WARTA edisi #18

Page 1

PE RC UM A

ISU 18

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

4

Akta benar Akihito turun takhta

Keluaran 24 - 30 MEI 2017

JANGAN AMBIL MUDAH!

Ransomware boleh serang komputer peribadi

MAJIDAH MOHAMED & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR - Serangan virus Ransomware Wannacry tidak harus dipandang ringan oleh orang ramai kerana ia mudah menjangkiti sistem komputer dan boleh tersebar luas melalui kesilapan mudah pengguna emel. Ia juga boleh menyerang sekali gus melumpuhkan operasi dan sistem perkomputeran individu mahupun syarikat yang boleh mengakibatkan kerugian besar kerana terpaksa membaiki dan memulihkan sistem atau fail yang rosak. Pensyarah Networks Security Fakulti Industrial Electronics German-Malaysian Institute (GMI), Mohamad Nadzir Nazuwan berkata, virus ini merupakan ancaman kepada sesiapa sahaja namun pengguna harus bijak membuat 'back up' untuk mengelak kehilangan data dan maklumat di komputer.

3

27

Hijabkan diri dengan Ariani 20

Teater julang nama Uqasha

4 Wilfred Madius Tangau ketika sidang media berkaitan ancaman Ransomware

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

Animasi Mila ke pasaran dunia


2

24 - 30 Mei 2017

KUALA LUMPUR - Serangan virus siber Ransomware Wannacry kini telah mencapai tahap yang mem­ bimbangkan. Malaysia tidak terkecuali turut menerima tempias serangan siber ini. Ia bukanlah suatu an­ caman baharu sebaliknya menimbulkan kebimbangan banyak syarikat-syarikat mahu­pun institusi-institusi yang terdapat di seluruh negara. Virus siber ini secara umumnya bukan merupakan serangan siber yang ter­ baharu sebaliknya ia telah wujud sejak 1986. Oleh itu, orang ramai seharusnya berhati-hati dan tidak se­ wenang-wenangnya mem­ buka pautan yang dihantar bersama emel dan fail mencurigakan. Serangan ini akan meng­ eksploitasi kelemahan yang terdapat di dalam sistem operasi Windows, lantas mengubah fail kepada

AKPK, contohi kaedah ibu bapa urus kewangan KUALA LUMPUR - Melentur buluh biarlah dari rebungnya – peribahasa yang sering digunakan bagi menunjukkan bahawa pentingnya untuk kita memulakan sebarang pe­ rancangan atau pendidikan seawal usia muda. Sehubungan itu, Agensi Kaunseling dan Pe­ ngurusan Kredit (AKPK) telah mengadakan peraduan melalui halaman Facebook AKPK bertemakan Hari Ibu dengan melengkapkan slogan 'Nasihat kewangan yang terbaik pernah Ibu berikan kepada saya…', yang berlangsung dari 14 April Nor Fazleen (paling tengah, bertudung hitam) meraikan pemenang hingga 10 Mei 2017. pertandingan 'Nasihat kewangan yang terbaik Ibu pernah berikan kepada saya' Seramai lima pemenang telah dipilih untuk menjamu pengaruhi diri kita dalam Justeru, AKPK telah me­ selera bersama ibu tercinta mengajar erti pengurusan ngadakan peraduan ini untuk mereka di Restoran Atmos­ ke­ wangan yang bijak demi orang ramai berkongsi nasihat phere 360, Menara KL, bersama ke­ sejahteraan masa hadapan ibu-ibu yang telah memberi Pengurus Besar (Bahagian anak-anak mereka. manfaat kepada mereka ke Operasi), Nor Fazleen Zakaria. “Jika kita lihat bagaimana arah pengurusan kewangan Beliau berkata, tujuan pe­ ibu bapa kita menguruskan yang baik. Ini juga adalah raduan ini diadakan adalah kewangan mereka bersama, selaras dengan visi AKPK untuk meraikan ibu kita yang se­ dikit sebanyak akan mem­ iaitu, ‘Amalkan pengurusan telah banyak berkorban untuk pengaruhi tabiat pengurusan kewangan berhemat sebagai membesarkan kita serta mem­ ke­ wangan anak-anak kita. budaya hidup’," katanya.

sebuah enkripsi atau ‘locked’. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, pengguna internet perlu lebih berhati-hati setiap kali melayari laman sesawang terutama sekali apabila menerima mesej yang mengandungi pautan yang mengandungi imej dan video yang diterima melalui laman Facebook serta aplikasi What’s App, Instagram, Twitter dan sebagainya. “Malah orang ramai juga dinasihati agar tidak panik dan terlalu percaya dengan pelbagai mesej yang menjadi viral menerusi laman-laman sesawang sejak kebelakangan ini. “Dalam masa sama, orga­­nisasi atau Pentadbir Sistem Rangkaian Komputer seharusnya berwaspada di samping menambah ke­ pa­ karan serta kecekapan untuk bertindak bagi me­lin­dungi keselamatan rang­ kaian dari

Mahkamah Britain tolak permohonan Nestle LONDON – Syarikat pengeluar makanan dan minuman ter­ nama dunia, Nestle gagal dalam cubaannya untuk men­ dapatkan pengiktirafan bagi bentuk empat jejari sebagai tanda dagangan bar coklat je­ nama KitKat di Britain. Mahkamah Rayuan Britain yang menolak permohonan itu memberikan alasan terdapat bukti yang mencukupi bahawa pengguna bergantung pada ben­tuk untuk mengenal pasti bar wafer susu bersalut coklat. Ini adalah pusingan ter­ baru ‘pertempuran’ mah­ ka­ mah antara Nestle dengan pesaingnya, Cadbury. David Kitchin yang me­ wakili tiga hakim anggota pa­ nel mendengar rayuan itu, dalam penghakimannya me­ nyatakan bahawa tidak men­ cukupi untuk mengataka ba­ hawa pengguna hanya me­ ngenali (bentuk itu) untuk di­ kaitkan dengan produk pe­ mohon (Nestle). Nestle, syarikat yang ber­ asal dari Switzerland pada 2010 telah cuba untuk mendaftar tanda dagangan yang sama, tetapi ditentang oleh Cadbury. Syarikat itu dalam reak­

si­ nya memberitahu, akan mempertimbangkan lang­ kah seterusnya termasuk me­ nge­ mukakan rayuan kepada Mahkamah Agung. Menurut Nestle , bentuk jejari empat KitKat telah di­ berikan perlindungan tanda dagangan di beberapa negara lain termasuk Jerman, Pe­ rancis, Australia, Afrika Se­ latan dan Kanada. Mondelez International Inc., yang memiliki Cadbury me­ng­alu-alukan keputusan itu. Ini bukan kali pertama isu persaingan Nestle – Cadbury dibawa ke mahkamah. Pada 2013, Nestle menang setelah Cadbury gagal da­ lam percubaannya untuk men­ daftarkan warna ungu pada pembalut coklat Dairy Milk sebagai tanda dagangan.


3

24 - 30 Mei 2017

Dari muka depan

diancam penggodam yang tidak ber­ tanggungjawab,”katanya. Tambahnya lagi, orang ramai perlu berani untuk tampil membuat laporan agar pihak yang bertanggungjawab seperti CyberSecurity Malaysia untuk mengekang penularannya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amiruddin Abdul Wahab turut menggesa orang ramai untuk melaporkan kepada pihak berkenaan supaya pihak mereka dapat melaksanakan teknikal Dr Amiruddin Abdul Wahab Mohamad Nadzir Nazuwan analisis. “Melalui laporan tersebut, kami akan mengenal pasti sama ada adakah ia sememangnya jabatan dan institusi lain. Ransomware ataupun berkaitan dengan aktiviti lain Namun begitu, sebagai langkah seperti hacking dan sebagainya. untuk mengelakkan penularan mesej “Secara umumnya, rakyat Malaysia masih tidak palsu berkaitan Ransomware WannaCry, sedar tentang kewujudan Ransomware dan oleh itu, CyberSecurity mencadangkan agar mereka mungkin tidak mempunyai maklumat yang orang mendapatkan pengesahan ke atas mencukupi tentang ancaman virus tersebut. maklumat yang diterima dari organisasi “Virus ini terjadi apabila pengguna menerima rasmi bagi mengesahkan kesahihan e-mel yang terdapat lampiran mengandungi meklumat sebelum berkongsi melalui malware, seterusnya pengguna menekan pautan media sosial. berkenaan malware ini akan masuk sekaligus akan Dalam masa sama, orang ramai menjejaskan sistem komputer,”jelasnya. dinasihatkan supaya melengkapkan Ransomware yang dahulunya hanya menyerang diri dengan ilmu keselamatan siber dan satu komputer kini ia mungkin ‘merebak’ kepada menggunakan teknologi (Internet dan komputer lain dan seterusnya menular hingga ke aplikasi) secara berhemah dan beretika.

Pelajar Sabah bermata biru BEAUFORT - Gara-gara memiliki se­ pasang mata berwarna biru, se­ orang pelajar, Kamarul Hisham Mustaffa, 9 mencuri per­ hatian umum hingga ada yang mendakwa, dia memakai kanta lekap dan mahu dia menanggalkan kanta tersebut. Kamarul, pelajar Sekolah Ke­­ bangsaan Mempagar, di sini ada­ lah anak bongsu daripada tiga beradik. Keunikan itu diwarisi daripada ibunya,Rosdah Abdullah, 47, yang berdarah kacuk­ an Melayu, Brunei dan Pakistan. Di fahamkan, ke­ luar­ ganya menyedari keunikan war­ na biji mata Kamarul sejak dia berusia empat tahun lagi. Sebuah akhbar melaporkan, ge­ lagat Kamarul mencuri per­ hatian media ketika membuat liputan di Masjid Haji Akhbar Khan, Kampung Bingkul, di sini sempena kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke situ, baru-baru ini. Kamarul berkulit sawo ma­ tang dan berambut hitam lebat yang mana membuatkan dirinya kelihatan begitu menonjol dan berbeza dari kanak-kanak lain apabila dia memiliki sepasang mata biru. Malah bukan Kamarul saja me­ miliki keunikan itu, ibu dan kakak sulungnya, Nurul Syafiqa, 17 juga mempunyai

keistimewaan yang sama. Ibunya memiliki warna mata yang berbeza pada keduadua belah mata iaitu sebelah berwarna biru dan sebelah lagi berwarna hitam. Manakala abangnya, Mohd Hafizudin memiliki biji mata berwarna hitam pekat, namun ia bukanlah penghalang bagi me­ reka berdua untuk bermain ber­ sama-sama. "Di sekolah rakan selalu pang­ gil saya ‘mata guli’ disebabkan mata saya yang berbeza warna daripada kawan yang lain, na­ mun saya menganggap ia bukan peng­ halang bagi saya untuk bergaul dengan mereka," kata

pelajar itu. Namun masih ada se­ se­ tengah dari rakannya yang cuba menakut-nakutkan Kamarul de­ngan me­nga­takan bahawa matanya akan menjadi buta kerana perbezaannya yang ke­ tara dari rakan yang lain. Ada juga ketika, orang ra­ mai termasuklah rakan di se­ kolah ingin menyungkil mata­ nya kerana meng­ anggap dia memakai kanta lekap. "Syukur saya dianugerahkan keistimewaan seumpama ini. “Tapi ada kawan yang mahu korek mata saya sebab mereka sangka saya pakai kanta lekap." katanya lagi.

Katanya, orang ramai perlu mengambil pendekatan awal untuk mengelak kehilangan segala data dan maklumat di komputer dengan membuat back up. Janganlah terlalu mengambil mudah isu ini kerana komputer sesiapa sahaja mungkin akan mendapat virus ini. Menurutnya, pihak yang sudah diserang Ransomware perlu membayar wang tebusan dengan mengeluarkan mesej ‘pop-up’ di atas skrin komputer dan mesej tersebut akan menyatakan komputer pengguna telah dikunci dan semua fail di dalamnya dienkripsi sebelum meminta wang tebusan dibayar bagi memulihkan semula akses ke komputer mereka. "Virus ini ianya akan mengunci data pengguna dan mangsa perlu membayar AS$300 (RM1,304) hingga AS$600 (RM2,608) dalam bentuk mata wang maya iaitu Bitcoin untuk membuka data berkenaan," jelasnya.

Konservatif akan menang pilihan raya 8 Jun LONDON – Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, Theresa May (gambar) dijangka akan menang pilihan raya Britain 8 Jun ini dengan majoriti antara 104 hingga 190 kerusi. Kumpulan perbankan Citigroup yang menjangkakan demikian berkata langkah May untuk mengadakan pilihan raya lebih awal sebelum tem­ poh penggal Parlimen berakhir pada 2020, adalah berbaloi. “Perdana Menteri Theresa May memanggil pilihan raya awal pada 8 Jun yang bertujuan untuk meningkatkan mandat beliau melaksanakan Brexit dalam pendekatan yang ke­ ras tetapi lembut,” kata bank global itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu. “Kajian oleh pakar dan juga simulasi yang diadakan di peringkat kami menunjukkan pertaruhan beliau untuk me­ ngadakan pilihan raya pada wak­tu ini berbaloi,” kata kum­ pulan itu lagi. Dalam kenyataan yang sama, Citigroup turut me­ nya­ ta­ kan bahawa pihaknya tidak melihat adanya tanda-tanda bahawa kerajaan May sedang bergerak ke arah apa yang dikenali sebagai ‘Singaporeupon-Thames’ iaitu satu model ekonomi yang mengenakan

kadar cukai lebih rendah. Untuk rekod, Konservatif kini menguasai Parlimen Britain dengan 330 kerusi dari­­pada jumlah keseluruhan 650 kerusi. Pesaingnya yang terdekat, Parti Buruh me­ me­ gang 229 kerusi manakala baki kerusi dimiliki oleh parti-parti kecil. May memerlukan mandat baharu untuk bersiap sedia menghadapi Brexit iaitu pe­ nari­ kan diri Britain daripada Ke­ satuan Eropah yang akan berkuat kuasa pada akhir Mac 2019. Berdasarkan tinjauan ter­ba­ haru, Konservatif yang ber­ pe­ cah ketika referendum Brexit diadakan pada 23 Jun 2016, yang menyaksikan pemimpin parti itu sebelum ini, David Cameron meletak jawatan Perdana Menteri, masih men­ dahului Parti Buruh.


4

24 - 30 Mei 2017

Jepun lulus akta benar Akihito turun takhta TOKYO – Kerajaan Jepun meluluskan undang-undang membenarkan Maha­ raja Akihito yang telah beberapa kali gering kebelakangan ini, turun takhta pada tahun hadapan. Akta itu boleh dikuatkuasakan bermula Jun. Pada Ogos 2016, Akihito yang memerintah sejak 7 Januari 1989 se­ lepas kemangkatan ayahanda baginda, Maharaja Hirohito (dikenali sebagai Maharaja Showa setelah mangkat), menyatakan hasrat untuk turun takhta menerusi satu mesej video. Bagaimanapun, apa yang menjadi halangan bagi Maharaja Jepun yang ke 125 itu ialah tidak ada maharaja yang berbuat demikian sejak 200 tahun lalu. Maharaja Jepun yang terakhir turun takhta ialah Kokaku yang memerintah antara 1780 hingga 1817. Undang-undang sedia ada juga tidak membenarkan seseorang maha­ raja turun takhta. Akta yang baru diluluskan itu digubal khas untuk Akihito. Ia bagaimanapun tetap tidak mem­benar­ kan pemerintah akan datang untuk berbuat demikian. Sumber-sumber pentadbiran Jepun menjangkakan peralihan takhta akan berlaku pada Disember 2018, iaitu apabila usia Akihito mencecah 85 tahun pada 23 Disember. Putera Mahkota Naruhito, 56, dijangka akan menggantikan ayah­ anda baginda meneruskan legasi pemerintahan Dinasti Chrysanthemum. Pemerintahan beraja Jepun adalah yang paling lama di dunia, 2,600 tahun.

Bagaimanapun yang menimbulkan di­ lema ialah apabila bilangan pewaris mahkota yang semakin mengecil. Cucunda Akihito, Puteri Mako akan berkahwin dengan lelaki yang bukan daripada kalangan kerabat diraja. Wanita kerabat diraja akan hilang status mereka jika berkahwin dengan rakyat biasa, dan ini sekali gus akan

mengecilkan lagi bilangan anggota istana. Ketika ini, anggota kerabat diraja Jepun hanya tinggal 18 ahli. Adinda Mako, Putera Hisato yang berusia 10 tahun, adalah satu-satunya lelaki dalam generasi itu. Mengikut undang-undang semasa, wanita tidak dibenarkan menduduki takhta.

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko bersama Putera Mahkota Naruhito.

INFO KL Jalan Tuanku Abdul Rahman dahulunya Batu Road JALAN Tuanku Abdul Rahman atau dahulunya Batu Road adalah jalan terkenal dan penting di Kuala Lumpur. Jalan yang dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad ini terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Dataran Merdeka dan India Kecil (Jalan Masjid India). Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dikenali Jalan TAR ini adalah jalan yang pernah wujud di pusat Kuala Lumpur dan salah satu daerah membeli-belah terawal di negara ini, hampir 100 tahun yang lalu. Kebanyakan bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dibina seawal tahun 1912. Nama sebelumnya, Batu Road telah diberikan kerana ia dikatakan jalan pertama diperbuat daripada batu berbanding laluan tanah biasa. Pada awal 1930-an, Batu Road telah menjadi jalan dua hala pada permukaan tar yang tengah diapit oleh kerikil serta membolehkan kenderaan diletak di kedua-dua bahu jalan. Berbeza dengan sekarang, jalan ini dahulunya amat sunyi dan hanya dilalui oleh beberapa buah kereta sahaja kerana kebanyakan penduduk Kuala Lumpur menggunakan basikal atau berjalan kaki sahaja. Kedai-kedai di sekelilingnya pula dibuka dari jam 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari. Di bahu jalan ini terdapat bangunanbangunan sebelum perang dengan ciri unik yang masih dipelihara. Kebanyakan kedai perniagaan seperti GS Gill, P. Lal dan PH Henry juga masih memilih untuk kekal di sini. Antara kompleks membeli belah moden yang ada di sini adalah Sogo dan Maju Junction. Sebelum ini pada setiap hari Sabtu antara pukul 5 petang ke 10 malam, Lorong Tuanku Abdul Rahman ditutup untuk kenderaan bagi memberi ruang kepada pasar malam yang menawarkan pelbagai kain, tekstil, baju, barangan tempatan dan makanan pada harga yang menarik.

Animasi Mila ke pasaran dunia KUALA LUMPUR - Kejayaan mem­­banggakan, satu lagi karya rakyat Malaysia men­ da­ pat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam bidang animasi selepas kejayaan filem BoBoiBoy di Korea Selatan. Kali ini giliran penulis buku kanak-kanak, Maslina Yusoff melalui komiknya, Mila yang bakal diadaptasikan dalam ben­ tuk animasi 52 episod untuk pasaran antarabangsa dengan salah sebuah studio terkenal di Korea selatan, H Culture. Pembeli media dari Pe­ rancis, United Kingdom dan Poland, telah menyatakan minat mereka untuk me­nyiar­ kan siri animasi Mila yang menyasarkan kanak-kanak ber­­ umur tiga hingga sembilan ta­ hun ini. Majlis menandatangani memo­randum persefahaman (MoU) dengan H Culture telah berlangsung baru-baru ini di Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC), sebuah platform untuk mem­

perkasakan industri pe­­­ner­ bitan dan pelesenan ASEAN melalui perdagangan harta intelek (IP) dan per­ tumpuan digital, anjuran Per­ badanan Kota Buku. Turut hadir dalam majlis bersejarah itu adalah Presiden dan Pengarah Animasi H Culture, Sukhwa Hong. Mila, yang kini mempunyai sembilan siri menceritakan tentang kehidupan seorang gadis kecil bernama Mila dengan rambut kerinting yang diilhamkan oleh anak Maslina sendiri. Bagi siri animasi pula, Maslina bakal me­ ngem­ bang­­kan watak-watak dalam dunia Mila dan beliau akan bertindak sebagai penulis skrip serta penasihat dalam pembangunan watak-watak tersebut. Pembangunan siri animasi ini dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan ia akan disiarkan dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran

antarabangsa. Selain membangunkan siri animasi tersebut, H Culture juga akan menjadi agensi tung­ gal bagi memasarkan ani­masi Mila di peringkat global. "Saya benar-benar teruja untuk melihat Mila 'hidup' melalui siri animasi ini dan saya terharu apabila watak yang dicipta telah mendapat perhatian daripada studio antarabangsa. Saya percaya animasi ini akan diterima baik oleh semua pihak dan berharap watak ini akan pergi lebih jauh lagi," kata Maslina. Menurut Sukhwa, "Saya jatuh hati dengan watak Mila kerana ia bukan sahaja seorang yang unik, tetapi ia menceritakan sebuah kisah yang mencuit hati yang pasti akan menyentuh hati para penonton. "Walaupun penghasilan siri animasi berkualiti tinggi bakal mengambil masa, tetapi saya percaya dengan kerjasama

dan minat yang men­ dalam, kami akan meng­ hasilkan siri animasi dengan jalan cerita yang hebat." Baru-baru ini, siri buku Mila telah tersenarai dalam carta ‘Top 50’ di Amazon China. Maslina berasal dari Johor Bahru, merupakan graduan Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Dia sentiasa bercita-cita untuk menulis dan melukis buku kanak-kanak sendiri. Manakala H Culture pula adalah syarikat yang di­ tubuhkan pada tahun 2004 dan telah mencipta dan me­ masarkan pelbagai siri animasi untuk pasaran global. Pada tahun ini, salah satu animasi mereka, bertajuk <Codename Housewife> sedang diadaptasi menjadi sebuah filem di Amerika Syarikat yang menelan belanja AS$20 juta (RM87 juta) dengan rakan kongsi utama dari China dan United Kingdom.


5

24 - 30 Mei 2017

Budak dahulu, budak sekarang... 06

ZAMAN berubah. Memanglah. Tetapi bagi aku, hidup anakanak sekarang tidaklah lebih menyeronokkan berbanding kami – anak kampung ulu – dahulu. Hutan belukar, sungai, bukit, paya, itulah playstation kami waktu itu. Pada hari cuti sekolah, awal-awal pagi, anak kampung bertebaran di serata penjuru me­ lastik burung. Chapa, merbah, puling, chet chet, itu antara unggas buruan. Burung yang kena ‘teqhebey’ (lastik), jatuh, disembelih. Lepas itu, bakar, makan. Halal atau haram, kira belakang! Itulah dunia kanak-kanak zaman kami. Masuk hutan atau kebun ge­tah, ada tumbuhan berdaun pan­ jang, lebar dan tirus di hujungnya dengan permukaan licin berbulu seakan dilapisi baldu. Orang kampung aku panggil, pokok lemba. Di Kelantan, pokok renek ini dipanggil pinang puyuh. Nama saintifiknya, Curculigo Latifolia – tidak ada kaitan de­ ngan Latheefa Koya! Buah pokok lemba ada di perdunya. Diambil, dikoyak dan

buang kulit bahagian luar, lepas itu masukkan ke mulut. Aduh, manis, sedapnya tidak terkata! Sampai sekarang, aku teramat merindui akan manis rasa buah lemba terutama jika minum air selepas itu. Sekali dimakan buahnya, air tawar yang diminum berkali-kali dalam tempoh yang lama se­lepas itu, masih akan dirasa manis. Begitu juga jika sebelum itu kita makan buah atau sesuatu yang masam. Makan buah lemba, rasa masam akan segera hilang dan yang tinggal hanya manisnya sahaja! Itulah keseronokan kami, bu­ dak-budak kampung yang men­ jadikan ladang, hutan dan belukar sebagai padang permainan. Berhenti rehat ketika bermain Combat, itulah yang kami makan selain buah senduduk yang boleh bikin mulut dan gigi jadi hitam. Berbalik cerita pasal burung, teringat pengalaman semasa di sekolah menengah. Ketika berada di tingkatan lima dan tinggal di as­ rama, aku dan kawan-kawan di­ panggil oleh Tuan Pengetua. Dia arahkan kami pindahkan burung merpati miliknya dari sangkar besar di sebelah bangunan pe­­ jabat sekolah ke sangkar di rumah­­ nya yang bersebelahan de­ ngan asrama kami. Untuk sampai ke rumahnya, lalu di hadapan asrama. Semasa operasi angkut me­ ng­angkut dijalankan, datang idea

BEIJING – Ini satu berita baik untuk dunia! Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kita dijangka akan mendapat bahan api yang baharu bagi menggantikan sumber tenaga sedia ada. Bahan itu dikenali sebagai metana hidrat atau ‘ais mudah terbakar’ yang ditemukan di bawah dasar Laut China Selatan. Metana hidrat merupakan bahan daripada fosil beku dan sedang diekstrak oleh China dan Jepun untuk dikomersilkan. Bagaimanapun menurut pakar, usaha untuk mengkomersilkan bahan itu akan memakan masa ber­ tahun-tahun sebelum ia boleh direalisasikan. Agensi berita rasmi China, Xianhua minggu lalu melaporkan bahan api itu setakat ini telah berjaya dilombong dari bawah dasar Laut China Selatan. Menteri Sumber dan Tanah China, Jiang Daming dalam satu kenyataan mengisytiharkan ke­ jaya­an itu sebagai detik bersejarah untuk ‘revolusi tenaga global’. Pada 4 Mei, Jepun juga dilaporkan telah berjaya melaksanakan ope­ rasi yang sama di pesisir pantai Semenanjung Shima. Bagi Jepun, metana hidrat me­ nawarkan peluang kepada ma­ syarakat dunia untuk mengurangkan

kami: Mengapa tidak beberapa daripada merpati itu, dilencongkan ke asrama? Setelah dipersetujui; terjadilah pembahagian ‘satu untuk dia, satu untuk kami’. Dan malam itu, berlangsunglah acara BBQ merpati curi yang kami sempat sembelih dan garamkan ala kadar di belakang asrama. Ada pun hal itu, tidak langsung dikesan oleh Tuan Pengetua hinggalah beberapa tahun lalu – selepas lebih 20 tahun – peristiwa itu aku kisahkan dalam kolum tulisan­ku di sebuah akhbar harian. Dia baca dan pada hari yang sama juga, dia menjejak aku melalui kawan-kawan. Lewat petang itu, selepas keluar dari mesyuarat di pejabat, aku dapati ada banyak panggilan terlepas (missed call) dari Kedah. Dan apabila aku hubungi semula, bertanya panggilan itu daripada siapa, dia menjawab: “Orang Taman Golf (Alor Setar).” “Tu dia…” Tahulah aku bahawa itulah Tuan Pengetua yang kami curi burung merpatinya 30 tahun dulu. Aku pun minta maaf bagi diri aku sendiri, juga kawan-kawan dan dia membalasnya dengan ketawa. Sejak itu, hubungan kami yang boleh dikira terputus selama lebih 20 tahun, bukan sekadar bertaut semula bahkan menjadi sangat mesra. Hampir setiap kali balik ke Kedah, aku bawa isteri dan anakanak menziarahinya. Kami terus saling ber­ hu­

pergantungan terhadap sumber tenaga seperti arang batu yang diimport. Di China, ia boleh diguna sebagai pengganti yang lebih bersih untuk loji kuasa pembakaran arang batu dan kilang-kilang keluli. Metana hidrat juga banyak terdapat di bawah dasar laut Artik dan Antartika. Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat menyatakan, rizab bahan itu di seluruh dunia dianggarkan sebanyak antara 280 trilion hingga 2,800 trilion meter padu (100,000 trilion kaki padu). Sebagai perbandingan, pada 2015, jumlah pengeluaran gas asli di seluruh dunia adalah sebanyak 3.5 bilion meter padu (124 bilion kaki padu). Ini bermakna, rizab metana hidrat berupaya untuk memenuhi permintaan gas global bagi tempoh antara 80 hingga 800 tahun lagi berdasarkan kadar penggunaan semasa. Namun, usaha untuk mengesktrak bahan api itu secara komersil setakat ini masih belum membuahkan hasil. Ini disebabkan kos untuk mengekstrak yang terlalu tinggi, juga faktor teknologi yang belum mampu untuk mengeluarkan fosil beku itu ke permukaan secara besar-besaran. Pada 2013, Jepun boleh dikira telah berjaya menemukan kaedah yang sesuai untuk melakukannya, namun usaha itu terhalang oleh pasir dari dasar laut yang telah menyumbat jentera yang digunakan.

bungan hinggalah beberapa hari sebelum dia jatuh sakit dan meninggal awal tahun ini. Al Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Kassim Saad. Apa yang aku cuba gambarkan menerusi kisah ini ialah kami – anak-anak zaman itu – membesar dalam persekitaran yang lasak, dan itulah yang menjadikan peri­ badi kami rata-ratanya agak nakal. Selain zaman, kehidupan kam­pung dengan di bandar, terlalu ba­ nyak perbezaannya. Hidup di kampung zaman itu, seakan tidak ada ketakutan langsung. Kami dibiarkan lepas bebas untuk bermain di mana sahaja. Bukan tidak ada larangan atau perhatian daripada orang tua, tetapi ia seperti sekadar ada. Walapun kami bebas, liar dan nakal, apa yang kami lakukan masih ada batasannya. Ini kerana, walaupun ibu bapa tidak ada di depan mata sepanjang masa, mata-mata mereka ada di mana-mana. Jika terlanggar batas, laporan kepada mereka akan sampai juga dan teruklah nanti kena libas! Emak ayah zaman itu tidak akan serang saudara-mara atau jiran tetangga yang mengadu salah laku anak-anak mereka. Malah mereka sebaliknya akan berterima kasih pula. Sekarang, jangankan jiran te­ tangga, cikgu pun kena terajang! Sebab itulah, anak-anak za­ man itu, walau senakal mana pun, akhirnya tetap jadi ‘orang’!

Itu satu perkara. Jika tadi aku kata hidup kampung masa itu persis tidak ada keraguan atau ketakutan, zaman ini sudah lain ceritanya. Kadang kala melihat anakanak, aku berasa kasihan. Da­ pat aku rasakan dalam jiwa mereka ada tekanan. Banyak masa mereka, di dalam rumah. Kalau pun keluar, masih di dalam pagar. Jauh sedikit, di lorong antara blok. Hendak lebih jauh, mulalah hati kita sendiri berasa tidak tenteram! Apa pun orang hendak kata, bagiku suasana sekarang sudah tidak meyakinkan seperti dahulu. Di lorong hadapan rumah­­ ku sendiri, pernah ber­ laku cubaan menculik. Tidak mahu percaya, ia melibatkan anak jiranku sendiri. Dahulu bukan tidak ada cerita seperti itu, tetapi ia tidak lebih hanya sekadar cerita. Dalam kata lain, itu amaran oleh orang tua yang tidak mahu anak-anak kecil bermain jauh dari rumah, lalu dibuat cerita konon ada orang jahat yang berkeliaran, bawa sabit dan guni mahu potong kepala budak-budak untuk dibuat pelapik tiang jambatan! Aku yakin, geng sebaya – Gen X – tentu ramai yang masih ingat cerita ini!

Foto yang diterbitkan Xianhua pada 16 Mei lalu menunjukkan gas yang terbebas ketika proses penggerudian metana hidrat di satu lokasi di Laut China Selatan.

Dalam pada itu, terdapat juga kebimbangan sekiranya berlaku ke­ bocoran semasa proses mengekstrak yang boleh meningkatkan pengeluaran gas rumah hijau. Pakar dari Pusat Dasar Tenaga Global, Universiti Columbia di New York, David Sandalow berkata bahan api itu juga boleh menggantikan tenaga diperbaharui seperti tenaga solar dan angin. “Jika boleh digunakan tanpa bocor, ia mempunyai potensi untuk menggantikan arang batu dalam sektor kuasa. Implikasi iklim menghasilkan gas hidrat semulajadi yang rumit. Ia berpotensi untuk membawa faedah kepada kehidupan manusia tetapi risikonya agak tinggi,” katanya. Penyelidik kanan industri tenaga di

IHS, sebuah firma perunding yang berpangkalan di London, James Taverner berkata pengeluaran berskala komersil metana hidrat boleh membawa transformasi bagi negara-negara Timur Laut Asia, terutama Jepun. “Ini kerana Jepun selama ini mengimport hampir semua keperluannya untuk hidrokarbon,” ujarnya. Saintis di Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, Tim Collet berkata pakar-pakar dalam industri yakin pembangunan komersil untuk bahan itu tidak akan berlaku sehingga 2030. “Bagaimanapun pengeluaran ber­ skala kecil mungkin boleh di­ realisasikan seawal 2020,” katanya.


6

24 - 30 Mei 2017

DUNIA MINGGU INI

BEIJING - Ketua-ketua negara dari Eropah, Afrika dan Asia berhimpun untuk menyertai Forum Belt & Road yang berlangsung di Tasik Yanqi, di luar Beijing yang membincangkan inisiatif China untuk membina infrastruktur yang akan menyambungkan ketiga-tiga benua itu.

FILIPINA - Askar marine Filipina membuat pendaratan dari kenderaan amfibia sewaktu latihan bersama dengan askar Amerika. Latihan tahunan yang dipanggil ‘Balikatan’ (bahu-ke-bahu) tahun ini dijalankan dengan skala lebih kecil dari selalunya atas arahan Presiden Duterte.

LONDON - Pengurus pasukan Chelsea FC, Antonio Conte, dijulang oleh pemainpemain Chelsea selepas mengalahkan West Bromwich Albion 1-0 yang sekaligus mengesahkan Chelsea sebagai juara Liga Premier England untuk musim ini.

ATHENS - Polis anti rusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan didepan Parlimen Greek yang membantah pengundian langkahlangkah penjimatan yang akan dikenakan kepada rakyat Greek untuk 3 tahun akan dating.

VENEZUALA - Seorang ibu menutup keranda bayinya yang mati akibat pneumonia. Mereka adalah sebahagian dari beribu-ribu kaum Warao Indian yang melarikan diri ke Brazil akibat krisis ekonomi dan ketiadaan makanan di Venezuala, menyebabkan satu krisis pelarian yang semakin meningkat.

BEIJING - Model-model memperagakan fesyen ciptaan graduan dari Institut Fesyen Teknologi Beijing dan Universiti Teknologi Durban sewaktu pesta Minggu Graduan Fesyen China.


24 - 30 Mei 2017

Bisnes

Maybank sasar 60,000 pelajar MAJIDAH MOHAMED

KUALA LUMPUR – Maybank telah dilantik sebagai panel Perbadanan Tabung Pinjaman Nasional (PTPTN) dan me­ nya­ sarkan untuk memberi ban­ tuan pinjaman kepada 60,000 mahasiswa baharu un­ tuk tahun 2018. Melalui perjanjian tersebut, Maybank memberikan per­ khid­ matan pengeluaran pin­ jaman PTPTN kepada pelajar universiti awam dan swasta. Menurut Ketua Per­ khid­ matan Kewangan Komuniti May­ bank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan, Maybank telah dilantik oleh lima lima uni­ versiti, yang mana akan mem­­berikan perkhidmatan

pinjaman kepada lebih 60,000 pelajar institut pengajian ting­ gi. “Kami yakin platform pe­ ngeluaran pinjaman PTPTN Maybank bakal mendapat tarik­an tahun ini disebabkan universiti semakin menerima perkhidmatan komprehensif yang ditawarkan syarikat kami terhadap institusi dan juga pelajar mereka. “Malah banyak universiti yang menggunakan per­ khid­ matan kami dan sekaligus telah membuktikan keyakinan mereka terhadap kemampuan sistem yang kami sediakan,” jelasnya. Tambahnya, ia termasuk peng­hantaran automatik se­pe­ nuhnya, laporan setelah pem­

bayaran pada hari yang sama serta pemprosesan pada bilabila masa dan di mana-mana sahaja termasuk pada hujung minggu dan cuti umum. “Melalui kemudahan per­ ban­ kan elektronik Maybank, pe­ lajar dapat menikmati ke­ lebihan kemudahan dan akses mudah melalui Maybank2u terutama ketika dikehendaki mem­buat pembayaran semula pinjaman PTPTN,”katanya.

Produk sawit tembusi China

KUALA LUMPUR – FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sinograin bertujuan mengembangkan perniagaan di China dengan menerokai peluang pembekal dan mengedarkan produk sawit ke pasaran pertengahan dan hiliran negara tersebut. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, China merupakan pasaran minyak sawit mentah (MSM) ketiga terbesar kumpulan itu dengan kapasiti eksport 308,040 metrik tan pada 2016. “Sinograin yang mempunyai akses kepada ‘soft oil’ (selain minyak sawit dan kelapa) seperti kacang soya sementara FGV mempunyai akses kepada lebih tiga juta tan minyak sawit. “Malah peluang bekerjasama dengan Sinograin yang juga anak syarikat China Grain Reserves Corporation adalah satu peluang keemasan bagi pihaknya dalam mengukuhkan kedudukan dalam industri minyak sawit,” katanya. Sinograin merupakan anak syarikat milik penuh China Grain Reserves Corporation yang khusus untuk mengoperasi serta menguruskan rizab bijian dan minyak di samping mempunyai

7

Ariani tambah cawangan, produk

KUALA LUMPUR – Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd (Ariani), kini merancang untuk membuka tiga lagi cawangan baharu bagi jenama Ariani Luxe un­ tuk tempoh dua tahun akan datang. Pengarah Pemasarannya, Datin Farah Haryani Muhammad Philips men­ jelaskan, cawangan Ariani Luxe bakal dibuka di ca­ wang­ an Jakel yang ber­ ke­ luasan 1,000 kaki persegi. “Dua cawangan di Shah Alam dan Bangi akan dibuka dalam tempoh tujuh bulan akan datang sementara satu lagi akan dibuka di Senawang pada 2018,”katanya. Ariani Luxe merupakan sub-jenama Ariani yang me­ ngumpulkan pelbagai ko­ leksi hijab premium rekaan pereka berkemahiran serta berpengalaman melalui sen­ tuh­an artisan menarik bagi mereka bentuk polar tudung dengan perincian eksklusif. Tambahnya, koleksi ini merupakan nafas baru bagi pe­ langgan yang meminati koleksi terhad kerana ia me­ nampilkan rekaan hijab premium melalui gabungan warna terang, jalinan sulam­

Farah Haryani

an renda berseni serta sen­ tuh­ an Swarovski koleksi istimewa. “Ariani hanya me­nge­­ luarkan sebanyak 30 he­ lai tudung eksklusif de­ ngan empat rekaan dan war­ na yang dijual dengan har­ ga permulaan, RM139 ber­ gantung kepada jenis dan rekaan tudung. “Kami juga tidak me­ letak­kan sasaran untuk ko­ leksi ini sebaliknya yakin ia akan mendapat sambutan ke­rana kualiti fabrik terbaik yang digunakan disesuaikan dengan kombinasi warna, material dan cetakan lebih unik, modek serta elegan,” jelasnya.

PSA tukar pengedar fungsi integrase untuk membeli, menyimpan, mengangkut, memproses dan juga mendagangkan. Sinograin kini mengimport 700,000 tan minyak setahun dan FGV mensasarkan peningkatan terhadap permintaannya bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi dan populasi di China. Tambahnya, melalui kerjasama ini, dapat mengembangkan lagi rangkaian pengedaran serta logistik di China melalui pelbagai kemudahan Sinograin. Dalam masa sama, FGV dapat mempelajari pengetahuan luas Sinograin mengenai pasaran minyak boleh dimakan di China. “Kerjasama ini bakal membolehkan FGV menerokai perkembangan bahagian hiliran dalam pemprosesan, pembekalan, pembungkusan serta pengedaran minyak dicampur, lelemak dan lelemak khusus bersama Sinograin,” jelasnya.

KUALA LUMPUR – Sime Darby Motors mencapai kata sepakat dengan menjual perniagaan pengedaran kenderaannya masingmasing kepada Inchape Australia bagi pasaran Australia dan Rick Amstrong Motor Group di New Zealand. Sime Darby Motors menjelaskan syarikat berkenaan mengimport dan mengedar kenderaan jenama PSA Group seperti Peugeot, Citroen dan DS bagi pasaran Australia dan New Zealand. “Inchacape Australia dan Rick Amstrong Motor Group dijangka mengambil alih pengedaran kenderaan jenama PSA Group di rantau Australasia mulai 1 Jun hadapan,” katanya. Sime Darby Motors merupakan anak syarikat automotif bagi Sime Darby Berhad sekali gus sebagai peneraju perniagaan peruncitan, pengedaran serta pemasangan dalam bidang automotif bagi rantau Asia Pasifik dengan kewujudan di 10 negara. Syarikat tersebut mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dan telah mewakili hampir 30 jenama dalam pengedaran kenderaan di Asia Pasifik daripada beberapa kenderaan jenama mewah seperti McLaren dan BMW.


8

24 - 30 Mei 2017

BISNES

Casa Andaman tawar kediaman selesa KUALA LUMPUR – Casa Andaman Sdn Bhd (Casa Andaman), pemaju hartanah tempatan memperkenalkan projek pembangunan hartanah terbarunya yang moden, ARC @ Austin Hills, berhampiran pusat bandar raya Johor Bahru. Projek ini adalah tiga blok apartment yang merupakan projek kediaman mewah dengan kemasan kaca yang menyediakan keluasan rumah antara 650 hingga 900 kaki persegi dengan tiga pilihan kediaman jenis A, B dan C yang masing-masing mempunyai dua dan tiga bilik tidur. Malah rekaannya begitu ideal bagi pembeli yang baru membina keluarga kerana konsepnya yang kemas dan teliti.

Dibangunkan di kawasan seluas 5.11 hektar merupakan hartanah pegangan kekal yang menawarkan keseluruhan 1,843 unit apartment servis yang dijual dengan harga mampu milik mulai RM286,000 hingga RM500,000. Disamping itu, terdapat juga pelbagai kemudahan yang disediakan seperti jakuzi, taman berkonsep Jepun dan taman tergantung (sky garden) juga disediakan khas untuk penghuninya yang ingin menikmati pemandangan hijau yang merehatkan minda. Tambahan itu, ia turut menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang bersaiz Olimpik, kolam renang untuk kanak-kanak, ruang untuk memanggang dan sebagainya. Terdapat juga kemudahan lain seperti Taman Tema Air

Pharmaniaga untung RM19j selepas cukai

KUALA LUMPUR – Pharmaniaga Bhd. merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM19 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2017 berbanding tahun lalu bagi suku sama sebanyak RM18 juta. Menurut Pengerusi Pharmaniaga, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, keuntungan yang dicatatkan sebelum cukai serta perolehan syarikat juga bertambah yang masing-masing adalah RM28 juta dan RM618 juta. “Dalam bahagian logistik dan pengedaran telah menunjukkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM2.2 juta untuk suku tahun berbanding RM0.9 juta pada suku sama tahun sebelumnya yang disumbangkan melalui perniagaan konsesi serta sektor swasta. “Namun begitu, bahagian pengilangan mencatatkan untung sebelum cukai lebih rendah berjumlah RM26 juta berbanding RM27 juta pada tahun lalu,”jelasnya. Tambahnya, Pharmaniaga begitu komited untuk memulakan tahun dengan prestasi kukuh, serta permintaan yang menggalakkan daripada hospital kerajaan mahupun swasta disamping turut disokong melalui sumbangan lebih besar daripada operasi luar negara. Dalam masa sama, Pharmaniaga akan terus fokus dalam melaksanakan langkah mengoptimunkan kos secara konsisten di seluruh operasinya untuk mengukuhkan potensi pendapatan sekaligus mengekalkan prestasi untuk masa akan datang.

KFC perkenal menu baharu

Illustrasi projek ARC @ Austin Hills di Johor Bahru

Austin Heights, Hospital Sultan Ismail, Austin Golf & Hotel Resorts, Tesco Tebrau City, AEON Tebrau City, Kompleks Kastam dan Imigresen. Projek yang dijangka

siap pada separuh masa kedua 2019 ini juga akan menyediakan institusi seperti sekolah rendah, menengah, sekolah antarabangsa dan persendirian Austin Height.

QLED TV, produk terkini Samsung KUALA LUMPUR – Sam­sung Malaysia Elec­tronics mem­per­ kenalkan QLED TV baharu berserta de­ ­ ngan teknologi cang­ gih yang ditawarkan de­ngan harga RM12,999 hingga RM99,999. Menurut Ketua Elek­­tronik Peng­guna Sam­sung Malaysia, Jimmy Tan, televisyen ini direka de­ ngan meng­gunakan tek­ no­ logi Quantum Dot untuk memberikan ke­­sempurnaan dalam kua­ liti gambar serta peng­ hasilan warna di samping rekaannya yang bersesuaian dengan gaya hidup moden. “Teknologi Quantum Dot mem­ beri­ kan gambaran terperinci ter­ hadap warna hitam dan butiran ter­ per­inci sama ada terang mahupun gelap. “Malah kualiti sudut pan­ da­ ngan tetap dikekalkan untuk mem­ berikan gambaran tidak kira di mana kedudukan mereka semasa menonton televisyen,”katanya. Rekaannya yang nipis dan elegan QLED TV baharu meminimumkan ruang antara televisyen dengan dinding sekaligus memudahkan pe­ masangannya.

Tambahan pula, QLED TV meng­ guna­ kan alat kawalan jauh tunggal de­ ngan fungsi kawalan sua­ra bagi meng­intergrasikan se­ mua fungsi tanpa perlu kerap me­ nukar alat kawalan jauh yang ber­ lainan. Dalam masa sama, Samsung mem­­­berikan ganjaran bernilai se­ hingga RM5,900 kepada pelanggan yang membeli Q8C QLED TV skrin lengkung 65 inci yang berharga RM22,999. Gan­ jaran berkenaan ter­­masuk ansuran bulanan RM1,916.58 selama 12 bbulan tan­­ pa faedah, baucar pembelian pro­­duk Samsung bernilai RM888 dan lanjutan waranti dua tahun bernilaI RM3,133.

KUALA LUMPUR – KFC Malaysia (KFC) melalui pro­ duk baharunya, Keju 3 Rasa menyasarkan pertumbuhan jualan sebanyak 15 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd., Merrill Pereyra men­ jelaskan, pihaknya telah me­ lakukan tinjauan pasaran dan kajian terlebih dahulu se­belum mengeluarkan me­ nu baharu tersebut. Malah, bagi setiap hi­da­ ngan berkeju yang di­ per­ kenalkan, sentiasa men­ ­ dapat sambutan yang po­­si­tif daripada pelanggan se­­kali gus meningkatkan ha­ sil jualan KFC. “Keju 3 rasa ini di­ per­ kenalkan sempena Ra­ma­­ dan dan kami yakin ba­hawa ianya akan menjadi pi­lihan ramai ketika majlis berbuka puasa,”katanya. Dalam masa sama, Pe­ ngurus Besar QSR Brands, Sharifah Musainah Syed Alwi berkata, menu baharu ini merupakan kesinambungan siri hidangan keju popular KFC yang menggabungkan tiga rasa iaitu masam, pedas dan keju melalui gabungan sempurna antara paprika, keju cheddar, daun parsli dan limau nipis untuk meng­ hasilkan palbagai rasa unik. “Menu ini disajikan bersama ayam KFC Original atau Hot & Spicy dan boleh didapati dalam dua pilihan hidangan. “Pelanggan akan men­ dapat set dua ketul ayam berharga RM14.20 di­ da­ tangkan bersama dua sos ke­ ju pedas masam, Coleslaw, Colonel Rice atau kentang pu­ tar serta minuman ter­ baharu KFC, Sjora Strawberi Kiwi sementara lima ketul ayam berharga RM32.90 yang dihidangkan bersama lima sos keju pedas masam, Loaded Potato Bowl dan dua Sjora Strawberi Kiwi. “Tawaran ini terhad hanya untuk tempoh enam minggu sementara KFC Keju telah mulai dijual di se­ mua restoran KFC seluruh negara,” jelasnya.


9

24 - 30 Mei 2017

BISNES

Laptop permainan video edisi terhad PETALING JAYA - Acer Malaysia mem­per­kenal­ kan komputer riba, Pre­ dator 21 X iaitu kom­puter per­mainan video yang per­ tama di dunia dan di­sertakan dengan skrin me­lengkung. Menurut Pengurus Be­ sar Produk, Jualan dan Pe­ masaran, Acer Sales & Services Sdn. Bhd, Chan Weng Hong, terdapat 300 unit komputer riba yang dijual di seluruh negara dan hanya satu unit sahaja akan dijual di Malaysia, dengan harga RM39,999. Peminat yang ingin me­ miliki produk eksklusif ini bolehlah membuat tempahan melalui ama.marcom@ acer.com dan urus niaga akan berjalan berdasarkan pembayaran terawal diterima. “Predator 21 X dilengkapi dengan pelbagai peranti ke­ luaran Acer yang lain untuk me­ngukuhkan komitmen kami dalam dunia permainan video premium untuk me­ lengkapkan keperluan pe­

minat. “Predator X ini juga bakal melonjakkan per­ mainan video komputer ke suatu tahap baharu dengan pem­proses Gene­rasi Ke­ tujuh Intel Core i7, kad grafik berkembar NVIDIA GeForce GTX 1080 dalam Scalable Link Interface (SLI) dan memori 64GB DDR42400. Tambahan lagi, ia disertakan dengan rekaan penyejukan termaju de­ ngan lima sistem kipas yang dipasang dengan tiga bilah logam AeroBlade yang sangat nipis pada setiap satu.

Saga raih 'Compact Sedan of The Year' KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad (Proton) me­ lalui model Proton Saga telah memenangi Anugerah Compact Sedan Of The Year yang dianjurkan Drive Safe and Fast dan Allianz General Insurance Company (Malaysia). Menurut Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad, Saga yang telah dilancarkan pada 1985 telah melalui pel­ bagai penambahbaikan, pe­ ning­ katan dan ketelitian da­ lam penghasilannya. “Saga generasi ketiga di­ per­ kenalkan pada 28 Sep­ tember 2016, terus me­ nge­ kalkan jenamanya sebagai ke­reta rakyat dengan menjadi kereta sedan mampu milik di negara ini. “Sepanjang diperkenalkan, terdapat beberapa pencapaian yang dicapai antaranya The Rising Star oleh ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2016 dan Value for Money Car oleh MAI Malaysia Car of the Year

2016,”katanya. Dalam masa sama, Ahmad Fuaad memberitahu, Proton akan mengadakan Kempen 5 Nilai Hebat yang menawarkan lima tahun servis percuma dan jaminan lima tahun. Kem­ pen ini akan diadakan sepanjang bulan Mei. Selain itu, pemilik kereta Proton juga menikmati bonus kesetiaan tambahan sebanyak RM1,000 kepada promosi

Panasonic peruntuk RM5j untuk iklan KUALA LUMPUR – Panasonic Malaysia memperuntukan RM5 juta bagi tujuan pengiklanan dan promosi untuk tempoh kempen yang sebahagiannya melibatkan kerjasama Media Prima Berhad (Media Prima) serta platform yang berada di bawah konglomerat media tersebut. Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd., Cheng Chee Chung berkata, kerjasama ini menerusi

drama bersiri Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat, adalah untuk meningkatkan penembusan Panasonic ke pasaran terbesar isi rumah yang majoriti terdiri daripada Melayu. Drama ini akan bersiaran di TV3 mulai 25 Mei hingga 15 Jun, jam 6 petang dan siaran ulangan dari 3 hingga 6 Julai, jam 5.35 petang. “Panasonic meraikan pengalaman Aidilfitri istimewa pengguna dengan tawaran promosi Pembelian-denganPembelian, pakej Panasonic Kombo Sehati serta hadiah percuma untuk

pembelian barangan terpilih,” katanya. Tambahnya, Panasonic me­ ngam­ bil langkah mendekati pengguna menerusi pelbagai saluran kan­dungan berjenama, pengiklanan di LRT serta interaksi pelbagai platform Media Prima seperti The New Straits Times Press, Big Tree, stesen radio dan juga tonton. “Selain itu, promosi Sehati Beraya juga memanfaatkan daya tarikan barisan pelakon drama dengan melantik Rita Rudaini dan Khatijah Tan sebagai duta rasmi promosi tersebut,” jelasnya.

UEM Sunrise miliki 5,260 hektar tanah KUALA LUMPUR – UEM Sunrise Berhad, pemaju hartanah tempatan memiliki keseluruhan simpanan tanah (bank tanah) seluas 5,260 hektar dan nilai pembangunan kasar (GDV) RM108 bilion untuk dibangunkan secara berperingkat dalam tempoh 30 tahun. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib, sebahagian besar tanah sebut dengan keluasan kirakira 4,046 hektar berada di Johor. “Selain Johor, kami turut mempunyai simpanan tanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Malah kami juga mempunyai tanah di luar negara, iaitu Australia dan Afrika Selatan. “Dalam masa sama, syarikat masih dalam perancangan mencari kawasan strategik lain yang

berpotensi untuk dibangunkan di dalam dan luar negara,”katanya. Setakat ini, Johor merupakan pasaran terbesar pembangunan UEM Sunsrise, iaitu lebih 50 peratus daripada keseluruhan projek syarikat. “Dalam tempoh separuh kedua tahun ini, orang ramai akan dapat menyaksikan projek baharu yang bakal syarikat kami lancarkan iaitu Solaris Park Residences di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Dahlia di Serene Heights, Bangi dan Serimbun di Bukit Indah, Johor. ”Sementara untuk projek pembangunan luar negara, pada separuh kedua tahun ini, pihak

kami akan melancarkan fasa ketiga pembangunan Mayfair, St Kilda Road di Melbourne, Australia,”ujarnya. UEM Sunrise juga telah merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (PATANCI) dengan jumlah RM61.3 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac lalu berbanding RM3 juta dicatatkan suku sama tahun 2016. Tambahnya, syarikat sentiasa fokus kepada tiga teras utama iaitu mengukuhkan re­putasi, me­ne­rap­ kan budaya per­ khid­matan dalam orga­nisasi dan m e m­­p e l b a g a i k a n asas geografi serta perniagaan.

sedia ada bagi pembelian kereta baharu model Proton dan tertakluk kepada ahlike­ luarga terdekat pemilik Proton yang berdaftar. Orang ramai yang ingin me­ngetahui lebih lanjut ten­ tang promosi perayaan pada bulan Mei boleh menghubungi khidmat pelanggan Proton di talian 1800-888-398 atau melalui emel ke customer@ proton.com.

Perolehan E.A Technique hampir RM600 juta JOHOR BAHRU - Johor Corporation melalui anak syarikatnya, E.A Technique (M) Berhad mengekalkan trajektori pertumbuhan melalui pendapatan RM591.7 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Menurut Pengerusi E.A Technique (M) Berhad, Ahamad Mohamad, peningkatan pen­ da­ patan sebanyak 10.3 peratus dari­ pada RM536.5 juta diperoleh pada tahun kewangan sebelumnya. Syarikat juga mencatatkan ke­ untungan sebelum cukai sebanyak RM21.5 juta pada 2016, iaitu pe­ ningkatan sebanyak 36 peratus berbanding RM15.8 pada 2015. “Pertambahan pendapatan di­ peroleh syarikat adalah melalui sektor permbinaan, perolehan, kejuruteraan, pemasangan dan pengoperasian (EPCIC), selain daripada pengangkutan marin dan operasi luar persisir serta perkhidmatan pelabuhan. “Sementara untuk tahun kewangan 2016, EPCIC menyumbang sejumlah RM381.2 juta, iaitu 64.4 peratus daripada pendapatan syarikat sementara sektor marin dan operasi pelabuhan dan menyumbang sebanyak RM210.5 juta melibatkan 35.6 peratus.


10

24 - 30 Mei 2017

JIMBA-JIMBA

Semuanya kerana pengantin SYERIL SHARINA AZHAR

Festival pengantin paling popular, Malaysia Wedding Festival (MEFA) telah kembali menggegarkan industri penggayaan dan solekan tanah air. Semua bakal pengantin telah berkumpul pada 12 hingga 14 Mei baru-

baru ini, bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Penganjuran kali ke 16 oleh Mefa Events ini amat dinantikan kerana tawaran sehingga 70 peratus diskaun pakej pengantin hanya terhad untuk tiga hari pameran sahaja bermula 10 pagi

Mefa kumpul vendor perancang perkahwinan dan raikan bakal pengantin

hingga 9 malam sepanjang pameran berlangsung. Festival pengantin ini me­nawarkan kemudahan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana tujuan MEFA adalah menawarkan pakej perkahwinan serba lengkap. Pameran seperti One Stop Centre Wedding terdiri dari­ pada produk katering, pelamin, butik pengantin,

Salah seorang pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan.

kad kahwin, cenderahati, de­wan per­kahwinan dan pelbagai lagi perkhidmatan tersedia ditawarkan. Banyak faedah yang dapat diperoleh ketika meng­ hadiri festival ini. Lebih 100 vendor atau perancang perkahwinan yang menyertai MEFA meliputi dari pelbagai kawasan sekitar Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang

membuka 'booth' masingma­ sing menanti para bakal pengantin dan pengunjung yang lain. “Saya mengharapkan agar program sebegini di­ per­ banyak­ kan lagi dan mereka yang baru menceburu bi­dang ini mengambil ke­sem­patan mempelajari sesuatu yang berfaedah kepada diri mereka," kata Epie Te­ mer­ loh, salah se­ orang juri pertandingan solekan ber­sempena majlis ini.

Hidup ini mudah, jangan rumitkan! NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

BEBERAPA hari lagi, kita akan menyambut ketibaanRamadhan yang menandakan bermulanya ibadah puasa selama sebulan. Sepanjang bulan yang mulia ini, kita perlu banyak bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa melakukan perbuatan yang baik sesama insan seperti biasa. Terdapat beberapa langkah senang untuk menjalani satu kehidupan yang mudah dan bermakna. Sebenarnya, semuanya sudah ada dalam minda kita. Jika kita berfikir dan pilih jalan yang kurang merumitkan, maka kita tidak akan rasa terbeban dan tertekan. Sentiasa berfikir dan bersikap

positif adalah perkara utama yang menjadi pilihan saya. Untuk menjalani kehidupan yang bermakna, ia adalah penting untuk memberi tumpuan kepada matlamat. Anda boleh membaca buku yang baik bagi mendapatkan pengetahuan, terutama buku-buku yang berkisar mengenai motivasi atau keagamaan. Dengan akses mudah ke Internet, anda juga boleh membaca e-buku, akses kepada podcast, menonton video dalam talian untuk topik yang menarik perhatian anda pada bila-bila atau di mana sahaja anda berada. Baru- baru ini, terdapat satu artikel yang saya telah baca dalam buku yang bertajuk “Millionaire Mindset Blueprint” oleh Derric Chew, Beliau menggalakkan kita memuat turun podcast motivasi pada thumbdrive dan mendengar di dalam kereta setiap hari. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, selain daripada mempertingkatkan

ibadat, kita digalakkan menggunakan masa kita untuk berfikir dengan tenang dan melakukan senaman ringan. Untuk membolehkan anda me­ lakukan semua di atas, terlebih dahulu anda perlu mempercayai kebolehan diri sendiri kerana kehidupan kita ini penuh dengan cabaran dan rintangan pada setiap hari. Dengan minda yang sihat, semua masalah pasti dapat diselesaikan dan cabaran dapat ditempuhi dengan tenang. Salah satu cara yang digalakkan oleh pakar motivasi Anthony Robbins da­ lam menjalani kehidupan yang mudah, tenang dan bermakna adalah sentiasa memulakan sesuatu dengan kecil-kecilan. Saya pernah diberi tunjuk ajar oleh seorang majikan saya yang pernah menasihati saya supaya jangan berfikir untuk mengubah dunia dalam satu hari. Pesanan ini sentiasa berlegar di fikiran saya apabila saya stres dan tertekan dengan masalah.

Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan melaporkan bahawa seramai tiga juta daripada 26 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Daripada data tersebut, seramai 20 hingga 30 orang dari setiap 100,000 rakyat Malaysia didapati membunuh diri setiap tahun. Hasil kajian menunjukkan ba­ hawa punca gejala ini ialah masalah ke­ wangan, cinta, kekecewaan ber­ ulang, konflik diri, pertelingkahan keluarga, sakit dan kematian. Tren ini sangat membimbangkan. Oleh itu, mari kita menukar cara kebiasaan kita untuk meningkatkan gaya hidup ke arah menjalani kehidupan yang mudah dan tenang.


24 - 30 Mei 2017

11


12

24 - 30 Mei 2017

Projek telekung ibadah Rapid Rail, Bank Muamalat BERGANDINGAN dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad, Rapid Rail Sdn Bhd – anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang me­ ngendalikan operasi rel - ber­sa­ ma-sama melancarkan projek Pro­ jek Telekung sebagai satu ibadah untuk memudahkan urusan umat Islam yang meng­ gunakan perkhidmatan LRT dan Monorel Rapid KL. Dilancarkan pada 3 Mei lepas, Bank Muamalat me­ nyumbang telekung dan ke­ lengkapan solat lain termasuk se­ jadah, kain pelikat dan tasbih bernilai kira-kira RM10,000 kepada 74 surau di stesen-stesen terpilih LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Am­ pang dan Laluan Sri Pe­ taling serta perkhidmatan monorel. Sumbangan telekung dan kelengkapan solat itu telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Syah Abdul Wahid pada satu majlis yang diadakan di Stesen LRT Masjid Jamek di sini hari ini. Berucap pada majlis ber­­ kenaan, Ir. Zohari ber­ ka­ ta telekung dan segala ke­ lengkapan itu akan di­ se­ leng­gara dan dibersihkan dari masa ke semasa oleh staf dan kakitangan stesen-stesen LRT dan monorel berkenaan. “Saya ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Bank Muamalat atas inisiatif ini, yang akan memberi man­ faat kepada staf Rapid Rail dan juga sebahagian besar

pengguna perkhidmatan LRT dan monorel yang beragama Islam. Semoga Bank Muamalat terus dilimpahkan rezeki un­ tuk terus menjalankan projek-projek amal ini,” kata Ir. Zohari, yang turut mengumumkan inisiatif Rapid Rail untuk menyediakan jua­ dah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini. Dalam ucapan beliau, Hj. Mohd Redza Syah berkata pro­ jek berkenaan adalah ko­ mitmen jangka panjang daripada Bank Muamalat sebagai sumbang khidmat sosialnya kepada masyarakat khususnya pengguna per­khid­ matan LRT dan monorel.

“Apa yang disumbangkan oleh kami ini adalah teramat kecil berbanding dengan jasa dan bakti Prasarana dan Rapid Rail dengan menyediakan surau-surau dan tempat solat yang selesa. Sumbang ini adalah hanya ‘a drop in the ocean’ berbanding dengan apa yang anda lakukan,” kata beliau. “Kami berharap sum­ bangan ini dapat memberi man­ faat jangka panjang ke­ pada semua pengguna LRT dan monorel dengan penyediaan ke­ lengkapan solat seperti te­ lekung, sejadah, tasbih, dan kain pelikat untuk kegunaan beribadah” katanya.

Para sukarelawan dilepaskan oleh Ir. Zohari dan Redza Syah di Stesen LRT Masjid Jamek.

Ir. Zohari (kiri) menerima sumbangan Bank Muamalat disampaikan Redza Syah.


13

24 - 30 Mei 2017

Rumah / Tanah untuk dijual TAMAN TASEK MUTIARA, Batu Kawan Penang Rumah berkembar , 1 Tingkat 1330 sq.ft , 3R/2Bilik air, ubahsuai se­pe­nuh­ nya, berdekatan de­ ngan semua kemudahan awam, 5 minit to jambatan kedua, jika berminat Hubungi Pn. Shahnim Mobile 017 - 466 1746 email hanimi.ipgktb@ gmail. com

KLASSIFIED

Kereta untuk dijual

Jawatan Kosong

HYUNDAI GETZ 1.3A & CHEVROLET AVEO1.5A , Aveo1.5A , Black RM13.8k Pinjaman penuh , tiada dokumen bulanan RM3XX tel 012 306 3555

SUBANG JAYA / SHAH ALAM. 5 hari bekerja . Invoicing clerk. Contact Tel: 03-58887878 ( Ms. Lyn) email limwoeihuoo@shins.my

TOYOTA CAMRY 2.0 (A) TENAGA PENGAJAR Tahun 2003, diperlukan di pusat Tuisyen warna emas, satu Martin . Gaji lumayan untuk pemilikRM22,000 hubungi semua mata pelajaran bagi 016 - 228 -7316 tingkatan 1 , 2, dan PT3 Tel PEUGEOT 308 TURBO 1.6 019 - 278 9299 Mr. Martin (A) panoramic roof 2011 Hatchback, tahun 2011 RM29,500 call han 016 392 2323

TAMAN TERATAI, Jalan Kebun Shah Alam, Rumah berkembar , 1 Tingkat luas tanah 40’x80’ 3 bilik 2 bilik air. Rezab melayu RM465k dirunding hubungi 03 - 2287 TOYOTA RUSH 1.5 (A) Toyota Rush ,tahun 2008, 3277 / 4084 RM34,000 call 011 3935 SUNGAI BULOH KUNDANG, 0035 Taman Tasik Bir , Teres 1 tkt 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air RM250k dirunding Hamdan 019-2403632

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong

TUKANG URUT WANITA , Umor 20 - 35 ( Setapak, Danau Kota, Kuala Lumpur) Ada / tiada pengalaman Ada Asrama 011 - 2802 - 3503 TUKANG MASAK Panas & Nasi campor, Pembuat Air, Pelayan Rumah disediakan di N9 tel 019 681 -3336

Jawatan Kosong

PHARMACY ASSISTANT CUM CUSTOMER SERVICES - Diploma in Pharmacy - boleh bekerja 8 jam sehari 6 kali seminggu - mempunyai perwatakan yang ceria, ramah, mesra dalam melayan dan mempromosikan product jualan kepada para pelanggan - mempunyai pengalaman dalam bidang Pharmacy adalah digalakan - berminat sila emailkan mf.lo@epintl.com

Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554

ADMIN CUSTOMER SERVICE FB

HONDA ACCORD 2.3 (A) Toyota accord sedan tahun 2003 , RM16,000 call 019 -312 1989

Beroperasi di Ampang Hilir, KL, memerlukan calon yang berwibawa untuk memenuhi jawatan Admin Pemasaran Online/Customer Service FB - Gaji pokok + elaun + komisen RM1500 - RM4000 - Waktu Kerja: Isnin-Jumaat 9.00am-6.00pm

BANDAR SUNGAI BUAYA, Jawatan Kosong Rawang. Rumah teres 1- tkt , 3 bilik 2 bilik air, ubahsuai penuh. RM230k GURU TADIKA - Little Sila hubungi 012-313 -9727 Caliphs kindergarten, Pengetua, Penolong Pe­ BATU CAVES TAMAN ngetua, Guru, Penolong guru, Mengutamakan JASA UTAMA Usta­ zah atau yang boleh Rumah teres 2 tingkat u/ membaca dan mengajar suai & extend 4b 3ba, Al - Quran. hubungi 03pajakan RM440k HP:012 - 33621700 (HR) 478 1212 BUKIT HIJAU PINGGIRAN Puncak alam Luas 50’90. RM34,500 . Rezab Melayu . Hubungi 013 - 3999 085

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktoppublishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi • Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator

Kelayakan: • Wanita sahaja • Berumur 21-25 tahun - Calon Lepasan SPM/STPM/Lepasan Kolej Baru dialu-alukan - Minat melayari Internet/Suka Online di Media Sosial eg(FB, Whatsapp, Wechat,Instagram) - Mahir FB, SMS, Whatsapp, Wechat, Instagram, Blog(preferable)

PENGAWAL KE­SELA­ MAT­­AN diperlukan segera di petaling jaya . RM50 satu syif. Ada asrama 018 -2809603 / 012-3345670

Sila hantar resume lengkap BERGAMBAR ke megadauntrade@gmail.com

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


14

24 - 30 Mei 2017

DESTINASI Tasik membiru

Sesuai sebagai lokasi untuk 'photoshoot perkahwinan', majlis 'reunion', berehat, berkelah bersama keluarga, berkhemah, beriadah dan banyak lagi. Anda boleh letakkan nama Tadom Hill Resort, Banting, Selangor pada aplikasi carian anda. Keindahan dan kecantikan tempat ini membuatkan dia menjadi tular di negara kita. Kalau anda tinggal di Selangor/KL boleh pergi balik hari sahaja sebab dekat. Tarikan utama di sini ialah, resort dan segala kemudahan yang di sediakan di sini diperbuat daripada buluh. Tadom Hill Resort ini di kelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah.

Berlumba dengan dinosaur

Dinosaur, haiwan purba yang begitu menjadi perhatian ingin dilihat dengan lebih dekat sekalipun ia sekadar replika. Dengan saiz tubuh gagah besar, laungan suara yang menyeramkan atau gigi taring yang mengerikan ia terus menarik perhatian umum. Kini anda boleh dekat dengan spesis pupus itu di sebuah pusat rekreasi berdekatan stesen LRT KLCC. Discoveria sesuai untuk anda bawa anak kesayangan berlumba lari dengan dinosaur. Dibina cukup interaktif dan memang nampak 'real' pergerakannya. Selain itu, anda juga boleh dedahkan satu pengalaman baru berkaitan dinosaur kepada anak-anak anda. Untuk maklumat lanjut sila layari sesawang: discoveria.com.my

Riadah di Taman Tun

Anda boleh memilih Bukit Kiara Park di Taman Tun Dr. Ismail jika anggar gemar berjalan kaki, berjoging, berbasikal, menunggang basikal gunung atau menunggang kuda. Masa satu jam atau 90 minit diperlukan untuk anda daki dari bawah hingga ke puncak mengikut laluan yang telah disediakan atau laluan hutan. Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari: http://www.suria.my/gaya_hidup/tempat-awesomeuntuk-si-kaki-hiking

Detik terbit mentari

Tidak perlu berbelanja mahal untuk rakamkan pengalaman berharga untuk menyaksikan detik matahari terbit yang cukup mempesonakan. Anda dinasihatkan sampai di kaki Bukit Broga, Semenyih seawal jam 5 pagi. Pendakian dari kaki bukit ke puncak akan mengambil masa selama 40 minit. Selain mengekalkan kecergasan badan dan menikmati udara segar kawasan tanah tinggi ini anda juga bakal menyaksikan terbentang luasnya panorama kawasan sekeliling yang begitu indah di hadapan mata anda. Bukit Broga sudah menjadi satu destinasi pilihan orang ramai. Jika ingin lebih menarik, bawa sahaja bekal makanan untuk anda nikmati di puncak.

Haiwan jinak

Bertempat di Seri Kembangan terdapat sebuah zoo mini yang boleh anda pilih sebagai destinasi percutian. Pelbagai jenis haiwan dari spesis yang berbeza. Terdapat juga haiwan yang akan datang 'menyambut' anda di sekitar taman ini. Dengan pelbagai sudut menarik, pemandangan indah juga tenang tasik yang ditempatkan ikan, dan unggas, ia cukup memukau mata dan anda boleh melekat lama ketika melayani karenah haiwan dengan persembahan yang tersendiri. Dibuka dari jam 10 hingga 6 petang pada hari biasa, 9.30 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad. Di tutup setiap selasa kecuali di musim cuti.

Jom jadi 'pilot'!

Ini sesuatu yang lain daripada lain. Anda boleh pandu Boeing 737 atau Airbus A320 sendiri tanpa lesen. Anda boleh jadi 'pilot'. Anak-anak anda pastinya mahu jadikan ini sebagai destinasi cuti hujung minggu mereka. Seorang 'instructer' akan membantu anda mengendalikan penerbangan simulator ini. Memang 'real', di samping sijil, anak-anak khususnya disarungkan kemeja putih berbahu hitam seperti seorang juruterbang sebenar. Ia suatu pengalaman yang sukar ditemui di mana-mana. Mungkin ia juga sebagai penyuntik semangat untuk anak anda benar-benar lahir sebagai juruterbang suatu hari nanti. Layari www.aviax.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Yoel Gamzou di KLCC

Bagi mereka yang telah mengikuti kehebatan konduktor, Yoel Gamzou yang 'mengendali' Ninth Symphony musim lalu di Mahler, tidak akan melupai pengalaman berharga tersebut. Kini dia akan kembali dengan Symphony Tenth pada 27 dan 28 Mei ini di Dewan Philharmonic, KLCC. Penggemar muzik orkestra terutamanya, pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Layari sesawang http://www.mpo.com. my/ untuk sebarang maklumat lanjut.


15

24 - 30 Mei 2017

TRENDING

Mat Over tampar David Teo Kecoh apabila video penerbit David Teo ditampar pelawak Sulaiman Yasin atau Mat Over di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni tular di media sosial. Kekecohan bermula apabila David mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor mengendalikan segmen sembang.

David turut mendakwa Rosyam tidak adil kepada peserta yang hadir kerana sering memberi peluang bertanya di bahagian tertentu sahaja. Rosyam pula meminta David jangan mempertikai caranya mengendalikan segmen sembang itu dan menasihat penerbit itu agar menjaga adab di depan Perdana Menteri.

‘Abang’ sikucing setia

Catatan yang dikongsikan oleh Azreen MJ menerusi Facebook miliknya men­­ce­ ri­takan kisah kesetiaan kucing peli­ha­ra­an ar­wah bapanya. Dua minggu lalu sele­pas pemergian bapanya, 'Abang' berubah si­ kap daripada seekor kucing riang dan man­­ja menjadi murung dan enggan ma­ kan. Hampir dua minggu 'Abang' tidak ber­ sua­ ra namun sebaik sahaja diberitahu a­kan dibawa ke kubur bapa Azreen MJ, a­tau dikenali sebagai 'Atok', 'Abang' lantas men­­ giau. Malah, tanpa perlu didukung 'Abang' tahu mencari sendiri jalan ke pusa­ ra Allahyarham. Tanpa sedar selepas dua ming­gu, ‘abang’ telah mati mengikut jejak tuan­nya.

Izara Aishah dikecam

Izara Aishah telah menjawab dan mohon maaf kepada peminat ekoran tularnya gambar dia yang menurut netizen berpakaian terlalu mengaibkan dengan hanya mengenakan pakaian bahagian luar sahaja. Izara memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu. Namun bagi netizen, kenyataan Izara bahawa dia berkeadaan sedemikian kerana ujian Allah memandangkan tarikh pernikahannya semakin hampir tidak dapat diterima sama sekali netizen, malah ada yang menganggap ia sesuatu yang amat tidak sopan.

Paus disangka kapal

Penduduk sebuah kampung di pantai berdekatan Maluku, Indonesia gempar dengan penemuan bangkai seekor haiwan laut gergasi yang terdampar di pantai perkampungan mereka. Menurut media tempatan, bangkai seakan ikan paus atau sotong gergasi itu berukuran 15 meter panjang itu masih berdarah sehari selepas ditemui. Asrul Tuanakota, 37, individu pertama yang menjumpai haiwan gergasi itu berkata dia pada mulanya menyangka ia adalah sebuah bot yang terkandas, memandangkan saiznya yang begitu besar dan tinggi. Menurut kajian, adalah dipercayai haiwan itu telah 'tersadai' di pantai tersebut tiga hari sebelum ditemui dan berkemungkinan sakit. Oleh kerana gagal mengawal diri, akhirnya haiwan tersebut hanyut di bawa arus laut.

Nassier Wahab terima gelaran Datuk

Penyanyi, Nassier Wahab di­ kurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Majlis penganugerahan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Menerusi akaun Facebook miliknya, Nassier, 55, me­ ngucapkan syukur di atas anugerah yang diterima. Nassier seorang penyanyi yang memulakan karier pada pertangahan tahun 1980-an dan terus kekal aktif sehingga kini. Antara lagu popularnya ialah Sekali Aku Jatuh Cinta, Wajah Kekasih, Bayangan Wajah Duka, Undangan Rindu dan banyak lagi.

Tiket Ed Sheeran habis dijual

Tengku Puan Pahang dipanggil 'kak'

Seorang penjual durian di Pulau Pinang, secara tidak sengaja memanggil Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan gelaran 'kak’. Kak (kakak) adalah sebutan lazim orang utara kepada wanita sebagai tanda hormat. Kejadian berlaku ketika Tunku Azizah Aminah sedang dalam lawatan tidak rasmi ke Pulau Pinang. Video perbualan itu dikongsikan di laman Instagram (IG) milik Tunku Azizah Aminah. Penjual durian itu juga kelihatan sangat bersahaja semasa berbual dan kedengaran beberapa kali memanggil Tengku Puan Muda Pahang dengan gelaran 'Kak’. Walaupun disapa sedemikian, puteri kedua kepada Sultan Iskandar Sultan Ismail itu juga bersahaja dan amat merendah diri.

Kesemua 12,000 tiket untuk konsert Ed Sheeran di Malaysia habis dijual 30 minit selepas ia dibuka kepada umum, hari ini. Pengarah Urusan PR Worldwide, R. Para berkata semua 12,000 tiket telah habis dijual selepas jualan bermula pada jam 10 pagi minggu lalu. "Malangnya, tidak ada kemungkinan untuk konsert kedua di Malaysia," kata Para. Peminat Ed Sheeran yang gagal membeli tiket meluahkan rasa kekecewaan mereka di media sosial.

The flash kahwin wanita Malaysia

Pelakon siri televisyen adiwira popular The Flash, Thomas Grant Gustin, telah me­­­­ milih untuk bertunang dengan seorang ga­­ dis keturunan Kadazan dari Sabah. Gustin yang juga dikenali sebagai pelakon dra­ ma bersiri Arrow, mengumumkan telah ber­­ tunang dengan Andrea Thoma yang ber­da­rah kacukan separuh Kadazan. Berita gembira itu dikongsikan oleh pa­­ sangan berkenaan menerusi laman Instagram masing-masing minggu lalu. Me­­ nurut beberapa laporan media, Thoma mem­­punyai darah kacukan Sabah me­ne­rusi ibunya yang dikatakan berasal da­ ri Kampung Kolopos di Penampang.Tho­ ma juga telah berkongsi beberapa ke­ping gam­bar berpakaian tradisi Sabah di akaun Instagramnya.program itu 'melebihi dari jangkaannya'.

Model cilik teruja jumpa Sultan Perak

Seorang kanak-kanak yang ber­ asal dari Singapura teruja apabila da­pat beramah mesra dengan Sultan Pe­ rak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Permaisuri Tuanku Zara Salim. Menerusi video yang dikongsi di me­dia sosial, kanak-kanak itu di­ li­hat dengan berani telah melambai Sultan Nazrin dan Permaisuri Tuanku Zara semasa baginda be­r­ angkat keluar dari sebuah hotel. Video yang dikongsi salah se­­ o­ rang petugas hotel itu mema­ par­ kan kanak-kanak berusia 10 ta­­­ hun tersebut amat teruja untuk bergambar dengan Sultan Perak. Dia yang bertuah kemudian telah disapa mesra oleh Sultan Nazrin selain turut berkenan untuk bergambar bersama kanak-kanak tersebut.


16

24 - 30 Mei 2017

‘Jangan rasis untuk tolong orang!’ KUAN Chee Heng, ada orang panggil dia ‘Hero Malaya’. Ada orang panggil dia ‘Mr Potato’. Kalau tak tahu orang ingat dia ni ‘apek’ biasa-biasa saja…gemar pakai baju T dan seluar pendek. Namun di sebalik itu, Kuan mempunyai hati budi yang luar biasa kerana sanggup buat apa saja demi mereka yang tidak berkemampuan. Paling menarik, dalam hal kemanusiaan, Kuan tidak meletak agama, keturunan dan warna kulit untuk meng­ hulurkan bantuan. Lelaki berbadan gempal dan berumur 54 tahun ini tak boleh langsung dengar kalau ada orang susah, orang sakit dan

orang yang ditimpa musibah – sekejap saja dia akan sampai! Di kawasan kepadatan pen­ duduk yang tinggi seperti di Puchong, Selangor, Kuan bagaikan seorang wakil rakyat walaupun bukan bergelar YB. Disebabkan keluhuran hati­ nya, Kuan cukup terkenal baik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum selain media sosial. Dalam Facebook sahaja, pengikutnya mencecah lebih 200,000! Namun Kuan tetap Kuan. Wa­ lau­ pun namanya jadi se­ butan di sana sini, dia tetap ‘sempoi’ dan terus membantu sesama insan dengan caranya yang tersendiri.

Aku sendiri walaupun dah lama ‘bersahabat’ dengan Kuan da­lam Facebook, namun tak per­ nah jumpa batang tubuh yang berasal dari Kampung Bu­ kit Chermai, Batu Pahat, Johor ini. Baru-baru ini, kami bertemu di sebuah restoran mamak di Puchong Utama, Selangor. Ma­ cam biasa, Kuan datang datang de­ngan baju T dan seluar pen­ dek­nya. Aku memulakan perbualan dengan bertanyakan, apa yang membuatkan dia menjadi begitu pemurah dan sanggup berhabisan demi membantu mereka yang miskin dan susah. “Aku asal orang miskin, jadi aku dapat rasa betapa sukarnya

Baktinya merentasi perbezaan kaum dan agama.

Daya akan mengakibatkan seluruh Semenanjung Malaysia dan Sarawak akan mengalami bilangan hari tanpa hujan akan melebihi Sabah yang akan menerima hari hujan yang lebih banyak berbanding negeri lain. Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering bagi seluruh negara kecuali negeri Sabah di Malaysia Timur. Pada musim ini, kebanyakan negeri akan mengalami hujan bulanan minimum, biasanya di antara 100 - 150 milimeter (mm). Keadaan ini me­ nunjukkan keadaan atmosfera yang stabil di kawasan Khatulistiwa. Keadaan kering di Semenanjung Malaysia

Kuan sebagai pengasas Persatuan Kepolisan komuniti Malaysia.

hidup dalam kemiskinan. Ramai orang ingat aku cari publisiti apatah lagi bila aku yang Cina ni bantu orang Melayu. "Tapi aku peduli apa cakap orang, orang yang tuduh aku macam tu adakah dia boleh buat macam mana yang aku buat, kalau mereka boleh, ambil saja kerja aku ni, pergi bantu, tak perlu kata macam-macam. “Nak bantu orang tak perlu rasis, Cina ke, India ke, Melayu ke kita bantu sajalah kalau mereka susah. Lagipun kita se­ mua anak cucu Adam dan Hawa, sama saja,” katanya. Kuan pernah buat ‘gila’ apa­ bila menganjurkan pasar 10 sen

di Bukit Jalil. Di pasar tersebut, peti ais, televisyen, baju, beg, ka­ sut, penghawa dingin, ki­ pas dan pinggan mangkuk ber­ jenama sumbangan orang ramai hanya dijual dengan harga 10 sen kepada mereka yang tidak berkemampuan. Terbaru, Kuan juga bu­ at ‘gila’ apabila berjaya men­ dapat­ kan tiga ambulan un­ tuk golongan miskin yang perlu mendapatkan rawatan di hospital. Kadar bayaran am­ bulan ini juga sama – hanya 10 sen! Baca lanjut catatan me­ narik Syahril A. Kadir di www. syahrilkadir.com

Hubungan mesra dengan masyarakat tanpa mengira umur.

Fenomena Monsun Barat Daya hingga September KUALA LUMPUR - Fenomena Mon­ sun Barat Daya yang akan me­landa sebahagian besar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sa­rawak tidak akan menyebabkan berlakunya fenomena EL-Nino kerana kebanyakan model-model iklim antarabangsa menjangkakan keadaan ENSO-neutral akan ber­ ansur-ansur menjadi El-Nino lemah pada suku keempat tahun 2017. Dengan kebarangkalian sekitar 55%-65%, El-Nino lemah biasanya kurang member kesan kepada cuaca di negara ini. Malaysia di­ jangka menerima perubahan Iklim Monsun Barat Daya yang bermula 17 Mei hingga September depan. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari, (gambar) Monsun Barat

www.syahrilkadir.com

terutamanya, disebabkan oleh kesan lindung hujan oleh banjaran gunung di Sumatera. Sabah, secara relatifnya lebih lem­ bap (melebihi 200mm) aki­ bat daripada kesan ekor dari taufan yang kerap melintasi Filipina semasa perjalanannya merentasi Laut China Selatan dan sekitarnya. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan agar orang ramai tidak me­ lakukan pem­bakaran ter­ buka tidak ter­ kawal kerana ke­ mung­kinan boleh ber­laku jerebu tem­­patan dan juga jerebu rentas sem­ padan.

Rakan bimbang nasib Trump WASHINGTON – Presiden Donald Trump dinasihatkan oleh pegawai-pegawai White House supaya mengupah peguam dari luar yang berpengalaman untuk mewakilinya berhubung kes campur tangan Moscow dalam kempen pilihan raya Presiden tahun lalu. Penasihat dan rakan-rakan peribadi Trump bimbang kerana butiran perbualan pemimpin itu dengan James Comey, Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang dipecatnya baru-baru ini, dikatakan telah bocor. Dalam perbualan itu, Trump kononnya telah meminta kesetiaan Comey selain mencadangkan pengarah itu menghentikan penyiasatan kes berkenaan yang dijalankan oleh bekas Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat minggu lalu melantik bekas Pengarah FBI, Robert Mueller untuk menyiasat penglibatan Rusia yang dikatakan telah mengganggu pilihan raya Presiden AS tahun lalu yang dimenangi oleh Trump, juga dakwaan pakatan sulit Moscow dengan pasukan kempen jutawan itu.


17

24 - 30 Mei 2017

Makan

Suasana desa di tengah kota SYERIL SHARINA AZHAR

HIRUK piruk kota bukan penyebab Hotel Quality tidak terpilih menjadi salah satu tempat makan yang menjadi keutamaan. Berkonsepkan tra­disional kontemporari sua­ sana di sini seolah kita se­ dang berada di se­ buah perkampungan tra­ disional. Susunan tempat ma­kan yang teratur di­­tambah pula ge­­mersik lagu me­layu yang di­mainkan se­ panjang be­rada disini mem­ buatkan fi­kir­ an melayang ter­kenangkan kam­ pung halaman. Di­ tambah pula de­ ngan

dekorasi laman santai ber­ sama deruan bunyi pancutan air berdekatan ruang makan menambahkan lagi 'feel' se­ olah-olah berada di tepi sungai.

Lampu neon yang ber­ warna warni digunakan untuk membuatkan ruang ma­ kan kelihatan lebih me­ narik. Percaya atau tidak deko­ rasi ini menyebabkan anda akan berasa lapar dan lebih berselera ketika menjamu hi­dangan. Di se­ tiap meja makan diletakkn anak po­kok kecil da­lam botol kaca ber­ air bagi me­ wujudkan lagi sua­sana harmoni ke­­tika bersantap ber­sama keluarga tersayang. Menurut pereka grafik, Zulhisham Abu Kahar, konsep yang diterapkan berdasarkan ilham yang diambil dari

Zulhisham, Masjid Jamek jadi inspirasi

persekitaran Masjid Jamek. "Kon­ sep kontemporari se­ perti bazar Ramadhan di­ ambil dari Masjid Jamek, saya jadikan sebagai satu hadiah kepada ruang makan Hotel Quality."katanya. Makanan dihidangkan di bawah 15 buah pondok

Lima laksa popular Malaysia Asam Laksa atau Laksa Penang

Berasal dari Pulau Pinang dan laksa ini me­­rupakan antara laksa yang paling di­­­­minati di Malaysia. Kuahnya yang cair te­tapi padat dengan rasa ikan bo­leh mem­buat anda tekenang akan kese­dapannya siang dan malam.

Laksa Kuala Perlis

Terkenal dengan kepekatan kuahnya. Lak­sa Kuala Perlis menjadi tarikan kerana rasanya bukan sahaja padat malah warna kuahnya yang merah membuatkan selera anda terbuka untuk menikmatinya. Bukan itu sahaja, permintaan laksa Kuala Perlis un­tuk dipaketkan bagi penghantaran jarak jauh sudah mula diterima.

Laksa Kuala Kangsar

Kuahnya yang separa pekat ditambah de­ngan tepung beras yang ada pasti mem­buatkan penggemar laksa berair ma­ta ketika menikmati juadah ini. Ter­ke­nal dengan kuahnya yang sedap laksa ini menjadi buruan warga Kuala Kangsar un­tuk dijadikan santapan petang. Tidak ku­rang juga terdapat penggemar yang da­tang dari ibu kota semata-mata untuk me­rasai laksa ini.

Laksa Sarawak

Laksa ini agak berbeza daripada laksa biasa kerana laksa Sarawak menggunakan mee kuning dan kuahnya seakan kari tetapi berlainan sedikit strukturnya berbanding kari sebenar. Laksa Sarawak dipenuhi dengan makanan laut.

Laksa Kedah

Bukan sahaja terkenal dengan adat dan sejarah tetapi negeri Kedah turut terkenal dengan laksanya. Ia menjadi antara laksa legend yang menjadi tumpuan penduduk setempat. Kuahnya yang pekat dan tidak hanyir membuatkan laksa ini tersenarai antara lima teratas carta pencarian laksa di Malaysia.

DI MANA

kayu yang berbumbungkan hamparan kain batik lambang tradisi melayu. Nahh ! me­ mang berbaloi untuk anda bawa ahli keluarga anda ber­ santap di sini. Antara makanan yang men­ jadi tarikan utama ada­ lah mee kari dan laksa. Ke­ pekatan kuah laksa dan kari yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang se­ gar kelihatan sangat me­ nye­lerakan ditambah pu­­­la dengan aroma yang me­ nye­ nangkan. Bukan sahaja mee kari dan laksa menjadi ke­ sukaan pengunjung ma­ lah di Quality Hotel juga menyediakan lebih dari 50 juadah yang dihidangkan kepada pengunjung seperti sup kambing, satay, nasi goreng dan pelbagai citarasa kerabu adunan buah mangga, udang kering dan perut .


18 Di sebalik

24 - 30 Mei 2017

JENAMA

Estée Lauder anak taukeh 'hardware' Antara produk yang dikeluarkan Estee Lauder

MURNI REJAB

ESTEE LAUDER antara jenama kos­metik terulung yang men­ ja­­­­di pujaan ramai wanita yang sukakan kecantikan. Wa­­­­laupun jenama ini antara yang mahal harganya, namun ia tetap disukai. Estée Lauder ada­­­lah nama pengasas jenama kos­­­metik terkemuka ini. PENGASAS Estée Lauder adalah ahli per­nia­­­gaan wanita Amerika Sya­ri­­­kat (AS) dan pengasas Es­ tée Lauder Companies, se­ buah sya­­ rikat kosmetik. Dia di­la­hir­kan pada 1 Julai, 1906 di Co­­rona, Queens, New York. Ba­­panya memiliki satu kedai per­ kakasan (hardware) yang ma­ na dari situ Estée mula mem­ pelajari selok belok per­ niagaan. Dia juga salah se­­orang usahawan wanita ter­ kaya di AS. Kemunculan sya­­rikatnya umpama mim­ pi indah kepada wanita yang mengidamkan dunia 'gla­ mo­ ur'. Pada tahun 1998, Ma­jalah

Ti­mes mengiktirafnya sebagai sa­tu-satunya wanita yang ter­ senarai dalam bakat luar biasa dan perniagaan yang paling ber­pengaruh abad ke-20. Estée juga penerima Pre­ si­ dential Medal of Freedom. Pa­da 1988, dia dianugerahkan Ju­nior Achievement A.S. Bu­si­ ness Hall of Fame. BELAJAR KOSMETIK Impian zaman kanak-ka­ nak­nya adalah untuk menjadi se­ o­ rang pelakon. Apabila Es­ tée me­ ningkat remaja, dia mu­­la me­minati perniagaan ba­­pa sau­daranya, Dr John Sc­ hotz, seo­rang ahli kimia yang ju­ ga pemilik syarikat New Way La­ boratories. Estée se­ le­ pas itu mula meminati ba­ran­ gan kos­me­tik. Dia suka untuk mem­ pe­ la­­ jari semua kosmetik atau pro­­duk kecantikan dari bapa sau­­daranya. Malah, bapa sau­ da­­ranya menjadi penasihat dan mengajarnya bagaimana un­­­­tuk tidak menggunakan sa­­ bun dan air tetapi untuk

meng­­gunakan minyak untuk men­­cuci dan melembapkan ku­­lit. Estée membantu bapa sau­ da­ranya di tempat kerja dan per­­nah melakukan beberapa eks­ perimen dengan krim bua­­ tannya pada rakan dan ang­gota keluarganya. Selepas me­­namatkan pengajian dari High School Newtown, dia me­­numpukan perhatian pada perniagaan bapa saudaranya. Dia mula menjual produk ke­­cantikan kepada rakan-ra­ kannya. Antaranya Viennese Six-In-One Cold Cream dan Dr Sc­ hotz Cream dijual kepada ke­­ dai kecantikan, kelab dan re­sort. Dia bertemu Joseph Lau­ ter apabila pada awal 20-an dan berkahwin pada 15 Ja­nua­ ri 1930. Kemudian dia men­ gu­ bah namanya dari Lau­ ter ke Lauder berdasarkan eja­­an

asal keluarganya. A­ nak per­ ta­­manya, Leonard dila­hirkan pa­ da 19 Mac 1933. Dia me­ ning­gal dunia tahun 2004 pa­ da usia 97 tahun.

SEJARAH SYARIKAT Syarikat bermula pada 1946 a­pabila Estée Lauder dan sua­­minya Joseph Lauder mula men­ geluarkan kosmetik di New York City. Mereka mula meng­­hasilkan hanya empat pro­­ duk iaitu Cleansing Oil, Skin Lotion, Super Rich Allpur­ pose Creme, dan Creme Pack. Pasangan ini pernah ber­­ce­ rai pada 1939 kerana ma­sa­lah ke­luarga yang serius, na­mun ber­baik semula pada 1942. Sementara itu, Estée me­ wu­­judkan syarikat Estée Lau­ der dalam 1935. Satu hari, ke­­ tika dia ke sebuah salon, se­­o­rang pendandan terpesona

Produk wangian pertama Estée Lauder, ‘Youth Dew’ PADA tahun 1953 Estée telah mencapai kejayaan dramatik dengan mem­ per­ kenalkan produk wa­ ngi­ an pertamanya ‘Youth Dew’ iaitu sabun man­ di yang juga boleh dijadikan sebagai pewangi. Sya­ ri­katnya mengedarkan sam­pel percuma dan men­ jalankan kempen promosi yang agresif. Estée sen­ diri memakainya dan menyembur wangiannya di sekitar kedai-kedai. ‘Youth Dew’ mendapat sam­butan menggalakkan, malah ia meningkatkan jualan syarikat Estée

Lauder di kedai-kedai ter­ tentu. Produk tersebut mendapat jualan terbesar dari beberapa ratus dollar se­ minggu kepada ribuan dollar. Pada awal 1960-an, dia meng­ ambil pendekatan se­ para saintifik untuk pen­ jagaan kulit. Produk per­ tama seperti Re-Nutriv dijual dan antara produk yang mendapat jualan terbesar walaupun harganya yang mahal. Perniagaannya menjadi se­ makin maju dengan Estée mengembangkan pa­saran perniagaannya

ke luar negara lain dan memperkenalkan produk untuk lelaki jenama Aramis dan Clinique pada tahun 1968. Pada pertengahan 1970, produk-produk Estée be­ rada di lebih 70 buah negara. Selama bertahunta­ hun, syarikat Estée Lauder juga telah menarik perhatian bagi kempen pengiklanan paling lama yang memaparkan model yang terkenal. Dalam tahun 1970-an Karen Graham merupakan orang pertama yang menandatangani kontrak eksklusif kemudiannya digantikan oleh Willow Bay, Paulina Porizkova dan pada tahun 1995, Elizabeth Hurley.

Pengasas jenama Estee Lauder, Estee Lauder

de­ ngan kulitnya yang cerah. Es­tée mula menujukkan krim mu­ ka yang dicipta oleh ba­ pa saudaranya itu. Kerana su­­ka­kan cara promosi yang di­ lakukan Estée, pemilik sa­ lun berkenaan meminta men­­­­ jual produknya di sa­ lun ber­ kenaan. Suaminya men­ yertai per­niagaannya pada 1945 dan pe­jabat pertama Estée Lauder, Inc. dibuka di 39 East Sixtieth Street. Pada 1948, dia mula me­ nun­ jukkan barangan kosme­ tik­­ nya di kedai seperti Saks Fifth Avenue, Macy, dan Bon­ wit Teller. Ketika 1940-an, dia me­na­pak dari satu kedai atau pa­­ sa­ raya yang lain untuk mem­­perkenalkan produknya. Pa­ da tahun 1953, dia mem­ per­­kenalkan haruman perta­ ma­­nya iaitu ‘Youth Dew’ dan men­­­dapat sambutan.

Sepintas lalu mengenai pengasas Estée Lauder 1906 Dilahirkan di Corona, Queens, New York. 1930 Berkahwin dengan Joseph Lauter. 1933 Anak pertamanya, Leonard dilahirkan. 1935 Syarikat Estée Lauder ditubuhkan. 1939 Pasangan ini bercerai. 1942 Pasangan ini berkahwin semula. 1945 Pejabat pertama Estée Lauder ditubuhkan di 39 East Sixtieth Street.

1953 Memperkenalkan haruman pertama iaitu Youth Dew. 1982 Suaminya meninggal dunia 2004 Estée Lauder meninggal dunia di rumahnya di New York.


19

24 - 30 Mei 2017

21

Katrina Kaif, pelakon berjiwa rakyat

21

Vicha masak untuk kawan

20

Teater julang nama Uqasha

Emma Maembong fokus kerjaya

20

Semangat Azmi Caliph Busker

23


20

24 - 30 Mei 2017

Teater julang nama Uqasha SYERIL SHARINA AZHAR

PELAKON Uqasha Senrose pernah dilabel menjadi ‘penyelamat’ dan nadi dalam sebuah teater tempatan kerana lakonannya yang berkesan. Dia tidak pernah meletakkan dirinya di atas sebaliknya sering mele­ takkan dirinya sebaris dengan pela­ kon lain yang terlibat dengan teater, tidak kira kecil atau besar watak yang dipegang. Uqasha menyatakan dia sangat menghargai apa yang telah diajar oleh pengarah teater tersebut dan baginya ia merupakan antara pen­ galamn manis yang pasti tidak akan dilupakan. “Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada pengarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Dialah yang banyak memberi semangat untuk saya meneruskan lakonan saya sebagai seorang heroin dalam teater tersebut. Setiap pela­ kon dan tenaga kerja produksi juga harus diberikan pujian kerana tanpa mereka teater ini mungkin tidak akan berjaya.” kongsinya. Menurut Uqasha, teater tersebut memerlukan jangka masa hampir sebulan untuk dijayakan. Sepanjang

persediaan melangsungkan teater tersebut, banyak kenangan pahit dan manis dilaluinya. “Setelah hampir satu bulan, berakhirlah segala kepenatan, suka dan duka yang mana akan menjadi pengalaman yang manis buat diri saya selama menggalas watak Izzah dan Suri dalam teater itu,” tambahnya lagi. Uqasha dikenali sebagai seorang yang berprinsip selain tidak tunduk kepada kontroversi yang melanda dirinya. Sebali­ knya gadis genit ini mengambil setiap kon­ troversi yang melanda sebagai satu pengalaman baharu yang boleh dija­ dikan pan­ duan dan iktibar.

Di sebalik s Demi Lovato sebagai Smurfette Penyanyi Demi Lovato bukan dilihat cukup sesuai mem­ bawakan wataknya sebagai seorang Smurfs perempuan yang berjiwa lembut. Bukan itu sahaja, Demo juga banyak menerima pujian dengan hasil lakonannya kerana lenggok suaranya yang begitu ber­ sahaja membuatkan watak Smurfette kelihatan ‘hidup’.

Semangat Azmi Caliph Busker AZMI Caliph Busker bukan seorang yang tunduk pada kekurangan diri sebaliknya dia telah membawa beberapa rakan lain menjadi seorang yang lebih bersemangat dalam menjalanai kehidupan seharian sebagai seo­ rang kelainan upaya (OKU). Kongsi Azmi, antara gitar

yang menjadi kesayan­ gannya adalah gitar bass yang banyak memberikan jasa kepadanya untuk terus bermain muzik. Gitar tersebut adalah antara koleksi pertamanya ketika dia mula berjinak dengan dunia buskers

Emma Maembong fokus kerjaya EMMA MAEMBONG berkata dia tidak mam­ pu untuk memberhentikan semua kata negatif masyarakat dari terus tersebar sebaliknya dia mengambil langkah untuk terus fokus kepada kerjayanya. Bagi Emma dia tidak terdaya untuk mengubah mentaliti masyarakat yang memper­ cayai sesuatu sekalipun ia hanya khabar angin. “Apa yang boleh saya buat adalah duduk diam dan memerhatikan sahaja gelagat mereka yang gemar bercakap tentang orang lain.” kongsinya.

Julia Roberts sebagai Smurf Willow Julia Roberts sentiasa dikenali disebabkan bintang terkenal Hollywood ini selalu berjaya dalam membawakan watak yang diberi. Bukan mudah untuk dia menerima tawaran ini, tetapi bagi pihak produksi Smurfs, Sony Pictures Animation, persetujuan Julia untuk terlibat sama dalam menjayakan filem ini adalah salah satu pencapaian mere­ ka. Wah.. tidak hairanlah jika ramai yang menyatakan suara Smurf Willow ini sangat biasa didengari.


21

24 - 30 Mei 2017

suara The Smurfs Santai, bermesej dan menggamit memori, itu yang boleh digambarkan apabila diimbas kembali mengenai filem animasi Smurfs: The Lost Village. Pasti ada antara anda yang menyukai watak-watak comel dalam filem ini yang telah ditayang beberapa bulan lau. Tetapi tahukah anda di sebalik dialog yang dipertuturkan oleh setiap watak kegemaran anda itu, ia sebenarnya 'meminjam' suara barisan bintang terkenal Hollywood. Antara watak-watak dan pelakon yang menyumbangkan suara mereka adalah:

Mandy Patinkin sebagai Papa Smurfs Seorang bapa yang baik, lemah lembut dan bertanggung jawab. Itu watak yang dibawa Mandy Patinkin sebagai Papa Smurfs. Menurut Mandy, dia men­ gambil masa selama beberapa bulan untuk menjiwai watak itu sebelum rakaman suara dijalank­ an. Ini kerana dia merasakan watak itu agak berat dan dia men­ gambil cabaran itu sebagai satu tanggung jawab yang besar.

Danny Pudi sebagai Brainy Smurf Seorang yang bijak dan sentiasa berkepit dengan bukunya. Itu adalah watak Brainy Smurf, seorang Smurf yang memakai cermin mata dan bijak dalam memberikan cadangan dan nasihat. Bukan itu sahaja, Brainy Smurf turut berjaya memikat hati penonton dengan keletahnya yang ‘lurus bendul’. Dilakonkan oleh Danny Pudi, watak Brainy Smurf nampaknya menjadi!

Seputar Artis Pelakon wanita Bollywood, Katrina Kaif bukan sahaja cantik malah bijak mengambil hati peminatnya. Dalam satu laporan, Katrina Kaif dikatakan sangat menghormati setiap orang yang berada di sekelilingnya selain banyak membantu badan-badan amal di negara tersebut. Walaupun tidak mendapat pengakuan dari pelakon ini tetapi ternyata peminat tegar Katrina banyak berkongsi kisahnya membantu mereka terutama golongan susah. Selain itu, Katrina yang turut popular dalam kalangan artis India sebagai seorang artis yang sangat terkenal dengan komited dan disiplinnya ketika melakukan kerja. Telah berjaya merangkul beberapa kali Anugerah Pelakon Wanita Popular, Katrina tetap dengan pendiriannya menjadi seorang anak seni yang berjiwa rakyat.

Sia simbol semangat LAGU Titanium,Don’t Give Up, Cahndelier dan Cheap Thrills yang dinyanyikan penyanyi berperwatakan pelik Sia bukan sahaja sedap didengar tetapi ia turut dipercayai mempunyai aura positifnya sendiri. Sering kali dilihat lagu ini dimainkan di banyak kelaskelas zumba dan tarian yang memerlukan para pendengar mendapat semangat dan ‘step’ yang rancak. Peminat Sia menyifatkan artis kesayangan mereka ini merupakan seorang penyanyi yang banyak memberi mereka inspirasi melalui gaya penulisan dan lagu yang disampaikan. Ada antara mereka yang akan mendengar lagu Sia ketika mereka sedang dalam permasalahan dan sebagainya. Satu pujian harus diberikan kepada Sia kerana dia bukan sahaja telah berjaya berkarya menjadi seorang penyanyi yang mencintai muzik malah pada masa yang sama dia turut berjaya memberi harapan dan semangat kepada insan yang dalam permasalahan. “Aku menulis kerana pengalaman banyak memberi aku inspirasi.”katanya.

Vicha Masin masak untuk kawan

Jack McBrayer sebagai Clumsy Smurf Kelam kabut dan seorang Smurfs yang sangat ceria. Itu adalah watak yang dibawakan oleh Jack McBrayer. Tidak keterlaluan dikatakan Jack adalah pelakon yang sangat berbakat kerana untuk mendapatkan tempo suara yang lebih kuat dalam laju ada­ lah satu cabaran besar bagi seorang pelakon alih suara. Dalam satu temu bual, Jack berkongsi bahawa dia san­ gat menjiwai watak tersebut kerana ia seolah-olah melambangkan dirinya.

KELETAHNYA yang periang dan disenangi ramai membuatkan pelawak dan pelakon Vicha Masin makin diterima ramai. Bukan sahaja bersifat bersahaja tetapi dalam kesibukan hariannya, Vicha merupakan seorang kawan yang sentiasa mengambil berat tentang aktiviti seharian rakanrakannya. “Saya selalunya akan berkumpul bersama kawankawan untuk melepaskan penat dan mendapat 'energy' baru setiap hari. Satu perkara yang anda tidak tahu mengenai saya adalah saya sangat suka memasak dan kalau sebelum tidur sepenat manapun saya, jika lapar saya mesti pastikan saya memasak dahulu.” kongsinya. Vicha juga berkongsi dia sangat suka masak sehingga dalam satu rancangan yang melibatkan dia bersama chef kebanggaan Malaysia, Prof. Datuk Redzuan atau dikenali sebagai Chef Wan, dia telah berajaya mendapat markah penuh untuk penjurian chef tersebut. "Selalunya saya akan jemput kawan-kawan datang ke rumah dan masak untuk mereka.”tambahnya.


22

24 - 30 Mei 2017

RELEKS

Jom Wayang Filem Monsieur Chocolat Durasi 1 jam 59 minit Bahasa English Kategori Drama Pengarah Roschdy Zem Pelakon Omar Sy, James Thierree SINOPSIS Kisah seorang hamba yang cuba mengubah nasib hidupnya. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang ahli sarkas yang berjaya. Chocolat adalah seorang lelaki berkulit hitam, gemar menghiburkan rakan-rakannya sekalipun hidupnya sendiri terumbang-ambing. Bagaimanapun Chocolat tidak begitu diminati masyarakat setempat atas alasan berbeza warna kulit. Oleh kerana terlalu meminati pertunjukan sarkas, usahanya menemui kejayaan apabila Chocolat berjaya menarik perhatian seorang pemilik sarkas untuk mengambilnya bekerja. Selepas itu Chocolat semakin popular. Akan tetapi dia juga berdepan dengan palbagai karenah hingga menyebabkan dia berputus asa. Filem The Mysterious Family Durasi 1 jam 32 minit Bahasa Mandarin Kategori Seram Pengarah Pu Yu Huan Pelakon Ariel Lin, Kara Wai SINOPSIS Miao Miao menjalani kehiduan seharian bersama keluarga dalam suasana yang cukup harmoni. Malangnya, pada suatu malam ketika dia sedang menikmati makan bersama keluarga, rumahnya dimasuki perompak yang membunuh semua ahli keluarganya. Hanya Miao Miao yang terselamat. Akibat kejadian itu, Miao Miao mengalami trauma teruk dan mengambil masa yang lama untuk menaikkan semula seman gat dirinya. Setelah beberapa ketika, Miao Miao mengambil keputusan untuk menyiasat perkara sebenar di sebalik kejadian itu. Ternyata setiap ahli keluarga Miao Miao menyimpan rahsia yang besar. Filem Sarkar 3 Durasi 2 jam 10 minit Bahasa Hindi Kategori Aksi Pengarah Ram Gopal Varma Pelakon Amitabh Bachan, Manoj Bajpayee SINOPSIS Annu Karkare kecewa dan sedih dengan kehidupannya dan telah berkomplot dengan penjahat untuk membalas dendam atas kematian ayahnya. Dia menyesyaki Sarkar menjadi punca kematian ayahnya. . Sarkar adalah seorang tokoh politik yang berpengaruh besar dia daerah tersebut. Disebabkan itu, Annu menggunakan cucu Sarkar bernama Cheeku untuk berkomplot dengannya. Cheeku tidak sebulu dengan Sarkar dan telah lama memusuhinya kerana dia tidak dilayan seperti cucu yang lain. Dapatkah mereka membalas dendam kepada Sarkar?


23

24 - 30 Mei 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Dikepung makhluk asing

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

FILEM berbentuk sains fiksyen bergenre seram arahan Ridley Scott pasti akan memberi debaran kepada setiap penontonnya mengikuti plot cerita yang dipersembahkan melalui Alien: Convenant. Gambaran visual dan warna latar bertema gelap turut membantu menambah takut kepada penonton. Filem ini mengisahkan sekumpulan manusia yang mencari tempat perlindungan baharu di sebuah planet yang belum pernah dijelajahi. Sesampainya mereka di sana, ternyata planet itu tidak seindah yang disangka. Mereka telah mula melihat deretan kesan tapak kaki dan bunyian yang menggerunkan seolah-olah tidak menyukai kehadiran mereka. Debaran kian terasa apabila mereka telah masuk ke satu tempat yang gelap dan sunyi. Mereka dikejutkan dengan kehadiran makhluk asing yang telah membunuh ramai ahli kumpulan tersebut. Mereka cuba lari untuk kembali ke kapal angkasa tetapi setiap gerakan dan tempat persembunyian pasti diterjah spesis alien itu. Ramai yang terkorban, serangan alien cukup ganas dan menggerunkan. Dari sisi penceritaan, plot yang disusun oleh Ridley Scott dilihat sebagai satu jalanan cerita yang teratur dan berjaya membuatkan penonton berasa seperti berada di dalam ‘alam’ itu. Gimik bunyi dan ekspressi wajah yang dilakonkan oleh para pelakon pasti membuat anda menjerit ketakutan dan tidak kurang juga pasti ada antara anda yang akan terbayang-bayang kewujudan alien di belakang anda. Pujian harus diberikan kepada pereka grafik filem tersebut kerana setiap rekaan alien dan kostum yang dipakai oleh para pelakon kelihatan sangat menarik perhatian. Dilakonkan dalam studio hijau, ternyata ia tidak menggoyahkan kualiti filem ini sebaliknya ia lebih memberi kesan yang positif terhadap kaedah bunyi dan visual 3 Dimensi (3D) yang digunakan. Tajuk : Alien : Convenant Genre : Sains fiksyen Bahasa : Inggeris Durasi : 2 jam Tarikh tayangan : 4 Mei 2017 Pengarah : Ridley Scott Pelakon : Micahel Fassbender, Katherina Waterson, Billy Crudup, Danny McBride


24

24 - 30 Mei 2017

Makan banyak tetap langsing MURNI REJAB

LIHAT dari ‘portion’ makanan yang diambil, memang tidak ma­­suk akal. Ditambah pula me­ li­ hat tubuh langsing si gadis Jepun berusia 32 tahun ini. Yuka Kinoshita mula dikenali ra­ mai apabila dia telah memuat naik video di saluran Youtube de­ngan ‘kerakusan’ menjamah ma­kanan dalam ‘portion’ yang be­ gitu banyak. Yuka Kinoshita mula ak­ tif di saluran Youtube sejak 2014, lima tahun selepas pe­ nam­ pilan pertamanya dalam per­tandingan makanan di Je­ pun. Tidak hanya itu, Kinoshita juga salah seorang anggota Oogui Nadeshiko di acara TV Oogui Na­des­ hiko ga Iku!. Kinoshita memuat naik video hariannya di mana dia makan antara 5000 dan 23,000 hi­ dangan kalori. B i a­s a­n y a Kinoshita menyunting video-vi­d eo­ nya dalam du­­ra­si masa 5 hingga 7 mi­nit tetapi sekali-sekala dia memuat naik lebih pan­jang durasi vi­deo tersebut.

Sejak November 2016, videovideonya telah men­dapat lebih daripada 680 juta ka­li tontonan di Youtube.

Badan tetap langsing

Walaupun makan dalam kuan­titi yang luar biasa, bentuk ba­ dan Kinoshita tidak gemuk ma­ lah ramai wanita cemburu me­li­hatkan bentuk badannya yang kekal langsing itu. Ramai yang ingin tahu, apa rahsia dia mengekalkan bentuk badan yang langsing walaupun makan da­lam kuantiti yang luar biasa. Menurut pengakuan Kinos­hita di dalam salah satu video yang dimuat naik­nya, doktor men­­­­ gaku bahawa dia mempunyai pe­­­rut yang unik ke­­ra­na mampu mengembang dan me­nerima kuantiti ma­kanan yang banyak yang jarang dimiliki orang lain. Selain itu, jum­lah lemak dan kalori yang masuk ke dalam tu­ buh­nya pun ju­ga tidak me­ n i n g­g a l k a n se­ba­rang ke­ san lang­sung. Doktor menga­ takan bahawa dia masih dalam

keadaan sihat dan normal.

Menjadi terkenal kerana Youtube

Video yang dimuat naik di Youtube itu mendapat sam­ bu­ tan dari pengikutnya, malah ramai pengikutnya akan me­min­ tanya untuk melakukan ca­baran dengan makanan yang diminta mereka. Gara-gara vi­ deo yang dimuat naiknya itul, Kino­ shita kini menjadi terkenal. Antara video yang men­ da­ pat tontonan ramai dari pengi­ kutnya adalah cabaran me­ makan 100 biji burger Mc Donald, enam bungkus Indomie go­reng, 100 keping roti kosong, 6 ki­logram pisang dan 48 ketul ayam Kentucky Fried Chicken ser­­­ta pelbagai lagi makanan yang kesemuanya dalam ‘por­ tion’ besar. Semuanya dimakan hanya dengan sekali gus sahaja.

MENARIK

Program : Pemanis Mulut Episod : 4 Tarikh : 26 Mei2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam

MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 24 - 30 MEI 2017

PEMANIS MULUT BERPERISA LAVENDER? UNIKNYA! Kali ini, Pemanis Mulut membawa anda melihat serta mencuba sesuatu yang sangat unik dan istimewa iaitu pencuci mulut aiskrim berperisa lavender. Ya, mesti ada di antara anda semua berasa pelik kan? Tetapi betul! Café Dreamz Bakery and Cake mencetus ide baru kerana inginkan pelanggan mereka mencuba sesuatu yang unik. Jarang kan kita dengar kek pandan cempedak? Pun ada di cafe ini. Saksikan Pemanis Mulut ya!

Program : Usahawan Millennial Episod : 3 Tarikh : 30 Mei 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam PERNIAGAAN JADI PLATFORM PEJUANG SENI KHAT Seni kaligrafi Islam atau khat adalah khazanah tertua di du­nia yang masih dimiliki umat Islam hingga kini. Di sebalik nilai seni kandungannya, ia turut sarat dengan budaya Is­lam dek strukturnya yang bukan hanya bertindak sebagai kar­­ya seni, tetapi juga sebagai satu cara penyebaran Islam. De­ngan matlamat memartabatkan peninggalan seni Islam ini agar tidak terhapus ditelan zaman, Mohammad Firdaus Ma­hadi antara pejuang tulisan jawi berkenaan, sekaligus men­­jadikan sebagai teras perniagaan beliau. Paparannya da­lam Al Tijarah. Program : The Boss Episod : 1 Tarikh : 29 Mei 2017 (Isnin) Masa : 8.30 malam THE BOSS, REALITI PELABURAN DIRAKAM DALAM 'GAME SHOW' Bijak merencana strategi, ‘licik’ dan mampu meyakinkan pelabur berpotensi adalah antara kriteria yang perlu ada da­­ lam menjayakan sesebuah pelaburan. Bagaimana agak­nya, jika ‘drama’ dan aksi di sebalik sesebuah pelaburan dira­kam untuk tatapan anda? Ya, itu yang bakal anda sak­sikan dalam sebuah ‘game show’ bakal disiarkan di Capital TV iaitu The Boss. Setiap minggu, enam peserta perlu ber­saing sesama sendiri untuk mengumpul nilai pelaburan tertinggi sekaligus diisytiharkan sebagai pemenang. Nantikan The Boss!

Antara video yang menjadi 'kesukaan' pengikut di Youtube

Program ​: Fesyen Chameleon Episod ​​: 4 Tarikh​​ : 24 Mei 2017 (Rabu) Masa ​​: 8.30 malam 'STRESS STYKE IS MESSY? NOT ANYMORE! Gaya kasual dan bersahaja selalu saja dibimbangi nampak selekeh. Hakikatnya, anda boleh tampil menawan dan segar dengan gaya jalanan jika memilih baju sesuai. Minggu ini, Fesyen Chameleon membawa anda membeli belah bertemakan 'street look'. Kali ini Sheqynzaman akan ditemani seorang model muslimah terkenal, dan pastinya dengan misi yang lebih mencabar. Dapatkah Sheqynzaman dan tetamu jemputannya melengkapkan misi yang diberi? Nantikan Fesyen Chameleon ok!

Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

24 - 30 Mei 2017

Kisah anak muda

KAM

Pemilik label Ardana Haran MURNI REJAB

HASIL rekaannya pernah ‘men­ darat’ di New Zealand Fashion Week pada Ogos 2016. Bakat anak muda yang dibesarkan di Bangsar, Kuala Lumpur ini tidak terhenti di situ sahaja, malah dia terus melebarkan sa­ yap dengan menghasilkan pelbagai la­ gi rekaan pakaian yang me­mukau. Hariharan Arasu atau lebih dikenali Haran baru ber­ usia 26 tahun, namun bakat yang dimiliki anak muda ini ter­ nyata membuatkan nama­nya sebaris dengan pereka fesyen terkenal tempatan. Anak kedua daripada tiga ber­adik ini adalah seorang pereka fesyen tempatan dan penaung label Ardana Haran. Penglibatan dalam re­ka­an fesyen Menceritakan peng­libatan­ nya dalam bidang rekaan fesyen ini bermula sejak

zaman sekolah lagi. Malah kerana minat yang mendalam dalam bidang rekaan fesyen ini, Haran terus melanjutkan pelajaran di PJ College of Art & Design (PJCAD). “Selepas tamat sekolah me­ nengah pada tahun 2008, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma da­lam Fashion Design and Technology di PJCAD pada tahun 2009,” jelas­ nya. Selepas bertungkus lumus mempelajari bidang rekaan fesyen ini, Haran berjaya men­ cipta label jenamanya sen­ diri iaitu ‘Ardana Haran’, label pakaian wanita yang se­ dang meningkat naik ketika ini dalam industri fesyen Malaysia. Selain itu, perkara yang patut dibanggakan adalah Haran mengambil bahagian dan mempamerkan koleksi RTW nya (ready to wear) di New Zealand Fashion Week pada bulan Ogos 2016. Terbaharu,

dia juga mempamerkan Ko­ leksi Raya 2017 pada akhir bulan April lalu dalam fashion show solo pertamanya. “Penat lelah saya selama ini berhasil apabila saya berjaya mencipta label jenama sendiri walaupun banyak ca­baran yang ditempuhi hingga sekarang kerana ‘lambakan’ pereka tempatan mula ‘me­ ng­ ambil tempat’ setiap hari,” jelasnya. Kerjaya ini bukan se­ mu­ dah mengambil kain dan men­ jahit baju seperti yang di­ fikirkan orang ra­mai. Ker­jaya se­bagai seorang pe­­re­ka fesyen m e­m e r l u k a n k e­­s a b a r a n dan banyak yang ha­rus di­k orbankan un­tuk me­ mas­ tikan bisnes fe­ syen pe­ reka yang

semakin naik dan sentiasa meng­ikut trend semasa.

Pengalaman manis Setiap keperitan yang di­ lalui pasti ada manisnya. “Antara pengalaman ma­nis saya adalah apabila sa­ ya telah me­ menangi per­ tan­dingan re­ kaan fesyen

Kronenbuorg L’Aperitif Fashion Competition pada akhir tahun 2011. Hadiah per­ tan­­dingan tersebut ada­ lah percutian ke London selama se­ minggu bersama Datuk Jimmy Choo sebagai mentor saya. Banyak yang saya pe­lajari daripada beliau dan ba­ nyak pengalaman manis seperti melawat butik fesyen terkenal di London dan saya juga dijemput ke London Fashion Week bersama Datuk Jimmy.” jelas Haran. Menurutnya, dalam masa lima tahun ini, dia akan mem­ buka butik sendiri dan me­ ng­ adakan 'fashion show' yang akan mempamerkan koleksi baharu setiap tahun. Tidak ma­ hu ketinggalan, Haran juga ma­­ hu mengangkat label je­ namanya dalam 'fashion week' antarabangsa. Nasihatnya kepada anak muda yang mahu melibatkan diri dalam bidang ini supaya banyakkan bersabar dan ber­ sedia untuk meng­ ha­dapi ca­baran. Pa­ ling penting, minat itu penting dalam se­ tiap per­kara yang di­lakukan.

'Fashion show', Raya bertemakan FLEUR dari Ardana Haran Lebaran SS 17 di Duchess Place, Jalan Ampang.

Haran sertai Fashion Week New Zealand · Haran telah mempamerkan koleksi ready-to-wear SS 17 di New Zealand Fashion Week pada bulan Ogos 2016. · Haran ke New Zealand di bawah syarikat FSquare dan mempamerkan koleksinya bersama tiga pereka fesyen tanah air yang lain iaitu Fairuz Ramdan, Kitie Yiyi, dan Pearly Wong.

· ‘Signature Style’ Haran adalah cara beliau memberi sentuhan traditional kepada rekaannya sambil masih mengekalkan kemodenan dan mengikut trend semasa.

Kenali pereka fesyen tempatan Malaysia yang terkenal · Rizalman Ibrahim

Digelar ‘Royalty of Malaysia’s Fashion’, Rizalman Ibrahim adalah pereka fesyen yang telah lama popular di Malaysia. Selain sering dipakai oleh VIP dan artis Malaysia, Rizalman pernah berkolaborasi bersama Tesco dan Zalora untuk koleksinya.

· Jovian Mandagie

Mempunyai empayar fesyen yang besar, Jovian mencipta fesyen untuk semua golongan. Dari 'couture' hingga 'ready-towear', rekaan Jovian antara yang dinantikan oleh peminat fesyen tanah air.

· Koleksi yang dipamerkan mengambil inspirasi dari kaum Mayan. Haran telah menambahkan elemen ‘tribal’ kaum Mayan dan mengaplikasikan kepada rekaan moden dan mengikut trend terkini.

· Rizman Ruzaini Elemen 'tribal' diterapkan dalam koleksinya

Haran tidak mudah putus asa.

Rizman Ruzaini lulusan UiTM antara duo pereka fesyen popular tanah air. Busana

ciptaan mereka sering dipakai oleh artis terkenal Malaysia seperti Ziana Zain, Dato’ Siti Nurhaliza, Fazura dan ramai lagi. Melinda Looi

· Bernard Chandran

Bukan nama asing di Malaysia, rekaan Bernard juga diminati oleh artis antarabangsa seperti Lady Gaga dan Estelle. Rekaannya pernah dipakai Lady Gaga untuk karpet merah Brit Awards dan Estelle memakai rekaannya sewaktu membuat persembahan bersama Kanye West.

· Melinda Looi

Melinda Looi adalah nama besar tanah air dalam fesyen Malaysia. Rekaan Melinda yang ‘quirky’ menjadikan dia antara pereka fesyen yang digemari di Malaysia. Selain butik di Bangsar, Melinda juga mempunyai koleksinya di Parkson Pavilion.


26

24 - 30 Mei 2017

SALAM SEMUT

Adab menonton di pawagam

HAMPIR setiap minggu sa­ya ke pa­wa­ gam kerana ia me­­rupakan hobi nombor sa­­tu saya selain terapi untuk me­re­hat­kan minda dan ba­dan. Saya juga se­ring me­ ngikuti perkembangan dunia perfileman supaya tidak ke­ tinggalan, terutama dalam perbincangan dengan pelajar. Ia sangat berguna untuk dijadikan to­ pik perbualan terutama yang ber­kai­tan dengan karangan. Di pawagam, bermacam jenis ka­ rak­ter boleh ditemukan. Ada begitu su­ sah untuk memahami kelakuan mereka. Ming­ gu lepas saya menonton Alien - Covenant . Panggung hampir penuh dan seperti biasa saya membeli tempat du­duk sebelah lorong (aisle) supaya mu­ dah untuk saya ke tandas. Setelah 15 minit, saya keluar ke tandas dan sa­ya nampak seorang lelaki bermain de­ngan telefon bimbitnya. Selepas 40 minit , saya keluar ke tan­das sekali lagi dan saya lihat lelaki itu masih lagi bermain telefon dan itu a­mat mengganggu penonton penonton yang duduk di belakang. Selepas 80 mi­ nit, saya ke tandas lagi dan lelaki itu te­tap khusyuk dengan telefon. Senang ce­rita, da­ri mula sehingga peng­hujung fi­lem itu, dia bermain telefon. Persoalannya , jika nak bermain tele­ fon, kenapa membazir duit beli ti­ket serta menganggu orang lain yang se­ dang menonton filem? Pelik bukan? Berikut adalah beberapa perkara yang harus kita ikut supaya ti­ dak menyusahkan orang lain ketika menonton wa­yang.

Urus wang bersama AKPK

Tan Chee Hong, Ketua Cawangan AKPK

Soalan: Saya sedang buntu menghadapi masalah kewangan. Saya telah diistiharkan muflis oleh pihak mahkamah kerana kegagalan saya membuat bayaran terhadap satu pinjaman peribadi di sebuah bank. Ketika itu selama dua tahun saya tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap dan gagal membayar pinjaman. Saya ingin tahu, sekarang saya telah ada kerja dan pendapatan, adakah pihak AKPK boleh membantu saya dari segi aturan lain-lain hutang yang saya masih tanggung seperti hutang kad kredit, perumahan dan beberapa pinjaman lagi. Khalil Radwan, Kota Kemuning, Shah Alam Jawapan: Terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk menjawab soalan anda, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) tidak dapat menstrukturkan semula pinjaman-

1) Jangan bercakap Panggung wayang bu­ kanlah tempat untuk an­ da berbincang masalah ru­mah tangga anda a­tau un­tuk bergosip. Terdapat be­gitu banyak tempat lain untuk ber­­borak. Kenapa pilih panggung dan me­ ri­ mas­kan orang lain?

menghadap pe­nonton se­baris anda dan bu­kan­nya "me­nayang punggung" pa­da mereka.

5) Gunakan 'pemegang cawan' yang betul Letakkan minuman anda di peme­ gang cawan sebelah kiri dan buka nya ka­nan. Ramai yang tidak pasti tentang per­kara ESAN RAVEN MURUG ini. Dan lebih molek jika anda mem­­ 2) Pastikan fon dalam mod bawa keluar semua bekas minuman getar dan sampah bersama anda. Walaupun Setiap kali kita masuk pang­gung, mesti ada pekerja untuk membersihkan de­wan ada iklan yang mena­sihatkan kita supaya tayangan itu, tapi tidak elok kita me­ me­mastikan fon kita dalam mod getar. ninggalkan tempat duduk dengan sampah Te­tapi ma­sih terdapat begitu ramai yang berse­pah. tidak melakukannya. Bukan sa­haja felefon me­ reka berdering ku­ at malah mereka 6) Panggung bukan tempat yang sesuai men­ jawab tanpa segan silu. Jika ada untuk bayi panggilan yang sangat penting,, keluar da­ Lebih elok jika anda tidak membawa ri dewan tayangan untuk bercakap. ba­yi ke panggung. Keadaan dalam pang­ gung ada kala terlampau sejuk dan bising 3) Jangan bermesej un­ tuk mereka. Dan jika bayi anda mula Mungkin anda ti­ dak sedar yang an­ me­ nangis, itu akan menganggu semua da sedang meng­ ganggu berpuluh puluh pe­nonton lain. pe­ nonton lain apa bila an­ da membalas me­sej . Cahaya sk­rin telefon pintar an­da 7) Ikut arahan umur akan bertindak se­per­ti "rumah api" dalam Peraturan had umur dibuat den­gan tu­­ de­­wan yang gelap. juan tertentu dan bu­kannya sesuatu yang boleh di­ ambil mudah. Jangan beli ti­­ ket 4) Duduk di tepi lorong jika kerap ke du­ lu dan kemudian bertegang leher un­ tandas tuk membawa anak ma­suk ke dewan ta­ Jika anda jenis kerap ke tan­das seperti yangan. Pastikan penarafan sesuatu filem sa­ ya, pastikan tempat du­­ duk anda di sebelum membawa anak anda. tepi lo­­ rong supaya tidak mengganggu 8) Kaki mesti di lantai orang lain ke­tika keluar masuk. Dan ji­ka Jangan sekali kali letak kaki anda di anda mendapat tempat du­­duk di tengah, tempat letak tangan di ke­ rusi hadapan. pastikan apa­bila keluar dan masuk, anda Pastikan anda ti­ dak menendang atau

pinjaman di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) sekiranya seseorang itu telah diistiharkan muflis atau bankrap. Dalam situasi ini anda dinasihatkan supaya menghubungi cawangan terdekat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) secepat mungkin untuk urusan seterusnya, yang juga akan melibatkan hutang-hutang anda yang lain. Untuk makluman lanjut tentang MdI, sila layari laman sesawang www.insolvensi.gov. my. Walaupun anda telah diistiharkan muflis, anda masih boleh mendapatkan khidmat kaunseling kredit daripada AKPK untuk pengurusan kewangan mengikut kemampuan anda. Khidmat kaunseling kewangan AKPK adalah kaunseling secara peribadi dan nasihat untuk pengurusan kewangan yang bijak seperti menyediakan bajet, aliran wang tunai dan hal-hal lain berkaitan kredit. Ianya juga merangkumi mempelajari bagaimana menangani bebanan kredit dengan penuh bertanggungjawab untuk masa depan yang lebih baik. Untuk pengetahuan orang ramai, proses tindakan undang-undang oleh penyedia kredit hanya akan bermula jika seseorang peminjam gagal membayar balik pinjaman mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di dalam situasi ini, orang ramai dinasihatkan menghubungi pihak penyedia kredit untuk berbincang pembayaran balik baki pinjaman atau tunggakan ansuran secepat mungkin yang boleh. Kegagalan untuk berbuat demikian akan memaksa pihak penyedia kredit mengambil tindakan undang-

undang, termasuk tindakan kebankrapan terhadap anda. Akta Kebankrapan 1967 membolehkan pihak penyedia kredit mengambil tindakan undang-undang kebankrapan jika jumlah pinjaman adalah RM30,000 ke atas. Berikut ialah di antara sekatan-sekatan keatas seseorang yang telah diistiharkan muflis/bankrap: 1) Tidak boleh menjalankan perniagaan sama ada sendiri atau perkongsian tanpa kebenaran. 2) Tidak boleh meninggalkan negara tanpa kebenaran. 3) Tidak boleh mengambil tindakan di mahkamah tanpa kebenaran. 4) Tidak boleh meminjam lebih daripada RM1000.00 tanpa memaklumkan status kebankrapan kepada pemberi pinjaman. 5) Memegang jawatan atau penasihat atau pekerja sesuatu pertubuhan ber­ daftar. Untuk maklumat lanjut tentang AKPK, sila hubungi pegawai kami di talian 03-26167766 atau melayari laman sesawang kami akpk.org.my. Terima kasih

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my

tertendang ke­ rusi hadapan kerana ini akan mengganggu penonton di ha­ da­ pan anda. Dan jika anda mem­ punyai 'sindrom kaki gelisah' (restless leg syndrome), cuba ka­ wal dengan meletakkan tan­gan di atas peha. 9) Masuk lima minit sebelum tayangan bermula Ini untuk mengelak anda da­ri me­mi­ jak kaki penonton lain da­lam gelap. Ji­ ka filem be­lum ber­mula, penonton lain mungkin tak kisah untuk ban­ gun dan be­­ri laluan, tapi reaksi mere­ka mung­kin ber­beza bila fi­lem dah mula. 10) Panggung bukan permainan cinta anda Faham faham sajalah!

taman

11) Jangan buat ulasan 'pascatonton' (postview) Perkara yang paling me­ri­­maskan da­lam panggung ia­lah bila ada penonton yang me­nonton bagi kali kedua dan mu­ la bercerita tentang adegan se­te­rusnya. Per­buatan itu bukan sa­­haja merosakkan ele­men ke­jutan malah me­ro­sakkan keseronokkan menonton . Ada sesetengah filem seperti 'Ba­ hu­bali 2' dan 'Fast 8' yang mempunyai persoalan misteri dan jawapannya di­ tunggu selama berbulan-bu­ lan. Jadi jangan pula ada yang mengulas di media sosial den­ gan menceritakan segala-galanya. Diharap kita sama sa­ ma men­ jaga adab dalam panggung su­ paya kita terhibur dalam keadaan selesa.

INFO KL Sebelum Sogo, wujudnya Suleiman Court

KEPADA yang belum tahu, sebelum ter­tubuhnya pasar raya Sogo, di situ ter­ le­­ taknya Sulaiman Court, pangsapuri ti­ ng­­ gi yang pertama di Kuala Lumpur. Ban­gunan ini telah dibina atas arahan Per­­dana Menteri yang pertama, Tunku Ab­ dul Rahman, yang mengharapkan bangunan ini dapat menyediakan rumah mam­pu milik. Bangunan ini dinamakan sempena Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa. Bangunan ini dibina pada tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Me­ la­­­yu menghampiri kemerdekaan rasmi da­ripada United Kingdom. Tunku Abdul Rah­man berharap bangunan ini bukan sa­­haja lengkap, tetapi sudah diduduki, pa­­­da Hari Merdeka (pengisytiharan ras­ mi kemerdekaan) pada 31 Ogos, ba­­gai­ ma­­napun pangsapuri pertama ini tidak di­duduki sehinggalah Februari 1958. Tiga blok (Blok A, Blok B dan Blok C) ter­letak di Batu Road (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman), dan mempunyai 295 u­nit. Ia telah dirobohkan pada tahun 19­ 86, untuk memberi ruang kepada kom­p­ leks membeli-belah Sogo.


27

24 - 30 Mei 2017 PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup

TRENDY

Hijabkan diri dengan Ariani MURNI REJAB PENGGAYAAN fesyen hijab sen­­tiasa berkembang dari masa ke semasa. Lihat sahaja perkembangan rekaan fesyen hi­ jab yang pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan men­­jadi keterujaan wanita un­ tuk memiliki tudung yang disu­ kai. Pelbagai trend penggayaan turut menjadi salah satu sebab wanita di luar sana suka untuk mencuba pelbagai jenis hijab yang dijual di pasaran. Material serta kombinasi war­ na yang menarik turut menjadi pilihan wanita untuk dija­dikan sebagai koleksi di ge­ ro­­bok masing-masing. Tidak terkecuali, jenama Ariani turut menjadi salah satu koleksi yang mungkin wanita di luar sana patut ‘beri ruang’ ke­ pa­ da diri sendiri merasai ‘kehebatan’ koleksi yang sede­ kad di pasaran ini. Ariani yang berpegang ke­ pa­da keteguhan identiti jenama sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan yang disasarkan untuk semua wa­ni­ta pelbagai peringkat usia. Bermula dari rekaan selen­

dang sehinggalah ke pilihan tu­­­­­dung instant, koleksi Ariani me­rangkumi pilihan hijab po­­los dengan warna pastel dan vib­ ­ rant menarik dan ju­ga ter­da­pat dalam pilihan co­ rak ‘prin­ ted’ yang segar dan mena­rik. Formulasi hijab instant un­ tuk gaya wanita amat se­ suai un­­ tuk digayakan wanita yang in­ ginkan helaian hijab instant yang mudah digayakan dengan sen­­tuhan ekslusif beru­pa per­

Antara koleksi memukau Ariani Luxe

ma­­ta Swarovski dan perin­cian la­ce berkualiti tinggi.

Koleksi Lebaran

Sempena lebaran yang akan da­ tang, sebanyak 30 koleksi tudung terbaharu ditampilkan dari­pada 100 koleksi khas yang di­keluarkan. Antaranya Instant Lay­ la, Selendang Nour, Instant Ave­­ ra, Selendang Rawda, Se­ len­­­­dang Dalia, selendang La­ser Cut Alectra dan pelbagai la­­ ­ gi koleksi yang boleh men­ye­­­­­ babkan anda rambang mata un­­ tuk memilihnya. Tidak terhad kepada satu je­­­ nis hijab sahaja, Ariani tu­ rut mengilhamkan rekaan hi­­­jab dengan pelbagai gaya dan pilihan yang menawan. Kombinasi warna-warna har­ mo­­ni, material yang selesa dan cetakan yang lebih unik ‘sen­ ga­ ja’ dipilih Ariani bagi me­ nampakkan kemodenan dan elegan setiap helaian hijab ter­ se­but.

Ariani Luxe Kredit FB: Ariani Luxe

Tip penggayaan tudung Pilihan kain

Pilihan kain perlulah dari jenis kain yang sesuai dan selesa. Ini penting terutama ketika sedang memakai kerana ia boleh menampakan keselesaan dari raut wajah pemakai. Pilih jenis kain selendang yang tidak terlalu panjang atau besar seperti fabrik viscose atau jenis kapas. Kain jenis ini sesuai untuk semua majlis juga sesuai untuk aktiviti lasak.

Majlis kasual atau siang Elakkan tudung yang bermanik ber­

lebihan yang boleh menyebabkan anda tampak terlalu ‘sarat’.

Berwajah bulat atau berisi

Pilih susunan corak yang tidak ter­ lalu tertumpu di sekeliling wajah. Kemaskan di bahagian tepi wajah dengan sedikit lipatan. Ini mampu menampakkan wajah lebih kurus.

Berkulit sawo matang

Pilih hijab dari warna-warna lembut, bunga atau corak yang halus ju­ ga jangan pilih dari jenis bungabunga besar atau corak yang terlalu menonjol. Paling sesuai adalah dari corak yang samar-samar.

Terbaharu, Ariani meme­nu­ hi keseimbanan trend semasa da­ lam industri hijab dengan mem­perkenalkan Ariani Luxe.

Pengarah Pemasaran Tekstil dan Pembuatan Ariani (M) Sdn. Bhd., Datin Farah Haryani Mu­ ham­mad Philip berkata, Ariani Lu­xe adalah rangkaian koleksi ada­lah rangkaian koleksi hi­jab premium direka oleh pere­ ka berpengalaman dengan sen­ tu­ han artisan dan perincian eksklusif. Jelasnya, koleksi terkini itu menyuntik elemen ekslusif de­ ngan paduan warna terang be­­ serta jalinan sulaman renda ber­­ seni dan halus dengan sen­tuhan Swarovski koleksi istimewa. Ariani Luxe dihasilkan de­ ngan pelbagai gaya potongan ter­ diri daripada selendang, tu­ dung empat segi polos dan ber­ corak, tudung segera, semi se­ ge­­ra, sarung, turban dan inner yang digarap penuh dengan ni­ lai ekslusif. Antara koleksinya ada­ lah Selendang Arendella, Selen­ dang Rosetta, Instant Golden Ro­se, Instant Evarossa, Instant Violet dan sebagainya. Kebanyakan koleksi ini di­ ha­silkan daripada fabrik sutera sifon dan satin krepe yang bermutu tinggi bersesuaian dengan iklim di negara kita.

Model berhijab HALIMA Aden baru berusia 19 tahun telah mencipta nama pada bulan November tahun lalu apabila dia memasuki pertandingan Minnesota Miss USA dengan mengenakan hijab dan terlihat dalam persalinan burkini untuk segmen pakaian renang. Aden membawa bakatnya ke tahap yang lebih tinggi iaitu pentas peragaan. Remaja Somalia-Ame­ rika ini menandatangani kontrak dengan agensi model IMG dan buat

pertama kalinya dia muncul pada minggu fesyen di pertunjukan fesyen Kanye West Yeezy musim ke-5. Aden turut menyelusuri barisan orang-orang ternama termasuklah Anna Wintour, Hailey Baldwin dan La La Anthony. Menurut presiden IMG, Ivan Bart, agensi permodelan itu sangat berbangga de­ ngan komitmen Aden ter­ hadap kepercayaan dan pegangannya yang mana ter­masuklah mengenakan hijab serta berpakaian ber­ sederhana.


28

MAKAN

24 - 30 Mei 2017

angin

Teks: Amir Raihan Foto: Tourism Malaysia PULAU TENGGOL Perjalanan selama kira-kira sejam dengan menaiki bot dari Jeti Kuala Dungun (14 batu nautika dari Pantai Kuala Dungun) Jika anda datang bersama anakanak untuk aktiviti snorkeling, Pulau Tenggol adalah lokasi sesuai kerana ia kurang sesak dengan pengunjung seperti sesetengah pulau lain di Terengganu. Terdapat beberapa lokasi snorkeling dan selam skuba yang boleh anda cuba di sini iaitu Tokong Timur, Tokong Burung, Tokong Laut dan Pulau Nyireh. Jika datang ke sini sekitar bulan Ogos atau Oktober, anda mungkin berpeluang melihat laluan jerung paus yang migrasi setiap tahun di kawasan tertentu di Pulau Tenggol. Terdapat dua buah resort untuk pengunjung di sini iaitu Tenggol Island Beach Resort & Spa untuk anda yang mahu menikmati rawatan 'manja diri' atau Tenggol Island Beach Resort. PULAU TENGGOL Pulau Sapi merupakan antara lima

Pulau Perhentian atau Sipadan – itu biasa kita dengar. Bagaimana dengan Pulau Sapi? Pasti ramai yang tidak tahu di mana lokasinya. Jom tinjau empat destinasi pulau terindah dalam negara yang popular – namun masih ramai tidak mengetahuinya. buah pulau yang ada di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari jeti Sutera Harbour atau Jesselton di Kota Kinabalu. Jika datang bersama keluarga atau teman-teman, saya cadangkan buat tempahan pakej lawatan sehari kerana ia sudah mencukupi untuk anda 'rondaronda' keliling pulau ini.

Menyelam dalam suasana tenang dan damai

Empat destinasi Pulau Tenggol menawarkan ketengan yang sukar di perolehi di tempat lain


29

24 - 30 Mei 2017

Tips mengembara cara 'backpacker'

BAGI anda yang sebelum ini sudah biasa dengan pengembaraan yang biasa-biasa, apa kata kali ini anda cuba rancang pengembaraan cara backpacker yang pasti akan men­ coret sebuah pengalaman yang berharga untuk anda. Di sini Kami berikan tip-tip backpacker kepada anda agar selepas ini akan terus untuk rancang pengembaraan anda dengan segera!

Belajar bertutur Bahasa tempatan. Menginap di Dorm atau asrama. Bawa makanan seperti bar tambah tenaga. Awasi Penyeluk saku dan ulat tiket. Persiapan Ubat-ubatan.

Rancang destinasi anda. Susun kelengkapan dengan kemas dan teratur. Bahagikan duit simpanan di beberapa tempat / bahagian. Gunakan Kenderaan Awam. Maklumkan keluarga dan pihak berkuasa.

Keindahan jeti Pulau Sapi

PULAU MAMUTIK

pulau

Kelebihan utama yang dimiliki Pulau Sapi bukan hanya terletak pada landskap dan air lautnya yang jernih. Malah, ia merupakan salah satu daripada dua buah pulau (Manukan) yang menawarkan aktiviti Scuba Doo Mini Submarine – berjalan di dalam air dengan 'kapal' selam' yang berbentuk kenderaan motosikal. Memang mengujakan! Sekali-sekala berjalan di dalam air memang menyeronokkan. Sekurangkurangnya anda tidak terkongkong dengan melakukan aktiviti snorkeling sahaja. PULAU GEMIA Jika anda sudah sampai ke Pulau Kapas, panjangkan langkah dan singgah ke Pulau Gemia yang terletak cuma beberapa ratus meter dari Pulau Kapas, Terengganu. Perbezaan ketara di antara Pulau Kapas dan Pulau Gemia bukan terletak pada kebiruan air lautnya. Sebaliknya, jumlah pengunjung dan 'suasana' sekeliling yang ada di kedua-dua buah pulau ini. Pulau Gemia sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu kerana lokasinya yang agak 'tersorok'

dan tidak ramai dengan pengunjung. Hanya terdapat sebuah resort di sini iaitu Gem Island Resort. Sementara itu, Pulau Kapas kebiasaannya dipenuhi pengunjung yang gemarkan suasana yang 'happening' dan menawarkan pelbagai aktiviti.

Lokasi: Terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, Pulau mamutik boleh dikunjungi dengan menaiki bot dari Jeti Jesselton di Kota Kinabalu. Ketika di sini, anda boleh mentewa bot untuk melawat beberapa pulau berhampiran seperti Pulau Gaya atau Manukan. Tidak perlu bermalam di sini. Sebaliknya anda hanya luangkan masa beberapa jam sahaja kerana tidak banyak kemudahan yang ada di Mamutik, melainkan kafe dan restoran untuk menjamu selera. Walaupun tidak banyak kemudahan di sini, Pulau Mamutik tetap menawarkan keindahan lautan membiru dan pemandangan pantai yang indah. PERHATIAN

Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my

Seronoknya bercuti di Pulau Gemia


30

24 - 30 Mei 2017

G

City atau United? 32 Rodriguez berpindah ke San­ tiago Bernabeu dari Monaco se­ lepas Piala Dunia 2014 di mana dia menjaringkan enam gol dalam te­ masya itu. Begitupun, Zidane kelihatan ragu-ragu untuk memberikannya tempat dalam kesebelasan utama Los Blancos. Laporan stesen radio di ne­ gara asalnya, RCN minggu lalu menyatakan: “Rodriguez sudah men­ capai persetujuan untuk ber­ hijrah ke Manchester United. Dia sudahpun menyatakan ke­pu­tusan­ nya itu kepada Real Madrid.” Zidane ketika ditanya me­nge­ nai perkara itu oleh wartawan Sepanyol, bagaimanapun me­ ngatakan: “James masih di sini. Kami masih ada banyak perkara yang mahu dilakukan. Fokus kami se­ karang adalah untuk meng­ akhiri musim dengan kejayaan. Kami masih ada dua perlawanan, satu La Liga dan satu lagi, Liga Juara Juara. Saya tidak akan

bercakap hal lain selain itu!” Real bersaing rapat dengan Barce­ lona merebut takhta La Liga yang kini di penghujung. Kemasukan Rodriguez – jika jadi kenyataan – menjadikan Man U pasukan yang paling banyak ber­belanja ke­ti­ka jen­dela per­pin­ dahan dibuka mu­ sim panas ini. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan ke­ rana Mourinho perlu me­ na­ mat­ kan segera badi yang membelenggu kelab itu daripada per­ saingan untuk kembali mengungguli Liga Per­ dana. Kali terakhir ter­ akhir kelab itu mun­ cul juara adalah pa­ da musim 2012/13, ta­ hun terakhir Sir Alex Ferguson sebagai peng­ urus. Kegagalan terus dicatat saban musim sejak di­ ambil alih oleh David Moyes, di­ ikuti Louis Van Gaal dan kini, Mourinho.

IANLUIGI DONNARUM dila­por­ kan sudah memberitahu rakanra­ kannya, dia akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris musim

depan. Ke mana? Hampir pasti, destinasi Donna­rum­ma ialah Manchester! Namun, sama ada Manchester Uni­ted, atau Manchester City, itu belum se­dia un­ tuk didedahkannya lagi! Man United memang sudah lama ber­ ha­jatkan penjaga gawang AC Milan beru­ sia 18 tahun itu bagi mengambil alih tem­ pat David De Gea yang hampir pas­ti akan berhijrah ke Santiago Bernabeu musim panas ini. City pula menawarkan gaji £70,000 seminggu kepada Donna­ rumma jika dia sedia ke Etihad. Mereka memerlukan seorang la­gi penjaga gol berikutan prestasi terum­bang ambing Claudio Bra­ vo musim ini. Pep Guardiola sudah pas­ ti sukar un­­ tuk memanggil pulang bekas pen­ jaga gol utama City, Joe Hart yang dipin­jam­kan kepada kelab Serie A, Torino. Sejak mengambil alih City awal mu­sim ini, Guar­ diola mengenepikan Hart atas alasan ‘tidak cukup bagus dan tidak sesuai dengan taktikal permainan yang mahu diterapkannya.’ Hart sendiri sudah pasti ‘tawar hati’ meskipun dalam kenyataan terbarunya, dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Liga Perdana. Jika Guardiola terpaksa untuk terus menaruh harap kepada Barvo musim depan, kedudukan City diyakini tidak

akan ke mana sedangkan pengurus itu terdesak untuk membawa kelab ke kedudukan yang lebih baik pada mu­ sim keduanya di Etihad. Sesuai dengan reputasi dirinya sebagai jurulatih yang berprofil tinggi, ju­ ga Manchester City sejak beberapa mu­sim kebelakangan, Guardiola tidak punya pilihan! Kerana itu dia harus menang dalam persaingan dengan kelab jirannya itu untuk memenangi hati Donnarumma yang di Itali, dilihat sebagai pengganti legenda Gianluigi Buffon dalam bi­ki­nan. Mengikut klausa perpindahan, kelab yang berhajat untuk mendapatkan pe­ main itu perlu membayar £20 juta. Bagi Jose Mourinho, itu langsung tidak jadi masalah kerana bos Red Devils itu mendapat peruntukan yang besar bagi memantapkan pasukannya musim depan, tambahan pula mereka akan mendapat £50 juta daripada Real Madrid untuk penjualan De Gea musim panas ini. Berdasarkan prestasi semasanya, Donnarumma mampu menempa nama gemilang pada masa depan. Dalam usia 16 tahun lapan bulan, dia telah mencipta sejarah sebagai pe­ main termuda pernah bermain dalam Serie A. Dan kini, dia mencipta satu lagi se­ jarah sebagai pemain termuda di­pang­ gil untuk menyertai skuad kebangsaan Itali sejak 1911. Pemain yang lahir 25 Februari 1999 dan berketinggian 6 kaki 5 inci itu, ba­ ru-baru ini menerima panggilan dari­ pada bos Azzurri, Gian Piero Ventura. Memang berbaloi memiliki Donna­ rumma. Tinggal lagi, mana satukah pilihan hatinya, City atau United?


31

24 - 30 Mei 2017

City mahu Toure kekal di Etihad YAYA Toure sudah bermain untuk Manchester City sejak 2010, setelah ber­ hijrah me­ ninggalkan ger­gasi Sepanyol, Barcelona. Minggu lalu, dia dilapor­ kan menerima tawaran kon­ trak baharu untuk terus ber­ sama kelab itu. Toure – yang telah turun bermain 28 kali m u­s i m ini - dikatakan tidak mampu untuk dile­

D

paskan oleh Pep Guardiola yang begitu terpesona den­ gan sumbangan dan keupay­ aannya. Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan bintang tengah berasal dari Ivory Coast itu akan terima atau tidak tawaran berke­ naan. Jika terima, ini bermakna musim kelapan Toure bermain untuk City.

Ini cara Chelsea balas budi Batshuayi HUKUM bola sepak kadang kala boleh jadi begitu kejam. Malam 12 Mei lalu, Michy Batshuayi disayangi seluruh warga Stamford Bridge sete­ lah menjaringkan gol tunggal yang menghadiahkan takhta liga musim ini kepada Chelsea. Namun selang beberapa hari sahaja, timbul ura-ura penyerang Belgium berusia 23 tahun itu sudah diletak­ kan tanda ‘Untuk Dijual’ oleh kelabnya. Tambah malang, kedudu­ kan Batshuayi bukan ditentu­ kan oleh dirinya sendiri tetapi sama ada Antonio Conte ber­ jaya atau tidak mendapatkan Romelo Lukaku daripada Ever­ ton. Jika Lukaku masuk, ber­ makna Batshuayi akan ditun­ jukkan pintu keluar. Dalam persaingan itu, Conte tidak mungkin akan mengorbankan Diego Costa. Pilihan terbaik baginya untuk dihantar keluar dari barisan hadapan adalah Batshuayi. Begitupun, dalam usia yang masih sangat muda, dan berbakat besar pula, dia bukanlah seorang pe­

main yang tidak laku. West Ham, Marseille dan Monaco antara kelab yang su­ dah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Bats­ huayi. Pemain itu sebelum ini per­ nah bermain untuk Marseille setelah mengikat kont­ rak bernilai £4.5 juta yang ditandatangani pada 8 Ogos 2014. Dia kemudian ber­ pindah ke Stam­ ford Bridge ber­ mula 3 Julai 2016 untuk tempoh se­ lama lima tahun. Malam 12 Mei lalu Bats­ huayi memasti­ kan kejuaraan Chelsea mu­ sim ini mene­ rusi jaringan pada minit 82 untuk menewas­ kan West Bromwich Albion.

Michy Batshuayi

Berguru dengan Valentino Rossi

ULU-DULU, masa Mr Mat Manjoi (MMM) menjadi wartawan sukan bermotor, para pelumba berbakat negara terbang ke Sepanyol untuk berlatih di Kenny Roberts Training Ranch. Masa tu, semuanya serba merah kerana era penajaan hebat Marlboro. 1996 menyaksikan para pelumba negara ke sana untuk pemilihan pasukan Marlboro Team Asia sekali gus menyaksikan jagoan-jagoan masa itu – Abdul Halim Mohd Zahid, Sharun Nizam Tamin, Wazi Abdul Hamid, Che Zamri Hamid dan Chau Yan Kit beradu nasib. Akhirnya, yang terpilih adalah Sharun Nizam dan Wazi. Pada tahun berikutnya, program latihan itu diteruskan dengan Halim, Wazi pergi buat kali kedua dengan diiringi oleh Faizal Ahmaed dan Rosnizam Mohd Noor, atau lebih dikenali dengan nama Obert. Zaman itu adalah era kegemilangan sukan cub prix. Kalau ’race’ di Kuala Terengganu, penontonnya boleh mencapai sampai 40,000 orang. Kini, pada era baru sukan cub prix, gelanggang baru menjadi tempat latihan di luar

negara adalah Kem Master VR46, yang dimiliki dan dikendalikan oleh pelumba lagenda dan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi dan terletak di Tavullia, Itali. Selepas Kasma Daniel Kasmayudin tahun lepas, tiba pula giliran penunggang muda negara berusia 18 tahun, Md Akid Aziz, yang mengikuti program latihan di kem berkenaan daripada 10 hingga 14 Mei lepas. Tahniah MMM ucapkan kepada Akid kerana ini tentunya satu pengalaman yang amat berharga buat beliau. Siapa tak teruja untuk jumpa dan belajar dari Rossi ’The Master’. Seperti ditiup dengan semangat baru ketika di sana, Akid, yang merupakan juara CP115 musim 2016, dilaporkan telah mempamerkan peningkatan prestasi sepanjang berada di Itali termasuk memenangi perlumbaan ketika sesi latihan meng-

gunakan jentera miniGP. Sememangnya, ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan. Mengulas tentang pengalaman beliau di

Itali, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mengakui bahawa dia cukup teruja dengan pengalaman yang diperolehinya dan amat gembira untuk menamatkan kem latihan dengan jayanya. ”Sesi latihan di Itali cukup menyeronokkan dan saya gembira dapat menunjukkan perkembangan baik di sana. Saya berterima kasih kepada Yamaha dan VR46 diatas sokongan dan usaha mereka. ”Saya berharap dapat meneruskan latihan seperti ini apabila berada di sini. . Meskipun terdapat perbezaan, tetapi saya akan cuba melakukan sesuatu yang hampir serupa untuk membantu perkembangan karier saya,” kata Akid, yang disertai oleh pelumba Thailand, Peerapong Boonlert (18), Anggi Setiawan (18) dari Indonesia, Shota Ite (15), Jepun, Brandon Demmery (19),

Australia dan Tomas Casas (17), Kanada. Sesungguhnya, Akid cukup bertuah untuk berlumba pada era sekarang di mana peluang untuk maju adalah jauh lebih banyak daripada yang dimiliki oleh Wazi dan rakan-rakan seangkatannya. Terpilih untuk mewakili pasukan Marlboro Asia Team Roberts adalah pentas tertinggi ketika itu. Justeru itu, adalah penting untuk para pelumba seperti Akid dan Kasma Daniel menggunakan kesempatan yang ada sepenuhnya untuk meneruskan karier sampai ke puncak, yakni pentas MotoGP itu sendiri yang menjadi tempat permainan Valentino Rossi. MMM – Sememangnya kagum dengan semangat Halim Mohd Zahid a.k.a. Pelumba Miskin. mrmatmanjoi@gmail.com


32

24 - 30 Mei 2017

30

City mahu Toure kekal

SELAMAT TINGGAL BERNABEU

Keluaran 24 - 30 Mei 2017

B

INTANG tengah Real Madrid yang ‘diabaikan’, James Rod­ riguez kini sudah be­ rada di muka pintu Old Trafford. Laporan terbaru: Rodriguez secara prinsipnya sudahpun menyatakan persetujuan untuk menyertai Red Devils musim depan, dalam perpindahan yang disifatkan atas dasar suka sama suka. Sejak beberapa bulan lalu, dia disebut-sebut mahu berhijrah ke Liga Perdana dengan Manchester United sebagai pilihan utama. Dan sudah tidak menjadi

31

City atau United?

rahsia lagi di Old Trafford, Jose Mourinho pada masa yang sama begitu mengidamkan sentuhan bintang Colombia itu untuk pasukan musim hadapannya. Ucapan ‘Selamat Tinggal Santiago Bernabeu’ oleh Rodriguez dikaitkan dengan kes jiwa terluka. Ini kerana, dia dikatakan sudah tidak mampu untuk terus memendam rasa kecewa kerana lebih banyak diletakkan di bangku simpanan oleh Zinedine Zidane meskipun mempunyai rekod prestasi yang baik.

30

Pertembungan waris dalam final Liga Europa Danny dan Daley Blind

PADA 24 Mei 1995, Danny Blind dan Patrick Kluivert beraksi untuk Ajax Ams­ terdam, bertembung de­ngan AC Milan pada final Liga Jua­ra Juara di Stadium Ernst Hap­pel, Vienna. Danny bermain di posisi pertaha­ nan selaku kapten pasukan, sementa­ ra Patrick, penyerang. Untuk perlawa­ nan itu, Patrick diletakkan di bangku simpanan oleh jurulatih, Louis Van Gaal. Dia kemudian dibawa ma­ suk dan menjaringkan gol keme­nangan 1-0 sekali gus menghadiahkan piala juara ter­ulung Eropah untuk dibawa ba­lik ke Amsterdam. Patrick yang ketika itu berusia 18 tahun, 10 bulan dan 23 hari, mencatat sejarah sebagai penjaring muda kejohanan paling berprestij

di Eropah ketika itu. 22 tahun kemudian - 24 Mei 2017 - pewaris darah bola mere­ka, Daley, anak Danny, dan Justin, anak Patrick, ber­ tembung dalam final Liga Europa, yang tidak kurang gahnya berbanding apa yang pernah dila­lui ayah mereka. Daley, bek tengah Man­ chester United, memper­ tahankan benteng pasu­ kannya daripada asakan Justin yang bermain di posisi sayap kanan Ajax. Inilah pertembun­ gan pe­ waris yang sudah pasti me­ ninggalkan sen­ timental bagi kedua-dua kelu­ arga.

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.