PE RC UM A
ISU 16
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
2
Jika Ratu Elizabeth II mangkat ?
Keluaran 10 - 16 MEI 2017
AWAS PENIAGA PALSU Guna platform bisnes online perdaya mangsa
Tercatat sejarah sebagai kumpulan terbesar mewakili negara ke Hilmalaya
Media, Bomba 'tawan' Himalaya
POKHARA, Nepal - Sekalipun terpaksa mengharungi salji lebat dan suhu ekstrem, ia tidak menghalang sekumpulan 62 rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang gergasi di Annapurna Base Camp (ABC) yang terletak di Banjaran Himalaya pada ketinggian 4,130 meter. Ekspedisi yang turut melibatkan peserta daripada 31 pengamal media, 21 pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, lima wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lima wakil persatuan belia daripada seluruh negara selamat sampai di kem pangkalan Annapurna pada 11.30 pagi waktu tempatan, Ahad, 30 Apr lalu. Misi Cabaran Annapurna Base Camp 2017 itu juga melakar sejarah sebagai kumpulan terbesar melibatkan peserta dalam kalangan rakyat Malaysia. Pendakian yang bermula sejak 27 April lalu melibatkan jarak sejarah 41 km dari permulaan trek di Siwai sebelum berakhir di ABC. Menurut Ketua Ekspedisi, Fazli Ahmad kejayaan kumpulan ekspedisi berkenaan adalah hasil kerjasama media dan agensi kerajaan selain bertujuan membentuk semangat partiotik dalam kalangan peserta. "Ini membuktikan kita bukan hanya melaporkan berita tetapi juga mencipta sejarah dalam usaha membentuk sembagat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.
MURNI REJAB & MAJIDAH MOHAMED
Kaut RM31j pada 2016
KUALA LUMPUR - Semakin membimbangkan. Rekod kes penipuan bisnes online di seluruh negara kian meningkat dari segi jumlah kes dan kerugian wang ringgit sejak 2015 hingga April tahun ini. Penjenayah siber menggunakan platform jualan dalam talian untuk memperdaya pembeli. Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan hanya sekadar paparan di laman sosial, sedangkan realitinya perniagaan itu palsu atau tidak wujud sama sekali. Setelah wang dimasukkan ke dalam akaun bank, mereka lesap. Siasatan polis merekodkan Facebook dan Instagram adalah medium paling digemari penjenayah memandangkan saluran ini mempunyai pelayar yang tinggi dan mudah dipengaruhi. 4
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA
TERBIT SETIAP RABU
MINGGUAN WARTA PERDANA
Ambil. Baca. Kongsi.
2
10 - 16 Mei 2017
Apa akan berlaku jika Ratu Elizabeth II mangkat ? “JAMBATAN LONDON SUDAH ROBOH!” Tidak. Itu bukanlah ber makna jambatan yang terkenal di seluruh dunia itu sudah ro boh sebagaimana maksudnya secara harfiah. “JAMBATAN LONDON SUDAH ROBOH’ se benar nya adalah kod untuk meng isytiharkan kemangkatan Ratu Elizabeth II – yang persiapan untuk menghadapinya telah diatur pihak istana dan pemerintah Britain sejak 1960. Selain kod ‘JAMBATAN LONDON SUDAH ROBOH’, isyarat untuk menyatakan per kara yang sama ialah pe nyalaan lampu khas dan tem bakan meriam 41 das. Semua ini diatur jauh lebih awal kerana Ratu Elizabeth II merupakan pe merintah sebuah negara yang berpengaruh, juga atas kedudukan baginda selaku pemimpin bagi 36 negara Komanwel. Untuk itu, bukan istiadat p e n gh o r m a t a n terakhir dan pema kaman sa haja yang dikira penting, lebih penting lagi ialah pelantikan Prince of Wales, Putera Charles me warisi takhta. Lantaran itu, segalanya per lu diatur dengan sebaik
mungkin, tidak harus ada cacat cela atau kekurangan yang boleh menjatuhkan imej, apa lagi mencarik adat dan tradisi diraja Inggeris. Mengikut aturan itu, ha nya seorang individu yang me megang kuasa akses ke kamar diraja di mana jasad Ratu di tempatkan. Beliau ialah doktor atau perawat kanan baginda, gastroenterologis Prof. Huw Thomas. Hanya Prof. Thomas yang dibenarkan untuk membuat ke putusan
mengenai apa jua maklumat yang boleh atau tidak boleh didedahkan kepada umum, termasuk punca kemangkatan. Selain beliau, Sir Christopher Geidt, Setiausaha Sulit Ratu adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan mak lumat itu kepada mana-mana pihak yang berkenaan, dengan didahulukan Perdana Menteri. Akan turut dimaklumkan ialah pemerintah 15 negara di luar United King dom, yang bagin da Ratu adalah juga ketua negara me
Ratu Elizabeth II
Jambatan London, mercu tanda kebanggaan Great Britain
re ka, selain 36 negara-negara Komanwel. Di Istana Buckingham, akan diletakkan notis makluman di kesemua pintu pagar mana kala laman web yang ada kaitan dengan keluarga diraja, dipastikan berimej suram. Kerajaan akan meng isytihar kan 12 hari sebagai tem poh perkabungan selain orang awam dibenarkan pu lang dari tempat kerja lebih awal sebagai tanda bersedih. Media – radio dan televisyen – juga akan diberi notis untuk hanya memainkan muzik dan program yang bersesuaian, di samping menyalakan ‘obit light’ biru. Kedua-dua Parlimen – House of Lords dan House
Jasad Ratu akan di tempatkan sementara di Holyrood House, Edinburgh, dengan kawalan mengikut adat tradisional oleh anggota Royal Company of Archers yang memakai bulu helang pada topi mereka.
of Commons – akan me manggil persidangan untuk membuat keputusan yang di perlukan berkaitan de ngan pemerintahan, sebagai mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan. Sekiranya kemangkatan ber laku di luar negara, jet BAe 146 Skuadron 32 Tentera Udara Diraja (RAF) yang telah diwartakan sebagai pesawat diraja, akan digunakan untuk membawa keranda daripada pem buat keranda diraja, Leverton & Sons. Dan seandainya baginda ditakdirkan mangkat di Scotland, ada adat tersendiri akan dijalankan di sana. Jasad Ratu akan di tem patkan sementara di Holyrood House, Edinburgh, dengan ka walan mengikut adat tra disional oleh anggota Royal Company of Archers yang me makai bulu helang pada topi mereka. Setelah itu, barulah jasad Ratu akan dibawa pulang ke London dengan kereta api. Di Istana Buckingham, baginda akan ditempatkan di Balai Rong Seri untuk me nerima penghormatan ter akhir daripada kerabat diraja, go longan bangsawan British, juga pembesar dan kenamaan
3
10 - 16 Mei 2017
BERITA Diandaikan sekiranya baginda menghembuskan nafas terakhir ketika berlangsung acara lumba kuda terbesar – Royal Ascot - perlumbaan itu akan dihentikan serta merta. Begitu juga kejohanan di The Marylebone Cricket Club. Ratu Elizabeth II bersama kerabat diraja dalam satu acara negara
Putera Charles yang akan mewarisi takhta bersama isterinya, Camilla
dari seluruh dunia. Di situ, empat anggota Grenadier Guards yang ber seragam khas dilengkapi topi daripada kulit beruang, akan berdiri di empat penjuru ke randa, dengan muncung sen jata api mereka dihalakan ke bawah.
Selaku pemimpin du nia yang berpengaruh, per siapa an untuk menghadapi ke mangkatan Ratu Elizabeth II sememangnya diatur sesem purna mungkin. Di andaikan sekiranya ba gin da menghembuskan nafas ter akhir ketika berlangsung acara lumba kuda terbesar –
Royal Ascot - perlumbaan itu akan dihentikan serta merta. Begitu juga kejohanan di The Marylebone Cricket Club. Dan sekiranya ke mang katan berlaku sebelum jam empat pe tang, persembahan di National Theatre, London, akan dibatalkan namun jika melepasi waktu itu, ia akan di teruskan. Selain itu apa juga acara, termasuk sukan di Royal Parks tidak dibenarkan sepanjang tempoh perkabungan. Apa juga bendera akan dikibarkan hanya separuh tiang dalam tempoh itu. Apabila tiba masanya,
Putera Charles akan di masyhurkan sebagai raja yang baharu. Untuk upacara itu, Pasukan Pengawal Diraja yang memakai topi besar dilengkapi bulu burung ka suari, akan membunyikan sem boyan perisytiharan di ikuti tembakan meriam tiga das dari atas bumbung Istana Buckingham. Kemudiannya, tembakan me riam 41 das lagi akan di lakukan di Hyde Park. Setelah itu, jasad Ratu akan diarak ke Westminster Hall, ditempatkan di sana selama empat hari – dengan anggaran setengah juta rakyat jelata dijangka akan hadir memberi
Grenadier Guards segak berkawad di hadapan Istana Buckingham
penghormatan terakhir – sebelum disemadikan 10 hari kemudian. Ketika dibawa ke tempat per semadian terakhirnya, ja sad Ratu akan dibawa oleh 10 pengusung dan kawasan makam baginda dikawal oleh empat anggota tentera yang akan ditukar pada setiap 20 minit. Kalungan bunga juga akan ditukar setiap hari. Dalam pada itu, Putera Charles selaku pengganti takhta, dengan Camilla sebagai per maisuri, akan memulakan pemerintahan baginda dengan lawatan ke England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.
4
10 - 16 Mei 2017
Dari muka depan
Penipuan online semakin meningkat MANGSA juga mudah diumpan melalui sesawang iklan barangan seperti jualan kereta, perabot dan lelongan. Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, sejak Januari hingga April 2017 sahaja, kes penipuan jualan langsung dalam talian adalah hampir RM10 juta di seluruh negara. Pengarahnya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Wilayah Persekutuan mencatat rekod paling tinggi iaitu sebanyak RM2.3 juta dengan 220 kes, Johor negeri kedua tertinggi dengan 311 kes melibatkan penipuan sebanyak RM1 juta. Katanya, kes penipuan belian dalam talian sepanjang 2016 pula sebanyak RM31 juta melibatkan 6,411 kes di seluruh negara. Sementara pada 2015, sebanyak 4,335 kes direkodkan dengan penipuan berjumlah RM23 juta. Menurut Acryl, penjenayah biasa nya akan membuat iklan barangan melalui laman web dan menawarkan harga yang lebih murah dari biasa. Ia akan menarik perhatian mangsa yang kemudiannya akan menghubungi mangsa sama ada melalui telefon, Whatsapp, emel dan sebagainya. "Mangsa kemudiannya akan
Statistik kes penipuan bisnes online 2016
Statistik kes penipuan bisnes online 2015 di arahkan untk membuat pem ba yaran ke dalam akaun yang di berikan, namun setelah bayaran dibuat, barangan yang dibeli tidak diperolehi," jelasnya. Sehubungan itu pihaknya menasihati orang ramai agar jangan terlalu mudah terpedaya dengan taktik penjenayah ini yang kebiasannya akan terus menghubungi mangsa hingga mereka berjaya
menjual produk yang dijanjikan. "Lakukan sedikit siasatan sebelum membuat sebarang pembayaran, pihak polis boleh menyiasat, tetapi jika pengguna sendiri lebih berjati-hati perkara sebegini mungkin tidak berulang, ini amat membimbangkan kerana rekod kerugian atau penipuan semakin meningkat dari tahun ke setahun," kata Acryl lagi.
Britain mohon maaf jeneral Saudi dibaling telur LONDON - Kerajaan Britain secara rasmi memohon maaf daripada Arab Saudi su sul an tindakan seorang warganya membaling telur ke arah se orang pegawai kanan tentera negara itu yang berkunjung ke sini, baru-baru ini. Dalam kejadian itu, Jeneral Ahmed Asiri yang berperanan secara langsung da lam pa sukan tentera koalisi me nyerang pemberontak Yemen, telah didekati seorang aktivis antiperang, Sam Walton. Walton melaung kepada Asiri: “Kamu sekarang dalam tahanan kami. Kami tangkap kamu kerana jenayah perang di Yemen!” Mengikut undang-undang British, seseorang yang di anggap melakukan jenayah be rat boleh ditahan oleh orang awam. Bagaimanapun, tindakan Walton mahu menahan Asiri di gagalkan oleh petugas ke se lamatan, namun pada ma sa yang sama, seorang
Statistik kes penipuan bisnes online Jan - Apr 2017
Boris Jonhson
aktivis lain telah menyelinap masuk mengekori jeneral itu, kemudian membaling telur ke arahnya. Telur itu terkena tepat di punggung Asiri. Jeneral itu segera berpaling ke arah pe nyerangnya, kemudian me nunjukkan jari telunjuk seba gai tanda marah. Susulan kejadian itu, Sky News melaporkan, Menteri Luar Britain, Boris Johnson te lah menghubungi Timbalan
Ahmed Asiri
Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammed bin Salman yang ju ga Menteri Pertahanan ne gara Arab itu untuk meminta maaf. Kumpulan antiperang Britan, juga penggiat hak asasi manusia telah berulang kali mengkritik kerajaan kerana menjual senjata kepada Arab Saudi yang disifatkan mereka telah melakukan jenayah pe rang terhadap penduduk awam Yemen.
Elak jadi mangsa KUALA LUMPUR - Langkah pencegahan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk membantu meminimumkan kadar kes penipuan online sentiasa dijalankan, bagaimanapun pengguna harus memainkan peranan penting agar tidak mudah dijerat penjenayah. Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, "Walaupun secara dasarnya, sebarang transaksi jualan barangan sama ada secara langsung mahupun dalam talian bukan di bawah pengawalan pihak polis, namun peranan pihak polis dalam kes-kes sebegini tertumpu kepada penyiasatan setelah berlakunya kes-kes penipuan. "Siasatan ke atas kes-kes ini dikendalikan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan penipuan. Bagaimanapun, pihak JSJK juga telah memberi penekanan berkenaan pencegahan kes-kes sebegini di dalam siri kempen dan pameran yang diadakan dari masa ke semasa kerana percaya pencegahan merupakan mekanisme terbaik yang bagi meminimumkan kes penipuan sebegini. "Setiap pengguna internet haruslah mengambil langkah berjaga-jaga semasa membuat pembelian online. Jangan mudah terpengaruh dengan harga murah yang ditawarkan mahupun testimoni pengguna yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. "Sebaiknya, buatlah sedikit carian atau kajian berkenaan kesahihan individu yang menjual barangan tersebut. Dapatkan juga maklumat penjual dengan lebih terperinci agar ianya dapat digunakan sekiranya berlaku perkara tidak diingini, atau yang terbaik, bersemuka dengan penjual dan membeli barangan secara terus."
5
10 - 16 Mei 2017
Terserempak dengan komunis 04
OLEH kerana termasuk dalam senarai ‘kawasan hitam’, Mahang pada zaman komunis sering jadi lokasi operasi pasukan keselamatan. Kalau bukan askar atau tentera, ‘Polih Poh’ – istilah orang Mahang pada ‘Police Force atau Polis Hutan, sekarang PGA – yang masuk. Kami – kanak-kanak – akan berasa seronok setiap kali ada pasukan keselamatan masuk ke kawasan kami. Bukan sematamata seronok tengok mereka yang segak beruniform, tetapi kerana ada peluang untuk kami mendapatkan ‘ransum’ atau bekalan daripada mereka. Pelbagai jenis makanan dalam tin; daging lembu, kambing, ayam, oren dalam paket, serbuk oren bancuh, susu tepung, biskut kompo – apa sahaja ransum askar memang sangat sedap. Sampai sekarang, aku tak pernah jumpa makanan dalam tin yang dijual sesedap ‘ransum’ tentera. Bukan itu sahaja, ubatubatan mereka juga mujarab. Ketika bersekolah rendah, aku
alami masalah kudis di seluruh badan; dan kepada merekalah aku dibawa ayah untuk mendapatkan ubat. Kami masuk ke kawasan perkhemahan mereka, dalam hutan di kaki Bukit Kangar. Ketika usiaku lima atau enam tahun, ayah tanam kacang tanah sementara menanti pokok getah kami ditanam semula di kebun hujung Kampung Ulu Mahang. Di kebun itu, ayah bina sebuah pondok di mana kami kadang kala bermalam. Kerap kali aku lihat askar dalam pasukan tujuh atau lapan orang melalui kebun kami, dan pernah juga mereka berkhemah di kaki bukit di tepi kebun kami. Apabila ayah keluar ke tempat kerja – ayahku bekerja di Pejabat Daerah Selama, Perak – tinggal emak seorang diri di kebun. Emak aku memang berani! Kerana beraninya dia, pernah beberapa kali dia disoal siasat pasukan keselamatan yang men jalankan operasi di sekitar situ ke rana mereka mengesyaki emak tali barut komunis. Bagi mereka, tidak munasabah seorang wanita seperti emak sanggup ditinggalkan seorang diri di tempat yang seperti itu kalau tidak kerana ada misi tertentu yang ada kaitan dengan komunis.
Ikut cerita emak, dia pernah disoal siasat dalam keadaan sen jata api diacukan kepadanya. Apa bila kami bermalam di pondok da lam kebun itu, biasanya esok pagi, ayah tunjukkan kesan bahawa ada orang mengintip kami malam itu. Apa yang melucukan, suatu hari, nenek datang membantu emak di kebun. Ketika menyangkul, dia terjumpa cawan susu ge tah yang sudah pecah, lalu dilemparnya ke kaki bukit di sebelah. Selepas beberapa kali, ada seorang askar naik dari bawah bukit itu, merayu: “Tok, tolonglah janganlah baling ‘pot’ getah ke bawah tu, kami ada di situ. Kena kepala kami ni ..” Itu cerita pasal askar. Pasal komunis pula, memang ada banyak cerita ‘hearsay’ yang aku pernah dengar mengenai penampakan anggota komunis oleh penduduk kam pung, terutama mereka yang kaki memburu, kaki pancing atau yang menoreh getah jauh dari kawasan kampung. Ayah sendiri pernah bercerita dia beberapa kali disangka tali barut komunis oleh komunis sendiri yang menyalakan pemetik api, mungkin sebagai isyarat untuk sekutu mereka ketika melalui jalan di kawasan kebun getah di Jalan Selama pada waktu tengah malam. Kata ayah, tempat itu mungkin lokasi pertemuan mereka untuk
Aramco kuasai Port Arthur 100%
TEXAS - Syarikat petroleum Arab Saudi, Saudi Aramco kini secara rasmi mengambil alih 100 peratus pemilikan loji minyak terbesar Amerika Syarikat di Port Arthur, Texas. Sebelum ini Saudi Aramco me megang pemilikan sebanyak 50 peratus sahaja sebelum memiliki sepenuhnya loji minyak itu daripada Royal Dutch Shell. Saudi Aramco juga mendapat hak pengedaran 24 pusat pengedaran serta hak ekslusif untuk menjual brand Shell untuk gasolin dan diesel di Georgia, Carolina Utara, Carolina Selatan, Virginia, Maryland, Washington DC, separuh timur Texas, dan keseluruhan Florida.
Agensi Berita Antarabangsa CNN melaporkan Arab Saudi berharap IPO Aramco pada 2018 dinilai pada kadar AS2 trilion. Port Arthur dianggap sebagai mahkota berlian loji minyak yang ber keupayaan memproses 600,000 tong minyak sehari menjadikan ia loji mi nyak terbesar di Amerika Utara. Arab Saudi adalah sumber mi nyak mentah terbesar Amerika Sya rikat selepas Kanada. Amerika Syarikat mengimport kira-kira 1.3 juta tong minyak mentah sehari pada Februari 2017, meningkat 32 peratus berbanding tahun lalu menurut Energy Information Administration.
mendapatkan bekalan makanan daripada rakan subahat mereka di luar. Kalau ayah terserempak dari jauh, aku sendiri pernah berselisih begitu hampir dengan anggota ko munis, malah hampir-hampir ber sentuh badan. Alkisahnya, pagi itu pada peng hujung 1983, emak mahu adakan kenduri kesyukuran dan doa se lamat sempena aku mendapat ta waran untuk lanjutkan pengajian menengah di sekolah berasrama di Alor Setar. Lalu aku dan kakakku disuruh menjemput keluarga Maksu di Kampung Sungai Batu. Untuk ke rumah Maksu, kami perlu melalui denai dalam kebun getah. Itu jalan pintas. Ada jalan besar tetapi jaraknya berkali ganda jauh. Jalan pintas itu, selain melalui kebun getah, juga merentas ka wa san belukar. Memang takut tetapi oleh kerana menyangka ada orang menoreh getah pagi itu, kami gagahkan juga. Kami terlupa malam sebelumnya hujan lebat, jadi tiadalah orang menoreh. Ketika berada di tengah-tengah kawasan hutan, kami terserempak dengan tiga lelaki berpakaian se ragam berwarna perang, memikul senjata api, berjalan ke arah kami. Apa lagi yang boleh kami buat selain berdoa kami tidak diapaapakan.
GEORGE TOWN - Empat remaja dari utara tanah air, terpilih menjalani latihan ekslusif bersama perenang British Olympic, Ben Proud di Phuket September depan. Toh Ting Wei, 15 dari Kelab Renang Pulau Pinang (PSC), Caroline Lim Shi Chyi, 11 dari Kelab Renang Pulau Pinang (PSC), Lau Ting Quan, 14 dari Kingfisher Swim Team (KST) dan Jess Lee Yen Yi, 14 dari Trident Swim Team (TST) dipilih selepas mengikuti klinik kejurulatihan kelolaan atlet olimpik itu di Pulau Pinang baru-baru ini yang melibatkan 60 bakat perenang berusia 11 hingga 15 tahun kelolaan syarikat penerbangan Air Asia.
Akhirnya kami bertembung juga dengan mereka. Dada ku berdegup kencang. Motosikal di perlahankan untuk memastikan kami tidak ‘bersentuh’ dengan mereka, dan mereka juga ber henti berjalan. Ketika kami betul-betul ber ada dalam jarak paling hampir dengan mereka – hingga hem busan nafas pun boleh dirasa – seorang daripada men dengus. Berderau darahku mendengarnya! Sampai di rumah Maksu, aku ceritakan kejadian itu, dan teruk kami dimarahi. Maksu menyuruh kami pulang ikut jalan jauh. Walaupun kami yang masih budak tidak punya lesen, ditahan polis pun tidak lebih menakutkan daripada pengalaman itu. Cukuplah sekali. Sampai di rumah, emak beri tahu kami, ayah ada bertanya kepadanya: “Budak-budak (kami) ada cerita apa-apa dak?” Memang kami tidak cerita langsung hal kejadian itu kepada ayah, bimbang kena marah, te tapi itulah gerak hati seorang ayah!
Mat Mahang
Perenang-perenang muda tersebut telah mengambil bahagian dalam sesi intensif selama satu hari bersama jurulatih yang terkemuka seperti bekas ahli sukan Olimpik Antony James dan finalis Sukan Komanwel Steven Beckerleg. Klinik kejurulatihan renang tersebut merupakan acara tahunan dengan kerjasama AirAsia dan perenang Ben Proud. Klinik kejurulatihan renang yang diadakan di utara Malaysia itu merupakan sesi kedua inisiatif tersebut selepas pelancaran yang menampilkan bakat perenang dari Lembah Klang bersama atlet Olimpik tersebut yang berlangsung pada awal Februari lalu.
Perenang cilik yang terpilih mengikuti klinik Ben Proud's Talent
6
10 - 16 Mei 2017
DUNIA MINGGU INI
BEIJING - Daerah Pusat Perniagaan Beijing ketika diselubungi ribut pasir yang sering berlaku di kawasan China Utara. Angin kuat dari Mongolia sewaktu musim bunga selalu membawa ribut pasir dan debu ke bandar-bandar di China Utara.
NEW YORK - Pemain musik tradisional Mexico membuat persembahan di dalam Bursa Saham New York sempena meraikan perayaan Cinco de Mayo yang disambut sempena kemenangan Tentera Mexico ke atas tentera Perancis dalam Pertempuran Puebla pada 5 Mei 1862.
MONACO - Prince Albert II dan isterinya Charlene, Princess of Monaco melambai tangan sewaktu pertandingan separuh akhir UEFA Champions League di antara AS Monaco dan Juventus di Stade Louis II, Monaco.
SEOUL - Penganut agama Buddha berhimpun di bawah tanglung yang berwarna-warni untuk menyambut kelahiran Buddha di kuil Jogye di Seoul sewaktu bulan penuh di bulan Mei setiap tahun.
SEVILLE - Rivera Ordonez ‘Paquirri’ bertarung dengan lembu jantan di gelanggang sukan lawan lembu La Maestranza pada hari kedua La feria de Abril (Pameran April) di Seville, Sepanyol. Feria de Abril, dikatakan bermula sejak 1847, diadakan dua minggu selepas Easter setiap tahun.
JAWA TIMUR - Dua pesaing sedang bertarung dalam pertandingan Pencak Dor di perkarangan sekolah agama Lirboyo di Kediri, Jawa Timur. Pencak Dor ialah satu tradisi di sekolah itu dimana pelajar pelajar mengambil bahagian dalam pertarungan bebas yang mencantumkan elemen tinju, pencak silat, gusti dan karate. Mereka bertempur sehingga salah seorang mengaku kalah, berdarah atau diberhentikan oleh pengadil.
Bisnes
10 - 16 Mei 2017
7
Bezza masuki Mauritius Jalin ekonomi M'sia, Bahrain MAJIDAH MOHAMED
KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melalui ke luaran nya Bezza telah me le bar kan pasarannya ke destinasi eksport kedua iaitu Mauritius dan Raouf Dusmohamud & Co. Ltd. sebagai pengedar sah bagi kereta sedan tersebut. Menurut Presiden dan Ke tua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh, pemilihan Mauritius bersesuian dengan tempatnya yang menjadi tumpuan pe lancong dari seluruh dunia. “Dengan kehadiran Pero dua Bezza di Mauritius pastinya akan memberikan pen dedahan global yang di perlu kan dan ia didatangkan dalam empat varian iaitu 1.0L transmisi manual dan auto matik serta 1.3L Premium X transmisi manual dan auto matik. “Bezza 1.0L manual di jual dengan harga 562,
884 Mauritian Rupees (RM70,405.35) manakala Bezza 1.0L automatik berharga 589, 268 Mauritian Rupees (RM73, 705.45). Sementara 1.3L Pre mium X transmisi manual dan automatik yang masingmasing dijual dengan harga 657, 699 Mauritian Rupees (RM82, 264.78) dan 684, 990 Mauritian Rupees (RM85, 678.33). Sementara Pengarah Urus an Raouf Dushmohamud, Raouf Dushmohamud men
jelaskan syarikatnya menya sarkan untuk menjual 168 unit Perodua Bezza yang antara nya untuk perniagaan kereta sewa, teksi bandar, golongan pro fessional muda serta un tuk golongan yang baru berkahwin. “Perodua Bezza boleh di anggap kereta yang luar biasa kerana penggunaan bahan api yang cekap, kos pemilikan rendah serta menyediakan kapasiti ruang lebih luas dan direka dengan baik,” jelasnya.
KUALA LUMPUR – Ma laysia dan Bahrain akan meneruskan dalam usaha untuk mengukuhkan hu bungan perdagangan dan pelaburan dua hala melalui kerjasama industri. Menurut Menteri Per dagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, seba nyak lima sektor telah ditetapkan untuk diterokai melalui keduadua negara iaitu pelancongan, lo gistik, teknologi maklumat dan kom inik as i, i nd u st r y p e m buatan
serta perkhidmatan perbankan dan ke wangan, terutama bagi per bankan Islam. “Malaysia tertarik un tuk mengukuhkan sya ri kat tempatan di negara itu bagi sektor lain dan negara memainkan pera nan penting dalam pem bangunan Bahrain. “Pihak MITI telah telah mengadakan rundingan tentang kerjasama eko nomi dan per dagangan ber sama Menteri P e ri n d u s t r i a n , Perdagangan dan Pel ancongan Bahrain, Zayed R Alzayani.
Bursa gamit industri Bimbing usahawan bumiputera kewangan Islam KUALA LUMPUR – Institusi kewangan Islam seharusnya disenaraikan lebih banyak di Bursa Malaysia bertujuan me rangsang industri pe ng urusan dan serta ke kayaan Islam bagi jangka masa panjang. Menurut Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar (gambar), pende katan ini diambil adalah sebagai langkah untuk mengukuhkan Malaysia sebagai hab global bagi dana seumpama itu. “Melalui 672 sekuriti patuh sya riah yang disenarai di bursa tempatan, terdapat dua daripadanya daripada sektor kewangan iaitu Bank Ialam Malaysia Berhad (BIMB) dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad. “Institusi kewangan sekarang ti dak terlalu banyak disenaraikan di dalam Bursa Malaysia dan ini telah memberi cabaran yang besar terhadap industri terbabit, terutama bagi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kerana mereka di harap menawar dividen patuh syariah
terhadap pelabur Islam di Malaysia,” katanya. GLIC yang dimaksudkan adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Sim panan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji. Dalam masa sama, be liau mencadangkan ti ga pendekatan se bagai lang kah untuk menggalakkan pertumbuhan industri ters ebut. Antaranya adalah de ngan pembentukan kumpulan perbankan universal Islam tersenarai, selain BIMB Holdings yang boleh diterajui Malaysia Building Society Bhd, Malaysia Industrial Development Finance Berhad, Bank Muamalat atau satu daripada bank Islam milik asing yang lebih besar. Seterusnya dengan menyenaraikan se bahagian institusi kewangan pem bangunan Islam seperti Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional. Disamping itu adalah dengan me wujudkan penyenaraian berasingan ‘Islam’ atau i-saham dalam kalangan syarikat perbankan yang mempunyai aktiviti kewangan Islam yang agak mampan seperti RHB, Maybank dan CIMB.
KUALA LUMPUR – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mempertingkatkan usaha dalam mencari syarikat Bumiputera yang mempunyai potensi sekaligus mem bimbing mereka sehingga disenaraikan di Bursa Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Husni Salleh menjelaskan melalui Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB), terdapat pelan penciptaan nilai bagi me nam bahbaik kemampanan per niagaan melalui pertumbuhan organik serta bukan organik di samping mengenal pasti langkah bagi tujuan mengakses dana. Tidak hanya itu, melalui SJJB, tumpuan juga diberikan kepada usaha membina kapasiti dengan memberikan khidmat nasihat se cara terperinci kepada syarikat yang mempunyai potensi untuk disenaraikan. “TERAJU telah mengambil alih program ini sejak 2011 dan sebanyak 13 syarikat Bumiputera telah ber jaya disenaraikan dan syarikat tersebut menunjukkan per tumbuhan nilai
permodalan yang amat ketara ber banding pada awal disenaraikan,” katanya. Tambahnya lagi, pada awal, ha nya lima syarikat yang mengambil bahagian dan dicalonkan di pasaran saham tempatan dengan jumlah modal pasaran lebih RM900 juta. “Dengan peningkatan lapan lagi syarikat, jum lah nilai per modalan pasa ran bagi semua syarikat ter sebut telah m e nc a p a i RM7.8 bilion setakat ini,” ujarnya.
8
10 - 16 Mei 2017
BISNES
Bandar Malaysia Kaspersky, PKS pemangkin ekonomi tangani ancaman siber
KUALA LUMPUR – TRX City Sdn Bhd akan membangunkan Projek Bandar Malaysia di bawah kerjasama awam-swasta dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM150 bilion, mempunyai kekuatan dalam menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi masa depan. Menurut Ketua Pegawai Ekse kutifnya, Datuk Amzar Talib (Gambar), projek ini akan membuka banyak peluang pekerjaan mahir, misalnya antara komponen pengaktifan awal bagi Bandar Malaysia iaitu Bandar Internet Kuala Lumpur (KLIC), yang direka bentuk sebagai hab utama bagi Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).
“Melalui projek ini, terdapat banyak peluang perniagaan dan pelaburan, meliputi sektor perkhidmatan kreatif, komersial serta industri pelancongan dan hospitaliti misalnya insentif, mesyuarat dan pameran serta taman tema. DFTZ telah dilancarkan oleh Per dana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Jack Ma, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba. “DFTZ dijangka akan mengganda kan kadar pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia, me ning katkan keseluruhan eksport barangan sekaligus mewujudkan 60, 000 pekerjaan menjelang 2025. “Malah DFTZ mempunyai dua aspek penting , iaitu hab logistik Alibaba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIC, yang menjadi model Lembah Silicon di Asia Tenggara, dibina di tapak seluas 4.05 hektar di Bandar Malaysia. Bandar Malaysia yang bakal didirikan di bekas tapak lapangan terbang lama Pengkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL) di Sungai Besi yang terletak tujuh kilometer dari pusat bandar raya. “Tumpuan kami buat masa ini adalah untuk proses memindahkan PUKL ke lapan tapak berbeza di seluruh Malaysia menjelang hujung tahun ini.
KUALA LUMPUR – Syarikat keselamatan global, Kaspersky Lab memperkenalkan perisian Kaspersky Small Office Security versi baru untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menangani ancaman siber yang semakin meningkat. Pengurus Besar Kaspersky Lab Asia Tenggara, Sylvia Ng menjelaskan, perisian ini diperkenalkan untuk membantu PKS mengawal ancaman siber melalui perlindungan transakasi kewangan dalam talian serta memantau status keselamatan. “PKS memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara yang mewakili 36.3 peratus daripada ekonomi Malaysia dan turut menyumbang 65.5 peratus peluang pekerjaan bagi 2015. “Sememangnya sektor ini me mainkan peranan penting dalam
ekonomi negara, tetapi ramai daripada mereka memandang ringan keselamatan dan perlindungan terhadap infrastruktur teknologi maklumat (IT) kerana beranggapan industri PKS tidak terdedah kepada jenayah siber,” jelasnya. Tambah Sylvia, dengan adanya versi baru perisian Kaspersky Small Office Security dapat memperluas lagi perlindungan untuk PKS. ”Perisian ini menawarkan per lindungan terbaik bertujuan mencegah ancaman terkini iaitu crypto sementara ciri keselamatan dipertingkatkan untuk melindungi transaksi kewangan daripada penipu. “Selain itu, perisian ini menyediakan kemudahan yang menghubungkan kawalan dan fungsi diperluaskan dengan konsol berasaskan awan bagi membolehkan kerja pengurusan jarak jauh dan pemantauan lebih mudah, ujarnya.
UDA sasar peningkatan Inovasi baharu Celcom, Google jualan hartanah
JOHOR BAHRU - Syarikat pemaju hartanah tempatan, UDA Holding melalui anak syarikatnya UDA Land (South) Sdn. Bhd. menyasarkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) jualan hartanah di Johor mencecah RM67 juta untuk 2017. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar, sasaran tersebut meliputi pelbagai unit kediaman termasuk projek pembangunan baru, Rosa Terraces di Bandar UDA Utama. “UDA Land (South) Sdn. Bhd. sebelum ini telah berjaya membangunkan Bandar Baru UDA di tanah seluas 190.2 hektar, diikuti pembangunan projek lain antaranya UDA Business Center, Pusat Bandar Tampoi dan Bandar UDA Utama. “Untuk suku keempat tahun ini, kami bakal membuka pendaftaran bagi jualan rumah teres dua tingkat, kedai pejabat dua atau tiga tingkat serta rumah superlink dua tingkat yang diberi nama
Rosa Terraces di Bandar UDA Utama,” katanya. Tambahnya, Rosa Terraces yang terdiri daripada 63 unit rumah teres dua tingkat dan kos jualannya mencecah RM42 juta dan juga 37 unit rumah kedai bernilai RM30 juta. UDA Land (South) Sdn. Bhd. kini menawarkan rumah teres dua tingkat di Plumeria Avenue di Plumeria Avenue dan sebanyak 112 unit telah berjaya dijual. UDA juga dalam proses untuk menambah lebih banyak tanah dengan membelinya di Bandar Penawar dan Skudai Kiri, Johor Bahru untuk memajukan projek pembangunan bercampur. “Setakat ini, tanah yang dimiliki UDA adalah seluas 607 hektar dan juga telah membeli tanah seluas 202 hektar di Pahang. “Sementara di Bandar Penawar, terdapat 0.40 hektar tanah sementara di Skudai Kiri, ianya masih dalam perancangan yang mana 12.14 hektar adalah milik kerajaan
negeri dan 12.14 juga adalah tanah setinggan. “Untuk di Bandar UDA Utama, terdapat juga 80.94 hektar tanah dan kemungkinan akan terdapatnya tambahan tanah di Desaru dengan keluasan 40.47 hektar,” jelasnya. Beliau menambah, kini dapat dilihat pasaran hartanah yang agak perlahan dan oleh itu, pihaknya merancang untuk membina rumah mampu milik yang memfokuskan 70 hingga 80 peratus bagi Bumiputera.
KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata) menjadikan platform menyeluruh Google ber tujuan memodenkan khid mat pesanan pengendali di Android dengan Rich Communication Service (RCS). RCS merupakan contoh ter baharu Celcom dalam usa ha untuk memberikan inovasi dan kelainan kepada pelanggan. Melalui Android Messages, ia merupakan pe mesejan masa hadapan dalam menggantikan teks khidmat pesanan ringkas dengan ciriciri kumpulan chat, perkongsian foto re solusi tinggi dan penerimaan baca. Menurut Ketua Pe gawai Eksekitif Cel com Axiata, Michael Kuchner, pelan caran RCS ini memberi banyak manfaat kepada p el a n g g a n yang mana menyediakan
khidmat pesanan baru yang akan meningkat pe ngalaman digital mereka. “Perkhidmatan ini akan terdapat di peranti menggunakan Android Message sebagai aplikasi pemesejan dan mendapat sokongan melalui rang kaian Celcom. “Kami berharap dapat menginovasi dengan Google dalam menyediakan perkhidmatan baru di plat form pemesejan dalam tempoh terdekat,” ujarnya.
9
10 - 16 Mei 2017
BISNES
TNB catat Banteras skim kenaikan RM22.4b kewangan haram KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mencatat ke un tungan selepas cukai berjumlah RM3.23 bilion untuk separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017, berbanding RM3.28 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama bagi tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd menjelaskan, TNB menitikberatkan dalam usaha untuk mengoptimumkan kecekapan operasi serta me ne roka nilai di seluruh kumpulan, dalam kedua-dua perniagaan kawal se lia serta tidak dikawal selia. “Pendapatan kumpulan mencatat peningkatan seba nyak 5.8 peratus kepada RM22.4 bilion disebabkan oleh pertumbuhan 2.3 peratus dalam
permintaan unit elek trik bagi semenanjung Malaysia,” jelasnya. Azman juga memberitahu ke untungan lebih rendah diperoleh beri kutan perbelanjaan operasi le bih tinggi terutamanya dalam bidang peningkatan peruntukan elektrik. Dalam masa sama, Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie ber kata, bagi memastikan ke per luan permintaan negara di penuhi dan keseluruhan keberkesanan, keselamatan dan ke polehpercayaan sistem dikekalkan, kumpulan terus melabur dalam pem bangunan industri permintaan elektrik Malaysia. “Untuk separuh per tama TK2017, se banyak RM4.81 bilion dilaburkan dalam capex yang meningkatkan jumlah aset asas kepada RM137.56 bilion,” ujarnya.
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran keras untuk mewujudkan undangundang kepada pelaku dan penganjur skim kewangan haram dan pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. Di bawah undang-undang tersebut, pelabur yang dengan sengaja menggalakkan sekaligus menyertai skim haram tersebut, juga akan dikenakan tindakan. Undang-undang ini termasuk yang ditadbir BNM, Kanun Keseksaan, Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Menurut BNM, mereka sekeraskerasnya mengingatkan orang
ramai agar tidak terpengaruh dan menyertai skim ini yang mana menjanjikan kadar faedah, pulangan dan keuntungan yang tidak masuk akal. “Oleh itu, satu tindakan penguatkuasaan bersama terhadap mana-mana penipuan kewangan dan komplot akan dijalankan oleh inisiatif antara agensi yang diketuai oleh Jabatan Peguam Negara di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram. “Orang ramai seharusnya tidak terpedaya dengan skim-skim ini dan merujuk kepada Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan BNM yang menyenaraikan syarikat yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undangundang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh bank pusat,” katanya.
Produk halal negara meningkat Kerjasama Pos KUALA LUMPUR – Halal Industry Development Corporation (HDC) melalui usahanya untuk meningkatkan sumbangan syarikat Bumiputera kepada ekonomi negara telah me nunjukkan kesan yang positif. Industri Halal Malaysia di lihat semakin mendapat tum puan di peringkat antara bangsa serta tahap kesedaran masyarakat bahawa halal ada lah tawaran nilai yang mampu antarabangsa. Jumlah syarikat Bumi meningkatkan mutu dan pemasaran serta mampu putera berstatus halal secara ber kembang ke pasaran keseluruhannya semakin me
ningkat. Pada 2010, jumlah syarikat Bumiputera yang memiliki sijil halal hanya 579 berbanding 2016 telah meningkat kepada 2,878. Sementara dari segi sumbangan, pada 2015 syarikat Bumiputera menyumbang 6.6 peratus atau RM2.6 bilion dari jumlah eksport halal negara. Industri halal yang menjadi antara penyumbang kepada pen dapatan negara telah mendorong kerajaan untuk melaksanakan pelbagai ini siatif untuk mengukuhkan industri halal negara.
Aplikasi Islamik Bank Rakyat KUALA LUMPUR - Bank Rakyat telah memperkenal kan aplikasi Barakah yang merupakan aplikasi carian Islamik dalam Bahasa Me layu di negara ini. Ap likasi carian Islamik ini yang khas untuk umat Islam menawarkan lima fungsi iaitu doa harian, carian masjid dan surau berdekatan di seluruh negara, panduan zikir dan umrah dan arah kiblat serta zakat. Menurut Pengurus Perhubungan Awam dan Penjenamaan Korporat, Nizam Abu Samah, penghasilan aplikasi berkenaan merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank itu untuk rakyat terutama umat Islam.
Aplikasi Barakah ini direka dengan
kolaborasi syarikat tempatan, MySerious1. “Sehingga akhir tahun ini, kami menyasarkan seramai 50, 000 pengguna akan memuat turun aplikasi ini. “Tidak dengan itu sahaja, malah e-buku dan panduan lengkap tentang umrah dan haji juga diperkenalkan, jelasnya. Orang ramai kini boleh memuatnaik aplikasi ini di Google Play Store bagi pengguna telefon Android sementara iPhone di App Store.
Malaysia, Lazada
KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd. telah memeterai Memo randum Kerjasama (MOC) dengan Lazada bertujuan me ngukuhkan kedudukan sebagai katalis perubahan dalam industri e-Dagang dan logistik. MOC tersebut adalah un tuk pembangunan Pusat Peng agihan Serantau e-Dagang (e-Commerce RDC) di bina di bangunan Terminal Pener bangan Tambang Rendah (LCCT) lama di Sepang, Se langor. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, projek tersebut sebagai pengesahan kepada langkah masa panjang kumpulan dalam menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada Penyedia Logistik Berintegrasi (ILS), yang akan mejadi sebahagian daripada pemangkin per tum buhan sektor e-Dagang. “Pusat RDC e-Dagang ini yang bernilai RM120 juta akan menjadi pusat sehenti selain menawarkan khidmat nilai tambah seperti penyelesaian logistik pengangkutan air-
laut-udara, penghantaran antarabangsa, perkhidmatan pos dan kurier serta khidmat pergudangan. “Dalam masa sama, pusat ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan proses pengagihan hujung-ke-hujung khusus untuk Lazada Malaysia, sebelum diperluas kepada peserta e-Dagang lain,” katanya. Pos Malaysia akan mem berikan usaha yang maksimum untuk memastikan cita-cita serta Visi PO3 Malaysia sebagai entiti yang akan terus berdaya saing pada masa hadapan. Tambahnya lagi, kerjasama dengan Lazada Malaysia me rupa kan pendekatan yang po sitif kerana mereka adalah entity perniagaan dan belibelah yang mempunyai plat form e-Dagang kukuh di Asia Tenggara.
10
10 - 16 Mei 2017
JIMBA-JIMBA
Memori Jom Nikah @ Putrajaya SYERIL SHARINA AZHAR
MERIAH, menjimatkan, seder hana dan bermakna. Itu yang boleh diungkapkan sepanjang menyaksikan berlangsungnya majlis Jom Nikah @ Putrajaya melibatkan 25 pasangan mem pelai daripada pelbagai latar belakang. Program anjuran Malaysian Community Care Foundation ( MCCF ) yang julung kali di adakan ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut Pengerusi MCCF, Halim Haji Ishak, pro gram ini adalah ilham HR Jaya Enterprise, empat siri program sebelum ini diadakan di Kuantan. Maka saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau kerana memberi peluang kepada se buah yayasan seperti kami untuk menganjurkan program sebesar ini di Putrajaya.” “Kami berharap agar pro gram ini akan terus mendapat sambutan pada tahun akan datang. Matlamat kami adalah untuk membantu golongan
belia yang ingin mendirikan rumahtangga, memudahkan proses urusan di jabatan aga ma Islam selain boleh menjimatkan kos majlis mengadakan kenduri." Seawal jam 10 pagi, ber tempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin majlis akad nikah kesemua pasangan pengantin dimulakan. Majlis perasmian disempurnakan Tim balan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki yang turut menikahkan pasangan Mohd Faez Ab Hamid dan Nur Aimi
25 pasamgan yang di raikan
Cruise yang membawa pasangan pengantin
Konvoi motosikal berkuasa tinggi antara tarikan utama
Faqihah Abdul Hamid. Seramai tujuh orang jurunikah dari JAWI terlibat dalam program ini diketuai jurunikah, Ustaz Hazarudin Baharudin. Selesai upacara akad nikah serta majlis penyerahan wang mas kahwin meng ikut kadar yang di persetujui keluarga masing-masing, para pasangan pengantin kemudiannya menuju ke Anjung Florida, Putrajaya untuk majlis resepsi dengan di iringi konvoi motorsikal ber kuasa tinggi. Seramai 3,500 tetamu terdiri dari ahli keluarga kesemua pa sangan pengantin sedia menanti ketibaan pasangan raja sehari tersebut. Tidak se kadar itu, pasangan di
rai kan menaiki cruise me nge lilingi Tasik Putrajaya pas tinya terpahat sebagai se buah memori indah buat 25 pasangan ini. Setibanya me reka di jeti, paluan kompang meng iringi langkah mereka disambut alunan lagu irama ghazal yang mempesonakan. Pada harga RM4,500, pro gram Jom Nikah telah mereali sasikan impian para pe ngan tin untuk diraikan di da lam satu majlis perkahwinan yang lengkap dan mewah. Ter sedia untuk mereka, busana pengantin, pelamin, makan be radap, majlis berinai, mak andam, kad jemputan maj lis perkahwinan, photobooth, pe layaran cruise, persembahan ghazal, persembahan seni silat dan kumpulan kompang.
Bercuti eratkan hubungan keluarga NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
SEMPENA cuti Hari Buruh baru-baru ini, saya percaya ramai yang telah mengambil peluang untuk bercuti ber sama keluarga. Di Malaysia, terdapat pel bagai tempat-tempat percutian yang menarik untuk dipilih. Pada hari ini, disebabkan kesibukan bekerja, ramai ibu bapa gagal me lu angkan masa untuk bersama-sa ma dengan keluarga mereka teru tamanya anak-anak. Percutian bersama keluarga mempunyai banyak kelebihan termasuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Saya sekeluarga ambil kesempa
tan untuk bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu di mana kami berpeluang untuk meneroka kawasan percutian ber hampiran Besut seperti La Hot Springs dan juga destinasi utama kami iaitu Pu lau Perhentian. Kami bernasib baik ke rana cuaca di kedua-dua destinasi adalah sangat baik. Kami pergi secara konvoi dengan ra kan-rakan. Sepanjang pemanduan pergi dan balik, anak-anak bukan sa haja berpeluang untuk bergaul mesra ma lah menikmati pemandangan indah se panjang perjalanan. Di Besut, kami berpeluang merasa pelbagai hidangan makanan tradisional dan kuih muih tem patan. Ini pengalaman yang baru untuk kami sekeluarga. Apa yang menarik adalah ru ang bagi kami untuk membebaskan diri daripada tekanan harian seperti di tempat kerja dan sekolah. Ini merupakan satu kesempatan yang amat berharga untuk berinteraksi bersama anak-anak,
berbincang secara lebih terbuka men genai hal-hal mereka termasuk perkem bangan pelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sema sa percutian di Pulau Perhentian adalah seperti menyelam, berenang serta me nikmati keindahan pantai. Kami telah dapat mencipta memori bersama anakanak. Tanpa disangka, kami juga ber pe luang untuk melihat sendiri satu drama yang sedang dalam pembikinan di lobi ho tel. Drama tersebut yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Fa zura, Fattah Amin dan ramai lagi. Krew-krew drama tersebut amat peramah dan memberikan peluang ke pada kami untuk bergambar dengan Fazura dan Fattah Amin. Ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga kerana kami dapat memahami tugas-tugas juru mekap, di rektor dan krew yang lain. Setiap percutian pasti membawa
pengalaman yang unik. Oleh itu, se tiap keluarga digalakkan untuk me rancang percutian bersama pada setiap tahun bagi mewujudkan se buah keluarga yang harmoni dan bahagia. Terdapat kajian yang me nun jukkan anak-anak yang ba ha gia akan berperangai baik di sekolah. Tidak dinafikan, ibu bapa merupa kan tiang utama dalam sesuatu ins titusi kekeluargaan. Ibu bapa harus meluangkan ma sa bersama anak-anak ketika mereka sedang membesar kerana apabila anak-anak sudah dewasa, mereka akan sibuk urusan ke hi dupan masing-masing dan mung kin jarang meluangkan masa ber sama kita.
10 - 16 Mei 2017
11
12
10 - 16 Mei 2017
Rapid Rail terus suntik keceriaan di stesen LRT, Monorel
S
ELEPAS empat hujung minggu berturut-turut sepanjang bulan April, karnival Rapid Rail Fiesta, yang diadakan di Stesen LRT Ara Damansara, berakhir pada 30 April lepas dengan impak memberangsangkan un tuk diadakan edisi-edisi seterusnya pada masa akan datang. Malahan, perancangan Ra pid Rail, yang mengendalikan perkhidmatan LRT Laluan Ke lana Jaya, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling, La luan Monorel dan juga MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, adalah untuk terus mem pertingkatkan usaha menyun tik keceriaan di stesen dan kawasan persekitarannya. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata misi men yuntik elemen keceriaan ini akan menjadi inisiatif utama Rapid Rail dalam usaha untuk terus menggalakkan orang
ramai menggunakan per khidmatan LRT, monorel dan MRT khususnya pada hujung minggu dan di luar waktu puncak. Penggunaan perkhid matan pada waktu puncak khususnya pada masa puncak pagi adalah amat tinggi, sekali gus mendorong Rapid Rail untuk melancarkan Kempen 50-67 tahun lepas, yang mana mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT dan monorel sebelum pukul 7 pagi an tara hari Isnin dan Jumaat akan menik mati diska un 50 pe ratus. Justeru itu, inisia t i f - i n is i a tif dirangka dengan bistari
un tuk menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan LRT dan monorel di luar wak tu puncak dan pada hujung minggu, kata Ir. Zohari kepada satu sidang media selepas majlis penutup edisi sulung Rapid Rail Fiesta 2017 itu. Katanya, pelbagai inisiatif jangka masa pendek seperti penganjuran karnival Rapid Rail Fiesta bakal di-per hebatkan termasuk me ngadakan kerjasama den gan pihak luar khususnya p e n ga nj u r - p e n g a n j u r acara untuk melibatkan perkhidmatan tren Rapid KL dalam prog ram-prog ram mereka s ep e rt i 'explorace' dan mencari
Penghargaan Rapid Rail untuk pelanggan setia
Ir. Zohari Sulaiman
Antara acara sempena Rapid Rail Fiesta
harta karun. Karnival Ra pid Rail Fiesta, umpamanya, dianjurkan bersama dengan por tal membeli belah Roopawan dan Suria FM un tuk menghidangkan pesta ma kanan dan hiburan sam bil membeli belah untuk para pengunjung. Ia turut dimeriahkan dengan geraigerai selebriti seperti Alvin Chong, Anis Al Idrus, Bunk face, Wak Doyok, Fiza Sab jahan, Hazreena, Bob Ringgo dan Tonton. Satu lagi inisiatif yang te lah dilaksanakan adalah dengan Kompleks Parkir Ber ting kat Stesen LRT Ampang menawarkan parkir percuma se hingga 30 September ba gi menggalakkan lebih ra mai para penduduk di sekitar Ampang dan kawasan ber dekatan untuk menggunakan perkhidmatan LRT Laluan Ampang. Di Stesen LRT Masjid Jamek, Rapid Rail mengadakan kerjasama dengan Think City untuk mengadakan program Arts on The Move sejak tahun
lepas untuk mengadakan persembahan seni dan budaya pada petang hari Selasa dan Khamis untuk menghiburkan para penumpang yang meng gunakan perkhidmatan LRT. Menurut Ir. Zohari, tum puan terdekat Rapid Rail ada lah promosi yang berkisar dengan aktiviti-aktiviti bulan Ramadan khususnya meng gunakan kesempatan sepe nuhnya daripada pembukaan bazaar-bazaar Ramadan yang berdekatan dengan stesenstesen LRT dan monorel. Antara tempat paling popular adalah sekitar Masjid Jamek dan Kampung Baru. Bersama-sama den ganRapid Bus – anak sya ri kat Prasarana yang men gendalikan perkhidmatan bas Rapid KL, Rapid Rail juga sedang menyusun strategi bagi menghadapi temasya Sukan SEA pada bulan Ogos ini bagi memastikan para penyokong menggunakan perkhidmatan tren dan bas Rapid KL untuk pergi ke gelanggang pertandingan.
13
10 - 16 Mei 2017
Rumah / Tanah untuk dijual TAMAN TASEK MUTIARA, Batu Kawan Penang Rumah berkembar , 1 Tingkat 1330 sq.ft , 3R/2Bilik air, ubahsuai sepenuh nya, berdekatan de ngan semua kemudahan awam, 5 minit to jambatan kedua, jika berminat Hubungi Pn. Shahnim Mobile 017 - 466 1746 email hanimi.ipgktb@ gmail. com
KLASSIFIED
Kereta untuk dijual
Jawatan Kosong
HYUNDAI GETZ 1.3A & CHEVROLET AVEO1.5A , Aveo1.5A , Black RM13.8k Pinjaman penuh , tiada dokumen bulanan RM3XX tel 012 306 3555
SUBANG JAYA / SHAH ALAM. 5 hari bekerja . Invoicing clerk. Contact Tel: 03-58887878 ( Ms. Lyn) email limwoeihuoo@shins.my
TOYOTA CAMRY 2.0 (A) TENAGA PENGAJAR Tahun 2003, diperlukan di pusat Tuisyen warna emas, satu Martin . Gaji lumayan untuk pemilikRM22,000 hubungi semua mata pelajaran bagi 016 - 228 -7316 tingkatan 1 , 2, dan PT3 Tel PEUGEOT 308 TURBO 1.6 019 - 278 9299 Mr. Martin (A) panoramic roof 2011 Hatchback, tahun 2011 RM29,500 call han 016 392 2323
TAMAN TERATAI, Jalan Kebun Shah Alam, Rumah berkembar , 1 Tingkat luas tanah 40’x80’ 3 bilik 2 bilik air. Rezab melayu RM465k dirunding hubungi 03 - 2287 TOYOTA RUSH 1.5 (A) Toyota Rush ,tahun 2008, 3277 / 4084 RM34,000 call 011 3935 SUNGAI BULOH KUNDANG, 0035 Taman Tasik Bir , Teres 1 tkt 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air RM250k dirunding Hamdan 019-2403632
Jawatan Kosong
Jawatan Kosong
TUKANG URUT WANITA , Umor 20 - 35 ( Setapak, Danau Kota, Kuala Lumpur) Ada / tiada pengalaman Ada Asrama 011 - 2802 - 3503 TUKANG MASAK Panas & Nasi campor, Pembuat Air, Pelayan Rumah disediakan di N9 tel 019 681 -3336
Jawatan Kosong
PHARMACY ASSISTANT CUM CUSTOMER SERVICES - Diploma in Pharmacy - boleh bekerja 8 jam sehari 6 kali seminggu - mempunyai perwatakan yang ceria, ramah, mesra dalam melayan dan mempromosikan product jualan kepada para pelanggan - mempunyai pengalaman dalam bidang Pharmacy adalah digalakan - berminat sila emailkan mf.lo@epintl.com
Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554
ADMIN CUSTOMER SERVICE FB
HONDA ACCORD 2.3 (A) Toyota accord sedan tahun 2003 , RM16,000 call 019 -312 1989
Beroperasi di Ampang Hilir, KL, memerlukan calon yang berwibawa untuk memenuhi jawatan Admin Pemasaran Online/Customer Service FB - Gaji pokok + elaun + komisen RM1500 - RM4000 - Waktu Kerja: Isnin-Jumaat 9.00am-6.00pm
BANDAR SUNGAI BUAYA, Jawatan Kosong Rawang. Rumah teres 1- tkt , 3 bilik 2 bilik air, ubahsuai penuh. RM230k GURU TADIKA - Little Sila hubungi 012-313 -9727 Caliphs kindergarten, Pengetua, Penolong Pe BATU CAVES TAMAN ngetua, Guru, Penolong guru, Mengutamakan JASA UTAMA Usta zah atau yang boleh Rumah teres 2 tingkat u/ membaca dan mengajar suai & extend 4b 3ba, Al - Quran. hubungi 03pajakan RM440k HP:012 - 33621700 (HR) 478 1212 BUKIT HIJAU PINGGIRAN Puncak alam Luas 50’90. RM34,500 . Rezab Melayu . Hubungi 013 - 3999 085
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktoppublishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi • Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator
Kelayakan: • Wanita sahaja • Berumur 21-25 tahun - Calon Lepasan SPM/STPM/Lepasan Kolej Baru dialu-alukan - Minat melayari Internet/Suka Online di Media Sosial eg(FB, Whatsapp, Wechat,Instagram) - Mahir FB, SMS, Whatsapp, Wechat, Instagram, Blog(preferable)
PENGAWAL KESELA MATAN diperlukan segera di petaling jaya . RM50 satu syif. Ada asrama 018 -2809603 / 012-3345670
Sila hantar resume lengkap BERGAMBAR ke megadauntrade@gmail.com
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
14
10 - 16 Mei 2017
DESTINASI
Kedai barang 'rare'
Urbanscapes 2017
Urbanscapes kembali buat tahun ke-15 dengan acara perayaan dan persembahan seni kreatif di seluruh KL. Festival bermula 5 hingga 21 Mei, bertema “Rediscover KL” menjemput semua pengunjung ke beberapa lokasi yang sarat dengan persembahan muzik dan seni yang dibawa oleh aktivis popular tempatan, serantau dan antarabangsa. Antara acara utama ialah persembahan trio prog-rock, Mew di KL Live pada 10 Mei. Selain itu, kumpulan rock tersohor Indonesia, The Trees & The Wild juga akan turut mengadakan persembahan. Maklumat lanjut menerusi urbanscapes.com.my
Festival Jazz Belia Sedunia
Peminat jazz pastinya tidak akan melepaskan peluang ini. Anda akan bersantai sambil dihiburkan alunan jazz yang bertenaga dan ada kelainannya. Selepas menyebarkan muzik jazz di jalanan tahun lalu, Festival Jazz Belia Sedunia - World Youth Jazz Festival (WYJF) - kembali bermula 5 Mei hingga 7 Mei di TREC, KL. Persembahan kali ini adalah untuk kali yang ke enam di negara ini. Maklumat lanjut boleh diikuti di worldyouthjazzfest.com
Nama Joe Rozario, menjadi sebutan dalam kalangan peminat barangan lama. Kedai kecil tetapi 'besar' bagi penggemarnya. Kedai yang terletak di tingkat bawah Amcorp Mall, Petaling Jaya seolah sebuah 'pasar lambak' dan begitu meriah pada setiap hujung minggu. Bermula dari RM5 anda boleh miliki pelbagai barang antik yang 'rare'. Juga terdapat peralatan muzik, poster dan seumpamanya. Terletak di gedung yang luas dengan kemu dahan parkir yang lapang menjadikan tempat ini tarikan pelbagai lapisan usia memandangkan pelbagai barangan lama yang memenuhi citarasa pengumpul barang lama.
KL Tower International Towerthon Challenge 2017 (lead)
Khas buat anda yang bersendi kuat dan mampu menaiki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur. Acara KL Tower International Towerthon Challenge kembali lagi untuk kali ke 16 pada 14 Mei ini. Acara yang diadakan setiap tahun ini bakal memberi peluang peserta menguji kekuatan fizikal dan mental dalam usaha untuk menawan puncak Menara Kuala Lumpur. Tahun ini, ia bertemakan ‘Let’s Be Victorious’ bakal menyemarakkan lagi demam Sukan Sea Ke 29 Kuala Lumpur 2017. Perlumbaan di mulakan di kawasan parkir terbuka Menara Kuala Lumpur dengan berlari mendaki bukit sejauh 800 meter sehingga lah sampai ke lobi Menara Kuala Lumpur. Seterusnya, mereka perlu menyambung perlumbaan dengan memanjat 2,058 anak tangga dan akan berakhir di Dewan Bankuet Megaview yang terletak 288 meter dari aras bumi. Satu kategori baharu turut diperkenalkan tahun ini iaitu
Kategori Selebriti.
Kembara ATV
Warga kota boleh lupakan sejenak kesibukan harian dengan mengikuti aktiviti lasak, menaiki ATV. Anda boleh sertainya di ATV Adventure Park, Kemensah, Hulu Klang. Sebanyak 80 unit ATV disediakan di sini dan ia menjadi tumpuan penggemar sukan lasak terutamanya pada Sabtu dan Ahad. Anda juga akan dibawa ke pinggir hutan, menyaksikan keindahan air terjun dan jika anda membayar lebih, waktu untuk bermandi-manda turut diperuntukkan. Untuk keterangan lanjut layari: www. atvadventurepark.com
Trampolin Parks
Trampolin Parks adalah tempat permainan baru di Petaling Jaya. JumpStreet ini sangat menakjubkan dengan beratus tempat melompat dari lantai ke dinding, khas untuk orang dewasa dan kanakkanak. Tiada masalah jika anda tidak pernah melompat ke atas trampolin sebelum ini, kerana anda boleh mencubanya tanpa ragu-ragu. Jika berminatu untuk mencuba permainan ini, anda boleh pergi ke JumpStreet Trampoline Parks yang terbesar di Asia setakat ini. Pastinya generasi muda tidak mahu ketinggalan mengunjungi tempat sebegini yang disifatkan menepati minat generasi hari ini. Layari sesawang https://www.jumpstreetasia.com/ untuk keterangan lanjut
Jelajah KL dengan heli
Melihat panorama Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter bukan sesuatu yang baharu lagi. Bunyinya macam tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Bersama rakan atau keluarga, anda sebenarnya boleh menyewa sebuah helikopter bagi menikmati panorama sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Bukan sahaja dibawa dekat ke Menara Berkembar Petronas (KLCC), malah dengan menaiki helikopter ini, akan memberi anda pandangan holistik. Untuk 30 minit pengembaraan, perjalanan bermula dari Ampang – Bukit Antarabangsa – Taman Melawati – Gombak – Batu Caves – Kepong – Segambut – Bukit Tunku – Bukit Lanjan dan pusingan balik) Untuk maklumat lanjut boleh layari marimari.com
15
10 - 16 Mei 2017
TRENDING
Kek kahwin tinggal kenangan!
Muhammad nama pilihan di London
Menjadi mimpi ngeri buat pasangan pengantin apabila kejadian kek kahwin yang ditempah jatuh atas jalan raya. Apatah lagi kek yang ditempah itu sudah didambakan sejak sekian lama. Video seorang pemuda yang dipercayai menjadi pengiring pengantin menjadi tular apabila dia menjatuhkan kek kahwin sahabatnya. Menariknya, reaksi pemuda itu yang menjadi buah mulut netizen hingga ada yang menjadikan ia jenaka. Pemuda yang dikenali sebagai Aiman Ariff itu memuat
naik video terbabit dan memperoleh lebih 250 reaksi, 29,000 'retweet' dan 10,000 ‘likes’. Rata-rata netizen menganggap kejadian itu melucukan malah ada yang melihat situasi itu sebenarnya sudah dirancang. Ada antara netizen yang menyelar tindakan individu yang merakam video terbabit kerana tidak membantu pemuda itu mengangkat kek tersebut selain tertanyatanya akan kesudahan kejadian itu dan reaksi pengantin apabila melihat kek kahwin itu 'berubah wajah' selepas terjatuh atas jalan raya.
Ayah jangan marah saya
Satu kajian telah dilakukan di Britain dan mendapati nama Muhammad adalah pilihan paling popular dalam kalangan ibu bapa untuk memberi nama bayi mereka di negara itu. Menurut kajian oleh Character Cottages di setiap bandar Britain, hasilnya mendapati nama lain yang turut menjadi pilihan adalah seperti Emily, Sophie, Jack, dan Oliver. Namun, nama Muhammad untuk bayi lelaki menjadi pilihan paling tinggi di kota London dan berada di tangga kedua secara keseluruhan di seluruh negara.
Semalam, video seorang bapa memarahi anaknya telah mendapat perhatian netizen di media sosial. Video yang ditonton lebih daripada sejuta pengguna Facebook itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi ayahnya kerana bermain dengan gunting. Lucunya, apabila dimarahi kanak-kanak perempuan itu membalas dengan jawapan yang spontan dan mencuit hati penonton. Setelah dimarahi, aksi spontan anak kecil itu yang takut dan cuba untuk menyalahkan abangnya telah mendapat pelbagai komen daripada netizen. Video tersebut mendapat sejuta tontonan sejak di kongsi.
Buta akibat mahu cantik
Seorang gadis yang berasal dari Indonesia telah berkongsi pengalaman pahitnya menjadi buta selama lima hari. Menurut gadis yang menggunakan nama Intan XiuZhee di Facebook, dia amat terkejut apabila sebaik sahaja terjaga dari tidur pada suatu malam, matanya tidak dapat dibuka dan hanya kelihatan seperti bayangan putih. Intan yang cemas dengan keadaan tersebut kemudian menitiskan cecair mata dan terus tidur kembali dengan harapan matanya akan pulih pada keesokan harinya. Namun, penglihatannya tidak seperti biasa pada keesokan hari. Matanya tidak dapat melihat dan mula mengeluarkan cecair. Dia juga terpaksa menyusukan anaknya dalam keadaan buta .
Bibir tanduk kerbau digilai
Definisi bibir yang cantik punyai bentuk bak delima merekah. Mungkin itu terjemahan wanita di negara Thailand yang percaya memiliki 'krachap lips' adalah nilai kecantikan terkini di sana. Krachap lips merupakan bentuk bibir yang menyerupai haiwan seperti lembu dan kerbau. Wanita di Thailand kini sanggup melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk mendapatkan bibir berbentuk tanduk kerbau. Ekoran permintaan luar biasa sejak lima tahun lepas, ia menimbulkan kerisauan kepada pakar bedah plastik negara itu.
Elak pergi tempat ini !
Sedozen telur RM650.45
Ekoran kadar inflasi yang melambung tinggi di Venezuela, harga barangan asas di negara itu meningkat secara mendadak. Sedozen telur ayam dijual dengan harga AS$150.76 (RM650.45), pasta AS$301.50 (RM1,298), sekilo susu tepung AS$703.54 (RM3,033) dan sebiji tembikai berharga AS$40 (RM172.58). Menurut laporan Vox, rekod inflasi paling tinggi dicatatkan pada tahun 2016 dan dijangka meningkat berterusan pada tahun 2017. Susulan itu, barangan asas antaranya susu, sabun dan telur dijual secara haram di pasaran gelap seperti kaki lima. Situasi itu terjadi disebabkan pemilihan Hugo Chaves sebagai Presiden Venezuela pada tahun 1998 dan mencetuskan Bolivarian Revolution.
Tiga tempat percutian yang tidak patut anda kunjungi sekiranya ingin bercuti bersama keluarga. Caracas, Venezuela disenaraikan antara bandar yang kerap berlaku jenayah seperti pembunuhan, penculikan, pengedaran dadah dan ancaman wabak penyakit. Detroit, Michigan mempunyai penduduk yang mengalami tekanan perasaan pada tahap yang tinggi, kes jenayah di kawasan ini dilaporkan sebanyak 58.51 peratus dalam kalangan 1000 jumlah penduduk. Seterusnya ,San Pedro Sula, Honduras. Dikenali sebagai bandar paling ganas di dunia, San Pedro Sula memiliki kes statistik kes bunuh yang paling tinggi di dunia.
Kereta popular
Video yang dirakam dari sebuah kenderaan memaparkan kejadian langgar lari sebuah kereta jenis Ford Fiesta tular di media sosial. Kejadian itu dipercayai berlaku pada petang semalam di sekitar Rawang, Selangor. Netizen yang berang dengan tindakan pemandu kenderaan itu yang melarikan diri selepas melanggar sebuah kenderaan lain di lebuh raya bertindak agresif mencari identiti lelaki itu dan berkongsi di ruangan Facebook. Kenderaan jenis Ford Fiesta nombor pendaftaran BLU 4724 berwarna biru itu dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa India, Hariharen Annadurai, 23 tetapi dipandu seorang kawan.
Melaka bukan 'Malacca'
Ejaan serta sebutan 'Malacca' yang merujuk kepada negeri Melaka tidak boleh lagi diguna pakai. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka memutuskan bahawa ejaan bagi negeri itu dalam bahasa Inggeris hendaklah menggunakan ejaan 'Melaka' iaitu sama seperti ejaan dalam bahasa Malaysia. Justeru, katanya semua akhbar dan media sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa hendaklah menggunakan ejaan 'Melaka' dalam penulisan atau sebutan pada setiap penerbitan mereka.
16
10 - 16 Mei 2017
www.syahrilkadir.com
Aziz, tokoh penerbangan dapat pengiktirafan dunia
M
ESKIPUN usia beliau sudah menjangkau 83, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman masih berkhidmat sebagai peguam dan kerap dilihat di kamar mahkamah dengan jubah hitamnya. Kebanyakan rakyat Ma lay sia mungkin tidak mengingati beliau sebagai peguam tetapi bekas pengarah urusan Pe nerbangan Malaysia (sebelum itu dikenali dengan akronim MAS sewaktu zaman ke ge milangannya). Namun bidang undangundang sentiasa dekat dalam hati beliau, justeru selepas bersara, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kembali menjadi peguam, iaitu kerjaya pertama beliau. “Sebenarnya saya sudah buat keputusan untuk praktis undang-undang sebaik sahaja saya bersara dari MAS,” Abdul Aziz dipetik sebagai berkata dalam biografinya “Tan Sri Datuk Indera Dr Abdul Aziz Abdul Rahman: On Course from Take-off to Touch Down” yang ditulis oleh Sharifah Mariam Syed Mansor Al-Idrus. Biografi itu, yang di terbitkan oleh Yayasan Tun
Suffian, dilancarkan oleh Penasihat Sosio-Kebudayaan kepada Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim di Universiti Malaya pada 25 Mac. Nama Abdul Aziz disegani dalam kalangan dunia korporat dan industri pe nerbangan sewaktu beliau aktif dalam kedua-dua bidang itu. Ketika menerajui MAS, syarikat itu bukan sa haja cemerlang dari segi kedudukan kewangan tetapi juga mendapat sanjungan ke rana perkhidmatan dalam pe nerbangan yang ce merlang. Menjelang persara an nya pada 1992, be liau sudah mengukir na ma dalam industri penerbangan dunia. Beliau p e r n a h ditawarkan untuk me ngetuai Phi lippines Airlines de ngan misi m em u l i h k a n syarikat yang ‘tenat’ itu. “Saya tolak tawaran itu ke
rana kalau terima bermakna saya perlu berpindah ke Manila dan isteri saya tak bersedia untuk ke sana,” Abdul Aziz memberitahu Bernama dalam wawancara di kediamannya di Bukit Damansara. Lulusan undang-undang Lincoln’s Inn, London ini kembali ke tanah air pada 1957 dan menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai pen tadbir dan kemudiannya men jadi majistret dan presiden mahkamah sesyen. Apabila meletus rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969, beliau dilantik sebagai peguam untuk Majlis Operasi Kebangsaan (NOC) untuk m e m b u a t draf undangundang bagi m em a s t i k a n insiden ber darah itu tidak ber ulang. Selepas 15 tahun bekerja de ngan kerajaan, pada 1971, Abdul
Aziz meng galas pe ranan baru untuk membantu mewujudkan syarikat penerbangan Malaysia apabila Malaysian-Singapore Airlines (MSA) membuat keputusan untuk berpisah. Jawatan pertamanya se bagai setiausaha dan pengarah hal ehwal undang-undang MAS adalah untuk mengendalikan kesan perundangan akibat perpisahan MSA khusus pem bahagian aset seperti ka pal terbang, penyerapan kakitangan ke dalam syarikat penerbangan baru serta implikasi kewangan. (MSA pada asalnya dikenali sebagai Malayan Airways pada 1947 dan selepas Merdeka ia dinamakan semula sebagai Malaysian Airways dan pada 1965 bertukar nama kepada Malaysia-Singapore Airline) Bagi Abdul Aziz, usaha untuk menukar MAS daripada sebuah syarikat penerbangan kecil dengan hanya laluan penerbangan domestik ke pada syarikat penerbangan ber taraf antarabangsa yang berjaya adalah pencapaian yang begitu membanggakan. Sewaktu beliau menerajui MAS, syarikat itu mencatat per tumbuhan drastik dalam jumlah penumpang, ka pal terbang
serta laluan penerbangan. Syarikat itu me lalui peringkat pengembangan operasi dan dilihat berada pada landasan yang betul. Apabila bersara pada 1991, beliau meninggalkan syarikat itu dengan rizab tunai sebanyak RM5 bilion. Ketika beliau mengambil alih sebagai Pengarah Urusan MAS pada 1982, syarikat itu menanggung RM39 juta defisit dan memerlukan RM70 juta untuk dana operasi. “Saya melakukan beberapa langkah drastik termasuk menubuhkan pasukan pe tu gas dengan matlamat me ningkatkan keuntungan, memperkemas pasukan pe kerja dan mengenal pasti la luan penerbangan yang meng untungkan,” katanya. Meskipun Abdul Aziz sudah lama meninggalkan syarikat penerbangan itu, beliau masih mengambil berat perkembangan yang berlaku dalam industri penerbangan dan syarikat yang pernah di terajuinya. Baca lanjut catatan menarik Syahril A. Kadir di www.syahrilkadir.com
Eagles saman Hotel California LOS ANGELES – Kumpulan rock legenda, Eagles telah memfailkan saman terhadap pemilik sebuah ho tel di Mexico yang menggunakan judul lagu po pular me reka, Hotel California sebagai nama hotelnya. Dalam tuntutannya, Eag les berkata, defendan, Hotel California Baja LLC cuba mendorong orang ramai mem percayai kononnya ho tel itu ada kaitan dengan me
re ka, ter utama untuk menjual barangan cenderamata yang di jualnya. Bukan itu sahaja, pengusaha hotel itu ju ga didakwa se ring memainkan lagu-lagu popular Eagles, terutama Hotel California yang boleh mem pengaruhi orang ramai un tuk percaya seolah-olah benar hotel 11 bilik itu ada hubung kait den gan Eagles. Antara barangan cen de ra mata Hotel California yang
Hotel California di Todos Santos, Mexico.
dijual termasuk kemeja T yang merujuk hotel itu sebagai le genda, yang disifatkan oleh Eagles sebagai tindakan yang te rang-terangan bertujuan mem perdayakan pelanggan. Eagles ditubuhkan di Los Angeles pada 1971 oleh Glenn Frey, Don Henley, Bernie Lea don dan Randy Meisner. Frey dan Henley hingga kini masih kekal bersama kumpulan itu, selain Joe Walsh dan Timothy B. Schmit. Hingga kini, Eagles me nempa rekod sebagai antara kumpulan yang mencatat jualan album tertinggi se panjang zaman – 150 juta unit di seluruh dunia dan 100 juta unit di Amerika Syarikat sahaja. Album Hotel California yang diterbitkan pada 1976, te lah dijual lebih 32 juta unit. Selain berusaha menda patkan perintah injunksi meng halang defendan daripada terus menggunakan na ma Hotel California, Eag les menuntut keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan nama itu, juga gan ti rugi serta tuntutan
Kumpulan Eagles, gambar 2015.
lain yang berkaitan. Difahamkan, Hotel Cali for nia Baja LLC, sebelum ini pernah mengemukakan permo honan kepada Pejabat Paten dan Cap Dagangan Amerika Syarikat untuk men daftarkan nama Hotel California. “Defendan telah menye bab kan orang ramai percaya ho tel di Todos Santos itu ada kaitan dengan Egales, ma lah dikatakan inspirasi untuk kami meng hasilkan lirik lagu Hotel California,” kata Eagles. Tuntutan difailkan di Mah kamah Persekutuan di Los Angeles.
Hotel di Todos Santos itu dinamakan Hotel California ketika mula dibuka pada 1950, namun telah melalui be berapa siri perubahan nama sebelum pasangan dari Kanada, John dan Debbie Ste wart membelinya pada 2001. Mereka kemudian mengunakan semula nama asal hotel itu. Album Hotel California telah membawa kejayaan be sar kepada Eagles apabila me menangi anugerah Grammy pada 1977 bagi kategori ra kaman terbaik sepanjang ta hun.
17
10 - 16 Mei 2017
Makan
DI MANA
Kelainan rasa selera kontena MAJIDAH MOHAMED
SIAPA sangka, dari sebuah kontena, ia mampu menjadikannya sebagai sebuah kafe yang menyajikan pelbagai je nis makanan barat. Inilah yang membezakan Kafe The Garage KL berbanding kafe ma kanan barat yang lain yang terletak di Hulu Kelang Hillview, Ampang. Kafe ini memilih ‘western food’ sebagai hidangan yang disediakan kerana mudah dan cepat untuk disediakan ber banding makanan tempatan. Ma lah pelanggan tidak per lu menunggu terlalu la ma untuk me
nikmati makanan yang di pesan. Ditambah pula dengan hiasan dinding yang vintaj seperti ra dio, televisyen dan topi telah menambah lagi ke unikan kafe berkenaan. Selain itu, perabot dan beberapa perhiasan lain yang diperbuat daripada ba rangan terpakai juga mendapat perhatian daripada pengunjung. Pemiliknya, Tengku Azman Tengku Chik berkata, kafe ini menawarkan pelbagai menu istimewa terutama ma kanan barat bermula dengan sarapan
The Garage KL yang terdiri daripada 23 kotak kontena
hinggalah menu utama. “Terdapat 44 menu maka nan yang disajikan di kafe ini dan yang paling digemari adalah Smoked BBQ Salmon with Po tato Cake, Gaffe BBQ Glaze Shortribs dan Grilled Unique Beef with Roasted
Kafe ini sering menjadi tumpuan seisi keluarga terutama pada hujung minggu
Potato. “Apa yang membezakan ma kanan kami dengan kafe lain adalah ramuan yang digunakan misalnya pelbagai sos yang digunakan di dalam hi dangan telah disediakan sen diri oleh chef kami. Sementara itu, terdapat 52 jenis minuman dengan variasi so da, milk shake, frappe, mi numan coklat dan franilla iaitu aiskrim blended vanila tan pa kopi. Tidak hanya dengan itu, kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis pilihan kopi dan the antaranya green tea latte, earl grey, espresso americano, english breakfast tea, toffe nut latte dan caramel machiato. Sekiranya pelanggan in gin menikmati kelazatan pencuci mulut, mereka amat digalakkan untuk mencuba pudding cheesy creamy den gan perisa epal, mentega kacang dan blueberry. Tambah Tengku Azman, apa yang membezakan kafe nya berbanding kafe lain, pen
Amalan pemakanan sihat
info : www.isn.gov.my
Makanan berkhasiat amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk memastikan ia dapat berfungsi secara normal. Terdapat beberapa amalan yang dapat dikongsikan untuk pembaca WARTA.
Makan makanan berwarna pelangi - Sayuran hijau, oren, anggur, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrient yang akan membantu penyakit.
Jangan tidak makan karbohidrat - Segelintir menganggap mengambil karbohidrat akan menjadi gemuk dan mengundang banyak penyakit.
Tetapkan pola waktu makan yang seragam - Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.
Rancang apa yang hendak dimakan - Sebaiknya elakkan atau kurangkan pengambilan makanan berat pada waktu malam serta imbangkan dan rancang pengambilan kategori makanan.
Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan - Mampu mengurangkan jumlah makan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.
gunjung tidak hanya da pat menjamu selera di atas kon tena, sebaliknya terdapat kedai gunting rambut, pa me ran motosikal berkuasa tinggi dan kedai pakaian wanita serta kana-kanak dan juga barangan Star Wars. Ketika diajukan idea ka fe kontena ini, beliau men je laskan, hobinya yang suka melancong ke luar negara dan melihat banyak kafe ber kon sepkan kontena dibuka di luar negara. “Saya mengambil kepu tu san untuk membuat konsep ka fe yang sama di Malaysia dan Alhamdulillah telah dite ri ma oleh masyarakat di sini sekaligus mendapat sambutan positif,” katanya. Kafe ini dibuka pada setiap hari mulai pukul 12 tengahari hingga 1 pagi semantara pada Sabtu dan Ahad, dibuka mulai 9 pagi hingga 1 pagi. Malah kafe ini boleh memuatkan seramai 240 pelanggan dalam satu masa.
Menu wajib cuba di Malaysia
Ramai pelancong yang datang ke Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk merasai pelbagai keenakan makanan dan minuman yang terdapat di sini. Kebanyakan mereka pastinya akan berpuas hati dengan rasanya yang sedap dan menyelerakan. Antara yang menjadi pilihan adalah asam laksa yang merupakan mee pedas yang dihidangkan bersama sup ikan. Ia adalah juadah yang terkenal dalam kalangan kaum Baba dan Nyonya. Menu ini disajikan bersama mee tebal berwarna putih dan kuah ikan dicampur dengan pes udang sebagai penyedap rasa. Roti canai juga mendapat tempat di hati pelancong yang mana roti canai dihidang bersama dengan kuah kacang dhal atau aneka jenis kari seperti kari ayam, kari ikan, kari kambing dan sebagainya. Selain itu, ia boleh dimakan bersama gula pasir dan sesuai kepada yang menggemari makanan manis. Selain itu, nasi lemak juga mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Nasi lemak tradisional di Malaysia biasanya mengandungi kacang, telur rebus, ikan bilis goring dan sambal tumis. Malah terdapat juga yang menghidangkan nasi lemak bersama sambal sotong, ayam goreng, rendang dan juga kerang.
18
10 - 16 Mei 2017
Di sebalik
JENAMA
Häagen-Dazs, milik pemerah limau Rose Mattus Rose Vesel Mattus di lahirkan pada 23 Nov 1916 dan meninggal pada 28 Nov 2006. Dia dilahirkan di Uni ted Kingdom. Keluarganya membuat kostum-kostum tea ter semasa dia berusia lima tahun. Pasangan ini bertemu di Brownsville, Brooklyn, New York. Mereka kemudiannya berkahwin pada 1936.
Pengasas Häagen-Dazs, pasangan suami isteri Reuben dan Rose Mattus. MURNI REJAB
AISKRIM, tidak keterlaluan ji ka diangkat antara makanan atau pencuci mulut paling popular di dunia. Bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-ka nak malah orang dewasa turut menikmatinya. Terdapat be berapa jenama aiskrim yang menjadi kegilaan orang ramai hing ga yang sanggup bayar 'lebih' demi aiskrim kesukaan mereka. Salah satu jenama popular adalah Häagen-Dazs. Ia di tu buh kan oleh pasangan suami isteri Reuben dan Rose Mattus di Bronx, New York, pada 1961. Bermula dengan hanya tiga perisa iaitu vanila, coklat, dan kopi, syarikat ini membuka ke dai runcit pertamanya di Brooklyn, New York, pada 15 Nov, 1976. Kini, perniagaannya ter dapat di seluruh Amerika Sya rikat dan banyak negara
lain seluruh dunia ter masuk England, India, Pakistan, China dan Brazil.
Permulaan Haagen-Dazs Bermula pada 1921, Ruben pada awalnya hanya menjual aiskrim di jalan di New York. Namun selepas itu, dia me n ga m b i l
PENGASAS R u b e n Mattus Reuben Mattus di lahirkan di Poland. Dia mula dalam p e rn i a g a a n aiskrim se jak berusia 10 tahun. Dia bekerja bersa ma bapa sau da ranya yang meng usahakan perniagaan aiskrim lemon di Itali. Dia membantu ibunya memerah lemon yang digunakan un tuk membuat aiksrim ber kenaan. Pada akhir 1920-an, keluarganya membuat ais pop dan aiskrim coklat.
Harga mahal tidak menyekat penggemar aiskrim ini untuk membelinya.
keputusan untuk mewujudkan aiskrim terbaik menggunakan bahan terbaik dan tulen. Seterusnya, pada ta hun 1961, Ruben me mu tuskan untuk membina se buah syarikat baharu khusus untuk meng hasilkan super premium aiskrim baharunya. Dia memilih nama Häagen-Dazs; nama yang menyampai kan aura tradisi du nia lama dan kualiti premium. Pada mulanya, Ruben menyediakan tiga perisa asas sahaja iaitu vanila, coklat dan kopi. Kemudian, dia menghabiskan masa selama enam tahun untuk menambah produk berperasa strawberi yang me menuhi kriteria untuk me me nuhi standard aiskrim strawberi premiumnya itu.
Kebaikan aiskrim
Aiskrim adalah sumber vitamin. Vitamin A, B, C, D dan E terdapat dalam setiap sudu aiskrim. Adakah anda tahu kandungan dalam aiskrim juga dikatakan me ngandungi zat yang mampu mengurangkan risiko pem bekuan darah. Vitamin K di dalam ais krim boleh me nyelamatkan anda dari itu. Memberi tenaga yang banyak. Oleh kerana nilai pe ma kanannya yang tinggi, apatah lagi mengandungi protein yang baik dan karbohidrat, aiskrim sum ber penting untuk men
Lima jenama aiskrim paling laris Ben and Jerry’s Häagen-Dazs Blue Bell Baskin-Robbins Edy’s
dapatkan tenaga yang anda perlukan. Dengan segala ke baikannya, aiskrim me mang perlu dinikmati se tiap hari dengan teratur. Mengandungi mineral un tuk keperluan tubuh yang sihat. Aiskrim mengandungi dua mineral penting yang boleh menyelamatkan anda dari menghidap batu karang.
Merangsang pemikiran kreatif. Aiskrim tidak ha nya membantu anda mengu rang kan kesan negatif dari pada tekanan, tetapi ia membantu badan anda meng hasilkan
hormon lebih gem bira. Aiskrim dibuat dari pada susu sebagai alat pe nenang semulajadi yang akan membantu badan anda berehat.
Mendapat sambutan Jenama Häagen-Dazs men dapat sambutan dari pe minat nya yang setia kerana rasanya yang tulen dan berkualiti. Apabila kedai Häagen-Dazs yang pertama dibuka pada tahun 1976, ia adalah satu kejayaan segera, dan po pu lariti jenama itu terus me ningkat. Pada pertengahan 1980-an, aiskrim Häagen-Dazs di perkenalkan ke peringkat antarabangsa. Häagen-Dazs seterusnya mem perkenalkan aiskrim bar, di ikuti dengan Frozen Yogurt pada tahun 1991 dan pada tahun 1993. Häagen-Dazs terus berinovasi dan menetapkan stan dard untuk aiskrim me wah iaitu Häagen-Dazs Crispy Sandwich ™ dan Dolce ™, sen sasi tiga lapisan dengan rasa yang begitu enak. Kini, Häagen-Dazs men jadi peneraju jenama antarabangsa, dengan jualan lebih daripada 850 kedai pada lebih 50 buah negara. Tambah mewah, Häagen-Dazs turut mencipta perasa baharu setiap tahun.
Aiskrim boleh mem bantu mengurangkan risi ko meng hidap kanser. Kalsium yang terkandung dalam setiap sudu aiskrim boleh mengurangkan risiko kanser.
19
10 - 16 Mei 2017
20
21
Nabila utamakan 'privacy'
Gandingan Haliza – Idham
21
Diet AC, Emylia
Wany Hasrita pelajar sains perubatan
21
Neerja julang nama Sonam
23
20
10 - 16 Mei 2017
Nabila utamakan ‘privacy’ SYERIL SHARINA AZHAR
PERWATAKANNYA yang terbuka membuatkan ramai orang tidak menyangka, Nabila Huda adalah seorang yang suka berahsia. Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil dalam kalangan peminat nya menjadi perhatian ma syarakat dengan lakonannya yang bersahaja namun ada tarikan tersendiri. Menurutnya, dia mula menjadi seorang perahsia sejak di bangku sekolah. “Sejak di bangku sekolah lagi saya mula belajar untuk merahsiakan hal berkaitan peribadi terma suk dengan orang terdekat. Bagi saya kata laluan Facebook dan akaun bank pun satu rahsia peribadi. “Bukan sebab apa, saya sendiri tidak pernah memeriksa telefon bimbit atau nombor pin akaun perib adi milik suami kerana itu
A Pink aktif bersukan DARIPADA nama kumpu lan ini, A Pink mungkin ramai yang menyangka ia melambangkan enam gadis muda yang mengang gotainya terdiri daripa da mereka yang lemah lembut. Tetapi sebaliknya, tidak hanya ligat di pentas, mereka juga lasak dalam bersukan. Antaranya, A Pink telah memenangi banyak pertandingan acara realiti TV dalam kalangan selebri ti anjuran TV Korea Selatan (KBS). “Selain menari kami juga suka bersukan. Kami
suka mengeluarkan peluh kerana ia akan membuat kan badan kami lebih bertenaga dan menjamin stamina ketika membuat persembahan. Aktiviti bersukan bukan sahaja terletak pada olahraga tetapi juga koreografi tar ian yang diaturkan.” kata Cho Rong selaku ketua kumpulan. A Pink yang popular menerusi lagu NoNoNo ini membuat kemunculan pertama pada tahun 2011 di bawah syarikat raka man Plan A Entertain ment.
Diet AC, Emylia PENGACARA versatil, Datuk AC Mizal sering kelihatan bergaya dan muda mengikut peredaran masa. Bukan sahaja cara pengacaraannya disukai ramai, malah dia juga boleh dijadikan antara ikon fesyen tanah air. Rupa-rupanya Datin Emylia, isterinya juga sentiasa ‘up to date’ dalam berfesyen. Ditemui di pelancaran Konsert Komedi Astro , di TREC Kuala Lumpur, mereka kongsikan rahsia awet muda yang boleh anda cuba. “Kami tidak ada rahsia cuma apa yang kami amal kan tidak makan nasi dan saling mengingati antara satu sama lain dalam bab penjagaan makanan. Kadang-kadang jika teringin sangat ba rulah kami makan nasi.” kongsi Emylia. Selain itu, mereka turut mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang dan ke sauna. “Kami mem punyai jenis darah yang sama iaitu jenis O dan jenis darah kami sesuai untuk
adalah hak ‘privaci’.”katanya dalam satu temubual radio. Tambah Nabila, untuk berkongsi maklumat peribadi dengan orang lain terdapat beberapa faktor keselamatan yang harus diberi keutamaan. Sebagai contoh dengan siapa yang ingin dikongsi , apa perkongsian yang ingin dikongsikan dan berapa pera tusan kepercayaan terhadap individu terbabit. “Tidak dinafikan perkong sian maklumat bersama pasangan sangat bagus, tetapi saya lebih suka cara saya, tidak ada isu kongkongan yang berlaku antara satu sama lain.” tambahnya. Nabila adalah anak sulung kepada legenda rock negara, Amy Search dan antara filem yang dibintanginya adalah Rock, Akhirat, Munafik dan Jangan Pilih Jalan Hitam. Sepanjang karier Nabila, dia telah beberapa kali tersenarai dalam pencalonan Aktres Ter baik ( Filem ) dari tahun 2003.
mengamalkan diet coklat. Itu adalah satu perkara yang harus diberi perhatian da lam menjalani diet seharian kerana tidak semua darah sama dengan kesesuaian dietnya. Sebagai contoh, ada orang yang tidak dapat menurunkan berat badan walaupun telah diet kerana mungkin faktor pemakanan tidak sesuai dengan jenis darahnya.” kata AC.
Wany Hasrita pelajar sains perubatan SEKALIPUN semakin popular dan terpaksa mengejar masa memenuhi undangan persem bahan, penyanyi baru, Wany Hasrita tetap mengutamakan pengajiannya. Wany yang terkenal den gan lagu Menahan Rindu mula dikena li melalui aplikasi karaoke Smule sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Sains Perubatan di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU). “Saya
tidak menolak rezeki yang dikurniakan, apabila saya dikatakan klon Siti Nordiana, saya menerima dengan hati terbuka kerana setiap individu mempunyai pandangan mere ka tersendiri. Bagi saya sebagai pendatang baru dalam bidang nyanyian, saya akan terus ber karya mengikut kemampuan saya.” katanya Tambah Wany, orang yang sentiasa memberi galakan kepada dirinya adalah ibu sendiri.
Jus langsing DJ Brian WAHH.. Bukan sahaja petah berceloteh di depan lensa kamera dan di konti radio. Dj Brian juga mempunyai resepi tersendiri menghasilkan jus penjagaan diri dari bahan semulajadi. Kongsinya, “ Bahan jus hijau yang selalu diamalkan untuk kesihatan rambut, ku
lit dan kuku adalah meng gunakan satu batang saderi, sebiji epal hijau, setengah batang timun, sebatang serai, satu inci halia dan jus limau kasturi. Kisar sehing ga halus dan nak lagi lawas, tak perlu tapis. Minum seka li dengan hampasnya tapi kena biasakan diri lah.”
21
10 - 16 Mei 2017
Neerja julang nama Sonam PERKONGSIAN mengenai kisah hati oleh aktres Bollywood yang sedang meniti nama, Sonam Kapoor di Instagramnya ternyata mencuri hati jutaan peminatnya. Sonam juga mula diintai dan semakin ban yak tawaran lakonan diterimanya terutama setelah lakonan yang berkesan menerusi filem Neerja. “Neerja banyak mengubah kehidupan saya. Semenjak saya terlibat dalam peng gambaran filem ini, saya mula belajar untuk mengatasi ketakutan. Setiap manu sia mempunyai ketakutan tetapi dengan Neerja saya dapat atasi ketakutan diri. “Sebagai seorang manusia biasa, per kara yang paling menarik terjadi adalah apabila saya mempelajari tentang harapan, semangat dan maruah yang diperjuang kan sebagai seorang manusia. Saya tidak pernah terfikir untuk merasakan satu perasaan yang lahir dari hati apabila terli bat dalam satu babak filem,” kongsinya. Neerja berjaya menobatkan Sonam se bagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Hindi ke 64 dan filem ini turut memenangi enam lagi anugerah dalam festival tempa tan yang lain.
Hobi Avril dapat pujian SESUATU yang mungkin tidak pernah kita duga. Penyanyi, penulis lirik dan komposer terkenal Amer ika Syarikat, Avril Lavigne gemar membeli permainan kanak-kanak terutamanya pada setiap Sabtu. Avril yang mempunyai 4.8 juta pengikut Instagram dari seluruh dunia mahu jalani kehidupan harian yang menggembirakan. Menurutnya, setiap pagi dia akan berfikiran positif sebelum melakukan aktiviti harian. “Setiap pagi apabila terjaga mulakan hari anda dengan berfikiran positif. Ba ngun dengan niat yang positif untuk jadikan diri kita lebih baik dan seterusnya perkara itu akan membuatkan suasa na serta orang di sekeliling
kita menjadi lebih baik.” Dalam satu video yang dikongsikan Avril di Ins tagramnya baru-baru ini, kelihatan dia sedang menolak troli yang penuh dengan ba rang permainan kanak-kanak seperti bola dan penembak air. Hobi yang dimiliki Avril ini menarik perhatian peminatnya dan mereka mengang gapnya sebagai seorang peng hibur yang boleh dite ladani.
k o w K n o r a A an w i a h g n a y a s
aron nior China, A ar PELAKON se gem n da ng ya sa Kwok sangat a haiwan. Antar uklah memelihara rmas te ya nn aa ar haiwan pelih Bukan dan monyet. kuda, anjing mi pe a pelik jik sesuatu yang ini n ko la pe k pa nat terserem mbil membawa bersiar-siar sa yet kesayan bersama mon gi Aaron, gannya itu. Ba rhak untuk be haiwan juga hidupan mendapat ke ngan baik de ga ja di dan kasih a nd sebagai ta . ng saya
Seputar Artis Haliza, Ahmad Idham akrab?
Digandingkan dalam drama siri Ahmad Idham bertajuk Cinderella, siapa yang tidak ingat kepada duo pelakon popular ini. Ahmad Idham dan Haliza Misbun pernah menggegarkan industri drama Malaysia apabila drama siri yang dilakonkan mereka menjadi hit dalam kalangan penonton Malaysia. Kini, selepas 20 tahun digandingkan bersama mereka masih sama seperti dahulu. Baru-baru ini dalam gambar yang telah dikongsikan dalam satu portal menunjukkan keakraban mereka sebagai sahabat dan apa yang menjadi tarikan adalah rupa fizikal mereka tidak banyak berubah dari dahulu. Selain drama Cinderella yang menjadi ikutan, antara penyebab mereka terus menjadi ‘legend’ drama bersiri disebabkan lagu temanya berjudul Sehati Sejiwa nyanyian Haslinda. Ia mempunyai melodi dan bait lirik yang meruntun jiwa memang sangat kena dengan santapan telinga pendengar pada masa itu.
Demi Lovato, bekas detox ungu Dengan 57 juta pengikut di Instagram, penyanyi dan pelakon terkenal eropah Demi Lovato berkongsi rutin hariannya. Dia yang terkenal dengan aura magisnya membuatkan sesebuah lagu menjadi hit memberitahu setiap hari dia akan minum detox untuk mengekalkan kesihatan diri. “Tahun ini adalah tahun kasih sayang untuk diri sendiri jadi saya akan menjaga kesihatan diri saya dengan senaman yang cukup ditambah pula dengan stok detox yang mencukupi untuk saya terus mengubah diri saya.” Sepanjang proses penyesuaian diri dengan rutin yang baru, Demi berkongsi bahawa setiap hari dia minum detox bersama bekas air kegemarannya yang bewarna ungu. Dia menyeru agar semua pengikutnya memulakan gaya hidup sihat seiring perkongsiannya.
Amy Schumer hargai Goldie Hawn Pelakon dan pelawak ‘standup’ komedi Amy Schumer, 35, menyayangi aktres seniornya Goldie Hawn umpama ibunya sendiri. Amy berkongsi kepada peminatnya, dia sangat menyayangi Goldie kerana di saat jatuh dan bangunnya pasti ada Goldie bersamanya. Sempena sambutan hari ibu yang bakal tiba, selain teruja menunggu filem lakonannya bersama Goldie ditayangkan, dia juga mahu semua orang tahu salah satu perkara yang paling bermakna dalam hidupnya adalah apabila aktres seniornya itu dapat meluangkan masa bersamanya.
22
10 - 16 Mei 2017
RELEKS
Jom Wayang Filem Zombie Fighters Durasi 1 jam 44 minit Bahasa Thailand Kategori Seram Pengarah Poj Arnon Pelakon Bhuvdol Vejvongsa, Kittipat Samatrakulchai Sinopsis Kerana menyesaki sesuatu yang men curigakan, Audi dan ahli kumpulannya mengambil keputusan pergi ke sebuah hos pital untuk mengintip. Keluarga pesakit yang ditempatkan di situ dilarang sama untuk menziarahi mereka. Apabila Audi berada di satu kawasan di hospital tersebut, mereka mendapati terlalu banyak zombie sedang berkeliaran. Ketika mencari jalan keluar, mereka telah terperangkap dalam hospital tersebut. Audi menghubungi saudaranya, Lambo dan Cooper untuk datang membantu. Ikhtiar Lambo dan Cooper terhalang setelah didatangi ratusan zombie yang menyeramkan. Lebih menakutkan dan merumitkan usaha Lambo apabila zombie semakin mengganas dengan menyebarkan sejenis virus. Degupan jantung anda akan bertambah kencang seolah zombie tersebut makin merapat diri dengan anda. Filem Poignant Durasi 1 jam 30 minit Bahasa Bahasa Inggeris Kategori Seram Pengarah Jaspreet Kaur Pelakon Laura Mitchell, Steve Baran, Eric Schewig Sinopsis Kisah bermula apabila seorang gadis bernama Amy berhajat membeli sebuah banglo. Untuk memenuhi impiannya itu, Amy teruja untuk melihat terlebih dahulu rumah idamannya itu. Dia ditemani Melissa dan dua lagi rakan. Ketika dalam perjalanan, Melissa tidak sedap hati, seolah ada perkara yang tidak kena. Telahan Melissa benar-benar terjadi. Setibanya mereka di banglo berkenaan, mereka telah diganggu oleh roh perempuan yang mati dirogol dan dibunuh. Hantu itu mahukan mereka menuntut bela ke atas kematiannya. Selepas pulang dari tempat itu, Amy telah banyak kali mengalami mimpi buruk. Disebabkan itu mereka telah kembali ke bangunan itu dan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk membantu hantu tersebut membawa pembunuhnya ke muka pengadilan. Filem Love of The Cuff Durasi 2 jam Bahasa Kantonis Kategori Romantik Pengarah Pang Ho Cheung Pelakon Mereum Yeung, Shawn Yue Sinopsis Mengisahkan pasangan bahagia, Jimmy dan Cherie yang sedang berusaha mendapatkan anak. Untuk mengekalkan keharmonian ru mah tangga, mereka kerap mengikuti forum dan kelas-kelas bimbingan berkaitan kasih sayang dan mahligai kebahagiaan. Masalah mulai timbul apabila ayah Cherie telah berkahwin dengan seorang wanita yang jauh lebih muda dari usianya. Cherie tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya itu dan mula berubah sikap. Se panjang tempoh persiapan perkahwinan bapanya, dia telah banyak menimbulkan masalah dan cuba ditenteramkan oleh suaminya. Banyak kejadian kelakar dan romantik telah berlaku sepanjang tempoh tersebut.
23
10 - 16 Mei 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Tuntut bela kematian ayah
SUDOKU
Jawapan
Jawapan
HUTANG duit dibayar duit tetapi hutang nyawa harus dibayar nyawa! Itu adalah antara dialog Shiva, anak kepada Baahubali. Filem ini berkisar tentang seorang anak muda yang berdarah pahlawan ingin membalas dendam terhadap satu kumpulan yang telah membunuh ayahnya. Dahulu ayahnya adalah ketua kumpulan masyarakat yang disegani tetapi telah tewas dalam satu peperangan perebutan takhta. Apabila Shiva meningkat dewasa, dia mengkaji sejarah kewujudan kumpulan yang diketuai ayahnya. Apabila mengetahui ayahnya mati dibunuh dalam pertempuran, darah mudanya meluap-luap untuk membalas dendam kematian ayahnya. Shiva bergerak dengan menubuhkan kumpulan tentera dengan meniru strategi yang digunapakai ayahnya. Pengarah dan tenaga produksinya harus diberi pujian kerana telah bertungkus lumus selama setahun bagi menyiapkan pre produksi filem ini. Seramai 25 orang pereka grafik terlibat dalam menjayakan pengambaran ini. Mereka telah menghasil sebanyak 1500 lakaran lukisan bagi setiap ‘props’ yang digunakan dan hanya beberapa ratus lakaran sahaja digunakan untuk membina patung dan kawasan peperangan. Ternyata pemilihan satu kawasan lapang sebagai lokasi berjaya menimbulkan suasana ‘real’ dalam plot peperangan zaman silam. Replika yang diukir seperti gajah, kuda, pedang dan tanduk turut berjaya membawa penonton menyelami perasaan ke era silam. Baahubali turut dibantu ribuan pelakon pembantu tambahan sebagai anggota tentera sokongan. Pemilihan lima buah lagu juga bertepatan dengan tema filem ini. Ternyata pengarahnya telah menghasilkan filem ini dengan penuh kretif san sabar memandangkan jalan ceritanya yang nampak tersusun sekalipun terpaksa banyak menggunakan rujukan dan imiginasi tersendiri.
Filem: Baahubali Bahasa: Tamil Tarikh Tayangan: 27 Apr 2017 Genre: Aksi Durasi: 2 Jam 55 Minit Pelakon: Prabas, Anshka Shetty, Rana, Tamannah, Rama Krishnan Pengarah: S.S Rajamouli
24
10 - 16 Mei 2017
Peristiwa di bulan Mei 9 Mei 1653, Taj Mahal, siap dibina yang memakan masa selama 17 tahun. Arkitek, kaligrafi dan tukang ukir batu terdiri dari pelbagai tempat dan negara termasuk arkitek dari Parsi, Isa Isfahani. Ia dibina sebagai lambang cinta Raja Shahjahan setelah kehilangan permaisurinya, Mumtaz Mahal.
13 Mei 1989, Puluhan ribu mahasiswa dan rakyat China mengadakan mogok makan di lapangan Tiananmen Beijing. Demonstrasi ini mendapat perhatian dunia apabila pemerintah China meleraikan himpunan hingga meragut nyawa rakyatnya.
5 Mei 1818, Karl Marx dilahirkan di Trier daerah Rhire, Jerman. Marx meninggal di London pada 14 Mac 1883 ketika berusia 64 tahun. Dia mendapat jolokan sebagai bapa komunisme. Marx terkenal sebagai pemimpin yang berpemikiran kritis dan mahu 'mengubah' dunia mengikut acuan pemikirannya.
1 Mei 1886, sekitar 400,000 buruh di Amerika Syarikat mengadakan demonstrasi besar-besaran menuntut pengurangan jam kerja mereka. Ratusan pendemonstran ditembak mati oleh polis dan pimpinan demonstran dihukum mati. Kongres Sosialis Dunia yang diselenggara di Paris menetapkan peristiwa tersebut sebagai Hari Buruh Sedunia.
MENARIK MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 10 - 16 MEI 2017
21 Mei 1998, Presiden Suharto, yang berkuasa di Indonesia selama 33 tahun terpaksa turun. Suharto memegang tampuk kuasa sejak 1965 menggantikan presiden Sukarno.
Program : Fesyen Chameleon Episod : 1 Tarikh : 10 Mei 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam
Program : Persoalannya Musim Kedua Episod : 15 Tarikh : 11 Mei 2017 (Khamis) Masa : 8.30 malam
BERGAYA PERSIS 'PROM QUEEN' DI MALAM GALA Pernahkah anda menghadiri majlis makan malam seperti malam gala tetapi sering sahaja dihambat masalah tidak punya pakaian sesuai? Anda kini bisa menjadi pemenang 'prom queen' kerana minggu pertama ini, Fashion Chameleon akan membawa anda ke satu tempat yang penuh dengan pilihan yang menarik! Tips berfesyen juga akan diberikan seorang fashionista! Siapakah dia? Nantikan Fashion Chameleon, ok!
GAJI: DULU, KINI TIDAK BEGINI Simptom gaji tidak cukup, adakah kerana terlebih belanja atau memang gaji terlalu kecil diberi majikan? Adakah faktor pembangunan, kenaikan harga minyak, kebanjiran pendatang asing atau sememangnya dasar yang dibuat kerajaan hanya menguntungkan sebelah pihak sebaliknya rakyat dibiar, ibarat itik mati kehausan di sungai. Isu panas mengenai gaji yang menjadi nadi kelangsungan hidup rakyat dibincang dalam Persoalannya Musim Kedua.
Program Episod Tarikh Masa Program : Pemanis Mulut Episod : 2 Tarikh : 12 Mei2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam DESSERT HIPSTER UNTUK MENU DIET? BETUL KE? Dessert yang menyihatkan? Ada ke? Ya! Jangan tak tahu, tidak semua pemanis mulut tidak berkhasiat. Bukan sahaja menyelerakan, malah ada yang bermanfaat untuk kesihatan dan boleh dijadikan menu diet.Tidak percaya? Saksikanlah Pemanis Mulut, pengacara anda Iman Nazri pergi 'serang' La Juiceria yang ada macam-macam dessert hipster yang unik, menyelerakan dan paling penting menyihatkan. Nantikan!
: Usahawan Millennial :1 : 16 Mei 2017 (Selasa) : 8.30 malam
KISAH GENERASI MUDA MUSLIM DALAM USAHAWAN MILLENNIAL Mencetuskan pembangunan dan perkembangan gaya hidup, budaya dan industri berlandaskan Islam yang mampu menjangkau pasaran global, begitu deskripsi buat golongan Muslim millenial berusia 25 hingga 35 tahun yang penuh bervisi. Paparan penuh inspirasi golongan ini hanya dalam Usahawan Millennial. Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
10 - 16 Mei 2017
Kisah anak muda
KAM
"Kami bukan minah rempit" MURNI REJAB
NASHA Edziera Muhammad Bahauddin baru berusia 22 tahun. Namun siapa sangka di sebalik keayuan wajah si gadis ini, rupanya dia seorang pelumba Cub Prix. Malah anak sulung daripada empat beradik ini mula melibatkan diri dalam sukan permotoran ketika berusia 10 tahun. Tidak pernah gen tar untuk me nyertai sukan permotoran yang menguji fizikal, mental, daya ke tahanan badan serta kemahiran memacu moto sikal pada kelajuan yang tinggi ini, Nasha akui minatnya ter hadap sukan ini me nangkis per sepsi ba hawa sukan
Walaupun imej bertudung litup, Nasha mampu kuasai sukan ekstrem.
Aksi ‘rempit’ Nasha ketika di trek perlumbaan
motor hanya sesuai untuk kaum adam sahaja. Menurut Nasha, sebagai kaum hawa, dia mahu ‘lari’ dari imej lemah lembut dan mahu mencuba perkara lain dari lain. “Minat terhadap bidang per motoran ini terdetik dengan mula menaiki pocket bike, selepas itu pada tahun 2008, saya berlumba di Melaka Open dan memenangi beberapa perlumbaan. Dari situ, saya mendapat tawaran daripada team Cub Prix untuk menyertai mereka dan bermula tahun 2009 saya beralih ke perlumbaan Cub Prix,” akuinya yang sukakan kelajuan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda. Jelasnya bukan mudah untuk menjadi penunggang motorsikal kerana pelbagai cabaran yang harus ditempuhinya. Pernah sekali dia terjatuh ketika me ngambil ujian masa ke tika perlumbaan di Terengganu pada 2015, namun itu tidak per nah mematahkan semangatnya untuk terus men jadi ‘wira’ dalam sukan ekstrem yang rata-rata dimonopoli golongan lelaki ini. “Bidang permotoran ini satu aktiviti lain dari yang lain. Mulanya saya hanya menemani adik lelaki yang juga pelumba Cub Prix, namun lama kelamaan minat itu datang untuk menjadi pelumba motor seperti adik saya,” jelasnya yang menepis istilah minah rempit terhadap pembabitannya dalam sukan permotoran ini. "Kami bukan minah rempit, kami bertanding dengan berani di trek yang sah," katanya. Sebelum memulakan per lumbaan, terdapat beberapa per alatan yang perlu dititikberatkan iaitu racing suit, full face, chest protector, back protector, sarung tangan dan boot. Ia penting untuk menjaga keselamatan kita ketika menunggang motosikal. Sekiranya terjatuh, sekurangkurangnya kecederaan yang dialami tidak teruk. Jelas Nasha, walaupun dia
membawakan imej gadis Melayu bertudung litup, namun kedua ibu bapanya tetap memberikan sokongan kepadanya. Tambah Nasha, sukan pe motoran di Malaysia kini se makin dikenali. Malah, lebih ramai pelumba berlumba di peringkat moto gp antaranya Hafizh Syahrin, Adam Norrodin dan Zulfahmi. Cub Prix adalah landasan terbaik untuk kita pergi lebih jauh seperti perlumbaan di Asia Road Racing, Cev Spanish Championship dan MotoGP. Nasihat Nasha, kepada se siapa yang ingin ceburkan diri dalam bidang ini, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah jangan takut untuk mencuba sesuatu yang lain dari lain. Mana tahu dari sekadar hobi boleh bertukar menjadi karier kita. Apa pun yang kita buat, kita perlu usaha, fokus, tawakal dan doa. Jadi kepada yang meminati sukan permotoran ini, jangan sekat diri anda. Cubalah berjinak dengan sukan ekstrem ini. Mana tahu, anda mungkin pelumba yang dicari-cari.
Perlumbaan yang pernah disertai Nasha * Category Pro Am Cup, 2017 * Category Pro Am Cup, 2016 * Category Pro Am Cup, 2015 * Category CP115 team Mosra Yamaha Racing, 2015 * Category Pro Am Cup, 2014 * SIC Ninja Cup 250cc, 2014 * Category privateer, 2013 * Category wira team Unisel Racing Team, 2012 * Category wira, 2011 * Malaysian Super Series category 150cc, 2011 * Caviaga Modenas Cilik Motorsport, 2010 * Category Yamaha One Make Race 135LC, 2009 * Category wira overall, 2009 * MIMC Melaka Open Category 125z, 2008 * Pocket bike Championship, 2006 – 2007 * AAM Petronas Malaysian Cub Prix
Lima pelumba motocross wanita tercantik Emma McFerran Berasal dari Australia, dilahirkan pada 11 Mei 1988. Emma pernah menduduki tempat ketiga piala wanita MX Australia di Horsham, juara tiga tahun berturut-turut di Victoria Motocross Senior dan secara peribadi dijemput oleh PINK dan Carey Hart untuk melakukan FMX di lima bandar di Australia pada 2009. Ashley Fiolek Lahir pada 22 Okt 1990. Dia dikenali sebagai pelumba motocross pekak di Women’s Motocross Association. Memulakan kerjaya di dunia lumba motor sejak usia tujuh tahun. Walaupun dia tidak boleh mendengar bunyi ‘raungan’ enjin motosikalnya sendiri, namun Ashley membuktikan bakatnya di dunia motocross yang luar biasa.
Tarah Gieger Wanita kelahiran Puerto Rico yang dilahirkan pada 18 Sep 1985 ini adalah pelumba motocross wanita profesional. Sebelum menceburi dunia perlumbaan, Tarah pernah menghabiskan masa berlatih surfing dan kemudian memutuskan untuk menjadi pelumba motocross pada umur 10 tahun. Livia Lancelot Wanita kelahiran Perancis ini dilahirkan pada 11 Feb 1988. Dia pernah meraih juara FIM Wanita Motocross World Championship pada 2008 dan menempatkan dirinya sebagai juara wanita pertama yang pernah ada dalam sejarah motorcross Perancis.
Sara Price Memulakan kerja ya secara profesional pada tahun 2009, Sara adalah pelumba baru di kelas wanita dari Lucas Oil Motocross Championship.
Ashley Fiolek, bakat luar biasa
26
10 - 16 Mei 2017
SALAM SEMUT
Apa perlu dilakukan ketika bersin?
CUTI Hari Pekerja men ye diakan peluang bagi saya untuk bercuti ke Johor Bahru. Ke tika menunggu daftar masuk ke pesawat di Skypark Su bang, saya membeli ko pi dan pastri, kemudian memilih sebuah meja untuk menikma tinya. Pelanggan di kedai itu beratur panjang sehingga ke meja saya. Tiba-tiba, seorang daripada mereka yang beratur itu, berpusing ke belakang (menghadap saya) dan terus bersin. Mungkin tindakannya itu spontan, dia tidak sengaja
dan cuba mengelak dari bersin ke arah orang yang berada di hadapannya tetapi tindakannya itu telah menyebabkan saya hanya termenung melihat kopi dan pastri yang saya beli. Mana mungkin saya boleh makan dan minum lagi kerana kerana bo leh jadi kopi dan pastri saya su dah dicemari oleh semburan bersinnya. Bu kan itu sahaja, dia ke mudian berpusing dan bersin untuk kali kedua dan sa ya terus hilang selera. Saya percaya ramai yang tidak sedar, apabila kita bersin,
Urus wang bersama AKPK
Nor Fazleen Zakaria Pengurus Besar, Operasi , AKPK
PENDEDAHAN CUEPACS, AKPK TAWAR NASIHAT AKPK giat berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan ke wangan yang ditawarkan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya kepada mereka yang memerlukan nasihat dan bantuan, termasuk golongan penjawat awam. Sejak 11 tahun penubuhan , AKPK telah menyediakan perkhidmatan-per khidmatan kewangan iaitu pendidikan ke wangan tentang penggunaan kredit secara bertanggungjawab, perkhidmatan nasihat dan kaunseling kewangan serta program pengurusan kredit (PPK). Khidmat nasihat dan kaunseling ke wangan merangkumi kaunseling secara peribadi dan nasihat untuk pengurusan kewangan yang lebih bijak dan juga mem pelajari bagaimana menangani bebanan kredit untuk masa depan yang lebih baik. Sekiranya individu itu tidak dapat kawal semula kewangan, para kaunselor AKPK akan bekerjasama dengan individu untuk menyediakan pelan penstrukturan semula pinjaman peribadi dibawah pro gram PPK melalui rundingan dan per setujuan dengan penyedia-penyedia kredit berkenaan. Semua perkhidmatan AKPK di tawarkan percuma kepada setiap in di vidu, samada pekerja swasta atau kerajaan. Jangan segan atau malu untuk mendapatkan perkhidmatan kami untuk mengelak perkara yang tidak dingini termasuk diistiharkan muflis oleh pe
kita mengeluarkan kan 'sanitizers'. 40,000 titisan mik Jadi, apakah ro yang men cara terbaik untuk gandungi kuman bersin? serta bergerak Gunakan ba dengan kela hagian dalam si juan 160kmsj kudan rapatkan dan jarak perge hidung serta mu rakannya boleh lut supaya sembu menjangkau sejauh ran tidak melewati AN ES UG RAVEN MUR 30 kaki. bahagian dalam siku. Cara terbaik untuk Jika tisu digunakan untuk bersin adalah dengan meletak menyerap titisan bersin, pas kan tisu di hadapan hidung dan tikan ia dibuang ke dalam tong mulut. Jangan cuba menutup sampah dengan serta merta. ra pat hidung dan mulut ke Kita juga boleh meng a ti ka ber sin kerana ini bo leh malkan tiga cara berikut untuk merosakkan urat-urat di mata, mengawal diri ketika bersin: otak serta me-mecahkan ge 1) Gosok hidung dengan teka gendang telinga. Jangan sekali nan sederhana. kali menutup hidung dengan 2) Lepaskan nafas yang pan tangan kerana ini akan menye jang secara paksa i babkan tangan anda tercemar. 3) Tekan bibir atas, ke bawah Jika tangan telah digunakan hidung. untuk menutup hidung, pastikan Terdapat banyak fakta me ia tidak menyentuh bahagian narik tentang bersin. Berikut a muka lain dan ia perlu dibasuh dalah sebahagian daripadanya selama 15 ke 20 saat dengan 1) Sesorang tidak boleh bersin sabun. Jika tiada sabun, guna ketika tidur kerana kebanyakan
nyedia kredit. Sejak penubuhan (2006) sehingga 31 Mac 2017 lebih daripada 554,011 pe langgan telah mendapatkan per khidmatan kaunseling AKPK di mana 178,845 daripada mereka telah dibantu melalui program PPK tersebut. Sebagai langkah pro-aktif, AKPK telah menyediakan pelbagai pro gram pendidikan kewangan ten tang penggunaan kredit se cara ber tanggungjawab serta mem pertingkatkan kemahiran pengurusan asas kewangan. Program-program pendidikan ke wangan malalui pelbagai modul-modul AKPK ini giat diadakan melalui taklimattaklimat di tempat kerja organisasi – organisasi termasuk agensi-agensi kerajaan,swasta, persatuan-persatuan dan koperasi. Modul pendidikan kewangan AKPK juga ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mendapatkan pembelajaran awal tentang pengurusan kewangan, bak kata pepatah 'Melentur bulur biarlah dari rebungnya'. AKPK menyeru orang ramai supaya mendapatkan perkhidmatan kami untuk merancang kewangan secara bijak selaras dengan visi AKPK, iaitu ‘Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup’.Justeru orang ramai diseru untuk mendapatkan perkhidmatan di 11 cawangan AKPK yang terletak di bandar-bandar utama dan 26 pejabat kaunseling kami di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang AKPK, sila layari sesawang akpk. org.my atau hubungi pegawai kami di talian 03-2616 7766.
Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my
49,000 peminjam di ambang muflis
saraf dalam tubuh berehat ke tika itu, termasuk saraf yang diguna untuk bersin. 2) Mata akan tertutup rapat secara automatik ketika bersin. 3) Pola denyutan jantung a kanberubah sekejap ketika bersin. 4) Selain dari selsema dan alergi, cahaya matahari juga boleh menyebabkan bersin. 5) Bersin adalah sistem 're boot ' di rongga pernafasan. Berikut adalah bahasa bahasa yang mempunyai perkataan "onomatopoeic" untuk bersin: English : ahchoo Jepun : hakushon Rusia : apchkhee Filipina : ha-ching Perancis : atchoum Romania : hapciu Jerman : hatschi Turki : hapshoo Indonesia : hachim Tamil : hach
INFO KL Malaysia International Dive Expo 2017
Malaysia International Dive Expo 2017 (MIDE) dikenali sebagai platform utama untuk mendapatkan segala info berkaitan termasuk urusan jual beli alatan menyelam, destinasi, dan kursus. MIDE 2017 akan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula 12 hingga 14 Mei dan ruangan dewan sebesar 12,000 meter persegi disediakan untuk lebih 2,000 pempamer bersama dengan penyertaan oleh 200 syarikat. Maklumat lanjut menerusi https://www.facebook.com/ events/1634866446815651/
SHAH ALAM - Pendedahan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Datuk Azih Muda (gambar) bahawa lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko muflis ekoran kegagalan menguruskan hutang pinjaman, mencetuskan pelbagai reaksi dan perlu ditangani segera. Katanya, penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan melebihi kemampuan gaji mereka dan ketiadaan sistem yang mengawal pinjaman dilakukan penjawat awam juga adalah antara punca mereka melakukan pinjaman bertindih. “Hal ini saya lihat semakin serius dan ia terjadi kerana ada penjawat awam bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman. “Sekarang ini kerajaan memberi peluang kepada lebih 20 agensi pin jaman membuat potongan gaji kepada penjawat awam yang melaksanakan pinjaman tanpa perlu merujuk antara satu sama lain," katanya
An Evening of Mozart, Brahms & Beethoven
Kolja Blacher, seorang konduktor dan pemain biola terkemuka, kembali ke Malaysian Philharmonics Orchestra (MPO) bersama karya trio unggul. Beliau akan mempersembahkan tiga karya terbaik oleh tiga komposer muzik terbaik dalam sejarah iaitu Mozart, Brahms dan Beethoven di Dewan Filharmonik Petronas pada 13 dan 14 Mei. Maklumat lanjut menerusi http:// mpo.com.my/
2017 Face of Malaysia Grand Finale Gala Dinner
Dikonsepkan dan dimulakan oleh Amber Chia, pencarian model ini telah berjaya menyerlahkan bakat baharu dalam industri. Tahun ini, pemenang model lelaki dan wanita akan ke Seoul bersama Amber Chia untuk mewakili Malaysia dalam acara pencarian model terbesar dunia, Face of Asia Model Search. Kemuncak Face of Malaysia Model Search akan berlangsung pada 13 Mei, jam 7 pm hingga 10 pm di Mega Star Arena, Kuala Lumpur Maklumat lanjut menerusi https:// www.facebook.com/thefaceofmalaysia/
10 - 16 Mei 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Versi baru kurta MURNI REJAB
KEMUNCULANNYA mungkin sudah lama kerana sebelum ini ia dikenali sebagai pakaian tra disional bagi penganut agama Hindu dan Sikh. Na mun kini, ia menjadi pilihan anak muda tidak kira bangsa yang mahukan kelainan dan tampil selesa untuk ke mana-mana majlis kerana ‘lambakan’ kurta yang se makin berani menguasai pasaran di Malaysia. Tahukah anda, kurta ada lah pakaian tradisional dari Afghanistan, Pakistan, India, Bangladesh, Nepal dan Sri Langka. Penganut pelbagai aga ma ini memakai pakaian tersebut mengikut corak dan gaya masing-masing. Tapi kini, di Malaysia kurta mula membawa nama nya. Malah menjadi pilihan golongan muda untuk me makai nya. Tidak terhad ke pada golongan dewasa sahaja, kurta pasti menjadi pilihan anak muda kerana rekaannya yang simple. Tidak mahu wardrobe pa kaian di rumah terhad de ngan fesyen baju yang sama, anak muda kini berani
‘mengenakan’ kurta untuk ak tiviti harian. Pakaian longgar yang pan jang nya mencecah sehingga paras lutut itu biasanya di perbuat daripada fabrik je nis linen dan kapas. Kurta selalunya dipakai bersama seluar panjang yang dipanggil paijama atau salwar dan di tepi kurta terdapat belahan panjang untuk memudahkan pergerakan si pemakai. Bagi penampilan yang lebih santai dan ranggi, kurta sesuai digayakan bersama seluar jeans. Tidak terlalu ‘skema’ penampilannya, si jejaka pasti akan nampak lebih kacak dan simple. Lebih menarik, kurta kini banyak dijual secara online oleh peniaga online, dan pe reka baju turut menjadikan kurta sebagai salah satu koleksi ‘wajib’ yang perlu diketengahkan kini. Tidak dinafikan, suatu ketika dahulu pemakaian kurta selalu di si no nimkan untuk ke majlis agama, perayaan mahupun untuk beribadat. Namun kurta kini le bih moden rekaannya dan lebih maskulin malah me nampakkan si pemakai le
Gaya hidup
bih up to date jika pandai meng gayakannya. Pilihan warna yang pelbagai menjadikan kurta lebih sesuai untuk di jadi kan sebagai pa kaian harian dan lari dari kepompong konservatif. Kurta bukanlah berasal daripada kawasan nusan tara tetapi telah diterima dengan mudah oleh kaum lelaki di Malaysia yang seringkali bosan dengan kelembapan in dustri fesyen lelaki. Jadi, jadikan kurta an tara ‘penyeri’ wardrobe pakaian anda. Mungkin sehelai dua kurta mampu membuatkan anda lebih tertarik di mata si gadis. Yang penting pastikan anda pandai m e n gg a y a k a n n y a . Kur ta bukan sahaja sesuai dengan budaya negara kita dan iklim tro pika di sini malah ia juga sopan untuk di gayakan.
TAHUKAH anda pemakaian kurta bermula sejak dari dahulu lagi. Buktinya dapat dilihat dari gambar seorang cendekiawan Muslim dan seorang etnik Domba memakai kurta di Bengal Timur, Bangladesh pada tahun 1960. Selain itu, kaum wanita dari etnik Pahari turut memakai kurti ketika di Kashmir
Etnik Domba yang beragama Hindu mengenakan kurta pendek pada1860.
Kurta moden kini dipakai bersama seluar jeans
Warna yang pelbagai menjadikan kurta tampak lebih versatil
Sejarah Kurta
Kaum wanita dari etnik Pahari mengenakan kurti, Kashmir, 1890.
TRENDY
Cendekiawan muslim yang mengenakan kurta pada 1860
pada tahun 1890. Tidak dinafikan pemakaian kurta popular sejak dari dulu lagi. Kini, mengikut peredaran masa dan fesyen, kurta dimodenkan dan menjadi antara pakaian wajib yang boleh dipakai untuk ke mana-mana majlis selain dipakai harian
Kurti untuk wanita JIKA kurta untuk lelaki, kur ti pula untuk wanita. Masih menerapkan rekaan yang tidak ‘lari’ dari kurta, kurti juga mempunyai peminat yang ter s e nd i r i . P a k a i a n sopan ini sangat bergaya, selesa, ma lah si pemakai pasti tampak elegan ketika memakainya. Tidak terhad pemakaiannya untuk ke mana-mana majlis, kurti turut dipakai untuk ke pejabat dan bersantai. Kurti pakaian sopan
28
MAKAN
10 - 16 Mei 2017
angin
Pulau Redang sentiasa menggamit MURNI REJAB
P
ULAU REDANG adalah pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia de ngan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan. Ia juga adalah salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang serta tapak pemuliharaan penyu. Pulau Redang adalah an tara pulau yang besar dan ter cantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini adalah sebuah pulau peranginan yang amat popular di ka la ngan orang Malaysia, de ngan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Selain itu, salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, de ngan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel.
Aktiviti Snorkeling
Ketika sampai di Pulau Redang ini, aktiviti wajib yang perlu anda lakukan adalah aktiviti snorkeling di kawasan tengah laut. Keindahan batu karang menjadi daya tarikan
di sini. Kawasan ini dijaga rapi oleh Kerajaan Negeri dan ia ju ga adalah warisan ne geri Terengganu. Selain itu, di Taman Laut, anda bo leh melihat spesis ikan dan terumbu karang yang ber warna-warni. Pulau Redang juga dikenali kerana menawarkan air yang sangat jernih untuk snor kelling dan kebanyakan pe ngun jung meyukai pulau ini kerana terumbu karangnya yang masih terpelihara dalam habitat asal kehidupan laut. Jika anda bernasib baik, anda boleh melihat anak je rung dan anak penyu se panjang trip snorkelling yang tidak menelan kos terlalu tinggi. Taman Laut Pulau Redang adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ini juga ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Apa yang menariknya, se masa snorkeling anda akan da pat lihat keindahan terumbu ka rang serta ikan-ikan yang jinak berenang di kaki anda serta penyu. Anda juga boleh memberi makan kepada ikanikan tersebut kerana mereka
Aktitviti snorkeling wajib dilakukan di Pulau Redang
sememangnya jinak dan tidak takut untuk mendekati anda. Pulau Redang turut boleh dikunjungi melalui Me rang dengan bot-bot yang diken dalikan oleh syarikat-syarikat pe r anginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Terengganu melalui Jeti Shahbandar dengan meng gunakan feri.
Melihat penyu adalah satu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa bercuti di Pulau Redang. Pasir Chagar Hutaang adalah kawasan uta ma di Pulau Redang yang di datangi oleh penyu untuk me ngawan dan bertelur. Pantai ini tiada batasan dan biasanya kalau pengunjung ber snorkeling di dalam air, anda boleh melihat kelibat
penyu. Penyu hijau adalah antara spesies yang biasa datang ke Pulau Redang dan pusat penyelidikan yang terletak di Pulau Redang. Selain itu, para pengunjung boleh membantu secara sukarela di pusat penyelidikan penyu dan belajar lebih lagi tentangnya melalui kerja penyelidikan. Ikan-ikan yang jinak berenang di kaki anda
Pulau Redang pasti mengamit memori indah anda
Pulau Redang destinasi percutian yang popular di Terengganu
29
10 - 16 Mei 2017
Rumah Kebun, tarikan ke Hulu Langat MUHAMMAD SALIHIN
DIKELILINGI bukit-bukau de ngan suasana yang begitu nya man, Rumah Kebun adalah tempat paling sesuai untuk mereka yang ingin mendekati alam semulajadi bersama keluarga ataupun rakanrakan. Ya, persekitaran villa ter pencil ini memang mampu membuat sesiapa pun berasa berat untuk pulang kepada ke hidupan bandar. Namun, di sebalik keindah an dan anugerah kedamaian yang diberikannya, tidak ra mai yang tahu kewujudan
villa ini kerana ia memang tersembunyi di pelusuk Hulu Langat. Begitu pun, jika dihitung pada jarak, sekadar 30 hingga 40 minit sahaja memandu dari Kuala Lumpur. Sejurus tiba di kawasan ini, anda sudah boleh de ngar bunyi sungai yang mengalir di bawah jambatan laluan masuk ke villa yang dilengkapi dengan kolam renang, dapur, tempat me mang gang barbeku, katil dan tandas yang mencukupi untuk menampung seramai 17 penginap. Akan tetapi, jangan
Pengalaman yang tidak mungkin kecapi di tempat lain
terkejut apabila anda sedar bahawa Rumah Kebun tiada penghawa dingin, televisyen ataupun WiFi, malah pe neri maan liputan telefon juga tiada jaminan. Begini, anda dan keluarga atau rakan-rakan boleh menikmati suasana di villa tersebut secara me nye luruh tanpa apa-apa bentuk gangguan teknologi. Bagaimanapun, pelbagai aktiviti boleh dilakukan un tuk mengisi masa dengan ber makna. Antaranya ialah berenang di kolam yang diisi dengan air mata air semul jadi, ataupun jika tidak men cukupi, anda juga boleh mandi manda air jernih di Sungai Semungkis, di bawah jambatan laluan masuk villa. Selain itu, anda juga boleh ber barbeku, cuma pastikan anda membawa barang mentah dan arang yang mencukupi. Ruangan dapur Rumah Kebun lengkap dengan peti sejuk, pinggan mangkuk, cerek elektrik berserta de ngan kuali dan periuk. Se mua disediakan untuk para penginap. Anda boleh pilih untuk membawa makanan sendiri atau keluar cari makanan di warung yang berdekatan. Bagaimanapun, penulis ingin ingatkan bahawa jarak Rumah Kebun dari segala warung dan kedai runcit yang paling hampir, sekurang-kurangnya sejauh 5 kilometer. Jadi, lebih baik sediakanlah payung se belum hujan. Di Rumah Kebun, terdapat empat bilik tidur utama iaitu
Santai dengan 'indoor game'
‘Master Bedroom’, ‘Lounge’, ‘Treehouse’ dan ‘Tent’. Bagi penulis, ‘Tent’ me rupa kan bilik tidur yang pa ling mengujakan kerana anda boleh terus lompat ke dalam kolam renang dari dek hadapan bilik tersebut. Walaupun tidak berhawa dingin, tidak perlu risau, ke rana anda dikelilingi oleh pokok-pokok subur yang sen tiasa menyejukkan sua sana, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Buat yang sudah terbiasa dengan rumah berhawa dingin, anda bakal mengalami pengalaman yang baharu cuaca dingin semula jadi di kawasan tersebut akan membuat anda ingin selubungi diri dengan selimut sepanjang masa. Penulis menemui Rumah Kebun di laman web Airbnb ketika mencari tempat yang
Indahnya bila dapat menghirup udara segar
sesuai untuk percutian pen dek. Harga penginapan untuk satu malam di Rumah Kebun ialah RM1,500 pada hari biasa dan RM2,000 pada hujung minggu. Anda boleh membuat tempahan dengan meng hu bungi tuan rumah melalui laman web Airbnb.
30
10 - 16 Mei 2017
Apa sumpahan Mourinho di Old Trafford? MUHAMMAD SALIHIN
WALAUPUN prestasi Manches ter United sejak diambil alih oleh Jose Mourinho keselu ruhannya boleh dikira lebih baik berbanding sebelumnya, namun apabila diukur dengan kemenangan di tempat sen diri, pengurus yang pernah menggelarkan dirinya The Special One itu sebenarnya adalah yang terburuk. Kenyataannya, United ha nya menang dua daripada tu juh perlawanan dalam liga di Old Trafford, lantas meletak kan Red Devils dengan catatan prestasi yang paling rendah dalam kalangan enam kelab teratas liga pada masa ini. Kelab bawahan, Burnley, Watford, Bournemouth dan Hull City malahan memenan gi lebih banyak perlawanan di tempat sendiri berbanding Red Devils. Dalam rekod, statistik ke menangan skuad Mourinho di Old Trafford dalam Liga Per dana sejak menjadi pengurus
pada Mei tahun lepas hany alah 39 peratus. Peratusan tersebut bukan sahaja jauh lebih rendah ber banding Sir Alex Ferguson, malah lebih rendah daripada kesemua pengurus United se jak 40 tahun lalu – termasuk Louis van Gaal dan David Mo yes. Ketika era Moyes pada musim 2013/14 yang diakhiri dengan pengawasan Ryan Gig gs, United menang sembilan perlawanan di tempat sendiri. Andai kata berjaya menun dukkan Crystal Palace di Old Trafford pada minggu terakhir liga, pengendalian oleh Mou rinho hanya mampu mencatat lapan kemenangan di tempat sendiri. Memang benar, Red Devils mengakhiri musim ini dengan rekod ‘away’ yang boleh dikira terbaik, tetapi jika mahu me ningkatkan prestasi musim hadapan, Mourinho pelru mengenal pasti dan mengata si isu di Old Trafford terlebih dahulu.
Mourinho
Musim paling mencabar – Matic
“MUSIM yang cukup men cabar,” kata pemain ten gah Chelsea, Nemanja Matic mengulas saingan Tottenham Hotspur yang be gitu ber sungguh-sungguh mengejar The Blues untuk menguasai takhta Liga Perdana Inggeris. Mengimbas musim 2014/15, Matic berkata, keti kaitu pasukannya mening galkan Manchester City di tangga kedua dengan jurang lapan mata. “Sekarang saya tidak be rani hendak kata kami akan
dapat lakukan perkara yang sa ma dengan Spurs. Apa yang sedang dilalui memang sengit dan amat mencabar,” katanya. “Saya yakin mereka tak akan mengalah hingga penghujung musim. Setiap kali kami menang, mereka juga me nang. Beza hanya satu ma ta jika kami kalah selepas ini. Itu tekanan bagi kami. Kami tunggu jika mere ka keciciran mata, tetapi ia amat sukar, kata Matic.
Kesungguhan Spurs mengejar Chelsea jadi tekanan bagi pemain The Blues, kata Matic
dari muka 32 Musim panas lalu, Pogba, 23, – bekas pemain akademi Man U sebelum dilepaskan oleh Sir Alex Ferguson secara percuma kepada Juventus – kembali ke pangkuan kelab itu dengan harga £100 juta – nilai perpindahan yang memecah rekod dunia. Eric Bailly, 23, pertahanan Ivory Coast yang sebelum ini bermain untuk Villarreal, juga berhijrah ke Old Trafford dengan harga yang tinggi Jun tahun lalu. “Ini semua menunjukkan Man U sememangnya ada kemampuan. Jadi, saya kira masuk akal untuk kelab berbelanja besar lagi musim depan. Ia akan menjadikan Man U sebuah kelab yang benar-benar mantap jika mereka berani melabur untuk mendapat Bale atau Griezmann,” kata Ferdinand. Sememangnya, minat terhadap Bale oleh Red Devils bukanlah sesuatu yang baharu! Sejak bintang Wales itu menyatakan hasrat mahu meninggalkan White Hart Lane, mereka telah berusaha mendapatkannya, namun tidak berjaya. Meskipun Bale – yang disebut-sebut sebagai Pemain Ketiga Terbaik Dunia selepas Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi – tidak lagi disebut dalam spekulasi perpindahan musim panas ini, bagi Ferdinand, Man U perlu berusaha untuk mendapatkan penyerang Real itu. “Ini akan menjadikan Man U kelab yang tidak tertanding oleh mana-mana kelab dalam liga. Bayangkan gandingan Bale bersama Griezmann, mereka akan jadi pasangan terbaik di dunia,” ujarnya.
Ferdinand berkata, Bale dan Griezmann adalah pemain yang hebat, tetapi mereka berbeza. “Gareth (Bale) boleh bermain di mana saja. Dia akan berkesan sama ada di hadapan, kanan, kiri atau tengah. Griezmann pula jelas, dia akan pakai No. 9. Jika mereka sedia untuk dilepaskan (oleh kelab masing-masing), Man U perlu dapatkan mereka sebelum disambar kelab lain,” katanya. Lagi komen Ferdinand: “Dalam usianya sekarang (35 tahun), (Zlatan) Ibrahimovic mungkin memerlukan kreativiti dua pemain itu untuk membantunya jadi lebih berbisa di depan pintu gol. Gandingan mereka saya yakin akan jadikan Man U benar-benar mantap.” Jika Januari lalu, Jose Mourinho lebih mem beri perhatian ter hadap usaha mengukuhkan pertahanan, musim panas ini dikira masa yang sesuai untuk menajamkan lagi jentera serangan. Man U perlu mendapatkan lebih banyak gol pada musim depan setelah peluangnya untuk berada dalam kelompok empat terbaik musim ini kelihatan begitu sukar disebabkan terlalu banyak keputusan seri yang diraih. Untuk itu, mendapatkan Bale dan Griezmann sebagaimana yang disarankan oleh Ferdinand adalah pandangan yang masuk akal dalam keadaan sekarang. Meskipun belanja yang amat besar diperlukan, ia dikira masih berbaloi dengan keupayaan modal kelab itu.
Ferdinand
Gareth Bale
Antoine Griezmann
31
10 - 16 Mei 2017
‘King’ Nadal
kukuhkan takhta MUHAMMAD SALIHIN
SELEPAS mengukir sejarah me raih ‘La Decima’ yang ke dua hanya dalam tempoh dua ming gu, Rafael Nadal sudah pasti cukup bersemangat un tuk menghadapi Terbuka Pe rancis yang akan bermula 22 Mei hingga 11 Jun ini. Kedudukannya selaku ‘Raja Gelanggang Tanah Liat’ juga ternyata semakin kukuh selepas mencatat kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Dominic Thiem untuk merangkul gelaran jua ra Terbuka Barcelona yang ke 10. Seminggu sebelum itu, dia tel ah mencatat nama sebagai pemain yang pertama menjua rai Monte Carlo Masters buat kali yang ke 10. “Perasaan yang luar biasa,” ko men Nadal sejurus selepas kemenangan di Barcelona itu. “Untuk bermain di sini, di hadapan orang ramai di kelab
saya sendiri dan menang buat kali ke 10, ia adalah impian yang jadi kenyataan,” ujarnya. Dengan dua kemenangan berturut-turut, penguasaan Nadal di Terbuka Perancis ti dak sukar untuk diramal. Di tambah pula dengan kemelut prestasi yang dihadapi Novak Djokovic, selain masalah kece deraan Andy Murray. Ini membuka ruang yang cukup luas bagi Nadal untuk menguasai kejohanan itu. Jika jadi kenyataan, itu juga akan jadi kejuaraan yang ke 10 bagi nya. “Kemenangan dalam tem poh dua minggu berturut-tu rut, di Monte Carlo dan di sini (Barcelona) adalah yang paling istimewa bagi saya. Ia ada lah permulaan yang diim pikan di atas gelanggang tanah. “Ia amat bermakna buat sa ya untuk mencatat 10 kejuara
an di Barcelona, di hadapan orang-orang kelab saya, saya ra sa amat beremosi,” katanya. Memang wajar bagi Nadal un tuk berasa begitu. Beberapa tahun selepas penguasaannya di Barcelona, kelab itu secara ras mi telah menamakan semula stadium di Catalonia itu ke pada Pista Rafa Nadal.
Ia adalah sesuatu yang sangat menarik perhatian ke rana la zimnya, menamakan stadium atau gelanggang den gan nama se seorang legenda adalah se te lah dia bersara. Bagaimana pun Nadal masih lagi aktif bermain! “Terima kasih daripada saya kepada pihak kelab dan
ahli-ahlinya kerana meletak kan nama saya di gelanggang ini,” katanya. Jika Nadal terus berupaya un tuk menggapai kejuaraan Ter buka Perancis sekali gus meraih ‘La Decima’ yang keti ga musim ini, gelaran ‘Raja Ge langgang Tanah Liat’ memang bukan milik orang lain lagi.
tidak turun ke Sepang untuk saingan Pusingan Akhir walaupun mempunyai dua pasukan yang layak. Dilepaskan pada 2.45 petang, mereka bermula dengan bergaya ala Suzuka Endurance dengan para pelumba berlari ke jentera masing-masing. Sebenarnya, tidak payah ’rushing’ pun; kerana ia adalah perlumbaan yang panjang – 3 jam keliling Litar Sepang sepanjang 5,543 meter itu. Jadi, bermulalah satu perlumbaan yang panjang, yang mana secara ideal diadakan acara-acara sampingan untuk para penonton ’menghabiskan’ waktu di kawasan penonton. Kalau di negara Eropah, akan ada karnival, konsert dan berbagai. Tapi, itu semua kenalah ada penaja untuk menyokong acara ini. Mungkin, penganjur boleh fikirkan tahun depan. Akhirnya, edisi kelima Kejohanan Kebangsaan Kapcai Endurance menjadi milik gandingan Muhammad Afiki Supaat dan Muhammad Fairuz Nasir dari AEM Motorsport, yang secara terbuka mengaku bernasib baik untuk menang. Tuah mereka dibina atas malang yang menimpa rakan mereka dari pasukan Mewah Café Team - Fakhrusy Syakirin Rosyam dan Muhammad Ibrahim Norrodin. Dengan perlumbaan ’endurance’ tiga jam itu berbaki 25 minit lagi, Fakhrusy, yang sudah meninggal jauh para pencabarnya,
menghadapi masalah gear pada jentera tunggangannya jentera tunggangannya sekali gus tidak dapat lagi memecut pantas. Ini membenarkan Fairuz untuk memintas beliau dan ’mencuri’ kemenangan dengan melengkapkan 52 lap untuk muncul juara bagi Kelas Terbuka dan juara keseluruhan. Lebih malang bagi Fakhrusy dan Ibrahim, mereka turut dipintas oleh pasukan CAPIT Racing, yang membariskan Safrizan Buang atau Capit, Muhammad Haiekal Akaml Zakaria dan Mohammad Shah Khairil Hisham Mahmood. Memang benar kata pepatah – apa saja boleh berlaku dalam perlumbaan. Ketiga-tiga pasukan melengkapkan 52 lap dengan pasukan AEM Motorsport menerima kibaran bendera kemenangan selepas 3 jam 1 minit 26.281 saat dengan pasukan CAPIT Racing tiba 2.6 saat kemudian. Mewah Café Team pula mencatat masa 3 jam 3 minit 56.301 saat. Mengulas kemenangan beliau, Fairuz berkata: ”Secara jujur, saya katakan bahawa kami amat bernasib. Bukan saja kerana masalah yang dihadapi oleh rakan kami dari AEM Motorsport; tetapi juga dibenarkan oleh penganjur untuk menerima kemenangan ini walaupun kami kehilangan alat ’transponder’ ketika berlumba. ”Dua lap sebelum habis, saya nampak ’transponder’ itu melambung ke udara di hadapan mata saya, dan saya tidak boleh buat
apa-apa; tetapi terus berlumba dan berdoa. Alhamdulillah, tidak timbul sebarang masalah daripada insiden ini,” kata Fairuz, yang pertama kali berpeluang bersaing di peringkat akhir. Untuk rekod, saingan Kelas 3 untuk jentera-jentera di bawah 150cc dimenangi oleh AHR Racing Team, yang mengandingkan pelumba Muhammad Afiq Mohd Zailami dan Muhammad Farriz Ahmad dan menamatkan 51 lap. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan WJRT manakala tempat ketiga dimenangi oleh ZAM Motor Lekir. Kelas 2 pula, yang menghimpunkan jentera di bawah 120cc, dimenangi oleh pasangan Muhammad Syamil Mohd Rosni dan Muhammad Adib Husaini Riduan dari
ADUKALAM Racing Team, yang menamatkan 49 lap. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan ASPJDT AMAT AYAM dan tempat ketiga dimenangi oleh NOGORI Motorsport Club Team KW. Saingan Kelas 1, yang menggunakan jentera di bawah 100cc, pula diungguli oleh pasukan KOZI TSR SMW Racing Team, yang menampilkan pasangan Aqmal Faiz Hamdi dan Mohd Amiruddin Omar. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan PROJECTS Motorsport dan tempat ketiga disandang oleh pasukan remaja CAPIT Racing Team. MMM: Tahniah buat Fairuz, cuba lagi Fakhrusy ...
Apa sahaja boleh berlaku dalam perlumbaan …
Hari itu, Mr Mat Manjoi (MMM) turun ke Sepang untuk tengok pelumba kita bersaing pada Pusingan Akhir Kejohanan Kebangsaan Kapcai Endurance. Berbeza dengan cub prix, acara ini kurang sikit dapat publisiti kerana penajanya tidak banyak. Media-media arus utama pun tak turun; kerana memang menjadi amalan kebiasaan mereka untuk melaporkan acara-acara sukan yang lebih ’glamour’ dan yang sudah berjaya. Kalau sukan yang baharu, memang susah sikit nak tengok media arus utama dan TV turun. Bagi MMM, yang memang fanatik sukan pemotoran ini, ianya sesuatu yang menyedihkan. Kerana, hanya dengan mendapat liputan media arus utama, barulah acara ini mampu berkembang maju dan menarik penaja. Ataupun, sebaliknya – penaja masuk dulu, kemudian baru media arus utama ini datang? Apapun, tak rugi untuk turun di Litar Sepang pada hari itu kerana di sinilah berkumpulnya mereka yang benar-benar minat dalam sukan lumba motosikal ini. Bengkel-bengkel kampung, bengkel-bengkel bersama dengan bakat-bakat mentah atau ’raw’ dalam sukan lumba motosikal. ’Frust’ juga, pasukan bimbingan pelumba Moto2 negara Khairul Idham Pawi – SuperKIP Academy dari Kampung Gajah, Perak
32
10 - 16 Mei 2017
Apa sumpahan Mourinho di Old Trafford?
30
‘King’ Nadal kukuhkan takhta
31
Keluaran 10 - 16 Mei 2017
JANGAN LEPAS BALE, GRIEZMANN! R
IO FERDINAND percaya bekas kelabnya, Manchester United mempunyai keupayaan untuk berbelanja besar lagi – malah lebih besar berbanding musim lalu - pada musim panas ini. Untuk itu, katanya, mereka perlu berani untuk membuat pelaburan yang berbaloi, termasuk mendapatkan penyerang yang terbaik seperti Gareth Bale dan Antoine Griezmann. Bale kini bermain untuk Real Madrid manakala Griezmann, Atletico Madrid. “Man U punya wang yang sangat banyak,” kata legenda pertahanan Red Devils itu dalam satu kenyataan, minggu lalu. “Mereka telah pun melakukannya musim lalu, termasuk mendapatkan Paul Pogba dengan harga yang mencatat rekod dunia, dan mereka harus berani untuk melakukannya sekali lagi,” ujarnya.
30
Antoine Griezmann
Gareth Bale
‘Masa depan saya gelap di Spurs’ B
Kyle Walker
AGI pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Kyle Walker, masa depan nya di White Hart Lane kini sudah boleh dikira ‘gelap’ dan dia berharap un tuk dilepaskan pada musim panas ini. Pemain antarabangsa England itu dile takkan di bangku simpanan ketika pasu kannya menewaskan Arsenal 2-0, 30 Apr lalu apabila Mauricio Pochenttino lebih mempercayai Kieran Trippier untuk men gambil alih tempatnya dalam kesebelasan utama. Ini bukan kali pertama atau kedua Walker diketepikan. Ketika pertembun gan separuh akhir Piala FA yang menyak sikan Spurs tewas kepada Chelsea 4-2 di Wembley pada 22 April, hal yang sama
juga berlaku. Alasan dinyatakan Pochenttino, Wal ker hadapi masalah kecergasan selain se bab taktikal. Bagaimanapun dalam satu laporan ak hbar Independent, apa yang sebenarnya ber laku antara pengurus dan pemain itu ialah suatu isu yang telah berlarutan lama. Itulah juga sebabnya Walker semakin tawar hati untuk terus berada di White Hart Lane meskipun dia baru sahaja me nandatangani penyambungan kontrak hingga 2021. Dia kini bersungguh-sungguh mahu meninggalkan Spurs, dengan ura-ura bebe rapa kelab ternama telah bersedia untuk mendapatkan khidmatnya. Antara yang
disebut-sebut; dua gergasi Manchester iaitu United dan City selain kelab Sepa nyol, Barcelona. Kini, Walker menerima gaji £70,000 seminggu, dan dia dijangka layak un tuk menerima dua kali ganda daripada itu jika meninggalkan Spurs sama ada ke United ataupun City. Ketiga-tiga kelab kaya itu harus menyediakan sekurang-kurangnya £35 juta untuk membawa Walker berpin dah keluar dari White Hart Lane. Bagaimanapun, Pengerusi Spurs, Daniel Levy dikenali sebagai seorang yang sukar untuk dibawa berunding apabila membabitkan isu perpindahan keluar pemain-pemainnya.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712