawan dan ahli politik yang kini namanya sedang bersinar dalam sektor korporat, telah membuatkan sebahagian hadirin sebak dengan kata-katanya. Menurutnya, memang menjadi impian hidup beliau untuk menghadiahkan anak-anak dengan gedung buku yang mengandungi ribuan judul buku berkaitan

agama, motivasi, pendidikan, perniagaan, kepimpinan, novel dan pelbagai genre bacaan lain. “Sebagai seorang ayah, saya yakin siapa pun juga mahu anak-anak membesar dan disibukkan dengan persekitaran ilmu. “Jika kita memiliki harta, kita akan sibuk dengan urusan menjaga harta. Sebaliknya, jika kita memiliki banyak ilmu, insyaallah ilmu itulah yang akan menjaga diri kita. Borders bukan sekadar gedung buku, ia adalah taman ilmu dan kasih sayang,” katanya. Ikuti cerita lanjut mengenai mereka dalam www.syahrilkadir.com.


17

19 - 25 APRIL 2017

Makan

DI MANA

Pak John sedia 150 menu MURNI REJAB

ADA lebih 150 pilihan menu yang boleh anda pilih. Ruang makannya luas, dapat menempatkan sehingga 200 orang dalam satu masa. Inilah kelebihan yang menanti anda di Restoran Pak John Steamboat & Bbq di E-Curve, Mutiara Damansara. Restoran yang me­nyaji­kan bufet steamboat, panggang dan 'bbq' ini pasti menjanjikan kepuasan kepada pelanggannya yang menyukai makanan laut yang segar, masakan tempatan,

Dim Sum; surimi (bebola sejuk beku); daging premium seperti daging kambing, lembu, itik, abalone dan ayam; serta pencuci mulut seperti buah buahan, ais krim, waffle dan sebagainya. ’Lambakan’ surimi atau bebola diletakkan di beberapa sudut restoran membuatkan anda terfikir, yang mana satu hendak dicuba terlebih dahulu.. Itu belum lagi mengambil kira hidangan yang lain. Tambah menarik, restoran ini menyajikan lima jenis sup yang menggunakan ramuan

semulajadi iaitu tomyam, sup udang, kari, sup ayam dan sup miso menjadikan restoran Pak John Steamboat & Bbq ini lain dari lain. Sekurang-kurangnya anda boleh membuat pilihan untuk memilih sup yang akan menjadi santapan nanti. Bagi hidangan barbeku pula, sebanyak 14 jenis sos buatan sendiri seperti spicy thai, green thai chili sauce, sos belacan dan spicy and sour sauce adalah yang perlu dicuba. Makan bersama daging ayam atau lembu yang diperap memang

Ruang dan aturan kedai yang kemas

Pelbagai menu disediakan di sini membuatkan anda rambang mata.

akan membuka selera anda. Restorannya yang berkonsepkan urban ini menjadi perhatian kami. Ruang luas dan selesa serta dekorasi menarik, terasa seperti berada di ruang sebuah rumah. Aturan meja dan setiap jenis hidangan yang dibahagikan kepada beberapa bahagian ini sangat kemas aturannya. Jadi, tidak ‘semak mata’ melihatnya. Menurut pengurusnya Cs Chong, 35, mereka turut menyediakan satu bilik VIP secara percuma untuk sebarang majlis seperti majlis hari jadi atau majlis makan malam istimewa. Yang penting anda perlulah membuat tempahan awal. Bagi yang idamkan makan stimbot, barbeku dan pelbagai lagi hidangan

Aiskrim berharga RM3,023

Jika beg atau pakaian berjenama berharga ribuan ringgit boleh diterima akal, namun jika aiskrim yang berharga demikian, pasti kita tertanya-tanya apa istimewanya ia hinggakan diletakkan harga yang tidak masuk akal. Sebuah kedai pencuci mulut di Dubai telah melancarkan aiskrim yang dianggap paling mahal di dunia dengan harga termurah serendah 3,000 dirham (kira-kira RM3,023). Seorang peniaga dari India, Zubin Doshi berkata,

harga mahal itu sebenarnya masih lagi murah dan memang pun dianggap wajar setelah mengambil kira bahan-bahan yang digunakan juga dikecualikan daripada GST. Ais krim eksklusif dikenali sebagai ‘Black Diamond‘ atau berlian hitam itu diperbuat daripada bahan-bahan bernilai mewah antaraya ‘Italian Truffles’, ‘Ambroisal Iranian Saffron’ dan emas 23 karat yang boleh dimakan begitu sahaja. Ia kemudian dihidang di dalam mangkuk jenama

Versace yang boleh disimpan oleh pembeli dan kini sudah pun dijual di Scoopi Cafe, tidak jauh dari hotel berprestij ikon popular Dubai, Burj Al Khalifa setinggi 830 meter.

yang boleh ‘menyuntik’ selera anda, sila lah berkunjung ke sini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Bermula dari RM14.95 hingga RM39.90 tidak termasuk GST. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Khasiat makanan yang direbus

· Makanan yang direbus baik untuk diet kerana tidak mengandungi lemak dan kalori. · Makanan yang direbus lebih menyihatkan daripada makanan yang digoreng kerana makan yang digoreng mengandungi minyak yang tinggi. · Ketika merebus makanan, ku­ man dalam ma­ kanan akan ma­ ti tapi ja­ ngan merebus ter­lalu lama ke­ rana ia dapat meng­hi­ lang­kan vi­ta­min dan mineral da­ lam makanan.


18 Di sebalik

19 - 25 APRIL 2017

JENAMA

Steadtler, takhluk dunia dengan pensil MURNI REJAB

SIAPA yang tidak kenal dengan alat tulis jenama terkemuka STAEDTLER. Pensil, pen, dan pensil warna, LUNA antara produk kesukaan kanak-kanak yang mesti dibeli tatkala berkunjung ke kedai alat tulis. Ibu bapa malah pelajar sekolah pasti akan memilih jenama ini kerana umum mengetahui semua produknya berkualiti. Jenama terkemuka STAEDTLER ini berasal dari Jerman. Ia bernaung di bawah syarikat, Mars Staedtler GmbH & Co. KG, sebuah syarikat alat tulis terbaik dan terkemuka di dunia. Syarikat ini didirikan oleh Johann Sebastian Staedtler atau dikenali J. S. Staedtler pada tahun 1835. Ia

mengeluarkan pelbagai alat tulis termasuk bekas pensil, pen, dan juga pensil kayu. Sehingga kini, STAEDTLER memiliki lebih dari 20 syarikat di seluruh dunia.

Sejarah

Nama STAEDTLER berkait ra足 pat dengan sejarah pensil di Nurembergs, Jerman. Sebelum J. S Staedtler menubuhkan syarikat pensil Nurembergs pada 1835, keluarganya telah membuat pensil secara buatan tangan. Pada 3 Okt 1835, STAEDTLER menghasilkan pensil, kapur tulis merah dan pensil pastel. Sekitar tahun 1840, STAEDTLER mampu menghasilkan 63 jenis pensil. Pada 1866, syarikatnya mengupah pekerja seramai 54 orang dan berjaya menghasilkan 2.16 juta batang pensil se足 tahun.

Logo

Friedrich Staedler, pembuat pensil pertama STAEDTLER

Sejak 1908, terdapat lapan jenis logo STAEDTLER. Logo pertama yang di足 gunakan di syarikat adalah dari 1908 hingga 1912. Logo yang kedua digunakan dari 1912 hingga 1925, manakala logo yang ketiga digunakan pada 1925 hingga 1952. Logo keempat digunakan

dari 1952 hingga 1957, logo kelima dari 1957 hingga 1963, keenam dari 1963 hingga 1973. Logo ketujuh digunakan dari 1973 hingga 2001 dan logo terakhir digunakan sejak 2001 sehingga sekarang. Friedrich Staedtler, pembuat pensil pertama di dunia Pensil menjadi peneman kehidupan seharian orang Jerman semenjak abad ke-17 untuk mencatat dan melakar sesuatu. Friedrich Staedtler, adalah pembuat pensil pertama di STAEDTLER sejak 1662. 350 tahun lepas, Friedrich Staedtler

Pensil warna RM13,000

Pereka fesyen, Karl Lagerfeld menyedari yang beliau memerlukan pensil warna yang banyak dalam memenuhi tuntutan kerjayanya. Justeru, pada tahun 2016, Lagerfeld bekerjasama dengan syarikat pensil warna terkemuka Faber-Castell untuk mencipta pensil warna khas yang harganya mencecah RM13,000.

Rekaannya yang mengambil inspirasi perkahwinan orang Cina memaparkan je足 nama Lagerfeld pada penutup kotak pensil mengandungi 350 pensil yang mempunyai fungsi masing-masing seperti melakar, melukis, mewarna dan mengecat. Sebanyak 2,500 set pensil warna ini direka dan sedia untuk dijual kepada mereka yang menghargainya.

Produk STAEDTLER sesuai untuk semua peringkat umur

diberi kebenaran untuk mengeluarkan pensil sepenuhnya secara bebas pada usia 25 tahun. Friedrich Staedtler adalah anak emas Hans Staedtler yang dilahirkan pada 1636. Dia kemudiannya belajar tentang pembuatan pensil dari bapa mertuanya Michael Jenig. Dia membuat pensil dari mula hingga akhir iaitu dari meletakkan plumbum dan memotong yang kayu sehinggalah proses pengetaman kayu untuk menjadi sebatang pensil.

Lukisan termahal RM1.1 bil Lukisan yang memaparkan dua pemain kad yang dihasilkan oleh Paul Cezanne berasaskan pensil minyak. Ia dihasilkan pada awal tahun 1890an yang sebenarnya dihasilkan dalam lima lukisan berbeza. Keluarga DiRaja Qatar telah membeli sekeping lukisan sahaja dengan harga beratus juta. Inspirasi lukisan tersebut berdasarkan kehidupan ketika itu yang membabitkan petani dalam kehidupan yang serius iaitu dua lelaki memandang kad bukannya berkomunikasi antara satu sama lain.


19

19 - 25 APRIL 2017

21

Super Junior, mahu dipandang 'senior'

Dunia baru Elly Mazlein 20

21

21 Tampil ringkas ‘jiwa’ Elyana

Dzawin, hibur sambil menegur 23 21


20

19 - 25 APRIL 2017

Elly Mazlein @ Lina Pom Pom

Histeria peminat Fifth Harmony

Syeril Sharina Azhar

E

ELLY Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai kak Lina Pom Pom bukan lagi wa­nita lemah yang selalu mengalirkan air mata. Elly yang dulu terkenal dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Terpendam telah melalui banyak liku kehidupan yang mematang­ kan dirinya. Bukan sedikit pem­ inat yang menyokong perjuangan seninya dan atas faktor itu dia terus bertahan. Melalui rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza, nama Elly kem­ bali panas dan mendapat per­ hatian. Bagi Elly, sambutan yang diberikan bukan sebab utama mengapa dia terus gigih bergiat

aktif dalam bidang seni sehingga sekarang. Pada usia yang terlalu muda, seawal usia 16 tahun dia telah memasuki dunia hiburan. Bermula dari suka-suka atau sekadar hobi, hari ini bukan sahaja kerjaya seni menjadi sum­ ber pendapatan utamanya. Dia bukan sahaja berjaya sebagai penyanyi dan pelakon tetapi juga sebagai seorang usahawan. Setelah lama menyim­ pan impian untuk mem­ buka perniagaan sendiri, kini, Elly telah mempunyai produknya sendiri. Dia kini telah mengeluarkan satu jenama produk penjagaan wajah yang diberi nama sabun Lina Pom Pom. Elly tidak lagi gentar untuk meneruskan langkahnya dalam mengembangkan bidang seni dan perniaga­ anya.

'Hantu' ikut Shiela ke rumah?

RATU Jazz negara, Datuk Shiela Majid rupanya tak boleh dengar cerita seram. "Saya rasa 'hantu' itu akan ikut saya balik rumah," katanya. Satu peristiwa di Sabah katanya, dia dan rombongan daftar masuk hotel agak lewat malam. "Diberi bilik agak besar. Apa lagi, waktu itu kami pergi un­ tuk satu kon­ sert di sana, habis semua mana­ gement staff saya panggil tidur di

bilik saya." Shiela turut menafikan dia sebe­ narnya bukan Ratu Jazz Negara. "Lagu saya sebenarnya genre pop, media yang beri gelaran itu dan melekat pula sampai sekarang, mung­ kin kerana sekitar 80an dulu lagu yang saya bawa agak ada kelainan berbanding lagu Melayu yang lain, itu menyebabkan sayadikaitkan dengan jazz, saya nak nafikan pun susah," jelasnya.

Akshay Kumar ‘terkejut’

Selepas membintangi lebih 1,000 buah filem sejak tahun 90 an, kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filem Kebang­ saan India ke 64 amat mengejutkan Akshay Kumar. Katanya, ketika dicalonkan pun ia cukup mengejutkan drinya. Akshay, 50 menambat hati juri dengan lakonannya menerusi filem Rustom.

EMPAT gadis yang menganggotai Fifth Harmony tidak menyangka akan meraih kejayaan seperti yang dikecapi sekarang. Dilahirkan menerusi program reality The X-Factor Amerika Syarikat, ramai menjangkakan mereka akan sukar untuk menjadi kumpulan yang berjaya. Fifth Harmony berjaya menafikan telahan itu. Mereka semakin diminati di peringkat antarabangsa. Tidak keting­ galan mereka juga mempunyai peminat di Malaysia. Konsert jelajah The 7/27 Tour Live in Malaysia 2017 di Surf Beach, Sunway Lagoon, baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa daripada peminat tempatan dan menyatakan mereka terhibur dengan persembahan kumpulan yang terkenal den­ gan lagu That’s My Girl itu. Meskipun masih ‘junior’ dalam industri hiburan, kemampuan Fifth Harmony sehebat artis terkenal yang lain. Sebaik muncul di pentas, lokasi konsert bergema dengan jeritan lebih 10,000 penonton. Kehebatan vocal dan gerak tari yang bertenaga adalah tarikan utama mengapa kumpu­ lan ini sangat digilai ramai. Ternyata mereka bijak kuasai pentas untuk berikan kulaiti persembahan yang menghibur­ kan.

Rossa pilih Australia!

PENYANYI cantik manis Indonesia, Rossa ketika melancarkan album terbarunya The New Chap­ ter menyatakan dia telah beberapa kali meminta izin daripada ayahnya untuk menetap di Sydney, Australia namun mendapat halangan bapanya. "Saya telah beberapa kali minta untuk menetap di Sydney, tetapi setiap kali bapa tidak izinkan," katanya. Rossa turut menyatakan setiap kali dia meng­ habiskan masa di dalam studio untuk menyiap­ kan rakaman lagu atau album, setiap kali itu juga dia seperti mahu bersara dari dunia nyanyi­ an kerana tidak sanggup memberi komitmen masa yang amat panjang untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik, tetapi demi peminat, dia terpaksa korbankan perkara itu.

Sebab kuda Andy Law kaya

PELAKON terkenal Andy Lau dilaporkan menerima bayaran sebanyak HK$80 juta (RM45.73 juta) daripada syarikat insuran sebagai pampasan akibat terjatuh kuda baru-baru ini, lapor Kwong Wah Yit Poh. Andy dikatakan terjatuh ketika sedang menjalani penggambaran sebuah iklan komersial di Thailand. Andy dibayar seban­ yak RM195, 000 sehari dan terlantar sakit di hospital selama 51 hari. Dilaporkan juga akibat kejadian itu, dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama enam bulan.


21

19 - 25 APRIL 2017

Seputar Artis

Tampil ringkas ‘jiwa’ Elyana SETELAH lama berehat dari in­ dustri untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga, pen­ yanyi Diriku Tapak Sulaiman, Elyana menyatakan keinginan untuk kembali aktif menyanyi sebagaimana ketika zaman solonya. Elyana atau nama sebe­ narnya Erneelya Elyana Emrizal, mengakui keputusan untuk berehat seketika dalam bidang seni sebelum ini bukan disebab­ kan halangan suami sebaliknya kehendak diri sendiri. “Sebenarnya suami saya tidak pernah menghalang untuk saya terus aktif dalam bidang seni, tetapi ketika itu saya sendiri yang seronok duduk di rumah luangkan masa dengan keluar­ ga dan menjalani rutin harian sebagaimana orang biasa.” katanya. Tambah Elyana, hasrat itu kembali aktif timbul bukan ker­ ana ramai rakan seangkatannya membuat kemunculan semula, tetapi lebih kepada dorongan peminat yang mahu dia kembali

menghangatkan dunia seni tanah air. Menyentuh soal pa­ kaiannya yang tampak tetap ringkas seperti dulu walaupun telah berlainan status, jawab El­ yana, dia amat selesa ber­ pakaian seperti itu kerana melambangkan jiwanya. Dia tidak akan merubah penampilannya selagi sesuai dengan umur dan perwatakannya kerana dia adalah orang yang sama yang yang tidak pernah merubah penampilan dan genre muzik yang diminati selagi ia sesuai dengannya. “Saya masih macam dulu, suka tampil ringkas dan selamba dalam apa sa­ haja yang dilakukan kerana itulah jiwa saya. Jadi saya mahu kekal dengan penampi­ lan sebegitu kerana peminat juga mengenali saya dengan karakter itu baik dari segi imej mahupun genre muzik,” tegasnya.

Dzawin, hibur sambil menegur PELAWAK dari negara seberang yang sedang meniti namanya di Malaysia, Dzawin Nur Ikram atau lebih dikenali sebagai Dzawin bukan sahaja menempa sejarah sebagai pelawak tunggal pertama dari Indonesia yang terpilih untuk bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega musim ke-6, tetapi adalah antara peserta ‘favourite’ juri dan penon­ ton. Dzawin yang sudah bekecimpung dalam dunia ‘standup comedy’ sejak 2011 sudah membuat persembahan di serata Indonesia sehinggalah bakatnya dicungkil di dalam pro­ gram Standup Comedy Indonesia ( SUCI ) 2014 musim ke-4 di rangakaian Kompas Tv. Selain menjadi pelawak komedi sepenuh masa, Dzawin juga seorang penulis karya yang bergenrekan komedi. Anak kelahiran Bogor ini adalah lulusan S1 Universiti Islam Indonesia ( UIN ) dalam jurusan pendidikan. Ketika berusia12 tahun, Dzawin dihantar untuk belajar di sekolah agama dan tahfiz Al-Quran. Dalam setiap persembahannya Dzawin akan menyelitkan unsur agama sebagai teguran membina kepada peminatnya. Dzawin turut mengakui tidak pernah merakan apa-apa perubahan sekalipun semakin popular dan dia tetap Dzawin yang dulu. “Saya tidak akan pernah merubah diri, saya tidak suka untuk menjadi individu yang lain. Cuma apa yang berbeza adalah apabila saya ke lapangan terbang untuk berulang alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur, hampir setiap orang di situ mengenali saya dan menegur saya. Itu adalah antara kejadian yang tidak saya sangka.” katanya.

Super Junior, mahu dipandang 'senior' Super Junior, kumpulan yang berasal dari Korea Selatan ini telah lama terlibat dalam bidang nyanyian. Kumpulan yang diketuai oleh Lee Teuk ini, pada mula pembabitannya telah dikritik teruk disebabkan mereka adalah satu-satunya kumpulan baru yang mempunyai ramai anggota ketika itu. Kesabaran Super Junior selama enam tahun melayari badai bidang hiburan Korea, akhirnya telah membuahkan hasil kerana dengan lagu ‘Sorry Sorry’, mereka telah dikenali dan digilai peminat seantero dunia. Mereka turut menjadi antara kumpulan penyanyi yang disegani kerana bilangan peminat mereka melebihi jutaan orang. ” Kami tidak ingin dianggap sebagai senior atau saingan, tapi kami ingin dipandang seperti seorang senior yang boleh memberikan contoh dan inspirasi terhadap junior yang lain, seperti kumpulan senior kami iaitu Shinhwa.’ kata Lee Teuk dalam satu temubual.

Vin Diesel pengkhianat? Fast and Furious 8 kini sudah berganti tajuk menjadi The Fate of The Furious yang sarat dengan adegan aksi yang sangat ekstrem. Setelah lama ditunggu peminat seluruh dunia, akhirnya trailer panjang filem ini telah disiarkan oleh studio Universal Pictures. The Fate of The Furious sendiri berkisah mengenai nasib Dominic Toretto yang dilakonkan oleh Vin Diesel yang mana harus menjadi seorang pengkhianat kepada rakan sepasukannya. Hal ini telah menyebabkan Vin terpaksa melakonkan pelbagai aksi yang berkisar tentang perasaanya yang berkeceramuk ditambah pula aksi-aksi berat yang terpaksa dilakonkan menggunakan beberapa buah kereta mewah. Vin dalam satu temuramah berkata dia sangat berbesar hati dapat melakonkan watak berkenaan tetapi dalam masa yang sama dia terpaksa menyeimbangkan perasaanya apabila terkenangkan mendiang sahabat karibnya, Paul Walker.

Dari heavy metal, ke rock leleh Mendayu-dayu tapi garang dan senang tangkap, itu antara lain komenkomen yang diberikan pendengar yang telah mendengarkan single ‘Kau Yang Satu’ ini. Dinyanyikan dan juga karya dicipta sendiri oleh Regi Weking, penyanyi yang berasal dari Indonesia. Regi Weking adalah bekas vokalis kumpulan heavy metal yang dikenali sebagai Garuda Force. Regi telah keluar dari kumpulan tersebut pada tahun lalu dan telah menghasilkan single keduanya berjudul Kau Yang Satu yang bergenre Rock Leleh ala Malaysia era 80/90 an. Bagi peminat tempatan, lagu Regi boleh dimuat naik di iTunes dan di tonton di Youtube. Penyanyi Lagu Durasi Youtube Itunes

: Regi Weking : Kau Yang Satu : 3 minit 44 saat : https://www.youtube.com/watch? v=WYDOPSr1gUA : https:/itunes.apple.com/id/ album/kasih-jangan- menangis-ep/id1081328374


22

19 - 25 APRIL 2017

RELEKS

Jom Wayang Filem: The Whole Truth Bahasa: Inggeris Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017 Durasi: 1 Jam 34 Minit Pelakon: Keanu Reeves, Renee Zellweger, Gugu Mbatha-Raw, Gabriel Basso, James Belushi Pengarah: Courtney Hunt SINOPSIS Mengisahkan seorang peguambela, Richard Ramsay, telah bersumpah kepada rakannya Loretta Lassiter yang dia akan memastikan anak Loretta, Mike, tidak akan masuk ke penjara walau apa sekali pun. Apabila Mike didakwa atas kesalahan membunuh bapanya, Ramsay cuba melucutkan dakwaan tersebut. Tetapi bukti mengenai bapa Mike, Boone Lassiter, mula timbul dan mendedahkan sudut yang makin menampakkan bukti. Ramsay tetap mencari bukti untuk melepaskan Mike daripada tuduhan itu, rakannya, Janelle cuba menyiasat kes tersebut dengan lebih mendalam dan mendapati hanya dia seorang boleh merungkaikan seluruh kisah yang sebenar.

Filem Pali Road Bahasa Inggeris Genre Aksi Durasi 1 jam 32 minit Pelakon Michelle Chen, Jackson Rathbone, Sung Kang Pengarah Jonathan Hua Lang SINOPSIS Seorang doktor muda telah tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Dia mendapati dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, hidupnya juga dalam keadaan yang buntu kerana tidak dapat mengimbas kembali memori lama. Oleh yang demikian, dia telah berusaha untuk mencari kembali identiti dirinya namun semakin menemui banyak persoalan.

Filem Pali Road Bahasa Inggeris Genre Aksi Durasi 1 jam 32 minit Pelakon Michelle Chen, Jackson Rathbone, Sung Kang Pengarah Jonathan Hua Lang SINOPSIS Seorang doktor muda telah tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Dia mendapati dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, hidupnya juga dalam keadaan yang buntu kerana tidak dapat mengimbas kembali memori lama. Oleh yang demikian, dia telah berusaha untuk mencari kembali identiti dirinya namun semakin menemui banyak persoalan


23

19 - 25 APRIL 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Diganggu dibilik air

SUDOKU

Jawapan

BAWA bantal kecil ke pawagam jika anda kaki jerit! Hospital, filem ke-118 terbitan Metrowealth International Group (MIG) me­ mang menyeramkan. Diarahkan oleh Azaromi Ghozali, filem ini membariskan pelakon berpen­ galaman seperti Fizz Fairuz, Rashidah Jaafar, Serina Redzuwan dan Lailan Zailan Mengisahkan seorang gadis kampung, Amira ke ibu kota untuk menghadiri temuduga sebagai jururawat di sebuah hospital. Ma­ langnya ketika berjalan kaki mencari hospital berkenaan, dia telah tersasar arah sehinggalah ke sebuah hentian bas di kawasan agak terpen­ cil. Amira menarik nafas lega apabila ketika dia dalam kebuntuan, muncul Dahlia tawarkan diri untuk membantu. Secara kebetulan, rupa-rupanya Dahlia bekerja di hospital yang dicarinya. Amira diteri­ ma bekerja dan atas pelawaan Dahlia, dia juga bersetuju untuk mereka tinggal bersama. Bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira. apabila pertama kali dia menjejakkan kaki di rumah itu. Dia sering di­ ganggu termasuk ketika mandi. Tidak ha­nya di rumah, lama kelamaan, gangguan turut berlaku di tempat kerja. Kawannya, Farah bersama tunangn­ ya, Fahmi cuba untuk membantu namun mereka turut menerima gangguan. Tambah mengusutkan keadaan, Amira ketika mulai rapat dengan doktor Farid mendapat tentangan Dahlia.

Jawapan Tarikh tayangan : 13 April 2017 Genre : Seram Durasi : 1 jam 50 minit Pelakon : Fizz Fairuz , Rashidah Jaafar, Serina Redzuwan, Lan Zailan, Fatin Afeefa, Shima Anuar, Shima Anuar Pengarah : Azaromi Ghozali


24

19 - 25 APRIL 2017

ADVERTORIAL

MOSTI pikul tugas 'digital'kan negara BUKIT JALIL - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menekankan ke­ pen­ tingan teknologi pentaksiran di­gital ketika negara me­lang­ kah ke era revolusi in­ dus­ tri keempat. Menterinya Datuk Seri Madius Tangau berkata, pa­ da ketika negara giat mem­ bangunkan ekonomi digital, lebih banyak operasi yang selama ini dilakukan secara manual harus didigitalkan, con­ tohnya dalam sektor pe­ ngu­rusan sumber manusia. "Dalam dunia yang tidak me­ nentu dan persekitaran yang sukar difahami sekarang, peranan psikometrik men­jadi semakin penting. Orga­ ni­ sasi mesti menyedari ha­­kikat keperluan bagi pen­ taksiran saintifik, dan betapa ke­ perluan tersebut wujud se­ tiap hari di sekeliling kita. Kerumitan abad ke-21 me­ merlukan penyelesaian abad ke-21,” katanya dalam maj­lis pelancaran Teknologi Pen­ taksiran Digital untuk revolusi industri keempat. Madius menekankan ke­ pentingan integriti dan ke­ te­ lusan dalam pentadbiran

Wilfred Madius Tangau (dua dari kanan) menyampaikan buku gimik perasmian kepada Abdul Wahab Abdullah sambil disaksikan Mohd, Azhar Yahaya (dua dari kiri) dalam majlis Pelancaran Teknologi Pentaksiran Digital untuk Revolusi Industri Keempat

negara membuatkan proses pen­digitalan menjadi se­ma­ kin penting. Menurutnya pen­­taksiran digital bukan lagi satu pilihan, malahan ia satu keperluan dalam me­ wu­ judkan tenaga kerja yang dapat menyumbang secara ber­kesan. “Dengan penerima gunaan piawaian antarabangsa MS ISO, ternyata ekosistem untuk

MENARIK MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Program Episod Tarikh

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 19 - 25 April 2017

: BIZ TIPs : 13 : 19 April 2017

"LELAKI TEROKAI DUNIA KECANTIKAN" Dr. Aidi Azry Dato Mokhtar, seorang lulusan perubatan, memilih dunia kecantikan yang kurang popular di kalangan adam, untuk membina empayar perniagaan beliau. Kini beliau semakin mengukuhkan nama dalam dunia ini dengan mengasaskan syarikat beliau iaitu Idealyst MediSpa yang menjelmakan mimpi insan yang ingin memiliki kecantikan abadi. Dapatkan panduan mencipta kejayaan dengan menerokai bidang yang bukan kebiasaan dari Dr. Aidi hanya dalam Biz Tips.

pentaksiran digital di negara kini lengkap. Paling penting industri tempatan semakin ham­pir untuk menjadi peserta global,” jelasnya. Turut hadir pada majlis itu, yang diadakan sempena Simposium Psikometrik Ma­ laysia 2017, ialah Ketua Setia­ usaha MOSTI Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya, Ke­ tua Pegawai Eksekutif

MIMOS Datuk Abdul Wahab Abdullah, Ketua Pengarah Ja­ batan Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin ser­ ta pengurusan tertinggi uni­­ versiti tempatan dan pe­ mimpin industri. MIMOS mula menjalankan ak­tiviti penyelidikan dan pem­ ba­ ngunan (R&D) psikometrik pada 2009. Kini, lapan tahun berlalu, terdapat sebanyak 20 organisasi mengguna pakai eko­ sistem tersebut termasuk enam kementerian. Sementara itu, Abdul Wahab berkata kemahiran abad ke-21 seperti pe­nye­le­sai­an masalah, pe­mi­kiran kritis dan kreatif, kerja berpasukan dan penyesuaian budaya men­­jadi lebih penting untuk ke­majuan negara. Namun, set kemahiran ini tidak da­pat diukur dengan baik oleh kelayakan akademik tra­di­sio­nal. "Tidak dinafikan teknik psikometrik yang diamalkan pada abad lalu dapat mengukur kemahiran, tetapi ia tidak dapat dilakukan dengan jitu. Jadi, pentaksiran kemahiran abad ke-21 menggunakan tek­ nik pentaksiran digital termaju, seperti yang sedang

dibangunkan di MIMOS kini adalah tepat," katanya. Dua standard antarabangsa diterima guna sebagai Standard Malaysia (MS ISO). Majlis itu juga menyaksikan perasmian Persatuan Psi­ko­­metrik Malaysia dan per­tu­karan dokumen MoU an­ tara MIMOS dan rakan usa­ ha­samanya. Selain itu, 13 rakan strategik teknologi MIMOS turut diiktiraf. Fadilah berkata kedua-dua standard baharu tersebut me­ nyediakan kriteria amalan baik dan panduan bagi pe­ ma­ ju dan pentadbir ujian pro­ fesional. Ia berpotensi me­­ningkatkan keyakinan ter­ hadap keadilan ujian pen­ taksiran, dan membuat orang ramai kurang terdedah ke­pada andaian kurang tepat yang dibuat berdasarkan ujian tidak saintifik. “Kedua-dua standard ba­ ha­ ru ini akan menyediakan garis panduan penting bagi agensi kerajaan dan swasta yang ingin menggunakan kaedah pentaksiran digital bagi pelbagai tujuan; seperti peng­ ambilan, kenaikan pangkat dan penempatan kakitangan pada masa depan,” katanya.

PROGRAM : LEGASI NIAGA 2 TARIKH TAYANGAN : 25 APRIL 2017 MASA : 8.30 MALAM EPISOD : 16

PROGRAM : SANTAI FAMILIA MUSIM KEDUA EPISOD : 12 TARIKH SIARAN : 24 APRIL 2017 MASA : 8:30 MALAM

SONGKET SAMUDERA BANTU SURI RUMAH Bermula dengan pembuatan songket di rumah sahaja, Rohani Ibrahim, 48, menginspirasikan ramai suri rumah untuk melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan songket. Perniagaan keluarga yang dimulakan di Kampung Tebakang, Marang, Terengganu ini melalui banyak suka duka sebelum dikenali dan diiktiraf sebagai industri kecil sederhana. Saksikan kisah seribu liku legasi perniagaan ini hanya dalam Legasi Niaga.

Sesiapa yang memilih untuk bercuti sambil melarikan diri daripada kesibukan bekerja, Cyberjaya adalah lokasi yang sesuai. Rencam penginapan boleh didapati di bandar itu seperti Cyberview Lodge Resort & Spa, Shaftsbury Serviced Suites dan Dash Box Hotel yang menyediakan penginapan ringkas, tetapi cukup selesa. Pengunjung pastinya akan terkesima dengan keunikan penginapan disediakan. Apa lagi yang menarik di sana? Ikuti pengalaman pengacara, Fiona Cheong, Isnin ini.

PROGRAM : HOUSE HUNT 2 TARIKH TAYANGAN : 28 APRIL 2017 MASA : 8.30 MALAM EPISOD : 13 RUMAH MURAH DI CYBERJAYA Samsol Arif, 52, yang bekerja sebagai penjawat awam, ingin mencari rumah untuk keluarga besarnya. Beliau bersama isterinya, menggunakan khidmat ejen House Hunt untuk mencari rumah yang murah di Cyberjaya. Berjayakah mereka mencari rumah yang diidamkan dengan bajet yang diperuntukkan? Semuanya dalam House Hunt Musim Kedua.

Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

19 - 25 APRIL 2017

Kisah anak muda

Pecut Lamborghini pada suhu 70 c MURNI REJAB

SIAPA yang tidak jatuh cin­ ta akan kereta mewah Lamborghini. Malah peluang untuk memandunya pun susah. Inikan pula untuk memiliki kereta yang terkenal dengan deruman enjin yang ‘mengancam’ dengan harga yang tidak masuk akal ini. Kisah Anak Muda kali ini membawa anda ber­ ke­ nalan dengan pemandu mu­ da professional kereta ber­ kuasa tinggi keluaran Itali ini. Namanya pernah meng­ harumkan negara selama be­ berapa kali sejak dia me­ libatkan diri dalam arena

sukan permotoran ini. Mohamad Afiq Ikhwan Mohamad Yazid atau lebih dikenali Afiq Yazid, 25, adalah pemandu kereta mewah Lamborgini dari Malaysia di bawah kumpulan Clazzio Racing, adalah satu perkara yang perlu dibanggakan oleh kita. WARTA berkesempatan me­nemui anak muda berbakat besar ini di litar Sepang ketika per­lumbaan Lamborghini Super Trofeo Asia Series 2017 yang berlangsung pada 8 hingga 9 April. Gaya santai dan tidak kekok dengan se­ nyuman membuatkan kami senang berbicara dengannya.

Menjadi seorang pemandu professional kereta berkuasa tinggi dalam usia muda bu­ kan­ lah satu perkara yang mudah. Jelas Afiq, ia perkara yang memerlukan latihan dari masa ke semasa untuk menjadi seorang pemandu yang berkaliber sehingga digelar sebagai ‘pro driver’. Menurut Afiq, kerana su­ka­kan bunyi deruman enjin kereta, dia mulanya men­ jinakkan diri dalam su­ kan pemotoran go kart terlebih dahulu seawal usia 15 tahun sebelum terjun ke dalam bidang permotoran pemanduan kereta GT dengan lebih serius.

Ketika di perlumbaan Lamborghini Super Trefeo Asia Series 2017 di Sepang

“Bidang permotoran ini adalah bidang yang susah un­ tuk diceburi sebenarnya, saya amat bernasib baik kerana minat dan passion saya dalam bidang ini membuka mata pihak Petronas pada awalnya untuk memberikan peluang sebagai platform utama saya memandu kereta di bawah kelolaaan mereka selama lima tahun,” ujar­nya. Pengalaman pertamanya adalah memandu Formula Car pada 2008 selepas dia dipilih dalam program Petronas Formula Experience (PFX). Selepas itu, Afiq mula melebarkan sayap menyertai Lamborghini Super Trofeo Asia Series bermula tahun 2014 hinggalah sekarang. Bagi yang belum tahu, keadaan di dalam kereta lumba sangat panas ter­utama­ nya ketika berlumba semasa waktu tengah hari. Perkara ini diakui sendiri oleh Afiq yang pernah memenangi per­ lumbaan Lamborghini Super Trofeo Asia Series 2015 (ProClass). “Keadaan dalam kereta me­mang sangat panas, boleh sampai 70 darjah celcius seperti dalam oven, ditambah pula apabila perlu memakai satu set lengkap pakaian

Pengalaman manis WARTA, Lambo

Kereta berkuasa tinggi Lamborghini menjadi lambang kemewahan

PELUANG hanya datang sekali. WARTA memperoleh peluang keemasan itu. Warta­ wan WARTA, Murni Rejab diberi peluang me­ rasai sendiri menaiki Lam­ borghini di Litar Sepang. Ini komennya. Tidak dapat dinafikan ke­ puasan menaiki Lambo ini seperti satu mimpi biar­ pun dalam masa tidak sam­ pai dua minit iaitu satu pusing trek Sepang. Benar­ lah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Pemberian kad nama sebagai 'taruhan' sebagai

ca­ butan bertuah ketika itu mem­ berikan satu peluang ter­ buka untuk kami merasai sendiri kehebatan kereta yang menjadi idaman semua. Ketika nama WARTA di­ umum­ kan sebagai salah se­ orang pemenang cabutan ber­ tuah, tidak dapat di­ gam­ bar­ kan perasaan antara rasa ber­tuah, teruja dan tidak per­ caya. Biarpun terpaksa me­ nunggu hampir enam jam un­tuk menaiki kereta ini bagi memberi laluan kepada per­ lumbaan, kalau lapan jam pun kami tunggu. Tepat jam 7 petang, setelah selesainya perlumbaan di

litar, tanpa membuang masa kami dijemput untuk merasai sendiri kehebatan kereta ini. Tambah istimewa, kereta itu dipandu sendiri ‘orang kuat’ dalam enjin dan pemotoran kereta keluaran Itali ini. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kereta ini, memang tidak dapat di­ nafikan, betapa cantik dan kemasnya kereta ini. Hujan

renyai-renyai tidak menjadi penghalang untuk kami me­ neruskan pecutan di litar. Deruman enjinnya mem­­buatkan kami ter­ke­ sima seketika. Biarpun ha­ nya berpeluang menaiki dalam jangka masa yang singkat namun ia adalah momen terbaik sepanjang kami menjalankan liputan di litar Sepang ini.

Murni bersama 'orang kuat' Lamborghini, Giorgia Sanna

KAM

Afiq Yazid pemandu profesional

iaitu sut keselamatan kalis api untuk keselamatan,” ujar­ nya yang mula menyertai kumpulan Aylezo Motorsport dalam perlumbaan Lamborg­ hini Blancpain Super Trofeo pada 2014. Menurutnya lagi, ibu dan bapanya banyak memberi sokongan kepadanya hingga menghabiskan 1.5 juta se­ be­ lum dia mula mendapat nama sebagai pelumba professional. Nasihat Afiq, kepada se­ siapa yang mahu men­ ceburkan diri dalam bidang permotoran ini, teruskan impian dan cita-cita. Jangan pernah berputus asa, malah jadikan ianya sebagai satu cabang untuk diri bergerak maju ke hadapan.

Tahukah anda? Litar Sepang telah direka oleh Hermann Tilke, yang ke­­­mudiannya mereka ben­­­­tuk kemudahan ba­ ru di Shanghai, Bah­ rain, Turki, Valencia, Si­nga­pu­ ra, Korea, India dan Texas. Litar ini di­ras­mi­k­an oleh Perdana Men­­teri Malaysia yang ke­­ empat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pa­ da 7 Mac 1999. Be­liau ke­ mudiannya me­ras­mi­kan perlumbaan Moto GP yang pertama di Malaysia pada 20 April 1999, dan juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia. Susunan litar ini agak luar biasa. Litar ini mem­ punyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit dan diikuti oleh satu be­ lokan yang amat tajam. Su­ sunan litar utama, biasa­nya digunakan me­ng­ikut arah jam, iaitu 5.54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut me­ nyapu dan jalan lurus yang luas.


26

19 - 25 APRIL 2017

SALAM SEMUT

Apabila terlebih wangi

PEWANGI bukanlah sistem siar raya untuk memberitahu semua orang ten­ tang wangian yang kita guna. Ia harus digunakan seperti sistem mesej peribadi, bermakna apabila kita hampiri seseorang, barulah kita akan dapat mengesan wangian yang dikenakan. Ketika memasuki pesawat yang mengambil masa empat jam untuk sampai ke destinasi, saya terhidu bau wangi yang terlalu kuat se­ hingga menusuk hidung dan mem­ buat kepala saya pening. Saya ber­ doa agar saya tidak duduk di sebelah sumber bau itu. Kami duduk empat baris berselang. Walaupun pada mulanya saya berasa lega, namun bau­ nya masih kuat menyelubungi sam­ pai beberapa baris. Maka bermula pe­ner­bangan yang amat memeritkan ke­ rana bau minyak wangi yang kuat te­lah membuat semua orang yang du­duk ber­hampiran kurang selesa. Ada penumpang merayu pada pramugari untuk menegur dan meminta penumpang itu mencuci atau lap dengan air panas untuk kurangkan bau. Pada mulanya, si pramugari ter­ agak-agak untuk berbuat demikian ke­ rana takut memalukan penumpang ber­­kenaan. Akhirnya setelah didesak, dia ‘menjemput’ pe­ num­­ pang itu ke bahagian ‘galley’ (tempat penyediaan makanan) untuk sam­pai­kan mesej itu. Penumpang itu kembali ketempat duduk dengan muka merah, diikuti oleh si pramugari yang datang untuk meminta maaf kerana wangian itu dikenakan pada baju dan tidak ada apa apa yang boleh dilakukan kerana begnya telah didaftar masuk ke ruang kargo. Sepanjang penerbangan itu, ramai yang mem­ basah­ kan sapu ta­ ngan dan menutup hidung bagi mengurangkan kesan bau. Saya tidak dapat ba­ yang­ kan perasaan pe­numpang yang duduk di sebelahnya.

Urus wang bersama AKPK

Syaiful Anuar Bokhari, Ketua Cawangan AKPK

AKIBAT JADI PENJAMIN Saya menjadi penjamin pinjaman bank berbentuk pinjaman peribadi ka­ wan ketika dia hendak membesarkan per­ niagaannya. Namun, bisnesnya gagal menyebabkan dia tidak dapat me­ nyelesaikan hutang tersebut. Dia juga telah menghilangkan diri hingga saya sendiri tidak dapat menghubunginya. Sekarang, bank tersebut sedang mengejar untuk saya menjelaskan hutang tersebut lalu mengugut jika saya tidak dapat membayar, maka saya akan disenarai hitam. Wajarkah saya disenarai hitam walhal saya sekadar menjadi penjamin bukannya penghutang. Jadi, apa cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini? Saya tidak mahu disenarai hitam kerana itu bukanlah salah saya. Terima kasih. - Sarina Akbar, Sungai Buloh

Memang tidak salah untuk tidak kemas buatannya. Pembuat kita berwangi-wa­ngian. Tetapi minyak wangi mengangap perlu ke­na dengan caranya. botol sebahagian daripada Kita per­lu pastikan pewangi pe­ngalaman penggunaan yang di­ guna­ kan itu asli, mi­ nyak wangi berjenama. bukan tiruan serta tahu Maka kualiti botol amat cara memakainya. Ada dipentingkan. kala minyak wangi tiruan nampak hampir sama Kotak dan mempunyai haruman Yang tiruan biasanya hampir sama tetapi ia bukan dalam ko­ tak yang nipis, dan ESAN RAVEN MURUG yang asli. yang asli akan mem­punyai kotak Minyak wangi tiruan boleh me­ yang tebal serta mempunya barcode mu­daratkan kulit kita dan juga membawa yang dicetak dan bukannya dilekat. masalah kesihatan. Untuk mengelak dari­ Barcode haruslah sama pada botol dan pada terbeli atau tertipu dengan minyak kotak. Tapi kena berhati hati kerana wangi tiruan, mari kita lihat beberapa cara barcode mudah ditiru. Sebab itu ia mesti untuk mengenal pasti nya. lah yang bercetak terus di bawah botol dan kotak. Kotak juga harus mempunyai Pakej atau cara ia dibungkus nombor kawalan, nombor batch dan Cara pewangi dibungkus akan mem­ nombor siri. beri petanda awal mengenai keaslian pewangi yang ditawarkan. Jika terdapat Penjual sah ejaan salah, kesalahan tata bahasa (ba­ Cara paling mudah untuk tidak terbeli hasa Inggeris) di bahagian nama atau ru­ minyak wangi tiruan adalah membeli di angan penerangan, kemungkinan besar ia gedung penjual sah. Anda boleh me­ adalah tiruan. Syarikat jenama terkenal ti­ meriksa bungkusan dan kotaknya serta dak akan melakukan kesilapan seperti itu. mendapatkan jaminan tentang keaslian Balutan selofan pada kotak harus ke­ produk itu. Malah anda juga boleh mas, tidak ronyok, gam meleleh dan jelas memulangkan produk itu jika ia tidak lut sinar. Ia dililit rapi dan ketat pada kotak memenuhi syarat. Elakkan membeli dari yang asli dan selalunya tidak kemas pada pasar bergerak, penjual Internet yang yang tiruan. susah hendak dikenal pasti ke­ sa­ hihan­ nya. Lihat harganya. Jika ia terlalu ren­dah Botol berbanding harga sebenar, elok jangan Di bahagian bawah botol mesti tertera beli. ‘Made in ...’, namun ada juga botol minyak wangi tiruan yang ada maklumat itu. Minyak wangi. Perhalusi kualiti botol minyak wangi dan Pewangi asli mempunyai wangian itu boleh membezakannya. Botol minyak tiga lapis. Cara terbaik untuk menilai wangi asli harus licin tanpa gelembung ialah dengan menyembur ‘tester’ dan udara dalam gelasnya dan in­ skrip­ sinya biarkan seharian. Jika wangiannya me­ mestilah tepat dan jelas tanpa kerosakan ngeluarkan tiga variasi bau dalam enam pada kabel. Penutup botol mestilah jam, ia adalah asli. Satu lagi ciri penting ketat dan tidak terjatuh jika botol itu di pewangi asli ialah, ia boleh mengekalkan terbalikkan. Botol tiru­an terasa kasar dan kewangiannya enam ke 18 bulan selepas JAWAPAN Terima kasih atas soalan. Sebelum menjawab soalan saudara, fahami dahulu asas meminjam serta peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang penjamin. Pinjaman atau pembiayaan peribadi adalah satu daripada kemudahan kredit yang disediakan oleh penyedia kredit (perbankan). Kebanyakan pakej pinjaman peribadi biasanya diberi tanpa cagaran dan tidak perlu penjamin. Bagaimanapun, keperluan penjamin adalah tertakluk kepada budi bicara dan penilaian kredit/risiko oleh penyedia kredit. Berikut adalah perkara yang perlu diambil kira sebelum saudara bersetuju lalu menurunkan tandatangan di atas dokumen pinjaman/pembiayaan: i) Menjadi penjamin adalah berisiko – Tanggapan yang menyatakan penjamin tidak akan bertanggungjawab terhadap pinjaman tersebut adalah tidak benar. Apabila kedudukan kredit seseorang itu diragui, pihak penyedia kredit biasanya akan meminta peminjam menyediakan penjamin pinjaman tersebut bagi memastikan pembayaran balik yang lebih terjamin. ii) Bertanggungjawab membayar balik pinjaman – Penjamin bukanlah peminjam utama, namun tetap dipertanggungjawabkan atas baki pinjaman termasuk sebarang faedah/ keuntungan. Jika peminjam utama gagal membayar balik, secara amnya, tanggungjawab penjamin adalah sama

seperti peminjam iaitu melunaskan baki pinjaman. iii) Fikir dahulu sebelum menjadi penjamin – Berkaitan dengan perkara (ii) di atas, jaminan terhadap kewajipan peminjam akan terus kekal sehinggalah kesemua baki pinjaman dilangsaikan. Persoalannya, adakah penjamin bersedia untuk membayar bagi pihak peminjam? Tambahan pula, anda mungkin tidak pernah mendapat sebarang faedah daripada pinjaman/pembiayaan tesebut. Ingat! Tanggungjawab penjamin tidak akan dilepaskan tanpa penyelesaian penuh pinjaman/pembiayaan atau tanpa kebenaran pengeluar kredit terlebih dahulu. iv) Menjamin bagi pinjaman/ pembiayaan yang produktif Masa depan tidak boleh diramal tetapi sekurangkurangnya fahami tujuan pinjaman tersebut serta yakin dengan kemampuan peminjam. Jadi, saudara disaran meningkatkan usaha untuk menghubungi atau mencari peminjam supaya masalah ini dapat diselesaikan. Jika gagal, ianya akan menimbulkan masalah bagi saudara. Tanggungjawab penjamin tidak akan dilepaskan tanpa penyelesaian penuh pinjaman atau tanpakebenaran daripada penyedia kredit terlebih dahulu. Jadi, fikir dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang Penjamin! Selain itu, saudara juga boleh mengambil langkah sementara iaitu : 1) Rujuk pihak penyedia kredit

botol dibuka. Yang tiruan hanya bertahan beberapa minggu sahaja.

Cara mengunakan pewangi.

1. Pewangi mestilah dijarakkan antara 5 ke 7 inci dari sasaran semburan. Jika kulit anda menjadi basah, maka anda memegang terlalu rapat. 2. Sembur pada titik nadi Ini adalah bahagian di mana urat darah rapat dengan kulit. Kawasan nadi lebih panas dan menyebabkan udara naik bersama wangian. Sebenarnya terdapat dua jenis wangian. Pewangi siang dan malam. Di waktu siang, sembur di belakang lutut, dan di perut. Pewangi malam disembur di belakang telinga, leher dan siku. Seeloknya guna pewangi selepas mandi dengan air panas. Dan sembur pewangi sebelum memakai pakaian. Jika pewangi anda bukan jenis semburan tetapi jenis ‘dab’, jangan gosok pewangi pada titik nadi kerana geseran itu akan merosakan wangian tahap pertama. Basahkan jari dengan pewangi dan letakkan di titik nadi. 3 . Pastikan tidak terlebih sembur Jangan jadi seperti penumpang tadi. Ingat petua pemakaian pewangi, ‘sikit sentiasa lebih baik dari banyak’, dan jangan sembur berulang kali di tempat yang sama. 4. Jika terlebih sembur. Jika anda terlebih sembur gunakan baby wipe atau hand sanitizer di tempat semburan. Ia akan menanggalkan semburan dari kulit anda. Anda perlu ingat, bukan semua pewangi sesuai untuk semua orang. Kulit kita berbeza, dan anda kena rajin mencuba tester untuk mencari pewangi yang serasi dengan anda. berkenaan Hubungi mereka dan bincang tentang cadangan atau pilihan yang boleh dipertimbangkan seperti perjanjian pembayaran sementara, memanjangkan tempoh pinjaman atau beralih kepada pembayaran balik faedah/keuntungan sahaja bagi tempoh sementara waktu. 2) Rujuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Dapatkan khidmat nasihat AKPK serta menstrukturkan semula pinjaman peribadi tersebut di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK (PPK). Kedudukan kewangan seperti laporan kredit (CCRIS), bukti pendapatan serta aliran tunai bulanan akan dinilai. Pelan pembayaran semula pinjaman/ pembiayaan akan dikemukakan kepada penyedia kredit bagi pertimbangan mereka. Sebarang perubahan pada bayaran bulanan dan kadar faedah/ keuntungan tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara pihak penyedia kredit. Layari laman web AKPK www. akpk.org.my atau hubungi pegawai kami di talian 03-2616 7766.

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my


19 - 25 APRIL 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup

Braces, senyum tak perlu kata apa-apa

TRENDY

Braces bertujuan memperbetulkan kedudukan gigi

MURNI REJAB TIBA-TIBA sahaja pemakaian pen­dakap gigi atau lebih dikenali sebagai braces, menjadi 'trend' kalangan remaja. Kini braces muncul dengan de­ngan warna yang berbagai. Selain untuk mencantikkan susunan gigi, braces sudah menjadi satu fesyen yang semakin popular. Jika dahulu memakai braces di­ anggap sesuatu yang memalukan, kini ia menjadi satu tarikan. Walaupun gigi sudah tersusun can­ tik, mereka masih mahu memakainya. Namun awas, jangan terlampau tak­ sub dengan pemakaian braces demi fesyen hingga anda memilih produk sembarangan dan paling penting mesti­­ lah mendapatkan nasihat doktor ter­lebih dahulu. Pemakaian braces pada hakikatnya ber­­ tujuan bagi memperbetul ke­du­­duk­an gigi kembali kepada ke­du­dukan yang ideal. Ma­ lah ia adalah alat yang di­gunakan bagi mem­ perbetul kedudukan gigi untuk menghalang kom­plikasi yang lebih teruk. Secara umumnya, braces terdapat be­ berapa jenis. Antaranya metal braces, clear

ceramic braces, self-ligating brac­ ket, damon braces dan clear path braces. Metal braces atau pendakap gigi logam ini antara yang po­pular dan menjadi pilihan golongan remaja. Penggunaan bracket braces atau pen­ dakap kurungan ini disertakan se­ kali ber­ sama elastic berwarna (gelang getah). Ini yang menjadi daya tarikan remaja untuk memakai braces jenis ini. Pemakaian braces ini mengambil masa yang lama. Paling singkat se­tahun dan paling lama tiga tahun. Ia mengikut tahap penjagaan rapi se­ tiap pemakai. Sekiranya anda malas men­jaga gigi, maka lagi lama ia akan ditanggalkan. Tapi hasilnya, gigi anda akan nam­pak lebih tersusun dan cantik. Bagi mereka yang mempunyai ma­ salah gigi dan terfikir untuk me­ makai braces, dapatkan rawat­ an daripada klinik gigi yang berdaftar. Tidak salah sekiranya mengeluarkan sedikit kos demi kebaikan jangka masa panjang. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang murah serta khidmat yang diklankan.

Awas pendakap gigi tiruan PENDAKAP gigi palsu atau lebih dikenali sebagai fake braces masih dijual secara ber­ leluasa di laman sosial. Malah, media cetak dan elek­­tronik telah berulang kali memberi pendedahan tentang bahaya pemakaian pendakap gigi bukan dari klinik gigi yang berlesen. Namun masih ada yang degil yang masih meng­guna­kan pendakap gigi palsu. Kos murah yang di­ ta­war­kan menyebabkan pe­ ngguna tidak berfikir panjang akan ri­ si­ ko ter­ hadap kesihatan dan ke­ se­ lamatan akibat peng­gunaan pendakap gigi palsu atau perkhidmatan pergigian daripada mereka yang tidak bertauliah. Kini, bukan sekadar pen­ dakap gigi dijual di media so­ sial, bahkan rawatan estetik per­ gigian juga ditawarkan

Elakkan pengunaan pendakap gigi tiruan

oleh doktor gigi palsu kepada pengguna. Sebenarnya pengguna le­­ bih terdedah kepada ba­ nyak risiko kesihatan jika meng­gunakan pendakap gigi palsu, memasang sendiri atau dipasang oleh mereka yang bukan bertauliah. Jadi, jangan cepat me­ la­

tah, dapatkan rawatan se­ baiknya dari doktor yang ber­ tauliah yang menjalani la­ tihan rawatan pergigian ser­ ta mengamalkan pen­ ste­ ril­ an yang betul. Tanpa penga­laman dan tidak tahu tahap kebersihan alat yang di­gunakan, kemungkinan jang­kitan boleh berlaku.

Ambil tahu tentang pendakap gigi Selepas menanggalkan pen­ da­ kap, anda perlu berjumpa dok­ tor gigi sekerap yang mung­ kin untuk pemeriksaan. Si pemakai juga digalakkan memakai penahan (retainer) 24 jam untuk enam bulan pertama agar gigi benar-benar kukuh dan teratur. Sebelum memasang pen­ dakap gigi, anda perlu ber­ jumpa dengan pakar ortodontik untuk membuat pemeriksaan lanjut. Ujian X-ray akan di­ lakukan untuk menentukan je­ nis rawatan yang diperlukan. Se­ kiranya masalah serius, be­ berapa batang gigi perlu di­ cabut sebelum memasang pen­dakap. Hanya mereka yang mem­ punyai kesihatan mulut yang baik, tiada masalah karies dan juga kesihatan diri yang baik sahaja boleh menerima rawatan seperti ini. Anda dilarang sama sekali

mengunyah gula-gula getah, dodol, coklat, aiskrim dan juga makanan yang manis. Ini kerana ia menyebabkan ber­ lakunya karies. Setiap kali selepas makan, anda perlu memberus gigi de­ ngan betul. Sekiranya si pemilik tidak men­ jaga dengan betul, getah atau pun besi pendakap boleh tertanggal.


28

MAKAN

19 - 25 APRIL 2017

angin

Taiping

Intro: Dalam bahasa Hakka, ‘Taiping’ bermaksud damai. Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum tahun 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak, sebelum digantikan dengan Ipoh.

Terkenal dengan gelaran ‘yang pertama’

Terkenal dengan gelaran Bandar Diraja dan ‘yang pertama’ kerana banyak bangunan bersejarah di sini yang pertama dibina di Tanah Melayu, Taiping menghimpun lokasi-lokasi bersejarah yang ada di antaranya telah wujud lebih 100 tahun dahulu. Apa yang lebih menarik, Taiping bukan hanya sesuai untuk pencinta sejarah – malah mereka yang datang bercuti bersama anak-anak juga dapat memanfaatkan masa di taman-taman rekreasi yang ditawarkan di sini. Jom kita lihat beberapa lokasi wajib pergi di Taiping:

TAMAN TASIK TAIPING

Janggal bunyinya kalau ke Taiping jika tidak jalan-jalan di sekitar Taman Tasik Taiping. Tasik terbesar dengan keluasan 62 hektar di Taiping ini asalnya adalah lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Ia mula dibuka kepada pengunjung pada tahun 1880 dan diselia oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Selain aktiviti riadah seperti senaman Tai chi oleh penduduk sekitar yang dilakukan setiap awal pagi hujung minggu sejak sebelum Merdeka lagi, pengunjung perlu merakam foto ikonik di bawah pokok Hujan-Hujan (Samanea Saman), yang cukup terkenal kerana rantingnya yang menjalar sehingga je atas jalan. Pokok Hujan-Hujan ditanam di sekitar Taiping lebih 100 tahun dahulu.

MUZIUM PERAK

Langkah diteruskan hingga ke Muzium Perak di Jalan Taming. Muzium Perak merupakan muzium pertama di Tanah Melayu – menjadikannya yang tertua di negara ini. Muzium ini menghimpun pelbagai khazanah sejak dari tahun 1883 berbentuk artifak sewaktu pentadbiran Residen British keempat di Perak iaitu Sir Hugh Low.

TAIPING NIGHT SAFARI

Jika datang bersama anak-anak, jangan lupa singgah ke Taiping Night Safari pada waktu malam. Ketika inilah anda dapat melihat haiwanhaiwan seperti harimau, singa, bangau atau badak air bergerak aktif – tidak

seperti waktu siang ketika mereka hanya berbaring tidak menghiraukan pengunjung yang datang. Pihak Night Safari menggunakan lampu-lampu khas yang dipasang di segenap ruang dalam Taiping Night Safari yang mengeluarkan cahaya terang seakanakan cahaya bulan.

STESEN KERETA API TAIPING

Stesen kereta api berusia lebih 125 tahun yang tidak pernah berubah, baik daripada binaan bumbung atau jambatannya. Ia membuatkan anda berada seolah-olah hidup di zaman dahulu-kala. Ia bermula apabila landasan kereta api pertama di Tanah Melayu ini dibina untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang).

BUKIT LARUT (MAXWELL HILL)

Buat pengunjung yang arif tentang Taiping, samada pelancong tempatan atau luar, mereka pasti mengetahui tentang Bukit Larut yang juga dikenali dengan panggilan Maxwell Hill. Ia merupakan kawasan tanah tinggi (1,036) yang menawarkan

pemandangan indah seperti di kawasan peranginan di luar negara. Terdapat sebuah banglo penginapan di atas bukit ini yang dipanggil The Cottage. Ia dibina pada tahun 1890 dengan pengaruh seni bina British yang turut dilengkapi dengan kawasan taman-taman bunga yang cantik.

MAKAN DI MANA

Jika ke Taiping, tidak boleh makan di kedan sebarangan. Anda perlu mencuba juadah-juadah enak yang bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan, malahan pengunjung dari luar. Antaranya: 1. KUEY TEOW DOLI Lokasi: 35, Jalan Ciku, Jambu.

Kampung

2. BISMILLAH CENDOL Lokasi: 145, Jalan Barrack. 3. MI UDANG MAK JAH (KUALA SEPETANG) Lokasi: Kampung Menteri, Kuala Sepetang. 4. MEDAN SELERA Lokasi: Bangunan Larut Matang Gerai-gerai menjual popia basah, air kelapa dan pasembor.

CARA KE SINI

Dari Kuala Lumpur, memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke Utara selama kira-kira dua jam setengah. Terdapat dua susur keluar yang anda boleh pilih iaitu susur keluar Taiping Utara dan Changkat Jering untuk ke Taiping.


29

19 - 25 APRIL 2017

Jam pintar ‘kawal’ kalori SEIRING dengan pelbagai trend jam di pasaran, kini terdapat ‘jam kalori’ yang berfungsi memantau jumlah kalori dan degupan jantung si pemakai. Jam digital ini akan dapat membantu dalam aspek pengiraan kalori harian , jumlah langkah serta kiraan denyutan nadi. Selain itu, jam ini juga dapat mengira kiraan jantung, jumlah jarak perjalanan serta jumlah langkah. Ia juga boleh disesuaikan dengan si pemakai tanpa mengira jantina, ia bertujuan memberi kesedaran kepada mereka tentang tahap kesihatan dan manfaat kepada mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Penggunaan jam ini amat ringkas dan senang kerana pemakai hanya perlu memasukkan berat dan jarak langkah dalam kiraan kilometer (km). Jam yang menggunakan teknologi tinggi ini dapat membaca data dengan mudah dan tepat kerana dilengkapi dengan bahan berkualiti tinggi dan canggih. Harganya cukup berpatutan iaitu RM130 dan tersedia di pasaran tempatan. Jam kalori ini dihasilkan dengan empat model iaitu Skmei Compass Watch, Skmei Sport Smart Watch, Skmei Pedometer 3D II dan Skmei Pedometer 3D.

Gold Coast yang mempersonakan MENGAGUMKAN. Itulah per­ kataan pertama pabila me­ lihat aksi penghibur ja­ lan­ an yang memaparkan va­ riasi persembahan demi men­ cari rezeki. Ia adalah pemandangan biasa ketika melewati sepanjang pesisir jalan menuju ke pantai Surfer Paradise, Gold Coast, Queensland, Australia. Aksi seperti nyanyian solo atau berkumpulan, aksi akrobatik dan patung ma­ nusia antara yang paling po­­pular dipersembahkan oleh kumpulan penghibur ini. Apatah lagi ia adalah pano­ rama yang jarangjarang dilihat di negara sen­ diri membuatkan ramai pelancong berhenti seketika

bagi menyaksikan keajaiban yang dipersembahkan. Patung manusia – per­ sem­ bahan yang begitu me­ narik minat pengunjung de­ ngan badan lelaki itu dicat

Jenna yang menyanyi demi mencapai cita-citanya belajar di kolej

dengan warna perak kilat, membuatkan aksinya ke­ lihatan seperti patung yang sebenar. Aksinya yang ka­ ku dalam tempoh masa la­ ma membuatkan ramai yang mahu mengabadikan ke­ nangan bersamanya sekaligus memberi sumbangan ikhlas kepada penghibur ini. Selain itu, aksi remaja pe­ rempuan, Jenna yang me­ nyanyikan lagu-lagu popular cukup menarik perhatian. Ter­ pampang nota mengenai diri­ nya, iaitu menyanyi un­ tuk mencari dana bagi me­ nyambung pengajian ke kolej dalam bidang mu­ zik menyentuh hati ramai yang menyaksikan per­ sem­­bahannya. Apatah lagi suaranya yang merdu men­ jelaskan visinya. Selain patung manusia dan Jenna, ada beberapa lagi penghibur jalanan yang me­ nya­ nyi dan juga bermain alat muzik. Semuanya de­ mi mencari rezeki di bu­ mi Queensland yang di­ke­nali sebagai ‘Sunshine State’ kerana panorama matahari

Patung manusia yang sangat mengagumkan

naik yang sangat mem­ pesonakan. Malahan apa yang me­nge­ jutkan ialah kehadiran dua wanita muda berbikini ber­ jalan di pesisir Surfer Paradise menarik perhatian. Ruparupanya mereka adalah ‘Gold Coast Mermaid’ atau ‘Surfer Paradise Meter Maids’ yang membantu melangsaikan sa­ man parkir penduduk tempatan. Aktiviti ini telah ber­ mula sejak 1965 lagi. Bagi pelancong yang ingin mengambil gambar bersama

mereka perlu membayar 5AUD (RM16.50) sebagai upah. Pada malam hujung ming­ gu pula, ada pasar malam yang menjual pelbagai barangan se­ perti aksesori, baju, per­ sembahan silap mata dan per­ tunjukan haiwan eksotik. Ternyata aktiviti ini me­me­ riahkan lagi malam di Surfer Paradise, Gold Coast. Catatan oleh wartawan WARTA, RADZHA RAEIH yang turut serta dalam lawatan media tajaan Mamee ke Gold Coast, Australia.


30

19 - 25 APRIL 2017

Itu bukan Arsenal – Walcot

“ITU bukan kami!,” kata Theo Walcot yang ternyata sukar untuk terima kekalahan me­ malukan pasukannya di tan­ gan Crystal Palace, minggu lalu. Berdasarkan rekod se­­be­ lum ini, The Eagles bu­kan­­lah tandin­ gan Arse­nal. Justeru, ke­ ka­­lahan dengan jaringan yang besar pula su­ dah pasti akan jadi igauan nge­ ri buat sekalian warga

Emirates, termasuk Walcot. Kekalahan itu juga me­ nipiskan lagi harapan anak buah Arsene Wenger bersaing merebut empat kedudukan teratas bagi melayakkan me­ reka secara automatik Liga Juara-Juara musim depan. “Kami perlu bekerja le­ bih keras selepas ini. Amat menyedihkan apabila kami telah membuat sekalian peminat begitu kecewa dengan keputusan ini,” kata Walcot kepada Sky Sports. “Untuk keputusan yang ini, saya boleh katakan itu bukan ‘Arsenal’ sama sekali, bukan ka­mi (yang sebenar) bermain p a d a malam itu,” ujar­ nya lagi.

Di bilik per­salinan selepas perlawanan, tidak ada sesiapa pun yang tidak menunjukkan rasa sedih, malah ada yang hampir menangis. “Tidak, kami tak boleh biarkan keadaan ini berte­ rusan. Kami perlu bertindak balas segera untuk mengha­ puskan mimpi buruk ini,” ka­ tanya lagi. Selepas perlawanan di Selhurst Park malam itu, penyokong Arsenal dengan nada memprotes melaungkan ‘chant’: “You’re not fit to wear the shirt!” (Kamu tidak layak pakai jersi itu) kepada pemain. Ditanya mengenai protes itu, Walcot berkata, “setiap orang berhak untuk meluah­ kan pendapat. Apa lagi nak buat? Kami bukan turun ber­ main untuk kalah, kami telah sedaya upaya melakukan yang terbaik, tapi apa lagi yang kami boleh lakukan sekarang selain minta maaf.” “Sejujurnya, apa yang saya boleh katakan, ini bukan Ar­ senal, bukan untuk masa ini. Ini bukan kami (yang sebenar). Kami harus laluinya sekarang tetapi bukan untuk lebih lama lagi, kami akan segera kembali kepada diri yang kami yang asal,” tegasnya.

Sakho mahu kembali ke Liverpool TEKA-TEKI mengenai kedu­ dukan pemain pertahanan Liverpool, Mamadou Sakho yang dipinjamkan kepada Crystal Palace musim ini, be­ rakhir apabila Sakho dilapor­ kan bersedia untuk kembali ke Merseyside. Dia yang sebelum ini terpinggir daripada peran­ cangan Klopp sejak musim panas lalu, bersungguh-sung­ guh mahu kembali ke pang­ kuan skuad jurulatih itu mu­ sim depan. “Jika saya dapat pakai jer­ si Liverpool sekali lagi, saya gembira untuk melakukan­ nya,” kata Sakho. “Ia terpulang kepada bos (Jurgen Klopp). Dia yang buat keputusan, saya hanya boleh terima. Kita lihat apa yang akan berlaku, mungkin masa depan saya di tempat lain. Harapnya, tidaklah,” katanya lagi. Pemain antarabangsa Pe­ rancis itu berpindah ke Sel­ hurst Park pada hari terakhir perpindahan Jan lalu, den­ gan Eagles membayar yuran pinjaman £2 juta. Pada mulanya, Palace su­ dah hampir bersetuju untuk mendapatkan pemain beru­ sia 27 tahun itu secara ke­

Mamadou Sakho

kal, dan telah menyediakan peruntukan £20 juta untuk tujuan itu. Bagaimanapun apabila timbul isu yang tidak dise­ pakati dalam klausa pembe­ lian, Sakho dilepaskan seka­ dar sebagai pinjaman. Terdahulu daripada itu, apabila terpinggir daripada skuad utama Klopp, West Brom pernah menyuarakan minat untuk mendapatkan Sakho namun pemain itu sendiri yang menolak tawa­ ran The Baggies. “Saya masih ada kontrak tiga tahun (bersama Liver­ pool). Jangan lupakan itu,” ujar Sakho membayangkan keyakinannya yang begitu mendalam.

dari muka 32 “Dalam keadaan dia sendiri mahu cepat-cepat keluar dari Emirates, strategi Guardiola menggunakan orang yang rapat dengannya mengena,” kata sumber dari Santiago. Selain itu, pengalaman bekerjasama selama tiga tahun di Nou Camp, turut jadi dorongan untuk mempengaruhi Sanchez mudah terima lamaran City. Untuk itu, Guardiola dikatakan sudah bersedia dengan bekal £50 juta untuk membawa penyerang itu ke Etihad. Kontrak Sanchez dengan Arsenal hanya akan berakhir pada 2018, dan sudah tentu kelab itu akan menuntut harga yang tinggi untuk City menebus baki kontrak Sanchez. Apa pun, jika benar Sanchez telah atau akan buat keputusan untuk berpindah ke Manchester, ini sudah tentu akan mencetuskan kejutan dalam Liga Perdana. Dia sebelum ini diuar-uarkan sudah bersedia untuk meninggalkan Emirates tetapi tidak akan keluar dari London. Chelsea disebut-sebut sebagai kelab yang paling berpotensi untuk mendapatkan tandatangannya. Rasa sedih akibat kekalahan dengan jaringan memalukan 0-3 Arsenal kepada Crystal Palace minggu lalu, bertambah lagi dengan berita ini. Walaupun sudah setahun spekulasi penghijrahan keluar Sanchez menjadi buah mulut, namun bukan mudah bagi penyokong Arsenal untuk terima perpindahan pemain kesayangan mereka ke mana-mana kelab Liga Perdana, apa lagi yang sentiasa menjadi saingan mereka seperti City. Selain Sanchez, seorang lagi bintang Arsenal yang disebut-sebut hanya menunggu masa untuk berhijrah ialah Mesut Ozil.


31

19 - 25 APRIL 2017

Keifli Othman Seperti Dapat Nafas Baru …

Foto: SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT

DI KALANGAN para peminat sukan lumba kereta tempatan, tidak ramai yang tidak kenal kepada Keifli Othman. Saya, Mr Mat Manjoi (MMM), mula mengenali nama ini sejak 1998 apabila Keifli Othman muncul juara perlumbaan Proton In­ ternational 300km Race, yang pada masa tu adalah acara lumba kereta paling hebat kat Malaya ni. Rasanya, pada perlum­ baan itu, dia bergandingan dengan Sharjihan Ghouse, yang sekarang ni sudah tak mi­ nat lumba kereta. Sebaliknya, Munir (nama timangan Shar­ jihan) aktif dalam Muay Thai dan sukan ‘kombat’ Ultimate Fighter. Dengar khabar, dia memang hebat dalam sukan berkenaan. Kembali kepada cerita mengenai rakan saya, Keif­ li. Selepas memenangi per­ lumbaan Proton International 300km itu, n a m a Keifli

Osman agak tenggelam. Walau­ pun terlibat aktif dalam pelbagai acara pemotoran termasuk ‘gokart’, nasibnya kurang baik. Pada perlumbaan-perlumbaan besar di Litar Sepang, Keifli yang kerap disokong oleh JC Racing tidak da­ pat mencatat kemenangan besar. Kalau ada menangpun, adalah dalam saingan ‘single seater’ dan go-kart yang kurang mencabar. Sehinggalah pada September tahun lepas, apabila Keifli kembali ke puncak podium di Sepang. Bu­ kan saja menang, tetapi – lebih penting lagi – ia adalah kejayaan yang meletup. Bergandingan den­ gan ‘Prince of Drift’ Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dan selebri­ ti Zizan Razak dan Faye Kusairi, Keifli menjulang nama pasukan Mayhem-FX Tune Racing sebagai juara edisi 2016 perlumbaan ‘en­ durance’ Sepang 1000 Kilometer. Walaupun dicabar hebat oleh hebat oleh juara bertahan, Hon­ da Malaysia Racing Team yang mencari kemenangan ketiga ber­ turut-turut, Keifli dan rakan-rakan­ nya terus melawan garang dengan jentera Proton Suprima S mereka untuk mengepikan cabaran dua pelumba handalan Honda itu –

Verrati mahu Neymar ke PSG BINTANG Paris St. Germain, Marco Verrati pernah berada dalam radar Barcelona untuk beberapa waktu. Dan dia sen­ diri pun sememangnya sangat teringin untuk bermain bersa­ ma Neymar. Di sebalik itu, apa yang mungkin merisaukan Luis En­ rique dan seluruh warga Nou Camp apabila Verrati men­ gatakan, dia akan cuba memujuk bosnya, Unai Emery membawa Ney­ mar menyertainya di Parc des Princes. Verrati dan Neymar, kini disifatkan sebagai dua bakat terbaik Eropah. “Kami se­ baya, dan dia punyai potensi untuk jadi pe­ main yang ter­ hebat untuk masa depan,”

kata pemain tengah Itali itu mengenai Neymar. Verrati malah menyifatkan bintang Brazil itu sudah men­ capai taraf yang sama dengan rakan sekelabnya, Lionel Messi. “Dia sentiasa mengagum­ kan saya. Saya cukup teringin bermain dalam pasukan yang sama dengannya, dan begitu berharap untuk dia datang ke PSG,” ujarnya. Dalam pada itu, Neymar menurut laporan akhbar Sepa­ nyol, Diario Gol, kini sedang dalam pertimbangan untuk meninggalkan Nou Camp. Penyerang usia 25 ta­ hun itu jadi sasaran musuh ketat Barca, Real Madrid, juga Manchester United. Kedua-dua kelab dikatakan sang­ gup berbelanja sehingga £173 juta, sebagai­ mana sy­ arat kont­ raknya dengan Barca.

bekas pemandu pasukan A1GP Malaysia, Aaron Lim dan Farriz Fauzy, yang memacu jentera Hon­ da Jazz dalam saingan 181 pusin­ gan mengelilingi Litar Sepang. Seperti mendapat nafas baru, Keifli garang pada saingan Malay­ sian Championship Series (MCS) di Litar Sepang musim ini untuk memenangi perlumbaan pembu­ kaan Pusingan 2 kelas Touring Production pada 8 April lepas. Kali ini bergandingan dengan pe­ minat setia Valentino Rossi – Pau See Fan untuk pasukan glamor ‘The Doctor Mayhem Racing’ dan menggunakan #46 sebagai nom­ bor perlumbaan. Malangnya, pada perlumbaan kedua pada keesokan harinya, jentera #46 Honda FD2 pacuan Keifli mengalami kerosakan tek­ nikal sekali gus terkeluar daripa­ da saingan. Apapun, impak yang ditonjolkan oleh Keifli dan pasu­ kannya pada saingan MCS tahun ini cukup menyerah. Dan, pada firasat MMM, Keifli mampu untuk memberi cabaran untuk meme­ nangi satu lagi kejuaraan buat di­ rinya. Tapi, apa yang lebih meng­ gembirakan MMM adalah untuk

menyaksikan Keifli Othman mera­ sai keseronokan dalam berlumba lebih daripada biasa. Bukan saja sebagai pelumba, tetapi bergiat aktif dalam pengurusan pasukan Mayhem Racing bersama-sama dengan sahabatnya, Megat Sha­ zreel, yang seperti Keifli, nampak cukup seronok dan hebat dengan ‘headset’ di kawasan pitlane. Me­ mang layak jadi pengurus. Harapan MMM adalah semo­ ga Keifli, Megat dan krew pasu­ kan Mayhem Racing akan terus bergiat aktif dan cemerlang dalam perlumbaan-perlumbaan yang di­ sertainya. Taktik memikat penyer­

taan selebriti dalam pasukan­ nya memang bijak kerana ia memperhebatkan publisiti bagi pasukan berkenaan dan minat orang ramai untuk sukan lumba kereta. Dan, pada masa sekarang ini, minat untuk sukan lumba kereta ini amatlah merudum … MMM: Tertanya-tanya; ke­ rana rasanya belum tahu siapa yang menang Proton 300km tahun 1999 itu … Emel: mrmatmanjoi@gmail.com Facebook: Mat Manjoi (jom lah kita ‘friend’)

Alli sertai Real?

MANA mungkin dengan sta­ tus antara pemain muda ter­ baik di dunia, Dele Alli boleh diabaikan begitu sahaja oleh Real Madrid. Apatah lagi jika seorang daripada bintang kelab itu, Gareth Bale pula telah me­ mujinya baru-baru ini. Justeru, komuniti bola se­ pak Eropah mula tertanya-ta­ nya; adakah Bale sedang mengumpan Alli untuk men­ gikut jejaknya – juga seorang lagi bekas pemain Totten­ ham Hotspur, Luka Modric – meninggalkan White Hart Lane, menyertai Los Blancos? Bale, meninggalkan Spurs untuk ke Santiago Bernabeu pada 2013 dengan harga £85.3 juta yang memecahkan rekod dunia ketika itu. Mengenai Alli, Bale ber­ kata: “Dia seorang pemain muda yang sangat berbakat, dan boleh bermain di ma­ na-mana (posisi)pun yang dia mahu. Dia sentiasa melaku­ kan tugasnya dengan baik. “Saya juga dapat melihat dia punya keyakinan yang sangat tinggi, dan mam­ pu untuk membawa permainan ke tahap yang tinggi.” Mengenai pengala­ mannya berhijrah ke Sepa­ nyol dari England, setelah

tiga tahun di sana, dan ini juga sudah tentu dilontarkannya sebagai gambaran untuk jadi pedoman buat pemain baru seperti Alli, Bale berkata: “Saya suka menjadi sebahagian dari­ pada budaya yang berbeza, dan belajar perkara baharu. “Ini akan menjadikan anda seorang yang berfikiran terbu­ ka, dan anda akan mendapat pengalaman yang tidak pernah anda ketahui sebelum itu.” Bagaimanapun, andai nasi­ hat dan pandangannya itu ti­ dak dapat diterima, Bale akur, setiap pemain ada kepen­ tingannya yang tersen­ diri, yang seseten­ gahnya jadi punca mengapa mereka enggan berhij­ rah meskipun sedar potensi mereka un­ tuk lebih cemer­ l a n g,

cerah di tempat orang. “Pada akhirnya, ada pe­ main yang enggan berjauhan dan mahu kekal rapat dengan keluarga mereka, rakan-rakan mereka. Apa lagi yang saya bo­ leh katakana jika itu pilihan mereka?” Bale seta­ kat ini telah dua kali memenangi Liga Jura-Jua­ ra bersama Real.


32

19 - 25 APRIL 2017

Verrati mahu Neymar ke PSG

Alli sertai Real? 31

Keluaran 19 - 25 APRIL 2017

SANCHEZ KE CITY! CHELSEA hampir pasti akan berputih mata. Begitu juga Sevilla dan Atletico Madrid yang disebut-sebut sebelum ini. Alexis Sanchez kini sedang menghitung hari untuk melangkah meninggalkan Emirates. Destinasinya adalah sangat mengejutkan – Manchester City! Sebelum ini, City tidak pun berada dalam radar spekulator Liga Perdana. Menurut akhbar Chile, Coopertiva, apa yang membuatkan Sanchez beralih arah daripada ketiga-tiga kelab itu, apabila bos City, Pep Guardiola menggunakan orang rapat dengannya di Chile untuk memujuk Sanchez.

30

Antonio Conte

Pep Guardiola

Sharapova mahu kembali jadi No. 1 “SAYA mahu kembali jadi nombor satu dunia,” kata Maria Sharapova yang baru lepas daripada hukuman gantung susulan kes doping. “Ya, saya mahu kembali. Dalam hidup saya, tiada lain selain tenis. Sejak saya ke­ cil, hanya tenis,” katanya lagi. Meskipun awalnya dilarang daripada menyertai sebarang kejohanan selama dua tahun, hukuman itu akhirnya dikurang­

kan kepada 15 bulan, dan dia dikira telah selesai menjalani­ nya … Berikutan itu, Sharapova pada 26 Apr, akan menyertai Grand Prix Porsche di Stutt­ gart, Jerman di mana dia men­ dapat wildcard. Jelitawan berusia 29 tahun itu juga diundang menyertai Terbuka Madrid dan Terbuka Itali. Bukan itu sahaja, pengan­ jur Terbuka Perancis dan Wim­ bledon juga dikatakan ber­ sungguh-sungguh mahukan penyertaannya. Namun di sebalik itu, lang­ kah penganjur kejohanan-kejo­ hanan besar itu menyediakan karpet merah untuk Sharapo­ va, mendapat reaksi negatif da­ ripada pemain tenis yang lain. Andy Murray, Angelique Kerber, Caroline Wozniacki dan Jo-Wilfried Tsonga berka­ ta, Sharapova tidak seharusnya

diberikan layanan yang begi­ tu istimewa. “Setelah menjalani peng­ gantungan dalam tempoh yang lama, dia sepatutnya bermain dalam kejohanan kecil dahulu, melepasi satu demi satu tahap sebelum menyertai kejohanan besar,” kata mereka. Bagaimanapun, tidak se­ mua yang bersikap begitu. Venus Williams, Simona Halep dan Svetlana Kuznet­ sova sebaliknya menyambut kepulangan Sharapova ke gelanggang dengan tangan terbuka. “Saya bekerja keras untuk membolehkan saya dapat kembali ke gelanggang pro­ fessional. Saya tidak mahu karier saya ditentukan orang lain. Sekarang sudah sampai masa untuk saya tutup mulut mereka dengan cara saya sen­ diri,” kata Sharapova.

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.