PE RC UM A
ISU 15
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
Tahniah kepada pemenang utama
Keluaran 3 - 9 MEI 2017
16
Polis ingatkan orang ramai jauhi penipuan Internet yang kian berleluasa
Latif Romly atlet luar biasa KUALA LUMPUR - Kemenangan atlet para, Abdul Latif Romly sebagai Olahragawan Negara barubaru ini sebenarnya mem buktikan bahawa bidang sukan negara semakin berkembang pesat dan tidak ketandusan melahirkan atlet cemerlang dalam pelbagai acara. Jika sebelum ini, sukan bad minton dan lumba basikal dilihat mendominasi Anugerah Sukan Negara (ASN) itu, kemenangan anak muda berusia 20 tahun dari Perlis ini menampakkan petanda positif bidang kesukanan negara. Latif adalah pemenang pingat emas Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil 2016 bagi acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) de ngan memecahkan rekod du nia. Jarak lompatan jagoan negara ini adalah sejauh 7.60 meter. Turut tercalon bagi anugerah Olahragawan Negara 2016 kali adalah, Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang, Mohd. Al Jufferi Jamari (silat), Muhammad Rafiq Ismail (boling) dan Syahrul Azman (bina badan). Sementara anugerah Olahragawati Negara dimenangi jaguh silat, Siti Rahmah Mohamed Nasir.
2
RM133j HANGUS MAJIDAH MOHAMED
KUALA LUMPUR - Sekalipun kes penipuan melalui Internet kerap di laporkan media, namun masih ramai yang tidak serik. Kerana ghairah mahu hidup mewah, mereka mudah jadi mangsa. Sebanyak 2,602 kes 'African Scam' direkodkan melibatkan kerugian ber nilai RM102 juta pada 2016. Semen tara 'Internet Scam' dilapor sebanyak 6,406 kes melibatkan kerugian se banyak RM30.96 juta untuk tempoh yang sama di seluruh negara. Angka kes terus membimbangkan kerana bagi kedua-dua kategori penipuan, sejak Jan hingga Mac tahun ini, sebanyak 2,519 kes di lapor kan me libatkan kerugian se banyak RM32.5 juta.
2
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
2
3 - 9 Mei 2017
Dari muka depan
Wanita sasaran utama KUALA LUMPUR – Kes jenayah scam bukanlah satu isu baru, sebaliknya ia telah menjadi barah dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terlalu obses dengan penggunaan internet me lalui telefon pintar sehingga mudah terpedaya dengan penjenayah scam. Terdapat pelbagai bentuk scam yang telah direkodkan dan disiasat oleh Pihak Ja batan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman. Namun kegiatan penipuan yang sedang aktif pada ketika ini adalah penipuan me lalui Internet. Menurut Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, terdapat beberapa jenis penipuan Internet iaitu parcel scam dan Internet scam. “Di peringkat JSJK, kes penipuan parcel scam atau turut dikenali se bagai ‘romance scam atau love scam’ di anggap sebagai satu jenayah yang pa ling membimbangkan kerana ke banyakan kes ini didalangi oleh warga negara asing. “Sebanyak 2602 kes telah di rekod kan yang melibatkan kerugian berjumlah RM102 juta pada 2016. Dalam pada itu, sepanjang Januari hingga Mac tahun ini, JSJK telah mencatatkan 607 kes penipuan parcel scam membabitkan kerugian RM24.6 juta. “Manakala bagi kes Internet scam, jumlah kes yang dicatatkan pada 2016 adalah sebanyak 6,406 melibatkan kerugian sebanyak RM30.96. “Sejak Jan hingga Mac 2017, ter dapat 1912 kes dilaporkan melibatkan kerugian sebanyak RM7.9 juta,” jelas nya. Modus operandi yang sering di guna kan sindiket adalah dengan mem perdaya mangsa yang ke banyak kannya adalah wanita, de ngan cara menggoda mangsa selama beberapa bulan se belum menawarkan barangan mewah yang kononnya sebagai tanda sayang dan cinta kepada mangsa. Seterusnya mangsa akan dihubungi oleh ahli lain yang juga dalang sindiket tersebut dan meminta bayaran daripada mangsa dengan dak waan kononnya bungkusan mang sa telah ditahan ke rana me ngandungi barangan tidak diisytihar. Mangsa yang
percaya akan terus membuat bayaran ke pada akaun yang di berikan oleh pihak sindiket. Tambahnya la gi, sindiket ini men jadikan rangkaian internet terutamanya laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram sebagai platform untuk mereka berkenalan sehingga dapat meyakinkan mangsa untuk me nyerahkan wang kepada mereka. Tidak hanya dengan itu, mereka mengambil pendekatan untuk tidak berjumpa dengan mangsa sebaliknya akan terus-menerus berhubung me lalui medium WhatsApp, Wechat dan Emel bagi memudahkan mereka untuk berkomunikasi sehingga berjaya memperdaya mangsa. “Kebanyakan ahli sindiket ini ada lah warga asing namun terdapat juga pembabitan daripada warga tempatan dan mereka kebiasaannya mereka ada lah selaku pemilik akaun. “Ini bertujuan untuk me yakin kan mangsa ketika ingin membuat bayaran setelah mendapat panggilan daripada ahli sindiket mereka juga,” ujarnya. Katanya lagi, kebanyakan suspek bagi jenayah parcel scam adalah pelajar warga asing yang masuk ke Malaysia dengan menggunakan visa pelajar. Acryl Sani berkata, tiada sasaran spesifik yang boleh dinya takan kerana sindiket ini memilih dan mencari mangsa secara rawak.
Namun dapat juga disimpulkan ba hawa kebanyakan mangsa parcel scam ini terdiri daripada mereka yang berkerjaya dan telah berusia. Ini bertujuan memudahkan mangsa dan mengelakkan berlakunya kesukaran untuk melakukan transaksi wang kepada sindiket tersebut. “Jenayah ini dilakukan secara rawak dan berterusan, pada bila-bila masa sahaja mangsa boleh terjerat dengan taktik licik mereka,” katanya lagi. Oleh demikian, sebagai langkah pencegahan, pihak JSJK sentiasa men jalankan siasatan dan operasi yang ber terusan untuk menangani masalah ini. “Selain itu, kami turut mengambil tindakan pencegahan melalui kempen, pameran dan seumpamanya. “Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada agar tidak mudah menjadi mangsa penipuan sebegini. “Se kiranya anda sedang berhubung dengan rakan di media sosial, pastikan m e r e k a itu wujud sebelum membuat sebarang transaksi kewangan,” jelasnya.
Menangi Tiket VIP Perlawanan Real Madrid Di Santiago Bernabeu dan Barcelona di Nou Camp Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, sila layari akaun Instagram 'my.warta'
Jangan percaya ‘sweet talker’
KUALA LUMPUR – Pengguna Internet terutamanya kalangan wanita disaran agar lebih berhatihati dan tidak terpengaruh dengan kata-kata manis rakan media sosial yang mempunyai pelbagai kaedah untuk menipu mangsa mereka. Ketua Aktivis Persatuan Peng guna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (Gambar) menggesa orang ramai agar tidak memandang ringan terhadap jenayah love scam yang semakin menjadi-jadi pada ketika ini. “Mangsa penipuan love scam adalah golongan wanita berusia antara 35 hingga 50, yang mana mereka mungkin keseorangan atau telah kematian suami dan memerlukan teman untuk mengisi kekosongan dalam hidup. “Sindiket ini akan meng ambil kesempatan untuk menipu mangsa malah mereka akan men jadi seorang yang 'sweet talker' se hingga membuatkan mangsa per caya dan jatuh cinta. Tambah Nadzim, sindiket love scam ini mempunyai taktik mereka yang tersendiri untuk meyakinkan mangsa dan kebanyakan pelaku sindiket ini adalah terdiri daripada warga Nigeria. Di PPIM, kami ada menerima beberapa aduan dan kami berjaya menyelamatkan mereka sebelum melakukan transaksi kewangan kepada sindiket tersebut. Nadzim juga menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan mereka yang baru dikenali. Malah mereka tidak harus sewenang- wenangnya melakukan transaksi wang sekali gus elakkan dari berurusan dengan individu tersebut.
3
3 - 9 Mei 2017
BERITA
Takut bebas: Banduan Instagram capai cuba bunuh rakan sel 700j pengguna LONDON – Pada 22 Ogos 2007, Rhys Milford Jones yang ketika itu baru berusia 11 ta hun, ditembak 11 kali dari arah belakang. Dia jatuh lalu menghembuskan nafas terakhir di situ juga. Seorang remaja, Sean Mercer yang berusia 16 tahun ketika itu – kini sudah 26 – ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Rhys Jones. Dia kemudian didapati ber salah dan dihukum 22 tahun penjara. Meskipun sudah hampir 10 tahun berlalu, peristiwa pem bunuhan Rhys Jones telah meninggalkan kesan yang be gitu mendalam dalam hati masyarakat Britain. Setiap tahun, pelbagai pi hak mengadakan upacara khas untuk mengenang pemergian kanak-kanak itu. Ini termasuk kelab bola sepak Liga Perdana, Everton – yang begitu diminati oleh Rhys Jones semasa hayatnya. Bukan Everton sahaja, kelab ternama, Liverpool juga mem beri penghormatan khas kepada kanak-kanak itu disebabkan ayah nya, Stephen berasal dari bandar itu.
Sean Mercer
Disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang periang, Rhys Jones begitu disukai bukan sahaja oleh rakan-rakan, malah an juga guru-guru dan jiran tetangganya. Baru-baru ini, stesen tele visyen ITV1 memaparkan dra ma khas, ‘Little Boy Blue’ sebagai peringatan istimewa untuk mendiang, yang antara tayangannya ialah lakonan se mula peristiwa serangan yang meragut nyawa kanak-kanak itu. Bagaimanapun, dengan tidak diduga, siaran drama tersebut telah mencetuskan satu lagi tragedi. Di dalam penjara, Mercer yang membunuh Rhys Jones telah melakukan satu lagi
Rhys Jones
serangan yang hampir meragut nyawa rakan selnya, Jake Fahri. Puncanya dikatakan kerana Mercer mahu terus ditahan se lama mungkin dan dia takut ka lau-kalau dia dibebaskan setelah hampir 10 tahun menjalani hukuman. Ini kerana, dia bimbang dra ma ‘Little Blue Boy’ me nye babkan lebih ramai orang men dendaminya dan hanya me nunggu dia dibebaskan untuk mereka menuntut bela atas kematian Rhys Jones. Mercer menikam Fahri se banyak empat kali meng gu nakan batang besi yang di runcingkan. Serangannya itu menyebabkan Fahri luka parah dan hampir-hampir maut!
CALIFORNIA - Instagram muncul sebagai platform yang sangat pantas ca pai an penggunanya ber banding media sosial yang lain. Syarikat tersebut mengumumkan 700 juta pengguna aktif setakat April 2017. Ia adalah pencapaian luar biasa dalam tempoh masa yang sangat singkat setelah mencatat 600 juta pada Dis 2016. Media sosial ini dirasmikan pada Okt 2010. Pengguna aktif bulanan di ukur menggunakan kae dah metrik. Individu yang sentiasa memuat naik gam bar di Instagram setiap hari menyumbang ke arah perkembangan tersebut. Sebagai antara laman sosial yang disertai ramai pengguna – apatah lagi de ngan ciri-ciri seperti siaran langsung Instagram Live, ‘Instagram Stories’ yang membolehkan perkongsian gambar dan video yang ke mu diannya hilang dalam
tempoh 24 jam. Malahan ramai peniaga menggunakan saluran Insta gram sebagai tempat mereka memasarkan produk atau perkhidmatan membuatkan media sosial ini semakin po pular berbanding media sosial yang lain. Hal ini juga terus mengu kuhkan lagi kedudukan per khidmatan sosial berkenaan, selain bersaing dengan aktif bersama perkhidmatan lain seperti Snapchat yang hanya mencapai jumlah 161 juta pengguna sejak dilancarkan lima tahun lalu.
4
3 - 9 Mei 2017
BERITA
Dua beradik cipta kopi jernih LONDON – Kopi jernih? Dahulu, ini mungkin boleh dikira antara keajaib an dunia kerana selama ini, kopi semestinya hitam, atau paling tidak, keperangan. Bagaimanapun, David dan Adam Nagy, dua beradik dari Slovakia telah mem bawa apa yang dianggap mus tahil itu ke dunia nyata. Inovasi mereka te lah me ngubah kopi menjadi jernih. Kopi jernih itu di kenali sebagai ‘CLR CFF’. Apa yang me narik, mereka men dapat ilham untuk mencipta kopi jernih se telah gigi mereka sendiri ber ubah warna akibat kerap minum kopi. “CLR CFF
berupaya meng atasi masalah gigi akibat ter lalu ba nyak minum kopi,” kata David kepada akhbar The Independent. CLR CFF mung kin be rupa sama seperti air mine ral namun rasanya tetap kopi kerana diperbuat daripada biji kopi Arabica yang berkualiti tinggi.
Tenanglah Thaqif di sana... JOHOR BAHRU – Berita yang amat mendukacitakan rakyat Malaysia minggu lepas adalah pemergian Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11 pelajar Madrasah Tahfiz di Kota Tinggi, dekat sini, akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan dipukul pembantu warden. Sebelum itu, kedua-dua belah kakinya telah dipotong bagi menyelamatkan nyawa nya. Tidak lama, doktor me ran cang untuk memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman namun tidak berkesempatan kerana Thaqif telah menemui penciptanya terlebih dahulu. Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut melihat wajah Allahyarham lalu menyifatkannya sebagai ber cahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa. Beliau yang melawat jenazah Allahyarham Thaqif bersama beberapa pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail berkata, itulah fadhilat mereka yang
Wajah Thaqif ketika bari masuk sekolah tahfiz.
membaca serta mendalami AlQuran seperti amalan pelajar berkenaan. "Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Al-Quran adalah cahaya dan ia terserlah di wajah Allahyarham. "Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi.
Serang rakan sebilik kerana berdengkur BEIJING – Sekiranya rakan sebilik anda kuat berdengkur hingga mengganggu tidur anda saban malam, adakah anda tergamak untuk membunuhnya? Itulah yang berlaku di Wenzhou, China baru-baru ini. Apa yang lebih menarik, keduaduanya – penyerang dan mangsa – adalah kaki dengkur. Penyerang, Hong, 47, dan mangsa, Wang, 46, rakan sekerja di sebuah kilang. Mereka tinggal di asrama yang di sediakan majikan bersama pekerja lain. Sebelum itu, mereka tingga di bilik yang berasingan dan mempunyai rakan sebilik yang lain. Bagaimanapun, disebabkan keduaduanya kuat berdengkur hingga meng ganggu rakan sebilik masing-masing, hal
mereka diadukan kepada majikan. Majikan memutuskan Hong dan Wang ditempatkan dalam satu bilik. Tidak lama kemudian, tidak tahan dengan dengkuran Wang yang dikatakan menyebabkan tidurnya terganggu, pada suatu tengah malam, Hong menyerang rakan sebiliknya itu dengan pisau pe motong daging. Rakaman CCTV menunjukkan Wang berlari menyelamatkan diri dalam ke adaan separuh bogel sambil dikejar oleh Hong. Dia hanya sempat mencapai selimut untuk melindungi bahagian belakangnya. Hong mengekori lelaki itu sambil mengacukan pisau dan memegang lampu suluh. Dalam masa beberapa minit, rakanrakan mereka terdengar jeritan Wang meraung kesakitan dan minta tolong.
kongsi di media sosial de ngan satu kenyataan: “Saya akhirnya tertangkap!” Paparan itu segera me ngun dang reaksi para ne tizen dari seluruh dunia. Berbagai komen diberi kan. Ada yang menyoal Lee, dari mana dia mendapat pasung itu yang seakan dibuat khas untuk haiwan berkenaan, dengan saiznya
Itulah kelebihan orang yang membaca Al-Quran," katanya. Beliau turut kagum apabila diberitahu mengenai hasrat Allahyarham yang mahu menghafal 30 juzuk Al-Quran. Nooh juga terharu melihat dengan kesabaran ibu bapa Allahyarham Thaqif yang redha menerima ujian tersebut sebagai qada' dan qadar daripada Allah.
PPTD sumbang Al-Quran braille Hong menetak Wang dengan pisau berulang kali.
Hong dikatakan telah menetak Wang dengan pisau hingga rakan sebiliknya itu luka parah, terutama di bahagian belakang, muka dan kaki. Rakan-rakan mereka yang bergegas ke lokasi itu segera menahan Hong dan menyerahkannya kepada polis, sementara Wang digegaskan ke hospital.
Tikus penceroboh kena pasung TAIPEI – Malang sungguh nasibmu, wahai sang tikus! Seekor tikus ‘dihukum’ pasung kerana menceroboh rumah seorang pemuda, Lee Wei-chin di Taichung City, di barat Taiwan. Atas ‘kesalahannya’, hai wan itu telah dipasung pada bahagian kepala dan dua kaki hadapannya. Lee merakam foto tikus malang itu dipasung dan ber
Ketika menjalani rawatan
yang begitu kecil dan cukup muat untuk seekor tikus. Bagaimanapun, ke banyakan mereka mengecam tin dakan pemuda itu yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. “Lebih baik kamu bunuh saja, atau segera bebaskan ia,” gesa mereka kepadanya. “Saya sudah bebaskan ia hari itu juga,” balas Lee, ringkas.
KUALA LUMPUR - Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) dengan kerjasama 26 Ra kan Strategik lain bakal menganjurkan program je la jah CSR PPTD: Misi Al-Quran Braille Putrajaya - Bangkok 2017 bermula ming gu lalu hingga 6 Mei. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan PPTD Malaysia Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata program jelalah amal ini ber sempena ulangtahun ke 60 hubungan diplomatik ke rajaan Malaysia dan Thailand. Katanya, ia bertujuan menyumbangkan Al-Quran Braille kepada golongan ke lainan upaya (OKU) beragama Islam di Malaysia dan Thailand dalam usaha menyuburkan minat dan pengetahuan untuk mempelajari Al-Quranul Karim. Ahmad berkata, selain menghantar sumbangan 100 buah set Al-Quran Braille ke lokasi-lokasi yang diperlukan, program ini juga bertujuan mengumpulkan buku kanakkanak berbahasa Inggeris kepada anak-anak yatim.
5
3 - 9 Mei 2017
Kampungku laluan komunis
03
MAHANG, tanah kelahiranku berlokasi di latitud 5.324538 dan longitud, 100.754758, di tebing hulu Sungai Kerian, sempadan negeri Kedah – Perak. Antara mukim dalam daerah Kulim. Bahagian sebelah Perak ialah daerah kecil Selama. Di situlah aku lahir dan di besarkan. Emak aku orang Kam pung Lobak, ayahku pula, Ulu Mahang. Selain Lobak dan Ulu Ma hang, kampung-kampung lain dalam Mukim Mahang; Dingin, Ulu Dingin, Kampung Paya, Bukit Kubor, Bukit Kabu, Cherok Kedah dan Padang Kering. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, tanah kelahiranku itu jauh di pedalaman, paling hu jung di tenggara negeri Kedah. Penduduknya selain Melayu, ada minoriti Cina dan India. Dialek pertuturan lazim, Melayu Pattani, dikenali juga sebagai dialek ‘Ulu’. Dialek ‘Ulu’ banyak diguna kan di pedalaman Kedah, ter utama di kawasan barat negeri di daerah Padang Terap, Sik, se bahagian kecil Pendang (Charok Kudung dan Guar Kepayang), Baling, Sedim dan Mahang. Manakala di Perak, ia digunakan
secara meluas di kawasan Ulu Se lama (Sungai Bayor, Ulu Kerian, Bukit Bertam), Batu Kurau, Ijok, Bukit Gantang (Changkat Ibol), Pengkalan Hulu, Grik dan se bahagian Lenggong. Bagi sesetengah orang ‘Ulu’, ter utama generasi muda, meng gunakan dialek ini dikira leceh dan memalukan. Namun aku tidaklah begitu! Aku malah amat berbangga apabila jumpa ‘gu’ (mendapat ruang atau rakan) untuk bertutur da lam dialek ibundaku itu, malah dengan menteri pun aku biasa bercakap ‘Ulu’. Antara menteri yang bercakap ‘Ulu’ denganku suatu ketika dulu ialah Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang berasal dari Kampung, Kemelong, Sik. Seperti kampung-kampung yang lain, penduduk Mahang juga kebanyakannya ada pertalian darah. Aku pernah ditanya oleh wakil rakyat Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang seakan tidak percaya apabila melihat aku – yang bergaya dengan sut – orang Mahang ketika kami bertemu di Bangunan Parlimen beberapa tahun lalu. Dia bertanya: “Mat ni betui ka orang Mahang?” “Ya, Datuk,” jawabku. “Dok balik sana lagi?” “Balik la, Datuk … mak saya ada sana!” “Mahang, kampung mana?,”
Sazally YDP baharu PSKLM KUALA LUMPUR - Persatuan SyarikatSyarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) kini diterajui Sazally Saidi selaku Yang DiPertua selepas dilantik di dalam Mesyuarat Agong PSKLM yang ketujuh baru-baru ini. Sazally (Gambar) adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK) akan mengetuai PSKLM bagi penggal 20172019. PSKLM telah didaftarkan pada 9 Feb 2011 sebagai platform untuk menangani isu-isu operasi lebuh raya di Malaysia. Ia bertindak sebagai orang tengah antara syarikat konsesi, pihak berkuasa dan orang awam untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan kadar tol, operasi tol, penyelenggaraan lebuh raya dan perkara-perkara yang berkaitan lebuh raya yang lain. Di antara ini siatif PSKLM se menjak ditubuhkan adalah se perti penyediaan laman web Travelsmarter, aplikasi laman web Journey Planner, PSKLM International Expressway Conference & Exhibition (PIECE) dan menangani isu-isu yang melibatkan syarikat konsesi termasuk pelaksanaan sistem pembayaran tol elektronik (ETC).
dia terus bertanya. “Datuk nak kampung mana?,” aku balas menyoal. “Mak saya orang Lobak, ayah saya orang Ulu Mahang… Di kampung-kampung lain pun ke luarga saya belaka, termasuk yang di sebelah Perak. Awat (kenapa)?, Datuk ingat orang Mahang tak pandai pakai sut? Kemudiannya, kami samasama ketawa. Selain estet getah dan ke lapa sawit, kampungku dipagar rimba yang sangat luas. Hutan Sim pan Gunung Inas menempati kawasan timur Mukim Mahang, bersambungan dengan rimba di daerah Baling dan Hulu Perak. Hutan itu laluan utama komunis berulang alik dari sempadan Thailand ke selatan. Dalam novel ‘I Want To Live’, penulisnya, Xiu Lan – se orang bekas komunis dari Be tong, Thailand menceritakan pe ngalamannya pada awal 1974, bergerak dalam satu pasukan dari sempadan ke Pahang. Xiu Lan bersama seorang rakannya ditugaskan membawa be kalan makanan untuk ketua mereka dan isterinya. Untuk tugasan itu, mereka dikehendaki menyimpan rahsia daripada anggota lain. Ini kerana, kepada anggota lain, ketua mereka beritahu bekalan makanan sudah habis dan mereka perlu mencari alternatif untuk terus hidup.
PSKLM juga aktif menganjurkan kempen-kempen keselamatan semasa musim perayaan, penyelarasan kadar komisyen kepada Touch ‘n Go, aktivitiaktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama masyarakat setempat dan pelbagai lagi. Turut dilantik dalam mesyuarat kali ini adalah, Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (Timbalan YDP) Datuk Ir. Mohd Ashari Alias, Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (Setiausaha) Wan Salwani Wan Yusoff, Ketua Pegawai Operasi, LEKAS Sdn. Bhd. (Penolong Setiausaha), Chee Lean Thong, Pengarah Eksekutif Grand Saga Sdn. Bhd. (Bendahari) Datuk Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein, Pengarah ANIH Berhad (Ketua Biro Pendidikan & Latihan), Mohammad Fuad Khusairi, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (Ketua Biro Perhubungan Kerajaan), Adzmi Shafie, Ketua Pegawai Operasi SILK Berhad (Ketua Biro Hal Ehwal Industri), Mohd Ramali Abu Bakar, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi PROLINTAS (Ketua Biro Komunikasi) dan Ahmad Fuad Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi LATAR (Ketua Biro Kebajikan, Sukan & CSR)
Dia berbuat begitu kerana per jalanan itu sangat jauh, dan dia harus memastikan bekalan cukup untuk dia dan isterinya. Sebagai ganjaran menyimpan rah sia, Xiu Lan dan rakannya itu diberi makan. Menghadapi si kap ketua yang tidak ber peri kemanusiaan, jiwa Xiu Lan mem berontak. Sememangnya sejak awal lagi, dia ragu-ragu dengan tindakan nya menyertai komunis, yang sebenarnya lebih didorong oleh kehendak tunangnya. Dia sedar, sebagai rakyat asing, dia tidak seharusnya terlibat dengan agenda politik komunis di Malaysia, yang tidak ada kaitan langsung dengan dirinya. Xiu Lan bertekad mahu me larikan diri, namun sedar tindakan itu amat berbahaya. Apatah lagi, selama berminggu-minggu, mereka hanya berjalan di dalam hutan dan dia pula tidak tahu di mana dia sebenarnya berada. Kerana itu, dia perlu berhatihati. Hasratnya itu bagaimanapun tidak dapat dibendung lagi apabila berlaku satu peristiwa, ramai ang gota pasukannya mati setelah ma kan buah beracun. Akibat terlalu lapar, mereka makan buah yang seakan nangka tanpa sedar biji buah itu beracun. Sebelum itu, me reka dapati ada kesan buah itu dimakan monyet lalu mereka pun makan tanpa raguragu. Sejak kejadian itu, Xiu Lan
membulatkan tekad untuk me lari kan diri. Dia meninggalkan ketuanya tanpa disedari dan me numpang lori balak untuk dihantar ke balai polis. Peristiwa itu berlaku di Raub, Pahang. Mengapa aku kaitkan kisah ini dengan cerita mengenai Mahang? Sebabnya, ketika dalam per jalanan ke selatan, dalam salah satu episod, Xiu Lan bercerita mengenai satu tempat yang mereka lalui, yang katanya di percayai dalam daerah Kulim, Kedah. Mana lagi kalau bukan kawas an belantara di kampungku? Itu di sebelah timur. Di utara Mahang pula, Gunung Bongsu. Gunung Bongsu pernah jadi latar novel ‘Seorang Tua Di Kaki Gunung’ karya Azizi Haji Abdullah. Novel itu pernah ja di teks subjek sastera SPM bebera pa tahun lalu. Itu pun laluan komunis juga. Aku sendiri pernah terserempak dengan mereka secara ber ha dapan di dalam kebun getah di Sungai Batu, tidak jauh dari kaki Gunung Bongsu pada penghujung 1983. Tunggu cerita selanjutnya minggu depan!
Mat Mahang
6
3 - 9 Mei 2017
DUNIA MINGGU INI
KANADA - Satu bongkah ais terapung di pesisiran pantai Newfoundland, Kanada dan menjadi tarikan pelancung. Tahun ini jumlah bongkah ais yang pecah dari Greenland di dapati lebih banyak dari biasa.
HONG KONG - Peserta dari 20 negara yang menyertai Perlumbaan Spartan AsiaPasifik sedang melalui cabaran Rangkak Kawat Berduri, salah satu dari 20 cabaran di litar sepanjang 6km.
JAKARTA - Akibat pembangunan yang tidak terkawal dan kenaikan paras air kerana pemanasan global, Jakarta semakin tenggelam. Kerajaan Indonesia bercadang mebina tembok laut sepanjang 15 batu di sekeliling pantai utara Jakarta dengan kos RM160 billion.
KAZAKHSTAN - Roket Soyuz MS-04 dilancarkan dari Pusat Angkasa Yurchikhin. Ekspedisi 51 ini membawa Komander Fyodor Yurchikhin dari Roscosmos dan Jurutera Penerbangan Jack Fischer dari NASA yang akan tinggal di International Space Station selama empat bulan.
TIBET - Gaya penduduk kampung di Tasik Yamdrok, salah satu dari empat tasik besar di Tibet yang dianggap tasik suci oleh penduduk tempatan.
FILIPINA - Kapal induk USS Carl Vinson diiringi oleh kruiser USS Lake Champlain dan kapal pemusnah USS Michael Murphy di sebelah kanan dan kapal pemusnah JS Ashigara & JS Samidare dari Tentera Maritim Jepun (JMSDF) di sebelah kiri sewaktu melintasi Laut Filipina.
Bisnes
3 - 9 Mei 2017
Pameran automotif terbesar MAJIDAH MOHAMED
KUALA LUMPUR – Institut Automotif Malaysia (MAI) akan mengadakan Pa meran Auto Malaysia bermula 9 hingga 13 Nov depan, pameran automatif terbesar di Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari, seramai 200,000 pe ngunjung disasarkan akan memeriahkan pameran ter sebut dan dianggarkan 150 pempamer mengambil ba hagian dalam pameran ter sebut. “Pameran pada kali ini adalah tiga kali ganda le bih besar daripada yang se be lum nya, akan berlangsung di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang Selangor. “Kami memilih MAEPS ke rana ka wasan pamerannya yang luas sekaligus dapat me narik lebih ramai penyertaan
misalnya dari pempamer aksesori automotif, pengeluar kereta dan pengeluar kereta cekap tenaga," jelasnya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang memandu uji kereta automasi tahap tiga dan laluan lasak kerana di MAEPS terdapat laluan khas bagi melakukan pandu uji yang selamat. Dalam masa sama, pe nge luar kereta juga menawarkan banyak tawaran serta pakej menarik disamping terdapat jualan fesyen, trak makanan dan barangan keluarga dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung. “Pameran pada tahun ini menelan kos yang lebih tinggi berbanding RM1.5 juta yang dibelanjakan untuk pameran sebelum ini,” tambahnya.
Fahami syarat beli kereta KUALA LUMPUR – Kaji Selidik Pembiayaan Kenderaan Peng guna oleh J.D Power 2017 mendapati 43 peratus mereka yang membeli kereta baharu di Malaysia masih tidak mengetahui secara mendalam tentang terma produk pembiayaan kereta tersebut. Menurut Ketua Amalan In dustri Perkhidmaan J.D Power, Anthony Chiam, pem biayaan bagi mereka yang ingin memiliki ken deraan sendiri merupakan ko mit men masa panjang. “Oleh demikian, sewajar nya kakitangan pengedar ken deraan memberikan pe nerangan kepada pelanggan agar mereka lebih faham tentang terma, per khid mat an serta bayaran yang berkaitan. “Jurang perbezaan yang ketara ditunjukkan antara pelanggan yang memohon
Sektor E&E berprestasi
KUALA LUMPUR – Kementerian Per da gangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mencatatkan peningkatan jumlah perdagangan sektor elektrik dan elektronik (E&E) berjumlah 20.6 peratus untuk dua bulan pertama bagi tahun ini. Kejayaan tersebut me nan dakan keberkesanan kolaborasi bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam usaha menarik pe nyertaan pelaburan sya rikat semikonduktor di negara ini.
7
Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Gambar) menjelaskan kenaikan dalam industri E&E menyaksikan perubahan yang baik jika dibandingkan 1.5 peratus pada tahun lalu. “Malaysia adalah negara ketujuh dalam pengeksport terbesar dunia untuk barangan sektor elektrik dan elektronik yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM287.7 bilion pada 2016. “Saya amat berharap agar industri ini dapat dipertingkat sekaligus menjana prestasi yang positif,” katanya.
SCM pilih pasaran KL KUALA LUMPUR – SCM Property Services Sdn. Bhd., anak syarikat UEM Sunrise Berhad sasar untuk menambah 2,000 unit hartanah tambahan merangkumi pelbagai segmen dalam tahun ini. Ketua Pegawai Operasi UEM Sunrise, Raymond Cheah (Gambar) menjelaskan buat masa ini, SCM menguruskan 10,000 unit hartanah yang mana 9,000 unit dibangunkan oleh UEM Sunrise dan selebihnya oleh pemaju luar melalui 22 projek di sekitar Lembah Klang. ”Terdapat beberapa kawasan telah dipilih untuk menambah unit hartanah seperti di Cyberjaya, Mont Kiara dan Damansara. “Malah kemampuan dan kualiti kami terbukti apabila terdapat beberapa pemaju hartanah memilih SCM untuk menjadi pihak yang menguruskan projek mereka," katanya.
melalui perunding kewangan dan penjual kenderaan. Pe runding kewangan men catatkan purata markah 777 mana kala 735 dicatatkan untuk penjual kenderaan pada skala 1,000 mata,” ujarnya. Sebanyak 30 peratus pe lang gan akan menggunakan pem biayaan kenderaan yang sama iaitu pembiayaan ken deraan Islamik bagi pembelian ken deraan seterusnya dan hanya 22 peratus meng
gunakan pembiayaan ter sebut setelah membeli pro duk pembiayaan kenderaan konvensional. Melalui kaji selidik ter sebut, ia merangkumi ke puasan pelanggan terhadap pem biaya kewangan auto motif dengan enam fak tor seperti penyertaan, inte raksi, penyediaan bil dan pembayaran, perjanjian pembiayaan, asal permulaan dan penasihat kewangan. “CIMB Bank mencatatkan prestasi tertinggi yang me libatkan enam faktor ter sebut dengan markah se banyak 772, diikuti dengan Maybank yang merekodkan prestasi baik dalam faktor penyediaan dan penyediaan bil & pembayaran dengan 759 markah semantara AmBank di tangga ketiga de ngan rekod markah 757 dalam faktor penasihat kewangan,” tambahnya.
Inovasi Samsung terus diyakini KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (Samsung Malaysia) memenangi empat anugerah dalam Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia, Elaine Soh, anugerah ini kami terima buat kali ke tiga berturut-turut untuk Anu gerah Platinum dalam kategori telefon pintar dan kali pertama bagi anugerah televisyen, setelah memenangi Anugerah Emas pada tahun 2015 dan 2016. “Samsung adalah peneraju global dalam teknologi, telah menjadi visi kami dalam mencipta inovasi bagi tujuan memberi kepentingan kepada pengguna. “Kami juga berbangga kerana sekali lagi diiktiraf
dalam Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest sejak 2005,” ujarnya. Samsung telah merangkul dua Anugerah Platinum bagi kategori telefon pintar serta televisyen sementara dua Anugerah Emas untuk kategori barangan elektronik pengguna iaitu mesin basuh dan peti ais.
8
3 - 9 Mei 2017
BISNES
TM lancar SKR1M hujung 2017 KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) mensasarkan untuk menyiapkan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) pada suku keempat tahun ini. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman (Gambar) memberitahu, SKR1M bakal meningkatkan lagi keseluruhan sistem kabel sedia ada bermula dari timur hingga barat Malaysia. “SKR1M adalah sistem kabel fiber optik dasar laut yang menjadi penghubung sepanjang 3,800 kilometer antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta mampu menyalurkan perkhidmatan jalur lebar berkapasiti 4 Terabyte/saat. “Selain itu, kelajuan internet juga akan ditambah bagi pengguna UniFi pada hujung tahun ini dan ia
Hab francais Asia Tenggara
bersesuaian dalam peruntukan bajet 2017 yang memperuntukan supaya penyedia perkhidmatan jalur lebar menambah kelajuan Internet tanpa sebarang pindaan harga,” jelasnya. Malah TM kini dalam usaha memperhebatkan rangkaian evolusi jangka panjang (LTE) menjangkaui 60 peratus di seluruh negara.
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan peningkatan 10 peratus oleh industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020. Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan) KPDNKK, Datuk Razali Othman (Gambar), industri francais telah mencatatkan sumbangan yang positif terhadaap ekonomi negara dengan menyumbang 3.4 peratus (RM26.8 bilion) kepada KDNK. “Industri francais negara telah mencatatkan peningkatan yang positif dengan 845 syarikat francais daripada pelbagai sektor telah didaftarkan. “Dalam masa sama, kerajaan ingin Malaysia menjadi hab francais serantau di Asia Tenggara pada 2020,” ujarnya.
Tambah Razali, industri francais akan terus dipeluaskan dan dapat menyalurkan RM35 bilion kepada KDNK menjelang 2020.
Nestle catat peningkatan KUALA LUMPUR – Nestle (Malaysia) Berhad, (Nestle) menumpukan untuk mem per tingkat kecekapan keseluruhan rantaian nilai dengan melabur bagi tujuan mengukuhkan jenama dan ino vasi untuk perancangan perniagaannya. Menurut Ketua Pega wai Eksekutif Nestle, Alois Hofbauer, sebagai sya ri kat pengeluar ma kanan dan minuman, pihaknya bercadang untuk memperhebatkan pro mosi perdagangan dan segmen pengguna.
“Walaupun berhadapan de ngan banyak cabaran eko nomi, kami percaya terhadap strategi yang bakal dilakukan berpandukan kepada tunjang utama dalam menjana ino vasi dan melaksanakan trans formasi untuk pertumbuhan yang baik. “Melalui prospek jangka panjang pasaran Malaysia, ia dilihat sebagai petanda yang baik untuk prestasi syarikat bagi tahun ini agar lebih cemerlang. Sebanyak RM1.4 bilion telah dicatatkan untuk perolehan dalam suku pertama tahun ini
berbanding RM1.3 bilion direkodkan dalam tem poh sama pada tahun sebelumnya. Sementara jualan domes tik dan eksport masing-masing menunjukkan peningkatan po sitif sebanyak 4.7 peratus dan 3.6 peratus. ”Keputusan untuk melabur dalam promosi pe masaran dan perdagangan pa da suku ter akhir 2016 adalah tepat dan menunjukkan kesan yang memberangsangkan pada suku pertama tahun ini,” tam bah nya.
MCCG tingkat tadbir PCG peruntuk RM4b urus korporat KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mem perkenalkan Kod Tadbir Urus Kor porat Malaysia (MCCG) untuk mengukuhkan budaya korporat ber pandukan kebertanggungjawaban dan ketelusan. Menurut Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh, MCCG lebih me numpukan kepada usaha penerapan budaya tadbir urus korporat bagi syarikat-syarikat di Malaysia. “Kod yang merangkumi 36 amalan bagi tujuan menguatkan tiga prinsip iaitu kepimpinan dan keberkesanan lembaga pengarah; audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang berkesan serta pe laporan korporat dan hubungan dengan pihak berkepentingan. “Kod baharu ini merupakan pencapaian penting sebagai lang
kah berterusan negara un tuk menggalakkan tadbir urus yang positif untuk ke mampanan serta daya tahan pasaran modal,” ujarnya. Pihak lembaga pengarah dapat menggunakan kod ini untuk rujukan dan panduan dalam mengendalikan syarikat mereka dan meningkatkan ke fahaman tentang kepentingan tadbir urus korporat.
KUALA LUMPUR – Petronas Chemical Group Berhad (PCG) memperuntukan sebanyak RM4 bilion bertujuan perbelanjaan modal (CAPEX) pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan operasi dan kehadirannya dalam pa saran domestik dan luar negara. Menurut Pengarah Urusan dan Ke tua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sazali Hamzah, pertukan tersebut lebih ke pada membiayai projek Kompleks Ber sepadu Pengerang (PIC). “Pelaksanaan projek PIC yang di catatkan setakan penghujung Mac ini meliputi 62 peratus kemajuan ke seluruhan pembangunan yang meliputi lima komponen utama,” jelasnya. Komponen-komponen tersebut ada lah Linear Low Density Polyethylene, Polypropylene, Ethylene Glycol, Flexi High Density Polythylene dan Isononanol. “Inisiatif PCG berteraskan ke pada pembangunan di PIC merupa kan strategi baru untuk mem per kembangkannya dalam pasaran kimia khusus,” tambahnya.
9
3 - 9 Mei 2017
BISNES
Akademi bantu usahawan teknologi KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menubuhkan Akademi Latihan Usahawan Teknologi (TENTRA) yang berperanan sebagai entiti pembinaan kapasiti penting bagi usahawan teknologi dan pengkomersilan teknologi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus, akademi ini ditubuhkan untuk meminumumkan kadar kegagalan perniagaan dalam kalangan usahawan
teknologi terutamanya. “Kami akan mempelbagaikan tawaran melalui perkhidmatan pemadanan teknologi yang meliputi skim penempatan untuk pensyarah serta untuk penyelidik yang ingin mendapatkan pemahaman industri berkaitan pemindahan pengetahuan dan pengkomersialan. “Malah melalui semua program pemupukan dan khidmat nasihat yang disediakan MTDC, tiba masanya kami menyatukan usaha kepada hab
pembangunan kapasiti berstruktur dan khusus untuk usahawan teknologi. “Akademi ini juga berperanan membangun dan membantu usahawan teknologi melalui program ‘Symbiosis’, iaitu program keusahawanan graduan MTDC serta membimbing dan mengembangkan syarikat lain untuk menerima dana,”jelasnya. Norhalim juga menambah, banyak program pembangunan akan dihasilkan melalui siri latihan bersemuka, sesi khidmat nasihat dan mentoring.
Mountain Dew dekati sukan lasak
KUALA LUMPUR – Produk minuman bertenaga, Mountain Dew kini aktif melaksananakan kempen ‘Grab the Trill' sebagai usaha untuk mempromosikan jenama berkenaan selain me narik minat rakyat Malaysia
menyertai cabaran aktiviti dan sukan lasak. Kempen ini menampil kan konsep menyuntik dan mem beri inspirasi kepada orang ramai, bersesuaian dengan slogannya, ‘Do the Dew’ yang menjangkaui batasan serta melakukan
pelbagai tu gasan dengan penuh keyakinan. Naib Presiden Pe masa ran nya, Santharuban T Sundaram menjelaskan pi haknya menyediakan trak bagi memudahkan orang ramai melakukan ak ti viti memanjat dinding dan pe serta akan diberikan gan jaran sekiranya dapat melaksanakan cabaran ku rang dari satu minit. “Pihak kami tidak hanya mencabar peserta dengan ak tiviti lasak sebaliknya mencabar mereka untuk menunjukkan kemampuan dan potensi diri,”katanya. Kempen ini berlangsung selama sebulan mulai 18 Apr lalu hingga 19 Mei dan dijalankan di 40 hingga 60 lokasi tumpuan di sekitar Lembah Klang bermula 11 pagi.
Takaful Ikhlas perkenal produk baharu KUALA LUMPUR – Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) memperkenalkan produk perlindungan terbaru mereka, Ikhlas Preferred Term Takaful. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Latiff Abu Bakar (Gambar) menjelaskan, pihaknya menganggarkan perolehan sebanyak RM1.5 juta untuk tahun pertama pelan terbaharu itu. “Pelan ini menyediakan perlindungan berjangka bagi kematian dan hilang upaya kekal atas sebab semula jadi atau kemalangan dan perlindungan untuk 36 penyakit kritikal seperti Alzheimer, kegagalan jantung, arteri koronari dan sebagainya. “Pasukan pengurusan telah merangka pelan ini dan diwujudkan berpandukan kajian pasaran, permintaan dan maklum balas daripada masyarakat.
Pelan ini boleh didapati dalam tiga tempoh perlindungan yang terdiri daripada lima tahun, 10 tahun atau 20 tahun yang akan diperbaharui secara automatik dalam tempoh matang.
Moody's ramal ekonomi berkembang
KUALA LUMPUR – Moody’s Investors Services me ramal kan ekonomi Malaysia me ning kat dan berkembang baik dipengaruhi oleh faktor per sekitaran operasi yang kukuh, peningkatan per tumbuhan global, per tam bahan permintaan domestik dan pemulihan harga komo diti. Naib Presiden dan Pe gawai Kanan Kredit agensi tersebut, Christian de Guzman menjelaskan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan akan mengalami pertambahan yang pesat pada purata 4.3 peratus untuk 2017 dan 2018. “Ruang fiskal untuk me nyokong perbelanjaan eko nomi semakin berkembang dengan unjuran defisit yang lebih kecil berbanding tahun lalu, dengan syarat harga minyak akan lebih tinggi yang mana harganya kekal setakat ini iaitu AS$50 (RM217) setong pada tahun ini,” katanya. Malah gambaran makro ekonomi juga menunjukkan rekod yang semakin stabil dan positif berikutan
peningkatan harga komoditi. “Kerajaan juga amat komited terhadap pe nye paduan fiskal termasuk melakukan pelbagai pemba haruan drastik untuk men capai bajet seimbang pada 2020. “Namun begitu, risiko pe nurunan masih berlaku lantaran ketidaktentuan kedudukan luaran yang di pengaruhi dengan ke cukup an rizab akaun yang rendah, lebihan akaun semasa yang lemah strukturnya dan pen dedahan kepada aliran modal," jelasnya. Tambahnya, aliran keluar modal tidak memberikan sebarang impak terhadap mu dah tunai kerajaan ke rana ini boleh ditangani oleh modal hutang tempatan serta ketersediaan simpanan kumpulan lain selain pelabur syarikat besar. Pengaliran keluar modal juga memberi kesan terhadap ringgit dan inflasi yang se makin meningkat. Selain itu, kadar pekerjaan yang stabil juga akan meneruskan sumbangan yang berterusan kepada dana.
10
3 - 9 Mei 2017
JIMBA-JIMBA
Leka dialun gema tradisi
Kesenian gendang silat yang ditonjolkan dalam Karnival Saudagar Seni RADZHA RAIEH
Indah sungguh alam buana Cantik nian alam seni Keseniaan Melayu lama tiada gerhana Karnival saudagar seni sentiasa di hati Seiring dengan pantun yang dipersembahkan, begitulah tujuan Karnival Saudagar Seni diadakan bagi menghidupkan kembali keseniaan lama yang semakin dilupakan seperti gendang silat, variasi makanan Melayu, sepak raga, pameran wau dan juga persembahan qasidah. Bagi merealisasikan program ini, Pertubuhan Amal Kebajikan Sahsiah Islam Malaysia (PAKSI) menganjurkan Karnival Saudagar Seni yang menghimpunkan mereka yang mahir dalam pelbagai cabang kesenian Melayu ini. Pengarah Program, Bob Sahrim berkata kesenian Melayu jika tidak ditonjolkan kepada generasi sekarang, lama kelamaan ia semakin dilupakan. Menjadi tanggungjawab Paksi untuk menghimpunkan pelbagai cabang kesenian Melayu supaya terus segar di ingatan. “Selain demonstrasi sepak raga
dan gendang silat kepada pengunjung, kami juga mengadakan pertandingan gendang silat yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1,000 kepada para pemenang,” ujarnya. Menurut Bob, kriteria kemenangan adalah berdasarkan kreativiti pasukan dari segi pakaian, lagu serta persembahan. “Sebagai satu seni melayu, persembahan gendang silat ini diiringi dengan irama muzik tradisional yang juga antara cabang kesenian Melayu lama,” katanya dengan menyaksikan Pasukan gendang silat PTM Bandar Tasek Selatan mengungguli tempat
pertama. Manakala pasukan Pendawa Singa Paksi Angsana, pasukan Gendang Silat Warisan Pahang menduduki tempat kedua dan ketiga. Tidak hanya silat, pertandingan muzik tradisional juga turut diadakan merangkumi kategori serunai, gendang ibu dan gendang anak terbaik. Menghargai masyarakat setempat, program ini juga menghidangkan ceramah berkisar penghijrahan selebriti dari dunia hiburan ke kerohanian yang dikendalikan oleh Maulana Helmi, Zul Yahya dan Syed Naha (Gua Rock Gua Beriman). Karnival Saudagar Seni akan diteruskan di setiap negeri dan daerah di Malaysia agar ia mampu menaikkan lagi kesenian Melayu lama, sekaligus menjadi warisan bangsa.
Leka membelek warisan pedang-pedang lama
Ceramah agama membabitkan Maulana Helmi, Zul Yahya dan Syed Naha (Gua Rock Gua Beriman)
Asal-usul silat
SENI silat atau pencak silat adalah ilmu mempertahankan diri di Asia Tenggara dan dikatakan telah berusia beratus-ratus tahun. Ia dipraktikkan di Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia dan Thailand. Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (gerakannya lebih lembut, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Sehingga kini silat telah banyak dipecahkan alirannya mengikut fahaman guru masingma sing. Antara yang popular di Malaysia ialah silat Gayung juga dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi. Malahan di Malay sia sendiri, terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang dapat dikesan. Tahun 1978 menyaksikan Ke menterian Belia dan Sukan mewujudkan Majlis Seni Silat Malaysia kemudiannya ditukar kepada Persekutuan Silat Ke bangsaan Malaysia (Pesaka) pada 1986 yang dianggotai oleh per satuan Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia.
Vision board, impian jadi kenyataan NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
KITA sudah sampai ke penghujung April. Adakah anda sudah me reali sasikan impian anda setakat ini? Ia masih belum terlambat untuk berusaha bagi mencapai impian anda. Adakah anda pernah dengar me ngenai vision board? Vision board menyediakan ruang untuk anda memaparkan apa yang anda sebenarnya mahu dalam hidup. Kita perlu berikan tumpuan kepada apa yang kita kehendaki. Dengan meletakkan vision board yang anda telah sediakan di ruang di mana anda kerap dapat melihatnya,
ia akan menjadi satu bentuk latihan visuali sasi pendek sepanjang hari. Visualisasi adalah salah satu latihan minda yang amat berkesan yang boleh anda lakukan. Menurut buku popular The Secret: “Undang-undang tarikan boleh membentuk pengalaman keseluruhan hidup anda dan ia dilakukan melalui fikiran. Apabila anda menggambarkan sesuatu, anda akan me mancar frekuensi yang kuat keluar ke alam semesta.” Sama ada anda percaya atau tidak, ini dipanggil visualisasi. Jadi, apa rahsia besar untuk mewujud kan vision board yang efektif? Mudah sahaja, Vision board anda harus memberi tumpuan kepada bagaimana anda ingin merasa, bukan hanya tertumpu kepada perkara yang anda mahu. Semakin papan anda memberi tumpuan kepada bagaimana anda ingin merasa, semakin ia akan datang dan menjadi realiti. Tidak
ada mana-mana kaedah-kaedah mengenai cara untuk menyediakan vision board anda. Anda boleh meletakkan apa saja pada vision board untuk memberikan anda inspirasi dan dorongan yang berterusan. Tujuan vision board anda adalah untuk membawa segalagalanya kepada realiti. Pertama, berfikir tentang apa matlamat anda dalam sesuatu bidang: Hubungan, kerjaya dan kewangan, rumah, perjalanan, perkembangan peribadi (termasuk kerohanian, kehidupan sosial, pendidikan) dan kesihatan. Anda tidak perlu rangkumkan semua bidang. Anda hanya perlu menyediakan inventori mental mengenai apa yang anda mahu dalam setiap bidang berkenaan dan tulis apa yang terlintas di fikiran. Tulis matlamat anda, bukannya
ditaip kerana menulis menjanakan suatu bentuk tenaga. Daripada matlamat dan aspirasi anda, fikirkan tentang apa yang anda mahu di atas vision board anda. Seperti yang saya katakan sebelum ini, dengan memberikan tumpuan, apa yang anda hajati itu akan mengembang. Anda akan kagum dengan beberapa perkara yang akan mula muncul atau berlaku sebaik sahaja anda menetapkan niat untuk apa yang anda mahu dan bagaimana anda mahu merasainya. Cubalah jika anda belum membuat vision board anda sendiri. Anda akan kagum dengan hasilnya.
3 - 9 Mei 2017
11
12
3 - 9 Mei 2017
Rapid Rail, IEM meterai kerjasama
kumpulan perintis untuk projek PUTRA LRT; memimpin Divis yen Perkhidmatan In APID Rail Sdn Bhd – fras truktur Prasarana; Rapid pengendali perkhid Bus dan Prasarana Rail matan tren Ra pid KL and Infrastructure Projects dan pemacu trans (PRAISE). formasi pembangunan urban Kemuncak kepada sam rel negara – akan ber kong si butan Hari Jurutera itu adalah ilmu dan pengalaman dengan pemeteraian MoU, yang di Institut Jurutera Malaysia (IEM) sem purnakan oleh Ir. Zohari dalam satu misi bersama untuk dan Presiden IEM, Ir. Tan memartabatkan lagi profesion Yean Chin dengan disaksikan ke juruteraan dan in dustri rel oleh Presiden dan Ketua Pe tanahair. gawai Eksekutif Kumpulan Kolaborasi dan kerjasama Prasarana, Datuk Seri Azmi teknikal ini direalisasikan Abdul Aziz dan Datuk Thomas Penyerahan salinan memorandum persefahaman antara Rapid Rail dan IEM untuk kolaborasi teknikal melalui pemeteraian satu me George, yang merupakan Ahli morandum persefahaman Lembaga Pengarah Kumpulan khidmatan STAR LRT pada Di (MoU), yang diadakan ber Prasarana. Menandatangani se sember 1996, Rapid Rail kaya Kolaborasi dan kerjasama teknikal ini sempena dengan sambutan bagai saksi kepada memoran dengan ilmu dan pengalaman Hari Jurutera Prasarana pada dum berkenaan adalah Ketua direalisasikan melalui pemeteraian satu teknikal yang boleh dikongsi 25 April lepas di Menara UOA Akademi Rel, Rapid Rail, Haji dengan IEM untuk agenda memorandum persefahaman (MoU), yang Bangsar, Kuala Lumpur. Zaki Mohamad dan Setiausaha yang lebih besar memajukan Dalam satu program Kehormat IEM, Ir. Yap Soon diadakan bersempena dengan sambutan industri pengangkutan awam pe nuh satu hari itu, IEM Hoe. khususnya urban rel. Hari Jurutera Prasarana pada 25 April lepas membuka satu kaunter khas Antara lain, memorandum Pada masa yang sama, untuk graduan kejuruteraan berkenaan akan menzahirkan di Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur. IEM akan berkongsi ke pa termasuk daripada luar Rapid hubungan kerjasama yang karan mereka dalam men Rail dan syarikat induknya, lebih rapat antara Rapid Rail doku mentasikan segala ilmu Prasarana Malaysia Berhad dan IEM dalam merangka pro dan industri kejuruteraan pengetahuan untuk memba dan pengalaman-pengalaman (Prasarana) mendaftar dengan gram-program untuk memper urban rel tanah air kerana ngunkan lagi profesion ke berharga ini untuk dijadikan institut berkenaan dan juga hebatkan dan meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan juruteraan secara keseluruhan bahan rujukan untuk ke dengan Lembaga Jurutera lagi status pro fesion ke yang dikendalikan oleh syari di negara ini termasuk bekerja guna an awam termasuk para Ma laysia (BEM) bagi urusan juruteraan dan industri yang kat berkenaan. dengan pihak-pihak lain demi pengendali tren lain di Ma men dapatkan tauliah sebagai berkenaan. Rapid Rail mengendalikan kepentingan industry. laysia, para penyelidik dan para jurutera profesional dan ke Dengan bekerja rapat de operasi dan penyelenggaraan Akademi Rel – se bagai penuntut institusi pengajian benaran menggunakan gelaran ngan IEM dan menyertai untuk LRT Laluan Ampang, institusi yang dipertanggung tinggi. ‘Ir.’ pada nama masing-masing. program-program yang di Laluan Sri Petaling, Laluan jawabkan oleh Rapid Rail Kolaborasi ini tentunya Selain satu sesi soal jawab an jurkannya, Rapid Rail ber Kelana Jaya dan perkhidmatan untuk menyediakan latihan akan memantapkan lagi ke dengan IEM berhubung de harap jurutera-juruteranya Monorel. Rapid Rail juga ada – akan bekerja rapat dengan upayaan Akademi Rel dalam n gan apa jua persoalan me akan dapat melebarkan la lah operator perkhidmatan IEM dalam merangka program meningkatkan prestasi dan ngenai profesion kejurutera gi rangkaian kenalan da lam MRT Sungai Buloh – Kajang, latihan dan pembangunan keupayaan staf kejuruteraan an, peserta turut ber pe luang kalangan mereka dan me yang bakal membuka Fasa II untuk para jurutera dalam dalam industri rel khususnya mendengar ceramah daripada nimba ilmu dan penga la Ogos ini. meningkatkan pengetahuan dengan pengiktirafan aka de Ketua Pegawai Eksekutif man-pengalaman baru. Pe Di bawah memorandum dan skil dalam sistem dan sub mi berkenaan sebagai Pusat Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari ning katan dalam keupayaan berkenaan, kedua-dua pihak sistem rel. Berakreditasi Penuh oleh Ja Su laiman, yang berkongsi ini akan diterjemahkan se juga bersetuju untuk meng Sebagai pemacu dalam batan Pembangunan Ke ma pengalaman kerja daripada ba gai kemajuan dan pem eratkan kerjasama dalam trans formasi urban rel ne hiran, Kementerian Sum ber zaman beliau menjadi anggota bangunan untuk Rapid Rail pertukaran maklumat dan gara sejak pengenalan per Manusia. Teks AZHAR GHAZALI Foto MOHD FAITH EZENE
R
13
3 - 9 Mei 2017
Rumah / Apartment untuk dijual
Jawatan kosong
RUMAH GUGUSAN DEDAP, KOTA DAMAN SARA Apartment 3 bilik / 2 blik air, 850 sqft, Partially Furnished. Hubungi Ayu 017 - 333 - 2193
Jawatan kosong
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi
RUMAH SUBANG PERDANA, Shah Alam Block B iIngkat 3 No 19 Taman Subang Perdana, Shah Alam 3bilik, 1 bilik air RM95,000 APARTMENT JATI 1, USJ Subang Jaya RM320,000 3Bilik 2bilik air, 865sqft, Bumi Lot Contact Mustafa 017 - 693 6439
EVENT COORDINATOR Skop kerja, memperkenal dan mempromosikan pro duk syarikat kepada pelanggan. Calon yang CHERAS RIA APART berjaya akan bekerja di Mutiara Complex jalan Ipoh, MENT RM129,000 Apartment / Flat 3 rooms / 1 kl. Syarat 20 -30 thn, lelaki dan wanita, warganegara bathroom, Non bumi lot malaysia berminat hubungi SUTRAMAS APARTMENT Zara 012 - 394 - 0666 @ BANDAR PUCHONG Apartment / Flat 3 rooms / Kereta untuk 2 bathroom, Non bumi lot / dijual 845sqft call/ wasap - 012 - 682 7251 MERCEDES BENZ E250 W207 1.8 AMG CGI 2010 SEROJA APARTMENT AUTO PUTRA PERDANA - low Mileage RM248,000 - Excellent Condition Apartment / Flat 3 rooms / 2 - Accident Free bathroom, bumi lot / 738sqft RM139,800 call/ wasap: 012 - 944 9852 Hubungi: 017 - 377 1333 RUMAH TAMAN MALINJA RM350,000 Lokasi di Pekan tanjong Karang , rumah teres 2 tingkat + 1 tingkat, 4 bilik 2 Bilik air , 1 store hubungi Lelawati 012-625-3845
TOYOTA VELLFIRE 3.5ZEDDITION 2009 REG 2012 AUTO - Low mileageonly (58k km) - Tiptop condition like new - Accident free Hubungi: 019 - 229 9012
KLASSIFIED Jawatan kosong
Khidmat untuk bisnes
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554
PEGAWAI PUSAT PANGGILAN Untuk 10 staff sahaja. Basic dari RM1300-RM1800 tidak termasuk komisyen. Jika Anda boleh menggunakan komputer, boleh berkomuni kasi dengan baik melalui telephone, boleh bekerja berkumpulan. Hubungi 013 - 312 0356 (En Zaidi)
Kereta untuk dijual
KERANI & EXECUTIVE Membantu dalam peng urusan agensi seperti beri kut. Merekrut wakil takaful yang berminat dalam bidang kewangan dan perlantikan wakil baru, Berpengalaman dalam bidang Sales & Marketing hubungi 012 - 619- 5754 / 019 - 255- 9455
Khidmat untuk bisnes
Khidmat untuk bisnes
Khidmat untuk bisnes
SUNGGUH MUDAH. Jadi JUTAWAN dalam masa 1,320 hari. DAFTAR FREE. Untung 15%~25% Sebulan. Compounding Harian / Bulanan Tanpa Henti. Matang 60 Hari --Tunai 100%. Bonus Aktif 3%~12% Harian. Whatsapp 017-6498949 CikDin PERKHIDMATAN PELA MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu nang, Mini pelamin, Pelamin rumah, Pelamin ni kah, Pelamin Cukur Jambu (Harga boleh dirunding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings
KEDAI PERCETAKKAN di Kompleks PKNS Shah Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Cetakan Kad MHN CAR RENTAL Perniagaan, Bunting / Perodua Alza, Axia, Banner, Kad Kawin, Proton Saga FLX. Harian/ Pelekat Kenderaan & Baju. Mingguan / Bulanan. Hubungi: 012-671 1929 Berminat untuk tempahan: (Johan) Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) SERVIS KOMPUTER, KOMPUTER RIBA. 169 CAR RENTAL Bandar Puteri, Klang, Perodua Alza, Axia, Viva Menjual barangan gajet Bezza, Proton Exora, Saga seperti Mira Screen, FLX. Mc Book Adapter, skrin Berminat untuk tempahan: komputer. Hubungi 011Call / WhatsApp: 019-2239 3275 0876 (Mamat) 500 (Hery)
Kereta untuk disewa
MERCEDES BENZ C180 1.8 2005NREG 2010 AUTO - Japan spec - careful owner - nice number - low mileage - tip top condition RM 42 800 Call : Ken 017 - 377 - 1333 BMW 5251 2.5 E60 2007 REG 2011 AUTO - One owner - tip top condition RM69 800 Hubungi: 012 - 329 9913
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
14
3 - 9 Mei 2017
DESTINASI
‘Pot luck’ & tukar buku
Kelas yoga percuma
Bagi penduduk yang tinggal di Bangsar dan berhampiran,pastinya ia berita yang menggembirakan kerana APW’s Uppercase mengadakan kelas yoga secara percuma pada setiap hari sabtu bermula jam 9 hingga 10 pagi. Program selama sejam ini menekankan ‘multilevel dynamic’ sebagai sebahagian dari yoga yang dikendalikan oleh jurulatih Robyn Lau. Jangan bimbang jika anda tidak pernah beryoga kerana Robyn adalah guru yang bijak mengendalikan situasi mengikut tahap kemampuan pelajarnya. Jadi bawa tikar yoga anda dan bersediauntuk meregangkan otot serta menenangkan minda dalam kelas yoga percuma ini. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kuala- lumpur/blog/gonow-free-yoga- classes-at-apw-bangsar-041817
Larian Klang 2017
Warga Klang yang tidak mempunyai sebarang rancangan di hujung minggu, boleh menyertai larian 10km dan 6km We Love Klang Run 2017 yang diadakan pada 7 Mei di Stadium Padang Sultan Sulaiman, Klang.Jika tidak berminat dengan larian, boleh sekadar memeriahkan acara serta menyokong peserta program. Maklumat lanjut menerusihttp://www. tourismselangor.my/ event/we-love-klang-run-2017/
Anda dialu-alukan untuk hadir di majlis ‘Dinezin’s Food for Good Market’ bertempat di The Row, Jalan Doraisamy pada 6 dan 7 Mei. Ada dua acara yang dikendalikan iaitu masing-masing perlu membawa menu yang dimasak sendiri dan bertukartukar buku terpakai. Pastinya variasi menu dengan kepelbagaian bangsa seperti kebab, nasi biryani, kek, soto ayam, menu barat dan pelbagai minuman yang menyelerakan. Bagi acara bertukar buku, anda boleh membawa buku yang telah dibaca kemudian pilih buku yang dibawa oleh tetamu lain untuk dibawa pulang secara percuma. Antara aktiviti lain pula ialah mengabadikan gambar di ‘photobooth’ yang disediakan oleh penganjur. Maklumat lanjut menerusi https://www. eventbrite.com/e/ food-for-good-market-tickets33571074989?aff=es2
Festival kopi Malaysia
Peminat minuman kopi seharusnya tidak melepaskan festival yang diadakan selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Mei di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Bermula dengan barisan barista muda hingga kepada artis berbakat dalam industri teh dan kopi, mereka akan menunjukkan keistimewaan mengisar kopi, hiasan dalaman kedai kopi dan menunjukkan situasi di kedai kopi. Antara program diadakan ialah ‘Coffee Clinic’, Kejuaran terbuka Barista dan Kejuaraan terbuka Seni Latte membabitkan 24 finalis, fiesta ‘food truck’, muzik café terbaik dan pertandingan gambar terbaik di Instagram. Pastinya festival ini adalah platform terbaik kepada peminat kopi sekaligus mengetahui trend terbaru industri ini. Maklumat lanjut menerusi http://www.mycoffeefest.com. my/
Teater klasik
Saksikan teater klasik Electra yang mengisahkan kejadian tragik yang melanda pentas persembahan Cake’s. Diarahkan oleh pemenang Boh Cameronian Arts Award menerusi Pengarah Terbaik (2009 dan 2016), Natalie menjanjikan ia adalah persembahan yang tidak akan dilupakan oleh penonton tatkala menontonnya. Dibintangi oleh Sharda Harrison, Andrew Marko, Edith Podesta dan Lian Sutton, teater ini akan dipersembahkan pada 5 dan 6 Mei bertempat KuAsh Theatre, Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun. Maklumat lanjut menerusi http:// www.visionkl.com/ electra/
Konsert Megadeth
Dalam konsert bergeraknya, Megadeth akhirnya berkunjung ke Malaysia bagi mengadakan konsert khasnya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 4 Mei nanti. Megadeth kumpulan muzik 'thrash metal' dari Los Angeles, California diiktiraf sebagai empat kumpulan muzik terhebat seperti Anthrax, Metallica dan Slayer. Bermain dengan stail teknikal, 'rhytm' muzik laju dan susunan muzik yang sukar serta muzik seperti kematian, perang dan politik menjadi tunjang mereka. Antara lagu yang akan didendangkan adalah ‘Sleepwalker’ serta gandingan Dave Mustaine dan Megadeth akan memberi persembahan yang berbeza. Pastinya peminat muzik ‘heavy metal’ tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu artis kesayangan mereka ini. Maklumat lanjut menerusi http://concerts.eventful. com/ Megadeth
Ekspo barangan bayi
Bagi bakal ibu yang sedang membuat persiapan menyambut ‘orang baru’ sewajarnya menghadiri ekspo barangan bayi yang diadakan selama empat hari bermula 5 hingga 7 Mei di Shah Alam Convention Centre (SACC). Ekspo ini menyediakan pelbagai barang seperti kelengkapan bayi, produk kurus bagi ibu baru bersalin, barang permainan kanak-kanak, kereta sorong bayi, produk percutian dan pelbagai barangan lain. Dianggarkan 180,000 ibu bapa yang akan menghadiri ekspo ini yang menyediakan 10,000 cenderahati percuma bernilai RM500,000. Sebanyak 300 gerai menjual dengan 500 jenama serta pertandingan seperti gambar bayi fotogenik, pertandingan ibu dan anak. Maklumat lanjut menerusi http://tcebaby. com.my/
15
3 - 9 Mei 2017
TRENDING
Raja bomoh pun kena arah!
Rihanna vs Ratu Elizabeth
Penyanyi popular Rihanna dikritik peminat gara-gara memuat naik beberapa keping gambar seksi Ratu Elizabeth di laman Instagram miliknya. Menerusi laporan Aceshowbiz, Rihanna menerima kecaman kerana tindakannya itu dianggap biadab dan tidak menghormati wanita terhormat British itu. Foto tersebut merupakan suntingan semula yang dilakukan oleh Rihanna sebelum berkongsi di akaun media sosial miliknya. Selepas memuat naik gambar tersebut, peminat mengecam tindakannya kerana tidak menghormati Ratu Elizabeth. Rihanna berkongsi foto-foto tersebut untuk menyampaikan ucapan selamat ulang tahun ke 91 Ratu Elizabeth pada 21 Apr lalu namun ia tetap dianggap biadap.
Raja Bomoh atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin menjadi perhatian umum kerana sering melakukan ritual pelik yang boleh mendatangkan kemarahan netizen. Dipercayai untuk 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing, Ibrahim telah melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur. Bagaimanapun, selepas beberapa hari dicari Raja Bomoh telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina
Toleransi bukti persahabatan Shiro
Ajak,dalam satu status Instagramnya telah memuatnaik kiriman WhatsApp Shahrol, dan status tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial tersebut. Dalam perbualan WhatsApp tersebut, Ajak menenangkan Shahrol yang sedang serba salah menyebabkan lawak mereka hambar dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017. Sikap mereka yang saling toleransi antara satu sama lain mendapat pujian netizen. Selain berkongsi rasa, Ajak turut memohon maaf kepada peminat Shiro kerana telah mengecewakan mereka
Kru dibuang kerja
'Pikachu' kumpul duit rawat anak Seorang bapa telah berkorban masa sejak beberapa minggu lalu di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Beijing untuk memakai kostum Pikachu. Bapa muda tersebut bertindak sedemikian kerana mahu mengumpul wang bagi membayar kos perubatan anaknya. Liu Yuehu, 24, memaklumkan anaknya berusia satu tahun, menghidap penyakit leukemia dan dimaklumkan harapan untuk anaknya pulih hanyalah 70 peratus sementara kos rawatan adalah terlalu tinggi. Dia yang tidak mahu berputus asa bagi membantu anaknya itu tekad untuk mencari wang bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana Liu yang bekerja sebagai buruh binaan terpaksa berhenti kerja disebabkan gajinya hanya diterima setiap hujung bulan.
Makan tiga sudu sehari
Menjadi selebriti popular sememang nya memerlukan tahap disiplin yang tinggi dan kesabaran yang kuat. Untuk nampak cantik di kaca televisyen, mereka harus menjaga pemakanan bagi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Terbaharu, pelakon popular Korea Selatan, Lee Tae Im mengaku hanya makan tiga sudu nasi sehari. Namun, Tae Im sedar diet yang dilakukan itu sangat bahaya dan tidak patut dicontohi oleh peminatnya di luar sana. Selain itu juga, dia turut berjanji untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil jumlah makanan yang betul setelah berjaya mendapatkan bentuk badan yang diimpikan.
Islam atau meyebabkan Islam dipandang hina. Sewaktu tuduhan dibacakan, dia mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya adalah salah dan menyalahi akidah Islam. Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik secara enam bulan disebabkan faktor umur dan taraf kesihatannya. Menurut Ibrahim dia memohon maaf kepada semua masyarakat Malaysia kerana ritual yang dilakukan adalah arahan dari orang lain semata-mata.
Ayah bunuh anak dan diri secara langsung di FB
Seorang lelaki di Thailand telah membunuh bayi perempuannya yang berusia 11 bulan dan insiden itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live minggu lalu. Menurut BBC, bapa berusia 21 tahun itu kemudian bertindak membunuh diri. Difahamkan dia bertindak demikian setelah berlaku pertengkaran dan perselisihan faham dengan isterinya. Video berkenaan bagaimanapun telah dipadam oleh pengurusan Facebook. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memberitahu pihaknya akan berusaha lebih keras bagi mengelak perkara buruk seperti itu dikongsi kepada umum menerusi Facebook bagi mengelak perkara yang sama berulang lagi.
Seorang pekerja Amerika Airlines digantung tugas selepas video pertengkarannya dengan beberapa anak kapal, penumpang dan seorang wanita membawa anak kecil tular di media sosial. Pekerja itu pada awalnya dilihat bertindak merampas kereta sorong bayi yang ketika itu sedang menangis selain dia turut didakwa telah memukul ibu bayi tersebut dengan kereta sorong yang dirampasnya. Jurucakap American Airlines, Leslie Scott berkata syarikat penerbangan itu sedang menyiasat kejadian yang berlaku dalam pesawat 591 yang menuju ke Dallas dari San Francisco. Scott berkata, perbalahan itu berlaku berikutan pertikaian sama ada wanita itu boleh membawa kereta sorong bayi di dalam penerbangan berkenaan.
Maut dibelasah abang teman wanita
Seorang remaja berusia 16 tahun dari Tawau, Sabah, maut setelah dibelasah oleh abang kepada teman wanitanya. Mohd Ayieruchizamsyah Lambang. Dia yang sedang ‘berdating’ tiba-tiba didatangi oleh abang teman wanitanya lalu memarahi mereka dan menumbuk mukanya. Mangsa kemudian telah dipukul di bahagian lehernya dengan sebatang kayu.
Siasatan awal mendapati, suspek ma rah kerana adik perempuannya sebelum ini pernah beberapa kali lari dari rumah mengikut teman lelakinya. Selepas di pukul, mangsa pulang ke rumah dan sempat memaklumkan kepada ibunya mengenai kejadian tersebut. Keesokan paginya, dia ditemui tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia di dalam biliknya.
Yusry, Lisa timang cahaya mata kedua
Pengarah dan komposer terkenal, Yusry Abdul Halim telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak keduanya di akaun Instagram. Menerusi perkongsian tersebut, Yusry menyatakan rasa syukurnya atas kelahiran bayi lelakinya. Lisa Surihani melahirkan bayi lelakinya itu di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur. Sementara itu di ruangan komen, selain tips atau kaedah menjaga bayi dikongsikan kepada Lisa dan Yusry netizen turut mengucapkan tahniah kepada Yahaira (anak sulong pasangan ini) kerana telah menjadi kakak.
16
3 - 9 Mei 2017
www.syahrilkadir.com
iPhone 7 milik Nik Khairul, pemenang #cuticutiwarta TIDAK suka ‘terpekup’ dan ingin lari daripada kesibukan tugas harian, Nik Khairul Azuar Mhd Saari, 35 bersama isterinya Intan Zulaiha Saat, 29, akan ‘mencuri’ masa untuk melancong di dalam atau luar negara. Dia tidak menyangka sama sekali, penyertaannya da lam peraduan #CutiCutiWarta telah membawa tuah. Sebagai pem baca setia WARTA, Nik Khairul se kadar mencuba nasib dengan menghantar gambarnya bersama isteri dan anaknya ketika bercuti di Teluk Kemang, Port Dickson. Ketika pihak WARTA meng hubunginya memaklumkan kemenangannya, dia tidak menyangka gambar tersebut men dapat undian tertinggi hasil undian di laman sesawang http://www. warta.my/finaliscuti-cuti-warta/ dan dinobatkan sebagai pemenang. Gambar kenangan semasa di Teluk Kemang, Port Dickson tersebut dirakam pada 27 Dis 2015 ketika dia bersama anak dan isterinya melancong bersama rakannya yang lain. Menggunakan kamera Go Pro Hero 4 detik itu dirakam ketika mereka sekeluarga sedang man di laut di waktu matahari sedang terbenam. “Kami memang suka me lan cong, sebagai short escape, keluar dari tempat sendiri untuk mengalami suasana di tempat lain,” jelasnya yang juga mengaku isterinya juga seorang ‘kaki gambar’, suka merakam detik-detik indah bersama ketika melancong. Menurut Nik Khairul, hobi isteri nya yang suka mengambil gambar menambah ‘seri’ lagi ketika mereka pergi melancong. Akuinya, mereka telah menjelajah ke semua negeri kecuali Sabah dan pernah menjejakkan kaki ke Vietnam dan Thailand.
Nik Khairul Azuar bersama isterinya Intan Zulaiha Jelas Nik Khairul, dia tidak pernah belajar tentang fotografi. Mengambil gambar juga salah satu hobinya dan akan dikongsikan di Instagram dan Facebooknya. “Kami berterima kasih kepada pihak WARTA serta kepada yang mengundi gambar kami. Peraduan seperti ini memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bakat terpendam dalam bidang fotografi,” katanya ketika hadir di pejabat WARTA. Peraduan Cuti Cuti Warta 2017 yang bermula pada 1 Mac 2017 berakhir pada 30 Apr 2017. Gambar ‘travel’ instagram netizen yang menarik telah dikongsi untuk memenangi iPhone 7. Setiap minggu ada tiga pemenang mingguan. Setelah tarikh tutup terdapat 12 pemenang semuanya. Pembaca WARTA telah membuat undian di sesawang WARTA dan telah memilih gambar milik Nik Khairul Azuar Mhd Saari sebagai pemenang.
Gambar yang menobatkan Nik Khairul Azuar sebagai pemenang
Kula digeruni penjenayah B
EKAS Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, S. Kulasingam adalah pegawai polis paling digeruni penjenayah sekitar 70-an. Beliau yang lebih dikenali sebagai Kula oleh rakan- rakan, dianggap antara yang terbaik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan keberanian dan keazamannya membanteras penjenayah ganas ketika itu. Sepanjang kerjanya, beliau mengetuai banyak operasi memerangi penjenayah berbahaya selain menangkap mereka. Antaranya, memburu Botak Chin yang banyak terbabit dengan rompakan Mendiang S. Kulasingam bersenjata serta menangkap Kepong Chai, yang merogol ramai wanita Kula juga pernah disimbah asid menyebabkan sebelum mencederakan wajah mereka kecederaan parah, hampir ditimpa pokok dengan pisau. tumbang – menyebabkan pembantunya Kejadian paling diingati mengenai terbunuh, hampir ditetak seorang lelaki Kula adalah kegagalan Botak Chin mengamuk dan hampir ditembak ketika operasi membunuhnya dalam serangan di Sarawak menyebabkan rakan sepasukannya hendap di persimpangan lampu terbunuh. isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling Kula yang menyertai PDRM ketika berusia 19 pada 22 November 1975, walaupun 11 tahun pada 1951 sebagai Inspektor Percubaan tembakan jarak dekat dilepaskan ke menyerlahkan bakat kepemimpinan dan arahnya. kemampuan menyelesaikan banyak kes jenayah Mendiang sebaliknya hanya terkena sejak awal pembabitannya. satu tembakan di dada dan masih Disebabkan dedikasi dan keberaniannya mampu memandu ke Balai Polis Cheras sepanjang berkhidmat, Kula dianugerahkan untuk mendapatkan bantuan. Pingat Gagah Berani (PGB) dan Ahli Mangku Ketika diminta menceritakan Negara (AMN) sebagai menghargai jasanya. mengenai kejadian itu, Kula berkata: Selepas bersara pada 1985, Kula yang tidak “Saya menghadapi kesukaran bernafas berkahwin meneruskan kehidupan di sebuah berikutan kecederaan itu namun apartmen dua tingkat di Johor Bahru seorang berjaya memandu ke Balai Polis Cheras. diri, menikmati ketenangan selepas puluhan Serangan berkenaan dan peluru yang tahun memerangi penjenayah. terkena dada dan organ dalaman Ditanya mengenai keengganannya beruma mungkin membunuh saya ketika itu tangga, beliau berkata: “Bidang kerja yang bahaya namun saya rasa masa saya belum tiba.” seperti ini memerlukan sedikit pengorbanan.” Nyata kejadian itu tidak sedikit pun Beliau tidak mahu kerjayanya terhalang melemahkan semangat Kula. dengan ancaman terhadap keselamatan Beliau kembali bertugas tiga bulan keluarganya. selepas menjalani pembedahan dan Pada November 2007, Kula, 77, rawatan susulan – bersedia memburu menghembuskan nafas terakhir di sisi adiknya, penjenayah seterusnya. Annamah, 74, dan abangnya Dr Ratnasingam, Itu bukanlah kejadian tunggal 78, di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru. hampir meragut nyawanya sepanjang Kali ini beliau pergi akibat penyakit, bukan 30 tahun berkhidmat kerana lima disebabkan serangan hendap atau tembakan bulan kemudian, mendiang sekali lagi penjenayah, sebaliknya kerana ‘masanya sudah ditembak. tiba’. Ketika itu, beliau bersama se Baca lanjut di www.syahrilkadir.com kumpulan anggota polis menyerbu rumah persembu nyian penjenayah yang baru saja me rompak sebuah ke dai emas di Pe taling Jaya. Dalam kejadian itu, Kula terkena tembakan di perut, namun operasi itu berjaya dan polis menemui barangan rompakan mana kala empat dari pada perompak di tembak. Kula sering diziarahi rakan sebagai Kula ketika berkhidmat sebagai mengenang pengorbanannya dalam dunia kepolisan
Timbalan Ketua JSJ Kuala lumpur
17
3 - 9 Mei 2017
Makan
DI MANA
Lokasi strategik Kafe Haji Saad Kambing bakar hidangan wajib cuba
SYERIL SHARINA AZHAR
JALAN Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan sekitarnya amat sinonim sebagai syurga membeli belah terutama menjelangnya sesuatu perayaan. Makan Di Mana kali ini bukan hendak ceritakan perihal 'segi tiga pakaian' Lembah Klang itu. Tetapi sekadar melontar idea untuk anda betul-betul manfaatkan aktiviti di tengah Bandaraya KL dalam suasana tenang, tidak sangkut dalam kesesakan jalan raya, boleh singgah makan, bermalam dan sebagainya. Tidak perlu kusutkan fikiran, anda boleh menuju ke arah bangunan Putra World Trade Centre (PWTC). Sekitar ini mempunyai kawasan parkir yang agak luas dan banyak. Dari situ anda boleh ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India dengan LRT. Dari stesen LRT PWTC, anda turun di stesen Bandaraya. Melangkah turunlah dengan bergaya, gedung perniagaan, deretan kedai pakaian dan pelbagai jualan lain sedia menanti anda.
Sengaja Makan Di Mana memilih Kafe Halaman Haji Saad sebagai pilihan kali ini. Kafe yang terletak di Hotel Seri Pacific ini setia menanti anda dan boleh dijadikan lokasi pilihan terutamanya ketika tibanya Ramadhan yang bakal menjelang kira-kira sebulan lagi. Biarpun menghuni di hotel ternama, kafe ini memilih dekorasi ala kampung yang cukup mendamaikan, hati akan tersenyum melihatnya, suasana gerai kampung, cukup untuk kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak anda di kampung. Sempena Ramadhan, Chef Haji Saad memberitahu pelbagai menu istimewa menanti kehadiran anda. Kambing golek, bubur lambuk, serunding daging dan ayam, beriyani gam, nasi kandar dan sup gear box adalah antaranya. Menghilangkan pedas dan peneman santai, bubur chacha, pengat ubi, bubur kacang hijau with durian, pulut hitam, pengat pisang, bubur kacang merah dan bubur jagung, tersedia untuk anda.
Anak kampung pastinya tidak akan lupa akan sambal belacan, budu atau tempoyak. 'Killer menu' ini juga terhidang di sini. Jika anda malas ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, di seberang jalan kafe ini juga ada sebuah pasaraya. Jadi, sesuai sangat kafe Halaman Haji Saad ini dipilih untuk anda bersama keluarga atau rakan berbuka puasa atau menikmati makan malam
di sini. Sesekali meraikan keluarga, pelik benar jika isteri atau anak-anak memarahi anda jika selepas berbuka puasa anda sebut, "Kita tidur di hotel ini malam ini". Strategik lokasi kafe ini. Letaknya di dalam sebuah hotel, di luarnya ada pasaraya, ada kemudahan LRT dan sebagainya. Orang luar dari KL pun mesti teringin untuk ke sini.
Sup gear box yang menjadi tarikan utama
Chef Haji Saad bersama sajian utamanya
Dekorasi ‘kafe hotel’ di rumah? Anda ingin jadikan ruang makan di rumah anda seperti ruang makan di hotel. Di sini disenaraikan beberapa ciri penting yang anda perlu tahu.
Letakkan sepohon pokok hidup sederhana besar yang rendang di bahagian sudut. Pilihlah pokok yang tidak berbunga untuk mendapatkan suasana yang lebih ‘hidup’.
Dekorasi ruang makan anda perlulah kelihatan lebih santai dan luas. Elak memilih cat berwarna gelap. Jangan susun perabot anda secara melintang sebaliknya susun mengikut kesesuaian sudut.
Saiz meja makan yang dipilih jangan terlalu besar atau terlalu kecil tetapi mengikut kesesuaian ruang makan anda. Seeloknya gunakan meja berbentuk bulat untuk ruang yang kecil.
Warna lampu yang dimainkan tidak terlalu cerah dan tidak terlalu kelam. Untuk mendapat suasana begini lampu yang bewarna kuning atau putih lembut lebih sesuai digunakan.
Sekiranya anda memasang penghawa dingin, pastikan suhu yang digunakan berada di takat yang sederhana mengikut kesesuaian ruang. Elakkan pembaziran eletrik juga adalah salah satu ciri untuk anda realisasikan impian ‘kafe hotel’ di rumah anda!
Tahukah anda?
Pakis Boston mampu membersihkan dan melembapkan udara. Hal ini men jadikannya sebagai tanaman yang sesuai diletakkan di ruang ma kan anda. Tanaman hias ini ideal jika diletak pada sisi tingkap ruang makan anda kerana ia bo leh menghasilkan oksigen dan se terusnya menghasilkan kadar udara yang lebih bersih.
18
3 - 9 Mei 2017
Di sebalik
JENAMA
Topi keledar Arai turut menjadi pilihan dalam sukan permotoran dunia
asalnya topi ahli magik Hirotake Arai, pencipta topi keledar Arai MURNI REJAB
ARAI adalah satu jenama topi keledar buatan tangan yang terkenal di Jepun. Biar pun harganya ada yang men cecah ribuan ringgit na mun peminat topi keledar ini tidak merasakan ‘rugi’ untuk berhabis duit membeli topi keledar berjenama Arai. Malah ia cukup digemari oleh penunggang motosikal di se luruh dunia. Arai telah dicipta pada tahun 1926 oleh Hirotake Arai. Hirotake sebenarnya se orang pembuat topi pada asalnya tetapi kerana minat menunggang motosikal beliau menghasilkan topi keledar buatan tangan. Selepas ke matian nya, anaknya, Michio Arai menggantikannya dan turut diambil alih cucunya, Akihito Arai. Syarikatnya
dikembangkan ke Eropah se lepas seluruh negara memberi tindak balas positif daripada seni pembuatan tangan ini. Syarikat Arai Helmet Ltd. berasal dari Saitama, Jepun turut menawarkan sebilangan topi keledar terbaik di dunia dan antara syarikat yang mengeluarkan produk topi keledar yang berkualiti. Ia ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Hirotake Arai di mana pada permulaannya mereka hanya menghasilkan topi (seperti topi yang dipakai oleh ahli silap mata). Ada yang mengatakan bahawa harga ribuan berbaloi dengan hasil keselamatan yang dihasilkan oleh syarikat ini. Setiap helmet diuji ber asingan dengan setiap peringkat iaitu selepas shell (kulit luar) siap, selepas siap dicat dan akhir sekali lagi proses pemasangan. Dengan fokus kepada kualiti yang begitu tinggi, produk Arai turut dinobatkan sebagai juara bagi kepuasan pengguna oleh kajian yang dilakukan J. D. Power and Associates Motorcycle Helmet Satisfaction Studies dengan 3/4 kategori dimenangi iaitu Overall Satisfaction, Ventilation dan Styling. Pelumba Formula 1 turut menggunakan helmet Arai sebagai sut lengkap dengan
Kelebihan Arai
sistem keselamatan dan kestabilan untuk ber tindak menjaga kepala seseorang pelumba. Selain menjadi pilihan penunggang motor sikal terbanyak, topi keledar Arai turut menjadi pilihan pelumba terkenal seperti Dani Pedrosa dan Nicky Hayden.
Arai dicipta dengan penuh ketelitian daripada seorang pe kerja yang mahir, boleh di katakan 100 peratus setiap pem buatan kerangka topi ke ledar Arai ini diperbuat daripada hasil tangan pekerja yang mahir. Pembuatan topi keledar ini mempunyai 27 langkah dan setiap langkah yang ‘dipertaruhkan’ memerlukan ketelitian yang sempurna bagi menghasilkan kerangka helmet yang terbaik. 18 jam
Harga yang mahal tidak 'menyekat' si penggemar topi keledar Arai untuk membelinya
Lima jenama topi keledar terbaik SHOEI
Dikenali sebagai pelopor inovasi dalam industri topi keledar motorsikal, Shoei Co. Ltd. antara pembuat helmet kelas High End Premium. Tidak menghairankan jika dikira pengalaman mereka selama 57 tahun dalam industri ini, Shoei telah ditubuhkan tanggal 17 Mac 1959 di Tokyo, Jepun. Antara model popular adalah Shoei RF-1200.
NOLAN
Nolan Helmet SpA. adalah perusahaan topi keledar yang berasal dari Itali sejak tahun 1972 oleh Lander Nocci, seorang usahawan dalam sektor aksesori kereta dan motosikal. Nolan menawarkan topi keledar yang mempunyai standard yang tinggi.
Mengapa topi keledar Arai menjadi pilihan?
HJC
Jenama nombor satu di Amerika Syarikat sejak 1992 dan diiktiraf sebagai jenama topi keledar terlaris di dunia sejak 2002. HJC Helmets ditubuhkan di Korea pada tahun 1971 dan memfokuskan kepada penghasilan topi keledar. Selain faktor keselesaan, berkualiti tinggi dan bergaya, topi keledar HJC menawarkan harga mampu milik kepada pembelinya.
BELL
Bell Helmets mempunyai sejarah yang panjang. Bermula sebagai Bell Auto Parts di Bell, California pada 1923 dan kemudiannya The Bell Helmet Company dibentuk pada 1956 yang memfokuskan kepada penghasilan topi keledar untuk perlumbaan kereta. Topi
diperlukan untuk meng hasilkan sebiji topi keledar ini sepenuhnya termasuk peng ujian topi keledar berkenaan. Setiap shell yang telah dikeluarkan akan mempunyai tandatangan hasil daripada pekerja yang telah membuat topi keledar tersebut. Hal ini bertujuan untuk me ngenal pasti pekerja yang mem buatnya dan sebarang masa lah selepas pemakaian topi keledar ini boleh merujuk pada pembuat helmet itu.
keledar motosikal full face pertama di dunia diperkenalkan pada 1968 adalah keluaran daripada syarikat Bell.
AGV
AGV SpA. (Amisano Gino Valenza) adalah firma pembuatan topi keledar motosikal Itali yang ditubuhkan oleh Gino Amisano bermula tahun 1946, walaupun pada tahun awalnya mereka memfokuskan kepada penghasilan tempat duduk kulit dan beg sisi sehinggalah pada tahun 1947 mereka mula menghasilkan topi keledar untuk motosikal.
ADA banyak sebab topi keledar ini menjadi pilihan, antaranya ialah keunikan topi keledar ini berbanding topi keledar gred tinggi yang lain. Namun bagi sebuah topi keledar, sebenarnya yang paling penting ialah ke tahanan dan kemampuan mem berikan perlindungan sehingga ke saat akhir jika terlibat dalam kemalangan. Pemakaian topi keledar de ngan betul mampu mem berikan perlindungan kepala anda walaupun ia berharga mu rah. Tapi jika anda terlibat dalam kemalangan dan ingin meningkatkan peratus ke se lamatan anda, topi keledar de ngan kualiti premium akan memberikan perlindungan yang lebih baik.
19
3 - 9 Mei 2017
21
21
Westlife masih aktif
Gambar buat Justin berubah
21
Diana Danielle hargai tentera 21
Priyanka Chopra terharu
23
20
3 - 9 Mei 2017
Diana Danielle hargai tentera SYERIL SHARINA AZHAR
RAMAI yang tidak menyang ka, disebalik dunia glamour serta beberapa kontroversi yang melanda hidup pela kon, penyanyi, model dan ibu muda, Diana Danielle tersimpan satu ‘hajat’ yang murni apabila dia menga jakrakyat negara ini sama-sama menghargai jasa serta pengorbanan pasukan keselamatan negara. Diana mahu mereka (anggota tentera) diberi penghormatan di atas pengorbanan menjaga keselamatan negara. ‘Reward’ yang patut diberikan kepada pasukan keselamatan negara. “Saya kagum dengan kesetiaan, usaha dan betapa berdedikasinya mereka dalam menjalankan tugas memper tahankan keselamatan negara dan pengorbanan itu tidak boleh dibayar dengan wang.” “Mereka risikokan diri mereka sendiri ditambah dengan keselamatan ahli kel
uarga mereka yang mungkin tergugat sewaktu ketiadaan mereka. Jadi disebabkan itu, golongan ini layak diberikan penghargaan atau hadiah di atas khidmat mereka men jaga keamanan tanah air,” katanya. Diana yang baru sahaja melancarkan single terba runya Tentang Kita turut menyatakan dia berharap agar lebih ramai masyarakat dan generasi muda yang akan buka mata tentang kewujudan pahlawan negara seterusnya lebih menghargai mereka. Diana boleh dija dikan contoh sebagai salah satu ikon yang peka dan prihatin dengan jasa wira dan pahlawan negara.
PELAKON wanita Tamil, Amala Paul yang menjadi ikon idol fesyen India, men yatakan dia adalah seorang yang sangat positif dalam kehidupan sehariannya. Dia yang lebih gemar digelar ‘dream catcher’ ini berkong si antara salah satu perkara yang sangat disyukurinya adalah dia bukanlah seo
BERTEPATAN sebagai se buah kumpulan yang mem punyai ramai penyokong, setelah lima tahun meng harungi dunia hiburan, kerja keras Kumpulan Exo berhasil setelah dinobatkan Anugerah Artis Paling Ber pengaruh Asia di Yin Yue Tai V-Chart Awards. Kumpulan yang di anggotai 12 orang lelaki tampan ini berjaya memi kat hati peminat untuk mengundi mereka muncul kumpulan teratas dalam carta. Exo mula terkenal dengan lagu Growl yang mengisahkan tentang keperibadian seorang lelaki
yang berusaha memiliki cinta seorang wanita. Apa yang menjadi tarikan pada lagu ini sehingga kini adalah disebabkan melodi muzi knya seakan-akan sebuah lagu misteri dengan laungan serigala dan gaya tariannya yang ‘simple’ tetapi sangat menarik. Acara yang berlangsung di Macau itu seolah ‘majlis untuk Exo’ apabila kumpu lan itu berjaya membawa pulang lima lagi anugerah iaitu Anugerah Artis Paling Popular, Album Terbaik Tahunan, Artis Korea Paling Terkenal, Artis Lelaki Terbaik dan Artis Kolabrasi Terbaik.
Yusuff Iskandar sepopular artis
Amala Paul curi perhatian rang yang suka menden gar komen negatif orang tetapi sebaliknya meng utamakan dirinya untuk terus berjaya. “Saya mendengar kata hati saya dan sangat bersyukur apabila ia turut berkait dengan perasaan orang lain. Saya turut mengutamakan kasih sayang mengisi setiap jiwa dan nurani saya agar ia boleh menjadikan saya seorang insan yang lebih berguna mengikut pere daran masa dan rentak kehidupan,” katanya. Amala yang lahir pada Okt 1991 sekalipun masih baharu dalam industri lakonan India telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di salah satu festival di India pada 2016 dan Ikon Idol Fesyen India 2017. Namanya mula dikenali selepas membintangi filem Mynaa.
Exo rangkul enam gelaran
BAYI ‘Popular’ Malaysia, Yusuff Iskandar adalah antara bayi yang mempunyai pengaruh besar dengan mempunyai pengikut seramai 1.3 juta di akaun Instagramnya. Tidak peliklah sekiranya Yusuff telah berjaya memikat hati rakyat Malaysia dengan keletahnya yang comel. Rupa-rupanya bayi bertuah ini adalah anak pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.
Zero trio cekal
KUMPULAN lawak Zero menyatakan mereka tidak pernah meletakkan satu tanda aras untuk mereka terus berk arya. Disebabkan itu, kumpulan Zero sehingga kini masih teguh berdiri men jadi antara kumpulan yang konsisten dalam membuat persembahan di setiap minggu di dalam Maharaja Lawak Mega 2017.“Kebanyakan idea datang nya daripada kami bertiga dan tidak ada keutamaan kepada sesiapa untuk memberi idea atau teknik persemba han, kami adalah adik-beradik dan tidak ada masalah dari segi masa untuk berbincang. Apa yang penting usaha dan jangan pernah berputus asa. Jadi, tidak kira walau sehebat mana kamu konsisten, sikap sombong dan berlagak itu harus dielakkan.” kata Sharif, salah seorang dari trio Zero.
21
3 - 9 Mei 2017
India tetap di hati Priyanka
Seputar Artis Westlife masih aktif
S
ETELAH beberapa tahun bergiat aktif dalam ak tiviti seni di Hollywood, aktres sensasi Bollywood, Priyanka Chopra disambut meriah ketika pulang ke tanah airnya India. Sebelum itu melalui akaun Twitternya, Priyanka menulis dia amat rindukan suasana kampung dan ingin segera pulang ke sana. Aktres ini masih kekal cantik dan langsing wa laupun sudah menjangkau usia awal 30 an. Dalam satu temubual, Priyanka mengucapkan penghar gaan kepada semua pihak yang menganjurkan majlis menyambut kepulangannya ke India baru-baru yang begitu meriah sekali. “Walau ke mana saya pergi, India tetap di hati, saya terlalu rindukan suasana kampung yang damai, suasana itu tak ada di tempat lain.” ujarnya. Katanya lagi, dia terpaksa korbankan masa dan berjauhan dengan keluarga kerana men jalani proses penggambaran yang agak lama di Hollywood. Di majlis anugerah Oscar baru-baru ini, Priyanka dijemput ke pentas untuk mengumumkan nama pemenang serta menyampaikan hadiah untuk beberapa kategori anugerah berprestij itu. Baginya itu adalah satu penghormatan besar sepan jang penglibatannya di Hollywood.
Farenheit berpecah TERDIRI daripada empat orang anak muda, kumpulan Farenheit di bawah naungan XinEntertainment pernah popular di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia. Disebab kan kepetahan dan ketampanan mereka, ramai peminat yang kecewa setelah kumpu lan ini secara mengejut dibubarkan. Banyak persoalan yang menjadi teka-teki tentang punca sebenarnya empat sahabat karib ini berpecah. Setelah tiga tahun berlalu, akhirnya terungkap alasan sebenar boyband Taiwan, Fahrenheit dibubarkan. Netizen mengang gap antara puncanya adalah kesibukan salah seorang anggotanya, Wu Chun yang bergiat aktif dalam bidang lakonan. Itu bukan puncanya. Semua per soalan terungkai apabila Aaron Yan, anggota paling muda Fahrenheit membuat pengakuan yang menge jutkan. Katanya, perpecahan ber punca akibat perebutan untuk menjadi ketua di antara Jiro Wang dan Wu Chun. Menurut Aaron perbalahan berlaku sejak 2005 lagi dan mereka tidak boleh bekerja sebagai sebuah kumpulan seperti dahulu. Dia juga mengaku su dah lama tidak berhubung dengan Jiro Wang dan Calvin Chen sebaliknya hanya berhubung dengan Wu Chun. Bagi Aaron, hanya Wu Chun yang menganggapnya sebagai sahabat.
AKTOR terkenal Indone sia, Randy Pangalila kini melebarkan pengaruhnya dalam bidang fesyen apabila dia dinobatkan sebagai tiga lelaki paling berpengaruh dalam bidang fesyen di Indonesia. Dia menerima anugerah tersebut sempena Insert Fashion Awards ( IFA ) 2017, baru-baru ini. Menurut Randy dia amat ber terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudah memberikannya kesempatan men jadi antara ‘Top 3 Fashionable Man’. Sut yang dipakai Ran dy adalah rekaan Quinton Windsor manakala kasut nya adalah tajaan Mario Minardi.
SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan popular era 90an ini. Kumpulan yang dianggotai lima orang lelaki tampan ini masih tetap segar dan bertenaga ketika mengadakan persembahan. Pernah melalui zaman keretakan, bagaimanapun mereka bergabung kembali bagi menghargai peminat yang tetap setia menyokong karier seni yang telah dibina. Setiap lagu yang dibawa menusuk kalbu dan mudah ‘dihadam’ halwa telinga pendengar menjadi salah satu faktor mengapa kumpulan ini masih teguh berdiri sebaris penyanyi popular masa kini. Antara lagu yang menjadi ‘favourite’ pendengar seantero dunia adalah ‘I have a Dream’, ‘Flying Without Wings’ dan ‘My Love’. Setiap lagu membawa mesejnya tersendiri. Kumpulan yang dianggotai oleh Shane FIllan, Brian McFadden, Mark Feehily, Nicky Byrne dan Kian Egan masih aktif mengadakan konsert di beberapa buah negara untuk bertemu peminat dan di setiap konsert mereka kebiasaannya tiket akan habis dijual.
Gambar buat Justin berubah
DALAM satu status Instagramnya, Justin Bieber memuat naik bahawa dia amat berbangga dan bersyukur dengan perubahan dirinya sekarang. Pemuda berusia 24 tahun ini memuat naik dua keping gambar dengan siri tahun yang berbeza bagi tujuan refleksi diri. “Saya suka melihat gabungan dua gambar yang berlainan tahun ini kerana ia menggambarkan keperibadian saya yang sudah berubah. Bersyukur kepada tuhan kerana walaupun saya tidak berada di mana sepatutnya saya berada tetapi sekurang-kurangnya saya bukan orang yang sama seperti dulu. Perkara paling baik pasti akan menyusul kemudian tetapi adakah kamu mempercayainya?” katanya Justin yang selalu tular dengan sikap liarnya pada beberapa tahun lalu, kini sudah mula membuktikan kepada peminatnya ‘Beliebers ‘ bahawa penantian mereka bukanlah sia-sia. Kini Justin sudah mengetahui tujuan hidupnya dan lebih bersikap matang.
Kim Kardishian jauhi keju
SERING dijadikan simbol ghairah, Kim Kardishian berkongsi rahsia penjagaan badannya. Kata Kim, dia sentiasa memastikan berpantang dari memakan burger keju kesukaannya. Walaupun makanan itu sangat disukainya, namun kerana mempertahankan kecantikan tubuh badan, Kim sanggup lupakan burger keju asalkan badannya tidak berubah bentuk. Bintang TV realiti ternama itu memutuskan tidak mahu lagi makan burger keju terutama selepas semakin ramai peminat lelaki. Kim cukup takut tubuhnya yang montok akan berubah akibat burger keju yang dimakan selain dia juga tidak mahu kehilangan gelaran simbol ghairah yang selama ini dipegangnya. Kim turut rajin melakukan senaman dan bersukan di samping menjaga pemakanannya mengikut jadual yang ditetapkan. Kata Kim, "Saya sangat suka burger keju tetapi apa boleh buat kerana takut gemuk dan hilang bentuk tubuh ideal saya terpaksa lupakan makanan itu."
22
3 - 9 Mei 2017
RELEKS
Jom Wayang Filem Fabricated City Durasi 2 jam 10 minit Bahasa Korea Kategori Aksi Pengarah Park Kwang-Hyun Pelakon Ji Chang Wook, Shim Eun-Kyung, Ahn Jae-Hong Sinopsis Masalah pengangguran mendatangkan banyak impak negatif dalam kalangan masyarakat terutama penggemar pemainan video. Fabricated City mengisahkan Kwon Yu yang banyak menghabiskan masanya di kafe internet. Dia adalah bekas ahli taekwando kebangsaan, oleh kerana masalah disiplin dia telah disingkirkan dan menyebabkan dia hilang pekerjaan. Sejak itu dia mula berjinak dengan dunia Internet. Dia gemar habiskan masa dengan aktiviti dunia maya. Maka dia lebih terdedah dengan pelbagai keburukan. Berkenalan, bersosial dan sebagainya dengan rakan maya. Akhirnya dia terjebak dengan jenayah. Kwon di hukum penjara seumur hidup akibat kesalahan menyerang secara seksual dan terlibat kes pembunuhan bawah umur melibatkan kenalan Internetnya.
Filem Kamar Seksa Durasi 1 jam 20 minit Bahasa Bahasa Melayu Kategori Suspen Pengarah M. Suurya Pelakon Sazzy Falak, Noorkhiriah, Ieda Moin, Aiyuni Hashim Sinopsis Filem Kamar Seksa menampilkan dua cerita dalam satu filem. Mengetengahkan isu hak kesaksamaan taraf dan kewanitaan sebagai isu utama, ia berkisar kisah seorang pembantu rumah bernama Mona yang bekerja di rumah pasangan wanita biseksual. Mona mula merasa pelik dengan tingkah laku majikannya yang ganjil. Apabila majikannya menyedari Mona telah mengetahui rahsia cinta songsang mereka akhirnya Mona menjadi buruan dan terpaksa menyelamatkan diri dari dendam majikannya. Cerita kedua pula mengisahkan tentang Nur, seorang isteri dan ibu cuba mencari kerja untuk menampung perbelanjaan rumah berikutan perangai buruk suaminya yang sering mencuri. Keadaan bertambah buruk apabila suaminya dibuang kerja kerana selalu ponteng. Disebabkan itu semua tanggungjawab keluarga terpaksa diambil alih untuk memastikan kelangsungan hidupnya dan anak-anak.
Filem Noor Durasi 1 jam 57 minit Kategori Drama Bahasa Hindi Pengarah Bhushan Kumar Pelakon Akshay Kumar, Sonakshi Sinhai, Purab Kohli, Sunny Leone Sinopsis Filem Noor mengisahkan perjalanan seorang wartawan wanita muda dan cantik berasal dari Pakistan ke Mumbai. Watak Noor dilakonkan Sonakshi Sinha, wartawan berasal dari Karachi, kawasan yang sedang mengalami konflik di Pakistan. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan seorang pemuda bernama Ayan Banerjee, dan telah jatuh cinta dan melalui saat-saat romantis bersama Ayan, lakonan Purab Kohli.
23
3 - 9 Mei 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Misi letupkan Hong Kong!
SUDOKU
Jawapan
Jawapan
SUTRADARA Herman Yau yang cukup terkenal dengan sentuhan kisah aksi, muncul dengan filem terbaharu berjudul Shock Wave. Menampilkan aksi Cheung Choi-San sebagai watak utama lakonan Andy Lau, filem ini mengisahkan Cheung terpaksa berhadapan misi besar menghapuskan kumpulan penjenayah yang menggunakan bom sebagai jalan mudah ketika merompak serta menim bulkan huru-hara terhadap penduduk Hong Kong. Cheung adalah anggota kanan polis, berpangkat inspektor di unit letupan dan penghapus bom. Untuk menjayakan misinya, Cheung menyamar dengan berguru dengan ketua kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Blast. Penjenayah yang bertapak di Hong Kong ini sememangnya mempunyai kepakaran luar biasa berkaitan bom. Bagaimanapun, identiti Cheung terbongkar apabila Blast berjaya menghidu ‘permainan’ Cheung yang telah menggagalkan misi untuk meletupkan sebuah bilik kebal dalam satu rompakan. Cheung tidak ada pilihan selain mengakui identiti sebenarnya dan memberkas Blast serta penjenayah lain termasuk adik Blast. Dalam keadaan kelam kabut, Blast berjaya memoloskan diri. Blast sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam terhadap Cheung sekaligus mahu membebaskan adik dan anakanak buahnya dengan menimbulkan huru-ha ra di Hong Kong. Rakyat negara itu mulai panik, amarah Blast semakin memuncak, akhirnya dia memi lih laluan paling sibuk rakyat Hong Kong iaitu terowong dasar laut sebagai lokasi pilihan. Blast mengepung terowong dan menjadikan orang ramai yang berada di laluan berkenaan sebagai tebusan dengan ugutan bom. Mampukah Cheung menggagalkan Blast yang terkenal bersikap ganas dan kejam itu.
Filem: Shock Wave Bahasa: Kantonis Tarikh Tayangan: 20 Apr 2017 Genre: Aksi Durasi: 1 Jam 59 Minit Pelakon: Andy Lau, Jiang Wu, Philip Keung, Felix Wong Pengarah: Herman Yaw
24
3 - 9 Mei 2017
Hobi unik artis K-pop MEREKA bukan sekadar pandai menyanyi dan menari, malahan segala aksi mereka di pentas menjadi ikutan peminat-peminat muzik K-pop. Apatah lagi dengan wajah comel itulah menjadikan mereka bertahan lama dalam industri muzik. Namun ada satu lagi perkara yang perlu diketahui oleh peminat iaitu selebriti ini mempunyai hobi unik yang jarang diperkatakan. Tao bekas ahli kumpulan EXO, Xiumin ahli kumpulan EXO, Yim Si Wan dari ZE:A, Baekhyun dari EXO dan Krystal Jung dari f(x), masing-masing mempunyai hobi tersendiri. TAO BERKUNGFU
Biarpun kariernya agak perlahan selepas keluar dari kumpulan EXO, namun kemampuannya berkungfu nyata membuatkan namanya kembali menjadi sebutan di kalangan peminat. Aksinya dalam seni bela diri ini membuatkan Tao semakin yakin membangunkan kembali karier sebagai penyanyi solo.
XIUMIN JADI BARISTA
Sebagai pecinta se jati minuman kopi, Xiumin atau nama se benar Kim Min Seok menyalurkan bakat dan hobinya sehingga sanggup menjalani ujian se bagai barista dan lulus cemerlang. Biarpun sekadar hobi, namun Xiumin puas kerana ber jaya memenuhi impian nya membuat kopi sendiri.
YIM SI WAN HEBAT BERMAIN RUBIK
Melihat wajahnya yang tenang sudah menjelaskan yang Yim Si Wan memiliki kecerdasan yang tinggi. Ia dibuktikan dengan berjaya menyelesaikan permainan rubik dalam tempoh 35 saat sahaja. Walhal permainan menyusun warna di kotak-kotak ini bukanlah perkara yang mudah. Namun Yim Si Wan sentiasa bermain rubik sebelum tampil di pentas.
MENARIK
Program Episod Tarikh Masa
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 3 - 9 MEI 2017
KISAH GENERASI MUDA MUSLIM DALAM USAHAWAN MILLENNIAL Mencetuskan pembangunan dan perkembangan gaya hidup, budaya dan industri berlandaskan Islam yang mampu menjangkau pasaran global, begitu deskripsi buat golongan Muslim millenial berusia 25 hingga 35 tahun yang penuh bervisi. Paparan penuh inspirasi golongan ini hanya dalam Usahawan Millennial.
MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
: Usahawan Millennial :1 : 16 Mei 2017 (Selasa) : 8.30 malam
KRYSTAL JUNG BERMAIN LUNCUR AIS Tidak hanya cantik dan menarik, namun penyanyi ini memiliki bakat terpendam yang istimewa iaitu bermain luncur ais. Bakatnya terserlah tatkala tampil dalam program realiti Korea iaitu Kim Yuna’s Kiss & Cry iaitu pertandingan luncur ais secara berpasangan.
Program Episod Tarikh Masa
BERGAYA PERSIS MODEL DALAM FASHION CHAMELEON Anda rasa anda hanya mampu bergaya dengan satu fesyen sahaja? Anda takut untuk mempelbagaikan gaya? Anda salah! Jika kena caranya, anda bisa peragakan apa sahaja fesyen persis model. Ya, dapatkan tips dan panduannya bersama pengacara Sheqyn Zaman dalam Fashion Chameleon hanya di Capital TV.
Program Episod Tarikh Siaran Masa Program Episod Tarikh Masa
: The Boss :1 : 8 Mei 2017 (Isnin) : 8.30 malam
THE BOSS, REALITI PELABURAN DIRAKAM DALAM 'GAME SHOW' Bijak merencana strategi, ‘licik’ dan mampu meyakinkan pelabur berpotensi adalah antara kriteria yang perlu ada dalam menjayakan sesebuah pelaburan. Bagaimana agaknya, jika ‘drama’ dan aksi di sebalik sesebuah pelaburan dirakam untuk tatapan anda? Ya, itu yang bakal anda saksikan dalam sebuah ‘game show’ bakal disiarkan di Capital TV iaitu The Boss. Setiap minggu, enam peserta perlu bersaing sesama sendiri untuk mengumpul nilai pelaburan tertinggi sekaligus diisytiharkan sebagai pemenang. Nantikan The Boss!
: Fashion Chameleon :1 : 10 Mei 2017 (Rabu) : 8.30 malam
: Pemanis Mulut :1 : 5 Mei 2017 (Jumaat) : 8:30 malam
PEMANIS MULUT PAPAR 'THE BEST HIPSTER HIPSTER IN TOWN' Pada hari ini, bukan sahaja kita yang suka bergaya ala hipster, ‘dessert’ atau pemanis mulut juga tampil dengan pelbagai dekorasi dan sentuhan citarasa yang begitu hipster dan menawan mata. Bersama pengacara Amirul Iman Nazri, kita terokai pelbagai ‘dessert’ yang terbaik dan menambat selera yang ada di Lembah Klang hanya dalam Pemanis Mulut di Capital TV.
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
3 - 9 Mei 2017
Kisah anak muda
KAM
Photo booth, abadikan detik indah MURNI REJAB
MERAKAMKAN kenangan me lalui gambar sudah menjadi ke laziman sejak berabad. Ba gaimanapun hasilnya sudah semakin berubah mengikut peredaran masa yang semakin pesat berkembang. Kemunculan kamera ber teknologi tinggi kini memberi jalan mudah untuk kita meng abadi kan kenangan melalui foto. Hanya dengan satu ‘klik’, dah terpampang gambar tanpa perlu membazirkan masa menunggu gambar un tuk di'cuci' di kedai gam bar. Kita bukan lagi di zaman 'analog ca mera' yang perlu menggunakan filem, bawa ke kedai untuk mencetak gambar. Kisah Anak Muda kali ini
melihat bagaimana kaedah dan idea terbaharu pasangan anak muda yang menjadi inspirasi kepada anak muda lain dengan memanfaatkan teknologi, di tambah dengan kreativiti untuk mereka tampil dan menjadi per hatian khalayak. Bermodalkan sebuah ko tak, di dalamnya berisi kamera digital, lampu limpah, skrin pe nata cahaya dan pen cetak, ke beradaan mereka terutamanya di majlis keramaian, expo, ru mah kenduri, fes tival, maj lis anugerah dan seumpamanya akan menjadi tumpuan dan di kerumuni orang ramai. Terpegun dengan idea pa sangan ini, WARTA cuba menye longkar rahsia 'kemun culan' pho to booth pa sangan ini atau le bih di kenali dengan nama #CLASS6PHOTOBOOTH. Pasangan muda yang b a h a r u
melangsungkan perkahwinan setahun lalu, Ahmad Hafiz Aziz Ali, 26 dan Nur Natasya Azmi, 24, memulakan bisnes ini pada Januari 2017. “Saya dapat idea untuk men jalankan bisnes ini dari isteri saya, ketika kami pergi ke majlis perkahwinan. Kami sama-sama olah idea untuk buat sebuah photo booth dalam satu kotak. Dengan adanya photo booth ini, ia akan memberi sedikit memori kepada tetamu dan juga pengantin di mana mereka dapat menyimpan instax gambar ini sebagai kenangan yang akan diabadikan” ujarnya. Umpama sebuah mesin yang mengeluarkan kepingan (strip) gambar segera untuk dibawa pulang oleh setiap tetamu se bagai kenang-kenangan, ke hadiran kotak gambar ini dilihat seakan menjadi keperluan bagi se tiap pasangan raja sehari untuk meraikan tetamu dan mahu mereka terus mengingati majlis perkahwinan yang ber
Hafiz bersama isteri, Nur Natasya
Tetamu pasti sangat suka bergambar di sudut menarik yang disediakan. Mereka pasti tersenyum ceria sebaik sahaja gambar mereka dicetak. Setiap gambar merakamkan aksi yang berbeza dan sentiasa penuh dengan keceriaan dan kegembiraan.
· Sesuai untuk semua peringkat usia
Pasti semua orang tidak mahu lepaskan peluang untuk bergambar. Tidak terhad untuk orang dewasa, kanak-kanak turut menyukainya. Setiap gambar akan dicetak dan mereka berpeluang untuk menyimpannya sebagai kenangan.
langsung dengan meriahnya. Jelas Hafiz, kotak ini di buat daripada kayu pallet, ber tepatan dengan nama yang di pertaruhkan iaitu CLASS6 (Classic) bagi menampakkan ala-ala vintage dan klasik. Photo booth berkenaan akan di kawal oleh dua orang bagi me mudahkan proses ber gambar, jadi tetamu yang hadir tidak berasa kekok untuk mengambil gambar. “Dalam kotak 32 inci le
Antara aksi tetamu ketika bergambar
· Kenangan abadi
Suatu masa dahulu kita tidak mempunyai kamera di telefon dan tiada media sosial untuk kita kongsikan gambar-gambar yang dirakam. Tapi kini, kita dapat merakam gambar bersama rakanrakan, ahli keluarga dan juga para tetamu ketika hadir di majlis istimewa.
· Cenderahati buat tetamu
Gambar yang dicetak turut boleh dijadikan sebagai ‘goodies’ buat tetamu. Cenderahati ini juga dapat diberikan sebagai tanda kenangan yang boleh dibawa pulang dan menjadi kenangan buat selamanya.
bar ini, tetamu hanya perlu menyentuh skrin sesentuh pada komputer yang mempunyai ka mera web ini dan melakukan tiga gaya berbeza sebanyak tiga kali dan kemudiannya, gambar akan dicetak oleh krew kami,” jelas Hafiz. Walaupun kemunculannya bergantung kepada pemintaan pelanggan, namun Hafiz tahu kotak hasil rekaannya ini mam pu membuatkan banyak pihak berpuas hati. Malah ia tidak terhad untuk satu majlis sahaja, malah ia boleh digunakan untuk majlis keraian lain seperti majlis hari lahir, kenduri kesyukuran, expo, kar ni val, hari anugerah, majlis rasmi jabatan kerajaan dan sebagainya. Prop dan hiasan latar be lakang turut disediakan mengikut tema majlis, Hafiz ber sama isteri dan krew #CLASS6PHOTOBOOTH kini men jadi semakin popular. Ba nyak tuan rumah kenduri dan penganjur majlis mahukan khidmat mereka. terlibat #CLASS6PHOTOBOOTH juga terlibat menjalankan khidmat ini ketika majlis perkahwinan selebriti Sharnaaz Ahmad dan di juga di kediaman isterinya Noor Nabila di Pulau Pinang.
Kamera HD paling kecil di dunia
Lima sebab photo booth perlu ada di majlis anda · Hiburan
Hafiz melakukan persediaan peralatan di majlis perkahwinan Sharnaaz Ahmad
· Gambar berkualiti tinggi
Photo booth yang direka menggunakan kamera dan set pencahayaan yang berprestasi tinggi. Ia mampu menghasilkan gambar yang berkualiti. Malah gambar yang dicetak kekal untuk tatapan generasi akan datang.
Syarikat Thanko di Jepun telah menge luarkan ka mera HD pa ling kecil di dunia. Kamera seberat 14 gram tersebut bo leh menangkap gam bar dengan resolusi 3,264 x 2,448 dengan 8 megapixel. Walaupun saiz nya yang kecil, ia juga boleh merakam video format AVI dengan resolusi 1,280 x 960. Ia juga mempunyai slot USB dan MiniSD.
26
3 - 9 Mei 2017
SALAM SEMUT
Indahnya hidup bersatu padu
DARI dulu sampai sekarang, perkataan perpaduan seperti satu perkataan ‘keramat’, di negara yang mempunyai pel bagai kaum seperti Malaysia. Ia sering dijaja dengan lagulagu, iklan di TV dan papan iklan (billboard) poster, kain rentang serta kempen. Ketika ini, ramai ber anggapan tahap perpaduan tidaklah seperti yang diharap kan. Malah ada pihak me rasakan perpaduan di negara kita berada pada tahap yang paling rendah. Benarkah begitu atau ‘buruk khabar dari rupa’? Dalam zaman teknologi maklumat, bermacam-ma cam cerita dan perkara di kong sikan dalam sekelip mata. Ini termasuk apa yang yang kurang tepat atau diolah dan diubah suai untuk men capai sesuatu matlamat. Baik cerita atau berita dari luar mahupun dalam negara. Ramai juga pakar edit dan penulis skrip dalam ka langan kita yang sanggup menggunakan kemahiran dan masa mereka untuk me lakukan ‘posting’ tentang teori dan konspirasi yang direka oleh mereka sendiri yang boleh menjejaskan per paduan. Kadang kala skrip mereka begitu menyakinkan sehingga menjejaskan hu bungan antara kaum. Se benarnya begitu ba nyak kisah yang memaparkan
tentang perpaduan, berlaku setiap hari di sekeliling kita te tapi kisah kisah itu jarang di kongsi atau dimuat naik kerana bukan semua orang cari atau mesra publisiti. Saya suka memerhati apa yang berlaku di sekeliling saya dan telah banyak saya saksikan insiden-insiden per paduan dalam kalangan rak yat Malaysia. Sebenarnya per paduan masih mekar dan mewangi antara kaum, cu ma ia tidak hebahkan. Biar sa ya ceritakan dua daripada beberapa insiden yang pernah saya saksikan. Pada satu hari Ahad saya ke tempat cuci kereta dan seperti biasa terdapat ramai orang menunggu giliran. Cuma terdapat dua pekerja remaja keturunan India yang bekerja di situ. Seorang mungkin ber umur 15 tahun dan seorang lagi sekitar 13 tahun. Keletihan jelas terbayang di wajah muda mereka namun mereka teruskan tanpa berhenti berehat. Seorang pemuda Me layu yang berpakaian ala ala ‘Mat Rock’ memerhatikan kedua dua remaja itu yang sedang mem bersihkan keretanya. Se baik sahaja kerja itu selesai, me reka menghampiri anak muda berkenaan, hulurkan kun ci sambil berkata, “Sudah siap abang”. " “Berapa ?,” dia bertanya, kemudian dijwab: “RM10.” Pemuda itu hulurkan RM10
Urus wang bersama AKPK
Renuka Thiagarajah Ketua Cawangan AKPK
AKPK MENGHALANG PINJAMAN BANK? Saya sudah berada dalam Program Pengurusan Kredit (PPK) selama tiga tahun setengah dan tinggal kira-kira lima tahun lagi. Saya ingin menamatkan program ini lebih awal dengan menyelesaikan hutang kad kredit dari tujuh bank. Jadi adakah saya perlu berurusan dengan AKPK atau pergi ke setiap bank bagi menyelesaikannya? Adakah saya akan mendapat diskaun jika menyelesaikannya lebih awal dari tempoh yang dijangka? Adakah benar saya tidak boleh membuat pinjaman selama dua tahun biarpun nama saya sudah bebas dari program ini? Terima kasih. Chan Mei Ling, Kajang
sambil berkata, “Ini buah kereta Peugeot un tuk kereta…” ke lama yang dipandu mudian dia hulur oleh seorang Pak se keping lagi not cik Melayu yang RM10. “Ini pula mungkin berumur untuk awak pergi dalam pertengah makan, jangan an 70an bersama beli rokok!” isterinya. Saya tidak Di sebelah ka dapat menggam nan sebuah BMW ESAN RAVEN MURUG barkan keriangan siri 7 dengan empat yang terukir di wajah le laki Cina pertengahan dua remaja itu. Begitu gembira umur, berpakaian kot dan tali mereka ucapkan “terima kasih leher. Tidak pasti sama ada bang…” sambil berkata, “dei… pergi atau balik dari mesyuarat intha anne jookanavaru (abang tetapi yang pasti mereka dalam ni best giler),” sesama mereka. kategori orang korporat . Saya terpegun dengan apa Tiba- tiba kereta pakcik yang saya lihat. itu tidak dapat dihidupkan. Kenapa pemuda Melayu itu Berulang kali pakcik itu men menghulurkan duit makan untuk cuba tetapi masih gagal. mereka beserta amaran jangan Tanpa disangka, keempabeli rokok? empat lelaki Cina itu terus ke Sebab dia melihat mereka kereta pakcik berkenaan dan seperti adik-adiknya sendiri. tawarkan bantuan. Mereka Dia tidak nampak warna kulit cuba ‘push start, (tolak) namun yang berbeza, juga budaya dan masih tidak berjaya. Berpeluhagama yang berbeza. peluh mereka menolak namun Apa yang dilihatnya hanya tetap gagal juga. Menyedari ia perjuangan dua insan yang ma mungkin masalah yang lebih sih muda dalam usaha mencari besar, mereka mengalihkan rezeki untuk diri sendiri dan kereta BMW mereka ke tepi keluarga. dan cuba mengenal pasti ma Pada satu ketika lain di se salah kereta pakcik tu. Se buah stesen minyak di Kampung lepas saya mengisi minyak, Assam Jawa, Bukit Rotan, saya pun menghampiri mereka Kuala Selangor, saya dapat untuk melihat apa yang boleh menyaksikan satu lagi peristiwa. dilakukan. Stesen minyak itu adalah “Sini ada mekanikkah?,” jenis lama di mana cuma dua ta nya seorang daripada me kereta sahaja yang boleh mengisi reka." minyak pada waktu yang sama. “Kesian oo… Orang tua. Di sebelah ka nan terdapat se Boleh tolong panggil?,” kata
Jawapan Terlebih dahulu, kami ingin meng ucapkan tahniah kerana anda berhasrat untuk menyelesaikan hutang sepenuhnya. Bagi pembayaran penuh, pelanggan Program Pengurusan Kredit (PPK) perlu berurusan secara terus dengan institusi kewangan berkenaan bagi mendapatkan jumlah yang harus diselesaikan. Pelanggan boleh meminta diskaun ke atas jumlah penyelesaian penuh, namun ianya tertakluk pada budi bicara pihak bank atau institusi kewangan tersebut. Setelah menyelesaikannya, pihak institusi kewangan pula akan mengeluarkan surat pelepasan kepada pelanggan dan mengemaskini maklumat kredit pelanggan melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau Central Credit Reference Information System (CCRIS) dengan kadar segera. Oleh itu, pihak AKPK memerlukan salinan surat pelepasan dari pelanggan untuk mengemaskini rekod kami. Jangan risau kerana sebaik sahaja anda berjaya menamatkan program ini, anda boleh memohon pinjaman baharu namun ia tertakluk kepada keputusan institusi kewangan terbabit. Untuk makluman, secara amnya institusi kewangan akan mengambil
kira beberapa fakta dalam menilai pemohonan pinjaman yang baharu. Rekod pembayaran balik pinjaman atau laporan kredit (CCRIS) adalah antara faktor yang akan dipertimbangkan bagi membuat keputusan sama ada untuk meluluskan sesuatu pinjaman ataupun sebaliknya. Selain itu, institusi kewangan juga akan mengambil kira nisbah hutang kepada pendapatan bersih bulanan peminjam. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi AKPK melalui talian 03- 2616 7766 (www.akpk.org.my) atau menghubungi pegawai kami di cawangan AKPK yang terdekat. ‘Perancangan kewangan peribadi sangat perlu dalam mencapai impian dan matlamat kehidupan anda. Marilah kita jadikan pengurusan kewangan yang berhemat sebagai budaya hidup.’ Jawapan disediakan Renuka Thiagarajah, Ketua Cawangan AKPK
Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my
seorang yang lain pula. “Ya, I know someone who can be help,” kata saya. “Smashing, ask your friend to come over fast. We will pay for it,” ujar lelaki itu dalam loghat British. Sungguh. Sebelum itu, boleh dikatakan tidak pernah saya jumpa orang korporat – yang semestinya juga orang kaya – sanggup bersusah payah sedemikian rupa, me nolong orang lain di tepi jalan. Mengapa mereka itu berbeza? Saya kira, sebabnya mungkin kerana mereka me lihat pasangan itu sama seperti ibu ayah mereka. De ngan perasaan yang se de mikian, atas kemuliaan hati mereka, mereka tidak sampai hati mahu melihat sahaja tanpa melakukan apa-apa untuk membantu. Seperti kes tadi, per bezaan warna kulit, agama, budaya bukan halangan bagi mereka kerana kemuliaan hati dan sifat empati yang semulajadi merentasi segala yang berbeza. Perpaduan tidak akan ter bentuk dengan sekadar kita menyanyi lagu perpaduan se tiap kali menyambut Hari Ke bangsaan. Perpaduan tidak akan wujud dengan iklan atau kain rentang. Perpaduan hanya akan wujud bila kita melayan semua orang seperti ahli keluarga
INFO KL Sukarelawan diperlukan
Program 1 Malaysia Voluntourism di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Motour) memerlukan ramai sukarelawan bagi menjayakan aktiviti di seluruh negara. Antara program tersebut adalah program kebersihan dan kehijauan alam sekitar di kawasan pelancongan, aktiviti berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan kebudayaan serta penggunaan media sosial dalam usaha mempromosikan keunikan budaya Malaysia. Seramai 87,473 sukarelawan telah terlibat dalam program ini dengan 53 peratus daripadanya terdiri daripada belia, manakala 18 peratus pula terdiri daripada kakitangan awam. Selebihnya adalah daripada komuniti setempat, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat. Jadi bagi anda yang berminat dengan aktiviti pelancongan, boleh memohon sebagai sukarelawan dengan melayari laman sesawang Motour ini.
3 - 9 Mei 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup
Semburan memikat! Pelbagai wangian yang memberikan haruman memukau
MURNI REJAB
WANGIAN ternyata memberikan satu daya tarikan dan mewujudkan personaliti seseorang yang berbeza mengikut jenis haruman wangian yang dipilih. Pelbagai wangian yang menjadi pilihan sama ada lelaki mahupun wanita menjadikan diri anda lebih tertarik, memberi kesan menarik serta menambah nilai kualiti diri. Kini, perkembangan industri wan gian lebih meluas, tambahan pula statusnya banyak dipegang oleh artis terkenal yang banyak mengusahakan perniagaan wangian. Tommy Hilfinger, Lacoste, Dunhill,
Polo Black, Mont Blanc, Ferrari, Calvin Klein antara jenama hebat paling sesuai untuk lelaki manakala Guess, Gucci, DKNY dan Polo pula jenama wangian yang menjadi kesukaan wanita. Dari segi pemilihan bau pula, ia ber gan tung kepada in dividu terbabit. Ada yang suka wangian lem but dan ada juga yang mahukan wangian baunya keras terpulang kepada individu Wangian serlahkan personaliti seseorang
Tip harus tahu tentang wangian MEMAKAI losyen sebelum menyembur minyak wangi. Kulit berminyak mengekalkan wangian lebih lama. Jadi jika anda mempunyai kulit kering, sapukan lotion terlebih dahulu untuk membantu mengekalkan bau kegemaran anda. Elakkan menyimpan wangian dalam bilik air atau tempat yang lembap dan panas. Haba, cahaya, dan kelembapan akan memecahkan partikel minyak wangi dan mengurangkan kualiti wangian. Sebaliknya, menyimpannya di dalam sejuk tempat, kering seperti di meja solek di dalam bilik tidur anda, dan jauh dari tingkap. Spray wangian selepas mandi dan sebelum memakai baju. Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau. Ini juga akan menghalang wangian dari mengotorkan pakaian atau barang kemas.
Jangan lap perfume di pergelangan tangan selepas sembur. Jika anda menggosok pergelangan tangan anda bersamasama, anda akan memaksa wangian itu untuk hilang lebih cepat dan hasilnya membuat wangian tidak tahan lama.
tersebut untuk menilai jenis bauan yang mereka mahukan. Selain itu, penggunaan minyak wangi juga adalah salah satu cara penggayaan diri yang tidak boleh dilihat oleh orang lain tetapi memberi kesan besar kepada anda. Hanya sedikit semburan di badan, ia dapat menberikan ’impak’ wangian itu sehinggakan meningkatkan keyakinan anda untuk berdepan dengan orang ramai. Memiliki badan yang wangi akan menyebabkan orang berasa selesa untuk berada di sekeliling anda ber banding memiliki badan yang berbau busuk atau masam. Namun harus diingat, jangan terlalu banyak menggunakan wangian hingga menye babkan bauan yang ‘melampau’ hing gakan menggganggu keselesaan orang yang berdekatan. Pada yang tidak tahan dengan alahan, elakkan dari membeli produk tiruan kerana pemakaian wa ngian ini um pama proses e k sp e r im e n diri. Ada yang tidak tahan dengan bauan hingga boleh
TRENDY
menyebabkan alahan seperti asma dan bersin. Jadi lah pengguna bijak dan membuat pemilihan berdasarkan ‘keadaan’ tubuh badan anda. Tip ketika membeli wangian ini adalah dengan mencuba jenis wangian terlebih dahulu dan biarkan seketika ia kering dan meresap dengan bau badan anda kerana bau sebenar wangian atau minyak wangi ini akan timbul selepas lima hingga 10 minit dipakai. Elakkan menggosoknya di per gelangan tangan kerana ia menjejaskan bau wangian yang sebenar malah strukturnya juga turut berubah. Biar kan sahaja ia kering sendiri kerana ramai yang akan menggunakan teknik menggosok ini kononnya percaya bau akan cepat serap ke dalam badan kita, walhal ia sebenarnya ‘membantutkan’ bau tersebut.
28
MAKAN
3 - 9 Mei 2017
angin
Berlibur di taman tema Lost World of Tambun
Legoland Malaysia
Waktu hujung minggu adalah waktu yang ditunggu anakanak. Di mana destinasi sesuai untuk mengabiskan masa bersama mereka? Semestinya pilihan taman tema yang pasti membuatkan mereka ceria. LEGOLAND MALAYSIA, JOHOR Sukar untuk jumpa kanakkanak yang tidak suka dengan permainan Lego. Justeru, tidak hairanlah Legoland dibuka di Malaysia kerana permintaannya di negara ini sangat besar. Taman tema ini menawarkan 40 tunggangan interaktif dan pelbagai jenis permainan air sesuai untuk kanak-kanak. Di samping permainan air, pengunjung boleh menikmati
pelbagai tarikan unik di sini seperti The Beginning, Miniland, Imagination, Lego Technic, Lego Kingdoms, Lego City dan Land of Adventure.
Cosmo World Theme Park, Berjaya Times Square
Tiket Masuk : Kanak-kanak (3-11 tahun) - RM110 Dewasa - RM428 Warga Emas - RM110 SUNWAY LAGOON, SELANGOR Taman tema yang lengkap dengan semua kemudahan dan permainan yang terbayang di fikiran anak-anak anda. Sunway Lagoon sentiasa menjadi pilihan buat keluarga dan anak-anak
ketika musim cuti sekolah ataupun hujung minggu. Sunway Lagoon menawarkan lima pilihan taman tema Taman haiwan, Taman Air, Extreme Park, Taman Ria dan Scream Park. Pengunjung ke sini boleh membeli pas masuk asas untuk masuk ke taman air, taman ria dan taman haiwan. Dalam pada itu, jika anda bercadang ke extreme serta scream park, caj yang berbeza dikenakan. Sunway Lagoon
Bukit Gambang Resort
LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK Jika negeri Selangor ada Sunway Lagoon, Perak pula menawarkan Lost World of Tambun. Lokasinya terletak di daerah Tambun, tidak jauh dari pusat bandar Ipoh, Perak. Lima tarikan yang ada di sini adalah Fantabulous Dry Rides (taman tema kering), Adventurific Water Slider (taman air), Waterfall Beach Garden, Tiger Valley dan Tambun Hot Springs. Jika ingin melihat harimau beraksi di ‘habitatnya’ Lost World of Tambun adalah tempatnya. Paling menarik, peluang bergambar bersama
anak-anak Harimau yang comel di sini. Terbaik! Tidak ketinggalan, kolam air panas untuk anda mereggangkan semula urat-urat badan akibat penat bekerja turut ditawarkan di sini. Tiket Masuk : Kanak-kanak (bawah ketinggian 90 cm) – Percuma Kanak-kanak (ketinggian atas 90 cm) – RM49 Dewasa – RM56 Warga Emas – RM49 COSMO WORLD THEME PARK, BERJAYA TIMES SQUARE, KUALA LUMPUR Kalau ibu-bapa malas memandu jauh untuk bawa anak-anak bercuti, apakata bawa mereka berkunjung ke Cosmo World Theme Park yang terletak di kompleks beli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Ia merupakan antara taman tema ‘indoor’ yang terbesar di negara ini, dengan keluasan kira-kira 380,000 meter persegi. Antara permainan yang mesti anak-anak anda cuba di sini ialah gelungsur sepanjang 800
meter yang dipanggil Supersonic Odyssey Roller Coaster. Tidak cukup dengan itu, Spinning Orbit dan Space Attack juga boleh dicuba. Tiket Masuk: Kanak-kanak (berumur 12 ke bawah) – RM30 Dewasa (13-54 Tahun) – RM41 Warga Emas (55 tahun ke atas) – RM16 BUKIT GAMBANG RESORT, PAHANG Kawsan Pantai Timur Semenanjung juga tidak ‘mahu kalah’ – tampil dengan taman tema tersebar di sana iaitu Bukit Gambang Resort. Bertemakan ‘Stay Cool, Get Wet’, taman tema ini menawarkan Coco Beach pantai buatan manusia dengan keluasan 1 km. Kanak-kanak ke sini pasti gembira apabila berkunjung Pulau Penguin yang menempatkan seekor ‘Piranha’ yang menyemburkan air. Tiket Masuk : Dewasa (13 Tahun ke Atas) - RM 32.00 Kanak-kanak - RM 22.00 Ketinggian bawah 90cm – Percuma
29
3 - 9 Mei 2017
Mereka yang kaya, berkuasa 1
Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand - £ 19.3 bilion (RM107.7 trilion) Raja terkaya di dunia dan paling lama berkhidmat iaitu selama 69 tahun. Kekayaan peribadi baginda dicatatkan sebanyak £ 19.3 bilion (RM107.7 trilion). Menurut Forbes, baginda memiliki 3,320 ekar hartanah di Bangkok serta 13,200 ekar di seluruh negara. Ada 32 peratus saham di dalam Siam Cement, 23 peratus di Siam Commercial Bank dan pelaburan dalam Shin Corporation. Raja Bhumibol mangkat pada 13 Okt 2016, takhtanya diganti anakanda baginda, Raja Vajiralongkorn.
6
Prince Hans Adam II, Liechtenstein - £ 2.2 bilion (RM12.3 trilion) Menurut laporan Daily Mail, Prince Hans Adam II - adalah salah seorang daripada raja-raja terkaya di Eropah. Memperoleh kekayaan luar biasa melalui pegangannya di dalam LGT Group, kumpulan perbankkan dan pengurusan aset House of Liechtenstein. Juga mempunyai koleksi seni yang banyak dan bernilai tinggi.
11
Sultan Qaboos Said, Oman - £ 451.6 juta (RM2.5 bilon)
Naiki takhta melalui rampasan kuasa ayahandanya sendiri pada 1970. Menggunakan wang hasil minyak untuk memoden dan memajukan negara. Mengubah kepada dasar monarki mutlak Oman.
2
Putera Alwaleed Talal AlSaud, Arab Saudi - £ 14.9 bilion (RM83.1 trilion) Kerabat DiRaja terkaya di Arab Saudi. Membina kekayaan melalui pelaburan hartanah pintar. Melalui Kingdom Holding, baginda memiliki saham dalam syarikat-syarikat di seluruh dunia, termasuk Twitter, Citigroup, Four Seasons & Resorts, Movenpick Hotels & Resorts, dan Fairmont Raffles Holding. Juga mempunyai kepentingan dalam Hotel George V di Paris dan Savoy Hotel di London.
7
Raja Mohammed VI, Maghribi - £ 1.3 bilion (RM7.3 trilion) Menaiki takhta Maghribi pada 1999. Digelar 'Crusader of the Poor'. Forbes 2014 menyebut, baginda mewarisi 40 peratus pegangan di dalam Societe Nationale d'Investissement (SNI ), sebuah syarikat pelaburan terbesar Maghribi.
12
Ratu Elizabeth II, United Kingdom - £340 juta (RM1.9 bilion)
Gaji tahunan sebanyak £8.3 juta (RM46.5 juta) daripada kerajaan. Sumber kekayaan baginda adalah daripada pelaburan hartanah dan hasil seni. Istana dan lain-lain yang berkaitan pemerintahan tidak dikira sebagai milikan peribadi baginda.
3
Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei - £ 12.9 bilion (RM72 trilion) Kekayaan peribadi baginda datang daripada rizab minyak negara. Kisah perkahwinan anakanda Sultan Hassanal Bolkiah menjadi bualan dunia baru-baru ini. Perkahwinan Putera Abdul, 31 dengan pasangannya Dayangku Raabi'atul, 22 disifatkan paling mewah di dunia setakat ini. Diadakan di Grand Palace, hotel yang memiliki sebanyak 1,788 buah bilik di Bandar Seri Begawan, Majlis berlangsung selama 11 hari.
8
Sheikh Tamim Hamad, Qatar - £ 1.2 bilion (RM6.7 trilion)
Menjadi raja paling muda di Qatar pada 2013 apabila menggantikan ayahandanya. Memainkan peranan penting dalam usaha kelayakan hak tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 dan FINA 2022. Qatar Investment Authority yang memiliki kepentingan dalam Harrods, Barclays Bank, dan Sainsbury diketuai oleh baginda.
13
Bekas Ratu Beatrix, Belanda - £142 juta (RM792.26 juta)
Selepas memerintah negara selama 33 tahun, Ratu Beatrix turun takhta pada 2013, digantikan oleh puteranya, Willem – Alexander yang menjadi raja pemerintah lelaki pertama negara itu dalam tempoh lebih 120 tahun.
4
Sheikh Khalifa Zayed AlNahyan, Emeriah Arab Bersatu - £ 11.6 bilion (RM64.7 trilion) Keluarga Sheikh Khalifa Zayed yang juga Amir Abu Dhabi miliki harta terkumpul bernilai lebih £ 96.7 bilion (RM539.5 trilion) namun kekayaan peribadi Sheikh Khalifa dianggarkan sekitar £ 11.6 bilion (RM64.7 trilion). Menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai mengambil sempena nama baginda sebagai tanda hormat jasanya kepada negara.
9
Prince Albert II, Monaco £ 645 juta (RM3.6 bilion) Prince Albert II, raja memerintah Monaco adalah putera Raja Rainier III. Baginda memiliki pegangan hartanah di Monaco dan Perancis. Juga memiliki pegangan ke atas sebahagian besar tanah-tanah yang menjalankan operasi hiburan termasuk kasino.
14
Puteri Charlene, Monaco - £119.3 juta (RM665.61 juta)
Bekas perenang Olimpik Afrika Selatan, mendapat taraf kerabat diraja setelah berkahwin dengan Putera Albert II dari Monaco. Mengetuai banyak kegiatan yang diusahakannya untuk meraih dana Yayasan Puteri Grace.
5
Putera Haji Abdul Azim, Brunei - £ 3.2 bilion (RM17.9 trilion) Putera kedua Sultan Brunei lebih mahu dikenali sebagai Prince Azim, sering menjadi buruan paparazi. Terkenal pernah adakan pesta mewah dengan menjemput selebriti ternama dunia termasuk Michael Jackson, Diana Ross dan Scarlett Johansson. Menurut Hollywood Reporter, filem pertama penglibatan Prince Azim dalam bidang seni adalah ilham Hilary Swank.
10
Prince Shah Karim alHussayni Aga Khan IV - £ 516.1 Juta (RM2.9 bilion) Raja daripada keturunan Imam Nizali Ismailiyah - satu cabang Syiah, dianggap berketurunan Nabi Muhammad SAW oleh para pengikutnya. Kekayaan Aga Khan datang dari zakat atau sumbangan wang tunai secara sukarela oleh komuniti Ismaili, yang menderma sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan kasar tahunan mereka.
15
Farah Pahlavi, Maharani Iran - £64.5 juta (RM359.86 juta) Farah Pahlavi menjadi permaisuri pertama Iran moden apabila suaminya, Mohammad Reza Pahlavi diangkat sebagai Shah Iran. Sepanjang pemerintahan, kehidupan mereka sememangnya sangat mewah. Suaminya digulingkan ketika tercetus revolusi pada 1979,
30
3 - 9 Mei 2017
Marseille mahu kamu balik, Giroud!
D
ALAM usia sudah mencecah 30 tahun, mungkin sudah sam pai masa untuk Oli vier Giroud memberi pertim bangan terhadap rancangan balik kampung. Tambahan pula, Marseille kini sedang mengintai ruang untuk membawa penjaring terbanyak Arsenal musim lalu itu, balik ke Perancis. Sebelum berhijrah ke Ar senal pada Jun 2012, Giroud pernah menempa kegemilan gan sebagai penjaring terba nyak liga negara itu - Ligue 1 - ketika bersama Montpelier. Dan kini, Marseille yang menduduki tangga keenam Ligue 1, bersungguh-sungguh mahu membawa dia kembali ke Perancis pada musim pa nas ini, malah telah menye diakan peruntukan £20 juta untuk tujuan itu. “Marseille telah meletak Giroud sebagai sasaran No. 1 mereka sekarang, dan mereka yakin akan berjaya bawa dia
balik pada penghujung musim ini,” lapor Sky Sports. Marseille kini mempuny ai kedudukan kewangan yang mantap setelah kelab itu diam bil alih oleh ahli perniagaan Amerika Syarikat, Frank Mc Court pada Oktober tahun lalu. Januari lalu, kelab itu ber jaya mendapatkan Dimitri Payet daripada West Ham United dengan harga £25 juta, dan sedang berusaha pemain tengah Crystal Palace, Yohan Ca baye ke pangkuan mereka. Giroud berhijrah ke Arsenal dari Montpelier dengan harga £12 juta pada 2012. Dia beraksi cemerlang untuk kelab itu dan telah menjaringkan 95 gol dari pada 156 penampilan. Musim lalu adalah musim paling gemilang baginya ber sama Emirates apabila muncul penjaring terbanyak dengan 24 gol, sebelum kedudukannya se bagai penggempur utama diam bil alih oleh Alexis Sanchez. Musim ini, dia sekadar men jaring 13 gol, dengan hanya 14
Olivier Giroud
penampi lan apabila Arsene Wenger lebih mempercayakan Sanchez. Sepanjang tempoh ber kelana di England, Giroud te lah dua kali merangkul Piala FA, dan Marseille merancang mahu menjadikan final me nentang Chelsea bulan depan sebagai yang terakhir baginya menyarung jersi Arsenal.
dari muka 32 “De Gea memang prioriti kami. Kami menjangka akan da pat bawa dia balik (ke Sepanyol) musim panas ini,” kata se orang jurucakap Real. Dalam pada itu, Jose Mourinho yang sebelum ini begitu memberi tumpuan terhadap usaha memantapkan jentera se rangan dan pertahanan, harus menyegerakan pelan kontigen sinya di pintu gawang. Ini sangat penting bagi memastikan usaha mengembali kan Man U ke takhta Liga Perdana musim depan tidak terjejas, seandainya kemungkinan yang paling ditakuti itu berubah jadi kenyataan. Untuk itu, Mourinho dikatakan telah memilih Samuel Brolin, penjaga gol skuad bawah 17 tahun Sweden untuk bersiap se dia menggantikan De Gea. Baru berusia 16 tahun, Brolin bagaimanapun dikatakan mempunyai bakat dan kebolehan yang sangat luar biasa. Dia yang sekarang bermain untuk kelab AIK Solna, turut jadi rebutan kelab-kelab lain dalam Liga Perdana. Akhbar The Sun melaporkan, Brolin telah beberapa kali menghadiri sesi ujian dan akan menurunkan tandatangan pada surat kontrak dengan kelab itu musim panas ini. Mourinho barang kali tidak tahan terus menerus digang gu dengan cerita perpindahan De Gea ke Real. Bagaimanapun, Red Devils sudah pasti meletak harga yang tinggi – malah mungkin memecah rekod dunia – jika Zidane benar-benar mahu membawa De Gea ke pang kuan Los Blancos. Rekod bayaran perpindahan tertinggi bagi penjaga gol – £32.7 juta – setakat ini dipegang oleh Gianluigi Buffon ketika berhijrah dari Parma ke Juventus pada 2001. Hampir pasti, Red Devils akan meletak harga yang jauh lebih tinggi bagi De Gea, 26, yang bermain den gan Man U sejak berpindah dari Atletico Madrid pada 2011. Pada 2015, De Gea hampir berpindah ke Real. Ketika itu, dia ditawarkan £66.7 juta dengan £8.4 juta sebagai bayaran menandatangani kontrak, selain gaji tahunan £9 juta. Perpindahan itu bagaimanapun tidak jadi kenya taan berikutan satu isu pada saat-akhir yang berpunca da ripada campur tangan Lois Van Gaal, bos Red Devils ketika itu. Insiden berkenaan telah mencetuskan kontroversi yang di sifatkan oleh pengurusan Los Blancos sebagai tindakan tidak profesional oleh Man United.
David De Gea
Samuel Brolin
31
3 - 9 Mei 2017
GRIEZMANN KE MAN U? H ANYA tunggu dia sen diri buka mulut untuk satu keputusan yang muktamad. Jika wang yang diambil kira, Antoine Griezmann hampir pas ti akan meninggalkan Atletico Madrid dan tujuannya adalah Manchester United. “Beberapa kelab ternama mahukan dia, tetapi Manchester United adalah yang paling ter kehadapan,” kata ejennya, Eric Olhats. Selain Man U; Manchester City, Chelsea serta dua gergasi La Liga, Barcelona dan Real Madrid sangat mengingini sentuhan bintang sensasi Perancis itu. Begitupun kata Olhtas, dia masih menunggu tawaran ter baik. “Kami kini berada pada ta hap menunggu tawaran yang terbaik, bukan saja dari segi ni lai bayaran tetapi juga beberapa kepentingan lain yang konkrit,” kata Olhats. “Buat masa ini, apa yang saya
S
Antoine Griezmann
boleh katakan, tawaran daripada Man U adalah yang terbaik. Mereka yang paling awal datang, dan dengan tawaran yang paling munasabah,” ujarnya. Dalam perjanjian mereka, Atle tico telah meletakkan £84 juta se bagai nilai untuk mana-mana kelab yang berminat menebus kontrak Griezmann. Difahamkan, bos Man U, Jose Mounrinho sudah pun mendapat lampu hijau berserta peruntukan £100 juta daripada keluarga Glazer, pemilik kelab bagi mendapatkan pe main itu. Ini meletakkan Man U sebagai kelab yang paling berpeluang mem bawa Griezmann berhijrah mening galkan Los Colchoneros. Sementelahan pula, bos Atletico, Diego Simeone bersikap untuk tidak menyekat mana-mana pemainnya yang mahu meninggalkan kelab. Griezmann setakat ini telah menjaringkan 100 gol sepanjang kariernya di Sepanyol, dengan yang terbaru, satu gol ketika menewaskan Espanyol 1-0, minggu lalu.
Dulu muka masam, sekarang dah senyum …
ECARA jujur, Mr Mat Manjoi (MMM) tidak minat dengan Marc Marquez. MMM adalah penyokong jati Valentino Rossi. Namun, bakat dan kebolehan Marquez sememangnya amat he bat. Dan, Rossi sendiri terpaksa mengakuinya. Ia terserlah dengan kesudian Rossi untuk berdamai dengan pencabar mudanya itu. Rossi bukanlah jenis yang mudah memaafkan. Sebelum Marquez, Rossi sentiasa mempunyai seo rang musuh utama. Mungkin, itu cara dia untuk mencari pembakar semangat bagi beliau untuk terus bekerja keras dan memecut lebih pantas. Sebelum Marquez, ada Max Biaggi, kemudian Sete Gibernau dan diikuti pula dengan penung gang Australia, Casey Stoner. Biaggi dan Gibernau terpaksa menanggung malu dan mengak hiri karier mereka tanpa diberi peluang untuk menyentuh tro fi kejuaraan dunia 500cc, yang menjadi dominasi Rossi sebelum kemunculan Stoner. Menunggang Ducati ketika itu, Stoner telah mengisytiharkan secara terbuka ‘perang’ terhadap Rossi selepas perlumbaan di Amerika Syarikat kerana mera
sakan beliau dipintas beberapa kali oleh Rossi secara bahaya. “You want a race, I’ll give you a race,” kata Stoner dengan lantang ketika menjawab penjelasan Rossi bahawa segalanya yang berlaku di litar adalah sebahagian daripada perlumbaan. Stoner enggan lang sung menerima penjelasan Rossi itu dan untuk beberapa tahun, mereka bersaing panas untuk penen tuan juara sehinggalah Stoner bersara. Kemudian, muncul pula Jorge Lorenzo, juara 250cc dua kali se belum menyertai pasukan Petro nas Yamaha Racing untuk menjadi rakan sepasukan Rossi. Bermula dengan baik pada musim pertama, ianya berubah apabila kedudukan Rossi sebagai penunggang utama pasukan tercabar. Semakin lama, ia semakin buruk. Apatah lagi, apabi la Lorenzo mendapat manfaat besar daripada ‘bantuan’ Marquez untuk muncul juara kelas perdana Moto GP pada musim 2015. Kerana angkara Marquez mem bantu Lorenzo. Rossi, penunggang sensasi Itali itu terlepas peluang untuk merangkul mahkota kejua raan dunia ke 10 buat dirinya pada musim berkenaan. Seluruh dunia menyaksikan berulang kali insiden kontroversi Rossi seperti menen dang Marquez jatuh dari motosikal
nya walaupun menurut Rossi, Mar quez yang mengendeng ke arahnya dan hilang kawalan jentera Honda nya dan terjatuh. Apapun, teori sabotaj ini pernah disahkan. Namun, di hati semua para penyokong Rossi, itu adalah hakikatnya. Kempen benci Marquez terus panas sehingga seka rang khususnya di media sosial dengan pelbagai corak kemeja T rasmi #46 Valentino Rossi yang memaparkan karikatur nakal aksi Rossi terhadap penunggang Sepanyol itu. Sama ada ikhlas atau tidak, pa da perlumbaan Grand Prix America di Texas pada 23 April lepas, Rossi beberapa kali disiarkan di kaca tele visyen menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Marquez, yang mencatat kemenangan kelima bertu rut-turut di litar keramat, yang nyata seperti dibina khusus untuk jentera Honda dan gaya tunggangan beliau. Hambar pada saingan pembuka an di Qatar dan bernasib malang di Argentina, Marquez bangkit dengan garang di Circuit of the Americas, Texas untuk menebus kekecewaan beliau. Kepada para pe minat Mar quez, bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Tiada penunggang MotoGP lain yang per nah menang di situ selain daripada pelumba idola mereka.
Kemenangan di Texas melon jakkan Marquez ke tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan di belakang dua pelumba Movistar Yamaha – Rossi dan Maverick Vi nales, meninggalkan Texas tanpa sebarang mata selepas terjatuh ke luar daripada perlumbaan. Rossi, yang menduduki tem pat kedua di Amerika Syarikat, kini mendahului kejuaraan keseluruhan dengan memungut 56 mata sele pas berakhir tiga pusingan awal, yang diadakan di luar bumi Eropah. Pada masa-masa lepas, litar-litar Eropah akan menyaksikan keung gulan Marquez, yang sememang nya seorang pelumba yang maha hebat.
Biarpun sudah lanjut usia, Rossi masih terus berbisa. Beliau pasti akan bekerja keras untuk memastikan terus bertakhta di puncak kejuaraan selama mung kin dengan harapan untuk berada di sana pada hujung persaingan musim ini. Tentunya, ia menghidangkan saingan yang sengit antara dua pelumba handalan ini. Ketika itu, mungkinkah keduanya masih bo leh menzahirkan senyuman anta ra mereka? MMM: Seronok zaman Rossi gaduh dengan Gibernau dulu… E-mel: mrmatmanjoi@gmail.com
Facebook: Mat Manjoi.
32
3 - 9 Mei 2017
30
31
Marseille mahu kamu balik, Giroud!
Keluaran 3 - 9 Mei 2017
Griezmann ke Man U?
BUDAK 16 TAHUN GANTI DE GEA
David Ge Gea
S
Samuel Brolin
PEKULASI David De Gea akan berpindah ke luar dari Old Trafford bukanlah baru. Bagaimanapun apa yang sedang berlegar di Carrington – kem latihan Red Devils dalam seminggu dua ini, berlainan daripada biasa. De Gea dikatakan sedang menanti hari untuk mengesahkan penghijrahannya ke San-
tiago Bernabeu sebaik sahaja jendela perpindahan musim panas dibuka. Sememangnya, penjaga ga wang No. 1 Man U itu sudah lama jadi idaman Zinedine Zidane. Bos Real Madrid itu dikatakan tidak akan berpuas hati selagi tidak berjaya membawa De Gea pulang ke Sepanyol.
Jangan risau, Sanchez kekal!
DALAM keadaan kedudukannya sendiri pun belum pasti, Arsene Wenger masih berusaha untuk melegakan hati penyo kong Arsenal dengan menyatakan Alexis Sanchez akan kekal di kelab itu musim depan. “Dia akan kekal, akan kekal,” kata bos The Gunners itu sejurus selepas Sanchez menjaringkan kemenangan 2-1 ke atas Manchester City pada perlawanan sepa ruh akhir Piala FA, minggu lalu. Satu lagi gol dijaringkan Nacho Mon real. Kontrak bintang Chile itu akan berak hir tidak lama lagi. Sudah lebih setahun tersebar spekulasi dia akan berhijrah me ninggalkan Emirates. Beberapa kelab ternama dunia sedang
bersaing mahu mendapatkan tanda tan gan Sanchez. Chelsea paling bersungguh-sungguh apabila Antonio Conte terang-terangan menyatakan, sasaran utamanya kini ada lah pemain itu. Sementara Pep Guardiola pula dila porkan telah menggunakan juga meng gunakan khidmat ‘orang tengah’ di San tiago untuk memujuk Sanchez, dan kini peluang dikatakan lebih memihak kepada Manchester City. Sementelahan pula mereka pernah bekerjasama selama tiga tahun ketika pe nyerang itu bermain untuk Barcelona di mana Guardiola adalah pengurusnya. Dalam pada itu, ada kemungkinan Sanchez akan meninggalkan Liga Perdana
30
Inggeris kerana beberapa kelab Sepa nyol – Sevilla dan Atletico Madrid – ber sungguh-sungguh mahu membawanya ke La Liga. Antara sebab yang berupaya mem pengaruhi pemain itu berhijrah dari Emirates ialah kedudukan Arsenal mu sim ini yang begitu jauh dari takhta liga. Layak ke final Piala FA belum cukup mengubati hatinya. Kedudukan Wenger sendiri yang tidak menentu setelah didesak oleh pe nyokong supaya berundur, juga dikait kan sebagai faktor untuk Sanchez dan seorang lagi bintang Arsenal, Mesut Ozil meninggalkan Emirates musim depan.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712